fully terbaru teknologi

69
1 BAB 1 KURIKULUM PENDIDIKAN 1.1 Pengenalan Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad, 2010). Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi instrumental / sosial dan dimensi intrinsik. Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,

Upload: khairul-rijal-saad

Post on 27-Sep-2015

281 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

NOTA

TRANSCRIPT

1

BAB 1

KURIKULUM PENDIDIKAN

1.1 PengenalanSistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad, 2010).

Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulumyang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi instrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).

Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia.Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek (Azizi Yahaya & Rosnani Mohd Nor,2010).

1.2 Maksud Reka Bentuk Kurikulum

Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan ( Ee ,A. M.,1998)

1.3 Maksud KurikulumMenurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan.

Kurikulum berasal daripada perkataan Latin currere maksud race course atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan. Menurut Goodlad (1973) dalam buku (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1987) yang bertajuk Teknologi Pengurusan Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan. Selain itu, di dalam buku ini juga Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

1.4 Prinsip Penyusunan KurikulumKurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.

Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: PembangunanModal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.

Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukan kurikulum di Malaysia.

Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.

Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangan dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna (Fry, H., Ketteridge, S., & Marshall, S., 2003).

Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud transformasi sebagai perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan kurikulum persekolahansedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Pendidikan diMalaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Koh, B. B.,1992). Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan matlamat pembangunan manusia dan Negara.

BAB 2

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

2.1PengenalanDalam masyarakat moden, proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Pembelajaran yang berkesan merupakan satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan kepada murid dan ia mula diperkenalkan di sekolah-sekolah bestari. Namun begitu, guru tetap memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pendidikan dalam sesebuah sekolah. Kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti guru kerana guru yang baik boleh membuatkan pembelajaran menarik dan dihargai oleh murid yang mengikutinya. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, seorang guru sepatutnya mempunyai kemahiran, kebolehan dan sikap yang baik sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang melibatkan interaksi guru dengan murid. Berkesannya pengajaran guru bergantung kepada bagaimana guru dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah pembelajaran murid. Terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi mutu pengajaran guru. Antaranya ialah pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh guru, kaedah yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan personaliti guru. Aspek-aspek ini mestilah dikenalpasti dan difahami dalam membuat penilaian tentang pengajaran dan pembelajaran guru.

2.2Guru Yang BerkesanSebagai individu yang bertanggungjawab merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, profesion sebagai guru ialah satu kerjaya yang amat mencabar. Tugas pendidik secara umumnya ialah mendidik, iaitu berusaha mengembangkan seluruh potensi murid sama ada potensi psikomotor, kognitif atau afektif. Guru dalam masyarakat perlu menjadi role model yang dicontohi dan bukan sekadar seorang pekerja yang hanya dibayar gaji sahaja. Masyarakat umumnya telah menganggap institusi pendidikan seperti sekolah sebagai institusi untuk melahirkan manusia yang lengkap dengan penguasaan terhadap potensi kognitif, psikomotor dan afektif tanpa menghiraukan peranan mereka dalam arus pendidikan itu sendiri. Tugas mendidik pada masa kini telah hampir diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru dan institusi pendidikan semata-mata tanpa penglibatan aktif masyarakat dan ibu bapa. Maka peranan guru-guru semakin mencabar kerana mereka bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik dan membangunkan diri pelajar. Guru dalam sistem pendidikan mestilah memenuhi segala tuntutan sebagai role model kepada masyarakat, sebagai ejen perubahan di dalam masyarakat melalui sistem pendidikan yang ada, sama ada secara pendidikan formal ataupun tidak formal.Abdullah Ishak (1989) pula menyatakan untuk keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan, guru atau pendidik perlulah memiliki sifat-sifat keperibadian yang unggul, ketokohan dan perwatakan yang sempurna. Kaedah pengajaran juga mempengaruhi ciri guru yang baik. Teknik mengajar yang berkesan ialah apabila murid mudah menerima, menghayati dan boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam suasana kehidupan seharian. Keberkesanan pengajaran guru banyak dihubungkaitkan dengan konsep guru itu sebagai agen pemangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan murid, fasilitator dalam pembelajaran murid, penggerak kepada usaha murid, pembimbing dan model, pembelajaran dan pembuat keputusan dalam pengunaan peluang yang ada untuk kebajikan murid (Ab. Halim, 2005) menyatakan bahawa proses pendidikan yang berkesan memerlukan interaksi yang berkesan antara guru dan murid dan juga dihubungkaitkan dengan aspek bimbingan dan kaunseling. Daripada segi peribadi, guru mestilah peramah serta mudah dihampiri. Individu seperti ini akan didekati oleh para murid sekiranya mereka mempunyai masalah. Dengan cara ini, guru dapat berperanan sebagai kaunselor. (Ee Ah Meng, 1998). Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) iaitu: a) Kecemerlangan peribadiGuru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagi menjana lebih ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Di antara usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan diri ialah meningkatkan kualiti pendidikan dengan melaksanakan 8M iaitu menghayati visi negara dan misi KPM, memantapkan penguasaan ilmu, membudayakan kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan berkesan, menyumbang tenaga dan kepakaran, meningkatkan keterampilan diri, menjaga tingkah laku dan muhasabah diri.

b) Kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran.Guru sebagai barisan hadapan perlaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan negara. Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajaran dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar P&P guru tidak dilihat sebagai ketinggalan zaman oleh para pelajarnya.

c) Kecemerlangan komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi: Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

d) Kecemerlangan potensiKeberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar dan bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

e) Personaliti unggul personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul . Menurut penyelidik (Md. Nasir Masran, 2000) tiga (3) sahaja ciri-ciri iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita pada masa kini.

2.3Pengertian Dan Konsep PengajaranKoh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.

Menurut Shababudin et al. (2003) pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses belajar. Melalui penyelidikan, pengembangan ilmu, pemantapan kemahiran dan rujukan kepada amalan profesional yang berkaitan mampu memberi penambahbaikan dalam pengajaran secara berterusan. Pengajaran merangkumi proses merekabentuk kurikulum, penyampaian kurikulum dan sistem penilaian pelajar. Terdapat dua persepktif terhadap ilmu mengenai pengajaran iaitu perspektif objektivis dan perspektif konstruktivitis.

2.3.1 Perspektif objektivis Mengikut perspektif ini, pengajaran atau penguasaan sesuatu set ilmu atau kemahiran adakah berasaskan penguasaan terhadap satu item dari set tersebut. Peranan atau tanggungjawab pengajar ialah mengenalpasti satu item yang mewakili set tersebut dan memastikan bahawa setiap pelajar menguasai kemahiran yang tinggi terhadap item tersebut. Kejayaan melaksanakan item ini memberikan dua manfaat kepada pelajar, iaitu pelajar mendapat satu kemahiran seperti yang diajar dan satu set keupayaan terbitan dari kemahiran tersebut. Setelah berjaya dengan sesuatu item, pelajar kini boleh mengajarkannya seperti yang telah dipelajari atau mengkritik dan memperbaikinya. Menurut perspektif ini, penilaian pencapaian adalah berdasarkan penguasaan item-item yang diajar.

Tugas pengajar ialah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu set dan memastikan pelajar menguasainya dengan sepenuhnya. Maka kurikulum yang dibentuk adalah berkisar di dalam penentuan item-item yang mewakili set-set ilmu tersebut. Kaedah pengajaran yang digunakan adalah berbentuk deduktif, iaitu bermula dengan definisi, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan penerokaan.

Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu pengetahuan itu adalah bersifat kumulatif, iaitu boleh diajar dalam bentuk cebisan demi cebisan kerana kemudiannya ia akan bercantum atau bergabung menjadi set atau struktur pengetahuan yang lengkap. Cebisan-cebisan ini boleh disusun mengikut hierarki atau secara linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan maklumat yang menjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema yang menjelaskan bagaimana sesuatu struktur pengetahuan dibentuk. Proses-proses mental yang menjadi tumpuan ialah proses-proses penambahan (accretion), penghalusan (tuning) dan pembinaan semula (reconstruction).

Menurut teori skema, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari pengetahuan deklaratif (jenis fakta) , pengetahuan prosedur (jenis rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap jenis ilmu pengetahuan ini boleh diajar secara berasingan melalui proses-proses penambahan, penghalusan dan pembinaan semula. Juga, pelbagai pengetahuan prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang terkumpul, dan pelbagai pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari pengetahuan prosedur yang terkumpul di dalam struktur pengetahuan. Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk ekspositori, seperti penggunaan kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian beberapa masalah contoh, simulasi, mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat sebagai satu produk dan objektif pengajaran ialah penguasaan ilmu pengetahuan seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialah penggunaan strategi-strategi pembelajaran.

Jadual 2.1 menunjukkan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif objektivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan setiap satu teori.

Jadual 2.1Jenis- jenis teori Perspektif Objektivis dan PengasasnyaTeoriPengasasPengasas / modelFokus/ objektif PdP

BehaviourismePavlovThondike, Skinner SkinnerPenguasaan isi pelajaran melalui proses pelaziman dan motivasi ekstrintsik

Sibernetik LandaPenguasaan kemahiran dan pengetahuan prosedur melalui pengabungan dan sub prosedur

KognitifAusubel Gagne, Flavell, MayerAusubel Gagne, Keller, BloomPenguasaan isi pelajaran melalui pencetusan proses mental seperti skema dan metakognisi.

2.3.2 Perspektif KonstruktivisPerspektif konstruktivis pula adalah berasaskan perkara-perkara berikut: Melihat pelajar sebagai pembina ilmu Pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap berfikir Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatanuntuk mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi Isi pelajaran ini ditinggalkan selepas kepakaran diperolehi

Jadual 2.2 menunjukkan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif konstruktivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan setiap satu teori.

Jadual 2.2Jenis- jenis teori Perspektif Konstruktivis dan PengasasnyaTeoriPengasasPengasas / modelFokus/ objektif PdP

Pembangguunan mentalPiaget,Gardner Lawson, Collins, Steven, Bruner, Taba Kemahiran pentaakulan pemikiran aras tinggi berdasarkan logik pembangunan pelbagai kecerdasan

HumanisRogersRogers Pembelajaran bermakna

Pembelajaran sosial VygotskySpiro, ThelenKemahiran pentaakulan pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan, pembelajaran koperatif/kalobratif dan lain-lain.

Di dalam perspektif konstruktivis, pengajaran adalah tertumpu kepada proses-proses pembinaan ilmu pengetahuan. Di dalam pandangan ini, strategi-strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan dan lawatan sambil belajar. Guru pula berperanan menjadi penyemak kepada proses pemikiran yang digunakan dan kepada rumusan yang diperolehi .

Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku fenomena tersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori tentatif dan kemudian diuji aplikasi atau kebenarannya melalui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau teori yang dibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebih kuat. Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses induktif dan deduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di dalam tiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam perspektif ini, ilmu pengetahuan serta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan (zipping) dan dibuka semula (unzipping) mengikut keperluan. Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan dan lawatan sambil belajar. Guru menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates (penyoalan) yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut:

Memilih contoh-contoh positif dan negatif Memilih contoh yang berlawanan (Counterexamples) Menjana kes-kes Hipotetikal Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif Mengesan sebab-akibat / implikasi suatu kontradiksi Mempertikai authoriti.2.4 Pengertian dan Konsep PembelajaranSecara umumnya, learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003), dan oleh itu pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan juga penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002). Oleh sebab skop pembelajaran sangat luas, beberapa klasifikasi domain telah dikemukakan. Klasifikasi yang paling biasa ialah kepada domain kognitif, afektif, dan psikomotor. Domain kognitif merujuk kepada pembelajaran yang melibatkan pemikiran dan minda, domain afektif merujuk kepada pembelajaran berhubung dengan perasaan dan emosi, sementara domain psikomotor merujuk kepada segala pembelajaran yang melibatkan penggunaan anggota fizikal badanFry et al. (2003) berpendapat pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat, fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan penaakulan. Oleh itu pembelajaran telah berlaku apabila terdapat perubahan pada tingkahlaku pelajar setelah melalui pengalaman pendidikan.Pembelajaran adalah proses interaksi pelajar dan guru agar berlaku proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan pelajar. Pembelajaran seharusnya menghasilkan perubahan yang kekal hasil daripada penglibatanya dalam sesuatu pengalaman pendidikan. Skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif(pemikiran dan minda), afektif perasaan dan emosi, psikomotor (fizikal). Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran yang formal. Namun secara lazimnya penjagaran yang baik dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Dalam situasi tertentu pembelajaran tetap memerlukan proses pengajaran.

2.4.1Teori dan Model Pembelajaran

Pelbagai teori dan model pembelajaran pernah dikemukakan tetapi bahagian ini hanya membincangkan beberapa teori dan model yang terkemuka sahaja, khususnya yang mempunyai implikasi praktikal terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

a) Konstruktivisme (constructivism)Daripada premis asas bahawa semua pengetahuan dibina oleh individu (all knowledge is constructed), teori ini menekankan the notion of continuous building and amending of previous structures, or schemata, as new experience, actions and knowledge are assimilated and accommodated (Fry et al., 2003). Oleh itu, pembelajaran melibatkan proses transformasi individu, iaitu individu secara aktifnya membina pengetahuan (people actively construct their knowledge). Oleh sebab konstruktivisme mencadangkan individu belajar secara menyesuaikan, menambah kepada, dan menggantikan pemahaman dan pengetahuan baru kepada pemahaman dan pengetahuan lama, guru perlu sedar bahawa pelajar jarang atau tidak pernah datang dengan minda yang kosong (walaupun pengetahuan dan pemahaman sedia ada yang berkaitan itu silap). Pembelajaran tidak berlaku tanpa perubahan atau tambahan kepada pengetahuan sedia ada. Perkara ini bermakna guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar semasa merancang dan menjalankan pengajaran. Selalunya, pembelajaran difikirkan dari segi penambahan lebih banyak pengetahuan sedangkan guru patut juga memikirkan bagaimana hendak membawa perubahan atau transformasi kepada pengetahuan sedia ada pelajar.

b) BehaviourismeFahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviourisme. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dogsalivation-experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif. Aspek penting teori behaviourisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan guru adalah dominan.

(c) Pembelajaran Berasaskan PengalamanSatu lagi perspektif tentang pembelajaran ialah apa yang dinamakan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning). Idea ini penting kerana ia mendasari banyak pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dibincangkan dalam modul ini seperti pembelajaran praktikal (melalui kerja makmal, praktikum, dan latihan industri) dan pelbagai jenis pengajaran dalam kumpulan kecil. Teori pembelajaran berasaskan pengalaman yang paling popular ialah yang dikemukakan oleh Kolb pada tahun 1984. Pembelajaran berasaskan pengalaman atau belajar dengan melakukan sesuatu (learning by doing) adalah berasaskan tanggapan bahawa pemahaman yang individu miliki bukanlah elemen pemikiran yang tetap atau tidak berubah tetapi sebaliknya dibentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman. Juga, merupakan proses berterusan yang kerap digambarkan sebagai pusingan seperti yang jelas dalam Pusingan Pembelajaran Kolb (Kolb Learning Cycle) yang mengenal pasti empat jenis keupayaan bagi kejayaan pembelajaran, iaitu: pengalaman konkrit (concrete experience - CE), pemerhatian reflektif (reflective observation RO), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization - AC), dan percubaan aktif (active experimentation - AE).

Implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah pertama sekali, pelajar perlu mendapat peluang untuk terlibat sepenuhnya dan dengan bebasnya dalam pengalaman baru (CE). Kedua, mereka mesti mempunyai masa dan ruang untuk membuat refleksi (RO) tentang pengalaman mereka daripada pelbagai perspektif. Elemen ini sangat dipengaruhi oleh maklum balas daripada orang lain. Ketiga, pelajar mestilah boleh membentuk dan membentuk semula, memproses idea, menjadikannya milik sendiri dan menyepadukan idea baru mereka menjadi teori yang logical (AC). Elemen ini membawa kepada perkara keempat (AE), iaitu menggunakan teori untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan menguji implikasinya dalam situasi baru. Kesemua ini menghasilkan bahan untuk titik permulaan dalam pusingan yang lagi satu, iaitu pengalaman konkrit sekali lagi. Oleh itu, pusingan pengalaman tidak sahaja melibatkan melakukan sesuatu, tetapi juga, membuat refleksi, memproses, berfikir dan memahami.

(d) Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences)Teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard Gardner (seorang profesor pendidikan di Harvard University) dalam tahun 1983. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:

kecerdasan verbal/linguistik kecerdasan logikal/matematik kecerdasan visual/ruang (spatial) kecerdasan kinestetik kecerdasan muzikal/irama kecerdasan interpersonal kecerdasan intrapersonal kecerdasan naturalis

Implikasi teori ini adalah terdapat pelbagai cara pembelajaran, namun seperti yang dinyatakan oleh Gardner, sekolah dan budaya kita memfokus kebanyakan perhatian kepada kecerdasan linguistik dan logikal-matematik sahaja. Oleh itu, teori ini mencadangkan transformasi secara besar-besaran dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada mana-mana peringkat. Teori ini menyediakan lapan potensi laluan pembelajaran yang berbeza (eight different potential pathways to learning). Jika seseorang guru mengalami kesukaran untuk mengajar seseorang pelajar melalui cara lebih tradisional iaitu secara linguistik atau logikal, teori ini mencadangkan pelbagai cara lain untuk membentangkan bahan pengajaran bagi memudahcarakan pembelajaran berkesan.

2.5 Pengajaran dan Pembelajaran BerkesanPengajaran dan pembelajaran berkesan bukan sahaja memikirkan aspek kecemerlangan akademik tetapi juga kemahiran, sikap dan keterampilan diri pelajar. Hal tersebut dapat dilakukan dengan pelbagai pendekatan yang terancang, strategik dan berterusan. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sumber yang paling utama bagi sesebuah negara selain sumber asli ialah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya sendiri. Kekuatan murid jauh lebih hebat dan berharga berbanding sumber alam yang ada. Maka pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing dengan cirti peribadi yang unggul dalam menangani cabaran negara dan arus globalisasi. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, (1987) dalam memperkasakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah beberapa langkah perlu diambil tindakan iaitu :-a) Menilai atau membuat refleksi pengajaran dengan meneliti kelemahan dan kekuatan proses pengajaran yang diamalkan.b) Memahami selera pelanggan iaitu pelajar pada masa kini. Guru perlu mengkaji sejauh mana pendekatan, bahan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serasi dan digemari pelajarc) Peka kepada perkembangan teknologi pendidikan semasa sperti penggunaan ICT dalam pengajaran.d) Peka terhadap keperluan pasaran buruh masa kini dengan menyampaikan maklumat pengajaran yang releven dengan dunia kehidupan, pekerjaan dan realiti masyarakat.e) Memeriksa keupayaan dan keperluan diri sebagai profesional guru untuk menerima serta melakukan perubahan paradigma selaras dengan keperluan semasa.Ramsden (1992) mengenal pasti enam prinsip utama pengajaran berkesan iaitu yang dapat menghasilkan suasana pembelajaran positif.

Pinsip 1: Minat dan penjelasan Guru mesti berupaya memberi huraian yang jelas tentang isi kandungan. Malah, lebih penting lagi adalah keupayaan menjadikan isi kandungan menarik sehingga pelajar merasa seronok mempelajarinya. Apabila pelajar berminat terhadap sesuatu subjek, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh. Ini merupakan ciri penting pendekatan mendalam dalam pembelajaran.

Prinsip 2: Keprihatinan dan hormat terhadap pelajar dan pembelajaran pelajarKajian-kajian tentang pendidikan tinggi seperti meta-analisis terhadap penilaian pelajar menegaskan kepentingan menghormati dan memberi pertimbangan kepada pelajar dalam menghasilkan pembelajaran berkesan.

Prinsip 3: Penilaian dan maklum balas yang sesuai Memberi maklum balas terhadap kerja-kerja pelajar adalah juga penting. Kajian mendapati pelajar kerap mengenal pasti aspek ini sebagai ciri guru yang bagus.

Prinsip 4: Matlamat yang jelas dan mencabar intelek Pengajaran berkesan peringkat sekolah telah mengenal pasti kepentingan guru mempunyai jangkaan akademik yang tinggi bagi menghasilkan pencapaian pelajar yang tinggi. Oleh sebab prinsip ini boleh diaplikasikan dengan guru perlulah mengemukakan tugasan dan soalan yang mencabar intelek pelajar.

Prinsip 5: Kebebasan, kawalan, dan penglibatan aktif Pembelajaran berkualiti tinggi bermakna pelajar terlibat secara aktif, mempunyai pilihan terhadap cara mereka belajar dan mempunyai kawalan terhadap aspek yang dipelajari.

Prinsip 6: Belajar daripada pelajar Guru yang bagus adalah yang sentiasa sanggup menerima dan melakukan perubahan. Ini termasuklah kesanggupan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran kepada pelajar dan mengubahsuai pengajaran berdasarkannya. Untuk itu guru perlu menyediakan peluang bagi pelajar untuk memberikan maklum balas berhubung dengan pembelajaran mereka. Contohnya, guru boleh bertanya pendapat pelajar dan meneliti hasil pembelajaran mereka.

Bagi memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan, persediaan pengajaran dari segi bahan, alat bantu ataupun strategi penyampaian perlu mengambil kira aspek gaya pembelajaran pelajar. Menurut Rodzli Hashim, (2010), berdasarkan Dunn & Dunn, gaya pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh lima perkara iaitu persekitaran, emosi, sosial, fizikal dan psikologi Persekitaran merujuk keperluan bilik darjah yang kondusif untuk belajar. Guru perlu memastikan keadaan cahaya, suhu, bunyi dan susun atur tempat yang sempurna bagi memastikan suasana pembelajaran yang selesa. Emosi perlu sebagai motivasi pembelajaran serta masa pengajaran dan tempoh masa pengajaran akan mempengaruhi emosi pelajar. Dari segi sosial pula, kadangkala terdapat pelajar yang sesuai belajar bersendirian dan ada juga yang suka secara berkumpulan. Guru perlu bijak mengenal gaya pembelajaran untuk disesuaikan dengan pengajarannya. Fizikal dan psikologi pula melibatkan kefahaman murid dalam memahami sesuatu perkara. Murid memahami benda yang nyata dan tertarik sesuatu benda yang bergerak dan kadangkala menguasai sesuatu fakta walaupun abstrak.

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi.(2011). Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Ia merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku murid Suasana fizikal bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun, papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum

Kajian Fry et al., (2003), menunjukkan jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru-murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Perbuatan ini tidak memerlukan seorang ahli lawak jenaka yang profesional. Jenaka boleh membantu pelajar menambahkan kemahiran komunikasi dan boleh membantu murid yang bersifat pemalu untuk berinteraksi. Ia juga membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menyarankan supaya jenaka digunakan dengan sebaik mungkin kerana beliau mendapati Dalam pengajaran bahasa Inggeris, penggunaan teks yang mempunyai unsur jenaka dalam penulisan dapat membantu memperbaiki kemahiran menulis dengan efektif, selain dapat menggalakkan pemikiran kritis dan menambahkan ekspresi dalam penulisan.

Menurut Shahril @ Charil Marzuki, (2004) dalam kajiannya iaitu Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian di beberapa Sekolah Menengah di Malaysia menunjukkan bahawa model amalan pengajaran berkesan Slavin (1994) telah digunakan oleh kebanyakan guru-guru yang dikaji di beberapa sekolah menengah di Wilayah Pesekutuan dan Selangor, Malaysia. Kajian ini adalah berasaskan model pengajaran berkesan (instructional effectiveness) yang dikemukakan oleh Slavin (1987,1994). Model awal tentang amalan pengajaran guru yang berkesan telah dikemukakan oleh Carroll (1963, 1989).

Mengikut Caroll (1963) dalam Shahril @ Charil Marzuki, (2004), pengajaran yang berkesan di pengaruhi oleh lima faktor, iaitu sikap (attitude), kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to understand), ketekunan (perseverance), peluang (opportunity) dan pengajaran yang berkualiti (Quality of instruction). Mengikut Carroll lagi, jika sikap pelajar terhadap pelajaran adalah tinggi, ia mudah untuk memahami pengajaran. Oleh itu, pelajar akan tekun belajar serta mudah untuk memahami sesuatu konsep dan kemahiran.Di samping itu juga, pengajaran guru yang baik memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Walau bagaimanapun, model Carroll ini mempunyai kelemahannya. Terdapat faktor-faktor yang dikawal oleh guru dan pelajar yang menyebabkan pengajaran tidak berkesan. Faktor di bawah kawalan guru ialah kualiti pengajaran dan cukup peluang masa untuk pembelajaran. Manakala sikap, kebolehan untuk memahami pengajaran dan ketekunan untuk belajar pula di bawah kawalan pelajar. Oleh itu, kedua-dua aspek di bawah kawalan guru dan pelajar mesti seiring bagi menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran. Disebabkan kelemahan model Carroll ini, maka Slavin (1987, 1994) dalam Shahril @ Charil Marzuki, (2004) telah membina model pengajaran berkesan yang baru, yang memberi penekanan hanya kepada faktor pengajaran guru sahaja. Mengikut beliau, terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa (time).

Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami,diingat dan menyeronokkan pelajar. Oleh itu, guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan sistematik, menggunakan bahasa yang jelas dan mudah, penerangannya yang jelas, dan memberi contoh-contoh yang berkaitan, penekanan kepada isi-isi penting dan pelajaran itu cuba di kaitkan pula dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lalu dan yang sedia dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi membantu menerangkan sesuatu konsep. Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran, guru perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.

Aras pengajaran yang sesuai bermaksud tahap pengajaran perlu sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Sekiranya aras pengajaran guru tinggi, maka pelajar yang lemah tidak dapat mengikutinya. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Sekiranya aras pengajaran itu rendah pula, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Hal ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah guru perlu mengasingkan kedua-dua kumpulan pelajar ini berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Tindakan ini wajar supaya kedua-dua kumpulan pelajar mendapat manfaat.

Slavin (1989) yang dirujuk oleh Shahril @ Charil Marzuki, (2004) menyatakan bahawa guru juga boleh mengadakan pengajaran secara individu namun pengajaran secara individu tidak dapat menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian. Satu cara pengajaranpembelajaran yang berkesan ialah melalui pembelajaran secara koperatif (cooperative learning group), yang mengumpulkan pelajar yang lemah bersama pelajar yang pandai, dan pelajar yang cerdik akan membimbing pelajar yang lemah dalam kumpulannya. Dengan itu, guru akan dapat mengajar dan member tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran.

Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar supaya terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Slavin (1994) di dalam Shahril @ Charil Marzuki, (2004) menyatakan bahawa terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan Alat Bantu Mengajar (ABM). Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.

Masa pengajaran-pembelajaran bermaksud masa yang mencukupi untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Biasanya, pengajaran guru d pengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukkan (allocated time) oleh pihak sekolah kepada guru-guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (timeon-task) atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa yang pelajar gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran. Kajian oleh The Beginning Teacher Evaluation Study (1998) yang dirujuk oleh Shahril @ Charil Marzuki, (2004) menunjukkan masa yang di peruntukan kepada sesuatu mata pelajaran tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajar apabila masa itu diukur pada peringkat kelas Kajian tentang engaged time atau time-on-task menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di dalam pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

2.6 Kajian-kajian LepasBerdasarkan kajian Azizi Yahaya dan Rosnani Mohd Nor, (2010) yang mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru mata pelajaran Teknikal mendapati para pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap mata pelajaran teknikal. Terdapat hubungan yang signifikan di antara umur dan pengalaman mengajar guru dengan 3 aspek yang dikaji manakala tidak terdapat perbezaan di antara taraf pendidikan guru dengan 3 aspek yang dikaji. Kajian juga mencadangkan agar para guru terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perguruan demi pembangunan sejagat.

Berdasarkan kajian amalan pengajaran yang berkesan oleh Shahril @ Charil Marzuki, (2004) beliau mencadangkan dalam meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran guru supaya kecemerlangan akademik pelajar meningkat adalah seperti berikut:

i. Guru rnesti rnerancang pengajaran terlebih dahulu, pelbagaikan kaedah pengajaran, gunakan ABM, dan kaitkan isi pelajaran baru dengan pengalarnan pelajar.ii. Guru perlu rnernastikan ketepatan isi pelajaran, dan rnenyarnpaikan isi pelajaran secara sisternatik, jelas dan rnudah difahamiiii. Pengajaran guru rnesti rnenarik rninat dan menyeronokkan pelajar supaya akan terus belajariv. Guru apabila rnengajar perlu rnenggunakan pelbagai kernahiran berfikir seperti menganalisis, sintisis dan rnencerakin dan lain lagi.v. Guru perlu banyak memberi latihan dan kerja rumah kepada pelajarvi. Guru perlu mengajar mengikut aras kebolehan pelajar.vii. Guru perlu meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar dan memberi semangat kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh.viii. Guru perlu memastikan ketepatan fakta dan mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar dan penguasaan bahan yang berkaitan.

Abdul Jamir Md Saad, Ab. Halim dan Adawiyah ,(2012) rumuskan bahawa pembelajaran yang berkesan dalam pendidikan Islam bergantung kepada sejauh mana kejayaan guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Manakala pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih dan membuat perancangan yang baik sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kegagalan guru melaksanakan perkara-perkara ini akan meyebabkan pengajaran subjek Pendidikan islam akan menjadi tidak menarik dan membosankan. P&P yang menarik akan menghasilkan pengajaran yang berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari sudut pengetahuan, kemahiran serta penghayatan pelajar ke arah yang lebih baik. Justeru beberapa kaedah pembelajaran aktif yang dikemukakan berpotensi untuk diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Islam untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah-kaedah ini juga diharapkan dapat menjadi alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan dalam pembelajaran Pendidikan Islam.

Pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada pelajar di samping memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT. Teknologi maklumat menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan sukatan, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya di sekolah. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di sekolah.(Saridah Hussien, 2006)

Menurut Peter Westwood, (1996) dalam kajiannya Effective Teaching, tanggungjawab utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran. Keberkesanan guru memberi panduan yang sangat baik untuk melakukan tugas mengajar dengan baik. Pengajaran Berkesan (hasil, kejelasan, perkaitan dan semangat) membantu dalam membawa melahirkan pelajar yang berpotensi. Prinsip-prinsip yang, apabila dilaksanakan secara sistematik, boleh meningkatkan pembelajaran pelajar dan boleh digunakan sebagai penilaian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Pengajaran berkesan harus dijadikan senjata kepada pendidikan yang buruk. Oleh itu, jika guru sebagai seorang penyokong pelajar yang tidak mahu berjudi dengan amalan pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan maka guru perlu beperanan untuk menwujudkan pengajaran yang berkualiti untuk mecapai hasrat itu.

Manakala Ruilin Lin et al. (2010) yang meneroka hubungan antara kualiti guru dan keberkesanan pengajaran yang dilihat oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Vokasional Perindustrian Tinggi di Taiwan. Kesimpulannya mendapati syarat-syarat kualiti guru dan keberkesanan pengajaran dilihat oleh pelajar-pelajar adalah positif. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa guru memeriksa sama ada strategi pengajaran mereka sendiri telah memenuhi keperluan yang berkualiti tinggi melalui sistem prestasi guru untuk memahami "tingkah laku mengajar" mereka dan meningkatkan "keberkesanan pengajaran. Guru perlu meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar . Didapati interaksi pelajar dengan pelajar dari sekolah-sekolah swasta adalah lebih baik daripada pelajar daripada sekolah biasa. Oleh itu dicadangkan melalui aktiviti sekolah awam, guru boleh belajar daripada kerja sama antara satu sama lain, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman, dalam memperbaiki kualiti guru dan keberkesanan pengajaran. Memberi perhatian yang lebih kepada pelajar perempuan adalah dicadangkan bahawa guru-guru perlu memberi perhatian lebih reaksi pembelajaran pelajar perempuan dengan memberikan mereka bantuan tepat pada masanya untuk memberikan persepsi pembelajaran yang lebih baik. Guru lelaki perlu meningkatkan kecekapan profesional. Kualiti guru-guru wanita keberkesanan pengajaran " adalah lebih baik daripada guru-guru lelaki dan dicadangkan bahawa guru lelaki harus cuba untuk meningkatkan dalaman bidang-bidang profesional mereka, untuk mencapai yang lebih tinggi dalam keberkesanan pengajaran.

Azizi Yahaya dan Syazwani Abdul Razak (2008) mencadangkan beberapa perkara bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengoptimumkan gaya pembelajaran pelajar. Cadangan yang telah dikenal pasti untuk tindakan pihak-pihak yang terlibat ialah:

a) Gaya pembelajaran visualGuru perlu memainkan peranan bagi menarik minat pelajar mempelajari gaya pembelajaran ini kerana kajian mendapati gaya pembelajaran visual adalah gaya pembelajaran yang paling kurang diminati pelajar. Guru harus perbanyakkan pengajaran yang menggunakan peralatan berbentuk visual bagi meningkatkan minat pelajar mempelajari gaya pembelajaran ini. Pihak sekolah juga harus menyediakan kelengkapan-kelengkapan dan peralatan berbentuk visual di setiap bilik darjah bagi memudahkan proses pengajaran guru. Dengan adanya kelengkapan tersebut, diharapkan pelajar dapat meningkatkan minat dalam gaya pembelajaran ini. Di rumah pula, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu pelajar meningkatkan gaya pembelajaran ini dengan menyediakan kemudahan dan peralatan berbentuk visual seperti komputer, televisyen dan sebagainya.

b) Gaya pembelajaran auditori Guru perlu meningkatkan aktiviti bercerita sebagai medium pembelajaran kerana didapati pelajar cenderung untuk belajar melalui kaedah ini. Kemudahan-kemudahan seperti pita perakam, radio dan penggunaan komputer haruslah disediakan kepada pelajar untuk memanfaatkannya dalam gaya pembelajaran tersebut. Pihak sekolah harus menyediakan kelengkapan yang sepatutnya agar dapat menambahkan minat pelajar terhadap gaya pembelajaran ini. c) Gaya pembelajaran kinestetik Pelajar dapat mengamalkan gaya pembelajaran ini melalui aktiviti amali yang dijalankan oleh guru. Oleh itu, guru haruslah mengajar melalui aktiviti amali supaya gaya pembelajaran ini dapat diamalkan oleh pelajar. Kelengkapan alatan untuk menjalankan amali haruslah disediakan oleh pihak sekolah supaya pelajar dapat belajar melalui gaya pembelajaran kinestetik ini dengan baik. Ini adalah kerana gaya pembelajaran ini lebih kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar. Oleh itu kelengkapan amali dalam proses pembelajaran haruslah mencukupi untuk pelajar menjalankan aktiviti.

d) Kaedah pengajaran kuliah

Pelajar seharusnya diberi peluang dan dorongan untuk memberi cadangan dan pendapat serta mengutarakan soalan-soalan kepada guru berkaitan pengajaran yang disampaikan. Ini bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat pada kaedah pengajaran guru khususnya kaedah kuliah yang kurang diminati oleh pelajar. Guru boleh meningkatkan minat pelajar untuk belajar melalui kaedah ini dengan perbanyakkan aktiviti bercerita semasa di dalam kelas. Guru juga boleh menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran untuk mengelakkan kebosanan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah memilih bakal guru yang mempunyaikeyakinan diri yang tinggi dan boleh mengajar pelbagai jenis kaedah pengajaran secara fleksbel. Ini bagi meningkatkan mutu pembelajaran pelajar serta kecemerlangan sesebuah sekolah itu sendiri.

BAB 3

PEMBELAJARAN AKTIF

3.1 PengenalanProses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan (Lourdusamy, A. & Tan, S. K, 1992). Guru memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu proses pengajaran yang baik seterusnya membawa kepada proses pembelajaran murid-murid. Dalam aktiviti ini guru mempunyai kemahiran yang baik dalam aspek berpantun. Proses pengajaran melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh muridnya. Pengajarandirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ini ditambah lagi dengan adanya bahan media yang sesuai bagi mendekatkan pelajar kepada konsep yang disampaikan oleh guru seperti penyediaan slide show dan video berkaitan dengan pantun.

Penggunaan media melalui teknologi maklumat dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum diseantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan media dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan.

Ledakan multimedia dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Tidak ketinggalan, kemudahan peralatan multimedia terkini dan jaringan internet yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Guru juga boleh menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar. Sebagai contoh, apabila guru mengajar tajuk pantun, maka guru akan mencari video-video pendek di internet melalui youtube.com dan memuat turunkannya dengan menggunakan perisian Internet Download Manager (IDM) bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesan maka guru telah masukkan nota-nota penting ke dalam blog (albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan pelajar.

Robiah Sidin, (2002) menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan untuk menggabungkan di antara kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, guru dapati minat pelajar semakin bertambahapabila guru mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.2 Pembelajaran AktifOtak tidak berfungsi seperti alat perakam audio ataupun pita video. Maklumat yang masuk sentiasa disoal. Otak tidak hanya menerima maklumat. Ia memproses maklumat itu. Pembelajaran bukan hanya sekadar mencurahkan maklumat secara automatik ke dalam minda pelajar. Ia memerlukan penglibatan mental dan perbuatan pelajar itu sendiri. Penerangan dan tunjuk ajar sahaja tidak akan membawa kepada pembelajaran yang sebenarnya dan bersifat kekal (Mel Silberman, 2004).

Tileston (2004), menjelaskan jangka masa waktu pembelajaran adalah jumlah masa yang diperlukan untuk memperoleh maklumat. Rajah 3.1, menunjukkan secara grafik bagaimana otak menerima maklumat, memutuskan apa yang akan disimpan dan apa yang perlu dibuang, dan bagaimana otak mendapatkan semula maklumat daripada ingatan jangka panjang.

Rajah 3.1 Grafik Bagaimana Otak Menerima Maklumat

Menurut Mel Silberman penterjemahan Zainab Ahmad, (2004) teknik perlu dirancang untuk membantu pelajar memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap secara pembelajaran aktif. Untuk mempelajari sesuatu dengan baik, kita perlu mendengarnya, melihatnya, menanyakan soalan tentangnya, dan membincangkannya dengan orang lain. Yang paling pelajar perlu membuatnya cuba memahaminya sendiri dan dapat memberikan contoh, mencuba kemahiran yang ada pada mereka dan membuat tugasan yang bergantung pada pengetahuan yang telah diperoleh atau harus diperolehi.

Terdapat banyak Alternatif yang diberikan untuk membolehkan pelajar berfikir, merasa dan menerapkannya ke dalam pelajaran mereka secara beransur-ansur. Antara alternatif itu termasuklah: Pembelajaran kelas penuh: pengajaran dibimbing oleh guru yang merangsang seluruh kelas. Pembincangan Kelas: dialog dan perdebatan tentang isi penting. Menggalakkan pertanyaan: pelajar bertanya untuk mendapatkan penjelasan. Pembelajaran semuafakat: tugasan yang dibuat secara bekerjasama dalam kumpulan kecil pelajar. Pengajaran oleh rakan sebaya: pengajaran yang dibimbing oleh pelajar. Pembelajaran secara bebas: aktiviti pembelajaran yang dibuat oleh individu. Pembelajaran afektif: aktiviti yang membantu pelajar meneliti perasaan, nilai dan sikap mereka dan Membina Kemahiran: mempelajari dan mengamalkan kemahiran, baik teknikal mahupun bukan teknikal (Mel Silberman,2004).

McDonald, (1992) menyatakan bahawa pengajaran sebenarnya berlaku di sekitar segitiga perhubungan dalam kalangan guru, pelajar, isi kandungan; paksi segitiga ini sentiasa berubah. Beliau seterusnya menggambarkan kekompleksan situasi bilik darjah dengan kata-kata: What shall I teach amid all that should teach? (Chee Kim Mang, 2008).

(Mel Silberman, 2004) di dalam bukunya turut menyatakan dua tokoh terkenal dalam pergerakkan pendidikan kerjasama, iaitu David dan Roger Johnson, bersama-sama dengan Karl Smith, menegaskan terdapat lima masalah yang dihadapi dalam pembelajaran yang terlalu panjang: tumpuan pelajar merosot bagi setiap minit yang berlalu, ia hanya menarik kepada pelajar auditori, ia cenderung menggalakkan pembelajaran maklumat berdasarkan fakta yang rendah tahapnya, ia mengandaikan semua pelajar memerlukan maklumat yang sama dan pada kepantasan yang sama dan pelajar cenderung tidak menyukainya.

Selain itu, Mel Silberman (2004) turut menyatakan menambahkan visual kepada pelajaran dapat menambahkan daya ingatan daripada 14 kepada 38 peratus. Kajian juga menunjukkan ada peningkatan sehingga 200 peratus apabila kosa kata diajar dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti video, muzik atau lagu. Tambahan pula, masa yang diperlukan bagi mengemukakan sesuatu konsep dikurangkan sehingga 40 peratus apabila alat bantu pandang digunakan bagi menambah kesan kepada penyampaian lisan. Gambar tidak dapat menceritakan seribu perkataan, tetapi ia tiga kali ganda lebih berkesan berbanding kata-kata.

3.3 Langkah-langkah Menyediakan Rancangan PengajaranRancangan pengajaran adalah satu perancangan harian yang disediakan guru untuk satu mata pelajaran yang mengandungi: maklumat tentang pelajar, maklumat yang ingin dicapaikan, isi kandungan yang akan disampaikan dan penentuan matlamat. Persediaan mengajar merupakan rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakan semasa berhadapan dengan kelas.

Keperluan menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk memberikan keyakinan kepada guru, membantu guru memikirkan perkara yang akan diajar, kesukaran yang akan dihadapi, masalah pembelajaran, kawalan disiplin dan motivasi pelajar.

Selain itu, memastikan guru merancang penggunaan media pengajaran untuk memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan. Rancangan pengajaran juga menjadi panduan untuk guru mengikut jadual yang tetapkan untuk memastikan langkah yang disusun mengikut urutan dan sebagai rekod pengajaran yang telah dan belum diajar oleh guru.Antara langkah menyediakan rancangan pengajaran ialah pertama: tulis tarikh semesta bermula dan berakhir, kedua: tentukan hari-hari mata pelajaran diajar dan bilangan waktu dalam seminggu, ketiga: tentukan bilangan waktu mengajar dalam setahun, keempat: tentukan waktu mengajar bersih, kelima: bahagikan isi pelajaran kepada tajuk kecil dan keenam:sediakan rancangan pengajaran mengikut format (Mok,S.S, 2007).

BAB 4

RANCANGAN PEMBELAJARAN BERKESAN SUBJEK BAHASA MELAYU TAHUN 5

4.1 PengenalanPembelajaran yang berkesan memerlukan perancangan yang lengkap untuk pelaksanaan kurikulum. Sebelum berlakunya proses pengajaran guru perlu membuat persediaan Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Oleh sebab itu, satu unit/ topik dalam sukatan pelajaran yang telah kami pilih ialah Bahasa Melayu darjah 5 yang bertemakan Kesusasteraan (pantun) yang bertajuk buah-buahan tempatan. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya menggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Hal yang demikian, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas iaitu berasaskan Teori Konstruktivisme.

Teori Konstruktivisme ialah pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk (Mok, S.S., 2008).

4.2 Rancangan Pembelajaran Berkesan Subjek Bahasa Melayu Tahun 5

Mata Pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 5 Cerdas Tarikh: 3 April 2013Masa: 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)Bilangan Murid: 38 orangTema: Kesusasteraan (Pantun)Tajuk: Buah-buahan Tempatan

Hasil Pembelajaran/ Kemahiran :

Fokus Utama:1.2Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras 3:(i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.

Fokus Sampingan : 5.2Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2:(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:

(i) Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.(ii) Membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Sistem Bahasa Tatabahasa- Kata adjektif, binaan ayat lengkap.Kosa Kata- Kolek, menoreh

Pengisian Kurikulum Ilmu - Kesusasteraan, kemasyarakatanNilai Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasional

Kemahiran bernilai tambahKemahiran berfikir - Menjana idea, menghubung kait, menilai, mengenal pasti.Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik Belajar Cara Belajar - Membaca mekanisBahan Bantu Mengajar - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.

Masa Isi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)

Video lagu : Buah-buahan tempatan.Soalan Apakah yang ditunjukkan dalam video?

- Buah apakah yang ditunjukkan?

- Di negara manakah kita boleh peroleh buah-buahan ini?1. Guru menayangkan video lagu buah-buahan tempatan2. Murid memerhati tayangan video buah-buahan tempatan.3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.4. Murid meneka tajuk pelajaran.5. Guru memberitahu tajuk pelajaran hari ini.Teknik :- Soal jawab

Nilai :- Kerjasama

BBM :

- video

Langkah 1(10 minit)SlaidPantun teka-teki bertajuk Kenali Buah-buahan Tempatan.Teks pantunPantun teka-teki bertajuk Kenali Buah-buahan Tempatan.1. Setiap kumpulan diberikan 1 teks pantun.2. Guru membuat demonstrasi pembacaan pantun di hadapan kelas.3. Murid diminta meneliti sebutan, intonasi dan gaya guru ketika guru berpantun.4. Wakil setiap kumpulan diminta membaca pantun dengan menggunakan sebutan intonasi dan gaya yang betul.Teknik :- Tunjuk cara

Nilai :- Kerjasama- Tekun

BBM :

- Slaid dan teks pantun teka-teki.

Langkah 2(15 minit)Teks pantunTeka teki bertajuk Kenali Buah-buahan Tempatan.Soalan:- Apakah perkataan yang kamu tidak faham dalam pantun rangkap (pertama, kedua, ketiga, keempat kelima dan keenam)

- Perkataan:Belanga(periuk tanah)Meranduk(mengharungi)Paras(rupa muka)Kolek (sampan kecil)

Jawapan pantun:

1. Rambutan2. Durian3. Nenas4. Manggis5. Kelapa6. betik

1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.2. Secara berkumpulan murid diminta menyenaraikan nama buah-buahan yang tersirat di sebalik teka-teki, di atas lembaran kerja yang disediakan.3. Murid diminta menyebut kembali nama buah-buahan tersebut secara lisan.4. Guru memberikan jawapan bagi pantun teka-teki yang diberikan. Teknik :- Soal jawab- Perbincangan- sumbang saran

Nilai :- Kerjasama- Tekun

BBM :- Lembaran kerja, teks pantun, slaid

Langkah 3Kaedah improvisasi(15 minit)Pengajaran :Kata adjektif.Contoh :- cantik- tajam- manis- merah- hitam

1. Guru menerangkan secara ringkas definisi kata adjektif.2. Murid dikehendaki membaca secara berkumpulan definisi kata adjektif secara kuat.3. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki. Kemudian menulis kembali dalam kotak yang disediakan.4. Murid di minta melakonkan satu lakonan dari kata adjektif yang di kenal pasti dalam kumpulan5. Kaitkan lakonan tersebut dengan pantun yang diketahuiTeknik :- Tunjuk cara- Soal jawab

Nilai :- Kerjasama- Tekun - Mendengar arahan

BBM :- Teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.

Langkah 4Main peranan(5 minit)LakonanMelakonkan watak Hang Tuah dan Hang Jebat menggunakan dialog pantun1. Murid dipertontonkan video hang tuah dan hang jebat2. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara lakonan tersebut berserta dialog dalam berpantun.3. Murid diminta membuat simulasi dari lakonan yang telah dipertunjukkan sebentar tadi.Teknik :- Tunjuk cara

Nilai :- Kerjasama- Tekun

BBM :-Teks dialog pantun

Penutup(10 minit)Nilai murni:- Kesyukuran- Patriotisme- Rasional

Isi pelajaran :

1.Cara membaca pantun dengan betul.

2.Konsep Kata adjektif

1. Guru menyimpulkan pelajaran.2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks pantun teka-teki, secara lisan.3. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.

Teknik :- Soal jawab

Nilai :- Kerjasama- Tekun

BBM :Lembaran kerja

4.3 Teknik-teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuMenurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Ee ,A. M. (1998) mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad. (2010) dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Mengikut Fry, H., Ketteridge, S., & Marshall, S. (2003) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.

4.4 Set InduksiSet Induksi merupakan aktiviti rangsangan dalam membinan aliran fikiran serta menarik minat pelajar supaya memusatkan perhatian pada isi pelajaran yang hendak disampaikan. Mengamalkan penyediaan set induksi berasaskan elemen motivasi dan tidak mengambil masa yang lama dan memulakan sesi pengajaran apabila murid bersedia (Nicholls, G., 2002).

4.5 Teknik Improvisasi Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri (Ramsden, P.,1992).

Mok, S. S. (1992), aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.

Teknik ini telah digunakan dalam aktiviti di langkah tiga. Murid kehendaki berlakon secara sponton di dalam kumpulan mereka. Lakonan mereka lebih berkesan kerana memerlukan murid menggunakan kata adjektif yang telah mereka dapati dari teks pantun dan lakonan murid juga perlu diselitkan pantun yang telah diberi oleh guru atau ciptaan mereka sendiri.

4.6 Teknik Main PerananMain peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan (Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi, 2011).

Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

Dalam aktiviti pengajaran yang dilakukan, guru telah menunjukkan satu video lakonan Hang Tuah dan hang Jebat, pelajar akan diberi peranan sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat dan pelajar akan mengikut segala dialog yang telah dipertuturkan oleh Hang Tuah dan Hang Jebat dengan teks juga disediakan oleh guru. Pelajar akan disoal jawa setelah aktiviti di jalankan (Md Nasir Masran, 2000).

BAB 5

PENUTUP

5.1 PerbincanganPemilihan satu unit/ topik dalam satu sukatan pelajaran memerlukan perancangan yang lengkap untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Bagi komponen untuk penyampaian terdiri daripada induksi set dan perkembangan yang melibatkan kemahiran peneguhan; kemahiran menerangkan ilustrasi; kemahiran menggunakan papan hitam; kemahiran variasi rangsangan dan kemahiran menyoal.

Bagi induksi set mengorentasikan fikiran dan perhatian pelajar kepada pelajaran dan objektif pengajaran. Tujuannya adalah untuk menimbulkan minat pelajar, mencetuskan rasa ingin tahu, mengaitkan dengan pelajaran yang lepas, menyediakan struktur pelajaran dan menggalakkan penglibatan pelajar melalui lakonan, cerita dan nyanyian.

Peringkat perkembangan merupakan peringkat penyampaian isi pelajaran yang menerapkan isi penting, strategi, kaedah, aktiviti, penggunaan media, nilai murni dan soalan utama dicatatkan.

Langkah penyampaian disusun mengikut dari satu langkah ke satu langkah iaitu daripada langkah satu hingga penutup (mudah ke kompleks). Susunan yang logik, menikut tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Suara harus ada intonasi yang berbeza untuk setiap rangkap pantun. Selain itu, penerapan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada pelajar dengan kosa kata yang lebih luas untuk membolehkan pelajar terus berfikir untuk membentuk kefahaman konsep tentang kesusasteraan pantun (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad, 2010).

Penggunaan teknik pantun teka-teki dapat menambahkan pengetahuan pelajar berkaitan kosa kata dimana kosa kata yang diterapkan dalam rancagan pembelajaran ini adalah kata adjektif yang berkaitan dengan kata sifat seperti cantik, tajam, kusam dan sebagainya.

5.2 Kesimpulan Lebih 2400 tahun dahulu konfucius pernah berkata: apa yang saya dengar, saya lupa, apa yang saya lihat, saya ingat dan apa yang saya buat, saya faham. Ketiga-tiga pernyataan ringkas di atas mengatakan betapa pembelajaran aktif dalam penyampaian yang berkaitan tentang pengajaran berkesan.

Pembelajaran yang berkesan memerlukan perancangan yang lengkap. Menambahkan visual kepada pelajaran dapat meningkatkan daya ingatan. Selain itu, kajian juga menyatakan penambahan visual yang menggunakan alat bantu mengajar dapat meningkatkan kosa kata sebanyak 200 peratus kerana pengajaran yang dilakukan dalam dimensi visual dan auditori mesejnya dapat diperkukuhkan. Di mana otak manusia tidak hanya menerima maklumat. Tetapi ia memproses maklumat itu.

Oleh itu, bagi memberikan kesan apa yang di ajar, pelajar harus memikirkannya. Rancangan pembelajaran yang mengabungkan apa yang di dengar dan dilihat sebagai suatu keseluruhan yang bermakna dapat membantu pelajar untuk terus berfikir, menimbulkan perasaan ingin tahu dan mencari jawapan untuk setiap lembaran kerja yang diberikan oleh guru (Mel Silberman, 2004).Rujukan

Ab. Halim Tamuri. (2005). Hala Tuju dan Cabaran Pendidikan Islam dalam Era Globalisasi.Kertas kerja Seminar Pendidikan dan Penghayatan Islam. Jabatan TITAS, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Abdullah Ishak. (1989). Sejarah perkembangan pelajaran dan Pendidikan Islam. KualaLumpur: Badan Dakwah dan Kebajikan Malaysia.

Akta Pendidikan 1996, Akta 550, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Malaysia.

Azizi Yahaya & Rosnani Mohd Nor. (2010). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Teknikal. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya & Syazwani Abdul Razak. (2008). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad. (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Majlis Guru Cemerlang Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Chee Kim Mang. (2008). Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institusi Perguruan: Satu Tinjauan Dari Perspektif Pentadbiran Sekolah, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.23, 49-67, Institusi Perguruan Persekutuan, Pulau PinangEe ,A. M. (1998). Pedagogi III: Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Fry, H., Ketteridge, S., & Marshall, S. (2003). A handbook for teaching & learning inhigher education: Enhancing academic practice (2nd ed.). London: Kogan Page.

Koh, B. B. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaLourdusamy, A & Tan, S.K. (1992). Malaysia Dalam H.B Leavitt (ed). Issues and problems in teacher education: An international handbook. New York: Greenwood Press, 179-191McDonald, J.P. (1992). Teaching: Making sense of an uncertain craft. New York: Teachers College PressMd Nasir Masran. (2000). Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran, Penyelidikan Ke Arah Inovasi Dalam Pendagogi. Kertas Prosiding Seminar Kebangsaan. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mel Silberman penterjemahan Zainab Ahmad. (2004). Pembelajaran Aktif 101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek, Siri Pembangunan Profesion Perguruan, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala LumpurMok, S. S. (1992). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Mok,S.S.(2007). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd., Kuala LumpurMok,S.S. (2008). Pengurusan Kurikulum, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Kuala LumpurNicholls, G. (2002). Developing teaching and learning in higher education. London:Routledge FalPeter Weswood. (1996). Effective Teaching. Australia Journal Of Teacher Educations. Flinders Univerity.

Ramsden, P. (1992). Learning to teach in higher education. London & New York:Routle

Robiah Sidin. (2002). Konsep Guru Profesional. Prosiding Seminar Kebangsaan Profession Perguruan, Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan MalaysiaRodzli Hashim. (2010). Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Majlis Guru Cemerlang Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Rozita Radhiah Said & Abdul Rasid Jamian. (2012). Amalan Pengajaran Guru Cemerlang di dalam Bilik Darjah . Kajian Kes Pelbagai Lokasi. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Universiti Sains Malaysia, Ruilin,L. , Jingghen, X., Yoau, C. J. & Shinhan, H.(2010). The Relationship Between Teacher Quality and Teaching Effectiveness Perceived By Student From Indusrial Vocational High School, Asian Journal of Arts and Sciences, Chienkuo Technology University, TaiwanShaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi.(2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid Asia Pacific Journal of Educators and Education, Universiti Putra MalaysiaShahril @ Charil Marzuki (2004). Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian dibeberapa Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Malaya.

Saridah Hussein (2006). Keberkesanan Penggunaan Perisian Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Open University Malaysia.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003).

Pedagogi :Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Bentong: PTS Publications & Distribution Sdn.Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tileston. (2004). What Every Teacher Should Know About Special Learners, Crown Press, Sage Publication, CA