fokus fs fs fs - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/buletin-pns-1_20… · 6 francais @ pns...

4
Francais @ PNS 5 Fokus Fokus Fokus dan Serah Milik (BOT) bagi tem- poh 20 tahun. Selain daripada itu, PNS juga akan memiliki pegangan saham sebanyak 15 peratus di dalam pegangan tem- pat letak kereta. Projek usahasama ini telah pun bermula dengan kerja-kerja pembersihan tanah dan tapak dilaksanakan di dalam dua fasa iaitu rumah kedai yang dijangka siap pada tahun 2016 dan ruang perdagangan, pasaraya serta pangsapuri dijangka siap pasaraya 100 000 kaki persegi yang akan diserahkan kembali kepada PNS selepas 20 tahun di bawah konsep BOT. Dijangka pendapatan yang akan diperolehi daripada pemilikan ruang pasaraya oleh PNS adalah pada nilai RM9 juta setahun dengan nilai pa- saran dianggarkan pada nilai RM50 juta. Pelaksanaan projek pembangunan hartanah dan pelaburan di dalam beberapa syarikat berdaya saing adalah Pengarah-pengarah nominee PNS bergambar kenangan ketika majlis perasmian kilang ketiga di Kawasan Perindustrian Kulim baru-baru ini Majlis perasmian dimulakan dengan persembahan tarian singa Perindustrian Kulim untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran selain menggabungkan operasi kilang pertama dan keduanya. Seiring dengan masa, syarikat telah meningkatkan keupayaan kejuruteraan dan pengeluaran, hari ini, barisan produk syarikat meliputi komponen untuk industri minyak dan gas, elekrik dan elektronik, permotoran dan peralatan perubatan. Lebih membanggakan, lebih 70 peratus keluaran syarikat dieksport ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, China, Thailand dan Singapura. Di antara pelanggan syarikat termasuklah beberapa syarikat multinasional seperti Emerson, Rosemount, Symmetry Medical, Hitachi dan Panasonic. Dari segi penglibatan ekuiti Perbadanan Nasional berhad (PNS) di dalam syarikat Alpha Precision, ia bermula semenjak 23 Februari 2001 dengan nilai pelaburan sebanyak RM10 juta melalui skim mezzanine. Pada ketika itu, jualan syarikat hanyalah sebanyak RM14 juta setahun. Kini, PNS boleh berbangga kerana syarikat pelaburan PNS itu telah berjaya mencapai nilai jualan mencecah RM70 juta setahun. PNS turut menikmati bayaran dividen yang baik setiap tahun selain keuntungan ke atas modal pelaburan. Apabila projek pembangunan usahasama siap sepenuhnya kelak, perolehan pendapatan sewaan tahunan dijangkakan pada nilai RM11 juta pada tahun 2017. Apabila projek pembangunan usahasama siap sepenuhnya kelak, perolehan pendapatan sewaan tahunan dijangkakan pada nilai RM11 juta. Manakala, nilai pasaran bagi pegangan harta-harta tersebut dianggarkan pada nilai RM100 juta. Bagi pemilikan ruang salah satu langkah strategi perniagaan yang bijak dalam usaha PNS mempertingkat dan menambahkan pembiayaan kepada francaisor dan francaisi selaras dengan sasaran PNS untuk melahirkan lebih ramai francaisor dan francaisi di masa hadapan.

Upload: hoangtram

Post on 11-Jun-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Francais @ PNS 5

FokusFokus FokusFokusFokus

dan Serah Milik (BOT) bagi tem-poh 20 tahun. Selain daripada itu, PNS juga akan memiliki pegangan saham sebanyak 15 peratus di dalam pegangan tem-pat letak kereta.

Projek usahasama ini telah pun bermula dengan kerja-kerja pembersihan tanah dan tapak dilaksanakan di dalam dua fasa iaitu rumah kedai yang dijangka s iap pada tahun 2016 dan ruang perdagangan, pasaraya serta pangsapuri dijangka siap

pasaraya 100 000 kaki persegi yang akan diserahkan kembali kepada PNS selepas 20 tahun di bawah konsep BOT. Dijangka pendapatan yang akan diperolehi daripada pemilikan ruang pasaraya oleh PNS adalah pada nilai RM9 juta setahun dengan nilai pa- saran dianggarkan pada nilai RM50 juta.

P e l a k s a n a a n p r o j e k pembangunan hartanah dan pelaburan di dalam beberapa syarikat berdaya saing adalah

Pengarah-pengarah nominee PNS bergambar kenangan ketika majlis perasmian kilang ketiga di Kawasan Perindustrian Kulim baru-baru ini

Majlis perasmian dimulakan dengan

persembahan tarian singa

Perindustrian Kulim untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran selain menggabungkan operasi kilang pertama dan keduanya.

Seiring dengan masa, syarikat telah meningkatkan keupayaan kejuruteraan dan pengeluaran, hari ini, barisan produk syarikat meliputi komponen untuk industri minyak dan gas, elekrik dan elektronik, permotoran dan peralatan perubatan. Lebih membanggakan, lebih 70 peratus keluaran syarikat dieksport ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, China, Thailand dan Singapura. Di antara pelanggan syarikat termasuklah beberapa syarikat multinasional seperti Emerson, Rosemount, Symmetry Medical, Hitachi dan Panasonic.

Dari segi penglibatan ekuiti Perbadanan Nasional berhad (PNS) di dalam syarikat Alpha Precision, ia bermula semenjak 23 Februari 2001 dengan nilai pelaburan sebanyak RM10 juta melalu i sk im mezzanine. Pada ketika itu, jualan syarikat hanyalah sebanyak RM14 juta setahun. Kini, PNS boleh berbangga kerana syarikat pelaburan PNS itu telah berjaya mencapai nilai jualan mencecah RM70 juta setahun. PNS turut menikmati bayaran dividen yang baik setiap tahun selain keuntungan ke atas modal pelaburan.

Apabila projek pembangunan usahasama

siap sepenuhnya kelak, perolehan pendapatan

sewaan tahunan dijangkakan pada nilai

RM11 juta

pada tahun 2017.Apabila projek pembangunan usahasama siap

sepenuhnya kelak, perolehan pendapatan sewaan tahunan dijangkakan pada nilai RM11 juta. Manakala, nilai pasaran bagi pegangan harta-harta tersebut dianggarkan pada nilai RM100 juta. Bagi pemilikan ruang

salah satu langkah strategi perniagaan yang bijak dalam usaha PNS mempertingkat dan menambahkan pembiayaan kepada francaisor dan francaisi selaras dengan sasaran PNS untuk melahirkan lebih ramai francaisor dan francaisi di masa hadapan.

Francais @ PNS6

FrancaisFrancaisFrancais

Oleh SeKSYen peMaSaran FranCaiS

K

Francais

eBiaSaannYa, penkek dimakan semasa sarapan pagi. Ia dimakan bersama dengan telur hancur dan sirap maple. Namun, jangan terperanjat apabila

anda melangkah masuk ke Paddington House of Pancakes (PHoP). Anda akan diberi satu buku menu bersaiz surat khabar tadbloid dan di dalamnya adalah 100 menu penkek daripada seluruh dunia!

Dua wakil PHoP yang ditemui iaitu Muda Muhamad dan TJ Liew mengakui ramai pelanggan baru mem- punyai reaksi yang sama apabila pertama kali melangkah masuk ke PHoP.

“Ramai mempunyai gambaran yang sama mengenai penkek sehinggalah mereka datang ke PHoP,” kata Muda sambil ketawa.

Menurut TJ Liew, penkek di PHoP disediakan untuk semua golongan dan direka untuk disuaikan dengan rasa tempatan.

PADDINGTON HOUSE OF PANCAKES

JENAmA TEmPATAN BERKELAS DUNIA

“Kami mempunyai 100 resepi penkek yang diambil dari seluruh dunia. Di makmal kami, ia direka semula dan diuji sebelum dimasukkan sebagai menu. PHoP mempunyai pen-kek yang disediakan sebagai makanan utama yang boleh dimakan untuk makan tengahari dan makan malam serta penkek dalam hidangan sebagai pe-manis mulut,” jelas TJ Liew.

Muda turut bersetuju bahawa penkek adalah sesuatu yang baru di Malaysia, namun dalam tempoh lapan tahun, PHoP telah membuktikan masyarakat Malaysia menggemari penkek PHoP.

“Kami berhasrat untuk mendidik masyarakat. Peng-asas PHoP iaitu Elvina Ooi dan Kelly Tang, benar-benar mahu menjadikan PHoP sebagai produk Malaysia berkelas dunia. Penyelidikan demi penyelidikan resepi dibuat bagi memastikan kami memberikan rasa penkek yang terbaik. Daripada hasil penyelidikan itu juga, kami turut memperkenalkan hibrid penkek yang dinamakan puffing iaitu campuran antara mufin dan penkek. Ini memberi

kepelbagaian pilihan kepada pengunjung kami,” kata Muda.

Ternyata, PHoP berjaya menjadikan penkek sebagai sa-lah satu menu kegemaran rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila dalam beberapa tahun sahaja PHoP telah mempunyai tiga outlet iaitu di The Curve, Damansara, Mid Valley, Kuala Lumpur dan juga di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Malah, mel ihatkan potensi PHoP untuk pergi jauh, pihak pengurusan mula melihat

sistem perniagaan francais. “Pada tahun 2011, kami mula terfikir mengenai

peluang mengembangkan perniagaan melalui per- niagaan francais. Di tahun 2012, mula mendaftarkan sistem francais dan di pertengahan tahun lesen diperolehi,” kata Muda.

Menurut Muda yang diberi tugas mengetuai team francais PHoP, sehingga kini PHoP telah mempunyai tiga francaisi iaitu setiap satu di Singapura, Brunei dan Macau. Menurut Muda, semenjak mendaftarkan PHoP

TJ Liew (kiri) dan Muda Muhammad sentiasa memastikan menu PHoP adalah unik

Francais @ PNS 7

FrancaisFrancaisFrancais

sebagai perniagaan francais, mereka sering turut serta di dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Baru-baru ini, mereka telah menyertai delegasi KPDNKK ke Malaysia-Indonesia Business Expo 2013 (MIBEX 2013) di Medan, Indonesia. Menurut Muda, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Di Indonesia, kami dapati pusat membeli-belah mereka dipenuhi dengan pelbagai jenis restoran dan kedai makan. Ini potensi besar. Malah, ketika pameran itu, ramai yang menunjukkan minat untuk tahu lebih lanjut mengenai PHoP,” kata Muda.

Tambahnya lagi, “yuran francais kami berpatutan, bermula dari AS$15000 untuk lima tahun pertama dan AS$7500 untuk tahun-tahun selepas itu.”

TJ Liew mengakui semenjak bergelar francaisor aktiviti jualan semakin bertambah. Ini menyebabkan wargakerja PHoP semakin bersemangat untuk mem-berikan yang terbaik.

“Menjadi francaisor, cabarannya berbeza. Hari ini sebagai francaisor, kami sentiasa memikir jauh ke ha- dapan dan merangka perancangan yang lebih besar untuk syarikat dan para francaisi kami. Sekarang kami perlu lebih kreatif dan inovatif,” kata TJ Liew.

Malah, menurut Muda melalui salah satu perbin-cangan itu timbul idea menjadikan PHoP sebagai mikro francais.

“Pengasas kami mahu PHoP menjadi sebuah sya-rikat francais yang mampu milik. Tetapi, kami sedar tidak semua mempunyai modal untuk membeli sistem francais PHoP. Justeru, sebaik sahaja kami mendengar Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menawarkan Pro-gram Pemodenan Peruncitan, kami terus bersetuju untuk menyertainya,” jelas Muda.

Menurut TJ Liew, kiosk PHoP yang bakal dilan- carkan bakal menonjolkan konsep dan menu yang direka khusus.

“Kami akan serahkan cadangan menjadikan PHoP sebuah mikro francais kepada KPDNKK pada bulan Mac ini. Sasaran kami ialah kepada para graduan yang minat berniaga. Mereka hanya perlu menyediakan modal sebanyak RM5,000 dan bakinya akan dibiaya oleh PNS. Pengemar PHoP dan bakal usahawan akan melihat prototype kiosk dan menu khusus untuk program ini tidak lama lagi,” kata TJ Liew.

PHoP membuktikan perniagaan francais homegrown mampu membina jenama melalui usaha keras setiap wargakerjanya dan sistem perniagaan yang utuh.

Menariknya, apabila ditanya kepada Muda dan TJ Liew mengenai harapan mereka terhadap masa depan PHoP, mereka menjawab serentak, “kami mahu PHoP berjaya membuka cawangan di Paddington, England”.

Francais @ PNS8

aDa era 1980-an sehingga tahun 2000, pelbagai bentuk skandal berlaku di Amerika Syarikat di mana pelbagai kaedah penipuan terhadap akaun

syarikat dilakukan bagi menyembunyikan kedudukan kewangan sebenar. Pendedahan skandal-skandal korporat diikuti kejatuhan syarikat-syarikat besar di dunia telah membawa perhatian penguatkuasa ter- hadap kepentingan tadbir urus korporat yang baik. Ini termasuklah tanggungjawab, peranan dan tugas sebagai Pengarah, pengurusan tertinggi syarikat, juru-audit, akauntan dan penasihat syarikat tertakluk kepada undang-undang agar mereka mematuhi keperluan tadbir urus korporat dan memenuhi taraf perilaku dan kod etika korporat.

Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan dan inisiatif bagi pematuhan tadbir urus korporat adalah tidak memadai sekiranya penguatkuasaan dan pe-mantauan oleh penguatkuasa dan kesemua pihak yang berkepentingan terutama pelabur atau pemegang saham

KERUNTUHAN ORGANISASI KORPORATPENGAJARAN DARIPADA KETIADAAN ETIKA

tidak dilakukan dengan efektif.Di Asia, insiden skandal korporat di dalam syarikat

Satyam Computer Services yang diasaskan di India ada- lah dalam bentuk melakukan pemalsuan akaun, mening- gikan paras keuntungan (inflating) sebanyak AS$1 billion dan lain-lain penipuan termasuklah pembayaran gaji kepada 13,000 akaun di mana pada hakikatnya senarai kumpulan tenaga kerja tersebut adalah tidak wujud.

Berikutan daripada skandal ini, sistem perundangan di India telah melalui proses rejuvenasi semula dengan pengenalan Companies Bill 2009 di mana ia telah mem-beri penekanan terhadap kuasa dan kepentingan Pengarah Bebas di dalam sesebuah syarikat bagi mengukuhkan tadbir urus korporat serta pemantauan berterusan oleh pemegang saham selaku benifisiari syarikat.

Pengajaran yang diperolehi daripada skandal-skan- dal korporat tersebut adalah tuntutan tadbir urus korporat yang tinggi berlandaskan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam segala urusan perniagaan dan operasi syarikat diperlukan bagi memastikan keutuhan sesebuah organisasi korporat.

P

WorldCom/MCi incWorldCom/MCI Inc adalah merupakan sebuah sya-

rikat telefon jarak jauh yang kedua terbesar di Amerika Syarikat, di mana syarikat ini telah menfailkan permohonan bankrup di bawah Chapter 11, pada bulan Julai 2002. Syarikat tersebut telah menggunakan kaedah penipuan terhadap akaun syarikat, penipuan ke atas perbelanjaan dan meninggikan (inflating) pendapatan dengan perakaunan palsu bagi menyembunyikan prestasi kewangan yang menurun di antara tahun 1999 dan 2002. Audit Dalaman telah menemui penipuan akaun kira-kira AS$3.8 billion pada bulan Jun 2002 dan 2003. Dianggarkan jumlah aset syarikat telah ditinggikan sehingga AS$11 billion. Verizon

Communications telah membeli syarikat tersebut pada Januari 2006 dan kini dikenali sebagai Verizon Business Division.

enron Corp Pada tahun 2001, sebuah syarikat tenaga yang

berasal daripada Houston telah jatuh bankrap akibat penipuan akaun yang dirancang oleh Juruaudit luarnya sendiri iaitu firma perakaunan Arthur Andersen. Kebanyakan keuntungan dan pendapatan syarikat diperolehi daripada perkongsian terhad dan penyata kewangan yang tidak dilaporkan. Saham syarikat tersebut akhirnya jatuh daripada AS$90 kepada tidak kurang daripada AS$0.50.

Skandal Korporat yang mengejutkan Dunia

Oleh Bahagian KeSetiauSahaan SYariKat Dan perunDangan

Kesetiausahaan Syarikat dan PerundanKesetiausahaan SyarikaKesetiausahaan Syarikat dan Perundangan

Kesetiausahaan Syarika