kertas kerja 1m 1s

Download Kertas Kerja 1m 1s

Post on 05-Dec-2014

118 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas keje

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NYIOR JALAN SUNGAI NYIOR 12100 BUTTERWORTH PULAU PINANG

KERTAS KERJALARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA

2011

MAJLIS PELANCARAN DASAR 1MURID 1SUKAN (1M 1S): LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA TAJUK LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA (2 JULAI 2011 ) RASIONAL Program ini dirancang untuk dilaksanakan sebagai sokongan kepada program dasar 1 Murid 1 Sukan(1M 1S). Program ini juga dapat melahirkan murid yang aktif serta sihat tubuh badan dan fizikal.

MATLAMAT Memupuk budaya sihat dikalangan pelajar SK Sungai Nyior

OBJEKTIF 1. 2. 3. Menanam minat suka bersukan. Memupuk perpaduan dan kerjasama. Memupuk minat untuk menjaga kesihatan.

KUMPULAN SASARAN Semua murid TEMPAT 1. 2. Sekitar kawasan perumahan berhampiran SK Sungai Nyior Padang SK Sungai Nyior

3.

Tapak perhimpunan pagi

JAWATANKUASA INDUK LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Senarai ajkPendaftaran Ustazah Zuraidah bt Ustazah Sabtiah bt

Hadiah/Medal Pn. Aisah bt Pn. Paridah bt

Nombor peserta Pn. Hazean bt En. Azman b Pn. Ina Pn. Ida

Pengurus Peserta Pn. Norsuhaila bt (Thn 4) Pn. Rohana bt (Thn 5) Pn. Siti Fatimah bt Zainol (Thn 6)

Senamrobik Cik Syafiah bt, Salleh Pn. Nur Suhana bt. Ismail@Musa Cik Kiut Mei Ling

Kecemasan/keselamatan Pn. Jamilah bt Nurul Asma bt. Zahran

Jurugambar/rakaman video

Ustaz Sharifuddin b Tn. Haji Riduan b

Pelepas En. Ahmad Safri b Haji Ismail (Guru Besar S K Lambor Kanan)

Penjaga checkpoint Checkpoint 1 En. Shaizul Amizal b - Cik Juliyana Checkpoint 2 En. Azran b - Pn. Asma Checkpoint 3 Tn. Haji Amir Hamzah b Musa - Ustazah Norlaila bt Hakim Penamat Pn. Zhafar bt Pn. Thalathiah bt

SENARAI TUGAS AJKAJK Pendaftaran -memastikan peserta yang hadir mendaftar. AJK Medal/Hadiah -membuat tempahan medal/hadiah. - menyusun medal/hadiah mengikut senarai penerima. AJK Nombor Peserta - membuat nombor mengikut bilangan peserta di dalam borang. - menyerahkan kepada AJK Pengurus Peserta . AJK Pengurus Peserta -menyerahkan nombor mengikut senarai nama peserta. -memastikan peserta memakai nombor yang diberi sebelum dilepaskan. -memastikan peserta bersedia sebelum dilepaskan. AJK Senamrobik -menguruskan acara senamrobik. AJK Kecemasan/Keselamatan -memastikan keselamatan peserta. -membantu peserta yang cedera. AJK Jurugambar/Rakaman video -membuat rakaman dan mengambil gambar sepanjang program berlangsung. AJK Checkpoint

- memastikan peserta melalui checkpoint yang telah ditetapkan. AJK Hakim Penamat - menyerahkan nombor kepada pemenang.

JADUAL PERLAKSAnaAN AKTIVITI

TARIKH

AKTIVITI

WAKTU

TEMPAT

Pendaftaran Peserta

6.30 pagi

Kantin Sekolah

Senamrobik Beramai-ramai 2 Julai 2011 Larian Serentak

7.00 pagi

Tapak Perhimpunan

7.45 pagi

Sekitar kawasan sekolah

Penyampaian Hadiah Penyampaian hadiah kepada pemenang & Majlis Penutup

10.00 tgahari

Tapak Perhimpunan

ANGGARAN PERBELANJAANBIL 1. PERKARA Kertas A4 Warna (Nombor Peserta) 2. 200 orang Pin Nombor Peserta RM 15.00 ( 200 biji 1 kotak) 3. Plastik Nombor Peserta (8 X 5 inci) 4. 5. 6. Minuman Murid Minuman Guru Belanja Runcit -Bateri Kamera - Tali Keselamatan RM 5.00 RM 12.00 2 1 RM10.00 RM 10.00 RM 10.00 ( 100 helai 1 beg) RM1.00 seorang RM 1.00 500 60 RM 500.00 RM 60.00 5 RM 50.00 2 RM 30.00 HARGA SEUNIT RM 15.00 KUANTITI 2 KOS RM 30.00

PENUTUPAdalah diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan murid serta melatih mereka untuk meningkatkan ketahanan fizikal. sedikit sebanyak dapat

membantu murid-murid dalam memupuk minat bersukan di samping mencungkil bakat murid-

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(RATHNA A/P NADARAJAN) Setiausaha,

(HJH KARIMAH BT A. MUTALIB) Guru Besar, SK Sungai Nyior

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung di seluruh negara berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah. Larian yang diadakan sempena pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan di Padang Dataran Perbandaran Taiping itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal pagi ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu berucap pada majlis tersebut menegaskan, sukan merupakan satu platform pembentukan sahsiah pelajar dan memupuk integrasi sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. "Saya amat berharap acara ini akan menjadi pemangkin ke arah pembudayaan sukan di kalangan semua murid di setiap sekolah di seluruh negara. "Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah untuk merealisasikan aspirasi ini dalam masa terdekat," katanya. Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran pada Mac lalu antara lain bertujuan melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdahulu, Muhyiddin melepaskan seramai 15,000 peserta larian yang terdiri pelajar dan murid daripada 30 sekolah menengah dan 20 sekolah rendah di sekitar bandar ini. Larian yang bermula seawal 7.45 pagi dan sejauh 1.85 kilometer itu turut disertai oleh para guru dan ibu bapa. Sementara itu, di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melepaskan peserta Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat negeri yang disertai 3,000 pelajar melibatkan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, SMK Yok Din dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Seri Bandar. Turut serta dalam larian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohamad Yusoff Osman. Di KUALA LUMPUR, larian peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung meriah dengan para peserta dilepaskan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Larian tersebut yang bermula di Padang Merbok itu disertai 2,500 pelajar dan warga pendidik melibatkan lima zon termasuk Putrajaya. Di KOTA KINABALU, seramai 200,000 pelajar daripada 320 buah sekolah di seluruh Sabah mengambil bahagian dalam larian tersebut yang berlangsung serentak di seluruh negara. Larian peringkat negeri yang disertai hampir 10,000 pelajar itu berlangsung di Stadium Likas dengan dilepaskan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Yee Moh Chai.

Recommended

View more >