induksi set bm (doraemon)

Upload: encik-ganu

Post on 05-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

AUDIO INDUKSI SETPada suatu petang, Doraemon dan Suniyo ingin mencari Nobita yang telah pergi ke kedai mencari makanan. Doraemon turut berasa lapar ingin mencari kuih Dorayaki di kedai ibu Giant yang terletak di seberang jalan. Pada hari itu, jalan agak sunyi dan sekali-sekali terdengar deruman enjin kereta yang laju melintasi jalan.

Doraemon: Suniyo, saya berasa sangat lapar. Marilah kita pergi ke kedai ibu Giant. Mungkin Nobita berada di sana.Suniyo: Bagus juga idea kamu itu, Doraemon. Tunggu sekejap kerana saya ingin mengambil wang.Doraemon: Baiklah. Saya ingin makan Dorayaki dan minum air oren. Wah, seronoknya!Suniyo: (ketawa) Gembira betul kamu. Marilah kita pergi, Doraemon.

Kedua-dua mereka ingin melintas jalan. Kerana terlalu lapar, Doraemon tergesa-gesa melintas dan

Suniyo: (menjerit) DORAEMON!!!

Pada pendapat anda, apakah yang telah terjadi kepada Doraemon? Apakah tindakan yang diambil oleh Suniyo? Mengapakah hal ini terjadi? Bincangkan bersama cikgu Faiq.