mescot - equator initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. disebabkan...

12
Kajian Kes Inisiatif Equator Penyelesaian Masyarakat terhadap Pembangunan Berkekalan, alam semulajadi dan kecekalan komuniti Malaysia MESCOT Empowered lives. Resilient nations.

Upload: doanxuyen

Post on 29-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

Kajian Kes Inisiatif EquatorPenyelesaian Masyarakat terhadap Pembangunan Berkekalan, alam semulajadi dan kecekalan komuniti

MalaysiaMESCOT

Empowered lives. Resilient nations.

Page 2: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

SIRI KAJIAN KES INISIATIF KHATULISTIWA PROGRAM PEMBANGUNAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNDP)Masyarakat tempatan dan pribumi di seluruh dunia sedang memajukan penyelesaian pembangunan mampan dan inovatif yang berkesan untuk masyarakat dan alam sekitar. Beberapa penerbitan atau kajian kes mengisahkan bagaimana inisiatif tersebut berkembang, keberkesanannya, atau bagaimana ianya berubah dari semasa ke semasa. Tidak ramai yang ingin menyampaikan kisah ini, maka pengamal komuniti sendiri menggunakan naratif sebagai panduan.

Untuk menandakan ulang tahun ke-10, Inisiatif Khatulistiwa berhasrat untuk mengisi jurang ini. Kajian kes berikut adalah salah satu daripada siri perkembangan yang memperincikan hasil kerja pemenang Hadiah Khatulistiwa - disemak dan diulas oleh pengamal terbaik dalam pemuliharaan alam sekitar berasaskan komuniti dan mata pencarian yang mampan. Kes-kes ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada perbincangan polisi yang diperlukan untuk membawa kejayaan tempatan untuk dipertimbangkan, bagi memperbaiki pengetahuan sejagat terhadap persekitaran tempatan dan penyelesaian pembangunan, dan untuk berfungsi sebagai model untuk direplikasi. Kajian kes sebaik-baiknya dilihat dan difahami dengan merujuk kepada ‘Kuasa Tindakan Tempatan: Pengajaran dari 10 Tahun Hadiah Khatulistiwa’, sebuah ringkasan pengajaran dan panduan polisi yang diambil dari bahan-bahan kes berkenaan.

Klik pada peta untuk melawat pangkalan data kajian kes Inisiatif Khatulistiwa.

PenyuntingKetua Penyunting: Joseph CorcoranPengurus Penyunting: Oliver HughesPenyunting Penyumbang: Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Erin Lewis, Whitney Wilding

Penulis PenyunbangEdayatu Abieodun Lamptey, Erin Atwell, Toni Blackman, Jonathan Clay, Joseph Corcoran, Larissa Currado, Sarah Gordon, Oliver Hughes, Wen-Juan Jiang, Sonal Kanabar, Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Rachael Lader, Patrick Lee, Erin Lewis, Jona Liebl, Mengning Ma, Mary McGraw, Gabriele Orlandi, Brandon Payne, Juliana Quaresma, Peter Schecter, Martin Sommerschuh, Whitney Wilding, Luna Wu

Pereka BentukOliver Hughes, Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Amy Korngiebel, Kimberly Koserowski, Erin Lewis, John Mulqueen, Lorena de la Parra, Brandon Payne, Mariajosé Satizábal G.

PenghargaanInisiatif Khatulistiwa mengiktiraf dan menghargai Inisiatif MESCOT, khususnya bimbingan dan sumbangan Rosli Hj Jukrana dan Zazarita Badrun. Semua gambar ihsan daripada www.mescot.org/ dan www.facebook.com/media/albums/?id=144289072314289. Peta ihsan daripada CIA World Factbook dan Wikipedia. Terjemahan ihsan daripada Mohd Hasim Abd Hamid.

Petikan DicadangkanUnited Nations Development Programme. 2012. MESCOT, Malaysia. Equator Initiative Case Study Series. New York, NY.

Page 3: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

RINGKASAN PROJEKDi antara aktiviti MESCOT adalah terdiri daripada aktiviti pemulihan hutan, eko pelancongan dan pemulihan tasik untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di Mukim Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah, Malaysia. Kawasan ini telah didokumentasikan sebagai sebuah tempat yang memiliki kekayaan mega biodiversity disebabkan oleh kewujudan pelbagai hidupan liar tanah rendah terutamanya mamalia dan primate. Salah satu tujuan projek MESCOT adalah untuk mengurangkan spesis Salvinia Molesta. Dalam tahun 2001, apabila berlaku banjir sepsis rumpai ini telah membiak di Tasik Tungog yang biasanya digunakan oleh penduduk setempat untuk menangkap ikan. Hanya dalam masa 16 bulan sahaja tasik ini telah dilitupi sepenuhnya oleh spesis ini. MESCOT telah mengadakan inisiatif untuk mengurangkan spesis ini dengan menggunakan tenaga sukarelawan MESCOT pada tahun 2005 kerana ia didapati membahayakan hidupan akuatik tasik tersebut. MESCOT menggunakan pendapatan daripada aktiviti eko pelacongan untuk membiayai projek ini untuk mengurangkan spesis ini daripada menutupi tasik tersebut.

KUNCI FAKTAPEMENANG EQUATOR PRIZE: 2004

DITUBUHKAN: 1996

LOKASI: Sabah, Malaysia

MANFAAT: Mukim Batu Puteh, Kinabatangan

CIRI BIODIVERSITI: Hutan, dataran banjir and ekosistem akuatik

3

MESCOTMalaysia

ISI KANDUNGAN

Latarbelakang dan Konteks 4

Aktiviti Utama dan Inovasi 6

Impak Biodiversiti 8

Impak Sosio Ekonomi 9

Berkekalan 10

Replikasi 11

Rakan Kongsi 11

Page 4: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

4

Sungai Kinabatangan mengalir daripada kawasan pergunungan Borneo di negeri Sabah, Malaysia. Kawasan pergunungan ini melalui kawasan hutan tebal yang jarang berpenghuni dan begitu kaya dengan kepelbagaian biodiversitinya. Sungai Kinabatangan mengalir perlahan membentuk satu landskap dataran banjir yang berliku-liku. Kawasan ini telah membentuk kawasan pertanian yang luas di Sabah. Dataran banjir Kinabatangan ini amat unik dan luar biasa yang kaya dengan kepelbagaian hutan di antaranya hutan alluvium, hutan paya air tawar, hutan tanah rendah dipterocarp, hutan rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna. Dataran banjir Kinabatangan telah dikenali sebagai sebuah kawasan yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti dan menjadi tumpuan kerana terdapat pelbagai jenis hidupan liar terutamanya haiwan mamalia dan primat. Semua 10 spesis primat di Borneo boleh didapati di kawasan ini termasuklah Orang Utan dan Proboscis Monkey. Begitu juga, 9 daripada 11 spesis hornbill boleh dilihat di Borneo seperti rhinoceros hornbill, helmeted hornbill dan wrinkled hornbill yang sukar ditemui juga terdapat di kawasan dataran banjir Kinabatangan. Selain itu, spesis burung yang jarang ditemui dan hampir pupus termasuklah storm stork, bornean bristlehead dan argus pheasant juga terdapat di lembah ini. Kawasan ini juga menjadi habitat haiwan yang hampir pupus iaitu borneo pygmy elephant.

Ancaman Alam Sekitar di Kinabatangan

Selama beratus tahun, suku kaum orang sungai di Kinabatangan bergantung kepada sumber hutan bagi menyara kehidupan untuk makanan dan ubat-ubatan. Kehidupan ini berubah selepas tahun 1960an dengan pengenalan cara pembalakan moden dan penggunaan jentera berskala besar untuk industri pembalakan. Pengenalan penghutanan secara komersial dan permintaan kayu antarabangsa yang tinggi telah memberi kesan kepada landskap hutan dan populasi masyarakat setempat.

Inisiatif Konservasi Berasaskan Komuniti

Inisiatif MESCOT (Model Ecologically Sustainable Community Conservation and Tourism bermula pada tahun 1996 di Mukim Batu Puteh sehinggalah tertubuhnya KOPEL BERHAD (Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad) sebuah koperasi berasaskan masyarakat kampung untuk menyelaras aktiviti-aktiviti pelancongan dan konservasi. Sejak ianya ditubuhkan, MESCOT merancang untuk menyediakan masyarakat setempat dengan alternatif agar dapat meningkat pendapatan dan taraf hidup mereka disamping memelihara hutan hujan semulajadi serta mengekalkan kebudayaan suku kaum sungai di kawasan ini. Pada awal permulaan projek, eko pelancongan dikenal pasti sebagai aktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan masyarakat yang terlibat dan meningkatkan nilai ekonomi kepada hutan dan alam sekitar serta dapat menarik bantuan kewangan untuk memelihara dan menjaga hutan paya lembab dan hidupan liar di kawasan tersebut.

Mukim Batu Puteh adalah terdiri daripada lima buah kampung iaitu Kampung Mengaris, Perpaduan, Paris, Singgah Mata dan Batu Puteh. Kampung ini dikelilingi seluas 45 kaki persegi oleh Hutan Simpan Supu yang unik, mengandungi 6 jenis hutan tanah rendah dan juga terdapat Sanktuari Hidupan Liar. Masyarakat setempat daripada Mukim Batu Puteh adalah pengasas kepada projek ini yang terdiri daripada belia dan beliawanis yang tidak mempunyai pekerjaan pada masa itu.

Melebihi ekopelancongan

Di antara objektif MESCOT adalah menyediakan masyarakat setempat dengan peluang mengikuti latihan untuk meningkatkan kemahiran merancang dan melaksanakan projek. Dalam masa yang sama bertanggungjawab untuk memelihara hutan dan berpeluang meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, untuk meningkatkan

Latarbelakang dan Konteks

Page 5: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

55

kesedaran masyarakat setempat dan antarabangsa mengenai kemusnahan biodiversiti di dataran Banjir Kinabatangan dan kepentingan untuk memelihara dan menyokong aktiviti konservasi dan pemuliharaan hutan. Semua ini menjadi motivasi utama kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh MESCOT. Selain itu, MESCOT juga ingin memulihkan koridor hidupan liar seluas 1000 hektar agar hidupan liar dapat melalui kawasan yang berlaku kekurangan hutan terutamanya yang bersempadan dengan hutan simpan supaya dapat melindungi haiwan terancam seperti Orang Utan. Dalam masa yang sama, MESCOT juga terlibat dengan aktiviti memulihkan tasik daripada sepsis rumpai air iaitu Salvinia Molesta yang boleh membahayakan sistem hidupan akuatik air tawar dan hidupan liar di Tasik Tungog.

Pada permulaan projek MESCOT, pembangunan eko pelancongan adalah merupakan objektif utama. Aktiviti ini telah berkembang

pada tahun 1998 apabila MESCOT terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran hutan akibat berlaku kemarau di sekeliling kawasan hutan simpan di Kampung Batu Puteh. Sukarelawan MESCOT telah dikumpulkan untuk membantu memadamkan kebakaran hutan ini. Sejak daripada itu, timbul idea agar MESCOT membantu memulihkan kawasan hutan, habitat dan koridor hidupan liar yang musnah terbakar dengan projek pemulihan hutan sebagai salah satu aktivitinya. Keputusan ini adalah merupakan permulaan yang penting walaupun MESCOT hanya mempunyai sedikit pengetahuan mengenai jenis hutan dan sistem dataran banjir di kawasan Kinabatangan. Sejak itu aktiviti pemulihan hutan telah berkembang menjadi aktiviti yang utama MESCOT. Kerjasama memadamkan kebakaran hutan bersama Jabatan Perhutanan ini telah berterusan dalam konteks yang lebih besar iaitu kerjasama untuk menjaga, memelihara, menilai, meningkatkan kesedaran, menanam pokok dan aktiviti silivikultur di Hutan simpan Pin supu.

Page 6: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

6

Aktiviti Utama dan Inovasi

Pada tahun 2002, beberapa sessi dialog dan perbincangan telah diadakan bersama semua ahli MESCOT dan masyarakat setempat yang terlibat dengan aktiviti pelacongan yang mana telah men-gambil keputusan untuk menggabungkan semua persatuan yang ada untuk diletakkan dibawah satu badan iaitu koperasi. Maka persediaan telah dibuat yang mana sessi dialog dan mesyuarat telah dilaksanakan bagi membuat persediaan bagi pendaftaran koperasi. Dalam hal ini, fungsi MESCOT dikekalkan sebagai badan yang akan bertanggungjawab mengurus dan mentadbir keseluruhan program koperasi ini sebagai satu unit di bawah KOPEL termasuklah daripada aspek menyediakan latihan kepada masyarakat, pemandu pelan-cong, akauntan serta kewangan dan juga daripada aspek komuni-kasi dan pemasaran.

Koperasi berasaskan masyarakat setempat ini diwujudkan dengan kefahaman bahawa untuk meningkat sumber pendapatan sampin-gan penduduk yang terlibat adalah penting agar masyarakat dapat melihat kepentingan menjaga hidupan liar terutamanya orang utan dan haiwan lain dan habitatnya. Insentif ekonomi adalah amat penting untuk masyarakat terlibat sama untuk menjaga dan meme-lihara alam sekitar dan biodiversiti. Oleh kerana itu, MESCOT bukan sahaja dapat mewujudkan sumber ekonomi untuk meningkatkan pendapatan melalui eko peancongan tetapi juga dapat meningkat-kan kesedaran terhadap pemuliharaan hutan dan habitat.

Eko-pelancongan berasaskan masyarakat setampat

Aktiviti utama MESCOT selain daripada aktiviti lain yang mendapat pembiayaan adalah eko-pelancongan. Terdapat lima jenis hutan di dataran banjir dengan 208 spesis burung, 10 spesis mamalia iaitu orang utan, ungka, harimau dahan, memerang, beruang, biawak dan pelbagai haiwan lain serta persekitaran hutan menjadi daya penarik aktiviti eko pelancongan agar dapat terus berkekalan dan beroperasi. Tungog Rainfoerst Eco Camp yang dibina oleh MESCOT adalah merupakan tarikan utama kepada aktiviti eko pelacongan di kawasan ini. Ia menyediakan sebuah pelantar yang berimpak rendah

untuk melihat hidupan liar dan burung, terdapat denai merentasi hutan sejauh melebihi 18 km, beberapa pokok tempat bersembunyi, jambatan merentasi hutan paya dan 10 pelantar untuk memerhati hidupan liar. Pemandu pelancong yang terdiri daripada masyarakat setempat Batu Puteh akan mengurus dan mengatur semua aktiviti pelancong seperti menaiki bot menyusuri sungai, melawat gua, ak-tiviti khas melihat hidupan liar dan burung dan aktiviti pemulihan hutan seperti mencari anak benih pokok dan penanaman pokok. Merentasi hutan ke kem-kem satelit yang disediakan juga merupak-an salah satu pilihan yang mana pelancong boleh menjejaki hidupan liar dan melakukan pemulihan hutan pada masa yang sama. Selain itu, aktiviti pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar juga diatur untuk pelajar-pelajar dan rombongan berkeluarga.

Restorasi Hutan dan Habitat

Seperti yang dikatakan sebelum ini, diantara aktiviti utama MESCOT adalah restorasi hutan dan habitat. KOPEL telah melaksanakan aktiviti ini sejak tahun 1999 lagi disebabkan berlaku kebakaran hu-tan dan kekeringan yang serius pada tahun 1998 yang menyamai kerosakan yang berlaku pada tahun 1983. Daripada kajian komuniti menunjukkan tiada berlaku perkembangan alam semulajadi hutan hampir 2 dekad disebabkan kebakaran hutan pada tahun 1983. Oleh itu, MESCOT memulakan misi untuk memulihkan hutan dengan membuat percubaan di kawasan paya dan dataran banjir. Dengan kejayaan ini, MESCOT telah mengembangkan aktiviti di kawasan ini dengan menggunakan pelbagai teknik termasuklah aktiviti pember-sihan pokok daripada akar dan rumput rumpai dan telah menanam lebih 100,000 pokok di dalam 4 jenis hutan di dataran banjir ini.Usaha penanaman pokok MESCOT di bahagikan kepada aktiviti di nurseri yang digunakan untuk menyemai anak benih pokok hutan dan juga pokok yang mengahsilkan buah. Ahi-ahli MESCOT menggunakan pengetahuan mengenai spesis pokok hutan dan pokok berbuah untuk mengambil anak benih pokok semasa aktiviti pengumpulan anak benih pokok dilakukan. Anak benih pokok di dapati daripada sekitar kawasan hutan dan kawasan dataran banjir

Page 7: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

7

Kinabatangan. Ada di antara pokok yang berbuah sekali dalam se-tahun dan ada juga beberapa kali dalam setahun. Oleh itu, aktiviti pengambilan anak benih pokok di lakukan sepanjang tahun ber-dasarkan keperluan di nurseri agar anak benih pokok dapat di di-proses dan dicambah untuk projek penanaman pokok. Anak benih pokok yang baru dicambahkan akan dipindahkan ke dalam polybag yang berisi tanah. Anak benih pokok ini akan dipelihara di nurseri selama empat hingga ke enam bulan sebelum di hantar ke tapak penanaman untuk ditanam. Persediaan di tapak penanaman meli-batkan aktiviti memotong akar dan spesis memanjat, sehingga tiga kali sebelum aktiviti menanam pokok dilakukan. Anak benih pokok di dalam polybag akan diangkat menggunakan bakul ke tapak pen-anaman. Pokok yang telah ditanam akan di lawat setiap bulan untuk tahun pertama penanamannya dan selepas itu akan diperiksa sekali setiap tiga bulan. MESCOT akan menyelaras aktiviti di dalam nurseri melalui tenaga dan komitmen yang di buat oleh para sukarelawan. Selain itu, ia juga turut melibatkan pelajar sekolah dan universiti.

Pada peringkat awal MESCOT melaksanakan aktiviti pemulihan hutan, pakar dari luar telah menasihati agar akar belukar dipotong dalam bentuk sebaris di atas kawasan yang hendak ditanam, den-gan selang di antara barisan adalah satu meter. Namun selepas tiga bulan ditanam, penanaman yang dibuat sukar dibezakan dengan kawasan yang asal kerana pokok yang ditanam telah dilitupi oleh akar, rumput memanjat dan bambu. Untuk mengatasi masalah ini, MESCOT telah menggunakan cara memotong keseluruhan akar memanjat di kawasan yang hendak ditanam agar anak benih pokok yang ditanam dapat pertumbuhan dan pencahayaan yang baik. Daripada kajian dan pemerhatian MESCOT, didapati setiap pokok yang ditanam akan mencambahkan lebih daripada 10 pokok baru secara semulajadi. Lebih daripada 10 tahun, MESCOT telah berjaya menanam lebih daripada 100,000.00 pokok dan kebanyakan spesis yang ditanam adalah jenis yang cepat membesar iaitu Mytrogyna sp and Nuclea spp yang menghasilkan daun, bunga dan buah. Spesis ini juga cepat menambahkan kanopi hutan dan diperlukan untuk melawan akar memanjat serta membantu penyebaran benih pokok melalui burung dan haiwan. Sesetengah spesis pokok dipilih untuk tujuan penanaman semula berdasarkan buah yang boleh dimakan oleh hidupan liar seperti Orang Utan dan hornbills. Di antara yang menjadi kegemaran Orang utan yang ditanam oleh MESCOT ialah Dracontomelon sp, Artocarpus sp, Garcinia sp, Diospyros sp dan Ficus sp. Sehingga kini, sebanyak 23 spesis pokok yang telah dipilih dan ditanam dalam skala yang besar oleh MESCOT.

Pemulihan Tasik ; Pengurangan Spesis Menyerang

Di antara aktivti utama MESCOT adalah aktiviti Pemulihan Tasik atau lebih spesifik dikatakan ialah membersihkan Salvinia Molesta spesis rumpai air. Spesis ini dilaporkan telah wujud sejak awal tahun 1990 lagi, merupakan spesis yang menutupi kawasan Dataran Banjir dan laluan anak sungai di timur Sabah terutamanya di dataran Banjir Kinabatangan. Kesan rumpai air ini amat luar biasa kerana ia mampu membiak dua kali ganda dari segi saiz setiap tiga hari. Dalam waktu yang singkat dua dekad, Salvinia Molesta boleh mengubah wajah sebuah tasik asli, paya air tawar dan anak-anak sungai menjadi selut berlumpur yangg melitupi dan memenuhi kawasan habitat di ka-wasan berpaya. Spesis ini telah mengejutkan penduduk Batu Puteh

apabila banjir berlaku pada tahun 2001, Salvinia Molesta telah mula memasuki Tasik Tungog yang menjadi sumber tangkapan ikan ke-pada nelayan di kampung ini. Dalam masa 16 bulan, seluas 18 hek-tar tasik ladam telah dilitupi oleh spesis rumpai air ini. MESCOT telah mengerakkan seluruh tenaga dan keringat untuk membersihkan spesis ini daripada permukaan dan bahagian dalam tasik daripada membahayakan habitat air tawar. MESCOT telah melaksanakan aktiviti pemulihan tasik ini setiap bulan untuk memastikan tasik ini tidak terus dilitupi. MESCOT telah menggunakan hasil pendapatan daripada aktiviti ekopelancongan untuk membayar ahli-ahli MESCOT yang terlibat seminggu setiap bulan. Ahli-ahli MESCOT telah men-cipta satu alat iaitu “sawak” yang digunakan untuk mengumpulkan Salvinia menggunakan pukat dan dihamparkan di kawasan lantai hutan yang strategik di pinggir Tasik Tungog yang mana akan men-gambil masa di antara 6 hingga 10 bulan untuk mereput.

Manfaat secara langsung dan tidak langsung

Masyarakat setempat di Mukim Batu Puteh, Kinabatangan adalah merupakan penerima manfaat yang utama daripada Projek MESCOT. Pada awal projek ini dilaksanakan, hanya 5 peratus daripada jum-lah penduduk setempat yang terlibat dalam aktiviti MESCOT. Kini, jumlah penduduk yang terlibat telah meningkat kepada lebih 60 peratus. Inisiatif ini telah mencapai kemajuan dan perkembangan yang jelas telah memberikan kuasa kepada penduduk setempat dan masyarakat untuk mengekalkan ekologi agar berkekalan den-gan menggunakan pengetahuan serta pengalaman mereka dalam bidang silvikultur untuk Hutan Tanah Rendah dan Projek Pemulihan Hutan untuk habitat Orang Utan. Projek Pemulihan Hutan MESCOT telah banyak membantu kepada perkembangan pengetahuan mengenai hutan di Sabah dengan memilih spesis yang bersesuaian, musim berbuah dan percambahan di dalam nurseri. Projek MESCOT telah membekalkan anak benih pokok dan juga cara serta teknologi yang digunakan kepada ladang-ladang untuk tujuan kajian dan aktiviti pemulihan hutan.

Page 8: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

8

Impak

IMPAK BIODIVERSITISalah satu impak yang jelas yang dilakukan oleh Projek MESCOT adalah dengan mengorientasikan aktiviti ekonomi masyarakat daripada terlibat dengan pembalakan dan pemburuan haram kepada aktiviti berkekalan dan berimpak rendah iaitu eko pelancongan. Dengan pengenalan kepada aktiviti penebangan hutan komersial, masyarakat setempat dan sumber ekonominya banyak bergantung kepada pembalakan sumber hutan yang unik dan kaya dengan biodiversiti. Malah lebih daripada itu, masyarakat setempat juga terlibat dengan aktiviti tidak formal iaitu pembalakan dan pemburuan haram dengan memasuki kawasan hutan demi untuk kelangsungan kehidupan mereka. Kadar pengganguran juga agak tinggi dan sukar untuk mencari alternatif kepada sumber ekonomi yang ada. Dengan kehadiran Projek MESCOT, ianya telah berjaya memberikan pilihan kepada sumber ekonomi kepada masyarakat setempat melalui ekopelancongan. MESCOT telah berjaya menukar sumber ekonomi masyarakat setempat daripada hanya tertumpu kepada satu aktiviti yang tidak berkekalan kepada aktiviti menjana pendapatan yang lebih bersifat mesra alam semulajadi.

Impak Pemulihan Hutan

MESCOT juga telah berjaya memulihkan kawasan hutan dengan memperkenalkan kaedah penanaman yang bersesuaian dengan keadaan biodiversiti setempat agar habitat Orang Utan yang endemik di Borneo dapat di pelihara. Ahli-ahli MESCOT terlibat secara langsung dalam aktiviti kajian dan pemetaan kawasan hutan untuk tujuan konservasi dan potensi untuk eko pelancongan. Perancangan untuk membuat kajian dan pemetaan hutan ini telah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kekayaan biologi hutan dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kesan kemusnahan hutan dan ekosistem terhadap kesihatan, taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat. Melalui penanaman semula hutan, MESCOT telah berjaya menanam melebihi 100,000 pokok di kawasan terbuka di hutan paya air tawar.

Selain itu, penyelenggaraan nurseri juga membolehkan MESCOT menyumbangkan anak benih pokok ke banyak kawasan pemulihan hutan di seluruh Kinabatangan di mana KOPEL telah dikenali dan menjadi pembekal anak benih pokok. Lebih daripada itu, projek ini telah menjadi sumber rujukan mengenai maklumat ekologi hutan dan cirri-ciri pokok buah-buah hutan.

MESCOT meneruskan aktiviti mengenalpasti spesis pokok baru untuk tujuan pembenihan dan penanaman. Melalui aktviti lawatan dan seliaan fenologi, projek ini telah mengenalpasti 3 spesis pokok baru sebagai pilot projek iaitu Colona serratifolia, Durio graveolens dan Dipterocarpus aplanatus. Colona serratifolia atau mengkapon adalah spesis perintis yang memenuhi kawasan hutan terbakar. Durio graveolens adalah spesis pokok durian liar yang biasa terdapat di dataran banjir dan menjadi kegemaran kepada hidupan liar seperti primat walaupun kadar pertumbuhan sepsis ini relatifnya perlahan namun ia dianggap amat penting sekali untuk mempelbagaikan ekosistem hutan. Dipteracarpus pula adalah spesis yang semakin pupus dan jarang kelihatan di dataran banjir walaupun ia merupakan pokok yang menutupi hutan dalam kawasan yang amat besar sebelum ini. Buah daripada pokok ini amat sukar untuk ditemui kerana semakin pupus dan kitaran untuk menghasilkan buah berlaku sekali setiap tujuh hingga lapan tahun.

Daripada spesis menyerang kepada baja organik

Satu aktiviti lagi yang juga memberikan kesan kepada biodiversiti adalah aktiviti Pemulihan Tasik. MESCOT telah terlibat dengan aktiviti membersihkan kawasan tasik yang dipenuhi dengan spesis rumpai air yang menyerang kawasan tasik iaitu Salvinia molesta. Spesis rumpai air ini telah dikenalpasti di kawasan ini sejak tahun 1990 dan telah berjaya membiak di Tasik Tungog ekoran banjir yang berlaku pada tahun 2001. Spesis ini telah memenuhi dan menutupi kawasan tasik dan ekosistem akuatik. Kawasan Tasik Tungog merupakan kawasan yang selalu digunakan oleh penduduk setempat sebagai kawasan menangkap ikan secara kecil-kecilan. MESCOT telah melaksanakan

Page 9: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

aktiviti memindahkan spesis rumpai ini untuk membebaskan tasik ini dan kawasan sekitarnya. Aktiviti membersihkan permukaan tasik dan bahagian dalam tasik telah dilaksanakan sepanjang tahun 2005 dan aktiviti menyelengara tasik ini berterusan setiap bulan sehingga ke hari ini. Ekosistem akuatik telah dapat dipulihkan di kawasan tasik ini dengan kadar pertambahan ikan di kawasan tersebut. Sebagai tambahan, MESCOT telah berjaya memindahkan spesis rumpai ini dalam amaun yang besar dan spesis ini telah menjadi baja di sekitar hutan tersebut.

IMPAK SOSIO EKONOMIPengenalan aktiviti eko pelancongan telah membuka pintu kepada penduduk setempat di Batu Puteh. Pertama sekali adalah program homestay dan eko kem telah memberi peluang pekerjaan dan pendapatan secara langsung kepada masayarakat yang tidak bekerja. Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad adalah kombinasi daripada beberapa persatuan kampung yang diwujudkan iaitu program Miso Walai Homestay, Pemandu Pelancongan Alam Semulajadi Wayon Tokou, bot Servis Maya do Talud, Kraftangan Tulun Tokou dan Kumpulan Kebudayaan MESCOT. Keseluruhan program ini telah menyediakan model perniagaan yang mampu memberikan pendapatan yang berkekalan kepada masyarakat dan dalam masa yang sama membantu aktiviti konservasi.

Menjana pendapatan dan mewujudkan pekerjaan

Pada tahun pertama operasi, program homestay telah menjana pendapatan melebihi RM 70,000.00, tahun kedua melebihi RM80,000.00 manakala pada tahun ketiga pendapatan telah meningkat kepada RM 104,000.00. Pendapatan ini menunjukkan bahawa di dalam sesebuah masyarakat yang telah berjaya menjana pendapatan purata di antara RM 3,600.00 dan RM 9,600.00 setahun telah membuktikan bahawa program ini telah menjana pendapatan yang signifikan. MESCOT juga telah membuka peluang pekerjaan secara langsung kepada 30 orang berdasarkan pembayaran gaji

bulanan dan lebih 100 orang berasaskan pusingan kerja dan sementara. Sebagai tambahan, KOPEL membayar 20 keluarga di dalam program homestay, 60 orang yang terlibat dengan bot servis, 10 orang pemandu pelancong, 30 belia dan beliawanis yang terlibat dengan kumpulan kebudayaan kampung dan 4 orang penyelaras. Masyarakat kampung juga mendapat manfaat daripada aspek latihan dan pembinaan kapasiti melalui program pendidikan, skil pengurusan perniagaan, perkhidmatan pemandu pelancong, pemasaran dan perkhidmatan interpertasi.

Bantuan kewangan dan sumbangan sukarelawan

Untuk makluman, MESCOT telah mewujudkan satu tabung untuk bantuan kepada komuniti melalui peratus keuntungan yang diperolehi daripada keuntungan aktiviti pelancongan. Tabung ini secara purata telah meningkat kepada RM 9,000.00 setahun dan dalam tahun 2010 telah bertambah melebihi RM 25,000.00. Tabung ini digunakan untuk pinjaman mikro anggota masyarakat yang memerlukan khasnya untuk tujuan membaiki rumah, tandas, kemudahan elektrik dan air dan juga bumbung rumah. Lebih daripada itu, keuntungan daripada eko pelancongan digunakan untuk membayar kos pentadbiran dan pejabat termasuklah kos pengurusan untuk aktiviti konservasi di lapangan iaitu bot, bangunan stor dan nurseri. Apa yang lebih penting, keuntungan daripada eko pelancongan telah digunakan kembali untuk melaksanakan aktiviti pemulihan hutan paya serta untuk pembelian peralatan.

KOPEL juga terus membiayai program belia dan sukarelawan bagi aktiviti silvikultur, pengutipan bijih benih pokok, menyelenggara peralatan tanaman dan juga penanaman pokok serta nurseri. Selain itu, KOPEL juga telah berjaya menarik minat pelancong untuk turut serta dalam program sukarelawan bagi memelihara dan menanam pokok bukan sahaja untuk melabur duit malah juga tenaga mereka di dalam menjaga hutan dan habitat. Setakat ini, lebih daripada 300 sukarelawan telah terlibat di dalam aktiviti konservasi dan restorasi hutan di MESCOT.

9

Page 10: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

10

Berkekalan dan Pereplikaan

BERKEKALANPenunjuk utama yang digunakan oleh MESCOT untuk mengukur projek ini berkekalan ialah dengan melihat jumlah kedatangan pelancong dan jumlah kedatangan pelancong yang berulang mengikuti program ini. Jumlah kedatangan pelancong meningkat setiap tahun sejak projek ini beroperasi dan jumlah pelancong berulang juga menunjukkan peningkatan. Jumlah keuntungan juga meningkat setiap tahun dan telah dilaburkan kembali kepada masyarakat melalui tabung bantuan komuniti, aktiviti konservasi dan juga latihan.

Inisiatif ini juga berkekalan daripada aspek sosial dan kebudayaan jika dilihat daripada tahap penerimaan dan pemilikan yang tinggi di kalangan masyarakat yang terlibat dalam program ini. Salah

satu contoh yang berjaya dilaksanakan ialah pelancong yang melawat di kawasan ini perlu mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar sensitiviti masyarakat dapat dipelihara. Pelancong yang datang akan dimaklumkan terlebih dahulu perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti kebudayaan dan adat resam termasuklah alam sekitar sepanjang mereka berada di kampung. Masyarakat berasa amat bangga dengan kebudayaan tradisional yang dimiliki menyebabkan maklumbalas positif diterima daripada masyarakat setempat yang berkaitan dengan pelancong. MESCOT telah meletakkan asas yang kukuh yang mana telah mengumpul maklumat dan inventori berkaitan dengan sejarah dan pengetahuan mengenai kebudayaan tradisional pada awal penubuhannya. Ini menunujukkan bahawa penghormatan kepada kebudayaan tardisional masyarakat telah wujud dan minat untuk mengekalkan kebudayaan ini telah ditanamkan sejak daripada awal lagi.

Rajah 1: Pertumbuhan jumlah ekopelancongan MESCOT dan perolehan (2000-2009)

KIRI: Jumlah ekopelancongan (2000-2009) KANAN: Perolehan Ekopelancongan (USD) (2000-2009) SUMBER: MESCOT, 2010

176

2943

0

500

1,000

1,500

2,000

2,500

3,000

3,500

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 20090

100,000

200,000

300,000

400,000

500,000

600,000

700,000

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

Page 11: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

1111

Penglibatan secara langsung masyarakat setempat melalui perancangan strategik MESCOT sebelum mengambil keputusan adalah merupakan perkara penting kepada projek ini untuk terus berkekalan dengan lebih lama. Penglibatan masyarakat kampung ini dapat mengekalkan kerjasama dan kepercayaan dikalangan mereka melalui tindakan yang diambil secara kolektif membolehkan matlamat untuk memelihara alam sekitar, meningkatkan sumber ekonomi dan mengembangkan kebudayaan akan tercapai. Pendekatan yang digunakan oleh MESCOT telah berjaya disebabkan oleh pelaburan tenaga yang tidak berbelah bagi oleh masyarakat setempat walaupun ia dilakukan secara sukarela. Dalam masa yang sama organisasi ini turut mengambil pekerja sepenuh masa selain pekerja sementara yang banyak membantu kepada kejayaan projek ini. Ini ditambah pula kesepaduan organisasi ini disebabkan oleh kumpulan MESCOT yang benar-benar berminat untuk melaksanakan aktiviti eko pelancongan, perancangan yang realsitik, kajian dan kefahaman terhadap keupayaan masyarakat setempat, kekuatan sumber sedia ada, pewujudan undang-undang dan peraturan dalaman yang dapat mengurus aktiviti masyarakat serta menyediakan latihan yang sesuai untuk masyarakat agar mereka dapat memahami apa yang boleh dilaksanakan ataupun tidak.

REPLIKASIBeberapa buah kawasan di Kepulauan Borneo telah memohon kepada MESCOT agar dapat membantu melaksanakan aktviti berkaitan program ini. Diantaranya ialah Kg. Abai telah meminta sokongan dan bantuan untuk melaksanakan aktiviti yang sama iaitu eko pelancongan walaupun berbeza sedikit dengan kawasan hutan yang terlibat dan daripada komuniti Penan di Sarawak. KOPEL juga telah menerima permintaaan daripada beberapa agensi kerajaan untuk memberikan taklimat bagaimana projek dilaksanakan. Oleh itu, MESCOT menyediakan perkongsian pengalaman dan aktiviti praktikal kepada komuniti dan agensi kerajaan yang berminat untuk melaksanakan projek yang sama. MESCOT juga telah dijemput untuk menganggotai beberapa jawatankuasa di peringkat daerah dan negeri yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan konservasi untuk berkongsi idea dan pengalaman.

RAKAN KONGSIRakan kongsi MESCOT bermula dengan Tabung Alam Malaysia (WWF), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Sabah dan Pejabat Daerah Kinabatangan. Pada tahun 1996 beberapa individu dari Kg. Batu Puteh telah berjumpa dengan WWF untuk meminta sokongan. Pada masa itu, WWF sedang dalam usaha membantu Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengisytiharkan Dataran Banjir Kinabatangan sebagai Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan. WWF bersetuju untuk menghantar seorang pakar untuk berunding dengan masyarakat setempat berkenaan perancangan pelancongan, mencari dana dan juga pembangunan perniagaan. Seterusnya WWF Norway telah menyediakan peruntukan untuk memulakan satu model projek

yang dipanggil MESCOT di Kg. Batu Puteh. Peruntukan awal ini digunakan untuk membeli peralatan untuk kajian, program latihan, kajian di hutan, lawatan pendedahan dan pembelajaran serta untuk bengkel dan perbincangan di peringkat kampung. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merupakan agensi kerajaan utama yang menyokong projek ini. Sokongan yang diberikan adalah daripada aspek latihan komuniti untuk pelaksanaan homestay, lawatan dan pendaftaran kemudian dijemput untuk menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Homestay Negeri termasuk membantu pembangunan program homestay di kampung-kampung lain di seluruh negeri Sabah. Fungsi yang sama turut di lakukan oleh Pejabat Daerah Kinabatangan yang merupakan agensi utama pembangunan di bahagian Kinabatangan. Sokongan yang diberikan adalah dalam bentuk bantuan institusi, pengesahan, promosi dan perkongsian maklumat. Selain itu beberapa rakan kongsi lain MESCOT adalah seperti yang disenaraikan di bawah :

• Jabatan Perhutanan Sabah: JPS merupakan rakan kongsi yang paling penting dan utama sejak daripada permulaan Projek MESCOT lagi. JPS telah membantu menyediakan ruang pejabat, computer, telekomunikasi, kelulusan mengadakan kajian hutan dan restorasi di Hutan Simpan Supu, bantuan teknikal dalam pemetaan hutan, mengenal pasti sepsis pokok, kelulusan permit untuk membina Trec Eko Kem dan kajian makmal di Pusat Kajian Perhutanan Sabah.

• Land Empowerment Animals People (LEAP): Badan NGO antarabangsa ini merupakan organisasi yang menjadi penghubung MESCOT kepada pendana antarabangsa, menyediakan bantuan institusi untuk pemindahan dan pentadbiran kewangan bagi projek pemulihan hutan. Selain itu, NGO ini juga terlibat dalam mambantu menyelaras dialog dan bengkel di peringkat kampung.

• Shell Sabah Petroleum: SSP membantu menyediakan bantuan kewangan awal untuk fasa pertama pembinaan Tungog Eco Camp termasuklah lukisan pelan pembangunan serta membei peralatan pembinan untuk empat bangunan utama TREC Eco Camp.

• Alexander Abraham Foundation: AAF merupakan pendana utama untuk Projek Pemulihan Hutan dan Habitat bersama dengan American Forest sebagai pendana kedua bagi kerja-kerja di lapangan.

• Arcus Foundation: NGO in merupakan penyambung dana kepada pembinaan fizikal TREC eco Camp.

• Operator Pelancongan: Di antara operator pelancongan yang telah mengikuti program di MESCOT ialah Outlook Expedition (menghantar pelajar sekolah), Camp Borneo (juga menghantar pelajar sekolah) dan Rakuno Gakuen University. Selain itu, operator pelancongan besar bertaraf antarabangsa telah mengikuti program MESCOT adalah Exodus Travel, Intrepid Travel, Geckos Travel, JISCO Travel dan Imaginative Travel. Semua operator ini menjalankan program percutian jangka pendek yang menumpukan kepada “responsible tourism”.

Page 12: MESCOT - Equator Initiative · rawa-rawa, hutan paya gambut dan hutan batu kapur. Disebabkan kepelbagaian jenis hutan, dataran ini kaya dengan kepelbagaian habitat flora dan fauna

Equator InitiativeEnvironment and Energy GroupUnited Nations Development Programme (UNDP)304 East 45th Street, 6th Floor New York, NY 10017Tel: +1 646 781-4023 www.equatorinitiative.org

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah rangkaian pembangunan global PBB, menyokong untuk mengubah dan menghubungkan negara kepada ilmu pengetahuan, pengalaman dan sumber untuk membantu masyarakat membina kehidupan yang lebih baik.

Inisiatif Khatulistiwa membawa bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan, masyarakat awam, perniagaan dan organisasi akar umbi untuk mengiktiraf dan memajukan penyelesaian pembangunan tempatan yang mampan untuk masyarakat, alam sekitar dan komuniti yang berdaya tahan.

©2012 oleh Inisiatif Khatulistiwa Hakcipta terpelihara

Klik pautan imej di bawah untuk membaca lebih banyak kajian kes seperti ini:

RUJUKAN LANJUT

• MESCOT website http://www.mescot.org/• ESCAP Tourism Review, Managing Sustainable Tourism Development http://www.equatorinitiative.org/images/stories/2004winners/

MESCOT/managingsustainabletourism.pdf • Ngece, Kunga. 2002. Community Based Ecotourism: What can the people of East Africa learn from success stories elsewhere?, East African

Ecotourism Development and Conservation Consultants. http://cbnrm.net/pdf/nicholas_kn_001_ecotourismpaper.pdf