hbml 3203 tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu

21
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Pendahuluan. Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada pelajar. Guru menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang sedang membesar dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk memisahkan guru dengan pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme pernah mencatatkan : “ Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana sekitaran yang saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya memberi jaminan bahawa dengan memilih mana-mana satu bayi secara rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang saya pilih sama ada doktor , peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri tanpa mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa keturunannya.” Berdasarkan kapada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan oleh guru amat penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan . Tanggungjawab guru pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan masa. Guru hari ini perlu bijak dalam melaksanakn tugas mereka , berbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu digunakan bagi merialisasikan pencapaian cemerlang dikalangan pelajar mereka. Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar. Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna. Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan di 1

Upload: bujang-pauzan

Post on 19-Jun-2015

9.168 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pendahuluan.

Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada pelajar. Guru

menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang sedang membesar

dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk memisahkan guru dengan

pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme pernah mencatatkan :

“ Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana sekitaran yang

saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya memberi jaminan bahawa dengan

memilih mana-mana satu bayi secara rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang saya

pilih sama ada doktor , peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri

tanpa mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa

keturunannya.”

Berdasarkan kapada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan oleh guru amat

penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan . Tanggungjawab guru

pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan masa. Guru hari ini perlu

bijak dalam melaksanakn tugas mereka , berbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu digunakan

bagi merialisasikan pencapaian cemerlang dikalangan pelajar mereka. Pengajaran boleh

difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan

menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar. Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran

merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari

segi kepercayaan nilai dan makna. Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan

pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik

dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar.

1

Page 2: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1. Pendekatan, Kaedah dan Teknik penulisan wacana.

Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat

memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan.Penulisan wacana

sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi

memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada

satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali

setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan wacana yang

hendak diajar.

Pandangan diatas memang ada kebenarannya,oleh itu guru perlu mahir menguasai pelbagai jenis

pendekatan,kaedah dan teknik dalam mengajar penulisan supaya tidak membosankan para pelajar .

Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting adalah pelajar dapat turut serta dan

aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pembelajaran

mestilah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah bertindak selaku pemudah cara.

Pendekatan pengajaran penulisan wacana yang dinyatakan oleh Raimes(dalam Juriah long dan

rakan-rakan,1990:214)ialah:-

i. Pendekatan Terkawal

ii. Pendekatan Bebas

iii. Pendekatan Pola-perenggan

iv. Pendekatan Komunikatif.

2

Page 3: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Disini saya akan menjelaskan dua pendekatan yang disarankan oleh Raimes iaitu:-

1.1 Pendekatan Terkawal.

Pendekatan ini ialah pendekatan yang di rancang secara berurutan supaya murid-murid menguasai

suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan

berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini menekankan

ketepatan daripada kemahiran dan keaslian. Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-

ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Penggunaan bahan-bahan pengajaran

/pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan, boleh disesuaikan

dengan peringkat kelas, boleh merentas kurikulum, dan sebagainya. Membolehkan pelajar-pelajar

mengukur pencapaiannya pada latihan-latihan yang tertentu dan terbatas. Tidak sukar membuat

persediaan.Meringankan kerja guru; pantas dan mudah diperiksa. Guru dapat merancangkan

latihan pemulihan yang berkesan.

Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan

kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru adalah secara

menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih

perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.

Sebagai contoh,bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah :-

menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong

dengan perkataan yang sesuai;

guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu

membina ayat untuk melengkapkan frasa;

guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa

kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan

kejadian itu.

Menggunakan gambar

3

Page 4: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Menggunakan carta Menggunakan cerita daripada kaset Menyusun perkataan Melengkapkan ayat Menyusun ayat Menukarkan dialog dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan pendekatan terkawal ini dapat membantu guru memandu dan mengawal

pelajar daripada melakukan kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru

adalah secara menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih

perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.

1.2 Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan

komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara yang dimiliki oleh seseorang pelajar mengguna

dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu

lain dan jalinannya dengan konteks sosial.Pendekatan ini menekankan tujuan sesebuah karangan

dan khalayaknya. Murid-murid digalakkan mengarang seperti penulis dewasa dengan berpandukan

dua soalan ini:

1. Mengapa saya menulis karangan ini?

2 Siapa yang akan membaca karangan saya?

Secara tradisional, guru merupakan khalayak kepada karangan murid-murid.Walau bagaimanapun,

penulis berasa lebih selesa apabila karangannya memenuhi jaluran komunikatif.Dengan demikian,

guru yang menggunakan pendekatan ini meluaskan khalayaknya dengan menyertakan murid-murid

lain di dalamkelasnya yang bukan hanya membaca karangan tersebut tetapi melakukan tindak

balas seperti memberikan idea tambahan, membuat ikhtisar, menulis semula dengan pelbagai

bentuk, memberikan komen tetapi bukan bertujuan untuk membuat pembetulan. Atau, guru boleh

membangunkan khalayak `di luar sekolah’ dengan menggalakkan murid-murid menulis kepada

seseorang seperti:-

4

Page 5: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

“Anda dikehendaki menulis kepada seorang sahabat pena anda dengan memberitahunya

akan keadaan bilik anda. Katakan kepadanya anda menggemari bilik anda itu kerana

perabotnya tersusun dengan kemas, kawasannya luas, berhawa dingin dan sebagainya.Anda

menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik

anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik”

Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan

bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik anda itu dan ingin

membuat perubahan supaya lebihs elesa. Katakan kepada beliau bahawa anda memerlukan

bantuannya kerana beliau seorang penghias rumah.

Katakan anda akan menerima seorang tetamu buta. Tulis surat kepada tetamu anda itu kan

keadaan bilik anda dengan lengkap supaya tetamu anda itu dapat membuat gambaran

tentang bilik tersebut semasa dia menginap nanti. Tulisan anda itu akan dirakamkan ke

dalam pita kaset supaya mudah rakan anda mendengarnya.

Ketiga-tiga bentuk di atas lebih baik daripada menyuruh murid-murid menulis tentang ‘bilik saya’.

Pembentukan khalayak boleh berlaku andainya guru memberikan tugasan yang wajar seperti main

peranan, bertukar surat, menjawab surat, membuat pertanyaan, memberikan komen dan

sebagainya.

Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang

struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis.Ini tidak bermakna dia sudah

dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan

berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya,seperti

aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik sebagai contoh,penulisan tentang kemajuan

teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi

tersebut,iaitu laras bahasa perubatan.Oleh itu,pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan

bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk penulisan.

Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini,dapat dikatakan bahawa pelajar menulis

adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu memastikan dan

menggalakkan pelajar menulis,sama seperti menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang

5

Page 6: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik

darjah.

Rumusan.

Sebagai rumusan, Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk

mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau

beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan

aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab

itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud

berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-

pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta

disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran

lain.

Pendekatan terkawal dan pendekatan komunikatif ini dapat membantu guru itu sendiri untuk

mencari satu garis panduan dalam pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.Pendekatan ini

juga memudahkan guru merancang rancangan mengajar yang bersesuaian dengan objektif yang

hendak dicapai.

6

Page 7: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

2. Reka Bentuk Pengajaran

Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun,

melaksana dan menilai pengajaran.

Enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran

Menentukan keperluan pelajar

Menentukan matlamat dan objektif

Membina prosedur penilaian

Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

Mencuba sistem pengajaran

Menilai keseluruhan system

Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran

Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan

sikap yang diharapkan.

2.1 MODEL PENGAJARAN ASSURE (yang saya gunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran)

Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan

panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.Ia

berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu

skop RP yang luas.Oleh itu,ia ditujukan kepada setiap pengajaran.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :-

A – Analyse learner (Analisis pelajar)

S- State objective (Nyatakan objektif)

S-Select method,media,and materials(Pilih kaedah,media dan bahan)

7

Page 8: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)

R-Rquire learner participation (Dorong penglibatan pelajar)

E-Evaluate and revise ( Nilai dan Semak)

2.1.1 Analisis Pelajar

Tiga perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:

(a) Ciri-ciri umum

- Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi

dan sebagainya.

(b) Kompetensi khusus

- Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan

pelajaran.

(c) Stail pembelajaran

- Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu

menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

2.1.2 Nyatakan Objektif

- Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari

Oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.

- Ia juga harus difokuskan kepada apakah pengentahuan, kemahiran dan sikap yang baru

untuk dipelajari.

2.1.3 Pilih kaedah, Media dan Bahan

- Terdapat 3 langkah dalam pemilihan.

a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Seperti

Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan

dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.

Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:

1. Sepadan dengan kurikulum

2. Maklumat tepat dan terkini

3. Bahasa yang jelas dan tepat

8

Page 9: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar

5. Menggalakkan penglibatan pelajar

6. Mempunyai teknikal kualiti yang baik.

7. Terdapat bukti keberkesanannya

8. Bebas daripada bias.

9. Mempunyai buku panduan yang lengkap.

(c) Mereka bentuk media

Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang

tersedia atau menyediakannya sendiri.

Objektif

Pelajar

Kos

Kepakaran teknikal

Peralatan

Fasiliti

Masa

2.1.4 Nilai dan Semak

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku

sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Penilaian melibatkan aspek:

- Menilai pencapaian pelajar

- Pembelajaran yang dihasilkan

- Menilai media dan kaedah

9

Page 10: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Langkah Pengajaran (Model Assure)

Kelas : Tingkatan 5 Sedehana ( A-Analisis pelajar)

Tajuk: Perbincangan Isi-Isi Karangan.

Hasil Pelajaran :7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi

penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk membuat

karangan .

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran ini.(S- Nyatakan Objektif)

1. Pelajar dapat menyatakan maklumat penting daripada dialog yang di pendengarkan.

2. Pelajar dapat menyatakan kepentingan mempertahankan permainan tradisional.

3. Pelajar dapat membuat sebuah karangan yang berkualiti yang bertajuk Kepentingan

Mempertahankan Permainan Tradisional.

BBM : Slaid gambar,carta gambar,dialog.internet,vedio.Gambar dan Carta

Kaedah : Kaedah gambar dan carta.(S-Pilih kaedah,media dan bahan)

Langkah 1. ( U- Gunakan media dan bahan )

1.Guru tayangkan sebuah Video dari internet bertajuk ‘Permainan tradisional’.

2. Murid menonton dan menghayati video yang ditayangkan oleh guru.

3. Guru menerangkan serba sedikit tentang permainan tradisional yang ditayangkan tadi.

4. Guru bersoal-jawab dengan pelajar tentang permainan tradisional.

Apakah permainan tradisonal yang pernah kamu mainkan?

Dimanakah tempat sesuai permainan ini dimainkan?

Berapakah bilangan pemainnya?

Boleh terangkan sedikit cara bermain permainan ini?

Langkah 2.( R- Dorong penglibatan pelajar)

10

Page 11: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1. Guru berbincang bersama dengan murid permainan tradisional.

2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.

3. Guru menetapkan jenis Permainan Tradisional yang perlu dibincangkan oleh setiap kumpulan.

Kumpulan 1 : Permainan Congkak

Kumpulan 2 : Permainan Wau

Kumpulan 3 : Permainan Gasing

Kumpulan 4 : Permainan Raga

Kumpulan 5 : Permainan Guli

4. Murid berbincang mengikut kumpulan masing-masing tentang :-

Sejarah permainan

Tempat bermain

Bilangan pemain

Kenapa permainan ini perlu dipertahankan.

Langkah 3. ( R- Dorong penglibatan pelajar)

1. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan menggunakan power

point.

2. Semasa kumpulan membentangkan hasil perbincangan murid lain mencatat.

Langkah 4. ( R- Dorong penglibatan pelajar)

1. Guru mengarahkan pelajar untuk membina peta minda yang berkaitan dengan semua

tajuk perbincangan menggunakan power point.

2. Murid –murid membuat di dalam kumpulan masing-masing.

3. Guru membimbing dan memantau hasil kerja murid.

Langkah 5 ( R- Dorong penglibatan pelajar)

1. Para pelajar bergilir-gilir membentang peta minda menggunakan power point tentang

KepentinganMempertahankan Permainan Tradisional.

11

Page 12: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

2. Peta minda dilekatkan di sudut pelajaran.

Penutup ( E - Nilai dan Semak)

1. Para pelajar disuruh membuat karangan bertajuk :Kepentingan Mempertahankan Permaianan

Tradisional.

2. Karangan itu hendaklah berdasarkan peta minda yang telah dihasilkan.

KESIMPULAN

Model pengajaran Assure ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang cukup

menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah menengah khususnya memerlukan satu kaedah dan cara

yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan

yang dapat diperolehi oleh pelajar sewaktu menjalankan aktiviti.

Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi memastikan objektif dan

matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan kecekapan guru dalam melaksanakan

proses pengajaran amat perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.

12

Page 13: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Rujukan:

Tarigan,Henry Guntur.(1995).Pengajaran Wacana.Selangor:Penerbit Dayasities Sdn

Bhd.

New Meyer,Frederick J.Sulaiman Masri.(1996).Teori tatabahasa: keterbatasan dan

kemungkinannya.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Amir Awang.(1993).Teor i- teori pembelajaran. Konsep teori pembelajaran. Kuala

Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.

Zainol Ismail.(2003).Fokus Unggul / UPSR Penulisan.Johor Bahru: Penerbitan Pelangi

Sdn.Bhd.

Mat Nor Hussin.Ab.Rahman Ab. Rashid.(1987).Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran

Bahasa.Selangor:Ling Wah Press Sdn Bhd.

Ahmad Haji Mohd Tahir.(1982).Pengajaran Tatabahasa Di Sekolah Menengah Rendah

Kebangsaan di Negeri Selangor.Serdang,Selangor : Universiti Pertanian Malaysia.

13

Page 14: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Lampiran 1.

Kaedah Bergambar dan Carta.

Permainan Congkak Permainan Wau

Permainan Tradisional

Permainan Gasing Permainan Raga

14

Page 15: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Permainan Guli

Lampiran II ( Contoh karangan pelajar )

Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana

15

Page 16: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!

16

Page 17: HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Lampiran III ( Peta Minda )

17

KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN

PERMAINAN TRADISONAL

kempen “Jom Main Permainan Tradisional”

mengisi masa lapang

menjadi warisan budaya

lambang keagungan bangsa dan negara tercinta

mengukuhkan semangat perpaduan nasional

mematangkan pemikiran