nursery sawi1

16
NURSERY SAWIT Pengenalan Tapak semaian adalah salah satu faktor yang penting bagi setiap ladang yang ingin ditubuhkan. Tujuan utama penubuhan tapak semaian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ladang memantau perkembangan anak benih dan memastikan setiap benih tersebut berada dalam keadaan yang baik sebelum menjalankan proses penanaman di ladang. Dengan ini hasil akan dapat ditingkatkan sekiranya pemilihan anak benih dibuat dengan teliti dan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Kepentingan tapak semaian 1. Kerja-kerja pemilihan ( culling ) dapat dibuat dengan lebih teliti dan teratur 2. Supaya pertumbuhan anak benih dapat diseragamkan 3. Dapat memudahkan kerja-kerja pemantauan bagi pihak ladang. Pemilihan tapak Bagi setiap tapak semaian yang ingin ditubuhkan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum proses pemilihan tapak dijalankan, antaranya:- 1. Kawasan tersebut mestilah rata dan berdekatan dengan punca air bagi tujuan pengairan 2. Kawasan tersebut mestilah jauh dari ancaman banjir 3. Mempunyai sistem saliran dan perparitan yang baik 4. Kawasan yang sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan tidak terlindung Page 1

Upload: azizul-ramli

Post on 24-Jun-2015

3.743 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nursery Sawi1

NURSERY SAWIT

Pengenalan

Tapak semaian adalah salah satu faktor yang penting bagi setiap ladang yang ingin ditubuhkan. Tujuan utama penubuhan tapak semaian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ladang memantau perkembangan anak benih dan memastikan setiap benih tersebut berada dalam keadaan yang baik sebelum menjalankan proses penanaman di ladang. Dengan ini hasil akan dapat ditingkatkan sekiranya pemilihan anak benih dibuat dengan teliti dan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Kepentingan tapak semaian

1. Kerja-kerja pemilihan ( culling ) dapat dibuat dengan lebih teliti dan teratur

2. Supaya pertumbuhan anak benih dapat diseragamkan

3. Dapat memudahkan kerja-kerja pemantauan bagi pihak ladang.

Pemilihan tapak

Bagi setiap tapak semaian yang ingin ditubuhkan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum proses pemilihan tapak dijalankan, antaranya:-

1. Kawasan tersebut mestilah rata dan berdekatan dengan punca air bagi tujuan pengairan

2. Kawasan tersebut mestilah jauh dari ancaman banjir

3. Mempunyai sistem saliran dan perparitan yang baik

4. Kawasan yang sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan tidak terlindung

5. Kawasan ini juga haruslah dekat dengan kawasan ladang agar senang semasa proses penanaman dijalankan serta dapat menjimatkan kos.

6. Mempunyai kawalan keselamatan yang baik supaya dapat mencegah daripada kecurian serta ancaman daripada haiwan perosak.

Page 1

Page 2: Nursery Sawi1

Pemilihan tapak semaian

1. Dua Peringkat / Double Stage iaitu :-

1. Pre Nursery

2. Main Nursery

Pre Nursery

Saiz polybag 15cm x 23cm. Beg yang telah diisi serta disusun didalam petak lazimnya disusun mengikut kaedah 10 beg x 200 beg supaya kerja-kerja menyiram, merumput dan kerja-kerja penakaian anak benih senang dijalankan. Setiap petak yang disyorkan adalah sebanyak 2000 benih. Ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan dijalankan. Manakala jaluran susunan beg pula adalah mengikut arah timur barat. Jarak antara jaluran beg pula hendaklah dipisahkan dengan satu lorong selebar 0.6m. Selain itu tempoh bagi setiap semaian adalah sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Proses penakaian benih pula perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sewaktu didalam peringkat ini yakni sebanyak 10%. Ini adalah bertujuan untuk memastikan benih yang sedia ada adalah bermutu dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Juga bagi mengelakkan kerugian yang akan dialami pada peringkat seterusnya.

Contoh gambarajah Pre-nursery

Main Nursery

Page 2

Page 3: Nursery Sawi1

Saiz polybag berukuran 35 cm x 51 cm. Tempoh tanaman pula adalah 12 hingga 18 bulan. Jarak tanaman pula adalah 0.9m x 0.9m x 0.9m dan berbentuk segitiga. Sebanyak 10,000 anak benih sawit akan dapat disemai setelah ditolak sistem jalan. Manakala bagi proses penakaian pula, sebanyak 10% akan diambil kira pada peringkat ini. Contoh gambarajah bagi susunan polybag ( main nursery )

Contoh gambarajah Main Nursery

Page 3

Page 4: Nursery Sawi1

Keluasan tapak semaian

Katakan bahawa kawasan baru yang akan dibuka adalah sebanyak 200 hektar. Jadi keperluan bagi anak benih yang akan di gunakan untuk kawasan yang berkeluasan 200 hektar adalah:-

Formula:

Keluasan kawasan yang akan dibangunkan x Jum. Pokok bagi 1 hektar ( SPH )

= Jum. Pokok Yang diperlukan

Kemudian,

Jum. Pokok Yang diperlukan x 35% ( 20% supplying + 15% culling )

= Jum. Penambahan pokok

Lalu:

Jum. Penambahan pokok + Jum. Pokok yang di perlukan

Manakala keluasan yang di perlukan bagi pembentukan nursery adalah:-

Dengan menggunakan jarak pokok 0.91m x 0.01m x 0.91m, maka 1 hektar dapat menyediakan 12,500 pokok. Jadi:-

Page 4

Keluasan kawasan= 200 ha

Jum. Pokok Bagi 1 Ha = 148/ha

Jadi:-

200 ha x 148/ ha = 29600 pokok

29600 x 35% = 10360 pokok

29600 + 10360 = 39960 pokok

39960 / 12500 = 3.19 ha yang diperlukan + kemudahan jalan dan saliran serta kolam takungan = 4 ha

Page 5: Nursery Sawi1

Proses penyediaan tapak semaian

Beberapa proses perlu di ikuti terlebih dahulu sebelum menyediakan tapak semaian diantaranya ialah:-

1. Membajak

2. Pembinaan Jalan pertanian dan susunatur semaian

3. Sistem pengairan dan saliran yang baik

4. Sistem penyiraman yang bagus.

5. Memagar kawasan tapak semaian

6. Mengisi dan menyusun polybeg yang diperlukan

7. Menanam biji benih

Penyelenggaraan Nursery

Page 5

Page 6: Nursery Sawi1

4 jenis kerja yang biasa dilakukan bagi kerja- kerja penyelenggaraan ini. Diantaranya ialah:-

1. Menyiram

2. Merumpai

3. Kawalan musuh dan penyakit

4. Membaja.

Menyiram

Setiap pokok hendaklah disiram sebanyak 2 kali dalam sehari dimana sebelah pagi dan di sebelah petang sahaja. Dilarang sama sekali menyiram diwaktu tengahari dan pastikan setiap kali siraman pokok mendapat 150 mm air sepokok.

Merumpai.

Dilakukan sebulan sekali dan hanya bagi kawasan diantara polybag dengan polybag sahaja. Sekiranya terdapat rumpai didalam polybag, hanya tangan sahaja digunakan bagi tujuan merumpai. Ini bertujuan bagi mengelakkan setiap anak benih terhindar daripada mengalami keracunan.

Kawalan Musuh Dan Penyakit.

Dilakukan 1 minggu sekali. Menggunakan campuran racun kulat dan serangga

Contohnya:-

Thiram + Malathion

Thiram + Rogor

Poliram + Tamaron

Diantara serangan musuh dan penyakit yang selalu dihadapi ialah:-

Musuh Tanda penyakit

Page 6

Page 7: Nursery Sawi1

Hama/ kutu ( red spider mite ) Daun berbintik

Bena ( Aphids ) Daun kuning / kering

Belalang Daun cacat dimakan / bantut

Koya Daun kering

Tikus Makan pangkal pokok

Pembajaan

Baja ditabur disekeliling pokok didalam polybeg tetapi jangan terlalu rapat dengan pangkal pokok. Dilakukan sekali sebulan. Menggunakan baja kimia yang mengandungi

Page 7

Page 8: Nursery Sawi1

semua zat permakanan yang utama ( N, P, K, Mg ) serta larut secara perlahan adalah amat digalakkan. Contohnya, Agroblen, Kokei, Nurseryace, Woodace dan sebagainya.

Disini ada menyediakan contoh jadual bagi program pembajaan untuk pre nursery dan juga main nursery.

Minggu Jenis Baja Sukatan

4 Urea 7gm

5 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm

6 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm

7 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 18gm

8 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm

9 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm

Jadual pembajaan bagi Main Nursery

Masa

( selepas ditanam ) Jenis Baja Kadar Sepokok ( gm )

2 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7

4 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7

8 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

12 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

16 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

20 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14

24 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

28 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

32 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

36 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21

Page 8

Page 9: Nursery Sawi1

40 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 28

Penakaian pokok ( CULLING )

Bertujuan bagi menyediakan anak benih yang bermutu tinggi dan terbaik sahaja yang akan ditanam diladang bagi memastikan pengeluaran hasil yang diingini serta penggunaan tanah yang lebih efektif.

Terdapat beberapa peringkat yang digunakan ketika proses penakaian dijalankan. Antaranya ialah:-

1. Permilihan pertama dibuat pada pokok yang berusia 3 bulan sebelum dipindahkan ke semaian besar ( Main Nursery )

2. \pemilihan dijalankan setiap 3 bulan ketika pokok berusia 6 bulan, 9 bulan, dan 12 bulan.

3. Pemilihan terakhir dibuat sebelum anak pokok dipindahkan ke lading.

4. Kesemua pokok yang telah di culling haruslah dimusnahkan.

Pre Nursery:-

Page 9

Page 10: Nursery Sawi1

Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )

Main nursery

Page 10

Page 11: Nursery Sawi1

Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )

RUJUKAN

Page 11

Page 12: Nursery Sawi1

MANUAL DAN PROSEDUR OPERASI PERLADANGAN

AMANAH SAHAM PAHANG BERHAD

Page 12