hadis 40 imam nawawi

19
HADIS 40 IMAM NAWAWI – USTAZ NASIM Muqaddimah Hadits 40 Sesi 1 Sesi 1 050609 Muqaddimah Hadits 40 Muqaddimah 1 Download MP3 Muat Turun Nota Kuliah PowerPoint Di Sini Hadith Al-Hadith dari segi bahasa Arab bermakna cerita, berita, keterangan, penjelasan dan baharu. Dari segi istilahnya hadith bermakna segala yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya. Sebab Dinamakan Al-Hadith 1 HADITS 40 Imam An-Nawawi

Upload: qier-irayie

Post on 28-Jun-2015

394 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: HADIS 40 IMAM NAWAWI

HADIS 40 IMAM NAWAWI – USTAZ NASIM

Muqaddimah Hadits 40 Sesi 1

 

Sesi 1 050609

 

Muqaddimah Hadits 40

Muqaddimah1

Download MP3

Muat Turun Nota Kuliah PowerPoint Di Sini

Hadith

 

Al-Hadith dari segi bahasa Arab bermakna cerita, berita, keterangan, penjelasan dan baharu.

Dari segi istilahnya hadith bermakna segala yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

 

Sebab Dinamakan Al-Hadith 1

Hafidz Ibnu Hajar mengatakan sebab hadith-hadith Nabi s.a.w. dinamakan dengan “al-hadith” ialah kerana ia memberi makna “baharu” bersesuaian dari segi bahasanya sebagai lawan kepada al-Quran yang dikenali sebagai “al-Qadim”. Seolah-olahnya apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. yang dikenali dengan al-hadith adalah sesuatu yang lain daripada al-Quran yang qadim.

 

Sebab Dinamakan Al-Hadith 2

HADITS 40Imam An-Nawawi

Page 2: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Syabbir Ahmad Uthmani mengatakan perkataan hadith diambil daripada firman Allah Ta’ala yang bermaksud ‘adapun nikmat tuhanmu maka hendaklah engkau ceritakannya’.

Nikmat Allah Ta’ala yang diperintahkan supaya diceritakan itu ialah agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w. sebagaimana firman Allah yang bermaksud ‘Pada hari ini aku sempurnakan  untuk kamu agamamu, aku lengkapkan kepadamu nikmatku dan aku redhai Islam sebagai agama untukmu’.

 

Hadith Adalah Wahyu 1

Hadith juga merupakan wahyu daripada Allah Ta’ala. Antara ayat al-Quran yang menunjukkan demikian:

�ه� �ذ�ن �إ ب �وح�ي� ف�ي � س�وال ر� س�ل� �ر� ي و�� أ ح�ج�اب� اء و�ر� م�ن و�

� أ �ا ي و�ح� �ال إ الل ه� %م�ه� �ل �ك ي ن� أ ر� �ش� �ب ل �ان� ك و�م�ا

ح�ك�يم+ ع�ل�ي- �ن ه� إ اء �ش� ي م�ا

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

 

Hadith Adalah Wahyu 2

Ayat kedua:

%يه�م� ك �ز� و�ي �ه� �ات آي �ه�م� �ي ع�ل �و �ل �ت ي ه�م� �نف�س� أ م%ن� � س�وال ر� ف�يه�م� �ع�ث� ب �ذ� إ �ين� �م�ؤم�ن ال ع�ل�ى الل ه� م�ن �ق�د� ل�ين� م=ب ض�الل� �ف�ي ل �ل� ق�ب م�ن � �وا �ان ك �ن و�إ �م�ة� �ح�ك و�ال �اب� �ك�ت ال %م�ه�م� �ع�ل و�ي

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

 

Hadith Adalah Wahyu 3

Page 3: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Ayat ketiga:

يوحى وحي إال هو إن الهوى عن ينطق وما

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.  Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Hadith Adalah Wahyu 4

Istilah wahyu:

Al-Quran dipanggil al-wahyu al-jaliyy dan hadith dipanggil al-wahyu al-khofiyy.

Istilah lain al-Quran dinamakan al-wahyu al-matluww dan hadith dinamakan al-wahyu ghair al-matluww.

 

Isi Kandungan Hadith

Hadith mengandungi segala perkara berkaitan agama sama ada masalah tauhid seperti kitab al-iman, bab percaya kepada takdir, masalah feqah seperti kitab an-nikah, kitab at-thaharah, masalah mu’amaalat seperti kitab al-buyu’, kitab as-syarikat, masalah sirah seperti kitab al-maghazi, kitab as-siyar, masalah kenegaraan seperti kitab al-ahkam, kitab ad-diyat, kitab al-jihad, masalah pemurnian jiwa (tasauf) seperti kitab ar-riqaq, kitab al-adab, masalah pesaka seperti kitab al-faraidh, masalah perubatan seperti kitab at-tibb, masalah makan minum seperti kitab al-ath’imah, tanda-tanda kiamat, keadaan selepas kematian dan sebagainya.

 

Hadith Sebagai Rujukan Kedua Dalam Islam 1

Ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa hadith adalah merupakan rujukan kedua selepas al-Quran.

ح�يم+ )( ر� غ�ف�ور+ و�الل ه� �م� �ك �وب ذ�ن �م� �ك ل �غ�ف�ر� و�ي الل ه� �م� �ك �ب ب �ح� ي �ي �ع�ون ف�ات ب الل ه� =ون� ب �ح� ت �م� �ت �ن ك �ن� إ ق�ل��اف�ر�ين� �ك ال �ح�ب= ي ال� الل ه� �ن ف�إ �و�ل و�ا ت �ن� ف�إ س�ول� و�الر الل ه� ط�يع�وا

� أ ق�ل�

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

 

Hadith Sebagai Rujukan Kedua Dalam Islam 2

Page 4: HADIS 40 IMAM NAWAWI

�ف�و�ز� ال �ك� و�ذ�ل ف�يه�ا �د�ين� ال خ� �ه�ار� ن� األ� �ه�ا ت �ح� ت م�ن� �ج�ر�ي ت ج�ن ات� �ه� �د�خ�ل ي �ه� ول س� و�ر� الل ه� �ط�ع� ي و�م�ن�

م�ه�ين+ )( ع�ذ�اب+ �ه� و�ل ف�يه�ا �د�ا خ�ال ا �ار� ن �ه� �د�خ�ل ي ح�د�ود�ه� �ع�د �ت و�ي �ه� ول س� و�ر� الل ه� �ع�ص� ي و�م�ن� �ع�ظ�يم� ال

Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas syariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.

Hadith Sebagai Rujukan Kedua Dalam Islam 3

�ا ح�د�يث الل ه� �م�ون� �ت �ك ي و�ال� ر�ض�� األ� �ه�م� ب و ى �س� ت �و� ل س�ول� الر و�ع�ص�و�ا وا �ف�ر� ك ال ذ�ين� �و�د= ي �ذ� �و�م�ئ ي

Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah, suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi) dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah.

ح�ف�يظ�ا �ه�م� �ي ع�ل �اك� �ن ل س� ر�� أ ف�م�ا �و�ل ى ت و�م�ن الل ه� ط�اع�

� أ ف�ق�د� س�ول� الر �ط�ع� ي م ن�

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

 

 

Muqaddimah Hadits 40 Sesi 2

 

Sesi 2 120609

 

Muqaddimah Hadits 40

Muqaddimah2

HADITS 40Imam An-Nawawi

Page 5: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Download MP3

Muat Turun Nota Kuliah PowerPoint Di Sini

Ilmu Al-Hadith

Definisi ilmu al-hadith atau ilmu mustholah al-hadith:

         Peraturan-peraturan dan usul-usul yang dibuat untuk mengetahui keadaan matan dan sanad sesuatu hadith sama ada ianya boleh diterima ataupun ditolak.

         Definisi kedua ilmu untuk mengetahui tentang segala yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya dari segi penerimaan dan penolakan terhadapnya.

         Definisi ketiga ilmu tentang qaedah-qaedah untuk mengetahui keadaan perawi dan yang diriwayatkan (hadith).

 

Ilmu Al-Hadith

Topik perbincangan di dalam ilmu hadith ialah berkenaan sanad merangkumi sama ada ianya muttasil atau munqati’ serta berkenaan perawi-perawinya sama ada adil atau sebaliknya dan matan sama ada ianya sesuai dengan bahasa Arab atau dengan keadaan nabi dan sebagainya.

Maksud membicarakannya adalah untuk mengetahui sesuatu hadith sama ada ianya benar-benar daripada Nabi s.a.w. atau sebaliknya dan sama ada ianya adalah sahih atau hasan dan sebagainya lalu diterima atau sebaliknya.

 

Pembahagian Ilmu Al-Hadith

Ilmu al-hadith terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

         Ilmu al-hadith dari segi riwayat iaitu ilmu yang membahaskan tentang nukilan (riwayat, catitan, kepastian lafaz) segala yang dinisbahkan kepada Nabi s.a.w. berupa kata-katanya, perbuatannya, keadaannya dan sebagainya atau kepada orang selepasnya dari kalangan sahabat dan sebagainya.  Perbahasan ilmu ini adalah  lebih menjurus kepada sanad.

Page 6: HADIS 40 IMAM NAWAWI

         Ilmu al-hadith dari segi dirayah iaitu ilmu yang membahaskan tentang lafaz hadith dan tentang maksud daripadanya berdasarkan kepada qaedah bahasa arab, qaedah syari’ah, bersesuaian dengan keadaan Nabi s.a.w..

 

Antara Ilmu Di Bawah Uloom Al-Hadith

1.    Ilmu berkenaan sanad-sanad hadith sama ada sanad ‘aali atau naazil dan sebagainya.

2.    Ilmu berkenaan perawi-perawi hadith sama ada thiqah atau sebaliknya, mengenali nama-nama, gelaran, tarikh lahir dan sebagainya.

3.    Ilmu berkenaan hadith-hadith yang musykil.4.    Ilmu berkenaan hadith-hadith yang zahirnya bertentangan antara satu sama lain.

 

Kepentingan Uloom Al-Hadith

Ilmu al-hadith merupakan antara ilmu yang paling utama. Hanya dengan ilmu ini dapat memelihara sunnah Rasulullah s.a.w. daripada kesilapan, penyelewengan, pembohongan atas nama baginda, kesilapan di dalam meriwayatkan sesuatu daripada baginda dan sebagainya.

Orang yang tidak mendalami ilmu ini akan terjerumus ke dalam kesilapan sama ada sedar atau tidak sama ada dia adalah mufassir, ahli fiqh, ahli usuluddin, ahli tasauf dan sebagainya.

 

Kepentingan Uloom Al-Hadith 2

Tidak mendalami ilmu al-hadith menyebabkan:

         Ahli tafsir mungkin akan tersilap di dalam tafsir kerana menggunakan riwayat-riwayat yang dho’if bahkan maudhu’ dan riwayat-riwayat israieliyyat sehingga mencacatkan kedudukan nabi-nabi.

         Ahli feqah mungkin tersilap dengan membuat hukum berdasarkan hadith dho’if.

 

Kepentingan Uloom Al-Hadith 3

Penceramah atau guru-guru agama mungkin tersilap di dalam kuliah-kuliah mereka bila tidak dapat membezakan antara riwayat yang sahih dengan maudhu’. Mereka berharap akan dapat menghampirkan pendengar kepada Allah tetapi sebaliknya mereka telah berdusta atas nama Rasulullah s.a.w.

Ahli-ahli sejarah mungkin mengemukakan kisah-kisah yang palsu dan menyebarkan kepalsuan tersebut sehingga sampai kepada mencacatkan kedudukan mulia nabi-nabi dan sahabat-sahabat r.ahum.

Page 7: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Dan sebagainya.

Hadits 40 Kuliah 3 (Hadits Pertama)

 

Sesi 3 190609

 

Hadits 40

Download MP3

Muat Turun Nota Kuliah Hadis 1 Di   Sini  

Hadits Pertama

: ول� ي�ق� ع�ن�ه� الل�ه� ي� ض� ر� ال�خ�ط�اب� ب�ن ر� ع�م� عن األول ول� الحديث س� ر� م�ع�ت� س�

ن�و�ى ا م� م�ر�ئ& ال� ا �ن�م� إ و� ب�الن,ي�ة� ال� ع�م�� األ� ا �ن�م� إ ول� ي�ق� ل�م� و�س� ع�ل�ي�ه� الل�ه� ل�ى ص� الل�ه�

ك�ان�ت� و�م�ن� ول�ه� س� و�ر� الل�ه� �ل�ى إ ت�ه� ر� ج� ه� ف� ول�ه� س� و�ر� الل�ه� �ل�ى إ ت�ه� ر� ج� ه� ك�ان�ت� م�ن� ف�

�ل�ي�ه� إ ر� اج� ه� ا م� إ�ل�ى ت�ه� ر� ج� ه� ف� ا ه� و�ج� ي�ت�ز� ة&� أ ر� ام� و�

أ� ا يب�ه� ي�ص� د�ن�ي�ا �ل�ى إ ت�ه� ر� ه�ج�

Terjemahan Hadith

Hadith pertama: Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu berdasarkan niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya

HADITS 40Imam An-Nawawi

Page 8: HADIS 40 IMAM NAWAWI

maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan (niatkan)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedudukan Hadith

         Imam Ahmad, Syafi’e, Ibnu al-Madini dan lain-lain: Satu pertiga ilmu.         Imam Baihaqi: 1/3 dari sudut segala amal atau usaha hamba tidak terlepas daripada hati, lidah,

anggota luaran. Setengah amalan hanya berpunca daripada hati sahaja bahkan dalam ibadat hati iaitu niat adalah sebab penolakan @ penerimaan amalan itu. Hati @ niat kadang-kadang boleh menjadi satu ibadat yang tersendiri dan yang lain memerlukan kepada hati.

         Al-Munawi: Hadith ini adalah usul utama berkenaan ikhlas.         Abi Ubaid: Tidak ada hadith yang lebih luas makna, bermanfaat, tinggi daripada hadith ini.         Agama ini diasaskan pada empat hadith dan ini adalah salah satu.

Kedudukan Hadith 2

1/3 ilmu bahkan agama. Kerana agama untuk menyempurnakan kesempurnaan diri seseorang. Manusia didorong oleh 3 daya dalam dirinya. Quwa al-aqliyyah, quwa as-syahwiyyah, quwa al-ghadhabiyyah. Masing-masing quwa itu mempunyai penyempurnanya di dalam hukum agama iaitu hukum ibadat, mu’amalat serta munakahah, jinayah. Quwa pertama disempurnakan oleh ibadat dan ibadat kebanyakannya bergantung pada niat. Kerana itu hadis niat ini adalah 1/3 daripada ilmu @ agama yang merupakan penyempurna seseorang manusia.

Makna Umum

         Niat adalah kayu pengukur, piawaian atau krateria untuk menghukum sesuatu amalan samaada diterima atau ditolak, diberikan ganjaran pahala atau dosa.

         Hadith ini juga membahagikan manusia berdasarkan amalan dan niatnya kepada dua iaitu seseorang yang melakukan sesuatu amalan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan seorang lagi yang melakukan suatu amalan adalah untuk kepentingan dan keinginan nafsunya sahaja. Maka satu golongan memperolehi kejayaan dengan amalannya itu dan satu golongan lagi tidak memperolehi apa-apa bahkan mendapat balasan buruk dengan amalannya.

         Hadith ini juga merupakan neraca amalan seseorang dari segi batinnya sebagaimana hadith “Sesiapa yang mengerjakan suatu amalan yang bukan dari agama kita maka ianya tertolak” (muttafaq alaih) adalah merupakan neraca amalan seseorang dari segi zohirnya.

Page 9: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Sesungguhnya Segala Amalan Berdasarkan Niat

         Amal bermaksud sesuatu yang terbit daripada mukallaf sama ada jawarih atau lisan. Setengah ulama memasukkan juga daripada hati.

         Amalan yang dimaksudkan di sini adalah yang bersifat ikhtiyariyyah dan semuanya mestilah berlaku dengan niat.

         Sesuatu amal itu berlaku, sah, baik, buruk, diterima, ditolak atau sempurna berdasarkan kepada niat.

Sesungguhnya Segala Amalan Berdasarkan Niat

         Sesuatu amalan itu berbeza sama ada baik atau tidak berdasarkan niat.         Setiap amalan mestilah bersandarkan keikhlasan supaya ia diterima Allah berdasarkan kepada

keseluruhan hadith ini.

Definisi Niat

Dari segi bahasa adalah bermakna memfokuskan kepada sesuatu.

Dari segi istilah:

         Membuat keputusan atau memfokuskan kepada sesuatu di dalam hati serta melakukannya.         Setengah ulama menambah ‘dengan maksud mencari keredhaan Allah’.         Setengah ulama tidak setuju dengan definisi itu kerana tidak merangkumi puasa dan suatu niat tanpa

amal.

Definisi Niat 2

Setengah ulama seperti Imam Baidhawi mengatakan niat yang sesuai dengan hadith ini ialah berkehendak atau memfokuskan suatu amalan dengan maksud untuk mencari keredhaan Allah Taala.

Ia berdasarkan penggunaan perkataan “نية” bukannya perkataan “ارادة” iaitu “kehendak”. Ertinya niat: satu kehendak yang khusus serta mempunyai hubungkait dengan sesuatu yang menyampaikan amalan tersebut kepada maksudnya bukan semata-mata amal. Sesuai dengan contoh selepasnya yang menekankan penerimaan dari Allah.

Hadits 40 Kuliah 4 (Hadits Pertama)

Page 10: HADIS 40 IMAM NAWAWI

 

Sesi 4 260609

 

Hadits40

Download MP3

Muat Turun Nota Kuliah Hadis 1 Di   Sini

 

Hadits Pertama

: �ق�ول� ي �ه� ع�ن الل ه� ض�ي� ر� �خ�ط اب� ال �ن ب ع�م�ر� عن األول ص�ل ى الحديث الل ه� س�ول� ر� م�ع�ت� س� �ل�ى إ �ه� ت ه�ج�ر� �ت� �ان ك ف�م�ن� �و�ى ن م�ا م�ر�ئ� ال� �ن م�ا و�إ %ي ة� �الن ب ع�م�ال�

� األ� �ن م�ا إ �ق�ول� ي ل م� و�س� �ه� �ي ع�ل الل ه��ة� أ ام�ر� و�� أ �ه�ا �ص�يب ي �ا �ي د�ن �ل�ى إ �ه� ت ه�ج�ر� �ت� �ان ك و�م�ن� �ه� ول س� و�ر� الل ه� �ل�ى إ �ه� ت ف�ه�ج�ر� �ه� ول س� و�ر� الل ه�

�ه� �ي �ل إ ه�اج�ر� م�ا �ل�ى إ �ه� ت ف�ه�ج�ر� و ج�ه�ا �ز� �ت ي

 

Terjemahan Hadith

Hadith pertama: Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu berdasarkan niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka )ganjaran( hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan )niatkan(” )Hadith riwayat Bukhari dan Muslim(

 

 

Maksud Niat

Untuk membezakan suatu amalan dengan amalan yang lain seperti antara solat zohor dan asar.

HADITS 40Imam An-Nawawi

Page 11: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Untuk membezakan suatu ibadat dengan adat seperti seorang yang mandi kerana adat dan seorang yang mandi sunat atau wajib )kerana itu ibadat yang bukan adat dan tidak terkeliru dengannya tidak memerlukan niat seperti beriman kepada Allah, khauf, raja’, baca quran(.

Untuk membezakan maksud suatu ibadat sama ada ikhlas atau tidak dan inilah maksud hadith ini.

 

Kedudukan Niat Pada Ibadat

         Kebanyakkan syaafi’ieyyah mengatakan rukun. Setengah seperti Imam Ghazali mengatakan syarat.

         Kebanyakkan syaafi’ieyyah mengatakan ibadat namun tak perlu kepada niat kerana akan menyebabkan bersambung-sambung. Sesetengah mengatakan bukan ibadat kerana ia bermaksud fokus kepada ibadat.

 

Tempat Niat

HATI

 

Waktu Niat

Berserta dengan permulaan ibadat yang dilakukan.

Ketika hampir dengan ibadat.

Niat berbeza dengan azam kerana azam boleh dilakukan walaupun amalan tersebut lambat lagi nak dilakukan .

 

Waktu Niat 2

Ulama berselisih pendapat tentang niat sembahyang. Kebanyakan syaafi’ieyyah mengatakan mesti istisyhab hakiki iaitu betul-betul dari permulaan takbir hingga akhir. Setengah kata memadai dengan istiyshab ‘urfi sahaja.

Bagi yang mengatakan niat adalah rukun mungkin sesuai dengan pendapat ini. Tapi bagi yang mengatakan niat adalah syarat pula tidak sesuai dengan pendapat ini.

 

Page 12: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Seseorang Memperolehi Mengikut Yang Diniatkan

Mesti menentukan apa yang diniatkan.

Hujung jatuh amalan sama ada diterima, tolak, diberi pahala atau dosa berdasarkan kepada niat. Dalam hadith lain لثالثة .(muttafaq) الخيل

Untuk memastikan amalan seseorang itu diterima maka niatnya mestilah ikhlas kerana Allah semata-mata.

 

Hadits 40 Kuliah 5 (Hadits Pertama)

 

Sesi 5 030709

 

Hadits40

Download MP3

Muat Turun Nota Kuliah Hadis 1 Di   Sini

 

 

Hadits Pertama

: �ق�ول� ي �ه� ع�ن الل ه� ض�ي� ر� �خ�ط اب� ال �ن ب ع�م�ر� عن األول ص�ل ى الحديث الل ه� س�ول� ر� م�ع�ت� س� �ل�ى إ �ه� ت ه�ج�ر� �ت� �ان ك ف�م�ن� �و�ى ن م�ا م�ر�ئ� ال� �ن م�ا و�إ %ي ة� �الن ب ع�م�ال�

� األ� �ن م�ا إ �ق�ول� ي ل م� و�س� �ه� �ي ع�ل الل ه��ة� أ ام�ر� و�� أ �ه�ا �ص�يب ي �ا �ي د�ن �ل�ى إ �ه� ت ه�ج�ر� �ت� �ان ك و�م�ن� �ه� ول س� و�ر� الل ه� �ل�ى إ �ه� ت ف�ه�ج�ر� �ه� ول س� و�ر� الل ه�

�ه� �ي �ل إ ه�اج�ر� م�ا �ل�ى إ �ه� ت ف�ه�ج�ر� و ج�ه�ا �ز� �ت ي

 

Terjemahan Hadith

HADITS 40Imam An-Nawawi

Page 13: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Hadith pertama: Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu berdasarkan niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka )ganjaran( hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan )niatkan(” )Hadith riwayat Bukhari dan Muslim(

 

 

Seseorang Memperolehi Mengikut Yang Diniatkan

         Isyarat kepada pelbagai ‘manwiyy’ iaitu melakukan satu amalan tapi dengan beberapa niat.

         Isyarat amalan seseorg walaupun dari segi zohir bukan ibadat tapi kalau niat baik akan dapat pahala juga seperti mandi supaya mendapat kesegaran dalam ibadat. Begitu juga sebaliknya kalau zohir ibadat tapi tak ikhlas maka balasan sebaliknya.

 

Seseorang Memperolehi Mengikut Yang Diniatkan

Niat baik di permulaan amalan hendaklah berterusan sehingga ke akhir. Kerana kesudahan amalan juga dinilai oleh Allah. بالخواتيم االعمال � : Ibn Hibban(. Al-Quran( انما �وا �ط�ل �ب ت � ال

و�األذ�ى �م�ن% �ال ب �م �ك ص�د�ق�ات

 

Hijrah

Pada bahasa: Meninggalkan dan berpindah. Berpisah dengan tanah air dan keluarga.

Syar’ie: Meninggalkan tempat yang tidak aman ke tempat yang aman, negara kafir ke negara Islam, meninggalkan kemungkaran. Contoh dari al-Quran: ر� ف�اه�ج� ج�ز� و�الر=

 

Hijrah Sebagai Contoh

Isyarat suatu amalan yang tinggi kedudukannya dengan maksud untuk menjaga dan memberi kekuatan kepada agama tapi kalau niat tidak ikhlas tetap tidak diterima. Apatah lagi kalau amalan yang rendah kedudukannya.

 

Page 14: HADIS 40 IMAM NAWAWI

Kedudukan Hijrah

Hijrah adalah merupakan amalan yang sangat tinggi kedudukannya. Kerana dengannya agama dapat dipelihara dan amalan-amalan yang lain serta hukum-hukum dapat ditegakkan.

Amalan hijrah yang diwajibkan kepada umat dahulu telah dibatalkan tetapi alternatif lain diberikan kepada umat kemudian iaitu jihad, niat yang baik, meninggalkan segala larangan dan dosa-dosa.

 

Pembahagian Hijrah 1

Ulama membahagikan hijrah kepada beberapa jenis mengikut pembahagian masing-masing.

1. Ke Habsyah ketika sahabat diganggu.

2. Dari Mekah ke Madinah.

3. Qabilah-qabilah kepada Nabi s.a.w. untuk belajar.

4. Penduduk Mekah yang Islam ke Madinah kemudian balik semula ke Mekah.

5. Meninggalkan larangan Allah.

 

Pembahagian Hijrah 2

Hijrah al-makan: berpindah dari satu tempat ke tempat lain seperti dari tempat yang banyak maksiat, kefasikan, negeri kafir ke tempat yang lebih baik. Berpindah untuk mencari ilmu dan lain-lain.

Hijrah al-amal: berhijrah amalan kepada yang lebih baik dan tinggalkan larangan Allah.

Hijrah al-amil: meninggalkan orang yang melakukan dosa supaya dia berubah.