nota complete shahadah

Upload: madcho

Post on 12-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kepentingan Dua Kalimah Syahadah kepadaKehidupan• Cara pandang dua kalimah syahadah• Paradigma Syahadatain vs ParadigmaFatamorganamenerangkan konsep shahadah dengan jelas.

TRANSCRIPT

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    1/111

    Ya Allah sesungguhnya akumemohon kepada mu ilmuyang bermanfaat rezeki yang

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    2/111

    Seminar Syahadah

    1

    Kandungan

    Topik Muka Surat

    Adab Penuntut Ilmu 2

    Slot 1 (Syahadah dan Pembatalnya)

    Kelebihan Syahadah 3

    Mahu Memeluk Islam 8

    Syarat Sah Syahadah 10

    Maksud Tauhid 16

    Syirik 22

    Slot 2 (Sirah Nabawiyyah)

    Nasab Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 50

    Kelahiran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 51

    Perlantikan Sebagai Rasul 55

    Dakwah Bermula 59Penentangan Bemula 62

    Tahun Kesedihan 66

    Kewafatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 69

    Karakteristik Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 77

    Isteri-Isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 79

    Slot 3 (Hak-Hak Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam)

    Kewajipan Kepada Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam 83

    Kesilapan Dalam Mencintai Rasulullah sallallahu

    alaihi wasallam 99

    Slot 4 (Kesan Tauhid Kepada Kehidupan) 104

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    3/111

    Seminar Syahadah

    2

    Adab Penuntut Ilmu

    1. Ikhlas kerana Allah.

    2. Menumpukan perhatian kepada majlis ilmu.

    3. Menghormati ilmuan yang sedang mengajar di hadapan.

    4. Bersabar jika kita melihat pada guru kita sesuatu yang kita tidak suka.

    5. Jika ada perkataan ilmuan atau isi-isi yang menarik, tuliskan pada kertas warna yang

    disediakan, dan tampalkan pada ruangan Dinding Hikmah

    6. Menulis isi-isi penting pada ruangan kosong yang ada pada nota yang disediakan.

    7. Elakkan berbual-bual ketika majlis ilmu berlangsung. Jika mempunyai kemusykilan, ajukan

    soalan kepada pembentang dan bukannya kepada rakan di sebelah.

    8. Seandainya mempunyai soalan, tulis dan letakkan pada kotak yang disediakan. Soalan juga

    dibenarkan secara lisan ketika sesi soal jawab berlangsung.

    9. Pastikan telefon bimbit dimatikan atau berada dalam keadaan 'silent mode'. Elakkan daripada

    menggunakan telefon bimbit semasa penceramah semasa majlis ilmu.

    10. Tundukkan pandangan. Ketika peserta Muslimah bertanyakan soalan, peserta lelaki

    hendaklah memandang ke hadapan dan bukan melihat ke arah Muslimah tersebut, begitu juga

    sebaliknya.

    11. Berada di dalam dewan 5 minit sebelum slot bermula.

    12. Berusaha untuk berada dalam majlis ilmu sehingga selesai kecuali apabila ada keperluan

    mendesak yang tidak dapat dielakkan.

    13. Mengikut arahan yang diberikan oleh pengerusi majlis agar majlis ilmu berjalan lancar.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    4/111

    Seminar Syahadah

    3

    Kelebihan Syahadah

    Pasti Akan Masuk Syurga : : " : : .Daripada Muaz bin Jabal radiallahu anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    Wahai Muaz, adakah engkau tahu apakah hak Allah ke atas hamba-hambaNya? Muaz menjawab: Allah

    dan rasulNya lebih mengetahui.

    Baginda pun berkata: Iaitu mereka hendaklah menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan

    sesuatu apa pun.

    : : Baginda bertanya lagi: Adakah engkau tahu apakah hak hamba-hamba kepada Allah? Muaz menjawab:

    Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Baginda pun menerangkan: Iaitu untuk tidak mengazab mereka.

    Orang-orang yang beriman dan tidak menodai keimanan mereka dengan kezaliman, mereka itulah

    orang-orang yang mendapat ketenteraman dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

    [Al-Anam, surah ke 6 : 82+

    " : " : :

    Ubadah bin Somit radiallahu anhu meriwayatkan Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa

    yang bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya,

    bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya, bahawa Isa (Jesus) adalah hamba Allah dan

    utusanNya, bahawa kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam, serta ruh daripadaNya, dan

    (bersaksi bahawa) syurga itu benar, neraka juga benar, maka Allah pasti memasukkanya kedalamsyurga, betapapun amal yang telah dilakukannya, dalam riwayat lain : (dimasukkan ke dalam syurga)

    melalui mana-mana pintu daripada lapan pintu syurga yang orang itu kehendaki.

    [Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya, hadis no : 3204+

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    5/111

    Seminar Syahadah

    4

    Di dalam satu majlis para sahabat telah bertanya tentang seorang lelaki bernama Malik bin Ad-

    Dukhsyun. Sahabat yang lain menjawab: Dia adalah golongan munafiq yang tidak mencintai Allah dan

    rasulNya. : : :

    (Mendengar perkataan tersebut) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berkata: Jangan berkata

    sedemikian rupa. Tidakkah engkau melihat bahawa dia pernah berkata tiada tuhan yang berhak

    disembah selain Allah, dan dia mengharapkan keredhaan Allah (dengan perkataannya itu). Para sahabat

    menjawab: Allah dan rasulNya lebih mengetahui.Sesungguhnya kami melihat dia bersama-sama kaum

    munafiq. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan

    neraka kepada sesiapa yang berkata tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan orang itumengharapkan dengan kata-katanya keredhaan Allah.

    [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 410]

    Adakah ini bermaksud mereka yang banyak melakukan dosa selagi mana tidak syirik tidak akan diazab

    langsung secara pasti?

    Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin rahimahullah menerangkan dalam Al-Qaul Al-Mufid:

    ]23]::Hadis ini bermaksud bahawa Allah tidak mengazab orang yang tidak mempersekutukannya dengan

    sesuatu pun dan maksiat-maksiat yang dilakukan akan diampuni apabila tauhid benar-benar

    direalisasikan. Rasulullah sallallahu alaihi wassalam melarang daripada menyampaikan hal ini supaya

    orang ramai tidak hanya bergantung kepada berita gembira ini dan tidak melaksanakan tuntutan-

    tuntutan tauhid. Ini kerana tauhid yang benar akan membawa kepada menjauhi maksiat. Maksiat timbul

    disebabkan hawa nafsu. Ini juga merupakan satu jenis syirik. Allah taala berfirman: Adakah kalian tidak

    melihat orang yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai sesembahan? [al-Jatsiyah : 23]

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    6/111

    Seminar Syahadah

    5

    Kalimah Yang Paling Mulia: " : : : : : : :

    : " .

    Abu Said al-Khudri radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Musa

    berkata: Wahai tuhan ku. Ajarkan kepada aku sesuatu untuk aku mengingati Mu dan berdoa kepada Mu

    dengannya. Allah menjawab: Wahai Musa, sebutlah : Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah.

    Musa berkata: Wahai tuhan ku, semua hamba-hamba Mu mengucapkan perkataan ini. Allah menjawab:

    Sebutlah: Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Musa menjawab: Sesungguhnya aku mahukan

    sesuatu yang khusus untuk diri ku. Allah menjawab: Wahai Musa, seandainya penghuni tujuh petala

    langit dan bumi diletakkan pada pada timbangan, dan kalimah tiada tuhan yang berhak disembahselain Allah diletakkan pada timbangan, nescaya kalimah tiada tuhan yang berhak disembah selain

    Allah adalah lebih berat daripada mereka.

    [Sahih Ibn Hibban, Kitab at-Tarikh, hadis no : 6353]

    Allah Sudi Mengampuni Dosa-Dosa Yang Lain : : " :

    . " : .

    Anas bin Malik radiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    Allah berkata: Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku

    ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit

    tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah. Wahai

    anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu

    dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku

    akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.

    [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib]

    Apakah kedudukan orang yang melakukan kezaliman tetapi tidak syirik kepada Allah.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    7/111

    Seminar Syahadah

    6

    : ]:116[Pelaku dosa besar (yang tidak syirik) terselamat daripada kekal di dalam neraka, akan tetapi ia tidak

    terselamat daripada azab neraka (yang sementara). Ini semua bergantung kepada kehendak Allah. Allah

    berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannya dan mengampuni dosa-dosa

    lain untuk sesiapa yang dikehendaki. [al-Nisa : 116] (Al-Qaul Al-Mufid)

    Dosa Ketika Bukan Islam Terhapus : :

    : :

    : : : : : " : : :

    " Ibn Syimasah al-Mahriy berkata: Kami menziarahi Amru bin al-As ketika beliau menghampiri saat

    kematiannya. Beliau menangis dengan tangisan yang panjang, dan menghadapkan wajahnya ke dinding.

    Anak lelakinya berkata: Wahai ayah ku, bukankah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah

    menyampaikan berita gembira kepada engkau, bukankah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah

    menyampaikan berita gembira kepada engkau. Amru bin al-As pun memalingkan wajahnya lalu

    berkata: Sesungguhnya perkara paling baik yang kami tahu ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang

    berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Sesungguhnya aku telah melepasi

    tiga fasa kehidupan.

    Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada insan yang lebih benci kepada Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam melebihi kebencian yang ada pada diri ku.Tiada sesuatu yang lebih aku sukai melebihi

    kesukaan aku untuk menangkap nabi dan membunuh baginda.Seandainya aku mati dalam keadaan

    begitu, sudah pasti aku termasuk ahli neraka.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    8/111

    Seminar Syahadah

    7

    Apabila Allah telah meletakkan Islam di dalam hati ku, aku pun pergi menemui Rasulullah sallallahu

    alaihi wasallam lalu aku berkata: Hulurkan tangan kanan mu supaya aku dapat berbaiah kepada mu,

    lalu baginda menghulurkan tangan kanannya. Aku pun menggenggam tangan ku. Baginda bertanya:

    Kenapa dengan engkau wahai Amru? Aku menjawab: Aku mahu memberikan syarat.Baginda bertanya:

    Apakah syarat engkau? Aku menjawab: Aku mahu agar dosa aku diampuni. Lalu baginda

    menjawab:Tidakkah engkau tahu bahawa Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, hijrah

    menghapuskan apa yang sebelumnya, haji menghapuskan apa yang sebelumnya.

    Tiadalah sesiapa pun yang lebih dicintai oleh ku selain daripada Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam.Tiada siapa yang lebih mulia daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di mata ku. Aku

    tidak berani untuk menatap wajahnya kerana kemuliaannya.Seandainya aku ditanya tentang sifatnya,

    aku tidak akan mampu untuk menceritakannya kerana aku tidak pernah betau-betul melihatnya.

    Seandainya aku mati dalam keadaan begini, aku berharap agar aku termasuk ahli syurga.

    [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no : 177]

    Amalan Kebaikan Ketika Masih Bukan Islam Tetap Dikira : " : .

    Hakim bin Hizam radiallahu anhu memberitahu bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah

    sallallahu alaihi wasallam: Apakah pendapat engkau tentang perkara baik yang telah aku lakukan ketika

    di zaman jahiliah? Baginda menjawab: Engkau telah memeluk Islam bersama-sama dengan kebaikan-

    kebaikan yang lepas.

    [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no : 179]

    Mahu memeluk Islam?

    Islam Agama Fitrah " : : ,

    Abu Hurairah radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Setiap insan

    dilahirkan di atas fitrah. Ibu bapanya yang akan menjadikan dia Yahudi, Kristian atau penyembah api.

    [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1302]

    Kita hendaklah menganggap seseorang itu sebagai Islam apabila melihat dia mengamalkan cara hidup

    Islam kecuali terdapat bukti sebaliknya. Tidak wajar kita mempersoal seorang Cina, India, Kadazan atau

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    9/111

    Seminar Syahadah

    8

    sesiapa sahaja yang beramal dengan cara hidup Islam dengan soalan yang berbaur prejudis seperti:

    Betulkah engkau Islam?

    " : : " .

    Anas bin Malik radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang

    bersolat dengan solat kami, menghadap kiblat kami, makan sembelihan kami. Maka dia adalah seorang

    Muslim yang mendapat perlindungan Allah dan rasulNya. Janganlah sesiapa mengkhianati orang yang

    diberi perlindungan oleh Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 381]

    Perlukah tahu terperinci tentang Islam? Memeluk Islam sebab keduniaan?

    : " :

    Anas bin Malik radiallahu anhu berkata: Abu Talhah telah meminang Ummu Sulaim, lalu Ummu Sulaim

    menjawab: Demi Allah, tiada lelaki seperti engkau wahai Abu Talhah yang patut ditolak pinangannya.

    Tetapi engkau lelaki kafir, sedangkan aku perempuan Muslimah.Tidak halal untuk mengahwini engkau.

    Seandainya engkau memeluk Islam, itulah maharnya dan aku tidak akan meminta mahar selain itu. Lalu

    Abu Talhah pun memeluk Islam, dan pengislamannya itu menjadi maharnya. [Sunan an-Nasaie as-

    Sughra, Kitab an-Nikah, hadis no : 3307]

    Bank Fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqeh dalam fatwa no : 1245131merumuskan

    Bukanlah merupakan satu syarat memeluk Islam untuk mengetahui secara terperinci tentang Islam.Hal

    ini boleh dicapai selepas memeluk Islam. Syarat yang perlu dipenuhi untuk memeluk Islam ialah dengan

    melafazkan dua kalimah syahadah dengan memahami maksudnya.Ini sudah cukup untuk dikira sebagai

    seorang Muslim.

    Adapun persoalan adakah Allah menerima pengIslaman orang tersebut? Pengislaman seseorang tidak

    diterima di sisi Allah melainkan ia dilakukan dengan keyakinan dan keikhlasan.

    Kesimpulannya.Dibenarkan untuk seseorang memeluk Islam kerana sebab-sebab keduniaan seperti

    perkahwinan. Boleh jadi selepas memeluk Islam dia akan menjadi Muslim yang baik selepas dia melihat

    kesucian ajaran Islam. Inilah yang terjadi kepada sahabat nabi sallallahu alaihi wasallam seperti Abu

    Talhah radiallahu anhu yang memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan Ummu Sulaim, dan

    akhirnya beliau menjadi seorang Muslim yang baik.

    1http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=124513

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    10/111

    Seminar Syahadah

    9

    Bagaimana memeluk Islam?

    Seseorang itu dikira Islam apabila dia sudah melafazkan kalimah syahadah tidak kira sama ada hanya dia

    sahaja yang mendengar lafaz syahadah itu, atau dengan kehadiran orang lain. 2

    Apabila seseorang itu sudah melafazkan kalimah syahadah, tidak kira sama ada dia ikhlas atau tidak,

    umat Islam hendaklah menganggap dia sebagai Islam. Adapun penerimaan keIslamannya itu adalah

    urusannya dengan Allah.

    Persoalannya: Cukupkah sekadar melafazkan di lidah untuk memasuki syurga?

    2http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=92092

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    11/111

    Seminar Syahadah

    10

    Syarat Sah Syahadah

    Apakah maksud bersaksi tiada tuhan berhak disembah melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu

    baginya?

    )( ' : 74:19' ""'43:86" '

    .Iaitu sesiapa yang bercakap dengan memahami maksudnya, beramal dengan tuntutan-tuntutannya,

    secara batin (di dalam hati) dan zahir . Tidak boleh tidak, dua kalimah syahadah memerlukan kepada

    ilmu, yakin dan beramal dengannya. Sebagaimana firman Allah: Ketahuilah bahawa Tiada yang berhak

    disembah selain Allah [Muhammad : 19] dan firmanNya: Kecuali orang-orang yang memberikanpenyaksian dengan benar dan mereka mengetahui [az-Zukhruf : 86].

    : ": -

    Adapun menyebutkan kalimah syahadah tanpa memahami maksudnya, tidak yakin dan tidak beramal

    dengan tuntutannya iaitu: Berlepas diri daripada syirik, ikhlas dalam perkataan dan amalan, sama ada

    perkataan di lisan mahupun di hati, amalan hati mahupun amalan zahir, maka kalimah syahadah itu

    tidak bermanfaat untuknya menurut kesepakatan ulama. (Fathul Majid)

    Syarat-syaratnya ialah:

    1) Mempunyai ilmu

    2) Hati yang yakin dengannya.

    3) Patuh/taat

    4) Ikhlas

    1) Berilmu tentang maksud Syahadah

    Firman Allah Taala ( al-Zukhruf 43:86):

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    12/111

    Seminar Syahadah

    11

    Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafaat; akan tetapi

    *yang dapat memberi syafaat ialah+ orang yang bersaksi dengan kebenaran dan mereka memahaminya

    " : : "Uthman radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mati

    dalam keadaan mengetahui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dia akan

    masuk syurga. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 41]

    2) Yakin tanpa ragu

    Firman Allah Taala (al-Hujurat 49:15):

    Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah

    dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragudan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka

    pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.

    : : : : : :

    Abu Hurairah radiallahu anhu berkata: Kami bersama-sama nabi sallallahu alaihi wasallam dalam satu

    perjalanan, ketika itu bekalan rombongan tersebut hampir kehabisan sehingga menyebabkan

    sebahagian daripada mereka terpaksa menyembelih unta mereka. Lalu Umar radiallahu anhu berkata:

    Ya Rasulullah, bagaimana jika engkau mengumpulkan baki-baki bekalan yang masih ada pada orang

    ramai, dan engkau berdoa kepada Allah untuk bekalan-bekalan itu. Lalu baginda sallallahu alaihi

    wasallam pun melakukan hal tersebut.

    : : : : : : " : :

    Orang yang mempunyai gandum pun datang membawa gandum mereka, yang mempunyai kurma pun

    datang membawa kurma mereka, pemilik biji kurma pun datang dengan biji-biji kurmanya. Aku bertanya

    kepada beliau: Apa yang mereka lakukan dengan biji kurma itu? Umar radiallahu anhu menjawab:

    Mereka menghisapnya dan meminumnya bersama-sama air. Lalu baginda sallallahu alaihi wasallam pun

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    13/111

    Seminar Syahadah

    12

    berdoa sehingga bekalan-bekalan mereka menjadi bertambah banyak. Lalu baginda sallallahu alaihi

    wasallam pun berkata: Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku adalah

    utusan Allah. Tidaklah seseorang hamba itu bertemu Allah tanpa perasaan ragu ke atas dua kalimah

    ini (iaitu kalimah syahadah) melainkan dia akan masuk syurga.

    [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 42]

    :

    : : : :

    Abu Hurairah radiallahu anhu berkata: Kami duduk di sekeliling Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,

    bersama-sama kami ialah Abu Bakar, dan Umar. Baginda sallallahu alaihi wasallam bangun

    meninggalkan kami.Baginda lewat pulang kepada kami sehingga kami takut baginda diserang musuh

    ketika kami tiada bersama baginda.Kami pun berjaga-jaga dan bangun (untuk mencari baginda sallallahu

    alaihi wasallam).Aku adalah yang terawal berjaga-jaga atas hal itu, lalu aku keluar mencari Rasulullahsallallahu alaihi wasallam sehinggalah aku tiba di sebuah dinding milik kaum Ansar di perkampungan

    Bani an-Najjaradiallahu anhuku mencari-cari pintu tetapi aku tidak menemuinya.Ketika Rabi masuk ke

    dalam rumah melalui satu lubang yang ada pada dinding daripada perigi di luarnya, maka aku pun

    menyusup masuk sebagaimana menyusupnya musang. Lalu aku masuk menemui Rasulullah sallallahu

    alaihi wasallam, baginda berkata: Abu Hurairah? Aku menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda

    sallallahu alaihi wasallam bertanya: Apa yang engkau sedang lakukan. Aku menjawab: Engkau ada

    bersama kami, kemudian engkau bangun meninggalkan kami, dan sudah terlalu lama engkau pergi, kami

    takut engkau diserang musuh semasa ketiadaan kami, lalu kami pun mula berjaga-jaga, dan aku adalah

    yang awal berjaga-jaga. Lalu aku sampai ke dinding ini, dan aku menyusup masuk sebagaimana musang

    menyusup masuk, dan orang-orang lain ada di belakang aku. : : : :

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    14/111

    Seminar Syahadah

    13

    Baginda memanggil aku: Ya Abu Hurairah sambil baginda memberikan aku kedua kasutnya. Pergilah

    engkau dengan membawa kedua-dua kasut ku ini. Sesiapa sahaja yang engkau temui di belakang dinding

    ini yang bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan yakin dengan hatinya,

    maka sampaikan khabar gembira tentang syurga kepadanya.Lalu orang yang pertama aku temui ialah

    Umar. Beliau bertanya: Kasut apakah ini wahai Abu Hurairah? Aku menjawab: Ini merupakan sepasang

    kasut Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang baginda hantar bersama aku, dan sesiapa yang aku

    temui yang bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan yakin dengan

    hatinya, maka aku sampaikan khabar gembira tentang syurga kepadanya.

    : : : : :

    : " : : " : .

    Lalu Umar terus terus memukul aku sehingga aku terjatuh. Lalu dia berkata: Engkau pergi kembali

    (kepada Rasulullah) wahai Abu Hurairah. Aku pun kembali menemui Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam dalam keadaan hampir menangis, dan Umar mengikuti di belakang aku. Rasulullah sallallahu

    alaihi wasallam bertanya kepada aku: Apa yang terjadi kepada engkau wahai Abu Hurairah? Aku

    menjawab: Aku bertemu dengan Umar dan aku beritahu dia dengan berita yang engkau utuskan

    bersama aku, lalu dia terus memukul dada aku sehingga aku terjatuh, dan dia suruh aku kembali kepadaengkau. Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertanya: Wahai Umar, kenapa engkau lakukan

    begitu? Umar menjawab: Ya Rasulullah, demi ayah dan ibu ku, adakah engkau mengutus Abu Hurairah

    dengan kedua kasut mu, dan dengan berita sesiapa bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak

    disembah selain Allah dan yakin dengan hatinya, maka sampaikan khabar gembira tentang syurga

    kepadanya? Baginda menjawab: Ya. Umar berkata: Jangan lakukan begitu, sesungguhnya aku takut

    manusia akan bergantung kepada hal itu sahaja dan meninggalkan amalan soleh. Lalu Rasulullah

    sallallahu alaihi wasallam menjawab: Jika begitu, biarkan mereka.

    [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no:49]

    3) Patuh dan Taat

    Firman Allah Taala ( Luqman 31:22):

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    15/111

    Seminar Syahadah

    14

    Maksudnya: Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinyakepada Allah, sedang dia orang yang berbuat

    kebaikan, maka sesungguhnya iatelah berpegang kepada ikatan tali yang kukuh.Dan kepada Allah lah

    kesudahan segala urusan.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:65):

    Maksudnya: Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan

    kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan

    dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Ahzab 33:36):

    Maksudnya: Dan tidaklah patut bagi lelakidan perempuan yang beriman, apabila Allah dan RasulNyatelah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.

    Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.

    4) Ikhlas

    Firman Allah Taala ( al-Zumar 39:2-3):

    .

    Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab [Al Quran+ dengan *membawa+

    kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan ikhlaskepadaNya. (2) Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah

    agama yang bersih [daripada syirik]. Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah [berkata]:

    "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengansedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka

    berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang pendusta dan

    sangat ingkar. (3)

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    16/111

    Seminar Syahadah

    15

    : " : "Abu Hurairah radiallahu anhu. berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya: Ya Rasulullah,

    siapakah manusia yang paling bahagia dengan syafaat engkau pada hari kiamat. Baginda sallallahu alaihi

    wasallam menjawab: Sesungguhnya aku memang berharap wahai Abu Hurairah agar tiada seorang pun

    yang bertanya kepada aku tentang hadis ini lebih awal daripada engkau tatkala aku melihat

    kesungguhan engkau kepada hadis, Manusia yang paling bahagia dengan syafaat ku pada hari

    kiamat ialah sesiapa yang berkata tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah ikhlas daripada

    hati atau dirinya

    [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ilm, hadis no : 98]

    Firman Allah Taala ( al-Ankabut 29:1-3):

    . .

    Maksudnya: Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan apabila mereka

    mengatakan Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji

    orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benardan

    sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

    : , , : , " " : : , " " " :

    : : , " " : : , " : , " " : , " : " .

    Talhah bin Ubaidillah berkata: Seorang arab badwi datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

    lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah itu Islam? Baginda menjawab: Solat lima waktu pada siang dan

    malam. Lelaki itu bertanya lagi: Adakah wujud kewajipan lain ke atas diri aku? Baginda menjawab:

    Tidak.Lelaki itu bertanya pula tentang puasa. Baginda sallallahu alaihi wasallam menjawab: Puasa di

    bulan Ramadhan. Lelaki itu bertanya lagi: Adakah wujud kewajipan lain ke atas diri aku? Baginda

    menjawab: Tidak. Kemudia dia menyebut tentang zakat pula dan bertanya: Adakah ada kewajipan lain

    ke atas diri aku? Baginda sallallahu alaihi wasallam menjawab: Tidak. Lalu lelaki itu berkata: Demi Allah,

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    17/111

    Seminar Syahadah

    16

    aku tidak akan menambah apa-apa pun, dan tidak akan mengurangkan apa-apa pun. Rasulullah

    sallallahu alaihi wasallam pun bersabda: Sesungguhnya dia telah berjaya jika dia benar-benar jujur.

    [Musnad Ahmad, Musnad 10 Sahabat dijamin syurga, Musnad Abu Muhammad Talhah, hadis no: 1338,

    Shaikh Syuaib al-Arnouth berkata: Isnad sahih menurut syarat Imam al-Bukhari dan Muslim]

    Maksud Tauhid

    Mentauhidkan Allah Dalam Kekuasaannya (Tauhid ar-Rububiyyah)

    Tauhid al-Rububiyah ialah kepercayaan yang jitu bahawa Allah Taala ialah Pengatur, Pemilik Pencipta

    dan Penyusun bagi segala sesuatu.Juga tiada sekutu baginya dalam kerajaanNya, tiada penolong

    baginya, tiada yang dapat menolak perintahNya, tiada yang dapat mengubah hukumNya.

    Kebanyakan manusia yang percaya kepada tuhan mempunyai pegangan yang sama dengan umat Islam

    dalam bab Rububiyyah ini.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Anam 6:1):

    Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan mengadakan gelap

    dan terang.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Fatihah 1:2):

    Maksudnya: Segala puji bagi Allah,pentadbir semesta alam.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Ra'd 13:16):

    Maksudnya: Katakanlah Siapakah Tuhan langit dan bumi? Jawabnya Allah. Katakanlah Maka

    patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu selain daripada Allah, padahal mereka tidak mampu

    memberi manfaat dan mudharat kepada diri mereka sendiri? Katakanlah Adakah sama orang buta

    dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gelita dan terang benderang; adakah mereka menjadikan

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    18/111

    Seminar Syahadah

    17

    beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua ciptaan itu

    serupa menurut pandangan mereka? Katakanlah Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dialah

    Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Rum 30:40):

    Maksudnya: Allah lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, kemudian

    mematikanmu, kemudian menghidupkanmu kembali. Adakah di antara yang kamu sekutukan dengan

    Allah itu yang dapat berbuat sesuatu dari yang demikian itu? Maha sucilah Dia dan Maha tinggi dari apa

    yang mereka persekutukan.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Tur 52:35-36): ( 35 )Maksudnya: Adakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri

    mereka sendiri)? Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu? Sebenarnya mereka tidak

    meyakini (apa yang mereka katakan).

    Beriman sekadar bahawa Allah lah yang mengatur alam ini, mencipta semua makhluk, tidaklah cukup

    untuk memasukkan seseorang sebagai Muslim.

    Ini kerana Allah berfirman (Yunus 10:31)

    Katakanlah: Siapakah yang memberi kepada kalian rezeki dari langit dan bumi? Siapakah yang memiliki

    pendengaran dan penglihatan? Siapakan yang mengeluarkan benda hidup daripada yang mati, dan

    mengeluarkan yang mati daripada yang hidup? Siapakah yang mengatur semua urusan ini? Lalu mereka

    (kaum Musyrikin) menjawab: Allah. Lalu katakanlah: Kenapa kalian tidak bertaqwa?

    Mentauhidkan Allah dalam Ibadah (Tauhid al-Uluhiyyah)

    Iaitu mengesakan Allah Azza wa Jalla dengan segala jenis ibadah yang zahir mahupun batin melalui

    kata-kata dan amalan di samping tidak menghalakan ibadah kepada yang selain daripada Allah tanpa

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    19/111

    Seminar Syahadah

    18

    mengira siapa mereka. Ini merupakan aspek utama yang membezakan antara Islam dan agama-agama

    lain.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Isra 17:23):

    Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:36):

    Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun.

    Firman Allah Ta'ala ( Taha 20:14):

    Maksudnya: Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan yang hak selain Aku, maka sembahlah

    Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.

    Tauhid ini terkandung dalam kesaksian bahawa Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah.

    Mengesakan Allah pada nama dan sifat-sifatNya (Tauhid al-Asma wa as-Sifat)

    Beriman dengan apa yang Allah terangkan tentang diriNya sama ada di dalam al-Quran mahupun

    melalui keterangan RasulNya. Ini merangkumi nama-namaNya yang terbaik dan sifat-sifatNya yang

    tertinggi dengan menerimanya tanpa bertanya bagaimana bentuk dan keadaannya di samping menolak

    sebarang bentuk dan keadaannya. Dan beriman bahawa tiada satu pun sifatnya yang sama dengan sifat

    makhluk.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Syura 42:11):

    Maksudnya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi

    Maha Melihat.

    Berikut merupakan dalil-dalil bahawa Allah mempunyai nama-nama yang terbaik.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    20/111

    Seminar Syahadah

    19

    Firman Allah Ta'ala ( al-Araf 7:180):

    Maksudnya: Hanya milik Allah nama-nama yang agung, maka bermohonlah kepadaNya dengan

    menyebut nama-nama yang agung itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran

    dalam (menyebut) nama-namaNya.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Isra 17:110):

    Maksudnya: Katakanlah Serulah Allah atau serulah Al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamuseru, Dia mempunyai nama-nama yang terbaik.

    " : : " .

    Abu Hurairah radiallahu meriwayatkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya

    Allah mempunyai 99 nama,sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. [Sahih al-Bukhari, Kitab

    at-Tauhid, hadis no:6867]

    Ini tidaklah bermaksud nama Allah terbatas kepada 99 sahaja. Ada banyak nama Allah yang tidak

    diketahui manusia yang Allah tidak sebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

    Dalam sebuah riwayat yang ulama hadis sebahagiannya menyatakan dhaif dan sebahagian menyatakan

    sahih:

    " : : :

    : : " " : " .

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    21/111

    Seminar Syahadah

    20

    Abdullah bin Masud radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Tidaklah

    apa-apa masalah atau kesedihan menimpa seseorang, lalu orang itu membaca:

    Ya Allah, sesungguhnya aku hamba Mu, anak kepada hamba Mu, anak kepada hamba

    perempuan Mu, ubun-ubun ku di Tangan Mu, telah berlalunya keputusan Mu, Engkau

    telah berlaku adil ke atas ku dalam keputusan Mu, aku memohon kepada Mu dengansetiap nama yang Engkau berikan pada diri Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada

    salah satu makhluk ciptaan Mu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab Mu, atau

    yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib Mu,(aku memohon kepada Mu) untuk

    menjadikan al-Quran sebagai penyejuk hati ku, cahaya di dada ku, penghilang kesedihan

    ku, penghapus kesusahan ku

    melainkan pasti Allah akan menghapuskan kesusahan dan kesedihannya, dan menjadikan untuknya jalan

    keluar. Abdullah bin Masud radiallahu anhu bertanya: Ya Rasulullah, perlukah aku mempelajaridoa ini?

    Baginda sallallahu alaihi wasallam menjawab: Sudah pasti, sesiapa yang mendengarnya perlu

    mempelajarinya.

    *Musnad Ahmad, Musnad 10 Yang Dijamin Syurga, Musnad Abdullah bin Masud, hadis no: 3583. Shaikh

    Syuaib berkata: Isnadnya Dhaif, manakala Shaikh al-Albani mensahihkannya di dalam al-Silsilah al-

    Sahihah: 199]

    Contoh nama-nama dan sifat-sifat Allah:

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:34):

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Tinggilagi Maha Besar.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Ahzab 33:34):

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembutlagi Maha Mengetahui.

    Firman Allah Ta'ala ( Fatir 35:44):

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuilagi Maha Kuasa.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    22/111

    Seminar Syahadah

    21

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:58):

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Mendengarlagi Maha Melihat.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:23):

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Pengampunlagi Maha Penyayang.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Hasyr 59:22-24):

    ( 22 ) ) 23 )

    Maksudnya: Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang

    ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan

    (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang mengurniakankeamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala

    keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang

    Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai nama-nama yang paling baik.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    23/111

    Seminar Syahadah

    22

    Syirik

    Syirik ialah; seseorang hamba itu menyekutukan Allah dengan menyamakan sekutu itu dengan Tuhan

    sekalian alam. Dia cinta kepada sekutu itu seperti cinta kepada Allah, takut kepadanya seperti takut

    kepada Allah, merujuk, berdoa kepadanya, mengharapnya, bergantung dengannya, taat kepadanya

    dalam maksiat Allah.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:48):

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampuni segala

    dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang

    mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah melakukan dosa yang besar.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:116):

    Maksudnya: Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya dia

    telah tersesat sejauh-jauhnya.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Maidah 5:72):

    Maksudnya: Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah

    mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Haj 22:31):

    Maksudnya: Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari

    langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    24/111

    Seminar Syahadah

    23

    Syirik di sini yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam merangkumi orang yang kufur

    secara terang seperti golongan kafir Quraish dan orang yang kufur secara sembunyi seperti golongan

    munafiqin yang menzahirkan Iman dan menyembunyikan kekufuran.

    Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa 4:145-146):

    .

    Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling

    bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.

    Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah

    dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah.Maka mereka itu adalah bersama-sama

    orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada irang-orang beriman.

    Asal Usul Syirik

    Firman Allah (Al-Baqarah 2: 213)

    Maksudnya: Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus

    para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama

    mereka kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka

    perselisihkan.Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada

    mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki

    antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran

    tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya.Dan Allah selalu memberi petunjuk

    orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.}

    Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah menyebutkan dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:

    Ini kerana manusia satu ketika dahulu mengikut agama nabi Adam alaihissalam sehinggalah merekamenyembah berhala.Lalu Allah pun menghantar Nabi Nuh alaihissalam kepada mereka, Nabi Nuh

    adalah rasul pertama yang Allah hantar ke muka bumi.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    25/111

    Seminar Syahadah

    24

    " .

    Ibn Abbas radiallahu anhu meriwayatkan bahawa berhala yang disembah oleh kaum Nuh telah

    disembah kembali oleh bangsa Arab. Berhala bernama Wadd disembah oleh kabilah Kalb dari kawasan

    Daumat al-Jandal, berhala Suwa pula milik kabilah Huzail, berhala Yaghuts pula milik kabilah Murad

    kemudian menjadi milik Bani Ghutaif dari kawasan Saba, Yauq adalah milik kabilah Hamdan, Nasr

    adalah milik kabilah Himr yang merupakan keluarga Dzil Kala. Kesemua nama berhala ini adalah nama-

    nama orang soleh daripada kaum Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada

    kaum mereka untuk membuat patung di kawasan orang-orang soleh ini sering duduki, dan menamakan

    patunt itu dengan nama-nama orang soleh tersebut.Kaum nabi Nuh pun melakukan hal itu, tetapi ketikaitu patung-patung tersebut tidak disembah.Apabila meninggalnya generasi itu, lalu tujuan asal patung

    itu tidak diketahui, lalu patung itu pun disembah.

    [Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 4564]

    Contoh-Contoh Syirik Besar

    1) Berdoa kepada selain daripada Allah

    , " : : , "

    Abdullah bin Masud radiallahu anhu berkata : Nabi sallallahu alaihi wasallam berkata dengan satu

    kalimah, dan aku berkata dengan perkataan yang lain, baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    Sesiapa yang mati dalam keadaaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah, dia

    masuk neraka. Abdullah bin Masud radiallahu anhu berkata: Sesiapa yang mati dalam keadaan dia

    tidak meminta kepada selain Allah, dia akan masuk syurga. [Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, hadis

    no: 4162]

    Apakah maksud berdoa atau meminta kepada selain Allah?

    Shaikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin menerangkan:

    Meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah bermaksud menjadikan sekutu untuk Allah

    sama ada di dalam doa ibadah ataupun doa masalah. Ini kerana doa boleh dibahagikan kepada dua

    bahagian:

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    26/111

    Seminar Syahadah

    25

    : : .

    : :[60]

    Pertama: Doa Ibadah: Contohnya puasa, solat, dan lain-lain ibadah. Apabila seseorang mendirikan solat,

    berpuasa, sesungguhnya dia sedang memohon kepada Allah melalui perbuatannya supaya Allah

    mengampuninya, menyelamatkannya daripada azab Nya, memberikannya pahala.Ini merupakan asal

    kepada ibadah solat bahkan di dalam solat itu sendiri mengandungi doa-doa yang dibaca.

    Ini berdalilkan firman Allah: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku

    perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku

    akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (al-Ghafir 60). Untuk doa ibadah, kesemuanya

    adalah syirik (apabila dipohon daripada selain Allah).

    Sesiapa yang memalingkan apa-apa sahaja daripada jenis ibadah kepada selain Allah, maka dia telah

    kufur dengan kekufuran yang akan mengeluarkannya daripada agama. Seandainya dia ruku kepada

    manusia, atau sujud kepada sesuatu untuk mengagungkannya sebagaimana pengagungan kepada Allah

    melalui cara ruku dan sujud, dia akan menjadi orang yang musyrik. ..

    : : . : " " :

    : [8 : : [.: . :.

    Kedua: Doa masalah. Untuk hal ini bukan kesemuanya menjadi syirik (apabila dipohon kepada selain

    Allah).Sebaliknya terdapat perincian padanya. Seandainya makhluk itu memang mampu ke atas apa

    yang dipohon, maka tidaklah ia menjadi syirik. Ia umpama perkataan: Berilah aku minum kepada sesiapa

    yang mampu untuk memberi minuman itu. Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: Sesiapa yang

    meminta kepada kalian, tunaikanlah permintaannya [Musnad Ahmad, Abu Daud,, an-Nasaie, dan al-

    Hakim]. Allah Taala jua berfirman: Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kerabat, anak yatim dan

    orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    27/111

    Seminar Syahadah

    26

    Apabila seorang yang miskin menadahkan tangannya (kepada manusia), lalu berkata: Berikanlah rezeki

    kepada aku, ini bukanlah syirik. Ini sebagaimana firman Allah di atas: Berikanlah rezeki kepada mereka.

    Adapun jika seseorang memohon kepada makhluk sesuatu yang tiada sesuatu berkuasa ke atasnya

    melainkan Allah, maka permohonan atau doanya itu merupakan syirik yang mengeluarkan seseorang

    daripada agama.Contohnya memohon kepada seorang manusia untuk menurunkan hujan dan yakin dia

    mampu melakukannya.

    : " " .

    -- .

    Jadi, yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassalam: Barangsiapa yang matidalam keadaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah yang dimaksudkan disini ialah

    penyekutuan dalam doa ibadah. Adapun penyekutuan dalam hal doa masalah, maka ia diperincikan

    sebagaimana telah disebutkan.

    Sungguh menyedihkan, di sebahagian negara Islam, terdapat manusia yang berkeyakinan bahawa

    seseorang yang telah dikuburkan mampu memberi manfaat atau mudharat, mampu memberikan zuriat

    kepada mereka yang tiada zuriat.Ini semuasemoga dilindungi Allah- merupakan syirik yang besar yang

    mengeluarkan seseorang daripada agama. Berkeyakinan dengan kepercayaan ini lebih teruk daripada

    minum arak, zina mahupun liwat, ini kerana ia merupakan perkara membawa kepada kekufuran dan

    bukan setakat kepada kemaksiatan sahaja. [Al-Qaul Al-Mufid]

    2) Tangkal : : " " .

    Daripada Abu Basyir al-Ansori radiallahu anhu, beliau menyatakan bahawa beliau pernah bersama

    Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sebahagian musafir baginda. -Abdullah (perawi hadis)

    berkata: Aku rasa Abu Basyir ada berkata: orang ramai ketika itu berada di tempat tidur mereka-. Lalu

    Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menghantar utusan untuk memastikan tiada sebarang kalung di

    leher unta melainkan ia mesti dipotong. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, hadis no: 2799]

    : : : " : "

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    28/111

    Seminar Syahadah

    27

    Isa bin Abdul Rahman berkata: Aku pernah menemui Abdullah bin Ukaim Abu Mabad al-Juhaniy untuk

    menziarahinya, dan dia menghidap penyakit Humrah. Aku pun berkata: Tidakkah sewajarnya engkau

    menggantungkan sesuatu? Abdullah bin Ukaim menjawab: Mati lebih baik daripada hal itu. Nabi

    sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu, dia akan diwakilkan

    kepadanya.

    [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Tibb, hadis no: 1998 dan Musnad Ahmad, Hadis Abdullah bin Ukaim, hadis no: 18401.

    Imam at-Tirmizi berkata: Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam walaupun dia hidup di zaman nabi. Shaikh Syuaib al-Arnaouth berkata: Hasan Lighairihi dan Abdullah

    bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam]

    : .Said bin Jubair berkata: Sesiapa yang memotong tangkal daripada seseorang, seolah-olah dia

    membebaskan seorang hamba [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Taliq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no : 23939]

    : .Ibrahim Nakhaie berkata: Mereka (para sahabat nabi) membenci kesemua jenis tangkal, tidak kira ia

    diperbuat daripada ayat al-Quran atau bukan al-Quran [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Taliq at-Tamaim

    wa ar-Ruqo, no: 23933].

    Dalil-dalil ini menunjukkan haramnya menggantung tangkal.Jika seseorang berkeyakinan bahawa tangkal

    itu yang memberi kesan, maka itu adalah syirik besar, dan jika dia berkeyakinan bahawa tangkal itu

    hanya usaha, yang memberi kesan ialah Allah, maka itu adalah syirik kecil.

    Shaikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin pernah ditanya:

    Jika seseorang memakai tangkal, contoh si isteri memakai tangkal untuk menundukkan suami supaya

    terus cinta kepadanya, adakah ia syirik kecil atau besar?

    ;:: ;.Beliau menjawab: Kami berpendapat: Ia bergantung kepada apa yang dikehendaki individu tersebut. Jika

    dia masih berkeyakinan bahawa sebab kepada lahirnya perasaan cinta adalah Allah, maka ia hanya syirikkecil. Jika dia berkeyakinan bahawa tangkal itu yang melahirkan rasa cinta, maka ia syirik besar [al-Qaul

    al-Mufid]

    Apakah maksud Sesiapa yang memotong tangkal daripada seseorang, seolah-olah dia membebaskan

    seorang hamba

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    29/111

    Seminar Syahadah

    28

    ;; ; .;Persamaan yang ada antara memotong tangkal dan membebaskan hamba ialah apabila seseorang

    memotong tangkal daripada insan lain, seolah-olah dia sudah membebaskan orang itu daripada syirik,

    menjauhkannya dari neraka. Akan tetapi hendaklah memotongnya dengan cara yang baik. Ini kerana

    kekerasan akan membawa kepada penentangan dan permusuhan, melainkan jika ia dilakukan orang

    seperti pemimpin, qadhi, dan sesiapa yang mempunyai kuasa. Mereka hendaklah memotongnya serta

    merta. [al-Qaul al-Mufid]

    Adapun tangkal dengan ayat al-Quran seperti mana kepercayaan jika menggantung ayat Kursi atau tiga

    Qul, nescaya syaitan tidak akan masuk ke rumah adalah kepercayaan yang tiada asas di dalam Islam.

    Di dalam Fathul Majid disebutkan:

    Ketahuilah bahawa ulama di kalangan sahabat dan tabiin dan ulama-ulama selepas mereka berbeza

    pendapat tentang keharusan menggunakan tangkal daripada ayat al-Quran dan nama-nama Allah.

    Sekelompok ulama membenarkan perbuatan tersebut. Ini merupakan pendapat Abdullah bin Amr bin al-

    As. Ia juga merupakan apa yang tampak daripada riwayat Aisyah, dan jua merupakan pendapat Abu

    Jafar al-Baqir, dan Imam Ahmad dalam satu riwayat pendapatnya. Hadis yang melarang tangkal puladimaksudkan dengan tangkal yang mempunyai unsur syirik.

    Sekelompok ulama pula berkata: Tidak dibenarkan. Ini merupakan pendapat Ibn Masud, Ibn Abbas, dan

    ini merupakan zahir pendapat Huzaifah, Uqbah bin Amir, Ibn Ukaim, dan ini juga pendapat sekelompok

    ulama tabiin seperti anak-anak murid Ibn Masud, dan ini juga pendapat Imam Ahmad yang menjadi

    pilihan kebanyakan anak muridnya. Ia juga merupakan pendirian ulama terkemudian dan merekaberhujah dengan hadis yang melarang penggunaan tangkal.

    : : : .: . :

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    30/111

    Seminar Syahadah

    29

    Aku berkata: Pendapat yang melarang inilah yang benar berdasarkan tiga hujah: Pertama: Keumuman

    larangan tangkal dan tiada dalil mengkhususkan. Kedua: Sebagai langkah menutup pintu kerosakan,

    kerana membenarkannya akan menyebabkan digantung tangkal-tangkal yang lain. Ketiga: Apabila

    dipakai, pasti yang memakainya akan membawa tangkal itu ketika membuang air, bersuci dan

    sebagainya.

    Peringkat-Peringkat Manusia Dalam Kebergantungan Kepada Allah

    Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin menghuraikan di dalam Al-Qaul Al-Mufid:

    ::!; .Pertama: Jenis yang akan menafikan tauhid daripada asalnya. Iaitu bergantung kepada sesuatu yangtidak mungkin mampu memberi kesan, bergantung pula kepadanya dengan pergantungan yang

    memalingkan daripada Allah. Contohnya bergantungnya seorang penyembah kubur dengan orang yang

    ada dalam kubur apabila mencari penyelesaian untuk musibah yang dihadapi. Insan sebegini, apabila

    keburukan yang hebat menimpanya, dia akan berkata: Wahai fulan ! Selamatkanlah kami. Tanpa syak

    lagi ia merupakan syirik besar yang mengeluarkan daripada agama sebenar.

    :; .;Kedua: Yang menafikan kesempurnaan tauhid. Iaitu seseorang berpegang dengan sesuatu sebab yang

    syarie, tetapi dalam masa yang sama dia lalai daripada sebab sebenar iaitu Allah sehingga hati mereka

    tidak berpaling kepada Allah pun. Ini juga adalah daripada syirik, akan tetapi kita tidak menyatakan ia

    syirik besar. Ini kerana sebab yang mereka ambil adalah sesuatu sebab yang Allah telah jadikan sebagai

    sebab.

    ; : .

    Ketiga: Bergantung kepada sebab kerana keadaanya yang memang sebagai sebab, dalam masa yang

    sama pergantungan asalnya adalah kepada Allah. Dia menyakini bahawa sebab ini adalah daripada Allah.

    Allah jika Mahu, dia mampu untuk menghapuskan kesan-kesanya, dan jika dia Mahu, dia akan biarkan

    sahaja. Dia tidak terkesan dengan sebab sebaliknya dia terkesan dengan kehendak Allah.Maka tiada apa-

    apa yang menafikan tauhid, tidak juga menafikan kesempurnaan tauhid. Maka orang ini tidak berdosa.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    31/111

    Seminar Syahadah

    30

    3) Jampi

    Apakah hukum ruqyah/jampi?

    Terdapat tiga buah hadis yang perlu kita kaji untuk memahami hukum jampi-jampian dalam Islam:

    Hadis Pertama:

    : : : : :

    : .

    Zainab radiallahu anha, isteri kepada Abdullah bin Masud radiallahu anhu meriwayatkan daripada

    suaminya, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    Sesungguhnya jampi, tamaim, dan tiwalah adalah syirik. Zainab berkata: Kenapa engkau berkata begitu?

    Sesungguhnya mata aku sering berair, lalu aku pergi menemui seorang yahudi dan dia menjampi aku.

    Apabila dia menjampi aku, maka mata aku, mata aku akan kembali tenang. Lalu Abdullah pun berkata:

    Sesungguhnya itu adalah kerja syaitan yang mana dia mengusik dengan tangannya, apabila bomoh itu

    menjampinya, maka syaitan itu berhenti. Sesungguhnya cukup untuk engkau membaca apa yang

    Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sering baca: Hapuskanlah kesusahan wahai Tuhan kepada manusia,

    sembuhkanlah sesungguhnya engkau Maha Penyembuh. Tiada penyembuh melainkan sembuhan Mu

    yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit [Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no: 3883. Shaikh

    al-Albani mensahihkannya]

    Hadis Kedua:

    : : " :

    Auf bin Malik al-Asyjaiy radhiallahu 'anhu berkata: Kami di zaman Jahiliyyah mempraktikkan jampi-

    jampian. Maka kami bertanya: Ya Rasulullah, apakah pendapat anda tentang hal ini? Rasulullah

    menjawab: Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di

    dalamnya tidak mengandungi syirik. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4086]

    Hadis ketiga:

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    32/111

    Seminar Syahadah

    31

    : : :" :

    Abu Zubair berkata: Aku mendengar Jabir radiallahu anhu berkata: Kala jengking telah menyengat

    seorang lelaki daripada kami ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam, lalu seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, aku boleh menjampi. Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam menjawab: Sesiapa di kalangan kalian yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya,

    maka lakukanlah. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4083]

    Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata: dalam Fathul Bari:

    Dan sesungguhnya telah sepakat para ulama atas kebolehan jampi-jampian, kesepakatan ini adalah

    berdasarkan 3 syarat: (1) Bahawasanya ia adalah dengan Kalam Allah Taala atau Nama-nama-Nya dan

    sifat-sifat-Nya, (2) Dan (ia adalah) dengan bahasa Arab atau dengan apa yang dikenali maknanya, jika ia

    daripada selain (bahasa Arab), (3) Dan bahawasanya dia berkeyakinan bahawa jampi-jampian tersebut,

    bukanlah ia yang berpengaruh, tetapi yang berpengaruh adalah Allah Taala.*Fathul Bari, Bab ar-Ruqo,

    juzuk 10, m/s 195]

    Persoalan, bagaimana kita tahu yang dibaca oleh bomoh atau ustaz itu ayat al-Quran jika ia dibaca

    dengan berbisik-bisik?

    4) Sial : "

    Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:At-

    Thiyarah (sial) itu syirik, sial itu syirik (sebanyak tiga kali.(Abdullah bin Mas'ud berkata): Tidaklah kita

    terlepas (daripada terfikir tentang kesialan sesuatu) melainkan Allah menghapuskannya dengan sifat

    tawakkal

    [Sunan Abu Daud, Kitab at-Thibb, Bab at-Thiyarah, hadis no: 3413, Shaikh Al-Albani mensahihkannyadalam Sahih Abu Daud]

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    33/111

    Seminar Syahadah

    32

    Masyarakat arab terkenal dengan kepercayaan kepada sial. Hinggakan jika seseorang itu mahu

    melakukan sesuatu kemudian, kemudian mereka terlihat burung terbang di kiri atau kanan mereka,

    mereka akan membuat penafsiran yang bukan-bukan menurut apa yang mereka percayai selama ini.

    Kalian akan mendapati mereka menangguhkan daripada melakukan apa yang mereka ketahui itu.

    Sebahagian mereka jua apabila mendengar sesuatu bunyi, atau melihat sesuatu mereka akan percaya ia

    membawa sial, begitu juga sebahagian mereka percaya kepada sial jika bernikah pada bulan Syawal (Al-

    Qaul Al-Mufid).

    5) Bomoh " : Sebahagian isteri-isteri nabi sallallahu alaihi wasallam meriwayatkan bahawa nabi sallallahu alaihi

    wasallam bersabda: Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka

    solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4144]

    " " : : : : .

    Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    Sesiapa yang pergi berjumpa bomoh, lalu membenarkan apa yang dikatakan oleh bomoh itu, atau

    sesiapa yang mendatangi isteri yang haidh atau pada duburnya, maka dia telah berlepas diri daripada

    apa yang diturunkan kepada Muhammad sallallahu alaihi wasallam. [Sunan Abi Daud, Kitab at-Thib,

    hadis no: 3407, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]

    Apakah beza dua hadis di atas?

    Shaikh Ibn al-Uthaimin rahimahullah berkata:

    " " .;:;Pertama: Seseorang bertanya kepada bomoh sekadar suka-suka, ini adalah perbuatan yang haram

    berdasarkan sabda nabi sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang berjumpa bomoh lalu ditetapkanhukuman kepadanya, ia menunjukkan perbuatan itu. Ini kerana tiada hukuman akan dijatuhkan

    melainkan jika perbuatan itu haram.

    :: ;

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    34/111

    Seminar Syahadah

    33

    Kedua: Bertanya kepada bomoh dan membenarkan kata-kata bomoh, dan mengambil kira pandangan

    bomoh. Ini merupakan bentuk kekufuran kerana membenarkan bomoh tersebut dalam perkara ghaib

    dan pendustaan ke atas al-Quran kerana Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad), tidaklah

    makhluk yang dilangit atau di bumi mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah. [an-Naml : 65] [Al-

    Qaul Al-Mufid]

    Persoalan: Kadang-kala berita yang bomoh sampaikan adalah benar-benar berlaku?

    " :

    "Aisyah radiallahu anha pernah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    Sesungguhnya malaikat turun ke awan, lalu mereka membincangkan perkara-perkara yang diputuskan di

    langit. Lalu syaitan mencuri-curi dengaradiallahu anhupabila mereka dapat mendengarnya, mereka pun

    menyampaikan berita itu kepada bomoh-bomoh, dan mereka menambah-nambah dalam berita itu 100

    pembohongan yang mereka cipta sendiri. [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad al-Khalqi, hadis no: 2989]

    6) Sihir

    Firman Allah (al-Baqarah 2 : 102)

    Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman [dan mereka

    mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir], padahal Sulaiman tidak kafir [tidak mengerjakan

    sihir], hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir [mengerjakan sihir]. Mereka mengajarkan sihir kepada

    manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut,

    sedang keduanya tidak mengajarkan [sesuatu] kepada seorangpun sebelum mengatakan:

    "Sesungguhnya kami hanya cubaan [bagimu], sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka

    mempelajari daripada kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara

    seorang [suami] dengan isterinya.Dan mereka itu [ahli sihir] tidak mampu memberi mudharat dengan

    sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi

    mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa

    barangsiapa yang menukarnya [kitab Allah] dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan

    amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    35/111

    Seminar Syahadah

    34

    Maksud sihir:

    Daripada sudut bahasa:

    : Apa-apa yang tersembunyi sebab-sebabnya [al-Qaul al-Mufid]

    Daripada sudut syara:

    :;:Pertama: Ikatan/simpulan dan jampi serapah. Iaitu bacaan-bacaan dan tangkal-tangkal yang digunakan

    oleh ahli sihir untuk mendapatkan khidmat syaitan-syaitan dalam usaha memudharatkan orang yang

    disihir.

    :Kedua: Dadah atau ubat-ubatan yang akan memberikan kesan kepada tubuh badan, mental dan emosi

    orang yang disihir.

    ;Shaikh al-Uthaimin berkata: Sesiapa yang sihirnya adalah dengan perantaraan syaitan, sesungguhnya dia

    telah kufur. Ini kerana sihir yang seumpama itu kebiasaannya tidak akan berlaku melainkan dengan

    syirik.

    Hukuman Kepada Pelaku Sihir:

    Dalam sebuah riwayat Mauquf daripada Jundub radiallahu anhu:

    Hukuman kepada ahli sihir ialah dipenggal dengan pedang. [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Hudud, hadis no:

    1376]

    Imam at-Tirmizi rahimahullah menyebutkan: , , , : , .

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    36/111

    Seminar Syahadah

    35

    Sebahagian ulama daripada generasi sahabat radiallahu anhum ajmain dan selain mereka beramal

    dengan riwayat ini. Ini juga merupakan pendapat Imam Malik bin Anas rahimahullah. Imam al-Syafie

    rahimahullah berkata: Sesungguhnya ahli sihir perlu dibunuh apabila dia beramal dengan sihir yang

    membawa kepada kekufuran, apabila dia beramal dengan sihir yang tidak membawa ke tahap kufur,

    kami tidak melihat dia perlu dibunuh.

    Bolehkah sihir dilawan dengan sihir?

    Shaikh Hafiz al-Hakami berkata:

    .

    An-Nusyrah iaitu usaha membuang sihir daripada yang disihir. Seandainya ia dilakukan dengan sihir

    seumpamanya, maka ia adalah amalan syaitan. Seandainya ia dilakukan dengan jampi-jampi yang

    disyariatkan, maka ia tidak mengapa. *Alam as-Sunnah al-Mansyurah]

    7) Berhukum dengan selain hukum Allah

    Firman Allah [al-Syura 42:21]

    Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka

    agama yang tidak diizinkan Allah?Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan [daripada Allah]tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperolehi

    azab yang amat pedih. (21)

    Firman Allah (At-Taubah 9 : 31)

    Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah , dan

    [juga mereka mempertuhankan] Al Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembahTuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Dia. Maha Suci Allah daripada apa

    yang mereka persekutukan. (31)

    Dalam sebuah riwayat yang lemah disebutkan:

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    37/111

    Seminar Syahadah

    36

    : " : 31 " : "

    Adiy bin Hatim berkata: Aku pergi berjumpa dengan Nabi sallallahu alaihi wasallam, ketika itu padaleher aku terdapat salib yang diperbuat daripada emas. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berkata: Ya

    Adiy, buanglah berhala ini daripada tubuh mu. Aku mendengar baginda sallallahu alaihi wasallam

    membaca Mereka menjadikan orang-orang alim dan ahli-ahli ibadah mereka sebagai tuhan-tuhan

    selain Allah. Baginda sallallahu alaihi wasallam menerangkan: Sesungguhnya mereka tidaklah

    menyembah mereka (sebagaimana menyembah berhala), tetapi apabila orang-orang alim itu

    menghalalkan sesuatu, mereka pun menghalalkannya, apabila orang alim itu mengharamkan sesuatu,

    mereka pun mengharamkannya.

    [Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 3039. Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini gharib. Kami

    tidak mengetahuinya melainkan daripada riwayat Abdussalam bin Harb. Uthoif bin Ayan bukanlah

    perawi yang dikenali dalam bidang hadis]

    Mentaati seseorang dalam melakukan maksiat adalah termasuk syirik ketaatan:

    Shaikh al-Uthaimin berkata: .; Mereka menjadi orang alim mereka sebagai sekutu (kepada Allah) dalam bab ketaatan. Setiap kali alim

    ulama ini menyuruh sesuatu, mereka akan mentaatinya tidak kira sama ada hal itu bersamaan dengan

    suruhan Allah atau tidak. Oleh kerana itu, huraian kepada tauhid iaitu tiada yang berhak disembah selain

    Allah juga menuntut agar ketaatan hanya diberikan kepada Allah sahaja.

    8) Mengambil Berkat

    : : " : : 138 ":

    Abu Waqidi al-Laithi radiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ketika

    keluar ke Khaibar, baginda melalui sepohon pokok milik kaum Musyrikin yang dipanggil Dzatu Anwath.

    Kaum musyrikin akan menggantungkan pada pokok tersebut senjata mereka. Para sahabat yang ada

    berkata: Ya Rasulullah, buatkan untuk kami Dzatu Anwath sebagaima mereka mempunyai Dzatu

    Anwath. Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun menjawab: Maha Suci Allah! Ini adalah seperti

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    38/111

    Seminar Syahadah

    37

    perkataan kaum nabi Musa "Buatkan untuk kami Tuhan sebagaimana mereka mempunyai tuhan". Demi

    Allah yang nyawaku di TanganNya, kalian akan mengikuti jejak umat sebelum kalian.

    [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2335, hasan sahih]

    Apakah maksud berkat ? :Berkat = Kebaikan yang banyak dan berterusan[al-Qaul al-Mufid]

    Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

    ::At-Tabarruk: Iaitu perbuatan mengambil berkat, ia tidak akan terlepas daripada dua perkara:

    1.: ; 1. .....Pertama: Mengambil berkat dengan sesuatu yang disyariatkan seperti al-Quran. Firman Allah: Kitab yang

    telah kami turunkan ia kepada mu dengan penuh keberkatan [Surah Shad, ayat 29]. Di antara

    keberkatan al-Quran ialah sesiapa yang berpegang dengannya akan memperolehi kejayaan. Allah telah

    menyelamatkan ramai umat manusia daripada kesyirikan dengan al-Quran. Di antara keberkatannya lagiialah satu huruf bersamaan dengan sepuluh pahala..

    2. ; ; ;: .Kedua: Sesuatu yang dapat dirasai seperti belajar, berdoa dan sebagainya. Seseorang itu akan

    mengambil berkat dengan ilmu dan dakwahnya kepada kebaikan. Ini menjadi satu keberkatan kerana

    kita mendapat banyak kebaikan daripadanya.

    :; ; ;.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    39/111

    Seminar Syahadah

    38

    Ketiga: Barakah palsu. Seperti yang didakwa oleh manusia dajjal : Bahawa seseorang yang telah mati

    yang mereka anggap wali telah memberikan barakahnya kepada kalian dan sebagainya. Ini merupakan

    barakah yang palsu.Ia tidak memberikan apa-apa kesan, bahkan syaitanlah yang memberikan kesan

    kepada urusan itu. Akan tetapi ia tidak memberikan kesan yang nampak secara jelas, kerana syaitan

    inilah yang membantu sheikh itu, lalu terjadilah fitnah. [Al-Qaul Al-Mufid]

    Bolehkah mengambil berkat dengan menyapu Kaabah, berkat air kolah 7 masjid dan sebagainya?

    Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

    ; ; . " ;...

    ; ;.Hatta batu yang ada di Baitulmaqdis, tidak boleh mengambil berkat dengannya.Begitu juga dengan al-

    Hajar al-Aswad, tidak boleh mengambil berkat dengannya.Sesungguhnya yang benar ialah menyembah

    Allah dengan cara menyapu dan menciumnya kerana mengikuti tatacara ibadah Rasulullah sallallahu

    'alaihi wasallam. Dengan cara itu, kalian akan memperolehi keberkatan dalam bentuk pahala.Oleh

    kerana itu, 'Umar radiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya aku tahu engkau (iaitu al-Hajar al-Aswad)

    tidak mampu memberi mudharat atau manfaat. Kalaulah tidak kerana aku melihat Rasulullah sallallahu

    'alaihi wasallam mencium mu, nescaya aku tidak akan mencium engkau...Hatta batu di kubur nabi

    sallallahu 'alaihi wasalam, tidak boleh menyapunya kerana mahu mengambil berkat.Akan tetapi jika

    menyentuhnya untuk memeriksa ia baik atau tidak, maka ia tidak mengapa, kecuali jika ditakutiperbuatan itu akan ditiru orang ramai. Maka janganlah menyapunya.[al-Qaul al-Mufid]

    Apakah pengajaran daripada hadis Abu Waqidi di atas:

    Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

    :;.

    Mereka (iaitu para sahabat) meminta nabi sallallahu 'alaihi wasallam untuk membuatkan Dzatu Anwat

    buat mereka sebagaimana yang dimiliki oleh kaum Musyrikin.Mereka mahu mengambil berkat dengan

    pokok itu, dan bukan untuk menyembahnya.Riwayat ini menunjukkan bahawa mengambil berkat

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    40/111

    Seminar Syahadah

    39

    dengan pokok adalah terlarang.Ini merupakan jalan orang-orang terdahulu yang sesat...Apabila para

    sahabat pun ada yang jahil berkaitan hal ini, maka manusia selain sahabat sudah pastilah lebih jahil

    dalam hal ini.Ini kerana para sahabat nabi, tanpa syak lagi merupakan manusia yang paling memahami

    agama Allah.Jika sahabat pun ada yang tidak mengetahui bahawa mengambil berkat itu sebahagian

    daripada bentuk menjadikan sesuatu sebagai sesembahan, maka orang yang lain pastilah lebih jahil lagi.

    Kata Shaikh Ibn al-Uthaimin lagi:

    .Penulis kitab ini (iaitu Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab) bermaksud untuk mengajar kita agar jangan

    berpegang dengan amalan manusia.Ini kerana amalan manusia boleh jadi disebabkan kejahilan

    mereka.Ia merupakan pengajaran untuk mengikuti apa yang ditunjukkan oleh syara', dan bukan apa

    yang dilakukan oleh manusia.

    Apakah itu syirik kecil?

    Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin menghuraikan:

    :" : " ;.Pendapat pertama: Syirik kecil ialah setiap sesuatu yang ditunjukkan oleh syara' sebagai syirik dan dalil-

    dalil menunjukkan ia bukanlah syirik besar. Contohnya sesiapa yang bersumpah dengan selain nama

    Allah, maka dia telah syirik, tetapi syirik kecil. Ini kerana dalil-dalil menunjukkan bersumpah dengan

    selain Allah tidaklah mengeluarkan seseorang daripada agama.

    : :: Pendapat kedua: Syirik kecil merupakan wasilah kepada syirik besar, walaupun syara' tidak

    menyebutkannya dengan nama syirik. Contohnya seseorang bergantung kepada sesuatu sebagaimana

    pergantungannya kepada Allah, tetapi dia tidak menyembah hal itu.Maka ini adalah syirik kecil. Ini

    kerana pergantungan kepada sesuatu seperti pergantungan kepada Allah akhirnya akan membawa

    kepada syirik besar.

    Definisi ini lebih luas daripada definisi yang pertama. Ini kerana definisi pertama tidak memasukkan apa-

    apa ke dalam syirik kecil kecuali apa yang ditunjukkan dalil. Sedangkan definisi kedua menjadikan semua

    perkara yang membawa kepada syirik besar sebagai syirik kecil.

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    41/111

    Seminar Syahadah

    40

    : : 1" : :

    Berdasarkan definisi ini, boleh jadi kita kita boleh katakan: Semua maksiat adalah syirik kecil kerana iamenurut hawa nafsu. Allah berfirman: Tidakkah engkau lihat mereka yang menjadikan hawa nafsu

    sebagai sembahan.. Oleh kerana itu, nabi sallallahu alaihi wasallam meletakkan juga syirik pada orang

    yang meninggalkan solat sedangkan orang tersebut tidak melakukan kesyirikan, Rasulullah sallallahu

    alaihi wasallam bersabda: Pembatas seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat. *Al-

    Qaul Al-Mufid]

    Contoh Syirik Kecil

    1) Riak

    Firman Allah Ta'ala ( al-Kahf : 110): Maksudnya: Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan

    amal yang salih dan janganlah dia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.

    " : : : : "Mahmud bin Labid radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

    Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kalian ialah syirik kecil. Sahabat bertanya:

    Apakah itu syirik kecil? Baginda sallallahu alaihi wasallam menjawab: Riak. Sesungguhnya Allah akan

    berkata pada hari Dia membalas hamba-hambaNya di atas amalan mereka: Pergilah kalian kepada

    sesiapa yang kalian menunjuk-nunjuk (amalan kalian di dunia). Lihatlah! Adakah kalian akan menemui

    sebarang balasan atau kebaikan daripada mereka [Syuab al-Iman, Al-Khamis wa Al-Arbaun Min Syuab

    al-Iman, hadis no: 6326, Shaikh al-Albani berkata dalam al-Silsilah al-Sahihah: Isnadnya baik]

    Apakah maksud riak?

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    42/111

    Seminar Syahadah

    41

    : , " : , , " : , : : , "

    Abu Said al-Khudri radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam keluar menemui kami,

    dan ketika itu kami sedang berbincang tentang dajjal. Baginda sallallahu alaihi wasallam bertanya:

    Mahukah kalian aku beritahu tentang apa yang aku lebih takut menimpa kalian berbanding dajjal? Para

    sahabat menjawab: Sudah pasti! Baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda: Syirik yang tersembunyi.

    Iaitu seseorang mendirikan solat lalu mencantikkan solatnya kerana dia melihat ada orang sedang

    melihatnya. [Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4202. Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis

    hasan dalam Sahih Ibn Majah]

    Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

    :

    Riya bermaksud: Menyembah Allah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia supaya manusia

    memujinya sebagai seorang yang rajib beribadah. Riya bukanlah bermaksud seseorang itu beribadah

    kerana manusia. Ini kerana jika seseorang beribadah kerana manusia ia termasuk dalam syirik besar.

    -Adapun seandainya seseorang melakukan ibadah (dengan menunjuk-nunjuk) dengan tujuan agar

    manusia mengikuti (melakukan ibadah itu), ini tidaklah termasuk di dalam riya.Bahkan ini merupakan

    dakwah kepada Allah. (Al-Qaul Al-Mufid)

    2) Bersumpah dengan selain Allah " : : " .

    Abdullah bin Umar radiallahu anhuma berkata: Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah

    kalian bersumpah dengan bapa-bapa kalian, sesiapa yang bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan

    Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 6876]

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    43/111

    Seminar Syahadah

    42

    : , , : , " : . : , :

    : " .Qutailah radiallahu anha, iaitu isteri kepada Juhainah menceritakan bahawa seorang Yahudi telah

    datang kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam laluberkata: Sesungguhnya kamu semua menyekutukan

    Allah, kamu berkata Apa yang Allah inginkan dan apa yang kamu inginkan dan Demi Kaabah. Lalu

    Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memerintahkan mereka apabila ingin bersumpah agar berkata

    Demi Tuhan Kabah dan berkata Apa yang Allah ingin kemudian kamu apa yang kamu inginkan.

    [Sunan an-Nasaie as-Sughra, Kitab al-Iman wa an-Nuzhur, hadis no: 3736, Shaikh al-Albani

    mensahihkannya dalam Sahih an-Nasaie]

    3) Tawassul

    Firman Allah (Az-Zumar : 3) Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih [dari syirik]. Dan orang-orang yang mengambil

    pelindung selain Allah [berkata]: "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka

    mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di

    antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki

    orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. (3)

    Firman Allah [al-Isra : 57+

    Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada tuhan mereka, siapa di antara

    mereka yang lebih dekat (kepada Allah), dan mereka mengharapkan rahmat-Nya serta takut akan seksa-

    Nya; sesungguhnya seksa Tuhanmu adalah sesuatu yang ditakuti.

    Shaikh Muhammad bin Shaleh al-Uthaimin berkata:

    ; ! ; Orang-orang yang mereka sembah itu sendiri mencari-mencari wasilah yang paling dekat kepada tuhan

    mereka.Bagaimana kalian boleh berdoa kepada mereka sedangkan mereka itu sendiri makhluk yang

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    44/111

    Seminar Syahadah

    43

    memerlukan dan tidak mampu berbuat apa-apa? Hakikatnya, ini merupakan satu kebodohan. Hal ini

    berlaku untuk semua benda yang dipohon doa kepadanya sedangkan yang dipohon tadi sendiri berdoa

    kepada Allah. Ini seperti hal Isa bin Maryam, Malaikat, wali-wali, dan orang-orang soleh. (Al-Qaul Al-

    Mufid)

    Shaikh al-Uthaimin berkata: " ;: Wasilah adalah sesuatu yang menyambungkan atau menyampaikan mereka kepada Allah. (Al-Qaul Al-

    Mufid)

    Terdapat tiga jenis tawassul yang disepakati boleh dilakukan:

    Pertama: Bertawasul dengan zat Allah yang Maha Suci, dengan nama-nama-Nya yang baik, dengan sifat-

    sifat-Nya, atau dengan perbuatan-Nya. Firman Allah (al-Araf : 180)

    Hanya milik Allah nama-nama yang baik, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya. Dan

    tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam [menyebut] nama-nama-Nya . Nanti

    mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (180)

    Kedua: Bertawassul dengan amal soleh. Ini berdalilkan kisah tiga orang terperangkap di dalam gua.

    " : : : : :

    :

    Abdullah bin Umar radiallahu anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Tigaorang lelaki telah sedang berjalan lalu tiba-tiba hujan turun.Mereka pun masuk berlindung di dalam

    sebuah gua di bukit.Sebiji batu besar telah jatuh lalu menutup pintu gua tersebut. Mereka berkata

    antara satu sama: Berdoalah kepada Allah dengan amalan terbaik yang pernah kalian lakukan. Maka

    salah seorang daripada mereka berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai ibu bapa yang sudah

    tua. Aku sering keluar mengembala ternakan ku. Kemudian aku akan memerah susu haiwan ternakan itu

    dan membawa pulang susu tersebut. Kemudian aku akan memberikan susu itu kepada kedua ibu bapa

    ku, lalu mereka akan minum. Kemudian aku akan memberikan susu itu kepada bayi ku, ahli keluarga ku

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    45/111

    Seminar Syahadah

    44

    dan isteri ku.Pada suatu malam, aku terlewat, aku pulang ketika mereka berdua sudah tiduradiallahu

    anhuku tidak suka untuk mengejutkan ibu bapa ku.Anak-anak ku menangis di kaki ku (kerana

    kelaparan).Keadaan itu berterusan sehinggalah masuknya waktu fajar. Ya Allah, seandainya Engkau

    tahu aku melakukan hal itu kerana menuntut keredhaan Mu, engkau buka lah pintu gua ini sehingga

    kami dapat melihat langit. Lalu batu itu bergerak sedikit.

    : : : :

    Orang yang kedua berdoa: Ya Allah, Engkau tahu bahawa aku mencintai sepupu perempuan aku

    sedalam-dalam cinta seorang lelaki kepada perempuan. Perempuan itu berkata bahawa aku tidak akan

    mendapatnya kecuali sehingga aku memberikan kepadanya seratus dinar. Aku berusaha mengumpulkan

    duit itu sehingga aku berjaya. Ketika aku sudah duduk di antara kedua kakinya, perempuan itu berkata:Takutlah kepada Allah. Jangan kau ragut kesucian ku kecuali dengan jalan yang benar (perkahwinan).Aku

    pun bangun dan meninggalkan perempuan itu.Seandainya Engkau tahu aku melakukan hal itu kerana

    memburu keredhaan Mu, engkau bukalah pintu gua ini.Lalu batu itu bergerak sedikit sehingga pintu gua

    itu sudah 2/3 terbuka.

    : : :: : : " .

    Berkata orang yang ketiga: Ya Allah, Engkau tahu bahawa aku ada mengupah seorang pekerja dengan

    bayaran satu Farq.Aku memberikan bayaran upah kepadanya tetapi dia enggan mengambilnya.Lalu aku

    menggunakan duit upah itu untuk bercucuk-tanam sehingga dengan hasilnya aku dapat membeli lembu

    dan pengembalanya. Kemudian lelaki itu kembali kepada ku dan berkata: Wahai hamba Allah, berikan

    aku hak ku. Aku berkata: Pergilah kepada lembu-lembu itu dan pengembalanya, sesungguhnya itu milik

    engkau. Lelaki itu berkata: Adakah engkau cuba memperbodohkan aku? Aku menjawab: Aku tidak

    memperbodohkan engkau, akan tetapi semua itu milik engkau. Ya Allah, seandainya Engkau tahu aku

    melakukan hal itu kerana mahukan keredhaan Mu, bukalah pintu gua ini untuk kami.Lalu pintu gua itupun terbuka.

    [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu, hadis no: 2073+

    Ketiga: Bertawasul dengan doa orang lain.

    Firman Allah (Yusuf : 97)

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    46/111

    Seminar Syahadah

    45

    Mereka berkata: Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami,

    sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah.

    Tawassul dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam selepas kewafatan baginda

    : " : : : " " :

    Uthman bin Hunaif radiallahu meriwayatkan bahawa seorang lelaki yang buta datang kepada Nabi

    sallallahu alaihi wasallam lalu berkata: Berdoalah kepada Allahagar Dia menyembuhkan aku. Baginda

    sallallahu alaihi wasallam menjawab: Jika engkau mahu, aku akan doakan, jika engkau mahu bersabar,

    itu baik untuk diri mu. Lelaki itu menjawab: Engkau berdoalah. Lalu Nabi sallallahu alaihi wasallam

    menyuruh lelaki tersebut untuk berwudhu dan mengelokkan wudhunya dan berdoa dengan doa ini: Ya

    Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu dan menghadap kepada Mu dengan nabi Mu,

    Muhammad Nabi pembawa rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhan ku dengan Engkau

    (Muhammad) untuk urusan hajat ku ini agar ia selesai. Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untuk

    diri ku.

    [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3531, sahih gharib]

    Hadis ini menjadi hujah kepada sebahagian ilmuan Islam yang membenarkan untuk bertawassul dengan

    nabi sallallahu alaihi wasallam hatta selepas kewafatan baginda sallallahu alaihi wasallam.

    Pendapat ini dibantah oleh ulama lain. Yang membantah berhujah bahawa hadis ini menunjukkan

    tawassul dengan doa orang soleh. Ini berdasarkan perkataan lelaki itu kepada nabi sallallahu alaihi

    wasallam: Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku.

    Shaikh al-Albani menghuraikan dalam kitabnya Tawassul Ahkamuhu wa Anwauhu bahawa hadis ini

    menunjukkan lelaki dan nabi sallallahu alaihi wasallam itu kedua-duanya berdoa kepada Allah. Dan ini

    lah yang dimaksudkan dengan doa lelaki itu: Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untuk diri ku.

    Hadis di bawah menjadi hujah penguat bahawa tawassul hanya dengan orang yang masih hidup.

    " : : ," .

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    47/111

    Seminar Syahadah

    46

    Anas radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Umar al-Khattab radiallahu apabila berlakunya kemarau,

    beliau bertawassul dengan Abbas bin Abdul Mutholib. Beliau berkata: Sesungguhnya dulu kami

    bertawassul kepada Mu dengan nabi kami sallallahu alaihi wasallam, lalu engkau berikan hujan

    kepada kami. Sesungguhnya kami bertawassul kepada engkau dengan pakcik nabi kami, turunkanlah

    hujan. Maka hujan pun turun.

    [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no: 3457]

    Berdasarkan hadis ini, jika dibenarkan bertawassul dengan nabi sallallahu alaihi wasallam selepas

    kewafatan baginda, kenapa Umar perlu bertawassul dengan Abbas radiallahu anhu?

    Bank Fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih merumuskan dalam fatwa nombor 1169:

    .Tawassul dengan zat nabi sallallahu alaihi wasallam, dengan kemuliaannya, atau dengan haknya,

    merupakan perkara yang diperselisihi oleh ulama.Kebanyakan fuqaha mazhab Malik, Syafie, dan Hanbali

    membenarkannya.Mereka berhujah dengan hadis-hadis yang tidak dapat dijadikan hujah. Hadis-hadis

    itu sama ada lemah mahupun palsu. Mereka berhujah juga dengan keumuman ayat-ayat al-Quran, dan

    hadis-hadis yang sahih, tetapi semuanya tidak menunjukkan secara jelas membenarkan pendapat

    mereka yang membolehkan tawassul yang disebutkan.

    : :[39] .

    ..Adapun para ulama yang melarang tawassul sebegini berhujah bahawa tiada satu dalil yang sahih dan

    jelas menunjukkan ia dibenarkan. Kemuliaan nabi sallallahu bukanlah daripada hasil amalan insan,sedangkan Allah berfirman: Tidaklah untuk manusia itu melainkan apa yang mereka pekerjakan [an-

    Najm : 39]. Antara hujah mereka juga adalah kerana ia merupakah satu wasilah kepada meminta selain

    Allah, beritiqad bahawa nabi sallallahu alaihi wasallam yang memberi manfaat dan mudharat. Ini akan

    membawa kepada syirik dan menjadi wasilah kepada syirik. Tambahan pula, ini bukan daripada petunjuk

    nabi sallallahu alaihi wasallam, bukan juga amalan para sahabat, dan bukan juga amalan para tabiin

    selepas mereka.Jadi pendapat yang kuat di sisi kami ialah pendapat yang kedua (yang melarang) kerana

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    48/111

    Seminar Syahadah

    47

    kekuatan dalil-dalil mereka. Tawassul itu adalah bab doa, dan doa adalah ibadah, dan ibadah adalah

    sesuatu yang tawqifi (hanya dilakukan apabila ada dalil).3

    Perlu difahami, yang menjadi khilaf para ulama ialah berdoa kepada Allah dengan lafaz tawassul seperti:

    Ya Allah, dengan kemuliaan nabi mu, aku memohon kepada mu.

    Akan tetapi jika seseorang berdoa: Ya Rasulullah, bantulah aku. Ini merupakan satu syirik yang sangat

    besar!

    4) Syirik Cinta Sebahagian manusia ada yang menjadikan sesembahan lain bersama Allah, mereka mencintainya

    sebagaimana cinta kepada Allah, adapun orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kepada Allah.

    (Al Baqarah: 165).

    Bagaimana pula dengan cinta kita kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam? Mari kita renungkan

    kata-kata Shaikh al-Uthaimin di bawah:

    ; ; .Engkau akan dapati ramai daripada manusia datang ke Mekah dan Madinah. Mereka menyangka

    menziarahi kubur Rasulullah sallallahu alaihi wasallam itu lebih utama daripada menziarahi

    masjidi;Haram. Ini kerana mereka mendapati pada diri mereka cinta kepada Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam yang sama seperti cinta mereka kepada Allah, bahkan kadang-kala lebih besar daripada cinta

    kepada Allah. Ini adalah syirik! Ini kerana Allah mengetahui bahawa kita tidaklah mencintai Rasulullah

    sallallahu alaihi wasallam melainkan kerana kita cinta kepada Allah, dan kerana dia adalah utusan Allah.

    Kita tidak mencintainya kerana dia Muhammad bin Abdullah. Akan tetapi, kita mencintainya kerana dia

    adalah utusan Allah sallallahu alaihi wasallam.Kita mencintainya dengan cinta kita kepada Allah. Akan

    tetapi mereka menjadikan cinta kepada Allah selepas cinta kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,

    itu pun jika mereka mencintai Allah. ; 13 http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=11669

  • 5/22/2018 Nota Complete Shahadah

    49/111

    Seminar Syahadah

    48

    ; . . ; Ayat ini merupakan satu ujian yang besar untuk jiwa-jiwa kaum Muslimin pada hari ini yang menjadikan

    cinta kepada selain Allah sama seperti cinta kepada Allah. Terdapat manusia yang menyekutukan Allah

    dalam cinta kepada selain Nya.Bukan dalam bentuk ibadah syariyyah tetapi di atas bentuk ibadah yang

    disebutkan dalam hadis. Iaitu cinta kepada dirham, dinar... Terdapat manusia, yang jika diperiksa hati-

    hati mereka, akan didapati hati-hati itu dipenuhi dengan cinta kepada perhiasan dunia. Sehinggakan jika

    dia pergi mendirikan solat di masjid, tetapi hatinya sibuk dengan apa yang dia cintai daripada urusan

    dunia. Ini sebenarnya salah satu jenis daripada jenis-jenis ibadah.Seandainya manusia memuhasabah

    dirinya, kenapa dia diciptakan? Dia akan mengeta