powerpoint geografi batuan stpm

32
GEOGRAFI PENGGAL 1/2013 KUMPULAN AURORA DEWI BINTI RUSLI HASMIDA BINTI BAKRI NURHAFIZAH BINTI TAJUDIN NURLAILA BINTI ABD AZIZ

Upload: laila-aziz

Post on 20-Jun-2015

7.472 views

Category:

Education


21 download

DESCRIPTION

powerpoint for geografi tema 2 sistem geomorfologi bab 5 batuan atau geologi stpm penggal 1

TRANSCRIPT

Page 1: powerpoint geografi batuan stpm

GEOGRAFI PENGGAL 1/2013KUMPULAN AURORA

DEWI BINTI RUSLI

HASMIDA BINTI BAKRINURHAFIZAH BINTI TAJUDINNURLAILA BINTI ABD AZIZ

Page 2: powerpoint geografi batuan stpm

B a T U A N Atau

G E O L O G I

BAB 5

Page 3: powerpoint geografi batuan stpm

k a n d u n g a n

1. KONSEP BATUAN

2. CIRI – CIRI BATUAN

3. JENIS – JENIS BATUAN

4. PROSES PEMBENTUKAN BATUAN

5. KITAR BATUAN

Page 4: powerpoint geografi batuan stpm

KONSEP BATUAN (geologi)

Batuan ditakrifkan sebagai komponen semula jadi mineral seperti mika, kuartza, feldstar, kalsium, karbonal dan lain-lain.

Batuan dibahagikan kepada : batuan igneus batuan enapan (mendak) batuan metamorfosis (jelmaan)

Ketiga-tiga jenis batu ini berbeza dari segi : Warna Kandungan mineral Struktur dan tekstur Keasidan Kekerasan dan ketahanan Cara pembentukan

Page 5: powerpoint geografi batuan stpm

CIRI – CIRI BATUAN1. KOMPOSISI MINERAL

2. TEKSTUR BATUAN

3. STRUKTUR BATUAN

4. REKAHAN & IRA BATUAN

5. WARNA BATUAN

6. KEPOROSAN BATUAN

Page 6: powerpoint geografi batuan stpm

Ciri-ciri komposisi mineral

1. Setiap jenis batuan mempunyai kandungan mineral yang berbeza dari segi sifat fizikal dan kimia.

2. Terdapat batuan yang mengandungi sejenis mineral sahaja, contoh batu kapur yang mengandungi mineral kalsit.

3. Sifat fizikal kalsit ialah berhablur, berbutir, bewarna cerah dan mengandungi kapur manakala sifat kimianya pula mengandungi kalsium karbonat yang mudah larut dalam asid lemah seperti asid karbonik.

kalsit

Page 7: powerpoint geografi batuan stpm

4. Batuan yang mempunyai banyak mineral pula ialah batu granit yang mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika.

5. Sifat fizikal mineral batu granit ini keras dan tahan daripada luluhawa khususnya luluhawa kimia.

Batu granit

6. Komposisi mineral dapat ditentukan berdasarkan sifat-sifat batuan : a) keras dan lembut mineral yang membentuk batuan - Jika mineral yang membentuk batuan adalah keras, maka batuan tersebut

akan tahan dan stabil seperti batuan granit. - Jika mineral yang membentuk batuan adalah lembut,

maka batuan tersebut akan lemah serta mudah diluluhawakan seperti batu kapur.

Page 8: powerpoint geografi batuan stpm

- Keras dan lembut mineral pembentuk batuan sering kali dirujuk kepada skala kekerasan yang diberikan oleh Mohs.

SKALA KEKERASAN MINERAL PEMBENTUKAN BATUAN

1 (amat lembut) Talkum

2 Gipsum

3 Kalsit

4 Florit

5 Apatit

6 Feldspar

7 Kuartza

8 Topez

9 Korundum

10 (amat keras) Intan

Page 9: powerpoint geografi batuan stpm

Olivin Augit Anorthite

Biotit Feldspar Breccia

Page 10: powerpoint geografi batuan stpm

b) Kestabilan mineral dan bahan perikat yang membentuk batuan - Sesetengah batuan mendak dibentuk menerusi proses penyimenan. - Oleh itu, batuan mendak mempunyai banyak bahan perikat untuk

menyimen mineral-mineral pembentuk tersebut. - Kestabilan bahan perikat ini menjamin keteguhan batuan. - Mengikut Bowen, mineral seperti kuartza, feldspar dan biotit diikat

oleh bahan perikat yang stabil manakala mineral seperti olivin, augit dan anotit diikat oleh mineral yang tidak stabil.

c) Darjah mobiliti atau pergerakan mineral apabila menerima kehadiran air dan asid lemah.

- Mineral yang paling cepat bergerak dan bertindak balas akan menyebabkan batuan itu menjadi lemah seperti mineral kalsium, natrium, magnesium dan kalium.

- Mineral seperti kuartza, mika, ferum dan aluminium yang lambat bertindak balas menyebabkan pembentukan batuan yang teguh.

Page 11: powerpoint geografi batuan stpm

Ciri-ciri tekstur batuan

1. Tekstur merujuk kepada saiz dan bentuk hablur mineral yang membentuk batuan. Sifat-sifat tekstur adalah kasar, halus dan licin bergantung kepada saiz hablur atau butiran mineral di dalam sesebuah batuan.

2. Sebagai contohnya, batuan granit bertekstur kasar, batuan riolit bertekstur halus dan batuan obsidian bertekstur licin.

Page 12: powerpoint geografi batuan stpm

Ciri-ciri struktur batuan

1. Struktur batuan merujuk kepada susunan hablur mineral dalam batuan.2. Struktur batuan dikelaskan kepada:

a) Struktur berhablur - susunan hablur begitu padat hinggakan tidak terdapat ruang kosong. - semua hablur tersusun secara rapat-rapat. - kesannya, batuan tersebut menjadi teguh dan jitu seperti batuan granit.

b) Struktur serpih - susunan hablur ini tidak teratur dan terdapat ruang kosong antara hablur tersebut. - ruang kosong ini diisi oleh bahan perikat atau penyimen lain yang menyimenkan hanlur-hablur tersebut. - batuan seperti ini biasanya terdiri daripada jenis batuan mendak seperti batu konglomerat dan brekia.

Page 13: powerpoint geografi batuan stpm

Ciri-ciri rekahan dan ira batuan

1. Rekahan merupakan sifat fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar pada sesuatu jenis batuan manakala ira adalah sifat kimia batuan tersebut.

2. Rekahan dan ira batuan juga merujuk kepada satah atau sempadan perikatan antara hablur-hablur mineral yang membentuk batuan tersebut.

3. Bagi batuan yang mempunyai banyak rekahan dan ira batuan, maka batuan tersebut merupakan jenis batuan yang tidak teguh dan lemah. Hal ini demikian kerana rekahan merupakan garis kelemahan batuan.

4. Proses-proses geomorfologi khususnya luluhawa akan bermula pada rekahan atau pada ira.

5. Contohnya, batu kapur yang mengandungi banyak rekahan secara menegak dan mendatar merupakan batuan lembut yang mudah diluluhawakan.

Page 14: powerpoint geografi batuan stpm

Warna batuan

1. Batuan yang berwarna gelap dibentuk oleh mineral yang berwarna gelap.2. Batuan yang berwarna gelap mempunyai haba pendam yang tinggi kerana

bersifat menyerap haba, contohnya gabro, obisidian dan basalt.

Gabro obisidian Basalt

Page 15: powerpoint geografi batuan stpm

3. Batuan yang berwarna cerah dibentuk oleh mineral yang berwarna cerah. Batuan ini membalikkan haba, contohnya granit dan pumis.

Granit Pumis

Page 16: powerpoint geografi batuan stpm

Keporosan batuan

1. Keporosan batuan merupakan ciri dalaman batuan. Keporosan merujuk kepada keupayaan air untuk menyusup masuk atau meresap masuk melalui liang-liang pori batuan.

2. Keporosan dapat diukur berdasarkan cepat atau lambat air boleh menghilang dari permukaan batuan.

3. Keporosan bergantung kepada rongga-rongga yang wujud antara mineral atau liang pori.

4. Jika batuan mempunyai peratus liang pori yang tinggi seperti batu kapur maka batuan itu dikatakan poros.

5. Keadaan ini memudahkan batuan diluluhawakan atau mengalami hakisan khususnya secara larutan.

Page 17: powerpoint geografi batuan stpm

JENIS – JENIS BATUAN

1. Batuan igneus

2. Batuan mendak/enapan

3. Batuan metamorfosis

Page 18: powerpoint geografi batuan stpm

Batuan Igneus1. Batuan igneus terbahagi kepada : a) Batuan igneus rejahan, iaitu batuan yang terbentuk hasil daripada pembekuan

magma di dalam rekahan kerak bumi. b) Batuan igneus terobosan, iaitu batuan yang terbentuk hasil daripada

penyejukan magma di permukaan bumi.

CONTOH WARNA KANDUNGAN MINERAL UTAMA

TEKSTUR ASID/BES BENTUK MUKA BUMI

CONTOH KAWASAN

Granit Cerah Feldspar, Kuartza dan Mika

Kasar Asid Kubah kelupasan Tanah tinggi, banjaran gunung

Banjaran Titiwangsa, Gunung Ledang

Gabro Gelap Feldspar,piroksin dan olivin

Kasar Bes Daik dan lereng curam

Gunung Sematan, Sarawak

Basalt Gelap Piroksin,feldspar dan olivin

Halus Bes Daik,lereng curam

Tawau,Pulau Jawa,Pulau Hawaii

Obsidian Gelap Feldspar Berkaca Asid Lereng curam Taman negara Yellow Stone

Pumis Cerah Feldspar Berkaca Bes Tanah tinggi Kawasan gunung brapi

JENIS

IgneusRejahan

Igneus Terobosan

Page 19: powerpoint geografi batuan stpm

Batuan mendak / enapan1. Batuan enapan terbentuk secara berlapis-lapis.2. Batuan ini terbahagi kepada batuan klastik, batuan kimia dan batuan

organik berdasarkan cara pembentukannya.

CONTOH KOMPOSISI BENTUK MUKA BUMI KAWASAN

Konglemerat Kerakal,kelikir,batu tongkol Permatang dan gunung Pulau Redang

Batu pasir Pasir Tebing tinggi dan dataran tinggi

Pulau Langkawi

Syal Lempung Cerun landai,lembah dan tanah pamah

Pulau Langkawi

Batu garam Halit Tasik-tasik cetek Laut Mati

Batu gipsum Gipsum Habsyah,Afrika dan New Mexico

Batu kapur Kalsit dari sisa haiwan Landskap karst Lembah Kinta Ipoh,Perak

Batu arang Fosil tumbuhan Tanah pamah,pinggir laut Batu Arang, Selangor dan Pahang

JENIS

Klastik

Kimia

Organik

Page 20: powerpoint geografi batuan stpm

Konglemerat Batu Pasir Batu Garam

Batu Gipsum Batu Kapur Batu Arang

Page 21: powerpoint geografi batuan stpm

BATUAN METAMORFOSIS

1. Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus atau enapan.

2. Batuan ini bersifat amat keras, bersinar-sinar, cantik dan amat menarik.3. Batuan metamorfosis terbahagi kepada: a) Batuan berjalur yang mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari. b) Batuan tidak berjalur yang tidak mempunyai lapisan.

JENIS TEKSTUR BATUAN ASAL BENTUK MUKA BUMI KAWASAN

Syis Sederhana kasar Slat,basalt,granit Tanah tinggi dan permatang Rutland,Vermont

Gneisi Kasar Granit Tanah tinggi Carolina Utara

Batuan marmar Kasar Batu kapur Tanah pamah dan bukit Pulau Langkawi

Kaurzit Sederhana dan bukit Batu pasir Bukit sisa Utah Tengah,USA

Page 22: powerpoint geografi batuan stpm

4. Beberapa contoh ciri-ciri batuan metamorfosis: a) Batu loh (slate) - Batu loh berbijian halus dan dari segi kategori gred yang rendah. - Batu ini terb entuk pada suhu antara 200C hingga 400C. - Batu loh terhasil daripada metamorfosis batu lumpur (mud stone), syal atau

batu kelodak (siltstone). - Batu ini mempunyai ira yang tersusun selari dengan paksi rataan.

b) Amfibolit - Amfibolit berbijian sederhana kasar dan kaya dengan batu hornblend dan

batu plagio. - Batu ini dihasilkan oleh metamorfisme batuan igneus yang bergred sederhana

tinggi.

Page 23: powerpoint geografi batuan stpm

Gneisi Batu Marmar Kaurzit

Batu Lumpur Batu Hornblend Batu Plagio

Page 24: powerpoint geografi batuan stpm

PROSES PEMBENTUKAN BATUAN1. BATUAN IGNEUS

2. BATUAN MENDAK/ENAPAN

3. BATUAN METAMORFIK

Page 25: powerpoint geografi batuan stpm

BATUAN IGNEUS

} Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pembekuan magma.} Suhu magma yang tinggi ( 700 ºC – 1 200 ºC ) dalam kerak bumi

menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi.} Batuan igneus rejahan terbentuk apabila magma yang keluar dari perut

bumi membeku di dalam lapisan kerak bumi sebelum sampai ke permukaan bumi.

} Batuan igneus terobosan terbentuk apabila magma mengalir keluar ke permukaan bumi sebagai lava dan membeku di permukaan bumi.

Page 26: powerpoint geografi batuan stpm

BATUAN MENDAK / ENAPAN

1. Batuan mendak terbentuk daripada proses simentasi dan mampatan bahan-bahan mendapan ( sedimen) serta fosil.

2. Batuan mendak merupakan batuan yang terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin.

3. Bahan-bahan enapan terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang dan fosil.

4. Terdapat proses-proses penting dalam pembentukan batuan enapan: a) proses pemadatan - berlaku apabila bahan enapan terkumpul secara lapisan, selapis demi

selapis. - lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan atas apabila

bahan enapan menjadi semakin tebal. - lama-kelamaan bahan enapan seperti kelodak, lempung dan pasir

menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain membentuk batuan.

Page 27: powerpoint geografi batuan stpm

b) Proses penyimenan - proses perlekatan antara mineral-mineral disebabkan wujud bahan

perikat. - bahan enapan yang kasar tidak melekat antara satu sama lain

berbanding dengan bahan enapan yang halus. - bahan enapan yang kasar seperti pasir hanya boleh terlekat antara

satu sama lain apabila terdapat bahan-bahan perikat atau bahan penyimenan.

- bahan perikat seperti lempung, kalsit, silika yang memasuki ruang-ruang yang wujud antara mineral-mineral yang kasar tadi.

- tekanan dari lapisan atas menyebabkan air akan keluar, meninggalkan bahan-bahan perikat yang akan terhablur dan bertindak mengikat mineral-mineral kasar, tersimen bersama-samanya sebagai batuan enapan.

Page 28: powerpoint geografi batuan stpm

BATUAN METAMORFIK

1. Terbentuk melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh batuan mendak dan batuan igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi.

2. Metamorfosisme atau penjelmaan akan berlaku apabila batuan mendak dan batuan igneus mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.

3. Kesan tersebut menyebabkan kedua jenis batuan tersebut akan berubah bentuk, warna dan komposisi mineral menjadi bentuk baharu. Contohnya:

a) batu pasir akan bertukar kepada kuartzit b) batu kapur bertukar kepada batu marmar c) batu granit bertukar kepada gneis d) batu syal bertukar kepada batu loh e) batu basalt bertukar kepada batu serpentin

4. Batuan metamorfik lebih keras dan stabil berbanding dengan batuan igneus atau batuan mendak.

Page 29: powerpoint geografi batuan stpm

KITAR BATUAN1. Perubahan yang dialami oleh batuan seperti kejadian batuan baharu,

pemusnahan batuan atau perubahan sifat fizikal dan kimia batuan akibat proses-proses dalaman dan luaran bumi.

2. Dalam kitar batuan, zarah batuan mungkin bergerak dari beberapa meter hingga beribu-ribu kilometer jauh. Arah pergerakan zarah-zarah ini berlaku sama ada ke atas, ke bawah atau secara mendatar.

3. Batuan dipecahkan kepada serpihan atau partikel-partikel yang lebih kecil apabila permukaan bumi terluluhawa dan terhakis.

4. Partikel batuan ini dibawa oleh agen pengangkutan seperti air mengalir dan angin lalu dimendapkan di kawasan tanah rendah.

Page 30: powerpoint geografi batuan stpm

5. Proses pemendapan dan timbun tambah bahan mendak seterusnya menyebabkan serpihan batuan tadi tersimen dan termampat sebelum bertukar menjadi batuan mendak.

6. Dalam jangka masa berjuta-juta tahun, batuan mendak ini terus tertimbus jauh ke dalam bumi akibat daripada pemendapan yang berlanjutan sehingga batuan mendak tadi mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.

7. Akibat daripada tekanan dan suhu yang tinggi, maka batuan mendak akan bertukar menjadi batuan metamorfosis.

8. Suhu dan tekanan di dalam perut bumi sentiasa tinggi, kesannya batuan metamorfosis yang baharu terbentuk mudah lebur dan cair lalu bertukar kepada magma.

9. Magma yang cair ini akan dipaksa naik ke permukaan bumi dan membeku di dalam lapisan-lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi.

Page 31: powerpoint geografi batuan stpm

10. Magma yang membeku membawa maksud batuan metamorfosis telah bertukar kepada batuan igneus.

11. Proses gondolan yang berterusan membolehkan batuan igneus yang beku di dalam lapisan kerak bumi akan terdedah dan seterusnya turut mengalami luluhawa dan hakisan.

12. Luluhawa dan hakisan akan memecah serta menghancurkan batuan igneus menjadi serpihan batuan atau partikel yang kecil yang akan memulakan semula proses pembentukan batuan mendak dan kitar batuan selanjutnya.

13. Kitaran batuan sentiasa berlaku dan tidak akan terhenti. Dari semasa ke semasa, batuan sentiasa berubah dari batuan mendak kepada batuan metamorfosis dan kepada batuan igneus serta kembali kepada batuan mendak semula bagi memulakan kitaran baharu.

Page 32: powerpoint geografi batuan stpm