hubungan syariah dengan konsep tauhid

13
hubungan syariah dengan konsep tauhid 1.0 PENDAHULUAN Penulisan ini akan membincangkan tentang hubungan syariah dengan konsep tauhid dan kepentingannya dalam kehidupan manusia. Selain itu penulisan ini juga akan menyentuh tentang aspek syariah itu sendiri yang bersifat syumul dan ianya mampu menyelesaikan permasalahan sosial yang melanda di kalangan umat Islam . Seperti mana dalil menunjukkan kesyumulan Islam sebagai agama yang mampu menyelesaikan dan mengimbangi kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah Taala dalam surah Al Maa’idah ayat 3 : “ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu sendiri yang di dalamnya terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran yang bertunjangkan Al Quran dan As Sunah . Di dalam penulisan ini akan dihuraikan hubungan syariah dan tauhid serta kesyumulan syariah dan kepentingan tauhid dalam pelaksanaan syariah dalam kehidupan. Penulisan ini juga amat bertepatan dengan pelbagai permasalahan masa kini dengan paparan dan juga pendedahan isu semasa tentang permasalahan sosial yang melanda masyarakat masa kini. Justeru itu, hanya syariah dan ketauhidan yang jitu mampu membentengi semua permasalahan berikut. Gabungan tauhid dan syariah dilihat mampu untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan sosial di kalangan umat Islam di Malaysia masa kini. Konsep syariah yang syumul sangat- sangat berhubung rapat dengan rasa keimanan dan tauhid yang perlu ditanam dalam diri setiap umat Islam agar mampu menghadapi apa juga cabaran yang datang. Sewajarnya syariah dipatuhi agar segala masalah yang berlaku yang melibatkan permasalahan akidah, akhlak dan ketauhidan mampu diselesaikan dengan mudah.

Upload: ezam-zamana

Post on 19-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bab syariah

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

hubungan syariah dengan konsep tauhid

1.0    PENDAHULUAN

Penulisan ini akan membincangkan tentang hubungan syariah dengan  konsep tauhid

dan  kepentingannya dalam kehidupan manusia. Selain itu penulisan ini juga akan

menyentuh tentang aspek syariah itu sendiri yang bersifat syumul dan ianya

mampu   menyelesaikan permasalahan sosial yang melanda di kalangan  umat Islam .

Seperti mana dalil menunjukkan kesyumulan Islam sebagai agama yang mampu

menyelesaikan dan mengimbangi kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun di

akhirat. Firman Allah Taala dalam surah Al Maa’idah  ayat 3 :

              

“ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah

cukupkan  nikmat Ku  kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk

kamu.”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu sendiri yang di dalamnya terkandung

pelbagai hikmah dan pengajaran   yang bertunjangkan Al Quran dan As Sunah . Di dalam

penulisan ini akan dihuraikan hubungan syariah dan tauhid serta kesyumulan  syariah dan

kepentingan tauhid  dalam  pelaksanaan syariah dalam kehidupan. Penulisan ini juga amat

bertepatan dengan pelbagai permasalahan masa kini dengan paparan dan  juga

pendedahan  isu semasa tentang  permasalahan sosial yang melanda masyarakat masa

kini. Justeru itu,  hanya syariah  dan ketauhidan yang jitu  mampu membentengi  semua

permasalahan berikut. Gabungan tauhid dan syariah  dilihat mampu untuk menyelesaikan 

pelbagai  permasalahan sosial di kalangan umat Islam di Malaysia masa kini. Konsep  

syariah yang syumul sangat-sangat berhubung  rapat  dengan  rasa keimanan  dan  tauhid 

yang perlu ditanam dalam diri setiap umat Islam  agar mampu menghadapi apa juga

cabaran yang datang.  Sewajarnya syariah dipatuhi agar segala masalah yang berlaku

yang melibatkan permasalahan akidah, akhlak dan  ketauhidan  mampu diselesaikan

dengan   mudah.  Syariat  Islam  merupakan aturan atau hukum yang ditetapkan Allah

untuk kemaslahatan  umat  manusia.  Apa sahaja tindakan yang berasaskan tauhid serta

mematuhi garis panduan syariat Allah merupakan kaedah-kaedah mengaplikasikan tauhid

dalam kehidupan. 

2.0    KONSEP SYARIAH

Page 2: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

Menurut Wiki Islam , Syariah bermaksud adalah agama, iaitu apa-apa yang Allah

tetapkan untuk hamba-hamba-Nya dan  mengutus utusan dengan  kitab-kitab untuk

menyampaikannya dan  untuk menunjukkan manusia kepada kebaikan akhlak, muamalah

dan dalam hubungan dengan sang Pencipta.  Dengan makna ini, syariah bermakna agama

secara menyeluruh yang mencakupi dasar dan bahagian-bahagiannya.  Syariah juga

bererti  hukum-hukum amaliyah

( fiqih ), didalamnya termasuklah  ibadah.  Hukum Syariah dibahagikan kepada tiga iaitu

hukum Syariah I’tiqadiyah ( Tauhid ), Hukum Syariah Akhlaqiah ( Tahdzib ), dan Hukum

Syariah Amaliyah ( Fiqih ). Syariah mencakupi  seluruh aktiviti yang dilakukan oleh seorang 

Muslim dengan aturan halal dan haram, baik dan buruk, semua perbuatan dan malan

manusia bertumpu kepada kekuatan iman dan akhlak yang bersumber pada Al Quran dan

Al Hadis sepertimana dalil Perintah Menjalankan Syariah:

"Kemudian Kami jadikan kamu (ya Muhammad) berada di atas suatu Syariat(peraturan)

dari urusan (agama), maka ikutilah syariat itu dan jangan kamu ikuti hawa nafsu orang-

orang yang tidak berilmu."(Q.S. 45.18)

Syariah memberikan kepastian hukum yang penting bagi  pengembangan diri manusia dan

pembentukan dan pengembangan masyarakat yang berperadaban (masyarakat madani).

Manakala menurut Wan Mukhtar Wan Muda. ( 2010 ), Syariah dari sudut bahasa ialah

mencipta, menunjuk,  menjelaskan  , menerangkan jalan-jalan. Manakala syariah dari segi

istilah pula ialah apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia, merangkumi

pelbagai hukum serta undang-undang.  Syariah ialah segala peraturan dan hukum yang

diciptakan Allah untuk hambanya sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan. Syariah

ini meliputi perundangan  yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunah yang

disampaikan oleh pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang berkaitan dengan

akidah , akhlak,  ibadah dan muamalat dan semua ini memerlukan tahap keimanan yang

tinggi  iaitu kepercayaan kepada rukun Iman yang terkandung dalam ilmu tauhid

3.0    HUBUNGAN SYARIAH DENGAN KONSEP TAUHID

Untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Islam telah melengkapkan

dengan syariah untuk memberi panduan dan semua hal  yang berkaitan dengan

pelaksanaan syariah berkaitan dengan tauhid. Ini kerana sifat tabii manusia yang gemar

melaksanakan sesuatu apabila dia yakin dengan apa yang ingin dilakukannya. Justeru itu 

kekuatan  tauhid dan kesyumulan  syariah jika di seiring kan pasti akan makin kuat

keimanan seseorang itu.  Ibarat isi dan kuku yang saling lengkap melengkapi antara satu

sama lain. Perkaitan antara keduanya dapat digarap kan  dengan adanya Tauhid

Page 3: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Tauhid  ialah  satu bentuk keyakinan (keimanan)

bahawa Allah itu satu. Mentauhidkan Allah bererti  tidak menyekutukan nya dengan

sesuatu. Untuk mengukuhkan Syariah Islam perkara asas yang perlu ada ialah tauhid yang

menjadi kekuatan akidah seseorang. Antara konsep tauhid ialah Tauhid Rububiyah dan

Tauhid Uluhiyah. 

 

3.1     Tauhid Rububiyah

Tauhid Rububiyyah bermaksud beriktikad bahawa Allah SWT itu bersifat Esa, pencipta,

Pemelihara dan Tuan sekalian Alam. Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah adalah suatu

perkara yang diterima. Hakikat ini ada pada setiap fitrah manusia. Walaupun di kalangan

orang kafir mereka tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Ini jelas seperti mana Firman

Allah dalam Surah Az-Zukhruf : 87:

        

   

“Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:

"Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika

demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan

Nya)?

Tauhid  Rububiyah  berperanan  untuk  menegaskan  dan  beriktikad  bahawa Allah 

adalah 

” Rab ” atau Tuhan bagi segala sesuatu dan tidak ada Tuhan selain-Nya. Tauhid Rububiyah

ialah pengakuan bahawa Allah sahaja yang mampu menghidupkan, mematikan, memberi

manfaat dan mudarat, memperkenankan segala yang dipinta sepertiman afirman Allah

dalam surah Al- A’raf : 54

         -       

               

   

Page 4: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam

masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang

mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan

bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada

Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.

Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam”.

Di dalam tauhid Rububiyah terkandung konsep berikut:

  Allah adalah pencipta, pemilik dan pentadbir sekalian  alam.

  Allah berkuasa untuk memberikan sesuatu mengikut kehendak-Nya

  Kekuasaan-Nya meliputi seluruh langit dan bumi.

3.2    Tauhid Uluhiyah

Tauhid  Uluhiyyah  ialah  beriktikad  bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar dan tidak

ada Tuhan lain selain daripada-Nya. Tauhid ini berasaskan keikhlasan kepada-Nya pada

zahir dan batin dalam melaksanakan segala ibadah  dan kita mentauhidkan Allah dalam

peribadatan atau persembahan.  Di dalam tauhid ini juga terkandung tauhid Rububiyah  dan

tauhid Asa’ Wa Sifat.  Allah mengutus kan  para Rasul untuk menyeru manusia menerima

Tauhid Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan

meninggalkan segala larangannya. Dalam tauhid Uluhiyah terkandung dua kalimah

syahadah dan melalui kalimah syahadah ini kita mengakui ketauhidan Allah dan  Rasulnya

sepertimana firman Allah dalam surah Al – Anbiya’ :  25

Page 5: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

         

        

” Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun

melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak

disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku".

Ayat di atas jelas menunjukkan betapa Allah sangat-sangat menyuruh hambanya beriman

kepada Allah dengan keimanan yang mutlak. Melaksanakan suruhannya bermakna

melaksanakan  syariah Allah. Melaksanakan Syariah Allah   melengkapkan  konsep  tauhid

kepada Allah itu sendiri.  Menurut Wan Mukhtar Wan Muda. ( 2010 ),  menjelaskan Tauhid

Uluhiyyah ialah mengesakan Allah dalam ibadah dan ketaatan. Melakukan segala perintah

Allah dalam semua   aspek  kehidupan.  Menyembah dan melakukan ibadah kepada Allah

dapat dilaksanakan dengan penuh rasa keimanan yang tinggi wujud hasil dari rasa cinta

dan keyakinan iman yang tinggi kepada Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan

merendahkan diri dan mengharapkan sesuatu dan memohon pertolongan hanya kepada

Allah semata-mata.

 Seperti mana firman Allah dalam surah Taha : 14        

     

"Sesungguhnya Akulah  Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku,

dan dirikan lah sembahyang untuk mengingati daku”

Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan

seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-

ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta menyerah

sesuatu hanya kepada Allah, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala

perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredai Allah. 

Keseluruhan   ajaran Islam  berasaskan tauhid dan keseluruhan kandungan A l-Quran

meliputi segala aspek tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi pengkhabaran

tentang Allah, sifat Allah, kejadian   Allah, perbuatan Allah dan  pentadbiran  Allah.  Al-

Quran   membincangkan tentang al-amr   (perintah) dan anbia  Allah (nabi-nabi Allah)

kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadap

makhluk-Nya.  Al-Quran   menerangkan segala bentuk balasan  baik (pahala) untuk mereka

yang mentaati Allah, Rasul dan syariat Nya. Semua ini untuk mengajak   mereka   

menegakkan Tauhid al-Uluhiyyah dan Tauhid   al-Rububiyyah.  Al-Quran   menerangkan

Page 6: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya.

Semua   ini  untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan

ibadah  kepada Allah.  Oleh itu  tauhid adalah inti pati atau asas Islam. Daripada   tauhid

terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua  ibadat dan hukum dalam

Islam bertujuan untuk menambah, memahirkan, menguatkan dan mengukuhkan lagi tauhid

di dalam hati orang-orang mukmin.

4.0   KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPANUndang - undang syariah bukan saja mampu untuk menghukum pesalah tetapi juga

berperanan mendidik serta memberi pelajaran kepada masyarakat supaya menghindari

perbuatan yang dimurkai Allah. Memetik kata-kata Zaid  Kamaruddin  ketika Seminar

Menangani Isu Islam  (SeMI)  2010 dalam  ucapannya bertajuk  'Gejala Sosial: Syariah

Jalan  Penyelesaian'  anjuran Pertubuhan  Jamaah  Islah Malaysia (JIM) mengatakan

bahawa gejala sosial berpunca daripada ceteknya ilmu dan kurangnya pengamalan Islam

itu sendiri. Bahkan,  tambah beliau, kemelut yang berlaku kepada  umat manusia termasuk

kegagalan sistem ekonomi akhir-akhir ini adalah disebabkan manusia tidak mahu

mengamalkan sistem yang sesuai dengan fitrah kehidupan mereka, dan mereka pula tidak

bersedia mengakui kegagalan tersebut.

4.1     Mendidik dan Menjaga kemaslahatan manusia

Syariah diturunkan Allah merupakan satu kaedah Allah mendidik manusia dalam

menghadapi pelbagai ujian dan cabaran kehidupan. Kehidupan di dunia ini yang penuh

dugaan ini pasti akan menguji dan membezakan tahap keimanan kepada Allah. Amal

ibadah. Syariat dan pelbagai lagi memainkan peranan untuk mendidik manusia secara tidak

langsung agar mampu menjadi anggota masyarakat yang berguna dan mampu

memeberikan sumbangan dalam keluarga. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi :

7

         

    

“ Sesungguhnya Kami telah jadikan apa Yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagi

Nya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya Yang lebih baik amal

nya”

Page 7: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

Syariah Islam  juga turut bertujuan untuk  menjaga kemaslahatan umat manusia. Selain  itu

ia juga adalah untuk menegakkan keadilan di antara manusia, serta menyelamatkan

mereka dari terlibat dalam hal-hal yang bersifat kejam dan  merosakkan.  Oleh kerana itu,

jika kita teguh dan beriltizam melaksanakan ajaran Islam akan terpeliharalah keharmonian

insan dan alam di mana dia hidup di dalamnya.

Syariah Islam diturunkan untuk menjaga kemaslahatan umat manusia. Sekiranya kita

berpegang teguh dengan dan beriktikad dalam melaksanakan segala suruhan Islam  maka

akan terpeliharalah keharmonian kehidupan dan terselamat biar di mana juga berada.

4.2    Memelihara lima asas syariah

Memelihara lima asas dalam syariah yang kita kenali sebagai maqasid syariah iaitu

menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Menghayati dan memelihara lima perkara

ini akan dapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan segala perintah dan segala tegahan

nya dan mampu menjaga hubungan dalam masyarakat. Di samping itu maqasid syariah

juga mampu membendung  masyarakat dari melakukan jenayah dengan adanya undang-

undang Islam seperti hudud, qisas dan takzir.  Mematuhi  syariah Islam  mampu membawa

manusia ke jalan kebenaran. Seruan kebenaran ini amat  sesuai untuk mengembangkan

fitrah asal manusia serta membimbing ke arah kebenaran. Seperti mana firman Allah dalam

surah An- Nisaa’; 165

        

          

“ Rasul-rasul (yang Kami telah utus kan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada

orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan

Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang

alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutus kan Rasul-

Rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Syariah yang diwahyukan Allah melalui Rasul  mengajak manusia agar mentauhidkan Allah

dan menghindarkan diri dari terjebak melakukan kerosakan pada diri sendiri, masyarakat,

negara mahupun pada maruah agama Islam itu sendiri.  Syariat Islam yang dibawa oleh

Nabi Muhammad  yang menunjukkan kaedah hubungan manusia kepada Tuhannya serta

mengatur manusia agar mengesakan penciptanya dengan menyembah Allah semata-mata

dan tidak mensyirikkan-Nya dengan apa juga seperti mana firman Allah dalam surah Al-

Dzariyaat : 56

      

Page 8: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

  yang bermaksud  “ Dan (ingatlah) Aku tidakmenciptakan jin dan manusia melainkan untuk

mereka menyembah dan beribadat kepada Ku”

4.3    Membimbing manusia ke arah kebenaran

Syariah yang diwahyukan Allah melalui Rasul-Rasulnya mengajak manusia agar

mentauhidkan Allah dan membimbing manusia ke arah kebenaran. Berita gembira tentang

balasan melakukan kebaikan mematuhi syariat Allah akan menguatkan lagi  iltizam untuk

melaksanakan perintah Allah dan menjauhi perkara-perkara yang akan merosakkan akidah.

Sepertimana firman Allah dalam surah Al- An’aam : 153:

        

            

“ Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah  jalan Ku (ugama Islam) Yang betul lurus, maka

hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain

dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,

Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”

Syariah Islam juga memperkukuhkan kelemahan sistem perundangan manusia kerana

sistem perundangan yang ada dalam syariah itu bersifat syumul dan lengkap. Justeru

memilih perundangan manusia dan mengetepikan syariah  akan menyebabkan berlaku

pelbagai perkara yang di luar tabii manusia itu sendiri. Mengetepikan hukum syariah pasti

akan mengundang bencana kepada diri manusia itu sendiri. Dalam surah Al Maidah ayat

44, 45 dan 47 jelas menerangkan kiasan mereka yang menolak hukum syariah Allah.

Seperti mana firman Allah dalam surah Al Maidah : 44

         

  

Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana

mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

5.0    PERANAN SIFAT SYUMUL SYARIAH

Page 9: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

Menurut Zaid Kamaruddin dalam ucapannya ketika Seminar berjudul 'Gejala Sosial:

Syariah Jalan Penyelesaian', Zaid mengatakan bahawa gejala sosial berpunca daripada

ceteknya ilmu dan kurangnya pengamalan Islam itu sendiri.Bahkan, tambah beliau, kemelut

yang berlaku kepada umat manusia termasuk kegagalan sistem ekonomi akhir-akhir ini

adalah disebabkan manusia tidak mahu mengamalkan sistem yang sesuai dengan fitrah

kehidupan mereka, dan mereka pula tidak bersedia mengakui kegagalan tersebut. Dalam

menjalani kehidupan sebagai hamba Allah syariah yang syumul mampu membimbing

manusia menjalani ibadah dengan langkap dan sempurna. Syariah Islam merupakan jalan

penyelesaian dalam mengatasi pelbagai isu yang merosakkan akhlak dan akidah umat

Islam pada masa kini.

5.1     Menjamin keselamatan  nyawa dan anggota badan manusia

Jaminan terhadap keselamatan amat-amat dititik beratkan dalam Islam kerana Allah sendiri

dalam Al Quran jelas melarang sama ada diri sendiri atau orang lain dari melakukan

perbuatan yang boleh mengancam keselamatan. Bagaimana  syariah menjaga

keselamatan dengan melarang keras tindakan yang boleh mencederakan diri dan

mengancam keselamatan generasi manusia. Bagaimana masa kini perbuatan membunuh

dan melakukan kezaliman semakin berleluasa. Sekiranya kita mengambil berat tentang

kepentingan maqasid syariah ini pasti kezaliman seperti yang kita ketahui antaranya

pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas mangsa-mangsa pembunuhan kejam yang

membabitkan perasaan dendam, iri hati dan sebagainya dapat dielakkan.  Allah berfirman

dalam surah An – Nisaa’ :29 tentang larangan memiliki sikap yang memungkinkan

melakukan kezaliman ke atas keselamatan nyawa dan tubuh badan.

            

“ dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa

Mengasihani kamu”

Keselamatan dan  nyawa manusia adalah hak mutlak Allah dan di dalam Islam sendiri

ketetapan dalam syariah menentukan hukuman qisas ke atas sesiapa yang melakukan

kezaliman sama ada mencederakan atau membunuh seperti mana di Malaysia kini trend

menyimbah asid ke anggota badan mangsa kian berleluasa. Sekiranya mereka yang

ditangkap dihukum balas ( qisas ) pasti kezaliman terbabit dapat dibendung dalam

masyarakat.

Page 10: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

5.2     Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal

Akal merupakan anugerah Allah buat manusia yang paling berharga.  Kerana adanya

akallah menyebabkan manusia dipilih untuk menjadi  khalifah Allah. Orang yang akalnya

tidak waras dikecualikan daripada melakukan sebarang ibadah. Disebabkan itu keperluan

menjaga akal agar sentiasa waras di tuntut oleh syariat agar mampu berfikir dan bertindak

di atas landasan yang sewajarnya. Disebabkan itulah kenapa Islam mengharamkan arak

dan juga perkara-perkara yang boleh menjejas kewarasan akal kerana akal yang dikuasai

nafsu dan syaitan akan bertidak di luar tabii yang sewajarnya. Firman Allah dalam surah Al

Maidah : 90 jelas menerangkan tentang keburukan meminum arak dan sebagainya.  

      

          

“ Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan

berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor

(keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”

Apabila akal di luar kewarasan maka berlakulah perbuatan sumbang seperti perzinaan,

pergaduhan dan mengakibatkan berkesinambungan dosa-dosa yang lain seperti

mengandung anak di luar nikah dan mengakibatkan berlakunya pembuangan bayi.

Disebabkan itulah syariah juga turut menjaga kehormatan dan maruah diri agar mampu 

menjaga kehormatan dan harga diri.  Larangan Allah jelas dengan hukuman yang amat

berat ke atas sesiapa yang merosakkan akal dengan mengambil dadah atau meminum

arak dengan hukuman sebatan yang mampu menjadi pengajaran agar menjauhi larangan

Allah yang terkandung pelbagai hikmah.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara

umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah

(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang

betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya. Menurut Mohd

Kamal Mohd Rathi  ( 2010 ) menyatakan hanya  syariah  yang  bersifat  syumul  mampu 

memastikan perkara  makruf  di laksanakan  dan  mencegah  perkara mungkar. Usaha-

usaha yang dijalankan untuk melakukan kebaikan mestilah seiring dengan usaha untuk

mencegah kemungkaran.  Menurutnya lagi setiap ahli  masyarakat perlu ada kesedaran

dan melaksanakan tanggungjawab menyeru  kebaikan  dan mencegah kemungkaran

sepertimana yang digariskan dalam Islam,  Firman Allah tentang membentuk masyarakat

Page 11: Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

agar saling menegakkan kebaikan dan  mencegah kemungkaran dalam masyarakat seperti

yang terkandung dalam Surah Ali - Imran : 110

       

    

“ Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah)

umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang

daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada

Allah (dengan sebenar-benar iman)”

Apabila Syariat Islam yang syumul ini dilaksanakan dan dihayati maka ia sudah pasti akan

menjanjikan sesuatu yang bermakna buat sesebuah masyarakat itu. Syariah bukan sahaja

memelihara agama bahkan mampu memelihara akal, keturunan dan juga harta.

Pelaksanaan syariah yang menepati kehendak Islam secara tidak langsung mengukuhkan

ketauhidan  kepada Allah kerana syariat dan tauhid adalah seperti isi dan kuku yang saling

lengkap melengkapi. Berbahagialah mereka yang melaksanakan syariah Allah. Konsep

syariah yang bersifat syumul ini adalah jawapan  untuk segala masalah dan pelbagai

perselisihan yang ada dalam kehidupan kita.

http://hazulfa-karyakreatif.blogspot.com/2014/04/hubungan-syariah-dengan-konsep-tauhid.html