scrap hafiez

Upload: maria-isabella

Post on 07-Jul-2015

428 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TARIAN SUMAZAU

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Tarian Sumazau ini seolah-olah menunjukkan bahawa petani sedang menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahanlahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering. Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya. Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsutinsut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN LIMBAI

Tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai digerakkan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik saja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di depan pengantin. Ia adalah upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab kabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari melambaikan selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mengucapkan selamat datang. Limbai ialah tarian suku kaum Bajau yang menetap di daerah Kota Belud di bahagian pantai Barat Sabah. Ia juga sering dipersembahkan pada majlis keramaian tertentu dalam masyarakat berkenaan. Tarian ini dipersembahkan tiga hingga empat pasangan penari dan bercirikan gerakan lenggokan tangan penari yang lemah-lembut. Ada muzik wajib yang mengiringi persembahan Limbai ialah Tetawak. Tetawak turut dimainkan dalam persembahan muzik tradisional Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat. Ia turut mengiringi tarian Sumazau, Tingkad Tingkad Silat, persandingan dan beberapa lagi adat tradisional tertentu di Sabah.

TARIAN DATUN JULUD

Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Negeri Sarawak. Bilangan kaum Kenyah sebelum abad ke 20 dilaporkan terdiri daripada 23, 000 orang. Kaum kayan dan Kenyah yang tinggal di kawasan Kuala Sungai Long dan mempunyai perhubungan yang rapat antara satu dengan yang lain. Hal ini, menyebabkan kaum Kayan dan Kenyah mempunyai budaya yang sangat serupa. Contohnya, kedua dua kaum ini sama-sama memperkenalkan tarian Datun Julud sehingga ke hari ini. Walaupun kaum Bahau hidup bersama namun mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi pula, kaum Bahau mengamalkan pertanian sara diri iaitu menanam padi bukit di lereng atau cerang hutan serta di kawasan sawah.

Dari segi asal usulnya pula, Orang Kenyah berasal dari Ulu Sungai Baram dan berpusat di daerah Long San. Orang Kayan pula penempatan asal mereka ialah di lembah Sungai sepajang Hulu Batang Baram, Usun Apau, Balui, Kawasan Tinjar, dan Ulu Batang Rajang.

Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik cuping telinga dan digantung dengan gelang timah atau tembaga yang berat supaya cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan juga suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan alat keperluan harian seperti perkakas asas dan senjata. Contohnya alatan tersebut ialah parang, beliung, kapak dan banyak lagi.

Sekarang tarian Datun Julud, kebiasaannya dipersembahkan pada hari-hari kebesaran atau pun untuk meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong luar negeri. Tarian ini boleh ditarikan berseorangan atau berkumpulan. kebiasaanya, tarian Datun Julud ini dipersembahkan pada waktu petang oleh sekumpulan wanita. Dalam kesempatan inilah, penari-penari wanita akan dinilai dari segi kecantikan dan kebolehan menari.

Gerak / Cara Persembahan

Seorang ketua biasanya lelaki akan berada di hadapan sekumpulan penari wanita dan beliau akan memulakan pergerakan yang akan diikuti oleh penari-penari yang lain. Pergerakan yang dicipta agak spontan, menyebabkan ia mengubah pergerakan kaki dan tangan pada bila-bila masa sahaja.

Jika persembahan yang dibuat di rumah panjang, kebiasaannya mereka menari mengelilingi ruai Ketua kampung dan kadang-kadang seluruh rumah panjang .Lama-kelamaan keadaan ini akan diikuti oleh orang ramai ataupun penonton yang ada pada masa terebut akan mengikut tarian tersebut dari belakang. Persembahan ini menjadi meriah kerana mereka akan bergelak ketawa apabila terjadi beberapa kesilapan yang dilakukan oleh penari dan berteriak untuk memberikan sokongan dan galakan.

Biasanya penari yang menarikan tarian Datun Julud akan mengikut alunan muzik pengiring iaitu Sape .Penari-penari hanya mengikut sahaja pergerakan ketuanya. Cara persembahan juga ialah dengan menghentakan kaki ke kiri dan ke kanan dan dan dan dan di ulang -ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Suku kaum Kenyah membuat persembahan ini amat mempersonakan penonton dengan gerakan badannya yang lemah gemalai, lenggokan badannya dan ayunan tangan yang disertakan dengan alat yang paling istimewa dan menarik iaitu bulu-bulu burung dipasang di celah -celah jari di kedua-dua belah tangan penari wanita seakan meniru burung-burung sedang berterbangan bebas. Langkah tarinya tertumpu kepada peralihan berat dari satu kaki seolah berjalan di atas bumi manakala gerakan lengan memberi satu kesan seperti terapung atau berterbangan di udara. Tarian ini juga digayakan dengan melekukan kaki kanan dan kaki kiri secara merendah dan berpusing lalu membuat suatu bentuk yang tersendiri.

Pakaian Tarian Datun Julud

Disebabkan tarian Datun Julud ini merupakan tarian untuk berhibur di rumah panjang, maka tiada pakaian khas digunakan. Tetapi sekiranya ada tetamu kenamaan atau untuk menyambut hari-hari perayaan beberapa corak pakaian tradisioal yang digunakan di antaranya ialah penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing. Baju dan sarung ( taah ) dihiasi dengan ukiran tradisi yang diperb uat daripada manik dan labuci. Penari wanita memakai baju berlengan pendek dan kain bermotif tradisi.

Pakaian tradisional yang pelbagai corak dan motif ini dibuat menggunakan tenunan tangan. Di tangan penari wanita pula memegang kipas yang diperbuat darip ada bulu burung enggang. Dalam tarian ini juga bulu-bulu burung yang dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari wanita hanyalah sebagai perhiasan.

Penari lelaki pula selalunya membawa perisai Terabai dan parang panjang Ilang semasa menari. Di kepala penari lelaki juga dihias dengan topi yang dilekatkaan dengan bulu burung Kenyalang. Baju yang digunakan penari lelaki juga kadang-kadang ialah baju yang diperbuat daripada kulit kayu Kemedu. Kulit kambing sunong juga digunakan untuk membuat ba ju penari lelaki.

Alat solek

Alat solekan muka yang digunakan oleh penari tarian Datun Juud ialah berbentuk Natural ataupun berbentuk realiti. Penari penari gemar menggunakan solekan yang berbentuk natural begini kerana persembahan yang kebiasaannya dilakukan secara terbuka dan dekat dengan audien. Hal ini menampakan lagi kejelitaan penari wanitayang semulajadi. ALAT Muzik

Alat muzik yang mengiringi tarian Datun Julud ini adalah Sape sahaja. Alat muzik Sape berbentuk seperti gambus panjang, badannya panjang, berbentuk hampir empat segi. Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Sape juga diperbuat daripada sejenis kayu lembut, lazimnya 'meranti' dan Jokuvang. Badannya yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering disebut Sebagai the boat lut oleh para sarjana dari Barat.

Sape begitu terkenal di kalangan suku kaum Kayan dan Kenyah kerana muzik ini merupakan muzik utama dalam menarikan tarian Datun Julud. Sape selalu dimainkan untuk muzik hiburan serta mengiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat iaitu sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan head hunting mengikut legenda kaum Dayak dan kini kepercayaan seperti ini telah tidak diamalkan lagi. Dalam tarian Datun Julud antara lagu yang sering dimainkan dengan muzik sape ialah lagu Sak Paku.

Cara bermain sape ialah dengan meletakannya diriba dan dipetik seperti bermain gitar iaitu dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan irama lagunya.

Melalui kajian ini, Tarian Datun Julud ini dapat dikenali dengan lebih dalam lagi serta potensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa amat sesuai kerana mempunyai keunikan dan keaslian yang berbeza serta tidak terdapat di negara lain. Jika diamati, Kita dapat melihat dengan jelas bahawa gerak laku tarian Datun julud ini memancarkan gerak laku penari wanita yang membawa perwatakan sopan santun. Buktinya ialah gerakan ayunan tangan penari wanita yang perlahan dan lembut penuh dengan gaya yang manja sesuai denag ciri sebagai gadis jelita sangat mempesonakan sesiapa sahaja yang melihat tarian ini dipersembahkan.

Bagi penari lelaki pula, menampakan perwatakan sebagai wira ataupun pahlawan yang berani. Mereka menari sambil memegang parang pajang seperti mahu menentang musuh. Motif perisai yang dibawa adalah sebagai pelindung semasa menyerang musuh. Kegagahan penari lelaki dapat kita nilai apabila dia menari keseorangn dan bermaksud dia mampu menjaga wanita ataupun kaumnya pada masa dahulu apabila musuh datang menyerang kaum mereka.

Dari segi pakaian pula, corak dan motif yang pelbagai telah digunakan amat sepadan dengan langkah tarian. Hal ini menunjukan kaum Kayan / Kenyah pada masa dahulu mempunyai pemikiran yang sangat bijak dalam memilih corak dan motif yang digunakan untuk tarian Datun Julud ini.

TARIAN NGAJATTarian ngajat adalah merupakan indentiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini. Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30% daripada jumlah penduduk Sarawak dan ethnik yang terbesar di negeri tersebut yang disambut pada awal bulan Jun setiap tahun. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Jenis Tarian Ngajat Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

Ngajat Berbunuh Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.

Ngajat Induk Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.

Tarian Ngajat Lesong Ianya merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai. Ngajat Kuta Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.

Ngajat Pua Kumbu Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

Gagung ( Baju Burung) Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dip akaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya

Rentak Tarian Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Muzik/Lagu Iringan Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Kesimpulan Kini persembahan tarian ngajat yang merupakan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialkan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya di Sarawak.

TARIAN NAGA

Tarian

naga (Cina

Tradisional:

, Cina

Ringkas:

, pinyin:

w

lng)

ialah

sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cinaselalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: lng de chun rn) sebagai lambang identiti etnik.

Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan n asib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga. Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" Cina iaitu imejnaga

dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan

menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranannaga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

TARIAN SINGA

Tarian Singa (bahasa Cina: ??; pinyin: w?sh?) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun,Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah,jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan. Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

TARIAN BHANGRA

Tarian Bhangra merupakan salah satu tarian kebudayaan kaum suku Sikh. Ia merupakan suatu bentuk tarian yang mana ia untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India. Setiap pergerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang istimewa dan merupakan gerakanartistik. Penari lelaki dan wanita selalunya memakai pakaian yang berwarna terang dan berseri-seri. Lagu-lagu untuk tarian ini adalah rangkaian lagu-lagu rakyat yang diiringi oleh alat muzik tradisional seperti tholl dram, harmonika, tamborin dan musical clapper. Tarian Banghra diMalaysia sangat popular dalam mana ia juga dipersembahkan untuk majlis perkahwinan, hari- jadi dan majlis kekeluargaan.

TARIAN GIDDA

Ia merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penaripenari wanita. la diseumpamakan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha. Selalunya dipersembahkan pada malam hari perkahwinan di mana Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung melalui Bolian (rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.

TARIAN KATHAK

Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari IndiaUtara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam,dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan dilapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisahmitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangandan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyimuzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yangdiimport oleh istana diraja era Mughal.Terdapat tiga jurusan utama atau gharana bagi Kathak dari mana pengamal masa kinimenyusur susur galurnya: gharana dari Jaipur, Lucknow dan Benares (lahir di istanaKachwaha raja Rajput, Nawab dari Oudh, dan Varanasi mengikut turutan); terdapat juga gharana Raigarh yang kurang menonjol dan lebih muda dari mana teknik ketiga-tiga gharana sebelumnya digabung tetapi menjadi terkenal kerana komposisinya yangberbeza.Tarian Kathak merupakan salah satu lagi tarian klasikal India yang berasal dari utaraIndia. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud 'senibercerita'.Dari sifat asalnya yang merupakan gambaran menghambakan diri kepada dewa dewaHindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah. Pengaruh budaya Indo-Muslim Pada kurun ke 11 dan 12, di waktu pemerintahan era Mogul di India persembahantarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana - istana Mogul. Seni tarian Kathakketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) dipekenalkan. Dipercayai dipengaruhi olehTarian Sufi dari Turki.

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ). Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah seni bercerita , dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu. Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam: BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya

dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api. Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, rajaraja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman. E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar melakukannya.

Cara Bharata Natyam ditarikan Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi. Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan Bharata Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus mempunyai sepuluh sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik), Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi). Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).

TARIAN ULIK MAYANG

Asal usul Ulek Mayang Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus. Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan -rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40

tahun.Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Lirik Lagu Ulek Mayang

Ulek mayang ku ulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulekUlek dengan tuannya puteri Ulek mayang diulekUlek dengan jala jemala Ulek mayang diulekUlek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya empat Puteri empat berbaju serong Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading Puteri empat berselendang kuning Umbok m ayang diumbok Umbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya enam Puteri enam berbaju serong Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri Puteri Puteri Puteri

tujuh tujuh tujuh tujuh

berbaju serong bersanggol sendeng bersubang gading berselendang kuning

Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Tuan puteri berbaju serong Tuan puteri bersanggol sendeng Tuan puteri bersubang gading Tuan puteri berselen dang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ku tahu asal usul mu Yang laut balik ke laut Yang darat balik kedarat Nasi berwarna hamba sembahkan Umbok mayang ku umbok Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih

TARIAN INANG

Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini. Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana. Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina. Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan

TARIAN MAK YONG

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu. Mak Yong merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau. Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik. Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

TARIAN KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penaripenari. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan. Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk johor terutamanya dari berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.

TARIAN GAMELAN

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.

TARIAN ZAPIN

Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan al Zafn . Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian.

TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat : 1. Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari. 2. Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari. 3. Peringkat ketiga - penutup tarian.

Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan assalamualaikum , kata kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarong. ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain lain.

TARIAN JOGET

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Ia juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak. Tarian Joget sangat digemari oleh Masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari.Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal.Malah Joge Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka. Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian kaum Portugis iaitu Branyo.Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingklng Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Jget Serampang Laut,Joget 106,Joget Johore Sport Club dan lain-lain.Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada wrong geng kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Cara Persembahan Dalam tarian joget, gerak geri kai lebih penting daripada gerakan tangan.Tempo tarian joget yang sederhana ilah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget di tarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua,muda,lelaki dan wanita secara berpasangan.Orang yang sedang menari dikatakan berjogetatau bertandak sementara pengiring tarian dikatakn pencak joget. Dalam pesta-pesta keramaian,penari lelaki berjoget akan mengembing atu mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya.Tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.

Pakaian Joget Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping.Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga diatas kepalanya.Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.