kuiz kata hubung

17
Kata Penghubung Kata Penghubung * perkataan yang digunakan untuk mencantumkan/menggabungkan dua atau lebih ayat supaya menjadi satu ayat. * Ia boleh hadir di awal atau di tengah ayat. Contoh Kata Penghubung Yang telah kamu pelajari: dan kerana dengan jika atau tetapi

Upload: sekolah-rendah-park-view

Post on 18-Jul-2015

205 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Kata PenghubungKata Penghubung* perkataan yang digunakan untuk

mencantumkan/menggabungkan dua atau lebih ayat supaya menjadi satu ayat.

* Ia boleh hadir di awal atau di tengah ayat.

Contoh Kata Penghubung Yang telah kamu pelajari:

dankerana

denganjika atau

tetapi

Kata PenghubungKata Penghubung

sambil

apabila

setelah

kecuali

selepas

semasa

lalu

Kata PenghubungKata Penghubung

sambilapabila

setelahkecuali

selepas

semasa

lalu

Saya digunakan untuk ketika,Penggunaan saya seperti semasa,

Jikalau pandai awak meneka,Bermula dengan ‘A’ berakhir juga ‘A’.

Apabila

Kata PenghubungKata Penghubung

sambilapabila

setelahkecuali

selepas

semasa

lalu

Sudah dikatakan kita bersaudara,seperti kembar sama serupa,

Cuba namakan kembar saya,seiras Apabila menandakan masa.

Semasa

Kata PenghubungKata Penghubung

sambilapabila

setelahkecuali

selepas

semasa

lalu

Mencuci tangan sebelum makan,Supaya tidak dijangkiti kuman,

Perkataan apa yang kita gunakan,perkataan Sebelum tetapi berlawan.

Selepas

Kata PenghubungKata Penghubung

sambilapabila

setelahkecuali

selepas

semasa

lalu

Apabila dan Semasa adalah seiras,Kerana fungsi keduanya sama,

Bagaimana pula dengan selepas,Bermula ‘se’, di tengah ‘te’ dan berakhir ‘lah’.

Setelah

Kata PenghubungKata Penghubung

sambilapabila

setelahkecuali

selepas

semasa

lalu

Ada yang hanya boleh membuat satu kerja,Ada juga mampu membuat 2,

Kedua-dua kerja dibuat bersama,2 berlainan kerja dalam satu masa.

Sambil

Kata PenghubungKata Penghubung

sambilapabila

setelahkecuali

selepas

semasa

lalu

Daripada jauh kelihatan serupa,Di sangka Tetapi sememangnya tidak,

Mengambil satu kecuali semua,Bunyi seperti Pak Ali tetapi tidak.

Kecuali

Kata PenghubungKata Penghubung

sambilapabila

setelahkecuali

selepas

semasa

lalu

Adakala berhenti setelah membuat sesuatu,Adakala disambung setelah itu,

Apa yang dilakukan berturut-turut olehku,Adakah perkataannya lalu?

Lalu

Kata PenghubungKata Penghubung

Telefon berdering.Ali sedang mengulangkaji pelajaran.Semasa Ali sedang mengulangkaji pelajaran , telefon telah berdering.

Ibu sedang tidur.Saya balik dari sekolah.Ibu sedang tidur apabila saya balik dari sekolah.

Apabila / Semasa•Masa sesuatu perkara berlaku (when)

Kata PenghubungKata PenghubungSetelah / Selepas•Menunjukkan perkara yang dilakukan kemudian (after) Ali membuat lembaran kerja.Ali menghantarnya ke hadapan.Setelah membuat lembaran kerja, Ali menghantarnya ke hadapan.

Ali menghantar lembaran kerja ke hadapan selepas membuatnya.

Kata PenghubungKata PenghubungSambil• 2 perbuatan 1 masa (simultaneously)

Ali menonton televisyen.Ali minum secawan kopi.Ali minum secawan kopi sambil menonton televisyen.

Ali menunggang basikal.Ali bersiul.Ali menunggang basikal sambil bersiul.

Kata PenghubungKata PenghubungKecuali• melainkan (except)

Semua pelajar menghantar kerja rumah mereka.Ali tidak menghantar kerja rumahnya.Semua pelajar menghantar kerja rumah mereka kecuali Ali.

Saya gemar bersukan.Saya tidak gemar berlari.Saya gemar bersukan kecuali berlari.

Kata PenghubungKata PenghubungLalu•Perbuatan yang berterusan (continously)

Ali membuka kasut.Ali masuk ke dalam rumahnya.Ali membuka kasut lalu masuk ke dalam rumahnya.

Ali berbaring di atas katil.Ali terus tertidur.Ali berbaring di atas katil lalu terus tertidur.

Isikan tempat kosong dengan Kata Penghubung yang sesuai.

apabilasambil

selepas

semasalalu

kecualisetelah

1._______ saya berumur enam tahun, beberapa batang gigi saya tanggal.

2. Kesemua gigi susu saya sudah tanggal ________ satu.

3._______ bangun pagi, kita perlu memberus gigi.

4._______ saya dewasa kelak saya ingin menjadi seorang doktor.

Semasa

kecuali

Selepas

Apabila

5.Jamil terasa amat lapar ______ ke dapur untuk mengambil makanan.

6.Sidek amat suka berbual ________ membuat kerjanya.

7.__________ dimarahi bapanya, baru Melati menyesali kesilapannya itu.

lalu

sambil

Setelah

Isikan tempat kosong dengan Kata Penghubung yang sesuai.

apabilasambil

selepas

semasalalu

kecualisetelah

Tugasan:Lengkapkan Latihan di dalam buku kerja & Lembaran Kerja dan dihantar.