k ertas kerja program elit

8
1 SEKOLAH KEBANGSAAN PLANG, 33320 GERIK, PERAK KERTAS KERJA PROGRAM MURID ELIT UPSR 2013 DISEDIAKAN OLEH: MAT RODI BIN ABDULLAH PK PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN PLANG Anjuran: JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SEKOLAH KEBANGSAAN PLANG, 33320 GERIK,PERAK

Upload: mat-rodi-abdulah

Post on 11-Jul-2015

214 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: K ertas kerja program elit

1

SEKOLAH KEBANGSAAN PLANG,

33320 GERIK, PERAK

KERTAS KERJA

PROGRAM MURID ELIT UPSR 2013

DISEDIAKAN OLEH: MAT RODI BIN ABDULLAH

PK PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN PLANG

Anjuran: JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

SEKOLAH KEBANGSAAN PLANG, 33320 GERIK,PERAK

Page 2: K ertas kerja program elit

2

1.0 Pengenalan

Program ini dirancangan untuk memastikan agar pada setiap tahun, Sekolah

Kebangsaan Plang mampu untuk melahirkan murid-murid 5A dalam peperiksaan UPSR.

Adalah diharapankan, dengan perlaksanaan program ini, akan memudahkan pihak

sekolah untuk mengekalkan tradisi pencapaian kualiti 5A. Adalah diharapkan juga

dengan adanya kertas kerja ini akan memudahkan pihak sekolah dalam merencanakan

dan mengilap kualiti pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti untuk menjayakan hasrat

yang diidamkan.

2.0 Matlamat

Memastikan pada tahun ini, akan ada pelajar yang memperolehi 5A dalam peperiksaan

UPSR yang akan diadakan pada 10, 11 dan 12 September nanti.

3.0 Rasional

Terdapat sebilangan pelajar yang dikenal pasti untuk mendapat 5A dalam UPSR.

Terdapat kekuatan daripada guru sendiri serta sokongan padu daripada ibu bapa.

4.0 Objektif:

(i) Memudahkan pengajaran guru dalam memfokuskan kepada sesi pengajaran yang

lebih mencabar dan berkuaiiti.

(ii) Memberi pendedahan dan meningkatkan keyakinan murid Elit akan kemampuan

mereka dalam pelajaran.

(iii) Mendedahkan murid dengan aras soalan yang lebih tinggi dan pelbagai.

(iv) Memudahkan penumpuan dan pengajaran guru kepada konsep-konsep yang

menjadi kelemahan murid Elit.

(v) Memasitikan akan terdapat murid SK Plang yang mendapat 5A dalam UPSR.

(vi) Mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondunsif kepada murid-

murid Elit.

Page 3: K ertas kerja program elit

3

5.0 Justifikasi

(i) Penilai berterusan prestasi pelajar melalui ujian yang dijalankan.

(ii) Motivasi murid Elit akan lebih tinggi dan mempunyai keyakinan diri.

6.0 Maklumat

6.1 Perbelanjaan / Kewangan

Bil Perkara

Kadar Kos

1. Kertas Item Ujian (20 set

x 5) = 100 Keping x 5

Orang

RM 0.05

sekeping

2. Makanan

( 5 orang x RM 10.00x

3 hari)

RM 10.00

(Sehari)

3. Runcit – Krismis, Air

Zam-zam dll

RM 100

Page 4: K ertas kerja program elit

4

7.0 Jawatankuasa

JAWATAN KUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Phuah Guan Heng PPT,

(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Plang)

Naib Pengerusi 1 : En.Mat Rodi bin Abdullah

(Penolong Kanan Pentadbiaran Sekolah Kebangsaan Plang)

Naib Pengerusi 2 : En.Baharin Bin Mohd Hanafiah

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Hallijah Bt Husain

(Penolong Kanan Ko Kurikulum)

Setiausaha : Pn. Zurina bt Zahidi

(Guru Penyelaras Tahun 6)

AJK (Guru) : En. Mohd Radzi Bin Ibrahim

En. Mayar Bin Mat

En. Mohd Radzi Bin Ibrahim

Pn.Hafizah Bt. Mohd Zabidi

Pn. Nor Azera Bt. Ariffin.

8.0 Jadual Perlaksanaan Program

Dilampirkan

Page 5: K ertas kerja program elit

5

9.0 Penutup

Diharapkan dengan terlaksananya program ini, sasaran (ETR) sekolah untuk

menghasilkan sekurang-kurangnya lima orang calon 5A dalam UPSR 2013 akan

tercapai. Adalah diharapkan juga akan mendapat komitmen yang sepenuhnya daripada

semua guru Sekolah Kebangsaan Plang agar program ini akan mencapai kejayaan.

Semoga kejayaan yang akan tercapai melalui program ini, akan memberikan dorongan

dan semangat baru kepada guru-guru pada tahun hadapan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………..……………….. ………………………..

(MAT RODI BIN ABDULAH) (EN.PHUAH GUAN HENG ,PPT)

Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Plang, Sekolah Kebangsaan Plang

33320 Gerik, 33320 Gerik,

Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan.

Page 6: K ertas kerja program elit

6

Plan Tindakan Program Kecemerlangan UPSR

1.Perbincangan bersama Guru Besar tentang perlaksaan program.

Mendapat persetujuan agar program dilaksanakan.

Asas Perbincangan :

1.1. Pencapaian Kualiti 5A dalam PPT – Tidak mencapat target

1.2. Kegagalan mencapai Kualiti 5A dalam Percubaan UPSR.

1.3. kekuatan dan Kelemahan murid Target 5A.

1.4. Persetujuan daripada semua guru tahun 6.

2. Perjumpaan bersama Ibu bapa penjaga murid; Makluman perlaksanaan program.

3. Makluman program Kepada semua guru SK Plang.

Mesyuarat Guru.

3. Menyusun kertas kerja dan jadual pengagihan tugas.

4.Perlaksanaan program

5.Analisis pencapaian program

Peperiksaan Semasa ( U1-U4)

Peperiksaan Percubaan.

Page 7: K ertas kerja program elit

7

Rangka Perlaksanaan Program Kecemerlangan UPSR

1. Perjumpaaan Ibu Bapa Murid Elit Tahun 6.

Proses Kenalpasti murid melalui keputusan PKSR 2 (2012)

Perjumpaan dalam Mesyuarat Agung PIBG

2. Pembekalan Buku Modul Elit (Aras Tinggi)

Bermula bulan Januari

3.Program Kelas Tambahan Murid Elit.

Februari – Ogos

Dijalankan selepas waktu persekolah.

4.Program Motivasi Murid Elit

Dijalankan bermula Bulan Mac-Ogos

(Program dalaman dan penyertaan anjuran pihak luar)

5.Program Pecutan

Julai – Ogos

Penekanan dan pendedahan kepada soalan Klon UPSR dan Soalan Percubaan

Negeri Luar.

Page 8: K ertas kerja program elit

8