kesultanan melayu melaka

18
KESULTANAN MELAYU MELAKA

Upload: rathnaa-wayy

Post on 04-Jul-2015

598 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Kongsi Ilmu walaupun sedikit.

TRANSCRIPT

Page 1: Kesultanan Melayu Melaka

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Page 2: Kesultanan Melayu Melaka
Page 3: Kesultanan Melayu Melaka
Page 4: Kesultanan Melayu Melaka

PENGENALAN

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh PARAMESWARA, bangsawan Srivijayadari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun 1400 – 1403.

Pada awalnya, Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu dikuasaioleh Siam). Diancam Siam pula apabila membunuh Temagi (pemerintah Temasik).

Melaka pada mulanya merupakan perkampungan kecil – berkembang menjadi pusatperdagangan (Mengambil alih peranan Srivijaya).

Pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah menjadikan Melaka sebagai pusatperdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan zamankejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan Mahmud Syah.

Page 5: Kesultanan Melayu Melaka
Page 6: Kesultanan Melayu Melaka
Page 7: Kesultanan Melayu Melaka

FAKTOR PERKEMBANGAN

Pemerintah yang berwibawa.

- Parameswara berasal daripada keturunan diraja Palembang mengetahui selok belok pentadbiran sebuah kerajaan. Dapat menilaipotensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil & mundur. Menjalinkan hubungan dengan China selepas menubuhkan kerajaan.

-Bendahara Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik, berkhidmat di bawah 4 Sultan dan merupakan tulang belakang kepada

Page 8: Kesultanan Melayu Melaka

Hubungan diplomatik.- Hubungan dengan kuasa seperti China, India, Arab, Siam.- Melaka mendapat perlindungan China (ancaman kerajaan Siam)- Memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah jajahan luas.

Sistem pentadbiran yang teratur.- Sultan Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera.

Baginda dibantu oleh pembesar 4 lipatan.- Pembesar yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu pembesar

berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tigapuluh dua.

Page 9: Kesultanan Melayu Melaka

Undang- Undang yang sistematik.- Sistem pentadbiran yang teratur seperti Undang-Undang Laut Melaka dan

Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan kepada undang-undang Islam.

Pengurusan Perdagangan yang Cekap.- Terdapat golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar,

Nakhoda dan Kiwi. Mereka bertanggungjawab dalam halperdagangan,perkapalan dan pelayaran.

Page 10: Kesultanan Melayu Melaka

Sebagai Pusat Entrepot.- Melaka terletak di kawasan hasil dagangan penting rempah ratus

yang sangat diperlukan saudagar dari timur dan barat.

Kedudukan yang strategik Melaka. - Berada di tengah-tengah jalan perdagangan pedagang China & India.- Kedudukan strategik - terlindung dari tiupan angin monsun- Selat yang dalam - membolehkan kapal berlabuh dengan selamat.- Bentuk muka bumi berbukit - sesuai dijadikan kubu.

Penggunaan Sistem Matawang.- Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Sistem matawangyang sistematik, perdagangan lebih lancar & menarik pedagang.

Page 11: Kesultanan Melayu Melaka

Kemudahan di Pelabuhan Melaka.

- Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagarmenyimpan barang dagangan mereka – jaminan daripada kerosakan& kecurian. Juga disediakan tempat perniagaan, gudang, sistemsukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal.

Sistem Cukai yang Berpatutan.- Sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk

orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmibagi pedagang China & negara sahabat Jawa, Maluku dan Sumatera.

Peranan Orang Laut.- Sebagai tentera mengawal laluan perdagangan daripada ancaman

lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan.

Page 12: Kesultanan Melayu Melaka

ZAMAN SULTAN MELAKA

• 1400 – 1414 Parameswara (Raja Iskandar Shah)

• 1414 – 1424 Sultan Megat Iskandar Shah

• 1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah

• 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid

• 1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah

• 1459 – 1477 Sultan Mansur Shah

• 1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah

• 1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Page 13: Kesultanan Melayu Melaka

SISTEM PENTADBIRAN MELAKA

Page 14: Kesultanan Melayu Melaka

FAKTOR KEJATUHAN

Pemerintah yang lemah.

• Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta pada usiamuda selepas Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. 10 tahunkemudian Bendahara berkaliber Tun Perak telah meninggalmenyebabkan Melaka semakin lemah.

• Akibat termakan fitnah - Sultan Mahmud Shah telahmenitahkan pembunuhan terhadap Tun Mutahir.

Page 15: Kesultanan Melayu Melaka

Tiada pemimpin yang cekap.

• Kematian Bendahara Tun Perak yang berwibawa.

• Diganti oleh Tun Mutahir (keturunan Tamil-Islam) yang mengamalkanpilih kasih. Beliau memilih sanak saudara & untuk memegang jawatanpenting dalam kerajaan.

Masalah Perpaduan.

• Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan rasa tidak puas hati – menimbulkanpersaingan orang Melayu dengan kaum India Muslim.

• Akibat konflik antara pembesar Melayu dan India Muslim, rakyat Melaka berpecah belah dan tidak bersatu.

Page 16: Kesultanan Melayu Melaka

Cukai yang tinggi.

• Cukai yang terlalu tinggi yang dikenakan keatas pedagang menyebabkanmereka berpindah ke pelabuhan yang lain.

Kelemahan Askar Melaka.

• Askar Melaka menggunakan keris, panah, sumpit beracun, perisai, tombak, dan senjata tradisional untuk menentang askar Portugis. AskarMelaka juga tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti askarPortugis.

Page 17: Kesultanan Melayu Melaka

KEJATUHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN

Pentadbiran Sultan Mahmud yang Kurang Baik.

Pecah belah antara kaum – Antara Melayu dan

Tamil-Muslim.

Rasuah.

Fitnah antara Pembesar.

Kenaikan Cukai.

Kematian Bendahara Tun Perak – Tiada

pengganti yang baik.

Pasukan tentera lemah – orang laut tidak

membantu apabila diserang oleh Portugis sebab

tidak puas hati dengan pentadbiran Melaka yang

telah mengabaikan mereka.

Pertelingkahan dengan negeri Naungan.

Pegangan agama tidak kuat.

Serangan Portugis dalam tahun 1511 Alfonso de

Albuquerque telah menyerang dan menawan

Melaka dalam tahun 1511.

Penemuan Tanjung Harapan.

Page 18: Kesultanan Melayu Melaka

KESIMPULAN

Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Zaman KesultananMelayu Melaka menjadi titik tolak yang penting dalam lipatansejarah di Malaysia. Titik tolak ini bermulanya era perkembanganpendidikan kerana kemahsyuran Melaka sebagai sebuah institusipendidikan awal pada masa itu. Ini dapat dilihat melalui bukti-buktiyang telah menjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat, aktiviti perdagangan (sukatan & timbangan), sistem mata wang danperkembangan agama Islam(tulisan jawi) dan lain-lain.