pengurusan pss: proses teknik bahan dan buku pusat sumber

17
PROSES TEKNIK BAHAN BUKU PUSAT SUMBER 1. PENGENALAN Semua bahan ( buku dan bukan buku ) di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses supaya dapat diedarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat. Dalam tugas memproses bahan yang pelbagai jenis di Pusat Sumber, Guru Perpustakaan dan Media perlu memahami keperluan dan masalah-masalah tentang: tempat letak bahan pengedaran penggunaan penyelenggaraan bahan Guru Perpustakaan dan Media perlu senantiasa dapat mengatasi masalah dan mengubahsuaikan keadaan serta mengemas kini perkhidmatan supaya satu sistem yang sempurna dapat tercapai. Oleh sebab cara memproses buku dan bahan bukan buku adalah berbeza-beza antara satu sama lain, jadual kerjanya perlu diasingkan mengikut jenis bahan yang diproses. 2. BAHAN BUKU Buku-buku Pusat Sumber secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan. Buku Rujukan Buku Bertanda Merah (Red spot) Buku Pinjaman Terdapat beberapa perbezaan dalam kerja memproses buku-buku tersebut mengikut cara penggunaannya. 2.1 Buku Rujukan 2.1.1 Ditempatkan di rak Bahagian Rujukan 1

Upload: ricca-bong

Post on 16-Aug-2015

93 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

PROSES TEKNIK BAHAN BUKU PUSAT SUMBER

1. PENGENALAN

Semua bahan ( buku dan bukan buku ) di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses supaya dapat diedarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat.

Dalam tugas memproses bahan yang pelbagai jenis di Pusat Sumber, Guru Perpustakaan dan Media perlu memahami keperluan dan masalah-masalah tentang:

tempat letak bahan pengedaran penggunaan penyelenggaraan bahan

Guru Perpustakaan dan Media perlu senantiasa dapat mengatasi masalah dan mengubahsuaikan keadaan serta mengemas kini perkhidmatan supaya satu sistem yang sempurna dapat tercapai.

Oleh sebab cara memproses buku dan bahan bukan buku adalah berbeza-beza antara satu sama lain, jadual kerjanya perlu diasingkan mengikut jenis bahan yang diproses.

2. BAHAN BUKU

Buku-buku Pusat Sumber secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Buku Rujukan Buku Bertanda Merah (Red spot) Buku Pinjaman

Terdapat beberapa perbezaan dalam kerja memproses buku-buku tersebut mengikut cara penggunaannya.

2.1 Buku Rujukan

2.1.1 Ditempatkan di rak Bahagian Rujukan 2.1.2 Tidak boleh dipinjam. Oleh itu, tiada kad buku dan tiada slip tarikh pulang.

2.1.3 Ditandakan dengan huruf R pada label tulang buku.

Sekiranya buku-buku ini perlu dipinjam untuk projek seperti projek PEKA,folio,kajian dsb, guru bolehlah meminjamnya di bawah pinjaman khas (Buku Rekod Pinjaman Khas).

Contoh Buku Rujukan: Almanak, Ensiklopedia, Buku Panduan, Buku Tahunan, Buku Pengetahuan khas,Kamus, Atlas)

2.2 Buku Bertanda Merah (Red Spot)

2.2.1 Ditempatkan di rak Bertanda Merah (Red Spot).2.2.2 Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang singkat.2.2.3 Ada kad buku dan slip tarikh pulang.

1

Page 2: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

2.2.4 Ditandakan dengan label bertanda merah pada tulang buku.

Contoh Buku Bertanda Merah: Buku Bukan Fiksyen-Karya Am, Falsafah, Agama, Sains

Kemasyarakatan, Bahasa,Sains Tulen,Teknologi,Kesenian,Kesusasteraan,Geografi,Biografi,Sejarah.

Buku Fiksyen-Cerpen,Novel,Legenda,Mitos,Penglipur Lara,Cerita Jenaka/Humor dsb.

Kriteria Buku Bertanda Merah: Bernilai tinggi Mahal Sukar didapati Satu naskhah sahaja Kebanyakannya berkulit tebal/hardcover Keselamatan terjamin dll.

2.3 Buku Bacaan Umum

2.3.1 Ditempatkan di rak buku Bahagian Pinjaman Biasa. 2.3.2 Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan (seminggu,dua minggu dsb).

2.3.3 Dilengkapkan dengan kad buku dan slip tarikh pulang.

Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen yang dibeli untuk galakan pembacaan seperti Program NILAM.

Ada banyak naskhah. Buku-buku kegemaran murid Murid mampu menggantikan buku jika hilang/rosak Mudah didapati Kebanyakannya berkulit paperback

Buku Rujukan

2

R571

OTHoth

927ABD

Buku Bertanda Merah Red Spot

Page 3: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

PANDUAN MENGISI BUTIRAN REKOD PEROLEHAN BAHAN BUKU

1. NOMBOR PEROLEHAN

Nombor yang diberi kepada tiap-tiap bahan/ buku yang didaftarkan sebagai satu bahan pusat sumber. Setiap bahan/ buku hendaklah mempunyai nombor perolehan yang tersendiri. Jika ada dua bahan/ buku atau lebih dalam satu judul, kesemua bahan itu hendaklah diberikan nombor perolehan berasingan. Ia menunjukkan jumlah bahan pusat sumber pada satu-satu masa. Jumlah ini hendaklah bersamaan angka jumlah besar ruangan analisis. Semua buku (semua bahasa dan jenis) hendaklah dimasukkan ke dalam satu rekod iaitu Rekod Perolehan Bahan Buku (Rujuk Lampiran 1).

Contoh: 00001, 00002, 00003, 00004 dan seterusnya. Sekiranya terdapat banyak bilik-bilik sumber,kod bilik bolehlah ditulis di depan

nombor perolehan. Contohnya, BBB 000001,APD 000002, MK 000003,MS 000004, BG 000005 dan seterusnya.

Contoh Kod untuk bilik-bilik sumber ialah BBB(Bilik Bahan Bantu Belajar),APD (Bilik Tayangan/Alat Pandang Dengar/Audio Visual), MK (Makmal Komputer),MS (Makmal Sains),BG (Bilik Geografi) dsb.

2. NOMBOR PANGGILAN

Rekodkan nombor panggilan, iaitu nombor mengikut Sistem Pengelasan Dewey (SPPD) dengan tiga abjad awal nama pengarang atau judul (jika tiada pengarang).

Contoh: Buku bukan fiksyen Buku fiksyen372.3 FOTH ABD

3

420IBR

Buku Bacaan Umum

Page 4: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

Contoh: Di bawah Pengarang Di bawah judul T R372.3 511.24RAM BAH

Kod jenis buku ialah F (Fiksyen), R (Rujukan), T (Buku Teks/Skim Pinjaman Buku Teks–untuk rujukan), BP (Bacaan Permulaan)

3. PENGARANG

Ditulis nama pengarang dengan penuh ( jika ada ).

Contoh:

Nama Barat : Robert Wagner ditulis Wagner, Robert Nama Melayu : Hj.Abd.Malik Majid ditulis Abdul Malik Majid, Haji.

Datuk Ahmad b.Dahlan ditulis Ahmad b. Dahlan, Datuk. Nama Cina : Lee Chong Teik ditulis Lee, Chong Teik

Dr.Lim Ah Lek ditulis Lim,Ah Lek, Dr. Nama India : K.Jayaraman ditulis Jayaraman, K

Sekiranya tiada pengarang, ruangan ini dikosongkan. Jika lebih daripada tiga orang pengarang,rekodkan seperti berikut:

Ahmad,Mariam,Faizal…et al.

4. JUDUL/ TAJUK BUKU

Ditulis sepenuhnya, gunakan huruf besar untuk huruf pertama dan diikuti dengan huruf kecil kecuali nama khas. Gunakan noktah bertindih selepas judul besar dan diikuti dengan judul kecil, jika ada judul kecil.

Contoh: Pertanian di Malaysia : kaedah dan teknik. Koleksi cerpen-cerpen Sarawak.

Jika judul terlampau panjang,boleh diringkaskan dengan mengambil tiga perkataan yang pertama.Gunakan tanda tiga titik.Contohnya, Perolehan imbuhan pada…

Maklumat berkaitan dengan judul boleh didapati daripada muka surat judul atau kulit buku.

Jika tiada judul,sediakan judul deskriptif ringkas dalam kurungan siku.Contohnya, [Peraturan bola sepak]

5. TEMPAT DAN NAMA PENERBIT

Rekodkan nama tempat dahulu kemudian diikuti oleh nama penerbit dengan dipisahkan oleh noktah bertindih.

Contoh: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jika tiada tempat terbit, rekodkan [ T.T.P. ] Jika tiada nama penerbit, rekodkan [ T.N.P. ]

4

Page 5: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

Maklumat boleh didapati daripada muka surat judul atau muka surat verso (di belakang muka surat judul)

6. TARIKH PENERBITAN

Rekodkan tarikh penerbitan sebagaimana yang terdapat pada bahan.

Contoh1: cetakan pertama 1990cetakan kedua 1995cetakan ketiga 1998Rekodkan tarikh penerbitan = 1990

Contoh 2: cetakan pertama 1991cetakan kedua 1993edisi kedua 1997

Rekodkan tarikh penerbitan = 1997

Jika tiada tarikh penerbitan, rekodkan [ t.t. ] Maklumat boleh didapati daripada muka surat judul ataupun muka surat verso.

7. TARIKH PEROLEHAN

Tarikh ini ialah tarikh bahan itu diterima atau diperoleh berdasarkan invois/Delivery order(D.O) atau SAP(Sijil Akuan Penerimaan)

Jika tiada tarikh tersebut, catatkan tarikh bahan itu diterima oleh PSS.

8. NOMBOR BIL / INVOIS

Rekodkan nombor bil atau invois sebagaimana yang tercatat pada bil/ invois yang dikeluarkan oleh syarikat atau pihak yang membekalkannya.

9. PUNCA

Rekodkan punca bahan yang diterima sama ada dibeli dengan menggunakan wang SUWA(sumbangan wang awam)/wang kerajaan PCG(Per capital grant/Geran per kapita)/ Wang PCG panitia mata pelajaran, dibekalkan, hadiah atau sumbangan.

10. PEMBEKAL

Rekodkan nama pembekal dan tempat dari mana bahan tersebut dibeli / diterima.

Contoh: Kedai buku Marwilis, Kuala Selangor.

5

Page 6: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

11. HARGA

Rekodkan harga yang penuh tanpa apa-apa potongan.Maklumat ini penting supaya buku tersebut boleh digantikan oleh pengguna sekiranya buku itu hilang/rosak.

12. MUKA SURAT

Rekodkan jumlah muka surat buku seperti yang tercatat pada muka surat akhir.

Contoh: 120 atau vi, 253 ms.

Sekiranya tiada tercatat nombor muka surat, bilang jumlah muka surat dan rekodkan jumlahnya.

13. CATATAN

Dalam ruangan ini direkodkan butir-butir seperti: Dijadikan Buku Rujukan buku hilang buku rosak sudah dihapus kira dan sebagainya.

14. ANALISIS

Bagi setiap muka surat yang telah dipenuhkan, hendaklah dibuat analisis jenis dan bilangan bahan. Tujuannya membolehkan Guru Perpustakaan dan Media memberi jawapan segera kepada perkara-perkara berikut:

Jumlah buku dalam pusat sumber mengikut nombor perolehan Jumlah buku mengikut jenis (Fiksyen,Bukan Fiksyen,Rujukan)dan sebagainya.

Apabila selesai muka surat pertama maka jumlah berkenaan hendaklah dibawa ke muka surat kedua dan seterusnya.

CARTA ALIRAN UNTUK MEMPROSES

6

Page 7: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

BUKU DAN BUKAN BUKU

7

MENERIMA BAHAN DARI PEMBEKAL

SEMAK BORANG PESANAN DAN INVOIS DENGAN BAHAN YANG DITERIMA

ADAKAH BAHAN YANG DITERIMA

ITU SEPERTI TERCATAT DALAM

BORANG?

PERIKSA KEADAAN FIZIKAL BAHAN

ITU, ADAKAH BAHAN DALAM

KEADAAN BAIK?

KELASKAN BAHAN (SPPD) DAN LENGKAPKAN SLIP KERJA

REKOD BUTIRAN BAHAN DALAM BUKU STOK / PEROLEHAN

JALANKAN PROSES TEKNIK

SEDIAKAN KAD KATALOG

SEDIAKAN PANDUAN PENGGUNA

SEDIAKAN KEMUDAHAN BAIK PULIH BAHAN

TIDAK

PULANGKAN BAHAN ITU KEPADA PEMBEKAL

TIDAK

YA

YA

Page 8: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

PROSES TEKNIK BAHAN BUKU

1. BAHAN YANG DIPERLUKAN :

1.1 Poket/kocek buku1.2 Kad buku1.3 Slip tarikh pulang1.4 Label buku1.5 Transparent tape/ Scotch tape1.6 Stamp pad1.7 Rubber stamp - cop rasmi/ hak milik

- cop butiran perolehan- cop Tidak boleh dipinjam keluar

2.0 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN

2.1 Menyemak borang pesanan dengan buku yang diterima2.2 Menyemak buku - pastikan buku berkeadaan baik

1. Periksa buku 2. Buku koyak 3. Muka surat dengan rapi tertinggal

Gambarajah 1

2.3 Bagi menentukan pengukuhan penjilid dan buku. Buka buku mengikut cara yang betul. ( Lihat gambarajah 2 )

Gambarajah 2

3. KERJA MEMPROSES BAHAN BUKU

3.1 Langkah 1 Mengisi butiran buku dalam slip kerja(Rujuk Gambarajah 3, Lampiran 2)

8

Page 9: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

3.2 Langkah 2 Mengecop hak milik

3.2.1 Muka surat helaian kosong, muka surat pengenalan dan muka surat judul3.2.2 Bahagian luar ketebalan buku (cop hak milik yang panjang)3.2.3 Muka surat rahsia atau sulit

Contohnya, bagi buku fiksyen-muka surat 99 bagi buku yang melebihi 200 muka dan muka surat 9 bagi buku yang kurang 100 muka surat.

Bagi buku bukan fiksyen pula,muka surat 55 bagi buku yang melebihi 100 muka surat dan muka surat 15 bagi buku yang kurang daripada 100 muka surat..

3.2.4 Muka surat terakhir sebelum kulit belakang

9

Page 10: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

3.4 Langkah 4 Merekodkan butiran buku dalam Rekod Perolehan

3.4.1 Rekodkan butir-butir dalam Buku Rekod Perolehan3.4.2 Masukkan nombor perolehan buku pada cop perolehan

3.5 Langkah 5 Menyediakan kad buku :

3.5.1 Penuhi butiran pada kad buku :- nombor panggilan- nombor perolehan- nama pengarang- judul

3.5.2 Penuhi nombor pada kocek buku :- nombor panggilan- nombor perolehan- nama pengarang- judul

3.6 Langkah 6 Melekatkan poket buku

3.6.1 Lekatkan poket buku pada bahagian dalam kulit buku hadapan3.6.2 Ukuran : 1.5 cm dari tepi dan 1.5 cm dari bahagian bawah3.6.3 Masukkan kad buku ke dalam poket buku

3.7 Langkah 7 Barcode diletakkan pada muka surat judul buku.

Gambarajah 5

Gambarajah 5

10

Page 11: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

Gambar rajah 6

3.8 Langkah 8 Melekatkan slip tarikh pulang

3.8.1 Lekatkan slip tarikh pulang pada muka surat pertama sebelum muka surat judul.3.8.2 Sekiranya tiada muka surat tersebut, lekatkan helaian kertas dan kemudian

lekatkan slip tarikh pulang pada helaian tersebut.3.8.3 Ukuran : 1.5 sm dari tepi dan 1.5 sm dari atas.

( Lihat Gambarajah 6 )

Sediakan dan gunakan kad pengukur berbentuk ‘L’

1.5 cm

1.5 cm

Contoh Kad Pengukur

11

Page 12: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

3.9 Langkah 9 Melekatkan label buku

3.9.1 Penuhi butiran nombor panggilan pada label, lekatkan label buku pada tulang belakang buku.

3.9.2 Ukuran 3.5 sm dari bahagian bawah.

Gambarajah 7

1.5 cm

3.5 cm

Contoh kad pengukur

12

Page 13: Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber

4. MELETAKKAN / MENYUSUN BUKU DI ATAS RAK

Susunan buku mengikut urutan.

4.1 Nombor pengelasan4.2 Abjad – pengarang / judul

5. SEDIAKAN PANDUAN PENGGUNA

Guru Perpustakaan dan Media perlu menyediakan panduan pengguna seperti:

5.1 Menjaga kebersihan buku5.2 Menggunakan penanda buku5.3 Menjaga keselamatan buku5.4 Menyusun buku dengan baik5.5 Menjaga buku dengan cermat

6. SEDIAKAN KEMUDAHAN PEMELIHARAAN

Kulit dan tulang buku boleh dikukuhkan jika perlu. Jaket buku boleh dibalut dengan pembalut plastik.Ubat serangga boleh disemburkan di kedua-dua kulit dalam buku.Buku yang mahal boleh dibalut dengan pembalut plastik.

Kulit bergambar 1.5 cm

1.5 Slip tarikh pulang

Kad buku

1.5 Barcode

Kocek buku

13