model teaching games for understanding approach

Upload: salorman

Post on 07-Apr-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Model Teaching Games for Understanding Approach

    1/3

    Model Teaching Games for Understanding Approach (1986)

    Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat.

    Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untukmengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan

    tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun

    meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum

    bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker

    dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja

    mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada

    kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri

    dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.

    Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah

    diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu

    diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.

    Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka

    tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.

    Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya ialah ia

    dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai

    berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik

    berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu

    diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang

    diubahsuai secara berperingkat.

    Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya yang

    tersendiri. Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana

    pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu

  • 8/6/2019 Model Teaching Games for Understanding Approach

    2/3

    permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian

    untuk permainan tersebut.

    Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang telahdireka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan

    kemahiran asas ( theoritical base ) dan peringkat jangka masa singkat ( temporal

    sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permaianan tersebut

    dikuasai dengan lebih baik dan mantap.

    Kategori permainan model TGFU

    Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU ini.Antaranya ialah:

    Target

    y Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat

    mata

    Contoh: bowling, archery, golf

    Striking / Fielding

    y Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding

    Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan

    dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.

    y Contoh: baseball , softball, cricket

    Net / Wall

    y Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding

    y Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan

    syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang

    Contoh: badminton, squash, table tennis

  • 8/6/2019 Model Teaching Games for Understanding Approach

    3/3

    Invasion / Serangan

    y Permainan berpasukan

    y Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan

    mengumpul mata

    y Contoh: soccer, basketball, handball