pelupusan aset

21
PENGURUSAN ASET PENGURUSAN ASET OLEH ; PUAN HJH NOORIDAH BTE ELIAS BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: udaothman

Post on 18-Jun-2015

2.446 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELUPUSAN ASET

PENGURUSAN PENGURUSAN ASETASET

OLEH ;PUAN HJH NOORIDAH BTE ELIAS

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: PELUPUSAN ASET

Tajuk Perbincangan;

Pelupusan AsetPelupusan Aset

Page 3: PELUPUSAN ASET

Pelupusan AsetPengenalan Pelupusan

Adalah satu proses di mana sesuatu aset/barang awam yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau tidak diperlukan dan perlu dikeluarkan dari simpanan atau rekod.

Objektif PelupusanMendapat hasil pulangan yang terbaikMenjimatkan ruang stor pejabatMenentukan akaun/rekod adalah betulMembolehkan jabatan mendapat gantian/barang baruUntuk mengatasi:-- kos menyimpan meningkat- susut nilai- risiko kehilangan- risiko kerosakan- risiko keusangan- kesempitan ruang- pembaziran- modal terikat

Page 4: PELUPUSAN ASET

Jenis Aset

Semua barang yang diperolehi daripada sumber wang kerajaan atau suwa

Aset/barang yang dirampas/lucut hak milik/tidak bertuan/tidak dituntut (proses pelupusan tertakluk kepada Akta, undang-undang dan peraturan tertentu)

Aset/barang yang diterima sebagai hadiah/sumbangan

Sampel/barang contoh tender/kontrak (tatacara perlu disediakan oleh kementerian/jabatan)

Buku teks (SPBT)

Pelupusan Aset

Page 5: PELUPUSAN ASET

Bila Pelupusan Perlu Dibuat?Barang-barang pecah dan rosakHabis tempoh penggunaan yang ekonomikTidak ekonomik untuk dibaikiUsangTamat tempoh penggunaanKondemMelebihi keperluanTidak sesuai digunakan lagiTidak atau lambat bergerakSudah digantiTidak diperlukan lagiSyor selepas urusan verifikasi stok

Pelupusan Aset

Page 6: PELUPUSAN ASET

Kaedah

A. Tanpa Lembaga PemeriksaHarga pembelian asal sesuatu barang/aset tidak melebihi RM20,000 seunit dan RM300,000 jumlah keseluruhan - tidak boleh digunakan dengan ekonomik, hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa sahajaTidak bernilai untuk dijual. Contoh: pinggan mangkuk pecahTidak boleh dijual disebabkan dasar kerajaan/keselamatan awamSenaraikan aset/barangBorang Kew 300V yang diubahsuai/Lampiran A boleh digunakan (6 salinan)Kemukakan senarai kepada PengarahJangan campurkan aset/barang yang nilai perolehan asal melebihi RM20,000 dengan yang kurang RM20,000Tindakan ini hendaklah diluluskan oleh Pegawai Pengawal atau Pengarah mengikut kadar di atas

Pelupusan Aset

Page 7: PELUPUSAN ASET

“Borang Kew 300V/Lampiran A”

Pelupusan Aset

Page 8: PELUPUSAN ASET

B. Dengan Lembaga Pemeriksa

Nilai perolehan asal melebihi RM20,000 seunit

Lembaga Pemeriksa hendaklah dilantik oleh Pegawai Pengawal/Pengarah – terdiri dari 2 orang pegawai kanan yang tidak terlibat secara langsung ke atas pengurusan barang-barang dan perlu membuat pemeriksaan

Berkebolehan menilai/menaksir kegunaan barang-barang

Bagi barang-barang berbentuk kenderaan, mesin atau loji hendaklah memperolehi Sijil Tidak Ekonomik Dibaiki (TEB) daripada penilai JKR atau firma yang mengeluarkannya terlebih dahulu

Lembaga Pemeriksa menyediakan daftar barang-barang yang hendak dilupuskan. Borang Kew 300V digunakan (6 salinan)

Pelupusan Aset

Page 9: PELUPUSAN ASET

B. Dengan Lembaga Pemeriksa

Pendapat dan syor cara pelupusan hendaklah dinyatakan dengan jelas di Laporan Lembaga Pemeriksa

Laporan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pengawal/Urusetia Pelupusan

Pegawai Pengawal/Urusetia Pelupusan hendaklah mengemukakan Laporan Lembaga Pemeriksa kepada Ketua Setia Usaha Perbendaharaan untuk kelulusan

Proses pelupusan ini hendaklah diluluskan oleh Ketua Setia Usaha Perbendaharaan/Pegawai Pengawal

Tindakan susulan hendaklah diambil jika berlaku kelewatan bila mengemukakan permohonan

Pelupusan Aset

Page 10: PELUPUSAN ASET

Penubuhan Lembaga Pemeriksa Kementerian Pelajaran- Panduan Perbendaharaan, tatacara pengurusan stor 212.

(Ruj.Sem.KP.1589/5/(97) bertarikh 9 Sept 1989

Ketua Setia Usaha Kementerian Pelajaran selaku Pegawai Pengawal telah bersetuju melantik pegawai-pegawai berikut untuk menganggotai Lembaga Pemeriksa:

Bahagian-bahagian di Kementerian1. Ketua Penolong Pengarah2. Penolong Pegawai Tadbir

Pusat Sumber Pendidikan Negeri1. Ketua Pegawai Penyelaras2. Pegawai Penyelaras yang tidak ada kaitan dengan

pengurusan barang-barang yang dilupus3. Pembantu Tadbir Kanan (Ketua Pembantu Tadbir)

Pelupusan Aset

Page 11: PELUPUSAN ASET

Sijil Tidak Ekonomik Dibaiki (TEB)- Kenderaan- Loji- Jentera- Mesin/peralatan mekanikal, elektrik, elektronik- Perakuan LPPK/Jawatankuasa teknik

(untuk peralatan komputer – sila rujuk SPP 7/1995)

Siapa boleh mengeluarkan sijil TEB?- Pegawai yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu.

( Jurutera, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik )- Pembekal atau ejen pembekal- Syarikat yang menyelenggara set- Rekod penyelenggaraan di Kew 312 boleh digunakan jika ada

masalah memperolehi sijil TEB- Pegawai yang mengeluarkan sijil TEB hendaklah tidak terlibat

secara langsung dalam pengurusan/pengendalian aset.- Laporan pemeriksaan firma boleh diterima dalam keadaan

tertentu

Pelupusan Aset

Page 12: PELUPUSAN ASET

Tindakan Selepas Mendapat Kelulusan Pelupusan

1. Cara-cara Pelupusana) Penjualan melalui tender, sebutharga, lelong, tukar beli

(trade in) atau kontrak pusatb) Pindahan (ada surat permohonan dari jabatan yang memohon)c) Hadiahd) Taname) Bakarf) Buangg) Tenggelamkanh) Leburi) Lain-lain cara jika ada

2. Dokumen digunakan – Borang Kew 300V (6 salinan)

Pelupusan Aset

Page 13: PELUPUSAN ASET

Tindakan Selepas Mendapat Kelulusan Pelupusan

3. Pelupusan dijalankan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan

4. Sediakan Sijil Pelupusan Barang (Kew 300X) dan Sijil Saksi (6 salinan) dan hantarkan bersama Kew 300V kepada:

- Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran- Perbendaharaan Malaysia (Bhg Pengurusan Perolehan Kerajaan)- Ketua Audit Negara

5. Keluarkan barang dari stok

6. Pohon perlanjutan tempoh pelupusan atau cara lain jika pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut

Pelupusan Aset

Page 14: PELUPUSAN ASET

Pelupusan Aset

“Sijil Pelupusan Barang-Kew 300X”

Page 15: PELUPUSAN ASET

Pelupusan Aset

“Sijil Saksi”

Page 16: PELUPUSAN ASET

Pelupusan Peralatan Komputer (SPP Bil.7 tahun 1995)Garis Panduan Pelupusan Peralatan Komputer

Tafsiran Semua perkakasan atau komponen fizikal dan perisian

dalam sesuatu sistem komputer

Perkakasan atau komponen fizikal – perkakasan utama sistem komputer, perkakasan peripheral, alat-alat input/output, perkakasan komunikasi dan media komputer

Perisian komputer – semua jenis program dalam sistem komputer

Pelupusan Aset

Page 17: PELUPUSAN ASET

KriteriaKeupayaan/kecekapan peralatan adalah rendahKos Penyelenggaraan/kos pengoperasian adalah tinggi berbanding prestasi peralatanKekerapan berlaku ralat (error)Firma/agen pembekal tidak lagi beri khidmat sokonganAlat-alat ganti sukar diperolehiDiperakukan oleh LPPKNilai perolehan asal melebihi RM10,000 tiap satu atau RM100,000 keseluruhan

Pelupusan Aset

Page 18: PELUPUSAN ASET

Penubuhan Lembaga Pelupusan Peralatan Komputer (LPPK)

Dilantik oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang terdiri dari:1. Pengerusi – Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah MAMPU2. Ahli – seorang juruanalisa sistem (Kategori F2 ke atas) dari INTAN3. Ahli – seorang jurutera Elektronik Malaysia (MIMOS)4. Ahli – seorang pakar komputer dari universiti tempatan5. Ahli- seorang pakar komputer dari mana-mana agensi sektor awam

Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang komputer- perlantikan untuk satu tempoh tidak melebihi 2 tahun

Korum untuk mesyuarat LPPK ialah 3 orang

Pelupusan Aset

Page 19: PELUPUSAN ASET

Pelupusan Buku Akaun dan Rekod KewanganBuku Tunai/Baucer Bayaran (tempoh menyimpan 7 tahun selepas penutupan akaun terakhir sekiranya tiada kes teguran audit)Resit pendua (tempoh menyimpan 3 tahun)Daftar Kutipan Harian/Buku Bayaran Pos (tempoh menyimpan 1 tahun)Kaunterfoil cek (selepas pengauditan tahun berkenaan)

Catatan:Boleh dimusnahkan tetapi perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Audit Negara, Arkib Negara , Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Jabatan Akautan Negara

Faedah PelupusanMendapatkan hasil pulangan yang terbaikMenjimatkan ruang (pejabat/stor)Pengurusan inventori/stok yang sempurnaMengelakkan kehilangan

Pelupusan Aset

Page 20: PELUPUSAN ASET

Kesimpulan

Ketua Jabatan perlu memastikan aset digunakan dengan cara terbaik dan optimum. Dengan cara ini dapat mengelakkan pelupusan dibuat sebelum tempoh aset perlu dilupuskan. Bagi aset yang tidak boleh digunapakai lagi sememangnya perlu dilupuskan melalui tindakan pelupusan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Pelupusan aset perlu dibuat terhadap aset yang sudah tidak boleh digunakan bagi mengelakkan berlakunya kehilangan dan kerosakan berterusan yang tidak ekonomik lagi kepada jabatan. Dengan cara ini beban tanggungjawab dapat dikurangkan serta boleh meningkatkan lagi tahap pencapaian kerja dari semasa ke semasa. Manakala hasil pelupusan boleh dimasukkan balik ke akaun hasil kerajaan.

Pelupusan Aset

Page 21: PELUPUSAN ASET

Sekian, terima kasihSebarang Pertanyaan???

Saya

sedia

memban

tu anda