penyata rasmi parlimen dewan negara · 5 mei 2010 malaysia penyata rasmi parlimen ... “ dato’...

95
Bil. 7 Rabu 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Upload: danglien

Post on 10-Apr-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

Bil. 7 Rabu

5 Mei 2010

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN

BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Halaman 26) Rang Undang-undang

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Halaman 39) Rang Undang-undang

Pengangkutan Awam Darat 2010 (Halaman 66)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik)

6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

7. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

8. “ Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan)

9. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka)

10. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I

11. “ Tan Sri Amirsham bin A. Aziz (Dilantik)

12. “ Dato’ Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II

13. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

14. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik)

15. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik)

16. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal (Dilantik)

17. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik)

18. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang)

19. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak)

20. “ Puan Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu)

21. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik)

22. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

23. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

24. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

25. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom (Dilantik) – Senator

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri

26. “ Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin (Dilantik)

27. “ Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok (Dilantik)

28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

ii DR 5.5.2010 29. Yang Berhormat Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

30. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

31. “ Datuk Maijol bin Mahap (Sabah)

32. “ Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik)

33. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

34. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia

35. “ Tuan Mohamed Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

36. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

37. “ Dato’ Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi [(Dilantik])

38. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

39. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

40. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

41. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

42. “ Dato’ Murugiah a/l Thopasamy (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

43. “ Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik)

44. “ Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang)

45. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

46. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

47. “ Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy (Dilantik)

48. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

49. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

50. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator

– Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

51. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

52. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W.P. Kuala Lumpur)

53. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik)

54. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik)

55. “ Dato Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) – Senator – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(PS)

56. “ Tuan Haji Shamsudin bin Mehat (Dilantik)

57. “ Datuk Sim Kheng Hui (Dilantik)

58. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 iii

59. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Tee Hock Seng (Dilantik)

60. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang)

61. “ Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram (Dilantik))

62. “ Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik)

63. “ Dato’ Wong Siong Hwee (Dilantik)

64. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan)

65. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu)

66. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang)

67. “ Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf (Kedah)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

iv DR 5.5.2010

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Datuk Kamaruddin Mohamed Baria

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Ikmalruddin bin Ishak

Petugas-Petugas Penyata Rasmi (Hansard) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Supiah binti Dewak

Sarimah binti Haji Amran Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Ganesan a/l Nanthan

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Nurul Farihah binti Mohd. Isa

Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Zaidi bin Mahmood

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Hazrul bin Sharif

Nurul Aishah binti Sha’arin Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 5 Mei 2010

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta Menteri Kewangan menyatakan, bilakah kerajaan akan melaksanakan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan apakah usaha-usaha terkini yang dilakukan bagi memastikan pelaksanaan GST akan diterima oleh masyarakat di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan II [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh pelaksanaan GST. Buat masa ini kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menerangkan dengan jelas dan terperinci supaya rakyat betul-betul faham mengenai GST.

Kerajaan sedar buat masa ini tahap pemahaman masih belum menyeluruh sehingga timbul kerisauan di kalangan rakyat bahawa pelaksanaan GST ini akan menjadikan harga-harga barang dan perkhidmatan naik. Pada masa yang sama terdapat kebimbangan kepada peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab yang akan menaikkan harga barangan mereka atas alasan GST dan mendapat keuntungan berlebihan.

Justeru, kebimbangan di atas dan perundangan untuk mengelak kegiatan mengambil untung berlebihan melalui undang-undang anti-profiteering, dengan izin, perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan. Sebenarnya banyak kelebihan dan faedah yang akan diperoleh oleh kerajaan dan negara daripada pelaksanaan GST iaitu:

(i) mengembangkan asas cukai kerajaan supaya lebih meluas dan tidak terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan petroleum;

(ii) mengukuhkan hasil dan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang yang akan membolehkan kerajaan menjalankan perbelanjaan pembangunan dengan lebih baik dan membayar gaji penjawat awam yang lebih tinggi; dan

(iii) kerana baiknya GST maka sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakannya termasuklah negara-negara maju di Eropah dan negara-negara serantau seperti Jepun, China, Australia, New Zealand, Singapura, bahkan Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Laos pun telah melaksanakan.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

2 DR 5.5.2010

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan kalau GST dapat dilaksanakan dengan jayanya di Vietnam, Laos dan Kemboja sudah tentu ia boleh dilaksanakan dengan baik di Malaysia. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana banyak barang keperluan asas seperti makanan akan dibebaskan dari GST atau dikecualikan. Umpamanya barang-barang yang dibebaskan adalah seperti produk pertanian, padi dan sayur-sayuran segar, barang makanan beras, gula, garam, tepung, minyak masak, binatang ternakan dan daging lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang, kerang, sotong, bekalan elektrik, bekalan air, barang dan perkhidmatan yang dieksport macam-macam yang akan dibebaskan.

GST juga memberi kebaikan kepada peniaga, pengilang kerana mereka boleh menuntut semula GST yang dikenakan ke atas input yang digunakan dalam barangan yang dihasilkan atau dalam perniagaan mereka. Ini bermakna mereka hanya perlu membayar cukai ke atas nilai yang ditambah oleh mereka sahaja. Ini mengelak dari cukai bertindih atau double taxation.

Pada masa yang sama hanya syarikat-syarikat perniagaan yang mempunyai jualan sebanyak RM500,000 setahun di atas sahaja yang tertakluk kepada GST. Ini bererti sebanyak 78% daripada semua entiti perniagaan atau 433,558 entiti perniagaan akan dikecualikan daripada sistem GST. Kadar GST yang dicadangkan sebanyak 4% sudah diambil kira kesannya ke atas harga barang-barang supaya barang-barang tidak menjadi lebih mahal daripada sekarang. Ada juga contoh-contoh di mana barang-barang akan turun harga.

Juga pada kadar 4%, beban cukai yang perlu ditanggung adalah lebih rendah daripada sekarang. Itu pun sudah diambil kira Umpamanya kalau golongan miskin sekarang ini kadar beban cukainya 2.38%, apabila GST dilaksanakan ia turun kepada 2.17%. Golongan berpendapatan rendah beban cukai sekarang 2.75%, akan turun kepada 2.43%. Golongan sederhana 2.94% turun kepada 2.57%. Golongan tinggi 3.13% turun kepada 2.74% dan secara puratanya beban cukai akan turun dari 2.88% kepada 2.53%. Lebih baik. Akhirnya sistem GST adalah lebih progresif dan tidak membebankan rakyat miskin. Pada masa yang sama dalam jangka masa panjang, cukai ia akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

■1010

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah dengar tadi kelebihan pelaksanaan GST ini berbanding dengan kaedah percukaian sekarang.

Saya hendak tahu jangkaan kadar inflasi yang akan berlaku, dan apakah kaedah penerangan yang semudah-mudahnya untuk kita memberi penerangan kepada masyarakat terutama kepada rakyat di luar bandar supaya lebih memahaminya dan sama ada GST akan menjadi salah satu sumber tetap kerajaan bagi menjana pendapatan dan kelangsungan tunai atau ianya hanya bersifat sementara. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Terima kasih Yang Berhormat. Itu adalah soalan-soalan penting. Sebenarnya dari kesan inflasi, saya sudah cakap tadi dia ada pengurangan. Boleh saya bagi sedikit. Umpamanya dari segi IHP atau indeks harga pelbagai barangan dan perkhidmatan dijangka turun 0.08%, restoran dan hotel turun 1.2%, komunikasi turun 1.86%, pengangkutan turun 0.94%. Keseluruhannya dari segi impak harga pengguna ini dijangka melalui perkiraan akan turun sebanyak 0.1%.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 3

Bermaknanya memang kita tidak menggunakan GST untuk menurunkan kadar harga. Kita cari satu kadar GST yang mana inflasi itu dapat dikawal. Tidak akan menyebabkan apabila dilaksanakan GST, harga barang naik. Sebab itu dipilih kadar 4% tadi.

Jadi dari segi penjelasan kepada rakyat umum, saya kira pertamanya kita perlu menekankan bahawa barang-barang asas keperluan ini adalah bebas daripada GST. Saya sebut tadi sayur, daging, telur, ayam, lembu, ikan. Jadi kalau semua ini sudah bebas jadi orang tidak perlu bimbang. Yang orang berpendapatan tinggi hendak beli barang-barang lain itu tidak apalah. Bagilah mereka beli dan sewajarnyalah kalau mereka menggunakan barang-barang ini mereka perlu membayar cukainya tetapi yang berpendapatan rendah kita perlu memberi keyakinan penjelasan kepada mereka dan banyak barang yang sama ada dibebaskan ataupun dikecualikan. Ia ada perbezaan sedikit di sini.

Untuk makluman Yang Berhormat apabila dibebaskan ini bermakna ia bukan sahaja tidak perlu bayar cukai tetapi dia boleh tuntut lagi, claim cukai-cukai yang dibayar kepada input-inputnya tetapi, kalau dikecualikan dia cuma tidak perlu bayar. Yang sudah bayar itu dia kira langsailah. Itu ada perbezaan sedikit antara dibebaskan dari GST. Sebab itu makanan asas semua itu memang dibebaskan. Tidak ada.

Jadi kalau kita jelaskan sedemikian maka ini akan meyakinkan kerana banyak hari ini yang memperkatakan habis GST ini, harga akan naik. Siapa yang mahu lihat harga naik? Jadi kalau kita tolong beritahu dan untuk jangka masa panjang kedudukan kewangan negara memang kita tidak boleh lari daripada ini. Ini untuk mengembangkan asasnya, base nya. Base percukaian yang akan memberi kekuatan. Sebab itu ia dilaksanakan di 146 buah negara. Tak akanlah kalau GST ini tidak elok ia dilaksanakan di 146 buah negara dan kita sudah mempelajari daripada pelaksanaan di negara-negara tersebut supaya masalah-masalah awalan, tiering problem ini akan dapat kita atasi. Terima kasih.

Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerana bagi menangani isu ketidakpatuhan dan fraud. Yang kedua, apakah barang dan perkhidmatan yang dieksport dikenakan GST? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Terima kasih. Barang-barang yang dieksport tidak dikenakan GST. Sebab itu kalau kita pergi keluar negara atau kalau kita beli barang, kita boleh tuntut balik di airport kah, kita isi borang. Memang untuk dieksport tidak ada dikenakan GST.

Untuk fraud yang disebut di situ barangkali merujuk kepada pengambilan kesempatan yang sepatutnya harga tidak naik dinaikkan kerana kononnya sudah ada GST. Itu sebabnya kerajaan akan membentangkan rang undang-undang. Sudah pun dibuat bacaan kali pertama Rang Undang-undang Anti Profiteering ini iaitu kegiatan mengambil keuntungan yang berlebihan dan apabila ada rang undang-undang itu pengusaha ataupun peniaga sekiranya mereka bertindak yang tidak sewajar sedemikian akan diambil tindakan tegas dengan peruntukan undang-undang tersebut.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

4 DR 5.5.2010 2. Tuan Pau Chiong Ung minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) baru-baru ini beberapa buah syarikat pelaburan asing telah pun berundur daripada pasaran Malaysia akibat susah mendapatkan tenaga manusia yang sesuai. Berapakah jumlah syarikat yang telah pun berundur dalam tahun 2008 dan 2009; dan

(b) bagaimanakah keadaan sebenar pelaburan asing di Malaysia pada tahun 2008 dan 2009.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II [Dato' Jacob Dungau Sagan]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang ditanyakan tadi oleh Yang Berhormat.

(a) Bagi tahun 2008 sebanyak 38 buah syarikat pengilangan milik rakyat asing dan tempatan yang dilesenkan oleh MITI telah menghentikan operasi mereka berbanding 34 buah syarikat pengilangan pada tahun 2009. Daripada jumlah tersebut hanya sebuah sahaja syarikat milik asing yang berpindah atau relocate dengan izin ke luar negara pada tahun 2009.

Antara alasan yang dikemukakan oleh pihak syarikat berkaitan berterusan penutupan operasi mereka ialah masalah pasaran, masalah kewangan, pengambilan oleh syarikat lain, kekurangan bahan-bahan sumber dan peningkatan kos pengeluaran. Ini bermakna syarikat pelaburan asing tidak semata-mata mengundur daripada pasaran Malaysia akibat susah mendapatkan tenaga manusia dalam masa tempoh tersebut tetapi kenyataan Yang Berhormat dalam soalan itu mungkin berlaku dengan adanya pelaburan yang berteknologi tinggi di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua,

(b) Pada tahun 2008 jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan ialah sejumlah RM62.8 bilion. Jumlah pelaburan pada tahun 2008 merupakan yang tertinggi dicatatkan setakat ini dan adalah melebihi dua kali ganda sasaran tahunan yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) iaitu RM27.5 bilion setahun. Daripada jumlah RM62.8 bilion ini, sebanyak RM46.1 bilion atau 73.4% adalah jumlah pelaburan asing.

Bagi tahun 2009 pula walaupun suasana ekonomi dan kewangan global mengalami kejatuhan, Malaysia masih berjaya menarik pelaburan bernilai RM32.6 bilion. Angka ini melebihi sebanyak RM5.1 bilion atau 18.5% sasaran tahunan sebanyak RM27.5 bilion yang ditetapkan dalam IMP3 kita. Daripada jumlah RM32.6 bilion tersebut pelaburan asing (FDI) berjumlah RM22.1 bilion atau 67.8%.

Sekian, terima kasih.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 5

Tuan Pau Chiong Ung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberi tadi. Soalan tambahan saya adalah adakah terdapat tanda-tanda pemulihan pelaburan asing selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita memperkenalkan beberapa langkah dan polisi liberal terbuka dan apakah usaha-usaha yang diambil oleh kementerian untuk meyakinkan pelabur asing dan menarik balik pelaburan asing serta memberangsangkan ekonomi negara. Sekian.

Dato' Jacob Dungau Sagan: Terima kasih atas soalan Yang Berhormat itu tadi kerana amat relevan sekali. Apabila kita lihat dari segi ekonomi ataupun FDI yang masuk ke negara kita dalam suku tahun pertama tahun ini kita ada nampak bahawa dari bulan Januari hingga Mac 2010, semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi pelaburan langsung asing ke negara kita, kita sudah nampak dari bulan Januari hingga Mac 2010, FDI yang ada ialah RM5.2 bilion. Jadi kita amat berharap bahawa dalam masa, tempoh tahun ini nanti, kita amat berharap pelaburan asing ini akan terus meningkat ke satu tahap yang lebih memuaskan.

■1020

Jadi daripada langkah-langkah yang kita ada nampak untuk meningkatkan lagi pelaburan-pelabur asing untuk datang ke negara kita ini, kita ada tahu Yang Amat Berhormat telah mengumumkan beberapa langkah yang penting sekali:

(i) liberalisasi 27 subsektor di bawah sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan dan sosial, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan perniagaan dan perkhidmatan komputer dan yang berkaitan mulai April 2009;

(ii) melonggarkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), pada 30 Jun 2009 untuk mengukuhkan persekitaran perniagaan dan kawal selia bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia;

(iii) menganjurkan promosi perdagangan di Malaysia iaitu pameran perdagangan antarabangsa INTRADE dan juga Malaysia International Halal Showcase (MIHAS); dan

(iv) menganjurkan beberapa persidangan antarabangsa seperti World Chambers Congress 2009 dan juga Forbes Global CEO Conference 2009

Begitu juga kita menggalakkan baru-baru ini CEO asing dan industrial terkemuka untuk melawat Malaysia bagi menghadiri acara antarabangsa dan membiasakan mereka dengan persekitaran dan potensi pelaburan yang terdapat di Malaysia dan dari itu beberapa CEO yang terkenal yang berpotensi dari India, China dan Asia Barat telah menghadiri penganjuran Formula One Grand Prix 2009 dari 2 hingga 4 April 2010 ini tadi. Kita amat berharap dengan langkah-langkah tersebut kita yakin bahawa pelaburan asing akan terus datang ke Malaysia dan melabur dalam pelaburan yang berteknologi tinggi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nilai pelaburan yang telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri tadi saya jangka adalah yang telah diluluskan. RM63 bilion pada tahun 2008 dan RM33 bilion pada 2009.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

6 DR 5.5.2010

Soalan saya, saya ingin melihat dari segi potensi out come hasil daripada pelaburan ini yang dijangkakan direalisasikan dalam masa satu hingga dua tahun selepas diluluskan. Dalam konteks NEM sekarang, apakah sumbangan yang dijanjikan kepada GDP negara dan juga sumbangan kepada bilangan pekerjaan yang bakal diwujudkan berdasarkan nilai pelaburan yang telah diluluskan itu. Terima kasih.

Dato' Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Yang Berhormat. Pada prestasi pelaksanaan projek ini, apa yang diluluskan tadi itulah secara umumnya pelaburan-pelaburan yang diluluskan oleh MIDA untuk negara kita tetapi, dari segi pelaksanaan projek-projek ini kita dari tahun bagi tempoh 2007 hingga 2009 tadi, prestasi pelaksanaannya ialah lebih kurang 65.8%.

Jadi dari pengalaman kita dalam masa lima tahun, dalam pelaksanaannya ialah lebih kurang 70%. Jadi kita tahu bahawa pelaburan-pelaburan yang masuk ke Malaysia amat penting sekali untuk menyumbang kepada GDP kita dan sebab itu MITI dengan sedaya upayanya ingin memenuhi supaya peranan kita ini dapat membantu GDP kita oleh kerana kita tahu bahawa di bawah kementerian ini kita bertanggungjawab untuk membawa lebih kurang 30% daripada GDP Malaysia untuk pendapatan di Malaysia.

Jadi, ini amat penting sekali bagi MITI dan keluarga MITI ini supaya bekerja dengan sesungguhnya untuk menjamin bahawa kita akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi pelaburan lebih-lebih lagi FDI dan juga DDI termasuk perkhidmatan sektor perkhidmatan untuk menggalakkan mereka melabur untuk meningkatkan pelaburan di negara kita pada masa akan datang.

3. Datuk Maijol Mahap minta Perdana Menteri menyatakan, bagaimanakah kerajaan boleh menanamkan semangat di kalangan rakyat bahawa penerimaan (acceptance) dan bukan tahan sabar (tolerance) adalah resipi yang baik terhadap perpaduan di Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya dan keturunan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Murugiah a/l Thopasamy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap yang memberi perhatian dan komitmen yang tinggi ke atas usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Gagasan 1Malaysia adalah satu Gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seterusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Di dalam Gagasan 1Malaysia, antara nilai utama yang ditekankan ialah penerimaan dengan izin acceptance merupakan nilai yang bukan sahaja perlu difahami dengan jelas, malah perlu dihayati dan diamalkan dalam budaya hidup setiap individu dan kaum di negara ini.

Setiap kaum perlu menerima keunikan kaum lain seadanya dan dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati dalam sebuah negara yang majmuk. Nilai penerimaan ini boleh wujud sekiranya setiap kaum memahami tentang sejarah negara, latar belakang kaum-kaum, sosiobudaya politik, kedudukan geografi serta kepercayaan agama masing-masing yang berpaksikan “Keluhuran Perlembagaan Persekutuan”. Jadi Perlembagaan Negara merupakan satu dokumen rasmi yang amat penting dan perlu dijadikan rujukan asas setiap warganegara.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 7

Memang terdapat perbezaan yang agak ketara di antara toleransi (tolerance) dengan izin, dan penerimaan (acceptance) dengan izin, seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut dalam banyak majlis termasuk di persidangan Parlimen yang lalu. Beliau pernah mengatakan apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan tetapi, jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Adalah amat penting untuk kita beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara.

Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka kita akan melihat kepada semua perkara secara lebih positif, ini sudah tentu adalah lebih baik berbanding dengan toleransi semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, adalah penting selepas usaha-usaha tersebut dilakukan, rakyat tidak lagi berasa terbeban dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tangkapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu dapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India semua kaum lain yang mengadu semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu. Oleh itu bersama-samalah kita berusaha gembleng kan tenaga ke arah merealisasikan Gagasan 1Malaysia terutama di dalam memberi penjelasan tentang falsafah makna, spirit, serta tafsiran positif kepada sikap penerimaan itu demi mewujudkan perpaduan yang berkekalan.

■1030

Kerajaan sentiasa menggubal polisi yang adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu.

Secara ringkasnya, Gagasan 1Malaysia menekankan perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity dengan izin, iaitu melalui menerima dan menghormati kepelbagaian budaya dan keunikan kaum yang sedia ada. Mengamalkan prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menegakkan keadilan sosial, di mana semua rakyat Malaysia akan terbela khasnya golongan-golongan yang memerlukan bantuan.

Untuk memantapkan komitmen supaya “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (PTK) ataupun Government Transformation Programme telah digubal, dilancarkan dan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kerajaan memang penuh peka bahawa lebih banyak usaha diperlukan untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia. GTP dan Model Ekonomi Baru ini untuk faedah semua rakyat dan memantapkan lagi tahap perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada pelbagai kajian yang membuktikan bahawa asas atau teras utama untuk mengunjurkan perpaduan yang mantap dan berkekalan di kalangan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, ialah dengan mempunyai satu sistem pendidikan yang mantap melalui sekolah-sekolah satu aliran.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

8 DR 5.5.2010

Soalan tambahan saya, dengan mengambil kira pandangan-pandangan, input-input dari masyarakat pelbagai kaum di negara kita ini.

Apakah kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri mempunyai satu program ataupun usaha yang bersungguh-sungguh dan komited untuk suatu hari nanti menuju ke arah mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara kita ini. Terima kasih.

Dato’ Murugiah a/l Thopasamy: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang baik sekali. Bagi saya, usaha sedang dilakukan oleh Jabatan Perpaduan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan semua kaum yang ada di Malaysia. Usaha ini juga telah diadakan untuk mewujudkan sekolah satu aliran sebelum ini. Akan tetapi memandangkan terlalu banyak bantahan diterima daripada kaum-kaum lain khususnya kaum orang Cina dan orang India berkaitan dengan satu aliran, maka buat masa ini kita masih belum ada apa-apa cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran seperti mana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi tetapi, seperti mana yang saya nyatakan dalam jawapan yang saya berikan tadi, apabila semua rakyat kita dapat menerimanya. Penerimaan itu penting bahawa kita perlukan satu aliran demi untuk mewujudkan perpaduan sudah tentu, saya rasa impian kita untuk mewujudkan sekolah satu aliran ini akan menjadi kenyataan. Terima kasih.

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana kita tahu, kita di Malaysia ini mempunyai aktiviti-aktiviti yang mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia ini. Kita mempunyai perayaan kaum-kaum di Malaysia. Kita ada rumah terbuka, kita juga ada satu aset yang besar sekali iaitu sikap tolak ansur di antara kaum, walaupun ini kadang-kadang mencerminkan kewujudan unsur tidak rela tetapi terpaksa. Walaupun begitu, secara keseluruhannya kita berjaya untuk menyatukan rakyat dan menyatukan segala budaya yang kita ada. Pertanyaan saya Tuan Yang di-Pertua ialah apakah tahap sebenarnya perpaduan kita di Malaysia ini? Kalau saya bagi full marks 10, berapakah Yang Berhormat boleh bagi? Terima kasih... [Ketawa]

Dato’ Murugiah a/l Thopasamy: Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat tadi. Tahap perpaduan di negara kita ini buat masa ini tidak ada apa-apa masalah. Kita masih di dalam tahap yang membanggakan kerana tidak ada apa-apa insiden-insiden yang tidak diingini berlaku kecuali pada tahun 1969. Kalau ada pun insiden-insiden, insiden antara individu. Ini tidak ada kena mengena dengan berbilang bangsa dan agama yang ada di Malaysia. Akan tetapi tentang markah tadi, saya boleh bagi 9.9%. Kalau bercakap fasal 10 markah tadi, saya boleh bagi 9.9% lah di mana tidak ada apa-apa masalah. Semua rakyat menghormati antara satu sama lain dan jika ini diteruskan, sudah tentu negara kita akan terus aman dan damai. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya teruskan saya ingin menarik perhatian semua Ahli Dewan yang mulia ini di atas keprihatinan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan kita semalam. Beliau telah memaklumkan kepada saya bahawa semua Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di Klinik Parlimen apabila masa beristirahat dan ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan telah begitu prihatin kedudukan vaksin H1N1.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat... [Tepuk] Seterusnya kita pergi kepada pertanyaan nombor 4. Dipersilakan Yang Berhormat Hajah Zainun binti A. Bakar.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 9

4. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jumlah tunggakan hutang lapangan terbang AirAsia kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sehingga akhir 2009 dan nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh MAHB untuk mengutip hutang berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat MAHB ataupun Malaysia Airport Holdings Berhad, sehingga terkini tiada sebarang hutang tertunggak oleh Syarikat Penerbangan AirAsia kepada Malaysia Airport Holdings Berhad. Pihak Malaysia Airport Holdings Berhad sentiasa memantau dari masa ke semasa bagi memastikan tidak terdapat sebarang hutang oleh syarikat tersebut. Sekian, terima kasih.

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita merasa lega kerana cukai lapangan terbang oleh AirAsia semenjak tahun 2002 ini akhirnya telah diselesaikan secara rundingan tetapi, kita merasa kecewa kerana AirAsia diberikan diskaun sebanyak RM25 juta dari hutang asalnya iaitu lebih RM132 juta.

Soalan tambahan saya, kenapa AirAsia diberi keistimewaan diskaun sebanyak RM25 juta sedangkan sepatutnya kerajaan boleh menuntut faedah atau interest, dengan izin, atas kelewatan ini seperti amalan yang biasa dilakukan dalam urusan komersial. Tambahan pula cukai lapangan terbang ini sebenarnya telah dibayar oleh pelanggan tetapi tidak diserahkan oleh AirAsia kepada MAHB. Apakah rasionalnya pemberian diskaun ini semata-mata kerana AirAsia membawa 10 juta ke negara ini. Bukankah AirAsia mendapat untung berganda kerana hakikatnya AirAsia juga mendapat keuntungan dengan membawa pelancong berkenaan, bukankah MAS juga telah berjaya membawa pelancong, dan adakah benar setakat ini AirAsia mempunyai tunggakan cukai lapangan terbang bagi tahun 2010 yang masih belum diselesaikan? Sekian, terima kasih.

■1040

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya berkaitan dengan isu hutang AirAsia ini, saya ingin jelaskan di sini bahawa memang benar sehingga 31 Mac 2009, AirAsia berhutang sebanyak RM132.1 juta. Walau bagaimanapun, di atas rundingan di antara MAHB dengan AirAsia berkaitan dengan isu ini, MAHB telah pun memberikan insentif sebanyak RM25 juta. Itu memang benar Yang Berhormat, dan penyelesaian terakhir sebanyak RM111.6 juta tetapi pemberian insentif ini adalah terhadap beberapa charges yang lain, kerana dalam komponen hutang di antara AirAsia dengan MAB ini adalah melibatkan bukan sahaja airport tax, landing charges, parking charges, office rental dan juga beberapa charges yang lain.

Oleh sebab itu, dalam perundingan tersebut, pihak AirAsia dan MAB sebagai dua entiti komersial telah pun dapat membuat satu persetujuan dan daripada itu, AirAsia telah membuat pembayaran pada 19 Ogos 2009 sebanyak RM20 juta, pada 28 Ogos 2009 sebanyak RM20 juta dan selanjutnya bayaran susulan pada 4 September 2009 sebanyak RM20 juta, pada 18 September 2009 sebanyak RM20 juta, dan yang terakhir pada 30 September 2009 sebanyak RM32.6 juta. Jadi daripada penyelesaian ini adalah berdasarkan perundingan berkaitan dengan commercial decision yang dibuat oleh pihak MAHB.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

10 DR 5.5.2010

Dan ini adalah untuk memastikan bahawa kedua-dua pihak memang mempunyai kepentingan masing-masing kerana sesuatu syarikat, saya ingin menyatakan di sini bahawa airport tax ini adalah merupakan revenue kepada MAHB dan MAHB menawarkan perkhidmatan kepada AirAsia dan ini adalah merupakan commercial decision di antara kedua-duanya.

Dato’ Daljit Singh Dalliwal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia. Soalan saya, baru-baru ini saya ada baca surat khabar harian, AirAsia ada mengadu bahawa mereka tidak diberi kerjasama laluan atau destinasi yang diminta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Dato’ Senator. Sebenarnya berkaitan dengan dakwaan yang dikemukakan oleh AirAsia bahawa mereka tidak mendapat traffic rights terhadap routes tertentu sebenarnya tidak benar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya ada 14 routes yang telah pun diberikan traffic rights oleh Kementerian Pengangkutan terhadap AirAsia yang masih belum digunakan dan belum beroperasi iaitu misalnya bagi route Manchester, Zurich, Vienna, Christchurch, Kathmandu dan beberapa routes yang lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya keputusan MOT ataupun Kementerian Pengangkutan untuk memberikan peluang kepada sesuatu syarikat itu untuk mendapatkan traffic rights ialah berdasarkan:

(i) availability of traffic rights di antara kedua-dua negara. Sekiranya terdapat traffic rights yang diberi, maka kita boleh memberikan kepada syarikat-syarikat operasi;

(ii) sekiranya terdapat permintaan terhadap dua laluan tersebut, sekiranya ada load factor, maka kita mungkin boleh menimbang permintaan tersebut;

(iii) kita juga ingin melihat kesan daripada syarikat yang beroperasi sedia ada. Sekiranya kita dapat melihat bahawa kesannya boleh membawa kerugian akhirnya kepada kedua-dua syarikat tersebut, maka kita tidak akan mengambil apa-apa keputusan untuk meluluskannya;

(iv) kita juga melihat dari segi overall number of traffic available, misalnya bagi satu bandar besar utama yang mempunyai bilangan overall traffic number yang available. Kita mungkin dapat meluluskannya; dan

(v) kita juga mengambil keputusan berdasarkan sumbangan kepada negara. Jika sesuatu traffic rights itu diberikan ia dapat memberikan sumbangan yang menjadikan KLIA sebagai hab, maka kita akan memberikan kelulusan terhadap operasi tersebut.

5. Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah usaha-usaha pihak kementerian untuk memartabatkan lagi profesion perguruan di mana sudah menjadi lumrah bidang tersebut apabila seseorang guru terpaksa melalui pelbagai dugaan, kesusahan, keperitan mahupun pengorbanan.

Timbalan Menteri Pelajaran I [Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memartabatkan profesion perguruan bagi meningkatkan profesionalisme setiap guru.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 11

Kementerian Pelajaran sentiasa memberi keutamaan sebagaimana yang termaktub dalam Teras Lima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PIPP 2006-2010. Antara usaha-usaha yang dilakukan termasuklah:

(i) menyediakan peruntukan bagi memastikan guru mendapat latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran;

(ii) menyediakan kemudahan biasiswa dan cuti belajar bagi membolehkan guru melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Kedoktoran;

(iii) penambahbaikan skim perkhidmatan dan perjawatan seperti mengujudkan jawatan Guru Besar Cemerlang, Gred DGA 38 sebanyak 1,700 jawatan sebagai pengiktirafan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang cemerlang;

(iv) peningkatan norma guru daripada 1.5 kepada 1.7. Ini bermaksud kalau dahulunya kita hanya membekalkan 1.5 orang guru kepada setiap kelas, sekarang ditambah kepada 1.7 yang dijangka akan mewujudkan sebanyak 33,104 jawatan selaras dengan usaha untuk mengurangkan beban tugas guru;

(v) penambahbaikan laluan kerjaya yang mana peluang dan ruang yang luas seperti berikut:

- kenaikan pangkat secara hakiki;

- kenaikan pangkat secara time base;

- kenaikan pangkat sebagai guru besar atau pengetua cemerlang; dan

- kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang.

(vi) kementerian juga menyediakan elaun dan insentif kepada guru antaranya:

- Elaun Guru Kelas Khas Bahasa Ibunda;

- bayaran insentif subjek pendidikan bagi guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris;

- bayaran insentif perkhidmatan kritikal;

- bayaran insentif pedalaman;

- Elaun Ketua Warden dan Warden Asrama;

- bayaran insentif mengajar kanak-kanak berkeperluan khas;

- Elaun Guru Besar dan Pengetua;

- Elaun Khas Lokasi dan Tahap Kesusahan;

- Elaun Balik Kampung; dan

- Elaun Insentif Jurulatih Sukan.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

12 DR 5.5.2010

Kementerian Pelajaran juga menyediakan persekitaran kerja dan kemudahan yang kondusif seperti menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman dan luar bandar serta tambahan jawatan kumpulan sokongan sebagai langkah mengurangkan beban tugas dan tanggung jawab guru.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan usaha bagi memartabatkan profesion perguruan dan mencapai hasrat untuk mensiswazahkan 100% guru siswazah di sekolah menengah, dan 50% guru siswazah di sekolah rendah menjelang tahun 2010. Kementerian Pelajaran telah menawarkan pelbagai program bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan khususnya dalam Sarjana dan PhD. Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa dengan kemudahan cuti belajar atau secara sambilan. Antara program sepenuh masa yang dilaksanakan oleh KPM adalah seperti:

(i) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG);

(ii) Program Pensiswazahan melalui saluran kedua UPU dan ambilan terus; dan

(iii) Program Pensiswazahan Guru Besar.

Manakala bagi program secara sambilan pula adalah seperti, Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan pertama, dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi. Soalan tambahan saya, dalam usaha memperkasakan profesion perguruan, adakah kerajaan bercadang untuk menghantar para warga pendidik ke luar negara untuk mengadakan latihan terutama dalam bidang Bahasa Inggeris dan Sains. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat Dato’. Sebenarnya kalau kita menyebut tentang latihan dalam Sains dan Bahasa Inggeris, kita kena lihat daripada dua dimensi. Pertamanya kalau kita hendak melatih guru yang mempunyai kepakaran dalam dua subjek ini. Kita ada program pengambilan Program Pelajar Cemerlang iaitu selepas mereka lulus SPM, kita menamatkan lima tahun setengah untuk melatih seorang guru yang berkepakaran. Jadi itu adalah antara program yang ada ditaja oleh kerajaan. Itu yang pertama.

■1050

Keduanya, kita ada latihan dalam perkhidmatan. Maksudnya, kalau kita hendak menghantar guru kita untuk pergi mengikuti pengajian ataupun untuk didedahkan kepada satu persekitaran di luar negara ianya terpaksa kita menanggung kos yang amat tinggi kerana jumlah guru kita melebihi 400 ribu orang. Jadi apa yang dilakukan oleh kementerian dari semasa ke semasa khususnya untuk penguasaan bahasa Inggeris kita menggunakan guru pakar. Kepakaran yang kita gunakan sebagai jurulatih utama untuk melatih guru-guru pakar kita di sini dan selepas itu disalurkan melalui latihan di peringkat negeri dan daerah. Itu cara yang dibuat oleh kementerian. Saya berharap dengan cara ini kita dapat membantu mempertingkatkan mutu dalam bidang Sains ataupun Bahasa Inggeris.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 13

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, memandangkan lebih daripada 60% guru-guru yang terlibat sebagai guru di sekolah adalah terdiri daripada kaum wanita, adakah pihak kementerian ada menyediakan pusat-pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di sekolah? Juga benarkah status pembekuan elaun perpindahan daripada Sabah dan Sarawak serta kargo masih lagi dalam keadaan tidak diberikan kepada mereka? Ini kerana dikatakan sekarang ini perkara tersebut dibekukan. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Bagi menjawab dua pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hajah Mumtaz, yang pertama mengenai taman asuhan kepada kanak-kanak yang perlu dijaga kalau guru itu bertugas. Untuk makluman, setakat ini di sekolah kita hanya mempunyai prasekolah, bermaksud untuk kanak-kanak di bawah lima tahun ianya terpaksa kita letakkan di kawasan ataupun pusat jagaan kanak-kanak atau taman asuhan. Tidak dalam sistem kita di sekolah kerana itu adalah satu bidang yang agak spesifik dan masih lagi kementerian dipertanggungjawab ke atas prasekolah sahaja. Walau bagaimanapun kita sedar bahawa guru wanita juga perlu menjaga anak mereka. Jadi melalui pertubuhan yang ada dalam kementerian dan ada usaha yang telah dibuat untuk mewujudkan taman asuhan ini. Ini yang pertama.

Keduanya, mengenai elaun perpindahan terutamanya mereka dari Sabah dan Sarawak untuk berpindah semula ke sini atau sebaliknya. Untuk makluman, perkara ini adalah sesuatu yang tidak diduga kerana pada tahun ini kalau kita sedia maklum bajet kita telah dipotong sebanyak RM1.8 bilion. Kalau kita lihat setiap objek atau dari segi peruntukan yang disalurkan hampir tidak ada. Jadi kita menggunakan cara yang terbaik kalau boleh, hendak pindah tahun dahulu kita sudah berpindah. Tahun ini kita kurangkan perpindahan antara negerilah, khususnya daripada Sabah sehinggalah datang semula ke Semenanjung Malaysia.

Saya rasa dalam konteks ini oleh kerana kekangan kewangan yang menyebabkan kita terpaksa melakukan penjimatan dari segi itu. Akan tetapi pihak kementerian sentiasa memperjuangkan kebajikan guru-guru dan ini adalah antara usaha yang sedang kita bincangkan dengan pihak Kementerian Kewangan supaya kita boleh alihkan sedikit peruntukan untuk kes yang wajib dan kita boleh mempertimbangkan tetapi, memang benar kerana pemotongan elaun itu menyebabkan kita tidak boleh membuat penghijrahan secara beramai-ramai. Terima kasih.

6. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta Menteri Pelancongan menyatakan, bentuk-bentuk dan nilai-nilai bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha rumah tumpang ‘inap desa’ homestay, yang ada di negaraini.

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dato’ Dr. Firdaus. Bagi meningkatkan prestasi homestay di Malaysia, kementerian ini telah memperuntukkan perbelanjaan dari aspek pembangunan dan pengurusan kepada homestay di negara kita. Di antara bentuk-bentuk dan nilai bantuan yang telah diberikan kepada para pengusaha homestay adalah:

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

14 DR 5.5.2010

(i) sebanyak RM28.9 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi tahun 2006 hingga tahun 2010. RM10 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, homestay untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2009 dan tahun 2010 yang digunakan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur asas homestay seperti menaik taraf jalan raya, dewan orang ramai, membina pusat aktiviti homestay dan pentas bagi melaksanakan persembahan kebudayaan seperti tarian, lagu dan permainan tradisional, papan tanda dan pelan homestay, menaik taraf bilik air secara one-off grant dengan izin, di mana satu rumah diperuntukkan sebanyak RM5,000;

(ii) kerajaan juga memberi peruntukan bagi perbelanjaan mengurus homestay melalui peruntukan Dasar Baru Homestay 2009 sebanyak RM500 ribu dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Homestay 2009 sebanyak RM10 juta. Peruntukan ini telah digunakan untuk:

(a) latihan dan kursus kepada pengusaha homestay seperti kursus refleksologi, pengurusan dan kewangan homestay, promosi dan pemasaran dan sebagainya bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran para pengusaha homestay;

(b) program dan aktiviti homestay seperti seminar dan karnival homestay, lawatan integrasi, showcase Satu Daerah, Satu Industri dan lain-lain bagi memberi pendedahan kepada para pengusaha homestay untuk berkongsi pengalaman, idea dan produk menarik yang terdapat di sesebuah homestay;

(c) promosi dan pemasaran homestay yang merangkumi misi promosi homestay di Jepun dan Korea, Malaysia Travel Fair di Singapura, penerbitan brosur dan melaksanakan billboard FAM Trip, dan sebagainya; dan

(d) pemberian bantuan kepada pihak NGO, Persatuan Homestay Malaysia dan Persatuan Homestay Negeri dalam melaksanakan aktiviti berkaitan homestay, promosi dan aspek pengurusan Persatuan Homestay Negeri.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, corak-corak latihan yang diberikan kepada pengusaha perusahaan homestay ini, selain itu saya ingin bertanya, dua hari yang lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri dari kementerian ini juga telah menyatakan bahawa kementerian mempunyai database yang cukup lengkap tentang industri homestay ini. Apa yang saya hendak tahu, adakah data yang menunjukkan berapa ramai pelancong-pelancong domestik yang memanfaatkan homestay ini dan pelancong-pelancong antarabangsa? Terima kasih.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 15

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Pada tahun 2009 terdapat income homestay sebanyak RM10.92 juta. Ini bermakna kehadiran pelancong-pelancong domestik dan pelancong-pelancong asing sememangnya tinggi dengan pendapatan yang begitu tinggi. Saya ada statistik untuk bilangan pelancong yang menginap di homestay untuk tahun 2009 tetapi saya tidak membawanya ke sini. Saya akan beri kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Namun untuk tahun ini saya ada statistik penuh untuk bulan Januari sehingga bulan Mac. Seramai 35,343 orang pelancong yang menginap di homestay. Pendapatan homestay ialah sebanyak RM2.4 juta setakat penghujung bulan Mac. Daripada bilangan tersebut tadi, 9,587 adalah kedatangan pelancong antarabangsa daripada bulan Januari hingga bulan Mac 2010. Sekian.

■1100

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, walaupun ada jawapan mengenai bentuk aktiviti di homestay ini. Akan tetapi saya hendak tanya, bagaimanakah perusahaan homestay ini telah berjaya mengekang golongan muda dari berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, apakah bentuk aktiviti di homestay ini untuk golongan muda yang telah dapat menjana pendapatan yang lumayan kepada mereka? Terima kasih.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid. Perusahaan homestay yang mana kita melihat sebagai satu penjanaan ekonomi luar bandar adalah yang amat baik untuk golongan muda kita. Ini kerana di dalam perusahaan ini, kalaulah bilangan pelancong kian tahun kian meningkat, maka pendapatan mereka lebih tinggi.

Untuk golongan muda ini, aktiviti-aktiviti yang boleh mereka lakukan adalah dari segi culture ataupun kebudayaan seperti muzik tradisional, persembahan tradisional dan sebagainya. Namun, kementerian juga merangkum homestay di dalam aktiviti ekopelancongan, di mana golongan muda ini boleh menjadi pemandu pelancong untuk membawa mereka ke mana-mana pelancong ingin pergi, untuk melihat keindahan negara kita di dalam ekopelancongan. Terima kasih.

7. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, apakah langkah-langkah kementerian bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu alam sekitar terutamanya di kalangan pelajar sekolah, pelajar pusat pengajian tinggi serta peranan syarikat korporat dalam memupuk kesedaran ini sebagai sebahagian dari CSR mereka.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui jabatan-jabatannya seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merangka dan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam usaha mewujudkan masyarakat Malaysia yang peka dan cintakan alam sekitar. Sehubungan itu, pihak JAS melaksanakan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar mengikut kumpulan sasaran yang terdiri daripada:

(i) pemimpin masyarakat;

(ii) kanak-kanak dan pelajar sekolah;

(iii) industri;

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

16 DR 5.5.2010

(iv) orang awam;

(v) golongan dewasa; dan

(vi) pelajar institusi pengajian tinggi.

Antara program dan aktiviti khusus yang dijalankan untuk golongan pelajar sekolah, pelajar pusat pengajian tinggi dan belia adalah seperti berikut:

(i) pengenalan modul prasekolah;

(ii) Projek Wira Alam;

(iii) Kelab Alam Sekitar;

(iv) program Sekolah Lestari;

(v) Anugerah Alam Sekitar;

(vi) Program Kitar Semula Bateri Telefon Bimbit;

(vii) Pertandingan Debat Alam Sekitar antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta;

(viii) kuiz kesedaran alam sekitar;

(ix) pertandingan mengarang bertemakan alam sekitar;

(x) ceramah dan pameran; dan

(xi) menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan terbitan mengenai alam sekitar.

Peranan sektor korporat juga adalah amat penting dan usaha-usaha pemeliharaan (conservation) dengan izin, dan pemuliharaan (rehabilitation) alam sekitar. Syarikat-syarikat korporat seperti Golden Hope Plantation, Tetra Park Malaysia, Toyota, Shell, Petronas, ESSO dan EON Sdn. Bhd telah melibatkan diri secara aktif melalui usaha kerjasama dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JAS, pihak sekolah dan belia.

Pihak kementerian juga telah melancarkan program Rakan Alam Sekitar pada bulan Jun 2009. Tujuan program ini adalah untuk mengawal dan mencegah masalah alam sekitar di samping mempertingkatkan lagi bina upaya penduduk setempat supaya lebih prihatin terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan selain daripada aktiviti-aktiviti di atas termasuk juga:

(i) menanam pokok;

(ii) pembersihan pantai;

(iii) kitar semula buangan elektronik; dan

(iv) river rangers.

Sepanjang tahun 2009, sebanyak 367 aktiviti kesedaran telah dijalankan di bawah program Rakan Alam Sekitar yang melibatkan jabatan-jabatan kementerian dan semua pihak berkepentingan. Hasil daripada pelaksanaan program-program kesedaran tersebut, maklum balas menunjukkan bahawa ada minat dan komitmen di kalangan kumpulan-kumpulan sasaran untuk terus melibatkan diri dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar. Sebagai contoh, banyak sekolah di seluruh negara telah melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran termasuk penghijauan dan kebersihan.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 17

Penyertaan sekolah dalam program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar juga telah meningkat daripada 72 pada tahun 2007/2008 kepada 116 pada tahun 2009 dan tahun ini. Selain itu, terdapat juga peningkatan di kalangan sektor korporat yang mengundang pihak JAS untuk mengadakan ceramah dan pameran selaras dengan program corporate social responsibility mereka.

Kita yakin Tuan Yang di-Pertua, dengan trend yang meningkat dan positif ini, kita akan melahirkan masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Sekian.

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang terperinci itu tadi. Pertanyaan tambahan saya, apakah mekanisme pemantauan dan juga penguatkuasaan dari segi kementerian untuk memastikan polisi dan juga program yang dijalankan ini benar-benar efektif dan benar-benar mencapai tujuan yang dihajati? Apakah pihak kementerian bersama-sama dengan Kementerian Pelajaran mungkin melihat sudah tiba masanya kita menjadikan pendidikan alam sekitar ataupun environmental education ini satu mata pelajaran yang wajib di sekolah seperti mana mata pelajaran yang lain? Terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih, kalau saya tidak silap, mungkin ada dua pertanyaan di situ. Pertama ialah berkaitan dengan penguatkuasaan sama ada dasar kita ini betul-betul berkesan kepada rakyat jelata kita yang ada hubung kait dengan alam sekitar. Sememangnya bukan sahaja kita membuat sesuatu perancangan, reka bentuk untuk diambil tindakan tetapi setelah kita menggubal semua itu, kita akan mengambil tindakan supaya ia dapat dilaksanakan supaya berkesan di kalangan masyarakat kita berkaitan dengan alam sekitar. Kalau ada sesiapa yang melanggar undang-undang yang telah digubal berkaitan dengan alam sekitar, maka kita mengambil tindakan.

Saya pernah menyenaraikan kes-kes di dalam Dewan yang mulia ini di mana kita mengambil tindakan terhadap orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Seperti mana yang saya katakan tadi itu, sememangnya program kita ini berkesan tetapi, saya akui di sini, ini mengambil masa. It is so difficult for us to evaluate right at the moment. Akan tetapi, kita akan membuat satu kajian supaya kita dapat membuat evaluation setakat mana sebenarnya kita berjaya dalam perkara ini tetapi, setakat ini kita berjaya, kita berjaya untuk memberikan kesedaran. Kedua ialah berkaitan dengan sama ada perkara alam sekitar ini, kita sudah bermula untuk mengajar dan boleh mengambil sebagai satu kokurikulum di dalam sekolah. Ini sememangnya kita sudah buat, we have already done this seperti yang saya sudah senaraikan sebentar tadi.

■1110

Pertama, kita memperkenalkan model prasekolah lestari. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mendidik keperluan memelihara dan memulihara alam sekitar kita dan ini kita sudah perkenalkan di kelas tadika. Sasarannya ialah anak-anak di antara tiga tahun dan empat tahun. Manakala anak-anak yang berumur lima tahun dan enam tahun kita perkenalkan kurikulum ini kepada mereka semasa di sekolah tadika lagi.

Selain daripada itu, kita juga memperkenalkan sekolah lestari, Anugerah Alam Sekitar dan Kem Kesedaran Alam Sekitar, pertandingan debat dalam peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan. Jadi itulah sebenarnya jawapannya, dan saya ucapkan terima kasih.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

18 DR 5.5.2010 8. Dato’ Wong Siong Hwee minta Menteri Pelancongan menyatakan, pelan tindakan jangka pendek yang telah dijalankan oleh Kerajaan untuk menarik pelancong asing datang berkunjung ke Malaysia dan menjadikan negara sebagai destinasi pelancongan pilihan utama di kalangan negara-negara di Asia Tenggara terutama dalam penarafan antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Wong Siong Hwee dalam usaha menarik pelancong asing ke Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia melaksanakan strategi-strategi seperti berikut:

(i) melaksana dan mempergiatkan usaha-usaha pengiklanan global, thematic dan e-Marketing dengan mempamerkan produk-produk pelancongan yang menarik di Malaysia;

(ii) mengambil bahagian secara aktif di dalam pameran pelancongan antarabangsa serta menganjurkan misi galakan di luar negara di mana program ini turut disertai oleh pengusaha-pengusaha produk pelancongan tempatan untuk mengadakan perbincangan dua hala antara buyers and sellers, dengan izin, serta dapat menawarkan pakej percutian yang menarik ke Malaysia;

(iii) menganjurkan Mega Familiarization Trip atau Program Lawatan Suai Kenal untuk media dan agensi pelancongan dari negara asing;

(iv) memperluaskan publisiti mengenai produk-produk pelancongan yang menarik dan mengedar risalah pelancongan dan road show; dan

(v) bekerjasama dengan kerajaan negeri dan wakil-wakil industri pelancongan dengan tujuan membentuk creative packaging dan memasarkan pakej pelancongan niche seperti pelancongan kesihatan, homestay dan Malaysia My Second Home.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian yakin dengan usaha yang dijalankan ia dapat memberi lebih pilihan kepada pelancong dan mampu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk pelancongan. Ini sekali gus menarik mereka untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sekian.

Dato’ Wong Siong Hwee: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya tadi. Jadi soalan tambahan saya apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan ekopelancongan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Wong di atas soalan itu. Ekopelancongan antara satu pakej pelancongan yang kian meningkat di negara kita. Ekopelancongan adalah satu pakej yang tergolong di dalam nature-based tourism ataupun subset nature-based tourism. Daripada pelancong-pelancong asing yang datang ke negara kita, 50% daripada bilangan mereka berminat dalam nature-based tourism dan daripada bilangan itu juga 38% melibatkan diri mereka di dalam ekopelancongan. Oleh yang demikian, kementerian memang mengambil langkah yang sewajarnya untuk meningkatkan ekopelancongan seperti:

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 19

(i) memperkenalkan dan mempromosikan ikon-ikon tapak ekopelancongan di negara kita seperti Taman Negara, Langkawi Forest Geopark, Mulu National Park, Kinabalu National Park dan lain-lain;

(ii) meningkatkan tahap pengurusan alam sekitar adalah penting kerana daripada survey yang telah pun dibuat oleh sebuah syarikat agensi pelancongan di Europe mengatakan bahawa Pulau Langkawi daripada tahap pengurusan alam sekitar sudah merosot dan Langkawi kini disenaraikan nombor tiga dari bawah daripada 21 destinasi di mana kualiti alam sekitar telah merosot dan oleh itu kita akan mempertingkatkan pengurusan alam sekitar;

(iii) kementerian juga akan meningkatkan kesedaran pemeliharaan kepelbagaian biologi iaitu biodiversity conservation kerana daripada kepelbagaian biologi ini yang mengandungi flora dan fauna boleh memikat pelancong untuk membuat aktiviti ekopelancongan; dan

(iv) kita linking nature and culture kerana di dalam kebudayaan kita, kalau kita lihat tarian sebagai contoh ada gerak geri yang mengikut burung terbang, jadi ini juga satu langkah yang kita ambil untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti ekopelancongan.

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Dua hari yang lalu, Kerajaan Negeri Terengganu ada menyatakan bahawa telah diatur satu kerjasama antara kerajaan negeri dengan pihak yang berkuasa di negara China untuk membawa pelancong secara langsung dari negara China ke Terengganu dan seterusnya dari Terengganu ke negara China. Dalam usaha yang seumpama ini, apakah yang dapat dibantu oleh Kerajaan Pusat supaya langkah-langkah yang dibuat secara dua halia oleh pihak kerajaan negeri dapat mencapai hasil yang memuaskan. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah di atas soalan itu - bahkan ia adalah satu maklumat yang paling baik untuk kementerian.

Di negeri Terengganu, sememangnya sudah banyak destinasi-destinasi pelancongan. Selain daripada event yang besar juga yang diadakan setiap tahun seperti Monsoon Cup race dan sebagainya. Di Terengganu, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelancongan mempromosi ikon-ikon termasuk Tasik Kenyir. Tasik Kenyir adalah satu ikon yang amat diminati oleh pelancong-pelancong asing. Saya mendapat tahu bahawa pelancong-pelancong dari negara China, mereka suka untuk melancong ke tapak-tapak yang berkaitan dengan nature ataupun alam semula jadi. Tidak semestinya aktiviti-aktiviti eko-pelancongan. Mereka suka menaik bot dalam tasik dan berjalan-jalan untuk melihat burung dan binatang-binatang liar kalau ada di situ, untuk melihat tumbuh-tumbuhan sebab di dalam negara kita seperti di Tasik Kenyir.

■1120

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

20 DR 5.5.2010 Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalannya apa bantuan yang Kerajaan Pusat boleh bagi kepada pelancongan di Terengganu, apa bentuk bantuan? Itu soalannya.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Tuan Yang di-Pertua, saya akan sampai di situ, sekejap lagi, ini adalah mukadimahnya.

Tuan Yang di-Pertua: Okey. Okey.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Jadi kalaulah semuanya itu disukai oleh pelancong-pelancong dari negara China. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan akan membantu Kerajaan Terengganu untuk mempertingkatkan pembangunan untuk destinasi-destinasi yang ada di negeri Terengganu. Kedua, Kerajaan Persekutuan juga akan membangunkan destinasi-destinasi yang baru jika ada cadangan daripada kerajaan negeri. Sekian.

9. Dato’ Azian bin Osman minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, kesan AFTA terhadap peniaga-peniaga di Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA mula dilaksanakan dalam tahun 1993 dan telah direalisasikan pada 1 Januari 2010. Di bawah AFTA, Malaysia telah memansuhkan duti import ke atas 98.68% daripada jumlah 12,331 baris taraf di bawah tatanama Tarif Berharmoni ASEAN.

Negara-negara anggota ASEAN yang lain juga telah menyempurnakan komitmen mereka dalam mengurangkan dan memansuhkan duti import masing-masing. AFTA membawa kesan-kesan positif kepada peniaga-peniaga Malaysia dan melalui AFTA peniaga-peniaga Malaysia telah meningkatkan eksport ke pasaran ASEAN. Kini ASEAN merupakan pasaran utama Malaysia dengan menyumbang sebanyak 26% kepada perdagangan barangan global Malaysia pada tahun 2008 dan 2009. Jumlah perdagangan Malaysia dengan ASEAN adalah RM254.1 bilion pada 2009 dan RM285.4 bilion pada tahun 2008.

Penurunan ini disebabkan industri-industri di Malaysia telah lama mempersiapkan diri bagi menghadapi situasi perdagangan serantau yang liberal iaitu dari tahun 1993. AFTA membolehkan para peniaga mampu mendapatkan sumber bahan mentah dengan harga yang lebih kompetitif dan berkualiti dari mana-mana negara ASEAN khasnya bagi industri yang berasaskan sumber. Ini telah membolehkan peniaga-peniaga menjadi lebih kompetitif dan dapat menembusi pasaran bukan sahaja di negara-negara Asean malah pasaran global. Peniaga-peniaga Malaysia telah mengambil kesempatan AFTA untuk menempatkan operasi mereka di lain-lain negara di ASEAN dan melaksanakan rasionalisasi pengeluaran mengikut competitive advantage, dengan izin.

AFTA juga telah menarik pelaburan asing khasnya syarikat multinasional ke rantau ini dan membuka peluang kepada peniaga-peniaga terutamanya enterprise kecil dan sederhana untuk menjadi pembekal kepada syarikat-syarikat tersebut.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan beberapa kesan positif kepada peniaga-peniaga Malaysia tetapi ada sedikit kesan negatif kepada

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 21

peniaga-peniaga tempatan kita, pengusaha tempatan berkenaan dengan kemasukan barang-barang ke negara kita pula. Ada kebimbangan di kalangan peniaga kita berkenaan dengan lambakan barang-barang murah di negara kita. Jadi ada Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan ada mekanisme perlindungan terhadap kebimbangan ini, jadi soalan tambahan saya, apakah mekanisme perlindungan tersebut? Terima kasih.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih di atas soalan tersebut Yang Berhormat. Mekanisme perlindungan yang dimaksudkan ialah seperti yang termeterai di dalam perjanjian AFTA tersebut, sudah ada artikel-artikel di mana sekiranya didapati bahawa ada unsur-unsur subsidi contohnya, dari pihak kerajaan negara di mana barang tersebut di import ataupun ada masalah dari segi kualiti yang mana produk tersebut tidak memenuhi syarat dan tidak menepati piawaian pasaran tempatan kita, maka kita boleh mengambil tindakan dalam bentuk membangkitkan perkara-perkara ini dengan kerajaan yang berkaitan supaya isu ini dapat ditangani sebaik mungkin.

Akan tetapi pada waktu yang sama, saya akui bahawa, sekiranya produk yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat iaitu dilambak pada kadar yang murah, tidak didapati mendapat sebaran kelebihan dari segi subsidi dan sebagainya, daripada puncanya dan pada waktu yang sama, kualiti ia baik tetapi masih dijual pada kadar yang murah, maka kita terpaksalah menerima barangan tersebut. Kita pada waktu sama cuba membantu usahawan-usahawan tempatan kita pula untuk meningkatkan kualiti mereka supaya kualiti terbaik pada kadar harga yang berpatutan. Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bertanya pada dua soalan tambahan...

Tuan Yang di-Pertua: Satu sahaja.

Dr. Syed Husin Ali: [Ketawa] Saya ingin bertanya, sejauh manakah kemajuan perundingan terutama sekali dengan Amerika Syarikat berhubung dengan AFTA ini dan bagaimanakah kesannya ke atas kedudukan mereka yang berpendapatan rendah terutama sekali petani dan pekerja. Terima kasih.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tersebut. Buat masa ini, dari segi perundingan dengan Amerika Syarikat seperti yang mungkin sedia maklum, US FTA ataupun perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat dihentikan buat masa ini. Kita dalam proses untuk turut serta dalam perundingan TPP tetapi ini melibatkan beberapa negara yang lain. kita di peringkat tier yang kedua, dengan izin di mana sudah ada negara-negara yang asal. Saya ingat kalau tidak silap saya, lima atau enam negara yang menganggotai TPP ini termasuklah Amerika Syarikat.

Kita tier kedua, maksudnya kita tidak terlibat di dalam merangka artikel-artikel dalam perjanjian tersebut di peringkat yang awal. Jadi dengan Amerika Syarikat, hubungan perdagangan yang akan terbentuk di dalam bentuk perjanjian cumalah dalam bentuk TPP. Kesannya pula sekiranya sudah dimeterai nanti, kepada petani dan juga pengusaha-pengusaha kecil di luar bandar akan kita beri perhatian yang sewajarnya. Seperti mana yang kita sedia maklum, setiap kali perjanjian seperti ini ditandatangani akan ada beberapa garis industri ataupun sektor yang kita anggap sebagai sensitif yang akan kita pastikan tidak termasuk dalam perjanjian.

Jadi soal pertanian adalah satu yang penting walaupun pengeluar-pengeluar bahan-bahan pertanian yang besar seperti Amerika Syarikat dan lain-lain akan cuba dieksport ke negara kita tetapi sudah tentu kepentingan petani dan

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

22 DR 5.5.2010 usahawan kecil di luar bandar, domestik iaitu tempatan kita ini akan kita beri keutamaan.

■1130

10. Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, setelah kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi tujuan meningkatkan taraf hidup Orang Asli, namun sehingga kini masih terdapat banyak kawasan Orang Asli yang tidak ada infrastruktur yang sempurna untuk meningkatkan infrastruktur kesihatan mereka. Justeru dapatkah pihak kementerian pastikan peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan, khas kepada Orang Asli, diselaraskan mengikut keutamaan kepada kawasan-kawasan Orang Asli yang terlalu daif dan mundur seperti di penempatan Orang Asli Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Dato’ Haji Hasan bin Malek]: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Hajah Saripah di atas soalan nombor 10. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar kepada masyarakat Orang Asli bertujuan meningkatkan taraf kehidupan mereka melalui pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Selain daripada peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM377.3 juta kerajaan juga telah meluluskan peruntukan khas berjumlah peruntukan tambahan khas berjumlah RM20 juta di bawah Program Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat Orang Asli bermula pada tahun 2008 yang merangkumi bantuan bakul makanan, bantuan wang saku pelajar, bantuan input pertanian dan tambahan tambang pengangkutan pelajar.

Usaha-usaha peningkatan taraf hidup masyarakat Orang Asli terus di perhebatkan lagi menerusi penyaluran peruntukan di bawah Program Pakej Rangsangan Ekonomi iaitu berjumlah RM91.7 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM66.5 juta diperuntukkan bagi Program Bantuan Rumah yang telah memberi manfaat kepada 2248 ketua isi rumah. Sejumlah RM12.9 juta pula telah diperuntukkan bagi Projek Jalan Kampung yang melibatkan hampir 90.75 kilometer. Sebanyak RM12 juta pula yang merangkumi 79 projek telah diperuntukkan di bawah Projek Jalan Pertanian.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Menerusi peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, pelbagai projek program pembangunan telah dilaksanakan. Di antara program-program tersebut termasuklah program pembangunan tanah dengan tanaman komersial seperti getah dan kelapa sawit. Bantuan peralatan pertanian dan perikanan, ternakan, bimbingan usahawan dan lain-lain. Selain itu tumpuan juga diberikan kepada pelaksanaan projek-projek kemudahan infrastruktur dan utiliti termasuk pembinaan rumah ketua masyarakat dan keluarga miskin tegar, jalan raya, jambatan, klinik desa, bekalan air, elektrik dan sebagainya.

Sehingga kini sejumlah 166 buah ladang dengan keluasan 23,945.74 hektar telah berjaya dibangunkan dengan tanaman getah dan kelapa sawit iaitu 115 buah ladang oleh RISDA dan 51 buah ladang lagi oleh FELCRA. Daripada 115 buah ladang tadi, sejumlah 96 ladang telah berjaya mengeluarkan hasil.

Itu kita buat dan daripada 115 itu 96 ladang telah berjaya mengeluarkan hasil dan memberi manfaat, faedah kepada 6,656 peserta masyarakat Orang Asli. Selain berpeluang bekerja sebagai buruh ladang, mandur atau pengawal

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 23

keselamatan ladang dengan pendapatan di antara RM400 hingga RM600 sebulan, Orang Asli juga diberi peluang menjadi kontraktor ataupun subkontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembangunan ladang, penyelenggaraan dan penuaian hasil. Ada di antara itu some of them cukup kuat dia punya kedudukan ekonominya kerana terlibat dalam hal menjadi kontraktor di ladang-ladang tersebut.

Pelaksanaan program-program pembangunan ini telah menampakkan hasil di mana berdasarkan data kemiskinan sehingga 31 Disember 2009, kadar kemiskinan tegar Orang Asli telah dapat dikurangkan kepada 4307 ketua isi keluarga berbanding seramai 9003 ketua isi keluarga pada awal Rancangan Malaysia Kesembilan. Lebih kurang dalam 5000 lebih kita dapat kurangkan dari segi miskin tegar di kalangan masyarakat Orang Asli.

Usaha-usaha melaksanakan pembangunan kepada masyarakat Orang Asli ini merupakan satu usaha yang berterusan dan pelaksanaan tersebut adalah dibuat secara berperingkat-peringkat dan mengikut keutamaan di mana keutamaan adalah diberikan kepada negeri yang mempunyai bilangan keluarga miskin tegar yang ramai.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Senator, dalam usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk membangunkan kawasan perkampungan Orang Asli kewujudan kampung serpihan iaitu satu perkampungan baru yang diwujudkan oleh masyarakat Orang Asli akibat berlakunya perselisihan faham di kalangan mereka menjejaskan perancangan pembangunan yang telah ditetapkan oleh pihak JHEOA. Dia dalam kelompok dia itu yang kampung asal mereka ada sedikit perselisihan faham bergaduh, selepas itu dia lari. Dia lari pergi tempat baru, ini namanya kampung serpihan. Maknanya dalam data jabatan ini tidak ada ini, yang kita jaga perkampungan yang asal.

Pada kebiasaannya kawasan perkampungan ini kerap menjadi perhatian pihak media dan usaha untuk membangunkan kawasan tersebut memerlukan kos yang besar disebabkan kedudukan yang jauh terpencil dan tiada sebarang kemudahan infrastruktur yang disediakan. Sedia ada ini tidak ada masalah yang masalahnya yang lari itu. Bila dia berkelahi, balik rumah dan sebagainya, bakar rumah dia bawa kelompok dia pergi tempat lain. Ini kampung serpihan tadi. Kampung serpihan ini termasuklah Kampung Koh Yang Berhormat Dato’ Senator sebutkan.

Oleh kerana kampung Orang Asli Koh ini adalah merupakan salah satu kampung serpihan yang wujud di negeri Kelantan. Oleh sebab itu Dato’ Senator prihatin nampak tahu ini memang itu dan kita akui. Walau bagaimana pun Yang Berhormat sebanyak 111 buah kampung yang penduduknya seramai 8529 orang di daerah Gua Musang Kelantan telah berjaya dibekalkan dengan Projek Sistem Rawatan Air Bersih. Seluruh kampung 111 semua sudah ada rawatan air bersih. Ini bermakna kementerian telah berjaya menyediakan bekalan air bersih sepenuhnya kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang Kelantan. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pihak kementerian.

Saya bagi pihak Orang Asli ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas peruntukan yang begitu banyak yang disalurkan kepada peningkatan kualiti hidup Orang-orang Asli tetapi Yang Berhormat, peruntukan yang banyak yang telah diberi, adakah tidak pemantauan tentang penurunan peruntukan ini

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

24 DR 5.5.2010 dibuat oleh pihak kementerian? Oleh sebab banyak lagi perkampungan Orang Asli yang masih terlalu daif dan juga kita perlu ingat pengundi Orang Asli ini tidak pernah berganjak kepada parti pemerintah sejak sekian lama. Saya dapati bila kita pergi ke pilihan raya-pilihan raya kecil, yang terdapat perkampungan Orang Asli ini infrastruktur berkenaan kesihatan, pendidikan begitu menyedihkan sekali.

Satu lagi Yang Berhormat, adakah pihak kementerian rasa perlu ataupun membuat kajian untuk memberikan tanah-tanah lot kepada mereka ini seperti peneroka Felda agar mereka-mereka ini tidak menjadi nomad berpindah randah setelah hasil bumi di tempat tinggal mereka kehabisan dan seperti mana yang berlaku sekarang. Terima kasih.

Dato’ Haji Hasan bin Malek: Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Senator yang mengucapkan tahniah. Ini sebenarnya ciri-ciri kita di kerajaan yang baik itu dipuji dan sebagainya. Tidak macam pembangkang benda yang tidak betul dia nampak dia, jadi minta maaflah.

Keduanya saya akui dari segi pengundi-pengundi masyarakat Orang Asli ini adalah salah satu daripada golongan masyarakat yang begitu taat memberikan dan selalu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ini dengan pemberian bermacam-macam kemudahan yang saya sebut tadi.

■1140

Walau bagaimanapun, saya akui balik tadi memang adalah terdapat yang katanya mundur dan sebagainya. Cuma, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri perlu fahamlah bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) ini sebenarnya hanya ditubuhkan pada tahun 1963. Sebelumnya dahulu, kawasan-kawasan masyarakat Orang Asli ini bukannya kita hendak tumpukan kepada soal pembangunan. Tidak ada! Kita banyak tumpukan pada peringkat awalnya dahulu, tahun 1954 dan sebagainya untuk hendak menempatkan mereka di kelompok-kelompok kecil supaya tidak ada orang lain boleh masuk, waktu komunis dan sebagainya, dengan di kelompok-kelompokkan begitu.

Penekanan kementerian dan kerajaan pada waktu itu lebih bersifat keselamatan. Selepas itu akhirnya, tahun demi tahun pendekatan kementerian lebih pula kepada soal perpaduan. Hendak meletakkan mereka ini supaya dapat bersama-sama dengan masyarakat luar dan sebagainya. Hanya dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, barulah pihak kementerian, pihak kerajaan memberikan penekanan kepada soal pembangunan infrastruktur ini. Baru sahaja iaitu mulai daripada Rancangan Malaysia Ketujuh. Selepas daripada ini, barulah projek-projek yang saya sebutkan tadi, soal air, soal bekalan elektrik, soal jalan dan sebagainya.

Jadi, pandangan Yang Berhormat itu saya bersetuju. Maknanya hendak mewujudkan satu program pembangunan ekonomi. Hari ini Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sudah ada beberapa projek bersifat komersial yang telah kita wujudkan. Maknanya, kita dirikan dalam satu kawasan perumahan untuk mereka diami dalam keadaan perumahan yang cukup baik, cukup selesa tidak seperti rumah-rumah asli, asal mereka. Tidak!

Akan tetapi, di sebelahnya itu pula kita dirikan ladang-ladang seperti yang saya sebut tadi, ladang kelapa sawit, ladang getah mengikut kesesuaian tanah tersebut. Ini projek yang kita sebutkan Projek Agropolitan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Contohnya ialah di

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 25

Pahang, di Rancangan Masyarakat Orang Asli Kampung Pantos kalau tidak silap saya, berdekatan Lipis dan Jerantut. Saya pergi ke situ.

Saya cukup tertarik hatilah melihat. Maknanya, perkampungannya di sini, ada pula ladang-ladang dan selain daripada tanaman sawit dan getah tadi, ada juga tanah-tanah untuk didirikan cash crop untuk hendak menampung perbelanjaan harian. Jadi, pandangan Yang Berhormat tadi memang pun telah diambil kira dan kita telah pun melaksanakan. Contohnya di Pantos yang saya sebutkan tadi. Sekian Yang Berhormat, terima kasih.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Bangun]

Tuan Muhammad Olian bin Abdullah: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pelbagai pembangunan, pelbagai bantuan untuk pelbagai bentuk pembangunan yang disebutkan tadi juga meliputi pembangunan masjid dan surau-surau di perkampungan Orang Asli ini, dan kalau ada, bagaimanakah cara pembahagiannya?

Lebih spesifik lagi saya ingin bertanya, di Kampung Lui, di Gua Musang juga. Sekarang ada satu masjid sedang dibina tetapi tidak cukup duit. Masjid ini dibina oleh salah satu masjid di Wilayah Persekutuan ini menjadikan kampung itu sebagai kampung angkat tetapi, pada masa ini, pembinaan masjid itu agak tertangguh kerana tidak cukup duit. Bolehkah saya mendapat jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kementerian akan menolong menyiapkan pembangunan masjid itu? Spesifik saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak biayaan yang tidak cukup untuk pembinaan masjid itu dibantu oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Dato’ Haji Hasan bin Malek: Terima kasih Yang Berhormat yang bercakap kepada soal yang sebenarnya secara spesifik berkenaan pembinaan masjid tadi. Saya tidak ada rekod yang terperinci berkenaan dengan soalan ini. Walau bagaimanapun, ini adalah satu usaha yang baik. Ada pihak yang prihatin kepada mereka ini sebab Orang Asli ini ada yang Islam, ada yang tidak ada agama dan sebagainya. Memang ada kita akui kita juga bina surau-surau macam di kawasan kita, di bawahnya dijadikan balai raya, atasnya tempat surau dan sebagainya. Memang ada tetapi secara khusus tempat di masjid Lui ini, saya pergi ke Gua Musang baru-baru ini tetapi tidak sempat pergi ke tempat itu. Insya-Allah, daripada pandangan Yang Berhormat, kita akan cuba rundingkan dengan pihak JAKIM dan juga pihak-pihak yang berwajib untuk kita tentukan bahawa pembinaan masjid ini dapat diteruskan. Insya-Allah.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya minta persetujuan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk Jawatankuasa Kariah masjid berkenaan membuat susulan atas janji Yang Berhormat Menteri ini.

Dato’ Haji Hasan bin Malek: Terima kasih. Yang Berhormat sebut ini pun sudah dapat pahala Yang Berhormat, mendirikan rumah Allah... [Ketawa] Betul!

Saya bersama-sama dengan usaha itu dan saya mengalu-alukan sama ada dia boleh menulis terus kepada saya atau pun datang sendiri atau pun saya sendiri pergi ke sana. Insya-Allah saya melakukan ini... [Tepuk] Ini adalah salah fardu kifayah Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

26 DR 5.5.2010

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita selesaikan hingga soalan nombor 10 sahaja Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG KERETAPI (PINDAAN) 2010

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [4 Mei 2010]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk menyambung perbahasan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Bangun]

Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus.

11.46 pg.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berpandangan, semangat daripada rang undang-undang atau bill yang mengenai kereta api yang dibincangkan sekarang ini ialah keinginan kita, hasrat kita untuk memperkasa, untuk memperbaiki sektor kereta api di negara kita ini. Walaupun secara spesifik bil ini lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak.

Dalam hubungan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk berkongsi sedikit pengalaman peribadi yang ada kaitannya dengan perkhidmatan kereta api ini. Kira-kira 40 tahun yang, saya di sini sebagai reporter muda, wartawan muda. Saya selalu meminjam pas kereta api daripada Allahyarham Dato’ Wan Kadir dan Allahyarham Dato’ Othman Abdullah. Saya pinjam pas mereka untuk berkempen bagi GPMS ke serata tempat. Saya merujuk perkara itu bukan kerana apa, kerana saya mengingati betapa selesanya duduk di Kelas Pertama kereta api, 40 tahun yang lalu, berkat pas yang saya pinjam daripada Allahyarham Dato’ Wan Kadir dan Allahyarham Dato’ Othman Abdullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Saya rujuk kembali pengalaman 40 tahun yang lalu itu dengan pengalaman saya kira-kira empat bulan yang lalu. Saya sebagai Ahli Dewan Negara, saya dapat – kita semualah dapat pas percuma untuk menggunakan kereta api dan saya cuba untuk satu persidangan tentang bahasa di Johor Bahru.

Waktu hendak pergi itu, saya pergi siang dan duduk di kelas pertama tentunya, kira-kira perjalanan dua jam yang pertama itu cukup selesa. Pada masuk jam ketiga dan keempat, air conditioner di kelas pertama itu rosak. Maka,

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 27

berpanas dan berpeluhlah saya dan penumpang-penumpang lain selama dua jam. Itu pengalaman hendak pergi ke Johor Bahru.

Waktu balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, saya ambil mel malam dengan tempat tidur dengan harapan saya akan tidur dengan selesa dan dapat membaca tetapi, sangat menyedihkan Tuan Yang di-Pertua, perjalanan malam dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu sangat tidak selesa. Bilik tidur yang tentunya bilik kelas pertama yang sepatutnya selesa, sangat tidak selesa sama sekali. Hendak membaca pun tidak boleh. Hendak menggunakan air untuk memberus gigi di dalam itu, kita teragak-agak.

Moral daripada cerita ini Tuan Yang di-Pertua, ialah bahawa tolonglah perbaiki balik mutu perkhidmatan kelas pertama, kalau kelas pertama sudah begitu teruk, tentu sahaja kelas yang lain mungkin lebih teruk. Itulah saya harap supaya dalam kita menimbangkan rang undang-undang ini, kita juga memberi perhatian terhadap peri perlunya perkhidmatan kereta api ini ditingkatkan demi keselesaannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: [Bangun]

Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: [Bangun]

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: [Bangun]

■1150

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff.

11.51 pg.

Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Keretapi 1991, Akta 463. Saya melihat pindaan ini melibatkan lapan fasal. Tuan Yang di-Pertua, kereta api bukan sahaja di antara kenderaan pengangkutan tertua di dunia, malahan adalah pengangkutan yang dianggap paling selamat. Di negara kita kereta api ini masih menjadi pilihan pengangkutan rakyat dan sewajarlah ditingkatkan kadar efisiennya sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah tadi, dan agaknya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik. Kalau 40 tahun dahulu, nyata begitu senang sekali malahan sekarang ini nampak huraian Dato’ ini mutu perkhidmatannya tidak seperti yang kita harapkan.

Walaupun perkhidmatan kereta api tidak membawa keuntungan besar tetapi ianya merupakan keperluan rakyat yang harus dikekalkan dengan perkhidmatan yang lebih baik, dan saya nyatakan tahniah kepada KTMB dan juga Perbadanan Aset Keretapi, ya.

Kita melihat ada negara yang menerima kemasukan pelancong yang tinggi memanfaatkan sistem pengangkutan kereta api sebagai satu tarikan pelancong. Oleh itu, apakah ada cadangan jangka panjang kementerian untuk memastikan sistem kereta api ini dimanfaatkan sedemikian?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Projek Landasan Keretapi Berkembar yang dalam pembinaan yang dijangka dapat meningkatkan kapasiti penumpang kereta api hingga empat dan lima kali ganda berbanding dengan sekarang.

Pada masa sekarang ini secara purata KTM, mengangkut lebih kurang 3.8 juta penumpang setahun. Landasan berkembar ini juga dijangka dapat membantu

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

28 DR 5.5.2010 untuk mengurangkan sesak di lebuh raya dan saya memohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sehingga hari ini apakah status pembinaan landasan berkembar bagi laluan Ipoh ke Padang Besar? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop.

11.52 pg.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini. Sungguhpun rang undang-undang ini berkaitan dengan kereta api, saya mengambil pendekatan satu dua perkara yang berkaitan dengan KTM.

Pertama ialah saya ingin tahu apabila Kerajaan Singapura yang menstrukturkan semula laluan Keretapi Tanah Melayu daripada Tanjong Pagar ke Woodlands sekarang ini iaitu di CIQ, ya. Apakah kedudukan tanah-tanah dan aset-aset Keretapi Tanah Melayu yang menjadi milik kerajaan kita sekarang ini dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil supaya tanah-tanah dan aset-aset tersebut tidak terlepas kepada pemilik asing?

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang ingin saya tanyakan kepada pihak yang berkenaan iaitu Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah mengenai beberapa tahun dahulu satu cadangan daripada sebuah syarikat swasta iaitu YTL Corporation, yang mengajukan cadangan kepada pihak kerajaan, projek kereta api laju ataupun bullet train KL-Singapura dan Singapura-Kuala Lumpur khusus untuk membawa penumpang-penumpang, pelancong-pelancong, dan sebagainya. Cadangan tersebut telah didapati tidak sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada ketika itu atas sebab-sebab kedudukan kewangan atau sebagainya. Saya ingin tahu, apakah kerajaan mempunyai cadangan untuk mengkaji semula projek tersebut memandangkan ada feasibility study atau kajian-kajian kemungkinan yang boleh membawa kebaikan kepada ekonomi negara kita? Sekian, saya ingin mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah.

11.55 pg.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua soalan. Pertama berhubung dengan Singapore-Kunming Rail Link (SKRL). Jadi saya ingin tahu, apakah status tentang projek berkenaan yang menghubungi railway network di negara-negara yang terlibat dalam SKRL dan apakah statusnya setakat hari ini?

Kedua, di Seremban Negeri Sembilan, stesen kereta api kedudukannya adalah di tengah bandar sedangkan stesen tersebut dengan depotnya yang besar, yang mempunyai tanah yang luas kalau tidak silap saya dalam lingkungan 83 ekar adalah sungguh strategik memandangkan kepadatan Bandar Seremban pada hari ini. Jadi saya ingin tahu, apakah perancangan kereta api ataupun KTM Berhad berhubung dengan aset yang bernilai tinggi itu, dan adakah usaha-usaha sedang dibuat bagi memajukan sesuai dengan kehendak komersial pada hari ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah.

11.57 pg.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 29

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya juga seperti sahabat-sahabat yang lain ingin menyokong pembentangan rang undang-undang ini untuk menjadikan khidmat kereta api yang kita kenal selama ini Keretapi Tanah Melayu. Akan tetapi dengan pindaan-pindaan yang baru mungkin namanya akan menjadi Keretapi Malaysia. Saya juga mempunyai pengalaman seperti apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah, menyatakan tahun yang lalu.

Saya ketika mula-mula menjadi Ahli Dewan Negara tahun 2005 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Keadaan yang diceritakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus itu saya pun alami juga. Jadi, menunjukkan dalam masa selama lebih kurang tiga atau empat tahun keadaannya tidak berubah dan saya menjangkakan keadaan serupa ini pun mungkin tidak akan berubah.

Jadi harapan kita dengan semangat baru yang terlahir dari pindaan undang-undang ini akan menggesa pentadbiran kereta api untuk memperbaiki khidmat, menyediakan khidmat yang lebih baik kepada pengguna-pengguna kereta api. Ketika Yang Berhormat bekas Menteri Kerja Raya kita yang dahulu, yang sekarang ini jadi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu, dalam satu kenyataan akhbarnya ada menyatakan bahawa Keretapi Tanah Melayu memerlukan satu peruntukan yang agak besar untuk membeli coach, membeli gerabak-gerabak yang lebih baik yang dapat menyediakan khidmat yang lebih selesa.

■1200

Kita berharap kerajaan akan memberikan perhatian pada masalah ini terutamanya Kementerian Pengangkutan kerana salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah memperbaiki, menambah baik perkhidmatan pengangkutan di negara kita ini. Bukan sahaja kita tumpukan perhatian pada Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah-masalah traffic jam, masalah-masalah yang ada hubungannya dengan lalu lintas tetapi, jangan lupa pada khidmat-khidmat yang serupa itu yang dapat kita berikan pada tempat-tempat yang lain.

Kita mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kereta api khususnya kepada Kementerian Pengangkutan yang terus-menerus mempertahankan dan melaksanakan projek-projek besar seperti Landasan Berkembar Kuala Lumpur-Ipoh dan seterusnya ke Utara dan juga dari Kuala Lumpur ke Selatan. Jadi, kita berharap dengan pelaksanaan projek-projek ini, kemudahan-kemudahan pengangkutan akan jadi lebih baik.

Sukar sedikit bagi saya hendak mengucapkan dengan lebih baik dan lebih jelas kerana di negeri Terengganu tidak mempunyai khidmat kereta api, Tuan Yang di-Pertua. Ada kereta api dahulu yang dibuat landasannya dari Bukit Besi ke Kuala Dungun khusus untuk membawa bijih besi dari Bukit Besi ke Kuala Dungun. Jadi, apabila Bukit Besi sudah tidak dilombong lagi, maka berhentilah khidmat kereta api itu yang bukan sahaja sebenarnya membawa bijih besi tetapi juga membawa penumpang-penumpang dari kawasan Bukit Besi ke bandar Kuala Dungun. Kereta api juga ada walaupun pendek dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya tidak ingat berapakah jauhnya, di dalam wilayah Petronas untuk berkhidmat bagi kepentingan-kepentingan wilayah Petronas di Kerteh, Tuan Yang di-Pertua.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

30 DR 5.5.2010

Saya tidak lupa lebih kurang 15 tahun yang lalu, telah dibuat keputusan berdasarkan satu kajian yang cukup lengkap yang mengatakan bahawa adalah baik untuk penduduk-penduduk Pantai Timur, kalau Terengganu diberi, disediakan khidmat kereta api tetapi, entah bagaimana projek ini terpaksa ditangguhkan dengan alasan tidak cukup kewangan untuk membiayai projek ini sehinggalah saya rasa dalam sidang kali ini juga Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan kepada kita bahawa kajian untuk mengadakan perkhidmatan kereta api di negeri Terengganu, kajiannya bukan pelaksanaannya, kajian setakat kajiannya akan dilaksanakan.

Kajian ini akan mengambil masa beberapa bulan. Jadi, harapan saya Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu rakyat Terengganu menunggu dan mengharapkan projek ini menjadi realiti, biarlah kali ini projek ini menjadi realiti dalam keadaan yang sebenarnya kerana saya tidak nampak adanya alasan untuk sekali lagi mengatakan bahawa kita tidak boleh melaksanakan projek ini kerana kita tidak cukup duit.

Saya suka membuat sedikit perbandingan di sini Tuan Yang di-Pertua. Ketika kita berjaya mendaratkan minyak bukan sahaja minyak, begitu juga gas dari pelantar minyak ke negeri Terengganu ke Kerteh dan kita menyalurkan gas ini ke beberapa tempat terutamanya ke Selatan Malaysia juga ke Pantai Barat tetapi, apabila negeri Terengganu dan juga negeri Kelantan menggesa supaya kemudahan yang sama, gas yang sama disalurkan juga ke negeri Terengganu dan seterusnya ke Kelantan. Petronas mengatakan bahawa, tidak ada justifikasinya, tidak ada kewajarannya untuk menyalurkan gas itu. Ini kerana kata mereka tidak ada industri-industri yang besar di Terengganu dan di Kelantan yang memerlukan penggunaan gas. Jadi, kita rasa ini adalah seperti cerita ‘telur dengan ayam’. Mana dahulu, ayam dahulu atau telur dahulu?

Mengadakan industri dahulu baru kita minta disediakan gas ataupun menyediakan gas untuk menggalakkan, untuk menjemput orang-orang yang hendak membuka kilang yang besar-besar ke Terengganu dan Kelantan. Jadi, saya berharap perkara yang seumpama ini janganlah dicari jalan untuk berdalih sekali lagi mengatakan sebab-sebab tertentu yang sukar dipercayai bahawa projek landasan kereta api ke Terengganu malangnya tidak boleh dilaksanakan. Terima kasih. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir.

12.06 tgh.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan akta tentang kereta api ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil perhatian tentang pindaan seksyen 2 iaitu dalam takrif “keretapi”, dengan memotong perkataan, “Keretapi Bukit Bendera”. Adakah Keretapi Bukit Bendera ini telah pun dikeluarkan daripada akta ini? Setahu saya Kerajaan Pusat baru-baru ini telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk Keretapi Bukit Bendera. Jadi, kalaulah peruntukan yang sebegitu besar diluluskan untuk Keretapi Bukit Bendera, alangkah malangnya dalam akta ini Keretapi Bukit Bendera dikeluarkan daripada kementerian. Saya tidak faham apakah maksudnya. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskannya.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 31

Kedua, kita lihat landasan berkembar ini yang sedang berlaku. Saya telah pun berucap dalam Belanjawan Tambahan tentang Gamuda yang telah mendapat projek berbilion ringgit. Jadi, saya berharap kementerian supaya kalaulah penduduk-penduduk di sekitar kampung itu dikeluarkan, dipindahkan, diberikan pampasan atas pertolongan, saya hendak beritahu atas pertolongan UMNO Bahagian di bahagian saya sendiri, di Bukit Mertajam tetapi, kalau projek berbilion ringgit tidak manfaatkan kontraktor-kontraktor kecil, kontraktor Kelas ‘F’, apakah gunanya kita ada projek yang begitu besar tetapi tidak manfaatkan rakyat di kawasan itu.

Jadi, saya mintalah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya dapat menyelesaikan maslah ini. Janganlah projek itu jadi gajah putih, projek begitu besar, orang kampung, orang di Bukit Mertajam, penduduk kontraktor Kelas ‘F’ tidak dapat manfaat. Jadi, saya percaya perkara ini dapat diselesaikan. Terima kasih. Saya pohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

12.08 tgh.

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas penglibatan dalam perbahasan pindaan Akta Keretapi, Akta 463 yang telah saya bentangkan pada kelmarin. Saya dapat melihat bahawa banyak pandangan dan juga teguran-teguran yang telah dikemukakan berkaitan perkhidmatan kereta api ini. Walaupun saya ingin maklumkan di sini bahawa selepas sahaja pindaan ini dibuat dan apabila sahaja SPAD mengambil alih.

Maka sebenarnya perkhidmatan kereta api ini khususnya bagi perkhidmatan operasi kereta api akan dipindah milik atau diserap oleh SPAD sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD yang akan mengambil alih tugas kawal selia terhadap perkhidmatan kereta api ini.

Satu isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator dari Sabah iaitu Datuk Maijol Mahap berkaitan dengan kehendak beliau untuk mendapatkan penjelasan berkaitan dengan projek Keretapi Negeri Sabah. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa Keretapi Negeri Sabah adalah merupakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sabah iaitu milik Kerajaan Negeri Sabah.

■1210

Akan tetapi pada beberapa tahun yang lalu, pada tahun 2004, Kerajaan Persekutuan telah memberikan satu peruntukan bagi menaik taraf landasan dan juga memodenkan kereta api negeri Sabah iaitu satu projek yang telah dibahagi kepada dua pakej iaitu pakej pertama telah diberikan kepada Suria Capital Holdings yang menjalankan tugas-tugas penaikan taraf bagi sektor Tanjung Aru-Kimanis iaitu bernilai lebih kurang RM100 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini telah pun siap lebih kurang 96.27% tetapi ada lagi, walaupun menghadapi sedikit kelewatan, sekarang pihak kontraktor sedang diminta untuk menyiapkannya secepat yang mungkin. Ada lagi usaha-usaha daripada pihak kontraktor untuk misalnya membaiki kecacatan dan juga penambahan skop projek yang berlaku di sektor tersebut.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

32 DR 5.5.2010

Bagi sektor kedua iaitu sektor Kimanis-Tenom yang dilaksanakan oleh Hikmat Asia Sdn Bhd, ianya adalah satu projek yang bernilai RM203 juta. Setakat ini ianya telah pun siap 85.7%. Akan tetapi saya ingin memaklumkan di sini bahawa terdapat sedikit kesulitan bagi pakej ini kerana kontraktor sekarang sedang menghadapi masalah sama ada untuk meneruskan kerja-kerja penambahbaikan ataupun di kawasan gauge line. Ini kerana saya ingin memaklumkan di sini bahawa perkhidmatan kereta api bagi Beufort-Kimanis-Tenom ini, khususnya Beufort-Tenom adalah melalui kawasan-kawasan gauge line iaitu kawasan-kawasan berhampiran dengan Sungai Padas di mana sering berlakunya keruntuhan akibat daripada hakisan dan juga banjir. Ini menyebabkan mungkin satu perubahan skop kerja terpaksa dibuat kerana pihak kontraktor tidak sanggup melakukannya kerana mereka tidak mahu apabila kontrak ini diteruskan ianya akhirnya akan merugikan ataupun tidak menyebabkan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Oleh sebab itu, pihak Kementerian Pengangkutan sedang meneliti tindakan-tindakan sesuai bagi..., dari segi kontrak sama ada untuk menamatkan kontrak ini atau memberikan kepada kontraktor lain ataupun mengubah skop. Ingin juga saya maklumkan di sini bahawa banyak kerja tambahan yang perlu dibuat kerana khususnya bagi level crossing.

Di dalam design reka bentuk awal pelaksanaan projek ini hanya terdapat 22 level crossing tetapi disebabkan ramai permintaan daripada penduduk tempatan dan juga permintaan daripada Kerajaan Negeri, level crossing terpaksa ditambah lagi sebanyak 30 menjadikannya 52, yang menyebabkan sedikit sebanyak menyumbang kepada pelaksanaan projek ini agak sedikit terlambat. Demikian juga pelaksanaan jalan susur di mana pihak JKNS juga sedang meminta peruntukan untuk mengadakan jalan susur di sepanjang kawasan di tepi landasan kereta api tersebut.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat, memang kita mengambil maklum terhadap kelewatan projek ini dan saya secara peribadi telah pun berkali-kali mengambil inisiatif untuk memeriksa sendiri projek ini. Saya juga telah mendapatkan briefing beberapa kali daripada pihak konsultan dan saya telah memaklumkan kepada pihak konsultan untuk meminta pihak kontraktor supaya dapat menyiapkan dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat, khususnya kepada pengguna-pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, pembelian DMU ataupun set DMU telah pun sampai lebih kurang RM50 juta. Apabila perkhidmatan ini dapat dilaksanakan, sudah tentu akan memberikan satu transformasi yang lebih besar terhadap perkhidmatan kereta api di negeri Sabah kerana set DMU ini adalah merupakan set yang lebih selesa. Ia merupakan set yang dibeli dari negara China ini yang telah pun sampai di depoh kereta api negeri Sabah yang akan dapat meningkatkan keselesaan terhadap penumpang-penumpang sekiranya ianya dapat mula beroperasi dalam secepat yang mungkin. Jadi kita berharap satu keputusan dan juga tindakan dapat diambil khususnya bagi pakej pertama. Kita berharap pakej pertama ini khususnya bagi laluan Tanjung Aru ke Kimanis, ianya akan dapat dimulakan dalam tahun ini.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah ada memberikan beberapa komen berkaitan dengan perkhidmatan kereta api yang pada pendapat beliau memang agak tidak selesa. Kita mengambil maklum terhadap pandangan tersebut.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 33

Sememangnya pihak KTMB memang berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik tetapi, ada juga ketikanya kadang-kadang perkhidmatan tersebut tergendala dan ianya memerlukan satu peruntukan yang banyak untuk menambah baik.

Saya percaya dengan pelaksanaan atau pengambilalihan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu ini di bawah SPAD yang akan diserahkan kepada kawal selia SPAD dan juga perancangan dan juga pembangunan masa hadapan perkhidmatan kereta api ini, saya percaya kerajaan akan dapat memberikan fokus terhadap bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan juga peningkatan operasi yang lebih baik terhadap pengangkutan awam di negara ini termasuk perkhidmatan rel. Kita berharap SPAD akan dapat mengambil tindakan terhadap masa depan perkhidmatan kereta api di dalam negara ini.

Yang Berhormat Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff ada membangkitkan berkaitan dengan pelaksanaan double tracking. Juga cadangan beliau tentang untuk menambah baik, itu merupakan satu cadangan dan kita akan mengambil maklum. Saya percaya SPAD juga akan mengambil maklum.

Ianya sepertimana yang kita tahu bahawa perkhidmatan kereta api ini di kebanyakan negara, ianya menjadi backbone transportation system khususnya di negara-negara Eropah, India, China dan kebanyakan negara lain tetapi, kerajaan kita memang mengehendaki juga pelaksanaan projek ini ditambah baik. Sebab itulah kerajaan membelanjakan wang yang begitu banyak untuk melaksanakan projek-projek berkaitan dengan double tracking. Ini kerana projek double tracking ini sekiranya dapat dilaksanakan sepenuhnya, ia akan dapat meningkatkan keupayaan perkhidmatan kereta api kita dengan lebih baik.

Saya ingin memaklumkan di sini bahawa perbelanjaan bagi pelaksanaan double tracking ini adalah merupakan satu perbelanjaan yang begitu besar. Bagi projek dari Johor Bahru ke Padang Besar, sekiranya siap ianya mungkin tidak kurang daripada RM30 bilion lebih, mungkin mencecah sehingga RM40 bilion. Saya ingin memaklumkan berkaitan dengan double tracking project yang ditanya oleh Yang Berhormat. Bagi projek Ipoh-Padang Besar, saya ingin memaklumkan di sini bahawa projek yang bernilai RM12.485 bilion ini yang jika di campur dengan kos-kos yang lain seperti cost of funds ataupun kos-kos pengambilan tanah dan kos-kos yang lain, akhirnya ia akan bernilai RM16.052 bilion.

Projek ini adalah yang dikendalikan oleh kontraktor MMC-Gamuda JV Sdn Bhd. Saya ingin memaklumkan di sini untuk makluman Yang Berhormat bahawa dalam pelaksanaan, semenjak 8 Januari 2008 projek ini telah pun dilaksanakan dan saya sendiri telah pun melihat pelaksanaan projek ini dan ianya dijangka siap pada Disember 2013. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kemajuan kerja bagi projek landasan Ipoh-Padang Besar ini adalah 45% jadual dan kemajuan sebenar ialah 41%. Di antara stesen-stesen baru yang akan diwujudkan sepanjang landasan berkembar ini ialah dari Taiping-Butterworth iaitu Taiping, Butterworth, Bukit Mertajam, Kuala Kangsar, Alor Setar, Arau dan Sungai Petani.

Panjang projek ini ialah 329 kilometer yang melibatkan 21 stesen, sepuluh perhentian dan dua terowong iaitu di Bukit Berapit dan juga Bukit Larut. Projek ini sedang berjalan dengan lancar dan kelewatannya tidaklah begitu serius. Kita percaya sekiranya projek ini dapat disiapkan dengan segera, ianya akan memberikan faedah kepada penduduk-penduduk khususnya dari Ipoh ke Padang Besar yang juga melewati beberapa negeri-negeri yang lain seperti Pulau Pinang dan juga Kedah sehinggalah ke Perlis. Yang Berhormat juga ada...

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

34 DR 5.5.2010 ■1220

Datuk Akbar bin Ali: Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin hendak bertanya sedikit.

Apabila berjayanya double-tracking ini dilaksanakan, apakah impaknya ke atas pengangkutan lain seperti pengangkutan udara dan juga pengangkutan darat iaitu bas? Sama ada ia akan mengurangkan penggunaan pengangkutan tadi dan dengan demikian boleh mengurangkan revenue.

Keduanya, saya hendak alihkan pula pandangan ke selatan kerana saya di selatan. Adakah benar cerita bahawa ada pihak tertentu berminat menyediakan perkhidmatan dengan izin, equivalent bullet train antara Kuala Lumpur ke Singapura? Jika benar, apakah impaknya ke atas KLIA nanti? Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Yang Berhormat, ingin dimaklumkan di sini bahawa perkhidmatan kereta api ini adalah merupakan perkhidmatan complementary di dalam perkhidmatan pengangkutan di dalam negara kita. Kita harus berfikiran positif bahawa seperti mana yang kita tahu bahawa penduduk negara kita sentiasa bertambah. Kalau dua dekad yang lalu penduduk kita mungkin dalam lingkungan kurang daripada 20 juta, tetapi hari ini telah meningkat kepada 30 juta. Demikian juga dengan kerancakan kemasukan bukan sahaja pelancong, pelabur dan juga bermacam aktiviti perdagangan. Ia sudah tentu akan memerlukan kita untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang lebih efisien.

Seperti mana yang kita tahu bahawa di dalam negara ini jumlah kereta yang ada di dalam negara ini pun sudah mencecah 19.5 juta. Saya percaya ini adalah merupakan satu fenomena yang mungkin akan menyebabkan timbulnya masalah kesesakan dan masalah-masalah lain seperti masalah kemalangan. Oleh sebab itu, kerajaan melalui NKRA ingin melaksanakan secara komprehensif pembangunan sektor pengangkutan awam. Dengan adanya pengangkutan awam ini ia bukan sahaja dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk dalam negara ini tetapi juga dapat membantu untuk merangsang ekonomi.

Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat mengenai dengan cadangan yang dibuat oleh YTL yang juga telah ditanya oleh Yang Berhormat yang lain tadi. Bahawa sebenarnya memang ada cadangan daripada satu pihak syarikat persendirian iaitu syarikat YTL untuk mengadakan satu projek high-speed rail daripada Kuala Lumpur ke Singapura. Masih banyak lagi pandangan berkaitan dengan isu ini. Kerajaan setakat ini belum lagi ada membuat apa-apa keputusan mengenainya.

Saya ingin memaklumkan di sini bahawa pelaksanaan high-speed rail ini juga bukanlah merupakan satu pelaksanaan projek yang mudah kerana ia melibatkan kos yang begitu banyak, berbilion-bilion ringgit. Banyak negara lain yang telah melaksanakannya pun mereka juga menghadapi pelbagai masalah misalnya, baru-baru ini high-speed rail yang dilaksanakan di Taiwan. Walaupun ia telah membantu menyingkatkan perjalanan daripada enam jam kepada satu jam 45 minit yang sudah tentu memberikan keselesaan kepada penduduk di negara tersebut.

Akan tetapi ada juga masalah-masalah lain kerana masalah dari segi viability, dari segi bagaimana untuk menampung operational cost dan juga mendapatkan keuntungan dalam perkhidmatan tersebut. Jadi banyak perkara yang ingin dipertimbangkan tentang pelaksanaan projek ini. Sekiranya projek ini benar-benar memberikan keuntungan kepada negara, sudah tentu kerajaan akan membuat keputusan.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 35

Ada juga pandangan-pandangan seperti mengatakan bahawa ia akan menjejaskan status KLIA sebagai sebuah hab penerbangan yang sedang cuba diadakan di dalam negara ini iaitu untuk menjadikan KLIA juga kompetitif sebagai hab penerbangan bagi rantau Asia Tenggara.

Yang Berhormat Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin ada menyebut tentang perkhidmatan kereta api ke Singapura. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan di sini bahawa perkhidmatan harian kereta api ke Tanjong Pagar masih lagi dilaksanakan sehingga ke hari ini. Belum ada lagi tindakan untuk memindahkannya ke tempat-tempat lain, walaupun kita ada juga tanah-tanah kereta api khususnya di kawasan Kranji yang boleh digunakan. Namun setakat ini kita belum ada membuat apa-apa keputusan dan perkhidmatan kereta api ke Tanjong Pagar masih lagi dilaksanakan seperti biasa.

Berkaitan dengan isu aset-aset kereta api yang berada di Singapura dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Singapura untuk mengambil alih atau mengadakan tindakan-tindakan tertentu. Ingin saya nyatakan di sini bahawa ia adalah tertakluk kepada point of agreement yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Singapura. Ia telah dirunding secara bilateral di antara kedua-dua negara dan perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Setakat ini belum ada apa-apa keputusan untuk dimuktamadkan cara bagaimana harta-harta tersebut dapat dilaksanakan ataupun diambil tindakan.

Yang Berhormat Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin juga ada menyentuh tentang YTL high-speed rail. Ini telah pun saya jawab tadi bahawa mungkin keperluan untuk membuat kajian lanjut ini dapat dilakukan. Sekiranya kerajaan berpendapat bahawa ia dapat memberikan kepentingan maksimum kepada negara kita sudah tentu ia akan dilaksanakan. Namun setakat ini kita tidak mengambil apa-apa keputusan.

Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah berkaitan dengan projek Singapore-Kunming Rail Link (SKRL). Pada beberapa bulan yang lalu saya sendiri telah mempengerusikan satu mesyuarat yang dilaksanakan di Hanoi berkaitan dengan projek SKRL ini. Projek Trans-Asia Rail Link melibatkan beberapa negara khususnya Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam dan selanjutnya di Myanmar dan seterusnya ke Kunming iaitu di Selatan China. Projek ini memang masih lagi berjalan dan beberapa kawasan-kawasan yang tertentu untuk disambung khususnya beberapa kawasan di Kemboja dan Laos. Ini memerlukan bantuan daripada dana-dana antarabangsa khususnya Bank Dunia dan juga beberapa dana yang sedang ditubuhkan oleh ASEAN. Ini kerana, tanpa connection bagi beberapa kawasan ini ia masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Untuk makluman juga, beberapa tahun yang lalu pihak Kerajaan Malaysia telah pun mendermakan beberapa railway sleepers dan juga trek kepada Kemboja untuk membolehkan mereka menyambungkan beberapa laluan yang masih belum dapat dilaksanakan.

Yang Berhormat juga ada menyentuh berkaitan dengan stesen kereta api di tengah bandar Seremban yang seluas 83 hektar. Saya ingin menyatakan di sini bahawa semua aset kereta api di dalam negara ini adalah ditadbirkan oleh Perbadanan Aset Keretapi (PAK) di bawah Kementerian Pengangkutan. Setakat ini untuk tanah di Seremban ini belum ada lagi tindakan-tindakan yang dibuat ataupun perancangan-perancangan masa hadapan. Kita juga melihat sekiranya ada rancangan-rancangan daripada pihak-pihak tertentu mungkin kita boleh mempertimbangkannya.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

36 DR 5.5.2010 Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah ada membangkitkan beberapa teguran tentang keadaan keselesaan di dalam kereta api. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi bahawa pihak kerajaan sekarang sedang melaksanakan pelbagai program transformasi di dalam perkhidmatan kereta api dalam negara kita seperti yang saya sebutkan tadi, projek-projek landasan berkembar. Baru-baru ini dalam bajet iaitu peruntukan tambahan yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, kerajaan di bawah inisiatif NKRA telah pun meluluskan pembelian sebanyak 38 buah EMU enam gerabak iaitu satu pembelian untuk melaksanakan NKRA. Ini adalah merupakan pembelian yang dapat meningkatkan keupayaan perkhidmatan komuter dan kereta api dalam negara ini.

■1230

Selain daripada beberapa inisiatif lain dan kita juga tidak lama lagi akan mendapat juga pemberian 14 koc terpakai dari Jepun yang digunakan khususnya di kawasan Pantai Timur iaitu merupakan sumbangan daripada JICA, Jepun dan koc-koc ini akan dibawa ke Malaysia dan ianya akan diubahsuai dan selepas ianya diubahsuai ianya akan dapat digunakan untuk perkhidmatan-perkhidmatan khususnya di kawasan Pantai Timur.

Berkaitan dengan kereta api di Pantai Timur seperti mana yang saya jelaskan sebelum ini bahawa sememangnya kerajaan telah pun mengambil inisiatif melalui ECER dalam keputusan yang telah dibuat kerajaan ialah menggunakan East Cost Economic Region sedang membuat kajian terhadap laluan Pantai Timur dan projek ini telah pun diserahkan kepada satu konsultan yang dipanggil HSSI Consultant Services sebagai principal consultant untuk membuat kajian dan kajian ini telah pun dibuat bermula pada 16 Disember 2009, dan akan berakhir pada 15 Disember 2010.

Saya percaya kajian ini adalah untuk menentukan dari segi viability dan juga dari segi kos yang terlibat dan sekiranya kerajaan mempunyai kemampuan yang mencukupi, saya percaya kerajaan akan mengambil keputusan untuk melaksanakan projek kereta api rel Pantai Timur ini.

Memang kita sedar bahawa banyak permintaan khususnya daripada penduduk di pantai timur untuk mendapatkan perkhidmatan rel yang melibatkan beberapa bandar utama seperti Kuantan, Kuala Terengganu tetapi ia akhirnya bergantung kepada hasil kajian yang akan dibuat selepas ini. Yang Berhormat Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir ada...

Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah: Yang Berhormat, pohon sedikit penjelasan.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Ya.

Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah: Berhubung dengan kereta api yang dihadiahkan oleh Kerajaan Jepun. Setahu saya daripada maklumat yang saya baca dalam surat khabar bahawa kereta api ini kereta api yang telah dipakai dan kita bersedia menerimanya. Pertanyaan saya tidakkah ini menimbulkan semacam rasa rendah diri, ragu-ragu tentang keupayaan kereta api ini yang telah dipakai dan kita terima untuk berkhidmat di tempat kita. Jadi seolah-olah kita menggunakan barang yang telah dipakai untuk penduduk-penduduk kita. Jadi menampakkan pada saya bukan kita hendak berbangga tetapi menampakkan kepada kita bahawa seolah-olah kita tidak mampu untuk membeli mesin yang baru Tuan Yang di-Pertua.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 37

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir bukanlah bermaksud begitu Yang Berhormat kerana seperti mana yang kita tahu bahawa kebanyakan negara maju khususnya negara Jepun, mereka bagi sesuatu koc kereta api itu setiap 20 tahun ianya boleh diperbaiki dan dilanjutkan hayatnya sehingga another 20 years iaitu menjadi 40 tahun. Sebab itu apabila koc-koc yang terpakai ini ditawarkan kepada kita dan kita telah melihat koc-koc ini tentang keadaan dan juga keboleh pakaiannya dan kita telah mengambil keputusan untuk mengambil kerana ianya akan dapat membantu kita untuk meningkatkan perkhidmatan atau menambahkan tawaran ataupun penawaran terhadap perkhidmatan di dalam negara kita.

Jadi saya fikir itu tidak timbul Yang Berhormat kerana apabila koc-koc ini sampai di dalam negara kita, kita akan membuat refurbishment dan saya difahamkan untuk 14 koc yang akan ditawarkan kita hanya perlu membelanjakan RM10 juta untuk refurbishment tetapi dari segi pulangan dan juga perkhidmatannya ianya akan dapat juga memberikan juga kebaikan kepada perkhidmatan kereta api khususnya di dalam negara kita khususnya bagi perkhidmatan-perkhidmatan luar bandar yang saya percaya koc-koc ini memang adalah koc-koc yang lebih baik. Kita juga tidak mahu mengambil barang yang sudah rosak ataupun yang kita tahu tidak akan menguntungkan kita.

Yang Berhormat Dato' Musa ada membangkitkan berkaitan dengan Keretapi Bukit Bendera. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa selama ini pun sebenarnya Keretapi Bukit Bendera ini adalah dikawal selia oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan segala penyelenggaraan dan juga perkhidmatannya adalah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini berada di dalam kerajaan pembangkang tetapi tidak menghalang Kerajaan Persekutuan untuk memberikan satu peruntukan sebanyak RM60 juta seperti yang dinyatakan tadi untuk menambah baik perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera ini.

Ianya sebagai satu daripada usaha daripada Kementerian Pelancongan untuk membolehkan perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera ini dapat memberikan keuntungan terhadap bukan sahaja kepada Pulau Pinang tetapi kepada negara ini dan ianya dikeluarkan daripada akta ini kerana kita fikir bahawa memandangkan Keretapi Bukit Bendera ini sememangnya di bawah State List atau di bawah kawal selia kerajaan negeri kita biarkanlah di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengawal selianya.

Walaupun kita masih boleh memberikan bantuan dari segi bantuan pembangunan bagi projek kereta api ini dan ini adalah sama dengan apa yang berlaku terhadap kereta api negeri Sabah. Kereta api negeri Sabah adalah kereta api yang dimiliki oleh kerajaan negeri tetapi kereta api ini adalah di bawah State List tetapi ia juga mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Berkaitan dengan teguran beliau terhadap...

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Minta laluan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Ya.

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas bantuan kewangan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelenggarakan sistem Keretapi Bukit Bendera. Walaupun saya rasa sudah tiga kali berlaku masalah kepada Keretapi Bukit Bendera ini, Kerajaan Persekutuan telah pun membantu untuk menghantar dana untuk membuat penambahbaikan.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

38 DR 5.5.2010

Akan tetapi walaupun kawal selia itu dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, perlu jugalah pihak Persekutuan ataupun pihak kementerian Yang Berhormat sendiri untuk memantau perkara ini oleh kerana kerap sangat berlaku masalah Keretapi Bukit Bendera ini para pelancong selalu merungut apabila datang sahaja Keretapi Bukit Bendera tidak boleh dipakai. Ada breakdown sana, ada breakdown sini. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Yang Berhormat Senator, sebenarnya apa yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM60 juta melalui Kementerian Pelancongan adalah merupakan satu inisiatif yang dibuat bagi mengatasi masalah tersebut. Peruntukan ini adalah disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang dan apa juga penambahbaikan itu adalah dibuat dan kita berharap dengan peruntukan ini akan menyebabkan segala masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu tidak akan timbul lagi. Walaupun pengawalseliaan dan juga maintenance ini adalah ditanggung oleh kerajaan negeri tetapi bagi isu projek-projek pembangunan, saya fikir Kerajaan Persekutuan bersedia seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Yang Berhormat Senator Dato' Musa juga membangkitkan berkaitan dengan kontraktor bumiputera dalam pelaksanaan projek MMC-Gamuda JV ini khususnya bagi Ipoh-Padang Besar ada juga dibangkitkan berkaitan dengan masalah penglibatan kontraktor bumiputera khususnya kontraktor kecil. Kita akan ambil maklum terhadap pandangan ini dan saya akan sampaikan kepada pihak-pihak tertentu.

Walaupun mengikut apa yang telah diberitahu oleh pihak MMC-Gamuda bahawa sebenarnya memang dalam kontrak MMC-Gamuda ini mereka telah disyaratkan untuk memberikan peluang 30% kepada kontraktor-kontraktor bumiputera tetapi, kalau mengikut apa yang dilaporkan oleh MMC Gamuda, setakat ini mereka telah pun employ lebih kurang 34% daripada kerja-kerja itu diserahkan kepada kontraktor bumiputera iaitu yang berkelas ‘A’, ‘B’, ‘C’ dan kelas-kelas yang lain. Jadi saya fikir itu sahaja yang saya ingin...

■1240

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Mohon sedikit laluan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Minta laluan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Ya.

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan peruntukan yang diberikan ataupun agihan manfaat kepada kontraktor tempatan bumiputera ini saya ingin ingatkan kepada kementerian berhubung dengan Projek MMC ataupun landasan kedua ini, harus diteliti kerana biasanya mereka menyenaraikan senarai kontraktor itu berdasarkan perkara. Jadi kelihatannya melebihi 30% tetapi, dari segi amaunnya, jumlahnya kadang-kadang dia memang sangat rendah. Jadi, kita harap kementerian tolong teliti perkara ini.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat adalah seorang jurutera dan saya percaya beliau seorang yang mengetahui berkaitan dengan kontrak dan saya akan mengambil maklum pandangan Yang Berhormat dan kita akan maklumkan. Kementerian akan maklumkan terhadap cadangan-cadangan, teguran-teguran Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan isu ini. Jadi itu sahaja antara isu-isu yang dibangkitkan di dalam pembentangan akta ini.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 39

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terhadap pandangan-pandangan Ahli Yang Berhormat dan sekiranya saya tidak dapat menjawabnya dengan baik, saya akan cuba mencari maklumat dan akan menyampaikan dengan secara bertulis. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 8 diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG

SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010

Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga

12.46 tgh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' S. K. Devamany]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ke arah mencapai pengangkutan awam darat yang selamat boleh diharap, responsif, mudah diakses, cekap, terancang, bersepadu dan mampan di samping memastikan penyediaan perkhidmatan yang mampu dibayar bagi pembawaan penumpang dan perkhidmatan yang kompetitif, bagi pembawaan barangan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya, dibacakan kali kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada sesiapa yang menyokong?

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong

Dato' S. K. Devamany: Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang SPAD ini akan mewujudkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menyepadukan perancangan pengawalseliaan dan penguatkuasaan pengangkutan awam darat yang meliputi mod pengangkutan seperti berikut:

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

40 DR 5.5.2010

(i) bas termasuk bas pelancongan;

(ii) teksi;

(iii) teksi Limousin;

(iv) kereta Sewa dan Pandu;

(v) kenderaan barangan; dan

(vi) kereta api.

Latar belakang Penubuhan SPAD bertujuan untuk menambah baik pengangkutan awam supaya menjadi lebih efisien dan lebih cekap melalui perwujudan sistem pengangkutan awam yang terancang, berintegrasi, mudah diakses dan berdaya maju. Kerajaan berazam untuk memperbaiki mutu pengangkutan awam negara. Untuk ini, perkhidmatan pengangkutan awam telah dijadikan satu daripada bidang keberhasilan utama negara atau dengan izin, National Key Result Area (NKRA) di bawah program transformasi kerajaan.

Ke arah ini, satu langkah utama yang akan dilaksanakan ialah memperbaiki langkah kawal selia bagi industri pengangkutan awam darat melalui penubuhan SPAD. Jika dahulunya aktiviti perancangan, pelesenan, penguatkuasaan melibatkan lebih 13 agensi.

Dengan adanya rang undang-undang ini, pelaksanaan dasar, pemantauan dan penguatkuasaan akan diterajui dan di perkasa oleh SPAD. SPAD mempunyai enam dasar objektif utama untuk memastikan yang berikut:

(i) keselamatan pengguna;

(ii) keandalan atau reliability dengan izin, dan kecekapan memberi perkhidmatan;

(iii) rangkaian yang bersepadu;

(iv) industri pengangkutan yang berdaya maju;

(v) pengawasan yang berkesan; dan

(vi) perancangan yang bersepadu.

Dasar objektif yang saya sebutkan ini akan menjadi landasan bagi satu sistem pengangkutan awam yang efisien dan pada keseluruhannya menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat terutamanya kepada mereka di dalam golongan berpendapatan rendah yang sebahagian besarnya bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang dicadangkan ini terdiri daripada enam bahagian dan 47 fasal dan Jadual. Buat permulaan, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 ini hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Oleh yang demikian, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Jabatan Keretapi bagi Semenanjung Malaysia akan diserapkan ke dalam SPAD. Izinkan saya untuk mengutarakan bahagian-bahagian penting dalam rang undang-undang ini.

■1250

Bahagian II – Suruhanjaya. Bahagian II rang undang-undang ini mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai penubuhan Suruhanjaya dan perihal keahlian Suruhanjaya tersebut.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 41

Fasal 3 rang undang-undang ini memperuntukkan penubuhan SPAD sebagai satu badan yang boleh menyaman dan juga di saman.

Fasal 5 pula memperuntukkan pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya yang terdiri daripada pengerusi, ketua pegawai eksekutif, tidak lebih daripada lima orang wakil dari kerajaan dan tiga hingga lima orang ahli yang mempunyai pengetahuan serta pengalaman di dalam perihal pengangkutan awam darat. Terma pelantikan bagi ahli Suruhanjaya adalah selama tiga tahun dan mereka layak untuk dilantik semula selepas tamat tempoh terma tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III adalah mengenai fungsi dan kuasa Suruhanjaya. Fungsi dan kuasa Suruhanjaya termasuk kuasa Menteri yang dipertanggungjawabkan ke atas SPAD adalah terkandung dalam Bahagian III. Antara fungsi Suruhanjaya yang disenaraikan di dalam bahagian ini adalah:

(i) menasihati Menteri mengenai polisi, perancangan induk, pengangkutan awam darat negara dan wilayah serta struktur atau mekanisme tambang yang adil dan efisien;

(ii) mempromosi, menggalakkan dan melaksanakan peruntukan perkhidmatan yang andal atau reliable, dengan izin, bagi penumpang kenderaan perkhidmatan awam serta perkhidmatan yang kompetitif bagi pembawaan barangan melalui kenderaan barangan;

(iii) mempromosi, menggalak dan melaksanakan di samping mengawal selia pengeluaran teknologi bagi penambahbaikan pencapaian mesra alam. Menjalankan tinjauan dan penyelidikan serta menganalisis dan menerbitkan maklumat statistik yang relevan kepada fungsi suruhanjaya atau pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan awam darat; dan

(iv) mempromosi kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan awam darat dengan reka bentuk yang memberi kemudahan kepada orang kurang upaya.

Berlandaskan senarai fungsi yang terkandung dalam rang undang-undang ini, SPAD dapat membentuk struktur organisasi yang ideal bagi memastikan kesemua fungsi tersebut akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan efisien.

Bahagian V – Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi bahagian yang ingin saya perjelaskan ialah bahagian V berkenaan kewangan. Di mana fasal 29 rang undang-undang ini mewujudkan Tabung Kumpulan Wang SPAD bagi tujuan membiayai operasi suruhanjaya. Sumbangan kewangan tabung ini antara lain adalah daripada Kerajaan Persekutuan, fi, caj pentadbiran dan kutipan kompaun. Kedua-dua fasal 29 dan fasal 30 akan menjadi garis sempadan kepada suruhanjaya dalam menentukan perkara-perkara yang boleh diguna pakai bagi tujuan pendapatan dan perbelanjaan Suruhanjaya.

Fasal 31 hingga fasal 37 pula memperuntukkan tanggungjawab suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi-fungsi yang telah diperuntukkan supaya pentadbiran suruhanjaya mempunyai ciri-ciri tadbir urus korporat yang mantap. Ini adalah penting dalam memastikan integriti dan ketelusan suruhanjaya dipelihara sepanjang masa supaya rakyat yakin akan tindakan suruhanjaya dalam menjalankan tugas merancang, mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang pengangkutan awam darat.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

42 DR 5.5.2010

Bahagian VI - Am. Tuan Yang di-Pertua, bahagian ini yang terakhir menyentuh tentang perkara-perkara am seperti kuasa pendakwaan, perlindungan kepada tindakan guaman dan prosiding undang-undang serta kuasa untuk melantik perunding dan pakar.

Mengikut fasal 38, SPAD boleh memulakan pendakwaan dengan kebenaran bertulis daripada pendakwa raya. Ini akan membolehkan suruhanjaya untuk mewujudkan unit pendakwaannya sendiri bagi memulakan kes-kes pendakwaan terhadap pihak yang melakukan kesalahan tanpa membebankan Jabatan Peguam Negara. Ini juga akan mempercepatkan proses dakwaan.

Jadual - Jadual di dalam rang undang-undang ini memperuntukkan tatacara dan tanggungjawab suruhanjaya mengenai perjalanan mesyuarat ahli suruhanjaya. Berpandukan peruntukan rang undang-undang sebegini, SPAD akan menjadi sebuah organisasi yang teratur, telus dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan kerajaan amat komited untuk menambah baik kualiti perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, kerajaan mencadangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang bertujuan untuk mentransformasikan dan menyelaraskan kerangka dan landskap pengangkutan awam darat di Malaysia. Adalah menjadi harapan kerajaan, rang undang-undang ini mendapat sokongan dan diterima baik oleh semua pihak termasuk pihak pembangkang supaya bersama kita dapat meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada sesiapa yang menyokong?

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ke arah mencapai pengangkutan awam darat yang selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, cekap, terancang, bersepadu dan mapan, di samping memastikan menyediakan perkhidmatan yang mampu dibayar bagi pembawaan penumpang dan perkhidmatan yang bersaingan bagi pembawaan barangan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya, dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Datuk Akbar Ali.

12.56 tgh.

Datuk Akbar bin Ali: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kawan baik saya, Dato’ Devamany. Saya ada lebih kurang empat minit sahaja lagi sebelum kita tamatkan.

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya kita disuakan dengan satu rang undang-undang untuk memperbaiki sistem pengangkutan negara khususnya pengangkutan darat. Kita semua akui bahawa sistem pengangkutan adalah nadi kepada ekonomi negara. Untuk memajukan ekonomi sudah tentu memerlukan antara lain sistem pengangkutan yang baik dan efisien. Ia juga adalah untuk kepentingan kesejahteraan hidup serta kualiti pada keseluruhannya.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 43

Bertitik tolak daripada situ, sebenarnya saya ingin bertanyakan perkara umum sebelum saya pergi kepada fasal demi fasal bagi fasal-fasal tertentu, Yang di-Pertua.

Pertama sekali, secara makronya apakah sebenarnya inti pati Dasar Pengangkutan Negara dalam konteks keseluruhan dasar yang ada di negara kita? Maksud saya ialah adakah kita hendak menangani isu pokok berkenaan memudahkan akses pengangkutan, yang mana ia mungkin bertentangan dengan Dasar Automotif Negara kerana dilihat atau perceive, mungkin bertentangan dengan Dasar Automotif Negara. Ini adalah kerana apabila kita menggalakkan pengangkutan awam, maka dengan sendirinya atau biasanya akan mengurangkan pembelian dan penjualan kereta kerana kita hendak menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, terutamanya di Malaysia sekarang di mana kadar penggunaan pengangkutan awam agak rendah.

Kalau mengikut statistik tertentu iaitu hanya lebih kurang 16% pada masa ini. Apabila kita galakkan misal kata kita hendak mencapai satu bench mark atau penanda aras katakan 30%, ini bermakna penjualan kereta baru mungkin akan berkurangan. Jadi kalaulah berlaku pertentangan antara dua dasar ini atau dua pemeringkatan ini. Bagaimanakah kita hendak mengharmonikannya supaya kita akan dapat menikmati apa yang biasa kita dengan sebagai menang-menang atau win-win situation.

Yang keduanya, isu pokok yang besar terutamanya yang sering diperkatakan ialah ke arah green environment iaitu persekitaran hijau ataupun menggunakan green technology. Maka saya lihat dalam akta ini memang ada menyentuh berkenaan dengan penggunaan teknologi...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup.

Datuk Akbar bin Ali: Okey. Saya orang yang mematuhi peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh sambung. Boleh sambung perbahasan jam 2.30 petang nanti. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya persilakan Datuk Akbar bin Ali menyambung ucapan. Silakan.

2.32 ptg.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi saya berhenti dekat penggunaan teknologi hijau, yang mana nampaknya selaras dengan Akta Pengangkutan Darat ini iaitu saya khusus kepada fasal 15(k). Isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan adalah, kita tahu bahawa sebelum wujudnya SPAD, sebelum ini Timbalan Menteri sebut tadi ada 13 atau 14 agensi yang terlibat dalam pengurusan Sistem Pengangkutan Darat ini. Jadi apa yang ingin saya tahu di sini, sudah tentu ada kelemahan-kelemahan yang sedia ada yang menyebabkan maka perlu diwujudkan SPAD ini.

Bagaimanakah SPAD ini akan berfungsi untuk menangani semua kelemahan tersebut dan dengan itu akan dapat menghasilkan kejayaan. Jadi apakah usaha yang hendak dibuat sehingga boleh menghapuskan kelemahan yang ada dan dengan itu boleh menghasilkan kejayaan.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

44 DR 5.5.2010 Seterusnya yang ingin saya tahu, apakah dengan izin, push and pull factors yang hendak diwujudkan atau yang hendak dieksploitasi bagi memastikan bahawa SPAD ini berjaya khususnya dari segi outcome nya nanti, penduduk awam akan lebih ramai menggunakan perkhidmatan awam. Seterusnya saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, untuk berjaya pengangkutan darat ini telah dicurahkan begitu banyak peruntukan. Pada tahun 2004 sehingga tahun 2008, sebanyak RM10 bilion telah diluluskan dan pada Bajet 2009, sebanyak RM35 bilion lagi telah diperuntukkan sehingga tempoh tahun 2014. Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama 2009, diluluskan lagi sebanyak RM0.5 bilion iaitu RM500 juta bagi tujuan pengangkutan awam. Secara purata bagi tempoh tahun 2004 sehingga tahun 2014, sebanyak RM4.1 bilion dibelanjakan untuk pengangkutan awam. Saya ingin tahu dan Dewan ini pun ingin tahu, apakah outcome nya dan impak ekoran dari perbelanjaan yang begitu banyak telah dicurahkan untuk sistem pengangkutan ini. Sedangkan kita tahu keadaannya masih lagi teruk.

Soalan saya selanjutnya adalah dalam sistem pengangkutan awam khususnya Kuala Lumpur, ada tiga pemain utama. Pertama ialah pihak aset operator seperti RapidKL, KL Monorail dan satu lagi ialah asset owner, dengan izin, iaitu Prasarana Sdn. Bhd. dan yang ketiganya ialah aset supplier dan kita difahamkan yang menjadi supplier utama ialah Scomi. Dalam konteks peruntukan yang banyak dan dibelanjakan seperti mana yang saya sebutkan tadi, siapakah yang banyak mendapat manfaat daripada peruntukan kerajaan yang saya katakan sebentar tadi? Seterusnya sebagai unit baru atau entiti baru yang akan diwujudkan setelah diluluskan.

Jadi, saya ingin tahu selaras dengan konsep baru yang diperkenalkan oleh kerajaan, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu GTP, PTK bahasa Melayunya, sejauh mana nanti SPAD ini akan melaksanakan tugasnya seperti dalam fasal 15, selaras dengan GTP iaitu akhirnya akan dapat memberikan perkhidmatan yang efisien yang kita kata tadi, iaitu yang pro rakyat selaras dengan konsep 1Malaysia.

Untuk itu apakah pendekatan yang akan digunakan? Ini sering saya bangkitkan, adakah SPAD akan menggunakan pendekatan centralization of power, dengan izin, atau akan juga mengamalkan yang mana saya lebih suka sekiranya dapat dilaksanakan pendekatan dengan izin, decentralization of power. Saya lihat dari rang undang-undang ini, nampaknya ia lebih mengguna pakai pendekatan yang pertama centralization of power. Kalau benarlah persepsi saya dan saya harap persepsi saya itu tidak betul, kalau persepsi saya salah, maka pendekatan decentralization akan diguna pakai, maka rakyat yang akan mendapat faedahnya. Saya salah tidak menjadi masalah.

Sehubungan dengan itu, selari dengan pendekatan sama ada decentralization ataupun centralization, maka apakah struktur organisasi, prasarana organisasi yang akan diwujudkan oleh SPAD, adakah ia mempunyai cawangan di peringkat negeri ataupun tidak?

Kalau ia ada di peringkat negeri, adakah pegawai akan diberikuasa, ada berlaku empowerment terhadap pegawai-pegawai di peringkat negeri. Kalau sekiranya tidak ada, saya minta maaflah, SPAD akan mengalami penyakit yang sama seperti mana agensi-agensi Kerajaan Pusat yang besar, keputusan biasanya akan mengambil masa yang cukup lama. Kalau itulah yang akan berlaku, maka hasrat murni menubuhkan SPAD tidak akan tercapai. Saya ambil contoh untuk membezakan antara dua agensi dalam konteks centralization dan decentralization yang saya sebutkan tadi.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 45

ICU mempunyai cawangannya di setiap negeri yang dipanggil SDO, yang mana Dato’ sendiri cukup mahir kerana ia di bawah penguasaan Dato’. Oleh kerana ia mempunyai cawangan di negeri dan kuasa diturunkan kepada pengarah negeri. Maka banyak keputusan dapat dibuat di peringkat negeri dan dilaksanakan.

■1440

Sebagai contoh, kalau kita membuat aduan atau kita minta sesuatu misalnya, jalan kampung. Kalau minta hari ini, insya-Allah dalam masa dua atau tiga hari, kalau ikut contoh Melakalah, siasatan akan dibuat on the ground. Dalam masa dua atau tiga minggu keputusan diperoleh tetapi, ini berbeza dengan satu agensi kerajaan lain kalau saya diizinkan menyebut. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga mempunyai cawangan di peringkat negeri. Gred pegawainya tinggi iaitu 52 tetapi beliau hanyalah sebagai pegawai yang diberi kuasa membuat siasatan dan segala recommendation dihantar ke Pusat untuk ditimbangkan oleh Pusat. Contohnya, bekalan elektrik luar bandar. Walau sebatang tiang pun sering saya cakap di Dewan ini ia perlu diluluskan oleh Putrajaya kerana itu, contohnya permohonan saya di bulan Februari sehingga sekarang pun belum tahu lagi keputusannya.

Ini salah satu contoh tetapi saya bukan hendak mendiskriminasikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ya, itu contoh tetapi, ada banyak lagi kementerian lain yang seperti ini. Jadi kalau SPAD keputusannya sentiasa berada di Pusat, centralized maka, efficiency yang diharapkan itu tidak dapat dinikmati oleh rakyat. Dalam konteks ini saya ingin menyarankan, saya bangga dengan Ketua Menteri saya kerana cara beliau bekerja begitu pantas. Itu sebablah kita lebih cepat, dan Melakalah Tuan Yang di-Pertua, negeri yang pertama dalam Malaysia yang diiktiraf oleh OECD sebagai negeri maju walaupun disebut Wilayah Kuala Lumpur, disebut Pulau Pinang dari segi pendapatan tinggi, mereka belum lagi diiktiraf oleh mana-mana badan yang berwibawa tetapi, Melaka sudah pun diberikan recognition yang akan diumumkan pada 20 Oktober, pukul 10 malam, 10 minit (20:10pm), bulan Oktober akan datang (tahun 2010), ’2010-2010-2010’. Jadi apa konsep beliau yang boleh kita sama-sama tiru atau guna pakai? Minta hari ini, lulus semalam.

Ini Tuan Yang di-Pertua pun sudah buat. Sebelum kita minta Dewan ini dipanjangkan untuk akan datang beliau sudah pun bersetuju hendak beri. Bukan begitu Tuan Yang di-Pertua?

Begitu juga contoh yang dibuat oleh Ketua Menteri kami, nikah dahulu borang isi kemudian. Jadi yang penting itu nikah bukannya borang tetapi dalam kita berurus dengan pegawai kerajaan borang itu yang menjadi penting dan bukannya keputusan. Jadi kalau tidak isi borang apa pun tidak boleh dapat. Kalau tidak isi borang hendak pakai kereta jabatan, sebab borang tidak diisi, kerani tidak akan beri guna kereta untuk kita gunakan perkhidmatan, itu contoh.

Seterusnya saya ingin menarik kepada pendekatan yang lagi satu oleh SPAD. Saya lihat dari akta ini dan apa yang saya baca dari dokumen-dokumen lain nampaknya SPAD ini akan lebih kepada dengan izin, urban centric, urban biased, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan seumpamanya. Dia agak kurang dari segi memberi perhatian kepada luar bandar. Jadi saya haraplah kalau ini benar tolonglah pinda, tolonglah ubah pendekatan itu. Jangan lupakan luar bandar kerana ini pengangkutan awam bukan hanya untuk di bandar tetapi juga untuk luar bandar. Kita kena fikirkan orang-orang India di estet, orang-orang lain di FELDA dan sebagainya.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

46 DR 5.5.2010

Begitu juga saya hendak sebut Sabah dan Sarawak akta ini tidak merangkumi Sabah dan Sarawak tetapi luar bandar di Pahang, Kelantan, Kedah memerlukan bantuan SPAD terutama dari segi pengangkutan awam seperti bas. Kalau daripada kawasan FELDA yang perkhidmatan basnya hanya tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang, ini sudah tentu tidak memberi kemudahan yang baik dan yang diharapkan oleh rakyat. Di sini sekurang-kurangnya SPAD kena memberikan subsidi yang lebih kepada syarikat bas yang beroperasi supaya walaupun bilangan penumpangnya kurang tetapi kalau diberikan subsidi maka dia akan bersedia mengadakan lebih kerap lagi perjalanannya antara luar bandar dan pergi ke bandar.

Kalaulah MAS yang beroperasi di Sabah dan Sarawak boleh diberikan subsidi, maka apa salahnya pengangkutan awam di luar bandar diberikan subsidi sama ada untuk membeli bas yang lebih baik, lebih baru dan juga menampung kos operasi terutama dari segi tiket yang tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin juga merujuk kepada bagaimana SPAD ini boleh beroperasi supaya ia boleh lebih berjaya lagi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos atau sebaliknya menambahkan revenue. Salah satu masalah saya tengok pengangkutan awam terutama di bandar raya ialah kurangnya feeder service. Oleh kerana kurangnya feeder service, dengan izin, maka kurang orang menggunakan komuter dan LRT. Ini termasuk di Putrajaya. Jadi feeder service ini penting, contohnya saya sendiri pernah tinggal di Bukit Maluri. Komuter stesen di Kepong. Kalau kita tidak ada kenderaan sendiri kita tidak ada feeder service daripada Bukit Maluri-Manjalara ke Kepong. Ini masalahnya, mengurangkan propensity iaitu keinginan untuk menggunakan public transport dalam hal ini komuter. Kalau kita ada transport pula, kita pergi ke stesen Kepong, ia tidak ada kawasan parking yang mencukupi. Di mana kita hendak parking? Parking di depan rumah orang, orang akan marah. Maka, kerana masalah tidak ada feeder service ini dan kekurangan parking space seperti mana saya berikan contoh tadi, maka tidak menggalakkan orang menggunakan pengangkutan awam.

Isu ini saya rasa harus diberi perhatian supaya critical success factor itu dengan izin, dapat kita tangani dengan sebaik mungkin. Seterusnya untuk menambah revenue sudah pasti pengangkutan awam tidak boleh berdiri dengan sendirinya, stand alone iaitu hanya mengharapkan tiket kalau misal kata komuter atau LRT, dia tidak boleh mengharapkan tiket sahaja. Mungkin di mana yang sesuai kita harus fikirkan ancillary services dengan izin, untuk menjana pendapatan. Contohnya..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh agaknya Yang Berhormat cuba pendekkan sedikit?

Datuk Akbar bin Ali: Kalau saya pendekkan Tuan Yang di-Pertua, saya kena buang banyak perkaralah saya rasa.

Tuan Yang di-Pertua: Kita kalau ada masa itu kita kena..

Datuk Akbar bin Ali: Ya, okey kalau itu saya katakan tadi kita kena ada supporting services seperti the mall, shopping complex yang boleh dikatakan equivalent dengan highway di mana ada R&R. Ini boleh memberikan revenue kepada SPAD nanti. Okey, secara khusus saya ingin pergi kepada fasal 5(c) dan fasal 5(d) iaitu anggota dalam suruhanjaya ini.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 47

Kita harap pemilihan mereka adalah telus dan menepati ciri-ciri yang boleh dibanggakan dan ia mestilah telus seperti dimasukkan dalam website apakah latar belakang mereka dan apakah kelulusan mereka supaya berlaku buy in dan penghormatan diberikan kepada ahli-ahli suruhanjaya ini.

Seterusnya berkenaan dengan fasal 21, Bahagian III, kita harap bahawa laporan SPAD sama ada laporan kewangan, laporan prestasi dan laporan auditnya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ini.

Seterusnya fasal 35, Bahagian IV - mana-mana perbelanjaan di bawah RM10 juta tidak perlu kelulusan Menteri. Dua soalan saya di sini. Bagaimanakah benchmark RM10 juta itu arrived at, dengan izin, menggunakan benchmark itu? Keduanya, bagaimana hendak memastikan supaya penggunaan RM10 juta ke bawah ini tidak disalahgunakan kerana ia tidak memerlukan kelulusan daripada mana-mana pihak. Harapan saya ialah SPAD ini akan menjadi pusat kecemerlangan bagi pengangkutan darat dan kita juga harapkan bahawa keperluan pengangkutan di Sabah dan Sarawak turut diberi perhatian.

Secara khusus, saya hendak pergi kepada fasal 15(f). Bagaimanakah kita hendak menangani, menyeimbangkan, mengharmonikan antara tambang yang mampu dibayar oleh pengguna pengangkutan awam dengan harga tiket yang perlu dikenakan oleh operator? Biasanya antara dua ini berkonflik dan sekiranya berkonflik demi kepentingan kedua-dua pihak, adakah kerajaan komited untuk memberikan subsidi sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Hong Kong, Jepun dan sebagainya?

■1450

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau boleh cukup lah itu.

Datuk Akbar bin Ali: Saya habiskan dua sahaja, sedikit. Sebanyak 15K, kita disuruh menggunakan teknologi hijau dalam SPAD.

Saya harap ia merangkumi semua, bukan sahaja pengangkutan tetapi green banking, green architecture, green office dan sebagainya hendaklah diamalkan, bukan sekadar transport sahaja. Akhirnya, saya ingin menarik kepada 15L. Kenapa siasatan dan kajian semula hanya ditumpukan kepada kemalangan kereta api tetapi tidak kepada yang lain? Terima kasihlah atas desakan Tuan Yang di-Pertua, saya duduk lah...

Tuan Yang di-Pertua: Bukan mendesak.

Datuk Akbar bin Ali: Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak mendesak Yang Berhormat, hatta beri kerjasama.

Datuk Akbar bin Ali: Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, seterusnya ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang hendak berbahas?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Ada dua, berapa orang yang hendak berbahas ini?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

48 DR 5.5.2010

Tuan Yang di-Pertua: Satu, dua. Tengok itu, ramai bukan? Okeylah, selepas Yang Berhormat... [Merujuk kepada Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru] Selepas itu Yang Berhormat Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Syed Mohamed. Selepas itu cukuplah.

2.51 ptg

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010. Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 yang bertujuan menubuhkan sebuah badan tunggal bagi menyelaras pembangunan pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia ini dilihat sebagai satu tindakan positif dalam sistem pengangkutan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya itu dijangka dapat memberi lonjakan baru kepada sistem pengangkutan awam di bandar yang antara lain bertanggungjawab menasihati menteri mengenai segala perkara berhubung dengan dasar dan perancangan yang berkenaan dengan pengangkutan awam darat. Penubuhan SPAD diumumkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam ucapan Bajet 2010 tahun lepas bagi memastikan pengangkutan awam menjadi lebih efisien dan mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Rang undang-undang itu memperincikan antara lain mengenai pemberian kuasa, penyediaan pelan dan strategi pengawalseliaan serta penguatkuasaan syarat lesen dan tindakan penalti.

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah harapan untuk menubuhkan suruhanjaya ini dapat diperlihatkan selaras dengan konsep 1Malaysia di mana keanggotaan ini dirangkumi oleh pelbagai kaum, memandangkan penggunaan pengangkutan darat ini meningkat terutama pada musim-musim perayaan. Dengan adanya keanggotaan sedemikian, ianya dapat membantu menteri dalam mengenal pasti masalah-masalah yang akan dihadapi serta keperluan yang harus diutamakan semasa musim-musim perayaan dan sebagainya. Saya juga harap agar keanggotaan ini dapat merangkumi segala aspek kepakaran yang melibatkan kecekapan serta kewibawaan oleh ahli-ahli profesional untuk turut serta menambah baik sistem pengangkutan darat di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, akta itu antara lain mencadangkan tindakan denda sehingga RM10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar larangan merokok dalam pengangkutan darat. Ingin saya bertanya, berapakah jumlah yang pernah diheret ke mahkamah apabila jumlah denda ini yang jauh lebih kurang daripada amaun yang dicadangkan ini? Apa yang ingin saya sampaikan adalah, di manakah letaknya penguatkuasaan dan siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan kesalahan-kesalahan ini tidak berlaku?

Yang penting di sini adalah penguatkuasaan sesuatu undang-undang. Walaupun kita dapat meningkatkan jumlah denda ini kepada angka yang jauh lebih tinggi, jika tiada penguatkuasaan ini maka ini tidak akan membawa sebarang makna. Selain itu, denda antara RM1,000 hingga RM5,000 dan penjara sehingga tujuh tahun boleh dikenakan bagi beberapa kesalahan umum lain termasuk berkelakuan tidak senonoh, perbuatan cuci, perbuatan sengaja membahayakan penumpang, membuat pernyataan palsu, dan penalti bagi penipuan.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 49

Sepertimana yang disebutkan tadi, saya berpendapat agar satu struktur atau garis panduan yang lebih jelas serta bertanggungjawab dapat disediakan bagi digunakan oleh semua pemandu yang berurusan dengan pengangkutan awam. Struktur atau panduan ini tidak boleh sekalipun diperdagangkan atau tolak ansur untuk sebarang kepentingan melainkan keselamatan pengguna.

Suruhanjaya itu dijangka dapat memberi lonjakan baru kepada sistem pengangkutan awam di bandar yang antara lain bertanggungjawab menasihati menteri mengenai segala perkara berhubung dengan dasar dan perancangan yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat. Lebih penting, segala dasar dan rancangan yang disarankan oleh suruhanjaya itu harus menepati tujuan untuk mencapai suatu pengangkutan awam darat yang selamat, boleh diharap, cekap, responsif, terancang, mudah diakses, bersepadu dan lestari, selain memastikan perkhidmatan yang disediakan mampu dibayar oleh masyarakat umum.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Syed Mohamed.

2.57 ptg.

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Syed Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

Saya rasa terpanggil untuk turut serta memandangkan pengangkutan awam darat ini merupakan salah satu agenda utama NKRA dan satu agenda penting Pelan Transformasi Kerajaan bagi tujuan memantapkan dan menambahbaikkan pengangkutan awam dengan niat murni memajukan taraf hidup masyarakat, menjaga keselesaan pengguna, kekurangan tempat letak kereta serta pengurangan kadar kesesakan lalu lintas yang semakin kronik kebelakangan ini. Hari ini kesesakan bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar tetapi juga di kawasan pinggir bandar serta di pekan-pekan kecil dan jika tidak dikawal ia akan menjadi semakin kritikal. Ini kerana ketiadaan dasar yang jelas sebagai penunjuk arah. Pembentukan suatu dasar mantap yang boleh dilaksanakan dengan jayanya perlu diwujudkan dengan kadar segera.

Maka langkah kerajaan mewujudkan pembentukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini sebagai langkah awal pembentukan dasar lebih menyeluruh. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini juga yang mana dengan cadangan penubuhannya pertama kali disebut oleh bekas Perdana Menteri Yang Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam pembentangan belanjawan di Parlimen pada 2008. Pada hari ini rang undang-undang ini bakal menjanjikan Suruhanjaya ini ditubuhkan dan dijangka mula beroperasi pada kadar yang segera.

Tuan Yang di-Pertua, peranan asas suruhanjaya ini ialah untuk menasihati menteri yang berkenaan dalam beberapa perkara. Di sini izinkan saya memetik beberapa isu serta fasal yang saya kira penting dan perlu diberi perhatian oleh pihak menteri.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, sebagai one-stop center bagi orang ramai mengadu mengenai ketidakpuasan kualiti perkhidmatan, mana-mana kaedah pengangkutan awam darat yang beroperasi. Sekarang ini masyarakat terpanggil untuk mengadu dan memberi komen tetapi tiada satu pun platform yang diwujudkan oleh kerajaan untuk tujuan pengaduan.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

50 DR 5.5.2010

Maka akhbar-akhbar, tabloid-tabloid, media masa, TV, radio serta internet menjadi tempat untuk melepaskan perasaan, sekali gus menjadikan imej pengangkutan awam nampak tercalit dengan tanggapan negatif. Saya kira sudah sampai masanya untuk mewujudkan satu one-stop center bagi tujuan pengaduan dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan kita pada hari ini.

Keduanya, suruhanjaya ini perlu proaktif demi menyiasat aduan orang ramai berhubung sesuatu aspek pengangkutan awam yang khusus dan tidak memuaskan hati mereka atau yang mereka dakwa sebagai tidak adil kepada pengguna.

■1500

Jangan hanya pandai berjanji tetapi janji tidak ditunaikan. Customer service, dengan izin yang mencukupi adalah penting bagi tujuan melayani pengguna yang membuat aduan dan setiap aduan hendaklah diambil kira serta direkodkan bagi tujuan penyelesaian.

Saya kira perlu diwujudkan sistem KPI dan Balanced Scorecard (BSC) dengan izin, bagi tujuan mengenal pasti performance, dengan izin, serta menganalisis kelemahan bagi tujuan penambahbaikan. Menteri-menteri yang bertanggungjawab menjaga KPI boleh dilibatkan untuk tujuan ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga ialah sebagai sumber penjanaan buah fikiran dan saranan daripada ahli-ahli yang terdiri daripada pegawai kanan kementerian, ahli akademik dan wakil sektor swasta, pakar-pakar tempatan dan luar negara bagi menambahbaikkan sistem pengangkutan awam darat sedia ada. Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya harap kriteria pemilihan dan latar belakang calon perlu diambil kira bagi tujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan terlantik calon-calon tidak berkelayakan.

Seterusnya, ia sebagai satu badan yang sentiasa memastikan semua garis panduan dan peraturan dalam operasi sektor pengangkutan awam dipatuhi. Semua pihak berkaitan iaitu kerajaan, operator dan pengguna perlu diambil kira. Kita tidak mahu ia hanya indah di mata dan di atas kertas sahaja, akan tetapi dari segi penguatkuasaan dan enforcement, dengan izin, masih ditakuk yang lama. Rakyat akan hilang kepercayaan dan kita cuba mengelakkan hal ini dari berlaku jika kita mahukan sokongan rakyat demi terus memegang teraju kepimpinan negara.

Pada pandangan saya, SPAD ini mungkin salah satu daripada dasar kerajaan bagi menyelesaikan masalah dan isu ini. Sebenarnya pada pandangan saya selama ini, negara kita berhadapan dengan banyak masalah dan nampaknya tidak semua termasuk pihak kerajaan dan pihak Menteri faham semua perkara ini. Misalnya sejak sekitar sepuluh tahun yang lalu, ada beberapa pihak menaikkan kelemahan ini dengan ketiadaan satu sistem pengurusan pengangkutan awam yang bersepadu. Kita dikatakan mempunyai terlalu banyak kementerian, jabatan dan agensi yang setiap satunya terbabit dalam pengurusan pengangkutan awam. Ini termasuk dari aspek memberikan lesen, menetapkan kadar tambang, penguatkuasaan peraturan jalan raya dan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti terminal dan hentian serta stesen-stesen.

Apa yang menjadi isu di sini Tuan Yang di-Pertua, apakah kepelbagaian pihak penguatkuasaan ini menjadi satu masalah? Sebenarnya yang menghimpit sektor pengangkutan awam sehinggakan kualiti perkhidmatannya dipersoalkan.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 51

Sebenarnya hakikatnya jumlah lebih kurang 13 jabatan dan agensi membabitkan pelbagai kementerian dalam perancangan dan pengurusan pengangkutan awam darat ini bukanlah punca kepada kemelut ini.

Pertama, walaupun mereka ini bergerak seperti berasingan, setiap jabatan dan agensi terbabit ini ada fungsi-fungsi yang jelas dan unik. Misalnya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang sudah berubah naungan kementeriannya mempunyai fungsi jelas dan eksklusif iaitu meluluskan lesen, menggantung atau membatalkan lesen operator yang melanggar peraturan dan menetapkan kadar tambang.

Tugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM memastikan semua pemandu dan operator mematuhi undang-undang jalan raya, manakala jabatan kerja raya menyediakan jalan raya dan lebuh raya. Kementerian Kewangan menyediakan dana dan pembinaan infrastruktur, sementara dewan bandar raya dan pihak berkuasa tempatan pula menyediakan kemudahan seperti terminal dan hentian bas. Dalam sektor berasaskan landasan seperti KTMB, LRT dan monorel, ada juga pula jabatan dan kementerian relevan yang mempunyai fungsi masing-masing bagi pemberian lesen, penetapan kadar tambang dan pematuhan peraturan keselamatan.

Seterusnya pengangkutan awam darat ialah sebuah sektor besar merangkumi pelbagai kaedah pengangkutan dan aspek pengurusan menyebabkan tentunya sukar semua fungsi yang luas ini dapat disatukan di bawah satu bumbung. Sebenarnya penubuhan untuk agensi atau jabatan yang khusus bagi menguruskan pengangkutan awam, pada pandangan saya sukar dan memerlukan masa untuk dilaksanakan. Ini kerana ia akan menyebabkan perjalanan tugas-tugas bertindih dengan agensi, jabatan dan kementerian sedia ada.

Saya berpandangan ia sama seperti sektor-sektor lain iaitu perumahan dan kesihatan. Sektor pengangkutan awam darat perlukan campur tangan pelbagai agensi, jabatan dan kementerian dalam perancangan dan pengurusan. Pandangan saya ialah, adalah sukar sektor ini boleh berdiri sendiri, bebas daripada pengawasan jabatan lain dalam pengurusannya. Saya pohon pandangan Menteri dalam hal ini, iaitu apakah perancangan suruhanjaya untuk tujuan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan langsung dan tidak langsung demi membentuk kerjasama yang komprehensif serta seimbang?

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang lemah ialah pelaksanaan dan penguatkuasaan peranan setiap jabatan yang terbabit. Misalnya LPKP tidak mempunyai staf mencukupi bagi memantau semua operator agar mereka mematuhi syarat pemberian lesen dan mengambil tindakan terhadap operator yang melanggar peraturan. JPJ dan Polis Diraja Malaysia pula mungkin boleh menyaman penguasa yang melakukan kesalahan, tetapi jabatan-jabatan ini tidak mempunyai staf mencukupi untuk mendakwa pesalah tersebut di mahkamah. Pihak penguasa tempatan pula tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam seperti terminal dan hentian bas. Apa lagi memantau keberkesanan, selain tidak cukup staf untuk memantau kualiti perkhidmatan bas dan sebagainya.

Pada pandangan saya, pada dasarnya kita sudah pun mempunyai sistem yang mantap dalam memantau aspek pematuhan peraturan pelesenan dan keselamatan dalam sektor pengangkutan awam dan sumber mana yang membiayainya.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

52 DR 5.5.2010

Apa yang boleh dilakukan penambahbaikan - value added, dengan izin, dari segi kekurangan. Yang kita masih tidak ada ialah sebuah jabatan atau agensi yang memantau kualiti perkhidmatan pengangkutan awam padahal aspek kualiti yang disebutkan tadi yang terus menerus dipersoalkan rakyat dan selalu menjadi tajuk utama akhbar.

Mohon pandangan Menteri iaitu pada masa ini siapakah yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau kualiti bas, bas mini, teksi, LRT, monorel, KTM dan komuter. Pihak manakah yang diberikan tanggungjawab memantau supaya bas datang mengikut jadual, bas dilengkapi pendingin hawa, supaya pemandu teksi mesra pelanggan, menggunakan meter, beretika dan memakai uniform, penumpang tren mendapat tempat duduk mencukupi, supaya gerabak komuter tidak bergerak perlahan dan kejayaan koc komuter khususnya untuk wanita.

Alhamdulillah, telah pun dijalankan dan pada pandangan saya rasanya penguatkuasaan tidak ada. Bagaimana jika ada yang mengambil kesempatan memandangkan Pink Coach ini yang dipenuhi oleh wanita dan kanak-kanak yang rata-ratanya memerlukan perlindungan dari segi penjagaan keselamatan. Saya kira sudah sampai masanya kerajaan menubuhkan sebuah agensi pengangkutan awam yang khusus dipertanggungjawabkan dalam kerja memantau kualiti perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan isu kualiti ini. Dengan yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, setiap suruhanjaya ataupun apa-apa sahaja kertas yang dibentangkan dalam Dewan Negara kita lihat begitu baik sekali. Akan tetapi pelaksanaannya kadang-kadang mengecewakan kita.

Secara ringkasnya, saya ingin tahu apakah entiti suruhanjaya sebenarnya? Adakah ia badan berkanun, agensi swasta atau syarikat kerajaan yang diperbadankan? Saya juga ingin tahu Tuan Yang di-Pertua, iaitu tentang bagaimana pelesenan ke atas terminal-terminal yang ada di setiap negeri oleh suruhanjaya akan diselaraskan dengan peruntukkan rang undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa dan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT). Bolehkah suruhanjaya mengambil tindakan membatalkan lesen terminal yang dikeluarkan oleh PBT?

Satu lagi, apakah tindakan dan perancangan suruhanjaya sekiranya terdapat individu yang berhasrat mendapatkan lesen kenderaan, pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewa? Apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada pemandu-pemandu kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti memandu melebihi had laju, memandu secara berbahaya dan sebagainya? Jika tindakan boleh dikenakan kepada syarikat, bagaimana pula dengan pemandu dan konduktor?

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, adakah wujud iaitu perbezaan di antara tempoh pelesenan bagi kenderaan pengangkutan awam dan juga kenderaan pelancongan? Sedangkan kedua-dua jenis pengangkutan tersebut membawa orang awam.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 53

■1510

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang mengapa suruhanjaya tidak diwajibkan supaya melaporkan prestasi suruhanjaya melalui laporan tahunan dan dibentangkan dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara bagi membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat mengetahui perjalanan suruhanjaya. Pohon diperjelaskan lanjut berhubung kuasa suruhanjaya untuk membuat pinjaman ataupun membuat pelaburan seperti tertera dalam Akta Suruhanjaya sedangkan terdapat entiti kerajaan dalam pengurusan suruhanjaya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Puan Hajah Fatimah.

3.10 ptg.

Puan Hajah Fatimah binti Hamat: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat ini. penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini mula diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2009 lagi bagi menyelaras perkhidmatan pengangkutan awam khususnya di bandar-bandar besar negara ini.

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan meletakkan pengangkutan awam bandar sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Razak di dalam pembentangan belanjawan 2010. NKRA ini bermatlamat meningkatkan produktiviti negara dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Sehubungan itu, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan sistem pengangkutan awam negara lebih cekap dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah dengan pengangkutan awam darat ialah ketiadaan satu sistem pengurusan pengangkutan awam yang bersepadu. Kita mempunyai terlalu banyak kementerian, jabatan dan agensi yang setiap satunya terbabit dengan pengurusan pengangkutan awam dari aspek memberi lesen, menetapkan kadar tambang, menguatkuasakan peraturan jalan raya dan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti terminal dan hentian. Negara juga ketiadaan dasar pengangkutan darat yang jelas, komprehensif dan menyeluruh.

Oleh itu pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat 2010 ini adalah tepat pada waktu dan ketikanya khususnya bagi menangani pelbagai isu dan masalah berhubung dengan pengangkutan awam darat supaya menambahbaikkan pengangkutan darat yang bersepadu dan menyeluruh dapat direalisasikan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin meneruskan perbahasan rang undang-undang ini. Pertamanya, saya ingin menyentuh fasal 1(3) iaitu akta ini terpakai hanya untuk Semenanjung Malaysia. Saya ingin mendapat penjelasan mengapakah rang undang-undang ini hanya tertumpu di Semenanjung dan tidak di Sabah dan Sarawak.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

54 DR 5.5.2010

Kedua, fasal 2 berhubung tafsiran pengangkutan awam darat yang begitu luas bukan sahaja meliputi tarif pengangkutan atas darat dengan cara pengangkutan penumpang awam darat seperti teksi, bas dan kereta api tetapi termasuklah pengangkutan barang awam darat dan perkhidmatan pengangkutan awam darat malah ianya meliputi terminal, kemudahan rangkaian, sistem pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat. Jelas peranan suruhanjaya ini amat luas, bukan sahaja berhubung dengan keadaan pengangkutan awam darat tetapi meliputi juga pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana bagi keselesaan pengguna, keseluruhannya sesuai dengan gagasan, “Rakyat Diutamakan”.

Tuan Yang di-Pertua, ketiga saya ingin menyentuh berhubung fasal 15 mengenai fungsi suruhanjaya. Fasal 15(1)(b) mengenai pengangkutan awam darat yang selamat boleh diharapkan, responsif, cekap, terancang, bersepadu dan mapan. Dalam hubungan ini, pengguna sentiasa memberikan kepercayaan kepada operator seperti teksi dan bas dari segi keselesaan dan keselamatan pengangkutan. Walaupun berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut tetapi pelbagai usaha dan tindakan yang wajar telah diambil bagi mengelakkan dari kemalangan ini berlaku. Kita mengharapkan sifar kemalangan tetapi pastinya ia amat sukar dicapai kerana ianya membabitkan manusia, kenderaan, jalan raya dan situasi atau faktor tidak terkawal seperti cuaca dan sebagainya.

Iltizam kita adalah untuk mengelakkan dari berlakunya tragedi kemalangan yang tidak kita ingini ini. Fasal 15(1)c – perkhidmatan mampu dibayar dan fasal 15(1)(f), faktor atau mekanisme yang adil dan cekap bagi tambang serta memastikan standard dan kualiti perkhidmatan. Saya berpendapat, tambang yang sesuai dan berpatutan adalah wajar selaras dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Kajian yang mendalam masih perlu dilakukan.

Berhubung dengan fasal 15(1)d, mengenai pembentukan dasar dan rancangan serta membangunkan strategi pengangkutan awam. Saya ingin mencadangkan agar suruhanjaya bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam merangka dasar dan rancangan pembangunan serta penambahbaikan pengangkutan awam darat. Kerajaan disarankan menggunakan kepakaran di kalangan pensyarah dan penyelidik IPT khususnya dalam bidang pengangkutan awam. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, IPT mesti mengenal pasti graduan yang berpotensi untuk berkhidmat dalam bidang pengangkutan awam darat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal 16 berhubung dengan kuasa suruhanjaya iaitu fasal 16(d) berhubung kuasa suruhanjaya untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri. Fasal 16(e) berhubung dengan program bagi pembangunan sumber manusia. Saya ingin mencadangkan kuasa suruhanjaya ini diperluaskan kepada pemberian biasiswa, tajaan pengajian dan latihan industri dalam bidang berkaitan dengan peningkatan kualiti pengangkutan darat awam kepada siswazah dalam jurusan pengangkutan di IPT di dalam dan luar negara.

Berhubung dengan pembangunan sumber manusia juga, saya ingin mencadangkan lebih banyak latihan industri disediakan kepada kakitangan suruhanjaya dalam pelbagai bidang pengangkutan awam termasuk dengan syarikat pembangunan pengangkutan antarabangsa.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 55

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan bagi memperkenalkan rang undang-undang ini bagi meningkatkan kawal selia pengangkutan awam dan sekali gus meningkatkan mutu pengangkutan awam darat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada tiga orang lagi. Ini saya benarkan seorang lagilah kerana lepas itu kita ada banyak lagi. Silakan Yang Berhormat Hajah Zaiton.

5.19 ptg.

Dato’ Zaitun binti Mat: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana tutur memberi ruang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Saya ingin menyentuh dan fokus berhubung dengan pengangkutan awam darat. Kerajaan mengatakan bermatlamat meningkatkan peratusan penggunaan pengangkutan awam pada waktu puncak dari jam 7 pagi hingga 9 pagi di Lembah Klang kepada 13% pada tahun 2010 dan 25% pada tahun 2012.

■1520

Bilangan pengguna di Lembah Klang bertambah 2.5 kali atau kira-kira 240,000 penumpang setiap hari sewaktu masa puncak pagi kepada kira-kira 600,000 penumpang pada tahun 2012 nanti. Sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan kerajaan mengambil langkah berikut:

(i) menyelaraskan kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya;

(ii) merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam;

(iii) menghalang kenderaan berat daripada memasuki kawasan perniagaan pusat; dan

(iv) penyusunan semula agensi kawal selia pelbagai agensi dan jabatan kerajaan berkaitan kenderaan pengangkutan awam darat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan wajar memberikan tumpuan dan fokus kepada bidang-bidang berikut bagi mengutuhkan usaha meningkatkan perkhidmatan awam di bandar iaitu kebolehpercayaan dan masa perjalanan, keselesaan dan kemudahan, kebolehcapaian dan ke saling hubungan dan kesediaan dan keupayaan. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat merupakan gabungan semua agensi iaitu dari segi pembangunan, kenderaan perkhidmatan dan penguatkuasaan.

Pengangkutan awam darat di negara ini yang dijangka akan menyelesaikan masalah pelbagai agensi di bawah berbagai-bagai kementerian yang menguruskan perkhidmatan awam.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat juga bertanggungjawab menentukan dasar hala tuju, kadar tambang, merangka undang-undang dan peraturan, pelesenan dan mengaturkan sistem pengangkutan awam darat.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

56 DR 5.5.2010

Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya kerajaan merangka dan melaksana dasar pengangkutan negara yang mesra kenderaan awam atau dengan lain perkataan kerajaan kini wajar beralih dari dasar pengangkutan negara dari mesra kenderaan peribadi kepada mesra kenderaan awam. Sekiranya selama ini sumber pendapatan negara boleh disalurkan dengan banyak kepada pembinaan infrastruktur yang menyokong atau keutamaan kenderaan peribadi, maka kini tiba masanya sumber yang sama disalurkan kepada sistem sokongan infrastruktur dan operasi pengangkutan awam.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2012, kerajaan mensasarkan komuter KTM, dan LRT akan dipertingkatkan sebanyak 1.7 hingga empat kali ganda berganda kepada laluan tertentu. Sementara itu laluan bas yang khusus merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan diperkenalkan secara berperingkat tertakluk kepada perjanjian kenderaan dan kajian perancangan. Perkhidmatan melalui 12 koridor itu dijangka akan dapat menampung 35,000 hingga 55,000 penumpang pada waktu puncak selain penambahan 850 buah bas.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, bagaimanakah rancangan tersebut akan dapat direalisasikan dan apakah kemudahan prasarana yang akan dibangunkan. Tuan Yang di-Pertua, di samping menyokong penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini, saya ingin menarik perhatian kerajaan bahawa kini terdapat sejumlah 13 jabatan dan agensi membabitkan berbagai-bagai kementerian dalam perancangan dan pengurusan pengangkutan awam darat. Akan tetapi saya berpendapat kepelbagaian ini bukanlah menjadi puncanya yang sebenar menghimpit sektor pengangkutan awam hinggalah kualitinya dipersoalkan kerana;

Pertama walaupun mereka bergerak secara berasingan, setiap jabatan dan agensi yang terbabit itu ada fungsi yang jelas dan tersendiri. Misalnya LPKP tidak kira di bawah kementerian mana pun mempunyai fungsi meluluskan lesen, menggantung atau membatalkan lesen operator yang melanggar peraturan dan menetapkan kadar tambang. JPJ dan PDRM memastikan semua pemandu dan operator mematuhi undang-undang jalan raya. Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab menyediakan jalan raya atau lebuh raya yang sesuai dan selamat. Manakala pihak berkuasa tempatan, PBT menyediakan terminal dan hentian bas.

Kedua pengangkutan awam darat ialah sebuah sektor besar merangkumi berbagai-bagai pengangkutan dan aspek pengurusan menyebabkan mustahil semua fungsi yang luas ini dapat disatukan di bawah satu bumbung. Penubuhan satu agensi atau jabatan yang khusus akan menyebabkannya menjalankan tugas bertindan dengan agensi jabatan mahupun kementerian yang sedia ada.

Sebagaimana sektor lain, sektor pengangkutan juga saling berkait dan menyumbang dengan sektor lain, agensi, jabatan dan kementerian lain dalam perancangan dan pengurusannya.

Tuan Yang di-Pertua, antara masalah yang sebenar ada lagi seperti apa yang dikatakan oleh Dato’ Saripah, iaitu LPKP dikatakan kekurangan kakitangan untuk memantau semua operator. JPJ dan PDRM mungkin mampu menyaman tetapi tidak mempunyai staff yang mencukupi bagi pendakwaan dan pelaksanaan hukuman.

Ketiganya PBT kekurangan peruntukan kewangan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan prasarana seperti terminal dan hentian.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 57

Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya kini kita sudah mempunyai sistem yang mantap dalam memantau aspek pematuhan peraturan pelesenan dan keselamatan dalam sektor pengangkutan awam dan semua dana pembiayaannya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa pertindihan kuasa pelbagai jabatan dan agensi dalam pengangkutan darat ini menjadi punca utama kegagalan penyediaan penyelarasan dan pemantauan perkhidmatan pengangkutan.

Oleh itu sebuah agensi pengangkutan awam yang khusus dipertanggungjawabkan dengan kerja memantau kualiti perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan berkaitan dengan isu kualiti perkhidmatan pengangkutan darat. Agensi ini boleh memainkan peranan seperti berikut:

(i) menerima aduan mengenai ketidakpuasan kualiti perkhidmatan;

(ii) menyiasat aduan orang ramai;

(iii) sumber penjanaan idea dan saranan;

(iv) memastikan semua garis panduan dan peraturan dalam operasi sektor pengangkutan awam dipatuhi.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mendapat penjelasan berikut:

(i) pada masa ini kerajaan telah menyerapkan beberapa pegawai dari pelbagai sektor pengangkutan awam darat, seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM), Prasarana Negara Berhad, LRT dan sebagainya. Sejauh manakah keberkesanan pegawai-pegawai ini memainkan peranan dalam merealisasikan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Awam;

(ii) berapakah perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan bagi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat dari segi belanja mengurus seperti perbelanjaan bagi mewujudkan jawatan baru dan menaik taraf jawatan sedia ada serta kemungkinan bayaran ganjaran kepada kakitangan agensi atau jabatan sedia ada yang diserapkan dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Berapakah belanja pembangunan yang dianggarkan bagi tempoh RMK-10 ini;

(iii) apakah projek-projek keutamaan yang akan bakal dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat bagi tempoh RMK-10;

(iv) apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan kemudahan mobiliti awam rakyat terutama di kawasan bandar berkepadatan tinggi dan hubungan antara bandar ke bandar, dan apakah sistem sokongan yang diwujudkan bagi mencapai objektif suruhanjaya.

■1530

Tuan Yang di-Pertua, penutupnya saya berharap kerajaan akan memberikan peluang tugas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat ini kepada wanita. Ini kerana telah terbukti! Pengerusi LPKP sekarang Yang Berhormat Datuk Halimah Mohamed Sadique yang telah menerajui LPKP dengan penuh wibawa dan cemerlang, membuktikan kemampuan wanita sebagai pentadbir dan pengurus.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

58 DR 5.5.2010

Selari dengan hasrat meningkatkan penyertaan wanita dalam pembuat keputusan sektor awam. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Betul kah itu Yang Berhormat?... [Ketawa]

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa cukup setakat ini dan saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat, apabila kita membahaskan usul-usul rang undang-undang, tolong dengar. Kalau sekiranya ada rakan-rakan yang telah mengusik atau menyentuh topik-topik yang tersebut, tidak perlu diulanglah.

Keduanya, kalau boleh kita mesti sama-sama, pendekatan kita kalau boleh jangan baca teks. Kalau teks ini agaknya apa yang ditulis, semua hendak dibaca. So, kalau boleh kita sentiasa prihatin, peka dan apa rakan-rakan kita sudah sebut itu jangan diulang-ulang lagi. Maka, untuk menyenangkan, memberi ruang masa kepada rakan-rakan lain pula berucap. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

3.31 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ S. K. Devamany]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada hampir enam Yang Berhormat telah menaburkan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali telah menanyakan mengenai apakah inti dasar keseluruhan dan apakah kemudahan akses bertentangan dengan Dasar Automotif. Untuk soalan yang pertama tadi, mengenai dasar keseluruhannya. Ini saya akan jawab kerana ada juga tiga atau empat Ahli-ahli Yang Berhormat telah bertanyakan soalan yang sama Tuan Yang di-Pertua.

Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua sebelum penubuhan SPAD ini, ada banyak pertindihan-pertindihan yang berlaku sebenarnya. Itu sebabnya SPAD telah diperkenalkan. Ini memang satu yang telah berkembang dalam tempoh zaman. Apabila kita ada pengangkutan yang dimajukan begitu pesat sekali dalam lima dekad ini.

Keretapi Tanah Melayu, selepas itu kita ada jalan raya-jalan raya ini. Selepas itu bila kita maju di peringkat bandar raya, kita telah memperkenalkan monorel, transit dan sebagainya, yang telah dicetuskan apabila ada tuntutan-tuntutan masa kini. Dalam proses itu, pertumbuhan pengangkutan Malaysia, sistem kita telah maju dengan perkembangan masa. Maka, sudah tiba masanya kita menyatukan semua, mengharmonikan semua seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali itu. Harmonikan supaya kita dapat menangani isu-isu yang di hadapan kita. Secara kebetulan, kalau kita rasakan semua orang dalam hati sanubari mereka, rasa bahawa pengangkutan awam kita masih tidak begitu efisien. Ada isu-isu, ada yang marah atas kerana ketidakselesaan, ada orang yang tidak puas hati kerana tambangnya tinggi, ada orang yang tidak puas hati kerana terpaksa tunggu, tunggu, tunggu! Macam-macam cerita.

Maka, atas tuntutan itulah Perdana Menteri Malaysia kita Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah melihat dalam konsep 1Malaysia, apakah isu rakyat yang utama dalam enam NKRA itu? Enam itu dan enam itu salah satu daripadanya adalah pengangkutan awam. Selaras dengan itu, untuk makluman Yang Berhormat, bagi menceritakan holistik ini, keseluruhan ini kerana saya akan turut menjawab soalan-soalan lain.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 59

Pada tahun 2008, Malaysia Institute of Transport (MITRANS) telah diamanahkan untuk membuat kajian di 11 bandar utama Malaysia, apakah isu induk yang menjadi kekangan untuk kita maju ke hadapan. Selepas itu pada tahun 2009, Kabinet meluluskan supaya SPAD ditubuhkan dengan kajian yang dibuat oleh Konsultan BinaFikir yang dilaporkan dalam sini. Maka, mereka membuat kajian seluruh dunia, bandar-bandar utama dan juga negara-negara seluruh dunia dan membuat laporan bahawa kalau Malaysia ingin menjadi negara maju dan Malaysia ingin memberi perkhidmatan yang cekap dari segi pengangkutan darat, syor-syor telah diluluskan.

Mereka telah merentasi semua 13 agensi dan melihat satu persatu di mana kelemahan dan mereka bentangkan syor yang kemudiannya telah diperah jadi rumusan dalam SPAD. Maka, benda ini bukanlah sesuatu yang reaktif. Perkara ini telah dirangka dengan penuh proaktif dan tidak diluluskan begitu sahaja tetapi mengambil masa. Ini kerana terlalu banyak agensi yang telah terlibat dalam prosesnya. Maka untuk makluman Yang Berhormat, perancangan jangka panjang, pembangunan infrastruktur, kawal seliaan dan penguatkuasaan menjadi induknya. Maka, kementerian yang terlibat – Jabatan Perdana Menteri dan Unit Perancangan Ekonomi akan jadi tunjang untuk selaraskan semua ini.

Kemudian, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kita akan luluskan bill. Ini suatu akta, ini bukanlah satu perkara yang di bawah agensi kerajaan yang akan dibuat secara pentadbiran. Ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan laporan yang bakal kita bentangkan seperti mana yang dikatakan, mesti di sini. Dari segi aktivitinya, kewangannya mesti diluluskan. Maka, inilah kuasa yang kita beri kepada suruhanjaya dan ini sesuatu yang baik. Dahulu ia agensi, sekarang kita telah memberi satu amanah kepada satu suruhanjaya, oleh kita untuk menjamin supaya perkhidmatan itu lebih cekap.

Maka, kalau kita lihat banyak perkara-perkara yang dibuat, pelan induk negara, pelan induk wilayah, pelan induk penstrukturan diambil kira dari segi holistiknya. Selepas itu melalui kolaborasi, kita ada terminal dan hentian dari pembangunan infrastruktur, integrasi, laluan bas, tabung pengangkutan awam darat dan sistem tiket bersepadu akan diambil kira. Dari segi kawal seliaan, saya ambil satu sahaja untuk tunjuk. Tidak perlu saya beritahu semua Tuan Yang di-Pertua. Dari segi kawal selia permit dan terma pelesenan untuk bas, teksi dan terminal, permit bas pelancongan, laluan, tambang dan tata amalan, segalanya diambil kira.

Akhir sekali, penguatkuasaan, menghalang trafik, penilaian prestasi, audit dan penyiasatan, kompaun atas kesalahan, penyelesaian pertikaian, data pemandu dan operator, pendakwaan, semuanya telah diambil kira. Maka, semua kementerian akan terlibat dalam proses ini. Itu induk dan sebagainya. Maka, untuk jawapan Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali, memanglah ada holistik kerana ia begitu tebal sekali. Sukar untuk kita perkatakan satu persatu. Yang Berhormat juga telah begitu concern mengenai akses, ini akan menyebabkan Dasar Automotif kita akan tergugat. Maka, dua perkara yang berbeza. Kalau kita kata Dasar Automatif, memang saya setuju. Di Lembah Klang mempunyai automatif yang banyak tetapi automotif ini di seluruh negara. Maka, saya rasa kita juga ada bandar-bandar lain di mana pembangunan Proton katakan, automatif nasional dapat dimajukan.

Dalam soalan yang sama, kita perlu harmonikan seperti yang dikatakan tadi. Adakah kita hendak tengok kesesakan lalu lintas tidak tentu pasal di Kuala Lumpur atau pun Lembah Klang? Tidak mahu. Kita perlu ada langkah-langkah untuk menjadikan bandar ini livable, dengan izin, livable to quality of life.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

60 DR 5.5.2010

Berbalik kepada konsep yang dikatakan tadi dalam Model Ekonomi Baru, ketiga yang terangkum dalam quality of life. Salah satu quality of life adalah alam sekitar, green technology dan green environment yang dikatakan oleh Yang Berhormat sendiri. Kedua adalah keselesaan untuk kita pergi dan balik. Kalau balik cepat ke rumah, kesejahteraan keluarga akan terjaga, maka kita terpaksa kerana ini sudah ada di bandar-bandar besar.

Yang Berhormat juga telah menceritakan mengenai Putrajaya. Saya terus masuk di sini kerana berkaitan dengan green yang dikatakan tadi. Memang ada, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah pun merancang rel di bawah Putrajaya. Memang sudah ada rangkaiannya, belum beroperasi sahaja. Ia central parking. Dari central parking yang besar, dari sana bergerak. Maka, visi itu mungkin akan menjadi satu realiti, mungkin pada tahun 2020 nanti tetapi, kapasitinya belum mencukupi lagi. Rancangan sudah sedia ada, maka kita masih ‘membayi’ di Putrajaya dari segi kependudukan, kepesatannya. Kita berdoa bahawa suatu hari nanti ia akan jadi satu model city yang terkemuka di dunia kerana perancangannya ada lima dekad yang bakal akan datang. Sudah ada segala prasarana tetapi belum bermula.

■1540

Maka saya memberi jaminan bahawa perkara itu tetap akan jadi satu idaman kita bersama. Baik, push and pull factor yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, ya memanglah segalanya telah diambil kira kerana apabila kita lihat angka-angkanya, kita sudah lihat daripada 30% orang menggunakan perkhidmatan awam kita, baru-baru ini sudah jatuh sampai 12%. Bererti orang dahulu ramai gunakan bas, kereta api, dan sebagainya, 30%, tetapi tiba-tiba dalam tempoh 2 atau 3 dekad ini kenapakah sudah jatuh sampai 12% sahaja yang mahu menggunakan perkhidmatan awam kita? Maka terpaksa kita melihat ini. Ini juga berkaitan dengan 40% yang poverty group atau pun di bawah 1,500 yang tidak mampu untuk mempunyai kereta dan sebagainya. Maka mereka terpaksa dijaga. Maka itulah sebabnya saya rasa kita perlu imbangi antara penggunaan kereta peribadi dengan pengangkutan awam.

Okey tetapi, segalanya tidak boleh perfect lah. We try, kita cuba balance atau imbangi. Seterusnya peruntukan RM10 bilion dan RM35 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi apakah outcome nya? Baik, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih, isunya adalah isu pengangkutan. Oleh sebab itu dia buat walkabout di Pudu raya. Selepas itu kalau kita lihat, beberapa langkah yang telah dibuat dalam labs NKRE dan untuk makluman Yang Berhormat banyak perubahan telah berlaku akibat daripada lawatan ke lab. Bukan lawatan, tetapi kajian yang dibuat di lab. Kalau kita lihat angka-angkanya mungkin mengambil masa yang panjanglah tetapi, peningkatan dari segi pengangkutan ini telah berjaya sampai 400%. Increase in pengguna LRT, bas, dan sebagainya daripada 25% sampai 400%. Ini kerana kita mengambil langkah-langkah yang logik. Ini kerana katakan road areas, masa dia banyak. Ramai sangat. Bagaimana kita hendak kendalikan dengan izin, going to intrinsic evaluation of the transportation system.

Dengan cara itu sahaja tanpa ubah apa-apa pun dahulu. Itu satu. Maka duit-duit ini Rapid yang dikenakan di Pulau Pinang, ya. Banyak laluan yang telah diadakan, baru-baru ini bas yang dikenalkan di sini dan sebagainya yang telah menggerakkan lagi ke hala tuju itu. Baik, dalam pengangkutan awam KL ya, three main player, asset operators, asset owners, dan asset supplier. Bajet siapakah yang dapat banyak manfaat? Saya tidak ada figure sekarang, ya.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 61

Mungkin saya akan bekalkan kepada Datuk Akbar bin Ali nantilah kerana ini statistik yang meletakkan duit dan keuntungannya. GDP dan NKRA part sejauh manakah efisien dan pro rakyat? Saya sudah ceritakan dan telah kita mulakan GDP ini. Okey, decentralization ini saya sudah ceritakan kepada Yang Berhormat tadi, bahawa struktur organisasi diwujudkan empowerment pegawai-pegawai negeri dan juga di peringkat daerah memang ada. Saya tidak kata is partly ini tidak tiba-tiba mengambil segala-galanya daripada agensi-agensi lain. Baik, apakah kuasa SPAD? Kuasa SPAD ini disiasat, digeledah, ditahan, diberkas, dibuat forensic computing, kemudian sitaan, dan selepas itu rampasan.

Perkara ini ada juga di dalam JPJ. JPJ pun ada, ya. Tindihan kuasa antara JPJ dengan polis traffic masih ada. Akan tetapi mereka akan selaraskan melalui SPAD ini. Selaraskan kepada pegawai katakan daripada JPJ dan polis, pegawai pinjaman kita ada. Kita tarik orang-orang yang berpengalaman ke dalam SPAD ini dan fokus penyalahgunaan dan perlanggaran syarat perlesenan akan jadi fokusnya. Kes boleh ditangkap tanpa waran dan waran. Semuanya akan diambil kira. Perkara-perkara ini terlalu detail Yang Berhormat tetapi, bagaimanakah SPAD duduk di Kuala Lumpur dan membuat tugasan di Perlis, katakan. Ia tidak boleh. Memang ada di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Sistemnya memang ada, itu pun telah disoalkan oleh Yang Berhormat Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed.

Maka saya rasa memang adalah decentralization tetapi penyelarasannya adalah dari segi pertindihan kuasa. Pegawai JPJ semasa itu, sebab selepas ini kita akan luluskan Rang Undang-undang Pengangkatan Awam Darat 2010. Sekarang baru SPAD suruhanjaya selepas itu rang undang-undang itu akan dibentangkan. Kemudian kita akan bincang, ya. Melaka saya pujilah, terima kasih ya. Seterusnya urban centric inclusive luar bandar. Maka soalan ini bagus Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang baik.

Bagaimanakah kerajaan akan mengimbangi antara ledakan pembangunan pengangkutan di Kuala Lumpur dengan katakan di Kuala Lipis, okey? Maka adalah banyak insentif dan juga peruntukan yang akan diberi untuk membantu golongan-golongan berpendapatan rendah yang 40% itu. Seperti mana yang saya katakan kepada Yang Berhormat 77.2% masih kaum bumiputera Sabah, Sarawak, dan sebagainya. Salah satu daripada rancangan yang akan diwujudkan dalam NKRA ataupun dalam Economic Transformation Plan, atau National Transformation Plan termasuk kedua-duanya adalah untuk mengadakan peruntukan kewangan untuk memberi access kepada orang-orang luar bandar. Contohnya di Kuala Lipis dan di kawasan saya Jelai dia mana ada 14 kampung tradisional Melayu jauh di pedalaman dekat Gua Musang di bawah. Mara Liner telah wujud dua tahun yang lalu kerana mereka tidak boleh keluar ke bandar atau Kuala Lumpur. Maka MARA dan institusi, agensi-agensi lain yang diamanahkan untuk menjaga kesejahteraan rakyat akan diamanahkan untuk mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini. Daripada kampung itu pergi ke Bandar Kuala Lipis pun mengambil satu jam kerana tidak ada bas.

Sekarang telah ada perkhidmatan bas. Ini diusahakan oleh PBT iaitu kerajaan tempatan. Majlis daerah akan wujudkan. Untuk itu majlis daerah akan diamanahkan, diberi peruntukan, subsidi, dan juga insentif. Maka kita imbangi dua, okey. Kalau di sini kita ada konsesi-konsesi yang diberi kepada Putra dan sebagainya tetapi di sana kerajaan akan bantu untuk empowerment kepada rakyat. Maka saya setuju dengan ini salah satu perkara yang telah banyak dibincangkan oleh SPAD. Baik, feeder services telah saya katakan tadi mengenai Putrajaya itu.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

62 DR 5.5.2010

Seterusnya pengangkatan awam tidak boleh stand alone. Auxiliary services saya setuju. Baik, fasal 5 anggota pemilihannya mesti telus dengan laporannya memanglah akan telus. Ini kerana sekarang rakyat bukan seperti dulu. Rakyat sudah pun diberi kewibawaan dan juga kecelikan mereka berbeza.

Dalam tempoh dua ke tiga tahun boleh nampak. Maka SPAD ini tidak boleh indah khabar dari rupa lagi. Maka orang yang bakal akan diletakkan di situ mesti berwibawa. Lima daripada mereka adalah daripada kerajaan dan tiga hingga lima lagi akan diambil daripada sektor profesional atau golongan-golongan pakar dalam hal-hal ini seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi universitikah atau daripada industri itu sendiri yang terlibat dalam industri pengangkutan? Dalam pelbagai sektor itu akan dimasukkan dan akan diberi mandat untuk menjalankan suruhanjaya ini.

Fasal 34 benchmark accountability memang salah satu daripada fungsi ini adalah dari segi kewangan. Mereka akan terpaksa responsible kepada kita. Mereka bertanggungjawab kepada kita untuk membuat laporan-laporan di sini kalaulah ada penyalahgunaan bukan sahaja Menteri dan Kabinet akan menjadi pemantaunya, tetapi mereka juga akan terpaksa dibawa mikroskop, MACC dan juga publik audit, PAC. Baik, mereka ada banyak mekanisme lain untuk dijaga seperti mana juga suruhanjaya-suruhanjaya yang lain, okey. Ini kerana mereka dapat kelulusan daripada Parlimen peruntukan itu. Mereka perlu balas semula dan memberitahu apakah accountability mereka kepada kita? Tambang mampu bayar dan harga tiket operator. Insentif saya sudah ceritakan tadi. Seterusnya saya harap Datuk Akbar bin Ali yang telah bertanyakan banyak soalan itu puas hatilah kerana banyak sangat taburan soalan dan tidak boleh saya beri perincian, okey. Yang Berhormat...

Datuk Akbar bin Ali: Hampir ke hujung berkaitan dengan saya. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dua soalan sahaja. Tentang Putrajaya tadi saya bukanlah masyarakat Putrajaya tetapi saya sering juga ke sana. Bagi pihak masyarakat Putrajaya, saya ingin katakan betul dalam Mater Plan Putrajaya memang ada kemudahan yang Datuk sebutkan, tetapi bagi rakyat mereka mahu sekarang kemudahan-kemudahan itu. Sekarang yang mereka mahukan. Terutamanya apabila masa hujan, parking jauh dan mahu pergi ke office pun tidak boleh masuk. Parking bay pun tidak banyak.

■1550

Jadi inilah dan kita tidak tahu sama ada salah satu sebab bilangan pengundi untuk Barisan Nasional Putrajaya pada tahun 2008 menurun berbanding tahun 2004. Sama ada ini adalah satu penyumbangnya, saya tidak pasti tetapi, tolonglah fikirkan dan oleh kerana kita berbincang pasal SPAD, perbaikilah lagi sistem kemudahan pengangkutan di sana, satu.

Kedua, saya tidak nafikan memang ada kemudahan pengangkutan awam di luar bandar. Saya akui tadi. Akan tetapi apa yang saya pohonkan ialah tambahkan frekuensinya supaya lebih mudah rakyat luar bandar datang ke bandar dan sebagainya.

Ketiga, masalah pekan-pekan kecil seperti Melaka, Kuantan, bukan masalah traffic jam. Bukan masalah kesesakan tetapi masalah kekurangan servis, frequency of service dan bas-bas buruk. Bolehkah SPAD memberikan perhatian yang berbeza dengan masalah di Kuala Lumpur? Terima kasih.

Dato’ S. K. Devamany: Segala cadangan itu saya akan dikemukakan kepada pihak SPAD untuk diambil kira. Memang bagus pun.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 63

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru telah mengharapkan bahawa selaras dengan 1Malaysia pelbagai kaum menyertai dalam keanggotaan SPAD. Memang perkara ini telah pun kami bincang supaya konsep denyutan 1Malaysia dapat diilhamkan dalam keanggotaan SPAD.

Seterusnya, denda sepuluh sehingga dua puluh tahun, jumlah yang diheret ke mahkamah, kuat kuasa, siapakah yang bertanggungjawab, garis panduan terperinci kepada pemandu ini adalah soal-soal pelaksanaan. Kita serahkan pada mekanisme pelaksanaan yang bakal akan melihat peruntukan-peruntukan kecil-kecilan ini. Ini kerana memang kita akan melihat semua kelemahan dan cuba mengatasi dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

Yang Berhormat Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta satu one-stop centre aduan masyarakat. Memang akan dimasukkan kerana kita mungkin akan ‘iCERTize’, dengan izin ‘iCERTize’ - itu seperti menggunakan platform maya untuk reach out, untuk menghubungi, mengadakan hubungan dua hala dengan pengguna-pengguna. Maka, ini akan menjadi satu komponen dalam perkhidmatan pelanggan yang bakal akan diberi mengikut KPI yang dikatakan tadi ataupun balance scorecard yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi.

Jana fikir, buah fikir sektor swasta dan sebagainya. Memang sudah dimasukkan dalam keanggotaan. Bukan kakitangan kerajaan sahaja yang akan jadi anggota, seperti yang saya katakan, tiga orang anggota sehingga lima orang anggota akan datang daripada golongan sebegini untuk memberikan perkhidmatan. Kepelbagaian pihak berkuasa, masalah dan fungsi, banyak agensi, sukar untuk connectivity dan kerjasama dan sebagainya.

Maka, saya rasa SPAD adalah langkah pertama untuk menyeragamkan semua ini. Masing-masing punya fungsi tidak ganggu. Contohnya, pelancongan. Bas pelancongan akan dikawal selia oleh Kementerian Pelancongan. Memang ada dia punya kawal seliaan. Maka, itulah kalau kita katakan lebuh raya tol dan juga jalan raya Persekutuan, laluan bas itu masih JKR terlibat. Kalau kerajaan tempatan pula, terminal dan hentian, kerajaan tempatan yang akan rancang tetapi, akan dibawa kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara yang mana tuntutan keseluruhan Malaysia akan dilihat. Selepas itu, baru kerajaan tempatan itu akan diberikan mandat untuk meluluskan. Mereka akan mengerjakan atau menguruskan kemudahan-kemudahan itu. Maka, segala 13 buah kementerian itu akan terlibat dalam memperkasa lagi sistem pengangkutan.

Staf kurang untuk pendakwaan, sumber tidak mencukupi, menjejaskan kualiti. Kita punya Timbalan Menteri Perundangan pun ada di sini. Maka, saya gembiralah kerana Tan Sri. Beliau boleh mengambil kira semua ini. SPAD tetap akan mengambil kira cadangan Yang Berhormat. Siapakah yang bertanggungjawab mengenai penguatkuasaan bas, teksi? Saya sudah katakan tadi. SPAD mempunyai bidang kuasanya, LPKP tidak, akan diserapkan. Tidak lagi akan wujud, akan diserap oleh SPAD. SPAD akan menjalankan tugas, pelesenan dan sebagainya. JPJ dan juga kerajaan tempatan pun ada dia punya penguatkuasaan masing-masing. So, masing-masing mempunyai peranan masing-masing dalam penguatkuasaan mengikut bidang kuasa.

Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir, isu pelaksanaan. Entiti mana kerajaan? Saya sudah jawab tadi. Suruhanjaya itu adalah sesuatu yang diluluskan oleh akta Parlimen yang kita bahaskan sekarang. Maka, ia merupakan satu institusi yang powerfull, yang berkuasa untuk kita berhak mendapatkan maklum balas daripada suruhanjaya, di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. They are answerable to the Parliament, dengan izin.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

64 DR 5.5.2010

PBT, boleh atau tidak membatalkan lesen terminal yang diluluskan? Saya sudah katakan tadi, Majlis Perancangan Fizikal Negara. Bukan senang untuk dibatalkan permit-permit yang dikeluarkan kerana terlibat juga dengan kementerian dan Kabinet akan meluluskan. Ini bukan satu yang mungkin terpaksa bawa kertas Kabinet untuk dapatkan kelulusan dan tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Hajah Puan Hajah Fatimah binti Hamat meminta mengapakah Sabah dan Sarawak tidak dimasukkan dalam perancangan ini. Itu fasa kedua. Untuk Yang Berhormat, saya hendak jelaskan bahawa senario pengangkutan Sabah dan Sarawak berbeza kerana di sana banyak yang digunakan pengangkutan air dan juga udara. Maka, kita perlu melihat dan legislative framework nya adalah berbeza dengan Semenanjung Malaysia. Negeri masing-masing mempunyai rangkaian perundangan yang berbeza. Maka, segala ini perlu dikaji secara teliti untuk pastikan bahawa tidak ada masalah-masalah yang kemudiannya timbul. Selepas itu kita perlu lihat apakah butiran-butiran perancangan yang lebih sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Itu sebab ia akan dibuat dalam tempoh mungkin setahun. Yang Berhormat, kajian sedang dibuat. Dalam tempoh setahun lagi mungkin satu lagi rang undang-undang akan dimasukkan untuk kelulusan seterusnya.

Maka, soalan yang seterusnya Yang Berhormat Senator ialah mengenai mampu bayar dan kualiti. Kerjasama antara IPT dan kepakaran, memang kita setuju dan akan diambil kira di dalam ini. Memanglah salah satu daripada tugas SPAD adalah untuk memastikan bahawa ramai akan menggunakan pengangkutan awam. Kalau ramai ingin menggunakan pengangkutan awam, salah satu daripadanya ialah kos. Kosnya mesti sesuai. Kedua, kualiti, keselesaan, keselamatan dan sebagainya. Maka, dengan sendirinya faktor itu akan jadi faktor induk pada perancangannya.

Seterusnya adalah cadangan untuk mengadakan biasiswa untuk mahasiswa-mahasiswi yang di universiti tempatan yang menceburkan diri dalam kursus-kursus pengangkutan dan kepada pekerja-pekerja yang sedang dalam perkhidmatan. Memang satu cadangan yang molek sekali. Maka, kita akan pastikan ia memang ada.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat telah menaburkan banyak statistik iaitu beliau bertanya mengenai sistem. Apakah sistem kapasiti kita boleh menampung menjelang 2012? Itulah sebabnya SPAD diwujudkan. Ini kerana kapasiti boleh tetapi, isunya adalah perkhidmatan, keselesaan, kos, ketepatan, kecekapan, maka itu perlu di perkasa. Itu sebabnya...

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: [Bangun]

Dato’ S. K. Devamany: Seterusnya ialah kebolehpercayaan, masa dan sebagainya seperti yang saya katakan tadi. Memang ada isu. Kebolehpercayaan itu menjadi satu tanda soal. Masa menjadi tanda soal. Keselesaan, tanda soal dan sebagainya. Maka, itu sebabnya kita hendak memperkasakan.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Minta laluan.

Dato’ S. K. Devamany: Dipersilakan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kita ada satu lagi rang undang-undang pengangkutan. Ia lebih kurang sama sahaja. Kalau boleh atau tidak kita...

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tidak, satu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 65

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Mesra orang. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya cakap dalam bahas tadi tidak sempat. Tadi, semua Yang Berhormat cakap berkenaan dengan rang undang-undang ini. Akan tetapi, satu sahaja untuk mesra OKU. Kita tidak pelik untuk mesra OKU. Kita nampak mesra OKU ini amat berkurangan dalam pengangkutan awam. Contohnya, ada tempat parking OKU, tetapi orang lain yang parking. OKU terpaksa parking jauh.

Kedua, OKU ini bukan OKU yang cacat sahaja yang kelam. Akan tetapi OKU yang cacat yang tidak boleh menaiki kereta, yang tidak boleh apa yang - itu pun susah. Penyediaannya amat kurang sekali. Saya minta pihak SPAD tolong kaji semula untuk OKU. Sekian, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ S. K. Devamany: Tuan Yang di-Pertua, memang ini dijadikan satu dasar dalam SPAD sekarang. Maka, orang-orang istimewa dan OKU akan jadi komponen penting juga di dalam pengangkutan awam. Soal orang lain pakai itu penguatkuasaan.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat telah pun membawa isu mengenai 13 agensi. Dia kata masing-masing sedang berfungsi sekarang. Mengapakah perlu disatukan.

■1600

Memang tidak disatukan, masing-masing memainkan peranan. Akan tetapi diperkukuhkan dengan adanya satu badan yang boleh menyelaraskan semua ini iaitu SPAD. Kuasa Suruhanjaya diberi kepada SPAD dan inilah kekuatannya untuk mengukuhkan lagi, untuk complement, bukan untuk menjadi cabaran. Itulah keyakinan yang kami beri. Kurangnya kakitangan akan ditingkatkan.

Seterusnya, kos SPAD telah diminta jawapan. Apakah kos SPAD ini? RM51 juta untuk kos emolumen, kos pejabat kerana baru, RM51 juta. Sebenarnya RM70 juta yang diminta tetapi diluluskan hanya RM51 juta kerana kos semuanya, staf dan parking nya... Ia baru diberi kelulusan dan ia bakal beroperasi.

Okey, sistem sokongan Pengerusi. Pengerusinya adalah wanita. Kita serahkan kepada Menteri. Syor ini akan dikemukakan kerana ramai wanita telah mengemukakan soalan di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua. Maka saya mengucapkan ribuan terima kasih Tuan Yang di-Pertua kepada semua Ahli Yang Berhormat, walaupun saya tidak boleh jawab dengan penuh teknikal tetapi saya beri jawapan umum kerana masa terkekang dan terlalu banyak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa

Fasal-fasal 1 hingga 47 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

66 DR 5.5.2010

Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.06 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' S. K. Devamany]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawal selia pengangkutan awam darat dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' S. K. Devamany: Tuan Yang di-Pertua, saya telah membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 dan sekarang izinkan saya mencadangkan untuk sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 yang bertujuan memberi kuasa kepada suruhanjaya tersebut bagi menjalankan aktiviti perancangan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan pengangkutan awam darat.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat secara amnya memberi kuasa kepada SPAD. Kuasa tersebut terbahagi kepada tiga fungsi utama iaitu:

(i) kuasa untuk merancang termasuk menghasilkan rancangan induk pengangkutan awam darat negara dan wilayah;

(ii) kuasa mengawal selia pemegang lesen dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam darat; dan

(iii) kuasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan seperti audit, sekatan jalan, penangkapan dan pendakwaan.

Di bawah Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat ini, segala kuasa di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987 (Akta 334) dan Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dimansuhkan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya melalui cadangan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010, dan Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 masing-masing. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594) juga dicadangkan dipinda bagi memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk berfungsi sebagi agensi tunggal yang menjalankan aktiviti bersepadu ke atas sektor pengangkutan awam darat.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 67

Kuasa-kuasa di dalam rang undang-undang ini akan membolehkan SPAD mempertingkatkan serta memberi lonjakan baru kepada sistem pengangkutan awam darat. Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 yang dicadangkan ini merangkumi 12 Bahagian dan 258 fasal dan Jadual. Izinkan saya untuk mengutarakan bahagian-bahagian penting dalam rang undang-undang ini.

Bahagian II – Dasar Perancangan Strategi Pengangkutan Awam Darat.

Fasal 3 rang undang-undang ini menentukan tanggungjawab suruhanjaya untuk menghasilkan rancangan induk pengangkutan awam darat negara dan wilayah. Rancangan induk pengangkutan awam darat negara ini mengandungi polisi dan pelan makro termasuk skim program bagi pengangkutan awam darat.

Di dalam menghasilkan polisi dan pelan yang saya sebutkan tadi, fasal 4 mewajibkan suruhanjaya untuk berunding dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan dan juga Majlis Perancangan Fizikal Negara jika berkenaan. Polisi dan pelan yang dihasilkan juga perlu selaras dengan pelan struktur negeri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Ini juga bakal menjawab banyak soalan yang telah diajukan tadi. Oleh itu, SPAD akan bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengambil kira polisi kebangsaan, wilayah dan negeri bagi memastikan semua polisi dan pelan adalah coherence, dengan izin, bersepadu.

■1610

Fasal 6 memperuntukkan kuasa untuk mengeluarkan lesen pengendalian terminal pengangkutan awam darat. Denda sehingga RM1 juta boleh dikenakan ke atas mereka yang beroperasi tanpa lesen. Di dalam mengeluarkan lesen-lesen terminal ini, SPAD boleh mengenakan syarat-syarat dengan memastikan pengendali memberi tahap perkhidmatan yang terbaik. Dengan adanya kuasa untuk mengawal pengendali terminal, keselesaan dan keselamatan penumpang serta pekerja terminal dapat diutamakan. Ketidakpatuhan syarat yang ditetapkan boleh mengakibatkan denda sehingga RM500,000.

Pelesenan terminal oleh SPAD akan mewujudkan suatu taraf minimum baru yang perlu dicapai oleh pengendali terminal dengan mengambil kira keperluan orang kurang upaya (OKU) serta mesra sejagat dan diharapkan ia boleh mencapai taraf perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan antara yang terbaik di rantau ini.

Bahagian III adalah mengenai kenderaan pengangkutan awam, kenderaan pelancongan dan kenderaan barangan. Bagi Bahagian III, suka saya menjelaskan bahawa berikutan pemansuhan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuasa untuk menentukan lesen bagi pengangkutan awam darat dan kenderaan barangan akan dilaksanakan oleh SPAD di bawah fasal 16 hingga fasal 74. Lesen perkhidmatan pengangkutan awam darat terbahagi kepada:

(i) lesen untuk perkhidmatan membawa penumpang dengan kenderaan;

(ii) lesen untuk kenderaan pelancongan; dan

(iii) lesen untuk perkhidmatan membawa barangan dengan kenderaan.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

68 DR 5.5.2010

Rejim pelesenan yang terkandung di dalam rang undang-undang ini merupakan suatu rejim pelesenan yang berbeza dari apa yang diamalkan oleh LPKP. Ini kerana melainkan bagi kenderaan pelancongan, lesen tidak lagi dikeluarkan kepada setiap kenderaan.

Sebaliknya pengendali perkhidmatan pengangkutan awam darat yang akan dilesenkan dan ini bermakna pemegang lesen akan bertanggungjawab ke atas kesemua aktiviti yang dibenarkan di bawah lesen yang diberi. Dengan pelaksanaan rejim pelesenan yang baru berdasarkan peruntukan peralihan diharap akan memastikan pengurusan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang lebih baik oleh pengendali dan secara langsung meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna dan penumpang yang sewajarnya.

Selain daripada keselamatan dan keselesaan penumpang kemampuan bayar ataupun affordability, dengan izin, seperti yang diungkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi. Kadar tambang yang dikenakan juga merupakan salah satu perkara yang dikawal selia oleh SPAD. Fasal 77 melarang mana-mana orang atau syarikat untuk menuntut, mengutip atau menyimpan tambang yang kadarnya lebih daripada kadar yang telah ditetapkan oleh SPAD. Walau bagaimanapun, di dalam menetapkan kadar maksimum kadar tambang yang boleh dikenakan oleh pengendali dan pemegang lesen perkhidmatan pengangkutan awam darat, SPAD akan mengambil kira faktor seperti kos perniagaan dan pulangan pelaburan pengendali atau pemegang lesen yang berkenaan, dengan izin, ROI.

Prinsip yang sama juga digunakan bagi kadar tambang muatan mengikut fasal 78. SPAD akan menerajui aktiviti penguatkuasaan ke atas pengangkutan awam darat dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Di dalam fasal 79 hingga fasal 84, pegawai SPAD, pegawai polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan diberi kuasa untuk memberhentikan, menahan dan memeriksa kenderaan dalam menjalankan tugas di bawah rang undang-undang ini.

Bahagian IV adalah mengenai kereta api. Hal-hal mengenai kereta api adalah diperuntukkan di bawah Bahagian IV rang undang-undang ini. Bagi melengkapkan penyepaduan pengangkutan awam darat di bawah satu agensi fungsi dan kuasa Jabatan Keretapi dipindahkan kepada SPAD di bawah fasal 85 hingga fasal 143 rang undang-undang ini.

Untuk menambah baik rejim perancangan pengawal seliaan dan penguatkuasaan, kerajaan juga telah menambah baik nilai kepada kerangka perundangan berkenaan kereta api dengan memasukkan peruntukan-peruntukan baru seperti kuasa SPAD untuk membuat peraturan mengenai piawaian prestasi berhubung penyediaan, kemudahan dan perkhidmatan kereta api yang patut disediakan oleh pengendali atau pemegang lesen. Pemantauan ke atas tahap perkhidmatan ataupun service level, dengan izin, dan keupayaan pengendali dan juga pemegang lesen akan dilakukan melalui pengauditan dan laporan yang harus dikemukakan oleh pengendali dan pemegang lesen. Ini juga adalah seragam dengan kuasa SPAD ke atas pemegang lesen bagi perkhidmatan awam darat seperti bas, lori dan teksi.

Bahagian V adalah mengenai integrasi. Bahagian V rang undang-undang ini pula menitikberatkan elemen integrasi dalam perkhidmatan pengangkutan awam darat.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 69

Buat masa ini, sektor pengangkutan awam darat tidak mempunyai suatu badan atau agensi yang mengkoordinasi perancangan dan pembangunan kemudahan dan infrastruktur dalam memastikan connectivity, dengan izin, antara mod-mod pengangkutan.

Bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam darat dalam sektor masyarakat, fasal 144 memberi kuasa kepada SPAD untuk mengenakan ke atas pengendali atau pemegang lesen perkhidmatan awam. Syarat yang mewajibkan pengendali dan pemegang lesen untuk mengambil langkah-langkah wajar bagi tujuan integrasi antara mod-mod pengangkutan awam darat. Integrasi antara mod-mod pengangkutan darat dan awam darat akan mempertingkatkan lagi accessibility dan liputan rangkaian pengangkutan awam dan sekali gus menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan utama rakyat.

Bahagian VII - Perlindungan Penumpang dan Penyelesaian Pertikaian. Tuan Yang di-Pertua, bahagian ini memang merupakan bahagian yang penting untuk menjamin hak pengguna dan pengusaha. Kerajaan prihatin terhadap hak dan kebajikan penumpang. Bahagian VII menetapkan aspek-aspek perlindungan penumpang dan penyelesaian pertikaian. Kerajaan berpendapat bahawa usaha untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam hanyalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Kerajaan juga akan menjaga kebajikan dan memberi perlindungan hak kepangan pengguna dan penumpang pengangkutan awam darat. Fasal 167 membenarkan SPAD untuk menetapkan garis panduan bagi menentukan tahap perkhidmatan kepada pengguna dan penumpang. Untuk memastikan pihak pengguna dapat memberikan pandangan dan syor mereka boleh mengesyorkan kepada Forum Pengangkutan Awam Darat.

Bahagian VIII pula menceritakan mengenai ataupun mengandungi tribunal rayuan. Bahagian VIII menggariskan kewujudan tribunal rayuan di bawah fasal 177 untuk mendengar rayuan terhadap keputusan SPAD kecuali mengenai pelesenan.

Bahagian XI adalah mengenai kuasa mengumpulkan maklumat dan peruntukan penguatkuasaan. Segala kuasa yang diperkenalkan di bawah rang undang-undang ini memerlukan pelaksanaannya yang mantap dan bersepadu dan dengan menyerapkan fungsi dan kuasa LPKP dan Jabatan Kereta Api ke dalam SPAD, aktiviti perancangan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan akan lebih terancang dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa langkah-langkah kerajaan mencadangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (2010) 2010 adalah bertujuan untuk memberi kuasa-kuasa kepada SPAD dalam usaha untuk mentransformasikan dan menyelaraskan kerangka dan landskap pengangkutan awam darat. Peruntukan-peruntukan di dalam rang undang-undang ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memelihara kepentingan rakyat dan pada masa yang sama melahirkan pengendali dan pemegang lesen berdaya maju dan bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, kerajaan berharap rang undang-undang ini mendapat sokongan dan diterima baik oleh semua pihak termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang... Tidak adalah. Saya ingat tidak banyak pihak pembangkang di sini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

70 DR 5.5.2010

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal selia pengangkutan awam darat dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi.

4.19 ptg.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana membenarkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (2010) 2010.

Pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya menghasilkan rang undang-undang yang begini yang saya rasa mengambil masa yang begitu panjang. Sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa perkara ini perlu mendapat sokongan daripada semua negeri serta negeri yang dilantik oleh Pakatan Rakyat.

■1620

Buat pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada sidang yang lepas dalam bulan Julai tahun 2007, saya ada menghantar kepada pihak kerajaan ucapan penangguhan untuk memastikan tentang kemajuan serta peningkatan masalah tentang pengangkutan awam di Malaysia. Jadi ini merupakan antara usul yang kami bawa ke Parlimen kerana kami juga merupakan pengguna kepada pengangkutan awam di Malaysia. Itu yang pertama.

Kedua, berkaitan denga..., disebut tentang pengangkutan awam tadi, perkara yang menjadi keutamaan kepada saya ialah berkenaan dengan keselamatan kerana di negara kita sebagai mana yang telah diberitahu kepada Parlimen sebelum ini bahawa jumlah kenderaan adalah amat banyak dan antara objektif untuk pengenalan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat ialah untuk memastikan keselamatan ini terjamin dan saya rasa kita memerlukan jaminan dan pelan strategik daripada kerajaan untuk memastikan jumlah 300,000 kemalangan jalan raya yang saya percaya merupakan kenderaan darat ini hendaklah mempunyai satu saranan daripada kerajaan untuk diturunkan kerana 300,000 kemalangan ini akan makan nyawa yang begitu tinggi dan bilamana kita melaksanakan Undang-undang Pengangkutan Awam Darat kita benar-benar mengharapkan bahawa pengangkutan awam ini akan menyelesaikan masalah kenderaan yang banyak di negara kita dan boleh memberikan alternatif kepada rakyat.

Ini kerana rakyat telah pun ramai yang hilang nyawa, hilang anggota badan kerana kemalangan jalan raya akibat mereka menggunakan kenderaan mereka sendiri. Begitu juga dengan..., saya ingin minta daripada pihak kerajaan kerana sebelum ini kita lihat dalam banyak cuti-cuti sekolah, banyak operasi yang telah diperkenalkan oleh pihak-pihak yang berwajib dan kita lihat tidak berlaku pengurangan yang begitu ketara dari segi jumlah kemalangan walaupun begitu banyak program untuk operasi telah pun dibuat. Jadi saya percaya terlancarnya undang-undang atau dengan lulusnya Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat tadi, pihak kerajaan boleh membuat satu jadual yang betul-betul bagi mengawal ataupun untuk regulate, dengan izin, schedule, jadual perjalanan kenderaan-kenderaan pembawa penumpang dan juga pembawa barangan.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 71

Jadi jadikan satu agenda penting kerajaan bagi memastikan pada masa puncak ataupun pada masa-masa cuti, kenderaan yang membawa barangan ini tidak akan berjalan serentak dengan kenderaan yang membawa penumpang kerana banyak berlaku kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang banyak kerana melibatkan kemalangan antara kenderaan yang membawa barangan dengan kenderaan penumpang.

Jadi pohon dibuat satu polisi bagaimana schedule ini perlu dibuat tanpa memerlukan operasi-operasi yang khusus tetapi benda ini dijadikan satu rutin supaya semua pihak mengetahui pada musim puncak mereka memang tidak akan, tidak payah tunggu ada pelancaran sebarang operasi tetapi ini mesti datang daripada arahan dan polisi kerajaan bagi memastikan rakyat kita pada masa cuti tidak hilang nyawa dan pada masa hari raya boleh balik dengan selamat.

Begitu juga dengan adakah untuk Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat tadi disebut tentang kenderaan pelancongan? Adakah kerajaan mempunyai satu bajet ataupun perancangan khusus bagi memastikan kenderaan-kenderaan tradisional yang terlibat dengan pelancongan seperti beca roda tiga diberikan satu peruntukan ataupun pelan yang strategik untuk kita jaga, pelihara ataupun promote perkara ini kerana saya rasa di Melaka ada, di Pulau Pinang ada, di Kelantan ada tetapi kita lihat tidak ada perancangan khusus bagaimana. Mungkin yang saya dengar semalam yang akan dijadikan satu perhatian ialah bas persiaran, van persiaran, teksi tetapi saya tidak dengar tentang beca. Walaupun mungkin kenderaan ini tidak berbahaya bukan kenderaan awam tetapi kenderaan ini digunakan dalam promosi kita untuk pelancongan. Jadi saya minta juga perhatian diberikan kepada ini.

Begitu juga dengan soal perlindungan insurans penumpang. Setakat ini kita memerhatikan bahawa banyak syarikat yang menawarkan perlindungan insurans tetapi saya rasa bukan semua syarikat. Kalau kita perhatikan untuk perjalanan jauh memang kita ada bayar tambah lagi 10 sen ataupun 20 sen tetapi untuk perjalanan yang dekat ataupun transit yang dekat kadang-kadang tidak ada perlindungan insurans. Saya mohon kerana keselamatan penumpang adalah prioriti kita.

Jadi mohon diwajibkan untuk perlindungan insurans penumpang dan diberi opsyen kalau boleh saya minta kerana negara kita merupakan negara yang mengamalkan atau pun mempromosikan Sistem Takaful dipastikan bahawa insurans yang ditawarkan untuk penumpang adalah sistem yang berdasarkan kepada undang-undang Takaful supaya perkara ini tidak menimbulkan apa-apa isu selepas ini.

Seterusnya berkaitan dengan pendidikan pemandu yang menjalankan ataupun yang mengendalikan pengangkutan awam. Ini merupakan satu isu besar kerana negara kita, kita lihat hampir setiap kali operasi yang dilaksanakan oleh LPKP mahupun JPJ ataupun pegawai-pegawai polis trafik banyak kes yang akan dilaporkan mereka dapat tahan pemandu-pemandu yang mempunyai kes-kes yang berkaitan dengan kes masalah dadah, masalah kesalahan trafik. Ini berlaku kerana kebanyakan daripada pemandu di mana-mana syarikat adalah bukan kakitangan tetap atau kakitangan kontrak. Kenapa negara kita tidak boleh mempunyai pemandu terlatih yang boleh setia dengan mana-mana syarikat? Ini adalah satu isu yang saya rasa perlu difikirkan oleh pihak kerajaan kerana ini menunjukkan bahawa kualiti kita menjaga kebajikan pemandu pengangkutan awam darat di seluruh negara tidak dipantau dengan betul.

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

72 DR 5.5.2010

Saya rasa tidak ada rakyat yang akan bekerja tiga bulan kemudian berhenti tiga bulan, test syarikat lain lagi tiga bulan melainkan kebajikan mereka tidak dijaga. Jadi isu pemandu saya kalau boleh kita mahu melihat satu pelan yang spesifik atau sistematik daripada kerajaan bagi memastikan pemandu-pemandu kita ini boleh setia dengan mana-mana syarikat. Sekurang-kurangnya paling tidak 15 tahun dengan satu syarikat. Bukan kerja tiga bulan kemudian lompat tiga bulan kerana ini adalah satu kemahiran, pengetahuan dan latihan. Kita ada dengar kes-kes yang mana ada penumpang yang melahirkan anak dalam bas, pemandu yang tidak bertanggungjawab. Banyak perkara yang melibatkan kepada pengendalian kenderaan oleh pemandu.

Jadi kalau untuk pilot kita betul-betul perhati dengan cermin matanya, dengan tahap kesihatan semua jaga kerana kita hendak pentingkan penumpang atas udara. Penumpang atas darat pun nyawa sekali sahaja. Bukan boleh tukar-tukar. Kalau you naik kapal terbang nyawa tinggi nilainya, kalau you naik bas nyawa you jadi nilai rendah. Tidak ada nilai. Sama sahaja. Naik atas kapal terbang kah, kereta api kah pemandu tetap membawa nyawa orang lain. Kita tidak ada opsyen walaupun mungkin yang belakang pandai bawa hanya dia boleh pandu bas itu.

Jadi saya rasa soal pendidikan pemandu ini mestilah kalau pihak kerajaan benar-benar serius tentang pengangkutan darat ini boleh tubuhkan satu akademi pemandu pengangkutan awam darat. Siapa yang hendak jadi pemandu kena lulus daripada akademi ini. Tahap integritinya, tahap kesihatan, tahap pengetahuan, courtesy nya. Kesopanannya mesti tahap yang tertentu. Ia ada satu kelas kalau boleh kita panggil juru pandu. Sekarang nama ada dalam syarikat yang panggil juru pandu tetapi penarafan juru pandu itu namanya kelas juru pandu tetapi kebajikan juru pandu ini tidak berapa jaga. Jadi kalau boleh special allocation ini diberikan.

Kalau untuk treler, syarikat-syarikat perniagaan boleh bayar sampai RM3,000 hingga RM5,000, kenapa untuk bas tidak boleh buat macam ini sebab treler itu dia bawa barang, bas bawa orang. Barang boleh ganti, orang tidak boleh ganti. Jadi kenapa perkara ini kita boleh pandang lebih penting simen daripada manusia. Ini saya rasa perkara yang tidak boleh kita ada kompromi dan bila disebut tentang gaji kepada pemandu ini saya rasa pihak kerajaan perlu campur tangan. Kalau jaga kita jadikan satu isu yang besar untuk kita bayar gaji jaga, gaji pemandu kenapa saya tengok semua syarikat bas ataupun pengangkutan awam ini gaji pokok rendah.

Mereka akan tinggi elaun kerja lebih masa dan elaun perjalanan. Ini merupakan satu bentuk penderaan tekanan psikologi kepada mana-mana pemandu untuk bekerja lebih masa kerana gaji pokok mereka amat rendah. Kadang-kadang gaji pokok RM500. Kalau mereka rajin, itu yang kadang-kadang ramai pemandu bas tidak tidur terutama pada masa-masa puncak yang kerja mereka dan khidmat mereka diperlukan. Jadi ini merupakan satu bentuk penderaan tidak langsung kerana mereka juga orang. Mereka perlu rehat, mereka perlu keselamatan, mereka juga ada anak isteri.

Kebajikan pemandu ini saya minta sangat tolong jaga dari sudut terutamanya pemandu-pemandu bas yang jauh, yang dekat kerana mereka bukan bawa seorang. Mereka bawa ramai orang atas bas dan bila mereka accident kenderaan yang mereka bawa ini adalah lethal weapon yang akan boleh membunuh orang lain pula. Jadi bagaimana kalau mereka mengantuk, mereka ada masalah, mereka tertekan.

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 73

Jadi saya rasa kalau kita dapat tingkatkan gaji pemandu bas insya-Allah masalah pemandu bas berhenti dan tukar kepada orang yang lebih tidak bertanggungjawab ini tidak akan berlaku kerana masing-masing akan mempertahankan kerana mereka dapat kebajikan yang betul-betul dirancang.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan dalam kita mengintegrasikan Undang-undang Pengangkutan Awam Darat di Malaysia ini untuk masalah informasi kepada rakyat khususnya dalam bentuk peta. Kalau kita melawat mana-mana negara perkara pertama yang kita akan dapat di hotel ialah dari segi pakej pelancongan dan juga peta dan juga tempat-tempat di mana mereka akan memperkenalkan stesen semuanya tetapi kalau di Malaysia saya rasa susah kita hendak cari peta lengkap tentang kita punya aliran ataupun network tentang terminal-terminal awam, kemudahan-kemudahan yang kita dapat.

■1630

Kalau adapun sedikit. Kalau adapun susah hendak cari. Kalau boleh saya hendak minta promosi untuk tempat-tempat pengangkutan awam ini diberikan dengan cara yang baik kerana pengalaman saya pergi ke Bangkok untuk IPU baru-baru ini, saya lihat kami cuba dapatkan hendak naik kereta biasa, mereka tidak bagi. Semua rakyat di sana akan berikan kepada kita kad ataupun risalah untuk pastikan kita naik kenderaan awam mereka.

Jadi ini membawakan kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat mereka bagi memastikan kita menggunakan kenderaan ataupun pengangkutan awam darat. Jadi kalau beri di negara kita, kalau kita sudah habiskan, saya dimaklumkan untuk tujuh kilometer, kita terpaksa menghabiskan RM35 bilion kos bagi membuat LRT, saya rasa promosi ini rakyat kena sedar. Duit yang kita bayar sebagai cukai, banyak dihabiskan untuk prasarana bagi pengangkutan.

Jadi kalau kita tidak guna, hanya orang yang merupakan golongan pertengahan bawah dan rendah menggunakan pengangkutan awam, ini tidak akan memberikan kesan. Akan tetapi golongan-golongan yang berpendapatan tinggi diberikan kesedaran dan promosi supaya menggunakan pengangkutan awam darat. Mengapa? Ini kerana bila mana orang mempunyai pendapatan tinggi serta di kelas menengah atas menggunakan pengangkutan awam darat, saya percaya dengan sendirinya keseluruhan kemudahan yang ada di terminal-terminal pengangkutan awam darat akan dapat dipantau, dijaga, dipromosikan serta dapat dikuasakan.

Seperti contohnya. Kalau disebut di sini tentang terminal. Kalau terminal-terminal awam saya rasa kalau diberi pilihan, adakah kita pergi kepada tandas di stesen minyak ataupun tandas di tempat-tempat terminal bas tiada orang hendak pergi ke terminal bas sebab dia punya masalah kebersihan. Ini masalah kebersihan, masalah tidak cukup, tidak mesra pengguna. Kadang-kadang harga mahal, kemudahan surau ada tetapi kecil, pemisahan lelaki, perempuan, restoran dari segi makanan kadang-kadang tidak jaga. Ini terjadi kerana orang-orang peringkat atasan tidak menggunakan pengangkutan awam darat. Kalau mereka duduk di sana, mereka akan tengok. Kalau tandas di Parlimen, kita boleh jaga begini baik. Saya rasa kalau tandas di terminal-terminal pengangkutan awam darat ini dijaga sebagaimana di Parlimen, saya rasa insya-Allah orang akan guna sebab ini satu keselesaan. Ini kerana orang hendak menggunakan pengangkutan awam darat ini orang akan bawa anak. Kita hendak keselesaan, kita hendak berhenti, kita hendak tukar dan jadi tempat untuk transit.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

74 DR 5.5.2010

Jadi kalau boleh kita punya standard dari segi kebersihan, kesihatan untuk terminal-terminal kita ini mempunyai satu pasukan pemantau khas dan saya minta perkara ini untuk bahagian penguat kuasa ini pun mesti diketuai oleh orang-orang menengah atas supaya dia ada kuasa bukan sahaja sebagai pemantau, letak orang-orang bawah, tidak hendak, kerana mereka tidak akan boleh lihat.

Saya ingat lagi semasa saya belajar di universiti dahulu, oleh kerana tandas di universiti ini, dipantau oleh seorang Menteri, dipastikan, sebab anak Menteri ada belajar di situ, anak bagi tahu bapa dia tandas alhamdulillah. Sepanjang saya belajar lima tahun di UIA, tandas dia tip top. Jadi saya tengok pengalaman lepas macam itu. Jadi kalau boleh untuk terminal-terminal ini kita boleh tengok pemantauan kerana ini merupakan satu imej. Imej negara maju, imej negara-negara yang membangun adalah imej pengangkutan awam yang baik. Antara imej pengangkutan awam yang baik ialah kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan pengangkutan awam termasuklah kemudahan-kemudahan di terminal.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah perancangan kita sekiranya kita mempunyai teksi-teksi yang menggunakan LPG. Saya lihat di negara lain banyak juga bas-bas persiaran, bas-bas biasa yang juga menggunakan LPG, tetapi saya rasa di negara kita belum ada bas-bas yang mesra environment, mesra persekitaran dengan menggunakan LPG. Adakah pihak kerajaan mempunyai satu usaha untuk memastikan bas-bas ini akan mempunyai bas yang kita import yang menggunakan LPG dan sekiranya pihak kerajaan benar-benar berminat penambahan kepada stesen-stesen minyak yang menawarkan perkara-perkara ini mesti banyak. Jangan hanya ada di Kuala Lumpur di Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja. Kena seluruh negara ada. Ini kerana merupakan satu dan negara kita merupakan antara pengeluar gas asli dunia. Kenapa kita banyak keluar pada orang dan kenapa dalam negara tidak cukup stesen yang menawarkan perkara ini? Saya percaya kalau kita ada bas green, ataupun bagus untuk environment begini, ini promosi dan juga baik untuk kita punya kualiti alam sekitar.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat isu-isu keselamatan di terminal. Kita melihat dalam akhbar dalam dua, tiga bulan yang lepas, beberapa buah bas dibakar di kawasan terminal. Jadi dia tadi menyebut bahawa untuk penguatkuasaan di kawasan-kawasan terminal ini dia letakkan kepada tanggungjawab pengendali-pengendali. Saya ingin tanya sejauh mana keselamatan dan kebakaran mahupun keganasan ataupun apa-apa perkara yang boleh membahayakan penumpang ini dijadikan satu polisi atau dijadikan satu keutamaan oleh pihak kerajaan dalam masa kita meluluskan undang-undang pengangkutan awam darat ini.

Begitu juga dengan saya ingin bagi tahu kepada pihak kerajaan isu yang direct berkaitan dengan pengangkutan awam darat iaitu isu yang berlaku di Kelantan yang berkait dengan pemandu bas SKMK, pemandu bas, kakitangan, MARA Transliner. Isu ini telah pun telah berlaku lama berkali-kali walaupun telah berkali-kali menukar pengendali utama. Isu yang berlaku ialah isu masalah gaji, masalah kenaikan pangkat, masalah bonus, masalah lambat bayar, sehingga menimbulkan beberapa kali kes piket yang menyebabkan banyak berlaku masalah penumpang-penumpang tergendala.

Saya minta kerajaan beri satu fokus kepada isu-isu yang melibatkan syarikat-syarikat bas utama negara di semua bandar besar. Jadi kalau SKMK bagi saya sudah merupakan syarikat bas yang lama masih lagi menghadapi masalah ini.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 75

Masalah kebajikan kakitangan mereka menjadi satu isu, kita mintalah diberikan perhatian dan saya minta perkara ini boleh diselesaikan kerana saya rasa kalau hendak senaraikan masalahnya banyak tetapi, pihak Menteri perlu panggil dan dapatkan penjelasan khas berkenaan dengan SKMK dan MARA Transliner di Kelantan.

Saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan tentang pengangkutan awam darat berkaitan dengan signage, tanda-tanda jalan yang akan membahayakan pengangkutan awam darat. Di negara kita ini kita ada banyak lebuh raya. Kita ada banyak jalan. Akan tetapi masalah dengan kita punya tanda jalan ini banyak yang mengelirukan dan kadang-kadang boleh menyebabkan kemalangan.

Jadi di samping kita menjaga kenderaan, jaga pemandu, kemudahan serta infrastruktur yang berkait dengan pengangkutan awam ini mesti kita jadikan first class. Jangan sampai pemandu sudah tersilap. Sudah beri arahan hadapan baru kena masuk lorong, tetapi sampai hadapan terus masuk lorong. Jadi ini kadang-kadang berbahaya. Saya setiap kali sebut dlm Parlimen. Menteri kata akan tengok, akan tengok, tetapi saya nampak kemudahan tentang signage yang salah ini diperbetulkan diupdate tidak jadi satu keutamaan. Ini menyebabkan kemalangan jalan raya. Jadi saya pohon sangat-sangat perkara ini penting kerana kalau kita tukar pula pemandu setiap tiga bulan sekali, lagi masalah.

Seterusnya berkaitan dengan pembatalan dan pergantungan lesen pengendali. Jadi kita dimaklumkan bahawa setiap kali berlaku kemalangan jalan raya, lesen-lesen pengendali akan dibatalkan serta digantungkan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan dalam kita meluluskan rang undang-undang ini berapa lama tempoh sesuatu kes itu akan disiasat, didakwa, dibicarakan dan kalau digantung berapa lama tempoh bergantungan. Biasanya dikenakan kepada mana-mana pemegang lesen pengendali dan berapakah jumlah maksimum. Adakah dia bergantung kepada jumlah kemalangan, jumlah kematian, jumlah kerosakan yang akan dijadikan satu asas untuk lesen mereka ini dibatalkan atau digantung.

Saya percaya seseorang pengendali kenderaan awam, seorang atau satu syarikat hendak beli bas. Harga bas bukan RM2,000. Harga bas mungkin RM300,000 dan mereka mempunyai 30 buah bas. Disebabkan satu kemalangan mungkin lesen mereka terpaksa digantung semua. Ini bukan jumlah yang sedikit. Mungkin mereka terpaksa rugi dalam RM3 juta, RM 4 juta. Jadi apabila perkara ini kita tengok, dibatalkan, digantung kita hendak tengok macam mana. Sekarang setiap kali accident, kita punya gantung tetapi, rasanya orang yang sama juga kemudian menjadi cuma tukar nama daripada Syarikat ABC, jadi Syarikat EFD. Cuma tukar nama sahajalah. Jadi sekarang ini kalau boleh hendak mencari soal-soal ketelusan, ini bukan NKRA negara adakah perkara ini kita tidak pantau dari sudut..., just tukar nama ataupun tahap keselamatan.

■1640

Ini adalah kerana saya percaya untuk kementerian wanita dan kementerian kesihatan, sekiranya seorang wanita yang didapati mengandung dan kemudiannya bersalin dan mati anaknya semasa proses kelahiran. Saya percaya pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Kementerian Kesihatan terpaksa membuat satu siasatan lengkap. Negara kita merupakan negara yang paling baik dari sudut ibu yang mengandung, di mana jarang ibu mengandung yang mati akibat melahirkan anak.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

76 DR 5.5.2010

Jadi kalau untuk mengandung tadi kita boleh kontrol sampai begitu rupa, kenapa untuk kes-kes yang berkaitan dengan nyawa juga kita tidak boleh buat standard yang sama? Kita sudah berjaya dari segi mengawal masalah kematian akibat kelahiran. Jadi saya minta juga perkara ini dibuat satu pemantauan yang lebih baik.

Untuk pengangkutan awam darat tadi dari segi lesen, manakah pihak yang akan diberi keutamaan, syarikat individu, koperasi ataupun syarikat-syarikat swasta yang tanpa keuntungan ataupun dengan keuntungan, dan bagaimana pula tentang rekod dan prestasi mereka?

Adakah pihak kerajaan juga akan mengawal pakej-pakej yang akan diperkenalkan oleh pengangkutan awam darat di Malaysia kerana di Malaysia ini kita ingat untuk pakej-pakej ini tidak banyak. Tidak banyak pakej-pakej yang dibuat. Begitu juga dengan kebajikan untuk Airport Limo. Saya sudah sebutkan pada malam kelmarin tentang beberapa perkara berkaitan dengan Airport Limo tetapi Yang Berhormat Menteri yang menjawab mengatakan bahawa perkara tersebut bukan di bawah Kementerian Pelancongan tetapi mungkin di bawah JPM tentang Airport Limo.

Jadi saya hendak sebutkan sekali lagi untuk rekod Parlimen dan juga tindakan dibuat berkenaan dengan Airport Limo. Pertamanya berkaitan dengan, bolehkah tiket Airport Limo ini dibeli melalui internet supaya tidak menyebabkan penumpang-penumpang menunggu lama untuk membeli tiket-tiket ini di lapangan terbang?

Yang keduanya, nama pemandu teksi Limo itu perlu ditampal di belakang teksi iaitu di belakang tempat duduk pemandu dan kosnya tanggungkan oleh syarikat. Yang ketiganya berkaitan dengan siaran iklan Celcom ataupun mana-mana iklan yang diletakkan di teksi Airport Limo, berapakah kos yang dibayar oleh Celcom, dan siapakah yang menikmati hasilnya, pemandu atau syarikat?

Seterusnya ialah bilangan pemandu Limo wanita, adakah kerajaan bercadang untuk menukarkan jenis kereta daripada Proton Waja kepada jenis kereta lain dan jumlah AP terkini yang dimiliki oleh Airport Limo. Kenapa Airport Limo ini dimonopoli hanya kepada Airport Limo dan apakah perbezaan antara pemantauan yang dibuat di Airport Limo dengan pemantauan yang dibuat untuk teksi di LCCT? Saya difahamkan untuk Airport Limo, dia ada different rules. Untuk LCCT dia lebih loose. Jadi saya pohon kerana kedua-dua ini merupakan tempat stesen pelancong-pelancong sampai.

Jadi Airport Limo atau LCCT, saya rasa perkara ini perlu pihak kerajaan pantau. Bengkel Airport Limo, katanya jumlah bengkel itu mungkin mencukupi. Cuma masa yang diambil untuk membaiki itu kepadatannya tinggi dan jumlah caj yang dikenakan kadang-kadang melebihi caj yang berada di luar daripada woksyop yang diberikan oleh Airport Limo. Begitu juga tempoh masa alat ganti sampai dan kualiti alat ganti termasuk tayar tidak memuaskan. Mereka dikhabarkan akan diberikan tayar sebanyak lapan biji setahun tetapi tayar yang dibekalkan tidak mencapai spesifikasi yang tertentu kerana mereka menggunakan pelbagai alasan.

Saya minta pihak kerajaan perhatikan betul-betul tentang kemudahan untuk bengkel Airport Limo ini bagi kualiti tayar, kualiti alat ganti kerana ini merupakan imej negara. Kos pembaikan serta alat ganti sepatutnya diletakkan sepenuhnya atas tanggungan syarikat dan juga pemandu mesti ada proportion yang munasabah. Saya juga difahamkan bahawa bayaran sewa untuk Airport Limo hanya dikecualikan dua hari.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 77

Saya rasa untuk pemandu hanya berhenti dua hari ini tidak berapa fair lah. Jadi kalau boleh minta kerajaan kaji balik supaya bayaran sewa ini dikecualikan sekurang-kurangnya empat hari untuk satu kereta.

Kita difahamkan bahawa cukai eksais untuk kereta ini dikecualikan semasa pembelian oleh syarikat tetapi bilamana selepas lima tahun, kereta ini dapat diberikan kepada pemandu kerana sudah tamat tempoh dan mereka sudah habis bayar. Selepas lima tahun, masalahnya jumlah perbatuan akan melebihi satu juta kilometer. Jadi kalau ikut mereka, lebih satu juta kilometer ini, kereta ini sudah turun value. Jadi kalau boleh minta kerajaan kaji beri jadi tiga tahun dan bukannya lima tahun. Ini adalah kerana Airport Limo ini, banyak bergerak di seluruh negara oleh sebab mereka membawa penumpang.

Saya rasa perkara ini kita kena beri ruang dan kalau berlaku kemalangan kenderaan mereka mungkin dilindungi oleh insurans tetapi, pemandu yang telah pun sebagai contohnya, satu kereta di mana pemandu namanya A, bawa Airport Limo selama tiga tahun. Sepanjang tiga tahun memang dia bayar. Tiba-tiba berlaku kemalangan jalan raya. Berlaku kemalangan jalan raya sama ada menyebabkan pemandu ini sakit ataupun mati, pihak syarikat akan dapat balik reimburse daripada syarikat insurans tetapi, hak pemandu ini yang telah pun membayar selama tiga tahun habis begitu sahaja. Tidak ada pembelaan hak daripada apa yang... Anak-anak mereka ataupun pemandu ini saya rasa diberi perhatian. Ini adalah kerana mereka telah pun bayar sebahagian tetapi, oleh sebab selepas tidak sampai tempoh lima tahun tadi, mereka sudah hilang hak.

Jadi sekarang ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan 800 daripada pemandu asal Airport Limo, pemandu yang asal tinggal tidak sampai lagi 200. Sejumlah 600 pemandu sudah berhenti. Kerana apa? Kebajikan mereka tidak dijaga. Jadi perkara ini perlu perhatian daripada pihak Yang Berhormat Menteri dan saya difahamkan juga tiada bayaran PERKESO dan KWSP yang dibuat kepada Airport Limo. Ini adalah kerana mereka dikatakan hanya bekerja secara kontrak dengan syarikat Airport Limo tetapi mereka mesti memakai pakaian seragam yang lengkap seolah-olah mereka ini pekerja tetap. Jadi saya rasa isu PERKESO, isu caruman, isu kebajikan, isu pencen dan semua perkara macam ini perlu kita perhatikan juga kerana ini merupakan kebajikan mereka.

Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan jumlah kemalangan yang melibatkan Airport Limo sejak tahun 2000. Ini adalah kerana saya difahamkan banyak kemalangan akibat daripada keletihan pemandu yang telah berlaku membabitkan Airport Limo. Banyak kemalangan jalan raya sama ada melibatkan kerosakan kenderaan dan kehilangan nyawa dilaporkan. Jadi saya minta statistik daripada tahun 2000 sehingga sekarang, berapakah kemalangan yang melibatkan Airport Limo? Begitu juga pampasan kepada pemandu dan anak-anak serta ahli keluarga. Bagaimana hak kepada kereta dan kesihatan serta kebajikan mereka. Jadi saya minta perkara ini pihak kerajaan mengambil tindakan.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang status Noradz Travel iaitu satu syarikat yang katanya telah diserbu oleh pihak Bank Negara kerana dikatakan terlibat dalam penggubahan wang haram kerana mereka mempunyai AP tetapi mereka tidak mempunyai teksi. Jadi dari segi bila pemberian kepada AP ataupun lesen kepada mana-mana pengangkutan awam? Bagaimana struktur ataupun mekanisme yang digunakan oleh kerajaan? Minta AP, dapat AP dahulu baru beli kenderaan ataupun ada kenderaan dahulu baru pohon AP atau bagaimana supaya perkara macam ini tidak menjadi isu. Ini adalah kerana saya rasa ini adalah perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan.

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

78 DR 5.5.2010

Begitu juga saya difahamkan untuk kos pengangkutan awam ini menjadi tinggi kerana antara sebab adalah berkaitan dengan pengambil balik tanah. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, untuk isu Land Acquisition Act. Bilamana kerajaan merancang untuk ambil satu jalan bagi dijadikan jalan untuk pengangkutan awam sama ada untuk terminal atau pun jalan.

Isu sekarang banyak kena bayar kepada tuan tanah. Setakat ini, berapakah banyak bayaran yang telah pun dibayar kepada pemilik-pemilik tanah? Adakah kerajaan akan memperkenalkan satu skala baru supaya kita dapat menyeimbangkan antara memuaskan hati pemilik tanah dan juga melihat kepada keperluan pengangkutan awam ini dibina. Saya percaya ini memakan kos yang tinggi terutamanya melibatkan bandar-bandar besar kerana harga tanah di bandar-bandar besar adalah tinggi.

Jadi tadi sebut tentang OKU. Saya juga ingin kerajaan berikan tekanan kepada kemudahan-kemudahan untuk warga emas. Kita difahamkan negara kita akan masuk kepada proses negara menua (tua) tidak lama lagi. Jadi kemudahan kepada warga-warga emas juga hendaklah diberi keutamaan sama ada melalui pakej-pakej tiket yang lebih murah. Kemudahan-kemudahan kepada mereka ini perlu dibuat satu pemantauan supaya kita akan perhatikan perkara ini dengan lebih baik. Begitu juga...

Timbalan Yang di-Pertua: Panjang lagi kah Yang Berhormat?

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya rasa tidak banyak dah. Tidak apa-apa lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada lagi kah Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak turut berbahas?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Datin paduka Datuk Norhayati.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan juga kepada saya untuk turut serta membahaskan rang undang-undang ini iaitu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan saya ucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah dapat membentangkan rang undang-undang ini pada hari ini.

Saya terpanggil untuk turut serta memandangkan pentingnya rang undang-undang ini dalam usaha menambahbaikkan serta memantapkan fungsi LPKP bagi tujuan membangun dan memodenkan fungsi pengangkutan awam negara ini.

■1650

Namun demikian, saya selepas daripada Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz bercakap ini, saya tidak tahu hendak cakap apa sebenarnya. Hampir semua dia sudah cakap. Namun demikian, saya hanya hendak menyentuh dua sahaja isu yang memang dekat di hati rakyat di kawasan saya. Very basic issue yang biasa dikemukakan dan banyak berlaku di kawasan saya, yang lain-lain isu insurans yang saya hendak bawa, isu roadblock, isu time schedule bagi kenderaan barang dan penumpang, isu operasi, isu class, isu kenderaan semua sudah disebut oleh Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz. Jadi saya sudah kata, saya hendak cakap, maka saya cakap juga hanya dua isu berkaitan di hati rakyat saya.

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 79

Satunya ialah disebabkan masa terhad, saya tidak akan mengambil masa yang lama, saya hanya hendak menegur mengenai isu penggunaan meter. Ini selalu terjadi di kawasan-kawasan saya dan kawasan yang lain juga. Bagi pengangkutan awam teksi dan kereta sewa, rungutan dan komen negatif terus kedengaran, blog dan internet juga terus menyiarkan keluh kesah pengguna dan sikap biadab dan kurang sopan sesetengah pemandu teksi yang terang-terangan enggan menggunakan meter.

Tuan Yang di-Pertua, langkah demi langkah, tindakan dan arahan telah pun dilaksanakan oleh LPKP dan juga Pengerusi LPKP sendiri pernah ditipu dikenakan bayaran tanpa menggunakan meter tetapi, pemandu teksi tetap berdegil tidak mahu guna meter dan ambil jalan mudah untuk cepat dapatkan wang. Pemandu teksi adalah orang yang pertama ditemui pelancong yang masuk ke negara ini. Tidak dapat dinafikan pemandu teksi, pemandu bas ekspres dan juga pemandu lori adalah satu golongan orang yang hampir sama iaitu rakyat tempatan yang diberikan lesen oleh LPKP tetapi, mereka lupa pekerjaan ini memerlukan perilaku yang beretika dan sekiranya mereka tidak mahu diambil tindakan tegas dan hilang pekerjaan serta boleh menyebabkan musibah ke atas diri mereka. Saya berasa kesal dan insaf kerana imej negara terus terpalit dengan sikap negatif sesetengah pemandu teksi ini. Tuan Yang di-Pertua, LPKP kena belajar daripada negara jiran, bagaimana pemandu teksi amat disenangi oleh pelancong-pelancong, malah penumpang tempatan.

Saya tidak mahu beri contoh negara maju kerana mereka ini memang lebih beretika dan lebih jujur, tapi saya hendak beri contoh teksi di Bandar raya Jakarta, Indonesia yang kebayakan kita selalu pergi ke sana. Negara yang rendah pendapatan per kapita penduduknya jika dibandingkan dengan Malaysia. Sebagai contoh, teksi Bluebird Indonesia bukan sahaja kereta mereka ini lebih baik, cantik dan bersih malah pemandu mereka memang beretika.

Mungkin mereka takut dengan ketegasan pihak penguat kuasa, sebagai contoh sekiranya didapati ada pemandu teksi yang tidak guna meter pemandu ini, terus dibatalkan lesennya dan mereka akan hilang pekerjaan ataupun punca pendapatan tetapi, di negara kita, tindakan pihak LPKP tidak berapa tegas. Hingga hari ini, kita dapati tidak ada satu kaedah yang drastik untuk menyelesaikan masalah ini. Sikap sebeginilah yang sebenarnya menjadi batu penghalang negara mencapai NKRA yang diidamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dalam usaha beliau mempromosi Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya hendak bawa ialah berkaitan kemalangan yang melibatkan bas ekspres. Kemalangan yang melibatkan bas ekspres yang telah saya sebutkan tadi, banyak berlaku di dalam kawasan saya dan bas dua tingkat yang baru kena langgar itu sebenarnya orang dari kawasan saya. Satu ketika apabila berlaku kemalangan jalan raya, membabitkan bas ekspres berlaku secara berturut-turut. Semua media melaporkannya, malahan turut menjadikannya sensasi. Namun ia tidak lama dan terus dilupakan walaupun ketika itu begitu banyak cadangan yang telah pun kita kemukakan.

Jika tidak silap saya, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan juga JPJ pernah mewajibkan setiap bas ekspres mesti menyediakan dua pemandu bagi mengelakkan pemandu mengantuk, tetapi apakah ada penguatkuasaan selepas isu ini menjadi sejuk. Apa sudah jadi sekarang ini? Saya masih lagi menerima banyak aduan, keadaan kini kembali ke asal.

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

80 DR 5.5.2010

Pemanduan laju, tidak ikut peraturan, pemandu hanya memandu seorang diri walaupun jauh destinasinya dan yang paling menakutkan, pemandu menggunakan telefon bimbit dan berSMS semasa memandu. Saya gesa LPKP perlu bertegas dalam hal ini, demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan juga nyawa yang tidak berdosa. Kita tidak mahu lebuh raya kita bertukar menjadi ’pusara di lebuh raya‘. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya sekali lagi berterima kasih dan dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas? Silakan Datuk Akbar bin Ali.

4.55 ptg.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh hanya beberapa perkara kali ini berkenaan dengan akta ini. Akan tetapi sebelum itu saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dalam jawapan akta yang pertama tadi, ada satu perkara yang saya rasa Dato’ tertinggal, tetapi oleh kerana dua akta ini adalah berkaitan. Jadi saya mohon diberi peluang untuk menjawab.

Soalan yang tadi tidak sempat agaknya Dato’ jawab ialah berkenaan dengan perkara 15(l) dalam Akta Suruhanjaya tadi itu, iaitu mengapa saya tanya hanya berkenaan kemalangan kereta api sahaja yang disiasat dan dikaji semula. Apa rasionalnya hanya tertumpu kepada kemalangan kereta api, sedangkan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh bas dan kereta biasa adalah jauh lebih tinggi. Akan tetapi dalam perkara 15(l) hanya tertumpu kepada kemalangan kereta api, mengapa tidak dikembangkan kepada kemalangan-kemalangan darat yang lain?

Kedua, yang saya ingin menarik perhatian tentang teknologi hijau yang harus diberi perhatian di bawah akta ini ialah..., ini saya ingin kaitkan kepada masalah akan datang, dengan izin, futuristic. Masa saya mengulas Bajet Tambahan 2010 , saya ada tekankan betapa pentingnya kita mengambil kira masa akan datang. Ini ada kaitan dengan masalah environment sekarang yang kita belajar..., kita patut belajar daripada apa yang berlaku di Iceland. Kalau boleh quote dengan izin, there’s no mistake in life, there are only lesson but if we don’t learn the lesson, it is a mistake.

Jadi saya ingin menarik perhatian apa yang berlaku di Iceland dan saya tidak mahu ulang begitu banyak sekali, tapi apa yang ingin saya katakan bahawa di mana pun ia berlaku dalam this globalize world, ia ada kesan kepada kita tetapi, usah saya pergi begitu jauh ke Iceland, saya ingin menarik perhatian bahawa kita berada on the ring of fire, dengan izin, di sekitar Nusantara, the Malay Archipelago, gunung berapi telah meletup di Filipina pada tahun 1991 iaitu Pinatubo. Ia memberi kesan kepada kepanasan dunia yang merekodkan kenaikan suhu sebanyak lebih sedikit daripada 0.5 degrees Celsius. Ini menyebabkan kalau saya dibenarkan ulang semula, membesarkan lubang green houses di Antartika. Pertama.

Kedua dikatakan dikaitkan dengan kemarau di Sahara Desert Africa.

Ketiga ia juga dikaitkan dengan banjir besar di Mississippi. Saya cuba kaitkan dengan pengangkutan darat ini, begitu juga gunung berapi di Jawa, bernama Gunung Galunggung telah meletup pada 1982. Oleh sebab kita on the ring of fire, kerana ledakan gunung berapi ini dan juga kerana gempa bumi seperti mana yang berlaku pada tahun 2004 yang menyebabkan Tsunami, yang mana kita juga menerima kesan.

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 81

Contohnya di Melaka yang jarang sekali menerima gegaran gunung berapi telah mula kerap dirasakan. Jadi dari segi sistem pengangkutan darat, saya harap SPAD akan memberi perhatian terutama dalam membina jambatan, aero ways di atas supaya mengambil kira pembinaan-pembinaan ini semua, mengambil kira kemungkinan ledakan gunung berapi ataupun gempa bumi yang kita berada on the fringe of fire ini mengambil kira bencana ini supaya kita dapat elakkan ataupun kita boleh minimizes kan, dengan izin.

■1700

Ini bermakna sekurang-kurangnya kita kena belajar dari Taiwan, kita kena belajar daripada Jepun dalam membina bangunan-bangunan ini supaya ia boleh menerima atau absorb, dengan izin, apa-apa gegaran yang mungkin berlaku demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Sekarang saya ingin terus kepada akta ini di mana pertama sekali saya ingin merujuk kepada fasal 75(3). Saya ingin tahu mengapa pembekal perkhidmatan perlu meminta izin daripada suruhanjaya untuk memberikan secara percuma tambang yang dikenakan? Dia perlu minta izin untuk diberi secara percuma.

Saya rasa agak ironis, kalau saya yang operatornya, saya hendak memberi tambang percuma kepada kawan saya Dato’ Azizan, saya kena minta izin dari suruhanjaya. Dato’ Azian..., Dato’ Azizan orang lain ya. Sedangkan ini adalah satu kes cukup jelas tentang birokrasi. Kalau hendak minta izin dan kita akan menunggu masa untuk suruhanjaya memberi kebenaran, sudah tentulah ia tidak selaras dengan kecekapan, efficiency yang kita harapkan. Saya rasa kalau boleh bagi pemberian secara percuma ini tidak perlulah persetujuan atau keizinan diminta daripada suruhanjaya.

Keduanya, berkenaan perkara 88 dalam akta ini. Oleh kerana ia menggunakan perkataan kereta api, bukan misal kata landasan kereta api, bukan terminal kereta api jadi saya agak tertanya-tanya mengapa hendak membina kereta api perlu tanah? Ini dalam perkara 88. Pada saya kalau di buat kereta api seperti buat koc kah, tidak perlu tanah tetapi mungkin ada sebab mengapa tanah diperlukan berhubung dengan perkara 88 ini dan kita mohon penjelasan.

Berkenaan dengan fasal 148 pula secara khusus sekali lagi hanya merujuk kepada kemalangan jalan raya. Saya memang faham bab ini merujuk kepada kereta api. Jadi fasal 148 ini hanya merujuk kepada kemalangan kereta api sahaja. Di dalam akta ini tidak ada, kecuali saya terlepas pandang, menyebut secara khusus seperti fasal 148 ini berkenaan kemalangan-kemalangan yang lain. Apakah rasional menyebut hanya kemalangan kereta api dan dengan izin, conspicuously silent on other accidents? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal yang sama tidak dijelaskan apa maksud cedera parah dan kerosakan teruk. Jadi saya rasa kedua-dua perkara ini perlu dijelaskan supaya nanti apabila timbul keperluan untuk membuat tuntutan ia dijelaskan apa maksudnya cedera parah dan kerosakan teruk supaya tidak timbul masalah-masalah ambiguity dan sebagainya.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada Bahagian VI iaitu berhubung dengan siasatan. Saya haraplah kalau kita boleh belajar daripada masalah yang dihadapi oleh MACC, yang dihadapi oleh pihak polis dan mana-mana lagi pihak penguat kuasa. Saya harap SPAD boleh menjadi contoh badan yang pertama sekali melaksanakan ketelusan dari segi misal kata, mendedahkan segala standard operating procedures (SOP) dengan izin, berhubung dengan urusan-urusan dan prosesnya seperti penyiasatan ini.

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

82 DR 5.5.2010

Misal kata, mengikut SOP apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan di bawah siasatan, di bawah interrogation dan sebagainya? Kalau ini didedahkan untuk umum awal-awal lagi, dibaca melalui internet, website dan sebagainya, maka semua rakyat faham. Dengan itu masing-masing faham obligasi, tanggungjawab dan sebagainya antara kedua-dua pihak iaitu pihak SPAD dan pihak polis, pihak MACC dan juga rakyat sendiri.

Saya rasa kalau saya boleh extend kan isu yang sama, saya merayu pihak polis, IGP, saya merayu kepada Pesuruhjaya MACC supaya SOP yang berkaitan didedahkan untuk pengetahuan umum. Ini akan memberikan peluang pula untuk rakyat memberi pandangan dan memperbaiki SOP berkaitan.

Sebagai contoh, dalam demonstrasi kalau kita sudah tahu berdasarkan standard operating procedures, masa bila hanya polis biasa dikerahkan, masa bila pula polis berhak memanggil FRU dan masa bila pula misal kata diperlukan pihak PGA membantu dalam menangani masalah public order? Kalau ini diketahui umum dan very transparent, saya rasa akan mudahlah proses apa yang dipanggil “buy in”, oleh masyarakat. Jadi saya sarankan supaya prosedur-prosedur ini diberikan pendedahan atas semangat ketelusan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya harap berhubung dengan SPAD ini awal-awal lagi, sekurang-kurangnya, kalau saya gunakan ada parti suka bercakap, setelah menang, esok pagi sebelum ayam berkokok perkara ini dibuat. Jadi kalau boleh sebelum SPAD ini bergerak lebih lama lagi, awal-awal lagi diumumkan KPI yang hendak dicapai. Sudah tentulah salah satu KPI itu boleh dijangkakan dan diramalkan ialah berapa banyak atau dari segi peratus berapa ramai orang awam akan menggunakan pengangkutan awam untuk melihat kemajuannya? Itu sudah tentu saya agak sebagai salah satu KPI.

Selain daripada itu mungkin KPI juga perlu meliputi kadar kemalangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Mumtaz tadi. Berapa peratuskah kemalangan mengikut jenis kenderaan yang hendak diturunkan supaya senang diukur? Misal kata pada tahun 2010 dibandingkan dengan tahun 2011 jadi untuk mengukur pencapaian tadi. Selain daripada itu, dua perkara yang penting ini, saya juga mengharapkan KPI dari segi penggunaan teknologi hijau yang boleh mengurangkan C02 emissions kerana kita ada dasar negara kalau tidak pun keutamaan negara untuk menjayakan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Copenhagen dimana kita ingin mengurangkan sehingga 40% C02 emissions pada tahap tahun 2005. Jadi dengan itu SPAD melalui pengangkutan darat sama-sama dapat turut menyumbang kepada usaha tadi. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Zamri bin Haji Yusof.

5.08 ptg.

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih di atas ruang diberikan sedikit untuk saya sama-sama menyatakan dalam perbahasan ini mengenai Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang terlibat, rang undang-undang ini satu rang undang-undang yang disediakan dengan kita teliti cukup detail.

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 83

Apa yang kita harapkan dan kita tegaskan di sini ialah kita hendak selepas ini rang undang-undang ini diikuti dengan baik dan khususnya pelaksanaan yang akan diselia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Ini kerana bagi saya Tuan Yang di-Pertua, setelah melihat keadaan ini dan menilai kepada apa yang berlaku di luar pengangkutan awam adalah satu aspek yang cukup penting dan perlu diberikan perhatian kerana ia melibatkan dua kelompok rakyat yang cukup besar dalam masyarakat.

Kelompok yang pertama adalah kelompok rakyat yakni warga kerja sama ada pekerja sektor awam ataupun sektor swasta yang secara umumnya dianggarkan sekitar hampir lima juta. Begitu juga sektor pengangkutan awam darat ini juga cukup penting, bagi satu kelompok lagi iaitu kelompok pelajar sama ada sekolah rendah, menengah dan juga pelajar IPTA dan IPTS yang juga dianggarkan keseluruhannya hampir lima juta.

■1710

Sebab itu secara umumnya kita harapkan SPAD ini apabila dilaksanakan untuk mengendalikan Rang Undang-udang Pengangkutan Awam Darat ini, dapat melaksanakan tugas, memberikan tumpuan sepenuhnya. Ini kerana dalam rang undang-undang yang kita baru luluskan di bawah SPAD itu, kita telah meletakkan di ayat yang terakhir itu, kita harapkan anggotanya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada urusan untuk mengendalikan dan menunaikan tanggungjawab mereka kepada urusan SPAD dengan berkesan.

Secara kerja khususnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh hanya sedikit perkara yang belum diberikan tumpuan sepenuhnya oleh Yang Berhormat tadi peringkat awalnya, ialah bagaimana kita harapkan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat kali ini dapat menyelesaikan masalah kenderaan pengangkutan awam yang sangat diperlukan ketika musim-musim tertentu khususnya ketika musim perayaan yang memerlukan kenderaan yang berlebihan ataupun bertambah keperluan ini.

Jadi mengikut kepada fasal yang disediakan di sini, kepada fasal 40 itu dan sebelumnya fasal 39 telah meletakkan satu garis panduan yang cukup khusus dan lebih jelas. Kita harapkan fasal yang diletakkan pada kali ini meletakkan tentang bagaimana untuk urusan mengeluarkan lesen jangka pendek ini boleh menyelesaikan masalah yang saya sebutkan tadi di musim perayaan. Ini kerana kerap kali di setiap musim perayaan yang bukan sekali berdasarkan perayaan-perayaan utama dalam negara, setiap kali datang musim perayaan, kita akan dengar banyak masalah, rungutan yang timbul disebabkan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat.

Jadi kita harapkan pada kali ini dengan fasal 40 yang cukup jelas tentang kaedah pengeluaran lesen jangka pendek ini dapat dikendalikan dengan baik, diselia dengan baik oleh pihak SPAD. Kita harapkan Suruhanjaya ini satu suruhanjaya yang sangat berkemampuan, kompeten, berkebolehan dan dapat mengatasi beberapa masalah. Di antaranya masalah yang selalu kita dengar ialah masalah bas tanpa permit berjalan di musim perayaan. Tidak tahu lah bagaimana ia boleh lepas daripada kawalan.

Juga kita dapat dengar ketika musim perayaan bagaimana penumpang terkandas di separuh jalan ada, di stesen ada, di terminal pun ada. Bagaimana juga yang paling kita tidak mahu dengar, kita ingin hindari ialah kecelakaan yang berlaku ketika musim perayaan yang melibatkan kenderaan pengangkutan awam.

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

84 DR 5.5.2010 Sama ada yang disebabkan oleh kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik ataupun kerana pemandunya adalah pemandu yang telah pun hilang kelayakan sebagai pemandu, sama ada telah terlalu banyak saman ataupun pemandu yang hilang penguasaan. Jadi kita harapkan pada kali ini masalah ini akan boleh diselesaikan, khususnya dalam rang undang-undang ini juga telah dinyatakan dengan jelas standard prestasi yang ingin dicapai. Standard prestasi bagi pengendali berlesen juga dinyatakan dengan jelas dalam fasal 69 ini. Kita harapkan rang undang-undang ini bukan hanya dipegang oleh Ahli Dewan Negara dan disimpan di rumah tetapi kita hendak lihat kali ini di musim perayaan berikutnya, kenderaan-kenderaan ini dapat dikendalikan dengan baik dan SPAD ataupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini dapat kendalikan, dapat menyelia proses musim perayaan dan selesaikan masalah ini.

Sebagai satu yang akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan kembali kerana semalam bila saya sebut kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, dia mengatakan urusan ini di bawah kendalian SPAD selepas ini. Jadi kita harapkan satu penjelasan dari pihak menteri tentang isu kenderaan pelancong yang datang dari negara jiran. Mereka masuk ke Malaysia dengan kenderaan yang begitu canggih, begitu menarik dan juga cara mereka memandu di lebuh raya juga jauh lebih laju daripada kenderaan biasa yang kita bawa di Malaysia.

Jadi sekarang dikatakan urusan ini telah diselia di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini. Jadi kita harapkan satu penjelasan daripada pihak menteri, apakah kaedahnya dan bagaimana cara pengendalian ini? Kita yakinlah. Bagi saya, saya yakin jika benda-benda yang ditulis ini, peraturan ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh SPAD, walaupun kita bimbang juga kerana urusan yang akan dikendalikan oleh SPAD secara bersendirian kali ini adalah mengambil alih tugas yang selama ini dilakukan oleh 13 agensi yang masih tidak berjaya untuk kendalikan dengan baik dan kali ini akan diuruskan secara sendirian, biasanya secara lebih bersepadu ini jika dapat diuruskan dengan lebih baik akan lebih berjaya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram.

5.14 ptg

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hanya beberapa isu sahaja yang ingin saya bangkitkan di sini kerana kebanyakan isu sudah pun di cover oleh rakan seperjuangan Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati sebentar tadi.

Isu pertama yang ingin saya utarakan adalah..., bercakap mengenai kenderaan perdagangan, kita tidak dapat lari daripada mendengar cerita mengenai teksi dan juga pemandu teksi. Cerita-cerita buruklah yang sering dikaitkan dengan pemandu teksi. Cerita seperti pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter, tidak mahu menghantar penumpang ke destinasi yang dekat, tidak mahu berhenti apabila ditahan dan tidak mahu mengikuti peraturan-peraturan adalah cerita-cerita yang biasanya kita dengar. Banyak sangat tidak mahunya.

Masalah pemandu teksi di Kuala Lumpur bukanlah satu perkara yang baru. Di kalangan pelancong asing, teksi Kuala Lumpur kadang-kadang ibarat mimpi ngeri bagi mereka. Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan dan mengeluarkan pelbagai amaran kepada pemandu teksi, namun nampaknya masalah ini belum lagi selesai. Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pemandu teksi semata-mata.

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 85

Sudah tentunya ada juga yang tersirat. Banyak faktor yang menyebabkan pemandu teksi di Kuala Lumpur bersikap agak kurang menyenangkan. Paling utama ialah masalah ekonomi. Peningkatan kos kehidupan yang mendadak di Kuala Lumpur telah memeritkan lagi kehidupan pemandu teksi dan pendapatan mereka yang tidak seberapa ini telah mendorong mereka bersifat sedemikian.

Pendapatan kasar harian pemandu teksi di Kuala Lumpur jika bekerja keras adalah di sekitar RM150. Ditolak bayaran sewa RM40, duit gas RM30, cuci kereta RM10, tinggallah pendapatan bersih RM70 hingga RM80 sehari. Itu kalau bekerja keras dan itu kalau mendapat penumpang yang banyak. Jika tidak, pendapatan kasar pemandu teksi hanyalah sekitar RM60 hingga RM70 sehari. Setelah ditolak sewa dan kos-kos yang lain, berapa sangatlah yang tinggal Tuan Yang di-Pertua.

Belum dikira lagi dengan Puspakom yang mewajibkan setiap teksi diperiksa setiap enam bulan. Kalau dahulu bayaran pemeriksaan RM40, sekarang RM55. Kalau sudah gagal ujian ulangan, bayaran RM25 yang dahulu bayarannya RM15 sahaja. So sebilangan besar permit teksi yang diberi hanyalah diberikan kepada syarikat-syarikat yang besar. Hanya segelintir individu yang mendapat permit.

Puratanya lebih kurang 70% permit diberi kepada syarikat dan 30% kepada individu. Sebab itulah kebanyakan pemandu teksi Kuala Lumpur bekerja dengan syarikat dan bukannya memandu teksi sendiri. Individu yang mendapat permit juga biasanya tidak memandu teksi mereka sendiri tetapi sebaliknya menyewa permit mereka kepada pemandu teksi yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, kekurangan perhentian teksi di ibu kota juga menyebabkan pemandu teksi sukar mendapatkan penumpang. Ini dirumitkan lagi dengan undang-undang yang tidak membenarkan pemandu teksi mengambil penumpang di perhentian bas. Sudah tiba masanya masalah pemandu teksi Lembah Klang ditangani, terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur diselesaikan oleh kerajaan. Jika tidak, kita akan terus mendengar dan membaca berita yang sama mengenai pemandu teksi. Teksi merupakan satu pengangkutan awam yang melibatkan imej negara. Jika buruk pandangan orang awam mengenai teksi, maka tercalarlah imej negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, permit teksi adalah isu pertama yang membelenggu pemandu teksi. Majoriti permit teksi haruslah diberikan kepada pemandu yang mempunyai rekod yang baik, kepada pemandu yang berpengalaman.

Sudah tentunya LPKP mempunyai pangkalan data pemandu yang memohon lesen dan ini dapat mengelakkan syarikat-syarikat besar daripada terus memonopoli permit teksi dan keuntungan itu akan dapat diperolehi oleh pemandu teksi itu sendiri. Selain itu, kerajaan juga harus memperbanyakkan perhentian teksi terutamanya di lokasi yang strategik dan kawasan-kawasan yang mempunyai ramai orang.

Undang-undang untuk mewajibkan pemandu teksi menggunakan kemeja putih kalau boleh haruslah dikaji semula. Mengapa tidak kita mewajibkan pemandu teksi kita menggunakan baju batik? Lebih rasional dan selain daripada itu membantu mempromosikan hasil kesenian negara.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan kerajaan untuk mengenakan denda sehingga RM500,000 kepada pengusaha dan juga pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan maut adalah dialu-alukan. Cadangan ini telah dimasukkan dalam penggubalan Akta SPAD yang kita bahaskan sebentar tadi.

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

86 DR 5.5.2010

Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, ia akan memberikan satu peringatan yang tegas kepada pengusaha dan juga pemandu pengangkutan awam supaya bersikap lebih berhati-hati.

Pengusaha dan pemandu bas ekspres juga harus menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap penumpang. Mereka tidak sewajarnya bersikap sambil lewa sehingga mengabaikan keselamatan para penumpang. Pemandu bas ekspres mempunyai tanggungjawab yang sama seperti juruterbang yang membawa kapal terbang.

■1720

Pada masa yang sama usaha kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat amat wajar sekali. Pada masa ini terdapat 13 jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pengangkutan awam. Akibat daripada wujudnya pelbagai agensi yang bertanggungjawab menyebabkan masalah ini seolah-olah tiada penyelesaian. Saya percaya dengan adanya penguatkuasaan undang-undang-undang, kita akan dapat menjamin keselamatan, menjamin keselesaan pengguna pengangkutan awam. Ini dijamin serta prestasi penyampaian perkhidmatan awam ini dapat dimantapkan selain diwujudkan satu komuniti yang bertanggungjawab di kalangan pengusaha dan juga pemandu kenderaan perdagangan ini. Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Diminta Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dato’ S. K. Devamany: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat. Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi yang telah menaburkan banyak soalan kepada cadangan-cadangan yang ditaburkan itu tidak perlu saya jawab, kita terima sahaja cadangan-cadangan itu. Cuma isu-isu yang telah diutarakan, saya akan cuba jawab ya.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi telah meminta penerangan mengenai beca tiga roda seperti di Melaka dan Pulau Pinang. Kenapa ia tidak dikategorikan sebagai kenderaan? Fasal 2 dan Jadual 2 itu. Maka bagi maksud akta ini kenderaan pelancongan hendaklah dikategorikan dalam kelas yang berikut. Bas persiaran, kereta sewa dan pandu untuk pelancong. Ia termasuk dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “To regulate, supervise and license trishaws and carts and to prescribe the rates or fares.” Maka ia di bawah kerajaan tempatan kerana penggunaannya begitu kecil, contohnya di Pulau Pinang ada rel, ada bukit dan sebagainya.

Yang Berhormat juga telah bertanya mengenai bas-bas yang menggunakan gas asli, berkenaan dengan gas asli dalam penggunaan bas. Kerajaan menyediakan geran sebanyak RM50 ribu bagi pembelian bas NGV dan juga RM20 ribu penambahan NGV bagi bas sedia ada kalau mereka hendak tukar yang disalurkan melalui Petronas. Untuk makluman, keseluruhan bas yang berhenti di Putrajaya iaitu Bas Nadi Putra, keseluruhannya menggunakan NGV sekarang. Antara pengusaha-pengusaha lain yang menggunakan NGV sebagai bahan api ialah Konsortium Transnasional Berhad. SPAD akan memastikan perkara ini diberikan keutamaan, memang itu hala tuju kerajaan.

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 87

Kemudian untuk LPG ini..., seterusnya faktor kos, mesra alam dan kemudahan prasarana akan diambil kira sebelum apa-apa syarat dikenakan. Kita tidak mahu mengenakan syarat-syarat sewenang-wenangnya untuk operator kerana ini akan membebankan mereka. Kita mengambil kira semua keupayaan dan kemampuan mereka dahulu sebelum perkara ini dapat dijadikan sebagai syarat.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi juga membangkitkan isu keselamatan. Tahap perkhidmatan yang akan ditetapkan oleh SPAD akan mengambil kira keselamatan dan satu lagi keselesaan. Ini memang merupakan faktor utama dalam perencanaan ini. Oleh itu isu keselamatan pengguna akan dijadikan sebagai KPI. KPI utama dalam pemantauan standard tahap perkhidmatan oleh pengusaha-pengusaha.

Okey, Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi juga telah bertanya mengenai kebajikan pemandu khususnya dari aspek gaji. Penetapan gaji minimum adalah di bawah kuasa Kementerian Sumber Manusia. Sama seperti pekerja ladang, pekerja restoran yang mana baru-baru ini pekerja-pekerja sekuriti juga telah diuar-uarkan akan diletakkan gaji sebegitu.

Untuk makluman, Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan majlis penetapan gaji MPG bagi pemandu-pemandu bas seluruh negara untuk mengkaji kadar gaji minimum mereka. SPAD akan bekerjasama dengan pihak KSM khususnya MPG tersebut bagi memastikan kebajikan pemandu khususnya dari aspek gaji terjaga kerana salah satu aspek yang kita akan tumpukan adalah high-income nation, dengan izin, dan semua rakyat terlibat dalam hal high-income nation mechanism ini. Kita hendak keluar daripada middle-income trap itu. Baik untuk Yang Berhormat, land accusation...

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya sedikit minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya setujulah kalau ada Majlis Penetapan Gaji. Cuma sekarang ini kalau betul-betul SPAD hendak menekankan tentang kualiti, saya rasa kita mungkin membuat satu syarat kepada pemandu. Mungkin perlu berijazah supaya gaji mereka tadi akan ada satu akademi, ada satu latihan dan diploma supaya mereka akan dapat gaji yang munasabah. Jadi kalau setakat hendak serahkan kepada Majlis Penetapan Gaji tetapi polisinya. Bagaimana kriteria pemandu yang kita hendak? Bagaimana sikap yang perlu ada? Jadi saya rasa perlu dibuat perlu dibuat polisi oleh pihak SPAD bukan oleh pihak MPG.

Dato’ S. K. Devamany: Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan itu. Baik, seterusnya land accusation. Pampasan bagi land accusation seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah mengikut penilaian berdasarkan kepada kadar pasaran. Ini kerana kita terikat dengan Rang Undang-undang Antarabangsa dan Tempatan yang perlu dihormati oleh pelabur-pelabur dan imej kita di peringkat antarabangsa dalam beberapa siri perundangan yang kita tandatangani. Okey, ini satu prasyarat utama untuk meletakkan nama Malaysia sebagai business destination yang sihat, maka kita perlu adil dalam keadaan begitu.

Yang Berhormat juga telah bertanya mengenai LPKP yang tidak tegas dalam penguatkuasaan dan kaedah untuk mengatasi masalah pemanduan laju dan tidak digantikan pemandu tersebut yang berjalan lebih daripada 300 kilometer ataupun lebih empat jam. Segala tindakan mengenai penguatkuasaan LPKP adalah di bawah syarat-syarat pematuhan lesen.

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

88 DR 5.5.2010

Bagi kesalahan pemandu seperti ketidakpatuhan kepada sistem penggantian pemandu serta bas melebihi had laju adalah kesalahan lalu lintas di bawah akta penguatkuasaan jalan yang dikuatkuasakan oleh JPJ dan PDRM. Maka soal di sini ialah mungkin dari segi tahap penguatkuasaan dan juga pemantauan dan itulah yang harus di perkasa dan diperhalusi.

Baik isu-isu Airport Limo yang dibawa oleh isu PERKESO dan KWSP. Yang Berhormat, ingin saya jelaskan bahawa Airport Limo itu adalah menggunakan amalan sistem sewa beli. Mereka memiliki kereta itu, sewa dahulu dan lama-lama ia menjadi miliknya. Maka soal KWSP dan PERKESO itu tidak wujud di sini. Ini kerana mereka bukan bekerja untuk majikan, mereka mempunyai satu kontrak dengan konsesi yang diberi concessional ataupun pengusaha di sana.

Seterusnya tidak ada perbezaan antara di LCCT dan di KLIA. Tidak ada perbezaan Airport Limo seperti mana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat, memang ada samalah. Hanya syarikat Airport Limo dibenarkan beroperasi memandangkan syarikat berkenaan diberikan hak konsesi yang dipersetujui melalui tender terbuka pada tahun 1998. Konsesi dijangka akan tamat pada tahun 2012 dan akan ada peluang untuk ramai lagi hendak masuk ke tender ini. Memandangkan persoalan Yang Berhormat melibatkan maklumat yang terperinci lagi itu, mungkin kita bekalkan melalui jawapan bertulis.

LPKP juga tidak mengawal pengurusan dan strategi perniagaan, tidak mengawal. Itu adalah risiko dan juga ke pertanggungjawaban syarikat berkenaan. Syarat-syarat dan perjanjian termasuk dalam aspek pengiklanan, bengkel dan sebagainya adalah bidang kuasa mereka sendiri dari segi ROI pelaburan dan sebagainya, maka itulah yang dikatakan tadi.

Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn pula, beliau menanyakan mengenai pemandu teksi yang bersikap biadab dan tidak menggunakan meter yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Usha Nandhini. Saya mengucapkan terima kasih.

LPKP pada masa ini mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta LPKP 1987 iaitu ke atas pemegang lesen yang majoritinya dimiliki oleh syarikat-syarikat. Tindakan ke atas pemandu pula boleh diambil oleh JPJ di bawah akta seperti mana yang saya katakan tadi. Oleh itu, dalam penubuhan SPAD ini penguatkuasaan dilakukan atas kedua-dua pemegang lesen dan juga pemandu.

■1730

Itu sebabnya kita perlukan SPAD ini, di mana ada kelemahan-kelemahan kita telah perhalusi dan kita perketatkan melalui SPAD dari segi penguatkuasaan. Kita memang mengakui bahawa teksi kita banyak mempunyai problem, pemandu-pemandu dan sebagainya, banyak isu. Maka dengan itu kita berharap dengan adanya semuanya ini, ada perubahan-perubahan ini akan dapat memperbaiki keadaan.

Baik, Datuk Akbar Ali pula menanyakan mengapa kereta api itu...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, kita boleh panjangkan masa 15 minit lagi..

Dato’ S.K. Devamany: Saya habiskan, sudah habis, dekat sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: ...Ditangguhkan Dewan pada 5.45 petang, minta gulung perbahasan, yang mana tidak sempat dijawab, boleh beri jawapan bertulis. Silakan.

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 5 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN ... “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) ... kambing, ayam dan itik, telur, ikan, udang,

DR 5.5.2010 89

Dato’ S. K. Devamany: Ya. Maka dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, jawapan-jawapan lain ini akan saya bekalkan melalui secara bertulis kepada yang telah tanya,saya mengucapkan terima kasihlah kepada Ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 258 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 6 Mei 2010. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang.