pengaruh perubahan gunatanah terhadap …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/pengaruh perubahan...

24
PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP TABURAN HUJAN DI KAWASAN TROLAK-SLIM RIVER-BEHRANG-TANJONG MALIM-HULU BERNAM (BAHAGIAN HULU LEMBANGAN SUNGAI BERNAM) MOHAMAD SUHAILY YUSRI BIN CHE NGAH KOD PENYELIDIKAN: 08-06-43-07 BATSYA UNTVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2009

Upload: trinhkhuong

Post on 19-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP TABURAN HUJAN DI KAWASAN TROLAK-SLIM RIVER-BEHRANG-TANJONG MALIM-HULU

BERNAM (BAHAGIAN HULU LEMBANGAN SUNGAI BERNAM)

MOHAMAD SUHAILY YUSRI BIN CHE NGAH

KOD PENYELIDIKAN: 08-06-43-07 BATSYA

UNTVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2009

Page 2: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

20.06.2009 Mohamad Suhaily Yusri Bin Che Ngah

Page 3: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

iii

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada RMC-UPSI di atas geran yang diluluskan bagi menjayakan penyelidikan. Kepada semua pihak yang terbabit, seribu penghargaan dirakamkan. Sekian.

Page 4: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

IV

ABSTRAK

Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, perubahan guna tanah dari perlombongan ke pembalakan, pembalakan ke pertanian,, pertanian ke petempatan dan perindustrian serta perubahan tanah pertanian tradisi ke pertanian komoditi telah menimbulkan kesan yang ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga manusia teratama di lembangan saliran Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. la melibatkan penurunan tahap bekalan air bersih, peningkatan tahap pencemaran air dan peningkatan iklim mikro. Bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baru di luar Lembah Klang. Kajian terhadap perubahan guna tanah pertanian ke guna tanah lain ke atas jumlah taburan hujan yang direkodkan telah dilakukan. Hasil kajian mendapati purata hujan tahunan bagi tempoh 50 tahun tidak menunjukkan perubahan yang ketara (peningkatan atau penurunan) walaupun pada awal 1990an dan seterusnya berlaku perubahan gunatanah pertanian ke petempatan dan industri. Ini dikaitkan dengan sebahagian besar kawasan hulu Lembangan Sungai Bernam masih dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan sama ada hutan semulajadi atau 'hutan pertanian' {tree crops) yang berperanan sebagai kawasan tadahan hujan {reservoir). Walaubagaimanapun, variasi hujan di antara stesen hujan di dalam kawasan kajian menunjukkan perbezaan yang ketara dan keadaan ini adalah normal kerana ia selaras dengan ciri-ciri kejadian hujan di kawasan tropika.

Page 5: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

V

THE EFFECT OF LAND USE CHANGE ON RAINFALL DISTRIBUTION IN TROLAK-SLIM RIVER-BEHRANG-TANJONG MALIM-HULU BERNAM

AREAS (UPPER PART OF BERNAM CATCHMENT)

ABSTRACT

In the past 50 years, land use changes from mining to lodging, lodging to agriculture, agriculture to settlement and industrialization, also changes from traditional agricultural to commodity caused a significant effect on physical and human environment especially in West Coast of Peninsular Malaysia river basins. It involves reduction of clean water supply, increases water pollution level and micro climate. Upper part of Bernam catchment also subjected as a new region for current and future developments outside of Klang Valley. Research on changes of land use from agriculture to other land cover and its effect on rainfall distribution have been carried out. Findings from this study suggested that long term average of the rainfall distribution did not show any significant changes although in the early 1990s and onwards changes from agriculture to settlement and industry have occurred. It is because large part of the study area still covered by primary forest and tree crops which could play a significant role as a watershed. Nevertheless, rainfall variation between rain stations within study area very obvious due to the normal climatic conditions for tropical areas.

Page 6: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

VI

KANDUNGAN

Pengakuan ii

Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

Senarai Rajah viii

Senarai Peta ix

Senarai Jadual x

Senarai Foto xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Rasional Penyelidikan 4

1.3 Jangkaan Hasil 6

1.4 Kepentingan dan Faedah Penyelidikan 7

BAB 2 ULASAN LITERATUR, KAWASAN KAJIAN DAN

METODOLOGI

2.1 Pengenalan 8

2.2 Perkembangan Pembangunan Di Malaysia 10

2.3 Kawasan Kajian 14

2.4 Kaedah Penyelidikan dan Penganalisaan Data 15

BAB 3 HASIL KAJIAN

3.1 Bentuk-bentuk Perubahan Guna Tanah 17

3.1.1 Pertanian 17

3.1.2 Perindustrian 28

3.1.3 Perbandaran dan Perumahan 31

Page 7: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

Vll

3.2 Analisis Taburan Hujan Mengikut Stesen 41

3.2.1 Stesen Ladang Trolak 49

3.2.2 Stesen Ladang Bedford 50

3.2.3 Stesen Sungai Behrang 52

3.2.4 Stesen Pekan Tanjong Malim 54

3.2.5 Stesen Ladang Sungai Gumut 5 5

3.3 Kesimpulan 56

BAB 4 PENUTUP 57

4.1 Ringkasan Penyelidikan dan Penemuan 57

4.2 Kesimpulan 63

Rujukan 64

Lampiran 1 - Poster Ekspo Penyelidikan 2009 65

2 - Kertas Kerja Seminar Antarabangsa, Manado, 2009 6

Page 8: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

Senarai Rajah

Perkara Muka surat

Analisis variasi di semua stesen curahan hujan 47

Analisis variasi hujan, stesen Ladang Trolak pada tahun 1970- 49 2004

Analisis variasi hujan, stesen Ladang Bedford pada tahun 1970- 50 2004

Analisis variasi hujan, stesen Sungai Behrang pada tahun 1970- 52 1995

Analisis variasi hujan, stesen Pekan Tanjong Malim pada tahun 54 1971-2004

Analisis variasi hujan, stesen Ladang Sungai Gumut pada tahun 55 1970-2004

Page 9: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

Senarai Peta

Perkara

Kawasan kajian - Lokasi stesen curahan hujan Bernam

Jenis guna tanah Lembangan Bernam 1984

Jenis guna tanah Lembangan Bernam 1990

Jenis guna tanah Lembangan Bernam 1997

Jenis guna tanah Lembangan Bernam 2000

Jenis guna tanah Lembangan Bernam 2004

Page 10: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

X

Senarai Jadual

Jadual Perkara Muka surat

3.1 Keluasan kawasan pertanian di sekitar daerah Tanjong Malim 18 pada tahun 2005

3 2 Maklumat beberapa lokasi kawasan pertanian 21

3.3 Pecahan penggunaan tanah di Bandar Proton 3 0

3.4 Cadangan bilangan perumahan (unit) sehingga tahun 2010 32

3.4(a) Jenis guna tanah kawasan kajian tahun 1984-tahun 2004 41

Page 11: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

XI

Senarai Foto

Foto

3.1

3.2

3.3

3.4

3.4(a)

3.5

3.6

3.7

3.8

3.9

3.10

Perkara

Kawasan tanaman getah di kawasan kajian

Kawasan penanaman kelapa sawit di kawasan kajian

Penanaman semula kelapa sawit di kawasan kajian

Pembukaan tanah untuk penanaman kelapa sawit di Bukit Asa

Jenis gunatanah di Bandar Proton

Kawasan perbandaran dan perumahan di kawasan kajian

Stesen Ladang Trolak, Trolak

Stesen Bedford, Slim River

Stesen Ladang Sungai Behrang, Tg. Malim

Stesen Pekan Tanjong Malim

Stesen Ladang Sungai Gumut

Muka surat

18-19

21-22

23-25

26-27

28-29

33-34

41-42

43

44

45

46

Page 12: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

BAB1

PENDAHULUAN

1,1 Pengenalaii

Dalam era globalisasi ekonomi yang mencabar, kegiatan ekonomi negara terus

berkembang walaupun ada ketika prestasinya agak perlahan disebabkan oleh isu-isu

dalaman, serantau dan antarabangsa. Anuwar Ali dan Rajah Hasiah (2000),

menjelaskan bahawa prestasi pembangunan ekonomi negara masih boleh

dibanggakan berbanding dengan pembangunan di kebanyakan negara sedang

membangun. Pembangunan ekonomi negara setakat ini temyata dapat dipertahankan

dalam pelbagai aspek meliputi pembangunan wilayah dan pembangunan industri.

Namun begitu, pembangunan tidak terancang telah mengganggu persekitaran fizikal

dan menjadi isu nasional terutama bermula tahun 1980-an.

Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, proses pembangunan tanah yang

melibatkan perubahan guna tanah dari sektor perlombongan kepada aktiviti

pembalakan, pembalakan ke pertanian, pertanian ke petempatan dan perindustrian dan

akhir-akhir ini melibatkan perubahan tanah pertanian tradisi ke pertanian komoditi

telah memmbulkan kesan yang agak ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga

manusia Dalam tempoh tersebut, kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia

khususnya di kawasan lembangan saliran menjadi tumpuan kerana memiliki pelbagai

kelebihan seperti Lembah Klang, Langat, Linggi dan Kinta Antara kesan yang dilihat

ekoran perubahan jenis litupan bumi {land cover) tadi adalah penurunan tahap bekalan

air bersih, peningkatan tahap pencemaran air dan peningkatan iklim mikro.

Page 13: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

2

Pada masa ini, pembangunan dalam sektor pertanian pesat dimajukan dengan

pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan getak Keadaan ini bersesuaian dengan

dasar kerajaan pada masa itu yang bergantung kepada sektor pertanian. Selain itu,

aktiviti penanaman kelapa sawit dan getah pada waktu itu juga dipengaruhi oleh

perubahan ekonomi dunia dimana permintaan untuk kedua-dua tanaman tersebut di

pasaran amat tinggi bagi memenuhi keperluan bahan mentah untuk industri tertentu

seperti keperluan untuk memproses minyak masak. Namun, bermula dari tahun 1980-

an, kerajaan telah beralih arah daripada sektor pertanian kepada sektor industri sebagai

penjana sumber ekonomi negara Namun sektor pertanian masih lagi menjadi salah

satu pendapatan kerajaan tetapi menjadi penyumbang kedua kepada pendapatan

negara (Aiken, 1994).

Dalam usaha untuk memastikan dasar pembangunan industri dinikmati oleh

seluruh rakyat, beberapa langkah telah diperkenalkan oleh kerajaan. Antaranya

mewujudkan kawasan atau koridor pembangunan industri di beberapa kawasan

tertentu (Sham Sani & Abdul Samad Hadi, 1990). Bahagian Hulu Lembah Bernam

(terletaknya Tanjong Malim) juga telah menikmati dasar pembangunan kerajaan ini

kerana kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan pusat bandar Kuala

Lumpur serta menjadi laluan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh serta terletak ditengah-

tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang seperti Bandar Proton

{Proton City) yang menjadi kawasan industri untuk industri berat amnya yang

berasaskan industri automobil. Keadaan ini jelas dengan wujudnya kilang Proton, iaitu

salah satu syarikat kenderaan nasional negara yang utama Sejak daripada itu, pelbagai

projek pembangunan lain seperti pembinaan taman-taman perumahan, kemudahan

infrastruktur, kemudahan pendidikan, dan sebagainya telah dipertingkatkan bagi

menampung pertambahan jumlah penduduk. Umum mengetahui pembangunan yang

pesat menyumbang pelbagai impak negatif seperti peningkatan suhu, kemerosotan

sumber bekalan air, gangguan kepada habitat haiwan, perubahan iklim yang tidak

menentu, dan kemerosotan proses kejadian hujan khususnya ekoran kemusnahan

hutan semulajadi khususnya di kawasan yang terlibat

Page 14: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

3

Hulu Lembah Bernam merupakan kawasan yang unik kerana berada di kaki

Banjaran Titiwangsa dan terkenal dengan bentuk muka bumi yang hijau serta iklim

mikronya yang dingin. Dengan persekitaran yang unik ini, pengaruh alam sekitar

fizikal khususnya hutan tidak dinafikan amat penting kepada semua ekosistem di

Tanjung Malim, sama ada komponen abiotik ataupun komponen biotik. Pengaruh

hutan terhadap suhu persekitaran, sistem saliran, dan komponene ekosistem lain jelas

saling berkait. Sebarang bentuk gangguan terhadap salah satu komponen ini akan

memberi kesan negatif kepada komponen lain (Botkin & Keller 2003).

Pembangunan yang sedang berkembang di sekitar Tanjung Malim-Slim-Trolak

melibatkan penerokaan kawasan hutan dan kawasan pertanian {tree crops) yang luas.

Aktiviti penerokaan sebegini khususnya bagi menggiatkan sektor industri akan

memberi pelbagai kesan negatif terhadap pemeliharaan alam sekitar fizikal. Sebagai

contohnya, kawasan perindustrian yang dibangunkan di Bandar Proton sahaja

melibatkan kawasan seluas 4,000 ekar di kaki Banjaran Titiwangsa yang mula

dibangunakan sekitar awal 1990an telah meninggalakan kesan ketara terhadap kuantiti

sedimentasi dalam aliran sungai-sungai utama di Lembah Bernam.

Dalam proses kitaran hidrologi, hutan berperanan membekalkan wap air

kepada lapisan atmosfera melalui proses transpirasi. Lembapan wap air ini

menyumbang kepada pembentukan awan dan kemudiannya akan turun balik ke

permukaan bumi sebagai hutan. Di hutan Amazon, dianggarkan 50 hingga 80 peratus

lembapan wujud semasa kitaran air berlaku. Apabila hutan ditebang, berlaku

kekurangan lembapan dalam atmosfera dan akhirnya jumlah taburan hujan semakin

menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

1997).

Justeru, dalam konteks Hulu Lembangan Sungai Bernam ini yang telah

tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baru bagi mengatasi kesesakan di

sekitar Lembah Klang, adalah wajar satu penelitian terhadap perubahan gunah tanah

pertanian ke pertanian lain dan gunatanah pertanian ke petempatan/institusi dan

perindustrian ke atas jumlah taburan hujan yang diterima dilakukan. Litupan tumbuh-

Page 15: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

4

tumbuhan sama ada hutan semulajadi atau 'hutan pertanian' {tree crops) berperanan

sebagai kawasan tadahan hujan {reservoir). Taburan hujan atau jumlah penerimaan

hujan di Kawasan Hulu Lembangan Bernam ini pula mempunyai kaitan rapat dengan

jumlah sumber bekalan air yang ada {available) dalam sistem salirannya pada satu-

satu masa. Paras air dalam sistem saliran yang optimum akan menyediakan sumber air

yang mencukupi untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian di kawasan

kajian.

Kawasan Hulu Lembangan Bernam sebahagiannya masih dilitupi oleh Hutan

Hujan Tropika di bahagian Banjaran Titiwangsa serta tumbuh-tumbuhan komoditi

berkanopi iaitu getah dan kelapa sawit Umumnya, kitaran usia pokok-pokok komoditi

tadi baru menjangkau kitaran kedua selepas 30 tahun di mana proses penanaman

semula bermula sekitar tahun 2000. Peralihan tumbuhan litup bumi antara pokok

hutan malar hijau ke pertanian getah sekitar 1970-an dan ke kelapa sawit sekitar 1980-

an serta proses penebangan dan penanaman semula akan dinilai dalam konteks

penerimaan jumlah hujan atau taburan hujan di kawasan tersebut.

1.2 Rasional Penyelidikan

Isu pembangunan gunatanah dan kesan terhadap persekitaran fizikal sebenarnya

mempunyai skop yang luas yang memerlukan kepakaran pelbagai disiplin ilmu seperti

Geografi (kesan negatif ke atas persekitaran fizikal yang menjejaskan kualiti hidup

manusia), Geologi (kemampuan jenis dan struktur batuan dalam kestabilan cerun dan

pengekalan takat air bawah tanah), Biologi (kemampuan pelbagai jenis tumbuhan

berkanopi dalam proses infiltrasi dan penyederhanaan suhu), Kimia (aspek kualiti air

dan dan kesuburan tanah tanih) dan Fizik Atmosfera (melihat elemen iklim mikro,

tenaga bahangan dan tiupan angin) yang pastinya tidak mampu dijalankan dalam

tempoh yang singkat.

Untuk konteks kajian ini, skop utama adalah berkisar dalam kerangka

mengenalpasti jenis perubahan gunatanah dan meneliti variasi hujan yang diterima

Page 16: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

5

(sekiranya wujud) berdasarkan data-data historik {hysterical archieve data -

secondary data dari agensi kerajaan berkaitan) seawal negaia mencapai kemerdekaan

(1960) (dengan andaian pembangunan tanah bermula selepas negara mencapai

kemerdekaan) sehingga 2006.

Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sebarang perubahan

gunatanah yang berlaku sejak merdeka dan seterusnya meneliti sama ada perubahan

guna tanah tadi menyebabkan beriakunya pengurangan ke atas cerapan hujan yang

diterima di station-station yang dikenalpasti bagi mewakili kawasan Trolak, Slim

River, Behrang, Tanjong Malim dan Hulu Bemam.

Untuk mencapai tujuan itu, beberapa objektif perlu dilaksanakan iaitu;

i. Mengenalpasti jumlah station hujan yang wujud dengan jumlah data

hujan yang lengkap dari tahun 1960 atau lebih awal hingga 2006.

ii. Membuat validasi ke atas data-data sekunder tersebut menerusi kaedah

korelasi antara station bagi memastikan data-data adalah sahih.

iii. Mengenalpasti jenis perubahan gunatanah dan keluasan kawasan

(kuantiti perubahan) serta kawasan yang paling dominan dibangunkan.

iv. Melihat variasi taburan hujan antara kawasan sebelum, semasa dan

selepas program pembangunan gunatanah berlaku.

v. Melihat perkaitan antara perubahan gunatanah serta jumlah cerapan

hujan yang diterima di kawasan-kawasan berkaitan.

Page 17: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

6

13 Jangkaan Hasil

Di peringkat awal cadangan penyelidikan irti, hasil yang dijangkakan ialah;

i- Data-data hujan akan menunjukkan variasi dari segi masa dan

ruang/tempat ekoran faktor pembangunan dan juga faktor semulajadi

kedudukan di Banjaran Titiwangsa Cuma, sejauhmana variasi itu

berpunca dari aspek semulajadi atau faktor perubahan gunatanah akan

dapat dipastikan apabila kajian selesai.

ii- Berlaku perubahan gunatanah dari litupan hutan tropika ke pertanian

komoditi samada getah atau kelapa sawit semenjak merdeka. Tahun-

tahun yang ketara perubahan gunatanah akan dapat dipastikan apabila

analisis perubahan berdasarkan peta dan keluasan dilaksanakan. Ini

akan membolehkan kaitan dibuat dengan aspek perkembangan ekonomi

yang melanda negara sejak akhir tahun 1980an, diikuti awal 1990an

dan meningkat semula pada tahun 2003 selepas mengalami

kemelesetan ekonomi rantau Asia pada period 1997-2002.

iii- Perubahan gunatanah mungkin memberi kesan keatas cerapan hujan di

kawasan berkaitan, tetapi keselixruhannya, ia dijangkakan tidak akan

menjejaskan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan domestik,

pertanian dan perindustrian di Kawasan Lembah Bernam

memandangkan sebahagian kawasan ini masih dilitupi oleh hutan

'primer' di kaki Banjaran Titiwangsa.

Page 18: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

7

1.4 Kepentingan dan Faedah Penyeldidikan

Penyelidikan ini akan memberi maixfaat dalam aspek berikut:

i- Sumbangan pada Negara la akan melibatkan penelitian terhadap

kesahihan data-data sekunder yang dicerap oleh pelbagai agensi

kerajaan dengan peruntukan perbelanjaan yang besar setiap tahun.

Sekiranya data yang dicerap, diragui kesahihan, ia merugikan kerajaan

kerana data-data ini tidak mampu untuk digunakan oleh penyelidik

sebaik mungkin dalam membuat sebarang jangkaan terhadap aspek

yang melibatkan kesan ke atas persekitaran fizikal dan manusia ekoran

pembangunan yang dilaksanakan. Hasrat kerajaan adalah setiap

pembangunan memberikan impak minimum terhadap alam sekitar

menerusi bantuan penyelidikan berasaskan pencerapan data-data

berkualiti. Apabila penelitian telah dibuat, sekiranya ada data yang

diragui kesahihan yang mungkin disebabkan oleh human error atau

equipment error atau kekurangan kepakaran dalam mengendalikan

peralatan, cadangan boleh dikemukakan dalam masa terdekat supaya

'sebarang kesilapan yang wujud' (sekiranya ada) boleh diatasi dengan

segera untuk kepentingan bersama

ii- Sumbangan pada Universiti. Boleh bertindak sebagai pakar rujuk

dalam konteks perancangan pembangunan yang dkendalikan oleh PBT

Tg. Malim-Slim River. Antaranya ialah dengan memberikan gambaran

kepada pemaju projek-projek pertanian atau perindustrian dan Pihak

Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam pembangunan gunatanah pada

skala tertentu tentang kemungkinan kesan terhadap jumlah hujan yang

diterima di satu-satu kawasan ekoran dari aktiviti pembangunan

tersebut Jumlah hujan ini penting diketahui memandangkan ia berkait

rapat dengan penyediaan sumber bekalan air kepada kawasan

berkaitan.

Page 19: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

8

BAB 2

ULASAN LITERATUR, KAWASAN KAJIAN DAN METODOLOGI

2.1 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, aktiviti guna tanah di sesuatu kawasan mengalami perubahan

daripada satu fungsi kepada fungsi yang lain, contohnya daripada kawasan hutan

semulajadi kepada kawasan pertanian dan kawasan pertanian kepada penempatan dan

industri. Menurut Hall (2001), antara salah satu daripada perubahan guna tanah yang

jelas seiring dengan proses modenisasi ialah proses pembandaran yang pesat,

perindustrian, aktiviti pertanian (perladangan dan penternakan), kemudahan

perumahan, dan kemudahan pengangkutan Kawasan hutan dan kawasan pertanian

seperti getah, kelapa sawit dan seumpamanya diterokai untuk pembangunan

melibatkan pembinaan bandar baru, penempatan, pusat perniagaan, dan sebagainya.

Goetz et al (2004), menyatakan bahawa pertumbuhan pesat kawasan bandar dikaitkan

dengan pertambahan aktiviti ekonomi dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan

yang banyak kepada penduduk. Faktor ini telah mendorong dan menggalakkan

penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan.

Douglas (1983), menganggarkan bahawa pada tahun 2000 lebih separuh

daripada penduduk dunia akan menetap di kawasan bandar. Proses pembangunan dan

aktiviti pembangunan lain yang melibatkan perubahan guna tanah yang pesat pastinya

akan membawa bersama impak negatif terhadap persekitaran fizikal, misalnya

peningkatan suhu mikro yang boleh mengganggu kestabilan proses hujan (Marsh dan

Grossa, 2005). Umumnya, diketahui bahawa air hujan merupakan sumber utama

wujudnya air di permukaan bumi serta merupakan komponen utama dalam

Page 20: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

9

keseimbangan kitaran hidrologi. Pergerakan air secara semula jadi berlaku dalam

proses kitaran seperti pemeluwapan, hujan, air larian, dan susupan. Perubahan atau

gangguan kepada mana-mana proses semulajadi tersebut akan mengganggu

keseimbangan proses kitaran ini secara keseluruhannya (Shaharuddin Ahmad, 2001).

Hall (2001) dan Katiman Rostam (2002) mengambarkan sesuatu pembangunan

merupakan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup melalui pertumbuhan

ekonomi dan sosial. Manusia sebagai salah satu komponen biotik dalam alam sekitar

melakukan pelbagai jenis kegiatan meneruskan kelangsungan hidup. Antara kegiatan

pembangunan guna tanah adalah seperti penerokaan hutan untuk aktiviti pertanian dan

pembangunan wilayah. Pembangunan untuk kesejahteraan hidup manusia adalah

sesuatu yang positif namun sikap manusia yang terlalu ghairah mengejar kebendaan

telah menidakkan keharmonian alam sekitar semasa Selain itu, Mohmadisa Hashim

dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005) pula menjelaskan bahawa

pembangunan merupakan satu proses atau usaha untuk memodenkan sesebuah negara

yang sedang membangun atau mundur serta meningkatkan taraf hidup rakyat ke satu

tahap yang lebih baik seperti yang telah dicapai oleh negara-negara maju.

Pembangunan selalu dikaitkan dengan penerokaan sumber alam semulajadi.

Sumber semulajadi merupakan asas keperluan pembangunan yang boleh digunakan

oleh manusia untuk tempoh yang lama sekiranya penggunaan sumber tersebut

dikawal. Kegiatan pembersihan hutan secara besar-besaran telah dilakukan atas nama

pembangunan untuk pelbagai keperluan telah memberi pelbagai kesan negatif kepada

komponen alam sekitar. Antaranya mewujudkan gangguan kepada ekosistem,

mengganggu kitaran biogeokimia, dan mengurangkan kepelbagaian biologi. Jika

gangguan berikut berlaku pada salah satu komponen ekosistem, proses-proses

semulajadi seperti kitaran air, proses fotosintesis, dan kitaran biogeokimia akan

terganggu dan akan mengancam kestabilan sistem alam sekitar fizikal (Saberi

Othman, 1986).

Page 21: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

10

2.2 Perkembangaa Pembangunan di Malaysia

Bertepatan dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah

melaksanakan pelbagai langkah khusus bagi mengimbangi antara pembangunan yang

sedia ada dengan alam sekitar. Keadaan ini banyak dipengaruhi oleh wujudnya

kesedaran dan kebimbangan oleh pihak kerajaan terhadap masalah alam sekitar yang

melanda pada masa sekarang. Dalam hal ini, pembangunan bukan sahaja menjadi

penyumbang pertumbuhan ekonomi negara seperti pertumbuhan dalam sektor-sektor

perindustrian, pembuatan, pertanian, dan perkhidmatan, tetapi pertumbuhan ini juga

telah membawa impak negatif apabila wujudnya penggunaan sumber yang berleluasa,

penebangan kawasan hutan untuk pengeluaran pertanian berskala besar, pembangunan

perindustrian, dan perumahan sehingga mewujudkan gangguan pada alam sekitar,

antaranya seperti gangguan terhadap sumber bekalan air, keseimbangan ekosistem

hutan dan pencemaran udara (Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che

Ngah, 2005).

Bagi memastikan keadaan alam sekitar terpelihara selari dengan pembangunan

yang ada, pihak kerajaan telah memperkenalkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974),

untuk mengekalkan keadaan alam sekitar yang bersih dan segar dalam Rancangan

Malaysia Ketiga (1976-1980). Bahkan dalam perancangan Rancangan Malaysia

Ketujuh (1996-2000), tindakan yang dilakukan dengan memastikan bahawa

pembangunan yang dilakukan berlandaskan pembangunan mampan dan seimbang

selaras dengan maklamat pertimbangan alam sekitar dan pemuliharaan (Mohmadisa

Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2005).

Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-

an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah

ash utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka

dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan menjadikan Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu mencecah angka 46 peratus (Aiken et

al., 1994). Ihisiatif kerajaan pada masa itu dapat dilihat melalui penubuhan institusi-

institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA,

FELCRA, dan RISDA. Manakala agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah

Page 22: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

11

mempergiatkan lagi rancangan pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di

samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub dalam Dasar

Ekonomi Baru (DEB) (Noorzihan Mohamed Yin, 2007).

Selepas merdeka, pembangunan ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh

sektor pertanian. Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian menjadi penyumbang kepada

pendapatan utama kepada kerajaaa Kebanyakan tanaman-tanaman diusahakan pada

skala yang besar iaitu secara ladang yang dimiliki oleh syarikat-syarikat korporat

Antara bentuk tanaman yang diusahakan adalah seperti getah, kelapa sawit, teh,

kelapa, koko, dan nenas (Aiken et al, 1994). Usaha kerajaan untuk memajukan sektor

pertanian dapat dilihat melalui beberapa perancangan oleh agensi kerajaan. FELDA

sebagai contohnya telah memperkenalkan konsep pembangunan tanah rancangan

Dalam konsep ini, rakyat telah diberi bantuan untuk mengusahakan tanah yang baru

dibuka dengan tanaman getah dan kelapa sawit Rancangan-rancangan ini adalah

"pelan blueprint" bagi pembangunan negara. Di bawah Rancangan Malaysia Pertama

(RMK1) (1966-1970), seluas 179,087 ekar tanah telah dimajukan oleh FELDA.

Manakala pada Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971-1975), seluas 400,054

ekar dimajukan (Aiken et al, 1994).

Perkembangan sektor pertanian (getah dan kelapa sawit) di sekitar Tanjung

Malim-Slim-Trolak juga selari dengan pembangunan pertanian peringkat nasional.

Bermula dengan pembukaan Felda Sungai Behrang pada tahun 1963 seluas 2178.18

hektar, kemudian diikuti dengan pembukaan Felda Trolak pada 1973 seluas 6,629.51

hektar. Selain itu, aktiviti penanaman kelapa sawit juga giat dilakukan oleh syarikat-

syarikat swasta seperti Ladang Changkat Asa pada tahun 1979 seluas 1,544 hektar

oleh Kuala Lumpur Kepong Bhd. Namun, selepas pada tahun 1980-an, kerajaan telah

menukar dasar ekonomi daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

Sektor-sektor pertanian telah sedikit dipinggirkan. Walau bagamanapun, sektor

pertanian masih menjadi salah satu sumber pendapatan negara tetapi mengalami

penurunan daripada peratusan keseluruhan pendapatan negara Sebagai contohnya,

pada tahun 1990, sektor pertanian telah menyumbang kepada 18.7 peratus dan pada

tahun 1991 sektor pertanian telah mengalami penyusutan kepada 17.3 peratus

Page 23: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

12

dariapada jumlah pendapatan negara (Dasar Pertanian Negara: Diperoleh pada 17

September 2008 daripada http://apps.emoe.gov.mv/bppk).

Perindustrian merupakan sektor terpenting dalam menyumbangkan pendapatan

kepada negara selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin menjadikan negara

sebagai sebuah negara yang berasaskan perindustrian. Pada tahun-tahun 1950-an dan

1960-an, sektor perindustrian negara di jalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan

ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada tanaman getah dan bijih

timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah

melancarkan dasar perindustrian untuk mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang lebih

pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu

kepada industri-industri yang bercorak gantian import (Katiman Rostam, 2002).

Mulai tahun 1970-an, industri primer seperti kilang getah, memproses susu

getah, kilang memproses kelapa kering, kilang minyak kelapa sawit, dan kilang teh

lebih menjadi tumpuan sektor perindustrian, Selain itu, industri sekunder yang

melibatkan pemprosesan barangan pengguna juga telah bertapak antaranya kilang

makanan dan minuman, tembakau, tekstil, kasut, perabot serta industri yang

merangkumi logam asas, barangan logam serta industri jentera dan pengangkutan

(Jamaluddin Md. Jahi, 1996). Pada tahun 1970-an juga, kerajaan disamping

mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih

pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam

hal ini, tumpuan diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan

industri yang memerlukan buruh yang ramai (Jamaluddin Md. Jahi, 1996).

Manakala mulai tahun 1980-an, sektor perindustrian negara mengalami satu

lagi perkembangan apabila kerajaan menggalakkan industri berat Keadaan ini bagi

memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambah kemahiran rakyat di

bidang teknologi yang lebih tinggi (Anuwar Ali dan Rajah Hasiah, 2000). la juga

bermatlamat untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Dalam hal ini, kerajaan

telah berperanan secara langsung dalam merancang, melaksana, membiayai, dan

mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu

menanggung perbelanjaan atau risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan

Page 24: PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/PENGARUH PERUBAHAN GUNAT… · menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,

13

sahaja melibatkan modal besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam

tempoh masa yang panjang {Dasar Perindustrian Negara: Diperoleh pada 17

September 2008 daripada http://www,pmo.gov.my/RancanganWeb/ Rancanganl).

Sektor perindustrian turut berkembang di sekitar Tanjung Malim-Slim-Trolak

Melalui dasar kerajaan, kawasan ini telah dimajukan sebagai salah satu kawasan

koridor perindustrian. Pelancaran kilang Proton pada 1997 iaitu salah sebuah

perusahaan kereta nasional negara di Behrang Hulu, Tanjung Malim dilihat selari

dengan dasar kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian. Dengan kewujudan

kilang Proton, pembangunan kawasan sekitar juga turut berkembang (berlaku

perubahan gunatanah pertanian ke perbandaran). Hall (2001), menjelaskan proses

pembandaran adalah merujuk kepada proses peluasan sesebuah bandar. Biasanya ia

ditakrifkan sebagai suatu proses perubahan penduduk, petempatan, taraf hidup,

pekerjaan, kegiatan ekonomi, pemikiran manusia atau Iain-lain ke arah bandar.

Douglas (1983), pula menyatakan antara komponen yang penting dalam proses

pembandaran ini ialah kewujudan sektor perindustrian, perkhidmatan, pemborongan,

peruncitan dan sebagainya. Proses ini secara langsung akan mengubah beberapa

aktiviti dan kehidupan masyarakat luar bandar menjadi aktiviti dan kehidupan

masyarakat bandar.

Pembinaan kawasan perumahan, perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan

menyebabkan banyak kawasan luar bandar berubah corak kegunaannya. Ada antara

kawasan luar bandar menjalankan aktiviti sokongan kepada kawasan bandar kerana

wujud hubungan di antara luar bandar dengan bandar. Misalnya, sumber bahan

mentah yang terdapat di kawasan luar bandar amat diperlukan sektor perindustrian di

bandar-bandar dan secara langsung dapat disalurkan teras ke kawasan bandar

(Jamaluddin Md Jahi & Ismail Ahmad, 1988). Dengan wujudnya saling hubungan ini,

lama kelamaan akan memberikan kesan kepada kawasan luar bandar kearah menjadi

sebahagian daripada kawasan bandar. Faktor ini juga dipengaruhi oleh saiz penduduk

bandar di mana semakin besar saiz penduduk bandar maka semakin banyak kawasan

tanah hutan dan pertanian bertukar menjadi bandar (Goetz et al.,2004).