Perundangan (PKA U17)

Download Perundangan (PKA U17)

Post on 07-Jul-2015

4.084 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANGdisediakan oleh: AIMI SYAZA CHE AZMI aimisyaza@gmail.com

SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM

Kenapa perlu undang-undang?? Apa itu undang-undang?? Definisi undang-undang: Suatu peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku atau prosedur yang dibentuk oleh adat, perjanjian atau autoriti. Satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku dalam masyarakat Satu set peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah Negeri.

JENIS UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG AWAM

UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN

UNDANG-UNDANG AWAMUndang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Contoh: Undang-undang perlembagaan- membincangkan hak individu dan negeri Undang-undang jenayah- membincangkan jenis jenayah yang dilakukan oleh individu terhadap negeri.

UNDANG-UNDANG PERSENDIRIANUndang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan perhubungan antara individu seperti hak-hak dan tugas sesama mereka. Bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya supaya harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab. Contoh: Undang-undang kontrak ,undang-undang hak cipta, Akta perkongsian dll.

TAJUK 2: PENGENALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANdisediakan oleh: AIMI SYAZA CHE AZMI aimisyaza@gmail.com

SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM

1.1 PARLIMEN DAN KOMPONENNYAParlimen biasanya bersidang 3 atau 4 kali dalam setahun. Setiap persidangan biasanya lebih kurang 14 hari dan bagi tujuan persidangan belanjawan negara, biasanya lebih kurang 40 hari. Parlimen ialah badan perundangan Persekutuan. Ianya mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Terdiri daripada 3 komponen: Yang DiPertuan Agong Dewan Rakyat Dewan Negara

1.1.2 Yang Di Pertuan AgongBerkuasa memanggil Parlimen bersidang dan memastikan Parlimen tidak dibiarkan tanpa menjalankan persidangan selama 6 bulan. Berkuasa memberhenti atau membubarkan parlimen. Memberi persetujuan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kedudukan baginda dalam parlimen bererti sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen akan mendapat persetujuan daripada baginda. Baginda akan menitahkan Penyimpan Mohor Besar mengenakan cop Mohor Besar ke atas rang undang-undang berkenaan.

1.1.3 Dewan RakyatAhli dewan rakyat perlu memenangi pertandingan pilihanraya di sesuatu kawasan Parlimen. Sehingga kini terdapat 222 kerusi yang mewakili 222 kawasan Parlimen. Peruntukan kerusi adalah sebanyak 209 bagi negeri-negeri dalam Malaysia dan selebihnya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Tempoh jawatan selama 5 tahun, kelayakan adalah 21 tahun atau lebih. Fungsi Dewan Rakyat adalah membuat undang-undang, membahaskan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa yang mustahak.

1.1.4 Dewan NegaraDewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya. Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli. Rang undang-undang dibahaskan di Dewan Negara selepas diluluskan di Dewan Rakyat. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak rang undangundang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi hanya boleh menangguhkan rang undang-undang itu selama 1 bulan untuk undang-undang berkaitan kewangan dan 1 tahun untuk perkaraperkara yang lain.

2.0 PERLEMBAGAANTakrifan Perlembagaan: Kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan. Peraturan dan amalan yang menentukan kandungan dan fungsi badan kerajaan pusat dan kerajaan tempatan dalam sesebuah negeri dan mengawalselia perhubungan di antara individu dan negeri.

JENIS-JENIS PERLEMBAGAANPERLEMBAGAAN BERTULIS Undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda oleh Parlimen tertakluk sepenuhnya pada kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan itu sendiri. PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS Parlimen berkuasa penuh untuk membuat, menggubal dan meminda apa jua jenis undangundang yang wujud di sesebuah negara tanpa sebarang sekatan.

2.1 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIAyBerkuatkuasa pada 16 Sept 1963 ySejarah penggubalan bermula dengan Perlembagaan Kesatuan Malaya. yPKM digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 yPerlembagaan Persekutuan 1957 dirasmikan pada hari merdeka yPerlembagaan ini menggantikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 yTelah digubal oleh satu Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Reid. yCobbold dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan 1957.

2.2 Komponen Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Malaysia terdiri daripada : -Perlembagaan Persekutuan -Perlembagaan Negeri.

2.2.1 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: Sumber utama dan undang-undang bertulis yang tertinggi di Malaysia. Terdiri daripada 183 Perkara dan dibahagi kepada 15 Bahagian. Undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah dan dibatalkan oleh Parlimen. Melahirkan dan secara umumnya bertindak dalam menyusun atur sistem pemerintahan, pentadbiran dan kehakiman di Malaysia.

Menentukan hak-hak asasi individu di Malaysia. Mengekalkan keseimbangan kuasa di antara 3 badan pemerintahan di Malaysia: i) Badan Legislatif/ Perundangan ii) Badan Eksekutif/ Pentadbiran iii) Badan KehakimanKANDUNGAN PERLEMBAGAAN 1. Malaysia sebagai sebuah Persekutuan 2. Malaysia sebagai nrgara Raja Berpelembagaan 3. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen 4. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kebebasan beragama dengan agama islam sebagai agama rasmi 5. Ketinggian perlembagaan & undang-undang 6. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem pengasingan keluarga 7. Badan Kehakiman yang bebas daripada kawalan Badan Eksekutif dan Badan Legislatif

Pemerintahan yang adilMenjamin keamanan dan kestabilan negara

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa TUJUAN PERLEMBAGAANMengawal pergerakan rakyat dan kerajaan

Menjamin riwayat negara bangsa

Alat penyelesai masalah

3.1.3 Mengekalkan satu pemerintahan yang adil dan saksamaKewujudan perlembagaan dari segi sejarah adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum di Malaysia seperti: i) Hak istimewa orang Melayu ii) Bahasa Melayu iii) Agama Islam Perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi (Bah.1, Perkara 3(1)) tetapi agama lain bebas dan boleh diamalkan.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara (Perkara 152) tetapi bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Terdapat hak istimewa utk orang Melayu dan bumiputra, akan tetapi Yang Di Pertuan Agong bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan kaum bukan Melayu

3.1.2 Mengelakkan penyalahgunaan Kuasa PemerintahYang Di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa tertentu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan (Perkara 40) Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang akan tetapi Parlimen masih tertakluk kepada Perlembagaan.

3.1.3 Mengawal Pergerakan Kerajaan dan RakyatBerdasarkan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, kebebasan ke atas individu adalah dikekalkan dan ini merupakan hak asasi yang jelas dan telah ditetapkan. Seorang individu tidak boleh ditahan tanpa sebab yang relevan.

3.1.4 Rujukan dalam menyelesaikan masalah dan konflikSekiranya terdapat kecelaruan atau pertindihan kuasa di antara kerajaan pusat dan kerjaan negeri, maka kita perlu merujuk kembali kepada perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan.

3.1.5 Menjamin dan mengekalkan riwayat negara bangsaPembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana sesebuah negara itu dikenali berdasarkan undang-undang dan corak sistem pentadbiran undang-undang tersebut

3.1.6 Menjamin keamanan dan kestabilan NegaraDengan adanya Perlembagaan, pembahagian kuasa dan hakhak dibawah undang-undang dapat disamaratakan dan sekaligus dapat memastikan tidak akan berlaku pertindihan kuasa dan sistem yang wujud di antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan individu-individu yang tertakluk kepada pengaruhmya.

BAHASA

HAK ASASI

KEDUDUKAN ISTIMEWAPERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN

KEWARGANEGARAAN

AGAMA

4.1.1 Kebebasan Hak AsasiHak dan kebebasan asasi dapat dilihat melalui: a. Kebebasan Mutlak kebebasan asasi yang tidak boleh di sekat b. Kebebasan Bersyarat kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang atau sebagaimana peruntukan oleh Perlembagaan

Antara yang diperuntukan dalam Perlembagaan: a. Kebebasan diri dan nyawa b. Pengabdian diri dan kerja paksa c. Kesamarataan disisi undang-undang d. Pembuangan negeri dan kebebasan bergerak e. Kebebasan beragama f. Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan kesatuan g. Kesamarataan dalam pelajaran h. Perlindungan dari undang-undang jenayah

4.1.2 Bahasa KebangsaanJatidiri sesebuah negara dapat ditentukan melalui bahasa yang dituturkan Pertimbangan mengenai bahasa kebangsan telah timbul sejak lebih 40 than dulu Bhs Kebangsaan yg menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi adalah penting kerana ia dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa Bahsa yang dipersetujui menajadi bahasa kebangsaan ialah B.melayu, yang kemudian sehingga kini dikenali sebagai B.Malaysia.

Keputusan ini termetrai sebagai Perkara 152 dlm Perlembagaan Malaysia Kesesuaian B.Melayu sebagai bahasa kebangsaan dipersetujui oleh semua pihak atas rasional berikut: a. BM telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) di rantau ini sejak berabad-abad lamanya. b. B.M mudah dipelajari c. Bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan di seluruh negara d. Menggunakan aksara rumi selain tulisan jawi e. Mempunyai sifat fenom yang jelas iaitu bunyik suku kata yg mudah dieja.

Tiada sesiapa akan dihalang atau disekat drpd menggunakan atau mengajar atau belajar sebarang bahasa lain Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran sebarang komuniti lain dalam persekutuan Bahasa Inggeris boleh digunakan bagi maksud rasmi.

4.1.3 AgamaAgama Islam telah dipilih sebagai agama rasmi. Di negeri beraja, Sultan atau Raja sebagai ketua negeri, ketua agama Islam di negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri tidak beraja @ tanpa Sultan (Sabah, Sarawak, Melaka, P. Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) ketua agama Islam ialah - Yang di-Pertuan Agong. Agama lain boleh diamalkan dan dianuti

4.1.4 Kedudukan IstimewaDilindungi di bawah Perkara 153 Tertakluk kepada orang Melayu & bumiputra Sabah dan Sarawak Antara keistimewaan yang diberikan: a. b. c. d. Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam Kuota peluang pendidikan di peringkat universiti Pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran Pemberian lesen dan permit perniagaan

Keistimewaan ini serta hak-hak bagi rakyat bukan Bumiputra dilindungi oleh YDPA atas nasihat kabinet

4.1.5 KewarganegaraanKewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara. Sesiapa yang menjadi rakyat, berhak untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang warganegara ialah: 1. Berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya 2. Layak mengambil bahagian aktif dalam politik 3. Layak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan untuk warganegara sahaja 4. Bebas memiliki hartanah 5. Bebas bergerak dalam seluruh negeri 6. Tidak boleh dibuang negeri 7. Berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan dalam negerinya

Kehilangan Taraf KewarganegaraanSeseorang itu boleh hilang kewarganegaraan dengan 2 cara:Pertama dia sendiri yang menolak kewarganegaraannya Kedua dia telah menyalahi undang-undang dengan melakukan perkara-perkara berikut: Menjadi warganegara lain Berniaga @ berhubung dengan negara musuh Menggunakan segala hak & kemudahan dalam negara lain, sedangkan hak2 itu diberikan kepada warganegara sahaja

Wanita yang menjadi warganegara negara asing melalui perkahwinan dengan lelaki negara berkenaan Bertindak negatif yang menunjukkan dia tidak lagi taat setia kepada negara Malaysia Dihukum di mana2 negara dalam tempoh 5 tahun setelah dia menjadi warganegara dengan hukuman penjara tidak kurang 12 bulan @ denda tidak kurang RM 5 ribu. Memberi khidmat kepada negara lain tanpa kebenaran Tinggal menetap di negara asing selama 5 tahun berturutturut kecuali untuk berkhidmat dengan @ bagi kerajaan Malaysia

Memperolehi kewarganegaraan dengan cara penipuan Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui perkahwinan, telah bercerai dengan suaminya, kecuali dia bercerai mati.

Cara Mendapatkan KewarganegaraanyTerdapat 4 cara yang membolehkan seseorang itu mendapatkan taraf kewarganegaraan di Malaysia iaitu melalui:Prinsip Jus Soli (undang2 tempat lahir) Prinsip Jus Sanguinis (undang2 keturunan darah Perkahwinan (bermastautin) Naturalisasi (masukan)

Jus SoliIa adalah berdasarkan undang-undang tempat lahir Sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka dan Oktober 1962, secara automatik mendapat taraf warganegara. Bagi yang lahir selepas 1962 dia boleh menjadi warganegara sekiranya: ibu @ bapanya warganegara ibu @ bapanya masih lagi bermastautin di negara ini dia masih tidak mempunyai kewarganegaraan daripada mana2 negara lain

Jus SanguinisKonsep ini merujuk kepada undang-undang mengikut keturunan darah. Menekankan kedudukan warganegara bapa, seseorang yang dilahirkan. Sekiranya seseorang itu dilahirkan diluar negara, dia tetap menjadi warganegara jika bapanya adalah warganegara.

PerkahwinanKhusus untuk wanita asing yang berkahwin dgn warganegara Malaysia Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut: Si suami telah pun menjadi warganegara pada bulan Okt 1962 @ sebelumnya & perkahwinan itu masih kekal; @ Wanita asing itu telah menetap dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan itu dibuat Berniat hendak tinggal kekal Berkelakuan baik

NaturalisasiUntuk pemastautin yang tidak lahir di Persekutuan, Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut: Berumur 21 tahun @ lebih Telah bermastautin di Persekutuan tidak kurang 10 tahun Berniat hendak kekal bermastautin dlm negara ini Berkelakuan baik Mempunyai pengetahuan BM yang cukup

4.2 PROSIDUR PINDAAN PERLEMBAGAANSyara...