perutusan pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/the duchess edisi 4_2016.pdf ·...

24
1

Upload: doanlien

Post on 06-Mar-2019

299 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

1

Page 2: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

Salam Sejahtera

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan

yang mampu menyahut cabaran dalam menerbitkan “The Duchess” Edisike 2 (Oktober-Disember) tahun 2016. Syabas dan tahniah kepada semuapihak yang saling membantu dalam menerbitkan buletin kali ini, yangmerupakan terbitan yang keempat sejak tahun 2015.

Tahun 2016 adalah tahun yang bermakna kerana Hospital Duchess Of Kent Sandakan telahdianugerahkan Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan dan hospital pertama di negeri Sabah yangmendapat anugerah ini. Selain itu, kita juga telah mendapat pensijilan semula ISO.

Pencapaian dan kejayaan ini adalah hasil usaha dan semangat kerjasama berpasukan di kalangansemua warga hospital. Kecemerlangan Hospital Duchess of Kent Sandakan perlu diteruskan pada tahun2017 agar menjadi lonjakan kecemerlangan dan semangat kita semua. Oleh yang demikian, usaha yangberterusan dan kesepakatan setiap warga tidak berhenti di sini sahaja, malah perlu dipertingkatkanlagi agar perancangan dan perkhidmatan berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan masa, kos dankualiti sejajar dengan objektif, visi, misi dan piagam pelanggan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yangterlibat dalam penerbitan buletin ini. Tanpa komitmen dan kerjasama sesama kita, kemungkinanbuletin kali ini tidak dapat diterbitkan. Saya berharap penerbitan buletin “The Duchess” akan terusdikekalkan.

Terima kasih

Salam Sejahtera

Bersua kita di ruangan “The Duchess” Edisi 2 Oktober hingga Disember2016 dan merupakan edisi keempat sejak 2015.

Saya amat berbangga kerana “The Duchess” masih lagi mendapatsokongan semua pihak. Buletin ini adalah salah satu cara untuk kitamempamerkan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan kita kepada wargahospital dan juga masyarakat khasnya pelanggan kita.

Saya amat berharap seluruh warga HDOK akan lebih semangat danbekerjasama untuk terbitan buletin yang akan datang iaitu edisi kelima.

Kita mencadangkan untuk terbitan 2017 “The Duchess” akan dikeluarkansetiap tiga atau empat bulan sekali. Terima kasih dan tahniah kepadasemua kerana kerjasama menerbitkan “The Duchess”.

DR PAUL CHAN HONG KIT

TIMBALAN PENGARAH

HOSPITAL DUCHESS OF KENT

SANDAKAN

Perutusan PengarahDr. Francis Paul

Pengarah,

Hospital Duchess Of Kent Sandakan

Dari Meja Ketua Editor

1

Page 3: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

3

Sambutan Kempen Jalanan Kesedaran Pendermaan Organ “Jom Bincang” turut diadakan sempenaKempen Kesedaran Pendermaan Organ yang diadakan setiap Oktober di seluruh negara. Sambutan initurut memeriahkan Hari Terbuka Hospital 2016. Sambutan kali ini telah disempurnakan oleh YangBerbahagia Dr William Gotulis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Perubatan). Acara simbolikpelancaran ialah merasmikan “Lift Sticker” dan pelepasan konvoi jalanan. Pada tahun 2016 , seramai 718pengikrar baru telah berjaya diperolehi dari sekitar daerah Sandakan.

Hari Terbuka Hospital Duchess of Kent (HDOK) sekali lagimencapai kejayaan. Hari Terbuka yang mula dianjurkansemula pada tahun 2015, sekali lagi telah mendapat sambutanmeriah pada tahun 2016 yang telah diadakan pada 8 Oktoberlalu bertempat di Dewan Selingan, Bangunan Klinik Pakar.

Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YangBerbahagia Dr William Gotulis, Timbalan Pengarah KesihatanNegeri Sabah (Perubatan). Pelbagai aktiviti telah diadakanterutama JOM BINCANG Kempen Kesedaran PendermaanOrgan, dan pameran. Lebih dari 400 orang yang hadirmemeriahkan Hari Terbuka kali ini.

2

Page 4: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

4

3

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi telah berjaya mengadakan BengkelObstetric Haemohhage bertujuan untuk meningkatkan pengetahuanmengenai pengendalian ibu dengan pendarahan yang berlebihanselepas bersalin. Selain itu, para peserta didedahkan mengenai tanda-tanda awal pendarahan yang berlebihan dan cara mengendalikannyadengan baik. Penceramah jemputan ialah Ms Vanyss Tan dari CookMedical, Kuala Lumpur. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajukBakri Balloon iaitu cara penggunaan dan kepentingan Bakri Balloon.

Seramai 16 Jururawat terdiri dari Jururawat Masyarakat , JururawatTerlatih dan Ketua Jururawat dan 23 Pegawai Perubatan iaitu 17orang dari HDOK dan 22 orang dari hospital dan klinik kesihatan daridaerah Sandakan termasuk Beluran dan Kinabatangan menyertaibengkel ini .

Jabatan Kecemasan dan Trauma melalui kumpulan KIK Matrix telah layak ke peringkat kebangsaandalam Konvensyen Team Excellence anjuran Badan Produktiviti Malaysia (MPC). Penyertaan kali inimerupakan kemuncak kejayaan setelah mendapat Anugerah Emas di peringkat negeri Sabah danWilayah Sarawak- Sabah. Kumpulan Matrix telah berjaya mencipta inovasi penyimpanan rekodlatihan dan kursus secara atas talian.

Page 5: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

5

4

Unit ICT Hospital Duchess of Kent Sandakan telah menganjurkan taklimat dan kursus SistemMyMesyuarat 2.0 pada 1 hingga 2 Disember 2016. Taklimat dan kursus ini dikendalikan olehpenceramah jemputan dari Unit ICT, JKN Sabah, En. Vilfred Vatalis Jr bertujuan melancarkanpelaksanaan sistem ini di HDOK. Seramai 37 orang penyelaras serta urusetia mesyuarat danpentadbir system yang hadir. Taklimat ini telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Hospital, Dr.Francis Paul dan Timbalan Pengarah Perubatan, Dr. Paul Chan Hong Kit.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan proses pengurusan mesyuarat ke arahpengurusan mesyuarat secara digital yang lebih efektif dan lebih efisien, pihak Jabatan KesihatanNegeri Sabah (JKNS) sedang melaksanakan perluasan Sistem MyMesyuarat 2.0 ke seluruh PTJ dibawah seliaan JKN Sabah. Sistem MyMesyuarat 2.0 merupakan sistem pengurusan mesyuarat danpemantau keputusan mesyuarat secara atas talian dan tanpa kertas.

Jabatan Bedah Mulut HospitalDuchess of Kent Sandakan telahmengadakan Minggu KesedaranKanser Mulut.

Objektif kempen ini adalah untukmemberi kesedaran kepadaorang awam dan kakitanganHospital tentang pentingnyamembuat pemeriksaan awal danpengesanan tanda-tanda awalKanser Mulut.

Antara aktiviti yang diadakanadalah saringan kanser mulut ,Pameran ,Ceramah dan tayanganvideo dan khidmat kaunselinguntuk mendidik orang ramaimembuat pemeriksaan sendiri dirumah. Kempen ini telahdiadakan pada 14 hingga 18November 2016.

Page 6: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

5

Buat julung-julung kalinya unit Penolong Pegawai Perubatan

HDOK telah menganjurkan Minggu Sukan & Malam Gala PPP untuk

merapatkan hubungan sesama ahli disamping mempromosikan

gaya hidup sihat.

Minggu sukan ini diadakan selama dua minggu bermula 30

Oktober hingga 12 November. Acara tahunan ini melibatkan sukan

bowling dan badminton. Acara penyampaian hadiah dan anugerah-

anugerah PPP dilakukan pada malam penutup minggu sukan atau

Malam Gala PPP pada 12 November yang bertemakan “Malam

Sorak PPP” dan telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai

Perubatan HDOK, Encik Ali Abdullah.

.

Pusat Jagaan Harian Hospital Duchess Of Kent dengan kerjasama Persatuan Thalassemia Sandakantelah mengadakan program ‘Iron Hero Thalassemia Workshop’ pada 24 November 2016, yangdirasmikan oleh Dr Agnes Pakar Pediatrik HDOK. Program ini dijayakan oleh pesakit thalassemia,keluarga pesakit, anggota DCC dan Ajk Persatuan Thalassemia Sandakan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendidikan kesihatan dan motivasi kepada pesakitthalassemia dan keluarga tentang kepentingan pengambilan zat besi yang betul dan konsisten. Aktivitilain adalah ‘patient sharing session ( Journey of Thalasemia patient) , persembahan tarian sumazaudan koir yang dipersembahkan oleh anak-anak Talassemia, membuat kad kreatif , kuiz menguji mindaberkaitan dengan penyakit thalassemia dan acara kemuncak diakhiri dengan penyampaian anugerah‘Iron Hero’ untuk empat orang pesakit yang berjaya menurunkan zat besi pada paras normal.

IRON HERO THALASSEMIA WORKSHOP 2016

MINGGU SUKAN DAN MALAM GALA PPP

5

Page 7: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

7

Seramai 29 orang Pegawai Perubatan dari Hospital dan Klinik telahmenghadiri kursus “1st East Paediatric Dermatology Updates 2016” yangtelah diadakan pada 24 November 2016 bertempat di Dewan Selingan.Penceramah jemputan ialah Dr Leong Kin Fon (Consultant PaediatricDermatology HKL). Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuanmengenai rawatan terkini yang khusus untuk penyakit kulit dikalangankanak-kanak. Ilmu yang dikongsikan dapat memberi pendedahan asaskepada para peserta untuk mendiagnosa pelbagai penyakit kulit.

Jabatan Pembedahan Am telah mengadakan Kempen KesedaranKanser Payudara. Kempen ini telah berjaya dianjurkan hasilusahasama dengan Sandakan Pink Ribbon. Kempen inidirasmikan oleh Dr Paul Chan Hong Kit, Timbalan PengarahHospital Duchess Of Kent, Sandakan pada 15 Oktober, 2016bertempat di Kolej Kejururawatan Sandakan.

Kempen ini dihadiri oleh seramai 150 orang yang terdiridaripada orang awam, kakitangan jabatan bedah dan ahliSandakan Pink Ribbon. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya‘screening’, pemeriksaan payudara secara percuma, dan banyaklagi aktiviti lain yang menarik.

6

Page 8: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

8

7

Bersempena Minggu Kesedaran AntibiotikPeringkat Dunia yang disambut 14 hingga 20November 2016, satu kempen MingguKesedaran Antibiotik peringkat hospital telahdiadakan..

Minggu Kesedaran Antibiotik peringkathospital dianjurkan dengan kerjasamadaripada Jabatan Farmasi, Unit KawalanInfeksi, dan Unit Mikrobiologi. Beberapaaktiviti telah dijalankan pada minggu tersebutseperti pameran serta aktivitimenandatangani kain rentang bagimenunjukkan sokongan orang awam dankakitangan hospital terhadap penggunaanantibiotik.

Selain itu, satu slot CME juga telahdisampaikan oleh Dr Nurul Ashikin yangbertajuk ‘Antibiotic Awareness Week’, iaitumenekankan tanggungjawab serta peranansetiap kakitangan untuk mengurangkan kadarkerintangan bakteria terhadap antibiotikkhususnya pada peringkat hospital

Seramai 800 orang menghadiri Seminar Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden yang diadakan pada15 Oktober 2016 di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan. Seminar ini dianjurkan oleh Unit HalEhwal Islam Hospital Duchess of Kent Sandakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan IslamPerubatan Sandakan (PERKIPS) dan beberapa agensi kerajaan dan NGO seperti Jabatan Hal EhwalAgama Islam Negeri Sabah , Majlis Perbandaran Sandakan dan Pertubuhan Islam Seluruh SabahBahagian Sandakan (USIA ) .

Seminar ini merupakan program UHEI dan PERKIPS HDOK yang julung-julung kalinya diadakandengan melibatkan warga Sandakan. Penceramah jemputan ialah Ybhg Dato’ Dr Danial Zainal Abidin,pakar perubatan Islam dan penceramah bebas

Page 9: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

5

Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent telahmenganjurkan “Childrens Party” pada 22 Oktober2016 di Dewan Selingan. Program ini anjuranPersatuan Jururawat Sabah (SANA) DaerahSandakan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Childrens Party ini adalah untuk meraikan anak-anak anggota jururawat di HDOK Sandakan.Pelbagai aktiviti dan permainan telah diadakanbersama kanak-kanak dan ibu bapa. Program inidirasmikan oleh Ketua Penyelia Jururawat, HDOKMatron Yau Kim Yain.

.

Kursus Budaya Korporat mampu mencorakkan semangatberpasukan di kalangan anggota hospital. Selain itu, dapatjuga membentuk integriti, keyakinan, nilai-nilai murni sertasemangat kekeluargaan seperti yang disarankan olehKementerian Kesihatan Malaysia.

Aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti komunikasi, tiangtinggi, lakonan dan sebagainya telah menampakkan sikapkekitaan di kalangan peserta. Peserta juga didedahkanceramah ilmiah seperti Penerapan Budaya Korporat KKM,komunikasi, penampilan diri, pengurusan stress, semangatberpasukan dan integriti.

BUDAYA KORPORAT TINGKATKAN SEMANGAT PASUKAN

“CHILDRENS PARTY” MERIAH

8

Page 10: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

10

9

Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi, Hospital Duchess of Kent (HDOK) telah mengadakanbengkel ‘Airway Management’. Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan asas berkenaanpengurusan pernafasan di dalam hospital serta memberi peluang kepada peserta untuk latihanpraktikal ‘hands-on’ semasa bengkel dijalankan.

Pengurusan saluran pernafasan adalah salah satu kemahiran yang perlu ada bagi setiap pegawaiperubatan dan anggota sokongan. Kegagalan bagi memastikan saluran pernafasan lancar adalah amatserius kerana boleh menyebabkan kerosakan otak. Selain itu, pengurusan saluran pernafasan yangbaik iaitu bermula dari pengesanan awal, perancangan , pengenalan kepada alat-alat intubasi dankemahiran menggunakan alat-alat tersebut.

Terdapat enam stesen yang memberi penerangan dan mengajar peserta tentang alat-alat yang biasadigunakan untuk pengurusan pernafasan. Terdapat wakil-wakil dari Pall-Thai Medical Sdn Bhd danUmmi Surgical yang turut serta dalam bengkel ini.

Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi yang bertemakan warna merah disambut meriahwalaupun sederhana. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Encik Mazlan Haji Abd Majid, Ketua JabatanRekod Perubatan dan Dokumentasi HDOK bertempat di Hotel Gloria Plaza, Sandakan. Pelbagaiaktiviti telah diadakan seperti pertandingan karaoke, sambutan hari jadi, dance with me dan lain-lain.

Page 11: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

11

10

Hari Keluarga Hospital Duchess of Kent, Sandakan telah diadakan pada 3 Disember 2016 bermula jam7.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di perkarangan Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Acara inimerupakan acara Dwitahunan Hospital ini yang mana kali terakhir diadakan pada 2014.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, meningkatkankreativiti, mengeratkan silaturrahim serta dapat mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangananggota. Pelbagai acara telah diadakan seperti HDOK race berabis, pertandingan zumba/aerobic ,pertandingan fesyen kanak-kanak, sukan rakyat 2.0, perang kuali “ala masterchef”, pertandingancrossfit, cabutan bertuah, gerai jualan, pertandingan karaoke dan pertandingan kutipan sampahterbanyak.

Page 12: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

5

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 bertemakan“Dignity In Mental Health-Psychological and MentalHealth First Aid For All” telah anjurkan oleh JabatanPsikiatri dan Kesihatan Mental, dengan kerjasamaUnit Promosi Kesihatan, Jabatan PemulihanCarakerja dan Unit Psikologi Kaunseling sertaPersatuan Kebajikan Kesihatan Mental Sandakanpada 10 Oktober 2016 di Dewan Selingan, HDOK.

Perasmian yang dirasmikan oleh Dr. Ahmad QabilBin Khalib, Ketua Jabatan Psikiatri dan KesihatanMental. Majlis sambutan diisikan dengan aktivitiCeramah yang disampaikan oleh Dr. Joni Teoh BengFei, Pakar Psikiatri UD48. Selain itu, sesi forumbersama pesakit dan keluarga pesakit, pamerankesihatan mental, pameran Unit PemulihanCarakerja, saringan kesihatan mental, gerai jualanPersatuan Kebajikan Kesihatan Mental Sandakandan gerai kraftangan Unit Pemulihan Carakerja .

Seramai 220 orang pengunjung telah menghadirimajlis ini yang terdiri daripada kakitangan HDOK,orang awam dan NGO.

.

Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi telah menganjurkan sambutan Hari Anestesia Sedunia untuk kalipertama. Sambutan Hari Anestesia Sedunia diadakan bagi memperingati demonstrasi pembiusan amyang pertama dengan menggunakan gas ether pada 16 Oktober 1846 di Amerika Syarikat. Temasambutan yang ditetapkan oleh Malaysian Society of Anaesthesia. bertemakan “Safe Anesthesia ForEverybody Today (SAFE-T)” bertujuan meningkatkan tahap kesedaran berkenaan pembiusan danpembedahan yang selamat, terutamanya di kalangan negara-negara berpendapatan rendah.

Sambutan diadakan di Dewan Selingan, dimulakan dengan ceramah History of Anaesthesia dan SAFE-T. Acara diteruskan dengan ucapan ketua Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi Dr Yap Huey Lingdiikuti ucapan serta upacara perasmian oleh Timbalan Pengarah hospital Dr Paul Chan Hong Kit

SAMBUTAN HARI ANESTESIA SEDUNIA 2016

SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

11

Page 13: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

13

12

Unit Kaunseling HDOK telah berjaya menganjurkan pengurusan stress di kalangan kakitangan seramai60 orang pada 14 November 2016 bertempat di Dewan Selingan. Objektif kursus ini adalah menambahpengetahuan tentang cara pengurusan stress di tempat kerja, mengenalpasti tentang faktor-faktorpenyumbang stress, meningkat pengetahuan dalam mengatasi stress dan menguatkan keyakinan diriserta jati diri di kalangan peserta.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk ceramah yang telah disampaikan oleh Puan Sharon Laudi,Pegawai Kaunseling HDOK serta penceramah jemputan dari Unit Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja

Unit Pendidikan Kesihatan (Promosi) telah mengadakan Taklimat Penggunaan Nicorette Patch &Gum (NRT-Nicorette Replacement Theraphy) untuk kakitangan yang terlibat dalam aktivitipendidikan kesihatan di wad atau klinik.

Taklimat ini dihadiri oleh kakitangan dari Unit Kesihatan Awam, ketua jururawat, jururawat terlatih,pegawai farmasi, dan penolong pegawai perubatan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Simonwakil Johnson & Johnson Kota Kinabalu.

Taklimat ini adalah merupakan salah satu kempen Tak Nak Merokok yang merupakan salah satuprogram Unit Pendidikan Kesihatan (Promosi) iaitu Klnik Berhenti Merokok.

Page 14: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

14

13

Sempena Hari Anestesia Sedunia 2016, telah diadakan pertandingan “treasure hunt” bagimemeriahkan acara sambutan tersebut. Lebih dari 80 orang telah menghadiri acara sukan SAFE-T iniyang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan seperti senam-Zumba, dan flashmob pendermaanorgan oleh murid-murid SK Karamunting . Penutupan kempen kesedaran pendermaan organ “JomBincang” turut diadakan.

Aktiviti yang diadakan berjaya memupuk semangat berpasukan dan silaturahim di kalangankakitangan Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi serta kakitangan dari unit dan wad yang terdapat diHDOK.

Unit Kaunseling sekali lagi menganjurkanKursus Pengurusan Kewangan siri IIkepada kakitangan hospital. Seramai 50orang peserta yang telah menyertai kursusini.

Penganjuran kursus ini bertujuanmemberi pendedahan dan pengetahuanmengenai pengurusan kewangan yangmembolehkan peserta-peserta membuatkeputusan kewangan secara berhemahserta bertanggungjawab dan bermaklumat.

Kursus ini telah dikendalikan olehpegawai-pegawai dari Bank NegaraMalaysia Cawangan Sabah iaitu Puan GracyNealda, Encik Mohammed Tonarusli binTonamli dan Encik Poobalan Rajasekran.

Kursus ini telah diadakan pada 22November 2016 bertempat di BilikMesyuarat Utama, HDOK.

Page 15: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

15

PERKIPS HDOK telah mengadakan Mesyuarat Agong tahunan yang berlangsung di Dewan Selinganpada November 2016. Mesyuarat kali ini adalah bertujuan untuk pembubaran AJK serta pemilihanAJK bagi tahun 2016/2017. Selain itu untuk membentang dan membincangkan hasil aktiviti yangtelah dilakukan tahun 2015/2016.

Di samping itu, PERKIPS juga telah mengadakan Malam Sejambak Budi Setulus Kasih telah diadakandi Hotel Sandakan bagi menghargai ahli PERKIPS HDOK iaitu mantan Pengerusi PERKIPS HDOK iaituEncik Mohd Azmi bin Salleh yang akan berpindah ke Hospital Alor Setar ,Kedah dan mantan KetuaUnit Hal Ehwal Islam iaitu Ustaz Hafizuddin bin Ishak yang bertukar ke Hospital Langkawi, Kedah.

Persatuan Jururawat Sabah (SANA) telah mengadakan pelbagaiaktiviti yang melibatkan kakitangan hospital terutama di kalanganjururawat di HDOK. Aktiviti yang telah diadakan ialah “CookingClass” diadakan pada 22 Oktober 2016 di Annie’s Cooking Studio diFajar Perdana .

Selain itu, Pertandingan bowling turut juga diadakan pada 19November 2016 di Champs Bowling Sandakan. Aktiviti ini adalahuntuk memberi peluang kepada jururawat menimba ilmu sertamerapatkan hubungan keluargaan antara jururawat di HDOK..

14

Page 16: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

16

15

Unit Hemodialisis hospital Duchess of Kent telah menerima sumbangan mesin Hemodialisis dariPerkeso, sebanyak tiga buah mesin hemodialisis yang diserahkan oleh Pengurus Besar CawanganPerubatan dan Pemulihan Perkeso, Datin Dr. Nik Amsharija Mohamed sebagai mewakili Perkesokepada Dr Francis Paul, Pengarah Hospital pada 5 Disember 2016.

Hasil daripada sumbangan tersebut dapat membantu melancarkan lagi perkhidmatan yang lebihberkualiti kepada pesakit yang menerima rawatan hemodialisis. Pada masa yang sama lawatanbersama pesakit turut diadakan serta menyampaikan sumbangan cenderahati dari Perkeso kepadapesakit yang menjalani rawatan hemodialisis

Jabatan Oftalmologi Hospital Duchess of KentSandakan telah mengadakan lawatan ke HospitalLahad Datu sempena Projek Zon Bebas KatarakSabah (Klinik Katarak 1 Malaysia) anjuran bersamaHospital Lahad Datu, Hospital Tawau dan HospitalDuchess of Kent Sandakan pada 2 hingga 4 Disember2016.

Projek ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji DatuNasrun bin Haji Mansur bertempat di Dewan BedahHospital Lahad Datu. Seramai 43 orang pesakit telahberjaya menjalani pembedahan.

Page 17: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

17

16

Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) HDOK telah membantu menjayakan Kejohanan Ragbi PialaAgong 2016 yang buat pertama kalinya diadakan di Sabah. Daerah Sandakan telah diberikanpenghormat menjadi tuan rumah.

Dalam kejohanan tersebut pasukan liputan perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma sekali lagi diberikepercayaan untuk memberi perkhidmatan liputan perubatan tersebut. Pasukan telah diketuai olehDr. Aehtoosham Suleman, Pakar Perubatan Kecemasan dan dianggotai oleh seorang pakar anesthesia,empat orang pegawai perubatan dan lapan orang paramedik termasuk dua orang pegawai fisioterapi.

Sebelum bermulanya kejohanan Pakar Perubatan Kecemasan telah memberi penerangan dan latihankepada semua anggota yang terlibat seperti latihan mengangkat dan membawa mangsa jika berlakukecederaan.

Hari Terbuka Tabung Darah merupakan aktiviti tahunanyang diadakan dua kali setahun. Hari Terbuka inidianjurkan oleh Unit Tabung Darah dan Unit PerhubunganAwam HDOK.

Hari Terbuka ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsitabung darah kepada masyarakat. Selain itu, adalah untukmenggalakkan masyarakat datang ke tabung darah untuksama-sama membantu mendapat jumlah kutipan darahuntuk keperluan pesakit di hospital

Setiap kali aktiviti ini diadakan jumlah penderma mampumencecah 100 orang bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang.Aktiviti Hari Terbuka Tabung Darah ini akan diteruskansetiap tahun.

Unit Tabung Darah HDOK sentiasa menyeru dan memintaorang ramai termasuk kakitangan hospital sendiri untukmenderma darah. Seorang penderma boleh membantumenyelamatkan tiga nyawa.

Page 18: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

18

Jabatan Kecemasan dan Trauma sering mengadakan aktiviti danlatihan kecemasan kepada pegawai dan kakitangan bagi untukmeningkatkan kemahiran dan kecekapan anggota. Aktivitiseperti Kursus Trauma Life Support adalah mengajar anggotaperubatan dalam memberi perawatan asas kepada pesakittrauma.

Selain itu, Latihan Kesiapsiagaan Bencana “Full Scale SandakanAirport Drill” iaitu Latihan mengendalikan bencana kapalterbang terhempas. Latihan ini anjuran Malaysia Airport Berhaddengan kerjasama agensi penyelamat kerajaan yang lain. Latihanseperti ini bertujuan bagi memastikan anggota penyelamat agarsentiasa bersedia sekira berlakunya bencana.

Seramai 89 anggota jururawat telah menyertai Kursus Analisa Keperluan Latihan (TNA) termasuklahpenyertaan dari HDOK, Kolej Kejururawatan Sandakan, Kolej Jururawat Masyarakat Tawau, KolejSains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Semporna,Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran, Hospital Kunak, PKK Sandakan, PKK Tawau, PKK KawasanLahad Datu, PKK Semporna, PKK Kinabatangan, PKK Beluran, dan PKK Kawasan Kunak bagi ZonPantai Timur Sabah.

Kursus ini telah diadakan di Kolej Kejururawatan Sandakan, anjuran bersama Unit KejururawatanJabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Unit Kejururawatan HDOK Sandakan.

17

Page 19: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

19

18

Anggota kerja Jabatan Oftalmologi telah mengadakan lawatan ke Rumah Warga Tua Sri HarapanSandakan. Lawatan ini sebagai menjalin dan memperkukuhkan hubungan kemasyarakatan antarakakitangan hospital dengan penduduk setempat. Selain itu, berkongsi kegembiraan bersama golonganyang memerlukan serta dapat menerapkan budaya menyayangi serta menghargai warga emas.

Dalam lawatan tersebut turut diadakan majlis bersama warga emas serta kakitangan rumah wargatua tersebut. Antara akitiviti termasuk ucapan Dr Chiang Wai Seng, Ketua Jabatan Oftalmologi, majlispenyampaian hamper kepada 44 orang penghuni, jamuan dan persembahan karaoke bersama wargakerja dan penghuni Rumah Warga Tua Sr Harapan.

Kelab Kebajikan dan Sukan ETD telah memberisumbangan berupa kerusi kuliah sebanyak 51 buahdan lima buah khemah. Penyerahan tersebut telahdiadakan di UPLK Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Dr Francis Paul, Pengarah Hospital telah menerimabagi pihak hospital yang telah disampaikan oleh DrAehtoosham Suleman, Ketua Jabatan Kecemasan danTrauma. Sumbangan khemah ini adalah untukkegunaan Jabatan Kecemasan dan Trauma terutamajika melibatkan persiapan bencana dan tugas-tugaskecemasan lain. Di samping boleh digunakan olehpihak hospital.

Manakala sebanyak 51 buah kerusi adalah untukkegunaan kuliah atau kursus di UPLK. Sumbangan iniadalah untuk memberi keselesaan kepadakakitangan hospital yang menggunakan UPLK untuktaklimat atau kursus. Kelab Kebajikan dan Sukan ETDakan sentiasa berusaha untuk mencari sumbanganbagi kemudahan dan kegunaan pihak hospital padamasa akan datang.

Page 20: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

20

19

Jabatan Anestesia dan Unit Penjagaan Rapi telah menganjurkan satu Bengkel “ Acute Pain Service”bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Seramai 40 peserta terdiri daripada kakitangan hospital seperti pegawai perubatan, jururawat dankakitangan sokongan dari pelbagai jabatan di HDOK termasuk seorang doktor dan dua jururawat dariHospital Sipitang.

Bengkel kali diadakan untuk memastikan kakitangan sentiasa mengetahui perkembangan terkiniserta dapat mendidik kakitangan hospital mengenai penilaian dan pengurusan kesakitan. Kursusseperti ini akan dapat membantu mengekalkan status hospital kita sebagai Hospital Bebas Kesakitanyang berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan dari semasa ke semasa.

Jabatan Oftalmologi telah berjaya mengadakan Hari KeluargaOftalmologi bertemakan “Forever Young” bertempat di Dewan Selingandirasmikan oleh Dr Chiang Wai Seng, Ketua Jabatan Oftalmologi.

Tema “Forever Young” ini adalah bertujuan meningkatkan semangatmotivasi, meningkatkan potensi diri serta semangat berpasukan dansetiakawan di kalangan kakitangan Jabatan Oftalmologi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah sukaneka, karaoke, BBQ dan hadiahmisteri. Aktiviti-aktiviti telah berjaya memupuk semangatKekeluargaan antara ahli-ahli unit.

Page 21: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

21

20

Lions Club Selingan Sandakan telah berjaya menganjurkan pertandingan golf amal dengan kerjasamaK9 Golfers dan berjaya mengutip sebanyak RM90,000 untuk membeli “intraocular lens” pada 13November 2016 bertempat di Sandakan Golf Club.

Sumbangan “intraocular lens” untuk kegunaan pesakit telah disampaikan oleh pengerusi pengajurEncik Isaac Pang kepada Dr. Chiang Wai Seng, Ketua Jabatan Oftalmologi HDOK. Hadir sama dalammajlis tersebut ialah Encik Clement J Sammy, Encik Peter Cheung, Puan Serena Au, Puan YasmineWong, Encik Francis Lo dan Encik Peter Lai.

Jabatan Farmasi telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Farmasi sempena Hari Ahli FarmasiSedunia 25 September 2016 yang bertemakan “Caring For You”. Program dimulakan dengan ceramahyang bertajuk“ Kenali Ubat Anda” oleh Cik Leong Chui Yee.

Farmasi Klinik Pakar turut mempromosikan Program Permulangan Ubat dengan memberi maklumatmengenai jenis-jenis ubat yang dipulangkan dan cara penyimpanan ubat yang betul sertamenggalakkan pemulangan ubat oleh pesakit. Selain itu, turut diadakan perkhidmatan Tambah Nilaiyang ditawarkan seperti Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB), SMS dan Ambil, WhatsApp danAmbil, Telegram dan Ambil, Letak dan Ambil, Kad Temujanji, Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UM1M)dan Farmasi Pandu Lalu. Promosi kesedaran pesakit terhadap harga ubat-ubatan yang dibekalkanoleh Hospital Duchess of Kent turut diadakan dalam bentuk permainan meneka harga ubat. Disamping itu, perkhidmatan kaunseling dan pemeriksaan tekanan darah turut dibuka kepada orangawam.

Page 22: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

22

“SSKIN Care Bundle” telah diperkenalkan dan dimasukkan sebagai salah satu SOP rawatan di ICU selainpenjagaan ventilator, central venous catheter care bundle, ABCDE bundle dan sepsis bundle untukmeningkatkan hasil klinikal pesakit di ICU.

Objektif program ini melaksanakan intervensi dan rancangan rawatan, melatih dan memberipendedahan kepada kakitangan kesihatan mengenai kaedah mencegah ulser tekanan di kalanganpesakit kritikal, mendapat penilaian terus berkaitan keberkesanan SSkin Care Bundle yangdilaksanakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memahami implikasi ulser tekanan kepada pesakit danseterusnya mengurangkan kejadian ulser tekanan kepada kurang daripada 3% yang dinyatakansebagai salah satu daripada matlamat Majlis Keselamatan Pesakit.

Sempena sambutan Hari Krismas 2016,Pengarah Hospital, Dr. Francis Paul telahmenganjurkan pertandingan hiasan krismastercantik untuk semua jabatan, unit dan wad.

Johan bersama telah dimenangi oleh JabatanKecemasan dan Trauma serta UnitKejururawatan. Pertandingan hiasan krismasini telah disertai lebih daripada 20 penyertaan..

21

Page 23: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran

23

22

Page 24: Perutusan Pengarah - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 4_2016.pdf · Jabatan Bedah Mulut Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Minggu Kesedaran