penyata rasmi mesyuarat ketiga (belanjawan ......2018/12/09  · pembentangan belanjawan ini juga...

377
MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI PERTAMA KHAMIS, 29 NOVEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14 HADIR YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas) YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Tuan Tan Hong Pin (Skudai) YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok) YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa) YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal (Bukit Kepong) YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh)

Upload: others

Post on 20-Jan-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 1

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

HARI PERTAMA KHAMIS, 29 NOVEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14

HADIR

YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat

YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar

Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan

Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan

Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian

Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal (Bukit Kepong)

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan

Ekonomi Kreatif Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

Page 2: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 2

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN. (Simpang Jeram)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How

(Perling)

YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad

(Larkin)

YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi,PIS II., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Dato' Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP. (Permas)

YB Puan Nor Hayati binti Bachok

(Maharani)

YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman

(Pulai Sebatang)

YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang)

Page 3: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 3

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib

(Endau)

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, GPDK., PIS., PSI., AMN., KMN. (Benut)

YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI. (Kahang)

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.

(Sri Medan)

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS. (Rengit)

YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN.

(Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS. (Tanjung Surat)

YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Datuk Md. Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP. (Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP.

(Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja)

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

Page 4: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 4

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI.

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., PIS., PSI.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP.,

SUNS.,SPDK.,PNBS., SMJ., PIS.,BSI., SAHM. (Gambir)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti)

Page 5: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 5

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Berselawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi ini kita akan menyambung Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Keempat Belas. Persidangan kali ini akan mengambil masa selama 7 hari mulai hari ini sehingga 9 Disember 2018. Sebelum persidangan diteruskan, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November yang lalu. Patik dan seluruh Ahli Dewan Negeri merakamkan ucapan merafak sembah setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Semoga Allah melanjutkan usia Duli yang Maha Mulia Tuanku dan Negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyatnya hidup bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ahli-Ahli yang Berhormat, Dewan ini juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan yang telah dikurniakan Darjah Mahkota Johor, Yang Amat Mulia. Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor pada 22 November 2018 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Tuanku. Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi ini juga, kita akan mendengar Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu belanjawan sulung pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi Pilihanraya Umum ke-14. Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Radio Johor FM101.9. Jurutulis : PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 19 hingga 25 tahun 2018. Bilangan 19 Tahun 2018 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua Tahun 2018. Bilangan 20 Tahun 2018 - Laporan Jawatankuasa Belanjawan Negeri Mengenai

Peranggaran Negeri Johor Tahun 2019. Bilangan 21 Tahun 2018 - Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

Negeri Johor Tahun 2019.

Bilangan 22 Tahun 2018 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 dan Penyata Memorandum mengenai :

Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Siri 1.

Bilangan 23 Tahun 2018 - Laporan Tahunan 2015 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Johor.

Bilangan 24 Tahun 2018 - Laporan Tahunan 2016 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.

Bilangan 25 Tahun 2018 - Laporan Tahunan 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 26 dan 27 tahun 2018.

Page 6: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 6

Bilangan 26 Tahun 2018 - Penyata Kewangan Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016.

Bilangan 27 Tahun 2018 - Penyata Kewangan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang-Orang Islam Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016.

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 28 tahun 2018. Bilangan 28 Tahun 2018 - Penyata Kewangan Yayasan Warisan Negeri Bagi Tahun

Berakhir 31 Disember 2016.

YB Tuan Chan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 29 tahun 2018. Bilangan 29 Tahun 2018 - Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Raya Negeri Johor kepada

Dewan Negeri Johor Berhubung Dengan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Kira-Kira Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 2015.

Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan menurut Peratuan Tetap 15(3), supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dikemukakan sekarang tanpa mengikut susunan Perkara-Perkara Mesyuarat. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) tahun 2018 dikemukakan sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dibaca kali yang pertama. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama. Jurutulis : Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Saya mengambil kesempatan ini, untuk memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas izin dan limpah kurniaNya jua, kita dapat hadir bersama-sama pada sesi pembentangan Belanjawan Negeri Johor bagi tahun 2019 pada tahun ini. Sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya membacakan maksud firman Allah dalam surah Al-Imran ayat ke-26 iaitu:

Page 7: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 7

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Pembentangan belanjawan kali ini merupakan satu lagi detik penting dalam pentadbiran negeri Johor pasca 9 Mei, ahli falsafah George Sanyatana ada menyatakan “Pengajaran daripada sejarah adalah sesuatu yang harus dijadikan teladan”. Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, saya selaku Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Johor, bersama barisan kepimpinan Majlis Mesyuarat Kerajaan, beriltizam menterjemah semangat pembaharuan Pakatan Harapan yang akan dizahirkan dalam pembentangan Belanjawan Johor 2019, yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat di segenap daerah. Umum sedia maklum, kerajaan negeri yang ada pada hari ini merupakan kerajaan baharu yang mengambil alih tampuk pentadbiran yang telah sekian lama berkuasa. Kita akui banyak kemajuan yang telah dilakukan. Mana-mana inisiatif yang baik akan diteruskan malah ditambahbaik manakala yang buruk dijadikan sempadan.

Saya juga memberi komitmen bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan akan memegang kuat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang diasaskan pada 14 April 1895. Sesungguhnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan yang ada adalah tiang seri dan menggambarkan ketinggian sebuah peradaban politik yang ditunjangi oleh Kesultanan Johor Moden.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bersempena dengan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, yang ke-60 pada 22 November lalu, patik bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh bangsa Johor merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat sejahtera, dilanjutkan usia untuk memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Johor akan terus maju, moden dan progresif dengan rakyat bangsa Johor yang bersatu padu. Daulat Tuanku.

Alhamdulillah, melepasi tempoh 180 hari atau setengah tahun, pentadbiran kerajaan negeri Johor sentiasa berusaha gigih dan berikhtiar untuk memastikan segala apa yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Sepanjang tempoh tersebut, saya bersama anggota pentadbiran mencurahkan tenaga dan usaha untuk mendengar sebanyak mungkin idea, mendekati rakyat dan merumuskan apakah bentuk kebijakan yang harus diambil serta permasalahan yang perlu ditangani segera. Saya ingin menarik perhatian seluruh Ahli Dewan yang mulia ini, dengan mengimbas kembali pentadbiran kerajaan negeri Johor di bawah Pakatan Harapan. Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana negeri Johor di bawah Pakatan Harapan telah berjaya melaksanakan janji-janjinya sepertimana yang terkandung dalam 10 manifesto 100 hari. Hakikatnya, Johor merupakan negeri pertama berjaya menunaikan kesemua janji dalam tempoh 100 hari. (Dewan bertepuk). Seterusnya, kerajaan negeri Johor tidak berlengah-lengah lagi untuk menyusun dan melaksanakan gerak kerja bagi memenuhi janji manifesto dalam tempoh lima tahun. Inisiatif ini perlu dibuat secara terancang, tersusun dan strategik. Kerajaan negeri Johor berpegang kepada tiga teras utama yang menjadi perjuangan Pakatan Harapan iaitu: 1. Meringankan beban kos kehidupan rakyat. 2. Mereformasikan institusi pentadbiran dan politik. 3. Merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama. Komitmen ini bakal di terjemah dalam setiap program dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan. Oleh itu, Belanjawan Johor 2019 digunakan sepenuhnya bagi membantu rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi semasa dan mendatang.

Page 8: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 8

Sehubungan itu, dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan negeri Johor akan berusaha dengan sebaiknya untuk menjayakan manifesto Pakatan Harapan Negeri Johor. Berdasarkan latar belakang inilah, saya telah melancarkan gerak kerja Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 pada 18 Ogos lalu, yang merupakan pelan jangka panjang yang akan memandu strategi pembangunan menyeluruh Johor. Pelan ini dibangunkan berasaskan cogankata “Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari”. Pelan tersebut merupakan dokumen rujukan yang komprehensif dan akan memacu pembangunan negeri Johor yang dinamik serta memastikan kesejahteraan rakyat yang menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri Johor di bawah Pakatan Harapan. Pelan tersebut mempunyai lapan teras iaitu:

1. Pembangunan lestari. 2. Pemuliharaan sumber. 3. Penggerak zon perdagangan dan komuniti digital. 4. Demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial. 5. Memodenkan sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan budaya. 6. Urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik. 7. Pesona srikandi. 8. Inspirasi idealis anak muda.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam pembentangan belanjawan ini, kerajaan negeri mengambil kira maklum balas dari suara rakyat berdasarkan falsafah demokrasi, “dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat”. Suara rakyat Johor ini diperolehi menerusi bancian yang dijalankan di media sosial sejak bulan Ogos lalu untuk merangka Belanjawan Johor 2019. Secara keseluruhan, terdapat 3,193 maklum balas yang diterima menerusi google form dan e-mel. Antara perkara yang menjadi perhatian awam termasuklah aspek perumahan, pendidikan, kos sara hidup, peluang pekerjaan, kesihatan, keusahawanan, sistem pengangkutan awam, serta pembangunan belia dan wanita. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, yang turut mencadangkan, penambahan biasiswa pendidikan dan penambahbaikan fasiliti kesihatan. Ini menunjukkan Baginda prihatin terhadap kesejahteraan hidup rakyat. Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang idea dan pemikiran yang bernas ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Teras Strategik Belanjawan Johor 2019. Bagi pihak kerajaan negeri Johor, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Kewangan serta barisan anggota kabinet kerajaan persekutuan di atas pembentangan Belanjawan Kerajaan Persekutuan pada 2 November 2018, yang tidak melupakan negeri Johor keseluruhannya. Dalam pembentangan belanjawan ini, saya mengambil kira penekanan yang digariskan menerusi dokumen Belanjawan Persekutuan 2019 yang telah dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan tempoh hari. Kita juga meneliti laporan separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2018. Menerusi kedua-dua dokumen berkaitan, kita dapat menganalisa penekanan oleh kerajaan persekutuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menangani kos sara hidup khususnya kepada golongan B40, pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan pengurusan perkhidmatan awam yang cekap. Di dalam merangka Belanjawan Johor 2019, kerajaan negeri telah menggariskan enam teras strategik bagi membantu pembangunan menyeluruh negeri. Enam teras yang dimaksudkan itu ialah : TERAS PERTAMA : MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT. TERAS KEDUA : PEMBANGUNAN LESTARI DAN PEMULIHARAAN SUMBER. TERAS KETIGA : PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, PENGGERAK ZON

PERDAGANGAN DAN KOMUNITI DIGITAL.

Page 9: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 9

TERAS KEEMPAT : DEMOKRASI DINAMIK DAN KESAKSAMAAN SOSIAL. TERAS KELIMA : MEMODENKAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM. TERAS KEENAM : URUS TADBIR CEKAP, BERINTEGRITI DAN DEMOKRATIK. Kesemua inisiatif yang terkandung di dalam enam teras di atas merupakan usaha dan iltizam kerajaan negeri Johor yang bermatlamat tidak lain tidak bukan untuk menjamin pembangunan ekonomi yang mampan bagi memastikan harapan rakyat untuk hidup dengan lebih sejahtera, bahagia dan makmur. Secara keseluruhannya belanjawan kali ini merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus berdasarkan enam teras strategik. Ia hasil garapan daripada suara rakyat Johor dan juga Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya membentangkan secara terperinci belanjawan 2019, izinkan saya untuk menjelaskan senario ekonomi semasa dunia, negara dan negeri Johor. Perkembangan ekonomi dunia yang masih dalam fasa pemulihan dalam kelembapan pertumbuhan pada 2019, iaitu yang paling perlahan sejak krisis kewangan global 2009, dijangka akan terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang perlahan. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan anggaran pertumbuhan global dari 3.9% kepada 3.7% bagi tahun 2018 dan tahun 2019. Perkara ini adalah disebabkan faktor luar jangka terutama perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta dasar monetari yang ketat oleh Amerika. Ia juga telah memberikan tanda-tanda awal dan kesan terhadap perkembangan eksport dunia yang turut memberi impak kepada Malaysia. Bagi ekonomi negara maju, keadaan pasaran pekerja yang baik dan kadar pengangguran yang rendah, menyokong penggunaan domestik terutamanya di negara-negara Eropah. Manakala pertumbuhan di rantau Asia pula adalah lebih sederhana. Contohnya, negara China yang mencatat pertumbuhan lebih perlahan kerana dasar kawal kredit yang telah menjejaskan pelaburan dalam negeri. Dalam konteks Malaysia, kita tidak dapat mengelak daripada aliran keluar modal asing akibat dasar-dasar monetari dari negara-negara ekonomi besar. Meskipun menghadapi tekanan, prestasi matawang ringgit dan pasaran ekuiti Malaysia adalah yang terbaik dalam kalangan negara Asean dan negara membangun yang lain bagi tahun ini, sepertimana laporan yang dibentangkan dalam ucapan Belanjawan Persekutuan 2019. Ini jelas menunjukkan bahawa keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap kerajaan di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Pada peringkat kerajaan persekutuan pula, penyesuaian dan penangguhan projek-projek besar sepertimana diumumkan adalah merupakan langkah berjimat cermat dan boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi, tetapi ia hanya bersifat sementara. Kerajaan negeri yakin dengan langkah membasmi ketirisan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lebih baik dan berkeutamaan, dapat menyumbang bukan sahaja statistik ekonomi bahkan kepada peningkatan kuasa beli rakyat. Berikutan cabaran ekonomi global dan unjuran yang lebih perlahan dalam sektor perdagangan antarabangsa oleh IMF, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah pun disemak semula kepada 4.8% berbanding unjuran awal iaitu 5.0% bagi tahun 2018. Manakala bagi tahun 2019, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar 4.9% dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan langkah konsolidasi fiskal yang sedang diambil. Bagi ekonomi Johor pula, biarpun turut terkesan dengan perkembangan ekonomi global dan langkah penyesuaian di peringkat kerajaan persekutuan, pertumbuhan bagi tahun 2018 adalah diunjurkan kepada kadar 5.0% hingga 5.2%, iaitu lebih tinggi daripada kadar nasional. Keadaan ini disumbangkan oleh antaranya, faktor ekonomi Johor yang digerakkan oleh kekuatan kepelbagaian sumber ekonomi dan tidak terlalu tertumpu kepada hanya satu sektor pemacu. Kesemua sektor diunjurkan berkembang pada kadar memberangsangkan kecuali sektor pembinaan dan segmen hartanah yang berkembang agak perlahan dan turut dirasai di seluruh dunia. Sektor perkhidmatan pula terus kekal memacu pertumbuhan negeri dengan sumbangan sebanyak 48% atau RM56 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara keseluruhan. Manakala sektor perindustrian pula menyumbang kepada sebanyak 37% atau RM43 bilion kepada KDNK negeri. Kadar pengangguran bagi negeri Johor bagi tahun 2018 adalah pada kadar 3.2%, lebih baik daripada kadar pengangguran tahun 2017 iaitu 3.4%. Bagi tahun 2019 pula, ekonomi Negeri Johor dijangka berkembang pada kadar 5.0% hingga 5.5%, lebih baik daripada kadar nasional, yang mengambil kira struktur dan asas ekonomi Johor dan jangkaan bermulanya Projek Minyak dan Gas di Pengerang.

Page 10: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 10

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya membentangkan senario kewangan negeri Johor pada masa kini. Jumlah rizab kerajaan negeri bagi ketiga-tiga kumpulan wang disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan pada 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM2,424.68 juta. Sehingga 18 November 2018, prestasi kewangan negeri telah berjaya mencatatkan lebihan sebanyak RM150.85 juta. Belanja mengurus sudah mencapai 75.88% dan belanja pembangunan pula mencatat 58.86%. Manakala kutipan sebenar hasil negeri mencatat sebanyak RM1,309.98 juta iaitu 87.08% daripada anggaran hasil bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM1,504.33 juta. Hasil cukai memperolehi kutipan sebanyak RM476.46 juta iaitu 36.37%, hasil bukan cukai mencatatkan RM610.69 juta ataupun 46.62% dan terimaan bukan hasil pula berjumlah RM222.82 juta bersamaan 17.01%. Kutipan hasil negeri bagi tahun 2019 dianggarkan mencapai RM1,552.78 juta. Ini bermaksud berlaku kenaikan anggaran kutipan hasil sebanyak 3.2% berbanding 2018. Hasil cukai tanah dianggarkan kepada RM404.81 juta, yang menyumbang sebanyak 26.07% daripada keseluruhan anggaran hasil. Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang terus berdaya tahan, maka kerajaan mencadangkan anggaran belanja pada tahun 2019 adalah sebanyak RM1,549.34 juta. Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM46.15 juta. Belanjawan 2019 dijangka akan mengalami lebihan ataupun surplus sebanyak RM3.43 juta berpunca daripada dasar fiskal negeri yang berkesan dengan melaksanakan perbelanjaan berhemah dan berintegriti serta pengurusan cekap atas hasil yang mampan. Sejumlah RM949.34 juta, tidak termasuk caruman kepada kumpulan wang pembangunan diperuntukkan bagi tujuan belanja mengurus. Pecahan perbelanjaan belanja mengurus adalah seperti berikut: 1. Emolumen sebanyak RM496.16 juta. 2. Perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM259.86 juta. 3. Aset sebanyak RM13.68 juta. 4. Perbelanjaan lain sebanyak RM179.64 juta. Bagi perbelanjaan pembangunan tahun 2019, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM600 juta melalui caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Saya juga ingin berkongsi berita gembira buat semua rakyat Johor tentang pelupusan hutang kerajaan persekutuan. Sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Johor, barisan kepimpinan negeri komited untuk menjayakan dasar urus tadbir yang telus, berintegriti, cekap, berkesan dan akauntabiliti. Justeru itu, kerajaan negeri telah menyemak semula dasar dan pembiayaan kewangan dengan mengetengahkan projek-projek berdaya maju demi memenuhi kesejahteraan rakyat. Dengan sokongan jitu dari barisan kepimpinan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor, barisan anggota Perkhidmatan Awam Johor, disertai dengan sokongan padu menerusi muafakat Bangsa Johor, dengan ini saya mengisytiharkan kerajaan persekutuan bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk kerajaan negeri dahulu sebanyak RM189 juta. Maka dari jumlah asal hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM334 juta itu, persetujuan penyelesaian ke atas jumlah baki hutang sebanyak RM145 juta ini pula, telah pun diusahakan dan pada peringkat akhir rundingan untuk dilupuskan oleh pihak kerajaan persekutuan. Insya-Allah, barisan kepimpinan kerajaan negeri beriltizam untuk menjadikan negeri ini bebas hutang mulai tahun-tahun berikutnya. Yang Berhormat Tuan Speaker, TERAS PERTAMA : MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT MERINGANKAN KOS SARA HIDUP. Tanpa membuang masa, izinkan saya memperincikan Belanjawan Johor 2019. Di bawah teras pertama, saya ingin mendahulukan agenda meringankan kos sara hidup. Kerajaan sentiasa mengambil maklum bahawa rakyat adalah tonggak pembangunan sesebuah negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyat. Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat terutamanya melibatkan kos sara hidup. Menginsafi permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan telah menawarkan 10 Manifesto 100 hari khusus untuk negeri Johor yang telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang disasarkan. Pelaksanaan Manifesto Pakatan Harapan didapati jelas telah dapat memberikan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan B40, penerima bantuan e-kasih, para pelajar, penjaja kecil, golongan muda malahan mereka yang akan berkahwin juga kita bantu. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian bantuan seperti yang dilaksanakan pada tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM32.9 juta yang melibatkan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

Page 11: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 11

1. Pemberian 10 meter padu air percuma kepada golongan B40 dengan penggunaan bulanan

kurang daripada 35 meter padu. 2. Skim takaful warga emas yang memberikan manfaat bantuan RM1,000.00 kepada pewaris.

3. Insentif Harapan Johor iaitu bantuan kewangan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan

isi rumah di bawah RM4,000.00, yang mana bantuan sebanyak RM500.00 bagi peringkat diploma dan RM1,000.00 bagi peringkat ijazah.

4. Program Kad Sihat Johor yang dimulakan pada Ogos 2018 kepada golongan miskin dan miskin tegar, akan diperluas kepada lebih ramai penerima daripada golongan B40 pada tahun 2019.

5. Di bawah insentif perkahwinan berkelompok, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan kursus perkahwinan secara percuma kepada rakyat Johor dan bermastautin di negeri ini.

Selain daripada inisiatif-inisiatif tersebut, kerajaan negeri turut memberikan penekanan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

1. Meneruskan insentif pemberian baucar RM1,000.00 kepada pembeli Rumah Mampu Biaya

bagi mengurangkan beban pembeli untuk memasuki rumah baharu itu.

2. Kerajaan negeri juga akan meneruskan bantuan khas nelayan yang terjejas kerana pelbagai aktiviti pembangunan di selatan Johor sebanyak RM1,000.00 seorang kepada 1,800 nelayan berdaftar melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta. Di samping itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM500,000.00 bagi program penghakupayaan seperti latihan keusahawanan dan bantuan pembelian peralatan.

3. Memperluas Program Pertanian Bandar Iskandar Malaysia. Penambahbaikan ini melibatkan

pertambahan lokasi dan kumpulan sasar, jenis tanaman dan aktiviti pertanian, penggunaan inovasi dan teknologi dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

4. Menggalakkan dan mengupayakan Koperasi Komuniti Johor. Kerajaan negeri akan memberikan geran padanan RM1 juta bagi menggalakkan dan mengupayakan aktiviti-aktiviti perniagaan koperasi di kawasan bandar dan di luar bandar.

Selain daripada inisiatif-inisiatif yang dinyatakan, isu-isu berkaitan kos sara hidup rakyat tetap menjadi keutamaan dalam belanjawan ini dan merentasi keenam-enam teras stategik Belanjawan Negeri Johor 2019 yang akan saya perincikan selepas ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Dalam usaha memastikan rakyat negeri ini memiliki kediaman yang selesa yang kini dilihat sebagai keperluan, kerajaan negeri akan mereformasikan sektor perumahan. Antara strategi yang dicadangkan ialah untuk mencapai sasaran penyediaan 100,000 unit Rumah Mampu Biaya menjelang tahun 2023. Untuk makluman, sehingga Oktober 2018, sebanyak 3,714 unit Rumah Mampu Biaya telah siap dibina. Bagi tahun 2019 hingga tahun 2020, sebanyak 12,320 unit Rumah Mampu Biaya akan siap dibina. Manakala pada tahun 2021 hingga 2023 sebanyak 7,609 unit akan siap dibina. Jumlah keseluruhan yang akan siap dibina adalah sebanyak 23,643 unit. Kerajaan sedar atas kekurangan Perumahan Mampu Biaya yang disasarkan. Namun kerajaan telah menggariskan empat strategi bagi menampung kekurangan tersebut. Berikut merupakan strategi yang akan dilaksanakan nanti. Pertama : Pengambilan Tanah Bagi Pembinaan Rumah Mampu Biaya. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM87 juta bagi mengambil balik tanah-tanah untuk maksud pembinaan Rumah Mampu Biaya. Melalui pengambilan tanah-tanah ini, kerajaan akan membina Perumahan Mampu Biaya di atas tanah-tanah tersebut yang akan dimajukan oleh syarikat berkaitan dengan Kerajaan.

Kedua : Pembangunan Rumah Mampu Biaya oleh Pemaju dan Swasta. Dengan kerjasama pihak pemaju, setiap pembangunan yang akan dibina oleh pihak pemaju perlulah menyediakan komponen Perumahan Mampu Biaya sebanyak 40%.

Page 12: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 12

Ketiga : Usaha sama antara Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri menyambut baik dan mengalu-alukan kerjasama kerajaan persekutuan bagi memenuhi impian rakyat untuk memiliki kediaman yang selesa dengan harga berpatutan. Perkara ini dapat direalisasikan melalui penyediaan dana RM1.5 bilion yang telah diumumkan oleh kerajaan persekutuan bagi membina dan menyiapkan Rumah Mampu Biaya di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), PRIMA dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). Keempat : Pelaksanaan Projek-projek Penswastaan. Antara strategi kerajaan dalam menambah bilangan Rumah Mampu Biaya adalah melalui kaedah projek penswastaan. Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC, serta pemaju-pemaju swasta yang menampung permintaan Rumah Mampu Biaya di seluruh negeri Johor. Bagi tujuan rekod, melalui projek-projek penswastaan negeri, sebanyak 1,794 unit Rumah Mampu Biaya sedang dibina di beberapa daerah antaranya Johor Bahru, Kota Tinggi dan Segamat. Perumahan ini dijangka siap di antara 2020 hingga 2023.

MEMPERKASAKAN DASAR PERUMAHAN RAKYAT JOHOR.

Pertama : Meningkatkan Kadar Caj Gantian Perumahan Mampu Biaya. Bagi memastikan matlamat kerajaan dalam menyediakan Perumahan Mampu Biaya tercapai, kerajaan telah menetapkan untuk mengenakan caj gantian bagi setiap kekurangan komponen Perumahan Mampu Biaya yang tidak dibina oleh pihak pemaju. Mulai tahun hadapan, kerajaan negeri telah menetapkan untuk menaikkan caj gantian daripada RM40,000.00 kepada RM60,000.00 bagi setiap unit rumah yang tidak dibina. Namun begitu pihak pemaju diberi kelonggaran terhadap kaedah pembayaran. Jika pihak pemaju membayar secara pukal caj yang akan dikenakan hanyalah sebanyak RM40,000.00 seunit. Manakala jika pembayaran secara ansuran, caj yang akan dikenakan ialah sebanyak RM60,000.00 seunit.

Kedua : Memperkemas Mekanisme Pemantauan Pembangunan Perumahan Mampu Biaya. Selain meningkatkan caj gantian, pihak pemaju tidak lagi dibenarkan membina Rumah Mampu Biaya di fasa akhir pembangunan. Setiap fasa yang dibangunkan perlu mempunyai komponen Perumahan Mampu Biaya. Kerajaan negeri akan sentiasa memantau perkembangan pembangunan Perumahan Mampu Biaya melalui Jawatankuasa Taskforce Perumahan Johor bagi memastikan matlamat 100 ribu Rumah Mampu Biaya tercapai.

Ketiga : Pelaksanaan Kaedah Sistem Pembinaan Berindustri ataupun IBS. Selaras dengan ketetapan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan kali yang ke-71, jemaah menteri telah menetapkan untuk mewajibkan pelaksanaan penggunaan IBS terhadap projek sektor swasta yang bernilai RM50 juta ke atas. Kerajaan negeri akan menimbangkan keputusan ini bagi mempastikan pelaksanaan pembangunan Rumah Mampu Biaya dibina dengan menggunakan kaedah IBS dan secara tidak langsung akan dapat disiapkan dengan tempoh masa yang singkat dengan kos yang menjimatkan. Keempat : Memperkenalkan Perumahan untuk Golongan M40. Di Negeri Johor, golongan yang berpendapatan isi rumah antara RM8,000.00 hingga RM10,000.00 merupakan sebahagian daripada golongan M40. Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar rungutan daripada golongan ini kerana mereka tidak layak membeli Rumah Mampu Biaya yang berharga RM42,000.00 hingga RM150,000.00. Pada masa yang sama, mereka tidak mampu bersaing secara terbuka bagi memiliki kediaman mengikut harga pasaran semasa yang tinggi. Oleh itu, satu kategori Rumah Mampu Biaya yang baharu berharga RM250,000.00 hingga RM300,000.00 dibina khusus untuk golongan ini.

Kelima : Mengekalkan komponen Perumahan Mampu Biaya bagi segmen sedia ada. Kerajaan terus mengekalkan peruntukan komponen mampu biaya antaranya bagi golongan B40. Harga rumah yang ditetapkan adalah bermula dari harga RM42,000.00, RM80,000.00 dan RM150,000.00.

Keenam : Kaedah Pengagihan Rumah. Selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan, Johor telah memutuskan Kuota Menegak Kerajaan atau KMK di dalam pengagihan Rumah Milik Johor sebelum ini dimansuhkan. (Dewan bertepuk). Satu

Page 13: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 13

kaedah agihan yang lebih telus diperkenalkan. Sistem ini diberi nama Sistem Perumahan Mampu Biaya. Sistem ini merupakan satu kaedah penawaran secara undian terbuka. Orang awam boleh melihat sendiri bagaimana proses pengagihan serta kaedah undian dilaksanakan. Pemohon yang layak boleh memohon dan memilih unit-unit daripada projek yang ditawarkan melalui portal erumah.johor.gov.my. Proses saringan akan dilakukan bagi mempastikan bakal pembeli adalah layak serta melepasi syarat yang ditetapkan. Pemohon yang telah melepasi saringan kelayakan akan diminta hadir semasa hari undian. PEMBIAYAAN HARTANAH KEDIAMAN. Kerajaan negeri juga menginsafi tentang masalah rakyat dalam aspek pembiayaan hartanah kediaman. Justeru, kerajaan mencadangkan beberapa strategi iaitu: Pertama : Peruntukan RM1 bilion bagi Pembiayaan Rumah Mampu Biaya Berharga RM150,000.00. Selaras dengan ucapan Belanjawan Negara 2019, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1bilion khusus untuk membantu golongan yang berpendapatan tidak lebih daripada RM2,300.00 sebulan untuk memiliki rumah buat kali pertama. Kerajaan negeri akan memanfaatkan dana RM1 bilion yang disediakan oleh Bank Negara untuk pembelian Rumah Mampu Biaya berharga RM150.000.00. Skim pinjaman ini tersedia di beberapa buah bank seperti AmBank, CIMB, Maybank, RHB, BSN melalui kadar pembiayaan serendah 3.5%. Ini akan mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan pembiayaan dan peminjam untuk membeli rumah, seterusnya lebih mudah dapat pembiayaan.

Kedua : Jaminan Cagaran. Kerajaan negeri juga menyambut baik inisiatif dari kerajaan persekutuan melalui penyediaan peruntukan sebanyak RM25 juta kepada Cagarmas Berhad bagi menyediakan jaminan pajak gadai untuk membolehkan peminjam mendapat pembiayaan yang lebih tinggi termasuk bayaran deposit bagi pembelian rumah kediaman. Skim ini disediakan kepada pembeli rumah pertama, bagi golongan yang berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000.00 sebulan. Ketiga : Penjanaan Dana Masyarakat untuk Hartanah (Property Crowdfunding). Selari dengan dasar kerajaan persekutuan, penjanaan dana masyarakat untuk hartanah turut diteroka oleh kerajaan negeri Johor. Hal ini diharap dapat menangani jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual di negeri Johor sebanyak 5,988 unit, dengan nilai keseluruhan RM3.8 bilion. Menerusi mekanisme baru, pembeli boleh membeli hartanah kediaman yang terpilihdengan bayaran 20% dari nilai hartanah berkenaan. Manakala baki 80% akan dibiayai oleh pelabur yang mendapat pulangan dengan kenaikan modal tersebut untuk satu tempoh masa.

Keempat : Skim Sewa Beli. Selain itu juga, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membiayai Perumahan Mampu Biaya untuk dijadikan Skim Sewa Beli. Kaedah ini merupakan alternatif lain untuk memiliki rumah pertama.

Kelima : Penubuhan Jawatankuasa Khas Antara Kerajaan Negeri Bersama Bank Negara Malaysia. Kerajaan negeri memiliki keterbatasan dalam soal kewangan bagi tujuan pembiayaan rumah oleh rakyat. Namun, kerajaan tetap berusaha mencari jalan dan meneroka ruang baharu kerjasama dengan pihak berkaitan untuk meringankan beban rakyat. Bagi membantu menyediakan platform untuk mengatasi masalah pembiayaan perumahan, kerajaan negeri akan mengadakan sebuah Jawatankuasa Khas bersama Bank Negara Malaysia, jabatan dan agensi serta institusi kewangan terpilih. Segala permasalahan atau isu yang timbul dalam aspek pembiayaan kewangan khususnya di bawah segmen Perumahan Mampu Biaya akan cuba diatasi menerusi Jawatankuasa ini. MEMBELA KUALITI KESIHATAN RAKYAT.

Seterusnya, di bawah Teras Kesejahteraan Rakyat, kerajaan negeri Johor begitu prihatin untuk membela kualiti kesihatan rakyat. Semua sedia maklum bidang kesihatan telah menjadi salah satu keutamaan kepada pihak kerajaan pada hari ini. Kerajaan akan mempastikan penyediaan

Page 14: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 14

kemudahan kesihatan yang terbaik untuk rakyat negeri Johor. Saya menyambut baik penekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan persekutuan dalam sektor kesihatan, khususnya dengan peruntukan yang diberikan kepada negeri Johor bagi membiayai projek pembinaan hospital dan klinik kesihatan. Kesedaran terhadap penjagaan kesihatan juga adalah tanggungjawab bersama. Rakyat juga seharusnya ‘celik sihat’ dan sentiasa belajar untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat agar hidup lebih ceria dan sejahtera.

Pertama : Pelaksanaan Projek Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan persekutuan di atas kelulusan peruntukan yang telah diberikan menerusi projek-projek di bawah RMK-11 tahun 2019 bagi membangunkan kemudahan kesihatan di Negeri Johor. Antara projek yang akan dimulakan bagi tahun 2019 adalah pembinaan Hospital Pasir Gudang dengan kos keseluruhan berjumlah RM472.5 juta. (Dewan bertepuk). Kerajaan persekutuan juga telah memperuntukkan kos berjumlah RM90.5 juta bagi pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat. Kerajaan negeri juga amat menghargai kelulusan peruntukan bagi menaik taraf kemudahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang melibatkan sistem pencegahan kebakaran, sistem elektrikal, sistem perangkap kilat, pembinaan baru makmal patologi dan naik taraf Perkhidmatan Nutrisi Parenteral dengan kos keseluruhan berjumlah RM88.7 juta. Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan keprihatinan kerajaan negeri berhubung keperluan untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang terbaik, kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk membina sebuah hospital baharu di kawasan Kempas, di atas sebidang tanah yang telah dikenal pasti bagi menampung keperluan semasa dan kesesakan yang berlakunya di Hospital Sultanah Aminah.

Selain daripada itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan meneliti keperluan untuk menaikkan taraf kemudahan kesihatan di seluruh negeri Johor. Antaranya;

1. Menaikkan taraf Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 2. Menaikkan taraf Kompleks Rawatan Harian, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. 3. Membina wad perubatan am Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. 4. Menaikkan taraf Hospital Pontian dan Hospital Kota Tinggi. Kedua : Pembinaan Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor Segamat. Permintaan terhadap akses perkhidmatan kesihatan pakar semakin tinggi dalam kalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri menerusi Johor Corporation akan membina sebuah hospital pakar di daerah Segamat untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, cekap dan profesional. Inisiatif ini dapat memberi pilihan perubatan kepada penduduk daerah Segamat dan sekitarnya. Hospital KPJ ini akan menempatkan doktor-doktor pakar dalam pelbagai bidang dan disokong oleh pasukan pengurusan hospital yang profesional dan terlatih. Pembinaan ini dirancang untuk dimulakan pada tahun 2019 dan dijangka siap pada tahun 2021 dengan anggaran kos pembangunan sebanyak RM70 juta. Ketiga : Bantuan Kupon Perjalanan Ke Hospital Dan Klinik Terpilih Untuk Golongan B40 / Warga Emas / Orang Kelainan Upaya. Bagi meningkatkan akses golongan B40, warga emas dan OKU yang berdaftar di bawah Skim Bantuan Am Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan kupon bantuan perjalanan bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Iniakan memberi manfaat kepada kira-kira 5,500 orang untuk menggunakan perkhidmatane-Hailing dan teksi EzCab yang melibatkan kos sebanyakRM100,000.00. Bagi peringkat permulaan, kupon ini boleh digunakan bagi perjalanan pergi dan balik ke lima buah pusat kesihatan yang mempunyai kadar kehadiran yang tinggi iaitu Hospital Sultanah Aminah, Hospital dan Klinik Kesihatan Sultan Ismail, Klinik Kesihatan Mahmoodiah dan Klinik Kesihatan Ulu Tiram yang kesemuanya terletak di Daerah Johor Bahru. Insya-Allah, inisiatif ini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain pada masa akan datang.

Page 15: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 15

Keempat : Program Jelajah Kenal Ubat Anda 2019 Daerah Kulai. Kerajaan negeri juga menyokong penuh program peningkatan kualiti penjagaan kesihatan melalui penganjuran program Jelajah Kenal Ubat 2019 di mana daerah Kulai akan menjadi tuan rumah. Program ini mensasarkan penyebaran maklumat ubat-ubatan yang betul dan penerapan amalan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti di kalangan komuniti. MENJUNJUNG MARTABAT AGAMA ISLAM. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda kesejahteraan rakyat yang berikutnya adalah menjunjung martabat Agama Islam. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memartabatkan fasal 57 dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895 yang menyebutkan Islam adalah agama negeri selama-lamanya. Alhamdulillah, sehingga kini syiar Islam terus berkembang, subur dan progresif di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang juga merupakan Ketua Agama Islam di Johor ini. Di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Islam di Johor telah melalui fasa cemerlang khususnya dari segi pengurusan dan pentadbiran serta pembangunan rohani umat Islam. Bagi menjamin kelangsungan ini, kerajaan negeri akan menyediakan Pelan Strategik Agama Islam Negeri Johor 2030. Pelan strategik jangka panjang ini amat penting khusus dari segi pembangunan ummah dan pembangunan fizikal demi memperkasa syiar Islam di Negeri Johor. Justeru, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan dana kajian sebanyak RM500,000.00. Usaha-usaha lain yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan umat Islam di Johor termasuklah: Pertama : Penyelenggaraan Masjid dan Surau. Peruntukan dana berjumlah RM4.7 juta akan disediakan bagi membiayai kos baik pulih dan penyelenggaraan masjid dan surau di seluruh negeri Johor. Kedua : Pembinaan Masjid Baharu di Taman Bayu Damai, Pengerang. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan akan membina sebuah masjid baharu di Taman Bayu Damai, Pengerang yang merupakan kawasan penempatan semula penduduk yang terlibat dengan pembangunan projek minyak dan gas di kawasan Pengerang dengan kos keseluruhan sebanyak RM7 juta, di mana RM5 juta diluluskan peruntukan oleh kerajaan persekutuan, manakala baki RM2 juta ditampung oleh kerajaan negeri. Ketiga : Pelaksanaan Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor. Kerajaan negeri akan meneruskan inisiatif pelaksanaan projek Sekolah Agama Kerajaan Johor Fasa Lima oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang melibatkan 30 buah sekolah agama baharu dalam Negeri Johor dengan kos keseluruhan bernilai RM256.7 juta. Projek ini bertujuan menyediakan sistem pembelajaran pendidikan agama yang ditambah baik melalui kemudahan baharu yang lebih selesa dan kondusif.

Keempat : Bantuan Sekolah Agama Tahfiz. Kerajaan negeri amat prihatin terhadap perkembangan sekolah-sekolah agama tahfiz. Banyak tragedi sedih dan memilukan berlaku melibatkan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara. Justeru, kerajaan negeri memperuntukkan bantuan sebanyak RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama Tahfiz yang berdaftar dalam negeri Johor. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menyuburkan syiar Islam, tetapi juga untuk membentuk generasi al-Quran yang terpimpin di negeri Johor.

Kelima : Pengurusan Tanah Kubur Bersepadu Johor. Kerajaan negeri akan mewujudkan Pengurusan Tanah Kubur Bersepadu Johor dengan kos awalan berjumlah RM500,000.00. Bagi tujuan tersebut, pada tahun 2019 kerajaan negeri akan membangunkan tiga buah tapak perkuburan moden di daerah Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat secara terancang dan berteknologi tinggi.

Keenam : Pembangunan Tanah Wakaf. Kerajaan negeri akan terus mendukung dan mendaulatkan institusi wakaf sebagai salah satu perbendaharaan umat Islam di negeri Johor. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri beriltizam untuk meneruskan pembangunan fizikal yang tertentu di bawah seliaan Majlis Agama Islam Johor,

Page 16: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 16

Johor Corporation dan Perbadanan Islam Johor. Ini bagi memastikan kelangsungan pemilikan hartanah umat Islam menerusi instrumen wakaf akan terbela dan terpelihara. Ketujuh : Pengurusan Zakat. Pengurusan Zakat, sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus pungutan dan agihan zakat, Majlis Agama Islam Johor akan terus melaksanakan peranannya bagi memelihara kesejahteraan masyarakat Islam melalui peruntukan wang zakat kepada lebih 160,000 orang merangkumi golongan asnaf, fakir, miskin dan mereka yang memerlukan di seluruh negeri Johor. Sehubungan itu, lima kategori utama bantuan yang meliputi bantuan kebajikan asnaf, bantuan perumahan asnaf, bantuan kesihatan dan perubatan, bantuan pendidikan dan bantuan peningkatan ekonomi akan terus dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM163 juta.

Kelapan : Bantuan Perubatan Asnaf. Bagi memastikan kebajikan asnaf yang ditimpa sakit dan memerlukan rawatan, MAINJ telah menyediakan tiga bentuk skim bantuan yang meliputi bantuan rawatan bulanan, bantuan rawatan pesakit buah pinggang dan bantuan pesakit jantung yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara. Bagi mengurangkan bebanan asnaf ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM66.5 juta untuk kos rawatan yang berkenaan.

Kesembilan : Pemerkasaan dan Kebajikan Saudara Kita. Bantuan kepada asnaf Mualaf atau dikenali sebagai Saudara Kita akan terus diperkasakan dengan memberi penumpuan kepada aspek pembangunan rohani dan latihan. Skim Bantuan Bulanan Saudara Kita yang diperkenalkan mulai tahun 2018 kepada mereka yang baru memeluk Islam sehingga tempoh dua tahun pengislaman yang diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta. Ianya akan memberi manfaat kepada 1 ribu orang saudara kita. Kesepuluh : Bantuan Pengurusan Rumah Kebajikan Warga Tua Islam dan Kanak-Kanak Autisme. Menyedari bahawa tidak semua insan bernasib baik, Majlis Agama Islam melalui peruntukan Baitulmal menyediakan bantuan kepada Rumah-Rumah Kebajikan Warga Tua Islam dan juga kanak-kanak mengidap Autisme yang berada di Pusat Pendidikan Khas. Kerajaan negeri dengan ini, memperuntukkan sebanyak RM1 juta setahun yang boleh memberikan manfaat kepada 500 orang penerima. Kesebelas : Wakaf Mesin Hemodialisis. Bagi menggalakkan amalan berwakaf di Johor, MAINJ melalui Skim Saham Wakaf Johor, memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk pembelian mesin hemodialisis bagi ditempatkan di beberapa pusat rawatan dialisis di Negeri Johor. Saham wakaf ini menyasarkan pembelian 100 unit mesin hemodialisis dan diharap akan dapat mengurangkan kos rawatan dialisis di samping memberikan kemudahan kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan.

DINAMIKA UPAYA KERAJAAN TEMPATAN.

Seterusnya, agenda di bawah teras kesejahteraan rakyat adalah Dinamika Upaya Kerajaan Tempatan.

Pada tahun 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM13.7 juta kepada 11 daripada 16 Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan Geran Keseimbangan Negeri. Bantuan kewangan ini akan dimanfaatkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi dan selesa kepada rakyat, pengurusan sisa pepejal yang berkesan dengan pemantauan berkala, menyelesaikan aduan-aduan awam serta menjaga kebersihan dan kelestarian bandar. Selain itu, bagi meningkatkan kegiatan ekonomi dan keusahawanan dalam kalangan peniaga tempatan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1.2 juta bagi menaik taraf pasar awam dan gerai-gerai untuk mewujudkan ruang niaga yang lebih teratur, bersih, kemas, santai serta mesra OKU. Antara lokasi yang akan dinaik taraf adalah seperti berikut : 1. Pasar awam Kluang dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. 2. Gerai Majlis Daerah Labis di Rumah Rakyat, Bekok dengan peruntukan sebanyak

RM250,000.00.

Page 17: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 17

3. Gerai di Jalan Kota Tinggi, Mersing dengan peruntukan sebanyak RM250,000.00. 4. Gerai di Dataran Segamat dengan sebanyak RM200,000.00.

Seterusnya, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM1.75 juta bagi kerja-kerja membina tempat meletak kereta berat di lokasi terpilih untuk memberi keselesaan dan menjamin keselamatan penduduk setempat, sekaligus mengurangkan kerosakan jalan raya di kawasan parkir kediaman penduduk. Antara lokasi yang dinyatakan adalah: 1. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di Daerah Johor Bahru. 2. Jalan Shin Lee, Chaah dan Bandar Putra di Daerah Segamat. 3. Batu 3, Jalan Jemaluang di Daerah Mersing.4. 4. Kawasan Perindustrian Sri Gading di Daerah Batu Pahat. MEMUPUK PERPADUAN RAKYAT DAN MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN. Memupuk Perpaduan Rakyat Dan Meningkatkan Tahap Keselamatan adalah inisiatif seterusnya dalam kesejahteraan rakyat. Kerajaan negeri akan menggalakkan penglibatan masyarakat secara langsung bagi memastikan persekitaran kehidupan rakyat di Johor yang selamat dan sejahtera. Antara inisiatif bagi memupuk perpaduan rakyat dan meningkatkan tahap keselamatan adalah sebagaimana berikut:

1. Program Harapan Rakyat bagi Kawasan Rukun Tetangga dengan peruntukan sebanyak

RM280,000.00.

2. Pemberian Geran Pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

3. Pemberian Geran Pengoperasian Skim Rondaan Sukarela dengan peruntukan sebanyak

RM100,000.00 secara berperingkat. Bagi tahun 2019, kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan peruntukan sebanyak RM11 juta. Di antara komponen-komponen keselamatan yang akan dilaksanakan adalah pengasingan laluan pejalan kaki dan kenderaan bermotor, pencahayaan jalan-jalan berisiko dan juga sistem pemetaan secara berkomputer (GIS) di kawasan sering berlaku jenayah bagi tujuan pencegahan. DANA KHAS BANTUAN BENCANA. Perumpamaan Melayu ada menyebutkan “Sediakan Payung Sebelum Hujan”.Justeru itu, kita mengadakan inisiatif untuk Menyediakan Dana Khas Bantuan Bencana. Selain daripada inisiatif-inisiatif yang saya nyatakan di atas, sebagaimana yang pernah saya umumkan sebelum ini, pada tahun 2019 kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM20 juta sebagai Dana Khas Bantuan Bencana. Dana ini akan digunakan sebagai bantuan segera sekiranya peruntukan kewangan daripada pelbagai jabatan mengambil masa dan tidak mencukupi. TERAS KEDUA : PEMBANGUNAN LESTARI DAN PEMULIHARAAN SUMBER. PEMBANGUNAN EKONOMI, KEISTIMEWAAN EKONOMI DAERAH, PEMBANGUNAN WILAYAH UTARA DAN TIMUR JOHOR. Yang Berhormat Tuan Speaker, teras kedua, Pembangunan Lestari Dan Pemuliharaan Sumber. Di bawah teras kedua ini, agenda yang diberikan keutamaan adalah Pembangunan Ekonomi, Keistimewaan Ekonomi Daerah, Pembangunan Wilayah Utara Dan Timur Johor. Sepertimana kita sedia maklum, kepesatan pembangunan ekonomi yang dinikmati di selatan Johor ini tidak dapat disangkal lagi. Perancangan dan perencanaan dasar berkaitan ekonomi akan lebih tersusun, dilaksanakan agar pertumbuhan pembangunan ekonomi ini dapat dimaksimumkan serta kesan limpahannya dapat dinikmati oleh rakyat. Pihak kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan Iskandar Malaysia atau ringkasnya IRDA, yang merangkumi Daerah Johor Bahru, Kulai dan sebahagian Pontian, yang kini berada pada fasa ketiga, dengan bertemakan “Mampan dan Inovasi”. Ini bagi mengekalkan keutuhan dan momentum pembangunan wilayah ke arah menjadi sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mampan. Antara fokus yang diberi

Page 18: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 18

keutamaan oleh IRDA adalah pelaksanaan inisiatif Smart City dengan izin, yang dijalankan antaranya dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan seperti pengurusan trafik, pengurusan bandar dan penjimatan tenaga. Selain daripada itu, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mensasarkan pembangunan yang lebih seimbang bagi setiap wilayah di negeri Johor, termasuk juga di kawasan luar bandar dan tidak hanya tertumpu kepada sesebuah kawasan sahaja. Sebagaimana yang telah dinyatakan menerusi manifesto kami, kerajaan negeri akan memberikan tumpuan terhadap pembangunan di Wilayah Utara Negeri Johor yang meliputi Daerah Segamat, Muar dan Tangkak. Bagi menyokong pembangunan di Daerah Segamat, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memasukkan Daerah Segamat di dalam kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau dikenali dengan ECER. Ini akan memberikan lebih memberikan tumpuan dan anjakan pertumbuhan Daerah Segamat khususnya dalam bidang pertanian dan industri asas tani, pelancongan, perindustrian dan logistik di daerah berkenaan. Kajian perluasan kawasan industri bagi daerah Segamat fasa dua juga akan dijalankan dalam mengenal pasti projek-projek yang baharu yang mempunyai impak yang tinggi kepada Ekonomi Wilayah Utara Negeri Johor. Kajian ini merupakan usaha antara Johor Corporation dengan Pelabuhan Darat Segamat atau lebih dikenali sebagai Segamat Inland Port, dengan izin, bertujuan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di Segamat. Kos kajian akan menelan belanja sebanyak RM1 juta. Manakala pembangunan di Daerah Tangkak akan terus diperkasakan dengan penumpuan di sektor pelancongan yang memanfaatkan keindahan alam semula jadinya. Bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi Wilayah Utara Negeri Johor, pihak Johor Corporation juga akan menjalankan kajian bagi membangunkan Taman Perindustrian Bukit Gambir, Tangkak seluas 110 ekar dengan kos kajian sebanyak RM1 juta. Taman perindustrian ini akan menempatkan sebanyak 50 hingga 70 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana. Bagi pembangunan di Daerah Muar, kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan terhadap sektor pembuatan perabot menerusi pembangunan Taman Perabot Muar dan sektor pendidikan menerusi pembangunan Hab Pendidikan Pagoh. Selain daripada itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meneliti potensi untuk menjadikan Daerah Muar dan Segamat sebagai Hab Pengeluaran Lembu Daging terbesar negara. Kerajaan negeri juga mengalu-alukan langkah kerajaan persekutuan menjadikan Daerah Muar sebagai Hab Anak Muda dengan beberapa komponen seperti Tapak Sukan Ekstrem, Pusat E-Sukan, Pusat Akuatik, Flying Fox dan lain-lain dengan peruntukan RM20 juta. Kerajaan negeri akan turut memberikan tumpuan terhadap pembangunan di kawasan tengah Johor yang merangkumi Daerah Kluang dan Batu Pahat. Daerah Kluang akan diberikan fokus sebagai Hab Ekonomi Kreatif, pusat pengeluaran produk tembikar dan penumpuan terhadap sektor pertanian. Manakala Daerah Batu Pahat akan terus memberi tumpuan terhadap industri tekstil serta perusahaan kecil dan sederhana. Bagi Timur Johor yang meliputi Daerah Mersing dan Kota Tinggi, juga tidak ketinggalan daripada mendapat perhatian kerajaan negeri. Kerajaan negeri amat prihatin tentang keperluan rakyat tanpa mengira ideologi politik. Bagi memperkasakan rangkaian perhubungan dan penyediaan infrastruktur di Mersing, kerajaan negeri telah mendapat persetujuan secara dasar daripada kerajaan persekutuan melalui ECER iaitu : 1. Membina jambatan atau persimpangan bertingkat yang akan melancarkan pergerakan

kenderaan sama ada menuju ke Pusat Bandar atau ke arah yang bertentangan dengan peruntukan sebanyak RM170 juta.

2. Membina bypass dengan izin, yang akan memendekkan masa perjalanan melalui Kampung

Jemari Baru hingga ke Kampung Siapu Jalan Endau dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM10 juta.

3. Projek Pemecah Ombak di muara Sungai Mersing dengan peruntukan berjumlah RM300 juta. Selaras dengan penjenamaan Naturally Splendid bagi daerah ini, pihak ECER telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Daerah Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan berkonsepkan “Hutan Hujan ke Terumbu Karang” atau “Rainforest to Reef” (R2R).

Page 19: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 19

Justeru itu, bagi merancakkan projek pelancongan ini, kerajaan negeri telah merancang tiga projek yang akan dilaksanakan di Daerah Mersing bagi Tahun 2019. Pertama : Pembangunan Pelancongan Tanjung Penyabong. Kawasan ini merupakan salah satu pusat pelancongan berasaskan makanan laut yang menyediakan ruang niaga makanan, jeti tambatan, jeti pelancongan serta kawasan rekreasi yang lebih tersusun dan moden. Pembangunan ini akan meningkatkan pendapatan para nelayan dan penduduk tempatan serta mewujudkan peluang keusahawanan kepada peniaga-peniaga makanan laut di Tanjung Penyabong. Kerja-kerja fizikal oleh ECER telah pun bermula dan dijangka siap pada bulan Mei 2019. Kedua : Pembangunan Kepulauan Mersing. Bagi meningkatkan keselesaan pelancong, kerajaan negeri akan menjalankan penambahbaikan kemudahan penduduk setempat dan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada mereka. Pulau-pulau yang akan terlibat adalah Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Tinggi. Pembinaan Pusat Informasi dan Perkhidmatan Taman Laut Sultan Iskandar (PIPTLSI) di Pulau Besar yang berfungsi sebagai Pusat Komuniti Desa bagi masyarakat setempat di kepulauan Mersing akan menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke kepulauan Mersing. Pembangunan ECER juga melibatkan projek-projek pertanian dan industri asas tani seperti Lembah Tenusu di Jemaluang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM70 juta dari Kerajaan Persekutuan. Manakala projek Taman Pemprosesan Ikan Endau Fasa Dua akan dilaksanakan di Daerah Mersing pada tahun 2019 oleh ECER dengan peruntukan sebanyak RM26.5 juta. Di dalam usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Mersing, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menempatkan semula pusat pentadbiran baharu Daerah Mersing ke Jemaluang. Pusat pentadbiran baharu di Daerah Mersing ini akan dibina di atas tanah seluas 300 ekar dimiliki Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Dalam hal ini, kerajaan negeri menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengurniakan tanah Baginda bagi tujuan yang berkenaan. Sesungguhnya, kemurahan hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku menggambarkan keprihatinan Baginda terhadap keperluan dan keselesaan rakyat di Daerah Mersing.

Bagi melengkapkan rangkaian pembangunan di daerah Kota Tinggi pula, kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan sektor minyak dan gas di Daerah Kecil Pengerang, sebagai salah satu Program Transformasi Ekonomi Negara. Selain itu, sektor pelancongan berkonsepkan alam semula jadi (eco-tourism) merangkumi kawasan air terjun, sungai dan pantai akan diperkasakan menerusi pembangunan komprehensif oleh syarikat swasta. Kelebihan alam semula jadi dan geografi di Kota Tinggi akan dimanfaatkan dan dibangunkan dengan teratur dan sistematik bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Pembangunan ini juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutamanya dalam bidang keusahawanan. Selain daripada itu, secara keseluruhannya kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta pada tahun 2019 bagi menyokong pembangunan di setiap wilayah akan diselaraskan melalui Majlis Pertumbuhan Daerah di bawah Pegawai-Pegawai Daerah. Lembah Inovasi Johor. Dalam usaha meningkatkan bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri, universiti dan pihak industri, Kerajaan Negeri akan meneruskan dan menambah baik inisiatif Institut Inovasi Strategik Johor atau dipanggil dengan ringkasnya IISJ dan diberikan nafas baharu kepada Lembah Inovasi Johor. Pelaksanaan Lembah Inovasi Johor ini akan melibatkan kepakaran daripada Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kolej Yayasan Pelajaran Johor serta kolej-kolej yang terdapat di Johor. Dalam usaha meningkatkan tahap sinergi dan koordinasi antara pihak-pihak berkaitan, sekretariat di bawah Lembah Inovasi Johor akan diselaraskan dengan di bawah sekretariat Majlis Pertumbuhan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai-Pegawai Daerah. Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif di bawah Lembah Inovasi Johor, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 sebagai dana permulaan bagi tahun 2019. MENGOPTIMUM SUMBER DAN PRODUK PELANCONGAN. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda seterusnya di bawah teras pembangunan lestari dan pemuliharaan sumber adalah mengoptimum sumber dan produk pelancongan. Secara

Page 20: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 20

keseluruhannya, pada tahun 2019 kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7.2 juta bagi meningkatkan sektor pelancongan negeri Johor. Ini merangkumi aspek peningkatan tahap infrastruktur, penganjuran program-program dan promosi di seluruh Negeri Johor. Inisiatif ini akan menyokong perancangan kerajaan negeri yang akan menganjurkan Tahun Melawat Johor 2020. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan/agensi berkaitan adalah seperti berikut: 1. Memperhebat promosi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Johor. 2. Menggalak dan memperbanyakkan penganjuran acara pelancongan di peringkat negeri dan

antarabangsa. 3. Kerajaan negeri juga akan menggerakkan semula peranan Majlis Tindakan Pelancongan

Negeri Johor secara komprehensif yang bertujuan untuk menyelaras strategi dan membincangkan isu-isu semasa sektor pelancongan. Majlis ini akan dianggotai oleh jabatan/agensi serta wakil-wakil dari penggerak industri pelancongan di negeri Johor.

4. Menambah baik dan mempertingkatkan prasarana pelancongan di seluruh negeri. Antara

projek-projek utama yang akan dijalankan adalah :

i. Cadangan peningkatan kemudahan pelancongan bagi Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) Johor dengan membaik pulih pendawaian elektrik dan mengecat semula kemudahan di Kompleks Pelawat dan Tapak Perkelahan Lubuk Tapah dengan peruntukan keseluruhan RM600,000.00.

ii. Cadangan menaik taraf pelantar pejalan kaki bagi Taman Negara Johor Tanjung Piai dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

iii. Projek sambungan bagi membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur pelancongan bagi

Taman Negara Johor Gunung Ledang dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

iv. Bagi memperkasa dan menyemarakkan pembangunan sumber eko-pelancongan hutan dan pendidikan yang diharmonikan dengan alam sekitar, peruntukan sebanyak RM250,000.00 akan diberikan kepada Jabatan Perhutanan.

Kerajaan negeri juga mengalu-alukan keputusan kerajaan persekutuan untuk mengembalikan 50% hasil kutipan cukai pelancong yang akan digunakan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan tahap infrastruktur di negeri Johor. MEREMAJAKAN SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI. Inisiatif seterusnya meremajakan sektor pertanian dan industri asas tani. Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting bagi sosioekonomi rakyat Johor. Sektor pertanian telah menyumbang sebanyak 15.4% kepada nilai KDNK Negeri Johor pada tahun 2017. Oleh yang demikian, objektif untuk menjadikan Negeri Johor sebagai peneraju Agro-Makanan perlu diperkasakan. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 adalah sebagaimana berikut: 1. Memperkukuhkan Pembangunan Industri Kelapa dengan peruntukan sebanyak

RM400,000.00. Pembangunan industri kelapa dijangka dapat meningkatkan keluasan tanaman kelapa, meningkatkan pengeluaran hasil melalui penanaman benih baka terpilih dan juga mengurangkan kebergantungan pengimportan kelapa dari negara luar.

2. Selaras dengan Dasar Agromakanan Negara untuk menjadikan industri agromakanan

sebagai bidang kerjaya pada masa depan, kerajaan negeri berhasrat menarik sekurang-kurangnya 100 orang golongan belia untuk melibatkan diri dalam Projek Belia Tani. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300,000.00 kepada golongan ini yang akan diberikan pendedahan tentang cara meningkatkan produktiviti, kualiti, teknologi dan inovasi.

3. Bagi meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti produk, kerajaan negeri

memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta di bawah Projek Perintis Keusahawanan Johor. Para

Page 21: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 21

usahawan tani akan diberikan bantuan seperti mesin dan jentera, penaiktarafan bengkel serta bantuan mengusahakan tanah terbiar yang bertujuan meningkatkan pendapatan golongan ini.

4. Johor Sebagai Hab Kerang-Kerangan Negara. Kerajaan memperuntukan RM1 juta bagi

memastikan kestabilan bekalan kerang negara terjamin dan merangsang pertumbuhan ekonomi nelayan pantai.

5. Projek Penambahbaikan Sistem Ternakan Kupang. Projek ini akan menggalakkan

penternak menggunakan sistem yang lebih ekonomik dan mesra alam serta mampu menjadi daya tarikan pelancong. Peruntukan bagi projek ini sebanyak RM150,000.00.

6. Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM150,000.00 untuk Skim Bantuan

Baka Ikan Dan Udang serta kemudahan pembiakan bagi meningkatkan hasil mengikut piawaian sektor akuakultur negeri Johor.

Kerajaan negeri juga komited untuk memperkukuhkan sistem ekonomi dan infrastuktur berkaitan sektor pertanian. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri mencadangkan inisiatif berikut:

1. Membina Pusat Jualan Agro Vet di Lot 1368, Jalan Genuang, Segamat dengan

memperuntukkan sebanyak RM300,000.00. Pusat jualan ini juga akan berfungsi sebagai pusat sehenti lelongan dan pengumpulan hasil ternakan negeri Johor.

2. Mengatasi masalah banjir di Kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)

dengan menyediakan Pelan Pencegahan Banjir. Projek ini bernilai RM200,000.00 ini akan dapat membantu penternak terutamanya di Daerah Tangkak dan Segamat yang sering terjejas akibat banjir. Ianya sekali gus mampu mengurangkan kos perbelanjaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor untuk membeli makanan kepada ternakan yang terjejas.

3. Penyediaan dan pengukuhan saluran pasaran bagi produk industri asas tani. Sebanyak

RM250,000.00 diperuntukkan bagi menaik taraf Pasar Tani dan Karavan Tani. Selain itu, tiga buah Pasar Tani baru akan dibuka dan memberi peluang kepada 120 orang usahawan untuk memasarkan hasil pertanian. Penambahan dan menaik taraf Pasar Tani dan Karavan Tani dapat memberi peluang untuk rakyat membeli hasil pertanian yang berkualiti dan segar dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Kerajaan negeri turut mengadakan pelbagai inisiatif lain untuk menyemarakkan lagi perkembangan industri pertanian seperti mana berikut:

1. Pembangunan Projek Ikan Hiasan di Mawai di bawah kelolaan Jabatan Perikanan.

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000.00 bagi membangunkan sektor ikan hiasan dan tumbuhan akuatik dalam usaha untuk mengekalkan negeri Johor sebagai pengeluar ikan hiasan dan tumbuhan akuatik terbesar di Malaysia.

2. Pelan untuk Penyelia Program Usahawan Tani. Seramai 12 orang belia di bawah

kategori B40 akan terlibat bagi Projek Perintis Penanaman Nanas MD2 di Tanah Abang, Mersing bagi keluasan 120 ekar dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Kerajaan negeri melalui Johor Corporation akan membiayai program ini dengan kos sebanyak RM100,000.00.

PEMULIHARAAN SUMBER SECARA BIJAKSANA. Agenda seterusnya adalah Pemuliharaan Sumber Secara Bijaksana. Antara rancangan yang akan dijalankan termasuklah Kajian Tahunan Inventori Gas Rumah Kaca (GHG) Bagi Mengukur Pencapaian Masyarakat Rendah Karbon di Iskandar Malaysia. Kerajaan negeri berhasrat untuk mempertingkatkan aspek penjagaan alam sekitar di dalam pembangunan negeri Johor selari dengan penekanan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11. Justeru, kerajaan negeri mencadangkan satu kajian GHG bagi mengukur pencapaian masyarakat rendah karbon di Iskandar Malaysia dijalankan. Pada 4 April 2018, kerajaan bersetuju dengan jumlah peruntukan RM600,000.00 untuk dimanfaat bagi pelaksanaan program GHG ini. Jumlah peruntukan ini adalah sumbangan bersama antara lima buah Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan Iskandar Malaysia dan pihak IRDA.

Page 22: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 22

Kerajaan negeri serius dalam mengatasi bencana banjir di kawasan-kawasan kritikal setiap tahun. Tiga inisiatif akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran : 1. Peruntukan sebanyak RM23 juta bagi melaksanakan projek rancangan tebatan banjir dan

saliran bagi mengurangkan impak di kawasan berisiko banjir.

2. Projek pemuliharaan sungai untuk meningkatkan keupayaan kadar aliran air dan mengekalkan air melimpah ke tebing sungai dengan peruntukan sebanyak RM6.3 juta.

3. Projek pemuliharaan pantai perlu dilaksanakan bagi mengelak hakisan berterusan untuk

tujuan ini, sebanyak RM2.2 juta akan diperuntukkan kepada JPS bagi melaksanakan projek ini. Sebanyak RM500,000.00 akan diperuntukkan untuk projek memelihara dan memulihara sumber hutan yang berkurangan, terganggu akibat bencana alam atau penerokaan buatan manusia. Pembangunan pengurusan sistem pepejal berintegrasi dan berteknologi lestari akan diperkenalkan. Pelaksanaan projek ini adalah menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan satu projek perintis akan dibangunkan di Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Sistem ramalan dan amaran awal bencana banjir sangat penting untuk mengelakkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang lebih besar. Oleh itu, peruntukan sebanyak RM800,000.00 akan diberikan kepada JPS untuk membangunkan dan juga menambah upaya sistem ramalan dan amaran banjir.

Sumber Ekonomi Baharu. Kerajaan negeri telah mengenal pasti bahawa pokok gaharu mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia, namun menghadapi masalah bekalan yang terhad. Oleh itu, satu projek tanaman gaharu berskala besar di Ayer Hitam dengan keluasan 20 ekar bagi permulaan dengan kos pembangunan permulaan sebanyak RM3 juta yang akan dibiayai melalui anak syarikat kumpulan PIJ Holdings. Projek ini mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Sejajar dengan Dasar Kelestarian Negeri, usaha meningkatkan penggunaan teknologi hijau dan ke arah penjimatan tenaga, kerajaan negeri mencadangkan inisiatif-inisiatif berikut:

1. Meningkatkan usaha publisiti dan pengembangan perhutanan melalui Kempen Pendidikan dan

Kesedaran Awam yang akan diterajui oleh Jabatan Perhutanan dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00.

2. Kempen menanam pokok dengan sasaran sebanyak dua juta pokok di seluruh kawasan

pentadbiran PBT menjelang 2020, dengan tujuan penghijauan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup. Peruntukan sebanyak RM360,000.00 akan disalurkan kepada Jabatan Landskap Negeri Johor dan usaha ini akan dibuat dengan kerjasama PBT.

3. Kerajaan negeri akan melancarkan Program Pengindahan Rakan Taman dengan memberikan

insentif peruntukan sebanyak RM100,000.00 kepada Jabatan Landskap Negeri Johor dalam usaha mengindah dan membersihkan kawasan perumahan terpilih.

4. Peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Jabatan Landskap Negeri Johor bagi menambah baik

dan membangunkan Taman Botani di Seri Medan, Batu Pahat.

5. Peruntukan sebanyak RM150,000.00 diberikan kepada Jabatan Landskap Negeri Johor untuk membangunkan sebuah taman komuniti di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat.

Kerajaan negeri akan menyegerakan penyelesaian masalah pertindihan kawasan rayau di kawasan Taman Negara Endau Rompin. Pengukuran halus bagi menyelesaikan tuntutan kawasan rayau ini akan dilaksanakan oleh Perbadanan Taman Negara dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Selain itu, kerajaan juga akan meneliti cadangan pewartaan kawasan baharu bagi meningkatkan kawasan perlindungan di negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker,

Page 23: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 23

KETIGA : TERAS PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, PENGGERAK ZON PERDAGANGAN DAN KOMUNITI DIGITAL.

MENGGANDA HASIL PELABURAN NEGERI. Di bawah teras ketiga ini, agenda yang diberikan keutamaan adalah mengganda hasil pelaburan negeri.

Pemerkasaan Pusat Pelaburan Negeri ‘Invest Johor’. Bagi meningkatkan tahap penyelarasan sektor pelaburan di negeri Johor, kerajaan negeri akan memperkasakan semula Pusat Pelaburan Johor yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan akan dikenali sebagai Invest Johor. Matlamat bagi menjenamakan semula Invest Johor ini adalah untuk memberi impak yang lebih jelas untuk memperkasakan semula pusat ini di dalam mempromosikan Johor sebagai destinasi pilihan pelabur dari seluruh dunia. Berdasarkan rekod pelabur-pelabur yang berpotensi, banyak syarikat antarabangsa telah memilih Johor sebagai destinasi pelaburan.

Dalam pada itu, kerajaan Johor sendiri kini cenderung kepada syarikat yang melabur dalam industri berteknologi tinggi. Antara syarikat asing yang berpotensi melabur di Johor termasuklah daripada syarikat Amerika Syarikat, Taiwan, China, Perancis, Korea Selatan dan Jepun. Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah dapat meyakinkan pelaburan dari syarikat-syarikat terbesar di dunia untuk melabur di negeri Johor yang dianggarkan bernilai RM8 bilion pada tahun hadapan. (Dewan bertepuk). Pelaburan ini sudah tentu akan memberikan pulangan dan impak yang besar kepada kerajaan negeri dan juga rakyat Johor.

Fokus Industri Berdasarkan ‘3h’, Iaitu High-Technology, High-Value Dan Halal Industry (Industri Teknologi Tinggi, Industri Bernilai Tambah Tinggi Dan Industri Halal). Tahun 2019 akan menjadi ‘tahun pecutan’ untuk negeri Johor dalam merealisasikan Johor sebagai negeri berprestasi tinggi. Kita perlu memberikan penekanan kepada industri berasaskan ‘3H’ iaitu ‘High Technology, High Value dan Halal Industry’ dengan izin, kerana industri-industri ini merupakan industri penting di peringkat global dalam memacu negeri Johor sebagai berprestasi tinggi. Industri berteknologi tinggi ini mampu meningkatkan produktiviti negeri Johor dengan ketara, dan memberi impak yang tinggi pada jangka masa yang panjang. Setiap peringkat rantaian bekalan mampu menjana peluang perniagaan dan pekerjaan. Industri halal yang juga merupakan industri yang semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi yang tinggi untuk diterokai. Beberapa strategi yang berkaitan dengan Industri Halal akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2019 seperti Penggalakan Industri Halal, Pemantauan Industri Halal dan Promosi Industri Halal. Kawasan Industri Pengerang. Seperti yang sedia maklum, pembangunan Kawasan Industri Pengerang telah memasuki fasa kedua. Pembangunan yang melibatkan tanah seluas 276 ekar ini ditadbir urus oleh Johor Corporation dengan peruntukan sebanyak RM191 juta. Pembangunan ini untuk menyokong sektor sokongan industri minyak dan gas di Pengerang, dalam usaha menjadikan Pengerang sebagai hab industri minyak dan gas yang terkemuka di Malaysia dan rantau ini.

Pembangunan ini dijangka akan menarik sejumlah RM800 juta dari pelabur-pelabur luar negara, di samping ia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada 1,700 orang. Di jangka pembangunan ini akan menghasilkan pulangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM96.7 juta.

Penubuhan Biro Konvensyen Dan Pameran Johor (Jceb). Selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk mentadbir menjadikan Johor sebagai satu destinasi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran di peringkat antarabangsa, kerajaan negeri akan mewujudkan satu unit khas yang akan memantau kesemua aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih teratur dan sistematik. Aktiviti ini telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada sumber pendapatan negeri dan juga mampu menarik para pelancong di negeri Johor. MENGAPLIKASIKAN EKONOMI DIGITAL. Yang berhormat Tuan Speaker, agenda seterusnya di bawah teras pembangunan infrastruktur, penggerak zon perdagangan dan komuniti digital adalah mengaplikasikan ekonomi digital. Berikut adalah inisiatif yang akan diambil oleh kerajaan negeri.

Page 24: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 24

Penubuhan Jawatankuasa Khas Digital Johor. Selaras dengan hasrat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri akan menjadikan sektor ekonomi digital sebagai salah satu daripada inisiatif yang akan memacu pertumbuhan ekonomi di negeri Johor. Kerajaan negeri juga mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia melalui pelancaran Dasar Revolusi Industri 4.0, yang juga dikenali sebagai Dasar Industri 4WRD (Forward) pada 31 Oktober 2018.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang akan berperanan bagi penggerak inisiatif-inisiatif digital di negeri ini. Jawatankuasa ini akan menyelaraskan segala bentuk kerjasama antara kerajaan negeri yang diterajui oleh Bahagian Sains dan Teknologi dan ICT Negeri Johor (BSTICT) bersama Digital Johor Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dalam menyediakan Pelan Transformasi Digital Negeri Johor. Kerajaan negeri juga akan menggunakan keupayaan pelbagai potensi bagi mempertingkatkan kapasiti capaian kemudahan jalur lebar di kawasan-kawasan fokus bagi memastikan perancangan pelaksanaan inisiatif-inisiatif program Ekonomi Digital dan Ekonomi Kreatif terlaksana dengan lancar dan berkesan. Ini termasuklah bagi mempertingkatkan keyakinan pelabur-pelabur pelabur-pelabur dalam dan luar negara dalam bidang-bidang berkaitan. Di antara usaha yang dibuat adalah dengan memberikan mandat kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan Johor dan pihak swasta yang berkemahiran tinggi terlibat secara aktif dan membangunkan pembinaan infrastruktur capaian jalur lebar ini.

E-Wallet. Kerajaan negeri akan menjalankan kajian untuk mewujudkan satu aplikasi milik Kerajaan Johor yang dinamakan e-wallet sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan komuniti Digital Johor. Pendigitalan Masyarakat. Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan MyNIC Berhad bagi mendigitalkan masyarakat dan NGO di negeri Johor daripada kaedah “off-line” kepada “on-line”. Projek perintis dengan peruntukan bernilai RM100,000.00 untuk tujuan membantu masyarakat di negeri Johor bagi membangunkan domain dan juga laman web sendiri.

Iskandar Malaysia Urban Observatory Digital. Projek Iskandar Malaysia Urban Observatory Digital adalah projek keutamaan bagi Pihak Berkuasa Wilayah Persekutuan (IRDA) yang akan digunapakai tahun 2019 dan seterusnya. Kos pelaksanaan IMOU adalah RM1.5 juta dan peruntukan ini diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Projek Pemetaan Topografi Dan Pangkalan Data Tanah Negeri Johor Menggunakan Teknologi Light Detection Dan Ranging (LIDAR). Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bersama IMOSS Technology Sdn. Bhd. telah berkerjasama untuk melaksanakan projek pemetaan topografi dan pangkalan data tanah Negeri Johor menggunakan teknologi ‘Light Detection and Ranging’ . LiDAR adalah teknologi pemetaan menggunakan pesawat ringan yang dapat memberikan imej lebih tepat berbanding teknologi-teknologi sedia ada dan juga akan memberikan ‘geomapping big data center’ pertama di Malaysia yang mempunyai data topografi dan demografi terlengkap dengan harga jualan data lebih murah berbanding ‘geospatical data’ semasa di pasaran.

MEMBINA INFRASTRUKTUR MEGA DAN MEMPERLUAS PENGGUNAAN KEMUDAHAN AWAM. Inisiatif seterusnya dalam pembangunan infrastruktur, penggerak zon perdagangan dan komuniti digital adalah membina infrastruktur mega dan memperluas penggunaan kemudahan awam. Kerajaan negeri sedar, penyediaan infrastruktur dan rangkaian perhubungan, perhubungan yang baik akan memastikan pembangunan yang lebih mampan, memberi keselesaan kepada rakyat selain menjadi faktor kepada pertimbangan para pelabur membuat keputusan pelaburan di sesebuah negara.

Page 25: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 25

Pada tahun 2019, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM53 juta bagi pembinaan jalan dan jambatan di seluruh Johor. Antara senarai keutamaan projek yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Menaik taraf jalan antara jambatan baru Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang, Johor.

2. Menaikkan taraf dan pelebaran jalan Gelang Patah (J4) sepanjang 1.5 kilometer.

3. Menaikkan taraf Jalan Johor Bahru ke Pontian (FT005) kepada Jalan Berkembar 4 Lorong.

4. Kerja-kerja naik taraf jalan daripada 2 lorong 2 hala ke 4 lorong 2 hala dari Taman Kempas

Utama ke Kampung Maju Jaya sejauh 2.2 kilometer.

5. Pengalihan dan menaikkan taraf jalan dengan dua persimpangan berisyarat di KM 7 Jalan Johor Bahru - Air Hitam, Kluang.

6. Menaikkan taraf Jalan Parit Ibrahim dan Parit Jawa, Pontian.

7. Memperelok jajaran di laluan FT001 Johor Bahru - Air Hitam, KM 38 hingga ke KM 40 Kulai, Johor.

Selain daripada itu, kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan di atas kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek infrastruktur yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2019. Antaranya:

1. Projek membina jalan persekutuan Yong Peng ke Segamat FT001 dari Kampung Desa Temu

Jodoh (Seksyen 134) hingga Kampung Kwong Sai (Seksyen 174) daerah Segamat, Johor dengan anggaran kos sebanyak RM92.3 juta.

2. Meneruskan pembinaan jejantas dan pembahagi jalan di Pekan Parit Sulong, daerah Batu

Pahat, Jalan Persekutuan Yong Peng ke Muar (FT024) Johor dengan anggaran kos sebanyak RM5.5 juta bagi daerah Batu Pahat.

3. Membina laluan alternatif bagi menghubungkan Jalan Parit Jalil (126) ke Jalan Peserai (FT005)

Batu Pahat, Johor yang akan yang dianggarkan kos sebanyak RM81.4 juta. 4. Membina Jalan Sebaya ke Bukit Bujang Balai Badang hingga Mensudut Lama, Segamat, Johor

bagi Fasa 2 yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM70 juta. 5. Menaikkan taraf Jalan dari Pekan Nenas ke Tg. Piai Pontian, bagi Fasa 2 yang melibatkan

anggaran kos sebanyak RM69 juta. 6. Meneruskan pelaksanaan projek menaiktaraf jalan Muar ke Tangkak ke Segamat, Johor.

Fasa 1: Segamat – Tangkak, pakej 3 melibatkan kos pembinaan berjumlah RM134.6 juta dengan jarak sepanjang 10.5 kilometer.

7. Menaikkan taraf persimpangan bertingkat Kempas sedia ada di Lebuhraya Selatan (E2) dan

Jalan Kempas (J105), Johor Bahru, Johor dengan kos sebanyak RM50 juta, di mana projek ini akan dilaksanakan oleh pihak IRDA.

8. Selain itu, pihak IRDA juga akan melaksanakan kajian penambahbaikan jalan di antara

Lingkaran Dalam dan Lebuhraya Penyebaran Timur Johor (EDL) dan EDL ke Pusat Bandaraya Johor Bahru dengan kos sebanyak RM2 juta.

Penyelenggaraan Jalan Menerusi Projek Marris. Penyelenggaraan jalan menerusi projek MARRIS. Sebanyak RM650 juta diperuntukkan melalui sistem rekod-rekod jalan raya atau MARRIS pada tahun 2019, untuk antara lain, menambah baik penyelenggaraan jalan-jalan negeri, jalan-jalan kampung di seluruh negeri Johor. Penambahan Laluan Baharu Bas Muafakat Johor Yang Lebih Efektif. Seterusnya, kerajaan akan menambahbaik laluan-laluan Bas Muafakat Johor supaya lebih efektif agar penggunaan dimaksimumkan. Perancangan penetapan dan semakan laluan Bas Muafakat

Page 26: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 26

Johor sentiasa dijalankan berdasarkan beberapa kriteria iaitu melalui kawasan berpendudukan yang tiada perkhidmatan sebelum ini, dengan kepadatan tinggi serta melalui kawasan kemudahan awam, pejabat agensi kerajaan, sekolah, kawasan rekreasi dan lain-lain kawasan tumpuan setempat. Kerajaan Johor bersetuju untuk menambah laluan baru Bas Muafakat Johor pada tahun 2019. Laluan yang dimaksudkan adalah laluan Pagoh ke Muar, melalui Bukit Pasir dan Pagoh - Muar melalui Bukit Gambir serta laluan Simpang Renggam ke Renggam. Selain itu, terdapat rancangan untuk memperluaskan operasi laluan Bas Muafakat Johor di kawasan Pengerang. Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor yang prihatin terhadap penduduk bagi memudahkan perjalanan mereka dan menjimatkan kos sara hidup mereka. Secara keseluruhannya, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM25.6 juta bagi menampung kos operasi pelaksanaan inisiatif ini. Menambah Baik Program E-Hailing Dan Mempertingkatkan Perkhidmatan Dan Servis Teksi Di Negeri Johor. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pakatan Harapan amat prihatin terhadap kesejahteraan hidup rakyat. Kita menginsafi permasalahan hidup rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi, ditambah lagi dengan kesesakan di jalan raya. Justeru itu, kerajaan negeri berusaha mengurangkan permasalahan rakyat, termasuklah dalam kalangan pemandu teksi. Kerajaan negeri mendengar keluhan pemandu–pemandu teksi yang terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan menambahbaikkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam khasnya di Iskandar Malaysia. Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah (IRDA) dengan kerjasama Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sedang melaksanakan program Sistem Pengurusan Mobiliti Iskandar Malaysia bagi menangani masalah pengangkutan awam. Program ini merupakan satu aplikasi yang menghubungkan orang awam dengan pelbagai mod pengangkutan di seluruh wilayah Iskandar Malaysia selain mengurangkan kebergantungan orang awam terhadap kenderaan persendirian. Program ini juga menitikberatkan keperluan industri teksi di Iskandar Malaysia dan Johor sebagai keseluruhan. Perkhidmatan e-Hailing akan dibangunkan mulai 2019 dan diintegrasikan bersama aplikasi Sistem Pengurusan Mobiliti. Projek ini dijangka memberi impak secara langsung kepada pengguna dan industri pengangkutan dan ianya mampu mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap pengangkutan persendirian. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga mengambil berat tentang kebajikan pemandu-pemandu teksi dengan memberikan bantuan-bantuan seperti persekolahan untuk anak-anak pemandu teksi dan bantuan hari raya. Untuk tujuan ini, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000.00 menerusi Tabung Amanah.

Cadangan Pembinaan Lapangan Terbang Daerah Mersing. Bagi mengimbangi tahap pembangunan negeri ini, kerajaan negeri Johor bercadang membangun sebuah projek di daerah Mersing iaitu membina sebuah Lapangan Terbang berserta dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan. Ia mampu memangkin pembangunan, di samping dapat merancakkan lagi sektor ekonomi dalam kalangan rakyat tempatan.

Pembinaan lapangan terbang ini akan mengambil kira elemen-elemen pembangunan bercampur yang terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut: 1. Komponen perniagaan (Skypark). 2. Hangar atau jet persendirian. 3. Hotel dan pangsapuri. 4. Akademi penerbangan. 5. Perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan juga baik pulih pesawat (MRO).

Cadangan pembangunan ini akan dilakukan dengan secara berfasa dan seiring supaya ia dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual. Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM5 juta melalui ECER bagi menjalankan kajian bagi mengenal pasti kesesuaian tapak projek, kebolehsanaan, rangkaian penghubungan darat yang lebih baik dan kemudahan infrastruktur yang perlu diambil kira.

Page 27: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 27

Penambahan Jaringan Pengangkutan Awam. Bagi Projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT), secara keseluruhan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion yang mana sebanyak RM140 juta telah diperuntukkan untuk 2019 bagi tujuan pengambilan balik tanah dan pembayaran kos awalan pelantikan Lead Consultant. Pembinaan projek IMBRT dijangka bermula pada suku keempat tahun 2019 dan jangkaan siap Fasa 1 IMBRT ialah pada suku kedua tahun 2022.

Dengan adanya sistem IMBRT, rakyat di Johor, amnya dan Iskandar Malaysia secara khususnya akan meningkatkan kualiti kemudahan pengangkutan awam yang mampan, lancar, cepat dan cekap. Sistem ini akan memudahkan urusan harian rakyat dengan rangkaian laluan merangkumi 90% kawasan penduduk Iskandar Malaysia. Kemudahan pengangkutan ini secara tidak langsung akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Pada masa yang sama, sistem pengangkutan rel di Negeri Johor akan mengalami beberapa fasa kemajuan dengan adanya Projek Laluan Berkembar Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru yang dijangka siap pada tahun 2022, Projek Rail Transit System (RTS) yang akan menghubungkan Bandaraya Johor Bahru ke Singapura dijangka siap pada tahun 2024. Selain daripada itu, melalui perkhidmatan Private Finance Initiative (PFI), kerajaan negeri juga merancang untuk memperkenalkan Sistem Tram di dalam kawasan Bandaraya Johor Bahru sebagai salah satu mod pengangkutan moden yang akan diselaraskan dengan projek IMBRT bagi memberikan kemudahan kepada penduduk tempatan dan juga untuk menarik para pelancong. Sistem Pengangkutan Rel Komuter juga dicadangkan untuk dilaksanakan bermula daripada Stesen Kulai ke Bandaraya Johor Bahru. Bagi melengkapkan jajaran kemudahan sampaian pengangkutan awam ini, perkhidmatan Bas Muafakat akan dijadikan sebagai feeder pengangkutan ke stesen-stesen komuter yang akan dibina. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan beberapa Pembangunan Berasaskan Transit (TOD) di sepanjang jajaran laluannya dan sekali gus akan memberikan impak kepada peningkatan penggunaan mod pengangkutan awam di negeri ini. Pewujudan Pasukan Petugas (Task Force) Pengangkutan. Bagi mempertingkatkan kecekapan operasi mod pelbagai pengangkutan kerajaan negeri, kerajaan negeri akan menubuhkan satu pasukan petugas. Pasukan ini berperanan memantau dan menyalurkan aduan rakyat mengenai kesesakan di kawasan pintu masuk utama ke Bandaraya Johor Bahru. Inisiatif ini melibatkan kawasan pintu masuk di Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Sultan Abu Bakar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pasukan Petugas Perairan juga akan diwujudkan bagi mengenal pasti sumber ekonomi baharu bagi negeri Johor. Selain itu, Pasukan Petugas Udara juga akan diperkenalkan bagi melancarkan lagi aliran keluar masuk dan menangani isu-isu berkaitan lapangan terbang di Negeri Johor.

Sistem Pengurusan Mobiliti Bersepadu dan Pintar Bagi Iskandar Malaysia. Sehingga kini, pihak IRDA telah menjayakan mewujud kerjasama dengan Kerajaan Britain melalui ‘2018 Prosperity Fund’. Ia menyediakan geran sejumlah 4.85 juta pound sterling bagi melaksanakan kajian Sistem Pengurusan Mobiliti Bersepadu dan Pintar serta projek perintis di kawasan Iskandar Malaysia.Melalui geran ini juga, pihak IRDA dan UK Foreign Commonwealth Office (UKFCO) bakal melaksanakan beberapa program pembangunan kapasiti dan penggunaan data bagi perancangan bandar. Program ini bertujuan meningkatkan kapasiti dan pengetahuan penjawat awam dalam sektor perancangan dan pengangkutan melalui teknologi dan inovasi. Pembinaan Infrastruktur Air. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi bagi Bangsa Johor. Suka saya mengumumkan pada tahun 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM16 juta untuk melaksanakan projek-projek melibatkan infrastruktur dan pengurusan sumber air. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Peruntukan RM3.5 juta bagi membekalkan air mentah ke kawasan penduduk Bandar Penawar, Bukit Pelali, Pengerang dan kawasan sekitarnya. Jumlah ini akan dibelanjakan bagi mengatasi kekurangan air mentah di Empangan Sungai Lebam terutamanya pada musim kemarau supaya keperluan bekalan air tidak terganggu.

Page 28: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 28

2. Kerja-kerja menaik taraf Empangan Rendah ataupun barrage yang merentasi Sungai Johor akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta. Pelaksanaan kerja-kerja ini dijangka akan menghalang penerobosan air laut dengan menambah lagi simpanan air mentah yang akhirnya boleh diproses menjadikan air minuman sebanyak 400 juta liter sehari (MLD) akan memberi manfaat kepada empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi.

3. Kerja-kerja menaik taraf Kolam Tadahan di Sungai Pelepah, Kota Tinggi dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Kerja-kerja ini dijangka akan memperkasakan kualiti air Sungai Johor dengan merawat kembali bekas-bekas lombong agar bekalan air mentah tidak terganggu. 4. Pelaksanaan projek menaik taraf Muka Sauk di Sungai Sedili Kecil, Kota Tinggi dan Sungai

Pontian Besar, Kulai dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta.Projek-projek ini dicadangkan bagi membaiki keadaan tebing dan struktur kolam takungan air mentah yang akan digunakan oleh loji rawatan air untuk membekal air minuman ke FELDA Lok Heng, di kawasan timur, sebahagian bandar Kota Tinggi, Kulai dan FELDA Bukit Batu bagi menyelesaikan masalah kekerapan gangguan bekalan air.

5. Pemeriksaan dasar struktur empangan untuk empangan-empangan lama akan dilaksanakan

dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Dalam membekalkan air minuman kepada rakyat Johor, aspek keselamatan struktur empangan-empangan akan diberikan perhatian.

6. Kerja-kerja penyelenggaraan sumber air di seluruh negeri Johor akan diberi peruntukan

sebanyak RM500,000.00 dalam menggalas amanah membekalkan air minuman kepada rakyat bangsa Johor, maka jumlah ini perlu dibelanjakan bagi memastikan kualiti dan simpanan air mentah sentiasa mencukupi bagi negeri Johor.

Projek Kerajaan Persekutuan. Sebagai sebuah negeri dalam persekutuan di bawah pentadbiran kerajaan yang sama, iaitu kerajaan Pakatan Harapan, maka adalah wajar bagi negeri Johor menyumbang kepada kerancakan ekonomi peringkat kebangsaan. Johor turut menerima peruntukan kerajaan persekutuan memandangkan penyediaan infrastruktur air melibatkan perbelanjaan yang amat besar. Justeru itu, projek-projek utama yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Projek Penyaluran Air Layang 2 dengan peruntukan RM152 juta. Pertumbuhan pesat ekonomi

di kawasan Iskandar Malaysia menyebabkan permintaan bekalan air mentah meningkat secara mendadak. Projek ini dijangka dapat meneruskan bekalan air mentah ke kawasan Iskandar Malaysia bagi tempoh tiga tahun yang akan datang.

2. Satu kajian perlu dibuat bagi menjamin kelestarian bekalan air mentah negeri Johor dengan

peruntukan sebanyak RM3 juta. Prestasi terimaan pelaburan negeri Johor amat memberangsangkan sejak kebelakangan ini, turut memberi kesan melalui peningkatan unjuran permintaan bekalan air minuman sehingga tahun 2028 yang memerlukan tambahan bekalan air mentah sebanyak 596 juta liter sehari. Oleh itu, kerajaan persekutuan memandang berat keperluan ini dan bersetuju untuk menjalankan kajian sebelum apa jua tindakan serta langkah selanjutnya dapat dilaksanakan secara terurus.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang telah saya katakan bahawa Belanjawan Johor 2019 ini adalah untuk rakyat. Justeru itu, kerajaan negeri sedar akan kepentingan sosioekonomi yang stabil, yang dapat merangsang ekonomi tempatan yang merupakan resipi utama dalam menjaga kestabilan dan keharmonian negeri Johor. Berpaksikan kepada nilai ini, kerajaan negeri telah merangka beberapa inisiatif dalam membangunkan aktiviti keusahawanan, terutamanya dalam kalangan usahawan muda secara progresif dan dinamik. Seterusnya, agenda di bawah teras pembangunan infrastruktur, penggerak zon perdagangan dan komuniti digital adalah Meneroka Potensi Ekonomi Kreatif, Mendidik Kelompok Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan.

MENEROKA POTENSI EKONOMI KREATIF, MENDIDIK KELOMPOK USAHAWAN, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN.

Page 29: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 29

Agenda Usahawan Negeri Johor. Bagi memperkasakan sektor keusahawanan negeri Johor, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif berbentuk bantuan dan latihan keusahawanan serta pelaksanaan program-program lain bagi memanfaatkan usahawan khususnya dalam segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi merangkumi 10.8% daripada jumlah PKS di Malaysia. Antara inisiatif strategik yang akan dilaksanakan adalah mencipta kekayaan negeri baharu secara tidak langsung bagi membantu mempertingkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri. Inisiatif ini memfokuskan kepada elemen asas penting iaitu Pengkomersialan Harta Intelek yang akan dibangunkan di negeri Johor dengan peruntukan RM500,000.00. Dengan pelaksanaan inisiatif ini mampu menarik pelaburan-pelaburan baharu bukan sahaja di kalangan mikro, kecil dan sederhana bahkan di syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara.

Inisiatif ini akan melibatkan secara inklusif bagi institusi Pengajian Tinggi, Kolej serta Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih khususnya yang berada di Johor untuk mengkomersialkan harta intelek yang berinovasi. Usaha untuk mengkomersialkan harta intelek boleh dilihat dari segi modal daripada pihak kerajaan negeri sendiri ataupun daripada pelabur luar. Ia tidak terhenti begitu sahaja malahan usaha-usaha pemadanan perniagaan dengan pihak-pihak industri bakal dilaksanakan. Kerajaan negeri juga amat prihatin dengan usahawan mikro. Dengan itu, kerajaan negeri akan mewujudkan satu inisiatif bantuan iaitu Inisiatif Usahawan Mikro yang akan diberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta dan akan memanfaatkan 300 orang usahawan. Inisatif ini akan berperanan sebagai penggalak kepada kumpulan usahawan mikro dari pelbagai bidang. Ia meliputi latihan, bantuan mesin, peralatan dan promosi bagi membantu usahawan tersebut. Bagi memperkasakan agenda usahawan bumiputera, kerajaan negeri melalui Perbadanan Islam Johor Holdings sedang membangunkan pusat inkubator di kawasan Perbadanan Islam, Stulang Baru.Pusat ini akan menempatkan sejumlah 34unit lot untuk usahawan baharu bumiputera dengan jumlah peruntukan sebanyak RM600,000.00. Misi Jejak Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS). Misi ini merupakan program turun padang yang bertujuan untuk berinteraksi dan memberi bimbingan secara langsung dengan para usahawan. Jangkaan jumlah usahawan dalam program ini ialah 200 orang pengusaha dari pelbagai bidang keusahawanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM150,000.00. Selain daripada itu, bagi memberi manfaat kepada usahawan PKS, kerajaan negeri buat julung kalinya akan menganjurkan Johor Halal Festival dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.Hal ini selari dengan matlamat kerajaan negeri untuk menambah nilai pendapatan ekonomi usahawan.

Program ini akan menjadi ‘penanda aras’ baharu bagi PKS Johor dan dijangka akan mampu menarik sekitar 50,000 pengunjung merangkumi pengunjung tempatan dan juga negara jiran. Kita juga menjangkakan akan terdapat lebih 1,000 produk Halal dari pengusaha-pengusaha dari Negeri Johor yang meliputi produk makanan, barangan kosmetik dan perkhidmatan halal di dalam program ini. Dijangkakan program ini akan dapat membantu pengusaha halal membuka pasaran baharu yang lebih meluas. Menerusi program ini juga, beberapa sesi padanan perniagaan juga akan dijalankan. Penglibatan syarikat-syarikat gergasi pada program ini dilihat mampu mewujudkan sinergi perniagaan bersama dengan produk Halal tempatan yang didedahkan. Dalam kesempatan ini, kerajaan negeri ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah memperuntukkan geran kewangan sebanyak RM22 juta untuk membangunkan Kilang Siap Bina Fasa 1 di kawasan Perindustrian Perkayuan Muar. Pembangunan ini adalah usaha untuk membantu memperkasakan penyertaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera dalam industri pembuatan perabot dalam usaha memastikan sektor ini terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Johor. Kerajaan negeri telah merancang untuk mewujudkan Program Komuniti Ekonomi yang akan memberikan fokus untuk membantu kumpulan tersebut, khususnya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar untuk membantu memajukan perusahaan mereka. Usahawan yang menyertai program ini

Page 30: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 30

akan diberikan sesi bimbingan menerusi taklimat, bengkel kerja dan juga dialog perniagaan serta keusahawanan oleh mentor keusahawanan dengan peruntukan RM100,000.00 Inisiatif Ekonomi Kreatif. Dalam rangka menjayakan agenda ekonomi kreatif dan digital Johor, satu unit khas akan ditubuhkan oleh kerajaan.Objektif unit ini adalah untuk menggerakkan inisiatif-inisiatif di bawah sektor Ekonomi Kreatif dan digital di negeri Johor.Bersandarkan kepada keperluan semasa, unit ini diperlukan untuk memastikan semua perancangan tersusun dan tidak bertindan dengan mana-mana agensi sedia ada, sebaliknya ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan menyeluruh. Selain itu, unit ini berperanan untuk membantu kerajaan merangka program-program pembangunan dan memantau pelaksanaan program Ekonomi Kreatif dan digital mengikut dasar dan objektif yang telah digariskan. Hab Ekonomi Kreatif. Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk menjalankan satu penyelidikan atau kajian khusus untuk menyediakan Pelan Induk bagi memperkasakan hab Ekonomi Kreatif negeri Johor. Pelan Induk ini merangkumi dasar dalam mengkaji prospek Negeri Johor sebagai pusat perkembangan Ekonomi Kreatif di negara dan serantau dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Keperluan kajian ini sangat penting memandangkan belum pernah ada data yang lengkap berkaitan Ekonomi Kreatif di negeri Johor. Rentetan dari kajian ini, kerajaan negeri percaya Pelan Ekonomi Kreatif Johor dan beberapa perkara penting dapat disediakan dalam menggerakkan agenda ini. Kerajaan Negeri akan melancarkan dua program yang dipanggil JOM Ekonomi Kreatif dan Inisiatif Ekonomi Kreatif. Bagi program Jom Ekonomi Kreatif, golongan muda di setiap daerah akan mereka bentuk program tersebut mengikut keselesaan kesesuaian mereka. Objektif utama aktiviti ini adalah bertujuan meningkatkan minat golongan muda dalam bidang masing-masing dengan peruntukan permulaan RM200,000.00 bagi tujuan pengiktirafan. Manakala Inisiatif Ekonomi Kreatif kerajaan negeri akan memberikan geran kepada usahawan terpilih untuk membangun, meluas dan meningkatkan lagi penghasilan produk dan pengeluaran mereka. Geran tersebut turut meliputi dana pemindahan platform konvensional produk kepada platform digital. Buat permulaan, kerajaan negeri mensasarkan sekurang-kurangnya dua puluh orang untuk menerima bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Kerajaan juga menyediakan satu insentif untuk membantu mengaktifkan keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar sekolah.Insentif ini dinamakan Azam Usahawan Muda Johor atau Johor Young Entepreneur Strive For Success (JYESS). Sejumlah RM200,000.00 telah diperuntukkan untuk tujuan ini.Program ini meliputi sebelas Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Negeri Johor yang melibatkan 272 koperasi sekolah. MEMACU KECEMERLANGAN SUKAN TERAS. Kerajaan negeri juga menginsafi tentang kepentingan kesihatan melalui aktiviti riadah dan sukan. Justeru itu, terdapat beberapa strategi Memacu Kecemerlangan Sukan Teras. Program Sukma 2020. Sebagaimana semua sedia maklum, kerajaan negeri akan menganjurkan Sukan Malaysia atau dikenali sebagai SUKMA pada tahun 2020. Kerajaan negeri beriltizam untuk menjadikan penganjuran SUKMA 2020 sebagai salah satu daripada yang terbaik dalam sejarah penganjuran selama ini. Namun begitu kerajaan negeri bukan sekadar ingin mempastikan penganjuran sahaja yang baik malahan ia hendaklah dituruti dengan pencapaian yang cemerlang daripada kontinjen negeri Johor. KPRJ melalui Sports Johor Sdn. Bhd. dan Majlis Sukan Negeri akan terus menjalankan program sukan di negeri Johor selain melaksanakan menyelaras program SUKMA 2020. Ia juga akan mengkaji keperluan menyediakan kemudahan sukan seterusnya membangunkan sekiranya perlu. Serta pembangunan atlet bertaraf antarabangsa. Penekanan akan diberi kepada pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

Page 31: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 31

Bagi merealisasikan kejayaan Program Sukan Malaysia SUKMA 2020 di Johor, KPRJ telah dipertanggungjawabkan untuk membina beberapa kemudahan sukan. 1. Antaranya menyiapkan menyiapkan Sebuah Stadium Track And Field Di Mount Austin dengan kos jangkaan keseluruhan pembangunan termasuk penyediaan infra sokongan utama di persekitaran dengan anggaran sebanyak RM180 juta. Stadium ini dijangka siap pada Jun 2019. 2. Menyiapkan Fasiliti Memanah, Lawn Bowl Dan Pentaque Di Taman Impian Emas, membina

sebuah Dataran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Di Educity, Iskandar Puteri. Peruntukan Sebanyak RM30 Juta disediakan untuk projek ini yang dijangka siap pada suku kedua dan ketiga 2019.

Biasiswa Atlet Johor. Selain daripada menyediakan kemudahan sukan yang canggih dan terkini, Kerajaan Negeri Johor percaya bahawa penajaan pendidikan menerusi biasiswa atlit Johor akan dapat menyumbang kepada kemajuan yang gemilang dalam bidang sukan di negeri Johor. Peribahasa Melayu menyebut melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kerajaan negeri sentiasa prihatin dalam pembangunan atlit sukan yang berbakat dan berpotensi bagi mengharumkan nama Johor dan Malaysia pada masa depan. Kerajaan akan anugerahkan Dermasiswa untuk mahasiswa Institut Pengajian Tinggi dan atlit Johor yang bergiat aktif dalam SUKMA, Sukan Universiti ASEAN dan Sukan Institut Pengajian Tinggi. Bagi menjayakan hasrat tersebut, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000.00 dalam usaha mengembangkan bakat mahasiswa yang cemerlang dalam sukan dan akademik ini. Derma siswa atlet Johor ini diharapkan akan merangsang motivasi dan komitmen atlit muda Johor untuk menjadi yang terbaik dalam sukan yang diceburinya. Maka, Yayasan Pelajaran Johor dipertanggungjawabkan sebagai penggerak utama dalam melaksanakan inisiatif ini untuk tempoh satu tahun.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

TERAS KEEMPAT: DEMOKRASI DINAMIK DAN KESAKSAMAAN SOSIAL.

Kerajaan yang adil dan bertanggungjawab sentiasa prihatin akan nasib dan masa depan rakyatnya. Dalam hal ini, kerajaan negeri berpandangan untuk mencapainya, maka jaminan kesaksamaan sosial dalam kalangan rakyat perlulah dicapai terlebih dahulu. Dalam mendukung demokrasi dinamik kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan, kami berpegang kepada prinsip adil dan saksama kepada semua. Kami menghormati keputusan rakyat untuk memilih Wakil Rakyat masing-masing. Justeru, setiap Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Pembangkang di negeri Johor akan menerima peruntukan sebanyak RM50,000.00 setahun bagi tujuan pentadbiran untuk memastikan perkhidmatan Wakil Rakyat lebih berkesan tanpa mengira latar belakang ideologi politik.(Dewan bertepuk). Malah pengiktirafan yang diberikan kepada Ketua Pembangkang juga membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan lebih bersifat terbuka dan profesional di dalam menjulang gagasan demokrasi dinamik. Di era Malaysia baharu ini, kita sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan cara pemikiran politik sempit, penuh hasad dengki, iri hati, curang, mengkhianati amanah rakyat dan penuh ketirisan yang menjadi amalan kerajaan terdahulu. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan sentiasa peka agar pembangunan luar bandar tidak diabaikan dan kawasan bandar pula sentiasa ditambah baik, kerana kedua-duanya adalah pemacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Malah seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan, akan sentiasa diberi keutamaan dalam agenda kesaksamaan sosial ini.

Page 32: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 32

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. Di bawah teras keempat ini, agenda yang diberi keutamaan adalah Pembangunan Luar Bandar. Hal ini disebabkan masyarakat luar bandar perlu mendapat “keadilan sosial” bagi menjana pembangunan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kelestarian alam sekitar luar Bandar. Pertama : Pelan Hala Tuju Strategik Desa Johor. Bagi tujuan memperkasa pembangunan desa, Pelan Hala Tuju Strategik Desa Johor akan dibangunkan dengan peruntukan bagi menjalankan kajian sebanyak RM1 juta. Pelan ini merangkumi:

1. Pengukuhan dan peningkatan produktiviti ekonomi desa. 2. Pemerkasaan pengurusan alam sekitar yang mampan. 3. Pengukuhan daya huni desa melalui peningkatan dan penambahbaikan penyediaan

infrastruktur dan kemudahan awam. 4. Penambahbaikan sistem jaringan jalan raya dan kemudahsampaian kawasan desa. 5. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan dan budaya desa. 6. Pemerkasaan keupayaan komuniti dalam pembangunan desa. 7. Pengukuhan sistem tadbir urus desa yang cekap dan berintegriti.

Kedua : Keperluan Mendapatkan Air Bersih. Kerajaan Negeri juga sangat prihatin dengan keperluan mendapatkan air bersih yang berterusan bagi masyarakat luar bandar. Dua projek utama akan dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di bawah inisiatif ini adalah: 1. Melaksanakan projek bekalan air di Kampung Orang Asli Sedohok, Sembrong, Johor dengan

peruntukan sebanyak RM7 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 2. Melaksanakan projek pembinaan tangki air di Bukit Naning, Muar dengan peruntukan

sebanyak RM4.8 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ketiga : Projek Jalan Perhubungan Desa di bawah Peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagi merapatkan jurang antara kawasan luar bandar dengan bandar, jaringan perhubungan merupakan satu aspek yang diambil berat. Selain dapat menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain, Jalan Perhubungan Desa juga dapat menjimatkan masa perjalanan dan membuka lebih luas peluang ekonomi luar bandar. Oleh itu, kerajaan komited untuk melaksanakan projek Jalan Perhubungan Desa seperti berikut: 1. Membina jalan baru sepanjang 3.5 kilometer dengan jalan spesifikasi R2 dari Persimpangan

Jalan Redong - Selancar hingga Jalan Masuk ke FELDA Redong, Segamat fasa dua. Kos keseluruhan bagi projek ini adalah sebanyak RM42 juta dan diletakkan di bawah Jabatan Kerja Raya.

2. Pihak KEJORA juga komited untuk membina jalan baru sepanjang 9 kilometer dari Kampung

Belukar Durian ke Persimpangan FELDA Waha, Sedili Kota Tinggi fasa dua. Kos keseluruhan bagi projek ini adalah RM100 juta.

Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat memberi kemudahan jalan raya yang sempurna, selesa dan selamat kepada rakyat. Kesemua projek ini mendapat peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. MEMBANGUN PERSONA SRIKANDI DAN MASYARAKAT. Seterusnya, membangun persona srikandi dan masyarakat. “Tangan yang menghayun buaian itu, mampu menggoncangkan dunia”. Berdasarkan kata-kata hikmat tersebut, kerajaan negeri Johor sentiasa mengambil peduli terhadap nasib golongan srikandi dan golongan rentan lain yang kurang bernasib baik. Mereka turut menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Maka, sewajarnyalah inisiatif dan insentif kesaksamaan sosial turut diberikan kepada golongan ini.

Page 33: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 33

Pertama : Program Bantuan Peralatan Kepada Golongan Ibu Tunggal dan Srikandi Berpendapatan Rendah. Kerajaan Negeri Johor juga akan melaksanakan program bantuan peralatan kepada golongan sasar terutamanya golongan ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah. Dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00. Bagi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) akan menyediakan sumber pendapatan bekerja dari rumah (Home-Based Income) bagi mereka yang memerlukan. Kerajaan negeri mensasarkan mereka mendapat peningkatan pendapatan sebanyak 50 peratus daripada pendapatan asal.

Kedua : Kursus Peningkatan Sosioekonomi Golongan Sasaran. Sebagai tambahan daripada bantuan peralatan kepada golongan ibu tunggal dan Srikandi berpendapatan rendah, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim akan menyalurkan peruntukan sejumlah RM100,000.00 bagi menjalankan dua bentuk kursus kemahiran melibatkan sasaran peserta seramai 300 orang peserta.

1. Kursus berfokus yang melibatkan 100 peserta. 2. Kursus kemahiran asas yang melibatkan 200 peserta.

Kursus ini dijangka dapat membantu membasmi kemiskinan dan menaik taraf kehidupan golongan sasar.

Ketiga : Pusat Jayadiri. Pembangunan karakter, bakat, keterampilan dan sahsiah adalah komponen penting dalam mana-mana program pembangunan diri. Ia bertujuan membina insan yang mempunyai sifat yakin diri, kreatif, kritis, berintegriti dan kompeten. Ia dapat direalisasikan menerusi pusat pembangunan diri yang komprehensif dengan modul dan prasarana secukupnya. Justeru itu, saya mencadangkan agar Pusat Jayadiri dibangunkan di negeri Johor sebagai titik tolak melahirkan masyarakat bestari. Dua buah Pusat Jayadiri akan dibangunkan di Daerah Tangkak dan Kulai dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Sebelum ini terdapat beberapa daerah yang mempunyai pusat seperti ini di Johor Bahru, Kluang, Segamat, Kota Tinggi, dan Batu Pahat. Inisiatif ini bertujuan untuk: 1. Melahirkan usahawan dalam kalangan golongan sasar terdiri daripada ibu tunggal, golongan Srikandi berpendapatan rendah dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam pelbagai bidang. 2. Pusat ini berperanan sebagai sebuah Pusat Sehenti untuk pelbagai aktiviti melibatkan Srikandi, NGO dan kemasyarakatan yang memberi tumpuan terhadap isu-isu Srikandi, keluarga dan sosial. DEMOKRASI DINAMIK DAN KESAKSAMAAN SOSIAL ADALAH MEMBANGUNKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO). Inisiatif terakhir dalam teras demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial adalah membangunkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Pertama : Program Stop It Survive (SIS). Kerajaan Johor juga akan mengadakan program Stop It Survive (SIS) dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00. Program Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) ini mensasarkan sebanyak 2,500 orang yang akan menerima manfaatnya. Kerajaan mengambil berat pelaksanaan program ini kerana ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang menangani keganasan terhadap kaum wanita. Di samping itu, ia mendedahkan kepada wanita dan masyarakat langkah-langkah atau tindakan undang-undang dalam membanteras keganasan terhadap wanita. Kedua : Program Mama Friendly di Pusat Pentadbiran Kota Iskandar. Bagi menyahut seruan Kerajaan Persekutuan dalam menggalakkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) memperkenalkan konsep “Mama Friendly” iaitu menyokong Dasar Penyusuan Susu Ibu kepada kakitangan awam wanita. Justeru itu, peruntukan sebanyak RM50,000.00 akan disediakan bagi tujuan ini dan Pusat Pentadbiran akan dipilih sebagai projek perintis dan seterusnya diharapkan program akan diperluaskan di semua premis kerajaan yang lain di masa-masa yang akan datang.

Page 34: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 34

Ketiga : Pembangunan Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Kerajaan negeri melalui YPKDT akan meneruskan usaha dalam menyediakan perkhidmatan Taska YPDKT di semua pentadbiran kerajaan di daerah-daerah. Bagi tahun 2019, sebuah lagi Taska YPDKT akan dibina di daerah Batu Pahat dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00 dan melengkapkan keperluan peralatan Taska YPKDT di daerah Pontian.

Keempat : Sambutan Hari Srikandi Peringkat Negeri Johor. Bagi menghargai peranan dan sumbangan Srikandi, kerajaan negeri Johor juga akan turut menyambut Hari Srikandi dengan jenama Karnival Srikandi Harapan dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. Selain mengiktiraf peranan dan membela golongan Srikandi berpendapatan rendah, kerajaan negeri juga prihatin untuk meningkatkan taraf hidup golongan terpinggir yang lain termasuklah golongan Orang Kelainan Upaya, warga emas dan anak-anak dalam golongan berpendapatan rendah. Justeru itu, pelbagai usaha telah diatur bagi memastikan kelangsungan hidup dan peranan mereka dalam masyarakat dihargai. Kelima : Menaiktaraf Bengkel Sampul Surat, Batu Pahat, Johor. Untuk pengetahuan semua, Bengkel Sampul Surat kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan sejak tahun 1978. Ini merupakan salah satu cerita kejayaan bagaimana bantuan kerajaan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang mampan kepada golongan OKU. Sehingga kini, terdapat 65 pelatih OKU bekerja di bengkel ini dengan hasil jualan RM200,000.00 sebulan dan merupakan yang terbaik di Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan negeri dengan berbesar hati ingin mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM300,000.00 kepada bengkel ini bagi meningkatkan kapasiti dan keselesaan OKU yang bekerja di sini.

Keenam : Membaik pulih Pusat Aktiviti Warga Emas. Selain itu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM800,000.00 untuk kerja-kerja baik pulih Pusat Aktiviti Warga Emas. Sepertimana yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan, kita berusaha untuk mempastikan warga emas berdikari, berinteraksi sesama sendiri dalam masyarakat setempat. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti dan program disediakan di pusat berkenaan seperti program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan dan latihan serta kursus bersesuaian. Sebagai badan pelaksana, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memastikan kerja-kerja pembaikan PAWE dijalankan dengan sebaiknya untuk mewujudkan persekitaran yang bersesuaian, selesa dan mesra dengan warga emas.

Ketujuh : Program Latihan dan Promosi (PLP) Golongan Orang Kelainan Upaya. Menerusi titik fokus seterusnya, Program Latihan dan Promosi akan dijalankan bagi melestari pembangunan sosioekonomi OKU dan kumpulan sasar. Kerajaan negeri akan memberikan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi melaksanakan inisiatif yang bermatlamat untuk memberi latihan dan kursus bagi nilai tambah kepada OKU dan golongan sasar membolehkan mereka melanjutkan perniagaan dari rumah. Kelapan: Program Pembangunan Sahsiah, Emosi dan Eksplorasi Diri (PRO-SEED). Generasi muda adalah tonggak dan harapan keluarga, bangsa, agama dan negara. Jika ingin masa depan yang gemilang, generasi muda haruslah dibina dan dibentuk dengan watak dan keperibadian yang berfikiran seperti seorang juara. Maka saya percaya, bagi menjadikan impian ini suatu kenyataan, kerajaan akan menyalurkan sebanyak RM100,000.00 bagi menggilap pada peringkat permulaannya keseluruhan potensi generasi muda menerusi program PRO-SEED. Program ini bertujuan membentuk peribadi dan sahsiah diri yang unggul, memupuk nilai daya saing yang tinggi bagi mengukuhkan ekonomi keluarga.

Program PRO-SEED ini akan mensasarkan di antara 440 orang pelajar sekolah rendah berumur antara 11 hingga 12 tahun, di mana setiap Pejabat Pendidikan Daerah akan diwakili oleh 40 orang pelajar. Kesemua peserta ini diperolehi daripada senarai keluarga e-kasih dan keluarga berpendapatan rendah. Kesembilan : Program Transformasi Minda Insan 2019. Selain program PRO-SEED, kerajaan negeri akan melaksanakan Program Transformasi Minda Insan 2019 yang mensasarkan golongan remaja dan belia berumur antara 15 hingga 17 tahun yang juga

Page 35: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 35

dalam kategori keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan memperuntukkan pada peringkat permulaannya sebanyak RM100,000.00 untuk Program Transformasi Minda Insan yang akan memberikan manfaat kepada 40 orang pelajar. Program Transformasi Insan ini bertujuan menyedarkan perkara penting tentang peranan dan tanggungjawab dalam meningkatkan ekonomi keluarga tanpa mengharapkan bantuan dari pihak lain. Kesepuluh: Program Diriku Permata Berharga. Kerajaan negeri amat prihatin tentang gejala sosial yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim akan menggerakkan jentera bagi memberikan kesedaran dan kempen berkaitan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah melalui DERMAGA. Program ini akan diperuntukkan awalan sebanyak RM100,000.00 dan diharapkan dapat melahirkan kelompok masyarakat prihatin yang berpengetahuan tentang kesihatan reproduktif atau implikasi kehamilan luar nikah. Kesebelas : Program Jejak Golongan Sasar Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Bagi meningkatkan Indeks Kesejahteraan Keluarga Negeri Johor yang melibatkan tujuh dominan utama ialah pendidikan, ekonomi, kesihatan, keakraban keluarga, keselamatan, kerohanian dan hubungan komuniti. Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim akan melaksanakan Program Gerak Golongan Sasar di bawah yayasan ini. Program ini akan membolehkan kerajaan dapat menyalurkan segala maklumat dan perkhidmatan secara terus kepada rakyat khususnya kepada golongan sasar. Kedua belas : Menaiktaraf Rumah Perlindungan Kanak-kanak. Kerajaan negeri juga sedar kepentingan bagi melindungi kanak-kanak yang terlibat dengan kes pengabaian dan penderaan di negeri itu. Justeru itu, RM1juta akan diperuntukkan bagi menaikkan taraf Rumah Perlindungan Kanak-kanak Negeri Johor agar kapasiti, keselesaan kanak-kanak yang mendiaminya dapat dipertingkatkan. Ini amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Ketiga belas : Menghakupayakan dan Membela Nasib Gelandangan. Kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat berkaitan, berkaitan dengan Kerajaan Negeri Johor (GLC), Majlis Agama Islam Johor dan Perbadanan Usahawan Johor melalui program dan usaha tanggungjawab sosial (CSR) akan melaksanakan inisiatif baharu untuk membantu golongan gelandangan di negeri Johor. Bagi tujuan tersebut, sebuah bangunan khas akan diwujudkan untuk melaksanakan sistem sokongan yang komprehensif dalam usaha untuk membantu golongan ini mendapatkan tempat perlindungan yang selesa dengan peruntukan permulaan sebanyak RM500,000.00. Bangunan ini akan dijadikan sebagai pusat sehenti untuk membolehkan mereka mendapat pelbagai bantuan termasuk sesi pendidikan, bengkel kemahiran dan peluang pekerjaan. Selain daripada itu, ia akan dijadikan pusat pengumpulan barang bantuan dan bantuan makanan minum serta tempat berteduh sementara kepada golongan tersebut. Keempat belas : Konvensyen Hala Tuju Bumiputera Johor. Kerajaan negeri Johor akan pertama kalinya menganjurkan Konvensyen Hala Tuju Bumiputera Johor, akan menjadi platform kepada semua pihak berkepentingan untuk memacu Bumiputera ke arah Bangsa Kelas Pertama dan berdaya saing khususnya dalam bidang pendidikan, keusahawanan. Bagi tujuan penyelidikan dan pelaksanaan gerak kerja bersama pihak-pihak berkepentingan, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM500,000.00. Kelima belas: Peruntukan bagi Masyarakat India. Bangsa Johor adalah bersifat keterangkuman. Semua perlu pembelaan dari pihak kerajaan. Sebab itu, kerajaan negeri amat prihatin terhadap keperluan masyarakat India dan Cina. Sehubungan dengan itu, bagi mengupayakan tahap hidup masyarakat India, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM3 juta dengan anggaran RM1jutauntukbantuan kebajikan, RM500,000.00 bagi program keusahawanan dan RM1.5 juta untuk membaikpulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Keenam belas: Peruntukan Bagi Masyarakat Cina. Seterusnya, kerajaan negeri juga akan memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta kepada masyarakat Cina iaitu sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan kebajikan, RM1.5 juta bagi tujuan membaik pulih Sekolah

Page 36: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 36

Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 8 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina dan RM500,000.00 bagi Kolej Universiti Selatan. Ketujuh belas : Memperkukuhkan Peranan NGO. Kerajaan negeri sedar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi nadi penggerak aktiviti sosial, kesukarelawan yang amat penting. Sebagai menghargai pergerakan aktif dan progresif dalam menghakupayakan rakyat, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian geran sebanyak RM5 juta bagi menggerak dan memperkasakan peranan pelbagai NGO di negeri Johor. Kerajaan negeri melalui Projek Prasarana Rakyat Johor akan membantu membiayakan projek-projek kecil di seluruh Johor dengan menyumbang RM10 juta untuk membina 3 buah dewan serba guna. Yang Berhormat Tuan Speaker,

TERAS KELIMA : MEMODENKAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM, MODAL INSAN DAN WARISAN BUDAYA.

Kerajaan negeri Johor akan terus menggerakkan pembangunan modal insan khususnya menerusi program pendidikan dan latihan. Ia bertujuan meningkatkan keupayaan golongan belia, kemahiran keusahawanan, teknologi baru dan kemahiran menghadapi masalah sosial dan bencana alam. Pembangunan modal insan menjadi teras utama dasar pembangunan negeri dengan mengadakan berbagai langkah untuk membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan, sumber manusia, sains dan teknologi, daya saing ekonomi global, perdagangan, pembangunan sektor perkhidmatan, nilai dan etika, perpaduan nasional. Pembangunan modal insan yang melibatkan penyusunan semula guna tenaga selaras dengan matlamat yang digariskan yang berkaitan populasi, guna tenaga, kesihatan, pendidikan, dan perancangan latihan. MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM. Di bawah teras kelima ini, agenda yang diberikan keutamaan adalah memartabatkan pendidikan Islam. Pada tahun ini, kita menyambut 100 tahun usia pendidikan Islam di Johor. Kerajaan negeri amat menitikberatkan agenda pembangunan modal insan menerusi sistem pendidikan agama. Generasi muda perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan diperkukuhkan dengan akhlak terpuji dan nilai-nilai murni. Aspek akhlak, budi pekerti, integriti, beretika dan amanah adalah komponen utama penting dalam membina Bangsa Johor. Pelaksanaan Projek Pendidikan Islam Digital Negeri Johor. Bagi memperkasakan sistem, memperkasakan sistem pendidikan Islam, inisiatif digital dan moden telah dirancang bakal dilaksanakan untuk mengembangkan pendidikan Islam secara strategik dan meluas di Johor. Peruntukan dana sebanyak RM1.7 juta akan dilaksanakan dengan kerjasama memperkasakan pendidikan Islam secara digital terutama sekali bagi masyarakat Islam di Johor. Kerajaan negeri juga menerusi beberapa agensi dan pihak Yayasan terus memainkan peranan di dalam membantu Bangsa Johor khususnya mereka dari golongan B40 untuk menerima bantuan pembiayaan kos pelajaran menerusi pembangunan biasiswa, pelaksanaan tuisyen, pemberian insentif dan pinjaman. Secara khususnya perancangan kerajaan negeri Johor adalah seperti berikut; Biasiswa Sultan Ibrahim. Bagi pembiayaan dana untuk pelajar cemerlang, bagi tahun 2019, pihak Yayasan Sultan Ibrahim akan memperuntukkan dana sebanyak RM300,000.00 dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 20 orang mahasiswa yang memperolehi keputusan cemerlang kelas pertama di peringkat ijazah sarjana bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Inisiatif ini akan digerakkan oleh Yayasan Pelajaran Johor. Biasiswa Kenangan Dato’ Onn. Antara matlamat utama pendidikan ialah menghasilkan masyarakat berilmu yang mampu keluar dari garis kemiskinan. Sehingga kini, masih ramai anggota masyarakat yang terbatas dalam mengakses dan memperolehi pendidikan yang berkualiti. Hal ini disebabkan kos pendidikan semakin meningkat, ditambah dengan kos-kos sara hidup yang tinggi.

Page 37: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 37

Kerajaan negeri Johor amat prihatin dengan memberikan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn bagi membantu murid sekolah menengah yang cemerlang dalam kalangan keluarga miskin. Sejumlah dana RM600,000.00 diperuntukkan untuk inisiatif ini dengan diterajui oleh Yayasan Pelajaran Johor dengan mensasarkan 900 orang pelajar sekolah menengah. Pemberian biasiswa kepada murid sekolah menengah yang cemerlang dengan memenuhi syarat-syarat seperti berikut: 1. Pendapatan ibu bapa kurang daripada RM3,000 sebulan. 2. Pelajar tingkatan 1 yang memperolehi keputusan 3A dalam UPSR. 3. Pelajar tingkatan 2 hingga 6 dengan pencapaian minimum 60 peratus dalam peperiksaan. Tuisyen SPM. Kerajaan negeri percaya sistem persekolahan sedia ada adalah berkualiti dan memenuhi piawaian pendidikan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tuisyen yang dicadangkan adalah khusus untuk membantu pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Kumpulan sasaran dan fokus diberikan kepada pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan. Dijangka seramai 2,500 pelajar akan menerima manfaat ini. Inisiatif ini digerakkan oleh Yayasan Pelajaran Johor dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00. Tuisyen E-Learning. Pembelajaran secara elektronik atau e-learning merupakan kaedah popular masa kini. Justeru itu, kerajaan negeri bersedia memperuntukkan dana sebanyak RM200,000.00 untuk merealisasikan hasrat ini. Yayasan Pelajaran Johor akan mengetuai inisiatif ini dengan mensasarkan seramai 2,700 orang pelajar. Antara tujuan utama program ini adalah menggalakkan pembelajaran secara digital dan membantu pelajaran dalam pembelajaran lebih berkesan dengan penggunaan e-learning secara sistematik. Pengkayaan Bahasa Inggeris. Meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris tidak bermakna kita membelakangkan bahasa Malaysia tetapi ia sebagai nilai tambah dan pelengkap kompetensi pelajar. Oleh yang demikian, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM200,000.00 bagi melaksanakan program untuk membantu mewujudkan budaya bahasa Inggeris di sekolah. Usaha ini akan diterajui oleh Yayasan Pelajaran Johor dengan sasaran 200 orang pelajar sekolah. Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor. Pinjaman yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi ini akan digerakkan dengan dana sebanyak RM200 juta. Pinjaman ini akan diberikan kepada pelajar yang memohon dengan maklumat yang lengkap, berkelayakan. Pinjaman ini akan memanfaatkan sekitar 3,000 orang mahasiswa seluruh Institusi Pengajian Tinggi. Dana Didik Harapan Johor. Kerajaan negeri amat prihatin terhadap generasi muda khususnya berkaitan dengan kewangan dan masa depan. Apa yang kita tanam pada hari ini akan kita tuai masa depan. Justeru itu, saya mencadangkan sikap menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi agar keperluan pendidikan dan sebagainya akan dapat dipenuhi dengan baik. Dengan ini, saya melancarkan Dana Didik Harapan Johor dengan modal awal sebanyak RM100,000.00 yang akan diterajui oleh Yayasan Pelajaran Johor dalam tempoh pelaksanaan mulai 2019. Dana ini akan mensasarkan sejumlah 2,000 bayi yang mana setiap orang akan disuntik dalam akaun mereka sebanyak RM50.00 seorang. Inisiatif ini dibuat bertujuan untuk membantu mendidik bersifat menabung dalam kalangan masyarakat kecil lagi. Inisiatif ini melibatkan penerima manfaat adalah bayi dalam kalangan keluarga berpendapatan sederhana. Mereka akan menerima manfaat pada usia mereka 18 tahun nanti. Mahasiswa Anak Johor. Kerajaan negeri Johor menyokong dan menyediakan dana untuk Mahasiswa Anak Johor melaksanakan aktiviti mereka melalui persatuan-persatuan yang disertai. Dana ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepimpinan mahasiswa Johor dalam menghadapi masa depan. Inisiatif ini akan diterajui oleh Yayasan Pelajaran Johor dengan dana sebanyak RM500,000.00 dan mensasarkan 21 persatuan mahasiswa.

Page 38: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 38

Karisma Ta’zim. Keterampilan mahasiswa tidak diukur hanya dalam pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga boleh dalam bukan akademik khususnya pencapaian dalam kokurikulum dan kepimpinan. Justeru kerajaan negeri melaksanakan program Karisma Ta’zim bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran kepimpinan mahasiswa serta melatih mahasiswa menjadi fasilitator program. Program ini diterajui oleh YPJ dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00 dan mensasarkan seramai 300 mahasiswa. Mahasiswa Harapan Johor. Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu mengeratkan hubungan mahasiswa Johor dengan masyarakat, serta membantu kaedah untuk menaikkan taraf hidup budaya pemikiran masyarakat. Dana sebanyak RM1 juta untuk diperuntukkan bagi tujuan ini dengan mensasarkan seramai 250 mahasiswa. Inisiatif ini bertepatan dengan hasrat menjadikan mahasiswa sebagai penggerak kepada Johor Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari. Gerak Kerja Universiti Johor. Kerajaan negeri telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Jawatankuasa Induk ini akan dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh jabatan-jabatan berkaitan bagi menggerakkan inisiatif penubuhan Universiti Johor dengan peruntukan awal bagi tujuan kajian sebanyak RM500,000.00.Kerajaan negeri akan meneliti untuk menaikkan taraf atau menggabungkan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) dan juga Kolej Pengajian Islam Johor. Inisiatif penubuhan Universiti Johor merupakan salah satu janji yang terdapat dalam Manifesto Pakatan Harapan Johor. (Dewan bertepuk). Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menyokong usaha kerajaan persekutuan bagi memperkasa pendidikan negeri Johor. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor adalah seperti berikut: 1. Program Pembangunan Karakter Murid Johor yang merangkumi bidang kokurikulum seperti aspek kepimpinan, kompetensi dan sahsiah murid dan melibatkan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan jumlah murid di negeri Johor. 2. Program kolokium Pendidikan Abad ke-21 akan dilaksanakan bersama warga pendidikan dan pelajar di negeri Johor. 3. Program mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar

khususnya pembentukan modal insan di peringkat global, program Karnival Antarabangsa Bahasa Inggeris akan melibatkan 3,000 murid di seluruh negeri Johor.

4. Program memperkasakan latihan pendidikan teknikal dan vokasional. 5. Program Kepimpinan Murid Johor Berkualiti Tinggi. Kerajaan negeri juga akan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi bantuan membaikpulih sekolah-sekolah kebangsaan. TERAS DEMOKRASI DINAMIK DAN KESAKSAMAAN SOSIAL ADALAH MENJULANG ILTIZAM ANAK MUDA. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, agenda di bawah teras demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial adalah menjulang iltizam anak muda. Kerajaan Negeri Johor sedar pentingnya sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh golongan belia dalam menjayakan program negeri Johor. Malah, golongan belialah yang telah memberikan sokongan yang kuat kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan dalam PRU Yang ke-14 yang lalu. Mereka wajar diberikan perhatian yang tinggi agar mampu mengembangkan potensi diri dan meneroka pembangunan diri. Justeru, Kerajaan Negeri komited untuk melahirkan golongan belia dan anak muda Johor yang akan menyumbang kepada negeri pada masa-masa yang akan datang.

Page 39: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 39

Pertama : Kepimpinan Muda Johor. Generasi muda hari ini adalah pimpinan masa depan. Anak-anak muda inilah yang akan menggantikan kita sebagai pemimpin masa depan komited, dedikasi dan berketerampilan. Atas keprihatinan tersebut, saya mengesyorkan agar kerajaan negeri menggerakkan inisiatif untuk meningkatkan tahap kemahiran kepimpinan pelajar di negeri Johor. Tanggungjawab besar ini akan digalas oleh Yayasan Pelajaran Johor dengan dana yang diperuntukkan sebanyak RM200 ribu dengan sasaran seramai 300 pelajar. Program kepimpinan ini diharap dapat mencungkil bakat kepimpinan dan bentuk barisan kepimpinan Johor pada masa hadapan. Kedua : Mewujudkan Adun Belia Johor. Selaras dengan inisiatif di peringkat Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Johor akan bercadang mengambil inisiatif melatih barisan kepimpinan muda dalam program Ahli Dewan Undangan Negeri Belia Johor melalui Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS). Dengan ini, ia membolehkan menjadi barisan pelapis kepimpinan negeri Johor pada masa yang akan datang. PEMBANGUNAN MODAL INSAN. Kerajaan negeri juga berusaha untuk memperkasakan pembangunan modal insan. Antara strateginya termasuklah : Pertama : Penjenamaan Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor. Pembangunan modal insan adalah salah satu faktor dalam menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi Johor. Bagi menerajui ekosistem pembangunan modal insan Johor, tahun 2019 memperlihatkan penjenamaan unit khusus di bawah kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam mengkoordinasi pembangunan modal insan Johor kepada nama yang lebih baik dan mudah di tafsir iaitu Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor (SMI).Penjenamaan ini turut mengambilkira penelitian hala tuju yang lebih berfokus dan komprehensif. Penambahbaik Unit Strategik Modal Insan Johor yang menumpukan kepada pemerkasaan kapasiti unit ini sebagai tunggak utama menerajui ekosistem pembangunan modal insan Johor, pemilikan data berkaitan peluang dan penawaran pekerjaan; serta pemerkasaan kerjasama awam-swasta (public-private-partnership) dalam pengaliran perkhidmatan yang tepat yang boleh diguna pakai. Kedua : Memperkenalkan Program Sinergi Industri Bagi Memperkasakan Jaringan Public-Private-Partnership Dalam Menyediakan 200,000 Peluang Pekerjaan Berkualiti Kepada Rakyat Johor. Kerajaan Negeri tidak mampu bergerak bersendirian dalam memacu ekonomi negeri dan menyediakan peluang pekerjaan. Jalan terbaik dalam hal ini ialah memperkasakan jaringan public-private-partnership dengan pihak industri. Ini juga memperkukuhkan hubungan sinergi dan kerjasama antara sektor swasta dengan awam terutamanya dalam usaha mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran. Selain itu, ia mampu menyumbang kepada kemajuan negeri melalui perkongsian kepakaran, ilmu dan amalan sebenar industri kepada umum serta mempromosikan industri sebagai hub modal insan. Untuk melaksanakan sinergi kerajaan-industri dalam penjanaan pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat Johor, maka dana RM200,000.00 diperuntukkan untuk Unit Strategik Modal Insan menerajui inisiatif ini. Sehubungan itu, SMI akan merancang beberapa program di seluruh daerah seperti konvensyen modal insan, siri dialog bersama industri dan penganjuran modal insan, hasil kolaborasi bersama para pemain industri dan universiti dalam negeri Johor. Unit Swadaya juga telah dijenamakan sebagai Unit Strategik Modal Insan untuk memacu pembangunan modal insan di Johor. Bagi memastikan negeri Johor bergerak seiring dengan perubahan dan meningkatkan keupayaan bakat tempatan untuk pasaran kerja dalam sektor industri semasa sebuah jawatankuasa bakat industri 4.0 akan ditubuhkan dan akan diterajui oleh satu Unit Strategik Modal Insan. Bagi Jawatankuasa ini berperanan untuk membincangkan tentang strategi bentuk kerjasama antara kerajaan, rakyat dan industri. Ketiga : Tabung Latihan Kemahiran. Kerajaan negeri maklum peri pentingnya program latihan dalam membantu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap agar selari dengan keperluan semasa industri. Oleh

Page 40: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 40

itu, kerajaan negeri sentiasa menyokong dan membantu perkembangan diri melalui proses latihan dan pembangunan. Sehubungan itu, kerajaan negeri memperuntukkan dengan dana sebanyak RM700,000.00 untuk tabung latihan bagi membantu mengurangkan kos latihan dan pinjaman pelatih. Dana ini akan digerakkan oleh Yayasan Pelajaran Johor dan mensasarkan 350 pelatih. Tabung latihan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pelatih yang mengikuti kursus kemahiran dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh industri Johor. Keempat : Mempergiatkan Program Penempatan Pakar Industri Di Pusat-pusat Latihan Kemahiran di Seluruh Negeri Johor. Kerajaan negeri merancang melaksanakan program penempatan industri di pusat-pusat latihan di seluruh negeri Johor. Program ini dijangka berlaku pemindahan pengetahuan teknikal yang baharu oleh peserta train-the-trainer kepada pelatih tempatan agar dapat meningkatkan keupayaan tenaga pengajar di institusi TVET dan seterusnya dapat meningkatkan pemahaman pelatih terhadap teknologi terkini yang diguna pakai dalam industri. Pelaksanaan program mengambil contoh pendekatan dengan izin Cooperation Working Group kerjasama antara Malaysia melalui MIDA dan juga Singapore melalui Economic Development Board (EDB) yang dilaksanakan pada tahun 2016/2018. Sebagai pulangan, peserta tersebut setelah tamat latihan barulah melakukan pemindahan kepakaran serta pengetahuan kepada 30 tenaga pengajar yang lain melalui bengkel perkongsian dan pemantauan oleh rakan daripada industri berkaitan. Kelima : Menjenama Program Pembangunan Kemahiran Kepada Johor Upskilling dan Reskilling. Kerajaan Johor amat prihatin tentang pembangunan dan peningkatan kemahiran kebolehsaingan dalam kalangan pekerja. Juteru kerajaan negeri menjenamakan program pembangunan kemahiran kepada Johor upskilling dan juga reskilling. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada untuk mendapat peluang tawaran pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih kompetitif. Sehubungan dengan itu dana berjumlah RM1.5 juta diperuntukkan kepada Unit Strategik Modal Insan untuk inisiatif tersebut. Sasaran program adalah kepada tujuh sektor tumpuan industri di negeri Johor melalui latihan kemahiran dibiayai melalui belanjawan pembangunan dengan maksimum kos seorang sebanyak RM6,000.00. Keenam : Program Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Matematik. Dalam pembangunan modal insan, pihak kerajaan persekutuan mengambil berat untuk memperkasakan program pendidikan berasaskan pendidikan, kemahiran kompetensi. Justeru, program STEM dan TVET menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan modal yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten yang memenuhi keperluan industri. Bagi menjayakan program STEM suatu peruntukan belanjawan permulaan sebanyak RM250,000.00 diperuntukkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2019.Aktiviti utama STEM adalah menganjurkan kem atau bengkel yang berkaitan dengan STEM di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti di Johor. Pihak kerajaan negeri akan menjalinkan kerjasama bersama pihak kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi menggalakkan minat para pelajar terhadap bidang-bidang yang saya nyatakan tadi. Ketujuh : Penubuhan Majlis Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor. Ia menjadi sebuah Pusat Sehenti bagi mensinergikan semua program melibatkan STEM, inovasi dan pendigitalan di peringkat daerah dan negeri Johor supaya memberikan impak yang lebih tinggi selaras dengan pelaburan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Johor. Antara inisiatif di bawah majlis ini adalah Geran Padanan SIRIM - Fraunhofer berjumlah RM2 juta untuk menjalankan audit teknologi dan menaik taraf produktiviti 10 syarikat PKS.

Page 41: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 41

MEMPERTEGUH WARISAN BUDAYA. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan Johor menjalankan dasar pembangunan yang bersepadu dan seimbang, yang menekankan tentang budaya. Justeru kita mempunyai dasar untuk memperteguh warisan budaya. Antara strateginya termasuklah:

Pertama : Panggung Warisan Budaya. Ke arah untuk meningkatkan warisan seni budaya, kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor akan mewujudkan laman seni untuk mengangkat hasil karya penggiat seni dengan mempamerkan dan membawa budaya kreatif Johor ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi tujuan ini, kerajaan negeri memperuntukkan awalan sebanyak RM100,000.00. Inisiatif ini akan mempromosi warisan budaya Johor yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepada para pelancong. Demografi ini akan mempamerkan terjemahan sebenar kepada Muafakat Bangsa Johor untuk dipersembahkan kepada seluruh dunia. Para pelancong akan dapat merasai peluang belajar sambil berhibur tentang sejarah Johor dengan santai, informatif dan artistik.

Kedua : Festival Seni Budaya Johor. Sebuah Festival Seni Budaya Johor akan dilaksanakan sepanjang tujuh hari dengan pengisian pelbagai aktiviti seni dan budaya negeri Johor. Festival ini melibatkan semua lapisan masyarakat dan meliputi pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti utama yang akan menjadi pengisian program bagi festival ini termasuklah Festival Makanan Johor Food, Bengkel Interaktif Seni, Jelajah Seni, Busana Johor, Festival Hujung Medini, dan Festival Tari Rakyat Johor. Di samping itu, pelbagai lagi aktiviti berkaitan seni dan budaya akan diadakan sepanjang Festival Seni Budaya Johor ini dilaksanakan.

Festival Seni Johor akan melibatkan semua agensi yang berada di bawah Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan. Ini sekali gus akan dapat memberikan nilai tambah serta impak yang lebih besar berkaitan seni budaya Johor dan kepada khalayak penonton yang lebih luas. Ketiga : Pemuliharaan Bangunan-Bangunan Warisan. Bagi memastikan bangunan-bangunan warisan di negeri Johor dipelihara rupa bentuk dan seni rekanya, Kerajaan negeri Johor prihatin untuk melaksanakan Pemuliharaan Bangunan-bangunan Warisan. Sehubungan dengan itu, ia melibatkan kerja-kerja penyelidikan dengan anggaran kos RM200,000.00. Kerajaan negeri mensasarkan untuk mewartakan 10 tapak dan bangunan bersejarah dalam masa setahun. Keempat : Jelajah Warisan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Sebuah program Jelajah Warisan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 akan diadakan oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor. Program di bawah pembiayaan Jabatan Arkib Negara ini akan menjadi titik mula menyebarkan maklumat dan ilmu berkaitan intipati Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Bagi rakyat bangsa Johor khususnya, program Jelajah Warisan ini akan menjadikan hubungan antara masyarakat dan pemerintah lebih akrab lagi. Yang Berhormat Tuan Speaker,

TERAS KEENAM : MEMASTIKAN URUS TADBIR CEKAP, BERINTEGRITI DAN DEMOKRATIK.

Sejak mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, Pakatan Harapan komited bagi memastikan pelaksanaan urustadbir yang cekap dan berintegriti. Ini amat penting untuk membolehkan kita mengenal pasti sejauh mana wang rakyat dibelanjakan dengan penuh berhemah, telus dan juga berintegriti. Kita tidak mahu wujudnya pembaziran wang rakyat, terutamanya perbelanjaan yang tidak berimpak untuk kesejahteraan rakyat. Berdasarkan latar belakang itu, Kerajaan negeri Johor pimpinan Pakatan Harapan ingin menunjukkan kelainan dan membuktikan pentadbiran kita lebih telus, profesional dan berintegriti. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Johor komited untuk memperkasa urus tadbir yang cekap dan berintegriti demi menjayakan sistem penyampaian kerajaan yang mensejahterakan rakyat dan bangsa negeri Johor.

KEBERKESANAN PENGURUSAN HASIL DAN KEWANGAN.

Page 42: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 42

Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, kerajaan negeri Johor akan berusaha dengan sebaiknya untuk meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan hasil dan kewangan. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga berusaha untuk meningkatkan hasil negeri. Antara usaha bagi penambahan hasil negeri adalah sebagaimana berikut: Pertama : Penetapan Caj Pemajuan. Bagi meningkatkan hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri telah meluluskan Caj Pemajuan dimana ianya dikenakan jika suatu rancangan tempatan atau sesuatu pengubahan rancangan tempatan mengakibatkan suatu perubahan kepada penggunaan, ketumpatan atau luas lantai berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga menaikkan nilai tanah itu.

Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan Caj Pemajuan pada 1 Januari 2018 sebagaimana Warta Kerajaan J.P.U 67 – Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Johor 2018) bertarikh 23 November 2017.

Jumlah kutipan Caj Pemajuan yang akan dapat dikutip oleh semua PBT pada tahun 2019 adalah dianggarkan sebanyak RM25 juta. Hasil daripada Caj Pemajuan ini akan disalurkan semula dalam bentuk aktiviti pembangunan awam termasuk penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam yang memberi faedah kepada masyarakat di dalam kawasan PBT itu sendiri. Kedua : Kadar Baharu Lesen Hiburan. Berdasarkan Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, kerajaan negeri sehingga kini belum pernah membuat semakan semula terhadap kadar bayaran Lesen Hiburan. Oleh yang demikian, Kerajaan negeri kini sedang di dalam peringkat akhir proses semakan semula terhadap cadangan kadar baru bayaran Lesen Hiburan. Selain daripada menyumbang kepada peningkatan hasil tambahan kerajaan negeri, semakan semula terhadap kadar bayaran Lesen Hiburan ini adalah selari dengan peredaran masa yang semakin moden dan canggih daripada aspek teknologi jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lepas. Bengkel dan kajian berkaitan Lesen Hiburan ini telah dilaksanakan yang melibatkan semua Pejabat Daerah di negeri Johor. Pelaksanaan kepada hasil semakan semula kadar baru bayaran Lesen Hiburan dijangka akan mula dilaksanakan pada suku tahun ketiga 2019. Ketiga : Kadar Bayaran Perkhidmatan Kepada Pentadbiran Tanah. Selain itu, kerajaan negeri juga di dalam proses untuk memuktamadkan pindaan bayaran permohonan dan kelulusan kebenaran pindahmilik / gadaian / pajakan tanah hartanah yang mempunyai sekatan kepentingan di negeri Johor. Pindaan kepada bayaran ini kali terakhir dilakukan pada tahun 2005 iaitu kira-kira 13 tahun yang lepas. Setelah pindaan ini diluluskan, kerajaan negeri dijangka akan dapat meningkatkan lagi hasil sebanyak RM2 juta berbanding tahun 2017. Keempat : Program Pengukuhan Perlombongan Sektor Mineral Negeri Johor. Antara skop pengukuhan yang menjadi fokus termasuklah penetapan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard atau Standard Operation Procedure (SOP), dan semakan kadar kutipan royalti terhadap sektor perlombongan mineral dan bahan batuan, bagi mempastikan kecekapan kutipan hasil negeri dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

INSENTIF HASIL.

Di samping itu, kerajaan negeri sedang meneliti semula pemberian Insentif Hasil untuk ditambah baik terutamanya dari segi penilaian kriteria. Penelitian semula adalah perlu dibuat supaya pemberian Insentif Hasil itu akan dapat menggalakkan semua jabatan pemungut hasil untuk memaksimumkan kutipan hasil agar anggaran hasil yang telah dibuat dapat dicapai.

PEREKAYASAAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI (ICT). Perkembangan ICT turut mempengaruhi sistem perkhidmatan awam dan swasta. Kualiti kerja menjadi suatu keutamaan. Apatah lagi kita berdepan dengan rakyat untuk memberi perkhidmatan yang sebaiknya. Kita perlu menggunakan teknologi ICT untuk memberikan perkhidmatan dengan cepat, cekap dan berkesan.

Page 43: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 43

Kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pembangunan sistem ICT untuk tahun 2019. Antara projek yang akan dilaksanakan ialah; Pertama : Projek Pembangunan Sistem Rumah Impian Bangsa Johor. Ia merupakan sistem pengurusan penawaran rumah di bawah projek Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Sistem ini bertujuan memastikan perancangan dan pemantauan projek-projek perumahan di bawah naungan YSIJ dapat dilaksanakan dengan cekap dan sejajar dengan dasar Kerajaan Johor serta memastikan permohonan dan penawaran perumahan kepada orang ramai yang berkelayakan dapat dilakukan dengan cekap dan cepat. Kedua : Projek Pembangunan Sistem Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Ia bertujuan untuk membantu pihak yayasan dalam pengurusan bantuan kepada pejuang kanser selain memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dibuat dan keputusan permohonan dikeluarkan dalam kadar segera dengan lebih cekap dan efisien. Ketiga : Sistem e-Veterinar. Ia bertujuan memudahkan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor untuk menambahkan pendapatan penternak tradisional, meningkatkan sumber genetik ternakan penternak tradisional, menggalakkan lebih ramai rakyat mengeluar dan menggunakan daging segar dan susu tempatan serta menggalakkan penternakan mesra alam dengan mengamalkan amalan penternakan yang baik. Keempat : Bagi menyokong perkhidmatan kerajaan ini, kerajaan negeri akan menaik taraf infrastruktur rangkaian di Pejabat Kerajaan Kota Iskandar.

Dalam usaha menjadikan kerajaan Johor sebuah kerajaan elektronik, kemudahan infrastruktur rangkaian intranet dan internet akan dinaiktaraf.Ini termasuk meningkatkan kelajuan capaian sistem dan internet di kawasan pejabat-pejabat kerajaan, meningkatkan penggunaan sistem-sistem yang telah dibangunkan oleh kerajaan. Kelima : Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Secara Online. Kerajaan Johor juga mewujudkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara online (i-psikologi) khususnya untuk Perkhidmatan Awam Johor. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) BERPRESTASI TINGGI. Pembangunan ekonomi setempat, kepadatan penduduk dan peningkatan kenderaan di jalan raya telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap laluan baharu dan alternatif. Dengan ini, saya mencadangkan penambahan laluan-laluan baru yang lebih efektif serta berdasarkan kepada permintaan yang tinggi oleh penduduk.

Pertama : Penyampaian Perkhidmatan PBT Secara Digital. Satu aplikasi mudah alih akan disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi semua urusan berkaitan PBT. Perkhidmatan ini merupakan salah satu inovasi perkhidmatan kerajaan melalui aplikasi integrasi peranti pintar. Ia juga menjadi agenda ketelusan dengan memuat naik garis panduan, undang-undang kecil dan prosedur di dalam laman portal PBT. Secara tidak langsung, ia mampu mengurangkan tenaga kerja kaunter hadapan. Kesemua inisiatif ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat apabila berurusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga meningkatkan hasil PBT menerusi pelbagai pembayaran, meningkatkan tahap kecekapan dan produktiviti PBT, membina kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan digital kerajaan yang membudayakan penggunaan data dan penyampaian perkhidmatan secara terbuka dan telus. MEMPERKASA PENTADBIRAN TANAH. Kerajaan negeri juga mengambil beberapa inisiatif untuk memperkasa pentadbiran tanah. Antaranya termasuklah: Pertama : Penyelesaian Permohonan Tanah. Setelah mengambil alih kerajaan, antara isu yang banyak dibangkitkan rakyat ialah penyelesaian permohonan tanah berkelompok. Justeru Pentadbiran Tanah Johor akan menyelesaikan permohonan

Page 44: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 44

tanah berkelompok ini secara berperingkat dan mensasarkan menyelesaikan 5,767 permohonan yang melibatkan 9 buah daerah di negeri Johor pada tahun 2019 sepertimana berikut:

1. Johor Bahru – 391 pemohon meliputi Kampung Dapor Arang, Kampung Wawasan dan Kampung Sri Aman. 2. Batu Pahat – 262 pemohon meliputi Kampung Rahmat, Kampung Nawi Jaya, Kampung Haji Kamisan, Kampung Parit Terus, Kampung Parit Simis Darat dan kawasan Batu 10, Jalan Labis dan Jalan Sri Pasir. 3. Kluang – 1,129 pemohon meliputi Kampung Paya, Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Haji Hamzah, kawasan PCM dan Mengkibol. 4. Segamat – 3,168 pemohon meliputi kawasan Padang Serian, Bukit Bujang, FELDA Chemplak, Bekok dan Kampung Rawa. 5. Mersing – 175 pemohon meliputi kawasan Felda Tenggaroh 1 dan Felda Tenggaroh 7.

6. Kulai – 75 pemohon meliputi Kampung Baru Air Bemban dan Kampung Baru Bukit Batu.

7. Tangkak – 62 pemohon di Kampung Hujung Tambak.

8. Pontian – 85 pemohon di Kampung Parit Haji Ahmad. Bagi tujuan rekod, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri Johor sehingga Oktober 2018 telah meningkat kepada 557,274 hektar berbanding 555,918 hektar pada Disember 2017.

Kedua : Memperkasa pengurusan Tanah Rizab Orang Asli. Bagi memperkasakan pengurusan Tanah Rizab Orang Asli, maka terdapat inisiatif yang dinamakan Kerangka Penanda Aras dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. Melalui Kerangka Penanda Aras, perkara utama yang akan dinilai dan dilihat adalah berkaitan pengurusan tanah dan hak Orang Asli yang efisyen dan berkesan seperti di Australia dan The Maori People of New Zealand di mana mereka telah berjaya menghasilkan pakar yang sering dipanggil menjadi saksi profesional di dalam kes-kes yang melibatkan hak-hak Orang Asli.

Ketiga : Pindaan Cukai Tanah. Usaha ini akan dijalankan mulai 2019. Ini secara langsung dapat meningkatkan hasil kerajaan negeri, merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kerajaan akan mengenakan kadar cukai yang lebih sesuai mengikut keadaan, kegunaan dan keluasan tanah. Namun demikian, kerajaan negeri akan memastikan pindaan cukai tanah yang akan dilaksanakan nanti tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah khususnya dalam kalangan B40.

Keempat : Memperkasakan Penyampaian Perkhidmatan Pentadbiran Tanah. PTG Johor juga terlibat menggunakan pendekatan Delighting The Customer. Salah satu inisiatif atas maksud pendekatan tersebut dengan pelancaran Approval Of Submission dengan izin AOS bagi urusan Permohonan Longgar Sekatan/Kebenaran Pindah milik bagi hartanah yang mempunyai sekatan kepentingan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 5, Kanun Tanah Negara 1965, sekatan kepentingan adalah apa-apa batasan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri ke atas tanah milik tuan punya tanah untuk apa-apa urus niaga, dan apa-apa batasan yang serupa yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu. Ia merupakan batasan atau sekatan ke atas hak istimewa tuan tanah bertujuan bagi kawalan ke atas tanah tersebut dari segi perspektif kepentingan Pihak Berkuasa Negeri. Pendekatan yang julung kalinya dilaksanakan ini membolehkan mereka yang mengemukakan permohonan longgar sekatan akan menerima surat kelulusan pada hari yang sama tertakluk kepada syarat permohonan berikut: 1. Permohonan pindah milik rumah murah atau kos rendah yang telah mendapat kelulusan

daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Perumahan Johor.

2. Permohonan pindah milik tanah yang melibatkan pindah milik yang dibuat atas balasan kasih sayang di kalangan keluarga terdekat atau pertalian darah.

Page 45: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 45

3. Permohonan pindah milik secara personal tanpa melalui ejen atau firma guaman. Ini merupakan satu usaha menambah baik sistem penyampaian oleh pentadbiran tanah Johor yang boleh ditawarkan kepada rakyat dalam kerangka mempertingkatkan sistem perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat. MEMPERKUKUHKAN INTEGRITI DAN MEMPERTINGKATKAN PRESTASI PERKHIDMATAN AWAM. Pertama : Pelan Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Kerajaan negeri komited menjayakan sistem tadbir urus yang cekap, profesional dan berintegriti. Sehubungan dengan itu, satu Pelan Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor 2019-2021 akan digubal bagi bertujuan meningkatkan kecekapan tadbir urus dan akauntabiliti, di samping menetapkan hala tuju kerajaan negeri bagi meningkatkan kesedaran berintegriti.

Kedua : Program Pemantapan dan Pengukuhan Integriti. Selain membangunkan Pelan Integriti, kerajaan berusaha mengukuhkan tahap kesedaran integriti dan kecekapan pengurusan. Justeru, kerajaan negeri akan mengadakan seminar pengukuhan integriti bersama jabatan berisiko melibatkan kerjasama tiga agensi kerajaan iaitu Unit Integriti, Unit Audit Dalam dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM. Diharapkan program ini mampu memperkasa integriti dan tahap kecekapan penjawat awam negeri Johor di masa-masa yang akan datang.

Ketiga : Sistem Pengurusan Audit Nilai. Dalam dunia pekerjaan masa kini, penggunaan ICT amat penting. Kita mahu meningkatkan kecekapan staf dan mempunyai integriti yang tinggi. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Sistem Pengurusan Audit Nilai atau dipanggil SPAN yang bertujuan meningkatkan amalan terbaik dalam agensi dan staf perkhidmatan awam. Keempat : Program Pengajian Sarjana Dalam Bidang Sains Kaunseling. Bagi meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam, suatu program pengajian sarjana dalam bidang Sains Kaunseling untuk 15 orang Pegawai Tadbir Negeri Johor diadakan bersama Universiti Utara Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00. INISIATIF KEBAJIKAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN. Kerajaan negeri juga akan meneruskan pemberian pinjaman tanpa faedah perumahan kakitangan awam negeri dengan implikasi kewangan pada tahun 2019 berjumlah RM30 juta. Seterusnya kerajaan negeri akan meneruskan kemudahan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan serta Program Takaful Kemalangan Diri Penjawat Awam Negeri Johor. Kemudahan ini dipanjangkan kepada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri ataupun GLC.

Bagi menjaga kebajikan kakitangan kerajaan, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, menaik taraf kuarters kerajaan di seluruh negeri Johor. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM4.5 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil jabatan kerajaan negeri di semua daerah di negeri Johor. Kerajaan negeri juga menerusi Jabatan Agama Islam Johor memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kos membaik pulih dan menyelenggara kuarters Jabatan Agama Islam di seluruh negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan amat bertuah memiliki barisan pegawai dan kakitangan awam yang berdedikasi dan komited, baik di peringkat negeri mahupun daerah. (Dewan bertepuk). Terima kasih banyak-banyak. Mereka juga telah membantu kelicinan proses peralihan kuasa dari kerajaan terdahulu kepada kerajaan Pakatan Harapan yang mana kerajaan negeri terus stabil.

Page 46: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 46

Segala keringat dan usaha ikhlas kakitangan awam negeri yang telah melaksanakan amanah, seharusnya perlu dipertimbangkan untuk diberi pengiktirafan dan ganjaran agar usaha dan pengorbanan mereka lebih memberi manfaat buat ahli keluarga mereka. Ganjaran ini adalah insentif yang juga untuk memberi galakan kepada kakitangan awam agar terus berbakti dengan lebih cekap dan bermutu lagi.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan negeri Johor dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor dengan jumlah RM1,000.00. Bagi bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada minggu pertama Januari 2019. (Dewan bertepuk). Kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan negeri Johor dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor dengan jumlah angpow RM500.00. (Dewan bertepuk). Bagi bantuan khas ini akan dibayar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2019.

Bantuan khas ini juga akan dipanjangkan kepada semua, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Timbalan Speaker Dewan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, Yang Berhormat Ahli Jumaah Majlis DiRaja Johor, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAJ), Guru KAFA, Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga Guru Tadika Islam Johor (TAJ). Oleh itu, semua penjawat awam negeri Johor akan menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500.00 pada tahun 2019. (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Tuan Speaker,

Sebelum mengakhiri pembentangan belanjawan ini, izinkan saya membuat beberapa rumusan yang berkaitan dengan tanggungjawab kerajaan negeri Johor bagi meneruskan kelangsungan Johor sebagai sebuah negeri berprestasi tinggi yang menyumbang kepada pembangunan bangsa Johor yang bestari. Pertama, cabaran asas mengurus ekonomi adalah untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad berdasarkan sumber ekonomi yang terhad. Namun begitu, kita gagahi juga dengan mengguna segala sumber yang ada secara optimum bagi meletakkan Johor sebagai sebuah kuasa ekonomi yang terhebat di selatan tanah air dan juga negara Asia. (Dewan bertepuk). Kedua, belanjawan ini bukan sahaja menekankan kepada pembangunan, kepada kemapanan ekonomi, tetapi juga soal nilai dan keadilan saksama pembangunan serta pengagihan dalam kalangan masyarakat rakyat. Kerajaan negeri Johor berikrar bahawa pelaksanaannya kelak akan mengatasi kepentingan individu dan keluarga serta melepasi batas kaum, kepercayaan agama dan perbezaan ideologi politik. Ketiga, belanjawan ini dijadikan sebagai panduan bagi menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu serta saling berkait dengan perkembangan isu-isu global. Kami berjanji untuk membawa Johor ke arah negeri maju dan berprestasi tinggi bukan sahaja melalui sektor ekonomi yang dipacu oleh teknologi infrastruktur moden, mewujudkan peluang dan ekosistem perniagaan yang kompetitif, menyediakan peluang pekerjaan, perkhidmatan awam yang efisien, keselamatan dan ketenteraman awam. Malah apa lebih utama ialah Johor akan mempunyai modal insan yang berkemahiran tinggi, yang progresif dengan berpegang pada budaya dan tradisional bangsanya. Keempat, pembentangan Belanjawan 2019 ini berdasarkan suatu kajian yang dijalankan secara cermat, teliti dan strategik oleh pelbagai agensi kerajaan yang diterajui oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri. Terima kasih. Kelima, pembentangan Belanjawan 2019 ini mengadunkan pelbagai ramuan yang menggabungkan enam daripada lapan teras utama dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030, Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-11, Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2019 dan Manifesto Pakatan Harapan di peringkat negeri dan persekutuan juga dan juga suara Bangsa Johor itu sendiri. Justeru, saya secara peribadi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor, yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan kerajaan negeri Johor, pimpinan Pakatan Harapan.

Page 47: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 47

Tugas kita akan dituntaskan dalam langkah-langkah yang telah digariskan. Inilah cara kerajaan Pakatan Harapan membalas kepercayaan rakyat. Demikianlah pembentangan ucapan Belanjawan Johor 2019 dan saya sekali lagi menyeru agar sokongan, dukungan serta muafakat daripada semua pihak termasuk Bangsa Johor akan kekal kukuh. Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi mempastikan agenda murni kerajaan ini akan tercapai. Semoga apa yang kita usahakan ini mendapat tunjuk petunjuk dan juga keberkatan daripada Allah SWT. Saya ingin mengajak kepada semua pihak terutamanya Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Negeri supaya menginsafi tentang pemimpin dan tanggungjawab kepimpinan. Kuasa bukan untuk dibermegah-megahkan, kuasa adalah amanah untuk melunaskan janji kita kepada rakyat. “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah SWT dan RasulNya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan ke atas kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya”.

Saya memohon kepada Allah yang Maha Esa agar diberikan kekuatan, taufik dan hidayah untuk melaksanakan tanggungjawab yang digalas dengan sebaiknya, adil dan saksama demi rakyat negeri ini dan negara amnya. Kita juga memohon doa agar segala ikhtiar kita dimakbulkan semata-mata untuk mensejahterakan rakyat dan Bangsa Johor yang kita cintai ini. (Dewan bertepuk). Bergelas-gelas kaca, dapat di isi air tebu, giat-giatlah membela bangsa, agar negeri kita terus maju. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya mohon mencadangkan. Sekian terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. (Dewan bertepuk). YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon juga membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112 (2) dan (4) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang pada peringkat-peringkat yang lain diselesaikan. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Peraturan Tetap 112 (2) dan (4) ditangguhkan sementara. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah, selesai sudah Ucapan Belanjawan Negeri Johor 2019 yang memakan masa lebih kurang 3 jam oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan Tema Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’. Persidangan ini, saya tangguhkan sehingga hari Ahad 2 Disember 2018, jam 9.30 pagi di mana perbahasan atas rundingan bagi bacaan kali yang kedua Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 akan dikemukakan. Dijemput semua Ahli Yang Berhormat dan para jemputan untuk ke jamuan tengah hari di Dewan Bankuet. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Page 48: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 48

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

HARI KEDUA AHAD, 2 DISEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14

HADIR

YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat

YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar

Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian

Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal (Bukit Kepong)

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan

Ekonomi Kreatif Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah)

YB Tuan Chen Kah Eng

(Stulang)

YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak)

Page 49: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 49

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How

(Perling)

YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad

(Larkin)

YB Tuan Dr. Chong Fat Full (Pemanis)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol)

YB Tuan Tee Boon Tsong

(Senai)

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi, PIS II., BSI., AMN. (Bukit Permai)

YB Dato' Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP.

(Permas)

YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib

(Endau)

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, GPDK., PIS., PSI., AMN., KMN. (Benut)

Page 50: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 50

YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI. (Kahang)

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.

(Sri Medan)

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS. (Rengit)

YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN.

(Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS. (Tanjung Surat)

YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Datuk Md. Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP. (Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP.

(Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja)

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI.

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., PIS., PSI.

Page 51: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 51

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Cik Liow Cai Tung

(Johor Jaya)

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar

(Semerah)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS., SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM.

(Gambir)

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN. (Simpang Jeram)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

Page 52: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 52

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. (Bacaan selawat). Alhamdulillah pada hari Khamis lepas, kita telah mendengar Ucapan Belanjawan Negeri Johor 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema ‘Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari’. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya maklumkan bahawa sesi soalan-soalan lisan akan berlangsung selama 1 jam 30 minit mulai hari ini hingga 9 Disember 2018. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Semarang jemput. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Dato’... Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 1.

Apakah pendirian kerajaan Johor terhadap sebarang usaha untuk menratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of all form of Racial Discrimination) di Malaysia.

YB Speaker : Yang Berhormat Rengit, jemput. YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2. Minta penjelasan apakah pendirian kerajaan negeri Johor berhubung cadangan Ratifikasi ICERD yang dijangka ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2019 yang akan menggugat Hak Istimewa Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam.

YB Speaker : Yang Berhormat Benut, jemput. YB Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad (Benut) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3.

Minta dinyatakan pendirian Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)? YB Speaker : Yang Berhormat Panti, jemput. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) bagi pihak YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4. Minta dinyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri tentang isu menandatangani dan mengesahkan ICERD oleh Kerajaan Pusat PH. YB Speaker : Yang Berhormat Layang-Layang, jemput. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5.

Apakah pendirian kerajaan negeri tentang International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD)?

Page 53: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 53

YAB Menteri Besar : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon izin untuk menjawab secara bersekali bagi soalan Yang Berhormat Semarang, Rengit, Benut, Panti dan Layang-Layang berkaitan dengan pendirian kerajaan Negeri Johor untuk meratifikasikan International Convention on the Elimination of all form of Racial Discrimination atau lebih dikenali sebagai ICERD (mengeja). Untuk pengetahuan Ahli Dewan sekalian, ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang mewarisi asas penting daripada deklarasi sejagat hak asasi manusia 1948. Dan sebelum itu dikenali Magna Carta 1215. Secara sejarahnya, definisi hak asasi ini dibentuk berpandukan corak pemahaman barat. Walaupun banyak negara telah menandatangani ICERD ini, tetapi masih terdapat banyak negara juga belum meratifikasikan. Ratifikasi secara mudah bermaksud bersetuju untuk terikat dengannya. Polemik ICERD ini menjadi perhatian masyarakat Malaysia setelah YB Senator Waytha Moorthy di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan kononnya Kerajaan Malaysia akan berusaha meratifikasikan konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan bentuk diskriminasi kaum atau ICERD ini. Bangsa Johor perlu faham dan meneliti berbagai pendapat serta pandangan profesional mengenai kesan meratifikasikan ICERD ini sebelum memberi pendapat kepada umum. Berbagai pihak di peringkat antarabangsa melihat sekiranya Malaysia tidak meratifikasikan ICERD ini kita anggap degil dan lihat tidak mesra hak asasi rakyat. Walhal Malaysia mempunyai acuan sendiri, sekali gus bersendikan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial serta seiring menjuarai isu hak asasi dalaman, serantau mahupun dunia, walaupun tidak meratifikasikan ICERD ini. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia antara yang terawal menentang dasar aparteid di Afrika Selatan secara terbuka. Bahkan pelopor keamanan ketika penyembelihan kaum di Serbia, Kosovo dan Rohingya. Ketika itu barat dan Nato masih berdiam. Hak asasi yang diperjuangkan ini dijadikan acuan Malaysia yang sangat unik kerana ia mengiktiraf beberapa perkara, yang pada skala ICERD merupakan satu diskriminasi tetapi pada skala Malaysia adalah satu rahmat bertunjangkan kontrak sosial. Dengan keunikan Perlembagaan Persekutuan negara ini, kita telah pun bebas konflik dan pertumpahan darah, kecuali tragedi yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969. Pendirian Kerajaan Negeri Johor mudah, dengan keunikan semangat muafakat dan asas yang kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Malaysia tidak perlu meratifikasikan ICERD atau meratifikasikan mana-mana konvensyen antarabangsa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Kerajaan Negeri bukan sahaja menolak ICERD, ini yang menjadikan kerisauan rakyat terutama orang Melayu, tetapi Kerajaan Negeri juga berikrar untuk sentiasa menolak mana-mana perundangan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Sidang Dewan yang dimuliakan sekalian, Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa isu berkaitan ICERD ini telah selesai. Kerajaan Persekutuan juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan meratifikasikan ICERD. Permintaan saya ialah jangan dipolitikkan lagi isu ini dan akhirnya membawa perpecahan antara satu sama lain. Terima kasih. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jawapan. Realitinya pada tahun 2011 yang lalu, kerajaan yang lalu telah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal ICERD di Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri dan lanjutan daripada itu, satu kajian lagi juga telah diadakan pada tahun 2015. Dan hasilnya kerajaan tidak meneruskan kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan dan kontrak sosial yang dicapai semasa pertubuhan negara ini pada 1957 yang lalu. Tetapi realitinya baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya di Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan bahawa kesediaan Malaysia untuk meratifikasi ICERD ini. Dan saya menerima apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat... Yang Amat Berhormat tentang perkara ini, cuma saya nak tahu, sama ada keputusan ini adalah keputusan sementara ataupun satu yang muktamad dan adakah keputusan ini adalah satu keputusan kolektif di kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan ini? Sekian, terima kasih.

Page 54: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 54

YAB Menteri Besar : Sebagaimana yang saya nyatakan tadi dalam jawapan saya tadi, kita perkara ini sudah pun kita selesaikan. Makna keputusan pihak kerajaan negeri, kita tidak mengaktifkan ICERD ini, bermakna kita menolak. Jadi saya beranggap perkara itu telah selesai dan soal sama ada keputusan itu jangka pendek dan juga panjang, sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, perkara itu kalau dikatakan tak perlu nak dipanjangkan, bermakna untuk selama-lamanya. Itu sahaja. Sebenarnya berbagai kaedah boleh direncanakan bagi mengatasi masalah diskriminasi kaum di negara ini tanpa melibatkan ratifikasi ICERD ini. Parlimen juga boleh menggubal undang-undang atau akta berkaitan dengan diskriminasi kaum. Pastinya proses tersebut memerlukan pelan jangka masa panjang melalui kajian dan penyelidikan terperinci, berdasarkan suasana masyarakat di negara kita khususnya di Johor ini. Sesungguhnya imej negara majmuk telah di pamer sekian lama oleh segenap masyarakat tanpa memecahkan sesebuah dinding diskriminasi bangsa antara satu sama lain. Keamanan yang di kecapi ini adalah hasil daya usaha dan kesepakatan yang tersemat sekian lama di antara kita, di dalam masyarakat majmuk di negara kita ini. Akta berkaitan diskriminasi kaum ini boleh digubal tanpa perlu mengganggu mana-mana perkara atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, saya ingin tegaskan di sini, setiap perancangan dan proses penggubalan tersebut memerlukan kajian yang mendalam dan lebih fokus supaya tidak akan menyentuh mana-mana sentimen yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Sebenarnya masih ramai rakyat yang bukan Bumiputera yang faham dan akur dengan peruntukan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan. Mereka faham, mereka sedar peruntukan tersebut adalah atas dasar timbang balas, hasil daripada kontrak sosial sebelum merdeka lagi. Oleh kerana kesefahaman yang dimiliki itu, kita telah berjaya hidup harmoni dan bersatu padu sehingga sekarang ini. Kita tengok sekali dalam dewan ini pun, oleh kerana persefahaman yang selama ini telah berjaya hidup harmoni dan bersatu hingga hari ini dan sejak ke belakang ini ada sesetengah pihak yang cuba menyentuh sentimen tersebut, besar kemungkinan atas sebab peribadi ataupun misi tertentu sahaja. Percayalah bahawa permainan sentimen perpecahan yang digembar-gemburkan itu hanyalah sekadar polemik yang melayari retorik dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara dan negara kita ini... negeri kita ini. Namun pada situasi ini, rakyat bukan bumiputera menjadi tidak puas hati dengan polisi berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera apabila berlaku terlalu banyak salah guna dan salah laku dalam polisi tersebut. Polisi yang telah disalahgunakan ini menyebabkan bukan bumiputera merasakan mereka sedang didiskriminasikan, di anak tirikan di negara kita sendiri. Oleh kerana itu, kita sebagai yang mempunyai hak keistimewaan dalam negara ini perlu menjadi lebih bijak dan menterjemahkan keistimewaan itu. Namun jika ianya boleh menyentuh hak-hak Melayu, bahasa Melayu dan kuasa Raja-Raja Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, maka ICERD tidak boleh diratifikasikan. Selaras dengan itu, jika ratifikasi ICERD melibatkan perkara tersebut, ia tidak seharusnya dipolemikkan kerana kemajuan negara kita ini akan dapat dipacu dengan baik sekiranya kita masih terperangkap dengan sentimen perkauman. Malaysia yang lebih maju, makmur dan berdaya saing harus dibina atas faktor keadilan untuk semua kaum. Sekiranya ICERD dan langkah meratifikasikan konvensyen yang boleh mencemarkan imej Malaysia, khususnya Negeri Johor, ianya akan ditolak semata-mata supaya ianya tidak tercemar kedaulatan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor. Jelasnya pihak kerajaan akan memberikan lebih fokus kepada pentadbiran dan pengurusan polisi berkaitan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera serta harus memastikan supaya tiada salah guna dan salah laku yang berlaku dalam mengimplementasikan polisi tersebut. Proses implementasi tersebut perlu dilakukan secara terperinci tanpa menyentuh hak-hak istimewa sesetengah komplot masyarakat. Kedudukan istimewa Melayu bumiputera sudah tentu jelas termaktub dalam Perlembagaan, tidak wajar dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain. Dia adalah apa yang sudah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi. Namun kita harus sedar dalam mempertahankan hak bangsa sendiri, jagaan... jangan dinafikan juga hak bangsa-bangsa lain. Pada masa yang sama diskriminasi kaum yang melibatkan sosioekonomi peluang pekerjaan dan keadilan hidup sesama rakyat berbagai kaum perlu dihapuskan dan ditangani dengan baik. Terima kasih. YB Speaker : Sila.

Page 55: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 55

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya. Boleh tak kerajaan negeri mengadakan kursus singkat, lengkap, memahami, mendalami, menghayati Perlembagaan Negara atau Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri kepada semua Ahli Dewan Negeri termasuk pegawai kanan kerajaan sebab dalam sidang Dewan yang lepas saya bercakap soal kontrak sosial, saya bercakap soal Raja Berperlembagaan, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan keistimewaan orang Melayu. Tetapi ada EXCO bercakap menggulung, dia kata jangan amalkan politik perkauman, jangan amalkan politik membakar sentimen keagamaan. YB Speaker : Soalan dah kemuka tadi kan? YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Ni saya nak beritahu tahu ni. Dia ada kaitan dengan soalan atas tadi, Tuan Speaker. Dia pun tak faham yang saya cakap tu pun dia tak faham. Maknanya saya nak cadang supaya kerajaan negeri cepat mengadakan, sebab di kalangan ni tak berapa menghayati, mendalami, ditambah lagi.. YB Speaker : Ini soalan sesi soalan tambahan, bukan cadangan. YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat, saya nak cakapkan, kan saya dah sebut boleh tak mengadakan itu sebab hujahnya ialah saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, hari ini dia meyakinkan kita bahawa kerajaan negeri tak akan beri sokongan kepada modifikasi ICERO terima kasihlah, tapi kerajaan PH ni dah terkenal dengan u-turn kalau besok dia pusing macam mana. Sebab itu saya rasa langkah awal yang boleh dibuat, kita ada pakar penasihat undang-undang di sini. Buat kursus supaya faham, jangan bila ada untung dalam Perlembagaan mereka gunakan. Bila tak untung pada kaum mereka, mereka gunakan nilai-nilai universal, itu soalan saya. Boleh atau tidak adakan kursus ini? YB Speaker : Silakan Yang Amat Berhormat. YAB Menteri Besar : Soal perkataan u-turn tu tak da, tapi baru-baru ini ada sebab yang mengajar tu orang-orang sebelah sana (Dewan bertepuk) macam mantan Perdana Menteri suka u-turn pusing-pusing, ah itulah dia yang memulakan perkataan u-turn itu. Tapi macam mana pun apa yang disarankan oleh Yang Berhormat daripada Rengit, itu satu saranan yang baik. Kalau kita perlu mengadakan kursus untuk mendalami balik atau pun untuk mereview balik tak ada masalah. Kita takut nanti jemput Wakil-Wakil Rakyat, Wakil Rakyat sebelah sana tak datang nanti. Kalau nak kata semua Wakil Rakyat mesti semua bukan sahaja dalam Pakatan Harapan. YB Speaker : Yang Amat Berhormat, kalau tak silap dalam Belanjawan pun ada satu program khusus untuk menerangkan tentang apa nama perlembagaan ataupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dalam Belanjawan itu memang ada satu. YAB Menteri Besar : Ya memang betul, saya setuju dengan Yang Berhormat Tuan Speaker tadi. Perkara macam gini saya rasa kita sendiri pun faham sebagai warganegara di mana kita telah hidup khususnya di negeri Johor ini begitu lama dan segala bacaan-bacaan tentang Perlembagaan Persekutuan mahu pun Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Johor sedia ada, kita ada perpustakaan pun, boleh baca bila-bila, tak ada masalah, tinggal lagi terpulang kepada diri sendiri punya inisiatif. Dan untuk menjawab soal menyalahgunakan dan juga perkataan u-turn tadi, sebenarnya dalam kerajaan Pakatan Harapan ni kita pada peringkat awal sebelum kita bersama-sama dalam satu coalition parti dan juga kerajaan kita ada perjanjian, perjanjian di antara 4 parti ini, kita hanya 4 parti, tak lebih daripada itu sebenarnya. Tak macam sebelah sana tu, berbelas-belas. Kita ada kontrak sosial kita, mereka memahami dan mempersetujui kalau DAP kata dia akur Islam sebagai agama rasmi negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan dan juga hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu,hak raja-raja Melayu keistimewaan raja-raja Melayu itu ada dalam kita punya perjanjian antara kalau ingin nak lihat kita pun boleh bagi tahu jugalah, kalau ingin. Maka dengan adanya kemuafakatan seperti itu kita tubuhkan yang dinamakan Parti Pakatan Harapan di antara persetujuan consensus di antara semua parti-parti yang berada dalam Pakatan Harapan, kerana pada awal kita sudah pun memberikan kursus pandangan dan juga memberikan penerangan secara terperinci sehinggalah parti-parti Keadilan Rakyat, DAP dan juga Amanah termasuklah Parti Bersatu mempersetujui di antara satu sama lain, bermakna dalam soal timbul dikatakan ada di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada pihak kerajaan cuba menimbulkan sesuatu perkara ataupun dalam erti kata yang ditimbulkan tadi seperti u-turn dan sebagainya saya rasa ini kerana

Page 56: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 56

kadang-kadang ada provokasi datang daripada sebelah sana maka sudah tentulah kadang-kadang macam juga Yang Berhormat daripada Rengit tadi. Baru Tuan Speaker mencelah sikit, tengok dah naik temperature tadi. Sebenarnya tu tak perlu, tak perlu, kita kena moderate sederhana sahaja kerana perkara ini sebagaimana yang saya katakan tadi sudah selesai. Tak perlu nak di apa dibangkitkan lagi, tak ada isu, no issue, cuma nak nunjukkan kepada rakyat itu sahaja. Saya nak tanya sini Yang Berhormat esok 8 hari bulan, pergi ke tidak perhimpunan …(Dewan ketawa). YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat saya bukan setakat pergi, kita akan pergi beramai-ramai. YB Speaker : Soalan tambahan dah habis. YAB Menteri Besar : Dia tanya Tuan Speaker. YB Speaker : Nanti jawab masa penggulungan. YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Amat Berhormat bertanya, saya jawab. Saya akan pergi dan ramai rombongan akan saya hantar ke sana. YB Speaker : Ini bukan soal jawab. YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Minta maaf. Minta doa meratifikasikan telah dibatalkan cadangan. YB Speaker : Ok Tenang. YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat pergi ke tidak. YAB Menteri Besar : Saya banyak kerja lain. YB Speaker : Ok boleh wasap tepi, wasap tepi. Sila Tenang. YAB Menteri Besar : Saya akan melawat projek banjir nanti, itu lebih ada makna. YB Speaker : Tenang, soalan tambahan Tenang. YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang) : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya ialah, bagaimana kerajaan negeri boleh mengatasi masalah diskriminasi kaum di negeri ini tanpa melibatkan meratifikasi ACERD?Terima kasih. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tenang, saya bercakap tadi, dia tak dengar ke tadi (Dewan ketawa). Segala kemakmuran, segala pembangunan yang ada ini adalah terbitnya. YB Speaker : Ini teguran anak-anak. YAB Menteri Besar : Daripada kerjasama di antara semua kaum majmuk di negara kita ini. Itu sebab kita bukan sahaja dapat membangunkan kerana dengan adanya kerjasama di antara kaum kita dapat memerdekakan negara kita daripada penjajah 400 lebih tahun. Sehinggalah kita selepas merdeka kita dapat membangunkan negara kita ini yang dikatakan pada satu ketika dahulu sebagai Asean Tiger selepas tu hilang apa, dah rongak, jadi hari ini kita masih nak cari gigi palsu untuk kita taruk dekat rimau tu. Selepas kita mengambil alih sebagai kerajaan, bermakna di sinilah kita sudah mengamalkan satu sistem persaudaraan yang jitu di antara semua kaum. Pendekatan-pendekatan yang dibuat oleh kerajaan adalah satu pendekatan yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain walaupun sebahagian daripada negara lain di dunia mempunyai satu, dua kaum yang berlainan agama, bangsa, budaya dan sebagainya. Tapi kita mempunyai lebih daripada 4, 5 kaum berlainan agama, budaya dan juga amalan politik, bermakna ramuan-ramuan yang kita buat ini sudah diterima. Bukan saja kita diterima oleh rakyat di dalam negara kita ini, bahkan juga menjadi satu role modul kepada negara lain mengambil contoh seperti di Bosnia suatu ketika dulu, walaupun mereka satu bangsa, agama hanya 2 sahaja Islam dan juga Kristian bergaduh tapi kita lebih daripada itu.

Page 57: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 57

Itu sebab pada ketika di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad pergi dan membantu supaya apa yang kita lakukan di sini iaitu di dalam soal negara majmuk kita ini dapat kita satukan, dibawa ke sana untuk menyatukan negara Bosnia. Alhamdulillah diterima dan hari ni negara Bosnia sudah maju.Ini pendekatan ramuan yang kita buat di atas kepimpinan yang ada selama ini. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan6. Sila nyatakan statistik penerima Program Air Percuma mengikut daerah pada bulan Julai, Ogos, September dan Oktober 2018 dan jumlah bantuan kerajaan yang disalurkan melalui program ini. YB Speaker : Yang Berhormat Machap, jemput. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 7. Mohon pencerahan tentang sejauh mana perlaksanaan air percuma 10 meter padu air perumahan kediaman kepada golongan B40 dan bekalan air berkualiti tanpa gangguan. YB Speaker : Yang Berhormat Sungai Balang, jemput. YB Puan Zaiton binti Ismail (Sungai Balang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8. Berapakah jumlah rakyat yang menerima subsidi air percuma dan berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan? YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab ketiga-tiga soalan ini secara sekali. Sebelum saya menjawab soalan suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, syukur kepada Tuhan kerana kerajaan Johor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan sudah berjaya melaksanakan semua janji manifesto kami dalam tempoh 100 hari selepas kita mentadbir. Salah satu daripada janji manifesto tersebut adalah pemberian air percuma 10 meter padu kepada golongan sasaran B40. Yang Berhormat Tuan Speaker, walaupun jumlahnya tidak nampak tinggi sangat nilai 10 meter padu pada hari ini cuma RM8.00, namun sudah pasti golongan yang memerlukannya akan sangat menghargai usaha kerajaan negeri ini. Mungkin bagi kita tidak banyak tapi RM8.00 ini sangatlah bernilai untuk mereka. Sedikit sebanyak usaha kerajaan negeri melalui pelaksanaan air percuma dapat memberi manfaat dan membantu meringankan beban kos sara hidup golongan sasaran ini. Paling mustahak sekali adalah walaupun lebih 60 tahun UMNO Barisan Nasional memerintah mereka sama sekali tidak mampu beri air percuma kepada rakyat negeri Johor. Kalau ada pun pemberian 20 meter padu air percuma hanya tersenarai dalam e-Kasih yang jumlah penerimanya hanya membabitkan kira-kira 3,000 akaun. Ini bermakna terbuktilah bahawa kita sememangnya jauh lebih baik daripada UMNO Barisan Nasional memerintah negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, pemberian air percuma 10 meter padu telah dilaksanakan melalui bil keluaran bulan September 2018 kepada penerima-penerima yang layak. Proses mengenal pasti akaun-akaun yang layak menerima pemberian air percuma ini adalah merujuk kepada senarai data penerima bantuan sara hidup BSH 2018 negeri Johor yang dibekalkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. Melalui maklumat yang diterima ini nombor kad pengenalan, nama dan alamat penerima BSH 2018 telah dipadankan dengan maklumat pemegang aktif akaun bekalan air. Berdasarkan kriteria pemadaman tersebut bilangan akaun yang layak menerima pemberian 10 meter air percuma di Johor adalah sebanyak 205,549 pada bulan September tahun ini manakala pada bulan Oktober 2018, angka adalah 205,926. Itu adalah satu peningkatan berdasarkan kepada permohonan baru oleh pengguna. Peningkatan ini adalah disebabkan permohonan baru yang diterima oleh kerajaan. Kita juga menjangkakan jumlah ini akan terus bertambah dari semasa ke masa. Perlu diingatkan bahawa mekanisme pelaksanaan pemberian ini adalah secara automatik bagi penerima BSH 2018. Namun, bagi yang bukan pemegang akaun bekalan air, golongan ini boleh membuat rayuan melalui borang yang didapati di kaunter-kaunter SAJ daerah. Tapi, mereka perlulah ada penerima BSH dalam proses

Page 58: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 58

ini pemohon ini dikehendaki melengkapkan borang-borang perakuan bersumpah atas premis yang mereka duduki. Walau bagaimanapun, penerima air percuma 10 meter padu ini hanya layak untuk menerima pemberian ini sekiranya penggunaan air bulanan mereka adalah kurang daripada 35 padu meter padu. Ini bermakna mereka yang guna air lebih dari jumlah ini mereka tidak akan layak menerima air percuma ini walaupun dalam golongan layak awal. Untuk bulan September tahun ini, walaupun ada 205,549 pemegang akaun yang layak hanya 161,215 pemegang akaun yang menerima pemberian air percuma ini kerana bil air mereka melebihi 35 meter padu atau sesama RM46.00 ada golongan yang lebih. Makna, hanya 141,215 yang rendah daripada 35 meter padu. Begitu juga pada bulan Oktober 2018, walaupun ada 205,926 akaun pengguna yang layak hanya 165,992 pemegang akaun yang menerima pemberian air percuma ini atas sebab yang sama. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Tuan Speaker sekiranya penggunaan lebih 35 meter padu disebabkan penggunaan yang wajib seperti ada ciri-ciri tertentu contohnya seperti isi rumah dia terlalu ramai maka golongan ini masih boleh mengemukakan rayuan di kaunter SAJ daerah-daerah dan kemudiannya akan mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan negeri untuk dikecualikan. Jumlah kos kerajaan untuk menampung Skim Pemberian Air Percuma bagi bulan September dan Oktober 2018, masing-masing adalah RM1,299,390.16 dan RM1,315,914.22. Jumlah rakyat yang menerima bantuan ini adalah jangka dalam sekitar 830,000 orang setiap bulan. Untuk statistik-statistik yang lebih terperinci akan menyenaraikan ke semua penerima melalui daerah, saya akan serahkan terus kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan ini. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Machap. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya berkaitan dengan bekalan air berkualiti tanpa gangguan. Ini merujuk kepada permasalahan di Simpang Renggam bila mana loji rawatan air di Simpang Renggam terputus ataupun tidak beroperasi dan selepas beroperasi kita dapati gangguan bekalan air yang diterima oleh pengguna-pengguna air ini, airnya ialah berkarat atau berwarna kekuningan yang kadang kala bila kita nak dapatkan air yang bersih tu kadangkala kita terpaksa buang air selama 10 minit air berkarat itu untuk dapatkan air yang bersih itu. Dan, kita cukup risau sama ada air yang berkarat itu boleh menjejaskan kesihatan sebab ada yang mengadu bila mandi dengan air yang tersebut badan gatal-gatal. Dan, kita khuatir air yang kita minum, yang berpunca daripada air yang berkarat itu menjejaskan kesihatan sama ada boleh sakit perut ataupun sebagai ataupun bagaimana. Jadi, saya minta supaya... YB Speaker : Air berkarat tu sekarang ke daripada dulu-dulu dah berkarat? YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Dari dulu. YB Tuan Speaker : Daripada dulu eh. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Saya tak pasti dari tempat lain. Tapi di Simpang Renggam kerap berlaku begitu. Jadi, saya minta supaya jaminan air yang berkarat itu kalau kita terminum tidak menjejaskan kesihatan kepada pengguna. Jadi, saya minta daripada EXCO sama ada jawapan lisan atau bertulis diberikan kepada saya, supaya saya dapat jelaskan kepada penduduk di Simpang Renggam. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih Yang Berhormat Machap. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan dan pihak SAJ sentiasa dalam proses untuk menaik taraf piping-piping di Negeri Johor, yang sekarang kira-kiranya yang masih dalam piping lama adalah kira-kira dalam setakat 6,210 kilometer, yang kita tengah dalam proses untuk ganti dan harap-harap dalam masa yang terdekat dengan proses penggantian paip air, paip air ni daripada jenis asbestos simen dan juga yang lama. isu-isu ini akan kita selesaikan dalam berperingkat dan berfasa. Terima kasih. YB Speaker : Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB EXCO kerana berjaya untuk melaksanakan Program Air

Page 59: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 59

Percuma ini secara menyeluruh, kerana saya pernah tanya soalan ini banyak kali dalam Dewan yang lepas, pada masa zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, dia dalam bajet memberi sasaran 5,000 penerima tetapi 5,000 penerima juga gagal dilaksanakan hanya 3,000 penerima sepanjang masa ini. Tetapi, kalau kita tengok kerajaan yang baru, tidak sampai setengah tahun kita meningkat daripada 3,000 kepada 200,000. Ini adalah satu prestasi yang 70 kali ganda lebih baik daripada kerajaan yang lepas. Betul? YB Speaker : Soalannya, soalan? (Dewan bertepuk). YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Sebab itu, ini menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan kita adalah ikhlas dan jujur bukan sama dengan Kerajaan Barisan Nasional yang dulu cakap tak serupa bikin. Ini adalah satu kelemahan dan penipuan kepada rakyat... YB Speaker : Soalannya? YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Soalan saya, kalau kita merujuk kepada bilangan penerima bantuan JKM pada tahun 2017, penerimanya, adalah 47,831 dan saya nak tanya adakah kerajaan berancangan untuk menaikkan Program Air Percuma daripada 10 meter padu kepada 20 meter padu kepada golongan-golongan miskin yang menerima bantuan daripada JKM pada tahun 2017. Dan pada pandangan saya, saya juga memberi cadanganlah bahawa kos ini tidak semestinya ditanggung oleh kerajaan. Adakah kerajaan juga akan berusaha berbincang dengan SAJ supaya dia memainkan peranan CSR, Corporate Social Responsibility untuk menampung golongan-golongan yang miskin ini, kerana dia hanya melibatkan 47,000 penerima daripada Jabatan Kebajikan Malaysia. Sekian, terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih Yang Berhormat Pekan Nenas yang sentiasa prihatin kepada golongan-golongan sasaran daripada JKM. Saya terima baik cadangan daripada Yang Berhormat Pekan Nenas dan saya perlu maklumkan isu ini dalam Mesyuarat EXCO untuk kita bincang dan juga dengan SAJ dan dalam masa yang akan datang mungkin kita akan memberi update kepada Yang Berhormat dan tapi cadangan saya rasa adalah cadangan yang sangat baik. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Benut. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat EXCO, saya ingin melihat atau mengetahui bagaimana Yang Berhormat boleh membuat keputusan untuk memberi air percuma pada kadar 10 meter padu dan mengehadkan kepada golongan yang menggunakan air setakat 35 meter padu. Adakah Yang Berhormat maklum bahawa di negara kita penggunaan air adalah pada kadar 210 liter sehari dan golongan yang paling tinggi menggunakan air adalah golongan B40. Jadi, dasar Yang Berhormat untuk memberi air ini seolah-olah tidak serius. Yang Berhormat tahu golongan B40 adalah golongan yang banyak menggunakan air lebih daripada 35 meter padu dan lebih daripada itu maka mereka tidak akan mendapat diskaun 10 meter padu. Adakah itu keadaan, jadi maknanya samalah untuk makluman dulu kita sasarkan 5,000 tak sampai kerana senarai e-kasih atas kerja kuat pegawai-pegawai daerah seluruh negeri Johor ini, akhirnya tidak terkumpul sehingga 5,000 mereka yang berada pada kadar miskin atau miskin tegar. Sebab itu, sukar kita nak mencapai bukan kita tak sasar, bukan kita tak mahu capai, kalau ramai orang miskin maka secara automatik mereka layak. Jadi, bagaimana Yang Berhormat merasionalisasikan dasar Yang Berhormat bahawa nak beri 10 meter padu tapi kept pada 35 meter sedangkan kita tahu bahawa golongan B40 lah yang paling banyak menggunakan air. Apakah asas Yang Berhormat? YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih Yang Berhormat Benut, ingin saya katakan di sini sekali lagi, Skim Pemberian Air Percuma 10 meter padu kepada golongan B40 ini pertama, adalah satu skim pemberian golongan sasaran. Kedua, ini juga adalah satu skim di mana kita mengajak rakyat untuk penggunaan air berhemah. Kalaulah kita beri air macam itu sahaja, dia akan hantar satu mesej yang mungkin orang salah faham. Kalau kita kata 10 meter padu mungkin dia akan guna lagi 10 meter padu itu bukan mesej yang kita nak bagi. Kita nak tolong rakyat meringankan beban mereka golongan B40 dengan pemberian 10 meter padu ni adalah tolong dia bayar RM8.00 itu sahaja eh Yang Berhormat Benut.

Page 60: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 60

Dan, kita telah membuat kajian, sebenarnya 35 meter padu itu sudah mencukupi, kadang-kadang kalau kita tengok statistik yang kita dapat daripada 205,549 orang yang layak 16,1250 orang sebenarnya telah menerima maknanya hampir 80% targetnya telah dicapai. Pada masa yang sama kita memberi pemberian air, kita juga kena mengajak rakyat untuk belajar untuk mengguna air secara berhemah jangan bazir air itulah mengapa kita letak 35 meter padu dan saya telah mendapat maklumat daripada pihak SAJ penggunaan purata sebuah keluarga pun di Johor tak lebih daripada 25 meter padu Yang Berhormat Benut, oleh itu kita kasi elaun 10 meter padu lagi Yang Berhormat Benut. Saya rasa, Yang Berhormat Benut kena fahamlah apa falsafah di belakang kerajaan Johor untuk memberi air percuma ini iaitu adalah golongan sasaran dan pertama kita pastikan rakyat faham khazanah air ini adalah sangat penting. Kita kena ajar mereka atau bersama dengan mereka untuk mendidik mereka untuk mengguna air secara berhemah. Terima kasih. YB Speaker : Ok, soalan seterusnya Yang Berhormat Tanjung Surat. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 10. Sekolah Agama Johor telah menjangkau 100 tahun sejak ditubuhkan. Apakah perancangan kerajaan Johor untuk menambah baik dan memperkasakan lagi pembelajaran sekolah ini?

YB Speaker : Gambir ada wakil? Gambir. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) bagi pihak YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin (Gambir) : YB Tuan Speaker, soalan saya nombor 9. Mohon nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan mutu pendidikan Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor.

YB Speaker : Jemput, Yang Berhormat EXCO.

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker, untuk menjawab soalan 9 dan soalan 10, saya rangkumkan kedua-dua jawapan pada soalan pada satu jawapan. Pertama sekali, antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan serta menambah baik dan memperkasakan lagi pembelajaran Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor antara langkahnya yang pertama, melaksanakan perubahan kurikulum dan pertukaran kitab. Kerajaan Johor telah meluluskan cadangan perubahan kurikulum dan pertukaran kitab Sekolah Agama Kerajaan Johor secara berperingkat mulai tahun 2018. Kurikulum baru Sekolah Agama Kerajaan Johor dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Agama yang merangkumi 4 peringkat kurikulum iaitu : – 1. Kurikulum Standard Tadika Islam Johor 2. Kurikulum Standard Sekolah Agama Tahap 1 3. Kurikulum Standard Sekolah Agama Tahap 2; dan 4. Kurikulum Standard Darjah Khas

Objektif perubahan kurikulum dan pertukaran kitab adalah untuk meningkatkan : – 1. Untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam bidang pembacaan dan

penulisan jawi, pembacaan Al-Quran dan bahasa Arab 2. Meningkatkan pencapaian dan kualiti hafazan Al-Quran dan Hadis pilihan 3. Memperkenalkan kemahiran asas taranum Al-Quran dan berzanji serta seni khat 4. Memperbaharui isi kandung mata pelajaran berasaskan Mutaal Badrin, risalah Tauhid dan

Tasauf 5. Meningkatkan penguasaan ilmu dan pengamalan perkara-perkara fardu ain dan fardu kifayah 6. Mempertingkatkan amalan-amalan lazim yang popular di negeri Johor seperti bacaan Yasin,

tahlil, doa dan wirid serta lain-lain 7. Melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia 8. Meraikan kurikulum kelas Al-Quran dan fardu kifayah dan fardu ain Jabatan Kemajuan Islam

(JAKIM) khususnya pada Tahap 1 sekolah agama kerajaan Johor; dan 9. Menerapkan penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Page 61: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 61

Rancangan pertukaran kitab sekolah agama kerajaan Johor adalah seperti berikut : – 1. Tahun 2018 – Kitab Ibadat Darjah 4, 5, 6 dan Darjah Khas 2. Tahun 2019 – Kitab Tadika Islam Johor dan Darjah 4 3. Tahun 2020 – Kitab Darjah 1 dan 5 4. Tahun 2021 – Kitab Darjah 2 dan Darjah 6 5. Tahun 2022 – Kitab Darjah 3 dan Darjah Khas Pelaksanaan penerbitan buku latihan aktiviti yang disediakan dan diselenggarakan oleh Bahagian Pendidikan Agama Jabatan Agama Islam Johor, mulai tahun 2019 Bahagian Pendidikan merancang untuk menerbitkan sendiri buku-buku latihan sebagai aktiviti secara berperingkat juga. Sekian. YB Speaker : Tanjung Surat silakan, soalan tambahan. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Soalan tambahan saya Tuan Speaker, saya ingin tahu mengenai perubahan kurikulum adakah telah disiapkan? Kalau dah disiapkan, adakah satu panel yang ditubuhkan oleh kerajaan ini atau Jabatan Agama untuk melihat kepada penyediaan kurikulum ini supaya lebih, kata orang lebih moden, pendidikan Islam yang terkinilah dengan ciri-ciri yang mengikut zaman. Jadi adakah setakat mereka yang terlibat itu dalam Jabatan Agama Johor sahaja? Adakah pihak luar, pihak universiti dari Kementerian Pendidikan terlibat sama? Jadi saya ingin penjelasan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Terima kasih soalan daripada Tanjung Surat. Untuk makluman, bahawa perbengkelan telah dilakukan bersama dengan team daripada beberapa pihak antaranya UTM, UTHM dan individu-individu yang dikenali dalam bidang-bidang agama, untuk membantu dalam memastikan kurikulum itu betul-betul berasaskan kepada ahli sunnah wal jamaah.

Yang kedua, kita juga telah mempertingkatkan dalam bentuk P&P iaitu Pendidikan Islam Digital. Ini juga telah kita laksanakan iaitu ada 4 buah sekolah sebagai satu daripada peringkat awal pilot project iaitu Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru; Sekolah Agama Imtiyaz, Kota Masai; Sekolah Agama Kerajaan Johor, Kluang; dan Maahad Johor di Johor Bahru. Ini adalah sebagai satu tindakan yang perlu kita laksanakan untuk sepertimana yang diharapkan iaitu secara moden dan peruntukan tahun depan insya-Allah kita akan cuba usahakan juga untuk pertingkatkan bukan sahaja kepada 4 buah sekolah ini, bahkan akan dilebarkan kepada beberapa sekolah, di peringkat daerah pilot di peringkat daerah. Terima kasih.

YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Larkin, jemput. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 11. Kadar respons bantuan kecemasan pengurusan bencana adalah membimbangkan kerana proses / SOP bagi mendapatkan kelulusan bantuan yang akan disalurkan mengambil masa sehingga melampaui batas upaya mangsa untuk bertahan. Apakah pendekatan serta langkah pragmatik kerajaan bagi menghadapi isu / situasi 'red-tape'? YB Speaker : Yang Berhormat Panti, jemput. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) bagi pihak YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 12. Minta dinyatakan inisiatif dan bantuan kecemasan banjir di Johor serta sejauh mana penglibatan Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri bagi menghadapi masalah banjir? YB Speaker : Yang Amat Berhormat jemput jawab soalan. YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Page 62: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 62

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Larkin dan juga Yang Berhormat Panti secara bersekali. Terlebih dahulu kerajaan negeri Johor ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Banjir di peringkat daerah yang telah menjalankan tanggungjawab menangani kejadian banjir dan ribut berlaku di Negeri Johor baru-baru ini. Antaranya kejadian banjir yang berlaku di Kampung Parit Jayos, Seri Medan di Batu Pahat dan banjir kilat di Kampung Kolam Ayer, Simpang Renggam di daerah Kluang pada 13 November 2018 serta kejadian ribut di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang di daerah Johor Bahru pada 15 November 2018 yang lalu. Tidak lupa juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang turut membantu dalam melicinkan pengoperasian bencana pada masa tersebut. Ianya tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya tiada kerjasama di antara kita dalam menangani kejadian tersebut. Bagi memastikan segala tindak balas dan respons bagi menghadapi kejadian bencana dapat diselaraskan dengan tersusun, kerajaan negeri menerima pakai Dasar dan Mekanisme Pengurusan Banjir Bencana Negara iaitu MKN Arahan Nombor 20 Semakan Semula, yang mana arahan ini menggariskan mekanisme pengurusan bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan arahan ini. Justeru, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mangsa terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi khususnya banjir dan terputus hubungan, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Banjir dan Daerah telah menyalurkan bantuan tersebut bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyediakan bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa di pusat-pusat pemindahan seperti makanan kering, tikar dan sebagainya. Di kesempatan ini, saya juga ingin menyeru kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat agar dapat turut membantu menyalurkan sumbangan seperti bahan-bahan makanan kepada mangsa bencana, terutamanya yang berpindah di pusat-pusat pemindahan untuk tempoh jam-jam yang pertama. Ini kerana saya yakin, keberadaan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah lebih dekat dengan masyarakat. Ini juga sebagai tanda keprihatinan kita terhadap penduduk yang terjejas akibat banjir itu. Bagi persediaan menghadapi monsun timur laut kali ini, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menempatkan barang-barang keperluan bencana di 10 depoh simpanan keperluan bencana, 5 mini depoh dan 69 sektor pangkalan hadapan. Selaras dengan itu, sebanyak 669 pusat pemindahan di negeri Johor telah dikenal pasti yang boleh menempatkan sehingga 175,061 orang. Selain itu, bekalan beras turut ditempatkan di pangkalan hadapan, di pulau-pulau serta penempatan orang asli bagi persediaan menghadapi monsun timur laut pada kali ini. Antara pulau-pulau yang terlibat adalah Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan juga Pulau Tinggi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah pun menubuhkan kumpulan kerja yang bertanggungjawab bagi melicinkan pengurusan bencana. Antaranya adalah kumpulan kerja sokongan logistik yang diterajui oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), kumpulan kerja kawalan keselamatan yang diterajui oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kumpulan kerja kebajikan yang diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kumpulan kerja tersebut bertanggungjawab mempastikan tindakan bantuan dapat disalurkan kepada mangsa. Bagi skop pemberian bantuan kepada mangsa bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pemberian bantuan segera, serta-merta melalui peruntukan negeri kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran dan ribut bagi jangka pendek. Bagi jangka panjang pula, mangsa layak untuk dipertimbangkan bantuan penilaian untuk membaiki rumah akibat bencana. Bagi bencana banjir yang melibatkan skala besar dan melibatkan pembukaan pusat pemindahan, bantuan segera seperti tikar, selimut, makanan dan minuman diberikan sepanjang masa tinggal di pusat pemindahan itu. Bagi mempastikan kesiapsiagaan terhadap banjir khususnya semasa monsun timur laut pada kali ini, beberapa inisiatif serta bantuan kecemasan banjir telah disediakan oleh kerajaan negeri dan pusat. Pertama, seperti yang saya telah bentangkan dalam Belanjawan Johor 2019, kerajaan negeri Johor amat prihatin dengan musibah bencana yang berlaku di negeri Johor di masa-masa yang lalu. Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah menyediakan dana khas bantuan bencana sebanyak RM20 juta bagi kegunaan kecemasan ketika banjir. Ia meliputi bencana seperti banjir, kebakaran, ribut taufan dan pelbagai bencana.

Page 63: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 63

Kedua, kerajaan negeri telah menyalurkan sebanyak RM300,000 kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membuat perolehan keperluan-keperluan asas mangsa di pusat-pusat pemindahan seperti makanan kering, selimut, keperluan bayi seperti pampers dan lain-lain lagi. Selain itu, sebanyak RM1 juta juga telah diterima daripada kerajaan pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri bagi tujuan yang sama. Ketiga, bagi melicinkan lagi pengurusan bencana di peringkat daerah, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM100,000 bagi keperluan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk digunakan semasa monsun timur laut hingga Mac 2019 nanti. Keempat, bantuan wang ihsan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga mangsa. Bantuan wang ihsan ini adalah inisiatif Kerajaan Pusat sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan terhadap mangsa bencana sekiranya kediaman mereka terkesan akibat bencana banjir dengan mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Namun begitu, pemberian wang ihsan perlulah memenuhi tatacara sedia seperti yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 2015. Segala permohonan wang ihsan perlu dapat kelulusan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Banjir Pusat. Hanya mangsa yang layak akan menerima wang ihsan ini, menggunakan peruntukan di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Bagi penyelarasan permohonan bantuan wang ihsan di peringkat negeri dan daerah, ianya diuruskan sepenuhnya oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Johor serta dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, semenjak Januari 2018 hingga Oktober 2018, sebanyak RM2.3 juta telah diagihkan kepada mangsa bencana yang layak. Oleh itu, saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat memahami dengan lebih jelas Dasar dan Mekanisme Pengurusan Banjir Negara iaitu MKN Arahan No. 20 (Semakan Semula). Selain itu sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat di peringkat daerah juga amatlah diperlukan dalam usaha kita meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat di negeri Johor ini. Terima kasih. YB Speaker : Larkin. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar secara terperinci. Lazimnya yang bila berlaku bencana banjir sudah pasti kita selaku wakil rakyat yang akan mula, orang yang pertama dihubungi untuk mendapatkan sebarang bantuan dan memang menjadi tugas dan tanggungjawab kami untuk memberi apa yang terdaya dan termampu untuk membantu mereka. Persoalannya, banyak kawasan yang telah dikenal pasti kerap berlaku banjir kilat di kawasan bandar raya Johor Bahru. Apakah tindakan penyelesaian yang telah kerajaan lakukan bagi mencegah banjir kilat daripada berulang? Terima kasih. YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Larkin. Sebenarnya dalam soal untuk kita mengenal pasti ataupun pendekatan untuk mengelakkan atau memberikan pendekatan supaya perkara ini tidak berulang, sudah banyak dibuat pada sebelum ini. Di daerah Johor Bahru, ini adalah satu kawasan yang agak unik sedikit kerana kedudukan bandar Johor Bahru ini berdekatan dengan laut. Terjadinya banjir kilat ni salah satu daripada faktornya ialah kerana air pasang laut yang begitu tinggi di samping satu ketika hujan, ketika itu pula hujan lebat. Jadi, laut tidak boleh menerima air daripada darat dan air darat tidak boleh pergi ke laut maka terjadinyalah apa, banjir kilat ni. Biasanya banjir kilat ni berlaku tidaklah begitu lama dalam 2 jam, 3 jam sahaja selepas itu dia surut. Kita telah pun membuat pendekatan-pendekatan seperti kita membaik pulih contohnya Sungai Segget fasa pertama dan juga fasa kedua, kita juga akan melaksanakan dan dalam proses pembinaan dan akan siap dalam tempoh yang terdekat ini. Begitu juga di kawasan-kawasan di sebelah tengah seperti di Kampung Ungku Mohsin, sebelah Kampung Tebrau dan sebagainya. Sebab-sebab yang menjadikan banjir kilat ini saya ambil contoh di Sungai Kempas umpamanya. Di tengah-tengah Sungai Kempas tu ada satu tiang jambatan kereta api. Jadi kalau air hujan lebat di samping juga laut air pasang, air yang lalui di Sungai Kempas tu akan melanggar tiang yang tengah-tengah, berada di tengah-tengah sungai itu maka air itu akan menolak dan kawasan sekitar kampung-kampung itu akan menjadi banjir kilat. Insya-Allah ini juga dalam perhatian kita,dalam

Page 64: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 64

tempoh yang terdekat ini saya telah berunding dengan KTMB, mereka akan membuat apa yang dinamakan Projek Laluan Berkembar dan salah satu daripadanya akan juga mengalihkan tiang yang berada di dalam sungai, di Sungai Kempas, Sungai Sengkuang dan sebagainya di kawasan Yang Berhormat Larkin ini, maka dengan peralihannya tiang-tiang yang menjejaskan aliran air ini dalam masa yang akan datang nanti, akan apa, kita lihat akan menjadi satu perkara yang boleh menyelesaikan masalah banjir kilatlah, khususnya di kawasan Yang Berhormat Larkin ini. Insya-Allah banyak lagi pendekatan-pendekatan yang lain yang kita akan buat untuk kita menyelesaikan masalah yang sering kali berlaku. Sebenarnya perkara ini perlu diambil tindakan oleh kerajaan yang lama tetapi mereka hanya lihat saja. Tak ada tindakan. Maka pada ketika inilah, selepas kita mengambil alih banyak pendekatan untuk kita menyelesaikan masalah ini. Kita baru sahaja 7 bulan bukan 60 tahun jadi, ada pendekatan yang kita akan buat untuk menyelesaikan masalah sebagaimana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Larkin dan juga Yang Berhormat, mana tadi, ha Panti. Terima kasih. YB Speaker : Sila. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang diberikan yang saya fikir satu jawapan yang agak menyeluruh. Seperti sedia maklum bahawa kawasan Segamat juga merupakan satu kawasan yang sering ditimpa banjir khususnya bila hujung tahun, musim tengkujuh dan maklum balas yang saya terima daripada mangsa-mangsa banjir khususnya di kawasan bandar Segamat, berkenaan dengan pendaftaran, dengan apa ni pihak berkuasa yang berkenaan seperti APAM untuk memohon bantuan wang ihsan. Dan, saya telah dimaklumkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam kawasan daerah Segamat bahawa pendaftaran untuk memohon wang bantuan ihsan ini sering dalam satu situasi yang tidak macam, tidak selaras, tidak apa ni, tidak begitu baik sebab pendaftaran itu dijalankan dengan secara manual. Dan ini kadang kala berlakunya banyak pertindihan ke atas nama-nama mangsa yang telah didaftarkan dan ini telah menimbulkan masalah bahawa sesetengah mangsa banjir yang sebenarnya di kawasan bandar taman ini, khususnya di kawasan Kampung Jawa, di Kampung Abdullah dan juga di Taman Segar, di kawasan bandar Segamat ini mereka tidak, walaupun berdaftar tetapi tidak diberikan apa ni wang ihsan ini. Yang saya maksudkan ialah banjir yang berlaku pada awal bulan Januari 2017 dan saya telah bersama dengan Yang Berhormat ADUN Pemanis berjumpa dengan pihak berkuasa, pihak APAM tetapi kita merasa bahawa kaedah mendaftar apa ni, mangsa untuk memohon itu wang ihsan itu perlu diperbaiki. YB Speaker : Soalan, soalan dia. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Ya, saya mohon Yang Berhormat Menteri Besar untuk meneliti perkara ini dan apakah apa ni penambahbaikan yang boleh dijalankan oleh pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam perkara ini? Terima kasih. YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang sedia maklum bahawa daerah Segamat ini sentiasa mengalami keadaan banjir pada setiap tahun. Ini berlaku begitu dahsyat pada tahun 2006 yang dahulu sehingga bukan sahaja mengorbankan nyawa bahkan juga harta benda dan sebagainya. Selain daripada segala tanam-tanaman juga musnah,kerugian yang besar dialami oleh rakyat dan juga kerajaan pada ketika itu bahkan juga dalam tempoh selepas 2006, pada saban tahun juga berlaku banjir. Itu sebablah saya mengambil inisiatif dan memainkan peranan untuk supaya kerajaan persekutuan bersama-sama dengan kerajaan negeri mengatasi keadaan yang begitu kritikal pada setiap tahun terhadap daerah Segamat ini. Saya telah pun berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada kementerian-kementerian yang berkaitan untuk meletakkan supaya Segamat ini dimasukkan di dalam ECER iaitu Pembangunan Wilayah Timur kerana dengan melalui ECER ini kita dapat peruntukan yang besar untuk membangunkan infrastruktur ekonomi dan juga mengatasi perkara-perkara yang seperti saya sebutkan ini. Alhamdulillah dengan segala hujah-hujah dan juga songsongan–songsongan yang saya buat pada setiap waktu, kalau dahulunya Segamat ini tidak masuk di dalam ECER akhirnya telah pun diluluskan oleh kerajaan persekutuan untuk dimasukkan daerah Segamat ini, salah satu daerah ECER (Dewan bertepuk).

Page 65: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 65

Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan. Dan di dalam mesyuarat yang lepas saya telah pun memasukkan apakah projek-projek mega untuk dibawa ke daerah Segamat ini dan tidak lupa dan perkara asas yang pertama ialah untuk menambahbaikkan segala infrastruktur termasuklah mendalami sungai-sungai Segamat yang tohor yang sudah lama tidak diselenggarakan dengan betul kerana mungkin pada ketika itu memerlukan belanja yang besar. Di samping juga kita menguruskan tadbir segala parit, anak-anak sungai dan sebagainya,kerana kita dapati punca yang berlaku pembanjiran di daerah Segamat itu adalah puncanya. Jadi, Insya-Allah di dalam masa hadapan nanti bukan sahaja pembangunan yang akan dibawa begitu hebat di daerah Segamat ini, bahkan juga kita akan dapat menyelesaikan masalah kebanjiran yang berlaku saban tahun kepada daerah Segamat ini. Tentang permohonan yang dinyatakan tadi, agak lambat menerimanya iaitu mangsa-mangsa banjir daripada jabatan-jabatan yang tertentu, mungkin kekurangan kakitangan dihadapi oleh contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mungkin juga wang ihsan yang sepatutnya datang cepat oleh kerana kita memerlukan beberapa dokumen selain daripada kelulusan-kelulusan yang perlu ditandatangani melalui proses-proses tertentu. Saya dapati tidaklah begitu lambat, akhirnya juga sampai. Saya akan lihat perkara ini supaya tidak menjadi satu isu dan juga keresahan di kalangan penerima wang ihsan ini di masa-masa yang akan datang. Itu sebablah saya berfikiran selain daripada untuk mengatasi kelambatan tentang bantuan-bantuan kepada mereka-mereka yang ditimpa bencana ini, infrastruktur yang rosak kerana banjir ini juga perlu diperbaiki kerana kalau kita tidak perbaiki dengan secepat mungkin, mungkin boleh akan menghalang pertumbuhan ekonomi dan juga daripada segi guna pakai harian. Di dalam Bajet 2019 sebagaimana yang saya telah sebutkan juga, itu sebab saya meletakkan satu peruntukan yang besar secara emergency iaitu sebanyak RM20 juta bagi mengatasilah perkara-perkara seperti ini tidak akan berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Terima kasih. YB Speaker : Soalan yang seterusnya? Jemput, Yang Berhormat Rengit. YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 13. Minta penjelasan tentang kisah bersambung Jambatan Bengkok Malaysia Singapore yang dikatakan dengan penuh yakin bahawa projek ini akan dilaksanakan. Bagaimana reka bentuk barunya dan anggaran kosnya dan bila mula akan dilaksanakan. Mampukah jambatan ini menyelesaikan isu kesesakan tidak berkesudahan itu.

YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan pasal jambatan bengkok eh. Jadi, Yang Berhormat Speaker, sebenarnya projek tersebut baru sahaja diumumkan semula daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang, Perdana Menteri yang ke-7, sebenarnya projek tersebut diumumkan semasa Perdana Menteri yang sama menjadi Perdana Menteri yang ke-4. Jadi, projek ini adalah melibatkan hubungan kerajaan dengan kerajaan Malaysia dengan kerajaan sebelah di Singapura. Jadi, kalau ikut masa Perdana Menteri yang ke-4, kerajaan sebelah Singapura tidak bersetuju untuk, sebenarnya hasrat Perdana Menteri bukan nak jambatan bengkok sebenarnya, sebenarnya hasrat nak buat jambatan lurus. Oleh kerana Singapura tidak bersetuju akhirnya dicadangkan untuk buat jambatan bengkok. Jadi, bila, biasanya bila melibatkan kedua-dua kerajaan, sudah tentu kedua-dua pihak akan dengan izin, akan defend kepentingan dua-dua kerajaan. Dan kita ini mengambil pendekatan, Yang Amat Berhormat pun ada membuat kenyataan balas, saya pun ada menambah kenyataan bahawa, kita kerajaan negeri komited untuk menjayakan, merealisasikan hasrat Perdana Menteri. Yang Berhormat, sebenarnya projek jambatan ini dan kita ada pepatah Melayu eh, kalau menurut biar berakar, kalau mengikut biar pintar. Sebenarnya kita bukan semberono aje, minta maaf, mengikut dengan membuta tuli. Sebenarnya, saya membuat homework sebagai EXCO kita banyak membuat perjumpaan di bawah portfolio saya dengan Port iaitu kita ada Port 3 iaitu Johor Port, Tanjung Pelepas dan Tanjung Langsat. Dan sebenarnya, di antara kebaikan-kebaikan yang dibuat jambatan bengkok ni pertamanya, kita memikirkan faktor keselamatan bila ada jambatan bengkok ni, bolehlah kapal-kapal yang tidak terlalu

Page 66: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 66

besarlah yang boleh pass thru dengan izin melalui jambatan tersebut jadi memudahkan untuk proses monitoring iaitu kita ada APMM, kita ada Jabatan Laut, kita ada Kastam untuk monitoring perairan kita dengan lebih efisien sebab kita tak perlu pusing satu cycle yang besar eh melalui belakang Singapura. Jadi, oleh yang demikian juga, kita dapat mengurangkan kos penjimatan dari segi aspek fuel consumption dengan izin iaitu penggunaan bahan api. Jadi, penggunaan bahan api ni agaklah besarlah sebenarnya setiap tahun. Jadi, saya pernah naik sendiri kapal tu, kapal Jabatan Laut dengan Pengarah, saya berpusing lebih kurang, baru bergerak dalam 4 kilometer saya tanya dengan Pengarah berapa kos dia, lebih 1 kilometer kapal lebih kurang RM100.00 per kilometer. Kalau bayangkan kalau kita buat satu pusingan yang besar. Jadi, kalau kita kira secara tahunan kita akan banyak menjimatkan kos. Itu dari segi keselamatan dan penjimatan. Seterusnya tentang pelabuhan, jadi dalam apa juga kita punya perjanjian dengan Singapura eh Singapura selalu mempertahankan tentang kepentingan mereka, Singapura ni orientasi ekonomi Singapura banyak berpaksikan, banyak bergantung kepada kecekapan pelabuhan-pelabuhan. Masih, sekarang masih lagi kita mempunyai pemain-pemain industri, masih mengguna pelabuhan-pelabuhan tersebut. Kalau kedua-dua kita punya, ketiga-tiga pelabuhan kita efisien dia akan menjejaskan ekonomi Singapura. Jadi, bila kapal-kapal dah boleh past thru boleh melalui jambatan tersebut jadi terutamanya kalau melihat transfer kalau kita melihat Lebuhraya Pasir Gudang banyak penuh dengan lori-lori yang transfer kargo daripada Johor Port ke PTP, kalau kita boleh pass thru kapal kita iaitu paling tak adalah kalau kita ambil kira dipanggil tuck boat atau kita panggil ponton ditarik dengan tuck boat jadi kita boleh transfer kita punya kontena dan kita punya kargo melalui laut lebih jimat daripada kita menggunakan lori-lori yang penuh sesak di lebuh raya. Dan, lori-lori tersebut juga memberi kesan pertamanya, kepada kos maintenance lebuh raya, sebab apa yang merosakkan Lebuhraya Pasir Gudang ni sebenarnya bukan kereta kebanyakan lori-lori yang berat. Yang keduanya, faktor keselamatan jadi kita boleh reduce kebarangkalian berlakunya kemalangan maut di Lebuhraya Pasir Gudang. Sebab apa, lori-lori ini bila dia berurusan mereka ini mengejar trip eh. Jadi, ada dalam soalan tersebut ada juga cerita pasal kesesakan, bolehkah membantu kesesakan sudah tentulah bila ada satu projek yang baru faktor-faktor untuk mengatasi masalah kesesakan ini telah diambil kira. Yang Berhormat Speaker, pasal kesesakan di Tambak Johor ini bukan kita nak menunggu jambatan ini. Sekarang pun kita mengambil langkah proaktif, kita ada Jawatankuasa Task Force yang jaga kedua-dua kita punya ni pintu masuk CIQ dan juga Second Link dengan izin untuk menyelesaikan masalah kesesakan dan banyak cadangan-cadangan yang kita dah buat dan tindakan kita buat dan kita pun dah hantar salinan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Menteri-menteri yang berkenaan dan Menteri-menteri pun yang berkenaan sudah turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah. Saya rasa, boleh Yang Berhormat jawapan tersebut. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Rengit silakan soalan tambahan. YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas penjelasan yang begitu teknikal daripada Yang Berhormat EXCO. Soalan saya, walaupun sebahagiannya mungkin tak dapat dijawab kosnya, reka bentuk yang baru, di manakah jajaran baru jambatan bengkok ni? Kalau kita lalu Tambak, sebelah kanan kita tengok timbunan pasir dah ada timbunan pasir. Di sebelah kiri dah ada bangunan naik bertingkat high rise dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker. So, di manakah jajaran baru jambatan bengkok ini? Dan, saya nak ucap tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana bersungguh-sungguh merealisasikan impian menjadi jambatan bengkok ini menjadi impian, disokong oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mudah-mudahan kita doakan jambatan bengkok ini dapat kita realisasikan tapi cuma saya bimbang sikit... YB Speaker : Rengit, sokong tak? YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Saya habiskan dulu Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya cuma bimbang sikit dalam kenyataan calon DAP yang kalah di Air Hitam, Parlimen Air Hitam dia sebut, bahawa DAP lebih prefer jambatan ketiga daripada jambatan bengkok. Ini dalam kerajaan PH yang sama ni, Yang Berhormat Tuan Speaker dah berbeza pandangan dan pendapat jadi tak disokong juga oleh PM, Yang Amat Berhormat PM eh, dia kata susah nak dapat persetujuan daripada Kerajaan Singapura kalau nak buat jambatan ketiga. Jadi, saya nak tahu pendirian kita kata

Page 67: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 67

sini kat mana? Sebab saya tengok Kerajaan PH ni dia pro sikit DAP. Jadi yang mana, kenyataan saya, soalan saya, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Terima kasih Yang Berhormat daripada soalan tambahan. Sebenarnya, tadi saya cakap, dia bukan saya tak menjawab... YB Speaker : Yang pro DAP tu tak nak jawab dulu eh? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Tak, tak, saya jawab dulu yang tadi. Sebenarnya, saya cakap dalam peringkat awal lagi, saya cakap, sebab tu tak ada kos dan sebagainya. Tentang jajaran, pasal pasir yang berlonggok, pasal sebelah ada tanah pun dah ada milik title individu yang lain, itu kita serahkan kepada projek ni kerajaan persekutuan, kebijaksanaan dan sudah tentu ada cara-cara penyelesaian dia yang kita nak buat, kat mana kita buat. Sebenarnya, jambatan ni tidak semestinya bengkok, kalau dapat persetujuan Singapura eh, makna kita berdoalah eh, kita berdoa dengan Perdana Menteri ini balik semula ke sini eh, hubungan kita bertambah baik, diplomatik antara Malaysia dengan Singapura, jambatan bengkok ni tak jadi bengkok, dia jadi tegak eh. Itu yang kita, kita harapkan kalau tegak, kita tak perlu pun nak acquire tanah sebelah dan kerajaan ada kuasa walaupun sebelah ada tambakan dan sebagainya, kerajaan ada kuasa untuk buat pengambilan tanah untuk kepentingan kerajaan. Dan, tentang perbezaan pendapat ni dalam kerajaan PH ni, tak apalah kita selesaikan, Yang Berhormat sebelah jangan risau, kita dulu pun dituduh tak boleh selesaikan kerusi akhirnya kita selesaikan kerusi, kita menang pilihan raya. (Dewan bertepuk). Itu jangan risau, macam mana pun kita boleh cari titik penyelesaian yang baik dan ini terbukti rakyat menyokong kita dan memberi keyakinan untuk kita menerajui kerajaan kalau rakyat tak yakin kita tak duduk sebelah sini mungkin Yang Berhormat yang sana duduk sebelah sini. Jadi, saya rasa... YB Speaker : Pro DAP tu macam mana, Pro DAP tu? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Kita tak ada pro mana-mana sebenarnya, kita pro kepada rakyat sebenarnya. (Dewan bertepuk). Jadi, apa yang baik untuk rakyat kita akan fikirkan bersama. Dan, kita pun bukanlah kita secara diktator kita mendabik dada, kita ni semuanya baik. Jika ada idea yang sebelah daripada baik, silakan kita duduk bersama, kita tak dapat duduk kat dalam, kita duduk kat luar. Bekas ADUN apa ni bekas Mantan apa ni Tiram boleh jadi orang tengah, insya-Allah. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat, sahabat dia juga. (Dewan ketawa). YB Speaker : Ok, sekarang dah pukul hampir pukul sebelas. Satu lagi yang last ya. Jemput, Yang Berhormat Senggarang. YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 14. Bagaimanakah kedudukan kewangan Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera hasil daripada sumbangan 7.5% ke atas setiap lot bumiputera yang dilepaskan oleh pemaju sebelum PRU14 dan pada masa sekarang serta ke manakah wang Tabung Amanah ini digunakan?

YB Speaker : Jemput, EXCO.

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih ADUN Senggarang. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, tujuan penubuhan Akaun Amanah Bayaran Sumbangan Kuota Bumiputera yang ditubuhkan pada 1 November 1997, seperti yang dinyatakan dalam Arahan Amanah adalah untuk membiayai kemudahan faedah taman-taman perumahan. Sehingga 19 November 2018, baki akaun ada sebanyak RM174,345,952.20. Mulai tahun 2013, bayaran sumbangan yang telah diterima daripada pelepasan unit bumiputera sehingga 19 November 2018, adalah sebanyak RM537,317,984.84. Sehingga 19 November 2018, sumbangan ini telah dibelanjakan sebanyak RM364,535,160.41. Dan, butiran perbelanjaan adalah seperti berikut : pertama, untuk Perbendaharaan Negeri Johor, menyalurkan ke Tabung Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM80 juta. Kemudian, pembukaan Akaun Semasa AmBank Islamic Berhad, RM10 juta. Yang kedua, agensi penerima adalah Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan, pembinaan gerai bumiputera jumlahnya adalah RM10 juta.

Page 68: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 68

Yang ketiga, penerima agensi adalah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor menyelaraskan yuran penyelenggaraan Pangsapuri Persiaran Tanjung yang berjumlah RM2.2 juta. Yang kedua, membaik pulih serta menyelesaikan tunggakan utiliti di Pangsapuri Bukit Saujana berjumlah RM13.3 juta. Yang ketiga, bayaran pengambilan balik bagi pembinaan Rumah Mampu Milik Negeri Johor yang sekarang dikenali sebagai Rumah Mampu Biaya sebanyak RM20.3 juta. Yang keempat, agensi penerima adalah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor penyaluran dana untuk Tabung Nelayan Negeri Johor berjumlah RM20 juta, Projek Sekolah Agama Johor RM26.6 juta, EXPO Johor Berkemajuan 2017 berjumlah RM2 juta. Agensi penerima seterusnya, adalah PIJ Holdings, pinjaman bagi pembinaan Rumah Mampu Milik Johor ataupun Rumah Mampu Biaya RM60 juta menanggung kos pembangunan Rumah Mampu Biaya, Taman Perbadanan Islam Stulang Baru RM10 juta. Agensi penerima seterusnya, Johor Corporation pinjaman bagi pembiayaan Rumah Mampu Biaya oleh Johor Land Berhad sebanyak RM60 juta. Agensi seterusnya penerima, Permodalan Darul Takzim pengambilan balik tanah untuk pembinaan Rumah Mampu Biaya RM20 juta. Agensi seterusnya adalah Poto Travel, lawatan kerja ke London berjumlah RM822,640.00. Penerima seterusnya, Ya Ismail and Company pembelian kedai pejabat di Tangkak berjumlah RM1 juta. Agensi penerima seterusnya, Majlis Perbandaran Kluang menaik taraf gerai di Jalan Cengkih, Kluang RM299,000.00. Bina baru gerai ekonomi dan pusat pengumpulan IKS RM144,000.00, Dewan Berbumbung Taman Bersatu RM186,000.00. Pembetungan Flat Taman Bersatu RM89,000.00. Pembinaan bengkel berserta infra RM497,000.00. Agensi seterusnya adalah Majlis Daerah Mersing Agro Bazar Pertanian RM1.5 juta. Agensi seterusnya, Majlis Perbandaran Segamat, pembinaan Medan Selera Bumiputera Bandar IOI, Segamat RM3 juta. Majlis Daerah Simpang Renggam untuk tujuan membina gerai di tapak permainan RM232,000.00. Penerima seterusnya Johor Land Berhad, pembelian 190 rumah RM35,000.00 berjumlah RM6.6 juta. Pembelian rumah 16 unit rumah RM80,000.00 di Bandar Dato’ Onn RM1.2 juta. Agensi seterusnya adalah Tanjung Bintang Sdn. Bhd. pembelian 46 unit Rumah Mampu Milik berjumlah RM6.9 juta. Loco Advertising and Consulting Sdn. Bhd., Pameran Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri Besar RM162,000.00. Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pembinaan Pasar Sabah RM1 juta. Telekom Malaysia Berhad, Pemasangan talian telefon bagi Taman Maju Jaya dan Taman Setia Sejati RM300,000.00, yang ketiga akhir Majlis Perbandaran Muar menaik taraf Dataran Kelab Rekreasi dan Komuniti Bakri RM300,000.00, pengindahan persisiran Sungai Panchor RM492,000.00, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Rumah Mesra Rakyat Johor berjumlah RM330,000.00. Agensi seterusnya adalah Perbadanan Usahawan Johor menaik taraf dan menubuhkan inkubator Kompleks Pekan Rabu RM815,000.00 dan terakhir baucar RM1,000.00 bagi mereka yang layak memiliki Rumah Mampu Biaya sejumlah RM3.6 juta. Sekian, Tuan Speaker. YB Speaker : Soalan tambahan? YB Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : YB Tuan Speaker, saya tadi dengar, bagi tabung amanah sumbangan kuota Bumiputera sehingga 19 November 2018 adalah RM174,345,952.20. Soalan saya, berapakah baki bersih yang masih ada setelah mengambil kira tanggungan atau bayaran yang perlu dibuat oleh kerajaan dengan menggunakan tabung ini. Adakah masih lagi positif atau pun negatif maknanya defisit. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih di atas soalan tambahan daripada ADUN Senggarang. Sebagaimana saya sebut tadi, baki sehingga 19 November 2018 adalah RM174,345,952.20. Skala kita mengambil kira tanggungan semasa dan juga tanggungan lawatan ke Parlimen-Parlimen di seluruh negeri Johor yang berjumlah RM207,369,216.28 maka baki bersih kepada tabung amanah ini berjumlah negatif RM33,023,264.08. Suka saya menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, komitmen yang telah dibuat ini adalah merupakan komitmen daripada kerajaan yang lepas dan terdapat beberapa projek yang telah kita tarik balik bagi kita mengimbangi semula kepada akaun yang sedia ada kesannya salah satu daripada arahan amanah yang telah ditetapkan kepada tabung ini adalah baki tabung ini hendaklah sentiasa memiliki baki yang mencukupi.

Page 69: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 69

Di antara komitmen tanggungan semasa, pertama, pembelian rumah Bumiputera baucar RM1,000.00 yang dianggarkan RM1 juta. Yang kedua adalah PIJ Holding iaitu menanggung sebahagian kerugian pembangunan Rumah Mampu Biaya iaitu RM2.5 juta, ketiga komitmen tabung ini adalah kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor untuk pendahuluan menyelesaikan tunggakan Pangsapuri Bukit Saujana berjumlah RM11.7 juta, kemudian kerajaan negeri Johor untuk pengambilan balik tanah berjumlah RM87.9 juta. Majlis Daerah Labis untuk pembinaan medan selera Bandar IOI sebanyak RM655,000.00 kemudian kepada KPRJ bagi Program Rumah Mesra Rakyat sebanyak RM16.9 juta. Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. iaitu untuk kos operasi pengurusan lot komersial milik SSI RM338,000.00. Perbadanan Usahawan Johor Berhad juga kos menaik taraf dan menubuhkan inkubator di Kompleks Pekan Rabu, nilai kontrak bernilai RM3.9 juta. Kemudian, Majlis Daerah Mersing, Falco Trading iaitu pembinaan Agro Bazar Pertanian Mersing sebanyak RM176,000.00 sebahagian daripada kontrak keseluruhan iaitu RM1.7 juta. Majlis Bandaraya Johor Bahru, pembangunan gerai PPR Desa Mutiara berjumlah RM1 juta. Perbendaharaan Negeri Johor untuk Johor Corporation pinjaman Rumah Mampu Biaya sebanyak RM40 juta dan terakhir Perbendaharaan Negeri Johor untuk pinjaman kepada PIJ Holding pembinaan Rumah Mampu Biaya berjumlah RM40 juta. Dan, kerajaan Pakatan Harapan telah pun membatalkan atau menarik semula komitmen yang pertama tentang pembinaan gerai PPR Desa Mutiara di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru berjumlah RM1 juta. Yang kedua yang telah ditarik balik adalah baik pulih dan menurap jalan Pasar Peladang di Skudai berjumlah RM300,000.00 di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah atau sekarang Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan ketiga projek yang telah ditarik balik adalah projek membina Dataran Parit Raja di bawah Majlis Perbandaran Batu Pahat berjumlah RM1 juta. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih EXCO. Saya kira masa dah lewat ini. Soalan-soalan setakat itu sahaja. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Kita berehat 20 minit kita berjumpa semula 11.30 pagi. Sekian. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.10 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11.30 pagi. Jurutulis : PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018. YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa menurut Peraturan Tetap 112 (2) maka perbahasan atas rundingan itu hendaklah dihadkan kepada lunas-lunas am berkenaan dengan dasar dan pentadbiran kerajaan sebagai tersebut dalam Rang Undang-Undang ini. Dimaklumkan bahawa tempoh perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah selama 4 hari iaitu mulai hari ini 2 Disember hingga 5 Disember 2018. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya akan menyeru nama kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat berdasarkan senarai giliran yang saya telah perolehi. Untuk pencadang rundingan masa yang diberikan ialah selama 45 minit hingga 1 jam. Penyokong diberi masa 30 minit. Ketua Pembangkang diberi masa 30 minit manakala Ahli-Ahli Dewan yang lain akan diberi masa 15 hingga 20 minit. Bagi membolehkan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berucap saya memohon kerjasama semua agar dapat mematuhi masa yang telah diberikan. Perbahasan atas rundingan bagi bacaan kali kedua Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dimulakan sekarang. YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang) : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Tenang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018. Terlebih dahulu bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang Ke-60, November lalu, patik mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat sejahtera dilanjutkan usaha untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Menteri Besar Dato’ Haji Osman bin Sapian atas penganugerahan Darjah Kebesaran Darjah Mahkota Johor yang mulia pangkat pertama Dato’ Sri Mahkota Johor sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan baru-baru ini serta

Page 70: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 70

tahniah atas pembentangan Belanjawan 2019 yang begitu inklusif selaras dengan tema ‘Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari’. YB Tuan Speaker, Belanjawan yang dibentangkan begitu menyeluruh dan menyentuh pelbagai lapisan masyarakat daripada peringkat bayi sehingga ke tanah perkuburan, dari murid sekolah ke pegawai tinggi kerajaan dan dari segi geografi pula bermula dari utara Johor sehingga hujung Medini, dari sektor pertanian ke sektor perkhidmatan digital, dari aspek orang Melayu, Cina dan India sehingga masyarakat Orang Asli semuanya mendapat perhatian dan kesaksamaan dalam satu belanjawan yang merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus. Pembentangan Belanjawan yang begini teliti, menyeluruh dan bertenaga pastinya gabungan dan iltizam mereka yang terlibat termasuk YAB Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang ikhlas mencurahkan keinginannya membangunkan negeri Johor yang dicintai ini sesuai dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan yang berusaha mahu meringankan beban kos kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik serta merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam ucapan Belanjawan Johor 2019, YAB Menteri Besar menyebut bahawa pihak kerajaan negeri menerima 3,193 maklum balas daripada rakyat dalam tempoh yang singkat. Perkara yang menjadi perhatian awam termasuk aspek perumahan, kos sara hidup, pendidikan, peluang pekerjaan, kesihatan, keusahawanan, sistem pengangkutan awam serta pembangunan belia dan wanita. Kepada rakyat biasa, aspek di sekeliling mereka inilah yang menjadi permasalahan mereka. Ini adalah masalah harian mereka. Walaupun tidak pasti kriteria yang digunakan bagi penyelesaian masalah ini, tetapi ini adalah permasalahan rakyat. Maklum balas dari rakyat ini penting hingga kita berpegang kepada falsafah demokrasi dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Jika kita berjaya mengurangkan atau mengatasi masalah ini, kita dianggap kerajaan yang Berjaya. Ini bukan Belanjawan syok sendiri atau sekadar meneruskan belanjawan terdahulu. Syok sendiri tu termasuk faedah dirilah. Pastinya sebelum kita menawarkan penyelesaian, kita perlu tahu apakah permasalahan sebenar. Contohnya, apakah Johor mengalami masalah kekurangan rumah atau berlaku lebihan penawaran rumah. Bagaimana boleh berlaku kekurangan pada masa yang sama berlaku lambakan, tentu ada yang tidak kena dari segi perancangan dan pelaksanaannya. Carian saya melalui berita-berita dilaporkan oleh akhbar sejak tahun lalu mendapati masalah kekurangan rumah hampir tidak dilaporkan tetapi apa yang banyak dilaporkan ialah Johor menghadapi masalah lambakan rumah. Pada 19 November 2017 akhbar Harian Metro dan pada 9 Januari 2018 akhbar Sinar Harian telah menyiarkan kenyataan mantan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri mengenai isu rumah tidak terjual dan beliau akan memberi fokus penyelesaiannya tahun ini. Malangnya beliau dan kerajaannya tewas. Mungkin ini antara penyebab kegagalan mereka dan kita dalam Pakatan Harapan harus tidak mengulangi kegagalan ini. Pada 7 Julai 2017, mantan Menteri Besar dilaporkan sebuah akhbar bahawa kerajaan negeri dengan para pemaju akan berbincang bagi menyelesaikan masalah 80,000 unit rumah yang tidak terjual. Empat bulan selepas itu, dan selepas mendapat amaran keras daripada bank negara, mantan menteri Besar pada 25 November 2017 sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan yang lebih kurang sama bahawa kerajaan akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah lambakan rumah yang tidak terjual. Akhbar juga ada melaporkan kenyataan bank negara iaitu 83% daripada unit rumah yang tidak dapat dijual adalah dalam kategori harga melebihi RM250,000.00 seunit. Masalah yang dihadapi kerajaan yang lalu dibuktikan dalam Belanjawan 2019 pada Khamis lalu ada YAB Menteri Besar menyebut jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual seluruh negeri Johor ialah 5,988 unit dengan nilai keseluruhan bernilai RM3.8 bilion. Tenang merasakan berlaku suatu yang tidak kena dalam perancangan dan pelaksanaan kerajaan sebelum ini apabila permintaan rumah tinggi tetapi pada masa yang sama berlaku lambakan, rakyat memerlukan rumah mampu biaya kerajaan membiarkan pemaju membina rumah harga mahal.

Oleh itu dalam usaha memastikan rakyat negeri ini berupaya memiliki kediaman sendiri, keputusan kerajaan negeri untuk mereformasi sektor perumahan adalah langkah yang amat tepat bagi memastikan hasrat menyediakan 100,000 unit rumah menjelang tahun 2023 tercapai, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sehingga Oktober 2018 sebanyak 3,714 unit rumah mampu biaya telah siap dibina. 12,320 unit akan dibina bagi tempoh 2019 hingga 2020, manakala sebanyak 7,609 akan dibina bagi tempoh 2021 hingga 2023 menjadikan jumlahnya 23,643

Page 71: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 71

unit. Kerajaan negeri sedar jumlah yang disasarkan masih kurang tetapi Tenang yakin melalui 15 inisiatif yang disusun oleh kerajaan negeri sasaran itu dapat dicapai, insya-Allah.

Antara strategi itu ialah menyediakan peruntukan sebanyak RM87 juta untuk mengambil balik tanah-tanah untuk pembinaan rumah. Pembangunan rumah mampu biaya oleh pemaju swasta, usaha sama antara kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan dan pelaksanaan projek-projek penswastaan ini ditambah dengan langkah-langkah yang memperkasakan dasar perumahan rakyat Johor dan strategi dalam aspek pembiayaan hartanah kediaman. Tenang yakin sebahagian besar masalah rakyat berhubung dengan pemilikan rumah mampu milik dalam kemampuan mereka akan selesai menjelang tahun 2023.

Berhubung dengan lambakan rumah pula selari dengan kerajaan persekutuan adalah tepat jika kerajaan negeri mengaplikasikan kaedah yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan iaitu penjanaan dana masyarakat dengan izin crowd funding. Kaedah ini tidak melibatkan kewangan kerajaan, sebaliknya pembeli boleh membeli hartanah kediaman terpilih dengan bayaran 20% daripada nilai hartanah berkenaan manakala bakinya 80% akan dibiayai oleh pelabur yang ingin mendapat pulangan dengan kenaikan modal tersebut untuk tempoh masa tertentu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang kita maklum kami ADUN Pakatan Harapan setiap hari masa berkempen dahulu telah diasak rakyat dengan dua persoalan utama iaitu isu penyelewengan 1MDB dan kos sara hidup yang tinggi. Kehidupan rakyat sama ada di bandar atau luar bandar tertekan akibat pendapatan yang tidak dapat menampung hidup dianggap selesa apabila harga barang meningkat. Manakala yang di luar bandar mengeluh pendapatan utama terutama pengusaha sawit dan penoreh tidak stabil malah menurun.

Kita sedar bahawa kos sara hidup merupakan satu isu yang tidak boleh dilihat di peringkat negeri sahaja malah perlu perhatian di peringkat nasional. Kajian yang dibuat sekitar tahun 2015 mendapati Johor Bahru menduduki tempat ke 10 di kalangan tempat atau bandar paling mahal di Malaysia selepas Pulau Pinang, Bintulu, Kerteh, Miri, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuching, Kelang dan Labuan. Kajian ini melibatkan harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayur-sayuran, sawi, cili merah, ikan dan kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna. Harapan rakyat terlalu tinggi pada kerajaan Pakatan Harapan. Oleh itu perkara ini wajar menjadi agenda utama kerajaan dan diselesaikan seberapa segera kepada rakyat biasa.

Kos sara hidup boleh dikurangkan atau dikawal dengan antaranya mengurangkan atau tidak lagi menaikkan lagi harga keperluan asas seperti petrol dan tarif elektrik. Mereka juga berharap kerajaan meneruskan bantuan seperti BRIM, menstabilkan harga hasil komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Manakala sesetengah daripada mereka mahukan kerajaan membantu mereka meningkatkan hasil keluarga melalui aktiviti pengeluaran hasil makanan, pemulihan tanah terbiar menggiatkan ternakan ikan serta hasil laut dan sungai.

Saya yakin melalui Belanjawan Johor 2019, inisiatif yang akan diambil akan memberi kesan positif kepada pengurangan beban kos sara hidup terutamanya yang melibatkan bahan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ikan, daging, bekalan makanan dan sebagainya. Di sinilah letaknya peranan kita untuk menggalakkan rakyat aktif dalam program ekonomi dan tidak meracuni fikiran mereka dengan hal-hal lain yang tidak berfaedah. Dalam aspek pencegahan dan penguatkuasaan pula, kerajaan negeri perlu menggerakkan satu kaedah supaya pemimpin masyarakat seperti penghulu, ketua kampung, Ahli Majlis dengan kerjasama jabatan berkaitan seperti KPDNKK meningkatkan kempen kesedaran dan penguatkuasaan ke atas peniaga, terutama yang menaikkan harga sesuka hati dan mendakwa mereka di mahkamah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam konteks pengurangan dan pengawalan kos sara hidup, Dewan yang mulia ini perlulah mengakui bahawa perlaksanaan manifesto Pakatan Harapan mula memberi manfaat segenap lapisan masyarakat termasuk golongan B40 penerima bantuan e-kasih, pelajar, peniaga kecil, golongan muda, malah mereka yang akan berkahwin juga dibantu. Ini termasuk pemberian 10 meter padu air percuma, skim takaful warga emas, bantuan RM500.00 kepada pelajar peringkat diploma dan RM1,000.00 kepada peringkat ijazah, Kad Sihat Johor, kursus perkahwinan kelompok secara percuma, bantuan khas nelayan, latihan keusahawanan, pertanian bandar dan mengupayakan koperasi.

Pakatan Harapan yang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri beriltizam menambah pendapatan rakyat melalui sektor pertanian dan industri asas tani. Kemajuan sektor ini bukan sahaja memberi kesan terus kepada rakyat kerana ia akan meningkatkan pendapatan, menjadikan

Page 72: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 72

pekerjaan dan seterusnya sektor ini menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan pusat. Oleh itu langkah kerajaan negeri menyediakan insentif bagi pembangunan sektor ini tahun depan amat dialu-alukan. Contohnya, pembangunan industri kelapa menjadikan industri agro makanan sebagai bidang daya keusahawanan tani, membangunkan hab kerang-kerangan, penambahbaikan sistem ternakan kupang serta skim bantuan baka ikan dan udang.

Selain itu, cadangan bagi memperkukuhkan sistem sokongan dan infrastruktur bekalan sektor pertanian juga amat diperlukan. Contohnya, pembinaan pusat jualan agro mengatasi masalah banjir di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, menaik taraf pasar tani dan caravan tani dan projek pembangunan projek ikan hiasan adalah perancangan yang boleh mengurangkan kos sara hidup melalui penambahan pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan di samping meningkatkan hasil negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, mengenai hal pendidikan kerajaan Johor telah mengenal pasti pendidikan sebagai pemacu utama bagi mengubah negeri ini sebagai kuasa besar ekonomi serantau. Kita mengakui bahawa kerajaan terdahulu telah berjaya menyediakan infrastruktur dan kemudahan mencukupi untuk anak bangsa menerima ilmu dan kemahiran. Semakan yang saya sempat buat berkaitan isu-isu yang berbangkit menyentuh sektor pendidikan di negeri ini tidak banyak. Malah kebanyakan rakyat mendapati kualiti pendidikan di negeri ini semakin meningkat dari setahun ke setahun. Adalah diakui bahawa kerajaan negeri berupaya menyediakan pendidikan buat anak-anak Johor bermula dari prasekolah hingga peringkat tertinggi.

Pemberian pinjaman pendidikan dan biasiswa banyak membantu khususnya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke universiti. Bagi mereka yang kurang menyinar dalam bidang akademik, peluang terbuka bagi menambah ilmu kemahiran melalui institusi kerajaan dan swasta seperti kolej komuniti, institusi kemahiran MARA, pusat serta kolej pendidikan latihan teknikal vokasional. Jumlah sekolah juga mencukupi sehingga banyak sekolah kini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. Oleh itu jika sistem infra dan kemudahan pendidikan di negeri ini sudah dianggap baik, apakah masalah yang kita hadapi sehingga ia menjadi salah satu aduan oleh rakyat bagi dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2019.

Akhbar The Star bertarikh 22 Julai 2018 melaporkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, masalah kekurangan guru kini semakin meruncing di bandar-bandar utama termasuk di Johor Bahru, berikutan ramai daripada mereka yang dalam perkhidmatan memilih untuk kembali ke negeri asal bagi bertugas di negeri asal mereka. Katanya kecenderungan mereka ini untuk bertugas di kampung halaman disebabkan kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar. Akhbar Kosmo pada 15 Ogos 2018 pula melaporkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar, yang memangku portfolio Pendidikan pada tarikh itu bahawa seramai 4,499 daripada 579,923 murid di negeri ini direkodkan sebagai pelajar tercicir pelajaran sehingga kini. Antara faktor berlaku keciciran ialah masalah kewangan, kurang minat terhadap pelajaran, penceraian dalam keluarga serta masalah disiplin. Bagi mengatasi masalah tersebut pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Penyiasat Murid Cicir, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, badan bukan kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing.

Ini termasuk mengenal pasti keluarga yang bermasalah, mengadakan motivasi, program kerjaya serta pendidikan alternatif kepada murid. Isu ini mungkin kurang diberi perhatian dalam belanjawan kerajaan negeri yang terdahulu. Berdasarkan senario ini kandungan Belanjawan Johor 2019 telah menggariskan 5 teras. Teras ke lima iaitu memodenkan sistem pendidikan Islam, Modal Insan dan Warisan Budaya Johor. Tenang yakin melalui Pembangunan Modal Insan menerusi pendidikan agama yang menekankan aspek akhlak, budi pekerti beretika dan amanah, iaitu komponen penting membina bangsa Johor Bestari dan mencapai kemajuan ekonomi berprestasi tinggi, masalah ini dapat diatasi, insya-Allah.

Melalui teras keempat iaitu demokrasi dinamik kesaksamaan sosial khususnya melalui agenda membangunkan pesona srikandi dan masyarakat kerajaan negeri mengambil berat golongan srikandi dan golongan yang lain yang kurang bernasib baik. Masalah yang dihadapi oleh keluarga sering terjelma kesannya dalam masalah disiplin anak-anak dan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, insentif dan inisiatif kesaksamaan sosial yang disediakan perlulah dimanfaatkan oleh pemimpin dan penggerak masyarakat. Program bantuan peralatan kepada golongan ibu tunggal dan srikandi berpendapatan rendah, kursus peningkatan sosioekonomi golongan sasaran, penambahan dua lagi pusat jaya diri dan menambah peruntukan kepada yang sedia ada adalah penting untuk memastikan golongan ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Page 73: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 73

Bagi mereka yang mampu meningkat dalam bidang pendidikan, kerajaan negeri wajar meneruskan penyediaan kemudahan biasiswa, pelaksanaan tuisyen, pemberian insentif dan pinjaman seperti Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Kenangan Dato Onn, tuisyen SPM, tuisyen e-learning, pengkayaan bahasa Inggeris, pinjaman pelajaran Yayasan Pelajaran Johor dan Didik Harapan Johor, Mahasiswa Anak Johor, KARISMA TAKZIM dan kemuncak usaha itu ialah penubuhan universiti Johor.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum selain sekolah aliran kebangsaan, Belanjawan Johor 2019 pastinya mengambil kira keperluan pendidikan masyarakat Tionghua dan India, apabila kerajaan negeri menyediakan peruntukan membaik pulih Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Kolej Universiti Selatan. Begitu juga dengan etnik India apabila peruntukan juga disediakan bagi menambah baik pulih SJK Tamil di negeri ini, walaupun peruntukan itu dilihat mungkin agak kecil Tenang percaya kerajaan negeri yang prihatin dengan keperluan semua akan menimbang bagi penambahan sekiranya diperlukan.

Mengenai masalah guru yang ingin bertukar tempat kerja kerana kos sara hidup yang lebih daripada tempat lain, saya yakin ianya sedang difikirkan oleh Kementerian Pelajaran. Mungkin ada beberapa insentif yang akan diusahakan termasuk menaikkan elaun kos sara hidup atau meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru.

Dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sumbangan golongan pendidik membangunkan anak bangsa di samping mengingatkan mereka akan 3 tugas pokok iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan. Dan dalam konteks tekanan kos sara hidup di sinilah letaknya tugas ke tiga iaitu tugas kemasyarakatan yang merupakan konsensus guru sebagai warga negara yang baik turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan negara melalui dasar-dasar yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, mengenai peluang pekerjaan dalam Laporan Tahunan 2017, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor ada menyatakan pada tahun berkenaan, Suruhanjaya telah menerima 44,789 permohonan untuk mengisi pelbagai jawatan negeri. Daripada jumlah tersebut 2,439 calon berjaya melepasi tapisan dan dipanggil temu duga. Daripada jumlah yang dipanggil temu duga, seramai 1,440 telah menghadiri temu duga dan seramai 363 orang telah dilantik dan ditawarkan pelantikan tetap. Ini bermakna, hanya 0.81% pemohon yang berjaya diambil bekerja. Pastinya, mereka yang terpilih adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Saya tertarik dengan laporan ini kerana begitu ramai pemohon dan begitu sedikit yang berjaya melepasi tapisan. Adakah kerana sebahagian besar pemohon tidak berkelayakan? Jika mereka tidak berkelayakan, mengapa mereka memohon jawatan dalam kerajaan negeri? Adakah ini menunjukkan peluang kerja di negeri ini amat terhad atau mereka lebih suka memilih kerja dengan kerajaan? Kajian perlu dibuat untuk dijadikan panduan bagi kita merancang penyediaan tenaga kerja di masa depan. Contohnya, jika kita menyediakan kemudahan pelajaran yang menyediakan peluang kerja yang lebih besar, itu adalah lebih baik dalam perancangan yang akan dibuat di masa depan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, apabila kita menyebut mengenai peluang kerja, terbayang kepada kita keluhan rakyat mengenai kebanjiran warga asing yang katanya memonopoli pekerjaan yang terdapat di negeri ini. Sesetengah daripada kita akan berhujah bahawa kehadiran mereka di sini hanya mengisi kekosongan kerja peringkat bawah yang tidak sanggup dilakukan oleh rakyat tempatan. Jadinya, apa permasalahan kepada rakyat apabila rakyat tempatan sendiri yang enggan mengisinya? Apa pun, hal ini perlu diambil perhatian oleh semua warga tempatan agar ruang dan peluang pekerjaan masih ada untuk kita.

Dalam keadaan yang berbeza, kekurangan peluang pekerjaan akan menjejaskan masa depan generasi muda terutama para graduan yang baru ingin menapak di alam pekerjaan. Hal ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat mengaplikasikan kemahiran yang dimiliki sesuai dengan bidang yang diceburi. Oleh itu, para graduan akan sukar untuk mendapatkan tempat di alam pekerjaan mengikut kesesuaian bidang mereka kerana bukan kerana wujud persaingan dengan warga asing tetapi kajian menunjukkan pencari kerja tempatan sukar mendapat kerja apabila pencari kerja memohon gaji atau faedah yang tidak realistik, lemah penguasaan bahasa Inggeris, memilih pekerjaan dan syarikat, lemah dalam berkomunikasi dan tiada personaliti dan karakter yang meyakinkan. Dalam aspek peluang pekerjaan, pembangunan modal insan adalah satu faktor dalam menjamin dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi Johor.

Page 74: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 74

Dalam Belanjawan 2019, keputusan diambil untuk menjenamakan semula Unit SWADAYA yang akan dikenali dengan Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor yang akan menumpu kepada pemilikan data berkaitan peluang dan penawaran kerja serta pemerkasaan kerjasama awam swasta dalam pengaliran maklumat.

Langkah kedua ialah memperkenalkan Program Sinergi Industri bagi memperkasakan jaringan Public Private Partnership, dalam menyediakan 200,0000 peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Johor. Tenang ingin mengulangi perkataan berkualiti.

SMI akan merancang beberapa siri program di seluruh daerah seperti konvensyen modal insan, dialog dan seminar modal insan serta menjamin kerjasama dengan universiti tempatan ke arah hala tuju pewujudan peluang pekerjaan di negeri ini. Bagi menyediakan 200,000 peluang tenaga kerja bukan suatu yang mudah. Di sinilah pentingnya program latihan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran bakal tenaga kerja mahir ini, telah dipertanggungjawab antaranya kepada Yayasan Pelajaran Johor. Sekali lagi diberi tanggungjawab dan peruntukan menyediakan tabung latihan bagi mengurang kos latihan dan pinjaman pelatih kemahiran.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempergiat program penempatan pakar industri di pusat latihan kemahiran di seluruh negeri. Menjenamakan program pembangunan kemahiran kepada Johor upskilling & reskilling. Program sains teknologi kejuruteraan dan matematik untuk meningkatkan minat generasi muda kepada bidang teknologi dan seterusnya penubuhan Majlis Sains, Teknologi dan Inovasi Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ada juga peluang kerja dikaitkan dengan kurangnya pembangunan di sesuatu tempat. Contohnya, daerah yang agak pendalaman seperti Tenang. Peluang kerja di sini sesungguhnya amat kurang, ini menyebabkan kuasa beli penduduk amat rendah dan kesannya tidak banyak peluang-peluang perniagaan baru muncul, manakala yang sedia ada sebilangannya sudah mula tutup kedai atau berpindah. Di sinilah pentingnya pembangunan yang merata yang disesuaikan dengan keperluan dan peluang tempat dicadangkan dalam Belanjawan Johor 2019. Peluang-peluang kerja melalui Pembangunan Wilayah amat disokong. Contohnya, pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) yang merangkumi daerah Johor Bahru, Pulai dan sebahagian Pontian, manakala daerah Segamat akan menerima nikmat dari Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Cadangan pembangunan kawasan industri baru oleh Johor Corporation di DUN Gambir akan membuka peluang baru pekerjaan di kawasan berkenaan.

Rakyat khususnya pencari kerja di kawasan timur Johor meliputi daerah Mersing dan Kota Tinggi, akan mendapat limpahan termasuk peluang kerja dengan terlaksananya projek baru, pembangunan bandar-bandar baru Mersing, pembinaan beberapa projek besar infrastruktur, projek-projek pelancongan seperti pembangunan pelancongan Tanjung Penyabong dan pembangunan kepulauan Mersing. Peluang kerja terutama yang memerlukan kemahiran juga bakal terbuka dengan kejayaan kerajaan negeri menarik pelabur dari syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Taiwan, China, Singapura, Perancis, Korea Selatan dan Jepun, dengan nilai pelaburan RM8 bilion pada tahun depan.

Pembangunan kawasan industri Pengerang contohnya, ia bukan sahaja akan menarik sejumlah RM800 juta pelaburan luar, tetapi yang baik kesannya kepada rakyat tempatan dan sekitar ialah wujudnya 1,700 peluang pekerjaan. Walaupun kerajaan negeri mempunyai keupayaan melaksanakan perancangan ini, rakyat terutama golongan muda dan usahawan harus mengambil peranan dalam memajukan ekonomi negara dengan mencipta peluang pekerjaan mereka sendiri. Khususnya, dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana. Rantaian eko sistem untuk menaikkan nilai PKS perlu berpaksikan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga terlatih dalam bidang masing-masing. Graduan-graduan di Malaysia harus menjadi graduan yang keluar daripada universiti bukan mencari pekerjaan, mereka harus mencipta pekerjaan.

Saya ingin menasihatkan pencari kerja termasuk para graduan sebelum meletakkan jumlah gaji yang dipohon, graduan dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual gaji yang kebiasaannya digunakan oleh majoriti majikan. Sekiranya anda belum mempunyai sebarang pengalaman bekerja di bidang yang dipohon dan keliru mengenai tahap gaji yang ditetapkan, mencari kerja boleh menyemak tahap gaji permulaan mengikut tahap pendidikan dan kursus pengajian bermula pada peringkat ijazah seperti mana yang telah disenaraikan oleh agensi-agensi pekerjaan contohnya. Kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa penghantar paling utama di dunia. Majoriti syarikat menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Selain itu, jika pencari kerja di syarikat-syarikat besar, majoriti pelanggan mereka adalah bangsa asing, tingkah laku dan karakter diri yang menarik

Page 75: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 75

akan menyerlahkan pesona diri dalam peluang mendapat pekerjaan yang baik. Dengan karakter yang menarik, tuan-tuan atau pencari kerja tidak akan menjadi penganggur tegar. Majoriti majikan tertarik dengan personaliti pemohon ketika hadir ke sesi temu duga.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pada masa hampir harga semua barang dan perkhidmatan meningkat, rakyat Malaysia termasuk di Johor masih menikmati perkhidmatan percuma di hospital-hospital kerajaan. Bagaimanapun, masalah yang dihadapi sekarang ialah terlalu ramai pesakit di Johor sedangkan tidak cukup hospital menampung keperluan. Keadaan ini kita warisi dari kerajaan yang lalu. Contohnya, pada Jun 2015, satu kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar menyebut Johor memerlukan kira-kira 2,600 kakitangan profesional dan sokongan bagi menampung keperluan mendesak di Jabatan Kesihatan, khususnya 12 hospital awam di negeri ini yang mengalami kekurangan kakitangan pelbagai peringkat.

Sebagai contoh, masalah kritikal di Hospital Sultan Ismail di mana ketika itu kekurangan 200 doktor menjejaskan program atau kaedah perubatan baru yang diperkenalkan. Dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 4 September 2018, menyebut 7,000 pesakit baru didaftarkan setiap tahun di Johor. Walaupun, saya tidak mendapat angka terbaru mengenai sektor kesihatan di negeri ini, tetapi saya yakin antara keperluan yang diharapkan oleh rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan ialah mengekalkan perkhidmatan percuma dan pembinaan lebih banyak kemudahan hospital di negeri ini. Mereka tidak dihampakan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan akan pelaksanaan projek kerajaan persekutuan. Antaranya, pembinaan Hospital Pasir Gudang dengan kos keseluruhan berjumlah RM472.05 juta. Meneruskan pembinaan Hospital Segamat dengan kos RM90.05 juta, menaik taraf kemudahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan kos keseluruhan RM88.07 juta. Kerajaan negeri juga akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat untuk membina sebuah hospital baru di Kempas.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat. Kerajaan Pakatan Harapan menginsafi permasalahan hidup rakyat. Dengan kos sara hidup yang tinggi, ditambah dengan masalah kesesakan jalan raya, keadaan agak unik di Johor Bahru kerana kesesakan yang berlaku di bandar ini berkait juga dengan kesesakan yang berlaku di Tambak Johor dan Lebuhraya Link Kedua. Oleh itu, langkah kerajaan negeri yang merangka pelan, yang merangkumi aspek trafik, infrastruktur pengangkutan termasuk pengangkutan awam, penggunaan tanah, perjalanan antara bandar dan wilayah termasuk Singapura, aspek kewangan serta perancangan masa depan, adalah tepat dan sekali gus menjadikannya pengangkutan awam akan menjadi pilihan utama rakyat di Johor.

Projek Iskandar Malaysia, bas RAPID Transit (IMVRT) yang dijangka bermula suku keempat tahun depan dan dijangka siap projek fasa 1 pada suku kedua 2022. Dengan adanya sistem ini, rakyat Johor amnya dan Iskandar secara khususnya akan menikmati kualiti kemudahan pengangkutan awam yang mampan, lancar, cepat dan cekap. Pada masa yang sama, sistem pengangkutan rel di negeri Johor juga akan mengalami beberapa fasa kemajuan dengan adanya Projek Laluan Berkembar Elektrik (ETS) Gemas - Johor Bahru, yang dijangka siap pada 2022. Projek rel transit sistem (RTS) yang menghubungkan Bandaraya Johor Bahru ke Singapura dijangka siap pada tahun 2024. Cadangan bagi memperkenalkan sistem tram dalam kawasan Bandaraya Johor Bahru sebagai satu mode pengangkutan moden yang diselaraskan dengan IMVRT akan berupaya memberi kemudahan kepada penduduk tempatan malah pelancong. Sistem pengangkutan rel komuter bermula dari stesen Kulai dan Bandaraya Johor Bahru di mana bas Muafakat Johor akan menjadi sebagai feader pengangkutan ke stesen-stesen, bukan sahaja akan memberi kemudahan kepada rakyat tetapi akan mewujudkan kawasan pembangunan berasaskan transit iaitu TOD.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam bidang keusahawanan pula, kejayaan dalam bidang ekonomi sesuatu komuniti itu banyak bergantung kepada tahap keusahawanan di kalangan mereka. Keusahawanan bukan boleh dipelajari di dalam kelas semata-mata, tetapi berputik sejak kecil terutama di kalangan keluarga yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Bagi memperkasakan sektor keusahawanan, kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi melaksanakan insentif berbentuk bantuan dan latihan khususnya untuk mereka yang melibatkan dalam perusahaan kecil dan sederhana. Antara inisiatif itu ialah pengkomersilan harta intelek, inisiatif usahawan mikro dan membangunkan pusat inkubator usahawan di Taman Perbadanan Islam Stulang Baru.

Perancangan kerajaan negeri berterusan dan membangun keusahawanan ini dengan memperkenalkan jejak perusahaan kecil dan sederhana, inisiatif ekonomi kreatif dan cadangan menyediakan pelan induk bagi memperkasakan hab ekonomi kreatif negeri Johor. Inisiatif ini jika

Page 76: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 76

dilaksanakan dengan teliti, dengan penuh iltizam, Tenang yakin ia akan memenuhi hasrat mencipta kekayaan yang baru dan secara tidak langsung meningkatkan KDNK negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengakhiri ucapan ini, oleh kerana agak laju jadi ia cepatlah, so, saya raya beri peluang kepada yang lain. Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan menekankan pentingnya diwujudkan sistem pematuhan dan Key Performance Indicator (KPI) dengan izin, dalam melaksanakan projek dan pembangunan yang saya sebutkan di atas. Kita perlu ada penilaian. Setiap suku tahun atau setengah tahun dan di sinilah letaknya Teras Keenam Strategi Belanjawan Johor 2019 iaitu Urus Tadbir Cekap, Berintegriti dan Demokratik.

Saya penuh yakin dengan kepimpinan YAB Menteri Besar bahawa Pakatan Harapan komited memastikan pelaksanaan urus tadbir yang cekap dan berintegriti. Ini penting bagi memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan penuh berhemah dan telus dalam pengurusan meningkatkan hasil kewangan negeri. Antaranya ialah mengenakan caj pemajuan, kadar baharu lesen hiburan, kadar perkhidmatan kepada pentadbir tanah dan program pengukuhan perlombongan sektor mineral di negeri Johor. Bagaimanapun, saya berharap caj pemajuan ini, janganlah terlalu membebankan pemaju sesuatu projek khususnya usahawan baharu yang bermodal kecil kerana ini akan membantutkan usaha mereka bagi mengembangkan perniagaan. Kecekapan dan pentadbiran pemungutan hasil boleh dicapai dengan penggunaan teknologi moden sesuai dengan perkembangan ITC. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu seharusnya sudah mula menggunakan aplikasi digital dalam sesetengah perkhidmatan mereka. Begitu juga pentadbiran pejabat tanah, perlulah meningkatkan kecekapan mereka termasuk menggunakan aplikasi digital dan proses kerja mereka seperti memproses permohonan tanah, pengurusan tanah rizab Melayu dan tanah rizab Orang Asli. Sebagai ADUN baharu saya difahamkan pentadbiran kerajaan negeri yang didukung oleh kakitangan khususnya Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Johor (JCS) merupakan yang terbaik dan tercekap di negara ini. Bagaimana pun penambahbaikan adalah satu yang wajib oleh itu menyokong usaha kerajaan negeri membentuk pelan integriti Setiausaha Kerajaan Negeri Johor 2019 – 2021. Selain itu, wajar perkhidmatan yang baik itu diberi imbuhan yang sewajarnya. Oleh itu, insentif-insentif kebajikan pegawai dan kakitangan kerajaan Johor yang diumumkan YAB Menteri Besar adalah wajar. Sebagai mengakhiri perbahasan mencadang Belanjawan Johor membahaskan perbahasan ini, sukalah saya memetik ingatan YAB Menteri Besar bahawa sebagai Ahli-Ahli Dewan Negeri kita perlu menginsafi tentang pimpinan dan tanggungjawab kepimpinan. Kuasa bukan untuk bermegah-megah. Kuasa adalah amanah untuk melunaskan janji kita kepada rakyat. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih daripada Tenang. Hanya mengambil masa tak sampai 45 minit. Seterusnya daripada Pemanis.? YB Tuan Dr. Chong Fat Full (Pemanis) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, selamat tengah hari dan salam harapan. Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang ke-60 pada 22 November lalu. Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat sejahtera dilanjutkan usia untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku negeri Johor akan terus maju, moden dan progresif dengan rakyat bangsa Johor yang bersatu padu. Daulat Tuanku. Pemanis ingin mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Menteri Besar atas kurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor baru-baru ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu Pemanis ingin mengucap tahniah dan syabas kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan Jawatankuasa Belanjawan Negeri kerana telah membentangkan satu Belanjawan yang prihatin dan mantap untuk merealisasikan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan iaitu melaksanakan reformasi institusi, memastikan kesejahteraan rakyat dan memupuk negara keusahawan. Belanjawan 2019 yang berdasarkan pelan pembangunan mampan 2019 hingga 2030 telah merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus yang telah mengambil kira hampir semua lapisan masyarakat pihak swasta dan perkhidmatan awam.

Page 77: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 77

Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Menteri Kewangan Malaysia mengambil masa 2 jam lebih untuk membentang Belanjawan Malaysia, YAB Menteri Besar Johor pula mengambil masa 3 jam 7 minit meneliti semua aspek belanjawan dalam 85 muka surat teks belanjawan untuk memastikan Johor berada di landasan terbaik dan Ahli-Ahli Yang Berhormat memahami secara komprehensif Belanjawan 2019. Tetapi Yang Berhormat Tuan Speaker, dari media akhbar dan media sosial terdapat juga Ahli Yang Berhormat berkomen bahawa Belanjawan 2019 merupakan belanjawan yang rebranding dan copy and paste dari belanjawan lepas. Pemanis berpendapat, ini merupakan satu komen anggur masam, sour grape dengan izin, demi memastikan kesinambungan struktur sosioekonomi yang diwarisi dari kerajaan lama yang kurang telus dan in efisien. Kerajaan Pakatan Harapan sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab terpaksa juga mengambil alih banyak projek yang tertinggal. Kerajaan baharu mengkaji semula, memulih, menambah baik dan menyempurnakan projek-projek tersebut demi untuk kepentingan rakyat. Ini tidak berkaitan sama sekali dengan copy and paste dari kerajaan lama. Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan 2019 mengandungi anggaran surplus sebanyak RM3.34 juta dan anggaran perbelanjaan mengurus adalah RM1,549.34 juta. Di mana anggaran perbelanjaan pembangunan ialah sebanyak RM600 juta. Ini bermakna nisbah jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk pembangunan adalah dalam 28% satu angka yang boleh anggap sihat. Dengan pelaksanaan teras yang keenam belanjawan iaitu memastikan urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik tambah lagi digitalise pengurusan dan penggunaan teknologi komunikasi dan informasi ICT kerajaan dapat menambah efficiency sektor perkhidmatan awam dan menjimat tenaga kerja perkhidmatan awam. Dan, tambahan lagi dengan melaksanakan perbelanjaan dengan berhemah mengurangkan ketirisan dan pengurusan yang cekap, Pemanis percaya nisbah ini akan diperbaiki lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan Pemanis memberikan pandangan aspek-aspek sosioekonomi yang akan membawa impak kepada Belanjawan 2019. Pemanis di maklumkan kilang memungut sawit di sekitar Tangkak telah menutup untuk dua hari minggu yang lepas dan berhenti menerima hasil sawit dari pekebun kerana stockpile yang terlalu tinggi. Harga sawit hari ini dalam lebih kurang RM250.00 satu tan. Harga sawit kini dalam trend menurun atau pun down trend dengan izin, dan kita doakan agar tidak mencecah bawah RM200.00 satu tan. Kalau mengikut laporan Jabatan Perangkaan dan Unjuran Kementerian Kewangan Malaysia keadaan akan kekal tanpa perubahan yang besar. Yang Berhormat Tuan Speaker, apakah implikasinya sebahagian besar penduduk luar bandar sangat bergantung pada harga komoditi, bila harga komoditi jatuh orang kampung mengeluh, meneroka FELDA menderita, pekebun kecil hidup sengsara. Ramai di antara mereka cuba mencari keuntungan dengan menjual kuih muih, menjual nasi lemak, menjual kupang dan hasil-hasil tanaman dari halaman belakang rumah. Mereka berusaha mereka cuba berdikari tanpa menyusahkan orang lain. Yang Berhormat Tuan Speaker, ini semua adalah cerita benar. Secara logical kerajaan harus membantu mereka. Menggalak mereka berniaga, menawarkan kadar yang kondusif untuk mereka berniaga. Kerajaan yang prihatin telah mengecualikan pembayaran lesen tetapi untuk menampung kerugian dari segi pungutan cukai, pihak PBT telah menaikkan dan mengenakan cukai dari segi lain. Contohnya menambah bayaran pendaftaran, mengenakan permit untuk setiap jenis produk yang dijual misalnya lima jenis buah dikenakan lima bayaran permit dan peniaga-peniaga, penjaja-penjaja kecil ini mereka semuanya pandai kira. Mereka semua sedar bahawa mereka kena bayar cukai yang lebih selepas kerajaan baharu memerintah. Yang Berhormat Tuan Speaker, dari segi teknikal pihak PBT memang tidak bersalah dalam usaha meningkat pendapatan dari cukai. Tetapi Pemanis merasa memungut cukai yang lebih melalui cara ini mungkin boleh di terjemah sebagai satu penipuan teknikal dan kezaliman terhadap golongan rakyat yang berusaha bertungkus-lumus mencari makan dengan cara yang halal. Oleh sebab itu, Pemanis berharap bahawa teras pertama belanjawan iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, meringankan kos sara hidup, semakan semula percukaian PBT harus menjadi satu titik fokus untuk dikaji semula. Yang Berhormat Tuan Speaker, pengagihan kekayaan distribution of wealth dengan izin. Di kalangan rakyat merupakan satu aspek kerajaan harus memandang serius. Golongan yang tidak

Page 78: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 78

terlibat secara langsung direct involvement dengan izin dalam aliran ekonomi utama measurement economy dengan izin, harus kerajaan negeri mengambil berat. Golongan ini termasuk peneroka-peneroka FELDA dan pekebun-pekebun kecil yang tergantung pada sumber pendapatan tunggal iaitu sawit atau pun getah. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri mungkin tidak larat menjalankan reformasi dan transformasi secara besar-besaran namun Pemanis menyeru agar kerajaan negeri dapat memberi tumpuan kepada industri hiliran atau pun downstream industry, dengan izin, yang berasas tani untuk membantu. Ini termasuk memberi sedikit bantuan modal permulaan menjalankan latihan dan kursus untuk membolehkan mereka mempelbagaikan sumber pendapatan melalui pertanian, teknologi tinggi dan meningkat kebolehpasaran tanaman mereka. Andainya golongan ini terasa seolah-olah mereka dipinggirkan oleh kerajaan, dan jurang kekayaan antara rakyat menjadi lebih jauh, ianya bakal mengancam kestabilan masyarakat khususnya anak-anak peneroka FELDA generasi dua yang kini tiada mempunyai hala tuju. Yang Berhormat Tuan Speaker, Malaysia memiliki semua komponen untuk dijadikan bahan mencetuskan konflik kebijaksanaan pemimpin yang memiliki hikmah dalam membangunkan negara dengan menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama hendaklah terus dipupuk agar negara yang aman, tenteram, harmoni lagi makmur dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, ekonomi yang lembap juga bersangkut paut dengan ketenteraman sesebuah negara. Bila ekonomi lembap dan tidak berdaya, rakyat menjadi tidak puas, discontent, dengan izin. Pergolakan awam, public unrest, dengan izin senang berlaku. Tiada satu negara yang boleh dikecualikan termasuk Amerika Syarikat, Perancis yang baru-baru ini mempunyai mogok secara besar-besaran, UK, termasuk negara China. Di Malaysia, khususnya Johor yang berbilang bangsa dan agama harus berwaspada terhadap golongan yang ada agenda niat jahat dan saya yakin bukan dari sebelah sana untuk mengambil kesempatan ini mengguna isu-isu seperti ICERD dan kuil Maha Mariamman, USJ untuk mencetus perselisihan perkauman. Yang Berhormat Tuan Speaker, Malaysia sebenarnya tidak memerlukan ICERD buat masa ini. Seperti yang diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pagi ini dan ini adalah kerana kerajaan Pakatan Harapan mengamalkan polisi berasas keperluan need based policy, dengan izin, dan bukan polisi berasas perkauman, race based policy, seperti yang tersirat di dalam manifesto PRU 14 yang lepas. Pemanis ingin bercadang demi mengelak sebarang salah faham dengan polisi kerajaan, kerajaan boleh mengadakan satu kursus khas untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat dari sebelah sana untuk meneliti manifesto Pakatan Harapan supaya kita boleh bekerjasama lebih rapat lagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji membina satu juta buah rumah mampu biaya dalam jangka masa dua penggal seperti apa yang ternyata dalam manifesto PRU yang ke-14. Salah satu fokus dalam belanjawan adalah reformasi sektor perumahan di mana kerajaan negeri memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk merealisasikan sasaran membina 100,000 buah rumah mampu biaya menjelang tahun 2023. Pemanis ingin bercadang dalam keadaan ekonomi global yang kurang merangsangkan agar kerajaan negeri mendefinisikan semula peranan kerajaan dan syarikat GLC dalam sektor ini termasuk memperkasakan penglibatan sektor swasta secara aktif yang mampu menawarkan kepakaran kualiti perkhidmatan dan pelaksanaan. Manakala kerajaan memberi sumbangan dari segi kapasiti dan infrastruktur yang sedia ada. Yang Berhormat Tuan Speaker, konsep penswastaan boleh juga diguna pakai untuk sektor-sektor lain termasuk sektor agro-pelancongan dan kerajaan boleh menswastakan projek tersebut mengikut template atau blueprint sedia ada yang disediakan. Biarkan pihak swasta yang menjadi pelaksana projek membebaskan potensi ekonomi sepenuhnya dari sektor swasta yang akan menanggung risiko tanpa kerajaan mengeluarkan sebarang peruntukan dan mencapai matlamat yang dimaksudkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis menyambut baik inisiatif kerajaan negeri yang inklusif dan prihatin terhadap keperluan masyarakat India dan Cina dengan peruntukan RM3 juta untuk rakyat India dan RM3.5 juta untuk rakyat keturunan Cina dengan pecahan RM1.5 juta untuk SJKC dan SJKT. Memandangkan pendidikan merupakan satu proses yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran, pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan yang sangat mustahak dalam pembangunan negara, dengan penuh keyakinan Pemanis percaya pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar akan mempertimbangkan permohonan tambahan untuk sektor ini.

Page 79: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 79

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan kemajuan bidang perubatan yang menambahkan jangka hayat rakyat, life expectancy, dengan izin, jumlah warga emas akan menambah. Golongan warga emas memerlukan keperluan dan kemudahan yang berlainan. Pemanis berharap kerajaan negeri boleh menjadikan isu ini satu fokus untuk dipertimbangkan dalam Pelan Bangunan Awam dan selain daripada itu, rumah-rumah orang tua harus dianggap satu priority dalam pembangunan negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker, penyelenggaraan jalan menerusi projek MARIS merupakan satu fokus Belanjawan 2019 dan mendapat peruntukan sebanyak RM650 juta. Izinkan Pemanis membawa beberapa soalan yang berkaitan dari akar umbi, rakyat jelata. Dan soalan-soalan ini merupakan soalan umum, general questions, dengan izin, tetapi dalam konteks ini, untuk jalan-jalan negeri dan jalan-jalan kampung seluruh Johor. Soalan pertama, apakah rasional penyelenggaraan jalan melibatkan mengorek dan menurap semula jalan yang masih baik? Soalan yang nombor 2, adakah penyelenggaraan jalan lebih berpaksi pada dana ataupun peruntukan daripada keperluan? Nombor 3, bukankah ini merupakan satu pembaziran menurap semula jalan untuk menghabiskan peruntukan? Kebenaran soalan-soalan tersebut terpulang pada tafsiran masing-masing. Bagi Pemanis ianya berniat baik. Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya dari kalangan kerajaan merupakan pihak yang paling rapat dengan rakyat. Kami menangani pelbagai masalah rakyat, boleh kata dari buaian ke kubur, from cradle to grave, dengan izin. Dari orang yang berkahwin, beranak, berkhatan, masuk kolej universiti, rumah melanda ribut, orang meninggal, macam-macam masalah. Yang Amat Berhormat Menteri Besar izinkan Pemanis memohon agar pihak Yang Amat Berhormat Dato’ boleh mempertimbangkan kenaikan peruntukan untuk kami. Yang kami dapat sekarang merupakan 10% daripada apa yang Ahli-Ahli dapat. Ciput sahaja. Dan, tidak berapa jauh daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah dan, Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi Pemanis ingin mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Jawatankuasa Belanjawan Negeri yang bertungkus lumus menyediakan satu belanjawan seimbang, komprehensif dan mesra rakyat. Sekian, Pemanis sokong tanpa rizab. Terima kasih. YB Speaker : Terima kasih Pemanis. Seterusnya, Benut. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, di awal perbahasan ini izinkan saya juga untuk mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan yang telah dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia, Pangkat Pertama Dato’ Seri Mahkota Johor pada 22 November yang lepas sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada saya dan semua ADUN-ADUN pembangkang untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Kami amat menghargai peluang ini untuk bersama-sama memberikan yang terbaik kepada Johor dan seluruh masyarakat. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada 3 ADUN kita yang akhirnya berparti yang berjaya diterima masuk di dalam Pakatan kerajaan. Saya harap mereka lebih berfungsi dan mempunyai hala tuju. Cuma saya ingin ingatkan kemenangan 3 ADUN ini adalah hasil kerja keras dan sokongan padu dari penyokong dan pendukung UMNO Barisan Nasional. Jadi selepas menyalin baju dan membuka topeng mereka mesti menyahut cabaran membuktikan bahawa mereka sebenarnya tetap diterima walau dalam parti mana pun mereka berada. Kerana sebelum ini rakyat memilih mereka atas tiket dan nama UMNO, jadi sekarang buktikanlah pula bahawa mereka kekal menjadi pilihan rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyambut baik saranan daripada rakan saya ADUN Pemanis yang mengatakan bahawa ada komen mengatakan bahawa bajet ini adalah bajet yang copy paste, rebranding, saya rasa itu adalah kenyataan saya. Dan mungkin saya tarik balik. Yang Berhormat kerana bajet yang ada ni saya rasa adalah bajet reclaim, repeat dan rebranding. Sejujurnya semasa mendengar pembentangan Bajet 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar... YB Speaker : Mana satu yang ditarik, mana satu yang di umum tu, lebih kurang sama aje..

Page 80: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 80

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Mungkin dua aje Tuan Speaker, tak cukup jadi saya tambah satu lagi, 3. Sejujurnya semasa mendengar pembentangan Bajet 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya sukar untuk menggambarkan perasaan ini. Paling hampir yang saya boleh fikirkan adalah saya seakan-akan berada dalam keadaan dejavu. Dejavu kerana sebahagian besar perkara yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu adalah perkara yang sudah sering saya dengar sebelum ini. Jadi, seolah-olah satu mesin masa, time machine, yang mengembalikan kita semula kepada zaman sebelum ini. Setidak-tidaknya ia mengingatkan saya dan rakan-rakan pembangkang, bahawa sebelum ini kami dari Barisan Nasional melakukan perkara yang betul, berkesan dan baik. Perkara yang menepati kehendak dan keperluan rakyat, kerana jika tidak, mana mungkin semua usaha tersebut diulang-ulang semula kini. Saya mempunyai beberapa pemerhatian untuk dibangkitkan berkenaan Belanjawan Johor 2019. Pertama sekali, kerajaan negeri dalam ucapan pembukaan pembentangan Belanjawan 2019 minggu lalu, mengakui bahawa kita akan berhadapan dengan kelembapan ekonomi. Ini adalah satu ramalan yang munasabah dan sangat difahami. Kalau kita perhatikan, rata-rata sesebuah kerajaan apabila berhadapan dengan situasi ini, kita akan membentangkan belanjawan defisit. Ini kerana, menjadi keperluan untuk kerajaan berbelanja lebih demi memastikan kecairan pasaran stabil, banyak projek dapat berjalan dan pembuangan pekerja dapat dielakkan.

Jadi, apakah rasional kerajaan negeri membentangkan bajet lebihan dalam iklim ekonomi global, nasional serta setempat yang bakal menguncup dan berada dalam keadaan yang malap? Lebih penting saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah strategi dan pelan kontingensi kerajaan negeri Johor untuk berhadapan dan meminimumkan impak kelembapan ekonomi yang bakal kita hadapi ini? Perkara ini saya bangkitkan kerana saya tidak melihat wujud sebarang inisiatif besar yang bertujuan membawa pendapatan baru kepada Johor. Sedangkan dalam konteks semasa, pelbagai dan mencambah sumber hasil yang baru adalah kritikal kepada Johor.

Ini adalah amat merugikan jika negeri yang sarat dengan potensi ini tidak dimajukan dengan pemikiran yang baru, segar, berwawasan serta strategik. Kerajaan negeri tidak boleh sekadar menyalin kulit dan membungkus semula usaha-usaha kerajaan negeri sebelum ini. Misalnya, JSIC yang ditukar kepada Johor Invest. Saya yakin, sekadar menukar nama tanpa memberi peruntukan atau lonjakan baru, sudah pasti tidak akan membuahkan hasil kepada pusat pelaburan ini. Sedangkan pada tahun lepas, tanpa menukar nama sekalipun, kerajaan negeri bertindak memberi peruntukan sehingga RM1 juta untuk JSIC.

Begitu juga dengan biasiswa YPJ yang disadur dengan nama Insentif Harapan Siswa Johor serta pembinaan karakter murid yang dijenamakan semula sebagai PROSIT. Kesemua ini tidak lebih daripada sekadar proses menukar nama dan menyalin kulit sahaja. Namun, untuk berlaku adil kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya mohon agar beliau menggunakan kesempatan dalam bahas kali ini, untuk menerangkan dengan terperinci, apakah nilai tambah dan pembaharuan yang diberikan dalam program-program ini, selepas nama lamanya dilucutkan dan dipakaikan dengan pakaian baru? Atau adakah semua ini sekadar wayang dipentaskan semula menggunakan skrip baru?

Yang Berhormat Tuan Speaker, kedua, saya ingin menarik perhatian, bahawa antara rujukan dan sandaran utama Bajet 2019 ini, bukan setakat Bajet 2016, bukan setakat Bajet 2017 dan 2018. Lebih penting satu perkara yang tidak disedari atau barangkali sengaja didiamkan adalah banyak sekali titik fokus dalam Bajet 2019 yang merujuk dan mencedok tawaran-tawaran dalam Manifesto Barisan Nasional 2019. Saya beri contoh, pertama, titik fokus ke 90, berkenaan penanaman 2 juta pokok di seluruh Johor menjelang 2020. Ini adalah tawaran dalam Manifesto Barisan Nasional Johor seperti yang tertera pada perenggan terakhir muka surat 42, buku Manifesto Barisan Nasional Johor. Kedua, titik fokus yang ke 55, yang mensasarkan pembangunan Tangkak berasaskan pelancongan, juga merupakan tawaran yang terdapat dalam muka surat yang ke 6, buku Manifesto Barisan Nasional Johor.

Jadi, sekali lagi saya berterima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar meyakini dan mengakui betapa tawaran-tawaran Barisan Nasional dalam manifesto kami semasa PRU yang lepas adalah sangat serasi dan penting kepada negeri Johor. (Dewan bertepuk)

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya meneliti juga dengan begitu mendalam dan mengingatkan semula sewaktu kami dalam kerajaan, berita gembira yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat tentang pelupusan hutang kerajaan persekutuan. Maklumat ini, saya berharap bahawa saya dengan

Page 81: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 81

Yang Amat Berhormat, kita sependapat, bahawa RM189 juta hutang yang dilupuskan ini adalah hutang air, bukanlah hutang keseluruhan kerajaan negeri.

Yang Berhormat, mungkin sesuai juga saya mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan kepada kerajaan yang ada bahawa kerajaan yang lepas telah berusaha agar RM334 juta hutang air ini dihapuskan, bukan hanya pada nilai RM334 tetapi jauh lebih besar daripada jumlah tersebut, kerana sewaktu rejim baru bekalan air, kerajaan negeri telah tertinggal angka ini untuk berhijrah ke rejim baru sistem bekalan air. Maka, kerajaan yang lepas telah mengadakan beberapa perundingan dengan pihak kementerian, sama ada Kementerian Air dan juga Kementerian Kewangan dan kita juga telah digambarkan bahawa sekurang-kurangnya RM400 juta akan dilupuskan.

Jadi, kerajaan telah bersungguh-sungguh pada waktu itu, menyenaraikan semua tanggungjawab kerajaan persekutuan dalam membiayai bekalan air. Bekalan sumber, Yang Amat Berhormat, perlu dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Tetapi oleh kerana keadaan yang mendesak, bekalan air yang terganggu dan bagi menjamin pertumbuhan, kerancakan pembangunan di Johor, maka projek bekalan air terpaksa kerajaan negeri dahulukan. Sebenarnya, ia adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Jadi, untuk tidak membazir usaha yang dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan yang terdahulu, oleh pihak UPEN yang telah mengadakan berpuluh perbincangan dengan pihak kementerian dan telah menyenaraikan semua perkara-perkara yang sepatutnya dibiayai oleh kerajaan persekutuan, apatah lagi bila ada gambaran bahawa kerajaan persekutuan bersedia menghapuskan sekurang-kurangnya RM400 juta, bukan RM189, bukan RM334 juta, Yang Amat Berhormat.

Jadi, saya mencadangkan agar usaha itu diteruskan. Kerajaan persekutuan diingatkan semula kerana tanggungjawab kerajaan negeri untuk membuktikan bahawa lebih RM400 juta itu adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, telah pun kita penuhi sepenuhnya. Jadi, Yang Amat Berhormat, kita tidak hendak Yang Amat Berhormat memaklumkan bahawa hutang itu RM334 telah pun dilupuskan, RM189 itu seolah-olah hutang keseluruhan kerajaan negeri.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Tuan Speaker, Bajet 2019, perkara yang keempat yang saya nak terangkan, adalah tidak sensitif dengan persekitaran dan tidak melihat realiti sekeliling. Misalnya, inisiatif ADUN Belia di bawah IKLAS. Ini sekali lagi adalah inisiatif yang secara kasarnya nampak baik dan perlu, kita patut sokong. Akan tetapi jika Yang Amat Berhormat Menteri Besar maklum, di Johor kita sudah mempunyai satu platform atau gerakan anak muda yang bebas, yang dinamakan Dewan Muda Johor yang bergerak secara mirip dan membayangi Dewan Undangan Negeri Johor. Mereka ini berfungsi mengangkat dan membahaskan dasar serta pentadbiran kerajaan negeri dan lensa pemikiran orang muda yang saya percaya dapat menyumbang kepada penambahbaikan kepada negeri kita.

Jadi, saya nak, mungkin melontarkan sedikit pandangan, adakah Yang Amat Berhormat bersedia untuk melihat perbezaan antara ADUN Belia Johor dan Dewan Muda Johor dan mencari yang terbaik, supaya suara orang muda ini dapat kita harmonikan agar ianya dapat menyumbang kepada penambahbaikan kerajaan yang ada pada hari ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin melihat kepada perkara yang berada di dalam penekanan bajet kita pada hari ini tentang agenda dinamik upaya kerajaan tempatan. Yang kita tahu bahawa kerajaan persekutuan sedang mengkaji dalam tempoh tiga tahun ini untuk meminda supaya pilihan raya bagi jawatan di PBT diadakan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap langkah-langkah untuk mengambil pendekatan pilihan raya bagi melantik Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan kita? Sama ada perkara-perkara ini akan, maklumlah pada Malaysia baharu, untuk jangan sekadar hanya nak naik taraf itu dan naik taraf ini, maka kita terlepas daripada melakukan sesuatu yang bertujuan untuk menambah kebaikan kepada negeri kita. Jadi, saya bimbang bahawa kalau kerajaan negeri tidak mengambil pendirian, polisi yang seumpama ini boleh menggugat kekuatan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor.

Dan di samping itu juga, Yang Berhormat Tuan Speaker, baru-baru ini saya difahamkan bahawa negeri Johor telah dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin muda dari Singapura, The Twelve Leaders In Administration Programme yang singgah di Johor. Bolehkah Yang Amat Berhormat memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini akan hasil perbincangan dan juga persefahaman yang dapat dibina di antara kerajaan negeri atau pemimpin-pemimpin muda daripada bench kerajaan dengan pemimpin-pemimpin muda Singapura? Kerana seperti mana yang dah dikatakan oleh pembahas sebelum saya, betapa pentingnya hubungan yang baik antara Johor dan Singapura. Betapa pentingnya kita

Page 82: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 82

melihat Singapura sebagai saingan yang penting kerana kita juga sedia maklum bahawa Singapura tahu negeri Johor adalah negeri yang begitu strategik bagi pertumbuhan negara mereka.

Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, kelima, saya juga ingin menunjukkan percanggahan dan beberapa fakta yang berputar-putar dan berbelit-belit, khususnya dalam pembentangan Bajet 2019. Merujuk kepada janji Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui Manifesto Pakatan Harapan yang ingin menjadikan kerajaan negeri ini sebahagian kerajaan negeri yang demokratik. Yang Amat Berhormat pun ada perancangan teras yang mengatakan demokrasi yang dinamik dan kesaksamaan sosial. Tapi Yang Amat Berhormat, untuk makluman, kita tidak akan demokratik dan terbuka jika peranan kami sebagai pembangkang sekadar diiktiraf dengan hanya memberi bilik Ketua Pembangkang sedangkan dari segi pengimplimentasian serta amalannya sangat berbeza dan paranoid. Sehingga tertubuh satu persatuan permuafakatan kampung-kampung warisan negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, persatuan ini wujud dengan keahlian seramai 420 orang adalah bekas ketua-ketua kampung yang masih boleh berkhidmat, yang masih mampu memberikan perkhidmatan tetapi tidak disambung, tidak diteruskan perkhidmatan mereka yang mana ianya lebih bersifat kepada tidak adanya sikap keterbukaan oleh kerajaan. Saya juga baru-baru ini berada di kawasan FELDA Yang Berhormat, di Johor Lama untuk berjumpa dengan penduduk di sana untuk mendengar suara, hati dan keperluan mereka. Saya faham akan kebimbangan mereka memandangkan ADUN yang mereka pilih sudah pun meninggalkan perjuangan dan bertukar kapal.

Jadi kita lihat sendiri, izinkan saya, yang kelima ini ialah saya ingin menunjukkan bahawa berlakunya percanggahan dan fakta-fakta yang berputar dan berbelit-belit semasa pembentangan bajet dan merujuk kepada janji Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui manifesto Pakatan Harapan ini, kerajaan negeri ingin menjadi kerajaan negeri yang demokratik sehingga dalam teras bajet salah satunya adalah demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, kita tidak akan demokratik dan terbuka jika peranan kami sebagai pembangkang sekadar diiktiraf dengan hanya memiliki bilik Ketua Pembangkang sedangkan dari segi pengimplimentasiannya serta amalannya sangat berbeza dan paranoid. DUN Pemanis terima kasih kerana meminta kami supaya memahami manifesto Pakatan Harapan. Memang kami faham, tol pun dah hapus, minyak pun dah turun, PTPTN pun dah dihapuskan. Memang kami faham. (Dewan bertepuk). Kita lihat sendiri tidak ada titik fokus khusus sewaktu saya pergi ke FELDA Johor Lama kerana titik fokus tidak ada yang khusus untuk komuniti FELDA yang dimasukkan dalam Bajet 2019. Lebih malang, perjumpaan yang memfokuskan kepada keperluan setempat ini dipolitikkan. Pengurus Besar diberi amaran. Saya bacakan dalam whatsapp yang disampaikan kepada saya oleh Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pengurus Besar kepada Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya kesal dengan apa yang berlaku, walaupun telah diberi amaran dan persetujuan awal tidak dijalankan. Selepas ini akan dikeluarkan surat amaran. Ketua Bahagian Kota Tinggi telah dikatakan bahawa saudara Muzaidi telah menzalimi seorang penjawat awam. Meletak pasir di dalam periuk nasi orang lain. Jadi pendirian-pendirian dan sikap-sikap begini kita tidak berjaya menterjemahkan hasrat untuk pendemokrasian di dalam kepimpinan, bukan kita minta pun, itu yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan disokong oleh rakyat sebab itu kita hari ini diiktiraf sebagai pembangkang. Tetapi, nak pergi ke sekolah pun tak boleh, kita tak dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, dulu memang kita tak iktiraf pembangkang dan rakyat bagi mandat kepada kita, sebab itu pembangkang tidak dijemput. Tetapi manifesto Pakatan Harapan mengiktiraf pembangkang. (Dewan bertepuk) Di janji kepada rakyat mengiktiraf pembangkang tetapi peranan pembangkang tak ada. Tidak diberi langsung ruang dan peluang, bukan kami minta pun. Sebab itu adanya elaun kepada pembangkang, adanya pejabat kepada Ketua Pembangkang, kita terima kerana itu janji kerajaan yang ada pada hari ini, jadi jika inilah...

YB Speaker : Yang Berhormat, kalau tak iktiraf sebagai pembangkang pada waktu itu, habis pembangkang nak jadi apa pada waktu itu?

YB Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad (Benut) : Dia membangkang ajelah. Sebab itu rakyat hari ini tolak manifesto Barisan Nasional, dan menerima manifesto Pakatan Harapan, laksanakanlah, tetapi tak ada, tak dilaksanakan sepenuhnya, tidak diterjemahkan apa erti pendemokrasian yang sebenarnya. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, jika inilah keadaannya, apa yang demokratik dan terbuka yang diamalkan oleh kerajaan negeri hari ini? Ini sudah macam boleh dikatakan macam diktator dah, takut orang, kita nak pergi ke sekolah, takut kita dibuang, dipotong elaun dan sebagainya, takut guru besar itu dipecat, kita tak hendak aniayakan orang macam mana yang saya bacakan dalam facebook sebentar tadi. Malah lebih penting saya kini tidak terlibat atau diberi ruang dalam sebarang proses untuk membuat keputusan berkaitan polisi dan juga inisiatif kerajaan. Jadi, saya rasa fungsi saya sebagai ketua pembangkang kini yang ingin menjadi konstruktif dan berkesan

Page 83: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 83

dalam keadaan yang tidak terbuka dan tidak demokratik ini tidak akan tercapai ataupun tidak akan dapat dilaksanakan. Oleh itu, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya dengan ini ingin mengumumkan bahawa saya akan memulangkan semula pejabat bilik Ketua Pembangkang dan elaun saya akan saya serahkan semula kepada kerajaan. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Tuan Speaker, yang akhirnya, tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penyataan pendirian rasmi kerajaan negeri berhubung dengan isu ICERD, khususnya apabila Yang Amat Berhormat menyokong untuk tidak mengesahkan atau meratifikasikan konvensyen ini. Yang Amat Berhormat janganlah terlalu memfokuskan kepada perhimpunan aman yang akan diadakan pada 8 Disember ini. Itu bukan perkara pokok. Ianya hanyalah perkara kecil sahaja perhimpunan ini. Ianya hanya sekadar gerakan rakyat untuk keluar beramai-ramai untuk menzahirkan pendirian dan pendapatan, pandangan mereka ialah mungkin agaknya tol pun dah dihapuskan, minyak pun dah murah, jadi ramailah yang nak pergi ke Kuala Lumpur ni pada 8 hari bulan ini. (Dewan Ketawa). Mungkin agaknya perhimpunan ICERD yang akan diadakan pada 8 itu hanyalah sebagai satu gambaran tentang apa yang penting kepada orang Melayu. Tidak lebih daripada itu, dan saya merasakan bahawa tidak terdapat di mana-mana pun ianya menyentuh ataupun boleh mencetuskan perkauman, isu-isu yang sensitif, isu-isu yang boleh membangkitkan rasa marah, kerana kita untuk sekian lamanya berada dalam sebuah negara yang aman, makmur,demokrasinya, terpimpin ini, saya yakin dan percaya bahawa perhimpunan ICERD pada 8 Disember ini akan merupakan perhimpunan yang sekadar merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kita kepada pihak kerajaan.

Akhir sekali saya memohon maaf dan juga memohon agar segala persoalan yang saya bangkitkan dalam perbahasan kali ini dapat diambil dan dijawab secara bersemuka oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih sekali lagi, sekian, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Persidangan Disambung semula pada jam 2.30 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Saya menjemput YB Kahang.

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Salam sejahtera, salam perpaduan, salam muafakat Johor, Yang Berhormat Speaker, terlebih dahulu saya mengucap terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini dan tanpa melengahkan masa pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah pun membentangkan Bajet Pakatan Harapan yang pertama, satu rekod yang baru lebih daripada 3 jam, dan sepanjang 3 jam ini apabila bajet dibentangkan sebenarnya saya seumpamanya berada dalam keadaan di mana kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah isu-isu yang pernah kita dengar dahulu. Pernah dibangkitkan dan juga dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun-tahun yang lepas.

Sebenarnya, sepanjang 3 jam pembentangan bajet itu, saya tak berani nak pergi ke bilik air pun, kerana takut akan ketinggalan pengumuman-pengumuman yang baru. Inisiatif-inisiatif yang baru, ataupun pengumuman untuk rakyat negeri Johor, benda-benda yang baru. Tetapi akhirnya hampa, kerana kebanyakan benda yang dibangkitkan adalah sebenarnya rebranding ataupun diberi jenama penjenamaan yang baru. Yang Berhormat Speaker, kalau dulu saya ucap tahniah kerana membentangkan satu bajet, surplus bajet tetapi kalau dulu apabila kerajaan Barisan Nasional membentangkan surplusbajet ada pihak akan mengatakan ianya creative accounting. Jadi adakah kali ini ianya juga adalah creative accounting? Dimana surplusbajet telahpun dibentangkan ataupun baru pada hari ini kerajaan Pakatan Harapan sedar bahawa bajet yang dibentangkan ialah bajet surplus dan Johor memang mempunyai kedudukan ataupun memiliki kelebihan untuk mendapat bajet yang surplus seperti tahun-tahun yang lepas, kerana sejak kebelakangan ini negeri Johor sentiasa mendapa surplusbajet, jadi saya rasa pada hari ini jelas menunjukkan bahawa kelebihan yang ada di Johor hasil kerja kuat rakyat Johor sebenarnya apa yang kita mencapai ialah surplus bajet dan bukan creative accounting. Jadi ini jelas membuktikan kepada pihak disebelah sana.

Page 84: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 84

Yang Berhormat Speaker, ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan di sini, contohnya, isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan modal insan. Kerana, dalam bajet ini, kita sekiranya ingin menjadi sebuah negara yang maju, ingin menjadi theeconomic power house of Malaysia, isu yang paling penting selain daripada menarik pelabur asing, mendapat pendapatan yang berlebihan, kita juga kena pastikan bahawa kita mempunyai tenaga kerja yang mahir untuk menyahut cabaran-cabaran yang kita akan tempuhi. Tetapi dalam bajet yang dibentangkan ada isu-isu yang berkaitan dengan modal insan yang telahpun dibangkitkan dan sebenarnya kalau kita lihat saya amat kecewa kerana penekanan untuk aspek pembangunan modal insan adalah amat lemah dan tidak relevan dalam mengambil kira keperluan bakat serta modal insan yang kompetitif pada hari ini.

Yang Berhormat Speaker, terlalu banyak perkara-perkara yang dibangkitkan adalah seperti copy and paste ataupun cut and paste dan adakah kerajaan pada hari ini tiada idea yang lebih segar untuk dibawa kepada rakyat ataupun sememangnya inisiatif-inisiatif yang sebenarnya telahpun diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu bersifat evergreen dan amat praktikal. Contohnya kalau kita lihat benda-benda yang dibangkitkan seperti Biasiswa Kenangan Dato’ Onn, Tuisyen SPM, Tuisyene-Learning, Pembangunan Karakter Murid Johor, Tabung Latihan Kemahiran Johor dan Program Transformasi Minda Insan adalah perkara-perkara yang sentiasa disebut dan dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Selain itu, terlalu banyak inisiatif yang sama yang telahpun dibangkitkan tetapi hanya disalin kulit dan diberi nama yang berbeza. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa kerajaan hari ini tidak bersungguh-sungguh untuk mendalami isu-isu modal insan yang amat berkait rapat dengan hati sanubari bangsa Johor.

Antara perkara yang saya ingin bangkitkan di sini ialah, penjenamaan Unit Swadaya Insan kepada Unit Strategik Modal Insan. Saya tidak faham kenapa perlunya ada penjenamaan semula daripada Unit Swadaya Insan kepada Strategik Modal Insan tanpa melaksanakan usaha bagi memastikan bahawa unit ini dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Inisiatif dan peranan unit ini semakin hari semakin hilang daripada perhatian rakyat. Sedangkan pada awal penubuhannya begitu banyak mendatangkan faedah kepada bangsa Johor. Hala tuju unit ini semakin tidak jelas dan kerajaan pada hari ini tidak memperkasakan unit ini dari segi fungsi, peranan dan tugas pegawai. Yang paling penting bagi unit swadaya insan ialah bukan penjenamaan semula tetapi kita kena pastikan kita mempunyai tenaga kerja yang cukup dalam unit ini. Kerana peranan dan tanggungjawab unit ini cukup besar, jadi kerajaan pertama sekali kena pastikan sama ada tenaga kerja yang ada dalam unit ini mencukupi ataupun tidak. Yang kedua, bajet yang disalurkan kepada unit ini mencukupi ataupun tidak? Itulah perkara yang paling penting. Apakah peranan dan tanggungjawab unit ini sebenarnya yang harus diambil kira dan bukan penjenamaan semula kepada unit ini. Kerana kita tahu peranan, tanggungjawab Unit Swadaya Insan ini cukup besar dan ia memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai, tenaga kerja yang mahir dan tenaga kerja yang mempunyai latar belakang kepada pembangunan sumber manusia dan latihan kemahiran. Yang Berhormat Speaker, menjenama program pembangunan kemahiran, perkara yang kedua kepada reskilling dan upskilling. Yang Berhormat Speaker, perkara ini sebenarnya menampak betapa kaburnya kerajaan pada hari ini dalam pengetahuan dari aspek pembangunan kemahiran. Reskill dan upskill bukanlah keseluruhan skop di dalam pembangunan kemahiran. Ia hanyalah elemen kecil yang menjadi salah satu pendekatan untuk mekanisme latihan. Jadi, bagaimana mungkin kerajaan hari ini tergamak menyamakan reskill dan upskill dengan pembangunan kemahiran Johor secara keseluruhan. Ini sudah tentu memberi kebimbangan kepada rakyat kerana permintaan untuk tenaga kerja yang mahir pada hari ini amat tinggi. Suka juga untuk diingatkan kerajaan Barisan Nasional pada penggal lepas, telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor. Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor, di mana kalau kita lihat jika usaha dan inisiatif dalam pelan itu sekiranya diteruskan, kita akan dapat mencapai objektif dan KPI kepada latihan pembangunan kemahiran kerana ia adalah semuanya cukup, complete dengan izin, dalam pelan tersebut. Manakala kita lihat Pelan Induk Negeri Johor telah dibangunkan lebih awal daripada Pelan Induk TVET Malaysia pada masa tersebut. Jadi, negeri Johor menjadi negeri yang paling awal sekali untuk mempunyai pelan kemahiran seperti ini, sebelum kerajaan pusat memperkenalkan latihan Pelan Induk TVET pada ketika itu. Jadi, yang paling penting sekali ialah, bukan sahaja memberi fokus kepada reskill dan upskill dan juga menukar nama tetapi latihan kemahiran secara menyeluruh. Dan, kerajaan akan menyalurkan RM1.5 juta untuk reskill dan dinyatakan tujuh sektor akan diberi tumpuan.

Page 85: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 85

Jadi, apakah tujuh sektor tersebut yang akan diberi tumpuan? Dan, kita kena pastikan setiap sektor yang diberi tumpuan ini akan memberi peluang pekerjaan yang mencukupi kepada rakyat negeri Johor. Tidak guna memberi fokus kepada satu sektor apabila seseorang mendapat latihan dalam bidang tersebut dan menamatkan pengajian tetapi tidak ada peluang pekerjaan di negeri Johor dan terpaksa berhijrah ke Singapura ataupun ke negeri-negeri yang lain. Yang Berhormat Speaker, dalam bajet ini juga kalau kita lihat tidak ada perhatian khusus diberikan tentang isu kebanjiran pekerja asing dan isu terlalu ramai pekerja ataupun pendatang asing di negeri Johor. Kerajaan sebelum ini, iaitu kerajaan Barisan Nasional sebenarnya telah menubuhkan satu task force pekerja asing yang dipengerusikan oleh Yang Amat Menteri Besar sendiri dan saya ingin tahu adakah task force itu masih lagi berperanan dan adakah Yang Amat Menteri Besar sendiri yang mempengerusikan task force tersebut dan apakah peranan dan tanggungjawab tersebut pada hari ini? Kerana sedikit pun tidak menyentuh mengenai isu pekerja asing dalam bajet ini, dan apakah inisiatif dan usaha yang akan diambil untuk memastikan Johor dapat mengurangkan kebanjiran pekerja asing dan kebergantungan kepada pekerja asing. Kerana kalau kita lihat pada bajet 2019, kerajaan sebenarnya tidak, bukan sahaja membangkitkan isu ini, tetapi sebelum ini kerajaan Barisan Nasional pernah menjalankan kajian keperluan pekerja asing di negeri Johor dan kajian itu juga sudah ada di Unit Swadaya Insan dan sekiranya ianya diperhalusi oleh kerajaan yang pada hari ini, saya percaya banyak isu-isu yang berkaitan dengan pekerja asing akan dapat diselesaikan. Seperkara lagi yang berkaitan modal insan ialah Bajet 2009 menampakkan bahawa aspek modal insan hanya ditangani secara celam-celum tanpa memikirkan secara holistik pendekatan dan pelan tindakan di dalam membangunkan modal insan di Johor. Apa yang sebenarnya telah terjadi kepada pelan rasionalisasi buruh yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan adakah panduan holistik dalam memastikan kerajaan membantu bangsa Johor dalam mendapatkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi akan diberi fokus oleh kerajaan pada hari ini. Kalau kita lihat setiap kajian telah pun dilaksanakan sebelum ini. Jadi, kajian ini janganlah kita lihat dalam konteks politik sahaja, walaupun kajian ini dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu, tetapi ianya adalah milik kerajaan Johor. Jadi, kerajaan yang sebenarnya yang mewarisi tampuk kepimpinan boleh menggunakan kajian-kajian ini untuk membuat dasar-dasar baru berkaitan dengan sumber manusia dan juga pembangunan modal insan di negeri Johor. Yang Berhormat Speaker, saya ingin ucap terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana saya percaya, seolah-olah masyarakat India telah pun dikecewakan. Kerana dalam bajet yang dibentangkan pada kali ini, peruntukan yang diberi hanyalah RM3 juta. Dan ada wakil-wakil rakyat di sebelah sana mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana prihatin untuk memberi peruntukan kepada masyarakat kaum Cina, kaum Tionghoa dan juga masyarakat India. Saya ingin mengingatkan semula pada tahun 2016 kita diberikan peruntukan RM4 juta oleh kerajaan Barisan Nasional. Pada tahun 2017, peruntukan sebanyak RM6 juta untuk masyarakat India oleh kerajaan Barisan Nasional. Pada tahun 2018 pembentangan bajet, bajet sebanyak RM8 juta telah pun diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk masyarakat India (Dewan bertepuk). Tetapi kali ini hampa. Mana perginya RM5 juta lagi? Sudah dikurangkan RM5 juta. Kalau dulu, untuk pembangunan usahawan RM2.5 juta, untuk kebajikan RM2.5 juta, untuk pendidikan RM1.5 juta, pembangunan sekolah Tamil RM1.5 juta, tetapi kali ini untuk keusahawanan hanyalah RM500,000.00, kebajikan RM1 juta dan pembangunan sekolah Tamil RM1.5 juta sahaja. Jadi ini bukanlah sesuatu yang harus digembirakan dan dibanggakan. Masyarakat India telah menyokong kerajaan Pakatan Harapan, dengan harapan bahawa pembelaan yang sewajarnya akan diberikan kepada masyarakat India ketika kempen pilihan raya, calon-calon Pakatan Harapan bukan main syok berjumpa dengan masyarakat India, memberi janji yang macam-macam janji. Sampai bila ada program-program naik pentas menari mengikut rentak lagu Tamil masyarakat India (Dewan bertepuk). Panggil diri mereka Sivaji The Boss kononnya. Tetapi pada hari ini secara realitinya kenapa peruntukan masyarakat India telah pun dikurangkan dengan begitu mendadak sekali? Sepatutnya melebih daripada yang diberi oleh Barisan Nasional. Tetapi hanyalah diberi RM8 juta daripada RM8 juta turun kepada RM5 juta. Jadi, apakah inisiatif ataupun usaha yang akan diambil untuk memperkasakan masyarakat India? Jadi jelas menunjukkan masyarakat India tertipu oleh kerajaan Pakatan Harapan (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin maklumkan di sini, selain RM8 juta, RM1.5 juta lagi diberikan untuk tabung latihan kemahiran masyarakat India. Satu lagi RM1.5 juta, maknanya keseluruhannya RM9.5 juta. Tetapi pada pembentangan bajet kali ini, apa yang diberikan dalam tabung latihan kemahiran hanyalah RM700,000.00 sahaja. Dulu untuk tabung latihan kemahiran, kerajaan Barisan Nasional Bajet 2018 diperuntukkan RM5 juta, RM1.5 juta untuk belia India, RM2 juta

Page 86: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 86

untuk awam, RM1.5 juta lagi untuk belia FELDA. Tetapi dalam Bajet 2019 Pakatan Harapan, perkataan FELDA jarang sekali kita dengar di dalam bajet ini (Dewan bertepuk). Sedikit pun tidak ada untuk pembelaan untuk warga-warga FELDA. Jadi mana pergi? Apakah yang akan dilakukan untuk memperkasakan golongan belia dalam masyarakat kita? Masyarakat India dipinggirkan, warga FELDA pun dipinggirkan. Adakah kerana warga FELDA tidak menyokong atau pun kebanyakan Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional menang di kawasan FELDA, maka FELDA dipinggirkan dalam Bajet 2019 ini. Kalau FELDA dipinggirkan, kenapa pula masyarakat India dipinggirkan? Sedangkan masyarakat India menyokong Pakatan Harapan. Ramai wakil-wakil rakyat menang di sini kerana sokongan masyarakat India. Jadi, masyarakat India harus diberi pembelaan yang sewajarnya. Begitu juga dengan peluang-peluang pekerjaan dalam Bajet 2018, telah pun dinyatakan setiap PBT akan memberi peluang, 5 peluang pekerjaan kepada masyarakat India, 16 PBT kali 5, 80 peluang pekerjaan kepada masyarakat India. Jelas menunjukkan 80 keluarga India akan mendapat pendapatan, tetapi dalam bajet ini sedikit pun tidak menyatakan mengenai peluang pekerjaan kepada masyarakat India. Jadi, apakah pembelaan yang akan diberikan kepada masyarakat India? Jangan hanya beri janji-janji ketika pilihan raya, itu tidak mencukupi. Jangan hanya memberi kenyataan-kenyataan di peringkat nasional sahaja, itu tidak mencukupi. Saya sebenarnya bersimpati dengan rakan saya, EXCO yang menjaga hal ehwal masyarakat India ini, kerana saya tahu bukan mudah untuk menjadi seorang EXCO untuk menjaga keseluruhan masyarakat India di negeri Johor. Bukan mudah. Saya bukan mengkritik dia pada hari ini, tetapi dasar kerajaan pada hari ini. Kerana saya pernah berada di tempat tersebut, bukan mudah. Tetapi kerana kerajaan Barisan Nasional prihatin, mendengar, mendengar apa yang diinginkan oleh masyarakat India, (Dewan bertepuk) kerajaan Barisan Nasional memberikan peruntukan-peruntukan untuk menaik taraf, untuk program-program intervensi, untuk program-program, untuk memastikan masyarakat India juga tidak ketinggalan dibandingkan dengan kaum-kaum lain di negeri Johor ini. Jadi perkara-perkara ini harus diambil kira, saya juga mencadangkan kerajaan baru sekiranya Barisan Nasional masih lagi berkuasa, satu lagi inisiatif yang akan kita laksanakan ialah penubuhan Unit Hal Ehwal Khas Masyarakat India di negeri Johor. Kita hampir-hampir mencapai realitinya. Unit Hal Ehwal Khas Masyarakat India menerusi unit ini, ia akan memudahkan sebagai One Stop Center untuk menyelesaikan semua isu-isu masyarakat India. Dari segi peruntukan, dari segi pegawai-pegawai, dari segi isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat India, hak milik tanah, hak milik kuil dan sebagainya. Menerusi unit ini, banyak perkara-perkara yang dapat diselesaikan. Jadi saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melihat balik kepada satu unit ditubuhkan di bawah Pejabat Menteri Besar, Unit Hal Ehwal Khas Masyarakat India yang boleh di ketuai oleh EXCO yang menjaga masyarakat India sebenarnya. Yang Berhormat Speaker, YB Timbalan Speaker : YB Kahang, sila gulung. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Cepatnya. Ok Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu kawasan saya sedangkan masa tidak mengizinkan, pertama sekali ialah rumah generasi kedua FELDA di kawasan Kahang, 550 unit rumah telah pun dilancarkan dan juga pemiliknya juga telah pun dikenal pasti, lepas itu sampai pula pilihan raya, projeknya tidak berjalan sehingga hari ini. Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan kerajaan yang prihatin, yang menjaga kepentingan semua masyarakat, dan juga sekiranya agenda perumahan agenda yang penting, yang akan diberi fokus oleh kerajaan, maknanya perumahan, isu-isu perumahan seperti ini mesti diselesaikan. Isu perumahan generasi kedua FELDA, mesti diselesaikan begitu juga dengan status pembinaan rumah di FELCRA Sungai Sepuluh kawasan Paloh, mesti diselesaikan pembinaan perumahan di CEP Niyur Paloh, di mana tapak telah pun, pecah tanah telah disempurnakan, mesti disempurnakan, begitu juga dengan status bekalan air bersih kampung Orang Asli Air Pasir dan Sungai Peroh, mesti diselesaikan status bekalan elektrik di kampung Orang Asli Berasau walaupun sudah ke peringkat terakhir, selepas pilihan raya belum ada maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan. Saya harap, ia juga akan diselesaikan pemasangan lampu jalan di persimpangan jalan masuk FELDA Ulu Pengeli, FELDA Bukit Tongkat, FELDA Ulu Belitong dan juga jalan ke Renggam. Kalau boleh minta ditambah, begitu juga dengan melebarkan jalan di hadapan FELDA Kahang Barat, dan juga saya ingin tahu status permohonan TOL di Kampung Haji Jaafar, Paloh yang masih lagi belum ada maklum balas, status tapak Kampung Seri Lukut di Kahang, masih lagi belum ada maklum balas, begitu juga dengan isu dewan terbuka masyarakat India di Taman Seri Kota Paloh, di mana kerajaan negeri sebelum pilihan raya telah memberikan peruntukan sebanyak RM150,000. Ahli Parlimen Sembrong, telah memberi peruntukan RM100,000, Majlis Perbandaran Kluang memberi peruntukan RM50,000 dan lebih kurang 80% pembinaan dewan telah pun disiapkan, tetapi selepas pilihan raya, belum ada lagi apa-apa tindakan diambil. Jadi, saya harap dewan itu dapat diselesaikan

Page 87: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 87

dan diserahkan kepada satu NGO India kerana dewan ini dibina khas atas permintaan masyarakat India di kawasan Paloh. Begitu juga dengan hak milik. Permohonan hak milik tanah Kuil Sri Mahamariman, Jementah. Di mana Borang 5A telah pun dikeluarkan pada tahun 2014, dan premium pun telah dibayar pada tahun 2014, tetapi sehingga hari ini, belum ada lagi hak milik yang diserahkan kepada pihak kuil. Dan juga status kuil Sri Mahariaman Taman Sri Lambak, Kluang. Kerana tapak telah pun dikenal pasti, dan selepas pilihan raya belum ada tindakan-tindakan susulan, saya harap begitu juga akan diselesaikan... YB Timbalan Speaker : YB Kahang. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : akan diselesaikan. Dan akhir sekali saya juga berharap supaya... YB Timbalan Speaker : Dah tamat. Masa sudah tamat. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Speaker, jabatan-jabatan yang kritikal di peringkat kerajaan negeri, seperti UPEN dan juga SUK adakah mempunyai tenaga kerja yang mencukupi? Kerana unit-unit ini memerlukan, memang lambakan kerja yang begitu banyak kepada unit-unit ini. Jadi kita kena pastikan, kerajaan negeri kena pastikan selain daripada penjenamaan semula buat rebranding, buat cut and paste, nak buat apa-apa pun, pastikan supaya unit-unit ini mempunyai tenaga kerja yang mencukupi, supaya kerja yang diberikan kepada unit ini dapat berjalan dengan benar, betul dan juga licin. Dan akhir sekali, saya juga ingin nak tahu banyak sangat titik sentuhan dalam bajet ini... YB Timbalan Speaker : YB masa sudah tak ada. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : 200 lebih titik fokus, jadi unit mana yang akan memantau setiap titik fokus ini untuk memastikan apa yang telah pun dinyatakan dalam bajet ini akan terjemahkan dalam bentuk program dan aktiviti supaya impak bajet ini akan sampai ke rakyat di peringkat akar umbi. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk). YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada YB Kahang. Seterusnya saya menjemput YB Senggarang. YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, bersempena dengan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada 22 November lalu, patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan siha rakyat dengan adil dan saksama, mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor akan terus maju, moden dan progresif dengan rakyat bangsa Johor yang bersatu padu. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin melahirkan rasa positif terhadap Belanjawan Negeri Johor 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian pada 29 November 2018 yang lalu. Selain daripada itu, pencapaian kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang berjaya menyelesaikan hutang terhadap kerajaan persekutuan perlu dipuji. Ia adalah salah satu petanda aras yang baik setelah lebih 180 hari memerintah negeri ini. Namun, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu diperhalusi oleh pihak kerajaan agar pentadbiran ini dapat berjalan dengan lebih lancar lagi pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam menangani pelbagai masalah sosial masyarakat, kita juga perlu melihat berkenaan dengan struktur alam sekitar. Dalam pemantauan serta penelitian saya, adalah menjadi faktor penting untuk dipertimbangkan soal alam sekitar yang kian dimamah dengan kerakusan di negeri ini. Perlombongan, pecah batu, tahap kesedaran, pembalakan, pelupusan ekosistem alam, pencemaran air mentah dan banjir yang berlaku adalah faktor utama perkara ini penting untuk dinilai semula. Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan 2019 Negeri Johor yang dibentangkan, tidak secara spesifik menitik soal yang disebutkan. Terdapat perlombongan haram yang berjaya dikesan oleh

Page 88: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 88

pihak kami dan ia selain mencemarkan alam sekitar sehingga merubah ekosistem alam, terdapat juga kerugian di pihak kerajaan kerana operasi yang mereka lakukan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya ia beroperasi secara haram, maka hasil yang mampan tidak akan diperolehi oleh pihak kerajaan dari segi sewaan dan pembayaran hasil bumi kepada pihak kerajaan. Malah sekiranya berlaku sebarang permasalahan seperti bencana alam dan sebaliknya pihak kerajaan yang terpaksa menanggung kos kerugian tersebut. Faktor ini penting untuk pihak kerajaan mengadakan penilaian, untuk mewujudkan suatu task force yang memantau akan perkara ini tanpa sebarang kompromi jalan belakang. Yang Berhormat Puan Speaker, saya turut mencadangkan untuk menambahkan lagi kakitangan seperti mana yang saya nyatakan di penggal yang lalu, menambahkan lagi kakitangan penguat kuasa yang akan memantau sebarang kegiatan perlombongan ini atau apa-apa faktor yang merosakkan alam sekitar. Setakat ini, menurut rekod saya yang saya baca hanya seramai bawah 100 orang lebih, 100 orang penguat kuasa sahaja untuk seluruh negeri Johor. Ini tidak mampu untuk memberikan impak pemantauan yang baik sedangkan untuk kuari batu sahaja di Johor terdapat 110 kuari yang dikesan. Belum lagi kuari-kuari yang lain. Perkara ini jelas di lihat tempang dan perlu diperbaiki dalam kadar yang segera. Yang Berhormat Puan Speaker, pemuliharaan alam sekitar ini boleh diselenggarakan dengan mendesak pihak pelombong untuk membayar sebarang ganti rugi di atas perlanggaran prosedur yang berlaku. Pemuliharaan alam sekitar juga perlu dilakukan. Yang Berhormat Puan Speaker, hari ini kita telah mendengar beberapa isu berkenaan dengan tahap kualiti air yang sememangnya kronik ibarat kata salah seorang nelayan untuk mengetahui tahap kualiti air mentah, pandanglah kepada hasil nelayan. Memang perkara itu telah menjadi jelas apabila terdapat penyusutan hasil nelayan sungai atau air tawar yang hari ini mulai mengeluh akibat kualiti air yang teruk. Sebelum ini saya telah mencadangkan agar pihak kerajaan memikirkan untuk mendapatkan air mentah dengan mencari sumber tersebut di kawasan-kawasan yang ditentukan melalui mata air, air bawah tanah seperti yang dilakukan di negara maju seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah namun masih tidak ada sebarang jawapan. Hari ini, Simpang Renggam, Kota Tinggi, Pengerang, Johor Bahru, Pasir Gudang dan beberapa daerah di negeri ini yang mengalami permasalahan terputus air sehingga mengakibatkan kerugian kepada peniaga serta pengusaha yang memerlukan air sebagai sumber utama mereka. Yang Berhormat Puan Speaker, tahap kualiti air ini sangat penting kerana dalam kajian kami kos untuk penyelenggaraan air akan meningkat kerana pemprosesannya akan meningkat kepada dua hingga tiga kali ganda. Selain itu, kandungan ammonia juga adalah peranan penting yang membuatkan operasi pemprosesan air itu tidak dapat dijalankan. Maklum kita tahu harga air di Johor direkodkan sebagai antara yang tertinggi di negara. Ini bukanlah disebabkan kesusahan untuk mencari sumber air tetapi ia disebabkan kos operasi yang terpaksa dilakukan itu memakan kos yang terlalu tinggi. Perkara itu menjadi bualan orang awam atau rakyat di negeri ini yang mempertikaikan soal kos berkenaan yang dikenakan kepada mereka. Yang Berhormat Puan Speaker, saya mencadangkan agar penilaian semula berkenaan belanjawan terhadap kualiti air ini perlu diadakan. Perbincangan, kajian, penelitian dan pelaksanaan bolehlah dilakukan sebelum ia merebak dari kronik kepada parah, kepupusan air mentah yang bersih. Yang Berhormat Puan Speaker, selain memikirkan tentang pendidikan akhlak, taraf kehidupan sosial juga perlu dipertambah tingkatkan. Di sini saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini untuk memikirkan soal nasib nelayan sungai mahupun laut. Dalam tinjauan yang saya amati, terdapat nelayan yang masih lagi tidak mampu untuk menyara hidup mereka. Ada di antara mereka yang tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah. Selain itu, terdapat nelayan yang terpaksa mengambil minyak bersubsidi jauh dari tempat atau jeti mereka. Bagi para nelayan, hal itu amat menyusahkan mereka dan dari kiraan mereka lebih beruntung mereka untuk mengambil minyak dari stesen yang berdekatan dari mengambil stesen lantikan bersubsidi. Ini menjadi suatu perkara yang perlu diambil berat oleh pihak kerajaan untuk merombak semula perkara ini agar minyak bersubsidi berkenaan dapat sampai kepada pihak nelayan. Dalam pada masa yang sama, infrastruktur seperti jeti yang usang dan bengkel servis enjin bot yang tidak dibina adalah menjadi suatu kepentingan bagi nelayan. Dalam hal yang berbangkit lain, pihak kerajaan boleh memikirkan untuk mempertingkatkan serta mengkaji berkenaan dengan tukun tiruan yang sudah tidak lagi berfungsi dengan baik hari ini. Belanjawan ini perlu memikirkan berkenaan dengan perkara tersebut agar belanjawan ini menyeluruh serta dapat dirasai oleh semua rakyat.

Page 89: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 89

Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan 2019 telah menggariskan beberapa faktor tentang pembangunan berkenaan hasil tanaman petani. Namun, kerajaan juga perlu penelitian yang lebih khusus terhadap permasalahan yang dialami petani. Permasalahan seperti tambatan banjir yang merosakkan tanaman juga menjadi isu utama bagi petani. Selain itu, makhluk perosak seperti hidupan liar juga memainkan peranan penting untuk dinilai oleh pihak kerajaan. Sesi dialog yang diadakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Sungai Ayam, Batu Pahat, luahan dari petani adalah lambakan hasil buah kelapa yang tidak terjual. Hal ini kerana pengeluaran AP yang tidak terbendung telah membuatkan lambakan buah kelapa dari luar negara seperti Indonesia dan Thailand selain negara sekitar lain yang harganya jauh lebih murah dari kelapa tempatan yang telah menjadi permasalahan yang membebankan petani. Yang Berhormat Puan Speaker, di Dewan yang mulia, semakan terhadap Skim Johor Barat juga perlu diteliti semula. Skim ini telah berlangsung lebih daripada 30 tahun dan telah dikesan saluran parit serta sungai yang dibina hari ini telah tidak mampu menampung keadaan di sekitar kawasan petani yang bercucuk tanam dalam Skim Johor Barat tersebut. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan negeri mempertimbangkan Belanjawan 2019 untuk membantu golongan petani yang mengalami masalah seperti di atas. Yang Berhormat Puan Speaker, kita akui hari ini, negara ingin memacu ke arah negara maju selari dengan kehendak global dalam soal IT dan AI, dengan izin, artificial intelligent melalui industri Revolution 4.0, namun dalam ke arah itu kita dapati terdapat kawasan-kawasan pedalaman yang masih lagi terputus hubungan dengan dunia di sebelah bandar. Peningkatan seperti taraf infrastruktur seperti perkhidmatan liputan Internet perlu diambil kira. Kawasan-kawasan pedalaman di Johor seperti yang kita akui masih ada lagi tidak mempunyai liputan Internet yang baik. Capaian Internet ini penting kerana kita telah menghala kepada sistem maklumat membangun yang paper less seperti yang dilakukan negara maju, Eropah dan beberapa negara Asia maju yang lain. Saya juga mencadangkan agar pembangunan ini dibuat secara keperluan di kawasan pedalaman berkenaan terlebih dahulu. Selain itu, taraf kehidupan masyarakat Orang Asli perlu diambil berat oleh pihak kerajaan. Ia melibatkan kawasan-kawasan pemburuan mereka yang menjadi hasil pendapatan mereka selama ini. Selain itu, semakan terhadap pembangunan di sekitar sungai dan laut tempat pencarian hasil mereka perlu dititikberatkan. Contohnya, apa akan jadi pada Orang Asli Sungai Sayong Pinang yang kini berhadapan dengan permasalahan mendapatkan hasil tangkapan mereka yang jauh jatuh kerana pencemaran sungai. Selain itu, Orang Asli di sekitar Johor Bahru juga turut berhadapan dengan permasalahan pembangunan yang menjejaskan serta merosakkan kediaman mereka selain mengganggu hasil pendapatan mereka seperti di Sungai Temun. Perkara ini sama turut berlaku di Sungai Pulai di mana terdapat Orang Asli yang mengadu berkenaan dengan tanah adat perkuburan mereka yang dibangunkan oleh pihak kerajaan sehingga membuatkan hari ini menjadi gelisah untuk mencari kawasan baharu bagi tanah adat mereka. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan perlu prihatin dalam menilai soal permasalahan golongan pedalaman dan Orang Asli terutamanya nasib pendidikan anak-anak mereka. Pembinaan akhlak serta pencapaian akademik perlu dipertingkatkan sehingga mencapai tahap yang berkualiti. Saya turut menyarankan agar segala kemahiran dari Orang Asli ini dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam silibus universiti Johor bagi dikomersialkan atau di naik taraf yang lebih jauh. Yang Berhormat Puan Speaker, pelancongan merupakan faktor penting bagi kerajaan negeri mendapatkan hasil. Di sini selain RM7.2 juta yang diperuntukkan kepada aktiviti pelancongan, saya juga turut menggalakkan agar pihak kerajaan untuk menubuhkan task force untuk mencari tempat-tempat baru yang lebih potensi. Seperti yang diketahui, negeri Johor mempunyai pelbagai tapak-tapak sejarah kerana bumi Johor ini pernah dicatatkan dalam sejarah sebuah kerajaan yang dikenali serta digeruni dunia suatu ketika dulu. Saya menyarankan agar task force berkenaan mengadakan hubungan dengan orang awam atau NGO yang mempunyai pengalaman, pengetahuan serta ilmu dalam bidang sejarah bagi mendapatkan maklumat. Dengan itu, tempat-tempat berkenaan dapat dimajukan dan dijaga untuk menarik perhatian pelancong ke negeri ini. Selain itu, dalam pemerhatian saya di Johor, terdapat beberapa unsur tarikan pelancong, seperti penemuan ikan yang satu-satunya dalam dunia yang dikenali dalam nama saintifiknya betta persephone yang ada di hutan Ayer Hitam Utara daerah Pagoh. Ikan ini ditemui oleh orang tempatan. Dan jika kita lihat di portal wikipedia kita akan temui maklumatnya yang mana ia mengesahkan bahawa ikan itu hanya ada di Pagoh, Johor. Inisiatif ini perlu diambil berat oleh sektor pelancongan supaya ia dapat menarik perhatian orang luar untuk berkunjung ke negeri ini. Di Afrika Selatan PERHILITAN mereka sentiasa menjaga kawasan

Page 90: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 90

safari dengan bertujuan untuk menarik perhatian pelancong. Bayangkan di negara yang kita ketahui tahap kemiskinan mereka pun masih memikirkan soal peri pentingnya penjagaan terhadap haiwan dan hidupan liar kerana mereka tahu ia mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada negara mereka. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam pada masa yang sama, soal kebudayaan perlu juga dipertingkatkan selain makanan yang kita ketahui sebelum ini telah dikuasai oleh negeri Pulau Pinang dan sejarah telah didahului oleh Melaka. Kebudayaan juga merupakan suatu tarikan dari pelancong. Setakat hari ini, masih tidak ada negeri yang memfokuskan kepada kebudayaan. Saya mencadangkan agar Johor menjadi hab kepada kebudayaan dengan memeriahkan seni budaya Melayu, Cina, India, Sikh, Orang Asli dan peribumi yang lain. Dari segi budaya Melayu pun kita lihat terdapat budaya yang banyak seperti zapin, keroncong, nobat, puisi, syair dan sebagainya. Pembabitan ini boleh dilakukan dengan gabungan di antara Jawatankuasa Budaya Dan Pelancongan serta pembabitan NGO seni budaya atau Dewan Bahasa dan Pustaka. YB Timbalan Speaker : YB Senggarang sila gulung. YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum saya menutup perbahasan saya pada petang ini, saya amat kagum dengan Yang Berhormat Benut yang ingin memulangkan elaunnya dan juga memulangkan pejabat Ketua Pembangkang. Saya rasa perjuangan itu perlu diteruskan dengan memulangkan RM50,000.00 yang ditawarkan oleh kerajaan kepada setiap ADUN Pembangkang. Itu betul-betul berjuang. (Dewan Bertepuk). Kena pulang semualah kan. Cadangan saya lah. Sebenarnya kita patut bersyukur kerana kerajaan dah berikan peruntukan itu kita terima lah dengan hati yang terbuka untuk kebaikan rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, tadi ada menyatakan bahawa zaman sekarang minyak tak turun katanya, tak turun, tetapi untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia, pada masa ini harga minyak stabil tak naik tak turun. Zaman sebelum ini, naik naik saja, naik naik saja. Sebab itu kita bersyukur, zaman Pakatan Harapan ini minyak kita stabil dan dalam keadaan yang lebih rendah daripada zaman kerajaan yang lama. Kita kena berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan. Yang Berhormat Puan Speaker, maka dengan itu saya berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan yang dilontarkan dalam perbahasan saya ini. Selain itu bagi menjimatkan belanja kerajaan negeri, saya mencadangkan buat kali terakhir dalam perbahasan ini, akan menggunakan sepenuhnya infrastruktur yang ada seperti dewan serba guna dan masyarakat untuk mengadakan pelbagai aktiviti termasuk mesyuarat di peringkat daerah ataupun di peringkat negeri. Pandangan saya, dalam masa sekarang ini, tidak perlu untuk mewujudkan pusat pentadbiran yang baru bagi daerah-daerah. Saranan saya pusat pentadbiran yang sedia ada itu seperti di Mersing perlu digunakan sepenuhnya atau selenggara dengan lebih baik. Bukan dengan membina pusat pentadbiran yang baru. Sekian, perbahasan saya pada petang ini, saya sudahi dengan wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada YB Senggarang. Saya ingin menarik perhatian dari Yang Berhormat dalam Dewan ini, semua YB diberi masa 20 minit untuk berbahas. Harap semua YB dapat menamat perbahasan dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya saya menjemput YB Mengkibol. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberi peluang untuk membahaskan Belanjawan Johor. Pertama-tamanya saya ingin memulakan dengan satu sajak Cina yang sudah seribu tahun. “Tertanya mengapa air sungai begitu jernih, sebabnya ada sumber air yang baru.” Maksudnya, kita selalu kena terbuka dengan cara yang baru, idea yang baru, teknologi yang baru dan kita haruslah perlu belajar dan kita memerlukan pembaharuan dalam institusi, cara kerja, mindset dan sebagainya. Salah satu contoh ialah, pertukaran kerajaan yang baru, sumber yang baru. Saya harap kerajaan baru ini boleh membawa idea yang baru. Cara yang baru malahan mungkin prosedur yang baru supaya membawa kebaikan kepada rakyat. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030, ke arah Johor sebagai negeri berprestasi tinggi, bangsa Johor bestari, teras strategi belanjawan Johor keenam iaitu, urus tadbir, cekap, berintegriti dan demokratik boleh dianggap sebagai tapak untuk segala teras yang lain. Sama juga especially dalam dunia korporat support for change, menyokong perubahan selalu menjadi satu KPI yang paling penting sekali. Usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memulakan kerja-

Page 91: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 91

kerja audit syarikat-syarikat kaitan kerajaan negeri, GLC adalah sangat memberangsangkan. GLC termasuk Johor Corp. yang mempunyai hutang setinggi RM2.6 bilion dan kos pinjaman tahunan sebanyak RM98.56 juta untuk membiayai penstrukturan. Kerajaan Johor memiliki banyak GLC. Salah satu ialah Johor Corp. Johor Corp. mempunyai anak syarikat sebanyak 322 buah syarikat. Selain daripada kerja-kerja audit kedudukan kewangan mereka, kita patut juga meningkatkan kualiti laporan kewangan agar laporan-laporan yang dibuat berintegriti. Ingin saya cadangkan bahawa semua syarikat GLC haruslah mematuhi IFRS, International Financial Reporting Standard yang paling baru. Mengapa ini penting? Contohnya, kalau kerajaan persekutuan yang dahulu, kalau ikut IFRS yang paling baru, paling update, jadi hutang negara akan ditunjukkan sebagai hampir kepada RM1 trilion bukan lagi RM686.6 bilion . ia akan terdedah bawah IFRS yang paling baru. Demi menolong usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar, memastikan prestasi GLC, saya juga menyeru supaya kerajaan mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa khas untuk audit pengurusan dan memantau prestasi GLC. Termasuk agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan anak syarikat supaya memberikan kuasa untuk audit operasi, prestasi dan pengurusan kewangan GLC negeri Johor. Sebagai contoh, jawatankuasa pilihan khas agensi badan berkanun dan anak syarikat atau JPABAS yang telah ditubuh di Selangor. Sejak pertukaran kerajaan negeri di tahun 2008, 10 tahun yang dahulu. Dan sebenarnya dalam manifesto Pakatan Harapan, manifesto yang ke 22 juga ingin menubuhkan satu jawatankuasa audit GLC di peringkat Parlimen. Kepada jabatan dan institusi kerajaan pula, saya rasa satu urus tadbir yang cekap dan berintegriti harus mempunyai jaminan taraf perkhidmatan iaitu service level assurance (SLA), dengan izin dan piagam pelanggan mereka. Contohnya, jika permohonan subsidi baja petani ditetapkan pada 7 hari, maka, selepas 7 hari petani itu mesti mendapat jawapan. Kalau tidak lengkap dari segi dokumen dia, ia harus juga diluluskan atau ditolak, diluluskan terdahulu secara bersyarat dan dokumen boleh dikemukakan kemudian. Kita mesti ikut satu service level yang kita jaminkan. Piagam pelanggan, banyak agensi kerajaan ada piagam pelanggan tersendiri untuk pelbagai permohonan. Ini mestilah diukur bagi memastikan kita boleh meningkatkan keberkesanan kakitangan kerajaan. Ini juga akan membina semula keyakinan rakyat kepada kerajaan. Kami selalu menerima aduan bahawa permohonan dia walaupun sudah sampai tempoh dia, tetapi tidak dapat keputusan. Bukan sahaja rakyat biasa, sebagai seorang ADUN yang merupakan sebahagian kepada kerajaan negeri, kita juga selalu menghadapi masalah keberkesanan. Contohnya, ADUN diberikan peruntukan kerja-kerja kecil dan bekalan tahun 2018 yang telah kita senaraikan di bulan Julai. Waran juga diperturunkan pada 17 hari bulan September dari Pejabat MB, tetapi setakat akhir bulan November bagi kawasan saya hanya 5 daripada 27 projek kecil telah dikeluarkan, ataupun 18.5% dikeluarkan oleh Pejabat Daerah. Ini juga berlaku kepada ADUN yang lain. Kita rasa permohonan sampai kelulusan, pelantikan dan perjalanan kontrak ini melibatkan terlalu banyak pihak dari segi korporat maksudnya ini satu kos transaksi yang terlalu tinggi. Contohnya, bekalan peralatan kecemasan CPR untuk St. John Ambulance yang saya luluskan bulan Julai, masih tidak dikeluarkan selepas 4 bulan, bukan 4 minggu, 4 bulan. Waran dari Yang Berhormat EXCO Liow Cai Tung bertarikh 19 hari bulan September, sudah 2 bulan setengah masih belum dibayar. Pejabat Daerah atau Pegawai Daerah di bawah Menteri Besar maka ketidakberkesanan pegawai daerah atau pejabat dia akan menjejas imej pejabat Menteri Besar. Setiap ADUN Pakatan Harapan diberikan RM50,000.00 untuk aktiviti tapi sampai hari ini sudah bulan 12. Saya sudah mendahulukan lebih kurang RM40,000.00 dari poket saya sendiri untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti tapi peruntukan RM50,000.00 ini masih belum diperturunkan. Jelasnya prosedur mestilah diringkaskan atau kita akan hilang keyakinan rakyat. Tapi, siapa yang menggubal prosedur ini? Prosedur ini digubal pada zaman pentadbiran dahulu. Sebelah sana, maka saya minta supaya Pegawai Kewangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri boleh mengkaji semula, mengkaji bagaimana kita boleh meringkaskan prosedur yang digubalkan di sebelah sana. Kita mesti meringkaskan prosedur, kita mesti mengurangkan kos transaksi. Satu peruntukan, katakan RM5,000 office manager, saya, pembantu saya sudah pergi pejabat daerah tiga sampai lima kali. Satu peruntukan melibatkan lapan sampai sepuluh orang, yang sepatutnya mungkin cuma dua orang boleh selesai. Maksudnya, transaksi kos yang terlalu tinggi. Jadi prosedur yang lama, haruslah dikaji semula dan saya cadangkan kita boleh tukarkan kepada sumbangan terus dalam bentuk cash seperti dipraktikkan di Parlimen, peringkat persekutuan. Dan saya juga menyaran supaya semua jabatan dan agensi kerajaan tidak mempunyai sindrom penafian atau denial syndrome. Contohnya pada persidangan pada lapan, saya ada tanya satu

Page 92: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 92

soalan mengenai sumbangan PIBG paksaan yang saya terima banyak aduan. Tetapi malangnya jawapan yang saya terima daripada Jabatan Pendidikan adalah perkara ini tidak wujud. Kalau kita selalu menafikan perkara atau masalah yang wujud, ini memang senang sekali, polis boleh kata langsung tidak ada jenayah. Kita pun tidak payah menubuhkan jawatankuasa banjir, kita boleh kata banjir tidak wujud. Adakah masalah boleh selesai dengan sikap penafian? Tidak. Urus tadbir kerajaan yang cekap dan berintegriti. Menurut laporan belanjawan, sebanyak RM13.7 juta geran keseimbangan negeri telah digunakan termasuk untuk menyelesaikan aduan awam. Tanggungan ini boleh diminimumkan sekiranya kita boleh menubuhkan atau mempunyai Biro Nasihat Rakyat dengan izin, Citizen Advise Bureau (CAB). CAB telah lama wujud di United Kingdom. Ia sebenarnya adalah satu panel profesional, sukarelawan yang operasinya dibiayai oleh kerajaan. Dan ia berkesan untuk membantu kerajaan dan menyelesaikan aduan-aduan awam. Termasuk aduan kepada, terhadap agensi-agensi kerajaan. Bagi makluman Dewan yang mulia ini, Pusat Khidmat Pakatan Harapan di kawasan saya, bersama Ahli Parlimen dan seorang ADUN, kita terima beribu-ribu aduan dan pertanyaan dalam enam bulan yang lepas. Ini menunjukkan ketidakberkesanan agensi-agensi yang berkenaan. Dan untuk menjadi sebuah kerajaan yang demokratik, Open Government Data yang dilaungkan dalam manifesto Pakatan Harapan sangatlah penting. Negeri Pulau Pinang, negeri Selangor telah berjaya menggubal undang-undangnya. Iaitu Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 dan Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2011. Freedom of Information Enactment. Demi menghormati hak mendapat maklumat rakyat dan kebebasan mereka untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting kita terbuka untuk pengawasan rakyat, scrutiny rakyat untuk mengelakkan operasi kotak hitam. Menurut Titik Fokus 62, tahun 2020 akan menjadikan tahun melawat Johor. Titik Fokus 63 memperhebat promosi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Titik Fokus 64, menggalak dan memperbanyakkan penganjuran acara pelancongan. Titik Fokus 69, semuanya adalah untuk meningkatkan industri pelancongan. Realitinya, kesesakan di CIQ yang telah lama menjadi tradisi merupakan satu kekangan yang kita harus selesai. Sekiranya kita bertekad untuk menjayakan tahun melawat Johor, dengan ini saya menyarankan kerajaan negeri dan kerajaan pusat agar mengkaji konsep CIQ tunggal atau pun satu bangunan dua check point. Yang ini, ini adalah begitu berjaya di Macau, di Hong Kong, yang telah dibuktikan begitu berkesan. Pemeriksaan dan keselamatan tidak akan terjejas, tetapi masa melepasi pemeriksaan kastam boleh disingkatkan. Dan cadangan ini sebenarnya juga dicadangkan pada bulan Februari di bawah projek Rapid Transit dan HSR. Walaupun projek HSR telah ditangguhkan tetapi cadangan ini masih boleh diteruskan dan dilaksanakan tanpa HSR sekiranya kita dapat kerjasama dari pihak Singapore. Untuk menarik ketibaan pelancong transit dan pelancong yang melancong ke negera jiran seperti Singapore dan Indonesia, kita juga boleh mempertimbangkan melancarkan transit visa. Boleh menjadi 72 sampai 144 jam transit visa kepada pelancong yang memegang visa ke negara ketiga. Cara ini juga terbukti sangat berkesan di negara Eropah dan di China. Dan kedua kita juga boleh mengkaji, mengizinkan pelancong masuk ke Malaysia tanpa visa, pengecualian visa sekiranya mereka mempunyai visa ke Singapore. Di mana Singapore telah memeriksa pelancong asingnya dengan begitu ketat sekali, dan kalau kita nampak statistik ketibaan pelancong asing ke Singapore adalah seramai 17 juta pada tahun 2017. Dan sebahagian besarnya adalah dengan cara pelancongan free and easy. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, sila gulung. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Pelancong asing tiba Singapore pasti akan tertarik dengan Johor. Kalau 1% daripada 17 million iaitu 170,000 pelancong datang dan berbelanja RM1,000 di Johor atau di Malaysia, GDP Johor dapat dipertingkatkan sebanyak 0.15%. Polisi sebegini juga dibuktikan begitu berkesan di Ireland, di mana pelancong yang memegang visa United Kingdom boleh dibenarkan masuk ke Ireland tanpa visa. Dan juga mungkin boleh mempertimbangkan visa sewaktu tiba, visa on arrival dan juga berkesan di negara Thai. Titik Fokus 52, 95, 96 dan Titik Fokus 102. Sebenarnya dalam lawatan ke Singapore pada 12 November, Tun Dr. Mahathir menyarankan kepada rakyat Malaysia balik membina negara, walaupun tidak fasih Bahasa Malaysia, Tun berkata bahawa kerajaan PH akan memastikan diaspora Malaysia berasa dialu-alukan apabila mereka kembali ke tanah air. Saranan ini haruslah diikuti dengan pelaksanaan polisi-polisi yang berkesan. Negeri Johor boleh menjadi negeri contoh sekiranya terdapat polisi menggalakkan kembalinya rakyat Malaysia di seluruh dunia. Pembangunan Smart City, ekonomi mampan, high value high technology, semua ini hanya akan berjaya dengan sumber tenaga mahir dan pakar. Titik Fokus 95, Invest Johor. Bagaimanakah free zone di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) boleh diintegrasikan ke dalam rancangan invest Johor ataupun diperluaskan untuk menarik agensi yang berada di Singapore. Kalau sudah tidak ada tempat kosong di Tanjung Pelepas, boleh datang ke Kluang.

Page 93: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 93

Titik Fokus 107, Bas Muafakat Johor. Perkhidmatan bas Simpang Renggam ke Renggam haruslah dilanjutkan ke bandar Kluang kerana terdapat beratus-ratus pelajar Simpang Renggam dan Renggam belajar di sekolah di Kluang. Mengapa ini hanya di Simpang Renggam ke Simpang tidak ke Kluang? Ini cuma isu mileage. Bas sudah ada, saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan supaya bas ini boleh dilanjutkan ke Kluang. YB Timbalan Speaker : Mengkibol, masa sudah tamat. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Boleh tambah masa? Titik Fokus... YB Timbalan Speaker : Satu minit lagi ya, satu minit. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Titik Fokus 59, Pembangunan di kawasan tengah dan timur negeri Johor. Sebagai ADUN Mengkibol kami telah melancarkan satu inisiatif strategi Lembaran Johor Tengah. Kita telah mengadakan pelancaran, kita mengadakan rombongan media, blogger dari KL, Selangor dan kita juga mengadakan satu exhibition Jejak Sejarah yang kita jemput Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee untuk merasmikan pameran ini. Dan platform ini telah berjaya meningkatkan ketibaan pelancong sejak pelancarannya. YB Timbalan Speaker : Mengkibol, dah masa sudah tidak ada. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Dan saya harap ini boleh membawa nadi ekonomi yang baru kepada negeri Johor, Kluang dan membawa peluang pekerjaan, peluang ekonomi yang berkualiti. Sekian terima kasih Puan Speaker. Dengan ini, dengan sukacitanya saya menyokong cadangan Belanjawan Johor 2019. Terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada YB Mengkibol. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 3.45 petang ini. Rehat, waktu rehat. Dewan ditangguhkan pada jam 3.30 petang. Dewan disambung pada jam 3.45 petang. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan disambung semula. Seterusnya saya menjemput YB Bukit Pasir. YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) : (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, di awal perbahasan ini izinkan saya bagi ucapan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, patik merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena ulang tahun hari keputeraan Tuanku yang ke 60. Patik turut memanjatkan doa semoga Allah memberi kurnia kepada tuanku agar umur yang panjang, dilimpahi kegemilangan dalam pemerintahan yang berjalan seiring bersama keharmonian rakyat sejagat. Ucapan tahniah juga saya panjatkan dan selamat juga saya panjangkan kepada Menteri Besar, Dato’ Osman Sapian, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani atas kurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Johor serta 62 penerima darjah kebesaran dan pingat kurniaan daripada Baginda Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Sempena Istiadat Sambutan Hari Keputeraan ke-60 Baginda Tuanku baru-baru ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, DUN Bukit Pasir bangun untuk menyertai perbahasan atas usul mengenai Belanjawan Negeri Johor Darul Ta’zim 2019 yang telah dibentangkan. Pada prinsipnya, belanjawan merupakan perbelanjaan modal yakni capital expenditure yang sewajarnya membawa kepada peningkatan hasil keupayaan dan kecekapan proses pengeluaran bagi semua sektor ekonomi dan sosial negara ini. Bagi pihak rakyat dan pengundi-pengundi, belanjawan negeri seharusnya membuka ruang dan peluang baru untuk menambah pendapatan melalui aktiviti ekonomi serta meningkat kesejahteraan hidup di peringkat individu, keluarga mahupun masyarakat sepenuhnya. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Belanjawan Negeri mengenai peranggaran negeri Johor tahun 2019, sebanyak RM600 juta telah dianggarkan di dalam peruntukan pembangunan mengikut jawatankuasa-jawatankuasa. Manakala Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran,

Page 94: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 94

Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor mendapat 67.5% daripada jumlah anggaran peruntukan tersebut tahun 2019. Justeru, daripada peruntukan-peruntukan yang telah disusun atur di dalam belanjawan ini hendaklah dibuat bagi tujuan meningkatkan kebajikan, ekonomi, kesejahteraan rakyat. Hari ini ekonomi negara berkembang dengan pesat. Demikian juga dengan ekonomi negeri. Kepesatan pembangunan ekonomi seiring disertai dengan arus pemodenan. Ini memerlukan input ekonomi yang berkualiti terutama dalam bentuk sumber tenaga manusia yang berpelajaran, berkemahiran dan produktif. DUN Bukit Pasir ingin menarik perhatian kepada keadaan di kawasan DUN Bukit Pasir di mana wujudnya fenomena pemuda-pemuda Melayu khususnya yang terpisah dari arus pembangunan. Ini amat merugikan. Belia merupakan sumber kekuatan ekonomi. Kalau dilihat, mereka ini perlu dibimbing bagi memanfaatkan peluang-peluang ekonomi yang diwujudkan melalui pembangunan ekonomi negeri sama ada untuk menceburi bidang perniagaan, mengusahakan pertanian moden ataupun menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi. Dengan itu, mereka dapat menyertai arus pembangunan negeri dan memajukan diri mereka. Seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 17 Oktober 2018 oleh penulis Suhaila Shahrul Anuar, kadar kebolehpasaran graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) meningkat kepada 93% pada tahun lalu berbanding 80% pada tahun 2013, dengan gaji purata RM1,600.31 sebulan. Maka, dalam hubungan ini, belanjawan negeri haruslah memberi keutamaan dan perhatian kepada program Latihan Kemahiran Belia untuk melahirkan sumber tenaga kerja berkemahiran tinggi. Mereka perlu dibimbing untuk menceburi bidang perniagaan mahupun berkecimpung di dalam industri kecil dan sederhana. Selain itu, adalah penting belanjawan negeri dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi penyertaan golongan belia khususnya dan masyarakat setempat amnya. Belanjawan merupakan industri pengurusan untuk mewujudkan nilai ekonomi ke atas sumber-sumber kekayaan negeri seperti sumber alam mahupun sumber sosiobudaya yang boleh menghasilkan sesuatu aktiviti ekonomi. Di samping projek-projek pertanian dan industri, sumber sosiobudaya boleh juga menghasilkan produk-produk pelancongan budaya seperti penginapan di kampung dan desa, makanan tradisi dan pelancongan alam sekitar. Kalau dilihat di kawasan DUN Bukit Pasir, Bukit Kepong pun kita lihat budaya-budaya tradisi amat baik untuk diketengahkan. Ini memerlukan infrastruktur yang baik untuk memudahkan rakyat kita melakukan usaha niaga di samping memudahkan pelanggan untuk mendatangi sesuatu tempat itu. Infrastruktur bukan semata-mata jalan raya dan sebagainya, tetapi termasuk juga memudahkan proses pentadbiran dan perundangan apabila mereka perlu berurusan dengan pihak berkuasa. Saya lihat di sini, saya tengok daripada belanjawan yang baru dibentangkan, di dalam merangka Belanjawan Johor 2019, kerajaan negeri telah menggariskan 6 teras strategi bagi membantu pembangunan menyeluruh negeri. Saya suka ambil adalah salah satunya ialah teras ke-6, Urus Tadbir Cekap, Berintegriti dan Demokratik. Saya amat sedih dalam apa yang berlaku sekarang ini di kawasan DUN Bukit Pasir, benda ini tidak berlaku. Benda ini di sebaliknya. Di antara contoh yang terkini ialah saya membuat program untuk berkhatan untuk masyarakat tetapi Ketua Kampung yang dilantik seolah-olah dia lebih berkuasalah antaranya dia beri pada saya mesej, ‘Assalamualaikum. Program ini dah dapat keizinan Ketua Kampung berkenaan atau tidak?’ Jadi benda-benda seperti ini wujud dalam pentadbiran. Jadi, benda ini tidak sebenarnya. Seperti yang dicakapkan sebelum ini, Menteri Besar pun ada sebut, kita kena kerjasama demi rakyat. Daripada rakyat kita berkhidmat untuk rakyat. Jadi, benda ini tidak berlaku. Saya ibarat dianaktirikan di dalam mentadbir DUN Bukit Pasir. Seorang PAS di negeri Johor menghadapi tekanan yang begitu banyak tetapi saya akan bergerak demi rakyat, insya-Allah. (Dewan bertepuk). Mengikut Laporan Sosioekonomi 2017, Jabatan Perangkaan, Johor adalah antara beberapa negeri yang membuat sumbangan yang besar kepada KDNK negara. Ia memberi bayangan negeri Johor adalah pesat membangun. Tetapi kita masih duduk di bawah konsep mentadbir orang kata tidak bersama dengan pembangkang untuk kebaikan masyarakat, kebaikan rakyat. Jadi perlulah kepada pihak pemerintah tengok dari semua sudut itu dan macam saya di, saya nampak dari sudut budaya yang diwujudkan seolah-olah supaya pembangkang ini tak boleh ke tengah dan pembangkang disekat sebegini rupa untuk menenggelamkan pembangkang ini. Tetapi, kalau Allah berkata, Allah menyebut, ‘Allah boleh balikkan bila-bila masa aje kuasa pemerintahan’. (Dewan bertepuk). Jadi, kalau kita masih ambil budaya yang orang kata budaya yang tidak sihat akan berlakulah perpecahan di kalangan orang-orang Melayu, orang-orang Islam, orang-orang India, orang-orang Cina. Jadi,

Page 95: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 95

budaya ini budaya yang amat tidak sihat. Saya bukan orang politik, saya bukan orang apa, tapi saya telah diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat, saya berhak menerima apa yang pemerintah sepatutnya beri demi rakyat. Mengikut laporan itu, ekonomi Johor berkembang pada kadar 6.2% dalam tahun 2017. Hampir semua sektor ekonomi berkembang dengan baik. Ini meliputi aktiviti perkhidmatan, pembangunan dan pertanian. Satu yang menarik bagi ekonomi negeri Johor, sub sektor perdagangan borong dan runcit, komunikasi dan pengangkutan merupakan sumber pertumbuhan yang penting iaitu pada kadar 6.8% dalam tahun 2017. Jadi, kalau kita nak beritahu parti Barisan Nasional tak baik, rasanya dia baik jugalah. Ada kebaikan yang telah dibuat. (Dewan bertepuk). Apa yang ingin saya kaitkan di sini, sub sektor perniagaan borong dan runcit adalah mudah diceburi oleh semua orang termasuk mereka di pekan kecil mahupun di luar bandar. Oleh yang demikian, belanjawan negeri hendaklah peka dengan keadaan ini dan memanfaatkan dinamik ekonomi dalam sektor ini untuk faedah rakyat. Rakyat hendaklah digalakkan menceburi bidang perniagaan borong dan runcit kerana ia merupakan aktiviti ekonomi asas yang memenuhi keperluan hidup serta ia tidak susah untuk diceburi. Satu lagi faktor yang wajar diberi perhatian ialah pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di negeri ini, antaranya ialah Iskandar Puteri, RAPID di Pengerang dan hab universiti di Pagoh. Baru-baru ini, masa lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan akan didirikan lagi Universiti Muhammadiah daripada Indonesia kalau tak silap, dan bersyukur kepada Allah perkara ini harap-harap Allah memudahkan urusan, insya-Allah. Projek-projek ini perlu dimanfaatkan secara saksama di antara pelabur dan rakyat negeri Johor. Setiap peluang ekonomi dan perniagaan yang lahir daripada projek-projek tersebut hendaklah dibuka peluang atas dasar keutamaan kepada rakyat di negeri ini. Kerajaan negeri dengan ini perlu melatih, memandu dan menyiapkan rakyat dengan keupayaan-keupayaan tertentu bagi membolehkan mereka mengambil faedah dari pembangunan yang berlaku di sekitar mereka. DUN Bukit Pasir amat bersyukur kepada Allah SWT dengan hanya seorang sahaja wakil PAS, tetapi walaupun seorang di dalam Johor ini, tetapi orang kata orang gerun kepada PAS, saya pun tak faham. Sebabnya banyak halangan-halangan yang cuba disekat. Jadi, perkara-perkara ini tak sepatutnya berlaku dan saya berharapkan daripada pemerintah supaya kita bersama-sama bekerjasama demi Islam, demi membangunkan negara, demi membangunkan masyarakat Islam kita, kita tegakkan syiar Islam sebaik-baiknya untuk manfaat bersama, insya-Allah. Rakyat dari DUN Bukit Pasir amat menghargai, mengharapkan ini semua. Dengan yang demikian, saya rasa pendek saja waktu saya ni, YB Speaker, dengan yang demikian belanjawan negeri hendaklah meneliti semula industri-industri dalam sektor perniagaan yang disebutkan tadi demi untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wasalamulaikum warahmatullahi wabrakatuh dan salam sejahtera. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Bukit Naning, jemput. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Yang saya kasihi Yang Berhormat Puan Speaker, Yang berusaha barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan, MMK Negeri Johor, Yang berbahagia Ahli Undangan Negeri Johor, selamat petang dan salam sejahtera. Di kesempatan ini Bukit Naning ingin mengucapkan tahniah di atas ucapan Menteri Besar Johor dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang bertemakan “Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari” pada Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor yang kali ke-14 pada 29 November 2018 lepas. Bukit Naning bersyukur diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2019 Tahun 2018. Bukit Naning merasakan ini satu kejayaan di bawah kerajaan negeri Johor dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di bawah kerajaan Pakatan Harapan berjaya membentangkan Belanjawan 2019 setelah melaksanakan janji-janji manifesto sepuluh janji manifesto 100 hari atas slogan kata “Negeri Berprestasi Tinggi Bangsa Johor Bestari”. Ini agar terlaksana gerak kerja Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 yang dilancarkan pada 18 Ogos yang lepas. Moga lapan teras pelan ini tercapai dengan jayanya di bawah kerajaan Pakatan Harapan Negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam titik fokus ke-134 telah dinyatakan sejumlah RM 4.8 juta diperuntukkan projek pembinaan tangki air di Bukit Naning. Ini merupakan khabar gembira yang

Page 96: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 96

sangat baik bagi penduduk setempat. Boleh manfaatkan tangki air ini setelah dimaklumkan sekian lama dinantikan oleh penduduk masyarakat Bukit Naning. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri atas keprihatinan ini terutamanya Datuk Menteri Besar dalam peruntukan kali ini. Ini bagi mengatasi keperluan air di waktu puncak serta musim-musim perayaan. Dengan adanya tangki air ini dengan merangkumi ke kawasan-kawasan mukim Air Hitam dan keseluruhannya dan mukim bersebelahannya juga mendapat manfaat. Selain itu, Bukit Naning mencadangkan sistem perparitan atau pun paip perlu juga diberikan penekanan agar keseragaman bagi purata menerima air ke atas pengguna dapat semaksima mungkin. Ini kerana sistem perparitan yang terlalu lama, berpuluh-puluh tahun yang tidak diganti, tidak di selenggara akan sudah semestinya sentiasa mengakibatkan kebocoran yang akan merugikan semua pihak. Yang Berhormat Puan Speaker, Bukit Naning merakamkan penghargaan dalam titik fokus ke-123 yang melibatkan RM22 juta bagi geran kewangan di dalam kawasan Taman Perindustrian Perkayuan Muar. Ini bagi merancakkan lagi pertumbuhan industri perkayuan dalam sistem siap bina bagi fasa pertama. Kawasan perkayuan Muar ini merupakan yang menjadi pelaburan bagi kerajaan negeri dengan pulangan ekonomi yang mampan. Industri tersebut mempunyai asas kukuh dan berpotensi besar serta menjanjikan masa depan yang lebih cerah kepada pengusahanya. Johor memerlukan kedinamikan baharu untuk melonjakkan ekonomi negeri ini dengan mempelbagaikan kegiatan ekonominya bagi menentukan agar tumbuh secara konsisten. Sebab itu, Johor kena menambah baik industri ini agar dapat memberikan nilai tambah yang lebih besar malah membantu berlakunya inovasi dan rangsangan baru dalam sektor ini agar dengan geran kewangan ini dapatlah menjadi nadi kepada pemangkin pertumbuhan industri ini. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam mutakhir ini beberapa insiden yang membimbangkan boleh membuatkan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 yang merupakan titik hitam dalam sejarah negara. Bagi sebuah negeri yang masyarakatnya kosmopolitan yakni yang berlainan bahasa, agama, keturunan hidup sebagainya. Rusuhan kaum akan mematahkan sendi-sendi pembentukan negeri bangsa dan kesinambungan bangsa tersebut akan terjejas. Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ini merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbangkan kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. Oleh itu, Bukit Naning mengajak agar perpaduan kaum bagi sebuah negeri yang mengamalkan demokrasi ini dikekalkan dalam secara harmoni. Yang Berhormat Puan Speaker, pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pendatang haram merupakan golongan orang yang masuk atau tinggal di sebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang dan imigrasi. Contohnya memasuki negara dengan tujuan tanpa permit dan bukan dengan melalui pintu masuk utama. Bagi pendatang asing yang memasuki secara laluan yang sah juga dititik beratkan dalam hal ini kerana di kawasan perindustrian Bukit Bakri sering kali memperlihatkan pendatang asing ini berniaga sama ada di premis ataupun penjaja. Ada di kalangan mereka boleh mengundang kepada peningkatan kadar jenayah. Contohnya peningkatan kes pecah rumah dan gangguan seksual. Malah lambakan warga asing haram ini juga boleh memberi implikasi buruk dengan peningkatan kadar penyakit berjangkit sebagai contoh berdasarkan data saringan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing melalui agensi pemantauan pemeriksaan perubatan kesihatan ataupun FOMEMA, penyakit seperti tibi mencatatkan jumlah tertinggi di kalangan warga asing. Ianya melibatkan 16,751 kes. Hepatiatis B sebanyak 5,348 kes manakala penyakit kelamin berjangkit, ataupun STD yang ketiga tertinggi dengan 1,839 kes. Data ini adalah untuk warga asing yang mempunyai dokumen yang sah. Bagaimana dengan PATI yang lebih ramai tinggal di dalam negara. Menurut Kementerian Sumber Manusia, terdapat 6.7 juta pekerja asing di negara ini dan 2.1 juta daripadanya adalah warga asing yang mempunyai permit kerja manakala selebihnya adalah imigran haram. Kajian menunjukkan bahawa sebahagian warga asing yang tinggal adalah warga asing yang tamat permit kerja namun tidak pulang ke negara asal mereka malah terus tinggal bekerja dan berniaga di Malaysia. Demi menjamin keharmonian negara ini haruslah suatu tindakan bersepadu di jalankan oleh beberapa pihak berwajib. Bukit Naning berharap tiada perkara yang tidak diingini berlaku di kalangan pendatang asing ini terhadap penduduk setempat. Masyarakat setempat telah sekian lama hidup secara aman walaupun berlainan agama dan kaum.

Page 97: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 97

Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit tentang sistem e-kasih yang merupakan sistem pangkalan data keluarga yang berada di paras kemiskinan negara. Ia dilaksanakan pada 31 Oktober 2007 pada salah satu mesyuarat kabinet bagi membantu perancangan pelaksanaan dan pengawalan program kemiskinan. Sejak itu ia telah dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, ICU JPM dengan penuh teliti sebelum penggunaannya dimulakan pada Jun 2008. Selain mereka yang telah memenuhi status miskin berdasarkan pendapatan paras garis kemiskinan (PGK). Pendapatan per kapita isi rumah, mereka yang layak untuk mendaftar dan dimasukkan ke dalam e-kasih adalah isi rumah yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,000.00 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500.00 di kawasan bandar. Sistem ini boleh ditambah nilai dengan penelitian sebelum pelaksanaan kerana perlu mengikut peredaran masa yang bakal berinovasi industri 4.0. Bank data ini diperlukan bagi menjaga, diperlukan bagi menjadi sebuah negeri berjaya mengharungi industri 4.0. Yang Berhormat Puan, Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh tentang trend kejatuhan harga sawit yang menimbulkan keresahan pekebun kecil di kawasan pendalaman yang hanya bergantung kepada pendapatan hasil jualan komoditi sawit. Keadaan ini diburukkan lagi apabila hasil sawit turut berkurangan iaitu melawas pada masa ini. Keresahan ini ditambah lagi apabila pekebun kecil kelapa sawit terpaksa berhadapan dengan kos penyelenggaraan tanah seperti peningkatan harga racun dan harga baja. Seterusnya, peningkatan upah buruh kasar yang mengakibatkan ianya tidak selari dengan harga komoditi sawit yang sering turun ketika ini. Kejatuhan harga sawit ini sudah tentunya akan membuatkan masyarakat di kawasan kampung yang berpendapatan rendah yang hanya bergantung dengan harga komoditi sawit ini menghadapi, yang akan menghadapi hari permulaan sekolah anak-anak yang akan bermula pada awal tahun hadapan, sudah tentunya akan lebih menyulitkan. Justeru itu, Bukit Naning memohon kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mencari jalan titik penyelesaian bagi menangani kejatuhan harga sawit ini agar dapat segera di atasi supaya ia dapat memberi kelegaan kepada pekebun kecil dan keseluruhannya rakyat yang bergantung kepada harga komoditi sawit. YB Timbalan Speaker : Sila gulung, Bukit Naning, jemput. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Terima kasih Puan Speaker, saya ingin akhiri ucapan saya. Dengan akhir ucapan saya ini sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri Johor dalam menerajui perubahan menggalas harapan bangsa Johor Bestari. Sebanyak 207 titik fokus Belanjawan 2019 akan memberi manfaat dan kebaikan kepada seluruh rakyat negeri Johor yang dinantikan pelaksanaannya. Dengan ini, Bukit Naning mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Johor yang telah berjaya memberi komitmen yang baik dalam Belanjawan 2019 ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Seterusnya Yang Berhormat Bukit Permai, jemput. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam bahagia dan salam Harapan Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih Bukit Permai yang telah diberi peluang untuk membahaskan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dan, saya merasa terpanggil untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan juga Pegawai-Pegawai Kanan kerajaan yang telah begitu merencana dan merancang Belanjawan negeri ini untuk rakyat dan Bangsa Johor. Walaupun, sahabat-sahabat saya daripada Benut, daripada Kahang begitu banyak mempersoalkan tentang bagaimana nak menjayakan Belanjawan ini. Saya penuh yakin, Belanjawan ini bukan sahaja Yang Amat Berhormat buat seorang diri. Ianya dirumuskan oleh pakar-pakar ekonomi negeri, pakar-pakar perancangan pembangunan negeri, jadi saya yakin bahawa mereka yang terlibat dalam merencana dan membentuk belanjawan ini Yang Berhormat Puan Speaker, bukan calang-calang orang, jadi rakan-rakan yang di sana itu ambil kiralah sedikit. Ini baru di bentang, baru direncanakan, baru nak di bentang, belum pelaksanaan lagi jadi bagi peluang pada kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan setiap apa yang terkandung dalam draf Belanjawan tersebut. (Dewan Bertepuk). Bagi peluang kepada kami kerajaan. Kami tidak pernah persoalkan sama ada buruk baik Belanjawan ini di bentang sama ada ianya memberi manfaat pada rakyat ataupun tidak. Tetapi sudah barang pasti Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan sekarang ini penuh daya imaginasi nak menentukan bahawa rakyat dan Bangsa Johor akan terus dapat hidup lebih baik daripada apa yang Kerajaan Barisan Nasional buat yang lepas-lepas. Saya beranggapan demikian kerana janganlah kerana, ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’, tak

Page 98: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 98

usah. Yang penting, kita sama-sama memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan, kita sama-sama memikul tanggungjawab kita bagi menentukan bahawa negeri Johor seiring. Saya penuh yakin Yang Berhormat Speaker, dalam pilihan raya yang lepas ini, kalau tanpa Manifesto pun Pakatan Harapan boleh menang dalam pilihan raya lepas, tanpa Manifesto. Sebab rakyat mahukan perubahan. Jadi bagilah kita ruang perubahan ini. Dan saya berharap rakan-rakan saya di sebelah sana, marilah kita sama-sama berganding bahu. Walaupun tadi sahabat saya daripada Kahang begitu berapi-api, saya yakin bahawa, ‘carik-carik bulu ayam, lama-lama akan bercantum juga’, Yang Berhormat Puan Speaker. Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu yang lebih penting ialah bagaimana kita nak menterjemahkan belanjawan ini menjadi satu yang realiti kepada rakyat. Bagaimana peranan kita bersama, peranan kerajaan, peranan kakitangan kerajaan amat penting dalam nak menentukan menjayakan Belanjawan ini. Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Puan Speaker, saya mencadangkan pada Dewan yang mulia ini supaya kerajaan menubuhkan melantik satu Jawatankuasa Eksekutif Bebas yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi, yang terdiri daripada profesor-profesor untuk menentukan, untuk mereka melihat bahawa apa yang di bentang oleh kerajaan dalam belanjawan ini dilaksanakan dengan sepenuhnya, dengan jayanya supaya rakyat dapat melihat bahawa kerajaan kita, kerajaan Pakatan Harapan betul-betul mahu nak melaksanakan pembangunan Johor untuk rakyat dan Bangsa Johor. Jadi, saya mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Puan Speaker, supaya kerajaan melantik satu Jawatankuasa Eksekutif Bebas yang bukan dari orang politik. Satu pun tak mahu. Lantiklah seberapa banyak yang boleh, dari pakar ekonomi, pakar pendidikan, pakar pelajaran, pakar dan berbagai-bagai pakar perisian duduk dalam jawatankuasa ini. Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada Manifesto, salah satu daripada teras belanjawan kita ialah menjamin kesejahteraan rakyat. Kita kena lihat Yang Berhormat Puan Speaker, apakah pengertian sebenar tentang kesejahteraan rakyat. Rakyat ini meliputi semua kaum, semua bangsa dan ia meliputi semua tahap lapisan penduduk dalam negeri Johor. Salah satu yang kita harus lihat, yang harus kerajaan lihat, Bukit Permai mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat dengan lebih terperinci dan mendalam lagi tentang tahap kemiskinan tegas dalam bandar. Selama ini kita melihat bahawa kemiskinan tegas, mesti luar bandar, kampung, pekerja ladang, nelayan tanpa kita sedari Yang Berhormat Puan Speaker, dalam arus pembangunan maju sekarang ini, dalam arus pembangunan bandar sekarang ini, dalam kemajuan bandar sekarang ini, bahawa kemiskinan tegar dalam bandar lebih merbahaya daripada kemiskinan tegar di luar bandar. Maka sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Puan Speaker, Bukit Permai suka nak mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada kakitangan kanan dalam Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengkaji bagaimana kita nak menentukan bahawa kemiskinan tegar dalam bandar ini dapat dikenal pastikan walaupun saya sedar semua Pihak Berkuasa Tempatan ada yayasan masing-masing. Yayasan berbagai-bagai yayasan tetapi yayasan ini tidak sampai kalau tidak dirungkaikan dengan sepenuhnya untuk matlamat kita mengatasi miskin tegar dalam bandar. Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada aspek pembangunan kesejahteraan rakyat saya akan bercakap satu tajuk saja sini, iaitu kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan rakyat antaranya ialah bagaimana rakyat menikmati, ingin menikmati pembangunan merdeka setelah 62 tahun bagaimana kita nak dapat, rakyat nak menikmati apa erti kemerdekaan. Apa erti kemajuan dalam kemerdekaan? Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada aspek ialah perancangan kita, perancangan kerajaan dalam aspek nak menentukan bahawa matlamat belanjawan pada kali ini betul-betul dapat dirasakan, dapat dinikmati oleh rakyat sebagaimana salah satu daripadanya ialah peruntukan MARRIS. Lebih daripada RM600 juta dan saya berharap supaya peruntukan MARRIS kali ini betul-betul dapat sampai kepada matlamat dan rancangan jajaran kerajaan untuk menentukan bahawa setiap projek jalan yang dicadangkan sama ada dibarukan atau diturap semula benar-benar menepati kehendak setiap kawasan yang dicadangkan. Saya bercakap demikian Yang Berhormat Puan Speaker, Bukit Permai bercakap demikian kerana kita tidak mahu peruntukan MARRIS ini dia berlapis-lapis, supaya contohlah katakan di FELDA Taib Andak baru-baru ini, baru seminggu ini diturap jalan balik semula. Dan ada jalan yang sudah diturap tidak sampai pun setahun diturap balik semula. Ini boleh merugikan dari segi matlamat bagaimana kita nak mensejahterakan rakyat dapat menikmati dengan sepenuhnya. Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada aspek kita sekarang ini ialah bagaimana kita nak mengatasi masalah perumahan. Perumahan ini meliputi perumahan mampu biaya di kalangan perbandaran, luar bandar dan sebagainya. Dan, Bukit Permai melihat Yang Berhormat Puan

Page 99: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 99

Speaker, salah satu masalah yang sedang serius walaupun tidak disebut dalam belanjawan kita tentang masalah FELDA saya berterima kasih pada rakan-rakan sama ada dalam barisan kita atau barisan di sana yang telah menyentuh isu-isu dan Rancangan Tanah FELDA. Salah satu masalah besar di kalangan Generasi Kedua FELDA ialah masalah perumahan di Rancangan Tanah FELDA. Untuk generasi Kedua FELDA, maka saya berharap jawatankuasa yang akan ditubuhkan oleh kerajaan yang nak menentukan masalah-masalah dalam FELDA ini mengambil kira supaya Bukit Permai mencadangkan Yang Berhormat Puan Speaker, dalam Dewan ini, supaya mana-mana tanah kosong dalam Rancangan Tanah FELDA dibangunkan sebagai rumah Generasi Kedua sama ada oleh pihak swasta atau pihak yang berkemampuan yang dilantik oleh kerajaan. Sekarang ini ada tanah yang telah diberikan kepada Generasi Kedua tetapi gagal dan kurang upaya untuk dibangunkan. Sebagai contoh, rancangan penempatan tanah yang telah diluluskan oleh kerajaan di Rancangan Generasi Kedua FELDA Inas, sudah diluluskan. Tapi sampai sekarang keupayaan mereka untuk menjana, nak mendirikan perumahan tersebut tidak mampu kerana keadaan tanah sekarang ini, tanah yang telah diluluskan, seperti hutan belukar nak mengerjakan tanah, nak membersihkan kawasan pun memerlukan peruntukan hampir RM500,000.00, RM600,000.00 Yang Berhormat Puan Speaker. Belum lagi peruntukan jalan, belum lagi parit, longkang dan berbagai-bagai lagi. Jadi, Bukit Permai mencadangkan di masa yang akan datang, supaya mana-mana Rancangan Tanah FELDA yang ada kekosongan yang boleh dibuat sebagai rancangan Perumahan Generasi Kedua FELDA diberikan peluang kepada pihak swasta yang berdaya saing yang boleh mampu untuk menjalankan projek-projek perumahan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya bercakap kenyataan rakyat. Umpamanya dari segi pemilikan mengadakan lebih banyak ruang-ruang niaga dalam kawasan perbandaran. Saya melihat jika semua Pihak Berkuasa Tempatan, saya menganggap seperti Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Yang Berhormat Puan Speaker,, Majlis Bandaraya Johor Bahru. 3 Bandaraya, 3 Majlis ini, saya menganggap sebagai Golden Triangle Johor, Golden Triangle Johor dengan izin, Yang Berhormat Puan Speaker. Jadi apa salahnya, supaya perancangan Pihak Berkuasa Tempatan ini dapat merencanakan lebih banyak pembinaan gerai-gerai, gerai-gerai yang mampu disewa, dimiliki oleh mereka yang nak berniaga kerana kalau kita melihat sekarang ini, sebagai salah satu contoh di sebuah pasar raya di Kulai, 90% yang mendapat jualan menjual barangan di kaki lima dalam pasar raya tersebut orang Pakistan. Dialah jual carpet, dialah jual tudung, dia jual baju Melayu dan berbagai-bagai lagi. Jadi bagaimana rakyat tempatan nak dapat peluang kalau pasar raya pun tidak memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk berniaga dalam pasar raya-pasar raya tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada aspek kita sekarang ialah rakyat. Saya sendiri mengingati diri saya. Saya sendiri berpesan kepada diri saya dan saya juga berharap rakan-rakan saya dalam Pakatan Harapan berpesan pada diri masing-masing bahawa rakyat melihat kita sekarang, rakyat melihat sejauh mana kerajaan Pakatan Harapan boleh memenuhi kehendak rakyat, rakyat melihat bagaimana peranan Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan memberi service kepada rakyat, dengan izin. Jadi, saya berharap supaya ini menjadi iktibar kepada kita Yang Berhormat Puan Speaker, supaya di masa akan datang bahawa rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan, rakyat akan terus memberi keyakinan untuk terus memberi peluang kepada kita memerintah persekutuan dan juga negeri. Saya tak hendak bahawa sejarah akan tercatit, kalau sejarah boleh tercatit 65 tahun memerintah boleh berkubur. Saya tak nak bahawa kita Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan Pakatan Harapan mudah-mudahan dengan izin Allah, bukan setakat kita sepenggal tapi kita akan memerintah berpenggal-penggal lagi di peringkat persekutuan dan peringkat negeri dengan izin Allah. (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada kelompok-kelompok yang kita harus pandang ialah masalah pekerja-pekerja ladang. Ada sebuah ladang dalam daerah Kulai Yang Berhormat Puan Speaker, sampai sekarang ini kita dah 60 tahun lebih merdeka, pekerja ladang tersebut masih lagi minum menggunakan air sungai yang di pam masuk ke tangki. Ini dah merdeka 60 tahun lebih Yang Berhormat Puan Speaker. Ini terjadi. Jadi, saya rasa benda-benda begini harus diambil berat oleh pihak kerajaan supaya nasib pekerja-pekerja ladang tidak terabai. Kerana pekerja ladang ini juga merupakan salah satu sumber bagi kita. Pekerja ladang juga memberi undi kepada kita, jadi saya berharap nasib pekerja-pekerja ladang ini tidak akan terabai supaya perhatian-perhatian yang lebih berat dalam menangani masalah mereka. Pekerja-pekerja ladang di sebuah ladang di Kulai masih lagi menggunakan air yang di pam daripada sungai masuk ke tangki. Itu pun bukan hari-hari, bukan

Page 100: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 100

setiap jam Yang Berhormat Puan Speaker, dia hanya bermula daripada pukul 12 sampai pukul 3, lepas tu stop. Jadi, pekerja ladang terpaksa menyimpan air yang banyak apakah kualiti air itu terjamin? Jadi saya mohon kepada kerajaan dan juga jabatan yang berkenaan dapatlah memberikan perhatian yang berat dalam perkara ini. Yang Berhormat Puan Speaker, perkara-perkara lain ialah dari segi peruntukan-peruntukan kerja-kerja memesin rumput di tepi jalan yang sebelum ini diselenggara oleh Selia Senggara. Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, Bukit Permai melihat perkara ini sudah serius sebab sudah 2 bulan semua kerja-kerja pemotongan rumput di tepi jalan tergendala tidak dibuat. Jadi saya berharap supaya kerajaan ataupun pihak-pihak yang terbabit dalam perkara ini memandang serius perkara ini. Orang dah mula bercakap. Dulu masa zaman Najib tak pernah pun jadi macam ini. Zaman Mahathir ini rumput tepi jalan pun tak terpotong lagi dah. Ini reaksi rakyat. Jadi saya berharap perkara ini dapat diambil serius oleh mana-mana jabatan yang terlibat kerana saya penuh yakin hubungan kita dengan semua jabatan kerajaan, saya cakap terus terang Yang Berhormat Puan Speaker, Bukit Permai cakap terus terang, hubungan Bukit Permai dengan semua ketua-ketua jabatan kerajaan daerah Kulai saya bagi percent, saya bagi peratus 100% dia menyokong kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Saya tak dapat apa-apa, ini bukan ampu bodek, cakap terus terang, cakap ikhlas, ini cakap dalam Dewan. Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, perkara-perkara ini harus diambil perhatian. Hendak memberhentikan projek kena tengok masalah rakyat. Reaksi seperti ini kita nak tahu, rakyat tanya pada siapa sekarang? Siapa punya salah? Orang tak fikir salah apa, orang akan fikir salah kerajaan Pakatan Harapan. Begitu juga dengan masalah gaji peneroka-peneroka FELDA. Yang Berhormat Puan Speaker, Bukit Permai ingin memaklumkan untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, peneroka FELDA ini sekarang dapat gaji kalau tak 26, 27 hari bulan. Baru-baru ini, 26, 27 hari bulan baru dapat gaji. Kerajaan dah dapat gaji peneroka FELDA pun tak dapat gaji. Apa masalah yang sebenar? Ini menjejaskan sara hidup, menjejaskan masalah peneroka itu sendiri untuk mengatasi berbagai-bagai masalah. Jadi saya berharap pihak pengurusan FELDA supaya mengambil kira masalah ini. Supaya setiap gaji peneroka tu kalau boleh dibayar sebelum 22 hari bulan. Bagi memudahkan keluarga-keluarga peneroka mempelbagaikan perancangan hidup mereka, Yang Berhormat Puan Speaker. Yang Berhormat Puan Speaker, YB Timbalan Speaker : Bukit Permai, sila gulung. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Akhirnya Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai seorang yang begitu prihatin kepada masalah ini, saya berharap apa yang telah diutarakan dan telah direncanakan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan belanjawan ini benar-benar mendapat manfaat kita. Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan semua ketua-ketua kerajaan, pakar-pakar ekonomi dan perancangan ekonomi yang telah membentangkan belanjawan yang begitu yang saya rasa seperti bulan jatuh ke riba, saya akhiri Yang Berhormat Puan Speaker, Bukit Permai mengakhiri pembentangan belanjawan ini dengan serangkap pantun, khasnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga pada semua ketua-ketua kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang telah merencanakan Belanjawan Johor pada tahun ini. “Harap-harap kelapa puan, tidak puan kelapa bali, harap hati kepadamu tuan, tidaklah tuan siapa lagi”. Sekian, Yang Berhormat Puan Speaker, saya mohon menyokong belanjawan ini. Terima kasih. (Dewan Bertepuk). YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Tenggaroh, jemput. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, salam sejahtera, salam muafakat Johor. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam Rundingan Bajet 2019. Yang Berhormat Puan Speaker, Tenggaroh juga mengambil kesempatan ini untuk mewakili rakyat Tenggaroh untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam masa ini Tenggaroh nak juga ucapkan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Bajet Negeri Johor yang paling lama iaitu lebih kurang 3 jam. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan suatu bajet surplus sebanyak RM3.43 juta. Di atas kertas, bajet ini nampak cantik tetapi apabila dilihat secara detail tiada perbezaan ketara antara Bajet 2018 dan Belanjawan 2019.

Page 101: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 101

Dari segi kutipan hasil, jumlah perbelanjaan dan lebihan defisit. Namun, perbezaan ketara ditunjukkan dalam perbelanjaan mengurus yang menurun secara ketara sebanyak 36.8% pada tahun 2019, perbezaan ketara juga nyata dalam perbelanjaan pembangunan yang menunjukkan pengurangan sebanyak 14.3%. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, biasanya sebuah negara akan berbelanja lebih. Bila dia belanja lebih, rakyat akan mempunyai duit yang lebih untuk belanja, itu dah biasa semua negara pun ekonomi yang tidak baik dia akan buat tersebut dan kerajaan negeri bila mengambil keputusan untuk mengurangkan perbelanjaan projek pembangunan dan juga lepas kerajaan pusat dah batalkan projek HSR yang kebanyakannya terlibatnya di Johor. Pendapatan rakyat akan berkurangan. Dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, dan harga barang yang semakin meningkat ini adalah satu platform yang tidak begitu baik. Bila kita mengurangkan perbelanjaan mengurus kita dan perbelanjaan pembangunan kita, investor pun tak banyak masuk. So, ini akan merisaukan dan juga akan menurunkan pendapatan rakyat. Dan akhir sekali rakyat yang merana. Dan, bila kita tunjukkan bajet surplus hari ini RM3.4 juta lebih tapi bila perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan dikurangkan memang tidak mustahil dapat satu belanjawan surplus. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lama tetapi apa yang saya perhatikan hampir 80% daripada projek ataupun program telah pun disebut dalam Bajet 2018 sebagai contoh untuk Mersing. Projek Lembah Tenusu di Jemaluang yang bernilai RM70 juta. Projek Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing yang bernilai RM26.5 juta kalau kita tengok verbatim Belanjawan 2018 memang dah ada dah. Tambahan pula, Pusat Informasi dan Perkhidmatan Taman Laut Sultan Iskandar di Pulau Besar telah pun dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia pada awal tahun ini. So, projek-projek ini memang dah dibuat dan dilancar, diumumkan. Dan apa yang baru untuk Mersing ialah Lapangan Terbang Mersing. Bila disebutkan Lapangan Terbang Mersing, rakyat Mersing gembira. Banyak dia rasa akan dapat manfaat, saya pun memang setuju dengan lapangan terbang di Mersing. Tetapi apabila saya tengok bajet, apa yang dikatakan oleh kerajaan negeri ialah mereka akan memohon peruntukan RM5 juta melalui ECER bagi menjalankan kajian bagi mengenal pasti kesesuaian tapak projek dan kebolehlaksanaannya. So, ini belum confirm lagi projek lapangan terbang sebab kalau kita nak buat lapangan terbang kita kena tahu boleh ke kita ada lapangan terbang, so, nak buat pengumuman ini rakyat dah nanti-nantikan lapangan terbang tapi ini baru projek kajian. Dan saya dalam kajian ini pun saya berharap kerajaan negeri dapat boleh bagi penjelasan bahawa ini dia nak buat satu airport domestik ke atau international? Sebab kita ada lapangan terbang di Kuantan. Dan Air Asia pun tak terbang ke Kuantan. Kalau lapangan terbang di Mersing macam mana kita dapat kajian dia. So, memang kajian itu penting, tapi biar jelas pada rakyat. Belum buat lapangan terbang tapi kita nak buat kajian saja. Itu satu. Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum buat lapangan terbang, saya juga mengharapkan kerajaan negeri tengok pada jalan ke Mersing. Kalau kita tengokkan jalan dari Kota Tinggi ke Mersing, jalan ini setiap minggu ada accident bukan hanya accident ada kemalangan maut terlibat, banyak kemalangan maut. Kalau kita tengok laporan-laporan Polis, laporan-laporan akhbar, jalan ini adalah antara jalan yang berbahaya di Johor. Dan saya mengharapkan di sini kerajaan, saya tahu ini bukan dana kerajaan negeri tapi saya mengharapkan kerajaan negeri boleh berbincang dengan kerajaan pusat mengutamakan jalan, menambahkan bajet untuk memperbaiki jalan ini. Kalau boleh, dari dua lorong jadikan empat lorong. Kalau dah jadi empat lorong, saya rasa dari Mersing ke Johor Bahru, Mersing ke Senai, tak sampai 1 jam. Dia memendekkan masa. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pelancongan juga. So, ini yang saya harapkan dari segi jalan untuk Tenggaroh dan Mersing. Yang kedua Yang Berhormat Puan Speaker, saya harapkan projek Pusat Pentadbiran Mersing Baru, saya memang mengalu-alukan pengumuman Yang Amat Berhormat untuk pusat pentadbiran daerah Mersing sebab pusat pentadbiran daerah Mersing ini memang dah lama. Kalau dari segi mendiang saya bertanding sebagai Ahli Dewan DUN Tenggaroh masa saya kecil, Tenggaroh pun pusat pentadbiran itu memang dah lama, memang yang sama, dah dekat 30 tahun yang sama dan sekarang memang bangunan itu dah uzur dan tidak people friendly, customer friendly, dengan izin. So, dengan pusat pentadbiran baru, saya mengharapkan di Mersing banyak agensi-agensi kerajaan ini berlainan. Dia kerajaan negeri berselerak dan saya mengharapkan dengan pusat pentadbiran baru semua dapat diseragamkan satu, jadikan one stop centre dengan izin.

Page 102: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 102

Yang Berhormat Puan Speaker, unjuran daripada apa yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kahang, dari tahun 2015 program inklusif masyarakat India telah dimulakan dengan peruntukan RM4 juta, dinaikkan sampai 2018, RM8 juta dan tahun ini, program ini dah ditukar nama, rebrand pada Program Bantuan Masyarakat India dan diluluskan sebanyak RM3 juta. Rakyat India, masyarakat India dah banyak menyokong kerajaan Pakatan Harapan dan saya tidak tengok wajarnya menurunkan bajet dari RM8 juta kepada RM3 juta dengan keadaan sekarang, masyarakat India memerlukan lebih banyak bantuan dan saya mengharapkan kerajaan negeri apa dikatakan ini satu bajet boleh menambahkan RM3 juta ini balik kepada RM8 juta dan saya ada juga persoalan kepada kerajaan negeri, Bajet 2018 yang diluluskan sebanyak RM8 juta, apakah dana ini telah digunakan ke belum digunakan? Apakah status dana ini? Sebab setahu saya dana ini belum digunakan lagi. Saya mungkin silap, tapi setahu saya mungkin dana ini belum digunakan lagi. Kalau betul dana ini belum digunakan lagi, mana dana ini? Kalau dana ini belum digunakan saya harapkan RM8 juta campur dengan RM3 juta sepatutnya RM11 juta dibelanjakan untuk masyarakat India pada tahun 2019 nanti. Itu yang sepatutnya dijalankan bukan hanya RM3 juta. Dana RM8 juta ini patut dibelanjakan dan tambahan pula masyarakat India, peluang pekerjaan di PBT 5 orang patut diambil di setiap PBT pada perbelanjaan Bajet 2018 telah diumumkan. Hingga sekarang saya hendak tahu status adakah 5 orang sudah diambil di PBT-PBT? Saya mengharapkan jawapan daripada EXCO-EXCO yang berkenaan untuk bagi jawapan agar beritahu status memang dah ada 5 ke orang? Sebab masyarakat India memang mahukan kerja di sektor kerajaan dan ini satu peluang yang telah dilancarkan pada tahun 2018. Dan kerajaan Pakatan Harapan patut meneruskan untuk kebaikan rakyat masyarakat India. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam bajet kali ini satu lagi perkara yang saya tengok ialah untuk warga FELDA. Tenggaroh, kebanyakan pengundi saya adalah peneroka FELDA. Dan warga FELDA ini penyumbang pada ekonomi negeri antara yang tertinggi. Penyumbang ekonomi negeri dan bila bajet yang dibuat pada tahun 2019 tak ada satu untuk warga FELDA. Kalau kita bandingkan dengan Bajet 2018, kita ada skill training untuk warga FELDA, generasi kedua sebanyak RM1.5 juta. Kenapa diwujudkan skill training ini dengan izin, sebab dia nak lebih generasi kedua ini, dia dapat increase kan skill dia untuk dapat peluang pekerjaan di Pengerang. Tetapi sekarang tak ada, skill training dah tak ada. Lepas itu dalam peruntukan MARRIS, pada Bajet 2018, RM30 juta diumumkan untuk jalan-jalan perkampungan FELDA. Adakah dana ini diteruskan pada tahun ini? Sebab jalan-jalan perkampungan FELDA perlukan dana. Kalau tak disebut duit itu tak boleh digunakan untuk jalan-jalan FELDA. Yang ini penting kerajaan negeri saya harap mendapat jawapan untukk membantu warga FELDA. Warga FELDA waktu sekarang dengan harga sawit yang sedang menurun, kalau saya baca apa yang saya dapat maklumat lebih kurang RM260.00, RM250.00 harga dia. Mereka dah keberatan ekonomi mereka dan baru-baru ini dalam bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada cadangkan nak menambahkan cukai tanah, saya tahu memang ia ikut, dia nak tengok keadaan tapi apa yang saya harapkan jangan kenakan pada waktu ini. Sebab harga sawit rendah sekarang ini. Mereka tak ada, ekonomi punca ekonomi mereka rendah. So, bila ekonomi mereka rendah, kita bebankan dia lagi dengan cukai, macam mana mereka nak bayar? Saya mengharapkan kerajaan tengok balik khususnya untuk warga FELDA bila nak kenakan cukai tanah ini. Yang Berhormat Speaker, satu lagi isu mengenai pembentangan bajet ialah tentang titik fokus 9 iaitu Koperasi Komuniti Johor yang diberi peruntukan geran padanan berjumlah RM1 juta bagi mengukuhkan peranan koperasi dalam masyarakat. Apa sebenarnya dimaksudkan dengan Koperasi Komuniti Johor? Adakah ini merupakan koperasi baru? Apakah syarat-syarat atau kriteria untuk mendapatkan geran padanan tersebut? Yang Berhormat Speaker, Koperasi Iskandar Malaysia Berhad yang telah ditubuhkan sejak November 2014 menjalankan perniagaan peruncitan yang disebut sebagai Kedai Harga Patut Muafakat Johor yang dijenamakan sebagai ImCoop. ImCoop berfokus kepada perniagaan runcit bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup dengan memberikan harga yang patut kepada setiap pelanggan iaitu 3% lebih rendah daripada harga pasaran. Sehingga kini ImCoop telah mempunyai 24 outlet, 8 outlet milikan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad, 14 outlet milikan koperasi asas yang menjadi anggota dan 2 outlet milikan persendirian. Apa yang saya nak timbulkan di sini ialah apakah pembaharuan yang akan dibuat kerajaan hari ini untuk menjayakan dan merancakkan lagi ImCoop terutama di kawasan luar bandar? Kita berharap tiada sebarang isu politik yang ditimbulkan kepada koperasi-koperasi yang beri perkhidmatan secara terus kepada rakyat. Sebab apa, saya lihat tiada sebarang bentuk mekanisme dan insentif khusus yang diberikan kepada ImCoop melalui ucapan bajet 2019. Itu yang saya harapkan, so ImCoop, apa insentif yang kerajaan akan lakukan untuk ImCoop?

Page 103: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 103

Tambahan lagi Yang Berhormat Speaker, baru-baru ini bila rakyat ingat tol dah dimansuhkan, lebih ramai dah mula menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Bila dikatakan dah gunakan Lebuhraya Utara Selatan, jalan daripada Yong Peng ke Johor Bahru dan juga pada hujung minggu dan Johor Bahru menghala ke Yong Peng setiap hujung minggu, traffic jammed begitu ketara. Perjalanan yang mengambil masa sejam sekarang dah boleh ambil 2 jam lebih. Dan rakyat merana. Dahlah rakyat kena bayar tol lagi, trafik dia memang hebat. So, apa yang saya nak cadangkan seperti kerajaan Barisan Nasional yang dah letakkan dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional, harap kerajaan negeri dapat meningkatkan lorong dia. Dari 4 lorong kepada 6 lorong. Ini penting untuk rakyat. Ini bukan saya buat perbandingan, kerajaan Pakatan Harapan tak buat, tapi yang ini satu perkara yang penting untuk rakyat. Highway dari 4 lorong patut jadi 6 lorong. Trafik setiap minggu hampir kebanyakan Yang Berhormat-Yang Berhormat menggunakan jalan tersebut. Dan saya pasti mereka pun merasakan trafik-trafik yang dilalui oleh rakyat. Dan saya tengok pada bajet 2019, Yang Berhormat Puan Speaker, adalah satu bajet yang di boleh katakan sebagai daripada Pengerusi Pembangkang iaitu satu bajet reclaim, rebrand dan repeat dan dalam masa ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Benut sebagai Pengerusi Pembangkang kerana ingin memulangkan balik insentif sebagai Ketua Pembangkang dan juga pejabat dia sebab apa yang dimaksudkan pembangkang tidak diberi iktiraf. Pengiktirafan tidak diberikan. Duduk di kerusi di pejabat sahaja bukan jadi pembangkang, patut diberi pengiktirafan mesyuarat Tindakan, mesyuarat Focus Group, tidak dijemput, ini bukan kita janji penggal lepas kita tak bagi, penggal lepas kita tidak pernah janji seperti kata Ketua Pembangkang, penggal ini dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan betul apa yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan, jalankan dia. Tak ada masalah, jalankan dia. Walk the talk,dengan izin. Akhir kata Yang Berhormat Speaker, saya mengakhiri ucapan saya dengan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah meneruskan dan mengiktiraf projek dan program yang telah dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada bajet yang lepas. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 3 Disember 2018 jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Page 104: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 104

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

HARI KETIGA ISNIN, 3 DISEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14

HADIR

YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat

YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan

(Parit Yaani)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad

(Kota Iskandar)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Tuan Tan Hong Pin

(Skudai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah

(Bekok)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Tuan Haji Mazlan bin Bujang

(Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Tuan Jimmy Puah Wee Tse

(Bukit Batu)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Cik Liow Cai Tung

(Johor Jaya)

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar

(Semerah)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal

(Bukit Kepong)

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif

Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh)

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN.

(Simpang Jeram)

YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah)

Page 105: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 105

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How

(Perling)

YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad

(Larkin)

YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol)

YB Tuan Tee Boon Tsong

(Senai)

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi, PIS II., BSI., AMN. (Bukit Permai)

YB Dato' Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP.

(Permas)

YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

Page 106: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 106

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau)

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, GPDK., PIS., PSI., AMN., KMN.

(Benut)

YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS. (Semarang)

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN. (Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.

(Tanjung Surat)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Datuk Md. Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW. (Layang-Layang)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI.

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., PIS., PSI.

Page 107: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 107

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS., SPDK.,

PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM. (Gambir)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN. (Sungai Balang)

YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

Page 108: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 108

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat sejahtera. (Bacaan selawat). Alhamdulillah, kita akan teruskan lagi soalan-soalan lisan dan juga soalan tambahan pada pagi ini dan kita telah pada hari Khamis yang lepas sama-sama mendengar belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Belanjawan ini, bila bercakap tentang belanjawan, belanjawan teringat saya kepada satu kisah belanjawan Nabi Yusuf AS. Belanjawan itu lebih 3,000 tahun yang lalu, bukan sekarang, 3,000 tahun, lebih daripada 3,000 tahun yang lalu, yang memberi penekanan terhadap 7 tahun zaman membangun dan juga memperolehi kekayaan bumi Mesir sebagai satu persiapan untuk menghadapi 7 tahun zaman ataupun tahun-tahun kemelesetan. Period itu maksudnya 14 tahun. Ini bermakna bahawa semasa ekonomi di peringkat kemuncak kita juga harus menabung untuk merancang tahun-tahun kemelesetan selepas itu. Dan, tahun-tahun kemelesetan pula bukan akan berada sepanjang masa, tetapi ianya adalah sementara, sementara menunggu satu zaman kemuncaknya selepas itu. Itulah putaran kehidupan, kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang berada di bawah. Ada tahun-tahun di peringkat kemuncak, ada tahun-tahun di peringkat sebaliknya. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Larkin, jemput. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 1. Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan agar masa depan mereka cerah serta menjadi modal insan berguna. Namun, ramai juga di kalangan mereka (anak-anak gelandangan/jalanan) yang tercicir dan tidak mendapat pendidikan disebabkan permasalahan dokumentasi. Apakah inisiatif kerajaan agar anak-anak ini dapat menerima pendidikan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat. Soalan kanak-kanak perlu diberikan pendidikan agar masa depan mereka cerah serta menjadi modal insan berguna. Namun ramai juga di kalangan mereka (anak-anak gelandangan/jalanan) yang tercicir dan tidak mendapat pendidikan disebabkan permasalahan dokumentasi. Apakah inisiatif kerajaan agar anak-anak ini dapat menerima pendidikan? Berdasarkan kepada takrif kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4 berkaitan dengan perkataan gelandangan, iaitu orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Kita sedia maklum gelandangan menjadi satu masalah sosial kerana keadaan hidup golongan ini mendedahkan diri mereka kepada pelbagai gejala sosial yang mendatangkan kesan kepada semua lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, tidak wajar untuk kita menyalahkan mereka dalam menghadapi kehidupan seumpama ini kerana tiada seorang pun manusia yang berfikiran waras mahu menjalani kehidupan yang tidak menentu dan penuh kesengsaraan jika mereka mempunyai pilihan yang lebih baik. Berdasarkan kepada pandangan ataupun soalan yang telah dikemukakan, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Dasar Pendidikan Wajib, Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk memastikan semua warganegara berumur dari 7 hingga 12 tahun wajib mendapatkan akses kepada kemudahan pendidikan yang disediakan. Justeru itu, untuk memastikan kanak-kanak yang menghadapi masalah dokumentasi, tidak tercicir dari pendidikan arus perdana, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi kelonggaran melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009 yakni kemasukan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen ke sekolah dengan syarat:

Page 109: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 109

1. Mana-mana salah satu ibu atau bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia. 2. Surat pengesahan atau surat perakuan Ketua Kampung bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak kepada warganegara Malaysia. Jadi di sini, peranan ketua kampung, peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Penghulu yang hampir dengan masyarakat di peringkat bawah, perlu mengambil tindakan terhadap golongan yang dikatakan anak-anak gelandangan ataupun anak-anak jalanan ini. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Sila. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tuan Speaker, anak-anak yang menghadapi masalah dokumentasi bukan sahaja daripada golongan anak-anak gelandangan atau anak-anak jalanan sahaja. Terdapat juga anak-anak mereka yang sebenarnya mereka ini dia bukan warganegara dalam sijil lahir sebab masalah perkahwinan ibu bapa. Mereka dilahirkan sebelum apa ni, ibu bapa membuat pendaftaran perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Maka, mereka ini dalam status bukan warganegara dan mereka juga menghadapi masalah untuk apa ni, mendapat, berdaftar dengan Jabatan Pendidikan untuk apa ni, belajar di sekolah-sekolah dan sering kali kita juga mendapat maklum balas bahawa mereka perlu pergi Jabatan Pendidikan Daerah untuk mendapatkan borang dan seterusnya perlu pergi ke JB, Johor Bahru untuk berjumpa pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri lah supaya mendapat kelulusan daripada pegawai. Maka masalah ini ialah kaedah ini memberi sedikit apa ni, kesukaran kepada ibu bapa sebab kebanyakan ibu bapa mereka perlu kerja dan mereka perlu pergi ke JB, satu apa ni, satu masalah dalam pengangkutan lah. So, saya ingin tanya, sama adakah kuasa untuk kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri boleh diturunkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah untuk membuat keputusan, untuk meluluskan apa ni, pendaftaran anak-anak ini untuk belajar di sekolah. Ini saya mohon mungkin satu pencerahanlah atau mungkin pihak Jabatan Pendidikan boleh mengadakan satu apa ni, kaji semula kaedah ini. Saya mohon satu pencerahan berkenaan isu tersebut, terima kasih. YB Speaker : Jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Jementah. Berdasarkan kepada prosedur permohonan, kalau kita lihat ibu bapa yang berkahwin mungkin dengan warga asing, yang menjadi masalah kerana sebelum berkahwin dia tak daftar, kalau orang Islam mungkin nikah di Thailand lah, ya, nikah di luar negara atau yang kalau bukan Muslim, dia mungkin tidak berdaftar. Jadi, masalahnya kalau kahwin kat luar boleh, pergi Johor Bahru tak boleh, masalah juga ye? Baik, prosedur permohonan, permohonan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen ke sekolah kerajaan ataupun bantuan kerajaan hendaklah dipohon oleh ibu bapa atau bapa penjaga kanak-kanak berkenaan. Permohonan perlu melengkapkan borang permohonan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan disertakan bersama-sama kad pengenalan ibu atau bapa atau penjaga yang telah disahkan. Makna, pengesahan daripada Ketua Kampung atau Penghulu tadi. Borang MWTD/SP1.1/2009 Borang Permohonan, Borang MWTD/PKK Borang Pengesahan Ketua Kampung, di mana semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi proses kelulusan dan penempatan kepada pemohon. Di mana kalau kita lihat kelulusan yang telah diberikan, kalau tak pun tanya saya pun beritahulah sebanyak 84 kelulusan penempatan telah dibuat daripada tarikh 1.1.2018 sehingga tarikh 31 Oktober, bulan 10 tahun ini. Jadi maknanya kelulusan itu akan diberikan berdasarkan kepada kesanggupan ibu bapa melihat bahawa ini peluang kepada anak-anaknya walaupun tanpa dokumentasi, tapi peluang kerajaan masih beri lagi untuk mereka terus belajar. Ini kerana ibu atau ayahnya adalah warganegara Malaysia. Ok, sekian. YB Speaker : Larkin. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Tuan Speaker. Dari tarikh permohonan diterima, benar-benar berapa lama jangka masa yang akan diambil dan adakah sebarang bentuk kemudahan yang diberi demi memudahkan proses pendaftaran tersebut dan dengan lebih tepat lagi

Page 110: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 110

jabatan mana yang betul-betul bertanggungjawab supaya tidak ada permasalahan bila mereka hadir ke kaunter pejabat berkenaan. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Terima kasih kepada Larkin. Yang pertama sekali, kalau kita lihat bahawa tarikh ataupun tempoh proses. Bermakna sekiranya kita sedia maklum anak-anak tadi telah berusia nak masuk 6 tahun, sebab dasar kerajaan pada hari ini, pelajar nak masuk ke sekolah-sekolah masa umur 5 atau 6 tahun dah daftar dah sekolah mana pilihan ibu bapa. Jadi seandainya ibu bapa tadi prihatin terhadap pendidikan anak-anak walaupun mungkin anaknya kurang, tak ada dokumentasi, maka ibu bapa kena segeralah. Jangan dah berusia 7 tahun baru nak mendaftar, itu yang pertama. Yang kedua, borang boleh diambil daripada PPD di peringkat daerah masing-masing kerana borang itu berada di PPD jadi mudahlah untuk ibu bapa dapatkan borang. Walau macam mana pun seperti mana tempoh yang dinyatakan, dipersoalkan tadi, seandainya usia 5 atau 6 tahun kita dah berusaha, maka insya-Allah tahun berikutnya, iaitu pada tahun ia kanak-kanak itu berumur 7 tahun, darjah 1, maka anak-anak itu akan ditempatkan oleh pihak jabatan melalui PPD di peringkat daerah untuk berdasarkan kepada alamat yang didapati. Cuma mungkin, bila kalau disebutkan tentang soalan awal tadi tentang gelandangan, yang selalunya menjadi kesukaran kepada pejabat daerah ataupun pihak sekolah kerana alamat kepada keluarga gelandangan ini tak tetap. Ini menjadi satu persoalan atau permasalahan kepada pihak pegawai-pegawai di PPD ataupun di peringkat jabatan bagaimana nak menghubungi mereka. Jadi ini satu masalah surat menyurat agak sukar. Walau macam mana pun, kerajaan akan terus membantu dan kerjasama daripada semua pihak khususnya di peringkat Ketua Kampung ataupun penghulu, di peringkat grass root yang paling bawah dapat memberikan kerjasama yang baik kepada mereka yang ingin mendapatkan pendidikan kepada anak-anak walaupun tanpa dokumentasi. Tapi, syarat yang utamanya salah seorangnya adalah dari warganegara Malaysia. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Yang Berhormat Tanjung Surat jemput. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 2. Banyak permohonan pinjaman perumahan untuk rumah mampu milik ditolak oleh bank. Antara sebab-sebabnya ialah tidak mempunyai penyata gaji/pendapatan, pekerjaan tidak tetap, tiada rekod pinjaman dan bermacam lagi. Apakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membantu pemohon-pemohon berkenaan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat sekalian. Terima kasih di atas soalan daripada Tanjung Surat. Untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu-isu pembiayaan bagi Perumahan Rakyat Johor atau sekarang dikenali sebagai Rumah Mampu Biaya. Kerajaan di antara tindakan ataupun langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah pertamanya bekerjasama dengan AmBank Islamic Berhad dengan memperuntukkan dana sebanyak RM300 juta di bawah Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor ataupun ringkasnya SPRMMJ bagi memberi peluang kepada rakyat Johor untuk mendapatkan pembiayaan. Di samping tersebut, kerajaan negeri telah juga mendepositkan sebanyak RM10 juta sebagai jaminan sekiranya berlaku non-performing loan dengan izin ataupun kegagalan pemohon untuk membayar ansuran bulanan pembiayaan tersebut yang diberikan oleh pihak AmBank Islamic Berhad. Dengan kata lain, pinjaman di bawah AmBank Islamic Berhad ini adalah dijamin oleh pihak kerajaan. Mana-mana bakal pembeli yang telah gagal mendapatkan pembiayaan dari bank-bank komersil, mereka diberi peluang kedua untuk mendapatkan pembiayaan melalui skim ini. Walau bagaimanapun, pemohon mestilah tidak di senarai hitam dari Bank Negara Malaysia serta lahir di negeri Johor. Untuk makluman juga, kerajaan telah memudahkan cara permohonan untuk menyertai skim ini. Bakal pembeli hanya perlu memohon secara atas talian melalui website e-rumah.johor.gov.my.

Page 111: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 111

Berikut disertakan ringkasan permohonan di bawah Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor bersama dengan AmBank Islamic Berhad bermula daripada Januari 2017 sehingga Oktober 2018 iaitu selama 21 bulan, terdapat hanya 57 permohonan yang telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta. Average ataupun purata dengan izin sebanyak 3 kes permohonan diluluskan setiap bulan. Baki dana pinjaman di dalam AmBank Islamic masih berbaki RM290,300,000.00. Walau bagaimanapun, terdapat juga permohonan di bawah skim ini yang ditolak disebabkan faktor komitmen pemohon yang tinggi (melebihi kadar komitmen 60% ataupun debt service ratio dengan izin, yang ditetapkan oleh Polisi Bank Negara Malaysia bagi golongan B40, akaun dalam pemerhatian, bukti pendapatan tidak mencukupi, pelanggan tidak dapat dihubungi dan tiada rekod pinjaman sebelum daripada ini. Yang kedua adalah melalui skim sewa beli ataupun rent to own dengan izin. Kerajaan juga memberi alternatif lain untuk membantu rakyat Johor memiliki rumah kerajaan. Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta pada tahun 2018 dan juga RM20 juta pada tahun 2017 untuk skim sewa beli. Skim ini diuruskan oleh syarikat Generasi Takzim Sdn. Bhd. Syarikat ini merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang merupakan GLC bagi negeri Johor. Bakal pembeli hanya boleh memohon projek yang disenaraikan sahaja dan akan diberi tempoh percubaan penyewaan selama 2 hingga 5 tahun sebelum tawaran pembelian akan diberi. Dari jumlah bayaran sewaan dikenakan, 50% daripada jumlah itu akan dijadikan sebagai tabungan kepada bakal pembeli untuk dijadikan sebagai wang pendahuluan bagi rumah yang mereka akan beli kemudiannya. Dan setakat ini, kita mempunyai bilangan rumah yang di senarai di bawah skim ini sebanyak 5,423 unit. Yang ketiga, kelonggaran Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR). Pihak SUK Perumahan juga memberikan kelonggaran kepada penerima Sijil Layak Memiliki Rumah ataupun ringkasnya SLMR untuk membuat pinjaman bersama ataupun jaminan, sekiranya pemegang SLMR tadi tidak layak membuat pinjaman secara persendirian. Walau bagaimanapun, pinjaman bersama ataupun penjamin ini hanya dibenarkan dengan keluarga terdekat iaitu suami atau isteri dan ibu atau bapa sendiri, bagi mengelakkan kelonggaran ini di manipulasi untuk kepentingan tertentu pemegang SLMR. Yang keempat, simpanan melalui Program Perumahan Rakyat ataupun ringkasnya PPR. Pihak SUK Perumahan di peringkat perundingan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengemukakan cadangan supaya sewa PPR yang baru siap seperti PPR Melana Fasa 2 dan juga PPR Bandar Uda Utama dinaikkan sewa kepada RM250.00 sebulan daripada kebiasaannya RM124.00 di mana 50% bayaran sewaan itu akan dikembalikan semula kepada penyewa selepas tempoh sewaan tamat. Bayaran sewa yang dikembalikan ini juga merupakan tabungan boleh digunakan sebagai deposit bagi membeli rumah mereka nanti setelah tempoh sewaan mereka tamat. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi penyelesaian jangka masa panjang, rakyat khususnya daripada golongan B40 perlu didedahkan dengan ilmu perancangan kewangan atau ringkasnya financial planning dengan izin terutama dalam meningkatkan kelayakan kredit ataupun credit worthiness dengan izin antaranya dengan menyediakan rekod pendapatan, walaupun pendapatan tidak tetap melalui transaksi di bank supaya pengukuran kelayakan kredit mereka mudah ditentukan oleh pihak bank atau institusi kewangan bila permohonan pinjaman dibuat nanti. Sekian Tuan Speaker. YB Speaker : Tanjung Surat jemput. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO yang menjawab. Sistem ataupun inisiatif rumah sewa beli ini seperti diberitahu oleh EXCO jangka sewanya 2 hingga 5 tahun ya? Jadi, apa yang saya ingin tahu, kriteria apa digunakan ataupun ciri-ciri apa kalau kata 2 tahun rumah ini jenis ini ataupun rumah di kawasan ini 4 tahun aje, 3 tahun aje atau bagaimana? Saya minta pencerahan dari EXCO. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagaimana saya telah terangkan tadi bahawa skim sewa beli ini sekarang ini adalah berdasar kepada senarai rumah ataupun kediaman yang terdapat di dalam website KPRJ di bawah

Page 112: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 112

Syarikat Generasi Darul Takzim. Makna dia, pembeli hanya boleh memilih hartanah yang disenaraikan tersebut kerana kita masih di peringkat awal penubuhan skim sewa beli. Dan harga hartanah kebiasaannya average ataupun puratanya adalah RM150,000 ke bawah. Terdapat juga hartanah yang melebihi daripada harga tersebut yang kerajaan perolehi secara in-kind ataupun pulangan berdasarkan kepada projek penswastaan yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan sebelum daripada ini. Pemilihan sama ada tempoh sewaan 2 tahun ke-5 tahun itu adalah merupakan option, pilihan yang akan diberikan kepada penyewa. Jika sekiranya penyewa merasakan mereka telah mempunyai dana yang mencukupi 10% pada tahun kedua, ketiga dan maksimumnya 5 tahun, mereka boleh untuk menukar sewaan tu menjadi kepada option atau pilihan perjanjian jual beli. YB Speaker : Bukit Permai. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin pencerahan daripada Yang Berhormat EXCO, bagaimanakah nasib pembeli-pembeli rumah yang projek terbengkalai, yang terpaksa menanggung hutang seperti contohnya perumahan Taman Permata Impian Kulai yang telah 30 tahun Yang Berhormat Tuan Speaker menanggung beban hutang ini. Terima kasih. YB Speaker : 30 tahun tu zaman BN dululah? YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Ya saya. Sampai sekarang rumah tu dah jadi rumah pontianak dah. Tak siap lagi projeknya, rakyat makin menderita, sampai sekarang bayar lagi hutang bank. Terima kasih. YB Speaker : Habis yang pontianak tu macam mana nak uruskan? (Dewan ketawa). Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih Bukit Permai. Soalan tu dah lari tu tapi sebab saya pagi ini pepagi ni bermurah hati, boleh jugalah tolong jawab... YB Speaker : Tetapi yang pontianak tu tak payah jawablah. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Ah itu tak apa, tu terserah kepada apa nama... pakar-pakar perawat Islam (Dewan ketawa). Sebenarnya dalam perumahan, terdapat 2 kategori yang berbeza. Pertama disebut sebagai rumah ataupun perumahan sakit. Yang kedua adalah perumahan terbengkalai. Perumahan terbengkalai ini adalah kebiasaannya pemaju telah tidak berupaya untuk meneruskan projek ataupun tindakan mahkamah telah diambil kepada mereka ataupun mereka telah dimufliskan melalui Insolvensi. Dan kebiasaan kes-kes ini diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Perumahan Negara di bawah KPKT. Ada pun yang jenis kedua adalah rumah, perumahan sakit. Perumahan sakit ini masih pemaju dia masih boleh berjalan, dia macam semput-semputlah, ICU tapi belum mati. Maknanya dia boleh diselamatkan sekiranya CPU dilakukan dengan segera. Apa yang kerajaan negeri boleh terlibat khususnya adalah projek-projek sakit, di mana pemajunya masih lagi beroperasi ataupun masih lagi ada, walaupun menghadapi beberapa masalah kewangan dan juga kadangkala tindakan mahkamah daripada subkontraktor. Tetapi kerajaan negeri mempunyai ruang yang lebih luas untuk membantu projek-projek sakit ini untuk di baik pulih. Dan setakat ini, untuk perhatian Dewan yang mulia, kerajaan negeri dalam proses memulihkan projek iaitu di Setia Indah yang dijalankan oleh YN Properties di mana kita meminta kerjasama daripada GLC kita KPRJ untuk menjadi kontraktor bagi menyiapkan projek tersebut. Dan sekiranya projek tersebut adalah merupakan projek terbengkalai di bawah JPN, kita juga kerajaan negeri di bawah portfolio saya akan bekerjasama dengan JPN untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan kebiasaannya white net dengan izin ataupun pemaju penyelamat akan dilantik oleh pihak JPN ataupun oleh pihak Insolvensi sekiranya syarikat pemaju itu telah dimufliskan. Dan kemudian pihak kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pemaju penyelamat ini bagi memastikan projek tersebut dapat diselesaikan sebagaimana yang dijadualkan. Terima kasih.

Page 113: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 113

YB Speaker : Larkin jemput. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Biasa dalam permohonan untuk peminjam perumahan, dokumen seperti slip gaji dan apa bentuk pendapatan yang dikemukakan kepada bank, bank akan buat satu credit evaluation. Yang mana yang disebut oleh YB EXCO tadi, debt service ratio. Debt service ratio ini capping dia 75% yang mana pendapatan kita, keseluruhannya hutang kita 75% tidak boleh lebih dan baki 25% untuk kita belanja untuk menyara hidup kita. Tapi dalam situasi ini, yang mana kita maklum pinjaman seperti ini dijamin oleh pihak kerajaan. Sepatutnya dokumentasi ini bukan jadi satu, maksud saya evidence of income dengan izin, bukan dijadikan satu keutamaan untuk meluluskan pinjaman perumahan mereka. Jadi yang debt service ratio tu daripada 75% sepatut dilonggarkan naik kepada 85%. Sebab apa pinjaman ini adalah pinjaman yang ada cagaran ada kolateral dan tidak boleh disamakan dengan pinjaman yang biasa. Dia adalah satu pinjaman yang dijamin penuh oleh kerajaan, mungkin kita dapat longgarkan perkara ini dan mungkin dapat pihak AmBank melonggarkan dan memberi satu keistimewaan dengan cara pre-approved system. Terima kasih. YB Speaker : Soalan dia apa YB? YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Soalan saya tadi kenapa mesti pihak bank mengamalkan kredit assessment yang sama dengan peminjam-peminjam yang lain. Itu soalan saya. Yang mana pinjaman ini dijamin oleh kerajaan sepenuhnya. YB Speaker : Ok, jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih kepada Larkin. Sebagaimana disebut oleh Larkin sebentar tadi, kebanyakan bank di atas arahan daripada Bank Negara menggunakan debt service ratio, dengan izin sebagai panduan di dalam memberikan pinjaman kepada pemohon. Tujuan debt service ratio ini, dengan izin adalah untuk memastikan bahawa pinjaman yang diberikan oleh pihak bank ini mampu dibiayai atau mampu dibayar kembali oleh pihak pemohon. Kerana bank secara dasarnya adalah merupakan benteng ekonomi utama kepada negara kita. Adapun dalam kes Arab Malaysian AmBank Islamic Berhad, kita telah pun mengadakan beberapa kali perundingan dalam sebulan dua yang lepas di mana mereka juga menggunakan caping event lebih rendah market 60% debt service ratio. Tinggal lagi beberapa kes yang mereka rasakan perlu pertimbangan semula kepada pihak jawatankuasa akan dikemukakan kepada kerajaan negeri dan insya-Allah dalam pertimbangan tersebut kita memberikan kelonggaran kepada beberapa kes yang dirujuk kepada kita untuk pertimbangan dan kebiasaan kita akan memberikan kelonggaran melebihi daripada 60% capping debt service ratio ditunjukkan oleh AMBank Islamic. Dan, kerajaan negeri juga telah mempertimbangkan kemungkinan mengkaji semula komitmen daripada AMBank Islamic Berhad kerana setakat ini sebagaimana saya sebutkan tadi semenjak daripada Januari 2017, hanya 57 kes sahaja diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7juta. Sedangkan kita telah meletakkan deposit sebanyak RM300 juta, masih berbaki sebanyak RM290 juta yang belum digunakan untuk tujuan pemberian pinjaman khusus kepada Rumah Mampu Biaya Negeri Johor. Insya-Allah kerajaan negeri akan memantau perkara ini dan jika ada keperluan untuk kita berkongsi sama tentang pakej ini, bukan sahaja kepada AMBank Islamic Berhad tetapi juga kemungkinan kita akan membuat tawaran juga kepada bank-bank yang lain yang terdapat dalam negara kita. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Terima kasih YB EXCO. Untuk pengetahuan semua, kita, bersama kita di tempat duduk pelawat terdapat pelajar-pelajar Hab Pendidikan Tinggi Pagoh di bawah kelolaan IKHLAS seramai 37 orang. Selamat datang kepada semua. (Dewan bertepuk). Seterusnya saya jemput Bukit Naning. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 3. Berapakah jumlah koperasi yang aktif dalam memainkan peranan mereka bersama masyarakat negeri Johor? YB Speaker : Jemput YB EXCO.

Page 114: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 114

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Bukit Naning atas soalan yang telah diajukan. Untuk persoalan yang telah dibangkitkan, untuk makluman sehingga November 2018 terdapat sebanyak 1,390 buah koperasi berdaftar di negeri Johor. Jika kita lihat pada akhir 2017, menerusi perangkaan gerakan koperasi negeri Johor 2017, jumlahnya pada asalnya ialah 1,370. Maknanya di akhir ataupun pada November 2018 peningkatan sebanyak 20 koperasi yang berdaftar di negeri Johor. Daripada jumlah tersebut, 88.54% atau sebanyak 1,231 buah daripadanya adalah koperasi yang aktif dan mempunyai aktiviti perniagaan yang boleh menjana pendapatan dan boleh membayar dividen kepada anggotanya. Manakala bakinya berjumlah 159 koperasi adalah koperasi yang tidak aktif dan keanggotaan bagi 1,231 koperasi yang aktif tadi adalah seramai 399,358 orang anggota. Untuk makluman juga, antara sebab utama koperasi tidak aktif iaitu sebanyak 159 koperasi tadi ada 3 faktor yang utama iaitu : 1. Koperasi ini tiada sebarang aktiviti perniagaan lagi pada masa kini. 2. Koperasi yang gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dan lebih daripada 3 tahun tidak

ada mesyuarat agung tahunan. 3. Koperasi yang akaunnya tidak diaudit melebihi daripada 3 tahun menyebabkan 159 koperasi

tadi dikelaskan sebagai koperasi tidak aktif. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, Bukit Naning. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Terima kasih Yang Berhormat EXCO kerana telah menjawab dengan baik. Tuan Speaker, koperasi adalah satu pertubuhan yang matlamatnya adalah untuk meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Dengan penubuhan koperasi juga dapat membantu masyarakat melalui tanggungjawab sosial dan sebagainya. Soalan saya Tuan Speaker, adakah sebarang perancangan untuk membuka ruang yang lebih luas bagi pergerakan koperasi di negeri Johor? Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Terima kasih Bukit Naning. Tuan Speaker, bagi persoalan yang telah diajukan sebentar tadi, ya kerajaan negeri komited untuk meneruskan dan memastikan koperasi-koperasi ini terus aktif dan ada ruang dan peluang baru untuk perniagaan buat mereka. Dan, sepertimana yang kita ketahui menerusi juga maklumat daripada data-data daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu 29% koperasi-koperasi di Johor ini dia terlibat dalam bidang perkhidmatan, diikuti dengan 34% bidang kepenggunaan dan 21% dalam bidang pertanian. Ini maklumat asas. Jadi, berdasarkan kepada pecahan ataupun angka-angka yang saya berikan tadi, maka kerajaan negeri akan memastikan fokus ini dapat kita bantu koperasi-koperasi yang wujud di negeri Johor. Dan, sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih kuasa di negeri Johor di peringkat koperasi kita telah menilai ataupun melihat semula apakah pelan-pelan yang telah wujud ataupun kerangka pelan yang telah wujud untuk membangunkan koperasi. Dan, di sana wujud kerangka Pelan Strategik Pembangunan Koperasi negeri Johor untuk tempoh tahun 2017 sehingga tahun 2021. Dan, jika kita sandarkan kepada persoalan tadi, apakah di sana ada pelan ataupun perancangan di peringkat koperasi negeri Johor untuk membuka peluang yang lebih, peringkat kerajaan negeri kita mengguna juga kerangka Pelan Strategik Pembangunan Koperasi negeri Johor ini untuk menjadi asas kita melebarkan lagi potensi koperasi-koperasi di negeri Johor. Suka saya memetik dalam kerangka pelan ini ada 5 inisiatif strategik untuk memberi ruang dan peluang kepada koperasi negeri Johor : 1. Inisiatif yang kita ingin sasarkan ialah kita ingin merangsang penglibatan koperasi dalam sektor

ekonomi yang berimpak tinggi, high end dengan izin, dari segi koperasi yang terlibat dengan perumahan, dengan sektor hartanah dan sebagainya.

2. Inisiatif strategik yang kedua iaitu kita ingin memantapkan profesionalisme dalam pengurusan

dan berorientasikan keusahawanan. Maknanya kita nak pastikan koperasi-koperasi ini bila dia menjalankan perniagaan, dia menjalankan dengan profesional kerana perjalanan koperasi

Page 115: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 115

yang tidak ada nilai profesionalisme ini akhirnya dia akan terperangkap dan menjadi koperasi yang tidak aktif. Contohnya apabila permasalahan dari segi auditan dan sebagainya.

3. Inisiatif strategik juga yang ingin digariskan ialah memperkukuhkan keupayaan modal dalam

pembangunan perniagaan. So, modal menjadi satu faktor ataupun perkara yang dititikberatkan juga kerana kebanyakannya di peringkat keusahawanan ataupun keusahawanan yang dibangunkan oleh koperasi sememangnya modal ini menjadi satu isu yang mesti diatasi.

4. Kita ingin memastikan supaya koperasi ini dapat berperanan dengan aktif untuk meningkatkan

kesejahteraan ekonomi rakyat. Bermaksud apabila koperasi menjalankan sesuatu perniagaan kita ingin pastikan perniagaan ini boleh memberi impak juga kepada masyarakat ataupun kepada rakyat setempat.

5. Kita ingin meningkatkan akses kepada pasaran iaitu kita di peringkat kerajaan negeri ingin membantu koperasi untuk mengembangkan, mendapatkan market, dengan izin, ataupun pasaran yang lebih luas kepada perniagaan koperasi-koperasi.

So, ini adalah kerangka pelan strategik pembangunan koperasi negeri Johor untuk tahun 2017 dan sehingga 2021 dan kita harap dengan rangka ini dapat menjawab persoalan yang diutarakan oleh Bukit Naning iaitu ruang dan peluang ataupun inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengembangkan atau memperkasakan potensi koperasi-koperasi di negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Dijemput Yang Berhormat Senai. YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai) : Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 4. Apakah rasional PBT membenarkan penganjur mengenakan bayaran berlebihan terhadap penjaja di pasar lambak? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Senai. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor merupakan kerajaan Pakatan Harapan yang pertama dan mungkin satu-satunya kerajaan yang telah berjaya menunaikan manifesto Pakatan Harapan dalam PRU yang ke-14 iaitu kami telah, kita telah menunaikan 10 janji dalam 100 hari. Antaranya, kerajaan negeri Johor telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran lesen penjaja bagi semua penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan di pasar malam, pasar sehari atau pasar pagi, penjaja bergerak dan penjaja statik berkuat kuasa pada 1 September 2018. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pengurusan pasar lambak di dalam kawasan PBT adalah diuruskan oleh PBT itu sendiri atau melantik pihak luar sebagai penganjur yang bertujuan untuk memudahkan Pihak Berkuasa Tempatan mengawal dan memantau peniaga di lokasi pasar lambak. Untuk makluman, bagi PBT yang menganjurkan sendiri pasar lambak tersebut, setiap-setiap penjaja pasar lambak hanya dikenakan caj pelupusan sampah sebanyak RM1.00 dan caj sewa tapak sebanyak RM2.00. Manakala bagi PBT yang melantik pihak luar sebagai penganjur, kebenaran bagi penganjuran pasar malam, pasar pagi atau pasar sehari juga membenarkan kutipan caj pengurusan sampah yang munasabah dan ditetapkan yang boleh dikenakan kepada penjaja. Kebersihan tapak penganjuran pasar lambak adalah di bawah tanggungjawab pihak penganjur sepenuhnya dan segala sampah perlu di kumpul di satu tempat yang telah dikhaskan oleh SWM Environment atau melalui kutipan oleh kerja kontrak sampah yang dilantik sendiri oleh penganjur. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga mengenakan syarat supaya penganjur melaksanakan kerja-kerja mengecat semula tapak niaga sekurang-kurangnya 4 kali setahun atau sekiranya cat petak telah pudar. Sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat, kerajaan mengetahui peniaga-peniaga di pasar banyak ialah berniaga modal kecil dan kewujudan pasar ialah membantu peniaga kecil. Oleh itu Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah mengenakan sebarang syarat atau panduan kepada penganjur dalam caj lain yang ingin dikenakan antaranya bagi tujuan penyediaan tawaran keselamatan atau RELA dan juga sewa tapak. Antara tujuan untuk memberikan pengecualian bayaran lesen penjaja ni adalah untuk membantu meringankan beban para penjaja sekiranya terdapat caj berlebihan ataupun terlampau yang dikenakan kepada penjaja ianya telah bercanggah

Page 116: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 116

dengan hasrat kerajaan memberikan pengecualian tersebut atau dengan izin, tindakan ni telah defeat the purpose. Justeru kerajaan negeri menyeru kepada semua penjaja yang dikenakan bayaran penyewaan yang tinggi supaya membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengkaji kes-kes tersebut dan mengambil tindakan terhadap penganjur. Semua Pihak Berkuasa Tempatan juga akan mengkaji semula kontrak yang telah diberikan kepada penganjur dan mengemas kini data pada tahun akan datang. Dan, Pihak Berkuasa Tempatan juga akan menetapkan kadar maksimum untuk setiap pasar lambak. Pihak penganjur perlu ikut harga yang ditetapkan. Sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, kontrak penganjur akan dibatalkan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Senai, jemput. YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai) : Soalan tambahan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kat kawasan Kulai sini, 100%, 20 pasar lambak sudah diserah kepada penganjur luar. Adakah kerajaan ni akan mengambil alih lesen atau permit kebenaran daripada penganjur luar? Ini tidak masuk apa ni, bazar Tahun Baru Cina, bazar Deepavali, bazar Ramadhan. Saya dapat aduan banyak-banyak yang sewa tapak dia dapat sewa, dia sub, sub kepada yang penyewa lain. Akhirnya, satu tapak boleh sampai RM700.00 hingga RM1,400.00. Itu dah serius. Adakah kerajaan akan mengambil alih lesen atau kebenaran tersebut? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di seluruh negeri Johor, terdapat 99 tapak pasar lambak yang dianjurkan oleh penganjur pihak luar. Antaranya, penganjur yang dilantik adalah merupakan NGO-NGO ataupun persatuan-persatuan. Hasrat atau tujuan Pihak Berkuasa Tempatan membenarkan penganjur dari luar yang merupakan NGO-NGO ini adalah dengan hasrat atau niat untuk membantu NGO-NGO tersebut tetapi bukan untuk membenarkan pihak-pihak berkenaan untuk mengaut keuntungan yang terlampau. Jadi, kerajaan sekarang sedang membuat kajian tentang isu ini. Sebenarnya bukan semua penganjur luar yang mengenakan bayaran berlebihan kepada peniaga, kekurangan tenaga kerja dari pihak berkuasa tempatan juga merupakan salah satu masalah untuk memantau pengurusan pasar seharian. Akibatnya, ia menyebabkan pengurusan perkhidmatan kebersihan dan perkhidmatan pemungutan sampah pasar akan terjejas. Justeru, bayaran sewa tertentu kepada peniaga dari penganjur akan membantu Pihak Berkuasa Tempatan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga. Walau bagaimanapun, bayaran sewa kepada peniaga dari penganjur tidak boleh melampau seperti yang saya sebut tadi. Kerajaan negeri menyeru kepada semua peniaga sekali lagi, sekiranya dikenakan bayaran penyewaan yang tinggi, membuat aduan kepada PBT ataupun boleh terus membuat aduan kepada saya supaya PBT dapat mengkaji kes tersebut dan mengambil tindakan. Tidak sekali-sekali Pihak Berkuasa Tempatan ataupun kerajaan negeri akan kompromi dengan tindakan mengenakan caj melampau ini. Saya di sini, saya ingin menghantar satu mesej yang begitu jelas supaya sesiapa penjaja yang dikenakan caj terlampau sila memberikan maklumat kepada kita supaya kita boleh mengambil tindakan terhadap penganjur tersebut. YB Speaker : Tangkak. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tangkak ingin tanya berdasar daripada jawapan Yang Berhormat EXCO tadi, di seluruh negeri Johor terdapat 99 pasar lambak yang telah diserah oleh PBT kepada NGO atau persatuan atas dasar ingin membantu mereka dan juga dapat mengurangkan beban penguatkuasaan atau pemantauan terhadap PBT. Jadi, Tangkak ingin meminta Yang Berhormat EXCO, boleh tak memberikan statistik antara 99 penganjur ini mengikut pecahan PBT. Dan satu lagi, kita faham kekurangan kakitangan ataupun Unit Penguatkuasaan bagi memantau pasar-pasar lambak yang dianjur oleh penganjur ini. Tetapi, berdasarkan, menurut jawapan juga daripada YB EXCO tadi, kalau pasar lambak yang terus bawah PBT, caj pembersihan cuma RM1.00, sewa petak cuma RM2.00, iaitu RM3.00. Kalau kita tengok balik aduan yang diterima oleh Yang Berhormat Senai, sewanya sehingga, bulanan RM600.00 sehingga RM1,400.00. Ini dah terlalu melampau dan saya rasa mengenai dengan, ya kita faham penganjur akan tolong untuk mengawal keselamatan tapi dari segi pembersihan, memandangkan pembersihan, kerja-kerja pembersihan ini di bawah PBT memang telah ada kontraktor yang telah

Page 117: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 117

dilantik iaitu SWM. Jadi, di pasar lambak ini juga saya ambil contoh di kawasan, di daerah Tangkak ataupun di tempat kebanyakan tempat, pasar-pasar lambak ini, sampahnya akan dikutip atau kerja-kerja pembersihan akan diuruskan oleh kontraktor. Jadi, YB Speaker : Soalannya YB? Soalannya? YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Jadi, soalan saya, saya nak minta EXCO supaya memberikan statistik penganjur ini mengikut PBT. Sekian, terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Tangkak. Soalan dia singkat, tapi huraiannya panjang. YB Speaker : Dia tiru YB EXCO jugalah. (Dewan ketawa). YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Itu dulu. Ini Speaker kita suka bongkar rahsia. Jangan, tak baik. YB Speaker : Realiti. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Yang Berhormat Tuan Speaker. Jawapan dia sebenarnya pendek, tapi saya nak hurai panjang-panjang. Sebenarnya, kebanyakan PBT yang melantik penganjur dari luar adalah PBT-PBT yang berada di sekitar Johor Bahru, iaitu MPPG, 5; Kulai, 20; Pontian, 1; Pengerang, 1; dan MBJB, 61. Dan berkenaan dengan isu, tadi Tangkak ada sebut adalah mengapakah caj sampah ataupun pengurusan sampah yang dikenakan oleh PBT jauh lebih rendah kalau berbanding dengan caj yang dikenakan oleh penganjur? Di sini, kontraktor yang terlibat adalah orang yang berlainan, pihak yang berlainan, iaitu, untuk PBT kontraktor yang dilantik adalah SWM dan SWM sebenarnya menjalankan kerja-kerja ni atas CSR. Untuk penganjur-penganjur yang lain, mereka terpaksa melantik kontraktor sendiri. Itu yang menyebabkan kadar caj pengurusan sampah yang berbeza nampak ketara. Tapi itulah sebab wujudnya perbezaan tersebut. Jadi, berkenaan dengan prestasi sekiranya pengurusan pasar-pasar lambak ini dijalankan oleh PBT sendiri, adakah ianya lebih baik? Sebenarnya, ini tidak ada satu jawapan yang tetap. Kita perlu faham bahawa PBT ada juga kerja-kerja teras dia, kerja-kerja hakikinya. Di mana penganjuran pasar-pasar lambak ini juga hanyalah sebahagian daripada CSR. PBT untuk membantu peniaga-peniaga kecil supaya mereka dapat memulakan perniagaan dari modal yang kecil. Tetapi, sekiranya kesemua pasar lambak ini dianjurkan oleh PBT sendiri, ianya akan melibatkan tenaga kerja yang mungkin menambahkan perbelanjaan pengurusan PBT. Maka, perkara ini akan diperhalusi. Yang penting, kita berpegang kepada prinsip bahawa penganjuran pasar lambak ini adalah bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga kecil tetapi bukan untuk membebankan peniaga-peniaga kecil. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput Benut. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Terima kasih Tuan Speaker. Tahniah Yang Berhormat EXCO. Namanya pun pasar lambak. Jadi, pada pandangan Yang Berhormat apa agaknya Yang Berhormat faham tentang pasar lambak ni? Lambak, longgok? Adakah Yang Berhormat nak tukar nama pasar longgok ke. Saya cadangkan Yang Berhormat, mungkin kerajaan boleh fikirkan satu jenama baru, penjenamaan semula kerana Yang Berhormat begitu garang sekali, Yang Berhormat nak pantau perjanjian, kalau tidak Yang Berhormat nak kenakan tindakan kepada anu. Jadi, saya nak bertanya adakah, pertama, sebelum nak kenakan tindakan kepada pengusaha pasar lambak, apakah pandangan Yang Berhormat untuk penambahbaikan kepada pengusaha ataupun penganjur pasar lambak ni supaya hasrat Yang Berhormat itu, saya nak bantu, supaya hasrat Yang Berhormat tu untuk mengenakan tindakan kerana mereka mengenakan sewaan yang berlebihan. Jadi, pertama Yang Berhormat rasa apa penambahbaikan boleh buat supaya mengelakkan penganjur ini melakukan perkara-perkara yang berlebihan. Kedua, apa yang parameter Yang Berhormat nak tetapkan supaya tercapai matlamat Yang Berhormat untuk jangan penganjur ini berlebihan dalam pengenaan kenaan bayaran itu. Baik Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Page 118: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 118

YB Speaker : Jemput Yang Berhormat EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Benut. Yang Berhormat Benut suka sangat istilah rebranding baru-baru ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ni, kerajaan tak ada rancangan ataupun cadangan untuk buat rebranding kepada pasar-pasar lambak ini. Seperti yang kita selalu tekankan, apa yang baik kita teruskan, apa yang tidak baik kita hindarkan. Berkenaan dengan isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Benut tadi, iaitu berkenaan dengan bagaimana mechanism untuk tambah baik. Sebenarnya, kita perlu lihat apakah fungsi ataupun peranan pasar-pasar lambak ini. Kalau kita lihat dulu pasar lambak ni merupakan tempat perbelanjaan ataupun satu tempat penduduk setempat untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih murah. Itu adalah fungsi asal pasar-pasar lambak ni. Dan, saya yakin bahawa Ahli-Ahli dalam Dewan yang mulia ini ,ada nostalgia terhadap pasar-pasar lambak ni. Di mana ianya merupakan satu aktiviti keluarga mingguan. Namun begitu, perkembangan terbaru menunjukkan bahawa sebenarnya fungsi untuk membekalkan barangan murah oleh pasar-pasar lambak ni semakin luntur. Di mana ianya hanya tinggal sekiranya ada tempat untuk aktiviti sekeluarga, di mana untuk membawa seisi keluarga untuk menjamu selera ataupun membeli belah, berjalan-jalan di pasar lambak. Tapi, kalau kata dari segi harga mungkin lebih kurang sama ataupun kadang kala tidak boleh setanding dengan harga yang ditawarkan di hyper-hyper market. Itu perlu kita akui bahawa hakikat apa yang ada sekarang dan apa yang lebih diperhatikan adalah kadang kala pasar-pasar lambak ini merupakan tempat membeli belah warga-warga asing terutamanya mereka yang bekerja pendapatannya tak begitu tinggi. Dan, ini telah menunjukkan bahawa sampailah masa untuk kita memikirkan sama ada adakah keperluan untuk kita mengekalkan pasar lambak ini? Dan, sebenarnya kerajaan berpendapat bahawa ada juga tarikan lain ataupun peranan fungsi yang lain yang boleh kita tambahkan kepada pasar-pasar lambak ini. Sebagai contoh, pasar-pasar lambak yang berjaya sebenarnya boleh dijadikan satu tarikan pelancong seperti mana yang kita perhatikan di negara-negara luar. Maka, perkara itu akan dikaji dan mungkin kita akan wujudkan beberapa pasar lambak, pasar malam yang merupakan menjadikan fokus dan ianya akan menjadi satu tempat tumpuan pelancong. Ini antara peranan ataupun fungsi tambahan yang boleh kita fikirkan untuk pasar-pasar lambak ini. Dan untuk isu caj berlebihan itu, sebenarnya saya nak cakap macam mana, sebab apabila kita lihat balik penganjur-penganjur yang terlibat, tidak kurang juga yang berkaitan dengan politik, walaupun ianya bukan dianjurkan atas nama parti politik. Tapi sedia maklumlah antara pemimpin-pemimpin ini ada juga yang pakai 2, 3 topi, dia orang tukar-tukar topi. Jadi mereka menggunakan nama NGO untuk menganjurkan pasar-pasar lambak ini. Jadi saya minta Yang Berhormat Benut kalau boleh nasihatkanlah anak buah Yang Berhormat Benut supaya jagalah kebajikan penjaja-penjaja ini, janganlah kenakan caj yang berlebihan. YB Speaker : Bermakna penganjur penjaja itu ahli UMNO eh? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Saya tak bercakap begitu (ketawa) tapi mereka ada 2, 3 topilah sedia maklum. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ok. Seterusnya Yang Berhormat Sri Medan, jemput. YB Dato' Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5. Pencapaian atlet Johor di SUKMA Perak amat membanggakan hasil pelan atau program jangka

masa panjang MSN. Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan atau program

meningkatkan prestasi untuk acara-acara sukan popular di Johor seperti acara pecut, sepak takraw.

Nyatakan program-program tersebut.

YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan : Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sri Medan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang diraih oleh Kontinjen SUKMA Johor di Temasya Sukan Malaysia Ke-19

Page 119: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 119

Perak yang berlangsung pada 11 hingga 22 September 2018 yang lalu. Ini adalah hasil perancangan dan pemantauan yang dibuat oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor bagi memastikan segala persiapan atlet dan pasukan berada pada tahap yang terbaik untuk menghadapi SUKMA Perak tempoh hari. Semua sedia maklum yang Johor bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia Ke-20 Johor pada tahun 2020. Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan bagi memastikan penganjuran temasya tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Persiapan bukan sahaja dari segi infrastruktur sukan sahaja, malah persiapan dari segi pengurusan serta yang paling penting adalah persiapan para atlet yang bakal menggalas cabaran di temasya itu nanti. Pencapaian yang diraih di Temasya SUKMA Perak tempoh hari merupakan satu gambaran awal bahawa negeri Johor berada di landasan yang tepat, kerana daripada 498 orang atlet yang menyertai SUKMA Perak, 364 orang atlet iaitu 73% yang masih boleh membawa cabaran Kontinjen SUKMA Johor 2020 nanti. Ini menunjukkan pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah menjalankan perancangan yang tepat bagi menghadapi SUKMA Johor 2020 itu nanti. Kesinambungan daripada itu, Program Titanium 2020 yang mana telah dimulakan sejak tahun 2016 lagi, akan diteruskan dan akan dibuat penambahbaikan bagi memastikan perancangan serta strategi yang betul untuk memberi cabaran di temasya SUKMA Johor 2020 nanti. Program Titanium 2020 yang dilihat memberikan persaingan yang sihat kepada semua atlet di seluruh negeri Johor untuk menempatkan diri di dalam program tersebut. Untuk makluman semua, pihak Majlis Sukan Negeri Johor sedang dalam proses menjalankan “post-mortem” dengan izin, mengenai prestasi pasukan di temasya SUKMA Perak 2018. Segala maklum balas daripada pasukan dan jurulatih akan disemak bagi dibuat penambahbaikan kepada Program Titanium 2020. Walaupun negeri Johor bakal menjadi tuan rumah SUKMA Ke-20 pada tahun 2020, ia bukan penamat untuk sukan di negeri Johor tetapi merupakan permulaan era baru sukan di negeri Johor. Pihak Majlis Sukan Negeri Johor dalam usaha merangka Pelan Pembangunan Sukan 2030 yang menetapkan sasaran 10 tahun perancangan bermula pada tahun 2020. Buat permulaan, pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah menjalankan usaha awal dengan menjadikan Sirkuit Remaja Johor yang mana ia melibatkan 10 buah daerah dalam negeri Johor. Pada peringkat permulaan, sebanyak 4 jenis sukan yang telah dikenal pasti untuk dijadikan penambah aras, penanda aras bagi Sirkuit Remaja Johor iaitu sukan Memanah, Pencak Silat, Berbasikal dan Kenu yang mana sukan-sukan ini mempunyai pembangunan sedia ada di setiap daerah. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, sudah ada gerakan awal daripada daerah-daerah yang bertanding menjalankan latihan secara sistematik dan lebih terancang berikutan Sirkuit Remaja Johor ini dijalankan sebanyak tiga sirkuit setiap tahun. Oleh yang demikian, kualiti para atlet yang bertanding pada setiap sirkuit menunjukkan peningkatan yang terbaik dan ini merupakan pentas yang terbaik bagi atlet di peringkat pembangunan daerah menunjukkan bakat mereka sebelum diserapkan di bawah Program Titanium 2020. Insya-Allah, maklum balas yang positif daripada penganjuran sirkuit ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang dan pihak Majlis Sukan Negeri Johor mencadangkan untuk menambah lagi acara sukan yang bakal dipertandingkan di Sirkuit Remaja Johor ini. Antara acara-acara yang akan ditambah ialah acara pecut, bola tampar, wushu, petanque dan beberapa acara lain. Bagi sukan-sukan yang lain seperti olahraga dan sepak takraw, program sirkuit dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang telah dilaksanakan sejak tahun 2013 akan diteruskan pelaksanaannya. Hasil daripada penganjuran sirkuit-sirkuit ini, buat pertama kalinya Pasukan Olahraga MSSM Johor 2018 telah menjadi johan keseluruhan. Ini membuktikan perancangan jangka masa panjang bagi membentuk serta menyediakan atlet perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan keberhasilan kualiti atlet berada pada tahap yang terbaik. Oleh yang demikian, pihak Majlis Sukan Negeri Johor sangat bekerja rapat dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang mana merupakan kilang utama bakat-bakat yang bakal mengharumkan nama Negeri Johor. Oleh yang demikian, saya memohon agar kerjasama yang telah dilaksanakan ini dapat diteruskan bagi memastikan negeri Johor tidak ketandusan atlet yang bakal mengalas cabaran sukan di peringkat kebangsaan dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Terima kasih. YB Speaker : Sri Medan.

Page 120: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 120

YB Dato' Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Saya pun tak tahu, banyak soalan saya hantar tetap sukan yang naik. Saya ingat tak terlewatlah saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO atas kejayaan ketika SUKMA di Perak. Saya difahamkan 29 pingat emas. Ini merupakan satu kejayaan, bukan untuk pihak kerajaan sahaja tetapi untuk kami di pihak pembangkang juga. Tetapi apa yang kita nampak di sini, program-program seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO bahawa setiap program itu memerlukan satu perancangan dan juga pelaksanaan jangka masa panjang. Dan kita akui untuk melahirkan atlet yang berkualiti dan boleh mencapai kejayaan yang cemerlang pada 2020, perlu persiapan daripada sekarang. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi iaitu program Titanium telah bermula tahun 2016 iaitu merupakan satu program di peringkat tempatan. Adakah pihak Yang Berhormat EXCO dan juga Majlis Sukan Negeri Johor mempunyai perancangan untuk menghantar atlet atau mengimport jurulatih daripada luar negara atau menghantar atlet ke luar negara untuk kita memberi impak yang lebih besar kepada pencapaian atlet pada tahun 2020. Kerana saya dimaklumkan 2020 dengan persiapan infrastruktur, fasiliti sukan amat luar biasa, tetapi kita tidak mahu lihat dengan persiapan yang begitu besar tetapi pencapaian atlet kita tidak memberangsangkan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan : Terima kasih Yang Berhormat Sri Medan. Untuk makluman semua, perbincangan telah dibuat bersama dengan pihak Majlis Sukan Negeri Johor berkenaan memastikan bahawa prestasi atlet-atlet negeri Johor untuk SUKMA 2020 berada pada tahap yang membanggakan dan boleh memberikan pingat kepada negeri Johor. Oleh itu, Majlis Sukan Negeri Johor bercadang akan menghantar beberapa atlet ke luar negara, antaranya acara judo. Dan saya dimaklumkan bahawa Majlis, Persatuan Judo Johor telah pun berjumpa dengan saya untuk menghantar beberapa atlet judo ke Jepun bagi memastikan bahawa mereka dapat memberikan sumbangan pingat emas yang lebih berbanding dengan 3 pada SUKMA 2018 yang lalu. Untuk makluman semua, berkenaan dengan jurulatih luar negara, sebenarnya kita telah ada pun 1 atau 2 persatuan yang telah pun mengambil jurulatih luar negara bagi memastikan bahawa prestasi atlet negeri Johor berada pada tahap yang baik. Dan insya-Allah bagi memastikan sukan antaranya wushu, di mana wushu juga merupakan antara sukan yang menyediakan banyak pingat emas dan di mana kita hanya memenangi 2 pingat emas pada SUKMA yang lalu. Dan insya-Allah kita telah ada perbincangan dengan pihak wushu, Persatuan Wushu dan MSN untuk memastikan bahawa kita dapat mengambil seorang jurulatih daripada China bagi memastikan kita dapat meningkatkan teknikal, dari segi teknikal kerana saya lihat semasa di SUKMA 2020, kita kebanyakan tewas di dalam beberapa point berdasarkan kepada segi teknikal. Dan insya-Allah untuk makluman Yang Berhormat Sri Medan dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, kita akan maklumkan kepada semua mengenai perkembangan terkini skuad SUKMA 2020 insya-Allah. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Jemput Yang Berhormat Machap. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 6. Sejauh mana Kad Sihat Johor telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kepada kumpulan sasar. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 7. Banyak maklum balas diterima berkenaan dengan tawaran Kad Sihat Johor. Nyatakan dengan secara terperinci status terkini berkenaan dengan pelaksanaannya. Adakah tawaran tersebut hanya untuk satu tempoh terhad atau ia akan ditawarkan pada setiap tahun yang akan datang? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Machap dan Jementah. Dan ucapan selamat datanglah

Page 121: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 121

kepada adik-adik Hab Universiti Pagoh. Pagoh ini akan mengingatkan kita kepada Ahli Parlimen Pagoh dan DUN Gambir. Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab bersekali. Untuk makluman Yang Berhormat, penerima Kad Sihat Johor bagi fasa pertama pada tahun 2018 merupakan Ketua Isi Rumah yang berdaftar di bawah senarai e-Kasih di seluruh Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor telah menyerahkan Kad Sihat Johor kepada penerima mulai 29 September 2018. Sehingga 21 November 2018, seramai 3,754 Ketua Isi Rumah e-Kasih telah tersenarai sebagai penerima Kad Sihat Johor. Oleh kerana program Kad Sihat Johor ini bermula pada bulan September 2018, maka jumlah pemberian di pro ratakan kepada RM200.00 bagi setiap keluarga. Penerima yang layak untuk menggunakan kemudahan ini merupakan Ketua Isi Rumah e-Kasih dan juga ahli isi rumah yang berdaftar. Jumlah keseluruhan terkini Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah yang berdaftar dalam Program Kad Sihat Johor adalah sebanyak 19,288 orang. Program Kad Sihat Johor ini juga akan diteruskan pada tahun 2018 untuk dimanfaatkan oleh penerima sebelum ini. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Machap jemput. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Machap mohon penjelasan dari segi penggunaan Kad Sihat ini, sama ada klinik-klinik yang ditentukan untuk menerima rawatan sekian sakit oleh pemegang Kad Sihat ini? Kemudian jumlah berapa kali yang dibenarkan untuk mendapatkan rawatan dan juga jumlah keseluruhan kos yang dibenarkan oleh pihak kerajaan bagi pesakit itu untuk mendapatkan rawatan? Kalau tak silap saya, lebih kurang dalam RM150.00, RM150.00 untuk setiap pemegang kad itu. Maknanya kalau melebihi RM150.00 itu, adakah kos itu ditanggung ataupun macam mana oleh pihak yang memegang kad kesihatan ini, Kad Sihat ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Machap. Yang Berhormat Tuan Speaker. Ok, untuk Kad Sihat Johor terbahagi kepada dua, satu, individu dan satu ialah kepada family. Satu ialah total dia, nilai dia sebanyak RM250.00 dan bagi keluarga nilai dia sebanyak RM500.00. Memandangkan satu kali penggunaan adalah RM50.00 bermakna bagi individu boleh menggunakan sebanyak 4 kali dan bagi keluarga boleh menggunakan sebanyak 10 kali. Dia tergantung sebetulnya berapa kali kita kerap, pasal kos yang dah kita limitkan dengan izin, adalah RM50.00 sekali rawatan. Jadi, jika untuk menghabiskannya keluarga tu akan mendapat rawatan sebanyak 10 kalilah untuk yang keluarga. Kemudian, jumlah klinik-klinik yang mendaftar untuk di bawah e-Kasih ada lebih daripada 100 klinik di seluruh negeri Johor. Klinik-klinik, penerima yang layak untuk mendapat rawatan Kad Sihat Johor boleh mengklik di web, laman web yang telah ditetapkan untuk dia lihatlah di mana saja klinik-klinik yang ada untuk mendapatkan rawatan Kad Sihat Johor. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tuan Speaker, tawaran Kad Sihat Johor ini sebenarnya merupakan manifesto Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang lalu, yang kita mesti merealisasikan tawaran tersebut. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Yang Berhormat EXCO yang telah berusaha untuk menjayakan program ini. Walau bagaimanapun, banyak maklum balas juga diterima oleh pihak saya, berkenaan dengan tawaran Kad Sihat Johor ini. Sebab pada permulaannya kita difahamkan bahawa golongan yang akan dinikmati dengan kad ini hanya daripada peserta e-Kasih sahaja. Maka, banyak yang juga datang kepada pejabat khidmat kita untuk bertanya sama adakah contohnya, penerima-penerima kebajikan mereka yang menerima bantuan kebajikan juga ingin tahu sama adakah mereka layak untuk ditawarkan kad ini. Dan juga golongan B40, mereka yang penerima BRIM atau kita sekarang

Page 122: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 122

sudah nama barulah, Bantuan Sara Hidup, itu juga ingin tahu sama adakah dia akan, mereka juga layak untuk memohon tak? Maka, saya ingin tahu sama adakah program ini akan diperluaskan lagi kepada golongan-golongan seperti penerima kebajikan atau juga penerima bantuan sara hidup. Sebab, mereka adalah golongan yang pendapatan di bawah, pendapatan bawahan. Maka kad ini memang dapat memberikan bantuan kepada mereka dari segi kos perubatan. Maka saya ingin mohon pencerahan dari Yang Berhormat EXCO, bahawa sama adakah tawaran ini akan diperluaskan kepada golongan-golongan ini yang saya sebutkan tadi ini. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Tuan Speaker dan Jementah. Ok. Kad Sihat Johor akan diluaskanlah. Penerima Kad Sihat Johor akan diperluaskan kepada B40lah. Dan dijangkakan tahun depan kita akan menambah lagi penerima berjumlah 15,000 hingga 20,000 penerima ketua isi rumah, Insya-Allah. YB Speaker : Benut. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) :Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO yang terakhir sekali melawat web site berkaitan dengan Kad Sihat Johor ni bila agaknya? Kalau boleh tak Yang Berhormat bagi saya penilaian Yang Berhormat terhadap web site yang menyentuh tentang Kad Sihat Johor ini, apa-apa grading Yang Berhormat bagi? Kedua, adakah Yang Berhormat berpuas hati dengan jumlah peruntukan yang disediakan di dalam Bajet 2019 ini untuk mencapai matlamat seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi? Terima kasih. Ha, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat sahabat saya Jementah kerana beliau berhasrat untuk nak merealisasikan manifesto PH ni. Baik, satu usaha... YB Speaker : Tak merealisasikan ke? YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Satu usaha, satu usaha yang baik Yang Berhormat. YB Speaker : Ok, dijemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Yang Berhormat. Ok. Laman web Sihat Johor adalah diuruskan oleh Setiausaha Bahagian, SUK Bahagian Pengurusan dan oleh third party lah, Maju Sihat. So, nanti kita akan check baliklah, tengok macam mana proses tu kerana penambahbaikan kita akan sentiasa lakukan. Lepas tu, tentang bajet, Alhamdulillah lah, setakat ini saya sangat berpuas hati kerana walaupun bajet tu nanti akan berkurangan tapi jangan takut Insya-Allah kerajaan akan mampu untuk menambah balik bajet tu. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Maharani, jemput. YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8. Sejajar dengan pengumuman oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sila nyatakan langkah-langkah diambil kerajaan negeri untuk memastikan sasaran semua jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri menyediakan taska di premis mereka dapat dicapai menjelang 1 Januari 2019. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Maharani. Kerajaan negeri Johor maklum akan isu-isu yang menjadi kebimbangan kepada para ibu bapa di Malaysia iaitu berhubungan dengan kes penderaan bayi sehingga membawa kepada kematian. Kes sebegini telah mendatangkan kemarahan dan membawa kepada kebimbangan ibu bapa dalam menghantar anak-anak kepada TASKA atau pengasuh. Namun, dalam masa yang sama mereka keluar untuk mencari rezeki bagi mengurangkan beban keluarga.

Page 123: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 123

Pada dasarnya, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim iaitu YPKDT telah mempunyai pusat asuhan kanak-kanak TASKA iaitu TASKA YPDKT Wisma Persekutuan di Jalan Syed Mohamad Mufti, Johor Bahru dengan jumlah kanak-kanak seramai 52 orang. Objektif asal penubuhan asal TASKA YPKDT adalah memberi perkhidmatan kepada ibu bapa dengan menyediakan jagaan asuhan gantian yang sempurna, sihat dan selamat bagi anak-anak tersebut. Penubuhan TASKA YPKDT adalah bagi kemudahan kakitangan awam dan juga masyarakat yang berhampiran. Kedua, ibu bapa dapat menumpukan perhatian terhadap pekerjaan mereka di samping merasa tenang dan yakin tentang kebajikan, pertumbuhan dan perkembangan awal anak-anak terjamin. Ketiga, menyempurnakan pembangunan bayi dari awal pembentukannya dan meningkatkan potensi pembangunan mental dan intelek kanak-kanak. Dan, seterusnya meluaskan pembangunan sosio emosi kanak-kanak yang positif dengan penuh kasih sayang dan memberi kemahiran sosial sejak dari awal pembesaran dan perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan kejayaan dan permintaan yang tinggi terhadap TASKA sedia ada, kerajaan melalui YPKDT meneruskan pembangunan TASKA di Kota Iskandar manakala TASKA YPKDT Pontian telah pun siap sepenuhnya dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2019. TASKA YPKDT daerah Pontian telah dibangunkan di bersebelahan dengan pejabat YPKDT daerah Pontian iaitu di alamat JKR 2046, Jalan Utama, Taman Mega. Perancangan bagi pembangunan TASKA adalah hasil daripada dapatan keseluruhan kajian analisis data menyokong keperluan ini berdasarkan kepada permintaan responden. Unjuran permintaan menunjukkan keperluan sekurang-kurangnya 5 buah TASKA dan TADIKA dalam tempoh 5 tahun akan datang. Data yang menunjukkan peratusan yang tinggi bagi suami isteri bekerja dan wanita produktif menguatkan lagi unjuran keperluan perkhidmatan ini. Menyedari akan hasrat dan pengumuman oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kerajaan negeri Johor berusaha untuk menambah lagi TASKA di setiap daerah terutama di premis-premis atau kawasan pentadbiran kerajaan. Dan, selain itu TASKA YPKDT daerah Batu Pahat pun akan dibina dengan kos sebanyak RM200,000.00 dan cadangan lokasi bagi pembangunan ini adalah di Jalan Mohamad Syah, Batu Pahat. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Dijemput, Bukit Permai. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9. Dengan dasar tender terbuka oleh kerajaan PH, apakah ada rancangan kerajaan untuk tidak lagi

memberikan hak kepada konsesi-konsesi terhadap projek kerajaan persekutuan dan negeri seperti

yang ada sekarang ini?

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya nak menjawab soalan saya kena memberi sedikit penerangan tentang apa, kontraktor-kontraktor yang teribat dalam kerja-kerja tersebut dan skop kerja. Yang pertamanya, kita ada 4 kontraktor yang terlibat dalam projek konsesi yang pertamanya dia selenggara melibatkan jalan-jalan persekutuan, yang keduanya Infra Desa yang melibatkan jalan-jalan luar bandar dan kampung, dan seterusnya Amona dan Teto dua buah syarikat melibatkan jalan-jalan di bawah kerajaan negeri Johor iaitu kalau kita tengok dalam google maptu “J”, eh. Jadi, sebenarnya kontrak yang ada ni semuanya berjalan seperti biasa kecuali kontrak melibatkan Amona dan Teto yang sedia maklum bahawa kontrak asal sudah tamat pada 31 Ogos yang lepas dan dalam proses negotiation, dengan izin oleh Jawatankuasa Tender Kerajaan Negeri Johor. Dan, kita masih dalam proses negotiation dan secara amnya bahawa kita akan meneruskan kontrak tersebut, sebab apa dalam kontrak asal, 5 + 2. Jadi, yang 5 tu dah tamat, dan kita +2 tu bila kita meneliti dalam undang-undang dan sebagainya dalam perjanjian tersebut dan kita tidak boleh tamatkan dan kita terpaksa untuk terus menyambung lagi dua tahun. Terima kasih. YB Speaker : Bukit Permai, jemput.

Page 124: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 124

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mohon pencerahan daripada pihak EXCO kerajaan, berapakah jumlah syarikat-syarikat yang telah diberikan kerja di bawah konsesi-konsesi ini termasuk kerja jalan dan sebagainya? Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Saya ada data sebenarnya. Kalau saya nak terangkan data sebab apa dia terlalu besar sangat, terlalu skop besar, yang mana satu? Kalau nak tanya yang tadi Teto, Amona saya boleh terangkan, tapi kalau saya nak menerangkan saya ingat semua sekali... YB Speaker : Bertulis... YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Ha? YB Speaker : Hantar bertulis selepas ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Ha saya bagi detail secara bertulis. Tapi saya bagilah, mungkin maksud dia kepada Amona dengan Teto lah. Jadi, Amona dengan Teto ni kontrak asal dia RM256 juta selama 5 tahun dan untuk Teto, RM179 juta untuk tempoh 5 tahun. Ini dah tamat 31 Ogos dan sambungannya 1 September 2018 dan berakhir 31 Ogos 2020, eh. Jadi, yang seterusnya Infra Desa, kontraknya 5 + 2, mula 1 Julai 2015 dan tamat 30.06.2022, nilai kontrak RM555 juta. Dan seterusnya selia selenggara iaitu tarikh,sebenarnya dia baru renew sebelum pilihan raya. Dia dah renew8 tahun iaitu bermula 5 April 2018 dan berakhir 16 Februari 2026. Jadi, nilai kontrak dia lebih kurang, dia tidak tetap sebab apa dia ada provisional sum iaitu boleh berubah ikut kuantiti jalan lebih kurang RM3.0 juta sebulan dan lebih kurang RM44 juta setahun. Terima kasih. YB Speaker : Ok. Alhamdulillah, masa pun sudah pukul 11.02 tengah hari. Saya tamatkan soalan-soalan ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Kita berehat 20 minit dan kita masuk semula 11.25 pagi. Sekian. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.02 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11.25 pagi. Penolong Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018. YB Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dimulakan sekarang. Saya persilakan Machap untuk membahaskan. Silakan. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam muafakat Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Machap merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang berucap membahas Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar Johor pada 29 November yang lalu. Machap merakamkan penghargaan atas keterbukaan Menteri Besar yang mengakui bahawa kemajuan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, dan menekankan mana-mana inisiatif yang baik akan diteruskan dan juga akan dibuat penambahbaikan. Tahniah kepada Menteri Besar yang telah membentangkan bajet yang pertama untuk Pakatan Harapan dengan 28 sektor, 207 Titik Fokus berdasarkan 6 Teras Strategik. Tugas berat tentunya menanti Pakatan Harapan untuk melaksanakan bajet tersebut. Bajet menekankan kemapanan ekonomi, berusaha meletakkan Johor menjadi sebuah kuasa ekonomi yang hebat, di selatan tanah air dan juga Asia Tenggara. Bajet juga memberikan penekanan kepada soal-soal keadilan, saksama pembangunan kepada semua kaum. Mewujudkan peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, keselamatan dan ketenteraman awam dan berusaha menjadikan Johor mempunyai modal insan yang berkemahiran tinggi yang progresif dengan berpegang teguh pada budaya dan tradisi bangsanya. Machap melihat ini merupakan satu kesinambungan kepada

Page 125: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 125

pelaksanaan Bajet 2018 yang lalu di bawah BN, yang turut menekankan aspek yang sama melalui tema Membangun Dekad Baru Yang Sejahtera Untuk Rakyat. Memacu Johor menjadi sebuah kuasa ekonomi yang hebat di selatan. Menjadi Kuala Lumpur yang kedua menjelang 10 tahun lagi. Ini harapan di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang lalu ingin menjadikan Johor Bahru, Johor sebagai kuasa ekonomi dan juga Kuala Lumpur yang kedua. Dalam menaikkan semangat bangsa Johor untuk memacu negara ini, negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju, kita membakar semangat untuk memacu kemajuan negeri Johor bersaing rapat dengan jiran terdekat kita iaitu Johor JDT harimau mengejar negara yang terdekat dengan kita iaitu Singapura iaitu Johor mengejar singa. Kita tidak mahu bersaing dengan Pulau Pinang, kita tidak mahu bersaing dengan Selangor, tetapi kita di negeri Johor mahu memacu kemajuan yang pesat, yang hebat setanding dengan negara Singapura. Dan, kalau kita lihat juga, penerusan dasar-dasar, idea-idea yang telah digarap oleh Barisan Nasional yang lalu yang diteruskan oleh Pakatan Harapan, Machap melihat kalau idea itu diteruskan bermakna Barisan Nasional tumpang gembira. Kerana ini, kerana dasar ini adalah daripada Barisan Nasional dan kejayaan melaksanakan dasar dan idea dari BN ini di bawah Pakatan Harapan yang tentunya Pakatan Harapan gembira dengan kejayaan pelaksanaan ini maknanya BN tumpang gembira kerana ini idea daripada BN, dan dasar ini daripada BN dan PH gembira kerana kejayaan melaksanakan. Ini bukan untuk kita tetapi untuk rakyat Johor maka Pakatan dan BN akan menjadi abang dan adik bagi memastikan kejayaan untuk negeri Johor lebih diutamakan. Sekarang ini dalam pilihan raya yang ke-14, rakyat Johor memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk menjadi pentadbir. Menguruskan kemajuan negara di samping menjaga, mempertingkatkan kebajikan rakyat di negeri Johor. Ini harapan rakyat Johor. Kalau selama ini BN bertanggungjawab untuk membangunkan negeri ini, menjaga mensejahterakan rakyat, tetapi kali ini tanggungjawab diberikan kepada Pakatan Harapan. Kalau kita bertanding 14 kali, baru kali pertama kita kalah, saya rasa tidak mengapa. Tak akanlah 14 kali bertanding semua BN menang, bagilah peluang pula kepada Pakatan untuk menang. Dan kita juga harus ingat, kita harus ingat negara ini sedang beralih kepada sistem dua parti. Sistem dua parti yang akan menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Kalau PH mengamalkan dasar, mengamalkan pentadbiran yang baik untuk rakyat, rakyat akan pilih. Kalau tidak baik, kita ada pilihan, kita ada parti Barisan Nasional. Dua pilihan,maknanya ini politik yang kita semakin menuju ke arah politik kematangan. Dan Machap pernah berucap dalam ucapan yang lalu yang meminta dalam keghairahan kita meraihkan kemenangan janganlah kita mengemukakan isu-isu yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan kaum-kaum yang lain. Misalnya baru-baru ini isu ICERD yang telah menimbulkan semacam kegusaran kepada kaum majoriti, walaupun Menteri Besar ada kata isu ini kita ada empat parti dalam Pakatan Harapan kita boleh membuat kompromi terhadap sesuatu, tidak macam BN yang ada berbelas parti dia kata. Tetapi setakat ini... YB Speaker : BN berbelas parti ini dahulu, sekarang berbelas lagi ke? (Dewan ketawa). YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Tetapi isu ini sepatutnya dibawa bersama bincang dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan. Bila isu ICERD ini dikemukakan akhirnya menampakkan isu ini tidak mendapat kesepakatan antara Pakatan Harapan. Maknanya, Presiden PKR telah menyentuhnya, dia kata dia minta tangguh. Begitu juga dengan Perdana Menteri kita dan juga beberapa pemimpin lain minta tangguh ataupun kita jangan teruskan ini. Maknanya ini sebagai satu isu permulaan yang perlu menunjukkan adanya kesepakatan untuk memastikan rakyat tidak rasa gusar dengan pentadbiran di bawah Pakatan Harapan. Dan bila kita jadi pembangkang, bila BN jadi pembangkang, insya-Allah BN akan berusaha untuk jadi pembangkang yang baik, menegur, memperingat supaya apa juga dasar dan idea daripada Pakatan Harapan dapat kita tegur dan berada pada landasan yang benar. Kalau kita lihat ucapan Menteri Besar juga mengingatkan kuasa Allah yang boleh mencabut kuasa, memuliakan dan menghina sesiapa yang dikehendaki. Jadi pembangkang mengingatkan sesama kita supaya mengingatkan, menunaikan janji-janji yang telah kita buat supaya kita tidak tergolong dalam orang yang munafik. Kalau 100 hari tidak boleh tunaikan, kita ada 1 tahun. Kalau 1 tahun tidak boleh tunaikan kita ada 5 tahun, yang penting manifesto ini, janji ini kita perlu tunaikan dalam tempoh 5 tahun supaya janji kita itu dapat ditunaikan. Dan dalam hal ini, sebenarnya Machap berpendapat, Tuan Speaker beruntung sebab pembangkang yang ada pada hari ini adalah pembangkang-pembangkang yang matang. Pembangkang-pembangkang yang boleh berfikir secara rasional. Kalau Tuan Speaker dulu menjadi Speaker, yang lepas saya lihat bagaimana pening kepala Tuan Speaker mengendali Dewan mesyuarat ini. Sebab pembangkang...

Page 126: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 126

YB Speaker : Tapi saya sekarang pun pening juga, sebab senyap sangat. (Dewan ketawa). YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Jadi, kita lihat bagaimana kematangan daripada pembangkang BN hari ini menyebabkan Tuan Speaker saya rasa boleh mengawal Dewan ini dengan baik. Dan juga, dalam manifesto yang lalu, 10 manifesto yang telah dirancang dan disebut oleh PH telah dilaksanakan di negeri Johor. Dalam ucapan MB yang lepas dia kata ada Machap dan beberapa YB yang lain seperti “katak bawah tempurung”, tidak mengikuti bahawa manifesto di negeri Johor ini telah dilaksanakan. Jadi, sebenarnya saya telah diminta oleh seorang wartawan Sinar dalam surat khabar itu, saya, YB Bukit Batu dan seorang lagi telah pun mengeluarkan kenyataan diminta pendapat YB Machap bagaimana pelaksanaan manifesto? YB Machap jelaskan, telah pun dilaksanakan. Alhamdulillah cuma tiga yang belum dilaksanakan. Tetapi rasa sedihlah, sebab Menteri Besar kata YB Machap seperti “katak bawah tempurung”, tidak mengikuti perkembangan sedangkan manifesto itu sudah pun dilaksanakan. Seterusnya Machap minta penjelasan berkaitan dengan manifesto yang telah diuar-uarkan telah dilaksanakan. Contoh, sistem Takaful yang memberikan peruntukan RM1,000.00 dengan peruntukan RM560,000.00 pada tahun 2018. Machap ingin mengetahui berapa ramai yang sudah menuntut? Sebab proses tuntutan kepada waris-waris ini tidak melalui pejabat YB pembangkang. Jadi maklumat ini kita tidak tahu. Dan kadang kala urusan menuntut pun sukar untuk dilakukan. Kemudian pelaksanaan Kad Sihat Johor yang memperuntukkan RM1.2 juta tadi telah dijelaskan oleh EXCO berkaitan dengan Kad Sihat Johor, insentif kursus perkahwinan percuma, pada program ini telah pun berjaya menarik minat anak-anak muda bila kursus ini percuma mengurangkan kos, tentunya anak-anak muda berebut-berebut untuk bernikah, berkahwin sebab ada bantuan, insentif kursus perkahwinan ini. Sebab itu Machap ingin mengetahui sama ada manifesto itu betul-betul sudah dilaksanakan ataupun manifesto ini sekadar diumumkan pelancarannya, setakat mana perkembangannya, pelaksanaannya. Adakah sekadar diumumkan pelaksanaannya, maka itu sudah dikira manifesto ini sudah dijalankan. Kemudian, Machap ingin menyentuh isu berkaitan pelantikan ketua kampung yang ini telah dijelaskan seramai 674 orang. Sehingga kini di Simpang Renggam ada beberapa kampung yang belum dilantik ketua kampung sebab dia bagi tahu surat pelantikan belum dikeluarkan. Kalau kita lihat pihak kerajaan negeri Johor menjelaskan awal bulan September, isu pelantikan ketua kampung akan kita selesaikan sebab bila tidak ada ketua kampung, akan berlaku permasalahan kepada kampung itu terutamanya kepada ibu bapa atau rakyat, masyarakat di tempat tersebut untuk membuat surat sokongan pengesahan dan sebagainya. Jadi, oleh kerana ketiadaan ketua kampung maka peranan Yang Berhormat di tempat itu semakin sibuk akibat ketiadaan ketua kampung. Begitu juga dengan pembangunan di kampung tersebut. Bila mana tidak ada ketua kampung, maknanya dari segi permohonan kepada Pejabat Daerah untuk pembangunan infrastruktur, jalan raya, menaik taraf misalnya perparitan dan sebagainya agak sukar untuk dilakukan. Dan juga kalau kita lihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperjelaskan pelantikan ini secara terbuka dan telus, tidak melibatkan ahli politik. Individu yang layak dipilih berdasarkan merit. Jadi dari segi pemerhatian Yang Berhormat Machap, saya melihat kadang kala pelantikan itu walaupun kita cuba elakkan dari segi campur tangan politik tetapi yang menjadi ketua kampung sebahagian besarnya juga adalah orang-orang yang mendukung politik. Maknanya bukan kerana dia hebat di kampung tersebut dari segi kerja-kerja kemasyarakatannya, dari segi penglibatan keagamaannya tetapi dari segi penglibatan dia dalam politik juga diambil kira. Sebab kadang kala Machap melihat, ada ketua kampung yang lalu yang bertugas dengan baik, dapat berkhidmat yang memuaskan hati rakyat juga mohon bersama dengan ketua-ketua kampung yang telah dilantik ini tapi tidak dapat. Jadi rakyat merasakan ketua kampung yang lama perlu dikekalkan tetapi ditolak disebabkan mereka nampak seolah mirip kepada kerajaan Barisan Nasional. Kita melihat keharmonian di kampung misalnya, kebiasaannya yang jadi ketua kampung sekarang ini adalah dalam kalangan parti Pakatan Harapan. Suatu masa dahulu mereka adalah pembangkang dan sebahagian besarnya yang menjadi ketua kampung ini menyokong Barisan Nasional tetapi bila mereka sekarang ini dipilih jadi ketua kampung, suatu masa dahulu mereka tidak mengikuti program-program kampung, seolah-olah mereka meminggirkan orang-orang kampung sebab dia pembangkang, dia malu nak mengikuti apa jua program yang dianjurkan oleh ketua kampung. Bagaimana sekarang ini orang yang suatu masa dahulu tidak mendekati diri dengan rakyat, dengan masyarakat kampung dipilih untuk jadi ketua kampung menerajui kampung tersebut untuk membawa pembangunan?. Bagaimana?. Sebab itu Machap menegaskan, kalau boleh biarlah kita pilih ketua kampung ini betul-betul berdasarkan merit sebab di Machap ada dua kali pemilihan. Pemilihan kali

Page 127: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 127

pertama, orang yang kita nampak berkecuali tapi lebih macam mirip kepada Barisan Nasional mendapat markah yang tinggi dalam pemilihan ketua kampung tetapi terpaksa ditolak atas alasan dia mirip kepada Barisan Nasional. Dibuat kali kedua pemilihan sampai sekarang keputusannya masih tertangguh. Seterusnya Machap ingin merakamkan rasa terima kasih kepada Pakatan Harapan yang telah memberikan peruntukan RM50,000.00 kepada pentadbiran pejabat untuk ADUN-ADUN, pejabat ADUN bagi melaksanakan program-program pentadbiran di pejabat masing-masing. Peruntukan ini kemungkinan juga disebabkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang lalu meninggalkan kedudukan kewangan yang baik daripada tahun 2013 hingga 2017 dengan surplus dan tidak menjejaskan lebihan terkumpul akaun hasil disatukan yang terus mencatatkan peningkatan sepanjang pentadbiran Barisan Nasional. YB Speaker : Yang Berhormat, kalau lebih surplus tapi tak nak bagi, tak dapat juga. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Ya betul. YB Speaker : Tapi nak bagikan.. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Tapi sekurang-kurangnya menghargailah jasa orang yang terdahulu. Sebab dia yang mengumpul duit tak sempat nak habiskan orang lain yang habiskan. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Penggal lepas tak bagi pun. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Sebab masa itu kita yang cari duit. (Dewan ketawa). Jadi sekarang ini, sekarang ini kita melihat, melihat kepada laungan politik Malaysia Baru. Apa Malaysia Baru? Malaysia Baru ini menggambarkan politik matang, politik yang tidak balas dendam, kalau suatu masa dahulu kemungkinan kesilapan Barisan Nasional tidak memberikan peruntukan kepada pembangkang Pakatan pada masa itu juga kemungkinan ini kesilapannya daripada Perdana Menteri sekarang ini yang menjadi, menjadi Perdana Menteri 22 tahun. Sekarang ini menjadi Perdana Menteri.. YB Speaker : Habis Perdana Menteri sebelum ini, Perdana Menteri yang sebelum ini, yang Datuk Seri Najib ini salah tak? (Dewan ketawa) YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Maknanya kami yang baru ini, kami yang baru ini dipersalahkan sebab tidak memberikan peruntukan kepada Pakatan Harapan pada masa itu. Kalau kita.. YB Speaker : Saya seronok dengar Yang Berhormat, saya seronok dengar hujah Machap ini tapi masa dah, masa kita ada beberapa minit lagilah. Dah lebih daripada 15 minit. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Oh, banyak lagi ini. Seterusnya Machap mencadangkan agar bantuan kupon perjalanan ke hospital dan klinik terpilih untuk golongan B40, warga emas dan OKU dengan RM100,000.00 peruntukan itu. Jadi Machap mencadangkan agar pemberian ini dikembangkan kepada pesakit buah pinggang yang kebiasaannya mendapatkan rawatan di pusat dialisis sebanyak 3 kali seminggu. Kadang kala mereka berhadapan dengan permasalahan dari segi wang ringgit, dari segi membayar kos pengangkutan, menyewa teksi dan sebagainya. Mereka sudahlah sakit sebanyak 3 kali seminggu untuk mendapatkan rawatan tentunya mereka ini perlulah dipertimbangkan untuk dibantu. Kemudian Machap ingin juga menyentuh tentang pembinaan infrastruktur air RM16 juta dan juga pengurusan sumber air. Setiap kali Machap berucap dalam Dewan ini, Machap tidak putus-putus bawa isu gangguan bekalan air di Simpang Renggam dan juga Parlimen yang menang dalam pilihan raya yang lepas menjanjikan isu ini sebagai agenda utama kalau Pakatan Harapan menang di Parlimen Simpang Renggam. Tetapi bila menjadi Ahli Parlimen, rakyat mengeluh. Dia tanya saya. “Yang Berhormat kenapa sejak Pakatan Harapan ini menang semakin kerap pula gangguan bekalan air?” Jadi saya cakap, “bagilah peluang mereka”. Ini pembangkang yang baik ini. Dia kata bagilah peluang mereka untuk meneraju 5 tahun. Kemudian, Machap membuat semakan, dalam bulan 10, 2 kali gangguan bekalan air di Simpang Renggam. Dalam bulan 11, 7 hari, 7 hari dalam bulan 11, gangguan bekalan air dan berpunca daripada tapak buang sampah. Ini YB EXCO ini, kita dah minta

Page 128: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 128

supaya dia tutup tapi YB EXCO kata tak boleh tutup tunggu Bukit Payung. Bukit Payung kata tunggu nanti kita akan pertimbangkan. Sana tolak sini, sana tolak sini, kita pun tidak faham bila penyelesaian masalah utama di Simpang Renggam ini dapat kita selesaikan. Jadi yang Machap ingin kaitkan dengan gangguan bekalan air di sini ialah, bila loji rawatan air ditutup dan dibuka semula, penduduk di Simpang Renggam terima bekalan air yang berkarat. Machap dah sebut yang lepas, hampir sepuluh minit air dibuka, baru dapat terima air yang bersih. Kalau seorang buka 10 minit berapa liter air yang mengalir dibuang begitu sahaja. Kalau penduduk Simpang Renggam ada 50,000, berapa banyak air yang dibuang kerana air berkarat yang tidak boleh digunakan. Jadi Machap minta dipertimbangkan melalui Kementerian Kesihatan misalnya untuk buat kajian setakat mana kualiti air yang mengalir itu, kalau kita minum tidak menjejaskan kesihatan, tidak menyebabkan kulit kita terganggu, gatal-gatal dan sebagainya. Machap kira setakat ini belum ada Jabatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan membuat kajian berkaitan dengan kualiti air tersebut. Kemudian Machap juga ingin menyentuh tentang pindaan cukai tanah dengan anggaran sebanyak RM404.81 juta peningkatan hasil kerajaan yang di pikirkan dengan kenaikan cukai tanah mampu merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat mengikut keadaan keluasan penggunaan tanah. Jadi dalam keadaan sekarang ini, Machap sebagaimana Yang Berhormat Tenggaroh mencadangkan agar kenaikan cukai tanah ini, kita tangguh untuk satu tempoh yang tertentu. Sebab apa, sebab sekarang ini harga sawit merudum. Satu tan RM250.00 hingga RM270.00. Upah memotong sawit, upah meracun, upah membuang daun browning, nak membaja dan sebagainya, berapa yang tinggal untuk pendapatan kepada peneroka termasuk dari segi pemotong getah yang harganya lebih kurang dalam RM1.70 sekarang ini. Kalau kenaikan ini dibuat 2019 tentunya akan menambah beban kepada rakyat yang mana tentu melanggar janji Pakatan Harapan ingin membela nasib rakyat tetapi sebaliknya cukai tanah ini dinaikkan. Justeru, Machap mencadangkan agar cukai yang kemungkinan dijangka akan berlaku juga kepada cukai pintu melalui PBT-PBT, kita khuatir sebab tadi bila diberitahu ada pemansuhan cukai-cukai atau lesen kepada penjaja-penjaja. Kita khuatir bila kutipan itu dimansuhkan, kita khuatir PBT pula akan menaikkan cukai pintu yang turut sama nanti akan menjejaskan rakyat. YB Speaker : Yang Berhormat dah 25 minit. Dah 25 minit. Pembangkang yang baik.. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Oleh kerana Yang Berhormat Tuan Speaker, menyebut saya sebagai pembangkang yang baik, walaupun ada isu-isu lain yang Machap ingin sentuh, tapi insya-Allah kita ada 4 tahun lagi kita akan bersidang, insya-Allah isu ini akan Machap perjuangkan. Yang pentingnya nasib rakyat di negeri Johor kita perjuangkan dari segi membela kesejahteraan mereka. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Machap. Saya lihat dalam Persidangan lepas, dia slow. Kali ini semangat sungguh dia nampak. Tahniah. Ok, seterusnya Tangkak. Tangkak ini lagi semangat. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Tangkak untuk menyertai dalam perbahasan Belanjawan Negeri Johor Tahun 2019. Tangkak terlebih dahulu, Tangkak ingin mewakili rakyat di seluruh kawasan DUN Tangkak untuk merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam sihat sejahtera sempena ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Tuanku yang ke-60 pada 22 November yang lalu. Seterusnya Tangkak ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Johor terutama kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2019 pada 29 November 2018. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua penjawat awam dan kakitangan kerajaan kerana telah bertungkus lumus untuk menyediakan belanjawan ini secara langsung dan tidak langsung. Kerja keras dan pengorbanan serta kerjasama daripada penjawat awam dan kakitangan kerajaan selama ini barulah kita dapat menghasilkan sebuah belanjawan yang begitu sempurna bagi negeri kita. Walaupun kerajaan Pakatan Harapan cuma mengambil alih pentadbiran negeri Johor pada bulan Mei yang lalu tetapi dengan komitmen yang tinggi anggota kerajaan telah mentadbir negeri kita dengan teratur, kita telah berjaya melaksanakan banyak kerja dalam tempoh enam bulan termasuk kerja-kerja yang mereka tidak dapat lakukan atau melaksanakan dalam tempoh 60 tahun memegang kuasa. Tangkak amat tertarik oleh pengumuman ketua pembangkang negeri Johor pada hari semalam dan tuduhan beliau bahawa pengiktirafan Ketua Pembangkang Kerajaan Negeri Johor pada hari ini hanya

Page 129: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 129

memberi elaun dan pejabat tidak cukup. Beliau meminta supaya dapat hadir dalam mesyuarat kerajaan termasuk majlis, apa tu, Majlis Tindakan Daerah. Pada Tangkak, pendapat saya bahawa Ketua Pembangkang ini kalau kita bagi dia masuk dalam Mesyuarat Majlis Daerah, Majlis Tindakan Daerah, saya rasa kita, kerajaan negeri mungkin boleh mempertimbangkan. Tapi jangan nanti kita dah bersetuju untuk beliau memasuki ke JKTD, Jawatankuasa Tindakan Daerah, akan dia minta nanti nak masuk mesyuarat MMK. Sebab dia Wakil Rakyat. Itu yang saya risau, dia banyak minta, memandangkan pengalaman Tangkak sebagai seorang Wakil Rakyat pembangkang pada penggal lepas. Saya masih ingat pada zaman ketika itu, jangan kata Ketua Pembangkang kita yang sekarang sebagai Timbalan Speaker Dewan yang mulia ini, tidak di beri pejabat atau pengiktirafan rasmi. Saya masih ingat EXCO kita, EXCO kita bekerja atas lantai pada masa itu di koridor. Sofa pun tidak di beri. Sekarang EXCO Keusahawanan. Saya masih ingat lagi, kita nak buat PC. YB Speaker : Sofa kat luar tu banyak tu. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Banyak, tak dibenarkan mengguna kerana penjawat awam kakitangan kerajaan tidak ada tempat nak duduk Tuan Speaker. Saya masih ingat bila kita nak mengadakan sidang media. Kadang-kadang tempat tersebut akan di blok. Tapi sekarang kerajaan Pakatan Harapan kita tidak mahu membalas dendam. Kita bukan sahaja menyediakan Bilik Ketua Pembangkang, kita juga menyediakan satu sudut untuk mereka untuk mengadakan sidang media sampai letaklah lambang pembangkang. Tapi beliau cakap tidak cukup lagi. Jadi, kami tak tahulah Ketua Pembangkang ini menolak tawaran atau menolak kemudahan tersebut, adakah kerana mereka tidak mampu berperanan sebagai Ketua Pembangkang dan barisan pembangkang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Tangkak juga tertarik dengan hujah daripada Yang Berhormat Kahang dan Tenggaroh semalam. Yang Berhormat Kahang mengatakan kerajaan sebelum ini dah banyak memperuntukkan terutama kepada masyarakat India, dari 4 juta sehingga ke 8 juta setahun. Sudah banyak tolong. Tapi tiba-tiba, Yang Berhormat Tenggaroh pula petang semalam berkata, 8 juta yang diperuntukkan pada tahun 2018 oleh kerajaan sebelum ini langsung tidak di guna. Jadi apa gunanya kalau memperuntukkan jumlah yang besar, tapi cuma simpan untuk syok sendiri, dengan izin, ataupun tidak dipakai dengan berhemah. Tidak guna. Jadi, inilah sebab rakyat tolak Barisan Nasional walaupun kita sedia maklum keadaan ekonomi dan keadaan kewangan negeri kita dan negara kita pada masa sekarang tidak mengizinkan, tapi kerajaan Pakatan Harapan tidak akan lupa tugas kita untuk membela rakyat Johor dan Malaysia. Yang Berhormat Speaker, pada bulan lepas, bulan November yang lalu, Ranhill SAJ dan Indah Water Consortium Sdn Bhd (IWK) telah membuat satu pengumuman bahawa bermula Januari 2019, caj perkhidmatan pembetungan IWK akan disatukan ke dalam bil SAJ. Bagi mereka yang mendiami di rumah-rumah, yang menggunakan sistem pembetungan, bersambung ke loji olahan kumbahan, memang tiada masalahlah kerana IWK memang memberi perkhidmatan kepada mereka sepanjang masa ini. Tetapi bagi kediaman yang menggunakan sistem tangki septik individu, mereka tidak semestinya menerima perkhidmatan daripada IWK, kerana kebanyakan tangki septik individu ini dirawat oleh kontraktor-kontraktor lain. Sekiranya semua pemegang akaun SAJ akan di caj perkhidmatan IWK dalam bil mereka, ini adalah sangat tidak adil kepada golongan yang menggunakan sistem pembetungan tangki septik individu memandangkan mereka tidak terima perkhidmatan IWK. Menerima bekalan air yang bersih adalah hak asasi manusia dan SAJ merupakan syarikat pembekal air yang tunggal di negeri Johor, tetapi IWK, Indah Water Consortium Sdn Bhd bukan syarikat tunggal dalam industri pembetungan di negeri Johor, maka Tangkak berharap SAJ dan IWK dapat kaji semula dengan teliti sebelum bil disatukan itu dilaksanakan supaya tidak muncul masalah pelanggan di caj tanpa khidmat. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan telah melancarkan kempen pengasingan sisa pepejal dari punca iaitu dengan izin, separation as source (SAS) pada 1 September 2015. Malangnya selepas tiga tahun kempen SAS ini dimulakan, nampaknya ramai rakyat telah lupa kempen ini. Tangkak dengan ini meminta, bercadang supaya kerajaan negeri Johor mengaktif semula kempen ini. Maklumat dan informasi berkaitan SAS perlu disebarkan secara meluas dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat semula, supaya dapat mendidik dan membudayakan amalan SAS di kalangan masyarakat ke arah mewujudkan masyarakat yang menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber dan menjaga kebersihan persekitaran serta memelihara kelestarian alam sekitar. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan kadar kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sedia ada yang semakin kehabisan ruang.

Page 130: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 130

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kebanyakan tapak pelupusan di seluruh negeri Johor telah mencapai tahap kritikal pada masa sekarang. Beberapa tapak pelupusan telah pun melebihi had kapasiti sepertimana yang baru di sebut oleh Yang Berhormat Machap tadi iaitu tapak pelupusan sampah CEP Simpang Renggam dan juga tapak pelupusan Bukit Bakri. Kedua-dua tapak pelupusan sampah ini dijangka akan menamat operasi menjelang tahun 2019. Setelah kedua-dua tapak pelupusan sampah ini ditutup selamat dalam beberapa bulan lagi, apakah alternatif atau penyelesaian yang akan diambil oleh kerajaan negeri supaya sisa pepejal dari lima PBT iaitu Majlis Daerah Simpang Renggam, Majlis Daerah Yong Peng, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Perbandaran Muar tidak terjejas. Bagi kawasan bercukai di negeri Johor, sisa pepejal di urus oleh Southern Waste Management iaitu SWM, kontraktor pembersihan lantikan Pihak Berkuasa Tempatan. Tetapi bagi kawasan yang tidak bercukai atau kawasan luar bandar, sisa pepejal di situ adalah di urus oleh penduduk-penduduk tempatan sendiri. Antara cara urus sisa pepejal itu termasuk mengangkut sampah ke tong sampah awam yang berdekatan, menanam di tanah kosong ataupun tanah lapang, persekitaran rumah mereka, membakar ataupun terus mencampak ke parit dan sungai berdekatan. Cara melupus sampah sebegini telah menimbulkan masalah kebersihan dan kesihatan di kawasan luar bandar. Tangkak ingin mencadang kerajaan untuk membantu kawasan-kawasan yang tidak bercukai ini untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal secara bersistem dengan menanggung kos perkhidmatan pembersihan mereka. Yang Berhormat Tuan Speaker, hospital daerah Tangkak yang bersejarah melebihi 100 tahun adalah sebuah hospital yang menjaga kira-kira 153,000 orang penduduk di daerah Tangkak. Disebabkan kelengkapan hospital yang tidak mencukupi, ramai pesakit di daerah Tangkak terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Keadaan ini telah menyebabkan kadar penggunaan katil di Hospital Tangkak sangat rendah dan mungkin kerana kadar yang rendah ini telah menyebabkan Kementerian Kesihatan tidak menaik taraf Hospital Tangkak sehingga hari ini. Oleh itu, Tangkak mohon jasa baik Jabatan Kesihatan untuk mengkaji kekurangan di Hospital Tangkak dan seterusnya membantu untuk mengesyorkan permohonan untuk menaik taraf Hospital Tangkak supaya ia boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik dan pesakit di daerah ini tidak perlu lagi mengambil perjalanan yang jauh untuk mendapatkan rawatan di hospital di daerah Muar. Yang Berhormat Tuan Speaker, mengikut jadual pakar yang bertugas di Hospital Tangkak, Hospital Tangkak adalah merupakan sebuah hospital daerah tanpa pakar. Oleh itu, jadual pakar yang menjalankan rawatan adalah seperti berikut, untuk kepakaran pediatrik, neflorogi dan ortopedik, doktor pakar melawat sebulan sekali. Yang satu lagi, yang menarik adalah kepakaran perubatan kecemasan. Cuma dua bulan sekali. Jadi saya berharap, Jabatan Kesihatan dan juga Kementerian Kesihatan dapat menambahbaikkan atau menerapkan jadual ataupun kekerapan doktor pakar untuk merawat di hospital daerah Tangkak. Tangkak juga mencadangkan sebahagian dari klinik-klinik pakar yang sekarang terletak di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar boleh dipindah ke Hospital Tangkak bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Muar, memandangkan hospital Tangkak mempunyai ruang yang mencukupi. Permohonan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Jalan Paya Mas Tangkak ke Klinik Kesihatan Jenis 3 sudah lama di bentang kepada Kementerian Kesihatan. Jadi, Tangkak harap Jabatan Kesihatan Negeri boleh memberi maklumat terkini berkenaan dengan status permohonan tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, terdapat 88 sekolah kerajaan di dalam daerah Tangkak dengan lebih daripada 23,000 orang murid dan 2,300 orang cikgu. Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak dirujuk pengoperasi tersendiri mulai 1 Januari 2014. Menerusi pewujudan daerah Tangkak pada tahun 2007. Seramai 66 perjawatan daripada Kementerian Pendidikan telah berkhidmat di PPD Tangkak yang beroperasi mengguna 2 blok asrama lama dua tingkat dan juga blok dewan makan dan dapur masak asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak. Dengan ruangan sedia ada yang agak sempit dan kurang selesa, serta kekurangan kemudahan ruang kerja, blok asrama lama dua tingkat tersebut telah menempatkan pejabat-pejabat pegawai, pejabat pentadbiran dan pejabat bagi semua unit. Masalah parking juga berlaku kerana ruang lapang yang terhad bagi menempatkan kenderaan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak serta tiada ruang bagi pelanggan yang berurusan di PPD Tangkak. Oleh itu, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak memerlukan sebuah tapak yang mencukupi untuk pembinaan bangunan baru PPD dan ruang lapang serta ruang parking untuk staff PPD dan pelanggan. Terdapat sebuah tapak rizab pendidikan di atas Lot 13731, Mukim Tangkak, Daerah Tangkak yang berkeluasan 3.5 ekar terletak di jalan utama Taman Tangkak Jaya di cadang boleh diguna oleh PPD Tangkak untuk bangunan baru mereka. Tangkak berharap dengan

Page 131: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 131

berjaya pembinaan bangunan baru Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak ini, dapat memastikan pengurusan pendidikan yang efisien serta kebajikan warga kerja PPD yang terpelihara. Yang Berhormat Tuan Speaker, Daerah Tangkak merupakan pintu masuk utara negeri Johor. Mereka yang datang ke Johor dari Lebuhraya Utara-Selatan atau keluar dari Johor perlu melalui bandar Tangkak. Daerah Tangkak juga terkenal dengan hasil-hasil tanaman pertanian termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Gunung yang paling tinggi di selatan semenanjung Malaysia juga terletak di daerah Tangkak iaitu Gunung Ledang. Gunung ini adalah sebuah gunung yang mempunyai legenda. Gunung yang mempunyai seorang puteri iaitu Puteri Gunung Ledang. Ramai pelancong suka mandi manda di air terjun Gunung Ledang dan pendaki gunung juga suka mendaki di Gunung Ledang. Tangkak berterima kasih kepada kerajaan negeri Johor kerana telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur pelancongan di Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak. Tangkak percaya peruntukan ini dapat membantu menjaminkan Taman Negara itu sentiasa dalam keadaan yang indah, bersih dan mesra kepada pelancong dan dapat menarik lebih ramai pelancong untuk merasai keindahan alam semula jadinya. Tangkak berhasrat menjadikan bandar Tangkak sebagai sebuah pintu masuk pusat pelancongan utara Johor. Mohon kerjasama kerajaan negeri dan Kerajaan Tempatan supaya menyediakan sebuah tapak berdekatan dengan Plaza Tol Tangkak yang boleh dijadikan sebagai bazar agro atau FAMA kekal yang boleh diguna oleh petani-petani untuk menjual hasil tanaman mereka bagi menambah pendapatan petani setempat. Industri pengeluaran buah-buahan tempatan menjadi makanan dan minuman juga boleh digalakkan oleh kerajaan kerana industri ini bukan sahaja akan menstabilkan harga pasaran hasil tanaman, ia juga adalah satu lagi saluran pemasaran hasil bagi petani. Satu masalah yang sering membimbangkan... YB Speaker : Rasa dah, dah 20 minit ya. Tolong gulung. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Ok. Sebuah masalah yang sering membimbangkan petani di negeri Johor adalah masalah tanah untuk menanam. Semakin banyak pertanian telah diubah syarat kepada tempat kediaman dan komersial. Dan telah mengakibatkan ramai petani tidak dapat menerus atau memperluaskan tanah tanaman mereka. Tangkak bercadang supaya tanah-tanah rizab kerajaan yang sesuai dan masih tiada rancangan pembangunan dalam 10 tahun yang akan datang, boleh disewa kepada petani-petani yang berminat untuk bidang tanaman jangka masa pendek, supaya mereka dapat menjanakan pendapatan dan ia penting untuk sosioekonomi rakyat Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Tangkak mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri dalam mereformasikan sektor perumahan dalam negeri. Langkah ini dipercayai akan berjaya mencapai sasaran penyediaan 100,000 buah rumah mampu biaya menjelang tahun 2023. Untuk mencapai sasaran ini, usaha dari pihak pemaju juga amat penting. Cuma dengan kerjasama dan hubungan erat antara pemaju dan kerajaan negeri Johor barulah rakyat Johor dapat memiliki kediaman impian mereka. Oleh itu, Tangkak berharap Pihak Berkuasa Tempatan harus mengeratkan lagi hubungan mereka dengan pemaju-pemaju setempat. Mengkoordinasi dengan lebih rapat dengan pemaju supaya projek pembangunan perumahan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Kami tidak mahu berlaku permohonan pembangunan perumahan yang dibuat oleh pemaju di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan menghadapi masalah seperti memerlukan masa yang sangat panjang untuk diluluskan. Tangkak menerima beberapa aduan terutama dari kawasan sekitar kawasan Muar yang mengadu bahawa permohonan mereka yang melebihi satu tahun masih tidak dapat di bentang ke Jawatankuasa OSC PBT disebabkan masih dalam proses, proses pre-consult bawah Bahagian Perancang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Majlis PBT adalah pasukan paling depan mewakili kerajaan negeri dalam berhubung dengan rakyat. Tugas mereka bukan sahaja sebagai penggubal dasar di dalam Kerajaan Tempatan tetapi juga sebagai penjaga kawasan yang perlu menangani aduan-aduan dari rakyat. Oleh itu, tugas mereka adalah sangat penting dan berat tetapi dengan elaun yang terlalu rendah adalah sangat tidak seimbang dengan tugas dan kerja mereka. Tangkak berharap kerajaan negeri dapat mengkaji semula elaun Ahli-Ahli Majlis PBT supaya pengorbanan mereka dapat dibalas dengan peningkatan elaun. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam belanjawan sulung bagi kerajaan Pakatan Harapan negeri Johor ini bermatlamat untuk memenuhi aspirasi rakyat demi negeri kita. Bagi membantu rakyat Johor mendepani cabaran semasa dan masa depan. Oleh itu, dalam belanjawan ini kerajaan telah melalui

Page 132: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 132

207 titik fokus yang melibatkan 28 sektor telah menggariskan satu jaminan pembangunan ekonomi yang mampan bagi memastikan harapan rakyat Johor untuk hidup dengan lebih sejahtera, bahagia dan makmur dapat dipenuhi. Akhir kata, belanjawan ini yang di bentang oleh kerajaan Pakatan Harapan Negeri Johor telah menggariskan hala tuju pembangunan negeri untuk tahun yang akan datang. Sebagai seorang anak bangsa Johor, kita haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan belanjawan ini dapat mencapai matlamatnya dan akhirnya memanfaatkan seluruh rakyat negeri Johor. Dengan ini, Tangkak mohon menyokong usul yang telah di bawa oleh Yang Berhormat DUN Tenang. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih kepada Tangkak. Seterusnya, Endau. YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau) : Terima kasih YB Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Pertama-tama Endau mewakili rakyat Mersing menjunjung kasih sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November yang lalu. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyatnya hidup bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Endau juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor yang telah dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor pada 22 November 2018 sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Speaker, Endau mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana telah berjaya merancang, menganjur, mengunjur dan mengurus perbelanjaan negeri Johor bagi membentangkan belanjawan kerajaan negeri pada 29 November yang lalu. Endau juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kepimpinan kerajaan negeri kerana tidak melupakan Mersing terutamanya Endau dalam segala perancangan pembangunan dan Endau amat berpuas hati dengan segala pengumuman peruntukan pembangunan yang akan diturunkan ke Mersing. Sesungguhnya kepada Allah Endau berserah, mendoakan segala apa yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk Mersing dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang dirancang. Yang Berhormat Speaker, dalam perbahasan Endau bulan Ogos yang lalu, Endau ada menyatakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan keperluan untuk membina bypass dengan izin, disebabkan jalan di daerah Mersing kian sibuk berikutan menjadi jalan penghubung antara negeri selatan dan negeri di pantai timur. Endau juga ada menyatakan akan kerisauan Endau jika berlaku kerosakan atau bencana kepada jambatan Mersing kerana itulah satu-satunya jambatan yang ada menghubungkan dua bandar di Mersing. Endau amat bersyukur kerana dalam ucapan pembentangan bajet negeri baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan untuk membina jambatan atau persimpangan bertingkat yang akan melancarkan pergerakan kenderaan dengan peruntukan sebanyak RM170 juta. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina bypass dengan izin, yang akan memendekkan masa perjalanan melalui Kampung Jemari hingga ke Kampung Siafu, Jalan Endau. Bagi menyelesaikan masalah yang Endau risaukan, jumlah keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM180 juta dan Endau mewakili orang Endau dan Mersing mengucapkan terima kasih dan berharap ianya dapat dilaksanakan sesegera mungkin. Endau pasti dengan adanya jambatan dan bypass dengan izin ini, maka kesesakan terutamanya di musim perayaan dapat ditangani dan memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya dan masyarakat di sekitar Mersing. Di sinilah yang Endau ingin tekankan bahawa kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor amatlah prihatin dan sentiasa mengutamakan rakyat negeri ini sejajar dengan slogan Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari, Dari Rakyat Untuk Rakyat Untuk Rakyat Kepada Rakyat. Yang Berhormat Speaker, menyedari akan Mersing merupakan sebuah daerah pelancong dan perikanan bagi negeri Johor, Endau juga ada menekankan isu berkaitan muara Sungai Mersing. Dalam kebimbangan ini, Endau bukan sahaja memikirkan bagaimana pengoperasian feri untuk membawa pelancong ke pulau akan tetapi akan nasib nelayan untuk keluar masuk ke laut. Struktur dan bentuk muara yang cetek menyebabkan para nelayan dan pengusaha feri terpaksa keluar masuk mengikut waktu pasang surut air laut berbanding muara Tanjung Gemok yang mana nelayan dan

Page 133: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 133

pengusaha feri tidak menghadapi halangan untuk keluar masuk muara pada bila-bila masa sahaja. Endau sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk projek-projek pemecah ombak di muara Sungai Mersing. Endau berharap peruntukan sebesar ini merangkumi juga pendalaman dan pelebaran muara Sungai Mersing. Sudah pasti Endau juga berharap agar projek ini dapat dilaksanakan oleh kontraktor yang berwibawa serta berpengalaman agar projek ini dapat berjalan tanpa sebarang masalah yang mana akhirnya memberi kelewatan dan pembaziran kos. Diharapkan dengan berjayanya projek ini maka aktiviti perikanan dapat dirancakkan dan pengusaha feri dapat bergiat dengan penyediaan feri yang lebih kerap untuk membawa pelancong ke pulau-pulau. Sudah pasti ekonomi di pulau dan bandar Mersing akan meningkat dengan kehadiran pelancong dan akan melonjak naik serta memberi kesan kepada kadar bacaan kemasukan pelancong ke negeri Johor. Sebenarnya, bila segala kemudahan infrastruktur kita dapat sediakan dan memberikan keselesaan, maka Endau yakin Mersing mampu berdaya saing seperti pusat tumpuan pelancongan di negeri lain. Hal ini kerana Mersing mempunyai pelbagai tarikan dari gunungnya, pantainya, pulaunya sehinggalah ke Taman Negara. Jadi, kita berusaha, jika kita berusaha mendirikan segalanya, maka tidak mustahil Mersing berkembang dengan begitu baik, malah memberi pulangan yang besar kepada kerajaan negeri. Endau juga berharap, promosi pelancongan ke negeri Johor dapat diperhebatkan lagi terutamanya ke daerah Mersing. Baru-baru ini Endau memerhatikan di Airport Senai, dengan izin, promosinya lebih kepada mempromosikan negeri Terengganu. Endau juga berharap dipasangkan billboard yang besar dan juga diletakkan di sepanjang perjalanan ke daerah Mersing yang mana ia akan menggambarkan dan memaparkan gambar dan info-info kepulauan dan juga di daerah Mersing. Endau juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak ECER kerana meneruskan segala projek yang telah dirancang melibatkan kawasan di daerah Mersing dan di Endau khususnya. Endau sering berkunjung ke Tanjung Penyabong bagi melihat sendiri kerja-kerja menaik taraf kawasan tersebut seperti medan perniagaan, jeti tambatan, jeti pelancongan serta kawasan rekreasi yang lebih tersusun dan moden. Dengan kemudahan dan bangunan yang lebih tersusun, Penyabong kini akan dilihat lebih menarik dan selesa dikunjungi penggemar makanan laut dan para pemancing. Endau juga mohon dimasukkan juga pembangunan di Pantai Tanjung Kempit, Kampung Belukar Juling, yang mana pantainya amat indah dan mendamaikan dan satu lagi tarikan yang Endau dapati yang boleh menaikkan pelancongan di Mersing adalah di kawasan Pantai Rekreasi Gunung Arong berhampiran dengan Air Papan. Baru-baru ini, Endau telah dijemput oleh pihak Jabatan Perhutanan sewaktu mereka menjalankan kerja-kerja menanam pokok ru di kawasan rekreasi tersebut dan Endau yakin sekiranya ia dibangunkan dengan prasarana yang lebih kondusif, pantai tersebut boleh berubah seperti Pantai Nami Island, Korea. Endau amat menyambut baik pembangunan yang melibatkan projek-projek pertanian dan industri asas tani seperti lembah tenusu yang akan dibina di Jemaluang yang mana sebanyak RM70 juta telah diumumkan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, sebagai Wakil Rakyat DUN Endau, Endau sentiasa menyokong segala usaha pembangunan yang dirancang bagi merancakkan industri di daerah Mersing di mana akhirnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan untuk orang Mersing dan Endau. Dalam itu, pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sebanyak RM26.5 juta bagi Projek Taman Pemprosesan Ikan Endau, Fasa 2 oleh ECER amatlah Endau sambut baik. Seperti kecil-kecil tapak tangan seluas laut Mersing Endau tadahkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Endau juga mengambil kesempatan untuk merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk negeri Johor Darul Ta’zim yang telah mengurniakan tanah Baginda seluas 300 ekar untuk menempatkan semula pusat pentadbiran baru daerah Mersing di Jemaluang. Endau yakin dengan penempatan semula yang memusatkan beberapa jabatan di peringkat negeri dan pusat, maka segala proses akan lebih mudah dan cepat serta tahap penyampaian perkhidmatan kepada penduduk Mersing dapat ditingkatkan. Sesungguhnya keprihatinan Baginda Tuanku terhadap keperluan ini menggambarkan rakyat sentiasa di hati Baginda dan benarlah ungkapan Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada, Daulat Tuanku Allah Peliharakan Sultan.

Page 134: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 134

Yang Berhormat Speaker, Endau mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Benut pada kami bertiga, Endau, Sedili dan Johor Lama. Endau tidak pernah lupa dan sentiasa muhasabah diri bahawa kemenangan kami tempoh hari dalam PRU 14 adalah melambangkan Barisan Nasional iaitu UMNO. Sebagai seorang Islam, Endau yakin setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah SWT dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Pada peringkat awal, Endau menganggap ianya seperti sebuah mimpi ngeri. Banyak rintangan yang Endau lalui dan hadapi, tetapi syukur alhamdulillah semua itu dapat diatasi dengan izin Allah SWT. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang sentiasa prihatin kepada permasalahan kami di Mersing, khasnya di Endau. Dengan lain perkataan, apa yang Endau lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah demi rakyat di Mersing, khasnya di kawasan DUN Endau. Ketika ini, sokongan yang tidak berbelah Endau terima setelah rakyat melihat dah memahami situasi masa kini. Untuk makluman jua, peruntukan yang Endau terima juga turut diagihkan sedikit kepada pengundi di DUN Tenggaroh khususnya pihak PIBG dan NGOs. Endau juga berharap untuk tahun 2019, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bolehlah menambah sedikit peruntukan kepada DUN Endau. Sokongan berterusan juga Endau terima daripada rakyat Mersing yang tinggal di luar negeri Johor, alhamdulillah. Endau amat setuju dengan Yang Berhormat Bukit Permai sebagai Wakil Rakyat sama ada Wakil Rakyat kerajaan ataupun pembangkang, kita dinilai dan diperhatikan oleh rakyat. Mereka pastinya berharapkan kerajaan yang baru ini dapat melaksanakan lebih baik, lebih cemerlang daripada kerajaan yang lama. Seperti mana YB Bukit Permai sebut semalam, kalau dalam tempoh 60 tahun pemerintahan kerajaan yang lama boleh tumbang, inikan pula kerajaan yang baru setahun jagung. Endau ingin mengucapkan terima kasih atas penerimaan Wakil Rakyat Pakatan Harapan yang menerima kami seadanya. Endau juga amat berterima kasih atas kerjasama erat yang diterima daripada jabatan-jabatan kerajaan di daerah Mersing seperti Pejabat Daerah, Majlis Daerah Mersing, Pejabat Tanah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA, Pertanian, RISDA, PPD, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Hospital, Polis, JPS, JKR dan juga Kesihatan. Dengan kebersamaan ini, Endau melihat suatu yang sangat positif untuk Mersing, khasnya DUN Endau terus cemerlang melaksanakan dan merealisasikan visi dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Akhir kata, Endau berharap segala apa yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk daerah Mersing, dipermudahkan oleh Allah hendaknya. Hal ini, kerana apa yang kita usahakan pada hari ini, apa yang kita perjuangkan pada hari ini, adalah untuk keselesaan di kemudian hari. Biarlah hari ini kita bermandi peluh, memerah keringat demi memastikan negeri yang kita cintai ini membangun dengan jayanya. Marilah kita bermuafakat sederap dan sepakat bersama menjayakan apa yang dirancang oleh kerajaan negeri pada ketika ini. Sekali lagi Endau ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas segala pengumuman untuk Mersing dan Endau dan Endau juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Endau untuk berbahas. Sekian, Endau menyokong. YB Speaker : Terima kasih Endau. Seterusnya Sri Medan. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam Muafakat Johor. Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang memberi peluang kepada Sri Medan untuk berbahas dalam sesi perbahasan Dewan Negeri Johor pada kali ini dan juga saya ingin merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas ulang tahun keputeraan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim. Yang ketiganya, tak ada pula MB, tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentangkan bajet 3 jam, melebihi pengumuman bajet federal. Saya ingat satu keupayaan yang luar biasalah, Yang Berhormat Menteri Besar. Dan saya ucap terima kasih walaupun ada di kalangan rakan-rakan menyebut bahawa 85% daripada bajet yang dibentangkan seperti sama apa yang kita telah lakukan yang lepas. Jadi, saya beritahu rakan-rakan, tak apalah, dia nak guna pun tak apa, yang penting pahala kita dapat. Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun maklum...

Page 135: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 135

YB Speaker : Tapi, kalau selalu sebut nanti pahala kurang. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Ya? YB Speaker : Kalau sebut selalu, nanti pahala kurang. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Tak apalah, sekurang-kurangnya kita beritahu niat apa yang kita lakukan sebenarnya diterima oleh pihak Pakatan Harapan pada hari ini. Dan saya dapat makluman daripada pihak sebelah sana manifesto kerajaan negeri telah selesai 100%. Oklah, tak ada masalah, kita pun sedia terima apa yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Harapan selama ini, lebih kurang 6 bulan lebih, tetapi saya nak mengingatkan rakan-rakan di pihak Pakatan Harapan, bahawa walaupun kerajaan negeri Johor telah selesai melaksanakan manifesto, kerajaan negeri Johor juga perlu bertanggungjawab dengan manifesto di peringkat persekutuan kerana banyak yang masih belum dilaksanakan. Saya lihat bahawa apa yang di maklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebelum ini bahawa tidak semua yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan mungkin akan dituruti oleh kerajaan negeri. Contoh yang paling ketara, seperti yang lepas, dia kata, ICERD, saya setujulah, itu sokong, saya tiada masalah. Bila ICERD, dia kata memang dia menentang keras, jadi kita di pihak pembangkang pun kita menerima apa yang diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi untuk manifesto kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga perlu sama-sama memberi penekanan kepada untuk laksanakan Manifesto 100 hari mereka. Kerana rata-rata rakyat pada hari ini, memang menantikan apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan persekutuan. Kalau kita sendiri di pihak pembangkang, dulu kerajaan Barisan Nasional, saya ingat rata-rata rakyat tertipu apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Saya harap kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan dengan apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan persekutuan pada hari ini. Kerana tugas yang perlu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan di negeri Johor adalah amat berat kerana rakyat pada hari ini sentiasa ternanti-nantikan apa yang boleh mereka terima dengan janji-janji manifesto yang lalu yang telah dibuat. Saya juga ingin melihat bahawa, tertarik dengan apa yang dikatakan oleh rakan-rakan di pihak kerajaan. Saya sempatlah tengok daripada Yang Berhormat Pekan Nanas, Yang Berhormat Mengkibol dan juga Yang Berhormat Pemanis. Setiap apa yang diperkatakan sebelum ini daripada sesi yang lepas perbahasan, setiap kali apa yang dikatakan mesti menyalahkan kerajaan pada yang lepas. Tak ada satu pun patah perkataan itu tertinggal, setiap YB-YB yang bercakap, dia mesti menyalahkan kerajaan yang lepas. Apa yang kita lakukan semua salah, tapi ini ada satu cerita, Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya pun bila semalam sepanjang sesi perbahasan Yang Berhormat di pihak kerajaan, dia asik menyalahkan kita aje, sesi yang lepas dia kata kerajaan yang lepas salah, sebab itu rakyat marah. Saya tadi pergi ke Petronas Machap, saya berhenti, pintu tandas lelaki tu tak buka, dia kata, mohon maaf kerana tandas rosak. Saya pun secara tak langsung, saya pun menyalahkan inilah kerja kerajaan Pakatan Harapan. Kat situ saya cakap semua kesilapan apa semua dia akan letak pada kerajaan yang lepas. Saya ingat sebenarnya, apa yang sepatutnya, kerajaan pada hari ini buat, kita terima hakikat apa yang telah berlaku. Kerajaan hari ini sepatutnya menjalankan tanggungjawab bagaimana untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah yang terbaik. Kerana kerajaan pada yang lepas, dia melakukan berdasarkan mungkin keadaan ketika itu. Dasar-dasar yang dilaksanakan pada ketika itu sesuai. Contoh yang saya nak beritahu kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Mengkibol selalu dia kata dia beri contoh korporat, korporat. Kalau dulu korporat, saya ingat tidak ada guna kalkulator kalau berniaga pun. Tapi dulu guna sempoa. Itu berbeza dulu dengan sekarang. Tapi hari ini, bila rakyat nak memilih kerajaan Pakatan Harapan, kita terima dengan hati terbuka. YB Machap, dia kata, dia kata kita nak jadi pembangkang yang baik, tapi janganlah pusing sana, pusing sini akhirnya menyalahkan kita. Ini saya rasa bukan satu perkara yang sihat dan kita mahu hari ini kita bekerja bersama walaupun saya di pihak pembangkang, kita di pihak pembangkang dan pihak kerajaan pada hari ini kita nak sama-sama membela rakyat. Kita mahu rakyat dibela. Kalau soal-soal yang untuk kepentingan rakyat, kepentingan agama, kepentingan bangsa, kita akan tegas untuk kita pertahankan. Kerana inilah tujuannya pemimpin dipilih oleh rakyat dan saya harap dengan adanya pihak pembangkang pada hari ini walaupun rakan kita yang tiga orang saya tak ada komenlah. Tak ada komen. Ha esok cakap, cakap yang baiklah pasal kita pun tak nak burukkan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tiga orang ini. Kerana itu terpulang, kerana rakyat esok akan menilai lagi lima tahun.

Page 136: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 136

YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat tak berminat ke? YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Ha? YB Speaker : Tak berminat ke? YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Soalan itu susah. (Ketawa) Soalan itu nak jawab susah, kerana kalau… YB Speaker : Tapi niat ada? Niat ada? Niat ada tak niat? YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Niat belum ada. Keinginan itu macam ada. YB Speaker : Ha, bagus. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Luaran sahaja, niat belum ada. Saya nak berbalik semula kepada apa yang diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pasal isu ICERD ini dah banyak sangat dah. Isu ICERD ni sebenarnya, ia melibatkan perpaduan antara kaum yang telah kita bina sebelum 1946. Bagaimana dulu Malayan Union cuba ditubuhkan dalam negara kita, yang mana ketika itu, Malayan Union ditentang keras oleh orang-orang Melayu. Saya ingat ada satu, apa saya nak baca sikit, satu fakta daripada Tun Sambathan. Saya Tun Sambathan inilah saya boleh dapatkan pasal MCA ini, siapa tadi dia punya presiden, Tan Cheng Lok, MCA sekejap nak keluar sekejap nak masuk BN, kita pun tak nak beri contoh. Presiden MIC daripada 1955 sampai 1973, saya nak kongsi bersama dengan rakan-rakan apa Yang Berhormat Kahang, Yang Berhormat sebelah sana, kata-kata yang boleh kita ungkapkan jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon atau di Sri Lanka dan tidak akan diterima di Burma. Bagaimana orang Rohingya dan lihat saudara kita kaum cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam dan Kemboja dan di negara-negara lain. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa Melayu, ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain bangsa Melayu? Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Ini yang dikatakan oleh Tun Sambathan. Sebab itu, soal ICERD dan sebagainya, saya ingat kalau kita lihat pada hari ini, kaum cina, kaum India semua boleh cari makan. Daripada 1946, setelah kita merdeka 1957, tak ada masalah, nak berniaga, meniagalah. Anak Cina anak kita, anak Melayu anak kita, anak India anak kita kerana kita dah senang, kita dah tahu apa yang kita telah buat lakukan daripada sejak nenek moyang kita dulu. Sebab itu isu ICERD ini kalau tuan-tuan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri Besar bahawa kita kena pastikan tak kira daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang, kita kena pastikan kita akan tolak sekeras-kerasnya meratifikasikan ICERD. Itu pendirian kita, kerana kita mahu soal kemakmuran, keamanan jangan sekali-kali kita ambil ringan kerana inilah yang telah kita bina daripada dulu dan kita harap dengan adanya persefahaman antara semua kaum, antara India, Cina dan Melayu kita kekalkan sampai bila-bila. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya melihat bahawa... YB Speaker : Belum ada Tan Sri lagilah. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Ya? YB Speaker : Belum ada Tan Sri lagi. (Dewan ketawa). YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Saya selalu tersilaplah. Saya rasa insya-Allah mudah-mudahan dapatlahkan. Saya tak tahulah mungkin sama-sama jawalah saya ingat. (Dewan ketawa). YB Speaker : Dah salah tu salahlah. (Dewan ketawa).

Page 137: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 137

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Dia ciri-ciri yang sama, kita ramai kat sini Yang Berhormat Tuan Speaker, banyak rakan saya di Bukit Naning, rakan saya Machap semua kita jawa, ciri yang sama. Ok saya teruskan Yang Berhormat Tuan Speaker, apa, keamanan yang kita ada ini, soal kita mempertahankan agar kita sama-sama proses untuk meratifikasikan ICERD kita tolak, kita jadi anti ICERD, sebenarnya saya nak lihat, saya nak kerajaan yang pada hari ini, kerajaan yang sentiasa berjiwa besar. Kerajaan yang boleh menerima apa juga pandangan dan sebagainya. Saya suka mengambil contoh negara-negara luar, kadang-kadang kita cakap kita nak jadi seperti Amerika, kita nak jadi seperti UK tapi tak pernah kita lihat bila ada perubahan kepimpinan di Amerika ke, di UK ke dan sebagainya, pemimpin diheret, laporan sana sini tak betul, itu tak betul kerana masing-masing dia mempunyai kemahiran dan juga kemampuan mereka untuk melaksanakan pentadbiran dengan cara mereka. Saya tak adalah tengok, kalau kita tengok Donuld Trump sendirikan, baik perubahan Amerika perubahan daripada Barack Obama kepada Donuld Trump, tak adalah Barack Obama diheret, itu tak betul, ini tak betul, di UK, di Australia, tapi yang berlaku perpecahan, yang berlaku permusuhan, adalah negara-negara Islam. Contoh Libya, Iraq, Syria, kerana apa? Campur tangan daripada tangan-tangan ajaib yang nak melihat kita berpecah. Negara kita negara Islam, jadi kita kekalkan kekuatan kita tanpa mengira bangsa, anda Cina ke, India ke, Melayu, kita kena pastikan bahawa kita mesti bersatu untuk pertahankan negara kita. Jangan kita berpecah sajalah. Belanjawan ada, dah bentang 2019 kita akan nilai sama-sama. Pada 2019, selesai 2019 kita akan tengok soal kebudayaan, keusahawanan ke, pertanian dan sebagainya, tengok. Kerana rakyat hari ni dia mendambakan sesuatu yang luar biasa lebih baik daripada kerajaan yang terdahulu. Kalau kata tadi Yang Berhormat Machap kata harga sawit turun, eh fikirlah macam mana nak pastikan sawit itu boleh naik. Kita tengok sahaja ini. Kalau kata membebankan anak-anak muda yang apa, tidak boleh bayar PTPTN, kerajaan negeri kena bantulah, fikir macam mana nak bantu orang muda. Keusahawanan, fikir macam mana nak bantu anak-anak muda berniaga. Sawit ini saya ingat lebih daripada 60% yang bertani, yang berkebun di dalam negeri kita Johor ini adalah hasil daripada sawit, orang-orang kampung. Saya fikir dalam soal hari ini, macam mana kita nak membela kalau dulu saya memang tak ada matlamat Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tak adalah menyalahkan kerajaan hari ini, cuma kejadian berlaku bila harga sawit jatuh, mungkin harga komuniti dunia, tapi hari ini tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan fikir bagaimana nak menangani sara hidup yang semakin tinggi dengan harga sawit semakin jatuh. Kalau dulu kita ada RM400 lebih harga satu tan, tapi hari ini harga tinggal berapa? RM200. Takkan kita nak tengok sahaja. Rata-rata sini semua wakil rakyat, tak kiralah Cina ke, Melayu ke, India, kita semua mewakili rakyat. Saya mewakili bukan orang jawa sahaja, orang Melayu sahaja, saya mewakili orang Cina, orang India. Jangan kita anggap bahawa apa yang berlaku hari ini sebenarnya satu yang menjadi apa, tanggungjawab sebelah pihak. Kena fikir sama-sama bagaimana kita nak menangani kos sara hidup. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ada beberapa perkaralah yang nak sentuh sikit tentang belanjawan. Saya ingat yang pertama sekali, saya dulu ada pernah mencadangkan kepada kerajaan negeri Johor dan telah bersetuju iaitu tentang pembinaan galeri Pak Matlob yang dicadangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah. Dan saya difahamkan ada satu surat hitam putih yang katakana galeri itu akan, telah dibatalkan. Saya pun tidak tahu sebab apa, apa salah arwah Pak Matlob tu. Arwah Pak Matlob Yang Berhormat Tuan Speaker pun kenal ya? Pejuang tulisan jawi, pejuang bahasa, bukan kata peringkat Semerah sahaja, bukan kata peringkat negeri Johor, peringkat nasional, semua orang tahu. Tapi kenapa galeri Pak Matlob itu dibatalkan? Atas sebab apa? Adakah ia bukan tanggungjawab kerajaan negeri pada hari ini? Saya harap kerajaan negeri kena beri pertimbangan dan saya nampak dalam pembentangan bajet ada beberapa yang apa, ada beberapa peruntukan yang dikhaskan, contohnya untuk warisan dan sebagainya. Saya harap dapat beri keutamaan. Dulu kita cadangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah. Kita cadangkan di situ, tapi dikhabarkan oleh pihak sekolah bahawa galeri itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peruntukan. Saya ingat kena fikirlah. Bukan senang. Saya ingat beribu khazanah daripada arwah Pak Matlob ini, dia bukan orang politik, dia pun tidak pernah menunjukkan sokongan dia masa hidup pada mana-mana parti, tapi hari ini kalau dah siap, nak panggil Yang Amat Berhormat Menteri Besar rasmikan pun tidak apa, saya tidak dijemput pun tidak apa, EXCO ada dan sebagainya. Yang penting, pejuang jawi, pejuang bahasa kena kita martabatkan. Saya tahu di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat sendiri pun bukan semua boleh bertulisan jawi. Kalau ada tulisan jawi baik yang kaum Cina pun saya kasi RM100 lah Yang Berhormat, kalau boleh, kerana kita nak tulisan jawi itu tulisan yang digunakan daripada dulu, di istana, surat menyurat dan sebagainya kita kekalkan sampai bila-bila.

Page 138: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 138

Yang Berhormat Tuan Speaker, tentang pengumuman bajet daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ada beberapa perkara pentinglah saya ingin kongsi sama-sama, iaitu tentang rumah mampu biaya, dulu rumah mampu milik. Rumah mampu biaya ini sebenarnya daripada yang kita lihat, kebanyakannya dibina di kawasan-kawasan bandar. Bukan di kawasan-kawasan luar bandar. Contoh, di kawasan saya, saya ingat kalau di kawasan saya, di kawasan Parlimen Parit Sulong, di kawasan Sri Medan, saya ingat tidak lebih daripada 50 unit pun. Tapi bagaimana nak menangani migrasi anak-anak muda ke luar bandar kerana kita nak anak-anak muda mengimarahkan kampung, berkebun dan sebagainya. Bagaimana kerajaan hari ini, kerajaan negeri untuk memikirkan rumah-rumah mampu biaya ini boleh dilaksanakan di kawasan luar bandar? Bukan mudah. Saya tahu kalau rumah mampu biaya, kalau dulu rumah mampu milik sebenarnya figure yang ada itu bergantung kepada pemaju-pemaju yang memajukan tanah-tanah. Ia bukan daripada kerajaan, kerajaan adalah certain percent. Tapi saya harap kerajaan negeri melalui GLC dan sebagainya cuba fikir bagaimana untuk membina rumah mampu biaya di kawasan luar bandar. Seterusnya soal gelandangan. Gelandangan ini tadi ada disebut oleh Yang Berhormat mana tadi, saya setujulah dalam ketika saya EXCO yang lepas pun, bila saya berjalan dan sebagainya, gelandangan ini banyaknya berlaku di kawasan bandar sahaja. Kawasan luar bandar tidak ada. Kenapa berlaku gelandangan itu di kawasan bandar? Di kawasan luar bandar mana ada, kecuali orang yang mungkin tadi siapa cakap macam YB EXCO Aminolhuda, dia kata mungkin pemikiran tak waras dan sebagainya. Kadang-kadang kita tengok pemikiran tak waras, bila menyeberang jalan tahu pula melintas tengok kereta di kiri dan kanan. Itu kena fikir, kadang-kadang kita tengok gelandangan ini dah macam apa. Bila kita hantar makan, dia boleh makan, boleh ambil, bukan di hantar makanan dia buang, tidak ada, tapi gelandangan ini sebenarnya ia telah menular ke kawasan pinggir bandar dan dikhuatiri di kawasan-kawasan bandar. Hari ini bandar mungkin adalah, rumah transit dan sebagaimananya, tapi bagaimana nak menangani isu gelandangan? Kerana kalau kita manjakan sangat pun mungkin akan lagi merebak. Malah makin ramai. Gelandangan bukan makin sikit, makin ramai. Tapi itu kita khuatir isu ini akan menular ke kawasan luar bandar. Seterusnya saya melihat bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada umum tentang bengkel sampul surat, umumkan peruntukan, saya memang terlibat penuh dengan bengkel sampul surat yang berada di Batu Pahat. Cuma saya nak beri cadangan kepada pihak kerajaan pada hari ini, kita ada PDK, di setiap DUN ada PDK, Pusat Dalam Kominiti, saya ingat tiap-tiap YB pun tahu, ada PDK. Saya tengok di situ pun ramai mak bapa kadang tinggal, duduk, tunggu anak dan sebagainya. Cuba kerajaan fikir, bagaimana nak mewujudkan aktiviti kepada ibu bapa yang ada di situ. Kalau dulu kita pernah buat di bawah YPJ, program YPJ ada tanaman cili dan sebagaimana, kita ada buat, tapi nampak dalam bajet pada hari ini tak ada program-program seperti itu. Di bawah Johor Talent dan sebagainya kita ada buat. Tapi hari ini saya harap pihak kerajaan memikirkan bagaimana nak membantu ibu-ibu bapa yang berada di PDK. PDK kalau di, saya ingat di negeri Johor tak kurang daripada 56 PDK. Seterusnya Yang Berhormat Speaker, muka surat 35, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada umumkan peruntukan RM23 juta untuk tebatan banjir dan saliran, RM6.3 juta pemuliharaan sungai. Dalam bulan lepas saya ingat ketika banjir yang berlaku di Simpang Renggam dan juga di Sri Medan, rata-rata bila saya pergi, YB Yshahrudin Bukit Naning pun tahu, bila saya pergi dia akan cakap parit tak bersih, parit semak, penuh dengan apa, semak samun. Saya maklum kerana saya pernah lalui perkara ini. Peruntukan daripada pihak kerajaan, pihak kerajaan kepada JPS adalah amat berkurangan. Kadang-kadang setahun baru sekali bersihkan parit, parit dan juga sungai dan sebagainya. Ini tak mencukupi kerana bila musim banjir, baru kita hantar jentera nak bersihkan. Saya ingat perkara ini akan berlaku di banyak tempat. Jadi, kerajaan di bawah agensi JPS kena memikirkan satu kaedah baru bagaimana nak menangani limpahan air yang dah semakin hari semakin banyak. Itu yang kena kita tengok. Bukan kita mungkin ikut yang lama, bacaan yang lama. Mungkin 20,30 tahun tak banjir. Saiz longkang itu mencukupi dan sebagainya. Bukan. Kena ada satu kajian semula bagaimana untuk memastikan bahawa tampungan air boleh diterima oleh parit dan juga sungai yang ada. Seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya nak menyentuh sedikit, tadi ada muka surat 21 ada pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang pembinaan sekolah agama. Jadi saya, sekolah agama, saya ada cadangkanlah dahulu kerajaan dahulu tapi tak berjaya, tapi saya yakinlah kerajaan hari ini boleh buat. Sekolah Agama Pematang Rengas, sekolah dah uzur dah di bawah KPRJ ke, di bawah peruntukan mana, saya mohon sekolah ini diberi keutamaan. Dan, yang seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya ingat Yang Berhormat Sengarang, dia memang aktif ini sebagai pengerusi apa, saya pun tak tahu, saya lupa...

Page 139: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 139

YB Speaker : Pengerusi BBC. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Bukan, YB Pengerusi BBC ya. BNBBC pula. PH BBC. Yang Berhormat Senggarang selalu dia bangkitkan tentang pengeluaran tanah, kuari, tanah-tanah yang tak terurus dan sebagainya. Saya ingat berlaku di Kampung Kolam Air, betul Yang Berhormat Senggarang? Selalu perjuangkan. Saya masih mengikuti rapatlah apa yang diperjuangkan. Saya harap pihak Pentadbir Tanah Daerah perlu lebih serius kerana semakin hari semakin apa, semakin banyak kerja-kerja pencerobohan tanah. Jadi perkara ini harap... YB Speaker : Lepas azan nanti gulung lepas tu selesaikanlah.. (Berhenti sebentar bagi memberi laluan laungan azan) YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Ok, perkara seterusnya, saya ingat telah dibangkitkan lama iaitu tentang balai Bomba di kawasan Parit Sulong, saya minta jasa baik daripada YB EXCO berkaitan untuk bantulah. Balai Bomba, saya ingat pernah dicadangkan iaitu satu kawasan itu, tapi ada masalah di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang seterusnya saya ada bangkitkan dengan yang lepas pada Yang Berhormat EXCO Kerja Raya iaitu untuk menyemak semula tentang masjid di Kampung Air Putih dan juga di Kampung Parit Bentong. Masjid dah uzur, sampai sekarang pun nanti Yang Berhormat boleh beri jawapanlah apa statusnya kerana difahamkan dah ada surat mengatakan projek itu dibatalkan. Saya ingat tiada kepentingan pun orang kampung tak ada masalah. Kalau Yang Berhormat nak datang esok pun, saya setujulah kalau untuk pecah tanah dan sebagainya. Yang penting projek masjid itu dijalankan terus. Tidak dibatalkan kerana keperluan yang mendesak. Dan yang terakhir, saya ingin nyatakan di sini saya menyokong penuh Ketua Pembangkang yang memulangkan elaun dan juga pejabat Chief, saya sokong. Saya pun kalau boleh saya nak pulangkan balik status pembangkang itu sebelah sana tapi tak mampu. (Dewan ketawa). Ok, sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Duit yang RM50,000.00 itu tak pulang?. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Eh, RM50,000.00 itu dah habis dah. (Dewan ketawa). RM50,000.00 diberi sebelum umum, diumumkan oleh Ketua Pembangkang. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Dia bijak, dia bijak. Lebih kurang tiga minit. Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Sekian terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang. YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Larkin jemput. Eh sorry, sorry, minta maaf. Yang Berhormat Pekan Nanas jemput. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Selamat sejahtera Yang Berhormat Puan Speaker dan rakah-rakan Ahli Dewan sekalian. Pertama sekali Pekan Nanas ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2019 Negeri Johor. Pekan Nanas telah meneliti Belanjawan 2019 Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bertema ‘Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari’ yang berpegang teguh kepada enam teras strategik bagi memacu pembangunan menyeluruh negeri Johor. Ia merupakan belanjawan yang inklusif dan akan memangkinkan pembangunan negeri Johor secara drastik. Tahniah diucapkan kepada Yang amat Berhormat dan Ahli-Ahli EXCO Negeri Johor yang merupakan satu pasukan harapan berjaya membawa perubahan dan menjana harapan kepada semua bangsa Johor walaupun kerajaan Pakatan Harapan hanya memerintah negeri Johor dalam masa setengah tahun. Belanjawan yang dibentangkan menunjukkan kebolehan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negeri Johor dengan baik serta berjaya menunaikan semua janji-janji yang tertera dalam manifesto Pakatan

Page 140: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 140

Harapan. Pengalaman bukan faktor utama dalam pentadbiran kerajaan dan kadang kala sesetengah pengalaman tidak semestinya baik. Contohnya, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional yang berpengalaman dalam skandal rasuah seperti bekas EXCO negeri, bekas Menteri, dan bekas Perdana Menteri. Sekarang sedang beratur menghadap pengadilan di mahkamah dan mungkin perlu menginap bertahun-tahun di Sungai Buloh. Walaupun tidak ada mesin masa tapi isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia agar generasi masa depan tidak akan mengulanginya. Selain itu kerajaan Pakatan Harapan tidak perlu dan memang tidak berniat untuk copy and paste ataupun reclaim, repeat ataupun rebranding Kerajaan Barisan Nasional lama atau pun menggunakan mesin masa untuk menggembali kepada zaman pemerintahan Barisan Nasional yang penuh dengan skandal rasuah. Yang Berhormat Puan Speaker, Pekan Nanas tidak bersetuju dengan ulasan Benut semalam mengenai kenapa kerajaan Barisan Nasional gagal merealisasikan janji memberi bantuan air percuma kepada 5,000 keluarga dalam bajet-bajet yang lepas. Jika kerajaan Barisan Nasional berniat memberi bantuan untuk meringankan beban rakyat miskin secara ikhlas, penerimaan program air percuma tidak seharusnya dihadkan kepada penerima e-kasih sahaja. Pekan Nanas pernah memberi cadangan untuk meluaskan sasaran penerima bantuan air kepada golongan penerima JKM dalam Dewan yang mulia ini pada lepas. Malah rakan di sebelah sana mengabaikan cadangan tersebut. Adakah golongan yang menerima bantuan dari JKM tidak layak untuk menerima bantuan Program Air Percuma daripada kerajaan masa itu. Sebab itu tidak ada apa-apa alasan yang munasabah kalau kerajaan Barisan Nasional yang lalu gagal mencapai sasaran 5,000 penerima air percuma pada zaman pemerintahan yang lepas. Rakan-rakan Dewan yang mulia ini, kerajaan Pakatan Harapan dapat meningkatkan penerima program bantuan air percuma daripada 3,000 orang kepada 161 juta. Eh 161,000 orang sejak bulan September 2018 yang lepas. Ini adalah sebab kita memahami kesengsaraan hidup rakyat dan kita berazam tinggi untuk meringankan beban hidup golongan miskin. Ada suatu peribahasa yang dapat mengadakan perbezaan kerajaan Pakatan Harapan dengan kerajaan Barisan Nasional, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Nasib baik sudah tukar kerajaan kalai tidak siapa dapat membela nasib golongan B40 di negeri Johor melalui Program Air Percuma. Kalau harapkan BN, memang habuk pun tak ada. Sampailah hari ini bekas EXCO sudah menjadi Ketua Pembangkang baru malah masih tidak faham bahawa jika kerajaan berhasrat untuk menolong golongan miskin secara ikhlas, mereka boleh mencari pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah dan sekatan yang sedia ada. Sasaran 3,000 orang penerima program air bantuan tidak dapat direalisasikan pada zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional hanya membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak berminat dan tidak memandang berat terhadap kesengsaraan rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, izinkan saya membuat beberapa cadangan dan menyampaikan pandangan mengenai beberapa perkara yang dinyatakan dalam Belanjawan 2019. Pertama, kerajaan negeri berhasrat mereformasikan sektor perumahan dengan menyediakan 100,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023. Sasaran ini merupakan satu cabaran besar memandangkan sebarang perancangan dan pembinaan mana-mana projek rumah mampu milik baru akan mengambil masa yang panjang. Saya bercadang kerajaan Pakatan Harapan mengkaji untuk meng utilize kan semua bangunan dan infrastruktur kerajaan terbiar untuk menjadikan dia sebagai rumah mampu biaya ataupun skim sewa beli. Sebagai contoh, kuarters ibu pejabat daerah Pontian Lama yang terletak di tengah-tengah bandar Pontian kini tidak digunakan sepenuhnya selepas operasinya di pindah ke ibu pejabat Pontian di Jalan Sekolah Arab. Adakah semua bangunan kuarters tersebut masih selamat digunakan? Jika bangunan tersebut disahkan tidak selamat untuk diduduki, ia perlu dirobohkan dengan cepat dan menjalankan pembangunan yang bersesuaian supaya tidak menjejaskan imej bandar Pontian. Jika bangunan-bangunan kerajaan yang terbiar boleh di fully utilize selepas menjalankan kerja-kerja pembaik pulih, maka ia berpotensi untuk menjayakan iltizam kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat. Kedua, Pekan Nanas menyambut baik dengan inspirasi kerajaan membela kualiti kesihatan rakyat seperti yang disenaraikan dalam Belanjawan 2019. Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan meneliti keperluan untuk menaik taraf Hospital Pontian. Untuk maklum rakan-rakan Dewan, Hospital Pontian adalah suatu hospital yang telah bersejarah seratus lebih tahun. Walaupun kerajaan berancangan untuk menaik taraf hospital sedia ada malah kerajaan perlu berancangan jangka masa panjang dengan membuat persediaan membina hospital baru pada masa yang akan datang. Adalah tidak wajar Rancangan Tempatan Daerah Pontian, Pengubahan 2010 telah menyediakan tapak pembinaan hospital baru di daerah baru di daerah Pontian. Malah dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Pontian 2030 yang terkini, cadangan tapak pembinaan hospital baru hilang dalam

Page 141: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 141

perancangan terkini. Oleh itu saya menyeru Jabatan Perancang Bandar dan Desa mengkaji semula dan mencari tapak baru untuk pembinaan hospital baru pada masa yang akan datang. Jika tapak pembinaan hospital baru di dapati tidak sesuai. Ketiga, usaha kerajaan untuk memperuntukkan RM4 juta untuk pemberian mesin hemodialisis merupakan satu tanda kerajaan memandang berat terhadap masalah yang dihadapi penyakit hemodialisis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pekan Nanas tidak ada sebarang pusat hemodialisis dan menyebabkan penduduk perlu bergerak ke bandar Pontian Kecil untuk menerima rawatan. Pesakit hemodialisis terpaksa menerima rawatan sebanyak 3 kali seminggu. Dengan rawatan mengambil masa 3 sampai 5 jam setiap kali. Melainkan memakan masa yang panjang dan kerap ia juga akan menambahkan beban ekonomi pesakit hemodialisis jika pusat hemodialisis berjarak jauh daripada tempat duduk mereka. Selepas Klinik Kesihatan Pekan Nanas baru siap dibina dan mulai beroperasi, bangunan Klinik Kesihatan Pekan Nenas yang lama tidak digunakan secara sepenuhnya. Pekan Nanas bercadang kepada pihak kerajaan untuk mengubahsuaikan sebahagian bangunan Klinik Kesihatan Pekan Nenas lama yang sesuai untuk menjadi pusat hemodialisis di kawasan Pekan Nanas untuk memudahkan pesakit hemodialisis tempatan menerima rawatan. Peruntukan pembelian mesin hemodialisis juga harap dapat disalurkan kepada pusat hemodialisis baru di Pekan Nanas sekiranya cadangan ini dapat direalisasikan. Keempat, menurut Belanjawan 2019, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM53 juta bagi pembinaan jalan dan jambatan di seluruh Negeri Johor. Di antara senarai 7 buah keutamaan projek yang akan dilaksanakan, saya mendapati tidak ada projek pembinaan jalan raya daripada Jalan Sawah ke Ulu Choh untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Pekan Nanas. Sebab itu, saya memohon pencerahan dari YB EXCO tentang perkembangan projek pembinaan jalan tersebut sama ada projek tersebut mendapat peruntukan pada tahun 2019, jika tidak saya memohon jasa baik YB EXCO untuk mengambil kira projek tersebut dan menambahkan peruntukan yang cukup supaya projek tersebut mendapat peruntukan yang cukup untuk dimulakan pada tahun 2019. Selain itu, Pekan Nanas juga memohon jasa baik kerajaan negeri Johor untuk memberi keutamaan terhadap projek pembinaan jalan pintas Pontian ke Johor Bahru. Apabila ada sebarang perundingan dengan kerajaan persekutuan supaya peruntukan kerajaan persekutuan dapat memfokuskan kepada pelaksanaan projek pembinaan jalan pintas Pontian – Johor Bahru. Saya percayai pembinaan jalan ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Nanas, ia juga akan membawa pertumbuhan yang signifikan kepada pembangunan daerah Pontian. Kelima, inisiatif YB EXCO Kerja Raya untuk mewujudkan pasukan petugas Task Force Pengangkutan Perairan bagi mengenal pastikan sumber ekonomi baru bagi negeri Johor merupakan suatu tindakan yang bervisi tinggi. Sepanjang masa ini, kerajaan hanya memberi keutamaan mencari sumber melalui darat malah kerajaan sebenarnya berpotensi mendapat hasil daripada aktiviti maritim yang semakin pesat di perairan negeri Johor jika dipantau dengan baik. Sebagai contoh, aktviti shift to shift transfer yang aktif di perairan Johor boleh mendatangkan sumber yang lumayan kepada kerajaan. Kerajaan persekutuan kini sedang mengkaji dasar baru untuk mengawal sedia dan mewujudkan pendapatan kepada kerajaan melalui aktiviti STS. Pekan Nanas berpandangan bahawa kerajaan negeri juga berhak untuk mendapat sebahagian sumber hasil aktiviti STS daripada kerajaan persekutuan memandangkan aktiviti STS di Malaysia adalah tertumpu di kawasan perairan 3 batu nautika di perairan negeri Johor seperti pelaksanaan dasar kutipan VEP di Johor Bahru. Kerajaan negeri diberi RM5.00 daripada jumlah RM20.00 setiap pendaftaran kenderaan negara asing. Prinsip yang sama perlu diamalkan supaya kerajaan negeri juga mempunyai tanah yang cukup untuk menghadapi cabaran dan risiko aktiviti STS yang mungkin mendatangkan risiko kepada penduduk tempatan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan ataupun tumpahan minyak semasa aktiviti berikut. Memandangkan aktiviti maritim yang semakin pesat di perairan negeri Johor, kerajaan Johor juga perlu membuat persediaan untuk meningkatkan emergency first response di negeri Johor untuk menghadapi sebarang cabaran yang akan datang. Keenam, Pekan Nanas juga menyambut baik dengan hasrat kerajaan memperkukuhkan integriti dan meningkatkan prestasi perkhidmatan awam. Seperti yang pernah dinyatakan ADUN Mengkibol dalam ucapan sebenar. Pekan Nanas juga ingin menimbulkan beberapa masalah yang dihadapi dalam pengurusan peruntukan projek dan pekan kecil Wakil Rakyat akibat kerajaan baru masih mewarisi dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional lama. Pembekal dan kontraktor yang menyediakan bekalan

Page 142: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 142

dan projek kecil didapati memberi perkhidmatan dengan harga yang lebih tinggi iaitu lebih kurang 30% lebih tinggi daripada harga pasaran. Sebagai contoh, apabila kami memberi peruntukan RM5,000.00, sesetengah kontraktor dan supplier hanya dapat menyediakan bekalan ataupun projek kecil dengan nilai RM3,500.00. Keadaan ini sebenarnya merupakan suatu amalan lama dan rahsia terbuka sejak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Apabila keadaan ini berterusan dan dipertikaikan orang awam, Pekan Nanas rasa susah untuk menjustifykan keadaan ini, alasan profit kepada pembekal dan kontraktor adalah tidak cukup kuat memandangkan kalau pembekal dan kontraktor memberi perkhidmatan mengikut pasaran, mereka masih dipercayai boleh mendapat keuntungan, lagi pun keuntungan 30% daripada harga pasaran adalah dianggap terlalu tinggi oleh orang awam dan perlu dikaji semula. Jika, keadaan ini dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan kredibiliti Wakil Rakyat yang memberi peruntukan diragui orang awam dan membawa impak negatif kepada imej kerajaan Pakatan Harapan. Pekan Nanas berpandangan kerajaan baru tidak harus mewarisi dasar yang berpotensi menyebabkan ketirisan. Oleh itu, saya bercadang bahawa peruntukan tersebut boleh disalurkan secara terus kepada akaun bank rasmi pihak penerima. Saya juga berharap Jawatankuasa Penyata Kira-Kira boleh bekerjasama dan meluangkan masa berbincang dengan pihak Kewangan Negeri untuk menggubal dasar baru untuk membendung sebarang ketirisan yang mungkin berlaku. YB Timbalan Speaker : YB Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Ya. YB Timbalan Speaker : Sila gulung tinggal 2 minit. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Puan Speaker, kadang kala orang meluahkan perasaan mereka kerana mereka masih percaya kepada kerajaan baru dan berharap kita tidak mengulangi cara pengurusan kerajaan Barisan Nasional. Pekan Nanas juga menyedari jika rakyat tidak berhasrat untuk bersuara di depan kita, mereka akan berbisik antara satu sama lain tanpa pengetahuan kita dan menjadi silent killers pada masa akan datang. Ini adalah tanda-tanda bahaya di mana orang awam mula hilang kepercayaan kepada kita. Pekan Nanas sayang kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya kita tidak menghadapi risiko dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Saya berharap isu yang dibangkitkan ini tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak tetapi dapat meningkatkan prestasi kerajaan baru dengan memastikan setiap satu sen kerajaan yang dikeluarkan boleh menjana kesan yang paling baik. Yang Berhormat Puan Speaker, pada 1 November, Pejabat Tanah dan Galian Johor mengeluarkan notis mengehadkan jumlah nombor penyerahan kaunter bagi wakil firma guaman di kaunter penyerahan pada hari Ahad sampai Rabu. Jumlah nombor penyerahan yang dibenarkan adalah 162 manakala pada hari Khamis adalah 114. Jika nombor penyerahan sudah habis wakil firma guaman terpaksa balik dengan tangan kosong. Ini menyebabkan wakil-wakil firma lawyer daripada seluruh Johor terpaksa datang awal untuk memastikan mereka berpeluang mendapat nombor penyerahan yang terhad. Pekan Nanas mendapat aduan dan pernah membuat lawatan pada pagi 3 pagi, pukul 3 pagi minggu lepas. Walaupun, pada waktu pagi pukul 3 saya sudah mendapati ada banyak wakil firma lawyer telah berada di Masjid Kota Iskandar dan membuat persediaan susunan nombor penyerahan secara teratur untuk melancarkan proses penyerahan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Pekan Nanas berpandangan... YB Timbalan Speaker : Pekan Nanas, panjang lagi? YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Sikit, ini topik yang last, sebab itu pendek sahaja. Pekan Nenas berpandangan bahawa agensi kerajaan perlu memikul tanggungjawab memberi kemudahan kepada orang awam dalam segala urusan yang berkaitan dengan kerajaan. Oleh itu,dasar mengehadkan nombor penyerahan setiap hari perlu dikaji. Saya mengambil cara urus tadbir pihak bank yang mungkin boleh dicontohi di mana semua orang yang sempat memasuki bank semasa sebelum masa tamat perkhidmatan mereka tidak akan balik dengan tangan kosong. Bayangkanlah kalau wakil firma lawyer yang dating daripada Tangkak,Mersing begitu jauh terpaksa balik dengan

Page 143: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 143

tangan kosong. Ia akan merupakan suatu pembaziran masa, tenaga dan sumber. Lagi pun setiap penyerahan yang terlibat juga merupakan suatu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri. Oleh itu, saya bercadang Pejabat Tanah dan Galian Johor boleh mencontohi cara urusan pihak bank yang menyelesaikan semua kes penyerahan yang tampil ke pejabat mereka walaupun terpaksa overtime. Jika menghadapi masalah kekurangan sumber tenaga. YB Timbalan Speaker : Pekan Nanas masa sudah tamat. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Kerajaan perlu membuat pertimbangan menambahkan kakitangan di pejabat tersebut dan sekali lagi saya mengakhiri ucapan saya dengan ribuan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Larkin, jemput. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Bismillahirahmannirrahim. (Bacaan selawat). Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negeri Johor,Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan kerajaan negeri, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah SWT sekalian. Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera. Larkin pun tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim pada 22 November 2018 yang lalu. Patik ingin merakamkan ucapan merafak sembah setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli Yang Mulia Tuanku sempena Program Kembara Mahkota Johor yang berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Semoga Allah melanjutkan usia Duli Yang Mulia Tuanku dan Negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyatnya hidup bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor yang telah dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor pada 22 November 2018, Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah menyempurnakan pembentangan Belanjawan Johor 2019 dengan segala pengisian yang menyeluruh demi kepentingan rakyat Negeri Johor. Larkin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam Dewan yang mulia ini dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker kerana telah memberi ruang dan peluang untuk Larkin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Johor 2019 kali ini. Biarlah Larkin mulakan dengan dua rangkap pantun. Rakyat Johor bangsa perkasa, budaya bangsa ibunda penaja, kerajaan yang lalu banyak berjasa, kerajaan yang baru mulakan kerja. Ranggup manis si buah bidara, segak terletak di atas dahan, salam sejahtera pembuka bicara, Belanjawan Johor 2019 kita bahaskan. Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan yang dibentangkan Pakatan Harapan Johor berpaksikan kepada 3 teras utama iaitu : 1. Meringankan beban kos sara hidup rakyat 2. Mereformasikan institusi pentadbiran dan politik 3. Merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama Belanjawan ini juga disokong dengan 8 teras yang tersusun dengan 6 teras strategik. Bersandarkan anggaran dengan izin, projected income tahun 2019 ialah sebanyak RM1,552.78 juta. Anggaran perbelanjaan pula disasarkan berjumlah RM1.549.34 juta dan menjadikan kelebihan RM3.43 juta. Ini akan menjadikan lebih kukuh dengan pelupusan hutang lapuk kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM189 juta. Tahniah di atas usaha Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor dan barisan kepimpinan negeri yang berjaya mendapatkan pelepasan berkenaan.

Page 144: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 144

Yang Berhormat Puan Speaker, di sini Larkin ingin menyentuhkan isu-isu berkaitan kualiti hidup rakyat yang menjadi keutamaan dalam belanjawan ini. Dalam mereformasikan sektor perumahan, peruntukan sebanyak RM87 juta bagi mengambil alih tanah-tanah untuk maksud pembinaan Rumah Mampu Biaya, ini tidak diperjelaskan sama ada ia untuk jumlah 12,320 unit dalam tahun 2019 sehingga 2020 atau keseluruhannya hingga tahun 2023 menjadikan jumlahnya 23,643 unit. Jika kos tanah yang berjumlah RM87 juta hanya untuk 12,320 unit, ianya agak tinggi dan kerajaan harus mencari alternatif lain demi mengurangkan kos pengambilan yang tinggi. Jika kos ini merangkumi semua 23,643 unit rumah ianya menjadikan harga kos tanah untuk seunit rumah ialah sebanyak RM3,679.00 Adalah agak berpatutan tanpa mengira harga bangunan. Projek ini adalah wajar disegerakan tanpa sebarang kelewatan atau kegagalan, yang mana boleh mengakibatkan tambahan kos yang lebih tinggi ditanggung oleh kerajaan. Pemantauan yang rapi harus dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dilantik, supaya perkara yang berlaku sebelum ini tidak diulangi oleh kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Bagi pembangunan Rumah Mampu Biaya oleh pemaju swasta, 40% komponen perumahan yang dikenakan oleh pihak pemaju ini agak menggalakkan dan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah. Ini adalah amat jelas bahawa kerajaan Pakatan Harapan mengambil inisiatif untuk menyekat keuntungan yang diperolehi oleh syarikat pemaju swasta tanpa menghiraukan kutipan hasil kerajaan yang berkurangan demi kepentingan rakyat negeri Johor. Selain dari itu, jumlah unit Rumah Mampu Biaya ini juga dapat merealisasikan rancangan pembinaan setinggan kepada penempatan Rumah Mampu Biaya. Melalui rancangan pembinaan setinggan ini pihak kerajaan dapat mengambil semula tanah-tanah tersebut bagi menambah nilai aset kerajaan untuk program pembangunan yang lain. Masalah setinggan terutamanya di kawasan DUN Larkin harus ditangani segera memandangkan majoriti rumah yang dibina tidak menepati ciri-ciri keselamatan, kerana ianya dibina di kawasan lereng bukit, di tepi sungai dan di kawasan yang rendah. Jika berlaku bencana alam, penduduk-penduduk setinggan ini kerap menjadi mangsa, misalnya apabila berlaku bencana banjir, pihak kerajaan akan mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar bagi memindahkan mereka atau membantu mereka membaik pulih kerosakan kediaman dan kerosakan harta benda. Kerajaan harus telus tanpa sebarang ketirisan dalam usaha pemberian Rumah Mampu Biaya kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya. Larkin berharap kawasan setinggan ini dapat diberi keutamaan untuk memiliki Rumah Mampu Biaya dengan seberapa segera kerana perkara ini telah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu sebelum beberapa PRU yang sudah tetapi yang mana janji hanya tinggal pada janji sahaja. Yang Berhormat Puan Speaker, Larkin mengalu-alukan bantuan kerajaan pusat bagi membina sebuah hospital di Kempas dan menaik taraf hospital kerajaan di Johor Bahru. Muar dan Kluang, Pontian dan Kota Tinggi. Bagi daerah Segamat akan didirikan sebuah hospital pakar oleh KPJ yang menelan belanja sebanyak RM70 juta. Ini tidak memberi sebarang kelebihan kepada penduduk di kawasan berkenaan yang ramai terdiri daripada petani, peladang dan peniaga-peniaga kecil. Menaik taraf hospital kerajaan yang sedia ada adalah lebih baik dan memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Maka lebih memerlukan hospital, mereka lebih memerlukan hospital kerajaan daripada hospital swasta yang agak mahal. Pelaburan dari anak syarikat kerajaan iaitu JCorp sebanyak RM70 juta haruslah diutamakan kepada pelaburan dalam sektor pembuatan dan seterusnya membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada warga tempatan yang tiada sumber pencarian yang tetap. Inilah yang seharusnya diusahakan oleh semua anak-anak syarikat kerajaan untuk membantu rakyat bukan hanya untuk meniaga yang mendapat keuntungan semata-mata. Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang beri tumpuan pembangunan di wilayah utara negeri Johor termasuklah daerah Segamat dan Tangkak. Projek yang memberi impak yang tinggi kepada ekonomi harus diperkukuhkan di kawasan Johor Utara dan penduduk tempatan harus diberi kesedaran untuk berkecimpung kepada sektor yang lain bukan ianya semata-mata bergantung kepada pertanian dan perladangan. Yang Berhormat Puan Speaker, Larkin juga ingin bicarakan isu memperkasakan Pusat Pelaburan Negeri Johor ke Invest Johor. Pusat Pelaburan yang ditubuhkan sejak tahun 2004 tidak begitu memuaskan. Terdapat agensi pelaburan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan dalam bidang pelaburan hartanah. Sektor hartanah ini merupakan komposisi yang terbesar dalam pelaburan negeri Johor. Pelaburan dalam hartanah semata-mata akan memberi kesan yang tidak sihat kepada pasaran tempatan. Spekulasi pasaran harga hartanah akan lebih aktif mengakibatkan ketidakstabilan harga hartanah tempatan dan peningkatan lambakan hartanah. Ini akan memberi kesan yang buruk

Page 145: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 145

kepada kadar penukaran wang asing apabila pasaran di kuasai oleh bukan rakyat tempatan. Akibat daripada spekulasi harga pasaran, hartanah-hartanah ini akan hanya mampu dimiliki oleh warga asing yang mengambil kesempatan dari nilai pertukaran mata wang Ringgit Malaysia yang lemah ketika ini. Pelaburan domestik dari luar harus diberi keutamaan kepada sektor pembuatan. Ini akan menjadikan negeri Johor mempunyai kuasa pengeluaran yang tinggi jika dibandingkan dengan kuasa pembelian. Selain dari itu juga akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan lebih berkesan. Yang Berhormat Puan Speaker, Larkin ingin juga menyentuh tentang Pelan Inisiatif Ekonomi Kreatif (IEK) dalam erti kata bantuan yang di salur kepada usahawan. Banyak aspek yang seharusnya dipertingkatkan. Larkin berpendapat bantuan geran semata-mata tidak akan mencapai objektif jika perlaksanaannya tidak diperhalusi. Di peringkat perniagaan, selain dari minat dan rajin, komitmen mereka dan kecenderungan mereka juga harus dikenal pasti. Jika bimbingan tidak dirancangkan, mereka akan bersikap sambil lewa dan kurang berdaya saing dan apabila tertekan dengan impak pasaran dan pesaing yang sedia ada. Setiap jenis perniagaan hanya mampu berkisar dengan lebih berdaya saing jika dibantu daripada setiap penjuru. Penjuru yang Larkin maksudkan seperti sayap-sayap kerajaan yang harus bergerak seiring untuk memberi ruang kepada peniaga-peniaga baru. Kerajaan harus lebih kreatif untuk membantu mereka bukan sekadar menyediakan kemudahan atau ruang perniagaan. Justeru itu, bimbingan yang lebih terancang diperlukan agar mereka benar-benar faham dan berada di atas landasan yang yang betul, Mereka harus diberi ilmu untuk menghasil produk yang bermutu tinggi dan berkualiti. Mereka juga harus dibantu dalam pemasaran, di sinilah sayap-sayap kerajaan seperti GLC harus memberi sebesar-besar wang kepada mereka. Larkin juga mohon agar bantuan yang disalurkan kepada usahawan kecil biarlah berpatutan dan seimbang dengan modal yang diperlukan, jika jumlahnya terlalu kecil mereka hanya mampu menjadi peniaga di tepi jalan dan tidak mampu untuk berdaya saing dan tidak juga memberi kesan economic spinning, dengan izin. Satu pelan rangka kerja yang berkomprehensif harus dibuat mengikut kemampuan dan persediaan mereka sejauh mana untuk menjadikan mereka benar-benar usahawan yang berjaya. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya Larkin ingin menyuarakan isu yang terlibat dengan kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di negeri ini. Masalah seperti ini berkait dengan masalah sosial. Tinjauan yang dibuat oleh Larkin apabila turun ke padang, Larkin dapati peruntukan dasar Jabatan Kebajikan Masyarakat amatlah tidak memadai. Mujurlah adalah bantuan daripada NGO, orang-orang awam dan badan-badan sukarelawan yang prihatin. Tetapi kemampuan sebegini adalah terhad dan hanya menampung bagi jangka masa yang singkat. Memandangkan sumber-sumber kemudahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga adalah terhad, Larkin merayu agar peruntukan tambahan dapat dipertimbangkan bukan hanya sekadar peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf rumah perlindungan. Rumah perlindungan harus ditambah mengikut statistik yang ada. Dengan ini proses untuk menyelamatkan anak-anak ini dapat disegerakan. Ini adalah peranan kita yang penting demi rakyat khasnya bangsa Johor. Kerajaan pada masa ini harus peka dan menitik beratkan perkara-perkara seperti ini. Yang Berhormat Puan Speaker, di sini Larkin ingin menyentuh teras keenam dalam Belanjawan Johor 2019 iaitu memastikan urus tadbir cekap berintegriti dan demokratik. Dalam isu berkenaan, kerajaan Pakatan Harapan komited bagi memastikan perlaksanaan urus tadbir yang cekap dan berintegriti. Ini juga dilaungkan oleh kerajaan sebelum ini. Kerajaan Pakatan Harapan hari ini wajib melaksanakan kelainan jika tidak segala perancangan dan strategi kerajaan hanya tinggal perancangan yang indah sahaja. Peruntukan berjuta-juta ringgit diperuntukkan, jika ianya tidak dilaksanakan dengan penuh beretika ianya akan mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan dan rakyat khususnya. Dalam pengurusan hasil kewangan yang lebih berkesan, peningkatan kutipan hasil negeri adalah antara usaha-usaha bagi penambahan hasil negeri. Hasil-hasil kutipan kerajaan haruslah dimaksimakan tanpa sebarang kompromi, terutama hasil kutipan yang dianggarkan sebanyak RM25 juta. Anak-anak syarikat kerajaan dalam kerjasama dengan pemaju harus berkemampuan untuk mendapatkan kuantum dan ekuiti yang lebih dalam setiap rundingan dengan sektor-sektor swasta. GLC harus peka dan berhati-hati agar tiada sebarang risiko yang akan dibebankan kepada kerajaan dalam masa yang akan datang. Segala tanah-tanah kerajaan hendaklah dimajukan melalui platform GLC. Nilai tanah yang sebenarnya harus dipertahankan. Kita sedari berbagai projek sebelum ini yang mana tanah kerajaan dinilai tidak mengikut harga pasaran yang sebenarnya dan premium dengan jumlah yang besar dikurangkan dan ini memberi impak kepada hasil sebenarnya kerajaan negeri. Kerajaan Pakatan Harapan lebih bersikap terbuka, telus dan jujur dalam setiap rundingan tanpa sebarang mana-mana pihak. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam perancangan kerajaan untuk meminda bayaran atas permohonan pindah milik, gadaian dan pajakan akan memberi tambahan sebanyak RM2 juta. Ini

Page 146: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 146

adalah langkah yang baik. Pindaan terakhir pada tahun 2005 agak begitu lama dan sudah sampai masanya untuk dipinda. Berbagai cara untuk menambahkan hasil pendapatan kerajaan dan jangan sesekali kita musnahkannya. Selain daripada itu, semua agensi-agensi kerajaan juga harus bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan hasil kerajaan. GLC-GLC dan agensi kerajaan haruslah lebih cermat dan berhati-hati agar segala tender-tender, tawaran kerja mengikut kadar yang sebenarnya. Pengagihan kerja-kerja juga harus diberi perhatian sewajarnya agar semua dapat merasa dan menikmati secara sama rata. Ini amat penting untuk pembangunan ekonomi menjadi lebih seimbang dan kadar kemiskinan dapat diturunkan. Yang Berhormat Puan Speaker, akhir kata Larkin mengharapkan satu pencapaian dan prestasi yang baik untuk kerajaan negeri. Belanjawan yang dibentangkan biarlah dijadikan satu belanjawan yang benar-benar berkesan kepada rakyat negeri Johor. Segala masalah seperti ekonomi, sosial dan lain-lain dapat diatasi dan mempamerkan sebuah kerajaan yang benar-benar komited. Usahlah belanjawan ini dipersendakan, harap pembangkang lebih terbuka dan berlapang dada untuk bersama-sama kerajaan Pakatan Harapan untuk merealisasikan rancangan dan strategi ini menjadi satu kenyataan demi rakyat negeri Johor. Bagilah kami peluang untuk membetulkan, mempertingkatkan segala rancangan yang kami telah rancang kan. Kerajaan yang terdahulu telah diberi mandat dan peluang yang agak lama dan adalah wajar menerima pembaharuan yang dikehendaki rakyat. Dengan ini Belanjawan Negeri Johor 2019, Larkin sokong. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Tiram, jemput. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Yang Berhormat Puan Speaker, bersempena dengan sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada 22 November lalu. Patik merafak sembah, menjunjung tinggi setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat sejahtera, dilanjutkan usia untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor akan terus maju, moden, progresif dengan rakyat bangsa Johor yang bersatu padu, Daulat Tuanku. Juga Tiram ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Haji Osman bin Sapian atas penganugerahan Darjah Kebesaran, Darjah Mahkota Johor Yang Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Seri Mahkota Johor sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan baru-baru ini. Serta tahniah atas pembentangan Belanjawan 2019 yang begitu inklusif selaras dengan tema Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Tiram amat berbangga dengan Belanjawan Johor 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan yang begitu padat dan manfaat hampir keseluruhan melalui enam teras. Dengan itu, dalam pembentangan belanjawan, Yang Amat Berhormat tidak juga mengetepikan kaum India iaitu memperuntukkan RM3 juta untuk pembangunan ataupun memajukan orang-orang India. Saya amat terharu dan juga berterima kasih kepada Kahang dan Tenggaroh yang mengutarakan perkara mengenai peruntukan-peruntukan inklusif berjuta-juta ringgit daripada kerajaan Barisan Nasional pada pemerintahan mereka dan kononnya mereka mengatakan RM3 juta itu tidak mencukupi langsung. Saranannya juga, kaum India kali ini percaya kepada parti Pakatan Harapan dan mengetepikan mereka dan memilih Pakatan Harapan. Tetapi apa yang soalannya dan peliknya, walaupun Barisan Nasional ada bagi banyak peruntukan berjuta-juta dan juga banyak kemudahan kepada kaum India, bagaimanakah kaum India ini mengetepikan MIC dan Barisan Nasional? Saya rasa peruntukan-peruntukan itu, agak itu digit sahaja ke? Ataupun ada sampai kepada golongan akar umbi ke? Ataupun golongan yang sasarannya? Ataupun pada pertengahan itu, hanya dia terbang sahaja? Dan Puan Speaker, Pakatan Harapan mempunyai satu konsep iaitu kami menyelesaikan masalah bukan mengikut kaum lagi, ini adalah budaya Barisan Nasional. Kita mengikuti, menyelesaikan masalah mengikut kategori dan juga isu-isu yang tertentu. Oleh kerana itu, kita tidak bukan lagi tengok bagaimanakah kita nak menyelesaikan masalah kaum ini ialah masalah kategori kemiskinan, pendidikan, perumahan segala-galanya mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, dalam masa-masa pemerintahan 60 tahun yang lepas, kaum India telah dipinggirkan. Kita telah mundur, kaum India telah mundur dari segi pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Remaja kita di sini sekarang, kita tak ada mempunyai mana nak pergi? Tidak tumpuan, sebab tidak mencukupi dan juga

Page 147: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 147

guidance, dengan izinnya, untuk mendapatkan, memaju ke hadapan. Mereka terjebak dengan gejala-gejala sosial. Oleh kerana itu, kita masih lagi memerlukan bantuan daripada kerajaan. Di samping itu, saya ini terlalu minat kerana Tenggaroh dan juga Kahang ada beritahu mengenai RM8 juta yang kerajaan Barisan Nasional yang memberi kepada kaum India. Dana itu pergi mana? Saya pun tak tau, saya terlalu minat, saya memohon kepada kerajaan, sekiranya dana itu di mana itu, tolong tangkap dana itu dan masukkan balik kepada dan salurkan balik kepada kaum India. Saya ini memohon untuk kepada kerajaan dan juga RM3 juta itu memang tidak cukup juga sebab apa yang saya nampak untuk perbelanjaan perniagaan hanya RM500 ribu sahaja. Mungkin dana itu untuk satu, dua peniaga yang baru nak bermula sahaja. Oleh kerana itu, saya memohon kepada kerajaan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk kaum India. Saudara dan saudari sekalian, Puan Speaker, di sini ada satu berita mengenai warisan budaya yang tersembunyi di Kota Tinggi iaitu Kota Gelangi. Saya kena bercerita mengenai Kota Gelangi, mungkin ramai Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di sini mungkin tak kenal apa itu Kota Gelangi. Kota Gelangi adalah satu tempat yang tersembunyi warisan, sejarah di Kota Tinggi. Dalam 10 tahun ini ada desas desus mengenai Kota Gelangi tetapi saya rasa kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil inisiatif untuk terokai tempat itu. Sebab, apa yang difahamkan Kota Gelangi mempunyai suatu warisan sejarah pembinaan, dari sejarah iaitu Empayar Sri Wijaya. Ada satu pembinaan kuil yang terlalu besar di kawasan Kota Gelangi itu di Kota Tinggi. Sebab apa saya menyarankan tempat itu? Sekarang di Cambodia, mempunyai satu pelancongan yang terbesar. Cambodia terkenal sebab Angkor Wat, semua orang kenal Angkor Wat. Mempunyai banyak perbelanjaan ataupun pendapatan daripada pelancongan di Cambodia kerana Angkor Wat berjuta-juta pelancong daripada seluruh dunia pergi ke tempat itu untuk melancong dan juga mereka mendapat pendapatan yang terlalu tinggi. Oleh kerana itu, sekiranya, apa yang difahamkan, saya pun ada pergi tempat itu, kemungkinan besar tempat itu Empayar Sri Wijaya pembinaan Kuil Angkor Wat, kemungkinan dua saiz besar daripada Angkor Wat di Cambodia, terlalu besar ada dalam. Kalau kerajaan Pakatan Harapan menerokai tempat itu, kemungkinan kita akan ada satu pelancongan, nombor dua kita akan termasyhur di seluruh dunia. Ramai pelancong akan kembali ke Kota Gelangi. Puan Speaker, kawasan Tiram, sejak kebelakangan ini kepadatan penduduk di Taman Bestari Perdana iaitu di bawah DUN Tiram sedang bertambah. Sedang bertambah dari masa ke masa. Pada masa yang sama, mereka tidak mempunyai kemudahan awam asas iaitu lampu jalan raya tiada bagi memenuhi keperluan harian mereka terutamanya pada waktu malam. Sedangkan banyak kos kemalangan berlaku di kawasan tersebut pada waktu malam. Pada masa yang sama didapati 50% daripada penduduk tidak memiliki kenderaan persendirian. Justeru, kemudahan pengangkutan Bas Muafakat amat penting bagi keperluan harian mereka. Tambahan pula, ia merupakan strategi yang cukup berkesan bagi Perbandaran Ulu Tiram. Oleh yang demikian, bagi kebaikan penduduk ini, kerajaan negeri harus mewujudkan kemudahan lampu jalan raya dan Bas Muafakat. Puan Speaker, kita maklum bahawa terdapat projek pembinaan untuk tapak tanah bagi upacara jenazah masyarakat Hindu di Tanjung Langsat sejak kebelakangan ini. Perkara ini dan berita ini sudah lama kita bincangkan. Sampai sekarang, tidak mempunyai satu kata muktamad dan juga keputusan, benda itu akan dijalankan ataupun tidak? Ini adalah soal dan juga rungutan daripada kaum India sebab Tanjung Langsat itu adalah kawasan saya sendiri. Saya sudah mencuba daripada Pejabat Tanah sampai ke sini, Majlis Mesyuarat Kerajaan. Saya memohon ataupun Tiram memohon untuk mempercepatkan proses tersebut. Dan di Ulu Tiram sendiri tidak mempunyai suatu tapak tanah untuk kubur, kubur India pun tidak mempunyai di Bandar Ulu Tiram. Mereka terpaksa bawa ke jauh ke Masai, Pasir Gudang kadang-kadang pergi Johor Bahru. Oleh kerana itu, di Tiram sendiri mempunyai 12% pengundi kaum India tetapi sampai kini tidak mempunyai satu kubur untuk kaum India. Puan Speaker, banjir. Di Sungai Tiram Batu 20 sering berlaku banjir. Pada 2014 sampai 2017, banjir yang berlaku dalam satu tahun sekali ataupun dua kali sahaja. Selepas 2017 satu tahun lebih kurang enam kali, tujuh kali, kadang-kadang sembilan kali pun ada. Ini terlalu sering berlaku banjir di Batu 20 Sungai Tiram. Apa yang difahamkan, ada satu sungai di sana, sungai itu ada dibuat benteng, benteng ataupun hadang, dibuat oleh pengusaha pasir. Mereka apabila buat hadang ataupun benteng tersebut, apabila airnya ditendang balik kepada, apabila hujan lebat, air itu tendang balik, mereka akan pergi ke rumah. Pada banjir yang lepas ini, terlalu banyak rumah kena banjir, dia naik, saya sendiri pergi melawat. Oleh kerana itu, apa yang kita dapat tahu dalam tiga tahun yang lepas ini ada satu pengusaha yang mempunyai kebenaran daripada orang besar, saya tak tahu siapa itu orang

Page 148: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 148

besar itu, sampai sekarang belum tahu lagi tetapi dia mengusahakan pasir di sana, masih belum keluar dari tempat itu. Jadi saya memohon kerajaan untuk menyiasat benda itu. Puan Speaker, di Tiram, akhlak untuk remaja, mereka tidak mempunyai suatu tempat iaitu pusat rekreasi. Sekiranya mereka memerlukan futsal, apa-apa sukan mereka terpaksa cari tempat yang private, dengan izinnya, dengan swasta, terpaksa bayar kos yang begitu tinggi. Oleh kerana itu, Tiram memohon untuk membina satu pusat rekreasi di Tiram mengenal pasti semuanya pusat rekreasi, futsal, bola keranjang, volleyball segala-galanya mesti ada dalam pusat itu untuk kegunaan remaja sekarang yang melepak, dia tak tahu nak pergi mana-mana, apa bila sekolah atau selepas bekerja, mereka tak tahu pergi ke mana. Jadi, saya memohon kerajaan membina satu pusat rekreasi di tempat tersebut. Dengan itu, saya dapat Belanjawan 2019 akan memenuhi hasrat rakyat terutamanya di DUN Tiram untuk membina satu masyarakat yang berdisiplin. Belanjawan ini akan memberi satu manfaat kepada keseluruhan. Terima kasih Puan Speaker. YB Timbalan Speaker : Seterusnya Yang Berhormat Panti, jemput. YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada semua yang memberikan peluang kepada saya, Panti untuk memberi ataupun membahaskan belanjawan kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izinNya saya berjaya ataupun saya berpeluang membahaskan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 29 November yang lalu. Pada kesempatan ini juga, patik dan seluruh rakyat DUN Panti ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertua Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim atas sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Yang Ke 60 pada 22 November yang lalu. Dan, patik berdoa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dalam keadaan sihat, dilanjutkan usia untuk memerintah negeri ini. Patik juga ingin merafak sembah setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas kesinambungan Program Kembara Mahkota Johor saban tahun yang menjadi platform kepada rakyat mendekati institusi Raja dan kebajikan rakyat dijaga. Yang Berhormat Puan Speaker, merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan belanjawan tempoh hari Johor merupakan negeri pertama yang berjaya menunaikan janji 10 Manifesto 100 hari. Dan, Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan juga dalam sesi soal jawab pagi tadi dengan bangganya menyatakan Johor adalah satu-satunya kerajaan Pakatan Harapan yang menunaikan Manifesto Pilihan raya mereka. Maknanya, mereka juga meyakini dan mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan negeri-negeri lain dan juga kerajaan Pakatan Harapan pusat tidak menunaikan janji manifesto pilihan raya mereka. (Dewan bertepuk). Dan, mereka menang dengan janji kosong sahaja. Walau bagaimanapun, usahlah kerajaan negeri Pakatan Harapan pada hari ini terlalu meyakini bahawa 10 Manifesto mereka terlaksana dalam tempoh 100 hari ataupun terlaksana dengan baik. Kerajaan negeri seharusnya melakukan kajian terperinci dan melakukan penambahbaikan ataupun melihat ke bawah hasil kepincangan pelaksanaan manifesto tersebut. Misalnya, Skim Takaful Warga Emas yang sebenarnya bersikap pilih kasih kepada penyokong Pakatan Harapan sahaja bahkan kursus pra perkahwinan yang dikatakan percuma rakyat perlu membayar terlebih dahulu kemudian diminta untuk menuntut semula dalam tempoh yang ditetapkan dan kita pun tidak tahu berapa lama proses itu akan berlaku. Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana berjaya membentangkan, menunaikan belum tahu lagi Belanjawan Johor 2019, yang bertemakan ‘Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Ia dilihat seperti yang rakan-rakan saya sebut sebelum ini satu belanjawan copy paste dan rebranding dengan izin, daripada belanjawan yang pernah dibentangkan oleh Barisan Nasional pada tahun 2018 ataupun segala pelan ataupun inisiatif yang telah kerajaan Barisan Nasional umumkan sebelum ini. Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan EXCO yang selalu bercakap ataupun selalu melaungkan apa yang baik akan kita teruskan tetapi kalau dah 85%, hampir 85% perkara-perkara yang pernah Barisan Nasional lakukan, dilakukan ataupun dibuat semula maknanya kerajaan Barisan Nasional yang lepas adalah satu kerajaan yang baik dan telah mentadbir dengan sempurna. Dan, kita sebenarnya kita mahukan apa yang kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini melakukan ataupun memulakan inisiatif-inisiatif yang lebih baik daripada sebelum ini. Walau bagaimanapun, kita dari pihak pembangkang Barisan Nasional pada hari ini kita sedia membantu untuk sentiasa memberi

Page 149: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 149

kritikan, sentiasa memberi pandangan dan bergantung kepada pihak kerajaan Pakatan Harapan untuk menerima dan menilai cadangan-cadangan yang telah ataupun yang akan kami utarakan. Namun, dalam bajet yang dibentangkan ini banyak golongan tertinggal peneroka, nelayan, orang kampung, orang FELDA, mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun kerajaan boleh mengikut jejak langkah kerajaan pusat yang telah mengemukakan Bajet mereka baru-baru ini, yang telah dengan senang, ataupun dengan mudah mengubah orang putih kata flip flop dasar apa ataupun apa yang telah diumumkan oleh mereka sendiri. Kalau di peringkat pusat mereka mengumumkan bahawa gaji minimum untuk potongan PTPN berjumlah RM1,000.00 tetapi baru-baru ini mereka telah mengubah sendiri berjumlah RM2,000,00. Dan yang telah diumumkan adalah kereta yang mendapat subsidi minyak 1.5 ke atas dan sebagainya. Tetapi ia telah diubah kepada perkara-perkara yang lebih setelah dikritik oleh kami pihak pembangkang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Panti antara yang menjadi perhatian, yang ingin Panti utarakan dalam perbahasan pada hari ini adalah yang berkaitan dengan daerah Kota Tinggi sebagai pusat pelancongan, yang berkonsepkan alam semula jadi merangkumi kawasan air terjun, sungai dan pantai. Menurut Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pembangunan komprehensif oleh syarikat swasta akan dilakukan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa kerajaan negeri tidak memperincikan fokus dan usaha di daerah Kota Tinggi bagi mencapai matlamat ini seiring Tahun Melawat Johor 2020. Untuk pengetahuan pihak kerajaan Pakatan Harapan, pusat pelancongan ini sudah menjadi salah satu agenda pembangunan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dengan acuan tersendiri iaitu strategi pertumbuhan daerah namun begitu kerajaan hari ini tidak menjelaskan dengan baik dan menjadi tanda tanya kepada saya dan warga Kota Tinggi dan DUN Panti apakah lonjakan baru yang akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Bagi hal-hal ehwal ataupun kesejahteraan warga FELDA di negeri ini khususnya di kawasan Panti. Saya dan rakyat DUN Panti amat kecewa apabila tiada sebarang bentuk perancangan jitu dan peruntukan khusus yang melibatkan FELDA oleh kerajaan negeri. Antara lain tiada peruntukan bagi banyaknya pembangunan seperti infra dan sistem perparitan malahan banyak lagi sosioekonomi di kawasan FELDA yang kian bermasalah. Secara peribadi, saya berharap agar kerajaan negeri dapat memperkasakan pembangunan sosioekonomi warga FELDA. Pada pandangan saya kerajaan negeri harus menjadikan wilayah FELDA sebagai lembah makanan dan agro pelancongan, upayakan usahawan dan koperasi. Menjayakan Program Pembangunan Insan serta menyelesaikan beberapa isu rumah generasi kedua FELDA. Seterusnya, saya melihat kerajaan negeri tidak memandang serius terhadap sebarang bentuk bantuan inisiatif mahupun insentif yang memfokuskan masyarakat Orang Asli dan orang kampung di Johor. Belanjawan Johor 2019, yang tidak holistik ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak mengambil berat terhadap kebajikan Orang Asli. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM200,000.00 yang sekadar memperkasa pengurusan tanah rizab Orang Asli. Peruntukan ini adalah sikit jika dibandingkan sebelum ini iaitu sebanyak RM500,000.00 yang merangkumi pembangunan Orang Asli. Dengan memahami nadi, denyut golongan ini khususnya di kawasan Panti seperti di Kampung Orang Asli Sayong Pinang dan Kampung Orang Asli Kempas Menang, kerajaan negeri perlu melakukan transformasi dari aspek pembangunan infrastruktur asas, pembangunan modal insan, komuniti dan pembangunan ekonomi. Berdasarkan inisiatif kerajaan negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM13.7 juga diperuntukkan kepada 11 daripada 16 Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan geran keseimbangan negeri yang akan dimanfaatkan untuk kemudahan-kemudahan awam, pengurusan sisa pepejal dan menyelesaikan aduan-aduan awam. Namun demikian, saya ingin mengetahui sejauh mana agihan ini kepada pihak PBT dan keberkesanan serta keupayaan PBT dalam menyelesaikan aduan-aduan dengan kadar segera. Isu seterusnya adalah yang berkaitan dengan satu isu yang mungkin tidak dimasukkan ataupun tidak disentuh secara langsung di dalam belanjawan yang telah dibentangkan iaitu berkaitan dengan guru agama. Pada Bajet Tahun 2018, kita ada Tabung Latihan Kemahiran Penjawat Awam Johor (PDT). Salah satu manfaat tabung ini adalah untuk memberi pendedahan teknik mengajar kepada lebih 390 guru KAFA di negeri Johor. Namun Belanjawan 2019, tidak menunjukkan usaha untuk mengatasi masalah guru sekolah agama. Mungkin kerajaan tidak sedar akan masalah yang pertama kurangnya tenaga

Page 150: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 150

pengajar di sekolah agama dan yang kedua ramai lepasan MARSAH yang masih menunggu untuk dihantar mengajar malah ada yang sudah 3 tahun habis belajar masih menunggu untuk dipanggil. Mengapa, soalannya sekarang, mengapa kerajaan sibuk memfokuskan pelbagai kajian malah ingin ditambah lagi universiti, menaik taraf kolej kepada universiti sedangkan masalah sebegini diabaikan. Jika semakin banyak universiti kelak, semakin bertambah graduan. Cukup kah peluang pekerjaan yang mampu disediakan untuk mereka dengan pembatalan ataupun penangguhan banyak projek-projek seperti di kawasan Tenggara iaitu Johor Eco Entertainment Park yang masih lagi ditangguhkan. Saya rasa isu-isu seperti ini kekurangan pekerjaan dan sebagainya akan selalu atau akan berterusan dan semakin parah. Seterusnya, selaras pertumbuhan ekonomi digital, saya mendapati kerajaan negeri seperti tiada lonjakan idea baru dalam mencapai hasrat revolusi industri keempat. Kerajaan negeri hanya akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Pelan Transformasi Digital Negeri Johor. Mengapakah kerajaan membazirkan wang yang diperuntukkan untuk merangka pelan yang dikatakan baru ini sedangkan Pelan Tindakan Digital Johor atau Johor 4.0 telah dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Adakah kerajaan hanya mampu merangka sistem e-wallet sahaja. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, kerajaan Barisan Nasional terdahulu pernah memperkenalkan aplikasi PBT yakni PBT Apps dengan izin di telefon pintar dengan projek perintis di daerah Johor Bahru. Hal ini juga termasuk sistem e-kewangan Johor, sistem pemantauan projek dan sistem hasil tanah versi 2.0. Seterusnya, Lembah Inovasi Johor yang diperuntukkan sebanyak RM500,000.00 sebagai dana permulaan dengan melibatkan kepakaran universiti-universiti di Johor. Pihak industri dan Institusi Universiti Strategik Negeri Johor (IISJ). Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Pakatan Harapan bersikap ambil mudah kerana tidak menetapkan sasaran perancangan seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu seperti Project Mollescure ataupun sistem rawatan dan penyingkiran sisa logam toksik daripada kerang serta Project Bio feed atau makanan lembu dan kambing berasaskan bio teknologi dan banyak lagi. Selain itu, kerajaan Pakatan Harapan juga tidak mampu meletakkan fokus Projek Lembah Inovasi Johor ini kerana kerajaan Barisan Nasional Johor pernah mensasarkan daerah Kulai bagi pembangunan Lembah Digital Sedenak. Dalam mendepani cabaran bencana alam yang sukar dijangka kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM23 juta bagi projek rancangan tebatan banjir dan saliran. Jumlah tersebut adalah berkurangan jika dibandingkan dengan peruntukan kerajaan BN yang sebelum ini iaitu sebanyak RM35 juta. Kerajaan negeri perlulah menyelesaikan masalah perparitan dan saliran yang kian meruncing, terutamanya di kawasan bandar berfokus dan di luar bandar. Seterusnya dana khas bantuan bencana yang diperuntukkan sejumlah RM20 juta juga tidak diperincikan dengan jelas berkenaan agihan dan perlaksanaannya. Saya berharap kerajaan negeri juga tidak ketinggalan untuk melawat atau meninjau ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir dan bukanlah setakat meletakkan angka jutaan ringgit sahaja. Malahan kerajaan negeri juga tidak memandang berat terhadap masalah-masalah perparitan seperti saliran air yang sentiasa tersumbat di kawasan perumahan di bandar mahupun di luar bandar termasuk kawasan FELDA. Menyedari hakikat sumber alam terutamanya hutan kian terancam, namun kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM500,000.00 dalam usaha memelihara dan memulihara sumber hutan. Seharusnya, kerajaan perlu lebih melihat kepincangan aktiviti-aktiviti penerokaan dan sekali gus mengawal dan menyelesaikan masalah berbangkit di seluruh negeri. Perkara ini amatlah penting terutamanya di daerah-daerah yang memiliki sumber hutan yang agak besar seperti daerah Kota Tinggi dan Kluang. Yang Berhormat Tuan Speaker, sememangnya kami di kawasan pembangkang, memberi peluang kepada kerajaan negeri bagi merangka dan melaksanakan belanjawan. Oleh sebab itu, kami sebagai pengimbang tara serta semak dan imbang terhadap perancangan kerajaan. Janganlah kami dituduh dengan pelbagai-bagai tohmahan dan sebagainya. Pada akhir perbahasan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada kerajaan atas kesinambungan program-program yang telah saya sebutkan sebelum ini pada awalnya iaitu program-program yang pernah dijalankan oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Page 151: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 151

Akhir sekali diharapkan persoalan yang saya dan juga sahabat-sahabat saya bangkitkan sepanjang perbahasan dapat dijawab ataupun diberikan ulasan oleh Yang Berhormat EXCO atau Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kalau dilihat pada sidang lepas, banyak isu-isu yang dibangkitkan tidak dijawab dengan baik dan tidak dijawab dengan sempurna. Mungkin tak ada jawapan. Tapi pada hari ini banyak hari dah kerajaan Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan saya yakin boleh menjawab dengan lebih baik. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada Yang Berhormat Panti. Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam pukul 4.00 petang. Persidangan ditangguhkan pada jam 3:40 petang. Persidangan disambung semula pada jam 4:00 petang. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan disambung semula. Yang Berhormat Tanjung Surat, jemput. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Assalammualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Selamat petang dan salam Muafakat Johor. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sila terus duduk. Jangan lari. Terlebih dahulu Tanjung Surat ingin merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60 pada 22 November yang lalu. Daulat Tuanku. Tanjung Surat juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor kerana telah di anugerah Darjah SPMJ Pangkat Pertama sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku baru-baru ini. Saya sekali lagi juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah selamat membentang Bajet 2019 dalam masa 3 jam lebih sikit. Ini adalah satu tempoh yang agak lama berbanding dengan ucapan-ucapan bajet terdahulu. Baik di Parlimen mahupun di Dewan Negeri, yang rata-rata lebih kurang 2 jam. Kebanyakannya kurang daripada 2 jam. Dengan umur beliau yang lebih berusia daripada saya tapi beliau tetap steady sahaja dalam menyampaikan ucapan bajet itu. Tahniah Yang Amat Berhormat. Saya suka mencadangkan kepada Jurutulis, lain kali menyediakan air minuman supaya Yang Amat Berhormat dapat membasah tekak. Penceramah agama ada yang tak sampai 1 jam berceramah pun disediakan air. Kalau ada peraturan tak boleh minum, kita mintak Speaker longgarkan ya, di masa lain lah. Saya terkejut juga kerana dalam bajet ini saya dengar nama bas Muafakat Johor. Sedangkan dalam persidangan yang lepas bas ini akan ditukar nama kepada Bas Harapan. Jadi eloklah kalau dah guna pakai balik nama bas Muafakat Johor ni, kerana nak tukar nama kepada Bas Harapan Johor memakan belanja juga ya. Bahkan bas pun bukan sebiji dua. Dalam bajet ini saya tengok tiada inisiatif mengenai pembangunan industri bioteknologi. Ketika zaman pentadbiran lalu telah banyak kejayaan dicapai dalam bidang ini. Saya harap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan penambahbaikan supaya industri bioteknologi di negeri Johor ini akan berkembang lebih rancak lagi. Tak perlulah saya mengulas lebih lanjut bajet 2019 ini secara keseluruhannya kerana telah banyak diulas oleh pembahas-pembahas dari kami pembangkang yang telah berucap sebelum saya. Biarlah saya bahas dengan menyentuh beberapa isu khusus bajet ini. Mengenai latihan kemahiran yang mana bajet ini ada menyediakan peruntukan satu dana khas untuk membantu pelatih-pelatih yang berminat mengikuti kursus kemahiran. Dalam konteks Pengerang, kita mempunyai keperluan kemahiran dalam bidang minyak dan gas serta dalam bidang pelancongan dan perhotelan, khususnya dalam projek Desaru Coast ya, yang telah dibuka kepada umum. Di kawasan Pengerang kita mempunyai banyak pusat latihan. Kita ada IKBN, Institut Kemahiran Belia Negara, Kolej Komuniti, Kolej INSTEADT, Kolej Profesional MARA dan jauh sikit, Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang. Kolej Yayasan Johor pun menawarkan berbagai kursus. Beberapa bulan sebelum pilihan raya Ke-14 yang lalu, Kementerian Pelajaran, Menteri Pelajaran pun melawat ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di Tanjung Pengelih di kawasan saya, dan membuat keputusan pada dasarnya, untuk menukarkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih ini menjadi sebuah kolej Vokasional khusus dalam bidang minyak dan gas. Kerana sekolah ini berhampiran dengan RAPID. Sekolah ini kerana nak ditutup ataupun nak digantikan dengan Kolej Vokasional, kerana sekolah ini mempunyai pelajar yang paling rendah sekali dalam seluruh Malaysia

Page 152: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 152

saya rasa. Cuma ada 60 murid sahaja, 60 pelajar sahaja sekolah ini. Jadi, saya tak tahulah kerajaan sekarang ingin mengingatkan kerajaan pusat, kalau mahu terus menukar Sekolah Menengah Kebangsaan menjadi sebuah Kolej Vokasional dalam bidang industri minyak dan gas. Kerjasama erat dengan pemain-pemain industri seperti PETRONAS dan DIALOG Berhad haruslah dipupuk agar latihan kemahiran yang diberi selari dengan keperluan semasa industri. Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor sangat sesuai memainkan peranan ini bukan sahaja untuk mendapatkan kemahiran kepada rakyat kita, golongan muda tetapi untuk mendapatkan pekerjaan kepada yang telah dilatih. Dalam industri minyak dan gas di Pengerang sekarang adalah dalam fasa hujung construction atau pembinaan. Mulai tahun depan loji penapis minyak akan mula beroperasi, tamatlah fasa pembinaan, masuk fasa operasi. Dan dari segi kursus pun kena ada ubahsuaian maknanya penekanan kepada fasa operasi. Jadi pusat-pusat latihan kemahiran ini harus ambil maklum mengenai perkara ini. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin membawa beberapa isu tempatan yang khusus, saya ingin melaporkan sedikit mengenai kemajuan terkini Pengerang Integrated Complex, dengan izin oleh Petronas yang saya dimaklumkan Oktober lalu telah mencapai 96 peratus kemajuannya. Dijangka akan beroperasi pada suku pertama tahun 2019. Produk petroleum, loji penapisan minyak akan mula beroperasi suku tahun pertama tahun pertama tahun hadapan menghasilkan produk-produk petroleum suku pertama tahun depan dan loji-loji yang menghasilkan produk-produk petrokimia akan mula beroperasi dalam suku kedua tahun 2019. Alhamdulillahlah, pembangunan industri minyak dan gas berjalan lancar dan mengikut jadual. Tetapi malangnya isu-isu berkaitan perpindahan dan penempatan semula penduduk-penduduk dari 7 buah kampung untuk membolehkan kawasan yang ditinggalkan dibangunkan untuk industri minyak dan gas oleh Petronas DIALOG Berhad masih, isu-isu berkaitan masih belum diselesaikan. Rumah-rumah yang dibina untuk mereka yang terlibat, masih ada yang rosak-rosak dan mendak. Sebahagian jalan-jalan dalam kawasan Taman Bayu Damai mendap dan bergelombang, lampu-lampu jalan yang tak bernyala lagi tidak langsung diganti. Sistem kumbahan rosak, malahan sistem ini tidak diterima oleh IWK. Geran rumah untuk mereka yang mendapat rumah subsidi telah dibayar premium tapi belum dapat gerannya. Geran tanah 2 ekar untuk tanah gantian, ada yang dah dapat geran, masih ada yang belum. Perumahan transit, mereka yang ditempatkan di rumah transit sepatutnya tinggal selama 2 tahun sahaja. Tetapi malangnya mereka terus tinggi melebihi 4 tahun sekarang. Tapi keadaan rumah-rumah yang akan ditawarkan tapi rumah-rumah yang akan ditawarkan kepada mereka masih belum siap-siap lagi. Keadaan rumah mereka tinggal sekarang menyedihkan, atap bocor, dinding retak, pihak manakah yang akan membaikinya? Rumah-rumah kekal untuk mereka diami masih belum disiapkan. Rumah-rumah yang ada dibina berhampiran oleh KPRJ terlalu mahal untuk mereka beli. Ada satu sahaja berita baik dalam Bajet 2019 yang telah dibentangkan iaitu kelulusan pembinaan sebuah masjid untuk Taman Bayu Damai berharga RM7 juta, RM5 juta daripada kerajaan pusat dan RM2 juta dari kerajaan negeri. Sebenarnya RM5 juta daripada kerajaan pusat telah diluluskan awal tahun ini tapi bila pertukaran kerajaan mula-mula kita dengar projek ini tidak akan diteruskan. Tapi alhamdulillah akhirnya kerajaan pusat bersetuju untuk meluluskan RM5 juta dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menambah lagi RM2 juta untuk menjadikan peruntukan keseluruhannya sebanyak RM7 juta. Selain daripada itu, rumah-rumah yang ada tinggal di kampung lama, kampung asal yang tidak terlibat dengan pemindahan ke Taman Bayu Damai ada lagi kampung asal yang tak terlibat tanahnya tak diambil, ada lebih kurang 15 biji rumah dia tersepit, jalan P1 projek P1 satu pembinaan jalan baru dan sempadan RAPID mempunyai aras yang tinggi. Maknanya rumah kawasan yang 15 rumah ni dalam kawasan rendah jadi rendahlah, dulu rata saja tetapi kerana tinggi dua-dua belah dia dah jadi macam kawasan yang kalau hujan lebat boleh banjir dan boleh memusnahkan harta benda kalau tak pun kecederaan dan sebagainya. Oleh kerana memandangkan keadaan begini teruk kerajaan dulu telah meminta Petronas supaya mengambil alih kawasan ini. Lebar kawasan ini lebih kurang daripada jalan ini ke pagar Petronas itu, RAPID tu tak sampai 100 meter pun, dalam 70 meter. Jadi Petronas telah setuju untuk diambil alih macam apa CSR lah Corporate Social Responsibility membantu rakyat yang memang teraniaya oleh projek ini dan juga projek jalan ini. Tapi malangnya proses pengambilannya masih tersangkut sampai sekarang. Jadi saya harap sementara Petronas setuju untuk membayar ni, untuk mengambil alih ini saya harap kerajaan negeri percepatkanlah supaya tanah ini dapat diambil segera dan dapat dibuat bayaran kepada mereka yang terlibat dan mereka boleh berpindah ke tempat lain. Jadi saya haraplah kerajaan negeri mengambil tindakan yang segera untuk mengatasi masalah penduduk di kawasan ini yang terlibat.

Page 153: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 153

Saya ingin juga membawa mengenai Sekolah Menengah Tanjung Dato, di kawasan Pengerang yang telah dibuat keputusan oleh pihak Kementerian Pelajaran mulai 1 hari bulan Januari 2019 ini supaya sekolah ini yang telah diambil alih oleh DIALOG kerana dia telah diambil alih kawasan itu, sekolah tu pun dah dibayar untuk berpindah 1 hari bulan Januari 2019 ke sekolah lain, ke sekolah yang Sekolah Menengah Tanjung Pengelih ada sebahagiannya mungkin ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar. Jadi penduduk di kawasan saya di mana-mana anak-anak yang terlibat di sekolah ini tidak bersetuju untuk berpindah sementara sehingga sekolah yang ada di Taman Bayu Damai itu di disiapkan. Sekolah itu hampir siap tapi belum siap, tapi dengan kemurahan pihak DIALOG Berhad dapat dipindahkan tarikhnya kepada Jun baru dia lepas Julai baru dia akan ambil kawasan yang telah dia apa ni bayar pampasannya. Jadi saya harap pihak Kementerian Pelajaran tidak memaksa pelajar-pelajar ini pindah ke sekolah lain dalam masa yang terdekat ini supaya bila Sekolah Menengah Kebangsaan di Taman Bayu Damai siap baru berpindah, sekali aje pindahnya tak payahlah nak pindah 6 bulan atau setahun lepas tu nak pindah lagi sekali. Saya harap Kementerian Pelajaran akan menarik balik keputusannya untuk berpindah kepada 1 hari bulan Januari 2019 ini ke sekolah sementara. Yang Berhormat Puan Speaker, 8 buah projek infrastruktur telah diluluskan oleh kerajaan pusat untuk negeri Johor. Malangnya tiada projek menaikkan taraf 2 lorong kepada 4 lorong Lebuh raya Senai – Desaru, dari persimpangan Cahaya Baru hingga ke Bandar Penawar. Dengan pembangunan yang begitu pesat dan penambahan lalu lintas di daerah kecil Pengerang, projek ini hendaklah diberi keutamaan kerana laluan lalu lintas bila daripada Senai atau daripada persimpangan Ulu Tiram nak hala ke Pengerang selepas persimpangan Cahaya Baru daripada 4 lorong pergi 2 lorong. Jadi laluan dah jadi lalu lintas dah tercekik, dah ada bottle neck. Bila dia sampai panjangnya jalan yang 2 lorong ini adalah lebih kurang 26 kilometer. Bila dia sampai Penawar dia pusing kanan nak pergi ke RAPID dan kawasan pembangunan industri minyak dan gas ini dan juga ke Desaru Coast pusing ke kanan dah 4 lorong dah siap. Jadi maknanya 4 lorong pergi 2 lorong pergi 4 lorong balik. Tapi saya rasa ini adalah keperluan yang mendadak dapat kerajaan mengambil tindakan untuk menaikkan taraf dari 2 lorong kepada 4 lorong dari persimpangan Cahaya Baru itu ke Bandar Penawar supaya lalu lintas akan lebih lancar. Saya sangat berharap kerajaan persekutuan dapat melaksanakan kalau setahu saya kawasan yang 2 lorong ni pun di, saya tak tahu nak katakan dipunyai boleh ke tidak tahu oleh pemegang konsesi highway Senai – Desaru, ini. Ya kalau nak suruh dia buat, mintaklah suruh dia buat, kalau kerajaan boleh buat tanpa apa boleh buat dulu dan macam mana kira dengan pihak konsesi saya tak peduli itu, saya kira saya hendak jalan ini, lebuh raya ini yang sepanjang 26 kilometer tu yang 2 lorong dinaikkan taraf kepada 4 lorong dengan segera. (Berhenti bagi memberi laluan laungan azan). YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Saya ingin menyentuh infrastruktur air. Dalam bajet ini projek infrastruktur air dan pengurusan sumber air peruntukan sebanyak RM16 juta telah dicadangkan. Daerah kecil Pengerang mendapat RM3.5 juta bagi membantu Loji Rawatan Air di Sungai Lebam untuk mendapat tambahan bekalan air mentah dan juga air bersih untuk membekal di kawasan Pengerang di masa akan datang. Setahu saya projek ini sedang jalan untuk menaikkan keupayaan Loji Rawatan Air Sungai Lebam ini sehinggalah 85 juta liter sehari. Sekarang kapasiti maksimum hanyalah 55 juta liter sehari. Adalah diharap setelah siap kerja ini sepatutnya daerah kecil Pengerang tak ada masalah bekalan air bersih lagi. Tapi buat masa ini dari masa ke semasa masih ada lagi masalah bekalan air terganggu, terbitan dari masalah pengagihan, distribution dengan izin. Ia disebabkan oleh paip-paip kecil, dah lama umurnya, ada yang bocor dari masa ke semasa dan ini perlu diganti segera untuk memastikan agihan bekalan air berjalan lancar. YB Timbalan Speaker : Sila gulung. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Di kawasan Pengerang, kerja-kerja paip lama hendaklah disegerakan bagi mengelakkan walaupun kita dah naikkan keupayaan Loji Rawatan Air Sungai Lebam sampai 80 lebih tadi, 84 juta liter sehari, tapi kalau masalah paip ini tidak diselesaikan gangguan tetap berlarutan. Selain daripada itu saya tak risau dengan bekalan air mentah di kawasan Pengerang kerana pihak Petronas ada berjanji boleh membekalkan sekurang-kurangnya 30 juta liter sehari air mentah daripada sistem paip dia yang pergi ke RAPID tu, dia boleh

Page 154: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 154

tab off ataupun sumbang kepada Empangan Sungai Lebam, 30 juta liter sehari. Jadi maknanya bekalan air mentah dan untuk diproses tak ada masalah, cuma pengagihan. Puan Speaker, ada perkara-perkara kecil yang saya ingin timbulkan localized issue macam ada kuari di sebuah kampung di tempat saya letupan oleh pihak pengusaha kuari selalu mengganggu penduduk yang berhampiran sehingga batu terbang kena rumah, cuma belum kena orang aje. Ya, saya dah buat laporan ke Jabatan Alam Sekitar dari masa ke semasa tapi tak berkesan. Polis pun saya dah beritahu, jadi saya harap dapat kerajaan mengambil serius perkara ini supaya tidak ada orang yang hilang nyawa ataupun cedera oleh kerana pengusaha kuari ini, ,bila pergi aje kononnya menurut laporan yang diterima kononnya yang batu terbang tu pun katanya masih belum maksimum lagi. Dia punya kekuatan bomnya tu, letupannya tu, YB Timbalan Speaker : YB lagi satu minit. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Ya. Ok, no problem dengan izin. Jadi saya harap kuari ini dapat mengikut ….. YB Timbalan Speaker : Mengadu ke PTG ke YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Tak, saya nak pihak yang berkenaanlah supaya ambil tindakan segera. Jeti DIALOG, Jeti DIALOG ni kat Pengerang dia satu jeti panjang ada lebih 1.5 kilometer jeti ya, apa ni, fasa 1, fasa 2 dan sekarang dah fasa 3. Nelayan-nelayan saya suka pergi situ, pasal ikan banyak dan besar-besar ikan dia. Boleh dapat sampai beribu pendapatan, tapi katanya kawasan ini telah diwartakan kerana kawasan maklumlah kawasan minyak dan gas merbahaya, tapi dia curi-curi juga pergi. Banyak kali kena tangkaplah oleh Polis Marin atau APMM, ada yang dalam kereta Polis telefon saya, saya ni kena tangkap. Kenapa? Masuk kat jeti tangkap ikan. Yang saya timbulkan ni saya minta betul-betul ni boleh ke tak boleh, kalau tak boleh sampai mana biar jelaslah. Kalau tidak maklumlah pendapatan bagus semua nak pergi situ. Jadi saya harap dapat dicari solusi. Yang ketiga yang last … YB Timbalan Speaker : Belum tamat lagi ya, YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed Abdul Rahman (Tanjung Surat) : Last, kasi 30 saat. Anjing liar, saya tak tahu siapa saya nak mengadu Jabatan Haiwan ke, PBT ke saya tak tahu. Banyak kampung yang memberi aduan kepada saya masalah anjing liar. Saya suka mencadangkan anjing liar ni mungkin sekarang kita tak boleh tembak, kejam mungkin kumpul lah kita eksport ke Korea Selatan kerana di Korea Selatan saya diberitahu 2 juta ekor anjing disembelih untuk di makan. Jadi ini hasil untuk negara. YB Timbalan Speaker : Ini pun kejam juga. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Kejam juga, makan, tapi 2 juta setahun mungkin dia perlu lagi. Akhirnya saya menjemput Ahli-Ahli Yang Berhormat ke kawasan Pengerang melawatlah pelancongan di Pengerang, Desaru Coast dah buka boleh main golf di Els Club dan boleh menginap di Desaru, Hard Rock Hotel Desaru dan lain-lain, water park, river side dan macam-macam. Jadi selamat datang ke Pengerang khususnya dalam masa cuti sekolah ini. Itu sahaja, dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada YB Tanjung Surat. Yang Berhormat Maharani, jemput. YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani) : Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahi rabilalamin (berselawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, salam harapan, salam Sayangi Malaysiaku. Yang Berhormat Puan Speaker, Maharani mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang dan ruang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan negeri Johor 2019. Terlebih dahulu sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang ke-60, November yang lalu. Maharani mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sihat sejahtera, dilanjutkan usia untuk terus menaungi sekian rakyat dengan adil dan saksama. Maharani juga merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat

Page 155: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 155

Menteri Besar, Dato’ Haji Osman Sapian atas penganugerahan Darjah Kebesaran Darjah Mahkota Johor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia baru-baru ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Maharani mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar bersama-sama barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan para pegawai kanan kerajaan negeri atas pembentangan belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan Johor ke arah memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan dan harapan besar rakyat terus dapat dipenuhi oleh kerajaan pilihan mereka. Selain itu, Maharani mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada kerajaan atas 3 ciri penting belanjawan 2019, iaitu: Yang pertama, usaha kerajaan negeri mengambil kira maklum balas dari suara rakyat berdasarkan falsafah demokrasi dari rakyat untuk rakyat dan kepada rakyat. Merupakan satu langkah positif bagi memperteguhkan keyakinan rakyat terhadap iltizam berterusan kerajaan untuk meningkatkan kemampuan ekonomi negeri Johor. Yang kedua, belanjawan 2019 yang dijangka akan mengalami lebihan atau surplus sebanyak RM3.43 juta berpunca dari dasar fiskal negeri yang berkesan dengan melaksanakan perbelanjaan berhemah dan berintegriti serta pengurusan cekap atas hasil yang mampan. Yang ketiga, persekutuan kerajaan persekutuan, untuk melupuskan hutang lapuk kerajaan negeri sebanyak RM189 juta selain persetujuan penyelesaian ke atas jumlah baki hutang sebanyak RM145 juta ke arah menjadikan Johor bebas hutang mulai tahun-tahun berikutnya. Yang Berhormat Puan Speaker, di sebalik semua khabar gembira ini, iklim ekonomi global pada 2019 dijangka lebih suram dengan pelbagai ketidaktentuan dasar perdagangan antarabangsa dan geopolitik yang kian mencabar. Walaupun Bank Negara Malaysia berpendapat, momentum pertumbuhan negara pada 2019 dijangka terus mampan di sokong oleh perkembangan perdagangan global yang kekal mantap, peningkatan pengeluaran komoditi serta persekitaran pasaran buruh yang lebih baik. Badan penarafan Fitch Solution Macro Research, dengan izin pada 19 November 2018, telah menyemak turun, downgrade dengan izin unjuran pertumbuhan keseluruhan ekonomi Malaysia kepada 4.6% pada 2018 berbanding 5.1% sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2019 dijangka menurun lagi kesan impak negatif daripada ketidaktentuan meluas daripada hampir semua komponen perbelanjaan KDNK termasuk pertumbuhan eksport dan pelaburan. Kemungkinan meningkatnya pertikaian perdagangan Amerika Syarikat–China di tengah-tengah harga sawit masih rendah yang akan mempengaruhi imbangan perdagangan negara ini. Justeru Maharani berpendapat belanjawan negeri 2019 berada di landasan tepat untuk memacu pertumbuhan di peringkat negeri menerusi penekanan 6 teras strategik yang mampu mewujudkan iklim ekonomi kondusif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Maharani menyambut baik teras pertama belanjawan 2019 iaitu Menjamin Kesejahteraan Rakyat yang selari dengan konsep pengagihan kemakmuran negeri atas prinsip keserataan kepada seluruh rakyat. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Zukhruf ayat 32 (bacaan ayat al-Quran) yang bermaksud, “Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, setengahnya kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita, dan juga kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengah yang lain, semuanya itu supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari bantuan setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka mengumpulkannya”. Menginsafi falsafah dalam ayat ini, sesungguhnya kekayaan negeri adalah tidak lain untuk membantu rakyat, diagihkan kepada mereka secara saksama bagi meringankan beban mereka. Oleh itu, fokus kerajaan negeri untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat harus dilaksanakan secara sistematik dan berterusan bagi memastikan setiap golongan sasar dapat menikmatinya tanpa sebarang diskriminasi mahupun kelemahan pelaksanaannya. Jurang pendapatan antara kaya dan miskin yang semakin melebar merupakan situasi yang membimbangkan dan Johor juga tidak terlepas daripada masalah ini. Profesor Dr. Jomo Sundaram menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan dan ekonomi telah sekian lama mendominasi

Page 156: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 156

perbincangan ekonomi sosial dan politik di Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak selesai, malah isu kesenjangan ekonomi jurang pendapatan antara golongan kaya miskin telah menjadi pendebatan universal. Dalam aspek ini, Maharani ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini akan hakikat kenaikan kos sara hidup yang semakin hari membelit kehidupan rakyat terutamanya golongan B40. Maharani mengambil perhatian akan pengumuman kerajaan atau peruntukan iaitu bantuan kupon perjalanan ke hospital dan klinik terpilih untuk golongan B40, warga emas, Orang Kelainan Upaya bagi meningkatkan akses golongan B40, warga emas dan OKU yang berdaftar di bawah skim bantuan am negeri Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan kupon bantuan perjalanan bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 5,500 orang untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing dan teksi ezcab yang melibatkan kos sebanyak RM100,000.00. Maharani maklum bahawa bagi peringkat permulaan kupon ini boleh digunakan bagi perjalanan pergi dan balik ke 5 buah pusat kesihatan yang mempunyai kadar kehadiran yang tinggi. Namun maharani berharap inisiatif ini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain khususnya daerah Muar dalam tempoh terdekat ini. Memandangkan jumlah golongan B40 yang semakin meningkat di daerah ini. Yang Berhormat Puan Speaker, kenaikan kos sara hidup merupakan antara isu utama yang mencengkam rakyat berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar seperti di Maharani. Jika dahulu kita sering dikhabarkan dengan penghijrahan anak-anak desa ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, kini kita mendengar pula semakin meningkatnya bilangan profesional yang dahulunya mencari rezeki di bandar-bandar besar, kini memilih untuk mencari pekerjaan di kampung halaman masing-masing. Gara-gara bebanan kos sara hidup di bandar yang terlalu tinggi menyebabkan mereka memilih alternatif ini. Oleh itu, inisiatif-inisiatif menangani kos sara hidup secara berterusan merupakan langkah terbaik yang harus menjadi keutamaan kerajaan. Pengumuman kenaikan gaji minimum oleh kerajaan persekutuan adalah langkah awal walaupun masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan sebanyak RM1,500.00. Kerajaan negeri juga wajar memberikan perhatian kepada pelarasan gaji di negeri ini bagi membantu rakyat menangani bebanan kos sara hidup dan meningkatkan kuasa beli mereka seterusnya memaju pertumbuhan ekonomi negeri. Yang Berhormat Puan Speaker, Maharani mengalu-alukan pelbagai inisiatif yang telah diumumkan di dalam aspek Membangun Pesona Srikandi Dan Masyarakat iaitu program bantuan peralatan kepada golongan ibu tunggal dan srikandi berpendapatan rendah dan kursus peningkatan sosioekonomi golongan sasaran. Bagi memaksimumkan penyampaian dan kejayaan program-program ini, Maharani mencadangkan agar pangkalan data dan rekod ibu-ibu tunggal dan srikandi ini disemak semula, dikemaskinikan dan ditambah baik bagi memastikan hanya golongan sasar yang benar-benar layak dan berminat memanfaatkan faedah-faedah ini sahaja yang memperolehnya selain memastikan tiada penyalahgunaan atau penyelewengan bagi sebarang kemudahan yang diberikan. Cadangan agar Pusat Jaya Diri dibangunkan di negeri Johor merupakan langkah murni untuk melahirkan usahawan dalam kalangan golongan sasar terdiri daripada ibu tunggal, golongan srikandi berpendapatan rendah dan Orang Kelainan Upaya dan pelbagai bidang. Memandangkan pusat ini berperanan sebagai pusat sehenti untuk pelbagai aktiviti melibatkan srikandi, NGO dan kemasyarakatan yang memberikan tumpuan terhadap isu-isu srikandi keluarga dan sosial, Maharani berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan agar Pusat Jaya Diri ini juga dapat mewujudkan juga di daerah Muar bagi menyokong pembangunan insan yang mempunyai sifat yakin diri, kreatif, kritis, berintegriti dan kompeten di daerah ini. Maharani yakin, sebuah Pusat Jaya Diri di daerah Muar sebagai titik tolak melahirkan masyarakat bestari. Maharani juga menyambut baik segala inisiatif yang bakal dilaksanakan dengan membangunkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, NGO antaranya program Stop Its Survive (SIS) iaitu program kesedaran tentang menangani keganasan terhadap wanita yang akan memberi manfaat kepada seramai 2,500 rakyat juga konsep Mama Friendly bagi menyokong dasar penyusuan susu ibu kepada kakitangan awam wanita. Justeru itu peruntukan sebanyak RM50,000.00 akan disediakan bagi tujuan ini dan pusat pentadbiran akan dipilih sebagai projek perintis dan seterusnya diharapkan program akan diperluaskan kesemua premis kerajaan yang lain serta pembangunan taska Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) daerah. Maharani mencadangkan agar jumlah setiap taska ini ditingkatkan khususnya di daerah Muar bagi memastikan kemudahan ini dapat dinikmati semua ibu bekerja di negeri Johor. Secara keseluruhannya maharani berpendapat inisiatif yang akan dilaksanakan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim ini adalah mekanisme terbaik untuk memperkasakan peranan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim ini dalam memperbaiki kehidupan sosio masyarakat Johor serta keseluruhannya.

Page 157: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 157

Pemerkasaan Yayasan, agensi dan badan-badan bukan kerajaan yang mengkhususkan kepada pemberdayaan wanita, keluarga dan masyarakat harus terus digiatkan agar badan-badan ini menjadi rakan strategik yang berganding bahu dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membela golongan srikandi dan golongan terpinggir yang lain termasuklah golongan orang kelainan upaya, warga emas dan anak-anak dari golongan berpendapatan rendah. Penubuhan NGO JASMIN iaitu Pertubuhan Amal Isteri Wakil Rakyat Pakatan Harapan Negeri Johor juga adalah usaha murni mengajak semua pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan, NGO, syarikat korporat dan perseorangan membantu golongan sasaran dari aspek kebajikan dengan harapan usaha yang dilaksanakan secara bersama itu dapat memastikan kebajikan insani rakyat terus terpelihara. Maharani berharap agar kerajaan sentiasa memberi sokongan padu dari segi kewangan, kemudahan fasiliti dan sumber manusia atas setiap usaha NGO-NGO yang berteraskan pengupayaan wanita, keluarga dan masyarakat pelbagai golongan. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam teras kelima belanjawan 2019 ini, iaitu Memodenkan Sistem Pendidikan Islam Modal Insan dan Warisan Budaya. Selain daripada segala aspek pendidikan dan pembangunan yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Maharani ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini akan aspek pemupukan dan peningkatan budaya ilmu melalui pembacaan. Berdasarkan kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia, didapati secara keseluruhannya rakyat Malaysia membaca purata 15 hingga 20 naskhah buku setahun. Sebagai perbandingan, Korea Selatan membaca secara purata 40 buah buku setahun, malah Malaysia juga masih ketinggalan berbanding negara jiran, Thailand yang dicatatkan sebagai negara kedua paling banyak membaca dengan purata pembacaan 9.4 jam seminggu, diikuti dengan China dan Filipina. Ke arah mewujudkan masyarakat Johor membaca, Maharani menyeru kerajaan juga memberi tumpuan kepada aspek pembangunan perpustakaan di negeri Johor ini. Terlebih dahulu Maharani ingin merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor yang telah berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan awam daerah dan perpustakaan desa walaupun setelah sekian lama dibelenggu kekangan kewangan dan keterbatasan sumber, Maharani memohon perhatian kerajaan negeri untuk menyokong usaha mentransformasikan dan memberi nafas baharu yang lebih segar kepada institusi perpustakaan di negeri ini, sebagai pemangkin sumber maklumat dan pembangunan intelek masyarakat. Walaupun dalam era digital yang mana rakyat rata-ratanya membaca melalui gadget. Neil Gaiman menggambarkan kepentingan perpustakaan di era digital ini dengan kata-katanya, ‘google can bring you back 100,000 answers, a librarian can bring you back the right one’, dengan izin. Bagi mencapai hasrat ini, Maharani mencadangkan pembangunan lebih banyak perpustakaan di setiap daerah, terutamanya perpustakaan desa di samping menaiktarafkan perpustakaan-perpustakaan awam yang sedia ada, menjadikannya perpustakaan berteknologi tinggi dengan fasiliti terkini yang menarik, mesra pelanggan daripada semua golongan termasuk Orang Kurang Upaya dan dilengkapi bahan bacaan ilmiah terbaru dan relevan agar dapat menarik minat masyarakat membaca. Saya difahamkan keseluruhan, daripada keseluruhan perpustakaan desa di negeri Johor menghampiri 80% dikategorikan sebagai library yang sangat daif dan daif. Dan saya difahamkan juga, kebanyakan perpustakaan desa di negeri Johor, kali terakhir mereka mendapat peruntukan untuk pembangunan dan fasiliti adalah dalam tahun 1990-an. Bermakna sudah hampir 20 tahun perpustakaan desa di negeri Johor tidak mendapat sebarang peruntukan untuk dibangunkan mahupun di baik pulih. Termasuklah Perpustakaan Awam Cawangan Maharani yang sebentar lagi dalam minggu ini akan mendapat arahan daripada pihak yang berkenaan untuk ditutup kerana library, perpustakaan awam DUN Maharani telah tidak selamat digunakan kerana telah dimakan anai-anai. Yang Berhormat Puan Speaker, Maharani tertarik dengan satu lagi agenda di bawah Teras Kesejahteraan Rakyat iaitu Dinamika Upaya Kerajaan Tempatan. Pada tahun 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM13.7 juta kepada 11 daripada 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan Geran Keseimbangan Negeri. Bantuan kewangan ini akan dimanfaatkan oleh PBT dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang mencukupi dan selesa kepada rakyat. Pengurusan sisa pepejal yang berkesan dengan pemantauan yang berkala menyelesaikan aduan-aduan awam serta menjaga kebersihan dan kelestarian bandar. Selain itu, bagi meningkatkan kegiatan ekonomi dan keusahawanan dalam kalangan peniaga tempatan, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi menaik taraf pasar awam dan gerai-gerai untuk mewujudkan ruang niaga yang lebih teratur, bersih, kemas, santai serta mesra OKU. Ke arah memastikan setiap peruntukan yang diumumkan kerajaan ini dapat disalurkan dengan

Page 158: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 158

cekap, telus dan berhemah untuk kesejahteraan rakyat, setiap PBT harus menjalankan peranan dengan efisien. Maharani menyeru setiap PBT memberi perhatian serius akan setiap teguran, pemerhatian dan rumusan audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 yang telah dibekalkan kepada para Ahli... YB Timbalan Speaker : Sila gulung YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani) : Dewan Negeri. Antara teguran dan rumusan yang direkodkan dalam laporan ini ialah pengesahan kerja yang tidak teliti yang menyebabkan kerajan terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk tujuan pembaikan kerja yang tidak sempurna. Kaedah perolehan yang tidak dirancang dengan teliti sehingga kerajaan tidak memperolehi value for money, dengan izin daripada perbelanjaan yang dikeluarkan. Kelemahan penyeliaan dan pemantauan, pembayaran tanpa pesanan kerajaan dan pecahan kecil perolehan. Oleh itu, kebersamaan penyaluran setiap peruntukan ini mampu dicapai dengan memperbaiki segala kelemahan ini, kaedah perolehan hendaklah dirancang dengan teliti bagi memastikan kerajaan memperolehi value for money daripada perbelanjaan yang dikeluarkan. PBT meningkatkan penyeliaan, pemantauan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan bagi lebih telus, teratur dan berkualiti serta berkepentingan. Kerajaan harus terpelihara di samping memastikan kemudahan yang dibina tidak terbiar dan boleh dimanfaatkan oleh orang awam. Kita sama-sama elakkan kelemahan di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek yang menyebabkan kerajaan lewat disiapkan dan rakyat lewat dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa, lantas menyebabkan matlamat-matlamat Belanjawan Negeri Johor 2019 ini tidak dapat dicapai. Yang Berhormat Tuan Speaker, Maharani dengan ini menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada firman Allah SWT dalam surah az-Zariyat (bacaan al-Quran), “Dan pada harta-harta mereka ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang miskin yang menahan diri daripada meminta”. Hak untuk orang miskin ini sebenar rakyat ini merujuk kepada zakat daripada golongan yang berkemampuan untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Selain aspek kutipan zakat yang efisien, agihan zakat juga merupakan aspek penting yang perlu ditingkatkan kecekapannya agar golongan asnaf tidak terpinggir. Maharani mengambil maklum bahawa agihan zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk tempoh Januari hingga Jun 2017 adalah melebihi RM150 juta. Oleh itu, Maharani menyahut secara positif penekanan yang diberikan kerajaan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus pungutan dan agihan zakat akan terus melaksanakan peranannya bagi memelihara kesejahteraan masyarakat Islam melalui peruntukan wang zakat kepada lebih 160,000 orang merangkumi golongan asnaf, fakir miskin dan mereka yang memerlukan di seluruh negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM163 juta. Selain daripada itu, bagi memastikan bantuan kebajikan asnaf menyampai sasarannya, sekali lagi Maharani menyeru agar sistem pangkalan data dan rekod para asnaf di setiap daerah dan seluruh negeri ini sentiasa dikemas kini dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Maharani juga mencadangkan selain pemberian dan pengagihan zakat secara terus, pemberian zakat sebagai wadah untuk mengeluarkan kelompok asnaf daripada golongan miskin dan miskin tegar juga diberikan tumpuan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Antaranya ialah dengan pengenalan skim micro credit kepada golongan asnaf agar dapat memulakan perniagaan dan memulakan hidup berdikari agar mereka pula satu hari nanti dapat membayar zakat dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Yang Berhormat Puan Speaker, Maharani mendukung sepenuhnya teras keenam Belanjawan Negeri Johor 2019 iaitu Urus Tadbir Cekap Berintegriti Dan Demokratik. Kerajaan Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan yang menggagaskan agenda pembaharuan dalam pentadbiran yang mengutamakan rakyat mempunyai tanggungjawab berat memastikan pengurusan ekonomi negeri terus berkembang, biar pun berhadapan dengan persekitaran luar yang mencabar. Tanggungjawab menguruskan khazanah negeri ini, merupakan amanah besar kepada barisan kepimpinan negeri. Maharani ingin tegaskan sekali lagi, bahawa pentadbiran negeri dan pengurusan ekonomi yang berkesan harus berteraskan prinsip tadbir urus yang baik atau good governance, dengan izin seperti yang disebut oleh rakan-rakan lain. Peruntukan dalam Belanjawan 2019 ini haruslah diagihkan kepada rakyat berteraskan prinsip-prinsip keamanahan, tadbir urus yang baik, sifar ketirisan dan perbelanjaan berhemah bagi memastikan setiap perbelanjaan adalah value for money tanpa mengabaikan keperluan pembangunan dan kepentingan rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai mengakhiri perbahasan pada hari ini, Maharani mengingatkan diri sendiri dan mengajak seisi Dewan yang mulia ini menginsafi sepotong hadis

Page 159: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 159

Rasulullah SAW dari Ibnu Umar r.a. ‘sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berkata, kalian adalah pemimpin yang akan diminta pertanggungjawaban, penguasa adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepimpinannya’. Hadis Sahih Riwayat Bukhari Dan Muslim. Mesej yang jelas daripada hadis di atas adalah bahawa daripada peringkat mana pun, setiap dari kita adalah pemimpin, lebih-lebih lagi dengan posisi kita dalam kerajaan pada hari ini, amanah rakyat dijunjung tidak boleh dianggap remeh sebaliknya setiap perbuatan dan tindakan, setiap sen daripada wang hasil negeri dan rakyat yang dibelanjakan akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap daripada kita, maka wajiblah bagi kita melunaskan tanggungjawab ini dengan penuh jujur, amanah, telus dan berintegriti. Saya mendukung iltizam kerajaan menerusi Belanjawan 2019 dengan ini demi kesejahteraan rakyat Johor tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Saya penuh yakin Belanjawan 2019 ini akan terus menerus memberi penekanan kepada aspek-aspek pemberdayaan wanita, keluarga, masyarakat, kelestarian alam semula jadi dan kemambapan pembangunan seimbang. Insya-Allah saya yakin segala matlamat Belanjawan 2019 ini mampu diilustrasikan dengan keazaman pembaharuan oleh barisan kepimpinan negeri diiringi kejituan sokongan rakyat Bangsa Johor. Terima kasih. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 4 Disember 2018 jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Page 160: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 160

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

HARI KEEMPAT SELASA, 4 DISEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14

HADIR

YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat

YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar

Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan

Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan

Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian

Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal (Bukit Kepong)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

Page 161: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 161

YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak)

YB Tuan Yeo Tung Siong

(Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How (Perling)

YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan

(Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni

(Bukit Naning)

YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin)

YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor

(Kemelah)

YB Tuan Dr. Chong Fat Full (Pemanis)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol)

YB Tuan Tee Boon Tsong

(Senai)

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi,PIS II., BSI., AMN. (Bukit Permai)

YB Dato' Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP.

(Permas)

YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

Page 162: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 162

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau)

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, GPDK., PIS., PSI., AMN., KMN.

(Benut)

YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS. (Semarang)

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN. (Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.

(Tanjung Surat)

YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN. (Sungai Balang)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy

(Tenggaroh)

YB Datuk Md. Othman bin Yusof, DMSM., DSM. (Kukup)

YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW. (Layang-Layang)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

Page 163: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 163

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI.

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., PIS., PSI.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan

Ekonomi Kreatif Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS.,SPDK.,PNBS., SMJ., PIS.,BSI., SAHM.

(Gambir)

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN. (Simpang Jeram)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng) .

Page 164: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 164

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis: PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah hari ini merupakan hari keempat Persidangan Dewan Negeri dan esok insya-Allah adalah hari terakhir perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa membuat penggulungan. Semoga persidangan kita berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Persidangan diteruskan. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Stulang, jemput. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya nombor 1. Nyatakan perancangan dan hala tuju industri pelancongan dalam sektor ekopelancongan memandangkan Johor mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang menarik serta pelan ekopelancongan kebangsaan juga akan tamat pada tahun 2025. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih ADUN Stulang. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa negeri Johor dianugerahkan dengan pelbagai tarikan pelancongan, iaitu dari keunikan sejarah, budaya, makanan, pulau, pantai, taman tema sehinggalah kepada keindahan flora dan fauna yang berpotensi untuk menarik pelancongan domestik serta antarabangsa ke negeri Johor. Tidak dapat dinafikan bahawa produk ekopelancongan sememangnya menjadi salah satu daya tarikan utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa di negeri Johor. Antara produk eko pelancongan yang terdapat di negeri Johor adalah seperti Taman Negara Johor, Tanjung Piai; Taman Negara Johor, Pulau Kukup; Taman Negara Johor, Endau-Rompin; Taman Negara Johor, Gunung Ledang dan Taman Negara Johor, Selai. Untuk makluman kerajaan negeri melalui agensi seperti Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Tourism Johor sememangnya mempunyai perancangan dan hala tuju untuk memperkasakan ekopelancongan negeri Johor. Di mana perancangan dan hala tuju ini bukanlah semata-mata bagi tujuan pelancongan sahaja tetapi sebaliknya untuk lebih kepada pemuliharaan ekosistem alam sekitar dan mendidik para pelancong serta masyarakat tempatan agar menghargai alam semula jadi. Antara perancangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui agensi seperti Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Tourism Johor adalah seperti berikut : 1. Meningkatkan kemudahan infrastruktur produk ekopelancongan negeri Johor. 2. Memastikan setiap pembangunan di kawasan ekopelancongan negeri Johor tidak

menjejaskan ekosistem alam sekitar. 3. Menggalakkan penganjuran aktiviti pelancongan di kawasan ekopelancongan. 4. Mewujudkan pakej-pakej ekopelancongan yang lebih kreatif dan menarik. 5. Memperhebatkan kempen pemasaran dan penggalakan ekopelancongan. YB Speaker : Ya, Stulang, soalan tambahan. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) :Ya, terima kasih kepada YB EXCO yang memberikan jawapan tersebut. Jadi, memandangkan Taman Negara memang bukan merupakan satu produk dan ekopelancongan dan antara tarikan semulajadi yang penting di negeri Johor, jadi apakah fokus dan juga tindakan kerajaan dalam memastikan Taman Negara ini terus berdaya saing? Terima kasih.

Page 165: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 165

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker negeri Johor sememangnya amat bertuah dan beruntung apabila dilengkapi dengan 7 Taman Negara yang berusia melebihi 278 juta tahun. Untuk memastikan Taman Negara berdaya saing untuk menarik kehadiran pelancong dari dalam domestik atau luar negara, keunikan Taman Negara di negeri Johor ni diiktiraf apabila melalui pembentangan Belanjawan Johor 2019 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu dengan memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta bagi tujuan pembangunan di Taman Negara Johor, Endau- Rompin, Selai, Tanjung Piai dan juga Gunung Ledang. Ini adalah bertujuan bagi memastikan produk ekopelancongan ini sentiasa berada di tahap terbaik dalam menyambut kedatangan pelancong. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan Johor melalui Tourism Johor dan Johor National Park Corporation komited untuk mempromosikan Taman Negara di Johor. Antara usaha yang dilakukan termasuk mewujudkan pakej pelancongan yang baru melibatkan Taman Negara selain terus mempromosikan produk pelancongan ini kepada media, agen-agen pelancongan serta kepada pelancong secara terus. Secara tidak langsung usaha ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap produk ekopelancongan yang terdapat di negeri Johor. YB Speaker : Soalan seterusnya. Yang Berhormat Machap, jemput. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh PBT terhadap pemilik lot-lot tanah yang semak dan rumah tinggal yang boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada penduduk sekitar? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Machap atas soalan yang ditimbulkan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Ahli-Ahli, salam sejahtera, salam Harapan Johor saya ucapkan. Pihak Berkuasa Tempatan negeri Johor sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan keseluruhan kawasan pentadbiran sentiasa bersih dan berada dalam keadaan yang baik. Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ataupun Akta 171, kacau ganggu ditafsirkan sebagai sesuatu perbuatan, peninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan,bau atau pendengaran, atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau merbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejaskan keselamatan atau hak penduduk umumnya. Oleh itu, bagi menangani masalah premis atau lot-lot tanah yang menjadi kacau ganggu awam terhadap penduduk sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil langkah perundangan di bawah Akta 171 sebagaimana yang berikut : 1. Seksyen 74, tindakan pendakwaan di mahkamah kepada mana-mana pemunya, penduduk

atau penyewa mana-mana rumah, bangunan atau tanah sama ada layak diduduki oleh penyewa atau tidak yang membiarkan rumah, bangunan, tanah itu di mana-mana bahagiannya berada dalam keadaan kotor atau tidak baik atau diliputi tumbuh-tumbuhan rimbun dan mudarat apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan diteruskan selepas sabitan.

2. Seksyen 75, kuasa untuk memasuki dan memeriksa rumah atau bangunan. Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengarahkan penduduknya membersihkan kediaman dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh memasuki kediaman untuk membersihkan kawasan. Jika perintah Pihak Berkuasa Tempatan tidak dipatuhi, maka tindakan pendakwaan di mahkamah boleh diambil terhadap penduduk rumah dan apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM1,000.00 sahaja atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan jika tidak melebihi RM100.00 sahaja bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan diteruskan.

3. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh mengambil langkah-langkah lebih proaktif di bawah

Akta yang sama dengan menghantar surat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengguna pakai Seksyen 81(K) dengan mengisytiharkan semak samun sebagai suatu kacau ganggu

Page 166: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 166

bagi memudahkan tindakan terhadap pemilik premis dan lot-lot tanah yang bermasalah. Tindakan tersebut adalah bersesuaian kerana di dalam seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan turut memperuntukkan bahawa setiap kesalahan kacau ganggu di bawah kesalahan yang telah dimasukkan dalam Seksyen 81, Pihak Berkuasa Tempatan boleh menyampaikan suatu notis kepada orang yang telah menyebabkan kacau ganggu itu sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta yang sama iaitu sebagaimana yang ditulis dalam Borang B, Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Akta 171.

Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput Machap, soalan tambahan. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada penjelasan yang telah dibuat oleh EXCO yang berkaitan. Jadi, Machap melihat ini sebagai satu tanggungjawab kepada PBT bila mana di kawasan Simpang Renggam sendiri terdapat ada beberapa buah rumah yang ditinggal usang, juga kawasan yang tidak didirikan rumah sebaliknya dibiarkan semak. Dan, terbiar agak lama ekoran daripada permasalahan tuntutan harta pusaka yang tidak selesai. Jadi, maknanya bila tuntutan harta pusaka tidak selesai, jadi kawasan itu ataupun rumah ataupun kebun itu terbiar. Ini terletak di kawasan PBT. Jadi, sebagaimana yang telah dijelaskan tadi, bagaimana bila keadaan ini untuk kita cari pewarisnya sukar, jadi menyebabkan kawasan itu terus terbiar, tidak boleh diambil tindakan sebab kita tak tahu siapa pemilik. Jadi kita berharap agar,apakah usaha-usaha yang mungkin boleh difikirkan oleh PBT bagi mengatasi masalah ekoran tidak tahu siapa pemilik. Dan yang kedua, kita lihat juga di kawasan-kawasan bangunan misalnya di kawasan PBT, ada seolah-olahnya bangunan itu terbiar, tidak cantik, tidak bercat. Jadi, adakah peruntukan dari PBT untuk mencantikkan misal kata lukisan mural pada bangunan tersebut seperti mana banyak terdapat di Kluang ataupun juga di Renggam. Jadi peruntukan itu ada atau tidak pada mencantikkan lukisan mural ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Machap. Yang Berhormat Tuan Speaker, isu yang timbul adalah berkenaan dengan bangunan yang susah dicari pemilik ataupun ada dispute, dengan izin, hak milik sesuatu harta itu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tidak dinafikan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan menurut Akta 171 ada kuasa untuk memasuki sesebuah bangunan ataupun harta untuk menghapuskan kacau ganggu yang telah mengganggu ketenteraman, kesejahteraan masyarakat setempat. Bagaimanapun kos tersebut perlu ditanggung oleh pemilik sendiri di mana PBT masuk, boleh masuk untuk membersihkan kacau ganggu tersebut,tapi ikut prosedur kebiasaan kos itu akan dikenakan balik kepada pemilik sekiranya pemilik enggan untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka. Maka, untuk harta-harta yang bermasalah ni mungkin akan timbul isu di mana, siapa akan tanggung kos perbelanjaan itu. Jadi, perkara ini akan diperhalusi dan PBT akan mengambil langkah yang lebih proaktif supaya ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat setempat tidak tergugat. YB Speaker : Bentayan. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, melalui masalah ini kan, biasa yang kami dapati bila kita membuat aduan kepada PBT, apakah tindakan yang mereka dilakukan seperti mereka akan bagikan notis kepada pemilik atau dan bagikan saman. Dan, Bentayan nampak kan proses ni dia, mereka agak mengambilkan masa yang agak panjang untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, saya nak tahu mungkin tak ok, pihak PBT untuk mempercepatkan proses tersebut dan lagi satu soalan apakah usaha lain yang lebih proaktif yang boleh dilakukan oleh PBT dalam menyelesaikan masalah tersebut? Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan atas soalan yang timbulkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, peranan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai kerajaan peringkat yang ketiga yang perlu sentiasa dekat di hati rakyat sudah pastinya menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri sentiasa mencari jalan penyelesaian terhadap aduan-aduan yang datang daripada masyarakat sekeliling.

Page 167: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 167

Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan, PBT sentiasa giat mengenal pasti kawasan lapang dan premis yang terbiar yang menjadi kacau ganggu awam seperti menjadikan tempat pembiakan nyamuk dan tempat haiwan berbisa seperti ular, tikus, lipas yang akan menjejaskan keceriaan kawasan perumahan. Pihak pentadbiran PBT akan menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan aduan yang diterima adalah benar. Sebagai contoh, bagi kes lot-lot tanah yang semak samun, carian maklumat pemilik seperti yang saya sebut tadi akan dijalankan terlebih dahulu secara dalaman melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta atau Jabatan Perancangan Pembangunan sebelum notis menghapuskan kacau ganggu dikeluarkan. Sekiranya jabatan dalaman PBT berkaitan tidak mempunyai data pemilikan tanah kawasan tersebut, carian maklumat akan dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian ataupun di Pejabat Tanah dan Daerah sebelum notis dikeluarkan. Tempoh notis biasanya 7 hingga 14 hari bergantung kepada keadaan semasa kawasan aduan tersebut. Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi notis yang dikeluarkan kertas siasatan akan dibuka dan tindakan mahkamah akan diambil. Manakala, bagi kes premis atau rumah terbiar Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan aduan yang diterima adalah benar dan notis mengkehendaki kacau ganggu dihapuskan, akan ditampal di pagar atau pintu premis tersebut. Dan carian maklumat pemilik rumah juga akan dijalankan dan tempoh notis juga akan diberi. Tempoh notis adalah 7 hingga 14 hari seperti tadi, mengikut keadaan. Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan segala kos akan ditanggung oleh pemilik seperti yang saya sebut tadi. Sekiranya tuan rumah ataupun tuan tanah gagal mematuhi notis yang telah diberikan. Selain daripada itu, inisiatif untuk menubuhkan task force PBT secara in house juga, PBT akan menjalankan ataupun menggunakan perkhidmatan secara out source melalui kontraktor yang dilantik sebagai satu sokongan dan bantu PBT untuk mengambil tindakan kerja-kerja penghapusan kacau ganggu dengan mengguna pakai Seksyen 81 Akta 171 terhadap kawasan lot-lot tanah lapang dan premis terbiar yang berpemilik yang mempunyai masalah kacau ganggu tersebut. Segala kos yang terlibat sama akan dikenakan dan ditanggung oleh pemilik harta tersebut. Untuk masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Bentayan tadi, iaitu ada kes-kes atau aduan yang telah lama. Kita perlu faham bahawa PBT hanya boleh bertindak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 171, maka notis-notis dan prosedur-prosedur perlu diikut. Bagaimanapun, saya yakin melalui apa yang saya sebut tadi iaitu PBT telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk menghilangkan kacau ganggu di sesuatu komuniti atau masyarakat setempat maka perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Akhirnya, saya nak ingatkan dan harap dapat disebarkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan mulia ini, bahawa menjamin kebersihan dan keceriaan setempat, masyarakat setempat itu adalah tanggungjawab bersama. Kita tidak boleh bergantung kepada Pihak Berkuasa, semata-mata kepada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Maka, pembudayaan akar umbi selari dengan semangat atau prinsip Malaysia Baru dengan mengangkat penglibatan rakyat dalam kerangka demokrasi adalah penting. Budaya bergantung kepada inisiatif kerajaan haruslah segera dirombak dan menyuntik pendekatan bawah ke atas atau dengan izin, bottom up approach khususnya dalam konteks merencana dan melaksanakan sesebuah agenda yang mesra komuniti. Semangat kecintaan dan kepunyaan, sense of belonging, dengan izin, harus dipupuk dan dihidupkan dengan kerjasama segenap lapisan masyarakat merangkumi kerajaan, persatuan komuniti atau NGO dan masyarakat setempat supaya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbulkan seperti tadi. Iaitu lot-lot tanah yang semak samun dan rumah-rumah terbiar boleh diselesaikan dengan kerjasama daripada semua pihak dan bukan semata-matanya bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. YB Speaker : Soalan seterusnya. Jemput Yang Berhormat Pasir Raja. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) : Yang Berhormat Speaker, soalan No. 3. Sila nyatakan berapa unit rumah Generasi Kedua FELDA yang telah di bina sepanjang tempoh Mei hingga November 2018. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat ADUN-ADUN sekalian.

Page 168: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 168

Jabatan Perumahan FELDA ditubuhkan pada 3 Disember 2012, bagi merealisasikan Program Transformasi FELDA yang melibatkan pembangunan infrastruktur iaitu pembinaan perumahan untuk Generasi Kedua FELDA. Projek Perumahan Generasi Kedua FELDA ataupun ringkasnya PGBF adalah projek sosial FELDA bagi memenuhi permintaan dan membantu generasi baru FELDA untuk memiliki rumah mampu milik ataupun sekarang dikenal sebagai mampu biaya yang selesa dan sempurna. Dengan pembinaan rumah kediaman ini masalah penggunaan tanah kosong di perumahan tanah rancangan akan dapat diselesaikan secara teratur dan semua pihak mendapat manfaat. Antara objektif Jabatan Perumahan FELDA ditubuhkan : 1. Melaksanakan pembangunan infrastruktur melalui pembinaan perumahan generasi baru

FELDA bagi memenuhi permintaan perumahan dalam kalangan generasi baru FELDA yang semakin ramai menetap bersama-sama ibu bapa mereka di Tanah Rancangan FELDA.

2. Menguruskan perlaksanaan projek dengan kontraktor yang berkelayakan untuk membina

rumah pasang siap, IBS berdasarkan kepada sasaran yang ditetapkan. 3. Menjalin dan meningkatkan hubungan kerjasama dengan jentera pentadbiran negeri dan

agensi lain yang berkaitan. Setakat ini sebanyak 560 unit rumah di bawah Skim Perumahan Baru FELDA, PGBF telah siap dibina 100%. 360 unit dibina di FELDA Sungai Sibol, manakala 200 unit lagi dibina di FELDA Inas Utara. Surat tawaran dari unit Perumahan FELDA telah diberikan kepada mereka yang berjaya. Terdapat 3 lagi Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) di FELDA Wilayah Johor Bahru yang melibatkan 1,130 unit iaitu FELDA Papan Timur, 530 unit; FELDA Pasak, 200 unit dan FELDA Bukit Aping Timur 400 unit yang masih belum siap dan dikategorikan sebagai terbengkalai pada tahap 48% sehingga 78% siap. Sekarang ini, pihak FELDA sedang membuat tender baru untuk kerja-kerja menyiapkan semula perumahan tersebut. Projek PGPF adalah dikendalikan sendiri oleh pihak FELDA. Di bawah pentadbiran FELDA daerah Segamat pula terdapat satu projek perumahan Generasi Baru, PGBF yang terbengkalai iaitu FELDA Maokil 1 melibatkan 300 unit siap pada kadar 77% dan kemudiannya FELDA Maokil 2 yang melibatkan 240 unit siap pada tahap 80%. Ini bermakna sepanjang tempoh Mei hingga November 2018 tiada pembinaan rumah baru untuk Generasi Kedua FELDA yang siap dibina. Selain daripada Perumahan Generasi baru FELDA, iaitu PGBF, pihak FELDA juga mengadakan Program Lot Tapak Rumah untuk Generasi Kedua FELDA. Antara program lot tapak rumah yang telah dikeluarkan Notis 5A oleh Pejabat Tanah yang berkenaan terutama; 1. FELDA Sungai Sibol - 468 lot 2. FELDA Penggeli Timur - 502 lot 3. FELDA Inas - 279 lot 4. FELDA Redung 1 - 175 lot Keseluruhannya melibatkan 1,424 lot. Terdapat lagi lebih kurang 3,500 lot yang sedang diusahakan di peringkat pengeluaran hak milik oleh pihak FELDA iaitu melibatkan FELDA Aping Barat, Bukit Ramon, Linggiu, Lok Heng Timur, Endau, Adela, Ulu Penggeli, Bukit Tongkat, Medoi, Nitar 1, Maokil, Pemanis, Kahang Timur, Kahang Barat, Ulu Dengar, Ulu Belitong dan Palong Timur. Sekian, Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Jemput, ada soalan Pasir Raja. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya adalah apakah peranan kerajaan negeri dalam memastikan prasaran dan infrastruktur awam di selenggara dan dilengkapkan dengan baik kerana di kawasan saya, di FELDA Bukit Ramun jalan telah pun rosak dan sekarang hanya boleh laluan motor sahaja. Dan, saya telah membuat laporan kepada JD daerah kepada Pegawai Daerah kepada Majlis Daerah tetapi jawapannya adalah tidak ada peruntukan untuk membaiki jalan tersebut?Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih di atas soalan tambahan. Sebagaimana kita tahu bahawa pengurusan kawasan FELDA ini adalah terletak di bawah FELDA sendiri. Dan sebagaimana yang kita ketahui sekarang ini hutang FELDA berjumlah RM8.025 bilion sebagai yang telah dibentangkan di dalam Kertas Putih oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Apa yang peringkat negeri, yang kita boleh bantu. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam sidang yang lepas, iaitu kita menggalakkan supaya FELDA-FELDA yang telah dikeluarkan

Page 169: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 169

geran persendirian supaya ditubuhkan di bawah Ketua Kampung ataupun MPKK, Majlis Perundingan Komuniti Kampung yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dan sebagaimana saya telah sebutkan juga, bahawa kerajaan negeri bercadang bilamana diletakkan di bawah MPKK, bukannya JKKR, maka kita boleh memohon peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya berkaitan dengan infrastruktur asas, berkaitan dengan jalan raya, letrik, parit dan seumpamanya. Itu sebabnya, kita menggalakkan kawasan-kawasan FELDA yang sekarang ini negeri Johor kita terdapat 73 supaya bila mana dikeluarkan geran individu maka kita galakkan ditubuhkan MPKK termasuk juga kita akan berusaha untuk meletakkan di bawah MARRIS iaitu kelolaan jalan-jalan di bawah JKR. Sekian, Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Jemput, YB Bukit Permai. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya juga ingin menyokong apa yang rakan saya nyatakan tadi iaitu dari segi Rancangan Perumahan Generasi Kedua FELDA, ada Rancangan FELDA yang mendapat tanah, lot tanah seperti di FELDA Inas Utara dalam DUN Bukit Permai, Yang Berhormat Speaker. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah pembangunan diberikan melalui lot tanah ini ialah pembangunan infrastrukturnya seperti pembersihan kawasan dan sebagainya. Dan satu lagi projek ialah di bawah SPNB, Yang Berhormat Tuan Speaker, ada Rancangan Tanah FELDA yang pembinaan rumah Generasi Keduanya di kelolakan oleh SPNB. Tetapi SPNB ini Yang Berhormat Tuan Speaker, dia hanya mendirikan rumah tetapi tidak ada perancangan untuk membina jalan dan parit, longkang. Ini yang terjadi di FELDA Bukit Permai yang di bawah pengurusan SPNB. Rumah dah dibuat tapi tidak ada jalan dan tidak ada sistem parit longkang yang dibuat. Jadi saya mohon pada Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat YB Speaker : Soalan, soalannya. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Soalannya, saya mohon pada kerajaan negeri supaya dapat menubuhkan satu unit khas berhubung dengan pembangunan rumah Generasi Kedua FELDA di negeri Johor. Itu soalan saya dan cadangan saya. YB Speaker : Bolehkah, soalan itu, itu bukan soalan itu ? Bolehkah? YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Saya ingin bagi menambah baik Yang Berhormat Tuan Speaker, menambah baik perancangan membina rumah Generasi Kedua FELDA ini. Bolehkah kerajaan negeri.. YB Speaker : Baru betul... YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Bolehkah kerajaan negeri menubuhkan satu unit khas yang, bagi melaksanakan Rancangan Pembangunan Rumah Generasi Kedua FELDA di negeri Johor, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Permai di atas soalan. Panjang lebar juga soalan tapi inti pati dia pendek aje. Sebagaimana yang telah dilalui oleh FELDA Inas, FELDA Sibol dan juga Pengeli Timur, isu ini bila mana, ini adalah tentang projek di bawah lot tapak rumah FELDA. Di mana FELDA memberikan bantuan kerjasama dari segi mengeluarkan tanah yang akan di pecah sempadan itu kepada Generasi Kedua, tetapi usaha itu secara teknikalnya mesti diusahakan oleh Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan oleh peneroka atau pun oleh Generasi Kedua yang akan dianugerahkan tanah-tanah tersebut. Isunya adalah tentang mereka diberikan lot tapak tanah tanpa disediakan infrastruktur asas iaitu jalan raya, parit, elektrik, bekalan air dan seumpamanya. Apa yang telah dilalui oleh beberapa kawasan FELDA sebelum ini sebagaimana disebut oleh ADUN Bukit Permai tadi telah mengadakan kerjasama dengan SPNB di bawah Rumah Mesra Rakyat dan mereka hanya membina rumah di atas lot tersebut tetapi tidak mengadakan ataupun mewujudkan infrastruktur keseluruhan bagi kawasan lot-lot yang di anugerahkan sebagai lot tapak rumah kepada generasi kedua. Sebelum daripada ini, pihak FELDA dalam perundingan kita dengan mereka bersedia untuk menampung kos tersebut. Tetapi, bila mana melihatkan kedudukan kewangan terkini yang semakin tidak selesa disebabkan hutang FELDA

Page 170: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 170

sebahagian saya sebut tadi telah mencecah RM8.025 bilion, pihak FELDA tidak lagi bercadang untuk membiayai infrastruktur yang terlibat. Oleh itu, cadangan daripada ADUN Bukit Permai tadi bagi mewujudkan unit khas tentang pembinaan rumah bagi Generasi Kedua di atas lot-lot rumah tapak rumah yang disediakan oleh pihak FELDA, satu cadangan yang baik, yang boleh kita pertimbangkan. Dan setakat ini usaha yang dibuat oleh beberapa FELDA yang telah mempunyai program ataupun yang telah mendapat kelulusan pejabat tanah tentang lot-lot tapak rumah telah mengadakan usaha sendiri, mengadakan gotong-royong dan juga mengadakan kumpulan dengan izin, crowd funding bagi membiayai infrastruktur di kawasan mereka. Sekian, Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Soalan seterusnya, dijemput Yang Berhormat Kemelah. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4. Apakah usaha-usaha serius yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri bagi memastikan pencemaran sungai-sungai Johor tidak berlarutan setelah sekian lama berlaku? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ MB, Yang Berhormat ADUN-ADUN, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Jabatan Alam Sekitar bertindak mengawal dan menguatkuasakan masalah pelepasan efluen atau kumbahan yang dihasilkan oleh punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk kilang-kilang perindustrian, loji-loji kumbahan serta projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada Environmental Impact Assessment (EIA) dengan memastikan pematuhan kepada standard pelepasan yang telah ditetapkan bagi setiap kategori premis. Bermula 1 Januari 2019, kilang-kilang kelapa sawit dan kilang getah dikehendaki untuk mematuhi standard pelepasan sama ada ke alur air atau atas tanah yang lebih ketat iaitu Standard Pelepasan kepada Standard A. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban pencemaran efluen dari kilang kelapa sawit dan getah yang dilepaskan ke dalam sungai-sungai dalam Negeri Johor dan untuk terus memulihara dan memelihara keadaan sungai untuk terus bersih bagi tatapan generasi kini dan generasi akan datang. Begitu juga dengan projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada EIA untuk patuh kepada standard A bagi pelepasan ke alur air. Tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil bagi sebarang ketidakpatuhan ialah dengan mengeluarkan notis arahan, tawaran kompaun, tindakan mahkamah, tahan operasi penyitaan, pelucut hak kan, pelupusan hak, perintah larangan, perintah berhenti kerja, gantung atau batal lesen dan tangkapan. Walau bagaimanapun, masalah pencemaran sungai di negeri Johor dikenal pasti juga berpunca daripada punca-punca selain yang dinyatakan di atas iaitu termasuklah aktiviti komersial iaitu restoran, gerai, pasar basah, pusat cuci kenderaan, tapak sampah haram dan sebagainya di mana ianya tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling yang memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak untuk memastikan kualiti air sungai dapat dipulihkan. Sekian. YB Speaker : Jemput Tangkak. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak ) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita sedia maklum bahawa mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar, dalam 473 sungai di negara kita, antaranya ada 229 sungai telah didapati di cemar dan antaranya punca adalah disebabkan oleh sisa sebagaimana yang telah dikata oleh, dijawab oleh YB EXCO. Sisa itu tidak sahaja daripada sisa kilang tetapi ada juga dari pembuangan sisa dari masyarakat. Jadi saya ingin tanya, apakah usaha yang akan diambil oleh Jabatan Alam Sekitar supaya pembuangan sisa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bukan sahaja daripada pekilang tetapi daripada masyarakat dapat dikawal dan apakah pendekatan yang akan diambil. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO.

Page 171: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 171

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih YB Tangkak. Untuk pengetahuan semua, bahawa masalah pencemaran sungai di negeri Johor bukan hanya pihak Jabatan Alam Sekitar sahaja yang perlu memantau. Pencemaran sungai di negeri Johor memerlukan semua agensi-agensi terlibat sama contohnya, PBT, JPS dan semua agensi-agensi yang terlibat untuk memastikan pencemaran sungai tidak terjadilah. Ok. Pihak JPS sentiasa memantau keadaan sungai dan berusaha untuk membuang sisa-sisa yang terdapat di dalam sungai. Namun diharapkan pihak PBT dan masyarakat kena lebih prihatin dan faham bahawa mereka juga terlibat kepada masalah pencemaran sungai. Contohnya kalau kita lihat di kawasan-kawasan perumahan yang berdekatan dengan sungai, kebanyakan masyarakat membuang sampah hanya di dalam sungai. Jadi kesedaran semua pihak diperlukan untuk memastikan tidak terjadi pencemaran di sungai. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Kemelah, soalan tambahan. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya, antara cabaran penguatkuasaan adalah bilangan penguat kuasa yang di mana jumlahnya adalah tidak mencukupi, contohnya kalau kita lihat di Segamat sendiri kalau berlaku pencemaran sungai ataupun pencemaran udara, pejabat Jabatan Alam Sekitar yang terdekat adalah di Muar, jadi adalah kerajaan negeri akan berusaha untuk menambah bilangan penguat kuasa ataupun jika tidak apakah penyelesaian untuk jangka panjang. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih YB Kemelah. Jabatan Alam Sekitar sedia maklum bahawa kakitangan Jabatan Alam Sekitar adalah tidak terlalu ramai. Contohnya untuk Jabatan Alam Sekitar Muar terpaksa menjaga daerah Muar, daerah Tangkak dan daerah Segamat. Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Muar tidak lebih daripada 15 orang sedangkan mereka terpaksa menjaga 3 daerah yang mempunyai lebih 100 buah kilang. Dan untuk pengetahuan semua, Jabatan Alam Sekitar adalah tertakluk kakitangannya adalah di bawah kerajaan persekutuan. Kami akan sentiasa berusahalah untuk menambah jumlah kakitangan untuk memudahkan kami untuk mengadakan penguatkuasaan. Namun harus diingat bahawa penguatkuasaan memerlukan penglibatan daripada pihak PBT itu sendiri dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Jadi jika PBT, JPS dan JAS dapat bekerjasama dengan lebih erat, saya rasa pemantauan akan lebih mudah. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, jemput Yang Berhormat Layang-Layang. YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi (Layang-Layang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5. Dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat dan ekonomi yang tidak menentu, apakah langkah-langkah kerajaan bagi membantu rakyat dan juga pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan negeri? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih Tuan Speaker. Selamat pagi dan salam sejahtera Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Layang-Layang, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan. Kementerian Penerangan Dalam Negeri Ini Dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa peka dan peduli akan usaha-usaha untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat, khasnya kepada, dengan menangani isu kos sara hidup. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian ini termasuklah : 1. Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, iaitu pada empat musim perayaan yang

utama iaitu Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Pihak Kementerian akan menetapkan harga siling bagi suatu senarai barangan keperluan asas. Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini dapat mengawal peniaga daripada mengaut keuntungan berlebihan dan memastikan harga barang yang ditawarkan adalah berpatutan selain dapat memastikan bekalan adalah mencukupi di pasaran untuk kegunaan pengguna.

2. Menganjurkan program “Back to School” setiap tahun di mana barangan dan peralatan

persekolahan dijual dengan harga yang berpatutan. Ini sekali gus dapat membantu para ibu

Page 172: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 172

bapa untuk membuat persiapan bagi anak-anak mereka sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun yang baru.

3. Mengadakan usaha sama dengan pihak pengilang, hypermarket, supermarket, dan usahawan

yang menjual barangan keperluan asas untuk menjual barang secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah seperti mana Karnival Mega Muafakat Johor. Program ini telah bermula pada tahun 2015 dan mencatatkan kejayaan penganjurannya setiap tahun. Program Karnival Mega Muafakat Johor yang terakhir telah pun diadakan pada 17,18 November tahun ini di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

4. Pihak Kementerian ini juga telah dipilih untuk mengendalikan Programme Food Bank Malaysia

yang mana menjadi titik permulaan kepada usaha kerajaan untuk meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia. Modus program ini adalah melalui inisiatif untuk mengumpul makanan yang dihasilkan daripada peruncitan, perhotelan dan restoran untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan. Program ini akan dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu projek perintis yang bermula sejak Ogos hingga Disember ini, manakala fasa kedua ialah perlaksanaan secara menyeluruh di seluruh negara bermula Januari tahun hadapan.

Golongan sasaran bagi program ini adalah penerima yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM930.00 sebulan. Dan, berdasarkan maklumat e- kasih di seluruh negara terdapat seramai 186,354 ketua isi rumah berada dalam paras garis kemiskinan. Syarikat pasar raya, pengilang dan industri perhotelan di negeri Johor adalah diseru untuk bersama-sama KPDNHEP negeri Johor dalam menjayakan Programme Food Bank Malaysia ini. 5. Kempen Harga Patut turut dilaksanakan bagi memastikan rakyat terus mendapat bekalan barangan pada harga yang terendah melibatkan pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara. KPDNHEP negeri Johor baru sahaja menganjurkan Program Kempen Harga Patut 2018 yang disebut tadi yang mana telah mendapat sambutan hangat daripada para pengguna dalam mendapatkan bekalan keperluan asas dengan harga yang berpatutan. 6. Bagi tahun 2018, kementerian ini juga telah mewartakan tempoh-tempoh yang berikut untuk

menggalakkan para peniaga menawarkan barangan dengan harga yang murah kepada pengguna:

a. Jualan awal tahun, 1 Februari tahun ini hingga 15 Mac tahun ini. b. Karnival Jualan Mega 1Malaysia iaitu 15 Mei tahun ini hingga 31 tahun ini. c. Jualan akhir tahun 1Malaysia iaitu 1 November hingga 31 Disember tahun ini. d. 2 tarikh pilihan peniaga selain tarikh pengawal. e. Jualan murah Hari Sukan Negara 2018 iaitu 1 Oktober hingga 31 Oktober.

Inilah inisiatif-inisiatif kementerian untuk mengendali isu kos sara hidup. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, Layang-Layang. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang cukup baik itu. Cuma, tempoh hari Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan inisiatif-inisiatif lain juga untuk membantu mengurangkan beban rakyat. Jadi, saya nak tahu berapakah jumlah keseluruhan peruntukan bajet negeri untuk pertamanya Program Kad Sihat Johor, keduanya Skim Takaful Warga Emas dan ketiganya Insentif Perkahwinan Berkelompok. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Yang Berhormat Tuan Speaker, nampaknya soalan tambahan sudah lari daripada soal asal. Saya boleh beri jawapan melalui tulisan, terima kasih. YB Speaker : Semarang. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya berkenaan dengan harga barang. Saya nak tahu adakah kerajaan membenarkan jika ada mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengadakan jualan barang-barang yang diisytiharkan

Page 173: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 173

senarai barangan harga terkawal di bawah harga yang ditetapkan di mana-mana tempat dalam negeri Johor? Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Isu harga kawalan dikendali oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan semua peniaga mesti ikut apa yang ditetapkan. Tidak boleh lebih daripada siling atas. Jadi, sesiapa pun boleh tapi mereka pasti patuh harga yang ditetapkan. Terima kasih. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Saya lebih murah, bukan lebih mahal. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Mahu jual murah lagi? Oh, itu tak ada masalah. Itu tak ada masalah. Kita jemput peniaga-peniaga berlaku begitu. Terima kasih. YB Speaker : Larkin. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin bertanya apakah bentuk ataupun pendekatan yang dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan dengan harga-harga barang yang dinikmati bersama oleh rakyat jiran kita iaitu warganegara Singapura yang setiap hari membanjiri di bandar Johor Bahru yang mengganggu barang-barang keperluan harian kita. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih YB Larkin atas soalan tambahan. Memang harga barang bukan sahaja ditetapkan oleh kerajaan tetapi ada banyak faktor yang influenced iaitu mempengaruhi harga itu. Iaitu permintaan barang, penawarannya, persaingan, cuaca, peningkatan kos termasuk kadar upah, bekalan negara pengeluar asal, nilai pertukaran mata wang, harga barang mentah dan juga manipulasi harga. Dan, di Johor kita ada satu lagi isu iaitu kedatangan dari negara jiran untuk beli barang di Johor Bahru. Ini juga influenced, mempengaruhi harga-harga ini. Kementerian selalu memerhatikan apa yang berlaku dan kami akan pantau dan ambil tindakan sewajarnya tapi tidak ada satu tindakan yang ditentukan pada masa ini. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Dijemput Yang Berhormat Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6. Sila nyatakan bilangan penumpang Tanjung Belungkor Ferry Terminal dari Tanjung Belungkor ke Changi, Singapore dan dari Changi ke Tanjung Belungkor pada tahun 2015, 2016,2017 dan 2018? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat-Berhormat Ahli Sidang Dewan Negeri. Perangkaan bilangan penumpang Tanjung Belungkor Ferry Terminal dari Tanjung Belungkor ke Changi, Singapore dan dari Changi ke Tanjung Belungkor bagi tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 adalah seperti berikut : 1. Tahun 2015, bilangan masuk 14,171; bilangan keluar 14,319; jumlah keseluruhan 2015,

28,490.

2. Tahun 2016, bilangan masuk 16,084; bilangan keluar, 16,554; keseluruhannya 32,638.

3. Tahun 2017, bilangan masuk 19,135; bilangan keluar, 19,765; jumlah keseluruhan, 38,900.

4. Tahun 2018, statistik sehingga Oktober, bilangan masuk, 16,395; bilangan keluar, 16,716; jumlah keseluruhan, 33,111.

Dan, jumlah untuk keseluruhannya bilangan masuk, 65,785; bilangan keluar, 67,356 dan jumlah secara total 133,139.Terima kasih.

Page 174: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 174

YB Speaker : Ya, Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, tadi saya buat sedikit pengiraan dan dapati secara purata terminal feri daripada Tanjung Belungkor pergi ke Changi pada tahun 2015 adalah lebih kurang 40 lebih orang satu hari. Dan pada tahun 2017 adalah 50 lebih orang satu hari, daripada Tanjung Belungkor pergi ke Singapura ataupun daripada Singapura pergi ke Tanjung Belungkor satu hari adalah 40 lebih sampai 50 lebih. Dan memandangkan di negeri Johor kita mengalami kesesakan lalu lintas yang amat serius di Tambak dan Second Link. Sebenarnya pengangkutan di laut boleh memainkan peranan untuk meringankan keadaan ini tetapi mungkin disebabkan kedudukan di Tanjung Belungkor agak jauh daripada Johor Bahru, lebih kurang dia memerlukan masa satu jam setengah untuk penduduk daripada Johor Bahru untuk sampai ke Tanjung Belungkor. Saya nak tanya adakah kerajaan berancangan menggunakan terminal-terminal feri mungkin di Pasir Gudang untuk mengangkut penduduk ataupun pelancong pergi ke Terminal Feri Changi. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Terima kasih Yang Berhormat soalan tambahan. Ikut statistik memanglah kita perhatikan bahawa kita ada peningkatan sebanyak 4,000 setiap tahun. Jadi, sebenarnya kita mengalu-alukan kalau ada cadangan operator-operator untuk menggunakan terutamanya terminal penumpang di Pasir Gudang untuk buat destinasi yang baru ke Singapura. Mungkin daripada Pasir Gudang ke Singapura, ke Changi atau balik semula ke Pasir Gudang, eh. Jadi, itu salah satu cadangan yang baik yang kita boleh ambil kira. Terima kasih. YB Speaker : Stulang, dijemput. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Ya. Terima kasih jawapan yang diberikan YB EXCO dan cadangan yang diberikan YB Pekan Nanas. Sebagaimana yang kita sedia maklum untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, salah satu kaedah adalah menjadikan jalan laut ini, perkhidmatan feri ini sebagai realiti. Dan, untuk Tanjung Belungkor ini saya rasa penggunaannya kurang maksima. Jadi, kalau boleh kita mahu buka, sama ada mahu buka di Pasir Gudang ataupun Terminal The Zone, Stulang. Kemudian, ada satu lagi kekangan yang kita ada sekarang ataupun masalah yang kita ada sekarang adalah kriteria daripada pihak Singapura adalah apabila feri kita berhenti di Changi Port mereka, salah satu kriteria mereka adalah mereka hanya membenarkan setiap feri berhenti di Changi Port dalam selang waktu 45 minit ataupun satu jam. Maksudnya ini akan mengurangkan kekerapan kita apabila kita mengendalikan feri. Jadi, boleh tak, saya ingin mengumumkan masalah ini kepada pihak kerajaan supaya apabila kita berunding dengan pihak Singapura nanti boleh tak kita memendekkan selang masa tu mungkin daripada 30 minit eh ke 30 minit bukannya satu jam ataupun 45 minit. Maksudnya setiap 30 minit kita akan ada, boleh ada satu feri ke Singapura. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Stulang. Sebenarnya jumlah penumpang sebenarnya kebenaran yang kita dapat maksimum adalah 4 trip kita berjalan iaitu pada perkhidmatannya daripada Sabtu dan Ahad, dan hari biasa Isnin hingga Jumaat hanya 2 trip. Jadi, kalau kita melihat daripadanya terutama pada Isnin-Jumaat, demand penumpang belum lagi tahap yang maksimum untuk menggunakan perkhidmatan di feri Tanjung Belungkor. Jika ada permintaan kita tak ada masalah untuk membuat perbincangan tapi perbincangan ini melibatkan kerajaan persekutuan juga. Antara dua kerajaan iaitu kerajaan Malaysia dan juga kerajaan Singapura, bukan di peringkat negeri sahaja. Jadi, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Yang Berhormat Kukup. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) bagi pihak YB Datuk Md. Othman bin Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 7. Berapakah jumlah pusat sembelihan ayam halal di negeri Johor dan adakah pusat-pusat sembelihan ini dipantau secara berkala bagi memastikan semua syarikat ini mengikuti setiap garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan ianya benar-benar halal?

Page 175: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 175

YB Speaker : Di jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Harapan. Terima kasih kepada Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berkaitan dengan soalan berapakah jumlah Pusat Sembelihan Ayam Halal di negeri Johor dan adakah pusat-pusat sembelihan ini dipantau secara berkala bagi memastikan semua syarikat ini mengikut setiap garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan ianya benar-benar halal. Berdasarkan kepada soalan, Tuan Speaker, kita sedia maklum bagi umat Islam untuk dapatkan makanan halal terutamanya binatang yang halal dimakan mestilah melalui penyembelihan. Dan syarat-syarat penyembelihan ini juga kita sedia maklum, mestilah beragama Islam dan sekurang-kurangnya yang beramal, yang beramal maknanya tidak meninggalkan sembahyang. Sehingga kini, Pensijilan Halal Malaysia masih bersifat pilihan. Dan sukarela yakni voluntary kepada mana-mana industri yang berkaitan. Ia merupakan nilai tambah bagi produk untuk tujuan pemasaran bagi meyakinkan pengguna terutamanya pengguna muslim. Pensijilian Halal Malaysia hanya diluluskan kepada pemohon yang memenuhi kriteria Manual dan Standard Pensijilan Halal Malaysia. Di negeri Johor sehingga Oktober 2018, terdapat 10 buah rumah sembelihan ayam yang telah dipersijilkan Pensijilan Halal Malaysia. Pusat Sembelihan yang telah dipersijilkan Pensijilan Halal sentiasa dipantau oleh Jabatan Agama Islam Johor melalui Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor dan pemantauan ke pusat-pusat penyembelihan melalui 2 kaedah. Iaitu pemantauan berkala, yang kedua, pemantauan berdasarkan aduan. Pusat penyembelihan yang telah memiliki Pensijilan Halal Malaysia wajib mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan termasuk memiliki tauliah penyembelihan kepada siap juru sembelih. Sepertimana yang saya sebut tadi, tukang sembelih mestilah seorang Islam dan yang beramal dengan agama Islam. Pemantauan sekurang-kurangnya dibuat 2 kali setahun. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Tenang. YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang) : Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya, Tenang ingin bertanya bolehkah Yang Berhormat EXCO memberitahu Dewan daripada 10 rumah sembelih ayam halal tadi itu, berapa banyak yang dimiliki oleh orang Islam dan sekiranya adakah sebarang insentif untuk menambah lagi jumlah berkenaan? Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Soalannya bila ditanya berapa milik syarikat-syarikat, pemilik Bumiputera ataupun Islam, Insya-Allah akan saya beri jawapan bertulis nanti sebab di jawapan saya ini memang ada 10, ikut daerah pun ada tetapi cadangan daripada yang saya lihat sebagai penambah baik untuk penyembelihan ini selain daripada syarat Islam dan solat, kita akan meletakkan cadangan supaya memiliki sijil sekurang-kurangnya darjah 6 ataupun Sekolah Khas Agama Johor sebagai tambahan supaya kita memastikan bahawa cara penyembelihan itu betul sepertimana kita sedia maklum darah yang keluar apabila melalui sembelihan tadi, kekejangan urat-urat tadi akan menolak semua darah yang berada di dalam tubuh badan binatang yang disembelih menyebabkan daging tidak akan terkumpul darah-darah beku di dalam daging berkenaan yang boleh menyebabkan daging yang berkenaan adalah lebih baik untuk dimakan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Yang Berhormat, habis kalau daripada luar Johor dia tak ada Sekolah Darjah 6? Tak ada Darjah Khas daripada luar Johor. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Sekurang-kurangnya ada Sijil Sekolah Agama ataupun yang berkaitan. Terima kasih. YB Speaker : Larkin. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Di antara perjanjian, Joint Venture Development Aggreement, dengan izin, di antara pemaju itu MAHA Builders Berhad dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk membangunkan Pasar Borong. Antara syarat yang dikenakan adalah menyediakan Pusat Penyembelihan Ayam dan perkara ini sepatutnya semua Pusat Penyembelihan Ayam ini dicentralize kan di Pasar Borong. Jadi sudah melampaui melebih 10 tahun Pusat Penyembelihan Ayam itu masih tidak wujud dan tidak dicentralize kan di situ lagi. Harap dapat penjelasan.Terima kasih.

Page 176: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 176

YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Berkaitan dengan Pasar Borong. Kalau kita tengok di sini memang sepatutnya ada dibuatkan sedemikian rupa tapi mungkin masalah pengangkutan daripada kandang nak bawa dan juga penempatan dalam bentuk yang lebih besar. Kalau keluar daripada kawasan kandang memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi kepada penternak, yang ini akan menyebabkan kenaikan harga barang ataupun harga ayam nanti. Jadi mungkin satu perkara yang telah difikirkan oleh pihak yang berkaitan sebab bila sebut tentang pemusatan ataupun pengumpulan sembelihan pada satu pusat sahaja mungkin itu jadi masalah kepada penternak-penternak untuk keluarkan ayam tadi pada satu tempat. Jadi perbelanjaan yang agak berat. Walau bagaimanapun, pada pandangan dari segi Jabatan Agama, yang penting penyembelihan itu adalah mengikut kehendak sepertimana yang diajar ataupun dikehendaki oleh ajaran Islam, itu yang lebih penting kepada semua. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Jemput, Yang Berhormat Stulang. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya No. 8.Dalam usaha menarik pelaburan dari luar negara, apakah sektor industri pelabruran baru yang diberi penekanan oleh Kerajaan Johor untuk memastikan Johor terus menjadi negeri yang paling digemari pelabur? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker. Selain daripada industri konvensional atau tradisional, seperti industri pembuatan, perkhidmatan dan oil and gas, kerajaan negeri sekarang akan memberi fokus baru juga kepada industri-industri berdasarkan prinsip 3H yang telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar lalu, Belanjawan 2019. Iaitu high technology, dengan izin, high value dan halal industry. Pada tahun 2019 akanlah menjadi satu tahun pecutan untuk negeri Johor dalam merealisasikan Johor sebagai negeri berprestasi tinggi. Kita perlu memberi penekanan kepada industri-industri ini kerana industri-industri inilah merupakan industri penting di peringkat global dalam memacu negeri Johor sebagai negeri berekonomi maju atau dengan izin, advanced economic state. Untuk menjadi sebuah negeri berekonomi maju, negeri Johor memerlukan lebih banyak syarikat-syarikat bertaraf antara bangsa dalam industri berat serta berteknologi tinggi. Kerajaan perlu menarik lebih banyak pelabur asing untuk bertapak di negeri Johor bagi menghasilkan umpamanya jentera, mesin dan barangan elektronik berteknologi tinggi selaras dengan prinsip Industri 4.0.Sektor berteknologi tinggi mampu meningkatkan produktiviti negeri Johor dengan ketara dan memberi impak yang tinggi pada jangka masa yang panjang di mana rantaian bekalan daripada pengeluar sehingga pengguna sangat luas. Setiap peringkat dalam rantaian bekalan ini mempunyai nilai tambah yang boleh ditawarkan beribu-ribu industri kecil. Ianya mampu membuka jaringan bekalan yang sangat luas dan mencipta lagi puluhan malahan ratusan ribu peluang pekerjaan mahir berpendapatan tinggi di negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, industri halal pula merupakan industri yang semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi yang tinggi untuk diterokai. Keutamaan produk halal bukan sahaja terletak pada sijil tapi penghasilan produk-produk tersebut sendiri mementingkan aspek kualiti dan kebersihan. Beberapa strategi yang berkaitan dengan industri halal akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri di mana ianya melibatkan penggalakan industri halal, pemantauan industri halal serta promosi industri halal yang akan dipergiatkan lagi pada tahun 2019. Buat masa ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor telah mengenal pasti industri halal sebagai salah satu sumber baru pertumbuhan ekonomi berdasarkan kepada nilai pasaran halal global yang amat besar. Saiz pasaran ini akan terus berkembang berdasarkan peningkatan kesedaran dan permintaan kepada penduduk dan perkhidmatan halal daripada hampir 1.8 bilion penduduk Islam dari seluruh dunia terutamanya di negara Jepun, Timur Tengah dan juga Eropah. Kerajaan negeri akan memastikan industri-industri yang masuk ke Johor tidak mencemarkan alam sekitar dan ianya lebih menumpukan kepada industri yang berkualiti dan memberikan peluang pekerjaan yang lebih baik dan bermutu kepada bangsa Johor. Satu lagi industri yang mendapat tumpuan kerajaan baru ini adalah industri aero-angkasa atau dengan izin, aero space yang juga adalah merupakan salah satu cabang bidang pertumbuhan baru yang akan dipromosikan oleh kerajaan negeri dalam memastikan Johor terus menjadi negeri yang paling digemari pelabur. Ekosistem aero-angkasa yang sedia ada di Malaysia dan Singapura akan menyediakan peluang yang baik bagi industri ini untuk terus berkembang. Tumpuan semasa buat masa kini untuk kerajaan

Page 177: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 177

negeri Johor, adalah kepada perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih yang atau dikenali sebagai MRO, maintainance, repair and overhaul, penerbangan serta mengembangkan perkhidmatan kejuruteraan tulen. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan laporan dijangka dari 2014 hingga 2033 jumlah keluaran pesawat kapal terbang di seluruh dunia akan meningkat hampir 36,770 buah di mana 13,460 pesawat tersebut akan berkhidmat di rantau Asia Pasifik. Tambahan, berdasarkan kepada kajian Frost and Sullivan, menjelang tahun 2022 dijangka industri MRO di rantau Asia Pasifik akan mencatat nilai hampir USD23.14 bilion. Juga sukacita saya maklumkan, daripada hasil misi pelaburan atau trade mission baru-baru ini saya ke Toulouse, Perancis pada awal November 2018 dengan kerjasama Chamber and Commerce and Industry France, CCI France, kerajaan negeri telah bermesyuarat dengan beberapa pengusaha industri aero-angkasa dan telah mendapat respons yang positif dari salah sebuah syarikat yang mengadakan perkhidmatan penyelenggaraan dengan pesawat Airbus bagi membangunkan sebuah fasiliti bagi menampung keperluan dan pasaran di seluruh Asia Pasifik. Mereka telah bercadang dan berkemungkinan besar akan membuat lawatan kajian lapangan ke Johor pada tahun depan. Harap-haraplah. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri akan sentiasa mengembangkan idea untuk meletakkan bidang aero-angkasa itu, ini menjadi keutamaan. Di samping memperolehi sumber pelaburan yang berkualiti. Johor sentiasa menjadi pilihan dalam pelaburan ekoran lokasinya yang begitu hampir dengan Singapura, mempunyai lapangan terbang bertaraf dunia dan infrastruktur dengan persekitaran yang cukup mesra pelabur dan pro business. Seiring dengan pelan tindakan aero-angkasa kebangsaan, Johor juga dilengkapi dan boleh menyediakan sistem ekologi terbaik bagi industri aero-angkasa terutamanya dari sektor MRO tersebut. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Stulang, jemput. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Terima kasih atas jawapan yang diberikan dan kita, YB EXCO telah memberikan penekanan kepada industri berteknologi tinggi, halal dan juga aero space. Jadi apakah langkah ataupun inisiatif untuk mempromosikan hala tuju kita bagi memastikan mereka datang ke Johor, maksudnya apakah langkah yang kita tujukan kepada pelabur sasaran kita supaya mereka beria-ia nak datang ke Johor supaya pelaburan kita terus menjadi keutamaan kepada negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih kepada Yang Berhormat Stulang untuk soalan tambahan beliau. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk memastikan semua yang dirancang oleh kerajaan itu membawa hasil dan menjadi realiti, beberapa langkah akan diambil oleh kerajaan. Pertama, kami akan mengadakan lebih banyak lagi misi galakan pelaburan atau treat mission untuk lebih memperkenalkan lagi atau promosi potensi Johor sebagai satu negeri yang cukup mesra pelabur dan juga berpotensi untuk pelabur kepada negara-negara sasaran. Kedua, kerajaan Johor juga akan bekerjasama lebih erat dengan pihak persekutuan seperti agensi-agensi seperti MITI dan MIDA dan MDEC dan juga pihak swasta untuk sama-sama membangunkan industri-industri baru ini. Ketiga, contohnya, untuk industri halal, kerajaan akan mengadakan berbagai-bagai promosi dan juga memperkenalkan ekosistem yang sedia ada di Johor contohnya seperti di memperkenalkan Halal Park yang sedia ada di Johor dan juga seperti yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2019 juga akan mengadakan Halal Fest. Dan akhirnya untuk bidang aeroangkasa, kita juga telah merancang di Johor, tengah dalam rancangan untuk kita mendrafkan satu Pelan Induk Industri Aeroangkasa dan pada masa yang sama pelan induk ini akan dapat panduan daripada The Second Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2015-2030 di mana diharapkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ini semua yang kita dirancang akan menjadi realiti. Terima kasih. YB Speaker : Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO, seperti sedia maklum bahawa penyumbang kepada KDNK di negeri Johor ini, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 48%, lebih kurang 56 bilion, lebih besar daripada

Page 178: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 178

sektor industri. Industri hanya 37% bersamaan lebih kurang 43 bilion kepada KDNK di negeri Johor. Maka ingin saya tahu dari segi usaha untuk menarik pelaburan daripada luar negara untuk sektor perkhidmatan, apakah usaha yang diadakan oleh pihak Johor Invest untuk menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur yang berminat dalam sektor perkhidmatan supaya kita boleh menyumbang lebih besar lagi sektor perkhidmatan kepada KDNK negeri Johor. Ini soalan saya. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jementah. Memang tidak kita abaikan sektor perkhidmatan, itulah bila kita kata 3H itu, high technology, high value, sebenarnya high value itu kita lebih fokus kepada sektor perkhidmatan. Di negeri Johor umpamanya contohnya di Medini di Iskandar sini, pihak Khazanah telah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membawa banyak pelabur daripada negara asing contohnya daripada Jepun atau Korea yang fokus kepada industri perkhidmatan. Baru-baru ini sahaja telah membuka satu office baru daripada firma Ng Ten Yang di Johor Bahru di mana mereka akan akhirnya hampir 150 orang akan bekerja di kawasan sini. Begitu juga kita pernah melawat Jepun, dan kita telah menarik banyak perhatian daripada sektor gaming, membuat game daripada komputer atau apps, mereka juga minta untuk datang Johor untuk melabur. Dan ini adalah usaha-usaha yang kita sentiasa buatkan dengan pihak-pihak baik daripada kerajaan dan swasta untuk terus untuk menarik pelaburan-pelaburan yang juga high value dan dari sektor perkhidmatan ke negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Panti. YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO. Berkaitan dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, saya jangkakan apa yang dikatakan dari segi 3H dan aero space masih dalam perancangan. Saya cuma nak minta supaya Yang Berhormat EXCO atau kerajaan nyatakan apakah sasaran yang kerajaan negeri telah letakkan untuk sektor-sektor yang baru, yang berpotensi itu untuk kita ataupun kerajaan negeri capai. Sasaran mungkin dari segi bilangan peluang pekerjaan yang akan wujud, nilai ekonomi ataupun pelbagai perkara lain yang akan memberi manfaat kepada kita warga atau bangsa Johor. Sekian, terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Panti. Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mensasarkan jumlah pelaburan asing untuk tahun depan pada angka RM8 billion. Dan ini jumlah tentulah termasuk dalam juga industri-industri baru yang kita harap dapat menyumbang kepada RM8 bilion ini. Contohnya untuk industri aeroangkasa seperti yang saya maklum tadi, kita akan mula untuk merancangkan satu Pelan Induk Industri Aeroangkasa dan selepas pelan itu telah siap dirangka kami sedia untuk bentangkan di dalam Dewan dan dalam pelan itu akan jelas nyatakan apakah hasrat dan matlamat yang lebih terperinci yang kita bakal untuk menyumbang kepada bukan sahaja ekonomi negeri Johor malah juga kepada industri hiliran dan juga jumlah pekerja yang kita mungkin boleh latih dan wujudkan untuk orang Johor. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Mahkota, jemput. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9. Adakah PBT boleh mengambil alih pengurusan jenazah bukan Islam yang kini amat tinggi dan membebankan rakyat bukan Islam? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Mahkota atas soalan yang ditujukan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Mahkota apabila saya mendapat soalan dari Yang Berhormat Mahkota, saya berbesar hati sebab Yang Berhormat Mahkota telah menunjukkan satu semangat wasatiyyah yang perlu diberi dan disanjung, disanjung tinggi dikagumi, ini memang semangat yang kita perlukan bagi Malaysia dan juga Johor yang kita cintai ini. Yang Berhormat Mahkota telah menunjukkan kepada kita bahawa apakah maksudnya semangat muafakat itu berkat. Bukan seperti yang ditunjukkan oleh parti sebelah sana, cakap muafakat tapi asyik mengapi-apikan sentimen perkauman.

Page 179: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 179

YB Speaker : Jawab soalan YB. (Dewan ketawa). YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Saya bagi latar belakang sedikit tentang apa soalan daripada Mahkota. Jangan bimbang. Jawab, tengah jawab, jangan kacau. Jangan kacau, kalau tidak nanti saya keluar notis, hapuskan kerajaan lembu nanti. (Dewan ketawa). Untuk makluman Dewan yang mulia ini... YB Speaker : Itu buku, buku Akta tu tak payah pegang. Letak, letak. (Dewan ketawa) jemput, jemput.. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selaras dengan peruntukan Seksyen 94, Akta Kerajaan Tempatan dan 1976 atau pun Akta 171, bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk menyediakan tempat yang sesuai dan bertanggungjawab mengeluarkan lesen bagi menggunakan sesuatu tempat untuk tujuan tanah perkuburan atau tempat membakar mayat. Justeru, penyediaan rizab perkuburan bukan Islam telah diambil kira semasa proses kelulusan pelan susun atur. Seterusnya pelan susun atur yang telah diluluskan tersebut akan diwartakan melalui Rancangan Tempatan Daerah atau pun RTD yang terkini. Pada masa kini, amalan pengurusan jenazah Islam mahupun bukan Islam adalah di bawah kelolaan Badan Bukan Kerajaan atau NGO ataupun pihak-pihak swasta mengikut kelaziman keagamaan masing-masing golongan masyarakat. Sehingga kini, Pihak Berkuasa Tempatan masih belum bersedia untuk mengambil alih pengurusan jenazah bukan Islam dengan mengambil kira sensitiviti kaum dan keperluan komuniti semasa. Sekian, jawapannya. YB Speaker : Jemput Mahkota. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Yang Berhormat Tuan Speaker, dibangkitkan perkara ini kerana kebimbangan sekarang terutama dari kalangan bukan Islam yang telah mula datang ke pejabat ADUN untuk mendapatkan bantuan bagi membiayai kos pengebumian bagi kalangan mereka yang memang daif dan miskin. Jadi kalau kiranya, dan saya dapat melihat seolah-olah kerja-kerja pengebumian ini dah jadi macam satu business kerana jumlahnya sampai terlalu tinggi bagi masyarakat bukan beragama Islam. Jadi itulah saya bangkitkan supaya sekurang-kurangnyalah dapat diperlihatkan lebih jauh oleh kerajaan negeri agar kos ini dapat dikawal dan pastikan bahawa tiap-tiap masyarakat ada hak kerana kita yang hidup ini kita memikirkan yang mati. Kalau dah mati kita tak dapat fikir lagi. YB Speaker : Soalannya Yang Berhormat, soalan. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Soalannya supaya kita dapat mengawal kos membiayai pengebumian jenazah-jenazah yang saya nyatakan tadi. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Mahkota atas soalan tersebut dan keprihatinan Yang Berhormat Mahkota terhadap nasib masyarakat bawahan tanpa mengira kaum dan agama. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri telah menyediakan skim takaful warga emas yang mana waris akan mendapat sumbangan RM1,000.00 dan saya percaya ini secara tidak langsung dapat membantu sedikit sebanyak membantu waris atau keluarga dalam menguruskan upacara pengebumian orang-orang yang terlibat ini. Bagi mereka yang mungkin tidak terjatuh dalam golongan manfaat skim takaful ini, saya cadangkan Yang Berhormat Mahkota boleh mendapatkan bantuan daripada NGO-NGO. Setakat ini saya difahamkan bahawa ada NGO-NGO yang bersedia membantu golongan-golongan kurang bernasib baik ini. Kerana saya pun dahulu wakil rakyat di Kluang, saya sedikit sebanyak memahami apa masalah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Mahkota itu. Jadi, mungkin selepas ini saya boleh berkongsi dengan Yang Berhormat ke manakah boleh disalurkan aduan-aduan ini ataupun permintaan-permintaan ini, NGO mana yang bersedia untuk membantu. Jadi kesimpulannya, Pihak Berkuasa Tempatan setakat ini hanya bersedia untuk menyediakan, ataupun mengeluarkan kebenaran, kelulusan untuk menyediakan fasiliti ataupun kemudahan. Jadi urusan

Page 180: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 180

untuk menguruskan jenazah ini, kita perlu serahkan kepada pihak-pihak yang lebih pakar dan mempunyai, ianya sebab ianya melibatkan sensitiviti kepercayaan dan amalan tradisi sesuatu golongan masyarakat itu. Jadi, saya harap perkara ini dapat terjawab persoalan daripada Yang Berhormat Mahkota. YB Speaker : Ok. Sekarang dah pukul 11.00 pagi, so saya tamatkan soalan-soalan lisan pada pagi ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Kita berehat sehingga pukul 11.25 pagi. Sekian. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.05 pagi. Persidangan disambung pada jam 11.25 pagi. Penolong Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dimulakan sekarang. Dipersilakan Penggaram. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Salam sejahtera, salam Harapan. Penggaram ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang dan peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Johor. Penggaram juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Johor bagi tahun 2019. Yang Berhormat Tuan Speaker, baru-baru ini negara digemparkan dengan satu peristiwa rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariaman, Selangor. Sehubungan dengan kejadian itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kerajaan telah meluluskan satu resolusi dan menetapkan syarat bahawa mana-mana rumah ibadat baru yang akan dibina selepas ini perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Berdasarkan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap beberapa perkara: 1. Terdapat banyak rumah ibadat di Johor ini telah dibina berpuluhan tahun di atas tanah milikan

sendiri. Tetapi status syarat tanah-tanah tersebut masih belum atau tidak diubah syarat kepada status rumah ibadat.

2. Terdapat jawatankuasa atau pemohon rumah-rumah ibadat yang telah mengemukakan

permohonan untuk mengubah syarat tanah tetapi permohonan mereka ditolak tanpa diberi alasan. Bukan hanya kesukaran untuk mendapatkan kelulusan ubah syarat, malah sekiranya permohonan mereka ditolak, mereka tidak mengetahui alasannya. Perkara seperti ini memberi kekeliruan kepada pihak jawatankuasa rumah-rumah ibadat, sekali gus menyukarkan mereka untuk membuat penambahbaikan bagi membuat permohonan semula.

3. Terdapat juga permohonan-permohonan yang telah dibuat oleh mereka sehingga kini masih

menunggu jawapan. Proses mendapatkan kelulusan yang terlalu lama dan sukar ini juga berlaku pada permohonan kilang-kilang. Ini merupakan salah satu faktor wujudnya banyak rumah ibadat dan bangunan-bangunan lain yang masih tidak mendapat kelulusan dari pihak kerajaan walaupun ianya telah dibina berpuluhan tahun.

Kerajaan sepatutnya mengambil satu garisan panduan berkenaan tempoh masa yang akan diambil oleh kerajaan dalam meluluskan sesuatu permohonan. Malah di dalam proses tersebut, kerajaan juga perlu melibatkan pihak pemohon untuk duduk berbincang bersama supaya mereka tahu atas alasan apa sekiranya sesuatu permohonan mereka tidak diluluskan, supaya mereka tahu apa penambahbaikan yang mereka perlu jalankan lagi mendapatkan kelulusan. Ini secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan Johor di bawah Pakatan Harapan merentasi sempadan kaum dan agama. Penggaram berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat memudahkan permohonan rumah-rumah ibadat yang telah lama didirikan atas tanah milikan sendiri untuk mengubah syarat mereka.

Page 181: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 181

Penggaram berharapkan perhatian yang serius tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh rumah-rumah ibadat ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Kahang dan YB Tenggaroh telah menegur bahawa di dalam belanjawan 2019, peruntukan pembangunan masyarakat India telah dikurangkan. Makluman untuk Dewan yang mulia ini, Penggaram sebagai Wakil Rakyat juga telah mendapat permintaan daripada masyarakat Cina. Di dalam belanjawan yang dibentangkan pada 29 November yang lalu, peruntukan pembangunan masyarakat Cina juga dikurangkan dari RM6.5 juta kepada RM3.5 juta. Masyarakat Cina berharap kerajaan negeri Johor dapat mempertimbangkan untuk menambah peruntukan bagi SJKC dan sekolah menengah Cina sebagai satu pelaburan modal insan di negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, kebelakangan ini terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja membangkitkan dan menjadikan peristiwa hitam pada 13 Mei 1969 sebagai modal untuk menakut-nakutkan dan mengancam keharmonian masyarakat. Perkara seperti ini merupakan cubaan menggugat keamanan di Malaysia. Kerajaan Johor perlu mengambil inisiatif dalam membanteras anasir seperti ini supaya keamanan di negeri Johor ini dapat di kekal terjamin. Di Singapura, pada 21 Julai 1964, satu peristiwa hitam iaitu rusuhan perkauman telah berlaku. Namun, setelah berdekad peristiwa ini berlaku, kini pada tarikh 21 Julai setiap tahun bukan lagi diingati oleh masyarakat Singapura sebagai satu peristiwa hitam. Bukan itu sahaja, malah pada tarikh tersebut rakyat Singapura menyambut satu perayaan yang dinamakan ‘Racial Harmony Day’ sejak tahun 1997. Perayaan ini disambut oleh semua lapisan masyarakat Singapura yang berbilang kaum sebagai tanda perpaduan masyarakat dan menjadikan peristiwa hitam yang lalu sebagai pengajaran dan iktibar kepada mereka. Di atas semangat cintakan keharmonian dan kesejahteraan berserta semangat perpaduan bangsa Johor, Penggaram mencadangkan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar memimpin Johor sebagai perintis dengan menjadikan tarikh 13 Mei pada setiap tahun sebagai satu tarikh perayaan perpaduan kaum di mana ia akan disambut oleh seluruh bangsa Johor. Ini bukan untuk menutup warna hitam sejarah yang pernah berlaku di negara kita, tetapi adalah untuk mencorakkan warna hitam tersebut agar ianya menjadi lebih menarik demi keamanan dan perpaduan masyarakat di negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada ketika peperangan Amerika dengan China sedang rancak berlaku kini dan Asia Tenggara merupakan medan perangnya. Amatlah rugi sekiranya kerajaan Johor tidak membuka ruang untuk mengembangkan kepelbagaian industri di negeri Johor. Kerajaan Johor sepatutnya membantu para pengusaha kilang untuk merebut peluang di atas berlakunya perang-perangan ini. Namun, apa yang berlaku, para pengusaha kilang dilihat lebih berminat untuk melabur dan menjalankan perusahaan kilang mereka di Vietnam dan Indonesia. Bukan hanya kerana kos tenaga kerja yang murah dan produktif, malah proses dan prosedur membuka dan menjalankan perusahaan kilang di sana lebih mudah dan cepat jika di banding di negeri kita. Para pengusaha kilang perlu melalui pelbagai proses prosedur untuk mendirikan dan memulakan operasi sesebuah kilang, yang kadang kala mengambil masa sehingga dua tahun. Tempoh masa yang sangat panjang ini juga merupakan salah satu faktor yang membuat para pengusaha kilang lebih berminat untuk membuka dan memulakan perusahaan kilang mereka di luar negara. Penggaram berharap kerajaan mengambil inisiatif menghapuskan red tape procedure atau karenah birokrasi yang melambatkan prosedur proses sesuatu permohonan ini dan merangka satu kaedah baru yang mana ia memudahkan para pengusaha kilang untuk memulakan kilang dan melibatkan diri di dalam industri perkilangan dengan lebih cepat. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkayakan Johor dengan kepelbagaian industri, selain melahirkan lebih banyak pengusaha-pengusaha kilang tempatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, beberapa kawasan industri di Batu Pahat seperti di kawasan perindustrian Sri Gading dan Tanjung Labuh telah menghadapi masalah kekurangan prasarana dalam aspek teknologi. Operasi harian mereka seperti perhubungan dan komunikasi yang menggunakan perkhidmatan IT amat memerlukan perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan tinggi. Ketiadaan usaha-usaha meningkatkan kelajuan jalur lebar di kawasan-kawasan industri ini telah menjejaskan kerancakan industri sekali gus memberi impak yang negatif kepada pengusaha-pengusaha kilang. Penggaram berharap satu plan menambahbaikkan perlu dibuat oleh kerajaan supaya dapat membantu pengusaha-pengusaha ini menjalankan operasi kilang mereka dengan lebih efisien dan seterusnya dapat bersaing di peringkat global.

Page 182: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 182

Yang Berhormat Tuan Speaker, semenjak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, kita telah berjaya melaksanakan manifesto dalam tempoh 100 hari. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Namun demikian, ingin Penggaram mencadangkan kepada kerajaan agar mengambil inisiatif yang serius dalam aspek penyampaian maklumat berkaitan segala pencapaian manifesto dan juga program-program masyarakat. YB Speaker : Masa berjalan Yang Berhormat. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Saya hilang saya punya ucapan. (Dewan ketawa). YB Speaker : Sebab dah lama tak berucap. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Yalah lama tak ucap. (Dewan ketawa). YB Speaker : Tak apa bagi masa, bagi masa sikit lagi. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Ok, ok, ada, ada. Kisah kejayaan atau, sorry ya, minta maaf. Kisah kejayaan atau success story ini seharusnya diangkat dan diluaskan semaksimumnya agar rakyat dapat mengetahui apa yang telah dicapai semenjak menjadi kerajaan negeri. Selain daripada itu, adalah penting segala maklumat dan juga penerangan berkaitan dengan segala program-program rakyat yang sedang dan akan dilaksanakan disampaikan dengan cepat secara menyeluruh dan sistematik kepada masyarakat. Aspek ini penting kerana sistem penyampaian maklumat akan menjadi kunci utama kejayaan bagi setiap program yang akan dilaksanakan. Penggaram menyarankan kerajaan negeri harus segera merangka dasar dan perancangan agar aspek ini dapat dilaksanakan dengan seberapa segera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram ingin menyentuh sedikit terhadap pemulangan kunci bilik dan elaun yang diberikan kepada Yang Berhormat Benut selaku Ketua Pembangkang. Yang Berhormat seharusnya memanfaatkan pengiktirafan terhadap dirinya sebagai Ketua Pembangkang terlebih dahulu. Yang Berhormat juga sepatut arif bahawa sesuatu perkara yang dilaksanakan perlu mengikut prosedur. Demokrasi mempunyai tatacara untuk dilaksanakan. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Benut patut bersyukur apabila kerajaan Johor di bawah Pakatan Harapan telah mengiktiraf peranan Yang Berhormat sebagai Ketua Pembangkang. Lebih dari itu, pemberian peruntukan oleh kerajaan bagi tujuan pentadbiran kepada semua Ahli Dewan Negeri Pembangkang untuk memastikan perkhidmatan Wakil Rakyat lebih berkesan tanpa mengira latar belakang ideologi politik merupakan amalan demokratik yang tidak pernah wujud pada era pemerintahan kerajaan dahulu. Sebelum ini, sebelum Yang Berhormat menyatakan kegagalan menterjemah demokrasi baik kiranya jika Yang Berhormat dapat menjelaskan terlebih dahulu, mengapa ketika pemerintah kerajaan dahulu jawatan Ketua Pembangkang di Dewan ini tidak diiktiraf. Tapi kini baru menjadi pembangkang berusia 6 bulan, Yang Berhormat terus mahu menuntut kerajaan menterjemahkan demokrasi. Yang Berhormat sendiri sepatutnya memperakui terlebih dahulu kegagalan kerajaan dahulu dalam menterjemah malah tidak menghormati demokrasi Dewan sejak puluhan tahun. Yang Berhormat sepatutnya berasa malu apabila pengiktirafan yang telah diberi adalah pelaksanaan janji yang telah kami kotakan di mana ia tidak pernah dirasai oleh Ketua Pembangkang terdahulu. Perasaan tidak puas hati Yang Berhormat itu sebenarnya adalah cerminan hasil dari demokrasi yang telah gagal di terjemah sendiri oleh kerajaan yang lalu. Sebelum Penggaram mengakhiri ucapan, minta izin Penggaram untuk membawakan isu yang diterima daripada YB Yong Peng. Walaupun YB Yong Peng masih di dalam cuti sakit, namun beliau tetap teringatkan kawasannya dan ingin membawa beberapa isu ke dalam Dewan yang mulia ini. Penggaram berpandangan yang sama dengan Yong Peng, YB Yong Peng bahawa kami memandangkan serius berkaitan isu had usia perkahwinan di negeri Johor. Kerajaan mesti mempunyai pendirian teguh dan membuat ketetapan tentang had umur perkahwinan di negeri Johor. Perkahwinan di usia yang muda patut dilihat sebagai salah satu faktor yang memberi impak negatif kepada masyarakat khasnya dalam melahirkan modal insan yang cemerlang di negeri ini. Di dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lepas sudah ditetapkan perkahwinan tidak kira Islam atau bukan Islam adalah pada umur 18 tahun. Bagaimanapun, boleh diberi kelonggaran yang mahu berkahwin bawah 18 tahun dan perlu bersebab dan perlu ada kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Page 183: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 183

Penggaram mengalu-alukan pendirian Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam perihal had umur berkahwin dan berharap pindaan akan dibuat terhadap Enakmen berkenaan pada Sidang Dewan Negeri yang akan datang. Isu-isu yang terus YB Yong Peng yang membawa dalam Dewan yang mulia ini, pertama, YB Yong Peng ingin mengetahui berkenan status Yayasan Harapan Majlis Daerah Yong Peng? Kedua, apakah rancangan Kerajaan Tempatan untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Desa Batu, Jalan Kota Semilin, Taman Kota, Jalan Ang Mo San, Jalan Hokkien depan Hotel S3, Jalan Hilir Taman Jaya, Kampung Parit Awang dan Kampung Parit Awang Darat dan Kampung Temehin. Nombor 3, apakah rancangan kerajaan untuk menangani dan mengurangkan kes kemalangan yang sering berlaku di persimpangan Jalan Damai dengan Jalan Aman. Persimpangan Jalan Kota dan Jalan Perdana dan Persimpangan Taman Seri Bertam dan Taman Seri Bayu. YB Speaker : Masa dah lebih 15 minit, YB. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Keempat, apakah status perkembangan Masjid di Parit Awang? Nombor 5, apakah rancangan kerajaan dalam mengatasi pencerobohan di kawasan Empangan Bekok dan Sembrong? Dengan ini, adalah dengan sukacitanya Penggaram menyokong cadangan Belanjawan Johor 2019. Sekian, terima kasih. YB Tuan Speaker : Terima kasih Penggaram. Seterusnya Perling. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu Perling ingin mengucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini, kerana diberi peluang untuk memberi ucapan dalam sesi perbahasan belanjawan. Perling juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberikan ucapan belanjawan yang inklusif dan mampan untuk kepentingan rakyat Johor Darul Takzim. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin memberi sedikit pandangan berkenaan dengan perbelanjaan ini. Tadi, Penggaram sebenarnya dah ambil point Perling tetapi saya rasa ada sedikit tambah tolak boleh tambah sikit. Sebab Perling pun rasa sekarang ni berlakunya perang dagangan antara China dan Amerika. Jadi banyak pelabur asing sebenarnya mengambil kesempatan untuk mengalihkan kilang daripada negara asal dia terutama daripada China ke negara lain terutama dekat Asia Tenggara. Dan negeri kita sebenarnya ada kelebihan daripada faktor geografi, di mana kita berada di laluan logistik blok yang baik dan kat sebelah kita ada metropolitan aktif perdagangan Singapore lah yang aktif perdagangan, jadi kita kena ambil kesempatan ini. Tetapi bila kita tanya ada feedback dengan izin, ada feedback daripada pengusaha-pengusaha di mana dia kata, memang betul macam katakan bila kita nak set up satu pengusaha atau kilang akan ambil masa ada yang sepanjang dua tahun punyalah proses kita memohon untuk beroperasi, ada yang sampai dua tahun. Dan ada yang kedua aduan daripada pengusaha sendiri di mana cakap banyak maklumat-maklumat ataupun tawaran-tawaran daripada kerajaan yang baik sendiri sebenarnya kurang sampai kepada pengusaha-pengusaha itu sendiri. Jadi, saya berpendapat dekat sini, kita minta jasa baik daripada agensi-agensi yang berkenaan kalau boleh memanglah kita kena kemas kini proses permohonan kalau boleh kurangkan retain ataupun kita kena tinjau ataupun kaji semula macam mana kita percepatkan. Sebab dalam dunia business ni kita tahu siapa cepat dia dapat dan kalau kita lambat sikit dia pula melabur dekat negara lain. Sebab kita pun ada saingan daripada negara macam Indonesia ke Vietnam ke itulah daripada pesaing kita yang utama kalau dekat Asia Tenggara. Jadi, kita pun kena kaji semula dan mungkin ini cadanganlah sebab kita tengok ada tak kita kemungkinan untuk tubuhkan satu one stop centre untuk khas pelaburan asing terus ini dekat peringkat negeri Johor ini adalah cadangan daripada saya sendiri. Yang kedua, Yang Berhormat Tuan Speaker, sektor kedua yang saya ingin sentuh sedikit sebenarnya ialah EXCO Pelancongan. Tadi, EXCO Pelancongan sebenarnya dah ada dalam menjawab soalan dia. Dia ada sentuh bahawa dia ada dari segi pemakanan, semula jadi, tetapi saya dengar dia tercicir satu yang kita amat penting dekat negeri Johor ni. Di mana saya melihat berkenaan dengan kebudayaan dan kesenian dekat Negeri Johor ni di mana saya bercadang agar negeri Johor sendiri sebenarnya boleh menjadi pusat seni dan budaya dekat negara ini. Dekat Johor, seni budaya yang asal di Johor kita ambil contoh dari tok nenek kita ada kuda kepang, keroncong, gamelan, nobat, wayang wong, perahu jong, barongan, zapin kalau kita ada pun gendang 24. Dan

Page 184: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 184

apa tu logo 4 musim tarian singa yang berpalang, yang lompat dari palang itu asal dari Muar Johor dan pelbagai lagi yang kita lihat sebenarnya dia tak dibangunkan secara berstruktur. Jadi, kita lihat, kita ambil contoh daripada Sarawak di mana pembangunan seni budaya dapat diperkembangkan ataupun dijadikan satu produk pelancongan melalui Pesta Rain Forest yang berlangsung kerap dan mampu menarik ramai pelancong. Jadi, kita lihat Johor mempunyai suatu budaya yang, jika lihat untuk menarik pelancong ni kita ada Pesta Layang-Layang dan kita boleh tambah lagi dengan adanya kepelbagaian budaya yang berasal dari Johor ini. Dan, memanglah kita pun tengok macam dekat sekolah yang dulu pencapaian Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2 yang pernah memenangi pingat emas dalam acara kebudayaan antarabangsa. Sebenarnya, kita boleh mengetengahkan budaya Johor ini dan menarik pelancong. Jadi, satu lagi sebenarnya menarik perhatian kita sebenarnya ialah muzik rock yang di mana Johor pernah dikenali sebagai pembabitan kumpulan rock yang banyak pada tahun 80an dan sekarang masih lagi kita sering dengar ramai kawan-kawan kita yang bergig ada busking, busking tepi jalan. Jadi, kalau busking tepi jalan itu sebenarnya saya minta kalau PBT boleh kita longgarkan sikitlah bagi mereka mohon tapi kita bagi mereka main itu mempelbagaikan aktiviti dan merancakkan keadaan budaya dekat negeri Johor ni. Jadi, saya.. YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat mulakan dululah buat busking, jadi mudah sikit. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Rasa dekat kawasan saya dekat Pasar Karat sebenarnya dah ada orang busking dekat tepi jalan. Ok, jadi, saya rasa ini juga pendapat saya, perkara ini perlu pergabungan di antara dua jawatankuasa antara Pelancongan dan Kebudayaan. Saya rasa perlu pergabungan sebegini sebab dengan kerjasama sebegini kita boleh buat ataupun kita boleh hasilkan lagi lebih produk pelancongan yang diyakini boleh menarik perhatian pelancong baik daripada negeri sendiri ataupun daripada luar negeri. Jadi, memang satu-satunya kita sering kata baik produk pelancongan macam mana pun sebenarnya kita perlukan publisiti yang lebih meluas dan lebih kita perlu publisiti yang meluas dan kreatif dan saya menyarankan kalau boleh kita boleh panggillah traveller-traveller ramai traveller yang terkenal dan sekarang ni melalui National Geographic ke ataupun channel-channel dengan izin, yang ternama untuk mempromosikan negeri Johor dan saya minta pihak kerajaan mempertimbangkan untuk membantu mempertingkatkan badan pelancongan kita untuk persediaan Tahun Melawat Johor 2020. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bila kita perhatikan juga perbelanjaan 2019, dia banyak memfokus pada bidang pertanian, yang saya, menarik perhatian saya ialah berkenaan dengan urban farming dengan izin, ataupun pertanian bandar yang mampu menarik perhatian anak muda atau belia kita. Dalam pemerhatian kita, sebenarnya kita mendapati banyak tanah-tanah kerajaan sama ada negeri atau persekutuan yang terbiar dan tiada sebarang aktiviti. Jadi, saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini, agar tanah yang terbiar itu mampu diusahakan untuk menjadikan tempat pertanian urban dengan menggunakan kaedah hydroponic dengan izin. Sebab rata-rata kalau kita tahu pertanian hidroponik ini dia perlukan ruang yang kecil dan senang dikawal dan dia akan kalau bandingkan dengan tradisional ada yang katakan hasil yang diperolehi adalah baik dan lebih banyak dan sampailah negara jiran kita Singapura dia mensasarkan, dia mensasarkan 40% hasil daripada tomato, tomato yang dia makan tu dalam negeri. Maksudnya dia melalui hidroponik nak hasilkan 40% tomato yang digunakan dalam negeri Singapore itu. Jadi, saya rasa ini satu yang kita boleh menggalakkan dan melibatkan anak-anak muda dan belia kita. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, kita sebut sahaja macam mana tawaran yang kita ada dan kita lihat mangkin atau pun untuk membangunkan sektor-sektor yang saya sebutkan tadi, sektor-sektor mana pun sebenarnya yang paling penting ia merupakan pembangunan infrastruktur atau pun macam mana kita maintenance kepada infrastruktur yang kita sedia ada. Contohnya pengangkutan awam, jalan raya yang baik, internet yang ada, saliran yang baik itu termasuklah adakah banjir kilat itu sentiasa berlaku ke tidak. Saya ingin mengambil kesempatan ini, sebenarnya banjir kilat dekat kawasan kita ini, sebenarnya adalah terkawal. Cumanya kita bimbang bila masa musim tengkujuh yang bakal akan berlaku pada akhir bulan ini atau pun bulan depan itu akan, itulah satu ujian kepada kita sama ada kita betul-betul dah buat maintenance dengan baik dekat-dekat situ. Dan tambahan dengan keadaan keselamatan yang baik, inilah di mana mangkin itu untuk membangunkan ekonomi kita melalui sektor yang kita sebut tadi. Dan, saya yakin bahawa kerajaan Pakatan Harapan Johor boleh mengurus perkara-perkara ini dengan baik. Dan, dengan ini kita boleh menambah daya tarikan

Page 185: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 185

untuk orang-orang kreatif untuk datang ke negeri Johor dan melabur dekat negeri Johor dan seterusnya membangunkan negeri Johor ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya saya masih ingat lagi, mesyuarat yang lepas, sahabat saya semalam menyebut bahawa akan menggunakan bilik yang disediakan oleh Dewan yang mulia ini, untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tapi beberapa hari lepas Ketua Pembangkang pula mengumumkan dia nak pulang balik bilik tersebut. Dan, saya pernah kata sebenarnya bilik atau pun pengiktirafan ini sebenarnya bukannya daripada kerajaan sendiri tapi daripada rakyat menyokong permohonan ini. Jadi, saya rasa tindakan sebegini sebenarnya telah membelakangkan hasrat rakyat kita dan tidak menghormati semangat demokrasi kita. Tapi, bila kita lihat kata nak pulang, tapi ada juga kamera yang pacak depan bilik itu untuk sesi media ke apa. Inilah pemerhatian kita sendirilah. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, Perling berpendapat sekarang ini adalah masa kita untuk bekerja. Dan, kalau boleh kurangkanlah antara politik. Dan, untuk menstabilkan situasi di negeri kita Perling mencadangkan undang-undang anti lompat parti untuk Ahli Dewan Negeri Johor perlu diadakan supaya dia boleh menjamin kesejahteraan Dewan yang mulia ini dan kepentingan rakyat Johor Darul Ta’zim. Mengapa? Satu, kalau tahu ada lompat parti berlaku pada pilihan raya yang lepas kita tak payah bertungkus lumus untuk berkempen, maka kita terus saja suruh apa tu pengundi untuk undi Barisan Nasional dekat kawasan-kawasan tertentu. Itu sahaja kita tak payah tungkus lumus kena maki. Dan yang kedua, mengikut pemerhatian kita, rakyat sudah mula rasa penat, tenat dengan keadaan seperti ini, lompat parti. Di mana kalau pemerhatian keadaan ini atau pun situasi ini, selepas kan dekat Perak tu lompat parti sehingga jatuhnya kerajaan negeri. Jadi, rakyat sudah panic dengan izin, sudah bosan. Yang paling membimbangkan adalah penolakan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan sebagaimana di negeri Perak yang berlaku yang lepas. Sebab rakyat rasa dia dikhianati. Saya melihat perkara ini serius dan sebelum perkara ini menjadi lebih parah pada masa akan datang kita kena buat sesuatu. Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan isu lompat parti ini baik di sebelah pihak mana sekali pun yang melakukan perkara sedemikian supaya perkara demokrasi negeri kita dan kepentingan rakyat negeri kita boleh dijamin. Dengan ini sekian sahaja ucapan saya. Perling menyokong usul yang dibawa oleh YAB Menteri Besar. Terima kasih. YB Speaker : Terima kasih Perling. Seterusnya, Layang-Layang. Jemput Layang-Layang. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, sidang hadirin yang saya hormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat kita mendengar pembentangan Belanjawan Johor 2019 oleh YAB Menteri Besar pada 29 November 2018. YB Tuan Speaker, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana telah membentangkan bajet yang sangat komprehensif207 titik fokus dan menyentuh pelbagai segmen masyarakat. Inilah legasi yang diturunkan oleh pemimpin-pemimpin Johor semenjak Dato’ Jaafar dan Dato’ Onn lagi. Bagi membela dan membangunkan lagi negeri Johor. Keputusan YAB untuk meneruskan inisiatif-inisiatif kerajaan terdahulu juga perlu diiktiraf termasuklah bantuan kepada anak-anak muda, golongan B40 dan warga OKU. Tidak lupa juga usaha untuk meneruskan inisiatif Bas Muafakat Johor yang telah dijenamakan Bas Harapan sejurus selepas PRU. Tetapi dah buat U turn dijenamakan kembali Bas Muafakat Johor dalam bajet tempoh hari. Cuma saya nak ingatkan Yang Berhormat Speaker, tolong jangan lupa tukar sticker Harapan atas bas-bas tersebut dengan izin. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana memberikan kami Wakil-Wakil Rakyat pembangkang peruntukan sebanyak RM50,000.00 setahun untuk pentadbiran. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada masa yang sama, ada juga perkara-perkara yang mungkin YAB Menteri Besar terlepas pandang. Buat pengetahuan Yang Amat Berhormat, isu kos sara hidup yang lantang disuarakan sebelum ini oleh Pakatan Harapan masih belum ditangani. Kononnya kalau GST dimansuhkan maka harga barangan akan turun. Kononnya kalau GST dimansuhkan beban rakyat akan hilang sekelip mata. Tetapi malangnya apa yang dimomok-momokkan kepada rakyat hanyalah

Page 186: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 186

satu khayalan. Hakikatnya harga barangan masih tinggi. Harga ikan, harga ayam, harga sayuran, harga petrol semuanya masih tinggi. YB Speaker : Harga petrol dah turun RM0.30 Yang Berhormat. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Cuma...97. YB Speaker : 97 turun RM0.30. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : 95, stay. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Yang Berhormat Ketua Pembangkang saya nak mohon kepastian. Yang Berhormat Ketua Pembangkang semalam kata bahawa harga barang semuanya dah turun. Saya nak check dengan dia nanti dia shopping kat mana?Dekat Lazada ke kat Shopee? YB Speaker : Benut. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Ketua Pembangkang, Datuk Hasni. Yang Berhormat Tuan Speaker, bukan itu sahaja, masihkah kau ingat, janji Pakatan Harapan menangguh bayaran PTPTN kepada semua peminjam. Masihkan kau ingat janji Pakatan Harapan menghapuskan hutang peneroka FELDA. Masihkah kau ingat janji pemimpin Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol. Dalam keghairahan untuk merampas kuasa, Pakatan Harapan telah menjanjikan bulan dan bintang walau pun mereka sendiri sedar bahawa ia adalah perkara yang sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya Pakatan Harapan terpaksa mengakui bahawa janji-janji ini tidak dapat dilaksanakan kerana mereka tidak jangka akan menang dalam pilihan raya umum. Inilah propaganda propolis untuk meraih dan memancing undi. Janji hanya tinggal janji. Layang-Layang nak berpantun sedikit. Harapan rakyat tinggi menggunung, Hancur berderai menjadi debu; Kesengsaraan rakyat berat ditanggung, Janji Harapan ternyatalah palsu. Yang Berhormat Tuan Speaker, YAB Menteri Besar juga telah menyatakan bahawa kerajaan negeri telah menunaikan ke semua 10 janji dalam tempoh 100 hari. Bagi saya pelaksanaan janji-janji hanyalah indah khabar dari rupa. Ibarat melepaskan batu di tangga. Mengumumkan sesuatu melalui media masa atau facebook tidak bermaksud sudah terlaksana janji-janji tersebut dan lebih penting ialah perlaksanaan. Sebagai contoh, cadangan Jementah dan Layang-Layang ditolak pada sidang DUN yang lepas untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua isteri, maaf dua siri. Tersasul. Yang Berhormat Tuan Speaker. (Dewan ketawa). YB Speaker : Saya tak jelas, apa tadi. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Hanya satu isteri saja. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Tahniah satu isteri. Tak berani. YB Speaker : Kalau nak tersasul, tersasul yang lain. Teruskan, teruskan. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Menghadkan jawatan Menteri Besar kepada dua penggal. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak ikhlas dan tidak ada political will untuk melaksanakan janji. Dari segi kad sihat Johor titik fokus kelima, saya ingin bertanya kepada kerajaan berapa ramai sudah mendapat manfaatnya. Saya difahamkan bajet RM150,000.00 akan diagihkan kepada 10 daerah. Saya mohon pencerahan sama ada perkara ini benar atau tidak. Kerana kalau benar ini bermakna 30 orang sahaja penerima di setiap daerah. Dan, kalau ini benar secara purata setiap DUN hanya akan ada lima penerima sahaja. Yang Berhormat Tuan Speaker, semalam Yang Berhormat Ketua Pembangkang bertanya apakah rating untuk website Kad Sihat Johor. Hari ini saya pula nak tanya betul ke website ini wujud? Sebab saya check tak ada. Cuba YB Tuan Speaker google sikit sama ada ada ke tidak. Kalau ada nanti boleh pm saya. Bagi Skim Takaful Warga Emas pula, bagaimanakah cara untuk memohon. Di Layang-Layang, mereka yang mahu memohon perlu berjumpa dengan penyelaras Pakatan Harapan bukan dengan ADUN di kawasan tersebut. Adakah ini urus tadbir demokrasi dinamik Pakatan Harapan. Dari segi insentif kursus perkahwinan percuma yang memilih fokus kepada golongan belia, berapa ramai pula belia yang sudah menjalani kursus perkahwinan percuma setakat ini. Adakah

Page 187: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 187

benar bahawa mereka kena bayar dahulu dan claim kemudian. Saya bertanya semua ini kerana ramai rakyat di luar sana masih tertanya-tanya cara untuk mendapatkan bantuan kemudahan-kemudahan ini. Adakah ini, urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan? Nak laksanakan sesuatu janganlah buat ala kadar, sekadar nak dapatkan publisiti murahan selepas itu mendabik dada dengan angkuh mengatakan bahawa segala janji telah ditunaikan. YB Speaker : Yang Berhormat, yang nak kursus kahwin tu rakyat ke Yang Berhormat? YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Ha? Saya dah kahwin dah. Alhamdulillah. Jangan begitu, kerana semua ini melibatkan kepentingan rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang kedua yang ingin saya bahaskan adalah belanjawan negeri tidak memberi penekanan yang sewajarnya kepada masyarakat di luar bandar. Peladang, penoreh getah dan petani tidak langsung disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Mereka dipinggirkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Bantuan khas kepada nelayan pula dalam Bajet 2019 ini hanyalah RM1,000.00 berbanding RM2,000.00 pada tahun 2018. Seperti yang disebut oleh Pemanis, harga komoditi sawit telah jatuh mendadak sejak Mei 2018. Antara sebab utama ialah kerana permintaan kelapa sawit Malaysia daripada negara China telah beralih ke Indonesia. Sebelum ini, hubungan baik antara Malaysia dan China sering dipolitikkan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kononnya kerajaan BN mahu menjual negara dan menggadaikan kedaulatan negara. Hakikatnya, perkara tersebut adalah tidak benar dan sengaja dilakukan untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional. Akibat permainan politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, pekebun yang menjadi mangsa. Harga sawit adalah pada tahap yang terendah iaitu RM250.00 satu tan. Ini memberi impak yang negatif kepada pekebun-pekebun kelapa sawit. Namun, mereka terus seperti dianaktirikan kerana mungkin mereka bukan penyokong tegar kerajaan. Janganlah berpolitik dengan masa depan dan periuk nasi mereka. Janganlah nanti nak pilihan raya umum barulah nak buat sesuatu. Janganlah nanti, nak pilihan raya umum barulah nak gula-gulakan mereka dengan janji-janji manis. YB Speaker, secara puratanya setiap peneroka FELDA mempunyai 10 ekar tanah dan dapat menghasilkan sekitar 8 tan sebulan. 8 tan x RM250.00 = RM2,000.00, tolak kos operasi dalam lingkungan RM1,200.00, tinggallah RM800.00. Dengan RM800.00 hasil penebatan inilah mereka terpaksa menanggung keperluan keluarga, menjelaskan hutang, membeli ubat dan sebagainya. Akhirnya, bak kata Pekan Nanas, habuk pun tak ada. Begitulah juga dengan harga getah yang jatuh merudum sekitar RM1.80 sekilogram. Purata pendapatan bulanan penoreh hanyalah sekitar RM400.00 sebulan. Pendapatan mereka adalah di bawah tahap kemiskinan tegar. Siapa nak bela nasib mereka kalau bukan kerajaan? Tuan Speaker, adakah patut ada pemimpin Pakatan yang suruh mereka bekerja dengan lebih kera? Ada pemimpin Pakatan yang mengatakan nak minta mereka bekerja masa musim tengkujuh. Saya rasa Yang Berhormat Speaker kenal orang ni. Orang yang sama juga mengatakan bahawa satu ekar tanah boleh menghasilkan 12 hingga 15 tan sawit. Semaklah dulu fakta sebelum buat kenyataan. Pening kita dibuatnya Tuan Speaker. Dulu dia mengata Datuk Ahmad Maslan, hari ini rupanya dia lagi teruk. ‘Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’. Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang mengecewakan ialah tiada inisiatif khusus yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk membantu menstabilkan harga komoditi-komoditi ini dan apa yang lebih menyedihkan ialah apabila saya membayangkan pada awal tahun 2019 nanti, sesi baru persekolahan akan bermula. Bagaimanakah mereka hendak menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka ini? Yang Berhormat Speaker, saya ingin mencadangkan agar kerajaan PH memberikan bantuan ‘one-off’ kepada mereka. Alang-alang sudah ada ratusan titik fokus dalam Bajet 2019, Yang Berhormat Speaker boleh tak saya nak mohon? Saya nak mohon supaya masukkan satu lagi titik fokus, titik fokus yang ke-208, iaitu memberikan bantuan ‘one-off’ RM1,000.00 sekurang-kurangnya pengusaha-pengusaha sawit dan getah. Demi rakyat, saya merayu supaya perkara ini dapat dipertimbangkan Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu mekanisme baru dengan meletakkan kadar harga lantai RM500.00 setan bagi sawit dan RM3.00 sekilogram bagi getah dalam membantu golongan tersebut menghadapi fasa ketidaktentuan pasaran komoditi.

Page 188: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 188

Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara ketiga, saya ingin mendapat pencerahan tentang status perumahan generasi kedua FELDA. Ramai anak-anak muda daripada FELDA Layang-Layang dan kawasan-kawasan FELDA yang lain bertanya tentang perkara ini kerana tiada sebarang perincian yang disentuh berkaitan perkara ini menerusi belanjawan di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Sedangkan manifesto Pakatan Harapan telah berjanji untuk membina bandar-bandar baru FELDA yang lengkap dengan kemudahan asas dan internet. Yang Amat Berhormat pun sendiri menyatakan bahawa orang muda sangat penting bagi kerajaan. Jadi, adakah projek perumahan bagi generasi kedua akan diteruskan? Saya menuntut penjelasan berhubung perkara ini. Yang Berhormat Speaker, menyentuh tentang pendidikan pula. Kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan Universiti Johor. Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa Malaysia bukan negara yang ketandusan universiti. Di Johor sahaja, kerajaan terdahulu sudah membina tiga universiti awam, UTHM, UiTM dan UTM. Pagoh pun telah diwartakan sebagai hab pendidikan. Tidak cukup dengan itu, universiti-universiti swasta pun dibina di sekitar Kota Iskandar. Pendidikan tinggi merupakan peranan kerajaan persekutuan bukan peranan kerajaan negeri. Kerajaan negeri sepatutnya lebih fokus kepada perkara-perkara yang lebih mendesak. Keperluan sekarang adalah untuk kerajaan negeri fokuskan bidang kemahiran, bukannya menambah universiti. Sebagai contoh, Kompleks Pengerang amat memerlukan pekerjaan kemahiran tinggi dan kini kita terpaksa import tenaga buruh dan profesional dari luar negeri Johor. Di dalam pembentangan Bajet Negeri Johor 2019 ini, dinyatakan bahawa kerajaan negeri akan meneliti untuk menaik taraf atau menggabungkan Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan Kolej Pengajian Islam Johor bagi membentuk Universiti Johor. Jika kerajaan masih mahu meneruskan inisiatif menubuhkan universiti pun, saya mencadangkan supaya kerajaan merujuk Bajet 2018 Perkara 232. Sudah ada perancangan untuk menaik taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai kolej universiti. Ini lebih praktikal dan tidak menelan belanja yang besar. Kajian awal kesesuaian dan kredibiliti pun sudah dibuat. Kolej Universiti MARSAH kelak dijangka berupaya menampung kira-kira 10,000 pelajar. Kajilah perkara ini dengan penuh bijaksana. Yang Berhormat Speaker, akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu penutupan pusat pelupusan sampah di Simpang Renggam. Berapa lama lagi agaknya kajian akan dibuat? Penduduk Layang-Layang masih menunggu dan menuntut supaya pelupusan sampah ini ditutup secepat mungkin kerana kita sedia maklum bahawa hujan lebat berlaku hampir setiap hari kebelakangan ini. Ini menyebabkan limpahan air leachate dari tapak buang sampah ini masuk ke Sungai Ulu Benut dan air daripada sungai ini masuk ke Loji Rawatan Air Simpang Renggam, dan apabila paras ammonia tinggi melebihi 2ppm, maka loji rawatan air akan ditutup serta merta. Jadi, ada dua implikasi di sini. Pertamanya, dari segi kesihatan, keduanya, dari segi kemudahan asas air itu sendiri. Kerajaan dahulu dah ada cadangan penyelesaiannya, dan kerajaan sekarang pun arif dalam hal ini. Pihak Pakatan Harapan jugalah masa pilihan raya umum yang lepas melompat-lompat, berpiket-piket untuk menutupkan pusat pelupusan sampah ini. Jadi bila dah menang, kenapa susah sangat nak buat keputusan? Mana pergi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang dahulunya memekik-mekik, melompat-lompat ini, mana pergi konsistensi dalam perjuangan membela rakyat? Yang Berhormat Speaker, saya faham akan permintaan ayahanda Bukit Permai untuk memberi masa dan ruang kepada kerajaan mentadbir kerana mereka adalah kerajaan baru. Kita akan beri masa dan ruang tapi kita tidak akan sekali-kali kompromi soal kepentingan rakyat. Akhir kata, saya dengan rasa penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf jika ada tersalah atau tersilap sepanjang perbahasan saya ini. Yang baik itu adalah daripada Allah Subhanahuwataala, dan segala kekhilafan adalah daripada kelemahan saya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih Layang-Layang. Seterusnya, Pasir Raja. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker (bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor. Pertama sekali patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Speaker, sebelum Pasir Raja memulakan Perbahasan ini, izinkan Pasir Raja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga

Page 189: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 189

Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Seri Paduka Mahkota Johor pada 22 November yang lepas sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, jutaan terima kasih Pasir Raja ucapkan atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Pasir Raja untuk turut serta mengambil bahagian di dalam Perbahasan pada kali ini. Pasir Raja amat menghargai peluang ini untuk sama-sama memberikan yang terbaik buat Johor dan juga masyarakat. Yang Berhormat Tuan Speaker, sejujurnya Pasir Raja ingin menzahirkan rasa kecewa dengan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana tiada langsung inisiatif baru yang mampu dijanakan oleh pihak kerajaan dan menambahbaikkan keperluan rakyat. Apa yang dibentangkan di dalam Bajet 2019 tersebut hanyalah satu usul yang pernah diusahakan oleh pihak Barisan Nasional dahulu yang hanya di jenama barukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, pertamanya di dalam Bajet Tahun 2019, yang dibentangkan kerajaan minggu lepas, yang memaklumkan, yang merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.774 bilion. Tiada langsung hal ehwal FELDA yang dicadangkan sedangkan kita tahu Johor mempunyai 73 buah FELDA dengan jumlah 27,641 orang peneroka dan 146,000 pengundi. FELDA merupakan salah satu sumber... YB Speaker : FELDA bukan, Yang Berhormat, FELDA bukan bawah Persekutuan? YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) : Ya, bawah Persekutuan tapi kerajaan negeri kena juga bertanggungjawab ke atas pengundi-pengundi yang telah menyokong mereka. FELDA merupakan salah satu sumber yang membantu dalam sistem ekonomi negara kita. Wajarkah disebabkan kelembapan ekonomi yang diramalkan akan berlaku di negara kita menyebabkan Kerajaan PH tidak menyediakan langsung bajet buat masyarakat di FELDA. Berbanding di dalam Bajet 2018 dan dekad baru Johor seperti antaranya pemberian hak milik tanah, naik taraf infrastruktur air, jalan dan jambatan di dalam kawasan FELDA. Untuk belia FELDA, RM1.5 juta telah diperuntukkan di dalam Tabung Latihan Kemahiran Johor untuk Program Latihan Kemahiran, juga di dalam Bajet 2018 terdapat peruntukan untuk menyelia 65 buah sekolah agama di kawasan rancangan FELDA. Selain itu, kelestarian tanah-tanah rancangan FELDA di dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia yang dinamakan Village Enhancement Programme dengan izin, iaitu FELDA Bukit Permai, FELDA Taib Andak, FELDA Ulu Tebrau dan FELDA Sungai Tiram. Terdapat juga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yakni PDK di FELDA Nitar 1 dan Nitar 2 di dalam Bajet 2018. Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara ini Pasir Raja bangkitkan kerana di dalam Bajet 2019, tiada langsung hal ehwal FELDA yang disentuh, sedangkan mengikut pemerhatian Pasir Raja terdapat beberapa perkara yang sepatutnya diambil kira dan diselesaikan Kerajaan Pakatan Harapan. Terdapat banyak isu-isu FELDA yang sepatutnya diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan terutama sekali berkenaan kejatuhan harga sawit yang sangat rendah pada masa ini yang menjejaskan pendapatan peneroka FELDA. Ditambah lagi dengan kenaikan harga barang yang semakin meningkat dan menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi. Pasir Raja mengharapkan akan ada satu inisiatif daripada Kerajaan PH untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat secara keseluruhan. Kedua, seperti yang kita tahu dunia zaman kini yang begitu cepat dan pesat membangun memerlukan kita untuk sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dan, internet sudah menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak masa kini. Perkongsian maklumat pendidikan secara atas latihan yakni online learning dengan izin perkhidmatan komunikasi elektronik dan sebagainya dapat dilakukan jika capaian jaringan internet ada di kawasan kita. Sampai bila kita mahu melihat masyarakat di kawasan FELDA dan luar bandar ketinggalan dan mundur. Pasir Raja mencadangkan kerajaan PH dapat memperluaskan carian jaringan internet di kawasan FELDA agar masyarakat FELDA mampu menikmati kemudahan seperti mana di bandar. Ketiga, memandangkan kawasan-kawasan di tanah Rancangan FELDA telah membangun dengan baik, Pasir Raja ingin mencadangkan agar mewujudkan PBT yakni Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan-kawasan FELDA untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat FELDA dapat di selenggara dengan baik. Dengan adanya PBT di kawasan FELDA ia dapat membendung

Page 190: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 190

masalah rumput yang tidak berpotong, sampah sarap yang tidak di selenggara dengan baik dan PBT juga mampu untuk mengurus tadbir kawasan FELDA dengan lebih baik dan tersusun. Keempat, permasalahan yang terbesar di kawasan FELDA adalah gejala sosial yang berleluasa di kalangan belia-belia FELDA. Tuntutan hidup yang tidak seimbang antara sosioekonomi dan rohani mendorong kepada gejala sosial di kalangan belia. Bagi melahirkan generasi belia yang berwibawa, berilmu dan berdaya saing masyarakat FELDA sentiasa memerlukan peruntukan yang besar bagi membangun golongan tersebut. Bagaimana kita mampu untuk memperbaiki imej golongan belia sedangkan tiada langsung peruntukan yang diberikan. Seterusnya, isu sosial pewarisan tanah dan migrasi generasi kedua FELDA ke bandar untuk mencari pekerjaan. Menurut Kajian Laporan Penyiasatan Migrasi dari Jabatan Perangkaan Malaysia 2016, punca utama migrasi luar bandar ke bandar adalah disebabkan kerjaya dan mengikut keluarga. Keluarga yang membangun memerlukan persekitaran yang menggalakkan untuk hidup selesa. Maka, adakah kawasan-kawasan FELDA di Johor ini mempunyai persekitaran yang baik untuk generasi kedua FELDA? Selain itu, Pelan FELDA 2.0 yang memperdaya, yang memberdaya komuniti-komuniti FELDA perlu juga diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa pelan ini berjalan seperti yang dirancang ini kerana hal ehwal tanah pertanian dan kerajaan tempatan adalah tanggung jawab kerajaan negeri. Maka tiada alasan untuk mengatakan FELDA di bawah persekutuan atau satu entiti korporat mahupun GLC yang membolehkan kerajaan negeri melepas tangan sepenuhnya dalam mempertahankan nasib orang FELDA. Seterusnya, permasalahan tentang pendidikan anak-anak FELDA yang perlu pengkhususan yang istimewa dan hala tuju spesifik dalam pembangunan potensi anak FELDA contohnya dalam bidang TVET yang amat cocok dengan persekitaran dan minat anak-anak FELDA. Di manakah inisiatif kerajaan negeri untuk melibatkan lebih ramai anak FELDA di dalam program-program TVET di dalam institusi pendidikan YPJ. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pasir Raja sangat setuju dengan Yang Berhormat Tenggaroh dan Yang Berhormat Machap tentang pindaan cukai tanah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan PH. Pada hemat Pasir Raja kenaikan cukai tanah tidak sesuai dilakukan pada waktu ini memandangkan pendapatan para peneroka yang sangat terjejas dengan kejatuhan harga sawit. Pasir Raja juga memohon agar kenaikan cukai tanah ini ditangguhkan. Pasir Raja mencadangkan agar Kerajaan PH mewujudkan Jawatankuasa Tanah bagi tanah FELDA untuk memudahkan pemilikan geran tanah kepada peneroka-peneroka. Yang Berhormat Tuan Speaker, yang seterusnya Pasir Raja ingin menyatakan tentang projek pembangunan yang dikenali sebagai Johor Eco-Entertainment Park yang dicadangkan dibangunkan di Bandar Akademi YPJ, Jalan Kulai – Kota Tinggi yang berada di dalam kawasan DUN Pasir Raja. Apakah projek ini akan diteruskan, memandangkan tiada langsung kenyataan tentang projek ini di dalam Bajet Johor 2019? Pasir Raja sangat mengharapkan projek ini terus dijalankan kerana ianya akan memberi peluang pekerjaan yang meluas kepada anak-anak peneroka di FELDA Sungai Sayong, FELDA Bukit Ramun, FELDA Bukit Besar, FELDA Pasir Raja dan juga kampung-kampung yang berdekatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, di Titik Fokus 32, ada menyatakan peruntukan sebanyak RM500,000.00 diberikan kepada, untuk memperkasakan pembangunan ummah di negeri Johor. Pasir Raja sangat tertarik dengan permasalahan berkaitan dengan nasib guru agama DG29. Pertamanya, Pasir Raja meminta untuk Kerajaan PH menyelesaikan masalah tentang kekurangan tenaga pengajar DG29 di sekolah-sekolah agama di negeri Johor dengan menyegerakan lantikan penempatan ke sekolah bagi guru DG29 lepasan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Masih ramai guru lepasan MARSAH yang masih belum dilantik walaupun sudah 3 tahun menamatkan pengajian. Keduanya, Kerajaan PH telah menjadikan Guru KAFA sebagai guru sekolah agama tetap. Permasalahannya bagaimana nasib guru DG29 terutama nasib guru yang masih baru keluar daripada MARSAH dan mengapa pelantikan untuk DG29 tidak diumumkan seperti Guru KAFA. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Titik Fokus 33 sebanyak RM4.7 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menyelenggarakan masjid dan surau di seluruh negeri Johor. Pasir Raja ingin menyatakan bahawa satu projek bina semula Masjid Jamek Al Hikmah, Kampung Baru Sungai Redan telah diluluskan dan penyerahan replika cek bernilai RM1 juta telah diberikan pada akhir tahun

Page 191: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 191

lepas. Masjid tersebut akan dibina di atas tapak masjid lama. Pasir Raja ingin bertanya, apakah projek tersebut akan diteruskan memandangkan projek ini tidak dinyatakan dalam Bajet Johor 2019? Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam Titik Fokus 106 MAARIS, Pasir Raja ingin menyatakan bahawa Pasir Raja telah membuat permohonan membina jalan baru pintasan di sekolah menengah ke sekolah rendah FELDA Bukit Besar. Dan kami dimaklumkan projek ini masih di dalam perancangan dan dari maklum balas PPNJ masih menunggu keputusan ICU JPM. Pasir Raja berharap agar projek ini diteruskan kerana berlaku banyak kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah kerana mereka menggunakan jalan utama iaitu satu-satunya jalan bagi laluan ke sekolah. Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam Titik Fokus 116. ada menyatakan tentang peruntukan RM3 juta untuk kerja-kerja berkaitan menaik taraf empangan rendah ataupun barrage dengan izin, yang merentasi Sungai Johor. Di sini Pasir ingin menyatakan tentang baraj Sungai Johor dan Sungai Johor adalah nadi bekalan air kepada loji air di sepanjang Sungai Johor terutamanya LRA Semanggar, LRA Sungai Johor dan Johor River Water Treatment Plan. Manakala baraj Sungai Johor bertindak sebagai pemampan dari kemasukan air masin. Baraj Sungai Johor telah siap dibina pada tahun 2017 dengan reka bentuk asal, bukanlah bertindak sebagai takungan sementara. Namun, pihak BAKAJ telah menukar SOP asal dan hasilnya semua LRA mendapat bekalan air mentah dan Empangan Linggiu telah mencapai 68% simpanan. Dengan perubahan SOP, maka sudah tentu terdapat kecacatan pada reka bentuk asal. Pasir Raja difahamkan telah mula terdapat kebocoran pada pintu-pintu yang menyebabkan telah mula ada kemasukan air masin. Kerjasama di antara pihak BAKAJ, JPS, Johor Ranhill SAJ dan PUB di peringkat operasi tidak dapat dinafikan adalah yang terbaik. Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu membantu pihak BAKAJ dalam memastikan bekalan air mentah berterusan kepada LRA-LRA sepanjang Sungai Johor dengan memberi peruntukan tambahan dengan kos anggaran bagi pembaikan pintu air di baraj tersebut lebih kurang RM4 juta termasuk tambahan stock lock dengan izin, yang akan bertindak sebagai wayar kepada baraj tersebut bagi mengurangkan kos elektrik. Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam titik fokus 143, sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk sambutan Hari Srikandi Harapan. Pasir Raja amat teruja dan berbesar hati dengan pengiktirafan Yang Amat Menteri Besar kepada kaum wanita. Pasir Raja ingin bertanya apakah kriteria pengiktirafan bagi menghargai peranan kaum wanita yang diuar-uarkan tersebut. Pasir Raja mencadangkan supaya ada pemantauan ke atas program-program tersebut agar ia tidak menjadi program yang syok sendiri, dengan izin memandangkan peruntukkan yang diberi adalah besar. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya di dalam titik fokus 158, peruntukkan sebanyak RM1.7 juta diberikan untuk pelaksanaan Projek Pendidikan Islam Digital Negeri Johor. Di sini Pasir Raja mencadangkan untuk memohon kerajaan pakatan untuk mengadakan sekurang-kurangnya sebuah sekolah di dalam setiap Parlimen untuk menggunakan Ipad di dalam pembelajaran. Pada khidmat Pasir Raja, Pemberian Ipad kepada pelajar tersebut inisiatif terbaik bagi menyahut saranan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk mengurangkan bebanan berat beg sekolah daripada sekadar menukar warna kasut dan stoking. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya titik fokus 170 memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi baik pulih sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Pasir Raja memaklumkan bahawa terdapat beberapa permasalahan di SMK Laksamana di dalam DUN Pasir Raja pertamanya Pasir Raja memohon untuk menaik taraf padang sekolah tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker keluasan padang sekolah tersebut adalah 9,600 meter ia diguna pakai juga oleh sekolah-sekolah berhampiran iaitu SMK Laksamana, 1,800 pelajar; SMK Tun Habab, 800 pelajar; SK Bandar, 500 pelajar, SKJ(T) Jalan Tajul, 300 pelajar; SJKC Pei Hwa, 700 pelajar. YB Speaker : Yang Berhormat masa dah 20 minit. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) : Sikit lagi. Keperluan padang adalah untuk pendidikan jasmani, sukan, riadah dan aktiviti kokurikulum. Keduanya aspek keselamatan. Untuk makluman Tuan Speaker, ada beberapa rumah lama terbiar berdekatan kawasan sekolah tersebut. Rumah ini menjadi kawasan pelajar ponteng sekolah dan melepak. Persekitaran yang tidak kemas dan semak samun mencacatkan pemandangan. Dan ia juga menggalakkan kejadian samun dan jenayah. Ketiganya kawasan belukar berhampiran sekolah. Ia menjadi ancaman dari binatang-binatang liar seperti babi, ular dan binatang-binatang berbisa yang lain. Seterusnya ancaman pokok-pokok besar.

Page 192: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 192

Pokok boleh tumbang pada bila-bila masa dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Suasana sunyi terutama di sebelah petang menyebabkan pelajar dan guru tidak selesa untuk melakukan aktiviti berdekatan kawasan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kata Pasir Raja mengharapkan Belanjawan Johor 2019 dapat dilaksanakan dengan baik bukanlah sekadar banyak merancang tetapi tidak dilaksanakan. Pasir Raja amat berharap agar bajet salin dan cetak Johor 2019 dengan cadangan penambahbaikan daripada Pasir Raja dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat Johor. Bukan hanya sekadar di atas kertas sahaja. Janganlah jadi sebelum berkuasa dulu, rakyat dizalimi kerajaan. Selepas berkuasa, kerajaan dulu manjakan rakyat. Kami tarik balik segala bantuan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih Pasir Raja. Seterusnya Pulai Sebatang. YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang) : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan Pulai Sebatang peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018. Terlebih dahulu sempena dengan Ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertua Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada November yang lalu. Patik mengambil kesempatan untuk merafak sembah untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dilanjutkan usia untuk terus memerintah di takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Pulai Sebatang juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri di atas penganugerahan Darjah Mahkota Johor, Yang Membawa Pangkat Pertama Dato’ Sri Mahkota Johor sempena keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan baru-baru ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan belanjawan yang holistik dan menyentuh semua segmen masyarakat di negeri Johor dan yang paling penting mengutamakan golongan yang memerlukan iaitu golongan B40. Pulai Sebatang juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga yang telah membentangkan satu belanjawan surplus dengan anggaran lebihan sebanyak RM3.4 juta. Ini membuktikan bahawa dalam usaha kita untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat kita masih mampu untuk mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan terkawal. Yang Berhormat Tuan Speaker, inisiatif kebajikan rakyat dan rejuvenasi pengurusan zakat. Berteraskan tema ‘Menerajui Perubahan Mengalas Harapan, Bangsa Johor Bestari’. Saya menyambut baik hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk meneruskan bantuan bersasar melalui inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan berdasarkan Manifesto Harapan dengan peruntukkan RM32.9 juta. Antara inisiatif-inisiatif ini termasuklah pemberian 10 meter padu air percuma kepada golongan B40 dengan penggunaan kurang daripada 35 meter padu. RM1,000.00 kepada waris warga emas melalui skim takaful warga emas, bantuan kewangan RM500.00 dan RM1,000.00 kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4,000.00 ke bawah di peringkat diploma dan ijazah melalui inisiatif harapan Johor. Kad Sihat Johor kepada golongan miskin dan miskin tegar dan juga kursus perkahwinan percuma kepada seluruh rakyat Johor yang bermastautin di negeri ini. Inisiatif ini mendapat maklum balas yang sangat dari rakyat Johor sejak ia mula dilaksanakan pada Julai yang lalu. Namun begitu, bagi memastikan bantuan ini benar-benar sampai ke tangan yang memerlukan saya mencadangkan agar kerajaan negeri dapat memperincikan lagi maklumat-maklumat yang diperlukan bagi memenuhi kriteria yang penerima yang telah ditetapkan. Sebagai contoh pemberian air percuma kepada golongan B40 perlu dipastikan bahawa penerima ini benar-benar berada di bawah kumpulan B40 seperti mana yang ditakrifkan di bawah Jabatan Statistik Negara. Begitu juga dengan pemberian bantuan kewangan pendidikan bagi pelajar yang keluarganya berpendapatan di bawah RM4,000.00. Mekanisme untuk mendapatkan maklumat sebenar pendapatan keluarga perlu diteliti dan diperhalusi demi memastikan kesahihan maklumat yang kita terima. Bukan nak berkira tapi yang paling penting bantuan sampai kepada golongan yang kita sasarkan. Pulai Sebatang juga menyambut baik peruntukan yang telah disalurkan kepada usaha untuk memartabatkan hal ehwal agama Islam di negeri Johor melalui Pelan Strategik Agama Islam Negeri

Page 193: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 193

Johor 2030. Keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam menambah baik dan membaik pulih keadaan masjid-masjid kerajaan, rumah pegawai, guru-guru agama dan kakitangan agama Islam negeri Johor juga amat dihargai meski pun serangan demi serangan dilakukan terhadap kerajaan Pakatan Harapan bahawa tidak membela agama Islam. Kerajaan negeri menafikan dengan memberi peruntukkan RM256.7 juta bagi melaksanakan projek sekolah agama kerajaan negeri Johor dan memberikan bantuan sebanyak RM1.5 juta kepada sekolah tahfiz. Namun begitu Pulai Sebatang juga ingin mencadangkan agar satu rejuvenasi dilakukan ke atas sistem pengurusan zakat. Di dalam point ke-7 Pelan Strategik Agama Islam Negeri Johor 2030, ada disentuh tentang pengurusan zakat yang mana terdapat peruntukan sebanyak RM163 juta bagi menjayakan lima kategori bantuan asnaf fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Cuma isu tentang zakat ini bukanlah wang atau bentuk bantuan yang diberikan. Tetapi yang ditimbulkan adalah soal birokrasi pengagihan zakat kepada mereka yang memerlukan. Kita perlu memikirkan kaedah atau mekanisme yang lebih baik dalam memastikan bantuan zakat ini assessable dengan izin, atau lebih mudah diperolehi bagi mereka yang benar-benar memerlukan. Justeru Pulai Sebatang ingin mencadangkan agar pihak Lembaga Zakat mencari kaedah active approach bagi mencari dan mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan maklumat dari orang ramai. Jika sebelum ini pendekatannya passive approach dilaksanakan mungkin pendekatan active approach ini memudahkan golongan memerlukan untuk memohon dan mendapatkan bantuan. Selain itu Pulai Sebatang juga ingin mencadangkan agar prosedur bagi mendapatkan bantuan zakat dipermudahkan agar kutipan wang zakat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaik mungkin. Yang Berhormat Tuan Speaker, Reformasi Sektor Perumahan, Pulai Sebatang juga menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk Reformasi Sektor Perumahan bagi merealisasikan harapan rakyat untuk memiliki kediaman yang selesa. Ia menggambarkan komitmen kerajaan negeri yang cukup tinggi dalam menyelesaikan isu perumahan yang telah lama menjadi kebimbangan rakyat terutamanya golongan anak muda. Penetapan kadar caj gantian dari RM40,000.00 kepada RM60,000.00 bagi setiap unit rumah yang gagal dibina juga diharapkan dapat menyelesaikan masalah projek rumah yang terbengkalai. Di samping itu juga penubuhan Jawatankuasa Task Force bagi memantau projek-projek perumahan mampu biaya diharapkan dapat menjadi pemangkin dalam memastikan matlamat 100,000 buah rumah mampu biaya tercapai. Pulai Sebatan juga ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana dengan isu perumahan ini kerana golongan M40 tidak diabaikan. Pengenalan projek perumahan untuk golongan M40 yang bernilai dari RM150,000.00 hingga RM300,000.00 adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh golongan M40 kerana mereka inilah golongan yang tersepit di tengah-tengah. Mereka tidak layak untuk memohon rumah mampu biaya kerana pendapatan isi rumah mereka telah melebihi had kelayakan. Tetapi pada masa yang sama tidak mampu untuk bersaing dengan harga rumah semasa yang melambung tinggi. Justeru pengumuman ini adalah satu yang mereka nantikan dan dambakan dari kerajaan negeri. Yang Berhormat Speaker, walaupun begitu Pulai Sebatang ingin menekankan soal spesifikasi dan kualiti rumah yang memenuhi ciri-ciri rumah yang diinginkan oleh pemohon agar sesuai dengan apa yang mereka bayar, selain itu juga saya mengharapkan agar pihak kerajaan negeri dapat memperhalusi sistem permohonan skim ini agar golongan pemodal dan pelabur hartanah tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkan sebarang unit rumah yang telah dikhususkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja. Usaha ini termasuklah dengan mengenakan denda yang tinggi sekiranya mereka yang berjaya mendapatkan unit rumah ini didapati menyewakan unit rumah berkenaan kepada pihak yang lain. Atau tidak mendiami rumah tersebut pada masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dalam mereformasi struktur perumahan, saya juga ingin mohonkan pencerahan daripada Yang Berhormat EXCO Perumahan atas soalan lisan daripada jawapan yang telah diberikan pada dua hari yang lepas, pada 2 Disember 2018, iaitu berkenaan dengan Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera, iaitu pecahan-pecahan yang telah diberikan sebanyak 22 pecahan, ada satu pecahan yang amat meragukan iaitu perbelanjaan ke London sebanyak RM800,000 lebih. Jadi saya mohon dalam sesi penggulungan diperdetailkan lagi berkenaan dengan perbelanjaan ke London sebanyak RM800,000 lebih. Saya rasa ini satu perbelanjaan yang banyak, berapa ramai ke yang pergi sehingga menelankan perbelanjaan sebanyak RM800,000 lebih itu. Yang Berhormat Speaker, Perpustakaan Awam Johor sebagai pusat pembudayaan ilmu dan pusat kekeluargaan. Pulai Sebatang percaya bahawa selain dari pembangunan yang bersifat material, kerajaan negeri juga tidak mengesampingkan projek pembangunan ilmu dan wacana dalam membangunkan negeri Johor. Negeri Johor telah mempunyai sebuah bandar hab pendidikan iaitu di Pagoh, di samping Batu Pahat dan Johor Bahru juga mempunyai beberapa IPTA dan institusi, Institut Pendidikan Guru. Selain itu, Johor juga berbangga kerana memiliki IPTA dengan perpustakaan

Page 194: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 194

antara yang paling besar di Malaysia iaitu di UTHM. Apa yang menarik adalah perpustakaan di UTHM adalah berkonsepkan kekeluargaan yang mana memberikan akses kepada kanak-kanak untuk masuk ke perpustakaan berkenaan. Justeru Pulai Sebatang ingin mencadangkan agar perpustakaan negeri Johor juga perlu diberikan perhatian lebih demi memastikan agenda pencerahan dan pembangunan intelek berkembang pesat di negeri Johor dan dalam masa yang sama mampu setanding dengan tema yang tumbuh pesat di negeri ini. Perpustakaan negeri berkonsepkan keluarga mampu memberikan suasana yang kondusif sekali gus menarik rakyat Johor untuk berkunjung ke perpustakaan ini dengan lebih kerap. Ini sejajar dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia yang mahu mewujudkan bangsa membaca melalui program #Malaysia membaca. Yang Berhormat Speaker, Johor pelopor revolusi Industri 4.0. Dalam era globalisasi ini perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi sangat pesat. Khususnya perkembangan Internet. Oleh kerana itu, dunia industri pun tidak lepas dari perkembangan Internet. Maka keperluan untuk mempersiapkan pelajar seterus seluruh peringkat pengajian yang boleh menjadi pendukung pembangunan industri masa kini yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengendalian perkakasan komputer dan perisian terkini.Ini memastikan kita tidak tertinggal dalam era revolusi Industri 4.0. YB Speaker : Azan Yang Berhormat. (Berhenti sebentar bagi memberi laluan laungan azan). YB Speaker : Sambung, Yang Berhormat. YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Speaker, justeru dalam mempersiapkan negeri Johor dengan ledakan revolusi Industri 4.0, saya ingin mencadangkan agar satu program yang mampu untuk menjadi pencetus kepada anak-anak Johor menjadi generasi penggerak industri secara inklusif dilaksanakan. Kita perlu menyediakan peruntukan dan menggembleng tenaga dengan institusi pengajian tinggi di negeri Johor bagi menjadikan Johor sebuah negeri yang bergerak maju seiring dengan revolusi Industri 4.0.Anak-anak Johor perlu didedahkan dengan teknologi agar mereka mempunyai minat yang mendalam dalam bidang teknologi dan menjadi komuniti industri yang inovatif dan kreatif. Pulai Sebatang ingin mencadangkan agar kita melaksanakan program Swadaya Teknologi Anak Johor untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bagi mencapai hasrat ini. Program ini jika dilaksanakan, kita akan menggunakan teknologi arduino yang merupakan satu kaedah pendidikan yang digunakan secara meluas di serata dunia. Salah seorang pengasas syarikat arduino ini direka cipta sebagai teknologi yang murah yang mampu dimiliki oleh para pelajar untuk mereka merealisasikan idea mereka. Ianya satu sejenis platform pembangunan yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan peralatan luaran seperti mengesan dari sensor dan mengawal peralatan seperti motor dan relay. Ia boleh digunakan untuk membina peralatan elektronik seperti alat penggera, jam digital, papan LED dan juga robot atau apa sahaja mengikut kreativiti semua arduino dibina dengan menggunakan sumber terbuka, open source, oleh itu dapat digunakan dengan lebih mudah dan murah berbanding mikro controller lain yang ada di pasaran. Pulai Sebatang juga ingin mencadangkan program ini boleh dilaksanakan di setiap DUN-DUN di negeri Johor, yang boleh diadakan sepanjang tahun pada hujung minggu ataupun di musim cuti sekolah. Saya berharap sekiranya program ini dilaksanakan, ia akan memberikan impak yang besar kepada tahap celik teknologi anak-anak Johor dan seterusnya kepada kemajuan Johor dalam era revolusi 4.0. Selain itu juga, mewakili DUN Pulai Sebatang, saya juga ingin memohon agar dibina satu Institut Latihan Perindustrian bagi mempersiapkan anak muda di Pontian dengan kemahiran yang sewajarnya, memandangkan KKBN yang sedia ada telah pun ditutup. Johor sebagai hab kerang-kerangan. Yang Berhormat Speaker, Pulai Sebatang menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berkenaan dengan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada hari Khamis yang lalu meletakkan Johor sebagai hab kerang-kerangan. Buat pengetahuan sidang Dewan di Pontian, jumlah pendaratan kerang untuk daerah Pontian sahaja pada bulan Oktober adalah sebanyak 60 tan. Bagi memastikan bahawa Johor menjadi hab kerang-kerangan yang produktif, maka pengurusan yang efisien perlu diamalkan. Saya ingin mencadangkan, semua pengurusan yang berkaitan dengan penternak kerang-kerang perlu disatukan dan diletakkan di bawah satu sistem pengurusan. Benih-benih kerang yang ada juga tidak boleh dieksport keluar dari negeri Johor dan keutamaan bagi benih-benih yang ada untuk diagihkan di serata daerah yang bersesuaian di negeri ini. Sekiranya terdapat lebihan benih, barulah permit dikeluarkan untuk dieksport keluar. Langkah adalah, langkah ini adalah untuk memastikan bahawa bekalan benih

Page 195: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 195

kerang sentiasa ada dan mencukupi. Selain itu juga, saya juga ingin mencadangkan agar satu sistem penguatkuasaan dan pengeluaran permit diwujudkan bagi membasmi kegiatan penyeludupan kerang dan juga aktiviti pengambilan kerang yang masih belum mencapai tahap matang. Yang Berhormat Speaker, untuk melangkah lebih jauh di dalam industri kerang-kerangan ini, kita tidak boleh menafikan akan peri pentingnya projek pembangunan dan penyelidikan kerang-kerangan. Ini termasuklah usaha-usaha pembenihan kerang dan juga proses mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian untuk dijadikan pusat pembenihan. Justeru saya mengharapkan agar ada peruntukan khas untuk tujuan penyelidikan bagi industri kerang-kerangan. Saya juga ingin menyarankan kepada pihak kerajaan negeri wujudkan satu one stop center ataupun kompleks yang memuatkan pusat pameran kerang untuk tarikan ekopelancongan, research and development untuk penghasilan kerang dan pusat yang memanfaat, yang dapat memanfaatkan industri kerang-kerangan ini menjadi makanan ternakan, bahan binaan, baja, kraf tangan dari kulit kerang itu. YB Speaker :Masa sudah 20 minit Yang Berhormat. YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang) : Sikit lagi. One stop center ini akan menjadi tempat tarikan pelancong yang akan mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri selain ia memberi peluang kepada nelayan-nelayan sekitar kawasan Pontian. Akhirnya dalam menpoint berdayakan golongan belia Johor. Yang Berhormat Speaker, Pulai Sebatang menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk memberdayakan golongan belia Johor. Ia termasuk program-program seperti ADUN Belia Johor dan juga Kepimpinan Muda Johor yang dikelolakan oleh Yayasan Pelajaran Johor. Jika kita sedar bahawa ia penting bagi memastikan golongan belia Johor sentiasa dipersiapkan dengan kemahiran-kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, ia dapat memastikan bahawa Johor tidak akan ketandusan barisan-barisan pelapis bagi meneruskan kesinambungan generasi pemimpin pada hari ini. Pulai Sebatang juga gembira dengan iltizam yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam memastikan penganjuran SUKMA 2020, nanti menjadi antara yang terbaik di dalam sejarah.Inilah SUKMA kedua yang kita anjurkan setelah kali terakhir dianjurkan di negeri Johor pada tahun 1992.Harus juga kita sedari bahawa tahun 2019 adalah tahun yang getir dalam memastikan persiapan SUKMA tahun 2020 berjalan dengan lancar. Tanggungjawab yang diberikan kepada KPRJ juga perlu sentiasa diberikan perhatian khusus agar tidak timbul masalah di saat-saat akhir. Namun begitu, kegusaran Pulai Sebatang adalah lebih kepada pengurusan kewangan Majlis Sukan Negeri. Melihat sepintas lalu dengan Laporan Audit Siri 1 yang telah dibekalkan kepada Pulai Sebatang, daripada muka surat 159, saya khuatir apabila melihat Majlis Sukan (MSN) hanya mampu diberi penarafan 1 bintang sahaja dengan markah sebanyak 41.87%. Pelbagai jenis ketidakpatuhan telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara yang perlu diberikan perhatian secara serius oleh kerajaan. Kita tidak mahu sikap dan budaya pengurusan ini berulang lagi di atas prinsip dan semangat Malaysia baru, kita bertekad untuk memastikan ketelusan dan kecekapan di dalam pengurusan kewangan ini. Yang Berhormat Speaker, saya rasa sekadar itulah dahulu ucapan saya. Saya memohon untuk menyokong ucapan Belanjawan Johor 2019.Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih Pulai Sebatang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Sekian. Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Parit Raja, jemput. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Bismillahirahmannirahim. Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam muafakat Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu bersempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor. Patik dan seluruh rakyat DUN Parit Raja merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat serta mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman makmur, maju dan rakyatnya hidup bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Syukur ke

Page 196: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 196

hadrat Allah kerana dengan izinNya Parit Raja berpeluang mengambil bahagian membahaskan belanjawan negeri Johor bagi tahun 2019. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mengakui banyak kemajuan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Apa tidaknya, kerajaan terdahulu yang telah mengusahakan jalan menuju kemerdekaan Tanah Melayu. Seterusnya mengisi kemerdekaan dengan segala usaha dan kesungguhan, membangunkan negara yang mempunyai pelbagai kelompok etnik menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama agar dapat hidup aman makmur. Ianya bukan satu jalan yang mudah, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Keamanan dan kesejahteraan yang ada tidak datang melainkan dengan usaha yang gigih. Kini dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, kerajaan yang telah diberi mandat mestilah mengupaya dan mensejahtera rakyat negeri Johor dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Betapa bertuahnya kerajaan yang ada pada hari ini, menyambung kesinambungan kejayaan-kejayaan dan pembangunan yang telah di laksana oleh kerajaan terdahulu. Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan 2019 merupakan bajet reclaim, rebrand dan repeat, dengan izin. Apakah tiada idea baru dalam menyusun bajet yang dikatakan Pelan Pembangunan Mampan 2019 hingga 2030? Kerajaan hanya menggunakan dana hasil usaha kerajaan Barisan Nasional selama lebih 60 tahun dan tidak memikirkan bagaimanakah untuk menambah sumber yang sedia ada agar ekonomi lebih mampan. Di manakah kesejahteraan dan membantu meringankan kos... YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Peraturan Tetap. Peraturan Tetap... YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Seperti yang dilaungkan-laungkan oleh kerajaan Pakatan Harapan... YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Yang Berhormat Puan Speaker, Peraturan Tetap 45(C), di mana seorang Ahli itu tidak boleh membaca ucapannya tetapi ia boleh membacanya cabutan daripada, ia boleh daripada kertas-kertas yang bertulis, jadi kita mintak, ini hanya Peraturan Tetap yang ditetapkan. YB Timbalan Speaker : Ya. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Janganlah janji-janji yang ditabur umpama indah khabar dari rupa. Seperti kaca dihempas ke batu, beginilah perasaan masyarakat luar bandar terutamanya golongan penoreh getah dan pengusaha sawit. Yang Berhormat Speaker, pertumbuhan ekonomi yang baik mestilah seiring dengan tahap pendidikan yang menjadi salah satu tunjang kepada pembangunan sesebuah negara. Apakah usaha dan idea baru yang diambil oleh kerajaan negeri dalam merapatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar di negeri Johor? Fokus kepada keperluan masa hadapan Johor iaitu keperluan membangunkan pendidikan rakyat negeri Johor merupakan usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan kini disambung oleh kerajaan Pakatan Harapan. Antaranya :- 1. Biasiswa Sultan Ibrahim pada tahun 2018 memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 manakala

tahun 2019 hanya RM300,000.00 sahaja.

2. Biasiswa Kenangan Dato’ Onn, yang mana biasiswa ini pada asalnya pendapatan keluarga yang dihadkan ialah RM2,000.00 tetapi telah dinaikkan kepada RM3,000.00 juga atas usaha kerajaan yang terdahulu.

3. Program Bantuan Tuisyen SPM YPJ. Dengan peruntukan pada tahun 2018, RM1 juta dengan memberi manfaat 4,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berbanding Bajet 2019, hanya RM300,000.00 bantuan sahaja dijangka 2,500 pelajar yang hanya akan mendapat manfaat ini. Jadi mana yang kata nak bantu ringankan beban rakyat seperti yang dilaung-laungkan sebelum 9 Mei yang lalu. Janganlah seperti kura-kura dalam perahu, tetapi pura-pura tidak tahu.

Page 197: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 197

4. Tuisyen e-Learning yang menjadi kaedah popular masa kini merupakan bajet yang diteruskan. Namun jumlah peruntukan RM200,000.00 adalah angka yang sama pada tahun 2018. Sedangkan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, sudah menjadi kewajaran dan keutamaan bagi pihak kerajaan untuk memikirkan satu inisiatif agar Tuisyen e-Learning ditambah dan diperluas baik agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat.

5. Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor juga menyusut pada Bajet 2019. Terdahulu tahun 2018 pinjaman ini menyumbang peruntukan sebanyak RM20.35 juta sedangkan pada tahun 2019 hanya RM20 juta sahaja.

6. Program SSPN yakni Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula dengan nama Didik, Dana Didik Harapan Johor. Pada tahun 2018, kerajaan ketika itu memperuntukkan dana pembukaan akaun SSPN iaitu RM50.00 seorang sebanyak RM500,000.00 namun 2019, dengan nama Dana Didik Harapan Johor, memperuntukkan dana RM50.00 seorang, dengan jumlah RM100,000.00 sahaja. Ternyata sekali lagi penyusutan jumlah yang besar. Oleh yang demikian, perkara ini saya harap diberikan perhatian.

7. Program Pembangunan Karakter Murid Johor tahun 2018, sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan. Kini dijenamakan semula dengan nama Program Pembangunan Sahsiah, Emosi dan Eksplorasi Diri atau kata singkatannya PROCEED.

8. Insentif Harapan Johor yang juga diberi nama baru, yang memperuntukkan peruntukan one-off kepada mahasiswa diploma dan ijazah.

9. Tabung Latihan Kemahiran Johor, pada tahun 2018 memperuntukkan RM5 juta manakala Bajet 2019, hanya RM700,000.00 sahaja.

Yang Berhormat Speaker, Bajet 2019 ada menyebut Program Pengkayaan Bahasa Inggeris. Saya menyambut baik cadangan ini. Namun dengan dana RM200,000.00 dan sasaran 200 orang pelajar untuk seluruh negeri Johor, adalah satu peruntukan yang amat kecil dan amat wajar ditambah. Apakah jaminan dan usaha kerajaan bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat manfaat program ini? Kita tidak mahu masyarakat luar bandar ketinggalan dan kita tidak mahu perbuatan ini umpama, bagai hujan jatuh ke pasir, kerana ini soal melahirkan modal insan. Parit Raja juga ingin mendapatkan kepastian peruntukan yang menyebut 3 perkara :- 1. Mahasiswa Anak Johor dengan peruntukan dana RM500,000.00 iaitu melibatkan 21 Persatuan

Mahasiswa Anak Johor

2. Karisma Ta’zim, sebanyak RM200,000.00 meningkatkan kemahiran, kepimpinan mahasiswa

3. Mahasiswa Harapan Johor dengan dana RM1 juta bagi tujuan mengeratkan hubungan mahasiswa Johor dengan masyarakat.

Dengan peruntukan yang besar ini, Parit Raja berharap dapat melahirkan mahasiswa yang bersifat bebas, mahasiswa yang mempunyai jati diri, benar-benar memahami Perlembagaan Negara, benar-benar memahami Prinsip Rukun Negara, memahami sejarah Tanah Melayu, melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna, mempunyai keperibadian tinggi, setia kepada negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek yang penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.. Parit Raja juga ingin mendapatkan kepastian sekali lagi saya ulangi, Parit Raja ingin mendapatkan kepastian tentang beberapa peruntukan yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional sama ada adakah diteruskan lagi? 1. Projek Tuisyen Yayasan Johor Corporation Pada tahun 2018 sebanyak RM500,000.00 memberi

manfaat kepada 1,200 murid di 40 buah sekolah rendah dan kaedah konvensional dan on-line classroom.

2. Peruntukan pemansuhan 4% kos perkhidmatan pinjaman YPJ tanpa sebarang caj dan faedah. Pada tahun 2018 telah memberi manfaat kepada peminjam baru. Dan peminjam yang sedia ada.

Page 198: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 198

3. Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim. Pada tahun 2018 telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta diperuntukkan yang memberi manfaat kepada 295 orang mahasiswa dari golongan pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000.00

Yang Berhormat Speaker, dalam usaha memperkasa sistem Islam di negeri Johor, ia bukan sahaja melibatkan dana peruntukan yang besar. Malah segala usaha mestilah dilakukan bersungguh-sungguh. 1918 hingga 2018 merupakan 100 tahun, 1 tempoh perjalanan yang amat panjang untuk gigih memantapkan dan bertahan sebagai sistem pendidikan Islam yang unggul di negeri Johor. Oleh yang demikian, Parit Raja mohon pertimbangkanlah untuk dikaji masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah agama kerana ramai lepasan Kolej MARSAH masih menunggu posting malah ada yang sudah 3 tahun belajar tetapi tidak dipanggil. Dan juga usaha untuk menyelenggara dan menaik taraf bangunan-bangunan dan usaha menaik taraf Kolej MARSAH kepada Kolej Universiti diteruskan kerana untuk tujuan memperkasakan sistem pendidikan Islam di negara ini. Universiti Johor yang dicadangkan, untuk menubuhkan sebuah universiti adalah di bawah kuasa dan daripada kerajaan pusat. Dan ianya mempunyai tanggungjawab kewangan yang besar apabila telah dibina. Oleh yang demikian Parit Raja mengharapkan agar negeri Johor, kerajaan negeri Johor memberi fokus kepada Kolej Universiti yang akan di naik taraf di MARSAH daripada memikirkan dan menyediakan dana kajian RM500,000.00 untuk Universiti Johor. Yang Berhormat Speaker, polisi baru yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan dalam 12 inisiatif terbaru di peringkat sekolah, iaitu kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah mulai tahun 2019. Persoalannya ialah yang pertama, apakah keperluan yang mendesak sehingga polisi ini diperkenalkan di Malaysia? Yang kedua, apakah pihak kementerian telah menjalankan kajian untuk melaksanakan polisi ini? Seterusnya yang ketiga, apakah kumpulan-kumpulan pelaksana, jabatan-jabatan yang terlibat sudah bersedia untuk melaksanakan polisi yang baru ini? Dan yang keempat, apakah pendirian kerajaan negeri Johor terhadap polisi ini? Harapan saya polisi ini tidak dilaksanakan di negeri Johor kerana bimbang terdapat pelbagai pihak yang menangguk di air yang keruh. Perlu ada langkah-langkah penyelesaian mengenai kewarganegaraan terlebih dahulu. Dan yang teramat penting polisi ini adalah polisi yang lemah dan memberi kesan yang buruk kepada masa hadapan negara. Seterusnya, pengumuman baru-baru ini dalam sistem peperiksaan bagi murid tahun 1, 2 dan 3 yang akan dimansuhkan mulai tahun 2019, merupakan satu berita yang mengejutkan dan ia akan diganti dengan sistem penaksiran yang lebih objektif. Persoalannya, berapa lama kah tempoh kajian dibuat untuk keputusan ini? Yang kedua, siapakah pula yang terlibat dalam membuat keputusan yang besar ini sehingga berkaitan perubahan Sistem Pendidikan Negara. Dan yang ketiga, apakah kumpulan pelaksana telah benar-benar bersedia untuk melaksanakan sistem baru ini? Sedangkan pengumuman pertukaran sistem yang baru dibuat beberapa minggu yang lepas. Janganlah sampai nanti golongan pelaksana yang akan menerima akibat dari perubahan sistem yang begitu mendadak dan murid akan menjadi mangsanya. YB Timbalan Speaker : 2 minit lagi YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Dan 12 inisiatif terbaru peringkat sekolah yang akan diumumkan baru-baru ini bahawa guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019 juga adakah benar-benar dapat dilaksanakan? Parit Raja berharap keputusan ini tidak dibuat secara terburu-buru. Buatlah terlebih dahulu kajian, mintalah pandangan daripada kumpulan-kumpulan profesional dan juga semestinya daripada kumpulan pelaksana kerana akhirnya kumpulan pelaksanalah yang akan melaksanakan segala polisi baru yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Parit Raja berharap segala bajet berhubung dengan pendidikan diberi perhatian yang serius supaya dpat melahirkan modal insan yang sempurna. Sekian ucapan perbahasan Belanjawan Tahun 2019 daripada Parit Raja. Sekian terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Raja. Seterusnya Yang Berhormat Penawar, jemput. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Timbalan Speaker, serta sidang Dewan sekalian. Pembuka kata, izinkan Penawar mewakili seluruh rakyat DUN Penawar merakamkan ucapan merafak sembah sempena Ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dan seluruh rakyat DUN Penawar sentiasa mendoakan Allah SWT melanjutkan usia baginda

Page 199: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 199

Tuanku. Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan untuk Penawar terlibat dalam perbahasan pada kali ini. Persidangan yang berjalan dalam suasana yang aman dan baik. Inilah sikap terpuji pembangkang. 6 tahun saya berada di Dewan Negara, ketika itu pembangkang tak sampai 10 orang tapi kecohnya Dewan Negara atas sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab mereka ini. 8 tahun tinggalkan suasana Dewan, kali ini masuk kembali dalam status sebagai pembangkang tapi amat terharu dan berbangga kerana Dewan Negeri Johor dipenuhi, Dewan negeri Johor ini mempunyai pembangkang yang dedikasi inilah sikap terbilang pembangkang negeri Johor. (Dewan bertepuk). Penawar kira, tidak perlu untuk Penawar mengulangi betapa Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat adalah satu bajet yang dianggap copy and paste dengan izin, dalam satu istilah lain iaitu bajet salin kulit. Terbang sekawan burung merpati, hinggap sejenak di dahan berduri, bila berjanji setengah mati, tiada yang tulen semuanya dicopy. (Dewan bertepuk). 83% daripada bajet adalah hasil idea daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Besar Johor. Penawar mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada YB-YB kerajaan di depan kita kerana amat mengiktiraf pembentangan Belanjawan 2019 yang mana ianya merupakan hasil tangan kerajaan Barisan Nasional. (Dewan bertepuk). Tetapi hari ini Penawar mempunyai beberapa perkara yang khusus untuk dibangkitkan. Walaupun telah dibawa oleh rakan-rakan tetapi Penawar tetap kemukakan permasalahan ini. Pertama sekali adalah berhubung dengan masalah masyarakat FELDA. Kerajaan kena ingat bahawa FELDA merupakan antara penyumbang ekonomi besar bagi negara kita. Untuk makluman Dewan, di DUN Penawar sahaja kita mempunyai 6 buah perancangan FELDA. Dan di Johor secara keseluruhannya pula kita mempunyai 73 FELDA, yang merupakan jumlah kedua tertinggi di Malaysia. Ini bukan jumlah yang kecil, komuniti FELDA Johor adalah ramai dan semakin bertambah. Ada beberapa buah rancangan yang memasuki generasi ketiga dan keempat. Jadi, kebajikan, program pembangunan sosial serta inisiatif khusus untuk mereka mestilah turut diberikan perhatian lebih-lebih lagi mereka juga adalah bangsa Johor yang selayaknya kita bela dan bangunkan bersama-sama. Namun begitu, Penawar amat kecewa dan tidak berpuas hati apabila Belanjawan Johor 2019 sedikit pun tidak memasukkan titik fokus khusus yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk masyarakat FELDA. Bagi membantu peneroka yang sedang dalam masalah akibat kejatuhan harga sawit yang turun sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. 50%, lebih 50% daripada harga sebelum PRU yang ke-14. Adakah ini antara bukti kecekapan kerajaan Pakatan Harapan dalam menangani masalah hidup rakyat jelata? Ini adalah sesuatu yang sangat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Adakah sememangnya kerajaan negeri berhasrat membiarkan komuniti FELDA Johor terabai dan tidak dipedulikan? Jadi, saya mohon penjelasan berkenaan perkara ini. Adakah kerajaan telah dapat jalan penyelesaian berhubung dengan perumahan generasi kedua yang melibatkan 4 FELDA di kawasan Penawar. Saya berterima kasih kepada EXCO yang telah pun tadi membentangkan bahawa FELDA Papan Timur, maknanya tender akan dikeluarkan tapi bila? Adakah dalam tahun ini ataupun lima tahun yang akan datang? FELDA Sungai Mas, belum dengar apa-apa pun ,FELDA Air Tawar 4 dan 5 belum pun kita nampak apa-apa yang muncul di situ. Yang Berhormat Speaker, kedua saya ingin menyentuh tentang program perlindungan kepada wanita iaitu titik fokus nombor 140 Program Stop It Survive (SIS) yang diperuntukkan hanya sebanyak RM100,000.00. Saya mempunyai beberapa ulasan berkenaan program ini. Kita mesti faham bahawa sekadar memberikan kesedaran sahaja ia tidak mencukupi, kita mesti menyediakan sistem sokongan serta badan aduan yang khusus, tegas dan berkesan malah satu pasukan peguam atau mereka yang bertauliah dan profesional mesti dibentuk untuk benar-benar membantu mangsa keganasan rumah tangga ini. Saya ingin merujuk kepada inisiatif kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kerajaan negeri sebelum ini memperkenalkan Dana Bantuan Guaman Syarie dengan jumlah permulaan sebanyak 5 kali ganda lebih besar dari program SIS. Sekali pun peruntukannya adalah 5 kali lebih besar, kumpulan sasarnya amat berfokus. Ini kerana, kami sangat faham bahawa keganasan dan isu rumah tangga adalah perkara yang paling rumit, sensitif dan kritikal. Malah kepada sesetengah orang ia masih dianggap sebagai perkara yang taboo untuk dibincangkan. Sebab itulah dalam Bajet 2018, kita memfokuskan secara serius kepada bantuan guaman untuk tuntutan kes-kes perkahwinan ataupun di Mahkamah Syariah. Ini termasuklah tuntutan nafkah, hak penjagaan anak bagi tempoh kekal dan harta sepencarian. Jadi, sebagai perbandingan dengan titik fokus nombor 140 ini saya mohon Yang Amat Berhormat menerangkan 3 perkara berikut. 1. Apakah jaminan atau rasional kerajaan bahawa dengan memberikan peruntukan hanya

RM100,000.00 atau 5 kali ganda lebih kecil kepada program SIS ini, program ini akan mencapai

Page 200: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 200

matlamatnya? Sedangkan cekupan ataupun golongan sasarnya adalah lebih jauh lebih besar dan ramai.

2. Mengapakah kerajaan negeri memberhentikan peruntukan RM500,000.00 kepada Dana Bantuan Guaman Syarie sedangkan bantuan guaman syarie adalah perkara yang sangat kritikal dan yang diperlukan dalam mana-mana isu rumah tangga atau pertikaian domestik?

3. Dengan memberhentikan dana tersebut selain program SIS, adakah wujud program alternatif untuk dirancang oleh kerajaan negeri untuk membela mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bantuan guaman syarie.

Yang Berhormat Speaker, perkara ketiga yang ingin Penawar bahaskan adalah berkenaan projek mega di Pengerang fasa yang kedua. Penawar sudah pastinya bersetuju dengan titik fokus ini, ia bukan sahaja merupakan komitmen kerajaan persekutuan tetapi merupakan lanjutan daripada inisiatif BN sebelum ini. Cuma sebagai wakil daripada penduduk di kawasan dalam Parlimen Pengerang, Penawar mempunyai beberapa perkara yang memerlukan penjelasan serta jawapan daripada kerajaan negeri. Pertama, kerajaan negeri mensasarkan 1,700 peluang pekerjaan, jadi Penawar ingin tahu apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri? (Dewan bertepuk). Dan berapakah peruntukan untuk memastikan yang segala peluang ini, peluang baik ini di Pengerang dapat direbut dan disertai oleh anak-anak Johor, khususnya oleh anak-anak di DUN Penawar dan Parlimen Pengerang. Penjelasan ini sangat penting kerana pihak kerajaan semasa menjadi pembangkang sebelum ini turut membangkitkan tentang keterlibatan anak tempatan ini. Jadi memandangkan sekarang parti anda sudah berkuasa, tunjukkanlah dan pastikanlah apa yang dibangkit sebelum ini dilakukan sekarang. Kedua, Penawar minta kerajaan negeri membentangkan jumlah penyertaan semasa anak-anak Johor dalam projek-projek mega ini. Dan senaraikan jumlah berapa banyak dan saiz syarikat-syarikat tempatan khususnya milik Bumiputera yang disasarkan untuk terlibat dalam fasal yang kedua ini. Yang ketiga, Penawar mohon penjelasan Yang Amat Berhormat dalam fasal 2 ini, Johor Corporation akan diperuntukkan sebanyak RM191 juta dan jangkaan kemasukan pelaburan adalah sebanyak RM800 juta dari pelaburan luar negara. Dari jumlah ini, peliknya jangkaan pulangan pada kerajaan ini hanya RM96.7 juta. Jadi, bukankah pulangan ini sebenarnya terlalu kecil untuk satu pelaburan yang mencecah RM191 juta. Dan itu kita belum mengambil kira bahawa kadar ekonomi dalam tahun-tahun mendatang akan perlahan dan lembap. Jadi, apakah strategi kerajaan negeri memastikan kita akan dapat mencapai sasaran kemasukan pelaburan berjumlah RM800 juta ini? Keempat, dahulunya Bas Muafakat Johor kemudian ditukar kepada Bas Harapan Johor dan kini kembali kepada asalnya Bas Muafakat Johor. Yang pertamanya saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri kerana memberi perhatian kepada pengangkutan awam, hasil daripada kerajaan Barisan Nasional yang dahulu. Pengangkutan awam yang baik adalah prasyarat penting untuk Johor menjadi negeri yang berprestasi tinggi. Penukaran dari Bas Muafakat Johor kepada Bas Harapan Johor hanyalah sekadar mengubah logo di bas sahaja. Saya fikir kita akan tukar bas dapatlah merasa bas yang lebih canggih, mesra alam, luas dan baru, rupa-rupanya kita hanya tukar nama bas lama, nama baru. Namun saya mohon penjelasan dan rasional mengapa kerajaan negeri membuat u-turn untuk kembali menggunakan bas Muafakat Johor yang sebelum ini telah dipolitikkan dengan nama bas Harapan Johor dengan membentangkan secara terperinci berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dihanguskan akibat keputusan yang bertukar-tukar ini? Janganlah buat sesuatu keputusan ikut nafsu masing-masing. Apa pun terima kasih kerana dengar suara rakyat dan cadangan daripada kami pembangkang. Di dalam Belanjawan 2019 turut dinyatakan bahawa terdapat rancangan untuk memperluaskan operasi laluan bas Muafakat Johor di kawasan Pengerang. Saya berharap ianya betul-betul ditunaikan oleh kerajaan negeri dan tiada lagi kenyataan u-turn yang akan dibuat kelak. Yang Berhormat Speaker, kita perlukan semua baru. Ekonomi baru dan idea baru untuk majukan Johor. Bukan sekadar tukar nama, kurangkan peruntukan, menaikkan cukai tanah, cukai hiburan atau kadar perkhidmatan. Kesian rakyat macam tertipu dengan janji-janji dulu. Sedangkan pada masa yang sama, tidak ada pun inisiatif lebih baik untuk membantu rakyat, berhadapan dengan kos sara hidup. Sebab itu Penawar lihat, Bajet 2019 ini adalah sekadar 3R, yang disuarakan oleh pihak pembangkang, reclaim, rebrand and repeat. Satu belanjawan yang tiada hala tuju, tiada visi, tiada idea besar bagi negeri Johor yang banyak potensi. Contoh, barangkali bajet kali ini tidak langsung memikirkan penyelesaian yang strategik untuk merancakkan ekonomi negeri. Penurunan perbelanjaan pembangunan sebanyak 14.3% boleh mengakibatkan ekonomi negeri ini merudum dan memberikan impak, impak negatif kepadanya. Malah kerajaan negeri sendiri tidak boleh menerangkan strategi apa yang hendak digunakan untuk menjadikan Johor sebagai negeri

Page 201: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 201

berprestasi tinggi, tidak akan untuk menjadi negeri berprestasi tinggi, kita guna strategi Johor sebagai hab kerang-kerangan sahaja Yang Amat Berhormat, jangan suka bersikap buruk siku. (Dewan bertepuk) Sudah beri, minta balik RM50,000 sibuk sangat bukan banyak, peninggalan hasil kerajaan Barisan Nasional berpuluh-puluh bilion dan juta, RM50,000 tidak ada kudis bagi kerajaan hari ini sepatutnya. Bukan kita minta, tapi itu janji PH semasa PRU yang ke-14, dan itu pun duit hasil tabungan pemerintahan kami dulu. Bila beri, jangan ada niat nak menunjuk-nunjuk. Sesungguhnya dalam Islam, tangan kanan yang memberi, tangan kiri jangan nampak. Seperkara yang hendak Penawar sentuh ialah berkenaan dengan slogan ‘Peduli Rakyat’, yang dilaung-laungkan oleh PH. Hendak diterjemahkan dengan jelas, jangan slogan hanya tinggal slogan, dan makan tuan nanti. Janganlah cakap tidak serupa bikin. Kata peduli rakyat, tetapi saat awal pemerintahan telah ramai ditaburkan pasir, telah ramai ditaburkan pasir pada nasi, pada periuk nasi pegawai-pegawai JASA, Seranta, Pegawai Pusat Internet 1Malaysia, Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga dan pekerja kontrak pertanian yang hari ini mereka adalah penganggur terhormat akibat daripada PRU yang ke-14. Yang menyedihkan kebanyakan mereka, masih ada lagi komitmen hutang rumah dan kereta serta anak-anak yang masih bersekolah. Fikirkanlah, kita ini bak kata orang, manusia biasa, kita jangan ingat kita menang kita berkuasa, kita kena ingat rakyat yang menentukan kemenangan kita semua. Yang Berhormat Speaker, saya ingin merumuskan tiga perkara. Pertama, saya harap kerajaan negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan dapat menjawab dan memberikan penjelasan berfakta kepada isu yang saya bahaskan ini. Janganlah menjadi perkara-perkara ini sebagai isu politik seperti yang sering dilakukan sebelum ini dan menggunakan alasan beri masa kepada kami untuk lakukan yang terbaik. Sebagai contoh, semasa perbahasan pada sesi yang lalu, Penawar minta kerajaan negeri bertanggungjawab dan kembalikan peruntukan yang dirampas oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk membina dua buah masjid di DUN Penawar. Kedua, saya mohon agar kerajaan negeri kembali mempertimbangkan program serta inisiatif untuk kelompok-kelompok yang tercicir dalam Belanjawan 2019 ini seperti komuniti FELDA. Ketiga, saya berharap kerajaan negeri akan menyemak dan mengemaskan kembali strategi dan perancangan yang dibuat dalam setengah-setengah perkara dalam belanjawan. Banyak sekali titik fokus yang kelihatan sekadar asal ada dan tidak di hurai dengan cara jelas dan terperinci. Ingatlah, kerajaan hari ini mempunyai tugas dan beban yang sangat berat. Bukan sahaja untuk mengatasi pencapaian cemerlang kerajaan Barisan Nasional dahulu, atau menghabiskan sahaja rizab besar dan duit pusaka yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Tetapi, kerajaan mesti memastikan Johor ini kekal cemerlang dan kekal nombor satu, sekalipun dalam persekitaran ekonomi yang dijangka mencabar dalam tahun yang mendatang. Mengakhiri perbahasan saya, sekali lagi ingin Penawar ingatkan slogan ‘Peduli Rakyat’ mesti diterjemahkan. Setelah beberapa bulan pemerintahan, slogan ini tidak diguna pakai bagi menggambarkan hasrat kerajaan negeri untuk benar-benar berkhidmat kepada bangsa Johor sekalian. Berapa ramai peminjam PTPTN telah dibodoh-bodohkan oleh kerajaan hari ini. Oleh itu, berdasarkan hujah-hujah yang telah saya sampaikan di atas, terbukti bahawa kerajaan negeri yang ada pada hari ini boleh diumpamakan hanya sebagai menanam tebu di bibir. Akhir sekali, diri rumah dindingnya papan, tikar dianyam asalnya rotan, banyak janji menarik perhatian, rakyat dibuai dengan harapan. Lembut gigi dari gusi, peluang diberi untuk berbakti, janji ditabur berkati-kati, melaksanakannya haram tidak jadi. Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. (Dewan bertepuk) YB Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Penawar. Yang Berhormat Senai, jemput. YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai) : Selamat petang dan salam Harapan Johor. Terima kasih Puan Speaker, memberi peluang Senai untuk berbahas di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyampaikan pembentangan Belanjawan 2019 pada 29 November 2018 yang lalu. Saya yakin dan percaya dengan belanjawan yang telah dibentangkan pada tahun hadapan, kerajaan negeri akan terus menambah baik daripada sekarang. Terima kasih Penawar bagi banyak pengalaman yang bahas yang dengan semangat yang betul. So, saya nak tanya, sebelah sana selalu kata ini belanjawan, bajet ini memang copy and paste daripada Barisan Nasional. Saya mengaku ada sesetengah macam serupa, sama, tapi barisan sana dia baca tidak ini? Audit baca tidak? Audit 2017 tahunan telah serahkan pada minggu lepas, I dapat ini, kalau ikut Barisan Nasional, sebelah sana kata bahawa bajet dia memang sempurna, memang sudah cukup baik, tak akan audit buat sampai 200 muka surat. Saya janjilah, saya mencabar Pakatan Harapan walau bajet macam sama, macam serupa, saya cuma nak barisan kerajaan di sini pastikan audit dibuat 100% lain daripada Barisan Nasional, apa yang telah dilakukan.

Page 202: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 202

Ok, Puan Speaker, Senai ingin membangkitkan beberapa isu yang perlu diambil perhatian Senai. Senai dimaklumkan bahawa projek Johor Free WiFi setakat ini jarang digunakan. Mungkin lokasi yang dipasang sedia ada tidak strategik, seperti contoh di kawasan saya, pemasangan Johor Free WiFi di taman rekreasi, Taman Dataran Cahaya Kulai, Hutan Bandar Kulai dan tepi jalan FT1 dilihatnya tidak sesuailah, tidak akan ada orang nak pakai WiFi dia berhenti kereta di jalan besar FT1. Tambahan lagi pada masa kini, pakej langganan Internet melalui rangkaian telefon bimbit yang amat murah dan lebih pantas di lihat lebih menjadi pilihan orang ramai. Kekerapan penggunaan Internet untuk meminta kata luar, kata laluan di restoran dan hotel juga dilihat menurun. Lokasi pemasangan WiFi, Johor Free WiFi yang tidak sesuai dan tidak berstrategik ini juga dilihat sebagai satu pembaziran. Adakah projek Johor Free WiFi perlu meneruskan atau diberhentikan terus? Jika kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan projek Johor Free WiFi ini, kajian mengenal kesesuaian lokasi perlu di jalan supaya pengguna dan, supaya penggunaan dan faedah projek ini kepada rakyat dapat dimaksimakan, seperti di kawasan perkampungan, kawasan flat atau kawasan low cost, perumahan low cost. Tetapi harus dipastikan pihak pembekal tidak mempunyai masalah liputan di kawasan-kawasan tersebut. Puan Speaker, seterusnya Senai mencadangkan supaya sistem CCTV diwujudkan sebagai langkah pengawasan bagi mengelakkan sesuatu jenayah berlaku. Selain itu, ia juga mampu membantu sesuatu penyiasat jika berlaku sebarang jenayah. Di Kulai yang merangkumi kawasan Senai mempunyai lebih kurang 165 buah CCTV. Malangnya daripada bilangan tersebut, hanya 35 buah yang masih berfungsi dan 130 buah lagi tidak berfungsi. Justeru, melihat kepadatan penduduk di Senai, di samping menjalani pertumbuhan pembangunan kawasan perumahan yang kian rancak serta terdapat banyak penempatan warga asing di atas faktor, kawasan perindustrian adalah satu kewajiban dan kerajaan untuk memastikan kesemua CCTV ini dapat beroperasi dengan baik. Harus diingatkan lokasi pasang CCTV ini juga harus diletak ditempat yang strategik mengikut cadangan pihak Polis. Saya dimaklum ada dua ke tiga CCTV di atas pokok. Tidak nampak ada-apa. Nampak daun sahaja. Perkara ini harus diberikan penekanan kerana ianya juga merangkumi salah satu elemen keselamatan. Puan Speaker, seperti kita semua sedia maklum kehadiran warga asing dalam sektor pembuatan bertujuan bagi merancakkan ekonomi negara, akan tetapi kehadiran mereka tidak dikawal dengan baik. Hanya menimbulkan masalah di sesebuah kawasan penempatan. Masalah ini merangkumi masalah sosial, kebersihan juga persekitaran. Saya ingin menekankan sedikit seperti apa yang berlaku di Senai. Warga asing yang menjadikan premis di kawasan perumahan sebagai asrama, kediaman mereka telah mendatang rasa yang tidak senang kepada masyarakat tempatan. Budaya yang dibawa seperti mandi di luar rumah, bercium di tempat awam, berkumpul di luar rumah sehingga larut malam, mendatangkan ketidak keselesaan kepada warga setempat. Justeru, terdapat sesetengah warga setempat mengambil tindakan untuk berpindah ke kawasan lain yang boleh, yang lebih dirasakan selesa, selamat. Penduduk setempat juga menyatakan bahawa mereka berasa seperti merempat di negara sendiri. Isu kebersihan merupakan satu isu yang sering kali menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Warga asing di, warga asing ini membawa budaya dari tempat mereka. Kawasan yang ada di diami mereka sering kali menimbulkan masalah wabak denggi. Bukan hanya tilam dan sampah sarap yang dibuang merata, malah ada paling membimbangkan mereka tanpa rasa takut menjual ayam hidup dan disembelih di kawasan awam. Puan Speaker, kegiatan judi haram secara terbuka di penempatan warga asing juga semakin hidup. Saya ingin menyarankan agar penempatan khas pekerja asing lebih banyak dibina seperti I-Stay di Indahpura. Pematuhan kebersihan dan aktiviti mereka boleh di kawal dengan tidak mendatangkan masalah kepada penduduk setempat. Para pengurus perusahaan kilang juga tidak harus fikir keuntungan dan menjadikan penduduk tempatan mangsa dalam menghadapi kerenah pekerja warga asing ini. Puan Speaker, Senai kini merupakan bandar yang semakin naik pembangunan kepadatan penduduk seramai lebih kurang 90,000 orang. Airport yang menjadi pintu masuk ke Johor sedang kawasan perkilangan terancang seperti airport, Senai Airport City juga menjadi mercu tanda kehebatan Senai. Tetapi sayang seribu kali sayang. Sedih saya menyatakan bahawa keadaan Balai Polis Senai. Balai Polis tersebut tersangatlah daif. Saya telah melawat sendiri Balai Polis tersebut dengan lihat ruang yang sempit dan tidak cukupi berserta sistem pendawaian elektrik yang sudah lama serta menunggu masa untuk diganti kepada yang baru. Dimaklumkan pada tahun 2020 Kulai akan menjadi kawasan penduduk kedua tertinggi di Johor. Ianya juga merangkumi kawasan Senai yang kian membangunkan banyak taman perumahan baru dibangunkan tetapi tidak sepadan dengan bilangan anggota Polis dan balai yang ada. Kita juga

Page 203: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 203

perlu ingat bahawa di Senai terdapat banyak penempatan warga asing. Polis memainkan peranan yang sangat penting di kawasan, memastikan keselamatan penduduk sekitar dijaga dengan baik. Jika Balai ini sempit, kecil, usang dan tidak selesa. Bagaimana kita ingin mereka melaksanakan tugas mereka dengan baik. Pintu masuk bandar yang tersebut juga berbahaya, juga telah meragut nyawa seorang anggota Polis baru-baru ini. Pintu masuk dia memang ada masalah, bukan sahaja anggota Polis lalu, tapi cabaran masuk simpang, saya panggil ia sebagai cabaran. Kawan saya pun meninggal dalam kemalangan dan di tempat yang sama. Itulah memang merbahaya. Kuarters lama yang menghadapi masalah yang sama, sempit, pendawaian elektrik yang usang, kedudukan tandas kuarters di luar bangunan, bukan dalam bangunan. Tidak lagi boleh diduduki, kuarters tersebut seperti perumahan zaman 60-an dan tidak mengikut reka bentuk terkini. Maka mereka anggota Polis terpaksa memohon kuarters di IPD Kulai. Malang kuarters IPD Kulai pula tidak mencukupi. Mereka tiada pilihan terpaksa pulak menyewa dengan hanya dibekalkan elaun rumah sebanyak RM270.00 sahaja. (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujuh Puluh Ringgit sahaja.) Maka atas rasa tanggungjawab, saya mencadang agar peruntukan dapat diberikan untuk menaik taraf dengan membina Balai Polis Senai ini berserta kuarters pembangunan mampan yang kian rancak kita rancang dengan industri baru yang berlaku serta kewujudan kawasan-kawasan perumahan baru di pekan Senai ini. Saya percaya kita harus mempertimbangkan perkara ini dengan segera. Puan Speaker, saya setuju Yang Berhormat Tangkak semalam mengatakan bahawa dengan isu-isu tentang Ahli Majlis. Ahli Majlis merupakan pelaksana tugas yang ketiga selepas Ahli Parlimen dan ADUN. Mereka juga mengalas tugas yang amat penting bagi memastikan prinsip dasar dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan diterima oleh mereka yang berada di hadapan. Oleh yang sedemikian, saya sangat berharap agar dapat mempertimbangkan kenaikan elaun Ahli Majlis bagi kelangsungan hidupan mereka. Ada majlis yang terpaksa berhenti kerja kerana dedikasi mereka terhadap rakyat untuk membantu mereka yang di bawah. Ada juga yang bekerja tetapi kalanya terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji demi menjalankan tanggung jawab sebagai Ahli Majlis. Mereka juga perlu turun padang untuk melihat masalah penduduk-penduduk di sesuatu kawasan dan zon. Kos-kos ini terpaksa tanggung mereka sendiri. Justeru, saya percaya dengan kenaikan elaun dapat meningkatkan beban dan menjadikan mereka lebih pro aktif dan bersemangat dan dalam melaksanakan tugasan mereka. Serta yang paling utama kan kenaikan elaun ini mendapat memenuhi Ahli Majlis daripada mengambil duit kopi. Kawasan Senai nampaknya ada banyak dewan, dewan serba guna atau balai raya jarang dipakai. Di kawasan saya Kampung Baru Seelong, saya dimaklumkan dewan tersebut dibina lebih 15 tahun tapi... YB Timbalan Speaker : Senai, teks. YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai) : Ok. Ok. Dewan serba guna di kawasan Seelong sudah dibina lebih 15 tahun tapi sampai setakat ni, selepas 15 you, you baca jadual dia tidak diguna lebihi 10 kali. Lain kata, 1 kali, 1 tahun pun tiada. So, dewan serba guna adakah kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan negeri Johor akan kita saya cadangkan transformasikan dewan-dewan tersebut serah kepada NGO-NGO tempatan supaya boleh menjalankan fully use lah dengan izin. Kawasan tersebut ia boleh menjadikan apa ni, bangunan sedia ada boleh dijadikan mungkin perpustakaan ke, tuition centre ke dan lain-lain. Tapi balai juga, balai raya juga, banyak balai juga masih ada tanda signboard ya. Masih ada tanda signboard menyata bahawa itu rumah UMNO. Adakah itu milik parti ke, milik kerajaan. Kalau milik kerajaan bila kita nak turunkan signboard-signboard tersebut? Senai juga membahagikan, ingin membahagikan cadangkan kepada Dewan yang mulia ni. Saya ingin mencadangkan agar pada masa datang mungkin boleh dipertimbangkan untuk perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini, melakukan, menggunakan slide atau pun power point, dengan izin. Ini memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan sesuatu keadaan mahu pun sesuatu perkara yang dibangkitkan. Komunikasi lisan hanya dengar bercakap kadang kala tidak mampu menggambarkan tahap keseriusan sesuatu perkara yang dibangkitkan. Kalau kita cakap-cakap jer, cakap ini jalan daif, itu rumah rosak, itu bangunan so kita tak ada gambaran. Mana satu projek kena diprioritikan, diutamakan. Itu cadangan saya. Cadangan yang lagi satu, satu kali sidang Dewan ya, saya dapat kertas kerja lebih kurang 15 kilo. So pada zaman sekarang kalau kita nak go green life, saya cadangkan dokumen-dokumen disediakan bagilah satu A4 paper dengan que barcode. Kita scan jer boleh jimat banyak kertas dan kos-kos (Dewan bertepuk) untuk Dewan yang mulia ini.

Page 204: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 204

Sekian, Senai juga menyokong juga belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, sekian terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Jementah, jemput. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Salam sejahtera Yang Berhormat Puan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga semua penjawat awam yang hadir pada mesyuarat Dewan Negeri hari ini. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada minggu yang lalu. Jementah juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam doa kepada Mohamad, Encik Mohamad Adil bin Mohd. Kassim, iaitu ahli Bomba dan Penyelamat yang telah mengalami kecederaan yang parah pada insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mahamaryaman di USJ, Subang Jaya minggu yang lepas. Semoga beliau cepat sembuh dan keluar daripada keadaan kritikal dan balik kepada pangkuan kerja dia. Sesungguhnya negara kita tiada tempat untuk apa ni, perusuh-perusuh melakukan rusuhan. Dan, kita difahamkan bahawa pertembungan yang berlaku di Subang Jaya ni sebenarnya bukan satu isu perkauman. Dia satu isu boleh dikatakan swasta, dengan pihak kuil dan oleh kerana cara yang digunakan tidak betul dan berlakunya rusuhan sebegini. Dan, ditambahkan lagi dengan sentimen-sentimen, keluarkan apa ni, kenyataan yang tidak bertanggung jawab maka berlakulah rusuhan ini. Kita bersyukurlah di negeri Johor ini kita tidak berlaku, kita masih aman damai, kita juga ucapkan kepada pihak Polis yang telah menjalankan tanggung jawab mereka dengan baik. Mengambil tindakan serta merta untuk memberhentikan rusuhan ini. YB Puan Speaker, Jementah menyambut baik Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan dan berpendapat bahawa Belanjawan ini adalah satu belanjawan yang sangat inklusif dan menyeluruh dengan 6 teras strategi dan 207 sentuhan. Walaupun belanjawan ini sering kali dibangkitkan oleh pihak pembangkang sana, katakan satu belanjawan yang rebranding, cut and copy daripada kerajaan Barisan Nasional. Tetapi ingin saya tegaskan di sini, bahawa barisan Nasional sudah ditolak oleh pihak rakyat. Sudah ditolak oleh rakyat jelata pada pilihan raya yang lalu. Maka perlulah jangan masih hidup dalam sindrom penafian, don’t live in denial syndrome, menerima hakikat bahawa belanjawan ini adalah satu belanjawan yang baik untuk rakyat kepada rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, cabaran yang sebenarnya dalam belanjawan ini bukan content dia, tetapi pelaksanaannya. Macam mana kita nak mempastikan bahawa pencapaian, pelaksanaan ini adalah penting daripada belanjawan ini. Macam, mana kita nak mempastikan bahawa strategi dan semua perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam belanjawan ini dapat disampaikan kepada akar umbi rakyat jelata itu yang penting. Walau pun kita ada agensi-agensi pelaksana, jabatan-jabatan yang membantu kerajaan, tetapi kita sering juga mendapati bahawa banyak polisi yang baik tetapi tidak akhir-akhirnya tidak disampaikan kepada apa ni akar umbi, rakyat jelata. Saya amat terkejut bila saya bangun pagi ni saya nampak satu laporan daripada Malaysia Kini bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2017, Siri Kedua yang telah melaporkan bahawa peruntukan untuk mendirikan Rumah Mampu Milik atau Rumah Mampu Biaya di kawasan FELDA pada belanjawan 2016. Kerajaan persekutuan tak ada peruntukan. Satu sen pun tak ada. Kosong. Itu sebenarnya janji kosong. Tidak seharusnya berlaku. Tetapi memang dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri Kedua telah melaporkan bahawa Bajet 2016 peruntukan tidak diberikan walau pun setelah diumumkan tetapi peruntukan tak ada, kosong. So ini sebenarnya janji kosonglah. Oleh pihak kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan persekutuan. Maka ingin saya memperingatkan bahawa kita jangan berulang praktis yang sebegini. Kita Pakatan Harapan, kita telah diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya yang lalu dan kita harus bersungguh-sungguh untuk mempastikan bahawa semua inti sari atau limpahan daripada belanjawan ini dapat diberikan kepada rakyat. Maka, kita juga berharap jangan pada masa depan kita nampak, kita baca laporan daripada Ketua Audit Negara bahawa Pakatan Harapan yang sebenarnya tidak menunaikan janji. Maka, ingin saya membawa satu cadangan untuk kerajaan mempertimbangkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas task force audit atau pemantauan, supaya semua perkara yang membawa maksud kewangan yang akan dibelanjakan, dipantau dengan secara lebih baik supaya betul-betul dijalankan apa ni pelaksanaannya dan mencapai status apa ni pencapai pelaksanaan yang kita ingin yang kita hasrat harapkan. Harap boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan negeri.

Page 205: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 205

Yang kedua, berkenaan dengan isu rumah. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO yang telah banyak berusaha untuk menangani masalah isu perumahan yang saya nampak dalam bajet ini ada 100 nak, cita-cita untuk membina 100,000 Rumah Mampu Biaya pada tahun 2023. Dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan seperti RM87 juta untuk mengambil balik tanah untuk membina Rumah Mampu Milik, 40% daripada projek perumahan mesti dibina dengan RMB. Dan juga RM1.5 bilion membina PPR, PPAM dan PRIMA dan sebagainya. Saya tertarik dengan kadar caj gantian Rumah Mampu Milik yang tidak dibina, di mana kalau pemaju tidak apa ni berjaya membina Rumah Mampu Milik akan dikenakan caj gantian RM40K hingga RM60,000.00 lah. Saya berpendapat bahawa mengenakan kadar caj gantian boleh, tetapi kalau kita sudah meletakkan polisi 40% daripada projek perumahan mesti dibina dengan Rumah Mampu Biaya dan pada masa yang sama kita meletakkan kadar caj gantian kalau tidak membina Rumah Mampu Biaya. Ini macam ada bercanggah sikit, macam maka saya ingin membuat cadangan untuk mengehadkan itu peratusan 40% ini supaya pihak pemaju betul-betul membina Rumah Mampu Biaya untuk rakyat jelata yang mereka yang tak mampu memiliki rumah. Dan selain daripada itu, kita juga kena tengok secara teliti bahawa kadar caj gantian ini kalau diberi, kalau dicajkan, maka pemaju perumahan mereka kena caj ini, mereka akan caj balik kepada pembeli rumah lah, yang lain. Ini bermaksud bahawa harga rumah harga rumah akan dinaikkan. Dan ini bertambah lagi keadaan yang tidak begitu baik, bertambahkan keadaan yang susah lagi untuk pembeli-pembeli rumah sebenar ingin membeli satu rumah. Dan saya mohon pihak Yang Berhormat EXCO untuk mempertimbangkan perkara ini, 40% ini sama adakah kita mesti ada dalam polisi kita? 40%ni mesti bina? Dan kadar caj gantian ini kalau boleh, di apa ni dikajikan semula, macam mana kita nak mengehadkan itu dia punya cajlah supaya tidak mengakibatkan kenaikan harga rumah. Ini yang saya mohon Yang Berhormat EXCO untuk telitikan. Yang ketiga, berkenaan dengan keluhan petani sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah menerima maklum balas daripada banyak petani sayur-sayuran dan buah-buahan berkenaan dengan permit kerja pekerja asing yang mereka upah yang lebih daripada 10 tahun. Sebelum ini bayaran levi telah diumumkan oleh pihak kementerian adalah sebanyak RM10,000.00 untuk mereka yang ingin menyambungkan permit mereka ke tahun yang ke-11. Dan, walaupun melalui surat khabar, pihak kementerian telah mengumumkan untuk menurunkan itu kadar levi kepada RM3,500.00, tetapi saya masih menerima maklum balas daripada majikan khususnya mereka yang mengupah petani-petani buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengupah pekerja asing. Mereka pergi Jabatan Imigresen dan dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Imigresen bahawa mereka belum menerima notis rasmi lagi daripada pihak kementerian berkenaan dengan pengurangan bayaran levi ini. Maka mereka masih perlu membayar RM10,000.00 lah untuk pekerja asing yang ingin sambung apa ni permit kerja dia untuk tahun yang ke-11. Maka, saya ingin memohon pihak yang berkuasa, yang berkenaan meneliti perkara ini supaya mempercepatkan proses mengeluarkan notis rasmi kepada Jabatan Imigresen. Sebab RM10,000.00 bukan satu angka yang kecil dan sesetengah mereka petani ini, mereka mengupah banyak pekerja asing juga sebab tak semua warganegara kita yang sudi bekerja sebagai dikatakan pekerjaan yang 3D lah so mereka kena upah pekerja asing. Satu lagi ialah berkenaan dengan tempat tinggal pekerja asing. Mengikut Akta Standard Minima Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, tempat tinggal pekerja asing yang disediakan majikan perlu mematuhi keperluan asas seperti tempat tidur, ruang riadah, bilik air dan dapur semasa membuat permohonan kemasukan pekerja asing. Akan tetapi baru-baru ini pihak Jabatan Tenaga Kerja telah menetapkan syarat yang lebih ketat lah, tidak mengizinkan rumah macam bentuk kontena atau rumah bentuk zink tidak boleh digunakan lagi. Dan majikan diminta untuk membina rumah di atas tanah. Tetapi, kita mesti faham petani-petani atau majikan ini mereka kadang kala mereka apa ni, tanah yang mereka usahakan ini bukan tanah milik mereka sendiri, mereka sewa. Dan ini memang membawa kesusahan kepada mereka lah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Maka, ingin saya mohon apa ni pihak berkuasa berkenaan untuk mengkaji perkara ini sama ada kah rumah bentuk kontena atau zink sudah cukup. Sebab kalau mereka dapat menyediakan tempat tidur, ruang riadah, bilik air dan dapur sudah cukuplah walaupun rumah itu dalam bentuk kontena atau pun dalam bentuk zink. Saya mohon pihak berkuasa berkenaan untuk menelitikan perkara ini. Seterusnya ingin saya membawa isu berkenaan dengan program iSURI. Seperti sedia maklum Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan program iSURI untuk golongan suri rumah yang berumur daripada 18 tahun hingga 60 tahun sebagai satu usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi pengiktirafan kepada golongan suri rumah yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Seperti yang termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu. Dan suri rumah yang layak dalam program ini hanya

Page 206: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 206

perlu membuat bayaran caruman RM5.00 setiap bulan dan dalam akuan KWSP dan kerajaan persekutuan akan membuat bayaran caruman RM40.00 setiap bulan kepada penerima. Kita juga sedia maklum bahawa pada peringkat awalnya pelaksanaan program ini, pihak KPWKM telah mengumumkan bahawa mereka yang layak hanya diberikan kepada peserta e-Kasih sahaja yang telah berdaftar sebelum 30 Jun 2018. Yang Berhormat Puan Speaker, menurut maklumat yang saya perolehi daripada pihak ICU sehingga 23 November 2018, jumlah warga suri rumah dari Johor yang layak untuk menerima program iSURI adalah 7,373 di negeri Johor yang layak untuk menerima, yang layak dimasukkan ke dalam program iSURI ini. Tetapi status pencapaian yang saya dapati, yang saya data yang saya dapati sehingga 23 November 2018 di negeri Johor, mereka yang berjaya berdaftar dengan KWSP untuk program iSURI di negeri Johor hanya 1,114 sahaja atau 15.1%. Ini peratusan yang agak tidak memuaskan kerana ia tidak selaras dengan usaha kerajaan untuk mengagihkan sumber dengan lebih saksama kepada golongan tersasar. YB Timbalan Speaker : 2 minit lagi. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Ya, akan dihabiskan dalam masa yang diizinkan. Maka saya minta pihak berkenaan supaya apa ni mengkaji semula mechanism pelaksanaan ini supaya ia dapat dimanfaatkan kepada rakyat dengan lebih baik lagi. Mechanism yang lebih berefektif lah dan mengurangkan red tape sebaik-baiknya kalau boleh. Isu yang seterusnya ialah berkenaan dengan, dah tak ada. Tiga isu sahaja sebab masa yang diberikan 20 minit. So, hanya yang saya boleh cakap berkenaan dengan tiga isu yang ingin saya bawa tapi kita jangan berulang apa yang Barisan Nasional buat, Pakatan Harapan perlu terus berjuang untuk kebaikan dan kebajikan rakyat dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Tenang. Terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada Yang Berhormat Jementah. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 4.00 petang ini. Persidangan ditangguhkan pada jam 3.45 petang. Persidangan disambung semula pada jam 4.00 petang YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Sungai Balang, jemput. YB Puan Zaiton binti Ismail (Sungai Balang) : Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam muafakat Johor, salam Sungai Balang Gemilang. Saya mula ucapan perbahasan ini dengan kata-kata dari ahli falsafah Greek “bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pendapat dan bertukar pengalaman, rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar”. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Speaker kerana Sungai Balang diberi ruang dan peluang untuk sama-sama dalam perbahasan Bajet Negeri Johor 2019. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada YB-YB PH yang khasnya YB Jementah. Kerana telah diberi kepercayaan jadi, pada saya buatlah kerja, jangan setiap kali dalam ucapan menyalahkan pembangkang di sini. Waktu YB-YB seperti YB Pekan Nanas, YB Jementah, dulu duduk di sini lebih hebat tapi kami tetap dengan semangat jitu tidaklah kata setiap kali, setiap kali daripada awal lagi menyalahkan pembangkang. Kami pun namanya pembangkang macam YB juga jadi sikapnya sama cuma kami lebih berhemah. Pertamanya ucapan tahniah saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah berjaya membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari pada Khamis yang lalu. Belanjawan Johor 2019 ini merupakan belanjawan sulung kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan. Sebenarnya membuktikan Pakatan Harapan sebenarnya sangat yakin dan percaya terhadap segala dasar yang dilaksanakan oleh pemerintahan terdahulu. Sungai Balang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana meneruskan segala langkah dan dasar kerajaan terdahulu. Apabila diteruskan bermakna di hati dan fikiran kerajaan hari ini segala yang dilaksanakan kerajaan terdahulu adalah baik. Terima kasih

Page 207: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 207

banyak-banyak atas keyakinan itu. Mana tidaknya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pun ialah hasil didikan UMNO. Jadi sayang itu tetap ada, insya-Allah. Namun begitu, apabila sebuah belanjawan negeri atau negara dibentangkan, ia perlu memenuhi kepada 2 persoalan utama. 1. Mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak dengan maksud meningkatkan

hasil dan pendapatan.

2. Mempastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemaskan prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Walaupun bajet ini banyak meneruskan dasar dan langkah terdahulu, tetapi terdapat banyak golongan yang mereka tinggalkan. Sekali gus tidak menjawab persoalan yang dinyatakan tadi. Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang ternanti-nanti dalam belanjawan ini mampu membantu golongan petani dan pekebun kecil. Hal ini kerana kita tahu dalam belanjawan kerajaan pusat, golongan ini ditinggalkan. Adakah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di peringkat negeri dan pusat ini telah membuat kesepakatan untuk meninggalkan golongan petani dan pekebun kecil yang sudah pasti menetap di kawasan luar bandar. Adakah pihak kerajaan melihat golongan petani dan pekebun di kampung-kampung ini tidak penting? Golongan petani dan pekebun kecil ini juga perlu meneruskan kehidupan mereka. Mempunyai tanggungan untuk diberi makan. Tetapi, dalam belanjawan yang dibentangkan kali ini, tidak ada apa-apa yang boleh membantu mereka. Sudahlah Yang Berhormat Menteri di persekutuan suruh penoreh pergi menoreh di musim hujan, tengkujuh. Kerajaan negeri pula ambil tindakan acuh tak acuh. Sungai Balang juga jadi tertanya-tanya, adakah kemungkinan kerana kawasan Yang Amat Berhormat Kempas tidak ada petani dan pekebun kecil? Maka, mungkin tidak terpandang atau terlintas kebajikan golongan ini dalam ingatan Yang Amat Berhormat. Sungai Balang amat berharap pihak kerajaan dapat melihat perkara ini. Soal kebajikan dan taraf hidup mereka. Mereka juga rakyat Johor yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Yang Berhormat Puan Speaker, menyentuh soal projek belia tani. Sungai Balang menyambut baik langkah kerajaan negeri yang mahu melahirkan golongan belia sebagai petani. Sungai Balang merasakan ini merupakan langkah yang baik agar bidang pertanian menjadi pilihan pekerjaan untuk golongan belia. Keadaan ini kerana, pertumbuhan sektor pertanian secara komprehensif begini memerlukan penglibatan para pekerja mahir dan profesional. Usaha pertanian sebagai suatu perniagaan agar terus mereka mampu memberi pekerjaan kepada orang lain. Hal ini kerana Sungai Balang melihat setiap sektor yang kita bangunkan secara bersepadu harus mampu memberi peluang kerja kepada masyarakat setempat terutamanya golongan belia agar mereka tidak perlu berhijrah jauh ke tempat lain. Malah, pertanian ini seharusnya menjadi pekerjaan pilihan dalam kalangan belia. Bukannya sekadar pilihan terakhir kerana tiada pekerjaan lain. Hal ini bermakna aktiviti pertanian dijalankan dengan lebih serius berdasarkan ilmu-ilmu yang bersesuaian. Pendekatan ini memberi erti penglibatan pekerja mahir dalam sektor pertanian. Dari sudut pengeluaran, petani yang telah dibekalkan dengan ilmu pertanian yang cukup akan mengamalkan kaedah pertanian dan pengurusan pertanian yang baik untuk memaksimumkan keuntungan. Dengan ini, aktiviti pertanian dijalankan sebagai satu perniagaan dan menjana hasil pendapatan untuk masyarakat. Dan aktiviti pertanian akan berpindah dari status pertanian tradisi kepada satu pekerjaan yang lebih sistematik. Tetapi, Sungai Balang tertanya-tanya, apakah kaedah khusus untuk melatih golongan belia tani seperti yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Kempas? Adakah golongan belia ini sekadar ditawarkan kursus kemahiran dalam bidang pertanian dalam tempoh tertentu atau akan dibimbing secara jangka masa panjang atau akan juga diberikan dana bantuan untuk memulakan usaha pertanian dan adakah juga projek belia tani khusus untuk golongan belia yang telah menjalankan usaha tani secara kecil-kecilan dijemput untuk menambah ilmu kemahiran? Hal ini kerana, jika kita merujuk kepada pembentangan Yang Amat Berhormat Kempas, diperuntukkan sebanyak RM300,000.00 dengan mensasarkan penglibatan seramai 100 orang golongan belia. Jika kita kira kasar bermakna peruntukan diperuntukkan RM3,000.00 untuk setiap seorang. Tidaklah termasuk ditolak kos-kos pengurusan yang lain. Jadi, apakah bentuk kaedah

Page 208: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 208

yang akan dilaksanakan. Kita tidak mahu perkara ini sekadar di bentang dan diutarakan untuk menyedapkan bajet bukan untuk pelaksanaan yang berkesan bukan sekadar harapan tidak menjadi kenyataan. Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang melahirkan rasa gembira kepada Yang Amat Berhormat Kempas menyentuh soal pembangunan wanita melalui teras Membangun Pesona, dan Srikandi Masyarakat dalam bajet yang dibentangkan. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana mengambil berat soal wanita. Yang Amat Berhormat Kempas pun pastilah sangat memahami wanita. Walaupun di dalam belanjawan digunakan istilah srikandi, Sungai Balang pun kurang pasti mengapa tidak digunakan istilah wanita? Srikandi ini yang kita maklum adalah Persatuan Isteri Tentera yang telah ditubuhkan sekian lama. Sungai Balang melihat usaha untuk membantu golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah untuk mendapat pendapatan dari rumah adalah sangat baik. Namun begitu, pembangunan golongan wanita itu untuk menambah pendapatan ini harus dilaksanakan secara bersepadu. Usaha ini harus digarap untuk setiap wanita terutamanya ibu tunggal yang telah menerima bantuan perlu dibimbing dan sentiasa dipantau sehingga mereka benar-benar boleh berdikari dan perniagaan mereka stabil. Kita mahu jika hari ini melalui bantuan kewangan atau latihan yang diberi mereka mampu memulakan perniagaan tetapi perniagaan itu hanya mampu bertahan selama 6 bulan atas sebab kekurangan ilmu atau kekangan mengurus anak dan keluarga. Hal ini kerana terdapat dalam kalangan ibu tunggal yang kurang cekap membahagikan masa untuk menguruskan perniagaan dan keluarga. Yang akhirnya atas faktor tersebut perniagaan itu akan terhenti. Yang Berhormat Puan Speaker, ketika Yang Amat Berhormat Kempas mengumumkan program Mama Friendly yang dinyatakan sebagai sebuah program yang menyokong dasar penyusuan susu ibu, dengan peruntukan dana RM50,000.00 dan kompleks kerajaan negeri sebagai perintis, Sungai Balang tertanya-tanya apakah bentuk program ini? Adakah kerajaan negeri menyediakan bilik khusus untuk kakitangan wanita kerajaan negeri yang masih lagi menyusukan anak, kemudahan memerah susu dapat disimpan susu badan atau bentuk program yang berbeza? Saya mohon kerajaan dapat perjelaskan bentuk program ini. Selain itu juga, saya tertunggu-tunggu pengumuman Yang Amat Berhormat Kempas untuk menyokong dan melaksana perkara yang pernah dicadangkan oleh kerajaan persekutuan untuk membina pusat jagaan atau pusat asuhan anak-anak di kompleks pejabat kerajaan atau mungkin adakah ia juga merupakan komponen dalam program Mama Friendly? Saya melihat pusat asuhan atau pusat jagaan berdekatan dengan tempat kerja ibu adalah sangat membantu ibu-ibu bekerja dengan lebih tenang kerana anak mereka berada berdekatan dengan mereka. Maka, saya mohon sekiranya ia tidak termasuk dalam program Mama Friendly itu, apa kiranya kerajaan negeri meneliti perkara ini agar setelah dilaksanakan oleh kerajaan negeri akan diikuti oleh yang lain. Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak kerajaan negeri kerana tidak membatalkan projek pembinaan 30 sekolah agama fasa 5 yang telah dibentangkan dalam bajet lalu diteruskan dengan bajet kali ini. Syukur, alhamdulillah. Setidaknya, kerajaan negeri terlihat sedikit komited dalam memastikan Sekolah Agama Johor yang mencapai usia 100 tahun itu tetap terjaga. Namun begitu, Sungai Balang tertanya-tanya adakah peruntukan untuk Badan Kebajikan Sekolah Agama telah ditiadakan dalam Belanjawan Negeri 2019? Adakah dana tersebut telah dihentikan? Sungai Balang sangat berharap agar Yang Amat Berhormat Kempas dapat melihat perkara ini kerana dana tersebut sangat besar maknanya terhadap Badan Kebajikan Sekolah Agama terutama sekolah agama kawasan luar bandar. Yang Berhormat Puan Speaker, menyentuh dalam teras yang sama, Sungai Balang mohon pengesahan dan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Kempas mengenai status pelaksanaan infak bila saya bawa infak bukanlah bermakna arahan daripada sesiapa tetapi inilah hasrat daripada Sungai Balang. Yang telah diberhentikan sejak Julai yang lalu dengan alasan memerlukan pengesahan dari pentadbiran kerajaan baru. Oleh itu, diruang ini Sungai Balang mohon kepada kerajaan negeri agar program infak ini diteruskan pada tahun 2019. Kita semua tahu dan saya yakin Yang Amat Berhormat Kempas juga tahu bahawa infak ini menekankan bacaan Al-Quran dan hafazan termasuk doa-doa pendek asas fardu ain dan solat juga Bahasa Arab dan juga tulisan Jawi. Program infak ini telah berlangsung selama 4 tahun bermula dari 2014 melalui peruntukan kerajaan negeri terdahulu. Sehingga kini ribuan anak-anak tabika yang terpilih untuk program ini telah menerima manfaat hasil didikan mualim dan mualimat infak yang gigih dan beriltizam melahirkan insan rabbani dan celik rohani. Sungai Balang sangat berharap Yang Amat Berhormat Kempas memberi perhatian akan perkara ini. Sungai Balang melihat sekurang-kurangnya, melalui infak ini ia

Page 209: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 209

dapat dijadikan tapak semaian untuk menyediakan benih-benih yang baik seterusnya membesar mengikut acuan Malaysia Baru. Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu juga, Sungai Balang merasa terpanggil untuk membangkitkan status naik taraf MARSAH kepada Kolej Universiti yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2019. Walaupun telah dibentangkan dalam belanjawan, mengenai kajian menubuhkan Universiti Johor dengan peruntukan dana RM500,000.00 namun naik taraf MARSAH sangat penting dalam pembangunan Islam kerana MARSAH sangat berpotensi dan berada pada kedudukan yang tepat untuk memainkan peranan lebih besar dan strategik dalam memenuhi keperluan melahirkan pendidik dan guru agama yang terbaik. Malah MARSAH perlu diberikan mandat menjadi institut melatih pendidik atau guru agama kerana kita bukan sahaja memerlukan graduan Pengajian Islam yang terbaik tetapi juga pendidik dan guru agama yang terbaik. Graduan MARSAH juga boleh memainkan peranan membangunkan umat Islam di Johor dan Malaysia secara keseluruhannya bagi mengukuhkan nilai-nilai dan karakter Islam agar bagi mengatasi masalah kemerosotan moral dan masyarakat. Dengan ilmu yang ada pada mereka, ilmu yang bersandarkan wahyu, ilmu berdasarkan tauhid maka mereka pasti boleh berperanan lebih besar untuk membangunkan bangsa dan umat Islam di Johor dan Malaysia ini. Mereka juga boleh menjadi benteng moral Johor yang berkemajuan, menjadi pendiri karakter Johor berkemajuan, dan menjadi barisan hadapan membangunkan karakter sangat kukuh nilai-nilai Islam terutamanya dari segi akhlak. Sungai Balang amat berharap respons Yang Amat Berhormat Kempas tentang perkara ini adalah satu yang baik demi Islam. Yang Berhormat Puan Speaker, di awal pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Kempas beliau telah menyatakan antara teras perjuangan Pakatan Harapan adalah meringankan kos sara hidup rakyat. Maka, antara perkara utama apabila kita menyebut kos sara hidup adalah melibatkan kos barang keperluan harian. Tetapi di dalam pembentangan Belanjawan Negeri Johor ini tidak ada perenggan yang memberi fokus mengenai perkara ini. Kita tahu kerajaan Pakatan Harapan telah menghapuskan GST lalu diganti dengan SST. Walau pahit untuk diakui, walau mahu tidak mahu diakui harga barang keperluan harian banyak yang melambung tinggi naik harganya. Malangnya tidak dapat melihat apa-apa insentif baru yang boleh dicadangkan untuk membantu meringankan sedikit beban rakyat. Dalam Bajet 2018, Karnival Pengguna Muafakat Johor iaitu sebuah karnival yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga yang murah. Selain itu usaha membuka kedai 1MCOOP yang juga menawarkan harga lebih murah dibuka di banyak tempat. Jadi, adakah kerajaan negeri hari ini akan meneruskan segala langkah yang dinyatakan sebentar tadi atau ada tawaran insentif baru atau akan tukar nama atau hentikan segala langkah ini kerana kerajaan merasakan ini bukan perkara penting. Sungai Balang amat berharap perkara ini tidak dientengkan oleh kerajaan negeri. Benar isu kawalan harga barang adalah bidang kuasa kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri turut sama bertanggungjawab membantu meringankan beban rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, sedikit yang ingin Sungai Balang kongsikan ialah berkenaan apa yang berlaku di dalam Majlis Sejiwa Parlimen Muar pada 18 November 2018 di Dewan Terbuka Sungai Balang. Tadi, Yang Berhormat kata jangan politikkan program. Jadi di sini, atas tiket Pengerusi JPKRT Parlimen Muar yang masih lagi memegang jawatan tersebut sehingga 31 Disember 2018 telah diundang oleh Pengerusi Jirannita yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor. Apa yang menyedihkan telah berlaku, Tuan Pengarah minta kepada Penyelia Perpaduan supaya Pengerusi JPKRT yang telah pun sampai ke majlis tersebut lebih awal supaya meninggalkan tempat tersebut kerana tuan pengarah akan datang dan menurutnya beliau tidak mahu ada kompelin daripada pihak atasan akan kehadiran Pengerusi JPKRT sedangkan jamuan semua di sponsor oleh pengerusi tersebut. Di sini Sungai Balang ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah semua jawatan yang dipegang sekarang ini oleh kebanyakannya daripada UMNO sebagai Pengerusi JPKRT, Pengerusi KRT, Pengerusi Jiran Muda dan Pengerusi Jiranita dengan sendiri gugur atau berubah apabila Kerajaan Pakatan Harapan memerintah? Akan tetapi yang menghairankan saya, mengapakah Pengarah Perpaduan mengadakan perjumpaan pula dengan beberapa kumpulan KRT dan DUN Sungai Balang selepas itu? YB Timbalan Speaker : Sungai Balang, 2 minit lagi. YB Puan Zaiton binti Ismail (Sungai Balang) : Dek sebab mungkin tak berapa nak cerdik, patutnya pengarah ini terus berpegang teguh dengan arahan dan tidak perlu mengadakan perjumpaan ini dan beberapa kali mohon juga nak berjumpa dengan saya. Jadi saya mohon supaya perkara-perkara ini seperti Yang Berhormat sana kata jangan dipolitikkan. Jadi saya harap apa yang dikata akan dikota.

Page 210: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 210

Seperkara lagi yang ingin saya kongsi ialah, saya mohon selaku ADUN-ADUN kerajaan harus tahu persempadanan dia sendiri, jadi, dan juga saya juga mohon kepada ketua-ketua jabatan tahu persempadanan setiap wakil rakyat walaupun nak merasmikan majlis. Jadi tak payahlah langgar kawasan. Sebab saya selalu kena. Jadi jangan selalu terbabas. Pada saya, wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh pengundi harus memberi fokus pada kawasan sendiri bukannya pergi kawasan orang lain. Mungkin kawasan saya boleh dapat ramai orang yang hadir jadi wakil rakyat datang situ. Jadi saya mohon supaya perkara ini diambil perhatian. Sebab biarlah pengundi bagi kita mandat, dia rasa keberadaan kita. Jadi Yang Berhormat, Puan Speaker, hari ini kami berada di blok ini sebagai Pembangkang, mungkin terlintas dalam fikiran rakan-rakan di pihak kerajaan atau pemerhati di atas sana bahawa kami pihak pembangkang sengaja mencari setiap satu kesalahan kerajaan. Hakikatnya kami bukan bangun bersuara atas sebab dendam atau hasad dengki, tapi kami bersuara dan mengkritik adalah demi rakyat, demi agama dan negeri kami ini. Itu pegangan prinsip parti yang kami dukungi sejak 60 tahun yang lalu. Kami yang masih ada di dewan ini adalah individu yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk membela nasib mereka. YB Timbalan Speaker : Sila duduk, azan. (Berhenti sebentar bagi memberi laluan laungan azan). YB Puan Zaiton binti Ismail (Sungai Balang) : Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu kami pikul. Sungai balang sendiri tidak mahu kelak nanti dipersoalkan di sana kerana tidak amanah. Sebelum menutup bicara, di sidang yang lepas, Yang Berhormat Kempas cakap bahawa kepimpinan BN dia bagi 4P, 2P dia bagi penipu dan penyamun dan beliau kata 2P cari sendiri. Tapi hari ini, Sungai Balang juga nak bagi jugalah pengiktirafan Bajet 2019 pada kerajaan Pakatan Harapan 3R iaitu reclaim, rebrand dan repeat, dengan izin. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Balang. Seterusnya Yang Berhormat Buluh Kasap jemput. YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh. Saya mulakan perbahasan saya pada hari ini dengan mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana memberikan kesempatan untuk saya bersama-sama dalam membahaskan Belanjawan Negeri Johor 2019 dengan tema Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Terima kasih Timbalan Speaker. Sebagai rakyat Johor, sudah tentu saya dan jutaan rakyat dan bangsa Johor tertunggu-tunggu untuk mendengar Bajet kerajaan baharu buat pertama kalinya. Pelbagai perkara dan kluster telah disebut dan dimasukkan dalam Bajet ini. Secara pintas lalu, Bajet ini telah dilihat sangat prihatin kepada rakyat. Namun, agak malang kumpulan pekebun kecil dan peneroka FELDA tidak langsung diberi perhatian dalam Bajet Kerajaan Negeri kali ini. Ia suatu yang sangat menyedihkan lebih-lebih lagi Johor antara negeri yang mempunyai kumpulan rakyat pekebun kecil dan peneroka FELDA yang agak besar. Apakah kebajikan masyarakat luar bandar yang ditinggalkan ini ada kaitan dengan kesukaran kerajaan negeri untuk melantik ketua-ketua kampung? Ada banyak lagi kampung-kampung yang belum ada ketua kampung. Malah ada ketua kampung yang telah meletakkan jawatan walaupun baru 2 minggu menerima tauliah dan angkat sumpah jawatan. Untuk itu, di awal bicara ini Buluh Kasap ingin penjelasan kerajaan negeri selepas lebih 5 bulan, bilakah agaknya isu pelantikan ketua-ketua kampung ini dapat diselesaikan? Memang semua pihak di Johor menaruh harapan yang tinggi, belanjawan yang pertama kali kerajaan Pakatan Harapan dan sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO menetapkan hala tuju yang jelas dalam Bajet pertama kali kerajaan ini. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil peluang menunjukkan kepada rakyat dan bangsa johor betapa beruntungnya mereka memilih kerajaan baru ini dan keberuntungan itu sepatutnya diterjemahkan dalam bajet pertama kerajaan ini. Saya tak pasti daerah dan kawasan lain tetapi bagi saya di Segamat bajet negeri Johor 2019 ini hanya kelihatan cantik dan manis di kulitnya sahaja dan tajuknya juga, tetapi isi dan terjemahannya untuk Segamat agak kosong dan longgar. Timbalan Speaker, semasa pembentangan bajet tempoh hari, mungkin ramai yang beranggapan untungnya orang Segamat, sebab seingat saya hampir 30 kali yang berhormat kempas menyebut

Page 211: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 211

Segamat dalam pembentangan tersebut. Namun hakikatnya, bagi saya dan ramai penduduk Segamat yang mendengarnya sebagai satu seolah-olah menggula-gulakan orang Segamat. Saya sangat setuju pembinaan bangunan, ambil contoh bangunan tambahan Hospital Segamat. Saya sangat setuju pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat. Pertambahan penduduk daerah Segamat yang begitu ketara termasuk dengan pembukaan taman-taman perumahan baru, kolej-kolej pendidikan, pusat latihan Polis, kem tentera dan lain-lain menjadi penyumbang pertambahan penduduk di Segamat. Namun saya nak maklumkan Dewan yang mulia ini, peruntukkan RM90.5 juta yang diumumkan itu telah pun diluluskan kerajaan pusat sebelum ini. Ia telah dimulakan pembinaannya awal tahun ini. Tetapi selepas 7% kerja-kerja dijalankan, kerajaan baru Pakatan Harapan selepas pilihan raya ke-14 telah mengarahkan pemberhentian kerja tersebut dan terima kasih Yang Berhormat Kempas telah mengumumkan pembinaannya semula dalam Bajet yang baru lalu. Ia mungkin sesuatu yang menggembirakan tetapi sesuatu yang disambung semula. Apa pun terima kasih Yang Amat Berhormat kerana membantu menyambung semula kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat. Seterusnya kelulusan peruntukkan pelaksanaan projek infrastruktur awam yang dilaksanakan oleh Jabatan kerja Raya untuk tahun 2019. Kita sangat mengalu-alukan pelaksanaan projek infrastruktur yang diumumkan kerajaan ini. Sememangnya projek-projek ini bakal membantu dan memudahkan rakyat Johor. Dalam bajet berkenaan ada 8 projek infrastruktur yang akan dilaksanakan pada tahun 2019. Namun di Segamat ia bukanlah suatu yang menggembirakan kerana semuanya cerita lama yang dibarukan. Contohnya, Jalan Yong Peng ke Segamat, dari Kampung Desa Temu Jodoh ke Kampung Kuan Sai bernilai RM90.3 juta yang sudah pun 47% siap dalam pembinaan. Tetapi tak apalah, ia bukanlah kawasan saya. Yang saya nak sebutkan ialah Jalan Sebaya, Kampung Bukit Bujang, Kampung Balai Badang hingga kampung Besut Lama dengan anggaran RM70 juta yang diumumkan oleh kerajaan negeri. Untuk makluman Dewan yang mulia, Jalan ini juga telah diluluskan kerajaan terdahulu dan sedang dalam pembinaan dengan kerja 50% telah siap. Menurut masyarakat di kampung-kampung berkenaan boleh melihat kerja-kerja pembinaannya. Bagaimana pula Yang Amat berhormat boleh mengumumkan ia merupakan projek yang akan dilaksanakan untuk tahun 2019. Bagi saya, ia adalah kerja yang bakal disiapkan untuk tahun 2019. Satu lagi Timbalan Speaker, projek menaik taraf Jalan Muar ke Tangkak ke Segamat. Pakej 3 yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM134.6 juta sepanjang 10.5 km. Hampir setiap hari saya melalui jalan ini. Kalau ikut pemerhatian saya, sudah pun 40% siap pembinaannya. Bagaimana kerajaan negeri boleh menyatakan ia projek infrastruktur yang bakal dijalankan untuk tahun 2019. Timbalan Speaker, untuk Jalan Muar, Tangkak dan Segamat ini, bagi kami di Segamat, hubungan rapat kerajaan negeri dan pusat seperti yang diuarkan haruslah diterjemahkan dengan meminta peruntukkan baru untuk Pakej 1A yang lebih diperlukan. Ia bakal mengurangkan kesesakan masuk ke Bandar Segamat dari Jementah dan Tangkak. Kadang-kadang keadaan beratur dan bersesak hingga 2 hingga ke 4 km mengambil masa hingga ke 1 jam untuk masuk ke Segamat terutama di hujung minggu dan hari cuti. Ini yang sepatutnya kerajaan negeri usaha dan percepatkan. Jadi saya tak pasti sama ada pegawai-pegawai di Jabatan Kerja Raya tak memberi taklimat sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat atau saya yang terkeliru dengan kenyataan dalam Bajet tersebut. Apa pun, dari aspek infrastruktur, Buluh Kasap ingin menyatakan ia tiada perkara baharu yang menggembirakan orang Segamat. Timbalan Speaker, untuk infrastruktur air pula, Segamat merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri yang berusaha untuk memberikan dan menyalurkan air bersih kepada penduduk Johor. Jutaan ringgit disebutkan dalam bajet tersebut. Namun di Segamat saya berharap, Buluh Kasap berharap kerajaan negeri akan melihat keperluan penggantian paip-paip air rumah ke rumah yang lebih baik dilakukan. Ini penting kerana projek pembinaan loji rawatan air Buluh Kasap di Kampung Kuala Paya sudah hampir siap. Ia bakal menyaksikan masalah tekanan air di kawasan Buluh Kasap, Batu Anam dan Gemas Baru dapat diatasi. Buluh Kasap bimbang apabila tekanan air ini kuat nanti akan menyebabkan paip-paip air sekitar kawasan ini akan kerap pecah kerana tidak dapat menampung tekanan air yang dijangka lebih kuat. Maka Buluh Kasap pohon penggantian paip-paip lama di sekitar Buluh Kasap, Batu Anam dan Gemas baru ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Menyentuh soal persetujuan kerajaan menyelesaikan permohonan-permohonan tanah pula, Buluh Kasap mengucapkan terima kasih kerana di dalam Bajet tersebut ada dinyatakan beberapa permohonan yang bakal diselesaikan oleh kerajaan negeri. Dalam perbahasan saya dalam mesyuarat dewan yang lalu, Buluh Kasap ada menyatakan beberapa permohonan tanah yang perlu disegerakan kerana telah tertangguh lama. Justeru, Buluh Kasap ingin menyatakan sekali lagi, di kawasan Buluh Kasap selain tanah Bukit Bujang yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat dalam bajet tempoh hari ada beberapa kawasan lagi yang masih menunggu persetujuan kerajaan negeri. Antaranya Bukit Bujang 1 dan 2, tanah umum Jelebak, Buku Hijau Balai Badang dan banyak lagi kawasan yang telah tertangguh sekian lama. Kesemua ini telah ditemu duga lebih 10 tahun malah

Page 212: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 212

ada yang sudah hampir 20 tahun. Maka saya harap kerajaan Pakatan Harapan yang dikatakan dari rakyat untuk rakyat akan menyelesaikan masalah yang tertangguh lama ini. Seperkara lagi yang ingin Buluh Kasap ingin sentuh ialah kenyataan Yang Amat Berhormat dalam pembentangan Bajet Negeri 2019 yang lalu iaitu memenuhi manifesto Pakatan Harapan untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan di wilayah utara negeri Johor. Ia termasuk Segamat, ia di sokong dengan cadangan untuk memasukkan Segamat di dalam kawasan ekonomi Pantai Timur atau ECER. Cuma Buluh Kasap ingin bertanya betulkah ada dalam manifesto untuk masukkan Segamat dalam ECER? Jika betul ia adalah satu tindakan yang agak terkebelakang kerana kerajaan Barisan Nasional lalu sudah pun mengumumkan perkara ini dalam lawatan mantan Perdana Menteri ke Segamat pada awal 2018. (Dewan bertepuk). Ia juga telah dipersetujui kerajaan negeri dan telah pun dibentangkan dalam bajet dan manifesto yang lalu. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyebutnya sekali lagi, ia akan menjadikan satu kenyataan bahawa Segamat akan dimasukkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER kerana ada banyak manfaat yang bakal diperolehi oleh masyarakat Segamat dengan terlaksananya cadangan ini. Ia dinyatakan sendiri oleh pegawai-pegawai dari ECER yang datang ke Segamat awal tahun 2018 yang lalu. Peluang-peluang pekerjaan termasuk kemudahan-kemudahan serta beberapa insentif kepada pelabur-pelabur akan diberikan jika mereka membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan di Segamat. Jadi, Buluh Kasap memang sangat bersetuju agar kerajaan negeri meneruskan cadangan memasukkan Segamat dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER. Cuma Timbalan Speaker saya bimbang Segamat masih gagal membangun dan bersaing dengan daerah lain jika pertanian yang dijalankan di Segamat hanya berkisar pada aktiviti pertanian kebun dan ladang sahaja. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya jika Segamat dan wilayah daerah utara Johor ini ingin dibangunkan dalam bidang pertanian maka jangan hanya tumpu kepada aktiviti pertanian kebun sahaja, tetapi libatkan peluang-peluang lain yang berkaitan dengan pertanian. Ambil contoh sebarang R&D atau penyelidikan, pusat-pusat penyelidikan, kilang dan sebagainya yang ada kaitan dengan pertanian seharusnya dibuka di Segamat atau utara Johor. Ini akan membolehkan Segamat dan utara Johor bersaing dengan daerah lain dan mereka tumpukan kepada pertanian, maka barulah Segamat berperanan dan membangun sebagai pusat pembangunan ekonomi berasaskan pertanian. Dan saya percaya dengan meletakkan Segamat di dalam Wilayah ECER ini akan boleh membantu Segamat membangun kerana ada banyak kemudahan dan kebaikan yang diperolehi daripada kemasukannya dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini. Menyentuh cadangan kerajaan negeri untuk menjalankan Perumahan Mampu Biaya pula melalui strategi keempat, Yang Berhormat Kempas ada menyatakan melalui pelaksanaan projek-projek penswastaan, ada menyebut 1,794 buah rumah mampu biaya sedang dibina termasuk di Segamat. Cuma saya difahamkan ia sedang dibina, jadi saya ingin penjelasan kerajaan negeri bagaimana status keputusan kerajaan tentang cadangan membina perumahan di kawasan Kampung Paya Lebar dan kawasan berhampiran Taman Suria Buluh Kasap yang telah pun dibuat kajian oleh kerajaan negeri yang lalu. Timbalan Speaker, seterusnya saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Jementah baru tadi tentang kemudahan Wifi. Saya setuju bahawa kemudahan Wifi ini boleh tak kita letakkan nombor 2 kerana ada lagi kawasan pedalaman dan kampung yang belum ada liputan telefon pun. Jadi mengapa tidak kerajaan negeri memikirkan untuk mereka dapat liputan telefon dulu baru mendapatkan kemudahan Wifi. Jadi Yang Berhormat, saya harap agar perkara ini dapat dipertimbangkan kerana kawasan Buluh Kasap ada lagi banyak kampung yang tidak mendapat liputan telefon. Yang Berhormat Speaker, sekali lagi saya nak ucap tahniah kepada kerajaan negeri yang telah membentangkan Bajet 2019, bajet pertama kerajaan Pakatan Harapan. Namun saya tak pasti adakah bajet ini di bincang sama dengan barisan EXCO kita. Saya bimbang sangat kalau Yang Amat Berhormat Menteri Besar hanya merancang dan merangka tanpa merujuk kepada EXCO-EXCO berkenaan, kerana ada banyak perkara yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN kita yang nampaknya seolah-olah tidak ada kerjasama dan perbincangan antara Menteri Besar dengan EXCO. Jadi kalau ia tidak ada perbincangan maka saya fikir ia satu perkara yang perlu diperbetulkan untuk masa hadapan.

Page 213: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 213

Antara contoh yang paling jelas ialah kemudahan infrastruktur yang berlaku di Segamat. Saya fikir JKR boleh mengesahkan jalan-jalan infrastruktur yang saya sebutkan tadi memang sedang dalam pembinaan hingga ada jalan yang sudah 50% siap yang sepatutnya diberi kepada Segamat ialah jalan-jalan baru yang harus dibina untuk tahun hadapan. Jadi Timbalan Speaker saya ucap terima kasih juga kepada kerajaan negeri yang telah menyebut hampir 30 kali Segamat walaupun Segamat tidak adalah satu yang istimewa dalam bajet ini. YB Timbalan Speaker : Buluh Kasap, dua minit lagi. YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Timbalan Speaker saya fikir itu sahaja, dua minit tadi saya bagi kepada rakan saya, terima kasih. (Dewan bertepuk). YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Semarang, jemput. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Terima kasih di atas kesempatan Semarang merafak sembah ucapan tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena ulang tahun hari keputeraan Tuanku yang ke 60. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati Tuanku. Yang Berhormat Timbalan Speaker, telah 18 tahun barisan Pakatan yang berkali-kali bertukar nama dan keahlian, membidas dan memperkecil bajet negeri saban tahun, kini giliran mereka pula mengemukakan bajet, akhirnya berjaya untuk melaksanakan tugas mengemukakan bajet. Kita ghairah menanti, kita khususnya rakyat mempunyai pengharapan yang sangat tinggi kerana hero-hero mereka sudah pasti menawarkan yang lebih baik, yang lebih ‘wow’, yang lebih ‘umph’, selari dengan kritikan dan bidasan mereka sebagai pembangkang yang sebelum ini. Namun segala harapan hancur berderai, anti climax. Walau bagaimanapun, tahniah kepada kerajaan Johor kerana berjaya mengemukakan bajet negeri tak kiralah bagaimana ia digubal dan siapa yang menggubalnya. Yang Berhormat Puan Speaker, realitinya kita bukan hanya menyatakan kosong tentang reclaim, rebrand dan repeat. Realitinya 87% adalah pengulangan daripada bajet yang lepas. Yang Berhormat Puan Speaker, dimaklumkan kerajaan telah menggunakan google form dengan tepat makluman daripada 3,193 responden tetapi realitinya ia adalah 0.001% daripada rakyat negeri Johor ini. Ia sudah pasti tidak mencakupi 659 kampung, 73 FELDA, 60 kampung Orang Asli, lebih 550 penempatan estet dalam negeri Johor ini. Menggunakan google form ini Yang Berhormat Puan Speaker, hanyalah respons daripada kumpulan atau komuniti millennial, bukan orang kampung dan bukan daripada pelbagai lapisan. Kalau saudara Buluh Kasap tadi khuatir kalau EXCO tidak diajak bincang, saya yakin macam saya pun dah mula percaya bahawa para back benches daripada Pakatan Harapan tidak dimaklumkan. YB Timbalan Speaker : Semarang, maknanya orang kampung tak pandai isi google form ke? YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Saya minta Puan Speaker bezakan google form dengan cara yang lain. Saya tak nak sambung lebih. Yang Berhormat Puan Speaker, dengan pengurangan belanja pembangunan sebanyak 14.3% bagaimana boleh mencipta pertumbuhan. Dengan pengurangan belanja mengurus sebanyak 30%, adakah ia menjadikan pentadbiran lebih efektif? Bajet ini adalah bajet yang tidak pro business. Realitinya Yang Berhormat Puan Speaker, realitinya saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Pemanis yang menyatakan bahawa, Mengkibol, minta maaf, agar kerajaan tidak mempunyai sindrom penafian, atau denial syndrome tadi. Jementah kata pembangkang jangan denial syndrome. Rakan anda sendiri pun mengingatkan supaya jangan berada dalam denial syndrome. (Dewan bertepuk). Realitinya sekarang ini saya tak nak cerita banyak-banyak, nilai wangnya merudum, harga komoditi jatuh, sawit RM250.00 paling rendah dalam di Malaysia, di Indonesia paling rendah adalah RM291.00 paling rendah, ringgit bukan rupiah. Kos sara hidup yang terus naik, kes pemberhentian yang banyak, yang ramai, bukan nak tambahkan jawatan kakitangan kerajaan, nak tambahkan jawatan-jawatan ataupun peluang pekerjaan, 17,000 lebih orang berhenti jangan tinggal 17 x 1, berapa orang anak. Anda menganiaya mereka dan anda perlu menjawabnya dan pada masa yang sama rizab negara yang merudum, FDI yang merosot panjang lagi. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya tidak melihat, tak mendengar macam waktu Yang Berhormat Timbalan Speaker kat sini gagah, memperjuangkan sebagai pejuang sosial yang dulunya

Page 214: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 214

lantang mendesak kerajaan menangani kos sara hidup, berhentikan, isu-isu pusat pun bawa dekat Johor, kita tak ada bawa cerita pasal isu pusat pun, cerita Johor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, realitinya bajet ini tiada idea besar. Kalau dulu kita meletakkan target bench marks kita adalah mengejar singa, sekarang kini ke arah hab kerang-kerangan. Business like usual, tak ada yang baru, banyak merancang bukan melaksana, pengumuman dibuat tanpa feasibility study dengan izin, tiada implikasi kos, tiada mekanisme yang terperinci, saya nak ambil contoh, orang nak ada universiti, kita pun nak ada universiti, bertahun-tahun kerajaan dahulu menjemput universiti-universiti daripada mana-mana seluruh dunia datang ke Johor, berpuluh-puluh universiti swasta telah ada, tup-tup Johor nak buat universiti. Tanpa memikirkan tentang bagaimana kita pentingkan adalah menambah kemahiran bukan nak menambah graduan. Ini dia pelan-pelan tindakan, pelan-pelan strategik, ini ada pula Pelan Strategik Agama Islam pula. Ini pelan strategik Agama Islam, Agama Islam ini macam mana? Dulu kita ada Islam Islami berbanding dulu kita ada Johor Islami, penggemblengan institusi Islam yang ada, ini Pelan Strategik Agama Islam. Islam syumul. Pelan Rejuvenasi Desa, perasan tak kerajaan bahawa kita kerajaan dulu dah ada pun Pelan Rejuvenasi Desa ini, tanpa sebarang kos, zero kos di pihak kerajaan. Adakah sedar ke tidak? Yang Berhormat Timbalan Speaker, bajet ini menyebabkan kesenjangan yang melebar, kerana tiada unsur inclusiveness atau keterangkuman dalam bajet ini. Lihatlah seolah-olah tiada inisiatif yang dinyatakan FELDAnya, nelayannya, orang mudanya, orang muda ini jangan hanya dibakar sentimen dan emosinya. Mudah untuk bakar sentimen dan emosinya tetapi pada masa yang sama kerajaan patut menyediakan yang terbaik untuk mereka memperbaiki diri tetapi gagal. Kalau ke mana perginya keterangkuman ini, bantuan khas masyarakat India saudara kita bawa, masyarakat Cina, bantuan khas masyarakat Borneo nya, bantuan khas nelayannya, hancur. Anak muda peluang kemahiran semakin menguncup. Yang Berhormat Timbalan Speaker, tiada sumber baru pendapatan untuk negeri malahan Yang Amat Berhormat dalam ucapan bajetnya menjangkakan pertumbuhan ekonomi Johor berkembang 5 hingga 5 ½ % bersandarkan jangkaan bermulanya projek minyak dan gas di Pengerang. Projek apa ni? Projek inilah yang pembangkang-pembangkang yang dulu bantai, bantah habis-habisan. (Dewan Bertepuk). Sekarang berharap daripada kerajaan yang ada, syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya buruk-buruk menyumbang pada kerajaan yang ada. Tiada dasar fiskal yang tidak menggalak pertumbuhan, dasar fiskal yang ada tidak menggalakkan pertumbuhan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, dulu Johor Global, sekarang ini Johor Global yang kembali menjadi Johor bersifat setempat. Dulu kita cerita berkenaan dengan dekad. Bajet, pelan pembangunan mampan Johor yang ada ini saya berani menyatakan adalah bajet tiada refleksi ke arah Johor yang mampan. Saya nak tekankan di sini, kita dulu pergi ke arah menuju sebagai Economic Power House dengan izin, ataupun kuasa ekonomi, Johor sebagai pusat pelaburan antarabangsa tetapi realitinya bajet ini membawa ekonomi Johor yang beraspirasikan global kembali menjadi Johor bersifat setempat. Sayang seribu kali sayang. Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam isu kos sara hidup, kita tidak melihat naratif yang jelas kerajaan untuk menanganinya. Kad Sihat Johor. Dari survey yang kita buat lebih 90% orang tak tahu berkenaan dengan Kad Sihat Johor. Pulaknya pulak di confirm kan pulak website pun tak ada. Kalaulah nak cakap yang... Bajet ini seperti bajet jabatan bukannya bajet sebuah negeri gabungan belanjawan jabatan-jabatan. Tak salah lah kalau ada pihak yang menyatakan Buluh Kasap menyatakan bahawa tak check ke? Tak periksa ke? Gabungan belanjawan jabatan-jabatan, peruntukan untuk program one-off tiada infra, tiada perancangan jangka masa yang panjang, sekadar angka tanpa mekanisme. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga nak mengambil kesempatan di sini lah, Yang Berhormat Kempas ada menyatakan berkenaan dengan hasratnya untuk membuat forensik audit untuk Johor GLC. Saya nak bacakan sikit. Apakah dia forensik audit? Ia adalah pemeriksaan dan penilaian sesuatu syarikat untuk tujuan pendakwaan seorang atas kesalahan penyelewengan, kecuaian atas tuntutan kewangan dan digunakan sebagai pembuktian di Mahkamah. Semuanya bermula dengan laporan salah laku dan diikuti dengan pendakwaan. Keperluan mengadakan forensik audit kepada Johor GLC untuk mendakwanya, mendakwa adanya salah urus fiskal ke atas badan korporat hanya berdasarkan kepada nilai hutang yang ditanggung adalah suatu yang tidak matang. Malahan, prestasi sebuah korporat juga harus diukur sumbangannya CSR nya, nilai asetnya, dividen yang dikeluarkan dapatan dan keluaran tunai dan keupayaan untuk membayar hutang institusi. Bukan mudah nak buat forensik audit. Tak sedap sikit, tak suka sikit dan tak semuanya syarikat yang rugi kerana salah laku ataupun salah urus.

Page 215: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 215

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh tentang perkara pendemokrasian dinamik dan kesaksamaan sosial yang menjadi Teras 4 Bajet 2019. Saya nak ingatkan, yang berlaku pemberhentian pelantikan lebih 600 orang ketua kampung di seluruh negeri, realiti apa yang berlaku, ada kampung lain orang yang duduk dalam kampung lain jadi ketua kampung dalam kampung yang satu lagi. Tadi dia katakan ada yang letak jawatan, ada yang tak mampu pun nak buat JKK, sekarang bukan JKKK apa benda tu? MPKK lah, pun tak mampu. Ini pendemokrasian, kita nak yang lebih baik. Kalau yang tak bagus, yang tua, yang lumpuh, tukar ok lah, tak ada masalah. Ini ditukar pemberhentian dan pelantikan Ahli Majlis PBT, orang Johor Bahru jadi Ahli Majlis dekat Yong Peng ini apa ada hal ni? (Dewan Bertepuk). Ini realiti yang berlaku dekat bawah. Dan, pada masa yang sama Yang Berhormat Timbalan Speaker, ini berkenaan dengan polemik ketua pembangkang menyerahkan bilik dan juga elaunnya yang diterima. Saya nak nyatakan, bukan kita besar kepala. Tetapi kita respect kita tabik kerana kerajaan yang ada sekarang memenuhi janjinya kepada rakyat untuk mengiktiraf pembangkang. Bukan sekadar beri bilik, beri elaun, kasi peruntukan, lebih dari itu kita pun cuba menjiwai yang dikatakan Malaysia Baru, nak jadi pembangkang yang berhemah, menyumbang kepada rakyat, ini yang kita nak kan, kita nak buat ada check and balance dengan izin, kalau dulu mereka menyatakan kita akan tubuhkan select committee, nah sekarang tuan-tuan berkuasa, tubuhkanlah, kami pun kalau diajak jadi jawatankuasanya boleh bersama. Kalau tuan-tuan Yang Berhormat kerajaan tak sanggup, pihak kerajaan tak bersedia kami harap jika kami di sebelah pembangkang mewujudkan corcus contohnya untuk membincangkan hubungan yang besar-besar, hubungan Johor-Singapore, isu masa depan sumber air dan lain-lain, terlibatlah sama, dan insya-Allah, dalam jawatankuasa apa pun yang terlibat kami tahu tuan-tuan pun kerajaan dan kami tahu tuan-tuan lebih demokratik, kita pun malu kalau dilihat tidak demokratik, kita akan akur dengan keputusan, anda mempunyai kuantiti, ada kekuatan, kita akur tetapi pandangan kami harus tidak diperlekehkan. Ini yang kita cuba, kata slogan Malaysia Baru, buatlah betul-betul. Ini kalau nak buat Maulidur Rasul pun tak boleh orang nak berucap untuk wakil rakyat, pendemokrasian apa jadahnya. (Dewan Bertepuk). Kita tidak akan mempertikaikan. Usahlah fobia dengan pembangkang, ini pembangkang Malaysia Baru. Jangan fobia. Saya juga nak bawa sikitlah, nak tambah sikitlah. Sungai Balang cerita infak. Ini program infak tambah aje peruntukan tahun ini RM1.3 milion RM1.3 juta, untuk pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak KEMAS yang kebanyakannya di luar bandar. Kenapa lah ditamatkan? Saya nak cakap dekat tempat saya ada, dekat dalam Parlimen Ayer Hitam ada 9 kelas tadika yang ada ini, 5 nya daripada DUN Semarang, ada 165 orang pelajar yang terlibat dan sekarang ini terkontang-kanting, gurunya pun berhenti kerana apa, tidak ada peruntukan tambahan, tidak ada peruntukan daripada pejabat Menteri Besar. Tak ke sedih? Kasi lah peluang. Kata prihatin untuk B40. Ini semakin ditutup, yang ada tak mampu nak buat baru yang ada diberhentikan. (Dewan Bertepuk). Ini tak betul, tak betul. Sebab itu Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin menekankan bahawa kita bersedia menjadi pembangkang dan kita menghayati bahawa kita pembangkang. Dan kita nak menyahut apa yang dikatakan demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial ini sepenuh-penuhnya. Sebab itu saya maklum kedudukan kita bersama dan saya harap kita terus menghormati sesama diri kita. Bukan soal bilik, bukan nanti ada pula yang kata, tengok, pembangkang pun dijemput ke majlis, alahai, jemputan aje. Jemputan aje kita pun tak ada hal lah, banyak hal lagi lah. Terima kasih lah atas jemputan, itu bukannya tanda indikator pendemokrasian dinamik. Terjemahkan supaya rakyat tengok. Bukan kerana kita besar kepala. Sebab itu saya harap kita hayati bersama. Kalau sayangkan negeri ini, jangan fobia pembangkang. Kita saling hormat-menghormati. Macam dulu kita hormat yang baik kata baik, terima kasih antara kawan-kawan saya melihat bahawa ada semacam confused tentang identiti di kalangan ADUN-ADUN PH ni. Tak apa lah. Ambil masa, masa ini adalah musim honeymoon , jalan lah. Kita tengok aje. Dan lebih ramai lagi di keliling kita ini kakitangan kerajaan yang menjadi saksi melihat dan menilai apa yang dirancang dan akan dilaksanakan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya teringat satu perkara. Si lumpuh berhasrat untuk bergerak, si gagah disekat untuk bertapak, percayalah dua-dua tak akan pergi ke mana-mana. Kalau faham. Dan pada masa yang sama, Yang Berhormat Timbalan Speaker, orang cerita pasal falsafah kita pun nak sebutlah Abraham Lincoln kata, “Kamu boleh mempermainkan semua orang di setengah-setengah masa, dan setengah-setengah orang dalam semua masa. Tapi kamu tak boleh mempermainkan semua orang dalam semua masa”. Sekian terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. (Dewan Bertepuk).

Page 216: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 216

YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada Yang Berhormat Semarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 5 hari bulan Disember 2018 jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Page 217: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 217

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

HARI KELIMA RABU, 5 DISEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14

HADIR

YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat

YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar

Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan

Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan

Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian

Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal (Bukit Kepong)

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan

Ekonomi Kreatif Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

Page 218: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 218

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS.,SPDK.,PNBS., SMJ., PIS.,BSI., SAHM.

(Gambir)

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN. (Simpang Jeram)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How

(Perling)

YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad

(Larkin)

YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi,PIS II., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Dato' Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP. (Permas)

YB Puan Nor Hayati binti Bachok

(Maharani)

YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang)

Page 219: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 219

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib

(Endau)

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, GPDK., PIS., PSI., AMN., KMN. (Benut)

YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI. (Kahang)

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.

(Sri Medan)

YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN. (Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.

(Tanjung Surat)

YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN. (Sungai Balang)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy

(Tenggaroh)

YB Datuk Md. Othman bin Yusof, DMSM., DSM. (Kukup)

YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW. (Layang-Layang)

YB Puan Rashidah binti Ismail

(Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir)

Page 220: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 220

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI.

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., PIS., PSI.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

Page 221: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 221

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, hari ini adalah hari terakhir untuk Ahli-Ahli Dewan Negeri berbahas atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018. Saya berharap semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menggunakan masa dengan sewajarnya, agar semua Ahli Yang Berhormat dapat berucap dan esok kita akan mula mendengar jawapan ataupun penggulungan daripada pihak kerajaan atas apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Berhormat sekalian. Persidangan diteruskan. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Gambir, jemput. YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin (Gambir) : Yang Dipertua, soalan saya yang pertama. Mohon nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri Johor. YB Speaker : Yang Berhormat Buluh Kasap jemput. YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip (Buloh Kasap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2. Minta kerajaan menyatakan komitmen kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik rakyat Johor dengan mengambil kira keadaan ekonomi rakyat dan negeri. YB Speaker : Jemput YB EXCO YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat-Berhormat Ahli Dewan sekalian. Yang Berhormat tuan speaker, saya mohon menjawab kedua-dua soalan bersekali. Terima kasih kepada Yang Berhormat Gambir dan Buluh Kasap di atas soalan dikemukakan. Untuk maklumat Dewan yang mulia, kerajaan Pakatan Harapan negeri Johor sentiasa memberikan fokus utama kepada aspek kesejahteraan rakyat terutama dalam menyediakan Rumah Mampu Biaya yang mencukupi khususnya bagi golongan yang berpendapatan rendah B40 dan berpendapatan sederhana N40. Di atas keprihatinan itu, maka kerajaan komited untuk mencapai sasaran pembinaan 100,000 unit Rumah Mampu Biaya dalam tempoh 5 tahun atau menjelang tahun 2023. Menurut rekod website e-Rumah Johor, sehingga ke hari ini kita mempunyai seramai 87,716 orang senarai menunggu untuk membeli Rumah Mampu Biaya di negeri Johor. Bagi meningkatkan pemilikan rumah oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana, di negeri Johor terdapat 4 langkah yang penting telah diambil oleh kerajaan negeri. 1. Memastikan penawaran Rumah Mampu Biaya yang mencukupi. 2. Memastikan sistem pengagihan yang telus. 3. Memastikan kemudahan pembiayaan Rumah Mampu Biaya. 4. Mengurangkan kos pembinaan Rumah Mampu Biaya.

Langkah pertama memastikan penawaran Rumah Mampu Biaya yang mencukupi. Terdapat 4 strategi bagi menyediakan penawaran Rumah Mampu Biaya mencukupi iaitu :- 1. Pembangunan Rumah Mampu Biaya oleh pemaju perumahan swasta.

Page 222: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 222

Dasar Perumahan Rakyat Johor dalam menetapkan bagi kawasan perumahan yang melebihi daripada 5 ekar, maka 40% daripada unit-unit yang perlu dibina adalah terdiri daripada Rumah Mampu Biaya. Perkara ini akan diperkukuhkan lagi melalui kajian semula dasar Perumahan Rakyat Johor yang sedang dijalankan dan akan dikenali sebagai Dasar Perumahan Rakyat Johor 2.0 bagi memastikan pihak pemaju perumahan memberikan komitmen dalam membina Rumah Mampu Biaya yang telah ditetapkan. Sama ada kebenaran merancang di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Serahbalik Kurnia Semula (SBKS) di bawah PTG. Untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga kini terdapat sebanyak 134,195 unit Rumah Mampu Biaya yang sepatutnya dibina oleh pihak pemaju. Tidak dibina di atas pelbagai alasan. Itu sebabnya kajian semula kepada Dasar Perumahan Rakyat Johor ini perlu dibuat bagi memastikan bahawa komitmen pihak pemaju dalam membina Rumah Mampu Biaya perlu dilaksanakan. Insya-Allah Dasar Perumahan Rakyat Johor 2.0 ini akan berkuat kuasa pada awal tahun hadapan.

2. Pengambilan balik tanah.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan 87 juta bagi proses pengambilan balik tanah-tanah yang bersesuaian untuk melaksanakan pembangunan Rumah Mampu Biaya melalui prosedur Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Melalui pengambilan balik tanah ini kerajaan akan membina Rumah Mampu Biaya di atas tanah-tanah tersebut oleh pihak syarikat berkaitan kerajaan GLC negeri Johor bagi pembangunan Rumah Mampu Biaya.

3. Usaha antara kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan.

Belanjawan negara 2019 telah memperuntukkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi pembinaan Rumah Mampu Biaya di seluruh negara melalui Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), PR1MA dan juga Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

4. Projek Penswastaan.

Antara strategi kerajaan dalam menambah lagi bilangan Rumah Mampu Biaya adalah melalui kaedah projek penswastaan di mana kerajaan negeri akan bekerjasama dengan GLC negeri Johor serta pemaju-pemaju perumahan swasta bagi membina Rumah Mampu Biaya di atas tanah-tanah khususnya milik kerajaan negeri.

Langkah yang kedua bagi memastikan sistem pengagihan yang telus. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan sistem pengagihan Rumah Mampu Biaya yang telus: 1. Menghapus kuota KMK Kuota Menegak Kerajaan di mana lebih 20% Rumah Mampu Biaya

dahulunya Rumah Mampu Milik diagihkan oleh komponen parti-parti Barisan Nasional terutamanya UMNO. Ini bukannya cut and paste ye, ini kita cut sahaja, Yang Berhormat Speaker.

2. Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan pada 1 Ogos, satu sistem pengagihan yang lebih

telus yang dikenali sebagai Sistem Perumahan 2, Mampu Milik Johor ringkasnya SP2MJ di mana sistem agihan Perumahan Rakyat Johor secara terbuka, sistem ini tidak lagi berdasarkan permohonan mengikut lokasi tetapi ianya berdasarkan kepada projek. Sistem ini akan melibatkan pengundian secara terbuka. Insya-Allah. pengundian yang pertama bagi Taman Daiman Jaya akan dilaksanakan pada 8 Disember yang akan datang.

Langkah ketiga bagi memastikan kemudahan pembiayaan Rumah Mampu Biaya. Ramai pembeli yang mendapat tawaran pembelian Rumah Mampu Biaya tidak berjaya mendapatkan pinjaman perumahan daripada pihak bank. Antara langkah diambil oleh kerajaan bagi membantu pembeli Rumah Mampu Biaya: 1. Mengujudkan Skim Pembiayaan RMB atau Rumah Mampu Biaya bersama Ambank Islamic

Berhad.

2. Skim sewa beli di bawah kelolaan Generasi Ta’zim Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat KPRJ.

3. Kelonggaran Sijil Layak Membeli Rumah melalui kaedah pinjaman bersama atau menggunakan penjamin.

4. Cadangan tabungan melalui sewaan Projek Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR.

Page 223: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 223

Langkah yang keempat mengurangkan Kos pembinaan rumah Mampu Milik. Kerajaan akan mewajibkan penggunaan Industrialised Building System, dengan izin atau ringkasnya IBS terhadap projek swasta yang bernilai melebihi daripada RM50 juta dan ke atas termasuk pembinaan Rumah Mampu Biaya. Kaedah IBS ini akan dapat menjimatkan masa dan kos pembinaan. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Benut jemput. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Yang Berhormat Tuan Speaker, tahniah kepada EXCO di atas jawapan yang baik dan khususnya dilekat tapi tak nak paste kerana cut itu selepas tu dihuraikan apa yang nak dibuat daripada perkara yang potong. Satu pujian yang patutnya, sewajarnya kepada pihak kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita tentunya tidak mahu bergantung kepada keupayaan pemaju swasta dalam menyediakan Rumah Mampu Biaya dan sebagainya. Jadi, apa langkah kerajaan dalam nak meningkatkan pemilikan? Bukan sekadar memenuhi jumlah sahaja tetapi dari segi pemilikan rumah di kawasan bandar. Berapakah unit yang kerajaan jangkakan dalam bajet tahun ini untuk pemilikan unit-unit rumah di kawasan bandar? Dan di manakah kalau Yang Berhormat atau kerajaan tahu atau dah ada dalam perancangan, di manakan lokasinya untuk kita merasakan bahawa itulah penyediaan Rumah-Rumah Mampu Biaya ni yang berada di kawasan-kawasan bandar. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih kepada Yang Berhormat Benut di atas soalan tambahan. Sebagaimana saya sebut tadi bahawa mengikut waiting list ataupun senarai menunggu dalam website e-Rumah Johor terdapat 87,761 orang di mana kalau kita lihat penghuraian kepada pen detail an senarai menunggu ini, 70% senarai menunggu ini adalah datangnya daripada daerah Johor Bahru dan juga daerah Kulai. Iaitu 2 daerah termasuk masuk dalam kawasan Iskandar Malaysia dan sudah barang tentu dalam pembinaan Rumah Mampu Biaya ini permintaan itu sangat diberikan fokus dalam pembinaan bagi kita memberikan penawaran supaya tidak berlaku mismatch dengan izin, supaya permintaan yang wujud dalam dua daerah ini diberi keutamaan. Maknanya dia, secara umumnya kita boleh guna secara automatic iaitu 70% daripada 87,761 ini akan dibina dalam daerah Johor Bahru dan juga Kulai. Bahkan dalam kajian semula Dasar Perumahan Rakyat Johor ini kita tidak lagi memberikan kepada dasar kita, dasar kepada 2 iaitu dahulunya perumahan yang berada dalam kawasan Iskandar Malaysia dan juga di luar Iskandar Malaysia tetapi kita akan berdasarkan kepada zon dan insya-Allah kita akan kemukakan selepas daripada ini iaitu zon A, B dan C yang asas kepada pembentukan zon A, B dan C adalah berdasarkan kepada : 1. Pendapatan rumah ataupun house hold income kepada setiap daerah. 2. Berdasar kepada urbanisasi proses perbandaran, dengan izin. 3. Berdasar kepada senarai menunggu, waiting list yang kita ada dalam website e-Rumah Johor.

Sekian, Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Buluh Kasap. YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada EXCO yang memberikan penjelasan, detail. Cuma saya ingin bertanya, adakah pembinaan Rumah Mampu Biaya ini diserahkan kepada pihak swasta untuk memilih lokasi, tanah dan sebagainya atau melihat kepada keperluan kawasan atau daerah berkenaan? Kerana saya ambil contoh dalam pembentangan bajet tempoh hari, saya lihat Segamat cuma wilayah utara Johor cuma ada 1,700 tak silap saya, jadi, sedangkan Segamat merupakan cuma kawasan luar bandar yang saya fikir amat memerlukan rumah ataupun binaan rumah budaya ini. Jadi, soalan saya tadi adakah bergantung kepada pihak swasta atau atas keperluan masyarakat setempat. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Kasap. Sebagaimana saya sebut tadi, salah satu strategi bagaimana

Page 224: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 224

penawaran Rumah Mampu Biaya diperolehi adalah daripada segi pembangunan yang dijalankan oleh pemaju perumahan melalui kawalan dasar Perumahan Rakyat Johor di mana mereka perlu membina 40% daripada unit yang dibina adalah merupakan Rumah Mampu Biaya. Bagi jenis yang ini, pemaju perumahan maka pemilihan lokasi adalah tertakluk kepada kebijaksanaan pemaju perumahan tersebut. Bahkan biasanya pemaju perumahan akan menjalankan kajian dahulu sama ada kajian tentang lokasi termasuk juga liabiliti kebolehmajuan sesuatu projek tersebut. Manakala bagi sumber yang saya sebut tadi yang keempat iaitu melalui projek penswastaan yang kebiasaannya menggunakan tanah kerajaan tetapi ia tertakluk kepada lokasi yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan semasa membuat proses pengambilan alih tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Dan, saya rasa YB Buluh Kasap jangan bimbang kerana kita sangat fokus dan juga berdasarkan kepada statistik tentang demand dan supply, dengan izin, permintaan dan penawaran. Kita berdasarkan kepada permintaan di dalam pendaftaran website e-Rumah Johor sebagai salah satu daripada sandaran bukan itu sahaja tetapi salah satu yang akan menjadi sandaran ataupun pertimbangan utama khususnya di dalam kita melaksanakan projek penswastaan. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Tenang, jemput. YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang) : Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah Yang Berhormat EXCO telah memaklumkan kita sebanyak 134,195 unit yang sepatutnya dibina oleh pemaju tetapi tak dapat dilaksanakan. Apakah tindakan yang mungkin dirancang atau boleh diambil ke atas pemaju-pemaju ini dan apakah alasan yang biasanya diberi oleh pemaju hingga tak dapat melaksanakan projek ini yang kita tahu adalah peninggalan daripada kerajaan yang lepas? YB Speaker : Jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih di atas soalan tambahan daripada YB Tenang. Kalau kita nak bicara tentang alasan ni kena ceramah sejam ini Yang Berhormat Speaker. Tetapi secara ringkasnya kebanyakan... YB Speaker : Saya ok saja. Takut sebelah sana tak boleh tahan. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Sebab dia banyak-banyak sebab, alasan dia. Di antara yang saya umum secara umum yang saya boleh beritahu dalam Dewan yang mulia ini, adalah pihak pemaju. Saya tak kata pihak pemaju ni tak ada intention niat nak bina. Tetapi dia cuba melewatkan pembinaan, itu sebabnya banyak kes yang berlaku yang saya sebut tadi 134,195 ini, majoritinya adalah disebabkan proses pindaan kepada kebenaran merancang. Peringkat awal mereka telah ada kebenaran merancang secara blanket dengan izin, keseluruhan projek. Kemudian bila telah lulus di peringkat SBKS di PTG kemudian mereka mula membuat pindaan kepada kebenaran merancang. Kadang-kadang mereka akan kepada fasa by fasa yang akhirnya pembinaan rumah mampu biaya itu dibuat fasa yang terakhir. Dan, setiap fasa bagi sebagaimana kita tahu melibatkan proses perancang dan pembinaan paling kurang melibatkan dua tahun. Maknanya kalau 5 fasa, 10 tahun berikutnya baru kita lihat rumah mampu biaya dibina. Yang tragis ataupun yang malangnya, ada juga pihak pemaju yang menjual lot bagi rumah mampu biaya ini dan akhirnya pihak pembeli yang baru mengemukakan pindaan perancangan yang akhirnya tidak ada unit rumah mampu biaya yang dibina. Dan, insya-Allah pihak kerajaan negeri melalui mesyuarat MMK, EXCO Kerajaan Negeri kita akan mengambil fokus dan mengambil pertimbangan yang sewajarnya. Mana-mana tanah yang asalnya adalah peruntukan untuk rumah mampu biaya kita seboleh-bolehnya akan mempertahankan jenis pembangunan yang dibenarkan di atas tanah tersebut adalah rumah mampu biaya juga. Yang kedua adalah tentang penyerahan tanah kepada kerajaan negeri, kelonggaran yang diberi kepada dasar perumahan yang lama dan insya-Allah kita akan strengthen perkukuhkan dalam kajian terbaru supaya tidak berlaku penyerahan tanah untuk pembinaan rumah mampu biaya dan akhirnya membebankan kerajaan negeri, terutama bila mana kita out source ataupun berikan kepada pihak ketiga untuk melaksanakan pembangunan tersebut dan berakhir dengan projek itu terbengkalai. Jadi, ini di antara fokus yang akan kita pastikan dalam kajian semula dasar perumahan rakyat Johor ini supaya jumlah angka 134,195 unit ini tidak akan bertambah di masa-masa yang akan datang. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Soalan seterusnya, jemput Sungai Balang.

Page 225: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 225

YB Puan Zaiton binti Ismail (Sungai Balang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Soalan Nombor 3. Adakah kerajaan akan terus melaksanakan Program Keluarga Sakinah atau seumpamanya? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan berkaitan adakah kerajaan akan terus melaksanakan Program Keluarga Sakinah atau seumpamanya? Terima kasih kepada Sungai Balang yang mempersoalkan ataupun bertanya berhubung dengan program yang telah dilaksanakan sebelum daripada ini. Jadi, ini satu perkara yang baik dipersoalkan untuk di dapat jawapan yang lebih telus daripada pihak kerajaan. Di mana kita sedia maklum, bahawa Modul Keluarga Sakinah merupakan modul keibubapaan yang berteraskan panduan daripada Al-Quran dan Hadis yang bertujuan untuk memberi panduan dan maklumat lengkap kepada semua lapisan masyarakat Islam dalam membentuk sebuah keluarga yang sebenar berdasarkan kepada ajaran Islam. Modul ini telah dibangunkan lebih daripada 15 tahun dengan kerjasama daripada Jabatan Mufti Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Johor dan juga Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Di mana pelaksanaan modul Keluarga Sakinah adalah di bawah tanggungjawab Yayasan Pembangunan Keluarga yang telah melaksanakan dalam pelbagai kaedah penyampaian selain menyampaikan dalam medium ceramah, modul ini juga disampaikan dalam bentuk program ataupun aktiviti. Mengikut kumpulan sasar, seperti Program Remaja Sakinah, iaitu khas untuk pelajar sekolah dan belia, Program Permata Sakinah, ibu-ibu hamil, Nostalgia Perkahwinan yakni pasangan berkahwin lebih 10 tahun, Selangkah Seiring Jalan, pasangan yang baru berumah tangga 5 tahun. Selain daripada itu, pelaksanaan-pelaksanaan program seperti bercukur, akikah berkelompok dan seumpamanya dilaksanakan untuk memberikan pengajaran ataupun pendedahan kepada keluarga baru dan kepada masyarakat tentang cara-cara peringkat awal pendidikan kepada anak-anak. Secara keseluruhannya Program Modul Keluarga Sakinah ini adalah satu program yang sangat baik terutamanya dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, menangani gejala sosial yang di bimbangi saban tahun semakin meningkat. Dan, kerajaan Johor bukan sahaja akan meneruskan program ini, bahkan, akan memperkasakan modul ini. Dengan membuat penambahbaik dari segi pengisian terutamanya mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat Islam seperti perceraian, keganasan terhadap wanita dan kadang-kadang mungkin kita tak pernah dengar keganasan terhadap suami pun ada. Suami baca whatsapp, tengok-tengok whatsapp isteri itu kepada orang lain, bercinta dengan orang lain, ada. Suaminya sedih, itu ada. Antara cadangan penambahbaikan apabila saya diberi tanggung jawab bersama dalam urusan Modul Sakinah ini, program membantu ibu-ibu tunggal, program pertama saya telah laksanakan Persatuan Ibu Tunggal Zon Parit Yaani, kita buat satu program dengan membelikan mesin buat mee. Jadi, Persatuan Ibu-Ibu Tunggal ini buat mee dah, mee kuning tanpa bahan pengawet dan telah jauh di edar ataupun dapat permintaan dekat 150 kilo dipohon dan telah dibawa ke Skudai. Maknanya saya tolong edarkanlah sebab ibu-ibu tunggal ini dalam DUN saya, alhamdulillah. Jadi itu antara contoh, maknanya kita tambah baik dan insya-Allah kita tidak akan berhentikan bahkan kita perkukuhkan dan kita akan perluaskan dalam bentuk-bentuk program ibu tunggal untuk menjana pendapatan keluarga yang dalam keadaan dah kehilangan punca rezeki mereka. Sekian. YB Speaker : Di copy paste juga ke Yang Berhormat? YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Ini insya-Allah tambah baiklah. Walau orang nak kata copy paste benda itu memang dah ada, jadi kalau kita benda yang dah baik kita teruskan. Jangan pula bila tambah baik itu kita copy paste pun dianggap tiru dan sebagainya. Tapi kita tambah baik. Yang pentingnya untuk siapa? Untuk rakyat. Itu yang penting, untuk rakyat. Kita sebagai tanggungjawab menambah baik lagi, insya-Allah, terima kasih. YB Speaker : Sungai Balang, jemput, soalan tambahan. YB Puan Zaiton binti Ismail (Sungai Balang) : Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO, soalan tambahan saya, semua penggerak Sakinah sebelum ini telah pun ditamatkan perkhidmatan mungkin sebelum ini atas ketidaklayakan ataupun atas lantikan politik. Maka Sungai Balang mohon penjelasan apakah ciri-ciri kelayakan kaedah pemilihan penggerak Sakinah ini, dan adakah proses ini sudah dilaksanakan serta di peringkat mana ketika ini? Terima kasih.

Page 226: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 226

YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Sungai Balang. Saya ingat tadi soalan dia berapa ramai yang cerai, tapi tanya lain pula, jadi tak apa lah. Oleh kerana lantikan dulu pun lantikan sepertimana yang kita sedia maklum, bila pelantikan-pelantikan seumpama ini, adalah lantikan yang tak perlu saya terangkanlah. Semua orang faham. Tetapi, apa yang kita buat adalah merupakan satu tindakan ataupun satu pemberhentian yang terpaksa dibuat berdasarkan kepada apa yang telah bukti-bukti yang ada, apabila penggerak-penggerak yang diberikan tanggungjawab tetapi telah memberikan satu imej yang tidak baik kepada rakyat tentang isu-isu semasa. Oleh kerana itu, tindakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil tindakan kita beri peluang dah, agak lama sebenarnya, lebih daripada 3 bulan, tapi nampak program itu ataupun kesannya kurang baik kepada kerajaan. Walau macam mana pun ciri-ciri pelantikan kita telah, akan buat pelantikan baru berdasarkan kepada ciri-ciri yang sewajarnya. Kita bukan berdasarkan 100% adalah berdasarkan kepada politik, tetapi juga kepada mereka yang berkemampuan. 1. Dari sudut agama sebab penyampaian dan juga ceramah dan sebagainya, bimbingan-

bimbingan ini adalah berkaitan dengan agama, bila sebut keluarga Sakinah. 2. Mereka juga adalah merupakan di kalangan masyarakat yang boleh diterima oleh semua

pihak. Bukan bermakna satu golongan ataupun satu pihak sahaja. Ini untuk makluman kepada Dewan yang mulia ini.

3. Kita perlukan juga kepada mereka yang kreatif maknanya kita akan buat temu duga, kita akan panggil untuk di temu duga apa idea-idea yang mereka boleh kemukakan untuk membantu khususnya sepertimana yang saya sebut tadi, saya sebut tentang perkara yang berkaitan dengan idea baru untuk menjana pendapatan keluarga yang kehilangan punca pendapatan suaminya meninggal, ataupun sebagainya. Jadi ini perkara yang menjadi titik berat, ataupun ciri-ciri yang akan kita pilih untuk menjadi penggerak dalam DUN-DUN yang akan kita pilih nanti, terima kasih.

YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Bentayan, jemput. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Soalan nombor 4. Adakah kerajaan negeri Johor akan membina incinerator di Johor sebagai salah satu penyelesaian kepada isu pelupusan sampah yang semakin serius? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan atas soalan yang telah ditujukan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah Akta 672 ataupun Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Tahun 2007. Kuasa untuk ataupun segala perihal pengurusan sisa pepejal di negeri Johor telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan oleh kerajaan dahulu. Bagaimanapun, pihak kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif dan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam isu-isu yang berkaitan dengan isu pengurusan sisa pepejal dan pelupusan sampah di negeri Johor. Soalan yang ditimbulkan adakah Johor ini akan membina incinerator? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada apa-apa sahaja teknologi yang efektif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah pelupusan sisa pepejal di negeri Johor. Antaranya pembinaan incinerator adalah salah satu penyelesaian waste to energy ataupun WTE kepada isu pelupusan sampah yang semakin serius. Loji incinerator adalah salah satu saya nak tekankan bahawa dianya hanya salah satu teknologi rawatan sisa pepejal. Namun, waste to energy bukan sahaja dah bentuk incinerator. Di dalam proses pengurusan sisa pepejal waste to energy adalah merujuk kepada pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merawat sisa bagi menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api kenderaan seperti diesel. WTE ini mempunyai pelbagai teknologi sama ada proses secara kimia ataupun biologi. Melalui proses secara terma teknologi, WTE melibatkan proses termokimia ataupun dengan izin thermo chemical conversion, iaitu combustion, gasification, pyrolysis dan refuse derived fuel (RDF). Melalui proses ini, ianya akan menghasilkan produk-produk seperti gas panas, sink gas, liquid oil, char dan juga RDF palette. Seterusnya produk-produk ini akan

Page 227: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 227

ditukarkan kepada tenaga haba, elektrik dan bahan api. Manakala melalui proses non terma teknologi, WTE melibatkan proses fermentation dan anaerobic digestion. Melalui proses ini, ianya menghasilkan biogas, bio ethanol dan digestate, yang mana dapat ditukarkan menjadi sumber tenaga baru. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun singkatnya KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah merancang untuk membina loji rawatan sisa pepejal yang berkonsepkan waste to energy (WTE). Antaranya seperti incinerator dan anaerobic digester (AD) terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah penjanaan sisa yang tinggi seperti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan juga Johor bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dilupuskan ke tapak pelupusan. Namun, Kerajaan Negeri Johor juga akan membuat kajian tersendiri untuk menyelesaikan masalah tapak pelupusan sedia ada yang semakin penuh. Sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai keputusan membuat loji WTE, Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan waste, cadangan baru kepada KPKT dan kerjasama dengan Persekutuan untuk menyelesaikan pengurusan sisa pepejal yang semakin mencabar. Selain itu, teknologi pengasingan sisa pepejal di hilir seperti MRF iaitu sistem pengasingan sisa pepejal secara automatik atau separa automatik di tapak pelupusan ataupun di loji WTE akan dipertimbangkan untuk memanjangkan hayat tapak pelupusan yang sedia ada supaya dapat meringankan beban tapak pelupusan sampah, pada masa yang sama memberi masa untuk mencari dan mendapatkan teknologi yang terbaik untuk perkara, hal perihal... pengurusan sisa pepejal ini. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Bentayan. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan. Apa yang sedia dimaklumkan, incinerator ini adalah satu teknologi WTE. Jadi nak tahu kan, apakah kesan-kesannya sekiranya pembinaan loji WTE ini? Dan adakah kesan negatif pembinaan incinerator ini terhadap alam sekitar? Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. Kalau incinerator ini buat dekat Skudai boleh tak? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Ini berdasarkan kajian kesesuaian. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Bentayan atas soalan yang telah ditimbulkan. Soalan yang ditimbulkan adalah soalan lazim. Di mana berkenaan berkaitan dengan impak terhadap alam sekitar. Sebenarnya apa kajian ataupun selalu kita dapat rungutan daripada masyarakat adalah bahawa incinerator ini akan menghasilkan efluen ataupun emmision yang akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan dan juga alam sekitar. Antaranya adalah pembebasan gas dioksin. Kita perlu faham bahawa mengapakah ataupun dari mana puncanya ada penghasilan gas-gas yang merbahaya ini. Ia berlaku apabila suhu dalam incinerator itu tidak berada pada satu kadar yang tetap. Makna apabila suhu dalam incinerator sentiasa berubah, vary dan tidak kekal pada satu tahap yang sepatutnya ia berada, maka kesan dia adalah antaranya pengeluaran gas-gas yang bahaya ini. Bagaimanapun, masalah ini telah diatasi dengan teknologi yang baru dan ianya telah terbukti bahawa perkara ini boleh diselesaikan. Jawapan saya sedemikian bukan bermaksud bahawa kita bersetuju untuk membina incinerator. Tapi apa yang nak saya tekankan bahawa segala masalah yang ada, ada penyelesaiannya. Ada teknologi untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, sebenarnya selain daripada isu alam sekitar yang sering ditimbulkan dalam isu pembinaan incinerator ini, sebenarnya adalah lagi satu isu yang mana selalu dipertikaikan iaitu keberkesanan ekonomi membina incinerator, sama ada ianya adalah satu pendekatan yang orang kata cost effective. Sebab ianya akan dipantulkan atau digambarkan semula daripada tipping fee ataupun caj pengurusan yang akan dikenakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan ataupun mana-mana pihak yang ingin menghantar sisa pepejal ini untuk diuruskan di dalam incinerator ini. Ini antara pertikaian yang timbul, di mana sekarang ni tipping fee adalah lebih kurang RM60.00 hingga RM80.00 satu tan. Dan cadangan untuk incinerator selalunya akan lebih daripada RM100.00 hingga RM150.00 satu tan. Maka ini secara tidak langsung telah menambahkan bebanan kepada PBT. Tetapi saya yakin isu ini juga boleh diselesaikan dengan adanya produk-produk yang saya sebut tadi iaitu tenaga dan juga

Page 228: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 228

bahan-bahan api yang boleh diprodukkan semula untuk menanggung atau menampung sebahagian daripada kos pembinaan incinerator ini. Jadi soalan seterusnya yang biasa orang tidak membincang dan saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini adalah sebenarnya isu yang ketiga yang kita perlu pertimbangkan iaitu apakah hala tuju kerajaan dalam bab pengurusan sisa pepejal ini? Sekarang ini kita dalam hala tuju untuk menggalakkan masyarakat kita supaya mengurangkan sisa atau mengurangkan sampah, tapi kita perlu faham bahawa sekiranya kita membina incinerator, ianya perlu ada satu jaminan dari segi kuantiti sampah yang dihantar kepada incinerator iaitu dengan izin, guarantee of volume. Di mana kita perlu memberi jaminan misal kata kalau satu incinerator itu direka bentuk untuk 2,000 tan sehari, maksudnya kita perlu menjana sampah 2,000 tan sehari untuk dihantar ke incinerator. Jadi, perkara ini kita perlu ambil kira, apakah hala tuju kita? Adakah kita nak menggalakkan masyarakat kita mengurangkan sampah ataupun kita nak menggalakkan masyarakat kita daripada menjana sampah? Jadi, perkara-perkara ini akan diambil kira dalam segala bentuk cadangan kepada kerajaan untuk memilih mana satu teknologi atau pendekatan yang terbaik dalam isu pengurusan sisa sampah, sisa pepejal ini. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya Machap. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih juga penjelasan yang telah diberikan oleh YB EXCO. Cuma Machap ingin bertanyakan adakah kemungkinan pembinaan incinerator ini diwujudkan di Machap sebagai satu penyelesaian kepada permasalahan pencemaran air di Simpang Renggam, ekoran daripada permasalahan di tapak buang sampah di Ladang CEP Renggam? Jadi adakah pembinaan ini wajar, cuma untuk berkonsepkan kepada waste to wealth ataupun waste to energy. Sebab sebagaimana telah disebut tadi, untuk membina incinerator ini, berapakah jumlah kapasiti sampah yang diperlukan oleh setiap incinerator ini bagi membolehkan dia memproses kepada baja, proses kepada minyak dan juga kepada gas? Jadi saya nak tahu berapa jumlah dan juga kemungkinan pembinaan incinerator di Simpang Renggam? Terima kasih. YB Speaker : Machap setujulah kalau buat dekat ni eh... incinerator di Machap setujulah eh? Sila YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Machap daripada soalan yang ditimbulkan. Saya dah agak dah Machap akan timbulkan isu Ladang CEP ini. Jawapan sebenarnya dah ada tapi tak tahu hilang ke mana dah. Tapi bagaimanapun secara umumnya, kita perlu ambil kira banyak aspek. Sebab sekarang ini di Machap, sehari sampah yang masuk ke tapak pelupusan Ladang CEP adalah lebih kurang 4 hingga 600 tan sehari. Ini sebenarnya tidak begitu economical untuk membina sebuah incinerator di situ. Bagaimanapun dengan teknologi yang semakin canggih pada hari ini, di mana incinerator ini ataupun loji WTE, dia tidak semestinya incinerator, loji WTE ini adalah direka secara modular di mana dia boleh direka dengan keperluan kapasiti pada tapak. Bagaimanapun ianya juga perlu, kita juga perlu ambil kira bahawa saiz tanah yang ada dan diperlukan. Jadi perkara itu masih belum ada keputusan muktamad. Bagaimanapun kerajaan telah mengambil langkah proaktif dalam mengatasi masalah limpahan leachate di tapak pelupusan Ladang CEP. Iaitu kerajaan telah memperuntukkan satu jumlah sebanyak RM3.5 juta untuk menaik taraf loji rawatan leachate di Ladang CEP. Perkara ini telah diluluskan oleh Menteri Kewangan pada September yang lalu dan sekarang ini dalam proses melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf loji rawatan leachate. Kita yakin dengan naik taraf, kerja-kerja naik taraf ini dapat mengatasi masalah limpahan leachate ini di Ladang CEP. Sekian jawapan saya. YB Speaker : Ya Kukup sila. YB Datuk Md. Othman bin Yusof (Kukup) : Terima kasih Tuan Speaker. Saya telah dengar pun perbincangan tentang incinerator ini banyak tahun Tuan Speaker. Memang perkara ini memang dibincangkan setiap kali Dewan ini sebelum-sebelum ini pun. Tapi sampai hari ini, saya tak nampak pun satu incinerator yang telah pun di bangun di negeri Johor. Jadi, saya amat mengharapkan semasa saya dulu di KPRJ, saya pernah melawat satu syarikat di France, nama syarikat tersebut adalah Viola. Satu syarikat yang mempunyai lebih kurang 4,000 pekerja, dia mempunyai semua teknologi yang tercanggih di dunia ini. Saya amat mengharapkan supaya kerajaan Negeri Johor sebagaimana EXCO katakan tadi, dia harus melihat daripada segi sudut kos dan pelbagainya lagi. Tetapi pada pandangan saya, incinerator ini sangat diperlukan sekarang ini. Sebab untuk kita buang

Page 229: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 229

sampah pada apa landfill sekarang ini, adalah satu perkara yang menjejaskan banyak daripada keburukan kepada alam sekitar... YB Speaker : Soalannya Kukup... YB Datuk Md. Othman bin Yusof (Kukup) : Jadi soalannya sekarang ini, bilakah boleh kita lihat incinerator ini dibangunkan di negeri Johor untuk menggantikan landfill, system landfill yang ada ini. Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Kukup. Ini sebenarnya satu soalan yang sangat nakal. Dia tanya bilakah seolah-olah kita dah bersetuju, jadi bilakah nak buat? Sebenarnya kita masih belum ada keputusan muktamad tentang apakah jenis teknologi yang boleh digunakan? YB Speaker : Bila dimuktamadkan. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Kita akui bahawa sekarang ini masyarakat secara umumnya mempunyai banyak salah tanggapan terhadap konsep incinerator ini. Dan salah tanggapan ini telah kita kata expand, kepada konsep WTE. Apabila kita sebut sahaja WTE orang fikir tentang benda yang negatif. Orang tak fikir ini salah satu pendekatan yang berkesan untuk selesaikan masalah sampah di negeri kita. Jadi sebelum kita nak bagi tahu maklumkan bilakah kita perlu ada persetujuan dulu, sebelum kita ada persetujuan kita perlu convince atau meyakinkan masyarakat kita bahawa ini adalah satu pendekatan yang sangat berkesan. Kita tidak mahu sesuatu cadangan itu dicadangkan, dilaksanakan tetapi pada pertengahan dia mendapat bantahan dari masyarakat dan kita terpaksa memberhentikan projek tersebut. Sekiranya kita berbuat demikian kita akan membuang sangat banyak masa, sebab untuk membina, merancang sesuatu fasiliti itu, kemudahan dia memakan masa yang panjang. Jadi, perkara itu saya harap Kukup faham dan jangan lagi bagi perangkap ini dan kita sama-sama hadapinya. Kita sama-sama mencapai kata sepakat dalam masyarakat secara umumnya, sebelum boleh bagi satu jawapan bahawa bilakah kita akan buat. Sekian terima kasih. YB Datuk Md. Othman bin Yusof (Kukup) : Satu lagi, tambahan sikit lagi. Saya rasa nak mengkaji perkara ini sebab satu dunia dah pakai. even China, even Eropah, semua dah pakai. Saya tengok daripada satu di Eropah, sebagaimana pusat pelupusan waste to energy dia punya kompleks tu lebih baik, lebih canggih daripada shopping complex,dia punya cantiknya tu. Saya rasa kalau ini kita bangunkan tak akan ada, perlu kita nak mengkaji yang begitu lama sekali. Sebab kita bercakap, bercakap, bercakap, we don’t walk our talk. people talking and talking, kita tak dapat keputusannya. Jadi, saya rasa masalah ini perlu kita selesaikan dengan secepat mungkin. Sebab this is time bomb selama mana kita nak buang memikirkan kepada alam sekitar kita. YB Speaker : Saya kira tak payah. Ini bukan soalan, ini penyataan sahaja. Tak apa saya terus ke soalan yang seterusnya. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Soalan ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mintak izin untuk ulas sedikit tentang pandangan Yang Berhormat ... YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Yang Berhormat Tuan Speaker, tak payahlah, sebab kita, benda ni dah… YB Speaker : Sebab satu penyataan satu persetujuan tak ada soalan. Ok soalan tambahan habis dah. Kita pergi soalan seterusnya. Minta Maaf ya tapi bagus, isu ni bagus. Maknanya untuk kepentingan rakyat, Yang Berhormat pun ramai yang nak respons maknanya perlu penyelesaian yang segera untuk menyelesaikan masalah ini. Ok, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Pasir. YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5. Adakah kerajaan negeri bercadang melalui agensi tertentu untuk menggalakkan penyertaan bumiputera di bandar-bandar dengan menyediakan ruang niaga atau rumah kedai dalam kadar tertentu sekiranya ada kuota?

Page 230: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 230

YB Speaker : Jemput Yang Berhormat EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bukit Pasir atas soalan yang telah diutarakan. Yang Berhormat Tuan Speaker, antara agensi yang menyediakan ruang niaga atau kita sebut juga sebagai rumah kedai kepada para usahawan Bumiputera antaranya ialah :- 1. Perbadanan Islam Johor ataupun PIJ.

Selaras dengan objektif utama PIJ iaitu untuk membangunkan ekonomi umat Islam khususnya di negeri Johor ini. Maka PIJ ada menyediakan rumah-rumah kedai dan juga ruang-ruang pejabat untuk disewakan kepada usahawan-usahawan Muslim. Rumah kedai dan ruang pejabat PIJ ini berada di beberapa lokasi di negeri Johor ini. Antaranya ialah : a. Bangunan PIJ, Jalan Rebana, Kebun Teh yang lebih kurang ada 74 lot atau 74 unit. Selain

itu ruang pejabat di bangunan PIJ Holdings sendiri, Jalan Bukit Timbalan yang berjumlah 5 lot. Keseluruhannya ruang pejabat ini ada 79 lot.

b. Bagi rumah kedai di bawah seliaan PIJ terdapat 4 daerah atau 4 lokasi antaranya ialah di

Taman Bandar Baru Ayer Hitam, di Taman Persona, Kluang, Jalan Rebana, Kebun Teh dan Bandar Baru Uda. Keseluruhan jumlah lot ataupun unit rumah kedai PIJ ini berjumlah 30 unit.

c. Selain itu juga terdapat juga disediakan inkubator daripada PIJ di 2 daerah ataupun 2

lokasi iaitu :

i. Bandar Baru Uda sebanyak 21 unit ii. Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, 18 unit membawa keseluruhan 30 unit ruang

pejabat ataupun ruang inkubator. Kadar sewa yang dikenakan oleh PIJ adalah berpatutan dan lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Pada masa kini semua rumah kedai dan ruang pejabat PIJ di lokasi yang telah saya nyatakan tadi telah pun mencapai 85% disewakan. 2. Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).

Antara agensi kerajaan negeri yang turut menyediakan ruang-ruang untuk perniagaan ini adalah Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB). Kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) telah melantik PUJB ini melalui Unit Infrastruktur dan Hasil, untuk mengurus tadbir lot-lot komersial berjumlah 250 unit milik kerajaan negeri di sekitar negeri Johor. Pecahan-pecahan unit tersebut adalah 3 unit di Taman Johor Jaya, 9 unit di Mersing, 80 unit di kedai pejabat di Kluang, 55 unit di Kluang Junction yang dahulu dikenali sebagai Pekan Rabu Kluang, 2 unit Desa Sejahtera di Kota Tinggi, 36 unit di Desa Rakyat Pasir Gudang, 2 unit di Nusantara Prima, 22 unit di Mutiara Rini dan 41 unit di Eco Cascadia.

Dari keseluruhan jumlah yang ada ini, sebanyak 124 unit telah disewakan kepada peniaga bumiputera iaitu 38 unit Kluang Junction, 1 unit Johor Jaya, 3 unit di Mersing, 43 unit kedai pejabat Kluang, 2 di Desa Sejahtera, Kota Tinggi, 35 unit di Desa Rakyat Pasir Gudang dan 2 unit di Mutiara Rini. Dan untuk keseluruhan hari ini, kadar sewa adalah berpatutan dan mengikut penilaian Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain itu, yang masih dalam proses kita ada B5 Johor Street Market. Untuk makluman, Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) iaitu anak syarikat milik penuh Johor Corporation (JCorp) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan ruang-ruang niaga di kawasan bandar dan juga di kawasan luar bandar di negeri Johor yang terdiri dari pusat membeli-belah, pasar raya, pusat perniagaan, pasar segar dan bazar sebagaimana berikut :

• Komtar JBCC

• Galleria@Kotaraya

• Pasaraya Komuniti @mart Kempas

• Pusat Perniagaan Taman Dahlia

Page 231: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 231

• Larkin Sentral

JCorp melalui DASB ini telah mengambil langkah penting dalam menggalakkan penyertaan usahawan bumiputera dengan menyediakan ruang niaga di lokasi yang strategik di pusat bandar Johor Bahru. Jadi dengan adanya kompleks-kompleks yang terletak di dalam lokasi yang strategik tersebut, dapat memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk bumiputera berniaga dan lebih berdaya saing. Pihak DASB mengamalkan konsep terbuka iaitu semua penyewa akan dikenakan kadar sewa yang sama di dalam satu bangunan. Walau bagaimanapun, kadar sewa ruang niaga yang dikenakan ini adalah 15 % lebih rendah berbanding dengan kadar sewa di bangunan lain yang serupa dengannya. Itu dulu Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Benut. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan. Kita tahu bahawa ruang-ruang perniagaan ini memang kita kenal pasti dan kerajaan saya percaya bersungguh dalam memastikan ruang-ruang yang ada itu dipenuhi. Yang Berhormat melihat juga kepada industri kreatif jadi dalam hal ini apa pandangan kerajaan terhadap peniaga-peniaga yang sedia ada kerana kita juga melihat kepada penggalakan penyertaan jadi mungkin Yang Berhormat akan menilai keupayaan, sambutan kepada peniaga-peniaga yang ada. Jadi, apa langkah kerajaan untuk memastikan bahawa program kerajaan yang baharu sebagai satu yang lebih menarik, sebagai satu yang boleh menggalakkan penyertaan bumiputera. Apakah bidang-bidang Yang Berhormat ataupun kerajaan rasa amat sesuai dalam menggalakkan penyertaan bumiputera. Adakah kita akan mempunyai bidang-bidang baru, beri penekanan kepada bidang-bidang baru atau pun sekadar kita nak meneruskan sahaja perniagaan-perniagaan tradisi yang sedia ada, bagaimana perancangan Yang Berhormat. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Terima kasih Yang Berhormat Benut, untuk makluman Dewan yang mulia ini, portfolio di bawah seliaan EXCO atau pun saya dimasukkan portfolio Ekonomi Kreatif dan saya melihat dan kerajaan negeri melihat bahawa ekonomi kreatif dia bukan akan mematikan peniaga-peniaga ataupun usahawan-usahawan sedia ada tetapi kita lebih melihat elemen kreativiti ini akan memberi suntikan baru kepada peniaga-peniaga dan usaha di negeri Johor ini. Dan dalam kita ataupun portfolio saya menyantuni bajet yang telah, ataupun Belanjawan 2019 negeri Johor untuk usahawan kita meletakkan 3 elemen utama. Pada kali ini untuk memberi nilai tambah kepada perniagaan-perniagaan mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita menekankan yang pertama sekali teknologi. Dari aspek teknologi, usahawan kita mesti diberi pendedahan kepada teknologi kerana kita meyakini bahawa dengan teknologi dia akan mampu untuk meningkatkan produktiviti. Dengan automasi dia boleh meningkatkan produktiviti usahawan-usahawan kita. Kedua Pendigitalisasi iaitu mendigitalisekan usahawan-usahawan kita. Menjadikan mereka ini well equip dari segi IT, dengan izin. Dengan kelengkapan ini mereka boleh meluaskan pasaran mereka bukan sahaja di dalam negeri Johor ataupun konteks, local sahaja, tetapi mereka boleh go aboard, dengan izin dengan lebih jauh dari konteks pasaran. Ketiga ialah di sini letaknya kreativiti, iaitu dengan kreativiti maka usahawan kita ada nilai tambah dalam keusahawanan atau bidang keusahawanan yang mereka niagakan. Contoh yang paling mudah saya boleh bawa di sini kalau dalam konteks selama apa bila satu orang usahawan berniaga kerepek, saya bawa contoh. Dan, secara tradisional ataupun kebiasaan dahulu ialah kalau orang A buat kerepek, usahawan B tengok ok, usahawan B akan buat kerepek lagi, usahawan C akan terus buat kerepek lagi. Tetapi dalam konteks ini kreativiti sangat penting kerana saya rasa bukannya kita ingin meningkat lebih ramai usahawan kerepek tapi dengan kreativiti boleh meningkatkan produk kerepek yang kita ada. Sebagai contoh, kita ambil contoh, kalau di Ayer Hitam, contohnya. Kita ada industri kerepek tetapi kita belum ada galeri kerepek sebagai contoh, di Ayer Hitam. Kita belum ada pesta makan kerepek terbesar di rantau ini contohnya, di Ayer Hitam yang kita buat. Ini lah yang saya

Page 232: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 232

maksudkan dengan contoh ataupun logik yang mudah ini kita melihat kreativiti mampu boost, dengan izin, mampu meningkatkan keupayaan usahawan kita. Pada semalam kalau saya boleh berkongsi kepada Dewan yang mulia ini, UNESCO telah mengiktiraf Dondang Sayang, Dondang Sayang ini, tarian lagu Dondang Sayang ini, UNESCO telah mengiktiraf Dondang Sayang. Jadi, kita tidak terfikir Dondang Sayang ini adalah satu perniagaan sebenarnya dan satu aspek keusahawanan sebenarnya. Tetapi hari ini ataupun semalam satu berita satu berita telah dikeluarkan di The Star bahawa dondang sayang telah diiktiraf di UNISCO dan saya melihat bahawa hal ini akan menarik minat ramai lagi orang daripada luar, pelancong daripada luar bahkan investor ataupun pelabur-pelabur daripada luar untuk melihat dengan lebih teliti dalam aspek ini. Jadi inilah yang saya katakan bahawa kreativiti ini sebenarnya dia akan menjana lagi ekonomi usahawan-usahawan kita dan saya tegaskan di sini bahawa kreativiti akan meningkatkan lagi daya ataupun keupayaan usahawan kita dan akan memberi nilai tambah kepada usahawan kita dan hal inilah yang akan diberikan fokus oleh kerajaan negeri pada kali ini. Terima kasih. YB Speaker : Bukit Permai. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, semalam saya telah menimbulkan masalah miskin tegar di bandar. Dan sebagai salah satu langkah untuk kita nak memberi ruang lebih banyak penyertaan bumiputera dalam kawasan perbandaran, saya mengesyorkan 3 Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Johor Bahru yang kita anggap sebagai Golden Triangle Johor sekarang ini, supaya lebih banyak mengadakan atau mendirikan hab-hab perniagaan, lot-lot perniagaan untuk bumiputera. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalannya Yang Berhormat? YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Soalannya, apakah langkah kerajaan untuk memperbanyakkan lagi bumiputera merebut peluang perniagaan di bandar-bandar? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Terima kasih Bukit Permai. Yang Berhormat Tuan Speaker, sepanjang saya menjawab soalan pada awal tadi, saya rasa saya telah menekankan lokasi-lokasi ruang niaga yang diberikan ataupun disediakan oleh contohnya PIJ, PUJB dan sebagainya yang saya tidak dapat mengeluarkan angka dari sudut peratusan tetapi sejumlah besarnya adalah di kawasan bandar-bandar utama ini. Jadi, saya rasa saranan ataupun soalan ataupun cadangan yang saya lihat lebih bersifat cadangan oleh Bukit Permai tadi, saya rasa telah dijawab dalam jawapan saya di awal tadi dan concern dengan izin ataupun keprihatinan beliau terhadap perkara ini ataupun keprihatinan Bukit Permai dalam hal ini saya rasa akan saya ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih. YB Speaker : Soalan yang seterusnya jemput Perling. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6. Apakah inisiatif dan rancangan Kerajaan Negeri Johor dari segi Sumber Manusia untuk menyediakan bakat untuk Revolusi Industri 4.0 tersebut? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih Tuan Speaker. Salam Sejahtera, selamat pagi, Yang Berhormat Perling dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, tuan-tuan, puan-puan. Seperti yang sedia maklum, pada Oktober 2018 yang lalu pihak kerajaan persekutuan telah pun melancarkan polisi kebangsaan bagi menghadapi Lonjakan Revolusi Industri 4.0 iaitu industri 4WRD iaitu ialah satu Nasional Policy On Industry 4.0. Dengan ini ada 5 kawasan fokus iaitu funding, infrastructure, regulation, skill atau talent dan technology, dengan izin. First, susulan daripada pelancaran polisi kebangsaan itu juga Belanjawan Negara 2019 turut mensasarkan beberapa inisiatif terutamanya di dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dan kemahiran tenaga kerja berkaitan industri 4.0. di antaranya seperti pengenaan potong cukai sebanyak dua kali kepada syarikat yang membiayai biasiswa latihan dan menyertai Skim Latihan

Page 233: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 233

Dual Nasional, SLDN bagi industri 4.0. Maklum balas terhadap Lonjakan Industri 4.0, satu jawatankuasa kecil telah ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi mengumpul maklumat dan membincangkan inisiatif dalam membangunkan dan memperkembangkan bakat peralihan industri setempat. Bakat tempatan sedia ada belum lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan industri 4.0 yang lebih berunsurkan teknologi pintar, pantas dan maya. Bidang-bidang seperti megatronik, pencetakan 3D, rekaan digital dan sewaktu dengannya masih lagi berkurangan dan kurang didedah di kalangan penggiat latihan. Manakala keperluan jenis bakat dalam industri 4.0 di Johor ini pula perlu dikenal pasti dan diseragamkan agar selari dengan bakat mahir yang ada. Tidak perlu tidak. Bridging Antara keduanya perlu diimbangi memandangkan penyediaan dan peralihan ke arah industri 4.0 sudah tentunya memerlukan modal yang tinggi dan jangka panjang. Justeru itu, penyelarasan dan perancangan pembangunan bakat dalam industri ini akan direncanakan melalui jawatankuasa bakat industri 4.0 negeri Johor yang dikendalikan oleh Unit Strategik Modal Insan dan terdiri daripada penyedia-penyedia latihan di peringkat persekutuan dan negeri serta wakil industri seperti Federation Of Malaysian Manufacturers (FMM). Penjenamaan Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) kepada Johor Upskilling dan Reskilling bukanlah sekadar cut and paste atau ditakrifkan secara langsung sebagai mekanisme latihan semata-mata tetapi ianya merupakan resolusi kepada keberkesanan program terdahulu yang telah dilaksanakan. Bidang-bidang latihan kemahiran yang ditumpukan sebelum ini adalah lebih berasaskan kepada elemen-elemen teknikal dan perkhidmatan yang berorientasikan kehendak industri antaranya seperti pendawaian elektrik, pemesinan, penyediaan makanan dan minuman. Yang telah berjaya menempatkan adalah seramai 296 orang peserta iaitu hanya 82% daripada jumlah keseluruhan peserta yang dilatih di hampir 50 majikan setempat di sekitar negeri Johor. Peratusan penempatan ini boleh ditingkatkan sekiranya unsur-unsur nilai tambah turut dimasukkan dalam modul-modul latihan yang dijalankan. Justeru itu, dengan mensasarkan kepada 100% penempatan Johor Upskilling dan Reskilling akan menekankan kepelbagaian kemahiran iaitu multi skilling yang bercirikan ke arah industri 4.0. di samping bidang teknikal sedia ada serta kemahiran lembut iaitu kemahiran insaniah di kalangan mereka yang belum bekerja mahupun sedang bekerja. Modul-modul sampingan seperti pengurusan efektif dan pembinaan karakter akan ditambah bagi meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran peserta tersebut. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Perling, jemput. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Terima kasih Yang Berhormat EXCO untuk beri jawapan berikut. Tapi saya rasa yang beri jawapannya dia tumpu pada fokus dan tujuan kepada revolusi industri menyediakan bakat revolusi 4.0 ini. Jadi soalan saya begini, apakah program yang terkini, program-program yang terkini untuk inisiatif yang menyediakan bakat untuk revolusi industri 4.0 ini selepas Pakatan Harapan memegang kerajaan? Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih Yang Berhormat Perling. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini perubahan-perubahan yang di bincang kini adalah seperti berikut:- 1. Belajar kemahiran teknologi serta kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, latihan,

pertambahan fizikal dan mental, sikap menerima perubahan dan sebagainya. ILP yang ada sekarang akan fokus ke sifat-sifat ini.

2. Semua kursus mesti ada internship untuk menambah kemahiran dan pengalaman. Ini mesti

diatur oleh institusi bukan lepas kepada pelatih. Secara ini institusi latihan boleh maju hubungan erat dengan pihak majikan, hantar pelatih tiap-tiap tahun.

3. Majikan unggul dalam bidang tertentu tetapkan sasaran dari segi syllabus, dengan izin, dan

tahap pencapaian. Inilah private public partnership. Kerjasama rapat dengan sektor swasta dan syarikat multi nasional sangat digalakkan. Dialog dengan pihak seperti FMM dan sebagainya digalakkan juga. Kita mahu ikut itu modal Germany di mana institusi dan majikan kerjasama dalam pembangunan kurikulum dan mata pelajaran institut latihan perindustrian.

4. Galakan inovasi-inovasi dan perubahan kecil di tiap peringkat. Dan meraikan pencapaian

sebagai ini. Satu budaya inovasi di antara pelatih ini pun digalakkan.

Page 234: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 234

5. Galakan dan dorongan kepada start up daripada pelatih, kita galakkan start up. 6. ILP pun digalakkan mula R&D, Research and Development. Bukan hanya latih atau mengajar

sahaja. Inilah 6 langkah yang kita bincangkan mahu implementasi secepat mungkin. Untuk makluman tuan-tuan puan-puan, ramai pakar beritahu bahawa 2/3 pekerjaan yang ada sekarang tidak akan di ada di masa depan, 20 tahun kemudian. Institusi khazanah pun beritahu begitu juga, mereka pun setuju dengan pendapat ini. Kita tidak tahu apa kemahiran yang perlu di masa depan, sebab teknologi ubah berkembang cepat dan jadi out dated dalam masa singkat, dengan izin. Oleh sebab itu, sifat yang kena belajar dan perlu ialah empathy, kesefahaman, kreativiti, critical thinking, pemikiran kreatif, inilah sifat-sifat kita galakan di ILP pada masa ini. Tetapi bukan semua boleh di alternated, ada juga beberapa bidang tidak. Ini bererti bahawa attitude, sikap, flexibility, untuk menerima perubahan dan inovasi sangat penting di kalangan pelatih dan pekerja. Untuk mencapai matlamat ini, kami melalui Unit Strategik Modal Insan sedang berunding dan bincang perubahan pengajaran dan pembelajaran di ILP dan juga kita galakkan dialog-dialog dengan pihak majikan. Dan, untuk maklumat Tuan Speaker, baru-baru Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun mengumumkan dalam Belanjawan 2019 iaitu High Value Investment, ini sangat akan menggalakkan lonjakan kepada industri 4.0 dan juga beliau mengumumkan memperkenalkan e-Wallet. Inilah langkah-langkah akan menyokong lonjakan kepada industri 4.0. sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, jemput Tangkak. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Tangkak nombor 7. Apakah sebab kerajaan membenarkan bil perkhidmatan pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) disatukan dengan bil air SAJ? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu terima kasih kepada Yang Berhormat Tangkak kerana membangkitkan soalan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli atau nama singkatannya KATS melalui surat bertarikh 13 September 2018 kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor telah memaklumkan bahawa pihak kementerian sedang berusaha memperluaskan pengebilan bersepadu, joint billing dengan izin, bagi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Cadangan joint billing adalah melalui satu bil tunggal sahaja yang akan dikeluarkan oleh Ranhill SAJ di Johor, yang mana bil tersebut akan menunjukkan pembahagian antara penggunaan air terawat di bahagian atas bil dan caj pembetungan pada sebahagian bawah dengan penambahbaikan iaitu mencetak logo IWK di bahagian bawah bil tersebut. Bagi mengelakkan salah faham dan tanggapan pengguna bahawa Ranhill SAJ telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan di negeri Johor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Johor telah menolak pelaksanaan joint billing ini buat masa sekarang oleh Ranhill SAJ dan IWK tertakluk kepada penyempurnaan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah: 1. Kaedah joint billing yang akan atau bakal dilaksanakan tidak akan melibatkan kenaikan tarif

IWK dan juga air terawat kepada pengguna. Caj pembetungan untuk sektor domestik masih kekal iaitu RM8.00 sebulan dan yang membezakannya adalah bil dikeluarkan setiap bulan berbanding bil sedia ada IWK dikeluarkan setiap 3 bulan sekali.

2. Pelaksanaan joint billing dilaksanakan di Johor mestilah serentak dengan beberapa negeri lain

di Semenanjung Malaysia supaya Negeri Johor tidak dijadikan sebagai “pilot project” atau “trial and error” untuk mengetahui penerimaan rakyat dan pengguna. Oleh yang demikian, IWK perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meyakinkan operator bekalan air dan kerajaan di negeri-negeri lain bagi menerima cadangan joint billing ini.

Page 235: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 235

3. Inisiatif dan kempen berhubung cadangan joint billing ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sahaja di peringkat kerajaan negeri, bahkan perlu turut disertai oleh kerajaan persekutuan melalui media cetak, media sosial dan lain-lain lagi.

4. Perincian yang lebih teliti melalui mesyuarat, dialog dan perbincangan dengan semua-semua

pihak kepentingan negeri stake holders dengan izin, perlu diadakan agar kebajikan rakyat diutamakan sebelum apa-apa keputusan bakal kami tentukan.

YB Speaker : Jemput Tangkak. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan dan saya, Tangkak kira itu adalah satu berita baik buat sementara ini kerana kerajaan negeri telah menolak permintaan atau pelaksanaan tersebut. Tetapi dengan syarat apa yang telah di maklum oleh, oleh YB EXCO sebentar tadi dengan adakah sekiranya IWK memenuhi keempat-empat permintaan yang telah dinyatakan oleh kerajaan negeri Johor dan akhirnya IWK dibenarkan bekerjasama dengan SAJ untuk bil disatukan ini? Pada Tangkak, kebimbangan kami ini adalah seperti berikut :- Memandangkan IWK mempunyai tunggakan setakat hujung tahun 2016, tunggakan pelanggan IWK adalah sebanyak RM450 juta. Dan, kerajaan persekutuan terpaksa untuk menanggung sekurang-kurangnya RM150 juta setahun bagi menampung kos pengoperasi IWK. Dan, ini mungkin salah satu tujuan ataupun inisiatif yang diambil oleh IWK supaya menggabungkan bil dalam bil air, tetapi Tangkak nak tanya... YB Speaker : Soalannya Yang Berhormat. Soalan. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Ya soalan. Tangkak nak tanya sekiranya bil bersepaduan ini dilaksanakan adakah tunggakan pelanggan IWK akan dimasukkan ke bil pertama iaitu kalau dilaksanakan bermula 1 Januari, bulan Januari 2019, adakah tunggakan pelanggan IWK tak kira RM100.00 atau RM1,000.00 itu akan di masuk ke dalam bil SAJ Ranhill dan juga SAJ. Dan akibatnya kalau betul, bagaimanakah untuk mengelakkan pengguna pemegang akaun SAJ itu mungkin bil bulanan dia cuma dalam sekitar RM20.00, tetapi oleh kerana telah digabung oleh bil IWK, jumlah keseluruhan bil tersebut menjadi mungkin lebih daripada RM100.00 atau sehingga RM1,000.00? Dan, adakah bekalan air pelanggan tersebut akan dipotong sebab beliau tidak mampu membayar bil tersebut. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tangkak. Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak dan juga Dewan yang mulia ini, sukacita saya menyatakan di sini pihak kerajaan telah membuat mesyuarat dengan pihak SAJ dan juga IWK baru-baru ini dan kami telah mendapat maklumat daripada mereka, bahawa sebarang joint billing itu tidak akan dijalankan – 1. Tanpa persetujuan pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan negeri Johor. 2. Mekanisme-mekanisme itu tidak akan, tengah diperbaiki dan diperhalusi pada masa kini. Tapi saya hanya nak menyatakan di sini bahawa Kerajaan Negeri Johor amat prihatin kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangkak dan kami masih akan sentiasa memastikan bahawa pengguna kita tidak akan dibebankan dengan apa-apa bayaran yang mungkin tidak perlu dipertimbangkan pada masa permulaan skim ini sekiranya pun dia dilaksanakan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Benut. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat, kita punca kuasa. Adakah tujuan untuk melihat kepada kaedah di bawah perkhidmatan pembetungan ini, adakah ianya 100% atas tanggungjawab kerajaan persekutuan atau dalam concurrent list, yang mana persekutuan dan negeri juga perlu menimbangkan bersama? Kalau perkara ini hanyalah cadangan daripada satu pihak swasta sahaja, mungkin kerajaan mudah nak pertimbangkan. Tolak atau terima. Tetapi kalau ianya berada dalam concurrent list, tanggungjawab kerajaan pusat dan

Page 236: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 236

kerajaan negeri untuk duduk memikirkan bersama, adakah Yang Berhormat ada maklumat tak? Sama ada benda ini ada dalam punca kuasa itu pertama? Kedua, setelah kita mengetahui punca kuasa untuk berbangkitnya joint billing ini dengan izin, kesungguhan Yang Berhormat, kesungguhan kerajaan negeri, kesediaan kerajaan negeri untuk menolak sekiranya usaha untuk joint billing ini tidak menguntungkan kita, kerajaan negeri atau rakyat negeri Johor. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Seperti Yang Berhormat Benut. Seperti yang saya katakan tadi, ini merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan persekutuan tetapi mereka tidak boleh melaksanakan skim ini tanpa persetujuan kerajaan negeri Johor. Dan saya di sini boleh menyatakan dengan tegas bahawa kerajaan negeri Johor tidak akan membenarkan benda ini berjalan tanpa persetujuan daripada kerajaan negeri Johor setelah mengambil faktor-faktor seperti yang saya telah jelaskan dalam jawapan saya tadi. Terima kasih. YB Speaker : OK soalan seterusnya. Jemput Stulang. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 8. Sila menghuraikan persiapan SUKMA 2020 oleh kerajaan Johor dari segi fasiliti, penganjuran acara, logistik/penginapan, pembukaan/penutupan, sukarelawan serta persediaan atlet. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas soalan Yang Berhormat Stulang. Untuk makluman, Kerajaan Negeri pada 29 Oktober 2018 yang lalu, telah menubuhkan satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Induk/Pengelola Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) Johor 2020 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Objektif penubuhan jawatankuasa adalah bagi penganjuran SUKMA XX yang kali terakhir diadakan di Johor Bahru pada tahun 1992 di mana negeri Johor menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Sarawak. Sebanyak 23 jawatankuasa kecil telah ditubuhkan bagi melancarkan urusan pengelolaan yang mensasarkan negeri Johor menjadi penganjur terbaik di dalam sejarah penganjurannya. Jawatankuasa kecil ini berperanan untuk melihat dan mengambil tindakan ke atas semua aspek penganjuran. Untuk permulaan, kerajaan negeri Johor telah menetapkan cadangan sebanyak 26 jenis sukan yang akan dipertandingkan meliputi 16 sukan wajib dan 10 sukan pilihan. Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti venue-venue kejohanan yang bersesuaian yang menepati kehendak teknikal. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri juga telah melaksanakan langkah proaktif dengan membina kemudahan-kemudahan sukan sama ada bina baru, naik taraf, selenggara ataupun secara sewaan. Semua kemudahan sukan akan dipersiapkan menjelang awal tahun 2020 bagi memberi ruang kepada atlet-atlet negeri Johor berlatih dan menyesuaikan diri dengan venue kejohanan. Perancangan ini akan memberikan banyak kelebihan kepada negeri Johor sebagai tuan rumah pada edisi kali ini dan mensasarkan berada di kelompok 3 teratas keseluruhan. Di antara kemudahan sukan yang dibina baru adalah stadium olahraga, pusat menembak, arena emas. Arena emas ini adalah untuk acara memanah, lawn bowl, petanque dan skuasy. Velodrom Johor, Pusat Sukan Air Johor, Pusat Pelayaran Johor, Dataran Bola Sepak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan juga Larkin Arena. Kemudahan-kemudahan yang dinaikkan taraf adalah Pusat Akuatik Johor, Dewan Bola Keranjang Johor serta Stadium Hoki Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kemudahan-kemudahan yang akan disewa adalah Dewan Kompleks Mutiara Jland, Dewan Sultan Ibrahim, Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Johor Bahru, Daiman Bowl, Dewan SSTMI, Dewan

Page 237: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 237

Konvensyen EduHub Pagoh, Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Dewan Muafakat Johor Taman Adda, Dewan Jubli Intan Muar, Indoor Arena Educity dan juga Dewanraya Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Taman Bukit Indah. Tuan Speaker, kerajaan negeri juga telah memilih Universiti Teknologi Malaysia sebagai lokasi perkampungan sukan rasmi kerana ianya menawarkan ruang penginapan yang mencukupi dan kelebihan dari segi logistik yang lain. Di samping itu, terdapat 3 lagi mini perkampungan sukan iaitu Batu Pahat, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja; Muar, EduHub Pagoh manakala di Kota Tinggi ialah di Kolej Profesional MARA, Bandar Penawar. Selain itu, kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa tempat untuk majlis pembukaan serta penutup termasuklah Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jika diizinkan. Stadium ini membawa banyak memori dan kenangan indah sewaktu negeri Johor menjadi tuan rumah Temasya SUKMA Ke-4 pada 1992. Pemilihan stadium ini juga berasaskan pelbagai faktor yang tidak perlu dipersoalkan lagi kemampuannya. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada SUKMA XX dijangka sebanyak lebih kurang 2,000 orang sukarelawan diperlukan bagi membantu pihak Sekretariat SUKMA. Sukarelawan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat dan borang penyertaan sebagai sukarelawan telah mula diedarkan. Sukarelawan ini akan diberikan kursus dan latihan yang berkaitan bagi membantu melancarkan perjalanan kejohanan. Manakala persediaan atlet juga sedang giat dilaksanakan setelah selesai temasya SUKMA ke-19 Perak 2018 yang lalu. Projek ataupun Program Titanium 2020 telah diperkenalkan untuk atlet negeri Johor bagi mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada skuad ParaSUKMA negeri Johor yang telah pun berjaya memenangi 29 pingat emas, 32 pingat perak, 34 pingat gangsa pada kejohanan ParaSUKMA yang lalu di Perak. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ok. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Kita tangguhkan persidangan ini sehingga 11.25 pagi. Sekian. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11.25 pagi. Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018. YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan atas rundingan bacaan kali yang kedua Enakmen Perbekalan (2019) tahun 2018 dimulakan sekarang. Saya persilakan, Gambir untuk perbahasan. YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin (Gambir) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, pertamanya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana selepas lebih 22 tahun saya tidak berada dalam Dewan yang mulia ini selepas meninggalkan negeri Johor, saya kembali semula ke Dewan ini pada hari ini (Dewan bertepuk). YB Speaker : Tetapi masih muda lagi... YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin (Gambir) : Tapi tak berada dalam parti yang lama. YB Speaker : Tetapi masih muda lagi... YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin (Gambir) : Masih muda lagi, Alhamdulillah. Tidak berada dalam parti yang lama tapi telah menubuhkan parti baru yang dinamakan Bersatu. Dan, Alhamdulillah dalam pilihan raya rakyat negeri Johor khasnya, rakyat Malaysia telah memberikan sokongan kepada kita membentuk kerajaan dan mengalahkan Barisan Nasional. YB Speaker : Tak menyesal ke tu?

Page 238: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 238

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin (Gambir) : Tak menyesal Tuan Speaker. Ada hikmahnya besar sekali. Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang pertama kalinya telah pun membentangkan belanjawan ataupun Bajet Negeri Johor 2019 yang bertemakan Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Saya juga amat gembira dengan pengumuman Menteri Besar bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Johor untuk tahun 2018 diunjurkan pada kadar 5 sehingga 5.2% iaitu lebih tinggi dari kadar nasional dan manakala bagi tahun 2019, ekonomi negeri Johor juga dijangka berkembang pada kadar 5 sehingga 5.5%, juga lebih baik daripada kadar nasional. Saya yakin bahawa belanjawan berjumlah RM1,000,549.34 juta ini adalah satu belanjawan yang agak realistik dan boleh dilaksanakan. Dan ini berdasarkan kutipan hasil negeri untuk tahun 2019 yang dianggarkan mencapai RM1,000,552.78 juta iaitu lebihan ataupun surplus sebanyak RM3.34 juta. Saya percaya dengan dasar fizikal negeri yang berkesan menerusi perbelanjaan berhemah dan berintegriti serta pengurusan yang cekap, maka segala peruntukan yang dijanjikan dalam belanjawan ini akan dapat disalurkan kepada pihak-pihak yang berhak menerimanya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah pada kerajaan negeri Johor atas kejayaan menjadi negeri pertama yang berjaya melaksanakan 10 janji manifesto dalam tempoh 100 hari mentadbir kerajaan negeri. Seterusnya saya berharap agar kerajaan negeri Johor akan menjayakan dasar urus tadbir yang telus, berintegriti, cekap, berkesan dan berakauntabiliti selaras dengan janji-janji di dalam manifesto. Tuan Speaker, seperti mana yang diharapkan oleh rakyat, kerajaan negeri Johor telah memberikan tumpuan awal pada langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup. Peruntukan sejumlah RM32.9 juta yang melibatkan pelbagai inisiatif untuk golongan B40 diharap dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. Ini isu yang saya kira agak penting dan paling utama. Dan saya percaya inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri akan melengkapkan lagi usaha yang sedang juga dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan untuk mengurangkan bebanan yang sedang ditanggung oleh rakyat. Semua ini tentu sekali akan memberikan manfaat yang berganda kepada rakyat Johor. Selain bantuan-bantuan yang diberikan kepada golongan B40, saya ingin mencadangkan supaya tumpuan utama juga diberikan pada usaha-usaha untuk menambah pendapatan rakyat, income generating, dengan izin. Saya percaya antara sektor yang agak amat berpotensi menjadi sumber pendapatan utama rakyat negeri Johor ialah sektor pertanian. Ini sudah lama menjadi teras penting di negeri Johor ini. Bermakna yang kita sedia maklum, negeri Johor adalah antara negeri pengeluar makanan utama negara dengan kawasan tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan, perikanan dan lain-lain lagi yang saya kira punya potensi yang cukup besar sekali. Dan untuk itu, sektor pertanian perlu diberikan tumpuan lebih utama dengan menggalakkan penggunaan teknologi moden, yang berupaya meningkatkan hasil pengeluaran dan menambah pendapatan rakyat. Kerajaan negeri boleh berunding dengan kerajaan persekutuan, Yang Berhormat Menterinya patut sebelah saya, untuk mewujudkan lebih banyak lagi taman-taman pertanian moden yang melibatkan penyertaan sektor swasta dan juga persatuan-persatuan peladang ataupun koperasi-koperasi pekebun-pekebun kecil dalam usaha untuk memajukan kawasan-kawasan pertanian di negeri kita ini. Pelbagai bentuk insentif bantuan dan juga latihan yang sesuai boleh diberikan pada pihak-pihak yang berminat untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian yang berdaya maju. Sehubungan ini, saya menyokong penuh rancangan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk meneliti potensi daerah Muar dan Segamat sebagai hab pengeluaran lembu daging terbesar negara. Saya pernah mencuba usaha ini Tuan Speaker di kawasan saya dan memang pun ada kawasan-kawasan termasuk kawasan-kawasan ladang yang boleh diguna pakai sebagai kawasan-kawasan ternakan. Dan, kalau ini dapat kita kembangkan ke kawasan-kawasan lain, bukanlah satu yang mustahil hasil pengeluaran daging di negeri Johor khasnya akan dapat kita tingkatkan dan menemui pasaran yang saya kira masih banyak lagi. Saya berharap agar kerjasama seumpama ini akan dapat diperluaskan pada bidang-bidang pertanian lain yang juga berpotensi untuk dimajukan, seperti mana kita tahu sektor perikanan air tawar, laut dalam dan sebagainya. Ini masih belum kita teroka lagi. Tuan Speaker, mengenai isu perumahan rakyat, saya mengalu-alukan langkah kerajaan negeri Johor mensasarkan pembinaan 100,000 unit rumah mampu biaya menjelang tahun 2023 dengan sejumlah 12,320 unit akan siap dibina dalam tempoh 2019 hingga 2020. Namun begitu, saya juga ingin menarik perhatian kerajaan negeri berkenaan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam melaksanakan projek ini. Tadi saya telah mendengar penjelasan daripada EXCO Perumahan, panjang lebar tentang usaha ini. Antara yang agak paling utama yang saya fikir perlu diberikan

Page 239: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 239

perhatian ialah isu lama tapi berulang selalu, isu kerenah birokrasi yang saya kira kalau tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan kelewatan dalam pembinaan rumah-rumah mampu biaya. Saya ingat waktu saya jadi Menteri Besar kalau boleh pengalaman dulu, bila ada satu skim khas dibuat, Yang Berhormat Ketua Pembangkang pun bersama saya dahulu, dan kita labelkan semua permohonan-permohonan tu dengan satu warna. Bila datang ke pejabat dia kenal ini projek istimewa, khas mesti diutamakan. Dan kita dengan cara itu dapat menyegerakan proses kerana terlalu banyak jabatan-jabatan, saya kira tak kurang 20 jabatan, agensi yang terlibat dalam nak luluskan sesuatu projek perumahan sebagai contoh. Jadi, kalau langkah antara lainlah, soal satu pusat sehenti ya. Ini saya fikir sudah dicuba dulu dan ini masih penting dibuat kerana biasanya macam mana kita tahu di peringkat kerajaan Barisan Nasional janji sampai RM1 juta rumah tapi kita tahu tu tak tercapai sebahagian besar pun masih tidak dapat dibina sampai ke hari ini. Jadi, di bawah Pakatan Harapan kita nak cari pendekatan baru supaya setiap jumlah yang kita sebutkan tu kalau tak sampai 100% pun, sekurang-kurang 80% dapat disiapkan dalam tempoh sebelum penggal, kita harap daripada penggal sekarang ni. Jadi, oleh sebab itu saya ingin mencadangkan supaya permohonan kelulusan pembangunan projek rumah mampu biaya diberikan keutamaan oleh jabatan-jabatan terlibat dan untuk ini bagaimana yang saya sebutkan pusat sehenti merangkumi pelbagai agensi boleh diwujudkan untuk memproses permohonan kelulusan pembangunan projek rumah mampu biaya dengan seberapa segera. Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri yang akan memberikan tumpuan terhadap pembangunan di wilayah utara negeri Johor yang meliputi daerah Segamat, Muar dan Tangkak. Dan dikatakan sudah pun dimasukkan dalam ECER. Ini satu langkah yang cukup baik dan saya menyokong sepenuhnya. Dan ini juga adalah selaras dengan apa yang kita janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan negeri dalam pilihan raya kita yang lalu. Ini termasuk rancangan pembangunan di daerah Tangkak yang akan terus diperkasakan dengan tumpuan di sektor pelancongan Gunung Ledang, tentu antara tarikan penting, dan kajian untuk membangunkan Taman Perindustrian Bukit Gambir seluas 110 ekar. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya lihat dalam ini telah pun dimasukkan jadi satu keputusan yang amat cepat. Jadi, ini tentunya dijangka akan dapat menempatkan 50 ke 70 pengusaha industri kecil dan sederhana di kawasan Gambir dan juga di Tangkak dan menyediakan pastinya banyak peluang-peluang pekerjaan dan juga perniagaan kepada penduduk setempat di samping merancakkan pertumbuhan ekonomi di wilayah utara negeri Johor ini. Tuan Speaker saya juga mengalu-alukan rancangan kerajaan negeri untuk merancakkan pembangunan di daerah Muar dengan memberikan tumpuan terhadap sektor pembuatan perabot. Yang ini kita tahu sudah lama dibangunkan menerusi Taman Perabot Muar dan sektor pendidikan menerusi pembangunan Hab Pendidikan Pagoh. Bagi Hab Pendidikan Pagoh ataupun Pagoh Edu Hub secara khususnya saya amat bersyukur kerana hab pendidikan ini yang saya ilhamkan berapa tahun yang lalu telah pun menjadi kenyataan dengan 6 institusi pendidikan tinggi telah pun mula beroperasi dengan sejumlah pelajar hampir 10,000. Dan, bila saya datang melawat hari itu ada sebuah universiti baru Muhammadiah daripada Indonesia menyatakan hasrat untuk membina satu lagi universiti dengan jumlah 15,000 pelajar Indonesia yang akan datang ke sini untuk belajar di Malaysia. Ini satu langkah yang cukup menggalakkan. Dan saya percaya dengan dukungan kerajaan negeri, hab pendidikan ini satu hari akan menjadi peneraju utama bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi bidang-bidang yang lain. Saya minta kerjasama kerajaan negeri untuk mengambil kira dalam satu tempoh yang sesuai, kawasan ini boleh diisytiharkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan kemudahan-kemudahannya perlu dibangunkan itu boleh dibangunkan untuk membangunkan suatu bandar baru di situ. Pembinaan Bandar Baru Universiti Pagoh untuk fasa 1 telah selesai dan fasa dua baru bermula. Sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan juga Gambir, saya juga mengharapkan sokongan padu daripada kerajaan negeri untuk memudah cara pembangunan di Bandar Universiti Pagoh yang saya percaya akan memberikan limpahan manfaat ekonomi yang besar pada penduduk Pagoh khususnya dan juga Wilayah Utara Negeri Johor amnya. Tuan Speaker, dari segi galakan pelaburan di negeri Johor, saya mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil langkah-langkah yang lebih agresif untuk mempromosi Johor sebagai destinasi pelaburan asing yang utama di negeri ini. Sebagai sebuah negeri yang terkehadapan dalam pembangunan ekonomi di Malaysia, Johor berpotensi untuk menjadi paksi utama pertumbuhan ekonomi negara. Dulu paksinya di tengah dan cadangan saya Johor jadi paksi utama untuk masa ke hadapan dalam industri dan Johor juga mempunyai potensi yang besar. pelaburan-pelaburan baru

Page 240: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 240

yang harus diambil kira antara lain ialah bidang-bidang teknologi baru seperti artificial intelligent yang dapat menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat dan selaras dengan perkembangan terbaharu dalam Industri 4.0 yang bakal menyaksikan penggunaan pelbagai sistem jentera dan peralatan pintar dalam sektor perindustrian di negara kita. Dalam menggalakkan pelaburan di negeri Johor Tuan Speaker, adalah penting untuk kerajaan negeri sentiasa mengamalkan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik selain mendukung kedaulatan undang-undang, elakkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa atau sebarang bentuk campur tangan yang tidak munasabah daripada mana-mana pihak yang boleh menyebabkan pelabur-pelabur tulen ataupun genuine investor enggan datang ke negeri Johor kerana bimbang bahawa pelaburan mereka tidak selamat dari segi jangka panjang. Saya cakap ini kilas sedikit Tuan Yang Dipertua. Sebarang keputusan demi pelaburan di negeri tidak boleh dibuat secara sewenang-wenang ataupun arbitrary tetapi sebaliknya perlu melalui proses dan prosedur yang betul mana yang diperuntukkan akta dan undang-undang yang berkuat kuasa. Kerajaan negeri saya percaya, mestilah mewujudkan satu dasar pelaburan yang mesra pelabur, sekarang pun sudah mesra lebih mesra lagi baik di samping memberikan jaminan ataupun keyakinan bahawa pelaburan mereka dilindungi oleh prinsip kedaulatan undang-undang yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak yang berkepentingan. Seperti contoh bila sampai tempoh pajakan itu hendak disambung. Saya dah ditemui oleh banyak pelabur yang bimbang, dia kena mohon pada pihak kerajaan negeri, ada yang ditolak sedangkan pelaburan mereka sudah berjuta-juta di situ, bagi saya bila dia sudah bayar cukai, patut tidak ada halangan sambung sahajalah seratus tahun ke, 99 tahun ke tiada masalah. Tapi yang saya dapati ada yang ditolak, malahan juga list-list pajakan rumah pun tak disambung dalam tempoh yang sewajarnya. Dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dahulu. Jadi saya tidak tahulah ini dasar baru ke. Tapi semolek mungkin, kalau ini telah dipenuhi dan dia mematuhi syarat bayar cukai, saya fikir tidak ada halangan dan sekatan supaya pajakan itu dapat diberikan dengan lebih mudah lagi. Tuan Speaker, Perkhidmatan Awam di negeri Johor, saya tahu adalah juga baik, cemerlang. Dan saya cadangkan supaya Perkhidmatan Awam Johor melaksanakan dasar-dasar baru yang digubal atau pun sedang digubal oleh pimpinan kerajaan negeri Pakatan Harapan dan juga di persekutuan untuk faedah rakyat. Dan mengkaji semula dasar-dasar rejim lama yang dianggap tidak lagi sesuai diamalkan. Saya faham ini akan mengambil satu tempoh masa, tetapi lebih cepat lebih baik kerana peralihan daripada pimpinan kerajaan dahulu dengan baru dengan dasar-dasar yang kita tekankan pada hari ini lebih terbuka lebih transparent maka penyesuaian dari segi pelaksanaan oleh Perkhidmatan Awam dalam memenuhi tuntutan dasar baru ini adalah amat penting lagi. Reformasi Perkhidmatan Awam penting agar ia selari dengan aspirasi rakyat yang telah pun memberikan mandat pada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri Johor dan negara Malaysia kita ini. Untuk membantu kerajaan negeri Johor merancang pembangunan ekonomi yang pesat dan lestari di negeri ini, saya ingin mencadangkan sebuah Majlis Ekonomi Johor yang dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi dan pemain industri dalam pelbagai sektor ditubuhkan. Saya pernah mencadangkan pada Menteri Besar, saya bawa pada Dewan hari ini kalau dapat endorsement saya percaya ramai tokoh-tokoh utama yang lebih terbilang selain daripada yang sedia ada dapat duduk semeja untuk bincang, merancang bagaimana dengan idea baru mereka ini membawa mungkin lebih banyak pelaburan-pelaburan dan membina industri-industri yang boleh merancakkan pertumbuhan ekonomi Johor lebih daripada apa yang telah pun kita buat sekarang. Bagi saya inilah suatu perkara yang tidak dapat kita elakkan, kalau kita nak melonjakkan pembangunan Johor ini ke hadapan lebih hebat daripada negeri-negeri yang lain. Kita ada mempunyai potensi yang banyak dalam pelbagai bidang perkhidmatan, perindustrian, pelancongan, perindustrian, pertanian, kesemua ini mempunyai kekuatan masing-masing. Tetapi kalau kita dapat melibatkan lebih banyak sektor swasta digandingkan dengan pengusaha-pengusaha tempatan sendiri, maka saya fikir dia akan menjana pendapatan di peringkat negeri yang lebih banyak lagi. Tuan Speaker... YB Speaker : Masa satu minit lagi, 20 minit. YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin (Gambir) : Dua, dua para sahaja. Dengan izin. Selain kedudukan negeri Johor yang berhampiran dengan Singapura, adanya kemudahan infrastruktur dan jaringan pengangkutan yang baik juga, potensi untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini, saya percaya penubuhan Majlis Ekonomi Negeri yang saya cadangkan tadi berperanan untuk dapat menasihati kerajaan negeri dalam perancangan pembangunan ekonomi dan akan dapat membantu kerajaan negeri merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini untuk

Page 241: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 241

manfaat negeri Johor seluruhnya. Saya berharap cadangan ini akan dapat disambut baik oleh kerajaan negeri Johor. Akhir sekali Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas pembentangan belanjawan negeri yang pada pandangan saya adalah berupaya meningkatkan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Saya berdoa semoga segala inisiatif yang dirancang dalam belanjawan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya-Allah. Terima kasih Tuan Speaker. YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Gambir, (Dewan bertepuk) atas cadangan-cadangan terutamanya dalam konteks pelaburan itu tadi. Seterusnya saya persilakan Serom. YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Serom untuk bersama dalam perbahasan Belanjawan 2019 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Osman Sapian pada 29 November yang lalu. Terlebih dahulu Serom juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor bersempena dengan ulang tahun hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim pada 22 November 2018. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom ingin merakamkan juga ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pimpinan kerajaan Pakatan Harapan negeri Johor kerana telah berjaya menyediakan dan membentang Belanjawan Negeri Johor buat kali yang pertama pada tahun 2018 ini. Belanjawan ini sangat penting kerana ia menterjemah segala strategi kerajaan hari ini bagi tempoh setahun akan datang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam manifesto Pakatan Harapan negeri Johor bagi tempoh 5 tahun. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada agensi-agensi kerajaan yang turut sama terlibat dalam penyediaan belanjawan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi memulakan perbahasan Serom ingin mengambil perhatian semua yang bersama hadir di Dewan yang mulia ini mengenai perpaduan kaum dan kebebasan beragama dengan agama Islam menjadi agama rasmi yang menjadi resipi penting kepada pembinaan negara kita Malaysia seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan begitu juga Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Perkara ini telah menjadi polemik berterusan di dalam negara apabila tiba-tiba munculnya ICERD. Pelbagai pihak telah memberikan pendapat sama ada mewakili organisasi ataupun secara peribadi sama ada bebas ataupun berkepentingan. Bermacam-macam pandangan telah diutarakan dan ada yang sehingga telah dan akan meneruskan hajat untuk menganjurkan perhimpunan di pelbagai peringkat walaupun kerajaan pada hari ini telah membuat keputusan untuk meratifikasikannya. Serom ingin menyampaikan mesej mudah untuk perkara ini. Lupakanlah ICERD, ia tidak perlu bagi kita rakyat Malaysia kerana Perlembagaan telah secara jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini dan akan memelihara semua pihak tanpa mengira latar belakang kaum dan agama sesuai dengan Rahmatan Lil Alamin. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk perkara yang kedua, Serom ingin menyampaikan secara selari dua isu untuk perhatian semua hadirin di Dewan yang mulia ini iaitu yang pertama, kos sara hidup dan kadar pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah. Yang Berhormat Tuan Speaker, melalui Belanjawan Johor 2019 dengan semangat untuk Menerajui Perubahan Dengan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari, Serom ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan hari ini yang telah menyediakan pelbagai inisiatif menarik dan praktikal di dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat keseluruhannya dan pada masa yang sama berusaha mencipta pelbagai peluang baru bagi menjana pendapatan kepada rakyat dan negeri ini. Ini termasuklah cadangan untuk menggalakkan dan berupaya Koperasi Komuniti Johor dengan geran padanan RM1 juta. Serom sangat menyokong usaha ini kerana ia selari dengan program komuniti ekonomi yang juga telah dirancang untuk dirujuk, diwujudkan melalui Belanjawan Johor 2019. Melalui usaha secara bersama dan hasilnya turut dikongsi secara saksama melalui konsep koperasi ini maka kemakmuran yang dijana hasil pelbagai projek ekonomi yang diusahakan akan turun dapat dirasai semua pihak mengikut kadar pelaburan masing-masing. Untuk itu, Serom mencadangkan kepada

Page 242: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 242

pihak kerajaan yang melakukan usaha, untuk melakukan usaha-usaha secara tersusun ke arah perwujudan koperasi-koperasi komuniti ini dengan pelbagai aktiviti-aktiviti ekonomi agar ia dapat dilakukan di semua kawasan seluruh negeri Johor. Serom mencadangkan satu badan khas diwujudkan agar segala usaha dapat di selaraskan dan dana yang diperuntukkan dapat digunakan untuk sebaik-baiknya demi manfaat rakyat Johor. Ini satu daripada strategi-strategi atau inisiatif yang telah digariskan oleh kerajaan hari ini. Dan banyak lagi, banyak lagi idea-idea segar dan baru yang telah dibawa, tidak seperti mana kata orang sebelah sana yang mengatakan satu sahaja iaitu industri terang-terangan sedangkan banyak lagi idea-idea yang telah disenaraikan Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk perkara yang ketiga, Serom ingin membawa perhatian semua di Dewan yang mulia ini kepada perkara berkaitan dengan Rumah Mampu Biaya. Adalah menjadi harapan semua pelbagai peringkat rakyat untuk memiliki rumah. Kita sedar akan perkara ini. Dan ia selaras dengan Teras Pertama dan Keempat bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan demokrasi dinamik serta kesaksamaan sosial. Rumah Mampu Biaya dengan pelbagai strategi baru yang digariskan melalui Belanjawan Johor 2019 hari ini bagi membantu kerajaan hari ini mencapai sasaran 100,000 unit pada tahun 2023. Namun, berdasarkan prestasi semasa pembinaan yang siap sehingga 2018 hanya 3,714 unit dan dijangkakan pada 2020 meningkat kepada 12,320 dan seterusnya sehingga 2023 hingga 23,643. Prestasi ini jauh daripada sasaran 100,000 yang ditetapkan. Melalui belanjawan 2019 ini pelbagai strategi baru telah diperkenalkan bagi menampung kekurangan ini. Dan, ini termasuklah, termasuklah menghapuskan kuota kerajaan menegak yang diamalkan dalam pengagihan Rumah Mampu Milik Johor dalam kerajaan sebelum ini. Apa yang Serom ingin bangkitkan dalam perkara ini ialah tentang isu agihan projek rumah. Kita mungkin mampu membina 100,000 unit tetapi jika kita tidak mampu mengagihkannya secara saksama pada seluruh penduduk atau pun rakyat negeri Johor maka ianya akan menjadi hanya sia-sia kerana hanya sebahagian memilikinya sedangkan slogan Johor, ‘Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama’. Bilangan unit yang perlu untuk setiap kawasan di negeri Johor perlu dikenal pasti dan strategi yang sesuai untuk merealisasikannya perlu di putuskan dengan memperbanyakkan konsep-konsep seperti contohnya rumah pangsa bagi kawasan-kawasan yang mempunyai tanah yang terhad. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk perkara yang keempat, Serom ingin membawa perhatian semua di Dewan yang mulia ini, kepada isu tanah terbiar. Isu ini juga menjadi perhatian di dalam Belanjawan 2019. Dan isu tanah terbiar ini sepertimana yang kita sedia maklum, boleh berlaku dan telah berlaku atas pelbagai sebab. Ia juga menjadi punca kepada pelbagai masalah dan antara masalah besar yang melanda kawasan hari ini ialah dengan pembiakan binatang-binatang liar seperti monyet, khinzir, ular dan sebagainya yang akhirnya mengancam kehidupan masyarakat. Tanah-tanah terbiar ini perlu diusahakan. Suatu mekanisme perlu disediakan bagi memberi penyelesaian jangka panjang kepada isu-isu ini termasuklah memberi peluang kepada yang tiada tanah untuk mengusahakannya. Terlalu banyak tanah yang terbiar tetapi pada masa yang sama terlalu ramai juga yang tiada tanah. Jadi, Serom mencadangkan untuk tanah-tanah ini dilihat semula bukan untuk diambil tetapi untuk diusahakan. Selaras dengan teras belanjawan, teras kedua Belanjawan Johor 2019 iaitu Pembangunan Lestari Dan Pemuliharaan Sumber, Serom ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan suatu badan khas untuk menyelaras usaha-usaha memadankan di antara tuan-tuan tanah yang terbiar dan pengusaha-pengusaha yang berminta mengusahakannya untuk pelbagai aktiviti seperti pertanian mahu pun pembangunan. Yang akhirnya boleh menjana pendapatan untuk rakyat, ia boleh diusahakan sama ada di bawah payung seperti koperasi atau pun badan-badan lain. Koperasi komuniti yang telah dicadangkan di dalam Belanjawan 2019 adalah merupakan antara platform terbaik bagi mengusahakannya. Dan ini, selari juga dengan sasaran kerajaan Johor untuk menjadikan Johor sebagai agro makanan. Usaha-usaha ini bukan sahaja menyelesaikan pelbagai isu berbangkit, maka malah ia juga akan membantu kerajaan mengurangkan kadar pengangguran dan pada masa yang sama menyokong kadar pertumbuhan ekonomi pada untuk jangka masa panjang. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk perkara yang kelima, Serom ingin membawa perhatian semua yang di Dewan mulia ini, kepada isu pengurusan sampah sarap khususnya bagi kawasan luar bandar. Isu ini menjadi antara isu yang seolah-olahnya tiada berpenghujung bagi penduduk khususnya kawasan luar bandar. Saya mohon perhatian kepada semua untuk melihat isu ini secara sedekat. Hari ini, kedudukan bandar dan setengah kawasan luar bandar terlalu hampir dengan

Page 243: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 243

jumlah rakyat yang mendiami kawasan bandar juga semakin tinggi selari dengan kadar pertumbuhan penduduk. Bilangan rumah-rumah yang dibina di kawasan luar bandar juga meningkat dengan ketaranya bagi sesetengah kawasan luar bandar. Dari sempadan di antara kawasan-kawasan Majlis Daerah dan Perbandaran yang mengurus sampah juga terlalu hampir. Dan, kadang-kala sampah juga melimpah ke kawasan-kawasan luar bandar. Jumlah sampah sarap yang dijana daripada situasi ini juga semakin tinggi dan ini tidak mampu diselesaikan secara tradisi seperti yang diamalkan sebelum ini. Ini juga menjadi punca wujudnya kawasan sampah haram yang akhirnya mewujudkan persekitaran tidak selesa dan masalah kesihatan penduduk sekitar. Oleh itu, selaras dengan teras pertama dan kedua dalam Belanjawan Johor 2019 ini iaitu Menjamin Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Lestari Serta Pemulihan Sumber, Serom ingin mencadangkan pihak kerajaan untuk membangunkan suatu mekanisme khusus untuk menangani isu ini termasuklah menyediakan konsep baru pengurusan sampah yang lebih mesra alam. Peruntukan khas perlu disediakan untuk tujuan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum Serom mengakhiri perbahasan, terfikir bahawa perbezaan pendapat hari ini kalau dahulu kita tahu bahawa perbezaan pendapat adalah merupakan suatu rahmat, begitu juga dengan kritikan ia adalah sangat baik di dalam membantu dan menyumbang idea kepada kemajuan anak bangsa dan negara amnya. Namun hari ini, terdapat kemusykilan apabila rakan-rakan pembangkang sebelah sana memilih hanya untuk membandingkan belanjawan Johor dengan bajet kerajaan terdahulu dan claim dengan izin, kononnya 87% dari yang lama. Ini jauh berbeza dari sikap-sikap yang diambil oleh kalangan rakan-rakan kita yang dulunya berdiri di sebelah sana tetapi hari ini duduk di sebelah ADUN kerajaan berfikir. Kita membangkang dari sudut good government dan sebagainya tetapi hari ini hanya sekadar membanding-bandingkan belanjawan. Adakah ini yang dikatakan pembangkang matang? Akhir kata Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom mohon Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar dan seterusnya Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan untuk memberikan pertimbangan sewajarnya kepada cadangan-cadangan yang telah Serom bangkitkan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri Johor. Serom juga ingin merakamkan sepenuhnya sokongan kepada Belanjawan 2019, ‘Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Johor Bistari. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasallamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. YB Speaker: Terima kasih kepada Serom. Untuk makluman semua bahawa kita telah di datangi oleh pemerhati daripada pelajar-pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, UTHM. (Dewan bertepuk). Seramai 35 orang di bawah kelolaan kelas. Yang kedua adalah kita juga di datangi oleh pemerhati daripada DUN Bukit Permai. Ada di atas, terima kasih kerana hadir dalam persidangan kali ini. Seterusnya saya persilakan Sedili. YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) : Terima kasih. Terima kasih. Bukit Permai sahaja ada Tuan Speaker, terima kasih. YB Speaker : Tak apalah kita tangguh 2.30 petang. Masa pun cukup lagi, insya-Allah. Tak apa kita tangguh, kita tangguh sampai 2.30 petang. Persidangan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang. YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan disambung semula. YB Sedili, jemput. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perjuangan kepada Yang Berhormat Speaker dan rakan-rakan Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Speaker, sebagai pembuka bicara saya ingin menzahirkan ucapan Alhamdulillah dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan kurnianya saya diberikan kesempatan sekali berdiri dalam Dewan yang mulia ini, mewakili rakyat Sedili untuk bersama-sama mengambil bahagian perbahasan Belanjawan Johor 2019. Pada kesempatan ini juga, saya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2018. Semoga baginda tuanku serta keluarga di Raja akan terus diberkati dan dirahmati untuk terus

Page 244: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 244

menaungi negeri Johor ini dengan adil serta bijaksana. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Osman bin Sapian, Menteri Besar Johor dan Yang Berhormat Dato’ Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor, (SPMJ) oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Speaker, sebelum membahaskan lebih lanjut Belanjawan Tahun 2019, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ketua pembangkang di atas ucapan tahniah kepada saya dan dua lagi DUN, Johor Lama dan Endau kerana tidak lagi menjadi ADUN Bebas. Ketua pembangkang juga mengharapkan kami selepas ini lebih berfungsi dan mempunyai hala tuju. Saya tidak pandai hendak menghentam, terutama kepada pihak pembangkang kerana mereka semua merupakan rakan-rakan saya yang sepatutnya lebih mengenali dan tahu cara saya bekerja. Selama bergelar Yang Berhormat masuk penggal ketiga ini, saya telah menjalankan fungsi sebagai Wakil Rakyat dengan baik. Malah saya sentiasa mempunyai perancangan serta hala tuju untuk rakyat dan pengundi di Sedili. Namun yang tidak seronoknya ada pandangan serta cadangan yang saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini dipandang sepi oleh kerajaan terdahulu. Rakyat dan pembangunan di Sedili banyak ketinggalan dalam kerancakan pembangunan di negeri ini, sedangkan DUN Sedili merupakan sebahagian kekuatan kerajaan dahulu. Sahajalah saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, semasa Yang Berhormat menjadi EXCO dahulu dan memegang portfolio Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah termasuk menjaga FELDA, berapa banyak isu FELDA yang diperjuangkan dan dibangkitkan dalam Dewan? Yang Berhormat Ketua Pembangkang bukan sahaja tidak ambil tahu hal FELDA, malah FELDA di Sedili pun tak pernah dilawat. Begitu juga pembangunan untuk di kawasan luar bandar. Sebagai contoh, pembinaan 100 buah rumah orang miskin Taman Sinar Sedili di Kampung Tanah Putih, yang itu saya sendiri jumpa dan minta kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ketika itu Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal itu pun bekas EXCO ambil kredit dan masukkan dalam bajet tahun lepas. Bukan itu sahaja malah isu air bersih di Gugusan Waha dan Gugusan Lok Heng juga, bekas EXCO tak dapat diselesaikan. Berpuluh tahun, FELDA di Gugusan Simpang Waha, Bukit Waha, Bukit Easter, Lok Heng timur, Lok Heng Barat, Lok Heng Selatan tak pernah selesai isu air. 10 tahun saya bawa dalam Dewan ni, tak pernah dijawab dalam perbahasan yang lepas. Saya nak beritahu juga, untuk pengetahuan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Sedili dan DUN Johor Lama merupakan anak peneroka FELDA. Jadi, kami amat peka dengan isu-isu FELDA di mana semasa Yang Berhormat Ketua Pembangkang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak ada pula kami dengar isu yang diperjuangkan khasnya berkenaan dengan FELDA. Bukan saya sahaja anak peneroka FELDA, bukan daripada Johor Lama di kalangan anak peneroka FELDA, Bukit Permai peneroka FELDA, Teluk Mahkota bekas Pengurus Besar FELDA. Saya nak beritahu yang Berhormat Dato’ SS pun anak peneroka FELDA. Yang Berhormat PKN pun anak peneroka FELDA, takkanlah kita nak, tak nak ambil tahu tentang soal FELDA. Begitu juga, saya nak beritahu juga berkenaan dengan Layang-Layang. Saya nak beritahu Layang-Layang kalau saya nak cerita betul-betul, kerana dia winnable cable akhirnya EXCO yang lepas merupakan anak peneroka Layang-Layang pun dibuang tak jadikan calon yang lepas. Kalau saya nak pergi ke FELDA-FELDA, bayangkanlah saya boleh cerita apa yang Layang-Layang cerita pasal soal perjuangan. Dia duduk Kuala Lumpur, bukan duduk di FELDA. Kalau bukan orang FELDA, tak pernah lahir di FELDA, tak pernah dibesarkan di FELDA, jangan cerita pasal FELDA. Ini baru sekali dia jadi wakil rakyat, terus nak cerita pasal FELDA, perjuangan. Kita kena ingat sejarah. Dulu harga kelapa sawit RM50.00 satu tan. Bukan sekarang RM200.00, dulu RM50.00 satu tan. Yang Berhormat Speaker, walau bagaimanapun saya tidak menafikan yang membela FELDA sebelum ini ialah mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lepas. Beliau ada memberi peruntukan MARRIS sebanyak RM40 juta untuk membaik pulih jalan-jalan FELDA di seluruh negeri Johor pada 2017 dan 2018. Jadi, Sedili berharap kerajaan negeri sekarang akan mengekalkan peruntukan tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang. Yang baik, baik. Sebab tu Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkata, saya pun kadang-kadang tak faham. Dulu, itu hari dia bentang dia kata ini copy paste. 87% copy paste kerana yang baca sebelah sini. Kalau yang baca sebelah sana efficient, bagus, bagus, terlampau bagus. Kerana yang bacanya orang sebelah sini tu yang jadi tak bagus.

Page 245: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 245

Yang kedua, hormatlah ni kakitangan-kakitangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dah cakap dah, terima kasih kepada UPEN, terima kasih kepada kerajaan negeri, terima kasih jabatan-jabatan kerana membentangkan Bajet 2019. Saya terkejut, pening saya. Dulu masa kat sini semuanya bagus, bila kat sebelah sana, inilah dia, kadang-kadang kita ni bila dah ada kuasa, kita tak guna kuasa sebaik mungkin. Bila Allah kita bagi kita, tarik balik kuasa yang kita ada inilah dia dah macam tak betul. Dah bingung dah. Jadi, Yang Berhormat Speaker, saya bekerja untuk rakyat Sedili. Jadi, tidak kira kerajaan mana yang memerintah, kalau rakyat dan DUN Sedili dipinggirkan daripada arus pembangunan, saya akan bangkitkan. Malah dengan kerajaan dulu pun saya suarakan. Kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tidak mengapalah jika beliau nak cakap saya salin baju, buka topeng ke, cakaplah selagi boleh cakap, cakap. Segala kutukan tidak akan melunturkan semangat saya untuk berkhidmat kepada rakyat saya. Malah, kutukan itu saya terima dengan berlapang dada. Yang penting rakyat Sedili tahu keputusan dan tindakan yang saya ambil adalah demi mereka dan Sedili. Baru-baru ni Yang Berhormat pergi ke Sedili, maaf pergi ke Johor Lama, Ketua Pembangkang pergi ke kawasan Johor Lama ke Lok Heng, tak malu ke air pun tak selesai, lepas nak ceritakan kitalah perjuangan FELDA. Kita yang bekerja keras tentang FELDA, air tak selesai. Cuma kita kawan, tak hendak jadikan isu macam tu. Tapi jangan terlampau hentam sangatlah, patut-patutlah kita kawan dah lama dah. Ini politik ni biasa. Politik ni biasa tak bawa ke mati. Ini sampai dulu tu masa di sana, duduk di sini kalau makan kat sana, di sana tak datang makan dia marah. Hari ini makan kat sana, di sini pergi makan kat sana, kat sana pun tak makan kat sana. Dua kali lima rupanya. Jadi, sudah-sudahlah Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Hentikan berpolitik kerana sekarang masa untuk bekerja untuk rakyat. Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga cakap, nak jadi pembangkang yang berwibawa dan menjadi check and balance, dengan izin, kepada kerajaan negeri yang baru ini. Malah, jadi, marilah kita sama-sama membuat kerja untuk memikul amanah yang rakyat berikan. Yang Berhormat Speaker, Sedili yakin Belanjawan Johor 2019 bertemakan Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari dengan menggariskan 6 teras strategi merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan dapat terus merancakkan lagi pembangunan serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri sekali gus limpahannya akan dapat dinikmati di segenap lapisan rakyat Johor. Sedili juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan yang bukan sahaja turut mengakui serta mengiktiraf sebagai kemajuan yang dijalankan kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional tetapi juga mahu meneruskan insentif baik yang dibuat malah akan turut ditambah baik. Pembentangan belanjawan kali ini yang akan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan selain usaha menangani kos sara hidup turut memberikan khabar gembira kepada rakyat Johor. Antara lain kerajaan persekutuan bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk kerajaan negeri sebanyak RM189 juta selain mengumumkan kerajaan negeri memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500.00 kepada kakitangan kerajaan negeri Johor dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor pada tahun hadapan. Selain itu juga, saya menyokong dan menyambut baik penegasan kerajaan negeri yang menolak usaha meratifikasi konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan bentuk diskriminasi kaum (ICERD) di negara ini. Yang Berhormat Speaker, tema Belanjawan 2019 itu juga amat berkesesuaian dengan kawasan DUN Sedili yang sudah bersedia dan mahu menerajui perubahan yang ingin dibawakan kerajaan negeri baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Perubahan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Sedili selama ini. Saya percaya, segala peruntukan yang diterima secara langsung atau tidak langsung untuk rakyat dan kawasan DUN Sedili dalam pelbagai aspek menerusi belanjawan Johor 2019 akan merancakkan lagi pembangunan serta pertumbuhan ekonomi di Sedili. Untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana meneruskan projek membina jalan baru dari Kampung Belukar Durian ke persimpangan FELDA Simpang Waha, fasa kedua dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Fasa pertama projek ini dengan peruntukan RM60 juta sedang rancak dijalankan dan kini sudah pun 60% siap. Pembinaan jalan baru itu dapat memendekkan masa perjalanan penduduk-penduduk di Kampung Gugusan FELDA Bukit Waha, Simpang Waha dan Bukit Easter yang dianggarkan seramai lebih kurang 12,000 orang ke Sedili selama 20 minit, dari mana, di mana buat masa ini mereka terpaksa menggunakan jalan laluan ke Mersing untuk ke Sedili dan ia memakan masa 45 minit. Jalan baru itu apabila siap

Page 246: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 246

kelak bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk di kawasan terlibat, termasuk merancakkan lagi ekonomi pelancongan yang mampu menyumbang kepada ekonomi masyarakat setempat. Dengan siapnya jalan baru itu, penduduk di kawasan berkenaan juga dapat membeli ikan serta makanan laut yang bukan sahaja segar tetapi juga murah berbanding pada masa ini mereka membeli belah di bandar Kota Tinggi dan ia sekali gus dapat mengurangkan beban kos sara hidup. Selain itu, bagi meletakkan Sedili sebagai antara peneraju perubahan kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan ini, saya memohon supaya jalan dari Mawai ke Kampung Sayang menuju ke Sedili di naik taraf ekoran keadaan jalan raya di sepanjang jalan itu sangat teruk malah kawasan itu juga kerap berlaku kemalangan. Jalan tersebut merupakan antara dua jalan utama untuk ke Sedili selain ia turut melalui jalan ke kampung yang didiami penduduk Orang Asli daripada suku kaum Kanak yang merupakan satu daripada 18 suku kaum Orang Asli di negara ini. Pun, 10 tahun saya selalu cakap tentang soal kaum Kanak. Di dunia hanya kaum Kanak yang ada di kawasan Sedili. Dengan hanya seramai 89 orang daripada 24 buah keluarga orang Kanak menjadi suku kaum Orang Asli paling kecil bilangan penduduknya di dunia berbanding dengan suku kaum Orang Asli lain. Kampung Orang Asli Kanak itu juga turut dikunjungi pelancong dari luar negara. Pada masa sama, saya juga mahu mencadangkan kerajaan negeri meneruskan projek menaik taraf jalan di sepanjang pesisir pantai bermula dari Bandar Penawar, menuju ke Sedili dan menghala ke Mersing kerana keadaannya yang kurang elok selain tidak mempunyai lampu jalan. Suka juga ingin saya bangkitkan mengenai permohonan untuk meneruskan pembinaan jambatan Cik Pong yang menghubungkan antara Kampung Lembut dan Kampung Teluk yang telah dipohon 7 tahun lepas. Selain itu, Sedili juga berharap kerajaan negeri meneruskan pembinaan jambatan di Kampung Telok. Keadaan jambatan itu sangat uzur dan menunggu masa untuk roboh, yang telah diluluskan kerajaan negeri terdahulu dengan peruntukan RM5 juta. Jambatan itu penting bagi penduduk kawasan sekitar kerana ia merupakan jambatan utama yang menghubungkan dua buah sekolah dan tiga buah kampung. Ia juga merupakan laluan pekebun dan petani membawa keluar hasil-hasil pertanian mereka untuk dijual. Sedili juga ingin memohon kerajaan negeri memberi peruntukan untuk membesarkan jambatan yang menghubungkan jalan antara Mawai ke Mersing sebelum sampai ke kawasan FELCRA Sungai Ara. Jambatan di situ terlalu sempit dan menyebabkan kerapnya berlaku kemalangan. Yang Berhormat Speaker, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pekan Sedili telah wujud sebelum merdeka lagi. Namun, sehingga hari ini pekan itu tidak dibangunkan. Malah kedai dan rumah di kawasan itu juga masih berdindingkan papan. Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, pekan itu umpama pekan koboi, sebuah pekan yang mundur, tidak mempunyai kemudahan serta infrastruktur yang baik. Pekan itu tidak mempunyai bank, stesen minyak dan juga tidak dilengkapi perhentian bas. Betapa daifnya pekan Sedili ini. Menteri Besar terdahulu penah mengadakan lawatan ke pekan Sedili dan beliau berbesar hati mengumumkan supaya pekan Sedili itu dibangunkan dan dilengkapkan dengan kemudahan serta infrastruktur dan beliau telah meminta Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) untuk melaksanakan projek membangunkan pekan Sedili. Justeru, besarlah juga harapan saya supaya kerajaan negeri dapat mempertimbangkan projek pembangunan Pekan Sedili. Yang Berhormat Speaker, kalau nak bercerita pasal ancaman gajah liar di kawasan Sedili, memang tiada kesudahan. Hampir setiap kali Dewan yang mulia ini bersidang, saya tidak pernah gagal untuk membangkitkan mengenai ancaman gajah liar yang sudah berlarutan sejak sekian lama. Malah ia bukan sahaja menjadi ketakutan kepada penduduk tetapi turut menyebabkan kerugian kepada pekebun kecil, ladang-ladang kawasan FELDA dan FELCRA kerana gajah itu turut menghapuskan tanaman mereka. Sehubungan itu, saya berharap kerajaan negeri menerusi EXCO terlibat supaya dapat mempercepatkan tindakan bagi menangani isu ancaman gajah tersebut. Ya, kita tahu pembinaan santuari gajah bagi menempatkan haiwan itu sudah diumumkan, bagaimanapun fasa pertama pembinaan tempat itu bergerak perlahan. Malahan fasa kedua pula masih belum ada apa-apa tindakan. Jadi… YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat, 2 minit lagi. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Jadi saya berharap segala tindakan berkaitan dapat dipercepatkan. Tak kan nak tunggu ada kemalangan maut disebabkan gajah liar itu, baru kita bertindak. Ini bukan isu baru, ini adalah isu lama.

Page 247: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 247

Yang Berhormat Timbalan Speaker, perkara membabitkan antara lain pembinaan serta menaik taraf jalan dan jambatan, penyediaan kemudahan dan infrastruktur, projek pembangunan Pekan Sedili dan juga santuari gajah dibangkitkan kerana ada sebabnya. Selain mahu melihat kerancakan pembangunan di situ, saya percaya Sedili amat berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan yang menarik serta menawarkan kepelbagaian pilihan produk kepada pelancong baik dari dalam negara mahu pun dari luar negara ke Johor. Sedili ini terletak bersebelahan dengan kawasan Desaru, yang kini pesat dibangunkan sebagai salah satu tarikan pelancong di negara ini. Namun saya percaya ia hanya mampu dikunjungi golongan berkemampuan dan atas sebab itu saya yakin Sedili dapat memenuhi pelancongan mampu milik yang tidak ditawarkan di Desaru, sekali gus menawarkan kepelbagaian produk pelancongan dan pada masa sama melengkapi sektor tersebut antara Desaru dan Sedili. Bagi menjayakan usaha tersebut, saya mencadangkan kerajaan negeri menerusi Tourism Johor untuk membangunkan Sedili terutama di kawasan pantai seperti di Teluk Mahkota, yang mempunyai potensi pelancongan yang besar termasuklah agensi Majlis Daerah, KEJORA, dan PBT Pengerang. Kalau Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini terutama EXCO Pelancongan dan tidak lupa juga Yang Berhormat Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri mempunyai kelapangan, silalah berkunjung ke Teluk Mahkota. Dulu dan kini kawasan sekitar pantai tersebut sama sahaja, tiada perubahan dan tarikan. Justeru sudah tiba masa kawasan tersebut dibangunkan. Untuk pengetahuan semua Ahli Dewan yang mulia ini, di Sedili ini juga menempatkan penetasan belangkas, merupakan satu-satunya yang ada di dunia, maka dengan kelebihan yang ada di Sedili kerajaan negeri menerusi Tourism Johor perlu merebut peluang itu untuk mempromosikan Sedili khasnya dan Johor amnya supaya dikenali sebagai tempat tarikan pelancong. Yang Berhormat Speaker… YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat, masa sudah tamat. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Bagi saya 2 minit je dah nak habiskan. YB Timbalan Speaker : 1 minit. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Sia-sia saya lompat ke sini. (Dewan ketawa). YB Timbalan Speaker : Ya, ini pertama kali ya. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Kalau saya lompat ke sini masa saya macam dulu juga, tak ada perubahan (Dewan ketawa). Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas persetujuan yang Amat Berhormat Menteri Besar mempercepatkan permohonan tapak lot-lot rumah generasi kedua FELDA di DUN Sedili dan DUN Johor Lama yang melibatkan 3 buah FELDA. Ucapan terima kasih juga kepada Pejabat Pentadbir Tanah Kota Tinggi yang turut membantu mempercepatkan, sekali gus melancarkan proses tersebut. Respons pantas yang diambil itu telah membantu anak-anak generasi kedua FELDA memiliki rumah sendiri, di mana mereka pada masa ini menetap bersama ibu bapa masing-masing. Ada yang satu rumah didiami sehingga 2 atau 3 keluarga. Justeru, usaha mempercepatkan proses situ dapat memberi keselesaan kepada mereka yang terlibat. Pada masa sama, saya mewakili mereka merayu supaya bayaran premium tanah tersebut dikurangkan daripada RM3.00 kepada RM1.00 satu kaki persegi. Ini kerana pemohon rumah generasi kedua itu kebanyakannya kurang berkemampuan untuk membayar harga premium yang pada mereka agak tinggi. Kalau setiap lot rumah luasnya adalah 5,000 kaki persegi dan jika dikenakan bayaran satu kaki RM3.00 maka mereka perlu menyediakan sebanyak RM15,000.00 dan dia agak membebankan kepada mereka. Justeru itu, Sedili juga memohon kerajaan negeri mempercepatkan permohonan hak milik peneroka-peneroka FELDA bagi peringkat kedua dan ketiga yang telah pun menjelaskan hutang-hutang mereka seperti di Simpang Waha, FELDA Bukit Easter dan juga di FELDA di Bukit Waha tidak lupa juga permohonan hak milik, khasnya di kawasan kampung-kampung tradisional. YB Timbalan Speaker : 2 minit sudah sampai. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Saya bagi mintak peluang lagi sekali 1 minit. (Dewan ketawa) Yang Berhormat Timbalan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan saya Sedili merayu kepada…

Page 248: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 248

YB Timbalan Speaker : Sila patuhi peraturan sidang sebab nanti saya kalau bagi Sedili 1 minit, yang lain mintak lagi 1 minit. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Oklah. Seandainya tengok Yang Berhormat sana ketawakan saya pasal 1 minit. Dia tepuk meja untuk saya, kalau dia tepuk saya, Yang Berhormat semua pun terasa. Belalah saya. Belalah rakyat Sedili, dia pun pengundi, beribu, yang 3 kali setiap pemilihan, menang besar. YB Timbalan Speaker : Tak apa, lain kali, lain kali, lain kali boleh berucap lagi. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Akhir kata. Tak apa, tak apa, ini biasa. Ini politik, jangan membina rumah di tepi pantai, kalau takut dilambung ombak. Baru cerita sikit dah menggelatat, dah bingung. Pasal tak pernah duduk kat pembangkang… YB Timbalan Speaker : Sila duduk, sila duduk. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Jadi, seandainya kata-kata saya ada menyinggung hati dan perasan Yang Berhormat, Yang Berhormat kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya dari kedangkalan ilmu dan pengalaman, yang ada pada diri saya. Saya sudahi dengan assalamualaikum warahamatullahi taala wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Stulang, jemput. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Terima kasih Puan Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas dalam persidangan bajet kali ini. Terlebih dahulu sempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada November yang lalu, patik mengambil kesempatan untuk merafak sembah untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Tahniah juga diucapkan kepada Menteri Besar atas pembentangan bajet yang cukup komprehensif. Sebelum saya mendalami ucapan saya, ingin saya memberi sedikit pandangan berkenaan dengan hujah yang dibawa oleh sebelah saya, di mana pihak ketua pembangkang juga mengatakan ingin memulang balik bilik pembangkang dan elaun. Kerajaan Johor memang ikhlas dalam penambah baik sistem demokrasi kita dan memberi pengiktirafan yang patut dan peruntukan pejabat kepada Ahli Dewan Negeri pembangkang. Dulu kami langsung tak ada. Bahkan disangkal hak di peringkat akar umbi. Tetapi malangnya keikhlasan kerajaan Johor ini tidak dibalas dengan kesyukuran, malah diperalatkan untuk meraih publisiti murah seolah-olah Ketua Pembangkang adalah hero dan mempunyai keberanian untuk menidakkan pengiktirafan. Stulang amat setuju dengan hujah Senggarang yang mengatakan bahawa perjuangan sebegini harus diteruskan dengan pemulangan peruntukan pejabat yang diberikan oleh kerajaan. Tetapi Sri Medan pula seolah-olah rasa berat nak pulangkan peruntukan pejabat. Cakap dah habis pakai. Stulang tidak tahu sama ada keputusan ini adalah konsesi setiap ahli pembangkang? Jadi, hujah Ketua Pembangkang untuk memulangkan elaun dan pejabat telah menimbulkan rasa serba salah oleh ahli pembangkang yang lain kerana yang lain semuanya tak nak pulangkan. Kerana tidak ada satu pun ahli pembangkang yang menyuarakan hasrat untuk memulangkan peruntukan pejabat. Jadi, ini seperti kata pepatah, ibarat telur sesangkar pecah sebiji, pecah semua. Maksudnya kesilapan yang dilakukan seorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya. Jadi rata-rata, kebanyakan ahli pembangkang hari ini mengatakan seolah-olah apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang semua adalah tiruan daripada kerajaan Barisan Nasional dulu. Malah perkataan seperti reclaim, repeat, rebranding, copy and paste telah pun dilanjurkan. Memanglah ada sesetengah perkara ada persamaan dan kemiripannya dari segi tajuk dan sebagainya, tetapi yang beza pasti adalah inti pati dan cara perlaksanaan kita. Dulu di bawah BN apa, menggunakan perancangan yang hebat untuk menutup kegagalan rancangan hebat mereka sebelum ini. Inilah sebabnya mengapa rakyat menolak BN. Sehingga komponen-komponen BN pun telah meninggalkan mereka. Ini yang berlaku, tender terbuka, habiskan kuota menegak kerajaan, air percuma, pemansuhan lesen penjaja dan sebagainya. Mengapa tidak dipuji? Jadi yang pasti, kerajaan baru tidak akan copy and paste, ketidakcekapan atau skandal-skandal seperti pemimpin-pemimpin BN yang sekarang dibawa ke mahkamah atas rasuah. Kita tidak akan copy and paste benda-benda macam ni. Kerajaan baru telah, di sini saya nak pakai satu perkataan, telah delete mereka yang tidak

Page 249: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 249

sesuai. Mereka sebenarnya rakyatlah yang tolong delete BN, tinggal sikitlah lagi saki baki yang mungkin lupa save. Jadi, Stulang menyarankan pihak di sebelah sana kalau nak teruskan dengan hujah 3R ini, teruskanlah pada persidangan yang akan datang. Rakyat akan melihat jelas pembangkang sudah ketandusan idea berlainan dengan kami semasa kami menjadi pembangkang dulu. Kami telah melontarkan banyak idea yang memangkin kepada percambahan pemikiran ya. Penawar juga cukup hebat. Bahkan mengatakan Dewan ini mempunyai pembangkang yang dedikasi dengan sikap terbilang. Jadi kalau nak jadi pembangkang yang profesional, janganlah teruskan dengan hujah 3R ini. Kalau mahu bolehlah terus biarkan mereka terus menjadi pembangkang selama-lamanya. Boleh tak? Di sini saya juga ingin melontar balik apa yang dikatakan oleh Semarang semasa pengakhiran perbahasannya. “Kamu boleh mempermainkan semua orang di sesetengah masa dan sesetengah orang dalam semua masa”. Jadi, inilah apa yang dilakukan oleh BN dahulu di mana BN telah dalam sesetengah masa telah mempermainkan semua orang, tetapi dalam semua masa, dan sesetengah orang dalam semua masa. Itulah semasa pembentangan BN dulu, tapi kamu tak boleh mempermainkan semua orang dalam semua masa, jadi inilah akibatnya BN kalah dalam PRU umum yang lepas. Jadi seolah-olah ya, apa ayat ini, apa yang dibawa oleh Semarang ini meludah ke atas langit, akhirnya terkena muka sendiri. Hari ini Semarang tak ada, kawan tepi boleh tolong sampaikan. (Dewan ketawa). Jadi selain itu, Stulang juga ingin membawa isu yang berkaitan dengan kawal selia sempadan Malaysia-Singapura di CIQ. Walaupun isu ini melibatkan jabatan daripada agensi persekutuan, adalah penting juga Stulang membawa isu ini untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan Johor dalam menangani isu kesesakan Tambak Johor di samping memperketatkan keselamatan di sempadan. Pada persidangan yang lepas, Stulang telah mengemukakan keperluan penubuhan agensi tunggal di CIQ BSI dan CIQ Kesang sebagai kesinambungan. Stulang ingin membawa isu berkenaan dengan penggunaan big data dan Artificial Intelligence dalam kawal selia sempadan. Ini merupakan satu trend yang kita tidak boleh ketinggalan, lebih-lebih lagi pada zaman industri 4.0 di mana analisa data memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai kemampuan yang cukup tinggi. Pagi ini Gambir juga ada menyentuh tentang kepentingan Aritificial Intelligent, dengan izin. Hanya melalui cara ini sempadan boleh dikawal dengan ketat di samping memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Pada masa ini untuk makluman Dewan yang mulia ini, syarikat pakar dalam algoritma big data dan AI telah mampu membangunkan perisian dan mesin yang mampu menewaskan juara dunia catur, poker, Chess go dan juga Dota 2 melalui teknologi-teknologi machine milling, dengan izin. Jadi di sini apakah, di sini saya, apakah artificial intelligent, AI ini merupakan satu bidang sains, komputer yang memberi penekanan terhadap pembinaan mesin pintar boleh bekerja atau bertindak balas seperti manusia. Komputer yang direka bentuk adalah untuk pembelajaran, perancangan dan penyelesaian masalah. Data analisis pula merupakan proses mengkaji set data demi menghasilkan konklusi kepada set data yang sedia ada dengan bantuan perisian dan sistem. Big data, big data pula merupakan set data yang amat besar di mana dia boleh di analisa untuk mengetahui paten, trend, kecenderungan yang berkaitan dengan interaksi atau human behaviour, dengan izin. Machine learning pula merupakan satu aplikasi AI di mana sistem tersebut mempunyai kemampuan untuk belajar secara automatik dan bertambah baik tanpa diprogramkan lagi. Machine Learning fokus kepada pembangunan perisian program yang menggunakan data untuk dipelajari sendiri. Jadi, sempadan Malaysia-Singapura merupakan pintu masuk utama di mana dijangka serami 250,000 orang menggunakan kedua-dua pintu masuk tersebut setiap hari. Pintu masuk tersebut merupakan satu sempadan yang paling sibuk di dunia. Berkenaan dengan aspek Big Data dan AI ini turut didukung oleh Perdana Menteri kita di mana pada bulan November yang lepas, di Jepun, Tun Mahathir juga mengatakan Malaysia akan mendapatkan bantuan dari Jepun untuk melabur dalam industri kecergasan bantuan AI, yang diyakini mampu membawa teknologi Malaysia ke tahap yang lebih maju. Menteri, YB Gobind Singh juga mengatakan platform baru bagi pertukaran data di antara kerajaan dan industri adalah penting dan telah dicadangkan kepada Kabinet dan akan dicadangkan pada Kabinet pada awal suku pertama tahun hadapan. Platform tersebut bertujuan menyediakan data untuk kerajaan sambil menggalakkan industri untuk berkongsi maklumat. Mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Imigresen pada bulan Ogos yang lalu juga mengatakan bahawa semua rakan sejawatnya yang mewakili setiap negara bertujuan dengan idea membangunkan satu portal bagi memudahkan perkongsian maklumat dan permohonan visa di setiap negara Asean kerana ia memudahkan mereka mengakses maklumat dan data-data setiap individu yang keluar masuk sesebuah negara. Jadi, idea itu merupakan idea asal yang kita ingin melihat setiap negara Asean bukan sahaja berkongsi data.

Page 250: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 250

Jadi kalau antara negara boleh berkongsi data, maka kita tidak lihat mengapa setiap jabatan ini tidak boleh berkongsi data dengan berkesan. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan, memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di bangunan CIQ, meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna CIQ, memantapkan urusan pengutipan cukai import dan eksport, memastikan setiap data yang dikutip diaplikasikan dengan sebaiknya dan semaksima yang mungkin. Jadi untuk mengaplikasikan Big Data dan AI dalam kawal selia sempadan apakah cabaran kita? Cabaran kita adalah: 1. Penubuhan agensi tunggal di CIQ kerana ia merupakan kerangka asas aplikasi Big Data dan

AI serta kerjasama antara jabatan.

2. Perkongsian data yang sedia ada antara setiap jabatan atau kementerian adalah minimum sekarang. Malah segala proses perkongsian dan pengemukaan data perlu melalui proses birokrasi yang agak rumit.

3. Data mentah ataupun raw data adalah berlainan struktur kerana matlamat awal pembangunan sistem yang berlainan. Ia juga sukar dicapai, sukar diproses apabila diperlukan. Malah cabaran adalah lagi tinggi sekiranya kita memerlukan data tersebut dalam bentuk realtime.

Jadi CIQ merupakan satu tempat yang amat sesuai dan perlu dalam aplikasi big Data kerana mengapa? Banyak data akan dikutip setiap masa, kerana ramai orang keluar masuk. Yang kedua, data yang dikutip adalah berkualiti kerana ia melalui sistem yang telah dikenal pasti oleh agensi lain sebelum ini. Jadi apa yang kita boleh capai kalau kawal selia sempadan dikawal dengan Big Data dan Artificial Inteligent ini. Pertama, boleh meramalkan dengan tepat waktu puncak dan juga waktu ada ramai orang atau kenderaan. Dengan ini, tindak balas yang serta merta boleh diambil untuk menyerahkan perubahan tugasan. Selain itu kita juga boleh bersedia awal untuk menghadapi kemungkinan aliran orang yang ramai. Keputusan yang cepat pun boleh dibuat dan kita juga boleh meramal dengan baik di manakah perlu membuka kaunter yang maksimum. Kerana kita menggunakan teknologi AI yang mempunyai aspek predictive analytics iaitu ramalan dengan tepat.

Kedua, Untuk pengurusan dan pemantauan pegawai dalaman. Melalui set data yang ada setiap hari dan kajian maka amat mudahlah untuk kita mengetahui siapakah pegawai yang berkebolehan tinggi, siapakah yang cenderung untuk rasuah dan tidak berkesan, kita boleh kesan dengan baik. Apakah kombinasi pegawai yang paling sesuai dan optimum untuk sesuatu tugasan. Golongan mana yang paling sesuai untuk tugasan tertentu. Di manakah perlu penambahbaikan dan sebagainya dan melalui data konsisten yang ada sistem dan perkakasan yang akan mengalami kerosakan juga akan memberikan isyarat melalui kajian kelakuan ataupun behaviour study dengan ini tindakan awal pun boleh dilakukan. Ketiga, kemudian untuk memantau ancaman terrorist dengan data cap jari yang kita ada, data muka dari facial recognization serta iris mata, pengecaman adalah lebih cepat, tepat tanpa mengorbankan aspek keselamatan. Kemudian dalam aspek ini mereka juga sukar untuk melepaskan diri walaupun kita perlu berdepan dengan ratusan ribu pengguna setiap hari. Data yang dikutip di CIQ juga boleh digunakan oleh agensi lain dalam menangani ancaman pengganas di lapangan terbang atau pun sempadan yang lain. Dan akhirnya kita juga boleh mengenal pasti kategori pengguna CIQ sama ada berisiko tinggi, sederhana atau rendah dengan senang. Ini juga boleh menambahkan kecekapan clearance kerana sistem telah memahami dengan jelas kategori pengguna dan boleh menyalurkan mereka ke laluan yang dikehendaki. Ini semua sangat penting.

Keempat, melalui penggunaan Big Data dan Artificial Inteligent kita boleh mengetahui behaviour atau kelakuan para pelancong juga. Kita boleh melalui rekod keluar masuk kereta, tempoh masa mereka berada di Malaysia. Kita boleh mengenal pasti dengan senang. Jadi jaringan perjalanan mereka juga boleh dikenal pasti melalui kamera di lebuh raya dan sebagainya. Jadi dengan inilah kerajaan dengan analisa AI yang ada, kita boleh menganalisa pattern pelancongan ke Malaysia dan kita boleh membuat dasar-dasar atau pun pelarasan-pelarasan yang dirasakan perlu. Jadi, kesimpulannya pembentangan saya kali ini adalah menekankan keperluan untuk menggunakan Big Data dalam kawal selia sempadan dan di sini akhirnya saya juga ingin memberi satu contoh lagi

Page 251: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 251

di mana European Union antara tahun 2016 dan 2020 akan mengeluarkan satu sistem Custom Electronic baru yang akan dibangunkan oleh Kesatuan Eropah yang berasaskan model dari War Custom Organisation dan dikenali sebagai Custon Data Model yang membolehkan penyelarasan data di sempadan antara negara di Kesatuan Eropah dan mempunyai struktur tiga peringkat dari peringkat kawasan ke peringkat negara. Ia dapat menghasilkan integrasi data yang baik antara kastam dan agensi-agensi di sempadan. Jadi inilah merupakan satu trend yang kita tidak boleh ketinggalan untuk perancangan jangka masa depan penggunaan Big Data, Artificial Inteligent, Data Analytics dan juga Machine Learning ini kita patut serapkan dalam kawal selia sempadan Malaysia-Singapura ini demi mengetatkan keselamatan dan juga memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. Dengan ini saya menyokong juga usul yang dibawa oleh Tenang. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Kemelah, jemput. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang terlibat dalam perbahasan atas rundingan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2019 tahun 2018. Yang Berhormat Puan Speaker, bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada 22 November yang lalu, patik merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan sihat, memerintah Johor dengan adil dan saksama, negeri Johor terus makmur dan aman di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Kemelah mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Johor 2019 bertema Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Kemelah berterima kasih kepada pimpinan kerajaan Pakatan Harapan Johor yang berusaha menjadikan belanjawan kali ini lebih inklusif dan bertindak adil kepada semua pihak. Malah lebih daripada itu, Kemelah mengharapkan pada masa-masa mendatang Johor bukan hanya setakat terus makmur malah dapat memayungi rakyat bangsa Johor dan juga rakyat-rakyat daripada negeri lain. Apabila berlaku krisis ekonomi pada masa akan datang. Kita ambil kejayaan negeri Mesir di bawah pemerintahan Nabi Yusuf AS sebagai iktibar kepada kita. Asas kepada kejayaan negeri Mesir adalah seorang pentadbir negara, iaitu Nabi Yusuf AS, seorang yang dipanggil atau digelar Siddiq oleh raja sebelumnya, seorang yang begitu amanah dengan urus tadbir yang cekap, hingga mampu meningkat rizab negara dan kemampuan untuk membaca apa yang berlaku, yang bakal berlaku di masa akan datang. Forecasting the future dengan izin. Sebagaimana yang kita lihat digambarkan di dalam Al-Quran, apabila Nabi Yusuf menawarkan dirinya sebagai pengurus perbendaharaan hasil bumi Mesir, seterusnya di sebut (bacaan surah), “Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya,lagi mengetahui cara mentadbirnya”, Surah Yusuf, ayat 54. Kita lihat akibat daripada urus tadbir yang cekap dan juga kemampanan untuk melihat bakal apa yang berlaku di masa depan. Kita lihat rakyat-rakyat di sekeliling Mesir, bukan hanya di Mesir sahaja telah mendapat limpahan kurnia nikmat akibat daripada rizab yang berlebihan apabila berlaku kemelut di negeri Mesir. Urus tadbir yang buruk bagi sesuatu negara hanya akan menyebabkan hutang negara meningkat dengan tinggi, dan yang melampau menyebabkan negara tidak mampu meneruskan aktiviti pembangunan dan membantu kesengsaraan rakyat ketika berlaku kemelut dan krisis negara. Sebagaimana yang kita lihat sekarang yang berlaku kepada negara kita, kita terpaksa berbelanja dengan berhemah. Yang Berhormat Puan Speaker, walaupun terdapat suara-suara menyatakan pembentangan belanjawan yang di bawa kerajaan negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak banyak beza dengan kerajaan sebelumnya, namun Kemelah yakin sistem penyampaian atau delivery system dengan izin, di bawah kerajaan Pakatan Harapan akan jauh lebih baik daripada sebelumnya. Menurut Prinsip Pareto, lazimnya 20% input akan memberi impak atau menyumbang kepada 80% hasil keluaran. Dengan mengetegahkan teras kedua yakni mereformasi institusi pentadbiran dan politik, ketirisan dapat dielak. Transaksi dan aktiviti menjadi lebih telus, lalu meningkat penyampaian kepada golongan sasar. Pepatah Inggeris ada mengatakan Kota Rome tidak dibina dalam masa 1 hari, maka apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan, kita mengharapkan bahawa bukan hanya setakat penyampaian tetapi yang lebih penting adalah meletakkan asas-asas yang baik supaya kerajaan dapat memberi perkhidmatan dan rakyat dapat merasakan akan nikmat pada negara tersebut.

Page 252: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 252

Yang Berhormat Puan Speaker, melihat kepada Laporan Audit Negara tahun-tahun sebelum ini, Kemelah ingin menyarankan agar Unit Audit Dalam agensi kerajaan negeri diperkukuh. Dengan harapan dapat mengurangkan jika tidak menghapuskan pengurusan yang tidak cekap dan mengelak berlaku salah laku dalam urus tadbir. Sebagai contoh, di dalam Laporan Pengauditan Mengejut Jabatan Agensi Negeri Tahun 2017 Siri Pertama, bagi 9 agensi yang diaudit peratusan tidak kepatuhan terhadap 32 kawalan perbelanjaan adalah tinggi iaitu sebanyak 43.8%. Kita mengharapkan di dalam era baru maka kita dapat mengurangkan lagi akan ketidakcekapan dalam pengurusan negeri. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memaksudkan daerah Segamat di dalam kawalan di dalam Kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Kita mengorak ke depan berdasar realiti semasa. Apabila Kemelah melakukan ataupun melawat kawasan-kawasan di daerah Segamat khususnya di bandar kita dapati masih lagi banyak kedai-kedai yang tidak beroperasi ataupun tutup. Sebelum ini apabila kita lihat daerah Segamat di bawah kerajaan lama mempunyai seorang Menteri Penuh, seorang Timbalan Menteri dan seorang EXCO Kanan tetapi kita lihat pembangunan daerah Segamat terpinggir. Usaha-usaha bersungguh perlu dilakukan bagi merancak ekonomi daerah Segamat. Justeru, saya menyeru supaya rakan-rakan saya daripada 5 ADUN Pakatan Harapan di daerah Segamat bersama dengan 3 Wakil Rakyat Parlimen berganding bahu agar kita dapat sama-sama membangun Segamat. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, menurut perangkaan 2017 pelaburan tempatan yang bernilai RM66.8 juta hanya mampu menghasil 35 peluang pekerjaan di Pelabuhan Darat Segamat, Segamat Inland Port dengan izin. Maka jumlah ini ataupun bilangan ini adalah terlalu kecil untuk memungkinkan anak-anak muda tinggal di Segamat. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas peruntukan RM1.0 juta bagi kos kajian perluasan dan mengenal pasti projek-projek baru berimpak tinggi di kawasan industri Segamat, daerah Segamat. Ucapan terima kasih Kemelah juga kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti atas berita gembira di dalam sesi dewan yang lepas pembinaan sebuah pencawang pembahagian utama PPU yang menelan belanja RM30 juta dengan jangkaan siap selama 24 bulan di daerah perindustrian Segamat. Ini telah lama di tunggu oleh warga Segamat untuk memastikan bahawa ekonomi Segamat dapat dibangunkan dengan baik. Kemelah berharap kajian yang bakal dilaksanakan berkaitan projek-projek berimpak tinggi juga meneliti impak terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat. Yang Berhormat Puan Speaker, untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, baru-baru ini Jabatan Alam Sekitar Muar telah melakukan siasatan dan tindakan di bawah undang-undang telah diambil terhadap 5 kilang yang mencemar udara dan air di kawasan perindustrian Segamat 2. Penduduk sekitar kawasan sekitar perindustrian telah lama mengadu isu bau racun dan pencemaran udara yang berlaku di kawasan tersebut. Kita tidak mahu dalam kita membangun ekonomi negeri kerajaan negeri dan persekutuan terpaksa berbelanja berlebih dan tidak sepatutnya bagi merawat rakyat yang didedah dengan pelbagai pencemaran yang berlaku di negeri ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah ingin mencadangkan agar industri hiliran berdasar produk mentah serta hasil tani dan ternak sedia ada di kawasan daerah Segamat dan sekitarnya dibangun. Ini sebagai menyambut saranan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam pembentangan Belanjawan berkaitan Fokus Industri Berteraskan 3H, Industri Teknologi Tinggi, Nilai Tambah Tinggi dan Industri Halal.Sebagai contoh, Segamat kenal dengan durian berkualiti tinggi. Namun, apabila terdapat lambakan durian harga durian menjadi rendah dan tidak memberi untung kepada pengusaha durian.Persoalannya, bolehkah kita menambah nilai melalui by product dengan izin durian, lempuk sebagai contoh begitu juga kulit durian yang kaya dengan minyak sari, plevenoit, saparin dan lain-lain sesuai untuk dijadikan ubat nyamuk. Yang Berhormat Puan Speaker, walaupun kerajaan negeri berhasrat menjadikan daerah Segamat membangun berasas bidang pertanian dan industri asas tani serta hub pengeluaran lembu daging terbesar negara namun hasil daripada pemerhatian Kemelah mendapati tiada pusat latihan yang berkaitan di daerah Segamat, yang berkaitan dengan 2 industri yang disebut tadi. Oleh itu, Kemelah

Page 253: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 253

ingin mencadang agar wujud institusi latihan dan pendidikan di kawasan-kawasan fokus industri-industri yang berkaitan. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah menyokong penubuhan Universiti Johor kerana sudah sampai masanya Johor mempunyai institusi pengajian tinggi mengikut acuan Johor. Universiti Johor tidak bermula daripada sifar sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita akan menaiktaraf institusi-institusi pengajian yang sedia ada. Kita perlukan institusi pengajian tinggi mengikut acuan Johor yang mampu memacu ekonomi Johor melalui inovasi dan kajian tersendiri secara berterusan. Kita memerlukan satu institusi latihan yang dekat dengan wilayah-wilayah pembangunan sama ada di dalam wilayah selatan, tengah ataupun utara Johor. Kemelah yakin penaiktarafan institusi pengajian tinggi di Johor yang sedia ada tidak akan menjejas pengeluaran tenaga mahir dan separa mahir bagi keperluan Johor. Malah sebahagian daripada mereka perlu didedah dengan pemikiran yang lebih tinggi lagi iaitu pemikiran prinsip pertama atau first principal thinking dengan izin di dalam menyelesai masalah di negeri Johor. Kita berharap melalui Universiti Johor peluang untuk melahirkan lebih ramai graduan technopreneur, graduan yang bukan hanya memenuhi pasaran kerja malah untuk masa depan Johor yang lebih gemilang melahirkan garaduan yang boleh melihat peluang dan lebih daripada itu graduan yang mampu untuk mewujudkan peluang-peluang baru. Moga dengan wujudnya Universiti Johor akan dekat lagi usaha-usaha memartabatkan Bangsa Johor ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah ingin mengakhiri ucapan perbahasan ini dengan memetik sebahagian daripada Gurindam Pasal Kelima daripada Gurindam 12 Raja Ali Haji. Sebagai peringatan kepada kita semua, jika hendak mengenal orang bangsa lihatlah kepada budi dan bahasa, jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang berilmu bertanya dan belajarlah tiadalah jemu. Dengan itu Kemelah mengakhiri perbahasan ini Kemelah menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2019 Tahun 2018. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Bentayan, jemput. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Selamat petang, salam sejahtera dan salam harapan Yang Berhormat Puan Speaker, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi memberi peluang kepada Bentayan untuk mengambil bahagian sebagai menyertai perbahasan Belanjawan Negeri Johor pada tahun 2019, yang telah berjaya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas di dalam Dewan yang mulia ini. Bentayan juga ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai Wakil Rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat segala isu yang dibangkitkan mahupun yang dicadangkan di dalam Dewan yang mulia ini adalah suara rakyat yang perlu dilaksanakan serta dipertimbangkan sebaik-baiknya. Walaupun kerajaan negeri mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah disebabkan keadaan kerajaan negeri yang kini berdepan dengan ekonomi negara yang begitu mencabar dan kedudukan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu. Bentayan ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membawa satu Belanjawan yang begitu seimbang dan inklusif tanpa mengabaikan kebajikan rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan Johor di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah pun melaksanakan ke semua janji-janji di dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. Janji-janji itu juga bukan sekadar dibuat bagi meraih sokongan atau undi sebaiknya ia amat memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Johor. Penambahan insentif-insentif kepada golongan sasar perlu diperhalusikan lagi supaya ianya sedikit sebanyak dapat meringankan tanggungan kos sara hidup harian bagi golongan tersebut. Antara inisiatif-insiatif Pakatan Harapan yang popular adalah berkenaan air percuma sebanyak 10 meter padu dan Kad Sihat Johor yang mana pertanyaan berkenaan kedua-dua inisiatif ini adalah di antara pertanyaan yang paling banyak kami terima di Pejabat ADUN Bentayan. Ini disebabkan rakyat Johor dapat terus menikmati manfaat daripada kedua-dua inisiatif ini. Yang Berhormat Puan Speaker, di samping bantuan pemberian air percuma sebanyak 10 meter padu bagi golongan sasar B40 yang telah dilaksanakan pada 1 September 2018, tempoh hari kerajaan negeri juga perlu mengambil perhatian penuh serta mengkaji dan menyemak semula kadar tarif air di

Page 254: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 254

negeri ini. Memandangkan seperti yang kita sedia maklum kadar taraf air di negeri Johor ini adalah merupakan antara yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Seperti sedia maklum,kadar tarif air di negeri Johor juga telah ditetapkan melalui pelan bisnes bagi tahun, bagi setiap 3 tahun yang dibuat oleh pihak SAJR dan ianya perlu mendapat kelulusan penuh daripada pihak Suruhanjaya Air Negara (SPAN). Pada masa ini, pelan penuh SAJR telah di lulus oleh pihak SPAN bagi tempoh operasi bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020. Oleh itu, Bentayan ingin mencadangkan supaya kadar tarif air di negeri Johor disemak dan dikaji semula supaya kadar tarif air di negeri ini dapat dikurangkan menjadi lebih rendah dan seterusnya ia dapat memberi manfaat dan dapat mengurangkan kos sara hidup bagi seluruh rakyat di negeri Johor bukan hanya golongan B40 sahaja menikmati manfaat ini. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi insentif Kad Sihat Johor pula setakat ini jumlah peserta yang layak menerima insentif Kad Sihat Johor di daerah Muar hanyalah seramai 300 lebih orang sahaja. Insentif ini hanya layak diterima oleh peserta e-kasih sahaja yang lahir atau menetap di negeri Johor. Dengan kelayakan pendapatan isi rumah yang telah ditetapkan berpandukan kira pendapatan garis kemiskinan PGK bulanan bagi setiap isi rumah ianya sebanyak RM240.00 per kapita bagi kawasan bandar dan RM200.00 perkapita bagi kawasan luar bandar. Manakala kiraan PGK bulanan bagi miskin tegar pula adalah sebanyak RM140.00 per kapita bagi kawasan bandar dan RM130.00 per kapita bagi kawasan luar bandar. Kerajaan persekutuan juga telah memutuskan bagi melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam pada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,100.00 sebulan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. Maka di sini Bentayan ingin menegaskan bahawa syarat kelayakan PGK agak rendah, maka perlu dikaji dan disemak semula agar setaraf dengan kenaikan kos sara hidup dan gaji semasa yang telah ditetapkan supaya keadaan pendapatan dan perbelanjaan sebenar bagi sesebuah isi rumah dapat digambarkan. Bentayan juga ingin menyambut baik kepada Belanjawan Negeri Johor 2019 yang telah memutus supaya Program Kad Sihat Johor diperluaskan kepada lebih ramai penerima golongan B40 pada tahun 2019. Yang Berhormat Puan Speaker, disamping itu Bentayan ingin mengusulkan cadangan bagi menambah baik insentif, inisiatif yang boleh dikaji dan diperhaluskan lagi oleh kerajaan negeri kepada golongan sasaran B40 iaitu Programme Food Bank. Program sedemikian telah kami laksanakan di peringkat Parlimen Bakri merangkumi seluruh DUN Bentayan, DUN Simpang Jeram serta DUN Bukit Naning. Di mana penerima-penerima yang terpilih mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan diberi bantuan dengan kaedah pemberian baucar. Kaedah ini adalah berbeza dengan Programme Food Bank yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di mana makanan akan diberi terus kepada penerima. Baucar tersebut boleh ditebus di pasar raya atau kedai-kedai yang terpilih dengan cara membeli barangan yang keperluan harian yang diperlukan oleh penerima tersebut setiap bulan. Antara kebaikan yang diterima melalui kaedah pemberian baucar tersebut adalah penerima boleh memilih atau membeli barangan yang diperlukan sahaja kerana setiap keluarga mempunyai jumlah bilangan ahli keluarga yang berlainan. Maka keperluan setiap keluarga juga berlainan sekali gus ianya dapat mengelakkan pembaziran yang kerap kali berlaku di rata-rata tempat melalui pemberian makanan dan barangan harian yang sama pada setiap bulan. Seterusnya, meletakkan syarat-syarat bagi menebuskan baucar tersebut bagi mengelakkan kejadian salah guna baucar yang diterima. Misalnya rokok dan minuman adalah tidak dibenarkan. Yang Berhormat Puan Speaker, isu tempat letak kereta banjir kilat dan kemudahan fasiliti di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Bentayan ingin membangkitkan semula berapa perkara yang telah pun diusulkan pada Persidangan Dewan Negeri Johor yang lalu. Antaranya berkenaan isu kekurangan tempat letak kereta serta isu banjir kilat yang sering berlaku di Hospital Pakar Sultanah Hospital, HPSF. Berdasarkan statistik yang diperolehi pada tahun 2017, dianggarkan jumlah pelawat yang hadir ke HPSF adalah seramai 571,224 orang. Anggaran ini adalah berdasarkan pengiraan jumlah kehadiran bagi pesakit Klinik Pakar, pesakit Jabatan Kecemasan dan bilangan Pesakit Dalam dengan diiringi oleh seorang pelawat sahaja. Manakala jumlah bilangan tempat letak kereta yang sedia ada di HPSF adalah sebanyak 580 petak yang mana dia termasuk tempat letak kereta bagi ketua jabatan, pakar yang bertugas atas panggilan, ianya sebanyak 93 petak. Manakala tempat letak kereta khas bagi Institusi Latihan Kejururawatan pula sebanyak 29 petak. Seterusnya baki sebanyak 487 petak itu pula adalah sebagai kegunaan bersama bagi seluruh warga staff HPSF dengan orang awam. Setelah penelitian berserta pengiraan dilakukan berdasarkan statistik, jumlah kehadiran pelawat yang dianggarkan pada tahun 2017, didapati seramai 1,586 orang pelawat yang hadir setiap hari. Jika anggaran secara purata bagi tempat letak kereta yang diguna pakai oleh kakitangan HPSF adalah sebanyak 200 petak. Kami mendapati jumlah kekurangan tempat letak kereta adalah sebanyak 1,299 petak.

Page 255: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 255

Yang Berhormat Puan Speaker, perkara sedemikian perlu diambil serius di samping isu berkenaan banjir kilat yang sering berlaku di HPSF ini juga menambahkan lagi kesukaran dan kebimbangan kepada para pelawat serta kakitangan HPSF. Sebagai cadangan, pihak kerajaan perlu membinakan tempat letak kereta bertingkat di HPSF memandangkan ketiadaan, ketiadaan ruangan tanah yang dihadapi di HPSF sekali gus nya ianya dapat mengurangkan kebimbangan serta kerisauan para pelawat yang hadir ke hospital. Yang Berhormat Puan Speaker, turut bersama Bentayan ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh isu berkenaan kekurangan serta kerosakan bagi kemudahan fasiliti yang telah dikenal pasti di hospital HPSF termasuk di bahagian Jabatan Kecemasan, Klinik Pakar, wad-wad serta bahagian yang berkenaan. Merangkumi seluruh ruang menunggu pesakit yang telah dinyatakan berada di dalam keadaan yang tidak memuaskan sehingganya ada sesetengah pelawat yang hadir terpaksa berdiri sekian lama untuk menunggu disebabkan faktor kekurangan kerusi di ruang menunggu. Selain itu, antara kerosakan yang dialami adalah seperti kerosakan katil-katil di setiap wad. Kelengkapan serta peralatan-peralatan bagi tujuan perubatan dan beberapa kemudahan lain yang telah dikenal pasti. Pihak kerajaan pula juga perlu membelikan, memberi perhatian berkenaan isu kekurangan katil pesakit di setiap wad-wad di HPSF. Berdasarkan statistik yang kami terima bagi tahun 2017, jumlah keseluruhan katil-katil pesakit yang ada di wad-wad HPSF adalah sebanyak 550 buah katil sahaja. Manakala jumlah kemasukan pesakit ke wad dianggarkan seramai 42,564 orang pesakit bagi tahun 2017. Berdasarkan statistik yang diterima, jumlah penduduk yang ada di daerah Muar bagi tahun 2010 adalah seramai 259,349 orang, manakala jumlah statistik penduduk bagi tahun 2018 pula adalah seramai 280,500 orang. Ini menunjukkan populasi penduduk di daerah Muar telah bertambah sebanyak 80% dalam 8 tahun. Soalan Bentayan ialah adakah relevan dengan jumlah 550 buah katil pesakit yang sedia ada di HPSF ini diguna oleh 280,500 orang penduduk di daerah Muar. Sememangnya ia tidak mencukupi untuk menanggung kehadiran pesakit yang ada di daerah Muar menjelang hari. Yang Berhormat Puan Speaker, Bentayan ingin mengucapkan terima kasih atas peruntukan yang akan diberi dalam Belanjawan 2019 untuk menaik taraf Kompleks Rawatan Harian HPSF tetapi Bentayan masih ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri supaya HPSF ini di naik taraf serta kemudahan fasiliti-fasiliti di HPSF ini ditambah baik dengan tambahan peruntukan bagi jangka masa pendek. Manakala cadangan bagi jangka masa panjang pula adalah dengan membina hospital baru di lokasi yang bersesuaian pula diperhalusi pihak kerajaan supaya ianya dapat menampung jumlah kehadiran pesakit yang semakin bertambah saban hari. Salah satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti yang dicadangkan oleh ADUN Tangkak bahawa menaik taraf kepada Hospital Tangkak yang sedia ada ini supaya ia dapat menambahkan kapasiti perkhidmatan hospital untuk kedua-dua daerah ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Bentayan juga ingin membangkitkan semula isu berkenaan banjir kilat yang masih lagi tidak selesai di beberapa kawasan di bawah pemantauan DUN Bentayan yang telah dikenal pasti iaitu di kawasan Jalan Datuk Haji Hassan, Taman Bakariah, jalan di Jalan Bakariah, Taman Ria di Jalan Salleh, Lorong Batik di Jalan Salleh, Lorong Samad di Jalan Lama dan beberapa lagi di kawasan lain yang telah dikenal pasti. Isu banjir kilat ini masih lagi berlaku walau pun keadaan saliran parit atau longkang. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat tinggal 2 minit. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Di beberapa kawasan yang telah dinyatakan telah pun di naik taraf oleh pihak yang berkenaan. Aduan demi aduan berkenaan banjir kilat ini masih sering kami terima saban hari. Yang Berhormat Puan Speaker, Bentayan menyeru agar pihak kerajaan memandang serius perkara ini seterusnya mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi menyelesaikan isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan-kawasan seperti yang telah dinyatakan tadi. Cadangan menaik taraf sistem saliran air, longkang, parit ini juga bukan sahaja perlu dilakukan dengan menaik taraf longkang atau parit yang berada di bawah pantauan PBT malah sistem saliran air di bawah pantau jabatan-jabatan lain juga perlu diambil kira dan dilakukan. Di sebab itu, Bentayan memohon agar pihak kerajaan dapat menyelesaikan permasalah ini secara total agar pembaziran serta konsep buat kerja dua kali ini dapat diletakkan, dielakkan seterusnya dapat menyelesaikan isu berkenaan banjir kilat tersebut. Yang Berhormat.. YB Timbalan Speaker : Sila gulung..

Page 256: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 256

YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Puan Speaker, akhir kata dari Bentayan berharap agar kerajaan Pakatan Harapan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cemerlang melalui tadbir urus yang baik serta telus kerana ianya mampu meningkatkan kecekapan pentadbiran seterusnya membawa kebaikan kepada semua pihak. Bentayan juga berharap agar kesemua inisiatif yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Persidangan Belanjawan 2019 bagi negeri Johor ini dapat dilaksana dengan baik dan berhemah sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, YB Timbalan Speaker : Masa sudah tamat. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Bentayan menyokong Belanjawan 2019. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Johor Lama.

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker, Johor Lama dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan sempena sidang Pembentangan Belanjawan Johor 2019 di Dewan yang mulia ini. Turut mewakili seluruh rakyat DUN Johor Lama mengambil kesempatan di sini bagi melafazkan rasa junjung kasih serta merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas limpah kurnia serta rahmat Allah SWT kepada baginda terus dilanjutkan usia dan selamat meraikan ulang tahun kelahiran baginda baru-baru ini. Mewakili seluruh rakyat bangsa Johor dari DUN Johor Lama, khususnya penduduk FELDA Air Tawar 3, Kota Tinggi, turut juga mengambil peluang ini untuk menyampaikan salam Ta’zim dan terima kasih di atas perkenan Tuanku Sultan mencemar duli berangkat singgah menemui rakyat jelata di program Kembara Mahkota ke-21 pada 26 November yang lalu. Tidak lupa juga Johor Lama mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Osman Sapian di atas pengurniaan darjah kebesaran Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Paduka Mahkota Johor sempena Hari Ulang Tahun Baginda pada 22 November yang lalu. Tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat kerana dapat menyediakan satu pelan pembangunan mampan Johor 2019-2030 ke arah Johor sebagai negeri berprestasi tinggi, Bangsa Johor Bestari yang akan diterjemahkan melalui Belanjawan Johor 2019 di samping buat pertama kalinya pembentangan ini di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Speaker, saya akan membentangkan ucapan saya kepada 2 fasa. Yang pertama, menyokong belanjawan untuk keselesaan rakyat, yang kedua, saya nak menyentuh sikit tentang pembangkang. Dalam memperjuangkan nasib dan perkhidmatan yang cemerlang, demi semua rakyat bangsa Johor khasnya di N37, DUN Johor Lama, Johor Lama berharap belanjawan kali ini akan membawa manfaat kepada mereka walaupun tiada projek-projek besar dan khas tersenarai dalam DUN ini. Namun, Johor Lama yakin dalam 8 teras utama Belanjawan Johor, sebagaimana yang diunjurkan itu, pastinya kerajaan negeri sedia menimbangkan beberapa isu dan masalah kami yang sememangnya datang dari suara rakyat di kawasan Johor Lama. Sesuai dengan falsafah kerajaan negeri yang sentiasa mengambil kira setiap maklum balas dari rakyat untuk rakyat dan demi rakyat.

Yang Berhormat Speaker, untuk merealisasikan program kerajaan agar senada dan sedalam menyelami hati nurani serta kebajikan rakyat kawasan ini, Johor Lama mohon kerajaan menimbangkan pembinaan jalan berturap dari FELDA Air Tawar 2 ke Kampung Johor Lama di mana kos berjumlah RM35 juta yang telah diluluskan pada masa dahulu tapi tak berjalan-jalan sehingga pada hari ini. Dan harap pembinaannya diteruskan semula. Apabila prasarana dan jalan perhubungan menjadi lebih kondusif pastinya limpahan dan penjanaan ekonomi dan sosial bertambah rancak serta menjadikan hasrat kerajaan memajukan bangsa Johor khususnya masyarakat di luar bandar mudah terlaksana. Begitu juga dengan mendapat jolokan jalan maut dengan izin Yang Berhormat Speaker, jalan dari Simpang Makam Kampung Makam hingga persimpangan ke Bandar Penawar, Sungai Rengit adalah kurang selamat. Banyak kerosakan serta sempit kepada para pengguna jalan raya di situ. Boleh dikatakan pada saban bulan ada sahaja kemalangan berlaku sama ada kemalangan kecil ataupun maut. Manakala statistik kemalangan jalan raya yang diperolehi dari bahagian trafik IPD Kota Tinggi, dari Januari hingga November 2018, mencatatkan 450 kes kemalangan dan 18 daripadanya adalah kemalangan maut di sepanjang laluan dari Kota Tinggi ke Desaru tersebut. Manakala laluan by pass pula berlaku 500 kes dengan turut

Page 257: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 257

meragut 18 nyawa. Statistik berkenaan menggambarkan betapa seriusnya situasi jalan berkenaan dan kita perlu memberi perhatian agar kemalangan boleh dikurangkan.

Johor Lama berpendapat walaupun peruntukan telah diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya untuk baik pulih jalan berkenaan, namun ianya tidak seimbang dengan pembangunan besar-besaran di kawasan Pengerang berbanding Kota Tinggi. Jalan raya perhubungan demi menjana kemajuan Pengerang masih perlu melalui jalan ini. Walaupun tersedia lebuh raya Senai-Desaru, lori yang sarat muatan ditambah dengan urusan pengangkutan pengeluaran hasil sawit di kawasan FELDA sedia ada menjadikan seolah-olah jalan ini sebagai medan tempur menggadai maut. Sehubungan itu amat wajar jika jalan dari Simpang Kampung Makam hingga ke Bandar Penawar ini di tingkatkan dan di lebarkan sejajar dengan aliran trafik masa kini.

Seperkara lagi berkaitan kemudahan jalan raya di Johor Lama, amat prihatin tentang masalah penggunaan di laluan Johor ke Pusat Bandar Kota Tinggi dan by pass Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing. Kini apabila cuti umum dan perayaan, aliran trafik di situ menjadi sesak malah kerap terjadi kemalangan yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, cadangan menaik taraf dari satu lorong sedia ada kepada empat lorong yang akan diluluskan amat dialu-alukan demi mewujudkan satu aliran pemanduan yang selamat dan selesa malah nanti turut berupaya menggamit orang luar terus berkunjung ke Pusat Bandar Kota Tinggi Bersejarah.

Yang Berhormat Speaker, Johor Lama memang merasai rintihan penduduk dengan melalui semua perhubungan jalan raya bagi menemui mereka setiap hari. Oleh itu, berdasarkan pengalaman sendiri, jalan-jalan yang telah diutarakan tadi turut sama perlu diberi perhatian. Permukaan jalan yang berlubang sempit dan boleh mendatangkan musibah kepada pengguna meliputi jalan-jalan Simpang Makam ke Mawai dan Simpang Waha ke Simpang Lok Heng. Jawapan soalan lisan Johor Lama berhubung jalan-jalan berkaitan di jawab oleh Yang Berhormat EXCO Kerja Raya, Johor Lama mengucapkan terima kasih namun sesungguhnya dengan rasa kasih sayang kepada penduduk di laluan jalan 99 terbabit Johor Lama mohon masalah tersebut terus diberi perhatian serta tindakan proaktif daripada pihak kerajaan.

Yang Berhormat Speaker, kita menyedari betapa pentingnya air dalam kehidupan. Oleh itu, demi keperluan isi rumah seramai hampir 12,000 orang di Gugusan Lok Heng dan Waha Johor Lama mohon inisiatif dan perhatian utama daripada kerajaan negeri untuk mempercepatkan pembinaan empangan bagi keperluan tadahan air yang mencukupi. Malah turut sebagai langkah mengimbangi penambahan pengguna air bersih akibat peningkatan isi rumah di kawasan berkenaan. Dalam menikmati rahmat Ilahi, apabila hujan menyirami bumi, tidak begitu kepada penduduk di Gugusan Lok Heng dan Waha. Mendung berarak yang diharap membawa hujan, bagai dialih angin turunnya ke tempat lain. Akibatnya loji tadahan air SAJ Lok Heng kontang ketiadaan air untuk di proses. Walaupun ketika ini usaha-usaha dari SAJ, BAKAJ dan JPS terus relatif bagi mengatasi isu bekalan air bersih kepada penduduk di situ termasuk hantaran bekalan air melalui lori tangki SAJ dan pembinaan 3 telaga tiub bernilai lebih RM300,000.00 yang baru siap, semua itu hanya bersifat sementara dan berupaya mengatasinya dalam jangka waktu pendek sahaja. Ianya belum menjamin bekalan yang mencukupi dan masih perlukan usaha jangka panjang. Iaitu dengan kerajaan menyegerakan pembinaan empangan di loji air Lok Heng tersebut.

Yang Berhormat Speaker, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, bagai sudah jatuh di timpa tangga pula. Selain isu air tadi, penduduk Gugusan Lok Heng dan Waha terus dihambat pula dengan isu tapak pembuangan sampah di kawasan mereka. Tapak pelupusan sampah KEJORA seluas 180 ekar dengan menelan belanja berjuta-juta ringgit yang di cadang beroperasi, amat berhampiran dengan kediaman mereka. Hanya hampir jarak 2 kilometer dari kawasan perumahan penduduk. Sampah sarap dan sisa buangan seluruh Kota Tinggi, Pengerang dan Bandar Tenggara yang terkandung bahan-bahan toksik dan kimia selain nanti meningkatkan habitat seperti tikus, lalat dan lainnya telah dicadangkan dilupuskan di situ. Oleh itu, Johor Lama mewakili seluruh penduduk terbabit mohon timbang tara serta budi bicara kerajaan Johor yang prihatin dengan suara rakyat dari rakyat kepada rakyat maka cadangan tapak pelupusan sampah berkenaan perlulah dibatalkan. Bantahan ini bukan bermakna kami menolak pembangunan, tetapi diharap penyelesaian isu sampah oleh pihak KEJORA perlu mengambil kira faktor sekeliling dalam melestarikan kehidupan masyarakat yang ceria, harmoni dan persekitaran hijau yang bebas dari unsur pencemaran, bau, kimia dan sebagainya. Sekali lagi Johor Lama melalui Dewan yang mulia ini mohon bantahan penduduk itu diambil perhatian oleh pihak yang terbabit.

Yang Berhormat Speaker, memang tidak semua hasrat dan kehendak rakyat dapat dipenuhi seperti mitos gosokan lampu ajaib Aladdin. Namun, pertimbangan dan memperjuangkan permohonan rakyat

Page 258: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 258

masih tergenggam di tangan dan terpikul di bahu para Wakil Rakyat. Oleh yang demikian, pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang semakin terkesan di hati rakyat tentunya masih ada ruang untuk memberi kelulusan dan pengurniaan tanah bagi tapak rumah generasi kedua FELDA dan begitu juga di kampung-kampung tradisional yang mana wujudnya tanah-tanah rizab kosong dan telah dipohon oleh mereka berbelas malah puluhan tahun dahulu. Sudah menjadi budaya setiap pasangan mahu rumah kediaman sendiri. Malah mereka sedaya mungkin ingin berdekatan dengan rumah ibu bapa dan sanak saudara masing-masing. Sehubungan dengan itu, Johor Lama ingin memohon pertimbangan kerajaan negeri serta FELDA, agar segera mengurniakan agihan tapak kediaman yang dipohon oleh 45 pemohon asal dari Kampung Sungai Sembilang, 41 pemohon generasi kedua FELDA Pasak di tapak bekas rumah FELDA Pasak dan sebilangan besar generasi kedua di Gugusan FELDA Lok Heng. Begitu juga selanjutnya agar proses penyerahan hak milik tanah kepada para peneroka yang masih belum disempurnakan di Gugusan Lok Heng dapat diselesaikan dengan segera.

Yang Berhormat Puan Speaker, pada awalnya saya tidak berhajat untuk menyentuh mana-mana pihak di dalam Dewan yang mulia ini. Tetapi oleh kerana Yang Berhormat Benut telah menyentuh peribadi, keberadaan saya di dalam Dewan ini, saya terpaksa bercakap sikit. Pertamanya Yang Berhormat Speaker, Johor Lama nak mengucapkan tahniah kepada Pengurus Besar FELDA yang telah mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai penjawat awam dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada seorang pengurus yang gagal kerana mengadakan satu program politik di bawah jagaan beliau. Sebenarnya perkara ini tidak perlu berlaku Yang Berhormat Speaker, kerana Ketua Bahagian tersebut telah berjumpa dengan pengurus dan berjanji tidak akan buat di tempat tersebut di dewan JKKR. Tetapi kenapa mereka berbohong? Selepas mereka kata dia tak buat, tapi tiba-tiba dia buat di dewan yang mempunyai standard sebagai kapasiti bangunan premis kerajaan. Perkara ini bukan baru ini berlaku, Yang Berhormat Speaker. Benda ini, peraturan ini dah berlaku begitu lama. Saya juga dulu sebagai pentadbir kerajaan saya berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah sebagai pegawai kerajaan. Saya juga memastikan tidak ada program-program politik di bangunan-bangunan sekolah. Benda ini dah berlaku dan pegawai kerajaan yang hari ini jalankan tugas bukan kerana dia didesakkan oleh mana-mana pihak untuk menghalang, tidak tetapi dia menjalankan tanggung jawab dia tak ada orang yang mendesak dia. Kalau kita baca whatsapp Yang Berhormat Benut baca, tak ada perkataan yang dia didesak oleh mana-mana pihak. Tapi, Yang Berhormat Speaker, kita kesian kepada penjawat awam ini kerana tipu helah mereka ni, telah menjejaskan periuk nasi seorang penjawat awam, Yang Berhormat Speaker. Saya minta Yang Berhormat Benut bertanggung jawab ke atas pegawai kerajaan ini.

Yang Berhormat Speaker, sepatutnya Yang Berhormat Benut tak perlu nak masuk Johor Lama khasnya kawasan saya di FELDA Lok Heng Barat. Betul kata Yang Berhormat Sedili, masa jadi EXCO dulu, tak pernah pun masuk kawasan FELDA. Tapi kali ini tiba-tiba berminat sangat untuk masuk kawasan FELDA. Kenapa pula ni, Yang Berhormat Puan Speaker? Baiklah, saya ingatkan Yang Berhormat DUN Benut ni. Jaga aje sendiri kawasan Pontian dengan mana, Benut, sebab kalau kita kacau tempat orang Yang Berhormat Speaker, takut kawasan tu kekal lagi dengan Ahli Parlimen yang ada ni, Ahmad Maslan dia kekal lagi kat situ sebab Yang Berhormat Ahmad Maslan ni dia jaga kawasan lebih baik, saya dapat laporan, Yang Berhormat Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Benut, Johor Lama tak pernah tinggalkan perjuangan, tak pernah buka topeng, tak pernah nak menipu sesiapa, pengundi saya dah faham apa yang saya buat, sebab apa Yang Berhormat Benut jumpa hari tu di Lok Heng dia bukan jumpa pengundi, dia hanya jumpa Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Bahagian UMNO memang tak suka saya. Jadi, dia ceritalah macam-macam tentang saya. Tapi kalau Yang Berhormat Benut buka facebook saya, Yang Berhormat Benut boleh tengok apa yang saya buat selama 6 bulan. Saya tak pernah tinggalkan pengundi saya, saban hari, saban masa saya sentiasa bersama dengan mereka. Saya rasa prestasi saya lebih baik daripada Wakil Rakyat yang lama di kawasan tersebut khasnya Wakil Rakyat Johor Lama. YB Timbalan Speaker : Sila gulung. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Sebagai Wakil Rakyat, saya minta Yang Berhormat Benut dengar sikit apa ni, fakta yang saya nak sebut. Jumlah pengundi Johor Lama 25,221, jumlah pengundi Johor Lama. Jumlah ahli UMNO hanya 8,289. Bermakna terdapat 16,932 pengundi yang tak berparti kepada UMNO, 16,000 lebih dan saya mendapat undi 12,532. Bermakna yang undi saya bukan semuanya daripada pengundi UMNO. Ramai lagi rakan-rakan saya, saudara mara saya, kawan sekolah saya sebab saya tinggal di situ, saya berkahwin di Kota Tinggi. Tempat rumah saya di

Page 259: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 259

dalam kawasan DUN Johor Lama, saya tak risau. Sebab itu pengundi ini tuan-tuan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, merupakan rakan baik saya, sahabat saya daripada pelbagai parti ada yang kawan saya dari Parti DAP, kawan satu sekolah, kawan sekolah saya, ada yang anak murid saya daripada PKR. Jadi, tak mustahil kalau Yang Berhormat Benut baca di sini mustahil pengundi di Kota Tinggi rasa kecewa dengan saya. Sebab saya dah buat tinjauan dan kajian merekalah yang minta saya supaya meneruskan pembelaan kepada rakyat, kerana dah selama ini mereka duduk dalam kerajaan dan mereka selesa. Jadi, mereka bila berada dalam keadaan pembangkang Yang Berhormat Speaker, mereka tidak boleh terima keadaan ini. Jadi sebab itu saya bertiga, Yang Berhormat Speaker terpaksa buat apa yang saya patut buat. Sikit lagi Yang Berhormat Speaker. Saya nak cakap pasal pembangkang ni tadi, Yang Berhormat Speaker, pembangkang kata tadi Yang Berhormat Speaker, nak jadi seorang pembangkang yang baik, yang hebat, yang profesional dan sebagainya, Yang Berhormat Speaker, tapi hari ni tuan-tuan Yang Berhormat tengoklah berapa orang yang tinggal dalam Dewan pada hari ini Yang Berhormat Speaker, saya kira… YB Timbalan Speaker : Jangan tunjuk. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Tak tunjuk, ok . Saya tak tunjuk, saya pakai mulut aje, 1, 2, 3, 4 ada lebih 13 orang yang tak ada dalam Dewan ini, Yang Berhormat Speaker, macam mana dia nak membahaskan, nak dengar perkara yang baik untuk rakyat. Kalau cakap tak serupa bikin patutnya Wakil Rakyat Pembangkang, Wakil Rakyat Kerajaan ni boleh rehat-rehat kat luar, duduk minum air patutnya, kita pula yang fikir berat masalah rakyat tapi di kalangan pembangkang yang bercakap semalam dengan begitu bermadah, beraura, bersajak, menunjukkan kehebatan tapi kosong isinya, asyik-asyik ulang 3R, 3R, 3R,3R,Yang Berhormat Speaker… YB Timbalan Speaker : Jadi, boleh tamatkanlah. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Yang Berhormat, apa Yang Berhormat tahu tentang 3R ni. R yang pertama Razman, R yang kedua Rosleli, R yang ketiga Rawiyah. 3R Yang Berhormat pusing-pusing cerita itu aje tiada isi. Patut nak jadi pembangkang yang baik, kita bercakap tapi kita cadangkan macam Wakil Rakyat Yang Berhormat. YB Timbalan Speaker : Sudah lupa tak apalah, sila boleh tamatkan. Yang Berhormat boleh duduk, sila duduk. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Dia, mencadangkan dia cadangkan itu bagus macam Machap, Tanjung Surat dia mencadangkan itu perkara yang bagus itulah jadi pembangkang. Tapi kalau hanya nak membangkang, menghentam kerajaan tapi langsung tak keluarkan idea, saya rasa tak perlulah kita nak berhujah macam-macam. Jadi, akhir kata Yang Berhormat Speaker... YB Timbalan Speaker : Masa dah tamat, tiada masa lagi Yang Berhormat. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Untuk FELDA. YB Timbalan Speaker : Dah, dah cukup, cukup. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Saya anak peneroka FELDA kenapa isu FELDA ni, kita nak salahkan kerajaan pada hari ini, ke mana duit yang RM8 bilion pergi Yang Berhormat Speaker. Bapa saya, mak saya menangis kat rumah sebagai peneroka ni, kenapa nasib dia tak dibela kenapa Pengerusi FELDA yang lepas yang dah diheret ke SPRM dilepaskan, tak diteruskan tuduhan. Saya mengharapkan Dewan pada hari ini tolonglah sampaikan kepada pihak SPRM kalau ada pihak-pihak yang mencuri, merompak duit FELDA, duit bapak saya ni pulangkanlah balik. Kesian mereka kat FELDA ni tuan-tuan, Yang Berhormat hari ni baru sibuk nak cakap soal memperjuangkan nasib peneroka FELDA tak payah Yang Berhormat Puan Speaker. YB Timbalan Speaker : Ya. Sila duduk Yang Berhormat. Masa sudah tak ada. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Akhir kata, sehebat mana pun kita kejar sesuatu kalau dia bukan takdir kita tetap tak akan jadi milik kita. Sekuat mana pula kita lari dari sesuatu, kalau dah memang takdir kita, ia tetap datang kepada kita. Yang Berhormat last sekali, last, satu aje. Saya nak tunjuk ni Puan Speaker. YB Timbalan Speaker : Sila duduk, sila duduk, masa sudah tamat.

Page 260: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 260

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Satu aje, satu minit saja. Ini Puan Speaker, kalau nak kata Ketua Pembangkang tadi kata saya ni nak melompat parti, sebenarnya Ketua Pembangkang ni Yang Berhormat dia dah merancang lama dah ni tulisan tangan dia, Yang Berhormat Puan Speaker, ni tulisan tangan dia ni kat buku saya ni, dia ada campur-campur ni parti, UMNO campur Bebas 3.. YB Timbalan Speaker : Jangan sentuh hal peribadi, jadi Yang Berhormat boleh tamat. Sila duduk. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Ok, Yang Berhormat, saya ingin menyokong ucapan dasar yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Permas, jemput. YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh (Permas) : Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Johor Lama. Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam harapan. Yang Berhormat Puan Speaker, alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Bersyukur Permas ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Permas berada di sini. Dalam kesempatan ini, sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertua Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang ke-60 tahun, patik mewakili rakyat DUN Permas merafak sembah dan menjunjung kasih dan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sihat sejahtera untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat Johor Darul Ta’zim. Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Negeri Johor 2019, adalah belanjawan bukan sahaja melakar sejarah sebagai Belanjawan Pakatan Harapan Johor bahkan pembentangan ia juga mencatat sejarah sebagai belanjawan paling lama dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Akan tetapi Yang Berhormat Puan Speaker, Permas memberi keyakinan penuh kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Permas yakin belanjawan kali pertama Pakatan Harapan Johor akan membawa satu perubahan yang tepat disasarkan kepada rintihan rakyat yang ingin menikmati kehidupan yang selesa dan sejahtera. Menerajui perubahan dan menggalas harapan bangsa Johor Bestari adalah fokus belanjawan kali ini. Dengan tepat kepada isu dan permasalahan rakyat satu jalan kerja yang akan menjadi rantaian, penyelesaian kepada banyak isu-isu yang menjadi asas kepada kesejahteraan kehidupan Bangsa Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, Permas dari lubuk hati ini sangatlah berterima kasih dengan kepimpinan kerajaan negeri dan pusat. Permas bersyukur kepada Allah SWT kerana impian Pasir Gudang untuk mempunyai sebuah hospital akan direalisasikan tidak lama lagi melalui belanjawan kali ini seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam mukadimah ucapan. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam Belanjawan Johor 2019, menjamin kesejahteraan rakyat menjadi teras pertama sebagai pemacu rangka strategi pembangunan belanjawan kali ini. Permas yakin dengan memberikan fokus yang lebih kepada isu rumah, perumahan ini akan mendorongkan lebih banyak lagi pembinaan rumah mampu biaya kepada masa yang mendatang ini. Sudah tiba masanya Johor memberikan ruang kepada pembinaan rumah yang mampu untuk diberikan rakyat memiliki bukan hanya melihat keindahan, kecantikan serta kecanggihan rumah-rumah yang berstatus elit. Tetapi tidak mampu untuk rakyat miliki. Pemaju-pemaju di Johor seharusnya bersama dengan kerajaan negeri Johor untuk membantu rakyat memiliki rumah dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Yang Berhormat Puan Speaker, apabila satu-satu penempatan yang baru dibina satu komuniti baru bukan sahaja melibatkan rakyat semata-mata. Satu penempatan memerlukan perancangan yang baik untuk menjadikan satu pembangunan penempatan itu dilabel sebagai penempatan yang lestari. Kota Masai merupakan antara penempatan atau taman yang besar di Pasir Gudang. Kota Masai mempunyai kepadatan penduduk dianggarkan 100,000 orang.

Page 261: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 261

Yang Berhormat Puan Speaker, bayangkanlah 1,000 orang dalam satu penempatan ini tidak termasuk yang tidak berdaftar, 1,000 orang ini diberikan kepada hanya lebih kurang 30 anggota polis yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan mereka. Bayangkan ini bermakna seorang anggota polis dinisbahkan kepada seribu orang awam, bukanlah betapa sukarnya tugas seseorang anggota polis di kawasan Kota Masai, Pasir Gudang. Lebih mudah jika Permas mengatakan di Kota Masai sahaja anggota polis tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Sudah tentu dengan kekurangan anggota polis ini akan memberikan kesan kadar jenayah, kadar gejala dadah dan sosial serta lain-lain lagi. Masalah kriminil penduduk sudah tentu dibelenggu dengan isu keselamatan. Dengan ini keamanan di mana penduduk akan beranggapan bahawa pihak polis tidak membantu mereka berhadapan dengan keadaan yang mengancam keselamatan harta benda serta nyawa mereka. Oleh kerana ini, Yang Berhormat Puan Speaker, isu keselamatan tidak boleh kita bergantung kepada anggota polis keselamatan semata-mata. Pendekatan Permas sangat mudah, sementara menunggu anggota keselamatan ditambah atau mencukupi untuk menjaga keamanan dan menjaga keselamatan, Permas harus memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang boleh menjadi nilai tambah untuk membantu meningkatkan keselamatan dan keamanan. Lampu isyarat adalah pengganti kepada anggota keselamatan. Simpang Taman Scientex ke Cahaya Baru, sudah berkali-kali saya bawa ke hadapan untuk dipasangkan satu lampu isyarat tetapi masih sampai sekarang tidak suatu simpang di jalan ini sudah berlaku kadar kemalangan yang tinggi. Lebih-lebih lagi kemalangan yang melibatkan maut. Core utama perlu diberikan untuk mengurangkan bahayanya kerana ini bagi Permas, apa sahaja perkara yang boleh memberikan impak atau kesan positif terhadap keselamatan perjalanan kehidupan seharian penduduk dan masyarakat setempat itu perlu ditangani. Rakyat mahu kita berikan kepada mereka rumah percuma. Mereka tahu bukan semua akan dapat dibantu. Rakyat mahu kita disedekahkan makanan atau minuman kepada mereka, kepada mereka semua. Mereka tahu lebih baik disalurkan kepada yang amat memerlukan. Rakyat bijak dan rakyat yang memilih. Rakyat sebenar-benarnya hanya inginkan keselesaan dan kesejahteraan dalam kehidupan. Keselamatan dan keselesaan rakyat pergi dan pulang ke tempat kerja atau operasi perniagaan mereka sebenarnya antara perkara idaman. Tiada kesesakan lalu lintas, jaminan keselamatan jalan raya adalah kemudahan yang menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti pekerjaan mahupun perniagaan mereka. Perkara seperti inilah yang memudahkan rakyat untuk berjaya dalam kerjaya atau perniagaan. Sudah tentu jika kejayaan mampu dikecapi, tidak ada isu tentang bebanan-bebanan yang terhasil daripada masalah-masalah terkumpul dari keluar rumah ke tempat kerja dan pulang kembali. Sebuah hospital telah dicadangkan untuk dibina di Pasir Gudang, bukan kerana Pasir Gudang bernasib baik. Ini adalah berdasarkan data, berdasarkan kepadatan, berdasarkan kepada keperluan, fakta-fakta-ini tidak boleh menafikan Pasir Gudang untuk sebuah hospital. Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Gudang merupakan sebuah taman dalam industri akan tetapi Pasir Gudang harus mempunyai daya saing untuk berada di setaraf dengan kawasan industri yang lain. Permas ingin satu anjakan daripada desakan perubahan cukup jika kita bandingkan dengan Pelabuhan Johor, Pasir Gudang dengan pelabuhan jiran kita sebelahan Selat Tebrau. Itu sistem pelabuhan atau perkapalan kita jauh lebih ketinggalan. YB Timbalan Speaker : Sila duduk. Yang Berhormat. (Persidangan berhenti sebentar memberi laluan laungan azan) YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh (Permas) : Yang Berhormat Puan Speaker, Permas memohon agar satu bentuk pemindahan teknologi untuk membantu industri Pelabuhan Johor untuk berada di landasan yang betul untuk berdaya saing. Permas sangat mengalu-alukan penggunaan teknologi-teknologi baru yang boleh menjadi manfaat jangka masa panjang untuk membina, untuk dibina di Pasir Gudang. Tidak rugi untuk kita membangunkan suatu teknologi baru untuk disesuaikan dengan keadaan setempat, kerana jika ada manfaat ia boleh dijadikan contoh untuk seluruh negeri Johor. Antara pusat perhubungan, antaranya, pusat pembuangan sampah bersistematik yang mana setelah sampah diproses, ia boleh berhasil, ia boleh menghasilkan produk yang mempunyai nilai contohnya pembakaran terkawal pusat. Ini dapat menjana elektrik dan sisa-sisa pepejal yang setelah dineutralkan boleh dibentuk seperti batu-batu, batu bata untuk pembinaan longkang dan tambak sebagai contoh. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Puan Speaker, Permas masih mempunyai isu rakyat yang tidak selesai, yang tidak disempurnakan oleh kerajaan sebelum ini. Sebagai contoh, pertama, isu yang masih tidak mempunyai penghujungnya adalah status projek perumahan rakyat di Taman

Page 262: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 262

Cendana, Pasir Gudang. Surat telah dikeluarkan kepada penduduk untuk tawaran sewa beli projek Perumahan Rakyat Taman Cendana, Pasir Gudang akan tetapi tawaran ini tergantung tidak bertali. Penduduk yang dipasangkan impian untuk memiliki sebuah rumah dibiarkan tanpa sebarang maklumat mahupun laporan status terkini. Adakah mereka akan terus menerus menyewa atau sebaliknya. Adakah setelah perjanjian selesai mereka terpaksa keluar?. Permas sebagai suara kepada penduduk sangat mengambil berat memohon agar pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini sudi untuk tampil memberikan keterangan dan nasihat kepada penduduk-penduduk Taman Cendana ini. Rata-ratanya adalah golongan yang tidak berkemampuan. Jika di Pasir Gudang, pasti orang tahu tentang tahap kemiskinan yang dihadapi komuniti di situ. Lawatan demi lawatan saya jalankan di Taman Cendana menemui golongan asnaf. Setiap kali lawatan, disenaraikan golongan ini terus akan bertambah. Setiap kali lawatan pasti dalam hati saya ini akan mengalir air mata melihat keperitan hidup yang dihadapi. Alhamdulillah, kita mempunyai ramai sukarelawan yang berhati mulia menjalankan kerja-kerja amal di Taman Cendana. Akan tetapi Yang Berhormat Puan Speaker, sokongan daripada kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri adalah amat kami perlukan. Yang Amat Berhormat Puan Speaker, dengan ini Permas memberikan sokongan sepenuhnya terhadap Belanjawan Tahun 2019. Permas mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 6 Disember 2018 jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Page 263: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 263

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

HARI KEENAM KHAMIS, 6 DISEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14

HADIR

YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat

YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar

Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan

Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan

Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian

Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal (Bukit Kepong)

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan

Ekonomi Kreatif Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

Page 264: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 264

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS.,SPDK.,PNBS., SMJ., PIS.,BSI., SAHM.

(Gambir)

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN. (Simpang Jeram)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How

(Perling)

YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad

(Larkin)

YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi,PIS II., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Dato' Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP. (Permas)

YB Puan Nor Hayati binti Bachok

(Maharani)

YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang)

Page 265: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 265

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib

(Endau)

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, GPDK., PIS., PSI., AMN., KMN. (Benut)

YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI. (Kahang)

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.

(Sri Medan)

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS. (Rengit)

YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN.

(Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS. (Tanjung Surat)

YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP.

(Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja)

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

Page 266: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 266

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI.

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., PIS., PSI.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Datuk Md. Othman bin Yusof, DMSM., DSM. (Kukup)

YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti)

Page 267: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 267

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Alhamdulillah kita telah sampai ke peringkat ini, semalam kita terpaksa habis awal di peringkat tengah hari. Kita dah sambung sebelah petang sebab ada masalah teknikal, mikrofon sebab mikrofonnya rosak, Speaker ok (Dewan ketawa). Mikrofon aje, Speaker ok... kalau tak ok, tak ada hari ini eh (ketawa).. Ok, seterusnya. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat Perling. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 1. Apakah rancangan kerajaan dalam mempromosi dan memperbudayakan sains dan teknologi Johor? YB Speaker : Jemput Yang Berhormat EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih di atas Yang Berhormat Perling. Selalunya orang akan memberi fokus kepada KT (Kerajaan Tempatan). Kalau bukan soalan daripada Perling ini, orang sudah lupa EXCO ini ada bertanggungjawab untuk ST (Sains dan Teknologi). Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai program pembudayaan sains dan teknologi. Antaranya Festival Sains dan Teknologi, program pertandingan pameran dan aktiviti dalam bidang sains teknologi, kejuruteraan dan matematik atau singkatnya STEM, melibatkan pelajar sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan. Minggu Sains Teknologi dan Inovasi (MISTI) dan Inovasi Digital Johor, program pameran dan aktiviti dwi-tahunan dengan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan kesedaran terhadap sains dan teknologi dan inovasi di kalangan masyarakat. Kem Eksplorasi STEMJ, latihan kepada lebih 1,000 guru-guru sains dan matematik di seluruh negeri, menggunakan modul komuniti pintar sains yang dibangunkan oleh Universiti Kebangsaan Malaya, minta maaf Universiti Kebangsaan Malaysia. Modul mengandungi aktiviti amali yang mendidik pelajar mengaplikasikan STEM dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan global berkaitan isu tenaga, pengangkutan, infrastruktur bandar dan komunikasi tanpa wayar. Seterusnya Minggu Sains Peringkat Negeri Johor dan akhirnya pelbagai inisiatif kementerian yang dianjurkan sempena World Science Day dengan izin, dengan kerjasama kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan sains yang menarik dan interaktif. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk 5 tahun yang lalu, kerajaan negeri tiada seorang EXCO tertentu untuk menjaga portfolio sains dan teknologi. Oleh itu, walaupun telah merancang beberapa projek ataupun di sana sini ada program-program berkenaan dengan STEM ataupun sains dan teknologi, tiada satu agensi khusus untuk memantau prestasinya dan merancang program STEM secara terperinci. Menyedari kekurangan itu, kerajaan negeri telah mengambil langkah bagi memperkasakan pembudayaan sains teknologi dan inovasi (STI). Kerajaan bakal negeri, kerajaan negeri bakal menubuhkan Majlis Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Johor yang merupakan satu pusat sehenti bagi pembudayaan sains teknologi dan inovasi dan pendigitalan di Negeri Johor melalui penglibatan kerajaan, institusi pendidikan, industri usahawan dan komuniti. YB Speaker : Jemput Perling soalan tambahan.

Page 268: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 268

YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Ok terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dan saya ucapkan tahniah atas penubuhan Majlis Sains Teknologi dan Inovasi Negeri dan Negeri Johor ini. Tapi saya ingin tahu apakah fungsi, boleh tak buat penjelasan terhadap fungsi Majlis Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Johor ini bersama dengan rancangan-rancangan yang akan dibuat oleh Majlis ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Perling. Dah agak dah. Dan ianya telah memberikan satu peluang untuk kita mendalami isu ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Majlis Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Johor antara lainnya akan menasihati kerajaan negeri dalam keutamaan, hala tuju dan dasar berkaitan dengan sains teknologi dan inovasi dan digital. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif penggalakan STI dan digital di Johor. Melantik kumpulan kerja pakar mengikut keperluan bagi memacu pembudayaan STI dan digital di Johor. Menjalin kerjasama dengan agensi dan industri di dalam dan luar negara untuk membudayakan STI dan digital di Johor. Menumpukan sumber peruntukan dan modal insan yang ada dari kerajaan dan swasta bagi membangunkan STI di Johor serta mengadakan perbincangan dengan pelbagai peringkat masyarakat, akademik, pendidik, usahawan, industri dan badan bukan kerajaan atau NGO untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai pembudayaan STI di Johor. Antara perancangan pembudayaan dan saiz dan teknologi di bawah Majlis Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Johor atau dalam singkatan yang dicadangkan JOSTIC, adalah kem dan bengkel sains teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan peruntukan sebanyak RM250,000.00 pada tahun hadapan untuk pelajar sekolah dan IPT memfokuskan kepada aktiviti amali seperti teras codding dan bidang STEM di luar kurikulum dalam darjah, bilik darjah. Kedua adalah perbincangan akan diadakan dengan pemain industri bagi melaksanakan program pembudayaan STEM di bawah tanggungjawab sosial korporat atau dengan izin CSR dan mengkaji insentif pengecualian cukai. Yang ketiga adalah cadangan untuk mewujudkan pusat mini STEM yang terbuka kepada orang awam. Antara pengisian yang dicadangkan adalah makmal elektronik dan robotik, bengkel pertukangan kreatif, pameran kelengkapan interaktif dan cafe sains. Yang keempat, selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui pelancaran Dasar Industri 4.0 yang dikenali sebagai Dasar Industri 4WRD pada 31 Oktober 2018, kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas di bawah JOSTIC, yang akan berperanan sebagai penggerak inisiatif-inisiatif digital di negeri ini. Jawatankuasa ini akan menyelaras bentuk kerjasama antara kerajaan negeri yang diterajui oleh Bahagian Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor bersama Digital Johor Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dalam menyediakan Pelan Transformasi Digital Negeri Johor. Yang kelima adalah mengadakan program Science Fair pada tahun 2020 dan cadangan jangka panjang untuk membangunkan Pusat Sains Negeri. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Tangkak jemput. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan dan juga Majlis Sains dan Teknologi yang akan diwujudkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Tangkak adalah tadi dari jawapan Yang Berhormat EXCO adalah lebih kepada sains. Dan kita sedia maklum, bawah STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematic) ini, apakah inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan terutama dalam bidang teknologi? Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO.

Page 269: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 269

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih soalan daripada Tangkak. Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang saya sebut tadi, selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pelancaran Dasar Industri 4.0 itu, Bahagian Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor bersama dengan Digital Johor akan menyediakan satu Pelan Transformasi Digital Negeri Johor. Dan kerajaan juga akan bekerjasama dengan Minic Berhad bagi mendigitalkan masyarakat di Johor dari kaedah offline kepada online. Projek ini bertujuan untuk membantu masyarakat di Negeri Johor khususnya usahawan PKS untuk memiliki alamat laman web sendiri. Antara cadangan dengan Minic Berhad adalah kita mewujudkan satu kategori yang baru dengan menggunakan dot johor dot my (.johor.my). Perkara ini masih dalam perbincangan dan pen’detail’an. Harap dapat dilancarkan pada tahun hadapan. Pada masa yang sama, kerajaan juga dalam kajian dan cadangan untuk membangunkan aplikasi e-wallet yang dimiliki Negeri Johor. Penggunaan e-wallet tersebut turut akan memastikan keseluruhan proses dan teknologi yang digunakan selari dengan garis panduan e-money, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan keselamatan data pengguna dan transaksi. Melalui aplikasi e-wallet tersebut, usaha ini turut dapat dimanfaatkan oleh PBT di Negeri Johor melalui sistem bayaran digital, bayaran cukai, saman atau fee yang berkaitan. Selain itu, pengguna dan peniaga turut akan mendapat manfaat selaras dengan hasrat dan agenda kerajaan dalam cashless society dengan izin. Seterusnya mengurangkan kadar jenayah dengan menggunakan, dengan mengurangkan pembawaan wang tunai. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Untuk makluman sidang Dewan, kita dihadiri oleh pemerhati daripada Kolej Pengajian Islam Johor seramai 35 orang di bawah kelolaan IKLAS dan juga Sekolah Media dan Komunikasi Malaysia seramai 5 orang. Selamat datang kepada semua pemerhati. Seterusnya saya jemput Layang-Layang. YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2. Apakah perancangan dan tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas lebuh raya Ayer Hitam ke Skudai? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan sidang Dewan yang mulia. Soalan berkenaan perancangan dan tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas lebuh raya Ayer Hitam ke Skudai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebahagian besar jajaran lebuh raya Utara Selatan adalah dibina oleh pihak PLUS Berhad dengan pembinaan awalan 4 lorong 2 hala. Manakala pembinaan 6 lorong 2 hala dilaksanakan terhad kepada kawasan-kawasan yang telah termaktub dalam perjanjian konsesi berdasarkan tahap level of service (LOS). Pada masa ini pihak PLUS telah melaksanakan obligasi mengikut perjanjian konsesi yang telah dipersetujui di antara kerajaan dan PLUS Berhad. Merujuk kepada isu kesesakan dibangkitkan Yang Berhormat Speaker, sebenarnya bukannya hari-hari dia jammed, dia biasanya bila berlaku sesekali perayaan. Itu pun jammed yang dimaksudkan tahap yang ketika bila ada berlaku kemalangan. Sebenarnya kalau hari perayaan, tidak berlaku kemalangan pun, tidak ada masalah jammed. Jadi, inilah perkara yang berlaku dan cara pengiraan LOS ini sebenarnya bukan ia secara direct berapa kenderaan, katalah 10 kenderaan dikira 10, dia ada faktor contohnya kalau kereta faktor dia 1, kalau 10, 10 x 1, kalau van faktor dia 2, kalau medium lori faktor 2.5, kalau heavy lorry 3, bas 3, motosikal 0.75. Jadi, dia campurkan dan akan dapat, dia panggil unit passanger car per unit. Dan di total kan tersebut dan dikira dalam masa 1 jam. Dan level yang kalau ikut perjanjian sebenarnya kita mesti dapat jumlah lebih daripada 4,030 PCU barulah pihak PLUS diwajibkan untuk melebarkan jalan tersebut. Dan, kerajaan negeri sebenarnya tidak mampu untuk menanggung pembiayaan untuk melebarkan jalan tersebut sebab kosnya kalau

Page 270: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 270

daripada Skudai ke Ayer Hitam, bilion nilai dia dan kita tidak mampu untuk fokus bajet kita ke situ. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Jemput Yang Berhormat Kahang. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 3. Apa impak positif kepada rakyat negeri Johor hasil dari pelaburan yang diterima kerana kebanyakan kekosongan jawatan tidak diisi oleh rakyat negeri Johor dan nyatakan apa yang elah dilakukan oleh kerajaan hari ini untuk menempatkan pencari kerja Johor di industri-industri bernilai tinggi ini? YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera, selamat pagi Yang Berhormat Kahang, Ahli-Ahli Dewan yang mulia di sini, tuan-tuan, puan-puan. Untuk makluman Dewan ini, Unit Swadaya Modal Insan bersama agensi-agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja, Jobs Malaysia dan agensi-agensi pekerjaan swasta membantu pencari-pencari kerja termasuk para graduan untuk mendapat pekerjaan di majikan tempatan, sektor perkilangan,syarikat antarabangsa dan lain-lain. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah: 1. Jobs Malaysia, satu jabatan yang menyediakan sistem penjodohan pekerjaan automatik

secara atas talian melalui portal Jobs Malaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai. Majikan pula boleh dapat calon yang diperlui.

2. Unit Strategik Modal Insan bersama JTK menganjur karnival kerjaya dan temu duga terbuka.

Bagi tahun 2018 ini, sebanyak 17 karnival kerjaya dan 203 temu duga terbuka di seluruh negeri Johor telah dijalankan. Melalui karnival kerjaya ini, 5,403 pencari kerja telah berjaya mendapatkan kerja melalui temu duga kerjaya pula. Seramai 1,919 orang telah berjaya ditempatkan. Bagi menambah penempatan pekerjaan, JTK akan terus mempergiatkan lagi program kerjasama dengan majikan yang memerlukan tenaga kerja dengan lebih aktif.

Tuan Speaker, kadar pengangguran di negeri Johor menunjukkan penurunan pada 3.4% pada tahun 2017 berbanding pada kadar 3.6% tahun sebelumnya. Ini menunjukkan kita ada di apa yang dipanggilkan full employment, dengan izin, tahap guna tenaga penuh. Bagi memastikan tahap guna tenaga penuh dikekalkan dan dalam mengenai isu pengangguran di kalangan belia, kerajaan negeri telah memberikan komitmen melalui beberapa inisiatif dan program yang diperkenalkan melalui bajet 2019. 1. Mempromosi program perantisan dalam industri di Johor iaitu, inisiatif yang diperkenalkan pada

tahun 2019 ini adalah bagi memastikan pekerja di negeri Johor adalah berkemahiran dan kepakaran. Pekerja diiktiraf bersandarkan piawaian, standard, pensijilan profesional atau setaraf dengan keperluan industri.

2. Programme Life Long Learning dengan izin, dalam kalangan rakyat negeri Johor. Dalam

program ini memastikan pekerja dalam industri yang mempunyai pengalaman melebihi dua tahun diiktiraf kepakaran serta pengalaman mereka bagi tujuan pembangunan kerjaya dan menggalakkan pengangguran dalam tempoh masa yang lama sekiranya diberhentikan kerja oleh majikan atas dasar operasi syarikat ditamatkan.

3. Program Johor upskilling dan reskilling. Di program ini asas kepada program ini adalah

memberikan penekanan terhadap pendidikan bertunjangkan kemahiran kepada golongan belia lepasan sekolah dan belia menganggur bagi memastikan kebolehpasaran dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lebih kompetitif.

Jadi inilah beberapa program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor, selain daripada itu, IRDA pun ada beberapa grant untuk membantu pemuda-pemudi. 1. Iskandar Malaysia Employment Grant iaitu insentif kepada majikan bagi menggalakkan

pengambilan tenaga kerja baharu daripada pelbagai golongan serta memberikan latihan kemahiran sewajarnya.

Page 271: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 271

2. Iskandar Malaysia Profesional Certification. Kolaberasi bersama kolej profesional swasta bagi melahirkan lebih ramai Accountant Profesional tempatan.

3. German Dual Vocational Trainning. Kolaberasi bersama Malaysia German Chamber Of

Commerce dan Industries bagi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti, berpendidikan dan kemahiran tinggi.

Selain itu, IRDA turut melaksanakan inisiatif pembangunan usahawan bagi mengukuhkan ekonomi dan mengurangkan jurang pendapatan di Iskandar Malaysia. Program usaha dinamik Iskandar Malaysia yang dijalankan telah memberi manfaat kepada 117 usahawan mikro melalui pemberian grant dan pinjaman mudah di samping program pembangunan kapasiti yang telah berjaya membantu 1,425 usahawan kecil dan sederhana sehingga tahun 2018. Kerajaan negeri akan terus komited melaksanakan inisiatif dan program pembangunan modal insan bagi menciptakan lebih banyak lagi pekerjaan berkualiti untuk rakyat tempatan khususnya. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Kahang. Jemput. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya ialah terima kasih EXCO di atas inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit Strategik Modal Insan. Dan, di negeri Johor ini kita ingin membawa pelaburan-pelaburan dan juga memberi fokus kepada industri-industri seperti 4.0, Aero Space, Artificial Intelligent, Digital Johor dan sebagainya dan kebanyakan kerja-kerja ini memerlukan kepakaran yang tinggi. High and Skill Workers dan kita juga pernah lihat bahawa pelabur-pelabur besar contohnya di Pengerang, dah masuk ke Johor ini sering kali key position tidak diisi oleh anak-anak Johor. Ia diisi oleh mereka yang bawa dari Kuala Lumpur dan sebagainya. Jadi, ini menjadi satu kehilangan yang besar kepada negeri Johor dan memang betul kita ada Jobs Malaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja yang membuat job matching diantara majikan dan pencari kerja. Tetapi ia adalah merangkumi satu very general aspect kalau Jobs Malaysia kita lihat daripada pekerja am sehingga ke akauntan boleh mendaftar di Jobs Malaysia. Jadi, cadangan atau pun soalan saya ialah adakah kerajaan negeri Johor memandangkan kita mempunyai wawasan yang besar untuk membawa projek-projek berimpak tinggi, syarikat-syarikat besar akan memasuki Johor dan kita juga tidak hendak satu keadaan peluang pekerjaan tidak diisi oleh orang Johor. Jadi, adakah Unit Strategi Modal Insan ini mempunyai cadangan untuk menubuhkan satu database pekerjaan. Sama macam Jobs Malaysia tetapi di mana syarikat-syarikat yang ada di Johor boleh mendaftar dalam database tersebut dan pencari-pencari kerja yang merangkumi anak-anak negeri Johor yang juga mempunyai kepakaran dan juga kemahiran berskala tinggi ini boleh mendaftar juga dalam database tersebut dan unit Strategi Modal Insan boleh menjadi agensi untuk membuat job matching. Jadi, dengan cara ini majikan yang ada di Johor akan mendapat tenaga kerja daripada negeri Johor. Apakah Unit Strategi Modal Insan mempunyai cadangan seperti ini untuk menubuhkan database pekerjaan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Ya, memang kita berhasrat mengadakan satu database. Tetapi seperti Yang Berhormat pun maklum bahawa Unit Strategi Modal Insan ialah satu agensi koordinasi dengan semua jabatan-jabatan lain. Termasuk Jobs Malaysia dan JTK. Jobs Malaysia ada potensi dan ada juga aplikasi dan sistem untuk, satu, memperjodohkan pekerjaan di antara majikan pekerja dan mereka juga ada kapasiti dan untuk juga jadi satu database. Dan kami juga sedang bincang dengan Jobs Malaysia untuk tambah peranan mereka untuk jadi satu agensi untuk database bukan sahaja untuk database kita pun ada bincang bahawa Jobs Malayisa menubuhkan satu bangunan atau satu tempat di mana mereka, majikan dan pekerja boleh jumpa, boleh interview dengan izin, dan juga mereka pun boleh Skype dengan majikan di luar negara. Banyak kemudahan-kemudahan di tambah di Jobs Malaysia. Jadi, itulah dirancangkan dan kami akan melaksanakan inisiatif-inisiatif ini khususnya database. Bukan di unit Strategi Modal Insan tetapi di Jobs Malaysia. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Benut.

Page 272: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 272

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat, satu ketika berbangkit tentang soal lambakan pekerja atau jumlah pekerja dari Johor bekerja di negara Singapura, itu salah satu daripada perkara-perkara yang sering dibangkitkan. Seolah-olah kerajaan negeri atau negeri tidak menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi yang menyebabkan banyaknya rakyat Johor yang bekerja di sana. Malah ditolak pendapat tentang soal cross border economy dengan izin, jadi adakah Yang Berhormat merasakan bahawa strategi, rancangan Yang Berhormat sebut tadi tu akan dapat mengurangkan jumlah pekerja yang akan berhijrah ke Singapura? Dan apakah asas Yang Berhormat tentang keyakinan itu? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih Yang Berhormat Benut atas soalan tambahan. Sebenarnya Yang Berhormat, apa yang berlaku ialah tiap-tiap hari lebih kurang 2,000 orang pergi ke Singapura untuk kerja dan balik. Mereka pergi ke Singapura bukan sebab tidak ada kerja di sini tetapi kelebihan mata wang Singapura, satu per tiga. Ini ialah satu daya tarikan yang kita mahu lawan daya tarikan ini susah sikitlah. Kalau mahu lawan kita punya mata wang pun kena naik jugalah. Jadi itulah cabaran. Walau bagaimanapun, seperti saya cakap tadi bahawa kadar pengangguran ialah 3.4% di Johor ini macam satu kadar full employment ok. Oleh sebab ada full employment pemuda-pemudi sangat terpilih dan tidak mahu ambil risiko dan kita pun kena maklum bahawa kita pun ada ramai pekerja asing dengan izin tanpa izin di negeri ini. Dan, mereka kehadiran mereka beri tekanan untuk turun gaji, bukan naik gaji. Pada tahap gaji itu, pemuda-pemudi tempatan tidak berminat kerja di sini. Jadi, itulah cabaran, cabaran ialah nilai mata wang. Kalau kita boleh, tetapi mereka pun, saya pun dengar bahawa itu hari-hari pergi ke Singapura balik banyak kesesakan, banyak susah mereka pun mengalami ini. Tetapi kita naik separuh pun mereka boleh kerja di sini. Jadi, inilah cabaran kita kena mengendali. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Semarang. YB Dato’ Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengakui bahawa tarikan ke Singapura adalah kerana currency ataupun kadar mata wang. Soalan tambahan saya, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk mengadakan polisi ataupun kuota menentukan, menetapkan yang dalam konsep Johor Job for Johorean, untuk pembangunan khususnya di RAPID dan IRDA dan mana-mana pertumbuhan baru perindustrian dalam negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Penggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Ada ramai pemuda, pemudi dari negeri-negeri lain datang ke negeri Johor, duduk di sini, ramai bekerja di Singapura dan juga ada banyak peluang pekerjaan di negeri Johor. Sebenarnya, majikan iaitu pekerja tempatan Johor tidak cukupi untuk memenuhi semua pekerjaan yang ada sekarang. Kita kena bergantung kepada pemuda, pemudi yang datang daripada negeri-negeri lain untuk memenuhi keperluan majikan. Jadi, kalau kita ada satu polisi ialah pekerjaan hanya memenuhi pemuda, pemudi Johor, ini akan bawa akibat buruk kepada majikan. Mereka perlu banyak lagi pekerja. Jadi, inilah keadaan sekarang. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, saya jemput Machap. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Soalan No. 4. Sejauh mana keberkesanan PIBG sebagai pemudah cara antara pihak sekolah dan PIBG itu sendiri. Soalan No. 5. Sejauh mana peranan yang dapat dimainkan oleh Briged Komuniti dalam membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar. YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, jemput. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan No. 6.

Page 273: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 273

Sumbangan PIBG yang sepatutnya secara sukarela telah menjadi paksaan secara tidak bertulis dan berleluasa. Sila nyatakan langkah-langkah pengawalan untuk mencegah sumbangan paksaan PIBG. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya menjawab bersekali Soalan 4, 5 dan 6. Kita sedia maklum bahawa Persatuan Ibu Bapa ataupun PIB), di sekolah ditubuhkan adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Akta 550.Di antara tujuan penubuhan PIBG adalah sebagai satu forum dan perkhidmatan untuk ibu bapa untuk membantu, memenuhi kehendak dan keperluan sekolah bagi tujuan kebajikan dan kemajuan murid. Peranan PIBG amatlah penting dalam membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek seperti akademik, jalinan dana, prasarana dan infrastruktur selain daripada proses pendidikan dan kemajuan sesebuah sekolah. Untuk makluman Yang Berhormat yang bertanya, PIBG berperanan sebagai satu persatuan yang beroperasi dengan sumber kewangan yang diperolehi hasil sumbangan dari semua ahli iaitu ibu bapa, pelajar yang belajar di sekolah berkenaan atau pihak–pihak yang berhajat memberi sumbangan kepada sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak mereka. Dengan sumbangan yang diterima dari ahli-ahli PIBG ini digunakan untuk membantu sekolah sepertimana yang setelah saya sebut tadi. Sehingga kini, tiada sebarang bentuk peraturan atau cadangan daripada pihak kerajaan bagi menyalurkan bantuan secara khusus kepada PIBG melainkan beberapa sekolah yang ada PIBG yang telah diluluskan di bawah ROS atas isu-isu tertentu. Pengoperasian dan program-program PIBG di sekolah adalah berdasarkan dana kewangan yang diterima dari pihak yang membantu secara ikhlas memberi sumbangan. Perkara ini bertepatan dengan matlamat penubuhan PIBG. Mengikut Akta Peraturan Pendidikan, Akta 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan Persatuan Ibu Bapa (PIBG) 1998, Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa (PIBG) dalam Perkara 37, ‘punca-punca pendapatan Persatuan mengatakan Persatuan boleh menerima sumbangan daripada anggota Persatuan, derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain serta pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti Persatuan tersebut’. Dari sumbangan yang diterima daripada Persatuan yakni ibu bapa mestilah diputuskan jumlahnya dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun semasa. Walau bagaimanapun, anggota Persatuan tidak boleh dipaksa untuk memberi apa-apa sumbangan, yakni secara paksa. Dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui Anjakan Ke 9, maka peranan PIBG dalam usaha membantu pelaksanaan aktiviti sekolah telah diperluaskan dengan satu inisiatif iaitu penglibatan ibu bapa dalam komuniti, PIBK. Diwujudkan bukan hanya sekadar satu inisiatif malah turut berperanan bersama PIBG dalam usaha membantu dan meningkatkan pencapaian pendidikan di sekolah dengan pelbagai aktiviti seperti jalinan kerjasama, bantuan kepakaran dalam pendidikan, kursus dan motivasi dan tidak kecuali juga sumbangan berbentuk kewangan kepada sekolah. Briged Komuniti mempunyai ruang yang amat luas dalam membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar berdasarkan faktor-faktor memahami budaya, iaitu Briged Komuniti ini penduduk setempat yang berada di sekitar sekolah yang memahami budaya persekitaran sekolah berkenaan. Maka, mudah bagi Briged Komuniti membantu dalam kawalan anak-anak pelajar setempat. Di mana di sinilah kawalan di luar kawasan sekolah di mana guru-guru disiplin dia tidak boleh bertindak ataupun mengambil tindakan apabila anak-anak berada di luar daripada kawasan sekolah. Jadi, persatuan ataupun Briged Komuniti boleh, setidak-tidaknya sebagai kakitangan ataupun mata-matalah kepada pihak sekolah untuk buat laporan kepada pihak sekolah bahawa kegiatan anak-anak kita di luar dengan lebih mudah. Di mana bidang kuasa guru terbatas hanya di dalam kawasan sekolah maka di sinilah peranan yang dipanggil Briged Komuniti. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, Machap. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih juga kepada YB EXCO yang telah menjelaskan soalan telah dibangkitkan oleh Machap. Bagi keseluruhannya, Machap rasa gembira dengan jawapan yang telah diberikan yang menunjukkan pemahaman yang jelas tentang aspek PIBG. Machap gembira tapi dalam masa yang sama Machap juga rasa sedih sebab bila dah jadi Pembangkang ini dah tak boleh masuk sekolah lagi. Apatah lagi untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG. Sebab di Machap saya telah berusaha untuk mendapatkan pembinaan sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri

Page 274: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 274

Machap yang telah diluluskan oleh pada masa itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh. Terima kasihlah kepada beliau, tapi yang sedihnya bila sekolah itu tahun depan jangkanya beroperasi jadi Machap tak boleh masuk atas dasar… YB Speaker : Nak masuk boleh Yang Berhormat, kena pindah belah sana. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Machap ingin bertanyakan. Berkaitan dengan ada atau tidak program-program ataupun kursus-kursus yang diadakan kepada seluruh YDP PIBG supaya segala tindakan mereka itu untuk mentadbir, menguruskan PIBG selaras dengan kehendak PIBG di seluruh negeri Johor terutamanya. Sebab Machap melihat ada dalam kalangan YDP PIBG yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang berpendidikan, ada yang korporat, ada tokoh politik dan sebagainya. YB Speaker : Soalannya apa Yang Berhormat. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Tengah fikir ni, soalan ini. Sambil cakap tengah fikir ini. YB Speaker : Ini bukan perbahasan. Ini soalan tambahan. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Jadi soalan yang telah Machap sentuh tadi berkaitan dengan ada atau tidak program-program yang menyatukan usaha ke arah tindakan YDP PIBG ini ke arah yang kita ingin supaya ada keselarasan tindakan untuk memajukan pihak sekolah. Terima kasih. YB Speaker :Terima kasih. Maknanya masa Machap bangun tadi, dia tak ada soalan tambahan tapi dia bangun juga. Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan :Terima kasih YB Machap. Dia pun bekas guru, itu sebab dia soalan mengenai PIBG dia mahir. Tiba-tiba tak dapat masuk sekarang, insya-Allah belah sini boleh masuklah. Menyeberang ke mari. Jadi, insya-Allah, terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya, kita bagi bawah Portfolio saya kita akan cuba merancang satu pertemuan dengan semua PIBG untuk memastikan PIBG didaftarkan dengan ROS supaya mudah pengurusan-pengurusan yang berkaitan dan Pengerusi-Pengerusi PIBG ataupun Yang Dipertua PIBG ini bertanggungjawab dalam semua perkara sebab ada setengah-setengah PIBG, anak dah tak ada tetapi YDPnya itu masih kekal dan ini juga diberikan peranan kerana pihak sekolah menyayangi tanggungjawab PIBG yang mengusahakan program-program kemajuan anak-anak pelajar dia dan juga kemajuan dari segi pembangunan bukan sahaja dari segi pendidikan akademik tetapi juga infrastruktur banyak contoh-contoh sebagaimana di Sekolah Menengah Taman Universiti, Sekolah Menengah English College, tempat saya pernah bertugas. Di mana YDPnya anak dah tak ada dah tapi oleh kerana kebijaksanaan mengurus dan membantu pihak sekolah maka dia dikekalkan. Dan mungkin kita di bawah Portfolio saya kita akan panggil Pengerusi-Pengerusi PIBG ini, YDP ini untuk kita berikan penerangan, penjelasan supaya pertamanya dia betul-betul membantu pihak sekolah. Yang keduanya, kita bimbang tak mahu ada penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang menerima dana-dana daripada orang ramai ini. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, Mengkibol. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebenarnya saya tidak berapa memuaskan, puas hati dengan jawapan sebab soalan saya ialah nyatakan langkah-langkah pengawalan untuk mencegah sumbangan PIBG secara paksa?Maksudnya perkara ini sudah wujud. Dan, soalan saya ialah apakah langkah-langkah untuk mencegah dan mengawal?Mengikut Perkara 5(4), Peraturan-Peratuan Pendidikan. Apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar. Perkara… YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat saya nak tanya, ini sumbangan macam mana boleh paksaan pulak? Sumbangan-sumbanganlah. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Sebab sumbangan ditetapkan pertama, kadar yang tinggi. Contoh yang saya kemukakan ialah satu sekolah tetapkan pada kadar RM245.00. Secara paksaan

Page 275: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 275

kerana sebab pelajar-pelajar atau ibu bapanya mengadu bahawa kalau tidak bayar, sijil tidak akan dapat. Ataupun markah korikulum atau extra korikulum akan dipotong sehingga mereka terpaksalah kena bayar. Dan, saya pernah jumpa dengan seorang pengetua dia pun mengaku dan berjanji bahawa akan ambil tindakan dan mengarah kepada guru-guru tingkatan supaya tidak lagi memaksa pelajar-pelajar membayar sumbangan PIBG. Dan sebenarnya, walau dalam Peraturan-Peraturan Kementerian ataupun Jabatan Pendidikan, sumbangan ini mestilah secara sukarela dan tidak membenarkan dan tidak mengandungi unsur paksaan. Tetapi pada realitinya perkara in sudah menjadi satu masalah ataupun secara berleluasa. Dan, cadangan saya ialah untuk mencegah apa yang kita boleh buat adalah memberi arahan kepada semua sekolah atau PIBG dalam surat sumbangan PIBG mereka nyatakan dengan jelas dan bertulis dalam suratnya bertulis dengan perkataan sukarela dan mungkin dalam huruf besar, sekiranya boleh. Kerana dalam surat sumbangan PIBG contohnya mereka cuma memaklumkan ibu bapa, apakah kadar? Contoh ini dia kata, jumlah sumbangan RM240.00 dan sehubungan ini, ibu bapa diminta jelaskan sumbangan ini dalam tempoh yang ditentukan. YB Speaker : Soalannya, soalan Yang Berhormat soalan. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Soalan saya ialah bolehkah nyatakan secara bertulis dalam surat yang dikeluarkan oleh PIBG, nyatakan dengan jelas perkataan sukarela ini. Dengan ini, ibu bapa pelajar atau guru tingkatan tidak akan dapat mengutip sumbangan ini secara paksaan, secara bersurat. Terima kasih. YB Speaker : Ok, jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Menjawab persoalan daripada Mengkibol. Sebenarnya PIBG ini bukan baru tahun ini wujud, ataupun bukan 2, 3 tahun wujud. Dan, mungkin ibu bapa yang mempersoalkan perkara ini mungkin ibu bapa yang baru hantar anak, itu yang dia tak tahu. Kalau katakan perkara ini dah menjadi satu daripada kewajipan, kelulusan daripada pihak Jabatan Pendidikan, akan memberikan kelulusan mengikut jumlah sumbangan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat PIBG. Yang membawa maksud ibu bapa bersetuju kehendak apa yang diputuskan dalam Mesyuarat PIBG. Seandainya ibu bapa segelintir seorang dua yang ada masalah, yang mungkin memerlukan bantuan kerana waktu itu mungkin tak ada kerja atau sebagainya. Saya yakin dan percaya ianya bukan jadi masalah kepada Persatuan Ibu Bapa Guru di sekolah yang berkaitan, memaksa sebab sepertimana yang saya sebut tadi, pengalaman 30 tahun berada dalam pentadbir, dalam guru sebagai guru, kita sedia maklum memang ada di kalangan keluarga yang tak mampu. Dan bila tak mampu, guru-guru mengeluarkan sumbangan untuk anak-anak ini. Sebab bukan semua anak-anak itu diwajibkan membayar. Diwajibkan membayar kepada satu keluarga sahaja seandainya ada 6 orang anak-anak di sekolah yang berkenaan. Darjah 1, darjah 2, darjah 3, darjah 4, darjah 5, darjah 6. 6 orang anak dia di sekolah itu, ibu bapa hanya bayar 1 sahaja, menandakan keluarga kepada anak-anak tadi. Jadi di sini, saya minta kepada semua seandainya, seandainya ada sekolah-sekolah ataupun yang bertanggungjawab memaksa ibu bapa membayar, buat laporan terus kepada saya. Dan daripada maklumat Jabatan Pendidikan, dia menyatakan bahawa tidak ada sebarang maklumat laporan berkaitan dengan bayaran secara paksa. Jadi dalam dewan yang mulia ini, saya mintalah kepada mana-mana pihak ataupun ibu bapa yang tidak puas hati tentang keputusan mesyuarat agung mereka, mereka kena buat bantahan dalam masa mesyuarat. Ambil keputusan bersama dalam mesyuarat. Jadi bila keputusan dah diputuskan bersama dalam mesyuarat, tak wajarlah ibu bapa tadi merungut atau membuat bantahan dengan menyatakan bahawa bayaran itu adalah bayaran paksaan. Dan itu perkara yang istilah kita disepakati, berdasarkan kepada keputusan ahli, apa ahli-ahli dalam mesyuarat agung yang berkenaan. Itu sebagai jawapan seterusnya. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mendengar agak teliti apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Mengkibol tadi, berkenaan dengan sumbangan daripada ibu bapa kepada pihak PIBG. Pokoknya ialah sama adakah pihak Kementerian Pendidikan boleh mengarah PIBG untuk mengeluarkan surat, dalam surat tersebut kepada ibu bapa yang ingin membuat sumbangan. Buat, apa ni dalam surat tersebut masukkan satu perkataan sumbangan secara sukarela, itu pokok dia. Boleh tak pihak Kementerian mempertimbangkan perkara ini? YB Speaker : Jemput YB EXCO.

Page 276: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 276

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Ok, yang keluarkan surat arahan kepada ibu bapa bukannya pihak Jabatan. Jadi, untuk maklumat kepada YB yang bertanya kena faham. Persatuan Ibu Bapa keluarkan surat itu kepada ibu bapa. Pihak sekolah ini dia cuma memanjangkan sahaja surat panduan ataupun keputusan mesyuarat daripada Persatuan Ibu Bapa. Jadi untuk makluman, makna sekarang ini itu sebab tadi saya kata, saya menyebut bahawa kita akan adakan taklimat kepada YDP Persatuan PIBG ini supaya mereka keluarkan surat itu berdasarkan kepada memang diaudit oleh Persatuan Ibu Bapa, bukan di bawah kerajaan, bukan di bawah jabatan, pengarahan itu. Jadi ini kena maklum tentang soalan, perkara yang mesti difahami. Arahan daripada PIBG kepada ibu bapa dan boleh kita minta nanti kepada Persatuan-Persatuan Ibu Bapa menjawab atau mengeluarkan surat, ini bukan paksaan, bukan arahan daripada sekolah, daripada jabatan. Jadi jawapan di sini dah sepatutnya dimaklumi oleh pihak, oleh semua pihak. Jabatan Pelajaran dan juga semua pihak memahami bahawa surat pengarahan pembayaran bukan datang daripada Jabatan Pendidikan tetapi Jabatan Pendidikan hanya meluluskan permohonan Persatuan Ibu Bapa Guru bahawa yuran yang dikehendaki berdasarkan kepada keputusan mesyuarat dan jabatan akan keluarkan, saya minta Pengarah Pelajaran Johor akan memaklumkan bahawa bayaran yang diputuskan berdasarkan mesyuarat agung PIBG sekolah, sekolah A yurannya sedemikian dan bukan paksaan kepada ibu bapa. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Saya kira selesailah, kita sambung kepada soalan seterusnya Yang Berhormat. Yang Berhormat Buloh Kasap jemput. YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip (Buloh Kasap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 7. Minta kerajaan menyatakan jumlah rumah PPRT yang telah dibina kerajaan negeri sejak 2014 hingga 2018 dan adakah ia akan diteruskan untuk tahun-tahun akan ke hadapan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ MB dan Yang Berhormat Ahli Dewan sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Buloh Kasap di atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, program perumahan rakyat ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman dari golongan yang berpendapatan rendah. PPR di Negeri Johor dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan diserahkan pengurusan kepada SUK Bahagian Perumahan untuk diurus dan dibuat pengisian kepada penyewa yang layak. Setakat ini PPR yang ada di Johor adalah disewakan pada kadar RM124.00 sebulan. Selain itu, Kerajaan Negeri Johor juga telah mengesyorkan beberapa lokasi tanah di Negeri Johor kepada pihak KPKT bagi pertimbangan pembinaan PPR, projek perumahan rakyat pada masa yang akan datang. Ianya melibatkan beberapa daerah iaitu daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Batu Pahat dan juga Muar. Untuk makluman juga sebanyak 9,537 unit PPR telah berjaya disiapkan bermula daripada 2006 hingga 2018. Manakala 2,272 unit PPR bakal disiapkan menjelang tahun 2019. 730 unit pada tahun 2020. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Yang Berhormat Tuan Speaker, minta maaf Datuk... Tuan Speaker. Soalan, soalannya ialah PPRT... YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Benut, peraturan mesyuarat sekarang ialah YB EXCO tengah menjawab, peraturan mesyuarat mana? YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Saya tak ada... YB Speaker : Tenang, duduk dulu. duduk dulu.

Page 277: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 277

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Jawapan itu ok cuma persoalan dia adalah rumah PPRT bukan rumah PPR. Rumah PPRT yang ada dibina oleh Kementerian Luar Bandar. YB Speaker : Ok, maklum Yang Berhormat. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Saya... Yang Berhormat Benut, saya tak selesai jawab lagi. YB Speaker : Dia panjang lagi Yang Berhormat. Mukaddimah aje tu. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Sebab dalam penafsiran soalan ini pun tidak jelas, yang diminta menyatakan jumlah rumah PPRT yang telah dibina. Jika menurut istilah PPRT iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin, ianya merujuk kepada program yang membantu untuk membaiki rumah penduduk Malaysia yang tinggal di pedalaman bagi golongan miskin dan juga miskin tegar. Konsep program ini adalah dengan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga. Senarai bagi golongan tersebut boleh didapati di Pejabat Daerah bagi setiap daerah. Maka program PPRT ini lebih berbentuk membaiki rumah yang sedia ada. Sebab dalam soalan ini disebut untuk dibina, bila dibina kita menjawab dua-dua, PPR pun kita beri jawapan, PPRT pun kita beri jawapan. Terserah kepada Buloh Kasap yang mana dimaksudkan. Kalau dimaksudkan PPRT, sekadar itu jawapan saya Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Larkin. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya boleh tak kita kongsi berapa banyak projek PPRT yang terbengkalai yang tak dapat disiapkan sebelum ini. Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Tambahan daripada Yang Berhormat Larkin. Tentang statistik perangkaan tersebut tidak ada pada saya sekarang ini tetapi insya-Allah saya akan jawab secara bertulis. Sekian Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Semarang. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan bantuan rumah PPRT ini, sebenarnya ianya bukan sekadar pembaikan rumah semata-mata. Betulkan saya kalau saya salah. Sebenarnya ada bantuan untuk membina semula rumah dalam program PPRT ini. Soalan tambahan saya adalah apakah kriteria-kriteria, syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membolehkan mereka mendapat rumah baru PPRT ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih di atas soalan tambahan. Terdapat beberapa agensi dan saya tidak menafikan ada pembinaan semula rumah khususnya yang dianjurkan seperti oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Dan kebiasaannya Majlis Agama Islam Johor, syaratnya adalah mestilah termasuk dalam golongan asnaf yang boleh diberikan bantuan dengan menggunakan wang zakat yang dikutip oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Bukit Naning. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Haji Kusni (Bukit Naning) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8. Apakah teknologi pertanian baharu yang diguna pakai dalam memajukan sektor industri nanas bagi meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha tempatan menampung masa kini?

Page 278: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 278

YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ MB, dalam usaha meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha nanas tempatan, kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah memperkenalkan variasi baru nanas iaitu nanas MD2 di mana ia boleh mendatangkan hasil lebih 2 kali ganda berbanding dengan nenas Moris. Nanas MB2 mempunyai daya kebolehpasaran yang lebih baik di mana ia boleh dieksport ke luar negara kerana mempunyai ketahanan tinggi dan shelf life yang panjang berbanding dengan nanas lain. Nanas MB2 juga menguasai 70% pasaran nanas dekat dunia. Malaysia telah menandatangi perjanjian dengan kerajaan China untuk mengeksport sejumlah 100 kontena sebulan nenas MD2. Walau bagaimanapun buat masa ini, Malaysia hanya mampu mengeksport 10 hingga 20 kontena sebulan. Oleh itu, pengusaha tanaman nanas adalah digalakkan untuk bertukar tanaman nanas kepada nanas MD2 bagi memenuhi permintaan ini dan pasarannya adalah terjamin. Pengusaha juga digalakkan untuk menanam nanas secara integrasi dengan tanaman lain seperti kelapa sawit dan getah. Sementara menunggu tanaman utama itu mengeluarkan hasil, tanaman nanas dapat memberi dan menambah pendapatan pengusaha. Untuk tanaman kelapa sawit, nanas boleh ditanam sebanyak 2 pusingan sebelum kelapa sawit tersebut boleh dituai. Satu pusingan tanaman nanas mengambil masa 15 bulan iaitu dari mula ditanam sehingga boleh dituai. Sekian. YB Speaker : Jemput, Bukit Naning. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, nenas adalah merupakan sumber pendapatan utama atau sampingan masyarakat di kawasan tanah gambut kerana struktur tanahnya yang paling sesuai dengan penanaman nenas. Bukit Naning merasakan sudah sampai masanya kaedah penanaman, pengeluaran dan pengkomersialan dipertingkatkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Bukit Naning adalah bagaimanakah kaedah industri ini dapat menghadapi revolusi Industri 4.0 setelah jualan secara pukal atau runcit berlaku seperti biasa ditukar, contohnya ditukar dengan cara seperti membuat kerepek nenas ataupun ekstrak nenas. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. Kerepek nenas tu. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Bukit Naning. Sehingga ke hari ini, sebetulnya bekalan nenas MD2 masih tidak cukup di pasaran kita. Maknanya MD2 sentiasa mendapat permintaan yang sangat tinggi. Namun, untuk buat kerepek nenas ke ataupun industri hiliran, sebetulnya pihak FAMA, pihak UTM sendiri mempunyai teknologi di mana mereka dapat membuat kerepek nenas dan makanan ringan yang berasaskan nenas dan hasil-hasil sampingan yang lainlah seperti ubi semua itu. Jadi, insya-Allah, nenas dan industri-industri hilirannya tidak menghadapi masalah untuk menghadapi Industri 4.0. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, Semarang. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan adalah berkenaan teknologi pertanian baru. Dan ia merangkumi banyak perkara. Soal teknologi mekanismenya, mahupun teknologi yang lain berkenaan dengannya. Saya hendak tahu, apakah pendapat dan pendirian kerajaan Johor untuk memastikan bahawa industri nenas ini terus berkembang berkenaan dengan penggunaan tissue culture ataupun tisu .... tissue culture dengan izin, dalam soal pembiakan. Apakah pendirian kerajaan negeri dan kalau sokong, kenapa? Kalau tidak, kenapa? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Dua-dua kena jawablah tu. Ok, terima kasih. YB Speaker : Jawablah, dah soal.

Page 279: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 279

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Jawab, insya-Allah. Apa pun teknologi yang untuk menambahbaikkan hasil nenas biasanya kita kerajaan, kita akan menyokong kerana kita ada FAMA, kita ada MARDI, kita ada Lembaga Nenas yang sentiasa setiap hari mengkaji, menambah baik untuk memastikan nenas-nenas yang dihasilkan oleh kerajaan negeri menjadi bertambah baik. Jadi, baik sama ada menggunakan tissue culture ke ataupun apa-apa teknologi pun, yang penting untuk penambahbaikan hasil nenas itu, tentulah kita akan sokong, ya. Terima kasih. YB Speaker : Ha, Benut. YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad (Benut) : Yang Berhormat Tuan Speaker, bercakap tentang soal teknologi dan usaha untuk meningkatkan pendapatan dari kalangan penanam nenas ini, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita telah menanam nenas lebih 70 tahun saya kira orang Malaysia adalah penanam nenas yang terhandal di dunia. Tetapi kita masih lagi melihat bahawa penanaman nenas ini dengan teknologi yang kita gunakan, masih lagi tidak menjadi sesuatu yang dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat. Apa pandangan Yang Berhormat, usaha dari segi teknologi ini supaya nenas MD2 ini sebenarnya setara dengan nenas yang dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa seperti Dell Monte ataupun Doll. Tetapi kita tidak ada pengiktirafan itu. Nenas sama, tetapi kita tidak ada brandingnya. Kerana di situlah hasil pendapatan yang terbaik. Apakah usaha-usaha untuk hendak kaitkan teknologi ni Yang Berhormat, kalau dilihat untuk memastikan kita dapat premium price itu, harga yang premium untuk penanam nenas itu. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kita menanam nenas sudah 70 tahun, kerajaan lama memerintah 62 tahun, kerajaan baru, baru hampir tidak lebih 6 bulan. Tuan hendak kami buat sehingga hasil-hasil nenas paling gah di dunia. Jadi, saya ingin menasihatkanlah kepada semua, baik kepada pihak pembangkang, mahupun pihak kerajaan, janganlah pihak pembangkang hanya pandai membangkang. Bismillahirahmanirrahim, Juz 13, Surah Al Rahman. YB Speaker : Jawapan dekat mana ni Yang Berhormat? (Dewan ketawa). YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Maksud dia ya, Dan ingatlah sewaktu Tuhan kamu memperingatkan kamu, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambahkan nikmat mu, dan jika kamu kufur, maka azab Allah amat berat sekali. So, jadi yang di sebelah di sana faham-fahamlah sikit, bersyukur, kami pun insya-Allah akan sentiasa bersyukur. Begitu juga tuan-tuan, adik-adik, puan-puan di atas tu, kena sentiasa bersyukur. Kita kerajaan pasti, insya-Allah akan menambah baik sistem penanaman nenas. Kalau dulu, orang cakap tanah gambut hanya sesuai tanam nenas, betul tak? Tetapi sebetulnya statement itu pun salah. Nenas hanya sesuai tumbuh di tanah gambut. Maknanya sekarang, dengan pemahaman kita yang lebih faham, kita tahu bahawa nenas dapat tumbuh di mana-mana pun. Dan tuan-tuan kena ingat bahawa penghasilan satu ekar nenas dan satu ekar kelapa lebih tinggi di banding menanam satu ekar kelapa sawit. Jadi, sekarang siapa kena bohong? Orang kampung pun semua kena bohong. Dulu cakap apa? Kelapa sawit, kelapa sawit, kelapa sawit. Sekarang apa yang terjadi, sebetulnya kita kena banyak belajar dan banyak menanam jangan hanya tahu menanam kelapa sawit, kelapa sawit, kelapa sawit. Jadi orang kampung, durian tinggi, harga durian tinggi, semua tanam durian, kan? Langsung tidak kreatif, patutnya ada sepuluh ekar tanah, 20 ekar tanah tanam lah 10 ekar... YB Speaker : Minta ringkaskan. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : 10 ekar kelapa sawit, 10 ekar tanam nenas. Itu sahajalah saya cakap. Terima kasih tuan. (Dewan ketawa dan bertepuk). YB Speaker : Saya tengok pembangkang kuat betullah tepuk. Maksud sokong betul tu kenyataan itu. Ada peraturan Dewan? Soalan ya? YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Soalan ini, isu nenas. YB Speaker : Dah habis ni Yang Berhormat ni. Dah tiga orang ni. Saya kira kita hendak sambung soalan seterusnya dan minta maaf Yang Berhormat. Kita sambung.

Page 280: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 280

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) : Sedap ni. Nak tanya soalan yang bagus ni. Boleh tanya? YB Speaker : Dah habis ni Yang Berhormat. Nanti tak apa, tak apa Yang Berhormat, ada lagi soalan ini, boleh kemukakan selepas ini ya. Saya persilakan Yang Berhormat Tenggaroh. Saya bukan apa, kita dah tetapkan antara dua dengan tiga kan, jadi kalau lebih itu nanti yang lain tidak dapat menjawab pula. Ok, persilakan Yang Berhormat Tenggaroh. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 9. Mengikut laporan lebih ramai pelancong menggunakan Jeti Tanjung Gemuk. Rompin daripada Jeti Mersing untuk melancong ke pulau berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Ini menjejaskan perniagaan makanan dan hotel di Mersing. Apakah rancangan kerajaan negeri Johor untuk meningkatkan balik penggunaan jeti Mersing? YB Speaker : Soalan nombor 9 ya. Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih ADUN Tenggaroh untuk jawapan soalan nombor 9. Keindahan pulau-pulau di perairan Mersing iaitu Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Tengah, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur sememangnya telah menjadi salah satu daya tarikan utama pelancongan dari domestik dan juga antarabangsa untuk datang ke negeri Johor amnya dan daerah Mersing khususnya. Terdapat dua kemudahan jeti terminal utama iaitu Jeti penumpang di daerah Mersing yang menjadi pintu masuk menerusi jalan air ke pulau-pulau di perairan Mersing termasuklah ke Pulau Tioman, Pahang iaitu jeti Mersing dan Jeti Tanjung Leman. Kerajaan negeri melalui pelbagai agensi secara berterusan sentiasa mempertingkatkan usaha untuk terus memastikan daerah Mersing, khususnya pulau-pulau di perairan Mersing mampu untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri Johor. Rancangan kerajaan negeri Johor untuk meningkatkan balik penggunaan jeti Mersing adalah memastikan jadual feri adalah tetap supaya penumpang dapat merancang perjalanan mereka. Dengan ini, seperti apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, projek pemecah ombak di muara Sungai Mersing akan dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM300 juta. Selain itu kerajaan negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu ECERDC telah menetapkan matlamat untuk menjadikan daerah Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan unggul dan mampan di negeri Johor. Berkonsepkan dari hutan hujan ke terumbu karang atau From Rain Forest To Reef atau ringkasnya R2R dengan izin. Konsep R2R ini merangkumi semua produk aset dan pembangunan dari Taman Negara Endau Rompin hinggalah ke kawasan pantai, pulau dan terumbu karang di perairan Mersing. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan sepertimana berikut: 1. Pembangunan pelancongan Kampungstay Kampung Air Papan dan pantai Teluk Buih. Di

mana antara komponen pembangunan termasuk pembinaan chalet serta menaik taraf rumah pengusaha homestay dan kemudahan pelancongan serta latihan kemahiran usahawan kepada peserta di bawah program pembangunan modal insan ECER.

2. Pembangunan pelancongan Tanjung Penyabong. Kawasan ini merupakan salah satu pusat

pelancongan berasaskan makanan laut yang menyediakan ruang niaga makanan laut, jeti tambakan, jeti pelancongan serta kawasan rekreasi yang lebih tersusun dan moden. Pembangunan ini akan meningkatkan pendapatan para nelayan dan penduduk tempatan serta mewujudkan peluang keusahawan kepada peniaga-peniaga makanan laut di Tanjung Penyabung. Kerja-kerja fizikal oleh ECER telah pun bermula dan dijangka siap pada bulan Mei 2019.

3. Seterusnya adalah menaik taraf jeti Sungai Jemaluang.

4. Adalah pembangunan kepulauan Mersing. Bagi meningkatkan keselesaan pelancong,

kerajaan negeri akan menjalankan penambahbaik kemudahan penduduk setempat dan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada mereka. Pulau-pulau yang terlibat adalah Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Tinggi. Pembinaan pusat informasi dan perkhidmatan Taman Laut Sultan Iskandar iaitu

Page 281: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 281

PIPTLSI di Pulau Besar yang berfungsi sebagai RTC iaitu Pusat Transformasi Luar Bandar bagi masyarakat setempat di kepulauan Mersing akan menjadi salah satu tarikan utama pelancong kepulauan Mersing.

Dan seterusnya saya amat yakin dengan ada inisiatif ini bukan sahaja akan mentransformasikan dan mengukuhkan lagi daerah Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan unggul di negeri ini tetapi juga menyumbang kepada sosial ekonomi kepada penduduk Mersing termasuklah para peniaga dan pengusaha hotel. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, Tenggaroh.

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO untuk jawapan. Jelas daripada jawapan EXCO kita nampak banyak bantuan untuk meningkatkan pelancong di daerah Mersing. Tetapi bila kita tengok keadaan jeti sekarang di Mersing khususnya jeti Mersing, keadaan dia dah uzur kalau kita hendak lebih ramaikan pelancong, keadaan dia nampaknya uzur, kerusi-kerusi dah rosak, tandas pun tidak mencukupi. So, saya hendak bertanyakan adakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membaik pulih jeti yang sedia ada? Sebab jeti yang sedia ada pun dia digunakan untuk dua fungsi, satu jeti sebagai jeti penumpang dan juga jeti kargo. Bila dia jadi jeti kargo, pelancong datang tidak sedap sebab barang-barang di tengah ni. Adakah dia akan separate benda ini dengan izin, atau dan baik pulih jeti tersebut? Terima kasih.

YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Terima kasih ADUN Tenggaroh. Saya fahami apa yang telah dihadapi oleh yang berlaku di jeti Mersing sekarang ni, di mana jeti itu termasuk kargo dan juga penumpang. Seperti apa yang dimaklumkan, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Mersing sedang menjalankan Pelan Induk Pelancongan bagi daerah Mersing dan ini semua akan menjalankan satu kajian yang keseluruhan, menyeluruh untuk mengkaji balik macam mana kita hendak naik taraf infrastruktur di daerah Mersing. Sekian, terima kasih.

YB Speaker : Soalan seterusnya, jemput Yang Berhormat Maharani. YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Maharani No. 10. Sila nyatakan keberkesanan peraturan pengasingan sisa pepejal yang berkuat kuasa pada 1 September 2015 dalam mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke pusat pelupusan sampah dan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan amalan 3R di kalangan masyarakat bagi mengatasi lambakan sisa pepejal domestik. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Maharani. Ingatkan soalan ini takkan timbul. Akhirnya, naik juga. Sampah, sampah, sampah. Hari-hari cerita tentang sampah. Yang Berhormat Tuan Speaker, bermulanya peraturan pengasingan sisa pepejal yang berkuatkuasa pada 1 September 2015. Jumlah peningkatan kadar kitar semula telah mula meningkat. Hal ini dicatatkan daripada peningkatan kadar kitar semula negara pada tahun 2017 adalah sebanyak 21%. Peningkatan bagi tahun 2018 adalah anggaran kepada 24.6%. Namun peningkatan sebanyak 3.6% dalam 2 tahun tidak boleh dikira berjaya. Dan, tidak dapat membantu meringankan beban dan memanjangkan hayat tapak pelupusan yang banyak dirancang menutup dalam 1 hingga 3 tahun. Justeru, kerajaan negeri sedang membuat kajian dengan menubuhkan Majlis Rendah Karbon, maaf Majlis Karbon Rendah Negeri Johor atau Low Carbon Council dan antaranya salah satu fungsi ialah menjalankan program seperti Iskandar Malaysia Eco-life Challengge, IMELC. IMELC merupakan aktiviti pembelajaran murid sekolah yang berkaitan agenda rendah karbon dan memupuk amalan 3R dengan mewujudkan modul pembelajaran kitar semula di peringkat tadika dan sekolah dan telah berjaya implementasi secara berterusan di Wilayah Pembangunan Iskandar dan sebahagian sekolah di luar Wilayah Pembangunan Iskandar. Penglibatan 231 sekolah rendah dan 27,125 murid sekolah telah berjaya mencatat 45,540 kg barangan kitar semula sebulan. Selain itu, Majlis Karbon Rendah juga bertanggungjawab merancang program dengan kerjasama dengan NGO dan juga pusat pengajian tinggi serta memantau pelaksanaan secara holistik untuk meningkatkan kesedaran orang

Page 282: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 282

awam terhadap program 3R supaya negeri Johor dapat dibangunkan secara mampan. Tapi 3R ini bukan yang disebut oleh Benut, 3R ini adalah reduce, reuse and recycle. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan perubahan iklim telah mengeluarkan Malaysia Road Map Towards Zero Single Use Plastic 2018 sampai 2030 sebagai saluran untuk mengurangkan kegunaan plastik tunggal dan bekas makanan polisterin. Adakah kerajaan negeri Johor akan mengikut kerajaan persekutuan untuk melaksanakan Malaysia Road Map Towards Zero Single Use Plastic 2018 sampai 2030 yang dipandang akan membawa kesan yang baik kepada masalah sampah di negeri Johor. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Pekan Nenas atas soalan yang ditujukan. Walaupun perkara ini ada lari sikit tapi masih ada sangkut paut dengan… YB Speaker : Sisa pepejal, plastik sebagai sisa pepejal. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Soalan-soalan pokok. Ialah, apa-apa pun akan jadi sisa kalau tidak diurus dengan baik. Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri juga telah mengumumkan pelaksanaan penggunaan bahan pembungkusan biorosot halal bagi menggantikan bekas makanan polisterin dan plastik di seluruh negeri Johor berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini. Langkah ini selaras dengan objektif biokompos dan biorosot Johor, BBJ yang dikenalkan oleh kerajaan negeri iaitu untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan pembungkusan berasaskan plastik dan polisterin kepada penggunaan bahan alternatif yang boleh urai dan mesra alam untuk peserta industri sedia ada, pemborong, pengedar dan juga pengguna. Balik kepada soalan daripada Pekan Nanas, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam melaksanakan Malaysia Road Map Towards Zero Single Use Plastic 2018-2030 supaya mencapai bebas plastik kegunaan tunggal pada tahun 2030.Kerajaan negeri dengan penubuhan Majlis Karbon Rendah menyokong inisiatif kerajaan persekutuan dan sedang membuat kajian dengan menintegrasikan pelan hala tuju BBJ dan Malaysia Road Map Towards Zero Single Use Plastic 2018-2030. Inisiatif reduce akan diusahakan dengan mengenakan caj pencemaran supaya matlamat mengurangkan sisa pepejal dan memastikan pembangunan mampan negeri Johor dapat dicapai. Bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menjayakan program ini hanya mengenakan caj pencemaran,Di mana, kerjasama daripada segenap masyarakat adalah sangat-sangat penting untuk menjayakan program 3R ini. Ini disebabkan program-program dijalankan di sekolah seperti kata pepatah, ‘melentur aur biarlah dari rebungnya’. Jadi dan hakikat sekarang bahawa ibu bapa yang dengar kepada cakap-cakap anak bukannya anak yang dengar kepada ibu bapa. Jadi, tepatlah program untuk melaksanakan program-program pendidikan di sekolah dan di tadika-tadika. Dengan ini, hanya akan kita laksanakan segala road map atau segala pelan yang telah dirancang, dirancangkan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, Bentayan. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker. Bolehkah YB EXCO jelaskan apakah fungsi Majlis Karbon Rendah selain daripada menjalankan Program Iskandar Malaysia Eco-life Challenge. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan atas soalan tambahan tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, tercetusnya idea ataupun cadangan untuk menubuhkan Majlis Karbon Rendah ini adalah terdapat inisiatif yang dijalankan oleh IRDA merupakan inisiatif-inisiatif yang baik. Bagaimanapun, tertakluk kepada kekangan peruntukan perundangan IRDA. Usaha-usaha ini tidak boleh dijalankan di luar daripada kawasan Iskandar Malaysia oleh IRDA. Dan pada peringkat negeri, tiada satu badan atau agensi yang boleh memainkan peranan seperti IRDA untuk menggerakkan inisiatif-inisiatif rendah karbon ini. Maka di sini tercetuslah cadangan untuk menubuhkan sebuah Majlis supaya ada sesuatu badan pada peringkat kerajaan negeri Johor boleh menjalankan atau menggerakkan inisiatif-inisiatif rendah karbon ini. Antara fungsi dan tugas Majlis Karbon Rendah Negeri Johor ini ada 9. Saya sebut seberapa banyak yang mampu supaya, harap Tuan Speaker tidak menyekat dari segi masa.

Page 283: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 283

YB Speaker : Contoh sajalah. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : 1. Menyediakan Pelan Tindakan Komuniti Rendah Karbon Negeri Johor sebagai dokumen dasar kerajaan negeri. 2. Menyelaras, merancang, memantau dan menggariskan panduan dan hala tuju strategik yang berkaitan penggalakan, pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan rendah karbon di peringkat negeri. 3. Mengenal pasti permasalahan dan cabaran yang berkaitan dengan penggalakan, pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan karbon rendah di peringkat daerah dan negeri. Dan, mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. 4. Melantik kumpulan kerja pakar mengikut keperluan bagi memacu program pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan karbon rendah di negeri Johor. 5. Mengemukakan laporan berkala terhadap kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan mengenai pelaksanaan program penggalakan pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan rendah karbon di negeri Johor. 6. Menjalin hubungan dua hala dengan badan agensi dan pihak swasta dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan maklumat berguna dan merintis kerjasama dalam melaksanakan program penggalakan pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan rendah karbon di negeri Johor. 7. Mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan pelbagai pihak yang lain untuk melaksanakan penggalakan pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan rendah karbon di negeri Johor. 8. Mengenal pasti berbagai bidang atau industri rendah karbon yang berpotensi menjadi sumber ekonomi kepada negeri. 9. Mengadakan sesi perbincangan dan taklimat dengan pelbagai peringkat masyarakat, akademik, pendidikan, usahawan, industri dan badan bukan kerajaan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai pelaksanaan program penggalakan pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan pembudayaan rendah karbon di negeri Johor. Itulah 9 fungsi dan tugas yang dicadangkan buat sementara waktu dan perkara ini akan ditingkatkan, ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa masyarakat. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Seperti sedia maklum bahawa berkenaan sisa plastik. Pihak Kementerian, KPKT telah mengeluarkan satu pengumuman menghentikan kelulusan AP bagi sisa plastik yang kotor. Tetapi kita juga dimaklumkan bahawa KPKT tidak ada halangan untuk sisa plastik yang bernilai tinggi, homogeneous dan bersih. Ingin Jementah mengetahui apakah sebenarnya sisa plastik bernilai tinggi, homogeneous dan bersih ini? Mohon Yang Berhormat EXCO beri sedikit pencerahan berkenaan perkara ini. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi :Terima kasih Yang Berhormat Jementah atas soalan berkenaan dengan industri kitar semula plastik dan soalan yang diberikan fokus adalah lebih kepada sisa import. Sebenarnya di Johor, sebenarnya ada satu statistik tapi tidak dijangka soalan ini akan timbul. Saya harap, Speaker boleh bagi masa sikit saya cari-cari. Tiada.

Page 284: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 284

YB Speaker : Masa dah lewat ni Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi :Sebab sebenarnya perkara ini dipersoalkan oleh Yang Berhormat Jementah dalam satu soalan lisan. YB Speaker : Kalau boleh bertulis pun boleh juga Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Jadi saya rasa untuk tidak membuang masa, saya akan menjawab pada Yang Berhormat Jementah secara bertulis. YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. So, sekarang sudah pukul 11.00. jadi, saya kira kita pun dah 10 soalan pada pagi ini kita selesai setakat ini. Yang Berhormat. YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon membawa Rundingan di Bawah Peraturan Tetap 29 (1) supaya ditangguhkan Mesyuarat Dewan Negeri, bagi maksud hendak membahaskan suatu perkara yang tertentu mustahaknya kepada am iaitu mengenai kepentingan untuk mengekalkan Pulau Kukup sebagai Taman Negara dan dengan ini saya menyerahkan kenyataan bertulis perkara yang hendak dibahaskan kepada Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Boleh bawa kepada saya? Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah meneliti kenyataan Rundingan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senggarang dan saya dapati Rundingan ini memenuhi Peraturan Tetap 29(1) iaitu ia adalah Perkara Yang Tertentu Khas Untuk Tertentu Mustahak Kepada Am, yang melibatkan rakyat ramai dan perlu disegerakan. Kenyataan ini berbunyi eh, Senggarang dengan ini mengusulkan isu berkenaan dengan Taman Negara Pulau Kukup. Senggarang memohon agar menimbang semula berkenaan pengguguran status Taman Negara ke atas pulau tersebut. Taman Negara Pulau Kukup merupakan satu destinasi ekopelancongan yang terkenal di seluruh dunia dan memainkan peranan pentingnya dalam sistem ekologi. Rakyat merasa gusar dengan perkara yang berlaku di atas pengguguran status tersebut. Justeru, usul ini dibawa ke Dewan yang mulia ini agar Majlis Mesyuarat Kerajaan yakni MMK mengambil maklum dan mengkaji semula status semula tentang status Taman Negara Pulau Kukup. Oleh yang demikian, di bawah peraturan Tetap 29 (2) Rundingan tersebut perlu disokong tidak kurang daripada 10 orang Ahli Dewan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyokong Rundingan tersebut diminta bangun di tempat duduk masing-masing. So, lebih dari 9 ya, lebih dari 9. Ok, terima kasih. Oleh kerana mendapat sokongan lebih daripada 9 orang Ahli Yang Berhormat, Rundingan ini kita bolehlah dibawa selepas ini. Dewan ini ditangguhkan maknanya perbahasan akan dibuat selepas ini. Kita berehat 20 minit sehingga pukul 10.25, minta maaf 11.25. Sekian. Persidangan ditangguhkan pada pukul 10.25 pagi. Persidangan disambung semula pada pukul 11.25 pagi. YB Speaker : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat seperti mana yang saya sebut sebelum berehat tadi, kita akan meneruskan Perbahasan Rundingan yang telah dikemukakan oleh Senggarang. So, saya hanya membenarkan 3 orang sahaja yang berbahas termasuk daripada Senggarang mengenai Rundingan ini dengan diberi masa 10 minit sahaja bagi setiap pembahas. Makna Senggarang akan berucap 10 minit kemudian dia akan dibahaskan oleh 2 orang lagi daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, dipersilakan Senggarang. YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Senggarang melihat pengguguran status Taman Negara kepada Pulau Kukup ini telah mengundang kegusaran yang ketara dari rakyat, sehinggakan ada di antara mereka yang membuat petisyen sebagai bantahan di atas pengguguran status tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Kukup merupakan sebuah khazanah negara yang menjadi perhatian di peringkat antarabangsa sehingga diberi status RAMSAH Dunia. Melalui maklumat daripada pihak NGO dan rakan umum, ia merupakan suatu pengiktirafan yang sepatutnya dikekalkan agar segala keunikan pulau itu terpelihara di bawah status Taman Negara.

Page 285: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 285

Yang Berhormat Tuan Speaker, selama ini Pulau Kukup adalah tempat tumpuan pelancong dan ia telah mampu membuat penduduk di sekitar Kukup Laut mampu menjana ekonomi mereka melalui kehadiran pelancong yang singgah di kawasan Kukup Laut sebelum ke Pulau Kukup. Yang Berhormat Tuan Speaker, berita yang dikeluarkan di Portal Malaysia Kini bertarikh 4 Disember 2018 yang lalu, telah mengejutkan ramai pihak sehingga ada yang menyalahkan pihak Kerajaan Pakatan Harapan kerana melihat, kerana mereka melihat dalam isu pengguguran status Taman Negara ini adalah di bawah pentadbiran kerajaan hari ini. Namun, usul ini diangkat bagi pihak kerajaan menimbang semula berkenaan dengan status ini agar tuduhan yang dilemparkan kepada pihak Kerajaan Pakatan Harapan dapat dijernihkan. Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri bahawa keputusan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Mac Tahun 2018, bermakna sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu. Selain itu, Yang Berhormat Tuan Speaker, Senggarang merasakan di gazetment yang telah dilakukan tanpa sebarang Rundingan Umum sebelum ini dan menafikan orang ramai memberi peluang untuk menimbulkan sebarang argumentasi mengenai hal ini berkenaan kepentingan awam. Beberapa argumen mengenai mengapa taman itu tidak sepatutnya dibatalkan adalah pertama, ia ditubuhkan pada tahun 1997, di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989, Taman Negara Pulau Kukup yang berjumlah 647.5 hektar merupakan Pulau Mangrove kedua terbesar di dunia. Taman itu yang merupakan komponen penting dalam rangkaian kawasan konservasi di Malaysia dan peringkat global. Yang kedua, ia ditakrifkan sebagai Wetland of Important International dengan izin, RAMSAH Site pada tahun 2003 dan membentuk jantung wilayah burung penting pesisir pantai barat daya (IBA) yang ditetapkan pada tahun 2004. Penarikan balik perlindungan undang-undang akan membuka jalan bagi pembangunan skala besar pulau itu. Ini mungkin menyebabkan kehilangan biodiversiti, dengan izin dan kerosakan ekosistem yang kritikal dengan kesan buruk pada peringkat tempatan, nasional dan global. Pada peringkat tempatan contohnya, stok ikan kita akan terjejas kerana bakau adalah tempat pembiakan untuk banyak spesies ikan komersial. Ketiga, tindakan ini bertentangan langsung dengan Dasar Kebangsaan Malaysia sendiri mengenai biologi kepelbagaian 2016 – 2025 sebagai contoh, Perkara6 dasar menyatakan bahawa menjelang 2025, sekurang-kurangnya 20% kawasan daratan dan perairan dalam pendalaman dan 10% kawasan persisiran pantai serta marin dipelihara melalui sistem kawasan perlindungan dan pemuliharaan. Keempat, tindakan ini juga bertentangan dengan beberapa perjanjian biodiversiti pelbagai hala yang telah ditandatangani seperti Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Konvensyen mengenai Wetland of Important International dengan izin, Konvensyen RAMSAH dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (UNFCCC). Kelima, dari perspektif geopolitik lokasi Pulau Kukup di Pintu Selatan ke Selat Melaka serta kedekatannya dengan Singapura dan Indonesia bererti bahawa sebarang pembangunan di sana mempunyai pelbagai implikasi termasuk ketegangan hubungan dua hala dan pencemaran persempadanan perairan dan Navigasi kapal. Yang Berhormat Tuan Speaker, justeru itu, Senggarang mencadangkan usul ini dibawa Rundingan ke Dewan yang mulia ini agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yakni MMK mengambil maklum dan mengkaji semula tentang status Taman Negara Pulau Kukup. Sekian, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Jemput, untuk pembahas seterusnya, Tenang. YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri (Tenang) : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Tenang ingin memberikan pandangan berkenaan kenapa Pulau Kukup perlu dikekalkan sebagai Taman Negara. Pulau Kukup adalah khazanah negara. Satu daripada 5 tapak RAMSAH di Malaysia. Pulau Kukup adalah kawasan hutan bakau yang kedua terbesar di dunia. Saya mengulangi fakta yang disampaikan oleh Senggarang sebab ini penting, RAMSAH adalah pengiktirafan di bawah Konvensyen Tanah Lembap Bangsa-Bangsa Bersatu. Pulau Kukup ini telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1997, yang mana luas Taman Negara berkenaan 647 hektar diliputi 800 hektar kawasan lumpur mud flat

Page 286: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 286

disekelilingnya. Sepatutnya Negeri Johor perlu berbangga kerana Pulau Kukup telah menaikkan nama Johor di peringkat antarabangsa. Pulau Kukup merupakan kawasan alam semula jadi bagi haiwan khususnya burung-burung yang berhijrah antara satu negara ke satu negara. Burung-burung ini menjadikan Pulau Kukup sebagai tempat persinggahan mereka sebelum berhijrah ke tempat lain. Pulau Kukup juga merupakan hutan bakau yang berfungsi sebagai penampan dan pelindung daripada hakisan dan ombak di kawasan berkenaan. Tenang setuju dengan misi Perbadanan Taman Negara Johor iaitu mengurus dan mengekalkan biodiversiti dan alam sekitar semula jadi di Taman-Taman Negara Johor dan Tapak RAMSAH di negeri Johor mengikut satu pengurusan bertaraf antarabangsa melalui konservasi, penyelidikan, pendidikan, ekopelancongan dan pengurusan cemerlang. Tenang juga memegang moto Perbadanan Taman Negara,Pulihara Alam Sekitar Demi Masa Depan. Oleh itu, Tenang menyokong usul yang dibawa oleh Senggarang untuk dibawa ke Dewan yang mulia ini, agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) mengambil maklum dan seterusnya mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk). YB Speaker : Ok, pembahas seterusnya kalau ada, silakan Bukit Naning. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Pulau Kukup sebagai kawasan ekosistem yang penting. Bukit Naning berpandangan bahawa Pulau Kukup mempunyai kepentingan ekosistem di mana ia merupakan tempat pembiakan ikan, udang, ketam, siput, kerang dan burung-burung. Pulau ini juga dipenuhi dengan sistem tumbuhan, tanah lembap yang menarik. Keunikan kehidupan flora dan fauna pulau ini perlu dikekalkan sehingga pulau ini akan terus menjadi destinasi pelancongan. Bahkan usaha-usaha perlu dilakukan untuk menyuburkan kehidupan flora dan fauna di pulau ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pulau Kukup terletak di lokasi di mana ia menjadi sebagai perisai, penampan ribut monsun barat daya dan sebagai penahan ombak Selat Melaka. Dengan keberadaan pulau ini Ia telah menyelamatkan tanah semenanjung sebahagian selatan daripada tiupan ribut dan mengurangkan masalah hakisan pantai. Sekiranya tiada usaha untuk mengekalkan keadaan semula jadi muka bumi Pulau Kukup ditakuti membawa masalah yang baharu seperti ribut dan hakisan pantai. Masalah hakisan pantai terbukti berlaku di pantai di Tanjung Piai di mana kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk mengatasi masalah tersebut. Punca masalah hakisan pantai tersebut apabila berlaku gangguan keadaan semula jadi pantai yang berlaku di kawasan tersebut, perkara ini tidak sepatutnya berulang dengan membiarkan Pulau Kukup ini, dicemarkan oleh pembangunan sekiranya status taman negara ini tidak dikekalkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Bukit Naning berpandangan bahawa persediaan kerajaan untuk berhadapan dengan Tahun Melawat Johor 2020 pastinya akan menjadi pincang dengan menggugurkan status Taman Negara di Pulau Kukup. Sepatutnya, Pulau Kukup dikekalkan untuk menarik perhatian pelancong ke kawasan tersebut bagi mendapatkan hasil kerajaan. Destinasi pelancongan yang baik dan masyhur di dunia akan menjadi berkurangan apabila keadaan status taman negara ini digugurkan. Ini akan menjejaskan tarikan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Dengan ini Tuan Speaker, Bukit Naning menyokong cadangan Senggarang untuk di bawa ke Dewan yang mulia ini, agar Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mengambil maklum dan mengkaji semula tentang status Taman Negara Pulau Kukup. Terima kasih. (Dewan bertepuk). YB Speaker : Terima kasih. Saya kira selesai sudah tiga orang Ahli berbahas pada pagi ini. Rundingan ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan ini dipersetujukan. Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018. YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat sambungan perbahasan atas rundingan bagi bacaan kali yang kedua Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 disambung sekarang. Saya persilakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif. Silakan. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wasyukrilillah. Pertamanya saya ingin merasakan rasa kesyukuran kerana berpeluang untuk menyampaikan penggulungan di Dewan yang mulia ini. Dan terlebih dahulu

Page 287: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 287

bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang diPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada November lalu patik mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dipanjangkan usia dan negeri Johor kekal aman, makmur dan rakyatnya hidup dalam bermuafakat yang berpanjangan. Saya, bersama-sama rakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di atas kurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor baru-baru ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan Jawatankuasa Bajet Johor 2019 yang telah berjaya menzahirkan belanjawan dengan tema Menerajui Perubahan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari sebagai belanjawan pertama kerajaan negeri Pakatan Harapan. Bajet yang mengambil kira kepentingan tiga teras utama iaitu meringankan beban kos kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik dan merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, pastinya akan memberi banyak dan kelebihan manfaat kepada rakyat keseluruhannya baik jangka masa pendek dan Panjang. Ucapan penggulungan saya ini, saya akan menyentuh berkisar dengan portfolio yang telah diamanahkan kepada saya sebelum ini. Namun demikian, saya juga akan menyentuh serba sedikit perkara-perkara penting yang menyentuh kepada agenda kerajaan negeri secara keseluruhannya. Sidang Dewan yang mulia, belanjawan sulung kerajaan baharu negeri Johor ini, sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan masyarakat Johor, lebih-lebih lagi kumpulan di seberang sana di pihak pembangkang. Saya cukup yakin, seperti yang kita jangkakan, rakan-rakan pembangkang akan terus mengkritik belanjawan negeri ini. Namun, bagi saya ini bukanlah kritikan sebaliknya apa yang kita dengar sepanjang persidangan Dewan ini, ia seolah-olah ataupun seakan-akan ejekan semata-mata dengan izin. Dengan mengambil istilah-istilah rebranding, copy and paste dan sebagainya daripada idea belanjawan kerajaan terdahulu. Yang Berhormat Tuan Speaker, jikalau kerajaan hari ini tidak meneruskan apa-apa program yang baik yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, pastilah kerajaan hari ini akan dituduh dengan pelbagai kecaman. Malah, tuduhan dan kecaman itu akan dikaitkan dengan dasar-dasar yang menggambarkan kerajaan baharu ini mengabaikan rakyat. Namun, apabila kerajaan hari ini meneruskan program-program kerajaan terdahulu dengan pakej-pakej penambahbaikan yang kami lakukan, kami dikatakan meniru pula. Jadi, bagi saya, apa pun yang kita lakukan pasti tidak akan disenangi oleh rakan-rakan pembangkang. Maka, kerana itu, saya katakan ini semua hanyalah seakan-akan ejekan semata-mata. Ibarat anak kecil yang merungut-rungut nak mendapatkan gula-gula. Jika, kita mahu membalas ejekan ini pun, saya rasa tiada gunanya. Kerana, ketika kerajaan terdahulu pernah menciplak langkah-langkah kerajaan negeri pembangkang. Pada ketika itu seperti khidmat bas percuma, pemberian air percuma dan yang seumpama dengannya. Kami pada ketika itu, amat mengalu-alukan langkah itu, sebab apa, kerana ianya sememangnya memberi keuntungan dan manfaat kepada rakyat. Jadi, apa guna kita bersikat dengan izin childish yang akhirnya rakyat akan mentertawakan kita sendiri. Malulah saya rasa. Justeru, saya ingin mengajak semua rakan-rakan khususnya di sebelah pembangkang sana agar berhati-hati apabila mengejek pihak kerajaan. Jangan sampai ibaratnya dikatakan orang meludah ke langit, akhirnya terkena batang hidung sendiri. Marilah menjadi pembangkang yang konstruktif dalam membina kemajuan demi kebaikan masyarakat. Saya, secara peribadi tidak peduli, dari mana sekali pun dasar-dasar dan cadangan-cadangan yang baik, polisi-polisi yang baik itu dari mana pun ia datang, kita bersedia untuk mengangkatnya, asalkan ia baik untuk rakyat. (Dewan bertepuk). Sebaliknya, sikap sekadar berterusan memainkan politik label-melabel, istilah copy and paste, rebranding dan sebagainya seperti mana yang dicanangkan oleh pembangkang hanyalah pada pandangan saya akan merendahkan standard dengan izin, atau peranan pembangkang tidak lagi ke tahap yang tinggi tetapi menurunkan standard itu ke tahap cyber trooper atau keyboard worrior semata-mata yang recehan di luar sana. Malcom X pernah menyebut ketika hayatnya ‘I have been enough, of someone else propaganda, I’m for truth no matter who tell it and I’m for justice no matter it is for a against dengan izin tidak kira daripada mana kebaikan itu, mutiara itu mesti diambil demi kebaikan rakyat. Tuan Speaker yang baik hati, antara agenda yang diketengahkan. Senyum ye..

Page 288: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 288

YB Speaker : Puji lebih sikit. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Antara agenda yang diketengahkan di bawah portfolio saya merangkumi beberapa inisiatif untuk membantu melatih serta meningkatkan potensi para usahawan di negeri Johor. Khususnya dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana yang merangkumi 10.8% daripada jumlah PKS keseluruhannya di Malaysia. Antara inisiatif yang diketengahkan, pertamanya ialah Pengkomersilan Harta Intelek. Inisiatif ini akan melibatkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi, kolej serta latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang berada di Johor untuk membantu dan mengkomersialkan harta intelek yang berinovasi tinggi. Usaha ini juga akan disertai dengan usaha-usaha pemadanan perniagaan antara usahawan dengan pemain dalam industri. Langkah ini adalah selaras dengan inisiatif untuk mempercepatkan proses pertumbuhan produktiviti para usahawan kita di negeri Johor. Kedua, Inisiatif Usahawan Mikro. Inisiatif yang bakal memanfaatkan 300 orang usahawan yang meliputi latihan, bantuan pembelian keperluan mesin dan peralatan serta program-program promosi bagi membantu meningkatkan keberkesanan kempen promosi usahawan mikro dari pelbagai bidang. Yang ketiga, membangunkan pusat inkubator usahawan. Sebuah pusat inkubator di kawasan Perbadanan Islam Stulang Baru. Pusat ini bakal menempatkan sejumlah 34 unit lot yang akan dapat dimanfaatkan oleh usahawan baru Bumiputera. Keempat, Misi Jejak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Inisiatif ini adalah misi turun ke padang untuk bertemu dengan para usahawan, untuk memberi bimbingan secara langsung. Misi ini menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 200 usahawan dari pelbagai bidang. Misi ini penting. Kerana ia adalah tujuan serampang dua mata. Pertama, kita mahu mewujudkan budaya di kalangan agensi untuk turun bertemu, kenal pasti dan memberi respons penyelesaian secara segera kepada para usahawan kita. Kedua, kita mahu para usahawan juga responsive dan proaktif dalam menyelesaikan dan membantu memajukan industri mereka. Dengan cara ini, karenah birokrasi akan dapat diminimakan. Inilah asas peranan kerajaan kepada rakyat. Seterusnya yang kelima, penganjuran Johor Halal Festival. Program khas ini bakal diadakan pada tahun 2019, insya-Allah. Tujuan utama penganjuran Johor Halal Fest ini untuk menambah sebuah lagi platform penting kepada usahawan bagi meningkatkan lagi potensi pasaran perusahaan di peringkat negara dan juga serantau. Penganjuran Johor Halal Fest ini akan menarik bukan sahaja menarik pengunjung tempatan, malah pengunjung-pengunjung antarabangsa. Lokasi Johor yang cukup strategik akan dimanfaatkan demi kita ingin menarik sebanyak mungkin peserta di kalangan usahawan serta minat para pelabur dan pemain-pemain di kalangan multi nasional corporation dengan izin yang bekerjasama membangunkan usahawan Johor yang meliputi pelbagai produk daripada makanan, barangan kosmetik, perkhidmatan halal dan sebagainya. Kita mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 produk akan dapat dihimpunkan dan dipamerkan untuk tujuan jualan. Sesi padanan perniagaan juga akan menjadi sasaran penting dalam Johor Halal Fest ini. Yang Berhormat Speaker, memetik saranan daripada Yang Berhormat Larkin, untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan negeri Johor sentiasa mahu memastikan sektor keusahawanan di negeri Johor dapat bergerak maju ke hadapan bagi memastikan usahawan di Johor dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka. Oleh itu, kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) melalui Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) telah merancang rangka kerja yang komprehensif bagi memastikan usahawan di negeri Johor benar-benar menjadi usahawan yang betul-betul berjaya. Inisiatif yang berbentuk bantuan dan latihan keusahawanan bagi memberi manfaat kepada usahawan khususnya dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak dipandang mudah oleh kerajaan negeri. Untuk tahun hadapan sahaja, seramai 300 orang usahawan mikro bakal menerima manfaat dari inisiatif usahawan mikro ini. Inisiatif ini merupakan satu galakan bagi memastikan para usahawan dapat terus dibantu dan dibangunkan. Selain itu, kerajaan negeri percaya usahawan di Johor dapat dibangunkan sekiranya kedua-dua belah pihak yakni kerajaan negeri sendiri dan pelabur-pelabur luar dapat kita wujudkan. Kerajaan negeri juga tidak hanya menyalurkan bantuan semata-mata sebaliknya

Page 289: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 289

satu sinergi perniagaan akan diwujudkan contohnya melalui Johor Halal Fest Study yang akan memberi manfaat kepada ribuan usahawan di Johor. Kerajaan negeri percaya melalui festival ini usahawan dapat memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Yang Berhormat Speaker yang baik budi, ingin saya bercakap sedikit berkaitan dengan Ekonomi Kreatif dalam sesi penggulungan ini. Semasa saya menerima portfolio Ekonomi Kreatif yang baru di negeri Johor ini ramai orang tertanya-tanya apa dia Ekonomi Kreatif ini. Sebelum saya mengulas mengenai peruntukan belanjawan dalam Ekonomi Kreatif mahu pun tujuan-tujuannya adalah baik saya rasa saya terangkan apakah dia Ekonomi Kreatif di sini. Dengan penjelasan ini ia akan dapat membantu semua pihak mendapat panduan yang jelas dan dapat terlibat dalam memberi pandangan mereka pada masa yang akan datang.

Ada pihak yang mengatakan Ekonomi Kreatif adalah perkara-perkara berkisar tentang kesenian dan kebudayaan. Tengok orang menari, wah cukup kreatif atau ada juga yang selalu mengaitkan Ekonomi kreatif ini berkaitan dengan filem ataupun animasi ataupun multimedia ataupun gamification dengan izin. Tidak kurang juga yang menganggap Ekonomi Kreatif ini adalah gabungan antara seni dan juga teknologi-teknologi digital ataupun IT. Sesungguhnya semua anggapan tersebut tidaklah salah namun pada saya tidak lengkap Ekonomi Kreatif merangkumi semua bidang-bidang daripada kesenian, kebudayaan, warisan, pelancongan, perusahaan dan juga termasuk teknologi.

Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan United Kingdom mendefinasikan ekonomi kreatif sebagai industri-industri yang berpunca daripada kreativiti kemahiran atau pengetahuan bakat individu yang berpotensi untuk menjana kekayaan dan mencipta peluang pekerjaan melalui penghasilan dan ekplotasi intelek. Di Malaysia kita ada dasar industri kreatif negara. Apa kata dasar industri kreatif negara, ditakrifkan Ekonomi Kreatif sebagai penggemblengan dan penghasilan kebolehan serta bakat individu atau kumpulan berasaskan kepada kreativiti inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya dan nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia. Dengan kata lain apa sahaja penghasilan berdasarkan kreativiti adalah ekonomi kreatif. Ia adalah nilai tambah kepada produk-produk hasil daripada reka cipta seseorang ataupun kumpulan.

Yang Berhormat Speaker, agenda Ekonomi Kreatif pastilah akan menjurus kepada realiti revolusi industri 4.0. Pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor dalam belanjawan baru-baru ini telah dinyatakan bahawa kerajaan akan mewujudkan satu unit khas Ekonomi Kreatif. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk merancang, menyusun dan melaksanakan pelan dan program-program dengan lebih telus, teratur dan menyeluruh mengikut dasar dan objektif yang telah digariskan oleh kerajaan negeri. Ini merupakan inisiatif awal untuk mengerakkan dan memajukan potensi Ekonomi Kreatif negeri Johor.

Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah mengumumkan satu inisiatif untuk merangka pelan tindakan Ekonomi Kreatif negeri Johor. Satu kajian akan dijalankan untuk kita kenal pasti potensi-potensi serta pelbagai maklumat penting sebagai input kepada pelan tindakan Ekonomi Kreatif ini. Seperti yang dijelaskan sehingga kini belum lagi ada mana-mana data dan maklumat yang sistematik dimilikki oleh kerajaan negeri untuk merangka dan merancang pembangunan Ekonomi Kreatif.

Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menerangkan dan menyentuh serba sedikit mengenai rasionalnya cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan belanjawan baru-baru ini mengenai usaha untuk menjalankan satu kajian dalam menghasilkan dengan izin, blue print atau cetak biru untuk Ekonomi Kreatif negeri Johor. Sebelum apa-apa perancangan dan pelaburan dibuat adalah penting bagi kerajaan untuk memiliki maklumat yang lengkap dan jelas bagi menentukan dasar untuk memajukannya. Pembangunan bidang baru ini iaitu Ekonomi Kreatif pastinya memerlukan objektif dan hala tuju yang jelas agar semua pihak baik daripada Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan dan rakyat keseluruhannya dapat memahami dan bekerjasama bagi menjayakan agenda ini.

Dasar dan matlamat Ekonomi Kreatif ini pastilah untuk kepentingan rakyat. Secara amnya program-program ini akan dirancang dan akan melibatkan peranan daripada pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri mahupun persekutuan. Kerjasama strategik akan digembleng bagi meningkatkan sinergi antara semua pihak.

Page 290: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 290

Yang Berhormat Tuan Speaker yang bijak bestari, izinkan pula saya menjelaskan inti pati program-program di bawah inisiatif Ekonomi Kreatif. Penjelasan saya ini juga akan menyentuh perhatian Yang Berhormat Larkin contohnya, dalam ucapan perbahasan beliau. 2 program di bawah ekonomi kreatif ini yang pertama, Inisiatif Ekonomi Kreatif Johor, Inisiatif Ekonomi Kreatif Negeri Johor. Di peringkat perancangan kerajaan negeri pengisian utama dalam program ini adalah acara kreatif pitching yang tujuan utamanya program ini adalah untuk mengenal pasti bakat dan menarik ke hadapan para pereka cipta, inovator dan penghasil produk kreatif untuk tampil memperkenalkan idea dan produk mereka untuk dibangunkan dan dimajukan.

Pemilihan ini akan melibatkan pakar-pakar kreatif dalam bidang industri kreatif dari pelbagai bidang. Pakar-pakar ini akan membantu menilai idea dan produk yang akan diketengahkan oleh pereka cipta Johor dan seterusnya mereka yang terpilih akan dibantu menerusi geran yang telah disediakan. Geran-geran ini pastilah meliputi bantuan untuk latihan di dalam mahupun di luar negara serta bantuan pembelian peralatan yang diperlukan untuk memajukan produk-produk kreatif mereka. Kita mensasarkan sekurang-kurangnya di peringkat awal ini 20 pereka cipta atau usahawan kreatif akan memperolehi manfaat daripada geran ini.

Kami sebagai kerajaan sememangnya bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Larkin, bahawa pemberian geran sahaja pastilah tidak memadai. Kita juga tidak mahu melahirkan budaya dengan izin grant junkis ataupun penagih-penagih ini di kalangan pihak-pihak yang tidak ataupun kurang serius. Maka di sini telah saya gariskan bahawa pemberian geran-geran kepada pereka cipta dan usahawan kreatif ini akan ditambah baik daripada modul kerajaan sebelum ini. Ciri-ciri penambahbaikan ini meliputi pemilihan oleh pakar-pakar dalam sektor industri kreatif. Ini bagi memastikan pemberian geran bukan berdasarkan pilih kasih ataupun favouritesime dengan izin ataupun secara selektif. Pakar ataupun panel pakar mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang mereka dan ini akan membantu mengenal pasti mereka yang benar-benar berbakat, yang benar-benar komited dan serius dengan usaha-usaha kreatif yang mereka lakukan.

Maka risiko pertama ialah pemilihan usahawan yang selektif dapat kita hindarkan. Yang kedua geran-geran yang akan ditawarkan ini adalah juga berdasarkan cadangan pakar samada ia berbentuk geran kewangan, peralatan atau geran latihan intensif kepada mereka yang terpilih. Program latihan intensif ini juga akan melibatkan kerjasama dengan beberapa institusi dalam mahupun luar negara. Kita ambil contoh seperti di Bandung, kalau luar negara di Indonesia, di Singapura, di Thailand dan sebagainya. Latihan ini akan memberi pendedahan terbaik kepada mereka yang terpilih tentang bagaimana potensi sesuatu produk atau perniagaan itu dapat dimajukan. Pendedahan amat penting bagi menyedarkan diri usahawan akan potensi diri mereka untuk maju ke tahap yang tertinggi.

Setiap geran yang diberikan akan diselia dan dipantau setiap masa bagi memastikan mereka yang mendapat geran ini benar-benar memanfaatkannya. Perkara ini merupakan aspek terpenting bagi memastikan perkembangan atau dengan izin, progress mereka berjalan dengan baik dan betul. Kerajaan menginsafi adalah menjadi pertikaian oleh mana-mana pihak pun kepada kerajaan dalam memberi fokus untuk setiap pembangunan. Justeru saya mengambil maklum bahawa selain soal kuantiti usahawan yang kita kejarkan kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk memastikan kualiti usahawan atau produk itu akan sentiasa meningkat. Maka semua program-program yang akan saya jalankan akan mengambil kira kedua-dua asas penting yang telah saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kedua ialah berkaitan dengan hab kreatif. Kerajaan sedang merancang untuk mewujudkan sebuah hab yang menjadi pusat kegiatan berkaitan Ekonomi Kreatif. Pusat ini akan menyediakan ruang pameran, studio reka cipta dan juga mini pentas untuk aktiviti kesenian mahupun forum-forum Ekonomi Kreatif. Untuk tujuan ini kita berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak swasta mahupun agensi negeri atau pusat untuk membantu mewujudkan hab kreatif ini.

Kerjasama strategik penting bagi kerajaan negeri kerana ia bukan sahaja akan dapat menjimatkan kos pembangunan malah ia akan dapat membantu mengembangkan lagi jaringan kerjasama erat dengan pelbagai pihak. Jaringan ini akan memberi manfaat kepada para pereka cipta untuk mempromosikan produk kreatif mereka termasuklah sehingga ke peringkat antarabangsa. Saya menghargai sokongan Yang Berhormat Tenang dalam agenda inisiatif Ekonomi Kreatif. Pelan-pelan asas yang kami rancangkan ini pastinya bermatlamatkan jangka panjang. Antaranya kita akan berusaha menyediakan asas yang betul agar pada masa akan datang siapa juga yang akan mewarisi portfolio ini akan dapat meneruskan pembangunan Ekonomi Kreatif degan lancar dan teratur. Saya ulang, siapa juga yang akan datang ini mewarisi portfolio Ekonomi Kreatif akan dapat meneruskan pembangunan dengan lancar dan teratur.

Page 291: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 291

Pada ketika itu kalau bukan saya sekalipun insya-Allah saya tak akan claim ini rebranding dan sebagainya. Ini untuk kesejahteraan negeri dan juga rakyat. (Dewan bertepuk). Dengan asas yang betul ini ia akan dapat terus membantu memajukan ekonomi rakyat dan seterusnya menyumbang kepada KDNK negeri sepertimana pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tenang. Selain itu suntikan peranan Ekonomi Digital juga amat penting. Saya ulang suntikan peranan Ekonomi Digital juga amat penting. Menerusi 2 program induk yang telah saya nyatakan di atas ataupun awalnya tadi inisiatif Ekonomi Kreatif Johor dan juga hab kreatif kesemuanya akan berorientasikan digital. Sebuah direktori kreatif akan diwujudkan dengan kerjasama Digital Johor untuk memastikan segala prasarana digital dapat dibangunkan seiring dengan program Ekonomi Kreatif yang telah kita rangkakan ini.

Daripada semua usaha ini ia akan menjadi langkah yang kemas untuk menyediakan Johor pada pelan jangka masa panjang dapat memasuki peta Industri Kreatif Serantau. Macam mana nak masuk peta tu? Lukis aja, atau macam mana. Saya ambil contoh Singapura, Indonesia dan Pulau Pinang telah terlebih dahulu mewujudkan prasarana dan fasiliti untuk memajukan Ekonomi Kreatif mereka. Kota Bandung sebagai contoh kini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai smart city manakala Singapura sebelah saja daripada kita ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai kota seni reka. Pulau Pinang dalam Malaysia juga telah diiktiraf sebagai kota warisan. Kalau kita lihat jiran kita juga Indonesia, Pekalongan telah dikenal di angkat oleh UNESCO sebagai bandar kraf, terkenal dengan gaya hidup dan batik di Pekalongan ini. Saya ingat kita konflik apabila Indonesia kata batik daripada mereka kemudian kita pun terpinga-pinga. Jadi ada kaitan dengan pengkomersialan tadi ataupun IP tadi yang saya nyatakan di awal tadi.

Kita lihat Phuket, kita nengok Phuken macam tak ada apa-apa, rupanya Phuket ini diangkat oleh UNESCO dalam aspek gastronomy makanan dan sebagainya. Johor pun banyak juga makanan ada Laksa Johor dan macam-macam lagi. Maka kalaulah kita melihat perkembangan ini saya rasa kita boleh mengangkat Johor juga berada dalam list UNESCO ini seterusnya boleh mengangkat imej Johor ke mata dunia. Kalau kita lihat di mana-mana Benut ke, di Semarang ke boleh diangkat sebagai pekan atau kota apa sahaja yang diiktiraf oleh dunia, ini akan mengangkat nama baik negeri Johor. Dengan pengiktirafan berprestij seperti ini ia bukan sahaja meletakkan Johor dalam carta Ekonomi Kreatif di dunia malah paling utama ia akan merancakkan lagi penghasilan dan kegiatan pereka cipta serta usahawan kreatif di negeri Johor. Manfaat ini pastinya akan melimpah kepada rakyat negeri Johor apatah lagi dari aspek ekonomi apabila pelabur-pelabur luar masuk ke dalam negeri Johor dalam konteks ini.

Yang Berhormat Speaker yang bijak bistari, memetik pertanyaan dari ADUN Tenggaroh,

YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, puji itu sekali sahaja. Kalau banyak kali dah nilai tak ada nilai. (Dewan ketawa).. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Ok. Memetik pertanyaan dari ADUN atau pun Yang Berhormat Tenggaroh berkenaan Koperasi Komuniti Johor yang diberikan peruntukan geran padanan berjumlah RM 1 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Tenggaroh, Koperasi Komuniti Johor ini merupakan program bagi membangunkan sosio ekonomi bagi masyarakat kampung. Komuniti dan juga kejiranan melalui platform keusahawanan koperasi. Melalui program ini juga, dapat meningkatkan pendapatan dan menciptakan peluang pekerjaan kepada penduduk komuniti berkenaan. Program ini hanya memfokuskan kepada koperasi kecil dan sederhana sedia ada yang berada dalam lokaliti komuniti di setiap daerah di negeri Johor ini merangkumi kawasan bandar dan juga kawasan-kawasan luar bandar. Program ini akan dilaksanakan menggunakan kaedah geran padanan yang mana koperasi terpilih hendaklah mempunyai kewangan dalaman sebagai komitmen dan kerajaan negeri Johor akan menampung sebahagian sahaja kos projek yang lainnya. Pemilihan Koperasi Komuniti Johor ini akan melalui proses penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa Perlaksanaan dan Jawatankuasa Induk Program. Syarat dan kriteria bagi mendapatkan geran padanan adalah seperi berikut. 1. Koperasi mestilah berdaftar sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun minimum. 2. Mematuhi perundangan dan juga peraturan-peraturan berkaitan koperasi. 3. Mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan tidak boleh miss, tidak boleh terlepas. 4. Akaun semasa koperasi mestilah diaudit. 5. Telah menjalankan aktiviti perniagaan. 6. Anggota Lembaga Koperasi telah mengikuti kursus-kursus wajib yangt elah ditetapkan. 7. Koperasi berpotensi untuk berkembang melalui aktivis setempat yang mereka utarakan.

Page 292: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 292

Selain Koperasi Komuniti Johor ini terdapat satu lagi inisiatif oleh kerajaan untuk membantu mengerak aktifkan keusahawanan koperasi khususnya di peringkat sekolah. Program khas dinamakan Azam Usahawan Muda Johor atau Johor Young Entrepeneur Strive For Success dengan izin. Program ini melibatkan 11 Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negeri Johor dengan 272 koperasi sekolah. Saya berharap program ini tentunya memberikan pendedahan awal kepada koperasi-koperasi di peringkat sekolah ini berfokuskan 6 bidang utama koperasi yang telah saya perjelaskan sebelum Dewan baru-baru ini. Yang Berhormat Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad, ImCoop mensasarkan kepada penduduk ataupun masyarakat atau pun golongan B40 di kawasan bandar dan luar bandar melalui pelaksanaan Kedai Harga Patut. Sehingga kini ImCoop telah mempunyai 8 outlet di bawah seliaan sendiri. Manakala 13 outlet yang dimiliki oleh gerakan koperasi melalui model joint venture dengan izin, merangkumi kawasan bandar dan juga luar bandar. Sebagai contoh di kawasan luar bandar, terdapat outlet di FELDA Air Tawar 5, Desa Temu Jodoh Chaah, Kampung Abdul Ghani Othman Pengerang, di Senggarang dan Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi. Manakala di kawasan B40 di bandar pula pembukaan outlet berada di Larkin, di Kota Masai, Setia Tropika, Bandar Universiti dan Batu Pahat telah dapat membantu golongan bersasar untuk memperolehi barang keperluan harian pada harga yang berpatutan tetapi kompetitif. Bagi memberi nilai tambah kepada perniagaan peruncitan yang dilaksanakan oleh ImCoop, kerajaan juga telah melaksanakan program My Farm Outlet. Program ini merupakan program antara yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memfokuskan penjualan barang keperluan basah kepada pengguna seperti ayam, ikan, daging, sayur sayuran dan buah- buahan. Di bawah program ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.01 juta bagi program My Farm Outlet kepada 18 outlet kedai harga patut ImCoop. Selain itu juga kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga menyediakan peruntukan RM200,000.00 kepada ImCoop bagi melaksanakan pusat pengedaran bagi memasarkan barang-barang basah. Dengan kewujudan ini, akan dapat memanfaatkan kepada semua outlet ImCoop selain membuka peluang kepada peniaga-peniaga tempatan untuk sekitar negeri Johor ini terus berkembang dan mendapat bekalan barang basah dan seterusnya dapat memenuhi keperluan pengguna dengan harga yang berpatutan. Selain itu kerajaan melalui Suruhanjaya juga mempunyai sumber kewangan seperti geran, bantuan pembangunan dan juga tabung modal pusingan yang boleh dimanfaatkan oleh Koperasi Iskandar Malaysia Berhad, ImCoop bagi merancakkan lagi aktiviti perniagaan mereka di masa hadapan. Selain itu, memetik persoalan dari ADUN, dari Yang Berhormat Tenggaroh mengenai pembaharuan yang akan dibuat oleh kerajaan untuk menjayakan dan merancakkan lagi koperasi ImCoop terutamanya di kawasan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada kedudukan terkini koperasi ImCoop ini, tiada lagi perancangan untuk penambahan outlet cawangan di sekitar negeri Johor. 8 outlet yang sedia ada milikan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad, ImCoop akan ditambah baik bagi memastikan keperluan barangan memenuhi permintaan masyarakat setempat sehingga mereka betul-betul stabil. Walau bagaimana pun Koperasi ImCoop terbuka sekiranya terdapat koperasi-koperasi asas dan individu persendirian yang ingin membuka outlet ImCoop ini. Yang Berhormat Speaker, saya sudah hampir sampai ke akhirnya. Sebagai rumusan kepada ucapan penggulungan saya ini, saya nyatakan dengan jelas dan tegas bahawa kepercayaan rakyat yang diberikan kepada kami akan kami galas dengan penuh amanah dan juga dedikasi. Di bawah portfolio saya telah dijelaskan bahawa iltizam dan iltizam kerajaan negeri untuk memastikan segala perancangan dan agenda rakyat akan kita laksanakan dengan bersungguh sungguh. Dalam bidang keusahawanan, dasar dan juga agenda ini adalah selaras dengan hasrat belanjawan kerajaan persekutuan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan November lalu bahawa kita sedang menuju ke arah negara keusahawanan dengan izin, Entrepreneurship Economy. Agenda ini akan meletakkan fungsi kerajaan dan peranan pihak swasta untuk sama-sama bekerja dan melabur dalam sektor keusahawanan. Malah dalam model-model di bawah portfolio saya khususnya, inisiatif Ekonomi Kreatif sebagai contoh, saya akan menerapkan model pembangunan bersama-sama dengan pihak swasta. Ini akan menjadikan sumber-sumber yang ada dapat digunakan dengan berhemah malah kelebihan daripada setiap entiti ini dapat kita optimumkan. Dalam konteks inisiatif Ekonomi Kreatif, saya bertekad agar rancangan-rancangan yang telah disusun akan digerakkan secara bersepadu dengan kerjasama jabatan, agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan termasuk juga pihak-pihak swasta. Ramuan ini adalah berasaskan matlamat negara yang

Page 293: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 293

sedang menuju ke era Revolusi Industri 4.0. Dalam aspek koperasi saya ulangi sekali lagi, saya merumuskan bahawa, langkah penambahbaikan fungsi koperasi akan dilaksanakan secara teliti dan komprehensif. Usaha penambahbaikan ini akan meneliti dan mengenal pasti aktiviti koperasi yang suam-suam kuku dan bermasalah dan kita akan meningkatkan lagi potensi koperasi yang telah berjaya ke tahap yang lebih baik. Tujuan bagi usaha ini adalah untuk memastikan agenda penubuhan koperasi menerusi aktiviti-aktivitinya benar-benar menuju ke arah objektif penubuhannya yang sebenar. Ini merupakan langkah penting sesuai dengan agenda mereformasikan kesemua keseluruhan institusi bagi memastikan sistem tadbir urus yang cekap, telus dan juga adil Yang Berhormat Speaker, tugas yang telah di amanahkan ini, insya-Allah akan saya dan seluruh jentera kerajaan negeri melaksanakan dengan sebaiknya. Saya menggesa kepada seluruh anggota kerajaan dan masyarakat untuk sama-sama berganding bahu melaksanakan agenda murni kita ini. Tetap buluh panjang suluh, mari jolok sarang penyengat, angkat doa jari sepuluh, doa minta biar selamat. Sekian, Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif yang telah panjang lebar menggulung perbahasan pada pagi ini. Seterusnya saya persilakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian. Silakan. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu bersempena dengan sambutan hari Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Jajahan Takluk Johor yang ke-60 November lalu. Patik mengambil kesempatan ini merafak sembah, menjunjung setinggi tinggi Kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyatnya hidup bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Dato’ Haji Osman bin Sapian atas penganugerahan Darjah Kebesaran Darjah Mahkota Johor Yang Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Mahkota Johor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan baru-baru ini serta tahniah atas pembentangan Belanjawan 2019 yang begitu inklusif selaras dengan tema “Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari”. Alhamdulillah Belanjawan Johor 2019 telah menyentuh pelbagai inisiatif khususnya yang melibatkan portfolio Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian. Inisiatif-inisiatif tersebut merupakan usaha dan iltizam kerajaan negeri Johor yang bermatlamat tidak lain tidak bukan untuk menjamin pembangunan negeri yang lebih mampan dalam waktu yang sama ianya dapat memastikan rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera, bahagia dan makmur. Oleh yang demikian adalah menjadi harapan kami agar inisiatif-inisiatif yang telah Kerajaan Pakatan Harapan Johor sediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di negeri Johor ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sepanjang sesi Perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat telah memberikan komitmen yang terbaik dan di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas setiap pandangan, cadangan dan juga teguran khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio saya sebagai EXCO Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian. Sehubungan dengan ini, izinkan saya untuk meneruskan sesi ucapan penggulungan dari pihak kerajaan bagi menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tangkak ada menyarankan supaya Hospital Tangkak di naik taraf bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Untuk makluman Hospital Tangkak adalah merupakan hospital daerah tanpa pakar. Hospital ini menyediakan perkhidmatan perubatan bagi rawatan kecemasan dan trauma, perawatan pesakit dalam dan perkhidmatan sokongan klinikal seperti perkhidmatan farmasi, perkhidmatan pengimejan diagnostik dan perkhidmatan ujian makmal. Purata jumlah kemasukan pesakit adalah 430 orang sebulan. Kadar penggunaan katil adalah 44.79% bagi 69 bilangan katil. Pada masa ini perkhidmatan kepakaran diberikan melalui perkhidmatan pakar atas rawatan yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Seiring dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia, perkhidmatan kepakaran akan ditambah baik dengan melakukan inisiatif Hospital Kluster. Projek Hospital Kluster Johor melibatkan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Hospital Pakar Tangkak, Hospital Tangkak dan Hospital Segamat yang dirancang dilaksanakan pada tahun 2019. Bagi persoalan menaik taraf Klinik Kesihatan Jalan Paya Mas, Tangkak, Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Page 294: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 294

telah mengemukakan permohonan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Paya Mas sedia ada kepada Klinik Kesihatan Jenis 3 Paya Mas yang baru di bawah Rolling Plan 4. Rancangan Malaysia Ke-11, (RP4, RMK 11), walau bagaimana pun permohonan tidak diluluskan oleh Agensi Pusat. Permohonan projek ini akan diangkat semula di bawah Rolling Plan yang akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Pekan Nenas, sehingga kini di negeri Johor terdapat 3 buah pusat hemodialisis di fasiliti kesihatan iaitu 2 yang beroperasi di Klinik Kesihatan Simpang Renggam, Kluang dan Klinik Kesihatan Bandar Mas, Kota Tinggi. Manakala sebuah lagi dalam proses pembinaan di Klinik Kesihatan Tenggaroh 2, Mersing. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengalu-alukan cadangan bagi mengubahsuai sebahagian bangunan Klinik Kesihatan Pekan Nanas kepada Pusat Hemodialisis. Perkara ini telah diambil maklum oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh kerana penubuhan Pusat Hemodialisis di fasilitis Klinik Kesihatan memerlukan perancangan yang sangat rapi dan terperinci yang melibatkan kos yang tinggi dan anggota kesihatan yang terlatih. Tindakan memperhalusi perkara tersebut sedang diambil melibatkan keperluan anggota dan sumber-sumber lain. Untuk makluman Yang Berhormat Layang-Layang dan Semarang kerajaan negeri Johor telah melantik Syarikat Maju Sihat Sdn. Bhd. Sebagaimana pelaksana Program Kad Sihat Johor. Laman

web Kad Sihat Johor adalah www.majusihat.com.my. Buat masa ini laman web ini mengandungi

pautan senarai klinik-klinik panel yang berdaftar dan borang permohonan klinik sebagai klinik panel. Manakala pautan lain seperti cara membuat permohonan, borang permohonan, pendaftaran online, semak status permohonan, semak kelayakan, manfaat skim dan semakan senarai Pejabat ADUN akan di kemas kini untuk tahun 2019 apabila kelayakan Kad Sihat Johor dilanjutkan kepada mereka di luar senarai e-Kasih dan meliputi lebih ramai golongan B40.

Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Machap ada mencadangkan agar bantuan kupon perjalanan dikembangkan kepada pesakit buah pinggang yang kebiasaannya mendapat rawatan di pusat hemodialisis sebanyak 3 kali seminggu. Cadangan ini akan dibawa untuk pertimbangan sekiranya pesakit yang berkaitan memenuhi kriteria -kriteria yang ditetapkan selaras dengan tujuan asal program ini dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan pada kumpulan sasar.

Untuk makluman Yang Berhormat Machap juga Kementerian Kesihatan Malaysia ada menjalankan pemantauan kualiti air di seluruh negeri Johor melalui program kawalan mutu air minum pemantauan ini dilakukan dengan pengambilan sampel-sampel air di stesen pensampelan yang telah ditetapkan bersama oleh syarikat air. Pensampelan air ini diambil pada setiap minggu dan sampel tersebut di analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia bagi menentukan kualiti air yang dibekalkan oleh syarikat air. Pada tahun 2018, melalui pemantauan oleh pihak kesihatan kualiti air yang dibekalkan oleh syarikat air mematuhi piawaian QAP kebangsaan yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Bukit Naning Jabatan Kesihatan Negeri Johor sentiasa memantau keadaan semasa penyakit berjangkit yang berlaku di kalangan warga asing di negeri Johor. Pemantauan ini dilakukan melalui beberapa mekanisme seperti saringan kesihatan perubatan FOMEMA. Saringan demam di pintu masuk antarabangsa. Notifikasi penyakit berjangkit daripada klinik kerajaan dan swasta. Bagi pekerja asing yang bekerja secara sah di Malaysia mereka perlu melakukan saringan kesihatan sebelum mereka dibenarkan tinggal di sini seperti ditetapkan di bawah Seksyen 9, Seksyen 1 (C) Akta Imigresen 1959, 63 Akta 155 ‘sekiranya pekerja asing didapati menghidap penyakit berjangkit seperti HIV, Tibi, Hepatitis B, Sifilis, Malaria dan Kusta majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang dengan kadar segera dengan memohon memo periksa keluar oleh Imigresen.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh alam sekitar yang dibangkitkan oleh YB Senggarang. Bagi aktiviti perlombongan dan kuari yang tertakluk di bawah aktiviti yang ditetapkan satu kajian EIA hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar sebagaimana kehendak perintah kualiti alam sekitar. Aktiviti yang ditetapkan penilaian kesan terhadap alam sekitar 2015. Kajian ini perlu dibuat bagi mencegah masalah alam sekitar oleh aktiviti pembangunan serta mengatasi kesilapan yang merugikan dalam perlaksanaan projek. Sehubungan dengan itu, sekiranya laporan EIA bagi cadangan pembangunan itu telah diluluskan oleh jabatan ini. Syarat-syarat kelulusan yang ketat akan diberikan kepada pemaju untuk memastikan impak pencemaran daripada pembangunan yang dijalankan dapat dicegah, dikawal dan dikurangkan. Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar hanya meluluskan Laporan EIA tersebut sahaja dan bukan kelulusan terhadap perlaksanaan projek di mana yang di bawah bidang kuasa pihak yang meluluskan.

Page 295: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 295

Yang Berhormat Tuan Speaker, tujuan utama perlaksanaan projek tebatan banjir adalah untuk mengurangkan masalah dan risiko banjir yang dihadapi oleh orang ramai ataupun kawasan yang terlibat. Sebelum sesuatu projek dilaksanakan beberapa peringkat akan terlibat. Sebelum sesuatu projek dilaksanakan beberapa peringkat akan terlibat termasuklah peringkat perancangan dan reka bentuk ia dijalankan bagi memastikan projek dilaksanakan tidak memberi impak negatif apabila siap.

Kenyataan oleh YB Senggarang bahawa projek tebatan banjir yang merosakkan tanaman menjadi isu utama bagi petani tidak dapat dijawab dengan jelas kerana tiada lokasi spesifik yang dinyatakan. Di harap YB dapat memberikan maklumat tentang projek mana yang dimaksudkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran. Seperti maklum projek-projek skim pertanian bersepadu Johor, projek skim pertanian bersepadu Johor barat adalah dengan menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan. Setelah siap projek tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri Johor. Sememangnya kerajaan negeri Johor menyedari masalah yang dihadapi di kawasan ini dan bersetuju agar kajian semula perlu dibuat bagi skim ini kerana diperhatikan ia tidak mampu untuk menampung keperluan masa kini akibat dari perubahan guna tanah, muka bumi dan sebagainya. Memandangkan kawasan tersebut adalah luas dan pelbagai struktur serta komponen yang terlibat meliputi sistem saliran, pengairan, jalan ladang, empangan, bentang pantai jambatan dan sebagainya yang pastinya melibatkan peruntukan yang tinggi. Kerajaan Johor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun memohon peruntukan berdasarkan komponen terlibat kepada kerajaan persekutuan. Peruntukan untuk pembaikan benteng pantai misalnya telah diluluskan pada tahun 2018 namun di tangguh sementara bagi dijalankan kajian yang lebih teliti setelah pertukaran kerajaan tempoh hari. Manakala bagi pembaikan perkara lain kerajaan Johor percaya ia akan dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan dari masa ke semasa.

Buat masa ini kerajaan Johor menyalurkan peruntukan tahunan kepada JPS untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran, perparitan dan sungai namun untuk menyelenggara setiap tahun semua saliran yang panjangnya melebihi 400 kilometer dalam kawasan Johor Barat pada setiap tahun adalah di luar kemampuan. Tahap kesuburan air yang tinggi yang cepat membiak dalam sungai dan parit yang menyekat aliran air juga menjadi faktor yang membimbangkan. Kesuburan yang tinggi ini dijangka berpunca dari kandungan baja yang tinggi dalam air sungai dan parit tersebut. Sehubungan itu, kerjasama daripada pengusaha aktiviti pertanian khasnya yang berada berdekatan sungai atau parit supaya melakukan pembajaan yang sistematik atau tidak mengalir ke sungai atau parit amatlah dialu-alukan.

Begitu juga bagi makluman YB Seri Medan, kawasan Seri Medan terletak dalam skim pertanian bersepadu Johor barat. Pihak kerajaan Johor menyedari masalah yang dihadapi di kawasan ini. Dan, bersetuju agar satu kajian semula perlu dibuat bagi menangani limpahan air yang semakin banyak. Limpahan air ini bukannya berlaku sejak beberapa bulan terakhir ini tetapi telah pun berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini berlaku akibat dari pelbagai faktor termasuklah perubahan guna tanah di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman YB Panti perlaksanaan berkaitan projek tebatan banjir yang harganya berskala besar kebiasaannya dilaksanakan oleh JPS. Manakala bagi pembinaan saliran atau sistem longkang moon soondalam bandar bagi mengelak bagi mengelak banjir kilat di kawasan bandar dilakukan oleh pihak PBT. Longkang tepi jalan oleh JKR dan saliran atau perparitan secara tidak langsung di luar bandar atau dikampung-kampung oleh JPS dan Pejabat Tanah. Oleh itu peruntukkan yang khas oleh kerajaan Johor untuk tebatan banjir dan saliran sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah yang dinyatakan oleh YB. Selain peruntukan dari negeri terdapat juga peruntukan dari kerajaan persekutuan berkaitan perkara ini. Tuduhan yang menyatakan kerajaan negeri tidak mengambil berat masalah perparitan yang tersumbat di kawasan perumahan di bandar mahu pun luar bandar termasuk kawasan FELDA adalah tidak tepat sama sekali. Yang Amat berhormat Menteri Besar dan saya sendiri juga sentiasa turun padang bagi meninjau permasalahan rakyat dan mengambil tindakan sewajarnya. Walaupun baru mengambil tampuk pemerintahan namun telah banyak isu-isu berkaitan yang telah berjaya diselesaikan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagaimana hasrat kerajaan negeri Johor untuk menjadikan Johor sebagai pengeluaran makanan utama negara tercapai serta berkaitan pertanian amat dititik beratkan pelbagai inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada golongan ini sebagai pendorong agar sentiasa berdaya saing dan menyumbang kepada ekonomi negeri. Justeru itu bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB Tangkak, Serom dan Perling mengikut Seksyen 52 KPN 1965 semua tanah telah terbagi kepada 3 kategori iaitu pertanian, bangunan dan industri. Semua pemilik tanah perlu menggunakan tanah mengikut kategori penggunaan tanah dan syarat nyata di dalam hak milik. Bagi

Page 296: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 296

penukaran syarat daripada kategori pertanian kepada industri pihak berkuasa negeri akan mengenakan bayaran premium tambahan ke atas pemilik tanah. Ini merupakan salah satu usaha bagi mengekal isu tanah pertanian yang semakin berkurangan. Selain daripada itu semakan ke atas zonning ke atas kawasan tersebut dibuat agar tidak bercanggah dengan zon yang sedia ada sebelum ubah syarat kategori tanah diluluskan PBN. Selain itu bagi memaksimumkan penggunaan tanah pertanian di negeri Johor terutamanya tanah-tanah terbiar kerajaan telah mewujudkan bajet pembangunan tanah terbiar semenjak RMK ke-9 dan masih diteruskan sehingga kini. Objektif utama projek ini adalah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah yang terbiar, meningkatkan pengeluaran makanan dan memberikan peluang kepada petani untuk menjalankan aktiviti pertanian dan seterusnya menambah akan pendapatan petani.

Pihak kerajaan akan sentiasa komited bagi melonjakkan sektor pertanian sebagai salah satu sektor penyumbang terbesar kepada KDNK negeri Johor. Galakkan kepada golongan muda serta penggunaan teknologi moden dalam sektor ini dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti produk berasaskan pertanian. Berhubung dengan program pertanian bandar ia merupakan satu aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian yang telah bermula sejak tahun 2014. Pembangunan program pertanian bandar telah kita laksanakan setiap tahun di mana Jabatan Pertanian bertanggungjawab memberi perkhidmatan, perkembangan dalam membangunkan program yang tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pihak kerajaan negeri menyambut baik cadangan daripada kerajaan persekutuan bagi menjadikan daerah Segamat sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) penglibatan ECER di daerah Segamat dilihat berpotensi membangun akan daerah Segamat terutama dari segi sosial ekonomi masyarakatnya.

Bagi makluman YB Buloh Kasap, pihak ECER telah mengemukakan beberapa cadangan utama yang akan di bawa ke daerah Segamat. Pelan Tindakan Segamat Bio Agro Valley telah dicadangkan bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan di daerah ini. Antara faktor utama bagi daerah Segamat adalah menjadikan Segamat sebagai hab bio teknologi dan perniagaan negeri, pusat pendidikan, hab logistik, Bekok, Labis Chaah, Tourism, Triangle dan Kluster Perindustrian. Selain daripada itu, pihak ECER juga telah merancang bagi memperbanyakkan model modal insan, pelan tindakan bagi menangani banjir dan meningkatkan kualiti pengangkutan. Pihak ECER juga telah mempunyai beberapa pakej insentif yang menarik kepada pelabur-pelabur yang berhasrat untuk membuat pelaburan di daerah ini. Hal ini diharapkan akan menarik minat pelabur untuk melabur terutamanya dalam bidang pertanian di daerah Segamat. Semua program dan projek yang akan dilaksanakan di daerah Segamat diharapkan dapat merapatkan jurang di antara daerah Segamat dengan daerah-daerah lain di negeri Johor. Pendekatan secara holistik ini juga disokong dengan pelan pembangunan hab pertanian dan industri asas tani daerah Segamat yang lebih memfokuskan projek-projek yang boleh memberikan impak tinggi kepada sektor pertanian di daerah Segamat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pada tahun 2017 pemberian permit import AP oleh MOA melalui MAQIS kepada pemborong, pembekal untuk mengimport kelapa khususnya dari Indonesia adalah bagi menampung kekurangan bekalan kelapa tempatan yang tidak mencukupi terutama penggunaan di musim perayaan bertujuan menstabilkan harga kerana timbul isu kenaikan harga santan pada ketika itu. Walau bagaimanapun AP untuk mengimport kelapa kelapa biji diberikan hanya kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Lembaga Pertubuhan Pertanian Persekutuan (FAMA) serta kepada kilang atau syarikat tempatan yang menghasilkan produk kelapa seperti santan kotak dan serbuk. Asalnya produk-produk ini dieksport ke luar negara seperti Cina, seperti yang kita sedia maklum juga rakyat negeri ini memilih santan asli bukannya santan kotak dan santan serbuk. Oleh yang demikian bagi makluman YB Senggarang lambakan kelapa mungkin berlaku kerana peraturan ini buah kelapa tempatan boleh diperolehi dengan banyak, disebabkan oleh musim kemarau yang panjang membolehkan kelapa dikutip sepanjang masa. Kuantiti kelapa import yang banyak dan harganya yang rendah juga mungkin menyebabkan berlakunya lambakan kelapa tempatan. Walau bagaimanapun siasatan yang terperinci perlu dilakukan kerana terdapat kes di mana lambakan kelapa tempatan hanya berlaku kepada gred C dan gred reject yang telah bercambah sahaja.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi makluman Yang Berhormat Sungai Balang kerajaan negeri tidak pernah sama sekali mengetepikan golongan petani. Peruntukan yang telah pun diumumkan di dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini hanyalah sebahagian daripada projek yang dipilih. Sebagai fokus utama di dalam pelaksanaan kepada tahun hadapan. Walau bagaimanapun ada lagi projek-projek yang masih diteruskan untuk golongan petani dan pekebun kecil. Antaranya adalah projek pembangunan industri pengeluaran tanaman makanan utama negeri Johor. Pembangunan

Page 297: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 297

komoditi berpotensi dan sawah padi Johor. Pembangunan tanah terbiar, pembangunan usahawan industri asas tani, projek fertigasi, pembangunan pertanian lestari dan program galakan peningkatan pengeluaran pertanian.

Ini pihak pembangkang ini akan cakap copy and paste pada hal kita sedia maklum bahawa apa pun program, apa pun projek yang penting untuk rakyat untuk kebaikan rakyat insyaAllah kita akan teruskan. (Dewan bertepuk). Menyentuh mengenai projek belia tani, ia adalah khusus untuk golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini ialah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian iaitu tanaman makanan dan industri asas tani.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman YB Senggarang, banyak betul YB Senggarang tanya saya ni. Seperti dalam Laporan Dasar Kelestarian Negeri Johor 2017 - 2021 betta persephone adalah sejenis ikan laga yang berstatus sangat terancam dan merupakan spesies yang endemik di hutan Simpan Air Hitam Utara. Hutan Simpan Air Hitam Utara merupakan kawasan hutan tanah hanya merangkumi lebih kurang 7% daripada rangkaian asal hutan paya gambut di negeri Johor. Selebihnya telah ditukar kepada kegunaan pertanian. Pelbagai usaha boleh dan telah dilaksanakan dengan bantuan daripada pelbagai agensi dan sokongan daripada kerajaan negeri, misalnya melaksanakan hutan simpanan, usaha pemeliharaan dan mengamalkan pengurusan sumber air dan alam sekitar yang berkesan. Usaha sedemikian akan membantu habitat asas spesies tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dianggarkan bahawa seluas 5,544 hektar telah dikenal pasti berpotensi untuk ternakan kerang di seluruh Johor melibatkan 3 daerah utama iaitu Pontian, Batu Pahat dan Muar. Kerang-kerangan lagi ni, mesti ada yang marah, kerang ajelah. Projek ternakan kerangan ini dicadangkan dengan nama Estet Kerang Johor yang akan melibatkan nelayan dan masyarakat setempat dengan pelaksanaannya mematuhi Peraturan-Peraturan Perikanan Sistem Kultur Laut 1960 dan Peraturan-Peraturan Perikanan Pemuliharaan dan Perkulturan Kerang 2002. Untuk merealisasikan projek Estet Kerang Johor pelan pembangunan yang komprehensif dan kerjasama strategik berbagai agensi telah ditubuhkan seperti mana yang disarankan oleh YB Pulai Sebatang.

Yang Berhormat Tuan Speaker berkaitan isu menangani masalah anjing liar yang dibangkitkan oleh YB Tanjung Surat. Perkara ini adalah di bawah bidang kuasa PBT Pengerang, di bawah Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau diwartakan di bawah Seksyen 80 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil langkah memberhentikan, memusnahkan dan menghapuskan segala kacau ganggu dari jenis awam dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu pada premis awam atau persendirian dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap sesuatu yang melakukan mana-mana kacau ganggu bagi menghapuskan dan juga bagi mendapatkan ganti rugi.

Walau bagaimanapun pihak Jabatan Veterinar Negeri Johor akan memberikan bantuan dan kerjasama sewajarnya jika pihak PBT memohon bantuan dalam setiap operasi penangkapan anjing liar ini. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagaimana sedia maklum Jabatan PERHILITAN merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan konflik manusia hidupan liar sebagaimana peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Pihak jabatan mengkategorikan 3 spesies hidupan liar utama yang sering menimbulkan konflik terhadap manusia iaitu konflik gajah.

Kaedah yang digunakan oleh pihak jabatan dalam menangani konflik gajah liar adalah tembak halau atau untuk menghalau gajah liar memasuki hutan simpan iaitu habitat semula jadi gajah ini tangkap pindah, bagi gajah yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada manusia dan jauh daripada hutan simpan dan sebagainya. Konflik babi, kaedah tembak mati dan tangkap babi merupakan kaedah utama yang diguna pakai dalam menangani masalah gangguan babi hutan. Kebiasaannya pihak jabatan melaksanakan operasi bersama pemburu berlesen bagi meningkatkan keberkesanan hasil yang diperolehi. Konflik primat, pemasangan perangkap kera 8 x 8 x 8 perangkap corong dan operasi bersepadu tembak mati, merupakan kaedah yang digunakan pakai oleh pihak jabatan dalam usaha untuk menangani gangguan primat atau kera. Kebiasaannya kerjasama penduduk kampung dan agensi berkaitan diperlukan bagi melaksanakan operasi tersebut. Tindakan-tindakan ini adalah berdasarkan kepada aduan yang telah diterima. Tindakan susulan yang diambil serta perancangan dari semasa ke semasa akan sentiasa dipantau oleh Jabatan PERHILITAN. Untuk makluman YB Sedili, pada tahun 2018 sebanyak 5 operasi tangkapan gajah telah dijalankan di kawasan Kota Tinggi di mana 6 ekor gajah yang mendiami kawasan Sedili dan Kota Tinggi telah berjaya ditangkap dan

Page 298: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 298

dipindahkan. Pihak Jabatan PERHILITAN akan terus menjalankan kawalan dari semasa ke semasa seperti tembak halau dan khidmat nasihat berdasarkan aduan yang diterima.

Yang Berhormat Tuan Speaker, demikianlah tadi penjelasan saya ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, sepanjang segmen perbahasan saya. Diharapkan pihak pembangkang dapat menjadi pengimbang kepada pihak kerajaan, biasalah bila kita membangkang, kita sentiasa akan membangkang. Namun diharapkan bangkangan itu menjadi boleh memberi impak yang positif kepada pihak kerajaan. Untuk pengetahuan YB Sungai Balang, YB Machap, ADUN Gambir, Parlimen Pagoh dulu pernah berada di kerajaan dan alhamdulillah banyak pembangunan yang dibuat oleh ADUN Gambir, Parlimen Pagoh. Hatta saya rasa tak ada satu masjid pun yang tidak diberi sumbangan oleh YB Gambir. Namun bila beliau menjadi pembangkang keluar statement, apa jasa Ahli Parlimen terhadap orang-orang di Parlimen Pagoh? Sedangkan bangganya kita Bangsa Johor kerana dah ada hab Universiti Pagoh. Lebih malang lagi sumbangan untuk memberi bantuan sumbangan di dalam masjid pun, bukan di dalam masjid, di dalam kawasan masjid sahaja memberi sumbangan di kawasan masjid bukan di dalam masjid pun dinafikan haknya. Seolah-olah tiada jasanya langsung, Ahli Parlimen Pagoh, (Dewan bertepuk) itulah kesannya apabila kita menjadi pembangkang. Apa pun tahniahlah, so mohon maaf sekiranya

YB Speaker : Dia tepuk sokong, tepuk bantah?

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Saya mohon maaf sekiranya ada perkara-perkara yang mungkin terlepas pandang dalam penjelasan saya sebentar tadi dan tahniah dan syukurlah tuan-tuan menjadi pembangkang. Kami semua juga bersyukur menjadi pemerintah dan saya rasa penjawat-penjawat awam yang ada di sini juga bersyukur menjadi penjawat awam negeri Johor. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi di bawah portfolio saya dan saya akui bahawa semua ketua-ketua agensi, ketua-ketua jabatan di bawah portfolio saya merupakan orang-orang yang hebat, orang-orang yang bijaksana dan insya-Allah akan membantu saya merealisasikan Belanjawan 2019 dan terima kasih juga telah membantu saya memberikan ulasan bagi menjawab persoalan-persoalan yang telah diajukan. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

YB Speaker : Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian. Saya pun menjadi musykil juga bila EXCO ini dia berucap dia dapat satu tepukan daripada pembangkang. (Dewan bertepuk). dua kali dah saya perhati, apa ilmu dia. Oklah, masa pun saya kira dah lewat apa ni, sikit sangat jadi elok kita sambung sebelah petang sajalah ya. Jadi setakat ini sahaja kita, bertemu semula sambung pada jam 2.30 petang ini. Sekian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang. YB Timbalan Speaker mengetuai persidangan. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat persidangan disambung semula. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan. YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan di mesyuarat Ketiga Belanjawan 2019 Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke – 14. Terlebih dahulu bersempena dengan sambutan hari ulang tahun, Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke 60 November lalu, patik mengambil kesempatan ini merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyat hidupnya bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato Haji Osman bin Sapian atas Darjah Kebesaran Darjah Mahkota Yang Mulia Pangkat Pertama, Dato Seri Mahkota Johor sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan baru-baru ini, serta tahniah atas pembentangan Belanjawan 2019 yang begitu inklusif selaras dengan tema Menerajui Perubahan Mengalas Harapan Bangsa Johor Bestari.

Page 299: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 299

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas peruntukan Belanjawan 2019 berjumlah RM18 juta yang disalurkan untuk Program Rakan Muda dan kegiatan-kegiatan sukan negeri. Selain itu peruntukan sebanyak RM11.5 untuk pelaksanaan kegiatan-kegiatan kebudayaan seni dan warisan negeri Johor .Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan, pandangan serta teguran berkaitan dengan jabatan-jabatan di bawah portfolio Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor. Saya mengambil siap maklum balas yang diberikan dengan berlapang dada dan menilai setiap satunya supaya diberi perhatian demi memacu kecemerlangan anak muda, sukan dan budaya. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sri Medan berkaitan pembinaan Galeri Pak Matlob yang dicadangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah dan mengenai surat hitam putih yang dikatakan galeri tersebut akan dibatalkan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Sri Medan, kerajaan negeri Johor tidak pernah menafikan sumbangan Allahyarham Mohamad@Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob sebagai tokoh penulis negeri Johor yang banyak menyumbang jasa dan pemikiran dalam pembangunan dan kelestarian tulisan jawi serta penghasilan karya beliau dalam pelbagai genre penulisan. Jasa Pak Matlob yang banyak merencanakan soal pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan sosial di dalam karya-karya beliau harus diangkat untuk memberi contoh kepada masyarakat di luar sana untuk terus mencintai serta menjiwai bangsa.

Kerajaan negeri juga tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pembatalan kepada usaha penubuhan Galeri Pak Matlob di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah, sebaliknya pembinaannya ditangguhkan buat sementara waktu sebelum benar-benar diteliti dan dinilai semula. Kerajaan negeri juga yakin dan percaya melalui penubuhan Galeri Pak Matlob ini, ianya bakal menjadi pencetus kepada masyarakat untuk terus cakna akan segala usaha memartabatkan khazanah bahasa persuratan, warisan dan sejarah yang ada di negeri ini, khususnya perjuangan tulisan jawi yang amat sinonim dengan pentadbiran negeri Johor.

Yang Berhormat Puan Speaker, menjawab cadangan ADUN Senggarang yang mencadangkan Johor menjadi hab kepada kebudayaan untuk semua kaum di negeri ini berikutan tiada satu negeri yang memfokuskan kepada kebudayaan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Senggarang, kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor akan memperkasa warisan seni dan budaya bangsa negeri Johor dengan wujudnya Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar sebagai pusat perkongsian ilmu. Kompleks ini telah dimasyhurkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 28 November 2018 yang lalu. Kompleks Warisan Abu Bakar ini akan menjadi hab ataupun pusat setempat bagi warisan dan budaya negeri Johor. Di kompleks ini, terdapat Galeri Tenun Johor untuk pengunjung merasai sendiri suasana di bengkel tenun. Malah, sebuah auditorium akan diwujudkan melalui penambahbaikan Dewan Kompleks Warisan Abu Bakar di mana ia akan menjadi sebuah panggung yang akan memaparkan pelbagai aktiviti seni dan warisan bangsa Johor.

Selain itu, kompleks ini juga menyediakan sebuah pusat dokumentasi Johor yang menempatkan sejumlah koleksi karya terkini dan karya nadir berkaitan negeri Johor selain Galeri Seni dan Laman Seni Warisan. Terdapat pelbagai pengisian yang akan dilaksanakan iaitu persembahan seni budaya dan seni kreatif daripada penggiat seni setempat. Usaha yang dilaksanakan itu adalah bagi memastikan budaya dan warisan bangsa Johor kekal seiring dan terus berkembang malah menjadi sebuah identiti bangsa yang dipelihara. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengadakan kerjasama persatuan-persatuan dari pelbagai kaum untuk memartabatkan seni dan budaya.

Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya mengenai warisan budaya yang tersembunyi di Kota Gelanggi di Kota Tinggi yang disentuh oleh ADUN Tiram yang mana dilihat boleh dijadikan tempat pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Tiram, Kota Gelanggi yang terletak di Kota Tinggi ITU turut dikenali sebagai Kota Purba Linggiu. Pihak Yayasan Warisan Johor melalui Bahagian Pemuziuman dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menubuhkan Pasukan Penyelidikan Arkeologi Pesisiran Sungai Johor sejak tahun 1996. Pasukan ini mendapat khidmat nasihat daripada pakar arkeologi Malaysia iaitu Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman dan juga merupakan karyawan tamu Yayasan Warisan Johor pada ketika itu. Tujuan pendidikan di sepanjang Sungai Johor dilakukan ialah untuk mengesan tapak-tapak sejarah dan artifak pemerintahan Kerajaan Purba dan Pra Kesultanan Johor Riau-Lingga.

Page 300: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 300

Mengikut catatan sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang, selepas menakluki Gangga Negara, Raja Suran belayar ke Kalang Kio atau Gangga Gio atau Linggiu, sebuah kerajaan yang besar kotanya diperbuat daripada batu hitam di hulu Sungai Johor. Penyelidikan menyeluruh khususnya melalui perspektif arkeologi untuk menemukan Kota Purba Linggiu itu telah dilakukan oleh kumpulan penyelidik dan pakar dari bidang berkaitan dari Jabatan Muzium dan Antikuiti, Yayasan Warisan Johor, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pusat Remote Sensing Negara, Jabatan Perhutanan Johor, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Johor dan Persatuan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. Penyelidikan ini bermula pada 20 Mac hingga 31 Julai 2005. Dalam laporan, penyelidikan membuat kesimpulan sepanjang tempoh penyelidikan tersebut, tiada bukti kukuh untuk menerima dakwaan bahawa Kota Purba Linggiu telah ditemui.

Penyelidikan arkeologi dijalankan untuk mengesan kewujudan kota purba dan tapak penempatan Kerajaan Pra Kesultanan Johor yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor yang dibuat secara berperingkat-peringkat bermula dari tahun 1998 dengan membuat penggalian di Kota Sayong, Sayong Pinang, Bukit Seluyut, Kampung Panchor dan kajian arkeologi di Johor Lama. Kerja-kerja penyelidikan arkeologi akan diteruskan sehingga memperolehi bukti-bukti yang kukuh tentang kewujudan kota purba dan tapak Kerajaan Pra Kesultanan Johor. Terima kasih kepada ADUN Tiram yang prihatin dengan warisan budaya yang terdapat di negeri ini di samping memberi cadangan kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan sektor pelancongan di Johor.

Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya mengenai pandangan daripada ADUN Perling berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian di negeri ini di mana beliau bercadang agar negeri Johor sebenarnya boleh menjadi pusat seni dan budaya. Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Perling dengan pandangan yang diberikan.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Perling, pada tahun 2018 Yayasan Warisan Johor telah menganjurkan Festival Hujung Medini yang merupakan sebuah program yang mengangkat seni dan budaya yang terdapat di negeri Johor. Festival tersebut juga memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai seni persembahan dari aspek penyampaian, fungsi dan keutamaannya dalam komuniti sesebuah masyarakat. Di samping menyemaikan semangat perpaduan cintakan bangsa dan tanah air serta menanamkan semangat jati diri.

Selain itu, Yayasan Warisan Johor telah melaksanakan Festival Tari Rakyat Johor yang mana program ini merupakan penjenamaan semula kepada program Seni Muafakat Johor. Program ini diadakan bagi mengumpul seramai mungkin penggiat seni dan kumpulan-kumpulan seni budaya yang ada di Johor ini. Sempena penganjuran festival ini, Yayasan Warisan Johor telah menghimpunkan beberapa pertandingan tarian seperti tarian zapin, tarian rampaian tradisional Melayu, tarian Cina, tarian India dalam satu pentas utama yang dinamakan Festival Tarian Rakyat Johor 2018.

Antara pengisian aktiviti sempena Festival Tarian Rakyat Johor Tahun 2018 ini telah diadakan pelbagai kategori antaranya pertandingan tarian rampai tradisional Melayu, Cina, India dan juga pertandingan zapin. Hasil daripada penganjuran program ini, Yayasan Warisan Johor telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 10,000 orang penonton.

Pada tahun 2019, Yayasan Warisan Johor akan mengadakan Festival Muzik Rakyat Johor yang mana program ini dirancang akan menghimpunkan beberapa pertandingan seperti pertandingan ghazal, pertandingan muzik keroncong, pertandingan lagu asli dan pertandingan gendang yang terdiri daripada gendang Melayu yakni kompang, gendang Cina dan juga gendang India. Program ini diharap dapat membuka peluang serta tarikan kepada semua lapisan masyarakat untuk turut serta memeriahkan festival ini. Program ini merupakan kesinambungan daripada Festival Tari Rakyat Johor 2018 yang akan memberi impak besar dalam menghimpunkan seluruh penggiat seni muzik di negeri Johor selain memberi peluang kepada seluruh penggiat seni muzik menonjolkan bakat masing-masing di dalam Festival Muzik Rakyat Johor 2019 bagi memastikan agar seni muzik ini dipelihara dan tidak ditelan oleh bak arus kemodenan kini.

Yang Berhormat Puan Speaker, mengenai kegusaran Yang Berhormat ADUN Pulai Sebatang berkenaan masalah pengurusan kewangan Majlis Sukan Negeri Johor, saya telah mengadakan pertemuan bersama pegawai yang berkaitan. Hasil perbincangan tersebut, Majlis Sukan Negeri Johor telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang dihadapi dan telah pun mengambil langkah-langkah penambahbaikan. Antaranya perancangan membangun sistem kewangan, penyimpanan rekod, dokumen dan akaun dengan baik. Penambahbaikan tersebut diambil adalah untuk memastikan pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan betul dan teratur. Pihak Majlis

Page 301: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 301

Sukan Negeri Johor juga akan memastikan setiap pelaksanaan pengurusan kewangan akan dipantau oleh pihak di Jabatan Audit Negara dan Audit Dalaman serta mendapatkan nasihat serta rujukan dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Puan Speaker, berdasarkan ucapan pembentangan Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru-baru ini, saya juga ingin menyentuh mengenai ADUN Belia Johor. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan adanya program seperti ini, kerajaan negeri dapat mewujudkan pemimpin pelapis untuk kepimpinan masa hadapan. Selain itu, kerajaan negeri Johor menerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri akan memantau pembangunan anak-anak muda Johor yang mempunyai pendidikan minimum.

Untuk makluman, sejak Julai hingga Disember 2018, sebanyak 44 program telah berjaya dilaksanakan melalui Institusi Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) dengan capaian lebih daripada 5,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan sasaran. Antara program yang mendapat sambutan daripada golongan belia adalah Townhall Bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Bitara Johor dan Pembangunan Insan Kepimpinan Bestari Bangsa Johor.

Untuk makluman Puan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pada 8 Disember ini kerajaan negeri akan mengadakan Program Townhall Anak Muda yang diadakan di dewan Yayasan Warisan Johor. Tujuan penganjuran adalah untuk mendengar pandangan dan cadangan daripada anak muda dari setiap daerah yang mana kita menyasarkan penyertaan lebih kurang 600 orang peserta. Malah pada tahun 2019, kerajaan negeri melalui IKLAS telah merancang untuk mengadakan program antaranya Jelajah Anak Muda Johor, Townhall bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan bersama golongan kurang upaya, pekak dan PARA dan serta Kursus Kepimpinan Anak Muda Johor bagi setiap daerah di Johor.

Selain IKLAS, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor turut memainkan peranan dalam pembangunan belia di negeri ini. Pada tahun ini, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor telah melaksanakan beberapa program yang memberi impak yang positif dalam kalangan belia di negeri ini, antaranya Program Pendakian Gunung Tahan dan Johor Motorcross. Bagi tahun 2019, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor telah merancang program wall climbing untuk setiap daerah dan pendakian gunung serta program bersama usahawan baharu yang berdaftar dengan Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor.

Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri juga akan memastikan persiapan-persiapan SUKMA sepanjang tahun ini dan juga tahun 2019 akan berjalan dengan lancar selain mengadakan pemantauan setiap projek-projek yang dilaksanakan. Kami juga akan memastikan setiap fasiliti yang akan dibina siap pada awal tahun 2020. Untuk tujuan itu, pada 14 Disember ini satu perbincangan lanjut dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan diadakan bagi memastikan setiap peruntukan akan kita terima bagi memastikan projek berjalan lancar. Kita juga akan memastikan bahawa pembangunan atlet juga berjalan dengan lancar di bawah Projek Titanium 2020.

Yang Berhormat Puan Speaker, akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan di bawah portfolio saya serta agensi-agensi kerajaan di atas kerjasama dan sokongan serta bantuan yang telah diberikan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya dan, insya-Allah saya telah pun cuba memberikan jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang, tindakan susulan akan diambil oleh ketua-ketua jabatan di bawah portfolio saya. Semoga segala yang tersimpul dapat dihuraikan, yang keruh dijernihkan, yang kurang dapat ditambahkan. Sekian, terima kasih.

YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Puan Speaker, salam sejahtera dan salam harapan. Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, atas keizinan untuk saya menggulung perbahasan Belanjawan Johor Tahun 2019, pada hari ini. Terlebih dahulu bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, patik mengambil kesempatan ini merafak sembah takzim dan menjunjung

Page 302: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 302

setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengamil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh Portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, izinkan saya memulakan penggulungan dengan menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Senggarang berhubung dengan cadangan penubuhan Task Force dengan izin, untuk mencari tempat-tempat baru yang lebih berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan khususnya tapak-tapak peninggalan sejarah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri di mana Majlis ini dianggotai oleh pelbagai agensi-agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan. Oleh yang demikian, Majlis ini akan membantu kerajaan negeri dan Tourism Johor di dalam mengenal pasti tempat-tempat baru yang lebih berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Majlis ini akan digerakkan dengan lebih agresif pada tahun 2019. Yang Berhormat Senggarang juga ada mencadangkan agar Johor menjadi hab kebudayaan dengan memeriahkan seni budaya Melayu, Cina, India, Sikh, Orang Asli dan peribumi yang lain. Untuk makluman, usaha-usaha untuk menjadikan kepelbagaian budaya yang terdapat di negeri ini sememangnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut adalah melalui penganjuran acara seperti Gema Festival Hujung Medini, Perarakan Chingay, Pesta Deepavali dan sebagainya. Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Senggarang dan perkara ini akan dibincangkan dengan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, berhubungan cadangan Yang Berhormat Mengkibol mengenai visa transit. Pengecualian visa sekiranya memegang Visa Singapura dan Visa on Arrival dengan izinnya. Cadangan ini tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun, saya mengambil maklum dan akan membawa cadangan ini dan memanjangkan kepada perhatian Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia. Dalam usaha untuk memperhebatkan kempen promosi pelancongan di negeri Johor pelbagai pendekatan telah diambil dan telah dirangka untuk dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat Endau, kerajaan negeri melalui Tourism Johor, sememangnya mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan papan iklan pelancongan negeri Johor di lokasi-lokasi strategik dalam negeri Johor. Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Selain itu, Majlis Daerah Mersing kini di dalam proses mendapatkan permohonan peruntukan bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Khas Pelancongan Mersing.Di mana skop kajian melibatkan akan turut melibatkan kawasan Endau. Hasil kajian ini akan digunakan bagi membangunkan industri pelancongan daerah Mersing termasuk kawasan Endau. Yang Berhormat Puan Speaker, tidak dapat dinafikan bahawa pihak swasta sememangnya memainkan peranan yang sangat penting di dalam memacu industri pelancongan di sesebuah negara termasuklah di negeri Johor. Sehubungan dengan itu, konsep penswastaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pemanis khususnya di dalam sektor agro pelancongan sememangnya telah dilaksanakan di negeri ini. Antara produk agro pelancongan yang dilaksanakan oleh pihak swasta di negeri Johor adalah seperti Desaru Fruit Farm, Ginseng Organic Park danDesaru Coral Leisure Farm, dengan izinnya. Bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan pihak swasta di dalam sektor pelancongan kerajaan negeri melalui Tourism Johor akan sentiasa mempertingkatkan hubungan kerjasama dan memberi bantuan kepada mereka khususnya di dalam mempromosikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan. Yang Berhormat Sedili membangkitkan mengenai usaha untuk membangunkan Sedili sebagai kawasan pelancongan bagi melengkapi pembangunan di Desaru. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri melalui agensi seperti Tourism Johor, Kejora, Majlis Daerah Kota Tinggi dan sebagainya sememangnya mempunyai perancangan untuk mewujudkan rantaian pelancongan dari pembangunan Desaru Coast ini sehingga ke kawasan Sedili. Saya telah pun menggariskan beberapa perancangan tindakan seperti yang terkandung di dalam jawapan untuk soalan bertulis Yang Berhormat Sedili.

Page 303: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 303

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor semasa pembentangan Belanjawan 2019, telah mengumumkan bahawa Tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Johor. Bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2020 ini kerajaan negeri melalui pelbagai agensi dan penggerak-penggerak industri pelancongan negeri Johor akan mempergiatkan usaha dengan memperbanyakkan penganjuran acara pelancongan, fun trip, latihan dan memperhebatkan kempen promosi dalam serta luar negara. Selain itu, kerajaan negeri akan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sokongan pelancongan di negeri Johor. Oleh itu, saya ingin mengajak semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat untuk turut bersama-sama berusaha menjayakan Tahun Melawat Johor 2020. Yang Berhormat Puan Speaker, beralih ke Portfolio Pembangunan Wanita, ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat berminat dengan Program Mama Friendly yang menerima peruntukan RM50,000.00 daripada kerajaan negeri. Program ini merupakan satu kempen yang bakal dilancarkan oleh kerajaan negeri bagi menyahut seruan kerajaan persekutuan dalam menggalakkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja. Pada masa yang sama, kerajaan negeri memperkenalkan kempen ini bagi menyokong dasar penyusuan susu ibu di kalangan kakitangan awam wanita. Selepas saya mengambil alih Portfolio Pembangunan Wanita Negeri Johor saya dapati, Johor amat kurang tempat yang sesuai untuk wanita khusus ibu menyusu untuk mengepam atau menyusu badan. Mereka terpaksa berbuat demikian di tandas, surau, pantry atau di dalam kereta mereka. Dan, saya rasa kurang bersih dan kurang sesuai dan selesa. Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan fahaman agama kita perlulah mengambil kira tentang kehormatan dan sensitiviti seluruh golongan wanita. Oleh itu, cetusan idea Mama Friendly ini adalah untuk mewujudkan bilik khas menyusu atau pumping room dengan izin supaya ibu-ibu menyusu boleh mengepam susu dalam ruang yang disediakan atau ruang yang tertutup lebih selesa, bersih dan juga berprivacy. Sebagai projek perintis bilik khas ini akan dimulakan di bangunan pejabat saya iaitu Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munshi. Saya amat berharap kempen ini dapat diluaskan di semua premis kerajaan yang lain dan juga ke sektor swasta seperti kompleks beli belah dan juga hotel. Yang Berhormat Larkin telah menyuarakan isu berkaitan kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di negeri ini. Saya menyambut baik mengenai cadangan beliau bagi menambah peruntukan untuk menangani isu berkaitan kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di negeri Johor. Memang diakui kes penderaan kanak-kanak amat membimbangkan dan perlu ada tindakan pencegahan bagi meningkatkan kesedaran perlindungan kanak-kanak. Sepanjang tahun 2016 hingga ke November tahun 2018, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah mengendalikan sebanyak 525 kes penderaan kanak-kanak. Johor Bahru mencatatkan peratusan kes sebanyak 25.5% iaitu 134 kes, diikuti dengan Batu Pahat 24.3% iaitu 128 kes dan Muar 20.9% iaitu 110 kes. Di samping itu, jumlah pelindung kanak-kanak khususnya di daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan di Muar supaya JKM dapat mengambil tindak balas segera terhadap kejadian penderaan. Pada masa yang sama, kerjasama bersama dengan NGO berkaitan kanak-kanak, orang awam dan sukarelawan juga akan dipertingkatkan bagi memberi kesedaran masyarakat membantu menangani isu penderaan kanak-kanak. Selain itu, latihan kepada pelindung kanak-kanak dalam pengurusan kes kanak-kanak juga akan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan kes, penyediaan laporan dan juga profesionalisme mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, negeri Johor bukan sahaja mempunyai Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor, kita ada Rumah Kanak-Kanak Mini dan Asrama Akhlak Kempas yang memang perlindungan atau shelter dengan izinnya, kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa kes-kes pengabaian, terbiar, penderaan fizikal, seksual, emosi, mengemis, meminta sedekah, warga asing tiada dokumen kelahiran dan sebagainya. Perkhidmatan yang diberikan oleh institusi adalah memberi penjagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan. Saya rasa lebih baik untuk kerajaan negeri mengadakan program berfaedah untuk mendidik masyarakat supaya tidak membahayakan kanak-kanak berbanding dengan membuka lebih banyak lagi rumah perlindungan kanak-kanak. Yang Berhormat Puan Speaker, Program Stalk It Survive(SIS) di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim iaitu YPKDT ini juga telah menarik perhatian Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, kerana telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maharani dan Penawar. SIS adalah program dan kempen sebagai pencegahan yang lebih berkesan selain menyediakan sistem sokongan pencegahan. Pelaksanaan program ini adalah lebih menyeluruh dengan kerjasama strategik dari pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan juga NGO.

Page 304: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 304

Sebagai seorang ADUN wanita, Yang Berhormat Maharani amat prihatin tentang perkembangan golongan wanita di negeri ini. Saya sambut baik cadangan untuk membangunkan Pusat Jaya Diri di daerah Muar dan juga daerah-daerah lain untuk membantu wanita menjadi lebih berdikari tetapi ia perlu dibuat secara berperingkat mengikut keperluan dan kesesuaian. YPKDT menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah Pusat Jaya Diri di semua daerah dalam tempoh 2 hingga 3 tahun. Suka saya maklumkan bahawa cadangan membina Pusat Jaya Diri di Muar termasuk dalam perancangan tersebut. Pada dasarnya beberapa cadangan telah dikenal pasti termasuk sebuah bangunan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI) untuk dibangunkan sebagai Pusat Jaya Diri di Muar. Selain itu, Yang Berhormat Maharani juga ingin tahu tentang rekod ibu tunggal di negeri Johor. Bagi rekod ibu tunggal YPKDT adalah melalui sistem maklumat ibu tunggal SMIT YPKDT. SMIT YPKDT boleh mengenal pasti maklumat secara lebih terperinci mengenai jumlah ibu tunggal seluruh negeri Johor mengikut pecahan daerah, DUN, kaum, umur dan sebagainya. Selain itu, SMIT merekod maklumat bantuan peralatan yang telah diberikan bagi memastikan maklumat yang lebih tepat dan terkini. YPKDT sentiasa mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa. YPKDT juga akan menyelaras secara bersama dengan semua jabatan dan agensi serta NGO yang turut menyediakan pendaftaran ibu tunggal agar maklumat berkenaan ibu tunggal di negeri Johor adalah tepat. Kerajaan negeri amat berusaha untuk membela nasib golongan wanita terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Saya sambut baik cadangan Yang Berhormat Sungai Balang untuk lebih memantau dan membantu ibu tunggal dalam membantu golongan ini menjana pendapatan, Program Peningkatan Sosioekonomi pada tahun 2019 telah dicadangkan dengan melaksanakan kursus kemahiran dengan secara lebih berfokus dan melaksanakan program dan aktiviti di Pusat-Pusat Jaya Diri YPKDT yang telah dibangunkan. Pemantauan selepas kursus turut dijalankan bagi memastikan keperluan dan melihat potensi peserta kursus tersebut merangkumi kemahiran dan juga keusahawanan dari segi pemasaran, pengurusan kewangan, pembungkusan dan pelabelan untuk meningkat kebolehpasaran produk mereka. Yang Berhormat Jementah ada menyentuh berkenaan dengan program iSuri. Data yang disebutkan Yang Berhormat memang tepat. Program iSuri dikendali oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di mana terdapat data yang tidak begitu tinggi adalah atas beberapa sebab, seperti ramai yang di antara penerima yang layak tidak berminat untuk mencarum, suri rumah-suri rumah yang tidak cukup syarat dan penerima yang layak tidak dapat dikesan. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam usaha melakarkan masa depan negara dan negeri, kerajaan negeri tidak pernah melupakan golongan warga emas yang banyak berjasa dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Untuk makluman Yang Berhormat Pemanis yang telah menyentuh isu golongan warga emas dan juga Dewan yang mulia ini, selain pihak kerajaan negeri, melalui JKM iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai institusi kebajikan iaitu Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru. Di negeri Johor juga terdapat sebanyak 54 buah pusat penjagaan warga emas yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1994 yang dikendalikan oleh sama ada pihak swasta atau NGO, bertujuan memberikan perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif dan miskin atau terabai. Selain itu, terdapat juga rumah orang tua seperti Rumah Sejahtera yang diwujudkan di bawah kelolaan Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) merupakan NGO smart partnership dengan izinnya, bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebanyak 24 buah di negeri Johor. Dan juga terdapat 6 buah rumah orang tua Islam yang tidak berwaris dikendalikan oleh jawatankuasa di bawah pentadbiran pejabat daerah. Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Tenang terhadap agenda pembangunan persona srikandi atau golongan wanita. Kerajaan negeri menggariskan Belanjawan 2019 setelah mengambil kira keperluan seluruh lapisan masyarakat. Dan semestinya golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah tidak dilupakan. Begitu juga dengan Yang Berhormat Pasir Raja, walaupun Pasir Raja berada di sebelah sana, Yang Berhormat Pasir Raja tetap menyambut baik RM200,000.00 yang di peruntukan oleh kerajaan negeri untuk Sambutan Hari Srikandi Harapan. Untuk makluman, program ini bukan sekadar majlis perasmian semata-mata, sebaliknya ia menonjolkan sisi luar biasa kaum wanita dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan. Program ini bertujuan mengiktiraf sumbangan kaum wanita negeri Johor yang turut berperanan menyumbang

Page 305: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 305

kepada pembangunan dan kesejahteraan negara khusus di negeri Johor. Kemuncaknya adalah pengiktirafan kepada Tokoh Wanita atau NGO wanita di mana ia dilihat daripada sumbangan wanita kepada kerajaan, masyarakat dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Saya sering mengingatkan ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah portfolio saya supaya tidak lupa bahawa semua program yang kita adakan adalah untuk rakyat dan kebaikan rakyat jelata. Oleh yang demikian, kerajaan negeri menyambut baik cadangan Yang Berhormat Pasir Raja untuk memantau program-program yang diadakan untuk golongan wanita agar ia tidak menjadi program syok sendiri seperti mana yang sering berlaku pada banyak program berkaitan wanita dan keluarga yang telah dianjurkan oleh kerajaan sebelum ini. Yang Berhormat Puan Speaker, sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan keizinan kepada saya untuk menggulung perbahasan Belanjawan 2019, khususnya bagi portfolio bagi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor. Terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas prihatin ke atas dua-dua sektor ini. Dan saya akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua teguran, cadangan dan komen serta akan berusaha melaksanakan setiap cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk). YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Salam sejahtera, salam Harapan Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, Ahli-Ahli yang Berhormat. Syukur kita panjatkan kepada tuhan kerana memberikan kesempatan kepada kita semua untuk berada di dalam Dewan yang mulia ini. Bagi kami melunaskan tanggungjawab membawa suara dan hasrat rakyat yang telah memberikan kami mandat pada Pilihan Raya Umum Yang ke-14 yang baru berlalu. Sebelum saya menggulung, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada sidang Dewan kali ini khususnya yang membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor. Segala cadangan, pandangan dan teguran oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin menjelaskan pertama isu air kotor yang dibangkitkan dalam sidang Dewan pada 2 Disember oleh Yang Berhormat Machap. Dalam soal kualiti air terawat, sememangnya SAJ mempunyai pelbagai langkah bagi memastikan air yang dibekalkan selamat digunakan. Selamat bermakna air yang dibekalkan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah National Standard for Water Quality iaitu satu piawaian yang lagi ketat daripada WHO, World Health Organisation. Sungguh pun demikian, apabila berlakunya gangguan bekalan air, pengguna seperti di beberapa kawasan di Machap dan Simpang Renggam ada mengalami air berwarna disebabkan endapan yang mendap di bahagian paip, di bawah paip. Apabila sesuatu gangguan telah pulih, maka tekanan dalam paip itu akan menolak endapan tersebut sehingga mengubah warnanya. Namun, keadaan ini seharusnya bersifat sementara dan berlaku dalam jangka waktu yang sangat pendek. Air berwarna itu akan kembali normal apabila tekanan dalam paip bergerak seperti biasa. Dalam keadaan ini juga, pihak SAJ akan melakukan kerja-kerja scouring dan flushing, dengan izin, sebagaimana prosedur biasa bagi menyingkir sedimen-sedimen yang ada dalam sistem paip terbabit. Saya berharap Yang Berhormat Machap dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain dapat membantu menghebahkan kepada penduduk setempat dalam kawasan-kawasan masing-masing untuk berurusan terus dengan pihak Ranhill SAJ di talian, boleh ambil telefon nombor ni ya, 1800 88 7474 untuk tindakan yang lebih segera. Sekiranya selepas hubung dengan Ranhill SAJ tak ada balasan, boleh hubungi saya. Sebagai langkah inisiatif, pihak kerajaan juga sudah pun di peringkat awal melaksanakan Program Pollution Remover Solution atau sistem PRS untuk rawatan leachate secara automatik melalui SAJ. Program yang melibatkan kos berjumlah hampir RM9 juta sudah pun di peringkat 30% pelaksanaannya, dan dijangka akan siap pada penghujung tahun 2019 dan haraplah dengan beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan, kita boleh kurangkan gangguan bekalan air di kawasan Machap dan Simpang Renggam. Yang Berhormat Puan Speaker, dari Machap kita ke Tanjung Surat. Tentang projek-projek penambahbaikan yang sedang dan akan dilaksanakan untuk menikmati bekalan air yang lebih

Page 306: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 306

sempurna. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, projek menaik taraf paip 450 mm diameter ke 700 mm diameter dari Sungai Rengit ke Pengerang telah pun siap pada bulan Julai 2018. Sungguhpun projek-projek menaik taraf loji dan sistem rangkaian dilaksanakan, pihak SAJ sedaya upaya meminimakan gangguan bekalan air dan kebanyakan kerja-kerja dijalankan bukan di waktu puncak. Saya juga bersetuju dengan kebimbangan Yang Berhormat Buluh Kasap tentang loji rawatan air yang hampir siap, tetapi paip yang sudah lama dikhuatiri tidak dapat menahan tekanan air yang sudah pulih tekanannya. Bagi mengatasi kebimbangan ini, terdapat program pengagihan paip jenis dark tail iron (DI) berukuran 200 mm diameter sepanjang 1.8 km dari Pekan Segamat ke Pekan Buluh Kasap. Projek yang melibatkan kos RM600,000.00 sudahpun dilantik kontraktornya namun masih menunggu kelulusan daripada pihak JKR. Sekiranya sudah mendapat kelulusan terbabit, projek akan dimulakan dan berakhir untuk tempoh tiga bulan. Terima kasih juga saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat Tangkak kerana membangkitkan isu joint billing di antara SAJ Ranhill dan IWK. Walaupun saya telah menjawab sebelum ini pada sesi menjawab soalan lisan, suka saya ingin menekankan sekali lagi, bahawa kerajaan persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (CATS) telah merangka pelan hala tuju pembangunan industri perkhidmatan pembetungan negara untuk meningkatkan kemapanan industri dan memastikan kelestarian alam sekitar adalah sentiasa terpelihara yang mana pelan ini telah di bentang dan dipersetujui oleh pihak persekutuan. Selaras dengan itu, CATS melalui surat bertarikh 13 September 2018, telah memaklum kepada pihak kementerian bahawa mereka sedang berusaha memperluaskan pelaksanaan joint billing ini bagi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menolak pelaksanaan joint billing ini buat sementara masa ini sehinggalah syarat-syarat yang telah ditentukan tersebut dipenuhi. Walau bagaimana ingin juga saya kongsi di sini kaedah joint billing yang di cadang ini hanya melibatkan akaun IWK yang bersambung dengan loji kumbahan atau STP dan mempunyai akaun dengan Ranhill SAJ. Oleh yang demikian, mana-mana tempat kediaman yang kini menggunakan sistem tangki septik individu, yang tidak menerima perkhidmatan daripada IWK tidak akan terlibat dalam cadangan joint billing ini sekiranya dilaksanakan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin mengucapkan penghargaan saya kepada Yang Berhormat Johor Lama dan juga Sedili kerana membangkitkan masalah air di kawasan Sedili serta Gugusan Waha dan Lok Heng khususnya. Usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan Johor dalam mengatasi masalah bekalan air di kawasan Sedili dan juga Gugusan Waha dan Lok Heng melibatkan Loji Rawatan Air Sungai Gembut dan juga Loji Rawatan Air Lok Heng di mana ketika ini pihak kerajaan telah menyediakan dan telah meluluskan baru-baru ini, meluluskan pembinaan 3 unit telaga tiub untuk jangka masa pendek dengan kos sebanyak hampir RM400,000.00 yang mampu mengeluarkan luahan air telaga sebanyak 1.5 juta liter/hari sekiranya perlu dalam keadaan emergency khususnya pada musim kemarau. Bagi memastikan bekalan air serta kualiti yang baik terus ditunjukkan di negeri Johor, kerja-kerja untuk menaik taraf dua loji ini masih diperlukan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan Johor melalui BAKAJ dan UPENJ akan mengemukakan permohonan kepada pihak Jabatan Bekalan Air di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bagi melibatkan kerja-kerja penyambungan penyaluran air mentah dengan menggunakan kemudahan dari projek Layang 2 Fasa Pertama dari Mawai Optik ke Loji Rawatan Air Sungai Gembut sepanjang kira-kira 20 kilometer. Kos anggaran projek perlu dibuat dengan kajian yang lebih teliti. Namun dalam masa yang sama, untuk Loji Rawatan Air Sungai Gembut perlu di naik taraf dari kapasiti sedia ada kepada yang lebih besar bagi menampung keperluan pengguna iaitu hampir 15 hingga 20 juta liter sehari sekarang. Dari segi kawasan tadahan air, pada tahun 2015, pihak BAKAJ telah mengemukakan permohonan pewartaan kawasan tadahan air Sungai Gembut kepada pihak kerajaan Johor seluas hampir 5,161 ekar bagi memastikan kesinambungan air mentah yang berkualiti dapat dibekalkan kepada loji-loji bekalan air. Pihak BAKAJ juga sentiasa memaklumkan kepada agensi yang berkaitan berkenaan pencerobohan kawasan tadahan air Sungai Gembut yang di mana kerajaan akan cuba memastikan dengan penambahan penguat kuasa, pencerobohan, insiden ini boleh dikurangkan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Johor tidak akan berjaya sekiranya pihak awam berterusan menceroboh kawasan-kawasan tadahan air bagi kedua-dua loji ini. Oleh yang demikian diharaplah bukan sahaja pihak kerajaan, malah diharaplah pihak orang awam juga memahami betapa pentingnya kawasan tadahan air ini adalah untuk negeri Johor.

Page 307: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 307

Yang Berhormat Puan Speaker, merujuk kepada Yang Berhormat Tanjung Surat yang prihatin dan telah membangkitkan isu mengenai sistem kumbahan di Taman Bayu Damai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat Tanjung Surat, untuk pembangunan di Taman Bayu Damai ini, sistem kumbahan dibina terdiri daripada 3 buah rumah pam dan sebuah loji rawatan kumbahan atau STP. IWK telah mengambil alih penyelenggaraan 2 buah rumah pam dan loji rawatan kumbahan awam di taman ini. Manakala sebuah rumah pam berserta paip pembetungan utama yang bersambung ke rumah pam tersebut tidak dapat diambil alih kerana terdapat kecacatan yang major dan dalam tindakan pemaju. Pemaju perlu menyelesaikan pembaikan kecacatan tersebut dan kemudian memohon pemeriksaan semula sebelum pengesyoran CCC dan seterus pencegahan serta pengambilan boleh dilakukan. Untuk isu-isu yang berkaitan dengan pelaburan, Yang Berhormat Puan Speaker, bagi menjawab perbahasan daripada Yang Berhormat Larkin dan juga Yang Berhormat Perling, mengenai pemerkasaan Johor State Investment Centre (JSIC) kepada Invest Johor. Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 18 September 2008, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memperakukan Pusat Pelaburan Negeri Johor atau JSIC yang telah ditubuhkan sejak tahun 2004, supaya menjalankan fungsi yang melibatkan pelaburan dan pembangunan industri di negeri Johor dan ianya terletak di bawah pemantauan Pengarah UPEN Johor. Bidang kuasa JSIC tertakluk hanya pelaburan industri sahaja, dan tidak termaktub untuk memantau pelaburan hartanah di negeri Johor. Pusat Pelaburan Negeri Johor adalah berfungsi sebagai satu one stop centre, atau pusat khidmat nasihat bagi aktiviti-aktiviti pelaburan industri termasuk penyediaan maklumat dan khidmat nasihat kepada bakal pelabur dan pelabur yang sedia ada daripada peringkat perundingan sehinggalah bermulanya operasi mereka. Selain daripada itu, JSIC juga akan mengadakan dan menghadiri misi-misi pelaburan di dalam dan luar negara, dan fungsi lain JSIC adalah juga untuk membantu para-para pelabur terutamanya dalam pelabur industri dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku berkaitan dengan operasi harian sama ada melalui rundingan, lawatan tapak dan sebagainya. Sektor pelaburan harta tanah pada amnya tidak memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan, kerana ianya merupakan pemilikan hartanah secara individu. Pelaburan hartanah di Johor adalah dimonopoli oleh persendirian kerana tanah-tanah yang dibangunkan bukannya milik mutlak kerajaan negeri. Ianya telah dimiliki oleh syarikat-syarikat pembangunan hartanah. Harga pasaran hartanah bukan sahaja menjadi satu isu di Johor malah di seluruh Malaysia. Kerajaan persekutuan dan negeri sentiasa dalam proses mencari cari jalan yang terbaik untuk mengawal harga pasaran hartanah dan juga mengkaji mekanisme-mekanisme yang sedia ada di Johor. Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur ke negeri Johor. Mengikut rekod pelaburan perindustrian dari 2013 hingga 2017, pelaburan tempatan telah mendominasi trend kemasukan pelaburan di negeri Johor berbanding dengan pelaburan asing. Ini memberi petunjuk bahawa negeri Johor bukan sahaja menjadi pilihan pelabur asing, malah ianya juga menjadi pelabur tempatan yang ingin mengembangkan pelaburannya di dalam Malaysia. Izinkan saya juga Puan Speaker untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Penggaram. Berkenaan kesan atau impak kepada Malaysia hasil perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China. Ini mungkin Puan Speaker akan lebih tumpu kepada jawapan saya. Perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China secara tidak langsung memberi impak positif kepada pelaburan langsung asing atau FDI ke Malaysia. Perang perdagangan atau trade war akan menolak konflik perdagangan ke satu tahap persaingan baru dan Malaysia secara amnya serta negeri Johor serta khususnya perlu mengambil peluang ini. Sudi saya ingin menyatakan kepada Puan Speaker, sebenarnya sejak permulaan trade war ini lebih ramai pelabur-pelabur daripada negara China terutamanya telah menyatakan hasrat mereka untuk pindahkan operasi mereka ke Johor dan salah satu matlamat mereka tentunya alasan adalah sebab sebarang perbuatan manufacture goods dari Johor yang akan dihantar atau dijual ke Amerika Syarikat mereka tidak perlu bayar tarif 25% yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas China. Maka Johor memang dalam satu kedudukan yang kita dapat mengambil peluang maksimum apa yang berlaku di antara perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China. Malaysia masih lagi kompetitif dan terus menjadi satu destinasi yang selamat di Asia, berikut adanya infrastruktur fizikal dan institusi yang lengkap berbanding dengan negara lain di benua ini. Pelabur asing juga senang dan jelas terhadap dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan ini yang cukup mesra peniaga dan mesra pelabur. Ini terbukti dengan penarafan yang diberikan oleh agensi antarabangsa yang menunjukkan daya saing Malaysia semakin kompetitif melalui perlaksanaan langkah-langkah yang membantu perniagaan. Berikut adalah senarai pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompetitif kepada pelabur-pelabur asing oleh badan-badan profesional yang

Page 308: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 308

diiktiraf seluruh dunia. Contohnya, Bloomberg’s Emerging Market Scorecard 2018, telah menyenaraikan Malaysia sebagai nombor pertama Most Attractive Emerging Market in Asia. World Bank Doing Business 2018 Report, nombor dua dalam ranking Ease of Doing Business in ASEAN, World Economic Forum’s Global Competitiveness Report 2017 and 2018 nombor dua dalam ranking Global Competitiveness Among ASEAN Countries dan di A.T Kearney Global Service Location Index 2017, kita mendapat nombor tiga dalam Global Offshoring Destination Report. Kerajaan negeri telah meletakkan beberapa kriteria di dalam aspek pemilihan pelabur masuk ke negeri Johor. Kriteria tersebut adalah pelaburan yang masuk mesti dapat memberikan nilai tambah terhadap kepelbagaian ekonomi bagi mengelakkan bergantungan terhadap bidang-bidang tertentu. Negeri Johor akan memberi fokus pelaburan berdasarkan kepada prinsip 3H iaitu High Technology, High Value dan Halal Industry dan juga selaras dengan prinsip-prinsip dan garis panduan dalam Industri 4.0, kerana 3 sektor ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk meningkatkan pendapatan negeri Johor dan bakal membuka banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Johor. Selain itu, pelaburan yang masuk ke negeri Johor akan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan yang bermutu dan dapat mempertingkatkan lagi kemahiran pekerja tempatan. Kerajaan memerlukan pelaburan yang berkualiti berbanding dengan kuantiti pelabur yang melabur ke Johor. Pelaburan yang mesra alam sekitar, dan dapat mendukung konsep pembangunan lestari serta pengurangan bahan kimia amat-amat dialukan untuk melabur ke negeri Johor. Penekanan juga akan diberikan kepada pelaburan berteraskan teknologi terkini dan syarikat-syarikat tempatan yang mendapat manfaat melalui pemindahan teknologi. Kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah juga untuk mengukuhkan lagi keyakinan pelabur dengan mengujudkan ekosistem pelaburan yang lebih kondusif. Penubuhan jawatankuasa pelaburan Johor atau JIC yang di pengerusi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor adalah salah satu insentif, inisiatif kerajaan negeri dalam menjadikan kerajaan negeri menjadi mesra pelabur. JIC ditubuhkan bagi menyelaras segala aktiviti pelaburan dan memastikan kesinambungan pelaburan serta menambah baik segala polisi pelaburan sedia ada. Manakala pada Julai 2018 satu task force yang dikenali sebagai task force Pelaburan Tanah Dan Utiliti (PTU) yang dipengerusikan oleh saya sendiri, telah ditubuhkan dan bertindak sebagai unit khas dalam mengenal pasti dan menyelaras sebarang permasalahan serta isu dibangkitkan para pelabur, atau pemain industri terutama yang melibatkan isu-isu tanah dan juga utiliti negeri Johor. Selain itu, lawatan dan mesyuarat berkala dengan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan kemajuan kawasan-kawasan perindustrian di setiap daerah juga merupakan inisiatif kerajaan dalam mendapatkan maklum balas secara terus dari Pihak Berkuasa Tempatan yang melibatkan kawasan industri serta melawat kawasan-kawasan industri yang ada di setiap daerah terutamanya melibatkan infrastruktur, utiliti dan isu-isu berkaitan dengan industri. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Kasap kerana prihatin terhadap isu talian internet, talian wifi, dan isu-isu yang sama yang berlaku di kawasan luar bandar. Untuk maklumat Yang Berhormat Buluh Kasap dan Yang Berhormat-Berhormat Dewan yang mulia ini, pihak kerajaan ini melalui SKMM telah menjalankan projek penaiktarafan perkhidmatan 3G di kawasan luar bandar di menara-menara sedia ada di sekitar kawasan Buloh Kasap dan juga Johor dalam tempoh 2 tahun ini. Manakala bagi peluasan liputan cellular pihak pemberi perkhidmatan akan membuat perancangan dan menambah baik liputan yang sedia ada dari masa ke semasa. Yang Berhormat Puan Speaker, setakat ini sahajalah pencerahan-pencerahan yang saya dapat berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Akhir sekali, sekali lagi pihak saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian, teguran dan sokongan yang berkesan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, khasnya kepada Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Johor. Saya memberikan komitmen penuh akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas setiap perkara yang telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam harapan. Bismillahirahmannirrahim. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana diberi kesejahteraan dan peluang untuk bersama-sama dalam sidang Dewan yang mulia ini.

Page 309: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 309

Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor atas pengurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Seri Paduka Mahkota Johor SPMJ. Yang Berhormat Puan Speaker, sepanjang sidang Dewan berlangsung Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan membentangkan permasalahan tentang kemudahan infrastruktur kawasan masing-masing. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib masyarakat setempat, mengambil contoh Yang Berhormat Sri Medan membicarakan tentang masjid dan kualiti jalan, Yang Berhormat Sedili dan Yang Berhormat Johor Lama, tentang pelebaran jalan dan aspek keselamatan pengguna jalan raya, Yang Berhormat Pekan Nanas, Yang Berhormat Bukit Permai, Yang Berhormat Buluh Kasap tentang kesesakan dan mahukan jalan pintas, Yang Berhormat Layang-Layang tentang keresahan kesesakan lebuh raya PLUS, Yang Berhormat Tanjung Surat begitu juga tentang keselamatan pengguna Lebuhraya E22 Senai-Desaru. Yang Berhormat Puan Speaker, namun begitu kerajaan negeri memperuntukkan jumlah belanjawan sekitar RM75 juta setahun untuk pembangunan dan nilai ini lebih kurang sama dengan peruntukan kerajaan yang lepas di tahun-tahun yang lepas. Maka jumlah ini tiap-tiap tahun sudah tentunya tidak cukup untuk dibelanjakan bagi tujuan mencapai kehendak semua pihak Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri. Semasa hendak membuat keputusan, pelbagai aspek dan pandangan diambil kira dalam membuat penentuan projek mengikut keutamaan. Di antaranya iaitu keselamatan pengguna jalan raya, keselesaan pengguna jalan raya, dan impak ekonomi ke atas sebuah kawasan. Semua aspek ini diteliti dengan data-data dapatan yang kita terima dari semua pihak. Seterusnya kajian saintifik dilaksanakan bagi kita membuat keputusan yang tepat dan adil. Apabila ini berlaku, sudah tentu ada yang gembira dan ada segelintir yang agak kecewa, Yang Berhormat Puan Speaker, secara sejujurnya belum ada sejarah semua Ahli Sidang Dewan akan berpuas hati dengan keputusan belanjawan kerajaan. Namun inilah lumrah pentadbiran sebuah kerajaan yang terpaksa menempuhinya. Cuma apa yang penting bagi diri saya, segala keputusan yang dibuat tidak ada unsur kepentingan peribadi, penyalahgunaan kuasa dan perkara-perkara yang menimbulkan kemarahan majoriti rakyat. Kita berjanji akan bertindak mengikut keperluan dan keutamaan rakyat dan bukan semata-mata kepentingan politik, Yang Berhormat Puan Speaker, Jabatan Kerja Raya salah sebuah agensi jabatan di bawah portfolio saya, sentiasa mengambil langkah yang proaktif untuk mempertingkat mutu kualiti jalan raya yang dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat-Berhormat. Berbagai langkah seperti mengadakan kerjasama dengan universiti dan syarikat swasta dan juga konsesi untuk memperkenalkan teknologi yang lebih baik bagi tujuan tersebut. Sebagai contoh, kita bekerjasama dengan syarikat Ranhill Engineering untuk memperkenalkan produk FRAC Fiber Reinforced Asphalt Concrete iaitu sejenis produk plastik resin yang dicampurkan kepada bahan pavement biasa, langkah ini akan mempertingkatkan keupayaan potensi bahan pavement tersebut, dengan izin, improve material properties dan rezilient modulas stability dan resistance to cracking. Teknologi ini dibangunkan di USA dan baru di masuk ke Malaysia untuk kajian keberkesanannya. Beberapa negeri lain seperti Pahang, Selangor, Negeri Sembilan juga sedang membuat kajian yang sama. Yang Berhormat Puan Speaker, bagaimana hebat pun teknologi jalan ini tidak akan bertahan lama jika pematuhan sekatan undang-undang tidak dipatuhi. Ini berlaku terutamanya di jalan-jalan di luar bandar. Design atau reka bentuk pavement hanya untuk kenderaan yang tidak melebihi 5 tan sahaja. Tetapi had ini tidak dipatuhi oleh penduduk atau masyarakat ramai. Terdapat banyak kenderaan yang berat muatannya lebih berganda melalui jalan tersebut. Situasi ini memerlukan kesedaran sivik orang ramai dan kaedah pemantauan pemimpin di peringkat akar umbi yang lebih berkesan. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri sedang menyediakan sebuah sistem pengurusan mobiliti Iskandar Malaysia yang akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dengan kerjasama Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. IRDA telah berjaya menarik kolaborasi antarabangsa. Kerajaan UK melalui 2018 Prosperity Fund telah menyediakan geran sejumlah 4.85 juta pound sterling bagi melaksanakan kajian sistem mobiliti bersepadu dan pintar serta projek perintis Iskandar Malaysia. Melalui geran ini juga IDRA dan UK Foreign Commonwealth Office (UKFCO) bakal melaksanakan beberapa program pembangunan kapasiti dan penggunaan

Page 310: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 310

data bagi perancangan bandar. Program ini bertujuan meningkatkan kapasiti dan pengetahuan penjawat awam dalam sektor perancangan dan pengangkutan melalui teknologi dan inovasi. Kerajaan negeri Johor menyokong usaha IRDA dan komuniti antarabangsa dalam usaha mencapai matlamat pembangunan mampan. Sistem akan memberi impak kepada seluruh rakyat negeri Johor yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Sistem ini akan memudahkan perhubungan antara pengguna dengan mode pengangkutan awam di dalam negeri Johor. Akhirnya mengurangkan kebergantungan pengguna dengan kenderaan persendirian dan membantu mengurangkan kesesakan di jalan raya. Selain ini sistem ini akan diintegrasikan dengan bersama perkhidmatan e-hailing yang dilancarkan bermula 2019. Perkhidmatan kereta penumpang e-hailing telah memberi kesan pengurangan pendapatan pemandu-pemandu teksi dan kereta sewa yang mendadak. Pelbagai sesi dialog diadakan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Negeri Johor dengan Persatuan-Persatuan Teksi dan Kereta Sewa bagi mengenal pasti permasalahan mereka. Pelbagai keluhan yang dilontarkan kepada pihak kerajaan. Kita tidak meminggirkan nasib golongan tersebut. Malah kita menyediakan bantuan dengan mengadakan program-program CSR yang baru-baru ini bantuan back to school ke atas anak-anak pemandu teksi dan kereta sewa dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta dan yayasan-yayasan Majlis Kerajaan Tempatan. Kami juga memperuntukkan dana yang untuk perbelanjaan menyambut hari perayaan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan Belanjawan negeri. Pewujudan Task Force Pengangkutan Awam. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi mempertingkatkan kecekapan operasi pelbagai pengangkutan, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa khas task force yang diketuai oleh Wakil-Wakil Rakyat di kawasan yang terlibat. Jawatankuasa Task force ini berperanan menyelesaikan masalah dan memantau aduan rakyat untuk dikaji serta diambil tindakan secara jangka pendek dan jangka panjang. Segala isu yang memerlukan pelan tindakan dikemukakan kepada pihak persekutuan atau kementerian bagi mengambil langkah jangka masa pendek atau panjang dengan tindakan yang diperlukan di buat secara drastik seperti Jawatankuasa Task Force penambahbaikan CIQ, Bangunan Sultan Iskandar dan Jawatankuasa Task Force penambahbaik Sultan Abu Bakar. Selain daripada itu task force udara diketengahkan bagi melancarkan aliran kelular masuk penumpang dan menangani isu-isu berkaitan lapangan terbang di negeri Johor. Penguasaan Perairan dan Pantai Negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri juga membentuk Jawatankuasa Khas Task Force yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pekan Nenas bertujuan memantau perairan dan mengkaji peluang kutipan hasil yang baru kepada kerajaan. Langkah proaktif telah diambil bagi tujuan membuat bancian dan penelitian ke atas semua operasi jeti-jeti di sungai dan perairan negeri Johor. Sesi lawatan kerja ke daerah-daerah telah dilaksanakan untuk bagi tujuan memahami situasi yang sebenar. Pemantauan ini perlu untuk memastikan keselamatan negeri tidak terancam dan kerajaan boleh mendapat penambahan hasil baru dari kutipan cukai. Operasi urus niaga ship to ship seperti penjualan minyak, air mentah dan bekalan keperluan ke kapal-kapal telah dikenal pasti untuk tindakan. Yang Berhormat Puan Speaker, menyedari bahawa faktor ekonomi bergantung juga pada perlaksanaan projek pembangunan mega, kita berhasrat membina lapangan terbang di Mersing dan juga pembinaan bandar-bandar baru di sepanjang landasan berkembar elektrik seperti yang disoalkan oleh Yang Berhormat Benut. Seperti yang dibentangkan dalam ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat kerajaan negeri telah mencadangkan untuk memperkenalkan sistem pengangkutan rel komuter dari stesen Kulai ke Bandaraya Johor Bahru dan sebaliknya. Di mana sistem ini menggunakan sistem rel landasan berkembar yang sedia ada, yang dalam proses pembinaan dan projek landasan berkembar elektrik tersebut telah menelan belanja RM89 bilion dan ditanggung oleh kerajaan persekutuan. Ini bermakna memaksimumkan penggunaan rel tersebut di mana sedikit perubahan dari segi signal dan juga thrive untuk komuter tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, sepanjang kawasan jajaran kereta api tersebut akan muncul beberapa kawasan pembangunan perumahan dan perdagangan berasaskan sistem TOD bandar baru Kulai, dan akan wujud juga bandar baru di kawasan Senai, di kawasan Impian Emas, di kawasan Kempas dan Larkin Stadium. Sistem-sistem, stesen-stesen komuter tersebut dicadangkan selari dengan perancangan bandar-bandar baru secara konsep reka dan bina. Segala kos pembinaan stesen ini akan ditanggung oleh pemaju-pemaju perumahan yang tersebut. Ini bermakna kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak menanggung segala beban perbelanjaan. Perumahan ini

Page 311: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 311

akan memberi peluang kepada rakyat yang terutamanya mereka yang bekerja di negara Singapura. Kemunculan bandar-bandar baru yang dirancang di stesen transit inilah dan dijangka mencecah nilai GDV, dengan izin, Gross Development Value yang besar sehingga boleh mencapai nilai RM10 bilion atau lebih apabila ianya siap. Nilai inilah yang menjadi satu pemangkin ekonomi domestik salah satu yang terbesar di dalam negeri Johor. Keperluan membina rumah mampu biaya yang dulunya nama Rumah Mampu Milik, sudah tentu menjadi elemen keutamaan untuk memenuhi penyertaan golongan B40 ke bawah. Apabila pembangunan tersebut ini siap, bas Muafakat Johor akan memberikan perkhidmatan sebagai feeder bus kepada stesen kereta api komuter tersebut dan membawa dan kereta api komuter tersebut akan membawa penumpang dari Kulai ke bandar Johor Bahru dan sebaliknya. Situasi ini akan membantu mengurangkan jumlah bas yang membawa penumpang masuk ke bandar Johor Bahru dan mengurangkan risiko kesesakan lalu lintas di Bandaraya Johor Bahru. Yang Berhormat Puan Speaker, pembinaan lapangan terbang Mersing. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan pembinaan lapangan terbang di dalam di daerah Mersing dalam ucapan belanjawannya. Lapangan terbang Mersing ini akan dapat memajukan daerah Mersing yang terkenal sebagai destinasi pelancongan negeri Johor. Dengan keindahan pantai dan pulau-pulau yang merupakan daya tarikan utama kepada pelancong dari luar negara terutamanya jiran kita, Singapura. Kewujudan lapangan terbang akan memendekkan masa perjalanan ke Mersing. Jangkaan penduduk negara Singapura dan Bandaraya Kuala Lumpur akan membanjiri pantai-pantai Mersing terutamanya hujung minggu. Selain itu perkhidmatan udara tambang murah sudah tentu menjadi pemangkin kehadiran pelancong ke daerah Mersing. Industri berkaitan pelancongan seperti perhotelan, feri penumpang, sewaan bot, jet ski dan lain-lain akan berkembang dengan pesat. Ini memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan perniagaan akan berkembang dengan sangat dinamik. Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu pembinaan lapangan terbang ini akan mengambil kira elemen pembangunan bercampur yang terdiri daripada beberapa komponen seperti kompleks perniagaan (Skypark), sewaan hangar (Jet Persendirian), tempat simpan jet persendirian, hotel dan pangsapuri, akademi penerbangan dan perkhidmatan MRO iaitu penyelenggaraan pembaikan baik pulih pesawat dan berkaitan dengan air craft. Dengan elemen pembangunan bercampur ini akan memberi impak yang besar di kawasan-kawasan timur, utara Johor dan kita berharap satu hari nanti bandar Mersing ini menjadi seperti Gold Coast di Australia. Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya membaca sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Hujurat ayat ke-13, (membaca ayat al-Quran) ‘Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali’. Di antara pengajaran yang kita dapat dari tafsiran ayat tersebut Allah SWT menjadikan manusia itu dari berbagai kaum, puak dan keturunan, maka hendaklah kita hidup saling kenal-mengenali antara satu sama lain dalam satu masyarakat majmuk. Kita hendaklah hormat-menghormati antara satu sama lain dan menghormati hak kaum lain. Orang-orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertakwa kepadanya bukan kerana darjat, bukan kerana harta kekayaan, bukan kerana kedudukan pangkat serta bangsa. Oleh sebab itu, jadilah orang yang baik, jadilah rakyat yang baik, jadilah pentadbir yang baik dan jadilah pemimpin yang baik ke arah membina sebuah tamadun bangsa yang hebat dan cemerlang. Akhir kata Yang Berhormat Puan Speaker, saya ucapkan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Benut sebenarnya, dalam konsep kepimpinan ini saya juga banyak belajar daripada orang lama dan saya buka fail-fail lama dan kita tidak menafikan jasa orang lama. Tapi namun begitu kita juga bertekad untuk memperbaiki apa yang kita ada selama ini. Dengan kata itu saya mohon maaf sekiranya dalam tempoh masa yang singkat 5, 6 bulan kita mentadbir, sekiranya ada kelemahan di sana sini jadi yang baik itu datang daripada Allah SWT yang kurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian wabillahi taufiq walhidayah, asalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh. (Dewan bertepuk). YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan, jemput.

Page 312: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 312

YB Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Terima kasih Puan Speaker. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam kemahiran, salam harapan kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November lalu, patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat serta mendoakan supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku negeri Johor akan terus maju dan progress serta rakyat bangsa Johor hidup bermuafakat, Daulat Tuanku. Sukacita juga saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian yang telah membentangkan Belanjawan Negeri Johor Tahun 2019 dengan tema iaitu ‘Menerajui Perubahan, Mengalas Harapan, Bangsa Johor Bestari’ dengan menggariskan 6 teras strategik di mana ianya menjadi asas usaha kerajaan negeri dalam memberikan suntikan serta lonjakan baru kepada pertumbuhan dan masa depan Johor akan datang. Yang Berhormat Puan Speaker, saya bangun menyertai perbahasan pada hari ini dengan kesetiaan dan kesungguhan dalam mendukung hasrat kerajaan dari akar umbi bagi memastikan ianya dapat difahami dan di hadam seluruh rakyat Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, pertama sekali saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kahang, mengenai beliau bangkit isu mengenai hala tuju Unit Strategik Modal Insan. Hala tuju sama juga seperti lama iaitu membina pekerja terbaik, lebih berkemampuan, lebih efisien, lebih efektif dan sumbang kepada majikan. Beliau juga menyoal mengenai penukaran nama kepada Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI). Dengan penjenamaan kepada nama baru ini adalah untuk memudahcarakan pengenalan dan pemahaman rakyat Johor berkenaan fungsi unit ini. Dari aspek korporat sendiri, nama yang mudah difahami dan dikenali akan memberi imej awal terhadap sesuatu jenama. ‘Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang’. Dahulu dikenali dengan nama Swadaya Insan Johor, sekarang Strategik Modal Insan Johor. Dalam masa yang singkat, sejurus pengambilalihan saya di jawatan ini, kita telah mengadakan perbincangan dengan pemegang-pemegang taruh melalui beberapa siri pertemuan yang secara tidak langsung telah memberi gambaran dan input kepada perancangan pembangunan modal insan bagi Belanjawan Johor 2019. Hasil dari kesemua maklum balas telah mensasarkan kepada 6 teras utama dalam agenda pembangunan modal insan yang bakal diterajui oleh unit ini iaitu: 1. Pemerkasaan SMI iaitu Unit Strategik Modal Insan sebagai badan koordinasi antara agensi

terutamanya di dalam bidang penyelidikan dan informasi. 2. Mengumpulkan maklumat dan mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan berkualiti dalam masa 5

tahun. 3. Pengurusan pekerja asing yang lebih efektif. 4. Pemerkasaan kerjasama awam swasta (public private partnership). 5. Penstrukturan dan koordinasi pembangunan kemahiran oleh agensi dan pusat latihan. 6. Penguatkuasaan akta dan galakan kepada suasana kerja yang kondusif.

Puan Speaker, kerja-kerja perpaduan asas telah digerakkan tanpa menunggu sehingga 2019. Saya meletakkan harapan yang tinggi dan akan memastikan unit ini akan terus berkembang dan menyumbang bagi kesejahteraan rakyat Johor khususnya SMI akan terus dijadikan sebagai penyelaras atau badan koordinasi kepada semua agensi yang berkepentingan pembangunan modal insan termasuklah agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri mahupun pihak swasta. Pengukuhan unit ini akan dijuruskan dari segi pengumpulan dan pengaliran maklumat berkaitan inisiatif dalam membangunkan modal insan negeri Johor. 200,000 peluang pekerjaan yang berkualiti akan diwujudkan dalam masa 5 tahun akan datang nanti. Ini sudah tentunya berkaitan dengan kemajuan industri sedia ada dan kedatangan industri ke negeri Johor ini. Sejak peralihan daripada bulan Mei lalu, dianggarkan 14,000 kekosongan jawatan telah wujud yang merangkumi kepada industri perkhidmatan dan peruncitan yang sedang berkembang seperti projek Mega Capital 21, Sogo Malaysia di Midvalley Southkey MegaMall, Family Mall, Hotel Westin dan banyak lagi. Kita mensasarkan lebih banyak lagi jawatan akan ditawarkan terutamanya daripada industri berimpak tinggi seperti aeroangkasa dan robotik pada masa akan datang.

Page 313: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 313

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Task Force Pengurusan Pekerja Asing Negeri Johor telah berjaya diadakan selepas dua bulan saya memegang jawatan ini. Namun, kedua-dua jabatan ini sedang melalui proses mengabaikan bagi mengenal pasti keberkesanan memandangkan pentadbiran lepas tidak menyediakan rangka kerja dan objektif yang jelas dalam menyusun semula gerak kerja bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing oleh majikan dan kemasukan serta pengurusan pekerja asing di dalam negeri ini. Ini termasuklah penelitian semula terhadap hasil kajian-kajian yang dilaksanakan sebelum ini iaitu Pelan Induk Kemahiran Negeri Johor, Kajian Keperluan Pekerja Asing dan Pelan Rasionalisasi Buruh Negeri Johor. Terdapat beberapa inti pati hasil kajian tersebut yang boleh diguna pakai dan dijadikan panduan kepada gerak kerja pada masa datang. Namun begitu, perincian lebih mendalam perlu dilaksanakan dalam memenuhi dan disesuaikan dengan situasi dan dasar semasa kerajaan baru yang kini berada di dalam fasa penambahbaikan dan mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada di peringkat kerajaan. Saya melihat dengan teliti tentang semua perkara hasil dari pentadbiran terdahulu. Bukanlah saya yang ingin mencanang kelopongan dan permasalahan yang telah berlaku, namun hakikatnya itu yang kita nampak. Seperti kata pepatah Inggeris, dengan izinnya, If you want to make the world better a place, take a look at yourself and then make a change. Ya, itulah yang sedang kami lalukan. Kita semuanya golongan profesional, tidak perlu rasanya kami memberi nasihat kerana kita sama-sama tahu bidang tugas masing-masing dalam membantu usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat. Seterusnya, unit ini juga berperanan bagi memperkasakan jalinan kerjasama antara awam dan swasta, iaitu public private partnership akan lebih dititikberatkan terutamanya dalam memperoleh input berkaitan kemajuan teknologi yang diguna pakai oleh pihak industri. Kita ingin mengurangkan jurang yang semakin lamanya sebahagian penawaran dan permintaan. Antara inisiatif yang akan dilakukan bagi mengurangi jurang ini dengan disegerakan oleh pusat-pusat latihan yang ada di negeri ini bagi memastikan kandungan modul pembelajaran seiring dengan apa yang dikehendaki oleh industri. 55% daripada bancian yang dibuat di kalangan majikan, didapati mereka sukar menempatkan pekerja tempatan disebabkan kelayakan tidak menepati keperluan majikan. Maka, bridging maklumat permintaan dan penawaran tenaga kerja akan dilopori oleh SMI sebagai badan koordinasi agensi di negeri Johor. Selain itu, ekosistem kerja yang kondusif di samping pakej sosial pekerjaan yang menyeluruh akan dapat mengurangkan job hoping di kalangan belia kini. SMI akan berperanan dalam memberi kesedaran serta penekanan terhadap penguatkuasaan akta-akta berkaitan seperti Akta Kerja 1955 dan Akta PSMB 2001 serta galakan kepada pembentukan banyak kesatuan sekerja akan memberi daya penolak, push factor kepada pasaran pekerjaan dari segi peningkatan elaun dan gaji, pakej ganjaran dan manfaat kerja. Secara tidak langsung, pekerjaan yang berkualiti dapat diwujudkan dan target 200,000 peluang pekerjaan dapat dicapai. Berdasarkan elemen-elemen penstrukturan semua tersebut, unit ini dilihat perlu melalui reformasi secara kolektif bagi memainkan peranannya sebagai penyelaras dan pemudah cara bagi agensi berkepentingan. Justeru itu, kesemua struktur dalaman, fungsi, hala tuju dan gerak kerja unit ini dikaji dan dibangunkan semula dan akhirnya menjurus penjenamaan unit secara keseluruhannya. Yang Berhormat Puan Speaker, aspek pemerkasaan latihan kemahiran dan penetapan pekerjaan di kalangan rakyat tempatan sentiasa menjadi tulang kepada pembangunan modal insan negeri Johor. Penjenamaan semula dana di bawah Tabung Latihan Kemahiran Johor kepada Johor Reskilling dan Upskilling adalah bagi menekankan keperluan pelbagai kemahiran multi skills, sama ada kepada mereka yang belum atau sedang bekerja di kalangan rakyat Johor. 360 orang telah dilatih sejak bulan Julai yang lalu di bawah Tabung Latihan Kemahiran Johor, 45% daripadanya adalah belia India, 28% daripada jumlah tersebut adalah generasi FELDA. Setakat November 2018, seramai 296 orang telah ditawarkan kerja dengan gaji permulaan yang ditawarkan dari RM1,100.00 sehingga berjaya mencecah RM5,000.00. Mereka bekerja di pelbagai jenis tahap pekerjaan tak kira sama ada daripada eksekutif gudang, juruteknik, pemandu trak, pembantu runcit, sehinggalah jurutera elektrik. Syarikat seperti Langsat OSC, TR River Walk, ELS Club, SAJ Ranhill, ST Micro Electronics, Hotel Berjaya Waterfront, Parkson Corporation, Petrol Sahabat dan banyak lagi telah mengambil pekerja mereka yang telah dilatih. Ianya satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Namun, rata-rata mereka yang dilatih telah betul-betul memenuhi keperluan industri sebagaimana maklum balas daripada industri yang memerlukan mereka yang berkarakter dan berkebolehan tinggi. Terutamanya dari segi aspek kebolehpasaran dalam

Page 314: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 314

berkepimpinan, berkomunikasi, berinteraksi, berfikiran secara kritikal, kreatif, bijak mengurus masa dan kewangan serta berdaya saing. Modul-modul sebegini akan ditekankan di dalam Johor Reskilling dan Upskilling termasuklah di dalam bidang penyediaan ke arah Industri 3.0 dan 4.0 seperti pemesinan, kecerdasan, buatan, realiti maya, rekaan digital dan sebagainya. Kita mensasarkan 100% penempatan kerja berbanding 82% penempatan kerja yang diperolehi pada tahun ini. Dan, penyertaan kumpulan sasar akan dibuka lebih luas kepada semua lapisan masyarakat dan kaum bukan sahaja kepada kaum masyarakat India dan generasi FELDA dan kaum-kaum lain juga. Jangan khuatir, kesamarataan akan diberikan kepada semua terutamanya kepada mereka yang betul-betul memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka. Tumpuan sektor industri juga lebih luas termasuklah saranan daripada Yang Berhormat ADUN Tanjung Surat di dalam membangunkan kemahiran bagi industri minyak dan gas serta bioteknologi, dengan kerjasama agensi seperti Johor Petroleum Development Corporation Board dan Johor Biotech. Jika dahulunya belanjawan pembangunan modal insan hanya menumpu kepada bahagian penawaran, supply, tenaga kerja dengan program-program latihan dan inovasi pada tahun depan melalui penjenamaan SMI kita telah mengimbangi peruntukan tersebut kepada bahagian permintaan iaitu demand dan sokongan tenaga kerja. Pertamanya, pemeriksaan jaringan, public private partnership dengan program SMI Synergy Industry. Sekiranya karnival kerjaya menyediakan ruang interaksi kepada mereka yang mencari kerja, SMI Synergy Industry menyediakan platform kepada mereka yang mencari pekerja untuk menyuarakan pandangan dan keperluan industri melalui konvensyen dan dialog. Maklumat keperluan dan peluang pekerjaan sebenar seperti teknologi dan sistem terkini yang diguna pakai dapat dikongsi dan dipanjangkan kepada badan-badan akreditasi dan pensijilan serta penyedia latihan sedia ada di negeri Johor. Keduanya, pemerkasaan dan peningkatan kemahiran pelatih dengan program SMI Apprentice dan SMI Train The Trainers. Kita akan menyediakan dana bagi meningkatkan kepakaran di kalangan pelatih dengan pemindahan kepakaran dan pembelajaran di industri serta mengakredasi pengalaman dan penyampaian pelatih dengan pensijilan peringkat nasional. Inisiatif SMI Apprentice dan SMI Train The Trainers ini akan menyediakan tenaga pengajar mahir dan berkepakaran terkini seiring dengan kemajuan teknologi semasa negeri Johor. Ketiganya, pemerkasaan pentauliahan penasihat kerjaya di Johor melalui program SMI Penasihat Kerjaya. Maklumat daripada pihak Jabatan Tenaga Kerja telah menyatakan bahawa jumlah penasihat kerjaya yang diiktiraf, career advisor di seluruh Malaysia adalah tidak mencukupi. Halangan ini amat membimbangkan. Mengikut penasihat kerjaya inilah yang akan membantu dan memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam hala tuju pembangunan kerjaya mereka pada masa akan datang. Seramai 30 orang penasihat kerjaya akan ditauliahkan dari segenap daerah di negeri Johor melalui program ini. Selain itu, pendedahan kepada generasi muda turut akan ditumpukan pada tahun depan terutamanya di dalam pengembangan tyrex dan mengenalkan Industri 4.0 dengan potensi kerjayanya. Kita menyambut baik saranan daripada Yang Berhormat ADUN Pulai Sebatang. Program yang mana baik dan memberi manfaat kepada rakyat Johor seperti Karnival Kerjaya dan Azam Kerja kita tidak lupa malah akan diteruskan dan pendekatannya akan diolah supaya semua rakyat di setiap daerah akan menerima manfaat daripada program-program tersebut. Tiada istilah copy and paste di dalam kerajaan Pakatan Harapan namun, kita tetapkan buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Oleh itu saya tegaskan sekali lagi apa jua yang kita lakukan adalah untuk rakyat dan negeri Johor. Kalau perkara ini baik, kita teruskan. Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang berlainan, bukan kerajaan yang dahulu. Dalam menjawab soalan Yang Berhormat Tanjung Surat dan ADUN Penawar berkenaan Latihan Kemahiran dalam oil and gas. Saya menyatakan bahawa di bawah JPDC inisiatif yang berbentuk program latihan adalah merupakan program latihan intensif, jangka pendek yang diberikan secara percuma dan mendapat pensijilan akreditasi industri yang diperlukan untuk kelayakan bekerja di Pengerang Johor. Antara program yang telah dijalankan merangkumi bidang teknikal dan khidmat sokongan seperti yang dilampirkan tapi ini ialah satu yang panjang. Seramai 95% belia telah mendapat pekerjaan selepas menjalani latihan mengikut program dan pensijilan yang diberikan. Satu program teknikal dan perkhidmatan sokongan 3,278 orang, program lepasan ijazah 400 orang dan jumlah keseluruhan ialah 3,678.

Page 315: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 315

Manakala bagi graduan Johor, terdapat 2 program yang khusus telah dilaksanakan oleh JPDC dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan kerajaan negeri Johor iaitu Program APIPC Bridging Gap Industry Hiliran Minyak Dan Gas. Itu satu. Dan dua ialah, Program Orientasi Minyak Dan Gas. Program ini telah berjaya melatih 100 orang graduan tempatan. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Tenang telah mengutarakan soal berkenaan peranan kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan kempen kesedaran untuk menanganinya. KPDNHEP iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa melaksanakan Program Kesedaran Pengguna sepanjang tahun sehingga 30 November 2018 sebanyak 157 program kepenggunaan telah dilaksanakan menerusi penglibatan 50 buah kelab pengguna sekolah, melibatkan 5,000 pelajar. 8 buah gerakan pengguna siswa melibatkan 2,000 mahasiswa, 10 badan bukan kerajaan dan komuniti. Untuk pengetahuan semua Ahli Yang Berhormat, terdapat 8 hak pengguna yang telah diterima secara universal iaitu hak mendapat keperluan asas, hak mendapat keselamatan, hak mendapat maklumat, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat ganti rugi, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat. Friends Of KPDNHEP merupakan salah satu inisiatif kerajaan sebagai platform untuk mewujudkan pengguna berinformasi, mempunyai semangat sukarelawan bagi membantu melindungi pengguna dari penyelewengan peniaga yang tidak beretika dan mampu mengamalkan perlindungan kendiri, self protection serta penyebaran maklumat berkaitan kepenggunaan. Berdasarkan statistik terkini, terdapat lebih daripada 80,000 ahli Friends Of KPDNHEP merangkumi 26 buah parlimen di seluruh negeri Johor. Oleh yang demikian, ianya penting untuk setiap pengguna tahu dan memahami 8 hak pengguna ini demi kepentingan diri supaya menjadi pengguna bijak. Komuniti setempat memainkan peranan yang amat penting dalam memberi kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat setempat untuk sama-sama membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat dengan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam melaporkan tindakan-tindakan tidak beretika oleh peniaga tamak yang menafikan hak-hak pengguna. Yang Berhormat Puan Speaker, YB Timbalan Speaker : Masih panjang lagi? YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : Ya. YB Timbalan Speaker : Saya bagi 3 minit lagi ya. YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan : 3 minit? Ok. Dari segi perpaduan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Bukit Naning yang mengangkat isu perpaduan kaum di Dewan yang mulia ini. Puan Speaker, masyarakat berbilang kaum merupakan aset terbesar bagi negara kita, Malaysia. Arah tuju masa hadapan negara adalah bergantung kepada sejauh mana kejayaan kita dalam menguruskan kerencaman. Masyarakat yang merupakan cabaran kepada usaha-usaha memupuk dan memperkukuhkan perpaduan di negara ini. Namun begitu, kejayaan Malaysia dalam menguruskan perpaduan sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini sering dilihat sebagai negara contoh atau model yang menggambarkan kemakmuran yang positif. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sentiasa peka dengan serangan berbaur perkauman sehingga boleh mencetuskan pertelingkahan berhubung isu agama dan kaum. Oleh itu, menyedari cabaran-cabaran ini, perpaduan menggunakan 2 strategi di dalam tindakannya. Iaitu strategi pendidikan dan strategi pendampingan. Tujuannya adalah untuk meningkat, mengukuh dan memelihara perpaduan kaum. Ada juga beberapa langkah-langkah tapi tidak ada masa. Jadi ADUN, Yang Berhormat Sungai Balang juga menanyakan tentang tempoh pelantikan Jawatankuasa Rukun Tetangga. Di bawah Seksyen 7 (4), pelantikan Jawatankuasa Rukun Tetangga, seorang Anggota Jawatankuasa Rukun Tetangga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik untuk lebih daripada 3 penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan Pengarah Perpaduan.

Page 316: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 316

Jadi, akhir kata besarlah harapan saya supaya bajet 2019 yang di bentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi kebaikan dan kemajuan kepada pembangunan modal insan dan rakyat negeri Johor keseluruhannya. Sekian terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains Dan Teknologi, jemput. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberi kesempatan untuk, memberi saya kesempatan untuk membuat penggulungan atas perbahasan kali ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang ke-60 pada 22 November yang lalu, patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada, sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pandangan dan nasihat daripada semua Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini terhadap belanjawan negeri Johor tahun 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 29 November yang lalu terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio saya. Yang Berhormat Puan Speaker, keputusan 9 Mei yang lalu telah memberi satu mesej yang sangat jelas daripada rakyat, iaitu sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjalankan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat dengan bersih, cekap dan amanah, rakyat akan berani menggunakan hak mengundi mereka untuk mengalihkan tampuk pemerintahan. Ini memberi tekanan yang kuat kepada saya dan rakan-rakan di sebelah sini. Justeru itu, kami di sini komited untuk memastikan kerajaan baru ini bersih, cekap dan berpaksikan rakyat dengan berteraskan prinsip tadbir urus yang baik atau dengan izin good governance supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Dengan semangat Malaysia baru saya dan rakan-rakan di sini komited untuk mengangkat nilai demokrasi menjayakan agenda reformasi dan sedaya upaya tidak akan mengulangi kesilapan masa dahulu. Yang Berhormat Puan Speaker, belanjawan tahun 2019 yang inklusif dan komprehensif ini disifatkan sebagai belanjawan rebranding. Saya jangka orang yang berkata sedemikian disebabkan mereka sentiasa berfikir sedemikian dan minda mereka penuh dengan perkataan rebranding. Agak-agaknya, parti yang telah ditolak oleh rakyat sedang memikirkan apakah cara yang baik untuk membuat rebranding pada parti diri dia sendiri dan menyebabkan minda mereka penuh dengan perkataan ini. Dan apa-apa dalam mata mereka akan dilihat sebagai rebranding. Yang Berhormat Benut dalam perbahasan beliau telah menyentuh tentang isu bahawa pembangkang tidak diberi langsung ruang dan peluang. Perkara ini merupakan tuduhan liar yang merupakan polemik politik untuk memburuk-burukkan imej kerajaan Pakatan Harapan. Sebagai sebuah kerajaan yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi, Pakatan Harapan menyedari bahawa pembangkang memainkan peranan yang penting dalam menyemak dan mengimbangi kerajaan apatah lagi kami yang duduk di sini ramai dulu pernah duduk di sana sebagai pembangkang dan banyak memberi pandangan-pandangan konstruktif dan ada di antaranya telah diangkat dan dilaksanakan atau dilancarkan oleh kerajaan yang terdahulu. Yang Berhormat Puan Speaker, antara program-program yang dilancarkan atas cadangan daripada kami sebelum ini, apakah salahnya sekiranya program-program ini adalah baik dan sekiranya ada yang kurang kita tambah baikkan, apakah salahnya. Saya nak tegaskan di sini bahawa baik parti mana yang memerintah, negara ini memerlukan penglibatan parti pembangkang yang efektif untuk memastikan bahawa hala tuju negara kita tidak terpesong. Selaras dengan semangat ini, kami telah memberi pengiktirafan dan ruang kepada pembangkang, bukan sahaja pada peringkat kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri malah sehingga ke peringkat kerajaan tempatan. Saya berharap pembangkang dapat menyesuaikan diri dengan identiti mereka sebagai parti pembangkang dapat memainkan peranan sebagai pembangkang yang profesional, konstruktif dan bertanggungjawab. Yang Berhormat Puan Speaker, Seksyen 23 Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976, telah menyatakan bahawa semua mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai dan kepada wakil-wakil akhbar melainkan jika selainnya diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu dengan ketetapan dalam mesyuarat itu, dengan syarat bahawa Seksyen in tidak boleh dipakai bagi mana-mana Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan melainkan jika selainnya diputuskan oleh jawatankuasa itu dengan ketetapan. Ini maksud, orang ramai ini, merangkumi parti pembangkang.

Page 317: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 317

Maka, sebagai kerajaan yang mengamalkan sifat prinsip demokrasi dan ketulusan serta Rule Of Law kerajaan tempatan mengalu-alukan penglibatan pembangkang dan orang awam dalam mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 23, Akta 121. Kejadian di mana pembangkang akan diminta keluar daripada mesyuarat penuh atas tekanan politik seperti apa yang berlaku semasa saya menyandang jawatan sebagai ADUN Mengkibol tetapi diminta keluar daripada, ya minta keluar daripada mesyuarat, ini tidak akan berulang dalam pemerintahan parti kerajaan pakatan. Untuk memberi kepastian dalam perkara ini saya juga telah mengarahkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan supaya mengangkat prinsip Seksyen 23 dan membenarkan semua orang termasuk pembangkang untuk menyertai, menghadiri mesyuarat penuh Pihak Berkuasa Tempatan. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Panti telah menyentuh soal membazirkan peruntukan wang untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi Pelan Transformasi Digital Negeri Johor dan kenapa tidak mengguna pakai pelan tindakan digital Johor atau Johor 4.0 yang telah dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Pelan Transformasi Digital Negeri Johor yang akan disediakan adalah berasaskan kepada pelan tindakan digital johor yang telah dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Walau bagaimanapun inisiatif yang terdapat dalam pelan tindakan tersebut akan ditambah baik, khususnya dalam aspek koordinasi perancangan dan pelaksanaan antara agensi. Kita bukan kerajaan yang macam dahulu, selalu buat pelan tetapi gagal dalam aspek pelaksanaannya. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan supaya dapat memudahkan orang awam melicinkan lagi pentadbiran, meningkatkan ketelusan dan kredibiliti menangani rasuah atau duit kopi. Mana-mana inisiatif yang bermanfaat dikekalkan dan diguna pakai manakala inisiatif-inisiatif perlu ditambah baik, perlu dikaji semula demi kebaikan semua. Untuk pembangunan sistem usaha mempertingkatkan sistem sedia ada dan memenuhi kepenuhan, keperluan sistem baru akan dilaksanakan. Sebagai contoh Sistem Hasil Tanah Johor versi 2 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Panti akan ditambah baik pada tahun hadapan melalui permintaan perubahan atau dengan izin change request. Modul amanah dibangunkan untuk pengurusan wang amanah yang lebih cekap dan telus. Modul pelaporan pula dipertingkatkan keupayaannya supaya dapat membantu dalam pemantauan dan unjuran kutipan hasil. Selain itu, kerajaan negeri berusaha mendigitalkan pentadbiran PBT seperti sistem e-PBT yang digunakan secara bersepadu di semua PBT negeri Johor. Terdapat 24 modul yang terkandung dalam sistem ini termasuklah pengurusan kutipan, pengurusan akaun, pengurusan pemberian, pengurusan bayaran, pengurusan aset, pengurusan wang amanah, cukai, penilaian, lesen, sewa, kompaun, e-Khidmat dan pelaporan kepada SUK. Buat masa ini, kesemua PBT telah mengguna pakai sistem e-PBT dan purata penggunaan keseluruhan modul yang dibangunkan adalah sekitar 75%, namun sistem e-PBT dikemukakan dalam laporan ketua audit negara 2017 siri 2. Antara isu yang disebut adalah perjanjian e-PBT ditandantangani oleh kerajaan negeri, PBT dan MSC Cyberport Sdn. Bhd. pada 1 Mac 2010 bagi tempoh 10 tahun secara Private Finance Inisiative (PFI). Pembangunan sistem e-PBT perlu siap dalam tempoh 18 bulan yang ditetapkan adalah pada 31 Ogos 2011. Kerajaan negeri Johor terdahulu juga melalui MMK pada 20 Julai 2016 memutuskan bahawa tarikh siap kerja sistem e-PBT adalah pada 1 Julai 2016. Di situ kita lihat kecekapan kerajaan terdahulu. Dalam beberapa tahun yang lalu, PBT terpaksa menyesuaikan diri dalam memanfaatkan sistem e-PBT ini. Alhamdulillah, penggunaan sistem e-PBT sekarang sudah menjadi lebih mantap dan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh PBT dan MSC Cyberport telah dapat di atasi. Justeru, kerajaan Pakatan Harapan menggesa semua PBT memanfaatkan sistem e-PBT ini dan mengimplementasikan cadangan daripada laporan ketua audit negara supaya dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengurangkan 50% urusan di kaunter dan mencapai matlamat 50% transaksi secara atas talian. Bagi memastikan perkara ini tercapai dalam masa 5 tahun, MSC Cyberport juga akan memberi bantuan kepada pihak PBT dengan memberikan khidmat nasihat dan latihan. Selain itu, kerajaan juga bekerjasama dengan MSC Cyberport untuk menaik taraf sistem e-PBT ke aplikasi mudah alih, mobile apps. Usaha ini adalah selaras dengan trend pengguna masa kini yang telah beralih dari komputer ke telefon pintar. Sementara itu, penggunaan sistem OSC online boleh diguna pakai oleh orang ramai untuk membuat permohonan melalui Unit Pusat Sehenti atau OSC di e-PBT di Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga turut memberi akses kepada 11 agensi teknikal antaranya ialah Bomba, TNB, JKR, JPS, SAJ dan lain-lain untuk memberi ulasan secara atas talian.

Page 318: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 318

Kerajaan negeri juga menggalakkan semua PBT memuat naik segala dokumen berkaitan dengan PBT seperti garis panduan, undang-undang kecil, belanjawan PBT dan permohonan atas talian serta membuat hebahan kepada orang awam supaya agenda reformasi dapat dilaksanakan secara telus. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan bukan sahaja menambah baik sistem yang sedia ada tetapi kita juga mempunyai inisiatif dan rancangan baru. Pelbagai sistem ICT baik untuk penggunaan dalaman mahupun untuk penggunaan pihak awam telah dirancang untuk tahun 2019. Selain daripada Sistem e-Wallet yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa membentangkan Belanjawan Tahun 2019, sistem baru yang akan dibangunkan pada tahun hadapan termasuklah Sistem Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Sistem ini akan membantu pengurusan bantuan kepada pejuang kanser di bawah kelolaan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Sistem e-Veterinar juga akan dibangunkan untuk kegunaan Jabatan Veterinar dalam mengurus dan memantau program-program penternakan yang dijalankan. Akhir sekali, Sistem Pengurusan Maklumat Ahli Dewan Negeri Johor akan dibangunkan pada tahun 2019 untuk memastikan pengurusan maklumat anggota pentadbiran dan Ahli Dewan termasuk ke perjawatan, persaraan, kemudahan dan keistimewaan dilaksanakan secara bersistem. Sistem ini disertakan dengan sokongan aplikasi mudah alih, atau mobile apps untuk kemudahan pengguna. Adakah inisiatif ataupun rancangan baru seperti e-Wallet, Sistem Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Sistem e-Veterinar dan Sistem Pengurusan Maklumat Ahli Dewan Negeri Johor adalah sesuatu rancangan yang copy paste atau pun rebranding? Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Layang-Layang telah menyentuh, mempersoalkan, isu kewujudan Laman Web Kad Sihat Johor. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, laman web ini untuk perkhidmatan atas talian, boleh diakses, di URL yang berikut. Saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat ataupun siapa-siapa yang tidak maklum tentang perkara ini, ambil kertas dan buat catatan. Jangan nanti kata tak ada laman web ini. Iaitu laman web dia ialah www.majusihat.com.my. Buat masa ini Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Khidmat Pengurusan dan pejabat-pejabat daerah telah dibekalkan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing untuk mengakses sistem tersebut. Sistem atas talian yang disediakan buat masa ini juga menyediakan maklumat klinik panel. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Senai telah menyentuh isu Johor Wifi. Projek Johor Wifi Fasa 1 dilancarkan pada 30 Ogos 2015 dan telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016 di 134 lokasi Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Johor. Dari segi penggunaan sehingga November 2018, perkhidmatan Johor Wifi mempunyai 382, 224 orang pengguna berdaftar dengan purata sesi penggunaan sebanyak 406,176 setiap bulan. Pada peringkat awal pelaksanaannya, kerajaan negeri telah mendapat cadangan lokasi-lokasi yang bersesuaian daripada pemimpin-pemimpin masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri Johor. Kawasan-kawasan yang diketengahkan ini merupakan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti menjadi tumpuan orang ramai dan tarikan pengunjung. Berdasarkan cadangan yang diperolehi, pihak teknikal daripada Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah menjalankan kajian dan lawatan tapak bersama-sama wakil PBT dan pembekal perkhidmatan internet bagi mengenal pasti kesesuaian pemasangan Johor Wifi di lokasi-lokasi berkenaan. Faktor utama yang diambil kira adalah infrastruktur asas telekomunikasi dan ketersediaan perkhidmatan internet di samping infrastruktur elektrik bagi keperluan peralatan wifi. Selain infrastruktur, hak milik tanah bagi kawasan yang akan dipasangkan Johor Wifi juga perlu diambil kira. Empat lokasi hotspot yang mencatatkan penggunaan tinggi iaitu melebihi 5% sesi log masuk pengguna setiap bulan telah dipertingkatkan kelajuannya daripada 4 mbps kepada 8 mbps melalui projek Wifi, Projek Johor Wifi Fasa 2. Untuk makluman, statistik penggunaan Johor Wifi di kawasan Senai, iaitu Dataran Cahaya Bukit Liki, Hutan Bandar Putra, dan Flat Temenggong, jumlah sesi log in telah mencatatkan peningkatan daripada 5,217 kali log in pada bulan Januari hingga sekarang. Minta maaf, pada bulan Januari 5,217 sehingga pada bulan Oktober, 18,509 kali log in. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Benut telah juga menyentuh soal pendirian kerajaan negeri terhadap pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagi melantik Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sedang di peringkat kajian oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui sesi bengkel atau perbincangan bagi mengumpul input yang relevan seterusnya mencari kaedah yang terbaik bagi pembentukan dan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Sesi Taklimat Amalan Terbaik Pelaksanaan Pilihan Raya Tempatan telah melibatkan Ahli Majlis akan diadakan sempena Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya pada 10 Disember akan datang. Kerajaan Tempatan berpandangan

Page 319: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 319

cadangan mengadakan pemilihan Ahli-Ahli Majlis melalui proses pilihan raya akan memberi peluang pembayar cukai memilih calon-calon terbaik untuk menguruskan Kerajaan Tempatan. Kita Kerajaan Pakatan Harapan tidak gentar dengan persaingan, tidak seperti kerajaan terdahulu yang takut kepada Pembangkang. 50 tahun pun tidak berani mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Di samping mewujudkan persaingan sesama Ahli Majlis ke arah lebih baik sekali gus meningkatkan prestasi kerja seterusnya menjadikan Institusi Kerajaan Tempatan lebih cekap dan telus di dalam pengurusan dan pelaksanaan dasarnya kepada rakyat jelata. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Sri Medan telah menyentuh soal pembinaan Balai Bomba di kawasan Parit Sulong. Untuk makluman, pembinaan sesebuah balai bomba adalah berdasarkan penilaian terhadap beberapa kriteria seperti jumlah penduduk, tahap risiko kebakaran, keluasan kawasan jagaan, faktor geografi dan keperluan strategik. Pada ketika ini, Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng akan memberi respons terhadap panggilan kebakaran dan kecemasan di kawasan Parit Sulong dan kawasan berhampiran dengannya. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk dibina sebuah balai bomba iaitu Lot 16399, Mukim Seri Medan, Parit Sulong. Keluasan tanah tersebut 1.199 Hektar. Tapak yang dikenal pasti itu merupakan tanah milik persendirian berstatus pertanian dan jaraknya daripada Balai Yong Peng adalah lebih kurang 27km. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah memajukan permohonan kepada Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya bagi urusan pengambilan tanah. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Raja, untuk mewujudkan PBT di kawasan-kawasan FELDA. Saya mentafsirkan cadangan tersebut adalah meminta supaya PBT menyediakan perkhidmatan di Kawasan FELDA bukannya mewujudkan PBT. Untuk perkara ini, ianya melibatkan beberapa isu perundangan seperti yang berikut. Yang pertama, adakah peneroka-peneroka telah diberikan hak individu. Adakah kawasan ini telah dikeluarkan daripada kawasan penempatan berkelompok atau pun dengan lebih spesifik telah dikeluarkan daripada kawasan FELDA. Sekiranya telah mendapat hak pun, adakah penduduk di kawasan FELDA telah bersedia untuk membayar cukai kepada PBT. Pendek kata, PBT tidak boleh menyediakan perkhidmatan di kawasan tidak bercukai. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam isu Miskin Tegar Bandar yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Permai, KPKT telah pun melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar atau PPKB yang bertujuan untuk membantu kumpulan miskin dan berpendapatan rendah di bandar, meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga. Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah B40 iaitu terdiri daripada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,860.00 sebulan dan ini termasuk isi rumah miskin tegar dan miskin. Kumpulan sasar PPKB hendaklah berstatus warganegara dan status kemiskinan mereka telah disahkan dalam sistem e-Kasih atau Mesyuarat Focus Group mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau seperti yang diarahkan oleh kerajaan. Selain itu, kerajaan negeri juga mewujudkan Yayasan di setiap PBT negeri Johor. PBT melalui Yayasan merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada komuniti serta golongan sasar yang memerlukan bantuan di dalam kawasan masing-masing. Program-program tersebut dirangka bagi mengatasi masalah kos sara hidup, meningkatkan kualiti kehidupan, mengurangkan jurang ekonomi sosial dan masyarakat serta lain-lain yang dirasakan perlu. ADUN Yong Peng melalui Yang Berhormat Penggerang telah menyoalkan tentang status Yayasan Harapan Majlis Daerah Yong Peng. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yayasan PBT telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan Tahun 1952) Akta 258. Penubuhannya adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup dalam lingkungan sesuatu kawasan PBT terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Sehingga kini sebanyak 6 PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Kluang dan Majlis Daerah Pontian yang telah berjaya memperolehi Sijil Pemerbadanan Yayasan bagi PBT masing-masing, manakala baki 9 lagi PBT termasuk Yayasan Harapan Majlis Daerah Yong Peng, penubuhan Yayasan masih dalam proses pendaftaran. Bahagian Kerajaan Tempatan bersama dengan Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang Jabatan perdana Menteri sedang dalam proses menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan penubuhan Yayasan PBT bagi memastikan ianya mematuhi dasar dan perundangan yang telah ditetapkan.

Page 320: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 320

Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan masalah kerja-kerja pemotongan rumput yang tergendala yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Permai, perkara ini telah diambil oleh Majlis Perbandaran Kulai demi kesejahteraan masyarakat setempat walaupun kita sedar bahawa perkara ini bukan berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Bermula 1 Disember yang lalu, pihak MPKU telah mengambil inisiatif untuk membantu melengkapkan kerja-kerja memotong rumput di jalan-jalan persekutuan dalam kawasan pentadbiran MPKU yang sebelum ini dilaksanakan oleh Pihak Selia Selenggara. Kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan jalan-jalan yang berikut. Yang pertama Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, yang kedua Jalan Airport Senai, ketiga Jalan Seelong, keempat Jalan Kempas Lama, kelima Jalan Kulai-Kota Tinggi, keenam Jalan Kulai - FELDA Inas dan akhirnya Jalan Sawah, jalan ke tol Kulai. Yang Berhormat Puan Speaker, dari Kulai sekarang kita beralih ke Mersing. Sebenarnya isu pengambilan kaum India sebagai penjawat PBT yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggaroh telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kahang dan telah saya jawab dalam Persidangan yang lepas. Saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Tenggaroh terlepas pandang ataupun beliau mudah lupa, tapi, tidak mengapa. Saya tetap bersabar. Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada pembangkang bahawa rakyat telah menolak politik perkauman yang dimain-mainkan oleh mereka selama 60 tahun yang lalu. Cukuplah. Sekarang Malaysia sudah masuk ke era baru. Janganlah mengapi-apikan sentimen perkauman lagi terutama dalam Dewan yang mulia ini. Kita di sini dipilih oleh rakyat untuk membincangkan dasar dan hala tuju untuk tanah air tercinta ini bukan untuk berpolitik atau memainkan sentimen dalam Dewan yang mulia ini. Apa pun, demi mengelakkan pembangkang mengulangi soalan yang sama dalam Persidangan akan datang ataupun akan dikatakan bahawa EXCO tidak menjawab pada soalan yang ditimbulkan, suka saya maklumkan bahawa kita bukan sahaja telah memenuhi apa yang diminta oleh kedua-dua Yang Berhormat daripada Tenggaroh dan Kahang, malah, jumlah perjawatan yang diambil di kalangan masyarakat India jauh lebih banyak daripada angka 80 orang kaum India seperti yang diminta oleh mereka. Kini, terdapat seramai 133 orang daripada kaum India telah dilantik dalam pelbagai gred jawatan di semua PBT negeri Johor pada tahun ini. Mungkin kedua-dua Yang Berhormat ada kebimbangan bahawa kerajaan terlupa dan ataupun terlepas pandang terhadap permintaan mereka ini. Jangan bimbang. Kerajaan tidak akan sekali memberi peluang kepada pembangkang untuk mengapi-apikan sentimen perkauman. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi isu perancangan PBT untuk merencanakan lebih banyak pembinaan gerai-gerai sememangnya PBT selalu mengambil berat golongan peniaga bermodal kecil. Pihak MPKu melalui bajet pembangunan telah menyediakan peruntukan bagi keperluan menaik taraf, membaik pulih dan membina ruang niaga pada setiap tahun. Bagi tahun 2019, perancangan adalah menaik taraf gerai di pasar awam Kulai, membina tapak niaga food truck di Hutan Bandar dan membaik pulih kerosakan-kerosakan kecil gerai dan ruang niaga. Selain itu, pihak PBT juga tidak ada mengeluarkan lesen kepada warga negara asing untuk menjalankan perniagaan-perniagaan kecil di premis-premis perniagaan terutamanya premis-premis milik kerajaan. Hanya peniaga yang berstatus warga negara Malaysia sahaja yang dilesenkan bagi perniagaan-perniagaan kecil di premis-premis perniagaan. Kerajaan negeri menyeru supaya orang awam membuat aduan ke atas kes-kes peniaga warga asing kepada PBT dan PBT akan mengambil tindakan terhadap mereka. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi isu yang ditimbulkan oleh Tangkak, bahawa proses kelulusan permohonan pemajuan terlalu panjang di peringkat PBT. Suka saya maklumkan bahawa proses kelulusan bagi semua permohonan pemajuan di PBT adalah tertakluk kepada tempoh piagam OSC yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT seperti berikut: 1. Kebenaran merancang adalah 38 hari. 2. Pelan bangunan adalah 28 hari. 3. Pelan kejuruteraan adalah 50 hari.

Bagi aduan yang ditimbulkan oleh Tangkak bahawa ada permohonan pembangunan yang tidak dapat dibentangkan di Jawatankuasa OSC kerana masih dalam proses pre-consult. Perkara ini mungkin kes-kes yang terpencil. Yang mungkin berpunca daripada kelalaian pegawai-pegawai tertentu ataupun pada kebanyakan masanya adalah kesilapan atau kekurangan pemaju itu sendiri. Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Larkin, Yang Berhormat Senai dan Yang Berhormat Tangkak yang sentiasa prihatin dan peka terhadap kebajikan Ahli-Ahli Majlis kita. Tetapi kita perlu berhati-hati dalam isu ini. Jangan besok nanti pembangkang

Page 321: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 321

akan menyerang kerajaan kononnya Ahli Majlis kita baru sahaja dilantik sudah tak sabar nak naik elaun. Dan perkara ini tengah hangat dibincangkan dalam media-media sosial juga. Dulu Ahli Majlis boleh hidup dibayar elaun hanya RM600.00 hingga RM900.00 sebulan. Ini bukan bermaksud mereka ini cekap sangat. Hakikatnya apa yang dipentingkan oleh mereka sebenarnya bukanlah berapa elaun yang dibayar kepada mereka, untuk Ahli-Ahli Majlis yang lama ini, tetapi kedudukan sebagai ahli majlis itu sendiri. Ini disebabkan kedudukan ahli majlis itu bermaksud mereka boleh mencari kesempatan dari situ. Mereka hidup bukan bergantung pada elaun tetapi kontrak-kontrak ataupun kerja-kerja sampingan yang lain. Ini untuk Ahli-Ahli Majlis yang lama. Kita sebagai kerajaan yang baru berhasrat untuk menegakkan semula sistem yang telah dirosakkan oleh pihak sana, dan jangan mengulangi kesilapan mereka. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat-Yang Berhormat bahawa dengan memberikan elaun yang terlalu rendah, malah jauh lebih rendah daripada gaji minima hanya akan dijadikan alasan oleh Ahli Majlis kita untuk mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu. Bagaimanapun, perkara ini perlu ditangani dengan teliti supaya ianya tidak akan membebankan Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya PBT yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Kerajaan akan meneliti perkara ini dan menjalankan penyelarasan elaun secara berperingkat. Justifikasi, semakan semula elaun ini akan mengambil kira peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli majlis dalam bidang perancangan dan pembangunan pihak berkuasa tempatan yang semakin mencabar, memandangkan pelantikan seseorang ahli majlis adalah bertujuan untuk membantu PBT di dalam membuat dasar, merancang dan mengawasi pelaksanaan program pembangunan di peringkat PBT. Namun begitu, selain daripada kemampuan kewangan PBT, pelarasan semula elaun ini juga perlu mengambil kira prestasi kerja Ahli Majlis. Mereka harus terlebih dahulu membuktikan kebolehan masing-masing untuk mewakili kepentingan masyarakat setempat di kawasan PBT, seterusnya memberi perkhidmatan yang cemerlang. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Panti dan Maharani telah menyentuh tentang isu kerajaan negeri memperuntukkan RM13. Juta kepada 11 daripada 16 Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan geran keseimbangan negeri di bawah teras kesejahteraan rakyat iaitu dinamik keupayaan kerajaan tempatan dalam Belanjawan Tahun 2019. Pihak Berkuasa Tempatan negeri Johor sentiasa membuat pemantauan dan penyelenggaraan di setiap pasar awam, gerai-gerai untuk mewujudkan ruang niaga yang lebih selesa dan kemas. Setiap aduan yang diterima daripada orang awam dan peniaga-peniaga akan segera di baik pulih mengikut kemampuan kewangan. PBT juga melaksanakan penambahbaikan ke atas setiap teguran yang telah dikeluarkan berdasarkan laporan pihak audit dari semasa ke semasa. Pengesahan setiap kerja yang dikeluarkan sentiasa memenuhi keperluan dan spesifikasi kerja yang dikeluarkan. Bagi kerja-kerja yang tidak memenuhi spesifikasi kerja, PBT akan memastikan setiap kontraktor untuk membuat pembetulan dan pembaikan. Selain itu, PBT juga melaksanakan penambahbaikan dengan menubuhkan Unit Perolehan bagi menguruskan dan memantau segala urusan perolehan yang akan dilakukan oleh PBT, kerajaan negeri dan persekutuan. PBT juga berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada setiap anggota yang terlibat dengan proses perolehan projek serta kewangan dengan mengadakan atau menghantar setiap anggota tersebut ke kursus dan latihan yang berterusan bagi memantapkan lagi proses pelaksanaan perolehan kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam pekeliling kewangan kerajaan. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Perling telah menyentuh tentang isu meminta PBT longgar syarat kepada kumpulan busking untuk mempelbagaikan aktiviti dan merancakkan keadaan budaya negeri Johor. Untuk makluman Perling, pihak PBT tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang bagi melesenkan mereka. Namun, PBT tidak pernah menghalang kumpulan busking bagi membuat persembahan di tepi jalan selagi tidak menggugat ketenteraman awam. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Semarang telah menyentuh tentang isu orang Johor Bahru menjadi Ahli Majlis Daerah Yong Peng. Saya ingin menasihatkan Yang Berhormat Semarang, walaupun saya sedar bahawa mungkin saya tidak layak memberi nasihat kepada orang yang lebih berpengalaman ataupun orang yang lebih senior daripada saya, supaya Yang Berhormat Semarang jangan mengamalkan sikap asabiah. Kerajaan membuat lantikan Ahli Majlis berdasarkan kebolehan dan kemampuan seseorang itu menjalankan tugasnya. Kalaulah orang Johor boleh diberikan mandat dan dipercayai untuk menjadi Menteri Besar negeri Selangor, apa salahnya kita melantik seorang dua daripada Johor Bahru untuk menjadi Ahli Majlis di Yong Peng? Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Senai telah menyentuh tentang isu Dewan Seelong dan signboard UMNO di bangunan milik kerajaan. Dewan Seelong telah dibina berdasarkan kepada permohonan daripada penduduk setempat dan pihak Perbandaran Kulai sentiasa memastikan dewan

Page 322: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 322

ini di selenggara dengan baik. Bagaimanapun, statistik menunjukkan bahawa penggunaan orang awam terhadap dewan ini adalah sangat rendah dan pihak MPKu telah membuat keputusan untuk menggunakan dewan itu sebagai stor untuk menyimpan fail. Bagaimanapun, MPKu dari semasa ke semasa akan memastikan dewan ini dalam keadaan baik. Selaras dengan pentadbiran kerajaan baru, MPKu telah juga mengeluarkan arahan penurunan papan tanda parti-parti politik, bukan sahaja parti-parti UMNO tapi semua parti-parti politik, tapi maklumlah, parti-parti Pakatan Harapan tidak terlibat di semua balai raya dan dewan milik MPKu. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Tangkak telah menyentuh tentang isu Kempen Pengasingan Sisa Pepejal di Punca yang bermula pada 1 September 2015. Kempen berkaitan dengan kebersihan dan pengasingan sisa pepejal di Punca masih diteruskan sehingga kini. Sebanyak 563 taklimat atau ceramah telah dibuat semasa program diadakan di peringkat agensi, institusi dan komuniti. Aktiviti kebersihan seperti gotong royong juga semakin dipergiatkan di setiap komuniti perumahan dan institusi. Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, November 2018 sahaja SW Corp telah melancarkan modul pembelajaran kitar semula di peringkat tabika dan sekolah. Modul tersebut boleh dijadikan garis panduan bagi meningkatkan amalan kitar semula di peringkat kanak-kanak sebab kita menyedari bahawa kalau kita nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya, seperti yang saya sebut tadi dalam sesi soal jawab tadi. Usaha yang dijalankan oleh SW Corp adalah melalui peredaran pamflet dan risalah dan juga masih akan diteruskan kepada penduduk melalui rumah ke rumah bagi memberikan kesedaran kepada komuniti setempat. Pemeriksaan oleh penguat kuasa SW Corp turut dijalankan di semua premis perumahan bagi mengenal pasti penghuni-penghuni yang gagal membuat pengasingan. Selain itu, setengah Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Muar dan Majlis Daerah Tangkak telah meminta kerjasama daripada Ahli Majlis supaya menjalankan sekurang-kurangnya satu projek perintis ataupun pilot project di DUN masing-masing sebagai salah satu usaha dan inisiatif kerajaan dalam menjayakan program pengasingan pada punca atau program kitar semula ini. Kerajaan juga sedang membuat kajian tentang pendekatan untuk mempromosi dan memantau pelaksanaannya supaya kempen pengasingan sisa pepejal pada punca dapat dihidupkan semula untuk meringankan beban sistem pengurusan sisa pepejal yang semakin serius di negeri Johor. Yang Berhormat... YB Timbalan Speaker : Masih panjang? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Sikit lagi. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Tanjung Surat telah berkongsi satu cadangan yang sangat-sangat unik iaitu menangkap anjing liar dan mengeksport ke Korea Selatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, statistik tangkapan anjing liar di PBT Pengerang sehingga Oktober 2018 adalah sebanyak 130 ekor. Daripada jumlah tangkapan liar seperti yang dinyatakan di atas, saya khuatir dan saya rasa ianya sememang tidak cukup untuk dieksport ke Korea seperti yang dicadangkan Yang Berhormat Tanjung Surat. Sebagai EXCO yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Tempatan saya tidak setuju dengan perbuatan yang zalim ini, apatah lagi eksport mengeksport ini memang bukan kerja pihak berkuasa tempatan. Jika Yang Berhormat Tanjung Surat berminat tentang perniagaan ini, bolehlah berurus terus dengan Pihak Berkuasa Tempatan, saya tiada halangan tetapi kalau boleh janganlah menjalankan perniagaan yang zalim ini. Yang Berhormat Puan Speaker, saya dan juga rakan-rakan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersama dengan jentera perkhidmatan awam akan terus merungkai aspirasi segar dalam menterjemah mandat yang diberikan rakyat yang berteraskan prinsip-prinsip nilai, integriti dan kebertanggungjawaban. Buat sekalian ahli-ahli sidang Dewan Negeri saya ingin merakam sekalung penghargaan atas soalan-soalan yang dibangkitkan menjurus kepada portfolio Kerajaan Tempatan, Sains Dan Teknologi. Saya yakin, soalan yang dibangkitkan tersebut mampu memberi nilai tambah dalam menyediakan dasar dan perkhidmatan kelak serta menemukan penyelesaian tuntas dalam segenap aspek membabitkan kemaslahatan awam atau dengan izin public interest. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Bahagian Kerajaan Tempatan, Bahagian Sains dan Teknologi, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang terlibat dalam penyediaan sidang dewan pada kali ini. Sesungguhnya kalian adalah tulang belakang penting kepada saya dan seluruh anggota pejabat saya. Ada yang terpaksa meneman saya bermesyuarat sehingga tengah malam, semalam pukul satu lebih baru boleh balik rumah. Saya

Page 323: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 323

ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat ini. Saya harap ulasan yang saya berikan ini telah menjelaskan kemusykilan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan sekiranya ada yang belum terjawab ataupun terlepas pandang, sila menyusuli perkara tersebut kepada pejabat saya secara bertulis. Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu di bawah portfolio Kerajaan Tempatan, Sains Dan Teknologi. Sekian terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 9 Disember 2018, jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.10 petang.

Page 324: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 324

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

HARI KETUJUH AHAD, 9 DISEMBER 2018 BIL. 3 TAHUN 14

HADIR

YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat

YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar

Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan

Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan

Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian

Tuan Dr. Sahruddin bin Jamal (Bukit Kepong)

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan

Ekonomi Kreatif Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

Page 325: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 325

YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah)

YB Tuan Chen Kah Eng

(Stulang)

YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak)

YB Tuan Yeo Tung Siong

(Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How (Perling)

YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan

(Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni

(Bukit Naning)

YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin)

YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor

(Kemelah)

YB Tuan Dr. Chong Fat Full (Pemanis)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol)

YB Tuan Tee Boon Tsong

(Senai)

YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi,PIS II., BSI., AMN. (Bukit Permai)

YB Dato' Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP.

(Permas)

YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Mohd. Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

Page 326: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 326

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari

(Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau)

YB Datuk Ir. Hasni bin Mohammad, GPDK., PIS., PSI., AMN., KMN.

(Benut)

YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS. (Semarang)

YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN. (Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.

(Tanjung Surat)

YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN. (Sungai Balang)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy

(Tenggaroh)

YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP. (Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP.

(Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja)

YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

Page 327: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 327

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI.

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., PIS., PSI.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP.,

SUNS.,SPDK.,PNBS., SMJ., PIS.,BSI., SAHM. (Gambir)

YB Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN.

(Simpang Jeram)

YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng)

YB Datuk Md. Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti)

Page 328: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 328

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Alhamdulillah kita telah berada pada hari yang terakhir bagi Mesyuarat ke 3 Belanjawan 2019 dan Penggal pertama Dewan Negeri Johor yang Ke-14. Pada hari ini juga kita akan sama-sama mendengar penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat semua. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Bentayan, jemput. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker,soalan nombor 1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan ke atas tapak pelupusan haram yang mencemarkan alam sekitar? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Benyatan atas soalan yang ditimbulkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang saya telah sebut dalam Dewan yang mulia ini, bahawa di negeri Johor ini kita dah serahkan kuasa pemantauan dan kuasa segala urusan tentang pelupusan sampah akan di selenggara dan dipantau oleh SW Corp. Bagaimanapun kerajaan sentiasa bekerjasama dengan SW Corp supaya memastikan kebersihan dan keceriaan alam sekitar terpelihara. Yang Berhormat Tuan Speaker, SW Corp akan sentiasa berusaha untuk memerangi lokasi hot spot sampah haram di setiap daerah melalui pelaksanaan operasi pemantauan dan tangkapan dari semasa ke semasa. Operasi bersama agensi lain turut dilaksanakan. Namun masalah sampah haram ini masih lagi berulang. SW Corp turut menasihati orang ramai agar tidak membuang sampah atau bahan binaan hasil daripada aktiviti pengubahan suaian di lokasi yang tidak dibenarkan. Sisa-sisa tersebut perlu dihantar dan dilupuskan di tapak pelupusan yang dibenarkan. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah saman yang telah dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab di bawah Seksyen 71 Sub 1 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada tahun 2018 adalah sebanyak RM54,000.00 sepanjang tahun 2018. Iaitu sebanyak 3 kes telah dibawa ke mahkamah. Itu semua berlakunya pada tahun ini dan ini merupakan kes-kes di antara yang pertama yang dibawa ke mahkamah, iaitu pada 28 Oktober lalu telah disabitkan bersalah dan didenda RM16,000.00. Pada 12 Ogos yang lalu RM18,000 didenda. Dan 8 Julai pesalah disabit bersalah dan didenda RM20,000.00. dan ada 2 sebutan kes lagi akan di bawa ke mahkamah pada awal bulan Disember ini. Sebenarnya sebab semasa kita bersidang dalam Dewan yang mulia ini, ada satu sebutan kes sedang berlangsung di Mahkamah Seksyen Johor Bahru. Seterusnya akan terdapat juga sebutan kes kesalahan di bawah Seksyen 71 Sub 1 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di mahkamah. Saya menyeru semua orang merangkumi kontraktor ataupun orang awam tidak membuang sampah ke tapak pelupusan haram. Jika didapati bersalah pihak tidak bertanggungjawab ini akan didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen yang sama. Akhirnya saya juga menyeru tuan tanah tidak boleh membiarkan orang awam atau kontraktor membuang sampah di tanah sendiri dan menyebabkan kacau ganggu. Sekiranya didapati bersalah

Page 329: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 329

pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 75 Sub 1 Akta Pengurusan Pepejal dan Pembersihan Tahun 2017. Sekian terima kasih. YB Speaker : Ya Bentayan. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, minta YB EXCO nyatakan setakat ini berapa jumlah lokasi yang telah dikenal pasti di negeri Johor dan berapa jumlah lokasi sampah haram ini yang telah diambil tindakan pembersihan dan berapa yang tidak aktif. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan. Sekarang ini sebanyak 320 lokasi hot spot di seluruh negeri Johor yang dapat dikenal pasti oleh SW Corp. Hasil daripada operasi intipan yang dijalankan sehingga pada tahun ini daripada 320 lokasi tersebut sebanyak 275 lokasi yang telah dibersihkan dan tidak aktif. Manakala ada 45 lokasi yang masih aktif dan pengaturan operasi sedang giat diaturkan bagi menahan pesalah-pesalah yang membuang sampah haram di tempat yang tidak dibenarkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kami dapati bahawa punca kebanyakan lokasi-lokasi hot spot ini berasal daripada pembuangan sisa binaan oleh kontraktor-kontraktor pengubahsuaian. Maka kerajaan sedang mengambil langkah proaktif untuk menyediakan satu kemudahan pelupusan sisa dengan ini supaya menyelesaikan masalah sampah haram ini dengan lebih berkesan. YB Speaker : Ya Senggarang. YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan. Saya ingin bertanya, saya telah membangkitkan beberapa bulanlah tentang pembuangan sampah haram di Bukit Kelicap. Adakah Yang Berhormat EXCO yakin dengan apa yang dibuat oleh SW Corporation sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Sekian terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang ditimbulkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya isu di Bukit Kelicap ini satu isu yang lama. Ianya sebenarnya tidak lagi menjadi satu tapak pelupusan yang dibenarkan sebelum ni memang ia, tetapi telah ditutup. Telah ditutup dan masalahnya sekarang ini yang berlaku masalah bukan pada tapak Bukit Kelicap tapi di lot tanah bersebelahan dan memang kerja-kerja pemantauan sentiasa dijalankan oleh SW Corp untuk menahan dan juga mendenda kepada siapa-siapa yang menjalankan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Tanjung Surat. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 2. Adakah urusan pengambilan Ketua-Ketua Kampung yang baru seluruh negeri Johor telah selesai sepenuhnya. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Yang Berhormat yang Berhormat semuanya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Surat di atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah keseluruhan perjawatan Ketua Kampung di negeri Johor adalah sebanyak 670 orang. Jumlah perjawatan Ketua Kampung bagi seluruh daerah di negeri Johor adalah seperti berikut. Johor Bahru 45 orang, Muar 96, Batu Pahat 173, Segamat 59, Kluang 38,

Page 330: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 330

Pontian 88, Kota Tinggi 50, Mersing 28, Tangkak 73, Kulai 20, menjadikan jumlah keseluruhannya 670.Untuk makluman Dewan yang mulia sebanyak 3 buah kampung telah dijumudkan atau dimansuhkan iaitu 2 buah kampung di Kota Tinggi dan 1 buah kampung lagi di Mersing. Kebiasaan dijumudkan ini kerana jumlah penduduk semasa telah menyosot daripada awalnya. Pelantikan Ketua Kampung di negeri Johor telah bermula pada 16 Oktober 2018 yang lalu dan proses pelantikan masih diteruskan sehingga ini. Pelantikan Ketua Kampung ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut prosedur yang digariskan dalam Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 3 Tahun 2018 yang berkuat kuasa sekarang ini. Bagi lantikan fasa pertama untuk jawatan Ketua Kampung seramai 546 calon Ketua Kampung yang telah diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Daripada jumlah ini seramai 15 calon Ketua Kampung telah menarik diri disebabkan pelbagai alasan seperti sakit, telah dilantik menjadi Ahli Majlis serta masalah komitmen keluarga dan juga pekerjaan. Bagi fasa kedua seramai 81 orang lagi calon Ketua Kampung telah diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar dan sehingga ini seramai 612 orang Ketua Kampung telah dilantik dan diperakukan menjadikan dari segi peratusan 92%. Ketua Kampung telah diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Namun begitu masih terdapat jawatan Ketua Kampung yang perlu diiklankan semula atas pelbagai sebab misalnya calon yang berjaya menolak pelantikan sebagaimana saya sebut tadi, tiada calon yang sesuai atau calon yang didapati menghadiri temu duga tidak berkelayakan. Proses iklan semula jawatan Ketua Kampung ini sedang berjalan meliputi berbaki sebanyak 55 Ketua Kampung di seluruh negeri Johor. Pelantikan setakat ini mengikut pecahan daerah Johor Bahru telah dibuat pelantikan 35, Muar telah dibuat pelantikan 96, Batu Pahat, 164; Segamat, 52; Kluang, 37; Pontian, 83; Kota Tinggi, 38; Mersing, 27; Tangkak, 63; Kulai, 17; Pengisian jawatan Ketua Kampung ini bagi setiap daerah di negeri Johor, insya-Allah dijangka selesai dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, bagi jawatan Ketua Masyarakat sebanyak 123 jawatan Ketua Masyarakat Cina, India dan juga Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah tersebut seramai 107 Ketua Masyarakat yang terdiri daripada 109 Ketua Masyarakat Cina, 9 Ketua Masyarakat India di seluruh negeri Johor telah dibuat pelantikan dan diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jumlah Ketua Masyarakat yang berbaki hanyalah 16 lagi perjawatan menjadikan pelantikan mewakili 87% daripada perjawatan Ketua Masyarakat yang ada. Sekian Tuan Speaker. YB Speaker : Tanjung Surat. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Di kawasan saya ada 13 Ketua Kampung, 7 selesai tinggal 6, ada satu di kawasan Taman Bayu Damai ini dulu daripada 7 kampung, dalam 7 kampung tu cuma ada 3 Ketua Kampung asal. Sekarang dan pergi ke Taman Bayu Damai, 1 kampung telah dilantik Ketua Kampung iaitu Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Jawa belum lagi dilantik. Saya nak tanya EXCO adakah nak di apa perkataan tadi, dijumudkan, disatukan atau bagaimana kes di Taman Bayu Damai kerana sekarang baru duduk sebagai taman, dulu kampung-kampung, 7 kampung berkeliaran ada 3 Ketua Kampung. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Tanjung Surat berkenaan dengan Ketua Kampung Bayu Damai yang asalnya terdapat 3 buah kampung dan saya tidak ada senarai nama kampung tersebut tetapi kita telah membuat adjustment Ketua Kampung ini insya-Allah saya akan beri keputusan adjustment itu secara bertulis kepada Yang Berhormat. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Perling, jemput. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 3. Sejauh manakah kerajaan negeri serius untuk membangunkan industri ekonomi kreatif di Johor? YB Speaker : Jemput YB EXCO.

Page 331: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 331

YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Perling ke atas soalan yang dilontarkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, selepas kerajaan baru terbentuk pada Pilihan Raya Ke-14 yang lalu, Johor merupakan negeri yang pertama yang mewujudkan Portfolio Ekonomi Kreatif. Dan ini merupakan penanda aras baru baik di peringkat negeri mahupun persekutuan yang mana langkah ini merupakan satu komitmen yang serius oleh kerajaan negeri Johor dalam mendepani cabaran baru dalam Revolusi Industri 4.0. Untuk makluman, langkah kedua yang akan dilaksanakan selepas ini ialah membuat satu kajian bagi mewujudkan satu Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor. Satu kajian yang komprehensif mengenai latar dan potensi Ekonomi Kreatif Negeri Johor akan diterbitkan dalam bentuk Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Negeri dan setakat hari ini kita hanya bergantung kepada Dasar Industri Kreatif Negara yang telah dihasilkan di peringkat persekutuan. Namun demikian, dalam Dasar Industri Kreatif Negara ini tidak memiliki maklumat yang jelas mengenai situasi industri kreatif di peringkat negeri-negeri termasuklah di peringkat negeri Johor. Oleh kerana itu, Dasar Kreatif Negara ini merupakan dokumen yang sifatnya nasional dan dasar ini melihat industri kreatif secara makro tanpa memberi penekanan kepada dimensi pemberdayaan komuniti yang lebih bersifat lokal ataupun setempat. Maka, menjadi hasrat blue print, dengan izin, yang akan diwujudkan ini, untuk membangunkan Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif yang lebih inklusif dan memiliki dimensi pemberdayaan komuniti setempat seperti anak muda, wanita, orang asal dan sebagainya yang memberi penekanan kepada identiti bangsa Johor yang merupakan identiti rentas bagi seluruh warga Johor. So, ini bagi menjawab persoalan tadi dan seterusnya keseriusan kerajaan negeri juga melalui pelan tindakan yang dirancang ini akan meliputi warisan kebudayaan dan warisan yang jelas dan ketara tangible dan intangible, dengan izin, dan melihat potensinya dalam membangunkan ekonomi setempat melalui pelancongan kreatif, pengkomersilan produk, penjenamaan program dan sebagainya dalam konteks negeri Johor. Pada masa yang sama juga, pelan tindakan ini akan memastikan satu model kerjasama yang berdaya maju antara komuniti, industri dan pihak kerajaan dapat diwujudkan bagi memastikan kelestarian pelan tindakan ini. Dengan ketiadaan data dan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai industri kreatif di negeri Johor ini, maka usaha untuk membuat kajian yang telah saya nyatakan tadi amatlah diperlukan sebelum kerajaan negeri merancang dan melaksanakan agenda pembangunan ekonomi kreatif pada masa yang akan datang. Pelan tindakan ini mengandungi maklumat lengkap insya-Allah, mengenai ekosistem sedia ada di negeri Johor yang meliputi jumlah pemain industri kreatif baik yang aktif mahupun yang tidak aktif secara lengkap. Ia juga akan memberi gambaran jelas sektor-sektor yang telah wujud meliputi pelbagai bidang. Jadi pada dasarnya, dengan mewujudkan Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor ini merupakan langkah pertama untuk menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam membangunkan industri ekonomi kreatif di peringkat negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Perling, jemput. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapannya dan syabas juga kepada kerajaan negeri kerana dapat menubuhkan portfolio yang baru ini khasnya untuk orang-orang tempatan dekat negeri Johor. Jadi, soalan saya begini, adakah kerajaan negeri Johor akan mengambil kira penglibatan agensi-agensi luar dalam membantu membangunkan industri ini? Itu sahaja, sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif : Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Perling atas soalan tambahan. Untuk persoalan yang dibangkitkan sebenarnya di peringkat dasarnya untuk kerajaan negeri Johor khususnya dalam pembangunan ekonomi kreatif di peringkat negeri, pihak kerajaan melihat bahawa di peringkat pertama sekali untuk mewujudkan Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor pun sebenarnya dia memakan masa dan juga komitmen yang tinggi. Justeru, ada beberapa cara untuk memintas perkara ini supaya kerajaan negeri boleh bergerak lebih cepat dalam membangunkan ekonomi kreatif negeri Johor iaitu dengan mengambil kira agensi-agensi baik swasta ataupun awam yang telah sedia ada wujud menjalankan pendokumentasian, kajian dan penyelidikan tentang ekonomi kreatif negeri Johor. Kalau boleh saya sebutkan dalam Dewan ini, antara agensi-agensi atau pakar-pakar yang telah pun membangunkan kajian ataupun menghasilkan satu cetak biru

Page 332: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 332

atau blue print dengan izin, berkaitan ekonomi kreatif di peringkat persekutuan antaranya ialah Think City yang telah banyak membuat kajian dan Think City juga merupakan anchor, dengan izin, kepada pembangunan George Town di Pulau Pinang sehinggalah George Town telah diangkat dari aspek heritage di peringkat UNISCO. So, Think City ini adalah salah satu agensi yang akan kita dekati untuk sama-sama membangunkan Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor dan sebenarnya dalam satu atau dua bulan mutakhir ini telah pun peringkat kerajaan negeri engaged dengan izin, dengan Think City. Yang kedua, antaranya adalah Cultural Economy Development Agency ataupun singkatannya CENDANA. CENDANA ini kita telah pergi mengunjungi rasmi ke pejabat CENDANA dan juga CENDANA telah datang ke negeri Johor untuk melihat apakah perkara-perkara yang boleh dikongsi dan boleh dibantu untuk membangunkan ekonomi kreatif negeri Johor. Selain itu, secara kita sedar ataupun tidak sedar, sebenarnya Filem Nasional ataupun FINAS dan juga Balai Seni Negara juga sebenarnya antara entiti-entiti yang terlibat dalam pembangunan industri kreatif di peringkat nasional. So, dengan adanya agensi-agensi yang telah saya nyatakan sebentar tadi diharap dapat menjawab persoalan Yang Berhormat Perling, berkaitan adakah kerajaan negeri akan engaged dengan izin, dengan agensi-agensi luar untuk membangunkan ekonomi kreatif negeri Johor, so pastilah jawapannya, ya, sepertimana yang telah saya sebutkan tadi. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Mahkota, jemput. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tanah-tanah wakaf yang terbiar dan tidak digunakan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam harapan. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Menjawab soalan daripada Mahkota, pembangunan tanah wakaf tertakluk kepada hujah ataupun tujuan sesuatu wakaf tersebut. Kebanyakan wakaf adalah dalam bentuk wakaf khas seperti tapak masjid, surau, perkuburan, atau sekolah agama. Sekiranya sesuatu tapak itu masih kosong ianya tidak bermakna tidak dibangunkan tetapi masih menunggu masa yang bersesuaian atau masih belum mempunyai peruntukan untuk dibangunkan dengan pembinaan seperti yang dinyatakan pada hajat ataupun hujah wakaf yang tersebut. Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui kelulusan fatwa boleh membenarkan penggunaan tapak wakaf khas untuk dibangunkan dengan pembangunan sementara. Seperti tanaman kontan, dan ternakan sekiranya ia masih belum digunakan. Bagi tapak wakaf am yang berpotensi, Majlis Agama Islam Johor akan membangunkan dengan projek ekonomi mengikut kesesuaian. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput Mahkota, soalan tambahan. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Sekarang kita banyak masalah tentang isu perumahan dari kalangan B40, bolehkah kita gunakan tanah wakaf yang terbiar yang tak digunakan, kita gunakan untuk pembangunan perumahan untuk kalangan B40 ini? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Untuk makluman Dewan yang mulia dan menjawab soalan tambahan daripada Mahkota. Negeri Johor masih belum ada pembangunan tanah wakaf yang khusus dibangunkan untuk membuat perumahan mampu milik B40. Kerajaan negeri perlu memperhalusi beberapa perkara dan isu yang sering dibangkitkan ialah pemilikan hak milik tanah wakaf kepada pembeli rumah. Terdapat beberapa kaedah bagi menjayakan pemilikan ini antaranya melalui kaedah, pertama, Isti’bal yakni menggantikan tanah wakaf yang ingin digantikan digunakan dengan tanah lain yang sama nilai atau dalam bentuk nilaian semasa. Kaedah kedua melalui pemilikan diberi secara pajakan atau leasehold kepada pembeli bukan status pemilikan kekal. Jika pembangunan rumah dibuat secara bertingkat dan pembeli diberi hak pemilikan strata sahaja, ia masih tidak mengganggu gugat status wakaf tanah berkenaan, bagi memastikan status wakaf masih tetap berkekalan. Sekiranya kerajaan negeri ingin membuat satu dasar yang baru berkaitan dengan pembangunan khusus untuk B40, untuk tanah wakaf untuk membangunkan rumah,

Page 333: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 333

maka Jawatankuasa Fatwa Negeri melalui Mufti dan Majlis Agama Islam Johor perlu bersidang untuk buat keputusan. Jika sekiranya persetujuan dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar diperolehi maka kerajaan negeri Johor tiada halangan untuk melaksanakan saranan dan juga cadangan daripada YB Mahkota. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, jemput Kemelah. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 5. Apakah usaha secara intensif yang bakal di laksana bagi memastikan kawasan utara Johor menjadi kawasan penternakan lembu yang besar di rantau ini? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Tuan Speaker, bismillahirrahmanirrahim. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah merangka strategi secara holistik dan intensif bagi membangunkan industri penternakan lembu di negeri Johor. Perancangan ini bagi meningkatkan populasi lembu pada masa kini sebanyak 92,000 ekor pada tahun 2018 kepada 100,203 ekor dalam tahun 2025 dengan kenaikan sebanyak 10%. Kawasan utara Johor merujuk kepada daerah Muar, Tangkak dan Segamat, ketiga-tiga daerah ini menyumbang sebanyak 31,450 ekor lembu iaitu 34% berbanding dengan jumlah keseluruhan populasi negeri Johor ini. Penternakan lembu secara integrasi juga akan dipertingkatkan di mana ia menyumbang 60% pengeluaran lembu negeri Johor. Pihak Jabatan mengambil beberapa langkah dan usaha intensif bagi membangunkan lembu di kawasan utara Johor dengan beberapa kaedah berikut. Daerah Segamat telah difokuskan sebagai hab pembangunan pertanian yang merangkumi penekanan dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan. Ini bermaksud setiap tahun akan ada bajet khas bagi membangunkan industri penternakan lembu. Pihak jabatan telah mengenal pasti kawasan industri perladangan secara integrasi dengan menggalakkan dan menggiatkan penglibatan pihak swasta dalam menjayakan industri penternak lembu negeri Johor. Pihak Jabatan telah membangunkan pusat Agro Vet bagi mewujudkan rantaian pemasaran pusat pengumpulan, lelongan dan penjualan ternakan antara penternak dan pemborong. Meningkatkan penternakan lembu feedlot dengan kerjasama pihak persekutuan, menggunakan kandang-kadang ladang satelit secara intensif dengan pengisian penuh sebanyak 17 unit kandang lembu. Ladang satelit di negeri Muar, Segamat akan meningkatkan jumlah penternakan lembu di negeri Johor, di mana kapasiti bagi satu kandang setahun 600 ekor. Oleh itu, penggunaan penuh ladang satelit akan menghasilkan 10,200 ekor setahun. Pihak Jabatan berusaha meningkatkan kemahiran dalam aspek penyampaian teknologi secara berkesan melalui pengembangan veterinar yang lebih tersusun dan sistematik. Ini dibuktikan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor telah menjadi juara keseluruhan bagi program pengembangan veterinar peringkat kebangsaan. Kejayaan ini akan diterapkan untuk membangunkan minda pengusaha kepada penternakan yang berdaya saing dan berdaya maju. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Kemelah, dijemput. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada YB EXCO yang telah menjawab. Soalan tambahan saya, sepertimana kita ketahui di Labis, terdapat Pusat Ternakan Lembu Satelit NFC yang telah lama terbiar. Jadi saya ingin mengetahui apakah status Pusat Ternakan Lembut Satelit NFC tersebut dan apakah perancangan kerajaan negeri jika ada terhadap pusat tersebut. Terima kasih. YB Speaker : Dijemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih Tuan Speaker. NFC telah tidak digunakan. Kita menggunakan Ladang Satelit Negeri Johor. Ok, untuk pengetahuan semua, di Johor terdapat 21 ladang satelit dan pihak pusat persekutuan secara berperingkat akan mengisi kesemua 21 ladang satelit yang ada di Negeri Johor. Bagi daerah Segamat, terdapat 5 ladang satelit di TKPM Kota Temalik dan 3 ladang satelit di TKPM Bangas, di

Page 334: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 334

mana pihak veterinar telah memilih beberapa company atau pun syarikat swasta untuk mengisi kekosongan di ladang-ladang satelit tersebut. Telah ada 5 pengusaha yang mengisi di sebahagian ladang satelit yang ada di Segamat, di mana pengusaha yang dikenal pasti diberi sebanyak 20 ekar didirikan kandang, pejabat, waterpump, dia dapat 20 ekar, lepas itu 18 ekar lagi di tanam dengan rumpur, di mana kesemuanya peruntukan daripada persekutuan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : YB Machap, jemput. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin meminta penjelasan pada EXCO, sejauh mana kejayaan pelaksanaan sistem bantuan yang diberikan kepada penternak-penternak yang ingin memohon atau pun yang telah memohon bantuan membela kambing. Sebab satu masa dahulu dimaklumkan ada bantuan daripada pihak veterinar sebanyak 15 ekor kambing goa yang diberi. YB Speaker : Ini lembu Yang Berhormat. Lembu punya kes ini. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Kambing tidak boleh? YB Speaker : Kambing tidak masuk, lembu. YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Dan …lembu, setakat mana dia punya kejayaan, kalau kata kambing tidak boleh. (Ketawa) Kejayaan bantuan lembu kepada penternak. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Terima kasih. Pihak veterinar sentiasa memantau dari semasa ke semasalah atas apa pun semua bantuan yang kita berikan. Dan biasanya pengusaha-pengusaha yang berjaya ini dia akan jumpa balik dengan veterinar. Jadi veterinar ada team khusus di mana bertujuan untuk memantau untuk pengusaha-pengusaha. Jadi data secara spesifik berapa yang telah berjaya, berapa yang tidak berjaya itu saya tidak ada, saya akan jawab secara bertulis, tapi Jabatan Veterinar akan sentiasa memantau dan memastikan setiap bantuan, setiap bantuan yang diberikan mencapai sasaran dialah. Sekian, terima kasih. YB Speaker : YB Buluh Kasap. YB Senator Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Terima kasih YB Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dalam penjelasan jawapan tadi dan saya ingin ucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan negeri menjadikan wilayah utara Johor sebagai salah satu kawasan penternakan lembu yang besar di rantau ini. Dan jawapan EXCO sebentar tadi menyebutkan tentang penglibatan pihak swasta dalam membangunkan usaha ini. Jadi soalan tambahan saya, adakah ia juga memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha lembu secara individu dan jika ia, apakah syarat-syarat tertentu bagi pengusaha individu ini? Kerana apabila ia nak menjadikan kawasan wilayah utara Johor ini sebagai kawasan ternakan lembu yang besar di rantau ini, sudah pasti banyak pihak yang akan terlibat. Jadi apakah syarat bagi pengusaha secara individu? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Pihak Jabatan Veterinar sentiasa mengusahakan, sentiasa menggalakkan kepada sesiapapun baik individu, baik koperasi, baik pengarah, apa, individu, koperasi ataupun syarikat-syarikat untuk mengusahakanlah semua tanah-tanah KPM ini. Syarat-syarat dia apa, syarat-syarat dia saya rasa tuan boleh rujuk ke Jabatan Veterinar, Insya-Allah Jabatan Veterinar akan cuba membantu apa permasalahan yang akan tuan-tuan hadapilah. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Perling. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, soalan nombor 6. Nyatakan statistik kemasukan pelancong ke negeri Johor mengikut pecahan domestik dan antarabangsa, negara asal, daerah yang dikunjungi, tujuan lawatan dari tahun 2008-2018. YB Speaker : Jemput YB EXCO.

Page 335: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 335

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih ADUN Perling. Kedudukan Negeri Johor yang sangat strategik iaitu terletak di bahagian paling selatan semenanjung Malaysia, dan berjiran pula dengan negeri Singapura telah menjadikan negeri ini sebagai salah satu pintu masuk utama pelawat atau pelancong antarabangsa ke Malaysia. Statistik jumlah kemasukan pelawat atau pelancong antarabangsa mengikut 10 buah negara utama bagi tahun 2010 hingga 2018 yang diperolehi dari Jabatan Imigresen Negeri Johor adalah sepertimana dalam lampiran A. Manakala jumlah pelancong domestik dan antarabangsa yang bermalam di negeri Johor berdasarkan data yang diperolehi dari Tourism Malaysia, melalui hotel survey, dengan izinnya, dari Januari hingga Jun 2018 adalah seperti berikut. Bagi Januari hingga Jun 2018, jumlah pelancong yang bermalam di negeri Johor adalah sebanyak 3,414,321 orang. Oleh sebab statistik yang panjang, statistik untuk tahun 2008 hingga ke tahun 2017 saya akan bagi ADUN Perling secara bertulis. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat 5 daerah utama yang sering dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa di negeri Johor adalah seperti berikut. Pertama, daerah Johor Bahru, kedua daerah Kota Tinggi, ketiga daerah Mersing, kemudian daerah Pontian dan daerah Muar. Kerajaan negeri melalui Tourism Johor mendapati bahawa antara tujuan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Johor adalah percutian atau berehat, membeli belah dan hiburan, makanan, mendapatkan rawatan perubatan, menghadiri mesyuarat, seminar atau acara dan kemudian melawat rakan dan saudara. Yang Berhormat Tuan Speaker, statistik jumlah kemasukan pelawat dan pelancong antarabangsa ke negeri Johor melalui 14 pintu masuk adalah seperti berikut. Bagi tahun 2018, jumlah pelawat atau pelancong antarabangsa yang masuk ke negeri Johor adalah seramai 7,523,580 orang dan antaranya Singapura mencatatkan jumlah kemasukan pelawat dan pelancong yang paling tinggi iaitu 5,601,944 orang. Kemudian adalah dari Indonesia iaitu 690,998 orang. YB Speaker : Lepas itu dia balik tidak Yang Berhormat ni? Lepas dia melancong, dia balik negeri dia balik atau dia duduk sini terus? YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Ada yang datang dan bermalamlah. Terima kasih. YB Speaker : Ok, Larkin jemput. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kita sedia maklum bahawa sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang memacukan ekonomi negeri. Selain daripada itu juga, kita patut mesti ada kawalan bagi pelancong-pelancong yang melalukan jenayah, yang terlibat dengan jenayah dalam negeri yang mana kita dapati berlaku beberapa tangkapan. Jadi saya ingin tahu, apakah statistik-statistik kadar jenayah yang melibatkan pelancong antarabangsa. Terima kasih. YB Speaker : Dijemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker. Pandangan saya, soalan ini telah lari daripada apa yang saya boleh bagi sebab jenayah ini terlibat dengan pihak PDRM. Saya tidak dapat menjawab soalan ini tapi saya akan mohon PDRM untuk bagi saya statistik dan kemudian bagi ADUN Larkin. Terima kasih. YB Speaker : Ok Perling, jemput. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Ok, memandangkan apa itu, Tuan Speaker pun tanya soalan bermalam, jadi kita nak tahu apakah usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan statistik pelancong bermalam mengikut daerah-daerah dekat negeri Johor. Ini soalan tambahan saya. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker, memang adalah benar iaitu penting bagi kita mendapatkan statistik pelancong bermalam di negeri Johor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, diseluruh negara Malaysia, terdapat kekurangan dasar iaitu di negeri masing-masing kita tidak mempunyai statistik mengikut daerah, melalui dasar yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Johor melalui mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor yang baru diadakan ini telah pun mengadakan

Page 336: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 336

perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dengan perkara ini. Tourism Johor akan menjalankan menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Margate Tourism Malaysia bagi mendapatkan statistik pelancong bermalam mengikut daerah daripada pihak hotel dan di daerah masing-masing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak saya dimaklumkan oleh pihak MBJB, pihak MBJB pun telah mengambil inisiatif di mana mereka sedang mengkaji untuk mendapatkan statistik dari hotel atau motel pada masa yang akan datang. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan semua pemain industri melalui dialog pertemuan atau Mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan seterusnya untuk mendapatkan pandangan berkenaan dengan isu tersebut secara lebih holistik. Kerajaan negeri menyedari kepentingan statistik kehadiran pelancong negeri Johor mengikut daerah ini supaya kami dapat mengenal pasti potensi dan daya saing setiap daerah sebagai destinasi pelancongan. Sekian terima kasih. YB Speaker : Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jementah menyambut usaha kerajaan negeri menubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Ini satu tindakan yang baik untuk mempertingkatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Soalan saya ialah sama ada Majlis Tindakan Pelancongan ini akan ditubuhkan di setiap daerah atau dibahagikan kepada zon? Contohnya zon utara satu, kita ada satu pejabat, zon tengah kita ada dan zon selatan kita ada satu, supaya jalan kerja untuk koordinasi untuk membangunkan sektor pelancongan kita akan lebih baik lagi dalam usaha ini, dan saya mohon satu pencerahan. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Terima kasih ADUN Jementah. Untuk makluman ADUN Jementah, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor ini adalah melibatkan semua PBT dan Pejabat Daerah di negeri Johor. So, pegawai dan juga pengarah semua yang terlibat dan mereka akan mengadakan, kami akan mengadakan mesyuarat pada masa dari masa ke masa. Selain itu, saya juga dapat feedback dengan izinnya, bahawa kekurangan penyelaras di setiap daerah. Dengan itu kami pun telah berbincang dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor supaya pada masa yang akan datang, kami akan kaji sama ada kakitangan yang sedia ada sama ada dapat tidak kita meletakkan seorang pegawai atau penyelaras di setiap daerah. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Tanjung Surat Jemput. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 7. Bilakah kerja-kerja menaikkan taraf dari 2 lorong kepada 4 lorong Lebuh raya Senai – Desaru dari Persimpangan Cahaya Baru ke Persimpangan Bandar Penawar akan dilaksanakan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam harapan. Bismillahirahmanirahim, Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya lebuh raya ini di bawah tangungan kerajaan persekutuan dan kita di peringkat negeri untuk bantu untuk dari segi monitoring, dengan izin. Sebelum itu mengikut maklumat yang saya dapat kerajaan pusat yang lama telah pada bulan Disember 2017 Menteri Kerja Raya pada waktu itu telah mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM380 juta untuk kerja-kerja menaik taraf dan melebarkan Lebuh raya Senai – Desaru daripada 2 lorong kepada 4 lorong melibatkan jarak 26 kilometer bermula daripada persimpangan Cahaya Baru ke persimpangan Bandar Penawar. Bagaimanapun satu kajian semula dilakukan oleh Kementerian Kewangan bersama Kementerian Kerja Raya pada bulan Julai 2018 untuk mengenal pasti senarai projek Kementerian Kerja Raya yang belum dikeluarkan surat setuju terima dan melakukan kajian untuk penjimatan. Hasil daripada sesi tersebut projek naik taraf pelebaran Lebuh raya Senai – Desaru ditangguhkan. Terima kasih.

Page 337: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 337

YB Speaker : Tanjung Surat jemput, soalan tambahan. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin tanya, kerana jalan ini ada pemegang konsesinya, jadi kalau kerajaan pusat yang mengeluarkan perbelanjaan untuk membuat jalan ini daripada 2, menaikkan taraf daripada 2 lorong kepada 4 lorong, yang collect tol nanti adalah pihak konsesi, jadi macam mana tu adakah kerajaan pusat belanja aje ataupun akan tuntut dengan pihak konsesi? Sekian. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Terima kasih. Kalau ikut perjanjian awal antara E22 Senai – Desaru dengan kerajaan pusat, bahawa dia ada syarat-syarat dia, syarat-syarat matang tarikhnya adalah 2031, jadi 2031 syarikat tersebut kena diarahkan untuk buat atau bila nilai kekerapan kenderaan yang lalu mencapai angka 30,000 sehari dan keadaan sekarang ni lebih kurang dalam 14,000 lebih. Jadi kalau ikut perjanjian itu memang tidak. Namun begitu, kita tahu bahawa projek tersebut melibatkan hubungan menyokong pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu, PIPC, jadi kita pun ambil inisiatif kerajaan baru dan saya sendiri pun sudah buat pertemuan dengan Menteri Kerja Raya 2 bulan yang lalu di Kuala Lumpur, iaitu kita berhasrat untuk kita mengharapkan projek ini supaya diberi keutamaan. Tapi namun begitu, setakat senarai yang keluar tahun depan tidak ada dalam senarai keutamaan. Terima kasih. YB Speaker : Tangkak. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Tuan Speaker, Tangkak ingin tanya apakah sebab kalau ada rekod YB EXCO apakah sebab apabila Lebuh raya Senai – Desaru ini dibuka pada tahun 2011, 7 tahun lepas apakah sebab sebenarnya terjadi, terdapat ada dua lorong saja di tengah-tengah highway ini dan kita boleh nampak sepanjang highway ini memang banyak jambatan termasuk jambatan yang kalau tidak silap paling panjang, cross apa tu Sungai Johor. Dan saya ingin tanya adakah disebabkan kekurangan dari segi kewangan pada masa itu atau ada sebab-sebab lain? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. Dalam dunia ada ke highway 2 lorong ni? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Yang Berhormat projek ini projek penswastaan. Bila penswastaan sudah tentu syarikat mengambil kira untung rugi. Kalau ikut dulu sebenarnya target utama adalah kita punya kawasan industri Pasir Gudang. Jadi kalau ikut kekerapan tu perkiraan dia untuk boleh membantu syarikat tersebut. Jadi bila ada perancangan baru dan saya pun tak boleh nak apa ni, bagi secara detail sebab saya tak pegang perjanjian kat saya dan saya akan cari maklumat yang lebih tepat dan saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih. YB Speaker : Tempat lain ada ke jalan 2 lorong ni, highway ni Yang Berhormat. Selain daripada negeri kita? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Ini perkara yang lama-lamalah. (Dewan ketawa). YB Speaker : Soalan seterusnya. Yang Berhormat Kahang jemput. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Soalan nombor 8. Pembangunan Johor yang bersifat inklusif tidak seharusnya meminggirkan mana-mana golongan sasar. Adakah kerajaan negeri pada hari ini memberi fokus kepada pembangunan golongan Orang Asli dari segi ekonomi, taraf hidup dan pendidikan dan apa langkah yang telah diambil untuk memastikan perkara tersebut? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kahang di atas soalan yang dikemukakan tentang pembangunan ekonomi taraf hidup dan pendidikan masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah perkampungan Orang Asli di negeri Johor adalah sebanyak 60 buah kampung dan melibatkan 3,508 keluarga dengan jumlah keseluruhan penduduk seramai 14,619

Page 338: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 338

orang. Pecahan suku kaum masyarakat Orang Asli di negeri Johor adalah melibatkan suku kaum Jakun, Kuala, Seletar, Kanak, Temuan dan lain-lain suku kaum. Mereka juga menganut pelbagai agama iaitu Islam, Animisme, Kristian dan juga Buddha. Antara kemudahan-kemudahan asas yang telah ada di perkampungan Orang Asli termasuklah Tabika, bekalan elektrik TNB, bekalan api, bekalan air SAJ, balai rawatan transit kesihatan, rumah penggerak Jabatan Agama Islam Johor, sekolah agama, jeti nelayan, jalan tar di dalam kampung dan juga jalan tar menuju ke perkampungan, rumah PPRT, surau dan juga balai raya. Peruntukan pembangunan bagi perkampungan Orang Asli di Johor dalam tahun 2018 adalah RM1.755 juta yang meliputi program infrastruktur, program ekonomi, program usahawan, PPRT bina baru dan baik pulih dan program peningkatan pendapatan. Peruntukan ini adalah daripada Jabatan Kebajikan Orang Asli ringkasnya JKOA dan sekarang ini dipindahkan daripada Kementerian Luar Bandar kepada Jabatan Perdana Menteri dan juga peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia, antara bantuan sedia ada daripada kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JKOA dan lain-lain agensi adalah seperti berikut. Pertama, bantuan pendidikan di bawah skim bantuan galakan pendidikan. Kedua, pengangkutan percuma pergi dan balik ke sekolah, ketiga, bantuan kewangan saku sekolah menengah sehari RM2.00 mengikut kehadiran. Bantuan biasiswa pelajar orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke IPTA, bantuan bimbingan usahawan yang layak, program latihan kemahiran kerjaya ringkasnya PLKK, kursus dan latihan percuma serta peluang pekerjaan setelah tamat kursus, bantuan sara hidup nelayan, bantuan sara hidup JKM, Jabatan kebajikan Masyarakat, peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis orang Asli di bawah pelabuhan Tanjung Pelepas, bantuan rawatan percuma hospital klinik kerajaan. Untuk makluman, kerajaan negeri Johor telah menyalurkan peruntukan-peruntukan kepada masyarakat Orang Asli sebagaimana berikut. Tahun 2015 sebanyak RM100.000.00; tahun 2016 RM100,000.00 tahun 2017 RM150,000.00. Bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan adalah program Masyarakat Orang Asli bersama agensi dan jabatan kerajaan. Program Pendidikan Bersama Komuniti Orang Asli yang melibatkan pelajar orang Asli, belia dan beliawanis serta kanak-kanak orang Asli, lawatan sambil belajar Tok-Tok Batin dan Majlis Perundingan Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli ke Sarawak dan program-program kemasyarakatan dan ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di semua peringkat daerah masyarakat Orang Asli negeri Johor bersama kerajaan negeri Johor. Di antara program bersama perkampungan Orang Asli dengan kerajaan negeri dalam tahun 2018 pula adalah, pertama, Projek Ekonomi Rakyat, ringkasnya ERA melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim YPK. Kedua, Projek Fertigasi Cili melibatkan kampung Orang Asli melibatkan Kampung Dalam Parit Sulung Batu Pahat. Ketiga, Projek Lembah Kelulut melibatkan Kampung Orang Asli Puting di Segamat, Kampung Asli Sayong Pinang di Kota Tinggi dan Kampung Orang Asli Searak Api di Muar dan Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh di Kluang. Untuk makluman projek-projek ini mampu untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan masyarakat Orang Asli. Selain itu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA)turut mengambil berat akan keperluan dan taraf hidup masyarakat Orang Asli pada tahun ini juga JKOA telah memperuntukkan sebanyak RM130,000.00 di bawah program bimbingan usahawan melalui skop bantuan penyediaan peralatan perniagaan, penyediaan premis atau bangunan perniagaan dan strategi perniagaan. Melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, usahawan-usahawan Orang Asli akan mengikuti kursus-kursus seperti pengendalian koperasi, kursus program inap desa, ekonomi pelancongan di sepanjang tahun 2018. Untuk makluman juga, di bidang pendidikan JKOA telah mengadakan program-program kecemerlangan pendidikan kepada pelajar Orang Asli yang mengambil peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan juga Tuisyen Rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM90,000.00. Sekian, Tuan Speaker. YB Speaker : Jemput Kahang. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Speaker,soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO dengan soalan yang memang complete saya rasa. Kalau kita lihat Yang Berhormat EXCO ada menyebut pasal JKOA. JKOA ini adalah agensi yang menjaga hal

Page 339: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 339

ehwal masyarakat Orang Asli yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan. Dan seperti mana yang dinyatakan tadi di Johor ada 60 perkampungan Orang Asli. Jadi secara spesifik, kalau kita lihat saya ingin tahu apakah sebenarnya usaha kerajaan negeri supaya program-program yang dibuat di peringkat kerajaan negeri itu sendiri sampai ke semua 60 perkampungan Orang Asli. Saya percaya di peringkat kerajaan negeri kita tak ada satu agensi yang menjaga hal ehwal masyarakat Orang Asli dan mengharapkan JKOA yang sering kali kita juga mendapat tahu JKOA ni kekurangan staf, pegawai dan sebagainya. Dan impak-impak program-program JKOA di peringkat persekutuan pun kadang-kadang jarang sampai di perkampungan Orang Asli. Jadi saya harap kerajaan negeri akan beri fokus supaya program-program yang dibuat di peringkat negeri mesti ada acuannya tersendiri kerana program yang dibentuk untuk Orang Asli tidak boleh sama dengan kaum-kaum yang lain. YB Speaker : Soalan Yang Berhormat, soalan. YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Jadi saya nak tahu apakah usaha sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu unit khas untuk masyarakat Orang Asli, supaya program-program kerajaan negeri untuk Orang Asli akan sampai terus kepada mereka tanpa mengharapkan JKOA saja untuk memainkan peranan tersebut. YB Speaker : Ok jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih Yang Berhormat Kahang di atas soalan tambahan. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa JKOA di bawah kerajaan persekutuan, federal agency dan sebahagian besar peruntukan adalah datangnya daripada JKOA ataupun Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Apa yang kita buat kita di peringkat kerajaan negeri adalah kita bekerjasama dengan agensi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga JKOA untuk menyelaras khususnya tentang pembangunan infrastruktur dan juga kemudahan asas yang banyak melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri. Dari segi peruntukan memang saya akui sebahagian besar peruntukan adalah daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga JKOA iaitu daripada persekutuan. Saya tidak pasti kalau dahulu peruntukan jabatan atau peruntukan masyarakat Orang Asli tak sampai ke kampung tu, saya tak pasti sebab apa, tetapi di bawah kerajaan Pakatan Harapan, insya-Allah kita akan pastikan bahawa setiap peruntukan yang di khusus kepada pembangunan masyarakat Orang Asli sama ada daripada agensi persekutuan mahupun daripada kerajaan negeri kita akan pastikan sampai kepada kampung berkenaan seperti yang telah kita usahakan kerajaan negeri contohnya pembangunan perkampungan Orang Asli di Sedohok yang selama ini mereka tidak ada bekalan air dan alhamdulillah kita telah pun berunding dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan mereka pun telah meluluskan peruntukan dan insya-Allah, kerja-kerja membekalkan air bersih ke Kampung Sedohok di Kluang akan dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Cadangan untuk mengadakan unit khas untuk pembangunan Orang Asli di peringkat negeri Johor satu cadangan baik dan insya-Allah kalau diluluskan di peringkat kerajaan negeri saya akan jemput YB Kahang untuk turut serta. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Semarang, jemput. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 9. Bagaimanakah prestasi serta jumlah kutipan zakat dan perbelanjaannya di negeri Johor sehingga kini dan unjurannya sehingga penghujung 2018? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam harapan. Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan yang dikemukakan daripada Semarang Majlis Agama Islam Negeri Johor mensasarkan pungutan zakat sebanyak RM270 juta bagi tahun 2018. Pencapaian kutipan zakat sehingga 31 Oktober 2018 ialah sebanyak RM214,734,952.21 yang meliputi zakat harta sebanyak RM199,671,015.21, manakala zakat fitrah sebanyak RM15,063,937.00. Sekian, terima kasih.

Page 340: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 340

YB Speaker : Yang Berhormat, YB-YB kita semua ini bayar zakat? Jemput. YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya, sehingga kini dilihat ada penurunan pungutan daripada RM270 juta yang dianggarkan sehingga hujung tahun ini kerana sekarang ini hanyalah RM214 juta, mudah-mudahan ia akan mencapai RM270 juta. Soalan tambahan saya adalah, berapakah unjuran penggunaannya sepertimana dalam soalan saya dan juga pada setiap tahun berapa peratuskah daripada jumlah pungutan tersebut yang digunakan dan apakah program ataupun pembaharuan untuk menambah kelancaran ataupun kelicinan proses pemberian bantuan daripada Majlis Agama Islam. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Terima kasih kepada Semarang. Perbelanjaan yang dibuat berdasarkan kepada yang telah diagihkan iaitu fakir miskin, RM35,892,307.50; miskin, RM71,814,087.56; amil, RM20,636,122.00; mualaf, RM14,123,159.00; gharim, RM1,395,890.00; ibnu sabil, RM452,553.00; fisabilillah RM52,006,865.00; di mana jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan ataupun diagihkan sehingga 31 Oktober 2018 adalah sebanyak RM196,320,987.00. Di mana, agihan-agihan ini selain daripada secara detail nya termasuklah bagaimana diberikan sebahagian daripadanya adalah bentuk bantuan sara hidup bulanan iaitu seramai 15,561 asnaf fakir dan miskin seluruh negeri Johor menerima bantuan anggaran RM65 juta setahun. Bantuan perubatan, di bawah skim bantuan rawatan buah pinggang, seramai 4,143 orang, iaitu pesakit buah pinggang menerima bantuan rawatan hemodialisis dengan perbelanjaan RM51 juta setahun. Juga bantuan pelbagai rawatan yang lain sebanyak RM19 juta dibelanjakan kepada lebih 3,000 pesakit yang ditanggung oleh wang zakat setiap tahun. Terima kasih. YB Speaker : Pulai Sebatang, jemput. YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya, dalam pecahan jumlah kutipan zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor, boleh saya dapatkan berapakah peruntukan yang MAIJ belanjakan untuk pendidikan anak-anak asnaf ini? Sekian. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Terima kasih kepada Pulai Sebatang. Majlis Agama Islam juga tidak mengabaikan pendidikan anak-anak asnaf sepertimana yang kita sedia maklum, anak-anak ini memerlukan bantuan daripada banyak pihak. Jadi, Majlis Agama Islam mengambil tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa anak-anak ini mendapat pendidikan dan juga kesempurnaan dalam masa berurusan ke sekolah dan sama ada pakaian dan juga yuran sekolah. Di mana peruntukan telah dibuat sebanyak RM17.2 juta setahun untuk bantuan pendidikan meliputi RM1.2 juta adalah yuran sekolah, RM5 juta bantuan pakaian seragam, RM3 juta bantuan pendaftaran IPT, Institusi Pengajian Tinggi, derma siswa pelajar luar negara RM2 juta, pinjaman pendidikan pelajar perubatan di Timur Tengah khususnya, iaitu RM5.7 juta dan sumbangan pelajaran secara umum sebanyak RM300,000.00. Kesemua yang dilaksanakan ini adalah daripada peruntukan wang zakat dan program-program seumpama ini tidak akan dapat dicapai sekiranya sasaran kutipan zakat, jauh di bawah. Jadi, mudah-mudahan dengan pembentangan pada pagi ini masyarakat kita orang Islam berlumba-lumba untuk membayar zakat di Majlis Agama Islam Negeri Johor. YB Speaker : Ya, Sedili, jemput. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Soalan tambahan saya, Tuan Speaker, saya difahamkan tadi pihak EXCO pungutan hasil zakat satu tahun lebih kurang RM200 juta lebih dan perbelanjaan lebih kurang RM100 juta lebih. Saya nak tanya, berapakah lebihan pungutan wang zakat yang di kumpul pada setiap tahun sehingga akhir tahun ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, soalan daripada Sedili bahawa kutipan zakat dan perbelanjaan sebenarnya tidak pernah mencukupi untuk dibelanjakan. Kerajaan negeri membantu sedikit untuk urusan pengurusan ataupun untuk urusan perbelanjaan yang berkaitan. Terima kasih.

Page 341: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 341

YB Speaker : Soalan seterusnya, jemput Yang Berhormat Senai. YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai) : Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 10. Apakah rancangan PBT untuk menyelesaikan masalah hostel pekerja warga asing? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana memberi peluang kedua untuk saya menjawab pada hari ini. Dan terima kasih kepada ADUN Senai atas soalan yang ditimbulkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, garis panduan dan piawaian perancangan pekerja asing telah disediakan oleh PLAN Malaysia Negeri Johor dan telah dipertimbangkan untuk diguna pakai pada 21 Julai tahun 2008 oleh Jawatankuasa Perancang Negeri, Bilangan 1/2008. Pemakaian garis panduan ini adalah untuk mewujudkan garis panduan seragam bagi penempatan warga asing secara kekal, berpusat dan terancang di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Iskandar Malaysia. Garis panduan ini adalah untuk sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pemaju dan pihak pengurusan dalam merancang pemajuan dan pelaksanaan pembangunan penempatan pekerja asing. Penempatan pekerja asing yang dibenarkan di dalam garis panduan tersebut adalah hostel atau dormitory dan apartment dengan kriteria pemilikan tapak tidak dibenarkan di kawasan perumahan. Selain itu, kepadatan yang dibenarkan bagi sesebuah penempatan pekerja asing hendaklah tidak melebihi 5,000 orang warga asing. Yang Berhormat Tuan Speaker, masalah kekurangan asrama pekerja asing perlu ditangani bersama oleh semua pihak yang berkaitan agar tidak menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat dan memberi gambaran negatif kepada imej negara kita. Di peringkat PBT, penyediaan asrama pekerja asing yang mencukupi merupakan salah satu agenda utama untuk dilaksanakan bagi menjaga kesejahteraan dan keselamatan pekerja asing. Bagi menyokong komitmen tersebut, mengambil contoh, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menyediakan Rancangan Kawasan Khas, RKK Perindustrian MBJB yang mengambil kira 38 kawasan perindustrian dalam pentadbiran MBJB dengan keluasan kira-kira 10,730 ekar. Dalam kajian RKK ini, telah dicadangkan lokasi pembinaan asrama pekerja asing di kawasan perindustrian berskala besar seperti di Kawasan Perindustrian Tebrau 4, Desa Cemerlang, Tampoi, Maju Jaya dan Plentong. Berdasarkan statistik terkini, terdapat 6 asrama pekerja asing telah beroperasi dan 3 buah lagi telah diluluskan dan akan dibangunkan dalam masa terdekat. Selain itu, pihak Majlis juga mensyaratkan, dalam kebenaran merancang, KM, agar pemaju menyediakan asrama pekerja asing bagi pembangunan kawasan perindustrian baru, keluasannya melebihi 20 ekar. Seterusnya bagi kawasan perindustrian yang lama dan telah beroperasi, pihak swasta digalakkan membina asrama pekerja asing secara berpusat bagi disewa kepada pengusaha-pengusaha kilang-kilang yang mempunyai pekerja asing. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Senai. Jemput Mengkibol YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB EXCO. Bolehkah saya tambah, soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah kerajaan atau PBT untuk mengurangkan beban pengusaha ladang memandangkan sekarang keadaan ekonomi yang kurang bagus dan harga kelapa sawit, getah yang jatuh. Contohnya, kalau satu ladang mereka mempunyai pekerja asing 35 orang, kalau mereka bina satu asrama mengikut satu contoh asrama akan gunakan kos sebanyak RM750,000.00. Maksudnya setiap pekerja asing, kosnya untuk asrama adalah lebih kurang RM21,000.00. Apakah langkah-langkah ataupun seperti contoh dalam senarai semak penginapan pekerja asing item pertama ialah CF daripada PBT, adakah kemungkinan bagi PBT melonggarkan syarat-syarat demi mengurangkan beban pengusaha ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Mengkibol yang menimbulkan masalah ini. Sebenarnya isu ini saya lihat latar belakang isu ini akan ditimbulkan adalah berkaitan dengan isu-isu di mana ada banyak ramai buruh asing yang bekerja di dalam bidang perindustrian yang telah

Page 342: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 342

mewujudkan satu masalah, permasalahan di kawasan bandar sebagai salah satu proses urbanisasi di mana kewujudan komuniti atau penempatan buruh-buruh asing ini di dalam taman-taman perumahan telah menimbulkan kerisauan atau kegusaran di masyarakat setempat. Maka, saya lihat persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Mengkibol itu agak tidak selari dengan perbincangan pada hari ini. Yang mana, isu yang ditimbulkan adalah berkenaan dengan warga asing ataupun pekerja-pekerja warga asing di ladang yang melibatkan kebanyakannya bilangan yang tidak terlalu besar kalau kita lihat, kalau dibandingkan dengan warga-warga asing yang terlibat dalam sektor perindustrian. Ini yang pertama, yang kedua kebanyakan warga asing yang bekerja di dalam ladang ini mereka tinggal dalam ladang dan tidak menimbulkan masalah yang terlalu besar di dalam masyarakat setempat. Maka, saya lihat persoalan yang timbul itu agak lari sedikit daripada apa yang dibincangkan pada hari ini. Bagaimanapun, cadangan daripada Yang Berhormat Mengkibol berkenaan dengan kelonggaran dari syarat CCC, kerana syarat tidak boleh dilonggarkan, syarat perlu diperketatkan sebab itu ditetapkan untuk kepentingan bersama dan keselamatan penghuninya. Kalau dikatakan nak kurangkan beban, sepatutnya yuran bayaran yang dikenakan, yang itu boleh dipertimbangkan, tetapi syarat yang ditetapkan perlu diikuti. YB Speaker : Larkin. YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan yang dibangkitkan di sini ialah apakah rancangan PBT untuk menyelesaikan masalah hostel pekerja asing, warga asing? Jadi adalah agak relevan soalan tadi yang dibangkitkan oleh Mengkibol. Yang lain, soalan saya, setiap hostel warga asing yang hendak dibina kan mesti ada satu garis panduan oleh yang ditetapkan oleh pihak PBT sama ada berapa jauh daripada kawasan perumahan dan berapa jauh hostel itu harus didirikan daripada kawasan perindustrian. Jadi saya nak tahu berapa jauh, parameter yang ditetapkan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan soalan yang ditimbulkan oleh Larkin, saya rasa apa yang lebih penting perbincangan pada hari ini adalah bagaimanakah kita pastikan bahawa kewujudan komuniti warga asing ini tidak menimbulkan kegusaran di masyarakat setempat. Maka, isu jarak sebenarnya dia tidak memberi kesan yang terlalu tinggi, yang penting bagaimanakah kita mengawal aktiviti buruh-buruh asing ini supaya perkara ini tidak menimbulkan masalah sosial di masyarakat setempat dan ianya sebenarnya untuk PBT, kita hanya dalam proses perancangan, kita boleh kenakan tetapkan satu syarat supaya ada asrama dan di situ lah ada satu tempat penginapan untuk warga-warga asing ini supaya mereka tidak perlu bercampur aduk ataupun pergi ke taman perumahan untuk menyewa rumah dan dijadikan asrama. Itu datangnya semangat di belakang dasar ini. Jadi saya rasa perkara ini boleh diambil kira. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Mengkibol. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11. Singapura sebagai negara jiran yang paling dekat dengan Johor, telah menarik 17 juta pelawat dalam tahun 2017. Sila nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan pelawat ini juga melawat negeri Johor. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat ADUN Mengkibol, statistik jumlah kemasukan pelawat atau pelancong antarabangsa melalui pintu-pintu masuk negeri Johor bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 yang diperolehi dari Jabatan Imigresen Negeri Johor mencatatkan peningkatan sebanyak 7.3% iaitu seramai 7.5 juta orang berbanding 7 juta orang pada tahun 2017. Daripada jumlah tersebut, pelawat atau pelancong dari negara Singapura mencatatkan kemasukan paling tinggi iaitu 5.6 juta orang mengikut negara, Indonesia seramai 690,000 dan negara China seramai 386,000 orang. Justeru itu, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi secara berterusan mempertingkatkan usaha untuk menarik pelawat atau pelancong antarabangsa khususnya warga negara Singapura yang menggunakan pintu-pintu masuk negeri Johor untuk masuk ke Malaysia agar datang bermalam dan berbelanja di negeri ini. Antara negeri, antara langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut. Pertama, memperhebatkan kempen promosi dan pemasaran pelancongan negeri Johor melalui

Page 343: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 343

penyertaan di dalam pameran-pameran pelancongan yang diadakan di Singapura. Untuk makluman, pada tahun ini kerajaan negeri telah menyertai pameran pelancongan Malaysia Truly Asia pada 24 hingga 26 Ogos 2018, Travel Malaysia pada 19 hingga 21 Oktober 2018 dan ITB Asia pada 17 hingga 19 Oktober 2018. Seterusnya memperbanyakkan penganjuran acara-acara pelancongan yang dapat menarik warga negara Singapura untuk datang atau menyertai acara berkenaan seperti Festival Layang-Layang Sedunia, Pasir Gudang, 113 di seluruh Malaysia, Triton Iskandar Puteri Challenge dan sebagainya. Ketiga, menganjurkan program lawatan pengenalan atau famtrip dengan izinnya kepada agensi pelancongan dan media Singapura. Pada tahun ini, kerajaan negeri telah menganjurkan satu sesi lawatan pengenalan atau famtrip dengan izinnya kepada agensi pelancongan dan media Singapura iaitu pada 23 April 2018. Melalui program ini, para peserta diberi pendedahan serta di bawa melawat tempat-tempat tarikan pelancongan yang terdapat di sekitar bandar raya Johor Bahru. Dan kemudian mempelbagaikan produk pelancongan negeri Johor di mana sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat beberapa projek pembangunan berkaitan pelancong pada masa kini telah sedang dibangunkan di negeri Johor seperti projek pembangunan Desaru Coast. Kerajaan negeri melalui Tourism Johor akan mengadakan kerjasama dengan Tourism Malaysia di Singapura untuk memperhebatkan kempen pengiklanan dan promosi pelancongan negeri Johor khususnya di media massa Singapura dan kemudian membangunkan pakej-pakej pelancongan negeri Johor yang kreatif dan menarik untuk dipasarkan di negara Singapura. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya Mengkibol, soalan tambahan. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Memandangkan statistik pertama, 17 juta pelawat ke Singapura, kerajaan Singapura sekarang rasa risau kerana Singapura tidak ada kapasiti yang cukup untuk pelawat atau pun pelancong. Statistik kedua yang diberikan oleh YB EXCO mengenai pelawat asing ke negeri Johor, nampaknya kita masih bergantung kepada pelawat dari Singapura dengan peratusan yang begitu tinggi. Jadi soalan tambahan saya, adakah mungkin kerajaan negeri mohon ataupun melaksanakan visa transit, visa transit sewaktu tiba? Maksudnya kalau 17 juta pelawat pergi ke Singapura, kalau kita memberikan visa transit, mereka mungkin boleh masuk ke Johor melalui CIQ ataupun Senai Airport, kalau kita boleh menarik 1% daripada 17 juta ini, mengikut kiraan saya GDP Johor mungkin boleh meningkat dengan sebanyak 0.153%. Kalau setiap pelawat belanja RM1,000 semasa persinggahan mereka di Johor. Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi soalan tambahan ADUN Mengkibol, pertama berkenaan dengan pelancong dari luar negara, selain dari negara Singapura, pihak Tourism Johor sedang berusaha atas direct flight yang sedia ada, iaitu mereka dari luar negara ke negeri Johor melalui Senai Airport, dan kami akan berusaha atas direct flight seperti ini dan memperkasakan lagi promosi di negara tersebut. Dan kemudian berkenaan dengan visa on arrival, atau visa transit ini, ini adalah bergantung atas Jabatan Imigresen Imigrasi Negara dan juga persekutuan. Walau bagaimanapun, saya telah pun berbincang dengan pihak MOTAC di persekutuan dan perbincangan antara Tourism Malaysia, antara MOTAC dan juga Jabatan Imigresen Negara masih dijalankan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Sedili, jemput. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya, saya yakin dan percaya dengan penambahan 7.3% dengan jumlah 7.5 juta pelancong daripada Singapura datang ke Malaysia, dia datang ke Johor ini untuk laluan sahaja. Saya yakin mereka pergi ke Melaka, pergi ke Kuala Lumpur, Genting Highland. Johor ini tempat laluan sahaja. Saya rasa, kerajaan Johor, EXCO Pelancongan buat satu, saya beri satu jalan sekurang-kurangnya dia mesti pergi ke check point. Semua pelancong nak datang nak pergi ke Kuala Lumpur dan sebagainya dia mesti satu singgah tempat, tempat itu sekurang-kurangnya kita dapat juga duit. Ini kita cuma nama sahaja, setiap tahun 7.5 juta, tahun depan 8 juta, kita cuma angka sahaja. YB Speaker : Setakat lalu saja lah. YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Setakat lalu saja. Kita kena cari jalan. Contohnya mesti sebelum nak pergi ke Melaka contohnya, dia mesti singgah kat Muar, ada check point. Untuk

Page 344: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 344

kat situ dia kena berbelanja ataupun apa cara sekali pun untuk kerajaan Johor menambahkan pendapatan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tidak, tidak, saya setuju juga ada yang beranggap bahawa. YB Speaker : Yang tidak itu apa? yang tidak itu? (Dewan ketawa). YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Saya setuju juga ada yang beranggap bahawa apabila pelawat atau pelancong dari Singapura itu hanya passed by negeri Johor iaitu ini adalah satu persepsi yang Tourism Johor dan saya sedang berusaha di mana kami, apa kami akan berusaha supaya dalam lima tahun ini negeri Johor boleh tukar persepsi ini dan menjadikan sebagai satu passed by state kepada satu must visit state di negeri Johor. Oleh sebab dengan itu, kami telah berusaha untuk mengenal pasti destinasi-destinasi pelancongan di 10 daerah di dalam negeri Johor. Apa yang saya sebut tadi juga antara usaha-usaha adalah dalam perbincangan, dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor ini. Dengan ini, kami dapat mengenal pasti sama ada pelancong itu mereka melawat, kita dapat statistik di setiap daerah apabila mereka menginap di hotel dan motel tersebut. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jam sudah pukul 11, saya kira kita tamatkan soalan-soalan ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum di jawab secara lisan, akan di jawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Oleh kerana kita pada hari ini mahu selesai awal, so kita tiada rehatlah. Kita terus sahaja, sambung terus, kalau ada urusan nak keluar, boleh keluar sebentar, masuk balik. Jurutulis : Soalan-soalan bertulis, jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di atas meja mesyuarat. SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018. YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan atas rundingan bagi bacaan kali yang ke-2 Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 di sambung sekarang. Di jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa) Yang Berhormat Tuan Speaker, bersempena dengan Sambutan Ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada 22 November 2018 yang lalu, patik merafak sembah menjunjung setinggi kasih dan berdoa supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan dengan kesihatan dan mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor akan terus maju moden dan makmur serta rakyat bangsa Johor hidup bersatu-padu. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Osman Sapian, Menteri Besar Negeri Johor dan Dato Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor di atas kurniaan Darjah Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Seri Paduka Johor daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan “Menerajui Perubahan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari”. Belanjawan yang berasaskan kepada 6 teras strategik merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus bersifat menyeluruh dan menyentuh semua aspek keutamaan, terutamanya kesejahteraan rakyat khusus dari segi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Teras ke 6 belanjawan menggariskan pembentukan urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik yang menjadi asas utama kepada pentadbiran kerajaan. Kerajaan yang hendak kita bentuk bukanlah sahaja cekap dalam aspek urus tadbir tetapi juga berintegriti atau beramanah, dengan kata lain kerajaan di bentuk adalah bebas dari rasuah, salah guna kuasa dan juga kleptokrasi. Itu sebabnya kita mengehadkan jawatan Menteri Besar kepada 2 penggal sahaja, melaksanakan proses pengisytiharan harta termasuk aku janji bebas rasuah dengan SPRM. Melaksanakan proses tender

Page 345: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 345

terbuka kepada kerajaan negeri, GLC dengan izin, syarikat berkaitan kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Benut selaku ketua pembangkang mengatakan Belanjawan 2019 adalah 87% cut and paste ataupun belanjawan 3R dengan izin reclaim, repeat dan rebranding. Suka saya mengingatkan Yang Berhormat -Yang Berhormat sebelah sana bahawa realitinya kerajaan yang diambil oleh Pakatan Harapan selepas PRU-14 adalah sebuah kerajaan telah berjalan atau berkuasa selama 61 tahun, sejak negara mencapai kemerdekaan. Dalam masa yang sama kerajaan Pakatan Harapan mengamalkan pendekatan terbuka terutama dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah,ayat 148 disebut ungkapan, (bacaan al-Quran), “Hendaklah kamu berlumba-lumba dalam membuat kebajikan”. Oleh itu, mana-mana inisiatif yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lepas akan diteruskan bahkan dibuat proses penambahbaikan, manakala mana-mana inisiatif yang tidak baik kepada rakyat terlibat dengan budaya rasuah serta salah guna kuasa yang dilaksanakan oleh kerajaan lepas akan dimansuhkan. Ini adalah naratif yang perlu kita fahami. Hadis Rasulullahlah SAW yang bermaksud, “Kebijaksanaan ataupun hal hikmah adalah barang tercicir milik orang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya dialah yang berhak memungutnya”. Maksudnya, Islam tidak melarang umatnya mengguna pakai ataupun mengadaptasi sesuatu yang baik walaupun ianya datang daripada bukan islam. Sayidina Umar Al-Khattab, khalifah Islam Ar-Rasyidin banyak melaksanakan pembaharuan dalam sistem pentadbiran kerajaannya, termasuk memperkenalkan sistem jabatan khusus untuk sesuatu tugas dan bidang kuasa yang di adaptasi daripada sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan Parsi, yang merupakan kuasa besar politik pada masa tersebut bersama dengan kerajaan Rom. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelah sana jangan rasa bimbang kerana setiap kebaikan yang kita laksanakan pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Indang-indang padi di daik, padi bukit di tampi jua, kalau ada budi BN yang baik walaupun sedikit tetap dikenang jua. Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Speaker : Tak tepuk eh? Puji tu. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Izinkan saya menyebut ungkapan Melayu sebagai wahana untuk peringatan kita bersama sebagai pemimpin terutama berkaitan dengan sahsiah yang sewajarnya dimiliki oleh mereka yang bergelar pemimpin. Memakai syarak’ lahir dan batin, imannya tebal adat pun kental, takwanya nampak ilmu pun banyak. Berdada lapang, berfikiran panjang, bermuka jernih, berlidah fasih. Berpendirian kukuh, berakal senonoh, berpijak tidak berkisar, bercakap tidak beralih, berani menahan uji, setia tahan dicuba, taatnya tahan dilipat, berbekal pada yang hak, duduknya pada yang elok, berbekal pada yang halal, berpetua pada yang berfaedah, berwasiat pada yang bermanfaat. YB Speaker : Siapa tu Yang Berhormat? YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Secara umum Yang Berhormat Speaker, ciri yang seharusnya dimiliki oleh kita sebagai pemimpin. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang pembangunan Perumahan Mampu Biaya Negeri Johor. Kerajaan perlu melakukan agenda mereformasi sektor perumahan bagi memastikan sasaran pembinaan 100,000 unit Rumah Mampu Biaya dapat di capai menjelang 2023. Saya menyedari sasaran pembinaan 100,000 unit Rumah Mampu Biaya ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai, tetapi dalam masa yang sama bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai. Paling tidak kerajaan berani meletakkan sasaran ataupun goal dengan izin, untuk dicapai dan selepas itu kita berusaha sedapat mungkin atau sebaik mungkin untuk mencapainya. Pakar motivasi sering menyebut dengan izin,goal is direction. Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 150 menyebut (bacaan al-Quran),“Berazam dengan keputusan terbaik kemudian selebihnya kita bertawakal kepada Allah SWT di atas usaha yang kita lakukan”. Antara reformasi yang perlu dilakukan adalah dalam aspek penyediaan penawaran Rumah Mampu Biaya, sistem pengagihan, kemudahan pembiayaan dan pengurangan kos binaan. Dasar Perumahan Rakyat Johor, DPRJ sedia ada akan digubal, yang telah digubal pada 2012 bagi kawasan Iskandar Malaysia dan 2014 bagi kawasan di luar Iskandar Malaysia, terdapat banyak kelemahan yang boleh di manipulasi oleh pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab. Sebagai bukti sehingga kini sebagaimana saya telah sebut dalam Dewan mulia sebelum ini 134,195 unit rumah dahulunya

Page 346: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 346

Rumah Mampu Milik sekarang dikenali sebagai Rumah Mampu Biaya yang tidak dibina oleh pihak pemaju perumahan. YB Gambir ada membangkitkan antara isu cabaran dalam pembinaan Rumah Mampu Biaya adalah birokrasi kerajaan yang menyebabkan kelewatan dalam pembinaan Rumah Mampu Biaya. Dasar Perumahan Rakyat Johor 2.0 yang akan dikuatkuasakan awal tahun hadapan akan mengambil kira isu ini sama ada di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan juga di peringkat SUKJ Bahagian Perumahan. Fungsi serta keberkesanan one stop agency dengan izin OCS sebagai pusat sehenti bagi kelulusan Kebenaran Merancang ataupun KM di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan akan dikaji semula serta dilakukan proses penambahbaikan. YB Pemanis mencadangkan supaya kerajaan mendefinisikan semula peranan syarikat kerajaan ataupun GLC di samping memperkasakan penglibatan swasta secara aktif dalam konsep penswastaan dalam pembinaan Rumah Mampu Biaya. Sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini dalam 4 strategi menyediakan penawaran Rumah Mampu Biaya yang mencukupi adalah strategi pengambilan balik tanah-tanah yang kemudiannya dimajukan oleh GLC kerajaan negeri. Strategi projek penswastaan pula akan melibatkan pemaju perumahan swasta dalam membangunkan tanah-tanah milik kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Pulai Sebatang membangkitkan tentang dana Tabung Sumbangan Kuota Bumiputera yang digunakan untuk lawatan ke London yang melibatkan perbelanjaan melebihi RM800,000.00. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pulai Sebatang perjalanan ke London itu adalah untuk lawatan kerja sambil belajar ke Manchester dan London, England juga meninjau dan mempelajari teknologi pembinaan hijau, dasar pembangunan perumahan dan pengurusan perumahan zon antarabangsa pada 25 April 2016 hingga 02 Mei 2016, lawatan ini melibatkan 17 orang yang majoritinya adalah pegawai kerajaan negeri. Lawatan kerja selama 8 hari ini melibatkan kos sebanyak RM822,640.00. YB Pulai Sebatang juga ada mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan syarat Rumah Mampu Biaya tidak boleh disewakan. Untuk makluman Yang Berhormat Pulai Sebatang, polisi yang kita ada sekarang syarat rumah tidak boleh disewakan hanya dikenakan kepada rumah Projek Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR yang disewakan pada kadar RM124.00 sebulan dan Rumah Sewa Kerajaan ringkasnya RSK yang disewakan pada kadar RM65.00 sehingga RM150.00 sebulan berdasarkan kepada lokasi dan bilangan bilik tidur. Rasionalnya Rumah Mampu Biaya tidak dikenakan syarat tidak boleh disewakan adalah kadang kala terdapat kes pemilik tidak dapat duduk di rumah tersebut kerana berlakunya perpindahan tempat kerja di atas pelbagai sebab. YB Tenang ada menyentuh tentang isu kekurangan penawaran rumah tidak dilaporkan tetapi lambakan rumah dilaporkan, seterusnya Yang Berhormat Tenang bertanyakan betulkah berlakunya miss matched dengan izin di antara permintaan dan penawaran. Untuk makluman Yang Berhormat Tenang, jumlah harta kediaman yang tidak terjual dengan izin over hanged residential unit di seluruh negara seperti yang dikeluarkan oleh NAPIC di bawah Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta adalah 29,227 unit atau RM17.238 bilion. Negeri Johor mencatat jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual yang tertinggi di Malaysia iaitu 5,988 unit ataupun nilainya RM3.8 bilion, kebanyakan hartanah kediaman yang tidak terjual adalah daripada pangsapuri perkhidmatan ataupun service apartment dengan izin dan hartanah kediaman berharga RM500,000.00 sehingga RM1 juta. Jika berdasarkan kepada statistik di atas, jelas menunjukkan berlakunya miss matched dengan izin, antara permintaan dan penawaran terutama bila mana pemaju perumahan cuba memaksimumkan keuntungan mereka dengan membina lebih banyak rumah berharga tinggi ataupun high end properties dengan izin. Yang Berhormat Tuan Speaker, ada juga baiknya atau hikmahnya bila berlakunya over hanged properties dengan izin, di mana dengan syarat, kerajaan negeri tidak campur tangan, contohnya kerajaan negeri tidak cuba menyesuaikan paras siling pemilikan warga asing, maka apa yang akan berlaku kepada pasaran berdasar kepada kuasa permintaan dan penawaran,demand supply apa yang akan berlaku dalam keadaan tersebut adalah berlakunya price correction dengan izin, pembetulan kepada harga hartanah yang akan bertindak menurunkan harga hartanah kediaman yang tidak terjual. Maka dengan itu, keadaan ini sebenarnya akan menguntungkan rakyat ataupun pembeli, maknanya dalam pasaran hartanah ini yang Berhormat Tuan Speaker, dia ada keadaan memuncak ataupun bull market, dia ada keadaan pasaran yang menurun dan bila mana pasaran menurun, baiknya kerajaan negeri kita tidak campur tangan. Kita biarkan keadaan pasaran kuasa

Page 347: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 347

pasaran market forces dengan izin permintaan dan penawaran membetulkan harga supaya inilah masanya harga akan menurun dan ia menguntungkan kepada rakyat negeri Johor itu sendiri. Yang Berhormat Tuan Speaker, Program Perumahan Rakyat Termiskin ataupun PPRT, saya suka untuk memberikan penerangan tentang Program Perumahan Termiskin ataupun PPRT yang juga dibangkitkan oleh YB Buluh Kasap dalam soalan lisan pada hari Khamis yang lepas. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah merujuk kepada program membantu dan membaiki atau membina semula rumah yang dimiliki oleh kumpulan miskin, miskin tegar atau golongan asnaf. Antara agensi yang biasa terlibat dalam projek PPRT adalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun KPLB,Majlis Agama Islam Negeri Johor. Mutakhir ini ada juga pihak persendirian seperti NGO dan juga CSR syarikat yang tampil ke hadapan melaksanakan program PPRT, salah satu yang terbaru adalah Tenaga Nasional Berhad atau pun TNB. Program PPRT di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah seperti berikut. 2016, terdapat 261 unit bina baru dan 137, 173 unit baik pulih, binaan baru melibatkan kos RM40,000.00 satu unit, baik pulih melibatkan peruntukan RM10,000.00.2017, 60 unit bina baru dan 227 unit baik pulih yang melibatkan kos binaan baharu RM56,000.00 dan baik pulih juga dinaikkan RM13,000.00. Untuk tahun ini, 2018, 32 unit bina baharu dan 337 baik pulih di mana binaan baharu memperuntukkan RM56,000.00 bagi sebuah rumah dan baik pulih kekal pada kadar RM13,000.00. Jumlah keseluruhan di negeri Johor daripada 2016 hingga 2018 sebanyak 353 unit bina baharu dan 737 baik pulih. Program PPRT di bawah MAINJ atau Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah seperti berikut, dari tahun 2016 sehingga 2017 sebanyak 352 unit PPRT telah dibina dengan harga RM42,000.00. Masih terdapat 107 unit yang masih belum siap, untuk tahun 2018 sebanyak 20 unit PPRT telah diluluskan untuk dibina. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya suka juga menyentuh tentang perkara yang disebut oleh ramai Yang Berhormat khusus sebelah sana tentang pembangunan kawasan FELDA. Di negeri Johor terdapat sebanyak 73 buah rancangan FELDA yang melibatkan 13 kerusi Parlimen, 21 kerusi DUN dan melibatkan seramai 27,290 peneroka. Daripada 27,290 bilangan peneroka, 22,653 atau pun bersamaan 83% telah menerima hak milik persendirian. Hanya 10 rancangan FELDA daripada keseluruhan 73 rancangan FELDA di Johor yang belum menerima hak milik persendirian. Terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat FELDA antaranya pemilikan tanah, perumahan generasi kedua FELDA dan juga infrastruktur asas di kawasan FELDA. Ramai juga di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat khususnya di sebelah sana yang membangkitkan isu Belanjawan 2019 tidak menyentuh bahkan tiada peruntukan disediakan untuk FELDA. Antaranya YB Layang-Layang, YB Pasir Raja, YB Panti. Walaupun isu FELDA tidak disebut dalam Belanjawan 2019 secara khusus, tidaklah pula bermakna kerajaan negeri berlepas tangan daripada menangani isu-isu yang dihadapi oleh warga FELDA. Ramai juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang membangkitkan tentang isu perumahan generasi kedua FELDA yang saya rasa boleh dirujuk dalam jawapan lisan saya kepada Yang Berhormat Pasir Raja pada hari Selasa yang lepas. Yang Berhormat Penawar ada menyentuh berkaitan 4 projek perumahan generasi baharu FELDA atau ringkasnya PGVF yang terbengkalai dan dalam proses membuat tender semula untuk projek-projek itu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jabatan Tadbiran Ibu Pejabat FELDA telah memaklumkan bahawa perkara ini masih dalam peringkat kajian teknikal di setiap lokasi yang terlibat agar nilaian harga atau pun tender yang sepatutnya diberikan tidak lagi mendatangkan masalah di masa yang akan datang di samping memberikan situasi menang-menang di antara FELDA dan juga pihak kontraktor. Bagi memudahkan pengurusan isu-isu di FELDA, kerajaan negeri mencadangkan supaya FELDA yang telah dikurniakan hak milik individu di gazet sebagai kampung supaya mudah mendapat peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Kampung FELDA ini perlu menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung nama ringkasnya MPKK dan bukannya JKKR. Proses ini juga akan memudahkan untuk kerajaan negeri memasukkan penyelenggaraan jalan-jalan FELDA di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia atau pun MARRIS di bawah kerajaan persekutuan. Yang Berhormat Bukit Permai ada mencadangkan supaya skim tapak lot generasi kedua FELDA di buat secara penswastaan. Saya menerima baik cadangan tersebut dan kerajaan akan mempertimbangkan dengan sebaiknya. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga nak menyentuh tentang soalan daripada Yang Berhormat Kahang tentang 500 unit tapak lot untuk generasi kedua FELDA yang telah dilancarkan sebelum daripada PRU ke-14 tetapi tiada perkembangan selepas daripada itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan asal untuk membina perumahan generasi kedua FELDA adalah sebanyak 550 unit, namun selepas kerja-kerja ukur dijalankan bilangan lot menjadi 432 unit. Cadangan pembinaan adalah

Page 348: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 348

dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad ringkasnya SPNB. Status terkini proses tapisan borang permohonan sudah dibuat pada tahan 2018. Walau bagaimanapun, projek ini ditangguhkan kerana tiada peruntukan dana yang diterima sehingga sekarang ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, pembangunan masyarakat Orang Asli. Saya telah menjelaskan dalam jawapan lisan pada pagi tadi tentang pembangunan masyarakat Orang Asli khususnya kepada YB Senggarang bagi merujuk jawapan yang saya jelaskan pada pagi tadi. Akhirnya sebagai penutup, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi di bawah portfolio saya yang banyak membantu selama ini terutama Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan (SUKJ), Jabatan Pembangunan Luar Bandar (JPLB), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil, Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan lain-lain agensi. Dan harapan saya, semoga negeri Johor akan terus maju dalam menerajui perubahan khususnya dalam menggalas Harapan Bangsa Johor Yang Bestari. Bulan mengambang bintang berkelipan, pungguk menangis rindukan teman, andai menyinggung tersilap percakapan, ku pohon maaf daripada YB-YB sekalian. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullah hita’ala wabarakatuh. (Dewan Bertepuk). YB Speaker : Terima kasih kepada YB EXCO Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar dengan pantun-pantunnya sekali. Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan. Jemput untuk penggulungan. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Harapan, terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat semua yang hadir di dalam Dewan mulia pada pagi ini. Saya mulakan dengan pantun. Andai terbang si burung nuri, kicaunya saya bagai perindu. Andai sidang ingin berseri ADUN nya perlu senyum selalu. (Dewan bertepuk) YB Speaker : Jangan tak senyum. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Pulau Besar di hujung sana, tempat bersinggah para nelayan, sudah cukup ku dengar semua, tiba masanya menggulung ucapan. Saya mulakan ucapan dengan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim dan jajahan takluknya. Sempena hari keputeraan yang ke-60 pada 22 November 2018 bersamaan 14 Rabiulawal. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya saya ingin merakamkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan yang mulia ini, dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di atas kurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor bersempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar begitu juga dengan Dato’ SS kita. Menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Benut, berkaitan dengan insentif Harapan Siswa dan Parit Raja. Insentif Harapan Siswa merupakan salah satu dari 10 janji 100 hari Pakatan Harapan yang telah berjaya ditunaikan oleh kerajaan pada hari ini. Seperti biasa, pihak pembangkang selalu menyatakan segala program untuk rakyat yang baik dilaksanakan oleh kerajaan hari ini adalah meneruskan atau copy paste dari kerajaan lama. Tiada agenda baharu. Tapi bila kami mengubah polisi atau idea baharu maka dituduh kerajaan yang ada pada hari ini tidak menghormati idea kerajaan lama. Saya mengharapkan agar pembangkang lebih matang dengan output dari segala dasar kerajaan yang dilakukan. Memberi nilai tambah kepada rakyat atau tidak. Pihak kerajaan tiada masalah untuk meneruskan sesuatu dasar atau insentif, jika kami yakin dasar lalu yang baik. Kami akan teruskan malah kami akan tambah baik. Inilah kerajaan daripada rakyat, kami datang kepada rakyat kami akan berkhidmat. Saya tahu, pihak pembangkang cemburu dengan kerajaan Pakatan Harapan ini, sebab kami mampu lakukan dengan lebih baik dari pemerintahan yang lalu. Sebagai contoh perhimpunan ICERD semalam. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Menteri Besar kita telah mengumumkan tidak meratifikasikan ICERD tetapi daripada himpunan bantah tukar pula himpunan kesyukuran. Rasanya

Page 349: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 349

mungkin belum pernah berlaku pembangkang mengadakan majlis kesyukuran atas sebab keputusan kerajaan. (Dewan bertepuk). Menteri Wilayah pun meraikan kehadiran peserta seluruh negara boleh berbelanja di KL tapi kalau zaman dahulu yang nak buat perhimpunan BERSIH atau seumpamanya yang menunggu tu pun bukannya bunga tetapi gas pemedih mata. YB Speaker : Bersyukur tu patut doa elok. Tapi doa nak tutupkan kerajaan tu macam mana ni Yang Berhormat? YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Wallahualam, sebab kita tak dengar apa doa dia. Sebagai contoh insentif Harapan Siswa untuk pelajar ijazah sarjana muda dahulu diperuntukkan RM750.00, kali ini kerajaan telah tambah menjadi RM1,000.00 seorang. Pada tahun ini, PDT, Permodalan Darul Ta’zim turut menyumbang RM1 juta untuk menjayakan insentif Harapan Siswa. Terdapat dua agensi bagi menjayakan pelaksanaan insentif Harapan Siswa iaitu Yayasan Pelajaran Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Di mana kalau kita lihat jumlah pelajar yang menerima bantuan diploma dia ada tiga kali, agihan atau pun sumbangan ini dilakukan. Sesi yang pertama Januari, Februari, sesi kedua Jun, Julai, sesi ketiga, September. Di mana selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, penambahan permohonan daripada bilangan yang sedikit bertambah begitu ramai, di peringkat awal 11 orang dalam Februari untuk diploma dan 91 orang untuk ijazah pada sesi pertama. Tetapi sesi kedua telah bertambah diploma daripada 11 kepada 1,000 lebih 1,096 orang yang diploma. Manakala ijazah bertambah daripada 91 kepada 1,922 orang. Di mana jumlah keseluruhan pelajar yang dibantu iaitu insentif Harapan Siswa seramai 3,110 di bawah Yayasan Pelajaran Johor yang mengendalikannya dengan jumlah kewangan sebanyak RM2,533,750.00. Manakala di bawah Majlis Agama Islam Johor, jumlah yang telah diberikan, pelajar-pelajar diploma seramai 575 manakala jumlah pelajar ijazah seramai 924 yang terdiri daripada anak-anak asnaf. Jumlah kewangan yang diberikan adalah RM1,111,300.00. Berkaitan dengan insentif perkahwinan yang bertanya YB Machap, YB Panti, YB Layang-Layang, YB Pulai Sebatang, bahawa program insentif kursus perkahwinan pertama juga merupakan salah satu manifesto yang telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Program ini mula berkuat kuasa pada bulan September 2018. Pada tahun 2018 kerajaan sasarkan 34,000 peserta kursus perkahwinan. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM120.00, di mana bilangan peserta yang telah mengikuti kursus pada bulan September dan Oktober dikira sebagai kursus percuma iaitu seramai 6,856 peserta. Daripada 6,856 peserta, seramai 5816 peserta dengan jumlah sumbangan RM697,920.00 disumbangkan terus oleh peserta-peserta kursus. Bermakna mereka merelakan untuk disumbangkan kepada kerajaan. Manakala seramai 1,040 orang peserta menuntut semula yuran kursus yang berjumlah RM124,800.00. Kaedah yang digunakan untuk membuat tuntutan balik bayaran adalah seperti berikut; kita berikan kepada peserta borang sama ada nak tuntut ataupun tak nak menuntut iaitu terus menyumbang. Peserta perlu menghantar borang tuntutan kepada Pejabat Agama Daerah. Borang permohonan yang telah diterima daripada pemohon akan disemak dan disahkan oleh Kadi Daerah dan dihantar ke Unit Kewangan Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Johor untuk proses pembayaran. Duit tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun pemohon 14 hari daripada tarikh dokumen diserahkan ke Unit Kewangan Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Resit pembayaran tuntutan semula akan dihantar Pejabat Kadi Daerah untuk direkodkan dan diedarkan kepada pemohon. Peserta diberikan pilihan untuk membuat, menuntut kembali ataupun seperti mana yang saya nyatakan tadi. Berkaitan dengan menjawab soalan YB Machap, YB Layang-Layang dan YB Pulai Sebatang mengenai Program Takaful Warga Emas Negeri Johor. Di mana program ini juga adalah merupakan program baru yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan menawarkan bantuan sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas yang telah meninggal. Tiada yuran pendaftaran yang dikenakan kepada peserta. Walaupun tuduhan menyatakan kita buat pilih kasih dan seumpamanya. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, program ini telah disasarkan seramai 11,200 iaitu setiap DUN 200 orang. Setakat 4 Disember 2018, jumlah peserta yang telah direkodkan seramai 6,415 dan pembayaran daripada skim yang telah diperuntukkan oleh kerajaan yang telah dibayar sebanyak RM320,750.00 dan akan diselesaikan seluruh sasaran iaitu seramai 11,200 sebelum ataupun pada 20 Disember tahun ini.

Page 350: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 350

Untuk makluman Dewan yang mulia, sejak program dikuatkuasakan terdapat 10 tuntutan yang telah direkodkan. 6 daripada tuntutan datangnya daripada DUN pembangkang. 2 daripada DUN Panti, 2 daripada DUN Seri Medan, 1 Kukup dan 1 Benut. Manakala bagi DUN Kerajaan hanya 4 sahaja, 2 daripada Tiram 1 daripada Puteri Wangsa dan 1 Johor Lama. Kesemua wang khairat akan diserahkan kepada waris yang meninggal dunia sejurus wang tuntutan diterima oleh pihak takaful. Berkaitan dengan pendidikan Islam yang dibangkitkan oleh YB Panti, YB Parit Raja, mengenai lepasan MARSAH yang masih tidak dipanggil menjadi guru DG29. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih di atas pengakuan Panti dan Parit Raja bahawa sudah 3 tahun tiada lantikan guru DG29. Insya-Allah saya akan menyelesaikan dan mengambil tindakan dan Jabatan Agama Islam akan laksanakan. Sebagaimana untuk makluman Yang Berhormat, Bahagian Pendidikan Agama Islam telah mengambil langkah proaktif. Jabatan agama telah maklumkan kekosongan guru DG29 pada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Urusan melantik perjawatan guru baru DG29 dilakukan oleh SPAJ, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor. Iklan perjawatan DG29 guru agama kerajaan johor sentiasa dibuka sepanjang tahun. Semua yang berminat sama ada lepasan MARSAH, Guru KAFA dan orang awam boleh memohon. Mereka yang memenuhi syarat permohonan akan dipanggil untuk ditemu duga. Lepasan MARSAH perlu bersaing dengan pemohon-pemohon luar dan dalaman yang terdiri daripada guru KAFA yang turut mempunyai diploma pendidikan. Ini yang menyebabkan tidak semua lepasan MARSAH berjaya memohon sebagai guru agama kerajaan Johor. Dalam persaingan yang sihat ini, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor akan memperolehi guru yang terbaik dan berkualiti secara tidak langsung akan terus mempertingkatkan kualiti Pendidikan agama Islam di Johor. Untuk maklumat YB, sebanyak 200 kekosongan guru KAFA di negeri Johor akan diisi selewat-lewatnya bulan Mac 2019 untuk menampung kekurangan guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Menjawab pertanyaan dari YB Pulai Sebatang dan YB Semarang mengenai Pelan Strategik Agama Islam Negeri Johor 2030 iaitu Memperkasa Pembangunan Ummah Di Negeri Johor. Jangan Risau YB Semarang dan YB Pulai Sebatang, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memartabatkan fasal 57 dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895 yang menyebutkan Islam adalah agama negeri selama-lamanya. Kerajaan pada hari ini tidak berminat melaksanakan penjenamaan Islam sebagaimana Zaman Kerajaan BN sebelum ini. Kerajaan pada hari ini akan terus mendaulatkan Islam dan kami akan menunjukkan kepada semua, Islam satu agama penuh Rahmatan ataupun Rahmatan Lil Alamin. Mana-mana organisasi di dunia tidak boleh statik dan berada dalam zon selesa, comfort zone dengan izin, kerana cabaran dan persaingan semasa dan masa hadapan semakin hebat. Perancangan merupakan persiapan untuk menghadapi masa hadapan. Mana-mana organisasi yang gagal merancang dikatakan merancang untuk gagal. Oleh itu, Jabatan Agama Islam Johor seperti organisasi lain, perlu bersedia merancang untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar dan persaingan sengit terutama sekali berkaitan dengan keperluan agama Islam dengan berbekalkan sumber-sumber yang amat terhad. Objektif-objektif umum lain Pelan Perancangan Strategik Agama Islam Negeri Johor. 1. Merancang hala tuju, matlamat, melaksana, menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi di

dalam Sektor Agama Islam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam Agama berada pada tahap yang cemerlang;

2. Memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi di dalam Sektor Agama Islam yang telah

menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul;

3. Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi, pengurusan kualiti serta amalan

terbaik yang telah membawa kejayaan kepada organisasi berasaskan Agama Islam. Jika kita lihat Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, titik fokus 37, kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan RM500,000.00 untuk pengurusan tanah kubur bersepadu dalam negeri Johor. Malangnya, tiada seorang pun YB yang menyentuh titik fokus berkaitan kubur ini, walaupun suatu hari nanti kita pasti akan kembali ke rumah abadi kita.

Page 351: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 351

Untuk maklumat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak saya telah mengadakan beberapa kerjasama, pertemuan, perbincangan untuk mengatasi masalah kubur yang kritikal pada hari ini khususnya dalam daerah Johor Bahru, melibatkan tidak kurang 10 agensi kerajaan yang berkaitan dengan tanah dan sebagainya. Hasil daripada mesyuarat maka tertubuh 4 jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Piawaian, Jawatankuasa Tabung, Jawatankuasa Pencarian Tanah dan Jawatankuasa Inventori, untuk memastikan bahawa jenazah umat Islam yang meninggal khususnya dalam daerah Johor Bahru ada tempat untuk dikebumikan. Menjawab persoalan yang telah diberikan oleh YB Maharani dan juga YB Pulai Sebatang mengenai Zakat, saya telah menghuraikan jawapan panjang lebar dalam jawapan sebentar tadi. Menjawab soalan YB Parit Raja berkaitan dengan banyak dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, saya mencadangkan bertanding Parlimen selepas ini. (Dewan ketawa). Soalannya banyak berkaitan tentang dasar, dasar kerajaan di peringkat Kementerian. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan negeri sebagai contoh Biasiswa Sultan Ibrahim, kenapa diturunkan. Sebenarnya, untuk makluman, pada tahun 2018, Biasiswa Sultan Ibrahim diperuntukkan sebanyak RM135,000.00 bukan RM500,000.00. Yang kedua, berkaitan dengan pinjaman Yayasan Pelajaran Johor. Pada tahun 2018, RM20.35 juta tetapi pada tahun 2019, RM 20 juta. Untuk makluman YB Parit Raja, bahawa peruntukkan itu dikurangkan berdasarkan kepada pulangan semula iaitu sebanyak 14.5% tidak digunakan dalam tahun lepas. Di sini kita dapat menjimatkan kewangan dan pihak YPJ telah meletakkan sasaran iaitu cukup dengan RM20 juta. Berkaitan dengan Dana Didik Harapan Johor, di mana peruntukkan RM500,000.00 tahun 2018. Ini saya terpaksa jawablah ya. Ia data-data dan tahun. Pada tahun 2019, diberikan RM100,000.00 oleh Menteri Besar kita. Kenapa begitu? Kerana permohonan pada tahun lepas, jumlah permohonan pada tahun lepas sehingga 5 Disember 2018 hanya seramai 1,886 yang membawa maksud bajetnya tidak diperlukan sebanyak sebegitu rupa, iaitu 1,886 hanya memerlukan kewangan RM82,600.00. Maka, pada tahun ini keperluan hanya RM100,000.00 yang diperuntukkan. Berkaitan dengan persoalan daripada Pasir Raja, jangan ketepikan anak-anak FELDA dalam Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Untuk makluman Dewan yang mulia, anak-anak daripada warga FELDA pada tahun 1, ada seramai 48 pelajar daripada anak warga FELDA, tahun 2 ada 402 pelajar dan tahun 3 ada 54 orang pelajar. Persoalan yang dikemukakan oleh Kahang dan Tiram berkaitan dengan peruntukkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, pada tahun ini peruntukan sebanyak RM1.45juta telah dilaksanakan dan juga sedang dalam proses pelaksanaan. Persoalan yang dikemukakan oleh Tenang berkaitan dengan kekurangan guru. Untuk makluman kepada Dewan, bahawa negeri Johor memerlukan guru sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah seramai 46,971 orang. Daripada jumlah tersebut, 19,877 guru adalah datangnya daripada orang luar Johor, yang membawa maksud anak-anak Johor ataupun Bangsa Johor yang menjadi guru di negeri Johor tak lebih daripada 60%. Maknanya 42% orang luar yang membawa maksud juga bahawa permohonan ke luar negeri Johor berdasarkan alasan-alasan yang mereka ada amat besar menyebabkan kesukaran untuk guru-guru atau pun kakitangan guru di sekolah dapat dikekalkan dengan yang mencukupi. Menjawab persoalan berkait dengan bahasa Inggeris daripada Parit Raja bahawa program pengkayaan bahasa Inggeris seperti program Galus SPM dan juga UPSR terus dilaksanakan di peringkat sekolah untuk memastikan program ataupun anak-anak didikan, anak-anak pelajar kita dapat menjawab dengan baik dan berjaya dalam penguasaan bahasa Inggeris. Menjawab persoalan daripada Senggarang berkaitan dengan bantuan yang diterima oleh anak nelayan dan anak Orang Asli setelah mendapat mengesahkan daripada e-Kasih bantuan awal persekolahan sebanyak RM100.00, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin e-Damak RM100.00,Rancangan Makanan Tambahan RM2.50 seorang kali 190 hari iaitu RM475.00 setahun.

Page 352: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 352

Berkaitan dengan persoalan perpustakaan yang dibangkitkan oleh ADUN Maharani dan ADUN Pulai Sebatang. Kita sedia maklum negeri Johor terdapat 42 perpustakaan desa dan 16 perpustakaan cawangan yang dibina sejak Rancangan Malaysia ke 6 di mana sebahagiannya berada dalam keadaan yang daif. Kerajaan negeri perlu mengambil inisiatif untuk menaikkan taraf perpustakaan secara berperingkat. Kalau dilihat perpustakaan ibu pejabat mereka telah melakukan transformasi untuk kekal di abad 21 dengan menjadikan perpustakaan sebagai dengan izin fun learning place and active partners in education system. Untuk itu perpustakaan kini merangkumi 4 perkhidmatan yang sangat baik iaitu perkhidmatan perpustakaan, perkhidmatan petro sains, perkhidmatan marker space dan perkhidmatan front ini apa yang terdapat di perpustakaan utama kita di jalan Yahya Awal. Di mana daerah Johor Bahru merupakan pengunjung yang paling ramai seramai 523,600 orang, daerah Pontian yang paling sedikit iaitu 22,239 orang. Jumlah bilangan pengunjung seluruh perpustakaan yang ada di negeri Johor berjumlah 1,073,660,000 orang. Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tenang, Panti, Sungai Balang, Parit Raja, Senggarang dan Layang-layang berkaitan dengan Universiti Johor. Johor telah mempunyai 2 buah kolej di bawah pengurusan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KPYJ) dan Kolej Pengajian Islam Johor iaitu MARSAH. Memandangkan keperluan semasa dari segi pembangunan dan permintaan industri untuk tenaga mahir sepertimana diperbahaskan oleh YB Layang-layang ada menyatakan keperluan sekarang adalah untuk kerajaan negeri fokuskan bidang kemahiran bukannya menambah universiti sebagai contoh Kompleks Pengerang amat memerlukan pekerja kemahiran tinggi dan kini kita terpaksa import tenaga buruh dan profesional daripada luar negeri johor maka kami telah memutuskan, kerajaan Pakatan Harapan Johor memutuskan untuk menaikkan taraf 2 kolej milik kerajaan Johor ke taraf Universiti. Konsep Universiti Johor mempunyai cadangan nilai unik, sendiri berbanding universiti-universiti yang ada perancangan universiti johor dibuat dengan teliti bagi memastikan universiti johor ini mampan dari segi kewangan dan benar-benar mengisi keperluan yang berbeza dan menjadi pelengkap institusi sedia ada. Penubuhan universiti johor akan dilaksanakan mengikut fasa 3 iaitu, perancangan, operasi dan pelaksanaan. Antara faktor yang menjadikan Universiti Johor berbeza ialah konsep Universiti Johor, federated and consoladeration, cord helix atau universiti industri, Universiti Industri Kerajaan Komuniti akan diperkenalkan. Industri akan menjadi sebahagian daripada universiti, industri yang berkaitan akan menjadi industri angkat dari tahun 1 dan kajian kes berasaskan dari universiti akan di perinci. Universiti Johor ini juga dirancang bersama industri untuk melahirkan bentuk graduan yang dikehendaki di akhir pengajian. Kursus-kursus akan dirancang mengikut keperluan bidang dan industri jux box style offering. Konsep urbanization juga sedang dalam kajian. Rancangan ini mampu menyokong revolusi industri 4.0. Selain itu insentif penglibatan industri akan diperkenalkan seperti pemotongan cukai, geran penempatan dan lain-lain. Penubuhan industri, penubuhan Universiti Johor adalah relevan untuk memenuhi tuntutan pembangunan pesat negeri Johor. Kronologi perangkaan penubuhan Universiti Johor kita telah mengadakan pertemuan, beberapa kali pertemuan, dan yang terakhir adalah sumbang saran keperluan Universiti Johor yang melibatkan sebahagian besarnya tenaga-tenaga pakar dalam universiti termasuk jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi, GLC dan juga pemain industri. Yang Berhormat Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan pada pagi ini, catitan pengalaman di dalam Dewan yang mulia, penggal ke 13 kami sedar bahawa kami pembangkang, dulunya pembangkang tidak diiktiraf sebagai ketua pembangkang walaupun kami usulkan beberapa kali. Ketua pembangkang tiada elaun, ketua pembangkang tiada bilik, pembangkang tiada peruntukan untuk urusan pejabat ADUN tetapi kami tetap bersama sarapan, makan tengah hari dan minum petang di bilik rehat ADUN. Bersama-sama bertepuk tampar walaupun YB Sedili, YB Sedili ye, selalu perli saya, memerli Parit Yaani sewaktu ucapannya. Kami pembangkang tetap hadir ke bilik rehat ADUN. Pada penggal yang lepas, YB Mengkibol, YB Tangkak, YB Sungai Abong tetap masuk bilik berasap dengan YB Tenggara, YB Sedili, YB Benut, YB Medan eh Seri Medan, YB Speaker : Si saudara mara merokok ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Untuk bakar kemenyan. YB Speaker : Rakan-rakan rokok, YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Bagi menghalau nyamuk walaupun di tempat berhawa dingin. Apa yang Parit Yaani nampak nak nyatakan pada pagi bahawa betapa kami melaksanakan demokrasi sejak menjadi pembangkang. Kami teruskan apabila kami

Page 353: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 353

menjadi kerajaan sekarang ini. Kami telah melalui pengalaman di zalimi sewaktu nak adakan ceramah dan perhimpunan. Yang membubuh kami gas pemedih mata, belantan, black maria, ditahan semalaman di lokap termasuk tuan Speaker. YB Speaker :Speaker mana yang dulu ke sekarang. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Dulu-dulu. Tapi kami teruskan berusaha mendekati rakyat dengan menerangkan pelbagai isu berbangkit secara demokrasi. Kami usahakan surat khabar sendiri seperti akhbar amanah, akhbar keadilan, akhbar roket yang tidak pernah menerima sebarang saman dari mahkamah atas sebab fitnah. Alhamdulillah, sekarang kerajaan pakatan harapan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita akan terus berusaha menjadikan negeri, negara Malaysia dan Johor kembali kepada kecemerlangannya seperti yang silam-silam. Kakitangan kerajaan tidak di ganggu untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah, berintegriti, boleh membuat siasatan, membuat pendakwaan dan berani membuat keputusan dengan adil dan saksama sekiranya ada di kalangan ahli-ahli politik ataupun di pihak kerajaan yang melakukan kesalahan. Parit Yaani ingin menjelaskan kepada semua kakitangan awam, pimpinan politik dan semua rakyat termasuk ahli perniagaan, bahawa negara kita ada undang-undang. Negara kita ada kedaulatan dan negara kita perlukan pimpinan yang boleh membawa keamanan, kemakmuran dan kemajuan kepada rakyat jelata. ADUN-ADUN kerajaan, ini lah harapan dan daripada rakyat yang telah berani buat perubahan dalam pilihan raya 14 tanpa sebarang kekacauan. Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Di sangka BN parti yang menang, rupanya PH mandat diberi. Hebatnya rakyat Malaysia, hebatnya Bangsa Johor saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, cadangan dan pertanyaan, tidak dilupakan kepada semua kakitangan awam kerajaan Johor dan kerajaan persekutuan atas usaha yang telah dilakukan dalam membangunkan negeri yang kita cintai dengan penuh tanggungjawab dan profesional. Saya berjanji akan memberi perhatian sewajarnya kepada semua cadangan dan teguran demi kepentingan awam terutamanya dalam bidang agama Islam dan pendidikan di mana saya di amanahkan untuk menjaganya. Akhir sekali, Tuan Speaker, ingin saya menarik perhatian kepada semua mengenai satu kisah zaman Nabi Musa AS, Nabi Musa AS melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir, bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Sahabat-sahabat Nabi Musa AS menutup hidung, malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah dan isi perut yang terburai akan tetapi Nasi Musa AS berkata alangkah putihnya gigi anjing itu, maka sahabat-sahabat Nabi Musa bertanya kepada Nabi Musa. Mengapa boleh berkata demikian. Lalu Nabi Musa menjawab aku sedang belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan. Pengajarannya di sini semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seorang waimah musuh kita sekalipun. Insya-Allah hati kita akan bertambah senang dan tenang. Jadilah seperti lebah walaupun hidup di dalam lautan sampah, bunga juga yang dicarinya. Jangan lah jadi seperti lalat walaupun hidup di taman yang indah sampah juga yang dinantikannya. Semoga ikatan kita sang insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, iri hati dan benci membenci. Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain ia adalah cerminan untuk diri kita kerana hanya orang yang hatinya bersih selalu melihat kebaikan pada orang lain. Saya menyokong pembentangan belanjawan Johor 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Osman bin Sapian, Menteri Besar Johor. Sekian terima kasih, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan. Yang Berhormat sebut saya pernah ada dalam lokap. Jadi kalau ahli-ahli pembangkang nak belajar hidup dalam lokap saya boleh kursus percuma. Tandas tanpa dinding, tidur di atas lantai simen. Tak silap saya Yang Berhormat Menteri Besar pun pernah ada pengalaman itu. Ok. Dari Selama ke Parit Sulong, ini semua orang pantun saya pun buat pantun sikitlah ye. Parit Selama ke Parit Sulong, bawa bersama buah Bidara, EXCO Agama selesai menggulung, tiba masa MB berbicara. Jemput yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab. YAB Menteri Besar : Terima kasih yang Berhormat Tuan Speaker, Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam harapan Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali izinkan saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan padu yang diberikan kepada

Page 354: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 354

kepimpinan saya iaitu kerajaan Pakatan Harapan serta kritikan membina oleh barisan pembangkang sepanjang persidangan dewan negeri kali ini. Saya tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, kerana dapat, berjaya untuk melaksanakan tugas dengan sempurna dan baik sekali. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah. (Dewan bertepuk). Di samping itu, saya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih kepada Cik Jurutulis, Timbalan Jurutulis, ketua-ketua jabatan dan juga kepada EXCO-EXCO saya yang berani, yang bersemangat, yang sentiasa ingin belajar daripada kesilapan walaupun, kurang pengalaman tetapi semangat Ahli-Ahli EXCO saya sungguh tinggi sekali, saya ucapkan tahniah dan terima kasih. (Dewan bertepuk). Begitu juga kepada ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Johor, Pegawai Kewangan Negeri yang tidak henti sentiasa memberikan pandangan dan juga sokongan serta kerjasama yang sungguh baik. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan Mesyuarat Ketiga Belanjawan Johor 2019 Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 ini. Mudah-mudahan pembentangan Belanjawan Johor 2019 ini akan dapat kita manfaatkan, agar rakyat dapat manfaatkan untuk melihat supaya pembangunan negeri Johor ini akan sentiasa terus maju dari semasa ke semasa. Seterusnya, saya dengan rendah diri merafakkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor di atas pengurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)kepada patik dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Segala atas nasihat, pandangan bernas serta teguran-teguran membina daripada DYMM Sultan turut kami terima sebaiknya dan memastikan untuk menambah baik perkhidmatan kami seiring ke arah menjadikan Johor sebuah Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari. Pihak Kerajaan Pakatan Harapan berjanji akan melakukan yang terbaik demi seluruh rakyat Bangsa Johor. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang dinyatakan dalam sesi perbahasan oleh Yang Berhormat dari Penggaram, Perling, Pulai Sebatang, Tenang, Pemanis, Bukit Naning, Bukit Permai,Senggarang, Tangkak, Endau, Pekan Nanas, Larkin, Machap, Layang-Layang, Sungai Balang dan Gambir, serta Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain. Saya yakin, kepercayaan serta sokongan yang diucapkan itu datang ikhlas dari hati Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Walaupun secara dasarnya, kami kerajaan Pakatan Harapan baru mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Johor selama kurang daripada tempoh setahun mentadbir, tetapi kami mempunyai visi untuk mengekalkan dan memastikan kemajuan negeri Johor tidak terhenti hanya kerana perubahan kerajaan yang mentadbir. Tetapi kami akan memastikan Johor terus kekal maju dan kita jelas dengan hala tuju yang kita bawa untuk negeri Johor. Justeru itu, saya ingin menyeru agar semua dapat mengekalkan kemuafakatan dan bersama-sama memastikan pentadbiran negeri Johor berada pada tahap yang terbaik. Kewangan negeri Johor di bawah kerajaan Pakatan Harapan berada di tahap yang kukuh dan kerajaan negeri berupaya untuk membentangkan Belanjawan Johor 2019 lebihan. Pembentangan pertama di bawah kerajaan pada hari ini menyaksikan lebihan sebanyak RM3.43 juta, peningkatan sebanyak RM2.29 juta juga berbanding RM1.14 juta pada tahun lalu. Ini merupakan suatu positif dan saya ingin mengambil peluang ini mengajak semua pihak untuk sama-sama memberikan yang terbaik kepada negeri Johor dan seluruh rakyat. Saya ingin menyeru dan mengajak pihak di sebelah sana juga untuk bersama-sama menyumbang idea-idea bernas dalam usaha kita untuk memastikan negeri Johor dapat mengekalkan momentumnya dan hentikanlah sikap saling menuding jari. Marilah kita bersama-sama memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Johor.

Page 355: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 355

Yang Berhormat Tuan Speaker,dakwaan Belanjawan Johor 2019 bersifat “copy and paste”. Pertama, saya ingin menjawab Belanjawan Johor 2019, sepanjang sesi persidangan Dewan kali ini. Kita telah mendengar pelbagai maklum balas tentang Belanjawan Johor 2019.

Perkara ini bukan sahaja mendapat ulasan segera daripada pihak sebelah sana selepas pembentangannya pada 29 November yang lalu, tetapi perkara ini masih hangat dibincangkan seperti mana dibangkitkan di dalam hujah-hujah Benut, Kahang, Tenggaroh, Panti, Tanjung Surat, Penawar, Sungai Balang, Penggaram, Layang-Layang, Pasir Raja, Buluh Kasap, Bukit Permai dan Semarang di dalam Dewan yang mulia ini.

Saya rasa apa yang ingin saya jawab ini sudah pun dijawab oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan tadi. Saya lihat ada pembahas yang memberikan kritikan membina malah tidak kurang juga ada yang sekadar ingin mengkritik tanpa cadangan penambahbaikan.

Antara dakwaan-dakwaan yang dilontarkan oleh barisan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana adalah belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan kali ini bersifat copy and right dengan izin,belanjawan 3R, iaitu Recreate, Rebrand dan Recycle.Ini juga telah pun dihuraikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan tadi. Dalam keghairahan pihak sebelah sana menuding jari kerajaan pada hari ini membentangkan belanjawan, inisiatif-inisiatif kerajaan terdahulu, satu persoalan saya, bagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat mengira jumlah titik fokus yangtelah di copy oleh kerajaan pada hari ini.

Ini kerana saya dapati, seramai empat Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional memberikan angka peratusan berbeza. Seolah-olah di kalangan mereka tidak ada persefahaman dan memberikan fakta yang betul.

Semarang dalam hujahnya menyatakan bahawa realiti belanjawan pada hari ini hanya 87% pengulangan daripada kerajaan terdahulu, Panti pula menegaskan sebanyak 85% inti pati belanjawan merupakan inisiatif-inisiatif kerajaan terdahulu. Manakala, Penawar mendakwa 83% daripada belanjawan merupakan idea daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Besar Johor. Tenggaroh pula membawa dakwaan sama, di mana 80% adalah milik kerajaan sebelum ini. Ini juga sudah dijawab secara terang-terangan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan juga Pendidikan tadi. Oleh itu, suka untuk saya memberikan penjelasan di sini, di mana jumlah keseluruhan titik fokus dalam Belanjawan Johor 2019 adalah sebanyak 207. Daripada jumlah tersebut 91 titik fokus adalah inisiatif baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri Johor. Ingin saya tegaskan di sini, sebagai kerajaan yang pro rakyat, kami tidak mengabaikan mana-mana inisiatif sedia ada malah melakukan penambahbaikan berdasarkan aspirasi dan keupayaan semasa kerajaan negeri Johor. Antaranya, kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor telah menambah baik Insentif Harapan Siswa. Ini juga sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan tadi.

Selain itu, kerajaan juga telah mengetengahkan bidang ekonomi kreatif yang memastikan kerancakan ekonomi di Johor berterusan, ini juga memberikan peluang untuk rakyat bidang ini dan menjadikannya sebagai satu aktiviti ekonomi tumpuan di daerah Kluang. Ini salah satu idea ataupun pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri Johor merupakan sebuah kerajaan negeri yang mengambil kira maklum balas dari suara rakyat berdasarkan falsafah demokrasi, iaitu, “dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat dalam setiap rancangan pembangunannya”. Justeru itu, mana-mana inisiatif yang memberi kesejahteraan kepada rakyat Johor, kami teruskan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Johor tidak terencat. Inilah keindahan sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan. Gabungan idea daripada pihak kerajaan dan pembangkang ini diolah dan ditambah baik dan hasilnya rakyat mendapat manfaat yang terbanyak. Saya ingin juga menjawab tentang satu persoalan iaitu Kelewatan Proses Tukar Milik Rumah Ibadat. Seterusnya Penggaram ada membangkitkan isu kelulusan Rumah Ibadat Bukan Islam, atau ringkasnya RIBI yang mengambil tempoh yang agak lama. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri menggunakan Surat Pekeliling Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Johor

Page 356: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 356

(JKKN) Bil 2/98 sebagai garis panduan kepada sebarang permohonan bina baru, pemulihan, pengubahsuaian dan pembesaran RIBI perlu dibawa pertimbangan oleh JKKN.

Kelulusan RIBI akan mengambil sedikit masa kerana permohonan tersebut perlu dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD). Jabatan kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPPD) dan Jabatan Agama Islam yang akan memberikan ulasan teknikal sebelum pertimbangan dibuat di dalam Mesyuarat JKKD itu. Jabatan berkenaan akan melihat kesesuaian tapak, faktor keselamatan, kesan keharmonian kejiranan setempat, perancangan pembangunan di persekitaran tapak cadangan pembinaan RIBI serta kesesuaian reka bentuk dan struktur bangunan sebagaimana undang-undang di setiap jabatan yang berkaitan. Kemudian barulah keputusan JKKD ini akan dibawa kepada mesyuarat JKKN bagi penelitian, pertimbangan dan seterusnya kelulusan.

Prosedur yang ditetapkan inilah yang menyebabkan proses permohonan rumah-rumah ibadat ini memakan masa kerana ia perlu diteliti satu persatu atau dengan izin,case by case. Antara punca sesuatu permohonan itu memakan masa adalah kerana ada di antara pemilik rumah ibadat yang membina struktur terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sebagaimana bagi mempercepatkan keputusan permohonan, Majlis Keselamatan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kecil Bangunan Keagamaan Bukan Islam bagi meneliti semua permohonan baru serta kes-kes rayuan bagi permohonan yang telah ditolak sebagaimana keputusan mesyuarat JKKN pada 25 September 1996.

Seterusnya peruntukan Program Bantuan Kepada Masyarakat India, saya ingin sentuh berkenaan dengan peruntukan masyarakat India yang dikemukakan oleh Kahang dan Tenggaroh. Sidang Dewan sekalian, tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk penipu ataupun menindas masyarakat India seperti yang didakwa oleh pihak sebelah sana. Kami telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk usahawan, kebajikan dan baik pulih sekolah untuk masyarakat India. Perlu difahami bahawa pemberian bantuan ini amat telus dan mengikut keperluan semasa. Ini tidak termasuk peruntukan-peruntukan tambahan-tambahan yang lain, yang mungkin diberikan secara terus daripada saya dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain ataupun ada peruntukan-peruntukan secara one-off, dengan izin.

Cadangan Kahang untuk mewujudkan Unit Hal Ehwal Khas masyarakat India bagi negeri Johor adalah satu cadangan yang sudah pun tertinggal. Untuk makluman semua, di setiap daerah mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Masyarakat India yang ditempatkan di Pejabat Daerah. Saya juga mempunyai pembantu khusus daripada kaum India yang melihat, meneliti dan juga menyelesaikan masalah-masalah kaum India daripada masa ke semasa. Mereka akan menerima isu secara terus, turun ke rumah–rumah untuk membuat siasatan lanjut ke atas aduan yang diberikan dan seterusnya memberikan bantuan yang sewajarnya melalui agensi pemberian bantuan seperti JKM dan sebagainya. Malah Yang Berhormat Bekok akan mempengerusikan mesyuarat bulanan bersama-sama Pegawai Perhubungan Masyarakat India di setiap daerah bagi penyelarasan pelbagai isu melibatkan masyarakat India di Johor. Jadi saya minta Kahang dan Tenggaroh jangan risau, segala persoalan berbangkit atau permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat India akan saya bincang dan mencari jalan penyelesaiannya bersama juga Yang Berhormat daripada Tiram dan Bekok. Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana tindakan mempersoalkan bantuan berasaskan kaum ini saya anggap permainan politik kuno dan tidak matang oleh kerajaan lepas. Dengan semangat Malaysia Baharu, kerajaan negeri memberikan pelbagai bantuan tanpa membezakan kaum, agama malah ideologi politik sekalipun. Ini dapat dilihat melalui Insentif harapan Johor, seperti Kad Sihat Johor, Program Air Percuma, Baucar Rumah Mampu Biaya dan pelbagai lagi. Semua bantuan ini diberikan secara adil dan saksama kepada yang berkelayakan kerana kita semua adalah bangsa Johor. Ingin saya membangkitkan persoalan pelupusan hutang kerajaan negeri oleh kerajaan pusat. Seterusnya saya ingin bercakap tentang usaha untuk memastikan tahap kewangan negeri berada pada tahap sihat. Saya rasa perlu membuat penjelasan dan penegasan berkaitan isu pelupusan

Page 357: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 357

hutang kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM189 juta seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Benut. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kedudukan terkini baki hutang kerajaan negeri Johor kepada kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM520.94 juta di mana pecahan pinjaman adalah seperti berikut : 1. Projek Bekalan Air - RM334.5 juta 2. Perbadanan Johor (JCorp) - RM50.27 juta 3. Projek Perumahan Awam Kos Rendah - RM16.57 juta 4. Lain–Lain Pinjaman - RM123.36 juta Oleh yang demikian, sebaik sahaja Perjanjian Penyelesaian Pinjaman Kerajaan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor ini dimuktamadkan, jumlah hutang kerajaan negeri yang akan dihapus kira oleh kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM289 juta iaitu RM100 juta bagi Projek Kecemasan Pemindahan Air Mentah dari Skim Pembekalan Air Mentah kepada Refinery and Petrochemical Integrated Development, Pengerang dengan izin ataupun PAMER ke Empangan Upper Layang dan RM189 Juta lagi bagi pinjaman projek bekalan air ke luar bandar iaitu sebahagian daripada hutang projek bekalan air kerajaan negeri sebanyak RM334 juta itu. Manakala, baki hutang projek bekalan air sebanyak RM145 juta pula adalah di dalam peringkat akhir rundingan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Di samping itu, bagi pinjaman Perbadanan Johor, Johor Corporation, ianya dibayar mengikut Jadual Bayaran Balik seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian dengan kerajaan persekutuan. Pinjaman lain yang dibuat oleh kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan adalah pinjaman bagi membiayai Projek Kerja Membaik Pulih Bangunan Negeri yang berjumlah RM64 juta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tiada faedah dikenakan ke atas pinjaman ini. Tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan adalah selama 20 tahun dan kerajaan negeri akan mula membuat bayaran balik ke atas pinjaman pada tahun 2019 dengan jumlah RM3.2 juta setahun. Sehubungan itu, jangkaan baki keseluruhan pinjaman kerajaan negeri Johor daripada kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM231 juta yang merangkumi RM145 juta iaitu baki hutang projek bekalan air. RM22 juta iaitu baki pinjaman bagi projek-projek di bawah Perbadanan Johor dan RM64 juta bagi pinjaman-pinjaman lain. Saya akui usaha mendapatkan pelupusan hutang ini telah dilakukan pentadbiran lepas. Tetapi tidak berjaya dilakukan mungkin kerana tiada kesungguhan. Yang Berhormat Benut, bila kita bercakap tentang hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, satu perkara yang perlu kita lihat sebagai tunjang kepada penyelesaiannya adalah hubungan baik antara pemimpin. Mungkin saya mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri. Banyak urusan pentadbiran dapat kami bincangkan secara bersama dan mencapai persetujuan demi kebaikan semua pihak khususnya bangsa Johor. Saya sendiri berjumpa Menteri Kewangan di pejabatnya di Putrajaya membincangkan perkara ini. Seterusnya, pada Julai lepas, Menteri Kewangan sendiri telah hadir ke pejabat saya ingin meneliti secara lebih dekat isu pelupusan hutang kerajaan negeri oleh kerajaan pusat. Namun, ini amat berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini, di mana Yang Berhormat Menteri Besar tidak mempunyai mungkin hubungan sehinggakan banyak urusan-urusan yang melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tertangguh serta tidak dapat diselesaikan. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang kenaikan elaun kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis. Seterusnya, bercakap mengenai soal kewangan, Yang Berhormat Pemanis, Tangkak dan Senai ada meminta pertimbangan agar elaun Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis dikaji semula untuk dinaikkan. Pada hemah saya, kenaikan gaji atau elaun ini tidak perlu dilakukan pada ketika ini kerana dalam tempoh kurang setahun pentadbiran ini masih banyak yang perlu dilakukan. ADUN-ADUN dan Ahli Majlis juga perlu membuktikan kita benar-benar berkhidmat untuk rakyat yang telah memberikan amanah kepada kita.

Page 358: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 358

Malah sebagai langkah penjimatan, gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) juga dipotong sebanyak 10% sehingga hari ini. Langkah penjimatan ini bukanlah retorik politik semata-mata kerana daripada terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan membentangkan belanjawan defisit pada tahun ini. Namun sebagai langkah mengurangkan beban kewangan tersebut, kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan memberikan geran keseimbangan kepada PBT terlibat dengan jumlah keseluruhan RM 13.7 juta. Yang Berhormat Tuan Speaker, isu penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Johor. Yang Berhormat Gambir ada mencadangkan bagi kerajaan menubuhkan Majlis Ekonomi Negeri Johor amatlah disambut baik oleh kerajaan negeri Johor. Ini bagi menjamin pembangunan ekonomi negeri untuk bergerak lebih pesat dan lestari. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor atau ringkasnya UPENJ akan menjadi urus setia kepada Majlis yang akan ditubuhkan kelak dengan mengenal pasti pakar-pakar ekonomi, ahli-ahli akademik dan pemain-pemain industri, dewan-dewan perniagaan serta pemegang taruh berkaitan. Mungkin model terhampir yang boleh dijadikan landasan adalah pewujudan Malaysian Institute of Economic Research (MIER), namun penubuhan Majlis Ekonomi Johor akan difokuskan kepada suatu acuan yang tersendiri dengan mengutamakan identiti, kekuatan dan peluang yang sedia ada serta potensi negeri Johor. Semoga penubuhan Majlis Ekonomi Johor dapat direalisasikan dan yang paling utama dapat memainkan peranan sebagai nakhoda dalam menentukan haluan negeri sesuai dengan tujuan penubuhan majlis tersebut. Ibarat pepatah lama, sebatang lidi amatlah rapuh, namun keutuhan segenggam lidi tidak mudah dipatahkan begitu sahaja. Hanya dengan kemuafakatan semua pihak berkepentingan, negeri Johor akan menjadi lebih kukuh dan perkasa. Yang Berhormat Tuan Speaker, pemantauan terhadap syarikat berkaitan kerajaan atau ringkasnya GLC dan Audit Forensik. Seterusnya, Mengkibol dan Semarang menyentuh hasrat kerajaan negeri Johor untuk melakukan Audit Forensik kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan Johor. Hasil penelitian saya, bukan hanya kerana hutang yang ditanggung oleh GLC, tetapi memang ada ketirisan yang berlaku di GLC Johor ini. Saya ambil contoh, JCorp yang mempunyai hutang berjumlah RM4.16 bilion. Saya tidak menafikan JCorp telah memberikan pulangan kepada rakyat Johor dalam pelbagai bentuk bantuan seperti pembinaan Klinik dan Hospital wakaf An-Nur, menyediakan peluang pekerjaan, membina rumah mampu biaya melalui syarikat Johor Land dan banyak lagi. Kita juga mengakui JCorp tanpa gagal telah memenuhi obligasi hutang mengikut jadual yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, masih ada keperluan untuk melakukan audit forensik bagi lihat perjalanan GLC Johor ini semua sekiranya berlaku apa-apa ketirisan. Kita akan bawa semua laporan awal kewangan GLC ini kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam ataupun PAC Negeri Johor. Seterusnya melantik pakar juruaudit profesional bebas untuk melihat sekiranya ada berlaku ketirisan oleh kepimpinan negeri terdahulu. Langkah seterusnya seperti tindakan perundangan akan dilakukan sekiranya terbukti berlaku ketirisan itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, kadar tarif air Johor tertinggi. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya ingin mengulas mengenai kadar tarif air di mana Bentayan ada memohon semakan dan kajian semula terhadap kadar tarif. Kerajaan negeri sedar bahawa tarif air di negeri ini merupakan yang tertinggi berbanding di negeri-negeri lain. Saya sedar isu berkaitan tarif air ini merupakan antara isu yang dekat di hati rakyat. Kerajaan negeri juga mempunyai iltizam begitu tinggi untuk berusaha menurunkan tarif air. Namun kita perlu sedar, kerajaan negeri hanya mempunyai pegangan saham minoriti iaitu sebanyak 20% dalam syarikat penyedia air tunggal negeri iaitu Ranhill SAJ. Disebabkan itu, sukar untuk kerajaan negeri membuat keputusan sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada Ahli Lembaga Pengarah untuk menurunkan tarif air. Walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa, tetapi kita juga perlu berbincang dari masa ke semasa dengan syarikat ini. Kerajaan negeri sedang melakukan rundingan berterusan demi memastikan rakyat dapat menikmati kadar tarif air yang lebih rendah. Pihak Ranhill SAJ juga ada menyatakan formula mereka untuk menurunkan kadar tarif air tetapi formula tersebut dilihat tidak menyebelahi kerajaan negeri. Saya ingin mengingatkan Ranhill SAJ, agar berpegang kepada slogan mereka “Setitis yang bermakna.” Sebagai kerajaan negeri sebarang keputusan yang di buat perlulah pro-rakyat ataupun mengutamakan rakyat. Tetapi sekiranya usaha tersebut menemui jalan buntu, kerajaan negeri mungkin mempunyai beberapa strategi lagi untuk memastikan akhirnya kadar tarif air ini diturunkan. Antaranya, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan syarikat air baru dengan menggunakan teknologi Jepun. (Dewan Bertepuk). Manakala mekanisme pelaksanaannya sekarang ini sedang

Page 359: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 359

dikaji. Usaha ini perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya monopoli sesuatu syarikat yang boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada persaingan atau penyedia-penyedia yang lain. Yang Berhormat Tuan Speaker, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Seterusnya, saya ingin mengulas sedikit tentang isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau ICERD. Terima kasih kepada Pemanis yang menyokong keputusan kerajaan negeri berkaitan isu ini. Keputusan untuk tidak meratifikasikan ICERD ini merupakan satu keputusan konsensus yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan. Kita berpegang kepada pendirian yang sama. Cuma permintaan saya, janganlah dipolitikkan lagi isu ini kerana ia akhirnya akan membawa kepada perpecahan antara kita. Sepatutnya, kita di Johor menunjukkan contoh yang baik. Kita perlu menolak perundangan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh tentang peruntukan dan bantuan kepada FELDA. Ini juga sedikit sebanyak telah pun dihuraikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Luar Bandar. Sekarang, saya sentuh pula isu berhubung dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, atau ringkasnya (FELDA) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Benut, Kahang, Pemanis, Tenggaroh, Sedili, Johor Lama Bukit Permai, Panti, Buluh Kasap, Penawar, Pasir Raja dan Layang-Layang. Semua sedia maklum, ketika ini FELDA sedang mengalami masalah aliran tunai yang amat kritikal akibat kelemahan dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan tidak bertanggungjawab yang akhirnya mengakibatkan FELDA menanggung hutang sebanyak RM8 bilion. Hutang ini adalah peninggalan legasi kepimpinan yang terdahulu. Secara asasnya, kerajaan negeri Johor sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyatnya, termasuk FELDA. Hujah-hujah yang dibahaskan di dalam Persidangan Dewan pada kali ini telah mempersoalkan rumah-rumah bagi generasi kedua, FELDA tidak dimasukkan di dalam titik fokus Belanjawan Johor 2019 serta masyarakat FELDA dipinggirkan. Secara dasarnya, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana kelompok rakyat di negeri ini, termasuk pembangunan secara tumpuan khusus kepada masyarakat di FELDA dan juga FELCRA yang mana ianya merupakan salah satu daripada lapan kategori kampung. Antara perancangan yang telah disediakan adalah melalui penyediaan Pelan Hala Tuju Strategik Desa Johor yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2019, sekali gus menjadikan pelengkap kepada Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030. Strategi ini antaranya, akan memberikan tumpuan kepada aspek peningkatan aktiviti dan produktiviti desa, pengurusan alam sekitar yang mampan serta penyediaan infrastruktur yang berkesan. Manakala, dari sudut pengurniaan hak milik tanah, kerajaan negeri komited untuk segera menyelesaikan permohonan-permohonan hak milik oleh peneroka asal. Dalam pembentangan Belanjawan Johor 2019, di bawah titik fokus yang ke 149 iaitu Penyelesaian Permohonan Tanah Berkelompok, pihak Pejabat Tanah dan Galian akan menyelesaikan 5,767 permohonan tanah melibatkan 9 daerah secara berperingkat dan antara kawasan yang terlibat adalah di FELDA Tenggaroh 1 dan FELDA Tenggaroh 7 di daerah Mersing. Majlis penyampaian Notis 5A kepada peneroka FELDA yang berkelayakan ini akan dibuat awal tahun depan. Bagi generasi kedua FELDA, kerajaan negeri juga sedia menimbangkan permohonan-permohonan tapak rumah. Mekanisme pengurniaan ini dibuat menerusi, sama ada kurniaan secara terus plot-plot tapak rumah kepada pemohon di kalangan generasi kedua yang berkelayakan atau kurniaan suatu plot kepada FELDA yang kemudiannya akan dibangunkan kawasan perumahan di bawah Program Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) oleh FELDA sendiri dan dijual kepada generasi kedua. Pada masa ini, permohonan tanah yang diterima akan diproses berdasarkan garis panduan Pengarah Tanah dan Galian Johor pada 27 September 2004 bagi tujuan pengurniaan lot tapak rumah kepada generasi kedua dalam FELDA negeri Johor. Kerajaan negeri mempunyai hasrat dan merancang untuk memperbaiki sekolah-sekolah agama, masjid dan surau yang terletak di dalam kawasan FELDA. Kita mengambil maklum, bahawa Seksyen 34 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) memperkatakan tentang peletak hak tanah kepada FELDA apabila Pihak Berkuasa Negeri mengisytiharkan di bawah seksyen 4 bahawa kawasan-kawasan tersebut akan dimajukan olehnya. Bermakna, tanggungjawab ini di bawah kelolaan FELDA. Untuk tujuan tersebut kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak Kementerian dan FELDA bagi membolehkan tapak-tapak masjid, surau, sekolah agama dan lain-lain rizab Agama Islam diberi milik kepada Majlis Agama Islam

Page 360: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 360

Negeri Johor selaku pemegang amanah tunggal semua wakaf di negeri Johor ini. Perbincangan ini akan dilaksanakan bagi mempastikan proses ini berjalan selari dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Akta 530 di samping untuk memenuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor. Dengan usaha sedemikian, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor serta Majlis Agama Islam Negeri Johor dapat melakukan pemantauan dan pembaikkan sekolah-sekolah agama, masjid dan surau di kawasan FELDA dan secara langsungnya ia memberikan manfaat kepada penduduk dan orang kampung FELDA ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selain daripada persoalan terhadap isu pemberian tanah yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri juga prihatin terhadap soal pembangunan, infrastruktur dan juga sosioekonomi generasi kedua FELDA ini. Kerajaan negeri akan menyediakan infrastruktur seperti membina jalan raya, menyediakan lampu jalan dan bekalan air, dalam usaha menjamin kesejahteraan hidup warga FELDA. Kerajaan negeri juga akan mengenal pasti kawasan yang masih lagi tidak mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan membuat anggaran perbelanjaan yang akan ditanggung bagi melengkapkan kehidupan warga FELDA ini. Bagi memantapkan sosioekonomi pula, kerajaan negeri akan memperkasakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta menggalakkan pertanian moden seperti menggunakan kaedah hidroponik dan fertigasi. Ini secara tidak langsung akan membuka ruang keusahawanan yang mampu meningkatkan lagi taraf hidup warga FELDA. Untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat, makluman tambahan berkaitan isu pemilikan tanah generasi kedua, saya ingin membacakan sedikit senarai generasi FELDA kedua yang boleh dipertimbangkan untuk dikurniakan tanah bagi tanah lot tapak rumah pada tahun 2019. Pertama, daerah Mersing bagi DUN Tenggaroh, FELDA Tenggaroh 3, melibatkan 191 plot permohonan bagi tanah seluas 23 ekar. Kedua, daerah Kota Tinggi bagi DUN Sedili dan Johor Lama. DUN Sedili, FELDA Bukit Easter, FELDA Bukit Waha, FELDA Tenggaroh Selatan 1, FELDA Aping Timur, FELDA Aping Barat, FELDA Simpang Waha. Bagi DUN Johor Lama, FELDA Lok Heng Selatan, FELDA Lok Heng Timur, FELDA Lok Heng Barat. Keseluruhan permohonan bagi DUN Sedili dan juga DUN Johor Lama ialah seramai 3,000 pemohon. Kesemua permohonan ini telah dikeluarkan jadual, satu, iaitu Borang Permohonan Tanah oleh Pejabat Tanah Dan Daerah. Kesemua permohonan tanah ini diproses berdasarkan garis panduan Pengarah Tanah dan Galian Johor pada 27 September. Bagi tujuan penggunaan lot tapak rumah kepada generasi kedua dalam FELDA negeri Johor. Insya-Allah kita akan realisasikan permohonan-permohonan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh sedikit tentang status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor. Saya ingin mengambil kesempatan dalam sesi penggulungan ini untuk membuat sedikit penjelasan berhubung status Pulau Kukup, di Pontian. Isu status Pulau Kukup sebagai Taman Negara telah mengundang kegusaran daripada rakyat sehingga ada yang membuat petisyen bantahan pengguguran status tersebut. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, keputusan menggugurkan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 7 Mac 2018 iaitu ketika BN mentadbir negeri ini. Tindakan tersebut hanya diketahui oleh pentadbiran saya apabila pembatalan rizab berkenaan diwartakan selepas mendapat kelulusan MMK ketika pentadbiran BN dan kemudiannya dilaporkan oleh media. Saya akui terkejut dengan laporan berita tersebut lebih-lebih lagi apabila ada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan yang menuduh pentadbiran kerajaan negeri bertindak meluluskan pengguguran tersebut sedangkan hakikatnya ia berlaku ketika pentadbiran yang lalu. Seperti yang diketahui umum, perubahan status Taman Negara itu dibuat bagi meletakkan Pulau Kukup sebagai Tanah Kesultanan ini bagi mempastikan pulau tersebut terus dilindungi dengan lebih baik berikutan perubahan statusnya. Ringkasnya, apabila sesuatu kawasan diubah kedudukannya menjadi Tanah Kesultanan, ia termaktub dalam Enakmen Kesultanan 1934 bermaksud tiada sebarang pembangunan boleh dilakukan di kawasan tersebut. Bagaimanapun, penjelasan mengenai pelepasan status Pulau Kukup yang diiktiraf sebagai pulau hutan paya bakau, masih tidak mampu meredakan kegusaran rakyat. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang berpaksikan kepada rakyat, saya akan mempastikan Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor. (Dewan Bertepuk). Hasil perbincangan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenaan untuk Pulau Kukup terus kekal digunakan sebagai kawasan Taman Negara dan hendaklah dijaga dan dikawal selia oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Taman Negara Johor. Ini bertujuan menjadikannya sebuah produk pelancongan pada masa kini dan juga pada masa-masa yang akan datang. Patik menjunjung kasih atas titah berkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tindakan tersebut menunjukkan keprihatinan Tuanku terhadap kepentingan hutan paya bakau yang

Page 361: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 361

bertindak sebagai penahan ombak semula jadi dan juga memelihara kepentingan biodiversiti dan juga rakyat. Status mengenai Pulau Kukup ini juga telah diusulkan dalam Dewan ini dan saya bersetuju memaklumkan untuk membincangkan usul ini dalam MMK. Oleh yang demikian isu Pulau Kukup ini tidak perlulah dipanjangkan lagi memandangkan ianya masih kekal sebagai Taman Negara Johor, Pulau Kukup. Di dalam Dewan yang mulia ini juga, saya sebagai wakil rakyat dan juga Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri ingin menegaskan juga kepentingan rakyat akan didahulukan walaupun berdepan dengan berbagai-bagai rintangan. Saya bukanlah boneka kepada sesiapa tetapi bertuankan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya. Ini tidak akan sekali-kali saya khianati. Percayalah, saya dan barisan EXCO akan terus bekerja kuat untuk mempastikan negeri ini berdaulat. Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati hak dan amanah rakyat ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan ke atas kepimpinan saya dan seluruh penjawat awam negeri Johor sekali lagi. Saya dan barisan EXCO serta penjawat awam di Johor akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Johor ini. Saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berfikir dengan lebih rasional dan terbuka. Dewan ini selayaknya untuk kita berkongsi idea dan mencapai persefahaman dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan bukan untuk individu-individu yang sering memandang serong kepada kerajaan pada hari ini. Marilah kita menolak segala perbezaan antara kita dalam memakmurkan dan memajukan negeri ini bagi memastikan kita berupaya meningkatkan tahap negeri Johor menjadi negeri terbaik di negara malah di rantau ini. Saya tidak reti berpantun serupa seperti EXCO saya yang lain ini, cuma satu sahaja pantun. Kalau ada sumur di ladang bolehkah saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, kita akan berjumpa di tahun hadapan lagi. YB Speaker : Insya-Allah. YAB Menteri Besar : Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih YAB yang telah menggulung perbahasan. Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara ini dipersetujukan. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua. Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan yang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu. Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa. Jurutulis : JADUAL. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,617,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah Jadi sebahagian daripada Jadual ini.

YAB Menteri Besar : Bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1,617,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM880,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM737,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Page 362: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 362

YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM144,604,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM144,604,000.00 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:- Bahagian Pengurusan, RM28,761,000.00; Pelbagai Perkhidmatan, RM44,734,000.00; Menteri Besar Johor, RM 14,721,000.00; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, RM6,384,000.00; Dewan Negeri Johor, RM19,335,000.00; Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, RM7,462,000.00; Audit Dalam, RM1,124,000.00; Pemberian Kepada Agensi, RM14,750,000.00; Kem Sultan Ibrahim, RM7,333,000.00. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM31,011,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM31,011,000 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:- Kerajaan Tempatan, RM11,991,000.00; Bahagian Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor, RM17,246,000.00; Landskap, RM1,774,000. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,925,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Peruntukan berjumlah RM7,925,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Bahagian Perumahan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM6,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM6,000,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM18,000,000 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan dan RM11,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Kebudayaan : Peruntukan berjumlah RM18,000,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, bagi Program Rakan Muda dan kegiatan-kegiatan sukan negeri.

Page 363: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 363

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM11,500,000.00 disediakan untuk pelaksanaan kegiatan-kegiatan Kebudayaan, Seni dan Warisan Negeri Johor. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli- Ahli Yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM3,431,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, peruntukan berjumlah RM3,431,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, bagi aktiviti-aktiviti di bawah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ). YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,976,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM1,976,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Tourism Johor. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,395,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM1,395,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC). YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM17,314,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri hendaklah jadi sebahagian Jadual ini.

YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak RM17,314,000.00 diperlukan bagi Pengurusan dan Pentadbiran Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,135,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen, RM2,941,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM50,000.00 untuk pemilikan aset, RM188,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan baki RM8,000,000.00 untuk perbelanjaan Pulang balik Hasil dan Hapus kira. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. (Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan). Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM20,223,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian; RM72,707,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran; RM10,126,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar jadi sebahagian daripada Jadual ini.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.07, Jabatan Pertanian peruntukan yang disediakan bagi tahun 2019 berjumlah RM20,223,000.00 ianya adalah bagi menampung segala perbelanjaan

Page 364: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 364

pentadbiran dan pengurusan Pejabat-pejabat Pertanian di seluruh negeri merangkumi perbelanjaan emolumen anggota jabatan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain di bawah aktiviti Pentadbiran Am. Di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah RM72,707,000.00. Sejumlah RM30,012,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, RM41,900,000.00 diperlukan untuk perkhidmatan dan bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM180,000.00 disediakan untuk pemilihan aset jabatan dan RM615,000.00 pula disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap termasuk bayaran gantian cuti rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara. Di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM10,126,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,030,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM7,030,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor. YB Pengerusi : Perkara ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,687,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, peruntukan sebanyak RM4,687,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM15,637,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.14, peruntukan sebanyak RM15,637,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM13,146,000.00 adalah perbelanjaan emolumen. Manakala baki sebanyak RM2,491,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM252,169,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM252,169,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan agama Islam di dalam usaha-usaha meningkatkan syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah pendidikan Agama Islam. Serta bantuan kepada sekolah-sekolah Arab dan Sekolah Agama Rakyat, KAFA. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap

Page 365: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 365

aktiviti ialah sebagaimana berikut:- Jabatan Agama Islam yakni pentadbiran am RM58,690,000.00; pendidikan agama Islam, RM193,479,000.00. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM26,986,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2019 ialah berjumlah RM26,986,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM4,534,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. RM2,280,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM167,000.00 untuk pemilikan aset dan baki sebanyak RM20,005,000.00 untuk pemberian dan berkenaan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM77,309,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2019 ialah berjumlah RM77,309,000.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM54,430,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM22,010,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM220,000.00 untuk pemilikan aset, RM631,000.00 untuk perbelanjaan, pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala baki sebanyak RM18,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,265,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor; dan RM630,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM4,265,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM2,525,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, manakala baki sebanyak RM1,740,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset dan berkenaan bayaran tetap. Di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM630,000,000.00 diperlukan untuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM11,147,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29 bagi Jabatan Kehakiman Syariah; dan RM2,031,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.29, peruntukan sebanyak RM11,147,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7,153,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen,

Page 366: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 366

sebanyak RM3,674,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, sebanyak RM205,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset dan sebanyak RM115,000.00 untuk perbelanjaan, pemberian dan kenaan bayaran tetap. Di bawah Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak RM2,031,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,806,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru; RM5,334,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar; RM5,248,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat; RM4,071,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian; RM4,819,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat; RM4,196,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang; RM4,952,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi; RM3,964,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing; RM3,550,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai; dan RM3,240,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak dengan ini hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM4,806,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,334,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM5,248,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM4,071,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM4,819,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,196,000.00; di bawah maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM4,952,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,964,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,550,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,240,000.00 kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan pentadbiran Pejabat-Pejabat Daerah di seluruh negeri Johor. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu seupaya wang sebanyak RM24,815,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian; RM6,221,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru; RM5,353,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan Pejabat Tanah Muar; RM5,892,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat; RM3,521,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian; RM4,802,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat; RM4,514,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B. 57, Pejabat Tanah Kluang; RM4,737,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi; RM3,309,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing; RM3,207,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai; RM3,173,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah Dan Galian, diperuntukkan sebanyak RM24,815,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM6,221,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,353,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM5,892,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM3,521,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan sebanyak RM4,802,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,514,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM4,737,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,309,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,207,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,173,000.00. Kesemua

Page 367: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 367

peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh negeri Johor. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL 2 Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL YANG PERTAMA YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Dewan Negeri bersidang semula. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan; maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan. Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut : Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR TAHUN 2019. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2019 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2018 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda. Peruntukan yang diperlukan untuk Peranggaran Pembangunan Tahun 2019 adalah berjumlah RM600,000,000.00 di bawah Empat ( 4 ) Jawatankuasa seperti berikut:-Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM405,000,000.00; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, RM60,000,000.00; Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor, RM100,000,000.00; Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, RM35,000,000.00.

Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu dipersetujukan.

Page 368: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 368

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM185,000,000.00.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor; RM126,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); RM94,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak RM185,000,000.00 disediakan bagi tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM121,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk pembangunan fizikal, pembangunan sosial dan pembangunan kerja-kerja kecil. Sebanyak RM14,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan pengambilan balik tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi projek-projek khas daerah di seluruh negeri Johor. Di bawah Maksud Pembangunan 71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), peruntukan sebanyak RM126,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sebanyak RM18,490,000.00 disediakan bagi projek pembangunan ekonomi dan inklusif. Sejumlah RM28,995,000.00 pula diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain daripada itu, RM13,522,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah pertanian dan industri asas tani. Untuk pembangunan modal insan, keluarga dan masyarakat, diperuntukkan sejumlah RM6,200,000.00. Bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan perhutanan, Taman Negara dan pengurusan sumber air, disediakan sejumlah RM21,213,000.00, manakala RM10,000,000.00 disediakan bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi. RM21,300,000.00 pula disediakan bagi program pembangunan belia dan sukan. Akhir sekali, bagi penggalakan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM6,280,000.00 disediakan. Di bawah Maksud Pembangunan 72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), peruntukan sebanyak RM94,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sebanyak RM44,483,000.00 disediakan bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri, bangunan-bangunan milik kerajaan negeri di luar negeri Johor dan bangunan-bangunan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan negeri, Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM15,000,000.00 disediakan bagi bayaran-bayaran yang berkaitan dengan Kota Iskandar. Sebanyak RM19,044,000.00 pula disediakan bagi pembinaan bangunan-bangunan kerajaan negeri, RM14,000,000.00 disediakan bagi kerja-kerja kecil dan akhir sekali sebanyak RM1,473,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM60,000,000 bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam dipersetujukan. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM60,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sejumlah RM2,000,000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar, Johor dan RM39,815,000.00 pula untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM3,720,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera, kelengkapan masjid-masjid kerajaan, pelaksanaan kerja-kerja yang dirancangkan bagi membina Rumah Pegawai, Guru-guru Agama dan Kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM2,960,000.00 lagi adalah bagi kelengkapan dan kemudahan di Makam DiRaja dan tanah-tanah perkuburan. Peruntukan sebanyak RM11,505,000.00 pula adalah untuk membina dan memperelok masjid-masjid jamek, bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor dan bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Page 369: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 369

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM100,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya dipersetujukan. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 74, Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM100,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sebanyak RM53,000,000.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf serta memperelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM2,000,000.00 untuk melebar jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai dan rancangan mengelak banjir. Peruntukan sejumlah RM3,500,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan-bangunan kerajaan dan RM3,000,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM2,500,000.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf dan ubahsuai bangunan-bangunan kerajaan di negeri Johor. Bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan, sejumlah RM8,000,000.00 pula disediakan sebagai peruntukan. Sejumlah RM24,500,000.00 diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri, manakala RM3,000,000.00 adalah untuk bangunan Yayasan Warisan Johor. Akhir sekali RM500,000.00 disediakan untuk pembelian kenderaan dan jentera. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM35,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran dipersetujukan. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan 75, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan sebanyak RM35,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,300,000.00 adalah bagi pembelian jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan dan sebanyak RM1,020,000.00 disediakan untuk bangunan-bangunan jabatan. Sebanyak RM660,000.00 disediakan untuk projek pengukuran dan penyiasatan bagi projek-projek saliran dan pengairan. Di samping itu, sebanyak RM23,130,000.00 disediakan bagi Rancangan Tebatan Banjir, Rancangan Saliran Bandar, Rancangan Kawalan Hakisan Pantai dan Rancangan Pengurusan dan akhir sekali sebanyak RM8,890,000.00 disediakan bagi pelaksanaan projek-projek saliran dan pengairan yang lain di seluruh negeri Johor. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2018 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan Negeri. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Dewan Negeri bersidang semula. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 21 tahun 2018. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu: - peruntukan wang berjumlah RM600,000,000.00 yang dicadangkan bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2019 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan, dengan itu mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM600,000,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2019 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat yang tersebut.

Page 370: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 370

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli- Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu dipersetujukan. Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN (NO. 2) TAHUN 2018. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) Tahun 2018 dibacakan kali yang pertama.

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama. Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu dipersetujukan. Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara.

YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Tambahan Peruntukan ini merupakan tambahan yang Kedua bagi Perbelanjaan Bekalan Tahun 2018. Tambahan Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM65,335,000.00 sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan di bawah Enam (6) Jawatankuasa seperti berikut:- Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM49,190,000.00; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, RM6,242,000.00; Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, RM129,000.00; Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor, RM2,675,000.00; Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor, RM6,087,000.00; Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, RM1,012,000.00. Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Page 371: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 371

Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. Jurutulis : JADUAL. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM14,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; RM4,627,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Pengurusan; RM4,703,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pelbagai Perkhidmatan; RM72,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri; dan RM75,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Audit Dalam hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, di bawah Maksud Bekalan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM14,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan jabatan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018. Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan diperuntukkan sebanyak RM4,627,000.00. Sebanyak RM1,751,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018 manakala selebihnya sebanyak RM2,876,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran perhubungan dan utiliti jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pelbagai Perkhidmatan diperuntukkan sebanyak RM4,703,000.00. Sebanyak RM3,861,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan jabatan manakala selebihnya sebanyak RM842,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan harta modal-harta modal yang lain jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.03, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM72,000.00.00 bagi menampung Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018. Di bawah Maksud Bekalan B.03, Audit Dalam diperuntukkan sebanyak RM75,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM2,299,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Bahagian Kerajaan Tempatan; dan RM184,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Jabatan Landskap hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03, Kerajaan Tempatan diperuntukkan sebanyak RM2,299,000.00. Sebanyak RM60,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan. Sebanyak RM319,000.00 diperlukan menampung perbelanjaan perhubungan dan utiliti manakala selebihnya sebanyak RM1,920,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Caruman Bantu Kadar Atas Harta-harta Kerajaan Negeri. Di bawah Maksud Bekalan B.03, Jabatan Landskap diperuntukkan sebanyak RM184,000.00 bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Page 372: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 372

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM129,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Perumahan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Di bawah Maksud Bekalan B.03, Perumahan diperuntukkan sebanyak RM129,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM19,043,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Di bawah Maksud Bekalan B.04, Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM19,043,000.00 bagi menampung perbelanjaan pulangan balik hasil dan hapus kira termasuk hapus kira kehilangan yang melibatkan perbelanjaan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM786,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran; dan RM226,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM786,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM226,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM192,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi : Di bawah Maksud Bekalan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor diperuntukkan sebanyak RM192,000.00. Sebanyak RM163,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018 manakala selebihnya sebanyak RM29,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan jabatan yang bersara pilihan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM327,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Di bawah Maksud Bekalan B.19, Jabatan Perhutanan Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM327,000.00. Sebanyak RM299,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018 manakala selebihnya sebanyak RM28,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan jabatan yang bersara.

Page 373: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 373

YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM5,542,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM5,542,000.00. Sebanyak RM2,934,000.00 diperuntukkan di bawah bahagian pengurusan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan yang baru dilantik, bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Perbelanjaan perhubungan dan utiliti jabatan dan bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan yang bersara wajib, bersara pilihan dan yang telah meninggal dunia. Manakala selebihnya sebanyak RM2,608,000.00 diperlukan bagi Bahagian Pendidikan Islam bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan dan juga bayaran-bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan jabatan yang bersara dan kakitangan kontrak jabatan. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM6,087,0000.00 bagi kepala perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM6,087,000.00, sebanyak RM1,224,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Sebanyak RM4,820,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan sewaan bagi majlis-majlis rasmi kerajaan manakala selebihnya sebanyak RM43,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan yang bersara. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM264,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor; dan RM17,906,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor diperuntukkan sebanyak RM264,000.00. Sebanyak RM51,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Manakala selebihnya sebanyak RM213,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran utiliti di bangunan Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor. Di bawah Maksud Bekalan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun diperuntukkan sebanyak RM17,906,000.00 bagi menampung penyelarasan semula akaun pinjaman badan-badan berkanun lain bagi bayaran penggunaan air bersih dan kepada Public Utilities Board, Singapura. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM685,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah; dan RM15,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah, diperuntukkan sebanyak RM685,000.00. Sebanyak RM314,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1

Page 374: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 374

Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Manakala selebihnya sebanyak RM371,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.32, Jabatan Mufti, diperuntukkan sebanyak RM15,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM425,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B41, Pejabat Daerah Johor Bahru; RM50,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat; RM160,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian; RM106,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat; RM34,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi; RM55,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai; dan RM116,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru; RM102,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar; RM99,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat; RM59,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian; RM329,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat; RM346,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang; RM78,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi; RM85,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing; RM60,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai; dan RM55,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM425,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM50,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM160,000.00. Sebanyak RM105,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Manakala selebihnya sebanyak RM55,000.000 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan yang bersara pilihan pada tahun 2018. Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM106,000.00 bagi menampung bayaran elaun tetap kepada kakitangan jabatan selepas penaiktarafan Majlis Daerah Segamat kepada Majlis Perbandaran Segamat dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Di bawah Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM34,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM55,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM116,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Page 375: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 375

Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM102,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM99,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM59,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan sebanyak RM329,000.00 bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan termasuk kenaikan elaun tetap selepas penaiktarafan Majlis Daerah Segamat kepada Majlis Perbandaran Segamat dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM346,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM78,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM85,000.00 bagi menampung bayaran emolumen kepada tiga orang kakitangan baru jabatan dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM60,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak, diperuntukkan sebanyak RM55,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : Fasal 2. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL YANG PERTAMA. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Dewan Negeri bersidang semula. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatu dan dipersetujukan

Page 376: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 376

tanpa pindaan, maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker,saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan(No. 2) Tahun 2018 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan,yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan. Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:- Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2)Tahun 2018. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker,saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Alhamdulillah, selesai sudah Persidangan kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan dan semua yang terlibat. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati. Kalau pergi mencari galah, mohon singgah di ladang kami, kalau ada urusan yang salah, mohon semua maafkan kami. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan ditangguhkan pada jam 2.10 petang.

Page 377: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN ......2018/12/09  · Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui e-live streaming di media facebook rasmi Yang Amat Berhormat

MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2019) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 377

PEGAWAI-PEGAWAI BERTUGAS:

Jurutulis Cik Hajah Shubanah binti Yusuf

Penolong Jurutulis

Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad

Ketua Unit Dewan

Puan Norliza binti Md. Aris

Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir

Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom

Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi

Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan

Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hajah Saniah binti Kassim

Puan Fareza binti Musa Puan Hajah Azlin binti Bahrin

Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Junaidah binti Paing

Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Norazilawati binti Masri

Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi

Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin

Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail

Siti Rohani binti Ahmad Suhaimi

Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md. Sidi

Juruaudio Video

Encik Noorazhan bin Mohd Salleh

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 9 DISEMBER 2018