pengenalan mengenai khulafa

34
SISTEM PENTADBIRAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN PENGENALAN MENGENAI KHULAFA’ AL-RASYIDIN Khulafaur Rasyidin (bahasa Arab : دون راش لء ا ا ف ل خ لا) atau Khalifah Ar- Rasyidin adalah empat orang khalifah (pemimpin) pertama agama Islam , yang dipercayai oleh umat Islam sebagai penerus kepimpinan setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat. Empat orang tersebut ialah para sahabat dekat Muhammad yang tercatat paling dekat dan paling dikenal dalam membela ajaran yang dibawanya ketika kerasulan Muhammad. Keempat khalifah tersebut dipilih bukan berdasarkan keturunannya, melainkan berdasarkan pemilihan bersama umat Islam. [1] Sistem pemilihan terhadap masing-masing khalifah tersebut berbeza-beza, hal tersebut terjadi kerana para sahabat menganggap tidak ada rujukan yang jelas yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad tentang bagaimana perjalanan kepemimpinan Islam akan berlangsung. Secara rasmi istilah Khulafaur Rasyidin merujuk pada empat orang khalifah pertama Islam, namun sebagian ulama menganggap bahwa Khulafaur Rasyidin atau khalifah yang memperoleh petunjuk tidak terbatas pada keempat orang tersebut di atas, tetapi dapat mencakupi pula para khalifah setelahnya yang kehidupannya benar-benar sesuai dengan petunjuk al-Quran dan sunnah . Salah seorang yang beroleh kesepakatan banyak ulama dapat diberi gelaran khulafaur rasyidin adalah Umar bin Abdul-Aziz , khalifah Bani Umayyah ke-8. 1 | TNA~NS

Upload: afiqah

Post on 11-Jul-2016

313 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

SISTEM PENTADBIRAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

PENGENALAN MENGENAI KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Khulafaur Rasyidin (bahasa Arab: الراشدون atau Khalifah Ar-Rasyidin (الخلفاء

adalah empat orang khalifah (pemimpin) pertama agama Islam, yang dipercayai oleh

umat Islam sebagai penerus kepimpinan setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat.

Empat orang tersebut ialah para sahabat dekat Muhammad yang tercatat paling

dekat dan paling dikenal dalam membela ajaran yang dibawanya ketika kerasulan

Muhammad. Keempat khalifah tersebut dipilih bukan berdasarkan keturunannya,

melainkan berdasarkan pemilihan bersama umat Islam.[1]

Sistem pemilihan terhadap masing-masing khalifah tersebut berbeza-beza, hal

tersebut terjadi kerana para sahabat menganggap tidak ada rujukan yang jelas yang

ditinggalkan oleh Nabi Muhammad tentang bagaimana perjalanan kepemimpinan

Islam akan berlangsung.

Secara rasmi istilah Khulafaur Rasyidin merujuk pada empat orang khalifah pertama

Islam, namun sebagian ulama menganggap bahwa Khulafaur Rasyidin atau khalifah

yang memperoleh petunjuk tidak terbatas pada keempat orang tersebut di atas,

tetapi dapat mencakupi pula para khalifah setelahnya yang kehidupannya benar-

benar sesuai dengan petunjuk al-Quran dan sunnah. Salah seorang yang beroleh

kesepakatan banyak ulama dapat diberi gelaran khulafaur rasyidin adalah Umar bin

Abdul-Aziz, khalifah Bani Umayyah ke-8.

4 orang khulafa’ Al-Rasyidin

Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-

Rasyidin.

Hassan bin Ali

Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun

pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat

Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun

yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah

1 | T N A ~ N S

Page 2: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman

Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.

Umar bin Abdul Aziz

Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan

antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai

seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar

Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada

wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk

memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam

sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini

menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalah anggap

sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.

Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau

adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina

Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad

s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan

untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada

perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat

Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang

ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan

khawarij. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina

Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan

kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri

Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa

kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.

Beliau wafat pada tahun 634 M.

2 | T N A ~ N S

Page 3: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Khalifah Umar al-Khatab

Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan

penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar

sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Saidina

Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Semasa pemerintahan Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat;

menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi

(berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika

Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638 M , selepas

pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk

kota tersebut.

Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam,

seperti menubuhkan pentadbiran baharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi

upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos

untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan pertanian dan melantik

panglima-panglima perang yang berkebolehan. Kota Basra dan Kufah juga dibina

semasa pemerintahannya.

Saidina Umar wafat pada tahun 644 M selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi

yang bernama Abu Lu'lu'ah.

Khalifah Uthman Affan

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada

tahun 644 M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 M

sehingga tahun 656 M . Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan

angkatan tentera laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka

dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula

ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai Mushaf Uthman.

Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan

Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.

3 | T N A ~ N S

Page 4: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Saidina Uthman wafat pada tahun 656 M akibat dibunuh oleh pemberontak yang

tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.

Khalifah Ali bin Abu Talib

Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana

dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat

kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali menjadi khalifah tetapi Saidina Ali

menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju

menjadi khalifah.

Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam,

iaitu Perang Jamal ("Perang Unta") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan

pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan

Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang Jamal berjaya dipadam oleh Khalifah

Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali

ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah

yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir

terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan

kepada dua.

Saidina Ali wafat pada tahun 661 Masihi akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin

Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Garis masa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin

Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemerintahan khalifah tidak

berlaku pada hari pertama tahun baru.

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

4 | T N A ~ N S

Page 5: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik

menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang

Bani Tamim dan Musailimah.

633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.

634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik

menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.

635 M - Penawanan Madain.

636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.

637 M - Mesir ditawan.

638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.

640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.

644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan

menjadi khalifah.

645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.

646 M - Kempen menentang Byzantine.

647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi

ditumpaskan.

648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.

656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik

menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.

657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke

Kufah. Perang Siffin meletus.

659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.

Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.

661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah

PENGERTIAN KHALIFAH

Menurut bahasa, Khalifah (خليفة Khalīfah) merupakan mashdar dari fi’il madhi

khalafa , yang berarti : menggantikan atau menempati tempatnya.

Sedangkan dalam pengertian syariah, Khalifah digunakan untuk  menyebut orang

yang menggantikan Nabi Muhammad SAW (setelah beliau wafat) dalam

5 | T N A ~ N S

Page 6: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

kepemimpinan Negara Islam.Khalifah juga sering disebut sebagai Amīr al-Mu’minīn (

المؤمنين ”atau “pemimpin orang yang beriman ( أمير

Beberapa definisi khalifah menurut para ulama:

1. menurut, Imam Al-Mawardi (w. 450 H/1058 M), Khalifah ditetapkan bagi

pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia

2. menurut, Imam Al-Baidhawi (w. 685 H/1286 M), Khalifah adalah pengganti

bagi Rasulullah SAW oleh seseorang dari beberapa orang dalam penegakan

hukum-hukum syariah, pemeliharaan hak milik umat, yang wajib diikuti oleh

seluruh umat .

3. menurut, Imam Al-Juwayni (w. 478 H/1085 M), Khalifah adalah kepemimpinan

yang bersifat menyeluruh (riyasah taammah) sebagai kepemimpinan yang

berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum dalam kepentingan-

kepentingan agama dan dunia

Di dalam pemerintahannya, Khalifah berperanan sebagai ketua umat baik urusan

Negara mahupun urusan agama. Pengangkatan khalifah dilakukan baik melalui

penunjukkan ataupun melalui majlis Syura’ (majlis Ahlul Ilmi wal Aqdi ) yakni ahli

ilmu keagamaan dan mengerti permasalahan umat.

Sedangkan Khilafah adalah nama sebuah sistem pemerintahan yang menggunakan

Islam sebagai ideologi serta undang-undang nya mengacu pada Al-Quran dan

Hadis.

Firman Allah yang mafhumnya :

“ ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat : “Sesungguhnya Aku

akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi…” ( Al-Baqarah : 30 )

“ kemudian Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi sesudah mereka

supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat.” ( Yunus : 14 )

TUGAS KHALIFAH

Menurut Ibn Khaldun, tugas Khalifah ialah menegakkan agama dan mentadbir dunia

6 | T N A ~ N S

Page 7: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

mengikut hukum syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat.

·   Seorang khalifah bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran

Negara dan juga dalam melaksanakan hukum-hukum agama dengan

adil.Pelaksanaan hukum tersebut pula mestilah mengikut hukum seperti yang telah

terkandung  di dalam Al-Quran.Di samping itu perkara-perkara yang berkaitan

dengan perundangan seperti perlantikan hakim,saksi dan pelaksanaan hukuman

mesti dikawal dengan betul.

·   Dalam membuat sebarang keputusan berbanding urusan Negara,seorang khalifah

juga mestilah berdasarkan syura.Dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas

pula,khalifah perlulah menyerahkan tanggungjawab  tersebut kepada individu yang 

amanah dan jujur dalam menjalankan tugasnya.Tujuannya ialah supaya tugas yang

dilakukan berjalan dengan sempurna.

·  Dalam aspek ekonomi,khalifah perlu melaksanakan sistem ekonomi yang selaras

mengikut kehendak Islam.Tujuannya adalah unuk menjamin sumber pendapatan

yang diperolehi kerajaan dan rakyat bersih mengikut syariat.Beliau juga

bertanggungjawab memungut cukai, zakat serta menguruskan pendapatan baitulmal

dengan cara yang berhemat.

·   Khalifah juga bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping

menyediakan kemudahan awam untuk kebajikan rakyat seperti sekolah ,masjid dan

hospital.Selain itu beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat

adalah utuh.

·    Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta

Negara dari ancaman musuh samaada dari dalam mahu pun luar Negara. Untuk itu

khalifah perlulah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan keselamatan

Negara.Contohnya ketika pemerintahan khalifah Umar bin Al-Khattab,beliau telah

memperkemas pasukan tentera Islam bagi melindungi keselamatan Negara 

daripada ancaman kuasa asing iaitu Byzantine dan Parsi

KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH

7 | T N A ~ N S

Page 8: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

a)kaedah Perundingan·          Pemilihan khalifah pertama secara Baiah atau sumpah setia merupakan

perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di

Saqifah Bani Saidah, perbincangan berhemah serta menerima masyarakat Madinah

yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai

demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama. malah perlantikan baginda

turut dibaiah oleh masyarakat Madinah

b)Wasiat Khalifah terdahulu·          Pemilihan secara wasiat memang dianjurkan Islam. Dalam pemilihan  khalifah

kedua ini,kriteria pemilihan khalifah yang diutamakan adalah berdasarkan

ketokohan,kebolehan ,berhikmah, bijaksana, bertakwa dan ciri-ciri lain yang terdapat

dalam Al-Quran.Malah perlantikan Umar bin Al-Khattab mendapat persetujuan

sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara sukarela telah memberi baiah

atau taat setia kepadanya.Pemilihan dan perlantikan ini bukan  berdasarkan

keturunan atau warisan.

c)Kaedah Musyawarah·          Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Majlis Perlantikan Khalifah.Khalifah

Umar bin Al-Khattab telah menubuhkan majlis Perlantikan Khalifah bertujuan bagi

mencari pengganti Khalifah Ketiga.Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman bin auf

sebagai ketua dan ahli majlis yang  lain.Jawatankuasa ini telah menemuramah

setiap calon dan  mendapat  pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat

pemilihan dan perlantikan.Cara perlantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikkan

dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.

d)Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam·          Perlantikan Khalifah  Ali bin Abi Talib dianggap tidak demokratik oleh penduduk

Syam dan Bani Umaiyah yang memang menentang perlantikan ini.

·         Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar dilakukan kerana

Negara dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan

berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduah ummah.Justeru

itu,pemilihan dan perlantikan khalifah Ali bin Abi Talib memang demokratik kerana

beliau memenuhi  kriteria dan keadaan darurat tersebut.Malah beliau juga mendapat

sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah.Anggota Majlis Syura juga tidak

menentang pemilihan tersebut.

Kesimpulan

8 | T N A ~ N S

Page 9: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Perlantikan Khalifah dilakukan dengan pelbagai cara. Namun ciri-ciri demokrasi

tetap  diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap pelantikan.

SUMBANGAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

a) Sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq .

1. Nama sebenar: Abdullah bin Abu Quhafah

2. Keturunan Bani Tamim.

3. Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa

yakin kebenaran kata – kata nabi.

4. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.

5. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.

6. Beliau mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam dengan mengambil

tindakan terhadap orang Islam yang murtad dan golongan al-Rahiddah yang

menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat.

7. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom

Timur(Byzantine) dengan menghantar Khalid bin al-Walid menentang Parsi &

Usamah bin Zaid ke Ghassan.

8. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif,

Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, Nijran dan

melantik amir mentadbirnya.

9. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan

mawali10.Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu,

kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al –

Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina

Uthman.

11.Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.

mawali: -orang bukan Arab memeluk Islam              -memliki keistimewaan yg sama dgn muslim              -perlu membayar cukai tambahan

b) Sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.

9 | T N A ~ N S

Page 10: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

1. Nama sebenar: Umar bin al-Khattab bin Naufal

2. Keturunan Bani Adi

3. Bersifat berani, tegas, berterus – terang.

4. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.

5. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah kerana banyak

perubahan & pembaharuan dilakukan.

6. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik

pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil muhajirin dan Ansar ),

membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).

7. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian, perbendaharaan.

Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).

8. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan (500 dirham) dan

diasingkan bagi mengelakkan salah laku.

9. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah

( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).

10.Memperkenalkan kalendar – tahun hijrah menjadi titik permulaan tahun

pengiraan Islam.

11.Tentera – membentuk tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian

seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan

Basrah.

12.Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul

Mukminin (111km) di Mesir dan Empangan Abu Musa.

13.Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.

14.Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi, cukai kharaj

berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum,

barli, anggur.

15.Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.

16.Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

Zimmi - orang bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraman dan pembayaran zakat

c)   Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.

1. Nama sebenar: Uthman bin Affar bin Abil As bin Umaiyah

10 | T N A ~ N S

Page 11: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

2. Keturunan - Bani Umaiyah.

3. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.

4. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang

puteri nabi selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.

5. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan

Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi

khalifah. +Abdul Rahman bin Auf (pengerusi mesyuarat) meninjau pendapat.

6. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan,

Samarkand, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut

Islam.

7. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.

8. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.

9. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli

senjata dan kapal.

10.Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.

d) Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.

1. Sepupu Nabi

2. Keturunan Bani Hasyim

3. Seorang yang berani, pahlawan, tegas, berpengetahuan luas tentang

perundangan Islam.

4. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.

5. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan

Islam - pakar dlm selok-belok hukum.

6. Contohnya, menghentikan Perang Siffin (Perang Saudara) bila musuh

mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan supaya dapat

mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

7. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.

8. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang

dihantarkannya kepada al-Asytar.

Asytar

nama sebenar - Malik bin al-Harlth al Nakha

11 | T N A ~ N S

Page 12: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin

Pejuang yang menyokong Saidina Ali

Dilantik menjadi gabenor di Mansil dan bandar-bandar lain di Iraq dan Syria

Tokoh yang berani

Pedang : al-Lujju ( kilauan air mengalir)

STRUKTUR PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDINLatar belakang :

- Terbentuk secara rasmi pada 632 H. Abu Bakar ialah khalifah pertama.

- Empat orang sahabat yang menjadi khalifah:

1. Abu Bakar al Siddiq

2. Umar al-Khattab

3. Uthman bin Affan

4. Ali bin Abi Talib

MADINAH MAIN GATE

Struktur pemerintahan Pusat:- Madinah ialah pusat pemerintahan

- kekuasaannya tidak bersifak mutlak & khalifah perlu membuat ijtihad.

- dasar akan diputuskan oleh majlis Syura.

- Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi di zaman Umar al Khattab.

- khalifah merupakan panglima tertinggi tentera

12 | T N A ~ N S

Page 13: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

- ibu pejabat baitulmal ditubuhkan  & segala sumber pendapatan dan laporan

kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah

kepada khalifah setiap tahun.

Struktur pemerintahan Wilayah:           - Semasa Abu Bakar al Siddiq negara Islam dibahagikan kepada 10 daerah :

1. Makkah

2. Ta'if

3. Yaman

4. Hadramawt

5. Khakwan

6. al Jund

7. Najran

8. Zabid

9. Bahrin

10.Jarsh

- Struktur pemerintahan Wilayah diperkemaskan semasa Umar al Khattab. - kempen

perluasan kuasa &  negara Islam dibahagikan kepada 8 buah wilayah utama:

1. Madinah

2. Makkah

3. Syam

4. Mesopotamia

5. Iran

6. Iraq

7. Mesir 

8. Palestin

-   Tiap-tiap negeri mempunyai ibu negeri/ pusat pemerintahan & Umar telah

membentuk satu sistem birokrasi yang sistematik.

- Setiap wilayah diperintah oleh gabenor yang akan dibantu oleh setiausaha.

- Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai, Pegawai

Polis, Pegawai perbendaharaan negara.

13 | T N A ~ N S

Page 14: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

- Semua pegawai wajib melaporkan jumlah harta sebelum dan setelah selesai

menjalankan tanggungjawab.

- setiap wilayah didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan

dan perbelanjaan negara.

SYURA IALAH ….Definisi Syura :Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam

pemerintahan Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik

Islam, dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak ada cacatnya

pelaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersama-

sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan

politik dan merupakan prinsip dasar negara dan masyarakat muslim.

Perkataan syura adalah berasal daripada bangsa Arab yang membawa maksud

mensyuarat. Manakala dari sudut istilah pula ialah permesyuaratan yang diadakan

oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan

kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan.

(Mustafa Hj. Daud, 1991)

Dalil SyuraTerdapat beberapa dalil dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan keatas

kewajipan bersyura, antanya ialah:

3.1 Al-Quran

يحب } الله إن الله على فتوكل عزمت فإذا األمر في وشاورهم لهم واستغفر عنهم فاعف{المتوكلينMaksudnya:

Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan

bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah

membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah

menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

(Ali Imran: 159)

3.2 Al-Sunnah

يقتال أن تغرة بايعه الذى وال هو يتابع فال المسلمين من مشورة غير من رجل بايع فمنMaksudnya:

Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di

14 | T N A ~ N S

Page 15: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah

dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh

(Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)

PENGERTIAN BAIAH Maksud bai’ah adalah janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh

seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan,

pekerjaan, amalan atau lainnya.

Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan

Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka

memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka

barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah

akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia

janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath :

10)

Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:

“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia

berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim

FUNGSI BAI’AH

Adalah jelas sebagai satu ikrar penetapan diri untuk taat setia dengan Allah, sebagai

hambaNya. Ikrar ini tidak berhenti pada lafaznya sahaja, kerana ia akan

dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.

Syarat-syarat sah Baiah

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Redha dan atas pilihan

15 | T N A ~ N S

Page 16: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Lafaz Baiah

Lafaz baiah perlu ada 2 perkara :

Apa yang dikhususkan kepada khalifah - Maka lafaznya merangkumi amal-

amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni maksudnya ia menjadi

pemimpin dan ketua hukum syarak umat Islam.

Apa yang dikhususkan kepada umat Islam - Maka lafaznya iltizam umat Islam

dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana

kemampuan mereka. [1]

Hadis tentang baiah

Banyak hadis sahih yang menjelaskan bahawa seseorang sah sebagai Khalifah jika

diangkat melalui proses Baiah. Para sahabat pun melakukan hal yang sama. Tidak

pernah seseorang menjadi Khalifah tanpa dibaiah. Abu Bakar menjadi Khalifah

bukan hasil musyawarah memutuskan beliau sebagai khalifah, tetapi setelah beliau

dibaiah di Saqifah. Umar menjadi khalifah bukan setelah pengumuman Abu Bakar

tentang hasil musyawarah kaum Muslim, melainkan setelah beliau dibaiah. Demikian

juga dengan Uthman dan Ali. Berdasarkan hal tersebut dapat dikatakan bahawa

baiah merupakan satu-satunya cara tetap (thariqah) pengangkatan khalifah.

Sekalipun disetujui majoriti rakyat atau wakilnya, seseorang belum menjadi khalifah

sebelum dibaiah. Begitu juga, warisan atau sistem putera mahkota bukanlah cara

pengangkatan khalifah.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: [2]

“ "Dahulu Bani Israil itu dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi

mangkat, maka akan digantikan dengan nabi lain. Dan sesungguhnya tidak

ada seorang nabi pun setelahku dan akan muncul para khalifah yang

banyak. Mereka bertanya: Lalu apakah yang engkau perintahkan kepada

kami? Nabi saw. menjawab: Setialah dengan baiah khalifah pertama dan

seterusnya serta berikanlah kepada mereka hak mereka, sesungguhnya

Allah akan menuntut tanggung jawab mereka terhadap kepimpinan mereka." ”

16 | T N A ~ N S

Page 17: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Jenis-jenis baiah

Siapapun yang mengkaji hadis Nabi s.a.w. akan menemukan bahawa baiah

terhadap khalifah ada dua jenis:

(1) Baiah In‘iqad, yakni baiah yang menunjukkan orang yang dibaiah sebagai

khalifah, pemilik kekuasaan, berhak ditaati, ditolong, dan diikuti;

(2) Baiah Taat, iaitu baiah kaum Muslim terhadap khalifah terpilih dengan

memberikan ketaatan kepadanya. Baiah Taat bukanlah untuk mengangkat khalifah,

kerana khalifah sudah ada.

Kedua baiah ini juga didasarkan pada Ijmak Sahabat. Misalnya, Abu Bakar diangkat

oleh sebahagian Sahabat sebagai calon dari semua Sahabat, baik kalangan

Muhajirin maupun Anshar. Setelah baiah dilakukan di Saqifah, esoknya kaum

Muslim dikumpulkan di masjid. Abu Bakar berdiri di Mimbar. Sebelum Abu Bakar

berbicara, Umar bin Khathab antara lain berbicara,

"Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan urusan kalian kepada pundak orang

terbaik di antara kalian. Dia Sahabat yang berdua bersama Rasul di gua. Berdirilah

kalian, baiahlah dia."

Para Sahabat pun membaiah Abu Bakar setelah pembaiahan di Saqifah.

Pembaiahan wakil Sahabat kepada Abu Bakar di Saqifah merupakan Baiah In‘iqad,

sedangkan pembaiahan kaum Muslim kepadanya di masjid merupakan baiah taat.

Hal serupa terjadi pada khalifah lainnya. Ini merupakan gambaran dan penegasan

tentang keredhaan rakyat kepada Khalifah.

Berbeza dengan Baiah In‘iqad yang bersifat pilihan, Baiah Taat wajib atas setiap

orang, yang ditunjukkan dengan ketaatan dan ketundukan kepada Khalifah terpilih;

taat pada hukum dan perundangan-undangan islam yang ditetapkannya.

Baiah adalah sunnah Nabi

Baiah ialah suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh kaum

Muslimin beberapa kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih hidup

17 | T N A ~ N S

Page 18: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

seperti Baiah Aqabah 1, Baiah Aqabah 2, Baiah Ridhwan. Selepas kewafatan

baginda para sahabat terus berbaiat kepada Ulil-Amri (Khalifah) mereka.Imam Al-

Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari 'Ubadah bin Al-Samit

yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi

baiah kepada baginda... kemudian 'Ubadah berkata: [3]

“ "Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar

dan mentaati (Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci,

dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak

membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat

kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas."

PENYEBARAN ISLAM ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

PENYEBARAN ISLAM DI ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Pendidikan Islam berasaskan keseimbangan dan integrasi antara roh, akal, dan

jasad. Ia melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat sebagaimana Nabi

Muhammad S.A.W pernah bersabda,”tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang

lahad”. Dalam tradisi Islam, perkataan-perkataan seperti tarbiyyah-ta’lim-ta’dib yang

membawa pengertian pendidikan, pengajaran dan pembentukan budi pekerti, telah

digunakan pakai semenjak zaman awal Islam lagi. Pendidikan selepas zaman Nabi

Muhammad SAW telah mengalami beberapa perubahan dari segi kaedah atau cara

pengajaran , tempat belajar, kurikulum yang diajar dan tenaga pengajar serta

sumber. Menurut Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyah, tugas khalifah

adalah untuk menegakkan agama dan mentadbir dunia.

Perkembangan pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin

bermula dengan zaman Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman ini, pembaharuan yang

ditekankan ialah mengumpul ayat-ayat Al-Quran. Hal ini dilakukan kerana ramai

tahfiz telah mati syahid semasa berperang. Ayat-ayat Al-Quran diajar dengan cara

hafazan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Seterusnya, ia adalah bertujuan

memerangi golongan nabi palsu (Ar-Riddah). Zaid bin Thabit telah diperintah untuk

melaksanakan tugas ini kerana beliau pernah menjadi penulis wahyu pada zaman

Nabi Muhammad S.A.W. Ayat-ayat Al-Quran ditulis semula diatas pelepah kurma,

18 | T N A ~ N S

Page 19: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

kepingan batu dan lain-lain bahan penulisan.

Selain itu, pada zaman Abu Bakar As-Siddiq, pembaharuan yang dilakukan ialah

penyebaran hadis iaitu melalui ucapan Nabi Muhammad S.A.W. Tokoh-tokoh hadis

adalah seperti Abu Hurairah, Aisyah dan Abdullah bin Umar. Hadis juga turut

diriwayatkan oleh tokoh daripada golongan Tabi’in seperti Said bin Musayyab,

Urwan bin Zubayr dan Salim bin Abdullah bin Umar. Penyebaran hadis ini dilakukan

agar setiap perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada para

pengikutnya dapat diperpanjangkan kepada umat manusia yang lain dengan tujuan

agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Seterusnya, menjadikan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan. Ini

adalah untuk menjadikan masjid bukan hanya tempat ibadat semata-mata. Ia juga

boleh digunakan atas tujuan sebagai pusat penyebaran dakwah, pusat pentadbiran

dan pendidikan. Abu Bakar As-Siddiq juga selalu mengunjungi dan melawat ke

masjid untuk berdakwah. Baginda turut menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah

bin Saad untuk mengajar Al-Quran dan hadis di sekitar masjid Madinah. Pengajaran

pendidikan yang digunakan adalah berdasarkan sistem halaqah dimana guru berada

ditengah dan dikelilingi pelajar-pelajarnya.

Tambahan pula, pembaharuan yang giat dilakukan adalah mempergiatkan usaha

dakwah. Usaha ini dilakukan apabila berlaku peperangan. Ia juga dijadikan antara

syarat sebelum berperang seperti memeluk Islam, membayar jizyah dan berperang

apabila dicabar. Satu utusan telah dihantar ke Damsyik (Syam) bersama 7500 orang

tentera. Utusan-utusan lain dihantar ke Palestin, diketuai oleh Amr bin Al-As, dan

Syurahbil bin Hasanah ke Jordan menerusi perang Tabuk.

Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula, perkembangannya dapat dilihat

menerusi pembinaan madrasah dan perpustakaan. Ia untuk menempatkan pusat

pengumpulan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau juga menyusun semula

kaedah pembelajaran dan pengajaran Islam mengiktu kesesuaian. Hal ini bertujuan

untuk mengelakkan salah faham mengenai ibadah dan iman.

19 | T N A ~ N S

Page 20: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Seterusnya, perubahan perkembangan yang dapat dilihat ialah pemerintah

mewajibkan solat jumaat dan puasa di bulan ramadhan. Hal ini bertujuan untuk

memantapkan akidah masing-masing. Beliau juga melantik guru untuk mengajar isi

Al-Quran dan akidah. Bahasa arab juga dijadikan bahasa rasmi diseluruh Negara

dan jajahan takluknya, disamping mengekalkan bahasa ibunda suku kaum masing-

masing.

Selain itu, Khalifa Umar juga memerintahkan supaya ilmu nahu (tatabahasa) Arab

disusun supaya mudah mempelajari bahasa arab. Menerusi pembelajaran bahasa

arab, Ia dapat memantapkan akal dan mempertinggikan nilai akhlak seseorang

penuntut. Pengenalan kepada kalendar Islam juga adalah perkembangan yang

dilakukan oleh Khalifah Umar sempena mengambil tarikh hijrah pada 17 hijrah

bersamaan 16 julai 622 masihi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan urusan

pentadbiran.

Tambahan pula, terdapat kelas-kelas bacaan Al-Quran diseluruh wilayah Islam.

Khalifah Umar mengirimkan guru-guru berpengalaman disetiap wilayah. Kota Basrah

dijadikan sebagai pusat pengajian Islam begitu juga dengan di Kufah. Ilmu tauhid

dan kebudayaan disebar dengan meluas dan dapat menambah ilmu pengetahuan

rakyat.Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beliau menyambung pendidikan

sedia ada dengan meriwayatkan hadis-hadis sebanyak 146 buah. Akibat terdapat

percanggahan dalam tentera Islam mengenai pembacaan Al-Quran, beliau

mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula Al-Quran sebanyak enam kali. Al-

Quran akhirnya dibukukan dan dipanggil Mashaf Uthmani dan digunapakai sehingga

ke hari ini.

Seterusnya, pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib berlaku perkembangan

pendidikan seperti usaha pendidikan agama. Khalifah Ali dianggap pengasas ilmu

nahu dan beliau mewujudkan dasar-dasar pendidikan. Antaranya ialah melantik

pemimpin melalui Bai’ah yang diberikan oleh orang ramai. Pemimpin juga harus

bersikap tegas dan adil dan rakyat harus menurut perintah pemimpin. Pelantikan

adalah mengikut majoriti dan sesiapa yang tidak bersetuju atau ingkar dianggap

tidak mengikut hukum Islam. Secara tak langsung, ini menggambarkan

20 | T N A ~ N S

Page 21: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

kebijaksanaan Ali R.A. sebagai seorang Khalifah yang mempunyai ilmu

pengetahuan tinggi, bersikap jujur dan berpandangan jauh.

Kesimpulannya, pendidikan zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan kesinambungan

perkembangan pendidikan zaman Rasulullah. Pendidikan pada zaman ini adalah

berpandukan Al-Quran dan Hadis. Meskipun terdapat kekurangan peralatan, namun

masing-masing telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pendidikan

Islam.

KESAN PERUBAHAN KEPADA WILAYAH PENTADBIRAN

Dasar pentadbiran khulafa’ Ar-Rasyidin

Undang-undang dan perlembagaan Negara berasaskan Al-Quran dan sunnah

Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura

dan ijtihad

Khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan

adil

Khalifah adalah ketuan Negara

Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan

Pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan

Negara

Rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah

Pembaharuan dalam pentadbiran negara

Majlis syura

Ahli syura dikenal sebagai ahli “ al-Hallu Wal-Aqdu” yang bermaksud pandai

menghurai dan membuat keputusan

Fungsi majlis syura pada zaman Rasulullah s.a.w amat terhad kerana

keputusan yang dibuat Rasulullah s.a.w adalah daripada wahyu kecuali

beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat.

Pada zaman khalifah umar, satu majlis syura khas ditubuhkan yang

bertanggungjawab menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada

sahabat Rasulullah s.a.w

21 | T N A ~ N S

Page 22: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Pentadbiran wilayah

Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah islam yang baru

dibuka

Gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil

Jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran Negara seperti

ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim dan pegawai cukai.

Polisi pentadbiran khulafa Ar-Rasyidin

Polisi khalifah abu bakar

Memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi

palsu dan golongan yang enggan membayar zakat

Menggerakkan tentera Usamah Bin Zaid untuk memerangi penduduk

Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah s.a.w

Melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul

perselisihan untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia

Polisi khalifah umar

Beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera islam

Tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali

mendapat keizinan khalifah

Polisi khalifah uthman

Memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad dengan

menyebarkan agama dan memperluas pengaruh islam

Para sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah

Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal

Menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy

Melantik gabenor dalam kalangan bani Umaiyah tapi masih mengira

kelayakan dan kepimpinan

Polisi khalifah Ali

22 | T N A ~ N S

Page 23: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

Menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman

khalifah Usman

Meneruskan majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan

khawarij

Kesimpulan

Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat

terhadapnya.Oleh itu seseorang khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki

kemampuan dan keupayaan dalam pelbagai aspek terutamanya  keagamaan dan

kemahiran dalam mentadbir.

Perlantikan  khalifah tanpa berdasarkan kelayakan  akan memusnahkan dan

menghancurkan sesebuah kerajaan dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas

hati dalam kalangan rakyat jelata.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Khulafa_al-Rasyidin

https://khalifah000.wordpress.com/pengertian-khalifah/

http://koki-forshort.blogspot.my/2013/05/konsep-serta-tanggungjawab-

khalifah.html

http://koki-forshort.blogspot.my/2013/05/kaedah-pemilihan-khalifah-pada-

zaman.html

http://s4e-sejarahtingkatan4.blogspot.my/2011/09/2-sumbangan-khulafa-al-

rasyidin.html

http://maryatirahmanisejarah.blogspot.my/2013/02/pemerintahan-pusat-

wilayah-zaman.html

http://we-lead.blogspot.my/2008/03/syura-dalam-kepimpinan-islam.html

https://jalanakhirat.wordpress.com/2013/04/30/baiah-itu-apa/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Baiat://senangsejarahislam.blogspot.my/

Modul 08-penyebaran islam zaman khulafa’ Al-Rasyidin diploma vokasional

Malaysia , kolej vokasional KPM

23 | T N A ~ N S

Page 24: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

LAMPIRAN

24 | T N A ~ N S

Page 25: PENGENALAN MENGENAI KHULAFA

25 | T N A ~ N S