resipi hokkaido chiffon cupcakes

30
Resipi Hokkaido Chiffon Cupcakes BAHAN A: 4 biji kuning telur mcm atas ni ada cm pusat telur tu kan..yang tu jangan lupa buang ea... sebab nak elakkan bau hanyir telur tu... 30gm gula Castor

Upload: timothy-bates

Post on 05-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

resipi

TRANSCRIPT

Resipi Hokkaido Chiffon Cupcakes

BAHAN A:

4 biji kuning telur

mcm atas ni ada cm pusat telur tu kan..yang tu jangan lupa buang ea...sebab nak elakkan bau hanyir telur tu...

30gm gula Castor

40ml susu segar 40ml minyak jagungrai tambah sedikit esen vanilla(satukan bahan2 nie)

55 gm tepung cake(rai guna tepung gandum je)20 gm tepung kastard(rai guna bird custard)1 sudu teh baking powder*satukan bahan2 ni dan ayat 3 kaliCara2 membuat bahan A:

1. Satukan gula dan kuning telur dan kacau dengan menggunakan whisk sahaja...

2. Bila dah kacau tu dia akan jadi putih sedikit macamni...

3. Kemudian masukkan minyak jagung, susu dan esen vanilla tadi.

4. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung yang dah diayak tadi...

5. Kacau sikit just bagi sebati sahaja.. Ketepikan sekejap..ok..kemudian Jom kita sediakan Bahan B ....

Bahan B:

80gm gula castor1/4 sudu kecil garam

4 biji putih telur(pastikan takde benda asing macam minyak atau air..kalau tak takkan jadi)Cara membuat bahan B:

1. Pukul putih telur dengan menggunakan mixer(high speed)sampai ia kembang dan berbuih.

2. Bila dah nampak dia kembang dan berbuih...masukan sedikit demi sedikit gula castor tu....

3. Sambung pukul lagi sehingga dia kembang

4. Sampai dapat soft peak "bertanduk" mcm ni..tak perlu tanduk bercabang2 yea.. hahaha..Ok sekarang kita nak satukan bahan A dan bahan B tadi...

1. Ambil sedikit bahagian B(adunan putih telur tadi)... campurkan dalam bahan A(adunan kuning telur+ tepung)

2. Jangan gunakan mixer... hanya pakai senduk atau spatula dengan teknik kaup balik...masuk sedikit demi sedikit,kaup balik sampai semua adunan habis.. ada sebab tak guna mixer.. nanti cupccake anda tak gebu dan akan padat so hilang la struktur dia nanti..

3. Oklah kalau dah sebati camni...

4. Masukkan dalam bekas cupcake paras 3/4...Bakar 15-20 min suhu 170 celsius....(rai cadangkan guna bekas cupcake empat segi atau soufle cup yang lebih kukuh)

Ok bila dah masak.. sejukkan pada suhu bilik...Jangan sedih kalau mula2 dia gebu beria2 tapi lepas masak dia akan terbenam sket and mengecut..memang struktur dia macamni...

Sementara tunggu cupcake kita sejuk...jom kita buat cream custardBahan2 Cream Custard:

1 sudu besar tepung gandum1 sudu besar tepung jagung/tepung kastard4 sudu besar gula200ml susu segar 1 bji telur + sedikit esen vanilla(sebab saya suka vanilla.haha)1 sudu besar mentega

Cara2 membuatnya:

1.Masukkan tepung,tepung jagung dan gula ke dalam periuk

2. Masukkan 1-3 sudu besar susu. kacau rata jangan ada yang berketul2...

3.Masukkan telur dan esen vanilla... kacau rata

5. Masukkan baki susu dan kacau sebati

6. Masak di atas api sederhana

7. Kena sentiasa kacau dengan whisk ea....tak boleh tinggal atau biarkan...sentiasa kena kacau

8. Kacau sehinga ia pekat dan berkilat... dah boleh dah angkat..sejukkan sedikit biar sampai leh rasa cm suam2...ok kita dah boleh piping kastard nie ke dalam cupcake...jangan biar sampai kastard mengeras....guna dia masa suam2..Masukkan kastard yang suam2 tadi ke dalam piping bag...jangan masukkan kastard masa dia ngah panas2 tu okies..

Rai guna nozel jenis nie.. sebab takde pilihan.ahhahaa...

haaaa cucuk saja dalam2 then INJECT dia! ahhahaha... buleh juga ea cupcake pun nak inject...ahahhaa...INJECT sama dia yaaa doc...

haaa.. mengiurkan tak sampai nampak cream castard tu terkeluar.haha

Pastu nak bagi effect dia cantik and and ada imej hokkaido cupcake tu...tabur dengan icing sugar dekat atas dia....

Then pipingla sket bentuk Rossette atas cupcake tu....

Nak naikkan seri dia.. rai bubuh buah raspberry and blueberry...

Inilah rupa dalam dia

Resepi Chocolate Indulgence Cake Ala2 Secret Recipe

Chocolate ChiffonBahan A30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)100gm gula kastor130gm tepung naik sendiri1/2 tsp baking powder1/2 tsp soda bicarbonate60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung1 tsp esen vanilaBahan B4 biji putih telur60gm gula kastor1/4 tsp cream of tartarCara-cara1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.Filling : Mousse Coklat Hitam :200gm chocolate masakan hitam2 kuning telur (di pukul dahulu)2 putih telur (di putar hingga kembang)60gm gula kastor1/2 tbsp mentega250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat1 1/2 tbsp gelatin50ml airsimpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)Filling : Mousse Coklat Putih :200gm coklat masakan putih100ml susu segar UHT2 kuning telur (di pukul dahulu)2 putih telur (di putar hingga kembang)60gm gula kastor250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat2 tbsp gelatin50ml airTopping Coklat Ganache150ml Anchor whipping cream (tawar)350gm coklat masakan hitam1 tbsp mentega cair(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.Cara-cara :Mousse Coklat Hitam1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.Mousse Coklat Putih1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.Cara-cara :1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

\

Resepi : Pizza (Resepi Pizza Lengkap My Style)

Sumber :Dayang Jack - Dapurku Sayang

Pizza base I :

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil yis segera mauripan

2 sudu besar susu tepung

160 ml air suam

1 sudu besar gula halus

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)

1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara :

1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)

2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.

3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.

5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.

6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.

7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.

8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.

9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

Amie ikut resepi Pizza Base II.

Pizza di atas ini untuk memenuhi citarasa anak-anak yang hanya berminat dengan daging cincang, dan hirisan sosej. Tapi Amie bubuh juga cendawan, hirisan nanas dan capsicum dalam kuantiti yang sedikit.

Puaslah anak-anak makan pizza. Amie dapat hasilkan 2 dulang. Yang di atas ini saiz dulang agak kecil.

Pizza base II :

2 cawan tepung roti

2 sk yis mauripan

90 ml air suam

70 ml susu segar suam

1 sk garam halus

2 sb gula

1 sb marjerin

1 sb susu tepung

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan (kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.

Kemudian rehatkan doh (tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.

Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

Untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

Saiz pizza yang ini pula agak besar, Amie bubuh hirisan bawang dan pelbagai lagi. Tabur serbuk oregano lebih sedikit sebab suka baunya yang harum!

Topping/Filling: (2 large pizza)

400 g daging cincang (dicincang/minced)

3 ulas bawang putih (dicincang)

1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)

1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)

sedikit garam dan gula

3 sudu besar mentega

Untuk hiasan :

sedikit oregano kering

cendawan shitake

hirisan nenas

hirisan kapsikum

hirisan bawang besar

keju parut

lain-lain ikut suka

Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar

* 1 sudu besar mentega

* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)

* 100g cream cheese

* sedikit lada sulah

* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!

Amacam? Ada rupa pizza sebenar tak? He he hehh..... Seronok rasanya dapat menghasilkan pizza mengikut citarasa sendiri.

Apalagi... marilah makan sama, ambil sekeping seorang ye