kemahiran kefahaman

33
(BMK 3033) KETRAMPILAN MEMBACA TAJUK: TEKNIK MENGAJAR PERBENDAHARAAN KATA (PETA KATA DAN STRATEGI PENGUMPULAN KOSA KATA) KUMPULAN : A ALICE ANAK MENGGA D2010103717 MASDA BINTI ALWI D20111047628 PENSYARAH DR. DAHLIA BINTI JANAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI Semester 2 2012/2013 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1 2.0 Konsep Peta Kata 2-3

Upload: peggy9318

Post on 16-Dec-2015

148 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

(BMK 3033)KETRAMPILAN MEMBACA

TAJUK:TEKNIK MENGAJAR PERBENDAHARAAN KATA (PETA KATA DAN STRATEGI PENGUMPULAN KOSA KATA)

KUMPULAN : A

ALICE ANAK MENGGA D2010103717MASDA BINTI ALWI D20111047628

PENSYARAHDR. DAHLIA BINTI JANAN

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYUJABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYUFAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Semester 22012/2013

ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan1

2.0 Konsep Peta Kata 2-3 2.1 Pendekatan dalam Pengajaran Peta Ka 3-4 2.2 Teknik Pengajaran Peta Kata 4-7 2.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran Peta Kata 8-103.0 Konsep Kosa Kata 11 3.1 Pendekatan dalam Pengajaran Kosa Kata 11-13 3.2 Kepentingan Pengajaran Kosa Kata 13-16 3.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran Kosa Kata 17-18

4.0 Kesimpulan 18

Bibliografi

1.0 PengenalanMembaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula mengatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuk makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dan dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kennedy (1981) menyifatkan proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang) grafik yang mewakili bahasa atau perkataan, menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya. Proses membaca boleh disimpulkan sebagai perlakuan yang kompleks kerana proses yang berlaku tidak dapat diperhatikan dan hanya berlaku dalam minda kita. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca yang baik, iaitu kemahiran mengenal dan mengecam perkataan akan mampu memahami bahan bacaan dengan baik. Durkin (1980) berpendapat bahawa tanpa memahami bahan yang dibaca, seseorang itu tidak dapat dianggap melakukan proses membaca tetapi melakukan proses menyebut perkataan-perkataan sahaja. Mengikut beliau lagi, untuk menjadi pembaca yang berkesan seseorang itu tidak perlu menyebut perkataan-perkataan dengan betul tetapi hanya tahu makna-makna perkataan yang dibaca.Salah satu faktor yang membantu pembaca memperolehi bacaan yang berkesan ialah melalui perbendaharaan kata yang dimiliki oleh mereka. Pengajaran perbendaharaan kata membantu menolong murid memperoleh perbendaharaan kata yang lebih banyak. Hal ini penting untuk menentukan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan. Pengajaran perbendaharaan berkait rapat dengan kebolean memahami bahan yang dibaca. Anderson dan Freebody (1981) menyatakan bahawa seseorang yang tidak mengetahui makna perkataan, berkemungkinan besar merupakan pembaca yang lemah. Oleh hal sedemikian, pengajaran perbendaharaan kata harus dititikberatkan dalam pengajaran di sekolah, lebih-lebih lagi dalam pengajaran bahasa.

2.0 Konsep Peta KataPengajaran perbendaharaan kata berkait rapat dengan kebolehan memahami bahan yang dibaca. Anderson dan Freebody (1981) menyatakan bahawa seseorang yang tidak mengetahui makna perkataan, berkemungkinan besar pembaca yang lemah. Thelen (1986) menjelaskan bahawa memandangkan perbendaharaan kata begitu berkait rapat dan penting kepada kefahaman bacaan maka pengajaran perbendaharaan kata perlulah berkesan dan bermakna. Peta perkataan adalah teknik pengajaran sistematik yang cuba untuk membangunkan pengajaran konsep berdasarkan latar belakang konsep yang sedia ada. Hasilnya, konsep perkataan yang diajar oleh tanggapan mengaitkan perkataan baru yang dikenali lebih berkesan.Thelen (1982) juga telah menyatakan bahawa dengan menunjukkan murid tentang perkaitan sesuatu konsep yang berkaitan secara hierarki menjadi satu langkah penting dalam membantu mereka mempelajari konsep-konsep, yakni perkataan-perkataan baru. Walau bagaimanpun, terdapat konsep-konsep tertentu yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam agar konsep tersebut lebih mudah dan berkesan difahami oleh murid. Oleh itu, kemungkinan terdapat sesuatu konsep tidak sesuai untuk diperjelaskan dalam bentuk susunan grafik kerana murid kemungkinan mempunyai pengetahuan latar yang kurang berkaitan konsep tersebut. Jadi, Thelen menyifatkan bahawa peta perkataan adalah salah satu alternatif yang berguna untuk mencapai maksud konsep untuk memudahkan murid memahami isi bacaan yang ingin disampaikan.Peta perkataan merupakan satu teknik yang menjelaskan bagaimana sesuatu konsep berkait rapat melalui hierarki sesuatu perkataan tersebut. Dalam peta perkataan, terdapat pecahan perkataan yang dibahagikan kepada supraordinat, koordinat dan subordinat yang menekankan ciri-ciri sesuatu konsep tersebut. Misalnya, dalam supraordinat haiwan terdapat koordinat haiwan berdarah panas dan haiwan berdarah sejuk. Jadinya, dua golongan tersebut boleh dipecahkan lagi kepada jenis-jenis binatang yang berdarah panas (lembu, harimau,gajah) dan berdarah sejuk (cicak, buaya, ular) yang disebut subordinat. Dalam pengajaran pemahaman membaca lazimnya aspek pengajaran perbendaharaan kata kurang diberi perhatian yang serius walhal, pemahaman murid-murid terhadap bahan yang dibaca sangat bergantung kepada koleksi perbendaharaan kata murid. Pada amnya, bentuk kegiatan pengajaran perbendaharaan kata adalah terpisah-pisah. Kegiatan pengajaran perbendaharaan kata tidak menunjukkan perkaitan antara perkataan yang telah diketahui maknanya (pengetahuan sedia ada) dengan perkataan baharu yang diperkenalkan atau diajarkan. Seharusnya, perkaitan tersebut perlu dilakukan dalam pengajaran untuk mengembangkan lagi skemata yang sedia ada murid. Hal ini boleh dilakukan dalam teknik peta kata untuk menambahkan kosa kata murid.

2.1 Pendekatan Pengajaran Peta KataEsther Thelen adalah seorang pakar dalam bidang Psikologi Perkembangan. Penyelidikan beliau telah memberi tumpuan kepada pembangunan manusia, terutama dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Beliau berpendapat pemikiran adalah sesuatu yang sangat berkait rapat dengan fizikal dan pengalaman seseorang. Thelen, Carr dan Wixson (1986) telah memberikan empat panduan bagi pengajaran perbendaharaan kata yang bermakna. Panduan-panduan tersebut adalah seperti berikut:1.Pengajaran perbendaharaan kata perlu dapat membantu murid mengaitkan makna perkataan baharu dengan makna-makna (pengetahuan dan pengalaman sedia ada) murid. Pengetahuan sedia ada murid sangat penting untuk mengekalkan kefahaman maksud perkataan yang dipelajari dengan lebih lama.

2.Pengajaran perbendaharaan kata perlu dapat membantu murid membina pengetahuan luas dan kukuh tentang makna perkataan. Pengajaran tersebut mestilah melampaui peringkat mengingat definisi atau mempelajari makna perkataan dalam satu konteks. Murid perlu diberi peluang untuk mengkaji dan melihat persamaan dan perbezaan yang wujud, menemui pertalian-pertalian yang ada, dan juga melihat penggunaan perkataan dalam pelbagai konteks.

3.Pengajaran perbendaharaan kata juga perlu dapat melahirkan penglibatan yang aktif bagi pihak murid. Semakin aktif penglibatan murid, semakin baik kefahaman mereka tentang makna perkataan yang dipelajari. Oleh itu, murid akan lebih lama mengingati maknanya.4.Pengajaran perbendaharaan kata juga perlu dapat membantu murid membina strategi pembelajaran perkataan dan konsep baru secara bebas. Pembaca yang matang adalah pembaca yang mempunyai saiz perbendaharaan kata yang luas.

Panduan tersebut dapat digunakan oleh guru menggunakan teknik peta kata dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknik peta kata dapat diterapkan dalam teknik analisis konteks, petaan semantik, ciri-ciri matriks dan senarai-kumpul-namakan. Guru perlu mengetahui pelbagai cara untuk memperkenalkan perkataan baharu dan memberi peluang yang banyak bagi murid berlatih menggunakannya (Cunningham dan Arthur, 1981).

2.2 Kepentingan Teknik Peta Kata

Peta kata merupakan satu teknik dalam meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid. Teknik ini mempunyai banyak kelebihan, di mana teknik peta perkataan dapat membawa murid dalam satu pengajaran yang bertujuan untuk menambahkan skemata perkataan murid selain menekankan kefahaman murid. Dalam teknik ini, makna sesuatu perkataan baharu atau sukar, diperolehi melalui penggunaannya (dari segi semantik dan sintaksis) dalam ayat. Apabila menggunakan konteks atau analisis konteks untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan sukar atau baharu, perkataan, frasa, dan juga ayat yang didapati di sekeliling perkataan tersebut akan digunakan.

Penggunaan konteks memerlukan murid atau pembaca membuat inferens untuk melihat atau membentuk hubungan tersurat atau tersirat antara perkataan baharu dengan konteks penggunaannya. Teknik ini juga berkait rapat dengan kefahaman bacaan dan disukai oleh para pembaca dewasa. Namun begitu, penggunaan analisis konteks ini terbatas kepada kesesuaian bahan yang dipilih untuk murid dari segi tahap kebolehbacaannya dan sejauh mana murid itu tahu atau biasa dengan bahan tersebut.

Teknik peta kata juga dapat membantu murid untuk memperluas saiz perbendaharaan kata. Bagi murid yang mengetahui dan memahami perkataan atau konsep yang dibincangkan, teknik ini mendedahkan kepada makna perkataan atau konsep dan perkataan yang berhubungan. Bagi murid yang telah mengetahui dan memahami makna perkataan atau konsep yang dibincangkan, kaedah menggunakan peta kata ini akan dapat mendalamkan dan meluaskan pemahaman murid serta memperlihatkan hhubungan baharu yang mungkin wujud.

Teknik peta kata ini juga dapat mengesan kelemahan dan kekuatan perbendaharaan murid. Melalui penggunaan teknik ini, guru dapat memperhatikan jenis perkataan atau konsep penting yang tidak dapat difahami oleh murid. Selain itu juga, peta kata melihat kepada ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu konsep untuk membuat pengelasan terhadap sesuatu perkataan tersebut. Teknik ini dapat menolong membina kebolehan mengelaskan perkataan dalam kategori tertentu berdasarkan ciri yang dimiliki atau yang tidak dimiliki bersama perkataan tersebut. Perkataan mempunyai banyak ciri. Ciri-ciri yang dimiliki itu mungkin merupakan ciri unik bagi perkataan itu sahaja. Pada masa yang sama perkataan itu mungkin mempunyai ciri lain yang dimiliki bersama dengan perkataan lain, contohnya haiwan berdarah panas terdiri daripada ikan paus, kucing, kuda dan gajah. Maksudnya, haiwan-haiwan seperti kucing, ikan paus, kuda dan gajah merupakan perkataan yang mempunyai ciri yang sama di bawah kumpulan haiwan berdarah panas.

Bagi meluaskan saiz perbendaharaan kata murid dan membolehkan murid memahami makna sesuatu perkataan atau konsep dengan lebih berkesan, guru perlu memberi kesedaran tentang hubungan dari segi makna yang terdapat antara perkataan dan keunikkannya. Maksud keunikkan di sini ialah ciri-ciri yang dimiliki sesuatu perkataan tersebut agar murid lebih jelas dan memahami dengan baik bukan sahaja makna perkataan yang diketengahkan bahkan konsep perkataan tersebut.

Teknik peta kata ini boleh dikatakan sebagai suatu teknik yang baik untuk dilaksanakan pada peringkat rendah dan menengah. Hal ini kerana pada peringkat mnengah, boleh dikatakan saiz perbendaharaan kata murid sudah agak luas. Pada peringkat menengah juga, murid sering berhadapan dengan bahan bacaan yang mengandungi banyak konsep dan perkataan-perkataan yang sukar. Melalui teknik peta kata, murid-murid dapat melihat hubungan atau cir-ciri sesuatu konsep secara hierarki dan jelas dengan definisi yang didukung oleh perkataan tersebut. Hal ini kerana peta kata memecahkan sesuatu konsep atau perkataan mengikut ciri-ciri yang dimiliki oleh konsep tersebut.

Kunci kepada kejayaan peta perkataan adalah penglibatan pelajar dan pembelajaran penemuan. Melalui penglibatan murid dan keinginan untuk menerokai maksud yang tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu konsep perkataan, mereka akan lebih memahami konsep perkataan tersebut dengan baik. Melalui penerokaan dan kehendak murid mencari makna sesuatu perkataan tersebutlah yang membantu murid membina konsep umum untuk menggunakan konsep itu dalam sesuatu situasi yang lain yang bersesuaian dengan konsep perkataan tersebut. Dalam kajian yang lepas, peta perkataan telah digunakan sebagai asas untuk membangunkan teks. Dalam kajian oleh Peters (1979) dan oleh Moes, Foertsch, Stewert, Dunning, Rogers, Seda Santana, Benjamin dan Pearson (1983), teks itu telah didapati lebih mudah difahami daripada teks kekurangan kerangka itu.

Satu masalah dengan peta perkataan mungkin istilah yang digunakan dalam menjalankan pelajaran. Terma supraordinat, koordinat dan subordinat mungkin terlalu kompleks bagi sesetengah pelajar, terutamanya mereka yang kurang perbendaharaan kata. Guru boleh menggunakan istilah-istilah seperti yang lebih umum, sama dan lebih khusus untuk memastikan bahawa strategi ini akan berkesan.

Thelen (1982) juga telah mengetengahkan tujuh langkah yang boleh digunakan untuk melaksanakan teknik peta perkataan dengan berkesan. Pertama ialah membangunkan sesuatu konsep sasaran. Maksudnya hierarki atau ciri-ciri sesuatu konsep tersebut haruslah menggabungkan supraordinat, koordinat dan subordinat yang didukung oleh konsep tersebut, misalnya konsep sasaran ialah reptilia maka konsep supraordinat yang diketengahkan mungkin vertebra. Jadinya, dalam pecahan itu nanti, murid-murid boleh melihat haiwan yang termasuk dalam kumpulan reptilia dan vertebra. Dalam langkah pertama ini nanti, murid-murid dapat diajar kemahiran mengelaskan sesuatu perkataan mengikut ciri-ciri dan konsep yang didukung oleh perkataan tersebut.

Langkah kedua pula ialah mentakrifkan konsep yang diperolehi dalam langkah pertama tadi. Sebelum menyampaikan konsep, pastikan kita menggambarkan ciri-ciri konsep yang berkaitan untuk perbincangan. Sifat-sifat yang berkaitan boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang menggambarkan konsep sasaran kita. Contohnya, sifat-sifat yang berkaitan reptilia mungkin vertebra, mempunyai sisik, bertelur, dan berdarah sejuk. Ciri-ciri yang berkaitan konsep tersebut yang membawa pelajar untuk melihat contoh-contoh yang relevan atau tidak relevan dengan ciri-ciri konsep tersebut. Sebagai contoh, manusia tidak boleh menjadi contoh dalam kumpulan reptilia kerana manusia tidak mempunyai sisik, tidak bertelur, dan berdarah panas. Jadi, perkara inilah yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melihat persamaan dan perbezaan yang dibawa oleh sesuatu perkataan tersebut. Dalam pengajaran bahasa Melayu, langkah ini boleh dilihat dalam pemilihan perkataan untuk membina ayat, contohnya perkataan meninggal dunia tidak sesuai digunakan untuk menunjukkan haiwan yang telah mati. Perkataan meninggal dunia hanya sesuai digunakan terhadap manusia sahaja.

Langkah seterusnya ialah menyampaikan dapatan daripada konsep tersebut. Perkara ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu oleh murid. Guru boleh meminta murid-murid menyenaraikan maklumat yang didapati di papan tulis. Jadinya, murid-murid boleh melihat setiap contoh yang diperolehi rakan-rakan mereka dan guru berbincang dengan murid contoh yang paling sesuai.

Langkah keempat pula guru hendaklah menjelaskan sebab sesuatu contoh tersebut dikatakan sesuai dan tidak sesuai untuk kefahaman mereka. Murid-murid perlulah terlibat secara aktif dalam perbincangan tersebut untuk memastikan mereka memahami sesuatu konsep tersebut dengan baik. Di sini, murid-murid dapat menambahkan kosa kata atau perbendaharaan kata mereka.

Langkah kelima, guru hanya perlu membimbing murid untuk melihat ciri-ciri konsep yang relevan sahaja. Pada langkah seterusnya barulah guru membawa murid melihat kepada contoh yang tidak relevan yang telah ditulis oleh murid. Di sini guru telah membina pengetahuan murid secara teratur dengan menjelaskan ciri-ciri yang relevan dahulu kemudian membawa murid melihat ciri yang tidak relevan. Maksudnya, murid akan dapat membandingkan perbezaan ciri-ciri sesuatu konsep tersebut dengan baik.

Langkah terakhir ialah guru boleh menambah contoh-contoh yang telah diberikan oleh murid berkaitan ciri-ciri tersebut. Di sini murid-murid dapat melihat perkataan-perkataan baharu yang tidak difikirkan oleh mereka sebelumnya. Hal ini membantu mengukuhkan kefahaman murid di samping menambah perbendaharaan kata mereka. Di akhir langkah ini murid-murid boleh melihat keseluruhan maklumat yang berkaitan dengan konsep yang dibincangkan. Murid-murid telah terdedah dengan banyak perkataan baharu dan hal ini membantu menambahkan kefahaman selain pengetahuan mereka.

2.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran Menggunakan Teknik Peta KataPetaan SemantikPetaan semantik ialah teknik menyusun dan mengelaskan perkataan atau frasa dalam bentuk grafik. Secara mudahnya, petaan semantik boleh disamakan dengan sebuah rangka, pelan atau rajah yang mempunyai perkataan tersusun secara tertentu bagi menunjukkan perkaitan yang wujud antara perkataan. Prosedur pembentukan petaan semantik adalah seperti berikut:

Langkah 1:Pilih satu perkataan atau konsep yang bersabit dengan pelajaran. Sebagai contoh, perkataan sekolah.

Langkah 2:Tulis perkataan atau konsep itu pada papan tulis atau pada sekeping kertas.

Langkah 3:Minta murid memikirkan seberapa banyak perkataan yang diketahui berkaitan dengan perkataan yang dipilih, misalnya perkataan sekolah itu tadi. Perkataan yang mungkin dapat diberikan oleh murid adalah seperti berikut :matematik pembaris papan tulis kapur perpustakaan tadika tukang kebun bermain melukis sejarah meja ilmu sains kantin bangunan kerusi makmal pen bersukan guru bosan batu gembira buku gunting beg kasut

Bagi menggerakan pemikiran murid kepada perkataan yang mereka ketahui, guru perlu memberi soalan dorongan.

Langkah 4:Minta murid mengumpulkan perkataan yang diberi mengikut kategori tertentu. Kegiatan ini boleh dilakukan oleh guru bersama-sama dengan murid. Di samping itu, guru perlu menggalakkan perbincangan dalam kalangan murid. Mereka patut digalakkan memberi ulasan dan juga sebab mengapa mereka menyenaraikan perkataan-perkataan tersebut dalam satu kumpulan. Kegiatan ini sangat penting bagi memperlihatkan kepada murid makna perkataan baharu dan sukar, makna baharu bagi perkataan yang telah diketahui maknanya dan perkaitan atau pertalian antara perkataan yang disenaraikan dalam lingkungan satu perkataan atau sebuah konsep.

Langkah 5:Dengan bimbingan guru, minta murid memberi nama atau kategori kepada senarai perkataan yang dikumpulkan. Misalnya, bagi perkataan sekolah tadi, kategori di bawah mungkin dapat diberikan, iaitu mata pelajaran yang diajar di sekolah, benda-benda yang digunakan di sekolah, tempat-tempat yang terdapat di sekolah, jenis sekolah, tujuan ke sekolah dan orang yang didapati di sekolah dan sebagainya.

Langkah 6:Minta murid menggambarkan kategori yang dihasilkan dalam bentuk grafik. Rajah yang dihasilkan perlu dapat menunjukkan jalinan perkaitan yang wujud dan juga maksud perkataan itu dengan lebih mendalam.

3.0Konsep Kosa Kata

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007:825), kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. Kosa kata merupakan aset terpenting dalam mempelajari sesuatu bahasa. Bahasa yang baik bergantung kepada penguasaan kosa kata yang baik. Makna tidak akan dapat diungkapkan dengan sempurna melainkan melalui bahasa yang mengandungi kosa kata. Tahap penguasaan bahasa terletak kepada penguasaan kosa kata. Begitu juga percakapan dalam bahasa tidak akan dapat dicapai melainkan dengan adanya kosa kata yang mencukupi untuk menerangkan sesuatu hal dalam sesuatu situasi. Penguasaan kosa kata akan dapat dicapai melalui pengumpulan perkataan yang terdapat dalam ayat. Tetapi perlu diingat bahawa menghimpun perkataan semata-mata tidak dapat membantu untuk berkomunikasi dengan baik. Kosa kata hendaklah diambil daripada ayat yang menunjukkan makna penggunaannya dan selalu digunakan. Penguasaan kosa kata yang baik akan menghasilkan satu pembacaan yang berkesan dan komunikasi yang berkualiti.

3.1 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kosa kataBagi meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa dengan baik, pendedahan kosa kata hendaklah diutamakan. Proses pembelajaran hendaklah diberi penekanan kepada pengumpulan kosa kata dalam pelbagai bidang. Guru hendaklah membimbing murid-murid dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan penguasaan kosa kata yang dapat dipertingkatkan melalui kepelbagaian pendekatan pembelajaran. Guru tidaklah hanya menterjemah teks bacaan semata-mata, tetapi hendaklah melibatkan murid bersamanya bagi mencari makna perkataan dalam teks bacaan. Dengan adanya interaksi ini, murid akan dapat berfikir dan menerima pelajaran dengan mudah, khususnya dalam menguasai kosa kata.

Menurut Virginia (1983), murid tidak boleh mengumpul semua perkataan yang terdapat dalam teks bacaan. Mereka hendaklah mengumpul perkataan yang selalu berulang sahaja. Seterusnya perkataan yang kurang dan perkataan yang ganjil. Perkataan yang selalu berulang hendaklah dikumpul dan dihafal bersama ayatnya bagi memudahkan mengingatinya. Kosa kata ini penting bagi membekalkan bahasa yang baik. Berikut antara pendekatan yang boleh digunakan oleh seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata:

1.Soal JawabRosni Samah (2009:62) membincangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi menggalakkan penguasaan kosa kata. Antaranya ialah memperbanyakkan persoalan dan jawapan supaya murid boleh menggunakannya setiap masa, mengemukakan pelbagai situasi dialog dan cerita yang berkisar di sekitar kehidupan murid, mendedahkan situasi berhubung dengan aktiviti kemasyarakatan dan situasi-situasi yang boleh membantu murid dalam penggunaan bahasa.2.Mengumpul Perkataan Yang Mempunyai Hubungan Terus Dengan SituasiDalam penguasaan kosa kata ini, murid akan menghadapi masalah utama dalam pembelajaran mereka. Masalah ini adalah disebabkan murid menghadapi kesukaran untuk mengingat perkataan dan menggunakannya ketika hendak bercakap. Namun begitu, masalah ini sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa pendekatan seperti mengumpul perkataan yang mempunyai hubungan terus dengan situasi yang selalu digunakan oleh murid, memberi peluang kepada murid untuk sentiasa berlatih dalam menggunakan perkataan-perkataan yang dikuasainya, sentiasa memberi dan mengingatkan murid dengan perkataan yang dikuasainya secara berkala.

3.Memperbanyakkan Bacaan dan Memperluaskan Bidang BacaanMelalui pendekatan ini murid hendaklah sentiasa mendengar ayat-ayat yang mudah dan senang difahami. Dengan membaca, murid sentiasa bertemu dengan perkataan baharu yang terdapat dalam teks bacaannya. Setiap kali membaca, murid akan bertemu dengan perkataan yang sentiasa ditemuinya dan juga perkataan baharu. Perkataan yang selalu ditemuinya akan dapat diingati dengan baik. Perkataan baharu pula dengan sentiasa berjumpa akan menjadi biasa. Akhirnya dengan proses bacaan berkala ini, murid dapat mengumpul kosa kata dan menguasai bahasa dengan baik.

4.Mendengar dan Menonton Rancangan BeritaMurid-murid hendaklah sentiasa mendengar ayat-ayat yang mudah dan senang difahami. Pendengaran ini juga akan dapat menambahkan kosa kata mereka. Aktiviti seperti mendengar berita merupakan latihan yang baik bagi menambah kosa kata. Berita yang didengarnya itu mempunyai kosa kata yang selalu digunakan. Murid akan dapat mengingati kosa kata yang selalu didengarinya dan menguasai kosa kata yang baharu. Bagi menambah penguasaan kosa kata, murid hendaklah mendengar pelbagai bahan berita.

5.Merujuk KamusPenggunaan kamus juga banyak membantu murid dalam menguasai kosa kata. Mereka boleh menggunakan pelbagai kamus bahasa seperti Kamus Dewan. Penggunaan kamus ini bergantung kepada kemahiran murid. Jika murid kerap merujuk kamus, murid akan dapat menambahkan penguasaan kosa kata, misalnya apabila menggunakan Kamus Dewan, murid dapat menambahkan kosa kata dalam bahasa Melayu. Perkataan atau kosa kata baharu hendaklah dicatat dan seharusnya digunakan dalam komunikasi seharian. Hal ini tidak bermakna murid menghafal kamus, tetapi menghafal perkataan yang sentiasa digunakan sahaja dan perkara ini secara tidak langsung akan membantu menambahkan kosa kata murid. Selain itu, jika murid kerap merujuk kamus tidak mustahil ketika mencari sesuatu perkataan dalam kamus, mereka mungkin akan terbaca tentang perkataan lain secara tidak sengaja dan perkara ini akan mendedahkan mereka dengan banyak perkataan-perkataan baharu.

3.2 Kepentingan Pengajaran Kosa Kata

Menurut Hasnah Hamzah (1999) dalam kajiannya Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia murid di luar bandar mempunyai keupayaan yang terhad dalam menulis karangan dan karangan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang rendah berdasarkan umur berbanding dengan murid-murid yang tinggal di bandar. Fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah penguasaan kosa kata bahasa tersebut. Tidak hanya murid sekolah, bahkan masyarakat dewasa sekalipun tidak akan mampu membina karangan yang berkualiti dan penulisan yang baik sekiranya masalah penguasaan kosa kata tidak diatasi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasnah Hamzah ini jelas menunjukkan kepada kita kepentingan untuk kita mempertingkatkan penguasaan kosa kata. Antara kepentingan yang dapat di simpulkan ialah:

1.Asas Utama yang perlu ada untuk Mempelajari Sesuatu BahasaTuaimah(1989:194) membincangkan kepentingan pengajaran kosa kata dengan menegaskan bahawa pengajaran kosa kata dalam pengajaran bahasa merupakan asas utama dan keperluan dalam mempelajari sesuatu bahasa. Menguasai kosa kata bermakna murid mampu menyebut perkataan dengan sebutan yang betul, memahami maknanya dengan tepat mengikut kehendak ayat, mengetahui pola pecahan dan terbitannya serta mengetahui kaedah membina ayat lengkap. Perkara utama, murid mampu memilih kosa kata yang tepat bagi makna yang diungkapkannya. Namun begitu tidak bermaksud murid hanya menghafal kamus dan tidak mampu menggunakan perkataan tersebut dalam membina ayat. Murid-murid hendaklah memilih perkataan yang selalu digunakan supaya dapat menggunakannya ketika perlu dengan lebih mudah. Kadar minima bilangan tertentu tidak menjadi kayu ukur dalam menguasai kosa kata ini. Perkara yang penting ialah murid-murid menguasai kosa kata utama yang sentiasa digunakan dan beliau mampu menggunakannya ketika menggambarkan sesuatu peristiwa atau situasi.

Asas pemilihan kosa kata. Antaranya ialah:Perkataan yang sentiasa berulang dalam penggunaan.Perkataan yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang.Perkataan yang senang diperolehi dan diingati.Perkataan yang familiaratau menjadi kebiasaan dalam penggunaan.Perkataan yang boleh merangkumi pelbagai bidang kegunaan dan makna yang luas.Perkataan yang mempunyai kepentingan bidang keperluan murid.Beberapa kaedah untuk menerangkan makna pola. Antaranya ialah:Menjelaskan dengan menunjukkan objek yang memberi maknanya seperti makna pensil hendaklah ditunjukkan pensil.Menerangkan makna dengan melakonkan perbuatan, seperti makna menutup pintu, guru hendaklah melakukan perbuatan menutup pintu.Menerangkan makna dengan memainkan peranan makna tersebut, seperti menerangkan makna pesakit, guru hendaklah melakonkan dirinya sebagai pesakit.Menerang dengan menyebut perkataan berlawanan.Menerang dengan menyebut perkataan sama makna.Menerang dengan menyebut perkataan yang terkandung di dalamnya. Seperti menerang makna keluarga dengan menyebut anggota keluarga.Menerang makna dengan membincangkan asal usul perkataan atau pola terbitan.Menerangkan maksud makna perkataan.Menerang dengan mengulanggi bacaan bagi perkataan yang berulang.Mencari makna melalui kamus.Menerangkan makna dengan menterjemahkan makna perkataan dalam bahasa ibunda pelajar.

2.Langkah Awal dalam Mempelajari Sesuatu BahasaAl-Naqah(1985:161) membincangkan kepentingan penguasaan kosa kata di kalangan murid asing. Ia merupakan langkah pertama dalam mempelajari bahasa tersebut. Hal ini kerana kosa kata merupakan alat yang membawa makna dan kaedah untuk berfikir. Dengan kosa kata ini, seseorang mampu berfikir kemudian menterjemahkan pemikirannya kepada ayat-ayat yang memberi makna yang dikehendakinya. Pada kebiasaannya, kosa kata dapat dikuasai melalui kemahiran mendengar dan membaca, seterus melalui kemahiran bercakap dan menulis.Perkara ini menunjukkan bahawa kosa kata hendaklah dipelajari melalui ayat atau ungkapan. Beliau turut membincangkan pendekatan menguasai kosa kata dengan dipelajari melalui tema-tema yang selalu digunakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau mencadangkan beberapa pendekatan dalam meningkatkan penguasaan kosa kata. Antaranya ialah:Mengemukakan perkataan yang mempunyai hubungan rapat dengan situasi yang selalu diungkap dan dibualkan oleh murid.Memberi peluang untuk mempraktiskan penggunaan kosa kata dalam berkomunikasi.Cuba mengulangi perkataan dalam jangka masa tertentu yang sistematik supaya murid tidak melupainya.Banyakkan membaca pelbagai bahan bacaan.Menganalisis makna perkataan melalui ayat dan rangkap.Menggunakan pelbagai ungkapan dan juga kamus.Para sarjana membincangkan kepentingan kosa kata dalam penguasaan bahasa. Mereka mendedahkan beberapa pendekatan dalam pengajaran kosa kata. Begitu juga mereka menjelaskan semata-mata kosa kata, penguasaan bahasa tidak akan berlaku. Kosa kata yang dimaksudkan ini, ialah kosa kata dengan kemahiran membina ayat. Murid-murid yang mampu membina ayat berdasarkan kosa kata yang dipelajari, mampu menguasai bahasa dengan baik.

3.Meningkatkan Keupayaan Murid untuk Berkomunikasi dengan BaikPenekanan tentang pentingnya pengajaran kosa kata atau perbendaharaan kata ialah bagi melatih murid untuk mengungkap ke dalam ayat yang lebih kompleks. Hal ini kerana, kosa kata merupakan faktor penting yang mempengaruhi keupayaan murid dalam pertuturan mereka.

4.Menghasilkan Sebuah Penulisan yang BaikAspek penguasaan kosa kata dalam sesuatu penulisan sangat penting untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Kegagalan murid menguasai kosa kata yang luas dan menepati konteks menyebabkannya tidak dapat menyampaikan isi dengan baiknya. Isi yang mantap dan huraian yang baik dipengaruhi cara penyampaiannya. Penguasaan bahasa dan strategi menjawab soalan merupakan dua kriteria asas yang akanmenentukan kejayaan murid. Tanpa penguasaankedua-dua aspek itu, murid tidak mungkin dapat menghasilkan jawapan yang tepat danmantap. Oleh itu, aspek penguasaan bahasa dari segi kosa kata amat penting kerana memberikan kesan terhadap penulisan karangan.

3.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran Kosa KataPengajaran Kosa Kata MenggunakanVisual CuesLangkah 1:Dalam aktiviti yang pertama, guru memberi murid sekeping gambar untuk merangsang murid menjana perkataan yang berkaitan dengan gambar itu. Berpandukan gambar tersebut, murid menulis kosa kata yang sesuai. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan untuk memastikan setiap murid mendapat peluang untuk menjana sekurang-kurangnya satu idea.Langkah 2:Kemudian, setiap kumpulan tampil kehadapan dan berkongsi sekurang-kurangnya satu perkataan. Setelah selesai membina perkataan bersama rakan-rakan yang lain, guru menyuruh pelajar mengenal pasti perkataan yang tergolong dalam kumpulan yang sama.Langkah 3:Guru memulakan aktiviti berkumpulan yang kedua. Murid menuliskan perkataan yang seerti atau seiras dengan perkataan yang mereka tulis. Mereka perlu membina roda perkataan, iaitu memberikan kata seerti atau seiras dengan perkataan dan menyertakan maknanya sekali. Setiap kumpulan dibenarkan menggunakan Kamus Dewan atau Kamus Pelajar untuk membantu mereka mencari makna perkataan serta menjana lebih banyak kata seerti.

Langkah 4:Setelah itu, guru memilih beberapa kumpulan untuk mempersembahkan dapatan mereka. Guru meminta murid-murid yang lain menyumbangkan perkataan yang tidak disebutkan oleh kumpulan yang telah membuat pembentangan. Setelah guru mendapatkan semua perkataan yang seerti ataupun seiras pelajar di minta utnuk menghuraikan maksud kedua-dua perkataan yang mereka pilih.

4.0 KESIMPULANPengetahuan tentang perbendaharaan kata merupakan salah satu faktor terpenting untuk memahami sesebuah teks yang dibaca. Ketidakupayaan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu perkataan atau konsep yang ditemui dalam pembacaan, dapat mewujudkan kesukaran dan membantutkan pemahaman murid tentang bahan bacaan. Justeru, dalam pengajaran bacaan dan kefahaman komponen pengajaran perbendaharaan kata penting dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Memang tidak ddapat dinafikan, untuk segera memahami sesuatu yang diibaca, murid terlebih dahulu mengecam dan memahami perkataan yang ditemuinya dalam pembacaan. Dalam pengajaran bacaan dan kefahaman khususnya, pembinaan pengetahuandan pengalaman sedia ada murid diperlukan bagi membantu pemahaman murid dalam proses membaca.

Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid boleh diibaratkan sebagai jambatan bagi menghubungkan sesuatu yang telah diketahui dengan sesuatu yang baharu. Peta perkataan merupakan salah satu teknik yang amat berkesan untuk diterapkan dalam pengajaran bacaan dan kefaham kerana ia melihat sesuatu konsep secara hierarki atau berlandaskan ciri-ciri yang dipunyai oleh sesuatu konsep tersebut.

Terdapat banyak kajian terdahulu yang memperkatakan berkenaan dengan model, teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa. Hasil kajian tersebut menemui pelbagai model, teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Melayu terutamanya berkaitan kata cuma, tidak ada satu pun daripada model dan teori tersebut yang di katakan unggul kerana arus pendidikan kita sentiasa berubah-ubah mengikut arus pendidikan global. Sebenarnya, untuk mengajar murid dalam pengumpulan kosa kata ini, guru itu sendiri perlu untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan kosa kata yang luas. Hal ini untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang di lakukan kelak.

BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan (2009).Diperoleh pada April 2, 2013 daripada http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/11-beberapa-masalah-dalam-pengajaran.html

Anderson, R.C dan Freebody, P.(1981).Vocabulary Knowledge dalam John T. Gutrie (ed)Comprehension and Teaching Research Reviews. Delaware : International Reading Assoc.Inc. Newark.

Cunningham, J.W, Cunningham, S.V, & Arthur S.V(1981). middle and secondary school reading. New York : Longman Inc.

Durkin, D. (1980).Teaching young children to read. Boston : Allyn and Bacon Inc.

Harris, A.J and Sipay, E.R (1980).How to increase reading ability. New York : Longman Inc.

Kennedy, Eddie (1981).Methods in teaching developmental reading. Illinois : F.E. Peacock Publishers Inc.

Marohaini Yusoff (1986). Penggunaan skema bagi meningkatkan kefahaman murid dalam bacaan: Pengajaran perbendaharaan kata.DalamJurnal Dewan Bahasa Jil.30. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahoraini Yusoff (1999).Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman : Ke arah kemantapan pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Nasir Omar (1996).Pengajaran bahasa arab kepada pelajar-pelajar peringkat permulaan di pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Pearson, P.D &Johnson, D.D (1978).Teaching reading comprehension. New York : Holt, Rinehart & Winston.

Rosni bin Samah (2009).Isu pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai : USIM.

Rosni bin Samah (2009).Pendekatan pengajaran kosa kata bahasa Arab di peringkat Menengah Rendah : kajian kepada guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (Smkakl).Diperoleh pada April 2, 2013 daripada http://www.fp.utm.my/medc/journals/volume%206/g)%20Artikel%20Kosa%20Kata.pdf

Sawai Haskanbancha@Abdul Hadi Ibrahim (1995).Pengajaran pertuturan Bahasa Arab di kalangan pelajar Thai. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.Taimah, Rushdi Ahmad (1989).Talu, al-Arabiyyah li Ghairi al-Natiqenabiha. Ribath : ISISCO

Thelen, J.N (1986).VocabularyInstruction and meaningful learning.DalamJournal of Reading, Jil. 29. Delaware : International Reading .

Virginia French Allen (1993).Techniques in teaching vocabulary. American : Oxford University Press.

1.0 1.0PengenalanPengajaran perbendaharaan kata merupakan satu bahagian penting dalam kegiatan membaca. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas atau tanggungjawab besar dalam pengajaran bacaan adalah untuk menolong pelajar membina saiz perbendaharaan kata. Hal ini penting dalam menentukan pengetahuan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan.Terdapat pelbagai teknik perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,guru perlu dapat menggunakannya dengan bijak. Oleh itu, guru sangat perlu mengetahui berbagai-bagai cara untuk memperkenalkan perkataan baharu dan memberi peluang yang banyak bagi murid berlatih menggunakannya (Cunningham dan Arthur,1981), mengikut mereka lagi, untuk mengetahui makna sesuatu perkataan dalam erti kata yang sebenarnya memerlukan banyak pertembungan dalam konteks yang berbeza dalam tempoh yang tertentu.Bukti-bukti daripada penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa pengetahuan yang sedia ada tentang sesuatu tajuk , khususnya pemahaman tentang perkataan-perkataan utama ialah pengukur kefahaman. Memang tidak dapat disangkal lagi, untuk segera memahami sesuatu yang dibaca, terlebih dahulu seseorang pelajar perlu mengenal atau mengecam dan memahami makna perkataan yang ditemuinya dalam pembacaan. Di samping itu juga, pemahaman yang tepat tentang maksud perkataan adalah perlu dan merupakan prasyarat kepada pembacaan yang bermakna.Selain itu perbendaharaan kata juga amat penting bagi kita untuk memahami apa yang dibaca. Justeru itu kita perlulah membuat perancangan atau proses dalam penambahan bilangan perbendaharaan kata dalam kamus peribadi sama ada dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. Hal ini penting kerana ia dapat membantu pelajar dalam menambahkan pengetahuan tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan yang dibaca. Oleh itu,guru perlu menggunakan teknik atau gabungan teknik yang sesuai bagi mengajar makna sesuatu perkataan dan konsep.

2. 2.0Ayat yang sesuai

Ayat-ayat yang sesuai seolah-olah berkongsi dengan beberapa ciri-ciri perbendaharaan kata yang berkesan yang terdiri daripada dua iaitu teknik pengajaran dan strategi pra membaca yang berkesan. Seperti pemetaan semantik dan analisis ciri semantik, ia terhasil daripada pengetahuan asas terhadap sesuatu topik itu. Dengan membuat ramalan-ramalan tentang ayat yang sesuai, pelajar dikehendaki untuk menggunakan sebahagian daripada pengetahuan sedia ada mengenai perkataan dan pengetahuan mengenai topik ini. Dengan melibatkan sekurang-kurangnya 2 penggunaan. Ayat yang sesuai memerlukan pelajar berfikir tentang hubungan antara konsep perkataan, dan bukannya tentang setiap perkataan sebagai entiti yang berasingan.Terdapat pelbagai teknik mengajar perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam sesuatu proses P&P yang secara tidak langsung menarik perhatian murid dan meningkatkan tahap kefahaman murid. Antara salah satu teknik yang boleh digunakan adalah teknik ayat yang sesuai.

2.1Makna perkataanAyat-ayat yang sesuai telah direka sebagai satu cara untuk membolehkan pelajar untuk menentukan secara bebas makna dan hubungan kata-kata yang tidak dikenali dalam tugasan membaca teks. Pelajar membuat ramalan-ramalan tentang hubungan antara perkataan yang tidak diketahui, membaca untuk mengesahkan ketepatan hubungan diramalkan, dan menggunakan teks untuk menilai dan memperbaiki ramalan mereka. Oleh itu, ramalan digunakan untuk membuat faedah dan untuk menumpukan perhatian pelajar terhadap makna dan konsep yang akan diperolehi.

2.2Tujuan pelaksanaan dalam sesuatu P&P bacaanProses P&P adalah proses dimana interaksi dua hala antara guru dan murid berlaku,antara cara guru menarik perhatian pelajar untuk sesi pembelajaran yang lebih kreatif adalah dengan menggunakan teknik-teknik yang berkesan. Rajah 1.0 memperlihatkan mengenai tujuan ayat yang sesuai digunakan. Daripada pengajaran perbendaharaan kata guru boleh menggunakan teknik pengajaran ayat yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid.Ayat-ayat yang sesuai (Moore dan Moore, 1986) direka untuk membantu pelajar belajar perbendaharaan kata baru yang akan dihadapi dalam tugasan bacaan .Selain itu, ayat yang sesuai boleh digunakan di dalam membuat ramalan tentang ayat yang terdapat pada bacaan mereka, menyediakan tujuan untuk membaca dan membangkitkan rasa ingin tahu mereka mengenai teks yang akan dibaca. Moore dan Moore (1986) menyatakan bahawa ayat-ayat yang sesuai boleh digunakan apabila pelajar jarang melihat perbendaharaan kata yang digunakan semasa membaca tugasan di dalam kelas . Oleh itu,ayat yang sesuai boleh digunakan bersama pelajar pertengahan dan menengah di dalam bidang pengetahuan. Walau bagaimanapun, strategi ini mungkin sesuai untuk semua peringkat pelajar membaca dan belajar daripada peneranganteks.

2.3 KelebihanTeknik ini amat mudah digunakan dan diamalkan.teknik ini juga berkait rapat dengan kefahaman bacaan dan disukai oleh ramai pembaca.kebanyakan pembaca dapat menggunakannya untuk mendapatkan makna perkataan baharu yang ditemui oleh mereka dalam pembacaan.Selain itu,Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang ramai dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh murid-murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan. Mereka lebih mudah menganalisa, menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan secara langsung.

2.4 KekuranganDisebalik kelebihan terdapat juga kekurangan dalam menggunakan teknik ini contohnya pembaziran masa. Oleh itu, banyak masa diperlukan untuk membuat telahan selepas menerima kuliah. Pengajaran secara kuliah kadangkala tidak boleh mencapai sesetengah jenis objektif kerana ia tidak boleh menolong kita mencapai objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif. Ia juga tidak berupaya mengubah nilai atau sikap dan tidak akan boleh menghasilkan penganut baru. Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai bercakap dan boleh bertutur dengan baik.1.0 Senarai-Kumpul-Label Teknik ini dapat membantu murid memperluaskan saiz perbendaharaan kata dan mempertingkat kemahiran pengelasan mereka. Guru boleh menjalankan teknik ini dalam kumpulan kecil atau secara keseluruhan kelas.

3.1 Makna perkataanPengajaran Senarai-Kumpul-Label pada asalnya diilhamkan oleh Taba sebagai salah satu cara atau kaedah bagi membantu para pelajar memahami perkataan teknikal (khusus) dan perkataan am yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya dalam bidang sains sosial dan sains. Ia adalah berdasarkan tanggapan bahawa pengkategorian perkataan boleh membantu pelajar menyusun konsep dan pengalaman baru yang mempunyai hubung kait dengan konsep-konsep yang dipelajari sebelum ini. Pada umumnya, teknik ini diperkenalkanadalah untuk memperbaiki cara bagaimana pelajar belajar dan mengingati tentang suatu konsep baru.

3.2 Tujuan pelaksanaan dalam sesuatu P&P bacaanTeknik Senarai-Kumpul-Label digunakan bagi memperluas saiz perbendaharaan kata dan mempertingkat kemahiran pengelasan para pelajar. Guru boleh melaksanakan teknik ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran samada melalui pembentukan kumpulan kecil mahupun penglibatan keseluruhan pelajar di dalam kelas. Ia sesuai untuk dipraktikkan kepada semu golongan pelajar tidak kira sama ada di peringkat sekolah menengah atau rendah.

1.0Aktiviti lengkap untuk menjalankan aktiviti bagi teknik senarai-kumpul-label

Pelbagai cara untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap pengajaran perbendaharaan kata antaranya teknik Ayat yang sesuai, Senarai-Kumpul-Label, Definisi semula konteks, Analisis fitur, Peta kata, Strategi pengumpulan kosa kata, Kaedah Levin.Selain itu, pelbagai strategi yang lain yang menggunakan prinsip teori skema yang memberi penekanan kepada pembinaan pengetahuan sedia ada untuk mengajar perbendaharaan kata. Ciri-ciri senarai- kumpul-label merupakan antara beberapa strategi yang memudahkan pelajar mengenal makna perkataan baru. Penggunaan strategi ini boleh dilakukan secara berpasangan, kumpulan atau secara keseluruhan kelas.Teknik senarai-kumpul-label lebih senang untuk dilaksanakan di dalam proses P&P dengan menggunakan tiga strategi, iaitu1. Mendengar.Guru memulakan pengajaran teknik senarai-kumpul-label dengan memilih tajuk yang terdiri daripada satu perkataan sebagai rangsangan kepada pengajaran perbendaharaan kata. Tajuk ini bolehlah diambil daripada pelbagai jenis bahan bacaan seperti, peristiwa di sekolah, petikan, cerpen, sajak, novel, atau bahan bacaan lain yang berkaitan dengan perkara yang akan diajarkan. Bagi tujuan penulisan ini, tajuk gunung berapi dipilih.Para pelajar perlu menulis tajuk tersebut pada sehelai kertas sekiranya ia diajar dalam kumpulan kecil dan jika sebaliknya, mereka hendaklah menulisnya atas papan putih. Galakkan pelajar memikirkan pernyataan atau ungkapan yang dapat dikaitkan dengan tajuk berkenaan. Sebarang penilaian atau komentar tidak digalakkan daripada guru semasa kegiatan perbincangan ini dijalankan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para pelajar menjana kepelbagaian jawapan dan jawapan yang kreatif. Sebagai tindak balas atas tindakan gunung berapi yang dipilih tadi, pelajar mungkin akan memberi pernyataan berikut:Gunung Berapi

Lava

Mt.St. Helens

Letusan

Letupan

Bara

Lebur

Kemusnahan

AsapHaba

Kebakaran

Kematiangempa bumi

Krakatoa

MagmaPompeii

Habuk

Abu

Batu

2. Perkumpulan / pelabelanBagi menjadikan kaedah ini sebahagian daripada pembelajaran, pelajar perlu membaca senarai di atas secara lisan sambil menunjukkan ke setiap patah perkataan sama seperti yang dilafazkan. Cara sebegini mungkin tidak bersesuian sekiranya dipraktikkan kepada pelajar proaktif melainkan kepada pelajar yang mempunyi tahap IQ rendah. Pelajar kemudiannya diminta untuk membuat pengelasan mengikut kategori yang betul dan berkaitan antara satu sama lain berdasarkan perkataan-perkataan yang telah disenaraikan tadi.3. SusulanDengan berpandukan idea yang dicurahkan oleh pelajar pada papan putih atau kertas yang mereka gunakan, guru dapat merekodkan kategori perkataan dan label yang dihasilkan. Seterusnya, pelajar mesti menerangkan kepada pelajar lain mengapa ia dinyatakan atau dikelaskan sedemikian. Dengan cara ini, semua pelajar boleh melihat kemungkinan kategori yang tidak terdapat dalam kumpulan mereka dan secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan serta mendapat gambaran yang jelas terhadap topik yang dibincangkan.Berikut adalah kumpulan yang mungkin boleh dijana dari senarai besar perkataan gunung berapi:1. lava, abu, batu, habuk, asap = perkara yang dipancarkan dari gunung berapi2. Mt. St Helens, Krakatoa, Pompeii = gunung berapi terkenal3. letupan, kemusnahan, kematian, gempa bumi = hasil letusan gunung berapi4. lava, api, bara, lebur, magma = panas bahagian gunung berapi

Kesimpulan Secara kesimpulannya,pengajaran perbendaharaan kata merupakan satu bahagian penting dalam kegiatan membaca. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas atau tanggungjawab yang besar dalam pengajaran bacaan adalah untuk menolong murid membina saiz perbendaharaan kata. Hal ini penting dalam menentukan pengetahuan murid dalam menentukan makna sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan.Sejak dari tahun 1940-an sehingga 1980-an, penyelidik dari eropah seperti davis (1944), spearit (1972), pearson dan johnson (1987) dan lain lain merupakan antara penyelidik yang acap kali menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan perbendaharaan kata (maksud perkataan) sebagai satu komponen bacaan dan pemahaman dalam proses p&p ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, untuk segera memahami sesuatu bahan yang dibaca, seseorang murid itu terlebih dahulu perlu mengenal atau mengencam dan memahami makna perkataan yang ditemuinya dalam pembacaan. Selain itu pengecaman juga penting dalam pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata ini. Hal ini kerana pengecaman tanpa pemahaman kurang nilainya. Pemahaman yang tepat tentang maksud perkataan adalah perlu dan merupakan prasyarat kepada pembacaan yang bermakna. Selain itu,Pengajaran Perbendaharaan Kata mampu mengembangkan dan memperkaya idea yang dijana pelajar, membolehkan murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara berkesan , memperkuat diksi (murid boleh menyampaikan maklumat dengan berkesan) kaitannya dengan Kefahaman dan pengukur tahap kefahaman. P&P perbendaharaan kata ini juga adalah penting untuk membantu murid mengaitkan makna perkataan baharu dengan makna makna (pengetahuan dan pengalaman) sedia ada murid. Pembelajaran ini bermakna apabila guru dapat mengaitkan makna perkataan baharu dengan perkara yang telah mereka ketahui. Oleh itu, pelajar akan dapat mengaitkan makna perkataan baharu dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, membantu murid membina pengetahuan yang luas dan rapi tentang makna perkataan, melahirkan penglibatan murid yang aktif dan membantu murid membina strategi dan konsep baharu secara bebas.

6.0 Rujukan

Mohd Taib Ariffin. (2011).Wacana Akademik Bahasa Melayu. Tanjung Malim:Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Marohaini Yusoff. (1999).Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Steven A.Stahl et.al.Predicting word meanings to teach content area vocabulary.International Reading Association.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008)Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka