institusi raja-raja melayu · mempertahankan peranan tradisi leluhur mereka, menyebabkan ... jin...

228

Upload: lexuyen

Post on 07-Mar-2019

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU & Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh

susunan;

(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman

2

Institusi Raja-Raja Melayu

& Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh

Topik Ms

Qaulu Al Haq Wa Kalimatus Saddiq … … … … 4

BAHAGIAN PERTAMA:

Mengapa Sistem Raja-raja Paling Fitrah,

Sesuai dan Berjaya untuk Bangsa Melayu?

1. Faktor Falsafah dan Sejarah Islam … … … … 7

2. Faktor Peranan Umara dan Ulama … … … … 22

3. Faktor Syariat Islam … … … … … … 28

- Pendapat Jumhur Ulamak Ahlus Sunnah

Wal Jamaah Mengenai Institusi Raja-Raja Islam … … 35

4. Faktor Sejarah Melayu … … … … … … 44

5. Faktor Islamisasi Umat Melayu … … … … 51

6. Faktor Zuriyyat Raja-raja Melayu … … … … 63

7. Faktor Adat Raja-raja Melayu … … … … … 81

8. Faktor Peranan dan Fungsi Raja Melayu … … … 94

9. Faktor Jasa Raja-raja Melayu Silam … … … 102

-Warkah Kepada KDYMM Raja-raja Melayu … … … 120

Rumusan … … … … … … … … … 123

3

Topik Ms BAHAGIAN KEDUA:

Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh

10. Peranan Institusi Bendahara Warisan Melayu Melaka … 125

11. Bendahara Sebagai Ahl-al-Hall wa al-Aqd

@Jemaah Pangkuan … … … … … … 136

12. Kelumpuhan Institusi Bendahara

Mewujudkan Bangsawan Melayu Orde Baru … … 155

Syair Permata Melayu yang Hilang … … … … 162

BAHAGIAN KETIGA :

Mengapa Sistem Raja-raja Melayu Masih

Relevan Untuk Masa Hadapan Bangsa Melayu?

13. Realiti Institusi Raja Melayu Masakini… … … … 181

14. Umara-Ulama yang Rohaniyyat :

Trend Kemimpinan Ummah di Masa Hadapan … … 196

Syair Rintihan Raja Melayu … … … … … … 208

LAMPIRAN

I. Illustrasi Pentadbiran Sistem Khilafah

Sebagai Panduan Kesultanan Melayu Lama … … 216

II. Demokrasi, Permuafakatan dan Majlis Syura:

Perspektif Agama … … … … … … … 220

II. Salasilah Dinasti Melaka, Johor dan Pahang

Dari Zuriat Melaka … … … … … … 226

Biodata Pengarang … … … … … … … 227

4

Qaulu Al Haq Wa Kalimatus Saddiq

Bismillahirrahmanirrahim

Sesunguhnya Bangsa Melayu hari ini berada dalam ancaman

pelupusan IDENTITI dan AQIDAH.

Kita hari ini berada dalam suatu persimpangan, dan terpaksa

membuat pilihan. Samada untuk terus melatah dan membuat kesilapan

demi kesilapan yang akan membinasakan terus BANGSA dan AGAMA

kita; atau mengambil iktibar dari sejarah nenek moyang kita untuk

menyelamatkannya.

Sebelum kita membuat pilihan, kenang-kenangkanlah zaman

nenek-moyang kita dahulu kala, lihat-lihatlah realiti kehidupan kita hari

ini dan renung-renungkanlah masa hadapan anak cucu kita.

Ungkapan ahli hikmah berbunyi “Siapa yang memegang sejarah,

memegang masa hadapan”. Tetapi sejarah yang dimaksudkan di sini

islah SEJARAH YANG SEBENAR, bukan sejarah yang menyeleweng.

Ahli hikmah juga menyebutkan: “ Siapa yang tidak pedulikan

sejarah, tunggulah, nescaya sejarah akan kembali menghukumnya..”

Sesungguhnya sejarah bangsa kita yang lama, iaitu semenjak 600-

1200 tahun dahulu telah menuding kepada institusi-institusi Raja-Raja

Melayu sebagai wadah yang bertanggungjawab melahirkan identiti,

jatidiri, peradaban serta ketamadunan Melayu-Islam yang luhur murni.

Institusi Raja-raja Melayu telah menabur jasa sebagai punca

pengislaman Bangsa Melayu secara besar-besaran, menjadi punca

terdidiknya Bangsa Melayu kepada ilmu-ilmu agama yang luhur, adat

dan budaya yang halus dan tinggi, serta meletakkan hukum ADAT (Adat

yang bersendikan syarak) dan SYARIAT sebagai dasar pemerintahan

daulah-daulah Islamiyyah. Ringkasnya, institusi raja-Raja Melayu

pernah menjadi punca Bangsa Melayu menempuh zaman emasnya serta

menjadi sumber insipirasi, kekuatan, semangat dan kedaulatan bangsa

dan agama.

Malangnya fakta-fakta sejarah juga telah menuding kepada Raja-

raja Melayu (bukan institusinya) sebagai punca yang kemudiannya gagal

5

mempertahankan peranan tradisi leluhur mereka, menyebabkan

institusi Raja-raja Melayu yang sakaral itu kehilangan HAKIKAT.

Maka sebagai tonggak sebenar bangsa dan agama, sebagai payung

dan tombak Allah SWT di mukabumi ini, sebagai pewaris kepada suatu

institusi Melayu yang paling lama, paling berharga dan paling penting,

Raja-raja Melayu hari ini jugalah yang harus bertanggungjawab untuk

mengembalikan semula Bangsa Melayu pada pundaknya, pada

kedaulatannya.

Caranya ialah mengisi semula kekosongan zahir pada institusi

Raja-raja Melayu dengan ROH HAKIKAT.

Sebagai pewaris yang sah kepada Bendahara terakhir warisan

Melayu Melaka yang masih memegang HAKIKAT RAJA-RAJA MELAYU,

atas rasa insaf dan tanggungjawab, kami merasa terpanggil untuk

meneruskan kerja nenek moyang kami dalam peranan mereka sebagai

‘TEMPAT PERBENDAHARAAN SEGALA RAHSIA RAJA’, untuk menolong

mengisi kembali hakikat Raja-Raja Melayu yang kehilangan itu.

Nenek moyang kami merupakan tunjang di bawah Institusi Raja-

raja Melayu yang berHakikat. Leluhur kami memegang muafakat pada

Institusi Beraja selama lebih 500 tahun sebelum dilupuskan oleh agenda

penjajahan Barat. Tugas kami ialah mengeluarkan ilmu-ilmu hakikat

Bangsa Melayu dan Raja-rajanya kerana itu adalah darah daging

keturunan kami. Ilmu-ilmu hakikat ini boleh dimanfaatkan untuk

memulihkan kembali Institusi Raja-raja Melayu, yang kemudiannya

mampu berperanan semula sebagai payung dan tombak Allah SWT ke

atas bangsa dan agama kita. InsyaAllah.

Menifesto yang kami perjuangkan ini bukan atas matlamat

Menang-Kalah, tetapi atas landasan Benar-Salahnya. Kerana menang-

kalah dalam urusan duniawi itu urusan Allah SWT semata. Menang di

sisiNya itulah kemenangan hakikat yang kami cari. Kami hanya

meredhakan diri dan kudrat kami sebagai alatNya demi perjuangan

memartabatkan kembali bangsa dan agama.

Sesungguhnya, dalam saat yang genting ini kita tidak lagi

mempunyai banyak masa dan ruang. Maka hayatilah buku ini dan

buatlah pilihan. Semoga Allah SWT member kita semua petunjuk.

6

Kami akhiri dengan pesanan orang lama-lama kita;

“Menghukum adil berkata benar, Tidak boleh berpihak-pihak, Hukuman adik dijalankan, Nan benar dianjak tidak, Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.”

“Tak ada benar kita cari benar, Bersua benar jangan kita siahkan, Nak mencari benar ikutlah jejak, Ibarat orang memburu, Jejak mendaki menukik, Jejak menurun mendorong, Hilang jejak bersualah benda, Dan bila benar dah bersua tak boleh kita elakkan, Ke laut menuju alur, Ke darat menuju benar, Dan siapa yang tak menuju benar, Dikutuk dek adat, dibenci dek syarak.” Wassalam.

(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman

Putera Tun Chik binti Tun Tahir ibni

Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman ibni

Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali

Raja Pahang & Bendahara Johor Lama (1847-1863)

Chop mohor Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Ke arah Mengembalikan Maruah, Semangat dan Kedaulatan

Umat Melayu, Umat Islam

7

BAHAGIAN PERTAMA :

Mengapa Sistem Raja-raja

Paling Fitrah, Sesuai dan Berjaya

untuk Bangsa Melayu?

8

1.

Faktor Falsafah & Sejarah Islam

Bimbingan Agama/Rohaniyyat

Untuk Mencapai Maksud Hidup

Firman Allah SWT dalam sebuah Hadeeth Qudsi yang bermaksud:

“ Aku laksana harta yang tersembunyi. Aku ingin dikenali, maka sebab

itulah Aku ciptakan semua makhluk”1.

Maka diciptakanlah olehNya manusia di alam roh bermula dengan

Rohul Muhammadiyah sebagai sumber segala yang wujud. Kemudian

Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS dari tanah, menyusul pula

ciptaan sekelian anak cucunya dari yang pertama sehingga yang

terakhir, dibekalkan pada tulang punggung Nabi Adam, sehingga

dikeluarkanlah mereka untuk mengakui keEsaan dan keTuhanan Allah

di Na’man, suatu lembah yang berdekatan dengan Padang Arafah.

Peristiwa tersebut dikenali sebagai Yaumil Mitsaq atau Hari Mengambil

Janji2.

Ringkasnya, istilah Deenul Islam dikaitkan dengan penyembahan

manusia kepada Allah SWT sebagai balasan kurniaNya yang

menciptakan mereka dan segala-galanya, maka manusia mengakui Allah

SWT sebagai Zat paling agung yang wajib disembah.

Allah SWT berFirman yang maksudnya: “Dan Aku tidak ciptakan

jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”

(Adz-Dzariyat:56)

Oleh itu matlamat sebenar agama atau deen adalah supaya

manusia dapat kembali kepada pengakuan serta penyembahan Tuhan

Maha Pencipta sebagaimana keadaannya sebelum dilahirkan ke dunia,

sesuai dengan janji mereka dalam peristiwa Yaumil Mitsaq atau Hari

Mengambil Janji itu.

1 Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Rahasia Sufi, terjemahan oleh Abdul Majid Hj Khatib,ditahkik dan ditulis

semula oleh Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 2004, hlm 14 2 Peringatan Tentang Umur Insan,op.cit, hlm 17

9

Maka setelah selesai peristiwa Yaumil Mitsaq dan melalui beberapa

proses dari peringkat-peringkat wujud, Allah SWT menurunkan segala

roh atau makhluk ke alam ajsam, yakni alam fizikal seperti yang kita

tahu. Di alam zahir ini, roh-roh tersebut dipakaikan dengan sarung,

iaitu jasad-jasad yang telah dikhususkan bagi mereka masing-masing

sehingga menjadi sempurna.

Selepas itu berlakulah taklif, iaitu kewajiban menunaikan perintah

Allah Ta’ala yang menyuruh diri berbuat baik serta melarang

mengerjakan maksiat sehingga sampai ketetapan ajal setiap insan.

Pada peringkat kehidupan manusia di alam dunia yang fana’ ini,

semua amalan mereka akan dicatatkan dan dihitung atasnya pahala

dan dosa. Perhitungan ini akan dilaksanakan pada Hari Hisab, yakni

selepas dunia dimusnahkan di Hari Kiamat, di masa itu berpecahlah

manusia kepada golongan yang berbahagia dan yang celaka di sisi Allah

azzawajalla mengikut amalan masing-masing semasa dipinjamkan

mereka dunia dengan segala perhiasannya itu.

Bagaimanapun kelahiran manusia di dunia, yakni setelah roh-roh

mereka diperbadankan, terluputlah ingatannya tentang asal-usul diri

serta perjanjiannya dengan Allah Ta’ala di alam roh. Sementelah pula

dalam persinggahan manusia di dunia ini, kebanyakan mereka terhijab

daripada pandangan-pandangan yang ghaib kerana keadaan di dunia

fizikal amatlah berbeza halnya dengan di Alam Ghaib, di alam roh.

Padahal manusia teramat memerlukan pandangan-pandangan basirah

itu bagi mengenal kembali rahsia-rahsia keTuhanan yang Maha Esa.

Maka tugasnya sekarang adalah untuk mencari jalan kembali

kepada asalnya, berpulangan ke hadrat Penciptanya, yakni Allah Ta’ala

yang Maha Agung. Roh manusia yang diperbadan serta diturunkan ke

mukabumi yang bersifat sementara ini telah diberikan Allah Ta’ala

suatu misi yang teramat penting, iaitu mencari jalan kembali kepadaNya

sebagaimana asal-usulnya dahulu.

Namun bukanlah mudah untuk melaksanakan misi tersebut

kerana wujudnya peranan serta pengaruh iblis, syaitan dan bala

tenteranya. Iblis durjana juga mempunyai misi, iaitu untuk

menggagalkan misi anak-anak Adam seperti sumpahannya di hadapan

Allah SWT suatu masa dahulu. Iblis terlalu kesumat untuk menyesatkan

10

anak-anak Adam sehingga tidak dapat kembali kepada Allah Ta’ala.

Kesesatan ini akan membawa manusia ke jurang api neraka, merasakan

azab siksaNya bersama-sama kelompok iblis, syaitan dan segala kuncu-

kuncunya, barulah puas hati mereka.

Telah ramai manusia kecundang di mukabumi ini angkara

tipudaya iblis dan syaitan yang mengambil kesempatan di atas

kelemahan ciri zahir dan batin insan, yakni kuasa kebinatangan dalam

bentuk hawa nafsu dan tabiat haiwan, mahupun jiwa yang berpenyakit,

sehingga terhijablah pandangan basirah, luputlah dari makrifat Allah

sehingga mereka lupa tentang maksud kehidupan lalu gagal mencari

jalan berpulangan ke hadrat Penciptanya.

Manusia memerlukan ilmu hakikat untuk mengenal Allah Ta’ala,

mencari maksud kehidupan di dunia ini, mencari erti diri, mengenali

pihak musuh, yakni iblis, syaitan dan bala tenteranya, serta senjata-

senjata yang diguna pakai dalam agenda jahat mereka, mengenali

penyakit-penyakit hati serta penawar-penawarnya. Dalam erti kata lain,

manusia memerlukan ILMU dan BIMBINGAN untuk menunjuk jalan

berpulangan ke hadrat Illahi serta cara-cara menangani sebarang

unsur-unsur yang ingin mensabotaj misi tersebut.

Di sinilah letaknya peranan para Rasul yang maksum sebagai

utusan-utusan Allah, seorang demi seorang diturunkan sehingga sampai

kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Para

Rasul yang diutuskan Allah ke mukabumi ini mempunyai matlamat

membawa semua manusia ke jalan Allah Ta’ala, menyelamatkan dari

jalan kesesatan dan kecelakaan.

Dan Rasulullah SAW sebagai penutup risalah Nubuwwah telah

melengkapkan dengan sebaik-baiknya formula dalam mencari jalan

berpulangan ke hadrat Illahi melalui wahyu dan sunnah baginda, dihiasi

dengan semulia-mulia akhlak, menjadi Rahmatulil ‘alameen, yakni

sebagai penyebar Rahmat Allah di dunia ini. Baginda menyempurnakan

syiar Islam, membawa contoh tauladan sebaik-baiknya dengan

mempamirkan akhlak serta keperibadian paling mulia sehingga

melunakkan hati-hati yang keras kematu di kalangan masyarakat

jahiliyah, lalu tunduk kepada penyembahan Allah setaat-taatnya,

Baginda membawa perubahan luar biasa dalam tempuh yang paling

11

singkat, yakni 23 tahun selama misi dakwahnya kepada masyarakat

jahiliyyah di bumi Arab.

Kemudian Allah SWT wujudkan golongan para sahabat baginda,

yang mana Allah redho pada mereka dan mereka pun redho denganNya,

dan mereka adalah umpama bintang-bintang di langit.

Disusuli pula dengan golongan tabiin dan taba tabiin serta alim-

ulama sebagai penyambung kerja dakwah dan tabligh, menjadi pewaris

Nabi SAW dalam tanggungjawab yang teramat besar dan penting,

menyampai dan menyebarkan ayat-ayat Allah dan sunnah Rasulullah

SAW ke serata ceruk rantau dunia, umpama unit-unit bomba yang

bergerak pantas dalam usaha memadamkan kebakaran, yakni

menyelamatkan manusia sejagat daripada ancaman dicampakkan ke

jurang api neraka di Hari Kiamat nanti. Ataupun hujan yang mencurah-

curah turun membasahi bumi nan gersang sehingga menghijaulah

jadinya, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang kemudian dapat

diambil menafaatnya oleh sang makhluk.

Kepimpinan yang Mentadbir Urusan Duniawi

Sejarah kehidupan duniawi memperlihatkan bahawa walau sekecil

manapun manusia hidup berkelompok dan berkumpul, tabiat mereka

yang sihat pasti berkecenderungan mencari ketua atau pemimpin demi

melaksanakan kewibawaan dan menguasai mereka. Kerana sebahagian

fitrah manusia yang bercirikan elemen-elemen ‘kebinatangan’ bukan

sahaja boleh mencetuskan kezaliman, gangguan dan permusuhan,

malahan mendatangkan kemerbahayaan pada diri dan hartabenda

akibat berlakunya tindakan-tindakan ganas dan buas seperti serang-

menyerang dan perang-memerangi.

Oleh itu manusia perlu kepada orang-orang yang dapat

melindungi insan daripada keganasan insan yang lain. Maka dipilihlah

dari kalangan mereka ketua-ketua untuk melaksanakan tanggungjawab

tersebut yang mana diperlukan ciri-ciri kekuatan, keberanian dan

kewibawaan melebihi mereka serta dapat pula menguasai mereka,

sehingga kecenderungan untuk serang-menyerang dapat dikawal.

12

Di masa-masa kemudian apabila bilangan manusia menjadi

bertambah ramai dengan berbagai ras serta tanah-tanah jajahan yang

semakin meluas, peranan ketua-ketua menjadi lebih penting bagi

mengimbangkan serta menangani masalah perbezaaan martabat,

prinsip dan kepercayaan, kepentingan individu-individu mahupun

kelompok-kelompok yang semakin kompleks dengan berbagai ragam

karenah dan citarasa sehingga boleh membawa kepada konflik dan

perbalahan antara satu sama lain jika tidak dikuasai dan dibimbingi.

Kemudian dilanjutkan pula dengan perkembangan tamadun,

budaya dan peradaban yang progresif dan dinamik, sehingga peranan

ketua-ketua diperkembangkan lagi sebagai perencana dan pemutus

dasar pemerintahan, halatuju serta matlamat kehidupan masyarakat

yang di bawah perintahnya itu.

Natijahnya, terbitlah sistem-sistem politik dan pentadbiran

bersekali dengan kuasa-kuasa sokongan di bawah pernaungan

penguasa atau ketua yang paling tinggi itu. Wujudlah jawatan wazir,

perdana menteri atau bendahara sebagai ketua pentadbir yang

mempunyai hubungan secara langsung dengan penguasa, ketua polis

dan tentera yang menjaga bahagian keselamatan serta jemaah menteri

yang bertanggungjawab dalam bidang-bidang yang diwujudkan demi

kelancaran hal ehwal pemerintahan dan pengurusan masyarakat seperti

bidang ekonomi, pendidikan, perundangan, sosio-budaya dan

sebagainya.

Dan ketua yang paling tinggi diberikan berbagai nama seperti raja,

rajah, kaisar, kisra, roi, king, maharaja, firaun, sultan, khalifah dan

sebagainya. Sedangkan kerajaan-kerajaan khususnya dinasti-dinasti

muncul secara umumnya daripada serpihan kerajaan induk, keturunan

raja-raja yang berkelana mahupun perkahwinan ahli-ahli agama dengan

puteri-puteri pemerintah.

Namun adakalanya jabatan kepimpinan pula yang menjadi

rebutan sehingga mencetuskan permusuhan dan peperangan antara

suku, puak dan kerajaan. Malahan sesetengah bangsa pula percaya

bahawa raja-rajanya mempunyai hubungan yang kuat dengan kuasa

alam ghaib seperti alam ketuhanan dan ‘kedewataan’, langsung

diberikan setinggi-tinggi takzim dan kemuliaan sehingga ada yang

menyembah raja-raja mereka.

13

Oleh kerana itulah terbit sunatullah dan sunnah Rasulullah SAW

yang membimbing manusia dengan bimbingan syariat untuk memilih

dan mengangkat pemimpin yang benar bagi menjaga kemaslahatan

umat manusia dan makhluk-makhluk Allah secara umumnya.

Pemimpin manusia yang pertama adalah Nabi Adam AS yang

disebut kepimpinannya oleh Allah SWT sebagai khalifah. Sedangkan

kepimpinan Nabi Ibrahim AS pula disebut dengan gelaran Imam

(Imamah). Ada pula yang disebut Allah sebagai Al-Mulk yakni raja.

Dalam al-Quran banyak sekali disebut Al-Mulk termasuk kepimpinan

daripada keturunan Nabi Ibrahim AS sendiri seperti Nabi Yusuff, Thalut

(keturunan Bunyamin putera Nabi Yaaqub), Nabi Daud dan Nabi

Sulaiman.

Zaman Nabi-nabi Bani Israel dahulukala sehinggalah sampai

masa Nabi Musa AS, raja-rajanya banyak terdiri daripada keturunan

Yahuda (Ra’sun) bin Yaaqub (Israel) bin Ishak bin Ibrahim AS. Yahuda

adalah putera tertua Nabi Yaaqub AS, keturunan selepasnyalah yang

digelar Yahudi, menjadi cabang Bani Israel yang terbesar dan berprofil

tinggi.

Dikatakan tentang Bani Israel, seringkali wujud raja dan Nabi

sekaligus, yang mana raja menjaga aspek pemerintahan zahiriyyah

sedangkan Nabi menjadi pembimbing aspek kerohanian rakyat.

Contohnya Nabi Ayyub AS telah melahirkan dua orang putera, Heymel

yeng kemudiannya menjadi raja bagi kaumnya dan adiknya Zulkifli

yang dipilih Allah SWT sebagai Nabi. Contoh lain ialah Nabi Sameul yang

membimbing kerohaniyyan Bani Israel sedangkan Thalut diangkat

sebagai raja mereka.

Kecuali Nabi Yusuff, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang

merupakan raja yang memiliki kerajaan jasmani selain menjadi

pembimbing spiritualisme kaum Israel dalam peranan sebagai Rasul-

rasul pilihan Allah. Ketiga-tiga Nabi tersebut adalah berketurunan

daripada Nabi Yaakub AS3.

3 Nabi Yaakub mempunyai 12 orang putera dari 4 orang isteri. Ra’sun atau Yahuda adalah puteranya yang

tertua,merupakan nenek moyang kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang pernah menjadi raja bagi Bani

Israel.Nabi Yusuff dan Bunyamin juga adalah puter aNabi Yaakub dari satu ibu. Nabi Yusuff pernah

manjadi Raja Mesir,sedangkan Bunyamin adalah nenek-moyang kepada Thalut yang Allah pernah angkat

14

Terjadi peristiwa kerosakan akhlak keatas Bani Israel, perilaku

menyimpang daripada kitab Taurat, kecenderungan menyembah

berhala, bermaharajalela dalam maksiat dan perzinaan, ganas-

mengganasi dan membunuh tanpa hak. Walaupun ramai para Nabi

didatangkan kepada mereka, namun tidak dihiraukan bahkan ada yang

terus dibunuh. Hal ini menyebabkan turunnya murka Allah sehingga

bala menimpa kerajaan Bani Israel dan harta mereka dirampas oleh

musuh, termasuk kitab Taurat.

Pada masa itu atas perintah Allah diangkat Thalut sebagai raja,

beliau bukan dari kalangan keturunan Yahuda tetapi daripada

keturunan Bunyamin putera bongsu Nabi Yaaqub AS. Raja Thalut

kemudian memimpin angkatan Bani Israel untuk berperang dengan

kaum gasar yang kuat, besar dan ganas, iaitu kaum Amalakit yang

diperintah oleh gergasi Jalut4 dan sering mengancam Bani Israel

Di sini terbitlah kisah sejarah Nabi-nabi yang terkenal, iaitu

mengenai seorang anak kecil yang bernama Daud yang ditakdirkan

Allah membunuh Raja Amalakit, gergasi Jalut yang amat kuat dan

digeruni itu hanya dengan menggunakan sebilah lastik burung. Selepas

Jalut berjaya dibunuh, maka pecahlah perang diantara kedua belah

pihak yang mana Allah SWT telah memberikan kemenangan kepada

Bani Israel dalam sesingkat masa.

Selepas peristiwa tersebut, Daud dikahwinkan dengan anak

perempuan Thalut. Allah SWT juga telah melantik Baginda sebagai Nabi

dan selepas kemangkatan Thalut, memerintahkan supaya kerajaannya

diserahkan kepada Nabi Daud AS, menjadikannya yang pertama dari

kalangan Bani Israel yang menjadi Nabi dan raja sekaligus5.

Pemerintahan Nabi Daud AS dilanjutkan oleh puteranya Nabi

Sulaiman AS yang unik kerana diberi kekuasaan atas binatang, kaum

jin, malahan angin. Dalam hal ini menurut Imam Mujahid: Raja yang

menjadi raja sebagai memakbulkan hasrat Bani Israel yang ingin mencari raja bagi memimpin mereka

berperang.. 4 Sebagaimana raja-raja Mesir dipanggil Firaun, raja-raja Babylonian dipanggil Namrud, maka raja-raja

Amalikat dipanggil Jalut. 5 Nabi Daud berasal dari keturunan Yahuda (Ra’sun), putera tertua Nabi Yaaqub. Nabi Yaakub mempunyai

12 orang putera termasuk Nabi Yusuff dan Bunyamin (keduanya dari satu ibu,Rahil). Walaupun Nabi

Yusuff juga pernah menjadi Nabi dan raja sekaligus, tetapi bukan menguasai atas kaumnya Bani Israel,

tetapi menjadi raja Mesir.

15

kekuasaannya mencakupi seluruh dunia ada empat: Dua mukmin iaitu

Sulaiman bin Daud keturunan Nabi Ibrahim dan Iskandar Dzulkarnain,

dan yang dua lagi kafir, iaitu Namrud bin Kan’an dan Nebuchadnazer.

Rasulullah SAW sendiri berasal dari keturunan pemerintah

Mekah. Nenek moyang Baginda yang bernama Siti Hajar, isteri Nabi

Ibrahim AS, bonda Nabi Ismail AS yang keduanya menjadi asbab

perjumpaan air suci Zamzam di sebuah lembah gersang di bumi Arab,

40 hari perjalanan menaiki unta ke selatan dari bumi Kan’an, Palestin di

utara. Di tapak tersebut jugalah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail

membina Kaabah yang mulia atas perintah Allah.

Semenjak peristiwa tersebut lembah yang asalnya bernama Becca,

kemudian menjadi Mekah itu menjadi pusat tumpuan berjuta-juta umat

manusia dari seluruh dunia Arab waktu itu, dan seluruh dunia pada

hari ini sampai Hari Kiamat nanti.

Maka tidak hairanlah bahawa nenek-moyang Rasulullah SAW

menjadi ketua-ketua di Mekah, dimulia dan diperbesarkan oleh

kesemua kabilah-kabilah Arab waktu itu, apatah lagi Mekah pesat

dengan kunjungan para pedagang dari berbagai penjuru dunia Arab,

mereka datang dengan membawa berbagai komoditi serta melakukan

ritual-ritual yang diadat mahupun diibadatkan secara turun temurun,

tidak kiralah samada mereka dalam agama Tauhid mahupun yang

menyembah berhala (kerana Islam waktu itu masih belum

disempurnakan ajarannya).

Bermakna Rasulullah SAW sendiri berdarah daging daripada

keturunan pemerintah Arab Mekah yang penting lagikan teraula. Dalam

hal ini Baginda sendiri bukan sahaja berperanan sebagai Rasul pilihan

Allah Ta’ala untuk menyempurnakan risalah Nubuwwah, malahan

Baginda juga menjadi Kepala Negara atau Ulil Amri apabila Allah Ta’ala

mengurniakan Kota Madinah sebagai platform untuk Baginda

mendirikan sebuah politi Islam, menegakkan syariat serta

melaksanakan tugas dakwah dan tabligh.

Namun Baginda tidak pernah disebut sebagai raja tetapi adalah

Nabi dan Rasul yang diutus menjaga kemaslahatan duniawi dan

ukhrawi secara menyeluruh di seluruh alam mencakupi semua makhluk

yang dapat menerima taklif undang-undang termasuk golongan jin. Dan

16

dalam peranan sebagai pemimpin zahir dan batin, Rasulullah SAW

telah mempamirkan ciri-ciri pembimbing dan negarawan yang terulung

dan terunggul, mencapai keharmonian dalam menyeimbangkan kuasa

dengan tuntutan keadilan dan nilai-nilai agama.

Kesimpulannya, tidak kiralah apa gelarnya, baik raja, khalifah,

amir, malik, imam atau lain-lain, pokok pangkalnya Rasulullah SAW

adalah ketua/pemimpin dalam bidang politik, ekonomi, tata negara,

pertahanan, apatah lagi agama, diajar secara langsung oleh Allah SWT

melalui wahyu, kerana Baginda bersifat ummi, iaitu tidak tahu

membaca dan menulis.

Perkembangan politi Islam di bawah perintah Rasulullah SAW

inilah telah dapat menerbitkan usul al-fiqh al-siyasi atau kaedah

bagaimana sesebuah negara itu diperintah mengikut landasan syariat,

yakni berdasarkan kepada doktrin-doktrin Agama Islam yang dibawa

Baginda SAW.

Setelah Rasulullah SAW wafat, kepimpinan pada dekad pertama

dilakukan oleh Khulafa’ ar-Rashidin iaitu Sayyidina Abu Bakar,

Sayyidina Umar, Sayyidina Othman dan Sayyidina Ali. Sebagai Khalifah

pertama, Sayyidina Abu Bakar RA menyebut dirinya sebagai Khalifat

Rasulullah, bagaimanapun Sayyidina Umar RA sebagai Khalifah yang

kedua menggelar dirinya Khalifat Khalifat Rasulullah, yakni pengganti

kepada pengganti Rasulullah SAW. Sayyidina Usman dan Sayyidina Ali

RA anhuma sebagai Khalifah ketiga dan keempat dipanggil Khalifah

sahaja memandangkan sebutannya lebih ringkas berbanding Khalifat

Khalifat Rasulullah. Semenjak itu penggunaan istilah tersebut mulai

menjadi am.

Pada masa pemerintahan Bani Umaiyyah, istilah Khalifat

Rasulullah ditukar kepada Khalifat Allah yang bermaksud wakil Allah di

mukabumi ini. Kemudian pada zaman Dinasti Abbassiyah, istilah

Khalifah menggambarkan suatu kedudukan yang kudus dan sakaral,

zilul’Lah-fil-ard,, yakni bayang-bayang Allah di mukabumi. Istilah

tersebut membawa maksud yang mendalam bahawa Khalifah

memperolehi kekuasaan dari Allah Ta’ala sebagai pemegang kedaulatan

mutlak. Setelah itu timbul berbagai istilah lain seperti imamah, imarah

dan sultan seiring dengan terbentuknya kerajaan-kerajaan Islam yang

baru.

17

PEMERINTAHAN ISLAM

FALSAFAH : TAUHID i. Allah yang Maha Esa sebagai Pencipta Alam Semesta

ii. Islam sebagai keseluruhan cara hidup (konsep SEPADU) iii. Hukum-hakam berpegang pada konsep ‘aqal dan naqal

(Al-Quran dan Al-Hadith)

KERANGKA PEMERINTAHAN

Khilafah dan wakil-wakilnya (Sultan & Gabenor)

DASAR Penerus Rasulullah SAW dalam hal ehwal Islam dan umatnya

PERLAKSANAAN DASAR melalui pembentukan

STRUKTUR-STRUKTUR MASYARAKAT

Pentadbiran Perundangan

Fardhu ‘Ain Fardhu Kifayah Syariat Adat (universal) Bangsa-bangsa

HALATUJU DAN MATLAMAT

i. Islam dapat tersebar ke seluruh pelosok mukabumi ii. Syariat Islam yang sebenar dapat ditegakkan mengikut kehendak

Allah sebagai Pencipta seluruh alam iii. Mendapat kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah.

18

Pemerintahan Beregu Umara-Ulama

Sebagai Kepimpinan Duniawi-Ukhrawi

Sejarah panjang perkembangan agama Tauhid (Islam) telah

menyaksikan dinamisma peranan yang dimainkan oleh KEPIMPINAN

ZAHIRIYYAH/DUNIAWI (raja, khalifah, umara, malik, dsbnya) dan

KEPIMPINAN AGAMA/ROHANIYYAT (Nabi, Rasul dan alim-ulama).

Dalam hal ini, kepimpinan manusia semenjak zaman Nabi Adam AS

sehingga menjangkaui zaman pra-sekular, secara zahir/duniawi dan

agama/ rohaniyyatnya, adalah kadangkala disatukan pada pundak

Kepala Negara dan kadangkala diregukan antaranya dengan ulama,

namun sekali-kali tidak harus dipisahkan antara keduanya atas sifatnya

yang sama-sama penting kerana menjurus kepada matlamat yang sama.

Sejarah kepimpinan Rasulullah SAW dapat dijadikan contoh

terbaik bagaimana pemerintahan zahiriyyah/duniawi digabungkan

sekaligus dengan bimbingan agama dan aspek-aspek kerohaniyyan pada

diri Baginda sendiri sebagai Kepala Negara dalam kota Madinah.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW sebagai Insanul Kami telah

membawa ajaran Islam yang paling lengkap dan sempurna yang

mencakupi amalan ZAHIR-BATIN. Dalam keperibadian, diri, akhlak dan

perbuatan Baginda tercermin unsur-unsur pegangan Tauhid, Syariat

dan sifat Ihsan yang hakikatnya merupakan tiga sendi utama Agama

Islam. Sebagai insan yang paling lengkap dalam menyampaikan ajaran

Islam, sempurna pada fahamannya, aqidahnya, akhlaknya serta

pengamalannya zahir dan batin, maka Rasulullah SAW hakikatnya

adalah merupakan seorang Ahli Aqidah, Ahli Feqah, Ahli Sufi (Tasawuf)6

dan Ahli Tariqah, wujud dalam bentuk SEPADU, iaitu tanpa dipisah-

pisahkan diantara satu dengan yang lain.

Malahan kepimpinan Rasulullah SAW juga mencakupi segala

aspek kehidupan berbangsa, bernegara, ahli dalam bidang politik, tata

negara, kemasyarakatan, pertahanan wilayah dan banyak lagi, langsung 6 Rasulullah SAW adalah tokoh utama tasawuf, pemilik cinta yang besar pilihan Allah SWT. Pernah suatu

ketika Ummul Mukminin Aisyah RA menemui Baginda dalam keadaan tenggelam dalam kecintaan kepada

Allah. Ketika Nabi melihat Aisyah, Baginda bertanya, “Siapa kamu?” Aisyah menjawab : “Aisyah.” Nabi

bertanya lagi : “ Siapa Aisyah?” Dia menjawab: “Anak As-Siddique.” Baginda bertanya terus : “ Siapa As

Siddique?” “Ayahnda mertua Muhammad!”, jawab Aisyah. Nabi bertanya pula : “Siapa itu

Muhammad?”. Maka ketika itu Aisyah pun diam kerana telah fahamlah ia bahawa Nabi SAW sedang

tenggelam dalam kecintaan dan makrifat Allah SWT.

19

meluaskan peranan Baginda sebagai tokoh negarawan, ulil amri, malik,

raja atau khalifah, sekaligus membimbing kedua-dua aspek duniawi dan

ukhrawi kepada umat manusia .

Namun untuk menyatukan kedua-dua peranan tersebut sekaligus

adalah sulit bagi kebanyakan orang lain kerana hakikatnya ciri-ciri

kelayakan pemerintahan duniawi dan kepimpinan agama tidak

semuanya sama. Rasulullah SAW sendiri memperolehi kesemua ciri-ciri

kepimpinan duniawi dan ukhrawi adalah kerana Baginda diajarkan

secara langsung oleh Allah SWT melalui wahyu, bukan diperolehi

dengan usaha sendiri secara murni kerana Rasulullah SAW adalah

seorang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis.

Dan golongan manusia yang berupaya menyatukan pemerintahan

duniawi dan membimbing agama/kerohaniyyan sekaligus bilangannya

tidaklah ramai, contohnya Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Yusuff, Nabi

Daud, Nabi Sulaiman AS, Nabi Muhammad SAW, Khulafa’ ar Rashidin,

sesetengah khalifah dan raja-raja dahulukala seperti Syarif Ali (Brunei),

Sultan Malikuz Zahir (fuqaha-Acheh), Sultan Syariful Hasyim (Sulu),

Syarif Kebungsuwan (Mindanao) dan sebagainya.

Secara idealismanya, fungsi Kepala Negara dalam aspek

memerintah hal-hal duniawi sekaligus membimbing dalam urusan

syariat/rohaniyyat paling sesuai dilakukan oleh pemimpin yang sama,

iaitu sekaligus mempunyai ciri-ciri kepimpinan duniawi dan ukhrawi.

Namun realitinya, tokoh-tokoh seperti ini bukanlah mudah untuk

didapatkan, mereka lahir dengan takdir zaman yang ditentukan Allah

SWT.

Mungkin dalam zaman Nabi-nabi dan era khaira-kurun (kurun-

kurun yang terbaik yakni 3 kurun selepas Rasulullah SAW) bekalan

mereka lebih ramai berbanding pada Akhir Zaman ini. Itupun masih

tidak ramai sedangkan realitinya pemerintahan duniawi dan kepimpinan

ukhrawi sering sahaja terpisah-pisah antara satu dengan yang lain.

Dengan mengikut resam takdir, kehidupan realiti dan kesesuaian

serta perkembangan zaman, maka wujud konsep pemerintahan umat

Islam yang dipecah dua, namun tetap diganding atau diregukan. Iaitu

kepimpinan umara-ulama yang berlainan, tetapi saling bekerjasama,

bantu-membantu, sokong-menyokong dan dokong-mendokong antara

20

satu sama lain dalam urusan pengembalaan umat Islam. Contohnya

Nabi Samuel-Raja Thalut, Nabi Zulkifli-Raja Heymel, sesetengah khalifah

dan raja-raja dahulukala seperti Sultan Alam Akbar al-Fatah (Raden

Fattah)-Wali Songo (Bintoro Demak), Sayyid Abdul Aziz-Sultan

Muhammad Shah (Melaka), Syeikh Yusuff Taj Al-Khalwati- Sultan Ageng

Tirtayasa (Banten), Tokku Paloh-Sultan Zainal Abidin III (Terengganu)

dan ramai lagi.

Formula mengganding ataupun meregukan umara-ulama seperti

di atas paling banyak digunakan oleh pemerintahan-pemerintahan Islam

tradisional kerana lebih mudah dilaksanakan berbanding mencari

Kepala Negara yang berwibawa dalam kedua-dua hal pemerintahan

duniawi sekaligus membimbing sendiri aspek-aspek

syariat/kerohaniyyan rakyatnya.

Dalam perkara meregukan umara-ulama ini, kadangkala bahagian

kepimpinan ulama itu sendiri berpecah dua. Perkara ini bermula pada

era pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid, pemerintahan umat Islam

yang pernah bersepadu di masa Rasulullah SAW kini berpecah tiga,

pemerintahan duniawi dipegang khalifah, kepimpinan rohaniyyat

dibimbing Sultanul Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Jailani, sedangkan di

bidang Syariah yang meliputi aspek ibadah, aqidah, muamalah, jenayah

dan sebagainya diterapkan ke dalam daulah pemerintahan, yakni pada

Jabatan Mufti ataupun Qadhi.

Pada masa kerajaan Majapahit bentuknya hampir sama dengan

khilafah Harun ar-Rashid dimana aspek kerohaniyyan diserahkan

sepenuhnya kepada Wali Songo. Bahkan diberi hak menerapkan syariah

sampai terbentuknya pemerintahan Islam di Demak, Jawa Tengah,

bawah kepimpinan Raden Fatah. Dan sistem ini paling popular

dilaksanakan pada zaman kesultanan-kesultanan Islam tradisional.

Kesimpulannya tidak kiralah samada pemerintahan

duniawi/ukhrawi umat Islam diletakkan semata-mata bawah sayap

Kepala Negara yang serba-serbi berkebolehan, ataupun diregukan

antara umara-ulama seperti yang lebih umum kedapatan pada sistem

khilafah dan kesultanan-kesultanan tradisional, asal sahaja aspek IMAN

(AQIDAH), ISLAM (SYARIAT) dan IHSAN (TASAWUF), yakni keseluruhan

agama Islam dipelihara dan dibaja subur oleh Kepala Negara,

dipertanggungjawabkan samada atas dirinya sendiri ataupun diwakilkan

21

kepada para pembantunya (alim-ulama), umat Islam yang bawah

takluknya pasti akan mendapat menafaatnya.

Kedua-dua formula pemerintahan ini (SEPADU ataupun REGU)

ternyata tetap mampu menghasilkan kesan yang sama dalam

membentuk masyarakat beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa selain

bercirikan masyarakat madani, sejahtera dan bertamadun. Walaupun

tidak dapat dinafikan kadangkala terdapat masalah keperibadian di

pihak pemerintah itu sendiri, namun selagi beliau bertanggungjawab

memastikan bekalan alim-ulama syariat/tasawuf mencukupi dan rakyat

tidak terhalang hak mereka daripada mendapatkan bimbingan alim-

ulama ini, serta tidak menghalang pelaksanaan syariat dan tidak pula

memaksa rakyat berbuat maksiat, sudah tertunailah tanggungjawabnya

sebagai Kepala Negara bagi umat Islam.

22

2.

Faktor Peranan Umara & Ulama

Falsafah umat Islam adalah berteraskan konsep TAUHID, yakni

kita percaya sesungguhnya langit dan bumi ada Penciptanya, itulah

Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Bermakna kita bukan ateis,

kita percaya pada kewujudan Tuhan dan kita beriman bahawa Tuhan

itu Allah sedangkan ‘tuhan-tuhan’ lain sembahan manusia adalah

semata-mata ciptaan dan tipudaya syaitan iblis Laknatu’Llah untuk

membawa manusia kepada syirik dan kesesatan sehingga terjerumus ke

jurang kebinasaan yang kekal abadi di Alam Akhirat kelak. Dan

kewujudan kita sebagai umat Islam adalah semata-mata berpusat dan

berpaksi pada falsafah Tauhid yang tersebut itu.

Maka jika ada Pencipta, sudah tentu ada peraturanNya. Sebagai

makhluk Allah yang paling tinggi mertabatnya dan dikurniakan akal

fikiran, adalah menjadi tanggungjawab manusia sebagai Khalifah bumi

untuk memastikan kehendak Allah diletakkan paling atas dalam

kehidupannya. Oleh itu kita perlu tahu apakah sebenarnya kehendak

dan peraturan Allah Ta’ala itu.

Tugas tersebut merangkum tanggungjawab memimpin manusia

sekeliannya ke jalan Allah Ta’ala serta segala urusan-urusan keduniaan

yang dapat dijadikan pembantu-pembantu dan sistem-sistem sokongan

kepada maksud hidup yang tersebut itu, sesuai dengan janji manusia

kepadaNya pada Hari Mengambil Janji atau Yaumil Mitsaq di alam roh

dahulu kala. Dalam kedudukan sebagai Khalifah Allah ini, manusia

akan dipertanggungjawabkan di hadapanNya tentang bagaimana mereka

melaksanakan tugas suci yang tersebut itu.

Dalam hal ini, dua golongan umat Islam mempunyai peranan yang

amat penting dalam memastikan secara tepatnya apakah kehendak dan

peraturan Allah itu (FALSAFAH), serta bagaimana cara perlaksanaannya

(GERAK KERJA) melalui pembentukan kerangka dan struktur

pentadbiran masyarakat Islam yang betul .

Golongan yang dimaksudkan ialah ULAMA dan UMARA/KEPALA

NEGARA yang MUKTABAR.

23

PERTAMA ULAMA MUKTABAR sebagai pembimbing ummah kepada landasan hakikat .

Iaitu membimbing pemerintah dan rakyat jelata dalam sesebuah negara Islam kepada hal-hal yang bersangkut paut dengan ILMU dan

AMAL, ZAHIR dan BATIN mengenai peraturan-peraturan Allah supaya umat Islam dapat menjalankan urusan-urusan hidup bertepatan dengan kehendak-kehendakNya.

Bermakna dalam sesebuah pemerintahan Islam, selain mendidik

tentang bab Iktiqad atau kepercayaan-kepercayaan yang bersangkut paut dengan ilmu-ilmu Ketuhanan, alim-ulama juga perlu memberikan kefahaman tentang peraturan-peraturan yang bersangkut paut dengan

cara hidup yang diredhoi Allah, termasuklah dalam hal pelaksanaan amal-ibadat dan urusan-urusan keduniaan .

Dengan sempurnanya tanggungjawab ini, maka umat Islam akan

dapat memahami segala hukum-hakam dan peraturan-peraturan Allah.

Pemahaman yang betul sudah tentu akan membawa kepada amalan-amalan yang betul, iaitu yang bertepatan dengan kehendak-kehendak Allah. Barulah turun redho, rahmah dan barakahNya yang dapat

membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat .

Selain itu para ulama juga mempunyai satu lagi tugas yang sama pentingnya dengan tugas menyebarkan kefahaman Islam hakikat, iaitu merangkumi juga dalam memberi amaran mengenai kefahaman-

kefahaman yang batil, iaitu jalan-jalan atau firqah-firqah yang sesat. Iaitu tentang APAKAH FIRQAH BATIL yang perlu dijauhi oleh umat Islam dan mengapakah firqah-firqah yang batil itu diputuskan sebagai batil7.

Adalah penting pemahaman ini disalurkan kepada umat Islam

supaya mereka bersegera menjauhinya bukan sahaja bagi mengelakkan berlakunya pecah-belah, tetapi juga bagi mengelakkan terputusnya rahmat Allah atas masyarakat Islam disebabkan turun murkaNya atas

mereka kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan peraturan dan kehendakNya.

Ringkasnya, golongan ulama mempunyai tanggungjawab penting

dalam mendidik dan membimbing pemerintah serta masyarakat Islam

tentang ilmu-ilmu dan amalan-amalan zahir-batin yang bersangkut paut

7 Contohnya ialah golongan aqliyyah dan batiniyyah seperti Muktazilah, Wahabi, Syiah, Qadiani, Bahai,

Anti Hadith dan sebagainya.

24

dengan suruhan dan larangan Allah berdasarkan landasan-landasan yang telah dipersepakati oleh ijmak ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

KEDUA UMARA MUKTABAR, atau ULIL AMRI yang memastikan peraturan

serta kehendak Allah terlaksana melalui gerak kerja-gerak kerja yang dibuat berdasarkan ilmu dan kefahaman yang disalurkan oleh golongan ulama muktabarah, murabbi dan mursyid.

Bagi memastikan matlamat tersebut dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin, pemerintah perlu bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut;

i. Menjana dan melindungi golongan ulama muktabarah,

murabbi dan mursyid supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan aman.

ii. Menghukum dan membanteras golongan ulama suk (batil & jahat) supaya kebatilan dapat dibendung atau dihapuskan terus.

iii. Menaja gerak kerja-gerak kerja dan pelaksanaan-pelaksanaan

ilmu serta kefahaman yang diperolehi dari alim-ulama, murabbi dan mursyid.

iv. Melindungi gerak kerja-gerak kerja yang ditaja atau dipayungi dari ancaman unsur-unsur jahat, sabotaj atau subversif, khususnya dari golongan kafir yang membuat musuh dengan

Islam dan umatnya.

v. Memastikan rakyat jelata tidak tertahan daripada hak untuk mendapat, mengamal serta memenafaatkan ilmu dan bimbingan alim-ulama, murabbi dan mursyid.

vi. Melindungi rakyat jelata dari sebarang unsur-unsur yang boleh

mengancam agama dan keselamatan mereka.

vii. Membangunkan Negara dengan permuafakatan jemaah Menteri

Tafwidh dan Menteri-menteri Tanfiz, dibuat dalam batasan-batasan agama supaya tugas umat Islam keseluruhannya untuk beribadat dan bertaqwa kepada Allah SWT dapat

disempurnakan dalam keadaan aman, selesa, sempurna, sejahtera dan bersatu padu.

25

viii. Menyediakan ahli-ahli pemikir, pakar-pakar dalam bidang keduniaan, cendikiawan dan budayawan (think tank) yang

mana tugas mereka adalah menyelidik dan bertukar-tukar pendapat (brainstorming) dalam apa juga hal/bidang demi

pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka perlu saling merujuk kepada Majlis Fatwa Negara sebelum menyalurkan segala keputusan kepada pemerintah yang

kemudian menjadikannya sebagai dasar-dasar negara dan gerak kerja masyarakat bertamadun.

ix. Menaja dan memayungi gerakan dakwah dan tabligh supaya

syiar Islam dapat bertebaran ke seluruh pelosok alam.

x. Menaja tugas amal makruf wa nahi mungkar bagi

memperkasakan tamaddun dan budaya Islam serta membenteras unsur-unsur kebatilan, kemungkaran dan kemaksiatan.

Kesimpulannya, tugas Ulil Amri yang pertama dan utama ialah

bertindak sebagai penaja kepada gerak-kerja dan pelaksanaan firqah Islam yang hakikat, iaitu firqah Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdasarkan input dan bimbingan yang diterima dari golongan ulama, murabbi dan

mursyid. Gerak kerja inilah yang membentuk kerangka-kerangka dan struktur-struktur masyarakat .

Selain itu, seorang pemerintah Islam juga bertanggungjawab penuh dalam memayungi serta melindungi alim-ulama, murabbi dan mursyid

sebagai pembimbing utama kepada landasan Islam yang hakikat daripada disabotaj oleh golongan sesat. Tanggungjawab ini dilanjutkan juga kepada umat Islam dan merangkumi tugas amal makruf wa nahi mungkar.

Tugas dakwah dan tabligh adalah juga tanggungjawab Ulil Amri bagi memastikan syiar Islam dapat sampai ke serata ceruk rantau dunia.

Dan akhirnya, tugas Ulil Amri juga merangkumi pembangunan serta keselamatan daulahnya. Tugas ini memerlukan kerjasama para menteri

dan ahli-ahli pemikir serta pakar-pakar bagi memastikan rakyat jelata dapat menjalankan tanggungjawab mereka dalam perkara amal ibadat dan taqwa kepada Allah dalam keadaan yang paling aman, selesa,

sempurna, sejahtera dan bersatu padu.

Gandingan ulama dan umara muktabar seperti ini bukan sahaja

mampu menyatu-padukan masyarakat Islam, malahan dapat memastikan tertegaknya Tamadun Islam Hakikat dalam kerajaan itu

26

yang terbit dari Falsafah dan Gerak Kerja yang betul dan terlindung dari sebarang unsur sabotaj dan anasir subversif.

Dalam hal ini, perlu ditekankan bahawa umara yang dimaksudkan di

atas bukanlah ahli-ahli politik dalam kerajaan-kerajaan demokrasi sekular seperti yang terdapat dalam hampir kebanyakan dunia Islam hari ini.

Mengikut ijmak ulama Ahlus-Sunnah Wal Jamaah, sistem KHILAFAH

DAN WAKIL-WAKILNYA (Raja-Raja Islam, gabenor, ketua kabilah) adalah

satu-satunya sistem pemerintahan umat Islam yang mempunyai legitimasi agama sebagai penerus Rasulullah SAW dalam menjaga

kepentingan Islam dan umatnya baik dari sudut ukhrawi mahupun duniawi.

Sabda Rasulullah SAW:

“Dahulu Bani Israel dipimpin (dan diuruskan) oleh para Nabi. Apabila para Nabi itu telah wafat, mereka digantikan oleh Nabi yang baharu. Sedangkan setelahku, tidak ada lagi seorang Nabi, dan akan ada khalifah yang banyak.” (HR Muslim)

“ Tiga orang tiadalah Allah akan bercakap dengan mereka pada Hari Kiamat, dan tiadalah Allah melihat kepada mereka dengan rahmat dan kasihan, dan tiadalah Allah akan melepaskan dan membersihkan mereka daripada dosa, dan bagi mereka disediakan suatu azab yang pedih…….iaitu seorang yang telah mengikat taat setia kepada Raja dan tiadalah dia mengikat taat setia melainkan kerana tujuan harta dunia, jika Raja itu memberikan kepadanya harta dunia maka dia menyempurnakan taat setianya itu, dan jika Raja itu tiada memberi kepadanya sesuatu daripada harta dunia maka tiadalah dia menyempurnakan taat setianya kepada Raja itu”

Sistem Khilafah dan wakilnya dapat menjamin bahawa golongan ulama, murabbi dan mursyid dapat berpayung di bawah mandat pemerintahan Islam tulen yang mendapat naungan Allah untuk

menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

Kerangka pemerintahan Islam ini adalah berdasarkan peranan

sebagai penerus Rasulullah SAW, atau Khalifah baginda. Sebagai

tonggak ummah, Khalifah Rasulullah SAW menaungi kerajaan-kerajaan Islam yang diwujudkan dalam kerangka sistem pemerintahan raja-raja

dan gabenor-gabenor Islam. Raja-raja dan gabenor-gabenor Islam mendapat nobat mereka daripada khalifah-khalifah atau syarif-syarif Mekah dan mendapat legitimasi melalui proses aqad dan bai’ah.

27

Ringkasnya, tanggungjawab seorang Ulil Amri adalah dalam memastikan TERTEGAK DAN TERPELIHARA CORAK

PEMERINTAHAN ISLAM iaitu dari aspek falsafah, kerangka dan struktur-struktur pentadbirannya. Tanggungjawabnya ini dikongsi

bersama dengan menteri-menterinya sebagai pelaksana dasar negara dan hala tuju masyarakat.

Jika seseorang Ulil Amri itu dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut, bererti ia telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah SWT

dan haknya untuk ditaati oleh sekelian rakyat jelata. Akhlak dan sikapnya yang bersifat peribadi adalah tertakluk kepada hukum agama yang jelas.

Kesimpulannya, peranan golongan umara dan ulama adalah

tersangat penting dalam tanggungjawab memberikan imej serta identiti Islam yang tulen dan sejati kepada kerajaan mereka. Kerjasama erat diantara kedua belah pihak ini bersama-sama dengan jemaah menteri

serta ahli-ahli pemikir, cendikiawan dan budayawan negara amat diperlukan dalam memastikan falsafah Islam dapat ditancapkan sehingga berakar umbi dalam semua aspek pemerintahan, yakni

disepadukan, sementara pelaksanaan falsafah tersebut dapat disempurnakan dengan baik.

Sesungguhnya ulama dan umara adalah MEMEGANG MANDAT

ALLAH. Maka jikalau ulama hakikat, iaitu ulama yang berpegang pada

firqah Ahlus Sunnah Wal Jamaah bertanggungjawab memimpin pemerintah dan rakyat jelata kepada falsafah dan aliran pemikiran yang

mengikut kehendak Allah dan RasulNya, maka umara hakikat, iaitu sistem Khalifah dan Raja-Raja Islam pula bertanggungjawab membentuk gerak kerja berdasarkan falsafah dan aliran pemikiran tersebut selain

memastikan pelaksanaannya terlindung dari usaha-usaha sabotaj.

Maka barulah masyarakat yang berpayung di bawah regu yang

ampuh ini berpotensi melahirkan TAMADUN ISLAM HAKIKAT yang menjamin rahmat dan keredhoan Allah atas kerajaan tersebut.

28

3.

Faktor Syariat Islam

Sebuah pemerintahan Islam adalah berpegang pada ciri-ciri asas seperti

berikut, iaitu ;

1. FALSAFAH

“ Imam/Umara atau Kepala Negara diwujudkan untuk MENGGANTI

Rasulullah SAW bagi melindungi agama serta mentadbir keduniaan (al-

siyasah al-duniya)”.

2. INSTITUSI PENTADBIRAN

Sebuah negara Islam perlu mempunyai dua institusi asas iaitu

KEPALA NEGARA sebagai penguasa teratas dan MENTERI sebagai

pentadbir yang membantu Kepala Negara melaksanakan

tanggungjawabnya

3. CIRI-CIRI KEPALA NEGARA

Menurut Al-Mawardi dalam kitab Al-Ahkam Sulthoniyyah ada

beberapa SYARAT KELAYAKAN untuk menjadi Kepala Negara Islam

seperti seorang Islam, baligh, berakal, merdeka dan dari kaum lelaki.

Selain ciri-ciri tersebut disebut beberapa lagi ciri kelayakan lain, iaitu;

i. Al-‘dalah, iaitu memenuhi kriteria di bidang agamanya dan

norma norma akhlakul karimah (sihat rohaniyyat).

ii. Al-Ilmu, iaitu mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup

sebagai memenuhi syarat untuk berijtihad iaitu mengambil

sikap politik dan kebijaksanaan yang tidak bertentangan

dengan hukum syariah dan peraturan lainnya waktu

diperlukan.

iii. Sihat pancaindera, iaitu menerima dengan tepat dalam

melakukan segala urusan pemerintahan sehingga yang

29

benar dibenarkan dan yang batil dibatilkan dan yang hak

menjadi hak.

iv. Sihat tubuh badan, iaitu tidak terdapat hal-hal kesihatan

yang menjejaskan kegiatan sehari-harian dalam urusan

pemerintahan.

v. Memiliki pendapat yang tepat, kebijaksanaan dan

kecekapan dalam upaya mencapai kemaslahatan ummah

dan negara.

vi. Asy-Syaja’ah wan Najdah, iaitu keberanian yang tinggi

untuk berkorban demi membela agama, bangsa dan negara

dari segala gangguan sehingga rakyat mampu menjalani

kehidupan seharian dalam sejahtera dan ketenangan.

vii. Berbangsa Quraisy8, dalam hal ini terdapat khilaf ulama,

yang mana golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah

mewajibkan Kepala Negara berketurunan Quraisy.

Sedangkan kelompok Muktazilah dan Khawarij berpendapat

bahawa kepimpinan adalah hak setiap Muslim asal sahaja

memenuhi syarat-syarat kepimpinan9.

SYARAT PEMILIHAN Kepala Negara dibuat melalui dua cara

berikut iaitu;

i. Samada dipilih melalui Ahl al-Hal Wa al-Aqd (Jemaah

Pemilih), atau

ii. Dengan ditunjukkan oleh Kepala Negara sebelumnya

8 Nama lain bagi Fihr. Salasilah Rasulullah SAW adalah seperti berikut; Muhammad SAW bin Abdullah

bin Abd Mutalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luaiy bin

Ghalib bin Fihir/ Quraisy bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin

Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan sehingga kepada Ismail bin Ibrahim as. 9 Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah menegaskan bahawa menegakkan syariat secara kaffah yakni lengkap

sempurna tentunya termasuk khilafah/kesultanan. Bagaimana perlaksanaan hukum-hukum Allah dapat

ditegakkan dengan sempurna jika tidak ada penguasa dan sistem kekuasaan yang sahih?

30

SYARAT SAH PERLANTIKAN adalah melalui dua proses iaitu;

i. AQAD : Apabila Ahl al-Hal Wa al-Aqd (Jemaah Pemilih)

atau Kepala Negara yang terdahulu telah melantik calon

Kepala Negara yang baru, maka dibentangkanlah keputusan

mereka kepadanya. Kemudian ia perlu beraqad supaya

terang kepada semua bahawa ia telah menerima perlantikan

tersebut secara sukarela, bukan kerana tekanan, paksaan

atau ugutan.

ii. BAI’AT : Rakyat jelata atau wakil mereka hendaklah

memberikan bai’ah atau sumpah taat setia kepada Kepala

Negara yang baru dilantik itu

4. TUGAS KEPALA NEGARA DALAM HAL EHWAL ISLAM

i. Menjaga hal ehwal umat Islam

ii. Memastikan kedaulatan agama Islam terpelihara

iii. Memastikan syariat Allah ditegakkan

iv. Memastikan umat Islam belajar hukum hakam agama

v. Mengembangkan syiar Islam melalui dakwah dan

penaklukan

vi. Mempertahankan negara Islam dari pencerobohan kuasa

kuffar

vii. Memudahkan dan memberi khidmat kepada jemaah-jemaah

haji

viii. Mengimami solat Jumaat, samada dari diri sendiri, atau

melalui wakil

ix. Menjadi Wali Hakim

Bagi memastikan tanggungjawab di atas dapat disempurnakan

dengan sebaik mungkin, Kepala Negara perlu bertanggungjawab dalam

perkara-perkara berikut;

i. Menjana dan melindungi golongan ulama

muktabarah/mursyid supaya mereka dapat menjalankan

tugas dengan aman.

31

ii. Menghukum dan membanteras golongan ulama suk (batil &

jahat) supaya kebatilan dapat dibendung atau dihapuskan

terus.

iii. Menaja gerak kerja-gerak kerja dan pelaksanaan-

pelaksanaan ilmu serta kefahaman yang diperolehi dari

alim-ulama muktabarah/mursyid.

iv. Melindungi gerak kerja-gerak kerja yang ditaja atau

dipayungi dari ancaman unsur-unsur jahat, sabotaj atau

subversif, khususnya dari golongan kafir yang membuat

musuh dengan Islam dan umatnya.

v. Memastikan rakyat jelata tidak tertahan daripada hak

untuk mendapat, mengamal serta memenafaatkan ilmu dan

bimbingan alim-ulama muktabarah/mursyid.

vi. Melindungi rakyat jelata dari sebarang unsur-unsur yang

boleh mengancam agama dan keselamatan mereka.

vii. Membangunkan Negara dengan permuafakatan jemaah

Menteri Tafwidh dan Menteri-menteri Tanfiz, dibuat dalam

batasan-batasan agama supaya tugas umat Islam

keseluruhannya untuk beribadat dan bertaqwa kepada Allah

SWT dapat disempurnakan dalam keadaan aman, selesa,

sempurna, sejahtera dan bersatu padu.

x. Menyediakan ahli-ahli pemikir, pakar-pakar dalam bidang

keduniaan, cendikiawan dan budayawan (think tank) yang

mana tugas mereka adalah menyelidik dan bertukar-tukar

pendapat (brainstorming) dalam apa juga hal/bidang demi

pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka

perlu saling merujuk kepada Majlis Fatwa Negara sebelum

menyalurkan segala keputusan kepada pemerintah yang

kemudian menjadikannya sebagai dasar-dasar negara dan

gerak kerja masyarakat bertamadun.

xi. Menaja dan memayungi gerakan dakwah dan tabligh supaya

syiar Islam dapat bertebaran ke seluruh pelosok alam.

32

xii. Menaja tugas amal makruf wa nahi mungkar bagi

memperkasakan tamadun dan budaya Islam serta

membenteras unsur-unsur kebatilan, kemungkaran dan

kemaksiatan

5. JEMAAH MENTERI

Kepala Negara dibantu oleh Menteri atau Wazirnya, iaitu Menteri

Tafwidh (Menteri Berkuasa) dan Menteri Tanfiz (Menteri Pelaksana).

MENTERI TAFWIDH

i. Falsafah

Firman Allah SWT : “ Dan jadikanlah untukku seorang

Menteri (Wazir) dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku.

Teguhkanlah dengan dia kekuatanku dan jadikanlah dia

sekutu dari urusanku.” (Thoha: 29-32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja,

Allah menjadikan baginya seorang wazir yang baik (jujur),

jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan kepadanya,

dan jika ia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila

Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah

menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak

ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak

ada yang menolongnya.” (HR An_Nasa’i)

ii. Tanggungjawab Menteri Tafwidh

Diberi kuasa penuh oleh Kepala Negara untuk menjalankan

semua urusan pentadbiran negeri mengikut pertimbangan

dan kebijaksanaan Menteri itu sendiri serta melaksanakan

menurut ijtihadnya.

33

iii. Syarat-syarat Kelayakan Menteri Tafwidh

a) Seperti yang ada pada Kepala Negara kecuali syarat

keturunan.

b) Mempunyai syarat tambahan, iaitu mesti berkeupayaan

melakukan tugas-tugas di bawah bidang kuasanya

seperti cukai dan peperangan.

iv. Menteri Tafwidh boleh melakukan apa sahaja yang dibuat

oleh Kepala Negara kecuali dalamtiga perkara berikut

iaitu:

a) Tidak boleh melantik bakal Kepala Negara

b) Tidak boleh meminta persetujuan rakyat supaya Kepala

Negara dibebaskan daripada jawatannya.

c) Kepala Negara boleh melucutkan jawatan mereka yang

dilantik oleh Menteri Tafwidh tetapi Menteri Tafwidh tidak

boleh melucutkan jawatan mereka yang telah dilantik

oleh Kepala Negara.

v. Syarat-syarat sah perlantikan Menteri Tafwidh

Kesahihan perlantikan seorang Menteri Tafwidh hanya

memerlukan AQAD yang dibuat diantaranya dengan Kepala

Negara, serta dilafazkan dengan sebutan yang terang.

MENTERI TANFIZ

i. Tanggungjawab Menteri Tanfiz

Tugasnya melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh

Kepala Negara serta Menteri Tafwidh

34

ii. Kelayakan Menteri Tanfiz

Seperti Menteri Tafwidh kecuali syarat Islam, merdeka,

pengetahuan Ilmu Syarak, serta pengetahuan mengenai

soal-soal peperangan dan cukai.

iii. Menteri Tanfiz tidak memerlukan aqad dan bai’at kerana

terlaksana hanya dengan KEIZINAN dari Kepala Negara

Kesimpulannya, dalam peranan sebagai wakil Allah Ta’ala di

mukabumi ini, dan dalam fungsi sebagai pengganti Rasulullah SAW

dalam hal ehwal agama serta mentadbir hal-hal keduniaan (al-siyasah

al-duniya), Kepala Negara perlu melaksanakan suatu misi yang paling

besar dan penting, yakni dalam menggerakkan tugas DAKWAH dan

TABLIGH serta menegakan SYARIAT ISLAM.

Maka Kepala Negara perlu merealisasikan misi dan visi tersebut

dengan segala kudrat kuasa, daya, fikiran, tenaga, para pendokong dan

pembantu serta sistem-sistem sokongan termasuk memenafaatkan

segala sumber duniawi dan materi, bantuan zahiriyyah mahupun

rohaniyyah.

Selain itu tanggungjawab Kepala Negara adalah untuk

membangunkan negara dengan permuafakatan jemaah Menteri Tafwidh

dan Menteri-menteri Tanfiz, dibuat dalam batasan-batasan agama

supaya tugas umat Islam keseluruhannya untuk beribadat dan

bertaqwa kepada Allah SWT dapat disempurnakan dalam keadaan

aman, selesa, sempurna, sejahtera dan bersatu padu.

Ringkasnya jabatan khalifah/amir/sultan/malik/ imam dan

sebagainya merupakan simbol pokok bagi kesatuan politik dunia Islam.

Meskipun kesatuan umat Islam telah dilambangkan dalam bentuk-

bentuk ritual sehari-hari seperti solat fardhu, puasa di bulan

Ramadhan, menunaikan ibadat haji dan sebagainya, namun

kepentingan Kepala Negara dalam mengatur segala urusan umat Islam

menjangkaui pengertian yang lebih luas, mempunyai kewajiban untuk

menangani seluruh persoalan umat Islam, baik yang bersifat keagamaan

mahupun dalam hal ehwal keduniaan.

35

Pendapat Jumhur Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah Mengenai Institusi Raja-Raja Islam

Imam Ibnu Hajar berpendapat bahawa “Melantik Raja

hukumnya Fardhu Kifayah seperti melantik Kadhi”. Al-Imam Yusof

Al-Ardabili As-Syafiee menegaskan bahawa “umat Islam mestilah mempunyai raja yang mendirikan agama dan membela orang yang kena zalim, dan menyempurnakan segala hak, oleh itu wajib melantik raja apabila raja itu mangkat.” Oleh kerana Islam telah menjadikan perkara

melantik raja itu satu perkara yang wajib, amat besar dan penting, maka perlantikan seorang raja mustahak didahulukan daripada mengkebumikan raja yang baru mangkat sebagaimana perihalnya

kemangkatan seorang khalifah.

Ini adalah kerana jikalau tiada dilantik khalifah/raja/ketua negara terlebih dahulu maka banyak perkara wajib akan tergendala. Hal ini berlaku sendiri kepada Rasulullah SAW apabila baginda wafat, iaitu

perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah dibuat terlebih dahulu daripada pemakaman Rasulullah SAW.

Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai Raja dan Agama seperti maksud berikut:

“Dunia itu ialah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka

tidaklah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan Raja itu pula ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh, dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan ilmu fikah.”

Al Imam Ibnu Hajar berkata:

“Salah satu dosa besar ialah menolak ikatan setia dengan Raja,

kerana dia tiada dapat sesuatu faedah daripada faedah dunia setelah dia mengikat setia dan taat kepada Raja.”

Ini berdasarkan sebuah Hadeeth Rasulullah SAW : “ “ Tiga orang tiadalah Allah akan bercakap dengan mereka pada

Hari Kiamat, dan tiadalah Allah melihat kepada mereka dengan rahmat dan kasihan, dan tiadalah Allah akan melepaskan dan membersihkan mereka daripada dosa, dan bagi mereka disediakan suatu azab yang pedih…….iaitu seorang yang telah mengikat taat setia kepada Raja dan tiadalah dia mengikat taat setia melainkan kerana tujuan harta dunia,

36

jika Raja itu memberikan kepadanya harta dunia maka dia menyempurnakan taat setianya itu, dan jika Raja itu tiada memberi kepadanya sesuatu daripada harta dunia maka tiadalah dia menyempurnakan taat setianya kepada Raja itu”

Tersebut dalam kitab Mafakhir Al-Muluk, berkata Al-Qasim bin Mukhaimirah berkata: “Seungguhnya zaman kamu dicorakkan oleh keadaan Sultan kamu. Apabila Sultan kamu baik, maka baiklah zaman kamu. Dan apabila rosak Sultan kamu maka rosaklah zaman kamu.”

Seorang ulamak terkemuka Al-Imam Umar bin Muhammad An-Nasafi menegaskan peranan Raja seperti berikut:

“Orang Islam itu mestilah mereka melantik seorang Raja yang dapat menjalankan hukum Islam dan mendirikan hukum seksa dan dera (had) dan menguatkan pusat-pusat dan tempat-tempat pertahanan di sepanjang sempadan negeri, dan menyediakan angkatan tentera, dan menghimpunkan (mengutip) zakat dan menguasai ke atas penjahat-penjahat dan perompak, dan mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hari Raya, dan menyelesaikan perbalahan dan pergaduhan yang berlaku diantara umat Islam dan menerima saksi yang ada hubungannya dengan berbagai-bagai hak diantara manusia, dan mengkahwinkan budak-budak kecil dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tiada mempunyai wali khas dan membahagi-bahagikan harta tawanan.”

Imam At-Taftazani pula menambah: “Dan perkara lain yang tidak dapat dibuat oleh orang perseorangan”

Syeikh Baihaqi meriwayatkan daripada Kaab al-Ahbar yang berbunyi :

“Sesungguhnya bagi setiap zaman itu ada Raja yang dibangkitkan Allah ke atas hati para manusia zaman itu, maka apabila Allah menghendaki kebajikan untuk mereka (rakyat), Allah akan membangkitkannya sebagai pembawa kebajikan, dan apabila Allah bertujuan untuk membinasakan mereka, Allah akan membangkitkan orang mewah daripada kalangan mereka.”

Dalam hal ini pendirian alim-ulamak dahulu kala ialah

memberikan sokongan pada Institusi Khalifah dan Institusi Beraja. Contohnya di zaman pemerintahan Dinasti Umaiyyah dan Abbasiyyah

dimana kebanyakan khalifahnya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah yang baik, namun alim-ulamak hebat di zaman tersebut sekali-kali tidak cuba mengambil alih tampuk pemerintahan,

sedangkan pengaruh mereka besar yang boleh digunakan untuk tujuan ini.

37

Ini adalah kerana alim-ulamak zaman dahulu kala amat mengerti bahawa pemerintahan umat Islam adalah urusan dan mandat Allah

SWT semata, dan yang boleh mengambil alih tampuk pemerintahan ialah mereka yang memiliki kelayakan yang telah ditetapkan oleh

hukum syarak, yang mana alim-ulamak tidak semestinya layak menjadi Kepala Negara secara otomatik.

Oleh itu di zaman kezaliman sebahagian khalifah Islam, terdapat ulamak yang mendokong gerakan penggulingan yang diterajui oleh ahlul-bait (keluarga dan keturunan) Rasululah SAW, contohnya di

zaman Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Kerana mereka berpendapat ahlul-bait Rasulullah SAW waktu itu adalah pewaris

sebenar kepada Khalifah Islamiyyah yang telah diregut secara tipu daya di zaman Sayyidina Hussin (cucu Rasulullah SAW) oleh Yazid bin Muawiyyah.

Hadith Rasulullah SAW Tentang Pemerintahan Beraja

“ Tujuh macam orang, yang Allah SWT telah berjanji akan melindungi mereka di bawah perlindunganNya, dimasa tidak ada perlindungan, kecuali perlindungan Allah, pertama; raja yang adil….” (HR Syaikhan)

“ Dunia itu perbendaharaan yang hadir, yang memakan

daripadanya orang baik dan orang yang durhaka, dan akhirat itu perjanjian yang benar, menghukum padanya raja yang adil, membenarkan yang benar dan membatalkan yang batal, maka hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya tiap-tiap ibu mengikuti akan dia anaknya. ” (HR Muslim)

“ Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah

menjadikan baginya wazir (perdana menteri) yang baik (jujur), jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan padanya, dan jika dia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya. ” (HR Nasa’i)

“ Adil itu baik, tetapi raja-raja lebih baik berlaku adil. Pemurah itu baik, tetapi orang-orang kaya lebih baik pemurah, wara’ itu baik, tetapi ulama-ulama lebih baik mempunyai sifat wara’ (menjauhkan dirinya dari dosa), sabar itu baik, tetapi orang-orang miskin lebih baik bersabar. Taubat itu baik, tetapi orang-orang muda lebih baik bertaubat. Malu itu

38

baik, tetapi wanita-wanita lebih baik mempunyai sifat-sifat malu. ” (HR Dailamy)

“ Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya

orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari Qiamat.” (HR Ibnu An-Najjar)

“ Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan

tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar .” (HR Ibnu Abi Syaibah)

“ Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulama.” (HR Abu Nuaim)

Majlis Pertabalan Khalifah Atau Raja-Raja Sebagai

Upacara Keagamaan Yang Sakaral

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang meninggal dunia tanpa menyaksikan dalam hidupnya (institusi) bai’ah (sumpah taat setia) yang memberikan legitimasi kepada pemerintahan (umat Islam) adalah seseolah dia meninggal dalam keadaan jahiliyyah.” (HR Muslim)

(yakni memberikan implikasi kematian dalam era kembalinya manusia kepada zaman jahiliyyah pra-Hijrah)

Dalam konteks Hadith di atas, Syeikh Abdul al-Wakil Durabi berkata bahawa ketua yang dimaksudkan ialah KHALIFAH atau WAKILNYA.

Hadith di atas merupakan suatu dalil agama yang kukuh

mengenai status MAJLIS PERTABALAN, PENOBATAN atau ‘BAI’AH’ seseorang Khalifah sebagai suatu upacara keagamaan yang mengiktiraf legitimasinya sebagai penyambung warisan pemerintahan Islam dari

zaman Rasulullah SAW. Pengiktirafan tersebut mendapat jaminan pernaungan secara langsung dari ‘Kerajaan Langit’, yakni Allah SWT.

Apabila payung perlindungan Allah dibukakan, maka pemerintahan serta rakyat jelata yang bernaung pada baginda mendapat ‘daulat’ atau ‘hakikat’. Dalam lain perkataan, penobatan seseorang pemerintah umat

Islam mengikatnya dalam amanah sebagai payung Allah atas rakyat jelata yang di bawah naungannya.

Pemerintah wajib menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah warisan pemerintahan bangsa-bangsa umat Islam

dari zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar- Rasyidin. Sebagai ketua

39

atau Ulil Amri, ia perlu bertanggungjawab mentadbir serta mengurus hal ehwal duniawi dan ukhrawi bagi rakyat jelata, sedangkan rakyat jelata

pula wajib taat kepada pemerintah selagi tidak dipaksa mengerjakan maksiat.

Bukan sahaja amalan pemerintahan Islam di pusat-pusat khilafah pada zaman-zaman dahulu melakukan upacara ‘menobatkan’ pengganti

yang mewarisi pemerintahan Khalifah terdahulu, malahan raja-raja Islam juga mengambil nobat, samada daripada khalifah-khalifah Islam, ataupun daripada syarif-syarif Mekah yang menjadi pusat kerohanian

ummah sedunia. Sebagai tanda penobatan sesebuah daulah Islamiyyah itu, lazimnya Khalifah ataupun Syarif Mekah akan mengirim alat-alat

kebesaran mereka kepada kesultanan tersebut. Penobatan seseorang raja oleh khalifah menegaskan pengakuan serta ikrar taat setia Raja itu kepada Khalifah sebagai tonggak kepimpinan ummah sejagat. Maka

barulah kesultanan bagi Raja yang telah bernobat itu dikira telah berdaulat dan Allah SWT sendiri berdiri di belakang daulah tersebut.

Mana-mana kesultanan besar yang telah menerima nobat daripada Khalifah, ataupun Syarif Mekah kemudiannya bolehlah

memberikan nobat pula kepada kesultanan-kesultanan yang lebih kecil. Pewaris-pewaris kepada kesultanan-kesultanan ini juga perlu melalui proses penobatan sebelum diiktiraf sebagai raja yang sah.

Maka dengan ini wujudlah suatu rangkaian ikatan kerohanian

bukan sahaja diantara daulah-daulah kesultanan ini, tetapi juga diantara mereka dengan Syarif-syarif Mekah sebagai pusat kerohanian ummah serta Khilafah Islamiyyah sebagai ketua bagi semua pemerintah-

pemerintah umat Islam. Ikatan yang ampuh ini menjadi lambang kedaulatan, kesatuan dan kekuatan ummah yang sukar diganggu gugat oleh musuh-musuh bangsa dan agama selama mana pemerintah-

pemerintah yang diamanahkan sebagai wakil Allah, baik dalam peranan sebagai Raja, Khalifah atau Syarif Mekah, yakni sebagai wakil bagi

Institusi Khilafah dan Institusi Beraja ini tidak mengkhianati sumpah yang dilafazkan semasa mereka dinobatkan.

Penobatan seseorang pemerintah, baik Khalifah mahupun Raja adalah dibuat melalui dua cara, samada Allah SWT sendiri yang

menobatkan atau ia dinobatkan melalui institusi pemerintahan yang merangkumnya, samada Institusi Khilafah atau Institusi Beraja. Sedangkan Institusi Khilafah dan Institusi Beraja itu mendapat

mandatnya dari Allah SWT sendiri. Penobatan seseorang pemerintah Islam melalui institusi

pemerintahan yang merangkumnya dilakukan samada oleh pemerintah yang terdahulu, ataupun oleh wakil daripada ahl al-Hal wa al-‘Aqd,

40

yakni satu jemaah pemilih yang memiliki ciri-ciri kelayakan khusus untuk memilih Kepala Negara. Jemaah pemilih ini dilantik dari kalangan

para pembesar, kerabat diraja dan alim-ulamak.

Batas Masa Pertabalan Khalifah & Raja

Mengikut dalil ijma’ as-sahabat RA anhum, mereka begitu mengutamakan kepentingan melantik seorang Khalifah sebagai menggantikan Rasulullah SAW sehingga terpaksa menundakan

kewajiban mengkebumikan jenazah baginda selama tiga hari dua malam kerana baginda tidak mewasiatkan penggantinya secara khusus.

Sedangkan jelas bahawa pengkebumian jenazah perlu dilakukan secepat mungkin dan diharamkan atas orang-orang yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah melakukan kesibukan lain sebelum jenazah

dikebumikan

Bagaimanapun para sahabat Rasulullah SAW, samada yang terlibat secara langsung dalam urusan pengkebumian jenazah baginda mahupun yang tidak, masing-masing turut menunda kewajiban tersebut

selama tiga hari dua malam semata-mata untuk mencari pengganti. Ini menunjukkan adanya persepakatan para sahabat tentang status hukum melantik Khalifah yang lebih diutamakan daripada menguburkan

jenazah.

Begitu juga apabila Khalifah Umar Al-Khattab RA hampir menemui ajalnya, beliau memerintahkan ahlus syura untuk mencari pengganti Khalifah dalam batas waktu tiga hari. Beliau juga berwasiat

sekiranya dalam tempuh tersebut tidak tercapai persepakatan untuk mengangkat Khalifah, maka hendaknya orang yang tidak ikut bersepakat dibunuh.

Dalam hal ini sebuah Hadeeth riwayat (HR) Abdullah bin Amr bin

As bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Siapa sahaja yang telah membai’at seorang Imam, lalu memberikan huluran tangan dan buah hatinya (untuk mentaati perintahnya), maka hendaklah ia mentaati imam tersebut selagi masih mampu, dan jika ada orang lain hendak mengambil kekuasaan darinya, maka penggalllah leher orang itu”

HR Abu Said Al-Khudri dari Rasulullah SAW yang bersabda :

“Apabila dibai’ah dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya”

41

HR Arfajah yang berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja yang datang kepada kamu sekelian sedangkan urusan kalian berada di tangan seseorang (Khalifah), kemudian dia hendak memecah belahkan kesatuan jemaah kalian, maka bunuhlah dia.”

Khalifah Umar menugaskan lima puluh orang dari kalangan ahlus syura dan pemuka-pemuka para sahabat untuk melaksanakan misi tersebut. Semua ini terjadi di hadapan para sahabat dan tidak ada

seorang pun yang menyanggah atau menyangkal perintah Khalifah Umar pada masa itu.

Bermakna terdapat ijma’ sahabat bahawa umat Islam tidak boleh

kosong dari pembai’atan kepada Khalifah selama lebih dari tiga hari dua

malam, dan kesatuan ummah amat diperlukan dalam hal memilih Khalifah yang mana jikalau terdapat sebarang unsur-unsur pencabulan

proses tersebut sehingga mendatangkan kacau-bilau dan pecah-belah, maka syariat Islam menganjurkan sekeras-keras hukuman demi menjaga perpaduan dan kesatuan kaum muslimin.

Dan hukum inilah yang menjadi sandaran kepada adat pertabalan raja Islam, yakni sebagaimana perlantikan Khalifah, perlantikan raja

mustahak didahulukan daripada mengkebumikan raja yang baru mangkat supaya jangan sampai perkara-perkara wajib dalam hal urusan

pemerintahan umat Islam menjadi tergendala. Upacara Pertabalan Khalifah Dan Raja

Menurut al-Mawardi dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayah Al-Diniyyah, apabila calon Khalifah atau wakilnya (e.g raja atau gabenor) yang mengikut ijtihad jemaah pemilih atau ahl al-Hal wa al-‘Aqd memenuhi semua syarat perlantikan, maka perlantikan tersebut hendaklah dibentangkan kepadanya. Kalau ia terima, maka diberikan bai’ah kepadanya dan dengan bai’ah jemaah pemilih itu, maka

terlantiklah ia sebagai Ulil Amri. Sekiranya ia menolak, maka ia tidak boleh dipaksa. Ini adalah kerana perlantikan itu sebagai aqad kerelaan

serta pilihan yang tidak tunduk pada paksaan ataupun tekanan. Ringkasnya, perlantikan seorang Khalifah atau Raja perlu melalui

proses AQAD dan BAI’AT. Mengikut sejarah umat Islam, acara terpenting dalam majlis penobatan Khalifah atau Raja Islam yang baru ialah lafaz sumpah yang lazimnya dibuat dengan memegang serta mengucup kitab

suci al-Quran.Lafaz sumpah pemerintah baru itu disaksikan oleh para pembesar serta alim-ulamak yang hadir pada majlis itu, dan dikira

sebagai mengikat. Upacara yang sakaral ini bukan sahaja menjadi

42

simbol pengiktirafan seseorang pemerintah umat Islam yang sah, malahan ia juga memberikan kesinambungan kepada corak

pemerintahan tradisi mereka (yakni bersanad).

Sebagai tanda ‘penobatan’ Khalifah atau Raja, beberapa alat kebesaran Khilafah Islamiyyah atau alat kebesaran kesultanan yang lazimnya diwarisi secara turun temurun akan dikeluarkan. Alat

kebesaran Khalifah atau alat kebesaran diraja bukanlah hakmilik seseorang pemerintah secara peribadi, ia adalah milik institusi yang merangkumnya (Institusi Khilafah atau Institusi Beraja).

Alat kebesaran di sini adalah sebagai simbol wakil bagi institusi

yang sakaral itu, iaitu setelah pemerintah baru itu mengangkat sumpah untuk menjalankan amanah Allah sebagai Ulil Amri, maka ‘penganugerahan alat kebesaran’ adalah sebagai simbol penobatannya.

Apabila pemerintah ini digantikan dengan yang baru, alat kebesaran tersebut akan diambil daripadanya dan diserahkan kepada pemerintah

yang baru sebagai simbol kesinambungan warisan pemerintahan umat Islam yang berdaulat. Dalam buku Sejarah Umat Islam karya Prof. Dr. Hamka, dicatatkan bahawa apabila Sultan Salim bin Bayazid Usmani menakluki

Mesir dan Syam pada tahun 922 Hijrah, maka diterimanyalah dari al-Mutawakkil tanda-tanda Khalifah yang telah dipusakai dari Rasulullah SAW dan khalifah-khalifah yang menggantikan baginda, yang dipandang

sebagai ‘alamat kebesaran khalifah’, dipegang secara turun temurun semenjak zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbassiyah di Baghdad, sampai ke Mesir, iaitu ‘Burda’ yang pernah dimiliki oleh Rasulullah

SAW, sehelai panji hitam ‘Al-Uqab” dan sebilah pedang Rasulullah SAW. Setelah majlis pertabalan atau aqad selesai, barulah dibuat upacara

berbai’ah, atau sumpah taat setia yang diberikan oleh para pembesar negara yang mewakili rakyat jelata.

Imam Ibnu Hajar berpendapat bahawa :

“Melantik Raja hukumnya Fardhu Kifayah seperti melantik Kadhi”.

Al-Imam Yusof Al-Ardabili As-Syafiee menegaskan bahawa :

“Umat Islam mestilah mempunyai raja yang mendirikan agama dan

membela orang yang kena zalim, dan menyempurnakan segala hak, oleh

itu wajib melantik raja apabila raja itu mangkat.”

43

Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai Raja dan

Agama seperti maksud berikut:

“Dunia itu ialah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka

tidaklah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan

agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar

umbi, dan Raja itu pula ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai

asal dan akar umbi pasti akan roboh, dan sesuatu yang tidak mempunyai

pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan

sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk

menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan ilmu fikah.”

Oleh kerana Islam telah menjadikan perkara melantik raja itu satu

perkara yang wajib, amat besar dan penting, maka perlantikan seorang

raja mustahak didahulukan daripada mengkebumikan raja yang baru

mangkat sebagaimana perihalnya kemangkatan seorang khalifah.

Ini adalah kerana jikalau tiada dilantik khalifah/raja/ketua

negara terlebih dahulu maka banyak perkara wajib akan tergendala. Hal

ini berlaku sendiri kepada Rasulullah SAW apabila baginda wafat, iaitu

perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah dibuat terlebih

dahulu daripada pemakaman Rasulullah SAW.

44

4.

Faktor Sejarah Melayu

Etnik Melayu pra-Islam

Melayu sebagai sebuah kerajaan purbakala telah dijejak

kewujudannya oleh seorang Paderi China yang masyur bernama Yi

Jing10. Dalam catatannya, beliau menyebut pernah menziarahi sebuah

kerajaan ‘Ma-La-Yu’, sekitar 200 km di utara Palembang yang

dikatakan wujud dari abad ke 4 sehingga 13 Masihi. Yi Jing yang

melawat kerajaan ‘Ma-La-Yu’ sekitar pertengahan dan akhir abad ke 7

Masihi menyebut ciri-ciri masyarakat tersebut sebagai: “ mempunyai

rambut keriting, berkulit gelap, berkaki ayam dan memakai sarong (kain)”.

Menurut riwayat tradisi Jambi, istilah ‘Melayu’ berasal dari sebuah

sungai yang bernama Sungai Melayu berdekatan dengan Sungai Batang

Hari di Muara Jambi sebuah daerah di Sumatera, Indonesia. Artifak

serta peniggalan purba telah juga dibongkar oleh ahli-ahli arkeologi

Jambi.

Dalam hal ini, sejarah empayar Srivijaya mencatatkan bahawa

kerajaan tersebut bermula sebagai sebuah kerajaan kecil sekitar tahun

500 Masihi di daerah Palembang dengan Sungai Musi menjadi jalan

perdagangannya yang amat penting. Bagaimanapun Sungai Musi

terpaksa bersaing dengan Sungai Batang Hari yang berpusat di daerah

Jambi, yang pada masa itu terletak kerajaan Malayu yang dikenali juga

sebagai kerajaan Jambi, lokasinya sekitar 200 km ke utara Palembang.

Pada waktu pemerintahan Maharaja Srivijaya yang bergelar

Dapunta Hyang Sri Jayanasa sekitar than 680 Masihi, baginda telah

memilih kerajaan Malayu sebagai jajahan pertama empayarnya. Malayu

pada waktu itu kaya dengan hasil emas sehingga menjadikannya

sebagai sebuah kerajaan yang berprestij dalam dunia perdagangan11.

10

Yi Jing, I Ching atau nama sebenarnya Zhang Wen Min (635-713) merupakan seorang Paderi Buddha di

zaman pemerintahan Dinasti Tang di China. Beliau banyak menulis tentang pengembaraannya di empayar

Srivijaya selain kerajaan-kerajaan purba yang berada di jalan laut antara kerajaan China dan India.. 11

Lihat Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Edisi Didier Millet,hlm 124

45

Riwayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan

Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang12 menyebut;

” …Setelah hari siang maka keduanya pun bangunlah; maka kata

Wan Empuk kepada Wan Malini: ‘Mari kita lihati, apa yang terang

bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu.’ Maka kata Wan Malini:

‘Marilah’ Maka keduanya basuh muka dan makan sireh lalu turun

berjalan. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak

dan berbatangkan suasa. Maka kata Wan Empuk: ‘Yang bercahaya

semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan

berbatangkan suasa ini.’ Maka sahut Wan Malini : ‘Beta pandang

semalam di atas Bukit Si Guntang ini, bukannya padi huma kita ini.’

Maka keduanya pun naiklah ke Bukit Si Guntang itu. Maka dilihatnya

tanah negara bukit itu menjadi seperti warna keemas-emasan; maka

datang sekarang tanah itu diceritakan orang seperti emas juga.13”.

Sri Jayansa sedar bahawa penaklukan kerajaan Malayu akan

menaikkan saham Srivijaya, lalu menyerang dengan angkatan perang

sebanyak 20, 000 askar dalam tahun 683 Masihi 14. Lanjutan daripada

itu, bermulalah proses pengluasan empayar Srivijaya dari abad ke 7

sehingga 9 Masihi, sehingga dalam kemuncak penguasaannya telah

berjaya menundukkan sebahagian besar daripada Pulau Sumatera,

Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa Timur sehingga menguasai

jaluran perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

Kepentingan jajahan Malayu-Jambi dalam Srivijaya terbukti

apabila pusat pemerintahan empayar tersebut seringkali beralih-alih

12 Dalam tahun 1992-93, seorang pengkaji sejarah barat yang bernama Pierre Yves Manguin membuktikan bahawa pusat pemerintahan Srivijaya terletak pada Sungai Musi diantara Bukit Siguntang dan Sabokinking di Selatan Sumatera.ibid, hlm 171. 13 A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (edisi pelajar), DBP, KL, 2003, hlm 20. Kenyataan

bahawa Bukit Siguntang ‘bertukar menjadi emas’ dapat dibuktikan dengan hakikat

sejarah bahawa kawasan tersebut pernah kaya dengan hasil emas sehingga

menjadikan kerajaan Melayu kuno di situ berprestij di kalangan para pedagang di zaman awal Srivijaya. 14 Inskripsi pada batu bersurat ‘Kedukan Bukit’. Merupakan sebuah batu bersurat di

zaman purbakala, berukuran 45 X 80 cm yang tercatat padanya tahun 605 Saka (683

Masihi). Dijumpai pada tahun 1920 Masihi oleh seorang pengkaji Belanda yang

bernama M. Batenburg di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, tepi Sungai Tatang,

cabangan Sungai Musi. Batu bersurat ini dipahat dalam bahasa Pallava yang pernah

digunakan dalam kerajaan Tamil purba di India.

46

antara Palembang dan Jambi, sehingga dialihkan terus ke sana mulai

abad ke 11 sehingga 13 Masihi apabila akhirnya dikalahkan oleh

kerajaan Majapahit. Natijahnya telah mengembangkan pengaruh budaya

Malayu pra-Islam dalam jajahan-jajahan Srivijaya sehingga mencapai

kemuncak kegemilangannya selari dengan kemuncak penguasaan

empayar Srivijaya sendiri di rantau Nusantara kuno.

Dalam tahun 1377 Masihi, pemerintah Srivijaya yang terakhir

iaitu Parameswara telah dikalahkan oleh Majapahit lalu melarikan diri

ke Temasik (Singapura) sehingga akhirnya sampai di Melaka lalu

membentuk kesultanan Melayu di sana. Maka berkesinambunganlah

pengaruh budaya Malayu pra-Islam di Melaka, yang akhirnya disucikan

dengan kedatangan nur Islam yang hakiki, sehingga Melayu dan Islam

menjadi satu dan masyur kembali dengan pengluasan empayar

Kesultanan Melayu Melaka di rantau Nusantara tradisi.

Etnik-Etnik atau Rumpun Melayu Islam

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, suatu masa dahulu bangsa Melayu pernah dikaitkan dengan kerajaan etnik Melayu-Jambi

pra-Islam di daerah Palembang, Sumatera, yang kemudiannya muncul

di tanah Melaka lalu membina kerajaannya di situ. Bagaimanapun

mulai awal abad ke 15 Masihi pentakrifan Melayu telah diperluaskan

sejajar dengan kemunculan Agama Islam yang kebanyakannya dibawa

oleh mubaligh-mubaligh Arab sufi.

Selepas pengislaman Parameswara oleh Sayyid Abdul Aziz dari

jazirah Arab (Jeddah) dan baginda mengambil nama Sultan Muhammad

Shah bersempena pengislamannya, bermulalah era kemunculan alim-

ulama sufi dalam Kesultanan Melayu Melaka. Golongan sufi ini bukan

sahaja membawa syariat Islam, tetapi juga memberikan input yang

besar kepada pembentukan gagasan MELAYU ISLAM BERAJA bersama-

sama dengan pembesar baginda sekelian.

Kedatangan Islam telah memulakan proses perubahan yang besar

kepada falsafah, struktur, adat, budaya, sosio-politik, jatidiri, mentaliti,

‘world-view’ dan kejiwaan masyarakat Melayu dengan memalingkan

daripada kehidupan sebelumnya yang menganuti agama Hindu-Buddha,

47

yakni yang berpegang kepada soal mistikal, semangat, dewa-dewa serta

lain-lain kepercayaan syirik dan khurafat, kepada suatu kepercayaan

baru yang berpaksikan konsep Tauhid, yakni Allah sebagai Pencipta

alam dan makhluk, yang Maha Esa, segala-galanya berpunca

daripadaNya. Natijahnya telah berjaya merombak bukan sahaja bentuk

dan struktur masyarakat, malahan dari segi akar umbi dan asasnya,

zahir dan batin.

Ringkasnya, mubaligh-mubaligh sufi yang bertanggungjawab

membawa Islam ke Melaka telah menyucikan adat istiadat dan ajaran-

ajaran lama (Hindu-Buddha), malahan menokok tambah dengan ajaran-

ajaran serta amalan-amalan baru kerana Islam itu bersifat syumul yakni

menyeluruh. Ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang baru tersebut

adalah berteraskan unsur-unsur syariat dan tasawuff.

Malahan sesetengah daripada apa yang dibawa oleh alim-ulama

sufi ini adalah pengajaran-pengajaran yang dibawa hasil daripada

pengalaman golongan mereka dalam politik dunia Arab yang

mengamalkan sistem KHILAFAH selama beratus-ratus tahun dengan

adat baik buruknya, yang mana dapat dijadikan iktibar dan tauladan

kepada perkembangan Kesultanan Melayu Melaka yang baru sahaja

lahir sebagai daulah Islamiyyah.

Maka Kesultanan Melayu Melaka mula mengamalkan hukum

SYARIAT dan ADAT, yang mana hukum adat yang dimaksudkan di sini

adalah gabungan daripada tiga aspek berikut;

Pertama :

Unsur-unsur lama yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam

Kedua :

Unsur-unsur baru yang dipengaruhi ajaran tariqat/tasawuff

Ketiga:

Petunjuk-petunjuk yang terhasil daripada faktor pengalaman alim-

ulama sufi ini dalam dunia politik Arab (Timur Tengah) yang

banyak gejolaknya.

Sultan Muzaffar Syah kemudiannya telah memantapkan hukum

ADAT dan SYARAK sebagai dasar pemerintahan negeri. Kemudian

apabila kerajaan-kerajaan kecil yang lain mengambil nobat dari

Melaka, gagasan Melayu-Islam yang dicorakkan oleh Kesultanan

48

Melayu Melaka itu dijadikan pegangan bagi kesultanan-kesultanan ini.

Maka peringkat demi peringkat pentakrifan Melayu-Islam yang asalnya

dimaksudkan sebagai kesultanan etnik Melayu Melaka (yang berasal

dari Palembang) kemudiannya telah mencakupi juga etnik-etnik lain di

seluruh Nusantara sehingga menjadi Melayu Brunei, Melayu Bugis,

Melayu Acheh, Melayu-Minang, Melayu-Pattani dan sebagainya, lalu

etnik asal Melayu-Islam Melaka kini bertukar menjadi rumpun Melayu

yang mencakupi seluruh Alam Nusantara

Pentakrifan Melayu bukan lagi berteraskan kepada faktor sempit

zaman pra-Islam iaitu berasal-usul dari etnik Palembang-Melaka, tetapi

kini berteraskan kepada tiga ciri baru iaitu ‘Beragama Islam, Beradat

Istiadat dan Berbahasa Melayu.’

Dengan mengambil kira input yang diterapkan oleh alim-ulama

sufi, khususnya berbangsa Arab dari zuriyyat ahlul-bait Rasulullah

SAW, penjenamaan semula takrif Melayu kepada faktor ‘ Beragama

Islam, Beradat Istiadat dan Berbahasa Melayu ’ adalah mengikut acuan,

warna dan kejiwaan golongan alim-ulama sufi dengan jenama khusus

ini.

Contohnya Agama Islam yang dimaksudkan dalam konteks

pengamalan rumpun Melayu adalah Islam yang mengikut feqah Imam

Syafiee, serta mengamalkan tariqat-tariqat muktabarah dengan

mengikut panduan kitab-kitab yang ditulis oleh Imam Ghazali, Imam

Nawawi, Imam Abdullah al-Haddad, Syeikh Abdul Qadir Jailani dan

yang seumpamanya.

Alim-ulama Alam Melayu yang kemudian seperti Syeikh Abdullah

Arif, Syeikh Abdul Karim al-Jili, Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan

Bonang), Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatoni, Syeikh Abdus Samad al-

Falembani, Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri, Syeikh Hamzah al-Fansuri,

Syeikh Uthman Jalaluddin dan ramai lagi adalah alim-ulama Nusantara

yang menulis kitab-kitab rujukan/cabangan bersempena kitab-kitab

induk daripada imam-imam besar seperti di atas., Syeikh Abdus Samad Al-

Falembani Syeikh Abdus Samad Al-Falembani

Maka alim-ulama serta tok-tok guru ini memainkan peranan yang

amat penting dalam mendidik serta membentuk minda, aliran

pemikiran, kejiwaan dan gerakerja masyarakat Melayu-Islam

seNusantara, termasuklah dalam amalan-amalan seperti bertahlil,

49

bertalkin, bermaulid, beratib, bermarhaban, berhaul, bersuluk,

bertawassul, bertabbaruk, memuliakan wali-wali dan ahlul bait Nabi

SAW, taat pada raja, ibubapa dan guru, serta banyak lagi.

Selain acuan Islam yang mengikut bentuk yang diterapkan oleh

alim-ulama seperti Imam Syafiee, Imam Ghazali, Syeikh Abdul Qadir

Jailani, Imam Abdullah al-Haddad dan yang seumpamanya, faktor adat

istiadat Melayu yang menjadi satu lagi ciri kemelayuan serumpun

adalah yang mengikut acuan adat-istiadat Kesultanan Melayu Melaka

dengan kebelenturannya yang tersendiri. Makna kata adat istiadat yang

diambil dari Kesultanan Melayu Melaka ini boleh diubahsuai mengikut

faktor-faktor tempatan bagi kesultanan-kesultanan pada rumpun

Melayu yang lainnya di rantau ini.

Bermakna adat Melayu Melaka boleh diadaptasikan di alam

Melayu Minangkabau, di alam Melayu Bugis, di alam Melayu Pattani, di

alam Melayu Kelantan,di alam Melayu Brunei, di alam Melayu Acheh, di

alam Melayu Palembang dan sebagainya sehingga seseorang dapat

melihat kesamaan ciri-ciri adat Melayu pada etnik-etnik serumpun di

atas, namun tetap dapat dibezakan antara satu dengan yang lain.

Faktor ketiga yang membentuk ciri kemelayuan serumpun adalah

Bahasa Melayu, dan yang dimaksudkan pula ialah Bahasa Melayu

Melaka (Jawi) yang kemudian diwarisi pula oleh Kesultanan Melayu

Johor-Riau sebagai pewaris Melaka, sehingga Bahasa Melayu terbit

sebagai bahasa lingua franca di rantau ini.

Adalah tidak adil untuk mengketengahkan peranan Kesultanan

Melayu Melaka semata-mata dalam sumbangan membentuk,

mengembang serta memperluaskan gagasan Melayu Islam Beraja serta

takrifan Melayu serumpun tanpa mengambil kira peranan penting yang

dimainkan oleh kesultanan bersaudaranya, iaitu Kesultanan Pasai.

Dalam hal ini, adalah lebih tepat untuk menyatakan bahawa

Kesultanan Pasailah yang bertanggungjawab dalam menanam benih

Melayu-Islam dengan ciri-ciri penjenamaan khususnya, iaitu

penjenamaan yang antaranya diambil dari input para mubaligh sufi

(antaranya alim-ulama ahlul bait) yang datang beramai-ramai ke Pasai

sebagai pusat penyebaran dakwah yang awal dan terunggul waktu itu.

Hubungan kekeluargaan yang erat diantaranya dengan Kesultanan

50

Melayu Melaka kemudian menjadi faktor benih-benih tersebut di bawa,

dikahwinkan dengan benih Melaka, ditanam, dibaja, diairi, sehingga

tumbuh mekar dan berkembang di bawah keredupan pepohon

Kesultanan Melayu Melaka sehingga akhirnya tersebar pesat menjadi

gagasan etnik-etnik Melayu Nusantara.

Maka lebih tepat untuk merumuskan bahawa adat istiadat Melayu

yang menjadi salah satu daripada ciri gagasan Melayu-Islam serumpun

adalah asalnya mengikut acuan Kesultanan Melayu Melaka-Pasai.

Dari sini tercetuslah istilah rumpun Melayu-Islam dan

kesultanan-kesultanan Melayu-Islam. Kepercayaan dan pengamalan

pada gagasan Melayu-Islam ini kemudiannya secara berperingkat

telah meresap jauh ke dalam lubuk jiwa sanubari etnik-etnik rumpun

Melayu sehingga tercetuslah ungkapan `Melayu itu Islam', maka

akhirnya bangsa Melayu-Islam hanya menjadi bangsa Melayu, tamadun

Melayu-Islam hanya menjadi tamadun Melayu dan kesultanan-

kesultanan Melayu-Islam menjadi kesultanan-kesultanan Melayu.

Begitulah halnya apabila Islam telah begitu bersebati dan

diidentikkan dengan Bangsa Melayu sehingga menjadi sebahagian dari

hakikatnya, sedangkan adat Melayu pula menjadi sebahagian lagi dari

hakikat tersebut.

'Sehingga hari ini, Perlembagaan Malaysia menggunakan istilah

tersebut. Fasal 160 menyebut: 'Melayu adalah seorang yang

menganut Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu, menurut adat

istiadat Melayu. Dalam kontek sejarah Melayu, suatu masa dahulu

sesiapapun yang masuk Islam dikatakan sebagai ‘masuk Melayu’.

51

5.

Faktor Islamisasi Umat Melayu

Sejarah Melayu merujuk kepada Institusi Raja-Raja Melayu yang

telah wujud sebelum tamadun Melayu-Islam itu sendiri. Malahan

Institusi Raja-Raja Melayu inilah yang kemudiannya bertanggungjawab

pula dalam memberikan definisi kepada istilah tamadun Melayu-Islam

itu apabila Sultan Melaka memeluk Islam di tangan Makhdum Sayyid

Abdul Aziz, seorang ulama Mekah. Baginda mengambil nama Sultan

Muhammad bersempena dengan peristiwa tersebut.

Dalam mencorakkan dasar pemerintahan negeri yang

berlandaskan konsep tamadun Melayu-Islam itu, Sultan Muhammad

telah mendapat bimbingan alim-ulama fekah, tasawuff serta para

petinggi dan pemuka adat setempat. Adat Raja-Raja Melayu jugs digubal

dengan input dari pihak Bendahara serta dibantu khususnya oleh

alim-ulama tasawuff, supaya peranan Raja sebagai wakil Allah dan

RasulNya atas umat Islam dapat disesuai dan diserasikan mengikut

fitrah Bangsa Melayu.

Anaknda baginda yang bernama Sultan Muzaffar Syah pula telah

memantapkan hukum ADAT dan SYARAK sebagai dasar pemerintahan

negeri. Kemudian apabila kerajaan-kerajaan kecil yang lain mengambil

nobat dari Melaka, tamadun Melayu-Islam yang dicorakkan oleh

Kesultanan Melayu Melaka itu dijadikan pegangan bagi kesultanan-

kesultanan ini. Dari situ tercetuslah istilah Bangsa Melayu-Islam dan

kesultanan-kesultanan Melayu-Islam.

Kepercayaan dan pengamalan pada tamadun Melayu-Islam ini

kemudiannya secara berperingkat telah meresap jauh ke dalam jiwa

sanubari Bangsa Melayu sehingga tercetuslah ungkapan `Melayu itu

Islam', maka akhirnya Bangsa Melayu-Islam hanya menjadi Bangsa

Melayu, tamadun Melayu-Islam hanya menjadi tamadun Melayu dan

kesultanan-kesultanan Melayu-Islam menjadi kesultanan-kesultanan

Melayu. Begitulah halnya apabila Islam telah begitu bersebati dan

diidentikkan dengan Bangsa Melayu sehingga menjadi sebahagian dari

hakikatnya, sedangkan adat Melayu pula menjadi sebahagian lagi dari

hakikat tersebut.

52

Dalam lain perkataan, kedatangan Islam di Alam Nusantara

secara berperingkat-peringkat bermula abad ke 9 Masihi, berkembang

secara besar-besaran dalam abad ke 14 Masihi dengan pembentukan

daulah-daulah Islamiyyah atau kesultanan-kesultanan Melayu telah

berjaya merombak bukan sahaja bentuk dan struktur masyarakat,

malahan dari segi akar umbi dan asasnya, zahir dan batin. Ia

merangkum suatu cara kehidupan menyeluruh yang cuba membawa

revolusi dari dalam diri individu itu sendiri.

Sejauh mana natijah daripada pengaruh Islam kepada tamadun

masyarakat Melayu dapat dinilai daripada pemerhatian terhadap

perubahan-perubahan struktur-struktur kehidupan mereka dari aspek-

aspek berikut;

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran

Kemunculan Islam telah berjaya mengubah sistem politik Hindu-

Buddha yang berpusat, berpaksi dan berorientasikan raja-raja

Brahmani kepada pusat dan paksi syariat, yang mana raja dilihat

sebagai pengganti Rasulullah SAW dalam menjalankan urusan

pemerintahan umat Islam. Ianya merujuk kepada prinsip bahawa punca

kepada segala-galanya adalah daripada Allah semata-mata, dan akhir

kepada segala-galanya adalah berpulang kepada Allah jua. Dan raja-raja

sebagai ulil amri atau pemerintah umat Islam dilihat sebagai wakil yang

menerima mandat Allah untuk melaksanakan amanah menjaga hal-

ehwal umat Islam sebagai khalifah bumi.

Kepercayaan Hindu-Buddha yang meletakkan rakyat kepada taraf

hamba yang perlu taat dan berkhidmat kepada raja-raja secara

membuta tuli tanpa ada timbal balas telah digantikan dengan konsep

Islam iaitu ‘Adalah wajib hukumnya taat setia kepada ulil amri selagi

mereka tidak menyuruh berbuat maksiat” (tanggungjawab rakyat) dan

ditimbal balas dengan ‘ setiap ‘kamu adalah pemerintah, setiap

pemerintah bertanggungjawab terhadap orang bawahannya’

(tanggungjawab raja).

Dalam lain perkataan, berbeza dengan sistem feudal dan corak

pemerintahan monarki-monarki bukan Islam seperti monarki Kristian,

53

Hindu, China dan sebagainya, konsep pemerintahan ulil amri

menekankan perihal tanggungjawab dua hala, dimana raja dan rakyat

ada hak dan tanggungjawab masing-masing yang wajib ditunaikan. Raja

berkhidmat sebagai tonggak bangsa dan agama yang bakal dipersoalkan

amanah tersebut di hadapan mahkamah Allah SWT pada Hari

Pengadilan kelak, sedangkan rakyat diwajibkan taat kepada raja selagi

tidak dipaksa mengerjakan maksiat. Oleh itu sistem pemerintahan raja-

raja Islam sebenarnya mendaulatkan rakyat sebagaimana ia

mendaulatkan raja-raja sebagai ketua umat Islam.

Dari aspek pentadbiran negeri dalam kesultanan-kesultanan

Melayu yang muncul melata bak cendawan lepas hari hujan, iaitu

selepas penganutan agama Islam secara besar-besaran, Raja dibantu

oleh Dato’ Bendahara yang tanggungjawabnya adalah sebagai Menteri

Tafwidh dalam sistem Islam, iaitu sebagai ‘sekutu raja’ dalam urusan

pemerintahan. Penelitian kepada tanggungjawab Menteri Tafwidh dapat

menyimpulkan bahawa tugas Bendahara memenuhi semua ciri untuk

melayakkannya mendapat status sebagai seorang Menteri Tafwidh

mengikut ajaran Islam (lihat mukasurat sebelah). Cuma

diperkembangkan peranan Bendahara sebagai penjaga Adat Raja-raja

Melayu yang memagar salah satu dari dua sendi kekuatan Bangsa

Melayu iaitu ADAT dan SYARIAT.

Sebagai Menteri Tunggal Penuh yang merupakan suatu konsep

Islam, dalam tanggungjawabnya mengatur urusan pentadbiran negeri,

Bendahara diperbantu oleh empat menteri kanan iaitu Penghulu

Bendahari, Temenggong, Laksamana dan Syahbandar. Keempat-empat

menteri kanan ini mempunyai kelayakan dan ciri-ciri sebagai Menteri-

menteri Tanfiz dalam Islam.

Mufti negeri pula diberi tanggungjawab dalam urusan

pelaksanaan usaha dakwah dan tabligh dengan memperbanyakkan

sekolah-sekolah agama (sistem pondok), memastikan pengagihan zakat

yang sempurna, menjaga wakaf-wakaf dan rumah-rumah anak yatim,

memastikan kebajikan tok-tok imam, tok-tok bilal, tok-tok siak serta

memberi tauliah kepada mereka atas nama Sultan sebagai ketua agama

atau ulil amri. Dato’ Syeikh Mufti juga memastikan nama Sultan

didoakan dalam khutbah-khutbah Jumaat, mengumumkan ketibaan

bulan Ramadhan dan Syawal, memastikan batasan-batasan syariat

dijaga dengan melaksanakan hukum syariat.

54

Dato’ Syeikh Mufti juga melantik kadi-kadi daerah bagi menjaga

hal-ehwal agama di daerah masing-masing. Kadi daerah bertindak

sebagai wali Hakim di bawah amanah Sultan dimana seperti ditetapkan

oleh syarak bahawa Sultan itu menjadi wali nikah jika tiada walinya.

Dato Mufti juga bertanggungjawab menyemarakkan dakwah Islam

dengan menghantar tok-tok guru ke tempat-tempat yang memerlukan

usaha dakwah dan tabligh, disamping memperbanyakkan majlis-majlis

ilmu dengan mengambil alim-ulama dari dalam dan luar negeri

mengikut keperluan.

Dato’ Syeikh Mufti juga perlu memastikan rakyat jelata fasih

dalam Bahasa Jawi, ilmu Fardhu ‘Ain serta khatam Quran. Beliau juga

bertanggungjawab memberitahu Sultan samada suatu peperangan itu

berstatus jihad ataupun tidak dan Sultan akan mengishtiharkannya jika

sabit.

Orang-orang Kaya (atau pembesar negeri) memegang jajahan

masing-masing dengan menganggap diri mereka serta jajahan mereka di

bawah takluk dan payung Sultan. Atas amanah Sultan inilah mereka

mendapat kuasa penuh dengan dibantu oleh kadi-kadi dalam jajahan

mereka. Tugas-tugas kadi di sini adalah seperti Dato’ Syeikh Mufti dan

tauliah mereka dari Sultan bukan dari Orang Kaya. Orang-orang Kaya

ini dibantu oleh tok-tok penghulu dalam kawasan-kawasan kampung

bagi melicinkan lagi tugas pentadbiran hal ehwal umat Islam. Susunan

pemerintahan ini amat mudah kerana orang-orang kampung hanya

perlu mengadu kepada tok penghulu, yang mana jikalau tok penghulu

tidak dapat menyelesaikannya barulah dibawa masalah tersebut kepada

Orang Kaya, begitulah seterusnya.

Sistem Perundangan

Semenjak zaman jahiliyyah primitif manusia telah melalui proses

evolusi yang panjang dalam perkembangan hidup dan sosio-kebudayaan

mereka. Perkara ini merangkumi persoalan adat yang mengatur

kehidupan masyarakat serta menjadi panduan hidup kerana belum ada

struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun, apatah lagi pada

zaman itu sosio-politik masyarakat belum bersifat kompleks.

55

Kedatangan Islam di Alam Nusantara telah memperkenalkan sistem

kehidupan yang lengkap, kemas, tersusun, bersifat syumul, iaitu

menyeluruh termasuk hal-hal zahir dan batin.

Kesultanan Melayu Melaka sebagai antara empayar kerajaan Islam

yang awal di rantau ini telah menjadikan Islam sebagai dasar

pemerintahan negeri, menggubal RISALAT HUKUM KANUN MELAKA,

ditulis atas titah Sultan Muzaffar Shah (1446-1456), membuat beberapa

penyesuaian darihal amalan-amalan adat dan undang-undang warisan

leluhur penduduk Melaka dengan undang-undang Islam supaya kedua-

duanya tidak bertembung dan bercanggah.Fasal 41 dalam Risalat

Hukum Kanun Melaka ada menyebut bahawa selagi ada kemungkinan

undang-undang syariat diamalkan, maka undang-undang lain

hendaklah dikemudiankan.

Fasal 33 dalam UNDANG-UNDANG MINANGKABAU pula

menegaskan bahawa antara undang-undang yang diiktiraf ialah

undang-undang Allah di dalam Al-Quran dan Al-Hadith, Adat Raja,

Hukum Akal dan Hukum Pemerintah. Hukum Akal pula perlu

dibataskan pada tafsiran Islam, iaitu perkara yang wajib, mustahil dan

jaiz (harus).

Fasal 8 dalam UNDANG-UNDANG ADAT SUNGAI UJONG, disebut

bahawa ‘adat boleh bersetuju dengan hukum syariat’, sementara dalam

Fasal 66 pula diperuntukan bahawa undang-undang Islam tetap

dikuatkuasakan sedangkan adat boleh diamalkan selama mana ia tidak

bertentangan dengan perundangan Islam. Dalam fasal yang sama juga

diterangkan bahawa ‘ adat hendaklah berasaskan kepada undang-

undang tempatan yang pula berasaskan kepada Al-Quran’.

Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan

(Perak), Kanun Kelantan dan Kanun Brunei adalah antara undang-

undang Melayu yang dikodifikasikan, meletakkan undang-undang

syariat sebagai panduan utama selain udang-undang adat.

Ringkasnya, semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka, undang-

undang adat telah mengalami proses penyesuaian dengan undang-

undang Islam, iaitu dengan menghormati, menjunjung dan memberi

laluan kepada perundangan Islam serta menjadikannya salah satu

sumber utama kepada sistem perundangan tempatan. Pakar

56

perundangan Melayu awal telah mengkelaskan keutamaan pemakaian

sumber perundangan mengikut turutan berikut;

Undang-undang Syariat

Hukum Akal

Undang-undang Adat

Walaupun kadangkala kedua-dua undang-undang adat dan

syariat terpaksa diamalkan secara berasingan di tempat-tempat tertentu

jika sekiranya salah satu tidak mahu tunduk di bawah yang lain,

bagaimanapun dengan bimbingan alim-ulama telah menambahkan

kesedaran masyarakat Melayu peringkat demi peringkat, natijahnya

undang-undang syariat telah banyak menyumbang dalam menyuci,

mentulen serta meletakkan ruh Islam dalam undang-undang adat.

Pemantapan sistem perundangan masyarakat Melayu dari masa

ke semasa telah membawa kepada struktur yang semakin kemas dan

tersusun serta bersifat Islamik sejurus sebelum kemunculan penjajah

British. Pada masa itu, semua kes yang diputuskan oleh Mahkamah

Jenayah adalah berpandukan undang-undang Islam dan adat

pribumi.Kes-kes yang berhubung dengan harta, keluarga dan jenayah

keagamaan pula dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Kesimpulannya, HUKUM SYARIAT DAN ADAT menjadi undang-

undang teratas dan tertinggi dalam masyarakat Melayu Islam tradisi.

Walaupun secara praktis peraturan-peraturan yang mengutamakan

undang-undang syariat tidak dipatuhi sepenuhnya, bagaimanapun

dengan memberikan legitimasi, menerima serta menggariskan undang-

undang syariat sebagai yang paling tinggi, teraula dan utama dalam

dasar dan infrastruktur pemerintahan kesultanan-kesultanan Melayu

tradisi, ianya dilihat sebagai suatu idealisme luhur yang mahu

dilaksanakan secara berperingkat.

Bandingkan hal ini dengan dasar pemerintahan British dan sistem

sekular yang secara terang-terangan meletakkan perundangan barat

(Mahkamah Sivil) paling teratas daripada perundangan-perundangan

lain, termasuk undang-undang syariat sehingga pada hari ini, undang-

undang syariat jatuh kepada martabat tidak lebih dari soal-soal

‘Kelahiran, Perkahwinan dan Kematian’ semata-mata!

57

Ilmu dan Pendidikan

Zaman pra-Islam menyaksikan sistem pendidikan yang wujud di Alam

Nusantara sebagai tertumpu hanya di kalangan golongan bangsawan

sedangkan rakyat jelata menerima pendidikan asas yang diperturunkan

dari generasi ke generasi semenjak turun temurun, atau ilmu yang

diwariskan dari nenek moyang. Bagaimanapun kedatangan Islam telah

merombak sistem pendidikan cara ini yang mana pihak istana kini

menjadi pemangkin yang bertanggungjawab menyalurkan budaya ilmu

dan intelektual Islam kepada masyarakat melalui penyebaran ulama-

ulama yang bertugas atas nama Sultan.

Atas kewajiban setiap umat Islam untuk menunaikan

tanggungjawab sebagai hamba Allah yang taat, maka dalam masyarakat

Melayu lahirlah sistem pendidikan asas atau Fardhu ‘Ain seperti

pengetahuan tentang Rukun Iman dan Rukun Islam serta ilmu

pembacaan Al-Quran. Sistem pendidikan asas ini sering diadakan di

rumah tok-tok guru dalam kawasan kampung.

Pengajian Islam yang lebih mendalam pula dibuat secara tidak

formal di surau-surau atau masjid-masjid oleh tok-tok guru yang

mengajar secara sukarela, datang silih berganti mengikut kesediaan

masing-masing. Di sini kitab-kitab yang disebut sebagai kitab-kitab Jawi

atau kitab-kitab kuning menjadi rujukan utama yang mana

pengajiannya merangkumi ilmu iktiqad yang termasuk ilmu usuluddin,

ilmu feqah dan ilmu tasawuff.

Pengajian Islam peringkat tertinggi pula ialah sistem pendidikan

madrasah yang diasaskan oleh Nizamul Muluk, seorang wazir kerajaan

Saljuk di Baghdad (1055-1194). Sistem pengajian ini dikenali dengan

sistem pondok di Tanah Melayu atau pesantren di Tanah Jawa. Antara

bidang pengkajian Islam yang diajar ialah ilmu feqah, usuluddin,

tasawuff, tafsir, hadith, nahu, mantik, balaghah, ilmu falak dan

sebagainya.

Misalannya dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam di Acheh (1607-1636), sistem pengajian pondok yang

lebih maju, teratur dan sistematik telah diperkenalkan, dikenali sebagai

Rangkang atau Dayah. Ianya meliputi pengajian bidang agama dan

58

kehidupan seperti Dar al-Tafsir (jurusan ilmu tafsir), Dar al-Tarikh

(jurusan sejarah), Dar al-Ahkam (jurusan Fekah), Dar al-Kalam (jurusan

ilmu kalam), Dar al-Falsafah (jurusan ilmu falsafah), Dar al-Tib (jurusan

ilmu matematik), Dar al-Siasah (jurusan ilmu politik), Dar al-Harb

(jurusan ilmu peperangan), Dar Khazanah Bait al-Mal (jurusan ilmu

kewangan negara) dan banyak lagi.

Sesetengah pelajar agama yang telah mencapai tahap

pembelajaran yang tinggi serta mencapai umur matang digalakkan pula

untuk melanjutkan pengajian mereka di Tanah Suci Mekah. Resam ini

telah mewujudkan penempatan orang-orang Melayu yang ramai di sana,

khususnya mereka yang datang dari sebelah utara Tanah Melayu seperti

Kedah, Kelantan (termasuk dari kesultanan Pattani), dan Terengganu.

Sehingga hari ini ianya melahirkan ramai dari keturunan alim-ulama

Melayu yang menetap di Mekah, menjadi warga negara Arab Saudi,

berkahwin serta bercampur baur dengan penduduk asal tetapi tidak

memutuskan hubungan dengan tempat asal mereka di Tanah Melayu.

Pemesatan nilai-nilai ilmu, pendidikan serta pengamalan

masyarakat Melayu yang tinggi kepada ajaran-ajaran Islam telah

digambarkan dengan baik oleh seorang ahli akademik Malaysia yang

tersohor, iaitu Professor Syed Naquib al-Attas. Beliau mencatatkan

bahawa pada abad ke 16 dan 17 Masihi telah menyaksikan penulisan

falsafah, sastera, metafizik dan teologi rasional yang tidak terdapat tolok

bandingannya di mana-mana dan pada zaman apapun di Asia Tenggara.

Zaman tersebut merupakan era yang mana masyarakat Melayu

Nusantara melalui suatu revolusi perdalaman dan intensifikasi Islam

pada jiwa mereka, merombak pandangan hidup dan dasar

kebudayaannya daripada nilai estetika kepada dasar saintifik. Ianya

telah mewujudkan budaya ilmu dan intelektualisme Islam yang tinggi

serta menular ke serata ceruk rantau kesultanan-kesultanan Melayu.

Sistem pendidikan Islam sebegini telah melahirkan ramai tokoh alim

ulama tersohor dan terunggul seperti Syeikh Daud Fatoni dan

keturunannya, Syeikh Abdul Rasyid, Syeikh Abdul Samad al-Falembani,

Tok Kenali, Tokku Paloh, Abdul Rauf as-Singkili dan ramai lagi.

Pemesatan serta pengamalan intensif masyarakat Melayu tradisi

dalam bidang Agama Islam telah disimpulkan penuh makna oleh

seorang Residen British yang membuat kunjungan ke Terengganu pada

akhir abad ke 19 Masihi, yang mana beliau mencatatkan bahawa negeri

59

tersebut : “…penuh dengan alim ulama dan segala teriak tangis

tenggelam dalam bunyi orang bersembahyang dan berzikir.”

Kebudayaan dan Kesusasteraan

Perkembangan serta pemesatan tamadun Islam di rantau

Nusantara telah meletakkan para sultan dan alim-ulama sebagai regu

yang ampuh dalam usaha dakwah serta pendidikan ilmu dan nilai-nilai

Islam, dibuat melalui perantaraan bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang

dipinjam dari huruf-huruf tulisan Arab. Bahasa Melayu Jawi menjadi

asas penyebaran sistem pendidikan tradisi di Alam Melayu khususnya

semenjak abad ke 16 dan 17 Masihi dalam bidang-bidang seperti

penulisan kesusasteraan, ilmu teologi, falsafah dan tasawuff.

Peradaban dan peradatan bangsa Melayu juga banyak diceduk

daripada nilai-nilai Islam misalnya amalan muafakat, gotong royong,

timbang rasa, budi, santun, akhlak baik, tolong menolong, menunaikan

hak orang, bersyukur, redho, dan banyak lagi. Semua ini menjadi

falsafah serta amalan masyarakat Melayu tradisi. Begitu kuatnya

pegangan masyarakat Melayu pada nilai-nilai Islam sehingga agama

menjadi suatu ‘adat yang diadatkan’ (adatunnah), yang mana orang

yang melampaui batasan agama dikecam sebagai orang yang ‘melanggar

adat’.

Misalannya, dua konsep yang sinonim dengan budaya bangsa

Melayu yang berakar umbi daripada nilai Islam ialah konsep ‘BUDI’ dan

‘RENDAH DIRI’. Konsep ‘budi’ yang banyak digunakan dalam peribahasa

Melayu memberikan beberapa makna. Antaranya intelektualisme.

Umpama istilah ‘akal budi’ iaitu minda yang sihat dan ‘common sense’,

adab baik seperti sikap berterima kasih dalam pantun ‘pisang emas

bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar,

hutang budi dibawa mati’. Begitu juga peribahasa ‘orang berbudi kita

berbahasa, orang memberi kita merasa’.Lain makna ialah dari aspek

moral iaitu ‘budi pekerti’ , ‘budi-bahasa’ dan ‘budiman’ iaitu seseorang

yang mempunyai akhlak sufi pada dirinya.

Konsep ‘rendah diri’, juga terbit dari nilai Islam khususnya bidang

tasawuff. Satu peribahasa Melayu berbunyi ‘bawa resmi padi, makin

berisi makin tunduk’.

60

Kesusasteraan awal Melayu pasca Islam berkisar tentang kisah

Nabi-nabi Allah khususnya Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan

keturunan atau ahlul bait baginda. Watak-watak dalam kisah-kisah

para Nabi menjadi watak-watak ideal dan amat digemari. Sastera-

sastera Melayu yang lainnya seperti syair, prosa, puisi dan sebagainya

pada awalnya bercorak keislaman dan digubah dengan matlamat

menyampaikan sejarah, ajaran, amalan dan konsep-konsep Islam

kepada masyarakat Melayu. Bagaimanapun ia melalui proses

perubahan, terutamanya selepas kedatangan penjajah British dan

pengenalan sistem pendidikan sekular, iaitu dengan memasukkan

unsur-unsur yang lain daripada tajuk keislaman.

Begitu juga dengan aspek seni suara dan seni muzik. Marhaban,

qasidah, nasyid, nazam, hadrah, dabus dan sebagainya adalah amalan

masyarakat Melayu tradisi yang mengandungi unsur-unsur zikir, sirah

Nabi-nabi khususnya Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ahlul-

bait baginda serta ajaran-ajaran Islam. Hiburan-hiburan yang berjiwa

keislaman ini sering dipersembahkan dalam upacara perkahwinan,

berkhatan, Maulidur rasul serta hari-hari kebesaran Islam yang lainnya.

Ianya diubah suai daripada unsur-unsur ke’araban’ kepada cita rasa

penduduk tempatan.

Di bawah ini diperturunkan satu nazam Melayu lama yang

merujuk kepada pengaruh Islam yang kental;

Mula pertama Nabi Allah Adam,

Nenek manusia kafir dan Islam.

Mula asalnya di Islam,

Ditempa Jibrail tanah segenggam.

Tuk Adam jadikan seorang diri,

Berlatih syurga sehari-hari.

Dilihatnya burung dua sejoli,

Ingik Tuk nak beristeri.

Dicerita Tuk Adam Allah ketahui,

Dijadikan Hawa di rusuk kiri.

61

Allah menagihkan Jibrail saksi,

Diberi hantaran belanja selawat atas Nabi.

Tuk Adam dinikahkan dalam syurga,

Laki dan isteri bersuka ria.

Datang iblis buat celaka,

Jadi Tuk Adam kedatangan derhaka.

Adam dan Hawa berolehi anak,

Laki-laki perempuan hingganya banyak.

Bercucu bercicit semakin biak,

Hingga dunia penuhnya sesak.

Anak Tuk Adam banyak tertipu,

Mengikutkan syaitan hawa dan nafsu.

Susah Tok Adam di dalam kubur,

Kepada Tuhan berdoa mengadu.

Ya Tuk Adam Siti Tuk Hawa,

Mandi di Juddah berkoca-koca.

Panjang kuburnya lapan puluh hasta,

Menganjung ke laut entah berapa.

Banyak hari perkara hari,

Tidak sama hari Jumaat.

Banyak Nabi perkara Nabi,

Tidak sama Nabi Muhammad (SAW).

Kesimpulannya pengaruh Islam adalah amat besar, kental dan

berakar umbi dalam semangat, kejiwaaan serta jatidiri Bangsa Melayu

yang dimenifestasikan dalam kerangka pemerintahan, struktur-

struktur pentadbiran serta institusi-institusi kebudayaan dan

kesusasteraan masyarakat Melayu tradisional. Dan dalam hal ini,

Institusi Raja-Raja Melayu dan Institusi Ulama tradisi terbukti

62

merupakan dua institusi Melayu yang paling lama, paling berharga dan

paling penting bukan sahaja dalam merangka dasar pemerintahan

kerajaan dan hala tuju masyarakat yang berjiwa keislaman, malahan

sama-sama menjadi regu ampuh dalam memastikan kepentingan serta

kebajikan umat Islam sentiasa terpelihara dan terlindung.

63

6.

Faktor Zuriat Raja-Raja Melayu

Rujuk kembali pada bahagian awal buku ini di bawah tajuk

‘Faktor Syariat Islam’, Dalam hal ini telah dinyatakan bahawa terdapat

beberapa ciri kelayakan seorang Kepala Negara, yang mana salah satu

dari ciri tersebut ialah berbangsa Quraisy

Ini berdasarkan sebuah Hadeeth Hasan dari An-Nasa’i yang

menyebut : “ Para imam adalah dari kaum Quraisy.”

Dalam Hadeeth yang lain Rasulullah SAW bersabda: “

Dahulukanlah Quraisy dan jangan mendahului mereka15”.

Al-Mawardi menyebut bahawa pemilihan berdasarkan zuriyyat

dari kaum Quraisy untuk menjadi penguasa bagi umat Islam perlu

diberi keutamaan jika mereka boleh didapati di kalangan sesuatu kaum.

Walaubagaimanapun faktor zuriyyat hanya merupakan salah satu

daripada ciri-ciri kelayakan yang harus diberi perhatian pada calon-

calon Kepala Negara bagi umat Islam. Ini bermakna walaupun seseorang

calon berketurunan Bani Quraisy tetapi jika tidak memiliki ciri-ciri

lainnya, maka ia tidak layak dipilih. Contohnya seorang ulama bangsa

Ajam (bukan Arab) yang bertaqwa harus dipilih atas seseorang dari

kaum Bani Hasyim tetapi mempunyai masalah bejat moral.

Sesungguhnya Allah SWT sendiri telah memilih penghulu bagi

sekelian Nabi dan Rasul, Sayyidul-Mursalin, Rasulullah SAW dari

kalangan bangsa Arab, jurai Banu Quraisy, cabang Banu Hasyim. Ini

membuktikan bahawa baka Quraisy adalah antara baka yang paling

baik dan istimewa dari kalangan baka-baka manusia.

Hal ini diperkukuhkan dengan kenyataan Baginda sendiri seperti

berikut;

15

Baca Abu Al-Hassan Aliy bin Muhammad bin Habib Al-Basriy Al-Baghdadiy Al-Mawardy, Al-Ahkam

Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayah Al-Diniyyah (Hukum-hukum pemerintahan dan kekuasaan agama ), hlm 6-

7

64

“ Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari anak Ismail dan

memilih Quraisy dari Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari Quraisy

serta memilihku dari Bani Hasyim. Maka aku berasal dari orang-orang

baik, dari orang-orang baik, dari orang-orang baik.” (HR Muslim)

“ Sebaik-baik manusia adalah bangsa Arab, dan Quraisy adalah

yang terbaik dari kalangan bangsa Arab dan Bani Hasyim adalah yang

terbaik dari kalangan Quraisy16.”

Oleh itu kita boleh merumuskan bahawa keturunan mulia

haruslah diutamakan dalam pertimbangan memilih pemerintah dan

penguasa kerana ‘kekufuan’ yang tinggi bagi seseorang pemerintah

adalah bagi menjamin kelicinan serta keberkesanan pemerintahannya

atas umat Islam yang terdiri dari berbagai status, darjat dan kufu itu.

Tegasnya, keseimbangan dunia dapat dicapai hanya apabila para

penguasa umat Islam dipilih dari keturunan mulia yang juga

mempunyai ciri-ciri lain yang perlu ada pada seseorang pemerintah yang

baik. Dalam lain perkataan, seorang Islam yang berasal dari keturunan

mulia, yakni keturunan ahlul-bait atau bangsa Quraisy, dan bertaqwa

serta memiliki ciri-ciri keperibadian seorang pemimpin yang baik

moleklah dikembalikan kepada fitrahnya yang semulajadi sebagai

pemimpin agar umat Islam dapat mengambil menafaat dari kelebihan

zatnya, sifat ketaqwaan serta bakat pemerintahannya itu.

Sesungguhnya Allah SWT menganugerahi zat mulia pada

seseorang hambaNya adalah untuk dipertanggungjawabkan bagi kerja

agamaNya. Kerana umumnya pada zat istimewa itu diadunkan dengan

ras-ras istimewa supaya dapat ia berkhidmat sebagai pemimpin umat

Islam. Itulah sebabnya jika diteliti, kebanyakan pemerintah umat Islam,

alim-ulama dan mubaligh-mubaligh yang hebat-hebat semuanya

mempunyai susur galur dari keturunan mulia, bukan gharib (dagang,

tidak diketahui asal keturunannya). Itulah sebabnya juga mengapa

menyimpan salasilah itu merupakan suatu sunnah yang dipraktikkan

dengan penuh kesedaran oleh kabilah-kabilah Arab sehingga ke hari ini

16

Allamah Jalaluddin Suyuti, ‘The Virtues of the Ahli Bait’, Madrasah Arabia Islamia, Azaadville, South

Africa, 2001

65

Ahlul-Bait Rasulullah SAW

Sebagai Sarana Keselamatan Ummah

Jikalaulah Bani Quraisy itu cincin, maka Bani Hasyim itulah

permatanya, jikalaulah Bani Quraisy itu mahkota, maka Bani Hasyim

itulah berliannya, jikalaulah Bani Quraisy itu bulan, maka Bani Hasyim

itulah mataharinya.

Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam sebuah Hadeeth :

“ Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan

apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

“ Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni

bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan

ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam

agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku,

mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

(HR Al-Hakim, Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi : “Bintang-bintang adalah keselamatan

bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni

bumi.” (HR At-Thabarani)

“ Ahlul-baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang

menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

(HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Thabarani)

Abu Dzar Al-Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar

sabdaan Rasulullah SAW : “ Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai

kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

Tegasnya, keutamaan dan kepimpinan golongan ahlul-bait

Rasulullah SAW adalah diperakukan dalam hukum syarak mengikut

nash Hadeeth-hadeeth mutawatir yang tidak harus menimbulkan

sebarang kekeliruan ataupun perselisihan.

Tidaklah menghairankan sama sekali bahawa disebabkan

wujudnya hukum syariat tentang keutamaan kepimpinan ahlul-bait

66

Rasulullah SAW maka hal ini telah dijadikan panduan dalam banyak

pemerintahan Islam dahulukala, yang mana alim-ulama ahlul-bait yang

muncul pada satu-satu tempat untuk menyebarkan ajaran Islam ada

yang dikahwinkan dengan puteri penguasa-penguasa tempatan.

Kemudian samada beliau sendiri dilantik menjadi pemerintah selepas

rajanya yang asal meninggal dunia, ataupun zuriyyat ulama ahlul-bait

ini kelak dinaikkan sebagai raja, mencetuskan kesultanan-kesultanan

ahlul-bait Rasulullah SAW.

Sejarah pemerintahan kebanyakan wilayah-wilayah umat Islam di

Alam Nusantara merupakan contoh penerimaan kepimpinan bangsa

Quraisy, cabang Bani Hasyim, berbaka Rasulullah SAW sendiri.

Pemilihan alim-ulama ahlul-bait sebagai pemerintah-pemerintah waktu

itu bukan sahaja bersandarkan kepada panduan syariat, tetapi juga

kerana mereka muncul di bumi Nusantara sebagai mubaligh-mubaligh

yang berilmu, bertaqwa, beramal dan mukhlisin, lalu mudah sahaja

diterima oleh masyarakat tempatan yang melihat pada diri mereka

segala sifat-sifat kemuliaan, keunggulan dan keistimewaan.

Ahlul-Bait ‘Gelombang Pertama’ Dalam

Karangan-Karangan Lama Sejarah Nusantara

Sejarah yang tercatat dalam karangan-karangan lama banyak

menukilkan peranan ahlul-bait dari Gelombang Pertama yang datang ke

Alam Nusantara mulai abad ke 14 Masihi, dan sentuhan mereka dalam

mewarnai suasana politik serta pengembangan syiar Islam di bumi

Nusantara ini, antaranya;

Buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu menukilkan perihal

beberapa ulama yang tinggal di Melaka untuk menjalankan kegiatan

dakwah. Mereka mendapat tempat dalam hati raja Melaka dan

pembesar-pembesar negeri dan diberi tugas khas mengadakan pengajian

agama bagi raja, orang-orang besar serta rakyat jelata. Mereka sentiasa

diberi tempat yang istimewa di dalam sesuatu upacara rasmi negara dan

turut mengiringi keberangkatan Raja Melaka. Antara ulama yang

disebut ialah Makhdum Sayyid Abdul Aziz. Beliaulah yang

bertanggungjawab mengislamkan Raja Melaka yang setelah itu bergelar

Raja Muhammad.

67

Dalam masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dalam tahun

14561477M, seorang ulama dan tokoh sufi dari Mekah yang bernama

Sayyid Abu Bakar telah datang ke istana Melaka dengan membawa

sebuah kitab Ad-Durr Al-Manzum tertulis dalam bahasa Arab. Dengan

perintah Sultan, kitab tersebut telah dihantar ke Pasai untuk disalinkan

kedalam bahasa Melayu. Apabila dibawa pulang dari Pasai, kitab

tersebut telah diarakkan dengan penuh kemeriahan ke istana.

Setelah berjaya menyebarkan agama Islam dan ajaran tasawwuf di

negeri Melaka, Sayyid Abu Bakar telah pergi pula ke daerah-daerah lain

di Indonesia, Borneo dan seterusnya ke Filipina.

Buku Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional

mencatatkan tentang zaman pemerintahan Al-Ma’moun, iaitu salah

seorang Khalifah Bani Abbassiyah dimana tercetusnya suatu

pemberontakan yang dipimpin oleh seorang ahlul-bait, Muhammad bin

Jaafar Al-Sadiq. Oleh kerana misi mereka gagal, mereka membuat

keputusan menubuhkan suatu angkatan dakwah seramai 100 orang

dan telah datang ke Perlak, sebuah negeri di kepulauan Sumatera

dalam tahun 840M. Semasa itu Perlak diperintah oleh Meurah Shahr

Nuwi dari keturunan Parsi. Beliau kemudiannya telah mengahwinkan

adik kandungnya Puteri Makhdum Tanshuri dengan salah seorang

anggota dai’ee yang datang tersebut. Hasil dari perkahwinan ini lahirlah

Sayyid Abdul Aziz yang kemudiannya dilantik sebagai raja pertama

kerajaan Perlak.

Menurut Salasilah Maguindanao (Mindanao) seorang mubaligh

Islam bernama Syarif Awliya telah mengunjungi Maguindanao. Beliau

kemudiannya telah berkahwin dengan puteri seorang pembesar

tempatan dan mendapat seorang anak, yang dipanggil Paramisuli,

kemudiannya Syarif Awliya telah meninggalkan negeri itu. Selepas itu,

dua orang bersaudara yang bernama Syarif Hassan dan Syarif Maraja

pula telah mengunjungi Filipina dalam tahun 1460M. Syarif Hassan

tinggal di Sulu dan Syarif Maraja pergi ke Slangan. Di situ dia telah

berkahwin dengan Paramisuli, puteri Syarif Awliya. Selepas kedatangan

dua bersaudara itu barulah dikatakan datangnya Syarif Muhammad

Kebungsuwan dalam tahun 1515M, lalu menetap dan mengasaskan

kerajaan Maguindanao Islam yang pertama.

68

Salasilah Sulu pula menyebut akan kedatangan seorang mubaligh

Islam yang bernama Tuan Syarif Awliyya sekitar pertengahan abad

keempat belas Masihi. Beliau memulakan penyebaran agama Islam di

daerah tersebut. Seorang pengasas sistem kerajaan Islam di Sulu

disebutkan juga sebagai Syarif Abu Bakar yang banyak mengunjungi

daerahdaerah Alam Melayu. Syarif Abu Bakar telah mengembang Islam

dengan meluas di kalangan suku penduduk Sulu. Kebijaksanaannya

telah menarik perhatian penduduk daerah untuk menganut agama

Islam. Kemudiannya Syarif Al-Hasyim pula datang dan diterima sebagai

pengasas kepada Kesultanan Sulu. Syarif Al-Hashim dikatakan datang

ke Nusantara untok mengembangkan ajaran tasawuff Abu Ishak As-

Syirazi, pengarang kitab Ad-Durr Al-Manzum.

Buku Sejarah Orang Sayyid di Pahang menceritakan mengenai

kedatangan beberapa kaum Sayyid Alawiyyin ke Alam Melayu melalui

India dari Hadramaut sekitar abad ke 17M. Mereka ialah Sayyid

Abdullah Al-Qudsi, Sayyid ‘Uthman Asy-Syahab, Sayyid Muhammad ibn

Ahmad Al-‘Idrus dan Sayyid Hussein Al-Qadri. Setelah berguru dengan

Sayyid Muhammad ibni Hamid, beliau telah mengizinkan

rakanrakannya belayar ke negeri-negeri di Asia Tenggara. Sayyid

‘Uthman ibn Syahab telah mewarisi kerajaan Siak. Sayyid Hussein Al-

Qadri pula mewarisi kerajaan Pontianak.

Buku Sejarah Perak menyatakan bahawa Sultan Perak yang

pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah I (1528-1549M) telah berguru

dengan seorang ulama yang bernama Sayyid Hussein Al-Faradz. Buku

Sejarah Alam Melayu pula mengisahkan bagaimana Sultan Iskandar

Perak telah menempatkan salah seorang dari kaum Sayyid Alawiyyin

iaitu Sayyid Abu Bakar pada kedudukan sebagai Bendahara Kesultanan

Perak. Saudaranya yang bernama Sayyid Hasyim Al-Ashghar beroleh

kepercayaan menyusun peraturan ke-99 bagi kesultanan tersebut.

69

Ahlul-Bait Masuk Ke Istana Raja-Raja Melayu

Suatu perkara menarik mengenai kemunculan ahlul-bait

Rasulullah SAW di istana-istana Alam Melayu ialah mereka tampil

sebagai menantu raja.

Antara contoh kemunculan ahlul-bait sebagai menantu raja di

Alam Melayu ialah dalam kerajaan Perlis, dimana Sayyid Harun ibni

Sayyid Ahmad Jamalullail, seorang ahlul-bait yang begitu berpengaruh

di wilayah Kedah Lama atas sifat ketaqwaan, wibawa dan bakat

kepimpinannya, telah menarik minat Sultan Dhiauddin Mukarram Syah,

iaitu Sultan Kedah yang ke 15, lalu dipilih menjadi menantu baginda

melalui perkahwinannya dengan puteri Tengku Sofiah17. Peristiwa ini

berlaku apabila isteri pertama Sayyid Harun yang bernama Syarifah

Mariam meninggal dunia. Kemudiannya, putera Sayyid Harun dari

isterinya yang ketiga (Tengku Sofiah tiada berzuriat), iaitu Sayyid

Hussein Jamalullail akhirnya dilantik sebagai raja pertama bagi

kerajaan Perlis yang berdaulat.

Syarif Ali, seorang lagi ahlul-bait Rasulullah SAW juga menarik

perhatian Sultan Brunei ke-II yang memerintah diwaktu itu, iaitu Sultan

Ahmad (1415-1425M) lalu dinikahkan dengan puteri baginda, Puteri

Ratna Kesuma18. Ketokohan Syarif Ali sebagai pemimpin dan mubaligh

yang unggul menyebabkan ia diangkat menjadi sultan Brunei yang

ketiga dengan gelaran Sultan Barakat.

Tun Habib Abdul Majid (mangkat 1697M) juga merupakan satu

lagi contoh klasik dimana datuknya Sayyid Zainal Abidin19, seorang

Sayyid berbangsa Acheh telah masuk menjadi keluarga pada keturunan

bendahara-bendahara Melaka dan Johor Lama melalui perkahwinannya

dengan cucu Tun Seri Lanang yang merupakan Bendahara Johor di

zaman Sultan Abdullah Maayah Syah (1615-1623M). Keturunan Tun

Habib Abdul Majidlah yang menjadi raja-raja Johor, Pahang dan

Terengganu sekarang.

17

Ahmad Ismail & Yazid Mat, Perlis Indera Kayangan, sejarah pembentukan sebuah negeri berdaulat,

hlm 27 18

YM Pehin Dr. Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Tarsila Brunei, hlm 77 19

R.O Winstedt, The Bendeharas & Temenggungs, JMBRAS, Vol X, pt 1, hlm 58

70

Apa yang menarik perhatian mengenai sejarah kemasukan ahlul-

bait ke dalam istana Raja-raja Melayu sebagai menantu ialah faktor

pemilihan mereka atau anak cucu mereka dalam memberi

kesinambungan kepada pemerintahan negeri. Dalam sesetengah hal,

mereka diberi mandat menyambung pemerintahan kerana raja tidak

berwaris lelaki. Namun terdapat juga raja yang mempunyai waris lelaki

tetapi kesinambungan pemerintahan tetap diberikan kepada menantu

atau anak cucu menantu yang berketurunan ahlul-bait Rasulullah SAW

itu.

Hal ini terjadi semata-mata atas kesedaran umat Islam di zaman

dahulu mengenai keutamaan nasab mulia sebagai salah satu ciri

kelayakan penting dalam pemerintahan sesebuah daulah Islamiyyah.

Umat Islam pra-modenisma akur bahawa faktor ‘kepekatan’ zat dan

darah Rasulullah SAW yang ‘mengatasi dan menguasai’ darah-darah

lain bukan sahaja tidak harus diperkecilkan, malahan terkandung

dalam ajaran Islam itu sendiri, khususnya dalam bab pemilihan Ulil

Amri atau Kepala Negara (termasuk Raja-raja Islam).

Ahlul-Bait Hadhrami Muncul Dalam

‘Gelombang Kedua’ Di Alam Nusantara

Kebanyakan ahlul-bait Rasulullah SAW ‘Gelombang Kedua’ yang

datang ke Alam Nusantara mulai abad ke 18M berasal dari kelompok Ba’

Alawi atau Alawiyyin, berpusat di selatan Semenanjung Jazirah Arab,

iaitu di wilayah Hadhramaut, Yemen. Hadhramaut mempunyai sejarah

yang lama dan terletak hampir kepada Laut Merah, menjadi

penghubung kapal-kapal dagangan antara negeri-negeri di sebelah timur

dan barat negeri Arab. Atas kepentingan ini, selatan Semenanjung Arab

telah menjadi rebutan dua kuasa besar suatu masa dahulu, iaitu

empayar Rom dan Parsi pada abad kelima dan keenam Masihi.

Mulai abad ketujuh, wilayah Hadhramaut telah dikuasai oleh

kerajaan Islam di Madinah. Beberapa sahabat penting seperti Sayyidina

Ali, Mu’az bin Jabal, Abu Musa Al’-Asyari dan panglima Khalid Al-Walid

telah diutus ke Hadhramaut bagi menyampaikan ajaran Islam di situ20.

20

Mahayuddin Haji Yahya, Sejarah Orang Sayyid di Pahang, hlm 4

71

Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA, golongan murtad yang

diketuai oleh Al-Asy’ath ibn Qais Al-Kindi telah menyerang kawasan

Kindah di wilayah Hadhramaut. Abu Bakar lantas mengutus pasukan

Islam ke sana lalu berjaya menewaskan golongan murtad ini. Dalam

masa penaklukan negeri Iraq, orang-orang Islam di Hadhramaut telah

memainkan peranan penting dalam mengalahkan tentera Parsi

Sasanian. Justeru, ramai di antara penduduk Hadhramaut yang

berhijrah ke negeri Iraq, terutamanya dibawah pemerintahan Khalifah

Umar Al-Khattab.

Dalam masa pemerintahan Khalifah Al-Mu’tamid (870-892M) dari

Daulah Abbassiyyah yang berpusat di Baghdad, seorang buyut (atau

generasi ke 5) kepada Sayyidina Al-Hussein, iaitu Muhammad Al-Naqib

ibni Al-Uraidhi bersama-sama anaknya Isa ibni Naqib telah keluar dari

Madinah pergi ke Basrah di Iraq. Di sana Isa telah berkahwin dan

dikurniakan seorang putera bernama Ahmad. Semasa pemerintahan

Khalifah Al- Muqtadir (908-932M), zuriat Rasulullah SAW sering

terdedah kepada kekejaman, penindasan dan penganiyaan disebabkan

perasaan kedengkian Khalifah Abbasiyyah atas mereka. Kewibawaan

ahlul-bait juga dianggap sebagai menggugat kuasa kepimpinan sehingga

sasaran penindasan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kebetulan

dimasa itu juga, pemberontakan yang ditimbulkan oleh puak Zanj

(bekas hamba kulit hitam) telah menimbulkan huru hara di Iraq.

Keadaan yang kalut ini akhirnya telah menyebabkan Imam Ahmad

ibnu Isa mengambil keputusan berhijrah ke Madinah dalam tahun 929M

(bersamaan 317H). Dibawa bersama isterinya Zainab binti Abdullah bin

Hassan bin Ali Al-Uraidi, puteranya Ubaidullah serta isterinya Ummul

Banin binti Muhammad bin Isa, cucunya Ismail serta 70 orang ahli

keluarga yang lain, manakala anak-anaknya Muhammad, Hassan dan

Ali disuruh tinggal di Iraq bagi menjaga harta peninggalannya.

Bersempena dengan peristiwa penghijrahan Imam Ahmad di jalan Allah

SWT ini, beliau telah mendapat nama gelarannya yang terkenal, iaitu

Muhajirullah (Hijrah di Jalan Allah).

Imam Ahmad dan kaum kerabatnya mengambil keputusan

bermukim di Madinah selama setahun dan menunaikan haji di Mekah

Parsi Sasanian. Justeru, ramai di antara penduduk Hadhramaut yang berhijrah ke negeri Iraq, terutamanya

dibawah pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

72

pada tahun berikutnya, iaitu 930M. Semasa itu Mekah baru sahaja

menghadapi peristiwa pencabulan kaum Qaramithah yang membunuh,

merompak dan melarikan Hajarul Aswad.

Selepas menunaikan haji, Imam Ahmad telah mengambil

keputusan untuk berhijrah pula ke wilayah Hadhramaut di Yemen

bersama kaum kerabatnya. Di Hadhramaut, Imam Ahmad pada

mulanya tinggal di sebuah perkampungan Al-Hajara’in, setelah itu

beralih pula ke kampung Bani Jushair dan kemudiannya ke kampung

Al-Husaiyisah.

Di sini Imam Ahmad dan pengikut-pengikut setianya terpaksa

berhadapan dengan golongan Khawarij Ibadiyyah yang telah menguasai

kawasan tersebut sejak zaman pemerintahan Dinasti Umayyah lagi.

Kaum Ibadiyyah membenci ahlul-bait dan menggunakan tafsiran

mereka sendiri dalam hal-hal syariat. Imam Ahmad cuba untuk

menjinakkan kaum Ibadiyyah kepada jalan kebenaran melalui kaedah

berdialog dengan mereka, malangnya gagal.

Akhirnya bersama-sama dengan penduduk Jubail dari Wadi

Dau’an rombongan Imam Ahmad telah mengisytiharkan perang sehingga

berjaya menumpaskan puak Ibadiyyah. Semenjak itu lenyaplah

pengaruh fahaman Khawarij dan tersebar luaslah fahaman Mazhab

Syafiee pegangan ahlul-bait Rasulullah SAW itu sehingga Hadhramaut

kemudian dapat menjadi sebuah pusat penempatan ahlul-bait yang

terkemuka di dunia Islam dengan pegangan kuatnya kepada Mazhab Al-

Syafiee. Menjelang abad ke 12 Masihi, sebilangan besar dari keturunan

Ahmad bin Isa telah berpindah ke sebuah daerah yang dipanggil Tahrem

di sebelah selatan Hadhramaut.

Diantara keturunan Imam Ahmad Al-Muhajir ini ialah cucunya

Imam Alwi ibnu Ubaidillah dan pada Imam Alwi inilah dinasabkan

golongan ‘Sadah’ di Hadhramaut dengan sebutan Aali (keluarga) Ba’

Alawi. Selain pemakaian prediket Sayyid atau Syarif yang di gunakan

oleh zuriat Nabi itu, keturunan ahlul-bait Hadhrami juga kemudiannya

mula dikenali dengan gelaran Habib yang bermakna orang yang dikasihi.

Peristiwa penjarahan kota Baghdad pada abad ke 13 Masihi telah

menyebabkan pusat perdagangan Arab berpindah ke Aden di Yemen.

Aden merupakan pusat perdagangan penting yang menghubungkan

73

Tanah Arab dengan negeri-negeri di sebelah timur menerusi kapal-kapal

perniagaan. Dengan ini bukan sahaja kaum peniaga lancar dalam

perdagangan mereka melalui jalan-jalan laut, malahan para mubaligh

Islam yang datang dari wilayah-wilayah yang berhampiran dengan Aden

termasuklah Hadhramaut dan Jazirah Arab mengambil kesempatan

untuk bermusafir mahupun berhijrah ke negeri-negeri sebelah timur

menyebarkan dakwah serta berdagang.

Golongan Sayyid Hadhrami yang menjadi pengikut Mazhab Syafiee

mulai mengambil peranan penting dalam menyebarkan fahaman

mazhab tersebut kepada kerajaan-kerajaan di sekitar Lautan Hindi21

bermula semenjak abad ke 13 Masihi, iaitu bersempena dengan

pemesatan Aden sebagai pusat perdagangan Islam yang utama dan

terpenting di Jazirah Arab. Dari pelabuhan Aden, golongan Sayyid

Hadhrami mulai bertebaran secara besar-besaran, bermula dengan

penghijrahan mereka ke benua Afrika dalam abad ke 14 dan 15 Hijrah.

Dikatakan dalam tahun 1433M sekitar 44 Sayyid Hadhrami telah

muncul di daerah Berbera di Somalia. Mereka bertanggunjawab dalam

mempengaruhi perkembangan budaya Islam di pantai timur Afrika.

Sementara di India, ahlul-bait Hadhrami telah mewujudkan

penempatan-penempatan mereka di pusat-pusat perdagangan, budaya

dan pemerintahan seperti di Bijapur, Baroch dan Surat.

Dengan peningkatan bilangan kaum Sayyid Hadhrami, mereka

telah berjaya membina pengaruh di pusat-pusat pentadbiran utama di

pantai barat India sehingga sebilangan besar dari kalangan mereka telah

dilantik menjadi pegawai besar Hyderabad dalam abad ke 19M22 .

Apakah faktor pendorong kepada kemunculan ahlul-bait

Rasulullah SAW GELOMBANG KEDUA di Alam Nusantara yang bermula

sekitar awal abad ke 18M?

Hakikatnya, apabila Islam telah mula menapak kukuh dalam

hampir seluruh pelosok Alam Nusantara dengan pemerintahan-

pemerintahan Islam (yang mana kebanyakan merupakan dinasti ahlul-

bait belaka) mengambil tanggungjawab memelihara kepentingan Islam

dan umatnya, maka kaum Sayyid yang datang selepas itu, iaitu mulai 21

Wadi Hadramaut and the walled city of Shibam, hlm 6 22

Ibid, hlm 9

74

abad ke 18 hingga ke 20 Masihi, muncul lebih sebagai ‘pelengkap’,

‘penyempurna’ dan ‘penyeri’ kepada lanskap dan infrastruktur

pemerintahan dan keagamaan yang sedang berkembang pesat, meriah

dan dalam proses ‘pematangan’ di Alam Melayu ini. Kebanyakan yang

datang waktu itu adalah dari kelompok Sayyid Hadrami, atau Alawiyyin.

Bagaimanapun, faktor politik di tempat asal mereka sekali lagi

menjadi antara sebab terpenting dalam kemunculan ahlul-bait

Gelombang Kedua di rantau ini. Sebagaimana yang berlaku kepada

ahlul-bait Gelombang Pertama, ahlul-bait Gelombang Kedua juga tidak

sunyi dari menjadi buruan pembenci dan pedengki mereka.

Diawal abad ke 20 Masihi contohnya, kedudukan Syarif-syarif

Mekah mulai tergugat dimana akhirnya mereka terpaksa menyerahkan

kuasa pemerintahan Mekah dan Madinah kepada puak Saudi Wahabi

dari kaum Arab Badwi. Puak Saud yang ingin menghapuskan golongan

Sayyid Hadhrami kerana menganggap semua ahlul-bait Rasulullah SAW

sebagai ancaman kepada kepentingan politik mereka telah

memusnahkan kitab-kitab agama dan makam-makam alim-ulama

Hadhrami yang mereka tuduh sebagai bida’ah. Ini telah mengakibatkan

ramai Sayyid Hadhrami lari berhijrah kerana terdedah kepada ancaman

penindasan dan penganiayaan Saudi’yyah, sebagaimana yang pernah

berlaku pada zaman datuk nenek mereka dalam pergolakan dengan

Dinasti Umayyah dan Abbassiyyah. Sebahagian mereka memilih untuk

berhijrah ke rantau ini atas kesedaran bahawa bumi Nusantara bukan

sahaja ‘redup’ dengan kaum kerabat mereka yang ramai bermastautin di

sini sejak beberapa ratus tahun dahulu, malahan kesultanan-

kesultanan di Alam Nusantara kebanyakannya adalah merupakan

dinasti-dinasti Bani Hasyim sendiri.

Apa yang ketara membezakan diantara ahlul-bait Gelombang

Kedua dengan Gelombang Pertama ialah kemunculan saudagar-

saudagar ahlul-bait dalam Gelombang Kedua yang dalam diam-diam

telah membantu menyediakan dana yang banyak untuk kos pembinaan

institusi-institusi agama seperti madrasah-madrasah dan pondok-

pondok yang bertaburan di Alam Melayu.

Ini merupakan sumbangan yang amat besar, khususnya dalam

zaman penjajahan Belanda dan British yang telah menyediakan

infrastruktur pendidikan sekular serta menghasut dan menekan Raja-

75

raja Melayu supaya menganaktirikan sistem pendidikan tradisi (sekolah-

sekolah agama rakyat) yang dianggap sebagai ancaman kepada mereka.

Sedangkan ahlul-bait Gelombang Pertama tidak mempunyai masalah ini

kerana Raja-raja Melayu yang memerintah secara mutlak mengambil

tanggungjawab penuh dalam menyediakan segala kemudahan untuk

alim-ulama membuat kerja mereka.

Dari aspek yang lain pula, oleh kerana semenjak abad ke 18

Masihi, sudah kedapatan ramai kaum Sayyid di rantau ini yang

merupakan keturunan ahlul-bait ‘Gelombang Pertama’ yang kini

menjadi pemerintah, golongan bangsawan, alim-ulama serta rakyat

biasa, maka kelompok ahlul-bait Gelombang Kedua yang datang

kemudian secara berperingkat kurang mendapat keistimewaan

sebagaimana yang diberikan kepada kelompok ahlulbait Gelombang

Pertama yang datang lebih awal tadi.

Perkahwinan diantara mereka dengan puteri-puteri bangsawan

walaupun masih ada, tetapi agak berkurangan, dengan ini ‘peleburan’

dengan masyarakat tempatan semakin kurang berlaku. Oleh itu

walaupun budaya dan adat masyarakat setempat telah bersebati dalam

kehidupan golongan ini diatas pergaulan sosial keluarga, natijahnya,

bentuk rupa, dan kadangkala pemikiran mereka masih banyak

‘kearaban’ lagi.

Maka tidak seperti keturunan ahlul-bait Gelombang Pertama yang

disebut oleh sarjana orientalis Barat sebagai ‘the lost sheep’ kerana telah

kehilangan identiti mereka sebagai cucu-cicit Nabi, sehinggakan prediket

yang mengenalkan nasab diri mereka juga telah lama ditinggalkan dari

zaman nenek moyang mereka kerana mengambil gelaran bangsawan,

kebanyakan ahlul-bait Gelombang Kedua lebih mudah dikenali melalui

prediket keturunan yang masih disimpan seperti Sayyid, Syarifah dan

Habib.

Walaupun demikian ahlul-bait Gelombang Kedua masih tetap

selesa, serasi dan mudah bergaul mesra dengan masyarakat Melayu,

apatah lagi ramai dari kalangan orang-orang Melayu sendiri hakikatnya

merupakan ‘kerabat jauh’ mereka (keturunan ahlul-bait Gelombang

Pertama) yang berkongsi nasab, sejarah dan jatidiri yang sama.

76

Kesimpulan

Pengaruh ahlul-bait amnya dari alim-ulama awallun hingga ke raja-raja

kemudiannya telah membentuk keperibadian Bangsa Melayu. Walaupun

bilangan etnik banyak, namun semuanya telah dileburkan kepada Bangsa

Melayu bertulisan Jawi. Identiti ini bukannya terbit dari penaklukan. Identiti

ini terbit melalui dakwah. Hinggakan apabila terbentuk Indonesia, dipersetujui

bahawa bahasa resmi adalah Bahasa Indonesia yang diasaskan dari Bahasa

Melayu walaupun bangsa Jawa merupakan bangsa yang majoriti.

Kesan yang agak penting juga adalah kehadiran Mazhab Shafiee sebagai

mazhab utama bagi orang-orang Melayu. Mazhab Shafiee merupakan mazhab

yang utama bagi ahlul-bait di Timur Tengah. Mazhab ini juga menjadi

pegangan Syarif-syarif Mekah dan ahlul-bait di Hadhramaut. Tidak hairanlah

ia menjadi mazhab penguasa-penguasa seNusantara dari awal-awal lagi.

Ahlul-bait dari Gelombang Pertama mahupun dari Gelombang Kedua

telah membuktikan keunggulan mereka menentang kuasa-kuasa penjajah

seperti Siam, Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Perancis dan Amerika

Syarikat. Kehebatan mereka terserlah di Aceh, Banten, Ternate, Patani, Sulu

dan Maguindanao dimana mereka mempertahankan tanah air mereka dengan

gigihnya.

Dalam konteks ini, seorang ulama ahlul-bait terkemuka hari ini, iaitu Al-

Habib Ali al-Jufri berkata, “ … kalaulah ahli dunia menyangka bahawa mereka

menghalang ahlul-bait daripada hak-hak mereka dengan menghalang mereka

dari kerajaan yang zahir, mereka itu tidak mengetahui bahawa Allah SWT telah

mengurniakan bagi NabiNya serta ahlul-baitnya kerajaan yang tidak akan

binasa ditelan zaman…”23.

Hakikat ini terbukti kerana masih tertegak kerajaan-kerajaan ahlul-bait

seperti di Maghribi, Jordan, Brunei dan beberapa kesultanan di Semenanjung

Tanah Melayu hari ini. Bagi kesultanan yang telah tumbang seperti Patani dan

Mindanao, penentangan masih diteruskan.

Bandingkan fakta ini dengan raja-raja Islam asal yang lainnya termasuk

dinasti yang hebat-hebat seperti Mogul dan Othmaniyyah, dimana kesultanan-

kesultanan yang terlupus kini hanya kekal sebagai kenangan yang indah.

23

Al-Habib Ali al-Jufri, ‘Cucu Kesayangan Rasulullah SAW Terkorban Syahid’, VCD, Wisdomedia Production,

77

Sesungguhnya jasa ahlul-bait kepada Bangsa Melayu akan jati dirinya

serta pegangan agamanya terlalu besar untuk dinilai.

78

Sekelumit Tokoh-Tokoh Keluarga & Kerabat Rasulullah SAW

di Nusantara : Jurai Sayyidina Hassan, Hussein dan Abbas

Melaka Sayyid Abdul Aziz- Islamkan Raja Melaka, Qadhi Melaka

Maulana Sayyid Yusuff – Qadhi Melaka Maulana Sayyid Menawar - Qadhi Melaka

Perak Sayyid Hussein al-Faradz,

Sayyid Jalaluddin bin Sayyid Abdul Majid- Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Jalaluddin - Bendahara Perak Sayyid Hussein bin Sayyid Jalaluddin – Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

Sayyid Shamsuddin bin Sayyid Abu Bakar -Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Sultan-sultan Perak dari kesultanan Siak

Kedah Syeikh Abdullah bin Ahmad b Syeikh Jaafar al-Quamiri24

Syarif Aznan – Mufti bergelar Dato’ Seraja Imam25 Terengganu

Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Aidrus (Tokku Tuan Besar) Sayyid Muhamad Zainal Abidin –Menteri Besar

Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad al-‘Aidrus (Toku Paloh) –ulama/regu raja Sayyid Abu Bakar bin Sayyid –Syekhul Ulama dan ahli Majlis Mesyuarat

Negeri Sayyid Abdul Rahman Semua sultannya dari jurai Tun Habib Abdul Majid

Johor

Tun Habib Abdul Majid26-Bendahara Seri Maharaja Johor (induk 9 kesultanan) Tun Habib Abdul Jalil /Sultan Abdul Jalil IV Johor Sayyid Ahmad al-Attas - Mufti Johor pertama

Sayyid Muhammad al-Attas- Mufti Johor kedua Sayyid Salim Ahmad al-Attas - Syekhul Islam 24 Disebut sebagai ulamak Yemen yang mengislamkan Maharaja Derbar Raja II, Kedah menjadi Sultan Muzaffar Shah.Pengislaman baginda langsung diikuti oleh para pembesar dan rakyat jelata 25 Berketurunan dari Syarif-syarif Mekah. Menjadi penasihat diraja Kedah dan guru agama. Menurunkan keturunan ahlul-bait di Kedah, ditempat bernama Siputeh sekarang.Keturunannya masih ada yang

memakai prediket ‘Syarif, dan ada yang memakai prediket ‘Sarih’ 26Bakal menurunkan beberapa Kesultanan Ahlul-Bait termasuk Johor,Pahang dan Terengganu bermula 1699

79

Al-Habib Alwi bin Tahir al-Haddad - ulama dan pengarang yang masyur di Indonesia dan Malaysia. Pernah menjadi Mufti Johor yang berjasa atas tugas

mengeluarkan sebanyak 12,000 fatwa rasmi kerajaan Johor. Salah sebuah karangannya bertajuk Sejarah Islam di Timur Jauh (terjemahan oleh

Muhammad Dhiya Shahab), menjadi rujukan pengkaji dan peminat sejarah. Pahang

Sayyid Umar al-Attas- Perdana Menteri Semua bendahara dari jurai Tun Habib Abdul Majid

Semua sultannya dari jurai Tun Habib Abdul Majid Perlis

Sayyid Ahmad bin Sayyid Hussein Jamalullail – ulama mubaligh27 Sayyid Hussein ibni Sayyid Harun Jamalullail – pendiri kerajaan ahlul-bait di Perlis

Kelantan/Pattani

Sayyid Jamaluddin Al-Hussein28 - mubaligh, nenek moyang kepada ramai ulama Kelantan-Pattani yang masyur. Juga nenek moyang kepada beberapa ahli Wali Songo

Sultan Adiluddin- pendiri kesultanan ahlul-bait Kelantan/Pattani lama Long Baha- pendiri dinasti kedua kesultanan ahlul-bait Kelantan/Pattani lama

Syeikh Daud bin Syeikh Muhammad al-Bahrayn –Mufti negeri Sayyid Jaafar bin Sayyid Alawi – Hakim Mahkamah Jenayah Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi –Hakim negeri

Sayyid Mustafa al-‘Aidrus- Teku Makam Lama Syeikh Said Barsisa – ulama dan tabib yang mengislamkan Raja Pattani29 Syeikh Safiuddin -

Perlak Samudera Pasai

Sayyid Abdul Aziz –Pendiri Dinasti Aziziyah di Perlak Syeikh Ismail – Islamkan atau mantapkan Islam di Pasai Abdullah ibni Muhammad al-Muntasir- Pembesar

Sayyid Imaduddin al-Hussaini – mubaligh Amir Muhammad bin Abdul Kadir al-Abbasi-mubaligh

Acheh Sayyid Ibrahim Syarif Hasyimsyah al-Jamalullail – Qadhi Malikul Adil dan

bakal menurunkan zuriat pemerintah Kesultanan Ahlul -Bait di Acheh bermula tahun 1699M Habib Abdul Rahman az-Zahir –Mangkubumi merangkap Menteri Luar Acheh 27Bakal menurunkan keturunan yang bakal menerbitkan kerajaan ahlul-bait di Perlis 28Nama lainnya ialah Sayyid Akbar, Sayyid Jamaluddin Al-Akbar atau Sayyid Hussein Jamadil Kubra 29Berasal dari Hadhramaut. Sesetengah pihak berpendapat beliau seorang ahlul-bait, tetapi penulis masih mencari bukti lanjut

80

Sayyid Abdullah Teungku di Meulek –Wazir Rama Setia merangkap Panglima Perang tentera Aceh

Singapura

Sayyid Habib Nuh –Wali tersembunyi yang terkenal

81

7.

Faktor Adat Raja-Raja Melayu

Adat tradisi Raja-Raja Melayu diwujudkan di zaman Kesultanan

Melayu Melaka di bawah bimbingan alim-ulama tasawuff. Berkemungkinan

kebanyakan daripada adat Raja-Raja Melayu ini digubal pada zaman Sultan

Muhammad Syah yang memeluk Islam di bawah tunjuk ajar seorang ulama

Mekah yang bernama Makhdum Sayyid Abdul Aziz. Beliau dan para

mubaligh lain yang membantu dalam proses pengislaman Raja Melaka, para

pembesar negeri serta rakyat baginda sekelian langsung meneruskan

khidmat mengajar tentang hukum-hakam agama. Pengaruh ajaran Islam

juga ternyata jelas terdapat di dalam hukum Kanun Melaka yang menjadikan

hukum Islam (hudud) sebagai dasar perundangan resmi negara.

Kebanyakan mubaligh yang datang ketika itu asalnya kaum Arab,

keturunan Arab atau Farsi. Antara ulama yang tinggal di Melaka untuk

menjalankan kegiatan dakwah dan memberi pengajaran agama ialah

Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuff, Qadhi Menus,

Qadhi Menawar Syah, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalaluddin. Sultan

Muhammad Syah sendiri dikatakan dibimbing secara, peribadi oleh Sayyid

Abdul Aziz dan dikelilingi oleh para slim ulama selama Japan tahun.

Semasa Makhdum Sayyid Abdul Aziz menjadi penasihat agama yang

terpenting kepada Sultan Muhammad Syah inilah berkemungkinan dirangka

beberapa adat peraturan Raja-Raja Melayu Melaka, yang kemudiannya

menjadi garis panduan kepada kesultanan-kesultanan lain di Alam Nusantara

yang mengambil nobat dari Melaka.

Adat Raja-Raja Melayu merangkumi undang-undang SYARIAT dan

undang-undang ADAT yang berkaitan dengan hal kelayakan, perlantikan dan

peranan seorang Raja Melayu sebagai wakil Allah dalam segala urusan umat

Islam berbangsa Melayu.

Adat Raja-Raja Melayu yang terangkum dalam undang-undang syariat

ialah adatullah30, sedangkan adat Raja-Raja Melayu yang bersifat adat yang

30

Adatullah ditakrifkan sebagai hukum fitrah yang dicipta Allah Ta’ala. Terbahagi kepada dua bahagian;

82

diadatkan atau adatunnah31 merupakan penggenap kepada undang-undang

syariat yang berkaitan dengan urusan pemerintahan seorang Raja Melayu.

Adat Melayu yang bersifat ADATULLAH

Dalam memenuhi kelayakan sebagai seorang Raja Islam, seorang Raja

Melayu dituntut untuk memenuhi ciri-ciri seperti baligh, lelaki, tidak gharib

dan berakal. Sepertimana yang disebutkan dahulu, menurut ajaran akidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah, melantik raja hukumnya Fardhu Kifayah.

Begitu pentingnya hal melantik raja, maka adat Raja-Raja Melayu telah

menetapkan bahawa perlantikan seorang raja pengganti perlu didahulukan

daripada mengkebumikan raja yang baru mangkat.

Adat muafakat dan persetujuan para pembesar dalam urusan

perlantikan raja juga tergolong dalam adatullah kerana ianya mempunyai

asasnya dalam ajaran agama Islam. Permuafakatan dan persetujuan para

pembesar Melayu merupakan suatu syarat pengesahan perlantikan seorang

Raja Melayu. Persetujuan para pembesar ini lazimnya dizahirkan melalui

ungkapan “kami suka!”. Adat ini sebenarnya mempunyai asasnya dalam

ajaran agama Islam. Perlantikan Khulafa’-Ar-Rashidin disahkan melalui

ungkapan “kami redho!” oleh para sahabat yang lainnya. Semenjak itu ianya

menjadi amalan dalam perlantikan khalifah-khalifah dan raja-raja Islam.

a. Hukum Tabii, e.g adat api membakar, adat air membasah, adat kambing mengembek, adat air laut

masin, adat malam gelap, adat harimau bengis serta garang dan sebagainya.

b. Hukum adat yang hampir mutlak merupakan peraturan Islam e.g konsep mesyuwarah, belajar ilmu

khususnya ilmu agama, ziarah-menziarahi, menghormati orang tua-tua, melayan tetamu dengan

baik, berbaik sesama jiran dan sebagainya. 31

Adatunnah atau lazim diistilahkan sebagai resam ialah adat dan hukum yang bersumber daripada kebiasaan-

kebiasaan masyarakat setempat yang dinilai sebagai murni, bermenafaat dan tidak bersalahan dengan hukum Islam.

Adatunnah terbahagi kepada dua bahagian;

a. Peradaban serta adat resam tempatan yang baik dan bersifat makruf seperti konsep bergotong

royong, berbudi bahasa, bersopan-santun, belajar ilmu pertahanan seperti bersilat dan ilmu

persenjataan, berlembut dengan orang tua-tua, menggunakan ganti nama kepada orang tua-tua

sebagai tanda memuliakan mereka, bermusafir untuk mencari ilmu atau rezeki, majlis bersalaman

dan bermaafan di Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya. Kebiasaan-kebiasaan terpuji ini

kemudiannya diperkukuhkan oleh petinggi adat setempat sebagai resam yang harus berlaku

dalam pergaulan hidup sehari-hari masyarakat.

b. Majlis-majlis keagamaan dan amalan masyarakat Melayu yang juga bersifat makruf seperti Majlis

Tahleel, Marhaban, Khatam Quran, Majlis bersunat, Majlis Maulidur Rasul, Majlis Tilawah di

bulan puasa dan sebagainya.

83

Adat pertabalan seorang Raja Melayu juga merupakan suatu adatullah.

Dalam majlis pertabalan, lafaz sumpah mengambil tanggungjawab sebagai Ulil

Amri dan disertakan dengan alat kebesaran mempunyai asas yang kukuh

dalam ajaran agama Islam. Ianya bertujuan menyambung ikatan kerohanian

diantara daulah-daulah Islamiyyah yang berantai dari zaman Rasulullah SAW.

Upacara pertabalan seseorang Raja merupakan suatu majlis yang sakaral

kerana ianya merupakan pengiktirafan agama kepada kedudukannya sebagai

seorang Raja Islam yang mendapat mandat Allah SWT. Sebagai seorang Raja

bagi umat Islam yang berdaulat, ianya dapat menjamin payung Allah dibuka

atas kerajaannya.

Bimbingan Mufti dan Fakih diperlukan apabila terjadi masalah,

contohnya Raja yang terkeluar dari kelayakan sebagai seorang Ulil Amri

seperti menjadi gila, menentang perlaksanaan syariat, terlalu zalim dan

sebagainya. Institusi Ulama juga menjadi pembimbing istana dalam

memastikan Institusi Beraja tetap teguh peranannya sebagai pendiri dan

penegak corak pemerintahan Islam dalam kesultanannya.

Adat Raja Melayu yang bersifat ADATUNNAH

Sebagaimana resam adat yang diadatkan yang mempunyai asal-usul

serta penjaganya, adat Raja-Raja Melayu di bawah kategori ini berasal dari

zaman pemerintahan Demang Lebar Daun dari Bukit Siguntang di Tanah

Palembang. Apabila Demang Lebar Daun memberi amanat kepada Sang Nila

Utama untuk menjadi tunggak dan payung kepada umat Melayu, dan

meletakkan dirinya sebagai Bendahara Melayu pertama yang berfungsi sebagai

‘tempat perbendaharan segala rahsia raja’ , Demang Lebar Daun juga telah

meletakkan beberapa adat yang dapat menzahirkan kemuliaan dan kebesaran

Sang Nila Utama sebagai seorang Raja Melayu yang berdaulat. Dari sinilah

juga puncanya kedudukan Bendahara sebagai penjaga adat Raja-Raja Melayu.

Perkahwinan Raja dengan puteri bangsawan yang diharapkan dapat

melahirkan waris pemerintah merupakan fitrah raja-raja dari zaman awal

tamadun manusia. Adat kuno ini dikekalkan dalam adat Raja-Raja Melayu.

Kedatangan Islam yang mengutamakan kemuliaan zuriat (tidak gharib)

sebagai satu ciri kelayakan menjadi pemerintah bertanggungjawab dalam

menjamin adat ini terus dikekalkan dalam lanskap pemerintahan Raja-Raja

Melayu. Demang Lebar Daun mengembangkan lagi adat ini dengan

mengasaskan adat perkahwinan Raja dengan puteri Bendahara. Maka dalam

84

adat Raja-Raja Melayu, darah Raja, Bendahara dan keturunan Rasulullah

SAW atau Sayyid dan Syarifah ditakrifkan sebagai darah gahara. Adat ini juga

sebenarnya dapat dimasukkan dalam kategori adatullah kerana ianya amat

serasi dengan aturan Islam.

Suatu lagi adat yang diadatkan yang juga mempunyai asas yang kukuh

dalam Islam ialah konsep ‘pantang anak Melayu derhaka pada rajanya’.

Dalam ajaran Islam, seorang Ulil Amri wajib dipatuhi selama mana

perintahnya tidak melanggar batasan syariat. Begitu jugalah halnya dengan

seorang Raja Melayu yang merupakan pemerintah bagi umat Islam berbangsa

Melayu; jika baik Raja itu, hamba Melayu mestilah taat, sedangkan bagi Raja

yang zalim telahpun termaktub dalam perbilangan ‘Raja adil raja disembah,

raja zalim raja disanggah’.

Pemilihan waris tertua sebagai pengganti Raja yang mangkat

merupakan suatu lagi adat yang diadatkan, dibuat bagi mengelakkan konflik

diantara kerabat diraja dalam urusan menaiki takhta. Bendahara, jemaah

menteri serta beberapa kerabat diraja yang tertua akan memutuskan hal

pengganti Raja jika tercetus masalah yang berkaitan dengan perlantikan Raja

seperti ketiadaan waris.

Pertabalan seorang Raja Melayu yang dibuat oleh Dato’ Bendaharanya

juga adalah tergolong dalam adat yang diistiadatkan, yang mana ianya berasal

dari pertabalan Sang Nila Utama sebagai Raja Melayu oleh Demang Lebar

Daun. Begitu juga dengan adat Melayu yang menyatakan bahawa takhta

pemerintahan Bangsa Melayu perlu ‘dikembalikan’ kepada Bendahara jika

ditakdirkan Raja mangkat tanpa berwaris. Adat ini sudah tentu berasaskan

kepada hakikat bahawa Bendahara merupakan ‘tuan asal’’ kepada Bangsa

Melayu dari Bukit Siguntang yeng menyerahkan amanah pemerintahan

kepada Sang Nila Utama sebagai Raja Melayu yang pertama. Keturunan

Demang Lebar Daun -Sang Nila Utama inilah yang kemudiannya membentuk

ciri-ciri peradaban, identiti, budaya, jatidiri dan Tamadun Melayu-Islam

apabila membuat kerajaan di Melaka.

Penggunaan bahasa yang khusus kepada keluarga diraja seperti

‘berpatik’ dan ‘bertuanku’, protokal serta ketertiban yang dituntut dalam

berhubungan dengan mereka termasuk dalam perkara adat yang diadatkan.

85

Kepentingan Adat Raja-Raja Melayu

Sebagai institusi pemerintahan umat Islam yang mempunyai legitimasi

kukuh dalam agama, dan dalam peranannya sebagai satu unit dari rantaian

sistem Khalifah Islamiyyah, terdapat beberapa adat Raja-Raja Melayu yang

dibuat bagi menjamin hakikat yang menzahirkan daulat Institusi Raja-Raja

Melayu akan terus terpelihara. Kewujudan hakikat inilah yang menjamin

payung perlindungan Allah SWT tetap terbuka kepada Bangsa Melayu.

i. Memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus kekal berada di

dalam rahmat Allah

. Majlis Pertabalan Sultan

Majlis Pertabalan atau Perpuspaan Sultan memastikan wujudnya

kesinambungan pemerintahan baginda kepada warisan pemerintahan

umat Islam dari zaman Rasulullah SAW. Termasuk didalamnya sumpah

Raja bagi menjalankan mandat Allah atas baginda serta ikrar taat setia

para pembesar negeri sebagai wakil rakyat jelata. Oleh itu penobatan

seseorang Raja Melayu mengikut adatnya akan menzahirkan kekuatan

rohaniat kepada daulah baginda selama mana baginda tidak

mengkhianati sumpah yang dilafaznya dalam upacara penobatannya

yang penuh sakaral itu.

Muafakat Raja-Pembesar

Selain itu adat mendapatkan muafakat dan persetujuan para

pembesar atas perlantikan seorang Raja, dan dalam lain-lain perkara

yang bersangkutan dengan hal ehwal pemerintahan negeri (iaitu konsep

mesyuawarah) juga boleh menjamin pemerintahan tersebut kekal berada

di dalam rahmat Allah SWT. Kesatuan hati dan muafakat merupakan

kunci kepada kekuatan sesebuah pemerintahan yang dapat digunakan

untuk menggembeling tenaga sukarela di saat-saat genting apabila

negeri berada dalam bahaya ancaman musuh. Kesatuan hati juga dapat

mengelakkan pecah belah, khususnya diantara Raja dan para pembesar

baginda yang boleh diambil kesempatan oleh musuh agama dan bangsa

untuk ‘menangguk di air keruh’.

86

Perkahwinan Raja Dengan Wanita Gahara

Adat perkahwinan Raja-Raja Melayu dengan wanita dari darah

gahara (iaitu wanita bangsawan atau keturunan Sayyid) adalah adat

raja-raja dari zaman kuno yang tetap diamalkan oleh sesetengah

pemerintahan Raja-Raja Islam. Hakikatnya terdapat juga Raja-Raja

Islam yang tidak mengamalkan adat ini contohnya Dinasti

Umaiyyah, Abbassiyyah dan Othmaniyyah. Bagaimanapun

dengan sebab tiadanya adat ini dalam pemerintahan dinasti-

dinasti tersebut, ianya seringkali menimbulkan pergaduhan di kalangan

putera-putera Khalifah kerana masing-masing merasakan berhak

untuk naik takhta, walaupun anak-anak gundik (wanita kebanyakan

atau hamba sahaya). Pergaduhan yang seringkali tercetus membawa

kepada tragedi berbunuh-bunuhan dan persaingan yang amat tidak

sihat.

Oleh kerana rantau Nusantara merupakan tempat yang paling

akhir sekali di dunia mendapat Islam, iaitu lebih 700 tahun selepas

zaman Rasulullah SAW, maka pengalaman-pengalaman buruk

Dinasti-Dinasti Islam yang wujud sebelum terbentuknya

kesultanan-kesultanan Melayu telah dijadikan iktibar oleh alim-

ulama tasawuff dalam membimbing Raja-Raja Melayu kepada

corak pemerintahan Islam32. Susulan darinya, berkemungkinan

alim-ulama tasawuff yang datang ke Melaka ini telah mengesyorkan

dirangka adat Raja-Raja Melayu, yang mana pemilihan putera tua dari

darah gahara menjadi adat Raja-Raja Melayu yang paling pertama dan

utama.

Sejarah Melayu membuktikan bahawa pegangan keras hampir

kesemua Raja-Raja Melaka kepada adat ini telah membawa kepada

era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kisah-kisah

pergolakan istana hampir tidak kedengaran di Melaka dan Johor.

Masalah mula terjadi apabila British berhasrat untuk menjajah Tanah

Melayu dan mengambil pendekatan pecah-pecah perintah bagi

32

Kebanyakan mubaligh yang ke Melaka asalnya kaum Arab, keturunan Arab atau Farsi. Ini boleh dijadikan

alasan mengapa mereka cukup faham karenah Daulah-Daulah Islamiyyah di kawasan Timur Tengah. Antara

ulama yang tinggal di Melaka untuk menjalankan kegiatan dakwah dan memberi pengajaran agama ialah

Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuff, Qadhi Menua, Qadhi Menawar Syah,

Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalaluddin. Sultan Muhammad Syah yang mempelopori kebanyakan adat

Raja-Raja Melayu dibimbing secara peribadi.

87

membolehkannya menyelinap masuk ke dalam benteng-benteng

istana. British telah menggunakan statusnya sebagai suatu kuasa

besar dunia untuk mengajar dan mendokong anak-anak gundik kepada

Raja-Raja Melayu untuk merampas takhta, dari situ tercetuslah banyak

pergolakan istana.

Adat Raja-Raja Melayu yang menetapkan `putera dari darah

gahara' sebagai salah satu ciri kelayakan terpenting sebagai waris

pemerintah akan dapat memastikan tiada unsur-unsur pencemaran

nasab yang boleh mencetuskan pengkhianatan kepada Institusi Raja-

Raja Melayu yang sakaral. Oleh itu perkahwinan raja dengan wanita

gahara amat dipentingkan. Pemeliharaan keturunan Raja-Raja Melayu

yang baik dan mulia itu juga dapat mengekalkan rahmat Allah turun ke

atas pemerintah dan rakyat baginda.

Rasulullah SAW telah bersabda: "Pilihlah tempat ang baik

untuk keturunan kamu dan berkahwinlah dengan yang sekufu

(sebanding atau sepadan). " (HR Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Hadith lain juga ada menyebut: "Pilihlah tempat yang baik untuk

air mani kamu, sesungguhnya kaum wanita itu melahirkan (keturunan)

serupa dengan adik beradik lelaki atau perempuannya".

Dalam riwayat lain: "Carilah tempat-tempat yang sesuai

untuk air mani kamu, sebab sesungguhnya si lelaki itu lebih

menyerupai kaum sebelah ibunya. " (HR. Ibnu Asakir)

Walaupun pada hari ini adat tersebut telah beransur-ansur

ditinggalkan, tetapi ianya bermenafaat untuk dihidupkan kembali

supaya jangan sampai terjadinya peristiwa perkahwinan Raja-Raja

Melayu dengan wanita-wanita Yahudi, Nasrani, atau yang gharib.

Ditakuti agen-agen kuffar cuba memasukkan wanita-wanita mereka ke

dalam tembok-tembok istana pemerintahan Islam supaya boleh

meranapkan Institusi Raja-Raja Melayu dari dalam. Perkara ini telah

pun berlaku pada sebahagian raja-raja Islam yang menyebabkan

kemudaratan pada peranan Ulil Amri sebagai tonggak agama dan bangsa.

88

ii. Memelihara Institusi Raja-Raja Melayu dari unsur-unsur

pencabulan dan pengkhianatan

Terdapat juga beberapa adat Raja-Raja Melayu yang dibuat sebagai

benteng yang memastikan institusi yang merangkumi raja-raja ini tetap

terpelihara dari sebarang unsur-unsur pencabulan dan pengkhianatan.

Unsur-unsur pencabulan dan pengkhianatan boleh berlaku melalui

pendekatan meletakkan ‘musuh dalam selimut.’ ‘Musuh dalam selimut’ ini

boleh menjadi ‘duri dalam daging’ yang mampu melumpuhkan teras kekuatan

Institusi Raja-Raja Melayu ini dengan kelebihan yang ada pada musuh ini

sebagai ‘orang dalam’.

Pemilihan Putera Gahara

Raja mesti dari darah gahara, supaya tidak hilang ‘bisanya’

sebagai seorang Raja yang berdaulat. Ini bukan sahaja memenuhi

tuntutan ajaran Agama Islam, tetapi juga dapat mengelakkan

berlakunya masalah perebutan kuasa. Hakikatnya, putera-putera

Raja kesemuanya diberi layanan yang sama, mendapat gelaran

yang sama serta lain-lain keistimewaan yang serupa, tetapi hanya

putera gahara sahaja yang boleh mewarisi pemerintahan negeri.

Kerana urusan pemerintahan negeri bukan hakmilik peribadi

Raja itu untuk dijadikan bahan rebutan antara putera-puteranya,

melainkan adalah urusan, amanah serta mandat Allah SWT

semata. Oleh itu perlantikan waris Raja perlu mengikut hukum

adat dan hukum syarak yang digariskan yang mana termasuk

antaranya ciri kegaharaan supaya tidak timbul masalah di

kemudian hari.

Adat ini sebenarnya amat berpandangan jauh kerana ianya

boleh mengelakkan siasah dan permusuhan diantara anak-anak

raja. Sejarah membuktikan bahawa disebabkan asal keturunan

mereka yang bukan dari darah bangsawan, yang menyebabkan

mereka tidak dimasukkan dalam aturan pengganti Raja seperti

putera-putera gahara, anak Raja dari wanita kebanyakan atau

wanita gundik lebih mudah diperalatkan oleh pihak-pihak yang

berkepentingan untuk merampas kuasa.

Sokongan yang diberi dari belakang oleh pihak yang menaja

sehingga menyebabkan kuasa pemerintah berjaya dirampas oleh

89

putera yang tidak gahara kemudiannya digunakan untuk

menuntut sesuatu darinya, atas alasan ‘budi balas budi’. Bagi

menjamin kuasa yang diperolehi melalui jalan yang tidak sah itu

tetap berada dalam tangannya, maka pemerintah baru ini

terpaksa mengikut arahan dan tuntutan penaungnya itu.

Ini merupakan ancaman kepada agama dan bangsa kerana

boleh jadi wanita kebanyakan atau gundik yang merupakan

bonda kepada putera yang tidak gahara itu mempunyai

penaungnya yang berniat jahat. Perkara inilah yang seringkali

mencetuskan unsur-unsur pencabulan dan pengkhianatan dari

dalam kepada Institusi Beraja kerana mandat Allah kini

digantikan dengan mandat dari penaung.

iii. Mengelakkan perbalahan kaum kerabat diraja yang boleh

menggugat Institusi Raja-Raja Melayu

Raja dari waris tua

Perlantikan seseorang pengganti Raja mengikut pertalian nasab,

utamanya waris tua (bukan muktamad) adalah bagi mengelakkan

terjadinya masalah perebutan kuasa. Ini terbukti dalam banyak

kesultanan-kesultanan lain, malahan pusat khalifah ummah juga tidak

terlepas dari masalah tersebut. Ini berikutan kesultanan-kesultanan

tersebut mengamalkan kaedah meritokrasi yang banyak mencetuskan

perasaan tidak puas hati di kalangan kerabat diraja.

Kaedah meritokrasi yang diamalkan oleh Dinasti Othmaniyyah

merupakan contoh terbaik bagaimana akhirnya sistem ini berjaya

menyeludup masuk seorang diktator Yahudi yang kemudiannya dikenali

sebagai Kamal Ataturk. Sedangkan dalam Kesultanan Melayu Melaka

dan Johor, perkara ini tidak terjadi kerana adat tersebut diikuti dengan

kerasnya. Hanya dua kali sahaja berlaku peristiwa ‘pengambilan’ kuasa

Raja, itupun dalam kedua-dua peristiwa tersebut, ianya dibuat atas

faktor agama, iaitu pengambilan semula hak Raja Kassim sebagai

Sultan (kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah) dan peristiwa Sultan

Mahmud Mangkat di Julangan.

90

iv. Kekuatan pemerintahan pada jawatan warisan dan seketurunan

Bendahara yang merupakan kerabat dan sedarah dengan Raja

lazimnya lebih tua dari baginda, contohnya bapa saudara atau mertua

raja. Adat ini dibuat supaya dapat mendatangkan rasa hormat Raja

kepada Bendahara kerana telah sedia maklum bahawa yang muda lebih

segan dan memuliakan yang tua, serta lebih mudah mendengar

nasihatnya.

Selepas dari jawatan Bendahara, dilantik pula Temenggong yang

lazimnya juga berkerabat dengan raja. Adat ini juga merupakan suatu

yang berpandangan jauh kerana terbukti bahawa dalam sebuah

keluarga, orang yang boleh diharap menjaga keselamatan keluarga

adalah darah daging sendiri, sebab itu merupakan fitrah manusia.

Itulah sebabnya dalam kelompok bangsa, keselamatan negara lazim

diberi pada bangsa yang sama. Begitu juga dalam agama, contohnya di

zaman kesultanan Melayu Melaka, syarat untuk menjadi polis dan

tentera mestilah beragama Islam, kerana agama mengikat kuat

persaudaraan sesama saudara seagama, atau ukhuwwah. Selepas itu

barulah jawatan Orang-Orang Kaya yang mana sesetengahnya bersifat

jawatan warisan dan yang lain pula adalah jawatan kurnia.

v. Waris atau Raja yang terkeluar dari kelayakan

Hanya dalam keadaan tertentu barulah boleh diambil kembali

mandat pemerintahan dari waris atau Raja, dan ini merupakan salah

satu kerja Bendahara yang paling susah tetapi penting. Contohnya jika

waris murtad, gila atau melarang perlaksanaan hukum syariat. Jika

waris tua tidak mahu menjadi Raja, mengikut adatnya terpulanglah

kepada Bendahara, dengan permuafakatan kerabat diraja dan Orang

Kaya-Kaya (jemaah pemilih) untuk melantik penggantinya dari kaum

kerabat diraja juga.

Adat istiadat perlantikan Raja berada di bawah tanggung jawab

penuh seseorang Bendahara dan ia juga menjadi orang tengah atau

’arbitrator ‘ jika berlaku masalah seperti perebutan kuasa. Jika Raja

yang mangkat meninggalkan waris sulong yang masih kecil lagi,

Bendahara ditugaskan memangku jawatan Raja sehinggalah waris

mencapai umur tertentu yang melayakkannya memikul tanggung jawab

penuh sebagai Raja negeri itu.

91

Kesimpulannya, dalam struktur pemerintahan Raja-Raja Melayu

dengan segala adat, adab dan protokal diraja yang cukup kemas dan teratur,

masing-masing Raja, Bendahara dan orang-orang besar negeri tahu bahagian

kuasa masing-masing yang perlu ditunaikan, serta batasan dan pantang

larang yang perlu dipelihara. Perlantikan serta pengagihan kuasa yang teratur

dan terbendung dalam lunas-lunas ajaran Agama Islam dan adat istiadat Raja-

Raja Melayu mampu membendung gejala percaturan politik yang amat

mencemarkan. Muafakat Raja, Bendahara dan Orang-Orang Kaya sentiasa

dipelihara dan dipertahankan.

Kesan Terbesar Daripada

Perlanggaran Adat Raja-Raja Melayu

Dalam corak pemerintahan bangsawan Orde Melayu Baru yang wujud

mulai zaman penjajahan British, adat Raja-Raja Melayu tinggal sebagai

penghias dalam majlis adat istiadat diraja tanpa mencerminkan apa-apa

kepentingan. Beberapa amalan adat Raja-Raja Melayu yang berfungsi sebagai

benteng kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu telah mulai diabaikan, dan

kesannya dapat dilihat seperti berikut;

i. Perlantikan Raja-Raja Melayu yang melanggar adat

Adat pemilihan waris Raja yang berdarah gahara sebagai bakal

pengganti mula ditinggal-tinggalkan. Adat Raja-Raja Melayu yang

mengikuti syor agama ini dapat menjamin kesucian nasab pemerintah

dapat terpelihara dari sebarang unsur pencemaran. Malangnya dengan

pengabaian adat yang penting ini, ditakuti akan mendedahkan Institusi

Raja-Raja Melayu kepada musuh-musuh agama dan bangsa yang

sentiasa mencari peluang untuk menyelinap masuk ke dalam

pemerintahan umat Islam, dan membuat kerosakan dari dalam.

Jika kita perhatikan dengan teliti, banyak pemerintahan umat

Islam menjadi rosak apabila berlaku penyelinapan bangsa Yahudi atau

Nasrani melalui perkahwinan pemerintah dengan wanita-wanita gharib.

Kamal Ataturk yang bertanggungjawab meruntuhkan Khalifah

Islamiyyah merupakan satu contoh klasik perancangan Freemason

(salah satu cabang agen Yahudi) yang mana diketahui ia merupakan

92

anak gharib dari keturunan Yahudi yang dapat menyelinap masuk

berdasarkan sistem meritokrasi yang digunakan dalam Dinasti

Othmaniyyah itu.

Sedangkan adat mengahwini wanita gahara (iaitu sudah diketahui

asal usulnya) dapat menjamin tidak berlakunya penyeludupan anasir-

anasir jahat oleh kelicikan perancangan musuh-musuh agama dan

bangsa yang sentiasa mencari-cari apa sahaja peluang terbuka.

Alasan ini jugalah yang mungkin menyebabkan keturunan

Rasulullah SAW tidak digalakkan mengahwini wanita-wanita yang

bukan ahlul-bait, iaitu untuk menjaga kesucian nasab mereka. Bagi

Raja-raja Melayu yang kebanyakannya berdarah Rasulullah SAW,

perkara ini tidak seharusnya dianggap kecil dan remeh.

ii. Perlantikan raja tanpa melalui upacara Pertabalan

Perlantikan Raja yang tidak melalui upacara pertabalan akan

menyebabkan terputus rantaian warisan pemerintahan umat Islam dari

zaman Rasulullah SAW. Apabila Raja tidak bertabal, maka bermakna

baginda belum lagi mengangkat sumpah atau ‘aqad untuk menjunjung

amanah sebagai Ulil Amri, belum lagi mengambil kata persetujuan

(contohnya “kami redha” atau ‘kami suka’) atau ikrar taat setia (atau

bai’at) dari para pembesar sebagai wakil bagi rakyat jelata; maka rupa

zahir Raja yang ada padanya akan terkosong dari perisian hakikat.

Maka jadilah Raja tersebut ‘Raja tanpa daulat’, dan tidak akan

terpikul bebanan sebagai ‘payung’ dan ‘tombak’ Allah di mukabumi ini.

Keadaan ini akan dapat dirasai oleh rakyat jelata di saat-saat genting

yang memerlukan permenafa’atan fungsi Raja, contohnya apabila

terdapat ancaman terhadap aqidah umat Islam atau usaha untuk

melekangkan Bangsa Melayu dari identitinya.

iii. Mengambil ‘nobat’ dari Kuasa Kuffar

Kepentingan ‘penobatan’ sesebuah daulah umat Islam adalah bagi

menjamin payung perlindungan Allah tetap terbuka pada kesultanan

yang mendapat nobat itu. Selain itu, ia juga bagi memastikan bukan

sahaja ikatan kerohanian dapat diwujudkan diantara daulah-daulah

93

umat Islam, malahan ianya dapat menjadi penyambung kepada tradisi

pemerintahan umat Islam dari zaman Khulafa’ Ar Rasyidin lagi, yang

mana Institusi Berkhalifah dan Institusi Beraja Islam merupakan jenis

pemerintahan umat Islam yang mendapat naungan dari Allah dan restu

dari Rasulullah SAW sendiri.

Malangnya dengan berlalunya masa, terutamanya apabila Khalifah

Islamiyyah yang dipegang selama berkurun lamanya oleh Dinasti

Othmaniyyah berjaya dihapuskan oleh perancangan jahat kuasa-kuasa

Barat, kefahaman mengenai keabsahan dan kepentingan Institusi Beraja

Islam juga turut sama terlupus.

Penjajah British yang pernah menjajah hampir kesemua negara

Islam di zaman mercu empayarnya langsung mengambil kesempatan di

atas kelemahan dan perpecahan ummah untuk ‘menobatkan’ Raja-Raja

Islam. ‘Penobatan’ Raja-Raja Islam oleh golongan Kafirun amat

menghina agama, kerana Raja Islam tersebut dikirakan mendapat

nobatnya dari monarki British yang hakikatnya merupakan penaung

kepada gereja dan agama Kristian di negara mereka.

Penobatan seorang Raja Islam oleh monarki kuffar yang menjadi

payung kepada agama Kristian sudah tentu akan menyebabkan

terputusnya naungan Allah atas daulah yang terletak di bawah tonggak

raja yang menerima nobat itu. Ini akan mendatangkan kesan secara

langsung kepada kedaulatan kesultanan tersebut dan membuka ruang

bagi kemasukan berbagai unsur kejahatan dan bala bencana.

Sebagai penaja yang menobatkan Raja-Raja Islam ini, kuasa kuffar

tersebut akan menjurus pemerintahannya kepada corak pemerintahan

mereka, iaitu antara lainnya dengan memujuk supaya diambil Penasihat

Inggeris sebagai pendamping Raja yang utama. Melalui dasar-dasar

pemerintahan mimikan Barat, penasihat-penasihat ini

bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung dalam

menghancur-leburkan corak pemerintahan tradisi umat Islam.

94

8.

Faktor Peranan & Fungsi Raja Melayu

Pemerintahan Khilafah Othmaniyyah yang bermula pada akhir

abad ke 13M merupakan pemerintahan yang mendapat sokongan dari

semua penganut Islam di serata pelosok dunia, yang mana raja-rajanya

diiktiraf sebagai Khalifah Islamiyyah. Malahan Syarif-Syarif Mekah33 juga

mengiktiraf, mendokong dan menjalin ukhuwwah yang baik dengan

khalifah-khalifah dinasti tersebut. Mereka menjadi sumber inspirasi dan

kekuatan ummah serta tempat pergantungan termasuklah dari rantau ini.

Khalifah Islamiyyah ini memberikan makna yang besar kepada semangat

perpaduan dan setiakawan yang wujud di kalangan kesultanan-kesultanan

Islam sedunia, malahan menjadi resam daulah-daulah Islamiyyah untuk

mendoakan kesejahteraan khalifah-khalifah, selain raja-raja mereka yang

dibuat selepas khutbah Jumaat.

Kesultanan Melayu Melaka menempuh zaman keemasan hanya selepas

mendapat nobat Khalifah dimana ianya menjadi pusat Islam yang terunggul

di rantau. ini. Apabila kerajaan-kerajaan berjiran mengambil nobat dari

Melaka untuk mengenalkan diri sebagai kesultanan-kesultanan Islam, maka

diambil sekali segala adat dan peraturan raja-rajanya. Daulah-daulah

Islamiyyah ini dipanggil kesultanan-kesultanan Melayu. Antara kesultanan

yang mengambil nobat dari Melaka ialah Kesultanan Perak, Pahang, Brunei,

Kedah dan sebagainya.

Dengan penobatan ini, Raja-Raja Melayu mendapat pengiktirafan

sebagai zilul 'Lah fil ard, ukhuwwah yang terjalin dengan pusat Khalifah

Islamiyyah atau Syarif-Syarif Mekah langsung dapat dimenafaatkan melalui

hubungan perdagangan, diplomatik serta bantuan daripada alim-ulama yang

didatangkan khas dari tempat-tempat tersebut serta bantuan ketenteraan

untuk memerangi penjajah-penjajah kafir.

33

Keturunan ahlul-bait Rasulullah SAW dari jurai Sayyidina al-Hassani bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah

SAW yang memerintah Mekah dan Madinah selama hampir 800 tahun lamanya, iaitu dari 1201 Masihi sehingga

diturunkan oleh dinasti Saudiyyah dalam tahun 1925 Masihi yang kemudiannya mengasaskan Arab Saudi.

95

Sebagai sub-sistem dalam rantaian Khalifah Islamiyyah, hubungan

akrab yang terjalin diantara Khalifah Othmaniyyah dengan kesultanan-

kesultanan Melayu banyak tercatat dalam sejarah, antaranya;

i. Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar (1537-1568) dari

Kesultanan Acheh telah diberikan gelaran Sultan oleh Khalifah

Othmaniyyah yang bernama Sultan Salim II.

ii. Di zaman Sultan Alauddin Riayat Syah Al Mukammil (1588-1604),

Acheh telah dibenarkan menggunakan bendera corak Kerajaan

Othmaniyyah. Acheh juga telah menerima bantuan ketenteraan

daripada Khalifah Othmaniyyah dalam jihadnya dengan

Belanda.

iii Kesultanan Sulu pernah meminta bantuan ketenteraan daripada

Khalifah Othmaniyyah dalam jihadnya dengan penjajah Sepanyol.

iv. Kesultanan Banten pernah meminta pengiktirafan Syarif Mekah

dan menghantar perutusan kepada Khalifah Othmaniyyah.

v. Kesultanan Brunei pernah meminta bantuan Khalifah

Othmaniyyah untuk mengusir James Brooke yang telah

merampas sebahagian besar dari wilayah Brunei masa itu.

vi. Salah seorang dari Raja-Raja Melayu (kemungkinan dari

Kesultanan Terengganu) pernah menawarkan diri untuk menjadi

Khalifah ummah apabila Kerajaan Othmaniyyah kalah dalam

peperangan dengan tentera bersekutu Eropah pada awal abad ke

20M.

Khalifah Othmaniyyah banyak memberikan dorongan, malah

bantuan ketenteraan kepada ancaman penjajahan Nasrani di rantau ini

sehingga akhir abad ke-19 Masihi melalui pejabat konsul mereka di Singapura

dan Batavia (Jakarta). Khalifah Othmaniyyah juga pernah melibatkan diri

bersama pejuang-pejuang Islam dalam menentang penjajahan Nasrani di Sulu,

Palembang, Jambi dan lain-lain tempat.

Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai unit-unit dalam. rantaian

Khalifah Islamiyyah semenjak hampir 600 tahun yang lalu merupakan

suatu rahmat kepada Bangsa Melayu. Walaupun dengan segala bekas

96

parut dan calarnya, warisan pemerintahan umat Islam yang masih dipelihara

di negara kita adalah sesuatu yang harus disyukuri, kerana dalam

kebanyakan negara Islam yang lain di dunia, Institusi Raja-Raja Islam telah

dilupuskan sama sekali oleh perencanaan jahat kuasa-kuasa Barat,

sebagaimana terhapusnya Institusi Khalifah Islamiyyah. Institusi Raja-Raja

Islam yang menjadi 'payung dan tombak' Allah SWT di dunia ini kemudiannya

digantikan dengan sistem-sistem yang berfalsafah 'kenegaraan' yang

hakikatnya dinaungi oleh Yahudi dan Nasrani.

Kepentingan, Fungsi Dan Peranan

Raja-Raja Melayu Tradisional

Kedatangan Islam di Alam Melayu telah melahirkan suatu kuasa

politik yang unggul dan berwibawa, yang mana amalan pemerintahan Islam

oleh kesultanan-kesultanan Melayu ini diakui pernah membawa kepada suatu

era gemilang dalam sejarah rantau ini. Kebanyakan Raja-raja Melayu di

zaman kecemerlangan tersebut telah mendaulatkan Islam dalam amalan

pemerintahan mereka.

Islam juga telah membawa Raja-Raja Melayu kepada dua konsep murni,

iaitu adil dan muafakat. Konsep adil diterapkan dalam perjanjian diantara

Demang Lebar Daun dan Sang Nila Utama dan dijadikan sebagai magna carta

bangsa Melayu. Konsep muafakat pula menekankan semangat

bermusyawarah yang perlu dipupuk di bawah sistem pemerintahan Islam.

Konsep ini kemudiannya dipercayai menjadi asas kepada konsep gotong-

royong yang menjadi fitrah masyarakat Melayu zaman silam.

Sumbangan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai pusat perlaksanaan

dasar tamadun Melayu-Islam di Alam Nusantara dapat diperlihatkan dalam

beberapa aspek ini, iaitu;

1. Berperanan dalam mewujudkan sistem pemerintahan Islam.

2. Mewujudkan ekonomi Islam yang mantap dengan pusat-pusat

perdagangan yang masyur.

3. Mewujudkan satu citarasa kemasyarakatan yang tidak pernah ada

sebelumnya, iaitu konsep muafakat dan gotong royong.

97

4. Menjadi pusat penyuburan ilmu dan peradaban Islam dengan

penghasilan karya-karya yang meliputi bidang-bidang pengajian

agama yang lugs seperti fiqah, usuluddin, falsafah, tasawuff, tafsir,

tatabahasa Arab dan kesusasteraan

5. Menjadi pusat kegiatan kebudayaan dan kesusasteraan Melayu-

Islam

6. Menggubal perundangan Islam, hukum kanun dan adat resam

Dalam lanskap pemerintahan Bangsa Melayu, Institusi Raja-Raja Melayu

juga berfungsi dalam beberapa perkara yang berikut ;

Sebagai 'payung' bangsa.

Institusi Raja-Raja berfungsi sebagai `payung bagi bangsanya',

umpama payung yang melindungi pemakainya dari terik kepanasan

matahari dan basahan siraman hujan. Institusi Raja-Raja yang

berhakikat berfungsi sebagai pelindung kedaulatan bangsa dan agama

yang dipayungi itu. Pentingnya peranan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak

pelindung bangsa dan agama adalah umpama tanggungjawab seorang

bapa sebagai ketua rumahtangga.

Bapa diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penjaga dan pelindung isteri

dan anak-anaknya. Sebagai tonggak keluarga, bapa perlu menjaga maruah

dan kehormatan keluarga. Didalam rumahtangganya, isteri bertanggungjawab

menjaga urusan dalaman dan anak-anak. Kadangkala apabila berlaku

kekecohan antara anak-anak, tugas isteri adalah mendamaikan dan

tidak memanjangkan persengketaan tersebut. Namun jika terdapat perbalahan

anak-anak yang dikhuatiri menggangu gugat keharmonian rumahtangga dan

berpotensi mengakibatkan pecah belah keluarga, bapa akan masuk campur,

menasihati anak-anak agar menjaga maruah keluarga dan jika perlu

mengambil tindakan yang tegas bagi mengembalikan perpaduan

keluarganya, kerana itulah maruah dirinya sebagai tonggak keluarga.

Tugas bapa juga adalah memastikan keselamatan anak isterinya

sentiasa terjamin dan terpelihara dari sebarang ganggu-gugat luar yang

mengancam kesejahteraan keluarganya. Begitulah umpamanya peranan

Raja-Raja Melayu. Mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tonggak

98

sebuah keluarga besar yang dinamakan Bangsa Melayu. Isterinya adalah

umpama penguasa bawahan yang mengendalikan urusan dalaman negeri

sementara rakyat jelata itulah seperti anak-anaknya.

Raja tidak akan mencampuri urusan pentadbiran selama mana ia

tidak menggugat kepentingan, keutamaan maruah serta perpaduan bangsa

dan agamanya. Walaubagaimanapun, apabila ada pihak yang cuba

menggugat, maka dengan peranan dan kuasa yang diamanahkan

padanya, ia akan bertindak melindunginya kerana maruah bangsa dan

agama adalah maruah Raja.

Sebagai benteng yang memagar

kekuatan dan kelemahan bangsa

Seperti juga bangsa-bangsa lain, Bangsa Melayu mempunyai keunikan

fitrahnya yang tersendiri. Antara fitrah semulajadi Bangsa Melayu adalah

kelembutan dan kelurusan jiwanya, taat dan takzim pada ketuanya, adab,

santun dan sabarnya. Fitrah ini pernah menjadi kekuatan Bangsa Melayu,

mencetuskan kekeramatannya serta melahirkan sejarah kecemerlangan

dan kegemilanganya.

Bagaimanapun, orang Melayu terlalu baik fitrahnya sehingga seringkali

terlupa bahawa kebaikan itu ada batasannya, ketaatan dan takzim pada ketua

harus pada tempatnya, peradaban, santun dan kesabaran itu patut kena

pada caranya. Dan inilah yang menjadi kelemahan Bangsa Melayu kerana

kebaikannya boleh disalah gunakan untuk memperdayanya dengan halus,

sehingga mudah tertipu oleh para pengkhianat dalaman dan musuh-musuh

luaran.

Ketaatan dan takzim orang-orang Melayu yang membuta tuli jika

diberikan pada kepimpinan yang korup amatlah memudaratkan. Peradaban

bangsa yang penuh santun, yang menjadikan masyarakat Melayu penuh

berhikmah dan berhemah tinggi suatu masa dahulu jika diletakkan tidak

kena pada tempatnya boleh menghina dan menjatuhkan harga diri orang

Melayu sendiri kerana mereka tidak tahu untuk bersikap kurang ajar apabila

mendapat kepimpinan yang merosakkan. Kesabaran orang-orang Melayu yang

tinggi boleh dieksploitasi jika diamanahkan pada kepimpinan yang `naik

tocang' dengan berbagai kepincangan dan kezalimannya.

99

Sebenarnya fitrah semulajadi Bangsa Melayu yang baik itu, yang pernah

menjadi punca kekuatan mereka, tetapi juga menjadi 'Achilless heel' kepada

bangsanya di zaman-zaman kemudian amat disedari oleh alim-ulama sufi

dan tasawuff yang menjadi pembimbing Raja-raja Melayu di zaman silam,

serta para pemikir dan pemuka-pemuka masyarakat. Berikutan dengannya,

mereka menyusun langkah-langkah yang berkesan untuk membataskan atau

memagari kekuatan bangsa ini agar ianya tidak pula bertukar menjadi

kelemahan yang akan mendedahkan orang-orang Melayu kepada ancaman

para pengkhianat dan musuh, khususnya yang 'bersembunyi di dalam

selimut'.

Struktur atau kerangka yang memagari kekuatan Bangsa Melayu itu

adalah hukum ADAT dan SYARAK. Benteng atau pengawalnya itulah Institusi

Raja-Raja Melayu yang berHAKIKAT.

Sebagai ‘payung’ agama

Sejarah pemerintahan Raja-Raja Melayu telah membuktikan bahawa

kedatangan Islam telah merubah lahiriah, jiwa dan batin sistem politik

pra-Islam kepada satu aliran pemikiran dan sistem politik baru dalam

sejarah yang berteraskan ajaran Agama Islam. Corak pemerintahan Islam yang

berjaya merubah falsafah dan tamadun masyarakat Melayu telah melibatkan

peranan istana secara aktif, dinamis dan bersambung-sambung. Peranan

Raja-Raja Melayu sebagai payung agama dapat dilihat melalui usaha menegak,

menyebar, menyubur dan mempertahankan syariat Islam.

Alim-ulama yang bernaung di bawah pemerintahan Raja-raja Melayu

tradisi bukan sahaja dapat mencurahkan khidmat agama dengan sempurna,

tetapi terlindung dari ancaman ahli-ahli sabotaj yang cuba menyelinapkan

doktrin-doktrin dan ideologi-ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam

yang sebenar. Sejarah membuktikan bahawa selama mana Raja-Raja Melayu

mempunyai perisian hakikat, selama itulah fahaman-fahaman yang sesat dan

batil tidak berpeluang menyelinap masuk ke dalam institusi-institusi

masyarakat Melayu.

100

Simbol kesatuan dan perpaduan Melayu

dan kaum-kaum lain yang dinaungi Raja Melayu

Kedudukan unik seorang Raja Melayu yang tertinggi dan teratas

dalam hirarki pemerintahan bangsanya, serta tidak terbendung dengan

mana-mana gerakan politik persukuan ataupun gerakan-gerakan agama

membolehkannya menjadi agen yang paling berkesan untuk menyatupadukan

rakyat jelata dari berbagai corak, kaum, kufu dan kefahaman itu.Dalam

konteks ini, seorang Raja Melayu mampu menjadi agen untuk menyatukan

umat Islam dari berbagai aliran seperti berikut.

i. Umat Islam yang terdiri daripada bermacam fahaman dan mazhab

ii. Umat Islam yang belajar secara sistem tradisi atau pondok

iii. Umat Islam yang mendapat pendidikan sekular moden

iv. Umat Islam yang berpegang pada pemikiran moden dan pendekatan

rationalisme

v. Umat Islam yang berpegang pada pemikiran mistik dan kerohanian.

Selain itu, keunikan Institusi Raja-raja Melayu ialah dalam peranannya seperti

berikut;

i. Raja sebagai tonggak Bangsa Melayu dapat menaungi serta

memenuhi kehendak fitrah bangsanya yang memerlukan pada

identiti, jatidiri dan budaya tersendiri yang unik dengan coraknya

masing-masing.

ii. Raja sebagai tonggak dan ketua Agama Islam atas kerajaan

baginda dapat membataskan berbagai mazhab dan aliran

pemikiran supaya sentiasa terbendung dalam pegangan Ahlus

Sunnah Wal Jamaah.

iii. Raja sebagai ‘bapa’ dapat menyatu padukan rakyat dari berbagai

aliran kefahaman politik serta membataskan pergerakan siasah

mereka supaya sentiasa terbendung dalam lingkungan yang

101

dibenarkan oleh syariat dan adat dengan bimbingan dan

kerjasama mufti serta pemuka-pemuka masyarakat.

iv. Raja sebagai ‘bapa’ dapat bersikap berkecuali dalam menangani

masalah yang datang dari mana-mana pihak ataupun gerakan

serta mengawalnya dari sebarang tindak-tanduk yang boleh

mengganggu-gugat kepentingan Bangsa Melayu dan Agama Islam.

v. Raja sebagai ketua pemerintah dapat bersikap TEGAS, TELUS dan

TULUS dalam pemerintahannya kerana tidak perlu mencari

kepentingan peribadi atau politik sukunya.

vi. Raja sebagai penaung kepada kaum-kaum lain dari berbagai

agama dapat menjaga kepentingan mereka tanpa perlu membuat

sebarang jual beli politik yang boleh menggugat kepentingan

Bangsa Melayu dan Agama Islam.

vii. Raja sebagai ketua pemerintah dapat duduk semeja dengan ketua-

ketua negara yang lain tanpa perlu membuat pengagihan jual beli

politik untuk kepentingan peribadi, politik atau gerakan sukunya

Kesimpulannya, kedudukan unik yang ada pada seorang Raja Melayu

sebenarnya mampu menyatu padukan rakyat jelata bukan sahaja dari

berbagai aliran, gerakan, mazhab mahupun kefahaman politik, malahan boleh

juga menyatu-padukan kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan-

kepentingan mereka dalam batasan yang dibenarkan oleh hukum syariat dan

adat Bangsa Melayu tanpa perlu membuat sebarang pertaruhan jual beli

politik yang boleh merugikan bangsa dan agama.

102

9.

Faktor Jasa Raja-Raja Melayu Silam

Apabila membicarakan akan jasa Raja-raja Melayu, pertama-tama yang

perlu ditekankan ialah, bahawa peranan yang dimainkan sebagai pemerintah

bagi umat Islam yang berdaulat, dan tonggak pemelihara dan pelindung

identiti masyarakat Melayu dan Islam yang dianuti sejak turun temurun itu

sendiri merupakan jasa raja-raja yang tidak ternilai harganya bagi bangsa

Melayu yang mahu mengenang. Atas peranan yang besar dan penting inilah

Raja-raja Melayu ditakrifkan sebagai payung bagi bangsanya.

Raja-raja Melayu dahulu kala telah menyumbangkan banyak jasa-jasa

dalam menegakkan panji-panji agama bangsa Melayu, memberi kesejahteraan

dan mengenalkan adat dan peradaban yang bercirikan konsep masyarakat

madani, iaitu ciri-ciri masyarakat sivil berlandaskan agama seperti yang telah

diperkenalkan oleh Rasulullah SAW semasa pemerintahan baginda di

Madinah. Berbeza dengan pemerintah-pemerintah hari ini yang lebih

memberikan sumbangan dan jasa dalam bentuk materi dan pembangunan-

pembangunan duniawi, raja-raja dahulu kala lebih banyak memberi

sumbangan dalam bentuk pengembangan agama, kerohanian dan ukhrawi.

Apabila Raja-raja Melayu menabur jasa dalam bentuk memberi

penekanan kepada aspek pengembangan dan pentarbiyahan agama

masyarakatnya dengan sokongan, dokongan dan pertolongan alim-Ulama

mereka, apakah ini boleh dikatakan jasa dan sumbangan besar bagi umat

Melayu? Hakikatnya inilah sumbangan yang terbaik kerana penekanan

terhadap menegakkan Daulah Islami akan meyelamatkan dan membawa

kesejahteraan raja-raja dan rakyat jelata di alam akhirat yang lebih kekal

dibandingkan dengan kesejahteraan duniawi yang bersifat sementara.

Berlebih lagi penekanan yang diberikan pada agama bukan sahaja akan

beroleh kesejahteraan yang kekal di alam akhirat, sedangkan di dunia lagi

tetap beroleh keberkahan, kemuliaan, dan kesejahteraan. Hikayat-hikayat

lama Alam Melayu sering menceritakan bagaimana dengan kedatangan

Islamlah umat Melayu mendapat kemuliaan dan keagungan duniawi.

Contohnya seperti yang telah disebutkan sebelum ini bahawa kerajaan

Melaka, Acheh, Brunei, Patani dan kesultanan lainnya beroleh kemajuan

hanya selepas kedatangan Islam ke negeri-negeri mereka.

103

Kejadian ini selari dengan Firman Allah SWT: “ Dan barang siapa yang

menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-

sungguh sedang dia adalah mukmin, dia adalah seorang yang usahanya

dibalasi dengan baik “ (Al-Israa’:19)

Selain itu, penekanan raja dan ulama kepada usaha meningkatkan

amalan umat Melayu pada agamanya, akan menjuruskan masyarakat kepada

peradaban tinggi dan mulia, nilai-nilai murni, kehidupan yang tenteram dan

sejahtera kerana agama itu menjemput kesejahteraan, oleh itu umat Islam

terbendung dan terpelihara dari kekotoran dan penyakit-penyakit sosial,

pencemaran ideologi dan budaya kuning.

Apakah jasa yang ditaburkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya

sehingga disebut baginda sebagai Rahmatuli’L ‘Alamin? Firman Allah SWT

“Tidak kami utus engkau kecuali untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.”

Rasulullah SAW tidak menabur jasa dalam bentuk materi atau pembangunan

duniawi, melainkan penumpuan kepada agama dan ukhrawi. Namun begitu,

seperti yang dikatakan, dalam percaturan alam kehidupan yang diselarikan

dengan kehendak agama, ia bukan sahaja menjemput rahmat dan keredhaan

Allah SWT, malahan melalui keberkahan yang dikurniakan kepadanya, ia

akan juga mendapat kesejahteraan duniawi.

Ini tidaklah bermakna penumpuan seratus peratus perlu diberikan pada

pembangunan aqidah dan agama tanpa menghiraukan langsung akan

pembangunan materi dan duniawi. Cuma, pembangunan materi dan duniawi

seharusnya dibuat sekadar menjamin kehidupan yang selesa agar ibadat

kepada Allah SWT dapat disempurnakan. Perlu diingat, tujuan Allah SWT

mencipta manusia hanya semata-mata untuk beribadat kepadaNya, oleh itu

segala pembangunan duniawi harus diselarikan dengan konsep ini.

Sesungguhnya, jika ukuran kejayaan di sisi Allah SWT itu dinilai dari

segi tahap kekayaan, kebesaran dan kemewahan duniawi, maka siapakah

makhluk Allah SWT yang sewajibnya mendapat kebesaran dan kemewahan

tertinggi pada materi dan duniawi jika tidak baginda Rasulullah SAW sendiri!!

Sedangkan sirah baginda membuktikan bagindalah orang yang paling miskin

dari segi harta dan kekayaan. Bukan tidak pernah ditawarkan kemewahan,

kuasa dan darjat oleh ketua-ketua kabilah Quraisy di zaman kejahilan

mereka, asal sahaja baginda berhenti dari menjalankan kegiatan dakwah pada

masyarakatnya, namun seperti sabda baginda SAW: “Demi Allah jika mereka

meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan

104

dakwah Islamiyyah, pasti tak akan aku tinggalkan, sebelum aku diberi

kejayaan oleh Allah SWT atau aku binasa kerananya.”

Sayyidina Umar RA pernah menangis melihat Rasulullah SAW yang

hidup serba miskin, lantas bersuara: “….Orang-orang Parsi dan Romawi yang

tidak menyembah Allah mempunyai raja yang hidup mewah. Mereka hidup di

taman-taman yang di tengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan

pesuruh Allah hidup miskin.” Rasulullah SAW yang sedang berbaring semasa

diajukan persoalan ini lantas bingkas bangun dan bersabda: “Wahai Umar,

nampaknya kamu masih dalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup

yang bakal kita perolehi di akhirat nanti sudah tentu lebih baik dari apa yang

terdapat di dunia ini. Kalau di dunia ini, mereka (Romawi dan Parsi) hidup

mewah, keadaan akan berubah di akhirat kelak. Di sana kita yang akan

menikmati segala-galanya 34!”

Dalam konteks ini adalah menarik untuk diperhatikan bahawa jika

dibandingkan dengan kehidupan kebanyakan khalifah dari Dinasti-Dinasti

Arab selepas berakhirnya pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin dan Sayyidina Al-

Hassan, ataupun Maharaja-Maharaja Islam di India, bahkan juga raja-raja

yang bukan Islam lainnya, hampir keseluruhan Raja-raja Melayu lama

kehidupannya amat sederhana dan tidak bermewah-mewah.

Istana mereka hanya sekadar bangunan papan dari kayu cengal atau

jati yang diukir penuh kesenian, tidak ada bahan-bahan binaan yang diimpot

dari Iran atau Persia seperti yang dilakukan oleh sebahagian besar raja-raja

lainnya di dunia ini. Raja-raja Melayu tidak meninggalkan monuman-

monumen peringatan yang gagah dan mempesonakan seperti Tajmahal,

Piramid. Spinx dan sebagainya35, tetapi apa yang menjadi pusaka peninggalan

mereka ialah kata-kata nasihat serta pesanan-pesanan agama yang luhur dari

hati mereka, yang dapat dimenafaatkan oleh bangsa Melayu sehingga hari

kiamat melalui pengabadian kata-kata hikmat tersebut didalam cerita-cerita

sejarah Melayu lama.

Hikayat-hikayat Melayu lama tidak ada yang menyebut mengenai

kemewahan materi yang menyelubungi Raja-raja Melayu. Yang sering

34

Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandhlawi, Fadhail Amal, Kisah para sahabat, hlm 46-47 35

Sejarah mencatatkan antara faktor kehancuran Daulah Islamiyyah di bumi Sepanyol dan Baghdad ialah kerana

kehidupan pemerintahnya yang leka berseronok dengan kemewahan dan hiburan duniawi yang melampau.

Akibatnya, bala ditimpakan ke atas mereka dengan peristiwa kejatuhan Sepanyol pada kaum Kristian (1492M) dan

penjarahan Baghdad oleh bangsa Mongol (1258M).

105

diceritakan hanyalah bagaimana akrabnya mereka dengan para pembesar,

hulubalang dan rakyat jelata. Ini mungkin ada kaitan dengan hakikat bahawa

Raja-raja Melayu dahulu kala lebih dekat dengan agama sehingga sebilangan

mereka menjadi ulama, para pendeta dan pejuang-pejuang Islam.

Tegasnya, sumbangan serta jasa raja-raja dahulu kala tidaklah harus

diperkecilkan kerana mereka lebih banyak memberikan sumbangan dalam

bentuk pengembangan Islam dan peningkatan kerohanian masyarakat

(dengan bantuan para alim-ulama) jika dibandingkan dengan kemajuan

duniawi dan materi. Sesungguhnya merekalah yang lebih layak mendapat

sanjungan dan penghargaan setimpal dengan jasa-jasa yang besar dalam

menjadi asbab penganutan umat Melayu pada agama Islam yang hak serta

pengenalan pada sistem hidup yang lebih teratur, beradab dan berbudaya.

Tetapi tidaklah pula bermakna kesejahteraan duniawi tidak diendahkan

oleh Raja-raja Melayu, terutama dalam zaman apabila Islam telah mulai

menapak teguh di Alam Melayu, dimana ulama-ulama tempatan dan

masyarakat Melayu beransur-ansur mengambil alih akan peranan membantu

memelihara agama yang mulai berakar umbi dalam masyarakat pada abad-

abad berikutnya. Beberapa contoh jasa dan peranan Raja-raja Melayu yang

menyumbangkan jasa pada pembangunan dan pemodenan masyarakat

Melayu diabadikan dalam buku-buku sejarah negeri.

Bagi menghayati dan menghargai ketokohan sebagai pemimpin-

pemimpin ummah yang dibawa dengan cemerlangnya oleh kebanyakan Raja-

raja Melayu lama yang masih terpahat dalam sejarah keagungan Islam di

rantau ini, moleklah jika kita dapat menukilkan serba sedikit sejarah

beberapa di antara mereka yang dapat dititip dari sebuah buku karangan yang

amat berharga dari Auni Abdullah, iaitu Islam dalam sejarah politik dan

pemerintahan Alam Melayu dan beberapa sumber yang lain.

Peranan dan jasa sebagai penyebar syiar Islam.

Apabila Raja Melaka menganuti Islam dan mengambil nama Sultan

Muhammad Shah, negeri Melaka telah menjadi pusat Islam yang terkenal di

Alam Melayu. Pada mulanya Islam dianuti oleh raja dan pembesar-pembesar

negeri, tetapi berkat kegigihan Ulama dan pihak istana dalam

memperkenalkan agama Islam pada rakyat jelata, penganut Islam telah

106

berkembang biak. Dari istana Melaka, Islam mulai menyinarkan cahayanya ke

negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan-kepulauan

Melayu di sekitarannya.

Sultan Mahmud Syah yang memerintah Melaka dari tahun 1488-1511M

terpaksa berundur akibat tewasnya Melaka di tangah pihak Portugis, lalu

pergi ke Johor, dan mendirikan kerajaannya di sana pula. Dengan demikian,

kemasukan agama Islam ke negeri Johor adalah merupakan kesinambungan

daripada pengislaman Melaka. Islam tersebar ke negeri Perak pula melalui

pertolongan yang diberikan oleh Sultan Mahmud Syah kepada Raja Beruas

dari serangan musuhnya, Manjung. Kemudiannya, saudara perempuan Raja

Beruas telah dikahwinkan dengan seorang pembesar Melaka. Di sinilah

mulanya penyebaran Islam di Perak pada penghujung abad ke-15M.

Perkembangan Islam di Negeri Sembilan adalah juga atas pengaruh

kesultanan Melaka, dimana Bendahara Tun Perak (1423-1446M) yang

memiliki Sungai Ujung menggunakan saluran ini bagi memperkembangkan

Islam ke jajahan-jajahan lain di negeri itu. Bendehara Tun Perak juga

menggunakan kaedah yang sama dalam meluaskan Islam di Selangor melalui

saluran daerah Kelang yang juga merupakan hak miliknya.

Di Pahang, batu nesan Sultan Muhammad, sultan pertamanya yang

ditemui menunjukkan tarikh kemangkatan baginda dalam tahun 1475M. Ini

menunjukkan bahawa kemasukan Islam ke Pahang berlaku sekitar abad ke-

15M. Di Kelantan dan Kedah, Islam telah diperluaskan di negeri-negeri ini

pada abad ke 15 M juga melalui pengislaman Keluarga Diraja mereka.

Terengganu mula mendapat agama juga melalui pemerintah Islam yang

awal, iaitu Paduka Tuan Raja Mandalika yang memerintah sebuah kawasan

kecil berdekatan dengan pantai Kuala Terengganu. Dikatakan tarikh

kedatangan Islam dalam awal abad ke-14 Masihi merupakan bukti bahawa

Terengganu merupakan salah satu tempat di Alam Nusantara yang paling

awal menerima pengaruh Islam,dan Raja Mandalika berjasa dalam usaha

menegakkan syariat Islam di wilayah naungannya itu.

107

Peranan dan jasa sebagai pahlawan bangsa

Sultan Muzaffar Syah (1446-1456M) dan Sultan Mansur Syah (1456-

1477M) merupakan raja-raja Melaka yang bertanggungjawab meletakkan asas

ke arah pengluasan jajahan takluk Melaka. Dengan keadaan masyarakat yang

stabil, kedua-dua raja yang berwibawa ini telah dapat menguasai sepanjang

pantai barat dan pantai timur semenanjung Tanah Melayu, termasuk sekitar

perairan Selat Singapura, Kampar, Indera Giri, Siak, Aru, Rokan serta

Bengkalis, Pulau Karimun dan Bentan. Dengan kejayaan ini, perairan Melaka

dapat dijamin keselamatannya sehingga meningkatkan lalu lintas

perdagangan yang begitu menguntungkan negeri Melaka, lalu menjadikannya

sebagai salah satu pusat perdagangan yang maju dan termasyur di dunia.

Sejarah Melayu (versi 1612M) ada menyebut tentang Sultan Ahmad,

putera Sultan Mahmud Syah (1488-1511M) yang gigih berjuang bersama-sama

dengan para hulubalangnya melawan Portugis di Melaka sehingga mengalami

kecederaan, kerana mempertahankan falsafah tentang tanggungjawab raja-

raja, iaitu “…kerana istiadat raja-raja itu, negeri alah, rajanya mati.” . Raja Haji

dari kesultanan Johor-Riau (1778-1784M) pula gigih berjuang dalam

melumpuhkan ancaman penaklukan Belanda yang telah bermaharajalela di

Alam Melayu sehingga akhirnya terkorban dalam tahun 1784M dan menerima

gelaran ‘Marhum syahid fi sabilillah’.

Sultan Brunei yang ketujuh, iaitu Sultan Saiful Rijal (1575-1600M)

termashur atas kegigihannya dalam perjuangan menentang ancaman dan

dakyah kaum Kristian Sepanyol. Usaha baginda dalam jihad Islamiahnya

berjaya menyelamatkan negara Brunei Darussalam dan Filipina Selatan dari

menjadi wilayah-wilayah Kristian dibawah naungan penjajah Sepanyol

sepertimana yang telah berlaku pada kerajaan Filipina Utara. Sultan Hassan

(1605-1619M) kemudiannya berjaya memperlengkapkan sistem pemerintahan

Islam di Brunei dan sentiasa dikemaskinikan mengikut perkembangan zaman

oleh sultan-sultan lainnya sehinggalah pada hari ini.

Sultan Ahmad Tajuddin II (1797-1843M) dari Kedah berjuang selama 20

tahun lamanya dalam usaha menentang penaklukan dan kekejaman Siam

yang menyebabkan kira-kira 70000 rakyat Kedah terpaksa menjadi pelarian.

Baginda sendiri telah dibuang ke negeri Melaka oleh pihak British dalam

tahun 1831M. Sultan Ahmad Tajuddin, mufti dan alim Ulama Kedah gigih

menerajui jihad fi sabilillah dan perang gerila melawan Siam sehingga

108

akhirnya Siam terpaksa mengaku kalah. Maka pada tahun 1839M diadakan

Perjanjian Damai36 di antara Siam dan Kedah yang mana perjanjian ini

kemudiannya telah mewujudkan negeri Perlis sebagai sebuah pemerintahan

ahlul bait yang berdaulat.

Peranan dan jasa sebagai pemaju

dan penggalak pusat keilmuan Islam

Di Kelantan, dalam pemerintahan Long Yunus (1762-1794M), dengan

bantuan anak angkatnya Syeikh Abdul Halim, iaitu seorang ‘alim terkenal37,

Long Yunus telah dapat memajukan pusat kegiatan ilmu dan pendidikan

Islam sehingga terkenal dan menjadi tumpuan para pelajar dari segenap

ceruk Alam Melayu. Ketika itu ibu negeri Kelantan telah dipindahkan dari Kota

Kubang Labu ke Kota Lama (Kampung Sireh). Kampung Sireh dan

sekitarannya kemudian telah menjadi sebuah pusat pendidikan Islam yang

terawal di Kelantan.

Sultan telah memerintahkan rakyat jelata mendirikan surau-surau

untuk Syeikh Abdul Halim mengajar. Istana juga dijadikan tempat pengajaran

untuk Keluarga Diraja dan anak pembesar-pembesar negeri.

Syeikh Abdul Halim juga menjadi penasihat Sultan Kelantan yang

berikutnya, iaitu Sultan Muhammad (1800-1837M). Di atas nasihat beliau,

Sultan Muhammad berkecenderungan untuk mengadakan berbagai usaha

bagi kebajikan umat Islam di dalam dan di luar Kelantan. Antaranya, baginda

menggalakkan raktyat jelata mendirikan madrasah, surau dan wakaf guna

untuk tempat persinggahan, beristirehat dan beribadat oleh para musafir dan

para pengunjung yang lainnya.

Maka rakyatnya pun membina tempat-tempat ibadat secara bergotong

royong. Masjid-masjid dan surau-surau didirikan di tempat-tempat yang

mempunyai penduduk yang cukup untuk mendirikan sembahyang Jumaat.

Dikatakan Sultan Muhammad I juga membiayai sendiri perbelanjaan

mendirikan beberapa rumah wakaf di Jeddah, Mekah dan Madinah 38.

36

Mohd Isa Othman, Gerakan Protes dalam perspektif sejarah Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20,

1999, hlm 20-38 37

Mengikut catatan sejarah, Syeikh Abdul Halim merupakan anak angkat yang dihadiahkan oleh seorang saudagar

Cina kepada Sultan Long Yunus. Baginda kemudiannya menghantar Syeikh Abdul Halim bersama seorang

puteranya ke Mekah bagi mendalami ilmu agama. 38

Prof Khoo Kay Kim, Warisan Kelantan, hlm 2-3

109

Pusat pengajian di Kelantan menjadi bertambah maju dalam abad ke

19M dibawah tangan dua orang Ulama terkemuka di sana, iaitu Haji Abdus

Samad bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal) dan Haji Wan Ali Kutan. Sultan

Muhammad II ( 1839-1886M) pula telah membuat suatu pembaharuan di

dalam pemerintahan baginda. Sebarang hukum yang dijalankan diperintahkan

untuk didasarkan pada Hukum Syarak. Baginda sering memberi keutamaan

kepada para alim Ulama untuk mengajar agama di istana bagi Keluarga Diraja

dan anak orang-orang besar. Dikatakan usaha gigih para Ulama Kelantan

dengan galakkan dari raja-raja mereka telah menyebabkan ramai para

pembesar negeri menjadi orang-orang ‘alim.

Pendidikan agama yang disalurkan dengan begitu teratur berkat

gandingan dan kerjasama raja-raja Kelantan dan para alim Ulama mereka

semenjak zaman pemerintahan Long Yunus sehinggalah kepada raja-raja

selepas baginda menyebabkan agama Islam menjadi sebati bagi rakyat

Kelantan. Kesannya dapat dirasakan sehingga hari ini dimana mereka lebih

cenderung dalam mementingkan persoalan agama dari yang lainnya.

Di Terengganu, Sultan Zainal Abidin III (1881-1918M) amat cenderung

belajar agama dari semenjak kecil lagi. Baginda menunjukkan minat dan

mempunyai ketajaman akal yang tinggi. Kebanyakan ilmu pengetahuan dalam

bahasa Arab dapat dikuasainya dengan baik di bawah tunjuk ajar Maulana

Habib Umar Al-Attas sebagai guru Bahasa Arab baginda, Tuk Syeikh Duyung,

Engku Saiyyid Paluh dan Haji Wan Muhammad yang merupakan anak Tuk

Syeikh Duyung dan ramai lagi 39.

Dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masyarakat Terengganu

mempunyai tahap literasi yang tinggi. Jarang kedapatan di Terengganu

seseorang yang sudah sampai umurnya tetapi belum tamat mengaji al-Quran,

dan rakyat jelata juga dapat menguasai pembacaan bahasa Melayu Jawi

dengan baik. Sultan Zainal Abidin sendiri berkebolehan mengarang dan

mengajar kitab-kitab agama. Beberapa kitab peninggalan baginda masih

tersimpan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sehingga ke hari ini.

39

Dato’ Hj Mohd Saleh bin Hj Awang (Misbaha), op. cit, hlm 208-209

110

Peranan dan jasa sebagai penegak sistem pemerintahan Islam

Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 Masihi menjadi bukti akan

usaha awal pemerintah umat Islam menegakkan sistem pemerintahan Islam

dalam wilayah naungannya. Walaupun pada awal abad ke 14 Masihi negeri

Terengganu belum lagi menjadi sebuah negeri yang besar dengan sistem

pemerintahan beraja yang teratur, namun dikatakan agama Islam telahpun

rasmi diisytiharkan di daerah Kuala Berang yang jauhnya 25 batu dari pantai

Kuala Terengganu dalam pemerintahan seorang penguasa tempatan yang

bernama Raja Mandalika. Dalam batu bersurat itu, baginda menyentuh soal

hukum hudud yang dilaksanakan dalam usaha baginda menegakkan syariat

Islam.

Menurut Sejarah Darul Iman, hingga 1337-1918 Masihi, tulisan di muka

pertama batu bersurat yang diukir dalam tulisan Jawi lama dengan

menggunakan beberapa perkataan Sanskrit ini jika disusun semula dengan

bahasa yang mudah difahami, pengertiannya hampir kepada yang berikut ini;

Rasulullah beserta dengan sahabat-sahabat atau Rasulullah dengan ruh-ruh

yang suci (mudah-mudahan dirahmatiNya).

Percaya keesaan Allah Subhanahu wa ta’ala, Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha

Tinggi menyuruh sekelian rakyat berpegang teguh kepada ajaran-ajaran agama

Islam.

Beserta dengan penuh hormat pada undang-undang, memerintah hamba-hamba

Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

Di negeriku ini, mereka yang menerangkan ajaran-ajaran Rasulullah SAW di

mukabumi ini ialah sekelian raja Mandalika.

Penerangan atau pemasyuran itu adalah kewajiban yang mesti dijalankan oleh

raja Mandalika yang berugama Islam.

Mengikut perintah Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dengan mengambil

pandangan atau penentuan yang sebenar.

Di atas pengajaran-pengajaran itu di negeri ini bagaimana yang dibentang atau

diterangkan didalam pemasyuran itu dan bila Seri Paduka

111

Mula memerintah supaya membuat tulisan ini di negeri Terengganu maka masa

itu ialah pada

Hari Jumaat yang pertama di dalam bulan Rajab tahun Saratan di zaman

Rasulullah telah berlalu tujuh ratus dua tahun.

Dalam zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918M) di

Terengganu, baginda telah berikhtiar menubuhkan sebuah pemerintahan

Islam yang merdeka. Ulama-Ulama diberikan peranan yang penting dalam

mencorakkan pemerintahan negeri Terengganu berdasarkan undang-undang

Islam.

Hugh Clifford, wakil British di Pahang pernah menggambarkan suasana

masyarakat Terengganu di kala itu dengan mengatakan Terengganu dipenuhi

dengan alim ulama dan segala teriak tangis tenggelam dalam bunyi orang

bersembahyang dan berzikir.

Dengan kerjasama dan pimpinan dari penasihat agama baginda yang

bernama Sayyid Abdul Rahman (Tokku Sayyid Paloh), Sultan Zainal Abidin III

dipercayai menggunakan kitab-kitab feqah dan perundangan Islam seperti

Kitab Minhaj At-Talibin, Mughni Al-Muhtaj, An-Nihayyah dan Al-Umm,

kesemuanya dalam Mazhab Syafiee, sebagai panduan dan teks undang-

undang pemerintahan negeri disamping fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh

mufti.

Sultan Alauddin Riayat Syah yang memerintah Melaka dalam tahun

1477-1488M dikatakan berusaha menegakkan hukum Islam, atau ‘had’ dalam

pemerintahannya untuk menyekat kegiatan jenayah. Baginda dikatakan

sanggup keluar di malam hari untuk menghapuskan kegiatan kecurian yang

berleluasa pada masa itu dan mengenakan hukuman potong tangan bagi

pencuri yang sabit kesalahannya. Dengan usaha gigih baginda, akhirnya

ketenteraman Melaka dapat dikembalikan.

Perhubungan rapat dengan Kadi Munawar Syah yang menjadi penasihat

agama peribadi baginda membuahkan hasil yang menakjubkan. Baginda

sendiri menunjukkan ciri-ciri keta’atan agama yang tinggi dan gigih

mendaulatkan ajaran agama Islam. Baginda secara peribadi telah menjemput

raja-raja Pahang, Kampar dan Inderagiri beserta keluarga mereka datang

sendiri ke Melaka untuk menerima ajaran Islam dari baginda sendiri.

112

Sultan Muzaffar Syah dari Melaka (1446-1456M) telah memperkenalkan

undang-undang Melaka yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.

Kesultanan Brunei juga pernah menghasilkan undang-undang yang

dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka ini. Undang-undang yang dibuat

dalam masa pemerintahan Sultan Hassan (1605-1619M) dikenali sebagai

Hukum Kanun Brunei. Sultan Ahmad Tajuddin dari Perak (1577-1587M) juga

memperkenalkan undang-undang yang dipanggil Kanun 99 yang dibawa oleh

seorang ‘alim dari Hadhramaut yang bernama Sayyid Hussain Al-Faradz.

Hukum Kanun Pahang disusun di zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur

(1592-1614M) dan mengandungi pengaruh Islam yang lebih banyak

dibandingkan dengan Hukum Kanun Melaka.

Di negara Brunei Darussalam, Sultan yang memerintah pada hari ini,

iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan nasihat Mufti Brunei Darussalam,

Allahyarham Pehin Datok Seri Maharaja Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dan

kini Pehin Haji Abdul Aziz Juned, bersama-sama berkecenderungan untuk

menegakkan dan mengembangkan ajaran agama Islam di kalangan rakyat

jelata. Dasar Melayu, Islam, Beraja (MIB) yang dipegang oleh raja dan rakyat

Brunei sejak zaman-berzaman memberi penekanan kepada usaha menegak

dan memelihara sebuah Daulah Islamiyyah.

Dasar ini menjadi tapak yang kukuh dan stabil jika dibandingkan

dengan kebanyakkan negara-negara didunia yang penuh dengan percaturan-

percaturan dan pergolakan-pergolakan politik yang begitu melemaskan.

Antara usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan Brunei dalam memberi

kesedaran Islam kepada rakyatnya ialah meningkatkan program-program

pendidikan agama melalui media cetak dan elektronik. Kerajaan Brunei juga

memberi galakan kepada pegawai-pegawainya untuk aktif bersama

masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran Islam.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah amat menitik beratkan amalan

sembahyang hajat di kalangan pembesar-pembesar negeri dan rakyat jelata

sebagai jalan penyelesaian bagi sebarang masalah yang melanda negara.

Contohnya, peristiwa jerebu yang melanda negara Brunei Darussalam dalam

tahun 1996M, maka dengan arahan baginda Sultan, para pembesar, alim

Ulama dan rakyat jelatanya telah mengadakan sembahyang hajat secara

besar-besaran. Dengan usaha ini, Allah SWT telah menyelesaikan masalah

jerebu yang melitupi negara Brunei sehingga dikatakan bukti gambar satelit

jelas menunjukkan hanya negara Brunei yang bebas dari cengkaman jerebu

113

sedangkan negara-negara lain di sekitaran masih tetap dilitupi jerebu selama

beberapa bulan berikutnya.

Peranan dan jasa sebagai pembela

kepentingan Bangsa Melayu

Sultan Idris Mursyidul ‘Azam Syah dari Perak (1887-1916M) dikenang

jasanya kerana mencadangkan Majlis Mesyuarat Negeri membuat enakmen

Tanah Simpanan Melayu dalam tahun 1913M. Akta ini tidak membenarkan

orang Melayu menjual tanah warisan nenek moyang mereka kepada bangsa

lain. Dari Enakmen Tanah Simpanan Melayu inilah tafsiran ‘Orang Melayu’

dibuat, iaitu:

“A person belonging to any Malayan race who habitually speaks the Malay

language or any Malayan Language and who professes the Muslim religion.”

Terjemahan :

Seorang yang berasal dari mana-mana cabang Bangsa Melayu, yang bertutur

dalam Bahasa Melayu dan menganut Agama Islam

Sultan Perak yang bernama Sultan Iskandar Syah pula (1918-1938M)

menaiki takhta kerajaan dalam era kemelesetan ekonomi dan kekurangan

makanan. Oleh itu baginda meluluskan beberapa perkara yang menyentuh

kebajikan rakyat jelata, antaranya memperbanyakkan lagi Tanah Simpanan

Melayu dan meminta supaya dipinda akta Tanah Simpanan Melayu bagi

mengelakkan tanah dari digadai atas tujuan peminjaman wang. Ini

memastikan orang Melayu kekal sebagai pemilik tanah. Baginda juga

meluluskan cadangan mengadakan pasar minggu bagi memasarkan hasil

pertanian orang Melayu di setiap tempat di Perak. Selain itu, baginda juga

telah meminta fatwa dari Mesir dan mufti Mekah tentang konsep Koperasi

(Syarikat Kerjasama) dan apabila mendapati ianya tidak bertentangan dengan

ajaran Islam, seterusnya menggalakkan penubuhan koperasi di negeri Perak.

Sebagai Kolonel Kehormat pasukan Tentera Sukarela (Volunteer Force),

baginda menyatakan pendirian baginda mengenai kewajiban orang Melayu

dalam urusan menjaga keselamatan dalam negeri. Mengenai hal ini, baginda

bertitah:

114

” It is the duty of the Malays to take their share in any measure relating to

the internal security of the Malay state…..It is a matter in which the Malays

should render their personal services, and not to except men from other countries

to perform for them a duty which properly falls upon them.”

Terjemahan:

Adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Melayu untuk berikhtiar dengan

apa cara sekalipun mengambil peranan dalam hal-hal yang bersangkutan

dengan keselamatan dalam negeri Melayu. Di atas hal ini, orang-orang Melayu

patutlah memikul amanah ini dengan penuh khidmat dan tata-tertib, dan

janganlah menerima orang-orang luar untuk mengambil tanggungjawab ini

Ulasan Sultan Iskandar ini telah membawa perbincangan-perbincangan

lainnya sehingga kemudiannya terbentuklah penubuhan Rejimen Askar

Melayu Diraja.

Sultan Badlisyah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1943-

1958M) telah menyumbang dalam penentangan orang-orang Melayu dari

segenap lapisan masyarakat ke atas pembentukan ‘Malayan Union’ yang ditaja

oleh penjajah British. Selepas kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua

dalam tahun 1945M, British mencari helah untuk memansuhkan terus sistem

pemerintahan Raja-raja Melayu dan berura-ura meletakkan Tanah Melayu

secara langsung di bawah jajahan takluknya, iaitu sebagai sebuah koloni

British .

Dalam gagasan Malayan Union, hak ketuanan dan keistimewaan orang

Melayu dan agama Islam mahu di lupuskan, sementara taraf kerakyatan

dicadang untuk diberikan pada sesiapa jua yang tinggal di ‘Malayan Union’

lebih dari 5 tahun tanpa mengambil kira status bangsa dan agamanya. Dalam

erti kata lain, British mahu melupuskan hak ketuanan bangsa Melayu dan

raja-raja mereka di bumi yang telah dibuka, diterokai dan diatur dengan

tangan- tangan nenek moyang mereka sendiri semenjak beratus-ratus tahun

dahulu. British juga berhasrat membuang kedaulatan agama Islam yang

dijunjung bangsa Melayu dan raja-raja mereka dengan penuh keinsafan dan

kemuliaan!!

Seorang pegawai British, Harold MacMichael telah

dipertanggungjawabkan mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu sebagai

tanda persetujuan. Beliau telah menggunakan taktik tekanan dan ancaman,

iaitu mana-mana raja Melayu yang enggan menurunkan tandatangan akan

115

dituduh bekerjasama dengan Jepun melawan British semasa Perang Dunia

Kedua dan akan diturunkan takhta dan digantikan dengan raja yang mahu

bekerjasama dengan British dalam ikhtiarnya itu.

Atas inisiatif Sultan Badlisyah sendiri, baginda menulis suatu petisyen

kepada Pejabat Jajahan di London mengadukan hal penurunan tandatangan

baginda melalui tekanan dan ancaman. Baginda juga kemudiannya menulis

banyak surat kepada pihak-pihak yang berpengaruh di England, termasuklah

kepada sebuah akhbar tempatan, bagi mendapatkan sokongan mereka

membatalkan ‘persetujuan’ Raja-Raja Melayu yang diperolehi secara tidak sah

oleh pihak British, atau dalam konteks undang-undang disebut sebagai

‘agreement under duress’40 ( ditekan dan dipaksa supaya bersetuju).

Cadangan pembentukan Malayan Union telah menyatukan Raja-raja

Melayu dan rakyat jelata menentang penubuhan gagasan tersebut. Selain

mengambil perkhidmatan peguam di England bagi membatalkan ‘persetujuan’

Raja-raja Melayu yang dipaksa menurunkan tandatangan mereka, protes-

protes terbuka juga diadakan.

Dalam keratan akhbar Malay Mail, bertarikh 17hb April 1946, tercatat :

SULTANS’ CONFER

(from our correspondent)

Ipoh, April 16 - Seven Malayan Sultans and representatives of the Sultans of

Johore and Terengganu after a day of long discussions at the the Istana

Iskandariah, Kuala Kangsar, yesterday have unanimously decided to continue

their protest against the Malayan Union as constitued at present, the Malay

Mail is reliably informed.

Their Highnesses have expressed their willingness to send a deputation of the

Malay rulers to Whitehall to present their case if necessary.

The Sultans of Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan and Kedah left for

their respectives capitals this morning.

40

Baca Ismail bin Haji Salleh, The Sultan was not alone.

116

Terjemahan:

MAJLIS RAJA-RAJA

(dari sumber kami)

Ipoh, April 16-Menurut sumber-sumber yang sahih, Malay Mail telah

dimaklumkan bahawa selepas sehari suntuk mengadakan perbincangan

semalam, tujuh sultan-sultan Melayu serta wakil bagi Sultan Johor dan

Terengganu telah, dengan sebulat suara memutuskan untuk meneruskan

penentangan mereka terhadap Gagasan Malayan Union sebagaimana yang

dilakukan sekarang.

Duli-Duli Yang Maha Mulia juga telah berkenan untuk menghantar

rombongan Raja-Raja Melayu ke Whitehall bagi mengketengahkan hal ini jika

perlu.

KDYMM Sultan-Sultan Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan dan Kedah

telah berangkat pulang ke ibu negeri masing-masing pada pagi ini.

Atas muafakat dan penyatuan bangsa Melayu dan raja-raja mereka

menentang dengan kerasnya pembentukan gagasan Malayan Union, akhirnya

cita-cita British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni

mereka tidak kesampaian.

Dari sekelumit contoh-contoh yang diberikan, kita dapat membuat

kesimpulan bahawa Raja-raja Melayu memberikan sumbangan yang begitu

besar terutamanya dalam usaha penyebaran syiar Islam serta menegakkan

dan memelihara Daulah Islamiyyah yang menjadi asas pemerintahan mereka

selain menjaga dan membela kepentingan bangsa Melayu secara

keseluruhannya. Usaha gigih ini dipermudahkan dengan wujudnya

perhubungan rapat dengan para alim ulama yang menjadi penasihat agama

bagi Raja-raja Melayu.

Wasiat Raja-Raja hingga ke liang lahad

Dengan menghayati beberapa wasiat yang diberikan oleh raja-raja dan

pembesar dahulu kala disaat kemangkatan mereka seperti yang dinukilkan

dalam Sejarah Melayu, kita akan dapat menyelami bagaimana mereka

menjiwai peranan dan fungsi yang telah diamanahkan kepada mereka sebagai

Amir, atau penguasa bagi umat Islam.

117

Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang terbilang atas pemerintahannya

yang cemerlang pernah memberi wasiat berikut pada anak cucunya di zaman

kesultanan Melaka;

“ Hei segala anak cucuku, jangan kamu tukarkan agamamu dengan

dunia yang tiada kekal adanya ini; yang hidup ini sahaja akan mati juga

kesudahannya. Hendaklah kamu semua tuliskan kepada hatimu pada

membuat kebaktian kepada Allah Taala dan Rasul Allah ملسو هيلع هللا ىلص, dan jangan kamu

sekeliannya melupai daripada berbuat kebaktian, kerana pada segala hukum,

bahawa raja-raja yang adil itu dengan Nabi ملسو هيلع هللا ىلص umpama dua buah permata pada

sebentuk cincin, lagi pula raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana ia

zillu’Lla fil’alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, serasa berbuat

kebaktian akan Nabi Allah; apabila berbuat kebaktian kepada Nabi Allah,

serasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala. Firman Allah Taala yang

bermaksud : ” Berbuat kebaktianlah kamu akan Allah, dan akan RasulNya, dan

akan raja”, inilah wasiatku kepada kamu semua. Hendaklah jangan kamu

sekelian lupai, supaya kebesaran dunia akhirat kamu peroleh 41.”

Sejurus sebelum kemangkatan Sultan Mansur Syah, Baginda sempat

berwasiat kepada warisnya. Baginda mengingatkan akan amanah yang perlu

dipikul oleh puteranya itu sebagai khalifah umat Melayu Islam di muka bumi

ini. Antara lain Baginda menyebut:

“ Hai anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal

adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya; iman yang sempurna

dan pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang selama-lamanya.

Adapun peninggalan ayahnda ini, hai anakku, hendaklah engkau berbuat adil

sangat-sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya.

Maka haqqu’l-adam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah SWT,

melainkan dengan izin dan yang empunya hak juga; jangan sekali-kali engkau

keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekeliannya banyak berserah

kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah segala yang kesakitan itu

segera engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik-

baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda Nabi ملسو هيلع هللا ىلص

yang bermaksud :” Segala kamu yang menggembala akan ditanyai Allah

SWT….”.

41

A. Samad Said, Sejarah Melayu, hlm 190

118

“ Sebab demikianlah, maka sebaiknya engkau berbuat adil dan saksama

supaya di sana jemah diringankan Allah Taala kira-kiramu; dan hendaklah

engkau muafakat dengan segala menteri dan orang besar-besarmu, kerana

raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada

muafakat dengan segala pegawai, dimana akan dapat ia melakukan

kebijaksanaannya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja

itu umpama api, segala menteri itu umpama kayu, kerana api itu tiada akan

nyala jikalau tiada kayu, seperti kata Farsi; ‘Ar’ayatu juan bakhasta sultan

khasad’, yakni rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama pohon; jikalau

tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu

dengan segala rakyatnya. Hai anakku, hendaklah engkau turut seperti

amanatku ini; supaya beroleh berkat diberi Allah SWT, bija hi Nabi 42 ملسو هيلع هللا ىلص. ”

Tradisi wasiat Raja-raja Melayu diteruskan oleh Sultan ‘Alauddin kepada

puteranya Sultan Mahmud Syah;

“ Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar dan

ampunmu akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia;

kerana Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Allah Taala serta pada segala

yang sabar”. Dan jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, satu pekerjaan

Allah dan satu pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah dari

pekerjaan dunia. Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke

Hadrat Allah Taala yang akan memeliharamu, iaitu bertawakkallah kepada

Allah. Dan segala anak Melayu walau bagaimanapun besar dosanya jangan

olehmu di’aibi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka,

bunuhlah, kerana segala Melayu itu ketahananmu, seperti kata Arab al abdi

tin’ul maulahu, yang hamba itu tanah tuannya. Jikalau engkau bunuh ia

dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei anakku, hendaklah

engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan engkau kerjakan supaya

berkat diberi Allah SWT 43.”

Diperturunkan juga wasiat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Acheh

(1607-1636M) kepada warisnya seperti berikut :

“... dan lagi raja-raja hendaklah mengamalkan lapan perkara. Pertama

hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekelian wazir-

wazir dan menteri hulubalang dan sekelian pegawai dan dengan sekelian

rakyat. Kedua, janganlah raja-raja menghinakan alim-ulama dan yang ahli akal

bijaksana. Ketika, segala yang datang pada pihak musuh daripada seterunya

42

Ibid, hlm 172 43

A. Samad Said, op. cit, hlm 186-187

119

jangan sekali-kali raja percaya. Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat

senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir sipahi (tentera), supaya

jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang. Kelima,

hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan

rakyat, wazir dan alim-ulama dan sekelian sipahi dengan membalas jasanya

masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum

dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul, iaitu seperti yang telah tetap di

dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama Al-Quran, kedua Al-Hadis, ketiga

Ijma', keempat Qiyas, maka... keluar daripada itupun empat perkara: Pertama

hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam. Ketujuh, janganlah raja-raja

itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. Kedelapan, hendaklah raja-

raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada

negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta

memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati,

kerana ia banyak kebaktian kepada raja. Hendaklah raja itu memeriksa

sekalian wazir-wazir dan hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka

dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Maka tiap-tiap yang salah itu

hendaklah dihukum dengan tertib supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.

Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang

sekalian ulama dan bermesyuarat dengan alim ulama dan mendengar nasihat

ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan

ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka

memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja.

Maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang

membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal...” 44

Wasiat-wasiat yang diberikan oleh raja-raja dahulu mengandungi

beberapa nasihat yang berpandangan jauh dan tanggapan seorang pemerintah

yang teliti dan beramanah dengan segala urusan negeri. Selain menekankan

betapa penting pemerintah perlu mendekatkan diri dengan Allah dan

RasulNya ملسو هيلع هللا ىلص serta menjalankan pemerintahan mengikut batas-batas agama,

beberapa aspek lain mengenai pentingnya hubungan baik serta persefahaman

antara raja dan semua lapisan rakyat jelata juga ditekankan.

44

Kutipan dari "Qanun Asyih Darussalam" (Peraturan Pemerintahan Aceh), pada zaman Iskandar Muda Mahkota

Alam (1603 - 1637)

120

WARQAH KEPADA

KDYMM RAJA-RAJA MELAYU

Maka atas kesedaran ini, ampun Tuanku-Tuanku sekelian beribu ampun,

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Raja-Raja Melayu sekelian, segunung harapan diletakkan agar dapat KDYMM Tuanku-

Tuanku sekelian bangkit menyahut seruan memainkan peranan sebagai tonggak sebenar bangsa Melayu dan Agama Islam, didokong rakyat jelata kerana KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian masih bertakhta di hati kami.

Patik-patik sekelian menjunjung Daulah-Daulah Tuanku, dan InsyaAllah bersama KDYMM Tuanku-Tuanku berikhtiar mengembalikan maruah raja-raja, agama dan bangsa Melayu serta berusaha menjemput kembali naungan

Allah SWT; Raja bagi segala Raja, yang memerintah Kerajaan Langit dan Bumi. Marilah sama-sama kita belajar daripada sejarah masa silam nenek moyang

bangsa kita. Yang baik dijadikann tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Marilah kita sama-sama menjunjung kembali amanah bangsa dan agama yang sakaral, dan berikhtiar mengemudi bangsa ini kepada masa hadapan

yang lebih mulia, cemerlang serta bermaruah.

Menjunjung KDYMM Duli-Duli Tuanku. Antara khidmat dan peranan yang berupaya dan mampu KDYMM Tuanku-Tuanku sekelian perbuat ialah :

1) Menghayati takrif sebenar konsep raja-raja sebagai wakil Allah SWT dan RasulNya di mukabumi ini dan berikhtiar memberikan kesinambungan kepada peranan tradisi raja-raja ini. Menghayati serta menghargai bahawa corak pemerintahan beraja mempunyai legitimasi yang kukuh dalam ajaran agama Islam.

2) Menghayati takrif sebenar istilah ‘raja-raja sebagai payung bangsanya’

dan takrif ‘raja-raja sebagai tonggak kedaulatan bangsa dan agama’. Berikhtiar menghidup serta memberikan realiti pada konsep ini terutamanya apabila perlu membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan Agama Islam untuk seluruh umat.

3) Membaca kisah-kisah sejarah nenek moyang, iaitu raja-raja zaman

dahulu kala, terutamanya di zaman kegemilangan bangsa-bangsa Melayu dan Institusi Raja-rajanya agar dapat dijadikan iktibar mana yang baik dan dijadikan teladan mana yang buruk.

4) Menampilkan sifat dan sikap kewarasan, nilai-nilai murni dan peribadi

mulia dalam hubungan dengan rakyat jelata.

121

5) Menunjukkan tokoh ‘kebapaan’ dalam hubungan dengan pembesar-pembesar negeri, penguasa-penguasa bawahan dan rakyat jelata.

6) Mendengar keluhan rakyat yang tertindas dan kemudiannya

menggunakan pengaruhnya untuk menolong rakyatnya yang tertindas itu.

7) Bersua muka dan beramah tamah dengan rakyat jelata dalam majlis-majlis kerakyatan seperti sembahyang Jumaat, perasmian projek-projek pembangunan rakyat dan sebagainya.

8) Bersama-sama rakyat jelata menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-

ceramah agama. 9) Menampilkan imej kesatuan dan perpaduan raja-raja apabila berhadapan

dengan krisis-krisis yang melibatkan Institusi Raja-raja Melayu, mahupun krisis-krisis yang melibatkan bangsa Melayu.

10) Menasihati antara satu sama lain tentang pentingnya peranan yang

diamanahkan dan peri pentingnya tanggungjawab menjaga kedaulatan Institusi Raja-raja.

11) Menggunakan saluran ‘Majlis Raja-raja’ untuk menangani masalah yang

melibatkan politik dalaman pihak istana dan sebagainya demi menjaga kepentingan rakyat dan kemuliaan Institusi Raja-raja Melayu.

12) Menggunakan hikmah, kewarasan dan menjaga protokol, adat serta

peradaban bangsa Melayu yang tinggi dalam menangani masalah-masalah politik dalaman istana, masalah raja-raja yang hilang pertimbangan saksama atau bejat moral.

13) Menunjukkan sifat ehsan, belas dan berhikmah dalam hubungan dengan

rakyat jelata tetapi menampilkan imej ketokohan, ketinggian, kedaulatan dan kebesaran apabila berhadapan dengan para pembesar tempatan dan luar negeri.

14) Tidak goyah, tunduk dan alah apabila berhadapan dengan musuh-musuh

Institusi Raja-raja dan bangsa Melayu. 15) Tidak memberi muka pada pihak yang cuba memperlekeh dan

memperkerdilkan Institusi Raja- raja dan menghina bangsa Melayu. 16) Mendalami ilmu agama dan mengamalkan sekurang-kurangnya ajaran

agama yang asas untuk diri dan keluarga. Sebaiknya dimajukan amalan agama di kalangan kaum kerabat istana demi kesejahteraan keluarga

122

diraja, apatah lagi rakyat jelata yang sudah pasti akan menerima tempias keberkatannya.

17) Dan akhirnya, mewujudkan para ulama di kalangan kaum

kerabat raja-raja itu sendiri. Tujuannya ialah supaya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang rumit, yang melibatkan kepentingan Institusi Raja-raja, agama Islam dan bangsa Melayu,

para ulama dari kalangan raja-raja bolehlah dirujuk dan diminta khidmat nasihat. Ini ialah kerana ulama dari darah daging sendiri sudah tentunya lebih insaf akan kepentingan institusi

raja-raja kerana institusi itu merupakan sebahagian dari dirinya sendiri. Dan atas kesedaran serta pengetahuan mendalam akan

hukum hakam agama, memungkinkan ia memberi pertimbangan dan penilaian yang tegas, adil dan saksama, yang dapat memberi kebaikan pada semua pihak yang terlibat. Oleh itu, bagi tujuan

ini, pihak istana perlulah ‘mengorbankan’ seorang dua kaum kerabatnya untuk mendalami ilmu agama dan menjadi ulama

sepenuh masa. Sesungguhnya, inilah pelaburan yang terbaik bagi dunia dan akhirat, bukan sahaja untuk keluarga, hatta bangsa Melayu itu sendiri, kerana ia memberi nafas baru kepada syiar

Islam bagi umat Melayu.

Ambillah iktibar dari Firman Allah SWT yang membawa maksudnya :

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu semuanya (ke

medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan ilmu mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah:122)

Mudah-mudahan tradisi nenek moyang raja-raja zaman dahulu kala yang ramai di antara mereka menjadi wali, alim ulama dan pahlawan-pahlawan Melayu dapat dihidupkan kembali.

Ampun DYMM Tuanku-Tuanku sekelian beribu ampun !

123

Rumusan

Dalam kehidupan manusia yang berbangsa dan bernegara, budaya, adat

resam serta perisian dalaman adalah diperlukan supaya menafaat yang

terhasil darinya dapat dikecapi bersama. Budaya dan adat resam dibentuk,

disuntik perisian dalaman lalu tumbuh dan berkembang, masing-masing

dapat dibezakan, unik dan tersendiri, yang jelas menunjukkan wujudnya

kepelbagaian ras, suku dan puak.

Walau bagaimanapun, penentuan budaya, adat resam dan peradaban

yang baik adalah sebenarnya tertakluk kepada perisian bangsa dan negara

yang bersesuaian dengan hukum Allah SWT sebagaimana tinggi rendahnya

nilai manusia adalah tertakluk pada tahap ketaqwaannya.

Dalam hal ini tahap kemampuan, kecerdikan, ketajaman dan kehalusan

daya fikir pada penggubal dan pencipta bangsa Melayu yang tercermin pada

ciri-ciri budaya, peradaban, adat resam dan adat-istiadat bangsa ini adalah

sukat-sukat kebolehan mereka dalam peranan sebagai pembimbing dan

kepimpinan yang mencorakkan perisian dan identiti bangsa Melayu yang unik

dan tersendiri.

Malahan dari maksud-maksud yang tersirat di sebalik penggubalan

dan penciptaan ciri-ciri ketamadunan bangsa ini sedikit sebanyak dapat

menggambarkan keberadaan hikmah, keperibadian tinggi, kesenian,

kewibawaan, sifat berpandangan jauh serta ketinggian tahap kerohanian

mereka sehingga mampu menghasilkan khazanah pusaka abadi yang

memperkenalkan kemasyuran bangsa Melayu ke seluruh dunia di zaman

kegemilangan Melayu suatu masa dahulu.

Ketinggian, kekukuhan dan kehalusan nilai, ciri budaya dan peradaban,

malahan adat istiadat sehingga dapat bertahan daripada pengaruh-pengaruh

luar untuk suatu tempuh yang lama mencerminkan daya kebolehan serta

keluhuran hati dalam penciptaan bangsa ini, menyuntik perisian dalamannya

serta mengubal hukum syariat dan hukum adat Melayu. Sehingga keluhuran

dan kebolehan yang menghasilkan ketamadunan bangsa yang tinggi tersebut

seharusnya menjadi pembakar semangat untuk menguatkan azam orang-

orang Melayu semasa menempuh sesuatu cabaran.

.

124

Dalam konteks sejarah pemerintahan Melayu bercorak tradisional,

banyak faktor dapat diketengahkan sebagai hujjah kukuh tentang peranan

Institusi Raja-raja Melayu sebagai penggubal dan pencipta ketamadunan

bangsa ini, termasuklah perisian dalamannya. Raja-raja Melayu bukan sahaja

menyumbang jasa dalam menegak serta menyebarkan syiar Islam ke seluruh

jajahannya, malahan telah berhasil membentuk identiti dan budaya Melayu

yang berciri unik dan berperadaban tinggi, diikat pada teras syariat dan

kerohanian Islam yang utuh.

Dilihat dari sudut falsafah dan sejarah Islam, dibandingkan dengan ciri-

ciri kelayakan Kepala Negara dalam sebuah pemerintahan Islam yang hakikat,

dihurai dari aspek sejarah pembentukan identiti bangsa Melayu beserta corak

tamadun, budaya dan peradabannya, dinilai ciri Adat Raja-raja Melayu dalam

konteks ajaran Islam itu sendiri, dikaji salasilah Raja-raja Melayu dari bangsa

Quraisy, malahan dari titisan ahlul-bait Rasulullah SAW sendiri, dihalusi

kepentingan peranannya sebagai ‘tonggak bangsa dan agama‘ dalam

semangatnya yang sebenar dan bukan sebagai simbolisme identiti Melayu

semata-mata, dihayati pengalaman dan jasa Raja-raja Melayu dalam sejarah

bangsa yang panjang, malahan disingkap peranan Institusi Bendara yang

sebenarnya adalah Menteri Tafwidh bagi Kepala Negara Islam (Kesultanan

Melayu) yang berciri unik mengikut ‘pakaian‘ bangsa Melayu.

Sehingga boleh dibuat suatu rumusan di sini, iaitu ciri-ciri peradaban,

budaya dan tamadun bangsa Melayu adalah menifestasi daripada ilham dan

falsafah, ketajaman pemikiran, kewibawaan, keluhuran, hikmah dan

keunggulan Raja-raja Melayu, dengan bimbingan alim-ulama sufi khususnya

dari jazirah Arab beserta dokongan para pembesar Melayu tradisional.

Padanyalah tercermin gambaran kehalusan dan kemurniaan budaya dan

keperibadian bangsa yang tinggi, kental serta kaya dengan adat istiadat dan

tatasusila yang halus, indah dan unik, dipusakai secara turun temurun.

Di sebalik gambaran-gambaran tersebut adalah Raja-raja Melayu lama

yang berkuasa dan berdaya, iaitu berdaya fikir, berdaya peradaban, berdaya

seni dan berdaya maju. Maka bolehlah dikatakan Raja-raja Melayu umpama

lebah yang menghasilkan madu sehingga telah dapat dihirup faedahnya oleh

bangsa Melayu yang bertuah ini sejak kurun berkurun.

125

BAHAGIAN KEDUA :

Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh

126

10. Peranan Institusi

Bendahara Warisan Melayu Melaka

Institusi Bendahara merupakan sebuah institusi Melayu tradisional

yang amat kurang dimengerti, apatah lagi dihargai oleh orang-orang Melayu

hari ini. Walaupun institusi yang pernah mewarnai lanskap pemerintahan

bangsa Melayu semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka di awal abad ke

15 Masihi sehingga terhapusnya institusi tersebut selepas berlakunya tragedi

Perang Bendahara Pahang (Perang Saudara Pahang) dalam tahun 1857-1863

itu terlalu diketahui umum, namun falsafah dan intisari disebaliknya sering

disalah ertikan.

Suatu kesilapan ketara dalam ikhtiar mencari kefahaman tentang

Institusi Bendahara adalah apabila cuba menyamakan jawatan tersebut

dengan jawatan Perdana Menteri seperti yang terdapat dalam corak

pemerintahan moden (DEMOKRASI SEKULAR) pegangan negara kita masa

kini, iaitu dengan melihat kepada jawatan tersebut dalam konteks yang paling

sempit sebagai ketua bagi segala para pembesar Melayu tradisional. Walhal

realiti sebenar adalah jauh lebih itu.

Jika dilihat dari sudut pandangan Islam, jawatan Bendahara adalah

sebenarnya Menteri Tafwidh sebagai satu bahagian yang penting dalam corak

pemerintahan Islam. Menteri Tafwidh (Menteri yang Berkuasa) diberi kuasa

penuh oleh Khalifah atau Raja untuk menjalankan semua urusan pentadbiran

negeri mengikut PERTIMBANGAN dan KEBIJAKSANAAN Menteri itu sendiri

serta melaksanakannya mengikut IJTIHADnya45.

Rujuk kembali peranan Bendahara sebagai Menteri Tafwidh dalam

sistem pemerintahan Islam yang sebenar, yang mana Kepala

Negara@Khalifah@Sultan@Ulil Amri adalah dibantu oleh Menteri atau

Wazirnya, iaitu Menteri Tafwidh (Menteri Berkuasa) dan Menteri Tanfiz

(Menteri Pelaksana).

127

MENTERI TAFWIDH

vi. Falsafah

Firman Allah SWT : “ Dan jadikanlah untukku seorang Menteri

(Wazir) dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku. Teguhkanlah

dengan dia kekuatanku dan jadikanlah dia sekutu dari urusanku.”

(Thoha: 29-32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah

menjadikan baginya seorang wazir yang baik (jujur), jika ia lupa,

wazirnya akan memberi peringatan kepadanya, dan jika ia ingat,

wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki

dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang

jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan

apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya.” (HR An_Nasa’i)

vii. Tanggungjawab Menteri Tafwidh

Diberi kuasa penuh oleh Kepala Negara untuk menjalankan

semua urusan pentadbiran negeri mengikut pertimbangan dan

kebijaksanaan Menteri itu sendiri serta melaksanakan menurut

ijtihadnya.

viii. Syarat-syarat Kelayakan Menteri Tafwidh

c) Seperti yang ada pada Kepala Negara kecuali syarat keturunan.

d) Mempunyai syarat tambahan, iaitu mesti berkeupayaan

melakukan tugas-tugas di bawah bidang kuasanya seperti

cukai dan peperangan.

ix. Menteri Tafwidh boleh melakukan apa sahaja yang dibuat oleh

Kepala Negara kecuali dalamtiga perkara berikut iaitu:

d) Tidak boleh melantik bakal Kepala Negara

45

AlMawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyah

128

e) Tidak boleh meminta persetujuan rakyat supaya Kepala Negara

dibebaskan daripada jawatannya.

f) Kepala Negara boleh melucutkan jawatan mereka yang dilantik

oleh Menteri Tafwidh tetapi Menteri Tafwidh tidak boleh

melucutkan jawatan mereka yang telah dilantik oleh Kepala

Negara.

x. Syarat-syarat sah perlantikan Menteri Tafwidh

Kesahihan perlantikan seorang Menteri Tafwidh hanya

memerlukan AQAD yang dibuat diantaranya dengan Kepala

Negara, serta dilafazkan dengan sebutan yang terang.

Dari sumber kitab masyur Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu

karangan Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Tun Seri Lanang pula,

Bendahara Melayu Melaka berasal dari Palembang. Demang Lebar Daun yang

menjadi raja dari kerajaan Melayu di Bukit Siguntang telah merajakan Sang

Nila Utama kerana melihatkan kelebihan tuah dan berkatnya, kerana Sang

Nila Utama juga berasal dari keturunan raja-raja. Sedangkan dirinya kini

diletakkan pada suatu kedudukan yang kemudiannya dipanggil Bendahara

yang membawa erti ’ tempat perbendaharaan bagi segala rahsia raja.’

Suatu wa’ad atau magna carta telah dibuat. Demang Lebar Daun telah

meletakkan syarat kepada Sang Nila Utama dan keturunannya dalam peranan

sebagai Raja-raja Melayu untuk memelihara kebajikan umat Melayu. Sebagai

balasannya Demang Lebar Daun telah bersetuju supaya “ hamba Melayu tidak

akan derhaka kepada rajanya.” Kedua-dua pihak juga telah bersetuju bahawa

jika keturunan daripada mana-mana pihak melanggar waad yang dibuat,

maka pihak yang lain tidak lagi terikat dengan perjanjian sumpah setia

tersebut.

Bagi mengukuhkan jalinan ikatan antara kedua pihak ini dalam

hubungan sebagai Raja-Bendahara, Sang Nila Utama telah dikahwinkan

dengan puteri Demang Lebar Daun yang bernama Radin Chandra Puri. Dari

perkahwinan ini telah melahirkan keturunan Raja-raja Melayu Melaka dan

meletakkan batu asas kepada adat Melayu dalam hal perkahwinan seorang

Raja Melayu dengan puteri Bendahara yang diharapkan bakal melahirkan

waris pemerintah yang gahara. Demang Lebar Daun jugalah yang member

129

gelaran Yang di-Pertuan kepada Raja, ‘berpatik’,bertuanku dengan baginda

serta meletakkan beberapa adat Raja Melayu yang lain

Institusi Bendahara sebagai sebuah institusi Melayu yang amat penting

dan berharga perlu diketengahkan.

Menurut Sejarah Melayu: ‘Maka adinda baginda Raja Kecil Muda

dijadikan Bendahara, digelar Tun Perpatih Permuka Berjajar, ialah yang

pertama jadi Bendahara.’

Seri Wak Raja adalah gelaran pertama bagi Bendahara Melaka selepas

Islam. Semenjak itu jawatan Bendahara dipegang oleh kerabat raja yang lebih

tua, lazimnya bapa saudara raja itu sendiri. Maka daripada Bendahara ini

serta orang-orang besar-besar yang bergelar ‘Tun’ pada masa itu bermulalah

keluarga atau kerabat yang dikatakan ‘anak tuan-tuan’ atau golongan

‘pertuanan’46.

Tugas utama Bendahara ialah ‘memerintah, memberi kebajikan atas

bumi yang dilingkari raja itu.47’ iaitu mentadbir kerajaan yang beraja secara

fizikal. Di sinilah letaknya keunikan Institusi Bendahara atas fungsinya yang

bersifat ‘separuh raja separuh pembesar’, iaitu dalam martabat Bendahara

setaraf Raja tetapi dalam masa yang sama tetap berperanan sebagai hamba

Melayu yang taat kepada baginda.

Dalam hal ini, sebagai penjaga peribadi dan penasihat sultan yang

tertanggung sepenuhnya atas pundak Bendahara, segala perkara yang

merangkumi darihal titik bengik urusan peribadi baginda sehinggalah kepada

perkara-perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal pentadbiran negeri

adalah menjadi tanggungjawab Bendahara yang perlu dilaksanakan dengan

penuh rasa kesedaran.

Bendahara dituntut untuk menjadi orang yang paling setia kepada Raja,

yang paling prihatin akan hal ehwal baginda, yang paling menjaga kepentingan

baginda dan sentiasa berada di sisi baginda dalam susah dan senang. Dalam

hal ini tidaklah keterlaluan untuk menyatakan bahawa Bendahara dituntut

menjadi orang yang pertama memberikan kebaktian dan khidmat sepenuhnya

kepada Duli Yang Dipertuan.

46

Rujuk Syed Zulflida, Laporan Majlis Polemik Sejarah Malaysia sesi VIII: Kesultanan Melaka; Pentadbiran dan

Politik, 1996, Arkib Negara, hlm 104-107 47

Tarjan Hadidjaja, Adat Raja-Raja Melayu, hlm 73

130

Dalam pemerintahan mana-mana Raja Melayu yang masih kecil,

Bendahara bertindak sebagai Pemangku Raja, iaitu Bendahara duduk di atas

singgahsana dan Raja pula diletakkan di haribaan Bendahara. Jika raja

berangkat ke luar negeri, Bendaharalah dipertanggungjawabkan memangku

kerajaan dengan dua orang pembesar menjadi pembantu khas.

Bendahara juga mengambil peranan sebagai field marshal mengatasi

Hulubalang Besar dan Laksamana dalam mengetuai angkatan perang.

Contohnya Bendahara Tun Perak yang menghalau Siam dari perairan Melaka

malahan mengalahkannya dalam perang di Kelantan, Bendahara Tun Mutahir

mengetuai angkatan Melaka dan Pahang melawan serangan Ligor, Bendahara

Paduka Raja Tun Jenal mengetuai hulubalang Johor menumpaskan kubu

Portugis di Melaka dalam tahun 1641M.

Bendahara juga bertindak sebagai Ketua Hakim dan dalam beberapa

hal, mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tanpa perlu merujuk

kepada Sultan. Bendahara juga dipertanggungjawabkan untuk mentadbirkan

undang-undang terhadap golongan pembesar dan kerabat bangsawan

sehingga mempunyai balairaya sendiri untuk perbicaraan, menyambut

tetamu, para pedagang dan sebagainya.

Kedudukan Bendahara Melaka tersangat penting hingga dalam majlis

santapan diraja, Bendahara makan bersama-sama dengan putera-putera

diraja, bahkan raja-raja daripada mana-mana negeri yang kecil makan sama

dengan Bendahara dan tidak dengan Sultan. Adat Melayu juga merujuk

Bendahara sebagai pengganti raja, jikalau kemangkatan Sultan tiada

berwaris48.

Kedudukan Bendahara yang setara Raja di dalam Kesultanan Melayu

Melaka dan Johor dapat diperhatikan dalam beberapa petikan Sejarah Melayu

seperti berikut;

‘ Bermula jikalau (Bendahara) Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai, jikalau anak-anak raja datang tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan juga maka dituruninya. Jika Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi permaidani. Jika raja sudah masuk 48

Adat ini pernah dipraktikkan apabila Sultan Mahmud Shah II dari Kesultanan Johor Lama (pewaris Melaka) yang

mangkat dalam peristiwa Marhum Mangkat di Julangan pada tahun 1699M tiada meninggalkan waris. Maka

naiklah Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil menjadi Sultan Johor yang berikutnya bergelar Sultan Abdul

Jalil Riayat Shah IV (1699-1718M)

131

maka Bendahara pulang, segala orang besar-besar dan segala orang kaya-kaya di balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke rumahnya.’

‘Adapun yang kena sireh nobat pertama Bendahara dan anak raja-raja, dan (kemudian) penghulu Bendahari, dan Temenggong, dan Menteri keempat, dan kadi, dan pakeh, dan Laksamana, Seri Bija Diraja, dan sida-sida yang tua-tua. Dan barang siapa yang dikehendaki raja, dan cateri, itupun jikalau ada Bendahara menghadap nobat; jikalau tiada Bendahara, tiadalah bersirih puan itu, jika ada anak raja-raja sekalipun.’

‘Maka Raja Kedah pun makanlah sisa Bendahara itu sama-sama dengan Tun Hassan Temenggung.’

‘ Maka Bendahara Seri Maharaja pun makan seorangnya. Segala orang yang banyak itu ada menanti Bendahara makan, kerana adat Bendahara Melaka, tiada makan sama-sama dengan orang. Setelah sudah Bendahara makan, maka orang lain pun makan. Demikian istiadat dahulu kala.’

‘Kerana adat Bendahara Melaka, apabila membicarakan orang, Temenggong dan Laksamana tiada berpisah dengan Bendahara. Jikalau orang biadap lakunya pada Bendahara, Laksamanalah membunuhnya, dan jikalau orang yang patut ditangkap dan dipasung, maka Temenggonglah yang menangkap dan memasungnya. Demikianlah adat istiadat zaman dahulu kala.’

Kesimpulannya, kepentingan jawatan Bendahara yang diberi mandat sebagai Penghulu bagi institusi pembesar Melayu tradisi dapat dihayati melalui petikan dari wasiat Sultan Melaka-Johor iaitu Sultan Mahmud Shah I

(1488-1511M) yang menitahkan:

“Adapun barang tahu Bendahara dan segala Orang Kaya-Kaya, bahawa

dunia ini akan lepaslah dari genggaman kita, melainkan semata-mata akhirat yang kita hadapi. Adapun anakku Sultan Muda ini, dahulu Allah SWT, kemudian Rasul Allah, setelah itu kepada Bendahara dan Orang-Orang Kaya sekelian pertaruh kita, daripada memelihara dan mengajar, menegur dia, kerana dia budak penuh dengan khilaf dan bebalnya. Lagi ia piatu. Telah yakinlah kita akan pelihara Bendahara dan Orang Kaya-Kaya sekelian akan dia.”

“Setelah Sultan Mahmud Syah mendengar sembah Bendahara dan

segala Orang Besar-besar itu, maka terlalu sukacita baginda, seraya meraih

leher paduka anaknda baginda, dipeluk cium baginda, seraya bertitah: “ Hei anakku, cahaya mataku, buah hatiku, engkau kerajaan, sangat sabarmu, dan barang suatu bicaramu jangan meninggalkan Bendahara dan sekelian menteri hulubalangmu; sangat-sangat adil saksama pada barang hukum atas bala tenteramu…”

132

Begitu juga dengan peristiwa Sultan Alauddin Riayat Shah II Johor (1528-1564) yang meminta restu Bendahara terhadap peminangan puteri

baginda oleh cucu Sultan Pahang, Raja Omar

Baginda bertanya kepada Bendahara: “ Jikalau tiada ghalatnya kepada Bendahara, kerana kita tiada tahu,

kerana tiang kerajaan anak cucu baginda yang dari Bukit Siguntang, dari

Singapura datang ke Melaka, hingga sampai kepada masa kita ini, tiada lain

daripada itu; salasilah Bendahara juga.Sebab itu kita bertanya kepada

Bendahara; sudah kabul kepada Bendahara menyembah Raja Omar akan ganti

kerajaan kita, kita terimalah..“

Institusi Bendahara merupakan mekanisma dalaman yang memberikan

keseimbangan, membekalkan check and balance dalam hal pemerintahan

Raja-raja Melayu mutlak. Perhatikan;

Pertama:

Walaupun mengamalkan sistem raja-raja mutlak, kedudukan

Bendahara dari kalangan keluarga sendiri yang lebih tua dapat memastikan

Raja tidak terseleweng dari batasan adat Raja-raja Melayu dan hukum syariat.

Kaedah ini lebih mantap kerana dibandingkan dengan jawatan Perdana

Menteri atau wazir yang tiada kaitan darah dan kekeluargaan dengan Raja

tidak dapat membekalkan kaedah ‘check and balance‘ yang lebih berkesan

berbanding kedudukan Bendahara‘.

Dalam adat resam masyarakat Melayu tradisional dengan pegangan

syariat Islam dan peradaban Melayu yang lebih kuat berbanding masyarakat

Melayu moden hari ini, takzim dan pemuliaan yang tinggi diberikan kepada

orang-orang tua, apatah lagi jika berdarah daging sendiri. Apa jua masalah

keluarga akan dibawa kepada perhatian orang tua-tua yang akan menegur

dan menasihati, tanpa merasa takjub, hairan, kekok atau rendah diri pada

kedudukannya. Apatah lagi Dato’ Bendahara yang diamanahkan dalam Adat

Raja-raja Melayu sebagai penasihat baginda.

Fungsi Bendahara mencerminkan peranannya sebagai Menteri Tafwidh

yang memastikan pemerintahan Kepala Negara Islam terbendung dalam

batasan yang diharuskan oleh syariat.

133

Kedua :

Kedudukan Bendahara yang tetap berada di bawah payungan Raja, iaitu

Raja tetap menjadi tuannya, yang mana sesetengah perkara penting adalah

langsung diluar kuasa Bendahara49, juga merupakan satu kaedah ‘check and

balance‘ yang berkesan bagi memastikan Bendahara tidak memperalatkan

Raja untuk kepentingannya sendiri.

Had kuasa Bendahara adalah sepertimana yang terkandung dalam

konsep Islam berkaitan dengan hubungan Kepala Negara-Menteri Tafwidh,

iaitu Kepala Negara tetap merupakan pemerintah umat Islam yang paling

tinggi yang memastikan Menteri Tafwidh tetap menjalankan tugas atas

namanya dan di bawah mandatnya.

Ketiga :

Kedudukan Bendahara yang sedarah Raja, iaitu berdarah gahara serta

kerabat baginda, menjadikan tanggungjawab Bendahara sebagai penjaga Adat

Raja-raja Melayu dan Ketua Hakim menjadi lebih berkesan. Ini adalah kerana

kebesaran, kemuliaan dan kemewahan sudah secara semulajadi menjadi

pakaian keluargan Bendahara secara turun temurun sebagaimana Raja, oleh

itu lazimnya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam melaksanakan

amanah yang dipikulnya.

Keempat :

Sejarah keluarga Bendahara yang sewarisan Raja dapat menjamin

Bendahara mempunyai ‘pride of profession‘ dalam melaksanakan tugasnya

serta merasa penuh tanggungjawab untuk memelihara nama baik keluarga

dan keturunan yang mewakili Institusi Raja-raja Melayu serta Institusi

Bendahara.

Bandingkan dengan jawatan Perdana Menteri atau Wazir yang bukan

dari keluarga dan keturunan yang sama, berpotensi mencetuskan keinginan

untuk mendapatkan faedah material yang datang dengan jawatannya yang

bersifat sementara. Perkara ini boleh mendatangkan unsur-unsur korupsi

mahupun pengkhianatan pada tanggungjawab tersebut.

49

Rujuk kembali had kuasa Menteri Tafwidh pada bab 2:Faktor Syariat Islam pada buku ini.

134

Keturunan Bendahara dari darah bangsawan juga bertepatan dengan

kaedah agama yang mementingkan ciri nasab yang baik yang disyorkan dalam

hal perlantikan pembesar.

Kesimpulannya, dalam hubungan Raja-Bendahara sebagai Kepala

Negara-Menteri Tafwidh ini wujud mekanisme ‘check and balance‘ dalaman

yang unik dan berkesan, yang mana atas sifat keduanya dalam lingkungan

sedarah, seketurunan, sewarisan, sekeluarga dan mempunyai daulatnya

masing-masing, akan dapat mencetuskan sifat saling memelihara maruah dan

kemuliaan institusi keluarga (Institusi Raja-raja Melayu dan Institusi

Bendahara) yang dikongsi bersama itu. Sedangkan tidak wujud masalah

persaingan diantara keduanya atas sifat Raja sebagai Penaung Bendahara,

mahupun dalam sifat Bendahara yang ‘ setara Raja, namun tetap berperanan

sebagai hamba Melayu yang taat‘.

Ringkasnya, dalam konteks Institusi Raja-raja Melayu, Bendahara

menjaga Raja, Raja menjaga Bendahara dan kedua-duanya tertakluk pada

Adat Raja-raja Melayu serta syariat Islam sebagai penguasa-penguasa tertinggi

yang mendapat mandat Allah dalam urusan mentadbir kehidupan umat Islam

berbangsa Melayu.

Keunikan serta keberkesanan hubungan Raja-Bendahara warisan

Kesultanan Melayu Melaka yang mencetuskan kaedah check and balance ini

telah terbukti berulangkali berlaku dalam sejarah.

135

Bendahara Sebagai Menteri Tafwidh Dalam Islam

TUGAS MENTERI BENDAHARA

TAFWIDH MELAYU

Kelayakan Syarak Islam, Lelaki, Baligh, Merdeka -Sama-

Kelayakan Adat Seketurunan dengan Raja

Bersifat warisan keluarga

Cara Perlantikan Aqad dan lafaz terang yang Dilantik oleh Raja dalam

dibuat oleh Kepala Negara suatu upacara Diraja

dengan Menteri Tafwidh

Ciri i. Sekutu dengan Kepala Negara i. Tempat perbendaharaan

dalam urusan pemerintahan segala rahsia Raja

ii. Kepala Negara tetap sebagai ii. Bersifat separuh Raja separuh

ketua mutlak pada Menteri Pembesar (iaitu tetap taat

Tafwidh kepada Raja). –Sama-

iii. Boleh membuat pertimbangan iii. -Sama-

dan ijtihad sendiri

iv. Kekuasaanya menyeluruh iv. -Sama-

kecuali dalam beberapa perkara

yg hanya diperuntukan kepada

Kepala Negara

v. Menteri Tunggal, duduknya v. Menteri Tunggal Penuh

hanya bawah Kepala Negara &

tidak berkongsi kuasa dgn para

Menteri lain kecuali hal tertentu

vi. Memastikan pemerintahan Kepala vi. Bendahara sebagai keluarga

Negara ada ‘check & balance’ dan lebih tua dari Raja dapat

berikan ‘check and balance’

Kemahiran Tahu mentadbir dan mengelola Penasihat Raja dalam hal adat,

bidang yang di bawah kuasanya resam, faham dan syarak (dgn

bimbingan ulama)

Tugas Hakim, pengelola peperangan, -Sama- mengurus cukai, melantik gabenor,

mentadbir urusan negeri mengikut

pertimbangan dan ijtihadnya

136

11.

Bendahara Sebagai

Ahl-al-Hall wa al-Aqd @Jemaah Pangkuan

Rujuk kembali pada bahagian awal buku ini, iaitu tentang pemilihan

Kepala Negara mengikut hukum syarak.

SYARAT PEMILIHAN Kepala Negara dibuat melalui dua cara berikut

iaitu;

i. Samada ditunjukkan oleh Kepala Negara sebelumnya

Cara ini digunakan dalam proses pelantikan Sayyidina Umar al Khattab iaitu khalifah kedua dalam pemerintahan Khulafa ar Rasyidin, yang mana Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang

sedang gering telah mencalonkan nama Sayyidina Umar al Khattab sebagai penggantinya.

Pencalonan ini telah dipersetujui setelah bermusyawarah bersama para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura,.

ii. Atau dipilih melalui Ahl al-Hal Wa al-Aqd (Jemaah Pemilih),

Khalifah Umar al-Khattab telah menetapkan Ahl-al-Hal wa al-Aqd atau Anggota Pemilih, yang bilangannya enam orang

iaitu Sayyidina Othman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair

al Awwam dan Saad bin Abu Waqas. Musyawarah diadakan tiga hari selepas kewafatan Khalifah Umar di rumah Saidatina Aisyah binti Abu Bakar dan Abdul Rahman bin

Auf telah dipilih untuk mempengerusikan musyawarah dalam pemilihan khalifah. Undian dibuat dan akhirnya

Sayyidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi setelah empat orang calon menarik diri.

Bermakna tugas Ahl-al-Hal wa al-Aqd adalah memilih serta melantik

Kepala Negara dari kalangan mereka ataupun dari kalangan orang lain. Dalam

perkara ini, ulama berbeza pendapat tentang bilangan Anggota Pemilih ini,

iaitu ada yang mengatakan sekurang-kurangnya enam orang, lima orang, tiga

orang dan seorang berdasarkan kepada istinbath hukum Fiqh Daulah yang

137

diambil dari persitiwa pemilihan dan pembaiatan Sayyidina Abu Bakar,

Sayyidina Umar, Sayyidina Ali serta ijtihad fuqaha dan mutakallimin di Basrah

dan Kufah pada zaman Khaira Qurun50.

Sebagaimana mengikut hukum syariat yang menetapkan pemilihan

Kepala Negara dibuat dengan dua cara iaitu samada ditunjuk oleh pemerintah

sebelumnya ataupun dipilih oleh Ahl al-Hal Wa al-Aqd, maka syarat ini

adalah diikuti dalam istiadat perlantikan Raja-raja Melayu, yang mana

lazimnya calon bakal raja telahpun diputuskan sebelum kemangkatan raja

yang memerintah dengan mendapat permuafakatan ahli lembaga Majlis

Syura51.

Sistem Syura merupakan suatu konsep permuafakatan dalam urusan pemerintahan umat Islam dan tidak semestinya anggota syura diwajibkan

untuk bertindak sebagai Ahl-al-Hal wa al-Aqd yang mana tugas mereka dikhususkan semata-mata dalam urusan pemilihan serta perlantikan Kepala

Negara. Bagaimanapun dalam sistem pemerintahan kesultanan Melayu, lembaga Majlis Syura lazimnya orang yang sama dengan lembaga Anggota Pemilih, atau namanya mengikut Adat Raja-Raja Melayu disebut sebagai

JEMAAH PANGKUAN DIRAJA.

Maka dalam hal perlantikan Raja Melayu, lazimnya wujud syarat

muafakat dan persetujuan para pembesar sebagaimana yang dituntut oleh

hukum syariat.Permuafakatan dan persetujuan atas pemilihan calon raja

(Tengku Mahkota) oleh raja yang masih memerintah diperolehi dari para

pembesar Melayu yang paling teratas seperti Bendahara, Penghulu Bendahari,

Temenggung dan Mufti yang bukan sahaja bertindak sebagai lembaga Majlis

Syura, tetapi juga dalam adat Raja-raja Melayu, lazimnya juga merupakan Ahl

al-Hal Wa al-Aqd@Anggota Pemilih@Jemaah Pangkuan Diraja. Bendahara

sebagai Menteri Tafwidh atau Menteri Tunggal Penuh mempengerusikan

mesyuawarah lembaga Anggota Pemilih@Jemaah Pangkuan Diraja dalam hal

mengurus perkara-perkara perlantikan Raja Melayu.

50

Al-Mawardi, ibid, hlm 8 51

Liha Lampiran I

138

Peranan Institusi Bendahara dan Kepentingan Muafakat

Rujuk beberapa petikan di bawah yang diambil dari beberapa sumber,

antaranya kitab ‘Sulalatus Salatin@ Sejarah Melayu’, ‘Manuskrip Raja

Temenggung Muar’, ‘Institusi Bendahara: Permata Melayu yang Hilang’ dan

‘Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863’,

dalam hal perlantikan beberapa orang Raja Melayu Melaka, Johor & Pahang,

sebagai menifestasi dari fungsi dan peranan Bendahara yang bukan sahaja

melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Tafwidh dan anggota lembaga

Majlis Syura, tetapi juga sebagai pengerusi Ahl al-Hal Wa al- Aqd, iaitu

lembaga Anggota Pemilih atau Jemaah Pangkuan Diraja.

i. Bendahara Sri Amar Diraja Raden Anum MELAKA

Perlantikan Raja Kassim sebagai sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar

Shah (1335-1375) yang mana berlaku penggulingan kuasa raja sebelumnya

iaitu Sultan Abu Syahid kerana tercetus masalah pengkhianatan Adat Raja-

raja Melayu oleh Raja Rekan yang memangku Sultan Abdul Syahid yang masih

kecil (kerana bonda Sultan Abu Syahid adalah sepupunya)52, serta membuat

perkara-perkara yang menjolok mata seperti mengusir Raja Kassim yang

merupakan saudara tua kepada Sultan Abu Syahid, sehelai sepinggang dari

istana serta bertindak seolah-olah beliaulah raja. Perkara ini mendatangkan

kemarahan di kalangan para pembesar Melaka.

Kemudian seorang ulama bertaraf waliyulLah yang bernama Maulana

Jalaluddin dari negeri atas angin telah melihat keadaan Raja Kassim yang

menjadi pengail dan mengenalnya sebagai anak raja Melaka, serta mendapat

firasat bahawa Raja Kassim bakal memegang kerajaan Melaka lalu

mencadangkannya untuk berikhtiar merealisasikan firasat tersebut dengan

jaminan peribadi daripadanya akan keberhasilannya. Raja Kassim bersetuju,

akhirnya permuafakatan diantara beberapa pembesar atasan dibuat untuk

menyingkirkan Raja Rekan dan kata putus serta restu didapatkan dari

Bendahara Sri Amar Diraja Raden Anum53 sebagai Menteri Tafwidh dan

Pengerusi Jemaah Pangkuan.

52

Adat Raja-raja Melayu menetapkan bendahara sebagai pemangku raja dan Fiqh Daulah menetapkan Menteri

Tafwidh sebagai sekutu bagi Kepala Negara dalam urusan pemerintahan. RajaRekan telah mengambil peranan

Bendahara sehingga mencetuskan konflik dengan para pembesar Melaka 53

A.Samad Ahmad, Sejarah Melayu, 1979, DBP, bab ‘Peristiwa Rampas Kuasa’, hlm 83-85

139

Pembesar dan hulubalang Melaka terus bersama menyertai kumpulan Raja Kassim untuk menyingkirkan Raja Rekan apabila mendapat tahu bahawa

Bendahara Melaka telah memberikan sokongannya kepada mereka. Dalam peristiwa itu Raja Rekan telah sempat membunuh Sultan Abu Syahid setelah

beliau ditikam oleh hulubalang Melaka. Maka ditakdirkan naiklah Raja Kassim menjadi Sultan Muzaffar Shah dengan restu Jemaah Pangkuan Melaka, memerintah untuk tempuh 40 tahun, iaitu pada tahun 1335-1375.

ii. Bendahara Paduka Raja Tun Perak MELAKA

Peristiwa penolakan Raja Muhammad putera Sultan Mansur Shah

Melaka (1375-1448) dari menjadi Raja Melaka. Raja Muhammad telah

membunuh Tun Besar, iaitu anaknda Bendahara Paduka Raja Tun Perak

kerana sepak raga yang ditendang oleh Tun Besar semasa sedang bermain

telah terkena destar Raja Muhammad yang kebetulan sedang lalu di situ, lalu

destar tersebut telah jatuh ke tanah. Keadaan menjadi kucar kacir seketika

dan anak-anak buah Tun Perak ingin bertindak membalas perbuatan Raja

Muhammad itu. Tun Perak yang keluar rumah kerana terdengar kekecohan

yang berlaku diberitakan tentang tragedi tersebut, lalu beliau menyergah: “

Hei! Hei! Hendak derhakakah ke bukit? Hendak derhakakah ke bukit?

Nyiah!Nyiah Kamu semua nyiah!.Kerana istiadat hamba Melayu tidak pernah

derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini, janganlah kita pertuan.”

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Sultan Mansur Syah, lalu

dijawab baginda : “ Celaka si Muhammad ini! Hei Muhammad! Apakan dayaku

engkau ditolak muka bumi Melaka.” Sultan Mansur Syah akur dengan

pendirian Tun Perak, lalu memerintahkan Raja Muhammad untuk dirajakan

di salah satu jajahan kesultanan Melaka iaitu di negeri Pahang54.

iii. Bendahara Paduka Tuan@Lubuk Batu Tun Tepok JOHOR LAMA

Peristiwa pembunuhan Sultan Ahmad putera Sultan Mahmud Melaka-

Johor Lama kerana melanggar muafakat Orang Besar-besar55

54

Ibid, bab ‘ Ditolak Bumi Melaka’, hlm 152-153. Raja Muhammad kemudiannya dititahkan untuk dirajakan di

Pahang dengan diiringi oleh Jemaah Pangkuan yang baru dilantik baginda khusus untuk membantu dalam

pengurusan kerajaan Pahang yang baru. 55

Ibid, hlm 271

140

iv Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai JOHOR LAMA

Peristiwa penggantian raja dengan melanggar wasiat raja yang mangkat

semata-mata demi menjaga keharmonian dan perpaduan keluarga diraja.

Peristiwa ini dirakamkan dalam bab ‘Wasiat Sultan Abdul Jalil Diketepikan’ 56,

berlaku dalam masa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah I Johor (1570-

1571). Bendaharanya waktu itu adalah Tun Isap Misai.

Sebelum kemangkatan baginda, Sultan Muzaffar Shah (1564-1570) telah

mewasiatkan anak saudaranya Raja Abdul Jalil (hasil perkahwinan adindanya

Raja Fatimah dengan cucu Sultan Pahang yang bernama Raja Umar) dilantik

sebagai bakal pengganti pemerintahan kelak. Oleh itu setelah kemangkatan

Sultan Muzaffar di Seluyut pada tahun 1570M (bergelar Marhum Seluyut),

Bendahara Tun Isap Misai telah menjalankan wasiat baginda dan melantik

Raja Abdul Jalil sebagai pemerintah, bergelar Sultan Abdul Jalil Shah I

(1570/71).

Oleh kerana Sultan Abdul Jalil Shah masih budak lagi, umurnya baru menjangkau lapan tahun, maka sebagai mengikut adat Raja-raja Melayu,

Bendahara Tun Isap Misai telah memangku pemerintahan negeri Johor. Bagaimanapun Sultan Abdul Jalil mangkat tidak berapa lama kemudian

dan Bendahara Seri Maharaja hendak menabalkan sepupunya Raja Abdullah (putera Sultan Muzaffar) yang masih kecil sebagai mengikut wasiat Almarhum.

Perkara ini telah ditentang keras oleh bonda Almarhum, Raja Fatimah yang mahukan suaminya Raja Umar dari negeri Pahang menjadi raja. Raja Fatimah mengancam akan merajuk dan meninggalkan negeri Johor jika kehendaknya

tidak dituruti.

Setelah bermesyuwarah dengan para pembesar lain dan mendapatkan kata muafakat, akhirnya Bendahara Tun Isap Misai pun bersetuju untuk menabalkan Raja Umar sebagai Sultan Johor, bergelar Sultan Ali Jalla Abdul

Jalil Shah II (1571-1597).

Walaupun terpaksa melanggar wasiat Almarhum Sultan Abdul Jalil

Shah, Tun Isap Misai telah bertindak secara berhikmah, akur pada cadangan Raja Fatimah (bonda Sultan Abdul Jalil) untuk menabalkan suaminya Raja

Umar sebagai Sultan Johor. Tun Isap Misai tidak mahu dituduh ingin memonopoli kuasa raja jikalau ia terus berkeras melantik Raja Abdullah dan kemudian memangku raja walaupun itu adalah adat raja.

Dalam hal ini Tun Isap Misai telah berjaya memelihara perpaduan dan

keharmonian di istana Johor, apatah lagi Raja Umar bukan sebarang orang, 56

Ibid, hlm 307-309

141

tetapi adalah seorang cucu kepada Sultan Pahang selain ayahanda kandung juga kepada Almarhum Sultan Abdul Jalil Shah itu.

v. Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid JOHOR LAMA

(mangkat 1697)

Kenaikan Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid sebagai

bendahara Johor berlaku selepas lebih 60 tahun keluarga bendahara

diabaikan dalam lanskap politik kesultanan Johor Lama, disebabkan

berlakunya politik Johor-Acheh sehingga merenggangkan hubungan Raja

Johor dengan keluarga Bendahara waktu itu. Hal ini diambil kesempatan oleh

Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menjadi ‘de facto bendahara’.

Bagaimanapun, selepas sekian lama bertindak sebagai de facto bendahara

sehingga berlaku banyak perkara yang menjolok mata dan melanggar adat

istiadat Raja Melayu (kemuncaknya berlaku pembunuhan dan pencopotan

jawatan pembesar-pembesar Johor yang diagih-agihkan pada anak-anak Tun

Abdul Jamil57), pembesar Johor memohon supaya keluarga bendahara tampil

memulihkan keadaan. Berikutnya Tun Habib Abdul Majid muncul, dan

kemudian berjaya menyingkirkan Laksamana Tun Abdul Jamil pada tahun

1688, langsung memikul tanggungjawab sebagai ‘dejure bendahara’,

memangku Sultan Mahmud Shah Johor (1685-1699) sehingga Tun Habib

mangkat pada tahun 1697.

v. Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil JOHOR LAMA

Peristiwa kenaikan Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil ibn

Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid menjadi Sultan Johor

bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718) merupakan suatu

peristiwa bersejarah kerana berlakunya pertukaran dinasti pemerintahan

Johor dari waris raja kepada waris bendahara.

Peristiwa ini berlatarbelakangkan tragedi ‘Sultan Mahmud Mangkat di

Julang’ yang berlaku pada tahun 1699. Baginda dibunuh oleh Megat Seri

Rama kerana membalas dendam di atas kezalimannya membunuh isteri Megat

Seri Rama yang telah memakan seulas nangka raja kerana mengidam semasa

ketiadaan suaminya yang sedang malaksanakan khidmat diraja di luar

daerah. Oleh kerana Sultan Mahmud mangkat tanpa meninggalkan waris,

57

Leonard Y Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728, 1975 Oxford University Press, Kuala Lumpur,178-179

142

maka mengikut adat Melayu lama, kuasa pemerintah boleh diserahkan kepada

Bendahara58.

Mengikut manuskrip Salasilah Raja-raja Temenggung Muar: “Kemudian

mangkatlah pula anakanda Al-Marhum itu di atas julangan (Sultan Mahmud

Shah II) ditikam dengan oleh hulubalangnya yang bernama Megat Seri Rama

menderhaka. Kemudian maka ‘alam negeri Johor pun gaduhlah kerana tiada

siapa yang hendak digantikan kerajaan ayahandanya. Hatta maka

bermuafakatlah segala raja-raja menteri, hulubalang, rakyat sekeliannya

merajakan Dato’ Pasir Diraja di alam Johor, maka titahnya : “Tiada sekali-kali

beta mahu kerana seolah-olah beta menyukakan anak beta mati”, kemudian

titahnya pula “Terlebih baik saudara beta Padang Saujana dinaikkan kerajaan

dalam negeri dan di alam Johor ini. Maka segala menteri, hulubalang rakyat

sekelian pun merajakan Bendahara Padang Saujana (Sultan Abdul Jalil bin

Tun Habib Abdul Majid) itu. Beberapa lamanya duduk di atas takhta kerajaan.

Maka sebab pun baginda itu digantikan menjadi raja di alam Johor kerana

Marhum yang mangkat dijulang itu belum mengadakan putera …”

vi. Raja Bendahara Siwa Raja Tun Ali PAHANG (JOHOR LAMA)

Peristiwa perlanggaran adat Raja-raja Melayu dalam hal perlantikan raja Johor lama, yang melibatkan dua orang puteri Sultan Mahmud Shah III Johor,

bermula tahun 1813, iaitu Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman.Ianya membabitkan campurtangan politik Yam Tuan Muda Riau sehingga diambil

kesempatan oleh kuasa British dan Belanda untuk mengeruhkan lagi suasana diantara kaum kerabat diraja seterusnya mentancapkan pengaruh mereka, menjadi ‘musuh dalam selimut’, ‘duri dalam daging’.

Keadaan yang kalut natijah daripada peristiwa ini telah menyebabkan

Bendahara Tun Ali dalam kuasanya sebagai Pengerusi Majlis Syura dan Pengerusi Jemaah Pangkuan telah terpaksa membuat ijtihad sendiri dengan menimbang-nimbang aspek hukum syariat dan adat Raja-raja Melayu untuk

membuat suatu keputusan raja manakah yang sepatutnya ditabalkan sebagai raja Johor Lama yang sebenar.

Dalam keadaan tersepit serta mengelakkan fitnah dan kecelaruan yang berpanjangan, yang mana kuasa British dan Belanda telah mula mencocok

cocok jarum-jarum mereka, maka muafakat pembesar Melayu-Bugis telah 58

Adat ini mungkin berasal usul dari peristiwa waad atau sumpah diantara Sang Nila Utama dan Demang Lebar

Daun yang asalnya merupakan pemerintah di Palembang, namun kemudiannya telah melantik Sang Nila Utama

menjadi raja dan menurunkan dirinya pada kedudukan bendahara. Sang Nila Utama kemudian dikahwinkan dengan

puteri Demang Lebar Daun. Dari sini lahirlah keturunan raja dan bendahara Melaka, iaitu asalnya dari satu

keluarga.Maka diwujudkan adat bahawa bendahara boleh dikembalikan pada kedudukan pemerntah jikalau raja

mangkat tanpa meninggalkan waris

143

diambil kira dan akhirnya Bendahara Tun Ali telah memutuskan untuk mempertuankan Tengku Abdul Rahman sebagai Raja Johor yang berikutnya

bergelar Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah, memerintah pada tahun 1818-1832.

Dalam tahun 1832M, Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I (1818-1832M)59 telah mangkat dan digantikan dengan anakanda baginda yang

bernama Sultan Muhammad Shah (1832-41M).

Tidak lama selepas pertabalan baginda, Sultan Muhammad telah

berangkat ke negeri Johor untuk menziarahi segala perkuburan Raja-Raja Melayu di situ. Dari Johor

baginda telah pergi ke Terengganu dan Pahang. Selepas beberapa lama duduk di Pahang, Sultan Muhammad pulang ke Lingga dengan diiringi oleh

Bendahara Tun Ali dan orang-orang besar Pahang yang lainnya60.

Di Lingga, suatu upacara adat istiadat telah berlangsung dengan penuh kebesaran. Dalam majlis diraja itu, Sultan

Muhammad Shah telah bertitah untuk “menyerahkan negeri Lingga itu sekelian pemerintahan (kepada Bendahara), kerana begitu istiadatnya, apakala Dato’ Bendahara datang dari Pahang, Yang Dipertuan menyerahkanlah negerinya sekelian hukum61.”

Peristiwa ini membuktikan wujud ikhtiar dari pihak Sultan Muhammad

Shah untuk memulihkan adat Raja-raja Melayu dengan mengembalikan fungsi dan peranan asal Bendahara yang waktu itu sering diganggu gugat oleh politik

keluarga Yam Tuan Muda di Riau62.

59 Ditekankan sekali lagi bahawa Sultan Johor di sini bermakna sultan yang disahkan oleh adat Raja-Raja Melayu sebagai Sultan yang sah, sebenar dan berdaulat. Bukan yang dinobatkan dan dipertahankan oleh pihak British. 60 Virginia Matheson, op.cit, hlm 398-405 61 Majlis diraja yang diadakan di Lingga ini menunjukkan bahawa Sultan Muhammad samada tidak tahu atau enggan mematuhi perjanjian yang dibuat diantara Raja Jaafar dengan Belanda dalam tahun 1830M itu. Bagaimanapun berdasarkan surat Tun Ali pada tahun 1855M kepada Sultan Mahmud Muzaffar, kemungkinan besar perjanjian tersebut disembunyikan oleh Raja Jaafar daripada pengatahuahn pemerintah Johor Lama di Lingga. 62

Virginia Matheson, (Raja Ali Haji), Tuhfat al-Nafis, hlm 398-405

144

viii. Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir PAHANG (JOHOR LAMA)

Peristiwa pemakzulan Sultan Johor Lama iaitu Sultan Mahmud Muzaffar Shah dalam tahun 1857 yang melibatkan campurtangan pihak Belanda dan Yam Tuan Muda Riau merupakan satu lagi peristiwa bersejarah

yang mencederakan lanskap politik kesultanan Johor Lama sehingga akhirnya membinasakannya terus, malah secara tidak langsung telah mengakibatkan

berlakunya tragedi Perang Bendahara Pahang 1857-1863.

Dengan berlatarbelakangkan senario Perang Bendahara Pahang yang

berpunca daripada tindakan adinda Tun Mutahir (dari ibu yang berlainan) untuk merampas kuasanya sebagai pemerintah otonom Pahang, kemusnahan empayar Johor Lama, kelumpuhan adat Raja-raja Melayu disebabkan

munculnya kelompok ‘bangsawan Melayu orde baru’ yang lebih selesa mengikut aturan British- Belanda dari hukum adat Raja-raja Melayu, serta

tindakan kuasa British yang mengambil pendekatan ’arm twisting’ dengan niat untuk menghancurkan terus Institusi Bendahara, Tun Mutahir terpaksa

membuat ijtihad sendiri dalam hal perlantikan raja-Johor yang berikutnya, iaitu dalam peranannya sebagai Pengerusi Majlis Syura kesultanan Johor Lama dan Jemaah Pangkuan yang ‘telah lumpuh’ dan tidak berkeupayaan

untuk berfungsi kembali sebagaimana dahulu, kerana waktu itu sultan telah makzul, adat istiadat Raja Melayu telah dikhianati, keluarga diraja dan para pembesarnya telah bercerai berai bertindak nafsu-nafsi.

Tragedi ini telah menyebabkan Tun Mutahir terpaksa membuat

beberapa keputusan yang tegas, antaranya dengan mengisytiharkan dirinya sebagai “al-Wakil Sultan yang Sah’. Kerana waktu itu sukar untuk melantik kembali sultan yang sah ekoran realiti politik Johor Pahang.

i

Tun Mutahir juga terpaksa membuat satu perjanjian dengan Temenggung Johor dalam tahun 1861 sebagai satu ikhtiar meredakan kemelut dan fitnah

besar yang melanda tanah Johor dan Pahang, dalam keadaan serba terhimpit dan terkekang, khususnya oleh tekanan pihak British yang merupakan suatu kuasa imperialis yang besar dan kuat waktu itu, yang menyimpan hasrat

untuk memusnahkan terus institusi pembesar Melayu tradisional khususnya

145

peranan bendahara supaya mudah memasukkan pegawai British menjadi penasihat raja menggantikan Dato’ Bendahara.

Tun Mutahir sendiri akhirnya menjadi mangsa, terkorban akibat perang yang berlaku di Pahang dan dengan kemangkatannya, maka berakhirlah

Institusi Bendahara warisan Melayu Melaka yang telah berumur lebih 500 tahun lamanya.

ix. Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman PAHANG

Merupakan putera Tun Mutahir yang cuba mengambil kembali kuasa ayahndanya yang telah diambil oleh ayahanda saudaranya Encik Wan Ahmad dengan melanggar dan mengkhianati adat Raja-raja Melayu. Tun Abdul

Rahman dipilih mengikut hukum syariat dan adat, melaksanakan aqad dan baiat dengan saki baki pembesar yang masih setia bersamanya, setelah

kemangkatan ayahandanya Tun Mutahir dan saudara tuanya Tun Koris.

Bagaimanapun realiti politik Johor waktu itu yang mana pihak British telah mleletakkan ‘weight’ mereka kepada Encik Wan Ahmad, dengan melantiknya sebagai de facto Raja Pahang telah menyia-nyiakan perjuangan

Tun Abdul Rahman dan para pembesar Pahang yang tetap setia bersamanya. Waktu itu Institusi Bendahara warisan Melaka telahpun terkubur…

146

147

Dinasti Bendahara Melaka/Johor/Pahang

ISKANDAR ZULKARNAIN Dari negeri Rom, turun ke Asia Barat, China dan Asia Tenggara

Turun beberapa keturunan

Raja Sulan

Raja Suran Turun beberapa keturunan

Demang Lebar Daun (Raja Palembang/Bukit Siguntang & Bendahara Bentan)

Sang Nila Utama + Radin Chandra Puri (Raja Palembang-Bentan-Singapura I) Raja Kechil Besar Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar Raja Muda Tun Perpatih Tulus Tun Perpatih Besar Dasia Raja Singapura IV Bendahara Singapura & Melaka Seri Nara Diraja Penghulu Bendahari Melaka Raja Iskandar Shah Raja Ahmad/Raja Besar Muda Raden Bagus Raden Tengah Raden Anum Raja Melaka III Bendahara Sri Amar Diraja Bendahara Melaka Tun Perpatih Sedang Mani Purindan + Tun Ratna Sendari B.S.W.R putera Nizamul Muluk Akbar Shah

dari kesultanan di Pahili, Gujerat

148

Sambungan I

Amir Badaruddin Khan Shindi Syeikh Matraluddin Zulkarnain Baharshid

Ibni Nizamul Muluk Akbar Shah @ Mani Purindan berkahwin

Tun Perpatih Sedang Tun Ratna Sendari B.S.W.R

Tun Perpatih Putih Tun Perak Tun Kudu + Tun Ali Tun Ratna Wati + Sultan Muhammad Syah B.P B.P.R B. S.N.D Sultan Melaka 1424-44 Tun Tepok Tun Tahir Tun Mutahir Sultan Muzaffar Syah Sayyid Abdul Aziz B.P.T/B.L.B B.S.M Sultan Melaka 1446-1456 (Islamkan Raja Melaka)

Tun Khoja Tun Hassan Sultan Mansur Syah B.P.R Temenggung Sultan Melaka 1456-77 Sayyid Maulana Yusuff

Tun Isap Berakah Tun Mat Ali Tun Senaja + Sultan Alauddin Riayat Syah Sultan Melaka 1477-88

Sayyid Menawar Tun Biajid Puteri + Tun Mahmud Tun Jenal Tun Fatimah + Sultan Mahmud Syah B.S.M B.T.N.W Sultan Melaka 1488-1511 Sultan Johor 1511-28 Puteri Tun Hidap + Tun Isap Misai Sultan Alauddin Riayat Syah II Tun Umar + B.S.M Sultan Johor-Riau 1528-64 Puteri Tun Ahmad + Tun Genggang Tun Mas Jiwa + Sultan Muzaffar Syah (kahwin dgn Tun Isap Misai (bonda Tun Ahmad adalah Sultan Johor-Riau 1564-70 sebagai salah seorang isterinya) cicit Sayyid Menawar) Tun Muhammad Tun Seri Lanang B.P.R

Tun Anum Tun Mat Ali Tun Jenal Sayyid Idrus B.S.M B.P.M B.S / B.P.R Dari Hadhramaut & Acheh Tun Rantau Puteri + Sayyid Zainal Abidin B.S.M Putera Istana Acheh

Dato’ Seri Maharaja Tun Dagang

Sayyid Jaafar Tun Habib Abdul Majid Marhum Bakal Dato’ Pasir Raja B.S.M + Sultan Ibrahim Syah

Dinasti Raja Temenggung Muar Sultan Mahmud Shah II (Marhum Mangkat di Julangan)

149

Sambungan II

Tun Habib Abdul Majid B. S. M (Padang Saujana)

Tun Habib Abdul Jalil Tun Mas Anum Tun Abdullah Tun Abdul Jamal Tun Mas Jiwa Sultan Zainal Abidin I B.P.R B.S.M B.P.R Bendahara Pekok (Sultan Terengganu) Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV

Tun Abbas Tun Hussin Tengku Kamariah Tengku Tengah Tengku Mandak Sultan Sulaiman B. S. M Bendahara + + + Badrul Alam Shah I (Terengganu) Raja Kechil Siak Daeng Perani Daeng Chelak Sultan-sultan Johor Lama

dari keturunan Bendahara

Tun Hassan Tun Abdul Majid Tun Abdul Jamal + Tengku Maimunah Bendahara Riau B.P.R Temenggung Sultan Salahuddin Raja Haji Fi Sabilillah (Kesultanan Selangor) (Yamtuan Riau)

Keturunan Temenggung - Temenggung Johor dan sultan-sultan Johor

dari keturunan Temenggung

Tun Abdul Mutalib Tun Muhammad Tun Koris Bendahara Muda Marhum mangkat di Laut B.P.R (mangkat dibunuh)

Tun Ali Tun Muhammad B.S.R Engku Tanjung

Engku Long Tun Mutahir Tun Ismail Tun Ahmad/ + B.S.M Panglima Besar Chenor Sultan Ahmad Engku Sayyid Omar Muadzam Shah I (Perdana Menteri Pahang) Pengasas Kesultanan Pahang Moden

150

Sambungan III

Singkatan-singkatan yang digunakan

B.P.R - Bendahara Paduka Raja

B.S.N.D - Bendahara Seri Nara Diraja

B.P - Bendahara Putih

B.P.T - Bendahara Paduka Tuan

B.T.N.W - Bendahara Tun Nara Wangsa

B.S.M - Bendahara Seri Maharaja

B.S.W.R - Bendahara Seri Wak Diraja

B.P.M - Bendahara Paduka Maharaja

B.S - Bendahara Sekudai

B.S.R - Bendahara Siwa Raja

151

Bendera Bendahara

Bendera serba hitam di sebelah kiri merupakan bendera

Bendahara sejak turun temurun. Berkemungkinan digunakan dari zaman Melaka lagi kerana kesultanan-

kesultanan beraja yang mengambil nobat dari Melaka serta

menggunakan khidmat bendahara yang berasal dari

keluarga bendahara Melaka semuanya mempunyai skima

hitam pada bendera kesultanan tersebut, contohnya Perak, Johor Lama dan Terengganu. Negeri Sembilan juga

mempunyai skima warna hitam pada benderanya kerana

pernah dipegang oleh Bendahara dari zaman Tun Perak.

Pahang yang dipegang oleh Dato’ Bendaharanya menggunakan bendera serba hitam seperti di

sebelah sehingga zaman Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali 1847-1863M.

Dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah II dalam peristiwa ‘Marhum Mangkat di Julangan’ dalam tahun

1699M, Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul

Jalil naik takhta menggantikan baginda kerana Sultan

Mahmud tiada berputera. Sebagai Sultan Johor, Tun Habib

Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718M). Bendera di sebelah kiri merupakan bendera

kesultanan Johor Lama semenjak zaman Sultan Abdul

Jalil. Skima hitam melambangkan warna bendahara bagi

menunjukkan asal Sultan Abdul Jalil daripada keturunan bendahara, skima puteh

menunjukkan warna raja, melambangkan status baginda yang kemudiannya menjadi Sultan Johor yang berdaulat.

Keturunan bendahara-bendahara Melaka yang kemudiannya turun ke Johor dan akhirnya

menerbitkan kerajaan otonom Dinasti Raja Bendahara Pahang pada tahun 1770an masih lagi

menggunakan bendera serba hitam. Selepas peristiwa Perang Saudara Pahang dalam tahun

1857-1863M, yang kemudiannya menerbitkan Kesultanan Pahang Moden dalam

pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah I (1882-1914M) dari waris bendahara, barulah bendera hitam ditambah skima putih sebagai melambangkan martabat baru baginda sebagai

Sultan. Bendera di atas (kiri) adalah bendera yang digunakan oleh Sultan Ahmad Al-

Muadzam Shah. Di zaman kemudiannya, sedikit perubahan dibuat kepada bendera tersebut.

Bendera di sebelah kanan pula adalah bendera Pahang pada hari ini.

152

Hubungan Kekeluargaan Diantara Sultan-sultan Melaka

& Johor Lama Dengan Bendahara-bendaharanya

SULTAN BENDAHARA HUBUNGAN

Iskandar Shah

(Sultan Melaka)

Tun Perpatih Tulus

Bapa saudara

& mertua Raja

Raja Besar Muda

(Sultan Melaka)

Tun Perpatih Tulus

Nenda Raja

Raja Tengah

(Sultan Melaka)

Raden Bagus

Kekanda Raja

Sultan Muhammad Shah

(Sultan Melaka)

Raden Bagus

Raden Anum

Bapa saudara

& mertua Raja

Bapa saudara

Sultan Abu Shahid

(Sultan Melaka)

Raden Anum

Datuk saudara Raja

Sultan Muzaffar Shah

(Sultan Melaka)

Raden Anum

Tun Perpatih Sedang

Tun Ali

Tun Perak

Datuk saudara

& mertua Raja

. Ipar Raja

Bapa saudara Raja

Kemudian berkahwin

dgn janda Raja

Bekas ipar/

anak saudara

isteri Raja

.

153

.SULTAN BENDAHARA HUBUNGAN

Sultan Mansur Shah

(Sultan Melaka)

Tun Perak

Ipar Raja

Sultan Alauddin Riayat Shah I

(Sultan Melaka)

Tun Perak

Bapa saudara Raja

Sultan Mahmud Shah I

(Sultan Melaka)

Tun Perak

Tun Perpatih Puteh

Tun Mutahir

Tun Tepok

Tun Khoja Ahmad

Datuk saudara Raja

Datuk saudara Raja

Bapa saudara Raja

Bapa sepupu Raja

Dua pupu Raja

Sultan Ahmad Shah

(Sultan Melaka terakhir)

Tun Tepok

Datuk sepupu Raja

Sultan Ibrahim Shah

(Sultan Johor Lama)

Tun Habib Abdul Majid

Abang ipar Raja

Sultan Mahmud Shah II

(Sultan Johor Lama)

Tun Habib Abdul Majid

Bapa saudara Raja

Catatan illustrasi ini hanya untuk Sultan Melaka/Johor yang mempunyai

hubungan kekeluargaan dengan Bendahara sahaja. Tidak disenaraikan raja-

raja yang tiada mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Bendahara.

154

.

SULTAN BENDAHARA HUBUNGAN

. Sultan Mahmud Shah III

(Sultan Johor Lama)

Tun Abdul Majid

Bapa mertua Raja

. Sultan Husin Shah

(Yang Dipertuan Selat

Singapura-Tanah Besar

Johor)

Tun Ali

Abang ipar Raja

Sultan Abd Rahman

(Sultan Johor Lama)

Tun Ali

Besan Raja

Sultan Muhammad Shah

(Sultan Johor Lama)

Tun Ali

Besan Raja

.

Sultan Mahmud Muzaffar

(Sultan Johor Lama

terakhir)

Tun Mutahir

Bapa mertua Raja

. Temenggong Abu Bakar

(kemudian menjadi Sultan

Johor Moden I)

Tun Mutahir

Bapa mertua

Temenggung

Sultan Muhammad Shah

(Sultan Johor Lama)

Tun Abd Rahman

Menantu Raja

155

12.

Kelumpuhan Institusi Bendahara

Mewujudkan Bangsawan Melayu Orde Baru

Bendahara-bendahara di zaman Kesultanan Melayu Melaka secara

bersambung-sambung tetap teguh beristiqamah dalam peranan sebagai

pendokong Institusi Raja-raja Melayu. Sebagai pusat peradatan dan peradaban

tamadun Melayu-Islam yang terunggul di rantau ini, Kesultanan Melayu

Melaka dilihat dengan penuh ketakziman dan kemuliaan oleh kesultanan-

kesultanan Melayu yang lain.

Dalam hal ini, keluarga bendahara banyak berjasa dalam mendaulat

serta mengharumkan nama Kesultanan Melayu Melaka, khususnya di zaman

Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang menjadi bendahara dalam tempuh

lebih separuh umur Kesultanan Melayu Melaka di bawah pemerintahan empat

raja-rajanya, dan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali.

Kesultanan Melayu Johor Lama yang meliputi Singapura, Pahang, Riau

dan Lingga, sebagai pewaris langsung kepada Kesultanan Melayu Melaka

kemudiannya menyambung peranan penting sebagai pusat peradatan dan

peradaban Bangasa Melayu yang terunggul. Proses perkembangan adat tetap

diteruskan waktu itu, yang mana adat Kesultanan Melayu Johor ini lebih

dikenali sebagai adat Melayu-Riau. Seperti juga di zaman Melayu Melaka,

bendahara-bendahara Johor sebagai pewaris langsung kepada bendahara-

bendahara Melaka terus memikul tanggungjawab leluhur mereka sebagai

pendokong Institusi Raja-raja Melayu. Peranan yang amt berat ini tetap dipikul

dengan penuh tanggungjawab, berhikmah dan berkesan.

Sesungguhnya khidmat keluarga Bendahara semenjak turun temurun

merupakan suatu sumbang bakti yang tidak ternilai harganya. Jasa sebagai

pendokong dan penasihat Raja-raja Melayu Melaka dan Johor Lamalah yang

menjadi tonggak kekuatan dan kedaulatan bagi kedua-dua kesultanan

tersebut itu.

Peranan yang begitu besar dan penting ini begitu dicemburui oleh

berbagai pihak, terutamanya oleh musuh-musuh bangsa dan agama. Itulah

sebabnya jika kita kaji sejarah kemasukan kuasa British di Semenanjung

156

Tanah Melayu, kita akan dapati antara matlamat terpenting mereka ialah

menggantikan Istitusi Bendahara dengan Penasihat Inggeris, kerana mereka

telah sedia maklum bahawa institusi penting inilah yang paling mendokong

Institusi Raja-Raja Melayu yang berHakikat.

Oleh itu fungsi tradisi mereka ini perlu dibinasakan supaya mudah

mencemari Institusi Raja-raja Melayu yang dapat mengosongkan zahirnya

daripada HAKIKAT, kemudiannya mudah pula untuk membinasakan terus

Institusi Raja-Raja Melayu itu!!

Siasah politik British dalam merosakkan corak tradisi pemerintahan

Raja-Raja Melayu telah disebut dengan jelasnya oleh Pehin Dr Hj Awang Al-

Sufri dalam bukunya bertajuk ‘Perlaksanaan Dasar Negar; Melayu Islam

Beaja’, yang berbunyi:

“Tambahan pula, ketika itu pihak British telahpun memasukkan jarum

dan pengaruhnya bukan sahaja dalam hal ehwal pentadbiran negeri, malah

dalam adatistiadat dan agama. Dengan kata lain, pada masa itu, peranan

mereka bukan lagi sebagai penasihat sultan, tetapi sebagai pentadbir negeri

menurut peraturan dan undang-undang mereka yang berlainan sekali dengan

sistem pentadbiran tradisi (dan agama)”.

Sejarah Pelupusan Institusi

Bendahara Warisan Melayu Melaka

Pengkajian pada sejarah pergolakan politik Kesultanan Johor Lama

mulai awal abad ke 19M memperlihatkan bahawa peristiwa-peristiwa yang

berlaku banyak berkisar pada kepentingan peranan yang dimainkan oleh

Institusi Bendahara, yang menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan

cuba mengeksploitasi kedudukan institusi tersebut bagi mencapai matlamat

mencari kuasa. Eksploitasi berlaku apabila fungsi Bendahara sebagai menjaga

adat Raja-Raja Melayu mulai lumpuh dalam tahun 1722M akibat berlakunya

suatu peristiwa yang di luar kawalan Raja Johor dan para pembesar baginda.

Apabila fungsi Institusi Bendahara menjadi lumpuh, peranan tradisinya

sebagai pendokong Institusi Raja-raja Melayu tidak dapat dipertahankan. Ini

menyebabkan berlakunya pencemaran adat Raja-raja Melayu yang selama ini

menjadi benteng kukuh yang mampu membendung gejolak siasah dalam

157

urusan pemerintahan Bangsa Melayu. Dengan retaknya benteng tersebut,

maka secara berperingkat golongan bangsawan mula terlibat dalam siasah

yang melarat-larat dan memudaratkan.

Tragedi ini diambil kesempatan oleh pihak British dan Belanda untuk

mentancapkan kuasa mereka di Semenanjung Tanah Melayu sehingga

menyebabkan Kesultanan Johor Lama berpecah menjadi dua bahagian; Tanah

Besar Johor dan Singapura berada di bawsah pemerintah Sultan Husin

dimana British bertindak sebagai penaungnya, sementara Sultan Abdul

Rahman menjadi Sultan Riau-Lingga dengan Belanda bertindak sebagai

penaungnya.

Keadaan menjadi semakin kalut dengan termeterainya Perjanjian

Inggeris-Belanda yang dibuat di London dalam tahun 1824M untuk mengagih-

agihkan Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan-kepulauan Melayu di

sekitarnya (yang sekarang bergelar Indonesia) sebagai ‘kawasan pengaruh’

masing-masing. Dalam perjanjian tersebut, keseluruhan Semenanjung Tanah

Melayu termasuk Singapura dipersetujui untuk diletakkan di bawah pengaruh

British, sementara pihak Belanda pula diberi bahagian selatan Singapura dan

kepulauan-kepulauan Melayu yang lainnya termasuk Riau dan Lingga.

Perjanjian ini dibuat dengan tiada permuafakatan langsung dengan mana-

mana Raja Melayu atau wakilnya yang mempunyai negeri-negeri yang dibelah-

bahagikan diantara pihak Belanda dan British dengan sesuka hati mereka itu.

Selepas perjanjian tersebut, British mula mencatur langkah untuk

menjajah negeri-negeri Melayu secara langsung. British berhasrat untuk

menghapuskan ccorak pemerintahan tradisi orang-orang Melayu yang teguh

berpegang pada hukum ADAT dan SYARAK, kemudian menggantikannya

dengan sistem pemerintahan SEKULAR. Sebagai langkah mula, British

mencari jalan untuk menyingkirkan terus Institusi Bendahara dan

menggantikannya dengan sistem Penasihat atau Residen Inggeris.

Bagaimanapun pada tahap itu British tidah berhasrat untuk membuang Raja-

raja Melayu kerana akur akan sensitiviti orang-orang Melayu yang menjunjung

raja-rajanya. Namun jika Bendahara dapat digantikan dengan sistem

Penasihat atau Residen Inggeris, ia tetap dapat menjamin corak pentadbiran

SEKULAR akan dapat diperkenalkan.

Pendekatan ‘pecah-pecah perintah’ yang dibuat oleh pihak British

kemudiannya telah berjaya meranapkan kesatuan golongan bangsawan di

kalangan para pembesar tradisi Melayu dalam Kesultanan Johor Lama.

158

Susulan darinya muncullah golongan bangsawan dari resam ‘Melayu

Orde Baru’ yang lebih suka mengikuti telunjuk British sehingga

meminggirkan aturan tradisi pemerintahan orang Melayu. Pertembungan

diantara golongan ini, iaitu golongan bangsawan ‘Melayu Orde Baru’ dengan

golongan bangsawan ‘Melayu Orde Lama’ yang masih cuba mempertahankan

legasi pemerintahan Melayu Melaka itu kerap berlaku.

Dengan kewujudan Melayu Orde Baru maka kini struktur hirarki

pembesar Melayu tradisi yang tersusun kemas semenjak zaman Melayu

Melaka mulai diinjak-injak. Kekeliruan yang muncul apabila adat tradisi

menjadi tunggang-langgang dan batasan kuasa pembesar Melayu menjadi

kabur, telah mengakibatkan wujudnya pengkhianat-pengkhianat yang cuba

mengambil kesempatan. Maka kalau dahulu adat Raja-raja Melayu seperti ciri

gahara, waris tua serta permuafakatan para pembesar tradisi menjadi faktor

yang diperlukan sebagai pemerintah, kini ianya digantikan dengan hanya

restu British untuk mendapatkan kuasa.

Kaedah percaturan ‘siapa kuat dia kudrat’ atau ‘siapa lebih pandai

berpolitik (berstrategi), dia menang’ mula dipegang oleh golongan bangsawan

Melayu Orde Baru ini dengan maksud mencapai kuasa. Di sinilah muncul era

siasah dan tipu daya menggantikan ketulusan keluhuran dalam corak

pemerintahan tradisi orang-orang Melayu. Pendekatan ‘menang-kalah’ (dalam

politik) dan ‘siapa kuat dia kudrat’ kini mulai menggantikan pendekatan

‘benar-salah’ (di sisi adat dan agama Islam) dalam corak pemerintahan tradisi

orang Melayu.

Kedudukan British sebagai satu kuasa besar di dunia pada masa itu

telah menyebabkan golongan bangsawan Melayu Orde Baru terpukau dan

terpesona dengan ‘kehebatan’ mereka. Malangnya, secara berperingkat,

golongan ini menjadi lebih ramai dibandingkan dengan bangsawa Melayu Orde

Lama yang masih cuba mempertahankan aturan tradisi nenek moyang

mereka.

Pertembungan-pertembungan yang berlaku diantara bangsawan Melayu

Orde Lama dengan Melayu Orde Baru serta pergolakan yang tidak tentu arah

selepas berlakunya peristiwa perpecahan Kesultanan Johor Lama telah

mengecewakan pembesar Melayu tradisi (dari aturan Melayu Orde Lama).

159

Tragedi pergolakan Kesultanan Johor Lama yang didalangi kuasa British

dan Belanda sehingga berakhir dengan perpecahannya (1812-1857) kemudian

dilanjutkan dengan peristiwa Perang Bendahara Pahang63 (Perang Saudara

Pahang 1857-1863), berakhir dengan pelupusan Institusi Bendahara warisan

Melayu Melaka-Johor lama64. Dan inilah yang dicita-citakan British supaya

dapat dimasukkan sistem Penasihat dan Residen British dengan matlamat

jangka panjang untuk mencairkan kekuatan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Apa yang pasti, campurtangan British (dan Belanda) secara langsung

mahupun tidak langsung dalam gejolak politik istana Johor Lama serta dalam

persitiwa Perang Bendahara Pahang telah berhasil membantu kuasa Barat

melahirkan ‘Melayu Orde Baru’ sebagai muqaddimah atau ‘prelude’ kepada

pemerintahan bercorak sekular menggantikan sistem pemerintahan tradisi

warisan Melayu Melaka itu.

Menurut seorang tokoh sejarah dan ahli akademik terkenal, Professor

Khoo Kay Kim; “Pahang was the impetus for the Colonial Office in London to

form the Federated Malay States (1896)”. (terjemahan: “Pahang menjadi

pencetus kepada Pejabat Koloni di London untuk membentuk Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu (1896)65.”

Kecairan kedaulatan dan kekuatan Institusi Raja-raja Melayu yang

disebabkan pelupusan Institusi Bendahara sehingga digantikan dengan sistem

Penasihat British secara berperingkat telah menyebabkan tampuk kepimpinan

rakyat diambil alih oleh beberapa kelompok masyarakat yang kecewa dengan

pemerintahan golongan bangsawan Melayu Orde Baru yang dinaikkan British

itu.

Ini berikutan mereka dipujuk untuk mengambil pendidikan Barat

sehingga akhirnya tunduk mental mereka pada kuasa British, malahan lebih

selesa dengan cara Barat. Sehingga wujudlah golongan pentadbir-pentadbir

Melayu yang berpendidikan Barat,awalnya juga dari golongan bangsawan

Melayu Orde Baru. Keadaan ini rata-ratanya telah mengecewakan orang-orang

Melayu.

63

Pusat pentadbiran Bendahara waktu itu adalah di Pahang yang mendapat kuasa otonomi (fiefdom) tetapi tetap

takluk bawah RajaJohor Lama 64

Rujuk (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman, Perang Bendahara Pahang (1857-1863),Menelusi Peranan British 65

‘Pekan’s twilight as an administrative capital’, Heritage, New Straits Times, Monday, January 5, 2004, hlm 5

160

Kebetulan pula bermula awal abad ke 20 Masihi, lahir pula gerakan-

gerakan anti-feudal dan anti-kolonial yang dipelopori golongan cendikiawan

Melayu moden yang berpendidikan Timur Tengah (Kaum Muda). Mereka

mendapat inspirasi dari gejolak politik Timur Tengah serta gerakan

pembebasan dari sistem monarki mutlak (feudalism Barat) dalam negara-

negara Eropah. Kesatuan dan perpaduan Melayu kini tidak lagi berpusat dan

berpaksi pada Institusi Raja-raja Melayu, semata-mata tetapi kini dipecahkan

di bawah kepimpinan dua golongan di atas ini.

Golongan inilah yang kemudiannya membentuk gerakan-gerakan,

persatuan-persatuan dan platform-platform yang meniup semangat anti-

kolonial bermula pada awal abad ke 20 Masihi. Golongan Kaum Muda dan

bangsawan Melayu Orde Baru yang menjadi pentadbir-pentadbir dibawah

sistem Residen dan penasihat British ini banyak menggunakan media sebagai

alat untuk menyebarkan pemikiran-pemikiran baru, menuntut pembebasan

diri dari belenggu pemikiran-pemikiran lama yang dianggap kolot,

menyanggah apa yang disebut sebagai ‘taklid buta’.

Mereka mempeloporkan gerakan memodenkan pemikiran dan

penghidupan umat Islam dari cara lama sepertimana yang pernah

diperjuangkan oleh cendikiawan-cendikiawan Eropah mulai abad ke 18 Masihi

sehingga berjaya mengeluarkan masyarakat Barat dari Zaman Kegelapan

kepada era Renaisen, sehingga menerbitkan pertumbuhan perindustrian dan

ekonomi Barat yang mantap.

Bagaimanapun berbanding Kaum Muda, British lebih selesa untuk

bekerjasama dengan pegawai-pegawai birokrasi Melayu dari kelompok

bangsawan Melayu Orde Baru, bukan sahaja kerana mereka berpendidikan

Barat, malahan mereka adalah kerabat-kerabat istana yang sudah sedia

menjalin hubungan baik dengan kuasa British semenjak tertubuhnya Negeri-

negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (selepas

tersingkirnya kebanyakan bangsawan Melayu Orde Lama).

Sedangkan golongan Kaum Muda dan yang bersefahaman dengannya

adalah mereka yang cenderung kepada haluan kiri, bersikap radikal,

sebahagian mereka bukan sahaja menjadi golongan anti-monarki dan

menganggap Institusi Raja-raja Melayu sebagai feudalistik kerana terpengaruh

dengan gerakan Kaum Muda Turki yang mendokong gerakan pembasmian

Khilafah Othmaniyyah, serta revolusi-revolusi anti-monarki di Eropah,

malahan mudah terpengaruh dengan pemikiran sosialisme dan komunisme

161

yang masa itu sedang berkonflik dengan negara-negara Barat sehingga

akhirnya melibatkan Tanah Melayu sendiri.

162

‘ Syair Permata Melayu yang Hilang’66

Assalamu’alaikum, saudara sekelian,

Sejarah Melayu, sila dengarkan,

Raja Melayu, semulia bangsawan,

Iskandar Zulkarnain, asal titisan.

Sultan Iskandar, tiga turunan,

Musafir kelana, jauh-jauhan,

Hingga tertakdir, suratan Tuhan,

Tanah Andalas, akhir singgahan.

Negeri Palembang, Tanah Andalas,

Bukit Siguntang, menjadi emas,

Orang berhuma, sangatlah cemas,

Kisah ajaib, tersebar luas.

Negeri Palembang, zaman silamnya,

Demang Lebar Daun, nama rajanya,

Iskandar Zulkarnain, juga moyangnya,

Asal Melayu, dialah tuannya.

Demang Lebar Daun, mendengar riwayat,

Tiga saudara, ajaib hikayat,

Lalu segera, pergi mendapat,

Jadikan anaknya, diambil berkat.

Tiga saudara, terkenal sudah,

Dirajakan orang, diberi daulah,

Alam Minangkabau, Sang Sapurba perintah,

Krishna Pandita, Tanjung Pura diserah.

Saudara ketiga, tetap tinggalnya,

Negeri Palembang, dapat tuahnya,

Sang Nila Utama, nama dirinya,

Seri Teri Buana, juga gelarnya.

66

Syair ini dipetik daripada buku karangan (Tun) Suzana(Tun) Hj Othman, ‘Institusi Bendahara; Permata Melayu

yang Hilang’, Pustaka BSM Ent, 2002

163

Sang Nila Utama, masyur namanya,

Bukit Siguntang, tempat mainannya,

Demang Lebar Daun, mengambil berkatnya,

Raja Melayu, ditabalkannya.

Demang Lebar Daun, meletak adat,

Berpatik bertuanku, bahasa dibuat,

Bertaat setia, mengucap selamat,

Menjunjung duli, pada Hadirat.

Demang Lebar Daun, bangsawan gahara,

Dari asalnya, semua Bendahara,

Pada dianya, raja berura,

Cari muafakat, memutus bicara.

Demang Lebar Daun, empunya puteri,

Muda rupawan, Radin Chandra Puri,

Sang Nila Utama, berperi-peri,

Minta jadikan, ia permaisuri.

Demang Lebar Daun, terima lamaran,

Lalu keduanya, diijabkabulkan,

Itulah punca, asal titisan,

Raja Melaka, waris turunan.

Iskandar Zulkarnain, asal hakikat,

Raja-Bendahara, daulatnya pekat,

Darah bersatu, jalinan diperkuat,

Daulat! Bertambah Daulat!

Demang Lebar Daun, sukanya amat,

Sang Nila Utama, menantu dibuat,

Walau begitu, ia bersyarat,

Baginda raja, diminta berwa’ad.

Wahai Tuanku, mari bersumpah,

Sebagai Sultan, Duli Khalifah,

Mohon Tuanku, adil perintah,

Jangan zalimi, rakyat menyembah.

164

Hamba Melayu, bakti dicurah,

Kepada raja, khidmat diserah,

Jangan ‘aibi, mencari parah,

Harap Tuanku, junjung amanah.

Demang Lebar Daun, terus berura,

Hamba Melayu, yang buat angkara,

Beri hukuman, kadar setara,

Jangan dinista, seisi negara.

Setelah Mamanda, selesai berkata,

Bertitah pula, raja yang pokta67,

Hasrat Mamanda, kabullah beta,

Janji diikat, tetap dikota.

Kepada Bendahara, raja meminta,

Rakyat sekelian, curahkan setia,

Taburlah bakti, raja di takhta,

Hamba Melayu, jangan durhaka.

Duli Hadirat, terus berperi,

Walau turunannya, jahat pekerti,

Jangan darahnya, dititiskan ke bumi,

Itu pintanya, harap mengerti.

Duli Hadirat, terus menambah,

Hamba Melayu, yang langgar sumpah,

Dibalikkan Tuhan, bumbung rumah,

Dapat segera, ditimpa tulah68.

Dato’ Mamanda, memberi sembah,

Hasrat Tuanku, patik kabullah,

Wa’ad dibuat, jangan disanggah,

Nescaya kita, mendapat padah.

Dato’ Mamanda, pinta muafakat,

Jika turunan, Duli Hadirat,

Dengan sesuka, malanggar wa’ad,

Turunan patik, tak lagi terikat.

67

Bahasa Melayu Lama; yang paling baik, indah; (tentang kelakuan, pekerjaan atau paras rupa) 68

Bahasa Melayu Lama; bencana yang menimpa kerana melanggar adapt dan aturan, sumpah, kutukan.

165

Raja Melayu, yang hilang adilnya,

Nescaya binasa, takhta negerinya,

Mendapat bencana, kerajaannya,

Luputlah Raja, dari daulatnya.

Kabullah pada, Duli Pertuan,

Sumpah terikat, pada turunan,

Wa’ad yang suci, bukan mainan,

Raja Melayu, jangan abaikan.

Demikian adanya, sumpah setia,

Asal Melayu, Bendahara tuannya,

Hamba Melayu, amanah pundaknya,

Raja Melayu, diserah tunggaknya.

Syahadan demikian, sedia aturan,

Bangsa Melayu, dirahmat Tuhan,

Wa’ad dijunjung, zaman berzaman,

Jika dilanggar, luputlah aman.

Wa’ad Melayu, sudahlah terang,

Bangsa Melayu, adatnya terbilang,

Raja Melayu, menikam benderang,

Bendahara Melayu, permata gemilang.

Negeri Melaka, masyur sedunia,

Aman sentosa, semua rakyatnya,

Terbilang riwayat, raja-rajanya,

Payung Melayu, indah kurnia.

Raja-pembesar, saling muafakat,

Bangsa Melayu, mendapat rahmat,

Dipelihara syariat, dijunjung adat

Kuat berdaulat, negeri berekat.

Bendahara Melaka, sangat masyurnya,

Bendahara Johor, apa kurangnya,

Bendahara Pahang, ikut adatnya,

Unggul wibawa, tiada taranya.

166

Wahai saudara, sila dengarkan,

Riwayat Bendahara, semulia bangsawan,

Sejarah silam, kami sembahkan,

Kisah yang nyata, bukan rekaan.

Bendahara Tun Perak, bijak-bistari,

Arif wibawa, mentadbir negeri,

Maju Melaka, tiada terperi,

Raja di puri69, berlapang diri.

Dato’ Mamanda, telah anjurkan,

Kerajaan yang jauh, kita dekatkan,

Mana yang dapat, kita mesrakan,

Daulat Melaka, dapat besarkan70.

Raja Melaka, terima nasihat,

Negeri Siam, dibuat sahabat,

Puteri Majapahit, jalinan diikat,

Puteri Cina, juga dipikat.

Raja Melaka, daulat berbadi.

Mencari kawan, ramai yang sudi,

Banyak negeri, terhutang budi,

Rancangan Mamanda, sudah menjadi.

Bendahara Tun Perak, fikirannya dalam,

Pada semuanya, sering berkalam,

Raja Melayu, zilullah fil ‘alam71 ,

Taatkan raja, tuntutan Islam72.

69

Bahasa Melayu lama; istana. 70

Tun Perak telah mengamalkan dasar ‘… daripada banyak seteru, baik berbanyak sahabat’ dalam hal pentadbiran

negeri Melaka. Tun Perak menganjurkan persahabatan dengan negeri Cina sehingga terjadi perkahwinan diantara

Sultan Mansur Shah dengan puteri Maharaja Cina yang bernama Hang Li Po. Atas syor Tun Perak juga, Sultan

Mansur Shah menjalin persahabatan dengan kerajaan Majapahit dan berkahwin dengan puteri rajanya. Setelah dapat

mengalahkan Siam sebanyak dua kali dalam peperangan, Melaka juga menghulurkan salam persahabatan yang

kemudiannya diterima dengan baik. Dasar luar yang disyorkan oleh Tun Perak telah mampu membuahkan hasil

yang lumayan, sehingga Melaka menjadi sebuah empayar yang besar, kuat dan agung. 71

Bahasa Arab; bayangan Tuhan di mukabumi. 72

Tun Perak pernah membuat wasiat seperti berikut; “ Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian kepada

Allah SWT dan RasulNya. Dan jangan kamu sekelian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu... Maka kata

hukuman, adalah raja yang adil itu dengan Nabi SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula

raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zilullah-fil-‘alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja,

seperti berbuat kebaktian kaepada Allah SWT, Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan RasulNya, dan akan

raja (Surah An-Nisa’: 59)”

167

Bendahara Tun Perak, terus berdalil,

Pembesar Melayu, haraplah khalil73,

Raja Melayu, mestilah adil,

Janganlah rakyat, dipandang kerdil.

Bawah perintahnya, jajahan meluas,

Agama dan adat, dijadikan teras,

Dicurah bakti, sampailah puas,

Melaka merempuh, zaman emas74.

Bendahara Tun Perak, sudah terbilang,

Budi jasanya, tetap ditatang,

Walaupun sudah, lama menghilang,

Bangsa Melayu, masih mengenang.

Puteri Tun Teja, jadi sebutan,

Bak bidadari, indah rupawan,

Raja Melaka, sudah tertawan,

Puteri idaman, menjadi igauan.

Tiada kata, secantik bahasa,

Tun Fatimah, serikandi bangsa,

Duli Pertuan, dicurah jasa,

Tetap di sisi, senang dan siksa.

Adat Melayu, itulah laziman,

Puteri Bendahara, menjadi Ampuan,

Bendahara dan Sultan, seperti sebadan,

Dara jelita, penghubung ikatan.

Bendahara Tun Mutahir, bangsawan mulia75,

Makmur Melaka, bawah perintahnya,

Anugerah Tuhan, tua hatinya,

Rakyat mendapat, faedah darinya.

73

Bahasa Arab; bersahabat 74

Bendahara Paduka Raja Tun Perak, sempat berkhidmat dengan empat Raja Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Shah,

Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah. Bendahara Tun Perak memegang

tampuk pentadbiran negeri Melaka selama lebih kurang setengah abad, iaitu hampir setengah usia Kesultanan

Melayu Melaka. Sejarah Melayu menyebut mengenai tokoh bangsawan ini seperti berikut:

“ Syahadan, Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) itulah dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga

buah negeri yang samabesarnya: pertama, Majapahit: kedua, Pasai: ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu,

tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kenayan; dan di

Melaka, Bendahara Paduka Raja.

168

Suatu ketika, Peringgi berkira,

Menjajah Melaka, buat angkara,

Namun tak sanggup, Peringgi mara,

Selagi hidupnya, Dato’ Bendahara.

Peringgi pernah, menyerang sekali,

Dato’ Mamanda, tiadalah khali76,

Perintah panglima, pertahan duli,

Peringgi tewas, lalu kembali.

Tun Hassan Temenggong, anak Bendahara,

Budayawan Melayu, yang tiada tara77,

Ketua Panglima, Peringgi dicedera78,

Putera Mamanda, menjadi wira.

Bendahara Mutahir, harum namanya,

Datangkan iri, pada musuhnyn,

Mencari jalan, buat aniaya,

Biar Mamanda, dapat racunnya.

Apalah malang, Bendahara Melaka,

Difitnah onar, dusta belaka79,

Jasa dicurah, tiada berharga,

Dihukum bunuh, satu keluarga80.

Sanak saudara, merasa gundah,

Ingin membela, mempertahan maruah,

Namun dihalang, Bendahara yang tabah,

Dengan sabdanya, yang penuh madah.

75

Merupakan anak saudara kepada Tun Perak. 76

Bahasa Melayu Lama; leka, alpa 77

Menurut Sejarah Melayu; “ Tun Hassan Temenggong yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan

pangkal tangan baju, dan memanjangkan tangan baju, akan dahulu baju Melayu kecil” 78

Tun Hassan Temenggong menjadi ketua Panglima Melaka dalam peperangan dengan Portugis. Sejarah Melayu

mencatatkan: “Maka bertemulah segala orang Melaka dengan segala Peringgi lalu berperang, terlalu sabur, rupa

senjata seperti hujan lebat; lalu ditempuh Tun Hassan Temenggong dengan hulubalang Melaka, maka segala

Peringgi pun patahlah perangnya, dan banyak matinya lalu undur.” 79

Tun Mutahir difitnah oleh dua saudagar Tamil yang bernama Kitul dan Raja Mandeliar, kononnya Tun Mutahir

mempunyai rancangan hendak merampas takhta dan merajakan dirinya di Melaka. 80

Sultan Mahmud I telah menitahkan dihukum bunuh Bendahara Tun Mutahir, puteranya Tun Hassan Temenggong

dan anak saudara yang juga menantunya Tun Ali (suami Tun Fatimah sebelum Sultan Mahmud I)

169

Sultan Melaka, tiada bersalah,

Khilaf baginda, tertakdir sudah,

Jangan durhaka, melawan titah,

Kepada Ilahi, kita berserah81.

Bendahara budiman, jiwa sejati,

Membuat wasiat, seikhlas hati,

Segala hartanya, dibuat bakti,

Raja dijunjung, sampai ke mati82.

Sultan Mahmud, memberi kuasa,

Jalankan hukuman, tanpa periksa,

Takdir Illahi, Melaka binasa,

Peringgi melanggar, sesingkat masa83.

Raja Melaka, sesallah sudah84,

Pahit ditelan, tak dapat diluah,

Wa’ad disanggah, negeri disumpah,

Sultan Mahmud, sikap berubah.

Tersebut kisah, Paduka Tuan,

Ganti Bendahara, Raja titahkan,

Zaman mudanya, handal melawan,

Banyak jajahan, dapt ditawan.

Bendahara Tun Tepok, nama timangan,

Usia yang tua, hilang kekuatan,

Badannya lumpuh, sudah suratan,

Ditandu orang, atas usungan85.

81

Menurut riwayat Sejarah Melayu, Tun Mutahir menempelak kaum keluarga, anak buah dan rakyat jelata yang

berkumpul di rumahnya, siap dengan alat senjata untik membela dirinya. Anakandanya Tun Hassan Temenggong

hendak melawan lalu ditegahnya sambil berkata : “Hei Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah

engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka.” Kemudian Tun Mutahir berkata pada Tun Sura Diraja yang

dititah melaksanakan hukum bunuh padanya: “Barang yang telah berlaku, pada hukum Allah itu, hamba pun

redholah.” 82

Selepas mengambil air sembahyang, Tun Hassan Temenggong mangambil peti emas simpanan ayahandanya

untuk dibuangkan ke laut. Bagaimanapun ditegah oleh Tun Mutahir dengan berkata: Hei! Hei! Hassan! Mengapa

maka peti emas itu hendak dibuangkan? Kerana Yang Dipertuan membunuh kita bukanlah hendakkan emas kita!

Jikalau kita sudah mati, biarlah emas kita diambil oleh Yang Dipertuan akan kebaktian kita.” Maka tidaklah jadi

dibuang peti emas tersebut itu dan kemudiannya dipersembahkan kepada Sultan Mahmud. 83

Tragedi di atas berlaku dalam tahun 1510M, sementara Portugis melanggar Malaka dalam tahun 1511M 84

Sultan Mahmud kemudiannya dapat tahu perihal fitnah saudagar Tamil dan memerintahkan dijalankan hukuman

keras ke atas mereka, iaitu dengan diumbut. 85

Dikenali juga dengan nama Bendehara Lubok Batu. Merupakan putera Tun Perak dan dijadikan Bendahara oleh

Sultan Mahmud selepas tragedi pembunuhan Tun Mutahir satu keluarga. Apabila dimaklumkan akan titah Sultan

untuk melantiknya menjadi Bendahara, langsung ia berkata: “Bendahara apatah ini, yang tepok dan lesu demikian

170

Peringgi datang, melanggar negeri,

Kerabat Tun Tepok, bawanya lari,

Dengan semangat, cuba berdiri,

Sambil Memanda, berperi-peri.

Janganlah kamu, bawaku pergi,

Segala kudratku, biarku bagi,

Tiada ku takut, tidak ku rugi,

Langgarkan aku, pada Peringgi86.

Dato’ Bendahara, permata bangsa,

Sedia berbakti, mencurah jasa,

Tetap sedia, senang dan siksa,

Walau usia, tinggallah sisa.

Bendahara Tun Tepok, ayuhai tuan,

Luhur jiwamu, tiada bandingan,

Kudrat berbakti, ingin curahkan,

Bangsa Melayu, jadikan teladan.

Peringgi melanggar, alang kepalang,

Sultan Mahmud, sangatlah berang,

Titah baginda, pada hulubalang,

Beta juga, ingin berjuang.

Pembesar Melaka, tidak endahkan,

Raja Melayu, tonggak kedaulatan,

Duli Pertuan, mesti diselamatkan,

Biar hulubalang, negeri pertahankan87.

Mengundur dirinya, Sultan Melaka,

Membawa nasib, hidup melata,

Keluarga Bendahara, tetap setia,

Senang dan susah, khidmat sedia88.

ini?” Maka Paduka Tuan bermohon tidak mahu jadi bendahara, tetapi Sultan Mahmud tetap berkeras dan tetaplah ia

setia menurut perintah baginda. 86

Menurut riwayat Sejarah Melayu, Bendahara Tun Tepok telah berkata pada Si Lamat Gagah, orang yang

menandunya: “Baliklah! Baliklah! Langgarkan aku pada Peringgi!”. Apabila tidak dihiraukan oleh kaum

kerabatnya, Tun Tepok terus menempelak: “Ceh! Cabarnya segala orang muda-muda ini, apa daya aku telah tepok,

kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini!” 87

Menurut riwayat Portugis, Sultan Mahmud dan anakandanya Raja Ahmad memainkan peranan utama dalam

mengatur strategi peperangan dengan Portugis. Bagaimanapun, apabila dilihat tanda-tanda kekalahan negeri Melaka,

Sultan Mahmud diminta oleh para pembesar negeri untuk mengundur dirinya. Pada mulanya baginda enggan dengan

sabdanya: “Kerana istiadat raja-raja itu, negeri alah rajanya mat.” Pembesar baginda menjawab: “Benarlah titah

Duli Pertuan, hanya pada kali ini tiadalah Duli Pertuan patik beri mati dengan Negara Kopak ini.”

171

Raja Melaka, membawa diri,

Pergi ke Johor, membuka negeri,

Bendahara Melaka, ikut sekali,

Mengikut titah, tiadalah khali.

Peringgi durjana, Melaka ditawannya,

Membuat angkara, dengan zalimnya,

Masjid Melaka, dan makam rajanya,

Diredah geledah, tanpa belasnya89.

Kubu dibina, di atas tapaknya,

Megah berdiri, Famosa namanya,

Peringgi menjajah, tiada adatnya,

Anggaran lebih, sekurun lamanya90.

Bendahara Tun Zainal, gagah orangnya,

Bendahara Sekudai, juga gelarnya,

Mencari ikhtiar, dengan menterinya,

Melanggar Peringgi, dalam kubunya.

Sultan Johor, memberi kuasa,

Bendahara Sekudai, pahlawan perkasa,

Melanggar Peringgi, walaupun siksa,

Demi pertahan, agama dan bangsa.

88

Sultan Mahmud, kaum keluarga berserta para pengiring baginda menyusuri kaki Gunung Bentan dalam keadaan

yang sangat lapar, lalu baginda titahkan Seri Nara Diraja mencarikan nasi. Walaupun pada masa itu semua pengiring

baginda juga sudah kelaparan dan tidak berdaya lagi, Seri Nara Diraja tetap memerintahkan Seri Wak Diraja

mancari nasi. Menurut Sejarah Melayu, di hadapan Sultan Mahmud, Seri Nara menyindir: “Benar bicara diri,

melebihkan benar daripada tuan. Hei Seri Wak Raja, siapa yang membunuh bapa kita dua bersaudara, mati di

Melaka itu? Raja mana? Bukankah raja ini? Pada masa inilah kita membalas kasihnya akan bapa kita mati empat

beranak itu. Pergi Orang Kaya carikan Duli Yang Dipertuan nasi bangat-bangat (cepat-cepat), kerana baginda tiga

berputera sangat lapar.” Setelah Sultan Mahmud mendengar kata Seri Nara Diraja itu, maka baginda pun tunduk

dengan sesalnya akan pekerjaan baginda yang telah lalu itu. Maka Seri Wak Raja pun pergilah dengan budak-budak

tiga empat orang mencari nasi di kampong berdekatan sampai dapat. Apabila dicedukkan nasi, baginda enggan dan

menyuruh keluarganya sahaja makan. Setelah beberapa lama Sultan Mahmud masih tidak mahu makan, Seri Nara

Raja bertegas kepada baginda: “mari patik basuh tangan Tuanku, baik Yang Dipertuan santap, jikalau Tuanku tidak

mendengar sembah patik, patik amuk; sekali inilah Melayu derhaka! Maka Sultan Mahmud ikutlah nasihat Seri

Nara Diraja dan menjamah nasi yang disediakan. 89

Pemimpin Portugis yang bernama Alfonso De Alburqurque telah meruntuhkan masjid besar Melaka yang

didirikan oleh Sultan Mansur Shah, dan di atas tapaknya didirikan kubu La Farmosa dengan menggunakan nisan

perkuburan orang-orang Islam dan makam diraja sebagai bahan-bahan binaan. 90

Portugis menjajah Melaka dari tahun 1511-1641M

172

Kubu Famosa, menjadi sasaran,

Benteng Peringgi, tempat bertahan,

Pahlawan Melayu, tiada pilihan,

Nyawa dan badan, jadi taruhan.

Kubu dipanjat, lapis-lapisan,

Sudah bertekad, mencari lawan,

Azmat suasana, sorak tempikan,

Hulubalang Melayu, beramuk-amukan.

Pahat beliung, penggada berduri,

Ditembak dibedil, tentera Peringgi,

Pahlawan Melayu, kanan dan kiri,

Satu persatu, gugur ke bumi91.

Bendahara Sekudai, telah bersumpah,

Pahlawan Melayu, junjung amanah,

Sekali-kali, tidakkan menyerah,

Selagi Peringgi, tidak dialah.

Darah pendekar, dibaja subur,

Pencetus semangat, jiwa nan luhur,

Amuk Melayu, jihad yang mabrur,

Dapat akhirnya, Peringgi terkubur.

Tersebut kisah, Bendahara Muhammad,

Mendapat titah, Duli Hadirat,

Walau dirasa, beban yang amat,

Sedia dipikul, penuh semangat.

Sultan Johor, beri amanat,

Bukukan kisah, serta riwayat,

Raja Melayu, dan adat istiadat,

Supaya tak hilang, sampai Kiamat.

91

Menurut catatan yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah, Bendahara Sekudai telah memerintahkan dipasang sigai

pada kubu Famosa, lalu bersama-sama dengan hulubalang Johor memanjat sigai itu dan menyerbu ke dalam

benteng, hanya dengan bercawat sahaja. Ramai pahlawan Melayu yang gugur kerana dibedil dengan penggada yang

berduri seperti durian, dengan pahat dan beliung, namun hulubalang Johor, naik juga dan naik terus, bertimbun

mayat jatuh bergelimpangan namun yang lain terus naik sehingga sampai ke atas kubu. Bendahara sendiri dapat

memimpin ank buahnya masuk ke dalm kubu, dan beramuk-amukan menyerang Portugis sehingga habislah mati dan

jatuhlah benteng Portugis yang berdiri megah untuh lebih 130 tahun lamanya.

173

Dato’ Bendahara, jalankan titah,

Tiada berkira, penat dan lelah,

Penuh tafahus92, menyusun sejarah,

Agar kisah, menjadi ibrah93,

Sejarah Melayu, terbuku sudah,

Duli Pertuan, dibawa sembah,

Jasa Bendahara, telah dicurah,

Bangsa Melayu, dapat faedah94.

Sejarah Melayu, agungnya karangan,

Bendahara Muhammad, jadi sebutan,

Tun Seri Lanang, nama timangan,

Pujangga Melayu, tiada tandingan.

Suatu ketika, tersebut riwayat,

Raja-Bendahara, hilang muafakat,

Cuba pulihkan, tidaklah dapat,

Berpisah haluan, tak dapat disekat.

Bendahara Johor, berhati rawan,

Terlerai sudah, tali ikatan,

Kalau begitu, kehendak Sultan,

Apa nak buat, terpaksa turutkan.

Negeri Johor, apalah malang,

Dato’ Bendahara, kini menghilang,

Baginda Sultan, tiada terhalang,

Mengikut rasa, alang kepalang..

Laksamana Paduka, jadi pilihan,

Ganti Memanda, di sisi Sultan,

Pembesar Melayu, tiadalah aman,

Tingkah Laksamana, datangkan keruan.

92

Bahasa Melayu Lama; memeriksa dengan cermat dan berhati-hati. 93

Bahasa Arab; ibarat, pengajaran 94

Bendahara Tun Seri Lanang berpesan dalam Sejarah Melayu: “…supaya diketahui oleh segala anak cucu kita

yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu, syahadan, adalah, beroleh faedahlah ia

daripadanya.”

174

Negeri diatur, sewenang-wenang,

Adat disanggah, alang kepalang,

Laksamana Paduka, menjadi dalang,

Segala perintahnya, tak boleh dibangkang.

Duduk di Riau, Sultan Johor,

Rencana Laksamana, jelas tersohor,

Muafakat bersama, sudah terkubur,

Daulat raja, hilanglah luhur.

Enam dasawarsa95, berlalu masa,

Laksamana sekeluarga, masih berkuasa,

Duli Pertuan, tiada periksa,

Pembesar Melayu, menjadi sisa.

Sultan Johor, mangkatlah sudah,

Putera baginda, kerajaan diserah,

Tingkah Laksamana, tetap tak ubah,

Duli Pertuan, berhati gundah.

Sampai masanya, yang bersesuaian,

Titah diberi, Duli Pertuan,

Adat Melayu, ikutlah aturan,

Supaya kita, tidak kerugian.

Bendahara-Sultan, seperti sebadan,

Janganlah cuba, pisah-pisahkan,

Tali yang lerai, kita ikatkan,

Warisan Melaka, kita sambungkan.

Ingin kembali, duli yang bahari,

Ke Tanah Johor, bersama menteri,

Khabar gembira, tiada terperi,

Gegak gempita, seisi negeri.

Belumpun sempat, balik negeri,

Sekonyong mangkat, raja yang bahari,

Diracun oleh, Laksamana sendiri,

Angkara nafsu, pentingkan diri.

175

Putera Al-Marhum, setahun jagung,

Takhta negeri, Laksamana mendokong,

Bertambah keras, semakin sombong,

Negeri Johor, dilanda rundung.

Membuat aniaya, Paduka Laksamana,

Temenggong dibunuh, tidak semena,

Darjat yang mulia, menjadi hina,

Gelagat Laksamana, menempah bencana.

Dato’ Bendahara, ayuhai tuan,

Pembesar Melayu, menaruh harapan,

Amanah bangsa, jangan siakan,

Petaka negeri, tolong pulihkan.

Tun Abdul Majid96, bangsawan mulia,

Bendahara Habib, dialah juga,

Nasab yang luhur, tinggi darjatnya,

Memuncak berseri, bintang saud97nya.

Bendahara Habib, bijak bistari,

Masygul hatinya, melihat negeri,

Angkara Laksamana, berperi-peri,

Memerintah Johor, sesuka hati.

Dato’ Bendahara, bawa muafakat,

Bersatu hati, kita bertekad,

Bersama raja, pulihkan adat,

Supaya negeri, kembali berkat.

Dato’ Bendahara, sudah putuskan,

Adat Melayu, mesti kembalikan,

Walau terpaksa, guna kekerasan,

Itu yang tetap, akan dilakukan.

95

Bahasa Melayu Lama; dekad, masa sepuluh tahun. 96

Bendahara Seri Maharaja (Padang Saujana) Tun Habib Abdul Majid mempunyai darah Nabi Muhammad SAW..

Baginda merupakan bapa atau ‘patriach’ kepada Kesultanan Terengganu serta Dinasti Bendahara Pahang dan Johor. 97

Bahasa Melayu Lama; bahagia, beruntung

176

Hilanglah kelam, timbullah terang,

Bendahara Tun Habib, turun gelanggang,

Dengan panglima, sama menyerang,

Dato’ Memanda, tunjukkan garang.

Laksamana Paduka, tak sempat lari,

Disekat laluan, kanan dan kiri,

Sedia ditentang, hulubalang negeri,

Apa nak buat, maut hampiri.

Laksamana Paduka, matilah sudah,

Rakyat semua, hilanglah gundah,

Urusan negeri, menjadi mudah,

Ikut muafakat, tiada berbalah.

Tersebutlah pula, Duli Pertuan,

Sultan Mahmud98, hidup tak aman,

Angkara sendiri, ganjil kelakuan,

Tidak siapa, berani melawan.

Sultan Mahmud, sangatlah garang,

Kelaku baginda, sudahlah terang,

Raja yang zalim, lagi pemberang,

Jadi umpatan, sekelian orang.

Sampai kemuncak, laku Hadirat,

Ditimpa gila, yang amat sangat,

Isteri pembesar, yang sedang sarat,

Dihukum bunuh, perut dikerat.

Megat Seri Rama, berhati walang,

Isteri tercinta, mendapat malang,

Menurut rasa, alang kepalang,

Keris dihayun, bersilang-silang.

98

Sultan Mahmud II inilah yang dipangku riba oleh Laksamana Paduka Tun Abdul Jamil (bonda tiri kepada Sultan

Mahmud, yang merupakan puteri Laksamana Paduka) sepanjang tiga tahun pemerintahannya atas negeri Johor

secara mutlak. Dengan peristiwa pembunuhannya dalam tahun 1688M, Sultan Mahmud dibawa kembali ke tanah

besar Johor dan dipangku riba oleh Tun Habib mengikut adat Melayu sehingga Tun Habib mangkat dalam tahun

1697M.

177

Megat Seri Rama, mengadap Memanda,

Mangadu nasibnya, kehilangan adinda,

Dato’ Bendahara, dapat petanda,

Mala petaka, bakal melanda.

Tun Abdul Jalil, Dato’ Bendahara99,

Pembesar Melayu, dibawa bicara,

Raja yang zalim, punya angkara,

Negeri Johor, sudah cedera.

Payung Melayu, patahlah sudah,

Amanat Tuhan, Raja menyanggah,

Duli Pertuan, hilanglah daulah,

Kepada bangsa, menjadi barah.

Pembesar Melayu, tiada pilihan,

Payung Melayu, mesti pulihkan,

Raja yang zalim, perlu dilawan,

Cederanya banyak, bersarang tebuan.

Megat Seri Rama, sudahlah nekad,

Membunuh Raja, hati bertekad,

Pembesar Melayu, tiada menyekat,

Memberi restu, dengan muafakat.

Sampai ketika, tertakdir sudah,

Megat Seri Rama, membawa padah,

Raja di julangan, terus disergah,

Lalu ditikam, sampai mangkatlah.

Sultan Mahmud, dapat kemalangan,

Nyawa berakhir, di atas julangan,

Terbayar sudah, segala hutangan,

Sejarah baginda, menjadi kenangan.

Pembesar menghadap, Dato’ Bendahara,

Balairung seri, tempat berura,

Mencari muafakat, kadar segera,

Kerana Al-Marhum, tiada berputera.

99

Merupakan waris tua kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Tun Habib Abdul Jalil menjadi Bendahara

Paduka Raja pada tahun 1697-1699M.

178

Tidak berehat, sekelian menteri,

Cari muafakat, berhari-hari,

Melantik pengganti, raja yang bahari,

Tunaikan harapan, seisi negeri.

Adat Melayu, diambil kira,

Mencari pemutus, kata bicara,

Jikalau Marhum, tiada berputera,

Pilihlah kerabat, antara yang gahara.

Pembesar Melayu, sudah mesyuarat,

Melantik ganti, Raja yang mangkat,

Dato’ Pasir Raja, waris terdekat100,

Kerabat teraula, mengikut adat.

Dato’ Pasir Raja, Muar jajahannya,

Menjadi Raja, tidaklah sedia,

Alasan diberi, dengan hibanya,

‘Seolah menyukai, anakanda perginya’101.

Dato’ Pasir Raja, beri fikiran,

Dato’ Memanda, menjadi pilihan102,

Kerabat gahara, cukup kelayakan,

Pembesar Melayu, tiada bantahan.

Dato’ Bendahara, kerajaan diserah,

Amanat dijaga, Duli Khalifah103,

Kebesaran daulat, makin bertambah,

Rakyat jelata, berdatang sembah.

100

Menurut catatan manuskrip ‘Salasilah Raja-Raja Temenggong Muar (Salasilah Muar), pembesar Johor

menghadap Dato’ Pasir Raja meminta baginda menjadi ganti Sultan Johor. Dato’ Pasir Raja merupakan saudara tua

kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Saudara perempuan mereka yang bergelar Marhum Bakal adalah

permaisuri Sultan Ibrahim Shah, dan kemudiannya melahirkan Sultan Mahmud Shah II. Jajahan Muar diberi kepada

Dato’ Pasir Raja sebagai anugerah atas perkahwinan Sultan Ibrahim kepada Marhum Bakal. Keturunan Raja-Raja

Temenggong Muar masih ramai di Muar dan Segamat hingga ke hari ini. 101

Pertalian Dato’ Pasir Raja dan Tun Habib Abdul Majid dengan Sultan Mahmud adalah berpangkat ayahanda

saudara. 102

Dato’ Pasir Raja tidak mengesyorkan adiknya Tun Habib Abdul Majid kerana ia telah pun mangkat terlebih

dahulu. Maka secara adatnya, yang paling berkelayakan selepas itu ialah Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul

Jalil, sepupu kepada Sultan Mahmud. 103

Bendahara Tun Habib Abdul Jalil kemudiannya bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718M)

179

Sultan Abdul Jalil, raja bernobat,

Memerintah negeri, dengan beradat,

Musibah yang lalu, tak jadi melarat,

Rakyat Johor mendapat rahmat.

Duli Hadirat, adil perintahnya,

Sangat budiman, luhur hatinya104,

Rakyat negeri, setia padanya,

Raja dijunjung, hingga akhirnya.

104

Sultan Abdul Jalil dikenang sebagai seorang raja yang baik. Baginda suka beribadat dan gemar duduk dalam

majlis-majlis agama.

180

BAHAGIAN KETIGA :

Mengapa Sistem Raja-raja Melayu

Masih Relevan Untuk

Masa Hadapan Bangsa Melayu?

181

13.

Realiti Institusi Raja Melayu Masakini

Kedudukan Raja Melayu Dalam

Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan

Apabila kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu,

institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat

disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-

raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan

kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara.

Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza

dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara

rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-

ciri kemelayuan105.[

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong

diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan

baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang

diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi

Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama

daripada tiga unsur utama badan perundangan Persekutuan iaitu Parlimen106.

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat

peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang,

menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi

seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh

Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan107 boleh dibuat terhadap

peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan

hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa

persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara

105 Abdul Aziz Bari, “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja” dalam Perkembangan Undang-

Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 43 106

Perkara 44 107 Perkara 159(5)

182

langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran

mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja108.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan

oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih

daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi

persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang

pemerintahan beraja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan

kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang

Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam

mana-mana mahkamah109.

Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang

melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-

tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam

kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah

Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan

Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara

161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri110.

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang

memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim

bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan

hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan

seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu

hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau

di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia

adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di

Singapura sebelum Merdeka.

108 Perkara 38(4) 109

Perkara 18(1) yang asal, yang memberi imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992. Akibat pindaan ini,

raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas. Lihat juga Perkara

182 dan 183 110

Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling Jaya :

Prentice Hall, hlm. 181

183

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati

Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang

bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153

menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri

atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu

dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka

kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau

latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk

permit atau lesen perniagaan.

Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan

sebagainya untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara

kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo

dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan

perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk

kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan

Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan

di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana

yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan

perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah

dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong

mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan

awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain

keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain

kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan

suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai

permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan

perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-

undang itu dan Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan

Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan

184

kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang

Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu111. Selain itu,

kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian

orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga

dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu112.

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah

dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara

persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum

bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi

menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi,

pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah

dan ketinggalan menjelang kemerdekaan113.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak114. Ia

diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya

termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan

kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan

agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang

paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga

kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa

peruntukan dalam Perlembagaan115.

Kedudukan Islam Sebagai Agama Rasmi

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu

yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad

majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan

Persekutuan dinyatakan:

111

Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Pustaka, hlm 54 112

Ibid 113 Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit. 114 Salleh Abbas, op. cit., hal. 55 115

Ibid

185

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain

boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian

Persekutuan116.”

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang

bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan

perlembagaan117. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong

untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153

Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua

entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu

termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam118.

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum

ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai

seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan

mengamalkan adat istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan

yang mengisytiharkan bahawa ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan’

membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang

masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa

penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum

pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang

demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah

juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut

“tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana

bahagian Persekutuan“.

Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud

116

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan 117 Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977,: Dewan

Bahasa Pustaka, hal. 3 118

Ahmad Ibrahim 1987), Islam and Constitutions dalam Kertas Kerja Persidangan The Malaysia After 30 Years,

Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

186

agama atau khairat, dan,

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan

mentadbirkannya mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, maka

kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan

keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu

penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau

membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk

mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu119.

Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen

perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk

pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu

jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

Bahasa Melayu

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri

sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi

pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk

menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan

bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa

perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat

diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah

menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan

bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembagaan Reid

sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan

mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Apabila

dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya

119 Perkara 12(2)

187

dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua

bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju120.”

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak

mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152

Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan

yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa :-

(a) Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan

(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar,

apa-apa bahasa lain; dan,

b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan

Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara

dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum

lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan

pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu

bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar

negara ini sejak dahulu lagi121.

120 Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957 121 Salleh Abbas, op.cit., hal. 52

188

Apakah Institusi Raja-raja Melayu masih relevan untuk dibawa ke masa

hadapan dalam konteks pemerintahan negara kita hari ini?

Umat Melayu harus disedarkan tentang perbezaan diantara Institusi

Raja-Raja Melayu dengan tubuh badan individu Raja-raja Melayu itu sendiri

kerana dua perkara tersebut sangat berbeza. Jangan sampai orang Melayu

menjadi umpama pepatah “ kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

Walaupun corak pemerintahan negara kita hari ini telah melalui anjakan

paradigma yang besar berbanding dengan coraknya yang dahulu, namun

Institusi Raja-raja Melayu masih sangat-sangat diperlukan bukan sahaja

sebagai khazanah warisan bangsa Melayu yang panjang, atau semata-mata

simbolisme bagi identiti bangsa Melayu yang unik, tetapi juga dari sudut realiti

kehidupan masyarakat berbilang bangsa yang kita warisi daripada legasi

penjajahan kuasa Britih suatu masa dahulu.

Dalam hal ini, DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah

bertitah: “… rakyat dinasihatkan jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana

riang melihatkan fajar akan menyingsing, kerana hari siang juga akan berakhir.

Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup

teraba-raba, hilang haluan kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita.”

“… Warga perlu disedarkan tidak semua yang berbentuk tradisi itu

menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan

ditakrifkan secara arif dapat berfungsi pemudah cara memajukan negara

bangsa122.”

Titah yang mempunyai makna besar yang tersirat di sebalik apa yang

tersurat. Titah yang harus direnung, dimuhasabah, dibahas dan digerakkan

oleh ahli-ahli pemikir, agama, cendikiawan, karyawan dan budayawan Melayu,

dibawa ke peringkat teratas dalam hirarki pentadbiran negara ini, iaitu ke

Majlis Raja-Raja Melayu untuk dikembangkan serta dilaksanakan segala

falsafahnya yang tersirat demi survivalisme Melayu.

Perkara 181, 38(4), 44, 71 dan 159(5) dalam Perlembagaan Persekutuan

secara jelas merujuk kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-raja Melayu

sekelian sebagai Tuan-tuan kepada semua warganegara Malaysia, bukan

122

Titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan

penganugerahan darjah kebesaran Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak,Sultan Azlan Shah di

Istana Iskandariah pada 19hb April 2009.

189

sahaja sebagai tonggak dan simbol bangsa Melayu secara tradisinya, malahan

adalah juga simbol kuasa dan kerajaan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan

telah meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘ yang hendaklah diberi

keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan123 sementara Raja-raja

Melayu yang lain adalah ‘ tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong

dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah

diberi keutamaan daripada segala orang lain124, sedangkan Perkara 8

mengisytiharkan semua orang lain adalah sama di sisi undang-undang,

Perkara 38 yang menyentuh tentang Majlis Raja-Raja, Perkara 181 yang

menyentuh tentang Kedaulatan dan Keistimewaan Raja-raja Melayu, Perkara

70 yang menyentuh Keutamaan Yang Dipertua Negeri dan Raja Melayu dan

Perkara 153 yang menyentuh Hak dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu

dan Bumiputera pula adalah peruntukan-perutukan Perlembagaan

Persekutuan yang tidak boleh diubah pinda melalui proses biasa (iaitu

memerlukan 2/3 daripada anggota Dewan Rakyat yang hadir mesyuarat),

tetapi hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Dalam konteks yang sama Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga

fungsi yang tidak boleh dipersoalkan, iaitu ;

1. Melantik Perdana Menteri

2. Tidak memperkenankan pembubaran Parlimen (atas desakan)

3. Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja

Melayu dan mengambil tindakan perihalnya.125

Kuasa ini juga wujud di bawah perlembagaan semua negeri beraja.

Bermakna kuasa pengimbang tetap ada pada Raja Melayu samada yang di-

Pertuan Agong, Sultan atau Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Perkara

38. Perkara 43 (2) pula syarat perlantikan Perdana Menteri hanyalah jika

pada pendapat Yang diPertuan Agong seseorang itu mendapat sokongan ramai

Dewan Rakyat.

123

Perkara 32(1) 124

Perkara 70(1) 125

Ucapan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim bertemakan ‘Kepentingan Melayu dan Pribumi Dalam Sejarah

dan Perundangan’ pada program Wacana Isu Perundangan Hak-hak Pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan

pada majlis anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Peguam Muslim, KL, 16 Nov

2008

190

Melalui beberapa peruntukan perlembagaan seperti yang disebutkan ini

serta saluran Majlis Raja-Raja, Raja-raja Melayu bukanlah semata-mata

simbolisme sahaja, tetapi mempunyai kuatkuasa undang-undang yang

walaupun terhad, namun masih boleh digunakan untuk mencapai maksud

menjaga kepentingan Melayu terutamanya dalam menghadapi saat-saat kritis

dalam situasi politik negara.

Dalam Perkara 153(1), Yang di-Pertuan Agong berperanan dalam

“melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana

antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain

mengikut peruntukan Perkara ini126. Ianya hendaklah difahami dalam

pengertian dan semangat asal Fasal tersebut, walaupun secara tersuratnya

Yang di-Pertuan Agong juga menjaga kepentingan sah kaum-kaum yang lain,

namun bukan dalam konteks mengkompromi kepentingan orang Melayu yang

telah diperuntukkan dalam perlembagaan. Kaum-kaum lain telah mendapat

ruang yang luas dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk berekonomi,

berpolitik, malahan bebas untuk berbahasa, berbudaya dan beramal

dengan kepercayaan adat dan agama mereka, maka jikalau orang Melayu

menuntut dipelihara hak keistimewaan tradisional mereka melalui

payungan Institusi Raja-raja Melayu adalah suatu yang amat wajar.

Walaupun terdapat cadangan bahawa hak istimewa orang-orang Melayu

patut dihapuskan suatu hari nanti, iaitu apabila bangsa ini telah mampu

menyaingi kaum Cina khususnya dari sudut ekonomi sehingga mampu

‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ namun ini adalah satu cadangan

yang tidak berpandangan jauh.

Sebagai umat Islam, kita harus faham bahawa ekonomi bukan maksud

hidup, penyembahan kepada Allah SWT sebagai Tuhan Maha Pencipta seluruh

alam itulah maksud hidup, kerana dunia adalah persinggahan untuk mencari

bekalan bagi kehidupan di Alam Akhirat yang abadi. Sebagai ulil-amri kepada

umat Melayu yang sudah tentunya Islam, peranan Raja-raja Melayu sangatlah

penting bukan sahaja demi menjaga hak orang-orang Melayu untuk beramal

soleh dengan agama mereka, malahan ruanglingkup peranan tersebut

seharusnya dilanjutkan kepada semua institusi-institusi yang mendokong

kepentingan Islam.

126

Perkara 153 (1)

191

Dalam peranan sebagai ketua-ketua agama, teramat molek jikalau Raja-

raja Melayu hari ini dapat bersikap pro-aktif dalam apa jua perkara-perkara

yeng bersangkutan dengan Islam khususnya dalam aspek perundangan,

pendidikan dan dakwah.

Hakikatnya di bawah payungan Institusi Raja-raja Melayu tradisional

dahulu kala, Agama Islam pernah dipertuankan, berkuatkuasa sebagai satu

antara dua cabangan hukum negeri-negeri Melayu (Hukum Adat dan Hukum

Syariat) dan Raja Melayu adalah ketua agama. Peranan tersebut telah diberi

kesinambungan dalam sistem pemerintahan negara kita hari ini dan Raja-raja

Melayu haruslah mengambil tanggungjawab sebagai ketua agama ini dengan

penuh rasa kesedaran kerana akan dipersoalkan tanggungjawab tersebut di

Mahkamah Pengadilan Allah SWT nanti.

Kesimpulannya, dalam hal tuntutan persamaan hak semua kaum yang

sampai hari ini masih di’perjuangkan’ oleh sebilangan parti-parti bukan

Melayu, ianya tidak harus dilihat semata-mata dari sudut peningkatan

kemajuan ekonomi orang-orang Melayu, tetapi yang lebih penting adalah

sebenarnya kepentingan Islam itu sendiri, kerana di sisi Allah hanya Islam

agama yang benar.

Oleh itu cadangan untuk penghapusan hak istimewa orang-orang

Melayu hanya boleh dipertimbangkan jikalau tiada lagi wujud sebarang

unsur-unsur ancaman kepada kepentingan Agama Allah ini dari kaum-kaum

lain, selagi tiada jaminan akan perkara ini, maka selagi itulah tuntutan-

tuntutan sedemikian tidak harus dilayani.

Firman Allah SWT yang maksudnya :

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak suka kepadamu kecuali kalau kamu turut agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar petunjuk. Demi, jika kamu turut kemahuan mereka, setelah kamu mendapat pengetahuan, tidak adalah bagimu wali dn penolong dari (siksa) Allah.” (Al-Baqarah : 120) FirmanNya lagi :

“ Apabila datang kepada engkau orang-orang munafiq, mereka berkata : Kami menjadi saksi bahawa engkau (Ya Muhammad) sungguh Rasul Allah. Allah mengetahui, bahawa engkau RasulNya dan Allah menjadi saksi (mengetahui) pula, bahawa orang-orang munafiq itu dusta. Mereka jadikan

192

sumpah mereka (bahawa mereka Muslim) untuk memeliharakan (melepaskan diri mereka), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan (agama) Allah. Sungguh amat jahat apa-apa yang mereka kerjakan. Demikian juga, kerana mereka beriman (pada zahirnya), tapi kafir (pada batinnya), lalu ditutup mata hati mereka, sehingga mereka tiada mengerti.” (Al-Munafiqun : 1-3)

Lainlah kalau semua orang di negara ini masuk Islam, barulah boleh di

samarata dan samarasakan atas semangat ukhuwah Islamiyah yang utuh.

Dan Allah SWT pun sudah tentu redha dengan keadaan sedemikian.

Menurut mantan ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, Melayu dan

Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk

tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi

tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti

yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana

Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka

tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga Islam.

Kesimpulannya, Institusi Raja-raja Melayu masih tetap relevan untuk

masa-masa hadapan atas satu alasan yang mudah, jikalaulah kepentingan

dan hak istimewa orang-orang Melayu tidak dipelihara, dan tuntutan-tuntutan

untuk hak persamaan kaum yang sumbang itu pula yang dilayan, maka yang

akan jadi bahan sembelihan adalah hakikatnya identiti Melayu itu sendiri,

budaya-peradaban, ciri-ciri jatidiri, zahir dan batin bangsa ini yang

dahulunya dicipta oleh mubaligh-mubaligh sufi awallun akan terhapus,

menjadi santapan. Maka berlakulah tragedi ;

Hilang Adat,

Hilang Agama,

Hilang Badan,

Hilang Nyawa..

lalu Hilanglah Bangsa Melayu,

di bumi yang pernah bernama Tanah Melayu…..

Ingatlah bahawa tanah air kita yang pernah bernama Tanah Melayu ini

bukan sahaja mempunyai majoriti rakyat berbangsa Melayu beragama Islam,

malahan yang terlebih penting, mempunyai warisan sejarah yang panjang dan

penting sebagai daulah-daulah Islamiyyah dalam bentuk kesultanan-

kesultanan Melayu.

193

Semenanjung Tanah Melayu adalah milik orang-orang Melayu secara

turun temurun, sebagaimana negara-negara lain juga menjadi milik bangsa-

bangsa mereka seperti China, India, Eropah, Russia, negara-negara Arab dan

banyak lagi. Leluhur kita mengamalkan gagasan MELAYU ISLAM BERAJA,

dengan pengamalan Kanun ADAT MELAYU dan SYARIAT ISLAM, walaupun

belum lengkap dan sempurna, tetapi masih dalam kerangka pemerintahan

Islam, sekali-kali bukan sekular !!

Patut-patutlah kita sentiasa beringat tentang kedudukan dan hak

istimewa orang-orang Melayu yang sudah tentunya beriman ini, kerana status

ketuanan Islam di sisi Allah SWT dan warisan sejarah Melayu yang lama,

dengan pertuanan Raja-Raja Melayu adalah gabungan ampuh yang

seharusnya memartabatkan kita sebagai khalifah di bumi bertuah ini.

Jangan dilupuskan warisan yang sakaral ini, hanyasanya atas asakan-

asakan dan desakan-desakan mereka yang jahil pada hakikat sejarah Tanah

Melayu yang sebenar, apatah lagi asakan-asakan dari mereka yang bukan

Islam.

Dalam hal ini kita perlu isytihar atau gazetkan secara terang dan nyata,

secara TEGAS, TELUS, TULUS, tentang apakah batasan-batasan yang sakaral,

istimewa dan penting bagi kita. Kita tidak akan berkompromi dalam hal-hal

tersebut dan Perlembagaan Negara Malaysia perlu ditegakkan, ditegakkan

semula ataupun dipertahankan atas asas-asas ini, iaitu :

Pertama :

Tentang Pertuanan Raja-raja Melayu sebagai tonggak bangsa dan Agama Islam

yang berdaulat, bukan atas dasar simbolisme semata-mata. Kesetiaan kepada

Raja-raja Melayu perlu diperlembagakan dan dikuatkuasakan melalui takrifan

undang-undang.

Kedua :

Tentang Ketuanan dan Hak Istimewa Agama Islam dan orang-orang Islam.

Tentang status umat Melayu dalam golongan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah

dengan Mazhab Syafiee sebagai mazhab resmi negara.

Ketiga :

Tentang Hak Istimewa orang-orang Melayu dan pribumi sebagai pemilik tanah

air ini semenjak berkurun lamanya.

194

Keempat :

Menolak intisari sekularisme dan liberalisme sebagai dasar pemerintahan

negara

Semoga Allah SWT memberikan kita pertolongan yang kuat. Ameen.

195

TUGAS RAJA YANG PERTAMA DAN UTAMA:

SEBAGAI TONGGAK AQIDAH UMAT ISLAM

“ Pegawai Kerajaan adalah wakil bagi pihak Raja bagi menjaga muslihat Negara

Brunei Darussalam, orang Islam Brunei dan Agama Islam.

Menjaga muslihat Negara dan orang Islam dan Agama Islam tidaklah dapat diabai-

abaikan atau dipermudahkan, kerana dengan diabai-abaikan atau dipermudahkan

samada secara langsung atau tidak langsung, akan melemahkan Agama Islam dan

orang Islam dalam Negara Brunei Darussalam.

Sekiranya dibiarkan orang bukan Islam mengembangkan agama kufur dengan hujjah

kebebasan beragama, adalah SALAH DI SISI PERLEMBAGAAN (BRUNEI),

kerana perlembagaan membenarkan orang bukan Islam beragama dengan agama

mereka, bukan mengembangkan agama kufur itu kepada orang kafir atau kepada

orang Islam.

ISLAM TIDAK MEMBENARKAN ORANG BUKAN ISLAM

MENGEMBANGKAN AGAMA KUFUR ITU KEPADA ORANG BUKAN

ISLAM ATAU KEPADA ORANG ISLAM, KERANA KUFUR ITU MEMANG

SALAH DAN BATIL DAN DOSA PADA PANDANGAN ISLAM.

Segala Agama Allah yang dibawa oleh Rasul-Rasul sebelum Agama Islam semuanya

Agama Allah itu membatalkan kufur dan menyeru kepada mengEsakan Allah

Ta’ala.”

Petikan Ucapan

Manta Mufti Negara Brunei Darussalam

Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Hj Awang Ismail bin Umar Abdul Aziz

196

14.

Umara Ulama yang Rohaniyat ;

Trend Kepimpinan Ummah di Masa Hadapan

Sejarah panjang perkembangan agama Tauhid (Islam) telah

menyaksikan dinamisma peranan yang dimainkan oleh KEPIMPINAN

ZAHIRIYYAH/DUNIAWI (raja, khalifah, umara, malik, dsbnya) dan

KEPIMPINAN AGAMA/ROHANIYYAT (Nabi, Rasul dan alim-ulama). Dalam hal

ini, kepimpinan manusia semenjak zaman Nabi Adam AS sehingga

menjangkaui zaman pra-sekular, secara zahir/duniawi dan agama/

rohaniyyatnya, adalah kadangkala disatukan pada pundak Kepala Negara dan

kadangkala diregukan antaranya dengan ulama, namun sekali-kali tidak

harus dipisahkan antara keduanya atas sifatnya yang sama-sama penting

kerana menjurus kepada matlamat yang sama.

Sejarah kepimpinan Rasulullah SAW dapat dijadikan contoh terbaik

bagaimana pemerintahan zahiriyyah/duniawi digabungkan sekaligus dengan

bimbingan agama dan aspek-aspek kerohaniyyan pada diri Baginda sendiri

sebagai Kepala Negara dalam kota Madinah.

Perhatikan Hadeeth berikut yang dikenali sebagai Hadeeth Jibrail;

Umar RA menyatakan :

“ Ketika kami duduk-duduk dekat Rasulullah SAW sekonyong-konyong

nampaklah pada kami seorang lelaki yang memakai baju putih dan berambut

sangat hitam, tidak terlihat padanya bekas-bekas perjalanannya (jejaknya) dan

tidak seorang pun diantara kami yang mengenalinya, dan duduklah ia di

hadapan Nabi, maka disandarkannyalah lututnya pada lutut Nabi dan

meletakkan tangannya di atas paha Nabi, lalu berkata :

‘Hai Muhammad beritakanlah kepadaku tentang ISLAM. Maka jawab

Rasulullah SAW : Islam ialah bahawa engkau menyaksikan bahawanya tiada

Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuroh Allah.

Hendaklah engkau mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan hendaklah

engkau berpuasa dalam bulan Ramadhan dan hendaklah engkau mengerjakan

haji ke Baitullah (Mekah) jika engkau kuasa menjalaninya. Berkata orang itu:

197

Benar engkau hai Muhammad, maka kami hairan, ia bertanya dan ia sendiri

pula membenarkannya.’

‘ Maka bertanya lagi orang itu: Maka beritakanlah kepadaku apa IMAN

itu. Jawab Nabi: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, kepada Malaikat-

malaikatNya, kepada kitab-kitabNya, kepada Rasul-rasulNya, kepada Hari

Kiamat dan hendaklah engkau beriman kepada Qadar yang baik dan yang

buruk. Berkatalah orang tadi: Benar engkau hai Muhammad.’

‘ Bertanya orang itu lagi: Maka beritahukanlah aku tentang IHSAN.

Jawab Nabi: Hendaklah engkau berbakti kepada Allah seakan-akan engkau

melihat kepadaNya, sekalipun engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya

Ia melihat engkau.’

‘Bertanya orang itu lagi: Beritahukanlah kepadaku tentang Hari

Kiamat.Jawab Nabi: Orang yang ditanya tentang itu tidak lebih mengetahui dari

si penanya sendiri. Tanya orang itu selanjutnya. Beritakanlah kepadaku tanda-

tandanya. Jawab Nabi: Diantaranya jika seseorang telah melahirkan tuannya

dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa, berbaju compang-

camping, bergembala kambing sudah mampu sehingga berlumba-lumba dalam

kemegahan bangunan. Kemudian beredarlah orang itu.’

‘Aku hening sejenak, kemudian Nabi (SAW) berkata kepadaku; Wahai

Umar! Tahukah kamu siapa yang bertanya tadi? Jawabku: hanya Allah dan

RasulNya lebih mengetahui. Kata Nabi: Dia itulah Malaikat Jibrail (AS) datang

kepadaku UNTUK MENGAJAR KAMU TENTANG AGAMAMU.“ (HR Muslim)

Dalam hal ini, Rasulullah SAW sebagai Insanul Kami telah membawa

ajaran Islam yang paling lengkap dan sempurna yang mencakupi amalan

ZAHIR-BATIN. Dalam keperibadian, diri, akhlak dan perbuatan Baginda

tercermin unsur-unsur pegangan Tauhid, Syariat dan sifat Ihsan yang

hakikatnya merupakan tiga sendi utama Agama Islam. Sebagai insan yang

paling lengkap dalam menyampaikan ajaran Islam, sempurna pada

fahamannya, aqidahnya, akhlaknya serta pengamalannya zahir dan batin,

maka Rasulullah SAW hakikatnya adalah merupakan seorang Ahli Aqidah,

Ahli Feqah, Ahli Sufi (Tasawuf)127 dan Ahli Tariqah, wujud dalam bentuk

SEPADU, iaitu tanpa dipisah-pisahkan diantara satu dengan yang lain.

127

Rasulullah SAW adalah tokoh utama tasawuf, pemilik cinta yang besar pilihan Allah SWT. Pernah suatu ketika

Ummul Mukminin Aisyah RA menemui Baginda dalam keadaan tenggelam dalam kecintaan kepada Allah. Ketika

198

Malahan kepimpinan Rasulullah SAW juga mencakupi segala aspek

kehidupan berbangsa, bernegara, ahli dalam bidang politik, tata negara,

kemasyarakatan, pertahanan wilayah dan banyak lagi, langsung meluaskan

peranan Baginda sebagai tokoh negarawan, ulil amri, malik, raja atau

khalifah, sekaligus membimbing kedua-dua aspek duniawi dan ukhrawi

kepada umat manusia .

Namun untuk menyatukan kedua-dua peranan tersebut sekaligus

adalah sulit bagi kebanyakan orang lain kerana hakikatnya ciri-ciri kelayakan

pemerintahan duniawi dan kepimpinan agama tidak semuanya sama.

Rasulullah SAW sendiri memperolehi kesemua ciri-ciri kepimpinan duniawi

dan ukhrawi adalah kerana Baginda diajarkan secara langsung oleh Allah SWT

melalui wahyu, bukan diperolehi dengan usaha sendiri secara murni kerana

Rasulullah SAW adalah seorang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis.

Dan golongan manusia yang berupaya menyatukan pemerintahan

duniawi dan membimbing agama/kerohaniyyan sekaligus bilangannya

tidaklah ramai, contohnya Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Yusuff, Nabi Daud,

Nabi Sulaiman AS, Nabi Muhammad SAW, Khulafa’ ar Rashidin, sesetengah

khalifah dan raja-raja dahulukala seperti Syarif Ali (Brunei), Sultan Malikuz

Zahir (fuqaha-Acheh), Sultan Syariful Hasyim (Sulu), Syarif Kebungsuwan

(Mindanao) dan sebagainya.

Secara idealismanya, fungsi Kepala Negara dalam aspek memerintah

hal-hal duniawi sekaligus membimbing dalam urusan syariat/rohaniyyat

paling sesuai dilakukan oleh pemimpin yang sama, iaitu sekaligus mempunyai

ciri-ciri kepimpinan duniawi dan ukhrawi. Namun realitinya, tokoh-tokoh

seperti ini bukanlah mudah untuk didapatkan, mereka lahir dengan takdir

zaman yang ditentukan Allah SWT.

Mungkin dalam zaman Nabi-nabi dan era khaira-kurun (kurun-kurun

yang terbaik yakni 3 kurun selepas Rasulullah SAW) bekalan mereka lebih

ramai berbanding pada Akhir Zaman ini. Itupun masih tidak ramai sedangkan

realitinya pemerintahan duniawi dan kepimpinan ukhrawi sering sahaja

terpisah-pisah antara satu dengan yang lain.

Nabi melihat Aisyah, Baginda bertanya, “Siapa kamu?” Aisyah menjawab : “Aisyah.” Nabi bertanya lagi : “ Siapa

Aisyah?” Dia menjawab: “Anak As-Siddique.” Baginda bertanya terus : “ Siapa As Siddique?” “Ayahnda mertua

Muhammad!”, jawab Aisyah. Nabi bertanya pula : “Siapa itu Muhammad?”. Maka ketika itu Aisyah pun diam

kerana telah fahamlah ia bahawa Nabi SAW sedang tenggelam dalam kecintaan dan makrifat Allah SWT.

199

Dengan mengikut resam takdir, kehidupan realiti dan kesesuaian serta

perkembangan zaman, maka wujud konsep pemerintahan umat Islam yang

dipecah dua, namun tetap diganding atau diregukan. Iaitu kepimpinan umara-

ulama yang berlainan, tetapi saling bekerjasama, bantu-membantu, sokong-

menyokong dan dokong-mendokong antara satu sama lain dalam urusan

pengembalaan umat Islam. Contohnya Nabi Samuel-Raja Thalut, Nabi Zulkifli-

Raja Heymel, sesetengah khalifah dan raja-raja dahulukala seperti Sultan

Alam Akbar al-Fatah (Raden Fattah)-Wali Songo (Bintoro Demak), Sayyid

Abdul Aziz-Sultan Muhammad Shah (Melaka), Syeikh Yusuff Taj Al-Khalwati-

Sultan Ageng Tirtayasa (Banten), Tokku Paloh-Sultan Zainal Abidin III

(Terengganu) dan ramai lagi.

Formula mengganding ataupun meregukan umara-ulama seperti di atas

paling banyak digunakan oleh pemerintahan-pemerintahan Islam tradisional

kerana lebih mudah dilaksanakan berbanding mencari Kepala Negara yang

berwibawa dalam kedua-dua hal pemerintahan duniawi sekaligus

membimbing sendiri aspek-aspek syariat/kerohaniyyan rakyatnya.

Dalam perkara meregukan umara-ulama ini, kadangkala bahagian

kepimpinan ulama itu sendiri berpecah dua. Perkara ini bermula pada era

pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid, pemerintahan umat Islam yang

pernah bersepadu di masa Rasulullah SAW kini berpecah tiga, pemerintahan

duniawi dipegang khalifah, kepimpinan rohaniyyat dibimbing Sultanul Awliya’

Syeikh Abdul Qadir Jailani, sedangkan di bidang Syariah yang meliputi aspek

ibadah, aqidah, muamalah, jenayah dan sebagainya diterapkan ke dalam

daulah pemerintahan, yakni pada Jabatan Mufti ataupun Qadhi.

Pada masa kerajaan Majapahit bentuknya hampir sama dengan khilafah

Harun ar-Rashid dimana aspek kerohaniyyan diserahkan sepenuhnya kepada

Wali Songo. Bahkan diberi hak menerapkan syariah sampai terbentuknya

pemerintahan Islam di Demak, Jawa Tengah, bawah kepimpinan Raden Fatah.

Dan sistem ini paling popular dilaksanakan pada zaman kesultanan-

kesultanan Islam tradisional.

Kesimpulannya;

Tidak kiralah samada pemerintahan duniawi/ukhrawi umat Islam

diletakkan semata-mata bawah sayap Kepala Negara yang serba-serbi

berkebolehan, ataupun diregukan antara umara-ulama seperti yang lebih

umum kedapatan pada sistem khilafah dan kesultanan-kesultanan

200

tradisional, asal sahaja aspek IMAN (AQIDAH), ISLAM (SYARIAT) dan IHSAN

(TASAWUF), yakni keseluruhan agama Islam dipelihara dan dibaja subur oleh

Kepala Negara, dipertanggungjawabkan samada atas dirinya sendiri ataupun

diwakilkan kepada para pembantunya (alim-ulama), umat Islam yang bawah

takluknya pasti akan mendapat menafaatnya.

Kedua-dua formula pemerintahan ini (SEPADU ataupun REGU) ternyata

tetap mampu menghasilkan kesan yang sama dalam membentuk masyarakat

beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa selain bercirikan masyarakat

madani, sejahtera dan bertamadun. Walaupun tidak dapat dinafikan

kadangkala terdapat masalah keperibadian di pihak pemerintah itu sendiri,

namun selagi beliau bertanggungjawab memastikan bekalan alim-ulama

syariat/tasawuf mencukupi dan rakyat tidak terhalang hak mereka daripada

mendapatkan bimbingan alim-ulama ini, serta tidak menghalang pelaksanaan

syariat dan tidak pula memaksa rakyat berbuat maksiat, sudah tertunailah

tanggungjawabnya sebagai Kepala Negara bagi umat Islam.

Masalah muncul apabila Kepala Negara tidak mahu mengambil prinsip

pemerintahan berdasarkan ajaran Islam, iaitu dalam peranan “untuk

MENGGANTI Rasulullah SAW bagi melindungi agama serta mentadbir

keduniaan”. Ini terjadi khususnya di zaman penjajahan British, apabila

golongan bangsawan dipujuk atau ditekan untuk mengambil pendidikan

barat, sekaligus belajar cara dan gaya hidup mereka yang sudah tentu

mengasingkan elemen-elemen Islam. Ianya mempunyai kesan secara langsung

kepada prinsip dan corak pemerintahan mereka kelak, samada dalam peranan

sebagai Kepala Negara mahupun dalam kepimpinan bawahan.

Walhal selama ini anak-anak bangsawan dididik dengan ilmu-ilmu

agama oleh tok-tok guru, amnya bagi memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan

Fardhu Kifayah, dan khususnya bagi waris-waris pemerintah sebagai

persiapan menjadi Kepala Negara yang memerlukan ciri Al-‘dalah (memenuhi

ciri kelayakan di bidang agama dan sihat rohaniyyat) serta Al-Ilmu

(pengetahuan yang cukup untuk memutuskan sikap politik dan kebijaksanaan

yang tidak bertentangan dengan syariat dan aturan lainnya saat

diperlukannya berijtihad).

Pemerintahan kolonial-kolonial barat pada daulah-daulah Islamiyyah di

kurun ke 19-20 Masihi dahulu banyak mencorakkan negara-negara tersebut

sebagai politi moden, yang mana prasarana pemerintahan, sistem

perundangan dan sistem ekonominya merupakan warisan secara langsung.

201

Kemunculan elemen-elemen barat ini telah melupuskan kebanyakan daripada

struktur-struktur pemerintahan tradisional yang hakikatnya lebih menjurus

kepada pemerintahan Islam yang sebenar.

Alim-ulama hakikat yang pernah digandingkan dengan Kepala Negara

sebagai regu yang ampuh dalam sistem kesultanan tradisional kini rata-rata

menjadi kelompok yang dianak-tiri dan disisihkan, ataupun dihadkan peranan

mereka menerusi fungsi-fungsi resmi di bawah pernaungan kerajaan sekular-

liberalisme yang banyak kekangannya sehingga menjejaskan peranan tradisi

mereka.

Natijahnya dapat dilihat pada hari ini apabila kebanyakan anggota

masyarakat lebih selesa dengan kehidupan moden mirip kebaratan sehingga

berlakunya penyingkiran elemen-elemen Islam daripada kebanyakan aspek

kehidupan yang membawa kepada berbagai gejala keruntuhan akhlak dan

moral serta musibah-musibah ummah.

Pada hari ini, dalam sistem pemerintahan bercorak sekular-liberalisme

barat pegangan kebanyakan negara-negara Islam di dunia, urusan

pemerintahan duniawi menjadi terpisah-pisah daripada aspek bimbingan

syariat dan kerohaniyyan, ajaran Islam yang sepatutnya merupakan gabungan

eleman IMAN/TAUHID, ISLAM/SYARIAT dan IHSAN/TASAWUF mulai terlerai

diantara satu sama lain,umpama tasbih putus lalu deras berderai biji-bijinya

jatuh ke tanah.

Sehingga peranan Kepala Negara bukan lagi sebagai penerus Rasulullah

SAW, sebagai khalifah Baginda dalam mengurus tadbir maslahat alam dan

makhluk, membimbing manusia ke jalan berpulangan pada Allah SWT,

menyembah, memuji dan mengagungkanNya sepertimana janji mereka pada

Yaumil Mitsaq di alam roh dahulu.

Bagaimanapun kita tetap yakin pada sunatullah, yakin pada janji Allah

tentang zaman kebangkitan semula umat Islam.

Dari Nukman bin Basyir, katanya:

“ Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi dan Basyir

itu seorang yang tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu

berkata: ‘ Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadeeth Rasulullah

tentang para pemerintah?’ Huzaifah RA lalu segera menjawab. ‘Aku hafaz akan

202

khutbah Rasulullah SAW itu’. Maka duduklah Abu Saklabah untuk

mendengar hadeeth berkenaan.”

“ Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. ‘ Telah

berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian

sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu

seperti yang Dia kehendaki. Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafa’

ar-Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah

zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah

mengangkatnya. Lalu berlakulah Zaman pemerintahan yang mengigit (Mulkan

Dukhan) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah

mengangkatnya pula Kemudian berlakulah Zaman Penindasan dan Penzaliman

(Mulkan Jabbariyyan) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah

kehendaki. Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan

Nabi Isa AS) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.’ Kemudian

Rasulullah SAW pun diam….”

~Hadeeth diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya

Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat

dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, Hadeeth nombor 5.]

Walaupun tiada siapa yang tahu akan masa sebenar kemunculan era

kebangkitan ummah sejagat seperti yang termaktub dalam Hadeeth di atas,

kerana itu rahsia Allah SWT. Namun telah disebut-sebut bahawa ianya diawali

dengan berbagai bentuk malapetaka dunia, daripada musibah alami seperti

gempa bumi, tsunami, wabak serta berbagai bencana lain yang

mengakibatkan beribu-ribu kematian, kepada musibah disebabkan salah laku

manusia seperti peperangan, permusuhan, pencabulan, kezaliman,

kemaksiatan yang mana setelah munculnya Imam Mahdi akan merata-

luaskan bumi ini dengan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran.

Dan dikirakan itulah tanda-tanda yang cukup am dan berleluasa pada

hari ini sehinggakan sebilangan alim-ulama dunia yang tersohor telah mula

berperanan aktif dalam meningkatkan aspek dakwah dan pentarbiyahan

ummah bagi memantapkan kesedaran dan pengamalan Islam sebagai

sebahagian daripada tanggungjawab mereka yang ditakdirkan menjadi

pembimbing-pembimbing manusia sejagat di zaman serba-serbi mencabar ini.

Apakah pula trend kerajaan-kerajaan umat Islam yang menyongsong

kemunculan zaman tersebut? Walau apapun namanya, sudah pasti ia perlu

203

kembali kepada peranannya yang sebenar sebagai “ MENGGANTI Rasulullah

SAW bagi melindungi agama serta mentadbir keduniaan” . Kaedah perlantikan

Kepala Negara, ciri-ciri kelayakannya serta tanggungjawab rakyat jelata juga

perlu merujuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Logiknya, sebagai persediaan untuk menyambut era kebangkitan dan

kegemilangan umat Islam sejagat, Kepala Negara harus menggabungkan

kembali peranan dalam mengurus hal duniawi dan membimbing pada aspek

agama/spiritualisme rakyat pada pundaknya sendiri, ataupun meregukan

kembali tanggungjawab tersebut dengan alim-ulama syariat/tasawuf.

Dan kepimpinan umat Islam harus dikembalikan kepada teras

spiritualisme atau kerohaniyyan kental. Setiap kepimpinan dari peringkat

teratas sehingga yang paling bawah harus berikhtiar mengembalikan

KESEMUA ajaran dan amalan Rasulullah SAW secara SEPADU, KAMIL dan

SYUMUL, ZAHIR dan BATIN, iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh para

sahabat RA dan salafus soleh, bukan dipilih-pilih, iaitu diambil separuh dan

dibuang separuh ataupun dipisah-pisahkan sebagaimana halnya yang berlaku

pada zaman ini.

Apa yang pasti, sistem politik, ekonomi dan pendidikan moden (sekular)

tidak bersandarkan ajaran Islam yang sebenar, tiada bersanad, bukan formula

yang betul untuk mengurus umat manusia, gagal, terbukti amat

memudaratkan, melahir dan menjana manusia-manusia ‘mabuk’, tamak

haloba dan serba ‘menggila’ yang suka membuat onar serta berbagai

kedurjanaan sehingga banyak berlaku kebencanaan pada alam dan makhluk.

Malah jika diteruskan boleh menghancurkan seluruh kehidupan manusia di

dunia ini serta mengancam peluang kebanyakan mereka untuk mendapatkan

kebahagiaan hidup di Alam Akhirat yang kekal abadi nanti akibat

terperangkap pada jerat-jerat syaitan iblis yang dipasang merata. Nauzubillah.

Walhal bumi Allah ini sudah diciptakan semenjak berjuta-juta tahun

dahulu dan tiada bermasalah, tiada kerosakan, manusia dan alam hidup

bersama, co-exist dalam suasana harmoni. Sedangkan pegangan dan amalan

sistem-sistem sekular moden yang baru seabad dua dipraktiskan, sudah

menampakkan tanda-tanda kegagalan, kemudaratan malah kebencanaannya

sehingga dalam bahaya kehancuran kepada seluruh isi bumi ini.

Oleh itu dengan takdir Allah sistem-sistem ini akan ditamatkan, jangan

ditanya bagaimana, kita cuma perlu lihat gazet-gazet kecil yang sudahpun

204

menjelmakan bentuknya, kajilah juga sejarah umat-umat terdahulu,

bagaimana Allah ‘mengajar’ dan menghukum mereka akibat perilaku buruk

dan sikap bodoh-sombong, angkuh dengan kejahilan. Bukan umat Islam tidak

pernah mendapat percikan hukum Allah sebagai kafarah bagi mereka!

Apa yang pasti, kerajaan-kerajaan serta kepimpinan-kepimpinan

rohaniyyat akan muncul kembali apabila keadaan umat Islam sudah begitu

terdesak. Mereka muncul sebagai wira penyelamat, menjadi nafas baru bagi

umat Islam, tonggak kekuatan ummah. Tokoh-tokoh cita sempurna dan wali-

wali pilihan Allah ini akan ke hadapan untuk menerajui dan menggerakkan

agenda kebangkitan Islam sekali lagi.

Satu-persatu muncul tokoh-tokoh cita sempurna ini, tampil dengan

‘cop-cop mohor’ daripada Allah SWT sendiri sebagai membenarkan diri mereka

serta membentengi daripada para pendusta yang ramai, umpama peti tabut

yang dijadikan cop mohor untuk Raja Thalut. Mereka memberikan kedua-dua

pemerintahan duniawi/ukhrawi secara bersepadu umpama Nabi Yusuff, Nabi

Daud dan Nabi Sulaiman, ataupun beregu dengan ulama dan wali-wali

tersohor sebagaimana regu Nabi Samuel-Raja Thalut, Nabi Zulkifli-Raja

Heymel serta kebanyakan tokoh-tokoh kepimpinan agung dahulukala.

Tokoh-tokoh ini mendalam pada ilmunya, molek pada akhlaq dan

keperibadiannya, tinggi iman dan taqwanya, gagah dan berani pada sifatnya,

wibawa dan berdaya maju dalam kepimpinannya, menjadi pejuang kebenaran

yang cekal dan gigih serta agen PEMERSATU DALAM KEBENARAN, yakni yang

menyatukan seluruh umat Islam dalam hakikat, setelah sekian lama ummah

berpecah-belah disebabkan wujudnya terlalu ramai pemimpin cita bencana

dalam zaman fitnah sekular masakini.

Doakanlah kedatangan takdir yang baik, doakanlah kesegeraannya,

doakanlah yang afiat untuk semua pejuang-pejuang agama dari sekecil-kecil

hingga sebesar-besar peranan yang bakal menyambut takdir yang baik nanti.

Doakanlah untuk umat Islam dan bangsa Melayu, dan doakanlah semoga

Allah sentiasa kekalkan Institusi Raja-raja Melayu dan didudukkan atas

singgahsana-singgahsana itu Tuan-tuan Melayu yang beriman dan beramal

solih dengan kerohaniyyan kental, mendapat pentarbiyahan zahir- batin, bijak

dan berhikmah, berpandangan jauh, berani, tegas, ihsan dan adil.

205

Sebagai penutup, kami ingin memetik kata-kata hikmah yang diambil

dari kertas kerja ‘Para Sultan Melayu-Nusantara; Pewaris Khulafa’ Rasul Allah

sebagai Sayyidin Penata Agama dan Madinah’128 :

“ Para Sultan (golongan umara) dengan ZIKIR dan FIKIR seharusnya

mampu berFI’IL (berperangai) amal soleh yang kaffah (total), mengubah buana

ini yang cenderung jahiliyyah-yatsribiyah menjadi adabiyah-diniyah ;

Peradaban yang agamis, tertib dan indah, berpedoman imani dan ilmu dua

warisan; Al-Quran dan as-Sunnah’ sehingga layak sebagai pewaris Khalifah

Rasulillah fil Ardhi...’

Allah selamatkan Raja-raja Melayu! Daulat Tuanku!

Ameen ya rabbal ‘alameen…

128 Marwan ibnu Marghani, ibid, hlm 27

206

207

208

Syair Rintihan Raja Melayu

Assalamualaikum pemula bicara,

Kepada semua isi negara,

Hamba rakyat raja di pura,

Moga selamat aman sejahtera.

Pujian kepada Allah yang Esa,

Salawat junjungan Nabi sentiasa,

Ahlul-baitnya dirahmat sentosa,

Juga kepada sahabat (RA) berjasa.

.

Bicara kita bukan sembarang,

Terbit dari kalbu nan bimbang,

Ingin berkongsi sejarah gemilang,

Buat ibarah pedoman yang terang.

Bangsa Melayu pernah berdaulat,

Tulus budi tinggi martabat,

Memegang adat menjunjung syariat,

Pernah menempa zaman nan hebat.

Dimana raja di situ kerajaan,

Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,

Raja Melayu nobat kedaulatan,

Hamba Melayu menjunjung sultan.

Demang Lebar Daun bangsawan gahara,

Asal leluhur keluarga bendahara,

Sang Nila Utama dijadikan putera,

Ijabkabulkan dengan si dara.

Sang Nila Utama bangsawan bertuah,

Demang Lebar Daun mengurnia daulah,

Negeri Palembang kerajaan diserah,

Raja Melayu ditabal sudah.

209

Raja-Bendahara satu zuriat,

Iskandar Zulkarnain asal hakikat,

Memutus bicara bersatu wa’ad,

Daulat! Bertambah daulat!

Demikian adanya sumpah setia,

Asal Melayu Bendahara tuannya,

Hamba Melayu amanah pundaknya,

Nila Utama diserah tonggaknya.

Wa’ad Melayu sudahlah terang,

Bangsa Melayu adatnya terbilang,

Raja Melayu manikam benderang,

Bendahara Melayu permata gemilang.

Tersebut kisah negeri Melaka,

Rakyat jelata berkapal belaka,

Ramai pedagang membuat harta,

Pesat dan masyur seisi kota.

Raja Melaka mendapat firasat,

Bermimpi Nabi (SAW) memberi amanat,

Allah hendak memberi mandat,

Supaya baginda menyebar syariat.

Raja Melaka gelisah nan amat,

Terkenang mimpi dapat hidayat,

Sekonyong baginda jadi terperanjat,

Anu baginda telah disunat.

Sayyid Abdul Aziz seorang ulama,

Dari Jeddah membawa amanat,

Mengajar raja syahadah azimat,

Maka zahirlah segala alamat.

Ulama keturunan Rasulullah (SAW),

Jolokan AHLUL-BAIT dalam sejarah,

Sama mendokong risalah dakwah,

Diberi kemuliaan duli Khalifah.

210

Sultan Muhammad nama diberi,

Menggerak dakwah tak kira hari,

Syariat Islam sudah terdiri,

Wajah bercahaya penuh berseri.

Maka masyurlah titah Sultan,

Agama Islam menjadi anutan,

Amal hakikat mencetus kesan,

Melaka menempa zaman keemasan,

Ulama syariat ulama tariqat,

Membimbing Raja amalan muafakat,

Gotong royong amalan rakyat,

Seisi negeri mendapat berkat.

Kesultanan Melayu rantaian khilafah,

Ajaran Tauhid menjadi falsafah,

Mengikut amalan sunnah Rasulullah (SAW),

Sejahtera dunia serta akhirah.

Raja Melaka mencurah jasa,

Pencetus tamadun budaya bangsa,

Agama dan adat diadun mesra,

Bangsa Melayu jadi perkasa.

Bukanlah maksum Raja Melaka,

‘Aib peribadi ada belaka,

Namun rakyat tetap dijaga,

Lindungi bangsa dari celaka.

Sultan Muhammad jasa tak hilang,

Sultan Muzaffar da’iee cemerlang,

Sultan Alauddin taqwa terbilang,

Sultan Mansur menempa gemilang.

Sultan Mahmud sejarahnya malang,

Mengikut kata fitnah petualang,

Bala turun Portugis menyerang,

Namun raja tetap berjuang.

211

Raja Melaka bermacam sejarah,

Suka dan duka dibuat ibarah,

Jasa dan bakti tetap dicurah,

Tonggak Melayu sedikit tak goyah.

Dalam sejarah Melayu nan panjang,

Banyak penjajah telah mendatang,

Penuh takabbur ajak berperang,

Raja dan rakyat mahu diganyang.

Orang Melayu penuh budiman,

Akhlak dan budi penuh santunan,

Namun agama jangan perlekehkan,

Badan dan nyawa galang gantikan.

Orang Melayu bertasawuff belaka,

Hubungan Allah sentiasa dijaga,

Bila si kafir nak buat celaka,

Jihad sabil isytihar senegara.

Bila penjajah isytihar perang,

Ulama ke depan beri perangsang,

Bersama rakyat jadi hulubalang,

Raja Melayu turut berjuang.

Pesanan cerdik pandai terbilang,

Jikalau daulah hendak cemerlang,

Nawaitu agama perlu dipegang,

Nescaya terbit kerajaan gemilang.

Jika dibuat kerana Allah,

Umat Islam tak akan mengalah,

Nyawa dan badan sanggup diserah,

Bersama Tuanku duli Khalifah.

Umat mengharap syurga menunggu,

Di medan jihad saling membantu,

Walau maut muncul di pintu,

Wajah berseri sedikit tak buntu.

212

Zaman berzaman begitu keadaan,

Ulama umara satu fahaman,

Raja dan rakyat seperti sebadan,

Bangsa Melayu Allah daulatkan.

Apa nak buat dah takdir zaman,

Umat ditimpa penyakit Al-Wahn,

Cinta dunia takutkan kematian,

Fitnah rempuh berasak-asakan.

Sampai waktunya sudah tersurat,

Petualang Melayu mendapat kudrat,

Dengan Inggeris ambil muafakat,

Dari Illahi putuslah rahmat.

Petualang bangsa buat mudarat,

Pedoman baru berganti tempat,

Siapa kuat dia kudrat,

Tanah Melayu jangkitnya melarat.

Ditolak ketepi benar dan salah,

Dinilai kira, menang dan alah,

Sesuka hati adat diubah,

Akhirnya Melayu mendapat tulah.

Aturan lama tiadalah tempat,

Pusaka bangsa kini merempat,

Inggeris durjana masihlah sempat,

Agama dan adat sering diumpat.

Aturan Melayu Inggeris membenci,

Ke sana-sini mencaci-caci,

Aturan bangsanya sering dipuji,

Konon sempurna tiada yang keji.

213

Bangsa Melayu binasa adat,

Raja Melayu luput hakikat,

Tanah Melayu hilanglah daulat,

Bumi bertuah Inggeris mendapat.

Sudah suratan apalah malang,

Petaka bangsa tak dapat dihalang,

Warisan murni runtuhlah tiang,

Permata Melayu sudahlah hilang.

1957 Malaysia merdeka,

Sorak sorailah semua belaka,

Apalah malang musibah tak leka,

Bangsa Melayu masih celaka.

Mengapa daulah tidak dipulangkan,

Secara mutlak pada kesultanan,

Sebagaimana dahulu resmi kerajaan,

Sebagai mengikut aturan Tuhan.

Mengapa sekular negara diserah,

Kepada bangsa menjadi barah,

Kemelut Melayu tak sudah-sudah,

Semakin lama semakin parah.

Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,

Hibanya hati nenda nan sayu,

Payungi kembali agama wahyu,

Jangan biarkan bangsa melayu.

Istilah Melayu hakikatnya terang,

Ciri tasawuff bukan sembarang,

Tawadhu’ diri sifat cemerlang,

Ujub takabbur semuanya hilang.

Bangsa Melayu tinggi ruhaniyyat,

Dengan Allah diri diikat,

Alam akhirat selalu diingat,

Membuat kebajikan itulah tekad.

214

Wahai cucunda Raja Melayu sekelian,

Rintihan nenda sila dengarkan,

Tampil kembali sila ke depan,

Bangsa Melayu perlu ketuanan.

Perintah negeri amanat Tuhan,

Telah sedia adat dan aturan,

Pelihara rukun zaman berzaman,

Bangsa Melayu tetaplah aman.

Demi Allah demi RasulNya (SAW),

Cunda semua peganglah daulahnya,

Jadi payungan Melayu semula,

Jadi pelindung adat agama.

Pulihkan semangat, maruah bangsa,

Hakikat Melayu kembalikan bisa,

Walau kuasa yang tinggal sisa,

Jangan sekali berputus asa.

Ketuanan Islam harap kembalikan,

Keluhuran adat tolong pulihkan,

Adat dan agama jangan pisahkan,

Ia umpama nyawa dan badan.

Raja Melayu menjaga negeri,

Umat Melayu kembali berdiri,

Bersama meredah onak dan duri,

Naungan Allah pasti kembali.

Kita berjumpa di akhirat kelak,

Berkumpul sama jemaah umara,

Dengan Allah kita menghadap,

Moga diterima amal mujarab.

Sekian bicara kita adanya,

Raja Melayu dari makamnya,

Kepada semua raja rakyatnya,

Moga mendapat faedah darinya.

215

LAMPIRAN

216

Lampiran I:

Illustrasi Pentadbiran Sistem Khilafah

Sebagai Panduan Kesultanan Melayu Lama

(sumber illustrasi: www.mykhilafah.com)

217

KHALIFAH/SULTAN

(PENGERUSI MAJLIS SYURA)

218

MENTERI TAFWIDH/BENDAHARA

(PENEGRUSI AHLI HILLI WA AL AQD-JEMAAH PANGKUAN)

219

MENTERI TANFIZ/PEMBESAR 4

(AHLI HILLI WA AL –AQD-JEMAAH PANGKUAN)

220

II

Demokrasi, Permuafakatan

dan Majlis Syura: Perspektif Islam

Fatwa Hakimul Ummat Hadhrat Maulana Asyraf Ali Thanwi mengenai konsep demokrasi129

" Saya membidas demokrasi dengan menggunakan hujjah yang digunakan oleh pendokong-pendokongnya. Mereka memetik ayat Al-

Quran: "dan rujuklah mereka dalam urusan-urusanmu "130 sebagai hujjah untuk membenarkan kerajaan demokratik. Tetapi saya membidas hujjah itu dengan menggunakan ayat ini juga. Ayat ini sebenarnya memerintahkan

mesyuawarah (muafakat) dan BUKAN DEMOKRASI. Walaupun kalian (pendokong-pendokong demokrasi) menganggap diri kalian sebagi pemikir dan

ahli-ahli falsafah, tetapi hakikatnya kalian tidak faham langsung.

“ PEMERINTAHAN DEMOKRASI BUKANLAH PERMUAFAKATAN

(mengikut konsep seperti yang disarankan dalam ayat ini). Ada beberapa prinsip asas dalam permuafakatan demokrasi, diantaranya undi majoriti.

Apabila timbul perselisihan maka keputusan akan didirikan atas asas majoriti. Ketua dalam sistem tersebut TERIKAT dengan pendapat majoriti yang mana dia tidak dapat menolaknya. Jikalau dia membelakangkan majoriti dan

mengutamakan pendapatnya, maka itu bukan sistem demokrasi tetapi sistem diktator. Oleh itu sesebuah sistem pemerintahan tidak boleh dianggap demokratik hanya semata-mata atas alasan ia mengamalkan permuafakatan

(yakni ia perlu juga mengikatkan dirinya kepada keputusan majoriti).”

“ Sedangkan bukti nyata jelas menunjukkan tidak sesekalipun pemerintahan oleh para sahabat (Rasulullah SAW) RA anhum boleh dipanggil demokrasi. Keputusan khalifah-khalifah tidak pernah terikat kepada

keputusan atau nasihat daripada penasihat-penasihat mereka. Mereka tidak terikat untuk bertindak semata-mata menurut pendapat-pendapat dan syor orang-orang yang turut serta dalam rundingan (Majlis Syura). Maka

menurut kaedah syariah, pemerintahan/keputusan oleh seseorang itu (Amir atau Kepala Negara) diguna pakai (iaitu kuasa membuat keputusan

berdasarkan input daripada Majlis Syura adalah semata-mata terletak di tangan Amir atau Kepala Negara). ”

129

Dipetik dari kitab "Malfoozat" susunan Majlis Ulama South Afrika, 1995, h1m 49-51 130

Kitab Al Quran (Ali Imran:159)

221

“ Kamu (yakni pendokong demokrasi) berhenti pada "Dan rujuklah mereka..." sewaktu mengeluarkan dalil ayat tersebut. Kamu tertinggal

"Maka, apabila kamu (pemerintah) telah memutus, maka serahkanlah tawakkalmu kepada Allah (dan bertindaklah). Kalian sengaja tidak melihat

potongan ayat ini atau kalian tidak faham maksud ayat tersebut. Potongan ayat ini secara jelas menyatakan pemerintahan pada seseorang (bukan

majoriti). Tidak pula ayat itu menyatakan : "Apabila pihak ramai (majoriti) telah memutus”.

“Apa yang berlaku adalah sebaliknya, yakni keputusan muafakat terletak kepada Rasulullah SAW yang memberikan keputusan muktamad baginda

sendiri walaupun selepas bermesyuarat. Maksud ayat ini ialah walaupun selepas rundingan, KEPUTUSANNYA ADALAH MUTLAK PADA PEMERINTAH (i.e Rasulullah SAW), SAMADA IA BERTEPATAN ATAU BERCANGGAH

DENGAN PENDAPAT MAJORITI131. Setelah itu pemimpin hendaklah bertawakkal kepada Allah SWT dan mengambil tindakan berdasarkan apa

yang telah diputuskannya".

Menangani Persoalan Raja yang Zalim

Daripada sahabat Auf bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah

bersabda yang maksudnya :

“ Sebaik-baik raja kamu ialah raja yang kamu kasih sayang kepada mereka dan mereka kasih sayang kepada kamu, dan kamu mendoakan kepada mereka dan mereka mendoakan kepada kamu. Dan sejahat-jahat raja kamu ialah raja yang kamu bencikan mereka dan mereka bencikan kamu, dan kamu laknat dan kutuk mereka dan mereka laknat dan kutuk kamu.”

Sahabat-sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah SAW, tidakkah boleh kami lawan mereka dengan mata pedang ketika itu?”

Sabda baginda lagi : “Jangan, selagi mereka mendirikan solat diantara kamu, ingatlah barang siapa telah diangkat menjadi raja kemudian kamu lihat dia mengerjakan sesuatu perkara maksiat, maka hendaklah kamu bencikan perkara maksiat itu daripadanya, dan janganlah ditarik taat setia daripadanya (jangan menderhaka kepada raja).” 131

Dengan syarat institusi pemerintahan adalah yang hakikat (iaitu Khalifah dan wakilnya), dan pemerintah juga

berhakikat (iaitu layak dari segi syariat dan tidak menghalang perlaksanaan syariat atau menyuruh rakyat

membuat maksiat). Ciri-ciri ini adalah yang PERTAMA DAN UTAMA sebelum pemerintahan secara mutlak

boleh diletakkan atas pundaknya. Syarat-syarat ini boleh menutup ruang kepada pemerintah yang batil atau yang

memerintah atas landasan yang batil untuk menggunakan alasan di atas ba gi menghalalkan kerja jahat

mereka.

222

Dalam Hadith lain, Abu Hurairah RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Akan datang kepada kamu selepas aku wafat pemerintah-pemerintah yang baik, berbuat baik, ihsan kepada kamu, dan ada diantara mereka itu pemerintah dan raja-raja yang jahat dan zalim ke atas kamu. Maka hendaklah kamu dengar kepada mereka itu, dan taatlah kamu akan mereka pada segala yang bersetuju dengan perkara-perkara yang benar dan hak. Maka jika mereka berbuat ihsan kepada kamu, maka kamu dapat pahala dan mereka pun dapat pahala, dan jika mereka membuat jahat dan salah, maka kamu dapat pahala kerana taat tidak keluar dari pemerintahan mereka, dan di atas mereka dosa dan azab kerana jahat dan buruk perbuatan mereka.”

Menurut Syeikh Ali bin Ali bin Mohammad bin Abdul Ez bahawa :

“ Keterangan-keterangan di atas menunjukkan adalah wajib hukumnya taat setia kepada Ulil Amri (raja) selagi mereka tidak menyuruh berbuat maksiat. Adapun sebab wajib taatkan Ulil Amri itu sekalipun mereka zalim dan tidak adil, kerana berbangkit daripada tiada taatkan mereka dan menderhaka ke atas kuasa mereka boleh mendatangkan berbagai-bagai kerosakan yang lebih besar daripada kerosakan yang berbangkit daripada kezaliman mereka. Bahkan bersikap sabar di atas kezaliman mereka boleh mendatangkan keampunan di atas kesalahan kita (rakyat), dan ditambah ganda pahala kita (rakyat), kerana Allah Ta’ala tiada memberi kuasa kepada mereka ke atas kita, melainkan dengan sebab kerosakan perbuatan buruk kita sendiri.Pembalasan itu daripada jenis perbuatan kita, maka hendaklah kita bersungguh-sungguh memohon ampun daripada Allah dan bertaubat kepadaNya dan membaiki perbuatan kita.”

Maka dalam konteks ini kita harus dapat membezakan diantara dua

perkara iaitu;

i. Raja yang berbuat kefasikan serta menzalimi rakyat jelata, tetapi

TIDAK menghalang perlaksanaan undang-undang syariat dan tidak

menyuruh rakyat jelata membuat maksiat atau memaksa mereka kepada undang-undang yang bercanggah dengan syariat.

Dalam keadaan ini, rakyat tetap wajib untuk bersetia kepada raja dan disarankan melakukan taubat serta memohon taufik dan

hidayah Allah SWT ke atas Raja mereka.

ii. Raja yang menyuruh rakyat berbuat maksiat, menghalang perlaksanaan syariat atau memaksakan rakyat jelata menurut

undang-undang yang berlawanan dengan syariat.

223

Raja yang bersifat sedemikian telah terkeluar kelayakannya sebagai pemerintah umat Islam dan tidak lagi wajib dipatuhi.

Ini berdasarkan daripada pendapat jumhur ulama Ahlus Sunnah wal

Jamaah, iaitu seseorang pemerintah umat Islam yang membuat bidaah yang besar-besar (Bidaah Syariah) seperti tertera dalam kitab al-Mawardi dan memaksa rakyat membuat perkara-perkara maksiat,

maka terluputlah kelayakannya sebagai pemerintah.

Dan dalam perkara ini, jika pemerintah umat Islam itu membuat

undang-undang yang bercanggah dengan syariat sedangkan ia masih tetap mempercayai peruntukan syariah, maka pemerintah tersebut hanyalah fasiq

dan rakyat tidak boleh menentangnya. Bagaimanapun jikalau pemerintah tersebut mengenakan undang-undang yang jelas bertentangan dengan syariat serta mempercayainya, maka pemerintah tersebut telah jatuh kufur dan

terkeluar kelayakannya sebagai pemerintah (menurut Syeikh Qadi Iyad adalah mustahil untuk seseorang meluluskan undang-undang tersebut tanpa

mempercayainya). Menurut al-Mawardi, jumhur ulama telah bersepakat bahawa haram

meletakkan orang kafir sebagai pemerintah umat Islam sedangkan pemerintah yang mengenakan undang-undang yang melanggar batasan syariat dan memaksakan pula ke atas umat Islam, maka ia juga tidak wajib

dipatuhi.

Muafakat

Sejurus sebelum kemangkatan Sultan Mansur Syah, Baginda sempat berwasiat

kepada warisnya. Baginda mengingatkan akan amanah yang perlu dipikul oleh

puteranya itu sebagai khalifah umat Melayu Islam di muka bumi ini. Antara lain

Baginda menyebut:

“ Hai anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal adanya.

Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya; iman yang sempurna dan pekerti yang

baik, itulah yang kekal disebut orang selama-lamanya. Adapun peninggalan ayahnda

ini, hai anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat, dan jangan engkau

mengambil hak orang tiada sebenarnya. Maka haqqu’l-adam terlalu besar dosanya,

tiada diampuni Allah SWT, melainkan dengan izin dan yang empunya hak juga; jangan

sekali-kali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekeliannya banyak

berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah segala yang kesakitan itu

segera engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik-baik,

supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda Nabi ملسو هيلع هللا ىلص yang

bermaksud :” Segala kamu yang menggembala akan ditanyai Allah SWT….”.

224

“ Sebab demikianlah, maka sebaiknya engkau berbuat adil dan saksama

supaya di sana jemah diringankan Allah Taala kira-kiramu; dan hendaklah engkau

muafakat dengan segala menteri dan orang besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau

bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan segala

pegawai, dimana akan dapat ia melakukan kebijaksanaannya itu? Dan tiada akan

sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpama

kayu, kerana api itu tiada akan nyala jikalau tiada kayu, seperti kata Farsi; ‘Ar’ayatu

juan bakhasta sultan khasad’, yakni rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama

pohon; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu

dengan segala rakyatnya. Hai anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini;

supaya beroleh berkat diberi Allah SWT, bija hi Nabi 132 ملسو هيلع هللا ىلص. ”

Tradisi wasiat Raja-raja Melayu diteruskan oleh Sultan ‘Alauddin kepada

puteranya Sultan Mahmud Syah;

“ Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar dan ampunmu

akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia; kerana Firman

Allah Taala yang bermaksud : “ Allah Taala serta pada segala yang sabar”. Dan jikalau

datang kepadamu dua pekerjaan, satu pekerjaan Allah dan satu pekerjaan dunia,

maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah dari pekerjaan dunia. Hendaklah engkau

sangat-sangat menyerahkan dirimu ke Hadrat Allah Taala yang akan memeliharamu,

iaitu bertawakkallah kepada Allah. Dan segala anak Melayu walau bagaimanapun

besar dosanya jangan olehmu di’aibi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya

derhaka, bunuhlah, kerana segala Melayu itu ketahananmu, seperti kata Arab al abdi

tin’ul maulahu, yang hamba itu tanah tuannya. Jikalau engkau bunuh ia dengan tiada

dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei anakku, hendaklah engkau turut dan

engkau ingatkan wasiatku ini, dan engkau kerjakan supaya berkat diberi Allah SWT 133.”

Diperturunkan juga wasiat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Acheh (1607-

1636M) kepada warisnya seperti berikut :

“... dan lagi raja-raja hendaklah mengamalkan lapan perkara. Pertama hendaklah

selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekelian wazir-wazir dan menteri

hulubalang dan sekelian pegawai dan dengan sekelian rakyat. Kedua, janganlah raja-

raja menghinakan alim-ulama dan yang ahli akal bijaksana. Ketika, segala yang

datang pada pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya.

Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat

dan wazir sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan

dengan sayang. Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah

mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan alim-ulama dan sekelian sipahi dengan

membalas jasanya masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah raja

132

Ibid, hlm 172 133

A. Samad Said, op. cit, hlm 186-187

225

menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul, iaitu seperti yang

telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama Al-Quran, kedua Al-Hadis,

ketiga Ijma', keempat Qiyas, maka... keluar daripada itupun empat perkara: Pertama

hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam. Ketujuh, janganlah raja-raja itu

duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. Kedelapan, hendaklah raja-raja itu

memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan

kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka

raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian

kepada raja. Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan hulubalang dan

segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Maka

tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib supaya jangan zalim

menjatuhkan hukum.

Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian

ulama dan bermesyuarat dengan alim ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan

hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan

ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan

maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. Maka ulama itu tamak, yakni

tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang

memecah-belah rakyat, seperti dajjal...” 134

" Oleh kerana rakyat Melayu asal beriman menurut titah Rajanya,

maka tiadalah sempurna Melayu itu melainkan dengan pemagar-pemagarnya

iaitulah Sultan dan segala Orang Besar baginda. Mereka ini laksana payung

Allah dan tempat Allah menurunkan rahmat dan hidayatnya. Maka

demikianlah yang menjadikan Bangsa Melayu itu kuat umpama seikat rotan,

payah dan liat untuk dipatah-patahkan. Adat dan syarak pengikatnya, Sultan

dan orang-orang berbangsa pengetatnya. 'Biar mati anak, jangan mati adat'

kerana terlerailah Melayu sebagai bangsa jika tiada dijaga adat dan

syaraknya. 'Pantang anak Melayu derhaka pada Rajanya' kerana apabila

rotan sebilah tiada mahu mengikut, walau bagaimanapun putus juga ia

kerana rahmat Allah sudah tiada bersama.”

Inilah falsafah yang membangkitkan tokoh-tokoh Melayu tradisi yang

gilang gemilang seperti Raja-raja Melayu Melaka, Hang Tuah, Tun Perak, Tun Tepok, Tun Mutahir, Tun Fatimah, Tun Sekudai dan sekelian Orang Orang

Besar Melayu yang mengharum, mengabadi serta menjadi pendorong rakyat-rakyat Melayu yang kemudian hari. 134

Kutipan dari "Qanun Asyih Darussalam" (Peraturan Pemerintahan Aceh), pada zaman Iskandar Muda Mahkota

Alam (1603 - 1637)

226

227

BIODATA PENGARANG

(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman lahir di Singapura

pada 28hb November 1965M. Anak ke-tiga kepada Al-Marhum Ayahnda (Tun) Hj. Othman, atau Hj M.Osman dan Bonda Hjh Moliana Afida. Ayahndanya adalah cicit kepada Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman (Tun Aman) ibni Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali, pemerintah negeri Pahang bagi

tahun 1847-1863M. Pernah bersekolah di Bukit Bintang Girls School dan Sek. Men. Sains Selangor. Melanjutkan

pelajaran di Australian National University, Canberra, Australia dan mendapat ijazah dalam bidang Ekonomi. Telah mengunjungi berbagai negara di dunia seperti Australia, United Kingdom, Arab Saudi, South Africa, Yemen (Hadhramaut), UAE dan negara-negara Asean bersama keluarganya.

Beliau dan suaminya Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad merupakan ahli Persatuan Sejarah Malaysia, cawangan negeri Johor. Pasangan suami isteri ini mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji secara mendalam salasilah Raja-Raja Melayu, khususnya yang berkaitan dengan zuriat Nabi Muhammad SAW. Mereka juga banyak membuat kajian mengenai sejarah kesultanan negeri Melaka, Johor dan Pahang, khususnya yang berkaitan dengan pemerintahan raja-raja dan keluarga bendaharanya. Hasil pengkajian mereka telah dibukukan, selain ditulis dalam monograf sejarah serta kertas kerja. Antara karangan (Tun) Suzana dan suaminya yang telah diterbitkan ialah : I. Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu II. Mencari Sejarah; Tun Mutahir Tun Ali, Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863M) III. Institusi Bendahara; Permata Melayu yang Hilang IV. Melayu Islam Beraja : Menggali Hakikat Leluhur V. 110 Soal Jawab Melayu Islam Beraja

VI. Ahlul-Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu dan Akhir Zaman VII. Siri Kiamat Hampir Menjelang (4 jilid) VIII. Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu

Buku ’Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu’ telah dilancarkan oleh YB Tan Sri Datuk Wira Hj Abdul Aziz bin Tapa sebagai wakil TYT Yang Dipertua negeri Melaka dalam Majlis Amal Diraja Bersama Rakyat pada tahun 29hb Mei 2004. Sementara buku ’Mencari Sejarah Tun Mutahir’ telah dilancarkan di Johor Bharu pada 25hb Ogos 2001 dan diseminarkan dalam Seminar Sejarah Geneologi Malaysia di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 30hb Januari 2003.