jumardi muhlis bmk

44
Pengenalan Komunikasi bertulis merupakan satu kegiatan bagi merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambing-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Komunikasi ini dapat dilaksanakan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang terancang. Selain itu, berbanding dengan komunikasi lisan yang lain, komunikasi bertulis ini melibatkan pelbagai faktor seperti isi yang hendak dibicarakan, pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya dan bentuk penyampaian, format serta pengolahan yang menarik. Teks pengucapan awam iaitu teks ucapan merupakan salah satu daripada bahasa dalam komunikasi bertulis. Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Kebiasaannya, ucapan boleh didapati dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan banyak lagi. Oleh itu, kandungan ucapan ini berbeza-beza mengikut jenis sesuatu majlis yang diadakan itu. Sebagai contoh, kandungan ucapan dalam majlis perhimpunan tentulah berbeza dengan kandungan ucapan dalam majlis perkahwinan. Begitu juga dengan para hadirin yang hadir yang mungkin berbeza dari segi latar belakang, umur, status sosial, dan sebagainya lagi. Misalnya, hadirin yang hadir dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah biasanya terdiri daripada para guru dan pelajar-pelajar yang hanya terdapat di sesebuah sekolah itu sahaja. Sebaliknya, para hadirin yang hadir dalam

Upload: jumardi-muhlis

Post on 20-Nov-2015

298 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

PengenalanKomunikasi bertulis merupakan satu kegiatan bagi merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambing-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Komunikasi ini dapat dilaksanakan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang terancang. Selain itu, berbanding dengan komunikasi lisan yang lain, komunikasi bertulis ini melibatkan pelbagai faktor seperti isi yang hendak dibicarakan, pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya dan bentuk penyampaian, format serta pengolahan yang menarik.Teks pengucapan awam iaitu teks ucapan merupakan salah satu daripada bahasa dalam komunikasi bertulis. Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Kebiasaannya, ucapan boleh didapati dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan banyak lagi. Oleh itu, kandungan ucapan ini berbeza-beza mengikut jenis sesuatu majlis yang diadakan itu. Sebagai contoh, kandungan ucapan dalam majlis perhimpunan tentulah berbeza dengan kandungan ucapan dalam majlis perkahwinan.Begitu juga dengan para hadirin yang hadir yang mungkin berbeza dari segi latar belakang, umur, status sosial, dan sebagainya lagi. Misalnya, hadirin yang hadir dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah biasanya terdiri daripada para guru dan pelajar-pelajar yang hanya terdapat di sesebuah sekolah itu sahaja. Sebaliknya, para hadirin yang hadir dalam majlis perkahwinan pula tentunya terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan, penduduk setempat serta ahli-ahli kenamaan.Sesuatu ucapan itu menggambarkan seseorang yang berucap berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis yang disertai. Ucapan merupakan pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin malah ucapan juga memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan. Bukan itu sahaja, individu yang menyampaikan ucapan juga mestilah dapat menguasai perhatian hadirin supaya mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang disampaikan.

Definisi pengucapan awam

Ciri-ciri pengucapan awam

Pengucap yang mempunyai maklumat dan ingin dikongsi dengan pendengar. Maklumat bertujuan untuk : Memaklumkan Mempengaruhi Memberi inspirasi Menghibur Mengajar/memberi ilmu pengetahuan

Perkara yang perlu dilakukan oleh speaker sebelum memberi pengucapan awam : Perancangan Penyelidikan Persediaan Latihan yang sewajarnya

Mesej Maklumat yang hendak disampaikan kepada audien. Tajuk sesuai dengan kandungan mesej. Mesej mempunyai kepentingan yang jelas dengan audien. Memilih perkataan dan ayat yang mempunyai makna yang jelas. Bahasa yang digunakan difahami oleh audien. Mesej disampaikan dengan menggunakan gaya persembahan yang sesuai.

Pendengar Orang yang mendengar pengucapan awam. Orang yang mana akan mendengar meseg yang disampaikan oleh speaker. Individu aneh yang mempunyai peribadi dan ego berbeza. Speaker harus dapat mempengaruhi audien supaya berpihak kepadanya. Speaker harus menghormati audien.

Pengucap Menganalisa audien Bilangan audien Lingkungan umur Jantina Bangsa Latarbelakang sosial dan budaya Taraf pendidikan Kerjaya Minat Tahap pengetahuan Pengharapan Speaker hendaklah: Peka terhadap maklum balas. Pinta maklum balas. Bertindak dengan maklum balas. Ulang penerangan bagi mendapatkan maklum balas.

Saluran Elemen untuk memnyampaikan pengucapan awam. Terdiri daripada : Keterampilan diri / pakaian Nada suara Mimik muka Pandangan mata Pergerakan badan Pergerakan tangan

Maklum balas Proses speaker menerima maklumat berkenaan bagaimana mesej disampaikannya diterima oleh audien dan speaker akan bertindak balas terhadap maklumat berkenaan. Sebaik-baiknya tindakan susulan diambil setelah menerima maklumbalas audien.

Gangguan Halangan yang timbul daripada pengucapan awam. Dapat mengurangkan keberkesanan penyampaian mesej, penerimaan mesej dan objektif pengucapan awam.

Dua gangguan Dalaman Dalam diri speaker Samada fizikal, psikologi atau fisiologi Tidak berminat Tidak bersedia Kurang mahir dalam bidang / tajuk Kurang sihat

Luaran Persepsi audien berbeza Pemahaman berbeza Prasangka kepada speaker Bising Fizikal/psikologi audien Audien tidak memberikan tumpuan dan perhatian

Situasi Keadaan fizikal lokasi / tempat / bilik pengucapan awam. Keadaan lokasi harus diketahui terlebih dahulu bagi menyesuaikan keadaan. Sekiranya lokasi jauh, datang awal ke tempat pengucapan awam.

Perkara yang perlu diketahui : Keluasan bilik Kemudahan alat Suhu bilik Sistem pengudaraan Lampu dan cahaya Kedudukan speaker semasa persembahan Susunan tempat duduk audien

Strategi penyampaian awam secara umum

Jenis-jenis pengucapan awam

Format pidato

Format pidato

Ceramah Format ceramah Syarahan

Format syarahan

Taklimat

Ucapan

Format ucapan

Ciri-ciri ucapan

Bahasa yang mudah difahami

Ucapan mestilah menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami yakmi bahasa yang tidak berbunga-bunga dan tidak mengandungi makna- makna tersirat serta istilah-istilah khusus.

Isi yang bermakna

Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk ucapan dan disesuaikan juga dengan tahap keupayaan dan penerimaan pendengar.

Struktur ucapan

Sesuatu ucapan yang baik mestilah didahului disampaikan dengan mengikut susunan tertentu dalam ucapan.

Suara yang jelas

Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas, dan terang supaya mudah didengar oleh pihak penonton atau pendengar.Suara perlu ditinggikan pada tempat-tempat yang sesuai.

Memperlihatkan keyakinan dan kesungguhan pengucapan. Cara persembahan

Cara persembahan

Ucapan harus dimulakan dengan penuh keyakinan diri. Seseorang itu perlu yakin terhadap pengetahuan yang sedia ada.

Cara persembahan

Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan, tangan, kepala, mimik muka, senyuman, mata sertabadan perlu sesuai.

Contoh pangilan mengikut protokol

Tuan Yang TerutamaDigunakan untuk jawatan Datuk, Tuan, Yang dipertua Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi.

Yang Amat BerhormatDigunakan untuk jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Yang berhormat (YB)Digunakan untuk jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dupertua Dewan Negeri dan sebagainya.

Yang Berbahagia (Y.Bhg.)Digunakan untuk jawatan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Prof. Dr. Haji (nama), Y.Bhg. Tan Sri Raja (nama) dan sebagainya.

Yang Teramat Mulia (YTM)Digunakan untuk jawatan YTM Tengku (nama)

Yang Amat ArifDigunakan untuk jawatan Tuan Hakim Negara.

Yang Berusaha/Yang berbahagia/Yang muliaDigunakan untuk jawatan Pengerusi Majlis, Ketua jabatan, dan Ketua Bahagian.

Yang MuliaDigunakan untuk jawatan Tengku Raja, Tunku,Engku, Ungku, dan Datu.

Yang Amat Berbahagia

Digunakan untukjawatan Tun dan Toh Puan.

Jenis-jenis ucapan

Teks ucapan berdasarkan tema Guru Pemacu Transformasi Negara

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia; Yang Amat berhormat Dato Sri Haji Hamdan Pallao , Ketua Menteri Sarawak; Yang berhormat Datuk Dr. Taufik Amin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Dr Linton Jubin thien , Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; Yang berbahagia Datuk Ellif Mofilin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia; Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri; Dif-dif jemputan , Tuan-tuan Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian.

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian.Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara kita.Guru Pemacu Transformasi Negara.Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah empat sub-NKRA pendidikan. Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah tertinggi dalam pencapaian KPI bagi tahun 2012. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru dan semua pegawai Kementerian yang telah membantu saya menerajui Kementerian Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru sekalian! Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik anda semua!. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya selaku Menteri Pelajaran telah menggagaskan beberapa dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan.Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam acara sukan yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka.. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid dapat menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita.

Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan melalui pelaksanaan dasar-dasar ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu, saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-sama saya dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan setiap dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi masa depan negara kita.Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesyen keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling bermakna buat guru-guru di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana Menteri sentiasa mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang kenaikan ke gred yang lebih tinggi.Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikanSaya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat menjayakan proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama transformasi negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat gurulah kita membina masa depan yang sejahtera.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu.

Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Borang Kolaborasi

Refleksi

Bibliografi

Jadual Perlaksanaan Tugas

Lampiran

Hasil Tugasan

Soalan Tugasan

Profil Pelajar

Isi Kandungan

Jadual Perlaksanaan tugasBILPERKARATARIKH

01 Mendengar taklimat mengenai soalan tugasan15.08.2012

02 Mencari dan mengumpul maklumat tentang pengucapan awam16.08.2012

03 Mula membuat tugasan tentang ciri-ciri dan strategi pengucapan awam dan persembahan grafik20.08.2012

04 Membuat teks ucapan untuk dipersembahkan27.08.2012

05 Membuat semakan akhir hasil tugasan31.08.2012

06 Menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing04.09.2012

Bibliografi

1. Siti Hajar HJ. Abdul Aziz, 1999, Aktiviti Lisan, Kuala Lumpur, Utusan Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.2. Jeniri Amir, 2007, Teknik Menulis Ucapan, Kuala Lumpur, Utusan PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.3. Mohd. Sidin Ahmad Ishak, 1999, Ketrampilan Menulis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur, Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Internet

1. http://addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-berbahasa.html2. http://www.smkbj.edu.my/main/download/tips%20motivasi/KEMAHIRAN%20BERUCAP.ppt3. http://imann9969.blogspot.com/2011/10/isi-kandungan-pengucapan-awam.html

. Refleksi

Saya berasa amat bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Puan Hjh Rokaiyah Haji Jayah yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana telah banyak berkolaborasi untuk menjayakan tugasan ini. Sepanjang proses untuk menyempurnakan tugasan ini ternyata amat banyak memberikan cabaran dan dugaan serta pengalaman baru kepada diri saya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, terlau banyak pengajaran yang dapat diambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup sebagai tenaga pengajar tidak lama lagi, di samping menjadikan saya lebih matang daripada segi pemikiran bahasa ibunda ini Daripada pengalaman kendiri saya dalam melaksanakan tugasan ini. Banyak kesukaran dan kekuatan daripadanya telah saya perolehi. Antara kesukaran yang terpaksa saya hadapi dalam menyiapkan tugasan kali ini ialah kesukaran saya untuk mencari maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya pada kali ini. Berkaitan dengan pencarian maklumat menggunakan buku-buku ilmiah, saya sukar untuk mendapatkan buku-buku tersebut di perpustakaan. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengambil keputusan untuk mencari bahan bacaan dengan meminjam daripada rakan yang lain. Alhamdulillah, segala hasil usaha yang saya lakukan akhirnya membuahkan hasil. Saya berjaya mencari banyak sumber rujukan yang saya perlukan bagi menghasilkan suatu kerja yang berkualiti dan menepati kehendak pensyarah. Seterusnya, masalah ini juga merupakan masalah yang besar juga bagi saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Masalah yang dimaksudkan adalah masalah rangkaian internet di Institut Pendidikan Kampus Kota Samarahan ini. Saya sering kali berhadapan dengan masalah rangkaian internet di IPGKTAR ini sering terputus talian dan penggunaanya tidak begitu meluas kerana telah disekat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Hal ini sedikit sebanyak membantutkan proses pencaran maklumat saya berasaskan sumber internet. Namun, saya tidak berputus asa, saya telah mengambil keputusan untuk mencari maklumat berdasarkan internet, saya juga telah meminjam Broadband dengan rakan saya bagi mencari maklumat di sana, alhamdullah, sekali lagi usaha yang saya lakukan membuahkan hasil. Setelah mengetahui kekuatan yang saya perolehi dari aspek kendiri, kini saya akan menjelaskan tentang kekuatan yang saya perolehi dari aspek ilmiahnya pula. Dari aspek ilmiah, kekuatan saya perolehi ialah saya dapat pelbagai ilmu berkaitan dengan pengucapan awam. Sebagai contoh, saya telah mengetahui beberapa kaedah atau cara untuk berucap dengan betul selain daripada mengetahui format-format penulisan teks dan sebagainya. Tambahan pula, pensyarah pembimbing telah memberi kesempatan untuk membuat pengucapan awam di dalam kelas bagi menyediakan diri untuk pengucapan awam yang seterusnya. Seterusnya, kekuatan dari aspek ilmiah yang saya perolehi berdasarkan tugasan kali ini ialah saya berasa begitu yakin untuk menghasilkan suatu penulisan dan memberikan pengucapan awam pada khalayak ramai. Hal ini kerana, dengan adanya ilmu yang mendalam berkaitan dengan cara penghasilan teks pengucapan awam yang baik dan latihan yang bersungguh-sungguh, saya begitu yakin dapat menghasilkan suatu penulisan yang bermutu dan penulisan yang penuh dengan ilmu berkaitan dengan penulisan ini dan dapat memberikan pengucapan dengan yakin. Kesimpulannya, Saya berharap agar pengalaman, pengetahuan dan pengajaran melalui tugasan ini dapat menjadi satu impak yang besar kepada diri saya mahupun dimasa hadapan. Saya berharap ia memenuhi kriteria tugas-tugas dan soalan yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing. Saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi kepada yang bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini dan juga berharap tugasan ini akan menjadi bahan bacaan dan bahan rujukan kepada guru pelatih yamg akan datang. Terima kasih.

Borang kolaborasi

TARIKH

PERKARANAMATANDATANGAN

09.08.2012Mendengar taklimat daripada penyarah pembimbing mengenai tugasan.

Pn.Hjh Rokaiyah

16.08.2012Membuat perbincangan tentang kehendak tugasan dan mula mencari maklumat.

Hazairi Herman

Jumardi Muhlis

20.08.2012Perbincangan tentang pengucapan awam yang akan dilaksanakan di bilik kuliahNur Syakilla

Hamdan Pallao

Jumardi Muhlis

31.08.2012Membuat semakan hasl tugasan bersama rakan

Jumardi Muhlis

Hazairi Herman

04,09.2012Menghantar tugasanPn.Hjh Rokaiyah

Nama :Jumardi Bin Muhlis

No. IC :930423-12-5851

Bangsa :Bugis

Agama :Islam

Tarikh lahir :23 April 1993

Sekolah terdahulu :Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau

Hobi :Sukan dan berkhemah

Alamat :Taman Sri Balung Peti Surat 696 91008 Tawau Sabah

Nombor telefon :0138738515

Isi kandungan1Profil pelajar

2Isi kandungan

3Soalan tugasan

4Jadual perlaksanaan tugas

5Borang kolaborasi

6Hasil tugasan

7Refleksi

8Bibliografi

9

Lampiran