konsep tauhid dlm sains dan tech

Upload: badrul-hisyam

Post on 16-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 Konsep Tauhid Dlm Sains Dan Tech

    1/3

    KONSEP TAUHID DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

    Sejarah tamadun Islam telah mencatatkan bagaimana asas perkembangan Islam dan

    kecemerlangan tamadun adalah melalui pemahaman dan penekanan terhadap aspek

    bertunjangkan tauhid. Ini terbukti dengan keunggulan tamadun Islam dalam melahirkan

    ramai sarjana atau ahli sains dan teknologi Islam yang menyumbang kepada kemajuantamadun manusia.

    Pelaksanaan dan amalan konsep tauhid dalam konteks melahir dan melatih ahli

    teknologi dan profesional yang kreatif, inovatif, berdaya saing dan bertanggungjawab

    serta mampu mengaplikasi, meneroka dan menerajui teknologi baru untuk

    kesejahteraan sejagat adalah melalui ciri-ciri seperti metafizik dan saintifik,

    kecemerlangan dan budaya ilmu serta kepelbagaian dalam penguasaan ilmu.

    spek metafizik dan saintifik adalah penting dalam kehidupan dan menjadi penekanan

    Islam dalam mewujudkan insan yang kamil dan seimbang. !eyakinan yang teguh

    terhadap konsep ketuhanan dan konsep khalifah menjadikan manusia itu faham akan

    pentingnya pencapaian dalam sains dan teknologi bagi menyempurnakan

    tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

    Islam merupakan agama yang mengandungi elemen metafizik dan saintifik. Selain

    aspek ketuhanan dan perkara ghaib, al-"uran juga menjadi asas dan rujukan dalam

    pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, geologi, kimia, fizik, biologi, botani, zoologi,

    matematik, geografi, psikologi, antropologi, sosiologi, psikologi dan sebagainya.

    Proses kejadian manusia dalam janin ibu umpamanya, dinyatakan secara saintifik dalam

    al-"uran lebih #,$%% tahun dahulu berbanding hasil kajian dan penemuan ahli perubatan

    &arat. Ini hanyalah sebahagian contoh daripada banyak lagi elemen saintifik yang telah

    disebut di dalam al-"uran.

    !ita dapat melihat bagaimana para sarjana Islam terdahulu akhirnya menjadi ahli sains

    dan teknologi dalam pelbagai bidang walaupun mereka pada asalnya lebih cenderungdalam bidang agama. Ini berlaku kerana kemantapan pemahaman akidah dan

    penekanan terhadap ilmu pengetahuan yang dilaksanakan dalam realiti kehidupan,

    bukannya bersifat ritual atau retorik semata-mata.

    Pembahagian ilmu dalam Islam iaitu bersumberkan wahyu dan melalui penjanaan akal

    manusia adalah bagi membolehkan manusia menguasai ilmu untuk mengurus diri 'fardu

    ain( dan ilmu mengurus sistem 'fardu kifayah( yang menjadi keperluan untuk manusia

    menjalani kehidupan sempurna di dunia dan sejahtera di akhirat.

    )alakan terhadap penguasaan ilmu akal atau bidang sains dan teknologi umpamanya

    sangat dituntut. Ini dapat dilihat dengan munculnya para sarjana atau ahli sains Islam

    yang terkenal seperti Ibnu Sina 'perubatan(, al-!hawarizmi 'matematik(, al-&iruni

    'astronomi(, *abar Ibn +ayyan 'kimia( dan ramai lagi dalam pelbagai bidang yang

    menyumbang kepada tamadun dunia.

    !ecemerlangan mereka ini menjadi bukti dan contoh galakan agar masyarakat Islam

    kini berusaha bersungguh-sungguh bagi menguasai ilmu sains dan teknologi demi

    tuntutan dan kemajuan ummah.

    elalui dimensi tauhid yang universal, umat Islam seharusnya mempunyai strategi

    dalam menguasai ilmu pengetahuan untuk mencapai status umat terbaik 'khayru

    ummah(. Ia tidak mungkin dicapai tanpa kefahaman dan penghayatan terhadap konsep

  • 5/26/2018 Konsep Tauhid Dlm Sains Dan Tech

    2/3

    ketuhanan dan pengabdian '!hilaafatul rd(.

    mat Islam perlu mempunyai keinginan untuk mendalami serta menguasai ilmu sebaik

    mungkin mengikut minat dan kekuatan dalam bidang masing-masing. &egitu banyak

    ayat di dalam al-"uran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi yang perlu

    diberi perhatian serta dijadikan panduan umat Islam.

    amun ia juga perlu kepada suatu usaha untuk mengintegrasikan ilmu serta kepakarandalam bidang yang pelbagai untuk menghadapi cabaran dan keperluan semasa.

    Penguasaan ilmu secara bersepadu membolehkan kita memiliki kekuatan pengetahuan

    yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan dan

    kekuatan peribadi dapat ditampilkan.

    !ita amat memerlukan generasi baru dengan kekuatan spiritual yang mampu

    mencorakkan budaya hidup serta memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi secara

    seimbang dan harmonis. Pelaksanaan konsep Islam +adhari diharap dapat didokong dan

    dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan matlamat

    menjadikan umat Islam sebagai umat yang mampu menguasai dan menerajui aplikasi

    sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat.

    / 0+1. 2I &3! ialah !etua Pusat Islam 4 Pensyarah, Pusat Pengajian

    !emanusiaan dan !omunikasi, !olej niversiti 5eknologi 5un +ussein 0nn '!i55+0(.

    +ak 6ipta 5erpelihara 7

    pokcikmz@yahoo. com

    http://us.f356.mail.yahoo.com/ym/[email protected]://us.f356.mail.yahoo.com/ym/[email protected]
  • 5/26/2018 Konsep Tauhid Dlm Sains Dan Tech

    3/3