pembantu tadbir w17

5
perkenalkan diri, alasan memilih kerja kerajaan, kenapa anda layak diberikan jawatan ini saya akan berusaha untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan berharap semoga dapat diberikan peluang untuk membuktikan yg saya mampu menggalas tgjwb yg di amanahkn Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut: Menyediakan gaji kakitangan; Menyelenggara buku vot; Membuat kutipan hasil; Menyediakan baucar bayaran; Menguruskan pembayaran bil-bil; Mengeluarkan resit penerimaan bayaran; Menerima penyata tuntutan elaun-elaun; Menyelenggara buku tunai dan cerakinan buku tunai; Menyediakan penyata pemungut/audit; Mengeluarkan waran peruntukan mengurus; Menyediakan laporan perbelanjaan; Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender; Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer; Menyediakan surat-menyurat; dan Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut: ~ menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan. ~ Mengurus dan mengawal peruntukan. ~ Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan. ~ Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar. ~ Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan. Integriti membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya Etika: Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Integriti: Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.

Upload: alifsatey

Post on 15-Jan-2016

88 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PT

TRANSCRIPT

Page 1: pembantu tadbir w17

perkenalkan diri, alasan memilih kerja kerajaan, kenapa anda layak diberikan jawatan ini

saya akan berusaha untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan berharap semoga dapat diberikan peluang untuk membuktikan yg saya mampu menggalas tgjwb yg di amanahkn

Deskripsi Tugas   Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak

pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

Menyediakan gaji kakitangan; Menyelenggara buku vot; Membuat kutipan hasil; Menyediakan baucar bayaran; Menguruskan pembayaran bil-bil; Mengeluarkan resit penerimaan bayaran; Menerima penyata tuntutan elaun-elaun; Menyelenggara buku tunai dan cerakinan buku tunai; Menyediakan penyata pemungut/audit; Mengeluarkan waran peruntukan mengurus; Menyediakan laporan perbelanjaan; Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender; Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer; Menyediakan surat-menyurat; dan Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa

Deskripsi Tugas:Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:~ menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.~ Mengurus dan mengawal peruntukan.~ Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.~ Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.~ Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Integriti  membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. ia biasanya menjurus kearah perwatakan

seseorang. Maksud integriti ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. integriti adalah

sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang

kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya

Etika:Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

Integriti:Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.

Budaya kerja Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.

Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti  

sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga

organisasi  mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.

visi Perbendaharaan sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan

mampan demi kemakmuran rakyat dan negara

Page 2: pembantu tadbir w17

0bjektif Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan Memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara Mempastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah. Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan  diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.

Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.

Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.

Meningkatkan taraf hidupHasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.

Mengurangkan kos perniagaanDi bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Pembangunan negaraCBP adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Keadilan dan kesaksamaanCBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

Meningkatkan sistem penyampaianCBP akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.

Meningkatkan daya saing globalHarga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.

Meningkatkan pematuhanSST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.

Mengurangkan kerenah birokrasiSST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.

Harga adil kepada penggunaCBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.

Lebih telusCBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

Page 3: pembantu tadbir w17

Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia1. Perdana Menteri

o Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak2. Timbalan Perdana Menteri

o Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

o Dato' Seri Jamil Khir Baharom

o Senator Dato' Sri Idris Jala

o Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

o Datuk Joseph Entulu Anak Belaun

o Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim

o Dato’ Mah Siew Keong

o Senator Datuk Paul Low Seng Kuan

o Puan Hajah Nancy Haji Shukri

o Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar

o Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongTimbalan Menteri:

o Dato' Razali Ibrahim4. Kementerian Kewangan

o Menteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

o Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

o Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan

o Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong5. Kementerian Pendidikan

o Menteri I: Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin

o Menteri II: Dato' Seri Haji Idris Jusoh

o Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

o Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan6. Kementerian Dalam Negeri

o Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

o Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar7. Kementerian Komunikasi dan Multimedia

o Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

o Timbalan Menteri: Dato' Jailani Johari8. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

o Menteri: Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal

o Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

o Menteri: Dato' Sri Mustapa Mohamed

o Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong

o Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri10.Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

o Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

o Timbalan Menteri: Dato' Seri Mahdzir Khalid11.Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Page 4: pembantu tadbir w17

o Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy

o Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit12.Kementerian Pengangkutan

o Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai

o Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi13.Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

o Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

o Timbalan Menteri: (kosong)14.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

o Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

o Timbalan Menteri: Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman15.Kementerian Pertahanan

o Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein

o Timbalan Menteri: Datuk Abd Rahim Bakri16.Kementerian Kerja Raya

o Menteri: Datuk Haji Fadillah Yusof

o Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin17.Kementerian Kesihatan

o Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

o Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya18.Kementerian Belia dan Sukan

o Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar

o Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/l Murugan19.Kementerian Sumber Manusia

o Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem

o Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib20.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

o Menteri: Dato' Sri Hasan Malek

o Timbalan Menteri: Senator Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah21.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

o Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim

o Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

o Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun22.Kementerian Luar Negeri

o Menteri: Dato’ Sri Anifah Aman

o Timbalan Menteri: Dato' Hamzah Zainudin23.Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

o Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan

o Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique24.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

o Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin

o Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah25.Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

o Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas

o Timbalan Menteri: Dato' Noriah Kasnon26.Kementerian Wilayah Persekutuan

o Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Page 5: pembantu tadbir w17

o Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/l Jaganathan