prinsip etika & tatalaku perniagaan

8
Rangkaian Pembekal Kami Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan semasa menjalankan urusniaga bersama CH2M HILL Dokumen Tambahan untuk Kerja yang dilakukan untuk Kerajaan Amerika Syarikat (A.S.) Oktober 2011 Prinsip-prinsip yang dipetik dari buku “The Little Yellow Book”, yang dihasilkan oleh pengasas bersama, Jim Howland pada tahun 1978

Upload: truongthuan

Post on 16-Jan-2017

274 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

Rangkaian Pembekal Kami

Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

semasa menjalankan urusniaga bersama CH2M HILL Dokumen Tambahan untuk Kerja yang dilakukan untuk Kerajaan Amerika Syarikat (A.S.) Oktober 2011

Prinsip-prinsip yang dipetik dari buku “The Little Yellow Book”,yang dihasilkan oleh pengasas bersama, Jim Howlandpada tahun 1978

Page 2: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

Pada tahun 1978, pengasas bersama dan bekas presiden CH2M HILL James Howland telah mencatatkan satu koleksi petikan pengurusan untuk mengabadikan nilai-nilai yang telah diterapkan semasa penubuhan syarikat kami

Petikan-petikan ini menjadi asas “The Little Yellow Book”, yang merupakan tunjang cara perniagaan CH2M HILL.

Untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut, sila layari: www.ch2mhill.com/ethics

Page 3: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

Mesej dari Presiden Perniagaan Persekutuan

Kerajaan A.S merupakan salah satu pelanggan CH2M HILL yang terpenting dan terbesar. Tugasan dan kerja yang kami lakukan untuk pelanggan ini berbeza dari segi jenis serta geografi, tetapi apa yang tidak berubah adalah syarat-syarat yang khusus yang harus anda patuhi semasa melakukan kerja-kerja ini bersama kami. Sikap yang jujur dan berintegriti adalah satu kemestian semasa menjalankan kerja untuk Kerajaan A.S di serata dunia. Sebagai ahli rangkaian pembekal kami, anda dikehendaki untuk mengetahui dan mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan yang berkenaan yang mengawal dan mentadbir kerja-kerja yang dibiayai oleh Kerajaan A.S., termasuk peraturan perolehan persekutuan, kaedah-kaedah tatalaku etika dan melobi, konflik kepentingan dan pengendalian maklumat sulit dan juga maklumat kerajaan.

Individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat boleh dikenakan hukuman jenayah (denda dan penjara) dan penalti sivil yang tinggi sekiranya tidak mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut. Pelanggaran perundangan dan peraturan tersebut juga boleh mengakibatkan penggantungan dan penyingkiran. Anda dikehendaki untuk menitikberatkan perundangan-perundangan ini secara serius dan kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang gagal untuk memahami kepentingan ini.

Walaupun ianya adalah tanggungjawab anda untuk mengikuti perkembangan perundangan yang terkini berkenaan dengan kerja-kerja Kerajaan A.S., bagi memudahkan anda, kami telahpun meringkaskan beberapa isu-isu utama yang penting. Walaubagaimanapun, ringkasan ini tidak bertujuan untuk merangkumi kesemua maklumat yang perlu diketahui.

Dokumen Tambahan dan Prinsip-prinsip Etika dan Tatalaku Perniagaan Rangkaian Pembekal kami ini merupakan sebahagian daripada setiap perjanjian bertulis di antara anda dan kami semasa bersama-sama mengusahakan projek-projek yang dibiayai Kerajaan A.S. Kami dengan ini ingin mengucapkan terimakasih atas komitmen anda untuk menjalankan perniagaan secara berintegriti.

Dengan hormatnya,

Michael McKelvyPresiden Perniagaan Persekutuan CH2M HILL

Page 4: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

sub-kontraktor serta pembekal mereka

dari menawarkan – pekerjaan, hadiah,

tips atau hiburan sebagai balasan “quid

pro quo” untuk pemberian kontrak.

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan

tentang sebarang pemberian yang tidak

sepatutnya diterima oleh kakitangan

Kerajaan A.S berkenaan sebarang

perolehan yang berkaitan dengan

kerja-kerja CH2M HILL yang dijalankan

untuk Kerajaan A.S, anda mempunyai

tanggungjawab untuk melaporkan

perkara ini kepada CH2M HILL dan

bekerjasama dengan kami untuk

mendedahkan dan menyelesaikan

perkara ini. Akta ini juga melarang

pendedahan maklumat yang tidak

dibenarkan atau pencarian maklumat

yang dihasilkan oleh agensi-agensi

kerajaan serta maklumat hakmilik pesaing.

PIA juga melarang pendedahan maklumat

yang tidak dibenarkan atau pencarian

maklumat yang dihasilkan oleh Kerajaan

A.S. serta menggunakan maklumat

hakmilik pesaing untuk mendapatkan

kontrak dari Kerajaan A.S. Penggunaan

maklumat tanpa kebenaran adalah

Akta Kebenaran dalam Perundingan (Truth in Negotiations Act) (TINA)TINA memerlukan CH2M HILL untuk

menyediakan kos projek dan maklumat

harga yang tepat kepada Kerajaan A.S

untuk menyokong dan membantu dalam

penilaian dan perundingan perolehan.

Maklumat yang disediakan perlu disahkan

sebagai tepat, terkini dan lengkap.

Sebagai ahli rangkaian pembekal kami,

anda perlu bersedia untuk memberi

pengesahan ini kepada CH2M HILL

supaya projek-projek Kerajaan A.S. adalah

tepat, terkini dan lengkap.

Akta Integriti Perolehan (Procurement Integrity Act) (PIA)PIA dan beberapa undang-undang

lain memandatkan peraturan dan

etika tatalaku bagi pegawai-pegawai

kerajaan dan kontraktor-kontraktor

Kerajaan A.S, termasuk pembekal

dan sub-kontraktor mereka. Ia juga

menghalang kakitangan Kerajaan A.S.

dari meminta atau menerima – dan

kontraktor-kontraktor Kerajaan A.S,

Page 5: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

“Peraturan adalah untuk semua orang.”

— “The Little Yellow Book”

dilarang sama sekali dan sekiranya

anda menyedari akan perkara ini, sila

maklumkan kami dengan segera. Kami

juga mengharapkan kerjasama anda dalam

usaha untuk mendedahkan perkara ini.

Kos yang Munasabah dan Dibenarkan CH2M HILL dan ahli-ahli rangkaian

pembekal kami harus sentiasa mematuhi

peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh Kerajaan A.S berkenaan

pengagihan kos dan perletakan harga

dalam perlaksanaan kontrak Kerajaan

A.S. Hanya kos yang dibenarkan untuk

pembayaran balik di bawah perundangan

yang berkenaan boleh dikenakan kepada

pelanggan Kerajaan A.S. kami. CH2M HILL

menghendaki kesemua rakankongsi,

pembekal dan sub-kontraktor kami

untuk mengambil kesemua langkah yang

sepatutnya bagi memastikan hanya kos

yang munasabah dan dibenarkan sahaja

yang dikenakan kepada Kerajaan A.S.

Akta Tuntutan Palsu (False Claims Act) (FCA) FCA membantu Kerajaan A.S

mendedahkan pembaziran serta

penyalahgunaan harta benda dan

sumber kerajaan dengan mengenakan

denda dan penalti kepada mereka yang

mengemukakan tuntutan bayaran yang

tidak munasabah di bawah kontrak

Kerajaan A.S. FCA menggalakkan

pembayar cukai untuk melaporkan

kesalahan ini dan mengambil

tindakan undang-undang terhadap

kontrakor-kontraktor Kerajaan A.S dan

pembekalnya, bila perlu. FCA meliputi

sebarang tuntutan bayaran yang tidak

munasabah di bawah kontrak dengan

Kerajaan A.S., termasuklah tuntutan

dari pembekal dan sub-kontraktor

CH2M HILL. CH2M HILL menghendaki

ahli rangkaian pembekal kami untuk

sentiasa mematuhi prosedur-prosedur

pengkontrakan yang berkenaan semasa

meminta bayaran atau membuat tuntutan.

Sebarang tuntutan atau pembayaran

berlebihan berkaitan kerja-kerja yang

anda laksanakan dengan kami untuk

Kerajaan A.S. harus dimaklumkan

dengan segera. Pendedahan ini

dituntut di bawah FCA dan kegagalan

untuk memaklumkan perkara ini akan

meningkatkan jumlah penalti yang

dikenakan kepada anda dan juga kami

dan mungkin juga akan mengakibatkan

penyingkiran dari melakukan kerja untuk

Kerajaan A.S.

Yuran-yuran KontinjenPerundangan Persekutuan A.S. dan polisi

CH2M HILL menghalang pembayaran

yuran kontinjen untuk mendapatkan

kerja-kerja yang berkaitan dengan kontrak

Kerajaan A.S. Sebagai rakankongsi,

pembekal atau sub-kontraktor kami, anda

Layarilah www.ch2mhill.com/ethics untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut:

Page 6: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

tidak dibenarkan untuk membayar atau

menerima sebarang yuran kontinjen untuk

mendapatkan kerja-kerja Kerajaan A.S.

Akta Anti-Sogokan (Anti-Kickback Act)Akta Anti-Sogokan melarang

CH2M HILL dan ahli-ahli rangkaian

pembekalnya untuk menerima,

meminta atau menawarkan sogokan

untuk mendapatkan atau menyediakan

perkhidmatan bagi kerja Kerajaan

A.S. Ia juga melarang kemasukan nilai

sogokan kepada harga kontrak sebarang

kontraktor Kerajaan A.S. CH2M HILL tidak

terlibat dalam aktiviti sogokan berkaitan

dengan Kerajaan A.S mahupun kerja-

kerja pelanggan lain dan menghendaki

rakankongsi, pembekal dan sub-

kontraktor kami untuk melarang aktiviti ini

di dalam urusan perniagaan mereka.

Pendedahan Kesalahan Mandatori Semasa melaksanakan projek-projek

Kerajaan A.S., rakankongsi, pembekal dan

sub-kontraktor CH2M HILL dikehendaki

untuk memaklumkan kepada CH2M HILL

dan Kerajaan A.S. dengan segera

sekiranya wujud bukti-bukti yang boleh

dipercayai berkaitan pelanggaran

sebarang undang-undang yang terpakai

atau peneriman pembayaran yang

berlebihan.

Kod EtikaKerajaan A.S. menghendaki kontraktor-

kontraktor, sub-kontraktor dan pembekal-

pembekal mereka untuk mempunyai kod

etika dan tatalaku perniagaan bertulis,

dan memastikan dokumen-dokumen ini

tersedia untuk rujukan setiap kakitangan

yang terlibat dalam perlaksanaan kerja-

kerja yang dibiayai oleh Kerajaan A.S.

CH2M HILL menggalakkan rangkaian

pembekal kami untuk mengekalkan

kod etika dan tatalaku perniagaan, dan

melaksanakan program komplians dan

kesedaran etika perniagaan yang efektif

selaras dengan keperluan Kerajaan A.S.

Page 7: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

Layarilah www.ch2mhill.com/ethics untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut:

“Satu ujian yang bagus untuk memastikan sesuatu tindakan yang dipertimbangkan adalah beretika ialah untuk bertanya, “Mahukah saya membaca tentang ini di tajuk utama suratkhabar esok pagi?”

— “The Little Yellow Book”

PengesahanSebelum memulakan kerja-kerja Kerajaan

A.S. bersama-sama kontraktor-kontraktor,

sub-kontraktor atau pembekal-

pembekalnya, CH2M HILL memerlukan

pengesahan kebolehan untuk

melaksanakan projek-projek Kerajaan

A.S. secara efektif, termasuk pengesahan

berkenaan penggantungan, penyingkiran,

penamatan ingkar, konflik kepentingan

dan kemasukan ke dalam Sistem Senarai

Pihak yang Dikecualikan (EPLS). Maklumat

yang terkandung di dalam pengesahan

ini mestilah terkini, lengkap dan tepat

dan maklumat ini harus dikemaskinikan

sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Melaporkan Kesangsian tanpa Tindakbalas Sebagai ahli rangkaian pembekal kami,

anda mempunyai tanggungjawab

afirmatif untuk melaporkan sebarang

rasa syak wasangka mengenai sebarang

kemungkinan kemungkiran Prinsip-

prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan,

untuk mematuhi sebarang penyiasatan

atau audit dan berkongsi maklumat

yang berkaitan dengan penyiasatan

tersebut secara terbuka dan jujur. Kami

akan dengan sedaya upaya memastikan

segala laporan adalah sulit dan sekiranya

dibenarkan oleh undang-undang

tempatan, merahsiakan identiti anda.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan

di talian kami, “The GuideLine” +1-

866-924-4843 (bagi A.S. dan Kanada),

+1-720-286-4843 (di luar Amerika Utara)

atau melalui laman web kami di www.

ch2mhill.com/guideline. CH2M HILL

akan menyiasat kesemua laporan

dengan segera, teliti dan adil dan akan

mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya.

Anda boleh melaporkan sebarang

syak wasangka mengenai kemungkiran

sebarang undang-undang, polisi, Prinsip-

prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan atau

Dokumen Tambahan ini tanpa sebarang

kebimbangan bahawa hubungan anda

dengan CH2M HILL akan terjejas.

Kami memerlukan ahli-ahli rangkaian

pembekal kami untuk melarang

tindakbalas terhadap sebarang individu

yang melaporkan dengan niat yang baik

kemungkinan pelanggaran undang-

undang dan polisi-polisi etika dan

tatalaku perniagaan.

.

Page 8: Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan

© 2011 CH2M HILL COR072911013221MKT

CH2M HILL Global Headquarters

9191 South Jamaica Street

Englewood, CO 80112

USA

Talian Bebas Tol: 888.CH2M.HILL

Tel: +303.771.0900

Fax: +720.286.9250

The GuideLine:+1.TO.MY.CH.GUIDE (+1.866.924.4843)

(di dalam A.S. atau Kanada)

+1.720.286.4843

(di luar Amerika Utara)

www.ch2mhill.com/guideline