persembahan pnp

19
PENGENALAN Kita mengakui bahawa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bergantung kepada banyak faktor.Antara faktornya ialah guru, murid dan suasana bilik darjah. Seseorang guru memainkan peranan penting dalam perancangan dan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan yang mantap dari aspek teori dan praktikal perlu digunakan sepenuhnya oleh guru untuk menjayakan perlaksanaan tugasnya kelak. Oleh itu sesi pengajaran mikro dan makro dirangka untuk membantu guru menilai dan menganalisa kemahiran dan teori yang telah dipelajari secara praktikal. T T o o p p i i k k 5 5 Persembahan Pengajaran dan Pembelajaran HASIL PEMBELA J ARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep asas pengajaran mikro dan makro; 2. Mengetahui kepentingan pengajaran mikro dan makro; dan 3. Menghuraikan langkah-langkah dalam perlaksanaan pengajaran mikro dan makro.

Upload: umie-kamaruddin

Post on 16-Feb-2015

150 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: Persembahan Pnp

PENGENALAN

Kita mengakui bahawa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bergantung kepada banyak faktor.Antara faktornya ialah guru, murid dan suasana bilik darjah. Seseorang guru memainkan peranan penting dalam perancangan dan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan yang mantap dari aspek teori dan praktikal perlu digunakan sepenuhnya oleh guru untuk menjayakan perlaksanaan tugasnya kelak. Oleh itu sesi pengajaran mikro dan makro dirangka untuk membantu guru menilai dan menganalisa kemahiran dan teori yang telah dipelajari secara praktikal.

TTooppiikk 55 PersembahanPengajarandanPembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep asas pengajaran mikro dan makro; 2. Mengetahui kepentingan pengajaran mikro dan makro; dan 3. Menghuraikan langkah-langkah dalam perlaksanaan pengajaran mikro dan makro.

Page 2: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 103

PERSEMBAHAN MIKRO

Persembahan mikro telah dimulakan sejak tahun 1961 di Universiti Stanford, California. Ia adalah satu prosedur untuk melatih guru mengajar di bilik darjah dalam suasana yang lebih terkawal. Maksudnya, latihan dibuat dihadapan kumpulan yang kecil iaitu antara 10 hingga 15 orang dan melaksanakan hanya satu aspek kemahiran mengajar saja dalam masa 5 hingga 10 minit.

Persembahan mikro memperlihatkan bagaimana seseorang guru menyampaikan ilmu keguruannya secara praktik. Ia merangkumi perlaksanaan:

Rajah 5.1: Elemen-elemen dalam persembahan mikro

Sesi persembahan ini akan dirakam dan kita boleh melihat semula video tersebut. Kita juga akan mendapat maklumbalas secara langsung daripada pensyarah dan rakan pelatih. Ini membolehkan kita sebagai seorang guru, memperbaiki kelemahan dan meneguhkan serta menggunakan kelebihan atau kekuatan kita sebaiknya.

5.1

Page 3: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 104

Secara ringkasnya, perlaksanaan persembahan mikro ini dibuat untuk:

Setiap guru mempunyai potensi dan kelebihannya tersendiri. Contohnya, kebolehan untuk berjenaka, menyanyi, berlakon dan sebagainya. Mereka boleh cuba menggunakan kebolehan mereka untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan mengenai perlaksanaan atau proses-proses yang perlu di dalam persembahan mikro.

(a) MMempraktikkan Teori dan Kemahiran yang Dipelajari Bakal guru berpeluang mempraktikkan teori dan kemahiran yang telah dipelajari. Seterusnya ia memberi keyakinan kepada mereka untuk berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar dalam bilik darjah.

(b) MMengenal Pasti Potensi dan Kelemahan Guru Melalui pengajaran mikro juga, bakal guru akan dapat mengetahui aspek kekurangan atau kelemahan dalam cara pengajaran mereka. Setelah mendapat maklum balas daripada rakan-rakan dan pensyarah, mereka boleh mengulangi persembahan atau berlatih untuk memperbaiki kelemahan.

Apakah kepentingan pengajaran mikro?

SEMAK KENDIRI 5.1

Page 4: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 105

5.1.1 Set induksi

Set induksi adalah langkah pertama dalam persembahan mikro. Ia merupakan cara guru memulakan pengajaran atau memperkenalkan sesuatu topik kepada murid. Ia bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan murid terhadap topik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membantu murid untuk bersedia membina pengetahuan dan menyerap maklumat yang lebih mendalam. Disamping itu ia juga untuk menimbulkan perasaan ingin tahu murid untuk mengikuti pelajaran selanjutnya. Apakah cara-cara yang kita boleh gunakan untuk set induksi ini?

Secara ringkas, perkara-perkara di atas boleh dibahagikan kepada empat langkah:

Antara cara yang boleh kita gunakan dalam set induksi ialah:

Mengulangkaji atau mengingatkan murid tentang pelajaran lalu. Menyoal murid tentang perkara-perkara yang berkaitan topik berdasarkan tahap pengetahuan, minat dan latar belakang murid. Menjelaskan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran. Mengemukakan sesuatu masalah untuk difikirkan oleh murid. Memaparkan bahan visual berkaitan pelajaran. Mengimbas idea dan isi-isi penting pelajaran. Guru menunjukkan minat dan kesungguhan.

Page 5: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 106

Rajah 5.2: Aktiviti dalam set induksi

Langkah-langkah di atas adalah untuk membantu memudahkan guru mendapatkan idea untuk melaksanakan set induksi.

5.1.2 Menerang dan Menghurai

Menerang dan menghuraikan pelajaran adalah cara guru menyampaikan maklumat atau isi pelajaran kepada murid. Ia memerlukan kemahiran dan latihan supaya dapat menyampaikan pelajaran dengan cara yang mudah difahami.

Anda pasti telah melalui pengalaman berbeza dengan guru yang berbeza. Ini kerana kemahiran menerang berlainan antara satu guru dengan guru yang lain. Ada guru yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ada guru yang menggunakan ayat yang berbelit-belit hingga menyukarkan pemahaman murid. Oleh sebab itu, guru digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantunya menjelaskan lagi huraiannya. Perkataan dan bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami dan penerangan mestilah jelas dan padat. Semasa kita menerangkan atau menghuraikan sesuatu kepada murid-murid, kita harus mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Page 6: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 107

Kita juga perlu mempraktikkan dan mengulangi sesuatu aktiviti yang dijalankan sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Selain mengulangi isi-isi penting, kesalahan murid (jika ada) dibetulkan dan punca kesalahan ditunjukkan.

5.1.3 Menyoal

Menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran. Hampir semua langkah dan proses pengajaran melibatkan penyoalan. Apakah kepentingan penyoalan dalam pengajaran?

Menyampaikan isi pelajaran secara teratur mengikut turutan. Menegaskan fakta atau isi utama. Menulis fakta atau isi utama samada di papan tulis, transparensi atau persembahan menggunakan multimedia dan lain-lain. Menerangkan dengan jelas. Memberi contoh untuk mengukuhkan dan memudahkan pemahaman murid. Menjelaskan perkatan-perkataan yang sukar difahami. Memberi masa untuk murid berfikir dan bertanya.

Page 7: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 108

Rajah 5.3: Kepentingan penyoalan dalam pengajaran

Maka, kita boleh katakan bahawa tujuan kita menyoal adalah untuk:

Untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut, penyoalan perlu dilakukan dengan berkesan melalui beberapa prinsip, iaitu:

Merancang soalan yang hendak dikemukakan dan pastikan ianya sesuai dengan topik dan kebolehan murid. Soalan hendaklah jelas, teratur, tepat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid. Soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah untuk menarik minat murid. Berikan masa untuk murid memikirkan jawapan. Kemukakan bentuk soalan yang mendorong murid berfikir. Oleh itu, soalan perlu disusun mengikut pelbagai tahap dan peringkat soalan.

Menguji kefahaman murid Menggalakkan murid berfikir Mengulangkaji Menarik minat dan perhatian murid

Page 8: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 109

Untuk kita memilih peringkat soalan, kita bolehlah mengikut kepada jadual aras Âtaksonomi BloomÊ. Peringkat-peringkat yang dimaksudkan ialah:

Peringkat pengetahuan Peringkat kefahaman Peringkat aplikasi Peringkat analisis Peringkat sintesis Peringkat penilaian

Aktiviti soal jawab sangat memberi kesan kepada perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Antara kesannya ialah:

5.1.4 Peneguhan

Guru hendaklah menerima semua jawapan murid dengan muka yang gembira disamping menunjukkan kesungguhan ketika mendengar jawapan mereka. Reaksi guru dapat memberi keyakinan kepada murid dan membantu mereka memberikan jawapan yang betul.

Melalui aktiviti ini murid akan bertambah aktif dan minat. Mengembangkan daya pemikiran murid. Dapat menguji pengetahuan sedia ada murid untuk menyesuaikan isi pelajaran dengan tahap penguasaan murid. Mengenalpasti tahap kefahaman dan penguasaan kemahiran yang diajar atau memeriksa pencapaian objektif.

(a) Apakah teknik yang perlu semasa melaksanakan set induksi? (b) Mengapakah guru perlu menyoal murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran? Nyatakan aras soalan menurut ÂTaksonomi BloomÊ.

SEMAK KENDIRI 5.2

Page 9: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 110

Rajah 5.4: Peneguhan positif

Cuba tengok Rajah 5.4, jika diberi peneguhan yang positif seperti itu, adakah anda rasa murid-murid akan rasa lebih yakin dan berminat untuk belajar? Saya pasti jawapan anda ialah „ya‰.

Maka, bolehlah kita katakan bahawa peneguhan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses pengajaran. Contohnya, dengan mengangguk-anggukkan kepala, dan memberi galakan seperti Âteruskan....‰, „jelaskan lagi.......‰, „bagus....‰. Memuji jawapan yang betul boleh memberi peneguhan dan rangsangan yang positif kepada murid.

Ia akan meningkatkan keyakinan dan keberanian murid serta menggalakkan murid lain menjawab soalan bahkan juga untuk bertanya sekiranya mereka tidak faham. Peneguhan juga boleh dilakukan dengan menunjukkan tingkah laku atau tindakbalas positif lain seperti menepuk tangan dan memberi sentuhan.

Sebaliknya kita perlu mengelakkan peneguhan yang negatif seperti mengerutkan muka, menggeleng-gelengkan kepala, mencebik, mendengar sambil lewa atau memberi reaksi lisan yang negatif. Ia akan membantutkan semangat dan pemikiran murid. Sekiranya terdapat jawapan yang salah, kita perlu membantu atau memandu mereka mendapatkan jawapan yang betul. Bila kita memberi jawapan, ia hendaklah jelas dan mudah difahami.

Bagus! Jawapan anda memang tepat, Danny! Kelas, beri tepukan kepada Danny.

Page 10: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 111

5.1.5 Penggunaan Sumber atau BBM

Penggunaan sumber atau bahan bantu mengajar (BBM) adalah pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan dan jenis-jenis BBM telah dibincangkan dalam Topik 4 yang lalu.

Bahan yang digunakan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu:

Rajah 5.5: Klasifikasi bahan bantu mengajar

Guru perlu mahir dan menguasai bahan-bahan bantu mengajar yang hendak digunakan. Ini untuk mengelakkan masa pembelajaran terbuang atau mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya menggunakan bahan bantu multimedia, guru perlu membuat persediaan untuk memastikan semua peralatan boleh digunakan dengan baik. Guru juga perlu mahir dengan pengoperasiannya untuk mengelakkan timbulnya masalah dipertengahan pengajaran.

Page 11: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 112

Selain dari mahir menggunakan bahan bantu tambahan, guru juga mesti mahir dengan cara penggunaan alan mengajar yang asas seperti papan tulis. Penggunaan papan tulis misalnya juga perlu dirancang dengan baik seperti membahagikannya kepada bahagian untuk menulis nota dan bahagian untuk membuat lakaran semasa menerang.

Tulisan guru juga mesti kemas dan jelas serta boleh dilihat walaupun oleh murid yang duduk dibarisan terakhir dalam bilik darjah. Penggunaan warna-warna tulisan yang berbeza juga menjadi salah satu variasi untuk merangsang murid-murid belajar. Murid-murid juga boleh diberi peluang untuk menggunakan papan tulis semasa sesi peneguhan untuk memupuk sifat keyakinan diri.

5.1.6 Variasi Rangsangan

Variasi rangsangan adalah tindakan-tindakan atau perlakuan guru untuk memastikan dan menarik perhatian murid dalam pelajaran. Ini dilakukan dengan memberi variasi atau mempelbagaikan penyampaian atau aktivitinya.

Contohnya, mempelbagaikan atau mengubah-ubah pergerakan dan tindakbalas guru atau mempelbagaikan audio atau visual yang digunakan. Variasi rangsangan bertujuan untuk:

Variasi rangsangan boleh dilakukan dengan beberapa teknik:

Menarik perhatian murid dan mengelakkan kebosanan. Meneguhkan dan mengukuhkan isi-isi penting. Membolehkan semua murid yang berbeza tahap kebolehan mengikuti dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan seronok.

AKTIVITI 5.1

Adakah anda merancang untuk menggunakan BBM dalam pengajaran? BBM manakah yang anda pilih? Mengapa?

Page 12: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 113

Jadual 5.1: Variasi Rangsangan

Variasi Keterangan

Variasi pergerakan guru

Variasi pergerakan: perubahan pergerakan guru dari satu tempat ke tempat lain dalam bilik darjah. Misalnya: - Bergerak ke kiri dan kanan - Bergerak ke hadapan dan belakang bilik darjah - Bergerak di antara kedudukan murid-murid Pergerakan akan mengaktifkan deria penglihatan murid dan mengelakkan kebosanan. Justeru, ia boleh menarik dan memusatkan perhatian murid kepada guru. Selain dari pergerakan tempat, guru juga boleh membuat pergerakan anggota badan seperti menggerakkan tangan atau kepala. Namun, perlu diingat bahawa pergerakan tersebut tidak sampai mengganggu penumpuan murid seperti bergerak terlalu cepat atau dengan keadaan gelisah.

Variasi pergerakan murid

Murid-murid juga harus digerakkan untuk mengubah kedudukan terutamanya semasa melakukan aktiviti. Ini juga untuk mengelakkan kebosanan jika mereka hanya duduk mendengar syarahan guru. Murid boleh duduk ketika menulis, berdiri bila membaca atau menyanyi, membuat lakonan dan sebagainya.

Variasi suara Nada suara guru perlu berubah-ubah terutamanya bila menekankan isi-isi penting. Pelbagai intonasi guru boleh menarik minat murid. Suara yang sentiasa mendatar sepanjang masa membosankan murid.

Variasi fokus deria murid

Apabila memilih bahan bantu mengajar, guru digalakkan untuk memilih bahan yang memerlukan murid menggunakan lebih daripada satu deria. Contoh: televisyen atau persembahan multimedia bersama audio yang menggunakan deria penglihatan dan pendengaran.Pemilihan bahan maujud juga boleh merangsang pelbagai deria seperti pokok atau bunga dimana ia menggalakan penggunaan deria penglihatan, sentuhan dan bau.

Page 13: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 114

5.1.7 Penutup

Penutup merupakan bahagian terakhir sesuatu sesi pengajaran mikro. Beberapa perkara perlu dilaksanakan semasa sesi penutup iaitu rrumusan, ppenilaian dan tugasan susulan.

Guru perlu memberi rumusan isi pelajaran. Terdapat dua jenis rumusan iaitu: rumusan kognitif dan rrumusan sosial.

(a) RRumusan KognitifMerupakan rumusan yang menyenaraikan semula isi-isi penting untuk mengukuhkan dan mengimbas kembali pelajaran tadi serta membuat susulan.Antara cara untuk melaksanakan penutup kognitif ialah:

(b) RRumusan Sosial Rumusan ini bertujuan untuk memberi perasaan kepuasan atau pencapaian kepada murid setelah mengikuti sesi pembelajaran.Ini juga dilakukan supaya mereka terus bermotivasi untuk meneruskan pelajaran. Biasanya ia menggunakan teknik peneguhan misalnya dengan memberi pujian, atau meraikannya dengan memberi tepukan atas kebolehan mereka sendiri.

Sebelum mengakhiri sesi pembelajaran guru juga harus menyemak dahulu pencapaian objektif pembelajaran misalnya melalui soal jawab secara lisan.

Membuat rumusan dengan menulis isi-isi penting di papan tulis.Memberi kerja bertulis atau lembaran kerja atau aktiviti pengayaanMenyoal tentang isi-isi penting.

(a) Nyatakan variasi rangsangan yang perlu dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah.

(b) Berikan tiga contoh rangsangan positif dan tiga contoh rangsangan negatif.

SEMAK KENDIRI 5.3

Page 14: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 115

Perlu diingatkan bahawa penutup mestilah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang dipelajari. Dalam sesi penutup ini juga, guru perlu menggerakkan murid supaya bersedia untuk sesi pembelajaran akan datang.

5.1.8 Kesimpulan

Masa untuk persembahan atau pengajaran mikro biasanya hanya antara 5 hingga 10 minit sahaja. Oleh itu guru pelatih boleh memilih salah satu dari kemahiran di atas dan membuat persediaan mengajar berdasarkan objektif atau komponen dalam kemahiran mengajar.

Dengan adanya rakaman persembahan mikro, bakal-bakal guru boleh melihat sendiri mutu pengajarannya disamping mendapat maklumbalas dari pensyarah dan rakan-rakan. Mereka juga akan memberi cadangan atau tunjuk cara untuk memperbaiki kelemahan berdasarkan borang-borang komponen kemahiran yang diberikan.

Pengajaran mikro boleh dilakukan semula untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan kelebihan yang dimiliki oleh bakal guru. Walaupun terdapat sedikit kelemahan seperti skop pengajaran yang terhad dan iklim bilik darjah yang berbeza dari yang sebenar, persembahan mikro tetap memberi kesan yang besar kepada bakal-bakal guru sebagai latihan awal.

Di bawah ini, adalah jadual yang menunjukkan langkah-langkah pengajaran mikro.

Jadual 5.2: Langkah-langkah Pengajaran Mikro

Langkah Persediaan

Membuat persediaan Memilih topik Merancang

Latihan praktik Memerhati pengajaran Mengajar · mengamalkan kemahiran-kemahiran (rakaman video)

Maklumbalas Perbincangan (video ditayangkan)

Page 15: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 116

PERSEMBAHAN MAKRO

Setelah melalui sesi pengajaran mikro, pengajaran makro pula adalah sebagai pelengkap kepada segala teori dan amali yang telah dipelajari. Kursus perguruan tidak sempurna tanpa melalui tempoh pengajaran makro.

Tempoh pengajaran makro bertujuan untuk:

5.2.1 Perancangan Pengajaran Praktik

Menjelang sesi pengajaran praktik, bakal guru perlu membuat perancangan atau persediaan tentang iisi pelajaran, ppenyampaian dan ppenilaian.

(a) PPerancangan Berkaitan Pelajaran dan Bilik Darjah Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran untuk dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada sukatan pelajaran, serta latarbelakang murid.

Semasa perancangan, guru perlu memikirkan kkeperluan, oobjektif dan strategi pengajaran yang sesuai dengan objektif. Justeru, perancangan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat iaitu:

Oleh itu semasa mengikuti latihan mengajar makro, bakal guru perlu merancang lebih awal pengajaran yang hendak disampaikannya. Ini kerana kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan. Apatah lagi bagi seorang guru pelatih.

(b) PPenentuan Pengetahuan Sedia Ada Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu sedar dan sensitif dengan tingkahlaku murid. Pengetahuan sedia ada merupakan

Mempraktikkan pengetahuan dan teori-teori yang telah dipelajari sepanjang kursus Memupuk keyakinan diri dengan peranan sebagai guru sebenar Menerima tunjuk ajar daripada penyelia.

5.2

(i) Mengenai murid dan perkara yang diajar (ii) Catatan mengenai langkah dan aktiviti dalam proses

pembelajaran dan pengajaran.

Page 16: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 117

pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang telah sedia dikuasai murid yang berkaitan dengan topik yang hendak diajar.

Ia penting untuk memastikan kesinambungan dalam proses pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika murid berhadapan dengan perkara-perkara yang biasa ditemui sebelum mendalaminya lagi.

Justeru, guru perlu mengaitkan, menyemak dan menstrukturkan kembali pengetahuan sedia ada tersebut dengan tajuk yang hendak diajar.

(c) PPenentuan Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran merujuk kepada kemahiran yang perlu dicapai selepas sesuatu sesi pembelajaran. Ia merupakan komponen penting dalam rancangan pengajaran. Hasil pembelajaran perlu ditulis berasaskan kepada:

Oleh itu hasil pembelajaran mestilah melibatkan:

Rajah 5.6: Hasil pembelajaran

Kita telah membincangkan mengenai hasil pembelajaran dalam topik 3 yang lalu. Jika perlu, rujuk topik 3.

hasil yang murid akan perolehi selepas pembelajaran masa hasil itu perlu dicapai (contohnya, diakhir pembelajaran) syarat atau keadaan yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku.

Page 17: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 118

(d) PPeringkat Penyampaian Penyampaian adalah pengajaran sebenar dimana segala maklumat dan kemahiran berkaitan topik pelajaran disampaikan kepada murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru menggunakan segala kemahirannya termasuk menggunakan BBM dan pemilihan strategi dan kaedah yang sesuai.

Semasa proses penyampaian, guru perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Ringkasnya, penyampaian sesuatu pelajaran perlu mengandungi lima komponen penting, iaitu:

Rajah 5.6: Komponen penyampaian

Personaliti guru juga memainkan peranan untuk menarik dan mengekalkan minat murid di sepanjang proses penyampaian. Ini termasuklah perawakan, cara pertuturan, nada suara, bahasa atau gerak geri. Elakkan pertuturan yang tidak jelas atau terlalu cepat dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan tahap murid.

mengajar dari isi yang mudah kepada yang sukar melibatkan murid secara aktif menggunakan bahan dan BBM yang sesuai untuk membantu memudahkan pemahaman murid menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan. pastikan murid telah memahami langkah dan isi pelajaran dahulu, sebelum berpindah ke isi pelajaran berikutnya.

Page 18: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 119

(e) PPeringkat Penilaian Pembelajaran murid perlu dinilai samada secara langsung atau tidak langsung, diakhir atau di sepanjang (semasa) proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah yang dihadapi murid dan segera mengatasinya. Disamping menilai pemahaman murid, guru juga perlu menilai dan menganalisis keberkesanan perancangan dan pengajarannya selepas pengajaran tamat.

5.2.2 Sesi Praktik Pengajaran Makro

Sesi pengajaran makro biasanya mengambil masa 30 minit hingga 1 jam. Ia boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Pengajaran makro ini juga akan diselia oleh pensyarah atau penyelia dan maklumbalas diberikan bagi memperbaiki kelemahan atau kekurangan serta mempertingkatkan potensi yang ada.

AKTIVITI 5.2

Berdasarkan kepada huraian di atas, berikan cadangan anda bagaimana untuk menjadikan sesi pengajaran mikro dan makro benar-benar berkesan kepada pelatih.

(a) Terangkan kemahiran-kemahiran yang perlu dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran.

(b) Mengapakah guru-guru pelatih perlu menjalani sesi pengajaran mikro dan makro?

SEMAK KENDIRI 5.4

Page 19: Persembahan Pnp

TOPIK 5 PERSEMBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 120

Persembahan atau pengajaran mikro adalah sesi latihan mengajar ringkas yang mempraktikkan salah satu daripada kemahiran pengajaran.

Pengajaran mikro dirakam untuk membolehkan pelatih menilai dan memperbaiki kelemahan dan mengenalpasti potensinya.

Komponen-komponen kemahiran dalam pengajaran mikro adalah set induksi, menerang, menyoal, memberi peneguhan, penggunaan BBM dan variasi rangsangan serta penutup.

persembahan atau pengajaran makro pula adalah latihan pengajaran yang lengkap berdasarkan keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah atau rakan-rakan pelatih akan berbincang dan memberi maklumbalas kepada pelatih mengenai cara pengajarannya.

Pengajaran mikro Set induksi Menerang Menyoal

Persembahan makro Variasi rangsangan Peneguhan

Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Gower,R.Phillips, D & Walters, S. (1995). Teaching Practicise Handbook.Oxford: MacMillan Education.