fonetik dan fonologi : alat-alat artikulasi

40
PISMP SEM 4 AMBILAN JANUARI 2013 BM 1 (SK) BMM 3083 (FONETIK DAN FONOLOGI) TAJUK 2 : ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Alat-alat Artikulasi Artikulasi Vokal Nama Pensyarah : ENCIK ABDULLAH BIN MOHD YASSIN Disediakan Oleh : RAFIZA BINTI DARUS NURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIM

Upload: rafiza-diy

Post on 20-Jun-2015

2.508 views

Category:

Education


23 download

DESCRIPTION

Terdapat pembetulan pada bahagian gambar tengkorak semasa membunyikan bunyi vokal iaitu bahagian anak tekak mestilah dalam keadaan rapat pada bahagian rongga tekak/farinks (dlm gambar kedudukan anak tekak salah). Jika anak tekak tidak dirapatkan, bunyi yang dikeluarkan adalah bunyi nasal seperti bunyi [m]

TRANSCRIPT

Page 1: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

PISMP SEM 4 AMBILAN JANUARI 2013 BM 1 (SK)

BMM 3083 (FONETIK DAN FONOLOGI)

TAJUK 2 : ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Alat-alat Artikulasi

Artikulasi Vokal

Nama Pensyarah :

ENCIK ABDULLAH BIN MOHD YASSIN

Disediakan Oleh : RAFIZA BINTI DARUS NURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIM

Page 2: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

PENGENALAN

ALAT-ALAT ARTIKULASI

PENGHASILAN BUNYI-

BUNYI BAHASA

Udara mengalami

halangan atau gangguan

Page 3: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

ALAT-ALAT

ARTIKULASI

Page 4: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Lelangit lembut Lelangit keras

Gusi dalam Anak tekak

Rongga hidung

Paru-paru

Pita suara

Gigi atas

Gigi bawah

Tiroid

Bibir

Larinks

Farinks

Lidah

Epiglotis

Trakea

Rongga mulut

Page 5: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Tugas : Menyedut dan mengepam udara keluar untuk menghasilkan bunyi bahasa.

• Kualiti bunyi : Dipengaruhi oleh pengembangan dan pengucupan paru-paru.

Paru-paru

• Merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-paru.

• Membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paru-paru dan keluar kembali.

Trakea

Page 6: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Merupakan rongga pada hujung pipa pernafasan.

• Terdiri daripada 4 komponen :

• (i) tulang rawan krikoid,

• (ii) dua tulang rawan aritenoid,

• (iii) pita suara,

• (iv) tulang rawan tiroid.

Larinks

• Terdiri daripada 2 keping tisu nipis.

• Dirapatkan Saluran udara menyempit Udara yang melaluinya akan menghasilkan bunyi bersuara apabila peti suara bergetar.

• Terbuka luas Udara keluar dengan cepat.

• Celah atau ruang di antara pita suara disebut glotis.

Pita suara

Page 7: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Keadaan glotis ketika

menghasilkan bunyi

Page 8: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks

• Berfungsi sebagai penutup untuk menghalang makanan/minuman daripada masuk ke trakea.

• Tidak terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa (sekadar memberi laluan kepada udara).

Epiglotis

• Merupakan pipa yang membentuk kerongkong.

• Menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga hidung.

Farinks

Page 9: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Terbahagi kepada 2 : bibir bawah dan bibir atas

• Fungsi : Sebagai pintu penjaga rongga mulut.

• Pembentukan bunyi bahasa : Bibir atas (pasif) bekerjasama dengan bibir bawah (aktif) dan gigi atas.

• Contoh : fonem [p], [b], [w], [m], [f[ dan [v].

Bibir

• Bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepat di atas serta di belakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah.

• Pembentukan bunyi bahasa : Gusi dalam (artikulator pasif) bekerjasama dengan hujung lidah (artikulator aktif).

Gusi dalam

Page 10: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Terbahagi kepada 2 : gigi atas dan gigi bawah.

• Fungsi utama : Untuk mengunyah.

• Contoh bunyi yang dihasilkan : perkataan hadith [hadi0]

Gigi

• Merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada bahagian depan lelangit itu melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila diraba.

• Pembentukan bunyi bahasa : Lelangit keras (artikulator pasif) bekerjasama dengan hujung lidah atau tengah lidah (artikulator aktif).

Lelangit keras

Page 11: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Bahagian lembut selepas lelangit keras dan dihujungnya terdapat anak tekak.

• Semasa bernafas : lelangit dan anak tekak menurun udara dapat keluar masuk melalui rongga hidung.

• Pembentukan bunyi bahasa : Bunyi non-nasal atau semasa menguap lelangit lembut dan anak tekak terangkat ke atas untuk menutup rongga hidung.

Lelangit lembut dan anak tekak

• Tulang rawan tiroid atau halkum yang berbentuk menonjol pada kaum lelaki Tidak mempunyai peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.

Tiroid

Page 12: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Fungsi utama : Sebagai perasa dan untuk memindahkan makanan yang akan atau sudah dikunyah.

• Pembentukan bunyi bahasa : Lidah sebagai artikulator aktif.

• Terbahagi kepada pangkal lidah, daun lidah dan hujung lidah.

Lidah

Hujung lidah

Pangkal lidah

Daun lidah

Page 13: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

JENIS-JENIS ALAT ARTIKULASI A

kt

if • Lidah

• Bibir

• Lelangit lembut

• Gigi bawah Pa

sif

• Lelangit keras

• Gigi atas

• Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi)

Page 14: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

DAERAH ARTIKULASI

Merupakan kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi

Alat artikulasi yang sama menyentuh daerah artikulasi yang berlainan menghasilkan bunyi bahasa yang

berlainan

Page 15: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

PELABELAN BUNYI BAHASA

Konsonan

Keadaan pita suara diambil kira Klasifikasi bunyi bersuara atau tidak

bersuara.

Bunyi konsonan mempunyai lafaz yang berbeza akibat sekatan yang berlaku semasa melafazkannya.

Vokal

Pengklasifikasian tidak berlaku

Kesemua bunyi vokal adalah bersuara kerana tiada sekatan

pengaliran udara semasa melafazkannya.

Page 16: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

ALAT-ALAT

ARTIKULASI VOKAL

Page 17: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika

dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan

melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa

sebarang gangguan. Vokal boleh dibahagikan kepada

tiga bahagian iaitu:

i. Vokal hadapan

ii. Vokal tengah

iii. Vokal belakang

Page 18: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal ini dapat dirumuskan

seperti yang berikut:

1. Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah

atau belakang lidah.

2. Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi,

rendah dan separuh rendah.

3. Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.

4. Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.

Page 19: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Carta Vokal

Page 20: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

HURUF-HURUF VOKAL ASLI

a

o u i

e ə

Page 21: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Luas [ a ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan luas, proses berikut berlaku:

I. Bibir dalam keadaan hampar.

II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.

III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.

IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan

menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

V. Bunyi yang dihasilkan ialah [a] contoh dalam perkataan:

Awal perkataan: ajar, ayam

Tengah perkataan: paku, bakul

Akhir perkataan: kuda, lupa

Page 22: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Page 23: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Separuh Sempit [ e ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit, proses berikut berlaku apabila:

I. Bibir dihamparkan separuh sempit.

II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.

III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

IV. Pita suara bergetar.

V. Bunyi yang dihasilkan ialah [e] contoh dalam perkataan:

Awal perkataan: ekor, enak

Tengah perkataan: leper, kekok

Akhir perkataan: sate, tauge

Page 24: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Page 25: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Vokal Tengah [ə]

I. Keadaan bibir hampar.

II. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.

III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan supaya udara tidak dapat

keluar melalui rongga hidung.

IV. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru

dapat menggetarkan pita suara.

Contohya dalam perkataan seperti: emak, sentuh, emas

Page 26: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Page 27: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Sempit [ i ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan sempit, proses berikut berlaku:

I. Bibir dihamparkan.

II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setingggi mungkin]

III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung.

IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita

suara.

V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :

Awal perkataan : ibu

Tengah perkataan : bila

Akhir perkataan : tali

Page 28: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Page 29: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

a) Bibir dibundarkan.

b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.

c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.

d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

menggetarkan pita suara.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti dalam

perkataan berikut:

i) Pada awalan perkataan - oleh, otak, orang

ii) Pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak

iii) Pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato

Page 30: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Vokal Belakang Separuh Sempit

Page 31: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Vokal Belakang Sempit [u]

Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang , proses yang berikut harus dilakukan;

a) Bibir dibundarkan.

b) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.

c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

paru-paru tidak keluar melalui hidung.

d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru

menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u].

Contohnya;

i) Pada awalan perkataan: ubi, usung, unta, undur

ii) Pada tengah perkataan : buka, bubur, suka, lupa

iii) Pada akhiran perkataan : satu, batu, labu, kuku, bayu

Page 32: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Vokal Belakang Sempit

Page 33: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Vokal Dialek

є ɔ ɑ

Page 34: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Vokal Depan Separuh Luas [є]

Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses berikut turut berlaku :

a) Bibir dihamparkan separuh luas.

b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.

c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui hidung.

e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

f) Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut:

i) Pada awal perkataan - elok, esok, ejek

ii) Pada tengah perkataan – beso, pelek

iii) Pada akhir perkataan - ude, tule

Page 35: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Page 36: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]

I. Bibir dibundarkan.

II. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung.

IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan

menggetarkan pita suara.

V. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ɔ] seperti dalam perkataan-perkataan

berikut : (daerah Kelantan)

i) Pada awalan perkataan - olok, otok

ii) Pada tengah perkataan - pokok, sudoh, pecoh

Page 37: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Vokal Belakang Separuh Luas

Page 38: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI

Proses Penghasilan Vokal Belakang Luas ( )

a) Bibir dibundarkan.

b) Belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan sejauh-jauhnya ke

belakang terus-menerus.

c) Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga

hidung.

d) Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Contoh perkataan:

[gula] ( gulai,dialek sungai perak )

Page 39: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Page 40: FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI