refleksi lawatan sk kati

23
PENGENALAN Program Lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Kati, Kuala Kangsar ini telah dirancang untuk tujuan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak. Projek ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum pendidikan Program Bina Insan Guru bagi pelatih (PISMP). Program Lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara profesional dengan guru cemerlang. Pelajar akan didedahkan juga dengan kerohanian dan akhlak keguruan seperti mengenali dan menilai potensi diri guru berdasarkan potensi diri, personaliti kerjaya dan citra diri insan guru. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja guru cemerlang di sekolah berkenaan yang berkesan. 1

Upload: pedot-elipsis

Post on 27-Oct-2015

111 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Program Lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Kati, Kuala Kangsar ini

telah dirancang untuk tujuan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak. Projek ini merupakan sebahagian

daripada aktiviti kurikulum pendidikan Program Bina Insan Guru bagi pelatih (PISMP).

Program Lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar untuk

berinteraksi secara profesional dengan guru cemerlang. Pelajar akan didedahkan juga

dengan kerohanian dan akhlak keguruan seperti mengenali dan menilai potensi diri

guru berdasarkan potensi diri, personaliti kerjaya dan citra diri insan guru. Di samping

itu, pelajar juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya

kerja guru cemerlang di sekolah berkenaan yang berkesan.

1

RASIONAL

Progran lawatan penanda aras ke sekolah yang cemerlang diluluskan kerana ia

adalah bagi memenuhi keperluan sukatan pembelajaran Program Bina Insan Guru(BIG)

bagi Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) .Peruntukan masa bagi

menjalankan Keseluruhan program yang terkandung dalam sukatan adalah sebanyak

10 jam termasuk pelaksanaan bengkel. Adalah wajar aktiviti ini dijalankan dengan

berkesan bagi memenuhi matlamat ini.

Aktiviti lawatan penanda aras menjurus kepada pendidikan secara langsung

berdasarkan interaksi profesional dengan guru cemerlang di sekolah yang dipilih. Di

samping itu, pelajar akan mendapat pendedahan berkaitan inovasi pedagogi yang telah

dilaksanakan oleh guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru

cemerlang serta ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang dalam kerjaya

sebagai seorang pendidik.

TUJUAN

Projek ini dicadangkan bertujuan untuk mengisi program Bina Insan Guru(BIG)

bagi pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6. Ianya juga

bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen pelatih terhadap pelbagai aktiviti yang

dilakukan. Selain itu,lawatan ke sekolah yang mempunyai guru cemerlang ini adalah

memberi fokus kepada beberapa perkaramelaluiinteraksi profesional dengan guru

cemerlang yang berkaitan topik seperti inovasi pedagogi guru cemerlang, amalan

pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang, ciri-ciri profesionalisme dan komitmen

2

guru cemerlang di sekolah tersebut.Di samping itu, pelatih juga berpeluang menghayati

konsep kerja sebagai satu ibadah dan hidup berbakti serta membina pemikiran dan

motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.Kesimpulannya, pelajar diharapkan dapat

menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam

pengurusan pendidikan seharian di samping memahami realiti dan tanggungjawab

seorang guru.

3

OBJEKTIF

1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi

komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara

berterusan.

2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian

budaya.

4. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan

sosial.

5. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil

peranan secara aktif dalam kumpulan.

6. Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.

7. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

8. Memahami konsep nilai dan etika perguruan.

9. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

10.Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan.

11.Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab.

12.Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

13.Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti

persekitaran.

4

LAPORAN REFLEKTIF

Program Bina Insan Guru bagi semester 6 diteruskan lagi dengan Lawatan Penanda

Aras ke sekolah bagi berintekasi dengan guru cemerlang dan melihat inovasi pedagogi

guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran, ciri – ciri profesionalisme dan

komitmen guru cemerlang.

Sebelum memulakan program itu, kelas saya iaitu F1 telah bersetuju untuk

bergabung dengan kelas F4 iaitu kelas pendidikan jasmani dan jumlah keseluruhan

peserta adalah seramai 38 orang. Kedua – dua kelas telah mengadakan mesyuarat

bagi melantik ahli jawatankuasa bagi melancarkan lagi program ini dimana saya sendiri

telah dilantik sebagai pengerusi untuk program lawatan pada kali ini. Saya dan

setiausana iaitu Afikah telah berjumpa dengan En Zamri iaitu pegawai penyelaras BIG

untuk meminta senarai nama sekolah yang mempunyai guru cemerlang dan kami telah

bersetuju untuk ke SK Idris 2 di Kuala Kangsar namun setelah menelefon sekolah

tersebut, mereka menyatakan tidak mepunyai guru cemerlang tetapi hanya calon

cemerlang sahaja. Kemudiaannya, saya dan Afikah telah memilih SMK Raja

Perempuan Kalthom yang mempunyai guru cemerlang dan setelah berhubung dengan

pengetua sekolah, beliau menyatakan sekolah itu mempunyai 2 orang guru cemerlang.

Tetapi setelah diperiksa tarikh untuk menjalankan program ini, sekolah tersebut

terlibat dengan peperiksaan PMR dan guru cemerlang itu sendiri terlibat sebagai

pengawas peperiksaan. Saya dan Afikah berjumpa dengan En Zamri dan berbincang

tentang masalah ini. Kemudiannya, beliau menelefon PPD Kuala Kangsar dan meminta

senarai nama sekolah yang mempunyai guru cemerlang. Kami akhirnya memlih SK Kati

5

yang mempunyai 2 orang guru cemerlang iaitu guru cemerlang Bahasa Melayu dan

juga Agama Islam.

Saya dan Afikah terlebih dahulu melawat sekolah itu untuk berjumpa dengan

pihak pengurusan serta guru cemerlang bagi membincangkan tentang program lawatan

ini serta menerangkan tujuan program lawatan Penanda Aras. Kami turut berbincang

tentang aturacara program dan penyediaan makan pada hari selasa nanti.

Setelah kertas kerja serta semua urusan diluluskan, saya berserta rakan yang

lain bertolak ke SK Kati pada hari selasa iaitu 5 Oktober 2010 tepat jam 6.45 pagi.

Perjalanan ke SK Kati mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. SK Kati

merupakan sekolah luar bandar serta sekolah kurang murid. Ini merupakan kali

pertama bagi saya ke sekolah ini dan kali pertama mendengar nama Kati.

Setelah sampai di sana kami disambut oleh para guru dan pihak pentadbir

sekolah yang sudah menunggu di hadapan pintu pagar sekolah. Pada masa yang

sama,saya lihat En Yusri telah sampai terlebih dahulu dan sedang berbual dengan

beberapa orang guru. Selepas itu, saya dan rakan dibawa ke kantin untuk menikmati

sarapan pagi yang disediakan oleh pihak kantin iaitu nasi lemak dan air teh.

6

Selepas menikmati hidangan makan pagi, kami dibawa ke bilik gerakan untuk

mendengar sesi taklimat dan penerangan perjalanan untuk program ini. Sebelum itu,

wakil tutor iaitu Puan Fatimah memberikan ucapan alu – aluan iaitu dengan

menerangkan tujuan kedatangan kami ini. Kemudiannya, kami mendengar taklimat

berkenaan sekolah iaitu dari aspek latar belakang, kejayaan sekolah dan sebagainya

daripada penolong Kanan I iaitu Puan Hajah Marizan yang bertindak selaku wakil guru

besar yang tidak dapat hadir bersama kerana mempunyai urusan di luar daerah.

Dalam taklimat itu, saya dapat melihat sendiri sejarah sekolah Kati dimana

sekolah ini terletak di daerah Kuala Kangsar dan merupakan lanjutan daripada sekolah

Melayu Kmapung Kati yang pertama. Sekolah ini merupakan sekolah kurang murid dan

terletak di luar bandar. Bilangan murid di sekolah ini adalah seramai 302 orang

manakala bilangan guru adalah seramai 35 orang.

7

Daripada aspek kokurikulum, sekolah ini merupakan antara sekolah yang

cemerlang dalam sukan softball dimana sekolah ini pernah bertanding di peringkat

kebangsaan iaitu pada tahun 2009 dan menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

Sukan lain yang bertanding di perinkat negeri adalah bola tampar iaitu pada tahun 2009

dan tahun 2010. Sekolah ini mempunyai 2 orang guru cemerlang iaitu Puan Suzanna

untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Puan Suhaitinah untuk mata pelajaran

Pendidikan Islam.

Selepas mendengar taklimat daripada pihak pengurusan, acara seterusnya

adalah slot 1 iaitu sesi interaksi profesionalisme guru cemerlang Bahasa Melayu iaitu

Puan Suzanna berkenaan ciri – ciri profesionalisme guru . Pada sesi ini, Puan Suzanna

menerangkan tentang definisi guru cemerlang iaitu guru cemerlang ialah guru yang

mempunyai pengetahuan, kemahiran,dan kepakaran dalam mata pelajaran khususnya

dalam bidang pengajaran&pembelajaraan.Guru cemerlang juga sentiasa berdedikasi

dan bermotivasi dalam melaksana tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara

berterusan

Beliau turut menerangkan tentang objektif seorang guru cemerlang adalah

antaranya meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran, menjadi role

model kepada para guru yang lain dan meningkatkan motivasi guru tersebut untuk terus

8

membuat yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu juga seorang

guru cemerlang akan meningkatkan kecemerlangan sekolah berdasarkan pencapaian

atau inovasi yang dilakukan olehnya. Guru cemerlang juga mudah untuk naik pangkat

tetapi kekal mengajar di bilik darjah serta memperluas peluang kenaikan pangkat yang

lebih tinggi tanpa menunggu untuk satu tempoh yang lama.

Beliau turut menerangkan tentang ciri – ciri seorang guru cemerlang iaitu dari

segi peribadi harulah mempunyai sahsiah yang terbuka,berketrampilan, berpegang

teguh kepada etika profsionalisme dan etika perkhidmatan awam. Kemudiannya,

mempunyai pengetahuan dan kemahiran iaitu mengetahui perkembangan semasa

pendidikan dan pedagogi agar tidak ketinggalan dalam isu – isu semasa. Dari aspek

hasil kerja pula, seorang guru cemerlang haruslah berupaya meningkatkan hasil

pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Dalam aspek komunikasi pula seorang guru cemerlang

haruslah memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan

menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Sumbangan

seorang guru cemerlang kepada kemajuan pendidikan Negara adalah berupaya

menjana idea baru dalam mata pelajaran atau pengkhususan masing-masing dan

berkongsi idea tersebuat bagi meningkatkan muu pendidikan.

9

Seterusnya, Puan Suzanna turut menerangkan tentang peranan dan tangungjawab

seorang guru cemerlang iaitu merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut

tahap yang tertinggi dimana dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan

pengajarannya sesuatu yang luar biasa. Selain itu juga, guru itu akan memimpin dan

membantu tugas kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan mata pelajarannya.

Berdasarkan pencapaiannya sebagai seorang guru cemerlang, guru tersebut menjadi

pakar rujuk,khidmat nasihat dan membimbing guru yang lain untuk mereka bertanyakan

tentang bidang pendidikan kepada mereka. Guru Cemerlang juga akan menjalankan

kajian,menghasilkan penulisan,penyelidikan dan meneroka inovasi untuk meningkatkan

pencapaian dalam bidang pendidikan agar dapat membentuk satu perubahan yang

baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, beliau turut menerangkan tentang syarat – syarat umum untuk menjadi

seorang guru cemerlang iaitu sah jawatan, lulus pengisytiharan harta , lulus tapisan

keutuhan BPR, bersih daripada tindakan tatatertib , LNPT cemerlang dan juga lulus

PTK.

Kemudiannya sesi interaksi profesional telah disambung oleh guru cemerlang

Pendidikan Islam iaitu Puan Suhaitinah dengan tajuk “Amalan Pengajaran dan

Pembelajaran Guru Cemerlang” iaitu dengan menyentuh tentang peranan guru sebagai

penyampai ilmu, mu’allim, pembimbing, fasilitator, penasihat, penyelia, pengelola, pakar

rujuk atau sebagai agen perubahan yang dipertanggungjawabkan untuk membina

negara bangsa melalui sistem pendidikan.

10

Selain itu juga, seorang guru cemerlang akan meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajarannya iaitu dengan melakukan persediaan yang rapi daripada seorang guru

untuk mengajar di dalam kelas dengan menyiapkan rancangan pengajarannya. Guru

juga harus menyediakan perancangan yang strategik untuk mengajar pelajarnya agar

objektif pembelajaran tercapai. Seorang guru perlu mahir mengenai tajuk mata

pelajaran yang diajar agar dapat menjawab soalan daripada para pelajar apabila

ditanya kerana menurut guru ini pelajar sekarang semakin bijak daripada gurunya. dan

guru perlu aplikasikan kemahiran yang ada untuk tajuk pengajaran dan pembelajaran

yang akan diajar contohnya kemahiran berkomunikasi dengan para pelajar untuk

menjadikan kelas tidak bosan dan sentiasa ceria.

Menurutnya lagi, bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,

guru perlu pelbagai kemahiran seperti berkomunikasi, pelbagai pendekatan atau

kaedah yang sesuai contohnya menyelitkan unsur nyanyian dalam isi pembelajaran

agar murid merasa seronok untuk belajar tentang sesuatu tajuk. Selain itu juga,

penggunaan bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan tajuk amat penting agar

guru dapat menunjukkan sesuatu contoh agar senang untuk murid melihat dengan lebih

jelas lagi contohnya kad imbasan dan sebagainya. Guru juga perlu merancang srategik

pengajaran dan pembelajaran, kawalan kelas yang baik agar murid – murid tidak

11

membuat bising dan melanggar peraturan kelas serta sesi pengajaran dapat dijalankan

dalam suasana kelas harmoni dan lancar.

Seorang guru yang cemerlang juga harus mempunyai kemahiran yang baik untuk

menjalankan pengajaran yang menarik dan berkesan dimana kemahiran

berkomunikasi, kemahiran mengurus murid dan kemahiran mengawal keadaan kelas

bagi menjadikan pengajaran dapat berlaku secara lancar dan tersusun.

Sesi slot diteruskan lagi dengan penerangan berkenaan perancangan guru iaitu

guru perlu buat perancangan jangka panjang dan jangka pendek agar aktiviti

pengajaran akan lebih teratur dan tersusun. Perancangan jangka panjang adalah

perancangan strategik iaitu merancang program dan aktiviti sekurangnya 5 tahun iaitu

menyenaraikan program peningkatan prestasi untuk mata pelajaran yang diajar.

Seorang guru juga harus membuat unjuran prestasi atau target mengikut jenis aktiviti

dengan sasaran yang ingin dicapai.sebagai contoh seperti ‘teknik menjawab

soalan’,’lawatan sambil belajar’. Perancangan jangka pendek pula melibatkan

perancangan tahunan pengajaran dan pembelajaran iaitu seorang guru perlu

menyediakan Rancangan Tahunan untuk mata pelajaran yang diajar secara teliti

berdasarkan sukatan pelajaran dan hasil pembelajaran yang disediakan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum..

12

Puan Suhaitina turut menyatakan bahawa seorang guru juga perlu mempunyai

kemahiran iaitu ilmu pengetahuan yang tinggi mengenai mata pelajaran yang diajar

contohnya beliau sendiri yang mengajar al – quran perlu mempunyai kemahiran dalam

bidang itu. Selain itu juga, mengetahui kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti

pembelajaran koperatif, masteri learning, konstektual, konstruktivisme, inkuiri

penemuan dan sebagainya agar dapat memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan

murid –murid.

Setelah berehat selama 10 minit, slot yang ketiga bermula dengan sesi bersama

guru cemerlang yang telah dibahagikan mengikut unit iaitu unit Prasekolah bersama

dengan Puan Suzzana di bilik Gerakan manakala unit Pendidikan Jasmani bersama

dengan Puan Suhaitinah di Makmal Komputer untuk sesi soal jawab dan bertanya

dengan lebih dekat lagi kepada dua orang guru itu.

Dalam sesi bersama dengan guru cemerlang, Puan Suzanna menggunakan

tayangan slide dan memberitahu tentang latar belakangnya terlebih dahulu. Beliau

mereupakan pelatih lepasan Maktab Perempuan Melayu Melaka dan telah mempunyai

pengalaman mengajar selama 13 tahun. Sekolah pertamanya adalah SK Mahmud,

Raub, Pahang dan kemudiannya berpindah ke SJK(C) Kai Chee, Kati dan bertukar ke

SK Kati.

13

Beliau turut menerangkan tentang tugas –tugas beliau dimana saya dapat

melihat begitu banyak tanggungjawab dan peranan yang beliau harus laksanakan iaitu

bukan sahaja di peringkat sekolah ketua panitia Bahasa Melayu tetapi juga pada

peringkat daerah, negeri dan Kebangsaan. Pada peringkat Kebangsaan, beliau

mereupakan seorang penilai buku bacaan sastera bagi tahun 4, 5, dan 6 serta terlibat

dalam modul pembelajaran akses kendiri.

Puan Suzanna turut bercerita tentang pengalaman beliau mengajar di sekolah

cina dimana pada tiap – tiap hari beliau akan datang awal ke sekolah iaitu pada pukul 7

pagi untuk melihat murid – muridnya membaca buku Bahasa Melayu dan seterusnya

menguji pelajar tersebut. Jika pelajar itu tidak dapat membaca, beliau akan mendenda

dan bersikap tegas dengan mereka. Hasil usaha yang dilakukan oleh beliau, pada

masa 3 bulan, kesemua pelajar tahun satu sekolah itu dapat membaca dalam Bahasa

Melayu.

14

Selain itu juga, kami turut bertanyakan tentang cara pengajaran dan

pembelajaran untuk pelajar bangsa cina sewaktu di dalam kelas dan beliau menyatakan

bahawa beliau akan menunjukkan contoh dan membuat gaya jika pelajar tidak faham

akan sesuatu perkataan yang diajar sebagai contohnya perkataan “ menjunjung”. oleh

itu, Puan Suzanna akan melakonkan aksi menjunjung agar para pelajar faham akan

perkataan tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa di setiap atas meja pelajarnya

wajb mempunyai kamus dewan sebagai rujukan di dalam kelas. Hasilnya,sewaktu

keputusan UPSR diumumkan pelajar sekolah cina lulus seratus peratus untuk subjek

Bahasa Melayu. yang mana agak mustahil untuk seorang guru biasa melihat pelajar

cina lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan ini amat mengagumkan saya serta rakan –

rakan.

Kemudiannya Syaifuldin turut bertanyakan tentang teknik atau strategi yang

digunakan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Beliau menyatakan bahawa beliau

banyak mengajar tahun 6 dan teknik yang digunakan adalah latih tubi menjawab soalan

dan juga melalui pembincangan secara terperinci. Ini bermaksud setiap soalan yang

dijawan oleh pelajar akan dibincang satu demi satu jawapan sama ada betul atau salah.

oleh itu yang akan memudahkan para pelajar melihat sendiri kesilapan yang mereka

lakukan sewaktu menjwab soalan. Beliau turut menyatakan bahawa seorang guru juga

harus mengaku kelemahannya serta meminta maaf sekiranya tidak dapat menjawab

soalan yang ditanya atau memberikan jawapan yang salah kepada pelajar.

Selepas itu Hazwani telah bertanyakan tentang bagaimana cara yang berkesan

untuk mengajar kemahiran membaca kepada kanak – kanak prasekolah pada awal

tahun persekolah. Puan Suzanna menyatakan bahawa perkara yang pertama yang

15

harus diajar adalah kemahiran menulis dengan cara yang betul iaitu mengajar kanak –

kanak menulis huruf yang senang untuk dibentu seperti huruf “i, j, dan l” terlebih dahulu

atau menulis di udara. Selain itu seorang guru harus sentiasa peka dengan

perkembangan pelajarnya iaitu membuat ujian atau senarai semak untuk melihat

penguasaan sesuatu kemahiran seperti menulis, membaca, mengira dan sebagainya.

Dalam pada itu, kami amat kagum dengan Puan Suzanna dan merasakan

bahawa beliau sememannya layak mendapat Guru Cemerlang kerana dalam masa 10

tahun mengajar guru ini telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak

dua kali berdasarkan usaha dan kerja yang dilakukan untuk meningkat prestasi pelajar

serta melakukan perubahan dalam sistem pendidikan. Dapat saya lihat bahawa

terdapat reaksi muka rakan – rakan yang kagum dengan pencapaian guru ini dan

masing – masing begitu leka untuk mendengar cerita serta pengalaman dan kejayaan

guru cemerlang ini.

Dalam pada itu juga, Puan Suzanan turut berpesan agar menerima semua kerja

dengan hati yang terbuka dan tidak melepaskan peluang jika ditugaskan dihantar ke

kursus atau apa jua tugasan. Ini kerana perkara ini akan memberikan ilmu yang cukup

berguna untuk kita gunakan dalam kerjaya sebagai seorang guru dan beliau sendiri

tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti kursus walaupun terpaksa pergi ke tempat

kursus secara sendiri tanpa ditemani oleh rakan dan dihantar oleh suami. Menurut

beliau lagi, melalui kursus yang dijalani itu beliau lulus dengan cemerlang Ujian

Penilaian Prestasi.

16

Selesai sahaja sesi interaksi bersama dengan guru cemerlang ini, kami dibawa

melawat ke prasekolah yang terletak di aras bawah untuk melihat suasana kelas dan

juga kanak – kanak. Walaupun kesuntukkan masa, sempat juga, saya dan rakan – akan

beramah mesra bersama dengan kanak – kanak prasekolah dan bergambar dersama

dengan mereka. Kemudiannya, kami kembali ke bilik gerakan untuk sesi perasmian

penutup pada pukul 12 tengahari kerana bas dijadualkan akan sampai pada pukul

12.30 tengahari.

Dalam sesi penutup program lawatan ini, pengerusi BIG bagi unit F4 iaitu

Muhammad Hazwan Taib telah memberikan sedikit ucapan sebagai tanda

penghargaan kepada pihak sekolah SK Kati diatas kesudian melayan dan menerima

kunjungan kami. Selepas itu, Encik Yusri turut memberi ucapan iaitu dengan

menjelaskan kepada pihak sekolah berkenaan Program Bina Insan Guru bagi siswa

dan siswi IPG yang harus dijalani oleh mereka iaitu sebanyak 6 semester. Beliau turut

menyatakan tentang unit – unit lain yang bakal menjalani program BIG dan berharap

agar sekolah ini dapat lagi menerima kunjungan pihak institut.

17

Seterusnya majlis penyampaian sedikit cenderamata kepada pihak sekolah dan

dua orang guru cemerlang oleh Puan Fatimah yang diiringi oleh Encik Yusri sebagai

tanda terima kasih atas layanan dan menerima kunjungan kami ke sekolah ini. Saya

dan rakan – rakan turut diberikan cenderamata oleh pihak sekolah. Kemudiaannya,

kesemua tetamu dan rakan – rakan menuju ke kantin untuk menikmati hidangan makan

tengahari yang disediakan oleh pihak kantin. Program ini berakhir pada pukul 12.30

tengahari iaitu lebih awal daripada yang dijangkakan atas sebab masalah yang tidak

dapat dielakkan.

Kekuatan yang saya dapati pada program lawatan Penanda Aras Guru

Cemerlang pada kali ini adalah saya dapat berinteraksi dan mengetahui dengan lebih

terperinci berkaitan guru cemerlang. Melalui interaksi ini, dapat saya lihat bahawa

18

seorang guru cemerlang begitu komited dalam kerjanya untuk meningkatkan prestasi

para pelajarnya agar berjaya dalam subjek tersebut. Seorang guru itu akan melakukan

segala tugas yang diberikan kepadanya secara bersungguh – sungguh dan

memberikan sepenuh komitmen bagi melihat kejayaan anak bangsa.

Selain itu juga, saya dapat melihat teknik dan strategi yang digunakan oleh guru

cemerlang untuk menjadikan para pelajarnya faham akan apa yang diajar iaitu

menggunakan alat bantu mengajar atau contoh yang sesuai dimana seorang guru akan

mempelbagaikan kaedah dan cara pengajaran agar objektif pengajarannya tercapai.

Kekuatan yang seterusnya adalah sebagai seorang guru juga kita harus pandai

bergaul dengan masyarakat sekeliling agar suara mereka dapat didengari iaitu bukan

hanya bergaul dengan komuniti di sekolah sahaja tatpi juga masyarakat di luar sana

iaitu dalam erti kata lain pandai bergaul dan berkomunikasi dengan para ibu bapa.

Saya juga dapat mengetahui bahawa seorang guru haruslah menerima apa jua

cabaran dengan hati yang terbuka dan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk

menyampaikan ilmu kepada anak – anak bangsa. Contohnya jika dihantar ke kawasan

pedalaman atau pun sekolah cina atau sekolah tamil, kita sebagai guru harus sedia dari

sei mnetal dan fizikal untuk menyahut cabaran yang bakal dihadapi dan menganggap

bahawa tugas kita untuk mendidik anak bangsa adalah lebih penting.

Dalam sesi ini juga, saya dapat mengetahui bahawa anugerah guru cemerlang

bukanlah menjadikan kita semakin terbeban dengan kerja tetapi kerja kita masih lagi

sama iaitu mengajar di kelas biasa namun kita mungkin terlibat sebagai fasilitator,

penggubal kertas atau pun pakar rujuk kepada guru – guru yang lain. Anugerah ini juga

19

memudahkan seseorang guru untuk naik pangkat ke pangkat yang lebih tinggi. Oleh itu,

anugerah guru cemerlang ini adalah satu anugerah jepada pencapaian seseorang gru

yang banyak melakukan perubahan terhadap sekolah atau dalam bidang pendidikan

melalui inovasi yang dilakuka olehnya.

Kelemahan yang saya dapat kesan pada program ini adalah kami sampai agak

lambat iaitu lebih kurang pada pukul 9 pagi sepatutnya waktu yang dijangka tiba di

sekolah ini adalah pada pukul 8 pagi. Ini berlaku kerana terdapat beberapa orang guru

pelatih yang agak lewat untuk naik bas dan kami terpaksa menunggu lebih kurang 30

minit sebelum bertolak ke sekolah.

Selain itu juga, masalah kesuntukkan waktu dimana menurut En Yusri , kita

tidak mahu menganggu pihak sekolah kerana mereka akan tamat waktu persekolahan

pada pukul 1.30 tengahari manakala aturcara program pula dijadualkan tamat pada

pukul 3 petang. Oleh itu, kami terpaksa mengubah sedikit aturcara program dimana

sesi interaksi bersama guru cemerlang masing – masing hanya mengambil masa 30

minit sahaja dan waktu yang singkat itu digunakan sepenuhnya oleh saya dan rakan –

rakan yang lain untuk bertanya soalan.

Seterusnya pula masalah perkhidmatan bas kerana institut hanya mempunyai

sebuah bas sahaja dan ramai guru pelatih yang telah menempah bas ini untuk ke

Taman Budaya dan program yang lain. Oleh itu, kami terpaksa memendekkan masa

program ini kerana bas hanya boleh mengambil kami pada jam 12.30 tengahari atau

pun kami harus pulang pada pukul 4 petang. Oleh itu, sebaik sahaja sesi acara penutup

tamat, kami menuju ke kantin untuk menjamu selera. Program lain yang sepatutnya

20

dijadualkan juga tidak dapat dijalankan iaitu melawat sekitar sekolah kerana tidak

mempunyai masa yang banyak. Dengan itu, saya dan rakan – rakan tidak berpeluang

untuk melawat kawasan sekolah untuk melihat bilik darjah, makmal komputer,

perpustakaan dan sebagainya.

Cadangan penambaikkan yang boleh dilakukan adalah dengan cuba melihat

jadual perkhidmatan bas terlebih dahulu agar program yang dilakukan tidak berlaku

dalam keadaan yang tergesa – gesa dan mempunyai masa yang suntuk untuk

memenuhi acara yang sudah dijadualkan dalam program ini.

Selain itu juga, pihak sekolah boleh mengadakan sesi melihat cara guru

cemerlang itu mengajar sewaktu di dalam kelas iaitu melihat dengan lebih dekat lagi

bagaimana cara guru berinteraksi dengan murid –murid dan penggunaan alat bantu

mengajar untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Cadangan yang lain adalah pengurusan masa yang baik dimana pengurusan

masa haruslah lebih teliti dan terancang agar acara – acara yang telah dijadualkan

berlaku secara tersusun dan terurus. Ini penting agar sewaktu program ini dijalankan,

para pelatih dapat bertanya dan menemuramah guru cemerlang pada waktu yang telah

ditetapkan serta mengikut jadual aturcara program.

Secara keseluruhannya sesi program lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang

pada semester ini banyak memberikan input – input yang berguna dan dapat

mengetahui berkenaan guru cemerlang dengan lebih jelas lagi iaitu dari segi kerja dan

tanggungjawab seorang guru cemerlang. Ini amat berguna bagi saya untuk mengajar

pada masa hadapan dan berharap agar saya dapat menjadi seorang guru cemerlang .

21

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada guru-

guru pelatih tentang profesionalisme dan komitmen guru cemerlang serta amalan

pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang dalam kerjaya sebagai seorang pendidik.

Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan

kerjasama daripada semua pihak. Semoga Program Lawatan ini juga dapat memberi

manfaat dan pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang peranan dan

tanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin.

22