pp panduan mentor mentee

12
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Upload: mohd-noor-noor

Post on 23-Jun-2015

2.619 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Bahan sebagai panduan untuk melaksanakan program mentor mentee untuk tahun 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Pp panduan mentor mentee

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM MENTOR MENTEE

Page 2: Pp panduan mentor mentee

KONSEP 

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Amalan Budaya

Penyayang.

Page 3: Pp panduan mentor mentee

OBJEKTIFMewujudkan semangat kekeluargaan yang

kukuh dan saling hormat-menghormati

antara mentor dan mentee.

Mengamalkan budaya penyayang dan

saling menghargai antara satu sama lain.

Membina keyakinan diri dalam menghadapi

masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan

dari dari mentor yang sentiasa mengambil

berat (caring) terhadap kebajikan murid

 

Page 4: Pp panduan mentor mentee

PELAKSANAAN

Perjumpaan adalah berdasarkan Modul

Pelaksanaan Mentor Mentee yang

mengandungi pengisian dari aspek;

Pembangunan Sahsiah Diri Murid

Peningkatan Disiplin Murid

Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Perkembangan Kerjaya

Page 5: Pp panduan mentor mentee

PELAKSANAAN

Program dilaksanakan secara rasmi kepada

semua murid sekolah rendah dan

menengah. Perjumpaan diadakan selama

30-40 minit (sekali sebulan atau

sekurangnya 10 kali setahun)

Waktu Perhimpunan Rasmi

Waktu Kokurikulum

Selepas Waktu Persekolahan

Page 6: Pp panduan mentor mentee

STRATEGI PELAKSANAAN

Semua Guru dilantik sebagai mentor

Mentee terdiri daripada murid dalam kelas

Setiap kelas mempunyai 2 orang mentor

Perjumpaan diadakan di dalam kelas

Aktiviti dilaksana berdasarkan modul

Page 7: Pp panduan mentor mentee

CARTA ALIR PELAKSANAAN MENTOR MENTEE

Menyediakan kertas cadangan

Membentangkan kertas cadangan dalam mesyuarat pengurusan

Penyerahan mentor kepada mentee

Pelaksanaan program

Laporan

Tamat

Menentukan pemilihan mentor dan mentee

Taklimat pelaksanaan

Mula

Page 8: Pp panduan mentor mentee

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar.

Timbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 1 : Guru Penolong Kanan Akademik.

Naib Pengerusi 2 : Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

Naib Pengerusi 3 : Guru Penolong Kanan Petang.

Naib Pengerusi 4 : Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.

Setiausaha : Guru Bimbingan dan Kaunseling 1.

Penolong setiausaha : Guru Bimbingan dan Kaunseling 2.

AJK : Guru Kanan Matapelajaran / ketua panitia.

Penyelaras tingkatan/tahun/ guru tingkatan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Page 9: Pp panduan mentor mentee

CONTOH MODUL TAHUN 6

Tajuk : Potensi Diri – ‘Aku Boleh!’

Objektif : Pada akhir aktiviti, mentee dapat :

•Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri.

•Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta membaiki kelemahan diri.

Masa : 30 minitSasaran : Tahun 6Bahan : Tiada

Langkah-langkah

: • Mentee diberi masa oleh mentor untuk berfikir tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri.• Mentee yang sukarela menyatakan kelebihan dan kelemahan diri sendiri.• Soal jawab dan sumbang saran tentang bagaimana untuk meningkatkan kebolehan diri dan membaiki

kelemahan diri.• Mentor membuat rumusan .

Falsafah : • Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing.

• Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri.

• Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap kelemahan yang ada.

Page 10: Pp panduan mentor mentee

CONTOH MODUL TAHUN 6

Tajuk : Kawal DiriObjektif : Pada akhir aktiviti, mentee dapat :

•Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya terganggu.

•Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi yang menganggu emosinya.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 6

Bahan : Tiada

Langkah-langkah

: • Mentee membuat mimik muka gembira, marah dan sedih untuk menggambarkan situasi emosi yang dialami.

• Mentee bersoal jawab tentang aktiviti 1.• Mentee menyatakan emosi yang dialami dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya

berada dalam situasi tersebut.• Mentor membuat rumusan.

Falsafah :

•Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami.•Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita berjaya menanganinya secara positif.

Page 11: Pp panduan mentor mentee

CONTOH MODUL TINGKATAN 4Modul 3 : Harga Diri Ku

Objektif : Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

•Menghargai kelebihan diri.•Memanfaatkan potensi atau fitrah diri secara sihat.

Langkah-langkah : • Mentor bertanya makna dan kelebihan nama setiap mentee.

• Mentor menunjukkan contoh dan menyatakan setiap abjad pada nama mempunyai nilai positif.

• Mentor meminta setiap mentee menulis nilai positif mengikut abjad nama.

• Mentor meminta beberapa mentee secara sukarela menjelaskan nilai positif diri berdasarkan abjad nama.

• Mentor membuat rumusan.

Falsafah : Setiap individu unik dan keunikan dirinya membentuk diri yang cemerlang. Contoh;

AHMAD

A = Amanah H = Hormat M = Mulia

A = Akhlak D = Dedikasi

Page 12: Pp panduan mentor mentee

TERIMA KASIH