laporan aktiviti gotong royong

13
LAPORAN PROGRAM GOTONG - ROYONG DAN RIADAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI ) 2009 TARIKH 6 NOVEMBER 2009 ( JUMAAT ) ‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’

Upload: pkskm

Post on 13-Jun-2015

20.700 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Aktiviti Gotong Royong

LAPORAN

PROGRAMGOTONG - ROYONG DAN RIADAH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )2009

TARIKH6 NOVEMBER 2009

( JUMAAT )

‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’

Page 2: Laporan Aktiviti Gotong Royong

LAPORANPROGRAM GOTONG - ROYONG DAN RIADAH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )2009

Pengenalan

Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ), Sekolah Kebangsaan

Matang, Taiping Perak telah mengadakan Program Gotong - Royong dan

Riadah di sekitar kebun dan halaman kelas PPKI. Program ini telah memberi

pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-guru bergaul dengan

lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka. Disamping itu program

ini juga telah memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai

peraturan, cara dan panduan mengurus diri apabila mengikuti sebarang

aktiviti riadah.

Page 3: Laporan Aktiviti Gotong Royong

Objektif

Meluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan

suasana di luar bilik darjah.

Mendedahkan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan

panduan membersihkan kawasan.

Menanam rasa minat dan keseronokan belajar terhadap diri murid-

murid.

Menambah pengetahuan sedia ada kepada murid-murid kerana tidak

semua keluarga yang pernah mengajak atau mengajar mereka

sebarang aktiviti mengenai gotong - royong.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GOTONG – ROYONG DAN RIADAH PPKI SK MATANG 2009

1. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Matang 34750 Matang Perak

2. Penasihat 1 : En. Fezarudin bin Mahamudin ( Guru Besar SK Matang )

3. Penasihat II : Tn Hj Abd Rahim bin Abd Rasid ( Penolong Kanan Pentadbiran )

4. Penasihat III : Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais ( Penyelaras PPKI SK Matang )

5. Pengerusi : En. Mohamad Zamri bin Hj Mohamad Napis

6. Setiausaha : En. Mohd Zulfadhly bin Ahmad Tarmizi

7. Bendahari : Pn. Norhayati bt Hussain

8. AJK Makanan / Minuman : Pn. Norul Ashikin bt Mohamed: Pn. Faridah bt Ishak: Pn. Irwazita bt Shamsee

Page 4: Laporan Aktiviti Gotong Royong

: Cik Juriati bt Jamaludin

9. AJK Keselamatan : En. Zainuddin bin Abd Rahim

10. AJK Aktiviti Gotong-Royong : Semua warga PPKI SK Matang

11. AJK Aktiviti Poco-poco : Semua warga PPKI SK Matang

12. AJK Aktiviti Nasyid : Semua Warga PPKI SK Matang.

13. Kumpulan Sasaran : Semua warga PPKI SK MatangLaporan Program

Pada 6 November 2009 yang lalu, Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ), Sekolah Kebangsaan Matang, Taiping Perak telah mengadakan Program Gotong - Royong dan Riadah di sekitar kebun dan halaman kelas PPKI. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka.

Pada pukul 7.40 pagi murid-murid telah berkumpul di Dewan Datuk Maharajalela untuk pembahagian kumpulan mengikut kawasan-kawasan gotong-royong yang telah dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. Setiap kumpulan telah dibahagikan dengan beberapa orang guru dan juga PPM disertai oleh murid-murid PPKI mengikut pecahan kelas.

Aktiviti gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua guru dan murid-murid telah melakukan aktiviti membersihkan kebun beramai-ramai. Antaranya ialah seperti aktiviti membuang daun-daun kering , mencangkul dan menggemburkan tanah, menyiram pokok bunga dan juga menabur baja. Aktiviti gotong-royong ini telah berjalan selama satu jam setengah sehingga pukul 9.30 pagi. Selepas itu, semua guru dan murid-murid ke kantin untuk rehat dan sarapan pagi.

Pada pukul 10.00 pagi, semua guru dan murid-murid menuju ke Dewan Datuk Maharajalela untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti ‘POCO-POCO’. Aktiviti ini telah diketuai oleh Encik Zamri bin Hj Mohamad Napis. Aktiviti ini telah berlangsung selama satu jam sehingga jam 11.00 pagi.

Pada pukul 11.00 pagi diteruskan dengan aktiviti latihan nasyid sempena minggu Agama Islam. Latihan nasyid ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang telah dilatih oleh guru-guru PPKI.

Page 5: Laporan Aktiviti Gotong Royong

Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Penutup

Program ini telah berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan. Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih. Dengan program ini juga, dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________ _____________________(Cik Shazrina bt Mohd Ghazali) (Pn. Shamsiah bt Mohd Jais)Guru PPKI SK Matang Penyelaras PPKI SK Matang

Page 6: Laporan Aktiviti Gotong Royong

AKTIVITI MEMBERSIHKAN KEBUN

Page 7: Laporan Aktiviti Gotong Royong
Page 8: Laporan Aktiviti Gotong Royong
Page 9: Laporan Aktiviti Gotong Royong
Page 10: Laporan Aktiviti Gotong Royong
Page 11: Laporan Aktiviti Gotong Royong

MENARI POCO-POCO….

Page 12: Laporan Aktiviti Gotong Royong