model pemprosesan maklumat

32
1 Kuliah 9 Model – Model Pengajaran

Upload: sriwah

Post on 23-Jun-2015

1.704 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Pemprosesan Maklumat

1

Kuliah 9

Model – Model Pengajaran

Page 2: Model Pemprosesan Maklumat

2

01. Model Pengajaran

• Fungsi utama model ialah; Memberi panduan kepada perancang mengajar dan

langkah-langkah mengajar. Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk

penyelia dan penyelidik. Panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas

serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran

selanjutnya.

Page 3: Model Pemprosesan Maklumat

3

02. Model Pemprosesan Maklumat R.M. Gagne

• Dalam bukunya, R.M. Gagne mengemukakan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sst proses pembelajaran.

• Rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.

• Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan dan dihantar ke stor ingatan panjang dan bergerak balas melalui sistem saraf.

Page 4: Model Pemprosesan Maklumat

4

• Pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang penting kepada manusia dan mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru bagi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

• Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar yang disimpan dalam stor ingatan panjang apabila memperkenalkan pengajaran baru bertujuan memudahkan pembelajaran berlaku.

Page 5: Model Pemprosesan Maklumat

5

• Mengikut Gagne, terdapat lapan jenis pembelajaran yang dikenal pasti iaitu dari peringkat mudah ke peringkat kompleks;

a. Pembelajaran melalui isyarat (signal learning)

- Merupakan pembelajaran primitif.- Misalnya, manusia melalui pengalaman,

mempelajari isyarat asap sebagai kebakaran dlln.

- Digolong dalam pembelajaran klasik yang dihurai oleh Pavlov.

b. Pembelajaran Stimuli-tindakbalas (Stimulus-response learning)

- Iaitu menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak balas individu bagi menghasilkan perubahan tingkah lakunya.

Page 6: Model Pemprosesan Maklumat

6

- Misalnya guru menunjukkan sst benda yang konkrit, murid menyebut namanya.

- Pembelajaran ini digolongkan dalam pembelajaran operan spt disaran oleh Skinner.

c. Pembelajaran Melalui Rantaian (Chaining)- Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada

pembelajaran stimuli-tindakbalas selepasnya.- Berlaku dalam peringkat pembelajaran paling

tinggi.- Cth membina ayat dengan menghubungkaitkan

perkataan-perkataan atau mensintesis beberapa kemahiran untuk menjadikan kemahiran yang kompleks dan sebagainya.

Page 7: Model Pemprosesan Maklumat

7

d. Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal (verbal association)

- Merupakan asas pembelajaran bahasa.- Mengaitkan nama orang dengan alamatnya atau

perkataan bahasa Inggeris dengan makna dalam b. Melayu.

e. Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan (Multiple discrimination)

- Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

- Misalnya menyebut e, murid boleh menyebutnya dalam pelbagai jenis bila dieja.

Page 8: Model Pemprosesan Maklumat

8

f. Pembelajaran Konsep (concept learning)- Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep

dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri sama.- Cth beg, buku, kereta dlln mewakili konsep benda.

g. Pembelajaran Prinsip (principle learning)- Merujuk kepada pembelajaran perkataan dua atau

lebih konsep yang telah dipelajari.- Misalnya, “air mengalir ke tempat yang rendah” ini

adalah prinsip.- Dibentuk daripada beberapa perkataan yang

setiapnya mempunyai konsep sendiri.- Konsep-konsep disusun mengikut urutan akan

menjadi prinsip dalam pembelajaran prinsip.

Page 9: Model Pemprosesan Maklumat

9

i. Pembelajaran Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

- Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

- Misalnya, untuk menyelesaikan masalah matematik, pelajar harus menggunakan simbo; nombor (konsepP dan hukumnya atau teorem (prinsip) yang berkaitan dengannya.

Page 10: Model Pemprosesan Maklumat

10

a. Model Ekspositori

• Bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.• Merupakan penyampaian maklumat atau isi

kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid dalam kelas.

• Penyampaian pengajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi.

• Guru memberi penerangan terlebih dahulu. Untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip dan teorem.

• Cara-cara penyampaiannya ialah;> Menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea

dan konsep daripada buku teks.

Page 11: Model Pemprosesan Maklumat

11

Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk geometri.

Menerangkan masalah-masalah penyelesai masalah berdasar kemahiran yang dipelajari.

Menerangkan sesuatu konsep dengan abm.

Implikasi Model Pengajaran Ekspositori- Sesuai untuk mengajar konsep atau kemahiran

sesuatu mata pelajaran.- Guru menghurai konsep secara lisan sambil menulis

fakta bagi murid-murid memahaminya.- Guru dapat menjimatkan masa ketika mengajar.

Kerana dapat menyampaikan semua maklumat dalam masa yang singkat.

Page 12: Model Pemprosesan Maklumat

12

Sesuai digunakan untuk menyampaikan pelajaran dalam peringkat perkembangan saja. Jika keseluruhan akan menjadi syarahan yang akan menjemukan.

Kaedah berkesan untuk menyampaikan kemahiran, konsep dan prinsip matematik, sains dan sebagainya.

ii. Model Resepsi Ausubel : Contoh Utama Model Ekspositori

- David P.Ausubel mengatakan pembelajaran resepsi lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan.

- Menurutnya, pembelajaran resepsi satu-satunya strategi pengajaran paling berkesan untuk pembelajaran bermakna.

Page 13: Model Pemprosesan Maklumat

13

Ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu;

i. Pelajar mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.

ii. Pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru.

Beberapa faktor yang mengganggu pembelajaran bermakna.

i. Perkembangan kognitif pelajar yang rendah.

ii. Kurang motivasiiii. Strategi pengajaran

Page 14: Model Pemprosesan Maklumat

14

• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Dalam P&P Rangsangan luar sangat penting untuk dikaitkan

dengan pengajaran. Cara guru mewujudkan peluang dan menyokong

pemprosesan maklumat pelajar menjadi asas kepada pembelajaran dalam bilik darjah.

Maklumas balas pelajar pada akhir pembelajaran sangat penting kerana menjadi aras pemahaman murid.

Peneguhan berbentuk pujian/ penghargaan penting diberi pada pelajar dalam usaha meningkat dan mengekalkan minat mereka untuk belajar.

Page 15: Model Pemprosesan Maklumat

15

b. Model Inkuiri

Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau masalah yang dikemukakan.

Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan untuk mendapat jawapan.

Terdapat empat jenis model ini iaitu;i. Model Inkuiri Sainsii. Model Inkuiri Sosialiii. Model Inkuiri Jurisprudentialiv. Model Inkuiri Suchman

Page 16: Model Pemprosesan Maklumat

16

• Merupakan pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sst konsep/ benda.

• Guru memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus kepada pelajar sehingga dapat membuat kesimpulan tentang apa yang ingin guru sampaikan.

• Sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi mengalakkan pelajar berfikir.

• Melibatkan proses penaakulan dan menggalakkan pemikiran peringkat tinggi.

• Pelajar tidak diberitahu mengenai pembelajarannya, tetapi berusaha sendiri mencari, meneliti dan mempelajarinya.

Page 17: Model Pemprosesan Maklumat

17

• Melalui proses tersebut, baru pelajar dapat membuat rumusan berkenaan dengan isi pengajaran gurunya.

• Pada masa sama, guru perlu memberi nasihat dan tunjuk ajar memandangkan pelajar mungkin membuat rumusan palsu.

• Misalnya, kajian dalam makmal pelajar perlu mengikuti peraturan peraturan yang tepat kerana kegagalan akan menyebabkan jawapan yang diterima adalah salah.

• Justeru, setiap lagkah perlu ikut aturannya.• Guru tidak digalak memberi definisi/ menerangkan

isi kepada pelajar, tetapi memberi bbrp soalan yang membolehkan pelajar membuat deduksi tertentu.

• Pada akhir pengajaran, baru guru membuat rumusan.

Page 18: Model Pemprosesan Maklumat

18

• Beberapa prinsip dalam melaksanakan deduktif;

a. Oleh sebab pelajar membuat rumusan, penting bagi guru menyediakan struktur pembelajaran yang akan dilalui oleh pelajar.

b. Guru menyediakan soalan-soalan bagi mendorong murid mencari jawapan.

c. Contoh-contoh yang diberi oleh guru mesti sesuai supaya tidak wujud kekeliruan.

d. Guru perlu pelbagaikan aktiviti pembelajaran supaya dapat menarik minat pelajar.

e. Bantuan guru sangat penting semasa pengajaran dan pembelajaran.

f. Perlu mematuhi proses pemikiran induktif iaitu dpd contoh khusus kepada kesimpulan umum.

Page 19: Model Pemprosesan Maklumat

19

i. Model Inkuiri Sains

Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains.

Lima langkah aktiviti soal selidik iaitu;a. Mengenal pasti masalahb. Mencari maklumatc. Membuat hipotesisd. Menguji hipotesise. Membuat rumusan

Page 20: Model Pemprosesan Maklumat

20

• Model Inkuiri Sosial digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.

• Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temu bual atau soal selidik.

• Model Inkuiri Juris Prudential digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.

• Dalam aktiviti p&p, ada dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.

Page 21: Model Pemprosesan Maklumat

21

• Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan kajian.

• Inkuiri terbuka , murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan.

• Kajian dijalankan oleh murid-murid sendiri.• Sesuai untuk murid-murid di sekolah menengah

dan peringkat tinggi.

Page 22: Model Pemprosesan Maklumat

22

02. MODEL BEHAVIORAL

a. Pengajaran Langsung (Direct Instruction)

- Guru mengajar secara langsung dalam kelas.- Mengajar, memberi latihan atau kerja yang

sama kepada semua murid dalam kelasnya.- Melibatkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran seluruh kelas.- Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah ;i. Guru dapat menjimatkan masa dan tenaga.ii. Ramai murid suka belajar bersama-sama.iii. Murid yang belajar dalam kumpulan lebih

seronok dari yang belajar secara individu.

Page 23: Model Pemprosesan Maklumat

23

iv. Akan melibatkan semua murid menyertai aktiviti pembelajaran yang sama. Murid bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

v. Melatih murid bersifat sederhana dan mencontohi rakan-rakan yang pintar.

Page 24: Model Pemprosesan Maklumat

24

• Kelemahan pengajaran ini ialah ;i. Pengajaran menggunakan kaedah yang sama,

tidak dapat membantu mengembangkan potensi, intelek, rohani dan sosial murid secara seimbang dan menyeluruh.

ii. Melibatkan banyak aktiviti pengajaran guru, pelajar menjadi pasif iaitu diam dan menerima sahaja.

iii. Tidak memberi penilaian secara objektif. Iaitu sst hasil kerja yang diusahakan bersama akan dinilai dengan tahap yang sama.

iv. Tidak membolehkan guru memberi perhatian kepada setiap individu dalam kelas.

v. Kurang sesuai kerana tahap kebolehan murid adalah berbeza-beza.

Page 25: Model Pemprosesan Maklumat

25

b. Pembelajaran Masteri Berasal dari perkataan Inggeris “mastery”,

bermaksud ‘menguasai’. Merupakan strategi dan pendekatan mengajar

bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai sst isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi.

Telah lama dijalankan di negara kita. Dalam kelas dahulu, murid yang lemah akan

ditahan sehingga dapat kuasai apa yang sepatutnya dikuasai.

Kemudian diganti dengan sistem kenaikan kelas secara automatik spt sekarang.

Prinsip dalam pendekatan masteri sama dengan yang diamalkan dalam sistem pendidikan awal.

Page 26: Model Pemprosesan Maklumat

26

• Tujuannya supaya murid-murid benar-benar faham dan kuasai sst tajuk sebelum didedahkan dengan tajuk yang rumit.

• Memerlukan guru membuat persiapan yg rapi dan teliti.

• Kerana dalam kelas terdapat pelbagai jenis pelajar.

• Pengajarannya berlandaskan kepercayaan bahawa semua pelajar dilahirkan dengan keupayaan memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh menguasai sst kemahiran yang diajar dengan sempurna dan baik sekiranya diberi peluang melalui proses p&p yang berkualiti dalam masa yang mencukupi.

• Elemen penting ialah penilaian pembelajaran.• Guru bukan setakat mana pelajarnya menguasai

sst isi pelajar sebelum beralih ke peringkat lebih tinggi.

Page 27: Model Pemprosesan Maklumat

27

• Sekiranya terdapat kegagalan yang teruk, program pemulihan segera perlu diadakan supaya sst kegagalan itu dapat dibaiki.

• Aktiviti pengayaan perlu diberi kepada pelajar-pelajar yang sudah menguasai kemahiran dengan baik supaya mereka dapat meneguhkan ingatan dan pemahaman pada tajuk-tajuk tertentu.

Page 28: Model Pemprosesan Maklumat

28

b. Pembelajaran Masteri : Personaliti Guru –> guru perlu komited, penyayang,

berasa yakin, pendorong, proaktif dan menyelesaikan masalah.

Gaya Pembelajaran Murid -> Pragmatis, imaginatif, reflektif, praktis, lisan, visual, gerakan, Dunn& Dunn.

Pelbagai Kecerdasan -> jenis kecerdasan mengikut Gardner

Bahan-bahan P&P -> Jenis, sumber, penggunaan dan pengurusan.

Kemahiran Berfikir -> reaktif, reflektif Nilai-nilai -> mengikut KBSM/ 16 nilai Elemen-elemen -> perkara-perkara yang timbul secara

berkala

Page 29: Model Pemprosesan Maklumat

29

Pengurusan Kelas dan Aktiviti P&P -> Murid, aktiviti, bahan masa, ujian, pemulihan dan pengayaan dan Rekod.

Perkara Lain -> 7 Kecerdasan, Patriotisme, kemahiran keibubapaan dan keselamatan jalan raya.

Kemahiran berfikir Kemahiran belajar

Page 30: Model Pemprosesan Maklumat

30

• Strategi P&P Pembelajaran MasteriAda 4 langkah iaitu ;i. Tentukan hasil pembelajaran dengan

merangka objektif pembelajaran secara eksplisit iaitu berdasarkan hasil perlakuan murid-murid setelah didedahkan kepada P&P. Objektifnya mengandungi unsur-unsur boelh diukur.

ii. Ajarkan murid dengan kaedah dan teknik mengajar berkesan dan bahan yang sesuai.

iii. Nilaikan hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran dengan tujuan menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid selepas p&p.

Page 31: Model Pemprosesan Maklumat

31

iv. Laksanakan aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang belum kuasai kemahiran sepenuhnya dan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang sudah mencapai objektif memuaskan.

Page 32: Model Pemprosesan Maklumat

32

Sekian dan terima kasih,