pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

18
SEJARAH DUNIA PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLAND DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD RAZALI BIN SARIFUDDIN

Upload: smk-batu-sapi

Post on 04-Aug-2015

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

SEJARAH DUNIA

PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN

DI ENGLANDDISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD RAZALI BIN SARIFUDDIN

Page 2: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

TAJUK SOALANHuraikan pertikaian antara golongan raja dengan

golongan parlimen yang berlaku di England dari awal abad ke-16 hingga abad ke-18.

Page 3: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

PENDAHULUAN

Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah.Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkankedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negarayang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak.

Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I.

Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan parlimen.

Page 4: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

RAJA HENRY VII – PENGASAS DINASTI TUDOR

Page 5: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Page 6: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

PERKEMBANGAN SISTEM PEMERINTAHAN RAJA BERKUASA MUTLAK

Page 7: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

• Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, Raja Henry VII telah memulakan era pemerintahan Dinasti Tudor. sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Raja Henry VII ini memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka.

• Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada:

• House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja)• House of Common (knight, orang kaya dan peguam).

Page 8: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

Pada Abad Ke-17 telah wujud pelbagai konflik dan pertikaian dalam sistem pemerintahan ini.

KEMUNCULAN GOLONGAN GENTRY & GOLONGAN BOURJOISKemunculan golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords.

PERBALAHAN ANTARA MAZHAB KRISTIANSelain itu, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.

Page 9: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

• Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.

DINASTI STUART (1603-1702)• Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era

pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).

• Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.

Page 10: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

• Disebabkan perkara tersebut, Raja James 1 telah mendapat tentangan yang hebat daripada Golongan Puritan kerana Raja James 1 lebih mengamalkan kepercayaan mazhab Katolik.

• Malahan Golongan Puritan dengan beraninya menolak Bishop yang dilantik oleh Raja James 1.

• Bukan setakat itu sahaja, kemarahan GoLongan Puritan semakin memuncak apabila Raja James 1 mengahwinkan puteranya dengan puteri dari perancis yang bermazhab Katolik.

• Lebih buruk lagi, Raja James 1 membelakangkan Parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Hal ini mengakibatkan hubungan Raja James 1 dengan Golongan Puritan semakin Buruk.

• Disebabkan keadaan yang semakin tidak terkawal,Raja James 1 telah membubarkan Parlimen pada tahun 1611. dan kesannya politik England telah menjadi kucar-kacir.

Page 11: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

• Pada tahun 1625, Raja Charles 1 menaiki takhta menggantikan Raja James 1. Raja Charles 1 juga tidak menyukai Golongan Puritan, malahan Raja Charles 1 juga membelakangkan parlimen semasa pemerintahannya.

• Lebih kejam lagi, Raja Charles 1 akan menahan ahli parlimen yang menentang nya dan dikawal oleh tentera.

• Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja.

• Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja.

• Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.

• Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.

Page 12: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

• Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.

• Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik.

• Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen.

• Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.

Page 13: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

• Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu.

• Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya.

• Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell.

• Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

Page 14: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

PERKEMBANGAN SISTEM PEMERINTAHAN RAJA BERPELEMBAGAAN

Page 15: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku

secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688.

• Raja Charles II(1660-1685) telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan.

• Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.

• Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.

• Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja.

• Oleh itu, Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.

Page 16: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

Toleration Act dan Bill of Right

• Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.

• Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England.

• Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.

• Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik.

• Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja juga tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang.

Page 17: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

Act of Settlement • Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of

Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja.

• Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif.

• Sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.

• Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang.

• Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja

Page 18: Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan

KESIMPULANNYA• Semasa sistem pemerintahan beraja Mutlak dilaksanakan, terdapat dua dinasti iaitu,Dinasti Tudor yang diperintah oleh

Raja Henry VII, Raja Henry VIII, Ratu Elizabeth 1. selepas berakhirnya dinasti tudor, digantikan pula oleh dinasti stuart yang diperintah oleh Raja James 1 dan raja Charles 1.

• Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.

Sekian ,Terima kasih =) ...Kita boleh cipta sejarah ...

Wassalam

Kuiz Maree !!

!