modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

24
MGKK DAERAH KLUANG 86000 KLUANG JOHOR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MODUL TINGKATAN PERALIHAN,1, 2 DAN 3 BUDAYA SEKOLAH DAN GURU PENYAYANG “BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN” KATA ALU-ALUAN

Upload: mohd-noor-noor

Post on 18-Dec-2014

2.094 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

MGKK DAERAH KLUANG

86000 KLUANG JOHOR

KEMENTERIAN PELAJARAN

MALAYSIA

MODUL TINGKATAN PERALIHAN,1, 2 DAN 3

BUDAYA SEKOLAH DAN GURU PENYAYANG

“BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN”

KATA ALU-ALUAN

Page 2: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

2

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada Unit HEM amnya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling khasnya kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program dan aktiviti dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dalam usaha menyemarakkan Budaya Sekolah dan Guru Penyayang. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses Budaya Sekolah dan Guru Penyayang melalui Program Mentor-mentee arahan Kementerian Pelajaran Malaysia ini, saya yakin dan percaya keseronokan murid-murid menuntut ilmu dapat dipertingkatkan, masalah disiplin di kalangan murid dapat dikurangkan dan akhirnya prestasi akademik, sahsiah murid dan ko-kurikulum dapat dilipatgandakan. Pihak pengurusan sekolah akan sentiasa menyokong segala usaha guru-guru untuk menambah baik sistem pendidikan dan proses pentarbiyahan ke arah mewujudkan modal insan yang berkualiti, sekolah yang kondusif, cemerlang dan gemilang. Sesungguhnya Unit Bimbingan dan Kaunseling hanya berperanan sebagai penyelaras dan tidak mampu melaksanakan tugas murni ini bersendirian. Justeru kerjasama erat dan sokongan padu diharapkan daripada seluruh warga pendidik agar dapat sama-sama berganding bahu merealisasikan apa jua yang dirancang dalam usaha menjayakan program ini. Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap agar semua guru menerima dan melaksanakan program Mentor-mentee ini dengan penuh ikhlas, rasa tanggungjawab dan ikhsan serta dapat memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan pengisian modul yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang. Segala khidmat bakti dan kerjasama yang dihulurkan hanya sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan, dengan iringan doa restu agar segala yang dilakukan ini menjadi sebahagian daripada amal ibadah kita semua. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, Pengetua,

Page 3: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

3

KERTAS KONSEP

DAN PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR-MENTEE 1.0 PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat . Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu ( mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. 2.0 KONSEP Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang. 3.0 RASIONAL

3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan mentor. 3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

4.0 OBJEKTIF

Melalui program ini, murid diharapkan dapat; 4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-

menghormati antara mentor dan mentee. 4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. 4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah 5.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti:

Waktu perhimpunan rasmi .Waktu kokurikulum. Selepas waktu persekolahan. Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan. Perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi pengisian dari aspek;

Page 4: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

4

Pembangunan Sahsiah Diri Murid Peningkatan Disiplin Murid Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan Perkembangan Kerjaya

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru. 6.2 Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian guru-murid. Pelantikan mentor Semua guru dilantik menjadi mentor. Pelantikan mentor dibuat secara rasmi( bertulis). Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan,modul dan senarai mentee. Pengagihan mentee. Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor. Tugas dan peranan Mentor Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee. Membantu mentee yang memerlukan perhatian. Mengambil kehadiran mentee. Mengisi borang pertemuan mentor mentee. Berkunjung ke rumah mentee untuk mengetahui masalahnya (jika perlu) Mengambil berat ke atas kebajikan mentee yang perlukan perhatian Memaklumkan kepada pengurusan sekolah jika masalah mentee gagal diatasi 7.0 SASARAN Semua murid tanpa mengira latarbelakang dan kedudukannya. 8.0 JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat: Pengerusi: Naib pengerusi 1: Naib pengerusi 11: Penyelaras: Setiausaha: Ahli Jawatankuasa:

9.0 PENUTUP Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

Page 5: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

5

LAMPIRAN 1

CONTOH : SENARAI KELAS DAN MENTOR

BIL KELAS GURU KELAS GURU KELAS

1 1 RK 1 PN. MISLINA BT AYUP PN NURHAMIZAH SYAHIRAH BT

RUHIZAT

2 1 RK 2 PN NOOR LIYANA ASMA” BT IBRAHIM PN NORHAYATI BT AHMAD

3 1 ARIF EN WAN AMIDI BIN WAN YUSOFF EN NORAZLAN B SULAIMAN

4 1 BIJAK PN SUHAINI BT MOHD SALLEH EN. MUZAINI BIN DAUD

5 1 CERDIK PN NAZLIA BT ISNIN EN MD SAREF BIN BORHAN

6 1 DEDIKASI PN RASHIDAH BT IDERUS PN SANISAH BT SAMAD

7 2 RK 1 CIK SITI SHAERA BT ABDULLAH EN IZUAN SHAH BIN ABDUL

KARIM

8 2 RK 2 CIK NOORNAZNEEN BT HAIRI GKMP KEMANUSIAAN

9 2 ARIF PN JAMILAH BT OMAR EN OSMANNIZAM BIN DOLLAH

10 2 BIJAK EN UMAR MUKHTAR B GHAZALI PN HJH BIBI ZURREEYA BT

HUSSAIN

PN NORBAIZURA BT HANAFI

11 2 CERDIK PN NURFAEZAH BT SULAIMAN PN SITI HAFESAH BT HJ SAID

12 2 DEDIKASI PN FAUZIAH BT JAAFAR PN ROZIAH BINTI MUSA

13 3 RK 1 EN WAN SAIFUDDIN BIN WAN

HASSAN

PN AZMAH BT MD LASIM

14 3 RK 2 PN SITI KHADIJAH BT MARZUKI PN HJH. RAHIMAH BT JAAFAR

15 3 ARIF PN ROSLINDA BT DOLLAH CIK NURHANIZA BT A BD SAMAD

16 3 BIJAK PN SITI JULIAH BT JALIL HJ ABDUL AZIZ BIN ABU

17 3 CERDIK PN ZARINA BT MARIANI EN MOHD FAIRUZ BIN

SAMSUDDIN

18 3 DEDIKASI PN ROHANA BT JALIL PN ROZITA BT MOHAMAD YUNEH

19 4 SAINS 1 PN NOOR ASHEEQMAZMI BT MOHD

MAHFOZ

PN NURUL AKMA BT ANUAR

20 4 SAINS 2 YM RAJA MAZLI BIN RAJA DIN PN HJH ARBA’YAH BT TOKIMAN

21 4 IKHTISAS CIK FAZLINDA BT CHE MAN PN NORAZIZAH BT MUHAMMAD

22 4 KM 1 EN MOHD HAFIZI BIN RAZAK PN NATIFAH BT OMAR

23 4 KM 2 PN NORHAPIZAN BT RAHMAT PN AMINAH BT HJ ZAINI

24 4 KM 3 CIK SITI AISYAH BT ISMAIL PN NOBIHA BT MUHD DIAH

25 4 MPV PN NURUL HANISAH BT JUSOH EN ABD RAZAK B IBRAHIM

26 5 SAINS 1 PN HERDAWATI ELYA BT KADAM PN AZILLAH BT ABDULLAH

27 5 SAINS 2 EN OMAR BIN NORDIN PN. HJH. NURMINA BT RUSLI

28 5 IKHTISAS CIK NURZAHIRAH BT ZUBIR PN ZAIRUL AKMAL BT ABD

RAHMAN

29 5 KM 1 PN RUSIAH BT IBRAHIM EN YAZIF BIN SARMAN

30 5 KM 2 EN WAN AZMAN BIN WAN HASSAN PN MISZALIN BT MOHD AMAN

31 5KM 3 PN ABIDAH BT UZAIR EN E . SIVAKUMAR

32 5 MPV EN MD FADZLI BIN SAJAT HJ ABDUL RAHIM B BADRON

33 PEND. KHAS PN HAFIZAH BT ABU BAKAR PN NOREHAN BT ALI

Page 6: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

6

LAMPIRAN 2 CONTOH : JADUAL/ TENTATIF PERTEMUAN RASMI:

BIL CADANGAN TARIKH/MASA CADANGAN AKTIVITI TEMPAT

1 25 Feb 2013 / 7.30 - 8.10 pg Pelancaran Rasmi Dataran Budi

2 27 Feb 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 1 Bilik Darjah

3 18 Mac 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 2 Bilik Darjah

4 22 April 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 3 Bilik Darjah

5 20 Mei 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 4 Bilik Darjah

6 24 Jun 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 5 Bilik Darjah

7 22 Julai 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 6 Bilik Darjah

8 26 Ogos 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 7 Bilik Darjah

9 23 Sept 2013 / 7.30 – 8.10 pg Pertemuan 8 Bilik Darjah

10 21 Okt 2013 / 7.30 -8.10 pg Pertemuan 9 Bilik Darjah

11 4 November 2013/ 7.30 – 8.10 pg Pertemuan akhir Bilik Darjah

Nota: Untuk pertemuan yang tidak rasmi, guru (mentor) dan murid (mentee) boleh berbincang tempat dan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan.

LAMPIRAN 3

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE

M

u

l

a

Menyediakan kertas cadangan

Membentangkan kertas cadangan dalam

mesyuarat pengurusan

Penyerahan mentor kepada mentee

Pelaksanaan program

Laporan T

a

m

a

t

Menentukan pemilihan mentor dan

mentee

Taklimat pelaksanaan

Page 7: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

7

MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH

MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3 (MODUL DISIPLIN)

MODUL 1

Tajuk Mencari Diri

Objektif Pada akhir aktiviti murid dapat:

1.Murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

diri sendiri

2.Murid dapat memupuk kekuatan diri dan berusaha

mengatasi kelemahan diri

Masa 40 minit

Sasaran Menengah Rendah

Bahan Lampiran 1 dan Alat Tulis

Langkah-langkah

1. Guru mengedarkan Lampiran 1 kepada murid

2. Murid diminta menyenaraikan kebaikan dan

kelemahan diri.

3. Guru meminta beberapa orang pelajar kehadapan

untuk menerangkan kebaikan dan kelemahannya

sendiri.

4. Guru dan rakan-rakan lain memberi respon

Falsafah Manusia mempunyai potensi dan kebolehan

Page 8: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

8

Lampiran 1

BORANG TUGASAN

KEBAIKAN KELEMAHAN

Page 9: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

9

MODUL 2

Tajuk Cermin Diri dan Kenal Diri

Objektif Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Supaya murid dapat berfikir dan bertukar pendapat

tentang sifat-sifat seorang kawan yang mereka suka

dan tidak suka.

2. Supaya murid sedar bahawa sifat-sifat positif akan

membantu mereka menjadi seorang murid yang

mempunyai jati diri yang tinggi

Masa 40 minit

Sasaran Menengah Rendah

Bahan Kertas A4 dan Alat Tulis

Langkah-langkah

1. Murid-murid diarah memilih pasangan

2. Setiap murid bagi setiap pasangan diminta

menceritakan tiga sifat positif dan tiga sifat negatif

kepada pasangannya.

3. Pasangan yang mendengar dikehendaki menulis

dengan huruf besar tiga sifat negatif dan tiga sifat

positif pada kad manila yang dibahagikan kepada

2 ruang.

4. Secara bergilir-gilir, setiap murid dikehendaki

berdiri dan menerangkan semua sifat itu kepada

murid lain dalam kelompok

5. Murid-murid lain digalakkan untuk bertanya atau

memberi komen

Falsafah

Murid-murid diberikan kesedaran bahawa dalam dirinya ada kuasa yang boleh diperkuatkan dengan mencari motivasi dalaman dan luaran untuk membantu dirinya mengatasi rintangan hidup.

Page 10: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

10

MODUL 3

Tajuk

Senarai Semak Tingkah Laku Pelajar

Objektif Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengenali diri pelajar dengan lebih mendalam

2. Mengetahui bahawa setiap orang mempunyai

Personaliti dan sikap yang berbeza.

3. Meluahkan hal-hal yang berkaitan dengan dirinya.

Masa 40 Minit

Sasaran Menengah Rendah

Bahan Soal Selidik Lampiran 1

Langkah-langkah

1. Guru mengedarkan borang senarai semak

tingkah laku dan meminta murid mengisinya.

2. Kemudian, murid diminta untuk berkongsi tentang

maklumat yang diisi dalam borang senarai semak

diri tersebut.

3. Murid-murid lain disaran untuk memberi respon.

4. Setelah semua selesai, guru membuat

kesimpulan tentang faktor-faktor yang boleh

mencetuskan masalah disiplin dalam kalangan

murid.

Falsafah

Setiap manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan

Page 11: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

11

Lampiran 1

SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU

Nama : ____________________________________________

Tingkatan : _____________________

BIL. ITEM YA TIDAK

A.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

PERSONALITI

Saya seorang yang sensitif.

Saya tidak mudah terasa.

Saya mengambil berat tentang orang lain.

Saya cepat merajuk.

Saya seorang yang penyabar.

Saya seorang yang emosional.

Saya tidak mudah cemburu.

Saya suka bertindak tanpa berfikir panjang.

Saya suka menyendiri.

Saya tidak peduli dengan persekitaran saya.

B.

1

2

3

4

5

6

7

PUNCA SALAH LAKU

Bapa saya seorang yang garang.

Ibu kurang memberi perhatian terhadap saya.

Guru pilih kasih.

Kawan-kawan tidak mengendahkan saya.

Saya tidak pernah dihormati.

Pendapat saya sering tidak diterima.

Orang lain memandang rendah terhadap saya.

C.

1

2

3

4

5

SITUASI SALAH LAKU

Saya bergaduh hampir setiap hari.

Saya kurang selesa sekiranya tidak bergaduh.

Saya mendapat perlindungan dan sokongan daripada pihak

luar.

Saya bangga dan megah apabila bergaduh.

Saya berasa puas hati apabila dapat melepaskan

kemarahan kepada orang lain.

D.

1

2

3

4

5

KONSEP KENDIRI

Saya perlu dibantu.

Saya bersedia untuk berubah.

Saya yakin boleh berubah pada akhir tahun ini.

Saya bersedia memberi kerjasama yang sepatutnya.

Dalam situasi yang tertentu, saya seorang yang boleh

dipercayai.

Page 12: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

12

MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3

(PEMBANGUNAN SAHSIAH) MODUL 1

Tajuk Budi Bahasa ‘Kesopananku’

Objektif

Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menyenaraikan nilai-nilai budi bahasa. 2. Menyatakan kesan positif apabila berbudi

bahasa dengan orang lain.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Buku tulis mentor mentee.

Langkah-langkah

1. Mentor bertanya kepada mentee apa yang mentee faham tentang kesopanan.

2. Mentor meminta mentee menyenaraikan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.

3. Mentor meminta mentee menerangkan kesan apabila berbudi bahasa.

4. Mentor membuat rumusan keseluruhan.

Falsafah 1. Budi bahasa amalan mulia. 2. Budi bahasa hidup sejahtera.

Lampiran

Nilai-nilai murni:

1. Hormat-menghormati 13. Senyum 2. Kasih sayang 14. Ucapan salam 3. Lemah lembut 4. Kerjasama 5. Tolong-menolong 6. Jujur (bercakap benar) 7. Amanah 8. Patuh kepada arahan 9. Ikhlas 10. Pemurah 11. Baik hati 12. Bertanggungjawab

Page 13: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

13

MODUL 2

Tajuk Potensi Diri – ‘Aku Boleh’

Objektif

Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri. 2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan

kebolehan diri serta membaiki kelemahan.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

Langkah-langkah

1. Mentee diberi masa oleh mentor untuk berfikir

tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. 2. Mentee yang sukarela menyatakan kelebihan

dan kelemahan diri sendiri. 3. Soal jawab dan sumbang sara tentang

bagaimana untuk meningkatkan kebolehan diri dan membaiki kelemahan diri.

4. Mentor membuat rumusan.

Falsafah

:

1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing.

2. Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri.

3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap kelemahan yang ada.

Page 14: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

14

MODUL 3

Tajuk I LOVE MYSELF

Objektif

Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menghargai & menyayangi diri sendiri. 2. Memanfaatkan potensi atau fitrah diri secara

sihat.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

Langkah-langkah

1. Mentor bertanya makna sayang kepada setiap

mentee. - Mengikut Kamus Dewan ‘sayang’ bermaksud

cinta kasih, perasaan belas kasihan dan pengaruh kasih sayang.

2. Mentor meminta mentee menyenaraikan isu-isu gejala sosial masa kini seperti : - Rempit - Bohsia - Pemerdagangan manusia dll

3. Mentee memberi fokus kepada isu cinta dan

zina. 4. Mentor meminta mentee menyatakan kesan

negatif cinta dan zina iaitu: a. Mengandung anak luar nikah. b. Keluarga dan diri sendiri akan malu

dengan masyarakat. c. Berlaku pembuangan bayi. d. Dilaknat Allah & salah disisi agama

masing-masing. 5. Mentor membuat rumusan keseluruhan.

Falsafah

:

1. Berfikir sebelum bertindak. 2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada

berguna 3. Katakana TAK NAK kepada zina.

Page 15: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

15

MODUL PEMBANGUNAN SAHSIAH MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3

(PEMBANGUNAN PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL)

MODUL 1

Tajuk SENTUHAN SAYANG

Objektif

Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Mengurangkan tekanan yag berpunca dari pelbagai faktor.

2. Meningkatkan semangat mereka untuk belajar dalam keadaan yang bersedia.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

Langkah-langkah

1. Mentor bertanya kepada semua mentee tentang kesediaan fizikal dan mental untuk belajar pada hari itu.

2. Mentor memaklumkan kepada tetang aktiviti (urutan stress) yang akan dilakukan pada hari tersebut.- Mencari Pasangan sesama jenis

3. Mentor menerangkan langkah urutan satu persatu: 1) Minta pasangan anda duduk dengan

selesa. Pejamkan mata dan fikirkan sesuatu yang menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahu (tanggalka cermin mata jika ada)

2) Ibu jari diletakkan di atas tengkuk dan urut dengan perlahan higga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.

3) Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagia atas lengan.

4) Urut dengan ibu jari bermula dari bahagia bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 kali.

5) Urut dengan ibu jari bawah tengkuk menggunakan teknik memutar.

6) Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi di tengkuk. Dengan perlahan, putarkan kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri.

7) Gunakan jari jemari untuk mengurut bahagia tengah dahi dan terus ke bahagia tepi dengan menggunakan teknik memutar.

8) Tukar pasangan. 4. Mentor membuat rumusan keseluruhan.

Falsafah

1. Urutan stress boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.

2. Dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan semasa belajar.

Page 16: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

16

MODUL 2

Tajuk KAWAL DIRI

Objektif

Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya terganggu.

2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi yang mengganggu emosinya.

Masa 30 hingga 40 minit.

Sasaran Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3

Bahan Tiada

Langkah-langkah

1. Mentee menbuat mimic muka gembira, marah,

dan sedih untuk menggambarkan situasi emosi yang dialami.

2. Mentee bersoal jawab tentang aktiviti 1. 3. Mentee menyatakan emosi yang dialami dan

tindakan yang perlu dilakuka sekiranya berada dalam situasi tersebut.

4. Mentor membuat rumusan.

Falsafah

1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami.

2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita berjaya menanganinya secara positif.

Page 17: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

17

MODUL 3

Tajuk GAYA HIDUP SIHAT

Objektif

1.Murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan

pelbagai gaya hidup sihat.

2.Murid-murid membina pengukuhan diri untuk

mengekalkan gaya hidup sihat fizikal dan mentel

Masa 40 minit

Sasaran Peralihan,1,2 dan 3

Bahan Borang Gaya Hidup Sihat

Langkah-langkah

1. Guru memberi borang gaya hidup sihat kepada pelajar

2. Pelajar mengisi borang tersebut dan berbincang di

dalam kelas.

Falsafah

Kesihatan Mahkota Kehidupan

Page 18: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

18

BORANG GAYA HIDUP SIHAT

1) Amalan Gaya Hidup Sihat

i)_______________________________________

ii)_______________________________________

iii)_______________________________________

iv)_______________________________________

2) Risiko Amalan Gaya Hidup Tidak Sihat

i)_______________________________________

ii)_______________________________________

iii)______________________________________

iv)______________________________________

3) Wawasan Saya Ke arah Gaya Hidup Sihat

i)_______________________________________

ii)______________________________________

iii)______________________________________

iv)______________________________________

Page 19: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

19

MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN PERALIHAN 1, 2 DAN 3

(MODUL KERJAYA)

MODUL 1

Tajuk Cita-citaku

Objektif Pada akhir aktiviti murid dapat:

Menyenaraikan kerjaya yang pelajar minati. Memberikan kesedaran bahawa setiap pelajar perlu ada cita-cita untuk kerjaya pada masa hadapan. Mengetahui kepelbagaian jenis kerjaya yang ada

Masa 40 minit

Sasaran Peralihan, Tingkatan 1,2 dan 3

Bahan Pensil/pen dan kertas

Langkah-

langkah

Guru memberi penerangan tentang tugasan yang dibuat oleh pelajar. Pelajar diminta menyenaraikan kerjaya yang diketahui dan diminati. Guru memilih beberapa orang pelajar untuk berkongsi jenis kerjaya yang telah disenaraikan kepada pelajar yang lain. Guru menerangkan kepetingan mempunyai cita-cita yang dapat memandu halatuju pelajar pada masa depan.

Falsafah Penerokaan kerjaya penting untuk masa depan.

Page 20: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

20

MODUL 2

Tajuk Kerjayaku

Objektif Pada akhir aktivit murid dapat: Menyatakan maklumat tentang cirir–ciri kerjaya. Berkongsi maklumat tentang kerjaya dengan rakan sebaya.

Masa 40 minit

Sasaran Peralihan, Tingkatan 1,2 dan 3

Bahan Tiada

Langkah-langkah Pelajar diminta duduk di tempat masing-masing. Guru memilih dan memanggil pelajar kehadapan untuk memberikan penjelasan mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang berdasarkan kerjaya yang diminati. Pelajar lain diberikan peluang untuk membuat penambahan kepada ciri-ciri kerjaya pilihan rakan.

Falsafah Impian masa depan bermula dengan usaha hari ini.

Page 21: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

21

MODUL 3

Tajuk : Ketahui Bidang Kerjaya Pilihanku

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan kerjaya berdasarkan bidang

yang diketahui..

2. Mengetahui kepelbagaian jenis kerjaya yang

boleh diceburi pada masa depan

Masa : 40 minit

Sasaran : Peralihan, Tingkatan 1,2 dan 3

Bahan : Pensil/pen dan kertas

Langkah-

langkah

: 1. Guru memberi penerangan tentang tugasan

yang perlu dibuat kepada pelajar.

1. Pelajar bergerak dan dibahagikan kepada

beberapa kumpulan.

2. Guru memberikan tajuk jenis-jenis bidang

kerjaya kepada setiap kumpulan. Contohnya

bidang kesihatan, pendidikan, badan

beruniform dan sebagainya.

3. Pelajar berdiri dihadapan atau di tempat masing-

masing dan membentangkan hasil

perbincangan kumpulan.

4. Guru dan pelajar lain bertukar maklumat dan

menambah maklumat bidang kerjaya yang

dibentangkan.

Falsafah : Pilihan kerjaya penentu kejayaan pada masa depan.

Page 22: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

22

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR MENTEE

(MENTEE) NAMA SEKOLAH : NAMA MENTEE : _________________________________ TINGKATAN: ___________

BIL ITEM YA TIDAK

1. Program ini memberi kesan positif kepada saya

2. Perhubungan saya amat mesra dengan mentor saya

3. Mentor merupakan tempat rujukan apabila saya menghadapi masalah.

4. Mentor dapat membantu ke arah peningkatan sahsiah saya

5. Saya sentiasa memberi kerjasama pada setiap kali perjumpaan bersama mentor saya.

6. Mentor menghargai saya.

7. Program Mentor Mentee merapatkan hubungan saya dengan rakan-rakan.

8. Saya gembira mengikuti program mentor mentee

T/Tangan Mentee ----------------------------------------------- Tarikh : CATATAN :

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

______________________________

Analisis Skor

BIL SKOR TAHAP KEBERKESANAN

1. 1 - 3 KURANG BERKESAN

2. 4 -6 BERKESAN

3. 7 - 8 SANGAT BERKESAN

Page 23: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

23

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR MENTEE (MENTOR)

NAMA SEKOLAH : NAMA MENTOR: : _____________________________________ TINGKATAN:________

BIL ITEM YA TIDAK

1. Program ini memberi kesan positif kepada mentee.

2. Perhubungan saya amat mesra dengan mentee.

3. Mentee menjadikan saya sebagai tempat rujukan apabila beliau menghadapi masalah.

4. Saya sentiasa membantu mentee ke arah peningkatan sahsiah.

5. Mentee menerima saya sebagai mentornya dengan baik

6. Modul yang dibekalkan dapat membantu saya ke arah pengendalian perjumpaan yang lebih sempurna.

7. Modul yang digunakan dapat mengubah tingkah laku mentee ke arah yang lebih positif

8. Saya gembira mengendalikan program mentor mentee

T/Tangan Mentor ----------------------------------------------- Tarikh : CATATAN : ___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

____________________________

Analisis Skor

BIL SKOR TAHAP KEBERKESANAN

1. 1 -3 KURANG BERKESAN

2. 4-6 BERKESAN

3. 7-8 SANGAT BERKESAN

Page 24: Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a

24

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN PELAKSANAN PROGRAM MENTOR MENTEE (PEMANTAUAN)

NAMA SEKOLAH : NAMA PEMANTAU :_______________________________________________________

BIL ITEM YA TIDAK

1. Jawatankuasa Pelaksana Guru Penyayang (Mentor Mentee) telah ditubuhkan.

2. Taklimat pelaksanaan Program Guru Penyayang (Mentor Mentee) telah disampaikan kepada semua guru.

3. Sekolah mengadakan promosi yang sesuai berkaitan Program Mentor Mentee

4. Pihak sekolah mematuhi garis panduan perlaksanaan program mentor mentee yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Perlaksanaan program mentor mentee berpandukan modul yang diberi

6. Pengurusan sekolah turut sama terlibat dalam perlaksanaan program

7. Semua guru terlibat dalam perlaksanaan program dan memberi kerjasama yang baik

8. Mentor dan mentee menggunakan masa perjumpaan yang ditetapkan dengan maksima

T/Tangan Pemantau ----------------------------------------------- Tarikh : CATATAN : _____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

Analisis Skor

BIL SKOR TAHAP PELAKSANAAN

1. 1 -3 KURANG DILAKSANAKAN

2. 4-6 PELAKSANAAN DI TAHAP SEDERHANA

3. 7-8 DILAKSANAKAN DENGAN BAIK