khalifah umar abdul aziz

21

Click here to load reader

Upload: zzjzahrahjirin

Post on 07-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

kajian kes

TRANSCRIPT

Page 1: khalifah umar abdul aziz

TUGASAN 1

TAJUK :

KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP FAKTA SEJARAH ISLAM YANG PERLU

DIPERBETULKAN

Pendahuluan

Sejarah Islam amat sinonim dengan masyarakt Arab. Hal ini kerana ajaran Islam

telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu seorang rasul yang dipilih oleh Allah

dalam kalangan bangsa Arab. Bahkan wahyu yang diturunkankan adalah dalam bahasa

Arab. Hal ini menunjukkan terdapat beberapa keutamaan masyrakat Arab kerana dipilih oleh

Allah untuk mengutuskan rasul yang terakhir dalam kalangan masyarakat Arab dan

menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Sejarah Islam boleh dirujuk dalam

beberapa ruang lingkup masa yang tertentu. Antaranya ialah semasa zaman jahiliah dan

zaman selepas kedatangan Islam di Mekkah dan Madinah. Terdapat beberapa kesalahan

terhadap fakta sebenar yang berlaku pada zaman tersebut.

Kesalahan-kesalahan terhadap fakta sejarah islam yang perlu diperbetulkan.

Antara kesalahan-kesalahan terhadap fakta sejarah Islam ialah tentang keperibadian

bangsa Arab sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi seorang Rasul. Salah

satunya seperti laporan yang telah dikemukakan oleh Gostov Lubon. Beliau telah

mengambil pandangan majoriti ahli-ahli sejarah Eropah dan dimasukkan dalam bukunya

bertajuk Hadarah al-Arab bahwa, “kebanyakkan penulis sejarah Eropah berpendapat,

bangsa Arab tidak mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebelum kedatangan Muhammad

SAW. Mereka hanya terdiri dari berbagai-bagai puak yang sering berpindah randah dari satu

tempat ke satu tempat yang lain. Mereka adalah bangsa yang kasar, yang lansung tidak

pernah mencatatkan rekod cemerlang di dalam sejarah1”.

Oleh kerana sejarah bangsa Arab di zaman jahiliyah tidak pernah ditulis kecuali

setelah munculnya Islam maka ramai penulis yang menulis dengan merendah-rendahkan

kedudukan jahiliyah kononya atas dasar dorongan oleh semangat beragama dan bangsa.

Sedangkan perkara tersebut disebabkan oleh dasar semangat asabiyah bangsa dan etnik

yang ingin menaikkan kedudukan bangsa mereka sendiri. Kebanyakan ahli sejarah Eropah

menggambarkan kedudukan bangsa Arab di zaman Jahiliah. Dalam keterangan mereka

didapati bahawa sumber utama mereka untuk menulis ialah daripada tulisan-tulisan yang

1D r. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan

Semula, Periagaan Jahabersa Sdn Bhd, , hlm. 5.

1

Page 2: khalifah umar abdul aziz

dikemukakan oleh ahli-ahli sejarah Arab yang merendah-rendahkan kedudukan Arab

Jahiliyah. Seterunya disebabkan oleh dorongan semangat abasiyah dengat meletakkan

bangsa Arab sebagai bangsa yang hina diperingkat permulaanya lagi.

Sebaliknya terdapat bukti yang mengatakan bahawa bangsa Arab di zaman jahiliyah

juka memiliki tamadun mereka yang tersendiri. Melalui bukti ini, kita dapat melihat

perkembangan tamadun Arab zaman purba yang dilupakan masyarakat zaman ini. Bangsa

Arab disebutkan sebelum ini telahpun muncul di pentas sejarah sejak beberapa kurun

sebelum kemunculan tamadun bangsa Rom mereka telah berjaya membina bandar-bandar

besar. Gostav Lobon juga menyatakan bahawa orang-orang Arab pedalaman sebenarnya

adalah cabang dari orang-orang Arab terdahulu. Muncul bangsa Arab yang telahpun maju

yang menetap di bandar-bandar dan mahir dalam bidang pertanian.

Selain daripada itu, sebagai cara menjatuhkan kedudukan Nabi Muhammad SAW

sebagai seorang pembawa risalah Allah, mereka memfitnah baginda sebagai seorang yang

mempunyai nafsu seks yang kuat. Mereka menggunakn hujah apabila Rasulullah

mengahwini saidatina Aisyah RA yang masih kanak-kanak ketika itu. Pertuduhan yang

dilakukan berdasarkan kisah yang ditulis oleh Ibn al-Athir dalam kitabnya al-Kamil. Dalam

kitab tersebut mengisahkan pada hari perkahwinan Aisyah RA, beliau masih kecil lagi dan

baru saja berumur 6 tahun. Kemudian tinggal bersama Rasulullah SAW di Madinah ketika

berusia 9 tahun dan ketika kewafatan Rasulullah SAW, Aisyah RA baru berumur 18 tahun2.

Penyelewengan fakta ini semestinya dapat memberikan presepsi yang buruk kepada

keperibadian Rasulullah SAW sebagai seorang lelaki yang mulia.

Namun terdapat beberapa hujah lain yang menunjukkan fakta saidatina Aisyah RA

berkahwin dengan Rasulullah semasa berusia 6 tahun adalah tidak tepat. Hujah yang

pertama ialah melihat kembali perkara yang telah disepakati oleh para sejarawan iaitu

Aisyah RA pernah dipinang oleh seorang lelaki sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW.

Lelaki tersebut ialah Jubir bin Mut’im bin Adi yang masih tetap dalam agama kaumnya

sehinggalah tahun ke 10 Hijrah. Persoalannya bilakah Aisyah dipinang oleh Jubir bin

Mut’im? Peminangan seharunya berlaku semasa keluarga Abu Bakar belum memerima

Agama Islam dan sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Menurut anggaran yang dibuat

peminangan tersebut berlaku sebelum nabi diangkat menjadi rasul. Jika Rasulullah SAW

tinggal bersama saidatina Aisyah RA semasa tahun kedua hijrah, maka saidatina Aisyah RA

ketika itu telah berusia 14 tahun.

Seterusnya berdasarkan saranan daripada Khawlah binti Hakim isteri kepada

Uthman bin Maz’un agar Rasulullah berkahwin semula bagi menghilangkan kesedihan yang

2 Ibid, hlm. 89.

2

Page 3: khalifah umar abdul aziz

baginda alami selepas kewafatan saidatina Khadijah RA. Rasulullah bertanya kepada

Khawlah siapakah yang dimaksudkan oleh Khawlah dan dijawab olehnya Saudah binti

Zam’ah atau Aisyah binti Abu Bakar3. Hal ini menunjukkan bahawa Khawlah melihat

saidatina Aisyah RA ketika itu sebagai seorang gadis yang sudah sesuai untuk dikahwini.

Selain daripada itu, keperibadian saidatina Aisyah RA yang sesuai untuk berkahwin juga

dapat dinilai melalui apabila ibunya Sayyidah Ummu al-Ruman berasa sedih dengan

pembatalan pertunangan antara anaknya dan Jubir al-Mut’im serta berasa gembira saat

mengetahui Rasulullah SAW sudi berkahwin dengan saidatina Aisyah RA ketika itu4.

Seorang ibu semestinya mengetahui kematangan fikiran dan fizikal anaknya untuk memikul

tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Daripada seruan-seruan banginda Rasulullah SAW baagaima sepatutnya

memperlakukan kaum wanita merupakan bukti bahawa Rasulullah seorang yang sangat

menghormati dan melindungi kaum wanita. Jauh sekali seperti apa yang didakwakan oleh

golongan yang telah menuduh baginda dengan tuduhan yang tidak sepatutnya diberikan

kepada seorang utusan Allah yang maksum5. Antara Seruan Rasulullah SAW ialah berlaku

baik dan lemah lembut kepada isteri. Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya orang

Islam yang paling baik ialah yang paling baik kepada isteri mereka.”. Rasulullah SAW juga

memerintahkan suami agar berhias diri untuk isterinya dan menunjukkan perwatakan yang

menarik hatinya. Terdapat banyak lagi arahan daripada baginda yang menyeru kaum lelaki

khususnya dan Umat Islam secara amnya untuk memuliakan kaum wanita dan menjauhi

perkara yang boleh menindas dan merendahkan maruah kaum wanita.

Tidak terhenti sekadar pada latar belakang dan kehidupan baginda Rasulullah

sahaja tetapi terdapat fakta-fakta yang berkisar dengan kisah para sahabat Rasulullah SAW

turut dipalsukan. Para musuh Islam berusaha mengaibkan para sahabat Rasulullah agar

generasi awal yang mendokong dakwah Rasulullah sebenarnya memiliki sikap yang buruk.

Antara perkara yang diselewengkan ialah kisah sebenar yang berlaku di Balai Bani Saidah.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, perbincangan atau mesyuarat telah diadakan di balai

Bani Saidah untuk melantik seorang Khalifah yang akan menggantikan baginda Rasulullah

SAW sebagai seorang pemimpin umat Islam pada ketika itu. Diriwayatkan juga telah berlaku

perselisihan faham yang keterlaluan antara al-Habbab bin al-Munzir bin al-Jamuh dengan

Umar bin al-Khattab. Kisah ini menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh

para sahabat dalam keadaan jenazah Rasulullah SAW belum dimakamkan. Para sahabat

dikatakan masing-masing tidak berpuas hati dengan perbincangan tersebut kerana masing-

3 Ibid, hlm. 90.4 Ibid, hlm. 91.5 Maksum bermaskud Allah SWT memelihara daripada melakukan dosa.

3

Page 4: khalifah umar abdul aziz

masing menyimpan impian ingin memegang jawatan sebagai Khalifah. Namun ternyata

perkara tersebut tidak berlaku dan sengaja dibesar-besarkan oleh pihak kafir Quraisy bagi

tujuan menunjukkan kekurangan akhlak para sahabat yang akan menggantikan Rasulullah

SAW sebagai pemimpin umat Islam. Dalam kisah ini sebenarnya, perbincangan berjaya

ditamatkan dan mencapai keputusan dengan melantik Abu Bakar RA sebagai Khalifah.

Kehadiran saidina Ali RA dalam perbincangan tersebut berjaya menenangkan keadaan dan

musyawarah dapat diakhiri dengan satu keputusan yang dipersetujui bersama.

Penutup

Kesimpulannya, kesalahan-kesalahan yang terdapat pada fakta sejarah Islam

merupakan suatu yang disengajakan dan dirancang dengan tujuan yang tertentu. Mereka

cuba membuatkan kita lupa pada keagungan sejarah Islam dengan menyajikan pelbagai

keaiban dan keburukan Islam kepada umum serta menonjolkan kisah dan peristiwa

perbalahan sesama orang Islam. Hal ini akan menyebabkan orang yang mendengar atau

membaca kisah-kisah tersebut tanpa melakukan penyelidikan yang teliti akan membuat

tafsiran sesuka hati mengikut hawa nafsu sendiri. Maka akhirnya sejarah Islam yang

dipelajari tidak dapat menjadikan kita bangga dan mulia dengan kehebatan Islam yang

sesungguhnya.

Matlamat inilah yang ingin dicapai oleh para musuh-musuh Islam. Hal ini juga

disebabkan kerana sikap iri hati mereka terhadap keutamaan dan kemuliaan yang dimiliki

oleh bangsa Arab, ketakutan pada kebangkitan semula kekuasaan khalifah Islamiyah yang

pernah menguasai dunia suatu masa dahulu dan banyak lagi. Kita yang mengetahui akan

perkara ini seharusnya menyedari bahawa pentingnya mempelajari dan memperbetulkan

semula fakta-fakta yang salah dalam sejarah Islam agar kita dapat mengambil iktibar yang

banyak daripadanya kemudian mencontohi dan meneladani kehebatan sejarah Islam lepas.

Tidak mustahil bahawa dengan itu, kegemilangan Islam akan dapat direalisasikan kembali.

TUGASAN 2

4

Page 5: khalifah umar abdul aziz

TAJUK :

KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEORANG ULAMA DAN UMARA

1.0 PENGENALAN

Khalifah merupakan gelaran kepada pemimpin yang memimpin wilayah Islam selepas

kewafatan Rasulullah SAW. Khalifah pertama yang dilantik selepas kewafatan Rasulullah

SAW ialah saidina Abu Bakr as-Siddiq RA kemudian diikuti oleh Umar al-Khattab RA,

Uthman bin Affan RA dan Ali bin Abu Talib RA. Zaman pemerintahan ini disebut sebagai

kerajaan Khulafa ar-Rasyidin. Seterusnya tampuk pemerintahan diteruskan oleh kerajaan

Bani Umayyah, berpindah kepada kerajaan Bani Abasiyah, sehingga berakhirnya

pemerintahan khalifah semasa zaman pemerintahan kerajaan Bani Uthmaniyah. Selepas

itu sehinggalah hari ini sistem pemerintahan khalifah belum pernah berulang lagi.

Tempoh wilayah Islam diperintah oleh seorang khalifah memakan masa lebih daripda

1000 tahun sekaligus menjadikan tamadun islam merupakan salah satu tamadun yang

mampu bertahan dalam tempoh yang lama berbanding tamadun lama seperti tamadun Rom

dan Parsi. Dalam tempoh tersebut, tamadun Islam mengalami beberapa fasa kegemilangan

dan kejatuhan. Antara zaman kegemilangan yang pernah dicapai oleh tamadun Islam ialah

semasa zaman pemerintahan Bani Umayyah iaitu semasa berada dibawah pemerintahan

khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Peranan dan sumbangan yang beliau berikan sebagai

seorang ulama dan umara telah menjadikan tamdun Islam ketika itu berkembang dan

berada pada zaman kegemilangannya dalam kerajaan Bani Umayyah.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah yang dilantik semasa kerajaan Umayyah.

Kehebatan peribadi dan kepimpinannnya diakui oleh ramai ulama tersohor dan para ilmuan.

Kehebatannya tidak hanya terserlah saat beliau dilantik menjadi khalifah tetapi juga bermula

daripada kehidupannya sejak kecil, remaja, dewasa sehinggalah selepas kewafatannya.

Maka persoalan yang akan cuba dirungkai dalam penulisan ini ialah keperibadian Khalifah

Umar Abdul Aziz sebagai seorang ulama dan umara.

3.0 OBJEKTIF PENULISAN

5

Page 6: khalifah umar abdul aziz

Berdasarkan permasalah kajian, objektif penulisan kajian ini ialah untuk:

1. Menyatakan latar belakang Khalifah Umar Abdul Aziz.

2. Menjelaskan keperibadian dan sumbangan Umar Abdul Aziz sebagai seorang ulama.

3. Menjelaskan keperibadian dan sumbangan Umar Abdul Aziz sebagai seorang

umara.

4.0 TINJAUAN LITERATUR

Bahagian ini akan melihat kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan tajuk

Khalifah Umar Abdul Aziz. Kajian-kajian lepas ini dapat membantu sebagai bahan rujukan

untuk menjawab permasalahan kajian dan mencapai objektif penulisan. Oleh itu, beberapa

penulisan yang ada menjelaskan tentang Khalifah Umar Abdul Aziz akan diteliti dan

dibincangkan sebagai rujukan.

Dalam buku Ikhtisar Perkembangan Islam yang ditulis oleh Haji Dasuki Haji Ahmad

(1987) membincangkan tentang persoalan-persoalan yang berkaitan tentang penyebaran

agama Islam, kebangkitan umat Islam, serta perkembangan dan kejatuhan khilafah

Islamiyah. Dalam bab Kerajaan Umayyah dijelaskan latar belakang kewujudan kerajaa

Umayyah sehingga pemberontakan yang berlaku. Sehingga berlakunya perpindahan

pemerintahan kepada kerajaan Abbasiah.

Seterusmya, dalam buku Umar Abdul Aziz yang ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

(2014) menjelaskan secara keseluruhan kisah hidup Khalifah Umar Abdul Aziz. Buku ini

turut menjelaskan latar belakang Umar Abdul Aziz bermula daripada nasab keturunannya,

kehidupannya sebagai seorang ulama kemudian pembaharuan yang dilakukannya semasa

menjadi khalifah.

5.0 ANALISIS dan HASIL KAJIAN

6

Page 7: khalifah umar abdul aziz

5.1 PENGENALAN

Perubahan kerajaan Khulafah Al-Rasyidin kepada kerajaan Bani Umayyah apabila

Muawiyah bin Abu Sufian dipilih menjadi khalifah dan sistem pemilihan khalifah

seterusnya dilakukan melalui sistem warisan6. Selepas kematian khalifah Uthman bin

Affan, tempat beliau telah digantikan oleh khalifah Ali bin Abu Talib. Namun

penggantian tersebut telah mencetuskan konflik apabila orang Syam yang diketuai oleh

Muawiyah tidak mengakui perlantikan tersebut kerana menuduh Ali sebagai orang yang

bertanggungjawab terhadap pembunuhan khalifah Uthman. Hal ini telah mencetuskan

peperangan Siffin yang dimenangi oleh pihak Ali. Seterusnya perbincangan antara

kedua-dua pihak diteruskan dalam Perundingan Tahkim dan pihak Muawiyah telah

menang dalam perundingan ini.

Beberapa waktu kemudian, saidina Ali telah dibunuh dan saidina Hasan telah

berjaya dilantik menjadi khalifah menggantikan ayahnya. Namun saidina Hasan

merasakan tidak dapat memikul tanggungjawab tersebut atas beberapa alasan. Saidina

Hasan bersetuju untuk meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan khalifah kepada

Muawiyah dengan beberapa syarat yang perlu dipersetujui terlebih dahulu.7. Muawiyah

bersetuju dengan syarat tersebut seterusnya Muawiyah telah berangkat ke Kufah untuk

menerima ikrar setia daripada orang Iraq dengan sokongan daripada saidina Hasan dan

Husein maka sempurnalah penyerahan kuasa khalifah kepada Muawiyah. Tahun

penyerahan kuasa ini dinamakan sebagai Tahun Penyatuan (‘Amul Jamaah), kerana

pada tahu ini umat Islam telah menerima seoarang khalifah untuk memerintah seluruh

jajahan takluk Islam. Masyarakat Islam yang sebelumnya terpecah kepada dua

golongan iaitu mereka yang menyokong Muawiyah dan golongan yang menyokong

Hasan sebagai khalifah akhirnya bersatu dengan memberikan ikrar janji setia kepada

khalifah Muawiyah bin Abu Sufian.

Sepanjang tempoh kerajaan Umayyah meneraju tampuk pemerintahan, kerajaan ini

telah melalui beberapa tahap atau zaman iaitu zaman kelahiran, zaman kemajuan dan

zaman kehancuran. Kerajaan Umayyah telah mencapai kemajuan dibawah pimpinan

beberapa orang khalifah antaranya termasuklah khalifah al-Walid bin Abdul Malik,

Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz dan Yazid bin Abdul Malik8. Penulisan

ini akan memberikan tumpuan semasa zaman kemajuan kerajaan Umayyah dibawah

6 Khalifah Muawiyah telah melantik anaknya Yazid bin Muawiyah sebgai Putera Mahkota yang akan menggantikannya nanti.7 Haji Dasuki Haji Ahmad, Ikhtisar perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 203.8 Ibid, hlm. 201.

7

Page 8: khalifah umar abdul aziz

pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz. Bermula dengan mengenali latar belakang

beliau sehinggalah peranan dan sumbangannya sebagai seorang ulama dan umara.

Sebelum itu definisi ulama dan umara perlu difahami terlebih dahulu. Ulama

merupakan mereka yang arif tentang hukum hakam Allah SWT berbanding dengan

orang lain. Manakala umara ataupun seorang pemimpin merupakan mereka yang

mempunyai mandat dan kuasa untuk membuat orang lain mematuhinya. Ulama juga

merupakan mereka yang pakar dalam ilmu dan bertanggungjawab mengajarkanya

kepada orang lain. Umara pula merupakan pemimpin yang bertanggungjawab

menjalankan urusan pentadbiran dan berkuasa menguruskan perundangan negara

pimpinanya.

5.2 LATAR BELAKANG KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Nama sebenarnya ialah Umar Ibn Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin Abi al-

Ash bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abdul Manaf. Beliau telah dilahirkan pada tahun

61H. Beliau merupakan sepupu kepada khalifah Sulaiman Ibn Abdul Malik iaitu khalifah

yang memerintah sebelumnya.

Bapa beliau Abdul Aziz bin Marwan merupakan salah satu golongan bangsawan

Bani Umayyah dan memiliki sifat yang berani dan mulia. Bapanya juga seorang yang

memiliki cita-cita besar iaitu ingin memegang jawatan sebagai Gabenor Mesir dan cita-

citanya telah tercapai. Bapanya telah dilantik menjadi gabenor Mesir dan telah

memerintah lebih daripada 20 tahun. Bapanya juga seorang yang warak. Antara

buktinya, beliau meminta pembantunya untuk memilih 400 Dinar daripada harta yang

baik kerana ingin berkahwin daripada keluarga yang baik. Ibunya Ummu Asim binti

Asim bin Umar bin al-Khattab r.a pula daripada keturunan yang mulia iaitu cucu kepada

khalifah Umar al-Khattab r.a. Hasil perkongsian hidup ayah dan ibunya mereka

dikurniakan empat orang anak iaitu Umar, Abu Bakar, Muhammad dan Asim.

Manakala Umar Abdul Aziz sendiri memiliki 14 orang anak lelaki iaitu, Abdul Malik,

Abdul Aziz, Abdullah, Ibrahim, Ishaq, Yaakub, Bakar, al-Walid, Musa, Asim, Yazid,

Zabban, Zayyan dan Abdullah. Selebihnya tiga anak perempuannya bernama Aminah,

Ummu Ammar dan Ummu Abdullah. Beliau mempunyai empat orang isteri. Hasil

perkongsian hidup bersama isteri pertama iaitu Fatimah binti Abdul Malik yang juga

merupakan sepupunya mereka dikurniakan anak iaitu Abdul Aziz, Ishaq, Yaakub dan

Musa. Seterusnya dengan isteri kedua Lamis binti Ali bin al-Harith mereka dikurniakan

Abdullah, Bakar, dan Ummu Ammar. Sementara dengan isterinya Ummu Uthman binti

Syu’aib bin Zayyan dikurniakan seorang anak iaitu Ibrahim. Manakala dengan isteri

8

Page 9: khalifah umar abdul aziz

keempat iaitu Ummu al-Walad mereka dikurniakan Abdul Malik, al-Walid, Asim, Yazid,

Abdullah, Abdul Aziz, Zayyan, Aminah dan Ummu Abdullah.

Khalifah Umar Abdul Aziz memiliki akhlak yang sangat tinggi dan mulia. Beliau sering

berdamping dengan ramai ulama, orang-orang tua dan kurang berminat dengan remaja.

Ketika kewafatannya, beliau tidak meninggalkan harta yang banyak buat keturunannya.

Bahkan anak lelakinya hanya berhak mendapatkan 19 dirham sahaja.

5.3 KEPERIBADIAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI SEORANG ULAMA

Keturunan yang mulia,didikan dan persekitaran yang baik merupakan antara faktor

yang menyumbang kepada pembentukan peribadi Umar Abdul Aziz sebagai seorang

ulama yang hebat dan terkenal. Pentingnya memilih pasangan untuk dikahwini kerana

ibu bapa yang baik akan melahirkan anak yang baik9. Bermula dengan kisah semasa

zaman khalifah Umar al-Khattab RA yang sedang melakukan rondaan untuk

memerhatikan rakyatnya kemudian secara kebetulan terdengar perbualan antara ibu

dan seorang anak perempuannya. Mereka sedang berbual tentang kuantiti susu yang

sedikit untuk dijual. Kemudian ibu tersebut menyarankan agar mereka menambahkan

air pada susu tersebut. Namun anaknya menolak dan mengatakan bahawa Tuhan

Amirul Mukminin (Umar RA) mengetahui walaupun Amirul Mukminin tidak

mengetahuinya. Khalifah Umar yang mendengar perbualan tersebut kemudian pulang

ke rumah dan menawarkan kepada sesiapa anaknya untuk mengahwini wanita

tersebut. Akhirnya anak saidina Umar RA Asim bersetuju untuk mengahwini wanita

tersebut dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan dan

daripada anak perempuan tersebutlah lahirnya Umar Abdul Aziz.

Khalifah Umar Abdul Aziz semasa kecilnya sentiasa berdampingan dengan

pembesar, para ulama dan orang-orang soleh10. Oleh kerana khalifah Umar Abdul Aziz

telah dibesarkan di Madinah maka beliau berpeluang untuk berdampingan dengan

ramai ilmuan dan ulama hebat yang ada semasa zaman tersebut. Beliau telah menimba

ilmu yang banyak daripada ramai ulama yang hebat. Antara ulama terkemuka yang

menjadi guru beliau ketika itu ialah bapa saudara beliau kepada ibunya sendiri iaitu

Abdullah bin Umar. Selain daripada itu ulama hebat yang menjadi gurunya adalah

dalam kalangan para sahabat Rasulullah,Nabi Muhammad SAW seperti Anas bin Malik

RA, Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib RA, Amru bin Abi Salamah al-Makhzumi, al-Saib

bin Yazid, Yusuf bin Abdullah bin al-Sallam, Ubadah bin Somit, Uqbah bin Amir, Aisyah,

9 Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri, Umar Abdul Aziz, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Negeri Sembilan, 2014, hlm. 17.

10 Ibid, hlm.21.

9

Page 10: khalifah umar abdul aziz

Khaula binti al-Hakim dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah Khalifah Umar Abdul Azizi

kemudian membesar dan menjadi seorang ulama yang hebat dan bijaksana.

Kehebatan dan kewarakan Umar Abdul Aziz sebagai seorang ulama tidak dapat

dinafikan lagi dan hal ini dapat dibuktikan melalui pujian yang telah diberikan oleh ulama

lain terhadapnya. Contohnya dalam aspek ibadah, Anas bin Malik RA berkata “Tidak

aku solat di belakang mana-mana imam selepas Rasulullah SAW yang lebih

menyerupai cara solat Rasulullah SAW seperti imam kamu ini, iaitu Umar bin Abdul

Aziz.11”. Dalam aspek syair pula, Umar Abdul Aziz banyak menghafal syair dan

mengkritik syair tersebut. Disamping beliau sendiri gemar menghasilkan bait-bait syair

yang indah. Tambahan lagi Umar Abdul Aziz merupakan seorang yang menegakkan

sunnah. Dalam bidang fiqh pula, beliau memiliki ilmu yang banyak kerana selalu

berdampingan ramai ahli Fiqh. Beberapa ulama fiqh turut memberikan pujian kepada

Umar Abdul Aziz. Antara termasuklah, Mujahid Rahimahullah berkata “Kami datang

kepada Umar Ibn Abdul Aziz dengan beranggapan bahawa beliau berhajat kepada

kami, tetapi apabila kami keluar daripadanya, kami lebih berhajat kepadanya.” , begitu

juga dengan Imam Malik Rahimahullah berkata “Umar Ibn Abdul Aziz adalah seorang

imam12.”

Ilmu yang tinggi, akhlak yang terpuji menjadikannya memiliki kezuhudan13 dan

kewarakan14 yang sentiasa menjadikan beliau memilih hidup dalam kesederhanaan

walaupun kehebatan dan kemuliannya sebagai seorang ulama diakui oleh ramai ulama

terkemuka sepanjang zaman.

5.4 KEPERIBADIAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI SEORANG UMARA

Umar Abdul Aziz telah dilantik menjadi khalifah untuk menggantikan khalifah

Sulaiman Ibn Abdul Malik yang jatuh sakit. Beliau telah dilantik menjadi khalifah atas

cadangan Raja’ Ibn Hawah kepada khalifah Sulaiman Ibn Abdul Malik yang sedang

sakit dan ingin mencari pengganti. Keperibadiannya sebagai seorang umara yang hebat

dapat dilihat daripada prinsip pemerintahannya15. Antara prinsip pemerintahannya ialah

berpegang teguh kepada kitab dan sunnah, tidak minat kepada perdebatan kecil,

menolak bid’ah serta pemikiran baru yang bercanggah dengan sunnah. Sifat ketegasan

11 Ibid, hlm. 28.12 Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri, Umar Abdul Aziz, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Negeri Sembilan, 2014, hlm. 29.13 Zuhud ialah meninggalkan sesuatu yang dapat melalaikannya dari mengingat Allah.14 Warak ialah menjauhi perkara-perkara yang haram dan yang syubhah.15 Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri, Umar Abdul Aziz, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Negeri Sembilan, 2014, hlm. 45.

10

Page 11: khalifah umar abdul aziz

beliau merupakan kelebihan kepada seorang khalifah yang akan menjadi pemimpin

utama negara Islam.

Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh khalifah Umar Abdul Aziz dalam

pemerintahannya. Sebagai seorang ulama yang memainkan peranan umara antara

usaha utama beliau ialah melaksanakan usaha memulihkan akhlak. Berbeza dengan

khalifah-khalifah sebelum ini yang lebih berperanan sebagai raja dan pentadbir

sehingga tidak ada masa untuk mengambil berat mengenai moral dan sosial rakyatnya.

Umar Abdul Aziz menghapuskan sikap tersebut dan membuktikan bahawa beliau amat

menitikberatkan pembaharuan moral dan agama daripada hal ehwal pentadbiran

semata-mata dengan mengeluarkan surat yang mengandungi arahan-arahan yang

panjang. Antara isi surat beliau ialah, beliau telah membandingkan keadaan sosial dan

moral rakyat di zamanya dengan keadaan yang wujud pada zaman Nabi SAW, dan

para khalifah yang awal, serta menghuraikan sistem pentadbiran dan kewangan yang

diperlukan untuk menghidupkan semula Islam dan masyarakat. Beliau juga

menekankan kepada gabenor dan panglima perang mengenai kepentingan solat tepat

pad waktunya serta mengimamkan solat berjemaah tersebut16.

Seterusnya, Umar Ibn Abdul Aziz juga amat menekankan usaha pengumpulan hadis.

Hal ini kerana beliau bimbang ilmu hadis akan hilang apabila para muhaddithin

meninggal. Dalam usaha ini, beliau telah menugaskan gabenor-gabenor wilayah dan

ulama-ulama terkenal agar mereka mengumpulkan semua hadis Rasulullah SAW

dimana sahaja hadis-hadis tersebut dapat ditemui17. Saguhati akan diberikan agar

mereka melaksanakan tugas dengan sepenuh hati. Usaha ini juga merangkumi usaha

beliau dalam menyusun dan menyebarkan ilmu. Menyedari kewajipan sebuah kerajaan

untuk memudahkan dapatan dan carian ilmu bagi semua yang mampu. Oleh itu antara

tindakan yang dilakukan untuk tujuan ini ialah dengan menghantar seorang ulama

Madinah yang terkenmuka, Nafi’ Rahimahullah iaitu maula kepada Ibn Umar ke Mesir

untuk mengajar mereka ilmu sunnah. Selain itu beliau menghantar 10 orang fuqaha

Mesir di kalangan tabiin ke negeri Afrika untuk mengajar mereka dan menyebarkan

hadis Rasulullah dan banyak lagi. Selain daripada memberikan saguhati, Khalifah Umar

Ibn Abdul Aziz juga menggalakkan orang ramai untuk mencintai ilmu, duduk dalam

halaqah ilmu serta mendengar majlis ilmu. Hal ini telah menjadi salah satu pendorong

kepada kejayaan usaha-usaha beliau.

16 Ibid, hlm. 64.17 Ibid, hlm. 66.

11

Page 12: khalifah umar abdul aziz

Khalifah Umar Ibn Abdul Azizi juga bertindak tegas terhadap anasir-anasir yang

boleh memecah belahkan kesatuan umat Islam. Apatah lagi terhadap perkara yang

menjejaskan konsep persaudaraan dalam Islam dan sistem sosial yang cuba

direalisasikannya. Apabila beliau menerima laporan bahawa beberapa ketua qabilah

dan orang bangsawan Bani Umayyah telah menghidupkan semula adat jahiliyah

dengan membuat pakatan saling bantu membantu ketika berlaku perang, berdasarkan

semangat Abassiyah18. Khalifah Umar Abdul Aziz menyedari akan kesan buruk

daripada amalan tersebut dan telah mengarahkan Dahhak Ibn Abdul Rahman untuk

membendung kejahatan tersebut. Dalam arahannya yang panjang beliau memberikan

amaran tentang ancaman bancana yang akan menimpa mereka jika tidak bertindak

menurut ajaran al-Quran dan mengajak mereka untuk menjauhkan diri daripada

larangan Allah SWT yang dinyatakan dalam kitab-Nya.

Dalam aspek ekonomi pula, Umar Abdul Aziz telah melaksanakan melakukan

pembaharuan dengan menghapuskan pelbagai cukai yang diharamkan oleh syarak.

Pembaharuan tersebut tidak menyebabkan masalah kewangan atau kekurangan dalam

perbendaharaan negara. Sebaliknya rakyat hidup dengan makmur sehingga sukar

untuk menjumpai pengemis dan fakir miskin yang berhak menerima zakat. Beliau juga

serius dalam usaha menangani masalah rasuah dengan memberikan arahan kepada

pegawai berjawatan tinggi untuk menyediakan aduan secara peribadi tentang

penyelewengan mana-mana pegawai atau memberikan cadangan berguna akan

dihadiahkan sebanyak seratus hingga tiga ratus dinar.

6.0 KESIMPULAN

Ternyata khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan umara yang memiliki

prinsip yang jelas dan tegas. Latar belakangnya sebagai ulama kemudian menjadi seorang

umara tidak menjadikannya menggadaikan prinsip atau matlamatnya. Jawatan khalifah yang

pada awalnya tidak diterima oleh beliau telah digunakan semaksimum mungkin sebagai alat

untuk menegakkan syiar Islam disegenap wilayah pemerintahannya. Ketokohannya

seharusnya diteladani oleh pemimpin pada masa kini. Khusunya para pemimpin negara-

negara Islam telah dibuktikan bahawa seorang umara yang berjiwa ulama telah berjaya

mengorganisasi dan meneraju kepimpinan kepada satu tahap yang unggul dan gemilang.

7.0 RUJUKAN SUMBER

18 Ibid, hlm.67.

12

Page 13: khalifah umar abdul aziz

D r. Yazid Abdul Manap, 2015. Jadi Pemimpin Hebat. Negeri Sembilan. GRUP BUKU

KARANGKRAF Sdn. Bhd.

D r. Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2013. Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah

Yang Perlu Diperbetulkan Semula. Johor Bahru. PERNIAGAAN JAHABERSA Sdn.

Bhd.

Dasuki bin Ahmad, 1987. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Herry Mohammad, 2008. 44 Teladan Kepimpinan Muhammad SAW. Indonesia. Percetakan

Gema Insani.

Mahyudin Hj. Yahaya, 2001. Tamadun Islam. Selangor. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mohd Nahar Mohd Arshad, 2007. Hidup Kaya Tanpa Riba Negeri Sembilan. PTS

PUBLICATION & DISTRIBUTORS Sdn. Bhd. .

Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, 2014. Umar Abdul Aziz. Negeri Sembilan. PUSTAKA

CAHAYA KASTURI Sdn. Bhd.

REFLEKSI

13

Page 14: khalifah umar abdul aziz

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya

saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan Sejarah Islam Sehingga Daulah

Abbasiyah. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat

secara lansung atau tidak lansung dalam memberikan bantuan sepanjang tempoh saya

menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah mata pelajaran Encik Abdul Razak

bin Mohd Amin yang telah memberikan bimbingan sepanjang masa menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga penghargaan saya tujukan kepada kedua ibubapa, rakan sekelas dan

semua yang terlibat membantu dari segi memberikan sokongan moral mahupun sumbangan

idea yang bernas kepada saya.

Bagi tugasan untuk mata pelajaran Sejarah Islam Sehingga Daulah Abbasiyah kami

dikehendaki untuk menjelaskan tentang kesalahan yang terdapat dalam fakta-fakta sejarah

Islam. dan menghasilkan satu kajian kes berkaitan salah satu khalifah yang memerintah

sehingga zaman kerajaan Abbasiyah. Bagi tugasan kedua, saya telah memilih khalifah

Umar Abdul Aziz dengan tajuk kajian, Khalifah Umar Abdul Aziz Seorang Ulama dan Umara.

Terdapat beberapa pengetahuan baharu dan pengalaman menarik yang saya perolehi

sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Antaranya ialah, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang fakta-fakta yang

beetul dan yang salah dalam sejaarah Islam serta mengetahui dengan lebih lanjut tentang

latar belakang dan kehidupan khalifah Umar Abdul Aziz. Saya dapat mengetahui

pembetulan terhadap beberapa kesalahan fakta dalam sejarah Islam. Antaranya fakta

tentang sifat sebenar bangsa Arab yang sebenarnya sebuah bangsa yang bertamadun

tinggi berbeza dengan apa yang sering digambarkan sikap bangsa Arab jahiliah. Hal ini

disebabkan kedengkian orang Eropah terutamanya terhadap ketinggian budi bangsa Arab

kemudian cuba meniupkan kebencian pada mereke melalui penyelewengan fakta-fakta

sejarah secara halus.

Seterusnya, saya juga dapat melakukan satu kajian kes tentang khalifah Umar Abdul

Aziz dengan tajuk Khalifah Umar Abdul Aziz seorang ulama dan umara. Dalam kajian kes ini

saya telah menjelaskan tentang latar belakang khalifah Umar Abdul Aziz, serta peranan dan

sumbangan beliau sebagai seorang ulama dan umara. Ternyata khalifah Umar Abdul Aziz

seorang ulama dan umara yang banyak memberikan sumbangan kepada tamadun Islam

keetika itu. Antaranya beliau telah memainkan peranan sebagai seorang ulama kemudian

telah melahirkan anak murid yang menjadi ulama-ulama yang hebat seperti Abu Salamah

bin Abdul Rahman, Abdullah bin Umar Ibn Abdul Aziz, Ayub al-Syakhtiani dan banyak lagi.

Seterusnya beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam pemerintahan. Antaranya

beliau telah, melakukan usaha untuk memulihkan akhlak rakyat dengan mengembalikan

peranan khlifah untuk menasihati orang ramai dalam hal ehwal agama, yang selama ini

14

Page 15: khalifah umar abdul aziz

diangap hanya tugas seorang ulama. Beliau telah menghapuskan cukai, melakukan usaha

mengumpulkan hadis dan banyak lagi.

Selain itu daripada tugasan kedua khususnya iaitu menghasilkan satu kajian kes

tentang khalifah Umar Abdul Aziz, membantu saya mengetahui dan mempelajari cara

menghasilkan sebuah kajian kes yang betul. Antaranya, saya dapat meningkatkan

kemahiran dalam melaksanakan penulisan kajian kes berdasarkan tinjauan terhadap kajian-

kajian lepas dan rujukan terhadap beberapa sumber lain. Terdapat banyak kajian lepas

berkaitan tajuk khalifah Umar Abdul Aziz. Saya telah membaca dan merujuk beberapa

kajian untuk mengetahui perkara yang dibincangkan dan melihat bagaimana hasil kajian itu

dipersembahkan dalam penulisan. Hal ini juga membantu saya mendapatkan banyak bahan

rujukan untuk tugasan ini.

Tugasan berbentuk kajian kes ini turut membantu saya untuk memahami dan

mengetahui tenatang Sejarah Eropah Islam secara keseluruhan dan terperinci bagi tajuk

yang dipilih. Pelaksanaan tugasan ini memberi peluang kepada kami untuk meroka pelbagai

bahan rujukan sebagai maklumat tambahan bagi tajuk yang dipilih. Kami tidak digalakkan

memilih tajuk atau bahagian yang sama untuk ptugasan ini. Secara tidak lansung, hal ini

membantu kami untuk memberikan tumpuan pada topik masing-masing dan akhirnya hasil

penulisan boleh dikumpulkan untuk simpanan dan rujukan tambahan untuk peperiksaan.

Keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu dalam meningkatkan ilmu

pengetahuan tentang sejarah Islam khususnya, kemahiran dalam penulisan kajian kes dan

pengalaman berharga yang akan menjadi nilai tambah kepada kami sebagai guru pelatih

yang mengambil major Sejarah. Saya berharap agar semua ilmu, pengalaman dan nilai

yang saya pelajari sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini dapat dihayati dan diamalkan

sebagai persiapan dan latihan ke arah menjadi seorang guru yang kaya dengan informasi

dan berdedikasi.

Sekian wassalam

15