lukisan 2d

Upload: aidil-winger

Post on 17-Oct-2015

696 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Lukisan ortografik

TRANSCRIPT

ORTOGRAFIKPengenalan

Lukisan Unjuran ortografik boleh la diaggapkan sebagai lukisan dua demensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua demensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.

Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objekyang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu akan diperolehi. Ini beerti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.

Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :- - Prinsip unjuran berpusat - Prinsip unjuran selari

Rajah 1: Prinsip unjuran berpusat

Rajah 2 : Prinsip unjuran selari

KONSEP

1. Lukisan ortografik dilukis dengan anggapan semua arah pandangan dalam garisan lurus dan selari dengan dua paksi utama iaitu paksi x dan paksi y

2. Garisan dalam lukisan ortografik mempunyai fungsinya sendiri. Oleh itu ketebalan dan kehitaman garisan amat penting.

3. Terdapat dua jenis unjuran iaitu- unjuran sudut pertama- unjuran sudut ketiga

4. Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :-Pandangan atas (pelan)-Pandangan depan (hadapan)-Pandangan sisi (samping)

Pandangan Unjuran Sudut Pertama

Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandanganatas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.

Simbol bagi sudut pandangan

UNJURAN SUDUT PERTAMA

Lukisan untuk sistem unjuran

Pandangan Unjuran Sudut Ketiga

Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas danselari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula beradasebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melaluiillustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.

Simbol bagi sudut pandangan ketiga

Lukisan untuk sistem unjuran

Unjuran ortografikboleh dibahagikankepada dua jenis ;

1. Unjuran Sudut Pertama.2. Unjuran Sudut Ketiga.Unjuran Sudut Pertama.

Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertuadigunakandalam lukisan kejuruteraan.

Lukisan dalam sudutunjuran inidianggap sebagai unjuran piawai tradisiBritish dan Eropah untukkegunaan para arkitek danjurutera.

Satah-satah utama yang terdapat dalam sudut inimempunyainamanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.

Kesemuasatah ini bertemu antara satu dengan lain padasudut tepat.Rajah 1 menunjukkan contoh lukisanbergambar bagi sebuahobjek padu.

Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandanganyang diperolehi ialah pandanganhadapan.

Bentuk bahagian objekyang kelihatan daripandangan ini diunjurkan kebelakang sehinggamengenaisatah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkanolehanak panah kecil.

Rajah 1: Lukisan Bergambar Bagi Objek Padu

Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihatdari atasseperti yang ditunjukkan oleh anak panah B.

Bahagian bahagianyang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak kebawah objek sehinggamencecah satah mengufuk sepertimanayang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ).Bentuk objek yang kelihatan daripandangan ini akan diunjurkankesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi.

Untuk menjadikan lukisan inisebuah lukisan ortografik, kesemuapandangan tadi akandibentangkan menjadi satu rataan sahaja.Rajah 2 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka danberada dalam sudut pertama.

Maka lukisan ini dinamakan lukisanortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklahdiberitajuk agar pembaca tidak keliru.

Rajah 2 : Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama

Unjuran Sudut Ketiga

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuranAmerika. Kini penggunannya telah meluas di seratadunia.

Dalamlukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis beradadalam satah sudut ketiga. Satah-satah yang berada dalam sudutini dibayangkan seolah-olahdiperbuat daripada bahan lutcahayauntuk membolehkanobjek itu dilihat menembusi satah-satahutamanya dari arah anak panah A, B dan C.

Ketiga-tiga arahpandangan bagiobjek ini akan diunjurkan ke hadapan objeksehingga mengenaidinding satahnya seperti yang ditunjukkan olehanak panah kecil,seperti dalam rajah 3.

Rajah 3 : Tiga Pandangan Dalam Unjuran Sudut Ketiga.

Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dandibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografiksudutketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.

Rajah 4 : Unjuran Sudut Ketiga yang Dibentangkan.

Cara Melukis

Unjuran Ortogrfik adalah lukisan bagi membentuk sesuatu objek pada satah unjuran apabila garisan-garisan penglihatan dari mata pemerhati kepada objek adalah selari antara satu sama lain dan berserenjang pada satah unjuran.

Cara Melukis Objek

Perbezaan antara Sudut Unjuran Pertama dan Ketiga

Rajah 1 ; Pandangan yang dilukis pada dinding pelan.

A

Jadual 1 ; Perbezaan antara Sukuan Pertama dengan Sukuan Ketiga

Untuk melihat bahagian-bahagian yang dilukis ke dinding.Satah-satah tersebut akan dipotong melalui garisan berwarnaMERAH.

Rajah 2 : Dinding yang dibuka.

Menghasilkan lukisan dinding seperti rajah dibawah ;

Rajah 3 : Pelan Sudut Unjuran Ketiga

Rajah 4 : Pelan Sudut Unjuran Pertama.