kapreza 1314 paperwork

Download Kapreza 1314 paperwork

Post on 13-Aug-2015

17 views

Category:

Data & Analytics

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. KERTAS KERJA KARNIVAL PREMIER ZABA 2014 KOLEJ PENDETA ZABA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 6 - 9 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ PENDETA ZABA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN BIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ PENDETA ZABA DENGAN KERJASAMA JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel NATIONAL CANCER SOCIETY OF MALAYSIA (NCSM) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA TEMA
  2. 2. Express Yourself 6 - 9 Mac 2014 Express Yourself KERTAS KERJA KARNIVAL PREMIER ZABA 2014 [KAPREZA 2014] UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan untuk mengadakan Karnival Premier Zaba 2014 (KAPREZA 2014). 2.0 PENDAHULUAN Karnival Premier Zaba 2014 (KAPREZA 14) merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Zaba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program yang berkonsepkan hari keluarga ini telah masuk tahun yang kesembilan dan menjadi satu program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Zaba. Maka, KAPREZA yang bakal berlangsung pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, bakal dijalankan dengan matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Zaba dengan pihak pegurusan Kolej Pendeta Zaba dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Express Yourself menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk menyerlahkan sisi mahasiswa/i dalam pelbagai aspek yang membolehkan mahasiswa/i lebih yakin dengan diri sendiri dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan. Konsep riadah santai yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja program
  3. 3. Express Yourself 6 - 9 Mac 2014 yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kerohanian dan kekeluargaan juga turut diselitkan. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Zaba khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi di samping membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan dan cemerlang secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen kemanusiaan. Unsur-unsur penggunaan Bahasa Inggeris juga diterapkan dalam menjalankan program KAPREZA kali ini yang merujuk kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Hebahan dan promosi program akan dilaksanakan secara dwibahasa untuk menarik minat para pengunjung. Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global. 3.0 MISI Menjadikan program ini sebagai satu landasan bagi menonjolkan bakat dalam diri kalangan mahasiswa/i dan mejadikan aktiviti yang disediakan sebagai medium untuk melepaskan tekanan dengan cara beriadah.
  4. 4. Express Yourself 6 - 9 Mac 2014 4.0 MATLAMAT Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Zaba di samping melatih mahasiswa/i untuk menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan. Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga penghuni Kolej Pendeta Zaba serta pihak badan bukan kerajaan. 5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan sesuatu aktiviti mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri. 5.3 Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan. 5.4 Menggunakan aktiviti santai yang interaktif dalam mengekspresikan mahasiswa. 5.5 Bekerjasama dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) dalam menyokong usaha mereka untuk membantu pesakit kanser daripada segi moral. 5.6 Membantu mengutip dan mengumpul dana kewangan melalui pelbagai program yang akan dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung bagi keperluan pesakit kanser melalui saluran NCSM. 6.0 TEMA Express Yourself
  5. 5. Express Yourself 6 - 9 Mac 2014 7.0 ANJURAN Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Zaba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 8.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 6 - 9 Mac 2014 Masa : 8 pagi 11 malam 9.0 TEMPAT Kolej Pendeta Zaba, Universiti Kebangsaan Malaysia 10.0 PUBLISITI Program ini akan dihebahkan secara meluas dalam bentuk dwibahasa melalui iklan media massa, flyers, poster dan banner di kawasan UKM, sekitar Bangi, Kajang dan juga semua kawasan di Semenanjung Malaysia. Golongan sasaran adalah warga Kolej Pendeta Zaba, semua warga kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Zaba Universiti Putra Malaysia, Kolej Zaba Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kolej Ketujuh Zaba Universiti Malaya dan penduduk sekitar Bangi. 11.0 CADANGAN PERASMI 11.1 Perasmi Pembukaan dan Penutup DATO ZURAINAH BINTI MUSA EXECUTIVE DIRECTOR BERJAYA GROUPS
  6. 6. Express Yourself 6 - 9 Mac 2014 12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah Krew KAPREZA14 : 200 orang Jumlah pengunjung : 1500 orang [anggaran] 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 15.0 PERINCIAN PROGRAM 15.1 Bacaan Yassin dan Solat Hajat Bacaan Yassin dan solat hujan akan diadakan di Surau Kolej Pendeta Zaba yang merangkumi keseluruhan krew KAPREZA 14 dan juga penghuni kolej bagi mendoakan kelancaran program yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut. 15.2 Malam Dambakan Cinta Rasulullah Program ini berkonsepkan islamik yang mengajak para muslimin dan muslimat untuk beselawat dengan kaedah yang lebih interaktif. Program ini dapat menerapkan nilai-nilai murni disamping dapat membersihkan hati dengan memuji-muji nama Allah. 15.3 Pertandingan Tenpin Boling Terbuka Piala Pendeta Program ini dapat memupuk bakat bersukan serta semangat dalam kalangan pemainnya. Pertandingan yang akan dijalankan di Endah Parade, Kuala Lumpur ini adalah terbuka kepada warga Kolej Pendeta Zaba, warga UKM dan penyertaan juga dibuka kepada orang luar.
  7. 7. Express Yourself 6 - 9 Mac 2014 15.4 Pertandingan Futsal Piala Ayahanda Futsal merupakan pertandingan futsal yang akan menemukan pemain dari pelbagai kolej serta seluruh Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. Penyertaan daripada kumpulan kumpulan pemain wanita juga digalakkan. 15.5 Horse For Fun Tujuan diadakan Horse For Fun adalah sebagai aktiviti riadah yang mampu memupuk sifat kekeluargaan. Mahasiswa/i yang tidak pernah menaiki kuda ataupun melihat kuda dapat bergambar serta menunggang kuda di kawasan kolej. 15.6 Food Hunter Program ini adalah program yang berunsurkan sukaneka yang diwujudkan untuk menguji ketahanan fizikal para peserta dalam menghabiskan makanan dalam waktu yang ditetapkan. Makanan yang bakal disajikan adalah makanan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat yang bakal menilai ketahanan mereka dalam menerimanya. 15.7 Survival Zaba Program ini diilhamkan daripada siri rancangan televisyen Korea iaitu Running Man yang disesuaikan dengan budaya masyarakat Malaysia. Penyertaan daripada pelbagai bangsa untuk setiap kumpulan adalah bertujuan untuk memupuk semangat integriti antara satu sama lain. Checkpoint yang terlibat adalah di sekitar Kolej Pendeta Zaba 15.8 Kids Got Talent Program ini adalah bagi mencari bakat dalam kalangan si cilik dari sekolah dan tadika berdekatan. Antara segmen yang turut dimuatkan adalah peragaan pakaian dan juga pertandingan mewarna serta melukis. Program ini juga dapat menarik kunjungan masyarakat sekitar khususnya ibu bapa.
  8. 8. Express Yourself 6 - 9 Mac 2014 15.9 Battlefield Program ini adalah program yang berunsurkan extreme dan diwujudkan untuk menguji ketahanan fizikal para peserta. Penyertaan berkumpulan memupuk sifat kerjasama dan dapat meningkatkan daya pemikiran dan perancangan peserta. 15.10 Grooming Tujuan diadakan grooming adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi tentang kepentingan penjagaan diri dan juga untuk melatih mahasiswi untuk tampil lebih berkeyakinan dalam segala aspek. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara berpakaian yang betul mengikut kesesuaian sesuatu majlis. 15.11 Siapa Hebat? Pengenalan kepada permainan ini untuk memriahkan lagi majlis sepanjang karnival berlangsung di samping memberi keseronokan dan juga kenangan terindah zaman kanak- kanak para peserta. 15.12 Battle Of The Bands Program ini berkonsepkan pertandingan yang membolehkan sisi lain mahasiswa dari bidang lain iaiti seni muzik ditonjolkan. Selain itu, ia juga sebagia satu medium untuk mengeratkan hubungan dia antara warga Kolej Pendeta Zaba dan juga warga kolej kediaman lain di UKM. 15.13 Cuci-Cuci Kapreza Skuad khas akan ditubuhkan untuk mencuci kenderaan di sekitar UKM. Aktiviti mencuci kenderaan ini akan diadakan sebelum karnival ini berlangsung. Secara tak langsung ini dapat mempromosikan KAPREZA 14 di dalam UKM mahupun di sekitar Bangi. Program ini akan diadakan 2 hujung minggu berturut-turut sebelum berlangsungnya tarikh KAPREZA 14.
  9. 9. Exp