kuarantin haiwan berpenyakit

22

Upload: vominh

Post on 28-Jan-2017

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuarantin Haiwan Berpenyakit
Page 2: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

ARAHAN PROSEDUR TETAPVETERINAR MALAYSIA

No. Dokumentasi: APTVM 22 (a): 1/2010

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINARKEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANIMALAYSIA

KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

Page 3: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

ii

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

ISI KANDUNGAN

Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar .............................

1.0 Pengenalan ..............................................................................

2.0 Objektif ......................................................................................

3.0 Skop ...........................................................................................

4.0 Definisi .......................................................................................

5.0 Kata Singkatan .........................................................................

6.0 ArahanProsedurTetapKuarantinHaiwan Berpenyakit ...............................................................................

6.1 PembukaanKuarantinHaiwanBerpenyakit.................

6.2 PengurusanKuarantinHaiwanBerpenyakit..................

6.3 PenutupanKuarantinHaiwanBerpenyakit...................

7.0 KempenKesedaranAwam.....................................................

8.0 Rujukan ......................................................................................

ProsesKerjaPewujudanKuarantinHaiwanBerpenyakit....................

ProsesKerjaPengurusanKuarantinHaiwanBerpenyakit...................

ProsesKerjaPenutupanKuarantinHaiwanBerpenyakit....................

Gambarajah1:CartaAliranKerjaKuarantinHaiwanBerpenyakit .............................................................................................

Lampiran1:ContohNotisPemberitahuan.........................................

JawatankuasaPenyediaanAPTVMKuarantinHaiwanBerpenyakit.............................................................

Penghargaan ..........................................................................................

MUKASURAT

iii

1

1

1

2

4

4

4

6

8

9

9

10

10

11

12

14

16

17

Page 4: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

iii

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

ARAHAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

Kawalandanpembasmianpenyakit haiwanmerupakan salah satu fungsiutama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menyediakan suasanapenternakan yang menarik kepada industri ternakan. Kuarantin HaiwanBerpenyakit juga merupakan salah satu kaedah kawalan penyakit yangpenting ketika berlakunya wabak penyakit. Kaedah kawalan ini telahpunsediaadaterkandungdalamAktaBinatang1953(Semakan2006).

Kuarantin Haiwan Berpenyakit diwujudkan untuk mencegah, mengawaldan menghalang rebakan penyakit haiwan melalui pemindahan danpergerakan haiwan serta penyembelihan. Pengalaman kita dalamkawalan Penyakit Kuku dan Mulut, Selesema Burung dan Nipahmembuktikan bahawa prosedur ini berkesan sekiranya diuruskandengan baik.

Namun begitu masih terdapat kelemahan yang perlu diatasi dalampelaksanaan Kuarantin Haiwan Berpenyakit. Langkah pembukaan danpenutupan kuarantin serta ketelitian dalam pengawalan pergerakandan pemindahan haiwan masih belum sempurna. Status IndeksPenyakit perlu dipantau dari satu tahap kepada tahap yang lain agarsentiasa kemaskini dan disedari oleh semua pihak yang terlibat.Pematuhan kepada prosedur Kuarantin Haiwan Berpenyakit akanmembolehkan penyakit dibendung dan dibasmi dengan segera agarindustriperdaganganternakandapatkembalinormal.

Dengan ini diharapkan pengurusan kawalan pergerakan danpemindahan haiwan dalam kawasan berjangkit akan menjadi lebihteratur.MakaArahanProsedurTetapVeterinarMalaysiaKuarantinHaiwanBerpenyakithendaklahdijadikanpanduanolehsemuaPenguasaVeterinardan Veterinawan Bertauliah dalam mengawal dan mencegah penyakithaiwandanzoonotik.

Dato’ Dr. Abd Aziz bin JamaluddinKetua Pengarah Perkhidmatan VeterinarMalaysia

Page 5: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

1

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

ARAHAN PROSEDUR TETAP VETERINAR MALAYSIAKUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

1.0 PENGENALAN

Kuarantin Haiwan Berpenyakit (KHP) adalah suatu kawasansekatan dalam kawasan terjangkit, kawasan kawalan penyakitatau kawasan pembasmian penyakit mengikut ketetapanSeksyen 36 dan subseksyen 80(2), Akta Binatang 1953 (Semakan2006).KHPinibertujuanmengasingdanmemisahkanhaiwan,hasil,produk, peralatan berkaitan dan premis terjangkit daripadapopulasi yang masih bebas melalui pengurusan biosekuriti,termasuktegahanpergerakan,pemindahandanpenyembelihan.

JabatanPerkhidmatanVeterinar(DVS)merupakanpihakberkuasaveterinar yang bertanggungjawab untuk mengawal danmembasmipenyakithaiwandanzoonotik.KHPinimerupakansalahsatu kaedah yang diperuntukkan kuasa kepada DVS untukmengawal dan membasmi penyakit, menjamin kesejahteraanhaiwandankeselamatanmakanan selarasamalanantarabangsadibawahperaturanPertubuhanAntarabangsa(OIE)danundang-undang negara. Maka amat penting bagi semua penguasaveterinar memahami prosedur pembukaan dan penutupan sertapengurusanKHP.

2.0 OBJEKTIF

APTVM Kuarantin Haiwan Berpenyakit (KHP) akan memberikanpanduan mengenai proses dan pengurusan KHP dengantujuan mencegah, mengawal dan membasmi penyakit haiwandan zoonotik serta menjadi rujukan untuk tegahan pergerakan,pemindahandanpenyembelihanyangdikuatkuasakanolehDVS.

3.0 SKOP

Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia ini akan meliputiprosedurberikut:

3.1 PembukaanKHP

3.2 PengurusanKHP

3.3 PenutupanKHP

Page 6: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

2

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

4.0 DEFINISI

4.1 Pegawai Veterinar

Veterinawan yang berdaftar dengan Majlis VeterinarMalaysiayangdilantiksebagaiPegawaiVeterinarkerajaan.

4.2 Pihak Berkuasa Veterinar

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Timbalan KetuaPengarah Perkhidmatan Veterinar, dan mana-manaPengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri, mana-manaPegawai Veterinar, Timbalan atau Penolong PegawaiVeterinar dan termasuk mana-mana orang yang dilantiksecara bertulis oleh Ketua Pengarah PerkhidmatanVeterinar, Timbalan Ketua Pengarah PerkhidmatanVeterinar dan mana-mana Pengarah PerkhidmatanVeterinarNegeriuntukmenjadiPihakBerkuasaVeterinardibawahSeksyen3AktaBinatang1953(Semakan2006).

4.3 Kuarantin

Penahananwajib dalam pengasingan daripada apa-apahaiwan, burung dan benda bagi tujuan pemantauandan kawalan penyakit bagi kawasan dijangkiti, kawasankawalandankawasanpembasmian.

4.4 Kawasan

Sesuatu kawasan atau wilayah yang ditentukan denganjelas kumpulan haiwan dengan taraf kesihatan yangspesifik.

4.5 Kawasan Dijangkiti

Kawasan di mana lokasi berlaku kejadian penyakit yangditetapkan melalui Protokol Veterinar Malaysia dandiuruskanberpandukanAPTVMPengurusanIndeksPenyakitHaiwan.

Page 7: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

3

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

4.6 Kawasan Kawalan

Kawasan di sekeliling kawasan dijangkiti mengikutkeluasan yang bersesuaian dengan penyakit berkenaanyang berkemungkinan akan berlaku rebakan penyakitdaripadakawasandijangkiti.

4.7 Kawasan Pembasmian

Kawasan di mana DVS sedang mengambil langkahpembasmian, samada penyakit masih belum bebassepenuhnya atau telah pun bebas namun sebahagianlangkahpencegahanmasihberkuatkuasa.

4.8 Zon

Kawasan yang bersambungan atau wilayah yangditentukandenganjelassempadannyasertamengandungikumpulan haiwan yang dipastikan secara spesifik tarafkesihatannya.

4.9 Wabak

Kejadianpenyakitberjangkityangmelibatkanlebihdarisatuindeksataugerompokhaiwanataumelangkauisatumukimdandaerahataumelebihikebiasaan.

4.10 Premis

Ladang, tempat, kandang, reban, rumah sembelih, lojipemprosesan, kilang makanan haiwan, klinik haiwan,kedaihaiwan,pasarbasah,rumahataubangunandimanahaiwan, hasil atau produk haiwan ditempatkan ataudiletakkan secara sementara atau kekal serta dijalankanperkhidmatanberkaitanhaiwan,hasilatauprodukhaiwan.

4.11 Haiwan

Semuabinatang termasuk lembu,kambing,kerbau,bebiri,kuda,babi, rusa,anjing, kucing,unggas sertamana-manabinatang yang dikurung atau bawah kawalan,padasebarangumurataujantina.

Page 8: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

4

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

4.12 Penyakit

Apa-apa penyakit yang berjangkit atau jangkitan antarahaiwanatauburungyangdiisytiharkandandiwartakan.

4.13 Notis

DokumenbertulisdariPihakBerkuasaVeterinarbagitujuanmemberitahu atau memaklumkan kepada pemilik premis,pemilik haiwan dan pihak–pihak yang berkepentingandalam bentuk surat rasmi, emel atau Khidmat PesananRingkas (SMS) berkenaan dengan pengisytiharaanpenyakitdantentangpembukaansertapenutupannya.

5.0 KATA SINGKATAN

APTVM - ArahanProsedurTetapVeterinarMalaysia

DVS - JabatanPerkhidmatanVeterinar

GIS - Geographical Information System

IP - IndeksPenyakit

KHP - KuarantinHaiwanBerpenyakit

OIE - Offices Internationale des Epizootes

PBV - PihakBerkuasaVeterinar

6.0 ARAHAN PROSEDUR TETAP KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

6.1 Pembukaan Kuarantin Haiwan Berpenyakit

6.1.1 Pewartaan Wabak Penyakit

Bila berlaku atau disyaki berlaku penyakit wajiblapor, Pengarah Perkhidmatan Veterinar NegerihendaklahmenasihatkanMenteriBesaratauKetuaMenteri untuk mengisytihar dan mewartakannegeri atau sesuatu kawasan atau bahagiansesebuah negeri menjadi Kawasan Dijangkiti,Kawasan Kawalan Penyakit atau KawasanPembasmian Penyakit bagi memastikan kaedahkawalan dan pembasmian penyakit boleh

Page 9: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

5

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

dijalankan dengan telitli dan mengikut undang-undangdanperaturansepertimanaSubseksyen36(1)dan(2)AktaBinatang1953(Pindaan2006).

6.1.2 Pengisytiharaan Kawalan Penyakit.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negerimengeluarkan perintah penyakit yang diisytiharbesertaKawasanDijangkiti,KawasanKawalanDanKawasan Pembasmian Penyakit serta hendaklahjugameliputiprosedurKHP.

6.1.3 Penentuan Kawasan Kuarantin

PihakBerkuasaVeterinarakanmenentukankawasanyang terlibat serta aktiviti bagi setiap kawasanmerujuk kepada Protokol Veterinar Malaysiamengikut penyakit yang berkaitan.

6.1.4 Pemberian Notis

PihakBerkuasaVeterinarakanmengeluarkannotiskuarantinkepadapemilikpremisdanpemilikternakan.

6.1.5. Penandaan kawasan

Pihak Berkuasa Veterinar hendaklah menandakankawasan tersebut bagi membantu pemilik danorangawammengetahuikawasanKHP.

Penandaan sempadankawasankuarantinhaiwanberpenyakit dilaksanakan dengan menggunakanpapan notis, tali rentang biosekuriti, aplikasi GIS,celungmudah alih, pagar yang bersesuaian atauperalatanlainyangsesuai.

Page 10: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

6

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

6.2 Pengurusan Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Pengurusan kuarantin haiwan berpenyakit (KHP) inimelibatkan aktiviti berikut:

6.2.1 Pengendalian Haiwan

Mana-mana haiwan dalam kawasan kuarantinhaiwan berpenyakit (KHP) perlu dikurung denganmenggunakan celung mudah alih, pagar elektrik,tali, reban atau kandang, holding yard ataukawasankurunganyangbersesuaian.

6.2.2 Rawatan

Mana-manahaiwanyangsakitdalamkawasanKHPperlulahdiberirawatanmengikutkesesuaiankes.

6.2.3 Pemvaksinan

Mana-mana haiwan yang dikuarantin, sekiranyaperlu divaksin, rujukan hendaklah dibuat kepadaAPTVM Vaksinasi dan Protokol Veterinar Malaysiamengikut penyakit yang berkenaan.

6.2.4 Penghapusan

Bagi penyakit yang memerlukan penghapusanberpandukan Protokol Veterinar Malaysia, haiwanatau burung hendaklah dihapuskan samadasecara individu atau besar-besaran dalamkawasan KHP perlu dilaksanakan berpandukanAPTVM Penghapusan dan tertakluk di bawahSeksyen-seksyen 19, 24, 25, 28 dan 33 AktaBinatang1953(Semakan2006).

6.2.5 Pemusnahan

Bangunan, kandang, bangsal, petak, sangkaratau tempat serta apa-apa alatan, kelengkapandan perkakasan yang berkaitan dengan haiwandan burung berpenyakit dengan merujuk ProtokolVeterinar Malaysia; hendaklah dimusnahkanberpandukanAPTVMPenghapusan.

Page 11: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

7

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

6.2.6 Pelupusan

Mana-manahaiwanyangmatididalamkawasankuarantin (KHP) dan bangkai/karkas, haiwan/hasilan haiwan/bahan biologic yang dihapuskandan material dimusnahkan atas perintah PihakBerkuasa Veterinar hendaklah dilupuskanberpandukanAPTVMPenghapusan.

6.2.7 Disinfeksi

Semua kenderaan dan peralatan ladang yangdibawa keluar atau masuk termasuklah orangdan pakaian yangmemasuki danmeninggalkankawasan kuarantin (KHP) berpotensimenyebarkanpenyakit perlulah didisinfeksi. Bagi pelaksanaanprosedur ini perlu dibuat rujukan kepada APTVMDisinfeksi dan tertakluk di bawah Seksyen-seksyen25,26dan27AktaBinatang1953(2006).

6.2.8 Tegahan Pindahan

i. Pemindahanternakankeluardarikawasan yang diisytiharkan sebagai KHP adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Pihak Bekuasa Veterinar hendaklah memastikan tiada pengeluaran permit pindah ternakan melalui sistem e-permit 2 atau apa-apa kaedah pemindahan ternakankeluardarikawasanKHP.Inibagi memastikan ternakan yang berpenyakit atau disyaki berpenyakit tidak berpindah bagi tujuan kawalan dan pembasmian penyakit.

ii. Pemindahanmasuk haiwan kedalamKHP juga ditegah bagi mengelakkan penyakit merebak semula dikalangan haiwan yang barudibawamasuk.

6.2.9 Tegahan Penyembelihan

PBV hendaklah memastikan kawalanpenyembelihan ternakan dalam kawasan KHP

Page 12: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

8

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

dikuatkuasakan sehingga keadaan pulih dantegahan ditarik balik.

6.2.10 Kawalan Pergerakan Kenderaan dan Manusia

Semua pergerakan masuk kenderaan, manusia,makhluk perosak dan peralatan yang berpotensimenyebarkan penyakit ke dalam atau keluar daripadaKHPhendaklahdikurangkandandiawasiserta melalui prosedur disinfeksi digaris sempadanKHP. Sekiranya perlu terutama bagi penyakit barumuncul, zoonotik, atau rentas sempadan,sekatan jalan raya jugaakandikuatkuasakanolehBahagian Penguatkuasa dengan kerjasamaPolisDiRajaMalaysia.

6.3 Penutupan Kuarantin Haiwan Berpenyakit

PBV hendaklah memastikan langkah berikut diambil bagimenutupkuarantinhaiwanberpenyakit:-

6.3.1 Pemeriksaan Haiwan

Mana-manahaiwanyangberadadalamkawasanKHPhendaklahdibuatsurvelanmelaluipemeriksaanfizikal dan klinikal, pengambilan sampel serologibagi mengesahkan tiada lagi penyakit yang aktifberadadalamlingkunganKHP.

6.3.2 Pengesahan Status Penyakit

Melalui pemeriksaan klinikal dan atau ujianmakmal, sesuatu KHP yang telah kembalimencapai status Indeks Penyakit (IP) Pulih atauBebas boleh dipertimbangkan untuk penutupanKHP. Rujuk APTVM Pengurusan Indeks PenyakitHaiwan dan ProtokolVeterinar Malaysia untukpenyakit berkenaan.

6.3.3 Pengisytiharaan bebas penyakit

Dalampengisytiharaanbebaspenyakitsecarazonatau kepungan, semua maklumat dan keperluanbadan antarabangsa perlu diambil kira dan

Page 13: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

9

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

seterusnya Pengarah Perkhidmatan VeterinarNegeri akan membuat pengisytiharaan bebaspenyakit bagi kawasan, zon atau kepungan yangsebelum ini telah diisytihar sebagai kawasanberwabak.

6.3.4 Penutupan KHP

PenutupanKHPbolehdibuatapabilaPBVberpuashati kriterianya dipenuhi dan:

i. Pemilikpremishendaklahdimaklumimelalui notistentangpenutupanKHP.ii. Semua bentuk sekatan samada fizikal, tali dannotishendaklahdibuang.iii. Sekatan pergerakan/pemindahan haiwan masuk dan keluar ke dalam kawasan premistersebutditarikbalik.iv. Tegahansembelihhendaklahditarikbalik.v. Kawalan pergerakan kenderaan dan manusiajugaditarikbalik.vi. Sekatan jalanraya sekiranya diwujudkan akan ditarik balik.vii. Namun dinasihati agar premis mengekalkanamalanbiosekuriti.

7.0 KEMPEN KESEDARAN AWAM

Kesedaranawamterhadapwabakpenyakitperludipertingkatkanmelalui ceramah, sesi dialog, media massa, poster, risalah danlain-lain.SilarujukAPTVMKempenKesedaranAwam.

8.0 RUJUKAN

8.1 AktaBinatang1953(semakan2006)8.2 APTVMPengurusanIndeksPenyakitHaiwan8.3 APTVMPendaftaranStesenKuarantinHaiwanSementara8.4 APTVM Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan ProdukHaiwanAntaraNegeridiMalaysia

Page 14: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

10

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

8.5 APTVMDisinfeksi8.6 APTVMPenghapusan8.7 APTVMVaksinasi8.8 APTVMKempenKesedaranAwam8.9 Terrestrial Code – OIE8.10 ProtokolVeterinarMalaysia8.11 Protokol-protokol Kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan 2003

PROSES KERJA PEWUJUDAN KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

Bil ProsesKerja Tanggungjawab/Jawatan

1 Pengesahan penyakit untuk tujuanpengisytiharaanwabak

Makmal Veterinar Kawasan/InstitutPenyelidikan Veterinar

2 PewartaanWabakPenyakit Menteri Besar / Ketua Menteri atasnasihat Pengarah PerkhidmatanVeterinar Negeri

3 PengisytiharaanKawasanKuarantin Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri

4 PenentuanKawasanKuarantin Pihak Berkuasa Veterinar (PegawaiVeterinaryangBertugas)

5 PemberianNotis Pegawai Veterinar bertugas /PegawaiPenguatkuasa

PROSES KERJA PENGURUSAN KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

Bil ProsesKerja Tanggungjawab/Jawatan

1 TegahanPergerakan/Pemindahan PihakBerkuasaVeterinar

2 TegahanPenyembelihan PihakBerkuasaVeterinar

3 Penandaan Sempadan PihakBerkuasaVeterinar

4 PengendalianHaiwan PihakBerkuasaVeterinar

5 Rawatan PihakBerkuasaVeterinar

6 Vaksinasi PihakBerkuasaVeterinar

7 Penghapusan PihakBerkuasaVeterinar

8 Disinfeksi PihakBerkuasaVeterinar

Page 15: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

11

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

PROSES KERJA PENUTUPAN KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

Bil ProsesKerja Tanggungjawab/Jawatan

1 PemeriksaanHaiwan Pihak Berkuasa Veterinar (PegawaiVeterinaryangBertugas)

2 PengesahanStatusPenyakituntukPenutupanKHP

Makmal Veterinar Kawasan / InstitutPenyelidikan Veterinar

3 Pengambilan Maklumat danRekod

PihakBerkuasaVeterinar

4 MenganalisisRisiko Pihak Berkuasa Veterinar (PegawaiVeterinaryangBertugas)

5 Pengisytiharaanbebaspenyakit Pengarah Perkhidmatan VeterinarNegeri

6 Penutupan Kuarantin HaiwanBerpenyakit

PihakBerkuasaVeterinar

Page 16: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

12

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Gambarajah 1 : CARTA ALIRAN KERJA KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

Page 17: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

13

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Page 18: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

14

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Lampiran 1 : CONTOH NOTIS PEMBERITAHUAN

Rujukan tuan :Rujukan kami :Tarikh :Kepada;………………………..………………………..………………………..Y.Bhg.Dato’/DatinPaduka/Tuan/Puan

NOTIS PEMBERITAHUAN KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT DI BAWAHPERINTAH SUBSEKSYEN 36 (1) / (2) , AKTA BINATANG 1953 SEMAKAN 2006

Adalahsayadengansegalahormatnyainginmerujukkepadaperkaratersebutdiatas.

2. Sehubungan dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Jabatan telahmenjalankan siasatan kejadian kes penyakit dan mendapati haiwanNoTag……….disahkandijangkitipenyakit…………….

3. OlehyangdemikiandibawahperuntukanPerintahSubseksyen-subseksyen36(1)/(2),AktaBinatang1953,Semakan2006pihakTuanadalahdimintamematuhiarahan Kuarantin Haiwan Berpenyakit dan di larang sama sekali memindahmasuk dan/atau keluar (di mana berkenaan) haiwan, karkas, peralatan ladangdan makanan ternakan dan menyembelih haiwan atau membawa keluartanpa kebenaran pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.

4. Notis pemberitahuan ini adalah berkuatkuasa sertamerta daripada tarikhnotisinidikeluarkan.Didalamtempohkuarantinini,pihakJabatanakanmenjalankanpemantauan dari semasa ke semasa sehingga permis pihak tuandisahkanbebaspenyakittersebut.

5. Kerjasamadanperhatianpihaktuandidalamperkarainiamatpenting.

Sekian harap maklum.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Sayayangmenurutperintah,

………………………………….Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeris.kKetuaPengarahPerkhidmatanVeterinarMalaysia

Page 19: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

15

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Maklumatlanjutbolehdidapatidenganmenghubungi:

BahagianPengurusanBiosekuritidanSPSJabatan Perkhidmatan VeterinarKementerianPertaniandanIndustriAsasTaniWismaTani,BlokPodiumLot4G1,Presint4PusatPentadbiranKerajaanPersekutuan62630 Putrajaya

Tel :03-88702000Faks :03-88886472Email :[email protected]

Page 20: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

16

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

JAWATANKUASA PENYEDIAAN APTVM KUARANTIN HAIWAN BERPENYAKIT

Penasihat

Y.HDato’Dr.MohamadAzmiebinZakaria

PengarahBahagianPengurusanBiosekuriti&SPS

Sidang Pengarang

Dr. Ahmad bin Salleh

KetuaSeksyenKawalandanPembasmianPenyakit

BahagianPengurusanBiosekuritidanSPS

Dr.RahmatbinS.M.Sheriff

KetuaSeksyenPengurusanLatihan

Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya

Dr. Nahariah Abdullah

KetuaBahagianKesihatan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

Dr.HamidahHelman

KetuaBahagianKesihatan

JabatanPerkhidmatanVeterinarNegeriTerengganu

En.RoslanCheAt

PegawaiKuarantin

StesenKuarantinHaiwanPadangBesar,Perlis

Page 21: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

17

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

Kuarantin Haiwan Berpenyakit

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsungmahupuntidaklangsungdalampenyediaanAPTVMini,khususnya;

1) Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar

2) TimbalanKetuaPengarahPerkhidmatanVeterinar(KV)

3) TimbalanKetuaPengarahPerkhidmatanVeterinar(P)

4) SemuaPengarahBahagian,IPPV

5) Semua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri

6) SemuaKetuaSeksyen,IPPV

7) SemuaPegawaiSKAP,IPPV

8) Dr.SalinabintiAmadBugis

9) Dr.AhmadNazribinAbdRahman

10) En.SohTianSiong

11) Dr.NorabtIsmail

Page 22: Kuarantin Haiwan Berpenyakit

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINARMALAYSIA