objektif - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir....

33
Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Menyatakan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik. Menerangkan kegunaan serta melakar binaan gear, ram, omboh dan skru. Menerangkan kaedah menggerak injap. Menerangkan kegunaan dan melakarkan injap kawalan. Menyatakan kegunaan serta melakarkan binaan penggerak. UNIT 7 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN OBJEKTIF

Upload: buimien

Post on 29-Apr-2019

286 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO

komponen-komponen sistem hidraulik

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menyatakan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik.

Menerangkan kegunaan serta melakar binaan gear, ram, omboh dan skru.

Menerangkan kaedah menggerak injap. Menerangkan kegunaan dan melakarkan injap kawalan. Menyatakan kegunaan serta melakarkan binaan

penggerak.

UNIT 7

SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN

OBJEKTIF

Page 2: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

7.0 PENGENALAN

ahukah anda, bahawa sistem hidraulik mempunyai sejarah penggunaan yang

sama dengan pneumatik. Hari ini, sistem hidraulik digunakan dengan

meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, traktor, mesin

gerudi, lori dan lain-lain lagi.

Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem

penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan

bendalir sebagai bahantara.

Tahukah anda bagaimana sistem hidraulik berfungsi?

Dalam sistem hidraulik minyak bertekanan terdapat di dalam sebuah power pack.

Pam digunakan bagi menyedut minyak yang dipacu oleh pengerak utama iaitu motor

aliran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. Arah aliran dan kadar aliran

tekanan dikawal oleh injap yang bertekanan.

Penggerak pula digunakan untuk menukarkan tekanan bendalir kepada pergerakan

mekanikal (Kuasa). Jumlah keluaran kuasa yang terhasil bergantung kepada aliran

bendalir. Kecekapan keseluruhan dan susutan tekanan merentasi sesuatu penggerak.

.

T

IINNPPUUTT

Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang

sebelum ini, sekarang anda akan didedahkan pula

kepada sistem hidraulik.

Untuk mengetahuinya TERUSKAN MEMBACA unit ini.

Page 3: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Sistem hidraulik yang ringkas terdiri daripada dua buah silinder, iaitu satu silinder

besar dan satu silinder kecil. Kedua-dua silinder ini disambungkan oleh paip. Di

dalam silinder yang kecil terdapat satu omboh yang dikenakan daya ke atasnya. Di

dalam silinder yang besar pula, terdapt satu omboh yang dinamakan omboh pelantak.

Beban diletakkan di atas omboh pelantak. Keseluruhan sistem ini diisikan dengan

cecair hidraulik atau minyak hidraulik. Daya yang dikenakan pada silinder kecil akan

dipindahkan ke silinder besar untuk mengangkat beban.

Rajah 7.1: Menunjukkan asas sistem hidraulik

AWAS !

Adalah penting untuk anda mengetahui simbol-simbol penting

bagi sistem hidraulik sebelum anda boleh meneruskan

pembelajaran anda di unit yang seterusnya !

Beban 10N

Omboh

bergerak

Minyak

Omboh

Pelantak

Tuil

(a) (b)

Beban

ditolak

Page 4: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

7.1 SIMBOL-SIMBOL PIAWAI BAGI KOMPONEN HIDRAULIK

Simbol piawai ISO bagi komponen-komponen sistem hidraulik adalah seperti di

bawah;

BIL

NAMA SIMBOL

1

Pam hidraulik anjakan tetap

2

Pam hidraulik anjakan berubah

3

Motor hidraulik anjakan tetap

4

Motor hidraulik anjakan berubah

5

Motor pam hidraulik anjakan

tetap

6

Motor pneumatik

7

Motor pam hidraulik anjakan

berubah

Page 5: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

BIL

NAMA SIMBOL

8

Penggerak hidraulik berayun

9

Penggerak pneumatik berayun

10

Silinder satu tindakan tanpa

spring atau pegas

11 Silinder satu tindakan berpegas

12

Silinder jenis ram

13

Silinder dua tindakan jenis rod

tunggal

14

Silinder jenis rod kembar

15

Silinder dengan kusyen jenis

tunggal

Page 6: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

BIL

NAMA SIMBOL

16

Silinder dengan kusyen jenis

kembar

17

Silinder jenis teleskopik

tindakan sehala

18

Injap pelega dan injap

keselamatan jenis susun padu

dalam dan luar

19

Injap kawalan aliran

20

Injap kawalan aliran boleh

laras

21

Injap kawalan arah jenis 2/2

22

Injap kawalan arah jenis 4/3

(pusat tertutup)

23

Injap kawalan arah jenis 3/2

24

Injap kawalan arah jenis 3/3

solenoid berpegas

25

Injap kawalan arah jenis 5/2

26

Injap sehala

Page 7: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

BIL

NAMA SIMBOL

27

Injap ulang-alik

28

Injap kawalan aliran dengan

injap sehala

29

Suis tekanan

30

Penapis

31

Silinder jenis gegendang

32

Susun atur jenis terus

33

Susun atur jenis tak terus

34

Jenis pegas

35

Jenis pegas berlaras

Rajah 7.2 : Simbol-simbol piawai bagi komponen hidraulik

Page 8: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA.

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

SELAMAT MENCUBA……

Soalan 7a-1

Namakan simbol-simbol yang diberikan berikut:-

Simbol Nama

AKTIVITI 7a

Page 9: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Soalan 7a-2

Nama Simbol

Penggerak hidraulik berayun

Silinder satu tindakan berpegas

Injap kawalan arah jenis 4/3 (pusat

tertutup)

Penapis

Page 10: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

7.2 KEGUNAAN KOMPONEN ASAS HIDRAULIK

Sistem hidraulik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah

bergantung kepada fungsi komponen tersebut :-

Injap Berfungsi untuk mengatur tekanan dalam litar dan mengawal arah aliran

minyak.

Motor Mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi pergerakan putaran.

Penapis Menapis minyak hidraul dari kekotoran.

Pam Mengedar kuantiti minyak hidraul ke seluruh sistem.

Silinder Boleh mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi gerakan linar.

Penumpuk Berfungsi untuk menyimpan tekanan sistem, menyerap getaran dan

menstabilkan tekanan sistem.

Tangki Menakung minyak hidraul dan menyejukkan minyak hidraul

Rajah 7.3 dibawah menunjukkan kedudukan komponen asas sistem kawalan

hidraulik untuk menggerakkan satu motor dua tindakan.

Rajah 7.3 : Kedudukan komponen asas sistem kawalan hidraulik untuk mengerakkan

satu motor dua tindakan.

IINNPPUUTT

Injap

Pelega Pam Motor 2

tindakan

Pusat terbuka 4/2

Page 11: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

7.2.1 PAM

Pam dan motor boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu anjakan

tetap dan anjakan berubah. Kesemua pam dan motor yang digunakan dalam

hidrostatik adalah jenis anjakan positif dimana kebocorannya hanya sedikit

sahaja dan boleh diabaikan. Isipadu cecair yang tetap dikeluarkan dari pam

pada setiap pusingan aci pemacu pam tanpa mengira keadaan tekanan dalam

litar hidraulik. Pam boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti di

bawah:-

Gear

Ram

Omboh

Skru

7.2.1.1 Gear

Menggunakan dua atau lebih pasangan gear dan ianya dipasang di

dalam sebuah kotak keluli yang mempunyai saluran masukan dan

keluaran. Kedua-dua gear dalam satu pasangan adalah sama saiz.

Gambarajah 7.4 : Pam Jenis Gear

7.2.1.2 Ram

Gambarajah 7.5 di bawah menunjukkan pam jenis ram gelangsar

yang paling ringkas yang mengandungi rotor di pasang dengan

beberapa ram rotor yang bebas bergelangsar dengan celah jejari.

Rotor itu bersipi dengan perumah yang mengandungi ram rotor itu.

Cecair akan mengalir ke dalam ruang masukan apabila ruang

antara sarung rotor dan ram rotor menjadi besar dan cecair itu akan

SALUR MASUK

KEDAP DALAM

TERBENTUK DI

SINI

SALUR

KELUAR

Page 12: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

dikeluarkan dari ruang disebelahnya apabila ruang itu menjadi

kecil ketika rotor itu berpusing.

Gambarajah 7.5 : Pam Jenis Ram

7.2.1.3 Omboh

Pam omboh kebanyakannya digunakan pada sistem dengan

tekanan operasi melebihi atau sama dengan 140 bar. Ciri utama

pam omboh adalah kecekapan yang tinggi pada tekanan tinggi. Ini

adalah sangat penting apabila aliran malar, tanpa bergantung

kepada perubahan tekanan. Terdapat 2 jenis pam hidraulik

berbilang omboh, iaitu jenis paksi dan jejarian. Pam paksi

terbahagi kepada dua jenis seperti gambarajah 7.6 di bawah:-

(a) (b)

Gambarajah 7.6 : Pam Jenis Omboh Paksi (a) Paksi Bengkok

( b) Paksi Plat Kocak.

Sumber:

Festo Didactic

Page 13: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Rajah 7.7 di bawah pula menunjukkan pam jenis omboh jejarian,

Pam jenis ini juga terbahagi kepada dua iaitu jenis alir jejari piston

berpusing dan sesondol berpusing.

Rajah 7.7 : Pam Jenis Alir Jejari

7.2.1.4 SKRU

Rajah 7.8 di bawah menunjukkan binaan Pam Jenis Skru. Ianya

adalah tahan lasak kerana bendalir yang digunakan akan

bertindak sebagai pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai

digunakan jika beban yang dikenakan padanya tidak berubah.

Pam jenis ini memerlukan penapis minyak yang dipasang secara

siri dibahagian keluaran.

Rajah 7.8 : Pam Jenis Skru

Putaran

Keluaran Masukan

Page 14: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Soalan 7b-1

Senaraikan EMPAT jenis pam hidraulik

Soalan 7b-2

Lakarkan binaan keratan rentas bagi pam berikut:

i. Pam Gear

ii. Pam Ram

AKTIVITI 7b

SELAMAT MENCUBA

Page 15: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

INJAP

Injap di dalam sistem hidraulik berfungsi sama seperti injap di dalam sistem

pneumatik. Kaedah menggerakkan injap adalah seperti berikut;

7.2.2.1 Kaedah Menggerakkan Injap

Injap di dalam sistem hidraulik boleh digerakkan dengan berbagai

cara seperti di bawah:-

Mekanikal

Kaedah menggerakkan injap mekanikal pula boleh dibahagikan

kepada dua iaitu secara kendalian mekanikal dan insani. Rajah

7.9 di bawah menunjukkan salah satu daripada jenis kendalian

injap secara mekanikal.

Rajah 7.9 : Kaedah Kendalian Mekanikal

Rajah 7.10 di bawah pula menunjukkan salah satu kaedah

menggerakkan injap secara insani.

Rajah 7.10 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Insani

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 16: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Pneumatik

Rajah 7.11 di bawah menunjukkan kaedah menggerakkan injap

secara pneumatik di mana aci dikawal sepenuhnya oleh pneumatik.

Rajah 7.11 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Pneumatik

Elektrikal

Rajah 7.12 di bawah menunjukkan kaedah menggerakkan injap

secara elektrikal yang dikawal oleh solenoid.

Rajah 7.12 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Elektrikal

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 17: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

7.2.2.2 INJAP KAWALAN

Injap kawalan terbahagi kepada tiga iaitu injap kawalan tekanan, arah dan

aliran.

Injap Kawalan Tekanan

Injap kawalan tekanan digunakan untuk menghadkan atau mengawal

tekanan sistem. Ianya mengurangkan tekanan beban sesebuah pam

atau menetapkan tekanan minyak sebelum minyak itu disalurkan ke

dalam litar hidraulik. Injap Kawalann tekanan boleh dibahagikan

kepada lima jenis iaitu :-

Injap pelega dan sehala

Rajah 7.13 : Injap pelega dan sehala

Injap pengurang tekanan

Rajah 7.14 : Injap pengurang tekanan

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 18: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Injap penjujukan tekanan

Rajah 7.15 : Injap penjujukan tekanan

Injap pemunggahan tekanan

Rajah 7.16 : Injap pemunggahan tekanan

Injap imbangan lawan.

Rajah 7.17 : Injap imbangan lawan

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 19: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Injap Kawalan Arah

Injap kawalan arah digunakan untuk meneruskan pengaliran minyak di

dalam sistem hidraul. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti berikut:

Injap rotor

Injap gelendong (kili)

Injap pusat terbuka dan pusat tertutup

Injap kili sebadan dan kili cantuman

Keempat-empat injap ini menggunakan pelbagai elemen injap yang

berlainan untuk meneruskan pengaliran minyak.

Injap sehala menggunakan sebuah poppet yang bergerak pada

kedudukan badan injap mengikut keadaan tekanan.

Injap rotor menggunakan sebuah gelendong rotor yang boleh

dipusing untuk mengawal aliran minyak.

Injap kili menggunakan sebuah kili gelongsor yang bergerak ke

hadapan dan ke belakang untuk mengawal aliran minyak.

Injap Kawalan Arah Jenis Rotor

Ianya biasa digunakan sebagai injap pandu untuk meneruskan

aliran ke injap lain. Injap kawalan arah jenis putar menggunakan

sebuah injap rotor yang mempunyai 4 hala keluaran dan masukan

minyak. Rotor ini mempunyai lubang yang boleh dihubungkan

dengan lubang yang berada di badan injap apabila rotor itu

dipusingkan. Rotor ini digerakkan oleh sebuah tuil (lever) secara

hidraul ataupun secara elektrik.

Rajah 7.18, menunjukkan keadaan injap rotor di mana minyak dan

pam memasuki ruang masukan dan mengalir melalui injap tersebut

ke sistem. Sementara minyak dari sistem akan mengalir balik ke

tangki melalui ruang keluaran. Ruang-ruang tersebut sebenarnya

terletak di dua tingkat yang berasingan. Injap rotor ini boleh

diubahsuai untuk menggerakkan dua, tiga atau empat hala. Ini

dapat dicapai dengan mengubah kedudukan ruang saluran dengan

menambah / mengurangkan saluran minyak yang ada pada injap

tersebut.

Page 20: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Rajah 7.18: Injap Kawalan Arah Jenis Rotor

Injap Kawalan Arah Jenis Kili

Injap ini adalah sebuah injap kawalan arah yang sebenar. Ianya

digunakan sebagai injap pengawal untuk mengarahkan minyak bagi

memulakan aliran minyak atau memberhentikan alirannya ke sistem.

Injap kili yang mempunyai 2, 4 dan 6 batas (landas) adalah yang

umum dimana ianya selalu digunakan dalam cantuman injap, iaitu

selcum. Bagi injap yang mempunyai lebih dari satu unit, setiap injap

mengawal sebahagian daripada sistem hidraul.

Injap ini boleh dikawal secara manual, gelung elektrik atau tekanan

hidraul yang bertindak di penghujung kili itu. Alat penetap sentiasa

digunakan untuk menentukan kedudukan injap pada setiap operasi.

Neutral Neutral

Rajah 7.19 : Injap Kili

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Festo Didactic

Page 21: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Injap Pusat Terbuka dan Pusat Tertutup

Rajah 7.20 menunjukkan simbol injap pusat terbuka dan injap pusat

tertutup. Injap ini digunakan dalam sistem pusat terbuka , dimana pam

akan bergerak secara berterusan walaupun injap kawalan arah berada

dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan mengalir dengan

berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir

balik ke tangki. Dalam sistem tertutup, pam akan berhenti semasa

injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah

akan menghalang aliran minyak dari pam. Ianya akan menyebabkan

pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan

dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam.

Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak.

(a) (b)

Rajah 7.20: Menunjukkan (a) Injap Pusat Terbuka dan (b) Injap

Pusat Tertutup

Injap Kili Sebadan Dan Cantuman

Dua atau lebih injap kili boleh digunakan dalam satu kumpulan injap

untuk pengendalian pelbagai fungsi. Pembinaan injap kili bergantung

kepada bilangan cantuman injap dalam operasi. Susunan untuk injap

yang mempunyai 3 kedudukan boleh dibuat dengan banyak cara

seperti rajah di bawah.

Rajah 7.21: Injap Kili Jenis Cantuman Sebadan

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 22: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Rajah 7.22 pula menunjukkan beberapa gelendung injap yang

dipasang dalam satu bungkah.

Rajah 7.22 : Injap Kili Cantuman

Injap Kawalan Aliran

Injap kawalan aliran boleh dilaraskan dengan cara berikut:

Menghadkan aliran masuk atau keluar dari komponen yang mana

kelajuannya senang dilaras. Injap ini ialah jenis tiada pampasan.

Mengalihkan arah aliran dari komponen yang mana kelajuannya

senang dilaras. Injap jenis ini biasanya berpampasan.

Injap kawalan aliran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

Injap tak terpampas

Injap tak terpampas tidak akan terpengaruh pada perubahan

tekanan. Apabila aliran masuk berubah, maka aliran yang melalui

injap juga berubah. Injap tak terpampas biasa digunakan apabila

kawalan aliran yang tepat tidak diperlukan. Contoh injap ini ialah

injap jenis jarum dan injap glob.

Injap Kawalan Dan Injap Glob (Tak Terpampas)

Injap jenis ini biasa digunakan pada litar hidraul. Injap ini

tidak peka kepada perubahan tekanan. Ianya mudah dan

boleh dilaraskan untuk mendapatkan nilai kadar alir yang

dikehendaki.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 23: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum

Rajah 7.23 menunjukkan injap kawalan arah jenis jarum.

Ianya merupakan suatu penghad mudah. Apabila batang

jarum dipusingkan ke bawah, aliran akan terhenti. Apabila

batang jarum dinaikkan ke atas dengan membuka skru,

lubang orifis akan terbuka sedikit dan membenarkan aliran

melaluinya. Apabila skru dibuka sepenuhnya, aliran penuh

akan terhasil.

Rajah 7.23 : Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum

Injap terpampas

Injap terpampas akan cuba mengekalkan kadar aliran walaupun

aliran masuk ke injap berubah. Injap ini akan melaraskan aliran

sambil mengawal aliran masuk.

Injap Kawalan Aliran Terpampas

Injap jenis ini beroperasi dengan konsep di mana saiz orifis

yang sedia ada pada komponen mengawal kejatuhan

tekanan pada orifis, menyebabkan kadar alir menjadi tetap.

Saiz lubang orifis pada hujung kili telah dipadankan dengan

pegas.

Rajah 7.24: Injap Kawalan Aliran Terpampas

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 24: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Apabila aliran masuk yang melalui orifis bertambah,

perbezaan tekanan di antara bahagian luar dan dalam kili

akan bertambah. Penambahan aliran akan menyebabkan

kili bergerak ke kanan dan menekan pegas.

Pengatur Aliran Pirau (By-Pass)

Injap jenis ini biasa digunakan pasa sistem pusat terbuka.

Dengan menggunakan injap jenis ini minyak yang di

keluarkan oleh pam akan digunakan untuk membuat kerja

pada fungsi utama, yang mana pada keadaan tertentu

minyak akan dialirkan ke fungsi kedua atau dialirkan balik

ke tangki. Injap pengatur juga berfungsi menggunakan

prinsip pegas dan orifis tetap untuk mengawal aliran.

Rajah 7.25 :Injap Pengatur Aliran Pirau

Page 25: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Soalan 7c-1

Senaraikan TIGA kaedah menggerakkan injap.

Soalan 7c-2

Senaraikan LIMA jenis injap kawalan tekanan.

Soalan 7c-3

Senaraikan EMPAT jenis injap kawalan arah.

Soalan 7c-4

Terangkan kaedah untuk melaraskan injap kawalan aliran.

AKTIVITI 7c

SELAMAT MENCUBA

Page 26: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

7.2.3 PENGGERAK (ACTUATOR)

Pada amnya, pergerakkan hidraulik digunakan untuk menjalankan tugas berat.

Ianya mengangkat beban di antara 200 – 600 tan pada jarak angkatan yang kecil

iaitu 100 – 300 mm. Kebanyakan jenis mesin dan penggerak ini digunakan dalam

pengunaan mesin angkat. Perhubungan di antara penggerak dan peralatan

hidraulik adalah seperti berikut :

Rajah 7.26 : Perhubungan antara penggerak dan peralatan hidraulik.

7.2.3.1 Silinder

Silinder hidraul digunakan untuk membuat sesuatu kerja dan

menghubungkan kuasa hidraul kepada kuasa mekanikal. Silinder

bergerak sebagai lengan mekanikal yang digunakan untuk mengangkat,

menolak atau menggerak sebarang alat-alat pengerak. Silinder

mengandungi sebuah aci piston yang digunakan untuk menggerakkan

piston yang dipasangkan kepada penghujung aci itu. Piston digunakan

untuk memerangkap minyak hidraul dalam silinder. Pada umumnya

penyendal hidraul telah dipasang di sekeliling piston di mana ianya

bertindak sebagai penyendal (prevent leakage).

Silinder hidraul boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu:

Silinder jenis piston – yang memberikan tindakan linar (linear).

Silinder jenis bilah – yang memberi tindakan pusingan.

Peralatan Hidraulik

Turbo Gerak

Mekanisme Kendali Penggerak Hidraulik

Kerja Langsung

Page 27: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Silinder jenis piston

Gambarajah 7.27 di bawah menunjukkan Silinder Jenis Piston.

Gambarajah 7.27: Silinder Jenis Piston

Silinder Jenis Piston boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

Silinder tindakan sehala.

Gambarajah 7.28 menunjukkan silinder tindakan sehala

yang biasanya memberikan tindakan daya pada satu hala

sahaja. Tekanan minyak dimasukkan ke dalam ruang

silinder untuk mengangkat sesuatu beban.

Gambarajah 7.28: Silinder Tindakan Sehala

Silinder tindakan dua hala.

Gambarajah 7.29 menunjukkan silinder tindakan dua hala.

Silinder ini memberikan tindakan pada 2 hala iaitu ke

hadapan dan ke belakang. Tekanan minyak disalurkan

kepada salah satu daripada ruang masukan silinder dan

kemudiannya ke ruang masukan yang lain.

Gambarajah 7.29: Silinder Tindakan Dua Hala

Page 28: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Silinder Jenis Bilah

Silinder jenis ini mengandungi sebuah silinder, aci dan bilah

logam. Dua bilah logam digunakan di mana satu kedudukan

ditetapkan pada silinder dan satu lagi dipasang pada aci yang

memutar berulang-alik diantara sudut-sudut yang tertentu.

Kesemua silinder jenis bilah adalah tindakan dua hala.

7.2.3.2 Motor Hidraulik

Pada asasnya motor hidraulik mempunyai persamaan dengan pam

hidraulik. Perbezaannya ialah motor hidraulik menukarkan kuasa

hidraulik kepada kuasa mekanikal. Binaan motor hidraulik juga

mempunyai persamaan dengan pam hidraulik.

Kelajuan motor hidraulik boleh diubah dengan mengubah kuantiti kadar

aliran minyak kepada motor. Arah pusingan aci motor boleh diubah

dengan mengubah suhu masukan menjadi keluaran dan salur keluaran

menjadi masukan.

Jenis-jenis Motor Hidraulik

Rajah 7.30 menunjukkan jenis-jenis motor hidraulik yang

digunakan secara meluas.

Rajah 7.30 menunjukkan jenis-jenis motor hidraulik

Motor

Hidraulik

Bilah

Gear

Skru

Piston

Gear

Luar

Gear

Dalam

Piston

Paksi

Piston

Jejari

Paksi

Bengko

k

Plat

Kocak

Page 29: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Motor Bilah

Rajah 7.31 menunjukkan binaan motor bilah yang mempunyai

persamaan dengan pam bilah. Pegas digunakan untuk menekan

keluar bilah ke arah gegelang sesondol semasa motor mula

berpusing atau berhenti dari berpusing.

7.31 : Motor Jenis Bilah

Motor Gear

Motor jenis gear digunakan secara meluas kerana ia mudah dan

ekonomi. Pada kebiasaannya ia digunakan untuk menggerakkan

komponen yang kecil. Motor gear berpusing mengikut arah

pusingan jam atau sebaliknya. Ianya mempunyai anjakan tetap.

Terdapat dua jenis motor gear yang biasa digunakan iaitu motor

gear luar dan motor gear dalam.

Rajah 7.32 menunjukkan keratan rentas motor gear dalam.

Rajah 7.32 : Motor Gear.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Page 30: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Motor Skru

Motor jenis skru terdiri daripada silinder dan omboh yang dielakkan

dari berputar oleh rod pandu. Omboh dan rod omboh yang

dilengkapi dengan alur akan dipadankan bersama-sama sepertimana

skru dan nut. Rekabentuk motor jenis skru hanya dihadkan untuk

penggunaan tekanan rendah.

Rajah 7.34 : Motor Jenis Skru

Motor Piston

Motor piston dikelaskan bergantung kepada susunan piston pada

silinder dan aci keluaran motor. Motor piston biasa digunakan

kerana ia mempunyai kelajuan dan tekanan yang tinggi.

Rajah 7.33 menunjukkan dua jenis motor piston paksi iaitu jenis

paksi bengkok dan jenis plat kocak. Sementara motor piston jejari

dikelaskan kepada jenis bersipi dimana piston akan menolak aci

bersipi untuk mendapatkan momen dan jenis berbilang lejang di

mana piston akan menolak sesendol berombak yang terdapat pada

perumah rotor.

(a) (b)

Rajah 7.33 : Motor Piston (a) Paksi Jenis Plat Kocak Dan

(b) Paksi Bengkok

Putaran

Keluaran Masukan

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Sumber:

Festo Didactic

Page 31: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Soalan 7d-1

Senaraikan DUA jenis penggerak hidraulik.

Soalan 7d-2

Senaraikan DUA jenis penggerak silinder.

Soalan 7d-3

Senaraikan EMPAT jenis motor hidraulik.

AKTIVITI 7d

SELAMAT MENCUBA

Page 32: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

Soalan 1

Namakan simbol-simbol injap di bawah:-

Soalan 2

Lukiskan simbol-simbol injap bagi komponen untuk sistem hidraulik seperti berikut:-

i. Injap kawalan arah jenis 4/3 hala pusat tertutup.

ii. Injap kawalan arah jenis 4/3 hala pusat terbuka.

iii. Injap kawalan arah jenis 5/3 hala.

PENILAIAN KENDIRI

i)

iii)

ii)

iv)

v) vi)

Page 33: OBJEKTIF - nikarifblog.files.wordpress.com filealiran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. ... Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang ... Silinder jenis ram 13

Soalan 3

Namakan 2 jenis pam omboh.

a.

b.

Soalan 4

Berikan 2 sebab mengapa pam omboh selalu digunakan dalam sistem hidraulik.

a.

b.