pekeliling pendaftar bil.6 (2012) 2lampiran · konsep qcc atau sga atau kmk telah dikembangkan oleh...

30

Upload: others

Post on 04-Jul-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai
Page 2: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai
Page 3: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai
Page 4: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai
Page 5: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

http://www.ums.edu.my

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS

SEKSYEN PENGURUSAN KUALITI SEKTOR SEKRETARIAT DAN DASAR

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN JABATAN PENDAFTAR

DILULUSKAN DALAM MESYUARAT PIHAK BERKUASA PENGURUSAN

UNIVERSITI (PBPU) BIL. 5/2012 KALI KE-145 PADA 26 APRIL 2012

Page 6: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Tujuan 1

2.0 Pengenalan 1

3.0 Objektif 3

4.0 Kategori Persembahan Projek 4

5.0 Pelaksanaan Pengurusan KIK 5

6.0 Kriteria Penyertaan di Luar UMS 9

7.0 Syarat-Syarat Penyertaan 10

8.0 Kriteria Penilaian Projek 12

9.0 Kategori Anugerah dan Nilai Hadiah 15

10.0 Sistem Penarafan Projek 16

11.0 Tatacara Permohonan 17

Rajah 1: Carta Aliran Pelaksanaan Pengurusan KIK di UMS 8

Rajah 2: Carta Aliran Hala Tuju KIK UMS 10

Lampiran 1 Borang Pendaftaran KIK

Lampiran 2 Borang Permohonan Kelulusan Projek KIK

Lampiran 3 Borang Penyertaan Konvensyen KIK UMS

Lampiran 4 Program Tahunan Pengurusan KIK di UMS

i

Page 7: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS 1.0 TUJUAN

Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan

kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah (UMS).

2.0 PENGENALAN

Di Malaysia, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) atau Innovative and Creative Circle

(ICC) telah bermula sejak awal 1970-an yang dahulunya dikenali sebagai Quality

Control Circle (QCC). QCC ini ialah salah satu kaedah pengurusan Jepun yang

diterapkan dalam sektor perkilangan di Malaysia oleh Perbadanan Produktiviti Negara

(NPC) ketika itu.

KIK atau QCC juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Small Group Activities

(SGA) yang merupakan wadah pekerja untuk menyertai usaha pembentukan budaya

Kerja Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) mulai tahun 1980-

an. KIK juga dikenali dengan nama lain iaitu Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

yang telah diperkenalkan kepada sektor awam melalui Pekeliling Kemajuan

Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991.

Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti

Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai KIK pada hari ini bagi

menyemarakkan aktiviti penambahbaikan penyampaian perkhidmatan serta

menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai (value creation). KIK

juga adalah satu mekanisme pengurusan kualiti yang mudah difahami dan

dilaksanakan oleh pekerja di semua peringkat.

KIK juga adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang

sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,

memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan

cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan

keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah

dipersetujui.

Page 8: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 2

Faedah kepada Organisasi

Antara faedah KIK kepada organisasi adalah seperti yang berikut:

(a) Memperkenalkan sistem dan cara kerja baharu.

(b) Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi

dan penciptaan nilai (value creation).

(c) Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja.

(d) Mengeratkan hubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan.

(e) Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi.

(f) Meningkatkan daya saing organisasi.

(g) Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian

perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan.

Faedah kepada UMS

Antara faedah-faedah KIK kepada UMS adalah seperti berikut:-

(a) Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau

penambahbaikan yang dihasilkan.

(b) Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan.

(c) Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan.

(d) Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders.

(e) Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam.

Faedah kepada Kakitangan UMS

Antara faedah-faedah KIK kepada kakitangan adalah seperti yang berikut:

(a) Meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan.

(b) Memupuk semangat kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan.

(c) Menyemai dan menerapkan nilai serta etika kerja positif.

(d) Meningkatkan komitmen terhadap pekerja.

(e) Menambah dorongan untuk bekerja dengan lebih dedikasi.

(f) Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri,

kumpulan, organisasi dan negara.

(g) Membimbing warga organisasi berfikiran kreatif dan inovatif untuk

menghasilkan inovasi.

Page 9: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 3

(h) Meningkatkan keupayaan mencipta atau memperkenalkan sistem baru

dan penambahbaikan kerja.

(i) Menggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif.

(j) Memberi kepuasan dalam bekerja.

(k) Meningkatkan keyakinan mengenai kebolehan dan potensi diri sendiri.

(l) Mengasah bakat kepimpinan di kalangan warga organisasi.

3.0 OBJEKTIF

Objektif pengurusan KIK ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk

menggalakkan amalan-amalan inovatif dan kreatif menerusi Garis Panduan

Peningkatan Budaya Inovasi dan Panduan mengenai Kumpulan Inovatif

dan Kreatif (KIK) daripada MAMPU.

Justeru, Konvensyen KIK di peringkat UMS telah diadakan bermula pada tahun 2010

adalah untuk:

(a) meningkatkan inovasi, perkhidmatan profesional dan pengiktirafan

sebagai salah satu usaha untuk mengorak langkah menjadi sebuah

Universiti Penyelidikan.

(b) meyakinkan warga UMS bahawa KIK dapat membantu menyelesaikan

masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan

secara berterusan.

(c) memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Jabatan / Sekolah

/ Pusat / Institut / Unit (J/S/P/I/U) di UMS yang menghasilkan inovasi.

(d) memupuk persaingan sihat di samping meningkatkan penglibatan serta

minat di kalangan kakitangan dalam penghasilan inovasi.

(e) meningkatkan lebih banyak peluang penyertaan KIK ke peringkat IPTA /

Kebangsaan / Antarabangsa.

Page 10: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 4

4.0 KATEGORI PERSEMBAHAN PROJEK

Terdapat dua (2) kategori persembahan projek yang akan dinilai, iaitu Kategori

Pengurusan dan Kategori Teknikal.

Kategori Pengurusan

Kategori Pengurusan ialah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau

sistem prosedur kerja. Contohnya, penggabungan borang permohonan, lesen

komposit, pengenalan borang baharu, pelaksanaan prosedur kerja baharu,

pengenalan sistem kerja baharu atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem

baharu yang boleh menjimatkan masa, meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta

faedah-faedah lain.

Kategori Teknikal

Kategori Teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu

seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts), dan sains gunaan (applied

science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan

adalah berhubung kait dengan bidang yang tersebut ini. Cadangan yang

dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek

teknikal ialah penciptaan peralatan baharu, pembangunan sistem komputer atau

perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan

perwujudan kaedah teknikal baharu.

Page 11: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 5

5.0 PELAKSANAAN PENGURUSAN KIK

Pengurusan KIK di UMS adalah lebih menjurus kepada Kitaran Perancangan,

Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do, Check, Action) atau lebih dikenali

sebagai Kitaran PDCA seperti yang berikut:

PERANCANGAN

(PLAN)

PELAKSANAAN

(DO)

PENYEMAKAN

(CHECK)

TINDAKAN

(ACTION)

• Lawatan

Penandaarasan

• Penetapan garis

panduan

• Pembentukan

Jawatankuasa

Pelaksana

• Pendaftaran

kumpulan

• Kursus

Pengenalan KIK

• Mesyuarat

Jawatankuasa

Pelaksana

• Pelawaan

penyertaan

Konvensyen

KIK Peringkat

UMS

• Senarai Semak

Pengurusan

KIK

• Kursus

Pemantapan

Projek KIK

• Konvensyen

KIK Peringkat

UMS / IPTA /

Negeri /

Kebangsaan /

Antarabangsa

• Kajian semula

pelan

perancangan /

garis panduan

Kitaran PDCA perlu dijalankan melalui kaedah yang lebih sistematik agar dapat

memastikan kejayaan pelaksanaan. Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) proses

kerja utama yang terlibat secara am dalam pelaksanaan pengurusan KIK seperti

dalam Rajah 1, iaitu:

(a) Pendaftaran KIK.

(b) Permohonan Kelulusan Projek KIK.

(c) Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan

/ Antarabangsa.

Pendaftaran KIK

Pendaftaran KIK perlu dibuat dengan melengkapkan Borang Pendaftaran (Lampiran

1). Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti kategori pendaftaran

(pendaftaran baru, pendaftaran ketua, pertukaran ahli, pertukaran fasilitator, dan

lain-lain), nama KIK, nama ketua, nama fasilitator, nama jabatan, tarikh penubuhan

KIK serta senarai nama ahli kumpulan.

Page 12: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 6

Apabila maklumat berkenaan diisi, perakuan dan pengesahan daripada fasilitator,

ketua KIK dan Ketua Jabatan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum

dikemukakan kepada pihak Urus Setia. Seterusnya, apabila Urus Setia menerima

borang pendaftaran yang lengkap, Urus Setia akan menentukan turutan permohonan

menerusi penetapan nombor rujukan.

Sekiranya kumpulan yang didaftarkan adalah baharu atau pertama kali ditubuhkan,

kumpulan tersebut akan dipelawa untuk mengikuti Kursus Pengenalan KIK. Melalui

kursus ini, kumpulan akan diberi pendedahan mengenai asas-asas untuk

membangunkan projek seperti yang berikut:

(i) Pemilihan Masalah;

(ii) Penjelasan Masalah;

(iii) Analisa Punca Masalah;

(iv) Alat-Alat Kawalan Kualiti;

(v) Tindakan Pembetulan;

(vi) Pelaksanaan Ujicuba;

(vii) Pencapaian Hasil Projek; dan

(viii) Tindakan Penyeragaman.

Permohonan Kelulusan Projek KIK

Selepas pendaftaran KIK dibuat dan telahpun mempunyai asas pengetahuan dan

kemahiran KIK, permohonan kelulusan projek KIK perlu dibuat dengan

melengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Projek KIK (Lampiran 2). Antara

maklumat yang diperlukan ialah kategori permohonan (tajuk projek, cadangan

penyelesaian dan tindakan penyeragaman), nama KIK, nama ketua dan nama

jabatan beserta butiran permohonan.

Seterusnya, perakuan dan pengesahan daripada ketua KIK, fasilitator dan kelulusan

daripada Ketua Jabatan juga perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum

dikemukakan kepada pihak Urus Setia. Permohonan kelulusan ini adalah penting oleh

sebab ia adalah merupakan salah satu kriteria / bukti yang akan dinilai oleh panel

juri.

Apabila Urus Setia menerima borang permohonan kelulusan yang lengkap, Urus

Setia juga akan menyelaraskan nombor rujukan seperti yang telah dibuat

pendaftaran.

Page 13: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 7

Sekiranya permohonan kelulusan projek tidak diperolehi, maka permohonan akan

dipulangkan dan penambahbaikan perlu dibuat sehingga permohonan kelulusan

diberikan untuk pergi kepada pelaksanaan proses seterusnya.

Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan

/ Antarabangsa

Sekiranya permohonan telah diluluskan di peringkat J/S/P/I/U masing-masing,

projek-projek KIK akan diselaraskan oleh Urus Setia menerusi Borang Penyertaan

beserta Ringkasan Projek KIK (Lampiran 3) yang dilengkapkan oleh kumpulan

untuk persiapan sempena Konvensyen berlangsung dan.

Sekiranya perlu, Kursus Pemantapan Projek akan dianjurkan oleh Urus Setia sebagai

persediaan akhir terhadap pembangunan projek kumpulan-kumpulan yang terlibat.

Melalui kursus berkenaan, setiap kumpulan akan dapat mengenalpasti kekurangan

yang ada dan seterusnya membuat penambahbaikan sebelum menyertai Konvensyen

KIK di peringkat UMS / IPTA / Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa.

Dalam Konvensyen KIK Peringkat UMS, panel penilai dilantik lazimnya terdiri

daripada pakar dari luar seperti pihak agensi/jabatan Kerajaan (awam/swasta) dan

industri dari seluruh Sabah. Contohnya, MAMPU, MPC, INTAN, SIRIM Berhad dan

SEDCO.

Page 14: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 8

Rajah 1: Carta Aliran Pelaksanaan Pengurusan KIK di UMS

Tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

MULA

Pendaftaran KIK

Kursus

Pengenalan KIK

Lulus /

Lengkap?

Penyertaan Konvensyen KIK

Peringkat UMS

Permohonan

dipulangkan

Tidak

Ya

Berjaya?

Ya

Tidak

� Pemohon � Urus Setia

Terdiri daripada panel / pakar dari luar

seperti pihak industri dan/atauagensi-agensi

/ jabatan Kerajaan

� Pemohon � Urus Setia

� Ketua J/S/P/I/U

� Urus Setia

TAMAT

Pertama kali?

Kursus Pemantapan

Projek

Penyertaan Konvensyen KIK

Peringkat IPTA /

Negeri

Penambahbaikan?

Permohonan Kelulusan Projek

� Pemohon

� Urus Setia

Terdiri daripada panel / pakar dari luar

seperti pihak industri dan/atau agensi-agensi

/ jabatan Kerajaan

Pemohon

� Pemohon � Urus Setia

Ya

Tidak

Tidak

Ya

Page 15: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 9

6.0 KRITERIA PENYERTAAN DI PERINGKAT LUAR UMS

Kumpulan yang berjaya mendapat tempat (johan, naib johan dan tempat ketiga)

menerusi Konvensyen KIK UMS akan dicalonkan untuk menyertai konvensyen yang

sama di peringkat luar UMS (tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Pengurusan

Universiti (PBPU) dan pihak penganjur) seperti yang berikut:

BIL. KONVENSYEN KIK CALON

1. Peringkat IPTA Pemenang Johan Konvensyen KIK UMS sahaja

(kategori pengurusan dan teknikal)

2. Sektor Awam Peringkat:

(a) Negeri Sabah

(b) Kebangsaan

Pemenang Johan, Naib Johan dan Tempat

Ketiga Konvensyen KIK UMS sahaja

(kategori pengurusan dan teknikal)

3. MPC Peringkat:

(a) Wilayah Sabah

(b) Wilayah Sarawak &

Sabah

(c) Kebangsaan

(d) Antarabangsa

Pemenang Johan Konvensyen KIK UMS sahaja

(kategori pengurusan dan teknikal)

Walau bagaimanapun, terdapat limitasi yang telah ditetapkan oleh universiti bagi

kumpulan yang berkenaan, iaitu sekiranya kumpulan yang mendapat johan tidak

dapat mewakili UMS ke konvensyen yang berkenaan, pemenang naib johan akan

dipertimbangkan dipertimbangkan. Begitu juga halnya jika naib johan mempunyai

halangan, pemenang tempat ketiga akan dipertimbangkan seperti dalam Rajah 2.

Page 16: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 10

Rajah 2: Carta Aliran Hala Tuju KIK UMS

Nota: (1) Y = Ya

(2) T = Tidak

Page 17: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 11

7.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Secara umumnya, berikut adalah syarat-syarat penyertaan yang digunapakai dalam

Konvensyen KIK Peringkat Universiti:

(a) Penyertaan adalah dibuka kepada KIK dari semua J/S/P/I/U di UMS.

(b) Pendaftaran kumpulan (untuk kali pertama/pertukaran ketua/ahli/

fasilitator, dll) hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang

Pendaftaran KIK yang telah lengkap diisi kepada pihak Urus Setia.

(c) Projek kumpulan hendaklah merupakan projek yang telah selesai

dijalankan di peringkat J/S/P/I/U masing-masing.

(d) Projek KIK hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh kumpulan

pada tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, sekiranya

projek yang sama telah dipertandingkan, tetapi dipersembahkan oleh

kumpulan dari J/S/P/I/U yang berlainan, adalah dibenarkan.

(e) Penyertaan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang

Penyertaan yang telah lengkap diisi kepada pihak Urus Setia.

(f) Semua kumpulan perlu mengemukakan perkara-perkara berikut

dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada Urus Setia, dua (2)

minggu sebelum Konvensyen berlangsung:

(i) Satu (1) salinan ringkasan projek KIK;

(ii) Empat (4) salinan projek KIK yang lengkap (tidak melebihi 30

muka surat atau 120 slaid PowerPoint); dan

(iii) Logo dan profil gambar ahli-ahli KIK.

(g) Masa persembahan projek kumpulan adalah dihadkan kepada 30

minit sahaja, iaitu:

(i) 5 minit untuk persediaan;

(ii) 20 minit untuk persembahan; dan

� Pada minit ke-6, loceng akan dibunyikan sekali

� Pada minit ke-17, loceng akan dibunyikan dua kali

� Pada minit ke-20, loceng akan dibunyikan tiga kali

(iii) 5 minit bagi sesi soal-jawab.

Page 18: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 12

(h) Pihak Urus Setia berhak menolak penyertaan dari mana-mana KIK

yang tidak layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai

Konvensyen oleh pihak Urus Setia adalah muktamad.

(i) Keputusan juri / panel penilai terhadap persembahan projek juga

adalah muktamad.

8.0 KRITERIA PENILAIAN PROJEK

Persembahan kumpulan-kumpulan yang menyertai Konvensyen KIK Peringkat UMS

akan dinilai berdasarkan tujuh (7) kriteria yang telah ditetapkan mengikut skala

pemarkahan dari 1 hingga 10 seperti berikut (sumber daripada MPC):

ITEM KRITERIA PENILAIAN ( a )

WAJARAN

( b )

MARKAH

(Max. 10)

( a ) x ( b )

MARKAH

BERWAJARAN

1.0 PENGENALAN (50 MARKAH)

1.1 Latarbelakang jabatan, kumpulan dan

pemilihan kumpulan diterangkan

2

1.2 Kumpulan menjelaskan bukti

penyertaan dan perancangan projek

3

2.0 PEMILIHAN PROJEK DAN DEFINISI (150 MARKAH)

2.1 Kumpulan menerangkan dengan jelas bagaimana dan kenapa projek menjadi

pilihan

8

2.2 Projek diterangkan dengan jelas.

Istilah-istilah teknikal yang digunakan perlu dijelaskan

4

2.3 Projek yang dipilih berdasarkan kepada kajian latarbelakang dan

maklumat serta data-data masa lepas

3

3.0 ANALISIS PELUANG PENAMBAHBAIKAN (250 MARKAH)

3.1 Peluang penambahbaikan telah

dikenalpasti berdasarkan data /

maklumat mencukupi yang telah dikumpul melalui pelbagai cara dan

alat-alat yang bersesuaian

8

3.2 Analisis secara sistematik dan

penilaian sebab-sebab yang berpotensi dibuat untuk mengesahkan

sebab-sebab tersebut dengan penggunaan alat yang bersesuaian

12

Page 19: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 13

ITEM KRITERIA PENILAIAN ( a )

WAJARAN

( b )

MARKAH (Max. 10)

( a ) x ( b )

MARKAH BERWAJARAN

3.3 Pengesahan dan validasi peluang

penambahbaikan / sebab-sebab yang dibuat dengan menggunakan pelbagai

kaedah

5

4.0 PENYELESAIAN / PELAKSANAAN KREATIF & INOVATIF (200 MARKAH)

4.1 Kumpulan telah mengenal pasti pelbagai potensi tindakan /

penyelesaian kreatif dan inovatif

5

4.2 Kumpulan telah menilai setiap

penyelesaian alternatif dengan berhati-hati berdasarkan kepada

pemilihan akhir berasaskan kriteria

yang sesuai (kelebihan dan kekurangan diambil kira)

7

4.3 Kumpulan telah menilai penyelesaian

akhir yang kreatif dan inovatif ke atas

objektif yang disasarkan

3

4.4 Kumpulan telah membuat dan

melaksanakan penyelesaian kreatif dan inovatif dengan jayanya

(kesulitan/halangan atau bagaimana ia diatasi, dijelaskan)

5

5.0 PEMANTAUAN DAN PENYERAGAMAN (100 MARKAH)

5.1 Kumpulan telah membuat pemantauan yang mencukupi dan

sistematik bagi memastikan

penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara

5

5.2 Kumpulan berupaya membuat

pembaikan bagi memastikan

penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara

2

5.3 Langkah-Langkah telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru

telah disokong, diguna pakai, didokumenkan dan dikongsi

2

5.4 Tindakan-tindakan telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru

yang diguna pakai telah diseragamkan dan diselenggara

1

6.0 PENCAPAIAN & PENCIPTAAN NILAI (200 MARKAH)

6.1 Gambaran jenis-jenis dan kuantum pencapaian dan penciptaan nilai

7

Page 20: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 14

ITEM KRITERIA PENILAIAN ( a )

WAJARAN

( b )

MARKAH (Max. 10)

( a ) x ( b )

MARKAH BERWAJARAN

6.2 Penyesuaian sasaran pencapaian

sebenar telah dibuat (kos di luar jangkaan dijelaskan)

3

6.3 Pemilihan penyelesaian telah dikenal pasti mengikut keunikan di peringkat

syarikat / industri / kebangsaan dan antarabangsa

4

6.4 Kesan-kesan pencapaian dan penciptaan nilai kepada persekitaran,

komuniti dan ahli-ahli kumpulan dinyatakan

3

6.5 Kumpulan menyediakan bukti pengesahan dan validasi pencapaian

dan penciptaan nilai

3

7.0 PERSEMBAHAN PROJEK (50 MARKAH)

7.1 Persembahan yang kemas, turutan yang logikal dan menepati masa yang

telah diperuntukkan

3

7.2 Persembahan yang jelas, penggunaan

alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik

2

JUMLAH 100 1,000

-------------

1,000

Page 21: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 15

9.0 KATEGORI ANUGERAH DAN NILAI HADIAH

Berikut adalah kategori-kategori anugerah dan nilai hadiah yang akan diterima

sempena Konvensyen KIK Peringkat UMS:

BIL. KATEGORI ANUGERAH

(Pengurusan & Teknikal)

NILAI

HADIAH

PENETAPAN

1. Johan Piala

RM2,000.00

Sijil Berdasarkan kutipan markah

keseluruhan. 2. Naib Johan RM1,000.00

Sijil

3. Tempat Ketiga RM750.00

Sijil

4. Inovasi Terbaik RM500.00

Sijil

Berdasarkan kutipan markah

tertinggi bagi Kriteria Penilaian

Projek 4.0 & 6.0.

5. Inovasi Harapan RM500.00

Sijil

Berdasarkan kutipan markah

kedua tertinggi bagi Kriteria

Penilaian Projek 4.0 & 6.0.

6. Ketua KIK Terbaik Sijil Berdasarkan kutipan markah

projek KIK terbaik.

7. Persembahan Terbaik Sijil Berdasarkan kutipan markah

tertinggi bagi Kriteria Penilaian

7.0.

Page 22: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 16

10.0 SISTEM PENARAFAN PROJEK

Dalam usaha untuk menilai prestasi dan pencapaian setiap projek yang

dipersembahkan dalam Konvensyen KIK Peringkat UMS, sistem penarafan projek

dibuat dengan menggunapakai mekanisme star rating (sumber daripada MAMPU)

seperti yang berikut:

TARAF BINTANG &

MARKAH TAFSIRAN

ANUGERAH EMAS (90.0% - 100.0%)

• Objektif setiap kriteria yang dinilai dicapai dengan

cemerlang

• Pematuhan sepenuhnya kepada arahan serta

peraturan yang ditetapkan

• Pelaksanaan melebihi standard yang ditetapkan

• Mempunyai tadbir urus korporat yang baik dan

boleh dicontohi

• Melaksanakan penambahbaikan bagi

meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

• Boleh dijadikan penanda aras bagi agensi lain

ANUGERAH PERAK

(80.0% - 89.9%)

• Objektif setiap kriteria yang dinilai dicapai

• Mematuhi arahan serta peraturan yang ditetapkan

• Pelaksanaan memenuhi standard yang ditetapkan

• Mempunyai tadbir urus korporat yang baik

• Usaha penambahbaikan boleh ditambahbaik ke

tahap cemerlang / 5 Bintang

ANUGERAH GANGSA

(70.0% - 79.9%)

• Sebahagian dari objektif setiap kriteria yang dinilai

tidak dicapai

• Mematuhi sebahagian dari arahan serta peraturan

yang ditetapkan

• Pelaksanaan kadangkala memenuhi semua

standard yang ditetapkan

• Mempunyai tadbir urus korporat yang kurang

konsisten

• Usaha penambahbaikan boleh ditambahbaik ke

tahap yang lebih tinggi (4 atau 5 Bintang)

Page 23: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 17

11.0 TATACARA PERMOHONAN

Sebarang permohonan (pendaftaran mahupun penyertaan) hendaklah dibuat dengan

mengemukakan borang-borang berkaitan yang telah lengkap diisi hendaklah

dikemukakan kepada:

Urus Setia Pengurusan KIK

Bahagian Pentadbiran dan Governan

Jabatan Pendaftar

Aras 4, Blok Selatan, Bangunan Canselori

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

(u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Illani Kifli)

Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447

Faks: 088-320 243

Emel: [email protected] / [email protected]

: Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UMS

Page 24: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 18

1 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/1

Versi 4.0, 05/04/12

JABATAN PENDAFTAR

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

BORANG PENDAFTARAN KIK

• Sila teliti syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu sebelum borang diisi.

• Maklumat yang dikehendaki perlu diberikan.

NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):

1.0 Tandakan ( ���� ) di petak berkenaan

Pendaftaran Baru Nama KIK:

Pertukaran Ketua Nama Ketua:

Pertukaran Ahli Nama Fasilitator:

Pertukaran Fasilitator J/S/P/I/U:

Lain-Lain:

…………………………..

Tarikh Penubuhan:

2.0 Ahli-Ahli kumpulan (maksimum 10 orang sahaja)

BIL. NAMA AHLI JAWATAN HAKIKI TARIKH MENJADI AHLI

Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)

Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]

Dokumen ini adalah DIKAWAL

Page 25: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 19

2 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/1

Versi 4.0, 05/04/12

JABATAN PENDAFTAR

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

BORANG PENDAFTARAN KIK

3.0 Maklumat Perhubungan

No. H/P Ketua: Emel:

No. H/P Fasilitator: Emel:

4.0 Perakuan dan Pengesahan / Tandatangan

Tandatangan & Cop Rasmi (Fasilitator) Tarikh:

Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua KIK) Tarikh:

Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua Jabatan) Tarikh:

(Untuk kegunaan Urus Setia sahaja)

No. Rujukan : (KIK | Tahun Semasa | Kategori (T/P) | Nombor Siri) Contoh: KIK10T99

KIK

Kategori (Teknikal/Pengurusan) :

Diterima oleh : Tarikh :

Disahkan oleh : Tarikh :

Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)

Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]

Dokumen ini adalah DIKAWAL

Page 26: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 20

1 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/2

Versi 3.0, 05/04/12

JABATAN PENDAFTAR

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

BORANG KELULUSAN PROJEK KIK

NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):

1.0 Tandakan ( ���� ) di petak berkenaan

Tajuk Projek Nama KIK :

Cadangan Penyelesaian Nama Ketua :

Tindakan Penyeragaman J/S/P/I/U :

2.0 Butiran (nyatakan sasaran penyelesaian)

Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)

Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]

Dokumen ini adalah DIKAWAL

Page 27: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 21

2 UMS/PN2.1/J1/49/PM-KIK/2

Versi 3.0, 05/04/12

JABATAN PENDAFTAR

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

BORANG KELULUSAN PROJEK KIK

3.0 Perakuan dan Pengesahan / Tandatangan

Tandatangan & Cop Rasmi (Ketua KIK) Tarikh:

Tandatangan & Cop Rasmi (Fasilitator) Tarikh:

4.0 Kelulusan Ketua/Pengarah/Dekan, J/S/P/I/U

Saya *meluluskan / tidak meluluskan permohonan pembangunan projek KIK seperti yang tersebut di atas. Tandatangan & Cop Rasmi :

Tarikh : *Sila potong yang tidak berkenaan ** Sila lampirkan bersama surat kelulusan daripada Ketua Jabatan

(Untuk kegunaan Urus Setia sahaja)

No. Rujukan : (KIK / Tahun Semasa / Kategori (T/P) / Nombor Siri) Contoh: KIK10T99

KIK

Kategori (Teknikal/Pengurusan) :

Diterima oleh : Tarikh :

Disahkan oleh : Tarikh :

Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)

Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]

Dokumen ini adalah DIKAWAL

Page 28: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 22

1 UMS/PN2.1/J1/49/PK-KIK/4

Versi 3.0, 09/04/12

JABATAN PENDAFTAR

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

BORANG PENYERTAAN KONVENSYEN KIK UMS

• Sila teliti syarat-syarat penyertaan terlebih dahulu sebelum borang diisi.

• Maklumat yang dikehendaki perlu diberikan.

NO. RUJUKAN (diisi oleh Urus Setia):

1.0 KETERANGAN KUMPULAN

1.1 Nama J/S/P/I/U:

1.2 Nama Kumpulan:

2.0 KETERANGAN PROJEK

2.1 Tajuk Projek:

2.2 Kategori Projek: □ Pengurusan □ Teknikal

2.3 Penjimatan kos bagi Projek KIK dalam tempoh setahun: (RM / Masa / Tenaga)

2.4 Ringkasan Projek:

Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)

Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]

Dokumen ini adalah DIKAWAL

Page 29: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

Garis Panduan Pengurusan KIK di UMS 23

2 UMS/PN2.1/J1/49/PK-KIK/4

Versi 3.0, 09/04/12

JABATAN PENDAFTAR

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

BORANG PENYERTAAN KONVENSYEN KIK UMS

Sila pastikan perkara-perkara yang berikut telah siap untuk dikemukakan kepada pihak Urus Setia:

No. Rujukan : (KIK / Tahun Semasa / Kategori (T/P) / Nombor Siri) Contoh: KIK10T99

KIK

Kategori (Teknikal/Pengurusan) :

TELAH SIAP DISEDIAKAN

(HARD COPY & SOFT COPY):

1. Satu (1) salinan Ringkasan Projek KIK

2. Permohonan kelulusan membangunkan

projek dari Ketua Jabatan

3. Empat (4) salinan projek KIK yang lengkap

(tidak melebihi dua (2) slaid dalam satu

muka surat (hard copy) DAN 120 slaid

PowerPoint (soft copy))

4. Logo dan profil gambar ahli-ahli KIK

TANDAKAN

( ���� )

CATATAN (JIKA ADA)

……………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………

Diterima oleh : Tarikh :

Disahkan oleh : Tarikh :

Urus Setia Pengurusan KIK (Seksyen Pengurusan Kualiti)

Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-320 000 samb. 1357 / 1447, Faks: 088-320 243, Emel: [email protected]

Dokumen ini adalah DIKAWAL

Page 30: Pekeliling Pendaftar Bil.6 (2012) 2Lampiran · Konsep QCC atau SGA atau KMK telah dikembangkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2001 yang juga dikenali sebagai

PROGRAM TAHUNAN PENGURUSAN KIK DI UMS

KIT

AR

AN

B

IL.

AK

TIV

ITI

BU

LA

N

JAN

F

EB

M

AC

A

PR

M

EI

JUN

JU

L

OG

OS

S

EP

T

OK

T

NO

V

DIS

P

1

Pe

nd

aft

ara

n K

IK

2

Ku

rsu

s P

en

ge

na

lan

KIK

D

3

Pe

law

aa

n P

en

ye

rta

an

Ko

nve

nsy

en

KIK

Pe

rin

gk

at

UM

S

4

Me

syu

ara

t Ja

wa

tan

ku

asa

Pe

lak

san

a

C

5

Ku

rsu

s P

em

an

tap

an

Pro

jek

KIK

A

6

Pe

ng

an

jura

n K

on

ve

nsy

en

KIK

Pe

rin

gk

at

UM

S

7

Pe

ng

an

jura

n K

on

ve

nsy

en

KIK

Pe

rin

gk

at

IPT

A*

8

Pe

ng

an

jura

n M

ini K

on

ve

nsy

en

KIK

MP

C W

ila

ya

h S

ab

ah

*

9

Pe

ng

an

jura

n K

on

ve

nsy

en

KIK

Se

kto

r A

wa

m N

eg

eri

Sa

ba

h*

10

P

en

ga

nju

ran

Ko

nve

nsy

en

IC

QC

C A

nta

rab

an

gsa

*

No

ta

:

(1)

*T

ert

ak

luk

ke

pa

da

se

ba

ran

g p

ind

aa

n.

(2)

P =

Pla

n (

Pe

ran

can

ga

n).

(3)

D =

Do

(P

ela

ksa

na

an

).

(4)

C =

Ch

eck

(P

em

an

tau

an

).

(5)

A =

Acti

on

(T

ind

ak

an

).