penyata rasmi parlimenmalaysia penyata rasmi parlimen parliamentary debates dewan negara senate...

176
MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari Selasa 26hb Disember, 1989 KANDUNGANNYA MENGANGKAT SUMPAH: Y.B. Tuan Mustafa bin Awang Y.B. Puan Habidah binti Jusof @ Yusof Y.B. Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah (Ruangan 1) PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Ruangan 1) JAWAPAN-JAWAPAH MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1990 (Ruangan 35) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan (Ruangan 120)

Upload: others

Post on 06-Sep-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

M A L A Y S I A

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARASenate

PARLIMEN KETUJUHSeventh Parliament

KETIGAThird PENGGAL

Session

Jilid III Bil. 25 Hari Selasa 26hb Disember, 1989

KANDUNGANNYA

MENGANGKAT SUMPAH:Y.B. Tuan Mustafa bin AwangY.B. Puan Habidah binti Jusof @ YusofY.B. Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah (Ruangan 1)

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA:Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Ruangan 1)

JAWAPAN-JAWAPAH MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 2)

RANG UNDANG-UNDANG:Rang Undang-undang Perbekalan 1990 (Ruangan 35)

USUL:Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripadaPeraturan Mesyuarat dan Penangguhan (Ruangan 120)

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 1 -

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 26hb Disember, 1989

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

D O A

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah

mengangkat Sumpah seperti yang disebutkan dalam Perlembagaan:

1. Tuan Mustafa bin Awang

2. Puan Habidah binti Jusoh @ Yusof

3; Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah.

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucap-

kan selamat datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang

telah mengangkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli-

ahli Yang Berhormat yang dipilih semula itu dapat memberikan

sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada

negara seterusnya dan semoga mereka dapat berkhidmat dengan

cemerlangnya.

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26.12.89 - 2 -

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

AFRIKA TIMUR - HUBUNGAN PERNIAGAAN

1. Tuan Dahalan bin Haji Embon tninta Menteri Perdagangan danPerindustrian menyatakan apakah hubungan perniagaan yang ada antaraAfrika Timur dan Negara kita. Mengapakah kegiatan tidak ditingkat-kan dengan membuka lebih banyak Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan disana.

Timbalan Menteri Berdangangan dan Perindustrian [Dato' Kok Wee

Kiat]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

hubungan perniagaan antara Malaysia dengan negara-negara Afrika

Timur adalah ditahap yang rendah. Jumlah perdagangan Malaysia

dengan negara-negara Afrika Timur ialah $65.09 juta pada tahun 1987;

$49.57 j u t a pada tahun 1988 dan untuk lapan bulan pertama tahun 1989

ialah $43,03 juta. Jumlah eksport Malaysia ialah 46.19 juta pada

tahun 1987; $31.78 ju ta pada tahun 1988 dan untuk lapan bulan

pertama 1989 ialah $20.74 juta.

Ekonomi negara-negara di Afrika Timur menghadapi beberapa

masalah seperti kekurangan matawaug asing. Untuk mengatasi massalah

tersebut, negara-negara berkenaan telah mengenakan sekatan-sekatan

import seperti mengharam serta mengenakan cukai import yang tinggi

ke atas beberapa barangan konsumer dan bukan konsumer. Walaupun

perdagangan Malaysia dengan negara-negara Afrika Timur masih terhad ,

Kerajaan sentiasa menggalakkan pihak swasta untuk meninjau peluang-

peluang perdagangan dengan negara-negara tersebut sebagai langkah

untuk mempelbagaikan pasaran barang-barang eksport Malaysia.

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 3 -

Buat masa ini, usaha-usaha galakan eksport Malaysia di Afrika

Timur dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Malaysia di Nairobi. Di

samping itu, Kedutaan-kedutaan Malaysia di negara-negara Afrika,

khasnya di Zimbawe juga turut membantu dalam usaha meningkatkan

perdagangan di negara-negara Afrika termasuk Afrika Timur. Pada

masa ini, Kerajaan berpendapat Pejabat Perdagangan Malaysia di

Nairobi, Kenya, adalah memadai bagi mengawasi perdagangan dua hala

Malaysia dengan negara-negara tersebut.

PROGRAM JIRAN MUDA

2. Puan Law Jack Yoon minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) kemajuan yang dicapai oleh Program Jiran-jiran Mudadi 242, kawasan yang dipilih oleh Jabatan Perpaduanbaru-baru ini dan tujuan mengukuhkan perpaduan dikalangan generasi muda;

(b) setakat sekarang berapa orang belia yang telahmenyertai program itu;

(c) berapa buah kawasan daripada 242 kawasan terpilihitu yang telah menyertai program itu; dan

(d) para ibu-bapa yang memainkan peranan penting dalampengkukuhan perpaduan dengan menggalakkan anak-anakmereka supaya bergaul mesra.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dr. Ting Chew

Peh]: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya setakat ini sebanyak 375

Jawatankuasa Jiran Muda telah ditubuhkan di seluruh negara.

Penubuhan Jiran Muda ini adalah tindakan susulan kepada satu lagi

Program Jabatan Perpaduan Negara untuk kaum remaja iaitu khemah

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 4 -

kerja kejiranan. Program ini bertujuan untuk membolehkan golongan

remaja ataupun belia mengisikan masa lapang mereka dengan melibatkan

diri dalam aktiviti-aktiviti penggalakan yang berfaedah bagi memupuk

semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan mereka.

Semenjak, penubuhannya hubungan yang erat telah terjalin di

antara belia-belia ataupun remaja berbilang kaum di kawasan Ruku

Tetangga melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersama seperti

sukan pendidikan, kebudayaan dan aktiviti-aktiviti kejiranan yang

lain. Setakat ini seramai 5,625 orang belia telah menyertai program

ini sebagai ahli Jawatankuasa di seluruh negara. Penyertaan belia

setempat dalam Kegiatan-kegiatan jiran muda adalah bergantung kepada

kecergasan dan keberkesanan jentera jiran muda yang terlibat.

Saya setuju segala dengan pendapat Ahli Yang Berhormat bahawa

ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam pemupukan perpaduan

dengan menggalakkan anak-anak mereka supaya bergaul mesra dengan

kanak-kanak keturunan lain.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu

daripada Timbalan Menteri yang berkenaan sama ada pihak beliau

berasa yakin bahawasanya dengan program-program yang diadakan oleh

pihak Jabatan Perpaduan Negara akan menolong memupukkan rasa mesra

di antara kaum sedangkan langkah-langkah yang diambil seperti ini

merupakan hanya, dengan izin, 'filiate' sahaja, bukan satu usaha

yang bersungguh-sungguh untuk menimbulkan perpaduan di antara kaum.

Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, segala langkah-langkah

dan rancangan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara

adalah secara bersungguh-sungguh demi memupukkan perpaduan negara.

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 5 -

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haj i Abu Bakar bin

Lajim.

Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan

yang ketiga.

RUMAH AWAM KOS RENDAH

3. Tuan Hassan bin Nam [di bawah S.O. 23(2)] minta MenteriPerumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) adakah dengan penurunan harga bahan-bahan binaan,rakyat yang berpendapatan rendah akan mampumemiliki rumah di bawah program perumahan awam kosrendah dan adakah Kerajaan bercadang untukmenambahkan bilangan unit 495,000 di bawah RML; dan

(b) adakah jumlah yang dicadangkan itu mencukupi bagimenenuhi citarasa rakyat yang berpendapatan rendahdan bagaimanakah Kementerian menilai kelayakanseseorang pemohon itu.

Timbalan Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Haji

Hussein bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang dinyatakan

oleh saudara Yang Berhormat ini memang sasaran Kerajaan tidak

berubah. Jika benar apa yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat itu

dalam masalah kos bahan-bahan binaan dikurangkan harga ini memang

sepatutnya lebih memudahkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah

untuk mendapat rumah-rumah murah atau kos rendah ini yang lebih

sempurna. Namun demikian, tidak seharusnya di antara golongan

rakyat yang senantiasa diminta harmoni di negara ini untuk mengambil

kesempatan dan menjadi pemindas kepada golongan-golongan yang

berpendapatan rendah untuk mendapat rumah murah ini dengan cara

menaikkan harga rumah yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, kuasa yang memilih pembeli-pembeli untuk

mendapat rumah ini sebenarnya di bawah bidang kuasa Kerajaan-

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 6 -

kerajaan Negeri. Namun demikian, bagi pihak Kementerian telahpun

memberi garis-garis tertentu untuk sekadar menjadi panduan. Umpama-

nya, pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia

pendapatan pemohon tidak melebihi daripada $750 sekeluarga, pemohon

belum mempunyai rumah sendiri dan tinggal di kawasan yang berkenaan

tidak kurang daripada 5 tahun dan telah berkeluarga. Dan keutamaan

diberi kepada mereka yang berumur 30 hingga 40, tahun. Namun

demikian, Kerajaan-kerajaan Negeri berhak untuk menentukan garis-

garis mengikut pandangan dan kehendak Kerajaan Negeri masing-masing.

PENGHIJRAHAN PEKERJA MALAYSIA KE LUAR NEGERI

4. Tuan C. Krishnan minta Menteri Buruh menyatakan:

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil tindakansegera untuk mengelakkan penghijrahan para pekerjaMalaysia ke luar negeri memandangkan bahawaMalaysia akan menghadapi kekurangan pekerjasejumlah 150,000 dalam tahun 2000 yang akan datangseperti diumumkan oleh Menteri Buruh; dan

(c) adakah benar buat masa sekarang lebih kurang200,000 orang pekerja Malaysia bekerja di seberanglaut.

Timbalan Menteri Buruh [Tuan Kalakau Untol]: Tuan Yang

di-Pertua, Kerajaan memang tidak menggalakkan para pekerja tempatan,

khususnya tenaga mahir, berhijrah untuk bekerja di negara-negara

asing. Walau bagaimanapun, tidak ada undang-undang yang boleh meng-

halang rakyat tempatan bekerja di. luar negeri atas pilihan mereka

sendiri.

Mengenai bilangan pekerja Malaysia yang bekerja di seberang

laut, Kementerian Buruh tidak ada maklumat tersebut kerana mereka

yang bekerja di luar negeri tidak melaporkan ke Kementerian ini.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 7 -

Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

tahu adakah Kementerian berhasrat untuk mendapatkan maklumat-

maklumat ini dengan apa cara sekali pun. Saya berpendapat ini ada-

lah penting dan saya ingin tahu sama ada Yang Berhormat bersetuju

dengan pendapat saya?

Tuan Kalakau Untol: Kementerian akan memberi perhatian kepada

saranan Yang Berhormat.

KILANG MENGELUARKAN BAHAN PLASTIK

5. Dr. Ng Khek Kiung minta Menteri Perdagangan dan Perindustrianmenyatakan:

(a) bilangan kilang yang telah diluluskan untuk mem-proseskan dan mengeluarkan bahan-bahan mentahplastik bagi tahun 1989; dan

(b ) apakah kuantiti pengeluaran yang disangkakan dalamjangka lima tahun yang akan datang.

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah

memberi kelulusan kepada tiga buah projek bagi keluaran-keluaran

resin plastik dalam tahun 1989 iaitu dua buah bagi projek

"expandable polystyrene" (EPS) resin" dan satu projek bagi keluaran

"acrylonitrile-butadiene-styrene (ABS) resin." Jangkaan pengeluaran

untuk 5 tahun akan datang bagi keluaran-keluaran tersebut di atas

tidak dapat ditentukan kerana projek-projek ini akan mengambil masa

sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mula beroperasi. Walau bagai-

manapun, kapasiti pengeluaran yang telah diluluskan bagi keluaran

EPS dan ABS ialah 66,000 tan metrik dan 50,000 tan metrik setahun

masing-masing.

PASARAN EKSPORT KE MYANMAR / INDO-CHINA

6. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Luar Negeri menyatakansejauh manakah Kerajaan menggalakkan inisiatif sektor swasta mencaridan memajukan pasaran baru di Burma dan Indo-China sepertimana yangdilakukan di Singapura dan Thailand sekarang?

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 8 -

Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar]:

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan menggalakkan hubungan

perdagangan dan memperluaskan pasaran eksport barang-barang buatan.

Malaysia, termasuklah ke negara-negara yang telah disebutkan o l eh

Ahli Yang Berhormat, iaitu di Myanmar yang dahulu, dikenali sebagai.

Burma, dan negara-negara Indo-China, perancangan yang rapi dan

penelitian kepada prospek-prospek bidang-bidang yang dikenalpasti

untuk diceburi telahpun dibuat dengan mengambil kira penyertaan

terus sektor swasta di dalam aktiviti-aktiviti perdagangan dan

ekonomi di negara-negara tersebut.

Dalam hal ini, sememangnyalah menjadi dasar Kerajaan kita meng-

galakkan pihak swasta untuk terus mencari dan memperluaskan peluang-

peluang perniagaan dengan mengadakan hubungan perdagangan yang aktif

dengan negara-negara lain. Untuk tujuan ini, seperti yang kita

sedia maklum, Kerajaan senantiasa menekankan kepada pihak swasta

perihal mustahaknya mewujudkan hubungan perdagangan secara langsung

dengan negara-negara rakan perdagangan. Perwakilan-perwakilan kita,

yang ditubuhkan di negara-negara berkenaan pula juga bersedia.

membantu pihak swasta di dalam aktiviti perdagangannya dengan

negara-negara tuan rumah.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -9-

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua,

memandangkan kedua-dua buah negara ini Myanmar dan Indo China

merupakan pasaran-pasaran baru yang mungkin belum sepenuhnya

diterokai dari segi pengembangan perdagangan antarabangsa bukan

sahaja daripada Malaysia tetapi juga daripada negara-negara sekitar

ASEAN, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri Luar sama ada

satu pendekatan, ataupun dengan izin, approach, dan satu cara

dilakukan secara bersama bagi keseluruhan negara-negara anggota

ASEAN memgenai pasaran baru ini.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,

negara-negara ASEAN memang mengambil perhatian berat terhadap

negara-negara yang ada di kawasan Asia Tenggara iaitu termasuk

Myanmar dan juga negara-negara Indo-China, bukan sahaja dari segi

politik tetapi dari segi perdagangan dan ekohomi. Maka pihak ASEAN

sedang memerhatikan dari segi kestabilan politik dan kemajuan

ekonomi negara-negara tersebut sebelum ianya membuat satu konkrit

secara persatuan, secara pakatan ASEAN tetapi dari segi individu

negara-negara ASEAN memang menjalankan kegiatan perdagangan dengan

negara-negara berkenaan dan apabila masanya tiba kelak, kita akan

berusaha supaya ASEAN sebagai sebuah pertubuhan dapat mewujudkan apa

yang disebutkan sebentar tadi, cara-cara bagaimana kita boleh dapat

mewujudkan hubungan perdagangan secara menyeluruh dengan empat buah

negara yang ada di dalam soalan ini.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -10-

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri Luar, apakah pihak

Kerajaan Malaysia akan menunggu penyelesaian politik di Indo China

terlebih dahulu sebelum mengerakkan seluruh inisiatif untuk

menerokai pasaran baru di Indo-China khususnya?

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, oleh

kerana keadaan politik dalam negara-negara yang berkenaan amatlah

penting bagi mewujudkan perhubungan ekonomi yang bermakna dan begitu

konkrit maka kita haruslah memerhatikan kedudukan politik

negara-negara yang berkenaan terlebih dahulu. Namun begitu,

sepertimana yang saya sebutkan awal tadi bahawa secara individu

pihak kita sudahpun menggalakkan sektor swasta masing-masing berbuat

demikian. Jadi, bila masanya tiba kelak keadaan di ncgara-negara

berkenaan baik maka Kerajaan akan membuat pendekatan secara

menyeluruh.

HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN

7 , Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapakah jumlah hutang-hutang pinjaman Kerajaandari luar negeri sekarang;

(b) berapakah pula jumlah hutang pinjaman Kerajaan darisumber kewangan dalam negeri;

(c) adakah nampak berkurangan jumlah, hutang negara kitasekarang jika dibandingkan dengan masa 5,6 tahunyang lalu, sebab sejak Kerajaan mengadakan usahaberjimat-cermat di atas beberapa peruntukanperbelanjaan Kerajaan; dan

(d ) dari negara mana hutang pinjaman Kerajaan yangpaling lebih banyak sekarang.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -11-

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan

Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan yang masih belum dijelaskan

pada masa kini adalah sebanyak $23.6 billion manakala hutang dalam

negeri adalah sebanyak $66.1 billion.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, jumlah hutang negara

kita sekarang tidak berkurangan jika dibandingkan jumlahnya bagi

tempoh lima tahun yang lalu. Jumlah hutang ini adalah lebih tinggi

kerana Kerajaan terus melaksanakan projek-projek pembangunan untuk

kepentingan rakyat dan pertumbuhan ekonomi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbelanjaan pembangunan

adalah dibiayai melalui pinjaman yang sebahagian besarnya diperolehi

melalui pinjaman dalam negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah

dapat mengurangkan jumlah pinjaman bersih setiap tahun. Negara kita

paling banyak berhutang kepada Amerika Syarikat iai tu sebanyak $8.2

billion bersamaan dengan 34,6% daripada jumlah hutang luar negeri.

Puan Hajjah Habidah binti Yusof: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat

Timbalan Menteri iaitu daripada $66.1 billion hutang pinjaman

Kerajaan dari dalam negeri, dari siapakah pinjaman itu dibuat?

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, dari

dalam negeri ini termasuklah daripada institusi-institusi kewangan

dalam negeri seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain

sumber dalam negeri.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -12-

PELAJAR-PELAJAR DI MAKTAB PERGURUAN - PENGAMBILAN

8. Tuan V.K. Sellapan minta Menteri Pendidikan memberi penjelasanmengenai pengambilan pelajar-pelajar baru di maktab-maktab perguruantempatan dan menyatakan jumlah penuntut-penuntut yang akan diambil,bagi sessi 1990.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Menteri Pendidikan

menjawab

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya

untuk menjawab bagi pihak Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

bilangan guru pelatih yang didaftarkan di maktab-maktab perguruan di

seluruh Malaysia pada tahun 1989 berjumlah 7,266 orang. Kementerian

Pendidikan bercadang untuk mengambil seramai 7,614 orang pelatih

bagi tahun pengambilan 1990.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan V .K. Sellapan.

Minta maaf Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan V.K. Sellapan yang

membawa soalan asal.

Tuan V.K. Sellapan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin tahu daripada Kementerian Pendidikan apakah

langkah-langkah yang telah d iambi l untuk mengatasi kekurangan

guru-guru pelatih di sekolah-sekolab SRJK(Tamil) yang mana lebih

ramai guru-guru tidak mempunyai latihan guru.

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana

Yang Berhormat merujuk kepada kes yang khusus, saya ingin merujuk

perkara ini kepada pihak Kementerian Pendidikan.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -13-

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Azman Atar.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak

ingiu hendak membuat soalan tambahan, cuma saya hendak mengingatkan

supaya tidak berlaku lagi mana-mana Kementerian apabila soalan

daripada Dewan Negara dijawab oleh Menteri yang lain walaupun di

antara satu sama lain boleh bekerjasama, saya tidak mahu perkara ini

berlaku. Saya harap Dewan mengambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chong Chi Siong.

Dr. Ng Khek Kiung: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan

No. 9.

KELUARAN DALAM NEGERI KASAR - SUMBANGAN PELANCONGAN

9. Dr. Ng Khek Kiung [di bawah S.O. 23(2)] minta MenteriKebudayaan dan Pelancongan menyatakan;

(a) apakah sumbangan industri pelancongan kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak 5 tahunkebelakangan ini;

(b) jumlah pelancong yang datang melawat Malaysia sejak1986 hingga hari ini mengikut pecahan tujuan lawatandan negara asal mereka; dan

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -14-

(c) apakah langkah-langkah tambahan yang boleh diambiloleh Kerajaan untuk bersiap sedia menghadapi TahunMelawat Malaysia 1990.

Menteri , Kebudayaan dan Pelancongan [Dato' Haji Sabbaruddin

Chik]: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana M e n t e r i Pendidikan tidak

datang, izinkan saya menjawab panjang semua soalan ini.

Pertamanya, saya ingin menjelaskan bahawa sumbangan sektor

pelancongan sebagai penyumbang kepada ekonomi negara ini agak sukar

kita dapat angka yang tepat kerana banyak aktiviti-aktiviti seperti

membeli-belah, pengangkutan awam, perniagaan makanan dan seumpamanya

adalah berkaitan dengan industri pelancongan. Oleh itu, saya ingin

memberi sumbangannya kepada angka yang lebih khusus yang diperolehi

dari industri pelancongan itu sendiri sumbangannya kepada

pendapatan dari tukaran wang asing.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.27.12.89 - 15 -

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 1985, sumbangan sektor ini

ialah sebanyak $1,543 juta . Ini merupakan kira-kira 3.5% dari

jumlah pendapatan pertukaran wang asing. Bagi tahun 1986, sumbangan

pelancongan melalui tukaran matawang asing ialah sebanyak $1,669

juta. Ini dalam lingkungan 4%. Bagi tahun 1987, sebanyak $1, 795

juta dari peratusnya menurun sedikit kepada 3.4% dan bagi tahun 1988

sebanyak $2,007 juta , peratusannya dalam lingkungan 3.2% dan bagi

tahun ini kita anggarkan sebanyak $2,266 juta yakni kira-kira 3%.

Bagi tahun hadapan kita menganggarkan bahawa tukaran wang asing yang

diperolehi ialah sebanyak $2,500 juta. Peratusan daripada tukaran

wang asing belum kita ketahui kerana berdasarkan kepada tukaran wang

asing yang diperolehi dari sumber-sumber lain.

Tuan Yang di-Pertua, jika dibandingkan dengan sumbangan dari-

pada sektor komoditi, sektor pelancongan menduduki tempat yang

ketujuh dalam tahun 1985 dan naik ke tingkat yang keenam bagi tahun

1986 dan yang kelima dalam tahun 1987 dan 1988. Ini merupakan satu

tanda yang menggalakkan dan saya yakin sumbangan sektor pelancongan

kepada ekonomi negara akan turut meningkat pada masa yang akan

datang.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan ( b ) , ingin saya

memaklumkan bahawa jumlah pelancong mengikut negara asal mereka dari

tahun 1986 sahingga 1988 ialah seperti berikut:-

Dari negara-negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Filipina,

Singapura dan Thailand, kesemuanya adalah 2 . 5 juta pada tahun 1986,

2.6 ju ta pada tahun 1987, 2.77 juta pada tahun 1988 dan kebanyakan

mereka ini sebenarnya datang dari Singapura. Ini tidak termasuk

mereka yang datang dan balik pada hari yang sama. Apabila kita

menyebut pelancong ertinya mereka yang tinggal setidak-tidaknya

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 27.12.89 - 16 -

semalaman.

Dari negara-nagara lain semuanya 694 juta bagi tahun 1986 yang

terdiri daripada Jepun iaitu 133 ribu dan ini adalah jumlah yang

paling besar. Australia 84 ribu iaitu hampir-hampir 85 ribu,

United Kingdom - 80 ribu dah Amerika Syarikat - 46 ribu Kesemuanya

ialah 694 ribu.

Bagi tahun 1987, jumlahnya telah naik kepada 145 ribu iaitu

hampir-hampir 744 ribu. Ini terdiri daripada Jepun iaitu 142 ribu,

Australia 90 ribu, United Kingdom - 85 ribu, dan Amerika Syarikat

- 49 ribu.

Bagi tahun 1988, jumlah semua 848 ribu' terdiri daripada Jepun

162 ribu, Australia 99 ribu, United Kingdom - 100 ribu, Amerika

Syarikat - 56 ribu, daripada Hongkong - 48 ribu.

Kalau kira semua pelancong yang datang seperti saya katakan

tadi, bagi tahun 1986 3,200 ju ta lebih sedikit, t ahun 1987

3,360/000, bagi tahun 1988 - 3,624,000. Ini tiap-tiap tahun

bertambahnya ialah 3 .5% bagi tahun 1986, 4.4% bagi tahun 1987 dan

hampir-hampir 8% bagi tahun 1988. Bagi tahun 1989, kita meramalkan

bahawa seramai 3.9 juta pelancong akan berkunjung ke seluruh negara

yakni pertambahan sebanyak 9.2% berbanding dengan tahun 1988.

Mengikut tujuan lawatan pula adalah seperti berikut, Tuan Yang

di-Pertua, iaitu datang untuk beristirehat 52.3%, VFR ataupun visit

friends and relatives, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ataupun

bagi mereka yang menziarah saudara ataupun rakan ialah 33.4%.

Datang berniaga - 6.4%, yang transit - 4.1%, yang lain-lain tujuan

_ 3.8%

Berkenaan dengan ( c ) , Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memaklum-

kan bahawa berbagai-bagai langkah telah diambil oleh Kementerian

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 27. 12.89 - 17 -

sebagai persediaan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 1990,

Antaranya kita mengatur seberapa banyak acara di seluruh negara,

Setakat ini, kita telah merancangkan 123 acara utama dan telahpun

kita memuatkan ke dalam Kalendar Aturcara, ataupun, dengan izin,

Calendar of Events yang mana telah dihebahkan seluas-luasnya di

seluruh dunia dan tujuan kita mengadakan Calendar of Events ini

ialah untuk menyenangkan pelancong-pelancong luar negeri mengatur

percutian mereka untuk melawat negara kita. Acara-acara yang

terkandung di dalam Kalender Aturcara ini, Tuan Yang di-Pertua,

tergulung di bawah beberapa kategori seperti Perayaan Hari

Kebangsaan, Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli-Duli Yang Maha

Mulia Sultan-Sultan dan juga. Harijadi Tuan-Tuan Yang Terutama, Yang

di-Pertua Negeri termasuk juga perayaan tradisi, pesta-pesta

tempatan, pameran-pameran, pesta kebudayaan antarabangsa, per-

tandingan sakan dan sebagainya. Kementerian juga mewujudkan

kesedaran rakyat negara tentang Tahun Melawat Malaysia 1990 dan kita

telah membuat melalui beberapa acara. Di antaranya mendirikan

papan-papan pengiklanan di seluruh negara. Kita juga menghebahkan

aturcara ini ataupun Tahun Melawat Malaysia 90 ini melalui radio,

television, media-massa dan juga majalah-majalah dan tidak juga lupa

kita lakukan dengan cara mengadakan taklimat-taklimat kepada

berbagai pihak tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga kita di

Kementerian memperbaiki kemudahan-kemudahan awam di kawasan-kawasan

pelancongan di seluruh negara. Selain daripada itu juga, kita di

Kementerian mengatur langkah-langkah untuk meningkatkan bilangan

kemudahan penginapan di seluruh negara sama ada dengan pendirian

hotel-hotel bagi mereka yang berkemampuan sama ada hotel yang kelas

tinggi atau yang kelas sederhana. Tidak lupa juga kita menggalakkan

pendirian atau pembinaan calet-calet bertempat di pantai-pantai bagi

mereka yang tidak mempunyai budget yang tinggi.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - -18-

Selain daripada itu juga kita menggalakkan mereka yang

mempunyai kediaman di desa-desa untuk membuat sambungan ke rumah

mereka dan diaewakan kepada pelancong-pelancong yang biasanya, Tuan

Yang di-Pertua dengan izin, 'stay in ataupun go native' bagi

mereka yang ingin merasa kehidupan masyarakat di desa-desa. Terima

kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mustaffa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak

minta dua penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.

Sebelum itu saya ucapkan syabas kepada Menteri Kebudayaan atas

usia yang begitu muda, Kementerian ini dia telah berjaya dalam

banyak-banyak bilangan yang dibuat mengenai dengan

pelancong-pelancong melawat ke Malaysia, saya tidak nampak berapakah

bilangan daripada negara-negara Arab sedangkan mereka ini, negara

ini kaya-raya, dan kita dapati orang-orang Arab ini juga pernah

melawat di sebelah sini. Apakah Kementerian pernah melantik agensi

ataupun kader-kader pelancongan ini di negeri-negeri yang berkenaan?

Yang kedua, apakah program selepas 1990 ini yang telah dirangka

oleh Kementerian, sama ada melalui Kerajaan-kerajaan Negeri ataupun

hanya setakat 1990 sahaja kita menjemput orang-orang asing ini

melancong ke negara kita. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, bilangan

orang Arab ke negara kita tidak begitu banyak oleh beberapa sebab.

Namun demikian, mereka ini kita letakkan di bawah angka dari

negara-negara lain sebanyak 203,000. Beberapa perkara yang

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 -19-

menyebabkan kurang orang Arab datang ke mari.

Yang pertama, kerbanyakkan ataupun 90% lebih pelacong-pelancong

sekarang melancong menaiki kapalterbang. Malangnya

kapalterbang-kapalterbang ini sentiasa turun naik berlepas sampai

mengikut keselesaan, kesenangan orang-orang Eropah sama ada tiba di

sana waktu pagi, tengahari ataupun tiba awal malam. Oleh sebab

dengan keadaan itu, negeri Arab ini ia lebih kurang separuh jalan

dengan negara kita, sentiasa sampai ke negara Arab pukul 3 pagi,

pukul 4 pagi waktu yang t idak berapa sesuai. Jadi mereka ini kurang

hendak datang ke mari oleh sebab kita tidak ada banyak penerbangan

secara direct ke negara-negara Arab selain daripada Dubai. Kalau

kapalterbang kita pergi ke London, pergi ke Eropah dan sebagainya

melalui Dubai, jadi fikirkanlah bagaimana azabnya kalau orang

K u w a i t misalnya hendak datang ke Malaysia, kena pergi ke Dubai

dahulu, petang misalnya, tunggu di airport ataupun di hotel, pukul 3

pagi pula baru hendak merayap ke airport, hendak ke mari ini sukar.

Selagi kita tidak ada penerbangan yang direct dengan banyak, selagi

itulah sukar kita mendapatkan orang-orang Arab datang ke mari. Itu

satu.

Yang kedua, orang Arab ini sebenarnya dia ada pelik sedikit,

dia suka melihat orang perempuan, tetapi orang perempuan mereka ia

tidak suka orang lain tengok, maka itu mereka suka melancong ber-

sendirian. Jadi di negara-negara Asia ini lebih banyak misalannya

ke Bangkok, tujuannya saya tidak tahu. [Ketawa] Kita di sini ada

pula kadang-kadang orang ketuk-ketuk hotel waktu malam, inipun satu

perkara yang tidak baik juga. Kalau kita hendak menggalakkan

pelancong, kadangkala tidak ada benda pun, jadi ini menyusahkan

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 -20-

secara begini.

Orang Arab ini pada hati kita biasanya pada orang Melayu orang

Islam, Arab Islam, ada juga orang Arab yang tidak Islam ataupun

orana Islam, orang Arab, tidak semestinya sembahyang tiap-tiap waktu

itu tidak kiralah, tetapi soalnya rnereka lebih senang ke Bangkok

daripada ke Malaysia. Dalam pada itu, Tuan Yang di-Pertua, kita

sudah membuat perancangan supaya lebih ramai orang Arab datang ke

mari. Kita telah menyediakan, kita telah mengenali 2,000 apartment,

dengan izin, supaya mereka boleh membawa anak isteri mereka menyewa

di apartment. Mereka tidak suka tidur di hotel dengan keluarga,

mereka suka tidur di apartment, kemudian daripada sini dia dengan

keluarga mereka tinggal sebulan, dua bulan waktu panas di sana dan

si suaminya pergilah terbang daripada Kuala Lumpur ke Bangkok balik

ke Manila, balik dan sebagainya. Ini cara kita buat. Ini Ki ta amat

serius dalam segi ini. Insya Allah dengan cara ini kita pun

membuat banyak rombongan sekarang ini ke negara-negara Arab,

negara-negara Timur Tengah supaya mereka lebih suka ke mari dan kita

harap menjadikan ' h u j a n ' itu sebagai satu tarikan kepada orang Arab.

Mereka tidak pernah tengok hujan, barangkali hujan itu merupakan

tarikan kepada mereka itu. Kita harap mereka ini datang dengan cara

ini.

Mengenai, program-program selepas 1990, sebenarnya kita sudah

bersedia untuk tahun 1991, tatapi kalau kita umumkan sekarang, kita

takut kurang pula sambutannya bagi tahun 1990.

Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan. kita mengadakan Tahun

Melawat Malaysia ini ialah untuk kita memasuki, dengan izin, "Big

League Tourism". Ertinya selepas 1990, kita

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 -21-

berharap pertambahan tiap-tiap tahun tidak kurang daripada 10%,

kalau dahulu 3%, 4%, mulai daripada 1990 tidak kurang daripada 10%.

Tahun ini tidak sampai 3.9 juta pelancong yang datang ke mari, tahun

hadapan kita mahu sampai 4.3 juta dan tahun selepas itu lebih kurang

10% lagi. Memang ada usaha-usaha kita untuk membanyakkan

pelancong-pelancong datang selepas 1990, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, pertama

saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan dan

Pelancongan kerana Menteri datang, Setiausaha Parlimen pun datang.

Dalam Program Tahun Melawat Malaysia 1990 yang dianjurkan oleh

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini tentunya dimasukkan juga

selain daripada pertunjukan tarian dan soal keperibadian bangsa.

Budibahasa rakyat jelata ditekankan sekali.

Soalan saya adakah Kementerian sedang menjalankan kempen

budibahasa ataupun kempen bersopan-santun yang pernah satu ketika

dahulu dijalankan oleh Kerajaan Negeri Melaka, kerana sopan-santun

dan budibahasa ini amat penting sekali untuk menarik

pelancong-pelancong. Contoh dan teladan telahpun kita lihat dari

Dato' Menteri sendiri yang pandai bercakap dengan sopan-santun; dan

keduanya, ini ada ada pandangan daripada beberapa orang, beberapa

pemimpin, adakah Kementerian bercadang untuk meminta orang-orang

politik yang bergaduh sekarang ini kerana Tahun Melawat Malaysia

1990, pastikan tahun 1990 tidak bergaduh, adakan gencatan senjata

dan selepas 1991 adakan semula. Adakah Kementerian bercadang untuk

menasihatkan mereka ini?

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 22 -

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, budibahasa

ini bukan-hanya penting kita tunjukkan kepada pelancong-pelancong;

sesama kita pun juga amat penting, malah di Dewan juga amat penting

budibahasa ini. Tetapi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi

barangkali kita harus lebih lagi supaya pelancong-pelancong yang

datang ke mari sesudah balik ke negara masing-masing bercerita

tentang bagaimana baiknya orang Malaysia dan datang lagi. Ini

memang kita lakukan, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kita:

menycrtai bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain mengadakan

kursus sivik kepada pembawa-pembawa teksi (taxi drivers), mengadakan

latihan-latihan kepada pemandu pelancong, mengadakan.

latihan-latihan kepada mereka yang bertugas di hotel-hotel,

restoran-restoran dan sebagainya.

Kita juga khusus untuk tahun 1990 ini mengadakan bilboard yang

besar-besar lebih daripada 300 bilboard semuanya di mana kita tulis

dengan besar 'Tahun Melawat Malaysia' dalam bahasa Melayu. Rakyat

Malaysia, kemudian kita titik titik .... begitu A: bersopan-santun,

budibahasa, peramah. Ertinya bilboard ini kita mengingatkan orang

Malaysia sentiasa berbudibahasa, peramah, mesra dan sebagainya.

Ada dahulu orang komplen katanya mengapa tulis dalam bahasa

kelayu; tourist atau pelancong tidak faham katanya. Memang

bilboard-bilboard ini, Tuan Yang di-pertua, bukan ditujukan kepada

pelancong-pelancong, tetapi kepada orang Malaysia sendiri sebagai

ingatan kepada mereka supaya sentiasa bersopan-santun, sama ada

kepada pelancong ataupun sesama sendiri, jadi memang kita menyertai

kempen berbudibahasa ini.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -23-

Tentang tidak bergaduh di antara orang politik ini, sebenarnya

tidak bergaduh ini memang eloklah bukan sahaja semasa Tahun Melawat

Malaysia, kalau boleh terus tidak usah bergaduh, khususnya mereka

yang sudah kalah itu mengaku kalah sahajalah supaya orang yang

menang ini dapat terus memerintah, negara akan terus aman,

pembangunan akan boleh dijalankan dengan baik. Kalau sekiranya

tidak berupaya hendak melawan, kalau dalam bahasa Inggeris dikata-

kan, dengan izin, "If you cannot beat them, join them", mengapa pula

hendak buat kacau-kacau.

Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan satu sahaja lagi soalan

tambahan. Silakan Yang Berhormat Azman Atar.

Tuan Azman Atar bin Othman: Saya juga mengambil kesempatan

mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri, cuma

saya hendak menyampaikan terkilan sedikit daripada kami semua ini .

Functions daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan tidak

pernah kami dapat jemputan. Ini saya minta Yang Berhormat Menteri

ambil tindakan sedikit. Cuma saya hendak bertanya sedikit sahaja,

tadi Yang Berhormat Menteri sebut orang Arab suka pergi ke Bangkok.

Apa istimewanya Bangkok itu daripada Malaysia? Itu yang saya hendak

tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apa ada di Bangkok?

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, barangkali

"bengkok" agaknya, itulah keistimewaannya . [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaflah kepada Yang Berhomat

Senator sahabat saya belaka kerana kalau tidak dijemput,

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 24 -

kadang-kadang sebenarnya kita jemput, barangkali Ahli-ahli Yang

Berhormat Senator mungkin alamat mereka kita tidak ada dengan

terang, Walau bagaimanapnn, saya janji akan meneliti perkara ini.

Saya hendak membuat pengumuman. secara umum, bukan secara

spontan, manang kita sudah rancangkan. Kita mempelawa semua Ahli-

ahli Yang Berhormat Senator-senator ke perasmian pelancaran Dataran

Merdeka dan juga Tahun Melawat Malaysia di Dataran Merdeka pada jam

10.30 malam, 31hb Disember, 1989. Ini bermakna kalau sekiranya

tidak dapat surat, barangkali kita hantarkan kepada alamat rumah

masing-masing sedangkan Ahli-ahli Yang Berhormat ada di sini. Jadi

kalau sudah lewat, barangkali kita harap tidak disalahertikan.

Jadi, kita menpelawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator untuk

menyaksikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia ini dan saya berjanji-

lah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator supaya di hari muka kita

tidak akan melupakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Cuma kalau dapat

kita minta kerjasama, kalau kita hantar surat, kalau tidak hadir,

tolong beritahu tidak hadir supaya dapat kita selaraskan dari segi

kerusi. Kalau hadir beritahu hadir, kalau kata t idak hadir kemudian

hadir, kerusi tidak ada ataupun kata hadir tetapi tidak hadir,

kerusi kekosongan. Kita harap dapat kerjasama yang amat sangat

daripada Ahli-ahli Yang Berhormat . Terima kasih, Tuan Yang di-

Pertua.

TAMBANG PENERBANGAN MAS TERLALU TINGGI

10. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Pengangkutan menyatakan apa-kah sebabnya tambang MAS terlalu tinggi untuk penerbangan ke negeriIndia, Indonesia dan lain-lain negeri sedekatnya sedangkan tambangpenerbangan untuk negara tersebut di atas adalah hampir-hampir samadengan tambang penerbangan untuk bandar jauh seperti London, LosAngeles dan Tokyo.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -25-

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajjah Zaleha

binti Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, tambang-tambang penerbangan bagi

sektor-sektor antarabangsa termasuk di antara Malaysia dan India,

Indonesia, London, Los Angeles dan Tokyo adalah ditetapkan berasas-

kan jarak jauh perjalanan dan kepada kadar-kadar tambang yang

disyorkan oleh IATA (International Air Transport Asssociation) atau-

pun disyorkan. oleh syarikat-syarikat penerbangan secara, dengan

izin, 'bilateral' dengan mendapat persetujuan daripada negara

masing-masing. Tambang-tambang ini adalah merupakan kadar tambang

rasmi atau, dengan izin, official ataupun published fares.

Adalah tidak benar bahawa tambang penerbangan di antara

Malaysia dengan India dan Malaysia dengan Indonesia adalah hampir-

hampir sama dengan tambang-tambang di antara Malaysia dan London,

Los Angeles dan Tokyo . Sebagai misalan, untuk makluman Yang

Berhormat, tambang ekonomi rasmi bagi sektor Kuala Lumpur-Madras

adalah ditetapkan pada, paras $889 sehala; sektor Kuala Lumpur-

Jakarta pula adalah ditetapkan pada paras S426 sehala, sementara

tambang-tambang rasmi bagi sektor Kuala Lumpur-London adalah

sebanyak $2,929 sehala; Kuala Lumpur-Los Angeles sebanyak $2,346

sehala dan Kuala Lumpur-Tokyo sebanyak $1,459 sehala. Daripada

perbandingan ini adalah jelas bahawa tambang-tambang penerbangan di

antara Malaysia dan Indonesia, dan Malaysia dengan India adalah jauh

lebih rendah dari tambang-tambang di antara Malaysia dan London, Los

Angeles dan Tokyo.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -26-

PEKERJA MAHIR ASING DI SEKTOR PERINDUSTRIAN

11. Tuan Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta Menteri Dalam Negerimenyatakan jumlah pekerja-pekerja mahir asing yang berkhidmat disektor perindustrian bagi tahun 1986, 1987 dan 1988 dan apakah usahaKerajaan untuk mengurangkan penggantungan negara kepadapekerja-pekerja asing ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Megat Junid bin Megat

Ayob]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian tidak menyimpan maklumat

mengenai jumlah pekerja mahir asing di sektor perindustrian. Walau

bagaimanapun, jumlah jawatan dagang yang telah diluluskan bagi tahun

1985, 1987 dan 1988 adalah seperti berikut:-

Tahun 1985 - 770 jawatan

Tahun 1987 - 644 jawatan

Tahun 1988 - 561 jawatan

Setiap jawatan yang diluluskan kepada pekerja-pekerja mahir

asing ialah kerana tidak terdapat calon-calon tempatan. Walau

bagaimanapun, syarikat-syarikat berkenaan diminta supaya melantik

calon-calon warganegara Malaysia untuk "under-study", dengan izin,

jawatan-jawatan tersebut bagi mengambilalih apabila tamat tempoh

yang diberi.

TELEFON AWAM DI PONDOK RANCANGAN FELDA

12. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Tenaga, Telekomdan Pos menyatakan tidakkah ada dalam perancangan pihak STMB untukmendirikan Pondok Telefon Awam di Rancangan-rancangan FELDA yangmasih belum ada kemudahan tersebut terutama dalam negeri PahangDarul Makmur kerana telefon adalah sebagai penghubung yang begitucepat dan mudah untuk kegunaan masyarakat.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26. 12.89 -27-

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Tuan Abdul Ghani bin

Othman]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

pada hari ini terdapat kesemuanya 335 kawasan rancangan FELDA di

seluruh negara dan dari jumlah ini 166 kawasan rancangan FELDA telah

disediakan dengan kemudahan Pondok Tclefon Awam.

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri

Tenaga, Telekom dan Pos baru-baru ini, pihak Kementerian Tenaga,

Telekom dan Pos dan Syarikat Telekom Malaysia sedang mengkaji secara

menyeluruh keperluan perkhidmatan telefon di kawasan-kawasan luar

bandar termasuklah di kawaaan rancangan FELDA untuk menambah dan

meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di kawasan-kawasan berkenaan.

PALM OIL PROMOTION FUND

13. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Perusahaan Utama menyatakanuntuk meningkatkan kegunaan minyak sawit di luar negeri, adakahKerajaan akan mempertimbangkan bantuan dari Indonesia, negeri Thaidan kemungkinan dari negeri-negeri Afrika seperti Nigeria, Cameroon,Ivory Coast agar negeri-negeri tersebut juga menyertai 'Palm OilPromotion Fund' .

Menteri Perusahaan Utama [Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik]: Tuan

Yang di-Pertua, pada dasarnya Karajaan adalah berminat untuk beker-

jasama dengan negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain untuk

memajukan pasaran untuk barangan itu. Pada masa ini, melalui ASEAN-

Washington Committee, iaitu suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh

Duta-duta Besar negara-negara ASEAN ke Amerika Syarikat, negara-

negara pengeluar minyak sawit dan minyak-minyak tropika ASEAN giat

bekerjasama dalam usaha untuk membanteras kempen anti-minyak tropika

yang dipelopori oleh Persatuan Kacang Soya Amerika. Kerajaan

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 28 -

selanjutnya sedang menimbangkan kesesuaian ditinjau pandangan

negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain mengenai kemungkinan

mempertingkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang pemasaran.

minyak sawit itu.

Pada masa sekarang tidak ada sesuatu pertubuhan atau majl is

antarabangsa untuk pengeluar-pengeluar minyak kelapa sawit, tetapi

Malaysia sebagai pengeluar utama di dunia telah berbincang dengan

beberapa negara termasuk negara-negara yang telah disebut oleh Yang-

Berhormat untuk menubuhkan satu majlis negara-negara pengeluar.

minyak kelapa sawit atau dengan izin, Association of Palm Oil .

Producing Countries (APOPC) seperti Association of Natural Rubber

Producing Countries( ANRPC) dan Association of Tin Producing

Countries (ATPC) .

Hengenai Tabung Galakan Pasaran Minyak Kelapa Sawit atau Palm

Oil Promotion Fund (POPF) , sungguhpun penubuhannya adalah di atas

dorongan Kerajaan, ianya adalah suatu pertubuhan di kalangan ber-

bagai sektor dalam perusahaan minyak kelapa sawait Malaysia sahaja

dan pada masa ini tiada cadangan oleh anggota-anggota POPF untuk

melibatkan pengeluar-pengeluar minyak sawit dari negara-negara lain

dalam pertubuhan itu

PEMBELIAN SENJATA TERMODEN DARI BRITAIN

14. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pertahanan menyata-kan sama ada langkah Kerajaan membeli senjata termoden dari Britaindengan cara membuat pembayaran dengan barter trade itu menguntung-kan kita. Ini adalah kerana difahamkan Kerajaan Malaysia terpaksajuga memberikan kontrak-kontrak tersebut kepada pihak pelabur darinegara itu dengan tidak menggunakan saluran-saluran biasa sepertiopen tender dan sebagainya Contohnya ialah pembinaan Kem Tentera

di Gemas, Negeri Sembilan dikatakan diberikan kepada sebuah kontrak-tor dari Britain baru-baru ini

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 29 -

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,

untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Negara ini, saya ingin

menjelaskan bagi pihak Menteri Pertahanan iaitu pembelian senjata

moden untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia tidaklah terhad

kepada punca negara Britain sahaja. Kerajaan membeli senjata

termoden mengikut keperluan dan keupayaan negara. Sesuatu pembelian

itu adalah merupakan satu pembelian yang telah dikaji dengan

sedalam-dalamnya.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 30 -

Adalah menjadi polisi semasa bagi setiap pembelian barangan

atau perkhidmatan daripada luar negeri yang melebihi $1 juta lebih,

Kerajaan menggunakan syarat 'counter trade' untuk meluaskan lagi

pasaran barangan-barangan perindustrian kita. Perancangan pembelian

senjata dari Britain, setakat ini rancangan tersebut masih lagi di-

peringkat kajian Kerajaan. Kajian ini meliputi cara pembeliannya

juga mengenai aspek 'local content ' , dengan izin, di mana pemindahan

teknologi dan kegunaan kemahiran dan peralatan yang ada dalam negara

akan dioptimakan. Mengenai projek Kem Tentera di Gemas, Negeri

Sembilan, ingin saya memaklumkan bahawa Kerajaan belum lagi memutus-

kan kontraktor bagi projek berkenaan.

SYARIKAT INSURANS

15. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kewangan menyatakan apakahhasil yang diperolehi dari penyiasatan terhadap syarikat insurans.Berapa buah syarikat insurans telah diarahkan supaya penyusunansemula dilakukan.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan

Mohammed]: Tuan Yang di-Pertua, pemeriksaan ke atas syarikat-

syarikat insurans adalah merupakan amalan biasa bagi memenuhi

peranan pengawasan yang dipertanggungjawabkan kepada Bank Negara.

Butir-butir terperinci mengenai hasil siasatan tersebut tidak dapat

diberikan kerana ia adalah dibuat secara rahsia selaras dengan

peruntukan seksyen 18(1), Akta Insurans 1963. Bagai manapun suka-

cita dimaklumkana bahawa setakat ini sebanyak 22 buah syarikat

insurans telah diperiksa oleh Bank Negara. Hasil pemeriksaan ter-

sebut, pihak Bank Negara telah dapat mengenalpasti beberapa

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 31 -

kelemahan dalam setengah-setengah syarikat insurans. Di antara

kelemahan-kelemahan itu adalah seperti mana berikut:-

(i) Kualiti pengurusan yang lemah di mana terdapat bebe-

rapa Lembaga Pengarah Syarikat Insurans yang memberi

kuasa budibicara yang berlebihan kepada Ketua Pegawai

Persekutuan tanpa menyatakan secara jelas mengenai

dasar, tanggungjawab dan bidang kuasa yang diagihkan.

Ini menyebabkan wujudnya kawalan yang longgar serta

amalan mementingkan diri sendiri;

(ii) Kawalan ke atas agen-agen juga didapati amat lemah dan

longgar terutamanya berhubung dengan komisyen yang

dibayar dan tempoh kredit bagi mengemukakan premium

yang dipungut; dan

(iii) Beberapa syarikat tidak mempelbagaikan perniagaaan

mereka dengan sewajarnya dan hanya menumpukan kepada

perniagaan motor di mana nisbah tuntutan adalah amat

tinggi. Ini telah mendedahkan mereka kepada kerugian

yang besar.

Bagi meningkatkan prestasi syarikat-syarikat insurans, Bank

Negara telah mengarahkan syarikat-syarikat insurans agar mengambil

tindakan segera ke arah mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut dan

seterusnya mengambil langkah untuk meningkatkan lagi mutu pengurusan

mereka.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini belum ada syarikat-syarikat

insurans yang lemah, diarah supaya menyusun semula syarikat mereka.

Ini adalah kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka itu

boleh diselesaikan dengan cara-cara lain termasuk melalui tambahan

modal, memperkemaskan prosedur dan kawalan dalaman; dan meningkatkan

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 32 -

profesionalisme. Bagaimanapun, Bank, Negara ada membuat cadangan

supaya syarikat-syarikat kecil bercantum di antara satu sama lain

bagi menjadikan mereka lebih kukuh dan stabil.

Tuan C. Krishnan: Tuan, Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Benarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri kebanyakan syarikat-

syarikat insurans tidak mencerminkan 'multi-racial approach', dengan

izinnya, di dalam pengambil, pekerja-pekerja. Sekiranya benar,

adakah cadangan daripada Kementerian Kewangan supaya mengarahkan

syarikat-syarikat insurans benar-benar mencerminkan semua kaum di

dalam pengambilan pekerja.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua,

perkara ini boleh kita siasat, dan jika sekiranya benar perkara yang

dibawa oleh Yang Berhormat itu, bolehlah kita menasihatkan syarikat-

syarikat insurans ini supaya mengambil pekerja-pekerja mereka tanpa

mengira kaum dan mencerminkan kedudukan kaum-kaum di negara ini.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan,

dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian

untuk membetulkan kedudukan syarikat insurans ini, apakah syarikat-

syarikat insurans ini sekarang berkemampuan untuk menghadapi

cabaran-cabaran baru dalam industri itu dan juga untuk menyahut

cabaran Droses industrialisasi dan keperluan insurans dalam bidang-

bidang yang baru ini.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Bagi menjawab soalan Yang

Behormat itu, Kerajaan ataupun Kementerian Kewangan bolehlah, memberi

jaminan bahawa syarikat-syarikat insurans ini berupaya. menanggung

apa juga tanggungan yang mereka telah janjikan kepada pemegang

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 33 -

polisi, malahan Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan sentiasa

mengawasi kedudukan syarikat-syarikat insurans ini supaya syarikat-

syarikat itu benar-benar mampu untuk menanggung apa jugaa bayaran

yag akan dibuat hasil daripada polisi ataupun membuat bayaran kepada

pemegang polisi jika terdapat tuntutan hasil daripada pemegangan

insurans itu.

UNESCO - BANTUAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH

16. Tuan P. Balaram minta Menteri Pendidikan menyatakan apakahjenis bantuan yang diberi kepada sekolah-sekolah di negara kita olehUNESCO. Adakah Sekolah-sekolah Tamil turut menikmati segala bantuanyang diberikan. Jika ada, berapakah jumlah sekolah yang menikmati-nya. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk menambahkan lagibantuan itu kepada sekolah-sekolah Tamil.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Tuan Abdul Ghani bin

Othman]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak

Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan yang diberikan kepada sekolah-

sekolah di negara kita oleh UNESCO adalah melalui kerjasama intelek

dalam bidang-bidang pendidikan, sains, kebudayaan, kemunikasi dan

sains kemasyarakatan. Kerjasama dalam bidang pendidikan yang

diberikan oleh UNESCO adalah dalam bentuk penganjuran bengkel,

seminar, persidangan dan mesyuarat untuk pendidik-pendidik tempatan

mengenai perkara-perkara seperti perkembangan dan pembaharuan kuri-

kulum, peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.

Oleh yang demikian, semua sekolah di negara kita termasuk

sekolah-sekolah Tamil secara tidak langsung telah dapat menikmati

usaha-usaha UNESCO dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara

kita. Dari segi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Tamil,

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 34 -

Kementerian Pendidikan berpendapat bahawa bantuan yang diberikan

adalah mencukupi dan memadai terutamanya memberikan bantuan dalam

bentuk perkapita yang berdasarkah kepada bilangan murid yang

berdaftar di sekolah-sekolah berkenaan sama seperti yang disumbang-

kan kepada sekolah-sekolah yang lain

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk

pertanyaan bagi jawaban mulut sudahpun cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan

bagi Pertanyaan No. 17 hingga 40 akan dimasukkan dalam naskhah

bercetak kelak]

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 35 -

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1990

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-

undang Perbekalan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang" [22hb

Disember, 1989].

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan jawapan sebagai

giliran pertama. Dipersilakan Yang Berhormat.

3.38 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mohamad Yusof

bin Haji Mohamed Nor]: Tuan Yang di-Pertua, saya meminta izin untuk

menjawab bagi pihak Menteri Kehakiman selepas menjawab bagi Jabatan

Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Saya mengucapkan

berbabanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

mengambil bahagian dalam perbahasan di atas dasar-dasar am

Belanjawan. Perbahasan-perbahasan yang telah disampaikan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat tersebut sama ada merupakan pandangan, teguran

atau syor-syor terhadap beberapa perkara di bawah Jabatan Perdana

Menteri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 36 -

Dalam tempoh perbahasan tersebut, Ahli-ahli Yang Berhormat

telah memberi banyak perhatian kepada Jabatan Perdana Menteri.

Kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu

seperti perpaduan negara, penswastaan, perkhidmatan awam, peranan

Badan Pencegah Rasuah (BPR), pendaftar pemilih dan lain-lain lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan yang telah mem-

bangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan perpaduan. Berkenaan

dengan syor untuk menambah peruntukan yang dicadangkan sebanyak $17

juta kepada Jabatan Perpaduan Negara, sukacita saya memaklumkan

bahawa peruntukan itu adalah wajar. Bagi tahun hadapan iaitu tahun

1990 berdasarkan kepada perancangan yang telah disusun. Sebenarnya

peruntukan ini merupakan tambahan sebanyak 17% daripada peruntukan

tahun ini iaitu tahun 1989.

Berhubung dengan teguran Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King

bahawa masih wujud lagi setengah pemimpin yang cuba menonjolkan diri

sebagai jaguh kaum masing-masing, saya amat bersetuju dengan Ahli

Yang Berhormat yang berkenaan bila beliau menyeru kepada pemimpin-

pemimpin politik termasuk Wakil-wakil Rakyat dan Ketua-ketua

Masyarakat supaya mengelakkan diri daripada membuat ucapan atau mem-

bangkitkan isu-isu yang berbau perkauman atau yang boleh menyinggung

perasaan kaum lain. Ini adalah tanggungjawab semua rakyat termasuk

ahli-ahli politik. Dalam pada itu adalah tidak wajar jika kita mem-

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -37-

bangkitkan sesuatu kes itu secara terasing semata-mata. Mungkin

juga sesuatu ucapan itu dibuat sebagai response kepada kata-kata

yang pcrnah dikeluarkan terdahulu dari itu oleh seorang pemimpin

dari pihak yang lain. Walau bagaimanapun adalah menjadi tanggung-

jawab kita semua bekerjasama untuk mengelakkan diri dari membangkit

perkara-perkara yang boleh dijadikan isu-isu sensitif dan yang boleh

menjejas hubungan kaum.

Berkenaan dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkenaan

mengenai liputan program-program perpaduan di peringkat daerah, suka

saya memaklumkan bahawa struktur organisasi Jabatan Perpaduan Negara

di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu:-

(a) Ibu Pejabat diketuai oleh seorang Ketua Pengarah;

( b ) Jabatan Perpaduan Negara di peringkat Negeri di-

ketuai oleh Pengarah;

(c) Jabatan Perpaduan Negara peringkat daerah diketuai

oleh Pegawai Perpaduan Daerah.

Pada masa ini di peringkat daerah tidak semuanya mempunyai

Pegawai Perpaduan, oleh kerana Jabatan Perpaduan Negara kekurangan

pegawai. Sebagai langkah sementara seseorang pegawai yang ditempat-

kan di peringkat negeri atau sesuatu daerah juga dipertanggungjawab-

kan untuk meliputi sekurang-kurangnya satu daerah yang berhampiran

selain daripada menjaga daerahnya sendiri. Pada amnya matlamat

Jabatan Perpaduan Negara ialah untuk menempatkan seorang pegawai di-

setiap daerah. Usaha ke arah mempertingkatkan perpaduan tidak

semata-mata terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Agensi-

agensi Kerajaan yang lain seperti Kementerian Pendidikan,

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -38-

Kementerian Penerangan dan Kementerian Belia dan Sukan dan sebagai-

nya juga boleh memainkan peranan untuk melaksanakan program-program

perpaduan dalam konteks semangat kemasyarakatan perpaduan.

Dalam pada itu Jabatan Perpaduan Negara juga telah menubuhkan

Jawatankuasa Penasihat Perpaduan di peringkat negeri dan daerah. Di-

peringkat daerah, jawatankuasa ini" dipengerusikan oleh Pegawai

Daerah dan Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada wakil-wakil dari

agensi-agensi Kerajaan serta ketua-kctua masyarakat tempatan

Peranan jawatankuasa ini ialah untuk menyelaraskan serta melaksana-

kan semua program-program perpaduan di peringkat daerah . Dengan

cara itu program-program perpaduan memang disalurkan kepada semua

rakyat.

Mengenai teguran daripada Yang Berhormat Tuan Azman Atar binti

Othman, persatuan-persatuan yang ditubuhkan bagi satu-satu kaum

tertentu seperti persatuan silat dan 'koontow' jika mereka men-

jalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan interaksi antara

persatuan-persatuan, maka dengan secara tidak langsung ia membantu

ke arah pemupukan perpaduan antara kaum. Dan adalah disambut

baik.

Berhubung dengan konvensyen perpaduan di peringkat negeri

sukacita saya memaklumkan bahawa usaha telah, sedang dan akan terus

dijalankan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang Darul Makmur; Negeri-Sembilan Darul

Khusus dan Melaka telahpun mengadakah konvensyen perpaduan di negeri

masing-masing yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas, ber-

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -39-

tukar-tukar fikiran serta mencetuskan idea-idea baru dalam usaha

mempertingkatkan lagi tahap perpaduan nasional. Tindakan seumpama

ini akan diikuti oleh negeri-negeri lain, insya Allah.

Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin mengesyorkan supaya

program-program perpaduan khususnya di kawasan pendalaman dilipat-

gandakan supaya integrasi di kalangan mereka dapat dipercepatkan.

Ingin saya memaklumkan bahawa fungsi Jabatan Perpaduan Negara,

antara lain, ialah memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat di

peringkat nasional, negeri, daerah dan seterusnya di peringkat

tempatan. Aktiviti yang merangkumi aspek-aspek perpaduan di antara

kaum juga dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti penggalakan di

bawah organisasi-organisasi Rukun Tetangga yang terdapat di seluruh

negara.

Estet-estet biasanya merupakan mono-etnik dan oleh itu tidak

diberi keutamaan dalam penubuhan Skim Rukun Tetangga atau

pelaksanaan aktiviti-aktiviti penggalakan. Namun demikian, Kerajaan

akan memberi perhatian kepada soal perpaduan di estet-estet.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhonnat Tuan Azman Atar bin Othman

telah menyarankan supaya kemudahan-kemudahan yang terdapat di per-

sekitaran Bangunan Parlimen di pertingkatkan lagi dan seterusnya

mengesyor elaun Ahli Dewan Negara dinaikkan.

Sukacita dimaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa tandas-

tandas dicuci dua kali sehari di masa tiada persidangan dan tiga

kali sehari di waktu persidangan diadakan. Oleh kerana jumlah orang

yang hadir semasa musim persidangan berlangsung adalah begitu ramai,

maka kadar penggunaan tandas meningkat. Kertas-kertas tisu biasanya

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -40-

diletak pada pukul 2.00 petang setiap hari. Kertas-kertas tisu

tidak boleh dibekalkah lebih dari jumlah itu kerana peruntukan bagi

pembelian kertas-kertas tisu telah dikurangkan untuk mengurangkan

perbelanjaan Jabatan. Mengenai kepala paip yang didapati rosak, ia-

nya akan digantikan segera.

Masalah tiada kerusi dan kusyen, dimaklumkan bahawa Jabatan ini

bukanlah Jabatan yang berurusan dengan orang ramai secara langsung.

Oleh yang demikian, adalah tidak perlu kerusi dan kusyen kerana

masalah orang ramai menunggu tidak timbul. Di samping itu, Kerajaan

setakat ini belum lagi bercadang untuk menaikkan elaun, Ahli Dewan

Negara.

Yang berhormat Tuan Azman Atar bin Othman juga mencadangkan

agar peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ditambah dari jumlah

yang diperuntukkan pada 1990. Beliau juga turut menyentuh mengenai

projek-projek perumahan bagi penduduk setinggan yang terbengkalai

patut diambil alih boleh Dewan Bandaraya Kuala-Lumpur. Mengenai tol,

beliau mengesyorkan supaya tidak dilaksanakan sistem ini sebelum

pilihanraya umum atau datang.

Di sini suka dimaklumkan bahawa Kerajaan telah dan sentiasa

menyalurkan peruntukan mengurus yang agak besar kcpada DBKL pada

tiap-tiap tahun. Bagi tahun 1990 jumlah peruntukan mengurus yang

akan disalurkan kepada DBKL ialah sebanyak $2.7 juta bagi membiayai

pengurusan kerja-kerja pengindahan Bandaraya Kuala Lumpur, program

pengawalan setinggan, dan lain-lain lagi. Jumlah ini tidak termasuk

peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada DBKL setiap tahun.

Walau bagaimanapun, Kerajaan bersedia mebimbang tambahan peruntukan

yang diperlukan, sekiranya kedudukan kewangan Kerajaan mengizinkan.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -41-

Berhubung dengan masalah projek perumahan swasta yang terbeng-

kalai di kawasan setinggan, saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan

telah membuat kajian terperinci mengenai masalah yang wujud di

kawasan perumahan yang berkenaan, melalui penyediaan laporan dan

cadangan Pelan Tempatan. Di peringkat ini penekanan diberikan ter-

hadap penyediaan kemudahan asas dan keperluan awam yang cukup, di

samping mempertingkatkan keupayaan kemudahan-kemudahan infrastruktur

yang sedia ada terutama jalan-jalan dan sistem perparitan.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 42 -

Satu perancangan yang komprehensif telah dibuat iaitu pembangunan

semula di bawah konsep penswastaan bagi kawasan setinggan.

Mengenai masalah bayaran tol seperti disebutkan oleh Ahli Yang,

Berhormat itu, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan sedar adanya

bantahan daripada segolongarr rakyat mengenai cadangan mengenakan tol

itu. Kerajaan juga sedar bahawa cadangarn kut ipan. tol akan meng-

akibatkah sedikit tambahan- perbelanjaan kepada pengguna-pengguna.

jalanraya dan persimpangan yang diperbaiki itu. Akan t e t a p i

perbelanjaan tambahan ini akan mendatangkan faedah pada akhirnya

dari segi penjimatan petrol dan masa perjalanan" berikutan

pengaliran lalulintas yang lebih lancar dan selesa di tempat-tempat

yang berkenaan itu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tuan Azman Atar

bin Othman mengesyorkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam merangka

suatu program latihan kesetiaan kepada negara kepada anggota

Kerajaan dan mengenalpasti kakitangan Kerajaan yang tidak menyokong

Kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan memandang serius

terhadap isu adanya pegawai Kerajaan yang tidak menyokong Kerajaan.

Seorang pegawai atau kakitangan Kerajaan yang dilantik adalah

merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan sesuatu

dasar yang diputuskan oleh Kerajaan. Kerajaan sangat sedar bahawa

mana-mana Kerajaan dalam dunia ini tidak dapat menerima adanya

anggota atau kakitangan yang bekerja dengannya tetapi tidak ber-

tanggungjawab untuk mempertahankan dan melaksanakan sesuatu yang

diputuskan oleh Kerajaan. Sikap ini adalah wajar bagi mempastikan

keberkesanan usaha-uaaha Kerajaan untuk menjalankan berbagai-bagai

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 43 -

jenis kegiatan untuk kepentingan negara. Untuk makluman Yang

Berhormat juga, perlu dinyatakan di sini tentang berbagai-bagai

kemungkinan yang boleh berlaku dalam perkhidmatan awam mengenai

dengan sokongan pegawai dan kakitangan kepada Kerajaan memandang

kepada jumlah anggota mereka dalam Kerajaan adalah begitu ramai. Di

mana terdapat jurang perhubungan di antara seorang Ketua Jabatan

dengan pegawai dan kakitangan di bawahnya, maka besar kemungkinan

terjadi perkara-perkara yang tidak digemari. Dalam konteks ini

usaha sedang dipergiatkan oleh Kerajaan untuk mempastikan supaya

setiap pegawai dan kakitangan Kerajaan dapat memahami sejelas-jelas-

nya setiap dasar dan keputusan Kerajaan kepada semua peringkat

pegawai dan kakitangan Kerajaan. Kerajaan mempunyai keyakinan

bahawa dengan cara yang sedemikian, kerajaan akan dapat memberikan

sumbangan yang lebih berkesan untuk faedah rakyat.

Kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai langkah dan nasihat

kepada kakitangannya supaya memberi layanan yang baik kepada orang

ramai seperti:

(i) mengadakan latihan tentang cara-cara melayan

orang ramai;

(ii) mengadakan arahan-arahan tertentu; dan

(iii) mengadakan tanda nama atau name tag , dengan

izin, supaya orang ramai dapat mengetahui

kakitangan yang memberi layanan itu dan membuat

laporan jika perlu sekiranya tidak puas hati

dengan layanan yang diberi oleh mereka yang

berkenaan.

Kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai latihan kepada semua

peringkat kakitangannya supaya mereka fahara akan tugas dan tanggung-

jawab masing-masing. Penekanan diberi supaya mereka jujur dan

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 44 -

ikhlas di dalam menjalankan kerja. Kursus-kursus khas juga diadakan

mengenai penerapan nilai Islam tetapi kejujuran dan keikhlasan itu

bergantung kepada sikap dan perwatakan individu itu. Di samping

itu, Kerajaan akan mengawasi sepanjang masa untuk mempastikan

ketaatan, kesetiaan dan kejujuran pegawai-pegawai di Jabatan Per-

khidmatan Awam sebagai pegawai Kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee menyarankan supaya saiz

perkhidmatan awam perlulah diperkecilkan dan digalakkan supaya

pencen awal dipertimbangkan.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo menyentuh membenarkan persaraan di

peringkat awal di kalangan kakitangan Kerajaan dan Perintah-perintah

Am yang berkenaan hendaklah dipinda sewajarnya. Beliau juga

nenyarankan anugerah khidmat cemerlang perlu dilaksanakan dengan

lebih adil tanpa mengira kaum dan pangkat dalam pemberian insentif

kewangan kepada mereka yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang.

Kerajaan mengucapkan terima kasih terhadap teguran dari Yang

Berhormat berkenaan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mempastikan

tidak berlakunya penyelewengan semasa pemberian insentif kewangan.

Sehubungan dengan ini, Kerajaan sedang dalara proses menyediakan

langkah-langkah dan sistem yang sesuai bagi mempastikan masalah itu

tidak akan timbul.

Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim mencadang-

kan supaya Kerajaan tidak mengenakan potongan 30% selepas 12 1/2 tahun

bagi balu-balu yang mendapat Pencen Terbitan $300 ke bawah. Ber-

kaitan dengan perkara ini, sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan

mengambil berat tentang kebajikan balu dan anak-anak pesara yang

telah meninggal dunia. Ini telah dilakukan dengan mempertingkatkan

dari semasa ke semasa pengurniaan Ganjaran dan Pencen Terbitan serta

Pencen Tanggungan kepada mereka.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 45 -

Di bawah Ordinan Pencen 1951, tiada peruntukan yang melayakkan

tanggungan pesara menerima Ganjaran dan Pencen Terbitan. Mengikut

pindaan kepada Ordinan tersebut, balu berkelayakan menerima Pencen

Terbitan selama tempoh 12 1/2 tahun dari tarikh persaraan atau tarikh

kematian pegawai dalam perkhidmatan. Kelayakan untuk anak adalah

dihadkan terhad sehingga mereka mencapai umur 18 tahun sahaja. di

bawah Akta Pencen 1980 pula, konsep Pencen Terbitan ini telah diper-

luaskan lagi mulai 1hb Julai 1980 di mana kelayakan balu dilanjutkan

kepada seumur hidup dan kelayakan anak pula sehingga mencapai umur

21 tahun.

Memandangkan bahawa faedah-faedah Pencen Terbitan telah banyak

dipertingkatkan seperti dinyatakan tadi dan beban perbelanjaan

Kerajaan terhadap pembayaran pencen secara keseluruhannya adalah

terlalu besar iaitu $1,095 juta iaitu $1 billion lebih pada tahun

1988 dan dijangka meningkat kepada $1,205.1 juta atau lebih kurang

$1.2 billion pada tahun 1989,. maka dukacita dlmaklumkan Kerajaan

tidak dapat menerima cadangan mengenai potongan tersebut.

Yang Berhormat Senator Azman Atar menyatakan terdapat pegawai

atasan Kerajaan yang bermain golf pada masa kerja tanpa memaklumkan

terlebih dahulu kepada Menteri. Suka dimaklumkan bahawa buat masa

ini belum ada sebarang aduan rasmi atau maklumat yang diterima

mengenai adanya pegawai atasan Kerajaan yang bermain golf pada waktu

pejabat.

Berhubung dengan jumlah siswazah yang masih menganggur,

bilangan yang berdaftar dengan Kementerian Kerjaraya, .Kementerian

Buruh untuk mencari pekerjaan sehingga 30.9.89 ialah 9,475 orang

atau 11.1% daripada jumlah keseluruhan yang didaftarkan iaitu

seramai 85,470 orang.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 46 -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Ainon Ari f f in

menyentuh tentang program-program HAWA yang selaras dengan matlamat

penubuhannya perlu diperbanyakkan. Perlu dinyatakan iaitu Urusetia

Hal Ehwal Wanita (UAWA) ditubuhkan pada bulan Januari 1983 dan

diletakkan di bawah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Jabatan

Perdana Menteri. .

HAWA merupakan agensi Kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk

meningkatkan penglibatan wanita dalam proses pembangunan negara dan

menjamin rancangan-rancangan pembangunan negara dengan mengambil

kira sepenuhnya akan integrasi wanita dan memberi peluang serta

kemudahan yang saksama untuk mencapai matlamat tersebut. Semua

program dan aktiviti HAWA adalah memberi penekanan untuk memperbaiki

kehidupan dan untuk meninggikan prestasi wanita terutama wanita-

wanita luar bandar, wanita-wanita yang kurang keupayaan dan wanita

dalam pembelajaran. Satu sistem penyelarasan dan kawalan bagi

program-program yang komprehensif akan diwujudkan bagi mengelakkan

kesan negatif dan juga bagi mengesan rintangan dan masalah sama ada

dari segi undang-undang mahupun amalan supaya tindakan sewajarnya

dapat diambil.

Dalam usaha untuk memperkukuh dan meningkatkan lagi keupayaan

HAWA, semua organisasi bukan Kerajaan dan badan-badan sukarela

hehdaklah berganding bahu dan memberi kerjasama yang erat dengan

HAWA dalam program dan aktiviti mengenai. hal ehwal wani ta supaya

kemajuan dan status wanita Malaysia dapat dipertingkatkan dengan

lebih cepat dan berkesan.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo membangkitkan tentang beberapa

orang permain dan ketua pasukan bola terlibat dengan rasuah dalam

sesuatu pertandingan dan merayu supaya BPR menyiasat perkara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat berkenaan, Badan Pencegah Rasuah

sentiasa bersedia menyiasat kes-kes rasuah yang berkenaan dan pihak-

nya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya mendapat cukup

keterangan. Walau bagaimanapun, Badan ini tidak boleh membawa

orang-orang yang terlibat dengan rasuah ke muka pengadilan hanya

bersandarkan kepada khabar-khabar angin atau "hearsay evidence",

dengan izin.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 47 -

BPR memerlukan keterangan yang kukuh mengikut kehendak undang-undang

dan boleh diterima oleh mahkamah agar orang berkenaan disabitkan

kesalahan serta dihukum. Oleh yang demikian, suka saya mengambil

kesempatan di Dewan yang mulia ini menyeru orang-orang yang terlibat

secara langsung dan mengetahui kes tersebut tampil ke hadapan untuk

memberi keterangan kepada BPR.

Yang Berhormat Senator Hajah Salbiah Mohd. Akim membangkitkan

mengenai Suruhanjaya Pilihanraya (SPB) dalam proses pendaftaran

semula hendaklah memastikan supaya pegawai-pegawainya pergi ke

rumah-rumah dan bekerjasama dengan AJK Kampung kerana masih terdapat

orang-orang tua yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihanraya memang ada menjalankan urusan pendaftaran

pemilih dari rumah ke rumah terutama apabila urusan ini dijalankan

secara bersepadu atau besar-besaran sebagaimana yang telah dijalan-

kan dalam urusan pendaftaran tahun 1989. Tetapi kaedah ini juga

tidak berkesan kerana mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah

sangat bergantung kepada sikap dan kesedaran seseorang warganegara

itu. Selagi ada sikap acuh tak acuh dan tidak mahu mengambil tahu

mengenai perkembangan politik tanahair, maka selama itulah hasrat

SPR untuk mendaftarkan kesemua mereka yang layak sebagai pemilik

tidak akan tercapai.

Untuk mengubah sikap orang ramai akan pentingnya mereka men-

daftarkan diri sebagai pemilih dan mengundi ketika pilihanraya

diadakan demi mencorakkan politik negara, adalah menjadi tanggung-

jawab semua pihak. Para pemimpin politik tempatan, ketua-ketua kaum

dan kampung dan jentera Kerajaan di peringkat negeri dan daerah

boleh memainkan peranan bagi mewujudkan kesedaran orang ramai.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 48 -

Mengenai dengan contoh yang diberi oleh Yang Berhormat Senator

yang berkenaan bahawa di tempat beliau terdapat seorang yang berumur

50 tahun tetapi masih belum mendaftarkan sebagai pemilih, perkara

itu tidak sepatutnya berlaku. Apa yang boleh dilakukan oleh Yang

Berhormat ialah membantu membawa orang itu berjumpa dengan Penolong

Pegawai Pendaftaran ketika urusan pendaftaran pemilih dijalankan

bagi membolehkan ianya didaftarkan sebagai pemilih.

Untuk makluman, dalam urusan pendattaran pemilih yang lalu, SPR

membukakan peluang kepada parti-parti politik untuk membantu dalam

menjalankan urusan tersebut dan melalui pemerhatian, ada beberapa

buah parti politik tertentu yang sangat bergiat membantu dalam

urusan tersebut, sedangkan ada parti-parti politik yang tidak

berminat. Oleh sebab beberapa masalah yang berbangkit, penglibatan

parti-parti politik dalam urusan pendaftaran pemilih ini terpaksa

dikaji semula.

Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho telah membangkitkan perkara-

perkara mengenai ketiadaan peruntukan khusus dalam Belanjawan 1990

bagi pembangunan Labuan serta matlamat pembangunan Labuan dan bila

matlamat ini akan tercapai dan beliau juga mencadangkan supaya DBKL

memberi peruntukan untuk kemudahan infrastruktur bagi Kampung-

kampung Baru di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat,

memanglah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat Labuan sama-sama

membangun seperti Kuala Lumpur ini. Pengisytiharan Labuan sebagai

Wilayah Persekutuan akan memberi beberapa faedah kepada rakyat

Malaysia sama ada dari Labuan atau negeri-negeri lain. Selain dari-

pada mempercepatkan prestasi integrasi nasional, ia juga boleh mem-

perkukuhkan keselamatan negara memandangkan kedudukan Pulau Labuan

yang strategik itu. Selain daripada itu, tempoh pembangunan di

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 49 -

Labuan itu dapat dipercepatkan di samping memperbaiki infrastruktur

dan kemudahan-kemudahan lain. Kerajaan Pusat mengambil langkah-

langkah tertentu supaya Labuan dapat memainkan peranan penting dalam

bidang-bidang seperti perniagaan dan perdagangan, perlombongan dan

pusat persidangan serantau dan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Labuan telah diperuntukkan dengan jumlah

kewangan yang agak besar. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima

(RML), lebih daripada $300 juta diperuntukkan untuk pembangunan di

Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah ini termasuk peruntukan bagi

melaksanakan projek-projek yang dapat memberi sumbangan kepada

perkembangan industri pelancongan dan juga perdagangan di Labuan.

Manakala di dalam Belanjawan 1990 kira-kira $5 juta diperuntukkan

untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Labuan. Bagai-

manapun, Kerajaan bersedia menimbang tambahan peruntukan yang

diperlukan sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan.

Sementara itu, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah

tertentu untuk meningkatkan peranan Wilayah Persekutuan Labuan

sebagai sebuah pelabuhan bebas dan pusat perniagaan bagi ASEAN.

Antara langkah-langkah tersebut ialah:

(a) menjadikan Labuan sebagai pusat perniagaan tukar

barang;

(b) memperbaiki kemudahan-kemudahan di kawasan

pelabuhan; dan

(c) galakan aktiviti membeli-belah di Labuan.

Pengumuman Kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai sebuah 'tax

haven', dengan izin, baru-baru ini, akan memantapkan lagi langkah

dan usaha Kerajaan dalam menggerakkan arus pembangunan di Labuan.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 50 -

Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho juga telan meminta dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi peruntukan untuk kemudahan

intrastruktur bagi Kampung-kampung Baru di Wilayah Persekutuan.

Mengenai perkara ini, suka saya menyatakan bahawa Kerajaan tidak

menyediakan peruntukan khusus untuk pembangunan sesebuah kampung.

Sebaliknya satu peruntukan tahunan berjumlah kira-kira $1 juta

disediakan bagi keseluruhan kampung setinggan, kampung tradisional

dan Kampung-kampung Baru. Peruntukan ini ialah untuk melaksanakan

projek-projek kecil jangka pendek seperti menyediakan Dewan Orang

Ramai, membina gelanggang badminton, jalan, longkang dan lain-lain

kemudahan asas. Selain daripada itu, projek-projek jangka panjang

juga dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan melalui DBKL

ataupun secara penswastaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Haj jah Habidah binti

Jusoh menyentuh mengenai Skim ASN selepas 1990, pengwujudan Skim

ASB, penerangan dan penjelasan mengenai Skim ASN dan Skim ASB dan

kedudukan pinjaman kepada pelabur-pelabur Skim ASN sekarang. Pihak

Kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) sedang mengatur

beberapa strategi berkaitan perkara-perkara tersebut.

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, mengikut Surat

Ikatan Amanah Skim ASN mulai 1hb Januari, 1991, unit-unit Skim ASN

akan diurusniagakan mengikut harga pasaran. Kerajaan berpendapat

bahawa ini merupakan satu peningkatan dalam penglibatan bumiputera

dalam sektor pelaburan sebelum masyarakat bumiputera menceburkan

diri secara terus di Bursa Saham Kuala Lumpur, Hasil dari kajian

pihak Amanah Saham Nasional Berhad menunjukkan bahawa sebanyak 25%

daripada pelabur Skim ASN yang ada sekarang ini bersedia untuk terus

melabur di dalam ASN yang akan diurusniagakan mengikut harga pasaran

pada tahun 1991. Ini juga bermakna satu peningkatan kefahaman

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 51 -

mengenai pelaburan yang mempunyai risiko wujud di kalangan

masyarakat bumiputera. Walau bagaimanapun, Skim Amanah Saham Bumi-

putera diwujudkan sebagai satu skim tambahan dan sebagai alternatif

kepada masyarakat bumiputera untuk melabur.

Menyentuh mengenai pelabur-pelabur yang membuat pinjaman untuk

melabur dalam Skim ASN, pihak Amanah Saham Nasional Berhad sedang

merangka beberapa strategi untuk mendapatkan penyelesaian yang

sebaik mungkin. Pihak pengurusan akan mengadakan perbincangan

dengan institusi-institusi kewangan yang berkenaan. Pihak

pengurusan Skim ASN dan Skim ASB telah, sedang dan akan merangka

strategi kempen penerangan bertujuan untuk memberi penerangan

sejelas-jelasnya kepada segenap lapisan masyarakat bumiputera di

peringkat negeri, daerah dan kampung. Bagi peringkat pertama

sebanyak 117 aktiviti penerangan telah diadakan dan ini melibatkan

seramai 9,380 orang peserta. Tumpuan diberikan kepada Ketua-ketua

Jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat pusat, negeri dan

daerah. Untuk tahun 1990, kempen penerangan ditumpukan kepada

pelabur-pelabur di peringkat mukim dan kampung. Di samping itu,

program pengiklanan dan publisiti melalui Radio, TV dan akhbar-

akhbar turut diperhebatkan untuk menerangkan tentang Skim ASN

selepas 1990 dan Skim ASB yang akan diurusniagakan mulai 1hb

Januari, 1990 ini.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo menyentuh tentang program bagi

golongan termiskin. Mengenai perkara ini, suka saya maklumkan

bahawa walaupun berbagai program telah dilaksanakan di bawah DEB

untuk membasmi kemiskinan, masih terdapat segelintir rakyat yang

Cercicir daripada arus pembangunan. Oleh itu, Program Pembangunan

Rakyat Tenniskin (PPRT) yang meliputi pelbagai sektor telah disusun

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 52 -

khusus untuk golongan termiskin. Golongan termiskin ini adalah

ditakrifkan sebagai keluarga yang mana ahli-ahlinya menerima

pendapatan per kapita kurang daripada $35 sebulan atau pendapatan

sekeluarga kurang daripada $175 sebulan bagi satu keluarga yang

mengandungi lima orang.

Bagi menentukan projek bantuan benar-benar sampai kepada

golongan termiskin, satu daftar keluarga termiskin diwujudkan di

tiap-tiap daerah. Hanya mereka yang termiskin dan layak mengikut

kriteria yang ditetapkan tanpa mengira kaum akan disenaraikan dalam

daftar ini. Hanya mereka yang berdaftar sahaja yang layak menerima

bantuan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin. Dengan

peruntukan sebanyak $391 juta dikhaskan dalam tahun 1989 dan 1990

bagi. tujuan ini, adalah diharapkan pelaksanaan dan hasilnya memberi

kesan yang positif bagi. tnengurangkan kadar kemiskinan masa kini.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -53-

Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah telah membangkitkan

perkara-perkara berikut:-

(a) sama ada Jabatan. Perdana Menteri ada mengeluarkan

jadual-jadual garis panduan kepada Kerajaan-kerajaan

Negeri berhubung dengan. hal-hal keagamaan;

(b) berapa kalikah Jabatan Pcrdana Menteri mengadakan

perbincangan dengan. Kerajaan-kerajaan negeri mengenai

masalah agama Islam;

(c) Apakah usaha-usaha untuk memujuk Ustaz Azhaari dan

ahli-ahli Al-Arqam untuk bertaubat dan meninggalkan ajaran

Aurad Muhammadiah.

Mengenai perkara (a) dan (b) hal-hal agama Islam adalah

terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan

Persekutuan tidak mempunyai peranan dalam hal ini.

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri bertindak se-

bagai Urusetia sahaja kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama

Islam Malaysia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ber-

fungsi sebagai Penasihat kepada Mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai

hal-hal pentadbiran dan hal ehwal Islam supaya mewujudkan keseraga-

man dan penyelarasan dalam aspek-aspek pentadbiran dan undang-undang

berkaitan dengan Islam. Di samping itu Majlis Kebangsaan bagi Hal

Ehwal Agama Islam telah menubuhkan beberapa jawatankuasa seperti

Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan, Badan Penyelarasan Dakwah,

Persidangan Ketua-ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -54-

Persidangan Kadi-kadi Besar seluruh Malaysia tidak mempunyai kuasa

antuk mengeluarkan arahan-arahan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri

berhubung dengan hal ehwal agama Islam dan berapa kali jumlah

persidangan itu telah dibuat, tak payah saya sebutkan kerana menang

telah diadakan banyak kali dan agak susah hendak dikirakan.

Mengenai perkara Al-Arqam, Bahagian Hal Ehwal Islam telah

merancang beberapa pertemuan dengan pemimpin-pemimpinnya tetapi

setiap kali pertemuan itu hendak diadakan, orang-orang yang

berkenaan tidak dapat hadir pada saat-saat terakhir. Oleh yang

demikian, langkah-langkah yang diambil ialah melalui penerangan dan

dakwah bagi menerangkan kepada masyarakat umum tentang beberapa

aspek dalara ajaran kerohanian. yang menyeleweng, Melalui cara ini

adalah diharapkan pengikut-pengikut berkenaan akan dapat memahami

tentang kesilapan-kesilapan mereka dan dengan ini dapat membetulkan.

kesilapan-kesilapan tersebut. Perlu juga diberi kesedaran kepada

masyarakat supaya t idak senang terpengaruh dengan beberapa ajaran

yang tidak menurut syariah Islam itu.

Berhubuhg dengan teguran Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin

Haji Ujang, Kempen Seruan Zakat dijalankan di peringkat Negeri oleh

Pihakberkuasa Pentadbiran Zakat Negcri dan disclaraskan olch satu

Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan di bawah

Bahagian Hal Ehwal Islam.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat berkenaan, kempen ini masih

berjalan dan Jawatankuasa Kempen Seruan Zakat Peringkat Kebangsaan

adalah mengikuti dan membuat susulan tentang langkah-langkah dan

perkembangan yang berlaku di peringkat Negeri oleh Pihakberkuasa

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -55-

Pentadbiran Zakat Negeri. Jawatankuasa ini akan terus menjalankan

tugas dari semasa ke semasa bagi mempastikan Kempen Seruan Zakat

berjalan dengan baik.

Mengenai tulisan Al-Quran, hal ini telah diputuskan oleh

Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan. Mashaf Al-Quran secara

keseluruhannya tidak boleh ditulis dalam tulisan lain selain

daripada tulisan Arab kaedah ejaan Osmani. Walau bagaimanpun, dalam

usaha untuk mempelajari bacaan Al-Quran berbagai-bagai kaedah boleh

diadakan dan ini termasuklah menggunakan tulisan-tulisan selain

daripada tulisan jawi seperti tulisan murai, tulisan Cina dan

lain-lain sebagai membantu dalam mengajar mengenalkan huruf dan

bunyi perkataan-perkataan Arab.

Mengenai dengan cadangan Yang Berhormat Tuan C. Krishnan supaya

diwujudkan kawasan pengundian campuran dan tidak kawasan pilihanraya

yang bermajoriti satu kaum sahaja, ini adalah di luar kemampuan

Suruhanjaya Pilihanraya. Ianya sangat berkait rapat dengan taburan

penduduk.

Sebagaimana yang kita maklum, pada masa iai kebanyakan

orang-orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar atau di

kampung-kampung, orang-orang Cina di kawasan bandar atau pekan,

sementara orang India di kawasan-kawasan ladang, estet dan kawasan

bandar. Selagi keadaan ini kekal adalah sangat sukar bagi kita

untuk mewujudkan kawasan-kawasan pilihanraya yang mempunyai penduduk

berbagai kaum dan tidak bermajoriti atau satu kaum sahaja.

Yang Berhormat Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim meminta Kerajaan

mengkaji semula syarat-syarat pendaftaran kontraktor-kontraktor

bumiputera. Buat masa ini terdapat 13,000 kontraktor bumiputera

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -56-

berdaftar tetapi turnover, dengan izin, kontraktor-kontraktor kurang

dari $600 juta dan syarat-syarat bru pendaftaran perlulah menekankan

kualiti dan kontraktor yang berwibawa.

Syarat-syarat pendaftaran kontraktor baru yang dikenakan

sekarang adalah ketat dan dikhuatiri bilangan kontraktor yang boleh

berdaftar akan menjadi terlampau kecil, sekiranya syarat ini

diketatkan lagi, syarat yang dikenakan sekarang memang menekankan

kepada keupayaan. kontraktor dari segi modal dan kewangan serta

kebolehan profesiotial yang mereka miliki dan pengalaman kerja.

Peningkatan. kewibawaan kontraktor-kontraktor dibuat melalui

khidmat-khidmat nasihat bimbingan kepada kontraktor yang memiliki

keupayaan dan kebolehan asas.

Manakala mereka yang tidak mempunyai. ciri-ciri itu tidak

dipertimbangkan pembaharuannya, malah sebahagian daripada mereka

tidak memperbaharui pendaftaran,

Mengenai teguran Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay, dimaklumkan

bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penganjur Skim Khidmat

Sementara (SKS) sentiasa meneliti dan mengkaji skim ini dari semasa

ke semasa. Sehingga kini dua kajian telah dijalankan iaitu kajian

gunatenaga siswazah dan kajian penempatan semula siswasah SKS.

Tujuan kajian. ini adalah untuk menentukan bilangan sebenar

siswazah SKS yang mendapati tugas-tugas yang sedang dijalankan oleh

mereka tidak sesuai dengan bidang kajian masing-masing.

Sehingga 30hb November, 1989 seramai 4,486 orang siswazah telah

menyertai SKS. Kedua-dua kajian ini telah membantu JPA dalam

merancang dan mengatur program-program .bagi mengatasi

masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan yang timbul daripada

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -57-

pelaksanaan SKS.

Untuk makluman Yang Berhormat berkenaan, urusan kenaikan

pangkat dari satu tingkatan ke tingkatan yang lebih tinggi, pada

masa ini dibuat hanya bila ada kekosongan jawatan-jawatan kenaikan

pangkat. Kekosongan boleh berlaku sama ada melalui pengwujudan

jawatan baru ataupun aliran keluar, dengan izin, turn over seperti

bersara, meletak jawatan, kenaikan pangkat ke jawatan lebih tinggi

serta meninggal dunia. Dengan demikian, tempoh yang seseorang

pegawai terpaksa menunggu untuk kenaikan pangkat berbeza dari semasa

ke semasa bergantung kepada jawatan kosong yang ada.

Kerajaan memang sedar tentang perasaan pegawai profesional

berhubung dengan tempoh kenaikan pangkat yang lama itu. Perasaan

itu mungkin timbul daripada anggapan bahawa ada golongan yang

menikmati peluang kenaikan pangkat yang jauh lebih baik daripada

golongan mereka. Pada hakikatnya, tempoh untuk kenaikan pangkat ke

Tingkatan Kanan bagi golongan-golongan Perkhidmatan Perubatan dan

Perkhidmatan Undang-undang adalah baik berbanding dengan

setengah-setengah perkhidmatan lain, tetapi tempoh untuk kenaikan

pangkat ke Tingkatan-tertinggi C pada amnya adalah hampir sama. Di

samping itu, untuk memperbaiki peluang-peluang kenaikan - pangkat,

skim-skim perkhidmatan berkenaan disemak dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo yang menyentuh tentang

penswastaan, menyarankan supaya penswastaan hendaklah tidak dihadkan

kepada agensi-agensi dan syarikat-syarikat Kerajaan yang

menguntungkan sahaja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar penswastaan. Kerajaan

yang mula dilaksanakan sejak tahun 1983 adalah bertujuan antara

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -58-

lainnya untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran. Kerajaan,

mengurangkan saiz sektor awam, meningkatkan kecekapan dan daya

pengeluaran serta mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Di samping itu, perlaksanaan dasar ini perlu mengambil kira matlamat

Dasar Ekonomi Baru.

Pada masa ini terdapat dua kaedah bagi menswastakan sesuatu

projek. Pertama jika projek itu dikenalpasti oleh Kerajaan, ianya

akan dijalankan secara tender terbuka. Sebaliknya j ika sesuatu

projek itu dikenalpasti oleh sektor swasta, prinsip yang dahulu

didahulukan akan diikuti.

Walau bagaimanapun, sebelum sesuatu projek diswastakan, tidak

kira sama ada dikenalpasti oleh Kerajaan ataupun pihak swasta, satu

kajian kemungkinan akan dijalankan sama ada oleh Kerajaan atau pihak

swasta untuk menentukan penswastaan projek berkenaan sentiasa

berdaya maju.

Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan teguran, pandangan

serta syor-syor menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab

Jabatan Perdana Menteri; di mana saya tidak dapat menjawab atau

menyentuhnya dengan menyebut nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang

membangkitkannya, saya memohon maaf . Walaupun begitu,

perkara-perkara yang ditimbulkan itu telah dicatat dan akan.diambil

kira.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -59-

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan Kementerian Kehakiman.

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima

kasih kepada Yang Berhormat Senator-senator yang telah memberikan.

pandangan serta teguran di atas dasar dan masalah di bawah bidang

kuasa Kementerian Kehakiman. Malaysia khususnya daripada Yang

Berhormat Senator Azman Atar bin Othman dan Puan Valli Muthusamy.

Kepada Yang Berhormat Senator-senator, saya mengucapkan terima kasih

kerana telah mengkaji dan mendapati bahawa penggunaan Bahasa

Malaysia di mahkamah, adalah penting dan mustahak digunakan dan

seterusnya meluluskan pindaan Rang Undang-undang Bahasa Malayaia.

Berhubung dengan perkara ini Dewan yang mulia ini telah

dimaklumkan pada 13hb Disember, 1988 bahawa penggunaan Bahasa

Malaysia di mahkamah-mahkamah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi.

Adalah menjadi harapan Kerajaan pada awal tahun. 1990

sekurang-kurangnya Bahasa Malaysia boleh dapat digunakan sepenuhnya

di peringkat Mahkamah Rendah.

Untuk mengatasi masalah kes-kes tertangguh, Dewan telah juga

dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan yang

tertentu seperti membuat pindaan yang sesuai kepada Akta tertentu

untuk membolehkan kes-kes dibicarakan dengan lebih lancar lagi.

Selain daripada itu Kementerian scntiasa berusaha mengisi

jawatan-jawatan kosong di bawah Kementerian. Misalnya baru-baru ini

tawaran telah dikeluarkan kepada 22 orang calon untuk mengisi

jawatan-jawatan Majistret dan tawaran untuk mengisi jawatan

Jurubahasa telah juga dikeluarkan kepada 23 orang calon.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -60-

Bagi mengatasi kekurangan bilik-bilik mahkamah adalah

dimaklumkan bahawa beberapa tindakan telah dan sedang diambil

diantaranya mengubahsuai bangunan mahkamah yang sedia ada, membina

bangunan tambahan dan membina bangunan baru bagi menggantikan

bangunan-bangunan sekarang.

Di samping itu beberapa projek bangunan baru sedang dan akan

dibina di beberapa buah bandar. Pengubahsuaian bangunan seperti

bangunan Dewan Bandaraya dan bangunan Jabatan Penerangan serta bekas

Klinik Ibu dan. Anak di Sarawak akan juga dilakukan.

Kementerian juga berusaha memenuhi keperluan semasa dengan

mengadakan bilangan mahkamah tambahan secara menyewa bangunan

swasta, Sementara itu sistem mahkamah secara litar buat masa ini

masih perlu di teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutupnya saya sekali lagi ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat

Senator-senator yang telah menunjukkan penuh simpati kepada usaha

yang dijalankan oleh Kementerian Kehakiman dengan memberi sokongan

kepada Rang Undang-undang Perbekalan 1990, Maksud B.13 Kementerian

Kehakiman.

Tuan Yang di—Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat

Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk memberi jawapan. Dipersilakan

Yang Berhormat.

4.23 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Megat Junid bin Megat

Ayob]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada

Yang Berhormat Senator-senator yang telah mengambil bahagian dalam

perbahasan Belanjawan 1990 dan memberi berbagai pandangan, cadangan

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -61-

serta teguran. mengenai beberapa perkara di bawah tanggungjawab dan.

bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan di. antara perkara-perkara

yang disentuh ialah mengenai perjanjian pcrdamaian dengan Parti

Komunis Malaya, kebebasan akhbar, Pendaftaran Pertubuhan,

keselamatan dalara penjara, kad pengenalan, Pendaftaran Negara dan

Imigresen.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Azman Atar, Senator

Lim Heng Tee, Senator G. Rajoo dan Senator Puan. Hajjah Habidah telah

menyentuh dan menyatakan pandangan tentang pemakaian Akta

Keselamatan Dalam Negeri setelah termeterainya perjanjian damai

oleh Kerajaan dengan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) pada

2.12,1989 yang lalu.

Saya ingin juga menjelaskan di sini bahawa sungguhpun keadaan

negara keseluruhannya adalah aman dan stabil tidaklah bermakna

dengan termeterainya perjanjian damai dengan PKM itu negara kita

bebas sepenuhnya dari segala bentuk ancaman yang boleh mengganggu

gugat ketenteraman awam dan menjejaskan kesetabilan dan keselamatan

negara. Lebih-lebih lagi corak masyarakat Malaysia yang mempunyai

latar belakang berbilang kaum, agama dan kebudayaan ini mudah

terdedah kepada isu-isu sensitif yang boleh menyentuh perasaan.

perkauman dan sentimen keagamaan. Ini seringkali membawa kepada

suasana benci membenci dan perasaan tidak mempercayai sesama kita

rakyat Malaysia. Keadaan begini sudah tentulah tidak diingini oleh

mana-mana pihak yang cintakan kedamaian dan perpaduan.

Dengan yang sedemikian, Kerajaan berpendapat tidak ada

keperluan yang mendesak untuk membubar sama sekali Undang-undang

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana sering dikaitkan

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -62-

dengan ancaman komunis khasnya PKM semata-mata. Sungguhpun demikian

Kerajaan mengambil perhatian, pandangan-pandangan tentang keperluan

untuk mengkaji scmula Akta tersebut. Sebarang kajian semula Akta

ini perlu dlpertimbangkan dengan teliti terutamanya dari segi

implikasi-implikasi terhadap keagamaan, kestabilan dan keselamatan

negara yang mana adalah tanggungjawab Kerajaan yang sentiasa diberi

keutamaan.

Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee telah menyentuh mengenai

sekatan terhadap lawatan ke Republik Rakyat China. Saya ingin

menegaskan bahawa Kerajaan sememangnya telah memberi banyak

kelonggaran dalam syarat-syarat lawatan ke Republik Rakyat China.

Yang Berhormat mungkin sedia maklum bahawa sekarang ini

warganegara Malaysia disamping boleh pergi ke Republik Rakyat China

untuk berniaga, melawat ahli-ahli keluarga terdekat dan membuat

lawatan sosial juga dibenarkan pergi untuk m e l a n c o n g . K e r a j a a n

sentiasa sensitif dengan kemahuan orang ramai dan memberi

kelonggaran yang sewajarnya.

Yang Berhormat Senator Azman Atar mencadangkan supaya Pasukan

Polis Hutan dan Polis Cawangan Khas ditempatkan semula berikutan

daripada perletakan senjata Parti Komunis Malaya. Sukalah saya

memaklumkan bahawa perkara ini adalah dalam kajian Kerajaan.

Yang Berhormat Senator Tuan Azman Atar juga meminta Kementerian

ini bertindak tegas ke atas Pengarah akhbar yang tidak

bertanggungjawab. Sukalah saya memaklumkan bahawa Kementerian ini

sentiasa mengawasi setiap akhbar yang diterbitkan di negara ini bagi

mempastikan ianya tidak melanggar undang-undang yang sedang

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -63-

berkuatkuasa khususnya Akta Mesin Cetak dan. Penerbitan 1984

(Pindaan) dan juga 1987. Sekiranya mana-mana akhbar yang memuat

atau menyiarkan apa-apa berita yang bercanggah dengan undang-undang

termasuklah memuatkan berita-berita palsu yang terbukti ianya

berniat jahat serta boleh memudaratkan ketenteraman awam maka

Kementerian ini tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke

atas penerbit akhbar, pencetak, penyunting dan penulis berita

tersebut mengikut lunas undang-undang.

Yang Berhormat Senator Douglas Sullang menyarankan Kementerian

menambah fungsi Pejabat Imigresen di Sibu, Seri Aman dan Kapit agar

pasport dapat dikeluarkan di bandar-bandar ini tanpa merujuk ke

Kuching, Cadangan Yang Berhormat itu akan diambil perhatian. Walau

bagaimauapun permohonan pasport boleh dibuat di tempat-tempat

tersebut tetapi ianya akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di

Kuching, kerana di Kuchinglah segala prosesan yang lengkap akan

dapat dibuat.

Yang Berhormat juga mencadangkan agar Kementerian meluluskan

permohonan pasport kepada mereka yang memiliki kad pengenalan biru

tetapi tidak mempunyai dokumen. surat kelahiran. Untuk makluman Yang

Berhormat, sijil kelahiran adalah diperlukan untuk menentukan

kesahihan seseorang itu adalah pemegang kad pengenalan biru yang sah

kerana pasport antarabangsa Malaysia hanya dikeluarkan kepada

warganegara yang sah. Namun begitu kelonggaran boleh

dipertimbangkan kepada mereka yang tidak sengaja tidak memiliki

sijil kelahiran iaitu dengan mengemukakan surat akuan yang sah yang

ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -64-

Tentang cadangan Yang Berhormat Senator Douglas Sullang yang

mencadangkan supaya ditambah kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara

di luar bandar, sukalah saya memaklumkan. bahawa Kementerian sentiasa

mengkaji dari masa ke semasa masalah keperluan tambahan kakitangan

ini berdasarkan. kepada kepadatan penduduk.

Yang Berhormat Senator Tuan Azman Atar telah menyentuh mengenai

pendaftaran persatuan atau pertubuhan baru. Sukalah saya

menjelagkan bahawa perkara tersebut adalah merupakan kebebasan

setiap individu atau kumpulan untuk berbuat demikian. Setiap

pemohonan akan diluluskan sekiranya ianya adalah untuk faedah

orangramai dan permohonan tarsebut telah memenuhi segala

peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak di bawah Akta Pertubuhan

1966.

Walau bagaimanapun pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

sentiasa meneliti dan mengawasi sebelum dan sesudah pertubuhan

tersebut didaftarkan agar kewujudarmya tidak mengganggu keselamatan

dan ketenteraman awam negara ini.

Yang Berbormat Senator Tuan Hassan Nam membangkitkan mengenai

pindaan kepada Akta Orang Asli yang menyentuh berkenaan dengan tanah

bagi Orang-orang Asli. Sukalah dinyatakan di sini bahawa Kerajaan

sentiasa mengambil perhatian tentang perkara tersebut. Oleh kerana

ianya melibatkan soal tanah iaitu satu perkara di bawah bidangkuasa

Kerajaan Negeri maka Kerajaan Persekutuan perlulah membincangkan

perkara ini dengan pihak Kerajaan Negeri-negeri.

Yang Berhormat Senator Ainon Artf f in , Senator G. Rajoo dan

Senator Lau Keng Siong telah menyentuh mengenai pelarian

banduan-banduan dari penjara. Sebenarnya saya telah memaklumkan

perkara ini di Dewan yang mulia ini pada 13,12.89 yang

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -65-

lalu ketika menjawab soalan yang dikemukakan. oleh Yang Berhormat

Tuan Haji Syed Abdul Hamid bin Sagaff di mana saya telah menerangkan

sebab-sebab utama pelarian tersebut berlaku dan langkah-langkah yang

telah dan sedang diambil oleh Kerajaan bagi mencegah pelarian

bantuan-bantuan dari penjara. Jadi saya tidaklah hendak mengulasnya

lebih lanjut lagi.

Yang Berhormat Senator Hajjah Salbiah ingin tahu mengenai

rancangan pengasingan banduan-banduan yang menagih dadah dengan

banduan-banduan yang lain di penjara. Ingin saya memaklumkan bahawa

beberapa langkah telah pun diambil bagi mengatasi masalah tersebut

di antaranya ialah menempatkan banduan-banduan yang menagih dadah

dan banduan-bauduan yang telah disabitkan dengan kes penyalahgunaan

dadah di penjara-penjara khusus seperti di Kajang, Seremban dan

Kuching. Menempatkan banduan-banduan yang menagih dadah dan

banduan-banduan. yang telah disabitkan dengan kes penyalahgunaan

dadah secara berasingan dengan banduan-banduan lain di blok-blok

yang tertentu di semua penjara di negara ini.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 66 -

Yang Berhormat Senator Chong Chi Siong menyarankan supaya

dilonggarkan kemasukan Bible dan buku-buku yang mengandungi nilai-

nilai kemoralan. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam mengawal

penerbitan-penerbitan dari luar negeri, Kementerian ini sentiasa

berpandukan peruntukan-peruntukan Undang-undang, khususnya Akta

Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984-.

Yang Berhormat Senator G. Rajoo menyentuh mengenai sopan-

santun pegawai di setiap entry point, dengan izin, di negara. Untuk

makluman Yang Berhormat adalah menjadi salah satu objektif

Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk

memberi perkhidmatan yang bersopan-santun kepada semua orang-orang

luar yang memasuki Malaysia melalui mana-mana pintu masuk.

Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa menentukan ia mencapai

satu tahap yang tinggi supaya imej negara dikenali di mata dun ia .

Di antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan ialah menadakan

kursus-kursus kesopanan dan peradaban kepada Pegawai-pegawai

Imigresen di pintu-pintu masuk.

Yang Berhormat Senator Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh

menyentuh berhubung dengan pembaharuan Pasport Antarabangsa U s t a z

Ashaari dua tahun dahulu. Sukalah saya menjelaskan bahawa pem-

baharuan tersebuat dibuat kerana Jabatan Imigresen Malaysia tiada

mempunyai sebarahg halangan terhadapnya.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Yang Berhormat Senator-senator yang telah menge-

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 . - 67 -

mukakan pandangan dan teguran-teguran masing-masing mengenai

pelbagai isu dan masalah di bawah bidangkuasa Kementerian Dalam

Negeri. Saya telah cuba untuk memberi penjelasan-penjelasan saya ke

atas beberapa pandangan dan teguran tersebut. Bagi pandangan-

pandangan dan teguran-teguran yang tidak sempat dijawab di Dewan

yang mulia ini, saya memberi jaminan bahawa ianya insya Allah akan

diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kamenterian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Pembangunan Negara daa Luar

Bandar Yang Berhormat, sebelumYang Berhormat berucap, saya hendak

membuat satu pengumuman dahulu dan selepas itu, Yang Berhormat boleh

berucap.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 6 ( 3 ) ,

dengan sukacitanya saya menjemput Yang Berhormat Dato' Tan Peng

Khoon untuk manpengerusikan Majlis. Dipersilakan Dato' Tan,

[Timbalan Yang di-Pertua menpengerusikan Mesyuarat]

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan kementerian

Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan luar

Bandar [Tuan Mohamed bin Jamrah]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih

dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah bidang-

kuasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam per-

bahasan mengenai dasar-dasar am Belanjawan 1990 yang telah

dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 18hb Disember

1989 yang lalu.

Sukacita saya memberi penjelasan ke atas perkara-perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mengenai

penyediaan infrastruktur di luar bandar, program pamulihan rumah

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26..12.89 - 68 -

bagi golongan termiskin, peranan . Bahagian Kemajuan Masyarakat

(KEMAS) dan perkara-perkara yang menyentuh bidangkuasa Lembaga

Penyatuan Tanah Persekutuan ataupun FELCRA.

- Tuan Yang di-Pertua, Senator V.K, Sellapan telah membangkitkan

masalah kemudahan infrastruktur di luar bandar seperti bekalan

elektrik, bekalan air dan ja lan- ja lan luar bandar, Beliau meminta

pihak Kerajaan mengutamakan infrastruktur- tersebut bagi kemudahan

penduduk-penduduk di luar. bandar, .manakala Yang Berhormat Senator

Tiong Hiew King pula menggesa Kerajaan , supaya menambah .peruntukan

dalam menyedia dan membaiki infrastruktur di . luar bandar khususnya

di negeri Sarawak.

Kerajaan sentiasa memberi , perhatian terhadap keperluan

kemudahan-kemudahan asas di kawasan luar bandar. Di bawah Rancangan

Malaysia yang Kelima peruntukan untuk bekalan air luar bandar bagi

sesebuah negeri ialah $270.20 juta, bekalan elektrik luar bandar,

peruntukan yang.disediakan ialah $569.56 juta, manakala jalan luar

bandar pula ialah $463.89 juta. Ini membuktikan bahawa Kerajaan

peka dengan kehendak rakyat dan bersedia memberi peruntukan dengan

seberapa adil dan setakat yang mampu.

Kerajaan memang sedar bahawa kemudahan air, elektrik dan jaian

luar bandar adalah -sangat-sangat diperlukan oleh rakyat bagi

meningkatkan , mutu hidup penduduk luar bandar tetapi perlaksanaan

projek ini terpaksa dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut

kemampuan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan syor Yang Berhormat

Senator Tiong Hiew King supaya Kerajaan , menambah peruntukan bagi

infrastruktur negeri Sarawak, suka saya menyatakan bahawa Kerajaan

sentiasa memberi perhatian dan bersedia menimbangkan peruntukan

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 69 -

tambahan sekiranya keadaan kewangan negara mengizinkan. Negeri

Sarawak mempunyai kepadatan penduduk yang rendah dan muka bumi yang

luas di samping taburan penduduknya berselerak dengan perkampungan

yang kecil. Ianya melibatkan peruntukan yang banyak sedangkan

bilangan yang mendapat faedah adalah kecil. Oleh itu cara lain juga

perlu dirancangkan untuk memberi kemudahan infrastruktur dan juga

kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang lain dengan lebih sempurna dan

berkesan.

Dalan hubungari ini, rakyat yang tinggal di kampung-kampung

yang kecil saiznya dan terpencil perlulah menyokong dan menyambut

usaha-usaha Kerajaan berpindah ke kawasan penempatan yang dirancang-

kan oleh Kerajaan agara mereka tidak terus tertinggal dalam

menikmati kemudahan asas ini. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan

Negeri, Wakil-wakil rakyat dan masyarakat luar bandar perlu sama-

sama memainkan peranan agar pembangunan yang lebih sempurna dapat

dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan yang munasabah,

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hassan bin Nam

pula menyesyorkan supaya Kerajaan tidak ketinggalan untuk menyedia-

kan infrastruktur kepada penduduk Orang Asli. Untuk makluman Yang

Berhormat, Kementerian ini tidak mengabaikan penyediaan peruntukan

kepada perkampungan Orang Asli. Banyak kampung-kampung Orang Asli,

khususnya yang berhampiran dengan kampung-kampung tradisi, turut

mendapat bekalan elektrik, bekalan air dan juga jalanraya-jalanraya.

Sehubungan dengan perkara ini, suka saya menyatakan bahawa bagi

menyediakan bekalan elektrik, keadaan rumah adalan menjadi asas

pertimbangan kerana faktor keselamatan adalah penting dan diambil-

kira supaya tidak menimbulkan masalah kepada penduduk berkenaan

kelak, manakala bagi projek-projek bekalan air, ianya bergantung

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 70 -

kepada kedudukan kampung-kampung itu sendiri. Bagi program jalan

luar bandar pula, Kementerian ini bersedia menimbangkan peruntukan

bagi pelaksanaan jalan sekiranya permohonan untuknya dibuat.

Malahan Orang-orang Asli telahpun menikmati kemudahan pengangkutan

jalan melalui beberapa batang jalan keselamatan yang telah

dilaksanakan oleh Kementerian yang melintasi perkampungan-

perkampungan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Haji Abdul

Hamid bin Haji Latif pula telah meminta agar pihak Kementerian

mempercepatkan waran-waran peruntukan pembangunan supaya tidak

menjejaskan perlaksanaan projek-projek pembangunan. . Berhubung

dengan perkara ini, Kementerian sentiasa memberi perhatian sewajar-

nya supaya peruntukan tersebut dikeluarkan segera. Bagi memper-

cepatkan projek-projek infrastruktur di luar bandar, pihak

Kementerian telah meminta kerjasama agensi-agensi pelaksana bagi

melaksanakan projek-projek tersebut dengan secepat mungkin dan

seterusnya menjamin kekesanan program berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Ainon binti

Ariffin telah membangkitkan mengenai Program Pemulihan rumah di

bawah program membantu golongan termiskin. Untuk makluman Yang

Berhormat, Program Pemulihan ini telah dilaksanakan dalam tahun

1988. Program ini adalah satu daripada program untuk tujuan mem-

basmi kemiskinan. Begitu juga program-program ekonomi seperti

Amalan Makanan dan Pemakanan dan Industri Kampung yang dikendalikan

oleh Kementerian ini. Taraf golongan miskin adalah mereka yang mem-

punyai pendapatan kurang daripada $350 sebulan manakala golongan

termiskin ataupun daif pulaadalah mereka yang mempunyai pendapatan

keluarga, iaitu lima orang satu keluarga, kurang daripada $175

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 71 -

sebulan. Golongan ini tidak mempunyai tanah atau mempunyai kawasan

tanah yang kecil, mempunyai keluarga yang ramai, atau tidak mem-

punyai keluarga atau mempunyai pendapatan tidak tetap, taraf

kesihatan dan pendidikan yang rendah serta mempunyai rumah yang daif

dan tidak selamat untuk didiami. Bantuan di bawah program ini ada-

lah bantuan bahan-bahan bagi membina atau membaiki rumah-rumah yang

daif dan tidak selamat kerana keluarga yang mampu untuk membaiki.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 72 -

Jumlah bantuan untuk membaiki di Semenanjung Malaysia adalah

sebanyak $1,000 manakala untuk membina semula adalah $2,000. Bagi

Sabah dan Sarawak pula sebanyak $1,500 diberikan untuk membaiki,

manakala $2,500 untuk membina semula. Bagi bantuan rumah panjang

pula, sebanyak $700 diberikan untuk membaiki dan $1,700 untuk

membina semula. Setakat ini Kementerian belum menerima aduan dari

orang ramai mengenai penyelewengan terhadap program pembinaan rumah

ini seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat. Saya ingin menjelas-

kan bahawa senarai golongan termiskin dibuat berdasarkan daftar yang

diperolehi di peringkat kampung dan diluluskan oleh Pejabat Daerah

yang menggunakan kriteria-kriteria tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hajjah Salbiah

binti Mohd. Akim pula telah membangkitkan beberapa perkara berhubung

dengan bahagian Kemajuan Masyarakat atau KEMAS termasuklah masalah

Pemaju-pemaju Masyarakat dan Taman Bimbingan Kanak-kanak. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua kategori elaun Pemaju

Masyarakat ini iaitu kategori yang pertama terdiri daripada Pemaju-

pemaju Masyarakat yang ditugaskan untuk mengajar Taman Bimbingaan

Kanak-kanak (TBK) dan Kelas Latih Kerja iaitu bagi urusan mekanik

dan mempunyai pendapatan bulanan $415. Manakala kategori kedua pula

ialah Pemaju-pemaju Masyarakat yang ditugaskan untuk mengajar

ekonomi rumahtangga, rancangan desa usaha, khutubkhanah desa, kelas

agama Islam dan kelas latih kerja keraftangan dan jahitan dan

mempunyai pendapatan bulanan $375.

Tugas yang dijalankan oleh Pemaju-pemaju Masyarakat bagi TBK

memanglah berat, mereka bukan sahaja patut membimbing kelas-kelas

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 73 -

TBK tetapi juga bergiat dalam berbagai kegiatan pembangunan

masyarakat. Memandangkan peranan yang bertambah inilah maka

Kerajaan telah menaikkan elaun mereka dari $375 kepada $415 pada

bulan Julai 1988. Walau bagaimanapun, berhubung dengan cadangan

Yang Berhormat itu supaya elaun mereka ditambah lagi, Kementerian

akan mengkaji perkara ini dan akan mengambil perhatian ke atasnya.

Mengenai dakwaan Yang Berhormat bahawa makanan yang dibekalkan

kepada TBK banyak yang membazir, suka saya menyatakan bahawa

Kerajaan telah berusaha memberikan bantuan secukupnya bagi membantu

kanak-kanak TBK terutamanya di luar-luar bandar. Pihak Kerajaan

menguntukkan 20 sen sehari kepada seorang kanak-kanak TBK untuk

makanan tambahan dan susu tepung. Biasanya makanan tambahan dari

beras diberikan sebanyak 60 kilo setahun bagi satu TBK. Ini

bermakna 1.5 kilogram seminggu dibekalkan kepada kanak-kanak

tersebut. Beras ini akan dibuatkan berbagai jenis makanan yang

boleh memberi khasiat kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun

masalah pengurusan makanan yang membazir seperti yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat itu, pihak Kerajaan juga akan menyiasat perkara

ini dan akan mengambil tindakan perlu sekiranya ia benar-benar

berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hassan bin Nam

telah membangkitkan perkara di bawah bidangkuasa agensi FELCRA.

Beliau mengesyorkan supaya pihak Kerajaan mengenal pasti dan

seterusnya memajukan tanah-tanah perkampungan Orang Asli, suka saya

menjelaskan bahawa fungsi FELCRA adalah untuk memaju dan memulihkan

tanah-tanah di mana tanah-tanah yang tidak diusahakan itu terbiar

sebelumnya dipulih dan dimajukan supaya pemiliknya mendapat faedah

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 74 -

dari tanah yang diusahakan. Ini bermakna latar belakang projek-

projek yang dilaksanakan oleh FELCRA itu merupakan pemulihan tanah-

tanah yang tidak ada unsur-unsur penggunaan langsung atau hanya

digunakan secara minima sahaja. Oleh itu sekiranya terdapat tanah-

tanah perkampungan Orang Asli yang boleh dimajukan oleh pihak

FELCRA, pihak Jabatan HaL Ehwal Orang Asli bolehlah mengadakan

perundingan dengan Kerajaan Negeri berkenaan.

Yang Berhormat Senator Tiong Hew King juga telah membangkitkan

perkara yang berkait dengan FELCRA. Beliau meminta Kerajaan memaju

dan memulihkan tanah terbiar di negeri Sarawak. Untuk makluman Yang

Berhormat, sehingga kini Kementerian melalui agensinya FELCRA telah

memaju dan memulihkan tanah terbiar di negeri Sarawak, Sehingga

kini Kementerian telah memaju dan memulihkan seluar 4,862 hektar di

negeri Sarawak termasuklah seluas 723 hektar yang sedang dimajukan

sekarang yang mana melibatkan perbelanjaan kira-kira $27 juta.

Kementerian juga sedang merancang untuk memajukan seluas 2,084

hektar lagi bagi tahun 1990.

Yang Berhormat Senator Douglas Sul lang Anak Ganda pula mem-

bangkitkan masalah tanah terbiar yang dilaksanakan oleh FELCRA di

kawasan Rajang Sarawak. Suka saya memaklumkan bahawa penglibatan

FELCRA di kawasan Rajang adalah bagi melaksanakan arahan Kerajaan

bagi maksud penempatan semula golongan masyarakat yang terlibat.

Program ini dilaksanakan termasuklah mempertingkatkan kawasan-

kawasan yang sedia ada dan tertakluk kepada peruntukan kewangan yang

diluluskan serta keperluannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

juga, sehingga kini Kerajaan menerusi agensi FELCRA telah memajukan

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -75-

seluas 711 hektar bagi kawasan Rajang ini iaitu di empat rancangan

termasuk Sekuan seluas 363 hektar; Nangga Tada seluas 129 hektar;

Nangga Nungun seluas 97 hektar dan Nangga Jangau 92 hektar.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh ber-

hubung dengan saranan Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee supaya

bahagian Kemajuan Perkempungan diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Untuk makluman Yang Berhormat

berkenaan, bahagian ini baru, sahaja dipindahkan dari Kementerian ini

ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada bulan Mac tahun

ini. Oleh kerana Kerajaan bercadang untuk memasukkan kesemua

kampung-kampung baru di bawah pentadbiran Kerajaan Tempatan supaya

perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai dapat diberikan kepada

penempatan-penempatan ini untuk menjadikan kampung-kampung baru

sebagai kawasan penempatan yang lebih sempurna. Lagipun memang

menjadi hasrat Kerajaan untuk memberi kemudahan sewajarnya kepada

seluruh penduduk luar bandar tanpa mengira kaum. Oleh itu soal sama

ada bahagian ini diletakkan di bawah Kementerian mana adalah tidak

penting.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya ke atas

perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhomat yang

menyentuh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Suka juga

saya menegaskan di sini bahawa Kementerian Pembangunan Negara dan

Luar Bandar akan terus berusaha bagi mencapai objektifnya dan

meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk-penduduk luar bandar di

negara ini. Bagi perkara-perkara lain yang tidak sempat saya jawab,

Kementerian saya akan mengambil perhatian yang sewajarnya.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89. - 76 -

Sekali lagi ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-

ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang

menyentuh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Terima

kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya persilakan Kementerian

Kesihatan.

4.46 ptg.

Timbalan Menteri Kesihatan [Tuan Mohamed Farid bin Ariffin]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah membuat teguran-teguran ke atas Kemen-

terian Kesihatan:

Ahli Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman telahpun men-

cadangkan supaya hospital-hospital besar diberi peruntukan lebih

terutamanya di Kuala Lumpur. Sekiranya tidak, akan timbul berbagai-

bagai masalah seperti kekurangan doktor dan jururawat , kekurangan

kawasan tempat-tempat tidur untuk pesakit-pesakit dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya Kementerian

mengakui tentang kekurangan jawatan-jawatan doktor dan juga

jururawat kerana perjawatan yang sedia ada tidak dapat diisi

sepenuhnya kerana tenaga pelatih-pelatih yang te lahpun menamatkan

latihan mereka terpaksa diagih-agihkan penempatan mereka di seluruh

negara.

Mengenai kekurangan kawasan tempat-tempat tidur untuk pesakit-

pesakit, Kementerian sedang berusaha untuk mengatasi masalah

tersebut. Sekarang ini Unit Paediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur

sedang dalam pembinaan dan apabila siap kelak dijangka semua.

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 77 -

pesakit-pesakit kanak-kanak dapat dipindahkan ke Unit tersebut dan

dengan itu akan mengurangkan masalah kekurangan kawasan tempat-

tempat tidur di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Ahli Yang Berhormat Puan Ainon Ariff in menyentuh tentaang

bilangan orang mengidap penyakit buah pinggang kian bertambah dan

memerlukan bantuan mesin haemodialysis. Terdapat keadaan di mana

terjadinya kematian jika pesakit tidak dapat menggunakan mesin

tersebut. Yang Berhormat Senator Tan Chong Keng mengharapkan agar

perkhidmatan mesin haemodialysis dapat diperluaskan di hospital-

hospital daerah.

Untuk Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan

mempunyai program yang menyeluruh mengenai penubuhan Yunit-yunit

Haemodialysis di hospital-hospital di seluruh negara. Seperti kita

maklum bahawa kos untuk menubuhkan dan menyendalikan Unit Haemo-

dialysis ini adalah terlalu mahal serta memerlukan alat-alat yang

sofistikated dan kakitangan yang mahir, maka buat masa ini

Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan haemodialysis di

hospital-hospital besar sahaja. Adalah diharapkan untuk masa

hadapan, perkhidmatan ini dapat diperluaskan lagi secara ber-

peringkat-peringkat di hospital-hospital daerah yang mempunyai

perkhidmatan pakar tersebut.

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 78 -

Unit dialysis ditubuhkan bukan dengan tujuan untuk memberi

rawatan haemodialysis untuk jangka masa panjang. Keutamaan untuk

menggunakan kemudahan haemodialysis ini adalah seperti berikut

iaitu:-

(a) pesakit yang mengidap kerosakan buah pinggang sementara

ataupun, dengan izin, acute renal failure di mana rawatan

dengan mesin haemodialysis diperlukan untuk rawatan

sementara sahaja;

(b) pesakit yang disediakan untuk rawatan kidney transplant

dan;

(c) pesakit yang telah menjalani rawatan kidney transplant di

mana buah pinggang yang telahpun dipindahkan tidak

berfungsi lagi.

Untuk pesakit-pesakit yang tidak diterima untuk rawatan haemo-

dialysis, mereka diberi rawatan lain seperti peritoneal dialysis di

mana darah yang kotor dicuci dengan cara lain yang juga berkesan.

Selain dari itu, mereka yang diberi rawatan dengan ubat dan juga

nasihat mengenai makanan.

Terdapat beberapa jenis penyakit buah pinggang dan penyakit-

penyakit ini disebabkan oleh berbagai sebab misalannya infection,

metabolic disorders, congenital dan sebagainya. Perlu dinyatakan

tidak semua penyakit buah pinggang ini akan mengakibatkan kerosakan

buah pinggang hingga ke tahap memerlukan rawatan heamodialysis.

Oleh itu, pesakit-pesakit sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan

rawatan lebih awal supaya kerosakan buah pinggang ini boleh dielak-

kan.

Sukacita dimaklumkan bahawa rancangan yang diberi penekanan

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 79 -

oleh Kementerian ini ialah Program Mencegah dan Mengesan Penyakit

Buah Pinggang. Antara rancangan-rancangan tersebut ialah:-

(a) pendidikan kesihatan bagi orang awam tentang tanda awal

penyakit buah pinggang dan keperluan untuk mendapatkan

rawatan awal;

(b) rancangan khusus untuk pesakit-pesakit end stage renal

failure, dengan izin, iaitu:-

menggalakkan rawatan living related kidney trans-

plantation, dengan izin, di mana penderma buah

pinggang terdiri dari kaum keluarga;

untuk masa hadapan, menggalakkan penubuhan rancangan

cadaveric kidney transplantation di mana penderma

buah pinggang ialah dari pesakit yang baru meninggal

dunia dan;

menubuhkan unit haemodialysis untuk membantu rawatan

transplant ini.

Dengan adanya rancangan transplantation yang lebih aktif,

keperluan haemodialysis akan berkurangan.

Seterusnya Kementerian juga akan meningkatkan latihan kepada

semua doktor dan kakitangan paramedik dalam bidang pengurusan

penyakit buah pinggang dan menambah bilangan kakitangan dalam bidang

penyakit buah pinggang.

Ahli Yang Berhormat Dr. Chong Eng Leong dan Puan Hajjah Rosnah

menyentuh tentang penyakit AIDS yang kian menular dan meminta supaya

dibawa kes ini kepada perhatian WHO dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah kes AIDS di negara ini adalah masih

kecil. Pada masa ini, jumlah pesakit AIDS yang ful l blown, dengan

izin, ialah 12 sahaja iaitu bertambah 1 daripada pengumuman yang

lepas dan 8 daripada mereka telahpun meninggal dunia. Yang

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 80 -

bertambah setakat ini ialah orang-orang yang membawa penyakit ini

iaitu HIV iaitu sebanyak 159 orang. Jumlah semuanya ialah 171

orang.

Namun demikian, Kementerian Kesihatan sentiasa memberi

perhatian yang amat serius tentang penyakit AIDS dan juga membuat

perhubungan mengenai AIDS dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau-

pun WHO dan juga pihak kesihatan negara-negara jiran.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya saya tidak

perlu lagi menjelaskan selanjut tentang penyakit ini kerana saya

telahpun menjawab secara panjang lebar mengenainya di dalam kedua-

dua Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini. Ahli-ahli Yang

Berhormat bolehlah merujuk kepada jawapan-jawapan saya itu kepada

soalan No. 1 oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah pada 12hb

Disember 1989 yang lepas di dalam Dewan yang mulia ini.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat Dr. Chong Eng Leong membangkit-

kan tentang pendatang-pendatang haram di mana Kementerian ini

terpaksa memberi rawatan yang sewajarnya seperti juga pesakit-

pesakit warganegara. Beliau juga mencadangkan supaya diberi

peruntukan yang berasingan kepada mereka supaya tidak dapat men-

jejaskan kemudahan rawatan dari perubatan bagi pesakit-pesakit warga-

negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah

menjadi dasar Kementerian Kesihatan untuk memberi rawatan yang

secukupnya kepada sesiapa sahaja yang akan datang untuk mendapat

rawatan di semua kemudahan kesihatan di negara ini. Ini adalah

menjadi tanggungjawab Kementeriaan ini lebih-lebih lagi berkaitan

dengan penyakit-penyakit berjangkit. Pesakit-pesakit perlu dirawat

atau diasingkan dengan segera untuk mencegah penyakit-penyakit ini

daripada merebak kepada masyarakat setempat. Oleh itu, peruntukan

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 81 -

yang dipohon dan diperolehi untuk perkhidmatan rawatan adalah

berdasarkan kepada beban kerja tahunan kebelakangan dan bukan

kepada golongan tertentu pesakit-pesakit itu.

Ahli Yang Berhormat Senator Hajjah Habidah telah menyarankan

supaya Kerajaan memberi penekanan menggalakkan syarikat-syarikat di

Malaysia mengeluarkan ubat-ubatan daripada ramuan yang dikeluarkan

oleh rakyat Malaysia sendiri. Beliau juga mencadangkan supaya

ditubuhkan satu Jabatan Khas untuk mencapai tujuan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan

pengeluaran ubat-ubatan daripada ramuan tempatan, saya memaklumkan

bahawa setakat ini Penyelidikan dan Pembangunan ataupun R&D untuk

menghasilkan ubat baru sama ada ubat moden atau ubat herba amat

berkurangan di negara ini. Ini disebabkan kita masih menghadapi

kekurangan sumber-sumber terutamanya kepakaran dalam bidang yang

tersebut ini. R&D untuk menghasilkan ubat baru memerlukan per-

belanjaan yang sangat besar dan biasanya tidak menjaminkan hasil

yang baik. Misalnya usaha untuk menghasilkan sejenis ubat baru di

negara maju memerlukan perbelanjaan lebih kurang US$150 juta.

Hingga kini, kita masih belum ada kilang tempatan yang boleh

mengeluarkan bahan-bahan ubat mentah yang asas bagi tujuan membuat

keluaran ubat-ubatan. Akan tetapi bilangan kilang tempatan yang

berlesen untuk mengeluarkan keluaran ubat-ubatan daripada bahan-

bahan mentah yang diimport sedang bertambah dan berjumlah 31

sekarang. Kilang-kilang ini hanya dapat membekalkan lebih kurang 30

hingga kepada 35% keperluan pasaran tempatan yang bernilai lebih

kurang $350 - $400 juta setahun.

Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama rapat dengan M.I.D.A

ataupun Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia dalam usaha meng-

galakkan pertubuhan industri farmasiutikal tempatan.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 82 -

Melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan

dapat memberi nasihat kepada pelabur-pelabur yang berminat dalam

rancangan dan pertubuhan kilang-kilang tempatan dan juga atas amalan

perkilangan yang baik untuk menjamin kualiti, keberkesanan dan

keselamatan penggunaan keluaran-keluarannya.

Kementerian sedar kian ramai orang mengguna ubat-ubatan

tradisional yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan dan herba-herba.

Oleh kerana kekurangan tenaga manusia yang berkepakaran yang

demikian dalam bidang ini, setakat ini Kementerian Kesihatan tidak

mampu memberi keutamaan kepada R&D atas tumbuh-tumbuhan tempatan

yang dituntut sebagai bahan-bahan yang mempunyai khasiat perubatan.

Walau bagaimanapun, sedikit penyelidikan sedang dijalankan oleh

universiti-universiti tempatan. Adalah diharapkan penyelidikan ini

boleh mendacangkan hasil yang baik.

Kementerian kesihatan akan melaksanakan suatu program pen-

daftaran ubat-ubatan tradisional pada awal tahun 1991 di bawah

Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dengan tujuan

menjaminkan ubat-ubatan tradisional termasuk keluaran-keluaran

tempatan yang dijual dalam pasaran tempatan adalah mempunyai kualiti

dan selamat penggunaannya. Dengan kawalan ini, adalah diharapkan

kualiti keluaran ubat tradisional tempatan akan dipertingkatkan lagi

dan boleh diterima oleh pasaran tempatan ataupun negara-negara

asing. Langkah ini mungkin boleh memperbaiki potensi pengeksportan

dan juga perkembangan industri ubat tradisional tempatan.

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26.12.89 - 83 -

Selain daripada itu, Yang Berhormat membangkitkan tentang

kelemahan-kelemahan pentadbiran di Hospital-hospital Besar

negeri-negeri. Di antaranya ialah di mana orang-orang terpaksa

menunggu berjam-jam sebelum dapat berjumpa dengan doktor, lambat

menarima ubat setelah diperiksa dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua Penguasa Perubatan

dan Pegawai Perubatan yang menjaga dan mentadbir hospital-hospital

mempunyai kelayakan dan berpengalaman. Mereka beserta kakitangan

yang sedia ada menguruskan hospital-hospital dengan memuaskan.

Biasanya pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di

Jabatan Pesakit Luar akan diberi rawatan dan dibekalkan ubat-ubatan

dengan seberapa segera yang boleh. Walau bagaimanapun, pada

hari-hari tertentu seperti cuti mingguan, hari kelepasan am,

bilangan pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan

terlalu ramai dari hari-hari biasa. Oleh itu pada hari-hari

tersebut, pesakit-pesakit akan menunggu lebih lama sedikit daripada

hari-hari biasa untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor-doktor di

hospital-hospital berkenaan. Sehubungan dengan ini, Kementerian

senantiasa berusaha menambahkan lagi bilangan doktor-doktor di

Jabatan Pesakit Luar apabila keadaan mengizinkan. Walau

bagaimanapun, pesakit-pesakit sendiri boleh mengelak daripada

menunggu lebih lama jika mereka pergi ke klinik-klinik kesihatan

ataupun poliklinik-poliklinik yang berhampiran dengan rumah mereka

untuk mendapatkan rawatan

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 84 -

Ahli Yang Berhormat Tuan V. K. Sellapan mengesyorkan supaya

pusat-pusat kesihatan ditubuhkan di setiap kawasan pendalaman,

khususnya di kampung-kampung dan di estet-estet di mana bilangan

penduduk yang miskin adalah tinggi.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan

sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada

semua penduduk, terutama sekali kumpulan penduduk yang benar-benar

memerlukannya. Dengan itu, Kementerian Kesihatan telah sentiasa

memberikan keutamaan yang tertinggi untuk membina kemudahan

kesihatan bagi penduduk luar bandar, terutama sekali di

kawasan-kawasan pendalamn. Kemudahan-kemudahan ini dibina di

lokasi-lokasi yang senang dikunjungi oleh penduduk-penduduk di

sekitarnya, walaupun mereka berada di kampung ataupun di

estet-estet.

Selain daripada itu, Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya

Kerajaan meningkatkan lagi bilangan pegawai-pegawai perubatan iaitu

seorang doktor untuk 1,000 orang rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian sentiasa berusaha untuk

memperbaiki nisbah doktor penduduk dan mengambil tindakan untuk

menambahkan lagi bilangan doktor yang berkhidmat dengan Kementerian.

Untuk maksud ini, sebanyak 828 jawatan telahpun diwujudkan iaitu

bagi tahun 1988, 406 jawatan dan 1989, 422 jawatan. Rancangan

sekarang adalah untuk mencapai nisbah 1:2000 penduduk pada tahun

1990. Nisbah ini akan diperbaiki lagi apabila lebih ramai doktor

tamat latihan daripada universiti-universiti tempatan dan luar

negeri.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya Kerajaan

mengkaji skim gaji para doktor agar mereka tidak akan meninggalkan

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 85 -

perkhidmatan dengan Kerajaan.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Lau Keng Siong juga

menimbulkan aspek ini dan mengharapkan Kerajaan dapat memberi

insentif kepada pakar-pakar perubatan agar tidak berpindah ke

hospital swasta seperti yang berlaku di Hospital Daerah Muar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedar bahawa

gaji yang ditawarkan oleh Kerajaan kepada Pegawai-pegawai Perubatan

tidaklah setanding dengan sektor swasta. Faktor gaji bukanlah

satu-satunya sebab utama para doktor meninggalkan Perkhidmatan

Awam. Ada faktor-faktor lain seperti tidak lutus peperikaan am

ataupun peperiksaan Kerajaan, enggan bertukar dan masalah keluarga.

Walau bagaimanapun, Kerajaan telahpun bersetuju mengadakan

syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik untuk menarik mereka

berkhidmat lebih lama dengan Kerajaan. Ini termasuklah mencadangkan

kenaikan elaun pakar dan elaun-elaun lain, menambah peruntukan

biasiswa untuk bilangan jawatan-jawatan dan kenaikan pangkat dan

memberi peluang kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi dengan lebih

cepat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah

binti Haji Mohd. Salleh menyentuh tentang cara beberapa jenis ubat

yang telahpun dibuat begitu cantik dan akan membahayakan keselamatan

kanak-kanak kerana mereka akan tertarik kepada ubat-ubat yang corak

dan warnanya amat menarik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengilang-pengilang

ubat-ubatan, terutamanya ubat-ubatan dalam bentuk tablet dan kapsul,

biasanya memilih rupa-bentuk, tanda dan warna sebagai pengenalan cap

dagangan mereka. Warna, rupa-bentuk dan tanda pada ubat-ubatan juga

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 -86-

membolehkan pengenalan cepat ubat-ubat yang berkenaan oleh para

doktor dan ahli farmasi pada masa kecemasan seperti keracunan dan

tindakan buruk ubat-ubatan tertentu. Oleh yang demikian, adalah

wajar dan tidak dapat dielakkan yang ubat-ubatan dipersembahkan

dalam rupa-bentuk dan warna yang berlainan.

Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian

Kesihatan hanya membenarkan satu warna untuk satu produk sahaja

daripada satu pengilang dan produk-produk yang mempunyai

bentuk-bentuk binatang untuk menarik minat kanak-kanak adalah tidak

dibenarkan.

Perkara yang teramat penting dalam hal ini ialah ubat-ubatan

samada racun berjadual yang memerlukan prescription atau preskripsi

doktor ataupun yang boleh dibeli tanpa preskripsi wajib disimpan

dengan baik dan tidak dibiarkan begitu sahaja di dalam rumah.

Ibu bapa dan orang dewasa mempunyai tanggungjawab untuk

mempastikan ubat-ubatan itu tidak dibiarkan di tempat yang boleh

dicapai oleh kanak-kanak. Ini juga merupakan satu aspek pelajaran

kesihatan yang penting yang selalu ditekankan oleh Kementerian

Kesihatan, iaitu orang ramai hendaklah menyimpan ubat-ubatan secara

betul dan jauhkan daripada kanak-kanak.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang

membangkitkan keadaan penduduk di Tampin yang kian bertambah tetapi

Hospital Daerahnya masih tidak berubah. Beliau mengharapkan satu

kajian dapat dibuat untuk menaikkan taraf Hospital Daerah tersebut

dari segi kemudahan-kemudahan yang lebih moden.

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 87 -

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima, 6

buah projek telahpun diluluskan bagi Hospital Daerah Tampin seperti

berikut:

(i) Mengubahsuai Bilik X-Ray.

(ii) Sambungan Bilik Bersalin.

(iii) Bangunan dan Autoclave Baru;

(iv) Mengubahsuaikan Jabatan Pesakit Luar.

(v) Membina kantin Baru; dan

(vi) Membina Farmasi Baru.

Setakat ini dua buah projek iaitu Ubahsuaian Bilik X-Ray dan

pembinaan Kantin Baru telahpun siap. Sementara itu Hospital Daerah

Tampin juga telahpun dibekalkan dengan janakuasa tunggu sedia yang

baru.

Langkah wajar akan diambil bagi pelaksanaan bagi projek-projek

tersebut dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam. Dalam pada itu

pihak berkuasa hospital akan juga diminta mengemukakan projek-projek

baru untuk menaikkan taraf hospital dari segi kemudahannya.

Sehubungan dengan itu, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chong

Keng mencadangkan supaya Hospital-hospital Daerah dinaikkan taraf

dari segi kemudahan dan menambahkan jumlah kakitangan bagi menampung

keperluan pesakit yang semakin meningkat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sentiasa

meneliti beban kerja di Hospital-hospital Daerah.

Kemudahan-kemudahan dan jumlah kakitangan ditambah mengikut

keperluan beban kerja di hospital-hospital berkenaan. Pada masa

ini, kebanyakan Hospital-hospital Daerah mempunyai kakitangan yang

cukup untuk menampung keperluan beban kerja di Jabatan Pesakit Luar

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 -88/89-

dan Pesakit Dalam. Mengikut angka-angka yang ada kebanyakan Hospi-

tal-hospital Daerah mempunyai purata kadar pengisian katil dikadar

50%-60% sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Ahli Yang Berhormat menca-

dangkan supaya kawasan yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan

Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya didirikan sebuah lagi hospital

untuk menampung keperluan penduduk di sekitarnya.

Kementerian Kesihatan memang bercadang untuk membina sebuah

hospital baru di Seberang Jaya, Seberang Prai tetapi pembinaan hos-

pital ini akan dimulakan apabila pembinaan hospital-hospital lama

yang lebih penting terutama di kawasan-kawasan pendalanan siap dibi-

na dahulu. Dalam Rancangan Malaysia Keenam Kementerian Kesihatan

akan memberi pertimbagan kepada projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan saya yang dapat;

saya berikan ke atas teguran-teguran yang dibangkitkan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat. Teguran-teguran lain yang, telahpun dibangkit-

kan oleh Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya jawab di sini,

saya akan menentukan bahawa tindakan-tindakan sewajarnya akan diam-

bil oleh Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan Kementerian

Belia dan bukan.

5.09 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Tuan Haji

Awang bin Jabar]: Tuan Yang di-Pertua, saya dengan segala rendah

dirinya megnucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat

yang telah memberi pengiktirafan di atas kejayaan Kementerian Belia

dan Sukan mengelolakan Sukan SEA yang ke XV baru-baru ini.

Menyentuh tentang saranan Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin

Othman mengenai latihan kepada peserta-peserta sukan agar mereka le-

bih mempunyai semangat kesukanan, suka saya menjelaskan bahawa Per-

satuan-persatuan Sukan Kebangsaan adalah bertanggungjawab ke atas

pasukan-pasukan sukan masing-masing.

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 90 -

Persatuan-persatuan Sukan mempunyai kuasa memilih pemain-pemain,

mengaturkan latihan dan pendedahan serta menyertai sesuatu per-

tandingan. Terpulanglah kepada Persatuan-persatuan Sukan untuk

mengadakan latihan khas khusus untuk menanam sikap ketatanegaraan,

disiplin dan semangat kesukanan kepada para pemain mereka.

Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa meng-

ikuti perkembangan ini dan bagi Sukan SEA XV baru-baru ini, Kem

Latihan Nasional telah diadakan selama sebulan khusus untuk mewujud-

kan semangat pasukan dan setiakawan kepada ahli-ahli sukan negara di

samping membina kekuatan mental individu sebagai anggota pasukan

yang akan bertanding untuk mengharumkan nama negara. Kem Latihan

Nasional ini akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan

bagi kejohanan-kejohanan besar seperti Sukan SEA atau Sukan Asia.

Mengenai pemerhatian Yang Berhormat bahawa mutu permainan bola-

sepak, hoki dan badminton negara kian menurun, suka saya jelaskan

bahawa kenyataan ini tidak benar. Dalam Sukan SEA XV kita telah

berjaya menggondol pingat emas bagi permainan-permainan tersebut dan

ini membuktikan pasukan negara. masih lagi menjadi jaguh Asia

Tenggara. Namun begitu, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa ber-

usaha memajukan lagi mutu sukan dan untuk makluman Yang Berhormat,

Kementerian melalui Majlis Sukan Negara sedang melaksanakan Program

Latihan Dua Tahun Ke Arah Persediaan Sukan SEA 1991 (sekali gus bagi

Sukan Asia tahun hadapan) yang meliputi ketiga-tiga jenis sukan di

atas dengan peruntukan seperti berikut:-

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 91 -

Bolasepak. - $ 187,488.00

Hoki - $ 442,025.00

Badminton - $ 234,410.00

Di samping peruntukan bagi pembangunan sukan-sukan berkenaan,

pemain-pemain negara yang menunjukkan kecemerlangan di peringkat

antarabangsa memang layak mendapat ganjaran melalui skim yang sedia

ada.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan G. Rajoo telah

menyentuh tentang ganjaran sewajarnya termasuk peluang meneruskan

pelajaran yang patut diberi kepada atlit-atlit yang mengharumkan

nama Malaysia. Sebenarnya, Kementerian Belia dan Sukan memang

sentiasa memberi peluang kepada para atlit negara untuk meneruskan

pelajaran dan meningkatkan karier sukan sama ada di dalam atau di

luar negeri dengan bantuan penuh Kerajaan. Salah satu usaha yang

dijalankan ialah mengenalpasti atlit-atlit yang berkemampuan untuk

memenangi pingat di Sukan Asia di Beij ing yang akan datang. Atlit-

atlit ini telah diletakkan di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih

asing di samping mereka meneruskan pelajaran masing-masing.

Beberapa atlit yang telah dipilih untuk menjalani latihan di luar

negeri ialah Nurul Huda Abdullah di Brisbane, Austral ia; Jef f rey Ong

di England; Faiznur Miskin di Kanada; Kumaresan di Jerman Barat;

Mohd. Zaki Sadri di Amerika Syarikat; Sidek Sahak di Amerika

Syarikat dan juga Josephine Mary di Perth, Australia.

Kementerian Belia dan Sukan telah mewujudkan Skim Biasiswa

Sukan Persekutuan kepada atlit-atlit yang menunjukkan kecemerlangan

dalam bidang sukan dan akademik untuk melanjutkan pelajaran ke luar

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 92 -

negeri. Kementerian Pendidikan melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Malaysia telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada atlit-atlit

yang mewakili negara untuk memasuki institut pengajian tinggi

tempatan bagi menghargai sumbangan mereka kepada negara.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo juga telah menyentuh tentang

Pertandingan Bolasepak Semi-Pro. Semi-Pro dalam bidang bolasepak di

tanahair kita baru sahaja dimulakan dalam tahun ini. Oleh kerana

ini adalah kali pertama kita mengendalikan Bolasepak Semi-Pro, maka

sudah tentulah ada banyak perkara-perkara yang masih belum dapat

diperkemaskan. Walau bagaimanapun, sudah nampak bahawa minat

penyokong-penyokong Bolasepak Semi-Pro ini telah meningkat lebih-

lebih lagi kepada pasukan-pasukan yang telah menunjukkan pencapaian

yang tinggi dan menghasilkan kemenangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa masih ada lagi kelemahan-

kelemahan. Kementerian Belia dan Sukan melalui Persatuan Bolasepak

Malaysia (FAM) sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan-

kelemahan yang wujud dan berharap dalam musim-musim yang akan

datang kelemahan-kelemahan yang ada itu dapat dikurangkan seberapa

yang boleh.

Kementerian Belia dan Sukan akan memainkan peranan untuk

menyelesaikan masalah penarikan diri Persatuan Bolasepak Sarawak

sebagai Ahli Gabungan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia. Sudah

nampak keadaan makin reda dan saya menaruh keyakinan penuh bahawa

Persatuan Bolasepak Sarawak akan menarik balik keputusan penarikan

diri itu tidak berapa lama lagi, insya Allah.

Yang Berhormat Senator Ainon Ar i f f in ingin tahu sama ada kajian

susulan dibuat ke atas projek, latihan dan pinjaman yang diberikan

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 93 -

kepada belia.

Untuk makluman Yang Berhormat, Rancangan Belia Berniaga yang

diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan sejak tahun 1974

merupakan satu program pakej yang meliputi aspek kemudahan latihan

kemahiran dan keusahawanan, kemudahan pinjaman modal dan khidmat

bimbingan serta susulan. Kementerian Belia dan Sukan memang

sentiasa membuat khidmat susulan kepada projek-projek yang telah

mendapat kemudahan pinjaman termasuk membuat susulan kepada belia-

belia yang pernah diberi latihan kemahiran. Belia-belia yang telah

mendapat kemudahan latihan dan pinjaman dijemput dari masa ke semasa

untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan. Sejak program Rancangan

Belia Berniaga dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan,

sebanyak 2,545 projek dan 2,680 orang usahawan muda telah dapat

diwujudkan. Lebih dari 75% projek-projek tersebut masih beroperasi

sehingga sekarang dan ramai di antara mereka telah dapat diketengah-

kan sebagai usahawan muda yang berjaya.

Mengenai kajian susulan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat

dari Wilayah Persekutuan dan Yang Berhormat Hajjah Rosnah binti Haji

Mohd. Salleh, Kementerian Belia dan Sukan dari masa ke semasa

menjalankan kajian mendalam atas projek-projek di bawah Program

Belia Berniaga yang menemui kegagalan. Di samping itu kajian juga

dijalankan mengenai kekesanan dan pencapaian program. Antara faktor

utama kegagalan sesuatu projek perniagaan di bawah program ini yang

telah dikenalpasti ialah masalah pemasaran dan pengurusan projek

yang lemah. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, Kementerian

telah menjalankan usaha yang lebih berkesan di dalam meningkatkan

kemahiran belia-belia yang diberi kemudahan pinjaman untuk menceburi

bidang pengurusan perniagaan. Susulan-susulan seperti memberikan

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 94 -

khidmat nasihat dan bimbingan sentiasa dipertingkatkan bagi

menambahkan komitmen dan keyakinan di kalangan belia-belia

berkenaan.

Teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Haj jah Rosnah binti

Haji Mohd, Sal leh yang menyentuh Kementerian Belia dan Sukan

menitikberatkan hal Sukan lebih daripada Belia adalah kurang tepat.

Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi keutamaan yang sama

kepada program-program Belia dan Sukan selaras dengan hasrat Kerajaan

untuk melahirkan golongan belia yang berdisiplin, bersatupadu,

berkemahiran dan dapat pula memberi sumbangan yang progresif

terhadap pembangunan negara.

Program-program yang telah dan sedang dijalankan memberi

penekanan kepada aspek Pembangunan Kemanusiaan, Pembangunan

Kemahiran dan Pembangunan Ekonomi Belia. Usaha-usaha yang positif

dan bersungguh-sungguh sentiasa dipertingkatkan untuk melahirkan

lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin belia yang dedikasi, komited,

unggul dan mempunyai taat-setia yang tidak berbelah bahagi kepada

Raja, Pemimpin dan Negara. Sesungguhnya usaha-usaha ini adalah satu

pelaburan jangka panjang yang tidak dapat dilihat dalam masa yang

singkat dan ianya merupakan satu asset kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan juga terus

memberi perhatian kepada menyediakan peluang-peluang latihan

kemahiran dengan membina beberapa Pusat Latihan yang baru seperti

Pusat Latihan Kemahiran Tinggi Sepang, Pusat Latihan Kemahiran

Jitra, Kedah serta Pusat Latihan Belia Wakaf Tapai di Terengganu di

samping mempertingkatkan kemudahan-kemudahan di Pusat-pusat Latihan

Belia yang sedia ada sekarang ini.

Di dalam bidang Pembangunan Ekonomi Belia, Kementerian Belia

dan Sukan menyediakan program latihan Pembangunan Usahawan Belia

serta menyediakan kemudahan pinjaman kewangan di bawah Kumpulanwang

Amanah Pembangunan Ekonomi Belia. Sejak KumpulanWang Amanah

tersebut dilancarkan pada penghujung tahun 1987, sebanyak 210 projek

perniagaan telah dapat dilahirkan dan berjaya mewujudkan 500 peluang

pekerjaan untuk belia-belia tempatan dalam berbagai jurusan.

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26,12.89 -95-

Saya juga ingin menyorot kembali kepada program-program yang

melibatkan Kementerian dan golongan belia amnya, iaitu Gerakan

Budaya Kerja Cemerlang yang bertujuan untuk membawa satu semangat

dan identiti para pekerja dalam memperingkatkan kualiti perkhidmatan

yang lebih cemerlang. Gerakan ini melibatkan pengurusan atasan,

para pekerja serta sektor awam, swasta dan pertubuhan-pertubuhan

terutamanya golongan belia pada keseluruhannya.

Pada 5hb Disember, 1989 yang baru lalu, Kementerian Belia dan

Sukan telah menganjurkan Anugerah Tertinggi Belia Negara dan

Anugerah Tahunan Usahawan Muda 1988. Anugerah Tertinggi Belia

Negara merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan kepada pemimpin-

peraimpin belia yang telah menunjukkan bakat, dedikasi serta kesung-

guhan dalam memberi khidmat sukarela yang berterusan terhadap pel-

bagai aspek pambangunan sosio ekonomi belia keseluruhannya.

Anugerah Tahunan Usahawan Muda pula merupakan satu anugerah penca-

paian cemerlang kepada golongan belia yang telah menunjukkan daya

usaha, bakat, keupayaan, ketekunan dan kesungguhan dalam menjalankan

projek perniagaan dengan berjaya.

Menyentuh mengenai jemputan dari sebuah Pertubuhan Belia yang

menjemput pegawai Kementerian untuk membentangkan kertas kerja di

Seminar anjuran Pertubuhan berkenaan, sukalah saya menjelaskan surat

jemputan yang dihantar, diterima lewat yang menyebabkan putus

hubungan. Lazimnya mana-mana pertubuhan ataupun agensi yang meminta

kerjasama Kementerian ini menghubungi lebih awal dengan membuat

susulan untuk mendapatkan pengesahan siapa yang akan hadir di

samping mendapatkan kertas kerja yang bakal dibentangkan di Majlis

yang tersebut.

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 96 -

Berhubung dengan rekod dan statistik pelatih-pelatih Pusat

Latihan Bel ia yang telah tamat latihan, Kementerian Belia dan Sukan

sentiasa membuat susulan dan mengemaskinikan rekod-rekodnya di-

samping mengadakan bengkel-bengkel untuk bekas pelatih yang telah

tamat dari pusat-pusat latihan, Kementerian Belia dan Sukan.

Mengikut satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Belia

dan Sukan, 70% dari belia-belia yang mendapat latihan kemahiran

memilih untuk bekerja, manakala 20% daripadanya berdikari untuk

membuat kerja sendiri dan 10% lagi menolong ibu bapa mereka setelah

tamat latihan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan teguran

mengenai Kementerian Belia dan Sukan. Saya yakin teguran-teguran

ini akan dapat membantu Kementerian ini mempertingkatkan lagi

peranan kami pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang yang mempersilakan Menteri

Perusahaan Utama.

5.22 ptg.

Menteri Perusahaan Utama [Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik]:

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu sukalah saya mengambil

kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah menyentuh dan memberi pandangan terhadap

perkara-perkara yang terletak di bawah bidang tugas dan

tanggungjawab Kementerian Perusahaan Utama sepanjang perbahasan atas

Dasar-dasar Am di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjelaskan perkara yang dibangkit-

kan, terdapat beberapa agensi yang khusus telah diwujudkan untuk

mengurus, mengawal dan memajukan sektor perhutanan dan kayu kayan

Malaysia iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan

Page 97: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 97 -

Perhutanan Sabah dan Sarawak, Lambaga Perindustrian Kayu Malaysia

( M T I B ) , Perbadanan Perindustrian Kayu Sarawak (STIDC) dan Institiut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Secara ringkas, Jabatan-

jabatan Hutan adalah bertanggungjawab mengurus penananam, penjagaan

dan pemelihara sumber hutan manakala MTIB dan STIDC berperanan untuk

memperluaskan dan menggalakkan pemasaran kayu kayan, mengawal per-

tumbuhan industri disamping khidmat nasihat bagi meninggikan lagi

mutu keluaran kayu yang dieksport. FRIM pula adalah berfungsi untuk

menjalankan penyelidikan sumber hutan dan meningkatkan mutu keluaran

kayu yang dihaailkan oleh industri tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah menyediakan pelbagai

insentif dan galakan kepada industri rotan dan kayu kayan di bawah

Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan telah menperluaskan insentif

seperti diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri kewangan dalam ucapan

belanjawan 1990 pada 27hb Oktober , 1989 di Dewan Rakyat. Usaha-

usaha meningkatkan sumber hutan telah dan terus dijalankan oleh

Jabatan-jabatan Huta dan FRIM melalui penanaman semula hutan yang

ditebang, rawatan silvikultur bagi memperkayakan sumber hutan ,

projek ladang hutang kompensatori dengan memperkenalkan spesis cepat

membesar disamping penanaman rotan secara komersial di kebuh getah

dan di huta asli. MTIB dan PRIM telah dan akan terus menjalankan

usaha-usaha meningkatkan mutu keluaran barangan kayu, diantaranya

melalui program latihan, penggubalan garis panduan mutu kayu yang

dieksport (Malaysian Grading Rules) penubuhan pusat ujian perabut

dan program bantuan teknik dari negara-negara maju .

Tuan Yang di-pertua, Kerajaan amat berhati-hati menggubal se-

suatu dasar berhubung sektor perhutanan dan kayu kayan, khususnya

kesan yang mungkin dialami oleh pencari-pencari rotan yang terdiri

Page 98: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -98-

dari Orang Asli dan orang-orang desa dan pengusaha-pengusaha rotan.

Pandangan-pandangan dari pihak yang terlibat dan kajian-kajian di-

jalankan sebelum sesuatu dasar diputus dan dilaksanakan.

Tuan Yang di-pertua, penjelasan-penjelasan yang telah saya

berikan diharap telah menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan

oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbaha-

san atas Dasar-dasar Am Belanjawan yang lalu. Terima kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan Menteri Luar

Negeri .

5.27 ptg.

Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar]:

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan

berbanyak-banyak terima kasih kepada semula Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah menyentuh hal-hal mengenai Kementerian Luar Negeri semasa

membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 1990, khususnya dan semasa

sessi Dewan Negara yang bersidang amnya. Saya merasa puas hati dan

gembira dengan minat yang telah ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai Kementerian Luar Negeri dan bidang diplomasi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menggulung ke atas Rang

Undang-undang Perbekalan 1990 dari Kamenterian Luar Negeri, saya

ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ,

terutamanya Tuan Azman Atar bin Othman, Tuan Tiong Hiew King, Puan

Ainon binti Ariffin dan Tuan G. Rajoo yang telah menerima dengan

baik dan menyokong penuh dasar-dasar Kerajaan untuk memainkan

peranan yang aktif dalam bidang antarabangsa bagi menjamin dan

meninggikan imej negara di luar negeri dan juga menjaga kepentingan

negara supaya tidak terjejas. Dalam hubungan ini, ingin saya

Page 99: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 99 -

menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat dan cita-cita Kerajaan

supaya negara terus berkecimpung dan mempertingkatkan lagi

penglibatan dan sumbangan negara di arena antarabangsa di dalan

bidang keselamatan, politik, ekonomi, sosial, alam sekitar dan

lain-lainnya. Ianya juga bertujuan untuk menarik minat pelaburan,

pelancongan daa mempertingkatkan dagangan Malaysia dengan negara

luar.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat sendiri, Malaysia setakat ini telah menempuh

beberapa kejayaan yang begitu cemerlang dan memberangsangkan ter-

utama di dalam bidang diplomasi. Kejayaan negara menganjurkan CHOGM

di Kuala Lumpur dengan jayanya merupakan kejayaan yang terbesar yang

dicapai oleh negara kita dan ianya disifatkan oleh semua Ketua-ketua

Kerajaan dah Ketua-ketua Delegasi serta delegasi masing-masing dan

sebaran am luar negeri sebagai yang terbaik pernah diadakan.

Pemilihan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi

CHOGM sehingga CHOGM akan datang adalah satu penghargaan yang tinggi

kepada Yang Amat Berhormat Perdana menteri sendiri dan juga kepada

negara dan ianya merupakan sebagai satu perkara yang, dengan izin,

unprecedented.

Dalam hubungan ini, ingin saya maklumkan juga bahawa

Kementerian Luar Negeri telah mewujudkan satu unit khas bagi

melaksanakan segala keputusan yang diambil di dalam CHOGM di Kuala

Lumpur. Seterusnya saya ingin menegaskan bahawa Malaysia akan terus

menawarkan diri sebagai tuan rumah dalam persidangan-persidangan dan

mesyuarat-mesyuarat antarabangsa di masa-masa akan datang sekiranya

persidangan-persidangan dan mesyuarat-mesyuarat itu memberi menafaat

secara langsung kepada negara kita dan bagi melaksana dan meneruskan

dasar luar negeri kita dalam isa-isu tertentu.

Page 100: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 100 -

Antara kejayaan-kejayaan besar yang lain ialah pemilihan

Malaysia untuk menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu yang memberi peluang kepada negara untuk

menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu untuk mewujudkan kedamaian. dunia.

Di samping itu Malaysia juga telah dipilih sebagai Ahli bagi

menganggotai Kumpulan 15 ataupun, dengan izin, Group of 15, di

Persidangan Negara-negara Berkecuali di Belgrade pada tahun ini.

Pemilihan ini adalah merupakan satu pengiktirafan kepada peranan

penting yang dimainkan oleh Malaysia bagi mewujudkan kerjasama yang

berkesan dalam bidang pembangunan dan lain-lain di antara negara-

negara membangun. Negara kita juga telah berjaya dipilih sebagai

Pengerusi Kumpulan 77 dan seterusnya menganjurkan Mesyuarat G77 di

Kuala Lumpur.

Pemilihan saya sebagai Pengerusi Persidangan Antarabangsa

Orang-orang Pelarian Vietnam dan Menteri Pendidikan sebagai

Pengerusi Persidangan UNESCO adalah merupakan kejayaan-kejayaan yang

penting juga. Dalam pada itu juga negara pada keseluruhannya telah

dapat meningkatkan hubungan kerjasama yang erat di dalam berbagai

bidang seperti ekonomi, politik, keselamatan, sosial dan lain-lain-

nya dengan negara-negara lain. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh

negara ini adalah penting kerana ianya secara langsung telah

menunjukkan keupayaan kita untuk bersaing di bidang antarabangsa

untuk melaksanakan objekt if-objekt if dan dasar-dasar negara. Di

Page 101: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26. 12.89 - 101 -

dalam hubungan ini Kementerian Luar Negeri akan terus berusaha untuk

menyumbang tenaga dan bakti bagi mencapai tujuan-tujuan ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai peristiwa cubaan rampasan kuasa

di Filipina baru-baru ini yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat termasuk Tan Sri Tuan Yang di-Pertua sendiri yang melawat

ke sana pada ketika itu, ingin saya maklumkan di sini bahawa adalah

menjadi tanggungjawab Kedutaan kita dan pegawai-pegawainya untuk

memberi pertolongan serta perlindungan kepada rakyat Malaysia yang

berada di sana. Saya merasa bersyukur dan berbangga Duta Besar dan

pegawai-pegawainya telah dapat memberikan pertolongan dan per-

lindungan yang memuaskan kepada Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli

Yang Berhormat sekalian dan saya akan menyampaikan ucapan terima

kasih Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Duta Besar dan

pegawai-pegawainya .

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tan Sri Yang di-Pertua

sendiri telah mengutus surat kepada Duta Besar kita di Manila yang

mana beliau telah melafazkan syabas serta setinggi-tinggi perhargaan

dan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya serta

pegawai-pegawai Kedutaan di sana.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat menghargai dan berbangga

dengan utusan yang sedemikian dan mengucapkan terima kasih kembali .

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan jumlah Kedutaan Malaysia

yang mempunyai bangunan sendiri dan yang disewa, ingin saya maklum

kan bahawa daripada jumlah 62 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar

negeri, sebanyak 20 buah tempat mempunyai Pejabat Perwakilan yang

dimiliki oleh Kerajaan. Manakala , 4 tempat lagi adalah di dalam

Page 102: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DH. 26.12.89 - 102 -

perancangan untuk pembinaan bangunan sendiri iaitu di Kuwait ,

Jakarta, Medan dan Brunei Darul Salam. Dan satu tempat lagi iaitu

Perwakilan di Tokyo yang sedang dalam proses pembinaan semula. Kos

bagi semua projek dalam perancangan dan proses pembinaan ini adalah

sebanyak S290 juta dan semuanya dijangka siap dalam Rancangan

Malaysia Keenam. Selain daripada pejabat-pejabat Perwakilan,

Kerajaan juga mempunyai 26 buah bangunan kediaman rasmi Ketua Per-

wakilan. Sebanyak 4 buah bangunan di kediaman rasmi adalah dalam

proses pembinaan. Di samping itu juga Kerajaan mempunyai 63 buah

unit kediaman kakitangan. Sebanyak 53 unit lagi dalam proses pem-

binaan iaitu 24 di Jakarta dan 29 unit lagi di Tokyo.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat Tuan C. Krishnan atas kemudahan untuk mengadakan

kelas Bahasa Malaysia di pejabat-pejabat perwakilan, ingin saya

maklumkan bahawa kemudahan-kemudahan ini memang ada walaupun secara

dengan izin, informal mengikut keadaan, selalunya isteri-isteri

pegawai-pegawai yang mempunyai kelulusan dan pengalaman memberi

khidmat percuma kepada anak-anak pegawai-pegawai kita. Memang

Kementerian ini berhasrat untuk mengadakan kemudahan-kemudahan ini

jika peruntukan mengizinkan. Mengenai bahasa-bahasa lain,

Kementerian akan mengambil perhatian dan melaksanakannya jika

keadaan memerlukannya.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan dan penjelasan

yang dapat saya berikan terhadap pandangan dan teguran yang telah

ditujukan kepada Kementerian Luar Negeri dan saya mengucapkan terima

kasih sekali lagi.

Page 103: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26. 12.89 -103-

Tuan Yang di-Pertua saya juga mohon izin untuk menjawab bagi

pihak Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

Dato' Tan Peng Khoon: Silakan.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, ter-

lebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima

kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil

bahagian dalam perbahasan Belanjawan 1990 khasnya kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang ber-

kaitan dengan Kementerian Pertahanan.

Ekoran kejadian nahas pesawat Nuri yang berlaku pada 18hb

Disember yang lalu, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah

membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kemalangan

tersebut. Yang Berhormat Tuan Azman Atar, Yang Berhormat Puan

Hajjah Salbiah Mohd. Akim dan Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah

Jusoh masing-masing ingin tahu tentang punca kemalangan, keutuhan

pesawat tersebut dan sana ada Kerajaan akan mengganti

pesawat-pesawat tersebut dengan yang baru.

Tuan Yang di-Pertua, punca sebenar kemalangan helikopter Nuri

yang berlaku di Sempadan Perak/Kelantan dan di Lundau, Sarawak masih

belum dapat diketahui lagi, kerana punca nahas yang berlaku di

Sempadan Perak/Kelantan masih sedang diselidiki oleh Lembaga

Penyiasatan yang telah ditubuhkan oleh pihak TUDM. Lembaga

Penyiasatan masih menunggu laporan analisa dari Airpd Sdn. Bhd. dan

Pusat Sains dan Teknologi Pertahanan. Manakala kemalangan yang ber-

laku pada 18hb Disember yang lalu, Kementerian Pertahanan sudahpun

menubuhkan satu Lembaga Penyiasat yang diketuai oleh Kol . TUDM serta

Page 104: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26.12.89 - 104 -

beberapa orang pembantunya untuk menjalankan penyiasatan. Oleh itu

adalah terlalu awal untuk mengetahui punca-punca kemalangan ter-

sebut.

Mengenai keutuhan dan kekuatan helikopter Nuri, Kerajaan telah

membuat kajian dengan teliti semasa membelinya dahulu. Hasil kajian

tersebut didapati bahawa helikopter tersebut adalah jenis yang

terbaik di dunia yang digunakan oleh banyak negara di dunia.

Mengenai kedudukan pesawat-pesawat TUDM yang ada sekarang sama

ada ianya boleh digunakan atau tidak, di sini suka saya menyatakan

bahawa semua pesawat TUDM yang sedang dalam perkhidmatannya adalah

dalam keadaan baik dan selamat , kerana setiap pesawat sentiasa men-

jalani senggaraan dari masa ke semasa untuk menentukan supaya

pesawat-pesawat tersebut sentiasa berada ditahap yang selamat.

Namun demikian ekoran dari nahas helikopter Nuri pada 18hb Disember

yang lalu, semua perkhidmatan Nuri telah diberhentikan buat

sementara waktu untuk dijalankan penyiasatan serta pemeriksaan rapi

terhadap keselamatan helikopter-helikopter tersebut.

Mengenai sama ada Kementerian Pertahanan akan membeli

helikopter-helikopter baru untuk menggantikan helikopter Nuri, buat

masa ini masih belum ada rancangan untuk berbuat demikian. Walaupun

rancangan untuk menggantikan helikopter yang sedia ada ini kepada

yang baru untuk meningkatkan lagi operasi dimasa hadapan adalah ber-

gantung kepada kedudukan kewangan negara.

Page 105: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 105 -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman

telah menyarankan supaya pasukan tentera sentiasa berwaspada walau-

pun ancaman pengganas komunis telah berakhir dan hendaklah terus

membesarkan pasukan tentera untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Kementerian Pertahanan mengucapkan terima kasih atas saranan Ahli

Yang Berhormat itu. Angkatan Tentera Malaysia tidak bercadang untuk

mengurangkan keanggotaannya kerana paras kekuatan sekarang adalah

berpandukan kepada keperluan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia

mempertahankan kepentingan-kepentingan negara. Tumpuan Angkatan

Tentera Malaysia dari sekarang ialah melatih untuk mencapai

keupayaan dalam peperangan conventional selaras dengan usaha

pemodenan persenjataannya, di samping mempertingkatkan keupayaan

untuk menghadapi ancaman luar. Kementerian Pertahanan sedang

mengkaji penyusunan semula struktur Angkatan Tentera ke arah

membentuk pasukan pertahanan yang lebih mantap berorientasikan

teknologi tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perumahan Angkatan Tentera, Yang

Berhormat Tuan Azman Atar telah mengesyorkan agar rumah-rumah

kediaman Angkatan Tentera dibina lebih banyak lagi dan mencadangkan

agar Regimen Askar Jurutera turut melibatkan diri dalam, pembinaan

rumah-rumah tersebut. Sebagaimana yang selalu dijelaskan di Dewan

yang mulia ini rancangan perumahan Angkatan Tentera. memang diberi

keutamaan oleh Kerajaan. Ini jelas terbukti dengan, tertubuhnya

sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Perumahan Angkatan Tentera

Malaysia dalam tahun 1988 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri. Tujuan Jawatankuasa Ini adalah untuk

Page 106: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 106 -

menentukan semua agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan program

perumahan Angkatan Tentera Malaysia seperti Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan memberi perhatian yang khas kepada program ini

untuk menentukan pelaksanaannya dapat berjalan dengan licin dan

tepat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini,

pada awal Rancangan Malaysia Kelima jumlah rumah keluarga yang masih

diperlukan untuk Angkatan Tentera Malaysia bagi semua peringkat

berjumlah 37,579 unit yang mana 26,618 unit daripadanya iaitu 70.8%

ialah keperluan untuk anggota-anggota lain pangkat. Daripada jumlah

7,634 unit rumah keluarga yang dapat dilancarkan daripada peruntukan

dalam Rancangan Malaysia Kelima sebanyak 6,732 unit ataupun 8.8%-

daripadanya adalah untuk anggota-anggota yang berpangkat Koperal ke

bawah. Sehingga kini sebanyak 7,634 unit yang dilancarkan itu

sebanyak 1,207 unit telahpun siap dan dijangka sebanyak 2,955 unit

lagi akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun 1990. Baki sebanyak

3,472 unit yang telah dilancarkan dalam tahun 1988 dan 1989 dijangka

akan dapat disiapkan dalam tahun 1991. Di samping Kerajaan membina

dan membeli rumah dari pemaju-pemaju swasta, Kementerian Pertahanan

juga akan membina rumah melalui pasukan Regimen Askar Jurutera.

Regimen ini telah menyiapkan 20 unit rumah kediaman di Kota Belud.

Ahli Yang Berhormat berkenaan juga telah mencadangkan supaya

Kerajaan memberi elaun dan saguhati kepada tentera-tentera yang

dianugerahkan Bintang-bintang Gelaran seperti PGB dan SPGP. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sukacita

saya menyatakan di sini bahawa pihak Jemaah Menteri pada dasarnya

telah bersetuju untuk membayar elaun kenangan kepada penerima-

penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SPGP) dan buat masa ini

Page 107: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 107 -

perkara ini dalam peringkat penyemakan pihak peguam Negara sebelum

ianya dapat dibentangkan di Parlimen. Manakala elaun untuk PGB

pula, perkara ini juga sedang dalam kajian Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan-jawapan yang saya

beri bagi pihak Kementerian Pertahanan kepada perkara-perkara yang

telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang per-

bahasan Belanjawan yang diadakan sekarang ini. Kepada mana-mana

perkara yang mungkin tidak dapat dijawab pada hari ini, Kementerian

Pertahanan tetap akan mengambil perhatian yang sewajarnya demi untuk

kebaikan Kementerian dan negara amnya. Sekian, terima kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Terima kasih. Sekarang saya jemput

Kementerian Kerjaraya.

5.45 ptg

Timbalan Menteri Kerjaraya [Tuan Luhat Wan]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan -

setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang

telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang

Perbekalan 1990 yang menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan

Kementerian Kerjaraya, Walau bagaimanapun, saya terlebih dahulu

ingin memohon maaf kerana tidak mungkin menjawab satu persatu setiap

perkara yang dibangkitkan oleh para Ahli Yang Berhormat yang

menyentuh berbagai perkara dalam Kementerian Kerjaraya.

Dari ucapan-ucapan Yang Berhormat di sepanjang perbahasan,

kesimpulan bolehlah dibuat bahawa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat

telah menegaskan betapa pentingnya pembangunan infrastruktur,

terutama jalanraya dan menyarankan supaya Kerajaan membina

jalanraya-jalanraya baru ataupun menaikkan taraf jalanraya yang

sedia ada sama ada di bandar ataupun di luar-luar bandar.

Page 108: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 108 -

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi dasar Kerajaan untuk

menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan bermutu

selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan perkembangan

industri dan pelaburan baikpun domestik ataupun dari luar negara

supaya dapat meningkatkan lagi pembangunan ekonomi serta meninggikan

taraf hidup rakyat keseluruhannya.

Dari saranan-saranan yang dibuat, nampaknya semua projek yang

telah dicadangkan oleh para Ahli-ahli Yang Berhormat adalah penting

dan perlu dilaksanakan segera. Walau bagaimanapun, Kerajaan

terpaksa juga menguruskan pelaksanaan mengikut keutamaan dan

keupayaan kewangan negara. Sehubungan dengan ini, suka saya

menyatakan bahawa Kerajaan pada masa ini telah memastikan untuk

melaksanakan beberapa projek utama jalan di samping meningkatkan

taraf dan menyelenggara jalan-jalan yang sedia ada supaya dalam

keadaan baik.

Di Semenanjung, di antara projek-projek besar yang sedang dan

akan dilaksanakan ialah:

(i) Lebuhraya Timur Barat (Bahagian Barat) dari Titi

Karangan ke Butterworth;

(ii) membina Jambatan Kota di Kelang;

(iii) jalanraya ke Pelabuhan Baru Pulau Lumut,

Pelabuhan Kelang;

(iv) jalanraya yang menghubungi Perak melalui Cameron

Highlands ke Gua Musang, Kelantan dan Kuala

Berang, Terengganu.

Mengenai masalah cadangan mengenakan tol sebanyak $1.00 bagi

kenderaan ringan dan $2.00 bagi kenderaan berat apabila tiga

persimpangan bertingkat di sekitar Kuala Lumpur siap, iaitu:

Page 109: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 109 -

(i) di Jalan Cheras;

(ii) di Jalanraya Timur-Barat antara Sungai Besi dan

jalan masuk ke Bandar Tun Razak; dan

(iii) di Jalan Pahang,

sukalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengkaji serta menimbang-

nya dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan terhadap kadar

tol. Sebenarnya kadar tol di Jalanraya Timur-Barat antara Jalan

Sungai Besi dan jalan masuk ke Bandar Tun Razak telah ditetapkan

sebanyak 50 sen sehala untuk kenderaan ringan dan $1.00 untuk

kenderaan berat, dan $1.00 dan $2.00 untuk jalan-jalan lain. Kadar-

kadar ini adalah berpatutan dan selaras dengan perjanjian konsesi

dengan syarikat swasta yang melaksanakan projek. Di samping itu,

berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur, pembinaan persimpangan bertingkat di jalan-jalan berkenaan

akan membawa faedah kepada pengguna dalam bentuk:

(i) penjimatan masa perjalanan;

(ii) penjimatan kos operasi kenderaan; dan

(iii) keselesaan memandu dan mengurangkan berlakunya

kemalangan.

Page 110: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 110 -

Mengikut kajian tersebut, penjimatan masa ialah di antara 17.2.

minit hingga 49.28 minit, bergantung kepada jauh perjalanan dan

laluan yang digunakan, sementara penjimatan kos operasi kenderaan

ialah di antara $1.19 sen dan $3.49 sen.

Sebagai bukti terhadap kesungguhan pihak Kerajaan dalam

melaksanakan projek-projek pembangunan ini, sejumlah $3,985 juta

telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kelima bagi membina

dan menyenggara jalan-jalanraya di Semenanjung. Sementara di dalam

Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, Kerajaan telah memper-

untukkan sebanyak $2,858 juta di bawah projek-projek pembangunan

infrastruktur seluruh negara termasuk pembinaan pelabuhan, lapangan

terbang, kuasa elektrik, bekalan air, lebuhraya dan jalan-jalanraya

di bandar-bandar dan di luar bandar. Ini telah membuktikan bahawa

Kerajaan sentiasa peka dengan tanggungjawab dan janjinya kepada

rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakam terima kasih

kepada Yang Berhormat Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak yang

telah membangkitkan mengenai taraf jalanraya di Sabah dan Sarawak

yang dikatakan lebih rendah berbanding dengan Semenanjung. Saya

bersetuju dengan pendapat ini. Kerajaan memang menyedari bahawa

taraf dan pencapaian pembangunan jalanraya di kedua-dua Negeri Sabah

dan Sarawak adalah ketinggalan jika dibandingkan dengan Semenanjung.

Oleh kerana hakihat ini, Kerajaan akan memberi perhatian dan tumpuan

yang lebih lagi bagi meningkatkan taraf infrastruktur terutama

jalanraya di Sabah dan Sarawak, misalnya standard classification

jalan-jalan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan diseragamkan

untuk menentukan klasifikasi semua jalan-jalan di seluruh negara

ditentukan dalam taraf yang sama. Ini adalah selaras dengan hasrat

Kerajaan mengeratkan semangat integrasi nasional rakyat di Negeri

Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Page 111: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 111 -

Dari segi peruntukan pun dapat dilihat peruntukan sebanyak

$459.77 juta untuk pembangunan jalanraya di Sabah dan sejumlah

$571,93 juta untuk Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kelima. Bagi

tahun 1990 Kerajaan telah mencadangkan perbelanjaan sejumlah $126.9

juta untuk Sabah dan $150 juta untuk Sarawak.

Seperti juga di Semenanjung, di Sarawak dan Sabah, tumpuan akan

diberikan kepada projek-projek jalanraya yang baru di samping

menyenggara dan meningkatkan taraf jalanraya-jalanraya yang sedia

ada. Sehubungan dengan ini, sukalah saya memaklumkan di Dewan yang

mulia ini, beberapa projek utama Kerajaan Pusat di Sabah dan Sarawak

seperti berikut:

Negeri Sabah

(i) membina Jambatan Kinabatangan

(ii) Projek Jalanraya Sandakan-Lahad Datu

(iii) menaikkan taraf Jalan Telupid-Sandakan

(iv) membinakan Jambatan Bandau dan Jambatan Rakit

(v) membinakan Jambatan Petagas

(vi) membinakan 3 km. Pertama Dual Carriageway ke

Bandar Putatan.

Negeri Sarawak

(i) projek membina Jalan Sungai Niah-Sungai Suai

(ii) Jalan Julau Batang Oyak ke Ulu Batang Mukah, Ulu

Batang Mukah-Ulu Batang Balingian

(iii) projek jalan dari Simpang Lubok Antu ke Simpang

Betong

(iv) projek jalan dari Simpang KJD ke Simpang Julau

(v) projek penurapan jalan-jalan besar utama

Sarawak.

Page 112: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 112 -

Mengenai Projek Lapangan Terbang Sibu yang baru, Kerajaan

Persekutuan bersetuju ianya penting dilaksanakan segera. Dalam hal

ini, Kementerian Kerjarya membantu Kementerian Pengangkutan bagi

memastikan projek berjalan dengan mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Untuk makluman, tawaran tender projek telah dibuat pada

7 haribulan Disember, 1989 dan pembinaannya dijangka siap pada bulan

September ataupun Oktober, 1992.

Dalam perkara ini, sukalah juga saya mengingatkan bahawa tugas

untuk membangunkan infrastruktur bukan terletak di pihak Kerajaan

Persekutuan semata-mata. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan-

kerajaan Negeri juga perlulah memainkan peranan masing-masing. Oleh

hal yang demikian, saya mohon jasa baik Yang Berhormat-Yang

Berhormat, terutama Ahli-ahli dari parti Komponen Kerajaan Negeri di

Sarawak untuk mendapatkan kerjasama Kerajaan Negeri menyumbang

terhadap pembangunan infrastruktur yang telah dicadangkan itu dan

bersama-sama menentukan kejayaan pelaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-

ahli Dewan yang mulia ini bahawa walaupun Kerajaan merancang dan

melaksanakan pembinaan jalanraya di negara ini sama ada di

Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, kejayaannya banyak

bergantung.kepada kerjasama dan penglibatan banyak pihak, terutama-

nya kontraktor-kontraktor dan pengusaha-pengusaha serta pembekal-

pembekal bahan dan binaan dan institusi-institusi kewangan. Sering-

kali dikaitkan bahawa kegagalan perlaksanaan projek infrastruktur

adalah disebabkan oleh ketidakupayaan pihak kontraktor melaksanakan

kerja mengikut kontrak yang dipersetujui. Walaupun mereka semasa

memasuki tender begitu yakin dengan kerja-kerja yang akan dilaksana-

kan, akhirnya perlaksanaan projek tresebut terbantut di tengah

Page 113: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 113 -

jalan, yang akhirnya melewatkan penyiapan projek dan menyusahkan

pihak-pihak lain, terutama rakyat. Oleh itu, saya suka mengambil

kesempatan ini menyeru kepada. pihak kontraktor tempatan yang diberi

keutamaan oleh Kerajaan dalam urusan tender agar meningkatkan

prestasi mereka. dengan meninggikan keupayaan serta kemahiran mereka

melaksanakan projek-projek infrastruktur. Jika mereka boleh,

mencapai tahap prestasi yang tinggi,. mereka bukan sahaja dapat

membina projek-projek infrastruktur di dalam negeri, malahan mereka

boleh mengembangkan. penglibatan mereka dengan menyertai tender-

tender bagi membina projek-projek di luar negara dan menarik

pertukaran wang asing ke negara ini.

Tuan-Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengambil kesempatan ini

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

mengambil bahagian di dalam perbahasan ini yang sama ada secara

langsung atau tidak telah memberi pandangn yang bernas dan berguna

berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian

Kerjaraya. Saya juga meminta maaf kerana tidak dapat menyentuh

secara satu persatu perkara-perkara yang dibangkitkan. Walau bagai-

manapun, setiap perkara yang dibangkitkan. akan diteliti melalui

Hansard yahg disediakan dan perkara-perkara i tu akan diambil

perhatian dan tindakan sewajarnya dari masa ke semasa.

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang Kementerian Perdagangan dan

Perindustrian.

5.59 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian [Dato' Kok Wee

Kiat]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada

semua Ahli Yang Berhomat yang telah memberi teguran, cadangan dan

pandangan yang membina semasa membahaskan Belanjawan 1990 mengenai

Page 114: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 114 -

perkara-perkara yang menyentuh bidangkuasa Kementerian Perdagangan

dan Perindustrian, Di antara perkara-perkara yang telah mendapat

lebih perhatian oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah Dasar Pelaburan

dan Perindustrian, perdagangan luar dan kawalan harga.

Beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Senator Tiong

Hiew King, Senator Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih, Senator

Dato, Chan Choong Tak, Senator Dr. Tan Chong Keng dan Senator Lim

Heng Tee telah membicangkan secara menyeluruh pekara-perkara

berhubung dengan pelaburan, temasuk peningkatan pelaburan asing,

insentif-insentif dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelabur-

pelabur tempatan.

Page 115: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 115 -

Di dalam ucapan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat

ini, antara lain, Kerajaan telah diminta memberikan perhatian yang

sama rata di antara pelabur-pelabur asing dan tempatan dari segi

kemudahan yang disediakan dan juga dari segi permohonan, untuk

mendapatkan kelulusan. Sukalah saya memaklumkan kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat bahawa dasar penggalakan pelaburan yang ada pada

ketika ini tidak mendiskriminasikan layanan yang diberi kepada para

pelabur asing dan tempatan sama ada dari segi pemberian insentif.

cukai dan bukan cukai ataupun juga dari segi perlesenan.

Sukalah saya meyakinkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa

Kerajaan tidak pernah mengenepikan kepentingan rakyat tempatan di

dalam usaha-usaha penggalakan pelaburan dan perdagangan. Malah

untuk mempastikan pelabur-pelabur tempatan tidak ketinggalan di

dalam projek-projek perindustrian, adalah menjadi dasar Kerajaan

menggalakkan pelabur asing yang ingin melabur di negara ini supaya

menjalankan projek mereka secara usahasama dengan rakyat tempatan.

Di dalam sektor-sektor industri di mana rakyat tempatan

mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk melabur, penyertaan maksima

asing telah ditetapkan. Di dalam industri plastik, metal stamping

dan percetakan, khususnya penyertaan ekuiti asing telah dihadkan

kepada maksima 60% sahaja dan baki 40% daripada ekuiti hendaklah

dipegang oleh rakyat tempatan. Ini adalah kerana di dalam ketiga-

tiga industri ini, rakyat tempatan mempunyai kemampuan serta

kepakaran teknikal untuk mengeluarkan keluaran-keluarannya.

Berhubung dengan cadangan supaya satu Kumpulan Wang Industri

Page 116: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 116 -

Kecil dan Sederhana ditubuhkan untuk membantu sektor industri kecil

dan sederhana membuat kajian-kemungkinan, sukacita saya menyebutkan

semula bahawa satu Tabung Bantuan Teknikal bagi industri kecil dan

sederhana telahpun diperkenalkan dan diumumkan di dalam Belanjawan

1990. Di antara tujuan Tabung ini ialah untuk membantu syarikat-

syarikat kecil dan sederhana membuat product improvement, menjalan-

kan kajian-kemungkinan serta peningkatan mutu dan produktiviti

masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, masalah halangan-halangan perdagangan yang

dikenakan oleh negara-negara tertentu ke atas eksport Malaysia telah

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Chong Chi Siong dan.

cadangan telah dibuat supaya Kementerian Perdagangan dan Per-

industrian berunding dengan negara-negara tersebut bagi mengurangkan

halangan-halangan ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini halangan-halangan tarif dan

bukan tarif yang dikenakan ke atas barangan-barangan Malaysia bukan-

lah ditujukan khususnya kepada Malaysia tetapi dihadapi bersama oleh

lain-lain negara yang mengeksport ke negara-negara yang mengenakan

sekatan tersebut. Kerajaan memang sedar bahawa halangan-halangan

perdagangan ini menyekat perkembangan perdagangan antarabangsa dan

akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia menjadi lembab.

Menyedari hakikat ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang

bergantung kepada perdagangan antarabangsa, telah bergerak dengan

aktif bersama-sama lain-lain negara yang mempunyai kedudukan yang

sama, di dalam forum-forum perdagangan antarabangsa seperti

Rundingan Perdagangan Pelbagaihala Pusingan Uruguay, kerjasama

perdagangan negara-negara membangun, kerjasama ekonomi ASEAN dan

Page 117: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 117 -

lain-lain lagi, Di dalam forum-forum perdagangan ini, Malayaia

telah menyarankan supaya halangan-halangan perdagangan yang dikena-

kan oleh negara-negara lain dikurangkan khasnya di mana Malaysia

mempunyai kepentingan.

Dalam pada itu, sebagai strategi perundingan, Malaysia juga

telah menyatakan kesediaannya untuk mengkaji peraturan-peraturan

perdagangannya dengan tujuan untuk mengurangkan sekata-sekatan.

Segala usaha ini adalah dilakukan untuk mewujudkan suasana per-

dagangan antarabangsa yang lebih liberal dan terbuka dalam mana

sekatan tarif dan bukan tarif adalah pada paras yang paling minima.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk

Senator Tuan Haji Hamid Araby dan Senator Hassan Nam menyentuh

perkara kenaikan harga barang-barang walaupun duti import atau

cukainya telah diturunkan oleh Kerajaan. Mereka mencadangkan

kawalan yang lebih ketat dijalankan oleh Kementerian Perdagangan dan

Perindustrian.

Tuan Yang di-Pertua, harga sesuatu barangan di pasaran ditentu-

kan oleh kuasa bekalan dan permintaan yang berubah-ubah dari semasa

ke semasa. Kenaikan harga bahan mentah, kos pengangkutan, kos

bahan-bahan pembungkus dan kadar matawang asing juga merupakan

faktor-faktor yang mempengaruhi harga sesuati barangan itu.

Adalah diakui bahawa harga beberapa jenis barangan telah naik

pada masa ini. Begitu juga harga beberapa jenis barangan yang duti

importnya telah dimansukhkan baru-baru ini masih tinggi harganya.

Kenaikan harga barang-barang ini bukanlah dilakukan sewenang-wenang-

nya tetapi adalah atas sebab-sebab yang munasabah dan tidak dapat

dielakkan seperti yang dinyatakan di atas, Bagi barang-barang yang

Page 118: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 118 -

duti importnya telah dimanuskhkan ianya akan memakan masa untuk

dirasakan kesannya kerana barang-barang ini bergantung pada harga di

negara-negara pembekal di luar negeri.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, harga barang-barang di

negara ini pada keseluruhannya adalah masih rendah jika dibandingkan

dengan harga-harga barang-barang di beberapa buah negara jiran.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan dan Per-

industrian sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pengawasan di

seluruh negara untuk mempastikan peniaga-peniaga tidak menaikkan

harga barang-barang dengan sesuka hati mereka dan barang-barang yang

dijual itu diletakkan tanda harga mengikut Perintah Kawalan Harga

(Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1977. Sebarang penyelewengan

telah dan akan diambil tindakan yang tegas.

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Harga 1977 ini membolehkan

pengguna-pengguna mengetahui harga sesuatu barangan di pasaran dan

boleh membuat perbandingan dan pilihan untuk membeli dengan harga

yang terendah. Kerajaan juga telah tnengawal harga beberapa jenis

barang-barang dan sebarang kenaikan harga barang-barang ini tidak

boleh dibuat tanpa kelulusan Kerajaan.

Di samping itu, Kerajaan juga mengawasi harga dengan cara mem-

pastikan bekalan barang-barang itu mencukupi di pasaran melalui

penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961. Peruntukan-peruntukan

yang ada di bawah Akta ini membolehkan Kerajaan membanteras

kegiatan-kegiatan yang tidak sihat seperti penyorokan, mengenakan

syarat-syarat penjualan dan sebagainya dengan tujuan untuk mengambil

keuntungan yang berlebihah. Dengan adanya bekalan yang mencukupi di

pasaran harga sesuatu barangan itu secara tidak langsung akan dapat

distabilkan ke suatu tahap yang munasabah. Dengan adanya tindakan

terus-menerus ini, didapati harga barangan pada keseluruhannya ada-

lah stabil dan munasabah.

Page 119: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26,12.89 -119-

Kerajaan akam mempertingkatkan pemeriksaan di tahun hadapan

terutamanya di musim-musim perayaan bagi mempastikan bekalan

barang-barang ini sentiasa mencukupi dengan harganya munasabah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam tahun 1989 sehingga

16hb Disember, 1989 sebanyak 125,670 premis-premis perniagaan,

pasaraya-pasaraya, pasar-pasar malam dan sebagainya telah diperiksa

dan telah menghasilkan sebanyak 5,298 kes yang diambil tindakan atas

berbagai kesalahan termasuk 696 kes yang tidak meletakkan tanda

harga dan 168 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kerajaan berpendapat bahawa tindakan yang dilaksanakan pada

masa ini adalah berkesan dan telah dapat menstabilkan harga barangan

di pasaran dan adalah dirasakan tidak perlu diwujudkan sebuah

Jawatankuasa Kawalan Harga yang mempunyai kuasa tertinggi untuk

mengawas harga barang-barang, memandangkan Kerajaan sentiasa

mengkaji semula undang-undang yang berkaitan dengan harga dan

bekalan barang-barang untuk kepentingan pengguna-pengguna. Perlu

ditegaskan di sini bahawa peranan Kerajaan sahaja tidak mencukupi

untuk mengurangkan harga barang-barang. Pengguna-pengguna juga

mestilah mengambil peranan yang sama dengan mengamalkan sikap jimat

cermat dan hanya membeli barang-barang yang difikirkan perlu sahaja

dan memulaukan barang-barang yang tidak perlu. Cara ini adalah

sebaik-baik cara untuk mengurangkan kesan kenaikan harga

barang-barang.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang ingin

saya berikan kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidangkuasa Kementerian

Perdagangan dan Perindustrian. Sekian, terima kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya

jemput Yang Berhormat Datuk Haji Hussein bin Ahmad untuk

mengemukakan usul.

Page 120: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -120-

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAH YANG DIBEBASKAN DARIPADA PERATURANMESYUARAT DAN PENANGGUHAN

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Haji

Hussein bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apa pun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11

(1), Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini

sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 1990 di hadapan

Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik sahaja selepas

itu Majlis ini akan ditangguhkan.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan

Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

D a t o ' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya

kemukakan Usul atau nama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan

Tempatan untuk dipersetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apa pun peruntukan Peraturan

Mesyuarat 11(1), Dewan ini tidak akan ditangguhkan

hari ini sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 1990

di hadapan Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik

sahaja selepas itu Majlis ini akan ditangguhkan.

Page 121: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -121-

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1990

Perbahasan disambung semula..

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan Kementerian

Pertanian.

6.15 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Ong Tin

Kim]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan

ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Pertanian dalam

perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 1990.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman

telah menyentuh masalah lesen penangkapan ikan di laut dalam dan

meminta Kementerian Pertanian supaya mempastikan lesen-lesen ini

tidaklah di "Ali Baba"kan. Berhubung dengan perkara ini suka saya

memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa mengikut rekod di

Jabatan. Perikanan sehingga kini tiada kes meng"Ali Baba"kan lesen

perikanan laut dalam yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, sekiranya

terdapat kes-kes seperti ini berlaku maka ianya bolehlah dilaporkan

ke Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti

Mohd. Akim telah menyentuh tentang kempen-kempen yang dilaksanakan

oleh Kementerian Pertanian yang pada pandangan beliau dibuat secara

sambilan dan tidak memberi hasil yang berterusan kepada

petani-petani.

Page 122: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -122-

Berhubung dengan perkara ini suka saya nyatakan bahawa segala

kempen-kempen yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian seperti

kempen makan ulam dan sayur-sayuran tempatan, minum susu segar,

kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan dan lain-lainnya adalah

bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai tentang kelebihan dan

khasiat hasil-hasil keluaran pertanian di negara kita.

Dengan adanya kesedaran tersebut, permintaan terhadap

hasil-hasil keluaran pertanian akan bertambah dan terpulanglah

kepada petani-petani untuk mengambil peluang ini bagi menambah hasil

keluaran masing-masing. Kementerian Pertanian sentiasa memberi

bantuan sokongan dan khidmat nasihat kepada petani-petani untuk

membantu mereka. Hasil daripada berbagai kempen yang dijalankan

oleh pihak Kementerian adalah didapati kesedaran orang ramai

terhadap khasiat keluaran. pertanian telah meningkat dan dengan itu

pasaran bagi keluaran-keluaran tersebut telah dapat diperluaskan.

Sebagai contoh, kempen makan ulam dan sayuran-sayuran tempatan.

Satu kajian telah dibuat pada tahun 1987 dan 1988 ke atas 17 jenis

ulam yang paling digemari. Sebelum diadakan kempen, jualan ulam

sebulan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 173,867 kilogram.

Manakala selepas diadakan kempen pada tahun 1988, kuantiti jualan

meningkat kepada 220,463 kilogram iaitu meningkat sebanyak 27.8%

Bilangan penjual-penjual ulam juga bertambah. Sehingga tahun 1988

terdapat seramai 2,339 peniaga yang menjual ulam di seluruh Malaysia

di bandar-bandar utama berbanding dengan tahun 1987 yang mana

seramai 893 orang sahaja yang menjual ulam di 6 buah bandar utama

iaitu Johor Bharu, Kuantan, George Town, Ipoh, Shah Alam dan

Petaling Jaya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tiga jenis ulam

yang paling digemari ialah petai, jering dan kacang botol.

Page 123: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -123-

Mengenai kempen Minum Susu Segar yang dilancarkan pada

21hb Jun, 1988 oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian, suka saya

memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sehingga kini

terdapat 10 gerai yang telah beroperasi di seluruh negara Jumlah

jualan terkumpul dari bulan Mac, 1988 hingga bulan Disember, 1988

ialah $90,325 termasuk lain-lain penghasilan susu seperti susu

dadih, susu segar perasa dan lain-lainnya. Kempen-kempen lain yang

telah dijalankan seperti Kempen Minum Air Kelapa Muda, Kempen Makan

Cendawan, Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan dan Kempen

Makanlah Ikan Air Tawar juga telah menampakkan hasil yang amat

menggalakkan.

Page 124: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26. 12.89 -124-

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga menyentuh tentang

jagung yang masih diimport walaupun banyak terdapat tanah-tanah

terbiar di negara kita. Kementerian Pertanian memang sedar

berhubung dengan perkara ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum,

kos pengeluaran jagung di dalam negeri adalah lebih mahal berbanding

dengan jagung yang diimport. Walau bagaimanapun, usaha-usaha sedang

dibuat oleh Kementerian Pertanian, khususnya MARDI, untuk

mengurangkan kos pengeluaran jagung bagi makanan ternakan supaya

negara tidak lagi bergantung kepada jagung yang diimport . Pada masa

ini MARDI sedang melaksanakan percubaan untuk mengeluarkan jagung di

kawasan seluas 100 ekar di negeri Perak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hajjah Rosnah binti Mohd.

Salleh telah menyentuh tentang Pekej Pelancongan Nelayan yang

dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Melaysia dan Seminar Kedai

Kopi .

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Pekej

Pelancongan yang dianjurkan oleh LKIM tidaklah bertindih dengan

projek-projek yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan

Pelancongan, bahkan ianya merupakan usaha yang sama-sana

dilaksanakan oleh semua pihak untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia

1990. Di dalam hal ini, nelayan-nelayan digalakkan untuk

mengindahkan tempat tinggal dan kawasan sekitar mereka untuk menarik

pelancong-pelancong. Dengan cara ini juga, para nelayan akan

mendapat pendapatan yang lebih dari pelancong melalui penyediaan

tempat tinggal dan jualan hasil-hasil keluaran mereka.

Mengenai Seminar Kedai Kopi ianya merupakan satu cara untuk

menjadikan kedai kopi sebagai institusi penyibaran maklumat

pembangunan nelayan, mewujudkan kawasan nelayan yang indah permai

sesuai dengan kegiatan pelancongan dan menjadikan kedai kopi sebagai

Page 125: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26.12.89 - 125 -

saluran pasaran bagi memasarkan hasil keluaran isteri-isteri

nelayan. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk mewujudkan

budaya ilmu di kalangan masyarakat nelayan di mana kedai kopi

menjadi sebagai pusat penyibaran ilmu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Tan Chong Keng

telah meminta Kementerian melalui Jabatan dan agensinya menjalankan

penyelidikan dan pembangunan buah-buahah bermutu tinggi dalam usaha

untuk mempertingkatkan daya pengeluaran. Beliau juga meminta supaya

teknologi-teknologi yang berkaitan dengan teknik terbaik penanaman,

penggunaan baja, penggunaan tanah dan sebagainya dapat

diperkemaskan dan dikembangkan.

Berhubung dengan perkara ini, suka saya memaklumkan kepada

Dewan yang mul ia ini bahawa penyelidikan dan pembangunan buah-buahan

telah dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Kelima ini, iaitu

apabila Dasar Pertanian Negara dilancarkan dalam tahun 1984.

Kegiatan penyelidikan yang dijalankan merangkumi mengenalpasti jenis

buah-buahan yang mempunyai potensi sangat baik dari segi pasaran,

baik pun dalam negeri ataupun luar negeri, pemerosesan dan

kesesuaian mengikut kawasan. Kawasan-kawasan yang sesuai untuk

buah-buahan mengikut jenis di Semenanjung Malaysia telahpun

dikenalpasti dan disyorkan untuk pembangunan buah-buahan. Jenis

buah-buahan yang berpotensi pula yang dikenalpasti ialah betik,

belimbing, jambu batu dan nenas untuk kegunaan segar dan proses ;

dan manggis , ciku, durian, manpelam, mangga, pisang dan rambutan

untuk kegunaan segar. Durian belanda dan makisar adalah untuk

proses sahaja.

Penyelidikan-penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan di

antara lain ialah:-

Page 126: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

26.12.89 -126-

(i) mendapatkan jenis-jenis, iaitu variety

yang bermutu tinggi, sesuai dengan tujuan

pengeluaran. Sebagai contoh, betik estotika

dan belimbing BIO untuk diexport, guava GO5

dan beamont untuk diproses menjadikan

minuman;

(ii) mendapatkan teknologi pengendalian lepas-

tuai dan pemprosesan. Sebagai contoh,

teknologi pengendalian untuk belimbing,

teknologi pemerosesan minuman dari

belimbing, jambu ba tu , durian belanda dan

sebagainya;

(iii) mendapatkan dan menperkembangkan teknologi

pengurusan tanaman terutamanya secara

commercial scperti tanaman betik menggunakan

drip irrigation , dengan izin, teknik

cantuman untuk menggis dan juga duku-

langsat, penanaman buah-buahan secara

commercial bagi pisang emas, betik estotika

dan belimbing, kawalan musuh perosak dan

berkesan seperti penggunaan racun proma

untuk lalat , buah dan lain-lain lagi; dan,

( iv) kajian-kajian lain ialah kajian kemungkinan

daya-maju perusahaan dan spesifikasi panduan

untuk panduan perusahaan commercial

pasaran eksport.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Tan Chong Keng,

kajian-kajian yang dijalankan oleh MARDI bertujuan untuk

Page 127: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26. 12.89 -127-

mengeluarkan teknologi yang lengkap bagi sesuatu jenis buah-buahan

yang dipilih supaya boleh diusahakan secara commercial. Pada masa

ini, MARDI ada menjalankan kerjasama penyelidikan dan pembangunan

dengan agensi-agensi pembangunan kawasan dan swasta seperti Vita

Tenggara, Eastern Plautation, Tabung Haji dan beberapa lagi.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya bagi

perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat di

Dewan yang mulia ini . Saya minta maaf sekiranya ada perkara-perkara

yang tidak disentuh di dalam jawapan saya. Walau bagaimanapun.,

pihak Kementerian Pertanian akan mengambil perhtian dan tindakan

yang sewajamya terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan.

Sekianlah, terima kasih,

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Menteri

Sains Teknologi dan Alam sakitar.

6.28 ptg,

Menteri Sains, Teknologi. aan Alam Sekitar (Datuk' Amar Stephen

Yong Kuet Tze]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator V. K.

Sellapan telah menyentuh soal pembuangan sisa toksik kononnya di

Sepang. Saya ingin memaklumkah bahawa kawasan Sepang telah

dikenalpasti sebagai salah satu tapak yang sesuai bagi menubuhkan

satu kemudahan pengolahan sisa-sisa toksik serta sebagai tapak

penyimpanan selamat atau residual depository bagi sisa-sisa

terjadual yang telah diolah sehingga sisa-sisa itu tidak merupakan

bahan yang merbahaya kepada kesihatan orang ramai dan alam sekitar.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah

melantik dua buah syarikat yang mempunyai pengalaman dan kedudukan

antarabangsa untuk menjalankan kajian mendalam ke atas kesesuaian

tapak-tapak termasuk di kawasan Sepang. Kedua-dua syarikat itu

Page 128: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.22.12.89 128-

dikehendaki menyediakan kajian penilaian kesan-kesan alam sekitar

atau EIA. Kajian EIA ini akan menunjukkan mengandungi pendapat

penduduk tempatan dan kedua-dua syarikat itu dikehendaki memberi

keterangan dan tunjukcara bahawa sistem yang akan digunakan bagi

pengolahan dan penyimpanan sisa-sisa yang telah diolah adalah

selamat dan tidak akan mendatangkan apa-apa masalah pencemaran.

Selepas itu, barulah Kerajaan akan membuat keputusan terhadap tapak

yang paling sesuai untuk tujuan tersebut.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, sedarkah Yang

Berhormat Menteri bahawa orang ramai di daerah Sepang telahpun

mengadakan satu tunjuk perasaan mengenai daerah Sepang yang telah

dipilih sebagai tempat ataupun dikenalpasti untuk membuang toxin.

Adakah Yang Berhormat Menteri ini akan mengambilkira tunjuk perasaan

ini?

Page 129: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 129 -

Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze: Tuan Yang di-Pertua, saya

telah sebutkan tadi, barangkali Ahli Yang Berhormat itu tidak dengar

jawapan saya. Memanglah sebelum kita menetapkan kawasan tersebut

orang ramai adalah dikehendaki berjumpa dengan Ahli-ahli Yang

Berhormat. Saya rasa baiklah Yang Berhormat dengar jawapan saya

sehingga habis dahulu.

Tambahan lagi dengan adanya satu kemudahan yang lengkap bagi

perolahan sisi-sisa industri, ianya akan menarik lebih banyak lagi.

pelaburan asing ke negara kita dan seterusnya membangunkan lagi

ekonomi negara kita. Berkenaan dengan pembinaan tapak penyimpanan

atau residual repoaicory, ianya akan dibina menurut standard antara-

bangsa yang diterima supaya ianya tidak menyebabkan apa-apa pen-

cemaran kepada sumber air bawah tanah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli

Yang Berhormat di atas minat beliau terhadap perkara ini dan

teguran-teguran akan diambil perhatian oleh Kementerian Sains,

Teknologi dan Alam Sekitar, Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat

Menteri Pendidikan untuk memberi jawapan. Dipersilakan, Yang

Berhormat.

6.32 ptg.

Menteri Pendidikan [Tuan Anwar bin Ibrahim]: Tuan Yang

di-pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan

teguran terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan bidang

tugas di Kementerian Pendidikan. Sebelum itu, saya ingin melahirkan

Page 130: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 130 -

rasa dukacita dan pohon maaf kerana kedua-dua Timbalan Menteri

Pendidikan tidak hadir semasa soal-jawab tadi. Perkara ini akan

dibetulkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengemukakan masalah kemudahan

serta kelengkapan sekolah. Begitu ramai sekali Ahli-ahli Yang

Berhormat yang menyentuh perkara tersebut termasuk Ahli Yang

Berhormat Tuan Azman Atar, Tuan G. Rajoo, Tuan Ng Peng Hay, Tuan

Douglas Sullang, Puan Hajjah Rosnah, Tuan Chong Chi Siong, Tuan Lau

Keng Siong, Tuan Tan Chong Keng, Dato Chan Choong Tak dan Tuan C .

Krishnan. Pada tahun 1989 peruntukan untuk memperbaiki dan menye-

lenggarakan sekolah rendah ialah $13 juta dan penyelenggaraan

sekolah menengah $4 juta. Pada hemat Kementerian, kos penye-

lenggaraan ini sudah tinggi dan akan dilakukan mengikut peringkat

tertentu dan peruntukan akan ditambah dari tahun ke setahun.

Saya ingin juga menjelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

bahawa SRJK(T) dan SRJK(C) tidak semua mendapat status bantuan penuh

dan oleh yang demikian kedudukan status sekolah sama ada sekolah

Kerajaan, sekolah bantuan penuh dan bantuan modal memang diambil

kira tatkala Kerajaan memutuskan untuk memberikan peruntukan. Hal

ini dihubungkan juga dengan kedudukan tapak milik Kerajaan atau

gereja, estet, swasta atau orang perseorangan. Namun demikian

peruntukan bantuan modal bagi SRJK(C) dan SRJK(T) memanglah ditambah

dan dikeluarkan mengikut keupayaan Kementerian dan juga masalah yang

dianggap paling mendesak yang dihadapi oleh sekolah-sekolah

berkenaan. Ada cadangan yang dikemukakan un tuk menggantikan perabot

Page 131: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 131 -

kayu dengan perabot plastik, perkara ini terpaksa dikaji kerana

untuk setengah-setengah sekolah, perabot besi pun tidak mampu

disediakan kerana kayu pun pecah, plastik pun pecah, yang boleh kita

sediakan mungkin perabot besi sahaja. Tetapi perkara ini harus

diteliti oleh pihak Kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan supaya Kementerian membuat

bancian keperluan bilik darjah sekolah-sekolah di seluruh negara dan

memberi bantuan yang lebih seimbang, mamang baik kerana setakat ini

pun kita telah mempunyai data unjuran pelajar-pelajar mengikut

daerah, negeri dan kawasan dan perancangan pemetaan sekolah yang

dimaksudkan ini memberi gambaran tentang keperluan semasa dan

unjuran bilik darjah bagi tahun-tahun akan datang. Setakat ini

Kementerian berpuas hati dangan maklumat yang diperolehi, sebab itu-

lah perancangan sekarang diteliti dan sekolah-sekolah baru dilulus-

kan, projek-projek blok tambahan kelas diluluskan untuk memenuhi

keperluan yang mendesak sahaja.

Ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan kedudukan tapak

tanah milik Sekolah Menengah Jit Sin, Bukit Mertajam, perkara ini

telahpun diselesaikan akhirnya dan kelulusan telahpun dipohon dari.

Majlis Perbandaran dan sebaik sahaja perkara ini diselesaikan,

pembangunan Sekolah Menengah Jit Sin dapat dilancarkan. Kelewatan

ini sebenarnya bukan disebabkan oleh Jabatan Pendidikan, sebaliknya

tapak tanah yang diberikan itu telah menghadapi masalah dengan pihak

mahkamah

Mengenai pandangan Ahli-ahli Yang Berhorrnat tentang peruntukan

bagi luar bandar dan juga rumah-rumah guru, saya percaya perkara

Page 132: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 132 -

tidak dipertikaikan kerana peruntukan bagi sekolah-sekolah luar

bandar termasuk rumah guru dan asrama desa, memang ditambah dengan

jumlah yang agak besar.

Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Azman Atar, Tuan G. Rajoo dan

Puan Habidah telah membangkitkan mengenai kurikulum sekolah, kuri-

kulum sekolah harus menyeluruh sifatnya seperti mana termaktub dalam

Falsafah Pendidikan Negara bersesuaian dengan kurikulum baru sekolah

rendah dan juga kurikulum bersepadu sekolah menengah. Soal taat

setia dan kecintaan terhadap negara memang disusup di dalam beberapa

matapalajaran di peringkat rendah, pelajaran Alam dan Manusia dan

Sejarah di peringkat menengah. Ini termasuk juga Pendidikan Islam

dan Pendidikan Moral di peringkat menengah. Dakwaan Ahli Yang

Berhormat mengenai matapelajaran Bahasa Malaysia di SRJK(T) yang

tidak mencukupi, saya kira ini tidaklah benar kerana mengikut kajian

dalam UPSR nyata m u t u jawapan dan tingkat penguasaan Bahasa Malaysia

di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil lebih baik dari

penguasaan sebelumnya.

Cadangan mengenai peruntukan waktu sembahyang Zohor dan Asar

kepada murid-murid dalam disambut baik dalam KBSM, perkara ini

telahpun diselenggarakan sepenuhnya dan di peringkat rendah guru-

guru besar memang diarah untuk memberi kemudahan secukupnya.

Mengenai peperiksaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat Tuan Azman Atar, Dr. Chong Eng Leong, Tuan G. Rajoo, Tuan

Hamid Araby dan Tuan C. Krishnan, saya ingin menegaskan bahawa umum-

nya dalam UPSR keputusan-keputusan matapelajaran Bahasa Malaysia dan

bahasa Tamil yang dibangkitkan memang meningkat dibandingkan dengan

tahap pencapaian dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 sebelumnya.

Page 133: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 133 -

Kalau saya diizinkan untuk memberi maklumat tambahan, saya ingin

menjelaskan bahawa pada tahun 1986, peratus pencapaian Bahasa

Malaysia di sekolah-sekolah berkenaan ialah 17.2% berbanding dengan

54.2% dalam UPSR.

Soal kebocoran kertas Bahasa Malaysia 2 sedang dalam tindakan

mahkamah. Jadi, saya tidak bercadang untuk menambah maklumat selain

dari penangkapan 7 orang yang telah dibuat dan mereka ini telahpun

dihadapkan ke mahkamah. Laporan awal oleh Jawatankuasa yang

dibentuk di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Tan Sri

Awang Had Salleh telahpun dikemukakan dan saya jangka pada akhir

bulan Januari, mereka dapat bereskan sebahagian besar dari ker ja-

kerja dan laporan serta cadangan yang mahu dikemukakan untuk per-

timbangan Kementerian. Saya bercadang dengan tertakluk kepada

beberapa peraturan yang harus kita hormati untuk mendedahkan laporan

ini untuk makluman awam.

Mengenai cadangan untuk mencetak kertas soalan dalam negeri,

perkara ini haruslah diteliti dengan lebih mendalam. Pada peringkat

ini, peperiksaan UPSR dan SRP memang dicetak dalam negeri dan walau-

pun masalah kebocoran dibangkitkan baru-baru ini, kebocoran tidak

melibatkan peringkat pencemaran kertas-kertas SPM yang dibuat di

luar negeri. Jadi, perkara ini harus diteliti kerana kita harus

pastikan ratusan pekerja-pekerja di kilang akan dapat menyimpan

maklumat rahsia sepertimana yang dikehendaki.

Ahli-ahli Yang Berhormat Puan Ainon binti A r i f f i n , Tuan G.

Rajoo, Dr. Tan Chong Keng, Puan Hajjah Habidah, Tuan V.K. Sellapan,

Tuan Chong Chi Siong membangkitkan kedudukan perkhidmatan perguruan.

Saya akui bahawa memang ada beberapa kelemahan di awal tahun kerana

soal proses perlantikan dan pertukaran guru. Ratusan guru yang

Page 134: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 134 -

dikirimkan ke Sabah dan Sarawak merayu melalui Ahli-ahli Yang

Berhormat supaya tidak ditukar ke sana. Jadi, saya dapat jangka

sekolah-sekolah di Sarawak dan di Sabah akan mengalami masalah dan

selalunya rayuan itu dibuat pada peringkat akhir dan begitu jugalah

beberapa guru yang dikirim ke daerah-daerah di luar bandar. Kalau

desakan dan rayuan itu berkurangan, saya percaya masalah penempatan

guru juga, insya Allah, akan dapat diselesaikan.

Pertukaran guru ini berlaku atas banyak sebab dan kebetulan

dalam sistem sekarang Diploma Pendidikan dan guru-guru yang dilatih

di maktab perguruan tidak semua keluar pada bulan Oktober. Ada yang

keluar pada bulan Januari dan ada yang keluar pada bulan Mei. Jadi,

guru-guru ini akan dikirimkan ke sekolah-sekolah pada bulan-bulan

berikutnya dan tidak sama dengan sessi awal persekolahan.

Walau bagaimanapun, beberapa teguran lain mengenai masalah

kursus perguruan lepasan ijazah, latihan bagi guru siswazah untuk

memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan akan diambil perhatian

dan diteliti oleh pihak Kementerian.

Cadangan Ahli Yang Berhormat untuk melonggarkan syarat untuk

latihan menjadi guru tidak dapat diterima kerana ini akan menyebab-

kan mutu pendidikan kita kian merosot. Saya faham benar masalah

yang dihadapi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kerana saya yang

menanggung beban yang besar. Ribuan anak-anak dan adik-adik merayu

secara langsung dan melalui Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi kalau

kita ada pilihan, pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan yang

cukup baik dengan pelajar-pelajar atau pemohon yang mendapat

keputusan yang lemah, tentulah adil, munasabah, bijak kalau kita

berikan peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang

baik. Sebab itu bukan sahaja Kementerian akan t idak melonggarkan

syarat tetapi syarat ini akan diperketatkan sesuai dengan tahap dan

Page 135: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 135 -

mutu pendidikan kita yang meningkat. Saya menanggung beban, Tuan

Yang di-Pertua, oleh kerana keputusan yang begini yang nampaknya

kurang popular, tetapi kalau kita hendak mempertahankan mutu

pendidikan di negara kita, kita harus menjamin supaya mutu guru dari

masa ke semasa ditingkatkan dan kelayakan, latihan, disiplin di

maktab, komitmen dan dedikasi mereka haruslah ditingkatkan.

Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan masalah

kekurangan guru bahasa Tamil, bahasa Cina, Bahasa Melayu,. bahasa

Inggeris. Saya ingin menjelaskan bahawa jumlah guru-guru yang

dilatih untuk mengajar Bahasa Melayu adalah ditambah, bahasa

Inggeris ditambah, bahasa Cina ditambah dan juga bahasa Tamil. Kita

juga telah mengambil langkah untuk meningkatkan Program Latihan

Guru-guru termasuk bahasa Perancis dan bahasa Arab.

Ahli Yang Berhormat Puan Ainon binti A r i f f i n telah membangkit-

kan isu PIBG sekolah menggunakan murid-murid untuk memungut derma.

Saya menerima baik teguran beliau kerana kita telah mengeluarkan

arahan supaya pelajar-pelajar tidak dibebankan secara keterlaluan

dengan tugas ini, walaupun mereka dibenarkan dengan beberapa syarat

tertentu dan menggunakan garispanduan yang telah ditetapkan. Apa

yang berlaku dan saya percaya yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang

Berhomat ialah kerana beberapa sekolah mengambil langkah yang agak

keterlaluan dan hampir setiap bulan membebankan pelajar dan ibubapa

dengan urusan mengutip wang ini.

Yang Berhormat Puan Habidah binti Jusoh menimbulkan isu

mengenai Skim Pinjaman Buku Teks. Perkara ini telahpun saya umumkan

baru-baru ini. Percuma, semua ibu bapa ataupun pelajar dari

keluarga yang miskin atau pendapatan sederhana wajib diberikan buku

teks. Kerajaan menyediakan wang yang cukup untuk maksud tersebut

bahkan bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi te tapi merayu atas

Page 136: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 136 -

sebab-sebab tertentu umpamanya anak ramai, isteri ramai pun diberi

kelonggaran khas. [Ketawa] Jadi, oleh yang demikian, saya memberikan

teguran yang agak keras baru-baru ini bila saya dapati ada sekolah

yang agak lewat atau mempersulitkan proses penyerahan buku teks ini.

Buku-buku Tingkatan 6 ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan

Malaysia dari segi jenis bukunya tetapi saya ingin jelaskan bahawa

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) tidak melibatkan pelajar-pelajar

Tingkatan 6 mengikut dasar Kerajaan setakat ini, tetapi ada beberapa

jenis bantuan lain yang disediakan untuk membantu pelajar-pelajar

Tingkatan 6 yang memerlukan bantuan iaitu melalui beberapa

peruntukan biasiswa, dermasiswa dan lain-lain. Yang dibekalkan

hanyalah 5 naskah bagi tiap-tiap judul buku Tingkatan 6 yang

diperakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Berhubung dengan penggubalan Akta Pendidikan yang sedang

dirangka di peringkat akhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Dato Chan Choong Tak dan Yang Berhonnat Senator C. Krishnan.

Saya ingin menjelaskan bahawa prinsip-prinsip yang ternyata dalam

Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Laporan Kabinet 1979 akan

dipertahankan. Semangat dan cita-cita Dasar Pendidikan Kebangsaan

akan terus diberikan keutamaan. Kedudukan dan status sekolah-

sekolah yang diperakukan dalam laporan-laporan tersebut termasuk

Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan akan diberikan

keutamaan dan, dengan izin, character SRJK(C) dan SRJK(T) memang

dikekalkan. Begitu juga pengajaran bahasa-bahasa termasuk bahasa

Cina dan bahasa Tamil.

Page 137: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 137 -

Oleh yang demikian, saya fikir tak usahlah kita terlalu melahirkan

kebimbangan ini, dan kalau ada orang-orang tertentu yang membangkit-

kan kebimbangan termasuk pihak Pembangkang atau Pakatan acau

Perpaduan Ummah atau Semangat 46 dan yang lain-lain, kita tolong

jelaskan, kerana sebenamya dari segi pendidikan tidak perlu

dipolitikkan, dan mereka tidak punyai modal sama sekali untuk

menimbulkan perasaan curiga dan prasangka antara kaum.

Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee membangkitkan soal peruntukan

kewangan kepada sekolah OCAR, perkara ini belum diluluskan, kerana

Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan peruntukan khas bagi

melaksanakan KBSR dan KBSM, dan juga peruntukan tambahan bagi

sekolah-sekolah yang baru dibuka Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah.

Mengenai peruntukan pembangunan kepada sekolah juga telah

dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Douglas Sullang, Tuan

Ng Peng Hay dan Tuan Tan Chai Ho. Dan peruntukan sekolah seperti-

mana saya sebutkan telah disediakan sama ada bagi sekolah-sekolah

kebangsaan dan juga sekolah-sekolah bantuan modal, termasuk sekolah-

sekolah bantuan modal di Sarawak dan di Sabah, cuma bagi negeri-

negeri tersebut seperti juga beberapa negeri tertentu di

Semenanjung, peruntukan adalah lebih bagi membina sekolah baru,

bilik darjah, asrama, rumah guru dan sepertimana yang saya telah

jelaskan, peruntukan diberikan mengikut keperluan, sebab itulah bagi

peringkat menengah, peruntukan terbesar diberikan ke Sarawak,

Page 138: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 -138-

Sabah dan ketiga di Pahang.

Mengenai masalah yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat, di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jasin, telahpun

diluluskan peruntukan untuk SRJK(C) Jasin, SRJK(C) Sinwah, Durian

Tunggal dan SRJK(C) Jasin, Lalang. Tetapi ada beberapa kekeliruan

tentang nama sekolah, ada lain yang memohon yang belum diluluskan,

akan saya berikan perhatian segera.

Ahli Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah Jusoh dan Yang

Berhormat Tuan G. Rajoo menimbulkan soal dua skim. Saya akan meng-

adakan perjumpaan segera dengan Wakil-wakil Kesatuan untuk menjelas-

kan sebenarnya ada sedikit-sebanyak kekeliruan yang tidak harus

berbangkit. Dan saya fikir tidaklah cepat untuk dibebankan dengan

mana-mana Jabatan sama ada Jabatan Perkhidmatan Awam atau lain-lain,

kerana keputusan ini dibuat secara muafakat di antara Kementerian

Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Perbendaharaan dan

akhirnya dipersetujui bersama oleh Jemaah Menteri.

Tatacara pelaksanaan dua skim ini sepertimana saya sebutkan

tidak akan menjejaskan kedudukan Guru Besar dan Pengetua yang sedia

ada, walaupun mereka tidak mencukupi dari segi kelayakan baru yang

ditetapkan, tetapi kursus-kursus haruslah diadakan.

Sekarang ini ada guru-guru yang mereka rasa bimbang kerana kita

perkenalkan lebih banyak kursus, kalau guru telah lama mengajar, 5

tahun atau 10 tahun, maka tidak ada salahnya mengapa mereka

dipanggil semula ke Maktab atau Institut Aminuddin Baki dan lain-

lain, dan diberi kursus tambahan dua minggu, a tau tiga bulan, bahkan

enam bulan.

Page 139: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 139 -

Saya kira kalau hendak kita jamin mutu pendidikan kursus-kursus

ini penting sama ada kita laksanakan dua skim atau tidak. Isu

berkaitan dengan biasiawa dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim dan Puan Hajjah

Rosnah binti Haji Mohd. Salleh, peruntukan untuk biasiswa ini memang

ditambah, tetapi jumlah pelajar yang mengambil keputusan untuk

menuntut di luar negeri juga bertambah, dan ini menyebabkan beban

kepada Kerajaan, meningkat jauh lebih tinggi dan oleh yang demikian,

kita tidak dapat menampung permohonan semua pelajar-pelajar yang

menuntut di luar negeri.

Saya menerima baik teguran bahawa kaedah pembayaran harus

diperbaiki, dan kelewatan tidak boleh dimaafkan dan saya akan

memberikan perhatian wajar untuk mengemaskini rekod pelajar dan juga

kaedah pembayaran kepada pelajar. Yang tidak dapat kita nafikan

ialah kalau kita terlalu efficient dalam pembayaran ini, kita akan

bayar kepada pelajar-pelajar yang sudahpun berangkat pulang. Ini

berlaku, cuma pelajar-pelajar yang dia dapat lebih, dia tidak

maklumkan, yang dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ini yang

dapat lewat sedikit.

Ahli Yang Berhormat Tuan G. Rajoo telah menyentuh tentang mata-

pelajaran bahasa ibunda, saya telah jelaskan perkara ini.

Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah Jusoh membangkitkan soal

cadangan mengambilalih sekolah agama negeri oleh Kementerian

Pendidikan. Cadangan ini baik tetapi ini urusan Kerajaan Negeri dan

bidangkuasa Jabatan Agama atau Yayasan Islam, jadi saya fikir elok-

lah diteliti bersama oleh Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan.

Sementara itu bantuan geran pekapita, bantuan pembangunan terbatas,

bantuan guru memang diberikan kepada beberapa sekolah tertentu

mengikut permohonan yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri.

Page 140: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 140 -

Isu siswazah menganggur telah dikemukakan oleh Yang Berhormat

Tuan C. Krishnan, Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng dan saya juga

menerima baik cadangan pertamanya kita ubahsuai beberapa kurikulum

pendidikan, mengambilkira keperluan negara.

Saya mengeluarkun arahan baru-baru ini kepada universiti-

universiti supaya ubahsuai kurikulum Sains Komputer supaya yang

mendapat sijil dapat diterima di sektor swasta. Masalah ini masih

lagi serius dan kita cuba mengambil beberapa langkah, melatih semula

menjemput kalangan sektor swasta dan lain-lain untuk membantu.

Saya memberi juga teguran bahawa ada juga di kalangan siswazah

menganggur yang memilih kerja dan kita ada bukti dan maklumat

berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh MIER dengan

nama penganggur, nama syarikat, jumlah upah yang diberikan dan meng-

apa mereka menolak perlawaan tersebut.

Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng menimbulkan isu bahasa asing

yang lebih diutamakan daripada bahasa Cina dan Tamil. Saya rasa

perkara ini tidak relevant sekali. Kedudukan bahasa Inggeris memang

diterima sebagai bahasa kedua dan diajar kepada semua pelajar, dan

ini pelaksanaan dasar bahasa Inggeris tidak mengorbankan kedudukan

bahasa Melayu, yang memang diberikan keutamaan dan tidak juga

mengurangkan kepentingan bahasa Cina dari bahasa Tamil bagi pelajar-

pelajar yang memilih untuk belajar matapelajaran tersebut. T e t a p i

oleh kerana kita sedang menuju ke dekad yang baru, kedudukan

beberapa bahasa lain, bahasa Jepun, bahasa Arab, bahasa Peranchis

memang diberikan keutamaan.

Page 141: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 141 -

Yang Berhormat Haji Ibrahim Ujang membangkitan soal tulisan

Jawi dan memang benar bahawa dalam KBSM, perkara ini diberikan

penekanan dan dalam kajian semula pelaksanaan KBSR kedudukan

tulisan Jawi akan diperkukuhkan.

Ada cadangan awal yang telah dibuat supaya tulisan Jawi diajar

tidak diperingkat tahap kedua atau Darjah 3, tetapi diajar lebih

awal dan diberikan waktu latihan yang lebih banyak, dan beberapa

kursus dan latihan khas bagi guru-guru termasuk peningkatan

pengajian Al-Quran juga telah disediakan. Saya akui pelaksanaannya

itu belum begitu memuaskan dan dalam cadangan untuk pelaksaaaan di

KBSR memang perkara ini telah dicatat sebagai salah satu program

penting.

Isu tender makanan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan

Douglas Sullang. Isu tender ini sebenarnya dibuat oleh kontrak

pusat secara rundingan dan kelulusan dengan Kementerian Kewangan.

Jadi tidak banyak yang diputuskan di peringkat Jabatatan.

Saya hanya boleh memberikan jaminan bahawa soal bekal ayam gred

A, gred B dan lain-lain ini diputuskan mengikut prosedur yang biasa

dan kalau ada bantahan atau teguran secara spesifik mengenai

kelalaian atau kecuaian, perkara ini akan diteliti dan diambil

tindakan.

Page 142: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -142-

Soal sekolah satu sidang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Habidah Jusoh dan Dato Chan Choong Tak kerana memang kita mahu

sekolah-sekolah kalau boleh keseluruhannya menjadi satu sidang.

Buat masa ini hampir 86% sekolah rendah ialah satu sidang dan hampir

50% sekolah menengah satu sidang sepenuhnya. Yang lain itu ditambah

sama ada 5% waktu petang atau 50% waktu petang atau 51% waktu petang

dua sessi, tetapi pelaksanaannya tentulah memakan masa sedikit.

Penubuhan sekolah swasta ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan

Chong Chi Siong dan Dato Chan Choong Tak. Memang dari segi dasarnya

kita beri galakan dan dalam cadangan pindaan Akta Pendidikan kita

mahu letakkan syarat supaya institusi swasta mengambil kira Dasar

Pendidikan Negara, menetapkan bahasa Melayu sebagai salah satu

bahasa yang diajar dan Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan

Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.

Yang Berhormat Tuan C. Krishnan membangkitkan soal kajian

semula sistem pendidikan. Saya ingin memberi jaminan bahawa Akta

Pendidikan tidak akan lari atau berganjak dari prinsip dan falsafah

pendidikan yang ditetapkan.

Yang Berhormat Tuan V.K. Sellappan mencadangkan supaya lebih

banyak Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional didirikan dan memang

dalam Rancangan Malaysia Keenam 12 buah lagi SMV didirikan, beberapa

bidang baru seperti kejuruteraan elektrik, kejenteraan, teknologi,

kejuruteraan dan lain-lain diperkenalkan, beberapa politeknik baru

juga akan diwujudkan dan dalam proses pembinaan sekarang

Page 143: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.39 -143-

Ahli-ahli Yang Berhormat nampaknya begitu baik hati kerana

mengucapkan tahniah, kepada saya yang dilantik sebagai Presiden

UNESCO dan saya akui bahawa kesempatan ini adalah oleh kerana kita

mewarisi satu sistem dan pendidikan yang baik, yang dilaksanakan

oleh guru-guru kita selama ini dan juga oleh pimpinan Kementerian

dan pimpinan negara kita dan tentunya kerana kebijaksanaan Ahli-ahli

Yang Berhormat mengingatkan kami dan memberi teguran supaya diper-

baiki prestasi.

Saya juga ucapkan terima kasih kerana sokongan terhadap

tindakan yang tegas terhadap orang-orang yang terlibat dalam kes

kebocoran kertas peperiksaan baru-baru ini. Saya pohon maaf kerana

walaupun saya cuba menjawab semua perkara yang dibangkitkan, ada

beberapa perkara kecil lain yang disentuh mengenai 15-16 kes yang

tidak dapat saya sentuh satu persatu, walau bagaimanapun perkara-

perkara ini akan diberikan perhatian. Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberi

jawapan. Dipersilakan.

7.04 mlm.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Haji

Hussein bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang pengetahuan saya

inilah kali pertama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

diberi perhatian yang begitu bersungguh-sungguh oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Saya bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatat

Page 144: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12 .89 . -144-

mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi

terima kasih di atas keikhlasan, kesungguhan, kejujuran dan memberi

teguran-teguran yang membina kepada Kementerian ini agar segala

aktiviti Kementerian ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada

rakyat dan negara. Lebih-lebih lagi saya mengucapkan terima kasih

kepada saudara-saudara Ahli Yang Berhormat sahabat-sahabat saya

Saudara Azman Atar, Saudara V.K. Sellappan, Saudara Rajoo, Saudara

Chong Chi Siong, Saudara Lim Heng Tee, Saudara Tiong Hiew King,

Saudari Ainon Ariffin, Saudari Salbiah binti Mohd. Akim.

Oleh kerana berkebetulan esok Ahli-ahli Yang Berhormat akan

berkunjung ke Kementerian saya untuk mendengar satu taklimat, maka

saya pohon persetujuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat apa kiranya

17 helai jawapan saya ini akan saya edarkan kepada setiap Ahli Yang

Berhormat yang akan ke Kementerian saya esok.

Di samping itu saya mohon keizinan daripada Tuan Yang di-Pertua

agar dapat saya membentangkan di meja mesyuarat ini pada petang eaok

segala jawapan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesungguhnya teguran-teguran daripada

Ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadi inspirasi kepada Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mencapai matlamat dan hasrat

Ahli-ahli Yang Berhormat bagi kepentingan rakyat dan negara. Terima

kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga,

Telekom dan Pos, dipersilakan.

7.05 mlm.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Tuan Abdul Ghani bin

Othman]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil

Page 145: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -145-

kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada dua Ahli Yang

Berhormat yang telah membangkitkan teguran berkenaan dengan

Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay telah

membangkitkan masalah berkenaan elektrik yang terganggu di Dewan ini

pada 21 Disember, 1989. Gangguan bekalan elektrik tersebut adalah

akibat kerosakan kabel voltan tinggi 132 kv yang membekal kuasa

daripada pencawang di Bukit Damansara ke pencawang di Jalan Dang

Wangi yang seterusnya memberi bekalan kepada Banguaan Parlimen

melalui pencawang-pencawang lain. Bekalan telah dipulihkan melalui

saluran yang lain.

Mengenai soalan mengadakan seorang Jurutera Lembaga Letrik

Negara bertugas, adalah menjadi amalan mengadakan satu pasukan kaki-

tangan LLN lengkap dengan alat hubungan untuk mengalih bekalan dari-

pada punca lain jika berlaku kerosakan dengan tujuan mengurangkan

tempoh gangguan. Atas cadangan mempastikan supaya bekalan elektrik

pada setiap masa tidak akan diganggu, ini hanya dapat dilaksanakan

secara mengadakan standby diesel set, dengan izin, yang membekalkan

sistem yang tidak terputus.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah gangguan bekalan

elektrik di Sepang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

V.K. Sellappan, bcberapa projek memperbaiki sistem elektrik telah

dijalankan di daerah Sepang untuk mengatasi masalah tersebut. Di

antara kawasan yang telah diperbaiki adalah di kawasan Sungai Pelek

dan juga bandar Sepang. Langkah yang diambil termasuk menubuhkan

keupayaan alatubah di Sungai Pelek dan menanam kabel bawah tanah

yang baru sebagai tambahan kepada kabel yang sedia ada. Dengan

terlaksananya projek ini gangguan elektrik didapati berkurangan.

Page 146: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -146-

Untuk projek memperbaiki sistem akan datang, kawasan yang telah

dikenalpasti adalah di kawasan Bukit Bangkong dan juga Kampung Batu

Satu, Sepang. Projek ini akan dijalankan berperingkat-peringkat di

mana sebuah pencawang elektrik akan ditubuhkan di Bukit Bangkong.

Ianya dijangka dapat dimulatugaskan pada pertengahan tahun 1990 dan

untuk Kampung Batu Satu, Sepang pula gangguan bekalan berpunca dari-

pada dahan-dahan pokok yang telah tersentuh kepada talian salur atas

dan kerja-kerja untuk mencantas dahan-dahan pokok di kawasan itu

dijadualkan pada bulan Januari 1990.

Untuk langkah masa panjang, sebuah pencawang utama yang

dicadangkan di Tanjung Rhu pada pertengahan tahun 1990 diharapkan

dapat memperkukuhkan lagi bekalan di daerah Sepang. Projek ini

telah tertangguh tarikh pelancarannya disebabkan tawaran kontrak

baru terpaksa dipanggil oleh kerana kontraktor asal telah dibatalkan

kontraknya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen

Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

7.08 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan

Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, saya

bangun mohon. izin untuk memberi sedikit penjelasan dan penerangan di

atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat di sepanjang perbahasan atas dasar am Belanjawan 1990

iaitu yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan

Wilayah.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih terhadap

pandangan-pandangan, komen-komen, teguran-teguran dan sebagainya

yang telah diberikan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat

tegasnya dua orang, terhadap penglibatan agensi-agensi di bawah

Kementerian saya dalam pembangunan di negeri Sabah dan Sarawak

semasa membahaskan dasar Belanjawan 1990 di Dewan yang mulia ini.

Page 147: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 147 -

Mula-mula sekali ialah Senator Dr. Chong Eng Leong yang telah

menyarankan agar FELDA dapat meluaskan lagi operasinya ke beberapa

daerah di Sabah supaya ramai lagi rakyat Sabah dapat menyertai sekim

FELDA ini. Disamping itu beliau juga meminta supaya publisiti

mengenai pembukaan tanah ini hendaklah dipertingkatkan memandangkan

setakat ini sambutan dari masyarakat kaum Cina tidak begitu memuas-

kan dan di mana mungkin Kementerian harus menyatakan faedah-faedah

dan kebaikan-kebaikan mengenai pembukaan skim FELDA ini.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Rancangan Tanah FELDA di

Sabah, sukacita saya memaklumkan di sini, kemajuan yang telah

dicapai setakat ini iaitu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima

sejumlah $187.51 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan projek-

projek FELDA di negeri Sabah. Sehingga sekarang sebanyak 51 buah

rancangan sama ada sudah ataupun sedang dibuka di Sabah dengan

keluasan seluas 90,050 hektar. Kesemua rancangan ini terletak di

Residensi Tawau. Jumlah peneroka yang telah ditempatkan ialah

seramai 956 orang di 7 buah rancangan. Sebahagian besar dari

peneroka-peneroka ini terdiri dari kaum bumiputera Sabah.

Dari segi tanaman pula sebahagian besar rancangan ini ditanam

dengan kelapa sawit kerana sesuainya tanah dan juga tanaman ini

memberi keuntungan yang lebih baik dibandingkan dengan tanaman-

tanaman lain. Selain daripada kelapa sawit, FELDA juga ada menanam

koko dan kopi.

Daripada seluas 86,664 hektar kawasan pertanian yang telah

ataupun yang sedang dibuka ataupun yang dimajukan, seluas 75,352

hektar ditanam dengan sawit, 9,126 hektar koko, 806 hektar kopi dan

1,378 hektar merupakan campuran antara sawit dan koko.

Page 148: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN 26.12.89 - 148 -

Menyentuh mengenai pengambilan peserta-peserta dalam Rancangan

Tanah FELDA di Sabah; sukacita saya memaklumkan bahawa pemilihan

adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah sendiri. Permohonan bagi

menyertai rancangan ini terbuka kepada semua kaum asalkan mereka

memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan seperti tubuh badan

mesti sihat, belum ada tanah dan tidak mempunyai pendapatan yang

tinggi ataupun yang dianggap tidak lumayan. Karajaan Negeri telah

memberikan publisit yang luas dan cukup kepada rakyat Negeri Sabah

untuk membuat permohonan bagi menyertai rancangan-rancangan FELDA.

Publisiti ataupun seranta ataupun iklan bagi menarik orang ramai

dibuat melalui pengumuman siaran radio tempatan menerusi Pegawai-

pegawai Daerah, Pegawai-pegawai Kemajuan Rakyat dan ceramah-ceramah

yang diberikan oleh Pegawai-pegawai FELDA sendiri, rakyat juga telah

dimaklumkan mengenai faedah-faedah yang akan didapati jika mereka

dipilih menyertai rancangan-rancangan FELDA.

Sehingga bulan November, 1989 Kerajaan Sabah telahpun menerima

sebanyak 3,358 permohonan untuk menjadi peneroka. Semua permohonan

daripada kaum Cina tidaklah begitu menggalakkan ataupun tidak mem-

buktikan bahawa apa yang kita usahakan untuk menarik minat mereka

menjadi pemohon-pemohon rancangan FELDA tidaklah begitu berkesan,

jika dit injau dari reaksi permohonan yang mereka lanjutkan kepada

pihak FELDA. Pada masa sekarang terdapat seramai 526 calon yang

masih dalam senarai menunggu.

Mengenai rancangan pembukaan tanah baru FELDA di negeri Sabah,

FELDA merancang untuk memajukan seluas 15,282 hektar dalam tempoh

Rancangan Malaysia Keenam. Kesemua kawasan ini adalah di dalam

Residensi Tawau, seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi.

Page 149: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 149 -

Beralih kepada ulasan dan komen Yang Berhormat Senator Tuan

Tiong Hiew King yang telah menyarankan supaya FELDA dapat memper-

tingkatkan lagi peranannya untuk pembukaan tanah di-Sarawak, ter-

utamanya di kawasan pendalaman di mana penduduknya adalah masih di

bawah paras kemiskinan, dan di dalam perkara ini beliau mengesyorkan

agar RISDA juga selain dari FELDA memainkan peranan membantu tanaman

semula getah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan rancangan tanah FELDA

di Sarawak, suka saya jelaskan bahawa di dalam Rancangan Malaysia

Kelima Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $12.35 juta untuk

rancangan tanah FELDA di negeri Sarawak. Sehingga sekarang sebanyak

5 buah rancangan telahpun dibuka iaitu rancangan-rancangan yang

meliputi kawasan seluas 6,773 hektar. Setakat ini belum ada

peneroka-peneroka yang ditempatkan di rancangan FELDA di negeri

Sarawak bagi tempuh 1990 hingga 1991 seluas 5,033 hektar dijangka

akan dimajukan di negeri Sarawak yang meliputi 4 buah rancangan

iaitu di Sempadi 4 hingga Sempadi 7 dalam Daerah Lundu.

Untuk makluman Yang Berhormat; Senator, agensi RISDA tidak

menjalankan operasinya di Sarawak. Bagi melaksanakan program tanam

semula, agensi yang dipertanggungjawabkan di negeri Sarawak ialah

Jabatan Pertanian Negeri Sarawak. Bagaimanapun, Jabatan ini

menerima sebahagian daripada peruntukan pembangunannya dari Kerajaan

Persekutuan yang disalurkan melalui Kementerian ini iaitu Kemen-

terian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Dalam Rancangan

Malaysia Kelima jumlah peruntukkan yang telah diluluskan oleh

Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak $2.96 juta. Program-program

utama yang dijalankan dari segi penanaman getah terdiri dari program

Page 150: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 150 -

tanam semula, program tanah baru dan pusat memproses berkelompok.

Antara tahun 1970 hingga ke akhir tahun 1990 dijangkakan seluas

kira-kira 39,800 ekar tanah akan ditanam semula dengan getah di

Sarawak. Bagi program pemuliah tanah pula, fungsi ini dijalankan

oleh sebuah badan yang bernama Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah

Sarawak atau singkatnya FALCRA iaitu agensi Kerajaan Negeri yang

memainkan peranan yang sama seperti FELCRA di Semenanjung Malaysia.

Ajensi ini iaitu FELCRA juga menerima sebahagian daripada peruntukan

pembangunannya dari Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui

Kementerian ini juga.

Page 151: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -151-

Dalam Rancangan Malaysia Kelima, jumlah peruntukan pembangunan

yang talah diluluskan ialah sebanyak $28,55 juta. Program-program

utama yang dijalankan oleh agensi ini adalah terdiri daripada - saya

namakan - Program Tanaman Koko dan Program Tanaman Kelapa Sawit.

Sehingga sekarang ini sebanyak 7 skim pembangunan tanah yang luasnya

10,862 hektar telah dimajukan dan telah memberi faedah kepada lebih

4,500 keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya didapati melalui

projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi yang

saya sebutkan sebentar tadi sebahagian penduduk-penduduk luar bandar

di Negeri Sabah dan Sarawak telah dapat menikmati faedah daripada

rancangan-rancangan pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan. Bagi

mereka yang menyertai program-program pembangunan tersebut, didapati

taraf pendapatan dan taraf hidup mereka telah bertambah baik jika

dibandingkan sebelum mereka menyertai rancangan-rancangan tersebut,

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja sedikit penjelasan dan,

penerangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan

beberapa perkara di sepanjang perbahasan atas Dasar-dasar Am

Belanjawan 1990 yang menyentuh Kementerian Kemajuan Tanah dan

Kemajuan Wilayah. Mengenai dengan syor-syor dan teguran-teguran

dari Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang juga dibangkitkan se-

cara sepintas lalu atau secara kiasan sahaja di sepanjang perbahasan

Page 152: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.39 - 152 -

ini, insya Allah, segala saranan-saranan itu akan diberi perhatian

dan yang mana difikirkan sesuai akan dipartimbangkan dan seterusnya

dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan

Menteri Pengangkutan.

7.22 mlm.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajjah Zaleha binti

Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah memberikan pandangan-pandangan, teguran-teguran

dan syor-syor mengenai perkara-perkara yang tertentu di bawah

bidangkuasa Kementerian Pengangkutan.

Sukalah saya menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa segala

pandangan, teguran dan syor itu akan dikaji dengan teliti dan di-

berikan pertimbangan yang saksama oleh Kementerian Pengangkutan.

Sukacita saya memberi penjelaaan dan jawapan kepada perkara-perkara

yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee telah mencadangkan supaya open

sky policy , dengan izin, diamalkan khususnya di Lapangan Terbang

Antarabangsa Pulau Pinang. Sepertimana yang kerap dan pernah saya

nyatakan dalam Sidang-sidang Parlimen yang lepas, sebenarnya

Kerajaan telahpun mengamalkan dasar terbuka ataupun, dengan izin,

open sky policy bagi tujuan menggalakkan penerbangan-penerbangan

sewa khas (inclusive tour charters) ke Malaysia. Di bawah dasar

ini syarikat-syarikat penerbangan asing boleh memohon untuk

mengadakan penerbangan-penerbangan sewa khas bercorak inclusive

Cour charters , dengan izin, dari negara-negara asing ke

tempat-tempat di Malaysia termasuklah Pulau Pinang.

Page 153: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 153 -

Berhubung dengan Lapangan, Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

yang kurang penggunaannya, sukalah saya memaklumkan bahawa Kerajaan

sememangnya menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan asing

mengadakan perkhidmatan melalui pintu masuk seperti Pulau Pinang,

Kota Kinabalu dan Kuching selain daripada Kuala Lumpur. Di dalam

rundingan-rundingan adam, Kementerian Pengangkutan sememangnya

menawarkan hak pendaratan untuk membolehkan syarikat-syarikat

penerbangan asing mengadakan perkhidmatan kesemua tempat tersebut

Terpulanglah kepada syarikat-syarikat penerbangan asing tersebut

uatuk membuat keputusan sama ada hendak mengadakan penerbangan

ke tempat-tempat yang ditawarkan oleh Malaysia selapas mereka

mengambil kira dari segi economic viability , dengan izin, dan

kedudukan trafik di mana berkenaan.

Mengenai keistimewaan yang diberikan oleh MAS kepada

kakitangannya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

V.K. Sellappan, Kementerian Pengangkutan akan menyiasat dakwaan

seorang Ahli Parlimen telah menyalahgunakan keistimewaan itu

Panyiasatan ini akan mengambil masa oleh sebab kes-kes yang

disebutkan dikatakan berlaku antara tahun, 1980 hingga 1982.

Mengenai perkara pengeluaran lesen untuk kereta mini van yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Douglas Sullang Anak Ganda,

ingin saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa perkara

tersebut adalah di bawah bidangkuasa Kementerian Perusahaan Awam.

Kementerian Pengangkutan akan menyampaikan kepada Kementerian

Perusahaan Awam ulasan Yang Berhormat Senator itu untuk makluman dan

pertimbangan.

Page 154: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -154-

Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim telah

membangkitkan mengenai keadaan di Terminal 2 yang mana baru-baru ini

telah digunakan untuk operasi penerbangan dalam negeri. Beliau

secara khusus telah menyentuh tentang keadaan yang penuh sesak dalam

bas semasa hendak menaiki pesawat dan seterusnya bertanya sama ada.

Terminal 2 akan digunakan untuk sementara sahaja ataupun

selama-lamanya.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaaa Terminal 2 untuk operasi

penerbangan dalam negari bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang

dialami di Terminal 1 sebelum ini. Seperti Yang Berhormat sedia

maklum, pada masa-masa yang tertentu di bangunan Terminal 1

khususnya di Dataran Awam, masalah kesesakan agak teruk. Masalah-

ini jika tidak diatasi akan menimbulkan masalah kurang selesa di

kalangan orang awam khususnya penumpang-penumpang. yang menggunakan

Terminal 1. Oleh yang demikian, bagi menjamin keselesaan kepada

penumpang-penumpang lebih-lebih lagi memandangkan lebih ramai lagi

penumpang dan pelawat akan mengunjungi negara ini melalui

Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Kerajaan memutuskan supaya

bangunan Terminal 2 yang sebelum ini pernah digunakan, digunakan

semula untuk operasi dalam negeri. Mengasingkan Terminal Dalam

Negeri dari Terminal Antarabangsa adalah amalan biasa di mana

negara-negara yang mendapati Terminalnya telah sesak. Ada di

antaranya yang terletak jauh berbatu-batu di antara kedua-dua

Terminal iaitu Antarabangsa dan Dalam Negeri. Berkaitan dengan

masalah kesesakan di dalam bas yang mengangkut penumpang dari

Page 155: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -155-

Terminal 2 ke pesawat, pcrkara ini akan diambil perhatian dan pihak

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan diminta untuk mempastikan

supaya bas-bas yang digunakan untuk mengangkut penumpang itu selesa

dan tidak sesak.

Berkaitan dengan persoalan sama ada bangunan Terminal 2 akan

disunakan sementara ataupan selama-lamanya, sukacita dimaklumkan

kepada Yang Berhormat bahawa langkah manggunakan Terminal 2 adalah

langkah untuk selama-lamanya sehingga satu kaputusan lain dibuat

pada masa yang akan datang. Mana-mana kemudahan yang belum

memuaskan, kemudahan-kemudahan ini akan ditingkatkan.

Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay telah telah meminta Karajaan

menyediakan peruntukan untuk membesarkan Lapangan Terbang Batu

Berendam, Melaka. Sakacita dimaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat

bahawa buat masa ini Lapangan Terbang Batu Berendam yang sedia ada

berupaya untuk mengendalikan pertambuhan trafik penumpang dalam

beberapa tahun yang akan datang ini. Oleh yang demikian, Kerajaan

tidak ada cadangan untuk membesarkan Lapangan Terbang Batu Berendam.

Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya mengakhiri jawapan saya ini

dengan mengucapkan ribuan terima kasih sekali kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah memberikan teguran dan pandangan yang bernas

dan membina. Kepada teguran, pandangan dan cadangan yang tidak

termasuk dalam jawapan saya ini, saya ingin menegaskan bahawa

kesemua teguran dan syor itu telah diambil ingatan dan akan diberi

pertimbangan yang serius oleh Kementerian Pangangkutan. Terima

kasih.

Tuan Yang diPertua: Dipersilakan Setiausaha Parlimen

Kementerian Penerangan.

Page 156: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.1-2.89 -156-

7.28 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Dato' Haji Ahmad

Dusuki bin Haji Abmad]: Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan

mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 1990, beberapa perkara di-

sentuh tentang Kementerian Ini. Saya mohon untuk memberi jawapan

secara am sahaja mengenai perkara-perkara yang telah disentuh.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan-soalan Yang Berhormat Puan

Val1i Muthusamy dan Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariff in ,

mengenai siaran Laporan Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara,

Kementerian setakat hari ini tidak ada rancangan untuk menyiarkan

secara langsung Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Walau

bagaimanapun, RTM telahpun dari masa ke semasa ada membuat siaran

secara langsung mengenai perkara-perkara atau isu-isu penting yang

dibentangkan dalam Dewan Rakyat seperti pembentangan Belanjawan

tahunan di samping membuat laporan khas berhubung dengan isu-isu

penting untuk ditonton oleh rakyat

Mengenai rancangan Laporan Parlimen, Kementerian terpaksa mem-

batalkan rancangan itu hari ini kerana menurut kajian yang telah di-

jalankan bahawa penonton rancangan tersebut adalah tidak ramai dan

tidak banyak memberi kesan ..........

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf se-

kejap. Saya menjemput Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon untuk

mempengerusikan Majlis. Yang Berhormat boleh menyambung selepas

itu.

Page 157: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -157-

[Dato' Tan Peng Khoon, mempengerusikan Mesyuarat]

Dato' Tan Peng Khoon: Yang Berhormat boleh sambung.

Dato' Haji Ahmad Dasuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua,

oleh yang demikian kandungan laporan. tersebut dimasukkan di dalam

Berita Perdana Televisyen. yang disiarkan pada dua saluran secara

serentak, dengan demikian ini memberi kesan yang menyeluruh dan

meluas kerana Berita Perdana TV Saluran 1 dan 2 menpunyai penonton

yang ramai, iaitu kira-kira 2.4 juta, namun, demikian Radio masih

tetap mengekalkan Laporan Parlimen itu sebagaimana biasa.

Berhubung dengan penggunaan bahasa baku, amalan itu sudahpun

dimulakan melalui Radio dan Televisyen, khususnya dalam ucapan seni

kata lagu dan nyanyian dan juga dalam mengucapkan istilah-istilah

yang sedia dan diucapkan oleh orang ramai dalam bentuk baku seperti

infrastruktur, industri dan hospital. Pihak RTM akan terus

menggunakan cara penyebutan baku itu secara beransur-ansur dan

berperingkat-peringkat supaya ianya tidak menjadi janggal kepada

pendengaran orang ramai dan pemahaman mereka tidak terjejas

memandangkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang menggunakan

sebutan yang lazim. Dalam hal ini haruslah diingat bahawa tugas

Kementerian Penerangan, khususuya RTM adalah untuk mewujudkan

komunikasi yang jelas dan tepat dengan rakyat dan oleh yang demikian

RTM perlulah menggunakan sebutan yang lazim yang digunakan oleh

orang ramai, malah bagi radio-radio tempatan sebutan dalam loghat

tempatan juga adalah diizinkan di mana amalan tersebut dapat

menambah pemaharaan dan penerimaan mesej yang hendak disampaikan.

Page 158: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -158-

Mengenai siaran radio semua rancangan termasuk rancangan-

rancangan hiburan, majalah dan, lain-lain, semuanya adalah bercorak

nasional.

Berhubung dengan pertukaran nama rangkaian-rangkaian tersebut

adalah supaya siaran dalam bahasa ibunda sesuatu kaum tidak dikenali

dengan waras dan kita tidak mahu timbulnya salah anggap bahawa

mengenal kaum menurut warna dan juga mengelak salah anggap bahawa

hanya Rangkaian. Satu sahaja yang bercorak nasional. Isi kandungan

rancangan-rancangan tersebut sentiasa diperbaiki supaya ianya

bercorak nasional dan supaya di samping memberi hiburan dan

pendidikan siaran-siaran radio juga menanamkan semangat rasa cinta

negara dan membangun serta meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat

yang berbilang kaum.

Mengenai perkara yang berkaitan dengan siaran Berita Mandarin

dan Tamil oleh TV3 yang disentuh oleh Yang Berhormat Ng Peng Hay,

TV3 merupakan sebuah badan siaran swasta dan terpulanglah kepada

stesen tersebut menentukan rancangan-rancangan yang hendak disiarkan

olehnya. Kementerian hanya boleh menasihatinya dari segi isi

kandungan siaran-siaran sesuai dengan Akta Penyiaran 1988. Walau

bagaimanapun, Kementerian ini akan berusaha untuk membawa perkara

yang disentuh kepada pihak TV3 untuk pertimbangan mereka.

Mengenai perkara-perkara lain yang saya tidak dapat menjawab di

sini, Kementerian ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Akhirnya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli

Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan teguran kepada

Kementerian Penerangan. Pandangan-pandangan dan teguran ini sudah

tentu dapat membantu Kementerian dalam menjalankan tugasnya dengan

lebih berkesan. Terima kasih.

Page 159: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

N.26.12.89 -159-

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya jemput Kementerian.

Kebudayaan dan Pelancongan

7.34 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

[Tuan Abdul Baman bin Suliman]: Tuan Yaug di-Pertua, terlebih dahulu

saya ingin mengucapkan terima kasih- kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah mengambil bahagian di dalam perbahaaan atas dasar am

Belanjawan 1990 di Dewan Negara dan telah memberi cadangan, pendapat

serta teguran-teguran yang membina terhadap isu-isu yang berkaitan

dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Tuan, Yang di-Pertua, yang berhormat Senator Tiong Hiew King

telah menyentuh, mengenai kurangnya publisiti mengenai

tarikan-tarikan pelancongan yang terdapat di Negeri Sarawak kepada

pelancong-pelancong. Sukalah saya menyatakan di sini bahawa

Kementerian memang berusaha memperkenalkan segala tarikan-tarikan

pelancong yang terdapat di semua negeri-negeri di dalam Malaysia

kepada, pelancong-pelancong di luar negeri, termasuk juga

tarikan-tarikan pelancong yang terdapat di Sarawak melalui

risalah—risalah, filem-filem dan bahan-bahan penggalakan pelancongan

yang diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia.

Malahan sempena dengan program Tahun Melawat Malaysia ini beberapa

acara menarik, yang akan diadakan di Sarawak pada tahun 1990 telah

dimasukkan di dalam kalendar aturcara Tahun Melawat Malaysia 1990

yang diedarkan di beberapa negara dalam beberapa bahasa. Di samping

itu, Negeri Sarawak sendiri juga ada memasarkan produk-produk

pelancongan melalui rangkaian hubungan hotel melalui penghantaran

rombongan-rombongan kebudayaan ke negara-negara asing, pita video,

penulis kembara dan berbagai-bagai cara pengiklanan yang lain.

Page 160: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -160-

Yang Berhormat Senator G. Rajoo mencadangkan supaya publisiti

Tahun Melawat Malaysia 1990 di luar negeri dibuat dengan

seluas-luasnya melalui media elektronik, suratkhabar, majalah tanpa

mengira kecil atau besanya negara tersebut. Sukalah dimaklumkan

bahawa Kerajaan. tidak dapat melaksanakan publisiti seperti yang

disarankan kerana perbelanjaan yang terlibat adalah terhad. Oleh

yang demikian pada masa ini strategi promosi adalah ditumpukan

kepada pasaran-pasaran pelancongan yang berpotensi besar sahaja

seperti United Kingdom, Jepun, Amerika Syarikat, Negara-negara

Eropah, Taiwan, Australia termasuk negara-negara ASEAN sendiri.

Sungguhpun demikian, publisiti program Tahun Melawat Malaysia 1990

ada juga dibuat di lain-lain negara melalui kedutaan-kedutaan

Malaysia di luar negeri sungguhpun penekanannya tidak meluas seperti

di pasaran-pasaran pelancongan yang berpotensi yang telah saya

sebutkan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Azman Atar ada

menyentuh bahawa Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan tidak pernah

menjemput Ahli-ahli Dewan Negara ke upacara-upacara anjuran

Kementerian jika dibandingkan dengan Kementerian-kementerian lain.

Dalam hal ini seperti Yang Berhormat Menteri telah memberi jaminan

ketika soal-jawab sebentar tadi sudah tentu akan memberi perhatian

dan pertimbangan sewajamya mengetahui saranan Ahli Yang Berhormat

berkenaan di masa akan datang.

Mengenai saranan beliau juga supaya peristiwa perjanjian damai

antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunia Malaya direkod dan

didokumentasikan dan dijadikan sebagai program 'Hari Ini Dalam

Sejarah' di RTM, sukalah saya menyatakan di sini bahawa memanglah

menjadi amalan Arkib Negara peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah

seumpama ini direkod dan didokumentasikan. Kebiasaannya

Page 161: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -161-

peristiwa-peristiwa sejarah yang didokumentasikan akan dijadikan

program 'Hari Ini Dalam Sejarah' dan disiarkan di RTM selepas lima

tahun peristiwa tersebut berlaku.

Yang, Berhormat Senator Ainon Ariffin telah menyarankan agar

Muzium Negara mengadakan pamiran-pamiran tetap yang mencerminkan

sejarah Malaysia semoga dapat dihayati oleh para pelancong dan pada

masa yang sama menjadi sumber pembelajaran kepada generasi muda

Malaysia. Kementerian memang menyedari bahawa pamiran-pamiran yang

diadakan pada masa ini adalah berbentuk umum. Ini adalah kerana

pada masa ini terdapat hanya, sebuah muzium sahaja di Kuala Lumpur

yang mana keluasannya adalah terhad. Dalam. hal ini Kementerian

sedang mengkaji beberapa kemungkinan bagi mengadakan pamiran-pamiran

tetap dengan menubuhkan rnuzium-muzium yang mempunyai thema-thema

tertentu, termasuklah pamiran sejarah seperti yang disarankan oleh

Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat , Senator G. Rajoo telah meminta agar

petugas-petugas di pintu masuk ke negara ini menunjukkan budi bahasa

dan tutur kata yang, baik ketika menyambut pelancong-pelancong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang memberi

perhatian yang serius kepada perkara yang dibangkitkan ini.

Kurang-kursus kesopanan kepada kakitangan-kakitangan di,

organisasi-organisasi yang , memberikan perkhidmatan di pintu-pintu

masuk negara ini seperti di lapangan-lapangan terbang, Imigresen dan

Kastam malahan juga kepada pemandu-pemandu teksi dan kompleks

membeli-belah supaya mereka sentiasa bersopan santun, berbudi bahasa

dan ramah mesra ketika menyambut kedatangan para pelancong telah

diberikan sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 1990.

Page 162: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -162-

Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay telah membangkitkan mengenai

satu laporan yang teratur di Taipeh berhubung dengan satu kes

rompakan ke atas sekumpulan pelancong Taiwan di Kuala Lumpur di mana

berita tersebut telah diputarbelitkan dan telah menjejaskan imej

Malaysia kepada pelancong asing. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, kes ini telahpun dilaporkan kepada Balai Polis Gombak

pada 13hb Julai 1989 yang lalu oleh ketua rombongan tersebut dan

siasatan mengenainya telah dibuat oleh pihak polis. Walau

bagaimanapun, perompak-perompak yang terlibat masih belum dapat

ditangkap. Bagi menjamin keselamatan pelancong-pelancong, pihak

polis kawasan Gombak atau Selayang telah mempertingkatkan rondaan

terutama di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di

sekitar kawasan Batu Caves, Kedai Kraftangan dan Cenderamata di

Taman Sri Gombak . Pihak polis juga bercadang akan mendirikan sebuah

pondok polis di kawasan ini bagi mengelakkan kejadian jenayah

seperti tersebut berulang lagi.

Page 163: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26. 12.89 -163-

Dalam hal ini juga Kementerian melalui Pejabat Perbadanan

Kemajuan Pelancongan Malaysia di Taipei, Taiwan telah menghubungi

syarikat pelancongan yang berkenaan dan akhbar-akhbar tempatan di

sana menaklumkan kedudukan perkara ini yang sebenar bagi mempastikan

imej industri pelancongan negara tidak terjejas .

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan

terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah

mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan

1990. Di atas segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina

sama ada secara langsung mahupun tidak langsung mengenai Kementerian

Kebudayaan dan Palancongan, kesemua teguran, pandangan tersebut akan

diambil perhatian dan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Saya

bagi pihak Kamenterian Kebudayaan dan Pelancongan mengucapkan terima

kasih.

Timbalan yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Timbalan Menteri

Perusahaan Awam.

7.41 mlm.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Tuan Haji Daud bin Dato' Haj i

Taha]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima

kasih di atas kesempatan bagi menjelaskan perkara-perkara yang telah

dibangkitkan oleh .Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan

mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 1990 yang menyentuh

Kementerian saya.

Sepanjang perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan

1990 di Dewan ini, Yang Berhormat Senator Azman Atar bin Othman

telah- membangkitkan beberapa perkara berhubung dengan Kementerian

Perusahaan Awam. Di atas perhatian Ahli Yang Berhotmat itu, saya

Page 164: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26.12.89 -164-

mengucapkan ribuan terima kasih dengan mengharapkan bahawa saranan,

teguran yang membina dapat digunakan sebagai panduan untuk

meningkatkan kecekapan dau prestasi agensi-agenai Kementerian

Perusahaan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, pada keselurahannya, Ahli Yang Berhormat

telah membangkitkan dua perkara penting mengenai Kementerian,

Perusahaan Awam, iaitu yang pertama, perkara-perkara berkait dengan

Perbadanan Pembanguaan Bandar iaitu (UDA) dan yang kedua

perkara-perkara berkait dengan pengeluaran permit teksi oleh Lembaga

Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Berkaitan dengan projek yaug dikatakan gagal atau terbengkalai,

sukacita saya menerangkan bahawa UDA memang mempunyai beberapa

projek yang pelaksanaannya telah ditanggahkan atau dibatalkan. Ini

ialah kerana selepas menimbangkan keadaan ekonomi negara khususnya

pasaran harta, projek-projek tersebut telah didapati tidak viable

atau menguntungkan. Walau bagaimanapun, sukacita saya menjelaskan

bahawa projek-projek tersebut bukanlah dalam kawasan Ahli Yang

Berhormat iaitu kawasan Batu di Kuala L u m p u r . U n t u k membolehkan

Kamenterian saya menyiasat dengan teliti dakwaan mengenai

terdapatnya kegagalan projek-projek di kawasan Ahli Yang Berhormat

itu, sukalah saya meminta supaya dinyatakan secara spesifik atau

terperinci mana-mana projek yang dikatakan gagal atau terbengkalai.

Projek-projek yang UDA akan terlibat di kawasan tersebut ialah

projek-projek yang dikendalikan oleh Unit Khidmat Perundingan UDA,

di mana UDA memberi khidmat nasihat kepada pemilik tanah bumiputera

bagi membantu mereka menggunakan tanah milikan sendiri . Pelaksanaan

projek yang berkenaan adalah bergantung kepada sama ada

projek-projek tersebut berdaya maju atau sebaliknya. Sekiranya

dijangka bahawa projek berkenaan kurang berdaya maju , UDA akan

Page 165: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26. 12.89 -165-

menasihatkan tuan-tuan tanah berkaitkan supaya berhati-hati ataupun

menangguhkan pembangnnan projek tersebut.

Dakwaan bahawa terdapatnya projek-projek yang gagal atau

terbengkalai di kawasan Batu dengan mengaitkan Pengerusi UDA, adalah

tidak tepat. Di dalam memilih sesiapa yang difikirkan layak untuk

menjadi Pengerusi UBA, sukalah saya menjelaskan bahawa perlantikan.

itu dibuat mengikut kehendak Seksyen 4 (3) Akta Pembangunan Bandar

1971. Di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri, perlantikan

tersebut dibuat berasaskan kepada kebolehan dan pengalaman

seseorang.

Berhubung dengan perlantikan Pengerusi UDA sekarang iaitu Yang

Berhormat Puan Siti Zainab, selain daripada kebolehan dan

pengalamamya, kelayakan akademik beliau juga dijadikan asas

pertimbangan. Untuk makuman Ahli-ahli Yang Berhormat , Yang

Berhormat Puan Siti Zainab, selain daripada mempunyai kelulusan di

dalam bidang perakaunan dari Australia, adalah juga Ahli Malaysian

Associat ionof Certified Public Accouutant ataupun , (MACPA) dan

Malayaia Institute of Accountant (MIA.). Beliau telah pernah

berkhidmat dengan beberapa firma swasta di Australia, Singapura dan

Malaysia. Antara jawatan-jawatan yang penting yang pemah dipegang

oleh beliau termasuklah Ketua Akauntan PERNAS, Ketua Akauntan

Synthetic Rasin Malaysia Bhd, dan Pengerusi Kewangan Bank Pertanian

Malaysia.

Maklum balas yang saya perolehi menunjukkan bahawa prestasi

beliau semenjak menjadi Pengerusi UDA adalah amat mamuaskan.

Beberapa, projek yang dahulunya telah ditangguhkan, terutama di

Wilayah Persekutuan. diusahakan untuk dimajukan semula setelah

menimbang kira kedudukan pasaran harta pada masa akan datang.

Umpamanya, projek Bangunan Jaya, Projek Sinar Kota dan Projek

Page 166: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -166-

Bangsar Utama talah dihidupkan. semula dan sedang giat dilaksanakan

dan dijangkakan akan-memberi pulangan yang baik kepada UDA.

Mengenai perkara-perkara yang berkait dengan Lambaga Perlesenan

kenderaan perdagangan, Yang Berhormat Senator Azman Attar Othman

juga telah menyatakan- rasa bimbang. beliau bahawa pengeluaran

sebanyak 2,000 permit teksi dalam bandar akan menimbulkan pergaduhan

antara pengusaha-pengusaha teksi. Sukacita saya menjelaskan bahawa

pengeluaran lesen-lesen teksi dalam bandar sebanyak 2,000 adalah

untuk memenuhi permintaan perkhidmatan teksi di kawasan Kuala

Lumpur , Petaling Jaya dan Shah Alam. Satu kajian mengenai

perkhidmatan teksi di kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah

Alam yang dijalankan oleh Kementerian telah mendapati bahawa lebih

kurang 2,000 lesen teksi diperlukan sehingga tahun 1990.

Pengeluaran lesen-lesen teksi tersebut adalah juga sebagai

persediaan untuk menampung keperluan perkhidmatan teksi yang

dijangka akan bertambah selaras dengan program Tahun Melawat

Malaysia 1990.

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian saya

telahpun memperluaskan lagi kawasan operasinya di mana teksi-teksi

Bandaraya boleh beroperasi sehingga ke Shah Alam, Petaling Jaya,

Kajang, Jalan Puchong sehingga kilometer 20, kawasan Subang sehingga

kilometer 20, kawasan Sungai Buluh sehingga kilometer 24, Jalan Ipoh

sehingga kilometer 23, seluruh kawasan Gombak hingga ke Muzitm Orang

Asli dan seluruh kawasan Ampang serta seluruh kawasan Ulu Klang.

Memandangkan kepada permintaan untuik perkhidmatan teksi yang semakin

bertambah dan juga kawasan operasi yang lebih meluas, Kementerian

saya berpendapat pengeluaran permit teksi tersebut tidak akan

mencetuskan. pergaduhan kerana semua pengusaha-pengusaha teksi akan

mendapat peluang untuk memperolehi pendapatan yang memuaskan.

Page 167: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN, 26. 12. 89 -167-

Berkait dengan pelaksanaan sesuatu dasar oleh Kamenterian,

sukalah saya menjelaskan bahawa apa jua dasar yang diputuskan untuk

dilaksanakan adalah ' berasaskan kepada kajian yang teliti serta

nasihat-nasihat dan pandangan daripada pihak-pihak yang difikirkan

wajar. Yang demikian, ianya bukanlah merupakan satu dasar di atas

keputusan Yang Berhormat Menteri sendiri sahaja. Dasar— dasar

tersebut adalah merupakan dasar yang dibuat secara collective.

Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa di dalam pelaksanaan apa jua

dasar-dasar yang baru akan menghadapi beberapa masalah pelaksanaan.

Masalah-masalah yang berbangkit akan dikaji dari masa ke semasa dan

saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat jaga memberi sumbangan

bagi membuat pandangan, teguran yang saksama supaya matlamat dan

cita-cita negara pada keseluruhannya dapat dicapai. Sekian, terima

kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya menpersilakan Menteri

Kebajikan Masyarakat.

7.49 mlm.

Menteri Kebajikan Masyarakat [Dato' Mastaffa bin Mohamnad]:

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima

kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalan Dewan yaug mulia ini

yang telah menunjukkan minat terhadap berbagai perkhidmatan yang

telah dijalankan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat. Saya juga

ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah mengemukakan beberapa cadangan dan teguran

terhadap perjalanan dan juga pentadbiran Kementerian Kebajikan

Masyarakat. Dengan adanya pandangan-pandangan serta teguran-teguran

ini, pihak Kementerian akan dapat berusaha untuk manperbaiki lagi

taraf perkhidmatan terhadap golongan sasaran, terutama sekali mereka

yang kurang bernasib baik, yang banyak bergantung kepada berbagai

perkhidmatan yang telah diberi oleh Kamenterian Kebajikan

Masyarakat.

Page 168: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26. 12. 89 -168-

Pihak Kementerian Kebajikan Masyarakat

penilaian terhadap perkhidamtan-perkhidmatannya yang telah berjalan

sehingga kini dan peka kepada masalah semasa dan sentiasa mengambil

tindakan untuk mengatasinya.

Bagi menjawab soalan yang ditimbulkan, yang dikemukakan oleh

Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim mengenai kadar

bantuan balanan bagi orang-orang tua yang tidak mencukupi, saya

ingin menjelaskan keadaan yang sebenarnya bahawa kadar bantuan

bulanan bagi orang-orang tua ialah sebanyak $50 sebulan. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat juga, kadar bantuan sebanyak S30

sebulan itu merupakan kadar minima bagi bantuan am, dan bantuan

maksima yang diberikan adalah sebanyak $115 sabulan. Jumlah bantuan

yang diberikan kepada sesebuah keluarga adalah bergantuug kepada

keudukan serta ramainya ahli di dalam sesuatu keluarga itu.

Untuk makluman Ahli Yaug Berhormat juga, Kementarian Kebajikan

Masyarakat kini sedang mengkaji untuk meminda kadar-kadar bantuan

yang ada sekarang ini supaya ia lebih munasabah bagi meringankan

bebanan mereka dari golongan yang termiskin yang perlu diberikan

bantuan oleh Kerajaan,

Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat

Tuan Ng Peng Hay mengenai masalah pengemis yang berkeliaran di

bandar-bandar, suka saya menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa.

Kementerian Kebajikan Masyarakat telahpun mengarahkan semua Jabatan

Kebajikan Masyarakat menjalankan serbuah bagi menangkap

Page 169: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -169-

pengemis-pengemis dan orang-orang papa yang berkeliaran di

bandar-bandar dan merata-rata tempat di seluruh negara ini khasnya

dalam kita menghadapi Tahun Melawat Malaysia 1990. Pengenis-pengemis

yang ditangkap akan dimasukkan ke pusat-pusat pemulihan mengikut

perbekalan Akta Orang Papa 1977, jika sekiranya tiada sesiapa yang

bertangguagjawab atau menjanin untuk menjaganya dengan sempurna.

Kenenterian ini sentiasa raenyedari bahawa berbagai tektik

digunakan oleh pengemis-pengemis untuk mendapatkan simpati dari orang

ramai. Jesteru itu, Kementerian Kabajikan Masyarkat sentiasa

menyedarkan masyarakat supaya tidak memberi sedekah kepada

pengemis-pengemis, tetapi sebaliknya mereka digalakkan supaya

menderma kepada pertubuhan-pertubuhan sukarela dan badan-badan agama

yang diiktiraf.

Bagi pengemis yang masih muda dan boleh mambuat kerja, mereka

ini dimasukkan ke Desa Bina Diri yang berada di Mersing, Johor untuk

diberi latihan di dalam sesutu bidang kemahiran vokasional supaya

mereka apabila dibebaskan kelak dapat ditempatkan di dalam pekerjaan

yang sesuai baginya .

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan

setinggi-tinggi terima kasih kcpada Ahli-ahli yang Berhormat yang

telah memberikan perhatian, cadangan dan menimbulkan beberapa

persoalan mengenai Kementerian Kebajikan Masyarakat dan segala

teguran dan pandangan ini akan diberi perhatian yang sewajamya oleh

Kementerian Kebajikan Masyarakat demi untuk mempertingkatkan lagi

perkhidmatan dan keupayaan Kementerian dari segi menyediakan

kemudahan dan keperluan kepada kumpulan sasaran. Dengan adanya

Page 170: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 -170-

perhatian serta minat Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia

ini terhadap soal dan isu kebajikan masyarakat, ini adalah suatu

tanda yang baik uutuk membantu Kamenterian ini ke arah pencapaian

dau peningkatan perkhidmatannya kepada masyarakat. Terima kasih.

Dato' Tan Peng Khoom : Pada akhir sekali, saya mempersilakan

Timbalan Menteri Kewangan bagi memberi jawapan dan menggulungkan

segala perbahasan mengenai Rang Undang-undang ini.

7.55 ptg

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan

Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada

semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menberikan sokongan,

teguran serta cadangan semasa membahaskan Rang Undang-undang

Perbekalan 1990.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah binti

Jusoh telah membangkitkan soal nilai ringgit yang dikatakan rendah

jika dibandingkan dengan matawang utama lain di dunia.

Pada asasnya, nilai matawang sesebuah negara adalah bergantung

kepada kedudakan ekonomi negara berkenaan seperti kadar pertumbuhan,

imbangan pembayaran, kadar inflasi dan lain-lain lagi. Sememangnya,

kedudukan ekonomi yang kukuh menjadikan nilai matawang lebih stabil.

Nilai ringgit negara kita yang rendah dalam tempoh 1985-1987

mencerminkan kedudukan ekonomi negara yang tidak menggalakkan pada

ketika itu. Sekarang ini, kedudukan nilai ringgit kita telah semakin

stabil hasil daripada keadaan ekonomi negara yang semakin kukuh.

Pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 8.72 pada tahun

1988 dan 7.6% dalam tahun 1989. Langkah-langkah kewangan dan

Page 171: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26. 12. 89 -171-

fiscal yang telah diambil oleh Kerajaan telah berhasil mengukuhkan

imbangan. pembayaran dan meningkatkan pelaburan.

Sejak akhir tahun 1988 hingga sekarang, nilai ringgit telah

bertambah kukuh berbanding dengan matawang-matawang utama. Oleh itu

pendapat yang menyatakan bahawa penurunan nilai ringgit adalah

disebabkan oleh kelemahan dalam pentadbiran kewangan negara adalah

tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Habidah

juga mencadangkan agar cukai pendapatan ke atas orang-orang Islam

di Malaysia dihapuskan dan digantikan dengan bayaran zakat. Beliau

juga mencadangkan supaya satu unit khas di Kementerian Kewangan

ditubuhkan untuk mengutip zakat dari umat Islam di negara ini.

Berhubangan dengan isu yang dibangkitkan ini, adalah

dimaklumkan bahawa pembayaran cukai pendapatan dilakukan oleh semua

warganegara Malaysia tanpa mengira agama, manakala zakat pula adalah

khusus untuk orang Islam. Dari segi pentadbiran cukai pendapatan,

Kerajaan tidak membezakan seorang pembayar cukai itu sama ada ia

seorang Islam atau bukan Is1am. Sekiranya orang Is1am membayar

zakat sahaja dan orang bukan Islam membayar cukai pendapatan, ini

akan menimbulkan keadaan tidak adil.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, cukai pendapatan

adalah hasil Kerajaan persekutuan yang antara lain akan digunakan

untuk projek-projek panbangunan. Sekiranya cukai pendapatan

orang-orang Islam dihapuskan, ini bermakna projek-projek pembangunan

yang dijalankan oleh Kerajaan adalah ditanggung oleh orang-orang

bukan Islam sahaja. Ini adalah kerana wang daripada tabung zakat

hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu sahaja dan tidak boleh

Page 172: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN. 26. 12.89 -172-

digunakan untuk projek-projek pembangunan yang lebih rnenyeluruh.

Oleh itu adalah sukar untuk Kerajaan mempertimbangkan cadangan Ahli

Yang Berhormat agar cukai pendapatan untuk orang-orang Islam di

Malaysia dihapuskan dan digantikan dengan bayaran sakat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan Yang Berhormat Senator

Lim Heng Tee mengenai pentadbiran kewangan yang cekap dan berkesan ,

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal

pembaziran perbelanjaan.

Umpamanya perjalanan ke luar negeri adalah dihadkan kepada

lawatan dan penyertaan yang benar-benar perlu sahaja. Bilangan

pegawai yang menyertai lawatan dan menghadiri kursus, seminar dan

persidangan di luar negeri juga dihadkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee juga

telah membangkitkan perkara pinjaman perumahan berasingan untuk

suami dan isteri yang dianggapnya sebagai berlebihan. kerana

rnenurutnya kedua suami isteri tinggal bersama.

Sebenarnya, kelonggaran syarat yang membenarkan kedua-dua suami

isteri yang berkhidmat dengan Kerajaan mengambil kemudahan pinjanan

Kerajaan adalah tidak berlebihan seperti yang didakwa. Ini adalah

keran jumlah had kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada

pembayaran balik tidak melebihi 40% daripada gaji hakiki dan tidak

semua kakitangan Kerajaan suami serta isteri mengambil pinjaman

secara berasingan.

Page 173: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 173 -

Malahan, kebanyakan daripada mereka iaitu pasangan suami isteri

memilih untuk membuat pinjaman secara bersama bagi pembelian sebuah

rumah yang seimbang dengan kemampuan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Hamid bin

Haji Abdul Latif membangkitkan perkara sumbangan Kewangan Perse-

kutuan kepada Kerajaan Negeri iaitu supaya pemberian peruntukan

tidak didasarkan kepada jumlah bilangan penduduk sesebuah negeri

tetapi hendaklah berdasarkan kepada tahap kemajuan negeri untuk

diseimbangkan pemberian yang berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain-daripada pemberian

berasaskan bilangan penduduk , Kerajaan juga memperuntukkan pemberian

berdasarkan kepada. Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan

Kesejahteraan Hidup bertujuan khusus untuk membantu negeri-negeri

yang tahap pembangunannya masih rendah. Oleh hal yang demikian,

cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sedang dilaksanakan

oleh Kerajaan pada masa ini.

Mengenai pembangunan kawasan RASCOM yang ce1ah dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator Tuan Douglas Sullang, sukalah saya

memaklumkan bahawa Kerajaan sentiasa memberi perhatian khusus di

bawah program pembangunan bertujuan untuk meninggikan taraf sosio-

ekonomi penduduk dalam kawasan RASCOM. Di bawah program tersebut

sebanyak $18.65 juta telah disediakan di bawah Rancangan Malaysia

Kelima bertujuan untuk menyedaikan berbagai kemudahan meliputi

kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Page 174: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 174 -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga telah membangkitkan

tentang masalah kontrak pembekalan daging ayam di negeri Sarawak

yang menurutnya telah diberi kepada seorang pembekal secara

rundingan. Beliau telah mencadangkan supaya kontrak diberi kepada

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang kemudiannya mengagihkan

kontrak tersebut kepada kontraktor-kontraktor kecil khususnya

usahawan-usahawan bumiputera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Kewangan telah mempertimbangkan cadangan berkenaan dan

pada masa sekarang Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk

memberikan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri kontrak pem-

bekalan daging lembu dan telur ayam. Rundingan lanjut dengan pihak

Perbadanan Kemajuan Negeri akan diadakan bagi menentukan syarat-

syarat dan penentuan harga kontrak tersebut. Soal pemonopolian

pembekalan oleh sesuatu pihak sahaja adalah tidak berbangkit.

Yang Berhormat Senator Puan Valli Muthusamy pula mencadangkan

agar struktur gaji pegawai perundangan Kerajaan dikaji semula untuk

mengelakkan perletakan jawatan atau persaraan awal mereka akibat

Tawaran pekerjaan yang lebih lumayan dari sektor swasta. Untuk

makluman Dewan yang mulia ini, pada masa sekarang pegawai per-

undangan adalah dibayar gaji atas kod gaji A19. Struktur gaji

tersebut adalah sangat berpatutan dengan tugas jawatan serta

penawaran tenaga kerja manusia yang melebihi permintaan di pasaran

sekarang. Tambahan pula, peluang kenaikan pangkat untuk pegawai

perundangan Kerajaan adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan

lain-lain perkhidmatan dalam kod gaji yang sama. Oleh yang

demikian, kajian terhadap struktur gaji pegawai perundangan demikian

adalah tidak perlu dijalankan pada masa ini.

Page 175: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 175 -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin

telah membangkitkan masalah dagangan dalaman, atau dengan izin

"insider crading" yang melanda pasaran modal negara kita khususnya

Bursa Saham Kuala Lumpur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini,

Kerajaan telah pun menggubal Akta Perindustrian Sekuriti 1983

(Pindaan 1987) yang antara lain telah memperuntukkan hukuman yang

berat kepada sesiapa yang sabit dengan kesalahan dagangan dalaman

ini. Menurut Seksyen 91 Akta berkenaan, hukuman berat berupa denda

sebanyak $50,000 dan diwajibkan penjara tidak melebihi 7 tahun

adalah dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah terlibat

dengan jenayah kolar putih dagangan dalaman ini.

Teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan

mengenai dagangan dalaman baru-baru ini bukanlah amaran sahaja.

Siasatan sedang dilakukan dan sekiranya terdapat bukti dagangan

dalaman telah berlaku, Kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil

tindakan yang sewajarnya.

Yang Berhormat Senator Tuan Tiong Hiew King telah mencadangkan

supaya institusi kewangan menyediakan- pinjaman dengan kadar faedah

yang berpatutan dan juga syarat-syarat pinjaman yang longgar bagi

membantu pengusaha-pengusaha mengatasi masalah kewangan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kadar faedah pinjaman yang dikeluarkah

oleh bank-bank biasanya diasaskan kepada tabungan. Dengan itu

adalah sukar bagi pihak bank-bank untuk memberi pinjaman dengan

kadar faedah yang rendah kerana wang yang dipinjamkan itu adalah

juga melibatkan kos kepada pihak bank. Walau bagaimanapun,

Kementerian Kewangan sentiasa mengawasi supaya kadar faedah pinjaman

oleh bank-bank adalah berpatutan dengan cara menetapkan Kadar

Pinjaman Asas.

Page 176: PENYATA RASMI PARLIMENMALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament KETIGA Third PENGGAL Session Jilid III Bil. 25 Hari

DN.26.12.89 - 176 -

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan

membahaskan berkenaan dengan Kementerian Kewangan. Sekiranya

terdapat ulasan dan pandangan yang tidak sempat saya jawab, sukacita

saya nyatakan bahawa ulasan dan pandangan Yang Berhormat-Yang

Berhormat adalah dalam perhatian Kementerian Kewangan. Terima

kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya

kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah

bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang di baca kali yang kedua.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan

Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan Peraturan

Mesyuarat 53(2), saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang

ini dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya

ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan

diluluskan sekarang..

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Dato Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya

tangguhkan Dewan yang mulia ini sehingga jam 2.30 petang hari esok,

hari Rabu, 27hb Disember, 1989.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.10 malam.