lokman hakim b. muhammed · 2013-11-19 · 2.5 e-book 21 2.6 teori konstruktivisme 22 2.6.1 ... x...

22
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK RATIOS, RATES AND PROPORTIONS 11 TINGKATAN TIGA LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungkhanh

Post on 02-Mar-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN

MOODLE BAGI TAJUK RATIOS, RATES AND PROPORTIONS 11

TINGKATAN TIGA

LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital
Page 3: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : Prof. Dr. Ismail Bin Kailani

Tarikh : …………………………….

Page 4: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

i

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI

TAJUK RATIOS, RATES AND PROPORTIONS 11 TINGKATAN TIGA

LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 5: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED

Tarikh : 7 APRIL 2009

Page 6: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

iii

DEDIKASI

Untuk bonda tersayang,

ZARIYANAH BT YAHYA

Doa, jasa, dan pengorbanan bonda sentiasa dalam ingatan kini dan selamanya

Tiada kasih yang lebih luhur selain kasihmu

Terima kasih bonda

Kekanda-kekanda yang dikasihi,

SUFIAN THAURI B. MUHAMMED

AMINAH BT MUHAMMED

FATIMAH BT MUHAMMED

NORZAHRAH BT MUHAMMED

Terima kasih atas doa dan perhatian kalian

Dan

Buat sahabat-sahabatku,

Sekalung budi di atas segala galakan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan.

Page 7: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, dengan limpah

kurnia sempurnalah projek Sarjana Muda ini dengan hasil yang cukup baik dan

memberangsangkan.

Pertamanya, terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan kata-kata

semangat dan dorongan yang iltizam di dalam menempuh pengajian di universiti.

Terima kasih juga diberikan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Dr.

Ismail Kailani atas cadangan dan kritikan yang diberikan dan memberikan impak yang

positif dan mendalam dalam penghasilan projek ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa mengambil berat

perihal diri ini dan membantu di saat susah. Dengan bantuan kalian penghasilan projek

ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.

Akhirnya kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang sentiasa

memantau serta menilai diri ini dari semasa ke semasa.

Dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dangan penghasilan projek

sarjana muda ini. Terima kasih diucapkan.

Page 8: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan

pembelajaran berpusatkan pelajar. Projek ini bertujuan untuk membangunkan web portal

dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme sosial bagi tajuk Ratios, Rates and

Proportions ll. Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan MOODLE sebagai

tapak dan berasaskan model ADDIE. Ia turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti

pembelajaran selaras dengan kehendak KBSM. Aktiviti seperti Quiz, Forum, Chat,

Journal dan Assignment membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru sekaligus

mengatasi masalah kekangan masa di dalam kelas. Web portal yang diperkuatkan

dengan video dan animasi ini diharap dapat memudahkan pemahaman kepada para

pelajar tingkatan tiga yang merupakan kumpulan sasaran.

Page 9: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

vi

ABSTRACT

Web based learning is viewed as an effective means of delivering courses in the

process of teaching and learning as this medium can support student-centered

learning.The purpose of this project is to develop web portal based on social

constructivism approaches for the topic Ratios, Rates and Proportions ll. This web

portal was developed using MOODLE as a base and ADDIE’S model for its deign. It

prepared a variety of teaching and learning activities which was suit with KBSM

programme. Activities like Quiz, Chat, Forum and Assignment allowed students to

interact with teachers and at the same time avoid time consuming problems in class.

Web portal with video and animation hopefully can help form three students which was

the target group to understand this topic better.

Page 10: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 5

1.4 Kerangka Kajian 6

1.41 Kerangka Teori 6

1.4.2 Kerangka Projek 7

Page 11: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

viii

1.5 Kepentingan Projek 8

1.5.1 Pelajar 8

1.5.2 Guru 8

1.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 9

1.5.4 Ibu bapa dan Masyarakat 9

1.6 Batasan Pembangunan 9

1.7 Definasi Istilah 9

1.7.1 Internet 10

1.7.2 Pembangunan 10

1.7.3 Web portal Pendidikan 10

1.8 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.0 Pendahuluan 12

2.1 Masalah Pembelajaran Matematik 13

2.1.1 Masalah Pembelajaran Topik 14

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 15

2.3 E-Pembelajaran 16

2.3.1 Kebaikan E-Pembelajaran 16

2.3.2 Kelemahan E-Pembelajaran 18

2.4 MOODLE 19

2.4.1 Kelebihan MOODLE 20

2.5 E-Book 21

2.6 Teori Konstruktivisme 22

2.6.1 Konstruktivisme Sosial 24

2.7 Penutup 25

3 METODOLOGI 27

3.0 Pengenalan 27

Page 12: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

ix

3.1 Rasional Pemilihan Model ADDIE 27

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran: ADDIE 28

3.2.1 Fasa Pertama : Analisis 29

3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 29

3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Iisi Pelajaran 29

3.2.1.3 Analisis Keperluan Perkakasan 30

3.2.1.4 Analisis Keperluan Perisian 30

3.2.2 Fasa Kedua : Rekabentuk 30

3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 30

3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi 31

3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 31

3.2.3 Fasa Ketiga : Pembangunan 32

3.2.4 Fasa Keempat : Perlaksanaan 33

3.2.5 Fasa Kelima : Penilaian 33

3.3 Perisian yang Digunakan 34

3.4 Penutup 34

4 WEB PORTAL ‘ RATIOS, RATES AND PROPORTIONS ll’ 35

4.0 Pengenalan 35

4.1 Skrin ‘Log in’ 35

4.2 Skrin ‘Main Menu’ 38

4.3 Penghasilan Bahan E-Pembelajaran 39

4.3.1 Notes 39

4.3.2 Aktiviti 41

4.3.2.1 Learning Outcome 42

4.3.2.2 Quiz 42

4.3.2.3 Forum 44

4.3.2.4 Assignment 45

4.3.2.5 Others 46

4.4 Multimedia dalam Web Portal 49

Page 13: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

x

4.4.1 Teks 49

4.4.2 Video 49

4.4.3 Animasi 50

4.5 Penutup 53

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 54

5.0 Pengenalan 54

5.1 Perbincangan 54

5.2 Kelebihan dan Kelemahan 55

5.2.1 Kelebihan Web Portal 56

5.2.2 Kelemahan Web Portal 57

5.3 Masalah Semasa Penghasilan Projek 58

5.3.1 Kepakaran yang Terhad 58

5.3.2 Capaian Internet 58

5.3.3 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran 59

5.4 Cadangan 59

5.5 Penutup 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN A : Pengesahan Pelajar UTM 64

Page 14: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Pandangan Pelajar Tentang Masalah Yang 6

Dihadapi Semasa Pembelajaran Matematik

Page 15: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka kajian 6

3.1 Model ADDIE 28

4.1 Paparan ‘log in’ 36

4.2 Paparan ‘Create New Account’ 37

4.3 Paparan Topik Matematik Sekolah Menengah 37

4.4 Paparan ‘Main Menu’ 38

4.5 Paparan Pilihan Nota 40

4.6(a) Paparan Datuk Lee Chong Wei Memberi Penerangan 40

4.6(b) Paparan Alex Young Memberi Penerangan 41

4.7 Paparan ‘Learning Outcome’ 42

4.8(a) Paparan Soalan Kuiz 43

4.8(b) Paparan Soalan Kuiz Selepas Disemak 44

4.9 Paparan Forum 45

4.10 Paparan ’assignment’ 46

4.11(a) Paparan ‘Crossword’ 47

4.11(b) Paparan ‘matching’ 48

4.12 Paparan ‘Glossary’ 49

4.13 Paparan Journal 49

4.14 Paparan Video 50

4.15(a) Paparan Objek Bergerak 1 51

4.15(b) Paparan Objek Bergerak 2 51

4.15(c) Paparan Objek Bergerak 3 51

Page 16: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

xiii

4.16(a) Paparan Contoh Animasi Pada ’Main Menu’ 52

4.16(b) Paparan Contoh Animasi Pada ‘Main Menu’ 52

Page 17: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN ADDIE Analyze, Design, Development, Implementation, Evaluation

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

WWW World Wide Web

Page 18: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu

yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan

Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus

pembangunan yang berasaskan teknologi canggih ini di mana teknologi ini juga

digunakan secara meluas di dalam bidang pendidikan. Aspek teknologi telah

digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan

memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Teknologi

sememangnya amat diperlukan kerana ianya sangat membantu terutama dalam sistem

pendidikan kini. Sebagai media tutorial, komputer memiliki keunggulan dalam hal

interaksi, menumbuhkan minat belajar sendiri serta dapat disesuaikan dengan kebolehan

dan minat pelajar

E-Pembelajaran merupakan salah satu dari teknologi komputer yang kian

berkembang. E-Pembelajaran atau juga disebut sebagai ‘E-Learning’ adalah kaedah

pembelajaran secara elektronik dan digital. Ia telah lama diketengahkan oleh intelektual

pendidikan dunia dan Malaysia. Teknologi ini kian menular di peringkat sekolah setelah

diaplikasikan di institut pengajian tinggi sebelum ini. E-Pembelajaran yang akan

diketengahkan ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk

Page 19: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

2

membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Pelajar tidak hanya memperolehi

maklumat melalui buku tetapi terus dengan mengakses laman web yang berkenaan.

Menurut Roslai di dalam Berita Harian(2006) antara kelebihan e-pembelajaran

termasuk kos lebih rendah, jangkauan lebih luas, dan kaedah lebih baik untuk

menilai keputusan latihan.

Dalam membangunkan web portal ini pembangun menggunakan

konstruktivisme sebagai model pembelajaran. Menurut model konstruktivisme,

pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif di mana pelajar membina idea atau

konsep baru berasaskan kepada pengetahuan sedia ada. Teori konstruktivisme

menjadi landasan falsafah kepada rasional penggunaan komputer dalam proses

pembelajaran.

Pembangunan bahan e-learning (web portal) ini adalah berasaskan model

ADDIE iaitu ia melibatkan satu model reka bentuk yang sering menjadi asas kepada

model-model rekabentuk instruksi yang lain. Proses-proses yang terdapat dalam

rekabentuk Model ADDIE memudahkan pembangun untuk menilai dan

memperbetulkan perisian. Ini kerana penilaian formatif yang dijalankan bagi setiap

fasa dalam model ini akan membawa pembangun balik ke fasa asal

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong penuh penerapan

teknologi berbantu komputer dalam sistem pendidikan kini. Ada dinyatakan bahawa

budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori

kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Bagi menyediakan guru yang mahir

dalam menggunakan komputer pihak Kementerian Pelajaran Malaysia turut

mengadakan kursus-kursus penggunaan komputer untuk melatih para guru dalam

melaksanakan teknologi ini dalam pengajaran di sekolah.

Page 20: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan matapelajaran yang wajib dipelajari oleh semua

pelajar sama ada di peringkat rendah atau menengah. Ramai pelajar sering

menganggap matematik sebagai matapelajaran yang sukar dan mencabar. Justeru

adalah menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan dan golongan

pendidik untuk mencari kaedah baru bagi membolehkan pelajar berasa seronok

dalam mempelajari subjek ini.

Fajar Bakti(2006) menyatakan tajuk Ratios, Rates and Proportions ll adalah

berkait rapat dengan kehidupan seharian dimana di dalam bab ini terkandung

subtopik seperti kadar, laju, purata laju dan pecutan. Teknik pengajaran yang sesuai

bagi tajuk yang berkaitan dengan kehidupan seharian adalah konstruktivisme dimana

mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri

mengenai kejadian suatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah. Pelajar membina

realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman mereka

(Good & Brophy, 1990). Liew dan Wan Muhamad Saridan(1991) yang mengatakan

apabila seseorang pelajar didedahkan kepada isi pelajaran yang baru, pelajar tersebut

akan mentafsir dan mencari makna bagi isi pelajaran yang baru itu berdasarkan

konsep-konsep yang biasa ditemui. Apabila konsep konsep ini menjadi kukuh dalam

pemikiran dan struktur kognitif para pelajar, menyebabkan ia sukar dan susah untuk

diubah.

Maka untuk memudahkan pemahaman pelajar, kaedah penyampaian mata

pelajaran matematik haruslah diubahsuai daripada pendekatan tradisi kepada

pendekatan alternatif yang lain seperti penerokaan, penemuan kendiri, simulasi,

pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri dan sebagainya menerusi

perisian multimedia interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar masa kini memerlukan rangsangan

yang pelbagai untuk memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka

belajar akan berkurang sekiranya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah

pengajaran secara tradisional menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika

dibandingkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian

Page 21: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

4

seperti komputer mampu menimbulkan rangsangan positif dalam pengajaran dan

pembelajaran. Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan

matematik. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar.

Cockcroft(1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah

mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik

Satu kaedah pembelajaran menggunakan komputer yang popular masa kini

adalah melalui web. Mengikut Baharuddin Aris et al (2003), melalui kaedah

pembelajaran web, suatu aspek yang penting adalah penglibatan pelajar kepada

proses pembelajaran. Pelajar yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam

mendapatkan maklumat dan pengetahuan samada sesama pelajar sendiri mahupun

interaksi bersama penyelia mereka. Nolan & Martin (1994) dalam Wan Mohd Shukri

(2003), menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan

Internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar

didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.

Oleh sebab itu, pembangun memilih untuk membangunkan web portal bagi

tajuk Ratios, Rates and Proportions ll yang dipelajari oleh pelajar tingkatan 3 dengan

menggunakan moodle sebagai tapak dimana pelajar bebas untuk mencari maklumat

tanpa dikenakan bayaran. Teori pembelajaran yang digunakan adalah teori

konstruktivisme dimana ia menekankan kepada kegiatan pelajar. Menurut Holzer

(1994), implikasi teori konstruktivisme terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah

pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran masing-masing manakala guru hanya

dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif.

Melalui laman web yang dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat dibentuk di

mana pelajar akan belajar dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar

dengan komputer.

Page 22: LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED · 2013-11-19 · 2.5 E-Book 21 2.6 Teori Konstruktivisme 22 2.6.1 ... x 4.4.1 Teks 49 4.4.2 Video ... pembelajaran secara elektronik dan digital

5

1.2 Pernyataan Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran dengan berbantu komputer sudah lama

diperkenalkan di sekolah-sekolah. Pihak kementerian turut menyediakan

kemudahan-kemudahan seperti komputer riba dan CD pembelajaran kepada guru-

guru dan sekolah bagi merealisasikan matlamat ini. Selepas menjalani sesi latihan

mengajar, pembangun telah melihat kesukaran pelajar- pelajar tingkatan 3 dalam

memahami tajuk Ratios, Rates and Proportions ll dimana di dalam tajuk ini pelajar

akan didedahkan dengan konsep kadar, laju, purata laju dan pecutan. Sehubungan

dengan itu, kesukaran pelajar dalam memahami topik tersebut telah menimbulkan

minat kepada pembangun untuk membantu para pelajar memahami konsep dalam

Ratios, Rates, and Proportions ll dengan lebih mendalam. Ini kerana komputer dapat

memberi pembelajaran secara berulang-ulang. Pembelajaran secara berulang akan

memberikan kesan atau ingatan yang lebih baik dari sebelumnya (Clement, 1994).

1.3 Objektif Projek Objektif yang ingin dicapai oleh pembangun adalah

i. Membangunkan web portal berasaskan moodle bagi subjek Matematik

Tingkatan 3 bertajuk ‘ Ratios, Rates and Proportion ll’.

ii. Mengisi web portal dengan bahan bantu pengajaran untuk guru dan bahan

sokongan pembelajaran pelajar.