jauhar bil.2

48
JOHOR SERTAI PERSAINGAN SERANTAU PINJAmAN PERUmAHAN TANPA f AEdAH GEmbIRAkAN PERkHIdmATAN AwA m NAJwA lATIf mAHU dIkENAlI kERANA bAkAT Muafakat Johor ‘ MB LAKAR MASA DEPAN JOHOR’ BIL.2 PERMATA ASIA TENGGARA

Upload: phamlien

Post on 14-Jan-2017

269 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jauhar Bil.2

JOHOR SERTAI PERSAINGAN

SERANTAU

PINJAmAN PERUmAHAN TANPA

f AEdAH GEmbIRAkAN PERkHIdmATAN

AwA m

NAJwA lATIf mAHU dIkENAlI kERANA bAkAT

Muafakat Johor

‘ MB LAKAR MASA DEPAN JOHOR’

BIL.2

PERMATA ASIA TENGGARA

1

Page 2: Jauhar Bil.2

ISI KANDUNGAN

GALERI GAMBAR SULTAN

KATA ALU-ALUAN

FOKUS:SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

TANPA FAEDAH BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR

PM-GEN YTPM - PENDIDIKAN ISLAM

SEPANJANG HAYAT

FOKUS:INISIATIF MEMODENKAN

PERKHIDMATAN AWAM JOHOR & MENGOPTIMUMKAN

TEKNOLOGI ICT

FOKUS:THE MINDSET CHANGE &

CITRA BAHARU JOHOR

FOKUS:STIGMA JOHOR AS A BACKYARD

OF SINGAPORE

FOKUS:YAYASAN PBT

FOKUS:PROGRAM TUISYEN SPM YPJ - PIBG

FOKUS:JOHOR GROWTH VISION

SEMASA:PERSARAAN DATO’ OBET TAWIL

WANITA & KELUARGA:JUITA

4&5

6&7

8&9

10&11

12&13

14&15

16&17

18

19

20

21

22&23

2

Page 3: Jauhar Bil.2
Page 4: Jauhar Bil.2
Page 5: Jauhar Bil.2
Page 6: Jauhar Bil.2

kata aLU - aLUan mb

6

Page 7: Jauhar Bil.2

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, keluaran kedua buletin Jauhar ini dapat diterbitkan dengan jayanya.

Pada keluaran kali ini, saya difahamkan ia memberi fokus kepada penghuraian mengenai amanat yang saya sampaikan kepada penjawat awam sebelum ini.

Menerusi amanat itu, saya menekankan mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Johor ketika negeri ini sedang pesat membangun. Saya yakin, rakyat Johor dengan sifatnya yang tidak mudah mengaku kalah, mampu untuk menghadapi setiap cabaran itu sekali gus melihat negeri ini terus

maju dari hari ke hari.Pun begitu, Kerajaan Negeri akan sentiasa komited

untuk terus merangka pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat negeri Johor dalam menghadapi setiap cabaran. Pembangunan di negeri Johor akan sentiasa bersifat inklusif dan saya akan terus berusaha bagi memastikan pembangunan di negeri ini mendapat manfaat kepada setiap rakyat tidak kira bangsa, kepercayaan agama mahupun latar belakang ekonominya. InsyaAllah.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada sidang editorial buletin Jauhar di atas kejayaan penerbitan majalah ini. Semoga usaha dan kerja keras ini akan sentiasa diberkati Allah.

Tuntut PenyelesaianInklusif dan Penuh Insani

Mohamed Khaled Nordin

Menerusi amanat itu, saya menekankan mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Johor ketika negeri ini sedang pesat membangun. Saya yakin, rakyat Johor dengan sifatnya yang tidak mudah mengaku kalah, mampu untuk menghadapi setiap cabaran itu sekali gus melihat negeri ini terus maju dari hari ke hari.

7

Page 8: Jauhar Bil.2

8

KERAJAAN sentiasa komited untuk membantu golongan belia atau generasi Y (Gen-Y)

di negara ini dengan menyediakan pendidikan terbaik dan maklumat tepat bagi membolehkan    mereka membuat keputusan berhubung pelbagai perkara selain menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mahu Gen-Y mempunyai minda terbuka yang berlandaskan agama dan mempunyai jati diri serta memiliki sifat ‘akal antarabangsa, akar negara’ supaya Malaysia menjadi negara

hebat di persada dunia.“Era kerajaan mengetahui

segalanya, era kebijaksanaan dimonopoli sudah berakhir dan pendekatan dari atas ke bawah tidak lagi sesuai malah tidak digemari Gen-Y. Kita kena ubah sekarang dengan memberi maklumat dan pengetahuan supaya mereka dapat buat keputusan tepat untuk diri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Gen-Y Fest ‘14

Pm-GEn y

GOLONGAN GEN-Y AKAN SENTIASA DIBANTU - PM

- Datuk Seri Najib Razak

“Kita Kena ubah seKarang dengan memberi maKlumat dan pengetahuan supaya mereKa dapat buat Keputusan tepat untuK diri mereKa”

Generasi Cemerlang sebelum turut menyempurnakan perasmian Kompleks Sukan EduCity Iskandar Malaysia dan melawat gerai pameran, klinik olahraga, bolasepak, sukan renang serta karnival pendidikan dan kerjaya di Nusajaya, Johor, baru-baru ini.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; serta Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan isteri, Datin Rosni Omar.

Menurut Najib, pembangunan Iskandar Malaysia merupakan cerminan kepada kejayaan negara membawa transformasi besar dan akan memastikan tiada sesiapa tersisih dalam kepesatan pembangunan di wilayah itu.

“Antara faktor berlakunya  Arab Spring  adalah kerana 30 hingga 40 peratus Gen-Y mereka ramai yang menganggur tetapi di Malaysia pelbagai projek pembangunan dan pelaburan hebat yang mewujudkan peluang pekerjaan. Gen-Y kita optimis tentang masa hadapan kerana kerajaan hari ini menyediakan peluang kepada mereka,” katanya.

8

Page 9: Jauhar Bil.2
Page 10: Jauhar Bil.2
Page 11: Jauhar Bil.2

PERKIRAAN KELAYAKAN DAN ANSURAN BAYARAN BALIK

PINJAMAN PERUMAHAN NEGERI JOHOR BAGI TEMPOH 30 TAHUN 0%

GajiHakiki

RM 1,000hingga

RM 1,199

RM 800hingga

RM 999

Kelayakan Pinjaman Kadar Potongan BayaranBalik Sebulan

Pokok(RM)

Insuran(RM)

JumlahPinjaman

(RM)

Bayaran Balik

(Faedah/Keuntungan)(RM)

Bayaran Balik

(Faedah/Keuntungan)(RM)

130,000 134,4773 646.10

522.10301.72108,619

4,477

3,619105,000

0% 4%

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR TANPA FAEDAH

Kadar Faedah

4%DAHULU

1 MAC 2014

0%Faedah Kepada

20’000Penjawat Awam

Negeri Johor

Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini pada

bulan Mei atau Jun tahun ini.

Peminjam yang masih mempunyai baki & potongan gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada bulan April hingga Mei

2014

Kerajaan Negeri Johor UmumSkim Pinjaman Perumahan Anggota

Perkhidmatan Awam JohorTanpa Faedah

11

Page 12: Jauhar Bil.2

FORMULA CTI + PCI Lonjakkan PrestasiAnggota perkhidmatan awam bebas buat

keputusan namun tetap amanah dan profesional

PENJAWAT awam memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Mereka adalah nadi dalam jentera yang

menggerakkan agenda pembangunan dan transformasi negara. Mereka perlu memiliki integriti dan menguruskan pentadbiran pada tahap terbaik. Penjawat awam juga perlu komited untuk menambahbaik dasar dan kemampuan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat selain berupaya mencerminkan peranan serta tanggungjawabnya.

Justeru, antara intipati ucapan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, pada Majlis Amanat Bersama Kakitangan Awam baru-baru ini, adalah berkenaan Inisiatif Memodenkan Perkhidmatan Awam Johor, sekali gus bukti bahawa penjawat awam di negeri ini perlu melakukan penambahbaikan dalam pelbagai perkara seperti perancangan, penguatkuasaan, tadbir urus, pelaksanaan dasar, etika dan prosedur kerja demi meraih kepercayaan serta keyakinan rakyat.

Johor mempunyai 14,722 orang penjawat awam. Mereka bernaung di bawah institusi seperti Jabatan Kerajaan Negeri, anak syarikat kerajaan dan badan berkanun. Jumlah penjawat awam di bawah institusi Kerajaan Persekutuan di Johor pula 78,159 orang.

Merungkai semangat, iltizam dan inisiatif ini, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri,

Dato’ Obet Tawil berkata, memodenkan perkhidmatan awam secara menyeluruh memerlukan pembaharuan dari segi kualiti dan mutu kerja supaya lebih efisien dalam menangani isu melibatkan jabatan kerajaan.

Beliau berkata, sebagai contoh penggunaan sepenuhnya aplikasi internet dalam melakukan proses pendaftaran pemilikan tanah sudah diperkenalkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor.

Katanya, penggunaan kemudahan media sosial untuk berhubung seperti facebook, twitter dan lain-lain juga membantu terutama bagi rakyat menyalurkan persoalan atau permasalahan yang mereka alami.

“Ia lebih memudahkan pengguna untuk berhubung dengan jabatan, kerana kadangkala talian telefon mengalami masalah.

“Memodenkan perkhidmatan awam juga bermaksud menyediakan perkhidmatan awam yang lebih telus dalam penyampaian, mampu bersaing dengan service-provider lain dari segi kualiti dan bebas dalam membuat keputusan dan pelaksanaan tugas namun masih lagi amanah dan profesional,” katanya.

Beliau berkata, prinsip Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) - Productivity, Creativity and Innovation (PCI) yang disarankan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

78,159ORANG DI BAWAH INSTITUSIKERAJAAN PERSEKUTUAN

JOHOR

14,722ORANG DI BAWAH INSTITUSI

KERAJAAN NEGERI, ANAKSYARIKAT KERAJAAN & BADAN

BERKANUN

PERANCANGANPENGUATKUASAAN

TADBIR URUS PELAKSANAAN DASAR

E TIK APROSEDUR KERJA

PENJAWAT AWAM DI NEGERI INI PERLU MELAKUKAN PENAMBAHBAIKAN DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTI

fokUS – InISIatIf mEmoDEnkan PErkHIDmatan awam JoHor & mEnGoPtImUmkan tEknoLoGI Ict

12

Page 13: Jauhar Bil.2
Page 14: Jauhar Bil.2
Page 15: Jauhar Bil.2

EKONOMI Negeri Johor kian menunjukkan perkembangan positif. Sepanjang 2013, Johor merekodkan

penerimaan pelaburan perindustrian yang tertinggi di Malaysia bernilai RM14.4 bilion.

Daripada jumlah itu, RM11.5 bilion merupakan pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM2.9 bilion disumbang pelaburan dalam negara. Keseluruhan pelaburan ini jangka mampu menjana 18,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor perindustrian.

Namun begitu, di sebalik kejayaan diraih oleh negeri Johor, terdapat kata-kata ‘nakal’ atau permainan psikologi menganggap kejayaan yang dikecapi ini adalah kerana Johor merupakan belakang rumah Singapura (Johor as a backyard of Singapore). Jika tidak kerana berjiran dengan republik itu maka jauh sekali untuk Johor meraih pencapaian cemerlang dalam menarik pelaburan sehingga berbelas billion ringgit.

Ada pihak mendakwa kerana kedudukan yang begitu hampir dengan Singapura maka Johor menjadi tempat pelbagai firma asing menjalankan aktiviti yang rendah nilai tambahnya bagi menyokong aktiviti bernilai tinggi di Singapura.

Namun Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, menegaskan bahawa pentadbirannya mengamalkan dasar memilih pelaburan yang hendak dibawa masuk, jauh sekali rela menjadi sebagai dumping site kepada industri berkualiti rendah.

“Dengan lebih selektif dalam membawa

masuk pelaburan yang lebih berkualiti maka ini akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi serta berteknologi tinggi di Johor. “Johor juga mesti menjadikan tanggapan bahawa ia adalah ‘the backyard of Singapore’ suatu sejarah. Johor mesti menjadi negeri yang bukan sahaja geografinya berhampiran dengan negara maju kelas pertama tetapi ekonominya juga releven dan saling berhubungan,” kata beliau. Timbalan Pengarah 1 Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Dr Badrul Hisham Kassim, ketika diminta mengulas perkara yang sama berkata, situasi firma di Johor yang menjalankan aktiviti nilai tambah dari Singapura atau ‘Singaporean Factory’ ini perlu dilihat secara positif. “Ini merupakan keunikan Johor yang berjiran dengan sebuah negara maju berbanding negeri lain. Dengan ini, Johor secara tidak langsung menjadi negeri yang lazim menerima pelaburan industri yang tinggi,” katanya.

Namun begitu, ia bukan boleh dijadikan alasan oleh Johor untuk terus bergantung kepada Singapura semata-mata sebaliknya Johor terus mengorak langkah mengembangkan ekonominya mengikut acuan sendiri. Kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri membangunkan Iskandar Malaysia terus mengukuhkan kedudukan ekonomi Johor, di samping dengan adanya pembinaan projek Kompleks Bersepadu Petroleum

Pengerang (PIPC). Di sebalik kejayaan Iskandar Malaysia itu juga, masih ada pihak mengatakan kepesatan pembangunan di wilayah itu turut bergantung kepada ekonomi dan kepesatan yang berlaku di Singapura. Menjawab dakwaan ini, Dr Badrul yang juga Pesuruhjaya Negeri di Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, situasi itu adalah tidak benar. “Pelbagai kaedah dan inisiatif telah pun dijalankan bagi menangkis dakwaan ini. Penubuhan Iskandar Malaysia ini sendiri merupakan jalan terbaik bagi kita memaksimumkan potensi ekonomi dalam conurbation (bandar gabungan) paling selatan di Semenanjung dengan pelbagai inisiatif bagi menarik pelaburan bermutu tinggi. Di samping itu, ia juga menjadikan Johor sebuah pusat aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah tinggi. Katanya, walaupun pelbagai dakwaan dilemparkan kepada Johor, khususnya mengenai Iskandar Malaysia, beliau yakin ia tidak mempengaruhi pemodal dan jumlah pelaburan yang hendak dibawa masuk ke negeri ini. “Jika dilihat pada jumlah pelaburan yang diterima Johor pada 2013, pelaburan asing telah mendominasi jumlah pelaburan yang diterima sekaligus mencerminkan keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi Johor. “Pelaburan berimpak tinggi khusus dari sektor minyak dan gas bakal menjadi pemangkin kepada keyakinan pelabur bahwa

Buang Stigma Johor Sebagai Tempat Buangan

Terima pelaburan perindustrian RM14.4 bilion bukti negeri ini tidak perlu pengaruh Singapura

fokUS – StIGma JoHor aS a backyarD of SInGaPorE

Oleh: Sofiayana Ellmy Sukor

16

Page 16: Jauhar Bil.2

Johor telah bersedia menjadi tuan rumah kepada pelaburan berimpak tinggi. Ini secara tidak langsung mampu menangkis dakwaan Iskandar Malaysia dan Johor khususnya adalah sesuai menjadi belakang rumah Singapura,” katanya. Pembinaan Taman Tema Legoland dan Hab Pendidikan di Educity, katanya, merupakan antara yang dapat dilihat dan dijadikan contoh bahawa Johor mampu bersaing serta berdikari untuk menarik pelaburan secara langsung ke negeri ini tanpa bergantung kepada pengaruh atau ikhsan mana-mana pihak. Di samping itu, Dr Badrul berkata, ekonomi Negeri Johor berjaya dipelbagaikan menerusi sistem kluster yang wujud di sekitar industri utama seperti minyak dan petrokimia, logistik, elektrik dan elektronik, pertanian dan industri asas tani serta sektor pelancongan. Walaupun secara amnya sektor perindustrian dan perkhidmatan adalah penyumbang serta pemangkin terbesar kepada ekonomi negeri, pertanian terus menjadi sektor penting kepada Johor dengan menyumbang hampir 14 peratus daripada jumlah pengeluaran sektor pertanian negara dengan nilai RM6.6 bilion. Sementara itu, dalam memastikan pembangunan Johor terus maju dan berdaya

saing, kerajaan negeri tidak mengenepikan faktor terpenting dalam sesebuah pembangunannya iaitu modal insan. Dr Badrul berkata, rakyat Johor seharusnya memerangi sikap-sikap mundur atau negatif dan harus bangun untuk berubah di samping menanamkan keyakinan untuk terus berjaya. “Limpahan pembangunan ini sebenarnya memberi manfaat kepada rakyat Johor dalam aspek peluang pekerjaan dan bentuk cukai yang dikutip oleh kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat. “Dalam aspek pembangunan sumber manusia, kerajaan menetapkan dasar di mana sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di negeri Johor hendaklah memastikan penglibatan rakyat tempatan terutamanya sektor yang melibatkan kemahiran sederhana dan tinggi,” katanya.

Dr Badrul Hisham Kassim

“Rakyat Johor seharusnya memerangi sikap-sikap mundur atau negatif dan harus bangun untuk berubah”

RM14.4 bilionJohor merekodkan penerimaan pelaburan perindustrian yang tertinggi di Malaysia.

RM11.5 bilion merupakan pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM2.9 bilion disumbang pelaburan dalam negara.

Pelaburan ini dijangka mampu menjana 18,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor perindustrian.

INFO JAUHAR

17

Page 17: Jauhar Bil.2

- Datuk Latif Bandi

yayasan pbt tangani kemiskinan

bandar

PENUMPUAN pembangunan di Johor tidak hanya meliputi aspek ekonomi dan

infrastruktur malah melibatkan pembangunan yang selari dengan keperluan dan kebajikan masyarakat.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif menubuhkan Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan (YPBT). Yayasan ini akan ditubuhkan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor.

Mengikut perancangan, YPBT dijangka memulakan operasi sepenuhnya pada Jun 2014. Dengan penubuhan ini, setiap PBT dikehendaki menyumbang 1 peratus daripada hasilnya kepada tabung yayasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Latif Bandi, berkata penubuhan YPBT antara lain bertujuan membantu mengurangkan tekanan kemiskinan bandar atau kemiskinan yang ada di sekitar kawasan PBT di samping meringankan beban keluarga yang memerlukan terutama kalangan berpendapatan rendah.

Dana diisi oleh PBT, badan korporat, NGO dan individu

BANTUAN SEWA RUMAH PERSEKOLAHAN

BANTUAN

MENGURANGKANTEKANANKEMISKINANBANDAR

“Yayasan ini akan melaksanakan program seperti pembasmian kemiskinan, bantuan persekolahan, bantuan sewa rumah dan latihan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengenalpasti penerima yang layak, pihak yayasan akan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat, ahli-ahli Majlis dan pihak lain yang terlibat.

“Buat permulaan ini, kita memerlukan bantuan penghulu dan ahli Majlis atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan maklumat keluarga yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing.

“Bantuan yang dihulurkan adalah bergantung kepada situasi dan keperluan pemohon. Setiap permohonan akan dinilai dan dipertimbangkan oleh Pengerusi yayasan berkenaan yang dilantik oleh Menteri Besar Johor,” katanya.

Selain itu, panel bagi menguruskan YPBT ini akan dianggotai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang dilantik kerajaan negeri dan dua daripadanya dilantik atas jawatan iaitu Yang Dipertua dan Setiausaha PBT.

Menurut Datuk Latif, dana permulaan bagi setiap yayasan ini akan disumbangkan dari setiap 1 peratus daripada hasil cukai harta tahun semasa PBT terlibat.

“Pemotongan 1 peratus daripada hasil cukai itu akan dijadikan sebagai sumbangan tahunan untuk menggerakkan setiap program pembasmian kemiskinan bandar dan juga sumbangan yang dilihat perlu untuk meringankan lagi beban masyarakat,” katanya.

Dana lain yang akan diperolehi YPBT adalah melalui sumbangan luar seperti daripada individu, syarikat korporat dan NGO.

Katanya, penubuhan yayasan ini bukan bersifat sementara tetapi akan terus ditambah baik dari masa ke semasa bergantung kepada kebijaksanaan pengerusinya.

Latif berkata, setiap pengerusi pasti mempunyai idea yang berlainan untuk mengembangkan yayasan yang diterajui dan mesti mempunyai kemampuan menjana pendapatan sendiri selain sumbangan melalui potongan cukai PBT dan tajaan pihak lain.

“Mungkin setiap pengerusi boleh meluaskan pendapatan atau memperoleh dana melalui

perniagaan yang dijalankan atau membangunkan tanah-tanah milik PBT yang belum dibangunkan dengan membina bangunan untuk disewakan dan menjadi tapak niaga,” katanya.

Melihat kepada perancangan penubuhannya, beliau percaya YPBT juga secara tidak langsung dapat menyemai rasa sayang masyarakat terhadap PBT dan mengeratkan hubungan PBT dengan masyarakat di kawasan masing-masing.

“bantuan yang dihulurKan adalah bergantung Kepada situasi dan Keperluan pemohon”

Oleh Sofiayana Ellmy Sukor

fokUS – yayaSan Pbt

18

Page 18: Jauhar Bil.2

KERAJAAN negeri sentiasa komited untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup,

melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan. Dalam bidang pendidikan, langkah

progresif kerajaan Johor untuk memastikan ruang meningkatkan prestasi pendidikan terus terbuka luas di samping meringankan beban golongan berpendapatan rendah dibuktikan melalui program tuisyen Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Program tuisyen YPJ diperkenalkan bagi membolehkan kalangan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menikmati kemudahan pembelajaran tambahan di luar waktu sekolah.

Dianggarkan kira-kira 155 sekolah menengah dari seluruh negeri Johor terlibat dalam program ini.

Tuisyen akan diadakan empat kali sebulan dengan membabitkan penyertaan 3,800 pelajar, manakala jumlah guru adalah lebih kurang 620 orang.

YPJ membelanjakan RM2 juta setahun untuk melaksanakan program tuisyen ini.

Menerangkan mengenai program itu, Pengurus Besar YPJ, Kamarudin Abdullah berkata, ia bermula pada 1997 dan diberi secara percuma kepada pelajar daripada keluarga yang tidak mampu menghantar anak mereka untuk mendapatkan tuisyen di kelas berbayar.

Beliau berkata, program itu melibatkan

Pelajar didedahkan teknik belajar yang betul dan kuasai kemahiran untuk diaplikasi dalam peperiksaaan

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

3,800 Pelajar sertai Program Tuisyen yPj

pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selain peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Program ini dibahagikan kepada Tuisyen Kampung untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, matematik dan sains manakala Tuisyen Ibnu Sina untuk mata pelajaran biologi, fizik, kimia dan matematik tambahan.

“Pada 2011, YPJ telah menetapkan Program Tuisyen Hikmah tidak diberikan lagi kepada pelajar yang akan menduduki PMR dan diikuti pada 2013, tuisyen juga tidak diberikan kepada murid Tingkatan 4,” katanya.

Katanya, bermula tahun ini, YPJ telah melakukan penjenamaan program tuisyen ini kepada Program Tuisyen SPM YPJ (Aliran Sains) dan tidak lagi menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan program berkenaan.

Sebaliknya, YPJ akan menanggung sebahagian daripada kos pelaksanaan program tuisyen itu.

“Program ini akan melibatkan kerjasama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta sekolah menengah yang menerima tawaran sahaja,” katanya.

Kamarudin berkata, tumpuan program

juga hanya kepada pelajar calon peperiksaan SPM dari aliran sains

tulen seperti biologi, fizik, kimia dan matematik tambahan.Beliau berkata, program itu adalah

sebagai pendedahan kepada teknik-teknik belajar yang betul di samping dapat meningkatkan dan menguasai kemahiran serta mengaplikasikannya dalam peperiksaan khususnya dalam peperiksaan yang akan mereka duduki.

Katanya, YPJ mensasarkan penyertaan pelajar dari luar bandar dan keluarga kurang berkemampuan iaitu pendapatan perkapita keluarga dalam tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Kamarudin Abdullah

fokUS – PUSat tUISyEn SPm yPJ-PIbG

19

Page 19: Jauhar Bil.2

JGV dipasak lima teras utama

Jadi asas Kerajaan Negeri merencanakan hala tuju, pelan pembangunan

Ekosistem Berdaya Maju dan Berdaya

Saing

Modal Insan Berkemahiran

Tinggi

Infrastruktur dan Teknologi Maju

Pertumbuhan Yang Saksama dan

Mapan

Perkhidmatan Awam Yang

Responsif

LIMATERAS UTAMA

fokUS – JoHor GrowtH vISIon

Oleh: Sofiayana Ellmy Sukor

JOHOR Growth Vision (JGV) merupakan visi yang akan menjadi teras dan asas

strategi kerajaan negeri dalam merencanakan hala tuju dan pelan pembangunan Johor bagi tempoh jangka panjang. Pelan ini telah mengenalpasti visi Negeri Johor dengan lima teras utama pembangunan ekonomi yang mencakupi: • Ekosistem Berdaya Maju dan Berdaya Saing.• Modal Insan Berkemahiran Tinggi.• Infrastruktur dan Teknologi Maju.• Pertumbuhan Yang Saksama dan Mapan.• Perkhidmatan Awam Yang Responsif. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Elias Hasran berkata, model JGV ini didokong strategi yang direncanakan mengikut teras-teras utama di atas yang dicerna dan disusunatur berdasarkan strategi yang telah pun berjaya dilaksanakan di beberapa negara termasuk negara maju yang mempunyai pelbagai status ekonomi. “Strategi yang dicadangkan akan diperhalusi supaya dapat memenuhi keadaan semasa di Johor. Strategi yang akan digariskan adalah lebih kreatif, inovatif serta dapat memaksimumkan pembangunan menggunakan sumber yang terhad,” katanya.

Jika dilihat pada pelan pertumbuhan strategi yang sedang dirangka ini, ia amat komprehensif dengan mengenalpasti kekuatan setiap daerah di negeri ini. “Melalui pelan ini, setiap pembangunan di peringkat daerah akan dimajukan mengikut kekuatan yang dapat ditawarkan. Perancangan ini dijangka dapat membentuk kluster ekonomi yang lebih baik supaya setiap daerah mempunyai fokus industri tersendiri dan saling melengkapi,” katanya.

Elias berkata, selari dengan matlamat negara untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, kebanyakan dasar dan strategi yang baharu perlu direncanakan untuk membawa pembangunan Johor ke peringkat seterusnya. “Ada yang tidak lagi sesuai kerana kita telah berada pada fasa baharu pembangunan di mana pertumbuhan ekonomi kita tidak lagi mampu menanggung kos alam sekitar yang besar serta desakan sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, Johor memerlukan perubahan yang radikal dalam pendekatan negeri supaya matlamat untuk menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020 tercapai dan tidak terperangkap

dalam ekonomi berpendapatan sederhana. Model ekonomi yang digunapakai Johor ketika ini adalah seperti digariskan dalam Model Ekonomi Baharu yang berpaksikan kepada tiga komponen utama iaitu negara berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemapanan. Model ekonomi kali ini mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dengan turut memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan manusia. “Kita menyedari di sebalik kejayaan mengurangkan kemiskinan di Johor, namun 40 peratus terbawah daripada isi rumah di Johor masih memperoleh pendapatan kurang RM2,000 sebulan. Ini menggambarkan sedikit ketidaksamarataan dari segi pendapatan dan ia sedang giat ditangani,” katanya.

“Kita menyedari di sebalik kejayaan mengurangkan kemiskinan di Johor, namun 40 peratus terbawah daripada isi rumah di Johor masih memperoleh pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Elias Hasran

20

Page 20: Jauhar Bil.2

TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat selama 34 tahun menabur khidmat dan bakti demi kepentingan

rakyat serta negeri. Itulah hakikat yang diluahkan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor, Dato’ Obet Tawil, ketika ditemui Jauhar, baru-baru ini.

“Selepas ini saya akan merindui persiapan untuk pergi bekerja seperti mana selalu,” katanya sebagai menggambarkan itu adalah antara perkara yang dirasakan ‘hilang’ selepas beliau bersara daripada jawatan SUK pada 10 April 2014 lalu.

“Sampai sekarang pun masih terasa. Biasanya saya bangun awal, tetapi lepas solat Subuh sekarang saya sudah tidak tahu hendak buat apa.

“Memang saya rasa kehilangan,” katanya.Dato’ Obet, 60, memulakan perkhidmatan

dalam kerajaan negeri Johor pada 1979 dan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 Mac 2011 menggantikan Datuk Abdul Latiff Yusof, yang bersara wajib.

Beliau berkata, sepanjang 34 tahun kerjayanya dalam perkhidmatan awam, pengalaman paling manis bagi beliau adalah apabila kerajaan negeri berjaya dalam kes mahkamah membabitkan satu tuntutan bernilai RM1.2 bilion.

“Instrumen berusia kira-kira 100 tahun tersimpan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kita kemukakan di mahkamah, dan ia diterima maka tuntutan itu tidak berjaya,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada kakitangan awam Johor supaya memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan kepada rakyat.

“Saya berharap semua dapat bekerja dengan penuh dedikasi dan berintegriti dalam melaksanakan agenda kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, menyifatkan persaraan Dato’ Obet merupakan satu kehilangan kepada perkhidmatan awam negeri terutama dari segi kepimpinan dan berpengalaman luas dalam pelbagai jawatan.

YB DATO’ OBET TAWILRindu ke pejabat, simpan pelbagai kenangan

“Saya berharap semua dapat bekerja dengan

penuh dedikasi dan berintegriti dalam

melaksanakan agenda kerajaan,”

Dato’ Obet Tawil

SEmaSa –PErSaraan Dato’ obEt tawIL

21

Page 21: Jauhar Bil.2

WANITA adalah tunggak sesebuah institusi kekeluargaan. Tanpa

golongan hawa ini, institusi kekeluargaan dilihat tidak lengkap malah suram. Walau kebanyakan wanita hari ini memiliki kerjaya, mereka tidak pernah lupa terhadap tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Namun, sejauh manakah pengorbanan mereka ini dihargai? Ikuti pandangan Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA), Datin Rosni Omar berkenaan peranan yang dimainkan oleh wanita serta peluang dan peranan JUITA bagi membantu golongan ini.

WANITA HARUS BIJAK BAHAGI MASA

Tidak dinafikan wanita masa kini mempunyai tanggungjawab besar. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kebanyakan wanita kini turut keluar untuk bekerja bagi membantu suami menampung perbelanjaan dan keperluan keluarga.

Namun begitu, walau setinggi

wanIta & kELUarGa - JUIta

Ekonomi, kewangan dan kesihatan antara cabaran wanita hari ini

Oleh: Sofiayana Ellmy Sukor

- Datin Rosni Omar

“Wanita harus bijaK membahagiKan masa supaya Kerjaya dan rumahtangga berjalan seiring tanpa ada masalah”

SUAMI HARGAI ISTERI KUNCI KELUARGA HARMONI

manapun status wanita dalam bidang yang diceburi, mereka masih merupakan seorang isteri dan ibu apabila berada di rumah.

Menurut Yang Dipertua JUITA, Datin Rosni Omar, pada masa kini terdapat pelbagai cabaran sama ada dari segi ekonomi, kewangan dan kesihatan yang perlu dihadapi oleh golongan hawa.

“Walaupun banyak cabarannya, wanita harus ada satu kesinambungan yang perlu dicapai dalam aspek pengurusan kerjaya bagi mereka yang bekerja, dan tanggungjawab wanita di rumah,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang berkerjaya harus bijak membahagikan masa.

“Wanita harus bijak membahagikan masa supaya kerjaya dan rumahtangga berjalan seiring tanpa ada masalah. Saya percaya, wanita masa kini semakin bijak dan mereka juga adalah nadi di samping suami. Pengorbanan mereka ini haruslah dihargai oleh suami,” katanya.

WANITA MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA Sering dipaparkan dalam akhbar dan media massa mengenai keganasan rumahtangga yang mana golongan wanita sering menjadi mangsanya.

Menurut Datin Rosni, situasi ini harus

22

Page 22: Jauhar Bil.2
Page 23: Jauhar Bil.2

SEmaSa – mInGGU SaInS tEknoLoGI Dan Ict nEGErI JoHor (mIStI)

Teknologi Hologram 3D tarikan baharu MISTI Johor 2014

Meneroka keajaiban

SainSdan Teknologi

MINGGU Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (MISTI Johor 2014) yang berlangsung di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Persada Johor pada 15 hingga 21 April 2014 lalu memupuk minat serta kesedaran masyarakat Johor terhadap bidang sains dan teknologi.

Program dwitahunan itu berperanan menyalurkan informasi terbaharu berkaitan sains, teknologi dan juga komunikasi kepada pengunjung sekali gus bertindak sebagai hab sehenti yang menyediakan maklumat serta pameran berkaitan dengan ketiga-tiga bidang berkenaan.

Secara tidak langsung, program sebegini berupaya membuka mata pengunjung mengenai kepentingan bidang berkenaan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian, seiring dengan teknologi kontemporari yang semakin canggih.

Menurut Pengarah Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT), YBM Tunku Zahrah Tunku Osman, program yang memasuki tahun kelima ini bertema “Ke Arah Komuniti Pintar” bagi mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai kebaikan serta keburukan penggunaan teknologi yang semakin mendapat perhatian semua peringkat umur, terutama aspek keselamatan dalam media sosial.

“Sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi, penyaluran maklumat dilakukan dalam tempoh yang cepat dan bebas tanpa sebarang sekatan melalui penggunaan Internet pada telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar, juga dikenali sebagai media baharu.

“Melaluinya juga medium media baharu seperti facebook, Instagram, Whatsapp serta aplikasi lain telah menjadi pilihan pengguna bukan sahaja belia malah kalangan yang sudah berumur. Medium ini juga telah menyebabkan ketagihan kepada penggunanya. Justeru, perkara ini perlu mendapat perhatian semua pihak, terutama pengguna supaya mereka tahu had dan keperluan untuk melindungi maklumat peribadi daripada diketahui umum bagi mengelakkan berlaku jenayah siber,” katanya.

MISTI Johor 2014, kata beliau, turut memberi tumpuan menarik dan mendorong minat generasi muda terhadap bidang berkaitan kerana mereka kini dilihat kurang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang sains dan teknologi.

Oleh: Aivizanoorwani Shah Shahroni

“Oleh itu, diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat memupuk minat, sekaligus memberi pendedahan bagi menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pada masa hadapan, selain bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara melalui bidang ini,” katanya.

Tunku Zahrah berkata, kira-kira 50 agensi daripada sektor kerajaan dan swasta telah mengambil bahagian pada MISTI Johor 2014 sekaligus memeriahkan program ini melalui penganjuran ekspo, pameran, seminar, bengkel, demonstrasi, pertandingan, permainan serta aktiviti lain.

“Antara aktiviti yang menarik minat pengunjung termasuk pameran kereta elektrik, pameran teknologi hologram, pameran sains dan produk teknologi seperti telefon pintar Samsung.

“Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti ‘Malam Astronomi’ yang membolehkan mereka membuat cerapan dan mendengar perkongsian maklumat daripada Jabatan Mufti Johor, Yayasan Angkasawan Malaysia, Agensi Angkasa Negara, Planetarium Negara dan Persaid Telescope,” katanya.

Sementara itu, bagi memastikan masyarakat mendapat impak daripada program ini, USTICT

telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti interaktif sains, bengkel teknologi hijau dan pertandingan reka cipta yang diharapkan dapat membantu membuka minda dan mata masyarakat untuk menimbulkan minat mereka terhadap sains.

Pengunjung juga berpeluang menghadiri bengkel yang dikendalikan Dr Graham Walker yang dikenali menerusi program Science Show yang memaparkan pertunjukan sains dengan kaedah yang mudah serta interaktif dan boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.

Tarikan lain pada MISTI Johor 2014 ialah Bicara Santai Bersama Mejar Dr Faez Khaled, yang melibatkan audien pelajar sekolah. Pada program ini, pengunjung berpeluang berkongsi pengalaman Angkasawan Kedua Negara itu selain mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu astronaut.

MISTI Johor 2014 turut dimeriahkan dengan pameran geng bas termasuk daripada Legoland dan Jabatan Kesihatan Johor selain berjumpa dan bergambar bersama maskot terpilih seperti Boboiboy, eicak dan Spaceman.

Pengisian MISTI Johor 2014 Mantap

Rata-rata pengunjung MISTI Johor 2014

24

Page 24: Jauhar Bil.2

berpuashati dengan pengisian pada tahun ini yang dilihat lebih mantap dengan pelbagai informasi serta pengenalan produk-produk baharu dalam bidang sains dan teknologi.

Antara pameran inovasi yang mendapat perhatian ialah teknologi hologram 3D di ruang pameran ifloor di mana ia memberi peluang pengunjung merasai sendiri pengalaman menyentuh paparan interaktif grafik hologram 3D.

Selain itu, di kawasan pintu masuk ke ruang pameran turut disediakan paparan kolam ikan hologram 3D, di mana pengunjung boleh merasai pengalamanan seolah-olah memijak kolam yang sebenar.

Jika sebelum ini, kita hanya berpeluang menonton teknologi hologram 3D menerusi filem Barat seperti Star Wars, tetapi di MISTI Johor 2014, pengunjung telah mencuba sendiri pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan berkaitan teknologi hologram 3D.

Sesungguhnya, penggemar filem genre teknologi amat teruja dengan pameran inovasi dan teknologi seperti ini.

Sistem e-rumahjohorPelancaran Sistem e-rumahjohor turut

mengambil tempat di MISTI Johor 2014. Idea yang dicetuskan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, itu direalisasikan oleh USTICT apabila mengambil langkah membangunkan sistem berkenaan dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama Ketua Penolong Setiausaha Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Rafi Abdullah.

Sistem e-rumahjohor telah dilancarkan pada 15 April 2014 dan secara rasmi beroperasi pada 16 April 2014, di mana orang awam boleh mendaftar dan memohon rumah mampu milik dan kos rendah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan, secara dalam talian.

Aplikasi erumahjohor juga akan meningkatkan kecekapan kerajaan negeri dari segi mengutamakan daerah atau kawasan yang lebih memerlukan pembangunan projek perumahan mampu milik.

Secara tidak langsung, aplikasi ini berupaya untuk membantu kerajaan negeri merancang dengan lebih teliti, sekali gus memastikan bekalan rumah tidak melebihi permintaan serta tidak membebankan pemaju perumahan yang terlibat.

Sistem ini juga memudahkan pemohon untuk membuat semakan status permohonan secara atas talian selain tidak akan berhadapan dengan masalah kehilangan borang. Malah sistem ini berupaya membantu memudahkan simpanan data pemohon apabila Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Johor beroperasi pada masa akan datang.

Orang awam yang berminat boleh melayari menerusi portal rasmi kerajaan negeri atau terus ke laman sesawang erumah.johor.gov.my

- YBM Tunku Zahrah

“DIhArAPkAn DengAn PengAnjurAn ProgrAm SePertI InI DAPAt memupuK minat SekAlI guS memBukA mAtA merekA untuk menjADIkAn BIDAng InI SeBAgAI Kerjaya pada masa hadapan”

25

Page 25: Jauhar Bil.2
Page 26: Jauhar Bil.2
Page 27: Jauhar Bil.2
Page 28: Jauhar Bil.2

ANUGERAH Lagu Johor yang menjurus kepada penciptaan lagu dan penampilan band lagu-lagu

patriotik yang bertemakan Johor mendapat sambutan hangat.

Anugerah itu anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor.

Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan berkata, melalui anugerah itu ia bukan sahaja dapat menghidupkan kembali populariti lagu-lagu berunsur patriotik malah menyemai semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air khususnya di kalangan rakyat negeri Johor.

Beliau berkata, langkah menganjurkan anugerah ini adalah tepat pada masanya dan usaha yang dilakukan adalah selari dengan hasrat Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, yang mahu memupuk semangat jati diri di kalangan generasi muda di samping mengembangkan dan mengiktiraf bakat kreatif mereka.

“Anak muda merupakan generasi pelapis

masa hadapan negara. Melalui pertandingan ini, mereka boleh menyerlahkan bakat kreatif masing-masing untuk menyanyi dan mencipta lagu berunsur patriotik.

“Bagaimana bentuk lagu dan kreativiti nyanyian itu, kita serahkan sepenuhnya kebebasan kepada mereka untuk berkarya. Inilah medium untuk mereka mengasah dan menyerlahkan bakat serta menunjukkan semangat cintakan negeri,” katanya.

Bagi kategori band, peringkat saringan telah diadakan pada 25 hingga 27 April lalu. Sebanyak 26 buah band menyertai pertandingan ini dan enam daripadanya telah layak ke peringkat akhir.

Kumpulan berkenaan ialah Massive Concise (Terima Kasih Johor), Classmate (Prima Dunia), Nature’s Art (Johor Makmur), Buscaria (Johor Darul Takzim), 7 Strings (Nusajaya Tanah Airku) dan Sintokyo Band (Diari Perjuangan).

Fuad berkata, setiap band yang layak ini turut diberikan bengkel khas yang telah diadakan pada 10 dan 11 Mei bertempat di Muzium Tokoh, Johor Bahru.

“Bengkel ini bertujuan untuk membimbing band yang berjaya ke peringkat akhir dengan ilmu-ilmu seni yang diturunkan oleh juri-juri yang pakar dalam bidang berkenaan. Juri yang terlibat ialah Andy Floppoppy, Aznan Alias dan Fauzi Marzuki,” katanya.

Sementara itu, bagi kategori Ciptaan Lagu, sebanyak 77 penyertaan telah diterima dan YWJ dengan kerjasama pemuzik seperti Dato’ Ramli MS, Datuk Suhaimi Mohd Zain, Jaffar Abd Rahman, Omar Mohd Taib dan Chuari Selawat telah melakukan pemilihan bertempat di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur pada 4 Mei lalu.

Berdasarkan kepada penyertaan berkenaan, tujuh lagu dipilih ke peringkat akhir iaitu Joget Muafakat Johor, Luaskan Kuasamu, Johor Kota Dunia, Pusaka Jauhar, Bingkisan Dari Selatan, Darul Taqzim dan Diaspora Johor.

Semua peserta ini bakal berentap pada Pertandingan Akhir Anugerah Lagu Johor yang diadakan di Stadium Educity, Nusajaya pada 31 Mei 2014.

Anugerah Lagu JohorMB iktiraf kreativiti generasi muda melalui penciptaan laguOleh Sofiayana Ellmy Sukor

32

Page 29: Jauhar Bil.2

33

Page 30: Jauhar Bil.2

aSam PEDaS

TANGGAL 8 Mac 2014 merupakan satu detik hitam buat negara ini. Ia berikutan berita yang menggemparkan negara malah dunia apabila

pesawat milik syarikat penerbangan kebanggaan kita iaitu Malaysia Airlines (MAS) MH370 didapati hilang daripada radar. Berita tersebut membuatkan semua rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah nasib yang berlaku kepada 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 itu.

Sejak berlakunya kejadian itu, Malaysia mula menjadi tumpuan berita di seluruh dunia. Baik agensi berita dari negara maju mahupun dari negara dunia ketiga, kesemuanya berminat dan berkampung di The Everly Hotel, Putrajaya, untuk menghadiri sidang media oleh pihak berkuasa yang diadakan setiap hari.

Bagi seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, kesemuanya terpaku di depan televisyen untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut. Bagi generasi muda pula, telefon pintar tidak pernah lepas dari tangan mereka kerana sentiasa mahu menjadi ‘orang pertama yang tahu’ mengenai berita tanpa tapisan yang tersebar di laman sosial. Cerita mengenai kejadian pesawat (MAS) MH653 yang terhempas di Kampung Ladang, Tanjung Kupang, pada Disember 1977 lalu juga kembali menjadi bahan bualan bukan sahaja rakyat negeri Johor malah di seluruh dunia. Tugu peringatan yang dibina bagi memperingati tragedi tersebut yang terletak di Tanjung Kupang Memorial, Jalan Kebun Teh, juga kembali menjadi tumpuan walaupun sebelum ini ia dipandang sepi.Apa pun ceritanya, bukanlah niat Kawan untuk menghuraikan mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 itu. Sebaliknya, Kawan ingin berkongsi mengenai hikmah di sebalik misteri tersebut. Ini kerana, sejak berita mengenai misteri kehilangan pesawat itu, Kawan dapat lihat betapa rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, kepercayaan mahupun daripada pelbagai latar belakang agama semuanya bersatu mendoakan agar pesawat itu dapat ditemui semula dengan kesemua penumpang dan anak kapalnya selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Masjid di seluruh negara termasuk di negeri Johor juga kesemuanya menganjurkan solat hajat bagi memohon doa kepada Allah S.W.T. supaya dipermudahkan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 itu. Penganut agama lain turut sama berdoa di tempat ibadat mereka dengan cara serta kepercayaan masing-masing. Kawan

juga sempat beberapa kali menyertai solat hajat tersebut di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan Masjid Wadi Hassan.

Apa yang lebih membuatkan Kawan bangga adalah apabila generasi muda yang sebelum ini dilihat sebagai ‘anti establishment’ oleh sesetengah pihak yang ‘duduk di bawah tempurung’ turut sama membuktikan bahawa mereka juga cintakan negara ini.

Cara sokongan generasi muda ini berbeza. Mereka meluahkan segala-galanya di media sosial, baik di laman Twitter, Facebook mahupun Instagram. Ini dapat dilihat apabila #MH370, #PrayForMH370 dan #DoaUntukMH370 terus menerus menjadi ‘trending’ di laman Twitter. Ada juga anak muda yang kreatif menggunakan pelbagai cara untuk menyuarakan harapan mereka termasuk menerusi gambar-gambar grafik yang disebarkan di laman sosial. Kadang-kadang Kawan tengok generasi muda kita ini sebenarnya lebih sayangkan negara berbanding sesetengah pihak ‘katak di bawah tempurung’ yang hanya tahu melihat generasi muda sebelah mata.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia sebenarnya cintakan perpaduan di negara kita ini. Buktinya, apabila ada media antarabangsa melontarkan pelbagai tuduhan mengenai Malaysia termasuk mengaitkan Islam dengan pengganas, ramai rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam tampil mempertahankan rakan-rakan mereka yang beragama Islam. Inilah bukti bahawa kerajaan kita sebenarnya telah berjaya memupuk semangat perpaduan dan bersatu-padu di kalangan rakyat selama ini. Tahniah Kawan ucapkan.

Sehingga hari ini, seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa masih mendoakan yang terbaik supaya misi mencari dan menyelamat itu berjaya. Seperti yang telah beberapa kali diungkapkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini, bahawa pasukan misi mencari dan menyelamat kita tidak akan sesekali menyerah kalah.

Kawan dan rakan-rakan Kawan di Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor akan sentiasa medoakan supaya misi mencari dan menyelamat menemui kejayaan. Syabas juga kepada Datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya kerana berjaya mengendalikan soalan daripada ratusan media tempatan dan antarabangsa setiap hari dengan jayanya. Kawan angkat topi.

Oleh Mohd Ainuddin Aliff Salehuden

MH370MENYATUKAN MALAYSIA

Kerajaan Negeri Johor terus bersama

dan mendoakan keselamatan semua keluarga, krew dan

penumpang MH370

34

Page 31: Jauhar Bil.2
Page 32: Jauhar Bil.2

JAWATANKUASA Pelaburan Johor (JIC) yang ditubuhkan bagi memberi tumpuan

pada pelaburan baharu dan pemantauan pelaburan, akan memudahkan urusan kerajaan negeri menyelaras kemasukan pelaburan selain memastikan tidak timbul kekeliruan terutamanya di kalangan pelabur. Jawatankuasa itu juga bagi membolehkan kerajaan negeri menjalankan promosi pelaburan melibatkan kluster yang berpotensi dalam meningkatkan ekonomi rakyat selain pengumpulan data, mengenal pasti potensi dan kelemahan serta bertindak sebagai pemudah cara dalam merealisasikan pelaburan bakal dibawa ke Johor. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin manakala beliau selaku timbalan. Katanya, jawatankuasa itu juga akan menyelaras kemasukan pelaburan bersaiz besar berlandaskan sektor terpilih, berteknologi tinggi dan berdaya saing untuk mewujudkan pembangunan industri negeri yang seimbang. “JIC akan diberi tugas sebagai agensi pemantauan oleh kerajaan negeri dalam memastikan semua masalah industri diberi perhatian dan diambil tindakan segera oleh semua pihak bertanggungjawab dan menyelaras tindakan penambahbaikan dalam hal ehwal pelaburan dan perindustrian antara agensi kerajaan negeri,” katanya. Datuk Tee berkata, jawatankuasa itu membolehkan kerajaan negeri serta jabatan

dan agensinya termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan serta badan bukan kerajaan (NGO) dapat mencapai kesepakatan dan keputusan bersama dalam hal berkaitan pelaburan. Seketeriat JIC dianggotai pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan negeri dan Persekutuan selain syarikat berkepentingan Kerajaan Negeri, syarikat pembekalan tenaga seperti Tenaga Nasional Berhad. Beliau berkata, prestasi pelaburan di Johor mesti dipertahan dan dipertingkatkan sekaligus JIC adalah badan yang akan menyumbang ke arah matlamat itu. Julung-julung kalinya Johor sehingga Disember 2013 mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi di negara ini berjumlah RM14.4 bilion membabitkan 197 projek yang diluluskan. Daripada jumlah itu, RM11.5 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM2.9 bilion disumbang oleh pelaburan tempatan.

Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 161 peratus berbanding RM5.5 bilion yang dicatatkan pada 2012. Jumlah itu jauh meninggalkan jumlah pelaburan di negeri yang mendapat jumlah pelaburan kedua tertinggi iaitu Selangor (RM9.8 bilion), diikuti Sarawak (RM8.27 bilion) dan Pulau Pinang (RM3.9 bilion). Melalui penunjuk ekonomi yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) ini jelas memaparkan bahawa pelabur domestik dan luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap

keutuhan ekonomi negeri malah menaruh harapan besar untuk melihat penjanaan kekuatan ekonomi yang berterusan dan dipertingkatkan lagi. Datuk Tee berkata, antara faktor utama mendorong kerancakan pelaburan di Johor adalah:- Infrastruktur lengkap.- Mesra pelabur.- Modal insan berkemahiran- Memiliki bahan mentah diperlukan. Beliau berkata, selain infrastruktur asas yang lengkap, Johor juga memiliki beberapa pelabuhan yang penting sekali gus menjadi pemangkin kepada kalangan pelabur industri ini. “Kita mengetahui mereka sememangnya amat memerlukan kemudahan seperti itu dalam operasi syarikat masing-masing dan di Johor, kemudahan itu tersedia untuk mereka,” katanya. Selain itu, beliau berkata, Johor memiliki hab pendidikan yang mampu melahirkan modal insan berkualiti sekali gus dapat membekalkan tenaga mahir berkualiti yang diperlukan pelabur. “Johor juga mampu menyediakan bahan mentah untuk keperluan industri mereka. Contohnya, koko untuk pengeluaran produk berasaskan bahan itu,” katanya. Ditanya mengenai jangkaan pencapaian Johor dalam pelaburan industri untuk 2014, Datuk Tee berkata, angkanya dijangka meningkat berdasarkan pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Mohamed Khaled Nordin. “Kerajaan Negeri akan melipatgandakan usaha menarik lebih banyak pelaburan industri ke Johor,” katanya.

JIC Pantau, Permudahkan Urusan Pelaburan

Prestasi tinggi pelaburan di Johor mesti dipertahan dan dipertingkatkanOleh: Hamirul Hairi Mohd Noh

“Seketeriat JIC dianggotai pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan selain syarikat berkepentingan Kerajaan Negeri, syarikat pembekalan tenaga seperti Tenaga Nasional Berhad.”

Datuk Tee Siew Kiong

FAKTOR KERANCAKAN PELABURAN DI JOHOR

MESRA PELABURMODAL INSAN

MEMILIKI BAHAN MENTAH DIPERLUKAN.INFRASTRUKTUR

LENGKAP

SEmaSa – JawatankUaSa PELabUran JoHor

36

Page 33: Jauhar Bil.2

Membina InstitusiKeluarga CemerlangIlmu dan kemahiran keibubapaan jadi teras lahirkan keluarga harmoniOleh: Hamirul Hairi Mohd Noh

MASYARAKAT Johor perlu mengambil perhatian serius terhadap aspek

pengukuhan institusi keluarga demikian saranan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang menegaskan bahawa jika institusi yang paling asas itu berada pada landasan betul, masyarakat akan menjadi hebat dan unggul. Begitulah sebaliknya, jika institusi keluarga itu lemah, masyarakat akan menjadi lesu dan hilang daya juang. Katanya, peranan sesebuah institusi keluarga amat penting untuk meneruskan kesinambungan pembentukan modal insan sebagai peneraju dan benteng masa hadapan. “Apa yang kita inginkan hari ini ialah keseimbangan antara tuntutan pembangunan material dan pembangunan sosial. “Ini penting kerana Kerajaan Negeri hari ini amat menginsafi bahawa pembangunan keluarga bahagia itu dapat membentuk modal insan yang kuat demi masa depan negara,” katanya. Menteri Besar berkata, bagi menyokong keutuhan dan keharmonian institusi keluarga ini, pelbagai program telah dan akan dilaksanakan melalui usahasama kerajaan negeri dan agensi mahupun badan bukan kerajaan seperti program modal insan, program keibubapaan, program keluarga bahagia, modul keluarga sakinah dan karnival wanita. Pandangan itu dipersetujui Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Asiah Md Ariff. Beliau berkata, institusi keluarga menyandang peranan penting dalam perancangan kehidupan yang sempurna. Katanya, pembentukan sebuah keluarga bahagia lahir daripada kesepakatan, kesefahaman, dan keharmonian melalui peranan yang dimainkan setiap individu dalam keluarga. “Asasnya adalah melalui peranan ibu bapa yang menjadi pemangkin kepada keutuhan sesebuah keluarga dan contoh kepada pengukuhan sahsiah anak-anak mereka. “Justeru, ibu bapa sepatutnya mempunyai kesedaran yang tinggi berhubung peranan mereka dalam mencorak keluarga masing-masing supaya tidak tersasar daripada matlamat dan fungsi sebenar sesebuah institusi keluarga,” katanya. Beliau menegaskan, cabaran yang dihadapi ibu bapa ketika ini ialah bagaimana cara terbaik mengekalkan hubungan yang sihat dan menjamin anak-anak menjadi individu yang berdaya saing dan mampu menangani segala cabaran. Ini kerana proses interaksi dan transaksi dalam sesebuah keluarga itu terbukti mempunyai kaitan rapat dengan tahap keutuhan dan kesejahteraan sebuah keluarga. Oleh demikian, ilmu dan kemahiran keibubapaan amat penting dalam membentuk

sesebuah institusi keluarga yang mantap dan cemerlang. Ilmu keibubapaan kian dianggap faktor penting dalam pembentukan sebuah keluarga khususnya dalam sahsiah dan emosi anak-anak. Kerajaan sememangnya prihatin terhadap perkara ini lantas mewujudkan pelbagai modul keibubapaan dalam membentuk sebuah keluarga bahagia. Antaranya, Model Keluarga Sakinah yang dilaksanakan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Malah komitmen kerajaan negeri menganjurkan Majlis Anugerah Keluarga Bahagia saban tahun menjadi bukti pengiktirafan kerajaan kepada keluarga di Johor yang gigih berusaha untuk mewujudkan persekitaran sihat dan harmoni dalam keluarga di samping menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

“Pembentukan sebuah keluarga bahagia lahir daripada kesepakatan, kesefahaman dan keharmonian melalui peranan yang dimainkan setiap individu dalam keluarga.”

Asiah Md Ariff

Ilmu dan kemahiran keibubapaan amat penting dalam membentuk sesebuah institusi keluarga

yang mantap dan cemerlang.Ilmu keibubapaan kian dianggap faktor penting dalam

pembentukan sebuah keluarga khususnya dalam sahsiah dan emosi anak-anak.

Exco - InStItUSI kELUarGa baHaGIa

JIC Pantau, Permudahkan Urusan Pelaburan

Info Jauhar

37

Page 34: Jauhar Bil.2
Page 35: Jauhar Bil.2
Page 36: Jauhar Bil.2

PENGERANG bakal berubah wajah menjelang 2016 apabila semua projek berkaitan minyak dan gas (O&G)

di zon Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) siap sepenuhnya. Ketika ini, kerja-kerja pembinaaan dan penyediaan infrastruktur sedang giat dijalankan.

Projek terletak di timur Johor itu secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 9,105 hektar dan pembangunan yang berlaku antaranya meliputi pembinaan loji penapisan minyak, loji petrokimia dan terminal simpanan minyak serta jeti laut dalam. PIPC adalah antara komponen penting dalam usaha menggapai transformasi Malaysia bagi memacu negara untuk menyertai zon negara maju menjelang 2020. Di samping itu, ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia dan Johor sebagai pusat industri dan perdagangan O&G di rantau ini. Turut dibangunkan dalam PIPC ialah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) milik Petronas. Projek itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2,428 hektar dengan nilai pelaburan adalah RM60 bilion. Pembangunan RAPID merangkumi pembinaan 20 kilang penapisan minyak mentah selain kompleks polimer dan petrokimia. Melihat kepada kerancakan pembangunan ini, kerajaan negeri berpendapat, kontraktor Bumiputera harus terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan projek pembangunan mega tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kontraktor Bumiputera untuk terlibat dengan pembangunan tersebut.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah menyediakan satu kerangka kerja (framework) untuk pembangunan kontraktor Bumiputera di kawasan berkenaan. Jelas Hasni, kerangka kerja yang disediakan itu nanti akan dijadikan sebagai blueprint pembangunan kontraktor Melayu Johor. “Satu daripadanya adalah melibatkan mereka dengan projek yang ada di Pengerang. Banyak projek yang boleh ditawarkan kepada mereka. Antaranya, kerja-kerja berkaitan kimpalan, saluran paip dan kerja-kerja lain yang dikenalpasti,” katanya. Kerajaan Negeri juga secara dasarnya telah berbincang dengan Petronas untuk melibatkan kontraktor Bumiputera Johor dalam kerja-kerja pembinaan projek RAPID miliknya. “Petronas telah bersetuju mengenai perkara itu. Dan kerja-kerja yang ditawarkan adalah bidang kerja yang mampu memberikan pulangan yang baik di samping memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada kontraktor berkenaan. “Bagi projek pembekalan air mentah ini, sebanyak 25 peratus daripadanya telah diperuntukkan untuk kontraktor Bumiputera di Johor,” katanya. Selain itu, Petronas juga akan membuka peluang bagi kerja-kerja infrastruktur bekalan air mentah kepada kontraktor Bumiputera Johor. “Bagi projek pembekalan air mentah ini, sebanyak 25 peratus daripadanya telah diperuntukkan untuk kontraktor Bumiputera di Johor,” katanya. Beliau menjelaskan, beberapa syarikat Bumiputera telah dikenal pasti untuk terlibat dengan RAPID dan pemilihannya adalah

dengan mengambil kira faktor kemampuan kewangan syarikat mereka dan pengalaman bekerjasama dengan syarikat multinasional. “Ini penting supaya kerja-kerja pembinaan dan pemasangan yang mereka lakukan itu kelak tidak berhadapan dengan masalah khususnya modal. “Bagi memastikan ia tidak berlaku, saya mencadangkan supaya setiap kontraktor yang dipilih haruslah disenaraikan terlebih dahulu dan syarikat itu pernah melaksanakan projek bernilai RM100 juta ke atas,” katanya.

Kontraktor Bumiputera Sertai Projek di PengerangUPENJ sedia kerangka kerja sertai pembangunan di sana

“Saya harap kontraktor Bumiputera yang dipilih mampu menjalankan amanah dan menyiapkan kerja yang berkualiti dalam tempoh ditetapkan,”

Datuk Ir Hasni Mohammad

Petronas juga akan membuka peluang bagi kerja-kerja infrastruktur bekalan air mentah kepada kontraktor Bumiputera Johor.

Sebanyak 25 peratus daripadanya telah diperuntukkan untuk kontraktor Bumiputera di Johor.

Info Jauhar

Exco– kontraktor bUmIPUtEra DI PEnGEranG

Oleh: Sofiayana Ellmy Sukor

40

Page 37: Jauhar Bil.2

INISIATIF untuk menyuburkan minat dan budaya keusahawanan harus disemai seawal usia kanak-kanak bagi

mendedahkan mereka terhadap dunia dan selok-belok menguruskan syarikat serta perniagaan yang dibina.

Melihat kepada pentingnya menambah bilangan komuniti perniagaan, perdagangan dan perindustrian Bumiputera, Johor Corporation (JCorp) mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Bisnes dan Industri Johor (BISTARI) yang melaksanakan program Tunas BISTARI pada 1992, Siswa BISTARI (2004), Didik BISTARI (2005), Catur BISTARI (2008), Cilik BISTARI (2011) dan Alumni BISTARI pada 2012.

Sehingga 2013, seramai 23,508 pelajar dari 301 sekolah rendah dan menengah dengan 764 guru pembimbing terlibat dengan program Tunas serta Didik BISTARI. Peserta dua program ini mempunyai 170 syarikat yang beroperasi di sekolah masing-masing dengan melibatkan transaksi berjumlah RM24, 554,233 sejak program ini diperkenalkan.

Program Siswa BISTARI setakat ini melibatkan 1,000 siswa dari lima institusi pengajian tinggi. Turut membanggakan, 29 syarikat telah ditubuhkan dengan transasksi kewangan berjumlah RM5,180,154.

Lebih membanggakan, JCorp mengambil inisiatif untuk mengembangkan program ini ke sekolah sekitar Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur melalui papan permainan bisnes Catur BISTARI dan Cilik BISTARI.

Pelaksanaan progam itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday bakal mendedahkan pelajar dan mahasiswa terhadap aspek perniagaan, mengendali dan mengurus sesebuah perniagaan.

Beliau berkata, dengan menimba pengalaman dan ilmu yang dipupuk sejak awal usia, peserta akan lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaan sendiri pada masa hadapan kerana melalui program ini, mereka sudah mengenali risiko yang bakal dihadapi.

“Dalam program ini, mereka bukan sahaja diajar meniaga malah mengurus hal-hal berkaitan barangan, akaun, perhubungan dan sebagainya. Pendedahan ini membolehkan mereka semakin matang untuk menangani risiko yang ada,” katanya.

Program yang dikendalikan JCorp itu, kata Md Jais, mempunyai kesimbungan yang sinergi dan sistematik kerana ia bukan hanya melibatkan murid sekolah rendah dan pelajar menengah malah menjangkau peringkat lebih tinggi.

“Program ini melibatkan murid sekolah rendah seawal usia 11 dan 12 tahun, sebelum ia beralih ke peringkat sekolah menengah dengan melibatkan pelajar tingkatan 2 dan 4.“Seterusnya, mereka boleh meneruskan minat berniaga itu dengan Program Siswa BISTARI di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Maka, saya melihat ini adalah program yang sangat bagus serta berkesan dan seharusnya diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, JCorp juga akan memainkan peranan untuk membantu mahasiswa yang berminat untuk memulakan perniagaan melalui Program Siswa BISTARI.

Melalui program itu, JCorp bertanggungjawab menyedia dan merangka kegiatan yang bersesuaian dengan keperluan industri di samping berperanan sebagai sekretariat untuk merancang aktiviti yang akan dijayakan dan mencadangkan pelaksanaan aktiviti tersebut kepada pihak IPT,” katanya.

Menurut beliau, keberkesanan program

ini dapat dilihat apabila 109 ahli Alumni BISTARI terlibat dengan perniagaan yang mengusahakan 20 jenis perniagaan dalam pelbagai bidang.

Setakat ini, keahlian Alumni BISTARI seramai 2,400 orang. Lebih menarik, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) turut sedia menghulurkan bantuan untuk mereka menyertai perniagaan sebenar atau mengembangkan keusahawanan sedia ada melalui skim pembiayaan tertentu.

“Bantuan dan tawaran PUNB ini harus diambil oleh setiap alumni kerana ia boleh dijadikan sebagai modal untuk mereka merangka perniagaan dan mengukuhkan perniagaan sedia ada,” katanya.

Sertai ProgramOleh: Sofiayana Ellmy Sukor

“Dalam program ini, mereka bukan sahaja diajar meniaga malah mengurus hal-hal berkaitan barangan, akaun, perhubungan dan sebagainya.”

Md Jais Sarday

23,000 PELAJAR

Bistari JCorp

Program Siswa BISTARIsetakat ini melibatkan 1,000 siswa dari lima

institusi pengajian tinggi.

Turut membanggakan, 29 syarikat telah

ditubuhkan dengan transasksi kewangan

berjumlah RM5,180,154.

Info Jauhar

Exco – bIStarI JcorP

41

Page 38: Jauhar Bil.2
Page 39: Jauhar Bil.2

“...mASyArAkAt Perlu memainKan peranan masing-masing dan beKerjasama dalam memastiKan perseKitaran mereKa bersih...“

Beliau berkata, semua pihak perlu mengambil langkah agresif bagi membendung penularan penyakit ini khususnya pemusnahan tempat pembiakan dan penghapusan bekas berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes.

“Tindakan ini masih merupakan kunci utama dalam mengelakkan penularan penyakit demam denggi. Aktiviti ini perlu dilakukan secara mingguan dan secara konsisten.

“Masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam memastikan persekitaran mereka bersih dan jika mereka hanya menjaga persekitaran mereka sahaja, ia tidak menjamin seseorang itu terselamat dari jangkitan demam denggi ini.

“Oleh itu, semangat gotong-royong dan melakukan pencarian serta pemusnahan tempat pembiakan secara bersepadu haruslah ditekankan,” katanya.

- Datuk Ayub Rahmat

SILA EMAILKAN NAMA PENUH, ALAMAT, NO TELEFON, PEKERJAAN,KUANTITI, DAN KEGUNAAN KE EMAIL [email protected]

UNTUK LANGGANAN SETIAP KELUARAN Jauhar

43

Page 40: Jauhar Bil.2

TERDAPAT lebih 8,000 lot tanah terbiar merangkumi keluasan 17,854.93 hektar telah dikenalpasti di seluruh

Johor. Melihat kepada jumlah itu, kerajaan negeri berpendapat tanah berkenaan harus dibangunkan bukan sahaja untuk menjana ekonomi pemiliknya malah meningkatkan pengeluaran hasil sektor pertanian di negeri ini. Bagi tujuan itu, kerajaan negeri pada 2014 telah memperuntukkan RM1 juta sebagai modal kepada pemilik tanah terbiar ini untuk mengusahakan tanah masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengenalpasti pemilik tanah berkenaan dan akan bekerjasama dengan pemilik untuk mengusahakan tanah tersebut mengikut kesesuaian tanaman.

Melalui kaedah pembangunan tanah terbiar ini, kata beliau, ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan kedudukan Johor sebagai pengeluar bahan makanan utama negara. Negeri Johor menduduki tempat pertama dari segi pengeluaran hasil tanaman buah-buahan iaitu 541,033 tan berbanding Malaysia 1,658,332 tan dan menduduki tempat kedua bagi pengeluaran hasil tanaman sayur-sayuran iaitu 136,976 tan berbanding Malaysia iaitu 878,975 tan.Menurutnya, beberapa program telah dirangka untuk menarik minat pemilik tanah untuk menyertai program ini. Antara program itu ialah Program Pembangunan Tanah Terbiar (PTT) dan Projek Fertigasi. Program PTT dibahagikan kepada dua kategori iaitu Pembangunan Projek Pertanian dan Meningkatkan Pengeluaran Tanaman Makanan.

“Untuk dua kategori ini, terdapat beberapa syarat ditetapkan untuk pemilik tanah memohon dana atau modal yang disediakan kerajaan. Di samping itu, bantuan yang dihulurkan untuk kedua-dua program ini juga mengambil kira keluasan tanah pemilik,” katanya. Bagi Projek Fertigasi, Ismail berkata, kerajaan negeri bermula 2014 bercadang untuk menyalurkan bantuan tidak melebihi RM30,000 untuk dilaksanakan di semua daerah di Johor. Melalui projek ini, Jabatan Pertanian telah mengenal pasti 11 pengusaha yang diyakini boleh menjadi mentor kepada pengusaha yang baharu menceburi Projek Fertigasi ini. “Mentor ini akan memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada mentee supaya tanaman mereka menjadi dan memberi pulangan pengeluaran yang tinggi,” katanya.

Lebih 17,000 Hektar Tanah Terbiar Berpotensi Diusahakan

Kerajaan sediakan modal melalui PTT dan Projek Fertigasi

Exco – mEmbanGUn tanaH tErbIar

Oleh: Sofiayana Ellmy Sukor

44

Page 41: Jauhar Bil.2
Page 42: Jauhar Bil.2

BELIA di Johor disifatkan beruntung kerana Kerajaan Negeri amat menitikberatkan golongan itu

yang memainkan peranan dan memberi sumbangan kepada usaha memajukan negeri pada masa hadapan.

Pelbagai usaha sudah dilakukan bagi meningkatkan kemahiran supaya mereka mampu menempatkan diri, seterusnya menikmati manfaat dan faedah secara langsung hasil kemajuan yang sedang pesat berlaku di Johor ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, R Vidyananthan, berkata, majikan sekarang menitikberatkan aspek pengalaman serta kemahiran yang memberi impak kepada syarikat sebagai satu nilai tambah dalam proses pemilihan pekerja.

Kemahiran kini, kata beliau, dilihat sebagai aspek yang perlu diberi perhatian sewajarnya selaras dengan wawasan negara untuk melahirkan modal insan berkualiti. “Justeru, belia perlu memperluaskan ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran seterusnya menjadi tenaga kerja mahir bagi membantu memantapkan proses pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sangat komited bagi membuka peluang khusus untuk belia dalam menjadikan kemahiran sebagai pilihan kerjaya.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan belia di negeri ini mendapatkan peluang sewajarnya untuk meningkatkan kemahiran selepas tamat alam persekolahan yang disediakan oleh Pusat Giat Mara, Jabatan Tenaga Manusia dan juga pusat latihan bertauliah di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Menurut statistik dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Negeri Johor, seramai 40,600 pelajar berjaya mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 36,986 lagi mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 sepanjang 2013.

“Pada masa sama, seramai 13,037 pelajar mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Selain itu, seramai 1,822 pelajar menerima Diploma Kemahiran Malaysia manakala pemegang Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia pula seramai 124 orang,” katanya.

Vidyananthan berkata, Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Karnival Kerjaya Johor Mahir 2014 anjuran Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) dan Kerajaan Pusat, melalui Pusat JobsMalaysia Iskandar Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 19 dan 20 April 2014 lalu bertempat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

“Program dengan usahasama bersama

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah mendapat sambutan hampir 15,000 pengunjung dengan penglibatan 30 majikan yang menawarkan lebih 1,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang kemahiran selain 20 pusat latihan bertauliah daripada sektor kerajaan dan swasta.

“Selain itu, belia berkemahiran yang ingin memulakan perniagaan juga layak dipertimbangakan untuk mendapat pembiayaan dari agensi seperti Tekun Nasional dan Tabung Ekonomi,” katanya.

Kerajaan Komited Tingkatkan Kemahiran Belia

Pastikan golongan muda ini sertai arus pembangunan negeriOleh: Hamirul Hairi Mohd Noh

“Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan belia di negeri ini mendapatkan peluang sewajarnya untuk meningkatkan kemahiran selepas tamat alam persekolahan”

R. Vidyananthan

Exco - kEmaHIran bELIa

46

Page 43: Jauhar Bil.2
Page 44: Jauhar Bil.2
Page 45: Jauhar Bil.2
Page 46: Jauhar Bil.2

Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke Daerah Muar-Sabak Awor sebagai Medan Pelancongan (Medan Ikan Bakar), di Jeti Sabak

Awor, Tanjung Emas.

Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke Daerah

Muar-Majlis Pelancaran

Bantuan Rumah dan Asnaf Majlis Agama

Islam Negeri Johor tahun 2014, di Pekembar,

Pagoh.

Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke Daerah Muar-Short Briefing Projek Muar Water Front City di dalam Bot River Cruise Sg Awor sehingga Jeti Sabak Awor, di Jeti Tanjung Emas.

Majlis Perasmian Program Road to MAHA Peringkat Negeri Johor, di Stadium Batu Pahat, Jalan Ampuan, Batu Pahat.

Majlis Pelancaran Jauhar Sempena Majlis Amanat Menteri Besar Johor Bersama Pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor, di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Nusajaya.

Majlis Perasmian & Penyerahan Kunci Taman

Desa Belantik, di Perumahan Taman

Desa Belantik, Taman Sri Stulang, Johor Bahru.

Galeri Foto

Majlis Pelancaran Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, di Kolej Komuniti

Ledang, Jalan Payamas, Tangkak.

50

Page 47: Jauhar Bil.2

Majlis Pelancaran Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care Peringkat Kebangsaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pagoh.

Kunjungan Hormat YAB Menteri Besar Perlis Untuk Menyampaikan Jemputan Rasmi Kejohanan SUKMA XVII – Perlis 2014, di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Nusajaya.

Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke Daerah Labis-Lawatan ke Pusat Jualan Kraftangan SDSI, Labis.

Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Tanjung Senibong, Anjuran Kerajaan Negeri Johor dan Crescendo Corporation Sdn Bhd, di Tanjung Senibong.

Menteri Besar Johor ke Kulaijaya.

Lawatan Kerja Menteri Besar Johor

ke Kulaijaya-serahan Kunci rumah kepada

peserta pbr.

Majlis Anugerah dan Pelancaran Buku 100 Tokoh English College, di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

51

Page 48: Jauhar Bil.2