sejarah awal lembah bujang artifak

26
Sejarah awal lembah bujang Sejarah Awal Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah. Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah di tapak arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula semua artifak sejarah ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang. Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China

Upload: sivakhami

Post on 22-Jul-2016

188 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sejarah seni

TRANSCRIPT

Sejarah awal lembah bujang

Sejarah Awal

Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana

mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah

merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian

Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya

Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai

dijadikan destinasi bersejarah.

Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah di tapak

arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan terpendam,

ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta

dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan dengan

kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula semua artifak sejarah ini telah membuktikan

bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah

Bujang.

Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua

dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang.

Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal

"Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran

sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama

daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga"

diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik

pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah

Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.

Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan kerana mempunyai

ciri-ciri yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau kawasan dipilih sebagai

petempatan adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mudah didatangi kerana

kemudahan pengangkutan contohnya sungai dan jalan darat yang baik, terlindung daripada

bencana semulajadi dan serangan lanun serta bekalan makanan yang mudah didapati.

Keadaan muka bumi Lembah Bujang sangat sesuai sebagai sebuah petempatan kerana

mempunyai pantai dan tebing di sepanjang Sungai Merbok yang mudah dimudiki, jalan air

semulajadi di sepanjang Sungai Muda dan cerun bukit yang membolehkan pedagang

berlindung. Kemudahan jalan air ini dikatakan menarik minat pedagang-pedagang untuk

singgah di Lembah Bujang. Pedagang-pedagang terutamanya dari China akan menggunakan

jalan air ini sebagai jalan pintas untuk pergi ke pelabuhan kerajaan-kerajaan lain seperti

Langkasuka dan Srivijaya. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadikan Lembah

Bujang sebagai tempat yang penting pada abad ke-4 hingga abad ke-11. Antaranya ialah

pedagangan yang wujud antara China dengan India.

Pedagang-pedagang dari kedua-dua negara ini memerlukan tempat untuk mereka bertukar-

tukar barang dagangan. Selalunya, tempat yang terletak di pertengahan jalan perdagangan

kedua-dua negara akan dipilih sebagai pelaburan pertukaran barang. Lembah Bujang dilihat

sebagai tempat yang sesuai di kalangan para pedagang untuk dijadikan pelabuhan untuk

bertukar dan menyimpan barang-barang.

Pedagang dari China juga menggunakan Sungai Merbok sebagai jalan pintas untuk bertukar

barang di pelabuhan kerajaan-kerajaan lain terutamanya Langkasuka. Sungai Merbok

digunakan kerana ia dapat menjimatkan masa untuk cepat sampai ke destinasi perdagangan

berbanding dengan penggunaan Selat Melaka dan Laut China Selatan yang memaksa

mereka mengelilingi seluruh Kepulauan Melayu.

Lembah Bujang juga berfungsi sebagai tempat menunggu pertukaran angin monsun di Selat

Melaka dan Laut China Selatan. Keadaan laut bergelora serta ribut laut yang berlaku semasa

Angin Monsun Barat Daya bertiup di Selat Melaka dan Angin Monsun Timur Laut di Laut

China Selatan memaksa pedagang-pedagang mencari tempat untuk berlindung dan Lembah

Bujang merupakan tempat yang sesuai untuk pedagang-pedagang berlindung.

Para pedagang juga turut berdagang dengan penduduk-penduduk tempatan di sekitar

Lembah Bujang. Menurut H.G Quarith Wales, kawasan Lembah Bujang memang telah sedia

didiami oleh masyarakat pribumi yang terdiri daripada Orang Asli dan mengamalkan sistem

ekonomi sara diri bergantung kepada pertanian dan hasil hutan seperti damar, rotan dan

kayu-kayan.

Barang-barang ini sangat diperlukan oleh para pedagang untuk perdagangan mereka,

manakala masyarakat tempatan memerlukan barangan seperti kain, rempah, pinggan

mangkuk, tembikar, barang pertukangan untuk keperluan harian mereka.

Masyarakat Asli ini menganuti fahaman animisme dan mudah menerima nilai-nilai baru. Ini

memudahkan para pedagang yang membawa bersama mubaligh-mubaligh bagi

mengembangkan ajaran agama masing-masing, sebagai contoh Pedagang India telah berjaya

mengembangkan agama Hindu dan Buddha pada abad ke-5 di Lembah Bujang. Lembah

Bujang seterusnya berkembang menjadi pusat penyebaran agama Hindu - Buddha yang

terkenal kerana sikap terbuka penduduknya dan tiada langsung menerima penentangan

daripada masyarakat tempatan.

Selain itu, Lembah Bujang juga berkembang sebagai petempatan dan pelaburan disebabkan

oleh fungsi Gunung Jerai. Kedudukan Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di

Barat Semenanjung Tanah Melayu menjadikan kawasan Lembah Bujang sebagai tempat

penting.

Pedagang-pedagang telah menjadikan Gunung Jerai sebagai petunjuk arah dan panduan

untuk mengelakan mereka sesat terutama pada waktu malam. Puncak Gunung Jerai dapat

dilihat dengan jelas dari lautan.

Bagi pedagang dari India pula tertarik dengan keadaan berdekatan dengan Gunung Jerai

terutama Lembah Bujang kerana mempunyai banyak air terjun dan subur untuk pertanian.

Menurut ajaran agama Hindu, tempat tinggi seperti Kaki Gunung Jerai adalah tempat suci.

Oleh itu, mereka memilih Lembah Bujang untuk mengembangkan Agama Hindu.

Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang. Lembah

Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut

Mediteranean dan China. Lembah Bujang pernah berada di bawah naungan Kerajaan

Srivijaya. Ini membantu Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat.

Ramai pedagang yang singgah di sini untuk berdagang dan bertukar barang. Pedagang-

pedagang China mengenali Kedah Tua atau Lembah Bujang sebagai "Yeh-po-ti" dan "Chieh

Cha".

Pedagang India pula menggelarkan Lembah Bujang sebagai "Kataha", "Katahanagara",

"Kidaram", "Kadaram" dan "Kalagam" manakala pedagang dari Arab mengenalinya sebagai

"Kalah" atau "Qalha". Lembah Bujang juga terdapat di dalam catatan dan sumber bertulis

Barat. Lembah Bujang dalam catatan Barat digelar sebagai "Quedah", "Quedaram",

"Kheddah", "Gedda" dan sebagainya.

Peninggalan Agama Hindu - Buddha yang ditemui di Lembah Bujang merupakan kesan

daripada proses kemasukan agama Hindu - Buddha melalui perdagangan. Ia juga

menunjukkan bahawa "Proses Penghinduan" atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di

utara Tanah Melayu.

Lamb (1959) telah mengemukakan beberapa peringkat perkembangan kebudayaan di

Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya.

1. Peringkat Perkembangan Awal Pengaruh Buddha. Peringkat ini bermula pada abad ke-4. Kawasannya meliputi Bukit Meriam, Bukit

Choras dan sekitar tepi pantai. Agama Buddha di bawa masuk melalui aktiviti

perdagangan. Banyak candi dibina dan ditemui di kawasan-kawasan ini.

2. Peringkat Kegemilangan Kerajaan Srivijaya. Pada abad ke-7 hingga abad ke-9, Lembah Bujang berada di bawah naungan Kerajaan

Srivijaya. Lembah Bujang turut berkembang sebagai pusat perdagangan dan

perkembangan agama Hindu di nusantara kerana kedudukannya yang berdekatan

dengan Kerajaan Srivijaya.

3. Peringkat Pengkalan Bujang. Peringkat ini merangkumi abad ke-10 hingga abad ke-14. Lembah Bujang telah

mencapai taraf pelaburan entrepot. Agama Hindu-Buddha telah berkembang ke

kawasan Matang Pasir, Merbok, Batu Lintang dan Tikam Batu.

4. Peringkat Kuala Muda. Peringkat ini berlaku pada abad ke 14. Perubahan muara Sungai Muda telah

menyebabkan perkembangan kebudayaan semakin malap. Candi-candi banyak dibina

di kawasan pedalaman.

Ahli-ahli sejarah lain pula mengatakan agama Hindu-Buddha dibawa masuk ke Lembah

Bujang melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap Buddha awal. Ia berlangsung dari abad

ke-4 hingga abad ke-5. Mubaligh-mubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang

bersama pedagang-pedagang India.

Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap ini berlaku dari abad ke-6

hingga abad ke-8. Pada masa ini, Kerajaan Srivijaya ialah pusat penyebaran agama Hindu

yang terkenal. Ia sekaligus dibawa ke Lembah Bujang melalui aktiviti penaklukan,

perkahwinan dan hubungan diplomatik. Pada masa itu, Lembah Bujang masih berada di

bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang seterusnya menjadi pusat agama Hindu

menggantikan Srivijaya.

Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia bermula pada abad ke-9 hingga

abad ke-14. Pada masa ini, penduduk tempatan telah berkemahiran membina candi dan

menguasai tulisan India terutamanya tulisan "Pallawa".

Pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh

pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa pelaburan baru seperti Melaka, Acheh,

Singapura dan sebagainya. Penduduk sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam

dan menghapuskan bukti-bukti peninggalan agama Hindu-Buddha.

Selain itu, perubahan muara Sungai Muda dan sungai-sungai berdekatan yang semakin cetek

menyebabkan pedagang beralih ke pusat perdagangan lain.

Penulisan sejarah di Kedah Tua amat bergantung kepada peninggalan-peninggalan arkeologi

di Lembah Bujang. Proses carigali adalah salah satu kaedah arkeologi. Penyelidikan terhadap

arkeologi di Lembah Bujang telah dimulakan pada sekitar tahun 1840an oleh Kolonel James

Low. Penemuan ini menarik minat pengkaji-pengkaji lain untuk membongkar sejarah Kedah

Tua.

Di sekitar Lembah Bujang sehingga hari ini, sejumlah 41 buah tapak arkeologi atau Tapak

Tanah Bersejarah telah dikenalpasti.

Tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah tadi mengandungi pelbagai tinggalan sejarah,

seperti struktur atau jumpaan artifak sama ada berkaitan dengan perdagangan atau yang

berkaitan dengan artifak keagamaan atau struktur bangunan candi.

Artifak perdagangan terdiri daripada pecahan seramik tembikar tanah, tembikar batu, porselin,

kaca, manik serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan pula

terdiri daripada candi, patung-patung dan arca.

Kebanyakan barang-barang yang ditemui ini dibuat daripada tanah liat. Bahan binaan untuk

candi pula terdiri daripada batu bata, batu sungai, mineral laterit dan batu granit.

Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah ditemui, antaranya ialah

Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan 22),

Candi Estet Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16), Candi

Kampung Permatang Pasir (Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang Dalam (Tapak 50).

Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat penyebaran

agama Hindu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah

musnah dan struktur asalnya tidak dapat dibentuk semula daripada bencana alam seperti

banjir, hakisan, Perang Dunia II ataupun dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun

begitu, candi-candi ini tetap menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara

untuk mengunjungi Lembah Bujang.

Candi-Candi Yang Ditemui

Candi Yang Ditemui      

Bahan Arkeologi Yang Ditemui

Bahan Arkeologi      

 

Asas pelapik tiang pada Candi Estet Sungai Batu (Tapak 11/3) tanpa hiasan dan mempunyai ukuran 25cm x 25cm

Temuan asas pelapik tiang yang mempunyai ukuran 35cm x 35cm

Inskripsi (tulisan yang dipahat di atas batu atau daun). Di Asia Tenggara tulisan yang digunakan pada Inskripsi adalah seperti 'Prenagari', 'Pallava', 'Jawa Kuno' dan 'Sunda Kuno' sementara bahasanya terdiri daripada 'Sanskrit Jawa Kuno', 'Melayu Kuno', 'Sunda Kuno', 'Bali Kuno', 'Arab'

Temuan bendul pinti candi yang mempunyai ukuran 232cm x 39cm

Asas pelapik tiang pada Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8) dengan hiasan yang mempunyai ukuran 53cm x 53cm

Asas pelapik arca pada Candi Bendang dalam (Tapak 50) yang mempunyai ketinggian 25cm

Asas pelapik arca yang mempunyai ukuran 88cm x 87cm dan ketinggian 47cm Kala (pola hias yang lazimnya

terdapat di bahagian atas pintu bangunan candi) yang menggambarkan keadaan yang menyeramkan seperti mempunyai mata bulat, mulut yang ternganga serta bertaring. Ia berperanan sebagai pengusir roh.

Asas pelapik tiang pada Candi Asas pelapik tiang pada Candi

Estet Sungai Batu (Tapak 11/3) dengan hiasan yang mempunyai ukuran 33cm x 33cm

Bukit Batu Pahat (Tapak 8) mempunyai ukuran asas pelapik besar 31cm x 31cm an ukuran asas pelapik kecil 29cm x 29cm

Inskripsi yang telah ditemui di Kampung Sungai Emas

Patung adalah merupakan ciri utama di dalam sesebuah candi. Patung ini telah ditemui pada di Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 21)

Asas pelapik tiang pada Candi Estet Sungai Batu (Tapak 11/3) dengan lubang segitiga yang mempunyai ukuran 35cm x 35cm

Peripih (artifak/peralatan yang ditemui dalam relikuari (bekas suci yang diperbuat daripada batu/tanah liat)di dalam Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8)

Batu-batu permata, ketulan batu dan mutiara yang ditemui

Sebahagian daripada barang-barang perdagangan yang

dalam cepu tinggalan Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8)

dijumpai di Lembah Bujang

Peripih dalam relikuari tembaga yang ditemui dari Candi Pendiat (Tapak 16)

Relikuari merupakan sebuah tempayan/bekas suci yang diperbuat daripada batu/tanah liat dan diisi dengan peripih sebelum ditanam di dasar bangunan candi

Kepingan emas bulat di dalam Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8)

Relikuari yang ditemui dari Candi Pendiat (Tapak 16)

Bahagian tembikar yang dijumpai semasa menjalankan kerja-kerja carigali candi-candi di Lembah Bujang

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=47&idskandungan=192&id=&mtopic=

ARTIFAK WARISAN KEBANGSAAN

Avalokitesvara

Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun dan tinggi 93 sm. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.

Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial masyarakat lampau.

Nama: AvalokitesvaraKategori: Koleksi Arkeologi, Objek Ketara Koleksi

Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan 2009), Lokasi: Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu,

Loceng Dong Son

Loceng gangsa ini ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor. Ia dipercayai berasal dari Dong Son, Utara Vietnam berdasarkan reka bentuk dan coraknya yang sama dengan loceng Dong Son yang lain. Loceng ini dianggar dihasilkan sekitar 150 Tahun Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasaan kuasa kerajaan Funan.

Lukisan dinding Beberapa artifak peninggalan Sejarah Awal

Nama: Loceng Dong SonKategori: Koleksi Etnologi, Objek Ketara Koleksi

Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan 2009),

Lokasi: Galeri A : Sejarah Awal,

Tulang Mawas

Alat besi ini dipercayai digunakan oleh pelombong atau dalam kerja pembuatan kapal.

Bodhisattva Bersila

Ukiran Batu Terakota, Bodhisattva bersila, tapak 21/22, Kampung Pengkalan Bujang, Kedah. Arca ini mempunyai langgam yang mirip dengan arca-arca Buddha Zaman Cola dari India Selatan pada abad ke-10 atau awal abad ke-11. Arca Buddha Duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah.

Muka hadapan menggambarkan seekor kijang dan di sebelah belakang tertera perkataan “Malik Al Adil” dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Nama: Tulang MawasKategori: Koleksi Arkeologi, Lokasi: Galeri A : Sejarah Awal,

Nama: Bodhisattva BersilaKategori: Koleksi Arkeologi, Objek Ketara

Koleksi Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan 2009),

Lokasi: Galeri A : Sejarah Awal,

Nama: CelepaKategori: Koleksi Etnologi, Objek Ketara Koleksi Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan

2009), Lokasi: Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu,

Nama: PendingKategori: Koleksi Etnologi, Objek Ketara Koleksi Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan

2009),

Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang Melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah. Sekitar abad ke-18. Celepa emas berbentuk bintang pecah sepuluh seperti sekuntum bunga. Permukaannya ditatah dengan permata jernih dan butiran manik-manik emas. Pernah dimiliki oleh kerabat diraja Sultan Zainal Abidin I, Terengganu (1725-1733). Berukuran 8.8 sm garis pusat.

Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata pelbagai warna. Berasal dari Kelantan. Pending emas bertatah batu-batu permata dengan reka corak bunga sulur-bayur. Batu-batu permata yang disusun berpasang-pasang tiga menyerlahkan lagi ketampanan pemakainya. Dipakai oleh kerabat diraja semasa upacara istiadat kebesaran diraja. Berusia lebih 100 tahun.

Lokasi: Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu,

Gendang Dong Son

Gendang gangsa ini dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1964. Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. Ia juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus.

Pemukul Kulit Kayu

Muka Hadapan : "Sultan Muzaffar Shah" dalam tulisan jawi. Muka Belakang : "Khalifatul Muminin" dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Nama: Gendang Dong SonKategori: Koleksi Etnologi, Lokasi: Galeri A : Sejarah Awal,

Nama: Pemukul Kulit KayuKategori: Koleksi Arkeologi, Lokasi: Galeri A : Sejarah Awal,

Alat batu yang mempunyai garisan silang-menyilang bagi mengetuk dan melembutkan kulit kayu untuk dijadikan pakaian.

Tengkorak Homosapiens

Manusia Perak merupakan tinggalan manusia moden (homo sapiens) yang terpenting pernah ditemui di Malaysia kerana usianya melebihi 10,000 tahun dan ditemui dalam keadaan lengkap dari sudut anatominya. Belia ditanam dalam keadaan merengkok dan dikebumikan dengan berbagai makanan yang terdiri daripada cengkerang siput, daging dari berbagai jenis haiwan dan juga disertai dengan alat-alat batu.

Keris Riau-Lingga

Keris ini dikurniakan kepada Sultan Ahmad ibni Sultan Zainal Abidin III Terengganu semasa perkahwinan baginda. Hulu gadingnya berbentuk Jawa Demam. Dihiasi dengan pendokok emas, suasa dan cincin melawau yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan batu permata. Mata keris jenis bahari lurus disadur dengan warna keemasan. Sampir daripada kayu jenis Semenanjung. Terdapat batir dan tuli-tuli. Sarung keris diterap dengan logam perak berukiran dan mempunyai buntut jenis mata kapak yang diterap dengan emas.

Nama: Tengkorak HomosapiensKategori: Koleksi Arkeologi, Lokasi: Galeri A : Sejarah Awal,

Nama: Keris Riau-LinggaKategori: Koleksi Etnologi, Lokasi: Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu,

Makara

Makara merupakan simbolik daripada gabungan elemen dua haiwan yang mewakili unsur-unsur tertentu. Makara yang dipamerkan ini mempunyai bentuk gajah dan ikan, iaitu simbol haiwan yang berkuasa di darat dan di laut yang diukir daripada sebuah bongkah batu yang besar. Pada masa dahulu, makara (lazimnya berpasangan) digunakan sebagai hiasan di tangga pintu masuk utama sesebuah bangunan seperti candi. Makara ini ditemui di Kampung Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah; dipercayai dari abad ke-7 Masihi.

Dokoh Buah Sukun

Dokoh buatan tukang Melayu yang sangat cantik. Bentuk daun sukun lebar dan dua keping buah azimat bersama dua keping daun dan dua keping bunga mawar. Permukaan dokoh diukir dengan pintalan tali emas sulur serta bijirin dan manik emas. Sekitar awal kurun ke-19.

Nama: MakaraKategori: Koleksi Arkeologi, Lokasi: Galeri B: Kerajaan-kerajaan

Melayu,

Nama: Dokoh Buah SukunKategori: Koleksi Etnologi, Objek Ketara

Koleksi Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan 2009),

Lokasi: Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu,

Artifak Warisan Kebangsaan

Pada 14 Februari 2009, sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah di antara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Daftar Warisan Kebangsaan adalah satu daftar yang mengandungi suatu senarai butiran warisan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution).

Objek Ketara Koleksi Muzium yang tersenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 adalah:

1.Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1564 - 1570 ) Johor

2. Duit Kijang Emas

3. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah I ( 1527 - 1564 ) Johor

4. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II ( 1793 - 1808 ) Terengganu

5. Pending Melayu

6. Celepa Diraja Terengganu

7. Tepak Sireh Sultan Abdul Samad

8. Patung Avalokitesvara

9. Loceng Gangsa Dong Son

10. Arca Buddha Duduk

Sebanyak 3 artifak daripada senarai tersebut iaitu Celepa Diraja Terengganu, Patung Avalokitesvara dan Loceng Gangsa Dong Son kini dipamerkan untuk tontonan umum di Muzium Negara.

http://www.muziumnegara.gov.my/

http://id.wikipedia.org/wiki/Gua_Chauvet

SERAMIK NUSANTARA

Indonesia adalah negara yang kaya akan sumber daya alam yang merupakan potensi bahan baku untuk produk-produk.Salah satu potensi alam tersebut adalah tanah liat yang terdapat hampir di seluruh Indonesia baik di Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa,Kalimatan, Sulawesi, Bali, Nusa Tenggara, bahkan di Papua. Tanah liat sebagai bahan utama untuk pembuatan seramik sangat menguntungkan kerana bahannya relatif mudah di dapat dan hasil produknya sangat luas pemakaiannya.

A.Sejarah Perkembangan Seramik Nusantara

Secara pasti sangatlah sulit untuk dikatakan daerah mana yang mula-mula yang merupakan pusat perkembangan seramik di Indonesia. Dari segi teknikpembuatannya benda-benda seramik yang oleh para ahli sejarah disebut“paddle and anvil technique” atau teknik tatap batu, suatu teknik pembuatanseramik tradisional yang saat ini masih dipergunakan di daerah-dareah diIndonesia.

Meninjau hasil karya seramik dari beberapa daerah di Indonesia sangat menarik kerana terasa ada suatu karakteristik sangat khas yang menjiwaibenda-benda tersebut.

Daerah tersebut antara lian Kalimantan dengan seramik Singkawang yang menghasilkan guci-guci besar. Daerah ini menghasilkan benda seramik dengan teknologi pembakaran tinggi mulaiabad. Singkawang merupakan daerah migrasi orang-orang China Hokkian, yang banyak keahliannya membuat guci. Sementara masyarakat tradisional tetap melakukan aktivitas untuk membuat gerabah tradisional untuk memenuhi kebutuhan hidup dengan kekuatan apa adanya.

Gambar Keramik Sung (China)yang mempengaruhi perkembangankeramik Indonesia (sumber:www.britannica.com)

Gua Lascaux di Perancis

Lukisan Lascaux adalah lukisan dinding yang terletak di gua Lascaux di Dordogne di Perancis.[1] Lukisan dinding ini menggambarkan banyak spesies hewan dan gambar manusia yang dilukis dengan warna tanah berpigmen coklat, hitam, kuning dan merah.[1][2]

Pigmen-pigmen ini dihasilkan dari oker, hematit, dan mangan yang digambarkan pada permukaan dinding batu kapur yang berwarna putih.[1] Seniman Lascaux menciptakan gambar-gambar ini dengan cara menggambar garis dasar dan mewarnainya dengan pigmen.[1]

Lukisan Lascaux merupakan salah satu karya seni Paleolitikum yang paling menonjol.[1] Seniman prasejarah dapat menciptakan ilusi gerakan dan menangkap intisari dari suatu spesies dengan agak melebih-lebihkan figur karakternya.[1]

Beberapa lukisan tersebut adalah lukisan sapi-sapi yang berada pada lokasi gua yang dinamakan Ruangan Sapi yang Berlari.[1] Diperkirakan lukisan ini dilukis sekitar 15.000 SM-13.000 SM.[1] Lukisan di atas batu kapur ini tampak bercampur dengan lukisan hewan-hewan lain dikarenakan seniman gua Paleolitikum tidak pernah menghapus gambar terdahulu sebelum melukis lukisan yang baru.[1] Sapi-sapi pada dinding ini menciptakan impresi seakan-akan mereka mendaki bukit.[1]

Menurut teori, lukisan ini dibuat sebagai simbol penangkapan hewan dan kemudian digambarkan rupanya di dinding gua.[1] Salah satu lukisan yang memiliki interpretasi yang berbeda adalah lukisan Kuda Cina yang memiliki gambar menggelembung yang kemungkinan kuda betina yang hamil.[1] Dinamakan Kuda Cina karena menyerupai kuda keramik dari Dinasti Han.[1] Dekat gambar kuda terdapat 2 ilustrasi diagonal yang hampir pararel dengan leher kuda dan yang satu lagi dibagian bawah perut kuda.[1] Ilustrasi ini diperkirakan tanaman atau anak panah.[1] Namun tidak diketahui mengapa tanda-tanda itu diletakkan dengan kuda sehingga menyulitkan untuk mengartikan karya Paleolitikum tersebut.[1]

      Chauvet Perancis       Les Combarelles, Perancis       Altamira, Sepanyol

http://aneh-nya72.blogspot.com/2013/07/7-lukisan-pra-sejarah-paling-terkenal.html