presentation jihad

14

Upload: dillasyahida

Post on 26-Jun-2015

173 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Jihad
Page 2: Presentation Jihad

- Jihad merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam.

- Walaupun perkataan jihad terdapat di dalam al-Quran dan banyak disebut di dalam hadith-hadith Rasulullahs.a.w., namun konsep jihad tetap menjadi pertikaian di kalangan orang bukan Islam dan bahkan sebahagian orang Islam.

Page 3: Presentation Jihad

Dari segi bahasa :

Menurut kamus-kamus bahasa Arab:

- perkataan jihad berasal daripada perkataan al-jahd yang bermakna kesukaran

- al-juhd yang bermakna kekuatan dan usaha. - al-jihad bermaksud mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam

bentuk kata-kata mahupun perbuatan.

Jihad Menurut al-Quran dan Sunnah :

mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah, samada secara

langsung (bertempur di medan perang), ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dan sebagainya.

Page 4: Presentation Jihad

Kronologi pensyariatan Jihad (berperang) di jalan Allah boleh diringkaskan seperti berikut:

Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, Jihad memerangi musuh masih belum disyariatkan oleh Islam. Walaupun terdapat beberapa ayat yang diturunkan di era tersebut yang menyebut tentang jihad seperti di dalam surah al- Ankabut ayat ke 6,8 dan 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi, bukan jihad yang melibatkan pertempuran dan peperangan.

Semasa proses Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada AllahTaala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang-orang Islam berperang, tetapi bukan mewajibkannya.

Selepas Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka yang memusuhi serta memerangi Islam dan Muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut di dalam surah-surah madaniyyah. Kebanyakkannya dengan jelas membawa maksud berperang pada jalan Allah Taala, atau kerana Allah Taala.

Page 5: Presentation Jihad

suatu amalan ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi

dan tersendiri. Ia adalah kemuncak

amalan terpuji yang dituntut di dalam Islam,

jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain selain daripada solat

wajib.

Page 6: Presentation Jihad

1) Mempertahankan Islam dan ajarannya.

- Berjihad untuk mempertahankan ajaran Islam merangkumi membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran Islam, atau menghancurkan aqidah Muslimin, baik secara terang-terangan mahupun berselindung

- Ummat Islam mesti peka dan sedar akan propaganda musuh dan pelbagai taktik mereka yang digunakan untuk menghancurkan aqidah Muslimin, samada melalui penulisan atau kajian tentang Islam, melalui serangan pemikiran, ekonomi ataupun budaya hidup

- Muslimin haruslah mengembalikan integriti Islam sebagai agama yang benar dan mentauhidkan Allah Taala.

- Dalam konteks ini, jihad melalui kata-kata, ilmu, penulisan dan ekonomi amat sesuai.

Page 7: Presentation Jihad

2) Membela diri dan nasib Muslimin daripada kezaliman dan penganiyaan pihak musuh.

- Ini termasuk jihad mengusir para penceroboh dan penjajah yang merampas negara atau kawasan kediaman kaum Muslimin. Contohnya, jihad menentang musuh yang menghalau kaum Muslimin dari tanah air, sepertimana yang berlaku pada orang-orang Islam generasi awal di Makkah.

- Kezaliman terhadap kaum Muslimin juga boleh terjadi melalui penafian hak-hak kemanusiaan serta pencabulan hakhak asasi, penindasan dari pelbagai aspek dan cara, dan sebagainya.

- Ummat Islam tidak boleh selamanya membiarkan diri mereka ditindas dan dianiaya oleh pihak musuh.

Page 8: Presentation Jihad

3) Meluaskan syiar Islam- Jihad adalah satu mekanisme bagi meluaskan syiar Islam, terutamanya

ketika dakwah secara aman tidak dapat dijalankan.

- Rasulullah berjihad atas dasar dua perkara: Pertama: mempertahankan diri daripada serangan musuh. Kedua: menjamin dakwah Islam dapat dijalankan kerana dakwah Islam merupakan dakwah yang hak dan benar.

- Ia tidak bermakna bahawa Islam melakukan sebarang paksaan atau kekerasan dalam berdakwah. Satu perkara yang perlu ditekankan ialah prasyarat untuk melancarkan peperangan adalah seruan dan dakwah

Islam terlebih dahulu telah disampaikan dan dijalankan terhadap pihak musuh

yang ingin diperangi. Ini menunjukkan bahawa pihak lawan tidak boleh diserang sebelum menerima dakwah dan seruan Islam secara aman.

Page 9: Presentation Jihad

  1) Ketika tiada kerahan tenaga atau pengisytiharan perang

- Hukum jihad ketika tiada kerahan tenaga ataupun tiada arahan berperang daripada ketua negara atau pemerintah adalah fardhu kifayah. Maksudnya, jihad adalah diwajibkan ke atas semua para pejuang, tetapi apabila sebahagian daripada mujahid telah melakukannya (keluar berjihad), maka kewajipan tersebut tidak lagi dituntut kepada orang lain.

- Wanita Islam tidak dibenarkan keluar berjihad tanpa izin suami ketika tiada kerahan tenaga dari pemerintah. Begitu juga halnya jika seorang anak tidak mendapat kebenaran daripada ibubapanya untuk keluar berjihad,maka dia tidak harus keluar berjuang. Ini kerana, mentaati suami bagi seorang isteri dan mentaati ibubapa bagi seorang anak adalah fardhu ain, sedangkan jihad adalah fardhu kifayah. Maka, perkara fardhu ain mestilah didahulukan serta diutamakan daripada fardhu kifayah.

Page 10: Presentation Jihad

2) Ketika kerahan tenaga atau pengisytiharan perang- Jika adanya kerahan tenaga yang menyeluruh daripada pemerintah ataupun pengisytiharan perang seperti ketika negara Islam diserang musuh, maka jihad menjadi fardhu & ain ke atas setiap orang Muslim yang berupaya.

- Dalam keadaan ini, seorang isteri yang tidak mendapat izin suaminya atau seorang anak yang tidak mendapat kebenaran ibu bapanya boleh keluar berjuang dan berperang, kerana hukum jihad ketika ini adalah wajib ke atas setiap orang Islam, dan tidak akan gugur walaupun sebahagian daripada mereka telah melakukannya, seperti ibadah solat dan sebagainya. .

Page 11: Presentation Jihad

1. Dimensi pertahanan (defensif) -Dalam konteks ini, jihad dikaitkan dengan peperangan, pertempuran untuk mempertahankan

2. Dimensi psikologi -Dalam konteks ini, para Sufi mengaitkan mujahadah dengan istilah jihad bagi menzahirkan dimensi psikologi dalam konsep jihad. -Terdapat 3 kategori mujahadah: mujahadah melahan hawa nafsu, mujahadah melawan hasutan mujahadah melawan musuh.

3. Dimensi intelektual -Jihad dalam aspek ini digambarkan menerusi istilah ijtihad dan tafakkur (contemplation).

4. Dimensi sosial -Ia bermaksud melawan kezaliman dan ketidakadilan yang melibatkan komuniti atau ummat Islam membantu mempertingkat kehidupan Muslimin. Ia juga melibatkan jihad ekonomi. 

Page 12: Presentation Jihad

1. Jihad dikatakan paksaan untuk menganut agama Islam

2.Jihad melawan hawa nafsu dikatakan lebih besar dari jihad berperang (fi sabilillah) 3Salahfaham orientalis terhadap Jihad yang mengatakan jihad adalah merupakan satu bentuk keganasan.

4.Terorisme dan serangan berani mati dikaitkan dengan jihad Islam

Page 13: Presentation Jihad

Kesimpulannya, jihad adalah mengerahkan segala daya dan upaya secara sungguh-sungguh, terus menerus dan profesional dalam usaha menciptakan keadaan yang lebih aman. Dari kezaliman kepada keadilan. Dari kemiskinan kepada kemakmuran. Dari kejahilan kepada pengetahuan. Dari kepincangan kepada kedisiplinan. Semua ini memerlukan jihad yang sungguh-sungguh iaitu bermotifkan perjuangan tetapi lebih kepada perjuangan suci untuk kepentingan umat manusia sejagat. Jihad itu lebih bersifat mencapai satu perubahan dan mempertahankan hak. Segala usaha dan tindak tanduk digabungkan ke dalam satu perubahan. Jihad tidak mengenal putus asa, menyerah kalah, kelesuan dan takut. Tetapi jihad tidak dapat dilaksanakan tanpa sebarang tujuan yang diredhai Allah. Untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam agar ianya berdiri gagah dan sama tinggi dengan tamadun sains dan teknologi di era globalisasi ini, kefahaman yang tepat mengenai jihad hendaklah ditanam dalam jiwa setiap umat Islam. Di dalam memperjuangkan Islam, satu-satunya arah yang akan ditujui ialah Jihad fi Sabilillah. Segala niat, tujuan dan gerak geri dihalakan untuk menegakkan agama Allah.

Page 14: Presentation Jihad